Sabtu, 3 November 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 02 Nov 2012 09:15 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Himpunan Kebangkitan Rakyat: Pakatan buat laporan polis

Posted: 02 Nov 2012 02:03 AM PDT


2 Nov 2012 

SEREMBAN: Menjelang sehari sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban esok, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan  Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Malaysia, Mejar (B) Razali Zakaria hari ini.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Razali berkata:

'Jika polis tidak bertindak, jangan salahkan NGO jika kami bertindak pada hari program itu berlangsung dan kami tidak akan bertanggungjawab jika ada berlaku kemalangan atau pertumpahan darah'.

Laporan polis itu dibuat oleh Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.

"Kata-kata tersebut bukan sahaja mencabar polis, tetapi turut berunsur ugutan terhadap kami selaku penganjur dan orang awam yang dijangka akan hadir pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat 03 November ini.

"Selain itu, mereka yang terbabit juga telah membuat pelbagai tuduhan liar dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat tentang program kami.

"Kami berharap polis boleh bertindak segera terhadap mereka yang terbabit dalam mengeluarkan kenyataan ini, kerana ia berunsur ugutan dan mengganggu keamanan dan ketenteraman awam," kata Setiausaha PKR Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassim.

Turut bersama Sabaruddin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban ialah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Sembilan, Anuar Azhari dan Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin.

Semalam GMPN dan beberapa NGO Negeri Sembilan mengadakan bantahan di tapak program membantah penganjuran program Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Razali juga dipetik berkata mereka yakin program itu akan menimbulkan huru-hara dan keamanan yang dimiliki negara tidak sepatutnya dimusnahkan dengan menjadikannya bahan politik.

Pemangku Setiausaha Agong Gabungan NGO Malaysia, Mohd Arafat Muhammad pula berkata program itu dikhuatiri akan menimbulkan kejadian tidak diingini.

 "Jangan menyibuk dan kacau Negeri Sembilan, pergilah negeri sendiri. Kami sepakat jika program ini diteruskan, kami akan menghalang dan membantah 100 peratus," katanya.

 50,00 disasarkan

 Sementara itu Pakatan Rakyat mensasarkan sekurang-kurangnya 50, 000 akan hadir pada Himpunan Kebangkitan Rakyat bertempat di Taman Seremban Jaya (Belakang Petronas) pada hari Sabtu, 03 November ini.

Program akan bermula seawal jam 03.00 petang apabila lebih 300 penunggang motorsikal dari Kelab ARC dan pendokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di Perkarangan Stadium Paroi.

Konvoi bermotorsikal ini akan bergerak menuju ke Tapak Himpunan di Taman Seremban Jaya.

Pelbagai acara telah disenaraikan dan antaranya Pidato Rakyat yang akan menampilkan pemimpin muda dari Pakatan Rakyat dan NGO; persembahan artis, pameran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan ceramah oleh kepimpinan utama Pakatan Rakyat.

Tentatif Program adalah seperti berikut:

03.00 petang - Konvoi motorsikal berkumpul di Perkarangan Stadium Paroi
 03.30 petang -  Konvoi bergerak menuju  ke Tapak Himpunan di Taman Seremban Jaya (Belakang Petronas)
04.15 petang - Konvoi tiba di tapak Himpunan. Sambutan Gendang India, Kompang & Tarian Singa
04.30 petang Karinal Rakyat bermula:
Pidato Rakyat – Pentas Anak Muda
Konsert Rakyat – Dayang Ku Intan, Aishah, Nizam Laksamana & Indie Band.
Persembahan Kebudayaan Rakyat
Pameran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat

08.00 malam - Pameran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (sehingga pukul 12.00 malam)
08.30 malam
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis, Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, YB P Gunasekaran
Ucapan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan,YB Mohd Taufek Abdul Ghani
Ucapan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, YB Loke Siew Fook
Ucapan Pengerusi KeADILan Negeri Sembilan, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas
Ucapan Timbalan Presiden KeADILan, YB Azmin Ali
Ucapan Timbalan Presiden PAS & Pengarah Program, Saudara Mohamad Sabu
Deklamasi Sajak – Sasterawan Negara, A Samad Said
Ucapan Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Ucapan Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang
Gimik Muzikal 'Ubahlah Sekarang'
Ucapan Ketua Pembangkang, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
Gimik Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat

15 NGO nekad mahu halang Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 02 Nov 2012 01:47 AM PDT


November 2, 2012

Semalam lebih kurang 50 orang yang mewakili 15 NGO tersebut mengadakan bantahan di tapak program itu akan berlangsung sebagai tanda protes.

SEREMBAN: Sebanyak 15 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Negeri Sembilan nekad untuk menghalang Himpunan Kebangkitan Rakyat dan Karnival Rakyat anjuran Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung esok bermula 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam di Taman Seremban Jaya dekat sini.

Semalam lebih kurang 50 orang yang mewakili 15 NGO tersebut mengadakan bantahan di tapak program itu akan berlangsung sebagai tanda protes. Mereka turut mendesak pihak polis mengambil tindakan.

Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Malaysia, Mejar (B) Razali Zakaria berkata tujuan bantahan itu dibuat kerana mereka yakin program itu akan menimbulkan huru-hara.

"Penganjuran program ini adalah sebagai bahan politik mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

"Saya harap polis dapat bertindak segera dengan mengharamkan program daripada diadakan kerana dikhuatiri insiden perhimpunan Bersih akan berlaku di Negeri Sembilan.

"Kami barisan NGO telah membuat laporan polis pagi tadi (semalam) sebagai tanda bantahan.

Pertumpahan darah

"Jika polis tidak bertindak, jangan salahkan NGO jika kami bertindak pada hari program itu berlangsung dan kami tidak akan bertanggungjawab jika ada berlaku kemalangan atau pertumpahan darah," tegasnya.

Pemangku Setiausaha Agong Gabungan NGO Malaysia, Mohd Arafat Muhammad berkata walaupun Akta Perhimpunan Aman 2012 menyebut sebarang perhimpunan tidak memerlukan permit, tetapi ia dikhuatiri akan menimbulkan kejadian tidak diingini.

"Jangan menyibuk dan kacau Negeri Sembilan, pergilah negeri sendiri. Kami telah sepakat jika program ini terus diadakan, kami akan menghalang dan membantah 100 peratus.

"Tiada apa yang perlu dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat dengan menganjurkan program ini kerana negara berada dalam keadaan aman," katanya.

Cabar polis dan berunsur ugutan

Berkaitan dengan bantahan tersebut, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Seremban.

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha PKR Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassim dan ditemani oleh Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin dan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Sembilan, Anuar Azhari.

Sabaruddin membuat laporan polis itu berdasarkan kepada kenyataan akhbar seorang individu bernama Mejar (B) Razali Zakaria bahawa:

'Jika polis tidak bertindak, jangan salahkan NGO jika kami bertindak pada hari program itu berlangsung dan kami tidak akan bertanggungjawab jika ada berlaku kemalangan atau pertumpahan darah'.

"Kata-kata tersebut bukan sahaja mencabar polis, tetapi turut berunsur ugutan terhadap kami selaku penganjur dan orang awam yang dijangka akan hadir pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat esok 3 November.

"Selain itu, mereka yang terbabit juga telah membuat pelbagai tuduhan liar dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat tentang program kami.

"Kami berharap polis boleh bertindak segera terhadap mereka yang terbabit dalam mengeluarkan kenyataan ini, kerana ia berunsur ugutan dan mengganggu keamanan dan ketenteraman awam," kata Sabaruddin.

50,000 bakal banjiri Seremban Jaya

Sementara itu Pakatan Rakyat mensasarkan sekurang-kurangnya 50,000 penyokong akan hadir pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat tersebut.

Setiausaha PAS Negeri Sembilan, Mohd Hasan Tamby memberitahu FMT program akan dimulakan dengan Karnival Rakyat jam 4.00 petang dengan persembahan gendang India, kompang dan tarian singa.

"Selepas itu, kita akan adakan pidato anak muda dan wanita; diikuti dengan konsert rakyat oleh artis popular seperti Dayangku Intan, Aishah, Nizam Laksamana dan Indie Band.

"Turut berlangsung pameran kejayaan Kerajaan Negeri-Negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Program petang tamat pada pukul 6.30 petang.

"Himpunan Kebangkitan Rakyat pula bermula jam 8.30 malam dengan senarai penceramah 'heavyweight' Pakatan Rakyat, Penyerahan Memorandum Persefahaman Pakatan Rakyat Negeri Sembilan, deklamasi sajak oleh Sasterawan Negara A Samad Said, muzikal 'Ubahlah

Sekarang' dan Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat.

"Barisan penceramah pada malam esok ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

"Saya mahu rakyat Negeri Sembilan menilai sendiri dengan akal logik apakah dengan intipati program seperti saya huraikan ini akan memberi kemudaratan kepada rakyat Negeri Sembilan?

"Program ini berlangsung dalam bentuk karnival. Saya yakin dengan publisiti dan kesedaran orang ramai, sasaran 50,000 hadirin akan dicapai terutama daripada pengundi atas pagar yang marah dengan tindakan pihak-pihak yang cuba menghalang program ini," ujar Sabarudin.

Banjir kilat terburuk

Posted: 02 Nov 2012 12:59 AM PDT


2 November 2012

GEMENCHEH –  Hampir 20 peniaga di Pasar Besar Gemencheh dan kira-kira lapan buah keluarga yang menetap di Taman Yu Ye, dekat sini, terkejut apabila hujan lebat selama kira-kira sejam menyebabkan air naik setinggi hampir dua meter, petang semalam.

Dalam kejadian berperingkat bermula kira-kira 5.30 petang itu, seramai 30 peniaga di Kawasan Industri Kecil Gemencheh turut mengambil tindakan berjaga-jaga apabila air hanya menunggu masa melimpah masuk ke kedai mereka yang menempatkan barangan jualan, jentera, mesin dan juga kenderaan yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Manakala, laluan utama yang menghubungkan Gemencheh dengan Batang Melaka pula ditutup buat sementara waktu bagi kenderaan kecil.

Peniaga di Pasar Besar Gemencheh, Jeriah Md Saleh, 50, berkata, kejadian banjir pada kali ini merupakan yang terburuk.

"Jika sebelum ini memang ada banjir kilat tapi ia tidak melimpah masuk ke dalam kedai.  Bagaimanapun, kali ini, 400 biji kelapa saya sudah ditenggelami air dan dua mesin memerah santan bernilai RM7,000 setiap satunya juga turut ditenggelami air.

"Kelapa ini sebenarnya untuk jualan hari esok (hari ini), namun ia sudah tidak dapat digunakan kerana kelapa yang sudah ditenggelami air boleh menyebabkan santan cepat basi," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pasar Besar Gemencheh, dekat sini, semalam.

Peniaga, Mohd Nor, 50, berkata, dia dan isteri, Noriah Mohd Esop, 51, sudah hampir 15 tahun berniaga di lokasi berkenaan dan sepanjang tempoh itu, sudah empat kali dia menukar peti ais kerana peti ais rosak ditenggelami air banjir.

"Air mulai naik sekitar jam 6 petang dan ia berlaku dalam sekelip mata sehingga menyebabkan saya tidak sempat menyelamatkan barangan. Oleh itu, saya mohon kepada pihak bertanggungjawab untuk memikirkan kaedah terbaik bagi mengatasi masalah banjir kilat di sini

Penduduk di Taman Yu Yi, V. Krishnan, 65, berkata,  dia sudah menetap di lokasi berkenaan selama hampir 12 tahun dan sepanjang tempoh berkenaan sudah enam kali rumahnya dinaiki air.

"Tembok rumah saya lebih tinggi dari saliran air di taman ini, namun hari ini air sudah naik separas pinggang orang dewasa dan menyebabkan air melimpah masuk ke dalam rumah.

"Malah, kali ini kira-kira lapan buah rumah hampir terjejas berbanding kebiasaannya hanya tiga rumah saya yang ditenggelami air, " katanya.


N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 02 Nov 2012 07:37 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura Ucap Selamat Menduduki SPM 2012

Posted: 02 Nov 2012 07:49 AM PDT

DUNGUN, 2 November Jumaat - ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan Pengarah MTD Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik serta Jawatankuasa Pelajaran DUN Sura dan seluruh warga kerjanya mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan SPM 2012 kepada semua calon di seluruh Malaysia, khususnya di DUN Sura dan Dungun, Terengganu.


" Kami doakan semua calon dikurniakan ketenangan dan kemudahan untuk menjawab soalan yang dikemukakan, semoga peperiksaan ini merupakan di antara tangga awal untuk melangkah lebih maju di medan pelajaran sehinggalah ke menara gading, " ujar ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun secara ringkas. 

Gambar hiasan...adik Christina Seow Siew Hoon, di antara pelajar cemerlang SPM 
dari SMK Sultan Omar, Dungun yang telah menerima sumbangan
penghargaan daripada YB Ust Hj Wan Hassan Mohd Ramli

Seramai 472,541 orang calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai Isnin ini sehingga 6 Disember.
Seramai 415,530 calon daripada sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, manakala 7,708 calon daripada sekolah di bawah agensi kerajaan selain kementerian dan 7,946 calon daripada sekolah menengah agama negeri.
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, turut menduduki peperiksaan tahun ini ialah 11,309 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian, 28,148 calon sekolah menengah agama rakyat dan 1,900 calon persendirian.
Menurut kenyataan itu, seramai 30,239 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 02 Nov 2012 07:33 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


YB DATO' SERI NIZAR CERAMAH @ AMPANG

Posted: 01 Nov 2012 08:33 PM PDT



JOM HADIR & SEBARKAN KEPADA JIRAN2 KITA SERTA ORANG YANG HAMPIR DENGAN KITA...SYUKRAN.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 02 Nov 2012 03:38 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


MP BN KOTA BELUD MEMANG KALUT

Posted: 02 Nov 2012 02:42 AM PDT

Ketua Audit Negara, Ambrin Buang berkata Jabatan Audit Negara (JAN) merupakan sebuah badan yang bebas daripada kuasa politik dan semua urusan pengauditan dilaksanakan mengikut piawaian antarabangsa. Beliau berkata setiap tugasan secara spesifik merujuk kepada tajuk sesuatu projek dan bukan melihat kepada pihak yang melaksanakannya. "Kita tidak tengok kepada kerajaan 'A' atau kerajaan 'B', kami 'colour blind', setiap negeri atau jabatan yang diaudit disusuli dengan laporan, boleh lihat kepada laporan itu.

"Sebab itu, setiap laporan yang dikeluarkan mesti dibaca keseluruhannya kerana ada terdapat pandangan dan pendapat daripada jabatan atau agensi yang diaudit, diakui memang ada terdapat kelemahan tetapi sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM).

Ambrin berkata memandangkan proses pengauditan adalah panjang, pihaknya sudah melakukan persiapan untuk tahun depan, dan apa yang dilakukan ini tidak mempunyai kaitan langsung dengan urusan pilihan raya.

Beliau juga berkata proses pengauditan dilakukan berdasarkan fakta yang diperoleh sebelum semakan dibuat, dan tugas itu biasanya dilaksanakan sebelum sesuatu projek selesai sepenuhnya.

"Kita tidak tunggu sehingga sesuatu projek itu habis atau selesai baru nak buat audit, kita masuk ketika projek itu sedang dijalankan, niat kita untuk perbetulkan kesilapan yang terdapat dalam pelaksanaan sesuatu projek," katanya.

Selain itu, Ambrin berkata orang ramai yang ingin mengetahui laporan berhubung sesuatu agensi atau jabatan yang diaudit boleh membaca terus di laman web jabatan tersebut, dan laporan berkenaan boleh dianggap sebagai saluran maklumat untuk kegunaan mereka.

"Menerusi perolehan maklumat itu, orang ramai boleh berperanan dalam usaha mengekang pemborosan, pembaziran dan penyelewengan (3P) sesebuah jabatan atau agensi, seterusnya ia juga boleh digunakan sebagai usaha untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan ekonomi," katanya.

Beliau juga berkata status Unit Audit Dalaman (UAD) perlu dimartabat untuk mempertingkat tahap kecemerlangan dan kualiti perkhidmatan sesebuah agensi kerana jika terlalu rendah, ia akan berdepan kesukaran menarik perhatian peringkat pengurusan. ~tmi

KORBAN TERBAIK !

Posted: 02 Nov 2012 12:29 AM PDT

Beberapa hari lalu, umat Islam seluruh dunia merayakan Aidiladha. Selain haji, pemotongan ibadah korban adalah ibadah pokok pada hari raya ini.

Jutaan haiwan dijadikan haiwan korban sebagai wujud ketakwaan kita kepada Allah SWT. Namun, tidak semua korban diterima di sisi Allah SWT. Kerana, Allah hanya menerima korban terbaik dan niat ikhlas kerana Allah.

Dalam beberapa riwayat disebutkan, anak-anak Nabi Adam AS lahir dalam keadaan kembar, lelaki dan perempuan, hingga berjumlah 20 pasang. Mereka kemudian tumbuh menjadi dewasa. Oleh kerana ketika itu tidak ada manusia lain selain Nabi Adam AS dan keluarganya, maka Allah SWT memerintahkan Adam untuk menikahkah anak-anaknya secara silang.

Nuffnang Ads
Maka, Nabi Adam menikahkan putera tertuanya, Qabil, dengan kembaran putri keduanya Labuda. Sedangkan putra kedua-duanya, Habil, dinikahkan dengan saudara kembar Qabil yang bernama Iqlima. Namun, Qabil enggan berkahwin dengan Labuda, dan dia lebih memilih saudara kembarnya sendiri, Iqlima.

Kerana terus berkeras, Adam meminta petunjuk kepada Allah untuk memecahkan persoalan tersebut. Qabil dan Habil disuruh untuk menyerahkan korban yang diambil dari hasil usaha masing-masing. Bagi yang diterima qurbannya, dialah yang berhak berkahwin dengan Iqlima.

Disebutkan, Qabil mempunyai usaha penternakan sementara Habil berusaha di bidang pertanian. Sampai pada waktu yang telah ditentukan, masing-masing kemudian menyerahkan korban mereka. Qabil menyerahkan haiwan ternaknya dan Habil menyerahkan hasil pertanian.

Namun, Allah SWT ternyata hanya menerima korban dari hasil pertanian Habil. Akibatnya, Qabil tidak terima dan menuduh bapanya telah mendoakan Habil agar diterima qurbannya. Kejadian ini menimbulkan kebencian yang mendalam dari Qabil terhadap Habil. Iblis kemudian memanfaatkan keadaan ini untuk memujuk Qabil membunuh Habil, saudaranya sendiri. Maka, terjadilah pembunuhan pertama di muka bumi.

Padahal, tidak diterimanya korban Qabil bukan kerana keberpihakan Adam AS terhadap Habil, melainkan korban yang diserahkan Habil lebih berkualiti berbanding korban Qabil. Habil memilih yang terbaik dari hasil pertaniannya. Sementara, Qabil memilih ternakan yang paling buruk kualitinya. Allah SWT Mahabaik dan hanya menerima yang baik-baik pula.

Kisah ini memberikan pengajaran kepada kita bahawa setiap amalan harus dilakukan dengan cara yang baik dan berpunca dari yang baik pula. Kita harus mendirikan solat yang terbaik, puasa yang terbaik, zakat dengan harta yang terbaik, dan korban dengan haiwan yang terbaik pula.

Allah SWT adalah Zat yang Mahabaik dan hanya menerima amalan yang terbaik pula. Amalan yang terbaik hanya boleh dilakukan oleh hamba yang terbaik. Sedangkan, hamba yang terbaik di sisi Allah SWT adalah orang-orang yang bertaqwa (muttaqin).

Orang yang bertaqwa akan mendapat tempat yang mulia di sisi Allah SWT. Mereka dijanjikan sebagai penghuni syurga. (Surah Muhammad: 15). Wallahu a'lam.

DARI ALLAH SERIKANDI INI DATANG DAN KEPADA ALLAH BELIAU KEMBALI MENEMUI

Posted: 01 Nov 2012 08:34 PM PDT


Temubual kali terakhir Maryam Jameela di sebuah stesen TV tempatan sebelum beliau meninggal dunia.
LAHORE -- Seorang ilmuan serikandi Islam dan juga penulis, Maryam Jameela yang dilahirkan sebagai seorang Yahudi tetapi telah memeluk Islam pada usia 27 tahun selepas kagum dengan penulisan Maulana Syed Abul Ala Mawdudi, telah meninggal dunia akibat kegagalan jantung di sini pada hari Rabu 31/10/2012 yang lalu.

Jameela dilahirkan di New York, Amerika Syarikat. Selepas memeluk agama Islam beliau telah datang ke Lahore pada tahun 1961 dan berkahwin dengan seorang ahli Jamaat Islami, Yousuf Khan. Beliau kemudian mengabdikan hidupnya kepada penyebaran dakwah agama Islam.

Maryam Jameela telah menulis 34 buah buku, tetapi buku Islam in Theory and Practice dan Islam and Orientalism antara karyanya yang paling popular dan dikenali. Semua buku tulisannya adalah di dalam Bahasa Inggeris.

Jasad beliau telah dikebumikan di tanah perkuburan Sunnat Nagar pada waktu petang. Solat jenazahnya telah diimamkan oleh Hafiz Muhammad Idrees.

Pemimpin JI termasuk Timbalan Ketua, Ch Muhammad Aslam Saleemi, Dr Farid Ahmed Piracha, Ahmed Mian Maqsod dan beratus-ratus pekerja JI menghadiri upacara majlis pengkebumiannya itu. Ketua JI Pakistan, Syed Munawar Hasan, Prof Ghafoor Ahmed, Prof Khurshid Ahmed, Sirajul Haq, Liaquat Baloch dan lain-lain pemimpin Parti Pusat turut melahirkan rasa kesedihan di pemergiannya.

Menurut mereka, Maryam Jameela adalah seorang wanita hebat yang menemui cahaya kebenaran selepas mengharungi perjuangan yang besar dan selepas memeluk Islam dia mengabdikan hidupnya dalam memperjuangkan ad-Deen. Jasa al-marhumah dalam menyebarkan dakwah Islam sebagai agama yang praktikal untuk seluruh umat manusia.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 02 Nov 2012 03:04 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


SAYA HADIRI JEMPUTAN GLOBAL IKHWAN BUKAN AL ARQAM

Posted: 01 Nov 2012 11:42 PM PDT

hli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrulamin Bahron yang turut ditahan dalam serbuan terhadap konsert didakwa cubaan menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam hari ini menegaskan hanya hadir sebagai tetamu jemputan syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd, dan bukannya Al-Arqam.

Dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider, Badrulamin menjelaskan, keluarganya merupakan pelanggan Global Ikhwan dan pihaknya menerima jemputan untuk menghadiri majlis tersebut secara umum, dan bukannya atas jemputan khusus.

"Jemputan hanya bersifat umum dan tiada jemputan khusus untuk saya ... saya datang bersama isteri dan anak-anak untuk makan sambil menikmati persembahan kesenian Islam dan bersantai.

"Saya diletakkan di meja tamu sebab rasa hormat mereka, dan memang khemah lain tiada meja pun ... ahli jemaah (Global) Ikhwan mengenali saya dan isteri kerana (kami) sering membeli keperluan dapur di pasaraya Ikhwan ... ia menyediakan produk makanan buatan orang Islam," kata Badrulamin kepada The Malaysian Insider.

Badrulamin turut menafikan sebarang penglibatan dirinya dengan Al-Arqam dan Global Ikhwan, malah menafikan mempunyai sebarang jawatan dalam pertubuhan tersebut.

"Saya langsung tiada kaitan apa-apa dengan organisasi Ikhwan, jauh sekali dari memegang sebarang jawatan.

"Kehadiran saya tidak ada sebarang agenda peribadi mahupun politik," katanya lagi.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 02 Nov 2012 01:10 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


YB DATO' SERI NIZAR CERAMAH @ AMPANG

Posted: 01 Nov 2012 08:33 PM PDT



JOM HADIR & SEBARKAN KEPADA JIRAN2 KITA SERTA ORANG YANG HAMPIR DENGAN KITA...SYUKRAN.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 02 Nov 2012 09:20 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pengerusi MCA N Sembilan dapat tanah hutan simpan Jempol

Posted: 02 Nov 2012 02:51 AM PDT


2 November 2012

PETALING JAYA: KEADILAN hari ini mendedahkan, 1014 hektar tanah hutan simpan tetap di Mukim Serting Ulu, Jempol diberi kepada ASLI-YNS Sdn Bhd, syarikat milik Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Dr Yeow Chai Thiam.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Sembilan pada 3 Mac 2004 meluluskan permohonan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) untuk meminda keputusan pemberian milikan tanah itu bagi perladangan getah kepada ASLI-YNS.

Beliau turut menunjukkan salinan surat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang menyatakan kelulusan itu.

"Lebih memalukan syarikat ini hanya ada modal keseluruhan sebanyak RM10, dan Yeow hanya miliki pelaburan berjumlah RM5 sahaja," jelasnya sambil menunjukkan salinan maklumat syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini, hari ini.

Rafizi berkata, walaupun nama syarikat itu seolah-olah menggambarkan ia adalah usahasama dengan YNS, carian rasmi di SSM mengesahkan ia dimiliki oleh Yeow.

Menurut salinan maklumat SSM yang turut dilampirkan, ASLI-YNS juga dimiliki Chan Ah Meng dengan pelaburan RM2 dan Yong Ing Kiat pula RM3.

Pendedahan terbaru ini menyangkal dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan tempoh hari bahawa tanah hutan simpan tersebut dimiliki YNS dan hanya dipajak kepada pihak swasta.

PR tetap anjur Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 02 Nov 2012 01:04 AM PDT


2 November 2012

SEREMBAN – Pakatan Rakyat (PR) tetap mengadakan Program Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan esok ini di Taman Seremban Jaya kerana ia tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Setiausaha DAP negeri, Cha Kee Chin berkata, pihak penganjur telah memenuhi syarat yang dikehendaki pihak polis dan tidak timbul isu yang mengatakan ia adalah perhimpunan haram atau melanggar akta itu.

 "Pihak sekretariat telah pun menghantar surat makluman kepada pihak polis 10 hari sebelum program itu iaitu 24 Oktober lalu mengikut Seksyen 9 (1) yang mensyaratkan penganjur memberi notis tersebut.

"Jadi bagi saya tidak timbul isu yang mengatakan ini perhimpunan haram atau menyalahi APA," katanya pada sidang media diadakan dekat sini, semalam.

Malah katanya, dalam APA juga tidak disyaratkan sebarang permohonan permit dan sebab itu ia tidak boleh diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram atau menyalahi udang-undang.

Manakala, Setiausaha Pas negeri, Mohamad Hasan Tamby berkata, semua pihak tidak sepatutnya menimbulkan spekulasi berhubung program itu kerana pihak penganjur telah mengikut prosedur ditetapkan.

Katanya, amat dikesali kain rentang dan poster yang digantung di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Paroi sempena program itu diturunkan.

"Saya berharap pihak berwajib dapat bersikap adil dan memberi peluang kepada PR sama seperti Barisan Nasional (BN)," katanya.

GEN-Q CAMP 2012

Posted: 01 Nov 2012 04:08 PM PDT

AES celaru, kerajaan didesak batal semua saman

Posted: 01 Nov 2012 04:07 PM PDT


KUALA LUMPUR 31 Oktober 2012 : Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) keliru dan celaru, justeru kerajaan perlu membatalkan semua saman yang dikeluar sejak 13 Oktober lalu, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Naib Presiden PAS itu berkata, terdapat beberapa pengguna jalan raya yang dikenakan saman kerana memandu lebih had laju ditetapkan iaitu 110km/j di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Namun, Seksyen 79(2) menyatakan kesalahan kerana mengabaikan isyarat lalu lintas, jadi ada kekeliruan di situ," jelas Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) itu.

"Hukuman di bawah seksyen tersebut juga menetapkan denda tidak melebihi RM500, bukan minimum RM300. Jadi kepada mereka yang telah disaman, kita sarankan tak perlu bayar kompaun," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Mahfuz berkata, pengguna jalan raya yang disaman mungkin hanya akan dikenakan denda RM50 atau dibebaskan dengan amaran jika pergi ke mahkamah, oleh itu mereka tidak perlu membayar kompaun sehingga RM300.

"Kita pergi ke mahkamah ramai-ramai dan kami akan sediakan peguam. Tapi kalau nak kayakan kerajaan dan kroni, bolehlah pergi bayar," sinisnya.

Semalam, Pemuda Umno turut mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem itu sehingga kajian menyeluruh dilakukan.

Isnin lalu, empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju untuk menangguhkan pemasangan AES di negeri masing-masing.

PSM minta Ketua Polis NS ambil alih kes

Posted: 01 Nov 2012 04:06 PM PDT


1 November , 2012

Memorandum tersebut diterima oleh Pegawai Hal Ehwal India, ASP Alagaesan pada jam 12.30 tengahari tadi bagi pihak Ketua Polis Negeri Sembilan.

SEREMBAN: Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh meminta beliau dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Negeri Sembilan mengambil alih satu kes yang dikendalikan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau.

Bagaimanapun memorandum tersebut diterima oleh Pegawai Hal Ehwal India, ASP Alagaesan, pada jam 12.30 tengahari tadi bagi pihak Ketua Polis Negeri Sembilan.

Menurut Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan, tindakan segera oleh Osman amat diperlukan kerana beberapa perkara atau insiden yang berlaku di IPD Rembau baru-baru ini.

Perkara tesebut berlaku rentetan daripada satu insiden pergaduhan di antara 12 lelaki daripada keluarga yang sama dengan empat orang lelaki yang tidak dikenali di hadapan rumah keluarga tersebut pada 20 Oktober lalu.

"Kami mendapati bahawa segelintir anggota polis Rembau telah menjalankan tugasnya dengan sikap yang tidak profesional dan beretika serta menjalankan tugasnya dengan menanam sikap dengki dan membalas dendam terhadap Setiausaha PSM Cawangan Seremban, S Tinagaran.

"Berdasarkan kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh beberapa anggota keluarga yang ditahan dan beberapa anggota polis, bahawa memang ada unsur untuk menfitnah dan memangsakan Tinagaran.

"Kami juga mendapati siasatan yang dijalankan adalah hasil dari perasaan yang kurang memuaskan dan dengki serta membuat kesimpulan bahawa semua tahanan (12 ahli keluarga) ada kaitan dengan kumpulan gangster.

"Kami mahu Ketua Polis menyiasat kerana kesemua 12 ahli keluarga yang ditahan tidak ada rekod jenayah atau didakwa di mana-mana mahkamah.

"Kami menyeru kepada Ketua Polis supaya membentuk satu pasukan baru di bawah beliau kerana kami telah hilang keyakinan kepada IPD Rembau. Mereka (12 ahli keluarga) ini merupakan mangsa kepada provokasi tujuh lelaki yang tidak dikenali itu," kata Arutchelvan.

Arutchelvan berkata Tinagaran merupakan salah seorang yang mempunyai kaitan kekeluargaan dengan 12 lelaki yang ditahan dan beliau pergi ke IPD Rembau untuk mengetahui status tahanan mereka.

Arutchelvan turut mengutarakan insiden salah guna kuasa polis dan penyiasatan yang tidak profesional apabila membuat penahanan semula (tukar gari) ke atas M Sharvin Raj dan K Jakan, di mana polis Tampin juga mengatakan bahawa mereka berdua tidak ada kes.

Layanan buruk terhadap tahanan

"Penahanan itu sengaja dibuat dan ini mencabul Hak Perlembagaan Perkara 5. Malah ada tahanan tidak diberi rawatan perubatan apabila tahanan mengadu sakit dan ada tahanan dipukul apabila batuk.

"Menampar dan menendang seorang tahanan bawah umur S Mathuraiweeran, 17 tahun dan menggari bersama tahanan lain hanya untuk memaksanya mengaku terlibat dengan kumpulan gangster.

"Ada juga ahli keluarga yang sekadar pergi ke balai polis untuk mengetahui perkembangan kes turut ditahan", katanya.

Sebelum itu seramai tujuh ahli keluarga daripada 12 ahli keluarga tersebut membuat laporan polis dan kandungan laporan polis itu menjelaskan kronologi insiden pergaduhan yang berlaku pada 20 Oktober di Taman Koperasi, Pedas, Rembau.

"Pada hari Sabtu 20 Oktober lalu, keluarga kami membuat kenduri untuk bayi yang baru lahir mengikut tradisi dan adat agama Hindu.

"Lebih kurang jam 12.30 pagi, dua remaja lelaki menaiki sebuah motorsikal membunyikan enjin motorsikal dengan kuat. Abang saya menegur mereka kerana ada empat bayi sedang tidur di dalam rumah.

"Tidak lama selepas itu dua lelaki itu datang dengan beberapa lelaki lain dan berlaku pergaduhan di antara mereka dan ahli keluarga kami.

"Tidak beberapa lama kemudian polis tiba dan menahan empat lelaki yang menjadi punca pergaduhan. Kami (12 ahli keluarga) turut mengikuti polis ke IPD Rembau tetapi kami juga ditahan.

Justeru itu Arutchelvam berharap Ketua Polis Negeri Sembilan membuat penilaian semula kes terhadap 12 ahli keluarga yang ditahan selama tiga hari atas satu kesalahan yang tidak masuk akal dan tanpa bukti yang kukuh dan munasabah.

Tambak pantai: Peniaga Teluk Kemang terjejas

Posted: 01 Nov 2012 04:05 PM PDT


Harakahdaily 01 Nov 2012

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 peniaga sekitar Pantai teluk Kemang ke Parlimen hari ini bagi mengadu tindakan kerajaan membina projek pembangunan di kawasan tersebut sehingga menjejaskan perniagaan mereka.
Kumpulan tersebut yang diketuai Pengerusi Sekretariat Selamatkan Pantai Kita, Shahruddin Abu Talib membantah proses penambakan pantai yang menjadikan cerun semakin dalam dan telah mengorbankan beberapa nyawa.

Mereka ditemani Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrulhisham Shahrin.
"Secara tidak langsung ini menjejaskan kedatangan pelancong dan dan menjejaskan ekonomi para peniaga di kawasan sekitar," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Kumpulan tersebut turut membantah pembinaa longkang-longkang besar yang menyebabkan air laut Telok Kemang menjadi keruh dan kotor.

Air longkang yang kotor dan mengandungi bahan-bahan kimia menyebabkan kulit pengunjung dan pelancong dijangkiti kuman.

"Kami bukan menolak pembangunan tetapi kami tak setuju air longkang dialirkan ke laut. Ini bukan sahaja menyusahkan pengunjung malah ikan-ikan juga lari ke tempat lain dan menjejaskan pendapatan nelayan." katanya.
Selain itu, kumpulan tersebut menuntut gerai-gerai yang sudah buruk dibina semula berkonsepkan seni bina Negeri Sembilan yang boleh menjadi daya tarikan pengunjung tempatan dan pelancong.

"Kami tidak mahu gerai-gerai kami dibina seperti sekarang yang seakan-akan kedai menjual ikan dan tiak mendapat kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki (CF) yang dikategorikan sebagai projek gajah putih," tegasnya.
Shahruddin juga kesal apabila aduan mereka kepada Yang-DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Abdul Wahab Shamsuddin kelmarin tidak diambil peduli.

"Abdul Wahab lebih mementingkan keuntungan dari projek-projek berbanding nasib rakyat dan peniaga di situ," kata Shahruddin.
Sokongan terhadap Umno tipis

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan Cawangan Port Dickson, Syed Mohd Arshad Jelani yang juga ketua bahagian Umno batu Empat mengakui bahawa sokongan terhadap parti itu semakin tipis akibat isu ini.
"Majoriti daripada kami ini ahli Umno dan harapan untuk terus menyokong Umno semakin tipis bila kami diperlakukan begini," katanya.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang), dan Er Teck Hwa (DAP-Bakri).


Peniaga diusir, Pantai Telok Kemang dirampas untuk pembangunan

KUALA LUMPUR 1 November: 100 wakil peniaga sekitar Pantai Telok Kemang, Port Dickson berhimpun di perkarangan Parlimen hari ini membantah kezaliman kerajaan yang mengusir dan 'menutup periuk nasi' mereka dari kawasan itu untuk projek pembangunan.

Perhimpunan itu diwakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan Cawangan Port Dickson, Syed Mohd Arshad Jelani dan Pengerusi Sekretariat Selamatkan Pantai Kita, Shahruddin Abu Talib.

Dalam panas terik, kumpulan tersebut turut memegang sepanduk dan kain rentang antaranya bertulis "Selamatkan Pantai Kito", "Mana Hak Kami" dan "Kekalkan Keaslian Pantai Telok Kemang".

Mereka juga menyampaikan memorandum berhubung perkara itu.

Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, tanah tersebut ditambak dan sebahagian besarnya dijadikan milik peribadi beberapa individu.

Katanya, kerajaan negeri rakus merampas tanah tersebut dan menghalau peniaga terbabit tanpa sebarang notis, seterusnya meluluskan projek di kawasan itu.

"Mengikut Kanun Tanah Negara, menjadikan pantai sebagai milik peribadi adalah satu kesalahan. Kerajaan luluskan pula projek untuk tambak pantai yang merosakkan kawasan pantai dan menghalau peniaga yang sudah berpuluh tahun berniaga di sana," katanya.

"Kita juga telah tampil ke pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan panjangkan isu ini. Janji bagi jawapan, tapi hingga kini masih tiada respon, jadi hari ini kita bawa mereka ke Parlimen supaya rakyat Malaysia tahu tentang isu ini," kata Ketua KEADILAN Cabang Rembau itu.

Memorandum berkenaan sepatutnya diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Disebabkan kelewatan beliau, memorandum diserahkan kepada Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua untuk dibahas di Parlimen.

Kelmarin, ketika peniaga tersebut bertemu Yang-DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Abdul Wahab Shamsuddin, mereka dihalau, malah turut dipanggil 'lembu'.

"Abdul Wahab lebih mementingkan keuntungan dari projek-projek berbanding nasib rakyat dan peniaga di situ," kata Shahruddin.

Pemimpin Pakatan Rakyat turut memandang serius penindasan itu dan mendesak pimpinan BN membela nasib rakyat serta pantai yang sepatutnya menjadi milik mereka.

"Sebenarnya isu ini tidak susah, sepatutnya pihak berkuasa Port Dickson boleh selesaikan isu ini di sana tanpa rakyat perlu bersusah payah datang sejauh ini menuntut pembelaan," kata Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Antara pemimpin yang turut menyatakan sokongan dan turut sama berdemo termasuk Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 02 Nov 2012 07:30 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


USTAZ RIDUAN MOHD NOR : MESTI DALAMI ILMU DAN DEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH, SYARAT KEMENANGAN ISLAM!

Posted: 02 Nov 2012 05:13 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 02 Nov 2012 03:45 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


RM207 billion paser over missing compensation from Japan

Posted: 02 Nov 2012 12:57 AM PDT

Ha. ... siapa sudah curi ni?

The BN government has been told to explain the whereabouts of some RM207 billion paid by the government of Japan as compensation to some 30,000 Malaysians once recruited as forced labour during the Japanese occupation of Malaya.

According to Bukit Gantang member of parliament Mohamad Nizar Jamaludin, the money had been delivered to the Malaysian government a decade ago but neither the surviving victims nor their families had received any payment.

Nizar said that the sum had already been paid by Japan to Malaysia as early as 2004 because Bank Negara Malaysia had in that year issued a banker's cheque for the sum of RM107 billion and another RM100 billion in the form of Maybank shares, registered on December 13, 2004.

“30,000 Malayan citizens were involved in the construction of the railway," Nizar said, referring to the 'Death Railway', a 400-kilometre railway project by the Japanese occupation to connect Burma and Thailand.

Citing a letter sent by an association representing Death Railway victims and their kins to prime minister Najib Razak dated July 27 last year, Nizar revealed that the Prime Minister's Department had followed it up with the Human Resouces ministry in August 2011.

Speaking at the parliament, Nizar (left) also claimed that all parties including the Attorney General had agreed that the money should be disbursed to the intended recipients.

"If the matter was tabled and approved by the cabinet, why should the money be kept by the Treasury for so long?" asked Nizar.

The former Perak Menteri Besar added that the father of Zulkefli Ahmad Makinudin, the current Chief Judge of Malaya, was one of the recipients, being a former forced labourer during the Japanese occupation of 1942-1945.

"He now lives in Ipoh and can relate the hardship experienced by the 30,000 citizens," Nizar added.

Nizar reminded the BN government that by further delaying the release of the money to the victims, it was betraying the people's trust, adding that the governments of Philippines, Indonesia and Vietnam, whose citizens were also part of the Death Railway, had already distributed the compensation money to the victims.

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 02 Nov 2012 01:32 AM PDT

Pas Kawasan Tanjung Malim


Tunaikan Tanggungjawab Sebagai Ahli Gerakan Islam

Posted: 01 Nov 2012 05:26 PM PDT


Tn Hj Aminuddin Zulkipli, YDP Pas Kawasan Tg Malim mengingatkan semua ahli pas supaya tidak lalai dan alpa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ahli gerakan Islam. antara tugas yang perlu diselelsaikan oleh setiap ahli ialah meningkatkan ilmu dalam semua bidang terutama ilmu-ilmu Islam. 

Beliau mengulas demikian ketika ditanya di pejabatnya hari ini sebagai mengulas tentang kuliah perundangan yang akan disampaikan oleh Sdr Hanipa Maidin pada 2 November ini di Markas Tarbiyyah Pas, di Serigala. Beliau juga mengharapkan kehadiran awal daripada semua ahli demi melicinkan perjalanan program.

Sdr Hanipa Maidin dijadualkan akan berceramah bersama Richard Wong di Felda Trolak Selatan pada malam tersebut.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 02 Nov 2012 01:25 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


TG Nik Aziz ajar solat di mana sahaja

Posted: 02 Nov 2012 01:19 AM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -



(TG Nik Aziz solat bersama exco dan isterinya di Istana Negeri Kelantan.)

KOTA BHARU: Solat boleh dibuat di mana sahaja. Di dalam belukar, di tepi sungai mahupun di dalam istana.

Inilah yang diajar secara praktikal oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada rakyatnya.

Hatta tanpa memiliki kain sembahyang yang lengkap (baju puteh), beliau mengajar umat Islam boleh menunaikan solat asalkan menutup aurat.

Semalam sewaktu majlis perasmian Ekspo Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) 2012, Tuan Guru berkesempatan menunaikan solat Zohor di Istana Negeri, iaitu di satu sudut ruang pameran sempena ekspo itu.

Turut menunaikan solat Zohor, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Sebelum ini, beliau dilihat menunaikan solat di tepi belukar dan di tepi sungai.

harakah/-

Himpunan Kebangkitan Rakyat: Pakatan buat laporan polis

Posted: 02 Nov 2012 01:17 AM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


(Pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menunjukkan laporan polis yang mereka buat)

SEREMBAN: Menjelang sehari sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban esok, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan  Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Malaysia, Mejar (B) Razali Zakaria hari ini.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Razali berkata:

'Jika polis tidak bertindak, jangan salahkan NGO jika kami bertindak pada hari program itu berlangsung dan kami tidak akan bertanggungjawab jika ada berlaku kemalangan atau pertumpahan darah'.

Laporan polis itu dibuat oleh Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.

"Kata-kata tersebut bukan sahaja mencabar polis, tetapi turut berunsur ugutan terhadap kami selaku penganjur dan orang awam yang dijangka akan hadir pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat 03 November ini.

"Selain itu, mereka yang terbabit juga telah membuat pelbagai tuduhan liar dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat tentang program kami.

"Kami berharap polis boleh bertindak segera terhadap mereka yang terbabit dalam mengeluarkan kenyataan ini, kerana ia berunsur ugutan dan mengganggu keamanan dan ketenteraman awam," kata Setiausaha PKR Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassim.

Turut bersama Sabaruddin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban ialah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Sembilan, Anuar Azhari dan Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin.

Semalam GMPN dan beberapa NGO Negeri Sembilan mengadakan bantahan di tapak program membantah penganjuran program Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Razali juga dipetik berkata mereka yakin program itu akan menimbulkan huru-hara dan keamanan yang dimiliki negara tidak sepatutnya dimusnahkan dengan menjadikannya bahan politik.

Pemangku Setiausaha Agong Gabungan NGO Malaysia, Mohd Arafat Muhammad pula berkata program itu dikhuatiri akan menimbulkan kejadian tidak diingini.

"Jangan menyibuk dan kacau Negeri Sembilan, pergilah negeri sendiri. Kami sepakat jika program ini diteruskan, kami akan menghalang dan membantah 100 peratus," katanya.

50,00 disasarkan

Sementara itu Pakatan Rakyat mensasarkan sekurang-kurangnya 50, 000 akan hadir pada Himpunan Kebangkitan Rakyat bertempat di Taman Seremban Jaya (Belakang Petronas) pada hari Sabtu, 03 November ini.

Program akan bermula seawal jam 03.00 petang apabila lebih 300 penunggang motorsikal dari Kelab ARC dan pendokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di Perkarangan Stadium Paroi.

Konvoi bermotorsikal ini akan bergerak menuju ke Tapak Himpunan di Taman Seremban Jaya.

Pelbagai acara telah disenaraikan dan antaranya Pidato Rakyat yang akan menampilkan pemimpin muda dari Pakatan Rakyat dan NGO; persembahan artis, pameran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan ceramah oleh kepimpinan utama Pakatan Rakyat.

Tentatif Program adalah seperti berikut:

MASA
ATURCARA PROGRAM PETANG
03.00 petang
Konvoi motorsikal berkumpul di Perkarangan Stadium Paroi
03.30 petang
Konvoi bergerak menuju  ke Tapak Himpunan di Taman Seremban Jaya (Belakang Petronas)
04.15 petang

Konvoi tiba di tapak Himpunan.
Sambutan Gendang India, Kompang & Tarian Singa
04.30 petang

Karinal Rakyat bermula:

  1. Pidato Rakyat – Pentas Anak Muda
  2. Konsert Rakyat – Dayang Ku Intan, Aishah, Nizam Laksamana & Indie Band.
  3. Persembahan Kebudayaan Rakyat
  4. Pameran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat
06.30 petang
Program Petang Tamat.

MASA
ATURCARA PROGRAM MALAM
08.00 malam
Pameran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (sehingga pukul 12.00 malam)
08.30 malam
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis, Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, YB P Gunasekaran
08.35 malam
Ucapan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan,YB Mohd Taufek Abdul Ghani
08.45 malam
Ucapan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, YB Loke Siew Fook
08.55 malam
Ucapan Pengerusi KeADILan Negeri Sembilan, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas
09.05 malam
Gimik Penyerahan Memorandum Persefahaman Pakatan Rakyat Negeri Sembilan
09.10 malam
Ucapan Timbalan Presiden KeADILan, YB Azmin Ali
09.30 malam
Ucapan Timbalan Presiden PAS & Pengarah Program, Saudara Mohamad Sabu
09.50 malam
Ucapan Wakil Hijau (Lynas)
09.55 malam
Ucapan Wakil Kuning (Bersih 3.0)
10.00 malam
Ucapan Wakil Merah (Royalti)
10.05 malam
Ucapan Wakil Oren (Felda)
10.10 malam
Deklamasi Sajak – Sasterawan Negara, A Samad Said
10.15 malam
Ucapan Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
10.45 malam
Ucapan Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang
11.15 malam
Gimik Muzikal 'Ubahlah Sekarang'
11.20 malam
Ucapan Ketua Pembangkang, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
12.00 malam
Gimik Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat

 harakah/-

22 maut, 135 cedera lori tangki meletup di Riyadh

Posted: 02 Nov 2012 01:15 AM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
 
RIYADH, Arab Saudi - Sekurang-kurangnya 22 maut apabila sebuah lori tangki melanggar jejambat di sini, sekali gus mengakibatkan satu letupan besar dan memusnahkan sebuah bangunan serta beberapa buah kenderaan berhampiran. 

Jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Saad al-Qahtani memberitahu, seramai 135 orang mengalami kecederaan. Mangsa kebanyakannya terdiri daripada golongan lelaki dan beberapa orang pekerja asing. 

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Arab Saudi, sebuah lori tangki telah melanggar jejambat, menyebabkan berlakunya kebocoran minyak sebelum meletup. 

"Pemandu lori terkejut apabila berlaku kemalangan di laluannya. Dia kemudian hilang kawalan dan melanggar salah satu tiang jejambat," kata jurucakap JPA Arab Saudi, Kapten Mohamed Hubail Hammadi. 

Biarpun insiden itu berlaku berhampiran ibu pejabat Pengawal Negara Arab Saudi dan Kolej Sains Keselamatan Putera Nayef, pihak berkuasa menegaskan bahawa ia adalah satu kemalangan. - Reuters

Seramai 472,541 calon duduki SPM mulai Isnin ini

Posted: 02 Nov 2012 01:06 AM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Seramai 472,541 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai Isnin ini hingga 6 Dis.

Sebanyak 415,530 calon daripada sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, manakala 7,708 calon daripada sekolah di bawah agensi kerajaan selain kementerian dan 7,946 calon daripada sekolah menengah agama negeri.

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran dalam kenyataan kepada Bernama di sini hari ini, berkata turut menduduki peperiksaan tahun ini ialah 11,309 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian, 28,148 calon sekolah menengah agama rakyat dan 1,900 calon persendirian.

Kenyataan itu berkata seramai 30,239 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Lembaga Peperiksaan mengingatkan calon untuk merujuk jadual waktu peperiksaan, arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan serta membuat persiapan awal bagi menghadapi perkara yang mungkin menghalang atau melewatkan mereka sampai ke pusat peperiksaan mengikut jadual yang ditetapkan.

"Mereka diingatkan membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar.

"Calon juga sentiasa diminta untuk peka dan mengikut perkembangan terkini melalui media sekiranya berlaku sebarang pindaan jadual atau perubahan pusat peperiksaan," kata kenyataan itu.

Semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri juga telah dimaklumkan mengenai Ops Payung berkaitan banjir dan sekolah yang berisiko tinggi, dan telah diarah untuk menyediakan bilik peperiksaan alternatif yang selamat.

Bantuan tempat tinggal, makanan dan keperluan asas akan disalur kepada calon yang terjejas akibat banjir dan Kementerian Pelajaran akan bekerja sama dengan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan calon dapat menduduki peperiksaan dengan selamat, kata Lembaga Peperiksaan.

Bilik Gerakan Peperiksaan SPM akan beroperasi sepanjang peperiksaan berlangsung bermula dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang dan boleh dihubungi di talian 03-88843024/03-88893551/03-88893601 atau 03-88893520. - Bernama

Sultan mahu MAIK lebih agresif martabat Islam

Posted: 02 Nov 2012 01:03 AM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) seharusnya lebih agresif dalam memainkan peranan yang lebih berkesan dalam memartabatkan Islam di negeri itu tanpa adanya rasa puas hati dengan pencapaian yang telah diperolehi.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, (gambar) bertitah Maik seharusnya menggandakan usaha supaya dapat mengekalkan prestasi sedia ada, malah lebih hebat lagi dalam mencipta kejayaan besar masa hadapan.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Ekspo Maik 2012 sempena 100 tahun Maik yang bertemakan Seabad Mendaulatkan Islam.

Turut hadir pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, selaku Yang Dipertua Maik, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, Timbalan Maik, Datuk Kamaruddin Mohd Zain serta anggota-anggota exco kerajaan negeri.

Pada masa yang sama, baginda turut mencadangkan para imam perlu lebih aktif dalam menjalankan tugas masing-masing seperti bergaul dengan golongan terbabit di peringkat bawah.

"Ianya amat penting dalam usaha untuk membentuk anak-anak mukim menjadi warga masyarakat yang bertaqwa,"ujarnya.

Pada masa yang sama Sultan Muhammad Ke-V turut berharap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Jabatan Mufti dan Yayasan Islam Kelantan, berganding bahu untuk membantu Maik dalam menegakkan syiar Islam.

Menurutnya, semoga dengan cara ini tidak akan berlaku pertindihan program yang akan merugikan masa terutama sekali sumber kewangan.

Sementara itu, Tengku Mahkota Kelantan, pula menyeru orang ramai sama ada rakyat Kelantan atau pelancong luar mengunjungi pameran ekspo terbabit.

Katanya, ianya merupakan sejarah apabila program untuk orang ramai buat julungkali diadakan.

Pelbagai pameran diadakan sempena ekspo yang diadakan bermula 1 November hingga 6 Disember ini.

Sultan Kelantan dan Menteri Besar Kelantan turut melawat pameran yang disediakan oleh penganjur.
 
harakah/-

Guan Eng bentang belanjawan basmi kemiskinan

Posted: 02 Nov 2012 01:02 AM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan bahawa kemiskinan di negeri itu akan dihapuskan menjelang tahun depan – lebih awal daripada sasaran 2015 sebelum ini.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri akan meningkatkan pendapatan isi rumah daripada RM650 kepada RM770 sebulan, katanya.
NONE
Katanya, jumlah itu melebihi paras garis kemiskinan RM763 setiap bulan.

Melalui kaedah itu, kerajaan negeri akan menambah pendapatan setiap isi rumah supaya mencapai had RM770 sebulan, katanya ketika membentangkang belanjawan kerajaan negeri 2013 di Dewan Undangan Negeri.

"Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama yang membasmi kemiskinan menjelang tahun depan," katanya.

malaysiakini/-

Taufan Nilam landa selatan India

Posted: 02 Nov 2012 12:41 AM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Taufan Nilam
Seorang anak kapal tangki minyak Pratibha Cauvery dilaporkan mati lemas selepas bot penyelamat mereka karam di pantai Chennai, kelmarin. Foto: AP
 
CHENNAI - Sekurang-kurangnya sembilan terkorban dan kira-kira 150,000 penduduk terpaksa dipindahkan, kelmarin, selepas Taufan Nilam membawa angin kencang berkelajuan 100 kilometer sejam melanda selatan India.

Media melaporkan pihak berkuasa melakukan operasi mencari dan menyelamat enam anak kapal tangki minyak yang dilaporkan hilang selepas bot penyelamat mereka karam.

Pegawai pengurusan bencana, Jayraman berkata, beberapa kawasan dataran rendah, termasuk Tamil Nadu dan Andhra Pradesh juga ditenggelami banjir berikutan hujan berterusan di kawasan itu.

"Kami sudah menyalurkan bantuan makanan dan minuman kepada penduduk yang dipindahkan ke pusat penempatan sementara. Bekalan kuasa elektrik semua daerah juga dipulihkan," katanya.

Difahamkan, sebanyak 282 sekolah dijadikan pusat penempatan sementara.

Taufan terakhir yang membadai tenggara negara tersebut, pada Januari lalu turut meragut 42 nyawa dan menyebabkan kemusnahan teruk di Tamil Nadu. - AFP

PRU tangguh ekoran kes Nazri, Chia dan Musa

Posted: 02 Nov 2012 12:13 AM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


(Lajim kertika diwawancara oleh wartawan Harakah)

KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum agak sukar diadakan dalam waktu terdekat walaupun masih ada desas desus yang mengatakan pilihan raya akan diadakan tahun ini juga.

Ini berikutan tragedi yang mengaitkan rakan perniagaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz iaitu taikun pembalakan Sabah, Michael Chia yang tertangkap dengan wang tunai bernilai RM40 juta di Lapangan Terbang Hong Kong baru-baru ini.

Ketika disiasat, Michael Chia dikatakan memaklumkan itu bukan duit beliau tetapi duit milik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Namun, Nazri ketika memberikan penjelasan di Parlimen berkata, wang itu adalah milik Umno Sabah bukannya milik pribadi Musa Aman.

Ekoran itu, pelbagai pihak tertarik untuk mengetahui apakah cerita di sebalik semua ini.

Semalam Nazri dilaporkan berkata, apa salahnya anak beliau menggunakan kenderaan mewah yang didaftarkan atas nama Michael Chia.

Di samping itu, secara berseloroh, beliau berkata, apa yang berlaku antara Chia dan anaknya tiada kena mengena dengannya kerana anaknya sudah dewasa.

Beliau memberitahu pemberita soal Chia telah memberi sebuah kereta kepada Nedim, perlu dirujuk kepada kedua-dua mereka.

"Itulah antara anak saya dan Michael Chia ... Jika dia mahu beri Hummer atau Ferrari, itulah urusan Michael Chia."

(Pemimpin PKR menunjukkan gambar Hummer berharga lebih RM450, 000 yang didaftar atas nama Chia tetapi digunakan oleh anak Nazri, Nedim. Foto Malaysiakini)

Bagaimanapun, Nazri mengakui mengenali Chia secara peribadi dan pernah ke Dubai bersama dengan Chia, tetapi atas perbelanjaannya sendiri.

Nedim, anak sulong Nazri, didakwa menggunakan sebuah SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia.

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin pula dalam wawancaranya dengan Harakah meminta agar SPRM menyiasat semua ini khasnya kekayaan luar biasa Musa Aman.

"Saya tidak nafikan Musa Aman seorang ahli perniagaan yang berjaya, tetapi yang saya persoalkan bagaimana setelah Musa memegang jawatan KM Sabah, bagaimana beliau boleh tambahkan kekayaannya, sedangkan beliau tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam syarikat dan tidak boleh memiliki syarikat sendiri.

"Itu yang menjadi persoalan rakyat sekarang sedangkan mengikut laporan wangnya berjumlah bukan jutaan malahan bilion.

"Jadi pihak berkuasa sepatutnya siasat dan di sini tidak boleh timbul isu pilih kasih," kata Lajim dalam wawancara dengan Harakah itu.

Baca penuh wawancara Lajim dengan Harakah Ahad ini.

harakah/-

Wanita tewaskan jerung

Posted: 01 Nov 2012 11:52 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

MARIKO menceritakan bagaimana dia menumbuk jerung yang cuba membahamnya sambil diperhatikan suaminya.
MARIKO menceritakan bagaimana dia menumbuk jerung yang cuba membahamnya sambil diperhatikan suaminya.
JERUNG harimau.
JERUNG harimau. 
 
HAWAII: Seorang penyelam wanita terselamat daripada serangan jerung sepanjang empat meter di sini selepas menggunakan gerakan seni mempertahankan diri.

Pemegang tali pinggang hitam taekwondo, Mariko Haugen sedang berenang bersama suaminya di pantai Maui apabila mendapati dirinya berdepan dengan seekor jerung harimau.

Apabila diserang, Mariko menggunakan kemahirannya dan menumbuk hidung haiwan pemakan manusia itu.
"Keadaan tiba-tiba menjadi seperti filem Hollywood. Anda melihat rahang besar ikan itu menerkam anda. Saya tidak dapat menceritakan bagaimana takutnya saya ketika itu.

"Taekwondo yang saya pelajar membolehkan saya bersedia untuk menumbuk," kata Mariko.

Menyedari ia berdepan dengan orang yang setanding dengannya, jerung berkenaan meninggalkan tempat itu, sekali gus membolehkan Mariko dan suami, Don berenang ke pantai.

Mariko yang berasal dari Folsom, California, tidak dibaham, tetapi memerlukan 60 hingga 70 jahitan pada tangan kirinya yang cedera kerana terkena gigi ikan itu ketika menumbuknya.

Sementara itu, Don berkata, mereka sungguh bernasib baik.
Bagaimanapun, pengalaman ngeri itu tidak akan menyebabkan dia berhenti berenang di laut.

"Saya sentiasa memberitahu anak saya, tidak ada alasan untuk takut kepada jerung kerana apa yang lebih menakutkan ialah barah payu dara. Satu daripada lapan orang menghidapnya.

"Tetapi hanya satu daripada empat juta pelancong ke Hawaii dibaham jerung. Kerana itu kita tidak perlu takut langsung," kata Don. - DM

'Elephant man' mahu hidup normal, tidak sanggup sembunyi wajah lagi

Posted: 01 Nov 2012 11:45 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


Yuen Keong - elephant man
Yuen Keong (kiri) menunjukkan bahagian wajah Chee Ming yang bakal menjalani rawatan laser 8 November ini.
 
SERDANG – "Memang berharap sangat wajah saya akan pulih seperti manusia normal yang lain kerana tidak sanggup lagi membawa ketumbuhan di bahagian muka ini," kata lelaki yang digelar 'elephant man', Leong Chee Ming, 42, ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Dia yang menghidap sejenis penyakit dikenali sebagai 'capillary malformation' sejak lahir itu turut melahirkan harapan tinggi rawatan laser bakal dijalani 8 November depan dapat mengubah wajahnya.

Bagaimanapun katanya, dia tetap berasa takut dan bimbang terhadap kesan rawatan bakal dijalani di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan itu.

Chee Ming yang juga anak ketiga daripada enam beradik menyatakan jika wajahnya berjaya dipulihkan tiada perkataan lain selain gembira kerana dapat menikmati hidup bersosial dengan masyarakat sekitar selepas 42 tahun menyembunyikan wajahnya itu dengan duduk di rumah sahaja.

"Saya memang teringin hendak menjadi seperti manusia normal yang lain, tidak larat hendak bawa benda ini (ketumbuhan) yang berat di wajah setiap hari.

"Mengenai rawatan laser bakal dijalankan memang ada rasa takut kerana tidak tahu apa tindak balas dan kesannya selepas itu," katanya yang merupakan antara pesakit pertama menerima rawatan untuk penyakit seperti itu di hospital negara ini.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Datuk Liew Yuen Keong berkata, lelaki berkenaan sudah menjalani lapan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak enam bulan lalu sebelum kesnya dirujuk ke HUSM.

Katanya, sebuah jawatankuasa kecil ditubuh dan mendapat sokongan 12 doktor pakar untuk membantu Chee Ming dan seorang lagi pesakit yang menghidap penyakit sama mendapatkan rawatan.

"Sejak enam bulan lalu, kedua-dua pesakit sudah menjalani pemeriksaan dan mereka akan dihantar untuk mendapatkan rawatan laser mematikan selnya.

"Kita berharap rawatan diterima akan dapat memulihkan wajahnya dan dalam masa sama meningkatkan perkhidmatan perubatan diberikan oleh hospital di negara ini tanpa perlu membuat rawatan di luar negara," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Wanita MCA Selangor, Senator Chew Lee Giok berkata, beliau sudah mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan untuk mengurangkan beban ditanggung keluarga lelaki itu.

Beliau dalam pada itu mengingatkan supaya ibu bapa yang menyedari terdapat tanda-tanda bintik merah di wajah dan tubuh badan anak mereka ketika lahir supaya segera merujuk perkara itu kepada hospital.

Katanya, penyakit itu boleh dicegah awal namun jika tidak ia akan menyulitkan keadaan di kemudian hari. "Seperti kes ini, sudah terlalu lama barulah rawatan hendak dibuat, dalam kebanyakan kes sebelum ini, apabila ketumbuhan yang wujud disedari ketika bayi dibuang, ia tidak tumbuh dan menjadi begitu serius apabila pesakit meningkat dewasa," katanya.

sinar/-

Kenyataan Nazri terhadap Chia diragui, kata PKR

Posted: 01 Nov 2012 11:41 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz di parlimen baru-baru ini bahawa ahli perniagaan Michael Chia telah dibersihkan daripada tuduhan rasuah dilihat mempunyai konflik berkepentingan, kata PKR.

Menurut Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli, PKR mendapati keluarga beliau khususnya anak sulung Nazri, Nedim ada hubungan dalam bentuk kenderaan dengan Chia.

Kenderaan itu ujarnya berupa SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia dan mungkin telah digunakan oleh Nedim.

"Sebagai seorang menteri kanan, yang bertanggungjawab dalam soal perundangan terutamanya dalam isu rasuah dan pengubahan wang haram, Mohamed Nazri perlulah lebih telus dan bersih tanpa mempunyai sebarang kepentingan terutama dengan individu yang dikaitkan dengan tuduhan," kata Rafizi.

Rafizi turut menunjukkan satu salinan saman trafik yang dinyatakan pemiliknya sebagai Chia Tien Woh dan gambar-gambar yang menunjukkan bahawa kenderaan itu kerap dikesan di kondo di mana Nedim tinggal.

Rafizi menyatakan dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun dalam masa yang sama Mohamed Nazri mempertahankan Chia telah menimbulkan konflik kepentinga,

"PKR menunggu maklum balas dari Mohamed Nazri yang sebelum ini begitu gah mempertahankan Michael Chia, sebelum kami mengambil tindakan selanjutnya," kata beliau lagi.

harakah/-

Pulau dilitupi debu gunung berapi 100 tahun

Posted: 01 Nov 2012 11:40 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
JUNEAU, Alaska - Sebuah pulau di Alaska, Amerika Syarikat (AS) dilanda jerebu yang dipercayai kesan daripada debu letusan sebuah gunung berapi sekitar 100 tahun lalu. 

Keadaan berjerebu itu melanda Pulau Kodiak dekat sini sejak minggu lalu. 

Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan menyatakan, angin kencang serta kekurangan salji pada Selasa lepas menyebabkan debu gunung berapi Novarupta di Alaska yang meletus pada 1912 merebak dengan lebih meluas.

Letusan tersebut adalah yang terkuat pada abad ke-20.

Rantau Alaska di utara AS merupakan kawasan beriklim sejuk dan bersalji.

Kepulan jerebu itu kini mencecah ketinggian 1,219 meter dan meliputi keseluruhan Pulau Kodiak dengan menyebabkan amaran penerbangan dikeluarkan.

Pada Jun 1912, Novarupta meletus dan menghamburkan debu setinggi 30,480 meter ke udara yang melitupi seluruh daerah Katmai di Alaska. - AP

Kediktatoran Mahathir Telah Dekatkan PAS, DAP

Posted: 01 Nov 2012 11:13 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui dalam memoirnya, "Doktor Umum" (2012), bahawa Operasi Lalang, Oktober 1987 "menjadi titik hitam dalam sejarah pentadbiran Malaysia dan sepanjang tempoh saya menjadi Perdana Menteri".
 
Mahathir, yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu, turut menarik balik lesen penerbitan tiga akhbar berpengaruh, dalam tiga bahasa utama, The Star (muka depannya pada hari pertama tangkapan yang membawa kepada pengharamannya, simple tapi menarik dan mudah diingati), Sin Chew Jit Poh dan Watan, atas alasan menyemarakkan api perkauman (yang sebenarnya didalangi Umno-MCA).

Serentak dengan itu, majlis ceramah politik tidak dibenarkan dan Malaysia bagaikan bertukar menjadi sebuah "negara polis".

Saya, yang baru memulakan kerjaya -- pada Mac 1987 -- sebagai pemberita Harakah (dan turut terbabit dalam edisi sulungnya) di bawah tunjuk ajar tokoh wartawan tersohor, Subky Abd Latiff, merasai sendiri situasi sulit cemas-takut sehingga setiap orang gelisah menjangkakan mereka juga boleh diserkup bila-bila masa.

Mendengar nama-nama tahanan yang tidak begitu dikenali dicekup dari hari ke hari (tangkapan tidak dibuat serentak tapi berperingkat-peringkat) membuatkan hampir semua yang pernah "berseteru" dengan pemerintah gerun dan merasakan gerak-geri mereka diintip serta menjadi target.

Bakal disumbat

Bersama hampir 20 rakan serumah yang masih bujang di Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur, kami menanti khabar dengan penuh debar tahanan-tahanan baru yang bakal disumbat. Sepuluh hari sebelum itu, pada 18 Oktober, kejadian amuk Prebet Adam menggunakan senjata M16 di Chow Kit dan Kg Baru mengemparkan tanahair, selain merancakkan lagi pasaran berita angin terutama mengaitkan dengan isu-isu perkauman.

Umno pula memukul gendang mahu mengadakan perhimpunan raksasa sebagai tindak balas terhadap isu-isu pendidikan Cina. Timbalan Presiden MCA, Lee Kim Sai beraksi garang memanipulasinya. DAP, MCA dan Gerakan digambarkan bersatu menangani isu berkenaan.

Kebetulan saya baru saja menyiapkan satu makalah khas mengenai Peristiwa Memali, diusahakan oleh Jabatan Penerangan PAS Pusat, yang juga menerbitkan Harakah, dengan judul "Percikan Darah Syuhada".

Saya bermalam di kampung penuh bersejarah itu, dan mendapat layanan istimewa penduduk setempat, kunjungan kedua saya selepas menziarahinya dua bulan selepas tragedi berdarah pada hujung 1985.

Bimbang turut sama menjadi mangsa ISA yang menggila, helaian pertama majalah tanpa permit itu, terpaksa digunting dan dibuang sebelum diedarkan, dengan penuh hati-hati. Memang benar-benar terasa suasana takut, risau dan penuh curiga.

Tidak pencetak berani

Saya juga merakamkan getar Ops Lalang dalam makalah one-off, berjudul "Demokrasi Zaman Mahathir", diusahakan syarikat sendiri, Penerbitan Pemuda. Tidak pencetak berani mengambil risiko menyebabkan saya -- yang berhutang modal pembelian kertas -- berpindah-randah mencari rakan-rakan yang bersimpati.

Bayangkan, proses binding makalah berkenaan dijalankan di rumah sewa secara manual, dengan bantuan lebih 12 rakan-rakan!

Tragedi penahanan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membabitkan lebih 100 aktivis masyarakat, pemimpin parti politik, penggerak pertubuhan alam sekitar dan tokoh pendidikan Cina itu kerap dikaitkan dengan "era kediktatoran melalui undang-undang" Mahathir.

Antara tokoh-tokoh yang dikurung ialah Mohamad Sabu, Ustaz Halim Arshat, Khalid Samad, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Dr Chandra Muzaffar, Dr Nasir Hashim dan Dr Kua Kia Soong.

Ramai lagi tahanan yang tidak pernah dikenali menjadikan Ops Lalang itu bagaikan lembaga hitam yang cukup menakutkan.

Kini genap 25 tahun

Hujung November lalu, genap 25 tahun peristiwa itu berlalu. Biarpun jelas ia sarat dengan motif politik, terutama bagi menyelamatkan kedudukannya yang cukup terancam, termasuk cabaran dalaman Umno yang begitu sengit dan tajam, namun hingga kini, Mahathir masih cuba untuk merasionalkan tindakan zalimnya itu dengan daleh-daleh longgar.

Beliau juga dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa bersalahnya terhadap satu lagi aksi brutalnya, iaitu pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan dua Hakim Mahkamah Agung serta satu kempen terancang untuk memusnahkan kebebasan badan kehakiman.

Sampai saat ini, kewibawaan dan integriti hakim-hakim di Malaysia tetap dipersoal, manakala cabang eksekutif masih dilihat campur tangan dalam kes-kes kritikal mahkamah.

PAS, DAP saling mengenal di Kamunting

Apa pun, saya tertarik dengan komentar beberapa pemimpin kanan DAP, khususnya Lim Guan Eng, terhadap episod gelita suku abad yang lalu itu: "Pemimpin PAS dan DAP mendapat peluang untuk saling kenal-mengenali lantas memecahkan fitnah yang ditaburkan Umno untuk memomokkan masyarakat bukan Melayu tentang PAS dan masyarakat Melayu tentang DAP.

"Hubungan yang dijalin dalam tahanan 25 tahun lalu telah menjadi batu asas kepada hubungan kerjasama antara dua parti itu pada hari ini."

Ya, isu dan krisis yang menyelubungi Umno waktu itu begitu kritikal dan cukup dahsyat sekali. Cabaran Tengku Razaleigh bersama Musa Hitam pada April 1987, yang kemudiannya membawa kes ke mahkamah, sehingga Hakim Harun Hashim tida pilihan lain dan "terpaksa" mengharamkan Umno (atas kemahuan Presidennya, Mahathir sendiri) seterusnya mengakibatkan Tun Salleh dipecat bagi mengelak keputusan Mahkamah Agung yang boleh "menjahanamkan" kerjaya politik Mahathir.

Bagaimanapun, disebabkan parti-parti pembangkang, khususnya PAS dan DAP, gagal membentuk persefahaman politik dan seringkali bercanggah pendapat -- meskipun mempunyai tujuan murni yang sama -- elit Umno telah menyambar kesempatan itu untuk terus bertakhta, merampok harta rakyat dan mencuri khazanah negara.

Dalam keadaan serba sulit diasak segenap penjuru itu, Mahathir terselamatkan disebabkan saingan politiknya turut berpecah.

Laluan bentuk kerajaan alternatif dirintis

Azab di Kamunting 25 tahun lalu itu rupanya cukup berbaloi. Kesengsaraan dipisahkan daripada anak isteri memang pedih tetapi ia berupaya mendekatkan diri sesama pejuang keadilan, daripada pelbagai kumpulan dan berjaya meletakkan asas persefahaman yang kukuh serta mantap untuk satu proses agak panjang membebaskan negara daripada cengkaman sebuah parti dominan.

Pengalaman di saat sukar itu mahal harganya. Pemimpin muda DAP, Liew Chin Tong, yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera, merumuskan: "Keakraban yang terbentuk dalam kesusahan akan berterusan mengukuhkan pergerakan bagi mendirikan Malaysia yang baru dan lebih baik untuk semua."

Mohamad Sabu yang dikurung satu kawasan dengan Guan Eng mengingati "detik-detik manis" itu: "Kami yang duduk bersama-sama di Kamunting berpeluang bertukar pandangan mengenai pendirian parti masing-masing terhadap isu-isu rejim Mahathir. Ini termasuklah prinsip DAP yang tidak menolak usaha membantu Bumiputera miskin sebaliknya menentang kecenderungan nasionalisme Melayu yang dieksploitasi hanya untuk mengkayakan pemimpin dan kroni Melayu tertentu sahaja."

Ketika budaya politik baru -- yang menolak sentimen perkauman dan memandang tinggi isu-isu good governance -- makin tumbuh subur di kalangan rakyat Malaysia, Umno dan kerabatnya dalam BN seperti MCA masih ghairah memainkan lagu lama bagi melaga-lagakan parti pembangkang.

Pelbagai jerat cuba dipasang, misalnya melalui kontroversi Hudud mutakhir ini, namun banyak pihak yakin, persefahaman PAS-DAP yang menempuh jalan berliku dan onak berduri tidak semudah itu dapat digoyang.

Perangkap Umno-MCA hanya akan memakan tuan sendiri!

Membilang hari-hari akhir

Umno-BN yang hampir kehilangan kuasa dan mungkin membilang hari-hari akhirnya masih tidak berputus asa untuk mengadu-domba parti-parti dalam Pakatan, khususnya PAS dan DAP.

Jika kedua-dua parti pembangkang yang berkongsi kepedihan dan keperitan panjang itu dapat dipisahkan, seperti Barisan Alternatif pernah dihancurkan selepas pilihan raya 1999, ekoran isu Negara Islam, nescaya Najib tidak ragu-ragu lagi untuk menghadap Agong bagi membubarkan Parlimen.

Ops Lalang 1987 merakamkan sejarah hitam yang pastinya terus menganggu hari-hari tua Mahathir, namun ia menjadi penyambung ikatan berpanjangan buat PAS dan DAP melakarkan sejarah gemilang dalam PRU13 nanti, dibantu KeADILan, dengan teraju utamanya, Anwar Ibrahim, yang turut menerima pendidikan terbaik, bukan saja dari Kamunting di usia mudanya tetapi juga mendekam dalam lokap dan penjara. -Ahmad Lutfi Othman


Pemuda PULAI Siap Untuk Menghadapi PRU13

Posted: 01 Nov 2012 10:40 PM PDT

Foto17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


Kempas – Satu majlis santai perjumpaan adik beradik Pemuda PAS Kawasan Pulai bersama KAMP telah berjaya diadakan malam tadi. Majlis yang dihadiri bersama oleh ketua-ketua pemuda cawangan & kawasan masing-masing di sekitar Kempas, Kampung Pasir & Taman Perling berlangsung harmoni dengan penuh semangat ukhuwah serta bersiap untuk turun ke medan perjuangan Jihad Fisabilillah.

Program yang bermula pada jam 9.30 malam tadi dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi Dewan Pemuda PAS Kawasan Pulai (DP3) bersama Kumpulan Anak Muda Pulai (KAMP) bertujuan menubuhkan sekreteriat Unit Amal peringkat parlimen Pulai bagi memantau & mendepani setiap program yang dilangsungkan di sini sebagai sebuah unit keselamatan & membantu memelihara keamanan program yang dijalankan.

Selain daripada itu, pelbagai program & aktiviti anak muda juga turut dirancang dalam tempoh masa terdekat ini sebelum berlangsungnya PRU ke-13, sebagai langkah persediaan mental & fizikal mereka untuk melangkah ke medan juang yang sebenar. Program yang bakal diadakan pada bulan Disember itu, diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada kebangkitan anak muda di Pulai yang dahagakan kebenaran & cahaya perjuangan Islam.

Semakin ramai yang mahu bersama dalam perjuangan ini yang sekaligus membuktikan bahawa Islam semakin mekar di Pulai & menampakkan tanda-tanda kemenangan yang semakin jelas. Semoga perjuangan anak-anak muda Pulai ini mendapat kejayaan di dunia & akhirat, InsyaALLAH. Kepada mereka yang berminat untuk bersama Pulai, penyertaan anda sentiasa dialu-alukan. Hubungi kami di talian 012-7781046 @ 013-7349978 untuk sebarang pertanyaan & makluman lanjut.

RAKYAT DI PULAI MAHUKAN PERUBAHAN!

Tayar bongkar tragedi

Posted: 01 Nov 2012 08:57 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


ANGKAT... Proton Persona dinaiki  Tan yang terjunam ke laut di  Jambatan Pulau Pinang diangkat kren, semalam.
 
ANGKAT... Proton Persona dinaiki Tan yang terjunam ke laut di Jambatan Pulau Pinang diangkat kren, semalam. 
 
GEORGETOWN: Sebiji tayar di tengah jalan yang pada mulanya disangka sampah oleh seorang anggota peronda trafik membawa kepada penemuan tidak diduga apabila ia sebenarnya tayar kereta milik seorang lelaki yang terjunam ke laut di Kilometer 7.9, Jambatan Pulau Pinang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, anggota terbabit yang melakukan rondaan rutin mulanya menyangka 'sampah' itu kemungkinan dibuang pengguna jambatan.

Anggota berkenaan memberhentikan kenderaan untuk mengambil 'sampah' itu kerana mahu mengelak sebarang kemalangan yang mungkin berlaku jika dibiarkan di tengah jambatan.

Bagaimanapun, anggota terbabit terkejut apabila mendapati objek disangka sampah itu sebenarnya tayar kereta sebelum dia terlihat kesan serpihan kaca bertaburan atas jambatan.

Anggota polis berkenaan memaklumkan kepada beberapa rakan setugas sebelum mereka terkejut apabila mendapati tiang lampu turut patah dan terjatuh dengan keadaan tergantung dan menjunam ke dalam laut.

metro/-



Gempa bumi sederhana landa Pulau Jawa

Posted: 01 Nov 2012 08:44 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR — Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Pulau Jawa, Indonesia pada 10.11 malam tadi. 

Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, lokasi gempa itu terletak di 55km barat daya Bandung dan 985 km di barat daya Tebedu di Sarawak.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. — BERNAMA

Masyarakat Cina Mula Terima Hudud - Kajian UMCEDEL

Posted: 01 Nov 2012 08:41 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Masyarakat Cina kini mula menerima dan memahami pelaksanaan hukum hudud, menurut kaji selidik terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

Walaupun Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilihat bekerja keras menentang pelaksanaan hukum Islam tersebut, kaji selidik kedua berkenaan hudud yang dijalankan antara 1 September hingga 16 Sept 2012 itu menunjukkan peningkatan sekali ganda sokongan masyarakat Cina iaitu kepada 24 peratus, berbanding 12 peratus dalam kaji selidik sebelum ini pada 25 Oktober hingga 15 Disember tahun lalu.

Daripada sejumlah 385 responden berbangsa Cina, hanya satu peratus peningkatan menentang pelaksanaan hukum hudud, berbanding kaji selidik sebelumnya, iaitu sejumlah 51 peratus.

Sementara kumpulan yang tidak pasti sama ada hudud boleh dilaksanakan di Malaysia walaupun mempunyai masyarakat berbilang kaum menurun kepada 25 peratus berbanding 38 peratus dalam kaji selidik sebelum ini.

"Terdapat peningkatan sokongan masuarakat Cina terhadap pelaksanaan hudud.

"Perbezaan sembilan bulan antara kedua-dua kajian juga menyaksikan peningkatan 12 peratus; menjadikan peratusan menerima hudud meningkat kepada 24 peratus, dengan peningkatan (hanya) satu peratus tentangan terhadap pelaksanaan hudud.

" "Ini menjelaskan pengundi Cina semakin memahami isu tersebut," kata UMCEDEL dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, UMCEDEL turut mendapati generasi muda masyarakat Cina berkeinginan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berbanding kumpulan responden yang lebih berumur.

"Generasi muda Cina menunjukkan kecenderungan untuk memahami pelaksanaan hudud berbanding dengan mereka yang lebih berumur," jelas kenyataan berkenaan.

Kajian yang turut dijalankan terhadap 1041 responden Melayu itu juga mendapati majoriti responden yakin hudud akan memberikan keadilan kepada semua pihak dengan 55 peratus responden Cina berusia lingkungan 41 hingga 50 tahun yakin hudud akan memberikan keadilan.

Walaubagaimanapun, 53 peratus masyarakat Cina yang berusia 61 tahun ke atas menunjukkan keyakinan pelaksanaan hudud akan menggugat kesepakatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Dari aspek lokaliti responden, masyarakat Cina di kawasan kampung dan kampung baru percaya hudud akan memberikan keadilan kepada semua mencecah sehingga 59 peratus, manakala masyarakat Cina bandar berada dalam kelompok 30 peratus menyokong.

Hudud telah sekian lama menjadi polemik politik tanah air apabila parti politik daripada Barisan Nasional (BN) dan PR masing-masing cuba menarik sokongan pengundi melalui isu hudud tersebut.

Presiden MCA dalam perhimpunan parti komponen BN ke-59 itu bulan lalu dilihat begitu agresif menentang hudud, malah mengeluarkan kenyataan negara yang melaksanakan hudud akan menjadi lebih korup, serta pelaksanaan hudud akan menyebabkan 1.2 juta rakyat negara ini kehilangan pekerjaan.

Selain pemimpin daripada BN, terdapat juga tentangan daripada DAP, apabila Pengerusi DAP, Karpal Sing menegaskan Malaysia tidak boleh melaksanakan hudud kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, banyak pihak mula berdebat berhubung isu hudud yang nyata telah dipolitikkan demi kepentingan politik parti masing-masing.

Dewan Pemuda PAS Pusat juga telah mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan MCA ekoran kenyataan-kenyataan Dr Chua terhadap hudud.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa juga telah menggesa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta maaf kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan berikutan pendirian parti itu menolak hudud. -TMI

Rahmat tersembunyi Operasi Lalang 1987

Posted: 01 Nov 2012 08:35 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui dalam memoirnya, "Doktor Umum" (2012), bahawa Operasi Lalang, Oktober 1987 "menjadi titik hitam dalam sejarah pentadbiran Malaysia dan sepanjang tempoh saya menjadi Perdana Menteri".

Mahathir, yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu, turut menarik balik lesen penerbitan tiga akhbar berpengaruh, dalam tiga bahasa utama, The Star (muka depannya pada hari pertama tangkapan yang membawa kepada pengharamannya, simple tapi menarik dan mudah diingati), Sin Chew Jit Poh dan Watan, atas alasan menyemarakkan api perkauman (yang sebenarnya didalangi Umno-MCA). Serentak dengan itu, majlis ceramah politik tidak dibenarkan dan Malaysia bagaikan bertukar menjadi sebuah "negara polis".

Saya, yang baru memulakan kerjaya -- pada Mac 1987 -- sebagai pemberita Harakah (dan turut terbabit dalam edisi sulungnya)  di bawah tunjuk ajar tokoh wartawan tersohor, Subky Abd Latiff,  merasai sendiri situasi sulit cemas-takut sehingga setiap orang gelisah menjangkakan mereka juga boleh diserkup bila-bila masa. Mendengar nama-nama tahanan yang tidak begitu dikenali dicekup hari ke hari membuatkan hampir semua yang pernah "berseteru" dengan pemerintah gerun.

Bersama hampir 20 rakan serumah yang masih bujang di Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur, kami menanti khabar dengan penuh debar tahanan-tahanan baru yang bakal disumbat. Sepuluh hari sebelum  itu, pada 18 Oktober, kejadian amuk Prebet Adam menggunakan senjata M16 di Chow Kit dan Kg Baru 

mengemparkan tanahair, selain merancakkan lagi pasaran berita angin terutama mengaitkan dengan isu-isu perkauman. Umno pula memukul gendang mahu mengadakan perhimpunan raksasa sebagai tindak balas terhadap isu-isu pendidikan Cina. Timbalan Presiden MCA, Lee Kim Sai beraksi garang memanipulasinya.  DAP, MCA dan Gerakan digambarkan bersatu menangani isu berkenaan.

Kebetulan saya baru saja menyiapkan satu makalah khas mengenai Peristiwa Memali, diusahakan oleh Jabatan Penerangan PAS Pusat, yang juga menerbitkan Harakah, dengan judul Percikan Darah Syuhada. Saya bermalam di kampung penuh bersejarah itu, dan mendapat layanan istimewa penduduk setempat, kunjungan kedua saya selepas menziarahinya dua bulan selepas tragedi berdarah pada hujung 1985

Bimbang turut sama menjadi mangsa ISA yang menggila, helaian pertama majalah tanpa permit itu, terpaksa digunting dan dibuang sebelum diedarkan, dengan penuh hati-hati. Memang benar-benar terasa suasana takut, risau dan penuh curiga.
Saya juga merakamkan getar Ops Lalang dalam makalah one-off, berjudul "Demokrasi Zaman Mahathir", diusahakan syarikat sendiri, Penerbitan Pemuda. Tidak pencetak berani mengambil risiko menyebabkan saya -- yang berhutang modal pembelian kertas -- berpindah-randah mencari rakan-rakan yang bersimpati. Bayangkan, proses binding makalah berkenaan dijalankan di rumah sewa secara manual, dengan bantuan lebih 12 rakan-rakan!

Tragedi penahanan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membabitkan lebih 100 aktivis masyarakat, pemimpin parti politik, penggerak pertubuhan alam sekitar dan  tokoh pendidikan Cina itu kerap dikaitkan dengan "era kediktatoran melalui undang-undang" Mahathir.

Antara tokoh-tokoh yang dikurung ialah Mohamad Sabu, Ustaz Halim Arshat, Khalid Samad, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Dr Chandra Muzaffar, Dr Nasir Hashim dan Dr Kua Kia Soong. Ramai lagi tahanan yang tidak pernah dikenali menjadikan Ops Lalang itu bagaikan lembaga hitam yang cukup menakutkan.

Hujung November lalu, genap 25 tahun peristiwa itu berlalu. Biarpun jelas ia sarat dengan motif politik, terutama bagi menyelamatkan kedudukannya yang cukup terancam, termasuk cabaran dalaman Umno yang begitu sengit dan tajam, namun hingga kini, Mahathir masih cuba untuk merasionalkan tindakan zalimnya itu dengan daleh-daleh longgar.

Beliau juga dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa bersalahnya terhadap satu lagi aksi brutalnya, iaitu pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan dua Hakim Mahkamah Agung serta satu kempen terancang untuk memusnahkan kebebasan badan kehakiman. Sampai saat ini, kewibawaan dan integriti hakim-hakim di Malaysia tetap dipersoal, manakala cabang eksekutif masih dilihat campur tangan dalam kes-kes kritikal mahkamah.

Apa pun, saya tertarik dengan komentar beberapa pemimpin kanan DAP, khususnya Lim Guan Eng, terhadap episod gelita suku abad yang lalu itu: "Pemimpin PAS dan DAP  mendapat peluang untuk saling kenal-mengenali lantas memecahkan fitnah yang ditaburkan Umno untuk memomokkan masyarakat bukan Melayu tentang PAS dan masyarakat Melayu tentang DAP.

"Hubungan yang dijalin dalam tahanan 25 tahun lalu telah menjadi batu asas kepada hubungan kerjasama antara dua parti itu pada hari ini."

Ya, isu dan krisis yang menyelubungi Umno waktu itu begitu kritikal dan cukup dahsyat sekali. Cabaran Tengku Razaleigh bersama Musa Hitam pada April 1987, yang kemudiannya membawa kes ke mahkamah, sehingga Hakim Harun Hashim tida pilihan lain dan "terpaksa" mengharamkan Umno (atas kemahuan Presidennya, Mahathir sendiri) seterusnya mengakibatkan Tun Salleh dipecat bagi mengelak keputusan Mahkamah Agung yang boleh "menjahanamkan" kerjaya politik Mahathir.


Bagaimanapun, disebabkan parti-parti pembangkang, khususnya PAS dan DAP, gagal membentuk persefahaman politik dan seringkali bercanggah pendapat -- meskipun mempunyai tujuan murni yang sama -- elit Umno telah menyambar kesempatan itu untuk terus bertakhta, merampok harta rakyat dan mencuri khazanah negara. Dalam keadaan serba sulit diasak segenap penjuru itu, Mahathir terselamatkan disebabkan saingan politiknya turut berpecah.

Azab di Kamunting 25 tahun lalu itu rupanya cukup berbaloi. Kesengsaraan dipisahkan daripada anak isteri memang pedih tetapi ia berupaya mendekatkan diri sesama pejuang keadilan, daripada pelbagai kumpulan dan berjaya meletakkan asas persefahaman yang kukuh serta mantap untuk satu proses agak panjang membebaskan negara.

Pengalaman di saat sukar itu mahal harganya. Pemimpin muda DAP, Liew Chin Tong, yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera, merumuskan: "Keakraban yang terbentuk dalam kesusahan akan berterusan mengukuhkan pergerakan bagi mendirikan Malaysia yang baru dan lebih baik untuk semua."

Mohamad Sabu yang dikurung satu kawasan dengan Guan Eng mengingati "detik-detik manis" itu:  "Kami yang duduk bersama-sama di Kamunting berpeluang bertukar pandangan mengenai pendirian parti masing-masing terhadap isu-isu rejim  Mahathir. Ini termasuklah prinsip DAP yang tidak menolak usaha membantu Bumiputera miskin sebaliknya menentang kecenderungan nasionalisme Melayu yang dieksploitasi hanya untuk mengkayakan pemimpin dan kroni Melayu tertentu sahaja."

Ketika budaya politik baru -- yang menolak sentimen perkauman dan memandang tinggi isu-isu good governance -- makin tumbuh subur di kalangan rakyat Malaysia, Umno dan kerabatnya dalam BN seperti MCA masih ghairah memainkan lagu lama bagi melaga-lagakan parti pembangkang.

Pelbagai jerat cuba dipasang, misalnya melalui kontroversi Hudud mutakhir ini, namun banyak pihak yakin, persefahaman PAS-DAP yang menempuh jalan berliku dan onak berduri tidak semudah itu dapat digoyang. Perangkap Umno-MCA hanya akan memakan tuan sendiri!

Umno-BN yang hampir kehilangan kuasa dan mungkin membilang hari-hari akhirnya masih tidak berputus asa untuk mengadu-domba parti-parti dalam Pakatan, khususnya PAS dan DAP. Jika kedua-dua parti pembangkang yang berkongsi kepedihan dan keperitan panjang itu dapat dipisahkan, seperti Barisan Alternatif pernah dihancurkan selepas 1999, nescaya Najib tidak ragu-ragu lagi untuk menghadap Agong bagi membubarkan Parlimen.

Ops Lalang 1987 merakamkan sejarah hitam yang pastinya terus menganggu hari-hari tua Mahathir, namun ia menjadi penyambung ikatan berpanjangan buat PAS dan DAP melakarkan sejarah gemilang dalam PRU13 nanti, dibantu KeADILan, dengan teraju utamanya, Anwar Ibrahim, yang turut menerima pendidikan terbaik, bukan saja dari Kamunting di usia mudanya tetapi juga berpindah dari lokap dan penjara ...

harakah/-

Banjir kilat terburuk

Posted: 01 Nov 2012 08:33 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


Banjir kilat terburuk
Kenderaan terpaksa melalui beberapa laluan utama di Pekan Gemencheh walaupun dinaiki air, petang semalam.
 
GEMENCHEH –  Hampir 20 peniaga di Pasar Besar Gemencheh dan kira-kira lapan buah keluarga yang menetap di Taman Yu Ye, dekat sini, terkejut apabila hujan lebat selama kira-kira sejam menyebabkan air naik setinggi hampir dua meter, petang semalam.

Dalam kejadian berperingkat bermula kira-kira 5.30 petang itu, seramai 30 peniaga di Kawasan Industri Kecil Gemencheh turut mengambil tindakan berjaga-jaga apabila air hanya menunggu masa melimpah masuk ke kedai mereka yang menempatkan barangan jualan, jentera, mesin dan juga kenderaan yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Manakala, laluan utama yang menghubungkan Gemencheh dengan Batang Melaka pula ditutup buat sementara waktu bagi kenderaan kecil.

Peniaga di Pasar Besar Gemencheh, Jeriah Md Saleh, 50, berkata, kejadian banjir pada kali ini merupakan yang terburuk.

"Jika sebelum ini memang ada banjir kilat tapi ia tidak melimpah masuk ke dalam kedai.  Bagaimanapun, kali ini, 400 biji kelapa saya sudah ditenggelami air dan dua mesin memerah santan bernilai RM7,000 setiap satunya juga turut ditenggelami air.

"Kelapa ini sebenarnya untuk jualan hari esok (hari ini), namun ia sudah tidak dapat digunakan kerana kelapa yang sudah ditenggelami air boleh menyebabkan santan cepat basi," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pasar Besar Gemencheh, dekat sini, semalam.

Peniaga, Mohd Nor, 50, berkata, dia dan isteri, Noriah Mohd Esop, 51, sudah hampir 15 tahun berniaga di lokasi berkenaan dan sepanjang tempoh itu, sudah empat kali dia menukar peti ais kerana peti ais rosak ditenggelami air banjir.

"Air mulai naik sekitar jam 6 petang dan ia berlaku dalam sekelip mata sehingga menyebabkan saya tidak sempat menyelamatkan barangan. Oleh itu, saya mohon kepada pihak bertanggungjawab untuk memikirkan kaedah terbaik bagi mengatasi masalah banjir kilat di sini

Penduduk di Taman Yu Yi, V. Krishnan, 65, berkata,  dia sudah menetap di lokasi berkenaan selama hampir 12 tahun dan sepanjang tempoh berkenaan sudah enam kali rumahnya dinaiki air.

"Tembok rumah saya lebih tinggi dari saliran air di taman ini, namun hari ini air sudah naik separas pinggang orang dewasa dan menyebabkan air melimpah masuk ke dalam rumah.

"Malah, kali ini kira-kira lapan buah rumah hampir terjejas berbanding kebiasaannya hanya tiga rumah saya yang ditenggelami air, " katanya.

sinar/-

DHPP: PAS beri ruang kaum India bersuara

Posted: 01 Nov 2012 08:26 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


PERMATANG PAUH: PAS tidak pernah menyisihkan kaum India sejak dahulu malah memberikan mereka bersuara melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang diiktiraf duduk sama rata dengan dewan-dewan dalam PAS.
Demikian kata Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man ketika berucap pada majlis sempena sambutan Deepavali 2012 di Pasar Awam, Penanti, Bukit Mertajam semalam.

PAS katanya, memberikan hak bersuara dan kaum lain boleh mengemukakan pandangan untuk mengukuhkan PAS sebagai salah sebuah parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.

"PAS tetap mementingkan suara dan pandangan kaum India dan lain kaum dalam negara ini.  Justeru itu PAS menubuhkan DHPP supaya kehendak kaum lain juga akan diambil kira dalam pembangunan negara," tegasnya lagi.

Maka, ujarnya menjadi tanggungjawab kaum India untuk meneruskan sokongan kepada Pakatan Rakyat kerana dengan cara itu sahaja dapat menyelamatkan kaum India daripada dianaktirikan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sepertimana janji Pakatan Rakyat sambungnya, kaum India yang miskin tetap dipelihara dengan sistem demokrasi dan menentang individu India yang rakus dan mementingkan diri sendiri.

Jelasnya, apabila PAS berjaya mewujudkan DHPP, Umnolah parti pertama yang bimbang pengaruh mereka merosot sekaligus menyukarkan bertahan di kerusi yang ditandingi calon MIC.

"DHPP memang digeruni oleh Umno maka BN sedang mencari kaedah yang membolehkan perpecahan dalaman dengan mempergunakan individu yang kecewa terhadap kebangkitan PAS," ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir.

harakah/-

AES: BN makin lemah dan nyanyuk, perlu ditukar

Posted: 01 Nov 2012 08:25 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: PRU13 adalah pilihan terbaik buat rakyat menukar daripada kepimpinan tua BN yang terbukti gagal dan lemah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang menjadi harapan rakyat.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, ini kerana projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudah menjadi polemik dan bahan cemuhan rakyat.

Kali ini, ujarnya bukan setakat Pakatan Rakyat yang menentang, tetapi ia juga ditentang oleh Ahli Parlimen kerajaan.

"Semakin banyak suara yang bangkit menentang pelaksanaannya, kerana merasakan ia tidak wajar dibuat buat waktu ini.

"Paling tidak ada yang mendesak menangguhkan pelaksanaannya supaya ianya benar-benar difahami oleh segenap lapisan rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, AES nampak seperti cantik pada nawaitu tindakannya, iaitu untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, juga untuk mendidik pengguna jalan raya agar lebih berdisiplin dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Namun, katanya ramai tidak berpuas hati dengan kaedah saman yang dilaksanakan terhadap pesalah jalan raya melalui kamera yang dipasang di tepi jalan raya.

"Timbul pula curiga bahawa pelaksanaan AES ini hanya untuk menguntungkan syarikat pengendalinya yang bakal mendapat habuan RM16 daripada setiap saman yang dikeluarkan," ujarnya.

Katanya, penolakan projek AES merupakan suatu tamparan hebat buat pemimpin BN dan AES menjadi suatu beban yang tertanggung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak khususnya kepada Menteri Pengakutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Malah, ujarnya sudah ada suatu desakan yang meminta Menteri Pengangkutan tersebut meletakkan jawatan sekiranya projek ini benar-benar ditentang dan ditolak di Parlimen kelak.

"Apakah projek ini juga menjadi suatu mesej tersirat bahawa kepemimpinan Perdana Menteri turut tercabar?" soalnya.

Beliau berkata, ramai menganggap sikap terburu-buru kerajaan dalam mengengahkan sesuatu dasar itu tanpa berfikir panjang serta meminta pandangan rakyat akhirnya memakan diri.

Menurutnya lagi, sudah acap kali keputusan besar kerajaan dibantah oleh rakyat sehingga akhirnya ianya terpaksa ditarik balik setelah mendapat bantahan awam.

Soalnya, kata beliau mengapa kerajaan tidak membuat kajian terlebih dahulu atau mendapatkan pandangan rakyat terlebih dahulu sebelum sesuatu dasar itu dilaksanakan.

"Mengapa terlalu mudah kerajaan membuat sesuatu keputusan sebelum ianya diperhalusi dari segenap sudut?" katanya

Nampaknya, ujar Riduan AES akan menjadi satu lagi projek gagal kerajaan BN, ibarat orang tua yang semakin lemah dan nyanyuk, kerap kali tindakannya tersasar kerana lemahnya akal pemikiran serta daya ingatannya.

Justeru, tegasnya negara perlu diselamatkan segera dari pelbagai dasar gagal kerajaan BN.

harakah/-

Usaha pulih AS lambat

Posted: 01 Nov 2012 08:12 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
 

NEW YORK - Bunyi tren bawah tanah kedengaran buat kali pertama semalam dalam tempoh empat hari yang merupakan antara petanda awal bahawa bandar raya yang menjadi ikon kemodenan Amerika Syarikat (AS) itu kini semakin pulih selepas lumpuh dilanda taufan Sandy. 

Namun, di kebanyakan kawasan lain di Pantai Timur AS, berjuta-juta orang kini mengalami kekurangan petrol dan diesel, selain ketiadaan bekalan elektrik.

Sekitar enam juta kediaman dan premis perniagaan di 15 buah negeri di AS masih terputus bekalan elektrik setakat kelmarin.

"Saya terpaksa bergelap dan memerlukan petrol untuk menghidupkan generator di rumah," kata seorang lelaki, Abdul Rahim Anwar di sebuah stesen petrol di Brooklyn di sini.

Ketika ini, pasukan-pasukan penyelamat masih bergelut untuk sampai ke beberapa kawasan paling teruk terjejas akibat bencana besar tersebut.

Sekurang-kurangnya 76 orang terkorban dalam malapetaka itu di AS sejak Isnin lalu dengan pihak berkuasa memberitahu, angka korban dijangka terus meningkat selepas anggota-anggota penyelamat melakukan operasi mencari mangsa dari rumah ke rumah di beberapa bandar pesisir pantai di rantau berkenaan.

Pihak berkuasa AS menyatakan, Sandy mendatangkan kerugian AS$200 juta (RM610 juta) sehari akibat kehilangan aktiviti, manakala anggaran kerugian keseluruhan mencecah AS$15 bilion (RM45.7 bilion).

Ribut berkenaan yang meliputi kawasan seluas 1,609 kilometer dan bertiup selaju 130 kilometer sejam kini bergerak ke utara menuju ke negeri Pennsylvania dan Kanada. 

kosmo/ -

Menggigil lihat kereta ayah

Posted: 01 Nov 2012 07:47 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

pix_middle
POKOK SENA: "Sukar menggambarkan perasaan ketika itu dan kaki saya tiba-tiba menggigil sebaik melihat nombor pendaftaran Perodua Viva yang terbabit kemalangan itu milik ayah."

Kata Mohd Anuar Shafie, 32, anak kedua tukang gunting, Shafie Hamid, 57, yang terbunuh bersama isteri, Che Faridah Ani, 60, serta dua anak mereka, Mohd Ittihal, 26, dan Nurul Faiz, 24, selepas kereta mereka naiki bertembung lori seberat dua tan dalam dalam kemalangan ngeri di Jalan Pendang-Kebun 500 berhampiran Kampung Permatang Limau, di sini, semalam.
   
Seorang lagi anak pasangan itu, Muhd Iqbal Zakuan, 15, parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Kejadian jam 2.30 petang itu berlaku apabila lori terbabit hilang kawalan akibat kerosakan teknikal sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kereta itu menyebabkan keempat-empat mangsa mati di tempat kejadian.

Mohd Anuar berkata, dia melalui kawasan berkenaan dan melihat orang ramai mengerumuni sebuah Perodua Viva dan lori yang terbabit kemalangan ngeri, namun tidak mengesyaki apa-apa selain beranggapan ia hanya kemalangan biasa.

metro/-


Bantah AES: Rakyat tidak boleh berpeluk tubuh

Posted: 01 Nov 2012 01:28 AM PDT

16 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Himpunan Rakyat Bantah AES mensasarkan fokus untuk mendesak Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha supaya mengkaji semula dan mengambil kira beban rakyat sebelum melaksanakan AES.
Koordinator bersama Bantah AES, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, menyedari segala hakikat mengenai pelaksanaan kamera itu, rakyat tidak boleh berpeluk tubuh.

Katanya, hasil mesyuarat yang dijalankan pada 27 November lepas yang dihadiri oleh parti politk, NGO dan pimpinan masyarakat sekitar Parlimen Lumut telah sepakat untuk menubuhkan Bantah AES.

"Bantah AES dengan ini telah memutuskan untuk menggerakkan satu himpunan aman untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengangkutan di Pejabat Parlimen Lumut Barisan Nasional di Sitiawan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, di parlimen Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha sebagai ahli parlimennya bakal dipasang 9 buah kamera AES.

Sejak dilaksanakan pada 23  September 2012, dalam masa 8 hari dengan 14 kemera AES sebanyak 63,558 saman dikeluarkan.

Justeru, ujarnya Perhimpunan Rakyat Bantah AES diadakan pada 9 November ini selepas solat Jumaat di Masjid Nasriyah, Sitiawan sekitar jam 1.30 petang.

"Bantah AES menyeru seluruh rakyat terutama di Parlimen Lumut untuk hadir bersama-sama di perhimpunan ini bagi menyerah memorandum kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha," ujarnya lagi.

harakah/-

Taufan Sandy: Bencana atau hukuman?

Posted: 01 Nov 2012 01:27 AM PDT

16 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Taufan Sandy

Beribu kediaman musnah di Breezy Point, Queens, New York. -Reuters
HANYA tinggal enam hari rakyat Amerika Syarikat (AS) bakal menentukan sama ada calon Parti Demokrat, Barack Obama kekal sebagai Presiden atau lawannya dari Parti Republikan, Mitt Romney, bakal menyandang jawatan presiden baru.

Rancak dengan kempen dan debat pilihan raya memasuki pusingan kedua, sekelip mata sahaja bumi AS dilanda malapetaka Taufan Sandy atau ribut Frankenstorm hingga mengorbankan lebih 50 nyawa (hingga jam 10.30 malam, semalam) di timur laut Atlantik dalam tempoh dua hari.

Kawasan terjejas teruk adalah di Virginia, Ohio, Pennsylvania, New Hampshire dan North Carolina, lebih tujuh juta penduduk bergelap akibat terputus bekalan elektrik, sistem pengangkutan lumpuh, kerugian mencecah lebih AS$7 bilion (RM21 bilion) dan 17,000 penerbangan terkandas sekali gus memaksa Obama mengisytiharkan darurat di New York.

Kini penduduk negara itu pula di belenggu masalah bekalan air bersih dan penularan penyakit.

Sekali lagi Obama bersuara, bahawa taufan ini belum berakhir.

Persiapan pilihan raya terjejas
Sandy yang membadai beberapa negeri di AS memaksa pegawai pilihan raya daerah menutup pusat kempen utama di North Carolina dan Virginia.

Penutupan ini berpotensi menyaksikan penangguhan pilihan raya, sekiranya Sandy terus mengganas di kawasan dihuni lebih 8.2 juta penduduk dengan satu perlima penduduk adalah pengundi utama di AS.

Masalah lain juga timbul apabila sistem pengangkutan tergendala termasuk gangguan perkhidmatan pos yang memberi kesan terhadap kelewatan penghantaran dan penyerahan kertas undi kepada Lembaga Pilihan Raya.

Peguam pilihan raya yang juga penasihat khas di Stroock & Stroock & Lavan, Jerry H Goldfeder berkata, terdapat cara perundangan untuk menukar tarikh pilihan raya presiden.

"Kongres boleh memilih tarikh baru dan tidak perlu mengikut penyeragaman tarikh Kongres 1845 bahawa pemilihan presiden perlu dilakukan pada Selasa pertama November kerana terdapat undang-undang Persekutuan membolehkan negeri lain melakukan hari pemilihan jika tarikh itu tidak sesuai," katanya.

Menurutnya, badan perundangan negeri boleh mengadakan pilihan raya mengikut persetujuan pemimpin dan pemilih sekiranya berlaku kecemasan atau darurat.

"Ia sah dan mudah, tetapi sejarah politik AS belum pernah melakukan perubahan itu," katanya.

Ramai pegawai daerah membuat persediaan awal seperti di Maryland, apabila Martin O'Malley mengeluarkan perintah eksekutif melanjutkan waktu pengundian hingga Jumaat.

Diikuti di Pennsylvania, Tom Corbett juga melanjutkan tarikh akhir untuk pilihan raya dan memohon tarikh bersesuaian malah ramai pegawai daerah masih mencari lokasi bersesuaian untuk tempat mengundi.

Tetapi sehingga kini, pegawai pilihan raya percaya tarikh mengundi masih kekal pada 6 November ini.

Jurucakap Lembaga Pilihan Raya Virginia, Justin Riemer berkata, hanya kira-kira 10 daripada 134 kawasan mengundi ditutup Selasa ini.

"Beberapa kawasan mengundi perlu berpindah ke New York kerana kawasan Virginia terjejas dan tidak boleh diakses orang awam, malah tidak selamat," katanya.

Namun, setelah berlangsung debat dua pusingan, kemenangan berpihak kepada Romney tetapi Obama mempunyai kelebihan.

Tumpuan kedua-dua calon Presiden ini lebih mengerumus pada soal ekonomi seperti pemotongan cukai, peluang pekerjaan dan memulihkan kembali ekonomi serta masa depan hubungan dengan sekutu rapatnya Israel.

Apa juga berlaku di AS ketika ini, ia memberi impak kredibiliti kepada kedua-dua calon presiden itu. Kemusnahan dan penderitaan penduduk negaranya bagaikan terpalit di 'wajah sendiri'.

Kerakusan AS merobek keamanan penduduk dunia bagaikan 'terbalas'. Adakah ini pembalasan atau termakbulnya doa seluruh penduduk dunia?

sinar/-

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 01 Nov 2012 03:51 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


KAT MANA NAK SOROK MUKA ! WAHAI SAMY

Posted: 31 Oct 2012 07:21 PM PDT

Samy Vellu yang luluskan projek kondo Batu Caves – Anwar


KeadilanDaily, 31 Okt 2012

KUALA LANGAT: Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu individu yang bertanggungjawab meluluskan Kondominium Batu Caves sekaligus menepis kontroversi Umno BN mengatakan kononnya pembinaan projek itu diluluskan Kerajaan Selangor sekarang.

Mendedahkannya pada ceramah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat berhampiran Kuil Sri Subramaniar Swamy itu mendapat kelulusan MIC dan Umno pada 2007.

Beliau menempelak pemimpin MIC kerana menipu rakyat India, malah meletak kesalahan ke atas Kerajaan Selangor.

Ia ekoran tindakan Samy berdemonstrasi bersama masyarakat India pada 26 Oktober lalu kononnya membantah pembinaan kondominium tersebut.

"Samy Vellu buat tunjuk perasaan, padahal dia yang luluskan projek pada 2007, ingat Tuhan dia tidak tahu? Sudahlah tipu rakyat, Tuhan pun dia nak tipu," kata Ketua Pembangkang.

"Lepas itu mereka cabar Menteri Besar hentikan pembinaan, saya beritahu Khalid (Ibrahim), kita jangan ikut kata mereka dulu, kita siasat, cari siapa yang luluskan dan kita dakwa orang yang bertanggungjawab," tegasnya disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penduduk Kuala Langat.

Sebelum ini, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan, kelulusan pembinaan kondominium itu dikeluarkan oleh pihak majlis pada 31 Mei 2008 manakala ahli majlis baru di bawah Pakatan mengangkat sumpah pada 5 Julai 2008.


"MIC dah dapat duit hasil penjualan tanah kuil dan luluskan projek yang menyalahi peraturan alam sekitar dengan ketinggian 29 tingkat, sekarang nak lepaskan diri tuduh kita pula, nak suruh kita bayar. Kepada rakyat India, usahlah sokong lagi pemimpin penipu seperti ini," kata Anwar.

Semalam di Parlimen, Khalid mengumumkan penubuhan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu berkaitan pembinaan kondominium tersebut.

"Kami mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa kami telus membuat keputusan, jadi kami akan menubuhkan jawatankuasa bertindak khas yang akan diketuai seorang bekas hakim," katanya.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 01 Nov 2012 03:14 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


BLOGGER SEKS SINGAPORE MOHON MAAF...PAPAGOMO?

Posted: 31 Oct 2012 06:42 PM PDT

Alvin Tan, pelajar Malaysia yang terlibat dengan kontroversi selepas beliau dan kekasihnya membuat blog seks mereka, memohon maaf kepada Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) hari ini kerana memalukan institusi tersebut.

Bagaimanapun Tanjuga mengatakan beliau melakukan jenayah yang tidak mengganggu orang lain.

Bercakap kepada wartawan selepas inkuiri disiplin NUS di Singapura hari ini, pelajar undang-undang Alvin Tan berkata "saya memohon maaf kerana memalukan NUS."

tetapi pelajar berusia 24 tahun itu berkata inkuiri tersebut dilakukan atas kegiatan peribadinya, dan bukannya sebagai pelajar NUS," laporan akhbar Straits Times Singapura hari ini.

 "Apa yang saya lakukan ialah kesalahan yang tidak mengganggu orang lain.

"Tidak ada siapa yang tercedera atau dalam bahaya," katanya lagi.
Inkuiri bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4 petang.

Dia memberitahu Straits Times Selasa lalu bahawa kekasihnya, Vivian Lee (gambar) yang juga dari Malaysia, mahu bersamanya di Singapura, tetapi dihalang oleh kekasihnya.

NUS berkata badan disiplin akan mengkaji kes ini sebelum mengambil tindakan ke atas Tan.
Tan mengatakan NUS akan memberitahu keputusan badan disiplin dalam masa tujuh hari, menurut laporan akhbar tersebut.

Dia menyiarkan link dalam dalam satu forum di Singapura ke blognya.
Pelajar NUS itu berkata, gambar erotik dan video dirinya bersama teman wanita adalah "menyeronokkan", menurut Yahoo! Singapura.

Laman "Sumptuous Erotica", Tan dan teman wanitanya Lee berkata mereka gemar memuat naik kegiatan seks mereka di internet untuk "dinikmati orang ramai".
Blog itu bagaimanapun telah disekat.

Tan turut berharap biasiswanya tidak ditarik balik.



TANGGUH AES SEBAB MP BN TAKUT KALAH PRU-13

Posted: 31 Oct 2012 06:33 PM PDT

Rata-Rata anggota Parlimen bersetuju dengan desakan pelbagai pihak supaya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguhkan.
  
Malahan mereka berpendapat kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum sistem itu dilaksanakan, lapor Bernama.
  
Anggota Parlimen Kangar Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata pelaksanaan AES dibuat secara mendadak tanpa mendapat pandangan orang ramai dan pakar berkaitan keselamatan jalan raya.

"Apa yang berlaku sekarang, terdapat banyak rungutan daripada pengguna jalan raya bahawa pemasangan AES bukan sahaja diletakkan di tempat yang tidak sesuai, malah ia turut mendedahkan pengguna jalan raya kepada bahaya," katanya kepada Bernama di bangunan Parlimen hari ini.
  
Kelmarin, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyarankan supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES yang didapati terlalu banyak kelemahan dalam pelan pelaksanaannya dan perlu diatasi, antaranya, lokasi serta halaju praktikal sesebuah kawasan.
    
Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan akan meneliti semula pelaksanaan sistem tersebut dan mendapatkan pandangan pakar sebelum meneruskannya pada masa depan.
  
Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin pula berkata penangguhan AES itu perlu supaya kerajaan, khususnya pihak Kementerian Pengangkutan, dapat memberi penjelasan sepenuhnya kepada rakyat berhubung kepentingan melaksanakan sistem baru tersebut.
  

Jasindaily Online

Posted: 01 Nov 2012 09:42 AM PDT

Jasindaily Online


'Satu calon kerusi bukan dasar bersama pakatan'

Posted: 01 Nov 2012 03:38 AM PDT

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa dasar 'satu calon satu kerusi' yang dicadangkan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh bukanlah dasar bersama pakatan pembangkang.Sebaliknya, kata Salahuddin, ia hanya terpakai kepada DAP."Tidak timbul masalah. Lagi pun kita telah lama mengamalkan satu calon satu kerusi kecuali dalam kes-kes tertentu seperti Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang ada dua kerusi (Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang)," katanya di sini, semalam.

Pakatan pembangkang terdiri daripada Pas, DAP dan PKR. Salahuddin berkata, Pas tidak pernah menghalang mana-mana anggotanya untuk bertanding di dua kerusi iaitu satu kawasan Parlimen dan satu kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun), jika mereka diminta berbuat demikian oleh pimpinan tertinggi parti.

"Kenyataan (Pengerusi DAP) Karpal Singh supaya anggotanya tidak bertanding lebih daripada satu kerusi ialah kerana DAP kini telah pun mempunyai ramai calon yang boleh mereka ketengahkan dalam pilihan raya akan datang... lagi pun ia adalah urusan rumah tangga DAP," katanya.Pada Jumaat lalu, Karpal Singh dipetik sebagai berkata, bahawa wakil rakyat DAP yang menyandang dua kerusi perlu memilih hanya satu kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.Bagaimanapun cadangannya mendapat bantahan beberapa pemimpin DAP.

Cadangan 'satu calon satu kerusi" ini juga bukanlah perkara baru kerana pada awal tahun ini, Karpal Singh pernah berkata, calon DAP akan hanya bertanding satu kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi memastikan calon terbabit dapat memberi perhatian penuh kepada kawasannya jika dia memenangi kerusi yang ditandingi. - Bernama

Dr. Aziz Bari Sah bertanding Kerusi Parlimen Sabak Bernam

Posted: 01 Nov 2012 03:35 AM PDT

PKR yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selepas mengumumkan calon baru bagi kerusi tersebut iaitu bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari. Difahamkan, sebelum ini, Ketua PKR Cabang Sabak Bernam, Dr Badrolamin Baharon dicalonkan bertanding bagi kerusi itu.

Abdul Aziz berkata, pemilihannya sebagai calon bagi kerusi berkenaan adalah atas arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Katanya, beliau yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam memandangkan terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan Kerajaan Negeri sebelum ini.Pada 2008, kerusi Sabak Bernama dimenangi oleh calon BN dari Umno, Abd Rahman Bakri, yang menewaskan Badrolamin."Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam memastikan hak rakyat tidak diabaikan dan ini adalah kekuatan kita bagi merampas kembali kerusi Parlimen di sini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.Beliau berkata, dia tidak berasa tergugat dengan kekuatan dimiliki Umno memandangkan pihaknya mempunyai kekuatan tersendiri bagi menawan kerusi di Parlimen Sabak Bernam."Saya yakin ini adalah masa tepat bagi kami merampas kerusi di Parlimen ini memandangkan sokongan rakyat juga dilihat semakin kuat terhadap PKR," katanya.

Abdul Aziz berkata, menerusi ceramah-ceramah yang dijalankan di sekitar daerah ini, jelas menunjukkan rakyat semakin matang dalam memilih pemimpin bersih serta mahukan pucuk pimpinan amanah.Beliau berkata, ia dapat dibuktikan dengan sesi ceramah yang diadakan di Bagan Terap di mana rakyat sudah bijak dalam menilai sesebuah parti politik dengan turut sama turun padang memberi sokongan ketika program dijalankan.

"Bagan Terap merupakan kawasan hitam satu masa dulu memandangkan PKR pernah kalah teruk pada 2008, namun menerusi beberapa ceramah yang dijalankan kini, jelas menunjukkan penglibatan daripada ramai penduduk yang turut turun bagi memberi sokongan," katanya.Menurutnya, disebabkan faktor itu, Umno semakin takut menghadapi PRU13 memandangkan sokongan dilihat semakin tipis.Katanya, kajian dijalankannya sejak 2004 jelas menunjukkan kadar peningkatan sokongan rakyat terhadap parti itu semakin meningkat memandangkan pucuk pimpinan yang dianggap telus dalam membantu mendapatkan hak rakyat."Saya yakin PKR akan menang berdasarkan kajian yang saya jalankan menunjukkan pertambahan sokongan bagi parti ini," katanya.

Menurutnya, pada PRU13 nanti PKR mungkin akan kalah dalam beberapa kerusi namun peratusan undian penduduk dijangka akan meningkat sebanyak lima peratus bagi setiap peti undi.Katanya, pada PRU lalu, kebanyakan disuarakan PKR dilihat retorik namun kini parti berkenaan dapat membuktikan ia menjadi realiti di samping membuka mata rakyat."Ini merupakan salah satu kekuatan kita dalam memastikan kerusi Parlimen berkenaan dapat dirampas," katanya.Dalam pada itu Abdul Aziz berkata, sebelum ini, beliau turut menerima pelawaan daripada Pas dan DAP yang memintanya untuk bertanding di beberapa kawasan lain.

Katanya, bagaimanapun pelawaan tersebut ditolaknya kerana mahu memberi perkhidmatan terbaik di kampung halamannya."Saya berasal dari sini dan saya mahukan perubahan terhadap pucuk pimpinan di samping memberi perkhidmatan adil kepada penduduk setempat," katanya.Beliau berharap rakyat dapat memberi peluang kepada PKR membuktikan kemampuan mereka dalam menguruskan daerah tersebut.Sementara itu, Badrolamin enggan memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 01 Nov 2012 09:19 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Rakyat dihukum, kroni dimanjakan

Posted: 01 Nov 2012 07:43 AM PDT


Zefry Dahalan | November 1, 2012

Kerajaan Negeri Sembilan amat tegas menghukum rakyat walaupun tunggakan hanya kurang seribu ringgit.
SEREMBAN: Rakyat dihukum tetapi kroni dan syarikat besar dimanjakan.

Nampaknya Kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan benar-benar melaksanakan slogan 'rakyat didahulukan'.

"Ini terbukti apabila Kerajaan Negeri Sembilan amat tegas menghukum rakyat walaupun tunggakan hanya kurang seribu ringgit tetapi sangat bermurah hati dan berlembut apabila membabitkan syarikat besar dan kroni walaupun tunggakan mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit.

Itulah kenyataan tidak puas hati Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dalam sidang akhbar khas di Ibu Pejabat PAS Negeri Sembilan semalam, bagi merujuk kepada sikap Menteri Besar dan kerajaan negeri.

Mohd Taufek mempertikaikan kenapa National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) diberikan keistimewaan apabila gagal menjelaskan tunggakan sewa tapak projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM200,000 yang tertunggak sejak setahun lalu.

"Berdasarkan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang berkata bahawa Kerajaan Pusat akan memberi peluang kepada mana-mana syarikat lain yang berminat mengambil alih projek NFC, ternyata projek NFC ini gagal.

"Jika NFCorp gagal, kenapa diberi tempoh lagi. Sepatutnya Kerajaan Negeri perlu mengambil tindakan undang-undang untuk dapatkan semula tunggakan sewa tapak tersebut. Ia adalah hak rakyat dan hasil Kerajaan Negeri", katanya yang juga ahli dewan undangan negeri Paroi.

Gagal kutip hutang

Mohd Taufek memberi satu lagi contoh dalam Laporan Audit 2011 untuk Negeri Sembilan mencatatkan syarikat Negeri Roadstone gagal mengutip hutang daripada syarikat pelanggan untuk tempoh yang agak lama.

Negeri Roadstone adalah sebuah anak syarikat milik Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) yang menjalankan operasi galian dan menjual batu-batan serta membina dan menurap jalan raya.
"Laporan Audit tersebut menyatakan sebanyak 10 buah syarikat atau pelanggan Negeri Roadstone mempunyai hutang terkumpul secara keseluruhan sebanyak RM511,951.

"Contohnya ada pelanggan yang berhutang sebanyak RM214,085 selama 39 bulan (tiga tahun tiga bulan) dan satu lagi pelanggan berhutang sebanyak RM42,408 selama 58.5 bulan (empat tahun 10 bulan).

"Malah amat tidak patut apabila Negeri Roadstone tidak mengenakan sebarang caj faedah kepada penghutang.

"Dalam Laporan Audit juga disebut bahawa alasan yang diberikan oleh Negeri Roadstone sebab caj faedah tidak dikenakan ialah kerana ia akan menjejaskan hubungan baik di antara Negeri Roadstone dengan pelanggan.

"Tetapi bila seorang rakyat miskin gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah selama lapan bulan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bersepadu Senawang, sebanyak RM992.00, Kerajaan Negeri mengeluarkan notis sita untuk mengunci rumah individu tersebut.

"Saya bukan galak rakyat tak bayar sewa rumah PPR tetapi kenapa Kerajaan Negeri bertolak ansur dengan syarikat besar walaupun jumlah tunggakan amat besar tetapi dengan rakyat amat tegas sekali walaupun jumlah tunggakan yang agak kecil.

"Mungkin inilah yang dipanggil 'rakyat didahulukan' yang sering dilaung-laungkan oleh pemimpin Barisan Nasional", sindir Mohd Taufek.

Mohd Taufek mengulas demikian merujuk kenyataan Mohamad semalam yang memberi kata dua kepada NFCorp menjelaskan hutang sewa tapak projek NFC sebanyak RM200,000 yang sudah tertunggak sejak setahun lalu.

Mohamad juga berkata jika NFCorp gagal jelaskan bayaran tunggakan dalam tempoh yang ditetapkan, kerajaan negeri akan batalkan sewa pajakan tapak tanah seluas 607 hektar (1,500 ekar) itu di Gemas.
Sebaliknya kerajaan negeri akan naikkan kadar sewa tapak tanah itu dalam perjanjian baru, kata Menteri Besar.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 01 Nov 2012 09:12 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


CERAMAH ISU SEMASA: HU PANG CHAW DI SELAT KLANG

Posted: 01 Nov 2012 07:26 AM PDT

 DUN SELAT KLANG
31/10/12

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS , Mr Hu Pang Chaw, orang Tionghua yang fasih berbahasa Melayu dan faham  syariat Islam ini lebih baik untuk semua.Justeru beliau menyokong PAS kerana faham prinsip perjuangan PAS adalah bertujuan untuk mempastikan syariat Islam dijadikan panduan.hidup.
Beliau yakin PAS membawa Islam yang tulen , yang membawa rahmat bagi semua.Bukan sahaja untuk orang Melayu bahkan untuk semua bangsa di dunia. Bukan sahaja untuk orang Islam tetapi baik juga untuk orang bukan Islam.
Islam yang mahu dibawa PAS akan menjamin keselamatan untuk semua. Beliau menyeru kepada ummat Islam dengan ungkapannya: 'Muslimin dan muslimat' menerima PAS sebagai parti yang akan berjuang untuk kebajikan semua. Beliau mendedahkan kebobrokan bawah pemerintahan UMNO.Bahkan UMNO tak boleh diharap langsung untuk memelihar kaumnya sendiri bahkan agama Islam sendiri tergadai dek kerakusan UMNO.

HUDUD; Utusan mahu menerang atau mengkaburkan

Posted: 01 Nov 2012 06:19 AM PDT

IP

Hudud: Utusan jahil terus kelirukan rakyat

Datuk Harun Taib, 01 Nov 2012
Utusan masih jahil tentang hukuman hudud yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis. Melalui artikel yang disiarkan dalam akhbar itu yang bertajuk 'Polemik Hukum Hudud PAS' menyerlahkan bagaimana akhbar itu telah digunakan oleh pihak tertentu untuk memburukkan usaha PAS dalam memberikan penjelasan berkenaan hudud.
Dalam artikel tersebut telah mempersoalkan bagaimana terdapat 2 versi Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, kita ingin menegaskan bahawa pengarang tersebut telah hilang fokus dalam perbincangannya, perbezaan versi ini adalah termasuk dalam bab teknikal dan bukannya isu pokok, apa yang kita bahaskan sekarang ialah berkenaan dengan pokok iaitu memberikan penjelasan berkenaan keindahan hukum hudud dan Utusan tidak memainkan peranan ini selaku akhbar milik orang Islam.

Fakta-fakta yang dikemukakan oleh penulis tersebut juga cukup mengelirukan para pembaca, sedangkan apa yang diusahakan oleh kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu berdasarkan pandangan para ulamak yang muktabar yang diiktiraf keilmuan mereka, ianya bukan hudud PAS tetapi ianya merupakan hudud yang berdasarkan disiplin ilmu Islam yang berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah.

Adapun berkenaan dengan dakwaan bekas Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kelantan seperti mana yang dilaporkan dalaman artikel itu bahawa Hukum Hudud yang diperjuangkan PAS tidak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah adalah dakwaan yang tidak benar dan menyeleweng daripada hakikat yang sebenarnya.

Pengarang artikel juga turut juga sudah tersasar daripada perbincangan ilmiah apabila cuba mengelirukan pembaca dan mencampuradukkan di antara perbincangan berkenaan manifesto dan enakmen.

Berkenaan isu liwat dan umur aqil baligh dalam enakmen tersebut, ianya telahpun dijawab oleh Dewan Ulamak sebelum ini tetapi sebagai manfaat bersama, ulamak tidak keberatan mengulanginya.

Adapun dakwaan Penasihat Agama Menteri Besar Terenganu, Mohd Kamal Saidin yang mempertikaikan umur bagi mukallaf adalah 15 tahun dan bukannya 18 tahun menggambarkan beliau jahil tentang perbahasan para ulamak.

Berkenaan dakwaan bahawa had umur 18 tahun bercanggah dengan hukum syarak, masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah, ianya bukan suatu yang qat'ie.

Ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh, kalau dalam mazhab Hanafi, mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf. Jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini, maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya tidak berlaku masalah khilafiah.

Sebagai contoh, kalau diambil umur 15 tahun, nanti apabila perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa bahawa anak guaman bermazhab Hanafi, semata-mata untuk lari daripada hukuman.

Jadi kita ambil pandangan 18 tahun supaya tidak berlaku at-tahayul atau helah dalam perbicaraan di samping ianya merupakan petunjuk kepada tahap baligh dan kematangan atau dikenali sebagai 'sinnu rusyd', itu hanya sebahagian sebab mengapa kita pilih 18 tahun dan di sana masih ada sebab-sebab lain yang boleh kita rujuk kepada buku-buku feqah.

Berkenaan dakwaan meliwat isteri yang didakwa oleh seorang ahli parlimen yang seolah-olah dilihat dibenarkan dalam enakmen hudud yang dikemukakan oleh PAS, adalah dakwaan yang melambangkan kejahilan orang yang membangkitkan isu ini.

Liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah. Perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman tetapi ia akan dikenakan hukum takzir.

Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.

Untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam pelaksanaan ialah pelaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu yudra'ul hudud bi syubhat iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.

Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri.

Pengarang tersebut tidak sepatutnya membaca sepintas lalu dan terus menjatuhkan hukuman tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.

Sebelum ini Dewan Ulamak telah memberikan penjelasan berkenaan perkara tersebut secara rasmi. Dakwaan yang menyatakan Ulamak PAS gagal memberikan penjelasan berkenaan dakwaan ahli parlimen tersebut adalah dakwaan yang tidak benar sama sekali.

Isu hukum hudud yang hanya dilaksanakan ke atas orang Islam manakala orang bukan Islam diberikan pilihan, Enakmen kelantan dan Terengganu jelas menerangkan bahawa enakmen ini terpakai kepada orang Islam dan orang bukan Islam secara mutatis mutandis iaitu mereka yang bukan beragama Islam diberikan pilihan untuk memilih samada ingin diadili dengan hukum Islam ataupun memilih untuk dibicarakan mengikut undang-undang mereka.

Ini adalah berdasarkan ayat al-Quran daripada surah al-Maidah ayat 42 yang bermaksud: "Apabila mereka(orang yang bukan Islam) datang kepada kamu untuk diadili, hendaklah kamu adili mereka (dengan Islam) atau biarkan mereka (untuk membuat pilihan), sekiranya mereka enggan ianya tidak memudaratkan kamu, apabila kamu mengadili manusia hendaklah kamu berlaku adil seadil-adilnya".

Ianya jelas berdasarkan peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w, apabila orang bukan Islam khususnya Yahudi yang datang bertemu Rasulullah s.a.w untuk menyelesaikan kes mereka yang berkaitan hudud, lalu Allah s.w.t memberikan pilihan kepada nabi sama ada mengadili dengan hukum Islam atau sekiranya mereka enggan mereka boleh menyelesaikan pertikaian itu berdasarkan undang-undang mereka sesama di kalangan mereka. Ini nas al-Quran. Al-Quran memberitahu sekiranya kamu mengadili mereka hendaklah berlaku seadil-adilnya. Mazhab Syafie menyatakan adil di sini ialah hukum Islam.

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 01 Nov 2012 01:37 AM PDT

Pas Kawasan Tanjung Malim


Hari Konvokesyen Pasti 2012

Posted: 31 Oct 2012 07:38 PM PDT


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 01 Nov 2012 01:18 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Persiapan majlis kahwin lebur

Posted: 01 Nov 2012 01:07 AM PDT

16 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Mohamad Suhaimi Ismail
Kebakaran menyebabkan beberapa barangan perkahwinan untuk majlis 11 November ini, musnah.
 
GEMAS – Sebuah keluarga yang menetap di rumah pusaka yang sudah berusia hampir 100 tahun tergamam seketika apabila kediaman yang menyimpan seribu satu kenangan itu musnah sekelip mata dalam kebakaran di Kampung Pasir Besar, dekat sini, malam kelmarin.

Lebih menyedihkan lagi, dalam kejadian kira-kira, 8.47 malam itu, keluarga berkenaan yang sudah siap sedia membuat persiapan majlis perkahwinan pada 11 November ini terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan sebanyak RM150,000.

Menurut Mohamad Suhaimi Ismail, 51, ketika mendapat panggilan mengenai insiden berkenaan daripada adik beradiknya, dia berada di rumah kenalan di Kampung Kurnia Diraja bagi menghantar kad jemputan perkahwinan anak mereka ketiga mereka, Nurul Naqibah Mohamad Suhaimi, 22.

"Mujur saya tidak pergi menjemput di lokasi yang jauh dan bergegas balik ke rumah. Bagaimanapun, sebaik sampai di rumah, sudah tiada apa yang tinggal dan api juga sudah terlalu besar sehingga semua barangan menjadi musnah menjadi debu.

"Malah, tujuh daripada 15 hantaran yang telah siap untuk diberikan kepada pengantin lelaki juga habis terbakar termasuk kad jemputan, bunga telur, cadar pengantin dan lain-lain," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, malam kelmarin.

Suhaimi berkata, pagi hari kejadian, dia baru sahaja menguruskan akad nikah anaknya itu di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Tampin dan tidak menyangka barang hantaran yang ingin diberikan kepada pihak pengantin lelaki semuanya sudah musnah dalam kebakaran itu.
Kembar selamatkan diri

Bagi anak kembar mangsa yang berada di dalam rumah, Nurul Aqilah Husna dan Nurul Aqidah Husna, 12, mereka masih trauma dengan insiden berkenaan lebih-lebih lagi semasa kejadian pintu di bahagian hadapan rumah sudah berkunci.

Aqilah berkata, semasa kejadian, mereka terhidu bau benda terbakar dan sejurus selepas itu bekalan elektrik terputus serta keadaan menjadi gelap-gelita.

"Kami sangat cemas dan saya cepat-cepat membuka pintu hadapan rumah. Namun, adik saya bergegas menyelamatkan diri mengikut pintu belakang dan kami berdua melihat api menjulang tinggi.

"Kami bergegas memberitahu saudara dan nenek yang menetap berdekatan dan saya pula berpatah balik bagi menyelamatkan buku-buku.  Namun, tidak dapat berbuat demikian kerana api sangat besar dan menakutkan," katanya.
 
Ubat kanser hangus

Sementara itu, isteri mangsa, Robaiyah Rosad, 48, berkata, susulan dia hanya keluar rumah bagi menjemput undangan perkahwinan anaknya di kampung berhampiran sahaja, segala dokumen pengenalan diri yang terletak di dalam dompet tidak dibawa bersama.

"Ubat-ubatan termasuk ubat kanser yang perlu saya ambil setiap hari juga musnah terbakar dan hanya pakaian serta barangan yang dibawa keluar sahaja yang tinggal. 

"Lima basikal dan sebuah motosikal juga musnah. Malah, hantaran yang saya simpan di bilik saya juga sudah tinggal debu," katanya.
 
Dua jentera bomba dikejar ke lokasi

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Sahidalah Osman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut kira-kira jam 8.47 malam dan tiba di lokasi kejadian sekitar jam 9.05 malam.

Menurutnya, dua jentera bomba masing-masing satu dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas dan Bahau dikejarkan ke lokasi termasuk empat anggota bomba sukarela Rompin turut sama menghulurkan bantuan.

"Sebaik tiba di lokasi berkenaan, api sudah marak ke seluruh bahagian rumah papan berkenaan dan kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke kawasan berhampiran sekitar jam 9.10 malam. 
"Bagaimanapun, punca dan kerugian yang dialami oleh mangsa masih dalam siasatan," katanya.

SINAR/-

Sembunyi diri dalam tandas

Posted: 01 Nov 2012 12:52 AM PDT

16 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


Mohd Yusof Hashim

Kamalludin (kanan) menyoal seorang warga asing yang ditahan ketika dibawa ke Pejabat Imigresen negeri di Ayer Keroh, semalam.
 
AYER KEROH - Sepasang kekasih sanggup berkurung dalam tandas sebaik saja menyedari rumahnya didatangi sepasukan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Melaka (JIM), di Malim, dekat sini malam kelmarin.

Pasangan warga Indonesia berusia 25 dan 24 tahun itu berbuat demikian kerana takut dicekup kerana tinggal di negera ini melebihi tempoh dibenarkan.

Pengarah Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, ketika serbuan, anggota penguatkuasa terpaksa bertindak memecahkan pintu rumah selepas ia gagal dibuka, meskipun sudah diketuk selama lebih lima minit.
"Sebaik pintu dipecahkan, kelihatan tiga penghuninya sedang leka memasak di dapur. Manakala 

pemeriksaan dijalankan anggota kami menemui pasangan berkenaan yang sedang menyorok di dalam tandas rumah berkenaan," katanya.

Beliau berkata, tiga lagi penghuni rumah berkenaan mempunyai permit kerja yang sah, manakala pasangan terbabit terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, operasi yang dikenali sebagai Operasi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) di sekitar negeri bermula 9 malam kelmarin, dan berakhir kira-kira enam jam selepas itu.

Operasi diketuai Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Imigresen Salmah Omar dan Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Imigresen, Mohd Yusof Hashim bersama 13 anggota penguatkuasa sekitar kawasan Bukit Beruang, Malim dan Taman Melaka Raya.

"Seramai 27 orang lagi ditahan, selain tinggal lebih masa, kebanyakan mereka ditahan atas kesalahan masuk tanpa permit sah dan melanggar syarat permit atau pas sempadan.

"Mereka terdiri daripada warga Vietnam, China, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Myanmar, India dan Thailand," katanya.

SINAR/-

Bayi 9 bulan turut sambut Halloween

Posted: 01 Nov 2012 12:39 AM PDT

COLE ketika diletakkan ke dalam labu.16 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

COLE ketika diletakkan ke dalam labu. 
 
LONDON: Berdasarkan mimik mukanya, dia seolah-olah bimbang dia akan menjadi satu daripada bahan masakan untuk sup labu.

Cole Thornton yang berusia 9 bulan hari ini meraikan perayaan Halloween.

Bapanya, Chris merakam gambar Cole dalam puluhan aksi untuk kalendar keluarga mereka dan untuk bulan lalu, dia memutuskan labu menepati konsep itu.

Kaki Cole terjulur keluar dari dua lubang dalam sayuran itu dan tangkainya diletakkan di atas kepala bayi itu sebagai topi. "Cole sangat gembira dapat duduk dalam labu kira-kira 10 saat - cukup lama untuk saya merakam beberapa gambarnya," kata Chris dari Castleford, barat Yorkshire.

"Pasti hebat dapat menunjukkan kepadanya foto itu setelah dia dewasa kelak," katanya.

Chris dan isterinya, Lindsay, 27, pegawai sokongan polis masyarakat akan menghantar kalendar itu kepada saudara-mara supaya mereka dapat melihat bagaimana Cole sudah semakin besar dalam tempoh setahun ini.

metro/-

‘Wang ehsan’ bukti Umno tidak bertanggungjawab

Posted: 01 Nov 2012 12:37 AM PDT

16 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan penggunaan istilah 'wang ehsan' adalah menggambarkan sikap yang tidak bertanggungjawab Umno.

Malah apabila istilah wang ehsan digunakan maka mereka yang menerima wang tersebut boleh berbelanja mengikut kehendak serta boleh disalahguna.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, selain ia boleh disalahgunakan, wang tersebut juga tidak boleh diaudit oleh sesiapa.

"Istilah wang ehsan telah direka ciptakan oleh Umno apabila Terengganu jatuh ke tangan PAS sebelum ini dan bagi saya penggunaan istilah ini adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab.

"Kita tahu wang ehsan boleh dibelanjakan sesuka hati dan tidak boleh diaudit oleh sesiapa sahaja, malah bila keadaan ini wang tersebut senang disalahgunakan oleh mereka yang menerimannya," katanya di lobi parlimen.

Salahuddin juga berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mengikuti apa yang telah dipersetujui dalam perjanjian Petronas sebelum ini dengan menggugurkan istilah wang ehsan kepada royalti.

"Najib perlu kembali kepada landasan yang sebenar, apabila istilah wang royalti digunakan maka setiap wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri.

"Ini akan meletakkan satu sikap kebertanggungjawaban terhadap sumber tersebut terutamanya dalam soal perbelanjaan, kita mahu apabila segala wang yang disalurkan dibelanjakan dengan betul bukannya disalahgunakan," sambung beliau lagi.

Beliau yang sebelum itu merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri berhubung penemuan baru minyak di pengairan Negeri Pahang, yang mana Najib menyatakan Pahang berkemugkinan akan mendapat RM100 juta setahun wang ehsan dari sumber tersebut.

"Saya menyeru rakyat Pahang mengambil peluang dalam soal ini kerana apabila Pakatan Rakyat memerintah, Pahang akan mendapat lebih dari yang dijanjikan oleh Najib kerana Pakatan menetapkan 20 peratus untuk bayaran royalti.

"Selain itu juga istilah wang ehsan tidak akan digunakan dan ini bagi memastikan tidak ada penyelewengan berlaku apabila wang tersebut disalurkan kepada kerajaan negeri," kata beliau lagi.

harakah/-

Penyakit misteri RM500,000

Posted: 01 Nov 2012 12:35 AM PDT

Penyakit misteri RM500,00016 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Terlalu percayakan kakitangannya yang konon mampu mengubati isterinya yang menderita penyakit misteri, seorang pengurus bank kerugian lebih RM500,000 termasuk wang tunai lebih RM300,000, barang kemas, sebuah kereta dan dua ekar tanah di Kampung Inas, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Mangsa berusia 51 tahun itu meminta bantuan kakitangannya itu yang berusia 30-an untuk mengubati isterinya yang mengalami kemurungan sejak Ogos lalu selepas diberitahu isteri kakitangannya itu seorang pengamal perubatan tradisional serta mengikut cara Islam.

Sumber polis berkata, selepas mangsa membawa isterinya yang berusia 40-an berjumpa isteri kakitangannya itu, dia diberitahu rawatan akan dilakukan secara ghaib, termasuk berhubung terus dengan Allah," katanya.

Menurutnya, sejak berkenalan buat kali pertama, mangsa bagaikan dipukau dan menuruti setiap permintaan pasangan suami isteri itu.

Katanya, mereka juga memaklumkan jumlah bayaran bakal meningkat sekiranya tahap penyakit dialami isteri mangsa berada pada tahap kritikal.

METRO/-

'Datuk' pada pengarah SPRM Pahang tangguh

Posted: 01 Nov 2012 12:24 AM PDT

16 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

 
EKSKLUSIF Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 'menggelegak' berhubung anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk' kepada pengarah SPRM Pahang, walaupun beliau sudah dua kali dikenakan tindakan kerana dakwaan salahlaku dan kini menghadapi siasatan ketiga.

Beliau dijadual menerima anugerah 'Darjah Indera Mahkota Pahang' yang membawa gelaran 'Datuk', kata satu sumber yang ingin tahu mengapa beliau boleh terlepas proses saringan yang dibuat ke atas mereka yang dicalonkan untuk menerima anugerah darjah kebesaran.

Bagaimanapun, berikutan pertanyaan berterusan daripada Malaysiakini sejak dua hari lepas, portal berita ini telah dimaklumkan lewat semalam bahawa anugerah tersebut telah "ditangguhkan".

Menurut sumber tersebut, SPRM ditugaskan untuk menyaring semua mereka yang dicalonkan menerima darjah kebesaran di peringkat negeri dan persekutuan bagi memastikan mereka tidak terlibat - atau disyaki - melakukan salahlaku termasuk rasuah dan kegiatan jenayah.

Pada akhir tahun 1990-an, sebagai contohnya -  Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum ia dikenali sebagai SPRM sekarang - telah mengenal pasti dua individu yang sedang disiasat berhubung kes rasuah, semasa raptai majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran di Melaka.
"Jadi bagaimana nama Moh Samsudin boleh terlepas saringan tersebut sedangkan namanya terdapat dalam senarai yang disiarkan dalam akhbar pada 24 Oktober dan sekali lagi pada Sabtu lepas?" kata sumber tersebut.

Apatah lagi, calon tersebut adalah dari kalangan pegawai SPRM sendiri.

Ketika dihubungi semalam, Moh Samsudin hanya berkata: "Memandangkan aduan telah dibuat kepada anda (Malaysiakini), anda perlu menyiasatnya (sendiri)."

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed, juga ketika dihubungi, telah  mengarahkan Timbalan Pesuruhjaya 1, Datuk Mohd Shukri Abdull (kanan) untuk memberi respon.

Shukri berkata Moh Samsudin tidak dimasukkan dalam proses saringan kerana pencalonan untuk anugerah itu datang terus dari istana Pahang.

Bagaimanapun, satu lagi sumber yang biasa dengan proses saringan tersebut menegaskan bahawa SPRM mempunyai kuasa untuk menyaring calon-calon dan menyekat pemberian anugerah walaupun dalam keadaan sedemikian.

Pada kira-kira jam 6.30 semalam, Shukri menghantar SMS kepada Malaysiakini menyatakan bahawa beliau telah dimaklumkan bahawa kerajaan Pahang telah menangguhkan anugerah darjah kebesaran itu kepada individu berkenaan.

Satu daripada tiga tuduhan salahlaku dibuat terhadapnya ialah tiga tahun lalu ketika menjadi pengarah SPRM Selangor, selepas beliau memberikan 'nasihat' kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum merakam kenyataannya berhubung kontroversi berkaitan penggunaan kereta rasminya.

Satu sumber yang biasa dengan kes itu berkata Moh Samsudin tidak diberi kuasa untuk menawarkan 'nasihat' atau merakam kenyataan itu.

"Dia boleh telah dipecat, tetapi telah diberi amaran keras dan dipindahkan untuk menjadi pengarah (SPRM) Pahang.

"Tangga gajinya telah diturunkan daripada gred khas kepada D54, dan gajinya dan promosinya telah digantung sehingga 2014," kata sumber itu.

Tuduhan salahlaku ketiga sedang disiasat, tetapi butiran mengenainya tidak didedahkan sementara menunggu keputusan siasatan.

MALAYSIAKINI/-




Polis wajar benarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 31 Oct 2012 11:58 PM PDT

16 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihak polis sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk memberi kelulusan kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan Sabtu ini.

Katanya, alasan yang dibangkitkan berhubung pengisian borang permohonan tidak lengkap adalah perkara kecil dan beliau percaya pihak penganjur akan mengambil maklum perkara itu.

"Apa yang penting adalah tempat yang telah ditetapkan untuk perhimpunan tersebut telah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan undang-undang dari sudut keselamatan.

"Isu pengisian borang yang tidak mengikuti peraturan adalah perkara yang kecil," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly semalam bahawa  himpunan yang dijadualkan Sabtu ini itu melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan.

Saiful Azly berkata sehingga petang semalam, tiada sebarang permit di bawah akta undang-undang tersebut dikeluarkan kepada pihak penganjur.

Ini kerana borang permohonan dari penganjur tidak dapat diproses ekoran maklumat permohonan yang tidak lengkap seperti yang dikehendaki undang-undang.

Mengulas lanjut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pihak polis wajar membenarkan himpunan itu kerana ianya peluang untuk rakyat mendengar amanat daripada pemimpin mereka.

"Perhimpunan tersebut tetap diteruskan dan ia merupakan perhimpunan terakhir untuk rakyat dan pengundi mendengar amanat yang akan disampaikan oleh pimpinan utama Pakatan Rakyat," sambung beliau lagi.

HARAKAH/-

AES: MP Pakatan desak Cho Ha masuk dewan

Posted: 31 Oct 2012 11:57 PM PDT

16 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha hadir ke Dewan Rakyat bagi menjawab isu Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang banyak mendapat bantahan daripada pengguna jalan raya.

"Menteri kena hadir, menteri tidak boleh lari dari menjelaskan kepada dewan," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Sebaik sesi soal jawab selesai, Ahli Parliman Batu Gajah Fong Po Kuan bangkit mengemukakan peraturan mesyuarat agar Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggunakan budi bicaranya untuk memanggil Menteri Pengangkutan menjawab isu yang dibangkitkan khususnya berkaitan AES.

Mahfuz yang turut menyokong peraturan mesyuarat itu meminta Pandikar Amin menggunakan budi bicaranya untuk menasihat menteri berkenaan.

Fong Po Kuan turut membidas menteri terbabit kerana tidak berani untuk berdepan dengan Ahli Parlimen.

"Menteri perlu mengambil tanggungjawab dalam dewan, ini adalah penting, dia tidak pernah menjawab sekali pun dalam dewan. Dia berani buat kenyataan di luar sahaja," katanya.

Menurut Fong, bukan sahaja Pakatan Rakyat yang tidak bersetuju dengan AES bahkan Ahli Parlimen Sri Gading (BN) dan Ketua Pemuda Umno juga mendesak agar sistem ini ditangguhkan.

"Kalau macam itu, kita guna kamera AES ini mahu tangkap menteri!," celah Mahfuz.

Bagaimanapun, Pandika Amin menjelaskan beliau tidak boleh memberi nasihat kepada menteri berkenaan sama ada tidak hadir atau tidak mahu menjawab soalan.

"Apa yang dibangkitkan oleh Pokok Sena dan Batu Gajah, terpulang kepada menteri sama ada mahu datang atau tidak," katanya.

HARAKAH/-

Apa yang dilakukan Mahathir, dirasai sekarang

Posted: 31 Oct 2012 10:41 PM PDT

16 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

ANGKARA kegilaan bangunkan negara tanpa mengimbangi tahap pencapaian orang Melayu pada zaman Mahathir , merupakan antara punca orang Melayu terus ketinggalan . KEGELOJOHAN Mahathir untuk capai negara maju waktu itu tidak mampu melibatkan orang Melayu secara keseluruhan kecuali segelintir kroni terpilih sahaja . Sebab itu DEB untuk Melayu capai 30 % gagal .

Kesan KEGELEJOHAN tersebut , pembangunan negara tampak hebat , nilai hartanah melambung , malang nya tahap orang Melayu masih rendah . Dengan tahap rendah sudah pasti pendapatan pun rendah , Maka berlaku lah gejala tidak seimbang , harga negara terus mahal sebaliknya pendapatan rakyat , khusus orang Melayu terus murah . 

Saya masih ingat kumpulan kami beli Van Nissan C20 hanya dengan harga RM17,000 sahaja pada tahun 1985 . Untuk tunai Haji hanya RM5,000. Yang menjadi masalah nya hari ini harga barangan , perkhidmatan dan pengurusan meningkat berkali ganda , sedangkan pendapatan rakyat sekadar sekali ganda . Kesan nya rakyat semacam dipaksa memerah tenaga siang dan malam untuk meningkatkan pendapatan bagi mengejar kos hidup yang terus meningkat . Menunjukkan rakyat , khusus orang Melayu belum bersedia , berbanding kaum Cina yang sudah lama terlibat dalam dunia perniagaan . 

Setelah kita di dedahkan dengan pelbagai ketirisan kewangan yang bernilai bilion trilion dalam kegelojohan membangunkan negara maju , barulah kita sedar bahawa rupa nya Mahathir ketika itu telah pun punya agenda tersendiri . Atau beliau terikut-ikut cara Jepun maju melalui program pengswastaan , melalui slogan Pandang Ke Timur waktu itu . Tanpa menyedari majoriti orang Melayu tidak mampu mengejar . Diberi pada kroni Melayu projek , banyak yang gulung tikar sebab bukan ushawan , yang ada Melayu kaya dengan komisyen dan sebagai proksi pemegang harta pemimpin .

Bagaimana Malaysia hari ini ? , MALAYSIA HARI INI MERUPAKAN SEBUAH NEGARA YANG TIDAK SEIMBANG . HANYA TERSERLAH DI KALANGAN NEGARA DUNIA KE TIGA . ITU PUN KITA SUDAH MULA BERSAING DENGAN MEREKA . MALAYSIA TIDAK AKAN MENCAPAI STATUS NEGARA MAJU DENGAN PEMBANGUNAN FIZIKAL SEMATA-MATA , SEDANGKAN TAHAP PEMIKIRAN PEMIMPIM DAN ORANG MELAYU MASIH DI BELENGGU MENTALITI MELAYU ZAMAN SILAM .
 
selatan online/-

Kon makin sempitkan jalan

Posted: 31 Oct 2012 10:01 PM PDT

16 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Jamaludin Mat Isa
Keadaan jalan rosak ini membahayakan keselamatan orang ramai.
 
TEMERLOH - Orang ramai meminta pihak berkenaan membaiki segera kerosakan jalan berdekatan simpang empat Temerloh, Mentakab dan Jerantut kerana keadaan laluan tersebut boleh membahayakan keselamatan pengguna.

Peniaga, Jamaludin Mat Isa, 56, berkata, masalah itu dipercayai berlarutan sejak lebih dua bulan lalu menyebabkan pengguna bimbang ia menjadi punca kemalangan.

Menurutnya, pemandu dari arah Temerloh atau Mentakab yang mahu ke Jerantut terpaksa melalui bahagian kanan jalan menyebabkan kenderaan bertembung dari arah hadapan.

"Masalah ini sudah lama berlarutan hingga pengguna berasa tidak selamat. Walaupun kon diletakkan sebagai tanda amaran, namun tindakan itu menyebabkan jalan menjadi semakin sempit.

"Tambahan pula kenderaan semakin banyak terutama kenderaan berat yang boleh mengundang kemalangan," katanya.

Jamaludin berkata, dia juga bimbangkan keselamatan pelajar yang berulang-alik ke sekolah setiap hari.
Sehubungan itu katanya, dia berharap pihak berkenaan dapat mengambil perhatian serius berhubung masalah tersebut untuk memberi keselesaan kepada orang ramai.

"Jalan ini berdekatan kawasan perindustrian, perumahan penduduk dan premis perniagaan menyebabkan ia dilalui pelbagai kenderaan setiap masa. Jika berlaku kemalangan, siapa harus dipersalahkan?" katanya.

sinar/-

‘Televisyen dadah’

Posted: 31 Oct 2012 09:59 PM PDT

16 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

RAMPAS...Mohamad (kiri) melihat televisyen tempat dadah disembunyikan suspek. Gambar kecil, heroin yang dirampas.
RAMPAS...Mohamad (kiri) melihat televisyen tempat dadah disembunyikan suspek. Gambar kecil, heroin yang dirampas. 
 
KLANG: Helah seorang 'keldai dadah' menyorok dadah di dalam televisyen terbongkar apabila rumahnya diserbu dalam operasi sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sebuah pangsapuri di Bayu Perdana, di sini, Ahad lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 10.30 pagi itu, lelaki berusia 53 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu ditahan di rumahnya ketika sedang berehat seorang diri, manakala isterinya tiada di rumah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, hasil maklumat awam, polis melakukan serbuan di rumah suspek sebelum menjumpai sebuah televisyen 29 inci di atas lantai dalam bilik ketiga rumah berkenaan.

Katanya, pemeriksaan ke atas televisyen berkenaan polis menemui satu plastik putih mengandungi empat sampul surat coklat.

"Sampul surat berkenaan dililit menggunakan pita pelekat dan apabila dibuka polis dapati ia mengandungi dadah disyaki jenis heroin seberat 2.2 kilogram (kg) bernilai hampir RM150,000.

"Siasatan lanjut terhadap suspek mendapati dia mempunyai satu jenayah iaitu penipuan di Banting pada 1992," katanya, di sini, semalam.

Mohamad berkata, polis percaya suspek menyimpan dadah berkenaan sejak enam bulan lalu sebelum dihantar ke luar negara dengan upah sebanyak RM10,000.

Katanya, suspek memperoleh bekalan dadah berkenaan daripada seorang lelaki warga Nigeria yang kini sedang diburu polis.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan di Jalan Labu, Pandamaran, di sini pada jam 4.30 petang kelmarin, polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun kerana dipercayai memiliki dadah jenis ganja.

Mohamad berkata, hasil pemeriksaan badan terhadap suspek, polis menjumpai satu peket plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis ganja seberat 3.35 gram.

"Suspek kemudian membawa polis ke tempat simpanan dadah di sebuah almari pakaian dalam bilik ketiga rumah berkenaan," katanya.

metro-

Syria: PAS cadang adakan p’raya dikendali OIC

Posted: 31 Oct 2012 09:16 PM PDT

16 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


TEMERLOH: PAS berpandangan kemelut di Syria mesti diselesaikan melalui satu pungutan suara rakyat negara itu secara adil dan saksama.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, campurtangan kuasa asing bukan sahaja tidak menyelesaikan kemelut di negara iru malah hanya memburukkan lagi keadaan.

"Sebuah pilihan raya yang diselenggara oleh Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) mesti diadakan segera.

"PAS bertegas menentang sebarang campurtangan kuasa asing di Syria, samada ianya ditaja oleh kuasa barat atau timur," tegasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

PAS, katanya melahirkan dukacita di atas tindakan badan dunia yang terus membiarkan kezaliman berlanjutan, sehingga mengorbankan ribuan nyawa rakyat Syria.

Kata Tuan Ibrahim, tindakan tersebut nyata sangat jauh bezanya dengan tindakan segera badan antarabangsa di Libya, Iraq dan Afghanistan.

"Sikap double standard ini akan hanya merendahkan martabat dan kedudukan badan dunia di mata umat Islam khasnya dan mereka yang cintakan keadilan dan kesaksamaan," tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi.

Tuan Ibrahim juga menegaskan bahawa pendirian rasmi PAS berhubung isu keganasan Bashar di Syria sangat jelas iaitu menentang kezaliman pimpinan Syria terhadap rakyatnya dan mendesak Bshar turun dari tampuk pemerintahan.

"Kezaliman adalah kegelapan di hari akhirat. Dan kita tidak sesekali menyokong kezaliman ke atas rakyat Syria.

"Bahkan kezaliman pemimpin ke atas rakyat sendiri adalah malapetaka besar yang sering berlaku di dunia Islam semata-mata dalam usaha mempertahankan kekuasaan yang ada," tegas beliau.

Bagi mana-mana ahli PAS yang memberikan pendapat yang berbeza dengan parti dalam isu Syria, Tuan Ibrahim berkata itu hanya pandangan peribadi mereka.

harakah/-

Kes 2 rakyat M'sia dikait dengan pengganas diputus hari ini

Posted: 31 Oct 2012 09:14 PM PDT

16 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

 
Kes perbicaraan dua rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Lubnan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda akan diputuskan hari ini.
  
Sumber kedutaan Malaysia di Lubnan berkata Razif Mohamad Ariffin dan Mohamad Razin Shahar Mustapha Kamal akan dibawa ke Tribunal Tentera hari ini untuk mengetahui sama ada mereka perlu membela diri atau tidak.
  
Kedua-dua rakyat Malaysia itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan hari ini.
  
Razif, 28, dan Mohamad Razin Shahar, 21, ditahan di sebuah hotel di Beirut minggu lepas.

- Bernama

PAS: Jangan aniaya Pahang macam Kelantan

Posted: 31 Oct 2012 08:45 PM PDT

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man
16 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


 
Ekoran penemuan rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, Pahang, PAS berharap nasib negeri itu tidak seperti Kelantan yang masih bergelut untuk mendapatkan royalti minyak 5 peratus daripada Petronas.

Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, royalti daripada Blok PM307 itu haruslah dibayar mengikut perjanjian Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan bukannya ditukar kepada "wang ehsan".

"Sistem wang ehsan adalah tidak adil kepada negeri-negeri pengeluar minyak seperti Pahang dan Kelantan kerana ia amat tertakluk pada budi bicara kerajaan persekutuan kepada negeri-negeri," katanya yang juga ketua penerangan PAS.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin mengumumkan Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di Blok PM307.

Katanya, penemuan itu sangat penting memandangkan belum pernah ditemui minyak komersil dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu dan pengeluaran dijangka pada 2014 dengan sasaran antara 17,500 dan 20,000 tong sehari.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim juga mengulangi janji Pakatan Rakyat untuk menaikkan bayaran royalti minyak kepada 20 peratus jika berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Justeru, katanya, semua pihak, termasuk Pahang perlu menyambut baik perkara itu.

"Di bawah Pakatan, Pahang dan Kelantan akan memberi duit royalti sebagaimana Terengganu, Sabah dan Sarawak dan bukannya 'sedekah' wang ehsan berdasarkan budi bicara kerajaan persekutuan," katanya.
 
malaysiakini/-

Lubuk emas ditemui di Perak

Posted: 31 Oct 2012 08:44 PM PDT

16 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

zambry

IPOH – Perak yang dulunya kaya dengan bijih timah, kini dikejutkan dengan penemuan di beberapa kawasan yang dikenal pasti menjadi lubuk emas.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa kawasan di negeri ini yang memiliki deposit emas yang berdaya maju.

Beliau juga telah mengarahkan Jabatan Mineral dan Geosains menjalankan kajian terperinci berhubung penemuan tersebut.

Menurutnya, satu laporan penuh perlu dibentangkan bagi memastikan kawasan yang dimaksudkan benar-benar berpotensi untuk dikomersialkan ataupun sebaliknya.

"Kita nak tengok juga sama ada kawasan itu ada banyak atau sedikit sahaja longgokkan emas dan kawasan itu kita telah pun kenal pasti, tapi saya tidak boleh dedahkan kepada umum, takut timbul pula masalah lain kelak.

"Setakat ini, kita serahkan jabatan berkaitan menjalankan kajian potensi itu dahulu dan kita tengok hasilnya nanti," katanya di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Datuk Dr Mah Hang Soon serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.

Pada Ogos 2009 lalu di Teluk Intan, Zambry dalam kenyataannya turut mengandaikan Perak mungkin muncul sebagai negeri pengeluar emas terbesar di negara ini berikutan kajian mendapati beberapa kawasan di negeri ini memiliki logam berharga berkenaan.

Katanya, Kerajaan Negeri akan mengorak langkah setapak lagi untuk mengadakan kegiatan perlombongan emas bagi menggantikan industri lombong bijih timah yang menjadi kebanggaan Perak sejak beberapa dekad lalu.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, Kerajaan Negeri turut mengadakan perbincangan bagi melakukan rombakan semula kategori bahan mineral, galian dan logam yang terdapat di Perak.

"Kita lihat setiap bahan itu perlu diperhalusi dan dikategorikan mengikut spesifikasinya yang betul bagi mendapat pulangan sebenar mengikut harga pasaran.

"Dulu kita guna istilah yang terlalu umum iaitu galian, sama ada bijih timah, pasir, batu atau bahan lain seperti emas, sedangkan ia berbeza royalti dan premiumnya.

"Justeru itu, kita rasa perlu diperhalusi serta dikategorikan mengikut kesesuaian tertentu dengan menukarkan istilah utamanya daripada galian kepada mineral," katanya.

Menurutnya, ia juga bagi mengelakkan pelbagai masalah dihadapi dari segi bayaran premium daripada pengusaha terlibat.

sinar/-

Perhimpunan NS, Pakatan sasar 50,000 penyokong

Posted: 31 Oct 2012 08:36 PM PDT

16 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

 
Pakatan Rakyat akan mengadakan perhimpunan mega di Seremban Sabtu ini, dan berharap untuk mengumpul 50,000 penyokong dalam siri pertama jelajah ke seluruh negara.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke menolak kenyataan Ketua Polis Serembah, Saiful Azly Kamaruddin bahawa permit tidak akan dikeluarkan untuk perhimpunan tersebut.

"Soalan permit tidak timbul kerana tidak ada permit untuk perhimpunan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011, saya tak fikir beliau (Saiful) tahu apa yang beliau cakapkan," kata Loke ketika dihubungi semalam.

Saiful dilaporkan berkata polis tidak akan memberi permit untuk perhimpunan itu kerana penganjur telah gagal untuk melengkapkan borang permohonan sebelum tarikh akhir.

malaysiakini/-

‘Aku nak kereta!’

Posted: 31 Oct 2012 08:30 PM PDT

16 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

KAWAL...anggota polis mengawal tempat kejadian, semalam.
KAWAL...anggota polis mengawal tempat kejadian, semalam. 
 
MACHANG: "Aku nak kereta, kalau tak aku tembak!," kata seorang penjenayah paling dikehendaki polis sambil mengacukan pistol di leher Siti Norhafizah Omar, 27, sebelum melarikan kereta Perodua Myvi bersama anak lelakinya berusia setahun lima bulan dalam kejadian berhampiran Masjid Kampung Paloh, Gua Musang, awal pagi semalam.

Penjenayah itu, Zawa Abdul Halim, 34, dalam buruan polis berkaitan kejadian tembak di Paloh, kelmarin dan beberapa jam kemudian dia ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan anggota polis di Kilometer 45, Kampung Kemuning, di sini, jam 7.30 pagi semalam.

Biarpun dilarikan 100 kilometer (km) dan berada dalam kereta ketika berlaku kejadian berbalas tembakan, anak Siti Norhafizah, Mohd Haikal Harraz Hasrizal terselamat tanpa kecederaan.

Selepas dikejar polis, Zawa yang terbabit samun, curi kereta, pecah rumah dan pengedaran dadah, terbabas apabila Perodua Myvi dicurinya itu terlanggar pembahagi jalan.

Bagaimanapun, ketika keluar dari kereta dia melepaskan beberapa das tembakan ke arah sekumpulan anggota polis dan satu daripadanya mengenai tangan dan rusuk kanan Koperal Mat Raduan Mat Hassan, 50, yang kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

metro/-

Rakyat AS mula bersih rumah

Posted: 31 Oct 2012 08:28 PM PDT

16 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
 
NEW YORK - Penduduk di Pantai Timur Amerika Syarikat (AS) semalam mula membersihkan rumah dan melihat kemusnahan yang dibawa taufan Sandy.

Taufan itu yang menyebabkan 55 orang mati melanda pantai timur tersebut pada Isnin lalu sebelum ia bergerak lemah menuju ke Pennsylvania.

Kemusnahan itu berlaku di seluruh bandar raya New York dan New Jersey.
Kebanyakan sistem tren mula beroperasi seperti biasa.

Taufan itu membawa ombak setinggi 4.23 meter dengan kelajuan 225 kilometer sejam.

Bursa Saham New York juga kembali dibuka selepas dagangan ditutup pada Isnin dan Selasa lalu.
Lebih lapan juta penduduk dari Carolina dan Maine tidak mendapat bekalan elektrik kesan daripada kemusnahan yang dibawa taufan itu.

Tiga reaktor nuklear AS masih lagi ditutup manakala sebuah lagi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Bagaimanapun, taufan itu membawa salji di Ohio, Pennsylvania dan Virginia Barat. - Agensi

Minyak: PAS saran Pahang dibayar ikut perjanjian

Posted: 31 Oct 2012 08:20 PM PDT

16 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: PAS Pahang mengucapkan tahniah kepada negeri Pahang atas penemuan minyak di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM307.

"Namun, PAS Pahang berharap Negeri Pahang tidak dianiaya seperti Kelantan dalam sistem pemberian wang ehsan. Sepatutnya semua negeri termasuk Pahang bertaraf sama di sisi Akta Kemajuan Petroleum 1974," kata Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.

PAS Pahang mengucapkan tahniah kepada negeri Pahang atas penemuan minyak di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM307.

Namun, PAS Pahang berharap Negeri Pahang tidak dianiaya seperti Kelantan dalam sistem pemberian wang ehsan. Sepatutnya semua negeri termasuk Pahang bertaraf sama di sisi Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Semua negeri yang mendatangani perjanjian dengan Petronas pada tahun 1975/76 akan mendapat bayaran tunai sebanyak 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dalam negeri berkenaan.

Sistem Wang Ehsan adalah tidak adil kepada negeri-negeri pengeluar minyak seperti Pahang dan Kelantan kerana ia amat tertakluk pada budi bicara Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri.

Kelantan, yang minyaknya dicuri bertahun-tahun hanya diberi wang ehsan dalam lingkungan kurang daripada RM25 juta dibandingkan dengan Pahang, sebelum korek dah diumum bakal mendapat RM100 juta setahun.

Ini membuktikan negeri yang ditadbir oleh pembangkang akan teraniaya dalam sistem ini kerana Kerajaan Persekutuan tidak mengamalkan dasar federalisme secara professional dan sering membalas dendam terhadap rakyat yang menolak mereka seperti keengganan mereka membayar royalti kepada Kelantan.

PAS Pahang turut menyarankan Jawatankuasa khas bagi mengkaji bayaran hasil petroleum bagi negeri-negeri di Pantai Timur yang dianggotai wakil daripada tiga kerajaan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang agar menyokong Pahang dan Kelantan supaya dapat menikmati hasil minyak secara pembayaran royalti dan bukannya melalui wang ehsan.

Apakah status jawatankuasa khas ini yang sudah lama tidak kedengaran berita?

Janji Pakatan Rakyat untuk menaikkan royalti  negeri yang mempunyai minyak kepada tahap 20% mesti disambut baik oleh seluruh rakyat Pahang dengan menggerakkan perubahan kepimpinan negeri selepas PRU ke 13 nanti.

Di bawah PR, Pahang dan Kelantan akan memberi duit royalti sebagaimana Terengganu, Sabah dan Sarawak dan bukannya 'sedekah wang ehsan' berdasarkan budi bicara Kerajaan Persekutuan.

PAS Pahang yakin dengan usaha bersungguh sungguh dan strategi yang tepat, tidak mustahil Pahang akan turut mengecapi perubahan. Insya Allah.

harakahdaily/-

PAS Kawasan Miri

Posted: 31 Oct 2012 07:39 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Puting Beliung Serang Bandaraya Miri

Posted: 31 Oct 2012 05:38 AM PDT

Pokok Besar Tumbang, Bahaya Bagi Pengguna Jalan 
MIRI - Kejadian angin ribut taufan yang melanda Bandaraya Miri baru-baru ini menyebabkan banyak pokok-pokok besar tumbang dan ada juga kenderaan rosak akibat terhimpit dibawahnya.  Beberapa buah rumah, bangunan dan juga sekolah rosak dimana atap dan dinding tercabut akibat angin ribut yang kuat itu.

Inilah angin ribut yang paling teruk melanda Bandaraya Miri pada tahun ini. Antara kawasan yang terkena bencana adalah di Krokop, Piasau dan Pujut. Kejadian ini telah menyebabkan banyak kerosakan dan kemusnahan kepada harta benda awam. 
Selain pokok-pokok besar ada juga tiang-tiang letrik turut tumbang bersama, ini menyebabkan pihak Syarikat SESCO Berhad (dahulunya Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak) terpaksa mematikan suis letrik di kawasan yang terkena bencana tersebut untuk mengelak kejutan elektrik.

Kawasan tersebut terpaksa bergelap sementara menanti pihak SESCO memotong dahan-dahan kayu dan juga terpaksa mendirikan semula tiang-tiang letrik yang tumbang itu.

Pokok-pokok besar yang tumbang ditepi jalan amat merbahaya kepada pengguna jalanraya, nasib baik tiada berlaku kemalangan pada masa ribut tersebut melanda. Pokok-pokok yang ditanam ditepi jalan tidak mempunyai akar yang kuat untuk menahan diri dari tumbang akibat angin ribut kencang.

Kita mengesa agar pihak MBM (Majlis Bandaraya Miri) segera memotong dahan-dahan pokok yang terlalu tinggi yang boleh tumbang akibat ribut taufan.

Pihak berkuasa perlu mencari keadah terbaik untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada orang ramai dengan memberi amaran awal kepada penduduk sekiranya berlaku angin ribut taufan melanda seperti apa yang berlaku di negara maju. Amaran awal amat perlu diumumkan kepada orang ramai supaya mereka bersedia untuk pindah ke tempat yang lebih selamat.

Memang tidak boleh dinafikan, kita tidak ada kuasa untuk menghalang kehendak Allah seperti kejadian alam ini tetapi sekurang-kurangnya kita berwaspada dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kejadian alam semula jadi ini yang boleh merbahayakan keselamatan kita.

Keselamatan pengguna jalanraya dan juga keselamatan penduduk amat perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan untuk menjaga kesejahteraan rakyat semua.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Big Tree Falling, Hazard for Road Users
MIRI - Incident of wind storm that hit the Miri city recently caused many fallen trees and damaged some vehicles crushed under it. Several houses, buildings and even schools were damaged, where the roof and walls ripped due to the strong wind.

This wind storm is the most severe hit Miri city this year. Among the affected area is in Krokop, Piasau and Pujut. This incident has caused much damage and destruction to public property.

In addition to large trees some electricity poles were collapsed together, this cause the SESCO Berhad (formerly Sarawak Electricity Supply Corporation) had switched off the electricity in the disaster-affected area to avoid electric shock. The area had a blackout while waiting SESCO cutting of the wood branches and also had to reinstate the electricity poles that collapsed.

Large trees that had fallen beside the road is very dangerous to road users fortunately no accident occurred at the time the storm hit.  Trees that planted beside the road do not have strong roots to refrain from collapse due to hurricane.

We urge that the MCC (Miri City Council) immediately cut tree branches that are too high which may fall due to a hurricane.
Relevant authorities need to find the best method to avoid any untoward incident occurs to the public by giving early warning to the residents in the event of wind storm hit like what happened in developed countries.   Early warning is essential announced to the public so that they are ready to move to a safer place.

It cannot be denied, we have no power to prevent the will of God as an act of nature, but at least we are vigilant and prepared for any incident of this nature that could endanger our security.

Safety of road users and the safety of the residents must be given attention by the government to keep the well-being of all.

PAS LENGGONG

Posted: 31 Oct 2012 07:34 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 31 Oct 2012 12:01 AM PDT

Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bakar lelaki ini dalam api. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang dari mana entah, membakar lelaki ini. AllahuAkbar!

TOLONG SHARE GAMBAR INI SEKIRANYA ANDA SAYANG NABI MUHAMMAD S.A.W.

Posted: 31 Oct 2012 12:01 AM PDT


Kondo Batu Caves: S'gor perlu dedah cerita sebenar

MPS sangkal projek kondo Batu Caves diluluskan Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Datuk Zainal Abidin B. Aala menyangkal tuduhan kerajaan Barisan Nasional yang mengatakan projek kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves diluluskan oleh Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Zainal Abidin semasa sidang media selepas mesyuarat majlis MPS hari ini berkata Kebenaran Merancang yang diluluskan pada 30 November 2007 adalah kunci kepada segala pembinaan yang diberikan oleh mana-mana pihak majlis.

"Sebenarnya, Kebenaran Merancang adalah kunci kepada mana-mana pembinaan yang diluluskan.


"Projek ini melibatkan dua fasa, kedua-duanya diberikan semasa 2007 dan pembinaan lot kedai yang sudah siap itu adalah fasa pertama.

"Fasa kedua adalah pembinaan kondo tersebut," kata beliau.

Zainal Abidin juga mendedahkan projek itu telah diluluskan oleh Jabatan Mineral Dan Geo-Sains (JMG) pada ketika zaman pemimpin Barisan Nasional lalu, namun pihak Jabatan Alam Sekitar, dalam laporan awalnya, tidak menyokong pembinaan projek oleh pemaju Dolomits Properties Sdn Bhd.

"Projek ini telah mendapat kelulusan oleh JMG tetapi dalam laporan tersebut pihak Alam Sekitar tidak menyokong dalam pembinaan yang dirancang tersebut," kata Zainal Abidin tanpa menyatakan sebab pihak JAS tidak menyokong.

Mengulas Langkah seterusnya yang akan diambil oleh MPS bagi menangani isu yang timbul ini, Zainal Abidin menyatakan MPS akan membawa isu ini ke Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) untuk memutuskan tindakan susulan.

"Perkara ini akan dibawa ke PSC bagi dibincangkan oleh ahli mesyuarat kerajaan negeri Selangor sebelum mengambil tindakan susulan," tambah beliau lagi.

Dalam perkembangan lain, menteri besar (MB) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan di Parlimen memberi kenyataan kerajaan negeri telah menghentikan sementara pembinaan kondo 29 tingkat tersebut dan akan menubuhkan jawatankuasa khas peringkat esok pada esok untuk mencari jalan penyelesaian isu terbabit.

Beliau turut berjanji kerajaan negeri akan menyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin walaupun mengakui arahan penghentian itu akan menyebabkan pemaju tersebut mengalami kerugian kewangan.

"Kami mesti bertindak cepat... kerana kami tidak mahu membuat sesuatu keputusan yang tidak adil dalam urusan perniagaan. Penangguhan akan akibatkan kehilangan wang tetapi kita juga perlu memastikan semuanya mengikut garis panduan yang ditetapkan," kaata Abdul Khalid semasa sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pembinaan kondominium yang dirancang sejak 2007 itu kini berhadapan tekanan terutamanya daripada pihak jawatankuasa kuil yang kini memperoleh sokongan daripada pemimpin MIC yang turut sama membantah pembinaan itu.

Hujung minggu lalu, ratusan penganut agama Hindu dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) menyertai himpunan di perkarangan Batu Caves bagi menyatakan bantahan ke atas pembinaan kondo tersebut yang dikatakan akan memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit itu.

Bekas menteri kerja raya, Datuk Seri Samy Vellu yang hadir atas jemputan pihak jawatankuasa kuil turut sama menyertai dan memberikan ucapan dihadapan kira-kira 300 orang ramai yang hadir pagi semalam.

Dalam himpunan sama, bekas ahli majlis MPS, senator Kohilan Pillay bertindak menunding jari dengan menuduh pihak kerajaan PR sekarang yang bertanggungjawab meluluskan projek kondo tersebut.

Kohilan mengakui semasa dia menjadi ahli majlis menyedari tentang projek tersebut tetapi menafikan memberikan kelulusan kepada pemaju untuk membangunkan kawasan itu.
"Memang saya mengetahui tentang projek tersebut sejak 2007 tetapi ketika itu MPS hanya meluluskan 'Kebenaran merancang bagi cadangan pembangunan perdagangan di atas Lot 622'.

"Tetapi ia bukan kelulusan untuk 'Rancangan Pembangunan' dengan tujuan membina kondo 29 tingkat," kata Kohilan.

Projek Dolomite Park Avenue oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves ini dianggap sebagai sensitif memandangkan kawasan tersebut merupakan tumpuan masyarakat Hindu beribadat dan meliputi sejumlah 170,0000 kaum India yang merupakan kumpulan utama pengundi di kawasan bandar Selangor.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 31 Oct 2012 03:41 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR KANTOIKAN FITNAH KES BATU CAVE!

Posted: 31 Oct 2012 02:12 AM PDT

Gara-gara nak menjawab kununnya tuduhan Ronnie Liu akhirnya BN kantoi dalam kempen memburukkan Pakatan Rakyat Selangor terutama yang muka seperti dilibas ialah Samy Vellu.

Kamalanathan: Liu bohong isu kondo Batu Caves

Anggota Parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan mendesak Ronnie Liu supaya memohon maaf secara terbuka berikutan dakwaan exco kerajaan negeri Selangor itu yang mengaitkan beliau dengan projek pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves.

Kamalanathan menyifatkan dakwaan Liu bahawa beliau dan Pengerusi Gerakan Selangor Senator A Kohilan Pillay adalah antara anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang meluluskan cadangan projek berhampiran kuil di Batu Caves itu sebagai satu pembohongan.

"Saya menjadi anggota MPS dari 2004 hingga 2006. Projek itu diluluskan pada September 2007, namun ketika itu saya tidak lagi menjadi anggota MPS dan tidak mempunyai hak untuk mengambil keputusan atau mengambil bahagian dalam apa jua keputusan MPS ketika itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen Isnin.

Kamalanathan mengulas kenyataan Liu baru-baru ini bahawa beliau dan Kohilan, yang juga Timbalan Menteri Luar, adalah antara individu yang bertanggungjawab meluluskan cadangan projek itu.

"Ronnie Liu membuat kenyataan itu semasa saya menghadiri persidangan Parlimen Asean di Bangkok, Thailand. Berikutan itu, pegawai saya telah membuat laporan polis mengenai kenyataan berunsur fitnah berkenaan pada 24 Oktober lepas di Balai Polis Brickfields supaya polis melakukan siasatan," katanya. - Bernama

TIBA-TIBA PAHANG DIPUNCAK, KELANTAN DIPIJAK, TERENGGANU DI AYAK !

Posted: 30 Oct 2012 05:40 PM PDT

Alhamdulillah syukur pada ALLAH negeri Pahang telah menjumpai telaga minyak(Rujuk akhbar Sinar 31/10/2012 Telaga di blok PM 307 dimedan minyak Bertam),memang beruntung Pakatan Rakyat bila menang dalam PRU13 nanti. Orang tua-tua kata PR basuh kaki dapat minyak Terengganu, Kelantan, Sabah dan kini Pahang.
Yang jahatnya UMNO/BN hak Kelantan dari segi royalti(Wang ehsan nama ciptaan BN) dinafi tapi walau jarak telaga dengan pesisiran pantai hanya 150 km.Manakalan Pahang jarak telaga minyak dengan pesisiran pantai Pahang jaraknya 160km dan Terengganu 166km tapi royalti/wang ehsan Terengganu dan Pahang diberi/akan diberi? Apa nie?

HAK PENDARATAN MINYAK KE PERAIRAN KELANTAN DINAFIKAN BAGI KAWASAN MEDAN JDA DENGAN PEMBINAAN PAIP MINYAK DI SONGKLA, THAILAND, WALAUPUN JARAK KOTA BHARU LEBIH DEKAT 110KM.

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/01/fakta-tuntutan-royalti-minyak-dan-gas.html
- Tahun 2005 - Kawasan Joint Development Area (JDA) Malaysia-Thailand (dalam perairan Kelantan) telah beroperasi projek di Telaga Cakrawala telah bermula sejak 2005 terletak hanya 150 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Ianya terletak 180 dari Pekan Pattani (atau 160 km dari perairannya), 260 km dari Bandar Songkhla dan 310 km dari Pekan Kerteh.

- Jarak 150km dari Kota Bharu ke kawasan pengeluaran minyak & gas di JDA tetapi paip menyalurkan minyak didaratkan ke Songla yang jaraknya 260km dari JDA (beza 110km) - Penafian HAK Kelantan buat kali pertama!

- Jarak 166km telaga minyak diperairan Terengganu didaratkan di Kerteh, Terengganu. Kenapa Kelantan yang jaraknya hanya 150km dari JDA dinafikan hak?

http://www.pencacai-semalaysia.com/2011/12/sebaran-umum-semua-anak-muda-kelantan.html

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 31 Oct 2012 03:28 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju

Pemuda PAS Wangsa Maju


JANGAN BAYAR SAMAN AES

Posted: 31 Oct 2012 03:32 AM PDT

Pemimpin PAS hari ini menggesa pengguna jalan raya supaya tidak membayar saman yang dikeluarkan Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) sebaliknya menasihati mereka untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

"Sekarang saya mahu tanya, jika kerajaan masih enggan menangguhkan pelaksanaan AES dan menggugurkan semua saman yang dikeluarkan, semua yang menerima saman itu tidak perlu membayar kompaun RM300 itu. Tetapi mereka perlu mengikut arahan yang diarahkan untuk ke mahkamah..." kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam satu sidang media hari ini.

Beliau (gambar) turut berkata Pakatan Rakyat (PR) bersedia untuk menyediakan peguam bagi mewakili individu yang memilih untuk membawa kes ke mahkamah.

Semalam, PR berkata mereka akan menangguhkan kesemua kelulusan pelaksanaan AES di empat negeri yang mereka perintah iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai dan kajian lebih mendalam.

Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam berkata langkah yang diambil oleh PR ini bermakna sebanyak 331 daripada 831 kamera AES yang dirancang untuk dibina seluruh negara tidak akan dilaksanakan.

Kamera AES tersebut yang digunakan untuk mengecam kenderaan yang laju dan melanggar lampu isyarat ketika ini masih dalam pelaksaan fasa awal yang telah diletak di sekitar Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

PULAK DAH!!! KITA TIDAK LINDUNGI "WHISTLE BLOWER" NFC : NAZRI

Posted: 30 Oct 2012 07:32 PM PDT



 
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat untuk melindungi pembocor maklumat dalam isu rasuah tidak terpakai dalam kes berkaitan National Feedlot Corporation (NFC), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau mempersoalkan perlindungan terhadap pihak terbabit kerana dalam kes NFC, perkara itu dihebohkan kepada semua orang sehingga seluruh dunia tahu mengenainya.

Bercakap dalam Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab, menteri undang-undang itu berkata, akta itu hanya melindungi pembocor maklumat dan bukannya pihak yang melanggar undang-undang, seperti Akta Perbankan dan NONEInstitusi Kewangan (Bafia).

"Dalam kes NFC, dia bukan whistle-blower (pembocor maklumat), dia trumpet blower (peniup trompet). Kita tak lindungi trumpet blower," katanya .

Beliau mengulas perkara itu ketika menjawab soalan tambahan daripada Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) yang mahu tahu kenapa pihak yang mendedahkan salah laku dalam projek lembu itu tidak diberi perlindungan undang-undang.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 31 Oct 2012 11:47 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 30 Oct 2012 08:55 PM PDT


Tanah Rakyat Di Rampas, Wakil Rakyat Pula Dapat Tanah Berjuta Ringgit

  • PDF
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita7/syed%20azman%20wahid.jpgKUALA LUMPUR - Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, Umno Terengganu bertindak merampas semula tanah yang diberikan kepada rakyat sewaktu pentadbiran kerajaan PAS tahun 1999.

"Tanah yang kita bagi pada rakyat miskin malah ada yang sudah membina rumah secara berdikit-dikit, bila PAS kalah Umno ambil balik tanah dan rumah rakyat dirobohkan.

"Dalam masa yang sama pula 13 wakil rakyat BN pula dikurniakan tanah satu hingga dua hektar setiap seorang oleh kerajaan," jelas Wahid, ADUN Wakaf Mempelam yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Haji Wahid mendakwa, tanah yang seluas satu hektar itu sekiranya dipecah kepada lot ianya boleh diagihkan kepada 20 orang di kalangan rakyat Terengganu.

Bahkan katanya, dengan keluasan satu hektar ini seandainya dipecahkan kepada 20 lot dengan keluasan 500 meter selot ia boleh mencecah RM50,000 setiap satu lot.

"Ini bermakna pemilik tanah tersebut mampu menjana sehingga RM 1 juta untuk 20 lot," katanya.

Wahid turut mendedahkan empat orang wakil rakyat dan bekas wakil rakyat BN Terengganu mendapat tanah di Kawasan Bukit Dendong Mukim Tembila Daerah Besut.

Masing-masing mereka mendapat tanah seluas satu hektar yang terletak di 'layout' tapak rumah Kawasan Bukit Dendong tepi pantai Laut Cina Selatan yang berlot PT6964, PT6904, PT6903, dan PT6902.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi memberi amaran agar wakil rakyat BN yang dianugerahkan tanah menyerahkan semula kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata rakyat Terengganu tidak akan teragak-agak untuk sekali lagi berhimpun di hadapan pejabat Menteri Besar bagi menuntut hak milik tanah yang dinafikan kerajaan negeri.

"Sekiranya tidak, rakyat yang tidak memiliki tanah ini akan berhimpun di hadapan pejabat MB bagi mendapatkan tanah mereka yang dirampas sebelum ini," katanya dalam sidang media.

Beliau melahirkan kekecewaan dengan sikap rakus kerajaan BN Terengganu yang tanpa rasa bersalah menganugerahkan tanah kepada wakil rakyatnya dengan minima satu hektar sedangkan ratusan ribu rakyat mereka masih tidak mempunyai tapak kediaman.

"Ini satu yang malang, apabila sebuah negeri yang kaya raya tetapi rakyat terus dibelenggu dengan kemiskinan," katanya. - sumber Harakahdaily

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 31 Oct 2012 11:11 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Saya tak layan desakan ‘Umno buangan’ - TG Nik Aziz

Posted: 30 Oct 2012 06:54 PM PDT

KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak khususnya pihak lawan supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Sebaliknya beliau berkata, beliau hanya akan tunduk kepada sebarang keputusan yang ditetapkan oleh pimpinan tertinggi PAS.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan ketika mengulas desakan pihak tertentu supaya beliau melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Sehubungan itu katanya, beliau tidak akan melayan desakan mana-mana pihak khususnya pihak yang disifatkannya sebagai 'Umno buangan' yang tidak putus-putus mahu beliau melepaskan jawatan.

Beliau mengulas mengenai desakan beberapa pihak yang mahu beliau berundur atas alasan sudah tidak mampu menjadi pemimpin setelah 22 tahun menerajui pemerintahan negeri itu.

Mengulas lanjut, Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, untuk berlawan dengan Umno tidak perlu tubuh yang sihat, sebaliknya kekuatan minda.

Katanya, sekiranya seorang pemimpin itu berkerusi roda sekalipun sebaliknya  tidak bermasaalah dengan idea atau pemikiran, ianya tidak mempunyai sebarang masaalah.

Menurutnya lagi, tugas menjaga negeri bukan hanya tertumpu pada Menteri Besar, sebaliknya turut menjadi tanggungjawab anggota-anggota exco kerajaan negeri juga.

"Bila Menteri Besar, bererti ada dia ni adalah ketua dan bila ketua pula tentu ada pegawai di bawahnya, bila orang gelarkan saya ni Menteri Besar, bererti ada menteri kecil,"ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS Kelantan masih memerlukan Tuan Guru untuk terus menerajui pentadbiran negeri.

Beliau yang dipetik Sinar Harian berkata, Tok Guru adalah merupakan orang yang paling layak kerana pengalaman, ketokohan dan kebolehan serta kehormatan masyarakat kepadanya.

"Kami yang minta Tok Guru untuk terus berkhidmat walaupun sudah beberapa kali beliau menyuarakan hasrat untuk berhenti," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

"Biar kami (PAS) buat keputusan ini dan ia bukan kerja mereka kerana kami lebih tahu siapa yang boleh bertanding dan memegang jawatan tersebut," katanya.

Sebelum ini, turut lantang membuat desakan agar Tuan Guru berundur termasuk Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Marilah kita hukum MCA dan Umno pada PRU13

Posted: 30 Oct 2012 06:54 PM PDT


PAS Selangor melihat MCA sebagai sebuah parti politik yang sedang diancam kepupusan. Oleh itu mereka sedang bekerja keras untuk membuktikan relevensi mereka kepada masyarakat, khususnya masyarakat keturunan Tiong Hua, melalui isu sensasi dan kontroversi. Di antara isu sensasi adalah persoalan hutang Talam yang telah berjaya dipungut balik oleh kerajaan PR Selangor tetapi diputar belit sebaliknya sebagai usaha 'bail-out' untuk syarikat kroni PR. Sedangkan semua tahu, dari sudut kronisma, Talam telah dibenarkan berhutang sebanyak RM372 juta pada zaman pemerintahan BN kerana mereka merupakan syarikat kroni BN.

Rakyat Selangor telah mendapat manfaat dari pengambil balik hutang dari Talam melalui pinjaman mikro-kredit SkimSel dan MIMBAR yang dibiayai oleh sebahagian dari duit yang diperolehi dari Talam.

PAS Selangor juga hairan mengapa isu ini tidak dibawa oleh ADUN BN, 18 dari mereka dari UMNO, di dalam DUN. Sebaliknya ia dibawa oleh wakil MCA yang bukan ADUN tetapi Ahli Parlimen sambil yang di DUN diam seribu bahasa. Pada masa yang sama ianya juga tidak merupakan isu yang dibahas semasa AGM MCA dan ini membuktikan ianya hanya sandiwara untuk tatapan awam.

Isu terbaru adalah kenyataan provokasi terhadap PAS dan ajaran agama Islam. Walaupun cuba diselindungi dengan mengatakan kritikan ditujukan kepada PAS dan bukan terhadap Islam itu sendiri, hakikatnya aspek yang dipertikaikan adalah berhubung ajaran Islam khususnya perlaksanaan undang-undang hudud. Ianya ditokok-tambah pula dengan fitnah melampau berhubung kebenaran merogol wanita bukan Islam dan kebenaran berkongsi isteri.

PAS Selangor menyedari ini adalah usaha terdesak pihak MCA untuk melonjakkan imejnya di kalangan masyarakat Tiong Hua dengan kononnya 'bertindak berani' menegur PAS.

PAS sedar pandangan MCA tidak mewakili pandangan masyarakat Tiong Hua dan yakin taktik murahan MCA tidak akan mencapai hasrat seperti yang diinginkan mereka. Sebaliknya ianya merupakan jenis politik murahan yang akan ditolak oleh masyarakat Tiong Hua yang secara umumnya menghormati agama Islam dan tidak ingin campur tangan dalam soal ajaran-ajarannya.
Pada masa yang sama, ianya merupakan 'red herring' atau sesuatu yang menarik perhatian masyarakat sehingga lupa akan isu sebenar yang berada di hadapan mereka. Persoalan yang berada di hadapan masyarakat ialah persoalan pemilihan kepimpinan yang baru yang bebas dari rasuah, penyelewengan dan kronisma.

Pendedahan demi pendedahan berhubung persoalan rasuah dan kronisma tidak mampu ditangani mereka maka taktik 'red herring' ingin mereka gunakan dan diharap dapat membantu mereka.

Melalui isu dan tuduhan provokasi, MCA juga mengharapkan PAS akan bertindak dan menjadikan isu hudud dan Negara Islam isu utama pilihan raya sehingga meminggirkan kehendak dan aspirasi masyarakat bukan Islam yang buat masa ini hanya ingin melihat kepimpinan yang bersih dan amanah. Ia dianggap berpotensi untuk menjadikan hubungan di antara parti-parti PR tegang dan menyulitkan kerjasama.

PAS Selangor juga tidak menolak kemungkinan bahawa UMNO jugalah yang merupakan dalang di sebalik kenyataan MCA kebelakangan ini. Melalui kenyataan tersebut maka diharapkan ketegangan akan terhasil melalui mana UMNO dan BN boleh mendakwa ianya adalah kerana sikap dan pandangan PAS yang kononnya ekstrem. Dengan itu mereka boleh memujuk masyarakat Tiong Hua untuk kembali memberi undi kepada BN.

Oleh itu, PAS Selangor menyeru semua pihak, khususnya ummat Islam, untuk bertenang dan tidak bertindak melalui reaksi yang keterlaluan. Sebaliknya, marilah kita sama sama menghukum MCA dan UMNO dalam PRU ke-13 yang akan datang.

Apabila masyarakat Malaysia dibebaskan dari dikongkong pemimpin BN yang sering mengadu-domba rakyat, maka akan terhasil sebuah Negara yang benar-benar bersatu atas dasar saling hormat-menghormati dan pengiktirafan hak asasi setiap kaum dan bangsa. Ketika itu barulah keunggulan Islam mampu diserlahkan oleh ummat Islam.

WaLlahu 'Alam

Gema Aidil Adha@Berkorban Apa Sahaja.

Posted: 30 Oct 2012 06:53 PM PDT















PAS antara badan awal bantu rakyat Syria

Posted: 30 Oct 2012 06:49 PM PDT

(Dr Syed Azman bergambar dengan wajah-wajah muram anak mangsa keganasan di Syria)

IDLIB (Turki): PAS adalah antara badan awal yang telah menghulurkan bantuan kepada mangsa kekejaman Bashar Al Assad terhadap rakyatnya di Syria.

Wakil rasmi PAS iaitu Penolong Setiausaha Agong, Dr. Syed Azman Azman telah menjejakkan kaki ke bandar Idlib yang terletak di sempadan Turki-Syria bagi menghulurkan bantuan terus bagi pihak Pas kepada ribuan pelarian Syria disana.

Itu adalah misi kedua beliau bersama-sama pasukan perubatan dari Eropah yang berjaya masuk ke bandar Idlib dengan bantuan penduduk tempatan selepas berlakunya konflik politik berdarah yang sedang melanda di negara mereka.

Tidak dapat digambarkan bertapa sedihnya melihat bagaimana bandar yang sebelum ini aman dan damai ini kini menjadi medan pertempuran berdarah yang mengorbankan ribuan nyawa rakyat awam yang tidak berdosa.

Sebahagian dari rumah-rumah kediaman, pejabat-pejabat serta  bangunan kedai kini telah musnah akibat dari bedilan berterusan tentera rejim Assad dengan menggunakan kereta kebal, jet-jet pejuang dan helikopter.

Adalah dianggarkan lebih dari 200,000 ribu penduduk Idlib kini terpaksa menjadi pelarian apabila mereka terpaksa berhadapan dengan bedilan dan serangan setiap hari dan tidak menampakkan sebarang jalan penyelesaian.

Mereka juga menghadapi masalah bekalan elektrik dan air bersih yang terputus serta kekurangan bekalan makanan harian serta bahan perubatan yang amat terhad.

Sebahagian besar dari mereka telah menyeberangi sempadan Turki dan kini tinggal di Perkhemahan Yei Dardar dan Perkhemahan Bonyor Yolan yang dikendalikan oleh pemuda-pemuda Ikhwan Muslimin Syria.

Sementara itu sebahagian dari penduduk Idlib yang sempat di temui, melahirkan rasa terimakasih mereka di atas usaha yang telah di ambil oleh PAS dan seluruh rakyat Malaysia bagi membantu meringankan bebanan yang di hadapi oleh mereka.

Bantuan yang dihulurkan adalah amat kecil berbanding dengan konflik berdarah yang sedang berlaku ini, namun ia tetap memberi makna dan erti yang amat besar kepada penduduk Syria yang sedang menderita itu.

Walaupun seluruh kepimpinan PAS kini amat sibuk dengan persediaan pilihanraya, namun penderitaan dan bebanan yang sedang dihadapi oleh ribuan pelarian Syria ini tetap tidak dilupakan oleh keseluruhan pimpinan PAS.

Usaha membantu rakyat Syria tetap diteruskan dengan apa cara sekalipun, kata Dr Syed Azman.

"Semoga sedikit bantuan yang disalurkan ini akan dapat mengubat penderitaan rakyat Syria yang terus bermandi darah ini serta memastikan kita rakyat Malaysia tidak akan lupa kepada anak-anak kecil serta ibu-ibu yang kehilangan ayah dan suami mereka," katanya.

Kepada yang ingin memberikan sumbangan kepada rakyat Syria, bolehlah terus disalurkan kepada; Maybank, atas nama Parti Islam SeMalaysia, akaun no. 564070703248.

Pemuda PAS gesa OIC tegas tangani konflik Syria

Posted: 30 Oct 2012 06:47 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mahu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) lebih tegas dan proaktif dalam menyelesai kemelut berdarah di Syria yang sudah berlarutan hampir 23 bulan.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa DPPM, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, tindakan segera dari OIC mampu menyelamatkan rakyat negara itu khususnya umat Islam daripada dibunuh askar regim Basyar Al Assad.

"OIC tidak boleh hanya mengambil langkah tunggu dan lihat dengan rakyat Syria setiap hari disembelih dan dibunuh dengan kejam meskipun gencatan senjata telah diisytiharkan di negara tersebut menjelang perayaan Aidil Adha.

"Umat Islam mengharapkan supaya OIC berperanan penting bagi mengembalikan keamanan ummah di negara tersebut bahkan di seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan.

DPPM juga, katanya,  mengutuk keras tindakan Basyar Al Asad yang membunuh rakyatnya sendiri melalui operasi serangan udara yang disasarkan ke atas orang awam.

Tindakan seperti ini tidak boleh dimaafkan sama sekali dan Basyar wajar dihadapkan ke tribunal perang melalui mahkamah antarabangsa.

"Sesungguhnya tidak ada tindakan yang lebih kejam dilakukan oleh seseorang diktator melainkan membunuh rakyat sendiri hanya semata-mata mahu mengekalkan kuasanya," kata beliau.

Sehingga kini, kemelut Syria telah mengorbankan lebih 30,000 nyawa yang kebanyakannya orang awam.
Raja Ahmad (gambar) yang juga Naib Ketua DPPM berkata, pihaknya turut menolak keras campurtangan asing khususnya Amerika Syarikat serta negara lain seperti Iran, Rusia dan China dalam kemelut Syria ini.

"DPPM menegaskan, hanya rakyat Syria berhak menentukan kehidupan dan pemimpin negara mereka tanpa campurtangan kuasa dan negara asing.

"Justeru, kerajaan Syria perlu berusaha mengembalikan keamanan di negara tersebut melalui kaedah perdamaian," katanya.

Pada masa sama, beliau turut mendesak kerajaan Jordan memberikan jaminan perlindungan keselamatan terhadap rakyat Syria di kem-kem pelarian di sempadan Jordan yang kian bertambah.

Jasindaily Online

Posted: 31 Oct 2012 09:40 AM PDT

Jasindaily Online


Transformas Pakatan Rakyat

Posted: 30 Oct 2012 04:52 PM PDT

Bas Keadilan 


Traler DAP 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan