Dear members of the press, radio and TV media as well as blog and website managers,
NEW Press Conference Alert
Press Conference Alert – Monday 5th November 2012
Mothers Turning their Anguish to Parliament to Stop Lynas
- CHANGE OF THE TIME, SAME VENUE -
Place: Federal Parliament, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur
Date: Monday, 5th November 2012
Time: 3PM
Journalists are hereby informed that a group of mothers from Kuantan will be travelling to the Federal Parliament to hand over a memorandum to the Prime Minister. They will be meeting with the minister in Prime Minister's Department YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz in the parliament at 4.00pm.
The memorandum to be presented to the Prime Minister will be a complaint against the Atomic Energy Licensing Board (AELB) and the Minster for Science, Technology and Innovations (MOSTI) for failing in their public duty of care to exercise prudence to protect the children, the unborn and many future generations to come for issuing the relevant licences to facilitate Lynas to operate and dump toxic and radioactive waste near Kuantan.
Early last month in September, the AELB issued the temporary operating licence to Lynas Corporation.A week later it was discovered by the media that the AELB has also issued the import licence and the licence to dump waste for Lynas to start polluting our beautiful shore and hometown.
The mothers and their supporters will gather outside the Parliament for some actions starting from 3pm onwards.They will be available for media briefing and interviews in the Parliament as well.
For further information, contact: SMSL hotline on 012-9823302
PEMUDA DIAJAK JATUHKAN BN NEGERI SEMBILAN- harakah daily
SEREMBAN:Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Sembilan hari ini membuka tirai Himpunan Raksasa Kebangkitan Rakyat dengan mengajak generasi muda menjatuhkan Kerajaan Umno BN negeri itu.
Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Kharil Anuar Wafa berkata, hanya melalui undi pada Pilihan Raya Umum (PRU ) ke-13 nanti.
"62 peratus undi orang muda menjadi penentuan dalam PRU.
"Kebangkitan golongan muda mencorakkan Malaysia baru. Perubahan di tangan golongan muda.
"Dengan hanya sebatang pensel kita mampu membuat perubahan baru," katanya ketika berucap di acara pembukaan perhimpunan.
Walaupun padang basah dan becak akibat hujan lebat, orang ramai tetap memenuhi tempat program.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Nazri Yunus pula berkata, ekonomi rakyat negeri tersebut dapat ditingkatkan jika ditadbir pemimpin yang berintegriti.
"Walau ekonomi Negeri Sembilan tidak sekaya selangor dan Pulau Pinang, tapi kalau ada pemimpin yang berintegriti di Negeri Sembilan, saya yakin ekonomi rakyat mampu dimartabat.
"Mesej pemuda Pakatan jelas untuk kita pastikan Negeri Sembilan ditadbir kerajaan rakyat, jatuhkan Kerajaan Umno BN," katanya disambut tepukan gemuruh orang ramai.
Ketua Publisiti Pemuda DAP Negeri Sembilan, Teo Kok Seong mengulangi gesaan sama, mahu generasi muda menolak Umno BN dalam PRU ke-13.
"Tidak kira kaum, orang muda mesti membantu Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya khususnya di Negeri Sembilan. Marilah kita sama-sama membuat perubahan," katanya.
Sebelum itu, konvoi bermotor Pemuda Pakatan Rakyat tiba di tempat program kira-kira jam empat petang disambut paluan kompang, tarian singa dan gendang India.
Pengerusi Ameerah Dewan Muslimat PAS Pusat, Fareedah Samad sebagai mewakili wanita yakin golongan itu juga mampu membuat perubahan.
"Signal anak muda jelas bahawa kita akan menjadi sebahagian daripada kepimpinan akan datang.
"Golongan wanita akan memastikan Negeri Sembilan juga akan masuk dalam senarai negeri Pakatan Rakyat selepas pilihan raya ke-13," katanya.
NOTA: cadangan dari pembaca tentang mee kampua memang akan diikuti esok tt telah mendata tahu kedai mee ini yang terbaik ialah diatas pasar sentral sibu
INI PASAR SENTRAL SIBU
SEMUA PEMBACA CADANGAN MEE KAMPUA tt, kalau je sibu jangan lupa try mee kampua... tgh tgh town ada restauran cina tapi dalam tu ada satu gerai melayu... on SURAH AL SIBU WAL SIBU pua kumbu at 8:55 PM tt, kalau je sibu jangan lupa try mee kampua... tgh tgh town da restauran cina tapi dalam tu ada satu gerai melayu... on SURAH AL SIBU WAL SIBU pua kumbu at 8:44 PM bro, lu nk cari kedai makan melayu pegi kampung bandung, situ mcm kg baru on SURAH AL SIBU WAL SIBU Anonymous at 8:43 PM tt, kalau je sibu jangan lupa try mee kampua... tgh tgh town da restauran cina tapi dalam tu ada satu gerai melayu... on SURAH AL SIBU WAL SIBU
Shahrizat dan keluarganya sudah tentu tidak berani bermain-main dengan anak lembu yang aneh ini.
Anak lembu yang dikatakan aneh ini telah menggemparkan penduduk kampong di Kabupaten Sumenep, Madura seperti mana Shahrizat menggemparkan negara Malaysia dengan isu lembu National Feedlot yang menelan duit rakyat RM250 juta lebih itu.
Jika keanehan Shahrizat terletak pada otaknya, anak lembu ini punya keanehan pada mulutnya.
Anak lembu jantan ini lahir dengan bahagian mulut mirip mulut serigala.Lidah anak lembu tersebut menjulur keluar dan rahang bawahnya jauh lebih pendek. Bahkan, secara terus menerus menganga, layaknya seperti serigala (baca gerombolan Umno) yang sentiasa tidak pernah puas dan kenyang mencari mangsa.
Keadaan lembu tersebut sihat meskipun mengalami kersulitan sedikit untuk makan atau minum.
Untuk membantunya, pemilik lembu itu, Misnoto (50) menyusukannya menggunakan botol kecil. Setiap hari, tidak kurang dari tiga liter air dicampur susu tepung.
Rasanya kalau Shahrizat yang menyusukannya tentu anak lembu ini akan lebih bahagia hidupnya....ada beranikah Shahrizat?
Monyet : Tarzan..., kenapa engkau saja yang pakai spenda? Kami semua tak pakai. Ada apa rahasia nih?
Tarzan : Tidak ada apa-apa rahasia!
Monyet : Kita kan berkawan baik. Masakan ada rahsia sesama kita?
Tarzan : Aku bilang nggak ada apa-apa... ya nggak ada!
Monyet tidak berpuas hati dengan jawapan Tarzan. Dia mengajak kawan-kawan lain ke pondok Tarzan dan mengintai untuk mencari rahasia Tarzan.
Seperti biasa, sebelum mandi, Tarzan pun buka spendanya itu (itulah satu-satunya yg dia ada). Melihat keadaan itu, Monyet-monyet pun ketawa pakat kesukaan.
Monyet : Patutlah kamu pakai spenda, rupa-rupanya kamu malu …. sebab ekor kamu ada di depan, pendek dan kemetot lagi!!!
Bayangkanlah, Samy Vellu, A Kohilan Pillay dan P Kamalanathan berak atas jalan di Batu Caves…lama dulu tu; tiba-tiba diaorang nih pi cerita kat orang ramai hari ini , kata yang berak tu adalah kerja Pakatan Rakyat yang perintah Selangor la ni?
Puak-puak tu naik menggelabah bila anggota exco Selangor Ronnie Liu mendedahkan gambar Samy Vellu, A Kohilan Pillay dan P Kamalanathan berak atas jalan di Batu Caves pada 2007 ketika BN mentadbir Selangor! Ha! ha!
Yang aku Nampak pelik ialah kerana ada seorang Melayu tu sanggup pula nak pi cuci, gosok dan sental bagi bersih berak Samy Vellu, A Kohilan Pillay dan P Kamalanathan saperti berita di sini.
Apakah dengan kenyataan tersebut menjadikan dua orang yang kotor dan jijik menjadi suci bersih dari penglibatan isu tesebut?
Apa, pernahkah selama ini korang dengar bantahan dari mereka khususnya MIC berhubung kelulusan tersebut selepas mesyuarat yang kedua mereka itu tidak hadir? Mustahil kalau kata mereka tidak pernah tahu. Takkanlah hanya sekali itu mesyuarat mengenai projek tersebut dan mudah begitu saja diluluskan?
Setelah hampir 4 tahun berlalu, Samy Vellu mengetuai jawatankuasa kuil dan beberapa orang MIC berdemo membantah projek tersebut dan menyalahkan kerajaan PR Selangor kerana meluluskan projek tersebut!
Nampak sangat diaorang punya ota kari! Samy Vellu tak terkata apa-apa pun hingga kini….ha! ha! padan muka mereka. Sendiri berak, sendiri cucilah …
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Satu konvoi yang diketuai pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dilaporkan disekat oleh sekumpulan individu ketika cuba memasuki kawasan Felda Lasah di Sungai Siput, Perak.
Laman Harakahdaily melaporkan, Mazlan turut dikasari oleh beberapa orang individu dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu.
"Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.
"Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN," katanya seperti dipetik Harakahdaily.
Gambar yang disiarkan bersama laporan itu menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di antara beberapa buah kenderaan di atas sebatang jalan.
Ia juga menunjukkan kumpulan tersebut membawa bendera BN dan juga poster yang tertera slogan "Mazlan Aliman jangan rosakkan masa depan Felda".
Laman itu juga melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang anggota polis turut berada di tempat kejadian.
Dilaporkan, konvoi bersama 20 kenderaan dalam program Kembara Oren Selamatkan Felda – satu acara anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak dengan kerjasama ANAK.
Program yang mensasarkan golongan peneroka itu, menurut Harakahdaily, bertujuan memberi penerangan mengenai isu berhubung Felda.
ANAK sebelum ini giat mengadakan siri bantahan ke atas usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Malaysia.
NGO berkenaan juga mengadakan satu perhimpunan disertai 5,000 orang pada pertengahan Julai lalu bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung usaha penyenaraian tersebut.
1. Negeri Pahang kelak akan menjadi satu lagi negeri pengeluar minyak di Malaysia dengan jumlah pengeluaran 17,500 sehingga 20,000 tong sehari bermula suku tahun ketiga 2014.
Jika diambil kira pengeluaran dari medan minyak Malay Basin yang sama, petroleum dari medan minyak luar pesisir (99 batu dari pantai) Pahang ini berkemungkinan dari jenis Tapis Blend yang sangat bermutu tinggi dengan telaga berada pada kedalaman 76 meter (blok Tapis di Terengganu pada kedalaman 64 meter, 118 batu dari pantai), kos pengeluaran dijangka rendah.
2. Jumlah pengeluaran di bawah purata 25,000 tong ini sebenarnya masih kecil tapi perlu diingatkan bahawa ini cuma jumlah permulaan. Potensi ekonominya tinggi mengambil kira jumlah simpanan yang dijangka terus meningkat melalui usaha eksplorasi minyak yang terus digiatkan.
3. Sebaiknya sebagai orang Islam, kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas pemberian rezeki dan nikmat-Nya kepada kita. Begitupun, pengumuman YAB Perdana Menteri bahawa hasil mahsul petroleum Pahang akan dibayar melalui mekanisme wang ehsan cukup mengejutkan dan mengundang persoalan perundangan dan politik.
4. Berdasarkan amalan terdahulu, pemberian wang ehsan bermakna hasil mahsul petroleum Pahang akan disalurkan ke agensi persekutuan di peringkat negeri dan bukannya ke akaun kerajaan negeri sepertimana amalan pembayaran wang tunai Petronas ke Terengganu pada tahun 1999-2003. Anggaran RM100 juta setahun sepatutnya memberi tambahan 20 peratus kepada perolehan negeri yang sekarang ini berada di dalam lingkungan RM530 juta setahun.
5. Dari segi perundangan, pemberian wang ehsan adalah bertikaian dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dan kerajaan negeri Pahang. Dari segi politik, kaedah ini menampakkan ketidakyakinan kerajaan pusat dan negeri Umno-BN untuk mengekalkan pemerintahan di Pahang selepas PRU-13, lantas memastikan awal-awal lagi agar hasil minyak tidak diberikan kepada kerajaan negeri.
6. Alasan kerajaan Pusat, sewaktu kes di Terengganu dahulu adalah kerana kerajaan negeri pimpinan PAS pada waktu itu tidak kompeten di dalam pengurusan wang tunai hasil petroleum negeri. Maka bolehlah diandaikan bahawa kerajaan negeri Pahang sekarang ini juga tidak kompeten?
7. Menteri Besar seharusnya merasa kecewa dengan perkembangan ini tetapi sebaliknya beliau terus sahaja mengucapkan terima kasih. Selayaknya, kerajaan Pusatlah yang seharusnya berterima kasih kepada Pahang kerana memberikan hasil tambahan kepada negara.
8. Fakta medan minyak Blok PM 307 Pahang ini juga menguatkan hujah tuntutan royalti petroleum kerajaan negeri Kelantan ke atas pengeluaran medan minyak yang berada pada kedudukan 93 batu dari pantai Kelantan. Apakah tidak cukup pembuktian bahawa pemerintah Umno-BN di Putrajaya mempolitikkan urusan sumber hasil petroleum negara dengan wewenangnya?
9. Kes-kes sebegini dipantau pula oleh masyarakat antarabangsa lalu menjatuhkan kredibiliti Petronas. Antara sebab kerajaan pusat Ottawa menghalang pembelian Petronas ke atas Progress Energy Canada adalah kerana wujud campur tangan kerajaan dalam Petronas.
10. Alasan ini jugalah yang digunakan oleh Fitch Ratings dalam memberi komentar negatif terhadap kebolehupayaan masa depan Petronas. Tindakan-tindakan kerajaan pusat Umno-BN khususnya pada era pentadbiran Datuk Seri Najib ini sebenarnya menghambat prestasi Petronas.
11. Dewan Pemuda PAS menggesa kerajaan negeri Pahang menunjukkan sikap tegas dalam mempertahankan hak negeri ke atas sumber hasil alamnya. Sikap ini harus dimulakan dengan menuntut ketelusan daripada Petronas dan Kerajaan Pusat dalam urusan pengeluaran minyak ini dan seterusnya membentangkan perinciannya dalam sidang Dun agar rakyat boleh membuat penilaian.
12. Pada asasnya, kita berandaian jumlah pembayaran royalti 5 peratus adalah lebih besar daripada jumlah wang ehsan yang ingin diberikan Kerajaan Pusat. Kita juga berharap agar kerajaan Pusat menghormati semangat federalisme yang telah dimetarai di bawah perlembagaan, akta dan perjanjian sedia ada dengan membuat pembayaranf royalti dan bukannya wang ehsan yang bunyinya cukup menjengkelkan.
Selamatkan Pahang dan Malaysia
Posted: 02 Nov 2012 04:49 PM PDT
Pojok Katanya…-roketkini.com
Fitnah terhadap DAP tidak pernah reda sejak ia ditubuhkan 45 tahun lalu.
Tuduhan bahawa ideologi DAP menyamai komunis, gaya politik dikatakan Cauvinis Cina, matlamat parti yang kononnya ingin menubuhkan negara Kristian, pendekatan politik yang dikatakan menindas kaum Melayu dan mengutamakan kaum Cina, mahu mansuh Bahasa Kebangsaan dan anti Islam, masih berterusan.
Bagaimana dalam sebuah negara yang dikatakan sistemnya demokratik, terbuka, berbilang bangsa dan parti yang secara teknikalnya berasaskan pelbagai kaum, boleh digambarkan sebegini rupa oleh lawannya?
Tindakan itu kerana UMNO/BN berniat mahu memesongkan prinsip perjuangan DAP daripada diketahui umum. Entiti bernama United Malays National Organization ini tidak mampu berdepan dengan bahasa prinsip untuk berbahas mengenai dasar dan matlamat perjuangan, kerana prinsip perjuangan mereka jelas menyimpang daripada matlamat perjuangan muluk parti mereka.
Berbanding DAP, prinsipnya memanglah tidak sehebat mana, tetapi prinsip ini teruji dengan pelaksanaan kata-kata kempen perjuangan menerusi reputasinya baik sebagai pembangkang dan juga kerajaan (Pulau Pinang 2008).
Baru-baru ini, sekali lagi serangan hebat dilakukan MCA. Apa dan sebanyak mana tujuannya tidaklah kita pedulikan tetapi yang pasti, mereka mahu membunuh kefahaman rakyat Malaysia mengenai prinsip dan pendirian DAP atas beberapa isu yang menjadi polemik politik di Malaysia sejak sekian lama iaitu hudud dan negara Islam.
Pada hakikatnya, bukan hanya DAP tidak bersetuju dengan idea hudud dan negara Islam ini, tetapi lebih jelas lagi UMNO, MCA, MIC hatta parti komponen BN yang lain juga tidak bersetuju dengan idea ini. Namun, hanya DAP yang digambarkan sebagai 'hantu' dan terus dikecam dan diheret ke dalam gelumang politik gelap UMNO BN.
Penyataan prinsip DAP dalam isu hudud dan negara Islam sudah jelas, iaitu menolak. Namun demikian, penolakan ini adalah berlandaskan pendekatan politik bukan menolak hudud sebagai hukum dalam Islam. Perbezaan besar ini bukan sahaja perlu difahami rakyat, malah termasuk ahli DAP sendiri.
Kita mengakui kewujudan kanun jenayah syariah (hudud) dalam Islam, tinggal lagi dalam isu pelaksanaan hudud dalam negara, yang mana kadar kemiskinan dan jurang ekonomi yang masih melebar luas, malah budaya rasuah (korupsi) begitu bermaharajalela dan ianya perlu diberi fokus dan keutamaan oleh DAP dan rakan PR yang lain.
Malah secara prinsip juga, kita tidak akan menyerang UMNO atau MCA hanya kerana mereka berlainan parti sebaliknya kita melawan UMNO atau MCA dan lain-lain kerana merekalah yang membenihkan budaya korupsi hingga tidak malu menggunakan hujah agama untuk menjustifikasikan kebobrokan mereka.
Malah, dengan bahasa retorik yang sangat puitis dan demokratis memesong ayat dan makna menjadi sesuatu yang berlainan daripada sifat asal, contohnya – rasuah, dalam UMNO disebut 'komisen'. Tiba-tiba jadi 'legal'. Pelik tetapi benar.
Rasuah ini anai-anai, ia bukan taufan Sandy yang datang melanda sekelip mata, tetapi rasuah merosakkan anak bangsa hingga ke beberapa generasi.
Apabila prinsip DAP diuji lagi dan lagi, kita akan menjadi lebih kuat, fokus dan yakin bahawa matlamat perjuangan ini betul. Inilah hikmah apabila terus difitnah, memetik kata-kata Abraham Lincoln – kamu boleh menipu sesetengah orang sepanjang masa, dan semua orang beberapa kali, tetapi anda tidak boleh menipu semua orang sepanjang masa.
Masanya sudah tiba untuk kita maju ke hadapan.-roketkini.com
Di tengah kesedaran global tentang bahaya ketidaksaksamaan terhadap pertumbuhan ekonomi, kelangsungan hidup masyarakat dan pastinya kestabilan; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menyuarakan Agenda Ekonomi Saksama demi mengarahkan parti DAP dan Pakatan Rakyat terhadap soal ketidaksaksamaan.
Dalam sebuah forum anjuran Roketkini, Guan Eng bermain dengan huruf-huruf Automated Enorcement System (AES) dan secara berseloroh menyeru ke arah perlaksanaan AES yang berbeza – Agenda Ekonomi Saksama.
Namun mesej yang disampaikannya tegas: bahawa mengurangkan ketidaksaksamaan adalah agenda utama bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, DAP dan Pakatan Rakyat.
Di peringkat antarabangsa, The Economist, sebuah majalah aliran 'kanan-tengah' telah dengan bersahaja menyiarkan sebuah laporan bertajuk "True Progressivism: the new politics of capitalism and inequality" (Progresivisme sebenar: Politik baru kapitalisme dan ketidaksaksamaan). Majalah mingguan itu berkata "ketidaksaksamaan telah mencapai satu tahap di mana ia boleh menjadi tidak efisyen dan buruk untuk pertumbuhan."
Majalah tersebut langsung mencadangkan bahawa "malahan, ketidaksaksamaan hasil meritokrasi juga akan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan. Jika jurang pendapatan bertambah lebar, ia dapat membawa kepada kurangnya peluang saksama, terutamanya dalam pendidikan."
Pakar ekonomi dunia, Profesor Jeffrey Sachs, yang dijemput Guan Eng melalui Penang Institute dan turut diraikan oleh wakil rakyat di Parlimen, telah menyeru negara-negara dunia supaya menerima demokrasi sosial bagi memastikan kesaksamaan dan ekonomi yang mampan, serta pendidikan, alam sekitar dan pentadbiran yang lestari.
Beliau memetik Norway dan Sweden sebagai contoh demokrasi yang efektif dan memberi kesejahteraan am untuk kebanyakan rakyatnya, manakala Amerika Syarikat ditonjolkannya sebagai contoh jelas bagaimana kuasa kewangan membajak proses politik lantas merugikan rakyat biasa.
Malaysia telah melihat pekali Gini-nya, pengukuran ketidaksaksamaan (0 menunjukkan saksama dan 1, sangat tidak saksama) semakin memburuk sejak tahun 80'an. Pekali tersebut berada pada nilai 0.46, sedikit rendah berbanding Singapura.
60 peratus masyarakat terbawah mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan, yang melayakkan mereka untuk pemberian bantuan RM500 di bawah program BR1M.
Dengan kata lain, kerajaan Barisan Nasional mengiktiraf bahawa 60 peratus terbawah ini benar-benar memerlukan bantuan, cumanya kerajaan ini tidak dapat memikirkan sebarang reformasi struktur untuk membantu mereka, selain daripada bantuan kewangan.
Dan, Malaysia adalah contoh buku teks bagi kapitalisme kroni di mana parasit ekonomi, rasuah dan nepotisme adalah kelaziman sehari-hari.
Seruan Guan Eng ke arah sebuah Agenda Ekonomi Saksama adalah tepat pada masanya. Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, bukan sahaja ia perlu memakmurkan demokrasi, ia juga mesti mengagihkan hasil ekonomi secara adil, melalui kebijakan yang akan membantu menguncupkan jurang pendapatan dan kekayaan, dan mengembangkan peluang untuk semua.
Wacana baru kita tentang demokrasi sosial bukan semata-mata tentang pembahagian dan pengagihan.
Ia malahan adalah suatu pengiktirafan bahawa Malaysia sudah tidak lagi boleh bergantung kepada pengindustriani yang dipacu industri eksport yang selalunya dikaitkan dengan polisi yang dikaitkan dengan gaji rendah dan matawang yang murah.
Kita harus melihat pengagihan sebagai suatu strategi baru demi pertumbuhan. Dengan memperkayakan rakyat, ekonomi kita akan terus berdaya tahan melalui permintaan domestik yang lestari (yang tidak dibiayai hutang isirumah yang membelon) bagi jangkamasa pendek sementara mengembangkan dayakerja berkemahiran tinggi untuk memperlihatkan potensinya dalam jangkamasa panjang.
Dengan kesedaran bahawa Malaysia adalah sebuah masyarakat yang tidak saksama, tibalah masanya untuk kita meminggirkan asas meritokrasi dan mendampingi asas yang dibina berdasarkan ide solidariti. Apabila sesebuah masyarakat itu sangat tidak saksama, desakan keras kepala untuk meritokrasi selalunya memberi faedah kepada mereka yang mempunyai kemampuan secara tidak seimbang.
Adalah lebih penting bagi sesebuah masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup mereka yang berada di kelas pertengahan dan bawahan bagi mencipta arus yang akan memberi faedah kepada semua pihak.
Masyarakat yang lebih saksama akan mempunyai pertumbuhan yang lebih mampan yang akan menghasilkan kemakmuran yang dikongsi bersama, kesejahteran dan pastinya kestabilan. – Roketkini.com
Gambar ehsan Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang
GEORGE TOWN : Tuduhan UMNO/BN bahawa kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP sebagai "anti-Islam" terbukti tidak benar apabila Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) itu terus "Memartabatkan Agama Islam" dalam Belanjawan Pulau Pinang 2013 yang bertemakan Agenda Ekonomi Saksama.
Selain menjadikan masjid dan surau sebagai institusi merangkumi aktiviti kemasyarakatan, sebanyak RM13.84 juta daripada RM46.42 juta peruntukan bagi memartabatkan agama Islam disediakan untuk pembangunan sekolah agama rakyat (SAR).
Ia berbeza sama sekali dengan Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2013 yang tidak menyediakan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat.
Sehubungan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, peruntukan untuk pembangunan agama Islam bagi 2013 termasuk usaha meneruskan pembinaan masjid baru yang mengambil kira prasarana mesra OKU.
"Masjid terbabit ialah Masjid Jamek Sungai Gelugor, Daerah Timur Laut dan Masjid Jamek Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara.
"Pembinaan masjid yang mengambil kira prasarana seumpama itu dilaksanakan di Masjid Abdullah Fahim, Seberang Perai Utara dan Masjid Kelawei, Daerah Timur Laut," katanya.
Pada Belanjawan Pulau Pinang 2012, kerajaan negeri menyediakan peruntukan berjumlah RM22.8 juta untuk pengambilan balik tanah bagi pembesaran tapak perkuburan Islam berhampiran Masjid Jelutong, untuk khariah Masjid Cherok Tok Kun Atas dan khariah Masjid Tuan Abdullah, Tanah Liat manakala RM2 juta diperuntukan untuk pengambilan balik tanah bagi pembangunan Sekolah Agama Rakyat.
Katanya, ini membuktikan tuduhan UMNO-BN bahawa Kerajaan Pulau Pinang "anti-Islam" adalah meleset sama sekali kerana realitinya, kerajaan negeri sangat prihatin terhadap pembangunan masyarakat dan agama Islam dan meliputi semua kaum di negeri itu .-Roketkini.com
Ramai orang bertanya saya, apakah bentuk kepimpinan Barisan Nasional (BN)? Ini kerana, sistem BN hanya satu di dunia dan sangat berbeza dengan sistem politik atau kepimpinan negara demokrasi.
Raja berkuasa mutlak, kerajaan diktator, kerajaan komunis atau kerajaan totalitarian (berkuasa secara total atau berkuasa mutlak) adalah setaraf dengan kepimpinan BN sekarang. Sistem ini telah menyebabkan BN kekal berkuasa sejak dahulu dan akan berterusan jika tidak diubah. Nasib baik rakyat sekarang ada pilihan selain BN iaitu gabungan antara PKR-PAS-DAP untuk mengganti Barisan Nasional bagi memerintah negara.
Apa ciri-ciri kepimpinan BN? Bagi saya, antara cirinya adalah:- Ciri pertama: Autokrasi
Sistem politik Barisan Nasional atau BN berpaksikan kepimpinan autokrasi. Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional ialah Perdana Menteri. BN bertanding dalam pilihan raya umum. Anggota komponen seperti UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP, PBB, SUPP, SPDP, PRS, PBS, UPKO, PBRS dan LDP tidak bertanding dalam pilihan raya umum. Justeru itu, anggota komponen tidak mempunyai kekuatan politik, semuanya ada pada BN.
Sungguh pun UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya umum, tetapi Presiden UMNO ialah Pengerusi BN. Presiden UMNO dan Pengerusi BN ialah Perdana Menteri.
Justeru itu, Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri berkuasa mutlak kerana BN bertanding dalam pilihan raya umum. Presiden-presiden anggota komponen tidak mempunyai kekuatan politik kerana mereka tidak bertanding dalam pilihan raya umum atas nama parti masing-masing.
Apabila Perdana Menteri berkuasa mutlak, hatta Majlis Tertinggi UMNO tidak mempunyai kekuatan politik kerana UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya umum. Majlis Tertinggi parti-parti komponen juga tidak mempunyai kekuatan politik kerana parti-parti komponen tidak bertanding dalam pilihan raya umum.
Calon-calon dan kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri atau DUN ditentukan oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri berkuasa mutlak (prerogative) untuk melantik anggota kabinet dan portfolio menteri-menteri. Dasar-dasar kerajaan ditentukan oleh Perdana Menteri.
Justeru itulah, bagi saya BN memperalatkan semua anggota komponennya dan mereka menjadi kuda tunggangan UMNO.
Ciri kedua : Majoriti Dua Pertiga
BN ialah kerajaan majoriti dua pertiga (2/3). UMNO ialah pertubuhan politik bangsa Melayu. Justeru itu, bangsa Melayu bersatu menyokong UMNO dan mengundi BN dalam pilihan raya umum.
Apabila bangsa Melayu bersatu mengundi BN, maka BN berupaya membentuk kerajaan majoriti mudah (simple majority). Apabila bangsa Melayu bersatu menyokong UMNO, maka pribumi dari Sabah dan Sarawak juga bersatu mengundi BN dalam pilihan raya umum.
Bangsa Cina dan India ialah pengundi minoriti. Apabila bangsa Melayu, Pribumi Sabah dan Sarawak mengundi BN dalam pilihan raya umum, maka bangsa Cina dan India tidak ada pilihan selain daripada menyokong dan mengundi BN dalam pilihan raya umum atau berada dalam pembangkang.
Apabila bangsa Melayu, Pribumi daripada Sabah dan Sarawak, bangsa Cina dan India bersatu mengundi BN dalam pilihan raya umum, maka kerajaan BN ialah kerajaan majoriti dua pertiga (2/3).
Kerajaan majoriti dua pertiga tidak memberi peluang kepada pembangkang mengganti kerajaan BN. Justeru itu, Kerajaan BN dicipta untuk memerintah selamanya. Kerajaan yang tidak tertakluk kepada perubahan (not subject to regime change) ialah kerajaan satu-sistem.
Bagi saya, kerajaan demokrasi ialah kerajaan satu-parti atau kerajaan campuran. Contoh kerajaan satu-parti ialah kerajaan PAS di negeri Kelantan atau kerajaan Berjaya atau PBS di Sabah satu ketika dahulu. Contoh kerajaan campuran ialah kerajaan PKR-PAS-DAP di negeri Selangor.
Kerajaan satu-sistem bukan kerajaan satu-parti atau kerajaan campuran. Kerajaan satu-sistem menguasai Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Justeru itu, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman (Judiciary) tertakluk kepada kuasa Perdana Menteri. Perlantikan ketua Polis,Tentera atau Ketua Hakim Negara ditentukan oleh Perdana Menteri.
Apabila Perdana Menteri berkuasa mutlak, maka Perdana Menteri menguasai semua kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan termasuk Kementerian Kewangan. Justeru itu, Perdana Menteri berkuasa mutlak menganugerah projek-projek secara terus (direct award), rundingan (negotiated), terpilih (selected) atau projek-projek penswastaan (privatisition).
Kerajaan BN menguasai media massa, media elektronik atau badan-badan NGO's terletak di bawah kuasa dan budibicara Perdana Menteri.
ISA juga terletak di bawah kuasa Perdana Menteri. Perdana Menteri berkuasa mutlak mengambil atau tidak tindakan terhadap menteri-menteri atau ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar yang rasuah.
Justeru itu, kerajaan ini tidak tertakluk kepada prinsip pemisahan kuasa antara badan Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman.
Kerajaan ini juga tidak tertakluk kepada prinsip ketelusan, imbangan dan sekatan, amanah dan pertanggungjawaban (not subject to checks and balances, integrity and accountability).
Kerajaan BN juga mengamalkan falsafah politik Machiavelli, matlamat menghalalkan cara (The ends justify the means) untuk mendapat kuasa atau mengekalkan kuasa.
Justeru itu, kerajaan BN berkuasa mutlak. Pepatah Inggeris menyatakan, "Power corrupts. Absolute power, corrupts absolutely". Kuasa mengakibatkan rasuah. Kuasa mutlak mengakibatkan rasuah mutlak. Rasuah mutlak mengakibatkan ketagih hingga ketahap 'kleptomania'. Ciri Ketiga : Sinonim Dengan Komunis
Adalah terbukti bahawa sistem politik BN ialah sama seperti sistem politik komunis. Sistem politik komunis berpaksikan ahli-ahli parti kerajaan komunis untuk memenangi pilihan raya umum. Majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli parti kerajaan komunis itu. Justeru itu, apabila pilihan raya umum diadakan kerajaan komunis tidak tertakluk kepada perubahan (not subject to regime change).
Sistem politik BN ialah sama seperti sistem politik kerajaan komunis. Majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli BN.
Ciri keempat: Pecah dan Perintah
BN memecahbelah bangsa Melayu dan umat Islam kepada ahli dan bukan ahli, bangsa Cina kepada ahli dan bukan ahli, bangsa India kepada ahli dan bukan ahli, Pribumi Sabah dan Sarawak kepada ahli dan bukan ahli. Justeru itu, sistem politik BN memecahbelah rakyat Malaysia kepada ahli dan bukan ahli.
Menurut kenyataan Setiausaha Agung BN Adnan Mansor, dalam akhbar, The New Straits Times, pada 9 September 2010, jumlah ahli-ahli BN ialah 7 juta orang.
Dalam pilihan raya umum tahun 2008, jumlah pengundi dalam negara ialah 10,922,139 (SPR). Adalah terbukti bahawa majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli BN.
Justeru itu, sistem politik kerajaan BN ialah sama seperti sistem politik kerajaan komunis. Kerajaan komunis tidak tertakluk kepada perubahan kerana majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli BN.
Apabila ahli-ahli BN mengundi BN setiap kali pilihan raya umum diadakan, maka kerajaan BN tidak tertakluk kepada perubahan selamanya (not subject to regime change forever).
Apabila kerajaan tidak tertakluk kepada perubahan, maka nasib rakyat Malaysia ialah sama seperti rakyat negara komunis atau rakyat negara Brunei Darussalam. Kerajaan negara Brunei Darussalam juga tidak tertakluk kepada perubahan selamanya.
Rakyat Malaysia bernasib baik apabila Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat kenyataan pada 28 Mei 2010, dalam akhbar The New Straits Times, bahawa ahli-ahli UMNO berjumlah 3,159,484. Apabila ahli-ahli BN ialah 7 juta, maka ahli-ahli anggota komponen ialah 3,840,516.
Daripada kenyataan Presiden UMNO dan Setiausaha Agung BN, ahli-ahli anggota komponen sudah mengetahui bahawa BN mengamalkan sistem politik komunis untuk memenangi pilihan raya umum.
Presiden UMNO dan Perdana Menteri juga mengamalkan kepimpinan autokrasi, berkuasa mutlak, rasuah mutlak, tidak tertakluk kepada perubahan dan menjadikan rakyat Malaysia seperti hamba, maka ahli-ahli anggota komponen berjumlah 3,840,516 sudah tentu tidak sanggup diperalatkan untuk mengamal sistem politik komunis.
Tambahan pula, ahli-ahli anggota komponen mempunyai pilihan untuk mengundi Pakatan Rakyat bagi menjadi pemerintah baru negara.
Gabungan atau campuran antara PKR, PAS dan DAP tidak berpaksikan sistem politik BN. Setiap parti PKR, PAS dan DAP bertanding dalam pilihan raya umum. Justeru itu, PKR, PAS dan DAP masing-masing mempunyai kekuatan politik mereka tersendiri. Tidak ada kuda tunggangan dalam gabungan campuran sebegini.
Gabungan atau campuran tidak berpaksikan undi ahli-ahli untuk memenangi pilihan raya umum. Majoriti pengundi dalam negara ialah rakyat. PKR, PAS dan DAP berpaksikan undi rakyat. Justeru itu, PKR, PAS dan DAP berpaksikan sistem politik demokrasi.
Sistem politik demokrasi memberi hak dan kebebasan untuk memilih atau menukar kerajaan dalam pilihan raya umum. Justeru itu, kerajaan rakyat tertakluk kepada perubahan (subject to regime change). Tidak ada kerajaan yang maksum (perfect) di dunia.
Justeru itu, menjelang pilihan raya umum ke 13 akan datang, rakyat Malaysia bebas untuk mengundi kepimpinan autokrasi, berkuasa mutlak, resuah mutlak, kerajaan komunis, tidak tertakluk kepada perubahan dan untuk menjadi hamba kepada Perdana Menteri iaitu kerajaan BN selamanya atau memilih pihak lain.
Ahli-ahli anggota komponen BN berjumlah 3,840,516 juga boleh untuk tidak diperalatkan oleh UMNO atau jadi kuda tunggangan UMNO untuk mengamal sistem politik komunis atau sebaliknya.
Bagi saya, hanya kroni-kroni Perdana Menteri (Presiden-Presiden anggota komponen) dan ahli-ahli UMNO berjumlah 3,159,484 akan mengundi BN.
Jika begitu, sistem politik BN sudah tidak releven apabila ahli-ahli anggota komponen menolak sistem politik BN dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.
Dalam pilihan raya umum tahun 2008, rakyat Malaysia di Semenanjung sudah membuat keputusan untuk menolak kerajaan BN kerana sudah terlalu lama dan terlalu rasuah.
Tanpa sokongan rakyat Sabah dan Sarawak, BN tentu sudah kehilangan kuasa. Dalam pada itupun, BN hanya berupaya mengekalkan kuasa dengan majoriti mudah saja. Justeru itu, bagi saya, sistem politik BN sudah tidak releven.
Setelah rakyat Malaysia keseluruhannya mengetahui (melalui kenyataan Presiden UMNO dan Setiausaha Agung) bahawa BN mengamalkan sistem politik komunis, maka lebih banyak rakyat di Semenanjung tidak akan mengundi BN dalam pilihan raya umum ke 13 berbanding dengan pilihan raya umum ke 12 pada tahun 2008 lalu.
Saya juga yakin, rakyat Sabah dan Sarawak juga tidak akan mengundi BN dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang setelah mengetahui bahawa kerajaan BN ialah sama seperti kerajaan komunis.
Justeru itu, bagi saya dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang, BN akan kehilangan kuasa. Majoriti bangsa Melayu, Cina, India, Pribumi Sabah dan Sarawak akan menolak sistem politik kerajaan BN kerana sistem politik BN sama seperti sistem politik komunis.
Rumusan
Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak menyatakan, "Prosperity is no substitute for demokrasi". Kemakmuran negara bukan pengganti demokrasi. Demikian penjelasan beliau apabila diminta memberi komen tentang sistem politik demokrasi berbanding dengan sistem politik komunis dalam lawatan beliau ke negara Myanmar dalam bulan Mac 2012 lalu.
Ekonomi negara China ialah kedua terbesar di dunia dan sudah menghantar angkasawan ke angkasa lepas, tetapi negara China tetap mengamalkan sistem politik komunis. Negara Russia mengadakan pilihan raya umum, tetapi pilihan raya umum dimanipulasi untuk memihak kepada kerajaan komunis.
Kerajaan diktator Hosni Mubarak mengadakan pilihan raya umum. Setiap kali pilihan raya umum diadakan NDP, iaitu parti Hosni Mubarak memenangi antara 80 peratus atau 90 peratus undi. Sebabnya, pengiraan undi diadakan dalam Kementerian Dalam Negeri. Peti undi yang kalah diganti dengan peti undi yang sudah berisi dan menang.
Rakyat benci kepada kerajaan Hosni Mubarak, tetapi setiap kali pilihan raya umum diadakan, NDP mendapat undi luar biasa. Akhirnya, revolusi Arab Spring dilancarkan untuk mengguling kerajaan Hosni Mubarak.
Adalah diingatkan bahawa kerajaan komunis, diktator atau raja berkuasa mutlak mengamalkan falsafah politik Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Semua cara halal atau tidak digunakan untuk mendapat kuasa dan mengekalkan kuasa termasuk mengenepikan perintah Allah, menipu, membunuh, berlaku zalim dan ketepikan hak asasi dan kebebasan rakyat.
Akhir sekali, BN berpaksikan undi ahli-ahli BN untuk memenangi pilihan raya umum. Sewajarnya BN dijadikan pertubuhan politik agar individu berhak menjadi ahli. Sebaliknya ahli-ahli BN ialah ahli-ahli anggota komponen. Tetapi dalam pilihan raya umum, ahli-ahli anggota komponen diperintah untuk mengundi BN. Justeru itu, ahli-ahli anggota komponen hanya diperalatkan agar Perdana Menteri BN berkuasa mutlak dan mengamal rasuah mutlak.
Perkara ini sudah lama dipersoalkan oleh anggota BN tetapi tidak diendahkan. Tetapi anggota komponen tidak terdaya membuat tindakan. Pilihan ialah menyokong sistem politik BN atau berada dalam pembangkang.
Tetapi, keadaan sudah berubah. Bangsa Melayu, Cina, India, Pribumi daripada Sabah dan Sarawak sudah mempunyai pilihan mengundi gabungan dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum untuk memerintah dan biarkan BN jadi pembangkang kerana BN mengamalkan sistem politik komunis, berkuasa mutlak dan mengamalkan rasuah mutlak- DATUK YAHYA LAMPONG.
(NOTA : Datuk Yahya Lampong adalah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar di era Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Ketika pembentukan DEB dan selepas itu pembentukan SEDC bagi semua negeri, penulis dilantik menjadi Pengurus Besar Sabah SEDC yang pertama. Beliau telah mengiytiharkan keluar Umno dan menyertai PKR.)
Penghuni berek tentera sebuah kem di Jalan Lapangan Terbang Miri, di sini, gempar apabila seorang rakan mereka yang tidak kelihatan sejak pulang dari kerja petang Selasa lalu, ditemui mati tergantung di siling biliknya, kelmarin.
Mayat Lans Koperal, Mohd Farizzul Amir, 27, dari Pahang, itu ditemui kira-kira jam 4.30 petang selepas beberapa rakan rapat menyedari kelibatnya tidak kelihatan sejak selesai bertugas petang Selasa lalu.
Sumber polis berkata, beberapa rakan yang curiga bertindak memecahkan pintu bilik Mohd Farrizul selepas mendapati ia berkunci dari dalam sebaik pulang dari tempat kerja.
Katanya, selepas beberapa ketika memanggil nama dan mengetuk pintu biliknya, tetapi tidak disahut, penghuni berek kemudian memecahkan pintu kerana mengesyaki sesuatu tidak kena dalam kejadian, kira-kira jam 4.30 petang itu.
Difahamkan, sebelum kejadian, Mohd Farizzul tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap atau menceritakan masalah kepada rakan sekerja yang lain, malah sempat berborak dengan rakan sebiliknya pada malam sebelumnya. Malah, anggota tentera yang masih bujang serta menyertai pasukan sejak lapan tahun lalu itu dikatakan seorang anggota berdisiplin dan mempunyai hubungan baik dengan rakan setugasnya.
"Kebiasaannya, mangsa sering bersembang dengan rakan sekerja lain apabila selesai tugas, namun berbeza dengan petang kelmarin (Selasa) apabila dia terus masuk dan berkurung di dalam biliknya sehingga mencetuskan tanda tanya penghuni lain.
"Kecurigaan itu hanya terjawab apabila pintu bilik berjaya dibuka dan dia ditemui mati tergantung di siling bilik menggunakan seutas tali nilon di tepi katilnya," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Sapian Salihin ketika mengesahkan kejadian itu berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat.
[HM] KUALA LUMPUR: Sekumpulan penjenayah, sebahagian besarnya bermotosikal turut menggunakan sebuah bas sekolah untuk mengangkut pelbagai kelengkapan penunggang motosikal berkuasa besar terutama jaket kulit yang dicuri daripada sebuah kedai di Jalan Genting Klang, di sini, awal pagi semalam.
Jenayah berlaku pada jam 5.30 pagi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, Alpinestars Shop Malaysia menunjukkan sekurang-kurangnya lapan lelaki terbabit kejadian itu.
Rakaman itu menunjukkan tujuh penjenayah terbabit menaiki motosikal serta memakai topi keledar manakala seorang lagi memandu bas sekolah dan mereka mengambil masa hanya tiga minit untuk mencuri barangan bernilai hampir RM70,000.
Pengurus Besar, Alpinestars Shop Malaysia, Rudi Fariq berkata, ini kali pertama kedai syarikat berkenaan dirompak dan beliau percaya ia sudah dirancang kumpulan terbabit.
"Kalau lihat pada rakaman CCTV, cara mereka lakukan rompakan sangat teratur dan hanya beberapa minit diambil untuk melarikan barangan kami bernilai hampir RM70,000.
Salam ceria. Entah untuk ke berapa kali anjang sampai ke rumah agam GISB di Danga Bay ni. Sebelum Abuya pergi, kalau ke JB, di sinilah selalunya Abuya tinggal. Indahnya kenangan bersama Abuya. Ummu Miqdam pun pernah duduk sini, begayala. Bunglow! Saudara mara yang sangat pandang dunia memuji-muji rumah Ummu Miqdam, besar giler. Lokasinya: di seberang jalan je, Danga Bay. Kalau ada 'Sure Heboh'… Sure bising gilerrr sebab stagenya dah le dekat, menghadap bunglow tu pulak. Cuma pengalaman anjang, tak pernah la tunggu lama tak buka pintu macam awal pagi tadi. Mungkin penghuninya sangat keletihan. Kesian Fida' tawaf rumah, nak kejutkan warganya. Sejuk hati bila doa jihad di baca: 'Mohonlah di pecah belahkan musuh-musuh itu, bubarkan perhimpunan mereka, kecilkan bilangan mereka, goncangkan dan runtuhkan kedudukan dan kuasa mereka…' Dengan pelat lidah Palestin. Ya bilal pagi ni di rumah agam Danga Bay, menantu ibu Sukainah: Husam Khamis. Keciknya dunia, selalu jumpa di Jerash, penuh bergaya mengarah-arah pekerja-pekerja Mat'am Lubnan, pagi ni melayan kami sahur di meja makan.
Berkat doa Husam agaknya, Syh Nasir sampaikan berita yang dia baru baca: Perletakkan jawatan YDP Perkasa Pulau Pinang, Datuk Ahmad Saad.
Perkasa agak terkenal dengan agenda mereka mempertahankan hak bangsa Melayu dan Pribumi, Agama Islam, Raja-raja Melayu serta mempertahankan maruah
Negara. Menjadi lebih terkenal bila YB Dato' Ibrahim Ali sebagai Presidennya mengajak menangani bekas Arqam seperti tangani komunis. Sayangnya permohonan maaf Dato' Ibrahim Ali daripada pihak GISB di Mat'am Nur Muhammad Segambut tidak mendapat liputan media.
Post kali ni faktanya bukan muktamad, ia cuma perbandingan segera. Tapi bila yang suarakan adalah Ahli Dewan Tertinggi PERKASA Malaysia, kira hampir menjadi kenyataan rasmi. Cuma mungkin atas dasar menjaga hati pihak-pihak tertentu, ia tak dijadikan kenyataan umum. Beliau adalah YDP Perkasa Negeri Sembilan, Datuk Haji Mohd Noor Nordin bin Abdullah, VIP hari ke 3, roadshow GISB di Seremban 2. Setelah melawat booth-booth pameran dan gerai jualan di Roadshow Saham Akhirat, komennya :
'Orang-orang Abuya berkualiti kerana mempunyai jiwa juang, semangat kesukarelawan dan pengorbanan yang tinggi.'
'Sedangkan orang-orang UMNO tak akan bergerak kecuali disediakan duit. Dari sekecil-kecil perkara, semuanya kena disediakan duit.'
'Ini menjadi tekanan kepada para pemimpin kerana mereka juga tidak ada sumber. Setakat gaji Adun RM6K tidak mampu menanggung petugas-petugas yang sentiasa menuntut bayaran, maka ramai yang korup, terlibat dengan rasuah demi menggerakkan program.' Datuk kata: 'UMNO pasti akan jatuh kerana kemungkaran tak akan bertahan lama.'
Nampaknya, Datuk sebagai salah seorang pemimpin UMNO pun dah tak yakin dengan kemampuan UMNO untuk bertahan. Sebenarnya Datuk bukan keseorangan, kerana bukan sedikit dari kalangan orang-orang politik samada pembangkang mahupun kerajaan yang dah tak yakin bukan saja dengan parti malah dengan sistem demokrasi itu sendiri.
Cuba cari satu negara demokrasi contoh di dunia ini, kita nak tengok bagaimana pemimpin dan rakyatnya. Hakikat pahit yang perlu kita telan hari ini ialah, tiada satu pun negara demokrasi atau bukan demokrasi yang boleh dijadikan contoh di seluruh dunia. Semua lapisan masyarakat meluahkan rasa tidak puas hati dengan pelbagai cara; tulisan, internet, mogok, bakar diri, jenayah, protes jalanan malah pemberontakan ketenteraan seperti di Syria dan selatan Thailand.
Dalam analisa politiknya ketika bersembang-sembang,
Datuk juga sebut:
i-Pendapat Tun Daim kalau buat PRU sekarang BN hanya akan dapat 98 Kerusi Parlimen dari 222 kerusi.
ii-Ku Li pula kata, paling banyak BN dapat 106
iii-Bekas Panglima ATM berpendapat, BN hanya akan menang 117. Jadi purata dari 3 pendapat ini, BN hanya akan memperolehi 107 kerusi sahaja. Minumum untuk menang BN kena dapatkan 112 kerusi. Ertinya jika adakan PRU, BN tak akan menang. Putrajaya akan dirampas oleh PR.
Ertinya dah ada ketakutan di hati semua pihak, kerajaan tak akan dapat bertahan jika diadakan PRU. Kebimbangan yang sangat berasas bila melihat kepada rapuhnya kekuatan dalaman parti tunggak BN…UMNO.
Cuma yang menjadi kemuskilan anjang adalah bila Datuk sebut: "Tinggalkanlah agenda untuk jadi PM tu."
Setakat itu je la pandangan Perkasa. Rasa nak beritau je pada Datuk tu, Datuk sendiri kata, UMNO akan jatuh tapi Datuk tak mahu GISB naik, kalau begitu siapa yang akan naik? Dalam masa yang sama Datuk sokong GISB berniaga.
Sedangkan GISB langsung tidak ada agenda nak jadi PM, Abuya pun begitu. Yang Abuya dan GISB yakin dan perjuangkan sungguh-sungguh adalah Malaysia dalam jadual Allah. Malaysia akan jadi Daulah. Abuya sebagai PBT dan akan memerintah Malaysia. Pada GISB ia bukan agenda peribadi Abuya, ia adalah jadual Allah yang pasti berlaku. Ia adalah agenda Tuhan. Datuk sendiri akui, GISB sangat kuat sekarang. Walaupun roadshow GISB hanya beberapa hari di setiap lokasi, cubalah Perkasa, UMNO, PAS. ABIM, JIM atau mana-mana kumpulan Melayu Islam buat! Siapa yang berhak mewakili kepimpinan bangsa Melayu Islam di Malaysia sekarang kalau bukan GISB?
Sekadar pandangan. Ampun maaf, jam 10 insyaAllah ke Singapore, nak tengok roadshow GISB di Geylang.
Hubungan tidak selari Kerajaan Pusat-negeri beri kesan tidak baik
SEMPORNA 3 Nov. -Hubungan tidak selari atau tidak akrab antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri boleh menjejaskan usaha membantu memajukan rakyat.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, banyak projek untuk rakyat di beberapa negeri yang ditadbir kerajaan pakatan pembangkang termasuk Projek Loji Rawatan Air Langat 2 menghadapi masalah disebabkan hubungan tidak mesra kedua-dua pihak.
"Sebagai contoh, bantuan yang kita berikan kepada negeri Selangor dan Kelantan untuk penyelenggaraan jalan raya di negeri itu tidak digunakan untuk jalan tetapi untuk kepentingan lain. Sebahagian kecil sahaja untuk tujuan asal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pelancaran Kluster Rumpai Laut Sabah yang disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di sini hari ini.
Menurut Shafie, projek bekalan air untuk masyarakat Orang Asli di Gua Musang, Kelantan, di bawah kementeriannya juga menghadapi masalah disebabkan tindak-tanduk kerajaan negeri yang tidak mesra dengan Kerajaan Pusat meskipun projek itu untuk rakyat.
GEORGE TOWN, 3 NOVEMBER: Tuduhan BN bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang meminggirkan kontraktor Kelas F yang kebanyakannya Melayu Bumiputera dianggap tidak berasas apabila jumlah penganugerahan projek kepada kontraktor berkenaan meningkat setiap tahun selaras dengan pertambahan peruntukan pembangunan kerajaan negeri.
"Pada 2010, nilai kerja projek pembangunan negeri yang ditawarkan kepada kontraktor Kelas F bernilai RM38.5 juta iaitu meningkat sebanyak RM26.8 juta berbanding 2009," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2013 semalam.
"Pada 2011 juga mencatat peningkatan ketara di mana nilai projek berjumlah RM67.9 juta ditawarkan jabatan dan agensi kerajaan negeri kepada kontraktor Kelas F," katanya.
Menurut Guan Eng, sehingga September 2012, nilai projek yang ditawarkan kepada kontraktor Kelas F adalah berjumlah RM57.02 juta.
Prihatin, Pulau Pinang tubuh majlis Rundingan Kontraktor Kelas F
Katanya lagi, kerajaan negeri juga menubuhkan Majlis Rundingan Kontraktor Kelas F yang berfungsi menyediakan platform sebagai meja rundingan dua hala di antara jabatan atau agensi kerajaan dan kontraktor Kelas F.
"Antara usaha yang dilakukan ialah mengadakan bengkel dan latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kontraktor Kelas F khusus dalam kerja konservasi warisan," katanya.
DAP pinggir kontraktor Melayu? Fitnah BN terjawab
Timbalan Bendahari MCA Selangor, Lee Ban Seng sebelum ini cuba memainkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat Cina dengan mendakwa Kerajaan Pulau Pinang tidak melaksanakan pemberian tender secara telus bagi semua projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kerana 100 peratus nilai projek diserahkan kepada kontraktor Melayu.
Menempelak dakwaan itu, Guan Eng berkata, sebelum ini UMNO-BN menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang anti Melayu. "Kita tidak anti kepada mana-mana kaum kecuali BN yang ditentang kerana sikap mereka yang sering mempolitikkan isu dan sentimen kaum untuk kepentingan
PONTIAN - Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia bertanding di Pekan, yang kini disandang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disifatkan sebagai "pelik".
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya melihat perkara tersebut sebagai pelik memandangkan Parlimen Pekan bukan kubu kuat Pas, DAP mahupun PKR.
Ketiga-tiga parti itu komponen Pakatan Rakyat (PR).
Beliau juga menasihatkan agar Hadi, kini Ahli Parlimen Marang, Terengganu, tidak mengambil tindakan yang boleh 'makan diri' sendiri.
"Adakah tidak ada tokoh (Pas) di kawasan Pekan sehingga perlu mengimport calon luar atau payung terjun.
"Jelas kali, mereka umpama terdesak sehingga terpaksa meletakkan pemimpin utama parti tersebut bagi meraih undi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian jalan baru Parit Betak Darat, Benut, Pontian yang menelan kos RM532,000 di sini, pagi ini.
Ahli Parlimen Pontian ini menegaskan, walau apa pun tindakan yang diambil oleh pembangkang, Umno yakin ia tidak sedikit pun menggoyah keyakinan rakyat kepada kepimpinan yang sedia ada.
"Biarlah apa pun yang mereka (pembangkang) mahu lakukan, itu hak mereka, dan kita (Umno) menghormatinya.
"Umno yakin PM akan mempertahankan kedudukannya kerana pada (Pilihan Raya Umum) PRU lepas, PM telah mendapatkan majoriti yang tertinggi di situ," katanya yang juga Ketua Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN).
Beliau turut mengingatkan agar Hadi yang dilihat sebagai payung terjun ini benar-benar yakin dengan keputusannya kerana melihat ia boleh memakan diri sendiri kelak.
"Saya melihat seperti payung terjun, bukan tidak pernah berlaku... payung terjun yang tidak dapat dibuka pada saat saat akhir (terjunan)," katanya.
Ketika ditanya sama ada Umno akan menggunakan taktik yang sama seperti yang oleh diumumkan oleh Hadi, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, parti itu sudah mempunyai calon-calon yang berwibawa.
"Umno mempunyai strategi yang tersendiri, dan mempunyai mempunyai calon-calon yang berwibawa di setiap (bahagian) Parlimen dan Dun.
"Justeru tidak timbul payung terjun dalam Umno," katanya.
Pengantin lelaki telah membawa 5 dulang hantaran dan dibalas oleh 7 dulang oleh pengantin perempuan. Masa kahwin adalah sebanyak RM10,000. Kedua-dua pengantin nampak sama cantik dan sama padan dengan persalinan pengantin serba putih.
JITRA: Majlis Guru Pondok yang dianggotai 28 pondok pengajian Islam di negeri ini sebulat suara menolak penyertaan mereka ke dalam Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia (YPP1M) yang dilancarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato' Dr Mashitah Ibrahim.
Pengerusinya, Ustaz Mohd Rejab Md Akhir memaklumkan, semua anggotanya tidak pernah memberi sebarang persetujuan berkaitan penyertaan ke dalam YPP1M, sekaligus mendesak agar nama pondok-pondok mereka dikeluarkan serta merta dari senarai YPP1M.
Dalam satu deklarasi yang dikeluarkan selepas majlis pertemuan bersama anggota-anggota majlis tersebut mereka menegaskan, sebagai tanda kepada penolakan tersebut semua anggota majlis tidak akan hadir ke majlis bersama Perdana Menteri yang dijadualkan pada 8 November ini.
"Bahawa kami amat menyedari penubuhan ini bermotifkan politik khususnya kepada Umno yang semakin tenat di hujung usia. Malah kami amat mempersoalkan penubuhannya di saat hampir menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dilihat lebih menjurus kepada tarikan undi.
"Dengan tegas kami menyatakan bahawa pihak Kerajaan Malaysia pimpinan BN sedang cuba memperalatkan guru-guru pondok dan pengaruh mereka bagi tujuan berkaitan," demikian petikan deklarasi yang termeterai selepas pertemuan tersebut di Madrasah Manabi' Al-Ulum Ad-Diniah, Telaga Batu, di sini 1 November baru-baru ini
Deklarasi itu juga lantang mengingatkan bahawa di bawah teraju BN, institusi pondok dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) pernah cuba dibunuh dengan penarikan bantuan perkapita dan tuduhan melampau sebagai markas militan.
Malah, majlis yang bernaung di bawah Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa) itu turut melontarkan kekesalan bahawa sejak lebih 50 tahun, institusi pondok dan SAR tidak pernah diberi peruntukan khusus menerusi Bajet Tahunan Negara sepertimana dinikmati institusi pendidikan lain.
Ujar gabungan itu lagi, sekiranya YPP1M benar-benar tulus untuk membantu institusi pondok, mereka menggesa sebarang bentuk bantuan atau sumbangan disalurkan menerusi akaun bank majlis gabungan itu.
"Pun begitu, pihak kami akan meneliti terlebih dahulu sebarang syarat penerimaan yang mungkin dikenakan sebelum menyatakan persetujuan penerimaan," jelas kenyataan itu.
Deklarasi itu turut menegaskan bahawa ulama dan institusi pondok wujud lebih awal sebelum kewujudan institusi kerajaan dan pelopor kepada perjuangan kemerdekaan ke arah menegakkan pemerintahan Islam yang dinafi dan dibuli pemerintah sejak sekian lama.
Hasrat Pakatan Rakyat mahu menjadikan Najib Razak sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen selepas PRU13 nampaknya mungkin sia-sia.
Ini kerana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkemungkinan akan bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada PRU13.
Mana mungkin Najib diangkat sebagai ketua pembangkang oleh parti komponen BN jika Najib bakal menerima kekalahan apabila berhadapan dengan Persiden PAS.
Jika benar berita ini, kita sambut baik kerana ianya adalah pertandingan diantara Presiden PAS dengan Presiden Umno. Bagaimanapun, adakah Najib sedia menerima segala keputusan dengan tenang terutama jika Najib kalah di kerusi parlimen sendiri.
Rata-rata orang Pekan sendiri pun dah menyampah dengan Najib, cuma Najib saja yang perasaan.
Umum mengetahui, Najib pernah menghadapi pengalaman trauma pada tahun 1999. Ketika kemuncak tsunami politik dikalangan orang melayu, beliau hampir tersungkur di tempat sendiri dimana hanya menang majoriti 241 undi sahaja.
Salah satu daripada tiga trak kempen pilihan raya DAP yang baru dilancarkan didapati hilang pagi ini di Johor, kata ketua DAP negeri Dr Boo Cheng Hau.
Boo berkata trak tiga tan yang diparkir di luar sebuah rumah kedai di Taman Tun Aminah itu dipercayai dicuri.
"Ia diparkir di luar rumah kedai ketua Wanita saya, apabila mereka pulang pada 11 malam, mereka dapati ia masih ada di situ tapi pada jam 7 pagi apabila anak perempuannya keluar, dia dapati trak itu sudah ghaib," katanya.
Boo berkata, trak yang mudah dikenali – dengan gambar besar maskot Ubah itu menjadi sasaran walaupun berada berdekatan dengan trak lain di jalan tersebut.
Oleh yang demikian, beliau menganggap bahawa kejadian itu bermotif politik kerana trak lain di kawasan itu tidak terjejas. -M'kini
Semalam, Presiden PAS membuat kejutan bahawa beliau sedia bertanding di Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Sebenarnya Pekan bukanlah kubu kuat UMNO BN seperti yang digembar-gemburkan kerana Najib sendiri hampir tewas di Parlimen Pekan pada PRU 1999 di tangan calon PAS yang tidak terkenal iaitu Ramli Mohamed.
Malah kemenangan Najib dengan majoriti 241 undi itu pun diragui - kerana kemenangan hanya diumumkan apabila beberapa peti undi yang "sampai lewat" dikira.
Berikut ialah ulangsiar wawancara Editorial Harakah bersama bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Dato' Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz:
Najib, pemimpin Umno dan PM yang gagal
Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak disifatkan hilang punca, begitulah kesimpulan yang dibuat oleh bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Dato' Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz kepada Harakah ketika sesi 'Cakap-cakap Bersama Harakah' di Pejabat Editorial baru-baru ini. Ikuti temubual sidang Editorial Harakah, antaranya AHMAD LUTFI OTHMAN, TAUFEK YAHYA, MOHD RASHIDI HASSAN, TARMIZI JAM dan WAN NORDIN WAN YAACOB serta Jurugambar, NASIR SUDIN bersama bekas ADUN Pulau Manis itu.
HARAKAH: Penyeberangan yang di luar kotak jarang-jarang dilakukan, boleh saudara nyatakan mengapa tinggalkan Umno dan sertai DAP?
DATO' MOHD ARIFF SABRI: Pertamanya terima kasih kerana Harakah jemput saya ke sini. Banyak yang tanya saya persoalan kenapa saya daripada Umno ke DAP, dan bila pindah pula tu tidak pilih parti lain tetapi DAP yang 100 peratus bertentangan dengan falsafah Umno. Kenapa tidak PAS atau Parti Keadilan Rakyat (KeADILan).
KeADILan ini DNA-nya Umno masih ada di situ, cara dia beroperasi itu masih ada cara Umno, bila ada perubahan nanti barulah boleh bertukar.
Saya tidak masuk PAS ini sebab saya kesian kepada PAS, sebab nak masuk PAS ini, ia mesti menangguh imej nak bawa PAS yang keagamaan dan saya tahu kekurangan diri saya. Saya nak elak PAS rosak saya tidak masuk, tetapi saya terus menyokong perjuangan PAS dan semasa dalam Umno dahulu lagi pun, saya menyokong PAS terutama dalam isu Umno fokuskan untuk merampas Kelantan yang dikuasai Melayu dan PAS, kenapa Umno beria-ia sangat nak rampas, saya tidak setuju dengan hal ini.
Sekarang ini apabila Umno dan pemimpinnya menyerang tokoh kepimpina PAS dengan kata nista, ini saya tidak setuju sangat.Jadi suatu parti yang nyata bertentangan dengan Umno ialah DAP yang secara lengkapnya tidak sama dengan Umno, justeru saya sertai DAP yang budayanya sangat bertentangan dengan Umno. Saya ada keserasian kerana DAP kini tiada berbaur perkauman sangat mutakhir ini.
Saya sendiri telah berbincang dengan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, misalnya dalam persoalan jawatan Perdana Menteri Malaysia, dia mengakui realiti Malaysia ini tidak membenarkan orang selain Melayu menjadi Perdana Menteri, dan jika orang selain Melayu jadi PM, dia kata akan berlaku huru hara dan pertumpahan darah.
Orang Cina tak hendak benda itu, mereka hanya mahukan sebuah kerajana yang urustadbirnya baik, kedaulatan undang-undang yang betul, layanan kepada kita sama seperti kepada pembesar negara. Pada saya Umno gunakan undang-undang hanya untuk kukuhkan kedudukan, Umno akan manipuasi undang-undang. Persoalan besar hari ini rasuah, yang tidak dapat dibendung dalam Umno dari atas ke bawah. Ini bukan saya cakap, tetapi jika kita bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pun dia akan cakap begini.
Dalam satu majlis makan tengahari bekas menteri tidak disangka, Mahathir datang dan dia diberi penghormatan sepatah dua kata berucap. Tetapi Tun Mahathir take overlah sesi itu. Kenyataan pertama Tun Mahathir dia sebutkan bahawa 'negara kita ini dah korup dari atas ke bawah', dari Najib hinggalah ke bawah, ini dia cakap, jadi Musa Hitam cakap kepada saya dia pelik, inilah orang yang bertanggungjawab budaya koruspi ini, dari segi 'public statement' dia (Mahathir) nampak menyokong Najib tetapi dalam peribadinya dia tidak, dia banyak yang tidak suka cara Najib mentadbir itu.
Saya lihat umurnya (Mahathir) dah lebih 80 tahun, tetapi dah dia tidak boleh berhenti.Selalu saya bincang mengapa Tun Mahathir tidak boleh berhenti. Saya ada teori bahwa apa yang dia (Tun Mahathir) lakukan dahulu menghambat diri dia, dan dia kena tidak boleh tidak mengawal keadaan daripada jadi lebih teruk. Sebab itulah dari segi trend kemungkinan politik masa depan itu dia cukup gerun jika PR dapat ambil alh kerajaan dan 'nightmare' pada dia, jika Anwar Ibrahim jadi PM, dia rasakan Anwar akan bangkit semua cerita lama dia (Tun Mahathir).
Menyentuh soal kekuatan Pakatan Rakyat, kemungkinan faktor yang menyebabkan rakyat mahu kepada PR adalah Anwar, ataupun sebenarnya kelemahan Umno-BN itu sendiri?
Saya rasa yang faktor Anwar itu 'icing on the cake' sahaja, secara dasarnya rakyat menolak kebejatan Umno-BN. orang Umno pun 'fed up' dengan gelagat kepimpinan, bercakap soal kepentingan Melayu tetapi sebenarnya hanya menjaga kepentingan mereka dan kroni sahaja.Bercakap fasal negara, bagaimana urustadbir negara dengan pengaliran keluar wang negara dan ketirisan, rakyat melihat kepada ini, rakyat berdepan kos hidup yang tinggi, gaji tidak naik kepada tahap yang baik, dan rakyat marah kerana melihat pemimpin BN berbelanja seolah-olah tidak berhemah, dan menghentam sahaja tidak terkawal.
Walaupun bagi projek secara tender tetapi semua itu manipulasi, akhirnya kroni sahaja yang dapat. Rakyat baca yang tersirat, pemimpin seolah-olah sedari masa mereka (mentadbir) yang nak habis, selagi ada masa selagi mereka kaut (kekayaan negara), dan ini yang rakyat lihat. Soal Anwar ini dia penyatupadu PAS dan DAP dan dia 'crowd puller'. Dia boleh tarik massa, bila kita hebahkan rakyat akan mudah fahami berbanding penulisan, ceramah ini jauh cepat dapat. Saya tidak menaruh kepentingan luar biasa kepada Anwar Ibrahim, jika KeADILan menang besarpun dia tidak boleh menjadi PM tanpa persetujuan PAS dan DAP.
Barangkali boleh diceritakan sedikit tentang pengalaman dan latar belakang bagaimana bermula dalam politik dan menyertai Umno?
Saya nak ambil kesempatan nak terangkan, saya bukan kritikal kepada Umno selepas saya tidak menjadi wakil rakyat, tetapi jika ada kesempatan saudara-saudara boleh melihat hansard Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Pahang, boleh baca bahawa saya agak kritikal terhadap pengurusan kerajaan negeri Pahang, misalnya dalam pengurusan anak syarikat negeri pahang (SEDC) saya timbulkan persoalan jika syarikat ini sentiasa tanggung rugi.
Kaedahnya tutup jangan tanggung biawak hidup, jika ada syarikat milik kerajaan tetapi tidak boleh bersaing dengan syarikat Cina yang kecil, kita kena tutup, nak buat apa kerajaan bagi duit tetapi tidak untung. Mesti ada pengurusan yang tidak kena, persoalannya ialah korupsi berlaku, meningkatkan kos pengurusan kerajaan. Bila saya keluar, jadi saya ada kebebasan seidkit menyuatakan lebih terbuka, punca segalanya kepimpinan tertinggi yang tiada kekuatan membetulkan keadaan, sampai bila Umno ini tidak akan betul. Pemimpin sebut soal transformasi, tetapi jika tiada keberanian tidak akan berlaku perubahan.
Kepimpinan tertinggi Umno dipegang oleh Dato' Najib sendiri, dan saya yakin dia tidak ada keberanian dan 'political will' melakukan peruabhan, bercakap bolehlah, tunjukkan dia liberal memang dia pandai dan disokong oleh media massa perdana yang menunjukkan dia hebat, tetapi saya ada pengalaman langsung dengan dia, dan saya berani kata dia tidak berani lakukan perubahan, nak menukar Umno punya 'warlord' dia tidak berani. Kerana apa? kerana sokongan yang dia ada kini adalah daripada yang bawah dia (warlord) ini, takkan dia nak menghancurkan sistem kehidupan yang diketahui iaitu, mendapat projek besar dan menyokong pemimpin.
Jika nak reformlah, mati Umno. Lagi satu saya lihat, keduanya Umno ini tiada perjuangan untuk satu seruan, tiada 'cause of struggle'. Macam DAP walaupun dia sekular, tetapi dia ada dasar yang mahu negara ini diurustadbir dengan baik (good governance). PAS pula ada prinsip perjuangan Islam. Ini beza, Umno tiada cause, Umno ini kata mereka pragmatik, mereka kata mereka boleh sesuaikan diri ikut apa sahaja. Sebab itulah peribadi Najib sentiasa cuba membentuk klik, dia baik dengan sana sini, dan mengisi wawasan dia tak ada. Itu kelemahan Najib.
Boleh terangkan latar belakang saudara, bila menyertai Umno dan pengalaman dalam Umno?
Semasa di Universiti saya tak sokong Umno, dan kita di sana (Universiti) sama ada akan menyokong Islamik atau sosialis, masa saya di England, saya lihat pelajar kaum Cina ini mereka bersatu, senantiasa serang kerajaan Melayu dan secara umumnya dia serang Melayu. Secara umumnya masa itu saya seorang Melayu kena respons dengan tindakan mereka itu dengan bersatu dengan Umno dan buatlah apa sumbangan yang boleh kita buat.
Itulah asalnya saya dampingi Umno. Yang paling kuat sekali ialah semasa saya dibawa oleh Najib ke Umno Bahagian Pekan itu sendiri, masa itu tahun 1991 dsaya berhenti daripada Shell, dan masuk ke Umno dengan balik ke Pekan saya jadi AJK Bahagian. Daripada situlah saya bermula aktif dalam Umno. Pada 8 Januari 2012 saya sertai DAP. Di situlah bermulanya perjuangan saya menentang Umno.
Pengalaman dalam AJK Bahagian hingga Adun?
Saya ingat, karier politik saya meningkat pada tahun 1999 apabila Najib hampir-hampir kalah kepada calon PAS ketika itu dengan majoriti lebih kurang 200 undi sahaja. Itupun, calon PAS ketika itu telah pergi sujud syukur di masjid dan menjangkakan telah menang, namun katanya ada beberapa peti sampai lewat dan saya tidak tahulah apa yang berlaku hingga Najib menang 200 undi sahaja.Saya tidak tahu apa yang berlaku.
Selepas itu Najib sedar Umno Pekan ini tiada etika kerja yang betul, bagaimana nak yakinkan orang dan nak lakukan aktiviti, dan pada 199 dia lantik saya jadi ketua Penerangan Umno Pekan.
Bermula sahaja saya jadi Ketua Penerangan, saya susun strategi bagaimana nak menarik pengundi ini sebab di bahagian Pekan tidak ada aspek ini. Sebelum itu budak-budak dia tidak buat kerja hanya bagi tahu okay-okay-okay. Masa itu budak-budak dia hanya tahu sambut Najib sahaja ketika sampai di Pekan, sebab Najib dah pegang kementerian masa itu. Itu sahaja, dia tokoh penting yang akan naik ke atas, kerja Umno Pekan balik ke sana baut aktiviti dan tiada gerak kerja.
Bila saya ambil alih Ketua penerangan, saya lihat bagaimana dia mampu untuk menarik semula sokongan dan menimbulkan rasa sayang pengundi Pekan kepadanya. Saya tanya kepada dia, saingan dia di Pekan adalah PAS, saya tanya dimana kekuatan PAS?.
Sebab Najib tidak pernah terfikir pada masa itu. Saya cakap pada dia, kekuatan PAS adalah di surau dan masjid. Orang Umno ini dia liat sikit ke masjid, jawatan jawatankuasa surau dan pengerusi surau orang Umno nak, tetapi mereka tak mahu ke masjid. Jadi saya cadang dan rancangkan program di surau dan masjid dengan menjemput ulama-ulama dan tokoh agama, bila kita buat program kita jangan maki hamun, kita hanya buat program berasaskan pembicaraan mengenai kerohanian, dan saya panggil semua ulama daripada mesir dan indonesia yang boleh cakap Bahasa Melayu buat program di masjid. Tujuan saya ialah, nak tunjukkan ketika itu bahawa Umno pun tahu juga nak agama, menghormati aktiviti begini. Masa itu orang PAS pun datang, sebab kita tidak ada maki hamun kita panggil orang Arab yang boleh bertutur Bahasa Melayu itu orang PAS pun suka, saya pun bersekali, daripada tidak tahu jadi tahu.
Selama empat tahun saya buat menyeluruhlah. Saya buat lebih 150 program di bawah penerangan yang tidak terbuat oleh mereka di Pekan sebelum ini.Ini jadi rekod. Sebelum ini mereka tidak tahu nak buat apa, lagi pula Najib langsung tidak boleh buat apa-apa. Yang ada hanyalah kekuatan dia pada jawatan selaku Perdana Menteri, dan dia tiada kekuatan. Pada 15 Mac ini saya akan ke Pekan bersama Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS) untuk saya ceramah menerangkan apa kelemahan dan siapa Najib sebenarnya.Orang Pekan mungkin tidak tahu siapa Najib sebenarnya. Dia tidak akan kalah sebab dia ada duit tetapi jika majoritinya turun, dia akan malu, Orang Umno ini kemantapannya tiada sebab tiada pengisian, sebab dia fokus kepada duit.
Pada tahun 2004 Najib dapat 22,000 majoriti selepas saya buat kerja. Masa Anwar kena mata lebam itu, orang Umno pun sokong Anwar. Di Pekan ini saya tahu apa yang berlaku, bayar akan dapat sokongan.
Najib tak kata apa Dato' masuk DAP, dia tahu ke?
Dia tidak tahu, sebab dia tidak dapat kesan waktu saya nak masuk DAP. Sebab itu dia pening, macam mana dia tak boleh agak, dia ingat mungkin saya masuk KeADILan, tetapi akhirnya saya ke DAP. DAP ini bukan 'Jembalang' seperti Umno sangkakan. Ramai yang tanya saya, mengapa PAS boleh bekerjasama dengan DAP, sebab ramai yang tak tahu, saya jawab mudah PAS bekerjasama dengan DAP nilainya Umno berpakat dengan MCA, apa masalahnya PAS pakat dengan DAP. PAS dan DAP pakat atas dasar prinsip, ini dibenarkan, tidak ada masalah. Saya rasa PAS dan DAP tidak berani nak diguguat apa dasar masing-,masing, cuma persamaannya adalah menjatuhkan kerajaan yang korup dan zalim, ini mereka bekerjasama dan walaupun saya Melayu Islam dalam DAP, saya tetap Melayu juga.
Saya beritahu kepada Umno dan MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, saya tukar wadah sahaja bukan akidah. wadah itu penting..... Tetapi akidah tidak tukar, keMelayuan saya tidak kurang berbanding Umno.
Ini bukan masalah. Yang Umno takut ialah Umno hilang punca gunakan eleman gangster, gunakan Perkasa dan NGO yang nampak ekstrim, Rela dan sebagainya beri peruntukan ini menunjukkan Umno tengah risau. Yang Umno risau, rakyat ada pilihan selain Umno dan lebih baik daripada Umno. Saya komen Menteri MITI, Mustafa Mohamed kata aliran masuk pelaburan luar ke dalam negara (FDI) masuk ke Malaysia bagus, tetapi saya sebutkan itu semua FDI yang masuk ke negeri Pakatan Rakyat. Mustafa Mohamed nampak risau bila kita sebutkan hal ini. Tengok Pulau Pinang, Selangor dan Kedah semuanya tinggi FDI. Kerajaan BN ini FDInya jatuh.
Demam PRU 13, DAP katanya akan banyak menang, dan KeADILan akan menang besar, masalah yang dihadapi bagaimana kedudukan PAS yang akan ambil tempat dimana Umno bertanding, PAS akan bertanding, apa pandangan?
Penerimaan kepada PAS sangat bagus.Yang betul-betul parti Melayu ini hanya PAS sahaja. PAS ada dua kekuatan Melayu dan Islam. Umno sendiri dah tiada Melayu semua. Jika orang Umno sedar, mereka kena sokong PAS dan mana-mana kawasan yang PAS sertai dimana ada kawasan campuran, PAS pastinya akan menang kerana respon bukan Melayu samada India dan Cina cukup tinggi kepada PAS.
Saya ada tanya orang India, mereka banyak menyokong Pakatan Rakyat, mereka sokong DAP pertama, kedua PAS dan ketiga KeADILan. Prioritinya adalah DAP dan PAS, seterusnya KeADILan. Mereka suka keperibadian Tok Guru (Menteri Besar Kelantan, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat).... Orang Cina sendiri saya tengok di sebuah restoran pakai baju Nik Aziz, saya tanya kenapa pakai, dia jawab ini orang baik..... Dia buat kerja dia, tetapi penerimaan dan pengiktirafan orang yang baik mereka terima. Saya lihat orang Melayu tidak lagi bergantung harap dengan Umno.
Apa sebenarnya faktor orang Melayu terhalang sokong PAS?
Saya rasa satunya yang saya lihat di Pekan.Jentera PAS di Pekan sebagai contoh, mereka tidak buat program yang menyeluruh dan berterusan, jika berterusan ini mereka boleh atasi kesetiaan orang Umno di Pekan.
Saya selalu fikirkan jika saya jadi Ketua Umno Pekan, saya selalu bayangkan apa yang saya nak buat dalam mengambil sokongan orang Umno di Pekan, saya buat begini program berterusan di Pekan, minggu ini saya bawa Tok Guru Nik Aziz, minggu depan saya bawa Mat Sabu dan seterusnya untuk setiap masa orang di Pekan didatangi pimpinan PAS.
Saya yakin kaedah ini akan dapat menarik sokongan mereka di sana.Nak lawan duit memang kita tidak mampu sebab Umno ada duit. Saya tidak mustahil PAS boleh gerakkan orang Melayu, mereka seagama dengan kita, kita kena gerak kerja yang sentiasa, berbeza dengan Kelantan ada sahaja program Tok Guru di sana, sebab itulah mereka boleh faham. Arwah ayah saya sentiasa sokong PAS.
Bagaimana saudara boleh meyakinkan orang Melayu untuk sertai DAP, sebab ramai di luar sana masih bimbang untuk menyertai DAP?
Saya orang Melayu. Malah selepas bersama DAP, saya lebih bebas untuk nyatakan kepentingan Melayu ini yang terpinggir, dalam Umno mereka nak tahu tentang Melayu yang tak terpinggir sahaja, sedangkan dalam DAP mereka mahukan perjuangan mereka yang terpinggir.
DAP tiada halangan orang dalam DAP nak cakap tentang masalah kepentingan Melayu yang terpinggir ini,DAP tidak halang. ereka menyokong benda yang harus disokong. Satu lagi kita jangan risaulah tokoh seperti, Karpal Singh ini cakap selalu mengenai anti Islam, bangkang ini itu, dalam DAP pun orang biarkan sahaja dia begitu, sebab ada juga yang bangkang dia, cuma mereka diamkan sahaja sebab menghormati dia sebagai Pengerusi DAP, dia tokoh yang menyumbang kepada imej DAP dan beri ruang kepadanya untuk bercakap, tetapi tidak semestinya disetujui ahli DAP sendiri.
Selaku bekas ahli Umno dan pimpinan Umno, bagaimana saudara melihat propaganda yang dimainkan oleh Umno, jika PAS menang, orang Cina akan huru-hara, propaganda ini dimainkan di kawasan Melayu seperti di Perak, PAS jadi 'kuda tunggangan'?
Kalau orang Melayu konservatif yang baca Utusan Malaysia dan televisyen akan termakan (propaganda itu). Tetapi Pakatan Rakyat sendiri dah buat gerak kerja dan tulisan penerangan alternatif yang dapat dilihat oleh rakyat. Seterusnya saya rasa di kampung ini anak-anak mereka yang berlajar di luar, mereka ada cerita yang sebaliknya mengenai persepsi yang didoktrin Umno. Memang dan kita lihat, kos hidup tinggi dan salah urus tadbir negara tiada kena-mengena dengan DAP atau PAS. Mereka tak boleh tipu sepanjang zaman.
.KUALA LUMPUR : Sekumpulan penjenayah, sebahagian besarnya bermotosikal turut menggunakan sebuah bas sekolah untuk mengangkut pelbagai kelengkapan penunggang motosikal berkuasa besar terutama jaket kulit yang dicuri daripada sebuah kedai di Jalan Genting Klang, di sini, awal pagi semalam.
Jenayah berlaku pada jam 5.30 pagi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, Alpinestars Shop Malaysia menunjukkan sekurang-kurangnya lapan lelaki terbabit kejadian itu.
Rakaman itu menunjukkan tujuh penjenayah terbabit menaiki motosikal serta memakai topi keledar manakala seorang lagi memandu bas sekolah dan mereka mengambil masa hanya tiga minit untuk mencuri barangan bernilai hampir RM70,000.
Pengurus Besar, Alpinestars Shop Malaysia, Rudi Fariq berkata, ini kali pertama kedai syarikat berkenaan dirompak dan beliau percaya ia sudah dirancang kumpulan terbabit.
"Kalau lihat pada rakaman CCTV, cara mereka lakukan rompakan sangat teratur dan hanya beberapa minit diambil untuk melarikan barangan kami bernilai hampir RM70,000. -HM
Satu konvoi yang diketuai pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dilaporkan disekat oleh sekumpulan individu ketika cuba memasuki kawasan Felda Lasah di Sungai Siput, Perak.
Laman Harakahdaily melaporkan, Mazlan turut dikasari oleh beberapa orang individu dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu.
"Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.
"Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN," katanya seperti dipetik Harakahdaily.
Gambar yang disiarkan bersama laporan itu menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di antara beberapa buah kenderaan di atas sebatang jalan.
Ia juga menunjukkan kumpulan tersebut membawa bendera BN dan juga poster yang tertera slogan "Mazlan Aliman jangan rosakkan masa depan Felda".
Laman itu juga melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang anggota polis turut berada di tempat kejadian.
Dilaporkan, konvoi bersama 20 kenderaan dalam program Kembara Oren Selamatkan Felda – satu acara anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak dengan kerjasama ANAK.
Program yang mensasarkan golongan peneroka itu, menurut Harakahdaily, bertujuan memberi penerangan mengenai isu berhubung Felda.
ANAK sebelum ini giat mengadakan siri bantahan ke atas usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Malaysia.
NGO berkenaan juga mengadakan satu perhimpunan disertai 5,000 orang pada pertengahan Julai lalu bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung usaha penyenaraian tersebut.
SEREMBAN: Program Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya di sini bermula meriah petang ini.
Biarpun hujan lebat turun sejak jam 2 petang tadi, namun kehadiran orang ramai ke sini tidak putus-putus sejak tenga hari.
Tirai program dibuka kira-kira jam 4 petang ini sejurus hujan mula reda dengan ketibaan hampir 200 motor berkuasa tinggi yang berkonvoi dari Stadium Paroi ke tapak program di sini.
Ketibaan mereka turut disambut dengan paluan gendang dan alat musik tradisional dari tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India.
Pada ketika ini, sudah hampir 5,000 orang memenuhi tapak program biarpun program utama dengan kehadiran pemimpin utama PAS, PKR dan DAP hanya malam ini.
Keadaan padang yang becak tidak sedikitpun menyukarkan orang ramai untuk berada di tengah-tengah padang.
Sementara itu pihak penganjur turut menyediakan kerusi kepada orang ramai yang hadir.
Petang ini juga turut berlangsung ucapan pembukaan dari ketiga-tiga ketua pemuda PAS, PKR dan DAP negeri.
Dan sekarang ini pula berlangsung konsert nyanyian artis-artis yang telah bersama Pakatan termasuk Aisyahdan Dayangku Intan. -Hrkh
Gambar: Tuan Guru Abdul Hadi menerima sumbangan untuk dana pilihan raya Muslimat PAS Terengganu.
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat kejutan apabila menyatakan kesediaannya bertanding di Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Beliau akan mengikut keputusan parti sama ada dikekalkan bertanding di Parlimen Marang atau Pekan, Pahang pada pilihan raya akan datang.
"Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan buat keputusan. Parti hendak suruh bertanding Marang ke… atau Pekan, termasuklah, jika parti suruh saya bertanding di Pekan, saya bertanding di Pekan," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media sama ada kekal bertanding dua kawasan, Dun dan Parlimen selepas Majlis Pelancaran Dana Pilihan Raya Umum (PRU13) Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru Rusila, hari ini.
Menurutnya, jawapan muktamad terserah kepada parti yang akan menentukan kawasan yang bakal ditandingi kelak.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyatakan kesediaan jentera PAS pada bila-bila masa diadakan pilihan raya kerana persiapan telah dibuat sejak setahun lalu.
"Saya sudah melawat keseluruhan kawasan pilihan raya sejak setahun lalu. Saya buat jadual melawat dan keseluruhannya kerja telah dibuat sejak setahun untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa.
"Bahkan, kebanyakan Dewan Undangan Negeri (Dun) telah membuat culaannya yang terperinci. Ini termasuklah, persediaan jentera pilihan raya secara menyeluruh. Cuma kita menunggu tarikh pilihan raya pada bila-bila masa sahaja," ujarnya. -Hrkh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz harus mengikut jejak bekas menteri wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang "bercuti" daripada kabinet ketika beliau sedang disiasat berkaitan dakwaan rasuah, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Katanya, ini kerana di kalangan pemimpin Umno dan BN yang banyak mengkritik Shahrizat, yang paling lantang adalah Nazri sendiri.
Menurut Rafizi, sekiranya Nazri yang sebelumnya begitu bimbang (skandal) National Feedlot Corporation (NFC) akan mengheret dan melemahkan kedudukan Umno dalam pilihan raya akan datang, maka "saya fikir sekarang adalah giliran beliau pula". Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR hari ini, Rafizi berkata beliau akan membuat laporan terhadap Nazri Isnin ini supaya siasatan dapat dimulakan, juga terhadap jutawan balak, Michael Chia yang didakwa memberi kenderaan mewah (SUV) kepada anak Nazri. -M'kini
Bantahan terhadap pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tampaknya semakin panas dan meluas. Ia bukan saja dari pihak pembangkang yang peka melihat penguatkuasaan sistem itu sebagai menyusahkan penggunaan, tetapi ia juga dibantah oleh ahli Parlimen BN. Ketua Pemuda Umno yang tidak ada diberikan kuasa dan jawatan Khairy Jamaluddin juga membantah dan pelaksanaannya minta ditangguhkan.
Hasil hebahan pembangkang kini rakyat dan orang ramai sudah tahu apakah 'hantu' dan 'momok' di sebalik sistem berkenaan. Pembelian peralatan seperti itu bukan pertama kali ia membazir dan tidak membantu membaikpulihkan keadaan (keselamatan jalan) raya, tetapi sudah banyak sebelum ini.
Jadi buat apa lagi kerajaan berkeras untuk meneruskan juga AES ini. Ia perlu ditangguhkan segera. Kerajaan tidak perlu menimbangkan apakah penangguhan itu akan menguntungkan parti politik mana tetapi yang penting melihat ia bermanfaat kepada rakyat seluruhnya.
Sehingga hari ini pihak kerajaan terutamanya menteri bersangkutan, Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha masih membisu. Belum ada apa-apa keputusan. Apakah semuanya hendak tunggu Najib Razak bersuara baru hendak bertindak? Naif sangatlah menteri berkenaan. Dan letihlah Najib kalau semua perkara beliau kena handle sendiri.
Sebaiknya tangguh buat sementara waktu dan selepas ini kalau BN menang dan menjadi pemerintah teruskan semula. Setidak-tidaknya dalam tempoh lima tahun kerajaan BN boleh mengutip hasilnya dan memerah poket rakyat. Kita pun pasti itu akan berlaku.
Sebaliknya kalau Pakatan Rakyat menang, sistem yang menyusahkan rakyat itu pasti tidak akan diteruskan. Ini memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan puak mana yang membantu meringankan bebanan mereka.
Nampaknya AES telah menjadi beban kepada BN. AES akhirnya akan menjadi Akhirnya Engkau Susah. Begitulah kalau memperkenalkan sesuatu sistem atau polisi yang bukan dibuat untuk kepentingan rakyat tetapi kepentingan syarikat dan kroni. Ia bukan saja tidak berkat tetapi bakal menanggung kerugian. Kenapakah pengalaman sebelum ini tidak diambil iktibar...
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
ada menteri yang lansung tak tau ape kerja yang suami dan anak anaknya buat,ape masaalah nya keluarga ini padahal duduk serumah, kalau serumah pun tak tau, macam mana menteri ni boleh ambik tau tentang rakyat yang berjuta.
ada yang satu lagi,memang tak ambik tau lansung tentang perbuatan anaknya..
Mereka mereka ini, telah di pilih rakyat. secara logik akal, jika darah daging, juga pasangan hidup pun mereka tak ambik pusing, macam mana mereka ini nak ambil tau tentang rakyat yang memilih mereka..
Pru akan datang ini, jangan gatal nak memangkah mereka lagi, mereka dah cukup kaya, mereka dah tak ada hati lagi nak membela rakyat jelata,
benci nya membaca alasan yang tak masauk akal,macam lah kita ni bodoh sangat nak mempercai alasan karut mereka itu..
You are subscribed to email updates from otaiblues To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Masa pilihanraya, siang malam kita sebagai rakyat dan penyokong bersungguh-sungguh berkempen untuk memenangkan mereka sebagai wakil bagi kita. Rakyat mengundi mereka dan mereka menang sekaligus menjadi wakil bagi kita sebagai rakyat. Bukan takat tu saja malah depa-depa ni dapat gaji dan elaun lagi...
Tapi tak semena-mena yang sebab musababnya hanya depa dan Tuhan saja yang tahu, mereka melompat ikut suka hati mak bapak depa ja...
Tok sah kira la katak-katak jelmaan tu dari pihak mana sekalipun, kerajaan atau pembangkang. Aku amat membenci wakil-wakil rakyat yang berlagak sebagai katak-katak jelmaan neh...
Oleh itu, undang-undang anti lompat neh amat tepat pada masa dan ketikanya... Kita generasi muda yang ada maruah diri maka tidak boleh izinkan diri kita ditipu oleh mereka-mereka yang langsung tak dak prinsip perjuangan untuk mewakilkan kita...
*************************************
Pulau Pinang lulus enakmen elak lompat parti
Ketua Menteri Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini meluluskan rang undang-undang 'Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012' bertujuan membanteras amalan melompat parti untuk mendapatkan habuan.
Rang undang-undang yang dibentangkan Ketua Menteri Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) itu dibahaskan dalam tempoh sehari sebelum diluluskan dengan undian dua pertiga.
Dalam pembentangannya Guan Eng berkata, rang undang-undang itu telah digubal dengan kerjasama dan sokongan penuh semua parti dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Ia bertujuan membanteras budaya tidak sihat dan tidak beretika.
"Dari awal lagi dasar kami untuk membanteras budaya lompat telah ditentang keras tetapi pendirian kami adalah bahawa hak membuat keputusan muktamad dalam pilihan raya adalah hak rakyat.
"Rang undang-undang itu memperuntukkan bahawa seseorang anggota dewan yang telah dipilih sebagai calon sesebuah parti politik hendaklah mengosongkan kerusinya sekiranya dia melepaskan atau dilucutkan keanggotaannya atau berhenti daripada menjadi anggota parti politik tersebut atas apa-apa juga sebab," katanya.
Selain itu, katanya, seorang anggota yang dipilih sebagai calon bebas hendaklah mengosongkan kerusinya sekiranya beliau menyertai suatu parti politik. - Bernama
SAMPAIKAN KOTAK PENSEL BUDAK SEKOLAH PUN NAK DIPOLITIKKAN!!!!
Begitulah tahap UMNO berpolitik, sampaikan kotak pensel pun nak bubuh muka Najib dan logo 1M'sia. Politik UMNO dah sama taraf dengan budak sekolah saja sekarang ini...
Satu konvoi yang diketuai pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dilaporkan disekat oleh sekumpulan individu ketika cuba memasuki kawasan Felda Lasah di Sungai Siput, Perak.
Laman Harakahdaily melaporkan, Mazlan turut dikasari oleh beberapa orang individu dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu.
"Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.
"Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN," katanya seperti dipetik Harakahdaily.
Gambar yang disiarkan bersama laporan itu menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di antara beberapa buah kenderaan di atas sebatang jalan.
Ia juga menunjukkan kumpulan tersebut membawa bendera BN dan juga poster yang tertera slogan "Mazlan Aliman jangan rosakkan masa depan Felda".
Laman itu juga melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang anggota polis turut berada di tempat kejadian.
Dilaporkan, konvoi bersama 20 kenderaan dalam program Kembara Oren Selamatkan Felda – satu acara anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak dengan kerjasama ANAK.
Program yang mensasarkan golongan peneroka itu, menurut Harakahdaily, bertujuan memberi penerangan mengenai isu berhubung Felda.
ANAK sebelum ini giat mengadakan siri bantahan ke atas usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Malaysia.
NGO berkenaan juga mengadakan satu perhimpunan disertai 5,000 orang pada pertengahan Julai lalu bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung usaha penyenaraian tersebut.- Malaysiakini
Pejabat ketua menteri Pulau Pinang menjalankan satu siasatan selepas satu laman web pro-MCA, Souminews menerbitkan satu rakaman audio dengan judul provokatif "Mendedahkan rakaman audio rahsia Lim Guan Eng & Cheong Yin Fan (Revealing Lim Guan Eng & Cheong Yin Fan's secret audio recording)".
Bagaimanapun, rakaman berkenaan dikenalpasti sebagai rakaman daripada satu sidang media yang diadakan ketua menteri Pulau Pinang itu pada 18 Julai.
Cheong yang dinamakan dalam rakaman itu berkata, wartawan yang membuat liputan majlis tersebut memiliki rakaman percakapan di antara beliau dan Lim itu.
"Ia adalah mengenai peruntukan untuk pendidikan Cina. Ketua menteri tidak menghadapi apa-apa krisis mengenai (perkara ini)," kata setiausaha akhbar Lim itu dalam satu kenyataan semalam.
Tambahnya, perbualannya dengan Lim pada sidang media tersebut juga bukan rahsia kerana disaksikan oleh semua individu yang hadir termasuk petugas media.
Cheong menjelaskan, sidang media itu berlangsung selepas Lim berucap di satu persidangan anjuran Invest Penang di E&O Hotel pada 18 Julai lalu.
Sidang media berkenaan adalah untuk mematahkan hujah timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN "adil" dalam semua peruntukan kepada semua sekolah.
Majlis Jamuan makan "Kenduri Mega" mlm tadi adalah anjuran Global Ikhwan dan bukan Arqam. Jemputan hanya bersifat umum dan tiada jemputan khusus utk sy. Sy dtg bersama istri dan anak2 utk makan sambil menikmati persembahan kesenian Islam sambil bersantai.
Sy d letak d meja tamu sbb rasa hormat mereka dan mmg khemah lain xda meja pun. Ahli jamaah Ikhwan mengenali kami kerana istri saya sering membeli keperluan dapur d pasaraya Ikhwan sbb ia menyediakan produk makanan buatan org Islam.
Anak istri sy juga sering kesana membeli pakaian d butik ikhwan. Laporan Kosmo yg kononnya sy adalah salah seorang dari AJK penganjur prog mlm td adalah berniat jahat dan tidak bertanggung jawab.
Saya langsung tiada kaitan apa2 dgn organisasi Ikhwan jauh sekali dari memegang sebarang jawatan.. Kehadiran sy tidak ada sebarang agenda peribadi mahupun politik.
HAMPIR menitis air mata menahan sebak melihat yang membela Islam dicerca Dr. Chua Soi Lek dan pemimin MCA ialah orang Cina dipercayai ketiga-tiganya bukan Islam.
Jika yang sensitif apabila Islam dicerca ialah orang Islam, orang PAS dan orang yang beriman, tiada suatu yang luar biasa kerana orang Islam tidak wajar membisu apabila agamanya dicerca.
Tetapi amat menakjubkan apabila rakan-rakan Cina yang tampil menyifatkan Soi Lek dan MCA menghina Islam seperti yang disuarakan oleh Anthony Loke, MP DAP Rasah, kolumnis SIANG MALAM di Harakah, Lim Hong Siang dan seorang penulis lagi Sarena Tay.
Pada mereka apa yang cakap oleh Soi Lek dan semua pemimpin MCA dalam perhimpunannya dua hari pada 20 Oktober lalu adalah menghina Islam, hudud dan PAS.
Mereka bukan orang Isalam, bukan beriman dengan hudud dan bukan pejuang PAS. Mereka adalah pembawa berita sebenar dan pembuka mata, sesuai dengan ajaran ilmu kewartawanan iaitu berita adalah maklumat berunsur kejutan seperti anjing digigit orang. Bukanlah berita lagi kalau orang digigit anjing.
Hujah biasa jika yang membela Islam itu orang, kerana adalah tanggungjawab orang beriman membela dan menegakkan Islam dan hukum-hukumnya. Tetapi ia adalah pembuka mata ada wibawa apabila orang yang tiada kepentingan dengan Islam dan hudud mengira Islam dan hudud telah dicemuh.
Mereka tidak bercadang untuk mendaulatkan Islam seperti yang PAS perjuangkan dan jaga mahu hudud menjadi perundangan seperti yang dituntut oleh Islam, tetapi mereka tidak melihat bijak dan rasional apabila Islam dan hudud dihina begitu rupa.
Kewajaran mereka berbuat demikian bukan untuk melihat Islam itu daulatkan tetapi tindakan MCA itu menggamit keserahan di kalangan rakyat dan negara. DAP belajar dari keterlanjuran pemimpinnya Karpal Singh pernah berkata langah mayatnya jika Islam diperundangkan. Ia pernah menimbulkan ketegangan di kalangan orang Islam dan ia menyukarkan DAP untuk menembusi pasaran pengaruh politik.
Kesilapan itu telah dibaiki, Karpal dan DAP tidak lagi dilihat oleh umat Islam di luar UMNO sebagai pencetus ketegangan.
Ketiga Cina itu termasuk ketua pemuda DAP, Anthony Loke mahu mewujudkan suasana negara yang aman, adil dan harmoni, menolak provokasi dan penghinaan terhadap Islam yang lakukan oleh MCA itu.
Lebih menjolok mata Perdana Menteri Najib telah diperalatkan oleh MCA dalam politiknya untuk menyerang Islam dan hudud itu. Soi Lek menjemput Najib merasmikan perhimpunannya dan lepas itu menggunakan perhimpunan itu untuk menyerang hudud dan PAS. Dengan sendirinya ia menyerang dan menghina Islam.
Syukur orang Islam dapat mengawal sabar dan pendirian tidak bangun menyeru pejabat MCA dan premis kepunyaan Cina. Tetapi ia telah mengguris perasaan orang Islam. Siapa yang dapat menghalang kalau ada orang Islam yang bangkit bertindak kasar kepada masyarakat Cina.
Walaupun ketiga anak Cina memunyai rasa setiakawan yang tinggi terhadap PAS yang ada pakatan dengan DAP, tetapi tindakan spontan mereka atas kecetekan Soi Lek dan MCAnya adalah untuk mengelakkan ketegangan berlanjutan antara kaum di negara ini.
Bagi membendung api perkauman yang belum benar-benar padam, Sarena Tay menyeru orang Melayu beramai-ramai menyokong PAS. Jika orang Melayu tidak lagi dalam UMNO, maka perkauman boleh diredakan. Tidak lagi orang yang hendak menyokong MCA. Jika MCA dapat dilumpuhkan, kuranglah puak yang berani mencerca Islam.
Malaysia beruntung ada tiga Cina seperti itu dan orng seperti mereka dipercayai ramai
Jangan tak tau plak, Telok Panglima Garang tu terletak kat Selangor. Negeri terkaya yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Dan Roket neh plak adalah sekutu dalam Pakatan Rakyat...
Kalau nak dikatakan roket yang buat kerja tak senonoh ni kat Selangor, memang susah nak caya... Kan ka depa tu kamcheng maaaa...
Masyarakat Cina cukup susah nak percaya pada kaum lain... tapi kalu kepercayaan tu dah ade.... memang payah nak dibuangkan...
Tengok pada gambar... cam kenai ja kerja neh. Ya la macam kerja setan-setan yang dikenali... hehe... Macam kata Madey la, macam nak provok ja...
Sharizat tak tahu apa yang suaminya lakukan – Nazri pulak tak tahu apa yang anaknya lakukan
Hampir sama saja nampaknya jawapan Nazri berikan bila didedahkan bahawa anaknya menggunakan Hummer milik Micheal Chia dengan jawapan Sharizat bila didedahkan ahli keluarganya menyalahgunakan dana untuk NFC.
Dalam kes NFC yang melibatkan RM250Juta dana awam yang diguna ikut suka depa oleh ahli keluarganya, Ketua Wanita UMNO mendakwa beliau tidak tahu suaminya membida Projek Fidlot Nasional (NFC).
Shahrizat berkata, Salleh tidak pernah membincangkan perkara itu dengannya dan sepanjang berkahwin selama 33 tahun, mereka juga tidak mencampuri hal urusan kerja masing-masing.
"Saya dapat tahu tentang NFC melalui suami dan media," kata Shahrizat.
Katanya, suami dan tiga anak mereka, Wan Shahinur Izmir, Wan Shahinur Izran dan Wan Izzana Fatimah Zabedah juga tidak pernah meminta bantuannya mendapatkan projek itu dan beliau tidak terbabit dalam proses kelulusan serta menguruskan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).
Dalam isu anak Nazri Aziz menggunakan Hummer milik Micheal Chia yang pernah ditahan di Hong Kong kerana menyeludup RM40 Juta tunai suatu masa dulu pula.. jawapannya juga dia tidak tahu menahu.
Kata Nazri "Saya tidak tidur dengan anak saya, Saya bukan gay lagipun anak saya bukannya isteri saya, bukan kekasih saya. Apa yang dia lakukan dia tidak pernah beritahu kepada saya."
KUALA LUMPUR, Oct 1 — Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz said today he does not see any wrong in his son's alleged use of a car belonging to Michael Chia, pointing out that Nedim's relationship with the Sabah timber trader has no connection to his integrity as a Cabinet minister.
He told reporters that he does not police Nedim's every movement as the latter is an adult, adding that if his son was indeed using Chia's car, it was a personal arrangement between him and Chia.
"I don't sleep with my son. I am not gay (homosexual). My son is not my wife, my son is not my lover. What he does, he doesn't tell me.
"That is between my son and Michael Chia. If he (Chia) wants to give [Nedim] a Hummer or a Ferarri, it is Michael Chia's business… its not like he (Chia) is giving it to me… and I am the minister, not my son," Nazri told reporters when approached in Parliament today.
Nazri was responding to PKR strategy director Rafizi Ramli who had earlier accused him of conflict of interest for allegedly defending Chia when his son, Nedim, has been using a luxury vehicle registered to Chia's name ~ The Malaysian Insider
Sharizat tak tahu apa yang suaminya lakukan.. Nazri Aziz pulak tak tahu apa yang anaknya lakukan sebabnya anaknya bukan isterinya.
Sibuknya hidup pemimpin UMNO ni ya.. Isteri tak tahu apa suami lakukan, Bapa pula tak tahu apa anak lakukan.
Tapi.. Hummer menjalar pergi balik depan mata tu takkan lah tak tergerak dihati untuk bertanya datangnya dari mana? sebab harganya bukan RM50K tapi hampir RM500K.
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Inilah apabila profesor kangkung bersuara.. apa yang di tuturnya tak menampakkan beliau seorang yang di gelar professor. Prof.. cubalah bagi kenyataan yang tidak memihak kepada sesiapa pun. Contohi sikap tokoh akademik seperti Prof Abu Bakar dan Dr. Mazlee Malik.
Sepatutnya sebagai seorang professor buatlah sedikit kajian berkenaan impak sekiranya Presiden Pas bertanding dengan Presiden Umno di parlimen Pekan.
Yang ramai warga Pekan sudah tau yang Najib ini sudah tewas pada PRU tahun 1999. Hanya campurtangan 'tangan ajaib' yang membuatkan Najib menang tipis..
Hadi wajar lawan Najib di Pekan
PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang layak menetang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam piihan raya umum ke 13, kata penganalisis politik Datuk Zainal Kling.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan Presiden PAS itu tidak mungkir janji kerana orang Islam tidak boleh bercakap bohong.
"Jangan sekadar bercakap tetapi apabila tiba masa mengundurkan diri. Jangan bikin politik saja tetapi akhirnya tidak jadi lawan. Orang Islam tidak boleh mungkir janji, kalau kata lawan, dia mesti lawan.
"Saya bimbang jadi gimik politik saja," kata Zainal ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi beliau bertanding di pekan jika diarahkan oleh PAS.
Presiden PAS itu membuat kenyataan itu dalam satu program parti di Kuala Terengganu kelmarin.
Zainal, bagaimanapun, menganggap jika hasrat Abdul Hadi itu menjadi kenyataan, ia lawan yang sepadan.
"Saya mengalu-alu keyataannya mahu mencabar Najib di Pekan iaitu kawasan yang dipilihnya sendiri. "Hadi layak kerana beliau Presiden PAS, manakala Najib pula Presiden Umno. Presiden lawan Presiden," tambah Zainal.
Bagaimanapun, Zainal bimbang kerana pemimpin PAS lain akan menghalang hasrat Abdul Hadi itu. ~fmt
Selepas Ahli Parlimen Beuafort YB Datuk Seri Lajim Hj. Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran YB Datuk Wilfred Boomboring, ada tiga nama lagi diperayai akan menyusul dalam masa terdekat.
Mereka adalah Ahli Parlimen Penampang YB Tan Sri Bernard Dompok, Ahli Parlimen Ranau YB Siringan Gubat dan Ahli Parlimen Putatan YB Datuk Dr. Marcus Mojinggoh.
Manakala di peringkat ADUN Sabah pula mereka yang dijangka akan turut berbuat demikian ialah ADUN Moyog YB Donald Peter Mojuntin, ADUN Kuala Penyu YB John Teo Mau Sing, ADUN Kuamut YB Masiung Banah, ADUN Paginatan YB Datuk Ewon Ebin, ADUN Bingkor YB Justin Guka dan ADUN Nabawan YB Datuk Bobby Suan.
Enam orang kesemunya.. Sama-samalah kita tunggu pengumuman rasmi MP dan Adun BN yang bakal sertai Pakatan Rakyat..
Biarpun hujan lebat turun sejak jam 2 petang tadi, namun kehadiran orang ramai ke sini tidak putus-putus sejak tengah hari.
Tirai program dibuka kira-kira jam 4 petang ini sejurus hujan mula reda dengan ketibaan hampir 200 motor berkuasa tinggi yang berkonvoi dari Stadium Paroi ke tapak program di sini.
Ketibaan mereka turut disambut dengan paluan gendang dan alat musik tradisional dari tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India.
Pada ketika ini, sudah hampir 5,000 orang memenuhi tapak program biarpun program utama dengan kehadiran pemimpin utama PAS, PKR dan DAP hanya malam ini.
Keadaan padang yang becak tidak sedikitpun menyukarkan orang ramai untuk berada di tengah-tengah padang.
Sementara itu pihak penganjur turut menyediakan kerusi kepada orang ramai yang hadir.
Petang ini juga turut berlangsung ucapan pembukaan dari ketiga-tiga ketua pemuda PAS, PKR dan DAP negeri.
Dan sekarang ini pula berlangsung konsert nyanyian artis-artis yang telah bersama Pakatan termasuk Aisyah dan Dayangku Intan.
Siri Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di Sarawak, semalam, 2hb Nov 2012, mengundang demam kepada para pemimpin Sarawak dan UMNO/BN.
Kawasan pendalaman yang terkenal sebagai fixed deposit dan kubu kuat Barisan Nasional sudah retak dan menunggu pecah berderai pada PRU 13 nanti.
Rumah panjang yang dulu terlalu sukar pemimpin PR nak membuat ceramah kini di rumah panjang Udam, Kanowit telah membuktikan yang warga Sarawak dari pendalaman sudah maukan satu perubahan besar berlaku dalam pemerintahan negara demi menjaga masa depan mereka.
Begitu juga sambutan di Kabong Saratok, Sarawak. Ribuan penduduk tempatan keluar beramai-ramai mendengar ceramah DSAI.Kini rakyat disana sudah mula sedar, parti mana yang mampu membela nasib mereka.
SEREMBAN – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini bersepakat menghalang penganjuran Program Himpunan Kebangkitan Rakyat di negeri ini jika pihak penganjur tetap berdegil mengadakannya esok(hari ini).
Semalam, kira-kira 50 orang terdiri daripada 15 NGO berkumpul di hadapan tapak program itu bakal berlangsung di Taman Seremban Jaya sebagai tanda protes selain turut mendesak pihak polis mengambil tindakan. Pemangku Setiausaha Agung Gabungan NGO Malaysia, Mohd Arafat Muhammad berkata, sekalipun Akta Perhimpunan Aman2012 menyebut sebarang perhimpunan tidak memerlukan permit, namun ia dikhuatiri akan menimbulkan kejadian tidak diingini.
"Kami marah dan geram terhadap penganjuran program itu dan mahu pihak penganjur membatalkannya dengan memilih negeri lain yang berada di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat (PR)."Jangan menyibuk dan kacau Negeri Sembilan, pergilah negeri sendiri. Kami NGO telah sepakat jika ia terus diadakan, kami akan menghalang dan membantah 100 peratus," katanya.
Menurutnya, tiada apa yang perlu dibangkitkan oleh PR dengan menganjurkan program itu kerana negara ini berada dalam keadaan aman.Sementara itu Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Malaysia, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, tujuan bantahan itu dibuat kerana mereka yakin program itu akan menimbulkan huru-hara.Katanya, keamanan yang dimiliki negara tidak sepatutnya dimusnahkan dengan menjadikannya sebagai bahan politik. program ini adalah untuk bahan politik mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.
Razali berkata, polis diharap dapat bertindak segera dengan mengharamkan program itu diadakan kerana dikhuatiri insiden perhimpunan Bersih akan berlaku di Negeri Sembilan."Jadi, kami barisan NGO telah membuat laporan polis pagi tadi (semalam) sebagai tanda bantahan.
"Jika polis tidak bertindak, jangan salahlah NGO jika kami bertindak pada hari program itu berlangsung dan kami tidak bertanggungjawab jika ada berlaku kemalangan atau pertumpahan darah," katanya.Antara NGO yang hadir, GMPN, Pekida, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Rantau, Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) Negeri Sembilan, Pertubuhan Belia, Putera dan Al-Ehsan. ~sinar
KUALA LUMPUR 2 November: Pentadbiran Perdana Menteri (PM) yang gemar berbelanja mewah dan boros tetapi pada masa sama cuba menonjolkan imej berjiwa rakyat menimbulkan persoalan di mana sebenarnya konsep wasatiyyah yang diuar-uarkan beliau.
Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail mengulas kos penyelenggaraan kediaman rasmi Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi tempoh 2008 hingga 2011 sebanyak RM12,094,707.06.
"Pembaziran yang dilakukan PM dan TPM sebenarnya boleh dikawal kalau benar Najib ikut amalan wasatiyyah."Peliknya kenapa dalam isu ini konsep wasatiyyah yang diamal Najib tidak selari. Sebaliknya duit dibazirkan sesuka hati," kata Aisyah ketika dihubungi.
Perbelanjaan tersebut juga menimbulkan keraguan adakah benar jumlah itu untuk kos penyelenggaraan seperti dilapor atau digunakan untuk tujuan lain."Laporan tidak menyatakan secara terperinci, jadi penggunaan wang itu tetap diragui kerana membabitkan jumlah wang yang besar."Kalau betul selenggara, sepatutnya diberikan laporan secara jelas, bukannya beritahu hanya jumlah yang digunakan," ujarnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria di Parlimen memberitahu, kos penyelenggaran kediaman rasmi PM – Sri Perdana bagi tahun 2008 sebanyak RM1,896,616.80, 2009 (RM1,686,616.80), 2010 (RM1,520,514.00) dan 2011 (RM1,873,654.20).
Manakala kos penyelenggaraan kediaman TPM – Sri Satria pula pada 2008 ialah RM1,129,992.00), 2009 (RM1,130,007.26), 2010 (RM1,401,502.00) dan 2011 (RM1,455,804.00)."Kita kesal dengan sikap Najib yang tidak pernah memikirkan kesusahan yang ditanggung rakyat, sanggup berhabis untuk bermewah-mewah sedangkan kebajikan rakyat dinafikan," kata Aishah.12 Mac lalu, Najib menegaskan kerajaan memperkenalkan konsep wasatiyyah sebagai pemangkin kepada Gagasan 1Malaysia.
Ekoran itu, kerajaan telah mengumumkan penubuhan Institut Wasatiyyah yang akan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri manakala kerusi wasatiyyah diwujudkan di Universiti Malaya yang akan menjadi pemangkin kepada gerakan kesederhanaan di Malaysia. ~kd
Dari sumber maklumat dalaman UMNO wisma putra, nazri aziz bakal di gantung oleh najib razak kerana najib mahukan kesemua MP dan ADUN BN bersih dari sebarang skandal yang buruk dan tuduhan hitam, dari maklumat yang era pasca terima, nazri aziz akan di gantung minggu hadapan oleh tim najib sebagai menteri undang undang dan ahli parlimen bagi membersihkan namanyaatas tuduhan menerima rm 3 juta dari kes penggubahan wang haram rm 40 juta umno sabah.
Arahan ini bagi membuktikan UMNO telus dalam kes RASUAH! nazri akan di jadikankambing hitam terbaru bagi umno untuk memenangi pilihanraya umum ke 13.berikut adalah jawapan nazri aziz yang semakin tertekan dengan tekanan dalaman dari kem umno wisma putra.
Nazri Aziz hari ini mengakui mengenali Michael Chia tetapi menafikan tuduhan bahawa beliau membersihkan nama Cukong balak itu berkenaan dakwaan rasuahnya, Nazri menerangkan bahawa beliau menjawab soalan mengenai Chia yang didakwa menyeludup wang rm 40 juta dari hongkong untuk Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman kerana tugasnya sebagai menteri undang undang,
Saya menteri saya tidak ada kepentingan peribadi dan saya tak tahu saya ada kepentingan, apa kepentingan saya ada - nazri aziz pengarah strategi PKR Rafizi Ramli pagi ini menuduh beliau mempunyai kepentingan mempertahankan Chia kerana anaknya Nedim telah menggunakan kenderaan mewah didaftarkan atas nama Chia.
Menteri itu berkata beliau tidak hairan dengan tuduhan Rafizi sambil menggelarkan pemimpin PKR tersebut sebagai bukan siapa siapa seperti hanya gigitan nyamuk dan perasan, nazri azizi mengingatkan Rafizi bahawa jawapan beliau di dalam Parlimen dalam kontroversi itu kerana ia datang dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM dan Jabatan Peguam Negara agensi yang menangani kes tersebut.
Nazri menegaskan kedua dua badan tersebut ''bebas'' dan kerajaan tidak mempunyai hak untuk menutup kes, Saya tidak ada kuasa dalam SPRM jadi saya tak boleh menutup kes, mereka bebas jadi bagaimana saya nak dirasuah jika saya tidak ada kuasa?
Nazri aziz nazri aziz baru baru ini memberitahu Dewan Rakyat kerana Chia tidak ditahan di Hong Kong dengan 16 juta dolar Singapura RM 40 juta dan beliau mengetahuinya bila pegawainya memberitahu, Saya pun tidak tahu bahawa Chia tidak ditahan, Chia didakwa mempunyai kaitan dengan Musa Aman pada April lalu oleh Sarawak Report yang mendakwa beliau juga meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Chek Lap Kok Hong Kong dengan wang bernilai RM40 juta dalam matawang Singapura.
Dalam sidang media Rafizi hari ini berkata bahawa ICAC badan pencegah rasuah di Hong Kong menutup kesnya selepas tidak dapat kerjasama dengan SPRM. Bagaimana saya boleh mempengaruhi mereka? Saya tak boleh, Jawapan mereka bukan jawapan peribadi.
Laporan terkini dari kebocoran kem wisma putra, UMNO sudah siasat kes yang mendakwa nazri terima rm 3 juta dari chia minggu lepas, nasib menteri undang undang ini bakal sama senasib dengan bekas menteri jaga masyarakat. ~tiewnama
Iklan
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dari Face Book..sapa punya idea nie..tak taw laa..
Samad, berumur 10 tawun, bertanya pada Ayah Nya, "Apa Itu POLITIK?"
Ayah pun menerangkan, "Samad, Dalam Kluarga Kita, Ayah sorang yg Mencari rezeki, Ayah di panggil "KAPITALISME"
Ibu, menguruskan wang gaji ayah, bertanggunjawab mengadakan keperluan kita, Jadi ibu di panggil "KERAJAAN"
Bibik atau Orang Gaji di panggil Golongan PEKERJA
Saifool, Adik kau, Kita panggil "MASA DEPAN"
"Jadi, Samad fikir2kan apa yang ayah terangkan tadi logik atau tidak?"
Samad pun terus pergi tidur, sambil memikirkan apa yang ayah Nya terangkan tadi. Sedang Dia berfikir, Samad terdengar Saifool menangis. Samad pun pergi melihat Saifool yg menangis kerana pampers nya penuh dgn najis. Samad terus ke bilik org tua nya, Ibu Nya Sedang Tidur Dgn Lena. Samad langsung ke bilik Bibik, Bilik Bibik berkunci, lalu Samad intip Melalui Lubang kunci, Samad ternampak Ayah Nya sedang "mengerjakan" Bibik. Samad putus asa langsung kembali ke bilik Dan terus tidur.
Pagi esok Nya, Samad berkata pada Ayah Nya, "Ayah, saya dah faham apa itu Politik dan konsep nya sekali". Si Ayah pun berkata, "Bagus2, Cuba Samad terangkan pada Ayah, menggunakan cara Samad yang tersendiri apa yang Samad Faham Tentang POLITIK".
Dengan Penuh keyakinan, Samad menerangkan pada Ayah Nya, "Sedang Golongan Kapitalisme "mengerjakan" Golongan PEKERJA, KERAJAAN lena tidur, Tidak menghiraukan Nasib rakyat yang MASA DEPAN Nya penuh dengan Najis....
Msinc-macam pernah dengar jer citer majikan dengan amah ni...ha..ha..ha..
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cubaan menghidupkan semula ajaran Al-Arqam perlu diambil perhatian kerana melibatkan ajaran Islam yang salah.
Beliau berkata ajaran itu telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, justeru ia tidak sepatutnya dihidupkan kembali.
"Ini telah diputuskan oleh Majlis Fatwa kita tidak lama dahulu, diharamkan. Tapi masih ada bunga-bunga (untuk aktif semula)... masih nak teruskan walaupun tidak atas nama Al-Arqam.
"Seperti yang disebut menteri bertanggungjawab di Jabatan Perdana Menteri, ini merupakan sesuatu yang kita perlu ambil perhatian sebab ia adalah ajaran salah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Guru Malaysia anjuran Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau diminta mengulas usaha menghidupkan semula ajaran sesat Al-Arqam dengan penganjuran konsert khas di Rawang pada Khamis.
Dalam serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada majlis itu, 16 individu turut ditahan termasuk seorang pemimpin pembangkang. Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan bon mahkamah semalam.
Mengulas penglibatan anggota pembangkang itu, Muhyiddin berkata: "Ini soal hukum, soal akidah. Tak kira siapa yang terlibat, kalau dia orang Islam, itu satu kesalahan. Sesuatu yang tidak harus dilakukan."
Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri enggan mengulas dakwaan penglibatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan usahawan balak Michael Chia.
Muhyiddin bagaimanapun mengingatkan orang ramai agar tidak membuat hukuman awal hanya kerana ada pihak yang membuat tuduhan.
"Banyak pihak yang dituduh tapi akhirnya terbukti tak buat kesalahan dan diputuskan oleh mahkamah juga. Jangan mudah buat' judgement' awal sebelum ia diputuskan pihak berwajib. Ia mesti dilihat secara prinsip, kebertanggungjawaban dan undang-undang," katanya.
Tegasnya mana-mana pihak yang tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara boleh mengemukakannya kepada pihak bertanggungjawab supaya langkah susulan boleh diambil.
Sekalipun hujan lebat sejak tengah hari tadi, Himpunan Kebangkitan Rakyat bermula meriah berikutan kira-kira 5,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri padang Taman Seremban Jaya seawal jam 4 petang.
Ia bertambah gamat apabila konvoi pemuda Pakatan Rakyat diketuai Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysian, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard, tiba di lokasi selepas melepasi kesesakan lalu lintas.
Mereka disambut paluan kompang, gendang masyarakat India dan tarian Singa yang dipersembah penduduk setempat.
Antara tokoh yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang bakal mendeklamasi puisi malam ini.
Acara bermula dengan pidato pimpinan muda Pakatan – KEADILAN, PAS dan DAP, selain persembahan nyanyian Dayangku Intan, Nizam dari kumpulan Laksamana dan kugiran metal, Heldrasil.
Program dihenti sekitar jam 6.30 petang untuk memudahkan rakyat beragama Islam menunaikan solat, sebelum acara utama diteruskan jam 8 malam.
Ia bakal menampilkan pidato pimpinan utama Pakatan termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Salah satu daripada tiga trak kempen pilihan raya DAP yang baru dilancarkan didapati hilang pagi ini di Johor, kata ketua DAP negeri Dr Boo Cheng Hau.
Boo berkata trak tiga tan yang diparkir di luar sebuah rumah kedai di Taman Tun Aminah itu dipercayai dicuri.
"Ia diparkir di luar rumah kedai ketua Wanita saya, apabila mereka pulang pada 11 malam, mereka dapati ia masih ada di situ tapi pada jam 7 pagi apabila anak perempuannya keluar, dia dapati trak itu sudah ghaib," katanya.
Boo berkata, trak yang mudah dikenali – dengan gambar besar maskot Ubah itu menjadi sasaran walaupun berada berdekatan dengan trak lain di jalan tersebut.
Oleh yang demikian, beliau menganggap bahawa kejadian itu bermotif politik kerana trak lain di kawasan itu tidak terjejas.
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan papan iklan dan poster kempen baru parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Wan Azizah berkata di media berkenaan pelancaran itu Billboard tersebut akan dipasang di "kawasan yang menjadi lalu lalang dan yang boleh melihat mesej tersebut".
Sebanyak 10 papan iklan dilancarkan bagi fasa pertama, dan ia akan bertambah bagi fasa kedua.
Dalam sidang media sama, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata parti itu akan membentuk satu pasukan bagi menguruskan permohonan pemasangan papan iklan dan poster tersebut daripada pihak berkuasa tempatan.
MP Machang itu berkata mesej yang disampaikan melalui media berkenaan "konsisten" dengan isu yang dibangkitkan oleh PKR seperti pendidikan percuma, penurunan harga kereta dan caruman pada wanita.
"Kita konsisten dengan melawan secara polisi (dengan BN). Polisi lawan polisi. Kita ajak politik sihat melalui mesej yang positif kepada pengundi," katanya.
Maka dengan ini peluang untuk pencacai UMNO mengambil upah untuk membaling cat terhadap Billboard yang akan dipasang itu kini secara rasminya telah dibuka..
Lagi gambar-gambar Billboard sila lihat di ( SINI )
"Jika polis tidak bertindak, jangan salahlah NGO jika kami bertindak pada hari program itu berlangsung dan kami tidak bertanggungjawab jika ada berlaku kemalangan atau pertumpahan darah," kata Pemangku Setiausaha Agung Gabungan NGO Malaysia, Mohd Arafat Muhammad.
Tidakkah kenyataan seperti ini berbaur ugutan?.. lagipun siapakah mereka itu untuk menghalang rakyat Malaysia dari berhimpun?
SEREMBAN – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini bersepakat menghalang penganjuran Program Himpunan Kebangkitan Rakyat di negeri ini jika pihak penganjur tetap berdegil mengadakannyahari ini.
Semalam, kira-kira 50 orang terdiri daripada 15 NGO berkumpul di hadapan tapak program itu bakal berlangsung di Taman Seremban Jaya sebagai tanda protes selain turut mendesak pihak polis mengambil tindakan.
Pemangku Setiausaha Agung Gabungan NGO Malaysia, Mohd Arafat Muhammad berkata, sekalipun Akta Perhimpunan Aman2012 menyebut sebarang perhimpunan tidak memerlukan permit, namun ia dikhuatiri akan menimbulkan kejadian tidak diingini.
"Kami marah dan geram terhadap penganjuran program itu dan mahu pihak penganjur membatalkannya dengan memilih negeri lain yang berada di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).
"Jangan menyibuk dan kacau Negeri Sembilan, pergilah negeri sendiri. Kami NGO telah sepakat jika ia terus diadakan, kami akan menghalang dan membantah 100 peratus," katanya.
Menurutnya, tiada apa yang perlu dibangkitkan oleh PR dengan menganjurkan program itu kerana negara ini berada dalam keadaan aman.
Sementara itu Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Malaysia, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, tujuan bantahan itu dibuat kerana mereka yakin program itu akan menimbulkan huru-hara.
Katanya, keamanan yang dimiliki negara tidak sepatutnya dimusnahkan dengan menjadikannya sebagai bahan politik.
"Penganjuran program ini adalah untuk bahan politik mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.
Razali berkata, polis diharap dapat bertindak segera dengan mengharamkan program itu diadakan kerana dikhuatiri insiden perhimpunan Bersih akan berlaku di Negeri Sembilan.
"Jadi, kami barisan NGO telah membuat laporan polis pagi tadi (semalam) sebagai tanda bantahan.
"Jika polis tidak bertindak, jangan salahlah NGO jika kami bertindak pada hari program itu berlangsung dan kami tidak bertanggungjawab jika ada berlaku kemalangan atau pertumpahan darah," katanya.
Antara NGO yang hadir, GMPN, Pekida, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Rantau, Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) Negeri Sembilan, Pertubuhan Belia, Putera dan Al-Ehsan ~ Sinar Harian.
Muka depan akhbar The Star hari ini mendedahkan darihal gentingnya isu siber judi ataupun kafe siber haram yang menjalankan aktiviti perjudian siber.
Kadangkala bosan kita membaca atau mendengar mengenainya kerana terlalu berulang-ulang. Pengangkapan dan tindakan diambil ribuan kali tetapi tetap juga industri jahanam ini hidup kekal malah makin menjadi-jadi.
Yang selalu kita dengar operasi dijalankan oleh pihak berkuasa samada polis, PBT tetapi realitinya walau penguatkuasaan meningkat dan bertubi-tubi namun tak mati-mati ia.
Saya punya pengalaman terlibat dalam beberapa operasi seumpama ini semasa duduk sebagai ahli majlis sebuah PBT di Selangor, namun dalam kes saya setelah diambil tindakan premis berkenaan tak beberapa hari ia beroperasi semula. Dimabil tindakan memotong bekalan api, tak beberapa hari disambung secara haram bekalannya (api).
Sering mereka yang menceburkan dirinya dalam aktiviti ini adalah anak-anak muda, dan rata-rata yang paling ramai adalah anak-anak Melayu termasuk kebelakangan ini ramai warga asing Bangladesh dan Indonesia juga.
Secara jujur sekiranya kita serius mahu mematikan terus industri ini sebenarnya tidak mustahil. Apa yang perlu dilakukan adalah tindakan bersepadu semua pihak. Ini bagi mengelakkan gejala "kowtim" atau rasuah menyelesaikan secara senyap-senyap. Tidaklah saya menuduh mana-mana pihak tetapi jika serius biar serius betul-betul.
Lancarkan operasi besar-besaran dan libatkan semua pihak PBT, polis, SPRM, TNB. Jangan sekadar punggah angkut mesin-mesin judi dan sita premis tetapi phak polis perlu tangkap pemilik premis dan mereka yang memakan gaji bekerja di premis berkenaan.
Tuan punya bangunan juga perlu diambil tindakan kerana membenarkan aktiviti haram di premus miliknya.
Dan kes-kes ini perlu segera diseret ke mahkamah. Jangan sekadar melepaskan bauk ditangga, hangat-hangat tahi ayam.
Sesungguhnya banyak aktiviti haram dan bertentangan undang-undang terus menerus berlaku dalam Negara kerana banyak sangat agensi terlibat dan kecenderungan untuk rasuah itu besar.
Mula dulu wujudnya Media Perak (MP), blog milik Hamidah sesedap mulutnya tuduh MP dibayar oleh Pakatan Rakyat (PR) Perak dalam mematahkan serangan 125, 700 viewers video 'Hamidah Halau Rakyat' rakaman MP di sesi dialog masyarakat setempat. Bukan Midah je cakap macam tu, ada juga orang parti dlm PR pun anggap MP dibiayai PR walaupun depa tak tahu apa. Itu dulu.... sekarang terbalik.
Sejak MP mengkritik pimpinan PR lain plak bunyinye orang parti dlm PR,...lebih tak kurang sama je. ... masih ada mentaliti budaya umno dlm PR, tapi bukan semua. Umno berjaya resapkan budaya ini dlm pemikiran terutamanya orang melayu. Bila kritik je tiba-tiba jadi pihak lawan, ertinya dua-dua tak berapa nak raikan kritikan & perbezaan pendapat. Tapi kalau korang kritik sultan, korang bleh kena tangkap...hina Nabi, hina hukum Allah takpa dalam negara ini. Terkini semalam terpancut dlm facebook, aktivis Ahmad Abd Jalil ditangkap atas tuduhan hina sultan dr sebuah negeri.... dlm isu ini aku nampak sultan lebih mulia dari Nabi & Tuhan. Simpati kepada mangsa terbaru dan ahli keluarganya yang barangkali tak boleh tido dibuatnya.
Fakta jelas kes sultan negeri yg sama, kenapa yek...
Oppppss.. lari tajuk, ..tiba-tiba ada yg kata MP dah dibeli umno.... wakakaaaaa, lawak paling best sampai nyaris aku nak terkentut dibuatnya. Jgn salahkan orang tu sbb depa tak tahu mcmana MP nak korek kos tampung website, ke program korek duit poket sendiri, guna tools sendiri, jual tshirt, jual buku tapi taklah sampai kena jual body.
Ni antara produk jualan terkini MP, mana yg dah dapat, aku ucap selamat membaca. Bagi yg belum dptkan sblm di'haram..haram..haram'kan oleh ulama muda, sambil bantu dana MP sila order email ke otaimanjung@gmail.com ..... iklan la pulak!
Bila 'editor1' MP keluar posting Media Perak Terima RM30,000 dari Hamidah, suka & duka lah aku... sukanye rezeki dtg bergolek, kepala otak dah pikir boleh beat malaysiakini walaupun kos tak semampunya. wakakaaaa... secara tak langsung takdelah para alim lagi warak 'ter'fitnah ( umno sedia maklum nipu nya.) kata MP dibeli umno, segalanya betul apa yg ditanggap. Tapi duka nye... bukan bagi kat MP tapi kelab sukan & kebajikan media perak yg ahlinya dr media perdana di Perak. wakakakaaaaa......
Rezeki jangan ditolak bai....selamat mendaki & mencipta rekod!
Derma RM30,000 utk cipta rekod tuuu...kategori kumpulan 'terbesar' wakil media panjat gunung di Lombok Indonesia. fuh.... aku tak teruja sgt duit tu tapi bab daki gunung tu. Gunung mana yg tak daki lagi dlm M'sia ni, dah lebih 10 tahun tak daki gunung, last pun panjat bukit kledang nak kata hutan tak jugak, bukit ladang getah pergi shoot gambar jelas dr atas tapak Asian Rare Earth tempat lupus sisa toksid. Jungle treking pun ikut nasib, 3 minggu lepas pun 'naik hilux' salah sorang aktivis KUASA (Pertubuhan Aktivis Sahabat Alam) masuk utan tgk mangsa balak. Secara tak langsung kira melancong.... dan bertindak tuk kekalkan tempat-tempat pelancongan ini dgn ekosistem semulajadinya dari kerosakan tangan-tangan manusia.
Ni Salah satu tempat pelancongan, hutan dara & pendaratan penyu yang bakal tergugat, maklumat terkini & melancong ke sini, rujuk SINI dan SINI.
Visit Perak Year 2012..... semua tau Midah Exco Pelancongan Perak, media perdana dah mainkan peranan mungkin ini sebahagian sumbangan terima kasih dr kerjaan negeri, bab niat agar media tak tibai dia itu sedia maklum juga antara tujuannya.... kira 'dibeli' la, yg pegi sekali pun Akmar Hisham Mokles, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri.
Cuma terfikir kalaulah derma RM 30,000 dilaburkan dgn melancong dalam negeri kurang2 makcik pakcik yg meniaga tepi jalan atau di pantai peranginan dapat juga merasa tempiasnya. Tak salah promo ke luar negara, tak salah nak kibar banner 'Visit Perak Year 2012' atas puncak gunung tapi aku harap 30 wartawan ni balik nanti tak dianugerahkan dato' sebab buat rekod kumpulan media terbesar daki gunung kedua tertinggi di Indonesia. Itu bodek melampau......wakakaaaaa!
Selingan...bila cite Midah & melancong ni, aku takleh lupa brader aku ni yg punya sama minat, org yg 'update' page Visit Perak Year 2012. Atas 'wilcha' pun gagah lagi.. Media dpt derma dari Midah, brader aku ni pernah tertunggak elaunnya berbulan dr Midah, skitnya payah... bro tak mau cipta rekod ka pakai 'wilcha' daki gunung, aku bleh volunteer tukang sorong.... agak2 Midah mau derma tak dgn proposal ni?...
Memang minda Midah ni lebih suka kalau melancong ke luar negara bawa pelabur luar negara ke Perak buat projek mega industri di pusat pelancongan & zon sensitif alam sekitar. Dialah exco pelaburan, dialah exco industri, dialah exco pelancongan... pelaburan industri lebih untung mengikut perkiraan dia, tak salah tapi jgn godam bandar pelancongan, jgn diganggu ekosistem....... industri buat kat zon industri la!
Lari skit tajuk....sebelum bertolak melancong ke Soromban pagi ni ke himpunan rakyat, nak ajak korang plan utk melancong ke daerah Manjung minggu depan 9 Nov 2012, kita berkumpul di hadapan Masjid An-Nasriyah Sitiawan jam 1.30pm (slps solat jumaat) sebelum berjalan secara aman ke Pejabat Parlimen Lumut utk serahkan memorandum Bantahan A.E.S kepada Menteri Pengangkutan YB Kong Cho Ha. Dia baik orgnya (puji nampak....wakakaa), suka menabur pada masyarakat (tabur ada makna tu...) tapi tersilap sasar cuba kaut dr rakyat utk kroni dgn angkut AES di tepi jalan... *maklumat lanjut, akan update selepas balik dr melancong ke himpunan rakyat...
Klik utk besarkan map ke 911 Himpunan Rakyat Bantah A.E.S anjuran Bantah AES, Kuasa (Lokal Xtvis) kerjasama MediaPerak.
Pastikan laluan yang sudah dipasang AES, jangan korang pergi langgar plak!
Kalau laju kena saman Mahfuz ckp jangan bayar, lawan di mahkamah! Lebih kurang bantah la jugak...
Kuala Lumpur - by @tiewnama. Lokasi Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Seramban Paroi.. petanya anda boleh lihat di bawah ini. sekian.
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
dari sumber maklumat dalaman UMNO wisma putra, nazri aziz bakal di gantung oleh
najib razak kerana najib mahukan kesemua MP dan ADUN BN bersih dari sebarang
skandal yang buruk dan tuduhan hitam,
dari maklumat yang era pasca terima, nazri aziz akan di gantung minggu hadapan oleh
tim najib sebagai menteri undang undang dan ahli parlimen bagi membersihkan namanya
atas tuduhan menerima rm 3 juta dari kes penggubahan wang haram rm 40 juta umno sabah.
arahan ini bagi membuktikan UMNO telus dalam kes RASUAH! nazri akan di jadikan
kambing hitam terbaru bagi umno untuk memenangi pilihanraya umum ke 13.
berikut adalah jawapan nazri aziz yang semakin tertekan dengan tekanan dalaman dari
kem umno wisma putra,
nazri Aziz hari ini mengakui mengenali Michael Chia tetapi menafikan tuduhan bahawa
beliau membersihkan nama Cukong balak itu berkenaan dakwaan rasuahnya, Nazri
menerangkan bahawa beliau menjawab soalan mengenai Chia yang didakwa menyeludup
wang rm 40 juta dari hongkong untuk Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman kerana
tugasnya sebagai menteri undang undang,
Saya menteri saya tidak ada kepentingan peribadi dan saya tak tahu saya ada kepentingan,
apa kepentingan saya ada - nazri aziz
pengarah strategi PKR Rafizi Ramli pagi ini menuduh beliau mempunyai kepentingan mempertahankan Chia kerana anaknya Nedim telah menggunakan kenderaan mewah
didaftarkan atas nama Chia, Menteri itu berkata beliau tidak hairan dengan tuduhan Rafizi
sambil menggelarkan pemimpin PKR tersebut sebagai bukan siapa siapa seperti hanya gigitan nyamuk dan perasan,
nazri azizi mengingatkan Rafizi bahawa jawapan beliau di dalam Parlimen dalam kontroversi
itu kerana ia datang dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM dan Jabatan
Peguam Negara agensi yang menangani kes tersebut, Nazri menegaskan kedua dua badan tersebut ''bebas'' dan kerajaan tidak mempunyai hak untuk menutup kes,
Saya tidak ada kuasa dalam SPRM jadi saya tak boleh menutup kes, mereka bebas jadi bagaimana saya nak dirasuah jika saya tidak ada kuasa? - nazri aziz
nazri aziz baru baru ini memberitahu Dewan Rakyat kerana Chia tidak ditahan
di Hong Kong dengan 16 juta dolar Singapura RM 40 juta dan beliau mengetahuinya
bila pegawainya memberitahu,
Saya pun tidak tahu bahawa Chia tidak ditahan, Chia didakwa mempunyai kaitan dengan
Musa Aman pada April lalu oleh Sarawak Report yang mendakwa beliau juga meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Chek Lap Kok Hong Kong dengan wang bernilai RM40 juta dalam matawang Singapura.
Dalam sidang media Rafizi hari ini berkata bahawa ICAC badan pencegah rasuah
di Hong Kong menutup kesnya selepas tidak dapat kerjasama dengan SPRM. Bagaimana
saya boleh mempengaruhi mereka? Saya tak boleh, Jawapan mereka bukan jawapan peribadi
HANTU SABAH dan CUKONG BALAK
BERGELAK KETAWA KERANA 1MALAYSIA
RAKYAT KENA BODOH DENGAN MEREKA BERDUA.
KATA BAPAKNYA, NEDIM KAYA HASIL USAHANYA SENDIRI.
KERETA HUMMER RM 500 RIBU ITU KERETA PINJAM KEJAP SAJA
DARI CUKONG BALAK UMNO MICHEL CHIA .
HUMMER INI CHIA SURUH NEDIM BAWA PERGI REPAIR
ITU SAJA, BUKAN BAGI PINJAM, TAPI SURUH BAWA PERGI
TUKAR TAYAR SEBAB TAYAR DAH BOTAK MACAM KEPALA NAZRI
by @tiewnama - laporan terkini dari kebocoran kem wisma putra, UMNO sudah siasat kes
yang mendakwa nazri terima rm 3 juta dari chia minggu lepas, nasib menteri undang undang ini bakal sama senasib dengan bekas menteri jaga masyarakat. kahkahkahkah.
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat kejutan apabila menyatakan kesediaannya bertanding di Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Beliau akan mengikut keputusan parti sama ada dikekalkan bertanding di Parlimen Marang atau Pekan, Pahang pada pilihan raya akan datang.
"Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan buat keputusan. Parti hendak suruh bertanding Marang ke… atau Pekan, termasuklah, jika parti suruh saya bertanding di Pekan, saya bertanding di Pekan," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media sama ada kekal bertanding dua kawasan, Dun dan Parlimen selepas Majlis Pelancaran Dana Pilihan Raya Umum (PRU13) Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru Rusila, hari ini.
(Gambar: Tuan Guru Abdul Hadi menerima sumbangan untuk dana pilihan raya Muslimat PAS Terengganu.)
Menurutnya, jawapan muktamad terserah kepada parti yang akan menentukan kawasan yang bakal ditandingi kelak.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyatakan kesediaan jentera PAS pada bila-bila masa diadakan pilihan raya kerana persiapan telah dibuat sejak setahun lalu.
"Saya sudah melawat keseluruhan kawasan pilihan raya sejak setahun lalu. Saya buat jadual melawat dan keseluruhannya kerja telah dibuat sejak setahun untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa.
"Bahkan, kebanyakan Dewan Undangan Negeri (Dun) telah membuat culaannya yang terperinci. Ini termasuklah, persediaan jentera pilihan raya secara menyeluruh. Cuma kita menunggu tarikh pilihan raya pada bila-bila masa sahaja," ujarnya.
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Gambar bakal Presiden MIC yg akan datang mula tersebar di internet..
Ini kah bakal PRESIDEN MIC selepas ini? Dengarnya dah de calon yg lebih sesuai walaupun timbul pesaing dari beberapa negeri lain seperti Perak dan Pulau Pinang.. Dengarnya mendapat restu penuh dari bekas Presiden MIC terdahulu, Samyvellu..
Huhu aku sungguh terharu melihat mu berjiwa 1 malaysia..
Har har haaaaaaaaaaarraaaaaaaaammmjadaaaaahh!!!
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mahathir Mohamad berkokok lagi menghentam dan merendah-rendahkan Pakatan Rakyat. Kali ini dia berkokok di luar negara di Khartoum, Sudan. Tepat Mahathir memilih untuk bercakap perkara ini di Sudan bukannya di Amerika atau London. Jauh sekali kalau di Jepun atau Australia, kalau dia bercakap di Amerika atau London, Jepun atau Australia orang akan ketawa geli hati.
Perkatana diucapkan mengenai aspirasi Pakatan Rakyat yang inginkan kuasa dan menang dalam pilihan raya.
Kata Mahathir Pakatan Rakyat adalah pakatan sementara saja bukan seperti Barisan Nasioal yang sudah 55 tahun. Orang akan marah kalau saya kata Mahathir bodoh... atau pun tidak ada nilai dalam membuat andaian politik. Dia kata BN sudah 55 tahun, memanglah gabungan itu wujud sejak tahun tahun 1971 lagi. Pakatan Rakyat hanya digagasan dua tiga tahun lepas. Buatlah macam mana sekali pun termasuk Mahathir menungging balik dengan Siti Hasmah Md Ali di stadium merdeka usia Pakatan Rakyat dengan BN tidak akan selari.
Orang cerdik akan dapat membezakan keadaan ini tetapi orang seperti Mahathir tidak nampak. Penyokong dan poentaksub ubi kayunya akan marah kalau kita kata Mahathir sudah nyanyuk. Kenyanyukan dalam memahami ini tidak dirasai oleh pentaksubnya kerana nyanyuk jenis Mahathir ini bukan jenis ecer tahi.
Kita tidak marah kalau dia hendak terus bercakap, mengulas politik dan membela Umno dan bagi menjamin anaknya Mukhriz meneruskan legasinya sebagai perdana menteri. Tetapi dengan terus memperbodoh-bodohkan rakyat ia sesuatu sangat dikesali dan memalukan negara.
Percayalah Mahathir tidak akan berhenti dia akan terus berkokok sama ada apa yang dikatakan itu benar atau tidak. Baginya nikmat berkokok yang Tuhan berikan tidak perlu dihentikan. Selagi ada orang merasakan ia ada nilai dan manfaat dia akan berkokok dan berkokok. Selagi ada orang bersorak dia akan berkokok, kalau pun dibuat sound atau rakaman orang bertepuk dipasang selepas setiap kali dia melapazkan kata-kata dia tetap akan berkokok.
Berkokok tanpa hujung jatuh dan tidak kira waktu ini juga mungkin satu sindrom.
Dia juga memperkecil-kecilkan apa dijanjikan Pakatan Rakyat dalam manifesto. Beliau kena berkata begitu kerana sebenarnya dia kesal dan malu dengan apa dijanjikan PR. Misalnya untuk beri 20% royalti petroleum tidak terbuat olehnya. Dia lupa kerana lebih memikirkan bagaimana hendak kaut hasil minyak untuk kepentingannya bukan rakyat.
Dia menafikan segala pembaharuan Pakatan Rakyat termasuk mengurangkan atau mengtiadakan tol di lebuh raya. Dia tidak percaya dan tidak yakin berdasarkan kepada amalannya. Dia tidak nampak makenisme Pakatan Rakyat mengurangkan kos pembinaan kemudian menafikan tol. Bagi Mahathir pula tol perlu dikenakan kerana untuk membayar kos yang tinggi.
Tanya pula kenapa kos pembinaan tinggi, kos pembelian kerajaan tinggi, jawabnya sebab rasuah nak agih-agihkan kerana kroni. Itu fasal kos meningkat berganda. Jadi apabila kos untuk rasuah ini dihilangkan... maka rendahlah segala perbelanjaan dan rakyat pun kena membayar dengan nilai rendah. Jelaslah kaedah yang Mahathir benarkan itu kaedah halal melakukan rasuah. Mahathir sangat berbangga dengan segala projek dizamannya, walhal semua projek itu kotor dan cdemar dengan rasuah.
Jadi dia sangat malu dengan janji dan keupayaan Pakatan Rakyat yang dijanjikan dalam Buku Jingga itu. , maka jalan terbaik ialah mengkritik dan memburuk-burukkan apa yang dijanjikan Pakatan Rakyat.
Mengenai tiada apa hendak dijanjikan PR melain itu (royalti minyak) Mahathir tak nampak kepada janji-janji dan pembaharuan lain kerana dia adalah pembaca media penjilat buntut utama di mana cerita-cerita janji dan pembaharuan politik digagasan PR tak ternampak olehnya.
Disimpulkan sesiapa menuruti dan percaya kepada kata-kata politik Mahathir orang itu akan sesat barat dan telah tertelan air Mahathir atau pun tercium panhtak Mahathir seperti terjadi kepada seorang rakyat di Pasir Mas. [wm.kl.11:30 am 03/11/12]
Kesediaan Presiden Pas Abdul Hadi Awang untuk bertanding di Pekan dalam pilihan raya akan datang bagi menentang Ha Najib Razak rasanya perlu dihormati dan difikirkan sebagai anjakan keberanian baru dari Pas oleh kepimpinan Pas dan seluruh ahli jemaah itu. Saya tidak merasakan Abdul Hadi berselorah dengan kesanggupan itu sebalik ianya satu komitmen yang baik dan serius.
Abdul Hadi: Satu keberanian.
Sewajarnya ketua sebuah parti berdepan dengan ketua sebuah parti yang bertentangan. Jangan persoalkan apakah Pekan itu kawasan lawan atau tidak, yang pentingnya Abdul Hadi ke situ bagi menumbangkan ketua parti yang dimusuhinya.
Walaupun mungkin kenyataan itu lebih kepada gimik, tetapi ada kebenarannya di situ. Mungkin Abdul Hadi memberi mesej untuk berdepan dengan Umno beliau sanggup pergi ke mana-mana saja kawasan yang sekaligus menyerlahkan beliau sudah hilang sabar dalam berdepan dengan kerenah Umno.
Cara itu juga membuktikan bahawa Pas bukan berjuang di dalam lopak sendiri tetapi perjuangannya universal.
Bagi Abdul Hadi kemenangan kerusi dan memenanginya bukan yang mutlak. Baginya kesediaan melawan seorang ketua parti yang ditolak atau dianggap sebagai jahat, khianat adalah satu tanggungjawab dan kewajiban. Kalau perjuangan Pas benar dan apa digagaskan Abdul Hadi adalah haq kenapa harus takut membiarkan dia ke Pekan.
Tidak timbul kalau ada mengatakan Abdul Hadi sengaja mencari naas. Bagi perjuangan Pas dan beliau sendiri, kemenangan itu bukan bermakna memenangi kerusi tetapi kemenangan itu adalah berlawan dengan musuh secara mendada. Tidak juga perlu soal bukankah kalau kalah Abdul Hadi tidak boleh memegang jawatan? Persoalan itu hanya bagi mereka yang jahil dan nafi dalam memahami erti perjuangan.
Saya berharap kenyataan dan kesediaan Abdul Hadi itu menjadi realiti. Kalau hasrat Abdul Hadi itu menjadi kenyataan, sayalah orang pertama akan menjujung duli kepada presiden Pas itu dan menerimanya sebagai seorang pejuang tulen yang berani, ikhlas dan bertepatan dengan prinsip perjuangan Islam ala Pas. Bahawa Abdul Hadi bukan seorang politician sekluar dan munafik seperti kebanyakan yang lain yang juga pengecut untuk mengejar musuh ke hingga ke laman rumah.
Syabas kepada Abdul Hadi Awang atas keberanian melemparkan hasrat itu. Dan Pas perlu memcuba strategi berkenaan. [wm.kl.9:15 pm 02/11/12]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KEADILAN hari ini melancarkan poster-poster kempen untuk Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Poster-poster kempen itu dilancarkan oleh Presiden KEADILAN, Datin Seri Dr Wan Azizah di ibu pejabat KEADILAN di tropicana.
Kempen Pilihanraya KEADILAN bertemakan "Harapan untuk rakyat" dengan latar belakang biru sempena bendera parti KEADILAN. Berikut poster-poster yang dimaksudkan.
HARAPAN RAKYAT - Harga Minyak Turun
HARAPAN RAKYAT Wanita Dihargai Caruman Wanita Malaysia
HARAPAN RAKYAT - Harga Kereta Turun
KEADILAN Lindungi Keluarga Anda
Pakatan Demi Rakyat
Harapan Rakyat - Pendidikan Percuma, Hapuskan PTPTN
PADA waktu ini ReJaM baru sahaja tiba di tapak tempat perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan di Taman Seremban Jaya, Seremban Negeri Sembilan.
Suasana di tapak perhimpunan masih lengang sekitar pukul 7 pagi. Memandangkan perhimpunan dijadualkan bermula pukul 3 petang ini, difahamkan orang ramai belum lagi mula berkumpul di tapak perhimpunan.
Kelihatan kanopi-kanopi dan dua treler Pakatan Rakyat yang akan digunakan sebagai pentas ceramah. Sebuah treler Merdeka Rakyat, yang biasa digunakan oleh Anwar Ibrahim serta sebuah treler DAP.
ReJaM®
3 November 2012 Himpunan Kebangkitan Rakyat Padang Taman Seremban Jaya, Seremban Negeri Sembilan.
PELIK, hairan, bodoh dan kejam, namun inilah yang berlaku di Negeri Melaka. Penguatkuasa Majlis Perbandaran Hang Tuah, telah menghalang seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk membantu mangsa ribut, di Taman Air Keroh, Melaka.
Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana penguatkuasa digunakan untuk menghalang pemberian bantuan kepada rakyat yang ditimpa musibah akibat bencana ribut. Pelbagai alasan diberikan untuk merobohkan booth kecil yang dibina oleh wakil rakyat itu.
Difahamkan pihak penguatkuasa telah memberikan notis untuk menutup booth kecil yang didirikan dalam masa sejam. Jika tidak pihak penguatkuasa yang diperalatkan ini akan merampas segala barang-barang di booth tersebut.
Lihat sendiri rakaman video di bawah.
Bila sudah terdesak, nampak sangat otak mereka sudah tidak berfungsi dengan baik. Sifirnya mudah, selepas ini wakil BN pula akan datang kepada mangsa ribut dan berkata hanya BN yang membantu rakyat. Tengok wakil rakyat Pakatan Rakyat, mana ada nak bantu rakyat?
SEPERTI yang dijangkakan sebelum ini, rujuk sini [Utusan Malaysia], media-media arus perdana akan menggunakan isu penahanan Dr Badrulamin di majlis makan malam yang dikatakan dianjurkan oleh Al-Arqam semalam untuk mengaitkan KEADILAN dengan ajaran sesat.
Hari ini portal berita milik anak syarikat Utusan, Kosmo melaporkan kononnya Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Badrulamin sebagai tetamu kehormat dan ahli jawatankuasa majlis dikatakan anjuran Al-Arqam, sebuah pertubuhan yang pernah diharamkan kerana membawa ajaran sesat.
Di bawah ini pula penjelasan si empunya badan, Dr Badrulamin yang menghadiri majlis tersebut.
Majlis Jamuan makan "Kenduri Mega" malam tadi adalah anjuran Global Ikhwan dan bukannya Al-Arqam.
Jemputan hanya bersifat umum dan tiada jemputan khusus untuk saya, saya datang bersama isteri dan anak-anak untuk makan sambil menikmati persembahan kesenian Islam sambil bersantai.
Saya diletakkan di meja tamu atas rasa hormat mereka terhadap saya dan sememangnya dibawah khemah lain tidak mempunyai meja pun.
Ahli jemaah Ikhwan mengenali kami kerana isteri saya sering membeli keperluan dapur di pasaraya Ikhwan kerana ia menyediakan produk makanan buatan orang Islam. Anak dan isteri saya juga sering kesana membeli pakaian dibutik Ikhwan.
Laporan Kosmo yang kononnya saya adalah salah seorang dari Ahli Jawatankuasa Penganjur (AJK) dalam program malam tadi adalah berniat jahat dan tidak bertanggung jawab.
Saya langsung tidak ada apa-apa kaitan dengan organisasi Ikhwan, jauh sekali dari memegang sebarang jawatan. Ingin saya jelaskan sekali lagi, kehadiran saya ke program tersebut tidak ada sebarang agenda peribadi mahupun politik.
Dr Badrulamin Bahron Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN 2 November 2012
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Semalam, Presiden PAS membuat kejutan bahawa beliau sedia bertanding di Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Sebenarnya Pekan bukanlah kubu kuat UMNO BN seperti yang digembar-gemburkan kerana Najib sendiri hampir tewas di Parlimen Pekan pada PRU 1999 di tangan calon PAS yang tidak terkenal iaitu Ramli Mohamed.
Malah kemenangan Najib dengan majoriti 241 undi itu pun diragui - kerana kemenangan hanya diumumkan apabila beberapa peti undi yang "sampai lewat" dikira.
Berikut ialah ulangsiar wawancara Editorial Harakah bersama bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Dato' Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz:
Najib, pemimpin Umno dan PM yang gagal
Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak disifatkan hilang punca, begitulah kesimpulan yang dibuat oleh bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Dato' Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz kepada Harakah ketika sesi 'Cakap-cakap Bersama Harakah' di Pejabat Editorial baru-baru ini. Ikuti temubual sidang Editorial Harakah, antaranya AHMAD LUTFI OTHMAN, TAUFEK YAHYA, MOHD RASHIDI HASSAN, TARMIZI JAM dan WAN NORDIN WAN YAACOB serta Jurugambar, NASIR SUDIN bersama bekas ADUN Pulau Manis itu.
HARAKAH: Penyeberangan yang di luar kotak jarang-jarang dilakukan, boleh saudara nyatakan mengapa tinggalkan Umno dan sertai DAP?
DATO' MOHD ARIFF SABRI: Pertamanya terima kasih kerana Harakah jemput saya ke sini. Banyak yang tanya saya persoalan kenapa saya daripada Umno ke DAP, dan bila pindah pula tu tidak pilih parti lain tetapi DAP yang 100 peratus bertentangan dengan falsafah Umno. Kenapa tidak PAS atau Parti Keadilan Rakyat (KeADILan).
KeADILan ini DNA-nya Umno masih ada di situ, cara dia beroperasi itu masih ada cara Umno, bila ada perubahan nanti barulah boleh bertukar.
Saya tidak masuk PAS ini sebab saya kesian kepada PAS, sebab nak masuk PAS ini, ia mesti menangguh imej nak bawa PAS yang keagamaan dan saya tahu kekurangan diri saya. Saya nak elak PAS rosak saya tidak masuk, tetapi saya terus menyokong perjuangan PAS dan semasa dalam Umno dahulu lagi pun, saya menyokong PAS terutama dalam isu Umno fokuskan untuk merampas Kelantan yang dikuasai Melayu dan PAS, kenapa Umno beria-ia sangat nak rampas, saya tidak setuju dengan hal ini.
Sekarang ini apabila Umno dan pemimpinnya menyerang tokoh kepimpina PAS dengan kata nista, ini saya tidak setuju sangat.Jadi suatu parti yang nyata bertentangan dengan Umno ialah DAP yang secara lengkapnya tidak sama dengan Umno, justeru saya sertai DAP yang budayanya sangat bertentangan dengan Umno. Saya ada keserasian kerana DAP kini tiada berbaur perkauman sangat mutakhir ini.
Saya sendiri telah berbincang dengan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, misalnya dalam persoalan jawatan Perdana Menteri Malaysia, dia mengakui realiti Malaysia ini tidak membenarkan orang selain Melayu menjadi Perdana Menteri, dan jika orang selain Melayu jadi PM, dia kata akan berlaku huru hara dan pertumpahan darah.
Orang Cina tak hendak benda itu, mereka hanya mahukan sebuah kerajana yang urustadbirnya baik, kedaulatan undang-undang yang betul, layanan kepada kita sama seperti kepada pembesar negara. Pada saya Umno gunakan undang-undang hanya untuk kukuhkan kedudukan, Umno akan manipuasi undang-undang. Persoalan besar hari ini rasuah, yang tidak dapat dibendung dalam Umno dari atas ke bawah. Ini bukan saya cakap, tetapi jika kita bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pun dia akan cakap begini.
Dalam satu majlis makan tengahari bekas menteri tidak disangka, Mahathir datang dan dia diberi penghormatan sepatah dua kata berucap. Tetapi Tun Mahathir take overlah sesi itu. Kenyataan pertama Tun Mahathir dia sebutkan bahawa 'negara kita ini dah korup dari atas ke bawah', dari Najib hinggalah ke bawah, ini dia cakap, jadi Musa Hitam cakap kepada saya dia pelik, inilah orang yang bertanggungjawab budaya koruspi ini, dari segi 'public statement' dia (Mahathir) nampak menyokong Najib tetapi dalam peribadinya dia tidak, dia banyak yang tidak suka cara Najib mentadbir itu.
Saya lihat umurnya (Mahathir) dah lebih 80 tahun, tetapi dah dia tidak boleh berhenti.Selalu saya bincang mengapa Tun Mahathir tidak boleh berhenti. Saya ada teori bahwa apa yang dia (Tun Mahathir) lakukan dahulu menghambat diri dia, dan dia kena tidak boleh tidak mengawal keadaan daripada jadi lebih teruk. Sebab itulah dari segi trend kemungkinan politik masa depan itu dia cukup gerun jika PR dapat ambil alh kerajaan dan 'nightmare' pada dia, jika Anwar Ibrahim jadi PM, dia rasakan Anwar akan bangkit semua cerita lama dia (Tun Mahathir).
Menyentuh soal kekuatan Pakatan Rakyat, kemungkinan faktor yang menyebabkan rakyat mahu kepada PR adalah Anwar, ataupun sebenarnya kelemahan Umno-BN itu sendiri?
Saya rasa yang faktor Anwar itu 'icing on the cake' sahaja, secara dasarnya rakyat menolak kebejatan Umno-BN. orang Umno pun 'fed up' dengan gelagat kepimpinan, bercakap soal kepentingan Melayu tetapi sebenarnya hanya menjaga kepentingan mereka dan kroni sahaja.Bercakap fasal negara, bagaimana urustadbir negara dengan pengaliran keluar wang negara dan ketirisan, rakyat melihat kepada ini, rakyat berdepan kos hidup yang tinggi, gaji tidak naik kepada tahap yang baik, dan rakyat marah kerana melihat pemimpin BN berbelanja seolah-olah tidak berhemah, dan menghentam sahaja tidak terkawal.
Walaupun bagi projek secara tender tetapi semua itu manipulasi, akhirnya kroni sahaja yang dapat. Rakyat baca yang tersirat, pemimpin seolah-olah sedari masa mereka (mentadbir) yang nak habis, selagi ada masa selagi mereka kaut (kekayaan negara), dan ini yang rakyat lihat. Soal Anwar ini dia penyatupadu PAS dan DAP dan dia 'crowd puller'. Dia boleh tarik massa, bila kita hebahkan rakyat akan mudah fahami berbanding penulisan, ceramah ini jauh cepat dapat. Saya tidak menaruh kepentingan luar biasa kepada Anwar Ibrahim, jika KeADILan menang besarpun dia tidak boleh menjadi PM tanpa persetujuan PAS dan DAP.
Barangkali boleh diceritakan sedikit tentang pengalaman dan latar belakang bagaimana bermula dalam politik dan menyertai Umno?
Saya nak ambil kesempatan nak terangkan, saya bukan kritikal kepada Umno selepas saya tidak menjadi wakil rakyat, tetapi jika ada kesempatan saudara-saudara boleh melihat hansard Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Pahang, boleh baca bahawa saya agak kritikal terhadap pengurusan kerajaan negeri Pahang, misalnya dalam pengurusan anak syarikat negeri pahang (SEDC) saya timbulkan persoalan jika syarikat ini sentiasa tanggung rugi.
Kaedahnya tutup jangan tanggung biawak hidup, jika ada syarikat milik kerajaan tetapi tidak boleh bersaing dengan syarikat Cina yang kecil, kita kena tutup, nak buat apa kerajaan bagi duit tetapi tidak untung. Mesti ada pengurusan yang tidak kena, persoalannya ialah korupsi berlaku, meningkatkan kos pengurusan kerajaan. Bila saya keluar, jadi saya ada kebebasan seidkit menyuatakan lebih terbuka, punca segalanya kepimpinan tertinggi yang tiada kekuatan membetulkan keadaan, sampai bila Umno ini tidak akan betul. Pemimpin sebut soal transformasi, tetapi jika tiada keberanian tidak akan berlaku perubahan.
Kepimpinan tertinggi Umno dipegang oleh Dato' Najib sendiri, dan saya yakin dia tidak ada keberanian dan 'political will' melakukan peruabhan, bercakap bolehlah, tunjukkan dia liberal memang dia pandai dan disokong oleh media massa perdana yang menunjukkan dia hebat, tetapi saya ada pengalaman langsung dengan dia, dan saya berani kata dia tidak berani lakukan perubahan, nak menukar Umno punya 'warlord' dia tidak berani. Kerana apa? kerana sokongan yang dia ada kini adalah daripada yang bawah dia (warlord) ini, takkan dia nak menghancurkan sistem kehidupan yang diketahui iaitu, mendapat projek besar dan menyokong pemimpin.
Jika nak reformlah, mati Umno. Lagi satu saya lihat, keduanya Umno ini tiada perjuangan untuk satu seruan, tiada 'cause of struggle'. Macam DAP walaupun dia sekular, tetapi dia ada dasar yang mahu negara ini diurustadbir dengan baik (good governance). PAS pula ada prinsip perjuangan Islam. Ini beza, Umno tiada cause, Umno ini kata mereka pragmatik, mereka kata mereka boleh sesuaikan diri ikut apa sahaja. Sebab itulah peribadi Najib sentiasa cuba membentuk klik, dia baik dengan sana sini, dan mengisi wawasan dia tak ada. Itu kelemahan Najib.
Boleh terangkan latar belakang saudara, bila menyertai Umno dan pengalaman dalam Umno?
Semasa di Universiti saya tak sokong Umno, dan kita di sana (Universiti) sama ada akan menyokong Islamik atau sosialis, masa saya di England, saya lihat pelajar kaum Cina ini mereka bersatu, senantiasa serang kerajaan Melayu dan secara umumnya dia serang Melayu. Secara umumnya masa itu saya seorang Melayu kena respons dengan tindakan mereka itu dengan bersatu dengan Umno dan buatlah apa sumbangan yang boleh kita buat.
Itulah asalnya saya dampingi Umno. Yang paling kuat sekali ialah semasa saya dibawa oleh Najib ke Umno Bahagian Pekan itu sendiri, masa itu tahun 1991 dsaya berhenti daripada Shell, dan masuk ke Umno dengan balik ke Pekan saya jadi AJK Bahagian. Daripada situlah saya bermula aktif dalam Umno. Pada 8 Januari 2012 saya sertai DAP. Di situlah bermulanya perjuangan saya menentang Umno.
Pengalaman dalam AJK Bahagian hingga Adun?
Saya ingat, karier politik saya meningkat pada tahun 1999 apabila Najib hampir-hampir kalah kepada calon PAS ketika itu dengan majoriti lebih kurang 200 undi sahaja. Itupun, calon PAS ketika itu telah pergi sujud syukur di masjid dan menjangkakan telah menang, namun katanya ada beberapa peti sampai lewat dan saya tidak tahulah apa yang berlaku hingga Najib menang 200 undi sahaja.Saya tidak tahu apa yang berlaku.
Selepas itu Najib sedar Umno Pekan ini tiada etika kerja yang betul, bagaimana nak yakinkan orang dan nak lakukan aktiviti, dan pada 199 dia lantik saya jadi ketua Penerangan Umno Pekan.
Bermula sahaja saya jadi Ketua Penerangan, saya susun strategi bagaimana nak menarik pengundi ini sebab di bahagian Pekan tidak ada aspek ini. Sebelum itu budak-budak dia tidak buat kerja hanya bagi tahu okay-okay-okay. Masa itu budak-budak dia hanya tahu sambut Najib sahaja ketika sampai di Pekan, sebab Najib dah pegang kementerian masa itu. Itu sahaja, dia tokoh penting yang akan naik ke atas, kerja Umno Pekan balik ke sana baut aktiviti dan tiada gerak kerja.
Bila saya ambil alih Ketua penerangan, saya lihat bagaimana dia mampu untuk menarik semula sokongan dan menimbulkan rasa sayang pengundi Pekan kepadanya. Saya tanya kepada dia, saingan dia di Pekan adalah PAS, saya tanya dimana kekuatan PAS?.
Sebab Najib tidak pernah terfikir pada masa itu. Saya cakap pada dia, kekuatan PAS adalah di surau dan masjid. Orang Umno ini dia liat sikit ke masjid, jawatan jawatankuasa surau dan pengerusi surau orang Umno nak, tetapi mereka tak mahu ke masjid. Jadi saya cadang dan rancangkan program di surau dan masjid dengan menjemput ulama-ulama dan tokoh agama, bila kita buat program kita jangan maki hamun, kita hanya buat program berasaskan pembicaraan mengenai kerohanian, dan saya panggil semua ulama daripada mesir dan indonesia yang boleh cakap Bahasa Melayu buat program di masjid. Tujuan saya ialah, nak tunjukkan ketika itu bahawa Umno pun tahu juga nak agama, menghormati aktiviti begini. Masa itu orang PAS pun datang, sebab kita tidak ada maki hamun kita panggil orang Arab yang boleh bertutur Bahasa Melayu itu orang PAS pun suka, saya pun bersekali, daripada tidak tahu jadi tahu.
Selama empat tahun saya buat menyeluruhlah. Saya buat lebih 150 program di bawah penerangan yang tidak terbuat oleh mereka di Pekan sebelum ini.Ini jadi rekod. Sebelum ini mereka tidak tahu nak buat apa, lagi pula Najib langsung tidak boleh buat apa-apa. Yang ada hanyalah kekuatan dia pada jawatan selaku Perdana Menteri, dan dia tiada kekuatan. Pada 15 Mac ini saya akan ke Pekan bersama Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS) untuk saya ceramah menerangkan apa kelemahan dan siapa Najib sebenarnya.Orang Pekan mungkin tidak tahu siapa Najib sebenarnya. Dia tidak akan kalah sebab dia ada duit tetapi jika majoritinya turun, dia akan malu, Orang Umno ini kemantapannya tiada sebab tiada pengisian, sebab dia fokus kepada duit.
Pada tahun 2004 Najib dapat 22,000 majoriti selepas saya buat kerja. Masa Anwar kena mata lebam itu, orang Umno pun sokong Anwar. Di Pekan ini saya tahu apa yang berlaku, bayar akan dapat sokongan.
Najib tak kata apa Dato' masuk DAP, dia tahu ke?
Dia tidak tahu, sebab dia tidak dapat kesan waktu saya nak masuk DAP. Sebab itu dia pening, macam mana dia tak boleh agak, dia ingat mungkin saya masuk KeADILan, tetapi akhirnya saya ke DAP. DAP ini bukan 'Jembalang' seperti Umno sangkakan. Ramai yang tanya saya, mengapa PAS boleh bekerjasama dengan DAP, sebab ramai yang tak tahu, saya jawab mudah PAS bekerjasama dengan DAP nilainya Umno berpakat dengan MCA, apa masalahnya PAS pakat dengan DAP. PAS dan DAP pakat atas dasar prinsip, ini dibenarkan, tidak ada masalah. Saya rasa PAS dan DAP tidak berani nak diguguat apa dasar masing-,masing, cuma persamaannya adalah menjatuhkan kerajaan yang korup dan zalim, ini mereka bekerjasama dan walaupun saya Melayu Islam dalam DAP, saya tetap Melayu juga.
Saya beritahu kepada Umno dan MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, saya tukar wadah sahaja bukan akidah. wadah itu penting..... Tetapi akidah tidak tukar, keMelayuan saya tidak kurang berbanding Umno.
Ini bukan masalah. Yang Umno takut ialah Umno hilang punca gunakan eleman gangster, gunakan Perkasa dan NGO yang nampak ekstrim, Rela dan sebagainya beri peruntukan ini menunjukkan Umno tengah risau. Yang Umno risau, rakyat ada pilihan selain Umno dan lebih baik daripada Umno. Saya komen Menteri MITI, Mustafa Mohamed kata aliran masuk pelaburan luar ke dalam negara (FDI) masuk ke Malaysia bagus, tetapi saya sebutkan itu semua FDI yang masuk ke negeri Pakatan Rakyat. Mustafa Mohamed nampak risau bila kita sebutkan hal ini. Tengok Pulau Pinang, Selangor dan Kedah semuanya tinggi FDI. Kerajaan BN ini FDInya jatuh.
Demam PRU 13, DAP katanya akan banyak menang, dan KeADILan akan menang besar, masalah yang dihadapi bagaimana kedudukan PAS yang akan ambil tempat dimana Umno bertanding, PAS akan bertanding, apa pandangan?
Penerimaan kepada PAS sangat bagus.Yang betul-betul parti Melayu ini hanya PAS sahaja. PAS ada dua kekuatan Melayu dan Islam. Umno sendiri dah tiada Melayu semua. Jika orang Umno sedar, mereka kena sokong PAS dan mana-mana kawasan yang PAS sertai dimana ada kawasan campuran, PAS pastinya akan menang kerana respon bukan Melayu samada India dan Cina cukup tinggi kepada PAS.
Saya ada tanya orang India, mereka banyak menyokong Pakatan Rakyat, mereka sokong DAP pertama, kedua PAS dan ketiga KeADILan. Prioritinya adalah DAP dan PAS, seterusnya KeADILan. Mereka suka keperibadian Tok Guru (Menteri Besar Kelantan, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat).... Orang Cina sendiri saya tengok di sebuah restoran pakai baju Nik Aziz, saya tanya kenapa pakai, dia jawab ini orang baik..... Dia buat kerja dia, tetapi penerimaan dan pengiktirafan orang yang baik mereka terima. Saya lihat orang Melayu tidak lagi bergantung harap dengan Umno.
Apa sebenarnya faktor orang Melayu terhalang sokong PAS?
Saya rasa satunya yang saya lihat di Pekan.Jentera PAS di Pekan sebagai contoh, mereka tidak buat program yang menyeluruh dan berterusan, jika berterusan ini mereka boleh atasi kesetiaan orang Umno di Pekan.
Saya selalu fikirkan jika saya jadi Ketua Umno Pekan, saya selalu bayangkan apa yang saya nak buat dalam mengambil sokongan orang Umno di Pekan, saya buat begini program berterusan di Pekan, minggu ini saya bawa Tok Guru Nik Aziz, minggu depan saya bawa Mat Sabu dan seterusnya untuk setiap masa orang di Pekan didatangi pimpinan PAS.
Saya yakin kaedah ini akan dapat menarik sokongan mereka di sana.Nak lawan duit memang kita tidak mampu sebab Umno ada duit. Saya tidak mustahil PAS boleh gerakkan orang Melayu, mereka seagama dengan kita, kita kena gerak kerja yang sentiasa, berbeza dengan Kelantan ada sahaja program Tok Guru di sana, sebab itulah mereka boleh faham. Arwah ayah saya sentiasa sokong PAS.
Bagaimana saudara boleh meyakinkan orang Melayu untuk sertai DAP, sebab ramai di luar sana masih bimbang untuk menyertai DAP?
Saya orang Melayu. Malah selepas bersama DAP, saya lebih bebas untuk nyatakan kepentingan Melayu ini yang terpinggir, dalam Umno mereka nak tahu tentang Melayu yang tak terpinggir sahaja, sedangkan dalam DAP mereka mahukan perjuangan mereka yang terpinggir.
DAP tiada halangan orang dalam DAP nak cakap tentang masalah kepentingan Melayu yang terpinggir ini,DAP tidak halang. ereka menyokong benda yang harus disokong. Satu lagi kita jangan risaulah tokoh seperti, Karpal Singh ini cakap selalu mengenai anti Islam, bangkang ini itu, dalam DAP pun orang biarkan sahaja dia begitu, sebab ada juga yang bangkang dia, cuma mereka diamkan sahaja sebab menghormati dia sebagai Pengerusi DAP, dia tokoh yang menyumbang kepada imej DAP dan beri ruang kepadanya untuk bercakap, tetapi tidak semestinya disetujui ahli DAP sendiri.
Selaku bekas ahli Umno dan pimpinan Umno, bagaimana saudara melihat propaganda yang dimainkan oleh Umno, jika PAS menang, orang Cina akan huru-hara, propaganda ini dimainkan di kawasan Melayu seperti di Perak, PAS jadi 'kuda tunggangan'?
Kalau orang Melayu konservatif yang baca Utusan Malaysia dan televisyen akan termakan (propaganda itu). Tetapi Pakatan Rakyat sendiri dah buat gerak kerja dan tulisan penerangan alternatif yang dapat dilihat oleh rakyat. Seterusnya saya rasa di kampung ini anak-anak mereka yang berlajar di luar, mereka ada cerita yang sebaliknya mengenai persepsi yang didoktrin Umno. Memang dan kita lihat, kos hidup tinggi dan salah urus tadbir negara tiada kena-mengena dengan DAP atau PAS. Mereka tak boleh tipu sepanjang zaman.
Himpunan Kebangkitan Rakyat: Pakatan buat laporan polis SEREMBAN: Menjelang sehari sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban hari ini, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Malaysia, Mejar (B) Razali Zakaria semalam.
Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Razali berkata:
'Jika polis tidak bertindak, jangan salahkan NGO jika kami bertindak pada hari program itu berlangsung dan kami tidak akan bertanggungjawab jika ada berlaku kemalangan atau pertumpahan darah'.
Laporan polis itu dibuat oleh Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.
"Kata-kata tersebut bukan sahaja mencabar polis, tetapi turut berunsur ugutan terhadap kami selaku penganjur dan orang awam yang dijangka akan hadir pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat 03 November ini.
"Selain itu, mereka yang terbabit juga telah membuat pelbagai tuduhan liar dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat tentang program kami.
"Kami berharap polis boleh bertindak segera terhadap mereka yang terbabit dalam mengeluarkan kenyataan ini, kerana ia berunsur ugutan dan mengganggu keamanan dan ketenteraman awam," kata Setiausaha PKR Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassim.
Turut bersama Sabaruddin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban ialah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Sembilan, Anuar Azhari dan Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin.
Semalam GMPN dan beberapa NGO Negeri Sembilan mengadakan bantahan di tapak program membantah penganjuran program Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Razali juga dipetik berkata mereka yakin program itu akan menimbulkan huru-hara dan keamanan yang dimiliki negara tidak sepatutnya dimusnahkan dengan menjadikannya bahan politik.
Pemangku Setiausaha Agong Gabungan NGO Malaysia, Mohd Arafat Muhammad pula berkata program itu dikhuatiri akan menimbulkan kejadian tidak diingini.
"Jangan menyibuk dan kacau Negeri Sembilan, pergilah negeri sendiri. Kami sepakat jika program ini diteruskan, kami akan menghalang dan membantah 100 peratus," katanya.
50,00 disasarkan
Sementara itu Pakatan Rakyat mensasarkan sekurang-kurangnya 50, 000 akan hadir pada Himpunan Kebangkitan Rakyat bertempat di Taman Seremban Jaya (Belakang Petronas) pada hari Sabtu, 03 November ini.
Program akan bermula seawal jam 03.00 petang apabila lebih 300 penunggang motorsikal dari Kelab ARC dan pendokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di Perkarangan Stadium Paroi.
Konvoi bermotorsikal ini akan bergerak menuju ke Tapak Himpunan di Taman Seremban Jaya.
Pelbagai acara telah disenaraikan dan antaranya Pidato Rakyat yang akan menampilkan pemimpin muda dari Pakatan Rakyat dan NGO; persembahan artis, pameran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan ceramah oleh kepimpinan utama Pakatan Rakyat.
Tentatif Program adalah seperti berikut:
NGO: 'Kami bantah 100 peratus Himpunan Kebangkitan Rakyat esok'
Sebahagian pemimpin 15 NGO mengadakan bantahan memprotes Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung, esok.
SEREMBAN – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini bersepakat menghalang penganjuran Program Himpunan Kebangkitan Rakyat di negeri ini jika pihak penganjur tetap berdegil mengadakannya esok.
Semalam, kira-kira 50 orang terdiri daripada 15 NGO berkumpul di hadapan tapak program itu bakal berlangsung di Taman Seremban Jaya sebagai tanda protes selain turut mendesak pihak polis mengambil tindakan.
Pemangku Setiausaha Agung Gabungan NGO Malaysia, Mohd Arafat Muhammad berkata, sekalipun Akta Perhimpunan Aman2012 menyebut sebarang perhimpunan tidak memerlukan permit, namun ia dikhuatiri akan menimbulkan kejadian tidak diingini.
"Kami marah dan geram terhadap penganjuran program itu dan mahu pihak penganjur membatalkannya dengan memilih negeri lain yang berada di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).
"Jangan menyibuk dan kacau Negeri Sembilan, pergilah negeri sendiri. Kami NGO telah sepakat jika ia terus diadakan, kami akan menghalang dan membantah 100 peratus," katanya.
Menurutnya, tiada apa yang perlu dibangkitkan oleh PR dengan menganjurkan program itu kerana negara ini berada dalam keadaan aman.
Sementara itu Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Malaysia, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, tujuan bantahan itu dibuat kerana mereka yakin program itu akan menimbulkan huru-hara.
Katanya, keamanan yang dimiliki negara tidak sepatutnya dimusnahkan dengan menjadikannya sebagai bahan politik.
"Penganjuran program ini adalah untuk bahan politik mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.
Razali berkata, polis diharap dapat bertindak segera dengan mengharamkan program itu diadakan kerana dikhuatiri insiden perhimpunan Bersih akan berlaku di Negeri Sembilan.
"Jadi, kami barisan NGO telah membuat laporan polis pagi tadi (semalam) sebagai tanda bantahan.
"Jika polis tidak bertindak, jangan salahlah NGO jika kami bertindak pada hari program itu berlangsung dan kami tidak bertanggungjawab jika ada berlaku kemalangan atau pertumpahan darah," katanya.
Antara NGO yang hadir, GMPN, Pekida, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Rantau, Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) Negeri Sembilan, Pertubuhan Belia, Putera dan Al-Ehsan. -SH
Kuala Lumpur - Pengacara terkenal Aznil Nawawi kehilangan sejumlah barang kemas yang disyaki dilarikan pembantu rumah dalam kejadian di rumahnya di Taman Yarl, Jalan Klang Lama di sini hari ini.
Aznil dalam laman Twitternya berkata beliau hanya menyedari perkara itu pada 2 petang tadi dan meminta sesiapa yang mengenali pembantu rumah warga Indonesia dikenali sebagai 'Soimah' itu supaya menghubungi balai polis berdekatan.
Beliau turut memuatkan gambar wanita itu di laman sosial berkenaan dan Facebook.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi berkata laporan polis mengenai kejadian itu diterima pada 3.15 petang tadi.
Ogos lepas, rumah Aznil dipecah masuk penjenayah yang menyebabkan pengacara itu kerugian kira-kira RM40,000. - Bernama
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat kejutan apabila menyatakan kesediaannya bertanding di Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Beliau akan mengikut keputusan parti sama ada dikekalkan bertanding di Parlimen Marang atau Pekan, Pahang pada pilihan raya akan datang.
"Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan buat keputusan. Parti hendak suruh bertanding Marang ke… atau Pekan, termasuklah, jika parti suruh saya bertanding di Pekan, saya bertanding di Pekan," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media sama ada kekal bertanding dua kawasan, Dun dan Parlimen selepas Majlis Pelancaran Dana Pilihan Raya Umum (PRU13) Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru Rusila, hari ini.
Menurutnya, jawapan muktamad terserah kepada parti yang akan menentukan kawasan yang bakal ditandingi kelak.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyatakan kesediaan jentera PAS pada bila-bila masa diadakan pilihan raya kerana persiapan telah dibuat sejak setahun lalu.
"Saya sudah melawat keseluruhan kawasan pilihan raya sejak setahun lalu. Saya buat jadual melawat dan keseluruhannya kerja telah dibuat sejak setahun untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa.
"Bahkan, kebanyakan Dewan Undangan Negeri (Dun) telah membuat culaannya yang terperinci. Ini termasuklah, persediaan jentera pilihan raya secara menyeluruh. Cuma kita menunggu tarikh pilihan raya pada bila-bila masa sahaja," ujarnya. -HD
yabas Abdul Hadi Awang Oleh Mohd Sayuti Omar.
Kesediaan Presiden Pas Abdul Hadi Awang untuk bertanding di Pekan dalam pilihan raya akan datang bagi menentang Ha Najib Razak rasanya perlu dihormati dan difikirkan sebagai anjakan keberanian baru dari Pas oleh kepimpinan Pas dan seluruh ahli jemaah itu. Saya tidak merasakan Abdul Hadi berseloroh dengan kesanggupan itu sebalik ianya satu komitmen yang baik dan serius.
Sewajarnya ketua sebuah parti berdepan dengan ketua sebuah parti yang bertentangan. Jangan persoalkan apakah Pekan itu kawasan lawan atau tidak, yang pentingnya Abdul Hadi ke situ bagi menumbangkan ketua parti yang dimusuhinya.
Walaupun mungkin kenyataan itu lebih kepada gimik, tetapi ada kebenarannya di situ.Mungkin Abdul Hadi memberi mesej untuk berdepan dengan Umno beliau sanggup pergi ke mana-mana saja kawasan yang sekaligus menyerlahkan beliau sudah hilang sabar dalam berdepan dengan kerenah Umno.
Cara itu juga membuktikan bahawa Pas bukan berjuang di dalam lopak sendiri tetapi perjuangannya universal.
Bagi Abdul Hadi kemenangan kerusi dan memenanginya bukan yang mutlak. Baginya kesediaan melawan seorang ketua parti yang ditolak atau dianggap sebagai jahat, khianat adalah satu tanggungjawab dan kewajiban. Kalau perjuangan Pas benar dan apa digagaskan Abdul Hadi adalah haq kenapa harus takut membiarkan dia ke Pekan.
Tidak timbul kalau ada mengatakan Abdul Hadi sengaja mencari naas. Bagi perjuangan Pas dan beliau sendiri, kemenangan itu bukan bermakna memenangi kerusi tetapi kemenangan itu adalah berlawan dengan musuh secara mendada. Tidak juga perlu soal bukankah kalau kalah Abdul Hadi tidak boleh memegang jawatan? Persoalan itu hanya bagi mereka yang jahil dan naif dalam memahami erti perjuangan.
Saya berharap kenyataan dan kesediaan Abdul Hadi itu menjadi realiti. Kalau hasrat Abdul Hadi itu menjadi kenyataan, sayalah orang pertama akan menjunjung duli kepada presiden Pas itu dan menerimanya sebagai seorang pejuang tulen yang berani, ikhlas dan bertepatan dengan prinsip perjuangan Islam ala Pas. Bahawa Abdul Hadi bukan seorang politician sekluar dan munafik seperti kebanyakan yang lain yang juga pengecut untuk mengejar musuh ke hingga ke laman rumah.
Syabas kepada Abdul Hadi Awang atas keberanian melemparkan hasrat itu. Dan Pas perlu mencuba strategi berkenaan. -MSO
Jadi seperti Shahrizat, nasihat Rafizi kepada NazriRafizi Ramli hari ini mencabar Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk bersikap "gentleman" dan mengikut jejak langkah rakan Kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan mengambil cuti berikutan dengan hubungannya dengan peniaga balak Sabah, Michael Chia.
Menurut Rafizi, satu laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Nazri dan keluarganya pada Isnin ini, dengan tuduhan Chia memberi anak menteri tersebut kenderaan mewah bagi membebaskan dirinya dari tuduhan rasuah.
"Saya rasa ia hanya memalukan pada Nazri jika Shahrizat dilihat lebih berani dan bertanggungjawab.
"Jadi jika dia (Nazri) seorang pemimpin, jadi seorang "gentleman" dan ikut jejak Shahrizat, ambil cuti sementara siasatan sedang dibuat," kata pengarah strategi PKR itu di sidang media hari ini, kali kedua semenjak semalam.
Chia baru-baru ini dibersihkan namanya dari tuduhan rasuah melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman selepas badan pencegahan rasuah Hong Kong mendapati beliau cuba untuk menyeludup wang ke Malaysia, adalah "dana politik" untuk Umno Sabah dan bukan wang peribadi Musa.
Rafizi memberitahu Nazri, yang baru-baru ini menggelarkan dirinya sendiri sebagai "menteri undang-undang nombor satu", mungkin akan didapati bersalah kerana beliau adalah menteri yang memberitahu Parlimen bahawa Musa telah dibebaskan dari tuduhan rasuah.
Dengan mengumumkan Musa bebas dari tuduhan rasuah, Rafizi menambah, Nazri secara tidak langsung membebaskan Chia juga, walaupun gagal mengemukakan siasatan kepada kedua-dua individu berikut, sama ada dari SPRM atau dari Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC).
"Jika apa yang kami katakan tidak benar, dedahkan semuanya, Nazri, Jabatan Peguam Negara dan SPRM, semua harus dedahkan kertas siasatan mereka bahawa mereka mendakwa Chia tidak melakukan kesalahan tersebut," kata Rafizi lagi.
"Kami tidak akan hanya ikut kata Nazri bulat-bulat, kami juga mengalami pengalaman yang sama sebelum ini semasa kes NFC. Kita mesti buktikan bahawa ICAC telah membersihkan Chia, dari Hong Kong sendiri.
" Rafizi tidak bersetuju dengan kenyataan Nazri semalam bahawa tidak ada perselisihan kepentingan apabila anaknya menggunakan Hummer milik Chia, dengan mengatakan Nazri mempunyai pengaruh yang kuat dalam Parlimen.
"Dengan kenyataannya di Parlimen, yang membersihkan nama Chia ke atas pertuduhan tersebut, ia membawa pengaruh dalam kenyataannya, lebih dari SPRM sendiri," katanya lagi.
Dengan Nazri mengisytiharkan kes Musa-Chia telah ditutup, ia bagaimanapun tidak ada kenyataan dari SPRM atau ICAC.
Apabila ditanya tentang tuduhan Rafizi semalam, Nazri semalam tidak menafikan atau mengatakan bahawa anaknya menggunakan Hummer milik Chia, sebaliknya beliau berkata tidak ada salahnya jika ianya betul.
Menteri senior itu juga berkata tidak perselisihan kepentingan dalam hal ini, dan mengatakan beliau tidak menyiasat atau membersihkan nama Chia dalam kes rasuah itu.
"Keterangan Nazri tidak masuk akal langsung, dan saya lebih 'gentleman' dari dia kerana saya berani memilih jalan ini dan bersuara, dan tidak berlindung di sebalik imuniti ahli Parlimen.
"Dan saya rela untuk dihadapkan ke mahkamah," kata Rafizi yang kini menghadapi dua kes dalam pendedahannya terhadap NFC — kerana tuduhan fitnah Shahrizat, dan melanggar undang-undang bank.
Pada awal sidang media, Rafizi memaparkan tujuh video pengintipan sebagai bukti tambahan dengan video semalam yang menunjukkan keluarga Nedim menggunakan kenderaan mewah Chia.
Video itu menunjukkan perjalanan Hummer tersebut dari kediaman kondominium mewah di Damansara Heights itu, di mana Nedim dan keluarganya dikatakan tinggal di rumah tersebut.
Rafizi juga menunjukkan dalam video tersebut kereta Audi hijau, yang didakwa dipandu oleh Nedim, dan Toyota Vellfire hitam yang dipandu oleh isterinya.
Menurut Rafizi, kenderaan Hummer tersebut selalunya digunakan oleh pemandu peribadi keluarga dan pengawal peribadi mereka dan digunakan untuk kenderaan 'menyimpan barang'.
Bagaimanapun, tidak ada satu video memaparkan Nedim atau ahli keluarganya. -TMI
Rafizi: Nazri Perlu Bercuti Hingga Selesai Di Siasat SPRMPETALING JAYA, 2 NOV – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz bercuti buat sementara waktu dari jawatannya sementara menunggu sisatan SPRM berhubung dakwaan keluarganya mendapat habuan dari ahli perniagaan, Michael Chia. Saranan ini dibuat Rafizi ekoran Nazri Aziz lantang mengkritik Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang pernah dikaitkan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) dan menyaksikan penglibatan keluarganya. "Mengambil kira pendekatan yang telahpun diambil oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak bila berdepan dengan seorang menteri yang dituduh di dalam rasuah yang melibatkan keluarga beliau seperti mana kes NFC dan Datuk Seri Shahrizat Jalil, maka wajarlah Datuk Seri Nazri Aziz bercuti dari jawatan beliau sementara menunggu siasatan dijalankan untuk membersihkan nama beliau," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Rafizi juga turut merujuk Akta SPRM 2009 Bahagian IV, (Kesalahan dan Penalti) kesalahan menerima rasuah yang menakrifkan pelakuan rasuah mengikut Seksyen 16(a) dan 16(B). Seksyen 16(a) menetapkan bahawa perlakuan rasuah dikira berlaku walaupun suapan itu diterima oleh orang lain dan manfaatnya dinikmati orang lain. Seksyen 16(B) menguatkan lagi dakwaan yang didedahkan PKR dengan menetapkan bahawa perlakuan rasuah dikira berlaku walaupun tiada suapan sebenar yang diterima. Kenyataan Rafizi tersebut ekoran pendedahan beliau berhubung dakwaan penggunaan kereta mewah Hummer dengan nombor pendaftaran WNX 9776 milik Michael Chia oleh Nedim Nazri Aziz dan keluarganya. Ahli perniagaan Michael Chia telah didakwa dikaitkan dengan dengan pendedahan mengenai wang berjumlah RM40 juta yang dipercayai mempunyai kaitan 'rapat' dan 'mempunyai hubungan baik'dengan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Umno Sabah. Menurut Rafizi lagi, beliau menyambut baik reaksi pantas yang dibuat Nazri meskipun banyak menghamburkan kata nista terhadapnya yang bersifat peribadi. Beliau yang sebelum ini seorang akauntan berkata, beliau tidak mahu terlibat dalam pertelingkahan peribadi dengan sesiapa sebaliknya memberikan fokus kepada persoalan rasuah dan salahguna kuasa yang mungkin berlaku. Sehubungan itu, PKR akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegaha Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin hadapan pada jam 3 petang. Sebelum ini, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang turut menggesa kerajaan agar sebuah suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan penyeludupan dana asing oleh Umno, terutamanya berhubung "sumbangan politik" RM40 juta yang juga dikaitkan dengan Michael Chia.
Keadilan hari ini mendedahkan, 1014 hektar tanah hutan simpan tetap di Mukim Serting Ulu, Jempol diberi kepada ASLI-YNS Sdn Bhd, syarikat milik Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Dr Yeow Chai Thiam.
Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Sembilan pada 3 Mac 2004 meluluskan permohonan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) untuk meminda keputusan pemberian milikan tanah itu bagi perladangan getah kepada ASLI-YNS.
Beliau turut menunjukkan salinan surat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang menyatakan kelulusan itu.
"Lebih memalukan syarikat ini hanya ada modal keseluruhan sebanyak RM10, dan Yeow hanya miliki pelaburan berjumlah RM5 sahaja," jelasnya sambil menunjukkan salinan maklumat syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini, hari ini.
Rafizi berkata, walaupun nama syarikat itu seolah-olah menggambarkan ia adalah usahasama dengan YNS, carian rasmi di SSM mengesahkan ia dimiliki oleh Yeow.
Menurut salinan maklumat SSM yang turut dilampirkan, ASLI-YNS juga dimiliki Chan Ah Meng dengan pelaburan RM2 dan Yong Ing Kiat pula RM3.
Pendedahan terbaru ini menyangkal dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan tempoh hari bahawa tanah hutan simpan tersebut dimiliki YNS dan hanya dipajak kepada pihak swasta.
Skandal Tanah N9: Tiga lagi Syarikat milik Umno-BN Akan Di Dedah
PETALING JAYA, 2 NOV – PKR akan mendedahkan tiga lagi syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan berhubung skandal Hutan Simpan di Negeri Sembilan yang dipercayai dimiliki oleh pimpinan-pemimpin Umno-BN.
Hari ini PKR mendedahkan nama sebuah syarikat swasta yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal hutan simpan di negeri itu yang dikaitkan dengan Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Dr Yeow Chai Thiam.
Bercakap pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR,Pengarah Straterginya, Rafizi Ramli berkata, kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa tanah tersebut tidak pernah dipindahmilik kepada syarikat swasta kerana kekal dimiliki Yayasan Negeri Sembilan adalah tidak benar.
Merujuk kepada satu surat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bertarikh 4 Mac 2004, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Sembilan yang bermesyuarat pada 3 Mac 2004 telah meluluskan permohonan dari Yayasan Negeri Sembilan untuk meminda keputusan pemberian milikan tanah seluas 1,014 di Mukim Serting Ulu, Daerah Jempol.
Pindaan ini bagi tujuan ladang getah kepada sebuah yarikat bersama ASLI-YNS Sdn Bhd.
Lebih memalukan katanya, pelaburan Dr Yeoh di dalam syarikat tersebut hanyalah berjumlah RM5 dari modal keseluruhan RM10.
"Walaupun nama syarikat ini memberi gambaran seolah-olah ia sebuah syarikat usahasama dengan Yayasan Negeri Sembilan, carian rasmi dengan Suruhanjya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan bahawa ia dimiliki dan dikawal oleh Senator Dr Yeow Chai Thiam yang juga Pengerusi MCA Negeri Sembilan," katanya.
Sebelum ini, skandal tanah hutan simpan ini didedahkan berdasarkan Laporan Audit 2010 yang yang menegur Kerajaan Negeri berkenaan penggantian kawasan hutan simpan.
Sehubungan itu, PKR menunggu penjelasan pihak Menteri Besar sebelum mengambil tindakan lanjut sebelum mendedahkan tiga lagi syarikat lain yang terbabit. -selangorku
Georgetown - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terjunam ke dalam laut selepas merempuh Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 7.9, menghala ke arah Georgetown, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, kereta Proton Persona yang dipandu Tan Kean Loon, 26, dari Air Itam di sini dipercayai merempuh tembok pengadang jambatan sebelum terjunam ke dalam laut.
Kejadian itu hanya disedari selepas pasukan peronda lebuh raya yang membuat rondaan menjumpai tayar kereta di tepi jambatan manakala tiang lampu juga tumbang ke dalam laut.
Mengesyaki ada kenderaan terjunam ke dalam laut, sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Unit Skuba memulakan gerakan mencari kenderaan dan mangsa kemalangan itu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira tujuh jam untuk mengesan lokasi kereta mangsa di dasar laut.
"Kereta berjaya diangkat menggunakan kren pada jam 12.
30 tengah hari dan mayat mangsa ditemui tersepit di tempat duduk pemandu," katanya.
Kes ini disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam perkembangan lain, Abd Rahim dipetik Bernama berkata, pemandu kereta yang dilaporkan maut dalam satu kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi 28 Oktober lepas dipercayai adalah warga Indonesia yang menggunakan kad pengenalan warga tempatan.
"Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan ," katanya dan menurutnya polis juga sedang menunggu untuk mengambil keterangan daripada seorang lagi mangsa yang sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang untuk mengetahui identiti sebenar kesemua mangsa.
Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan seorang lelaki Sadisafizan Saad, 36, di Kampung Selayang Baru, Selangor terkejut selepas dilaporkan terbunuh bersama dua yang lain dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi 28 Oktober lepas.
Beliau mendakwa kekeliruan identiti si mati yang menggunakan namanya berlaku mungkin ada kaitan dengan kehilangan kad pengenalannya pada 28 September tahun lepas.
Dalam kemalangan itu, pemandu yang menggunakan nama Sadisafizan bersama rakannya, Muslim Idwar, 38, dari Batu 6, Gombak, Kuala Lumpur dan seorang wanita Indonesia Mai Linda, 18, terbunuh selepas kereta jenis Proton Perdana yang dipandu laju terbabas melanggar tembok Jambatan Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan