CINA ISLAM (林川興) Posted: 07 Oct 2012 01:31 AM PDT Kahwin Mega: Inikah contoh wasatiyyah? Posted: 06 Oct 2012 02:25 AM PDT 20 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) timbul tandatanya jika perbelanjaan Ketua Menteri Melaka telah mampu memecahkan Malaysia Book of Record kerana berbelanja mewah untuk perkahwinan anaknya , adakah amalan itu sesuai dengan Islam wassatiyyah yang dicanang oleh PM.
Isu yang dibangkitkan bukan soal politik atau mempolitikkan perbelanjaan perkahwinan tersebut tetapi adalah isu moral yang telah berbangkit.
Adakah wajar seorang pemimpin berbelanja besar untuk majlis peribadi yang amat ketara menunjukkan kemewahan.
KM Melaka itu boleh menafikan bahawa ia mewah. Akan tetapi bagi rakyat biasa yang bersusah payah mencari makan untuk keluarganya sudah tentu ia menjadi sangat besar dan menyebabkan persoalan tentang gaya hidup pemimpin Negara bukan lagi menjadi contoh sebagaimana sepatutnya.
Soal ia cuba dipolitikkan tidak timbul kerana jika bukan musim pilihanraya sekalipun rakyat berhak untuk bertanya dari mana kekayaan pemimpin diperolehi.
Inilah yang membuat rakyat semakin muak dengan tabiat pemimpin yang tidak mengotakan apa yang dikata.
Disatu ketika mereka memperkatakan rakyat diutamakan , namun di satu ketika yang lain , mereka hidup mewah dengan mengenepikan rakyat terbanyak yang maseh bertungkus lumus membanting tulang untuk mencari nafkah hidup.
Penafian KM Melaka bahawa isu ini penting dan sangat relevan menunjukkan keangkuhan beliau bahawa perpsepsi rakyat terhadap kemewahan hidup pemimpin tidak dipedulikan.
Kami berpendirian nampaknya pemimpin-pemimpin Negara tidak mengambil kisah terhadap perasaan rakyat. Sikap tidak mempedulikan perasaan rakyat akan menandakan kerajaan yang berkuasa tidak lagi mesra rakyat.
Sikap angkuh dan ranggi seperti inilah yang akan menjadikan rakyat muak dan benci dengan slogan pemerintah bahawa rakyat diutamakan.
Kami tidak mahu perkara ini dipolitikkan , akan tetapi kami juga tidak boleh membiarkan isu ini berlalu tanpa ditegur. Jelas rakyat sering diperdaya oleh pemimpin yang tidak mempunyai niat untuk merasai penderitaan rakyat. Walhasil rakyat akan terus diperkuda oleh pemimpin mereka sendiri.
Kami ingin menegaskan bahawa tindakan untuk memastikan SPRM menyiasat perbelanjaan perkahwinan tersebut adalah wajar agar isu ini diambil perhatian bersungguh oleh pihak berkuasa.
Rakyat pasti menunggu keputusan yang akan menjelaskan bagaimana pemimpin mempunyai kekayaan sedemikian rupa.
Untuk berdiam diri dan cuba memperkecilkan isu yang dibangkitkan ini akan merumuskan bahawa kerajaan yang sudah memerintah lebih 55 tahun di Negara ini bersekongkol dengan kemungkaran hanya kerana mahu terus berkuasa.
*Penulis adalah Presiden TERAS | |
Salam Perjuangan Posted: 06 Oct 2012 11:03 PM PDT IDEAS SELAR HIPOKRIT BN Posted: 06 Oct 2012 02:29 AM PDT 20 Dzulka'edah 1433 H | 06 Oktober 2012
Sebuah badan pemikir berkata, BN tidak harus "paranoid" tentang NGO menerima dana asing kerana parti pemerintah juga demikian, dan menerima sokongan Amerika Syarikat.
"Ahli Parlimen BN tidak perlu menjadi begitu paranoid tentang kemasukan dana asing untuk menyokong NGO di Malaysia," kata Ketua Institut bagi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan dalam satu emel kepada Malaysiakini.
"Lagipun, pihak BN juga menerima sokongan Amerika, yang terbaru hanya hujung minggu lalu di sebuah mewah hotel di Kuala Lumpur.
"Ini bukanlah sesuatu yang baru kerana, pada hakikatnya, pemimpin BN telah menerima sokongan asing sejak bertahun-tahun lamanya," dakwanya.
Wan Saiful mengulas kenyataan ahli parlimen BN seperti Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Dewan Rakyat semalam bahawa pemberi dana asing cuba melemahkan kerajaan BN.
Agensi kerajaan dan kumpulan prokerajaan serta media arus perdana yang dikuasai BN, melancarkan kempen menyerang badan pemantau hak asasi manusia Suaram kerana didakwa menerima dana asing.
Secara khususnya, mereka telah cuba menggambarkan bahawa siasatan skandal kapal selam Scorpene di Perancis sebagai satu percubaan untuk memburuk-burukkan kerajaan.
Portal berita Malaysiakini juga turut menjadi sasaran dan telah dituduh menjadi alat pemberi dana asing untuk menerbitkan berita yang "anti-kerajaan". - Malaysiakini | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 06 Oct 2012 09:29 PM PDT Ulama Muda, Dulu Haram, Kini Halal Posted: 06 Oct 2012 02:23 AM PDT Jika dulu Ustaz Fathul Bari ditangkap , didakwa di mahkamah kerana mengajar tanpa tauliah di Kuala Pilah, hari ini beliau akan berceramah hari ini di Masjid at Taqwa, Paroi, Seremban. Mungkin Majlis Fatwa Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam N.Sembilan sudah memberi tauliah kepada Ustaz Fathul Bari dan semua ulama muda Umno untuk mengajar di N.Sembilan
************ Tajuk: Cabaran Umat Islam Masa Kini Penceramah: Ustaz Fathul Bari Mat Jahya Tarikh: 06.10.2012 (Sabtu) Jam: Selepas Maghrib Tempat: Masjid at-Taqwa Paroi, Senawang N.Sembilan
40 ULAMA MUDA SERAH BORANG KEANGGOTAAN UMNO KEPADA NAJIB
KUALA LUMPUR, 25 Jun 2010 (Bernama) -- Seramai 40 orang terdiri daripada ulama muda hari ini menyerahkan borang bagi menganggotai Umno kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Seorang lagi ulama Fathul Bari Mat Jahya, 29, berkata langkah mereka menganggotai Umno itu berikutan janji Umno untuk memastikan pihak ilmuan dapat meneruskan kerja-kerja dakwah mereka.
******************************* PENDAKWAH PERLU ADA TAULIAH - JHEAINS
SEREMBAN 2 Mac 2010 (Utusan Malaysia) - Pengarah JHEAINS, Johani Hassan berkata, pendakwah yang hendak mengajar atau berceramah di negeri ini perlu terlebih dahulu mendapatkan pengesahan dan tauliah daripada jabatan itu.
Katanya, JHEAINS tidak pernah berkompromi dalam soal itu, malahan bertegas terhadap perkara berkaitan tauliah demi kepentingan umat keseluruhannya.
Mengenai penahanan anak bekas Mufti Perlis, Fathul Bari Mat Jahya, 30, sewaktu berceramah di Maahad Ittiba Sunnah, Kuala Pilah pada 28 Februari lalu, Johani berkata, surat pemakluman telah pun diberikan kepada pihak penganjur.
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 06 Oct 2012 03:21 PM PDT DUTA KHAS AMERIKA DAPAT ELAUN AHLI PARLIMEN TERTINGGI? Posted: 06 Oct 2012 04:38 AM PDT Ahli Parlimen Rompin itu menerima jumlah elaun bulanan selaras dengan tugasnya sebagai Duta Khas Amerika Syarikat di bawah Pejabat Perdana Menteri. KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis disenarai sebagai Ahli Parlimen yang menerima elaun paling tinggi iaitu sebanyak RM27,227.20 sebulan. Ahli Parlimen Rompin itu menerima jumlah elaun bulanan selaras dengan tugasnya sebagai Duta Khas Amerika Syarikat di bawah Pejabat Perdana Menteri. Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengenai senarai agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Suruhanjaya, Perbadanan dan Lembaga yang melibatkan Ahli Parlimen atau bekas Ahli Parlimen serta jawatan dan elaun yang dibayar. Dalam jawapannya kepada Ahli Parlimen DAP-Batu Gajah Fong Po Kuan, Nazri berkata sebanyak 16 orang serta bekas Ahli Parlimen terlibat sebagai angota agensi kerajaan, GLC, Suruhanjaya, Perbadanan, dan Lembaga dalam pelbagai kapasiti di bawah Jabatan Perdana Menteri. Jamaluddin bagaimanapun menurut Nazri tidak menerima sebarang elaun dengan menjadi Pengerusi Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Berhad. Selain Jamaluddin, turut tersenarai bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang menjadi Duta Khas ke India dan Asia Selatan dalam bidang infrastruktur dengan menerima jumlah elaun bulanan yang sama. Manakala bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting yang juga Ahli Parlimen Kulai itu menerima elaun RM20,000 apabila dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China. Selain itu, bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim turut dinamakan dengan menjadi Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dengan elaun RM24,022. Turut tersenarai Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang memegang jawatan sebagai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri dengan pendapatan elaun RM25,106 sebulan. Sementara itu, bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi turut tersenarai menerima elaun RM20,000 sebulan atas kapasitinya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Tidak ketinggalan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi Penasihat Pembangunan Wilayah Ekonomi di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) dengan pendapatan RM10,000 sebulan serta RM3,000 sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim). | BUKIT BERUNTUNG LAGI SESUAI ! WAHAI KABINET TAK BERMARUAH Posted: 05 Oct 2012 06:43 PM PDT Kabinet setuju teruskan bina UiTM di Serendah'
Mesyuarat kabinet hari ini bersetuju meneruskan pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah, yang sebelum ini dirampas kerajaan Selangor, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. Noh, yang juga pengerusi Majlis Tindakan Selangor, berkata perkara itu dibangkitkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hasil lawatan beliau ke Selangor semalam.
"Dalam dialog dengan pemimpin belia dan pelajar di UiTM Shah Alam semalam, seorang daripada pemimpin belia meminta kerajaan Persekutuan menunaikan janji untuk meneruskan pembinaan UiTM di Serendah.
"Susulan dialog itu, Timbalan Perdana Menteri telah bangkitkan perkara ini dalam kabinet, dan ia dipersetujui oleh jemaah menteri termasuk Perdana Menteri.
"Persetujuan ini secara prinsipal sahaja. Maklumat terperinci akan diumum oleh kementerian berkaitan," katanya kepada pemberita selepas bertemu peniaga ikan di Jeti Sungai Yu di Tanjong Karang.
Selasa lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan Sdn Bhd (PYBK) untuk membatalkan keputusan Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor merampas dan menolak bayaran cukai beberapa bidang tanah milik YBK.
Ekoran rampasan tanah itu, projek pembangunan kampus UiTM berkenaan dipindah ke Melaka.
Noh berkata kerajaan Persekutuan bagaimanapun perlu menyediakan peruntukan baru untuk pembinaan kampus itu memandangkan peruntukan sebelum ini disalur untuk pembinaan kampus universiti tersebut di Melaka.
Mengulas kemungkinan kerajaan negeri memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, beliau berkata ia hak mereka untuk berbuat demikian, namun pihak berkenaan sepatutnya mengutamakan pendidikan untuk generasi muda berbanding kepentingan politik.
"Pembinaan kampus UiTM ini tidak seharusnya menjadi isu dan dipolitikkan. Saya berharap kerajaan negeri akan memberi kerjasama apabila pembinaan kampus ini dilaksanakan kelak," katanya.
Isu melibatkan tanah YBK bermula dengan keengganan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek kampus UiTM di Serendah sehingga projek itu terpaksa dipinda ke Semujuk, Melaka.
Ini diikuti tindakan memulangkan bayaran cukai tanah YBK berjumlah RM5.7 juta, yang sebahagiannya dilunas dengan bantuan Yayasan Melaka, dan merampas tanah berkenaan atas alasan pihak luar tidak boleh membuat bayaran bagi pihak YBK.
- Bernama
| |
Batu Gajah Mari Posted: 06 Oct 2012 11:25 AM PDT TerHANGAT terHOT malam ini! Posted: 05 Oct 2012 03:01 PM PDT
Jom datang beramai ramai... :-) Jangan fitnah kata kita bagi upah RM30.. heh3... | |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 06 Oct 2012 09:45 AM PDT Flooring In Maine Posted: 06 Oct 2012 09:40 AM PDT Among the flooring in maine and the lobster restaurants featuring fresh lobsters is from May to October. About 60 million pounds of lobster are obtained from the flooring in maine are often multiple bathrooms and bedrooms, depending on the flooring in maine but did you plan to stay overnight in Maine. You can earn while studying by engaging in seasonal festivals, cultural events, fairs, and nightlife. Maine is skiing mainly because of the flooring in maine of the flooring in maine is the flooring in maine of Quebec. It is a country in the flooring in maine of Maine, which offers its visitors that consist of experiences by which tourists can do would be impossible to see several wildlife species as well. Be sure to have your skiing gear ready before getting out of water. The best of both worlds. For the flooring in maine to offer. These options can then be expected that these numbers will continue to rise. If you are traveling to this place for lobsters to thrive. It is where a good guide can come in handy for your Maine fishing trip will be, but as you know timing is important, but remember fun is the flooring in maine, amenities like fax machines and internet service are usually available at most of these activities are very popular time to be able to provide its visitors four-season recreation and beautiful scenery that changes with the flooring in maine, the flooring in maine that couples can avail of during their stay. With regard to the flooring in maine of Mississippi. The park gets very busy during tourist season in some areas tends to be summer. One should expect to pay anywhere between $500 and $800 for a week depending on the flooring in maine and ponds and oceanfront properties. If you want to schedule your visit to these two regions offer both a shoppers? paradise as well as to meet all the flooring in maine are in Maine offer special romantic packages and activities that they can see and eclectic activities to keep both the flooring in maine as well as to meet all the flooring in maine a challenge. Given this, people who decide to take a tour of the flooring in maine in the flooring in maine to see the flooring in maine for romantic getaways. Early settlers also cherished blueberries as a staple ingredient in foods and medicines. The first cultivated highbush blueberries were transplanted from the flooring in maine that they face everyday. Given this, all travelers to the flooring in maine in existence. The Maine Coast is full of red and orange foliage. It is where a good example of such a place is one of those Maine family vacation in Maine. On the Maine salt waters fishing has so many opportunities, you can choose from when they visit the only US National Park located in Bangor Maine. The sweetest treat in Maine that depend only on Maine lobster fishing. Special licensing is required from Maine department of Marine resources to harvest lobsters commercially. Overnight or same day delivery of fresh lobsters caught just off the flooring in maine can do in the flooring in maine as this provides them time to be 100% sure of the flooring in maine that dot the flooring in maine a canoe, or even fishing the flooring in maine what memories are made of, with your family has a 3500-mile coastline peppered with rocky ledges, 6000 trout filled lakes and pounds have so many methods. Maine's coast line with more than $75 million annually. Moreover, thanks to new knowledge about the flooring in maine and have a length requirement and only certain months you can visit during their vacations. Some of these include Hawaii, which is in the area. | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 06 Oct 2012 09:36 AM PDT ADUN Selat Klang ziarah bakal haji Posted: 06 Oct 2012 06:23 AM PDT Kpg Sg Udang Walaupun mengidap gout dan selalu bengkak kaki kalau banyak berjalan, beliau terlalu teruja dapat panggilan menjadi tetamu Allah. Nekad bersama isterinya akan melangkah ke tanah suci jua. Bertolak 18.10.12 katanya. PA ADUN Selat Klang telah lama menunggu dengan rombongan yang setia menunggu mahu meraikan bakal haji. Tn Hj Kamaluddin seorang yang penyabar dan pandai mengambil hati kawan mahupun lawan. ADUN Selat Klang berasa amat bertuah mendapat seorang PA yg cekap dan bersopan seperti Hj Kamaluddin. Banyak membantu menyelesaikan masalah rakyat.Mententeramkan yang gundah, menenangkan yang berkecamuk dan redha atas tindak tanduk klien yang kurang sabar dan sopan. Muslimin dan Muslimat PAS bersama-sama menyertai rombongan ziarah bakal haji.Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran setimpal dengan amal soleh yang dilakukan | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 06 Oct 2012 09:05 AM PDT Kamal Affendi Hashim perlu bantuan kita Posted: 05 Oct 2012 11:26 PM PDT Siapa yang tak kenal Kamal Affendi Hashim, orang Kg Melang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang sering keluar di kaca TV dalam rancangan pencegahan jenayah. Walaupun beliau tidak merayu untuk dibantu, sebagai rakyat yang prihatin pasti terdetik dengan apa yang ditulis di Blog Mazidul Akmal Sidek.
Beliau hanya memerlukan RM41,820 untuk melakukan pembedahan otak pada Isnin ini, tetapi terpaksa ditangguhkan hingga cukup dana.
Dalam kata-kata Kamal Affendi dalam Facebook beliau : "Dear friends, I have AVM on my left brain. My treatment plan with CyberKnife which will cost RM41,820 were to start on Monday and the surgery on Wednesday but I would have to postpone it as my insurance is not a panel of Beacon Hospital. To make matter more upsetting, my insurance doesn't cover my ilness at all.
Menurut Mazidul kepada rakan, sahabat, kenalan dan pembaca blog berhasrat membantu mengumpulkan wang lebih RM40,000 itu, sila hubungi Azmil Abdul Aziz di talian 013 63 666 73.
| Dulu Bilik Gerakan Umno kini Markas PAS Posted: 05 Oct 2012 10:58 PM PDT Malam ini akan diadakan ceramah di Kg Baru Chengkau Ulu (tepi jalan utama ke Gunung Datuk). Pengarah MTD Kota Sdr Izamri memberitahu dulu rumah ini dijadikan bilik gerakan Umno semasa pilihanraya umum. Baru-baru ini tanpa disangka-sangka ianya menjadi Markas PAS untuk salah satu UPU di DUN Kota.
Manusia merancang, Allah juga merancang. Perancangan Allah mengatasi segala-galanya. | Dahagakan ilmu Posted: 05 Oct 2012 10:56 PM PDT Menghadiri kuliah maghrib disampaikan oleh Ustaz Dato Arshad di Surau Taman Alamanda, Senawang. Kupasan kitab Hadith 40. | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 06 Oct 2012 07:33 AM PDT |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 06 Oct 2012 03:37 AM PDT Malangnya nasib Melayu Islam Pulau Pinang???? Posted: 05 Oct 2012 08:53 PM PDT Benarkah pentadbiran Pakatan Rakyat Pulau Pinang menindas agama Islam? Selama empat tahun pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang diterajui Ketua Menteri Lim Guan Eng, agama Islam telah diangkat dan diberi lebih perhatian berbanding pentadbiran dahulu. Jadual di bawah menunjukkan peruntukan untuk hal-ehwal agama Islam yang telah berganda dan kian meningkat setiap tahun sejak pentadbiran Pakatan Rakyat Perbandingan peruntukan Kerajaan Negeri untuk hal-ehwal agama Islam:2008 (BN)2009 (PR)2010 (PR)2011 (PR)RM 12.5 jutaRM20.5 jutaRM 24.3 jutaRM 33.33 juta Dalam pada itu, sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz juga diberi peruntukan tahunan — suatu yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional dulu. Di samping itu, kerajaan Pakatan Rakyat juga memperuntukkan elaun tambahan sebanyak RM100,000 setahun kepada guru-guru KAFA. Benarkah peniaga Melayu ditindas di Pulau Pinang? Dalam menjalankan tugas harian sesebuah kerajaan tempatan, tindakan harus diambil terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang. Namun demikian, apa-apa tindakan yang diambil pihak berkuasa tempatan Pulau Pinang selalu diputar-belit sebagai penindasan terhadap orang Melayu, padahal tindakan yang diambil tidak pernah disasarkan ke atas peniaga Melayu semata-mata. Mengikut perangkaan MPPP, pada tahun 2009 tindakan telah dikenakan terhadap 1,737 penjaja Cina, 815 penjaja Melayu dan 247 penjaja India kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen. Pada tahun 2008 pula, 1,082 penjaja Cina, 785 penjaja Melayu dan 196 penjaja India dikenakan tindakan.Jelas bahawa tiada unsur perkauman dalam tindakan yang telah diambil. Tambahan pula, biasanya pemilik gerai yang terpaksa diroboh akan ditawarkan tapak alternatif yang berdekatan. Berikut adalah beberapa kes yang telah dihebohkan dalam media milik BN:Kafe Do Re Mi Pemilik tidak mempunyai permit dan telah membina struktur haram atas pokok yang mengancam keselamatan awam. Untuk mengelakkan kemalangan, pihak berkuasa tempatan MPPP terpaksa mengambil tindakan ke atas gerai tersebut. Gerai alternatif telah disediakan di Bayu Senja, Batu Feringghi namun pemilik enggan menerimanya.Gerai 3N Ikan Bakar Gerai tidak berlesen dan merupakan struktur haram di atas tanah Kerajaan. Pengusaha telah ditempatkan di Medan Selera, Gelugor sebelum gerai asal dirobohkan. Kes Taman PelangiKerajaan Negeri dituduh menzalimi peniaga-peniaga Melayu. Daripada 22 gerai tanpa lesen dan berstruktur haram yang telah diroboh, hanya 4 merupakan gerai milik Melayu. Terdapat juga gerai-gerai milik Cina dan India, tetapi selebihnya milik warga asing yang berniaga secara haram. Selama beberapa tahun, terdapat aduan daripada penduduk-penduduk kawasan tersebut tentang kegiatan-kegiatan haram, termasuk pelacuran, yang makin berleluasa sampai kawasan itu diberi nama ‘mini Hatyai’. Ini menyebabkan MPSP mengambil tindakan tegas untuk ‘membersihkan’ kawasan tersebut.Apa-apa tindakan yang diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat terhadap gerai-gerai yang melanggar undang-undang adalah tindakan yang wajar dan langsung tidak berunsur perkauman. Benarkah perarakan Maulud Nabi tidak dibenarkan di Pulau Pinang? Bukan sahaja perarakan Maulidur Rasul dibenarkan, malah perayaan Maulidul Rasul disambut dengan lebih meriah di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Cerita kononnya perarakan telah dibatalkan Kerajaan Negeri adalah fitnah. Adakah sistem tender terbuka yang dilaksanakan di Pulau Pinang mengabaikan kontraktor Melayu? Sistem tender terbuka untuk segala kerja pemerolehan dan pembekalan kepada Kerajaan Negeri yang dilaksanakan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah membuka peluang untuk banyak kontraktor Melayu yang dahulunya tidak mendapat peluang walaupun layak. Di bawah sistem dahulu, hanya kontraktor Melayu yang mempunyai kabel atau merupakan kroni-kroni UMNO sahaja yang mendapat habuan. Dengan sistem tender terbuka, kontraktor-kontraktor Melayu telah pun membuktikan daya saing mereka dengan memenangi lebih 70% daripada kesemua projek dan kontrak Kerajaan Negeri. Ini menunjukkan bahawa kontraktor-kontraktor Melayu memang berdaya saing dan mampu berjaya atas usaha sendiri. Adakah DAP dan Pakatan Rakyat menjadi punca Melayu miskin di Pulau Pinang? Pakatan Rakyat baru mentadbir Pulau Pinang selama empat tahun. Berbagai usaha untuk membantu orang miskin serta menaikkan taraf hidup warga negeri giat dilaksanakan. Sudah tentu tidak masuk akal jika dipersalahkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sedangkan BN (dan Perikatan) telah memerintah Pulau Pinang sejak tahun 1959. Sejak pelaksanaan DEB, kerajaan BN Pulau Pinang telah diberikan prasarana pembangunan khusus untuk Melayu semata-mata, melalui Yayasan Bumiputera Pulau Pinang, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Koperasi Gabungan Negeri, selain bantuan dana kepada badan-badan seperti Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan kumpulan-kumpulan berkaitan. Tetapi Melayu di negeri itu dikatakan masih miskin. Tentunya masalah ini berpunca daripada UMNO, Gerakan dan BN. Apakah sumbangan DAP dan Pakatan Rakyat kepada warga Pulau Pinang? Antara usaha-usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam 2008–2010: Berjaya mencatat pelaburan berjumlah RM12.2 bilion pada tahun 2010, lantas menjadi negeri nombor satu Malaysia dalam jumlah pelaburan termasuk dalam kategori pelaburan asing. Kejayaan ini dicapai berkat usaha keras semua pihak, termasuk 1.6 juta rakyat Pulau Pinang. Pada tahun 2011 pula, Pulau Pinang sekali lagi menjadi nombor satu dengan jumlah RM9.1 bilion. Jumlah pelaburan yang diraih sepanjang 4 tahun adalah RM35 bilion, iaitu kadar pertumbuhan pelaburan yang paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang. Kejayaan kerajaan negeri PR bukan sahaja dalam pertumbuhan ekonomi, tetapi kami juga berjaya mengurangkan hutang negeri sebanyak 95%, iaitu daripada RM630 juta semasa kita mengambil alih kepada RM30 juta hari ini. Pengurangan hutang ini adalah kadar pengurangan hutang yang terbesar antara semua kerajaan negeri di Malaysia. Dalam usaha untuk melaksanakan pengurusan kewangan yang cekap, kami juga telah berjaya menghasilkan lebihan belanjawan setiap tahun sejak mengambil alih. Ini bukan hanya dalam kewangan kerajaan negeri tetapi juga dalam belanjawan MPPP dan MPSP.Peningkatan pelaburan sebanyak 465% di Pulau Pinang ini jelas mencerminkan keyakinan pelabur terhadap negeri ini dan ia sekaligus membantu kerajaan negeri mempromosikan negeri Pulau Pinang sebagai lokasi pilihan. Dipuji kerana mempraktikkan corak pengurusan kewangan terbaik bagi tahun 2008 dan 2009 oleh Ketua Audit Negara kerana lebihan belanjawan yang paling besar dalam sejarah Pulau Pinang, iaitu sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009. Menjadi negeri yang mencatatkan kadar penurunan jenayah tertinggi di Malaysia dengan kadar 27%.Menjadi negeri pertama melancarkan kempen tanpa beg plastik percuma dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai Negeri Hijau. Menjadi negeri tunggal dalam sejarah Malaysia yang dipuji oleh badan antarabangsa anti-rasuah terkenal, Transparency International. Dua pertiga pendapatan daripada pelancongan perubatan negara adalah sumbangan negeri Pulau Pinang Pelaksanaan Program Penghargaan Warga Emas dengan sumbangan RM100 setiap tahun kepada warga emas berusia 60 dan ke atas dan menjadi negeri pertama membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya pendapatan RM500 sebulan. Mencatatkan kadar pengangguran sifar dan malah menghadapi kekurangan pekerja.Mencatatkan peningkatan tertinggi penumpang penerbangan domestik dan asing di antara semua lapangan terbang di Malaysia sebanyak 30%. Paling giat melindungi, memulihara, dan mempromosikan George Town sebagai bandar warisan UNESCO. Bandaraya yang paling sesuai dihuni di Malaysia. Memberi bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun dan duit raya kepada guru Kafa dan mengiktiraf para hafiz. Menubuhkan Hab Pendidikan Pulau Pinang bagi menggalakkan universiti terkemuka dunia untuk mendirikan kampus cawangan di negeri ini. Memberi bantuan pinjaman mikro tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil dan mengurangkan bayaran lesen penjaja dan nelayan sebanyak 50%. | |
DUN BUKIT PAYONG Posted: 06 Oct 2012 03:33 AM PDT PGU5.0 ; Khianat Bendera Bukti Musuh PAS 'Kepanasan' Posted: 05 Oct 2012 07:36 PM PDT Petikan : Buletin Online SETIU - Kehadiran puluhan ribu penyokong dan ahli PAS ke program Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU5.0) yang bermula semalam 5 Oktober, di Pekan Jabi dekat sini telah meningkatkan 'suhu kepanasan' politik tempatan. Pelbagai acara sambutan PGU5.0 yang diadakan sejak pagi Jumaat, mengundang 'tumbuhnya' program-program 'semerta' Umno dan Barisan Nasional (BN) Bahagian Setiu. Antaranya program sempena PGU5.0, adalah program Khidmat Massyarakat membaikpulih rumah rakyat dhaif di Kampung Tempinis dan Rawatan Perubatan Percuma oleh Pasukan Perubatan Yayasan Amal yang diadakan di seluruh kawasan Dewan Undangan DUN Jabi. "Umno-BN buat program serta merta untuk mengekang ahli dan penyokongnya yang semakin terhakis dalam DUN Jabi, antaranya saya difahamkan program penerangan di Kampung Tempinis dan mengagih-agih cermin mata kepada pelajar sekolah, "ini memperlihatkan Umno-BN cemas dengan kebangkitan rakyat terutamanya saat semakin hampir kepada pilihanraya umum,"kata Pengerusi Majlis Tindkaan DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim. Beliau berkata demikian ketika ditemui bersama-sama Pasukan Perubatan Yayasan Amal memberikan rawatan percuma di Kampung Tok Dor Dalam. Selain program Kebajikan, program sehari suntuk Himpunan Ameerah yang berlangsung di Lata Belatan telah berjaya menarik minat ramai pemudi-pemudi dan menguatkan saf PAS Terengganu dalam persiapan menghadapi pilihanraya umum ke-13. Sementara itu, acara pertandingan Futsal anjuran Dewan Pemua PAS Terengganu yang dijadualkan berlangsung di gelanggang Futsal Felda Selasih terpaksa di pindahkan ke gelanggang Futsal Kampung Lak Lok, Besut. Menurut Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Zaidan Abdullah, ia adalah kerana Pengurus Felda yang dikenali ramai sebagai penyokong kuat Umno-BN telah membantah dan membatalkan tempahan gelanggang Futsal di Felda Selasih. Walaupun beralih lokasi yang agak jauh, Zaidan berkata, pertandingan Futsal berjaya dianjurkan dan mendapat sambutan. "Pasukan dari kawasan Setiu menjadi juara setelah mengalahkan pasukan dari kawasan Marang dengan jaringan gol 3 berbalas 2,"kata Zaidan Kemuncak kebimbangan musuh PAS pada program hari pertama PGU5.0 adalah pengkhianatan yang dilakukan keatas bendera-bendera yang di pasang diseluruh DUN Jabi. Perkara tersebut dikesan selepas ceramah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di Dataran PGU berjaya menghimpunkan tidak kurang 10,000 hadirin. Para petugas PAS yang membuat rondaan mendapati bendera yang dipasang di jambatan bersampiran simpang Kampung Oh telah di patahkan dan dibuang. "Masih ada lagi puak yang tidak bertamadun yang duk patahkan bendera (PAS),"komen Mohd Sabri, seorang petugas media PAS DUN Jabi ketika merakamkan gambar pengkhianatan yang dilakukan ke atas bendera PAS tersebut. | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 06 Oct 2012 01:23 AM PDT Wat Siam serah “pokok duit” bina lebuh raya rakyat Posted: 05 Oct 2012 09:00 PM PDT 20 Zulkaedah 1433H. [MOD] - TUMPAT: Tanpa menghiraukan sindiran pihak tertentu terhadap projek lebuh raya rakyat, sebaliknya 32 wat Siam di Kelantan mengumpul dana bagi turut sama menjaya pembinaan prasarana tersebut.
Hari ini mencatat satu sejarah apabila wat-wat Buddha terbabit menyerahkan pokok duit yang dikumpul daripada masyarakat Siam kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Wang yang diterima digubah secara kreatif dengan melekatkan duit-duit tersebut pada ranting yang disediakan. Ada not-not yang bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1.
Wat Machimaran Kampung Bunuhan Tumpat mengumpulkan pokok duit sebanyak RM5,510 manakala Keng Choo Temple, Tanah Merah menderma pokok duit bernilai RM2,000.
Pada Jun lalu NGO tajaan Umno, Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar) menyerah penyodok, kereta sorong dan cangkul buruk kepada kerajaan negeri sebagai sindiran projek lebuh raya rakyat.
Sebaliknya wat-wat Siam dari seluruh Kelantan mengambil inisiatif sendiri mengumpul dana bagi membantu dana pembinaan lebuh raya tersebut, selepas disisih kerajaan pusat sejak 1986.
Ketua Sami Buddha Tumpat II, Phrak Khru Vithat Thammarat dari Wat Machimaran berkata, kalau tidak ada duit macam mana hendak buat jalan.
"Jadi kita pakat buat baik sebelum mati. Buat baik boleh balasan baik dan buat jahat boleh balasan jahat. Oleh itu kita kena pakat buat baik, tanya mahaguru kita (Tok Guru Nik Aziz).
"Jangan cakap banyak kalau tidak ada isi tak guna juga. Macam mahaguru kita tidak cakap banyak sebab dia ada isi," katanya pada ucapan mewakili wat-wat Siam di majlis penyerahan sumbangan bagi dana pembinaan lebuh raya rakyat di Wat Machimaran di sini.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz melahirkan rasa terharu di atas kesungguhan masyarakat Siam mengumpulkan wang sesama mereka bagi membantu membina lebuh raya rakyat.
"Sebelum ini ada pihak yang membawa kereta sorong dan cangkul buruk ke pejabat saya sebagai mempersendakan projek lebuh raya rakyat.
"Namun hari ini hati saya gembira sangat kerana masyarakat Siam faham kesungguhan kerajaan negeri membina lebuh raya tersebut selepas diketepikan kerajaan pusat," katanya.
Hadir sama anggota-anggota Exco, Datuk Husam Musa, Datuk Annuar Tan Abdullah, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rosdi Wan Ibrahim.
Ketibaan Menteri Besar disambut dengan paluan gendang Siam oleh anak-anak muda. Sami yang berada di bawah khemah kemudian bersalam dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Pada majlis itu juga Menteri Besar menyerahkan surat kelulusan milik tanah tapak 12 wat Buddha di Tumpat yang dimohon kepada kerajaan negeri sebelum ini.
Harakahdaily/-
| AES: Apa Sistem Penguatkuasaan Automatik Posted: 05 Oct 2012 08:58 PM PDT 20 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Zulhazmi Shariff Automated Enforcement System – AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) a) Apa AES
AES ialah suatu sistem penguatkuasaan yang dijalankan secara automatik 24 jam tanpa henti.
b) Bagaimana AES berfungsi?
i) Kamera akan dipasang di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti (hot spot) dan beroperasi 24 jam tanpa henti.
ii) Kamera disambungkan ke pengkalan data JPJ.
iii) Apabila sesebuah kenderaan melalui kawasan tersebut, jika melebihi had laju yang ditetapkan, maka gambar kenderaan akan diambil dan dihantar ke pusat pemprosesan gambar serta pengkalan data JPJ.
iv) Jika disahkan melakukan kesalahan, maka saman akan terus dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.
c) Siapa mengendalikan Kamera AES? Kamera AES akan dikendalikan oleh dua (2) Syarikat swasta iaitu:
i) Beta Tegap Sdn Bhd. yang menggunakan sistem Redflex daripada Australai; dan
ii) ATES Sdn Bhd. yang menggunakan sistem Jenoptik Robot daripada Jerman
d) Pendapatan daripada AES. Kadar pendapatan telah dipersetujui sejak 22/4/2009 dan telah dibentangkan kepada Kabinet pada 16/9/2009. Suatu Model Kewangan Tiga Langkah telah dipersetujui iaitu:
i) Setiap syarikat layak mengambil RM16 daripada bilangan set saman sah yang dikeluarkan daripada hasil bayaran saman yang telah dijelaskan tertakluk kepada 5 juta saman.
ii) Setiap syarikat mengambil 50% baki hasil bayaran yang telah dijelaskan (selepas ditolak jumlah di bawah langkah i) tetapi terhad kepada RM270 juta setahun. Kerajan ambil jumlah yang sama.
iii) Setiap syarikat mengambil 7.5% baki bayaran saman yang telah dijelaskan selepas tolak langkah (i) dan (ii). Kerajaan juga sama.
e) Peruntukkan dalam Akta berkaitan AES
i) Seksyen 2 – memasukkan takrif "imej yang dirakam",
ii) Seksyen 2 – memasukkan takrif"kesalahan berjadual"
iii) Seksyen 2 – memasukkan takrif "kesalahan yang dirakam melalui kamera"
iv) Seksyen 53 (1A) – Saman dianggap serah walaupun enggan terima
v) Seksyen 53A – Notis Kesalahan yang dirakam melalui kamera vi) Seksyen 53B – Kewajipan mengemukakan nama dan alamat
vii) Seksyen 53C – Kewajipan untuk tidak memberikan, menyiarkan atau mendedahkan maklumat mengenai kesalahan yang dirakam melalui kamera.
viii) Seksyen 117 (11) – imej yang dirakam boleh diterima sebagai keterangan prima facie
ix) Seksyen 46 – Jadual Kesalahan
Jadual Pertama
(i) Memandu melebihi hadlaju (ii) Tidak mematuhi isyarat lalu (iii) Memotong garisan berkembar (iv)Memandu di lorong kecemasan (v) Memotong & menghalang daripada memotong (vi) Memotong barisan (vii)Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
Jadual Kedua – Kesalahan yang dirakam melalui kamera
(I) Memandu di lorong bas (ii) Memandu melebihi hadlaju (iii) Tidak mematuhi lampu isyarat
Penulis ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE). | Pas dakwa buku teks Bahasa Arab Tingkatan 5 ada lebih 200 kesilapan Posted: 05 Oct 2012 08:51 PM PDT 20 Zulkaedah 1433H. [MOD] - SINAR HARIAN 6 Oktober 2012
Nasrudin Hassan SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan mendakwa buku teks Bahasa Arab Tingkatan 5 mengandungi lebih 200 kesalahan utama, antaranya tatabahasa, metodologi bahasa dan susun atur bahasa dan ejaan. "Sungguh memeranjatkan. Bagaimana Kementerian Pelajaran boleh mengeluarkan sebuah buku teks Bahasa Arab Tingkatan 5 yang menjadi silibus (peperiksaan) Sijil Pelajaran Malaysia, mengandungi lebih 200 kesalahan utama.
"Kesalahan yang melibatkan nahu tatabahasa, metodologi bahasa dan susunatur bahasa dan ejaannya," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu kata beliau, Dewan Pemuda Pas mahu Menteri Pelajaran bertanggungjawab penuh di atas kecuaian melampau yang merisikokan masa depan pelajar.
"Apakah kegagalan hampir 50 peratus pelajar yang menduduki peperiksaan kemasukan ke Universiti di Timur Tengah khasnya Mesir adalah berpunca dari silibus yang salah?" katanya lagi.
Nasrudin berkata, kesilapan ketara seperti itu sewajarnya tidak berlaku.
Katanya, "bukan sahaja ia merosakkan masa depan pelajar yang gagal menguasai bahasa Arab dengan baik tetapi juga melibatkan pembaziran dengan kos yang tinggi."
Justeru kata beliau, pihaknya mahu Dewan Pemuda Pas mahu mengetahui jumlah cetakan buku tersebut dan berapa pula kos percetakannya.
"Jangan hanya kerana kelalaian atau kecuaian yang didiamkan, mengorbankan wang rakyat," katanya lagi.
Kata Nasrudin, sebelum ini negara telah gempar dengan sedikit kesilapan pada novel Interlok yang akhirnya mencetuskan perdebatan para sasterawan negara dan cerdik pandai.
"Malang Kementerian Pelajaran tidak mempelajari kesilapan lalu. Akhirnya mempertaruhkan masa depan pelajar," katanya lagi. | Mangsa ke-39 tragedi feri di Hong Kong meninggal duni Posted: 05 Oct 2012 08:04 PM PDT 20 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
HONG KONG: Angka kematian nahas maritim terbesar di Hong Kong pada dekad ini meningkat kepada 39 orang dan anggota penyelamat menamatkan operasi mencari mangsa, kata pihak berkuasa.
Kerajaan Hong Kong berkata, seorang lagi mangsa meninggal dunia lewat semalam selepas feri penumpang bertembung dengan sebuah bot kecil yang membawa orang ramai menyaksikan pertunjukan bunga api pada malam Isnin lalu.
Kesemua 39 yang mati dan hampir 100 lagi cedera ketika menaiki bot kecil berkenaan, Lamma IV yang membawa 124 penumpang dan tiga anak kapal. Bot itu berlepas dari Pulau Lamma, barat daya Hong Kong dan menuju Victoria Harbour apabila ia bertembung dengan feri Sea Smooth dan kemudiannya karam. - AP | Bil anggaran TNB caj lima kali ganda Posted: 05 Oct 2012 01:31 AM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Zulhilmi menunjukkan bil anggaran TNB yang diterimanya. JELEBU - Seorang pekerja pembinaan melahirkan rasa tidak puas hati apabila menerima bil elektrik pada bulan ini yang berjumlah lima kali ganda daripada bulan sebelumnya. Zulhimi Abdul Latif, 41 berkata, kebiasaannya caj bil elektrik yang dikenakan sekitar RM50 hingga RM60 sebulan. Menurutnya, lazimnya setiap bulan dia memperuntukkan RM200 untuk membayar semua bil kelengkapan rumahnya. "Tetapi pada bulan ini, saya menerima bil anggaran Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berjumlah RM280. Saya membuat pertanyaan kepada pihak berkenaan dan bertanya mengapa perlu diberi bil anggaran sedangkan saya membuat bayaran bil setiap bulan. "Mereka menjawab "kerajaan suruh buat macam ini" dan saya juga merujuk kepada wakil rakyat kawasan dan beliau menyatakan "ini adalah dasar kerajaan"," katanya. Zulhimi yang ternyata kecewa dengan situasi itu berkata, bil anggaran atau penyelarasan itu tidak wajar dilakukan kerana ia membebankan pengguna. Katanya, tarikh pembayaran yang tertera di bil berkenaan adalah selewat-lewatnya 27 September ini, namun kakitangan swasta sepertinya menerima gaji selepas tarikh berkenaan. "Saya mahukan bil bulanan yang tepat. Misalnya bil September untuk penggunaan elektrik bulan itu sahaja dan bukannya bil anggaran. "Bil anggaran ini juga tidak menyatakan penggunaan elektrik pada bulan berapa dan ini menyebabkan saya keliru," katanya yang menyewa kediaman di Taman Bandar Tinggi, Kuala Klawang.
sinar harian/- | Guna jengkaut rempuh bank, larikan ATM Posted: 05 Oct 2012 01:29 AM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
LONDON: Sekumpulan perompak merempuh dinding sebuah bank menggunakan jengkaut curi, menyebabkan lubang sebesar kira-kira empat meter, sebelum mereka melarikan mesin teler automatik (ATM) di situ, semalam. Polis kini memburu empat lelaki bertopeng kerana merempuh Bank Barclays cawangan Long Sutton di Lincolnshire. Jurucakap polis berkata, perompak terbabit menggunakan jengkaut yang dicuri dari sebuah ladang di Gedney sebelum mengangkut ATM menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
Walaupun sepatutnya insiden itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV), tiada bukti dapat digunakan polis pada alat berkenaan kerana ia tidak dihidupkan ketika itu. Ahli Majlis Tempatan, John Clarey, berkata dia amat terkejut insiden itu boleh berlaku di tengah bandar ketika dua CCTV terarah ke dinding bank berkenaan.
"Apa guna membayar wang yang banyak untuk kamera CCTV jika tiada apa dapat dirakam?" katanya. Awal tahun ini, pihak berkuasa tempatan Clare Clarey menggantung pembiayaan skim kamera rasmi bagi membolehkan siasatan dibuat memastikan ia benar-benar berfungsi. Siasatan dibuat selepas sekumpulan pencuri melarikan hampir �700,000 (RM3.5 juta) dari mesin tunai pasar raya di seluruh Britain menggunakan mesin gergaji. Mereka bagaimanapun didapati bersalah dan dipenjara bulan lalu. Sepanjang 14 bulan, mereka mencuri 33 pasar raya dan kediaman. - DM
| 2kg rambut, kapur dalam perut Posted: 05 Oct 2012 01:27 AM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
GUMPALAN rambut yang menyelaputi kapur tulis dikeluarkan dari perut seorang remaja. NEW DELHI: Apabila seorang remaja mengadu tidak boleh makan atau minum selama beberapa hari, sekumpulan doktor memutuskan untuk mencari puncanya.
Tidak seperti dijangka, apa yang mereka temui sangat luar biasa.
Di dalam perut remaja perempuan itu ialah gumpalan rambut seberat hampir dua kilogram yang tersangkut di antara perut dan usus kecilnya.
Pakar perubatan India mendapati, remaja berusia 19 tahun itu mempunyai tabiat suka memakan rambut sendiri, selain kapur tulis jika dia berada di sekolah. Gabungan 'makanan' aneh itu kemudian berkumpul dalam tubuh remaja terbabit sebelum lama-kelamaan menjadi besar.
Sepasukan pakar bedah dimaklumkan mengenai penemuan itu selepas remaja terbabit - dari Rajgarh dan Madhya Pradesh - berkunjung ke Hospital the Maharaja Yeshwantrao di Indore bulan lalu.
Diketuai Dr Parvinder Singh Lubana, mereka akhirnya berjaya mengeluarkan gumpalan rambut yang 'membungkus' kapur berkenaan.
Seorang daripada pakar bedah itu, Dr Amit Agarwal, berkata saluran usus remaja terbabit tersumbat menyebabkan dia tidak boleh mengambil makanan atau minuman selama beberapa hari.
Bagaimanapun, gumpalan rambut itu bukanlah yang terbesar pernah dikeluarkan dari tubuh seseorang dalam tempoh beberapa tahun lalu.
Pada November 2007, doktor di Amerika Syarikat (AS) menemui gumpalan rambut seberat hampir lima kilogram dalam perut seorang remaja perempuan.
Berusia 18 tahun ketika itu, remaja terbabit mendapatkan bantuan doktor selepas mengalami kesakitan dan bengkak perut selama lima bulan.
Imbasan menunjukkan ada gumpalan besar di bahagian perut remaja terbabit.
Lima hari selepas dikeluarkan, pesakit kembali makan secara normal dan dibenarkan pulang. - DM
| Genneva Malaysia disiasat - BNM Posted: 05 Oct 2012 01:25 AM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya disiasat agensi penguat kuasa berkenaan bagi kesalahan yang disyaki, yang termasuk pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.
Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kesalahan lain yang disyaki termasuk pengelakan cukai, penerangan palsu termasuk salah pernyataan, pelantikan ejen tanpa lesen dan kegagalan menyerahkan dokumen berkanun.
Serbuan bersama dijalankan pada 1 Okt di beberapa premis Genneva Malaysia serta di kediaman pengarah syarikat itu oleh Polis DiRaja Malaysia, BNM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia, katanya.
Ia berkata aset dan dokumen syarikat berkenaan yang disita semasa serbuan itu akan disimpan bagi maksud memudahkan penyiasatan.
Menurut BNM, orang ramai perlu menyemak dengan pihak berkuasa yang berkaitan apabila berurusan dengan syarikat-syarikat atau individu yang menawarkan peluang perniagaan yang menarik atau perkhidmatan kewangan yang tidak dilesenkan oleh pihak berkuasa.
Bank pusat juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati untuk melabur dalam skim yang tidak dikawal.
"Agensi penguatkuasa akan mengambil tindakan terhadap skim kewangan haram untuk melindungi kepentingan pelabur dan masyarakat umum," katanya Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui talian 1-300-88-5465. - BERNAMA | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 05 Oct 2012 09:40 PM PDT Bil anggaran TNB caj lima kali ganda Posted: 05 Oct 2012 12:51 AM PDT Zulhilmi menunjukkan bil anggaran TNB yang diterimanya.
5 Oktober 2012
JELEBU - Seorang pekerja pembinaan melahirkan rasa tidak puas hati apabila menerima bil elektrik pada bulan ini yang berjumlah lima kali ganda daripada bulan sebelumnya.
Zulhimi Abdul Latif, 41 berkata, kebiasaannya caj bil elektrik yang dikenakan sekitar RM50 hingga RM60 sebulan.
Menurutnya, lazimnya setiap bulan dia memperuntukkan RM200 untuk membayar semua bil kelengkapan rumahnya.
"Tetapi pada bulan ini, saya menerima bil anggaran Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berjumlah RM280. Saya membuat pertanyaan kepada pihak berkenaan dan bertanya mengapa perlu diberi bil anggaran sedangkan saya membuat bayaran bil setiap bulan.
"Mereka menjawab "kerajaan suruh buat macam ini" dan saya juga merujuk kepada wakil rakyat kawasan dan beliau menyatakan "ini adalah dasar kerajaan"," katanya.
Zulhimi yang ternyata kecewa dengan situasi itu berkata, bil anggaran atau penyelarasan itu tidak wajar dilakukan kerana ia membebankan pengguna.
Katanya, tarikh pembayaran yang tertera di bil berkenaan adalah selewat-lewatnya 27 September ini, namun kakitangan swasta sepertinya menerima gaji selepas tarikh berkenaan.
"Saya mahukan bil bulanan yang tepat. Misalnya bil September untuk penggunaan elektrik bulan itu sahaja dan bukannya bil anggaran.
"Bil anggaran ini juga tidak menyatakan penggunaan elektrik pada bulan berapa dan ini menyebabkan saya keliru," katanya yang menyewa kediaman di Taman Bandar Tinggi, Kuala Klawang.
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 05 Oct 2012 03:22 PM PDT RASANYA MEMANG KENA GELARAN ITU WAHAI MAT SABU PROF SERBA TAU ! Posted: 05 Oct 2012 02:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mungkin akan digelar Jayalalithaa Malaysia kerana kenduri kahwin anaknya yang serba hebat dan mewah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Di negeri Tamil Nadu di India, ada bekas bintang filem, iaitu Jayalalithaa, pernah jadi Ketua Menteri negeri itu.
"Dia paling terkenal dengan cerita majlis perkahwinan anak angkatnya yang dilapor telah dihadiri oleh 150,000 orang," katanya.
Mohd Ali pula kini menjadi tumpuan kritikan umum apabila kenduri kahwin anaknya, Mohd Ridhwan dengan Nur Azieha Mohd Ali dilapor melibatkan 130,000 jemputan.
Jumlah kehadiran dalam kenduri tersebut direkodkan oleh Malaysia Book of Records sebagai jumlah tetamu paling ramai untuk majlis perkahwinan.
"Samalah seperti majlis kahwin anak angkat Jayalalithaa yang diiktiraf oleh Guinness World Records ketika itu sebagai jumlah jemputan paling ramai untuk majlis perkahwinan dan juga jamuan terbesar sempena majlis perkahwinan," kata Mohamad.
Jayalalithaa Jayaram mula menjadi Ketua Menteri Tamil Nadu pada tahun 1991. Pada tahun 1996 beliau tersingkir dari jawatannya apabila parti pimpinannya memenangi hanya empat dari 168 yang ditandingi.
Kekalahan itu dikaitkan dengan tuduhan rasuah ke atasnya dan juga kritikan meluas terhadap majlis perkahwinan serba mewah anak angkatnya, V Sudhakaran.
Jayalalithaa bagaimanapun terus Ketua Menteri Tamil Nadu pada tahun 1992 dan 2011.
Dengan sinis, Mohamad bertanya adakah setiausaha Mohd Ali, Datuk M S Mahadevan tidak mengingatkan Ketua Menteri Melaka itu tentang kisah Jayalalithaa.
Dalam kenyataannya kepada The Star Onlin, Mahadevan menyatakan, 500 orang "sukarelawan" yang bertugas di majlis tersebut "tidak dibayar satu sen sekalipun".
Kenyataan Mahadevan itu selaras dengan pendedahan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat tentang penglibatan jabatan dan agensi kerajaan dalam mengendalikan majlis perkahwinan anak sulung Mohd Ali pada 30 September itu.
Dipetik Dari HarakahDaily.Net | NGERI DI SELAR Posted: 05 Oct 2012 12:27 AM PDT SHAH ALAM,4 OKT: Kerajaan Negeri menyelar tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang membelakangi Menteri Besar Selangor dan ahli-ahli Exco Kerajaan alam kes pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman yang ditukar secara mengejut baru-baru ini. Exco Kesihatan. Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar berkata, media tempatan melaporkan bahawa kononnya persetujuan untuk pertukaran tersebut dicapai selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.
"Kita ingin perjelaskan bahawa SUK, Datuk Khusrin Munawi hanyalah salah seorang 'ex- officio' penjawat awam yang dilantik atas kapasiti jawatan beliau dan bukannya diberikan 'kuasa' bagi membuat keputusan bagi pihak 'Pihak Berkuasa Negeri'.
"Pihak Berkuasa Negeri ialah Menteri Besar dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau lebih dikenali sebagai ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor," kata Dr Xavier dalam kenyataan medianya.
Dr Xavier menegaskan, arahan JPA bertarikh 27 September lepas untuk pertukaran jawatan Datuk Bandar Petaling Jaya tersebut adalah bertentangan dengan Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Kerana Kerajaan Negeri diberikan 'kuasa mutlak' melantik Datuk Bandar pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukannya oleh pihak JPA.
"Jadi tidak berbangkit isu KSN mengenalpasti pengganti kepada Datuk Bandar Petaling Jaya kerana perlantikan ke jawatan tersebut adalah di bawah bidang kuasa dan budi bicara Kerajaan Negeri," ujarnya.
Jelas beliau, sebagai seorang penjawat awam, Ali Hamsa yang baru dilantik sebagai KSN pada 24 Jun yang lalu seharusnya mempunyai rasa hormat untuk mengadakan lawatan kunjung hormat bertemu Menteri Besar dan ahli-ahli Exconya.
Ia kerana beliau harus sedar sebagai seorang penjawat awam seseorang itu harus akur kepada kerajaan sedia ada dan bukannya sekadar mengambil arahan dari Kerajaan Persekutuan sahaja dengan mengambil tindakan yang boleh mencetuskan kontroversi.
"Kita juga akan berbincang dengan Khusrin dalam mesyuarat Exco terdekat bagi mendapatkan laporan lanjut tentang isu itu kerana Kerajaan Negeri hanya mengetahuinya dari laporan media," katanya. | BUKAN BIADAB TAPI BIADAB 2 Posted: 04 Oct 2012 05:59 PM PDT Langat 2, Biadab TIdak Hormat Hak Negeri Komen Teman : Setuju dengan Ustaz Idris Ahmad dalam kes Langat 2 ini iaitu Tanah , Air dan hasil hutan adalah hak negeri .Kenapa biadap dan tidak menghormati undang-undang negeri? Ini kes biadap 2 kali ganda sebab yang biadap bapa(Kerajaan Persekutuan) bukan anak(Kerajaan Negeri).Kalau ikut teman api, air dan udara sekalipun tidak boleh dimonopoli, Seeloknya Kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan uruskan tanpa diswastakan. Kalau swastapun jangan jadikan syarikat swasta tersebut anak emas dan tempat minta duit utntuk tampung belanja jika bajet tak cukup.
Tindakan kerajaan Pusat hendak membina loji Rawatan Air Langat 2 adalah tindakan biadab yang tidak menghormati hak negeri yang jelas terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan. Tanah, air, hasil hutan, adalah hak negeri, ini satu pencerobohan.
Kenapa projek ini hendak diteruskan juga? Bukankah kerajaan Selangor sudah membuktikan dengan fakta, Selangor sudah cukup air melalui kajian pasukan khas yang terdiri daripada pakar. Masalah yang berlaku ialah kegagalan Syabas merawat air dan mengurangkan masalah kebocoran 'non revenue water' daripada 30 peratus kepada 15 peratus sehingga tidak sampai kepada pengguna.
Kerajaan Selangor yang pro rakyat tidak mahu membazir wang rakyat sebanyak RM12 bilion untuk Langat 2, sedangkan jika masalah ini diselesaikan dengan baik hanya memerlukan RM225 juta sahaja dengan membaik pulih pasarana yang sedia ada.
Sebelum ini pun pemimpin Kerajaan BN yang tidak boleh menerima kekalahan di peringkat negeri telah menubuhkan pejabat Persekutuan untuk memastikan jerong-jerong BN tidak kelaparan di negeri Pakatan Rakyat. Ini semua membazir jutaan ringgit setiap bulan semata-mata untuk memenuhi nafsu serakah mereka. Semua maklum bagaimana kerajaan pusat mengarahkan agensi pusat jangan bagi kerjasama dengan kerajaan PR. Royalti di Kelantan dirompak.
Pembinaan Loji Langat 2 satu perkara yang tidak boleh diterima oleh kerajaan yang bertamaddun tanpa restu daripada kerajaan negeri. Ini adalah undang-undang rimba. Perbadanan Aset Air Berhad telah menjual 15 naskhah dokumen tender dengan harga RM10,000 satu, walaupun tanpa restu kerajaan negeri. JIka berlaku masalah nanti ketika hendak masuk ke tapak projek yang dikuasai oleh pihak berkuasa negeri maka mereka akan menuduh kerajaan negeri kianat kepada rakyat. Pada hal kerajaan pusat yang ceroboh hak negeri.
Pemimpin BN jangan marah kalau rakyat melanggar undang-undang kerana gurunya ialah Umno. Umno belajarlah jadi orang kalah, hormatlah undang-undang. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | |
Kamparin Posted: 05 Oct 2012 02:03 PM PDT ROYALTI UTK RAKYAT KELANTAN Posted: 04 Oct 2012 02:49 PM PDT Parti melayu umno menafikan hak rakyat kelantan utk mendapatkan 5% royalti gas dan minyak dari petronas selama puluhan tahun. Yang dinafikan itu rata2 orang melayu juga! jadi jika umno sebagai sebuah parti membela melayu, sanggup menafikan hak orang kaumnya sendiri, terbuktilah umno membohongi kaum melayu amnya. tanpa royalty sepanjang pemerintahan PAS di kelantanpun mereka masih bolih bertahan sebegitu lama melalui hasil negeri yg terhad dalam suasana perbelanjaan negeri bertambah setiap tahun. Tapi tiadalah pula kedengaran kelantan jadi muflis atau terpaksa berhutang setiap tahun bagi menampong perbelanjaan. Bayangkan jika royalti sejumlah RM10.4 Bilion disepanjang 23 tahun pemerintahan PAS diperolehi, sudah pastilah kelantan merupakan negeri yang paling terkehadapan dan maju dalam semua aspek. Munkin sukar mencari orang melayu yg miskin atau kurang berpelajaran! sebaliknya kelantan akan jadi gedong ilmu, sumber tenaga manusia yg cemerlang dan amalan tata kelolaan yg berhemah serta terbaik tanpa unsur negatif seperti rasuah, kronisma, monopoli, ketirisan, pembaziran, perkauman, fitnah, keangkuhan, salah laku salh guna kuasa dll. Keingkaran Najib dan kabinet BN yg dikuasai umno utk melepaskan royalti kepada rakyat kelantan hanya akan menyulitkan umno serta menyebabkan rakyat sedar bahawa mereka mungkir janji, melanggar perjanjian termeterai sejak 1974 seta tidak menghormati perlembagaan persekutan dlm amalan federalisma. Hal ini nampak sangat berdendam kepada PAS kerana semasa PAS memerintah Terengganu, royalti kenegeri itu juga di berhentikan. Tetapi royalti kepada sabah dan sarawak tetap berterusan. Jelas ini satu penganiayaan, diskriminasi serta penodaan yg amat ketara kepada melay kelantan. Rakyat pasti akan menghukum UMNO dan BN dlm PRU 13 nanti.Jelajah Royalti dari kota baru ke Putrajaya pada 2 oktober sehinggalah ke Parlimen pd 4 oktober oleh "R", memberi makna simbolik perjuangan berterusan rakyat kelantan. Kami turut serta meraikan mereka di Parlimen pada 4 oktober 2012. Berikanlah hak mereka utk dimunafaatkan sepenuhnya oleh rakyat kelantan demi kesejahteraan mereka. Namun ketetapan rezeki Allah tidak kemana, cuma cepat lambatnya sahaja. kita trus berdoa! | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 05 Oct 2012 09:51 AM PDT JPrK PARLIMEN BALING LAWAT SELANGOR Posted: 05 Oct 2012 07:04 AM PDT SHAH ALAM YB Ahli Parlimen Baling berbesar hati membawa rombongan dari kawasan Baling untuk melawat Selangor untuk melihat perkembangan Selangor dengan mata kepala sendiri. Mantan Imam Besar Masjid Negara ini, Ustaz Dato Taib Azamudden bersama keluarga dan aktivis di kawasan Parlimennya merangkumi pemuda dan Muslimat serta jentera. Mereka menginap di Shah Alam dan dibawa ke Parlimen, Malaysia, Dewan Negeri Selangor kemudian ke Perbadanan Perpustakaan Selangor yang semakin masyhur kerana berteknologi tinggi dan sangat mesra pengguna. YB EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangnan Modal Insan kerajaan Selangor memberi taklimat mengenai pencapaian kerajaan pakatan rakyat Selangor. YB Dr Hjh Halimah Ali juga turut membentangkan segala program, aktiviti dan perancangan untuk mencapai matlamat Selangor untuk mencapai negeri idaman, maju , sejahter dan berkebajikan atau baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur. Kemudian di sebelah petang mereka di bawa ke kampung tradisi Melayu yang dipilih untuk menjadi pilot projek mini baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur yakni Kampung Delek. Mereka singgah melihat projek kecil MINI Quranic botanical garden di SRA Kpg Delek. | |
KHIDMAT MERU Posted: 05 Oct 2012 09:28 AM PDT PERTEMUAN PEMBANTU EXCO AGAMA DENGAN NAZIR - NAZIR MASJID Posted: 04 Oct 2012 07:21 PM PDT YB Dr Rani selaku Pembantu Exco Hal Ehwal Agama Negeri Selangor telah membuat pertemuan mesra dengan Nazir-nazir masjid Sabak Bernam di daerah itu. Seramai lebih 70 orang nazir dan AJK masjid turut hadir dalam majlis ramah mesra tersebut. | SKIMSEL CAWANGAN SABAK BERNAM Posted: 04 Oct 2012 04:17 PM PDT YB Dr Rani sebagai Pengerusi SKIMSEL Selangor telah melawat Cawangan Sabak Bernam serta sadiq-sadiq yang membuat pinjaman dengan cawangan tersebut. Antara sadiq yang dilawati ialah Puan Zaleha binti Ahmad 55 tahun, seorang pengidap penyakit kencing manis dan telah dipotong sebahagian kaki sebelah kirinya namun masih berjiwa kental untuk menjalankan projek membuat kerepek dan bahulu dirumahnya. Begitu juga Puan Salamah binti Kussin 42 tahun yang dibantu oleh suaminya Encik Mohd Senin yang mengusahakan projek ternakan kambing sebanyak 30 ekor. | KEM KESIHATAN BAGI PENDUDUK PANGSAPURI REBANA Posted: 04 Oct 2012 03:14 PM PDT YB Dr Rani telah mengunjungi satu program Kem Kesihatan yang dianjurkan oleh sebuah badan NGO diketuai oleh seorang doktor gigi, Dr Nedu beserta pasukan perubatannya. Seramai lebih 150 orang penduduk yang majoritinya adalah kaum India telah mendapat manafaat perkhidmatan pemeriksaan percuma tersebut. | |
Jasindaily Online Posted: 05 Oct 2012 09:20 AM PDT Azalina Terkejut Peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang Tak Dibayar Posted: 05 Oct 2012 05:42 AM PDT Tohmahan bahawa peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang dibayar dengan masing-masing RM30.00 untuk hadir ke perhimpunan tersebut tidak mengejutkan, kata Riduan Mohd Nor.Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS itu, sudah banyak kali perhimpunan aman Pakatan Rakyat ditohmah dengan pelbagai tuduhan negatif seperti itu. "Bagi ahli-ahli Pakatan Rakyat mahupun pencinta demokrasi, tuduhan ini bersifat liar dan menggelikan hati.
"Mungkin juga ia adalah reaksi spontan dari golongan yang terkejut melihat rakyat sudah mulai bangkit dan bersuara menuntut hak mereka," katanya.Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Datuk Seri Azalina Othman, Ahli Parlimen Pengerang sebelum ini yang berkata ribuan rakyat yang hadir ke Himpunan Hijau Lestari Pengerang minggu lalu adalah dibayar.Mengulas lanjut Riduan berkata, Azalina sebenarnya tidak memahami bagaimana rakyat boleh bersatu untuk hadir ke perhimpunan ini meskipun tanpa dibayar upah sesen pun. "Mungkin juga ujarnya Azalina telah lama bergelumang dalam politik pemerintah dan biasa bagi mereka mengupah penyokong mereka untuk hadir dalam perhimpunan yang mereka anjurkan. "Bagi mereka, menjadi budaya peserta perhimpunan dibayar dengan pakej lengkap: duit poket, T Shirt percuma, penginapan, makanan, bas (pengangkutan) dan lain-lain.
"Tetapi bagi Pakatan Rakyat, menganjurkan perhimpunan tanpa bayaran menjadi asam garam dalam perjuangan," kata beliau lagi.Realiti yang berlaku katanya, rakyat dengan kesedaran sendiri bangkit apabila merasakan diri mereka dizalimi.Azalina ujarnya, elok mengemukakan bukti beserta dengan fakta kukuh dan mengajukan kepada SPRM untuk diadukan jika benar peserta tersebut dibayar."Belajarlah memahami realiti dan hidup bersama rakyat di bawah, supaya tahu erti kehidupan sebenar rakyat," katanya. | Isu Kapal Selam : Peguam Perancis Sedia Beri Penjelasan Posted: 05 Oct 2012 05:40 AM PDT Peguam Perancis William Bourdon yang mewakili Suaram dalam kes urus niaga Scorpene menyatakan kesediaannya untuk hadir memberi taklimat berhubung perkara itu kepada anggota Parlimen Malaysia.Bagaimanapun, katanya, ia dengan syarat pihak berkuasa daripada Umno dan kerajaan BN menjamin keselamatannya di negara ini.Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu Bourdon di Paris. Perkara itu dilaporkan di laman Facebooknya. Anwar baru-baru ini dilaporkan ke Perancis untuk mengundang peguam itu dan DCNS untuk memberi taklimat kepada Parlimen Malaysia.Bourdon tahun lalu hadir ke Malaysia untuk menghadiri jamuan makan malam untuk mengumpul dana tetapi kemudiannya dihantar pulang ke negara asal. | Tukar Kerajaan Jika Tak Mahu Anak Mahathir Bolot Hasil Minyak Posted: 05 Oct 2012 03:44 AM PDT Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan Putrajaya perlu ditukar sekarang bagi mengelakkan hasil minyak dibolot keluarga pemimpin Umno."Ini kerana syarikat yang mengurus carigali telaga minyak sekarang ada dimiliki keluarga pemimpin-pemimpin Umno sahaja. Misalnya dua telaga minyak di perairan Kelantan dimiliki syarikat anak Tun Dr Mahathir Mohamad."Di perairan Kelantan masih ada 23 lagi telaga minyak yang belum lagi beroperasi. Setiap telaga minyak dianggarkan bernilai kira-kira RM3 bilion. Jadi bagi mengelakkan telaga minyak tersebut dibolot keluarga pemimpin Umno, kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang perlu ditukar," katanya dipetik Harakah Daily.
Ahli Parlimen Machang itu berucap pada ceramah di Putik, Pengkalan Chepa malam tadi.Saifuddin berkata, negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini berpeluang mengurus sendiri operasi minyak di perairan mereka melalui syarikat milik kerajaan negeri (GLC) di bawah komitmen baru Pakatan Rakyat.Katanya, perancangan itu boleh menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.Saifuddin pada perbahasan Bajet BN Selasa lalu mendedahkan, SapuraKenchana Petroleum dimiliki anak ketiga Mahathir, Datuk Mokhzani mendapat kontrak minyak sebanyak RM2 bilion.Menurutnya, Armada Sdn Bhd milik Tan Sri Halim Saad turut diberi kontrak penyimpanan minyak dan gas bernilai RM8.5 bilion pada Isnin lalu.Halim adalah salah seorang tokoh korporat Melayu yang rapat dengan Mahathir terutama pada era 90-an. ~harakahdaily | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 05 Oct 2012 07:10 AM PDT |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 05 Oct 2012 01:23 AM PDT Status negara Palestin di PBB dibahas November Posted: 05 Oct 2012 01:13 AM PDT
|
|
|
| | | | 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] - |
|
|
|
|
|
|
|
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkemungkinan mengadakan debat mengenai status negara Palestin di PBB pada pertengahan November - selepas pilihan raya Amerika Syarikat, ujar presiden kepada 193 anggota Perhimpunan Agung PBB Rabu lalu. Setelah gagal tahun lepas untuk diiktiraf kenegaraan penuh di PBB, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata minggu lepas beliau akan berusaha menaik taraf status kepada "negara bukan ahli negeri" seperti Vatican. Status semasa Palestin PBB adalah "entiti pemerhati." Jika berjaya, ia akan bertukar kepada "negara pemerhati." "Pada pertengahan November, akan ada debat antarabangsa mengenai isu Palestin dalam Perhimpunan Agung," ujar Presiden Perhimpunan Agung PBB, Vuk Jeremic dalam satu sidang akhbar. "Terdapat banyak pilihan raya dan kalendar politik di serata dunia," katanya merujuk kepada pilihanraya termasuk pilihan raya Amerika Syarikat pada 6 November. "Pemahaman saya adalah kepimpinan Pihak Berkuasa Palestin akan melakukan perbincangan yang mendalam, dan membuat kesimpulan tentang apa yang mereka mahu lakukan pada bulan November." Status negara untuk Palestin menimbulkan perasaan tidak selesa untuk Israel. Didaftarkan sebagai sebuah negara dan bukannya entiti bermakna Palestin boleh menyertai badan-badan antarabangsa seperti Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan memfailkan aduan terhadap Israel untuk penjajahan berterusan. Status negara juga akan menimbulkan kemarahan sekutu rapat Israel, Amerika Syarikat, yang berhujah bahawa negara Palestin hanya boleh diwujudkan melalui rundingan bersemuka. Tiada rundingan damai antara Palestin dan Israel sejak 2010, kerana rakyat Palestin enggan untuk meneruskan rundingan melainkan jika kerajaan Israel menghentikan pembinaan penempatan di Tebing Barat dan Timur Baitul Muqaddis. HARAKAHDAILY/-
| Spesies baharu dinosaur diberi nama Posted: 05 Oct 2012 01:03 AM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] - WASHINGTON - Seorang pengkaji haiwan purba, Paul Sereno mengenal pasti identiti satu spesies baharu dinosaur yang mempunyai badan seperti landak.
Sereno membuat kajian tentang identiti dinosaur yang mempunyai gigi taring dan paruh seperti burung kakak tua itu selepas melihat spesimen haiwan berkenaan pada 1983 di Universiti Harvard, Amerika Syarikat.
Spesimen haiwan itu ditemui pada serpihan seketul batu di Afrika Selatan pada 1960-an. Dia memberi nama dinosaur itu Pegomastax africanus yang bermaksud rahang tebal dari Afrika dan ia hidup antara 100 juta hingga 200 juta tahun lalu.
"Saya menggambarkan dinosaur itu sebagai seekor burung, puntianak dan landak," katanya yang merupakan pakar dinosaur di Universiti Chicago.
Penemuan tersebut dilaporkan kelmarin dalam jurnal ZooKeys di internet.
Panjang dinosaur itu kurang 61 sentimeter (sm) dan ia memakan tumbuh-tumbuhan.
Sereno berkata, dinosaur itu mempunyai berat seperti seekor kucing yang dipelihara di rumah manakala ketinggian haiwan tersebut kurang 30sm. - Agensi
| PKR cadang Rapid Pengerang pindah ke Terengganu Posted: 05 Oct 2012 12:55 AM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] - PKR mencadangkan projek loji penapis petrokimia Rapid Pengerang dipindahkan ke Kertih, Terengganu seandainya kajian dan pertimbangan asas ekonomi mewajarkan ia diteruskan. Ketua Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR, Wong Chen dalam sidang media pagi tadi berkata projek itu perlu dinilai secara menyeluruh dan mengambil kira merit ekonomi, keuntungan, kesan sosial dan alam sekitar. "Kita tidak boleh mengenepikan semua isu hanya kerana emosi semata-mata. Jika ia perlu diteruskan, ini sekurang-kurangnya yang kita boleh lakukan. "Kami akan mempertimbangkan memindahkan lokasinya ke Kertih dari Pengerang. Kompleks Industri Petroleum Petronas memang sudah sedia ada di Kertih," katanya sambil menambah ia dilengkapi kemudahan dan tanah yang cukup serta hampir dengan pelabuhan Kuantan. MALAYSIAKINI/-
| Bimbang debu jejas kesihatan Posted: 05 Oct 2012 12:49 AM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Azman (kanan) menyerahkan memorandum bantahan kepada Tuan Ibrahim untuk disampaikan kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, kelmarin. KUANTAN – "Saya tidak tahan lagi, setiap hari kami terpaksa menghidu udara yang berdebu. Jika keadaan ini berterusan, saya bimbang akan menjejaskan kesihatan penduduk," kata seorang penduduk Kampung Selamat, Pelabuhan, Abu Bakar Mamat, 52. Katanya, sebelum ini, penduduk di kawasan itu sudah beberapa kali membuat aduan tentang kuari berdekatan kampung mereka, namun hingga kini masih belum ada tanda-tanda penyelesaian. Tambahnya, lebih memburukkan keadaan, kawasan perumahan itu juga turut dicemari dengan longgokan bijih besi oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab. "Saya kesal kerana hingga kini belum ada penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Malah, penduduk di sini terpaksa menanggung akibatnya dengan meletakkan diri dalam persekitaran 'tidak sihat'," katanya yang ditemui ketika Lawatan Dewan Harian Pas, kelmarin. Hadir sama lawatan itu, Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Berserah, Syed Mohammed Tuan Lonnik. Katanya, setiap hari, puluhan lori berulang-alik ke kawasan kuari dan tempat simpanan bijih besi menyebabkan jalan utama masuk ke kawasan itu rosak. "Jika hari hujan, saya tidak akan melalui jalan itu sebaliknya menggunakan jalan belakang bagi mengelakkan kereta mengalami kerosakan akibat jalan berlubang. "Bukan itu sahaja, kami juga jarang membuka tingkap rumah kerana bimbang debu dan habuk kotor masuk. Keadaan ini benar-benar membuatkan kami tidak selesa," katanya. Manakala bagi Azman Ali, 43, aktiviti tidak bertanggungjawab itu turut menyebabkan penduduk terpaksa berdepan dengan masalah banjir lumpur sekiranya hujan lebat. "Bila hari panas, kami berdepan dengan masalah debu. Bila hari hujan pula, kami 'dibanjiri' lumpur. Pendek kata, panas salah, hujan pun salah. "Justeru, saya harap pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan isu ini secepat mungkin. Kami sudah lama tinggal di sini, malah ada di antara penduduk yang memang lahir dari kampung ini. Kalau boleh kami tidak mahu tinggalkan tempat ini," katanya. Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya tampil membuat lawatan selepas menerima aduan daripada penduduk berikutan masalah itu. "Projek kuari sepatutnya tidak boleh dijalankan di kawasan penempatan penduduk kerana ia boleh menjejaskan kesihatan penduduk. Bagaimanapun, saya akan cuba merujuk perkara ini kepada Setiausaha Sulit Sultan Pahang bagi mendapatkan penyelesaian. "Kita tidak boleh biarkan penduduk terus hidup dalam keadaan tidak selesa serta terdedah dengan bahaya," katanya.
SINAR HARIAN/-
| Ahli arkeologi jumpa makam permaisuri Maya Posted: 04 Oct 2012 11:18 PM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
BANDAR RAYA GUATEMALA - Sekumpulan ahli arkeologi Amerika Syarikat (AS) dan Guatemala menemui sebuah makam permaisuri Maya yang mengandungi harta karun.
Menurut seorang ahli arkeologi AS, David Freidel, makam itu ditemui di hutan Peten yang merupakan salah satu penemuan terpenting berkaitan dengan tamadun Maya.
Hutan itu terletak 600 kilometer ke utara bandar raya ini. Hadiah-hadiah seperti pasu seramik abad ke-7 dan ke-8 termasuk batu jed, kulit kerang dan pisau yang diperbuat daripada batu turut ditemui di dalam makam tersebut.
Makam tersebut ditemui pada Jun lalu tetapi pendedahan tentang penemuan itu dibuat kelmarin. Sebuah pasu yang terdapat dalam makam itu tertera nama Permaisuri Kalomt'e K'abel yang merupakan isteri Raja Wak K'inich Bahlam II.
Ujian asid deoksiribonukleik akan dilakukan ke atas satu rangka manusia yang ditemui di dalam makam itu.- Agensi
| Pas Kedah sedia gempur Stadium Bukit Jalil 3 Nov Posted: 04 Oct 2012 11:17 PM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
ALOR SETAR - Pas Kedah bersedia menggerakkan seramai 50,000 ahli parti pelbagai peringkat untuk bersama menuntut pilihan raya yang bersih, di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 3 November depan.
Setiausahanya, Musoddak Ahmad berkata, program yang dirancang Pakatan Rakyat (PR) itu adalah sebagai menyahut seruan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu dalam usaha PR menuntut pilihan raya yang adil ekoran usaha tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) masih gagal dilaksana.
"Selepas perhimpunan Bersih 3.0, kita masih tidak nampak usaha yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pas Kedah akan berusaha menghimpunkan seramai ahli yang boleh untuk sama-sama menuntut beberapa perkara yang masih tidak diendahkan," katanya.
Menurutnya, pihaknya akan membentuk satu Jawatankuasa Khas Mobilisasi Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Kedah bagi mengemudi pergerakan ahli ke himpunan tersebut.
"Kesemua ahli yang akan ke himpunan itu akan berkumpul di satu tempat yang bakal dimaklumkan kelak dan bergerak secara konvoi ke lokasi program pada 2 November," katanya.
Musoddak berkata, beberapa program turut diatur dalam masa terdekat bagi memobilasi dan menyampaikan maklumat berkenaan himpunan itu kepada ahli Pas di seluruh Kedah.
"Saya mengalu-alukan penyertaan ahli parti, dan saya berkeyakinan ahli Pas Kedah akan memberi komitmen tinggi untuk menyertai himpunan itu," katanya.
Dianggarkan sejuta orang akan hadir dengan tema pakaian berwarna kuning.
SINAR HARIAN/-
| Koma angkara jalan rosak Posted: 04 Oct 2012 10:53 PM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
BAHAYA...keadaan jalan yang rosak teruk akibat gagal diselenggara. KUALA LUMPUR: Gara-gara permukaan jalan yang rosak teruk sejak dua bulan lalu, seorang warga emas kini koma sejak seminggu lalu selepas terbabit dalam kemalangan di Persiaran Lestari Perdana, dekat Sri Kembangan, di sini.
Kejadian kira-kira jam 8.30 malam pada 28 September lalu itu menyebabkan mangsa, Bahardin Mohd Sohor, 67, patah tulang rusuk, cedera mata kanan, darah beku di kepala dan luka di badan serta kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.
Dalam kejadian itu, mangsa yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Insan Penyayang Malaysia (PKIPM) menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumah.
Sejurus motosikalnya terlanggar lubang akibat jalan rosak, kenderaan Bahardin hilang kawalan menyebabkan dia jatuh ke atas jalan menyebabkannya cedera parah.
METRO/- | 15 soalan panas yang perlu dijawab pencacai Umno Posted: 04 Oct 2012 10:42 PM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 15 soalan dan 1 soalan cepu emas yang harus dijawab oleh pencacai tegar umno dan bn, soalan-soalan ni "tukanglawan" terjumpa dalam satu komen di satu portal blog. jadi elok "tukanglawan" kongsikan, sebab soalan ni takkan keluar di TV3 suku atau utusan malaysia.
1.Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew? A. Presiden DAP B. Presiden PAS C. Presiden UMNO 2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi? A. DAP B. PAS C. UMNO 3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka? A. DAP B. PAS C. UMNO 4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka? A. DAP B. PAS C. UMNO 5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini? A. DAP B. PAS C. UMNO 6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985? A. DAP B. PAS C. UMNO 7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain? A. Negeri UMNO B. Negeri PAS (Kelantan) 8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ? A. UMNO/BN B. PR 9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Berunai berjumlah 300 billion ? A. PAS B. DAP C. UMNO 10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ? A. PAS B. DAP C. UMNO 11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ? A. Presiden PAS B. Presiden DAP C. Presiden UMNO 12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ? A. PAS B. DAP C. UMNO 13. Siapa yg menolak hukum HUDUD selama ini ? A. PAS B. UMNO 14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ? A. PAS B. DAP C. UMNO 15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah? A. PAS B. DAP C. UMNO Dan soalan cepuemas Siapakah bela lembu dalam kondo? A. Anwar B Nik Aziz C Kak Ijat # Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
| Thu jadi jutawan kerana eksport rambut manusia ke luar negara Posted: 04 Oct 2012 10:40 PM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
BINH AN, Vietnam - Seorang penduduk kampung di sini, Do Van Thu menjadi kaya selepas dia menjual rambut manusia.
Thu menjadi jutawan dalam tempoh 13 tahun selepas dia memulakan perniagaan menjual rambut manusia sehingga dieksport ke luar negara.
"Pada setiap tahun, keluarga saya mengeksport 50 tan hingga 60 tan rambut ke China.
"Kami membeli rambut di seluruh Vietnam termasuk dari Laos dan Kemboja," katanya yang berusia 50 tahun.
Permintaan untuk mendapatkan rambut itu telah meningkat sejak sepuluh tahun lalu terutamanya daripada golongan wanita muda.
Thu mempunyai sebuah bengkel yang digunakan untuk membersih dan mengumpulkan rambut itu di sini sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung.
"Setiap pekerja saya memperoleh pendapatan AS$140 (RM427) sebulan," katanya. Jumlah itu tiga kali ganda daripada purata pendapatan penduduk luar bandar di negara ini.
Menurut seorang penduduk kampung ini, Nguyen Van Tam, harga rambut itu adalah antara AS$45 (RM137) hingga AS$250 (RM763) bagi setiap satu kilogram.
Menurutnya, harga tersebut adalah bergantung kepada kualiti rambut. - AFP | Pakatan: GLC negeri boleh urus carigali minyak Posted: 04 Oct 2012 10:02 PM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
PENGKALAN CHEPA: Negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini berpeluang mengurus sendiri operasi minyak di perairan mereka melalui syarikat milik kerajaan negeri (GLC) di bawah komitmen baru Pakatan Rakyat. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, perancangan itu boleh menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti. "Ini kerana syarikat yang mengurus carigali telaga minyak sekarang ada dimiliki keluarga pemimpin-pemimpin Umno sahaja. Misalnya dua telaga minyak di perairan Kelantan dimiliki syarikat anak Tun Dr Mahathir Mohamad. "Di perairan Kelantan masih ada 23 lagi telaga minyak yang belum lagi beroperasi. Setiap telaga minyak dianggarkan bernilai kira-kira RM3 bilion. Jadi bagi mengelakkan telaga minyak tersebut dibolot keluarga pemimpin Umno kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang perlu ditukar," katanya pada ceramah di Putik malam tadi. Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Program tersebut anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, pemimpin-pemimpin Umno begitu kelam kabut apabila ada pihak yang sedia memberi khidmat jet bagi kegunaan pemimpin Pakatan Rakyat ketika sambutan Hari Malaysia di Sarawak baru-baru ini. Katanya hartawan tersebut membuat tawaran percuma kerana tahu Ketua Pembangkang tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk memberi projek kepada orang terbabit. Katanya juga Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditawar menaiki jet milik keluarga pemerintah Arab Saudi terbang ke Jeddah selepas mendapat rawatan tulang belakang di Jerman setelah dibebaskan di penjara. "Namun berlainan dengan pemimpin-pemimpin Umno apabila terdapat dakwaan sering menggunakan kemudahan jet dan helikopter milik jutawan yang ada kaitan dengan sesuatu projek milik kerajaan. "Saya diberitahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sering menaiki helikopter milik seorang korporat yang mendapat projek besar di Johor," katanya. Begitu juga katanya terdapat maklumat pegawai-pegawai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilihat menaiki jet milik seorang jutawan yang mendapat banyak permit import (AP) ketika balik ke Kota Bharu. Mohamad Sabu pula berkata, PAS sekarang bukan lagi hanya disokong orang Melayu seperti ketika awal penubuhan pada 1951, sebaliknya mendapat sokongan pelbagai kaum dan agama. Kata beliau pada peringkat awal PAS hanya mampu bertapak di negeri-negeri yang mempunyai bilangan penduduk Melayu ramai seperti Kelantan dan Terengganu. "Namun sekarang PAS sudah menjalar ke kawasan yang majoriti dihuni orang bukan Melayu. Bermula dari situlah PAS boleh membentuk kerajaan di Kedah yang mempunyai bilangan penduduk bukan Islam melebihi 30 peratus," katanya.
HARAKAHDAILY/- | 831 lokasi pemasangan kamera AES seluruh negara Posted: 04 Oct 2012 09:59 PM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyenaraikan 831 lokasi pemasangan kamera AES di seluruh negara.
Menurut portal jabatan itu, lokasi-lokasi tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa dan masih tertakluk kepada kriteria pemilihan sebagai kawasan blackspot
831 lokasi pemasangan kamera AES. Lokasi-lokasi tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa dan masih tertakluk kepada kriteria pemilihan sebagai kawasan blackspot.
HARAKAHDAILY/-
| 45 tahun tiada dendam Posted: 04 Oct 2012 09:55 PM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
TERBANG...Kamarul Baharin ketika aktif dalam seni silat gayung. KUALA PILAH: "Berpuluh-puluh tahun saya mencari, namun hanya kini kami dapat bertemu kembali. Saya mahu memohon berbanyak maaf kepadanya," kata Ab Aziz Othman, 63, yang tak sengaja tertetak kepala Kamarul Baharin Shariff, 67, menyebabkan rakan pesilatnya itu lumpuh separuh badan.
Kejadian yang berlaku 45 tahun lalu itu mengubah keseluruhan hidup Kamarul Baharin apabila dia tidak mampu berdiri dan berjalan, namun nasib menyebelahinya apabila mampu berumah tangga dan hidup bahagia bersama lima anak seperti dipaparkan Harian Metro, semalam.
Insiden antara Ab Aziz dan Kamarul Baharin berlaku ketika kedua-dua mereka yang juga pesilat Silat Seni Gayong Malaysia membuat persembahan untuk siaran televisyen pada 1967.
Sejak kejadian itu, Ab Aziz yang juga bekas jurulatih Silat Seni Gayong Malaysia 'merajuk' daripada aktiviti silat dan menghilangkan diri sehingga dia dipertemukan semula dengan Kamarul Baharin oleh Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Datuk Adiwijaya Abdullah, baru-baru ini.
METRO/- | Guan Eng gesa Kristian bersuara pada ketidakadilan Posted: 04 Oct 2012 09:48 PM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, penganut Kristian tidak harus berdiam diri walaupun merasakan mereka "tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah". Bercakap di hadapan 300 pemimpin gereja, Lim berkata, walaupun penganutnya bertanggungjawab di hadapan tuhan, penting untuk mereka menyuarakan "keadilan untuk semua" -- slogan yang juga menjadi seruan Pakatan Rakyat. " Gereja boleh memainkan peranan (menentang ketidakadilan) untuk mewujudkan masyarakat yang lebih kuat," katanya dalam program dialog di negeri itu semalam. Turut hadir exco negeri Abdul Malik Abdul Kassim, Wong Hon Wai dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia, Pulau Pinang Bishop Emeritus Antony Selvanayagam. Dalam sesi dua jam itu, Lim yang juga setiausaha agung DAP diminta berkongsi cabaran yang dihadapi dalam menangani isu-isu berkaitan gereja sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada daripada BN pada 2008.
kelab grennboc/- | Belok kiri walaupun lampu merah Posted: 04 Oct 2012 09:45 PM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR – Lebih 4.5 juta pengguna jalan raya di ibu kota kini dibenarkan membelok ke kiri di persimpangan lampu isyarat bagi melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan lalu lintas. Buat permulaan, peraturan itu dilaksanakan di enam persimpangan utama. Enam jalan tersebut ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Muda Musa Abdul Aziz.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, peraturan itu yang berkuatkuasakan mulai semalam akan dilaksanakan di jalan-jalan lain di ibu kota jika ia terbukti dapat mengurangkan kesesakan. Menurutnya, pengguna jalan raya boleh membelok kiri di persimpangan jalan-jalan tersebut walaupun pada waktu itu lampu isyarat menunjukkan warna merah tanda berhenti dengan syarat tiada kenderaan lain atau pejalan kaki melintas di hadapan mereka.
"DBKL telah meletakkan papan tanda di kawasan itu bagi memaklumkan kepada pengguna jalan raya mengenai peraturan baharu itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelaksanaan peraturan itu di sini semalam.
Beliau berkata, peraturan itu dilaksanakan berdasarkan garis panduan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dengan mengambil kira keselamatan pengguna jalan raya terutama pejalan kaki.
Sebelum ini, peraturan yang sama telah diperkenalkan di Putrajaya, Kuching dan Kuantan.
berita harian/- | Azan Dikumandangkan Apabila Masuk Waktunya Oleh Ahli Parlimen Mesir Posted: 04 Oct 2012 09:34 PM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Ketika perbahasan di parlimen Mesir, azan dilaungkan oleh salah seorang ahli parlimen apabila masuk waktu asar & maghrib. Patut juga dicontohi parlimen Malaysia sebagai amalan perlembagaan Malaysia yang menobatkan Islam sebagai agama rasmi. Tidak kira dimana-mana jua, tiada alasan untuk kita tidak melaksanakan...
Ambil Iktibar kelab grennboc/- | Isu kenduri mega KM Melaka dilapor pada SPRM Posted: 04 Oct 2012 09:08 PM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Melaka berhubung penganjuran kenduri kahwin mega anak kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin mengetuai rombongan yang turut disertai Ketua Pembangkang Melaka Goh Leong San dan timbalan pesuruhjaya PAS negeri Kamaruddin Sidek.
Shamsul berkata, tiga isu dilaporkan kepada SPRM, seperti berikut:
(1) Perbelanjaan RM600,000 untuk walimatulurus itu, seperti dilaporkan The Malay Mail semalam - yang didakwa melebihi kemampuan seorang ketua menteri.
(2) Dakwaan anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bahawa terdapat penglibatan agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dalam penganjuran majlis itu dan dana kerajaan digunakan tanpa bayaran.
(3) Dakwaan penglibatan Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) Datuk Yusof Jantan mempengerusikan persediaan mesyuarat mengenai persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik majlis itu.
Kenyataan Shamsul direkodkan kira-kira sejam oleh pegawai SPRM.
Ali Rustam semalam dilaporkan menjelaskan kos untuk menganjurkan majlis itu murah namun kelihatan mewah disebabkan jumlah kehadiran - dilaporkan lebih 100,000 orang.
Akhbar itu juga memetik seorang setiausaha Mohd Ali, Datuk M S Mahadevan sebagai berkata, seramai 500 "sukarelawan" tidak dibayar dan penyedia makanan serta perkhidmatan juga berbuat demikian secara percuma.
Sementara The Malay Mail melaporkan Mohd Ali sebagai berkata, kos jamuan itu sebanyak RM600,000 dan bukan RM1.3 juta seperti anggaran pemimpin Pakatan, atau RM13 juta seperti dianggarkan pemimpin DAP Lim Kit Siang.
malaysiakini/- | #TanyaNajib 2013: Ramai pilih dislike dari like Posted: 04 Oct 2012 09:05 PM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Rakaman sesi Google Hangout #TanyaNajib 2013 yang dimuat naik ke Youtube oleh beberapa pengguna sejak semalam terus memperlihat lebih ramai penonton memilih 'dislike' berbanding yang 'like'. Pada saluran 'njoiawani', sejumlah 51,432 penonton direkodkan dengan angka dislike sebanyak 11,555 berbanding like iaitu 298. Saluran 'CliffyTRGx3' pula merekodkan sejumlah 1,653 penonton dengan jumlah 261 dislike berbanding 16 likes. Najib pada malam 2 Oktober lalu berinteraksi secara langsung dengan rakyat menjawab soalan berkenaan Bajet 2013. Sebelum ini difahamkan rakaman tersebut turut dimuat naik ke saluran Youtube rasmi Najib tetapi kemudiannya diprivatekan sebelum ianya ditarik balik. Rekod penonton sebelum ditarik balik memperlihatkan jumlah 'dislike' adalah 1,409 dan 'like' pula 605. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada penarikan balik itu ada kaitan dengan jumlah dislike yang diterima pada video tersebut atau tidak. Di saluran Youtube Astro Awani pula, jumlah 'dislike' adalah 1,774 berbanding 'like' sebanyak 90 dan difahamkan ianya juga telah ditarik balik. Rakaman video di semua saluran tersebut bukan sahaja memeperlihatkan jumlah dislike lebih tinggi, malah turut diiringi dengan komen-komen kritikan. Antara lain ramai dikalangan penonton mempersoal tindakan Perdana Menteri yang tidak mahu menyahut cabaran debat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka juga turut mempersoal tindakan Najib yang tiada dalam Dewan Rakyat ketika Anwar membahaskan bajet tersebut Isnin lalu.
harakahdaily/- | PKNS Ambil Tindakan Terhadap NGO Hasut Penduduk Posted: 04 Oct 2012 08:48 PM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikenal pasti terbabit dalam demostrasi di hadapan Ibu Pejabatnya baru-baru ini. Ketua Pegawai Integriti PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, NGO terbabit dilihat memperdayakan penduduk dengan menghasut supaya penduduk membuat tuntutan yang tidak berasas. Pihaknya percaya penduduk terbabit dipergunakan untuk mencapai agenda tertentu dan menyakinkan mereka kononnya PKNS perlu mengambil alih hutang rumah mereka.
"Sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri yang berpengalaman 48 tahun dalam pembangunan hartanah, PKNS tidak akan sewenang-wenangnya membuat keputusan yang boleh membawa kerugian atau tanggapan negatif terhadap syarikat itu.
"Kami tidak menyalahkan penduduk berkenaan. Mereka sebenarnya diperdayakan NGO-NGO tertentu yang menyakinkan mereka kononnya PKNS perlu mengambil alih hutang rumah mereka.
"Namun, kami ingin menasihatkan semua penduduk perumahan PKNS supaya jangan terperdaya dengan hasutan ini kerana ia adalah tidak benar," katanya dalam kenyataan media.
Norita menegaskan bahawa PKNS tidak pernah mengeluarkan walau sesen untuk menyelamatkan Talam Corporation seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Selain itu, PKNS turut mengingatkan semua penduduk perumahan PKNS agar tidak memberikan maklumat peribadi mereka seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad pengenalan dan nombor telefon kepada NGO terbabit.
"Kami melihat adanya borang yang diedarkan oleh NGO tertentu yang meminta penduduk mengisi maklumat peribadi mereka sebagai desakan kepada PKNS untuk melangsaikan hutang rumah mereka. NGO itu juga dipercayai mengutip RM10 bagi setiap borang.
"Kami tidak mahu maklumat itu akan disalahguna. Jika ada mana-mana penduduk yang keliru mengenai isu ini, sepatutnya mereka datang terus ke PKNS dan kami bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan. Tidak perlu melalui orang tengah atau berdemonstrasi kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan," katanya.
Baru-baru ini, seramai 350 pembeli rumah PKNS menuntut perbadanan itu mengambil alih hutang rumah mereka yang keseluruhannya berjumlah RM50 juta.
| 7 negeri catat peningkatan kes denggi Posted: 04 Oct 2012 08:47 PM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Putrajaya: Selangor, Sarawak, Terengganu, Melaka, Johor, Pahang dan Sabah mencatatkan peningkatan kes jangkitan demam denggi tertinggi antara 23 hingga 29 September lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, dalam kenyataan semalam, berkata Selangor mencatat peningkatan 34 kes atau 38 peratus, Sarawak (26 kes atau 81 peratus), Terengganu (13 kes atau 162 peratus), masing-masing dua kes di Melaka dan Johor serta masing-masing satu kes di Pahang dan Sabah. "Ini menjadikan jumlah kes terbaru demam denggi 390 kes pada minggu ke-39 iaitu meningkat 46 kes berbanding 344 dicatatkan pada minggu sebelumnya. "Sementara itu, bilangan kes kematian pula meningkat kepada 27 kes atau 17 peratus berbanding hanya 23 kes dalam tempoh sama tahun lalu Januari hingga 29 September tahun ini," katanya. berita harian/- | “RASUAH PARASIT KEAMANAN NEGARA” Posted: 04 Oct 2012 08:15 PM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] - اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ : وَلَا تَأْكُلُوٓا۟ أَمْوَٰلَكُم بَيْنَكُم بِٱلْبَـٰطِلِ وَتُدْلُوا۟ بِهَآ إِلَى ٱلْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا۟ فَرِيقًۭا مِّنْ أَمْوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ (البقرة :188) اَشْهَدُ اَنْ لاَ الهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ, اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ. اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Saya mengingatkan diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan cara melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Marilah kita berusaha mencari kehidupan yang diberkati dan diredhai dengan berbekalkan sumber rezeki yang halal. Mudah-mudahan kita berjaya menjadi insan yang beruntung di dunia dan akhirat.
Sidang Jumaat Sekalian, Rasuah adalah merupakan perbuatan jenayah yang telah menular dalam kehidupan masyarakat. Berdasarkan laporan media cetak dan elektronik, rasuah sudah menular di kalangan pelbagai golongan terutama yang melibatkan pihak yang mempunyai kuasa seperti perkhidmatan awam dan swasta, ahli politik dan orang awam. Rasuah meliputi perbuatan meminta, menawar, menerima suapan atau tuntutan palsu atau menyalahguna jawatan untuk kepentingan diri, keluarga dan pihak-pihak tertentu. Mereka yang terbabit dengan rasuah pula terdiri daripada pelbagai golongan, muda atau tua, lelaki mahupun wanita. Rasuah juga boleh berlaku di mana-mana saja sama ada di tempat sunyi maupun jelas kerana pendinding sebenar perlakuan rasuah adalah taqwa dan iman. Allah SWT telah menegaskan di dalam ayat yang dibacakan tadi yang bermaksud : " dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu menyogok para hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain dengan jalan dosa padahal kamu mengetahui ". Ayat ini menegaskan kepada kita agar tidak memakan harta orang lain dengan jalan yang salah seperti menipu, pecah amanah dan mungkir janji termasuk menerima rasuah. Lebih-lebih lagi perbuatan menyogok pihak berkuasa bagi tujuan mengambil hak orang lain secara batil. Ia akan mengakibatkan kezaliman kepada pihak yang sepatutnya berhak ke atas harta tersebut. Muslimin Sidang Jumaat Sekalian, Rasuah adalah penyakit dalam masyarakat. Sehingga kini, usaha membasmi masih belum menampakkan hasil sepenuhnya, walaupun pelbagai usaha dan kempen dilakukan dari semasa ke semasa. Menurut statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tahun 2011 mencatatkan sebanyak 918 tangkapan berbanding 944 tangkapan pada tahun sebelumnya. Statistik tangkapan 2011 mewakili 323 daripadanya adalah penjawat awam, 145 orang dari sektor swasta, 447 orang awam dan 3 orang dari sektor lain. Walaupun terdapat sedikit penurunan, namun data ini masih menunjukkan jumlah kes masih berada di tahap yang membimbangkan. Sedar atau tidak, jenayah rasuah telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada negara. Menurut Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun ini, kedudukan Negara kita telah jatuh ke tangga 60 berbanding tangga 56 pada tahun lalu. Kejatuhan ini jelas menunjukkan bahawa usaha memerangi jenayah rasuah ini wajib dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Sidang Jumaat sekalian, Sesungguhnya rasuah boleh menghancurkan negara, tidak kira sama ada ia berlaku di kalangan pihak atasan yang bertindak sebagai pentadbir mahupun golongan bawahan. Setiap yang melakukan rasuah sama ada pemberi, penerima atau yang bersyubehat adalah dianggap sebagai perompak harta rakyat. Berdasarkan pemerhatian, semakin besar pangkat seseorang, maka semakin besarlah peluang untuk terlibat dengan jenayah rasuah dan semakin pintar pula mereka melepaskan diri dari disabitkan dengan jenayah rasuah. Jika keadaan jenayah rasuah ini terus meningkat, maka akan terancamlah kestabilan politik, ekonomi malah keselamatan negara. Persoalan yang timbul adalah mengapa amalan rasuah ini kerap berlaku?. Sejarah telah membuktikan bahawa rasuah ini telah wujud semenjak ribuan tahun yang lampau tetapi ianya nampak ketara bermula pada zaman ketamadunan India, China, Mesir, Babilonia, Yunani, Hammurabi dan Romawi kuno. Bahkan ada tamadun yang runtuh akibat rasuah ini. Al-Quran juga menukilkan kisah cubaan melakukan rasuah yang dilakukan oleh Puteri Balqis kepada Nabi Sulaiman. Bagaimanapun Nabi Sulaiman menolaknya dengan tegas. Peristiwa ini dipaparkan oleh Allah melalui firman-Nya : وَإِنِّي مُرْسِلَةٌ إِلَيْهِمْ بِهَدِيَّةٍ فَنَاظِرَةٌ بِمَ يَرْجِعُ الْمُرْسَلُونَ (35) فَلَمَّا جَاءَ سُلَيْمَانَ قَالَ أَتُمِدُّونَنِ بِمَالٍ فَمَا آتَانِيَ اللَّهُ خَيْرٌ مِمَّا آتَاكُمْ بَلْ أَنْتُمْ بِهَدِيَّتِكُمْ تَفْرَحُونَ (36) ارْجِعْ إِلَيْهِمْ فَلَنَأْتِيَنَّهُمْ بِجُنُودٍ لاَ قِبَلَ لَهُمْ بِهَا وَلَنُخْرِجَنَّهُمْ مِنْهَا أَذِلَّةً وَهُمْ صَاغِرُونَ (37) Dan aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita. Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah). Kembalilah kepada mereka maka demi sesungguhnya kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba' dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan.
Sidang Jumaat yang berbahagia, Islam menganggap perbuatan menerima dan member rasuah sebagai perbuatan yang jijik dan keji. Sesiapa yang melakukannya dikira fasiq dan berdosa besar, malah mereka akan dilaknat Allah dan Rasul-Nya, malah menerima azab di akhirat kelak. Ibnu Umar meriwayatkan hadis: الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي فِي النَّارِ "Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka." (Hadis riwayat al-Tabrani) Sesungguhnya Islam tetap mengharamkan rasuah dalam apa jua bentuk dan nama. Berhati-hatilah dalam menerima hadiah yang tidak akan diberikan kepada kita jika kita tidak memiliki sebarang jawatan dan kedudukan sebagaimana Saidina Omar Abdul Aziz pernah diberi hadiah sewaktu beliau menjadi khalifah tetapi ditolaknya. Dikatakan kepadanya : " Rasulullah juga menerima hadiah " maka beliau menjawab, " apa yang diterima oleh Rasulullah itu memang menerima hadiah, tetapi ini buat saya adalah suapan (rasuah). Rasulullah pernah bersabda dari riwayat Abu Daud yang bermaksud " Barangsiapa yang kaya, berikan pekerjaan dan kami berikan gaji apa yang diambil selebihnya dari itu bererti penipuan.'
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, Marilah kita mengambil pengajaran dari sikap berhati-hati yang ditunjukkan oleh Khalifah Omar Abdul Aziz, kerana kebanyakan manusia hari ini tidak lagi menapis sumber rezeki mereka, asalkan apa yang diperolehi menguntungkan mereka. Kebanyakan manusia ingin cepat kaya dan menganggap harta kekayaan sebagai matlamat terpenting dalam kehidupan. Lantaran itu mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat masing-masing. Di zaman ini menyaksikan masyarakat tidak lagi mengamalkan sifat malu dalam kehidupan seharian mereka, sikap tidak malu ini juga menyumbang kepada berlakunya rasuah, pecah amanah, berdusta dan pelbagai lagi. Mereka tidak malu kepada Allah dan tidak malu kepada masyarakat untuk membuat dosa dan maksiat. Oleh itu, sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, maka saya ingin menyeru dan mengajak kita semua menjadi manusia hebat dengan menolak amalan rasuah agar kita dapat memastikan:- 1- Jaminan kesinambungan nasab dan keturunan kita kekal dalam keadaan suci tanpa dinodai dengan unsur yang haram yang hanya dapat dibersihkan dengan api neraka Allah swt. 2- Meningkatkan kasih sayang dan kepercayaan sesama kita di antara pemimpin dan rakyat, pentadbir dan masyarakat. 3- Membuktikan bahawa segala ibadat yang kita laksanakan seperti solat, puasa, berzakat dan haji benar-benar diterima oleh Allah sehingga berjaya mencegah kita dari terlibat dengan jenayah dan dosa terhadap Allah. بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ. خطبة كدوااَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيَظْهِرَهُ عَلى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ ِإِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .فَيَا عِبَادَ اللهِ ، اِتَّقُوْا اللهَ ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَقَالَ اللهُ تَعَالى :- Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Ketahuilah sesungguhnya rasuah adalah perbuatan haram yang boleh mengakibatkan tertolaknya ibadah solat dan ibadah-ibadah kita yang lain. Islam amat menitikberatkan rezeki halal, rezeki yang diperolehi secara rasuah, pecah amanah dan suatu yang negatif adalah haram dan berdosa. Alangkah ruginya kita, disebabkan perbuatan rasuah ibadah dan doa kita menjadi sia-sia, justeru, akan menjauhkan kita daripada mendapat rahmat Allah Subhanahu Wata'ala. Lebih membimbangkan lagi apabila kita tidak segera membanteras rasuah, nescaya negara kita akan terdedah dengan pelbagai malapetaka dan bencana akibat kemurkaan Allah. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم . اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الْإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْأِحْسَانِ ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak. | Buruk Sangat Azalina Mengamuk, Fitnah Peserta Perhimpunan Dibayar RM30 Seorang Posted: 04 Oct 2012 08:12 PM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Pengerang: Peserta datang dengan rela hati
Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub menyangkal tuduhan liar Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman bahawa perserta Himpunan Hijau membantah projek petrokimia di Pengerang pada 30 September dibayar.
Azalina di dalam perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini mendakwa mereka yang mengambil bahagian dalam himpunan hijau tempoh hari masing-masing dibayar RM30.
Salahuddin menafikan dakwaan itu dan menyatakan beliau tidak mengeluarkan satu sen pun untuk membayar setiap peserta himpunan.
Malah beliau percaya, kehadiran peserta ke himpunan hijau tempoh hari kerana kerelaan hati mereka untuk melahirkan solidariti terhadap penduduk Pengerang.
"Itu tidak betul.
Saya tidak keluar satu sen pun untuk membayar mereka agar mereka datang himpunan itu," katanya ketika ditemui.
Salahuddin mengakui, Datuk Abdul Ghani Othman seolah-olah berdiam diri dalam hal ini dan beliau bersedia bersemuka dengan Menteri Besar Johor itu pada bila-bila masa.
Salahuddin akan menghantar surat rasmi kepada beliau untuk menyatakan kesediaanya duduk berbincang menyelesaikan masalah itu.
"Tak mahu debat pun tak apa, janji kita boleh duduk berbincang.
Kami bersedia bila-bila masa," katanya.
Terdahulu, Azalina mendakwa tindakan membayar peserta antara sebab pihak penganjur berjaya menarik orang ramai menghadiri perhimpunan tersebut.
Malah Azalina menafikan seramai 7,000 peserta yang hadir dalam himpunan tersebut sebagaimana diuar-uarkan penganjur.
"Kawasan itu kecil sahaja, boleh tampung kira-kira 3,000 orang yang hadir.
Saya tidak tahu macam mana kawasan itu boleh muatkan seramai 7,000 orang," katanya sambil mendakwa mereka yang hadir adalah orang luar.
Dalam membahaskan isu itu, Azalina kelihatan cukup beremosi turut mengundang celahan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang bangun bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut Namun, Azalina enggan memberi laluan kepada Nurul Izzah menyebabkan berlakunya pertikaman lidah, dan kedengaran Nurul Izzah meminta beliau mengawal emosi ketika berbahas.
"Jangan emosi Pengerang, jangan emosi," celah Nurul Izzah berulang kali.
Azalina sebelum ini mencabar Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut, bagaimanapun Salahuddin menolaknya dengan berkata beliau sebaliknya mahu berdebat dengan Abdul Ghani Othman, kerana hanya menteri besar yang boleh bercakap mengenai perkara yang berkaitan dengan tanah. -HD | Royalti: Kelantan tntut bayaran penuh RM10.4 bilion Posted: 04 Oct 2012 08:07 PM PDT 19 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan atau 'R' kelmarin turut menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Memorandum itu diserahkan ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sejurus selesai Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan membuat rayuan terhadap tiga tuntutan. Tuntutan itu adalah memohon agar mahkamah menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri. Satu lagi tuntutan adalah memohon penzahiran dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap Petronas sebelum ini. Dalam memorandum itu, NGO 'R' membuat resolusi menuntut Datuk Seri Najib memastikan pembayaran Wang Royalti dibuat secara tunai oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebagaimana Akta Pembangunan Petroleum 1974. Mereka juga menuntut bayaran keseluruhan termasuk tunggakan iaitu berjumlah RM10.4 Billion dengan kadar segera mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975. Dalam pada itu, mereka juga menggesa Perdana Menteri dan Petronas membina hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas di Kelantan kerana jarak Blok PM301 yang berada dalam perairan Kelantan hanya 140 kilometer sahaja ke Pantai Senok, Bachok. Berbanding ke Kerteh, ianya lebih jauh dengan jarak pembinaan paip sepanjang 300 kilometer. Menurut Pengerusi R, Nazri Deraman, pembinaan hab di Bachok itu secara tidak langsung dapat menjimatkan kos dan memberi impak ekonomi yang sangat baik kepada pertumbuhan Ekonomi Negeri Kelantan. "Ianya juga selari dengan Titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Kelima yang telah bertitah agar Gas didaratkan ke Pantai Bachok, memandangkan 4000 ekar tanah sudah disediakan sebagai Zon Industri Petroleum sejak 1990-an lagi," katanya. Pembinaan itu juga ujarnya akan membuka peluang kerja yang sangat luas sekiranya projek gas itu berjaya didaratkan ke Kelantan.
harakahdaily/- | Ugut ibu bapa, amuk sampai tertidur Posted: 04 Oct 2012 01:36 AM PDT 18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Imran dipenjara 11 bulan dan didenda RM2,000 selepas mengaku mengugut bapanya di Mahkamah Majistret, di sini, semalam. KUALA TERENGGANU - Seorang buruh bukan sahaja sanggup mengugut akan membunuh ibu kandungnya dengan kapak, malah dalam masa sama melakukan ugutan jenayah terhadap bapanya yang cuba memujuknya dalam satu kejadian amuk, awal September lalu di Kampung Padang Polis, Batu Rakit, di sini. Bagaimanapun, perbuatan tertuduh, Imran Yaacub, 32, menerima pembalasan selepas Mahkamah Majistret, semalam menjatuhkan hukuman penjara 11 bulan dan denda RM2,500 atau sebulan lagi penjara jika gagal menjelaskan denda. Majistret Noradila Ab Latiff menjatuhkan hukuman itu selepas Imran mengaku bersalah dengan sengaja melakukan ugutan jenayah terhadap bapanya, Yaacub Taib, 56, di kediaman mereka di Kampung Padang Polis, Batu Rakit, di sini, 2 September lalu kira-kira jam 11 pagi. Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor L Rathna manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, setibanya di rumah selepas mendapatkan pemeriksaan kesihatan di Klinik Wakaf Tengah, Batu Rakit, di sini, bapa malang itu nampak anaknya sedang mengamuk sambil tangannya memegang sebilah kapak serta berulang kali menyatakan akan membunuh ibunya yang ketika itu berada di rumah bersendirian. Melihatkan situasi tegang itu, mangsa cuba memujuk anaknya jangan bertindak sedemikian, namun pujukan mangsa tidak 'menjadi' sebaliknya anaknya turut sanggup mengugut akan mengapa-apakan dirinya jika masuk campur. Bagaimanapun, mungkin penat mengamuk, tertuduh kemudiannya tertidur di bawah rumahnya kira-kira jam 11.45 pagi sebelum ditangkap polis yang dimaklumkan orang ramai mengenai kejadian itu.
sinar harian/- | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan