Jumaat, 12 Oktober 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 11 Oct 2012 11:07 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Berbudi kepada Tanah - Kebunku di belakang rumah

Posted: 11 Oct 2012 02:06 AM PDT
















Anwar Ibrahim

Posted: 11 Oct 2012 07:30 PM PDT

Anwar Ibrahim


Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pulau Pinang

Posted: 11 Oct 2012 11:29 AM PDT

14 Oktober 2012 (Ahad)

1) 12.00 – 1.45 Tghari – Padang Pasar Awam, Bandar Tasek Mutiara, Nibong Tebal

2) 2.30 – 4.00 ptg – Kompleks Sukan MPSP, Kepala Batas

3) 5.00 – 6.30 ptg – Akademi Rakyat , Simpang Empat, Balik Pulau

4) 7.00 – 8.30 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib –

Lokasi : Masjid Al- Huda, Sungai Ara, Bayam Baru

5) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Mega – Jelajah Merdeka Rakyat

Lokasi:- Tapak Ekspo Pertanian Seberang Jaya

Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YAB Lim Guan Eng

iii. YB Dato' Mansor Othman

iv. YB Salleh Man

v. YB Chow Kon Yeow

vi. YBhg S. Surendram

Belanjawan 2013: Perbendaharaan Mengakui Ketepatan Anggaran Kos Program Pakatan Rakyat

Posted: 11 Oct 2012 01:12 AM PDT

–Kenyataan Media–

Kenyataan Dato' Seri Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan II yang disiarkan oleh The Sun[1] disambut baik oleh Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab merangka Belanjawan Pakatan Rakyat 2013.

Ia mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan memandang serius segala cadangan dan penyelesaian ekonomi yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat. Ini membayangkan juga bahawa keupayaan pentadbiran Pakatan Rakyat dan kemampuannya merancang ekonomi negara turut dihormati dan digeruni oleh Barisan Nasional.

Oleh sebab itulah, sepanjang bermulanya persidangan Parlimen sesi ini, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional lebih gemar menghabiskan masa yang diperuntukkan membahaskan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013. Mereka lebih takutkan pengaruh dan perbandingan dasar yang dibawa olehBelanjawan Pakatan Rakyat 2013 sehingga mereka mengabaikan terus belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri sendiri.

Tidak cukup dengan itu, menteri-menteri kanan seperti Dato' Seri Husni Hanadzlah sendiri mengerah kakitangan awam di Perbendaharaan dan jabatan-jabatan lain bekerja lebih masa untuk mencari bidasan bagi menjawab cadangan dasar yang dibuat Pakatan Rakyat, seperti yang dibacakan oleh beliau semalam.

Walaupun ini satu perkembangan yang baik, kami ingin mengingatkan bahawa kerahan seluruh jentera kerajaan untuk mencari bidasan kepada cadangan dasar Pakatan Rakyat adalah satu salahguna kuasa berbentuk partisan, memandangkan perkara-perkara berikut:

1.      Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat tidak diberikan akses sama sekali kepada semua data, angka dan statistik yang diperlukan sepenuhnya untuk membuat unjuran yang membolehkan kami berdepan dengan pukulan curi seperti yang dibuat oleh Dato' Seri Husni hanadzlah

2.      Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat hanya dianggotai oleh 12 orang dan dibantu oleh sekumpulan sukarelawan yang kecil berbanding keseluruhan jentera kerajaan

3.      Jabatan dan jentera kerajaan seperti pegawai-pegawai Perbendaharaan tidaklah boleh diarah untuk menjadi kakitangan parti pemerintah seperti Umno dalam menjawab cadangan-cadangan dasar. Tugas itu wajiblah dipikul oleh kakitangan ibupejabat Umno sendiri, seperti yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat

Oleh yang demikian, untuk merancakkan lagi amalan demokrasi di negara ini, kami mengesyorkan supaya sebuah Pejabat Belanjawan Parlimenyang bebas dan tidak berpihak ditubuhkan. Pejabat ini bertanggungjawab menyediakan analisis perbelanjaan/belanjawan dan maklumat ekonomi kepada ahli-ahli parlimen secara objektif supaya perbahasan dasar dan keputusan kewangan boleh dibuat secara telus, bebas dan tepat.

Pun begitu, analisa yang dibuat oleh Perbendaharaan dan digunakan oleh Dato' Seri Husni Hanadzlah sebagai bidasan ternyata memakan diri sendiri kerana ia mengesahkan bahawa anggaran kos yang digunakan oleh Pakatan Rakyat bagi membiayai program-program ekonominya adalah tepat.

Angka-angka anggaran kos bagi program-program Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan Perbendaharaan adalah hampir sama dengan angka-angka anggaran yang digunakan Pakatan Rakyat selama ini. Malah, angka-angka terbaru mengikut analisa Perbendaharaan dan digunakan oleh Dato' Seri Husni Hanadzlah adalah jauh berbeza dengan pelbagai angka yang digunakan oleh Barisan Nasional sebelum ini.

Kami merumuskan perbandingan kos ini di dalam Jadual 1 seperti berikut:

 

 

PROGRAM PAKATAN RAKYAT

ANGGARAN PR (RM bilion)

ANGGARAN PERBENDAHARAAN[2] (RM bilion)

ANGGARAN BN TERDAHULU[3]

Menghapuskan tol

6.0

6.0

50.0

Kos menyediakan pendidikan percuma

4.0

5.0

18.5

Kos menghapuskan hutang PTPTN

2.0

Tidak diperincikan, tetapi RM30b boleh dibayar dalam tempoh 20 tahun pada kos RM2b setahun

Pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima RM1,100

2.0

4.4

 

Tidak dinyatakan

Caruman Wanita Nasional

3.0

Tidak dibantah, maknanya bersetuju

Tidak dinyatakan

Bonus Warga Emas

3.0

Tidak dibantah, maknanya bersetuju

Tidak dinyatakan

Kenaikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak

12.5

Tidak dibantah, maknanya bersetuju

12.5

Pengurangan duti eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta

2.0

Tidak dibantah, maknanya bersetuju

8.0

Jadual 1: Perbandingan anggaran kos tahunan program-program Pakatan Rakyat

Mengambil kira bahawa Perbendaharaan telah diarahkan supaya mengkaji cadangan dasar Pakatan Rakyat dan setiap anggaran kos dengan teliti, angka-angka yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan menunjukkan bahawa ia (Perbendaharaan) bersetuju dengan anggaran kos yang dibuat oleh Pakatan Rakyat selama ini. Malah, ia juga membuktikan bahawa segala angka yang digunakan oleh pimpinan Barisan Nasional selama ini adalah tidak tepat dan cubaan menakut-nakutkan rakyat semata-mata.

Jawapan kami kepada persoalan-persoalan khusus yang ditimbulkan oleh Dato' Seri Husni Hanadzlah adalah seperti berikut:

1.      Peruntukan RM56 bilion bagi gaji kakitangan awam akan menyebabkan 72,000 kakitangan awam hilang pekerjaan

Pakatan Rakyat telah menjelaskan bahawa kenaikan peruntukan gaji kakitangan awam sebanyak RM4 bilion atau purata 8% adalah mencukupi bagi menampung kenaikan gaji semua kakitangan awam, dengan syarat peruntukan bagi gaji ditambah dan peruntukan bagi faedah-faedah bukan kewangan berjumlah RM1 bilion disemak semula untuk menjimatkan kos.

Pakatan Rakyat percaya bahawa kenaikan peruntukan sewajarnya diagihkan terus dalam bentuk penggajian kepada kakitangan awam, bukannya tenggelam di dalam kenaikan kos bukan gaji yang disembunyikan di dalam angka besar.

Lagipun, rekod pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa tidak ada seorang pun kakitangan awam yang terpaksa diberhentikan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Malah, bonus tahunan yang dinikmati di negeri-negeri seperti Selangor dan Perak adalah lebih baik berbanding bonus persekutuan.

 

2.      Tiada peruntukan dibuat bagi dasar-dasar tertentu

Dato' Seri Husni Hanadzlah menuduh kononnya tiada peruntukan dibuat bagi membiayai pembatalan PTPTN, penghapusan tol, Bonus Warga Emas dan pelaksanaan gaji minima RM1,100 kepada kakitangan awam.

Sebenarnya, peruntukan sepenuhnya telah dibuat di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 bagi program-program, seperti yang diperincikan di dalam Jadual 2:

 

 

PROGRAM PAKATAN RAKYAT

ANGGARAN KOS (RM bilion)

Menghapuskan tol

6.0

Kos menyediakan pendidikan percuma

4.0

Kos menghapuskan hutang PTPTN

2.0

Pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima RM1,100

2.0

Caruman Wanita Nasional

3.0

Bonus Warga Emas

3.0

Kenaikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak

12.5

Pengurangan duti eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta

2.0

Suntikan dana perumahan rakyat melalui Perbadanan Perumahan Negara

5.0

Elaun khas perguruan RM500 sebulan

2.4

JUMLAH

41.9

Jadual 2: Peruntukan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013

Peruntukan ini dibuat dengan mengambil kira bahawa potensi penjimatan dengan menghapuskan rasuah, ketirisan dan kronisme adalah besar dan mampu membiayai program-program tersebut.

Berdasarkan Belanjawan BN 2013, perbelanjaan-perbelanjaan berikut adalah perbelanjaan berbentuk perolehan, agihan melalui sistem tidak telus yang ditentukan oleh kerajaan atau pun caj hutang akibat keborosan berhutang – yang berpotensi untuk dipotong atau dijimatkan melalui pentadbiran yang telus:

 

 

 

JENIS PERBELANJAAN YANG DIKAWAL KERAJAAN SETIAP TAHUN

PERUNTUKAN (RM bilion)

Belanja Mengurus:

Perkhidmatan dan Bekalan

33.7

Belanja Mengurus:

Pembelian aset

1.1

Belanja Mengurus:

Caj Perkhidmatan Hutang

22.2

Belanja Mengurus:

Subsidi dan Bayaran Tetap

37.6

Belanja Mengurus:

Kos perolehan badan kerajaan melalui geran kerajaan

7.0

Belanja Mengurus:

Lain-lain

14.8

Belanja Pembangunan:

Projek, infrastruktur, suntikan dan lain-lain

50.0

Perbelanjaan perolehan, kontrak dan pelaburan oleh PETRONAS dan syarikat-syarikat kerajaan

50.0

JUMLAH

216.4

Jadual 3: Perbelanjaan tahunan yang dikawal kerajaan persekutuan

Atas sasaran penjimatan 20% ke atas semua perbelanjaan tahunan yang dikawal kerajaan persekutuan ini dengan menghapuskan pembaziran, menghentikan ketirisan dan mencegah rasuah, Pakatan Rakyat percaya potensi peruntukan yang boleh digunakan untuk membiayai program pro-rakyat adalah RM43 bilion. Jumlah ini lebih tinggi dari kos untuk menampung program-program Pakatan Rakyat yang dimasukkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 iaitu RM41.9 bilion.

Lagipun, kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa penjimatan 20% ke atas perbelanjaan kerajaan boleh dicapai. Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim misalnya telah mencatatkan penjimatan 24% atau RM106 juta bagi kontrak-kontrak kejuruteraan awam dalam tempoh 9 bulan pertama 2012.

Penjelasan panjang lebar ini selari dengan anggaran kos yang dibuat oleh Perbendaharaan mengenai program-program Pakatan Rakyat. Batu penghalang kepada pelaksanaan program-program pro-rakyat adalah keborosan dan kecenderongan Barisan Nasional bergelumang dengan rasuah.

 

Bagi pihak

Jawatankuasa Dasar & Manifesto Pakatan Rakyat

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

YB LIEW CHIN TONG
AHLI PARLIMEN BUKIT BENDERA

YB NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI

YB DR DZULKIFLY AHMAD
AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR

11 OKTOBER 2012

Debat Piala Perdana Menteri?

Posted: 10 Oct 2012 11:41 PM PDT

Keadilandaily

Pertandingan debat yang dinamakan Piala Perdana Menteri sangat tidak wajar kerana tidak selari dengan kenyataan Datuk Seri Najib Razak sebelum ini yang mengatakan debat bukan budaya rakyat Malaysia.

Pengarah Biro Mahasiswa KEADILAN, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli menyifatkan perkara itu amat memalukan, walhal Najib sendiri takut berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini dangkal dan naif, Najib jadikan ia sebagai alasan untuk mengelak berdepan Ketua Pembangkang. Patut tukar saja nama pertandingan itu, atau namakan saja sempena nama Rosmah Mansor," kata Saifullah sinis.

Beliau berkata, debat kini menjadi budaya dalam masyarakat malah kajian turut menunjukkan lebih 70 peratus golongan muda mahu melihat debat antara Anwar-Najib.

"Kenapa tak mahu jadikan debat sebagai budaya? Itu perkara baik, dua pemimpin berhujah mengenai polisi, kenapa Najib takut sangat berdebat dengan Anwar?" soal Saifullah.

Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2012 berlangsung empat hari bermula 6 Oktober lalu dan berakhir semalam.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara bagi kategori Bahasa Melayu dan Inggeris.

Najib turut hadir menyampaikan hadiah dan berucap pada majlis penutup pertandingan itu.

Sejak tahun lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang kali mencabar Najib agar berdebat namun hingga kini rakyat masih kempunan kerana pelbagai alasan diberikan Perdana Menteri itu.

Terbaru, Najib turut ponteng sidang Parlimen 1 Oktober lalu bila Anwar mencabar beliau berbahas mengenai Bajet 2013.

Najib Pernah Bertemu Soros di New York

Posted: 10 Oct 2012 08:28 PM PDT

Malaysiakini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros – individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh no 1 – di New York dua tahun lalu.

Pertemuan tersebut – yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim – berlangsung di sebuah hotel mewah – Hotel Plaza di Manhattan.

Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu
sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.

Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

Najib, yang menjadi perdana menteri pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros.

Dalam ucapan di PBB itu, Najib mencetuskan ‘gerakan global moderat’ untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme.

Di luar perhimpunan agung itu, Najib juga bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan mengadakan perbincangan dengan beberapa ketua kerajaan.

Antara mereka yang mengiringi Najib dalam lawatan itu ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Jamaluddin Jarjis.

Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, telah dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO anti-kerajaan.

Sejak beberapa minggu lalu, sekumpulan blogger pro-kerajaan dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, mengecam NGO, termasuk badan hak asasi manusia, Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation Soros.

Malaysiakini juga, turut menjadi sasaran ekoran hubungannya dengan MDLF, sebuah dana pelaburan yang memiliki 29 peratus kepentingan dalam portal berita bebas itu. MDLF mengumpulkan modal dari bank, kerajaan dan agensi-agensi pembiayaan, yang termasuk yayasan Soros.

Pada hari Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut sama menuduh Malaysiakini bersekongkol dengan Soros untuk perubahan rejim bagi “meletakkan calonnya sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia”.

“Pandangan saya tentang Soros ialah dia masih seorang penyangak mata wang dan dia sebatikan kejahatan ini dengan menggunakan wang untuk meletakkan orang sepertinya untuk memerintah negara-negara yang disasarnya. Dan Malaysia jelas salah satu sasarannya,” tulis Dr Mahathir dalam New Straits Times.

Dengan menyambungkan dua titik berbeza, beliau membuat kesimpulan liar bahawa “satu undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros.”

Ironinya, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, Bank Negara Malaysia menceburkan diri dalam spekulasi mata wang yang berisiko tinggi – dan ia kerugian sejumlah RM5.7 bilion kepada orang-orang seperti Soros pada awal tahun 1990-an.

Bulan lepas, Malaysiakini mendedahkan bahawa Dr Mahathir, meskipun bermusuh dengan Soros, telah menulis kepada jutawan itu memintanya menyokong projek Forum Keamanan Global untuk mengharamkan peperangan sebagai satu cara bagi menyelesaikan konflik manusia.

Menurut majalah mingguan antarabangsa Economist, menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dilihat teramat penting, Umno dan media yang menyokong Umno menyerang mana-mana organisasi yang dianggap bersimpati kepada pembangkang.

“Semua cerita lama yang tidak berasas mengenai pelbagai kumpulan yang dikatakan dibayar oleh Zionis, Amerika atau George Soros, seorang pembiaya asing, telah dikeluarkan semula,” katanya dalam satu artikel yang disiarkan awal minggu ini.

“Ianya tidak jelas sama ada fitnah sumpama itu masih mendapat tempat di hati pengundi di Malaysia, terutamanya di kalangan umat Islam. Semua ini pastinya merupakan tanda-tanda terdesak.”

Wee Choo Keong

Posted: 11 Oct 2012 03:19 PM PDT

Wee Choo Keong


Questions Time 11 October 2012: “MOT tak pernah menerima maklumat rasmi AirAsia tidak akan berpindah ke KLIA2″

Posted: 11 Oct 2012 08:23 AM PDT

YB Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada sehubungan dengan niat AirAsia untuk tidak memindahkan operasinya ke KLIA2 adakah Kerajaan akan tunduk kepada "ultimatum" ini atau Kerajaan akan menghentikan operasi LCCT apabila KLIA2 beroperasi kelak? Jawapan: Tuan Yang Di pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan tidak pernah menerima sebarang [...]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan