Khamis, 15 November 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 15 Nov 2012 02:37 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Anwar bidas tindakan MPPP roboh rumah warga emas

Posted: 15 Nov 2012 02:31 AM PST


1 Muharram 1433H. [MOD] -



 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengkritik tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meroboh rumah seorang warga emas di Lengkok Sungai Gelugor di George Town Khamis lepas.

Beliau mempersoalkan tindakan MPPP itu memandangkan arahan untuk tidak merobohkan rumah berkenaan telah dikeluarkan kerajaan negeri.

"Kalau ada ahli majlis dari Pakatan Rakyat yang terlibat, saya akan tentukan orang seperti ini tidak perlu dilanjutkan kerana dia tidak prihatin permasalahan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di wacana 'Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat' sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di sini. Turut hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Osman.

Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh menggesa kerajaan negeri menyiasat sama ada terdapat kecuaian di peringkat pegawai atau ahli majlis.

Baru-baru ini akhbar melaporkan penguatkuasa MPPP meroboh bahagian depan rumah milik Mariam Tahir, 72, tanpa mengeluarkan sebarang notis terlebih dahulu kerana strukturnya tidak mengikut peraturan ditetapkan.

- Bernama

Pam bayi dalam tandas

Posted: 15 Nov 2012 02:15 AM PST

1 Muharram 1433H. [MOD] -


RAKAM...wanita  dipercayai mengepam bayi dalam mangkuk tandas.

GEORGETOWN: Seorang wanita bertindak di luar batasan apabila dipercayai mengepam bayi yang baru dilahirkannya ke dalam tandas di sebuah hotel di Jalan Macalister, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, wanita terbabit tidak menyedari imejnya ketika berlegar-legar di kawasan hotel itu sebelum masuk ke tandas berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV).


Melalui rakaman CCTV itu, wanita berusia 20-an terbabit dilihat menuju ke tandas hotel kira-kira jam 7 malam, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari beberapa jam selepas itu ketika seorang pekerja pencuci membersihkan tandas.

Menurut sumber, pekerja itu yang takut selepas melihat titisan darah pada mangkuk tandas dan lantai terus memaklumkan kejadian itu kepada pengurusan hotel.



"Pihak pengurusan hotel terbabit kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis dan susulan daripada itu, sepasukan anggota penyiasat dan juga unit forensik bergegas ke lokasi kejadian.


metro/-



Jika Nurul kena taubat, Harussani juga kena - Ketua Ulamak

Posted: 15 Nov 2012 02:04 AM PST

1 Muharram 1433H. [MOD] -


KOTA BHARU: Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib berpendapat, jika Mufti Perak, Datuk Harussani meminta Nutul Izzah Anwar bertaubat kerana kenyataannya, dia (Harussani) juga harus bertaubat juga.

"Bagi saya dia (Nurul Izzah) tidak perlu (taubat) kerana taubat kalau buat kesalahan besar. Jika itu kena bertaubat, Harussani juga kena taubat kerana dia tak sokong perjuangan Islam," kata Ustaz Harun Taib (gambar).

Ustaz Harun berkata demikian ketika ditanya oleh wartawan tentang kenyataan Harussani yang meminta Nurul Izzah bertaubat kerana berkata, tidak ada paksaan dalam agama.

Bagi Harun, isu ini perkara biasa sahaja, "kita tak ambil berat isu itu, itu perkara biasa sahaja."

"Tanyalah benda yang lebih besar lagi misalnya yang (Tun Dr) Mahathir buat yang (Datuk Seri) Najib buat," kata Harun ketika diasak oleh wartawan mengenai isu itu dalam sidang media selepas perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS hari ini.

Menurutnya, Nurul Izzah membuat kenyataan, kebebasan itu tidak terhad kepada orang tertentu sahaja tetapi kepada semua bangsa.

"Misalnya orang Melayu sebelum masuk Islam dia bebas tetapi yang sudah masuk Islam, dia tidak bolehlah nak masuk Kristian ke," jelas Ustaz Harun.

Ketika ditanya kenyataan Nasharudin Mat Isa yang dikatakan meminta Nurul Izzah juga bertaubat, Ustaz Harun berkata, "Nasharudin dia punya pasal...Nurul Izzah nak bertaubat, apa kesalahan dia. Cuba nyatakan apakah dia kesalahan Nurul Izzah yang nyata."


Dasar PAS

(Ustaz Harun bertemu dengan para perwakilan muktamar)

Dalam sidang media itu, Ustaz Harun Taib juga menegaskan dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah dengan Islam sejak dahulu, kini dan akan datang dengan izin Allah SWT.

Ini kerana, katanya asas rujukan parti PAS yang tertinggi adalah al-Quran, Hadis, Ijma' Ulamak dan Qias.

"Insya Allah, PAS akan terus dipimpin oleh ulamak kerana dasar PAS tidak berubah iaitu Islam. Rujukan PAS tertinggi adalah al-Quran, Hadis, Ijma' dan Qias. 

"Itu (Islam) adalah undang-undang tubuh PAS, perlembagaan PAS, dasar PAS sejak dahulu, sekarang dan di masa akan datang, Insya Allah," tegasnya.

Ketika ditanya peranan Mursyidul Am PAS dalam urusan kepartian, Ustaz Harun menjelaskan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemantau serta penasihat parti.

"Mursyidul Am, itu dia duduk di atas sekali dan memantau parti supaya parti tidak lari dari landasannya (Islam). 

"Dia (Nik Aziz) memantau sama ada yang dijalankan oleh Presiden parti (Ustaz Abdul Hadi) dan Ahli Jawatankuasanya itu betul-betul mengikut lunas Islam atau tidak dan jika tidak, dia akan memberi teguranlah," ujarnya kepada pihak media. 

Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu mendakwa secara umumnya Pakatan Rakyat menerima syariat Islam dilaksanakan.

Katanya, apabila PAS berjaya mendapat keyakinan rakyat bagi memimpin negara syariat Islam akan dilaksanakan mengikut lunas-lunas demokrasi.

"Dalam PAS tidak ada yang menolak hudud dan semuanya sepakat.  Bila kita (PAS) berjaya untuk mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia. 

"Tapi syariat Islam itu akan dilaksanakan mengikut lunas-lunas demokrasi. Jika kita (PAS) majoriti dalam Parlimen, kita kena kemukakan undang-undang berkaitan dan jika mendapat sokongan parlimen akan diluluskan. Maka, dengan sendirinya akan jadi undang-undang negara," jelasnya.

Namun begitu, kata Ustaz Harun, parti-parti dalam Pakatan Rakyat mempunyai dasar masing-masing dan tidak menjejaskan parti lain.

Tambahnya, permuafakatan PAS dengan parti lain telah berjaya memperkenalkan Islam serta sistem Islam kepada parti-parti lain.

Hadir sama pada sidang media itu, Timbalan Ketua dan Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Haji Ahmad Yaakob dan Datuk Dr Mahfodz Muhammad.


harakah/-

Muslimat diingat jangan tolak calon muslimat

Posted: 15 Nov 2012 02:02 AM PST

1 Muharram 1433H. [MOD] -



(Perwakilan Dewan Muslimat dari Perak)

KOTA BHARU: Dewan Muslimat diingatkan tidak menolak muslimat untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum nanti.

Perwakilan Perak Hasnah Abdul Samad berkata, orang pertama perlu menyokong muslimat menjadi calon adalah muslimat itu sendiri.

"Muslimat sendiri jangan tolak muslimat untuk jadi calon, macam mana orang lain nak yakin dengan kita, sedangkan muslimat sendiri tolak calonnya," tegasnya.

Hasnah turut menyindir kerajaan Umno BN yang masih tidak berani untuk mengumumkan tarikh pilihan raya.

"Pilihan raya sudah berdegar-degar, tapi pilihan raya tak datang-datang," katanya dengan loghat Perak turut diselangi ketawa perwakilan.

Beliau turut mencabar Muslimat agar mengambil alih jawatan Menteri Wanita yang kini dipegang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Exco Wanita! Tempat 'lelaki' itu perlu diganti oleh wanita. Siapa wanita itu? Ya, wanita itu adalah Muslimat PAS," laungnya dengan penuh bersemangat mengundang tepukan gemuruh perwakilan. 

Beliau yang berucap pada sesi penggulungan turut mencuri perhatian Timbalan Pengerusi Tetap Fatimah Ismail kerana ucapannya yang penuh bersemangat.

"Masyallah rasa macam esok nak pilihan raya dah. Tahniah Perak," kata Fatimah Ismail sebaik sahaja perwakilan Perak selesai berucap. 


harakah/-

سماغت هجرة يغ مستي دحياتي

Posted: 15 Nov 2012 01:57 AM PST

1 Muharram 1433H. [MOD] -

 اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ :
الَّذِينَ ءَامَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ﴿20﴾
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
سيدغ جمعة سكالين،
       سماكين لاما كيت ملغكه، سماكين اوسيا كيت برتمبه، سماكين همفير كيت منموءي الله. سامادا كيت مغحياتي هجرة اتاو تيدق، سامادا كيت ملاكوكن فروبهن اتاو تيدق، نامون كيت سموا فستي اكن منمفوهي هجرة. هجرة دري عالم دنيا كعالم برزخ، هجرة دري عالم برزخ كعالم محشر، هجرة دري عالم محشر كعالم الجَزَاء. افا يغ فستي كيت سموا تله مثدياكن بكلن دان ملاكوكن فرسيافن اونتوق منريما ضنجرن اتاو فون فرسيافن دان بكلن باضي منريما فثيقسأن. كالاو ددنيا كيت برباله، منخاري سيافا يغ بنر دان سيافا يغ ساله، نامون دسان سمواث فستي ترسرله. سمواث اكن توندوق كفد كفوتوسن الله سبحانه وتعالى.

سيدغ جمعة سكالين،
       رسول الله صلى الله عليه وسلم تله منتفكن دان مرينتيس ستراتيضي (Strategi) هجرة سباضاي اساس مغاتور رانخغن دان ممولاكن لغكه باضي منوبوهكن سبواه فمرينتاهن دان نضارا يغ برلندسكن شريعة دان بردولت. بربيذا دغن كيت هاري اين يغ هاث برهجرة كتيك ترسفيت دان ترهيمفيت دان دهجرةكن اوليه كتوا دان ماجيكن افابيلا ملاكوكن كسالهن.
سيدغ جمعة سكلين،
       هجرة بوكنله ساتو وسيلة اونتوق ملاريكن ديري دان مغاكو كاله. هجرة رسول الله صلى الله عليه وسلم كمدينة المنورة يغ دلاكوكن دغن ضاضه دان فنوه فرانحغن تليتي يغ منجلسكن ميسي دان توجوان رسالة نبوة سباضاي فمباوا هداية بوكن فمباوا فاده. رسول الله صلى الله عليه وسلم امت ممفو باضي ممبلاسه دان ممباوا فاده كفد مشركين مكة يغ ترتيدور كتيك مغفوغ رومهث. نامون رسول الله صلى الله عليه وسلم ماهو ممبوقتيكن بهاوا توضسث بوكن سباضاي فمبونوه تتافي فمباوا هداية.

سيدغ جمعة يغ درحمتي الله،
       رسول الله صلى الله عليه وسلم تله ممولاكن فرجالنن هجرة دغن ممرينتهكن سيدنا علي بن ابي طالب تيدور دكاتيلث باضي مغابوري مات مشركين مكة سوفاي مريك برغضافن بهاوا بضيندا ماسيه اد درومهث. اهلي سجاره لبيه باثق ممبينخغكن مغنإي كبرانين دان كفاتوهن سيدنا علي ترهادف ارهن رسول الله صلى الله عليه وسلم ترسبوت. ساتو حال يغ موغكين كيت لوفا، افاكه واجر رسول الله صلى الله عليه وسلم مثوروه سفوفوث سنديري مثابوغ ثاوا سمات-مات اونتوق مثلامتكن ديريث سنديري. سواتو حال يغ امت فستي، رسول الله صلى الله عليه وسلم بوكنله سأورغ يغ سوك مغمبيل كسمفتن داتس كسوسهن اورغ لاين. رسول الله صلى الله عليه وسلم سباضاي سأورغ رسول فستي مغتاهوي بهاوا الله اكن منجاض دان ملفسكن سيدنا علي دري بهايا يغ دهادفي. مان موغكين رسول الله صلى الله عليه وسلم بوليه منروسكن هجرة سداغكن سيدنا علي تركوجور كاكو كران مغضنتيكنث د تمفت تيدور. باضايمانا رسول الله صلى الله عليه وسلم دان سلوروه اومت اسلام ماهو برهادفن دغن مشاركت جك سكيراث سفوفو بضيندا يغ ماسيه رماج دضوناكن سباضاي فريساي باضي مليندوغي ديريث سنديري. اين سبنرث مروفاكن ساتو قاعده فنتربياهن رسول الله صلى الله عليه وسلم ترهادف صحابة-صحابتث سوفاي ممبريكن سفنوه كيقينن دان سنتياس برتوكل كفد الله. صحابة-صحابة دديديق سوفاي يقين بهاوا جك الله يغ ممبريكن فرينته مك الله جوضاله يغ اكن ممستيكن كجايأنث. توضس كيت هاثاله ملاكوكن فرانخغن باضي ملقساناكن ارهن-ارهن الله. مك كيت فد هاري اين فرلو ملتقكن كاوتامأن يغ تيغضي ترهادف ملقساناكن سضالا تيته فرينته الله دسمفيغ بروسها منخاري جالن باضي مغاتسي كلمهن دان مسئله يغ دهادفي. كيت تيدق بوليه لاضي تروس دالم كادأن منخاري الاسن دان منونجولكن مسئله-مسئله يغ اكن دهادفي جك كيت ماهو ملقساناكنث. كيت مستي يقين بهاوا سضالا تيته فرينته الله اداله يغ تربإيق باضي كيت دان سضالا مسئله يغ دهادفي فستي ممفو دأتسي.
سيدغ جمعة سكلين،
       رسول الله صلى الله عليه وسلم ملاكوكن هجرة دغن منيغضلكن مكة المكرمة تانه ايرث سنديري منوجو كمدينة  المنورة، تمفت اسيغ يغ امت جاوه دري تانه تومفه دارهث. اداكه اين برمعنى رسول الله صلى الله عليه وسلم تيدق خينتا دان ستيا كفد نضاراث. سجاره منونجوقكن بهاوا مكة اداله سبواه نضارا يغ خوكوف ماجو دري سضي ايكونومي دان فرنياضأنث. مكة جوض امت تركنل دغن كسنيان دان كبودايأنث. تتافي مكة امت تندوس دغن كهيدوفن براضام دان فرأدابن سوسيالث. مكة بوكنله تمفت يغ سسوأي باضي مغمبغكن، افاته لاضي ملقساناكن اوندغ-اوندغ اسلام. اين مثببكن رسول الله صلى الله عليه وسلم ترفقسا منيغضلكن مكة المكرمة، تانه اير يغ امت دسايغيث باضي ملقساناكن فمرينتاهن اسلام. جك سقدر اونتوق ملاكوكن عبادة خصوص سفرتي سمبهيغ، فواسا، حاج دان سباضايث مك تيدق اد كفرلوان باضي ملقساناكن هجرة كران سمواث بوليه دلقسانكن دمكة. اوليه كران مدينة المنورة ممفوثإي فوتينسي باضي منريما فمرينتاهن اسلام مك مدينة دفيليه سباضاي تافق باضي فنوبوهن نضارا اسلام يغ فرتام.


سيدغ جمعة سكلين،
       اعتبار تربسر درفد هجرة رسول الله صلى الله عليه وسلم اين اداله مغنإي فوغسي دان فرانن كيت سباضاي اومت اسلام تيدق ترهنتي ستاكت عبادة خصوص سمات-مات ستياف كيت ممفوثإي تغضوغجواب ماسيغ-ماسيغ سباضاي خليفه الله دموك بومي. دانتارا توضس-توضس سباضاي خليفه اداله سفرتي يغ دجلسكن اوليه امام الماوردي دالم كتابث اَلأَحْكَامُ السُّلْطَانِيَّةِ يإيتو ﴿ حِرَاسَةُ الدِّيْنِ وَسِيَاسَةُ الدُّنْيَا ارتيث منجاض اضام دان منتدبير دنيا.

سيدغ جمعة سكلين،
       رسول الله صلى الله عليه وسلم فرنه دتاوركن سباضاي فميمفين دمكة دغن شرط بضيندا منيغضلكن اضام. بضيندا دغن تضس منولق تاورن ترسبوت كران تيدق اد معناث منتدبير دنيا جك ترفقسا منيغضلكن اضام. باضايمانا بضيندا ماهو منيغضلكن اضام سداغكن تغضوغجواب اوتام مأنسي اداله منجاض اضام. اين منونجوقكن كفد كيت بهاوا كجايأن كفد اضام اداله مروفاكن كاوتامأن يغ ترتيغضي. كخينتأن كيت كفد فركارا لاين سفرتي كخينتأن كفد نضارا، كخينتأن كفد كواس، كخينتأن كفد كلوارض، كخينتأن كفد هرتا دان سباضايث واجب كيت قوربانكن جك برتنتاغن دغن كهندق اضام. ستله كهندق اضام دايكوتي باروله كيت بوليه كمبالي كفد اف يغ كيت خينتإي. اين دبوقتيكن اوليه رسول الله صلى الله عليه وسلم يغ اخيرث كمبالي سمولا كمكة المكرمة فد فمبوكأن كوتا مكة اونتوق ملقساناكن سفنوهث اوندغ-اوندغ اسلام دمكة دان مغهنخوركن جاهلية يغ مغهالغ فرلقسنأن اسلام دموك بومي.

سيدغ جمعة يغ درحمتي الله،
       هجرة تيدق اكن برجاي دلقسانكن تنفا جهاد، سماغت دان كخينتأن ترهادف الله. اف معناث كيت مثمبوت سمبوتن مع الهجرة جك دهاري-هاري يغ منداتغ هاث منجاوهكن كيت دغن اسلام. افاكه ارتيث كيت مغحياتي سمبوتن مع الهجرة جك جهاد ماسيه دساله اغضف دان منجادي ساتو اصطلاح يغ امت مناكوتكن. افاله ضوناث سمبوتن مع الهجرة يغ كيت سمبوت جك فروبهن يغ ادا هاثاله منونجوقكن اومت اسلام برتمبه لمه دان منجادي مغسا فنينداسن بارت ماله تروس دهينا دان دخرخا دغن تودوهن سباضاي فغضانس دان فمخه-بله.


سيدغ جمعة سكلين،
       هجرة مغاجر كيت باضايمانا اوسها رسول الله صلى الله عليه وسلم ممبنتوق نضارا دان ممبينا اومت. متلامت هجرة اداله ساتو، يأيتو مغمبيل تراجو فمرينتاهن باضي ممبوليهكن فرلقسنأن شريعة. تتافي اين تيدق اكن برجاي جك اومت اسلام برفخه-بله. رسول الله صلى الله عليه وسلم تله مثاتوكن انتارا فواق أوس دان خزرج سرتا ممفرساوداراكن انتارا مهاجرين دان انصار. اينتيفاتي هجرة اين ترغكوم دالم سوره آل عمران ايات 102:
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ ءَايَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
دان برفضغ تضوهله كامو سكلين كفد تالي الله ﴿اضام اسلام دان جاغن كامو برفخه بله دان ايغتله نعمت الله كفد كامو كتيك كامو برموسوه-موسوهن ﴿سماس جاهلية دهولو لالو الله مثاتوكن دانتارا هاتي كامو مك جاديله كامو دغن نعمت الله ايت اورغ-اورغ اسلام يغ برساودارا. دان كامو دهولو تله برادا دتفي جورغ نراك ﴿دسببكن ككوفورن كامو سماس جاهلية لالو الله سلامتكن كامو دري نراك ايت ﴿دسببكن نعمت اسلام جوض. دمكينله الله منجلسكن كفد كامو ايات-ايات كتراغنث، سوفاي كامو مندافت فتونجوق.

سيدغ جمعة سكلين،
منخاري فرفادوان دان كساتوان اومت اداله وسيلة اتاو جالن باضي منخافأي متلامت مندولتكن فرينته-فرينته الله. كيت تيدق اكن ممفو منيغضيكن كلمة الله دالم كادأن برفخه-بله دان ساليغ ساله مثاله. فرفادوان امت فنتيغ باضي مغومفولكن كقواتن باضي مغمبركن كأضوغن دان كإيندهن اسلام. بضيتو جوض فرفادوان يغ تيدق برلندسكن تالي الله اتاو فرسفاكتن يغ تيدق برمتلامت منخاري كريضأن الله هاثاله سيا-سيا دان ممباوا فاده. سهاروسث كيت بردعوة كفد الله دغن برادب دان مغضوناكن حكمة سرتا منجاض هوبوغن فرساودارأن سوفاي تيدق منمبهكن جورغ فرفخاهن دكالغن اومت. دان دسمفيغ كيت مغاجق اومت برساتو دان برفادو، كيت تيدق هاروس لوفا كفد أمانه الله باضي ممرتبتكن فرينته دان ارهن الله. برفضغله كفد قاعدة الله سباضايمان فرمان الله دالم سورة النَّحْل ايات 125 :
اُدْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

سروله كجالن توهنمو ﴿واهاي محمد دغن حكمة دان كبيجقسنأن دان نصيحت يغ باءيق دان بربحثله دغن مريك دغن خارا يغ لبيه باءيق.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

Wanita Indonesia didakwa dirogol polis mahu pulang

Posted: 15 Nov 2012 01:37 AM PST

1 Muharram 1433H. [MOD] -




 
Wanita Indonesia yang didakwa dirogol oleh tiga anggota polis di Pulau Pinang mahu kes itu diselesaikan dengan segera supaya dia boleh kembali ke negaranya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyampaikan mesej tersebut hari ini selepas mengunjungi konsulat Indonesia, tempat wanita berusia 25 tahun itu ditempatkan sekarang.

Lim, yang diiringi Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim, berkata mereka mahu memberikan sokongan moral kepada wanita tersebut dan rakyat Indonesia amnya"

Lim berkata apabila kejadian itu diketahui, beliau berada di luar negara di Australia.

Menurutnya, beliau akan bercakap dengan pihak polis Pulau Pinang untuk mempercepatkan kes tersebut supaya wanita berkenaan boleh pulang secepat mungkin.

NONE
"Inilah sebabnya mengapa kita minta Jawatankuasa Bebas Pemantau dan Perilaku Polis ditubuhkan supaya polis tidak akan melakukan perkara-perkara seperti itu," kata Lim kepada pemberita.

"Kami benar-benar mengutuk perbuatan kejam itu dan kita berdiri dengan rakyat Indonesia yang mahu melihat keadilan dilaksanakan," tegasnya.

Lim kemudiannya menawarkan  bantuan kerajaan negeri sekiranya diperlukan oleh wanita berkenaan atau pihak konsulat.

Lim dan rombongannya bertemu dengan Pemangku Konsul Besar Indonesia, Sofiana Mufidah (atas) yang mengesahkan bahawa mangsa berada dalam kesihatan yang baik.

malaysiakini/-

Dua korban treler 'terbang'

Posted: 15 Nov 2012 12:50 AM PST

1 Muharram 1433H. [MOD] -

pix_middle 

pix_topright 

BENTONG: Dua maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan treler dan sebuah Perodua Myvi di Kilometer 42.8 Lebuh Raya Karak menghala ke Kuala Lumpur berhampiran susur keluar Janda Baik, dekat sini, kira-kira 9.25 malam tadi.

Kemalangan berlaku apabila treler yang membawa muatan besi buruk dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan itu terbabas, bergesel dengan pembahagi jalan sebelum terbang serta terhumban ke laluan bertentangan.


Menurut jurucakap Peronda Lebuh Raya Karak, pemandu treler dikenali Mohd Yusof Mansor, 38, dan kelindannya yang belum dikenal pasti identiti maut di tempat kejadian selepas tercampak ke dalam longkang berhampiran. 



"Pemandu treler berkenaan maut akibat parah di kepala dan badan manakala kelindannya putus tangan kanan dan hancur di bahagian muka.


"Dua lagi mangsa yang menaiki Perodua Myvi pula parah dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Sehingga ini, identiti kedua-dua mangsa belum dikenal pasti," katanya.



Menurutnya, siasatan awal tidak menolak kemungkinan treler berkenaan dipandu laju menyebabkan ia hilang kawalan sebaik menuruni selekoh berkenaan.


Difahamkan, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong terpaksa mengambil kira-kira setengah jam untuk sampai ke lokasi kejadian berikutan kesesakan lalu-lintas.



Kemalangan itu juga menyebabkan laluan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur terpaksa ditutup kira-kira dua jam untuk kerja-kerja pembersihan sebelum dibuka semula kira-kira 11.30 malam.

metro/-

KP Kesihatan didenda RM3,000 kerana khalwat

Posted: 15 Nov 2012 12:48 AM PST

1 Muharram 1433H. [MOD] -


 
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat.

Jika Dr Hasan, 56, gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama tiga bulan.
    
Beliau didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya kira-kira 2.18 pagi hari ini.
    
Wan Syarifah Nooraazmanita turut mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dikenakan denda RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu.
    
Mereka membayar denda itu.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mengenakan hukuman denda itu setelah mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama bagi kedua-dua mereka dan mereka telah mengaku insaf terhadap kesalahan tersebut serta mempunyai niat melangsungkan perkahwinan selepas ini.
    
Dr Hasan didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 manakala Wan Syarifah Nooraazmanita didakwa mengikut Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun jika sabit kesalahan.
    
Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwa syarie Che Saupi Che Husin dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sepasukan anggota penguatkuasa dari JAWI bertindak memeriksa bilik tersebut selepas menerima maklumat awam.
    
Pasukan itu kemudiannya mengetuk pintu bilik itu dan lebih kurang lima minit ia dibuka oleh Dr Hasan yang berbaju kemeja berwarna biru dan berseluar coklat.
    
Selepas dibenarkan masuk oleh Dr Hasan, pemeriksaan mereka mendapati Wan Syarifah Nooraazmanita yang memakai baju dan berseluar hitam sedang duduk di kerusi berhampiran katil.
    
Hasil siasatan lanjut mendapati Dr Hasan merupakan seorang duda dan Wan Syarifah Nooraazmanita masih lagi isteri yang sah kepada pasangannya.
    
Wan Syarifah Nooraazmanita, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa beliau dalam proses perceraian dengan suaminya.

Ketika merayu hukuman ringan, Dr Hasan berkata beliau mengaku bersalah dan bertanggungjawab atas kesalahan itu dan beliau belajar daripada kesilapannya dan
insaf.

- Bernama


'Rosmah' gamatkan Muktamar Muslimat

Posted: 15 Nov 2012 12:30 AM PST

1 Muharram 1433H. [MOD] -



(Mumtaz dan Dr Mariah tergelak mendengar ucapan perwakilan)

KOTA BHARU: Muktamar Dewan Muslimat hari ini menjadi gamat seketika apabila ucapan Perwakilan Beruas Norasyikin Hashim dengan tiba-tiba menyebut nama 'Rosmah' dalam perbahasannya.

Ketika membahaskan usul pembantu rumah, Norasyikin dengan loghat Peraknya mencuit hati lebih 1300 perwakilan.

"Kita mahu Muslimat jadi macam Rosmah, minta (peruntukan) apa sahaja terus dapat. Tengoklah Permata, berapa dia dapat? Kalau boleh Muslimat pun macam itu," katanya (gambar) berseloroh sambil diikuti ketawa dan tepukan gemuruh dari perwakilan.

Gelagat beliau yang beberapa kali tersasul dan tesekat-sekat untuk berucap dek disampuk oleh pengerusi tetap, namun beliau masih mampu tersenyum dan bersahaja membuatkan perwakilan ketawa.

"Apa dah? Saya dah lupa apa nak saya cakap...," katanya sambil terpinga-pinga mencari ucapan untuk sambung perbahasannya.

Sebelum itu, beliau mencadangkan agar Muslimat diberi peruntukan oleh PAS Pusat untuk merealisasikan usaha mereka bagi menubuhkan akademi pembantu rumah khususnya membabitkan warga tempatan.

Beliau juga mensyorkan agar Muslimat mewujudkan nurseri seperti Pasti yang sudah sedia ada.

"Saya cadang buat nurseri macam Pasti, biar baju sedondon. Kalau kita pergi ke rumah-rumah taklah segan. Baru glamour," katanya dikuti tepukan gemuruh perwakilan.


harakah/-

Futsal Padang Pemuda PAS Sarawak danPemudaKampungBatuSatu, Miri

Posted: 14 Nov 2012 09:31 PM PST

1 Muharram 1433H. [MOD]

 Miri, 11/11/2012 - DewanPemuda PAS kawasan Miri telah Berjaya menganjurkanPertandingan Futsal padangbersamapenduduk Kg Batu 1 yang telahdisertaioleh 16 PasukandarisekitarSenadin,

 TudandanPemyjaya. Pertandinganbermulapukul 8.00 pagidandirasmikanolehKetuaPemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Bin Paijo denganmengambiltendangansudutpenaltisebagaisimbolikupacaraperasmian. Di dalamucapanperasmiannya, Mohammad Arifiriazul menyebutbahawa PAS Sarawak

mengambil berat perkembangan golongan belia di Sarawak.Dalamdokumen 12 Tawaran Rakyat PAS Sarawak, PAS Sarawak meletakkan satu tawaran khas untukgolonganbelia. Antara perkara yang PAS Sarawak tawarkan kepada golongan belia adalah Meningkatkan capaian internet Sarawak kepada 100% dalammasa 2 tahun. RM 50 juta khusus untuk pembangunan belia dan sukan di

 seluruhnegeridaninsentifkhasuntukmembantugolonganmudamendirikanrumahtanggabagimeringankanbebankosperkahwinan Pertandinganberakhirpadapukul 4.00 petangdanPasukan Tsunami Tackle telahdinobatkansebagaiJuarabagitahun 2012

 apabilamenewaskanpasukanBasicallocapadaperlawananakhirdenganjaringan6-2. TempatketigajatuhkepadaPasukan War 8 yang

 memenangi perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat  menewaskan pasukan Formula 1.

Penganjuran Futsal kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripenduduk kampung yang

bermain dengan penuh semangat kesukanandan Dewan Pemuda PAS

 akanterusbersamadenganpemudasertaakanmenganjurkanperlawanan yang lebihbesarpadamasaakandatang.

pas miri/-

Pertahan ijtihad tahaluf siyasi - Ketua Ulamak

Posted: 14 Nov 2012 07:58 PM PST

1 Muharram 1433H. [MOD] -


(Para perwakilan dan pemerhati Muktamar Dewan Ulamak)


KOTA BHARU: Para ulama di dalam PAS diseru agar mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat.


Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, untuk mencapai matlamat politik Islam, ulamak berijtihad dalam menentukan wasilahnya.


"Antaranya, Ulamak dalam PAS berijtihad dengan merujuk kepada al-Qur'an dan al-Hadis membenarkan  Tahaaluf  Siyasi dengan parti-parti lain dengan syarat-syaratnya sebagai satu wasilah mencapai kemenangan dalam pilihanraya.


"Rentetan daripada ijtihad Tahaaluf Siyasi, ahli-ahli PAS diarahkan mengundi calon-calon pilihanraya bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat," katanya.


Untuk itu, katanya, ulamak perlu menjelaskan perkara ini kepada ahli-ahli parti dengan dalil-dalil daripada al-Qur'an dan al-Hadis.


Dalam masa yang sama juga Ulamak perlu sentiasa prihatin dengan syarat-syarat Tahaaluf Siyasi yang telah digariskan.


"Sekiranya berlaku sebarang pelanggran kepada syarat-syarat tersebut, Ulamak perlu segera menegur kepimpinan parti dan memberikan nasihat," katanya.


Beliau berkata demikian ketika memberikan Ucaptama dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang berlangsung di Dewan Duyung, Perdana Resort hari ini.  Teks ucapannya dibaca Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Dr Mahfudz Mohamad.

Dalam ucapan itu juga, Ustaz Haron turut memberitahu, ulamak PAS perlu menggunakan media baru dalam menyampaikan mesej dakwah mereka.


"Tidak cukup hanya dalam kuliah di surau dan masjid serta ceramah, bahkan perlu disiarkan dalam media massa. Youtube, blog, website dan media alternatif lain perlu digunakan semaksimum mungkin untuk tujuan tersebut," katanya.


Ulamak perlu memanfaatkan media ini bagi membentuk minda rakyat dan cara pemikirannya agar benar-benar menguntungkan Islam di samping mempunyai semangat untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini, tambahnya.


Sementelahan lagi isu berkaitan ijtihad siyasi dan tarbawi biasanya dialpakan oleh banyak pihak.


Ulamak Haraki berperanan memenuhi media baru dengan pemikiran dakwah, tarbiyah dan jihad menentang kezaliman.


Jihad Ulamak Haraki, katanya,  tidak hanya dengan lisan tetapi juga menggunaka mata pena penulisan.


"Marilah kita mengisi ruangan yang terbuka luas sebagai medium dakwah moden untuk menyampaikan risalah Allah kepada masyarakat," jelas beliau.

harakah/-

Provokasi: PAS cadang ambil tindakan undang-undang

Posted: 14 Nov 2012 07:51 PM PST

1 Muharram 1433H. [MOD] -



IPOH: PAS Perak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang membuat provokasi dan halangan terhadap Kembara Oren Selamatkan Felcra baru-baru ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya sudah mengenal pasti individu-individu yang telah menghalang, mengepung, dan membuat kekerasan terhadap peserta kembara.

Menurutnya, beliau telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut namun sehingga hari ini pihaknya tidak mendapat perkembangan.

Bercakap dalam sidang media di Pejabat PAS, hari ini, Razman yang juga Pengerusi Badan Bertindak Peneroka Felcra (BAPA) berkata, beliau sangat kesal kerana pihak polis yang berada tempat kejadian tidak membuat apa-apa tindakan sebaliknya bersama-sama berkumpul bersama pihak yang membuat provokasi.

Sementara itu, Peguam PAS, Zamri Ibrahim berkata, pihaknya masih menunggu perkembangan daripada pihak polis berkenaan laporan yang telah dibuat itu.

Katanya, pihaknya akan menulis surat kepada pegawai penyiasat kes ini apakah tindakan yang sudah dilakukan setelah menerima laporan polis ini.

Pengerusi Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Dewan Pemuda PAS Perak (JUHAM) itu menjelaskan, pihaknya kesal kerana pihak polis yang berada di tempat kejadian tidak menjalankan tanggungjawab mereka yang sepatutnya.

"Sepatutnya orang yang membuat provokasi diminta bersurai sebelum pihak polis membuat tindakan lain seperti yang dilakukan kepada peserta Bersih," katanya.

Kata beliau, jika pihak polis membuat keputusan tiada pertuduhan ke atas pihak yang membuat provokasi itu, pihaknya akan melihat daripada ruang tindakan sivil.

"Kita mendapat asas yang kukuh untuk mendakwa mereka antaranya elemen kekerasan, serangan dan kesalahan merosakkan harta benda.

"Jika polis membuat keputusan tiada kesalahan jenayah kami akan saman dari aspek sivil," jelas beliau.

Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien dan barisan peguam.


Tahun 1433H saksi rakyat bangkit bersuara

Posted: 14 Nov 2012 07:32 PM PST

1 Muharram 1433H. [MOD] -


Tahun 1433H adalah tahun yang mencabar dan dijangka tahun 1434H akan menjadi lebih mencabar, khususnya bila rakyat negeri Selangor memberi mandat mereka kepada Pakatan Rakyat untuk terus mentadbir Negeri Selangor Darul Ehsan.


Penghijrahan Negeri Selangor dari pentadbiran kerajaan yang lama kepada yang baru telah menghasilkan berbagai kebaikan kepada rakyat menerusi program-program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES).  



Hijrah mandat rakyat yang telah berlaku jelas memberi  manafaat kepada rakyat Selangor menerusi beberapa fokus utama; ekonomi, politik, sosial, dan pemeliharaan alam sekitar serta usaha-usaha pemberdayaan masyarakat seperti kewujudan Pusat Wanita Berdaya di seluruh Negeri Selangor.  



Keseluruhan 25 perkara dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 telah dipenuhi kecuali yang memerlukan pindaan-pindaan Akta di peringkat persekutuan, umpamanya untuk memberi jaminan keselamatan kewangan sepanjang hayat kepada suri rumah  menerusi caruman berkala, seperti KWSP atau SOCSO.


Tahun 1433H telah menyaksikan kebangkitan rakyat menyuarakan pandangan mereka dalam Himpunan Bersih, Himpunan Hijau, Himpunan Rakyat demi menegakkan kebenaran dan keadilan sistem-sistem yang mengesani kehidupan dan masa depan rakyat seperti sistem pilihan raya yang adil dan telus, pengagihan sumber dan pendapatan negara yang adil dan saksama serta pengembalian hak rakyat negeri dengan memberi laluan sebaiknya kerajaan negeri mentadbir negeri.  



Dalam konteks negeri Selangor, kembalikan pengurusan SYABAS  kepada Kerajaan negeri dan hendaknya adil serta benar dalam hebahan isu Talam dan AES oleh media arus perdana.


Tahun 1433H telah juga memfokuskan usaha advokasi, perlindungan mangsa dan pendakwaan terhadap keganasan terhadap insan, khususnya wanita. 

  

"Kembalikan Nikmat Rasa Aman dan Selamat Rakyat" menjadi agenda penting Kerajaan Negeri Selangor selaras dengan cita-cita menjadikan negeri Selangor negeri yang selamat dan sejahtera didiami oleh semua, sama ada insan warganegara atau pun bukan warganegara.


Usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dipertingkatkan demi memenuhi keperluan rakyat kini, seperti perumahan yang mampu dimiliki, wi-fi percuma, penjagaan anak-anak bagi ibubapa yang bekerja dan para ketua keluarga wanita, air percuma, pembaikan infrastruktur, pelaburan untuk anak-anak baru lahir, 


sumbangan pendidikan kepada pelajar di IPT, Skim Kesihatan Wanita, berbagai skim mikrokredit dan program pemberdayaan ekonomi, dan usaha-usaha pembangunan wanita setempat menerusi Pusat Wanita Berdaya.  


Hasrat penghijrahan dari pentadbiran lama kepada yang baru ialah untuk mengoptimumkan penggunaan sumber yang ada dengan kos yang minimum ke arah merayatkan sepenuhnya hasil dan khazanah negeri untuk keselesaan dan kesejahteraan rakyat negeri Selangor.


Dalam menggalakkan akses kepada informasi yang tepat dan benar berkaitan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, rakyat adalah diseru untuk berhijrah kepada pembacaan dan alat informasi alternatif seperti MediaSelangorku, Selangorkini dan Selangor Times serta bahan-bahan edaran berkaitan isu-isu yang dihangatkan seperti Talam, AES dan juga hasrat Kerajaan untuk mengambilalih Syabas.



SemOga Tahun Baru Hijrah 1434 ini akan menjadikan hubungan antara rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor, yang diterajui oleh  Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi lebih sefahaman, berlapang dada, saling nasihat-menasihati dalam amalan amar maaruf nahi mungkar, dan meningkatkan kualiti serta keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri.



Selamat menyambut Tahun Baru 1434H.


malaysiakini/-

PAS Negeri Sembilan

Posted: 14 Nov 2012 09:14 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Ceramah Dr Arif Kasmo 25 Nov 2012 di Senawang

Posted: 14 Nov 2012 08:03 PM PST



CERAMAH SAMBUTAN HIJRAH DAN ASYURA
Tajuk : Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran
Penceramah : Prof. Dr Mohd Arif Kasmo, Pusat Pengajian Umum, UKM, Bangi - BSc (Zoology), Sarjana (Pendidikan), PhD (Pendidikan Falsafah Sains)
Tarikh : 25 Nov 2012, AHAD
Masa : 7.20 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Sempena Sambutan Awal Muharram dan Hari Asyura

Semua dijemput hadir

PASAK adalah singkatan kepada ungkapan Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran. Maklumat lanjut di http://pasakeedah.blogspot.com

Amalan Yang Disunatkan Pada 10 Muharram

Selain daripada melakukan puasa pada hari 'Asyura', orang Islam juga disunatkan menyenangkan dan menggembirakan hati kaum keluarga.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari 'Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun." (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Berpuasa serta menyenangkan hati keluarga, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin pada hari 'Asyura' ini adalah amalan yang tidak boleh dilepaskan
fadhilatnya begitu sahaja.

KARNIVAL EKSPLORASI KERJAYA 2012

Posted: 14 Nov 2012 01:20 AM PST



USIM dengan kerjasama Pusat Jobsmalaysia Seremban akan menganjurkan  KARNIVAL EKSPLORASI KERJAYA 2012 seperti berikut :

Tarikh : 22 - 24 November 2012 (Khamis - Sabtu)
Masa : 8.30 pg - 4.30 ptg
Tempat : Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM Nilai, Negeri Sembilan

Maklumat lanjut di http://carexusim.blogspot.com

PAS Kawasan Miri

Posted: 14 Nov 2012 07:47 PM PST

PAS Kawasan Miri


Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1434

Posted: 14 Nov 2012 04:48 AM PST

Maal Hijrah 1434 Tahun Baru Untuk Rakyat Malaysia
Pada 15hb November 2012 bersamaan dengan hari Khamis, 1 Muharram 1434 Hijrah adalah tahun baru bagi umat Islam.

Hijrah merupakan tarikh kalendar Islam. Ia bermula pada tahun bulan di mana Nabi Muhammad (saw) berhijrah dari Makkah ke Madinah.

Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi.

Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.

Menurut sejarah, Hijrah mula diperkenalkan di dalam tahun 638 TM oleh sahabat rapat Nabi dan Khalifah yang kedua, `Umar ibn al-Khattab (592-644 TM).

Beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan sebelum ini oleh bangsa-bangsa Arab dan juga bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Muharram telah dipilih sebagai bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Pada bulan ini Allah melarang kaum muslimin untuk berperang. Dalam penafsiran lain adalah larangan untuk berbuat maksiat dan dosa. Namun bukan bererti berbuat maksiat dan dosa boleh dilakukan pada bulan-bulan yang lain.

Memandangkan kalendar Islam adalah kalendar lunar, Muharram bergerak dari tahun ke tahun apabila dibandingkan dengan kalendar Gregorian.

Sempena dengan kedatangan awal bulan Muharram pada tahun ini, marilah kita semua menyambutnya dengan semangat muhibah dan harmoni. Janganlah kita bergaduh sesama sendiri disebabkan oleh berlainan bangsa, agama dan fahaman ideologi.

PAS Sarawak ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1434 kepada semua masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman ideologi. Sama-samalah kita menyambutnya dengan azam yang baru.

Kita hendaklah berazam untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Hijrah yang bermaksud berpindah atau beralih daripada buruk kepada baik, daripada baik kepada yang lebih baik lagi dan seterusnya.

Inilah masanya untuk semua rakyat Malaysia bersatu kearah perubahan yang lebih baik dari sebelumnya agar segala kepincangan selama ini dapat diubah dengan memilih pemimpin yang adil dan saksama untuk semua.

Tahun baru Hijrah adalah permulaan yang baik untuk kita memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan yang kita lakukan selama ini.

Semoga pada tahun baru Hijrah 1434 ini, akan berlaku satu penghijrahan dan perubahan yang lebih besar, yang lebih baik untuk diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan juga negara kita dari sebelumnya. Insya-Allah

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
1434 Maal Hijra New Year  For Malaysians
On 15th November 2012 is equivalent to 1st Muharram, Thursday, 1434 Hijra is the new year for the Muslims.

Hijra is the Islamic calendar date. It began in the month in which the Prophet Muhammad migrated from Mecca to Medina.

Hijra date also marks the beginning of the year and the new date for the Muslims. In the Islamic calendar, calendar foundation is based on the movement of the moon around the earth.

It is the calendar, which is widely used in most of the Muslim countries to determine the important days of Islam. This calendar is a lunar calendar (based on month), and has about 355 days a year.

According to history, Hijra was first introduced in 638 CE by the Prophet close friends and the second Caliph, `Umar ibn al-Khattab (592-644 CE).

He ('Umar) wanted a calendar / Islamic taqwim specially to replace a varied reference calendar year, which is previously used by Arab nations and other nations at the time.

Muharram has been chosen as the first month in the Islamic calendar system (Hijra). Basically, Muharram means 'forbidden' or 'taboo', that God prohibits the making of war or bloodshed. In this month Allah forbids the Muslims to fight. In the other interpretation is the prohibition to do evil and sin. But it does not mean to do evil and sin can be done in other months.

As the Islamic calendar is a lunar calendar, Muharram moves from year to year when compared with the Gregorian calendar.

In conjunction with the early arrival of Muharram this year, let us all celebrate in the spirit of goodwill and harmony. Let us not fight each other due to different races, religions and ideological beliefs.

Sarawak PAS would like to wish the new year 1434 Hijra to all people regardless of race, religion and ideological beliefs. Let us celebrate the occasion with a new determination.

We shall strive to be better than before. Hijra which means to move or shift from bad to good, from good to better and so on.

It's time for all Malaysians, united towards a better change than before, so that all the deficiencies or lameness over the years can be changed by selecting a fair and just leader for all.

Hijra new year is a good start for us to improve our weaknesses and mistakes that we did over the years.

Hopefully in this new year 1434 Hijra, there will be a migration and greater changes, better for ourselves, our families, our communities and our country than ever before. Insha-Allah

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Miri Chief cum PAS Sarawak Deputy Commissioner iii

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 14 Nov 2012 03:46 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


ASTAGFIRULLAH ! NGO SISTERS MANA TV3 ,BUTA KE?

Posted: 14 Nov 2012 01:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Selangor hari ini menyatakan rasa kesal berhubung tindakan NGO Sisters in Islam (SIS) yang murtad secara tidak langsung, serta menggesa pihak berkuasa agama mengadakan pertemuan dengan pertubuhan tersebut bagi membendung fahaman pluralisme dan kebebasan beragama daripada merebak.

Setiausaha PUM, Mohd Khairunnizam Mohd Supian menegaskan, walaupun SIS telah "menafikan menyokong murtad, namun kenyataan mereka tentang kebebasan keluar masuk agama Islam tidak boleh diterima atas alasan apa pun kerana hukum yang digunapakai di Malaysia jelas mengenainya."

"Perlu diingatkan, kebebasan beragama telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dengan erti kata penganut agama bukan Islam berhak menjalani amalan dan ibadah mereka tanpa diganggu dan mengganggu orang lain, manakala umat Islam sebagai penduduk asal dan majoriti negara ini berhak untuk mengamalkan ajarannya termasuklah dalam hal menyekat penukaran agama yang dilarang dalam agama Islam secara qat'ie," jelas Khairunnizam dalam kenyataan tersebut.

Khairunnizam turut menegaskan, setiap kenyataan berkaitan agama perlu dirujuk kepada pihak yang berkenaan terutamanya para ulama muktabar dan pihak berkuasa agama.

"Walaupun secara umumnya sebagai umat Islam mereka berhak untuk berbicara tentang agama mereka secara asasnya, namun dalam perkara yang melibatkan perbahasan hukum yang mendalam, pihak ulama dan cendekiawan Islam merupakan pihak yang lebih berautoriti untuk dirujuk manakala pihak berkuasa berhak menguat kuasakan mana-mana pandangan ulama muktabar yang sesuai dengan realiti tempat dan masa berdasarkan kaedah," jelas kenyataan itu lagi.

"PUM memandang berat kenyataan NGO tersebut yang bertentangan dengan kehendak ajaran Islam dan menggesa pihak berkuasa agama berbuat sesuatu dengan mengadakan pertemuan dengan mereka seterusnya tindakan lain yang perlu bagi membendung kefahaman yang salah seperti liberalisme, pluralisme dan inklusivisme daripada merebak."

PUM turut menggesa isu berkaitan agama itu juga tidak dipolitikkan kerana ia boleh menimbulkan konflik dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

SIS sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa, kebebasan beragama mestilah termasuk untuk menukar agama, kata badan bukan kerajaan yang memperjuangkan wanita Muslim berikutan dakwaan kenyataan Nurul Izzah Anwar sebelum ini yang dikatakan menyokong kebebasan beragama termasuk dalam kalangan masyarakat Melayu, Islam di negara ini.

SIS turut mempersoalkan, bagaimana Muslim menuntut kebebasan, yang mahu menarik lebih ramai orang bukan Islam untuk memasuki agama itu tetapi dalam masa sama tidak membenarkan penganutnya keluar dari agama tersebut.

"Kepercayaan berdasarkan paksaan akan jadi hipokrit," menurut SIS dalam kenyataan medianya.

Pengarah program SIS, Suri Kempe menerangkan bahawa NGO tersebut tidak menggalakkan umat Islam untuk murtad, sebaliknya memperjuangkan kebebasan meninggalkan agama bagi mereka yang tidak lagi mempercayainya.

"Islam bukanlah agama jalan sehala," kata Suri.

Kenyataan Nurul Izzah, yang juga merupakan naib presiden PKR dalam forum berkenaan dengan isu negara Islam di Subang Jaya minggu lalu telah menyebabkan beliau diserang oleh pemimpin agama dan pemimpin Umno dengan mengatakan beliau menggalakkan murtad.

Nurul Izzah telah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menjelaskan perkara tersebut dan akan mengambil tindakan ke atas akhbar yang dimiliki Umno, Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog kerana memutarbelitkan kenyataannya.

Murtad dan kebebasan beragama adalah isu sensitif di Malaysia, di mana Melayu — yang mewakili 60 peratus dari 28 juta penduduk — dari segi Perlembagaan adalah Muslim.

Sementara kebebasan untuk beragama adalah dijamin bagi bukan Muslim di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, semua orang Melayu adalah Muslim di bawah undang-undang.

Undang-undang Islam melarang Muslim dari keluar dari agama tersebut dan undang-undang syariah negara ini telah memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk mengenakan hukuman kepada golongan murtad.

Dengan mempunyai dua sistem perundangan syariah dan persekutuan, ianya sering mencetus kontroversi dalam kebebasan beragama di bawah artikel 11 apabila orang Muslim cuba untuk keluar dari agamanya.

Ini boleh dilihat dalam kes Lina Joy (Azalina Jailani), Revathi Massosai dan Nyonya Tahir (Wong Ah Kiu).
Dicatat oleh ELBI RISALAH

Dupahang's Weblog

Posted: 14 Nov 2012 12:20 PM PST

Dupahang's Weblog


Khutbah: Hijrah Untuk Menegakkan Negara Islam

Posted: 14 Nov 2012 05:57 AM PST

Oleh: ustaznik “Sinopsis: Taqwim Islam ditandai dengan peristiwa hijrah Nabi SAW dari Mekah ke Madinah. Ia bukan semata-mata berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Ia adalah satu perjalanan bagi meneruskan kesinambungan sebuah perjuangan yang amat besar bagi mengubah dunia dari jahiliah kepada Islam, dari sesat kepada petunjuk, dari kezaliman kepada keadilan, dari kesempitan hidup [...]

Hijrah 1434 – Tahun Mengukuh Tali Allah Bukan Tali Kebangsaan

Posted: 14 Nov 2012 05:45 AM PST

Oleh Nik Abdul Aziz Sambutan tahun baru Hijrah 1434 kali ini amat baik bagi semua umat Islam sama-sama bermuhasabah dalam meneruskan usia (nikmat) kehidupan agar sentiasa diredai Allah SWT. Lebih-lebih lagi dalam suasana umat Islam, termasuk di negara ini yang masih diselubungi dengan isu perpecahan dan perpaduan. Justeru perpaduan adalah pilihan terbaik demi mengukuhkan kedudukan [...]

| Perutusan Maal Hijrah 1434h

Posted: 14 Nov 2012 05:41 AM PST

Oleh Abdul Hadi Awang Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucapkan selamat menyambut maal hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia amnya. Peristiwa hijrah adalah peristiwa besar yang memberi pengajaran bermakna kepada kita khususnya rakyat Malaysia dalam berdepan dengan pilihanraya. Tindakan pertama Rasulullah SAW selepas hijrah dalam membangunkan negara Madinah ialah mendirikan masjid dan keduanya [...]

Duduk di Pahang, berurusan di Negeri Sembilan

Posted: 14 Nov 2012 05:34 AM PST

Khairil Abdul Rahim, 14 Nov 2012 (Musa Hasan menyerahkan memorandum kepada Tuan Ibrahim. Di belakang kelihatan jalan tanah merah yang menjadi laluan ke kawasan penempatan mereka sejauh 6 kilometer.) BERA: Mereka merupakan penduduk negeri Pahang, tetapi untuk membeli belah, melakukan urusan rasmi dan menghantar isteri bersalin terpaksa pergi ke Negeri Sembilan kerana kegagalan kerajaan negeri [...]

TERKINI! Pemimpin Umno Mengamuk Di Johor! Saksikan!

Posted: 14 Nov 2012 02:38 AM PST

UMNO PT YAANI Semakin terdesak

Rampasan baju Bersih 2.0 tidak sah – mahkamah

Posted: 14 Nov 2012 02:34 AM PST

KUALA LUMPUR:Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan bahawa rampasan baju Bersih 2.0 oleh pihak polis dan Menteri Dalam Negeri tidak sah. Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi turut memerintahkan bahawa pihak polis harus memulangkan baju-baju yang dirampas kepada plaintif dalam masa 14 hari. Demikian dimaklumkan Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS [...]

Pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M)

Posted: 14 Nov 2012 02:27 AM PST

Oleh: tinburuk Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Walaupun ini adalah suatu gimik untuk tarik sokongan golongan kepada kepada BN, tapi DS Najib memang bersungguh-sungguh dalam hal ini. Pengacara, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman atau nama sebenar, Muhammad Hakim Lokman menepelak dengan berkata, pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia [...]

Ikutan Kami Rasulullah, Bukan Ayatullah Atau Hizbullah

Posted: 14 Nov 2012 02:16 AM PST

Oleh: ustaznik “Ketika guru saya, almarhum Dr Sheikh Nuh Ali Salman al-Qudha, Mufti Jordan bercuti di rumahnya di Eidon, Irbid selepas 2 tahun menjadi duta Jordan ke Iran, saya menziarahinya. Antara soalan saya kepadanya: 'Apa yang menarik dan boleh diambil manfaat dari Iran?' Beliau menjawab: 'Ada 2 perkara. Pertama Iran melantik para ulamanya menjadi pengerusi atau [...]

Umno, MCA bersatu halang hukum Allah

Posted: 14 Nov 2012 02:11 AM PST

Sepatutnya isu-isu seperti inilah yang wajar dibuka mata oleh individu seperti Hasan Ali dan Nasaruddin Mohd Isa. Saban hari menghentam PAS dan DAP kononnya mengorbankan prinsip perjuangan menegakkan Islam. Harap-harap janganlah dibutakan terus mata, sementara dikurniakan Tuhan boleh melihat antara yang hak dan batil. Janganlah kerana perasaan dendam kesumat politk, memejamkan mata dengan realiti.  Sedarlah, [...]

Saham FVGH – KWSP Dan KWAP Spekulator Pasaran

Posted: 14 Nov 2012 02:05 AM PST

Oleh R.C. Salam. Saya mengunjungi laman Web Bursa Saham. Amat terkejut didapati KWSP dan KWAP menjadi spekulator dan support bagi menjaga nilai saham FVGH dipasaran terbuka. Saya mohon pihak tuan mengunjugi laman [sila_klik] dan lihatlah satu persatu diruangan view. saya juga mohon save dan print dokument sebelum dihilangkan. Sila ke http://feldaglobal.com/bursa_announce.php Sekian. Terimakasih

Muktamar Ulamak bertemakan “Ulamak Haraki benteng Izzah Islam” adalah Kewajipan Muhasabah Perjuangan

Posted: 14 Nov 2012 01:48 AM PST

Seluruh ahli Dewan Ulamak diseru mewakafkan masa dan diri mereka untuk ke Muktamar Dewan Ulamak ke 51 yang akan berlangsung pada hari Khamis 15 hb November 2012 di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu bermula jam 8 pagi sehingga 11 malam. Kehadiran ke Muktamar adalah penting sebagai satu kewajipan bersama menilai segala kerja perjuangan [...]

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 14 Nov 2012 11:46 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Muktamar: Medan jihad untuk menangkan Islam

Posted: 13 Nov 2012 03:36 PM PST


KUALA LUMPUR: Para pendukung PAS diseru menjadikan Muktamar Tahunan PAS ke-58 sebagai medan meningkatkan semangat jihad dalam meneruskan usaha memenangkan perjuangan Islam di Malaysia.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana muktamar kali ini merupakan ijtimak terakhir parti sebelum menghadapi PRU13.

"Jadikan ia medan meningkatkan semangat jihad dalam meneruskan usaha memenangkan perjuangan Islam di Malaysia," ujarnya.

Beliau menegaskan, PAS yakin perwakilan akan menggunakan kesempatan ini untuk saling mengukuhkan gerak kerja, mengemaskan jentera dan meningkatkan pengorbanan seluruh ahli.


Menurutnya, muktamar diadakan sempena bulan hijrah bagi mengingatkan pimpinan dan ahli kesukaran Rasul dalam mempertahankan Islam sehingga menuntut pengorbanan yang besar seluruh pihak Muhajirin dan Ansar.

Katanya, pemilihan bulan Muharam sebagai bulan muktamar mempunyai matlamat terselindung agar dapat dihayati oleh seluruh perwakilan dan pemerhati.

"Inilah masa terbaik menggerakan semangat dan pengorbanan. Marilah kita hayati ucapan Presiden sebagaimana para sahabat mendengar arahan daripada Rasulullah," ujarnya dalam Facebook.

Justeru, beliau berharap janganlah ada yang berjalan terlalu laju sehingga meninggalkan pengikut di belakang, dan jangan pula terlalu perlahan sehingga orang di belakang menendang kaki orang di hadapan.

"Kita berjuang di atas satu saf yang kukuh, ibarat bangunan yang tersusun teguh. Jangan terganggu perjalanan ini kerana adanya panggilan-panggilan kiri kanan yang berusaha untuk melengahkan kemenangan Islam.

"Ya Allah, satukan kami, perteguhkan azam kami dan terimalah taubat kami," ujar beliau lagi.

Unit Amal sertai Istiadat Perbarisan Kehormatan

Posted: 13 Nov 2012 03:36 PM PST


(Unit Amal menyertai pembarisan sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad)

KOTA BHARU: Pasukan Unit Amal diberi penghormatan menyertai Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V di Padang Merdeka, kelmarin.

Unit Amal diwakili Briged Amal dari Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Mardhiah, Panchor, Pengkalan Chepa.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, pertama kali dalam sejarah pasukan Unit Amal dijemput menyertai acara rasmi peringkat negeri.

"Ini merupakan satu pengiktifaran yang belum pernah berlaku sejak kewujudan Unit Amal kira-kira 25 tahun lalu.

"Saya yang turut sama berada di pentas utama terasa begitu teruja melihat kecekapan anggota-anggota Unit Amal, yang mana sebelum ini hanya kelihatan pada program-program parti.

"Mereka juga berkemampuan menyertai acara besar seperti itu dengan segak berbaris seperti pasukan berpakaian seragam lain," katanya di sini.

Pasukan Briged Amal tersebut disertai 35 anggota pernah muncul sebagai johan pertandingan kawat kaki anjuran Yayasan Islam Kelantan.

Abdul Latiff yang juga Adun Mengkebang berkata, Unit Amal mengembangkan pasukan berpakaian seragam itu ke beberapa sekolah agama di bawah Yik, di mana mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar.

Sementara itu sempena perasmian Muktamar PAS kali ke-58 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) pada Jumaat ini difahamkan pasukan Unit Amal juga akan diberi penghormatan mengadakan perbarisan kehormatan.

Bantu Islam, bukan jadi batu penghalang - Tuan Ibrahim

Posted: 13 Nov 2012 03:35 PM PST


(Tuan Ibrahim berucap di Padang Rengas - foto Muslimeen United)

PADANG RENGAS: "Cukuplah zaman kita menjadi penyokong PAS, sudah tiba masanya kita menjadi pekerja dan pembantu kepada PAS," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam majlis Kembali Ilmu di Kg Biong, Sauk, Padang Rengas dekat sini.

Untuk mencapai matlamat tersebut, beliau menggesa kepada semua ahli agar bersiap dan memperkemaskan jentera dan organisasi disemua peringkat.

Ini bagi memastikan misi untuk menawan Putrajaya akan berhasil, tegas Tuan Ibrahim sebagaimana yang dilaporkan oleh blog Muslimeem United.

(Sebahagian orang ramai yang hadir - foto Muslimeen United)

Beliau juga mengingatkan kepada ahli-ahli supaya jangan menjadi batu penghalang kepada kemenangan Islam, "Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan sesuatu tindakan parti, maka ada salurannya, jangan kita menggunakan media musuh sebagai medan kita meluahkan ketidakpuasan."

Dalam ucapannya juga beliau menyarankan kepada pimpinan agar menggunakan segala ruang yang ada disekeliling bagi memenangkan Islam.

"Orang muda dengan cara orang mudanya, orang tua dengan cara orang tuanya, bahkan sekiranya seseorang itu hanya boleh makan sahaja pun perlu digunakan untuk memenangkan Islam," seloroh beliau.

Program Jelajah Kembara Ilmu bersama beliau dimulakan dengan Kuliah Dhuha di Balai Tasawur Islam, Simpang Empat, Semanggol, kemudian Hitea di Kg Biong, sauk.

Kuliah Maghrib pula di Kg luat Lenggong dan ceramah umum bersama Ketua Pemuda PAS Perak di Pekan Karai, Kuala Kangsar.

Najib perdaya artis tarik sokongan kepada Umno

Posted: 13 Nov 2012 03:34 PM PST

KUALA LUMPUR: Pengacara, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman (gambar) atau nama sebenar, Muhammad Hakim Lokman berkata, pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya untuk tarik sokongan golongan itu kepada BN.

Katanya, Umno terbukti semakin parah kerana sanggup menjanjikan habuan demi kepentingan politik.

"Ini janji tak ikhlas, kenapa baru sekarang nak bagi (perhatian) kepada artis. Adakah kerana tiada penyokong, baru nak gunakan artis.

"Ini semua tindakan terdesak mereka. Selama ini siapa yang pandang artis, kami hanya digelar sebagai penghibur, tiada kepentingan," tempelaknya.

Najib melancarkan YA1M itu semalam sebagai langkah menarik sokongan golongan seni yang semakin peka dengan isu politik kepada BN.

Dalam ucapannya, beliau berjanji kepada golongan seni menyokong kerajaan akan mendapat bantuan lebih banyak kelak jika BN meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Najib turut mengumumkan sumbangan RM2 juta kepada YA1M pada tahun ini dan RM3 juta pada tahun depan di samping akan menimbang untuk menyediakan skim perlindungan insurans kepada golongan seni.

"Kalau dah buat macam-macam, takkan artis tak boleh fikir, mesti ada muslihat di sebalik janji-janjinya. Kalau mereka (artis) waras, mereka tak akan sokong perkara ini. Kalau tak boleh baca lagi (muslihat Najib), maknanya mereka tak normal.

"Tapi kalau mereka tidak bermaruah, orang itu pastinya mudah ditipu," tegasnya ketika dihubungi.

Antara artis yang telah menyertai parti politik ialah penyanyi dan pelakon kontroversi Abby Abadi yang mengumumkan penyertaan ke dalam PAS.

Selain Bob Lokman, terdapat beberapa artis lain yang menyertai Pakatan Rakyat antaranya pelakon Hairie Othman, penyanyi Dayangku Intan, Noryn Aziz dan Yatt Hamzah.

Sementara itu, Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Tengku Intan Tengku Abd Hamid atau Dayangku Intan (kanan) menyifatkan tindakan terdesak Najib itu kerana sedar beliau akan kalah dalam PRU 13 sehingga terpaksa bergantung kepada artis.

"Ini semua kerana mereka takut kalah PRU 13, baru mereka tahu bagaimana artis boleh mempengaruhi rakyat dengan hasil seni mereka.

"Kalau mahu bercakap mengenai royalti, perlindungan kepada artis, ini bukan perkara baru. Sudah bertahun kita perjuangkan. Kenapa baru sekarang mahu jaga artis," kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin Rindu Semakin Sayang.

Kata artis veteran itu lagi, Umno sebenarnya ketandusan idea kerana terpaksa meniru apa yang dibuat Pakatan Rakyat.

"Kalau mahu tarik sokongan artis, Umno sebenarnya sudah terlambat kerana Pakatan lebih dahulu memahami artis.

"Semuanya ditiru, dari (jelajah) bas, sehinggalah beri peluang kepada artis ke pentas ceramah (Umno). Sudut ini pun kita boleh tengok Pakatan lebih dekat dengan artis," ujarnya.

Jasindaily Online

Posted: 14 Nov 2012 10:24 AM PST

Jasindaily Online


Ikon Kami Rasulullah Bukan Ayatullah dan Bukan Nasrullah

Posted: 13 Nov 2012 11:49 PM PST

Ketika guru saya, Almarhum Dr Sheikh Nuh Ali Salman al-Qudha, Mufti Jordan bercuti di rumahnya di Eidon, Irbid selepas dua tahun menjadi duta Jordan ke Iran, saya menziarahinya. Antara soalan saya kepadanya: "Apa yang menarik dan boleh diambil manfaat daripada Iran?' Beliau menjawab: "Ada dua perkara. Pertama, Iran melantik para ulamanya menjadi pengerusi atau orang penting dalam pelbagai agensi kerajaan. Penasihat boleh sahaja dari pakar-pakar tertentu. 

Kedua sanjungan rakyat terhadap ulama mereka sangat tinggi." Beliau juga menceritakan kepada saya, ketika di Iran, beliau menunaikan solat Jumaat di pejabat kedutaannya bersama para pegawai kedutaannya dan asing. Katanya pegawai dari kedutaan Malaysia pun ada solat Jumaat di situ. Khutbah Jumaat dalam bahasa Arab diterjemah dalam bahasa Inggeris untuk manfaat pegawai kedutaan yang tidak faham bahasa Arab. Dua perkara positif yang disebut oleh Almarhum Mufti Jordan itu baik untuk diteliti. Ulama disanjung dan diberi tempat tertentu bagi mengawalselia perjalanan sesuatu agensi supaya menurut agama. Ulama disanjung bukan bermakna dijadikan tuhan atau maksum atau seperti Ayatullah dan mullah. Ulama disanjung kerana para ulama mewarisi Nabi. Warisan ilmu naqli dan aqli, bukan mewarisi wang ringgit atau pangkat dan darjat. Kedua, ulama berperanan penting dalam memantau perjalanan sesuatu agensi supaya berlaku amanah, tidak berlaku khianat dan penyelewengan.

 Justeru, bagi para ulama sendiri tentulah mesti mempersiapkan diri dengan ciri-ciri tertentu agar kompeten menerima amanah itu. Ulama dalam PAS menjadikan Rasulullah SAW sebagai qudwah hasanah mereka, akidahnya, amalnya, sifat dan akhlaknya. Ulama PAS membaca hadis-hadis Nabi, meneliti sirah Baginda dan menuruti jalannya. Ketua Dewan Ulama dan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat telah menjawab seorang bekas mufti yang memberi tanggapan negatif terhadap ulama PAS. Ia mungkin peringatan tetapi kekadang dibaca dan difahami dengan cara yang salah. Oleh itu perlu segera dijawab dan dibetulkan. Ketika Revolusi Islam Iran meletus dan menjadi perhatian dunia ketika itu, saya masih dibangku sekolah menengah. Ketika di peringkat matrikulasi UKM, agak teruja dengan revolusi itu, bukan kerana syiahnya tetapi kerana suatu revolusi yang menamatkan pemerintahan kuku besi agak lama oleh pemerintah zalim sebelumnya. Sekali lagi, teruja itu bukan kerana syiahnya! Gambar Khomeini diletak di banyak tempat, di dinding almari baju, di atas meja dalam kelas. Dunia Islam kehilangan khilafah. Maka apabila ada sebuah negara yang kelihatan zahirnya diterajui oleh ulama dan orang agama maka tentunya sedikit sebanyak memberi kesan kepada umat Islam di tempat lain. Apatah lagi slogan seperti 'Amerika Syaitan Besar', anjuran 'Hari Quds Sedunia' dan lain-lain menjadikan umat Islam yang sensitif kepada agamanya agak terkesan. Malangnya dari sisi yang lain, tanpa sedar atau secara sedar, mereka juga terpengaruh dengan akidah syiahnya lalu berlakulah syiah jadi-jadian atau menganut faham syiah. Yang melampau ialah apabila ada yang sangat celupar mulutnya mengeji dan mencela para Sahabat radhiAllahuanhum ajmain. 

 Alhamdulillah, walaupun saya ketika itu pernah juga membaca buku 'Imam Khomeini: The Inspirational Force Of Islam' dan membaca tulisan Ali Syariati serta beberapa tokoh lain dan pelbagai majalah dan makalah yang sangat cenderung kepada Revolusi Iran ini tetapi tidak pernah pula terfikir dan terdetik untuk menganut fahaman Syiah ini. Yang diambil manfaatnya ialah cara berfikir dan menganalisa yang kritis dan menarik, terutama isu politik antarabangsa dan isu-isu sejagat manusia. Isu syiah ini seingat saya sudah beberapa kali muncul di Malaysia. Cuma tenggelam timbul. UKM sendiri pernah mengadakan Seminar Ahli Sunnah Dan Syiah Imamiyyah: Aspek Persamaan Dan Perbezaan pada 26 dan 27 Disember 1993. Buku Prosidingnya telah dikeluarkan selepas itu. Resolusinya juga dibuat. Mutakhir yang berlaku ialah pembebasan Syria oleh FSA dari regim Basyar Assad. B

ukan sahaja negara yang tidak percaya tuhan seperti Russia menyokong, termasuk Cina, bahkan Iran dan Hizbullah juga terheret dan terseret sama. Tulisan Presiden PAS mengenai isu Syria menjelaskan isu yang berlaku dan sikap PAS dalam isu ini. Dr Yusof al-Qaradawi pula dalam khutbah Jumaatnya mengecam Iran dan Hizbullah yang menyokong regim zalim Bashar Asad membunuh rakyatnya sendiri. Peranan Iran dan Hizbullah dalam menyokong regim Basyar ini amat dikesali. Justeru, sekiranya ada ahli PAS atau mereka yang masih membesar-besarkan Hizbullah atau Ayatullah yang menyokong penyembelihan penduduk Sunni di Syria sekarang, maka mereka mesti menarik balik sokongan dan sikap mereka serta akidah mereka itu. 

 Cukuplah akidah ahli Sunnah waljamaah. Memadailah Fiqh yang muktabar dan para imam yang telah mentelaah. Istiqamahlah dengan PAS sebagai gerakan dan jemaah. Jadikanlah Nabi SAW sebagai qudwah hasanah, bukannya Syiah, Ayatullah, Hasan Nasrullah atau Hizbullah.

Negara Berkebajikan Teras Perpaduan jadi teras muktamar

Posted: 13 Nov 2012 11:47 PM PST

PAS akan mengadakan Muktamar Tahunan kali ke-58 pada 14 hingga 18 November ini di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa. Menurut Timbalan Pengarah Muktamar, Dato' Takiyudin Hassan, muktamar bertemakan "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan" itu akan disertai 1,100 perwakilan dari 186 kawasan PAS di seluruh negara. Ucapan Dasar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berlangsung pada pagi Jumaat, 16 November.

 Jelas Takiyudin yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS, tema "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan" dipilih memandangkan negara berkebajikan merupakan tawaran PAS kepada pengundi pada PRU13 nanti. Katanya, walaupun muktamar tahun ini tidak melibatkan pemilihan pucuk pimpinan PAS, ia amat penting bagi seluruh ahli PAS memandangkan ia adalah muktamar terakhir sebelum PRU13. 

 "Panitia muktamar menjangkakan isu yang akan dibangkitkan pada muktamar kali ini berkaitan PRU13 termasuk isu menangani tindakan pihak tertentu yang menyebabkan berlaku kepincangan dalam daftar pemilih," katanya lagi. Tumpuan muktamar juga katanya kepada ucapan dasar Presiden yang dijangka memberi penekanan kepada peranan bersama yang perlu dilaksanakan ahli PAS bagi memastikan PAS dan Pakatan Rakyat dapat merealisasikan hasrat menuju ke Putrajaya.

Himpunan Kebangkitan Rakyat 2012

Posted: 13 Nov 2012 11:38 PM PST


Bertempat di Stadium Sultan Mohamad IV di Kota Bharu, pada 16 November, akan berlangsung Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Kelantan – kesinambungan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, 3 November lalu, kata Timbalan Pengarah Muktamar, Dato' Takiyuddin Hassan. Ia akan diisi dengan programprogram anjuran Pemuda dan Muslimat PAS bertemakan ekspresi anak muda. Program anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Kelantan itu akan turut disertai golongan artis yang sudah berhijrah dan memberi sokongan kepada PAS. Pada sebelah malamnya, ceramah perdana yang oleh pimpinan utama Pakatan Rakyat dan para tetamu khas akan diadakan. Ia dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Lagu PAS Untuk Semua

Posted: 13 Nov 2012 11:29 PM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 14 Nov 2012 09:39 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


KARNIVAL EKSPLORASI KERJAYA 2012

Posted: 14 Nov 2012 01:21 AM PST



USIM dengan kerjasama Pusat Jobsmalaysia Seremban akan menganjurkan  KARNIVAL EKSPLORASI KERJAYA 2012 seperti berikut :

Tarikh : 22 - 24 November 2012 (Khamis - Sabtu)
Masa : 8.30 pg - 4.30 ptg
Tempat : Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM Nilai, Negeri Sembilan

Maklumat lanjut di http://carexusim.blogspot.com

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 14 Nov 2012 06:13 AM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


KURSUS TENAGA CERAMAH MINI

Posted: 13 Nov 2012 10:31 AM PST

SG.GAU  13.11.2012 LAJNAH PENERANGAN PAS KAWASAN TEMERLOH TELAH MENGADAKAN SATU KURSUS TENAGA CERAMAH MINI DENGAN DI HADIRI OLEH KIRA-KIRA 50 ORANG PESERTA  - DUA KERTAS KERJA DIBENTANGKAN OLEH US.YOUSLYIDDY DESA  :
1.STRATEGI DAN GERAK KERJA PENERANGAN
2.PENGUCAPAN AWAM
DAN SEDIKIT PENERANGAN MENGENAI CARA MENGEDIT GAMBAR DI POWER POINT.
SEBELUM KURSUS DIJALANKAN  EN.FAIRUZ  KETUA PENERANGAN PAS TEMERLOH  TELAH BERUCAP DENGAN MENGALU-ALUKAN KEPADA PESERTA KURSUS YANG DATANG  DAN UCAPAN PERESMIAN OLEH YDP PAS KAWASAN TEMERLOH HJ MD JUSOH DARUS. MAJLIS DIPENGERUSIKAN OLEH SYAM POMEN TIMBALAN KETUA PENERANGAN PAS TEMERLOH . BERIKUT GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAM OLEH US.ZAKARIA OMAR   PENULIS BLOG INI  WASSALAM  SELAMAT MAJUJAYA PAS KAWASAN TEMERLOH .
EN.FAIRUZ  KETUA PENERANGAN SEDANG BERUCAP
SYAM POMEN TIM.KETUA PENERANGAN PAS TEMERLOH
YDP PAS TEMERLOH  HJ JUSOH DARUS  DAN EN.YOUSLYIDDY DESA PENGARAH JAPEN
EN.YOUSLYIDDY DESA PENGARAH JAPEN
EN.ZULKIFLI  TAN SEDANG MEMBERI ULASAN 



 

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 14 Nov 2012 04:54 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Umno menghamba abdikan orang Melayu

Posted: 14 Nov 2012 01:42 AM PST


http://sakmongkol.blogspot.com/2012/11/55-tahun-umno-hamba-abdikan-orang-melayu.html

Walaupun memerintah 55 tahun dan memiliki segala sumber media dan menguasai jentera kerajaan, UMNO berkelakuan seperti sudah tewas. Kita tidak pernah dengar jentera UMNO mengoyakkan poster lawan, atau mencuri kain pemidang parti lawan. Kita tidak pernah dengar UMNO melontar batu, membaling cat, mengungut, menyekat pergerakan parti lawan. Ini semua petanda2 orang yang sudah pun tewas sebelum masuk gelanggang. Jika saya mereka, baik berdiam diri supaya orang tidak sakit hati dan kemudian akan melakukan pembalasan kepada kamu.  Dan penyakit ini kian merebak zaman Najib Razak jadi Presiden UMNO- ia membuktikan bahawa Najib tidak mempunyai punca mahu memuliakan UMNO. 

Kita bukan sangat kisahkan UMNO. Kalai ia nak berkubur, kita akan talqinkan. Yang kita kisah ialah apabila UMNO merasakan dirinya mewakili bangsa Melayu. Dua perkara ini kita mesti pisahkan. UMNO itu parti politik, Melayu itu bangsa. UMNO mati, bangsa Melayu tetap ada. Dalam negara ini , ada 18 juta orang Melayu manakala ahli UMNO mengikut penceritaan tukang karut UMNO, ada 3 juta. 1 dari 6 orang Melayu ialah ahli UMNO; mati seorang ahli UMNO, ada 5 lagi orang Melayu. Mereka hidup tanpa memerlukan UMNO. Lebih ramai orang Melayu diluar yang tidak memerlukan UMNO. 

Rakyat berpusu pusu dan bersusun susun mendengar ceramah parti lawan. Lagi kuat Anwar Ibrahim dinista dan dicaci, rakyat menderu deru hadir dalam ceramah nya. Majlis Najib kalau tidak berangkut dengan bas, tidak dipungut pelajar sekolah, kolej, tidak kutip ahli2 UMNO yang melata diseluruh negara dan diberi bayaran pula, orang enggan datang. 

Janganlah menipu rakyat, supaya rakyat tidak mendedahkan kebenaran mengenai kamu.

Chuasoilek hina dan nista Islam, presiden UMNO buat pekak, senyum dan beri lagi duit RM30 juta. Tidak ada pun budak2 UMNO berdemo besar besaran membantah dan mengecam keras kenyataan dari para pemimpin MCA. Tapi bila NurulIzah mengeluarkan kenyataan berkaitan tidak ada paksaan dalam Islam, budak2 UMNO gegak gempita dan goga. Keatas bangsa sendiri, orang UMNO sanggup berbunuhan, tapi keatas bangsa lain, orang UMNO menjilat ******. 

Saya nasihatkan pemimpin UMNO serta penyokong mereka bertenang dan jangan menggila. PRU nanti memberi peluang untuk mereka yang bertanding menawarkan diri untuk berkhidmat kepada masyarakat. UMNO bukanlah satu2 nya wadah yang boleh disertai untuk berkhidmat kepada masyarakat. Kita tetap boleh berkhidmat kepada masyarakat dan negara melalui mana2 parti politik pun. Jika calun UMNO menang- dia juga boleh menawarkan perkara yang serupa dengan apa yang calun parti lain boleh- yakni memberi khidmat kepada masyarakat.

Negara Malaysia bukan UMNO punya. Melayu bukan hamba UMNO. Biarlah rakyat membuat keputusan siapa yang mereka rasakan dan yakin boleh memberi perkhidmatan yang lebih baik. Bagaimana mereka membuat keputusan? Dengan melihat pemimpin dan kepimpinan nya, dasar parti mereka dan suatu perkara yang menjadi penting, melihat juga kualiti atau mutu penyokong dan pendukong mereka. 

Satu demi satu dasar dan rencana UMNO mendedahkan bahawa kepentingan rakyat selalu dibelakangkan. 
Kita lihat poster 55 tahun janji ditepati ada dimana mana. Tapi 55 tahun, mengikut Dr Mahathir hanya berjaya menghasilkan bangsa Melayu yang mengemis dalam negara sendiri. Itu pun salah, setelah 55 tahun, yang mengemis itu sebahagian besar bangsa Melayu, manakala segelintir orang Melayu hidup bermewahan boleh ada bilik pameran Ferrari yang ke2 terbesar diluar Italy dan boleh memiliki keraka Bugatti yang berharga berjuta juta Ringgit. 

Penyenaraian FGV ialah skim cepat kaya UMNO sebenarnya. Felda dapat RM10 billion dari penjualan 2.188 billion saham FGV.  Dengan menjual saham tersebut, felda dapat 6 billion, RM4 billion disalurkan kepada menteri felda- dato najib tun razak. Dia tahu lakukan satu perkara sahaja dengan RM4 billion itu- hulur sana hulur sini, Beri Rasuah 1 Malaysia ( BR1M).

ada orang kata, semakin hari mereka meluat membaca artikel2 saya. Saya sahaja yang pandai, orang lain semua tak pandai. Salah tu awang- bukan saya pandai menulis, saya boleh. I write because I can. Dan I can write what I think listing of FGV is- it's a Ponzi scheme designed to enrich market manipulators. 

Dari sebermula, FGV ini skim tidak berhati perut. 112, 636 peneroka mendapat 2.5 % dari jumlah unit saham yang dijual atau 91.2 juta unit saham. Staff felda dapat 3% atau 109.4 juta unit saham. Jumlah semua ialah 5.5%. apa ertinya ini? ertinya, 94.5% yang membeli saham felda adalah bukan warga felda. Mereka ini menguasai dan pemilik sebenar FGV yang telah menelan segala asset yang dimiliki oleh felda/peneroka. 

Dan siapa mereka ini? 11.5% terdiri mereka yang terpilih oleh MITI. 41.1% dimiliki oleh institusi seperti Tabung Haji, EPF, KWSP, kerajaan2 negeri dan GLC2 lain. Duit2 dari sumber ini disedut untuk membantu FGV. 

Maka tidak benar jika orang kata, peneroka dapat durian runtuh. Mana nya keuntungan yang bergolek itu? rumah yang berharga RM 70,000 untuk jenerasi ke2? Bukan nya percuma tapi kena bayar RM 360 sebulan selama 15 tahun. 

Ketika saya menulis mengenai penyenaraian FGV dahulu, pendukung skim cepat kaya UMNO, semua mengamuk. Terdapat beberapa orang yang menuduh saya dengki dan iri hati orang Felda dapat durian runtuh. 

Hari ini harga saham fgv ialah RM4.60. untung 5 sen setiap unit. Pemegang 800 unit dapat premium RM40. Kos pemilikan dia berapa? Kalau dia meminjam wang dengan bank- ribuan borang pinjaman diedarkan sebelum FGV disenaraikan dulu, apa dia dapat?  Kos pemerosesan RM 200. Dengan untung RM 40, maka kerugian peneroka yang meminjam ialah RM160 seorang. 

Kalau dia tak pinjam, peneroka untung RM40 sahajalah. Tapi pelaburan nya membeli 800 unit ialah RM3640. Ertinya, pulangan melabur RM3640 ialah RM40. Yakni hanya 1% lebih sahaja. Bukan lebih baik menyimpan dalam simpanan tetap dengan pulangan 5% atau 7% ? kalau 5 %, modal RM3640 sudah menghasilkan untung RM182. Lebih banyak dari RM40. 

Kalau dia pinjam dari perbadanan felda dengan bayaran RM50 sebulan yang dihebohkan oleh Najib Tun Razak, saiz kerugian nya bergantung pada berapa lama dia memegang 800 unit tersebut. Kalau premium nya selama 3 bulan masih RM40, kos peneroka untuk 3 bulan sudah mencapai RM150. Kalau dalam masa 3 bulan ini, saham fgv tetap pada harga RM460- untung ialah RM40, kos ialah RM150. Peneroka tetap kerugian RM110 seorang.

Setiap peneroka tak dapat pun durian runtuh. (1) yang meminjam melalui borang dahulu kerugian RM160. (2) yang melabur duit sendiri, dapat pulangan 1% jauh lebih rendah dari pelaburan alternative (3) yang memimjam dari felda dengan bayaran RM50 sebulan pun rugi- jika harga tak berganjak selama 3 bulan, kos pegangan sudah pun RM150. Rugi RM110. 

Jadi bayaran RM15,000 untuk apa? Untuk rasuah pendahuluan. Ia nya bayaran insurance kepada keadaan pasaran saham yang tidak boleh dikawal oleh Najib kah, oleh Isa kah atau oleh wak Maslan kah. 

Kita tidak dengki atau irihati. Peneroka berhak mendapat apa2 pun jenis duruan runtuh kalau mereka berhak mendapatkan nya. Tapi kita jangan lupa bahawa hak yang sama mesti diberikan kepada warga bukan peneroka yang mempunyai pendapatan yang rendah. orang2 bukan felda pun berdepan dengan kehidupan yang serupa, membayar harga yang sama untuk beras, gula dan  minyak dan keperluan2 lain. 

Jadi, mengapa layanan istimewa berhak diterima oleh peneroka tapi hak yang sama tidak diberi kepada nelayan, peladang bukan felda, penternak, mereka yang berkerja sendiri dan sebagainya? 

Orang Felda mesti sedar bahawa mereka dapat layanan istimewa kerana mereka merupakan vote bank terbesar untuk UMNO. Tanah rancangan yang mereka miliki itu bukan nya diperolehi percuma. Setiap peneroka yang dapat grant atau hak milik tentulah sudah melangsaikan semua hutang dengan pihak Felda. Ertinya, apa yang mereka perolehi adalah hasil usaha mereka sendiri, bukan pemberian atau ehsan Felda. Perbadanan Felda yang memajukan tanah2 rancangan diberi tanah oleh kerajaan. Felda pun diberi grant oleh kerajaan untuk membayar premium untuk mendapatkan tanah rancangan. Mereka kemudian membelanja wang yang banyak untuk membangunkan tanah rancangan, membina rumah peneroka, membekalkan kemudahan social, dan keperluan asas infrstruktur.  

Apa yang perbadanan belanjakan, semua nya diperolehi semula dengan bayaran potongan yang dikenakan keatas peneroka. Ertinya, peneroka tak dapat percuma.

PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 14 Nov 2012 04:36 AM PST

PEMUDA RANTAU ABANG


CEO Petronas bersedia untuk bersara bila-bila masa

Posted: 13 Nov 2012 04:55 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Tan Sri Shamsul Azhar Abas membayangkan beliau mungkin tidak akan kekal lama di Petronas di bawah polisi persaraan baru selepas melakukan pembaharuan untuk mengurangkan peranan syarikat sebagai pemberi dana kepada kerajaan selepas dua tahun menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat tersebut.

"Saya sudah mengenalpasti pengganti saya dan saya bersedia untuk bersara bila-bila masa. Walaupun pada hari esok," kata Shamsul kepada Financial Times (FT) dalam temubualnya hari ini.
CEO dan ahli lembaga pengarah Petronas tersebut berkhidmat untuk perdana menteri yang telah menjadikan Petronas sebagai sumber dana kepada projek mega dan untuk menjamin kerugian.

Shamsul menggantikan Tan Sri Hassan Merican pada tahun 2010 telah berusaha untuk menjadikan syarikat tersebut bebas dari penguasaan kerajaan dan mengawal perbelanjaan serta mahu menjadikan syarikat tersebut di dalam Fortune 500 untuk kepentingan komersil, menurut akhbar perniagaan antarabangsa tersebut.
Petronas juga dalam perbincangan dalam membebaskan syarikat tersebut dari pemilikan kerajaan dengan membincangkan pengurang subsidi tahunan kepada dana negara, yang kini menyumbang kepada 40 peratus dari bajet negara serta mahu mengurangkan kos eksplorasi dalam pengeluaran yang semakin berkurangan, menurut FT.
"Ia kini dilakukan secara sekumpulan, tidak lagi keseorangan," kata Shamsul lagi.

Akhbar tersebut melaporkan bahawa Shamsul berusaha memulihkan imej Petronas sebagai syarikat yang dimiliki kerajaan dengan berusaha menyelamatkan hak pembelian bernilai C$5.3 billion (RM16.3 billion) dalam syarikat Progress Energy Resources yang telah ditolak oleh kerajaan Kanada kerana dikatakan "tidak menguntungkan" negara tersebut.
Akhbar tersebut berkata, Petronas telah berusaha untuk mengimbangkan kewangannya yang kini 42 peratus dari pendapatan antarabangsa, hanyalah 10 peratus dari pendapatan keseluruhannya.

CEO itu memberitahu akhbar tersebut bahawa beliau tidak akan mampu membawa perubahan "tanpa sokongan dari perdana menteri" Datuk Seri Najib Razak.

Tetapi bagi Shamsul, yang telah berkhidmat bersama Petronas selama 37 tahun sejak 1975 juga adalah produk dari sistem yang dikritik beliau.
Beliau faham masanya untuk bersara sudah tiba dan sudah bersedia untuk berbuat demikian.

CEO sebelumnya, Hassan yang telah meninggalkan Petronas, dikatakan mempunyai pandangan tidak sehaluan dengan Najib pada lewat 2009 dengan perlantikan bekas pembantunya sebagai pengarah Petronas walaupun perdana menteri mempunyai kuasa penuh dalam lembaga pengarah.
Hassan telah dikreditkan sebagai orang yang bertanggungjawab atas transformasi Petronas sebagai syarikat milik kerajaan yang memainkan peranan luas di peringkat antarabangsa selain dari Statoil milik Norway.

Semenjak itu, beliau telah dilantik di beberapa syarikat antarabangsa, termasuk pengarah kepada syarikat Singapura Sembcorp Industries.

Sumber: themalaysianinsider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan