PENGUMUMAN akhir bulan ini kes rayuan sirul dan azilah akan didengar di mahkamah perhatikan! apakah ianya akan diteruskan? atau apakah ianya akan dibatalkan? kalau diteruskan maknanya ada gerakan gantung najib kalau dibatalkan maknanya ada gerakan sokong najib silqa bukan mata sila buka telinga
SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH
BUNUH ALTANTUYA
KETUA AUDIT NEGARA SAHKAN PEMBELIAN SCORPENE IKIT PROSEDUR : ZAHID - meloya Ahmad Zahid Hamidi berkata, Ketua Audit Negara telah memperjelaskan pembelian kapal selam Scorpene mengikut prosedur perundangan dan laporan rasminya harus diterima pakai oleh semua pihak.
Mengulas usaha pihak pembangkang untuk menjemput peguam dari Perancis, William Bourdon, untuk memberi taklimat kepada anggota Parlimen mengenai urus niaga kapal itu, Zahid berharap pihak tertentu supaya jangan cuba menyeleweng fakta yang sedia ada.
Beliau berpendapat peguam itu dijemput oleh pihak pembangkang semata-mata untuk urusan politik bukannya atas urusan perundangan.
Ahmad Zahid berkata pembelian kapal selam itu harus dilihat dari aspek program 'offset', latihan dan jaminan mutu kerja untuk tempoh tertentu dan isu ini adalah perkara lama yang sengaja dibangkitkan semula untuk menimbulkan kemarahan dan mengelirukan pemikiran rakyat.
SIAPA UPAH MALAON BERDUA INI
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... MEMANG IKUT PROSEDUR ...kah kah kah.. kah kah kah...YANG NAK DI KOREK BUKAN PROSEDUR.... kah kah kah.. kah kah kah... BUKAN MACAM MANA KAPAL SELAM DIBELI.... kah kah kah.. kah kah kah...YANG INI TAK HAL..... kah kah ka.. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... YANG JADI HAL IALAH HARGA DI NAIKKAN.... kah kah kah.. kah kah kah... LEPAS BAYAR HARGA KAPAL ...KOMPENI PERANCHIS PULANGKAN 1 BILION KEMBALI ....kah kah ka... kah kah kah... DUIT INI DI MASUKKAN KE DALAM BANK DI HONG KONG DAN MALTA....kah kah kah.. kah kah kah... YANG INILAH KES RASUAH.... kah kah kah.. jkah kah kah.... KOMPENI YANG ADAPAT DUIT INI MILIK RAZAK BAGINDA... kah kah ka.. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... PASAL APA SAMGKUT PAUT DENGAN NAJIB?.... kah kah kah.. kah kah kah...KERANA NAJIB ADALAH MENTERI PERTAHAHAN PADA MASA ITU...kah kah kah..
NOTA: kes entot altantuya akan juga dibuka di paris keranan aayah altantuya akan datang sama juga balasubramaniam juga akan datang NOTA: kes altantuya ini nak bagi media dunia syiook semua ini telah lama di rancang oleh soros dan orang yahudi kerana mereka cemburu melihat malaysia ada kapal selam
BERHIMPUN DI ROCKS BERSIH - KITA TUNTUT 8 TUNTUTAN
75 PERATUS RAKYAT MALAYSIA TIDAK BERSENAM : ROSNAH RASHID - meloya KUALA LUMPUR 5 Okt. - Sebanyak 75 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia didapati tidak atau kurang melakukan senaman, kata Timbalan Menteri Kesihatan Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Beliau berkata sebahagian rakyat negara ini tidak sedar mereka terdedah kepada penyakit pembunuh "dalam diam" seperti diabetes dan hipertensi disebabkan amalan gaya hidup kurang sihat.
"Di Malaysia, kira-kira 2.6 juta penduduk dewasa menghidap penyakit diabetes, 5.8 juta menghidap hipertensi dan 6.2 juta mempunyai kolestrol tinggi.
"Apa yang lebih merungsingkan ialah ramai dalam kalangan rakyat tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit pembunuh dalam diam itu," katanya.
Jelasnya, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan prevalen penyakit diabetes meningkat 15.2 peratus pada 2011 berbanding 11.6 peratus pada 2006 manakala hipertensi dalam kalangan dewasa berumur lebih 30 tahun juga meningkat daripada 32.2 peratus pada 2006 kepada 32.7 peratus pada 2011.
Rosnah berkata peningkatan itu jelas membimbangkan dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak bukan sahaja di peringkat kementerian bahkan peringkat akar umbi termasuk hospital, Klinik Kesihatan dan anggota masyarakat sendiri.
"Selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan pemakanan sihat, pemeriksaan saringan kesihatan juga amat penting, dan kita amat menggalakkan rakyat menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan penyakit-penyakit berkenaan dikurangkan," katanya. - TIEWNAMA
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit... INI SATU KENYATAAN YANG AMAT BERANI.... kah kah kah...
MAYAT BAYI DITEMUI TERAPUNG DALAM TANGKI AIR - mkini
Mayat bayi lelaki yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui terapung dalam takungan air di Taman Puncak Jalil semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias berkata bayi malang itu dijumpai orang awam yang menghubungi Bilik Gerakan Polis Daerah Serdang pada jam 5.30 petang.
"Mayat bayi yang sudah berulat dan dibalut dengan t-shirt berwarna merah itu dipercayai telah berada dalam takungan air tersebut selama empat atau lima hari," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.
Bayi itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
baca yang ini:
ANAK DAN KAHWIN-KAHWIN
Pasti ada ayah, ibu, datuk dan nenek yang teringat ketika membesar dahulu pernah 'main kahwin-kahwin'. Pasti ada yang teringat si Anu dan si Anu telah pernah menjadi isteri atau suami. Teringat juga si Polan dan si Polan yang berlakon menjadi anak-anak. Ini pemainan kanak-kanak ketika membesar.
Di zaman kanak-kanak kita tidak faham apa itu 'kahwin-kahwin' dan tidak mengerti apa makna 'anak-anak'. Kanak-kanak hanya meniru apa yang dapat dilihat dihadapan mata.
Kita mendewasa. Akhirnya ada yang berumah tangga. Beranak-pinak. Aman bahagia. Ada yang berkahwin, beranak-pinak kemudian bercerai. Ada yang terus membujang. Kedewasan kita membolehkan kita membuat pilihan. Tetapi sebelum main kahwin-kahwin menjadi kahwin betul-betul, ada satu ruang yang pada anggapan saya amat 'bahaya'.
Kalau roket Apollo hendak ke bulan, ianya wajib melintasi satu ruang yang dipanggil'Ven Allen Radiation Belt'. Ini ruang yang amat bahaya kerana di ruang ini banyak bertaburan meteorit yang mungkin melanggar Apollo.
Kecuh sekarang ni di facebook mengenai Nasi Kandar Pelita yang dikatakan tidak HALAL ..... Mereka paparkan gambar berikut :
Isu taukeh Hindu, ayam tidak disembelih dan sebagainya sebenarnya telah lama menjadi isu sejak 2004 lagi.
Mengulas perkara tersebut, Pengerusi Eksekutifnya, Ustaz Shamsuri bin Ahmad ( rakan kongsi dan pemegang saham) telah memberikan sedikit penjelasan mengenainya :
1) Mempunyai pekerja Muslim seramai lebih kurang 800 orang. Daripada jumlah itu terdapat 5 orang yang hafaz Al-Quran. Kebanyakan daripada mereka adalah pekerja dari India.
2) Pelita Nasi Kandar adalah satu-satunya rangkaian nasi kandar yang mempunyai pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam sendiri. Kita menerima ayam hidup daripada pembekal kita iaitu Maju Ayam Sdn.Bhd. dan penyembelihan serta pemprosesan dilakukan sendiri oleh pekerja-pekerja kita.
3) Semua outlets (rangkaian) Nasi Kandar Pelita di seluruh Malaysia, termasuk di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya menggunakan ayam yang diproses sendiri oleh Ayam Pelita Sdn.Bhd. Lori-lori kita akan bergerak ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya 2 hari sekali.
Pelita Nasi Kandar juga mempunyai satu bilik beku di Pelita Seksyen 2 Petaling Jaya dan 3 bilik beku di Pelita Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Penjelasan tersebut adalah bertarikh pada 3.10.2004.
Korang baca sendiri sumbernya di sini dan cuba baca apa kata komentar dari pembaca-pembaca berikut :
• goh hei come onlah... stop the bullshit. I know the history of PELITA close enough. Ustaz samsuri yg kaya raya ini tidak kena mengena dengan perkembangan pelita. It's just the bribery that paid by the owner who is hindu by origin to tackle the market (muslims). and this ustaz trying to tell the story on the name of Allah. Don't try to create stories and justify ur action to make it legal infrt of islam. Remember ur money will not save u from the God. he knows everything. U r trying to tell that Pelita is giving jobs for workers frm India. Let me give the real facts "udang sebalik batu"
1. the workers are paid minimum wage below the promise (rm 500/ month)
2. punishmnet to stand 12 hrs non-stop, continously busy, punished by the gangsters of the company if anyone try to sit or go against the rule.
3. lately a worker frm Pelita was killed by the gangsters of the boss and reported "bunuh diri" b'cause he tried to go against the rule.
4. The workers are treated worse than the animals 'even below the level of low class "cooli" in 1980's.
5. The work done by those workers are not worth the money paid at all.
6. remember ppls like u "ustaz" and the boss are living by sucking the blood of the poor workers frm india"
7. if anyone have doubth on my writings, see urself the pain of each worker and sad story behind each and everyone.
8. The world of cruelism was prooven lately by report made by bangladeshi in KL on his boss. imagine number of unreported cases in MAS!!! Allah is watching. pelita Nasi kandar the giant growing with name of muslims and all the money are actually spent in a wrong way to maintain in the business.
All the business partners of this entreprize are govenrment officilas and vip's like u "ustaz" to cover the story. All are awaiting punishment by god. I know everything......... 03-Jun-2005 19:02:02
• Akmal Harith Aku sukar ckit nk percaya dgn ustaz yg xde janggut serta simpan misai ni. Seorang ustaz patutnya jelas dengan larangan rasul utk tidak menyerupai orang kafir. Aku xkata ustaz ni kafir; tapi klau ustaz dont walk the talk, who else will? 06-Oct-2012 12:48:13
Sijil Halal JAKIM
Pada Jumaat 20hb April 2012 NASI KANDAR PELITA, PELITA SAMUDRA PERTAMA (M) SDN. BHD., telah berjaya mendapatkan Sijil Halal untuk semua cawangannya.
Nampaknya, ada dakwaan kononnya nama-nama orang Islam telah digunakan, termasuk serorang ustaz yang terkenal sebagai pendakwah bebas untuk memajukan perniagaan dikalangan masyarakat Islam.
Aku sendiri musykil bila baca mengenai bermulanya perniagaan tersebut seperti berikut :
Dibuka pada 9 Jun 1995, mulanya hanyalah sebagai sebuah gerai menjual nasi kandar di penjuru sebuah kedai kopi di Taman Chai Leng, Perai, Penang. Dalam masa yg singkat saja, keenakan rasa masakan Nasi Kandar Pelita merebak dan dalam masa yang singkat mampu membeli kedai kopi tersebut.
Apa yang paling menarik ialah mengenai orang disebalik kejayaannya itu adalah dua sahabat , Haji Kirudu Muhamed Bin Kuppaikanni atau dikenali Abang K. K., dan Encik Kaliq Jamal, lebih dikenali sebagai 'Pak Misai'.Abang K. K. mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam masakan nasi kandar .
Aku sendiri tertanya-tanya , tidak ada pun nama orang Hindu, tapi bila dah maju sampai melabur niaga perhotelan, macam mana tiba-tiba ada nama tokey-tokey Hindu tu? Korang boleh baca sendiri kisah kejayaan dan perkembangannya di sini
Naib Presiden Umno, Hishammuddin Hussein berkata, "Esok saya akan berjumpa dengan Datuk Seri Ali. Saya nak beritahu dia, jangan kecewa kerana musim politik sekarang ini, semua faham. Saya nak jumpa hari tu tak sempat... Faham-faham sajalah musim sekarang ini," katanya di sini
Agak-agak korang apa yang akan diperkatakan oleh Hishamudin kepada Ali Ketam? Aku agak lebih kurang bigini kut.....
Hisham : Hei Ali, pergi mampuslah dengan dia orang tu semua! Ko buat tak kisah macam aku nih...Lama-lama bila depa penat nanti, depa berentilah sendiri!
Ali Ketam : Cilako ko Sham! Kau cakap senanglah .....
Hisham : Ko tengok aku, ada aku ambik kisah bila depa timbulkan pasal aku menghadiahkan kereta mewah kepada seorang artis lelaki? Siap tunjuk gambar aku dan penyanyi tu pakai gelang kuning yang sama..... Ada aku kisah???
Ali Ketam : Cilako betullah ko ni Sham! memang ko ni hebatlah Sham! Kau nampak releks ajer walaupun depa siarkan gambar-gambar anak perempuan ko yang tak senonoh tu....
Hisham : Itulah aku kata , ko buat donno ajer... gi mampuslah depa tu semua. Depa tu memang jeles dengan kita! Ko usah peduli....!!
* Cilako tu bahasa mesra orang Melaka ....jgn marah wahai orang yg luar Melaka.
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
DEY MACHA!!! KINI HEBOH PASAI NASI KANDAQ PELITA KALAU IKUT DALAM GAMBAQ TU HANGPA BACA APA YANG DITULIS PENGARAH SYARIKAT TU BERNAMA DATUK D.RAMESH SAMADA DIA HINDU ATAU MUALAF GUA TAK TAU PAKAT-PAKAT KENA PIKIAQ KAH! KAH! KAH!
ZAMAN LA NI KEDAI MAMAK BUKAN SEMUANYA MAMAK ADA MAMAK ORI ADA MAMAK CELUP ADA MAMAK ISLAM ADA MAMAK BUKAN ISLAM KALAU NAK YANG MAMAK ISLAM CARI RESTORAN MAMAK YANG GUNA NAMA ORANG DAH TENTU TUAN DIA ISLAM KAH! KAH! KAH!
MENCARI YANG HALAL ITU WAJIB HANG PIKIAQ LA SENDIRI
Penggemar nasi kandar di Pulau Pinang sanggup beratur panjang demi nasi kandar.
MOHD. RODWAN (kiri) menunjukkan peralatan Televisyen Protokol Internet yang dirampas di Butterworth, Pulau Pinang semalam.
BUTTERWORTH – Kira-kira 2,000 pelanggan televisyen menggunakan protokol internet yang dikenali sebagai MyIPTV di sini berputih mata apabila syarikat pembekal langganan siaran antarabangsa itu diserbu pihak berkuasa kelmarin.
Serbuan tersebut dilakukan kerana syarikat terbabit didapati membekalkan siaran televisyen berinternet secara haram termasuk lima saluran lucah yang dikenakan bayaran tambahan.
Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata, berikutan itu, 12 individu berusia antara 28 hingga 40 tahun termasuk pemiliknya ditahan.
Beliau berkata, serbuan tersebut dilakukan di sebuah premis di tingkat enam, Kondominium Park View Tower, Jalan Chain Ferry di sini.
Menurutnya, operasi bersepadu pada pukul 11 pagi itu turut melibatkan anggota polis serta para pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Pegawai-pegawai dari Cyber Security turut terlibat.
PEMAIN bola sepak kebangsaan, Safee Sali menafikan laporan laman sosial dan blog yang mendakwa beliau kini sedang dilamun cinta dengan pelakon, Julia Hana dan telah menghabiskan cuti di Langkawi.
Julia Hana
Gosip antara keduanya timbul selepas blog berkenaan mendakwa kedua-dua mereka berpegangan tangan ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah kelmarin.
"Itu bukan saya…saya tidak pernah ke Langkawi pun sebelum ini," katabeliau kepada Sinar Harian Online.
Pengurusnya, Zakaria Abd. Rahim berkata, pada tarikh berkenaan, beliau menyertai sesi penggambaran pada sebelah pagi di Petaling Jaya.
"Pada sebelah petang Safee ke gim untuk latihan di Kem Latihan Nasional, Persatuan Bola Sepak Malaysia sebagai persiapan menghadapi Perlawanan Persahabatan Antarabangsa di Hong Kong, 16 Oktober nanti," katanya kepada Sinar Harian Online ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) sekitar jam 1.30 tengah hari tadi.
Sehubungan itu, Safee berharap dengan penjelasan yang diberikan, gosip percintaannya dengan pelakon berkenaan akan dihentikan.
Ketika ditanya mengenai kekasih, Safee turut mengakui sudah mempunyai teman istimewa.
Bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu.
"Saya bukan artis untuk bercerita mengenai perkara ini. Saya hanya pemain bola sepak.
"Walaupun dilanda gosip sebegini, tumpuan saya terhadap bola sepak masih tidak terganggu dengan gosip tidak menentu seperti ini," jelas beliau lagi.
Dalam perkembangan lain, menerusi laman sosial Facebook beliau, SafeeSali_10 Official mengatakan, Safee kini dilantik sebagai duta produk minyak wangi Avon, Centre Action, hari ini.
Dengan lantikan itu, menjadikan menjadikan anak jati Selangor itu sebagai satu-satunya ahli sukan dan pemain bola sepak di Malaysia dilantik sebagai Duta Avon.
Sebaik pelancaran itu, Safee juga dilaporkan terus ke LCCT untuk pulang ke Jakarta bagi menghadapi perlawanan persahabatan antara Pelita Arema dan The Real Garuda di Malang, Indonesia, petang esok.
Marah apabila menyedari dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO, Ketua Cawangan UMNO Permatang Tengah bertindak membakar baju UMNO/BN miliknya di tengah-tengah Pekan Permatang Pauh petang tadi.
Ketua UMNO Cawangan Batu 5, Permatang Tengah, Permatang Pauh itu yang dikenali sebagai Talib dalam masa yang sama juga mendesak Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar meletakkan jawatan mereka.
Talib ketika kejadian mendakwa dirinya mewakili seluruh Ahli UMNO Cawangan Batu 5, yang takut untuk kedepan.
Ini perlu kerana menurut beliau kedua-dua pemimpin UMNO di Pulau Pinang itu telah menipu dan menjual harta dan tanah milik Melayu di Pulau Pinang.
Antara yang jelas membuktikan penipuan kedua-dua pemimpin UMNO itu dakwa Talib ialah Bazaar Perdana, Bandar Perda dan yang terbaru ialah penjualan tanah yang dimiliki oleh 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang.
Dalam transaksi penjualan tanah itu, dakwa Talib syarikat milik kedua-dua pemimpin UMNO Pulau Pinang itu telah memperolehi keuntungan RM5 Juta setelah menjualnya kepada pemaju. "Adakah begini caranya Pemimpin UMNO Pulau Pinang memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang?" soal Talib.
"Mereka sering memekik dengan slogan HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! Tapi dalam masa yang sama merekalah sebenarnya yang menyebabkan Melayu Pulau Pinang terpinggir dan merempat di tanah air sendiri"
Dalam masa yang sama beliau juga telah mengedarkan risalah atau dokumen yang menyokong dakwaannya itu kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut.
Antara kandungan risalah tersebut ialah senarai nama 31 orang pemilik yang telah menjadi mangsa kerakusan pemimpin UMNO itu, dokumen yang membuktikan tanah tersebut telah dibeli dan dijual semula serta salinan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana didalamnya tersenarai nama pemimpin UMNO itu sebagai pemilik syarikat terbabit.
Ketika ditanya adakah beliau masih akan kekal bersama UMNO setelah sedar dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO? Jawabnya "Hang tunggu 14hb ini!!".. Kata orang... Terbakar kampung nampak berasap. Terbakar hati siapa yang tahu..
Untuk pengetahuan semua Talib sememangnya telah lama bersama UMNO.. buat yang masih baru atau berhingus bak kata Talib.. fikir-fikirkanlah.. jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO!!
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kelab Wartawan Muda hari ini membuat laporan polis terhadap ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, serta tiga ahli parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) iaitu Tian Chua, Mahfuz Omar dan R Sivarasa kerana mahu membawa tiga peguam asing ke Parlimen untuk membentangkan isu Scorpene. Menurut presidennya, Dzulkarnain Taib berkata, Kelab Wartawan Muda tidak mahu campurtangan asing di dalam hal ehwal negara. "Apakah hak pembangkang membawa peguam asing untuk memberi taklimat di dalam Parlimen?
"Beliau juga mahu membawa William Bourdon, peguam Perancis yang pernah ditahan di KLIA, selain Joseph Breham dan Oliver Netzer.
"Apakah locus standi Suaram (Suara Rakyat Malaysia) terhadap kes tersebut?" kata Dzulkarnain selepas membuat laporan tersebut di balai polis Dang Wangi petang hari ini.
Dia juga bertanya apakah hubungkait pembangkang dengan Suaram serta siapa yang membiayai kos membawa tiga peguam asing tersebut.
Menurut bekas editor Suara Keadilan itu, Kelab Wartawan Muda itu mempunyai keahlian seramai 100 orang.
Selain dari Kelab Wartawan Muda, turut menghantar wakil ialah dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah (LKPJ), Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Dzulkarnain berkata, beliau kini memantau media untuk kepentingan negara dan sentiasa menyokong kerajaan, serta tidak bekerja untuk mana-mana media.
Untuk mengetahui siapa sebenarnya Dzulkarnain Taib ini dan mengapa dia dikatakan menjadi ejen Umno, ikuti tulisan seterusnya.
Ekoran pendedahan oleh PASPB blog di sini semalam amat memeranjatkan ramai pihak. Bagaimana laman web kepunyaan PKR boleh mengeluarkan artikel yang mengutuk perjuangan sendiri dan rakan-rakannya PAS dan DAP, perkara ini amat-amat mengejutkan.
Sebenarnya sahabat Addin pernah memberitahu yang beliau mengenali seorang individu yang bernama Dzulkarnain Taib yang bertugas di TVSelangor. Beliau mengenali individu ini semasa beliau belajar di UKM, Dzulkarnain Taib pernah datang bersama-sama dengan mantan YB Umno Tanjung Dawai, Rosnah Majid untuk bertemu pimpinan siswa UKM pada era reformasi 1998.
Menurut maklumat sahabat Addin, Dzulkarnain Taib ini pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia dan RTM. Selepas mengetahui Dzulkarnain Taib ini bertugas di TVSelangor, sahabat Addin pernah memberitahu Ketua AMK iaitu Shamsul Iskandar supaya menyiasat individu ini.
Adakah Dzulkarnain Taib ini yang membuat onar dan menjadi ejen UMNO di TVSelangor selama ini? Addin meminta mana-mana pimpinan atau ahli-ahli PKR yang membaca 'posting' ini agar menyiasat perkara ini. Sehingga ke saat ini laman web TVSelangor masih tidak boleh di 'access'..
PERMATANG PAUH: Seramai 50 orang ahli Umno Cawangan Permatang Tengah, Permatang Pauh sudah serik dengan permainan politik parti itu dan membuat pendirian akan keluar parti.
Kesemua mereka dijangka akan mengumumkan keluar Umno pada satu majlis khas 14 Oktober ini di Tapak Ekspo Seberang Jaya.
Turut dijangka hadir pada majlis itu nanti adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut mantan ketua cawangan Umno tersebut, Encik Talib Ibrahim 53, tindakan drastik sebahagian penyokongnya adalah kerana kecewa dengan langkah yang diambil oleh Umno Pusat yang bertindak memecatnya selain kesal dengan pelbagai dakyah kotor yang sengaja dilaksanakan untuk memancing pengaruh orang melayu di Pulau Pinang.
"Bukan saya resah bila dipecat malahan rasa lega setelah usaha yang dibuat demi kepentingan rakyat dibalas dengan surat pemecatan pada 24 September lalu.
"Kesan daripada pemecatan itu seramai 50 ahli Umno di cawangan yang pimpinya selama 36 tahun keluar beramai-ramai, " jelasnya ketika berdemo di hadapan jalan Permatang Pauh petang tadi.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Permatang Pauh selama 21 tahun, turut kesal kerana Umno sanggup membohongi rakyat kononya membela nasib orang Melayu sebaliknya bertindak menjadi 'broker' menjual tanah orang Melayu kepada bangsa lain.
Selama ini kata beliau, ramai ahli Umno termasuk dirinya terpedaya dengan kenyataan kepimpinan Umno yang acapkali bersuara membela nasib orang Melayu khususnya dalam bidang pendidikan, peniaga dan seupamanya.
Tindakan keluar Umno itu katanya bukan kerana dipaksa atau gimik menjelang pilihanraya umum ke 13 tetapi disebabkan timbul perasaan sedar apabila sering ke ceramah Pakatan Rakyat.
"Tindakan mereka bukan disebabkan dipaksa malahan kerana tekanan hasil perlakuan kepimpinan Umno sendiri. Mereka beralih juga disebabkan selalu pergi ke ceramah Pakatan Rakyat yang menceritakan apa yang sebenarnya, " terang beliau.
SHAH ALAM: Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Tinggi Negeri, Dr Halimah Ali kesal dengan Kerajaan Pusat yang dikatakan tidak adil dalam pengagihan Bajet 2013 terutama dalam bidang pendidikan melibatkan Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Katanya, perlaksanaan itu menggambarkan Umno-BN mendiskriminasi ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak-anak mereka di peringkat sekolah rendah agama.
Beliau berkata, adalah menjadi hak setiap ibu bapa untuk memilih menghantar anaknya ke mana-mana jenis sekolah yang difikirkan perlu.
"Apa bezanya hak mereka ini? Bukankah keperluan mereka juga diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia," soalnya dalam satu kenyataan media semalam.
Jelasnya, berdasarkan Petikan Artikel Perlembagaan Malaysia (Bahagian 2 Hak Asasi) Perkara 12 berkenaan pendidikan, menyatakan tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir.
Tambah Dr Halimah, dalam pembentangan bajet itu, tidak menyatakan peruntukkan kewangan untuk institusi pendidikan Islam seperti elaun guru, latihan perguruan dan Sekolah Kafa seperti tahun-tahun sebelum ini.
"Jika peruntukkan RM100 juta boleh diberikan kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Mubaligh yang bukan diperingkat dasar, kenapa SAR tidak dapat?
"Sedangkan SABK bukanlah bantuan menyeluruh kepada sekolah agama kerana masih banyak sekolah agama yang tidak bersedia untuk mendaftar," katanya.
Untuk rekod, setakat ini, Sekolah Agama milik Kerajaan Negeri sebanyak 107 buah dengan bilangan guru 4,680 orang dan 62,929 pelajar.
Manakala, Kerajaan Negeri Selangor membelanjakan RM264 juta bagi tahun 2011.
KUALA LUMPUR: Di Johor, orang tidak tanya MCA akan tinggal berapa kerusi sahaja lagi tetapi orang tanya tinggal berapa orang sahaja lagi di dalam MCA, kata Mohamad Sabu. "Itu baru di Johor, tempat lain pun sama atau mungkin lebih teruk untuk Umno BN (Barisan Nasional)," katanya lagi.
Timbalan Presiden PAS itu menyatakan demikian merujuk kepada kesan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan tidak memberi kesan besar kepada perubahan sokongan rakyat untuk menyokong BN.
Di Johor katanta, MCA dalam keadaan nazak, dan bajet BN itu tidak mungkin akan memberi nyawa baru untuk menyelamatkan parti itu.
Menjelaskan lebih lanjut apa yang dimaksudkannya itu, Mohamad berkata, rata-rata orang Cina tidak peduli pun belanjawan itu kerana yang lebih penting bagi mereka ialah tarikh pilihan raya kerana mereka sudah tidak sabar hendak menamatkan cengkaman kuasa Umno Barisan BN.
"Itu belanjawan untuk menyasarkan sebahagian orang Melayu, sebab orang Cina tidak hairan dengan duit RM250 sekali bagi itu," katanya.
Malah, katanya, orang-orang Cina rata-ratanya tidak mengendahkan umpan yang bertujuan memancing undi mereka itu.
Mohamad berkata, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu apabila meneruskan amalan 'memberi ikan dan bukan kail' kepada mereka melalui pemberian duit sekali bagi dan pemberian-pemberian lain seumpamanya.
"Ketika bangsa lain boleh diumpamakan sudah maju dengan peralatan canggih untuk menangkap ikan di laut dalam, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu dengan memberikan ikan kepada mereka dan bukan memberi kail," katanya lagi.
Mohamad berharap orang-orang Melayu menolak perbuatan menghinakan mereka dengan duit sekali bagi seperti itu dan menuntut penyelesaian jangka masa panjang terhadap masalah asas mereka.
Umpamanya, kata beliau, masalah pengangguran yang sebahagian besarnya melibatkan orang-orang Melayu.
"Belum kira lagi yang tidak graduan, yang bertaraf siswazah pun sehingga 40,000 orang menganggur kebanyakannya berbangsa Melayu," katanya.
Beliau meminta orang-orang Melayu berfikir, adakah duit sekali bagi RM250 boleh menyelesaikan masalah mereka?
"Jangan biarkan kerajaan Umno BN hina kita dengan gula-gula murahan seperti itu," kata Mohamad.
Peguam Perancis yang mewakili kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam kes urus niaga Scorpene mungkin akan memberikan taklimat kepada anggota Parlimen Malaysia di Singapura.
Rancangan awal untuk mengadakannya sesi dengan William Bourdon di Malaysia mungkin tidak menjadi kenyataan, menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, ia ekoran kemungkinan kumpulan peguam dari negara itu - termasuk Bourdon yang pernah diusir pulang sebelum ini - tidak dibenarkan memasuki Malaysia.
Terdapat kemungkinan sesi di Singapura itu akan diadakan pada November, kata Anwar lagi kepada Malaysiakini selepas menyampaikan ucap utama dalam seminar "Adakah Kebangkitan Arab berpotensi menjadi kebangkitan Umat Islam?" di Paris semalam.
Anwar semalam mengesahkan bahawa Bourdon dan peguam Joseph Breham bersetuju datang ke Malaysia untuk menjejaskan butiran terperinci siasatan di Paris kepada Dewan Rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dipuji kerana membanteras rasuah sedikit demi sedikit dan tidak tenggelam dalam menangani masalah itu, kata penasihat kepada American Bar Association Rule of Law Initiative (ABA-ROLI).
Daniel Eric Stonecipher berkata selain perkara itu, kejujuran SPRM dalam usaha mereka ditambah sokongan dari ahli politik kanan negara menjadikan SPRM badan yang amat disenangi dalam menjalinkan kerjasama.
"Ada masanya kita bangun pagi dan berasa seolah-olah rasuah adalah satu masalah yang terlalu besar untuk ditangani.
"Perkara yang kita perlu faham tentang usaha SPRM, mereka menguraikan usaha itu ke dalam langkah yang lebih kecil dan melaksanakannya langkah demi langkah, yang pastinya memberi kesan sebenar.
"Banyak negara nampaknya tenggelam dalam cabaran menangani rasuah. Saya tidak rasa masalah ini boleh dihadapi dengan berkesan melainkan satu pendekatan strategik seperti dilakukan SPRM digunapakai," katanya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual diaturkan SPRM sewaktu persidangan tahunan International Association of Anti-Corruption Authorities di Kuala Lumpur hari ini.
Masyarakat Penan terus berhimpun dan menghalang jalan masuk ke tapak pembinaan empangan Murum, selaki gus memutuskan perhubungan keluar masuk kenderaan pengangkut bahan binaan bernilai ribuan ringgit.
Halangan baru di buat pada Khamis di jalan balak lama melalui ladang kelapa sawit, yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.
"Sarawak Energy Berhad (SEB) sebelum ini menggunakan jalan itu sebagai alternatif ke tapak empangan untuk tiga hari lepas," kata Penyelaras Gabungan Pemeliharaan Persekitaran Semula Jadi Sarawak (Scane) Raymond Abin.
Katanya, hadangan itu menyebabkan SEB dan syarikat lain berhenti menggunakan jalan utama untuk ke Murum dan tapak projek itu.
"Kerja-kerja penting pembinaan untuk empangan itu lumpuh sejak minggu lepas, manakala pemandu kenderaan sudah meninggalkan lori simen, trak dan lori treler mereka tersadai dengan bahan pembinaan dekat hadangan itu," katanya.
Anggota Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman dituntut membuktikan dakwaannya bahawa peserta perhimpunan membantah projek petrokimia di kawasan itu pada 30 September lalu dibayar RM30 seorang.
"Kita menuntut supaya Azalina mengemukakan bukti dengan tuduhan berkenaan, kalau tidak, tarik balik kenyataannya dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia," tuntut gabungan 30 NGO yang mengelarkan diri mereka "Johor Yellow Front".
Azalina kelmarin berkata di Parlimen, orang ramai, yang kebanyakannya didakwa orang luar, hadir ke perhimpunan itu kerana setiap peserta dibayar RM30.
Beliau juga mendakwa kebanyakannya peserta yang hadir orang luar dan jumlanya hanya 3,000 orang sahaja dan bukan 7,000 seperti didakwa penganjur.
Dalam kenyataan bersama 30 NGO itu hari ini, mereka juga mengkritik Azalina yang didakwa gagal mendengar suara rakyat tempatan yang menolak projek itu.
"(Tetapi) Datuk (Azalina) bukan sahaja tidak menghadiri perhimpunan ini, yang lebih mengecewakan, Datuk membuat tuduhan yang mengelirukan rakyat jelata.
"Ini termasuklah kenyataan 'orang tempatan/orang luar'," menurut kenyataan itu lagi.
Mereka juga berkata, projek petrokimia itu ditolak kerana isu alam sekitar, pengambilan tanah penduduk dan terjejasnya rezeki mereka.
"Kami hendak memastikan kehidupan hadapan anak-anak kita jauh dari pencemaran. Kesemua tindakan ini menunjukkan kita mencintai tanah air kita dan berhati suci untuk memeliharanya," kata gabungan NGO itu lagi.
JUARA Piala FA dan Liga Super, Kelantan memulakan aksi separuh akhir pertama dalam saingan Piala Malaysia kali ini dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Selangor 1– 0 di Stadium Sultan Muhammad VII, Kota Bharu malam ini.
Dengan kemenangan ini, Kelantan membawa bekalan selesa apabila bakal bertandang ke halaman lawan untuk menghadapi pertemuan kedua minggu depan.
Gawang tuan rumah sedikit cemas apabila percubaan pada babak awal perlawanan menerusi hantaran cantik Amri Yahya gagal dilaksanakan dengan baik oleh pemain import Selangor apabila tendangannya melambung tinggi. Susulan serangan pasukan pelawat, pasukan tuan rumah mengatur strategi dan melakukan serangan balas namun percubaan Nurul Azwan Roya berjaya ditepis oleh Mohd Azlan Razali pada minit ketujuh.
Pada minit ke-15, Kelantan sekali lagi hampir mendahului lawan tetapi, tendangan Mohammad Ghaddar sedikit melencong ke tepi tiang gol.
Pasukan tuan rumah tidak berputus asa dan Kelantan bagai dirasuk apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu Selangor. Pun begitu banyak kali percubaan Ghaddar dan Azwan Roya terus ke dalam dakapan penjaga gol Selangor.
Memasuki babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah memperkemaskan corak permainan dengan aksi yang lebih tersusun dan pemain importnya, Ghaddar hampir mencemaskan kem pasukan pelawat, namun tendangan lencongnya dari jarak 15 meter berjaya didakap kemas oleh Azlan.
Keghairahan tuan rumah dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila gerakan menarik Nor Farhan Muhammad berjaya menewaskan penjaga gol Selangor pada minit ke-63.
Selangor terus dihimpit tekanan apabila pemainnya, Snasriq Baharom terpaksa keluar dari padang kerana dilayangkan kad merah pada minit ke-64.
Umpama mendapat semangat dari gol pertama, anak didik Bojan Hodak melancarkan gerakan bertali arus melalui kombinasi pemain Mohd Badhri dan Ghaddar serta Indra Putra Mahyuddin pada babak akhir perlawanan, namun berjaya dikekang oleh pertahanan Selangor.
Berbaki 12 minit terakhir, Selangor masih terus melancarkan serangan tetapi kekebalan benteng pertahanan tuan rumah menafikan hasrat The Red Giants menyamakan kedudukan sekali gus menggagalkan misi anak buah Irfan untuk menamatkan badi kekalahan ketika beraksi di stadium keramat itu.
Dalam aksi timbal balik, Kelantan akan bertandang ke Stadium Shah Alam pada 12 Oktober ini.
YAB Tuan Guru sedang menyampaikan ucapan di majlis Pas Ganti UMNO (PGU) 5.0 di Jabi, Terengganu. Turut hadir ialah YB Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS.
PREDIKSI soal kehancuran Negara Israel tidak hanya datang dari Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, yang terkenal dengan kalimatnya "Israel must be wiped off the map" (dihapus dari peta dunia).
Tetapi mantan pejabat Amerika Syrikat (AS) juga memprediksi hal yang sama. Adalah Henry Kissinger, mantan menteri luar negara AS, juga menyebut dalam waktu sepuluh tahun ke depan, di dunia tidak akan ada lagi negara bernama Israel.
Pernyataan Kissinger ini menarik, kerana ia adalah seorang warga AS keturunan Yahudi. Dan selama menjabat sebagai menlteri luar di era Presiden Richard Nixon dan Presiden Gerald Ford, sosok Kissinger dikenal sangat dekat dengan Israel dan lobi-lobi Israel di AS
Dilaporkan Hufftington, Rabu 3 Okt, kernyatan Kissinger itu membuat politik di Washington tersentak dan tidak percaya seorang Kissinger boleh melakukan hal itu.
"Pernyataan Kissinger datar dan tidak memenuhi syarat. Dia tidak mengatakan Israel ada dalam bahaya, namun boeh diselamatkan jika kita hanya memberi tambahan triliunan dolar dan menghancurkan musuh, cukup dengan militer kita. Dia tidak menawarkan jalan keluar. Dia hanya menyatakan fakta: Pada 2022, Israel tidak akan lagi ada," ujar Barret Kevin, dari US Intelligence Community (IC).
Data di US Intelligence Community (IC), terdiri dari 16 badan intelijen AS, awal tahun ini, berjudul "Preparing for a Post-Israel Middle East," ("Persiapan untuk Post-Israel Timur Tengah") menunjukkan dan memang menguatkan pandangan Kissinger .
Dokumen itu jelas menyebut 16 badan intelijen AS setuju bahawa Israel tidak dapat menahan raksasa pro-Palestin datang terdiri dari Musim Semi Arab, Kebangkitan Islam, dan kebangkitan Republik Islam Iran.
Laporan IC menyatakan, pemerintah AS tidak lagi memiliki sumber daya militer dan kewangan bagi membantu Israel terhadap keperluan mereka dan menunjukkan bahawa AS suatu masa kena ikut kepentingan nasional dan menarik bantuan pada Israel.
Di kalangan pejabat AS, nasib Israel dapat ditelusuri dalam berbagai alasan. Diantaranya, Politik AS dan aktivis politik "bertambah muak dengan kuatnya fanatisme Israel; AS merasa "benci atas dominasi angkuh lobi Israel pada wacana publik; dan masyarakat Yahudi Amerika kini tidak lagi bersatu menyokong Israel. Kini, AS diambang muflis dan mengorbankan ribuan nyawa dalam perang bagi Israel.
"Ini akan menjadi mudah bagi perancang kebijaksanaan AS, mengikuti jejak Kissinger dan enam belas badan-badan intelijen, untuk mengenali jelas, bahawa Israel memang telah mencapai akhir kehidupannya," jelas Barret
Nak GEMPAQ mendenya... Satu Malaya dah tau, Madey memang kaki permain orang... Hanya bangsa Umno ja yang rela kepala depa diluku dan dilatu... Oleh manusia haprak bernama Madey....
Kahkahkah...
Tamrin dakwa Dr M pergunakan bapanya
BUKIT MERTAJAM: Anak Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghafar mendakwa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bukan sahaja petualang yang mencetusan pergolakan dalaman Umno sehingga dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1997 bahkan sering mengeluarkan kenyataan yang mencabul persoalan akidah.
Beliau yang berceramah di Galeri Pejuang, Ceruk To Kun, Bukit Mertajam bersama dua orang penceramah jemputan iaitu Ustaz Sharil Long dan Ustaz Hafizal menambah, peristiwa pengharaman Umno tahun 1997 adalah angkara Dr Mahathir apabila Ghafar didesak lawan Tun Musa Hitam.
Tamrin yang menyertai PAS baru-baru ini berkata, Datuk Seri Anwar juga didesak Dr Mahathir agar mencabar Tun Ghafar Baba yang dianggap sampah kerana tidak dapat membantunya merealisasikan dasar Pandang Ke Timur dan Wawasan 2020.
(Buku Anwar lawan Ghafar pernah diterbitkan)
"Pada saya mantan Presiden Umnolah yang mencetuskan polimik sebenar dalaman Umno sendiri, kestabilan negara serta akidah.
"Sejak dulu jika dia tidak suka seseorang beliau akan mendesak orang lain cabar dan beliau sendiri akan sembunyi tangan, " terangnya semasa berceramah dalam program PAS Cawangan To Kun dan PAS Bukit Mertajam.
Peristiwa terbesar mengakibatkan pemecatan Datuk Seri Anwar juga dicipta oleh Dr Mahathir sendiri setelah beliau mendapati kekuatan Anwar makin meningkat dan sekiranya dibiarkan kemungkinan pengaruhnya akan hilang.
Jesteru itu, Anwar diinaya bukan sahaja dipecat bahkan ditangkap, difitnah dan diseksa dalam penjara.
Dr. Mahathir adalah durjana sebenarnya, beliau sanggup melagakan orang lain demi memastikan kedudukannya selamat dan terus berkuasa.
Waktu nama Anwar tengah 'top', Mahathir mengambil peluang keemasan membuang Ghafar Baba dari kabinet kerajaan dengan meminta Anwar lwan Ghafar.
Kes yang terjadi pada Anwar juga berpunca dari perasaan kebimbangan beliau ekoran penampilan Anwar dilihat lebih ke hadapan dari banyak segi.
Bila Anwar jadi mangsa rakyat bangkit dan sampai sekarang isu pemecatanya tidak boleh diterima oleh sebahagian ahli Umno sendiri.
"Tetapi, nak buat macam mana semua tunduk dengan 'DR M'," tegas beliau termasuk dirinya sebelum ini.
Rakyat juga, kata bekas Pengerusi MARA itu, tentu masih ingat terlalu banyak kenyataan Dr Mahathir yang boleh mengancam kestabilan negara apatah lagi akidah.
Sampai hari ini tambah Tamrin, siapa pun tidak boleh menghalang kenyataan dari terus keluar dari mulutnya biarpun kadang- kadang memberikan kesan terhadap sokongan Umno itu sendiri.
Terbaru ujarnya, kenyataan berkenaan 'syaitan yang dikenali lebih baik dari Malaikat yang tidak dikenali' bakal melihat Umno terus jatuh.
"Biarlah dia keluarkan kenyataan merapu sebab Umno akan jatuh tidak lama lagi. Mungkin diera DR M Umno menjadi terkenal dan selepas beliau pencen Umno pun menjunam," jelasnya yang juga bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.
Ingatkan kat Kelantan negeri termiskin... Rupanya kat Pahang, negeri Perdana Menteri 1Malaysia... Tak pa, tentu wassatiyah Najib boleh selamatkan nanti...
YAB Tuan Guru Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang memberi ucapan perasmiaan PGU 0.5 PAS Ganti Umno di Pekan Jabi,Setiu dihadapan ribuan umat yang secara sukarela datang tanpa duit poket dan nasi bungkus dari kerajaan negeri....
Tahniah...
YAB. Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan sedang memberi ucapan perasmiaan PGU 0.5 PAS Ganti Umno di Pekan Jabi,Setiu.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap beliau akan diberikan mandat yang besar pada pilihan raya umum akan datang untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Bercakap dalam satu temu bual dengan 'CNBC Conversation' yang dihoskan oleh pengacara terkenal Martin Soong yang disiarkan melalui Astro CNBC (Saluran 518) pada Sabtu, Najib berkata, tempoh lima tahun akan datang adalah sangat penting bagikerajaan untuk menunaikan janji dan komitmen yang dibuat oleh pemimpin-pemimpinterdahulu kepada negara.
"Saya ingin mendapat mandat yang besar, Martin, kerana bagi mencapai visi kami menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, tempoh lima tahun akan datang ini akan menjadi sangat penting. Sangat penting kerana anda bercakap mengenai pusingan akhir.
"Anda bercakap mengenai bahagian terakhir ini dan ia adalah bahagian paling penting kerana kami benar-benar perlu untuk melaksanakannya," katanya.
Najib berkata demikian sebagai menjawab soalan berhubung betapa pentingnya pilihan raya umum akan datang baginya dan juga kepentingan bagi mendapat mandat semula terutama bagi mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Najib berkata, transformasi adalah komitmen tegas yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal 90an dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi melaksanakan sebahagian daripadanya, dan kini giliran beliau untuk menunaikannya.
Menjawab satu soalan, Najib, yang juga Menteri Kewangan, bersetuju bahawa mencapai pertumbuhan ekonomi yang lestari dan inklusif tanpa menjejaskan terlalu banyak landskap politik adalah satu daripada cabaran untuk menjadi sebuah negara maju.
Bagaimanapun, beliau menegaskan kunci untuk menjadikan masyarakat lebih saksama adalah dengan mendapatkan pertumbuhan bagi mengagihkan semula hasil pendapatan itu kembali kepada rakyat.
Tanpa pertumbuhan, ia menjadi satu keadaan hilang-hilang. Jadi jika kita mendapat lima hingga enam peratus dalam tempoh masa itu, maka kita akan dapat pada masa yang sama, memastikan pengagihan kekayaan yang lebih adil dan saksama dalam negara ini.
Dalam temu bual setengah jam itu, Najib berkata usaha (untuk menjana pertumbuhan) itu dapat dilaksanakan dan jumlah itu kelihatan lebih positif terutama dengan penyertaan Bumiputera.
"...tapi ia bukan hanya mengenai jumlah ekuiti. Kita juga perlu memastikan bahawa ada pengagihan pendapatan yang adil antara pelbagai tahap pendapatan dalam negara ini," katanya. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rakaman sesi Google Hangout #TanyaNajib 2013 yang dimuat naik ke Youtube oleh beberapa pengguna sejak semalam terus memperlihat lebih ramai penonton memilih 'dislike' berbanding yang 'like'.
Pada saluran 'njoiawani', sejumlah 51,432 penonton direkodkan dengan angka dislike sebanyak 11,555 berbanding like iaitu 298.
Saluran 'CliffyTRGx3' pula merekodkan sejumlah 1,653 penonton dengan jumlah 261 dislike berbanding 16 likes.
Najib pada malam 2 Oktober lalu berinteraksi secara langsung dengan rakyat menjawab soalan berkenaan Bajet 2013.
Sebelum ini difahamkan rakaman tersebut turut dimuat naik ke saluran Youtube rasmi Najib tetapi kemudiannya diprivatekan sebelum ianya ditarik balik.
Rekod penonton sebelum ditarik balik memperlihatkan jumlah 'dislike' adalah 1,409 dan 'like' pula 605.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada penarikan balik itu ada kaitan dengan jumlah dislike yang diterima pada video tersebut atau tidak.
Di saluran Youtube Astro Awani pula, jumlah 'dislike' adalah 1,774 berbanding 'like' sebanyak 90 dan difahamkan ianya juga telah ditarik balik.
Rakaman video di semua saluran tersebut bukan sahaja memeperlihatkan jumlah dislike lebih tinggi, malah turut diiringi dengan komen-komen kritikan.
Antara lain ramai dikalangan penonton mempersoal tindakan Perdana Menteri yang tidak mahu menyahut cabaran debat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka juga turut mempersoal tindakan Najib yang tiada dalam Dewan Rakyat ketika Anwar membahaskan bajet tersebut Isnin lalu.- Harakahdaily
SHAH ALAM – Semua pemimpin kerajaan dan Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar mengisytiharkan harta masing-masing jika mereka ikhlas dan bersungguh-sungguh mahu membanteras rasuah.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, selain pengisytiharan harta, kerajaan BN juga harus laksanakan tender terbuka, melarang ahli keluarga mereka mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan serta gugurkan pemimpin yang amalkan gaya hidup mewah.
"Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam boleh dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang. Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut.
"Dan sehingga kini juga tiada jawapan kepada soalan yang ditanya tentang kekayaan keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud," katanya.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya Najib mahu meyakinkan rakyat, beliau disarankan mengikut tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang telah pun membuat pengisytiharan harta secara terbuka.
"Pada masa yang sama, pemimpin BN yang hidup mewah dengan rumah mewah, kereta dan plat nombor yang mahal harus digugurkan. Ahli-ahli keluarga juga harus dilarang terlibat sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan
"Satu elemen yang yang wajib dalam usaha membanteras rasuah adalah untuk menginstitusikan tender terbuka. Tanpa tender terbuka, projek-projek awam dirunding secara terus dan dianugerahkan kepada kroni yang menyebabkan rakyat kerugian," katanya.
Selain itu, Guan Eng turut mempertikaikan peruntukan RM386 juta untuk 57 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak seperti yang diumumkan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2013.- SH
Marah apabila menyedari dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO, Ketua Cawangan UMNO Permatang Tengah bertindak membakar baju UMNO/BN miliknya di tengah-tengah Pekan Permatang Pauh petang tadi.
Ketua UMNO Cawangan Batu 5, Permatang Tengah, Permatang Pauh itu yang dikenali sebagai Talib dalam masa yang sama juga mendesak Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar meletakkan jawatan mereka.
Talib ketika kejadian mendakwa dirinya mewakili seluruh Ahli UMNO Cawangan Batu 5, yang takut untuk kedepan.
Ini perlu kerana menurut beliau kedua-dua pemimpin UMNO di Pulau Pinang itu telah menipu dan menjual harta dan tanah milik Melayu di Pulau Pinang.- (...)
Zainal Abidin (kanan) menemui atlit kebangsaan, Norsheela Khalid dan Roslinda Samsu (tengah) pada majlis pertemuan antara pengurusan baru bersama atlit, semalam.- Foto Owee Ah Chun
AURA Presiden KOM yang baru
Kuala Lumpur: Aura Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang baru, Datuk Zainal Abidin Ahmad mula kelihatan apabila menerima kehadiran tiga muka lama bekas jurulatih olahraga - Hanafiah Nasir, Zaki Sadri dan Harun Rasheed - pada majlis khas pertemuan antara pengurusan baru bersama atlit serta jurulatih buat pertama kali, semalam.
Ketiga-tiga 'orang lama' itu sebelum ini amat dikenali apa lagi Hanafiah sebelum ini pernah memegang jawatan ketua jurulatih kebangsaan sehingga 2009 sebelum Harun mengambil alih tugasan itu manakala Zaki sebagai jurulatih acara lompatan.
"Yang kembali sebab saya datang balik, itu mungkin tarikan saya... sama dengan kembalinya semangat kami jadi mereka pun hadir.. mereka banyak pengalaman jadi ia bagus, kita boleh mengambil pengalaman lama dan fikirkan apa yang baru, banyak idea dikeluarkan mereka ini," kata Zainal kepada media selepas perjumpaan itu di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.
Hanafiah tidak menolak kemungkinan kembali
Kehadiran Hanafiah, Zaki dan Harun memberi isyarat awal bahawa KOM kini berada di landasan tepat untuk keluar daripada 'lorong gelap penuh kontroversi' yang dialami sebelum ini di bawah pengurusan lama diterajui Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Karim Ibrahim.
Meskipun, kehadiran mereka disambut baik serta dialu-alukan buat kemajuan sukan olahraga, Zainal begitupun belum mempunyai sebarang perancangan sama ada akan mengambil semula khidmat mereka sebagai jurulatih.
Sementara itu, Hanafiah berkata, dia tidak menolak kemungkinan untuk kembali bersama KOM seandainya tawaran yang diberi itu bersesuaian dengan dirinya.
"Saya terbuka, jika ada yang kata saya boleh berada dalam pasukan dan tawaran bersesuaian, apa salahnya."- BH
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Teguran Dr Maza terhadap fatwa orang-orang agama Umno secara literalis betapa mengkitik pimpinan politik kerajaan adalah haram, amat menarik perhatian.
Khususnya saya sendiri, kira-kira lebih 40 tahun tidak putus-putus mengkritik siapa saja, banyaknya adalah pemimpin politik dalam kerajaan. Pertama sebagai wartawan, saya diajar bahawa kritik itu adalah satu dari empat fungsi media selain daripada menyampaikan maklumat, menyampaikan pendidikan atau tarbiyah dan menyalurkan hiburan.
Dan kritik itu adalah rempah ratus yang menyuburkan demokrasi yang menjadi pegangan Negara kita. Malah seluruh ulama haraki ini termasuk Ikhwanul Muslimin, menerima pakai demokrasi sesuai dengan situasi semasa.
Hujah Dr Maza, jika menegur pemimpin itu haram, maka apa jadi pada fungsi Parlimen yang dikira satu institusi kenegaraan yang sihat. Hidupnya mana-mana Parlimen di dunia ialah dibenarkan secara terbuka dan sihat menegur semua yang pincang dan lemah baik pihak kerajaan mahu pun pihak pembangkang.
Malah dalam masa setahun setengah ini, dunia menyaksikan umat Islam di beberapa wilayah Islam bangun mengubah sistem parlimen dan pemerintahan rubber stamp yang dikira menzalimi dan membelenggu rakyatnya.
Jika fatwa orang agama itu dipakai, ertinya rakyat di Tunisia, Mesir, Yaman, Libya, Syria sekarang dan lain-lain telah terlibat dalam kegiatan haram. Sedang dunia ulama seluruhnya mengira, yang dipanggil Arab spring itu adalah satu tindakan positif.
Oleh sebab fatwa ahli agama Umno itu melibatkan hukum agama, maka tidak boleh ditolak begitu saja dan tidak wajar diterima begitu saja kerana masing-masing membawa nas.Jika betul haram, katakan haram. Jika tidak katakan tidak.
Dalam mengukuhkan hujahnya, Dr Maza membangkitkan kritik terbuka Dr Mahathir terhadap pimpinan kerajaan selepasnya, malah tidak berselindung Dr Mahathir menyeru supaya pemimpin kerajaan itu digulingkan.
Mahathir tidak sekadar mengkritik pemimpin selepasnya saja. Tonggang langgang hujung pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra adalah gara-gara serangan politiknya.Apapun tindak tanduk politik Dr Mahathir tidaklah dapat dijadikan ukuran sesuatu itu tidak haram.
Haram halal dan dosa pahala tidak termasuk dalam kamus politiknya.Tidak wajar fatwa haram itu dibuat bagi ditujukan kepada pembangkang saja. Maka fatwa itu mestilah meliputi sepak terajang politikus Umno juga.
Jika haram, yang pemimpin Umno buat terhadap pemimpin kerajaan pun haram juga.Bukan Dr Mahaathir saja pemimpin Umno yang mengkritik pimpinan kerajaan sebelum dan selepasnya.
Apa yang Tunku Abdul Rahman Putra sebagai pemimpin Umno tidak kata terhadap Dato Onn Jaafar yang menjadi salah seorang pemimpin kerajaan yang penting sebelum merdeka dulu.
Mungkin tidak haram mengkritik Dato Onn kerana dia duduk dalam kerajaan penjajah.Tetapi Tunku setiap minggu terus-menerus mengkritik Perdana Menteri Tun Razak, Perdana Menteri Tun Hussein dan Perdana Menteri Dr Mahathir.
Tulisannya dalam The Sunday Star menegur secara terbka semua perkara yang dirasanya tidak betul oleh tiga Perdana Menteri selepasnya.
Tidakkah secara politiknya, selepas tidak menjadi Perdana Menteri, Tunku bergelumang dengan amalan haram?Maka teguran Dr Maza mesti diberi perhatian ketika kerajaan Najib hendak menguatkuasakan maqasid syariyah. ~harakahdaily
Sejak dari awal sistem saman yang diswastakan dikenali sebagai AES diragukan dari perbagai segi.
Syarikat yang dilantik sebagai operator sudah pasti mengejar jumlah saman yang tinggi untuk memperoleh komisyen yang tinggi kerana jumlah komisyen dan nilai peratusan meningkat berdasarkan jumlah saman yang dikutip.
Saman sudah jadi bahan perdagangan yang mengkayakan 'kroni' yang memperolehi hak mengendalikan saman tersebut.
Terbaru ialah merujuk kepada satu 'posting' yang dibuat oleh page Facebook Kempen Anti Saman Ekor (KASE) di wall, Facebook nya dengan jelas memaparkan percanggahan kenyataan Pengarah JPJ melalui keratan akhbar dan jawapan menteri kepada pertanyaan Ahli Parlimen Tanah Merah melalui jawapan bertulis mengenai jumlah imej kesalahan yang dirakam.Ketua Pengarah JPJ nyatakan sebanyak 2,952 imej dirakam pada 23 dan 24 September 2012 dalam taklimat khas kepada media selama hampir dua jam tetapi Kementerian Pengangkutan dalam jawapan kepada YB Tanah Merah di Dewan Rakyat maklumkan sebanyak 3,344 imej dirakam dalam tempoh yang sama iaitu juga pada 23 dan 24 September 2012.
Kita percaya dan yakin kesemua angka ini dibekalkan oleh syarikat pengendali sistem saman ini. Bayangkan dalam dalam memberikan angka ini sahaja sudah bercanggah bagaimana kita boleh mempercayai sistem AES ini. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) amat bersetuju dan bersama dengan KASE dalam perkara ini.SAMM mendesak supaya ada ahli parlimen yang bangkit bertanyakan soalan ini di parlimen. Ada dua kemungkinan sama ada Menteri berbohong atau syarikat tersebut membekalkan maklumat salah kepada menteri.
Jika menteri berbohong maka tindakan serius harus diambil dalam kerangka disiplin dewan dan jika syarikat tersebut bohong atau salah maka sistem AES perlu dihentikan segera kerana jutaan pemandu diluar sana akan teraniaya.SAMM juga mulai hari ini akan menyiarkan semula maklumat kedudukan kamera AES yang diperolehi dari peguam KASE sebuah jawatankuasa menangani isu saman ekor yang dipengerusikan oleh YB Datuk Mahfuz Omar. Maklumat lanjut boleh dilayari di http://www.anakmudamalaysia.comSebuah motor polis RM20,000 ?
Dala, kesempatan ini juga SAMM ingin membangkitkan satu perkara berkenaan pembentangan bajet oleh Perdana Menteri. Kelihatan satu usaha serius dalam memperkasa organisasi PDRM apabila satu peruntukan besar diperuntukan. Ini sesuatu yang baik namun seperti biasa baik di permukaan tetapi rasuah dan penyelewengan terselindung di dalam.
Dalam belanjawan disebut dengan jelas regim akan menubuhkan unit bermotorsikal meronda kawasan perumahan. Untuk itu regim mengumumkan akan menyediakan 1,000 unit motorsikal dengan memperuntukan RM20 juta. Ini membawa maksud sebuah motorsikal berharga RM 20,000.Bayangkan keadaan jenayah makin meruncing, setiap hari pasti ada kes jenayah seperti bunuh berlaku, namun atas kesengsaraan rakyat regim terus membuat untung dengan membeli motorsikal RM20,000 sebuah.
Siapakah jutawan yang akan kaya dari hasil tersebut dan menteri mana yang akan meraih keuntungan dengan korporat terbabit pasti akan tampil membantu jentera pilihanrayanya.Sekali lagi diharap ada ahli parlimen yang berani membangkitkan perkara ini dalam perbahasan dan rakyat membuka mata. Tolak saja regim zalim yang menggunakan derita rakyat untuk membuat untung.Kemalangan jalanraya diguna untuk membuat untung menswastakan sistem saman hingga syarikat swasta untung berjuta setahun, kes jenayah berleluasa digunakan untuk meraih komisyen membeli motor polis.Sekian.
Mohd Yaser Sheikh Abdul Rahman Penyelaras SAMM Kebangsaan
SHAH ALAM – Semua pemimpin kerajaan dan Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar mengisytiharkan harta masing-masing jika mereka ikhlas dan bersungguh-sungguh mahu membanteras rasuah. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, selain pengisytiharan harta, kerajaan BN juga harus laksanakan tender terbuka, melarang ahli keluarga mereka mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan serta gugurkan pemimpin yang amalkan gaya hidup mewah.
"Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam boleh dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang.
Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut."Dan sehingga kini juga tiada jawapan kepada soalan yang ditanya tentang kekayaan keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud," katanya.Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya Najib mahu meyakinkan rakyat, beliau disarankan mengikut tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang telah pun membuat pengisytiharan harta secara terbuka."Pada masa yang sama, pemimpin BN yang hidup mewah dengan rumah mewah, kereta dan plat nombor yang mahal harus digugurkan.
Ahli-ahli keluarga juga harus dilarang terlibat sebarang urusan perniagaan dengankerajaan"Satu elemen yang yang wajib dalam usaha membanteras rasuah adalah untuk menginstitusikan tender terbuka. Tanpa tender terbuka, projek-projek awam dirunding secara terus dan dianugerahkan kepada kroni yang menyebabkan rakyat kerugian," katanya.Selain itu, Guan Eng turut mempertikaikan peruntukan RM386 juta untuk 57 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak seperti yang diumumkan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2013. ~sinar
BUTTERWORTH - Polis menahan 12 orang termasuk seorang guru dan berjaya membongkar sindiket yang menjalankan aktiviti menjualsaluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen dalam lima serbuan berasingandi Pulau Pinang, Kedah dan Perlis semalam. Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusuf berkata sembilan lelaki dan tiga wanita berusia 28 hingga 40 tahun itu ditahan dalam operasi bersepadu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Siber Sekuriti.
"Hasil pemantauan dan risikan bersama SKMM dan Siber Sekuriti sejak sebulan lepas, kita mendapat maklumat ada sebuah sindiket yang menjalankan aktiviti menjual saluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen. "Bertindak atas maklumat, kita serbu sebuah premis di Padang Besar, Perlis dan menahan dua lelaki bersama beberapa barangan yang digunakan sindiket terbabit dalam aktiviti berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mohd Rodwan berkata susulan penangkapan itu, pihaknya menyerbu tiga lokasi lain dan menahan lima orang lagi iaitu pengedar serta juruprogram bagi sindiket terbabit."Hasil penahanan itu, kita menyerbu sebuah premis di tingkat enam Park View Tower di sini dan berjaya menahan lima orang termasuk dua wanita dan hasil siasatan mendapati salah seorang daripada mereka adalah pengarah urusan syarikat terbabit manakala isterinya ialah seorang guru sebuah sekolah menengah di sini. "Siasatan juga mendapati mereka menggunakan premis di situ sebagai pusat operasi untuk menjalankan aktiviti pemberian aplikasi kandungan kepada pelanggan di seluruh Malaysia," katanya.
Mohd Rodwan berkata siasatan lanjut mendapati syarikat terbabit tidak mempunyai lesen yang sah dan sindiket itu juga menjalankan aktiviti memberi perkhidmatan aplikasi kandungan tanpa kebenaran. Katanya sindiket itu menjual aplikasi kandungan televisyen dari luar negara kepada pelangan secara tidak sah dan melanggar peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 205 Akta Komunikasi dan Mulimedia (AKM) 1998. "Berdasarkan siasatan, sindiket terbabit telah beroperasi sejak setahun lalu dan mengaut keuntungan jutaan ringgit serta telah mengakibatkan syarikat penyiaran swasta berbayar mengalami kerugian kira-kira RM60 juta," katanya.
Mohd Rodwan berkata sindiket itu bergerak dengan menjual alat 'decoder' kepada pelanggan yang berminat dengan harga RM400 dan mengenakan caj bulanan serendah RM29. "Menerusi MY IPTV itu, pelangan boleh menonton pelbagai program televisyen dari luar negara terutamanya dari China dan Jepun serta terdapat lima saluran pornografi. Lebih 2,000 pengguna telah melanggan sejak setahun lalu," katanya.
Beliau berkata dalam lima serbuan itu, pihaknya merampas pelbagai peralatan yang digunakan sindiket itu seperti decoder, 'server' dan komputer bernilai lebih RM400,000. Katanya serbuan oleh 36 pegawai dan anggota polis, SKMM dan Siber Sekuriti itu merupakan kejayaan terbesar dan merupakan serbuan pertama di Malaysia. "Daripada 12 yang ditahan, tujuh dibebaskan dengan jaminan polis manakala lima termasuk dua wanita direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya.
Mohd Rodwan berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 239 Akta AKM 1998 iaitu pemilikan, penggunaan dan peralatan komunikasi yang tidak standard dan Seksyen 40 Akta Hak Cipta 1987 iaitu membuat atau dalam milikan bagi tujuan salinan. - Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mirip bekas perdana menteri Britain Gordon Brown yang gagal mengadakan pilihan raya ketika beliau secara relatifnya masih popular, kata majalah antarabangsa mingguan Economist.Ini berlaku ketika usaha Najib menonjolkan dirinya sebagai pembawa perubahan progresif dengan imej pendahulu Brown - Tony Blair; hatta mengupah penasihat Blair.
"Bertahun-tahun Brown gelisah untuk menolak lawannya ke tepi. Apabila berjaya, Brown mensia-siakannya dengan gagal memanggil pilihan raya ketika beliau secara relatifnya beliau masih popular," kata akhbar yang berpangkalan di London itu.
"Bukan sahaja gagal mendapat mandat, Brown, tidak dipilih dan masih diragui, melihat kuasanya semakin tersudut apabila terpaksa mengadakan pilihan raya di penghujung penggal - yang mana dia kalah.
"Dalam artikel itu, Economist berkata, Najib sekarang menghadapi keadaan sama dengan Brown selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009 selepas BN hilang penguasaan dua pertiga dalam parlimen untuk pertama kalinya.
KUALA LUMPUR 5 Oktober: Hasrat Pakatan Rakyat (Pakatan) menubuhkan Perbadanan Perumahan Negara bagi membina perumahan mampu milik merupakan langkah terbaik ekoran kegagalan Umno BN membantu rakyat memiliki rumah sendiri.Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan KEADILAN, Hee Loy Sian berkata, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di bawah BN tidak mencapai objektif kerana ia projek perkongsian swasta yang menjadikan keuntungan sebagai faktor utama."Dengan penubuhah perbadanan ini, ia diurus sepenuhnya di bawah kerajaan, kalau SPNB dan PR1MA bergantung kepada syarikat swasta, mereka akan utamakan keuntungan.
"Ini berbeza dengan tawaran Pakatan kerana kita mahu berikan rakyat rumah yang selesa, sekurang-kurang keluasan 750 kaki persegi. Kita tidak mahu nanti selepas lima tahun ada masalah penyelenggaraan," katanya ketika dihubungi.Jelas beliau, bagi melaksanakan perumahan itu, Pakatan akan memperuntukkan RM5 bilion untuk tahun pertama pemerintahan."Manakala untuk tahun seterusnya, peruntukan RM2 bilion diberikan bagi tempoh lima tahun," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan itu.
Hee berkata, bagi projek terbengkalai pula, Pakatan akan melaksanakan polisi 'bina dan jual' untuk projek kos sederhana rendah bernilai bawah RM300,000 seunit."Perumahan terbengkalai akan diubah kepada polisi bina dan jual kerana tidak mahu lagi rakyat tertipu."Tapi kita akan kenakan bayaran 10 peratus terlebih dahulu. Kaedah ini kerana mahukan pemaju bina hingga siap, kemudian baru jual," ujarnya.Pakatan dalam Belanjawan 2013 berhasrat membina 100,000 unit rumah mampu milik di bandar-bandar utama dengan harga antara RM130,000 hingga RM300,000 oleh Perbadanan Perumahan Negara.
Ia diharap membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki hartanah bernilai antara RM200,000 hingga RM300,000.Sebaliknya, BN dalam Bajet 2013 hanya memperuntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah tanpa memberikan gambaran harga yang akan dilaksana oleh SPNB, PR1MA dan Jabatan Perumahan Negara. ~kd
Marah apabila menyedari dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO, Ketua Cawangan UMNO Permatang Tengah bertindak membakar baju UMNO/BN miliknya di tengah-tengah Pekan Permatang Pauh petang tadi.
Ketua UMNO Cawangan Batu 5, Permatang Tengah, Permatang Pauh itu yang dikenali sebagai Talib dalam masa yang sama juga mendesak Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar meletakkan jawatan mereka.
Talib ketika kejadian mendakwa dirinya mewakili seluruh Ahli UMNO Cawangan Batu 5, yang takut untuk kedepan.
Ini perlu kerana menurut beliau kedua-dua pemimpin UMNO di Pulau Pinang itu telah menipu dan menjual harta dan tanah milik Melayu di Pulau Pinang.
Antara yang jelas membuktikan penipuan kedua-dua pemimpin UMNO itu dakwa Talib ialah Bazaar Perdana, Bandar Perda dan yang terbaru ialah penjualan tanah yang dimiliki oleh 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang.
Dalam transaksi penjualan tanah itu, dakwa Talib syarikat milik kedua-dua pemimpin UMNO Pulau Pinang itu telah memperolehi keuntungan RM5 Juta setelah menjualnya kepada pemaju. "Adakah begini caranya Pemimpin UMNO Pulau Pinang memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang?" soal Talib.
"Mereka sering memekik dengan slogan HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! Tapi dalam masa yang sama merekalah sebenarnya yang menyebabkan Melayu Pulau Pinang terpinggir dan merempat di tanah air sendiri"
Dalam masa yang sama beliau juga telah mengedarkan risalah atau dokumen yang menyokong dakwaannya itu kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut.
Antara kandungan risalah tersebut ialah senarai nama 31 orang pemilik yang telah menjadi mangsa kerakusan pemimpin UMNO itu, dokumen yang membuktikan tanah tersebut telah dibeli dan dijual semula serta salinan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana didalamnya tersenarai nama pemimpin UMNO itu sebagai pemilik syarikat terbabit.
Ketika ditanya adakah beliau masih akan kekal bersama UMNO setelah sedar dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO?
Jawabnya "Hang tunggu 14hb ini!!"..
Kata orang... Terbakar kampung nampak berasap. Terbakar hati siapa yang tahu..
Untuk pengetahuan semua Talib sememangnya telah lama bersama UMNO.. buat yang masih baru atau berhingus bak kata Talib.. fikir-fikirkanlah.. jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO!! ~anaksungaiderhaka
Pada 9 April 2011 lalu, Addin pernah menulis berkenaan individu yang bernama Dzulkarnain Taib (gambar) ni. Beliau pernah bertugas sebagai di Suara Keadilan dan TV Selangor.
Sebenarnya info ini sahabat Addin yang berikan semasa beliau menuntut di UKM dulu. Rujuk sini dan print screen dibawah.
Setelah setahun artikel di tulis, semalam blog Jalan Pulang telah mengeluarkan artikel dari Malaysian Insider di blognya seperti di bawah..
Kelab Wartawan Muda Malaysia sokong pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 kekal
Kelab Wartawan Muda hari ini membuat laporan polis terhadap ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, serta tiga ahli parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) iaitu Tian Chua, Mahfuz Omar dan R Sivarasa kerana mahu membawa tiga peguam asing ke Parlimen untuk membentangkan isu Scorpene.
Menurut presidennya, Dzulkarnain Taib berkata, Kelab Wartawan Muda tidak mahu campurtangan asing di dalam hal ehwal negara.
"Apakah hak pembangkang membawa peguam asing untuk memberi taklimat di dalam Parlimen?
"Beliau juga mahu membawa William Bourdon, peguam Perancis yang pernah ditahan di KLIA, selain Joseph Breham dan Oliver Netzer.
"Apakah locus standi Suaram (Suara Rakyat Malaysia) terhadap kes tersebut?" kata Dzulkarnain selepas membuat laporan tersebut di balai polis Dang Wangi petang hari ini.
Dia juga bertanya apakah hubungkait pembangkang dengan Suaram serta siapa yang membiayai kos membawa tiga peguam asing tersebut.
Menurut bekas editor Suara Keadilan itu, Kelab Wartawan Muda itu mempunyai keahlian seramai 100 orang.
Selain dari Kelab Wartawan Muda, turut menghantar wakil ialah dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah (LKPJ), Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Dzulkarnain berkata, beliau kini memantau media untuk kepentingan negara dan sentiasa menyokong kerajaan, serta tidak bekerja untuk mana-mana media. ~malaysianinsider
Jelas dakwaan sahabat Addin berkenaan Dzulkarnain Taib ada asasnya, kini berita yang dikeluarkan Malaysian Insider menjadi bukti siapa Dzulkarnain Taib yang sebenarnya.
Moga-moga selepas ini Pakatan Rakyat berhati-hati dan lebih selective dalam menentukan individu-individu penting dalam parti.
Tambahan PRU13 makin dekat, musuh sentiasa mencari lompong-lompong yang mampu di tembusi untuk menyelinap masuk dalam parti. Jangan jadi pisang berbuah dua kali..
Iklan
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
3 Oktober lalu Lidah Rasmi UMNO @ Utusan telah melaporkan, Ibrahim Ali mendakwa Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin penakut yang `bercakap tidak serupa bikin'.
Ini kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup ke Paris, Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013 sedang berlangsung.
Kata Ahli Parlimen Pasri Mas itu lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir semasa Ketua Pembangkang itu berucap dituduhnya sebagai penakut sedangkan sebagai pemimpin kerajaan, sudah tentu Najib sibuk dengan pelbagai tugas rasmi.
Adakah Anwar pun begitu sibuk sehingga sanggup ke Paris atau pun takut untuk berada di dalam Dewan Rakyat kerana bimbang diserang oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)? Soal Ibrahim Ali.. – sepenuhnya sila baca di ( SINI )
Ini jawapannya...
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima anugerah AMSS (UK) Lifetime Achievement Award 2010 (Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2010) daripada Association of Muslim Social Scientists United Kingdom (AMSS UK).
Anugerah itu diumumkan AMSS UK dalam satu kenyataan pada 5 Oktober 2010 dan ia akan disampaikan Pengerusi AMSS UK, Dr Anas S Al-Shaikh-Ali pada 4 Oktober 2012 di universiti terkemuka, Paris Sorbonne University.
Memetik laman rasmi AMKSS UK ( di SINI ), ia diberikan atas jasa dan sumbangan besar Anwar dalam bidang politik dan pemikiran ekonomi, mempromosikan tata kelola yang baik dan komitmen beliau pada prinsip keadilan dan toleransi.
Bersempena dengan anugerah itu, Anwar akan menyampaikan syarahan bertajuk 'Adakah Kebangkitan Arab (Arab Spring) berpotensi untuk menjadi Kebangkitan Muslim?'.
Syarahan dianjurkan The Institute of International and Strategic Relations (IRIS France), The Advanced Studies Research Centre (Belgium) dengan kerjasama AMSS UK.
AMSS UK adalah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan (non-profit organization) berpangkalan di London dan komited kepada isu-isu tempatan dan global melalui penyelidikan, persidangan dan penerbitan.
Antara tokoh penerima anugerah itu adalah Edward Said (ahli akademik, penulis 'Orientalism'), Mustafa Ceric (Mufti Besar Bosnia-Herzegovina), Seyyed Hossein Nasr (ahli falsafah Islam) dan Martin Lings (sarjana, penulis 'Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources').
Persoalannya disini ialah kenapa Anwar yang menerima anugerah ini.. bukan Najib?
Tindakan regime Zionist mengusir, merampas dan meruntuhkan rumah-rumah milik rakyat Palestine bukanlah satu perkara yang luar biasa buat kita kerana berita mengenainya sering kita baca di berbagai-bagai media.
Nampaknya kekejaman puak Zionist tersebut telah dijadikan sebagai ikutan oleh sebuah parti yang berkuasa dan sering mencanangkan bahawa merekalah pejuang bangsa yang sebenar.
Jika di Pulau Pinang, pemimpin dari parti perkauman itu yang menyebabkan Melayu terpinggir dan tersingkir hingga menyebabkan ada ahlinya yang kecewa hingga bertindak membakar baju BN miliknya ( Lihat di SINI )
Di Terengganu pula untuk merampas semula tanah yang telah dianugerahkan kepada penduduk miskin ketika tampuk pemerintahan negeri dikuasai oleh PAS suatu masa dulu, 84 buah rumah milik Melayu yang miskin bakal menyembah bumi.
Beberapa buah rumah di Rancangan Tanah Berkelompok Kg Alor Jejawi Kuala Besut telah mula dirobohkan pada Khamis lalu.
Operasi merobohkan semua kediaman tersebut akan dijalankan berperingkat-peringkat. Menurut beberapa orang penduduk operasi meroboh semua kediaman tersebut dijalankan semasa pemilik tiada di rumah.
Selain dari itu semua pemilik kediaman mendakwa tidak menerima sebarang notis dari mana-mana pihak untuk mengosongkan kediaman mereka.
Difahamkan semua pemilik mempunyai geran sementara untuk menduduki tanah terbabit.
Pemilik rumah-rumah terbabit adalah terdiri daripada mereka yang susah dan mereka mendirikan rumah tersebut secara berdikit-dikit.
"Mereka membangunkan rumah itu sehari demi sehari, secara berdikit-dikit sehingga ada yang telah siap dan ada masih dalam pembinaan, di Rancangan tanah Berkelompok Kuala Besut adalah "rombongan yang datang semalam, merobohkan rumah tersebut berlaku (ketika) penghuninya tiada di rumah...betapa zalimnya kerajaan yang tidak bersama kehidupan rakyat, "mereka tahu rakyat hidup susah (tetapi) mereka terus menekan, memburu, memaki dan menghamun.....dalam keadaannya semahu-mahunya, sehinggalah rumah mereka (di)roboh dan runtuh,"tegas Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.
Lagi apa dia kata lihat video di bawah ni..
Pimpinan Pas Kawasan Besut melawat tapak rumah yang dirobohkan
Kelab Wartawan Muda hari ini membuat laporan polis terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta tiga ahli parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) iaitu Tian Chua, Datuk Mahfuz Omar dan R Sivarasa kerana mahu membawa tiga peguam asing ke Parlimen untuk membentangkan isu Scorpene.
Menurut presidennya, Dzulkarnain Taib berkata, Kelab Wartawan Muda tidak mahu campurtangan asing di dalam hal ehwal negara.
"Apakah hak pembangkang membawa peguam asing untuk memberi taklimat di dalam Parlimen?
"Beliau juga mahu membawa William Bourdon, peguam Perancis yang pernah ditahan di KLIA, selain Joseph Breham dan Oliver Netzer.
"Apakah locus standi Suaram (Suara Rakyat Malaysia) terhadap kes tersebut?" kata Dzulkarnain selepas membuat laporan tersebut di balai polis Dang Wangi petang hari ini.
Dia juga bertanya apakah hubungkait pembangkang dengan Suaram serta siapa yang membiayai kos membawa tiga peguam asing tersebut.
Menurut bekas editor Suara Keadilan itu, Kelab Wartawan Muda itu mempunyai keahlian seramai 100 orang.
Selain dari Kelab Wartawan Muda, turut menghantar wakil ialah dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah (LKPJ),
Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Dzulkarnain berkata, beliau kini memantau media untuk kepentingan negara dan sentiasa menyokong kerajaan, serta tidak bekerja untuk mana-mana media ~ The Malaysian Insider
Jika bertanya kpd saya, perjalanan penyokong PR masih jauh lagi walaupun pilihanraya hampir tiba. Jika menang sekalipun prosesnya agak rumit dan memerlukan masa utk kestabilan.
Maklumlah dah 55 tahun rumah pun dan usang, nak baik pulih pastilah mengambil masa . Paip airnya tentulah dah berkarat dan mesti diganti termasuk mangkuk jambannya. Kena panggil Tuan Guru lagi nak halau jin2 yg dah lama duduk di dlm yg sudah seronok tiba2 hdk dihalau kenalah dibuat dgn berhati-hati.
Namun kpd pendokong atau ahli PAS, anda kena perlu lebihkan bermujahadah. Jika 55 tahun boleh bersabar hanya beberapa bulan takkan tak boleh mengawal nafsu atau amarah diri. Walaupun didera secara fizikal atau mental terutamanya, jgn pula bertindak sepertimana pendekatan yg dilakukan oleh pihak yg lagi satu lagi.
Rasulullah saw sebagai contoh terbaik, walau mcm diuji sekalipun apabila baginda menyebarkan agama ini dgn penuh kesabaran. Malah baginda member keadilan dan keampunan. Bagi saya bilamana serangan peribadi ahli2 PAS kpd indvidu2 Umno terutama kpd fizikal mereka adalah sgt keterlaluan.
Contohnya menggunakan grafik mengaibkan PM, Datuk Seri Najib, isteri beliau Rosmah Mansur dgn pelbagai bentuk, ia bukan peribadi jamaah atau parti Islam. Apatah lagi dgn memanggil-manggil dgn panggilan tidak baik seperti 'big mummy', si pendek, penguin , Ibrahim Katak dan bermacam-macam lagi.
Sepatutnya ambilk pendekatan seperti TG Nik Aziz, TG Haron Din dan Presiden sendiri yg tidak menghina peribadi tetapi hanya mengkiritik dasar parti, pembaziran atau penyalahan guna kuasa. Jgn taksub dgn pemimpin. Jika anda merasakan Mat Sabu sering mengkritik individu dlm Umno terutama mengenai fizikalnya, anda mesti tegur sb dia Timbalan Presiden. Jgn menghalalkan cara kerana dia Timbalan Presiden.
Begitu juga jika anda merasakan lukisan Zunar keterlaluan, anda wajib tegur kerana Islam mengajar kita berakhlak dan bermoral malah org putih pun tak buat kerja mcm ini. Jgn kerana dia penyokong parti anda halalkan apa yg tak betul. Yg salah tetap salah.
Kadang2 yg lucunya org PAS pula meletakkan hak eksklusif warna hijau seolah-olah milik mereka. Bila nampak pemimpin Umno pakai hijau…mulalah dia berkata … "Ku lihat hijau.."…haaaaa (pening memikirkan malah rasa mcm kebudak-budakkan. Tak ubah mcm org Umno takutkan logo Petronas dulu)…tak membantu langsung dlm berpolitik. Kita jgn jadi politkus usang yg org Umno tak boleh pakai baju hijau dan org PAS tak boleh pakai baju biru."
Saya sentiasa mengikuti perkembangan politik di Mesir di mana negara ini mempunyai byk sejarah Islam di sana. Di penghujung dunia ini Allah berikan kembali yg hak kpd pemimpin yg menjiwai Islam. Negara2 Arab kini satu persatu dikembalikan Allah kpod org yg baik2. Firman Allah, "Dan katakanlah, telah dtg kebenaran dan terhapuslah kebatilan. Demi sesungguhnya kebatilan pasti akn lenyap"
Gambar Hiasan
Dr Mohammed Morsi saya anggap adalah ketua negara terbaik ketika ini. Rakyat Mesir bergembira di Tahrir Square dgn melaungkan kalimah Allahuakbar selepas Dr Morsi dimumkan sebagai Presiden Mesir yg baru dgn melalui keperitan serangan tentera Mobarak. Tapi akhirnya apabila jutaan manusia turun, Mobarak akur dgn kehendak rakyat sepertimana berlaku kpd Suharto suatu ketika dahulu.
Anwar patut cuba alihkan juga ketaksubankannya kpd Perdana Turki, Recip Tayyip Erdogan kerana Dr Mohammed Morsi juga adalah pemimpin yg disegani oleh pemipin dunia dan ulama2 dunia. Apa kata Dr Mohammed Moirsi bila dia dilantik menjadi Presiden…
"Hari ini saya berdiri di sini bukan sebagai org Ikhwan Muslimin. Tapi saya berdiri di sini sebagai pemimpin rakyat Mesir… Saya adalah milik raktyat Mesir tidak mengira apa fahaman parti," satu ungkapan yg hebat daripada seorang pemimpin yg berjiwa besar.
Malah sewaktu dia memanggil seluruh Gabenor di seluruh negara, Dr Mohammed telah memanggil tukang masak Istana, apakah masakan yg hendak dimasak. Tukang masak tersebut memberitahu terpulanglah kpd Presiden. Lau jawab Dr Mohammed, masakkan sahaja Nasi Goreng. Terkejut tukang masak tersebut kerana katanya yg akn hadir nanti adalah para Gabenor2.
Jawab Presiden, "Biarkan pemimpin2 juga merasakan apa yg dimakan oleh rakyat..". Masyallah…Org Mesir telah mendapat pemimpin yg berjiwa Islam dlm negara mereka. Maka dirahmatilah oleh Allah.
Buat Pakatan Rakyat jika anda menang…..Andai anda menang jgnlah membalas dendam kpd ahli2 Umno. Mereka juga saudara kita. Sedarilah ibu bapa atau datuk nenek kita dulu juga ramainya yg ahli Umno. Berilah keadilan kpd semua pihak. Disebalik kekurangan parti yg memerintah skg ni pastinya ada kebaikan yg dilakukan utk anda semua. Berkhemahlah dan berkahlak lah kerana perjuangan kita yg sebenar-benarnya ialah mencari keredhaan Allah dan cuba menduduki syurgaNya. Di sini bukan tempat kita tinggal…
You are subscribed to email updates from Otai Manjung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Saya baru mendapat panggilan telefon dari seorang rakan di Melaka. Dia mengakui hadir pada majlis kenduri Ketua Menteri Mohd Ali Rustam. Menurutnya majlis itu tidaklah sebesar mana yang dihebuhkan. Sesuai dengan kedudukan dia sebagai KM. Dikira okeylah...
Tetapi katanya kenapa kenduri itu menjadi isu dan hebohkan kerana ia ada agenda lain. Waktu ini katanya orang marah kepada ketua angakatan muda Keadilan, Shamsul Md Akin kerana mempesarkan isu kenduri itu. Katanya apa dolakukan dilakukan Shamsul itu hanya sebahagian saja tetapi ada lagi perkara yang orang tidak tahu.
Beliau yang mengakui pernah menjadi ahli jawatankuasa sebuah bahagian mengatakan orang Umno sendiri suka kalau isu kenduri itu disebar luaskan. Bahankan idea agar kenduri itu dibawa ke SPRM dan Ali disiasat merupakan idea orang Umno sendiri. Kata kawan itu ada orang Umno mahu mengkhianati Ali.
Orang Umno mahu menyusahkan Ali. Katanya ada orang yang mengidamkan tempat Ali. Jadi untuk mencapai tujuannya biarlah Ali terjelapak dengan isu berkenaan. Soal SPRM, belanja melibatkan wangn lebih setengah juta, berita itu mahu menarik perhatian Najib Razak. Mereka mahu presiden parti tahu mengenai keburukan Ali. Bila Najib tahu mudahlah untuk Najib memberi kata dua kepada Ali kelak.
Sebelum ini pun sudah terdengar desas desus Ali Rustam bakal dipindahkan ke pusat untuk mengosongkan kerusi menteri melaka. Ada beberapa nama dijual untuk menduduki kerusi berkenaan. Apakah Ali akan dirihat atau pun diberi tempat dalam kabinet masih belum pasti.
Manakala Ali juga khabarnya kurang seronok dengan desas desus itu. Dengan kedudukan UBN kini bak nyawa di hujung pedang, beliau tidak yakin UBN akan mengekalkan pemerintah selepas pilihan raya nanti. Bagi Ali dia lebih senang untuk terus duduk di Melaka, kerana Melaka dikira satu dari dua negeri yang terselamat dari dirempuh gelombang dalam pilihan raya umum kelak.
Biarlah kisah dan kes Ali ini kita serahkan kepada Umno mengurus dan menentukannya. Saya jamin esok atau lusa SPRM akan membuat kenyataan bahawa tidak ada bukti ataupun maklumat untuk menyiasat Ali dikaitan dengan rasuah. [wm.kl.10:15 pm 05/10/12]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kampung Baru - sedang memandu. Tiba-tiba, "Bang! Tengok orang tua tu.." Sham menjerit. Mujur juga kereta berhenti kerana berbaris menunggu lampu isyarat yang sedang merah. Seorang tua berjanggut putih lebat sedang duduk di perhentian bas tepi jalan. Biasa sahaja tetapi mengapa Sham menjerit seolah-olah tertarik?
Yalah... dari jarak tak sampai 10 meter dapat melihat pak cik yang tunduk itu bersih mukanya. Berpakaian serba hitam, berselipar lain sebelah dan di sebelahnya bungkusan plastik hitam berisi sesuatu.
Aku hendak bertanya sesuatu lalu kubuka tingkap sebelah Sham dan bagai mengerti kami hendak menyapanya tiba-tiba dia mengangkat muka, tersenyum ke arah kami dan mengangkat kening seolah-olah bertanya, "Ada apa?"
"Nak ke mana?" Jerit aku.
"Balik.." jawabnya perlahan tetapi gerak bibirnya dapat difahami. Dia tersenyum sahaja.
"Balik mana?"
"Dari asal mana kita datang!" jawabnya.
Kereta pun bergerak dan aku terpaksa meneruskan pemanduan.
Ya! Ke mana pun kita pergi kita mesti akan pulang ke tempat asal. Ombak pulang ke pantai. Do Re Mi akan pulang ke Do semula...
Bukannya berapa banyak kau kendong hasil yang usaha kau untuk menebus ganjaran di sana tetapi yang penting nampak dulu jalan pulang. Nelayan yang banyak hasil tangkapannya akan merintih jika tidak nampak pantai...jika tidak kenal jalan pulang.
Kampung Baru - sedang memandu. Tiba-tiba, "Bang! Tengok orang tua tu.." Sham menjerit. Mujur juga kereta berhenti kerana berbaris menunggu lampu isyarat yang sedang merah. Seorang tua berjanggut putih lebat sedang duduk di perhentian bas tepi jalan. Biasa sahaja tetapi mengapa Sham menjerit seolah-olah tertarik? Yalah... dari jarak tak sampai 10 meter dapat melihat pak cik yang tunduk itu bersih mukanya. Berpakaian serba hitam, berselipar lain sebelah dan di sebelahnya bungkusan plastik hitam berisi sesuatu. Aku hendak bertanya sesuatu lalu kubuka tingkap sebelah Sham dan bagai mengerti kami hendak menyapanya tiba-tiba dia mengangkat muka, tersenyum ke arah kami dan mengangkat kening seolah-olah bertanya, "Ada apa?"
"Nak ke mana?" Jerit aku. "Balik.." jawabnya perlahan tetapi gerak bibirnya dapat difahami. Dia tersenyum sahaja. "Balik mana?" "Dari asal mana kita datang!" jawabnya.
Kereta pun bergerak dan aku terpaksa meneruskan pemanduan. Ya! Ke mana pun kita pergi kita mesti akan pulang ke tempat asal. Ombak pulang ke pantai. Do Re Mi akan pulang ke Do semula... Bukannya berapa banyak kau kendong hasil yang usaha kau untuk menebus ganjaran di sana tetapi yang penting nampak dulu jalan pulang. Nelayan yang banyak hasil tangkapannya akan merintih jika tidak nampak pantai...jika tidak kenal jalan pulang. Yang dirindui kekasih adalah sebuah kepulangan.. pulang dengan senyum, suci tanpa cacat cela... Dari Ahmad ke Ahmad... ya! Ahmad tanpa huruf Mim...
You are subscribed to email updates from ronasina To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PRU dah dekat bang Jib.. Teringat kata kata yang bang Jib laungkan dulu, fuh bergegar seantero Malaya.. Memang macam pejuang terhebat! Pejuang sejati Bangsa Melayu!!
Depan TV, depan gerombolan sendiri boleh laaaaaaaaaaaaa.. Baru Anwar ajak jumpa dan berdebat depan rakyat jelata ko dah lari.. Apa kes? Belum ada dalam sejarah pemimpin melayu takut berdepan dengan musuh.
Sekian dulu posting aku khas utk PM Malaysia Dato Seri Hj. Najib Razak
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kerajaan Pusat diminta memperkenalkan satu mekanisme baru berkenaan notis kompaun pesalah trafik Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negara ini supaya tidak membebankan rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (KASE), Datuk Mahfuz Omar berkata, prosedur yang jelas mengenainya perlu ada agar tidak timbul kekeliruan di kalangan orang ramai.
"Bila rakaman imej itu diperolehi, kerajaan kata akan terus keluarkan notis saman sedangkan notis itu sebenarnya adalah notis bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta kepastian samaada betul atau tidak betul imej yang dirakam itu adalah pesalah yang sebenar.
"Maka kerajaan tidak boleh terus mengatakan bahawa individu itu mesti ditawarkan kompaun.
Tidak boleh begitu, ia mestilah selepas ada pengesahan bahawa seseorang itu mengaku itu imejnya barulah individu terlibat boleh ditawarkan untuk bayaran kompaun atau didakwa di mahkamah," katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri bahawa AES sudah merakamkan 63,558 imej pesalah lalu lintas yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat di 14 lokasi panas dari 23 September hingga 30 September lalu.
Abd Rahim juga menjelaskan semua imej tersebut sedang dalam proses semakan dan pengesahan JPJ sebelum saman dikeluarkan.
Mahfuz berkata, persoalan mengenai pelaksanaan AES itu sudah dibangkitkan banyak kali terhadap kerajaan di Parlimen namun sehingga kini ia belum diperjelaskan.
Katanya, pengguna kebiasaan menghadapi masalah ketika waktu puncak di mana anggota polis mengawal lalu lintas serta persimpangan lampu merah.
"AES yang dipasang di simpang lampu merah, bagaimana pada waktu puncak dan ada empat simpang serta polis akan datang untuk mengawal laluan.
Lampu tidak digunakan dan pengguna jalan raya perlu mengikut arahan polis.
"Pada waktu itu ada lampu yang berwarna merah, kalau kita langgar lampu merah bermakna kita melakukan kesalahan.
Kalau polis suruh jalan waktu lampu warna merah dan kita tidak ikut arahan polis, kita juga dianggap salah.
Ini satu penganiayaan kepada pengguna," katanya.
Beliau seterusnya berkata, kerajaan juga diminta menjelaskan berhubung status AES tersebut dan pihak mana yang mengelola atau mengawalnya.
Tambahnya, kerajaan menetapkan Kementerian Pengangkutan dan JPJ adalah sebagai pemilik maka ia melibatkan penggunaan wang ringgit sedangkan sebelum ini kerajaan mengatakan tidak mengeluarkan satu sen pun sebaliknya ia dilakukan secara penswastaan kepada dua syarikat.
"Sehingga hari ini kita masih belum mendapat kepastian tentang dua syarikat tersebut maka kerajaan harus beritahu secara jelas apa kedudukan sebenarnya mengenainya.
Jika ia dibangunkan oleh dua syarikat in maka sudah tentu ada satu perjanjian antara kerajaan dengan mereka," katanya.
Besut - PAS menyifatkan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu merobohkan rumah-rumah rakyat ketika penghuninya tiada di rumah sebagai tindakan zalim yang mengambil kesempatan atas kesusahan hidup rakyat.
Menurut Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, kerajaan tahu, pemilik rumah-rumah terbabit adalah terdiri daripada mereka yang susah yang mendirikan rumah tersebut secara berdikit-dikit.
Walau pun begitu, beliau berkata, kerajaan terus menekan dan memburu rakyat miskin, sehinggalah rumah mereka di robohkan.
"mereka membangunkan rumah itu sehari demi sehari, secara berdikit-dikit sehingga ada yang telah siap dan ada masih dalam pembinaan, di Rancangan tanah Berkelompok Kuala Besut adalah "rombongan yang datang semalam, merobohkan rumah tersebut berlaku (ketika) penghuninya tiada di rumah...betapa zalimnya kerajaan yang tidak bersama kehidupan rakyat, "mereka tahu rakyat hidup susah (tetapi) mereka terus menekan, memburu, memaki dan menghamun.....dalam keadaannya semahu-mahunya, sehinggalah rumah mereka (di)roboh dan runtuh,"tegasnya.
Beliau berkata, antara rumah yang terlibat adalah rumah penerima bantuan yang juga seorang ibu tunggal.
Katanya, beliau dimaklumkan, pihak berkuasa merancang pelan untuk merobohkan kesemua rumah yang dibina diatas tanah tersebut yang berjumlah sebanyak 84 lot.
"penjelasan dari satu pegawai (terbabit) ada pelan A, pelan B dan pelan C (untuk merobohkan semua rumah) dalam lot tanah sekitar 84 buah, "opereasi (roboh) dibuah dalam (keatas) rumah yang sedang dibina dan ada yang telah siap......dan ada yang telah duduk barang-barang penuh dalam rumah (diroboh) berselerak, "ada satu (sebuah rumah milik) ibu tunggal yang dapat peruntukan (bantuan) peringkat awal dulu di buat rumah sikit-sikit (akhirnya) (di)roboh semua"jelasnya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Jabi, dekat sini pada Jumaat, 5 Oktober.
Oleh itu, Wan Azhar mendakwa, tindakan tersebut adalah cubaan untuk menghapuskan semua bahan bukti kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan PAS.
Menurutnya, dengan merobohkan rumah-rumah itu, Umno-BN harap rakyat akan lupa kepada jasa-jasa kerajaan PAS
Sehubungan itu, beliau menyeru setiap rakyat supaya merekodkan setiap kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN dan membuat perbandingan diantara zaman pemerintahan kerajaan Umno-BN dengan kerajaan PAS.
Kata beliau, pihaknya akan memikirkan samada satu tindakan tuntutan melalui mahkamah adalah diperlukan, kerana katanya, dalam perkembangan mutakhir tindakan-tindakan Umno-BN adalah berdasarkan perkiraan politik.
"kita akan ambil sikap tengok dan lihat dulu sebab perkembangan diperingkat akhir ini, dia ( tindakan Umno-BN) tidak akan lari dari tindakan politik
"pendekatan mahkamah kita akan terus tengok pada masa yang sama kita akan 'mobilise' (menggerakkan) rakyat untuk (kerana) ia adalah lebih cepat untuk proses keadilan apabila kerajaan bertukar,"katanya.
Beliau berjanji sekiranya PAS dapat megambil alih kuasa di peringkat negeri Terengganu, rumah-rumah yang dirobohkan di Rancangan Tanah Berkelompok Kuala Besut itu, akan dibangunkan semula dalam tempoh seratus hari. -buletinonline
DAP cabar Najib selesaikan kes pemimpin BN korup sebelum berhasrat banteras rasuah
KUALA LUMPUR, 5 Okt — Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar kes-kes rasuah melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang korup terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk membanteras rasuah.
Cabaran itu dilontar oleh Guan Eng bagi membidas ucapan perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak semasa upacara pembukaan Persidangan Persatuan Pencegah Rasuah Antarabangsa.
Dalam ucapan tersebut, PM menyeru pemimpin dari semua lapisan masyarakat menonjolkan nilai-nilai yang betul dan kelakuan beretika agar membantu dalam usaha membanteras rasuah.
"Adakah pemimpin BN mampu mengisytihar harta secara terbuka, mampu melaksanakan tender terbuka, mampu mengelak keluarga daripada urusan perniagaaan dengan kerajaan dan beranikah Najib menggugurkan pemimpin BN yang mempunyai gaya hidup mewah?," kata Guan Eng dalam kenyataan kepada media.
Menurut Guan Eng lagi, penurunan Malaysia dalam tangga Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan Transparency International daripada nombor 37 pada tahun 2003 kepada nombor 60 pada tahun 2012 adalah bukti kukuh kegagalan kerajaan BN untuk membanteras rasuah.
Turut disentuh oleh Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut ialah melibatkan perkahwinan "Malaysian Book Of Record" anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hingga menyebabkan campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah memulakan siasatan hari ini.
"Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka sendiri boleh dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang. Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut," tambah Guan Eng.
Malahan pemimpin DAP tersebut juga mempersoalkan sikap Najib yang seolah-olah berdiam diri terhadap isu kekayaan luarbiasa keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud yang didakwa bernilai berbilion-bilion ringgit.
"Betapa besarnya kekayaan keluarga Taib ini telah dibuktikan dalam kes perceraian anaknya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, di mana bekas isterinya telah mendedahkan bahawa beliau mempunyai kekayaan bernilai sekurang-kurangnya RM1 bilion, dengan akaun-akaun peribadi di serata dunia.
" Tegas Guan Eng lagi, Najib sebagai seorang pemimpin negara perlu segera mengambil langkah yang tegas tanpa memilih bulu serta komited dalam usaha membanteras rasuah dan bukannya sekadar bercakap kosong tetapi tidak melakukan sesuatu.
"Sekiranya Najib ingin meyakinkan rakyat Malaysia tentang usahanya untuk membanteras rasuah, maka beliau harus menginstitusikan pengisytharan harta secara terbuka, gugurkan pemimpin BN yang hidup mewah dan menginstitusikan tender terbuka," ujar Guan Eng lagi. -TMI
Kabinet bayangan kata orang kabinet bayangan kata Najib
Najib sudah bercakap tentang rasuah dan keburukannya kepada masyarakat dan negara semalam. Dalam perasmian 'International Association of Anti-Corruption Conference' semalam semua mendengar kata-kata Najib yang semuanya mengutuk perlakuan rasuah baik dalam politik, kerajaan, swasta dan yang lain-lain.
Di antara ayat yang kita dengar dalam ucapan beliau di persidangan itu ialah "countries needed to instill a 'natural' abhorrence' into the conscience of the society". Sepotong ayat dari Najib ini telah mendapat banyak reaksi semasa saya dan beberapa orang yang minum kopi bersama saya tengah malam tadi.
"I almost fell from my chair when I heard Najib delivering his speech at that conference. I just couldn't believe it bro! Ayat ini tidak sepatunya keluar dari mulut Najib yang sedang menghadapi tekanan dari rakyat kerana dia dan rasuah itu adalah sinonim. Itu persepsi rakyat terhadap dia. Selamba aje dia cakap gitu. Tak malu-malu dia bercakap hal rasuah ini" Kata salah seorang yang ada bersama saya di kedai mamak di Kota Damansara tengah malam tadi.
Tentu ramai orang memahami apa yang dimaksudkan oleh rakan saya itu dan tidak payah lah kita ulang-ulangi apa yang Najib sendiri telah lakukan terhadap kewangan dan kantung perbendaharaan negara kita ini. Rakan saya itu bermaksud kalau hendak bercakap hal rasuah ini Najib sepatutnya mewakilkan orang atau menteri yang lain untuk bercakap tentang isu ini dalam 'conference' antarabangsa itu. "kalau dia nak diwakilkan pun kepada siapa yang dia nak wakilkan? Bukankah semuanya dalam kabinet itu sama sahaja?" bentak seorang lagi yang ada bersama kami.
Pandangan ini merupakan pandangan ramai dan saya menerima panggilan telefon yang banyak memberikan komen yang lebih kurang sama seperti rakan saya tadi. Mereka semuanya berkata yang mereka seolah-olah tidak percaya yang Najib mempunyai kudrat untuk bercakap tentang rasuah ini dan membenci perlakuan rasuah dalam kerajaan dan dimana-mana. "I couldn't compute what he said at the conference" tambah seorang lagi yang ada bersama saya di meja minum itu.
Saya hanya membiarkan sahaja mereka bercakap tetapi saya telah bawa mereka untuk bercakap tentang kabinet bayangan yang Najib tuntut Pakatan Rakyat untuk memaparkannya kepada rakyat jika PR memenangi pilihanraya ke13 ini. Utusan telah menjadikan isu kabinet bayangan ini dan telah di letakkan di muka hadapan akhbar itu semalam. Utusan telah menciplak barisan kabinet bayangan yang di reka-reka oleh seorang blogger pro UMNO. Saya pun tidak dapat membayangkan bagaimana Utusan yang suatu ketika dahulu merupakan akhbar yang sangat di hormati telah menjadi penyambung kepada blogger yang saya di fahamkan sebagai seorang yang amat kontroversial itu.
Sesungguhnya kabinet bayangan itu memang ada di setengah negara yang maju seperti di Britain. Di Britain parti pembangkangnya sentiasa mempunyai kabinet bayangan sejak dari dulu. Malahan menteri-menteri kabinet bayangan itu di bayar elaun dan gaji untuk melaksanakan tugas mereka sebagai ahli-ahli kepada kabinet bayangan itu. Untuk mengadakan kabinet bayangan ia memerlukan sikap 'gentleman' dari parti yang memerintah. Misalnya jika menteri pertanian negara itu akan bekerjasama dengan menteri pertanian dalam kabinet bayangan itu dalam banyak isu yang diperkatakan ada kedua-dua pihak mengadakan 'consultation' di antara satu dengan lain.
Jika kabinet bayangan itu di adakan oleh Pakatan Rakyat bagaimanakah menteri pertanian BN untuk membuat 'consultation' dengan menteri pertanian bayangan dari Pakatan kerana tugas Noh Omar dalam kabinet kerajaan ialah untuk menghina dan perlekehkan menteri pertanian bayangan dalam PR bukannya untuk bekerjasama bagi mencari dan merumuskan perkara-perkara yang baik untuk pertanian negara kita. Lagi pun orang seperti Noh Omar ini bukannya faham apa-apa yang beliau katakan dimana-mana. Beliau hanya hendak jadi Menteri bukannya hendak melakukan kebaikan untuk negara dan negeri Selangor.
Di Britain setiausaha luar mereka akan melakukan 'consultation' dengan setiausaha luar kabinet bayangan sebelum berucap dan bercakap di dalam isu antarabangsa bagi pihak Britain.. Pendeknya mereka samada dipihak kerajaan atau pembangkang di Britain, bercakap dengan perkara yang sama bukannya untuk bercakap memperlekehkan kabinet bayangan mereka. Najib dan BN berhentilah bercakap tentang kabinet bayangan PR ini. Kabinet bayangan kata orang, kabinet bayangan kata Najib, tetapi tidak tahu pun apakah 'obligation' kabinet BN terhadap kabinet bayangan PR jika ianya di adakan.
Oleh itu bagi saya PR tidak perlu mengadakan kabinet bayangannya sekarang kerana jika di adakan juga itu akan menjadi isu untuk mempersendakan pihak PR bukannya untuk bekerjasama bagi kebaikan negara. Lagi pun terlalu ramai di antara mereka yang berada di dalam kabinet hari ini bukannya memahami fungsi mereka pun. Ramai di antara ahli kabinet pada hari ini tidak tahu pun kenapa mereka berada di sana.
Mereka tidak tahu yang tugas mereka itulah untuk membuat pemantauan terhadap pelaksana supaya melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan baik. Tetapi kebanyakkan mereka yang menjadi menteri telah bersekongkol dengan pelaksana dan penjawat awam di dalam kementeriannya untuk melakukan kerja-kerja buruk seperti rasuah dan sebagainya.
Itulah sebabnya rasuah berluas-luasa di dalam kabinet dan kementerian-kementerian kerajaan BN hari ini. Mereka (menteri-menteri) bukannya hendak mengelakkan pelaksana dari melakukan rasuah malahan menjadi penggalak kepada rasuah di kementerian-kementerian masing-masing dengan bersekongkol dengan mereka (pelaksana) untuk kepentingan wang ringgit masing-masing.
Kata perpatah, 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Itulah nilai Menteri-Menteri kita dalam kabinet negara ini. Itulah sebabnya BN terpaksa di tukar dengan PR semata-mata untuk membetulkan keadaan negara kita yang telah jauh terjerumus ke dalam kancah rasuah ini.
Seperti yang di sebut di awal-awal tadi, ramai yang hairan Najib mempunyai muka untuk bercakap dengan 'poker face' nya tentang isu rasuah di forum antarabangsa yang sedang di adakan di Kuala Lumpur sekarang ini. -aspanalias
Pelakon Ayu Raudhah pernah diuji apabila hatinya terdetik untuk kembali ke imej lamanya apabila melihat ramai wanita tidak bertudung bergaya dengan fesyen rambut masing-masing.
Bagaimanapun kata Ayu, 27, perasaan itu terus dibuang jauh selepas memikirkan penghijrahannya yang mula bertudung pada Ramadan lalu adalah kerana mengikut tuntutan Allah.
"Biasalah, mungkin ini satu ujian Allah untuk melihat sejauh mana kekuatan iman seseorang. Saya mengaku, sejak bertudung, hati saya pernah terdetik untuk membukanya apabila melihat wanita-wanita di luar sana tampil dengan pelbagai gaya rambut.
"Bagaimanapun syukurlah ketika perasaan tidak baik itu datang, saya dapat menolaknya. Saya berkata kepada diri saya sendiri semua gaya rambut yang saya lihat itu sudah pernah saya gayakan dulu. Sekarang saya perlu menjadi wanita muslimah yang ingin menuju ke jalan Allah," katanya.
Tambah Ayu lagi, perubahannya menutup aurat juga adalah salah satu cara untuk menjaga nama baik suaminya, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak sebagai ketua rumah tangga.
Sementara itu, bercerita mengenai imej barunya itu, Ayu bersyukur kerana dia semakin selesa tampil sedemikian walaupun terpaksa melalui rasa panas dan menganggap perkara itu adalah satu ujian yang harus ditempuhinya.
"Saya percaya, mana-mana wanita yang mula bertudung akan mengalami perasaan yang lebih kurang sama seperti saya. Namun, apabila niat kita untuk ke arah kebaikan, kita akan lebih selesa.
"Malah saya semakin seronok ketika ini apabila dapat membuat eksperimen gaya tudung yang sesuai dengan wajah saya.
"Lebih senang lagi apabila kita tidak perlu berfikir tentang masalah 'bad hair day' seperti yang dilalui sebelum bertudung," selorohnya. – Informasi
Permatang Pauh : Seorang penduduk Taman Pauh Indah di sini terkilan apabila tasbih yang dibelinya didapati terdapat gambar binatang.
Ramli Awang, 50, berkata, dia terkejut apabila isterinya memaklumkan bahawa gambar yang terdapat pada tasbih itu kelihatan seperti khinzir.
Menurutnya, tasbih itu dibeli di sebuah gerai yang dibuka pada hari minggu berhampiran dengan kediamannya.
"Saya tertarik dengan tasbih yang diperbuat daripada kayu ini kerana terdapat kalimah ALLAH pada hujungnya. Sewaktu hendak membelek-belek untuk melihat dengan lebih dekat lagi, peniaga di situ terus meletakkan tanda harga pada belakang kalimah Allah.
"Tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju membeli tasbih ini kerana peniaganya menawarkan harga RM8 berbanding harga asal RM11.
"Saya sendiri tidak perasan ada sesuatu pada tasbih itu sehinggalah pada hari Selasa lalu," katanya yang ditemui Sinar Harian.
Ramli bagaimanapun tidak mahu menyalahkan peniaga itu yang berkemungkinan turut tidak sedar barang jualannya mengandungi gambar seperti itu.
"Saya tidak mahu tuduh peniaga kerana mungkin dia tidak sedar.
"Bagi saya, isu ini merupakan perkara yang sensitif kerana membabitkan agama.
Tambahan pula, tasbih digunakan untuk berzikir dan di tasbih ini juga mengandungi kalimah Allah," katanya.
Tambah Ramli, dia juga tidak mahu ada umat Islam lain yang turut tertipu dengan membeli tasbih seperti itu –SH
Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan siri Jelajah Selangor membabitkan semua 22 kawasan Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ketua Penerangan KEADILAN Negeri, Shuhaimi Shafiei berkata, jelajah yang dimulakan di Parlimen Selayang pada 14 Oktober ini akan berakhir di Parlimen Klang pada 8 Disember depan.
Menurutnya, program ini melibatkan semua anggota parti komponen di setiap peringkat dan dipantau oleh Sekretariat Penerangan Pakatan Rakyat Selangor.
Ia bagi memantapkan organisasi dan sistem jentera pilihan raya agar selari dengan misi dan visi Pakatan Rakyat.
"Kita akan jelajah semua 22 Parlimen dan 56 DUN untuk terangkan prestasi program yang dilaksana di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya dalam sidang media di Pejabat KEADILAN Selangor, di sini hari ini.
"Kita ingin pastikan setiap maklumat dan fakta penting kejayaan kerajaan negeri sampai kepada rakyat," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda itu lagi.
Tambah beliau, risalah dan maklumat akan diedar untuk menangkis propaganda Umno BN, seperti isu air dan hutang Talam Corporation.
Hadir sama dalam sidang media itu, Ketua Penerangan PAS Negeri, Saari Sungib dan Setiausaha Publisiti DAP Negeri, Janice Lee.
Saari berkata, program ini pertama kali dirangka bersama oleh Sekretariat Pakatan Rakyat.
"Sebelum ini memang kita bekerjasama…Biasanya kalau PAS anjur program, kita akan jemput penceramah dari KEADILAN dan DAP.
"(Tetapi) kali ini, kita rangka secara bersama untuk tewaskan Umno BN sehabis-habisnya pada PRU akan datang dan bawa perubahan yang lebih besar," kata Adun Hulu Kelang itu. -KD
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda MIC, T Mohan antara yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan gangster berkaitan kaum India.
Sepucuk surat yang bertarikh 20 April 2012 ditulis oleh 'Ahli Umno Selayang Baru' dihantar ke peti surat pejabat Gabungan Hak dan Kebajikan Rakyat (Power) menyatakan, ketiga-tiga pemimpin terbabit menghadiri satu majlis Deepavali di The Mines, Sri Kembangan.
Surat tersebut diajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan, majlis Deepavali itu dihadiri oleh 7,000 orang pemuda-pemuda India yang merupakan ahli geng kongsi gelap 36.
Turut dimaklumkan dalam surat berkenaan, tetamu kehormat yang hadir diberikan cenderahati dengan logo agama Hindu geng 36.
Pengerusi Power, S Gobi Krishnan berkata, beliau menerima surat berkenaan pada 3 Oktober lalu yang diletakkan pada peti surat pejabatnya di Sentul.
Khuatir dengan perkara berkenaan, beliau yang ditemani oleh Setiausaha NGO Warga Aman (Warga Aman), S Barathidasan membuat satu laporan polis di Balai Polis Travers bagi menggesa pihak polis menyiasat kesahihan surat berkenaan.
"Saya terkejut memandangkan surat ini memberitahu perkara ini dengan teliti.
"Saya minta polis menyiasat kebenaran adakah ketiga-tiga individu berkenaan terlibat dalam kumpulan gangster kerana ini adalah tuduhan berat," katanya ketika ditemui di luar balai polis.
Terangnya lagi, perkara ini mampu menjejaskan negara dan ketenteraman awam. -selangorku
Besut - PAS menyifatkan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu merobohkan rumah-rumah rakyat ketika penghuninya tiada di rumah sebagai tindakan zalim yang mengambil kesempatan atas kesusahan hidup rakyat.
Menurut Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, kerajaan tahu, pemilik rumah-rumah terbabit adalah terdiri daripada mereka yang susah yang mendirikan rumah tersebut secara berdikit-dikit.
Walau pun begitu, beliau berkata, kerajaan terus menekan dan memburu rakyat miskin, sehinggalah rumah mereka di robohkan.
"mereka membangunkan rumah itu sehari demi sehari, secara berdikit-dikit sehingga ada yang telah siap dan ada masih dalam pembinaan, di Rancangan tanah Berkelompok Kuala Besut adalah "rombongan yang datang semalam, merobohkan rumah tersebut berlaku (ketika) penghuninya tiada di rumah...betapa zalimnya kerajaan yang tidak bersama kehidupan rakyat, "mereka tahu rakyat hidup susah (tetapi) mereka terus menekan, memburu, memaki dan menghamun.....dalam keadaannya semahu-mahunya, sehinggalah rumah mereka (di)roboh dan runtuh,"tegasnya.
Beliau berkata, antara rumah yang terlibat adalah rumah penerima bantuan yang juga seorang ibu tunggal.
Katanya, beliau dimaklumkan, pihak berkuasa merancang pelan untuk merobohkan kesemua rumah yang dibina diatas tanah tersebut yang berjumlah sebanyak 84 lot.
"penjelasan dari satu pegawai (terbabit) ada pelan A, pelan B dan pelan C (untuk merobohkan semua rumah) dalam lot tanah sekitar 84 buah, "opereasi (roboh) dibuah dalam (keatas) rumah yang sedang dibina dan ada yang telah siap......dan ada yang telah duduk barang-barang penuh dalam rumah (diroboh) berselerak, "ada satu (sebuah rumah milik) ibu tunggal yang dapat peruntukan (bantuan) peringkat awal dulu di buat rumah sikit-sikit (akhirnya) (di)roboh semua"jelasnya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Jabi, dekat sini pada Jumaat, 5 Oktober.
Oleh itu, Wan Azhar mendakwa, tindakan tersebut adalah cubaan untuk menghapuskan semua bahan bukti kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan PAS.
Menurutnya, dengan merobohkan rumah-rumah itu, Umno-BN harap rakyat akan lupa kepada jasa-jasa kerajaan PAS
Sehubungan itu, beliau menyeru setiap rakyat supaya merekodkan setiap kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN dan membuat perbandingan diantara zaman pemerintahan kerajaan Umno-BN dengan kerajaan PAS.
Kata beliau, pihaknya akan memikirkan samada satu tindakan tuntutan melalui mahkamah adalah diperlukan, kerana katanya, dalam perkembangan mutakhir tindakan-tindakan Umno-BN adalah berdasarkan perkiraan politik.
"kita akan ambil sikap tengok dan lihat dulu sebab perkembangan diperingkat akhir ini, dia ( tindakan Umno-BN) tidak akan lari dari tindakan politik
"pendekatan mahkamah kita akan terus tengok pada masa yang sama kita akan 'mobilise' (menggerakkan) rakyat untuk (kerana) ia adalah lebih cepat untuk proses keadilan apabila kerajaan bertukar,"katanya.
Beliau berjanji sekiranya PAS dapat megambil alih kuasa di peringkat negeri Terengganu, rumah-rumah yang dirobohkan di Rancangan Tanah Berkelompok Kuala Besut itu, akan dibangunkan semula dalam tempoh seratus hari.
Marah apabila menyedari dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO, Ketua Cawangan UMNO Permatang Tengah bertindak membakar baju UMNO/BN miliknya di tengah-tengah Pekan Permatang Pauh petang tadi. Ketua UMNO Cawangan Batu 5, Permatang Tengah, Permatang Pauh itu yang dikenali sebagai Talib dalam masa yang sama juga mendesak Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar meletakkan jawatan mereka.
Talib ketika kejadian mendakwa dirinya mewakili seluruh Ahli UMNO Cawangan Batu 5, yang takut untuk kedepan.
Ini perlu kerana menurut beliau kedua-dua pemimpin UMNO di Pulau Pinang itu telah menipu dan menjual harta dan tanah milik Melayu di Pulau Pinang.
Antara yang jelas membuktikan penipuan kedua-dua pemimpin UMNO itu dakwa Talib ialah Bazaar Perdana, Bandar Perda dan yang terbaru ialah penjualan tanah yang dimiliki oleh 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang.
Dalam transaksi penjualan tanah itu, dakwa Talib syarikat milik kedua-dua pemimpin UMNO Pulau Pinang itu telah memperolehi keuntungan RM5 Juta setelah menjualnya kepada pemaju. "Adakah begini caranya Pemimpin UMNO Pulau Pinang memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang?" soal Talib.
"Mereka sering memekik dengan slogan HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! Tapi dalam masa yang sama merekalah sebenarnya yang menyebabkan Melayu Pulau Pinang terpinggir dan merempat di tanah air sendiri"
Dalam masa yang sama beliau juga telah mengedarkan risalah atau dokumen yang menyokong dakwaannya itu kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut.
Antara kandungan risalah tersebut ialah senarai nama 31 orang pemilik yang telah menjadi mangsa kerakusan pemimpin UMNO itu, dokumen yang membuktikan tanah tersebut telah dibeli dan dijual semula serta salinan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana didalamnya tersenarai nama pemimpin UMNO itu sebagai pemilik syarikat terbabit.
Ketika ditanya adakah beliau masih akan kekal bersama UMNO setelah sedar dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO?
Jawabnya "Hang tunggu 14hb ini!!"..
Kata orang... Terbakar kampung nampak berasap. Terbakar hati siapa yang tahu..
Untuk pengetahuan semua Talib sememangnya telah lama bersama UMNO.. buat yang masih baru atau berhingus bak kata Talib.. fikir-fikirkanlah.. jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO!!
KUALA LUMPUR: Tohmahan bahawa peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang dibayar dengan masing-masing RM30.00 untuk hadir ke perhimpunan tersebut tidak mengejutkan, kata Riduan Mohd Nor.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS itu, sudah banyak kali perhimpunan aman Pakatan Rakyat ditohmah dengan pelbagai tuduhan negatif seperti itu.
"Bagi ahli-ahli Pakatan Rakyat mahupun pencinta demokrasi, tuduhan ini bersifat liar dan menggelikan hati.
"Mungkin juga ia adalah reaksi spontan dari golongan yang terkejut melihat rakyat sudah mulai bangkit dan bersuara menuntut hak mereka," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Datuk Seri Azalina Othman, Ahli Parlimen Pengerang sebelum ini yang berkata ribuan rakyat yang hadir ke Himpunan Hijau Lestari Pengerang minggu lalu adalah dibayar.
Mengulas lanjut Riduan berkata, Azalina sebenarnya tidak memahami bagaimana rakyat boleh bersatu untuk hadir ke perhimpunan ini meskipun tanpa dibayar upah sesen pun.
"Mungkin juga ujarnya Azalina telah lama bergelumang dalam politik pemerintah dan biasa bagi mereka mengupah penyokong mereka untuk hadir dalam perhimpunan yang mereka anjurkan.
"Bagi mereka, menjadi budaya peserta perhimpunan dibayar dengan pakej lengkap: duit poket, T Shirt percuma, penginapan, makanan, bas (pengangkutan) dan lain-lain.
"Tetapi bagi Pakatan Rakyat, menganjurkan perhimpunan tanpa bayaran menjadi asam garam dalam perjuangan," kata beliau lagi.
Realiti yang berlaku katanya, rakyat dengan kesedaran sendiri bangkit apabila merasakan diri mereka dizalimi.
Azalina ujarnya, elok mengemukakan bukti beserta dengan fakta kukuh dan mengajukan kepada SPRM untuk diadukan jika benar peserta tersebut dibayar.
"Belajarlah memahami realiti dan hidup bersama rakyat di bawah, supaya tahu erti kehidupan sebenar rakyat," katanya.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertikaikan pihak yang membangkitkan isu perkahwinan mega anak lelaki Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam.
Katanya, perkara tersebut sengaja dibangkitkan memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.
"Dalam masa pilihan raya (semakin tiba) apa benda boleh dijadikan isu. Isu atau sesuatu kes tahun lepas mungkin akan ditimbulkan hari ini.
"Kalau pemimpin kita buat kerja kahwin anak, kalau musim lain tak jadi isu, sekarang jadi isu.
"Esok saya akan berjumpa dengan Datuk Seri Ali. Saya nak beritahu dia, jangan kecewa kerana musim politik sekarang ini, semua faham. Saya nak jumpa hari tu tak sempat... Faham-faham sajalah musim sekarang ini," katanya.
Sehubungan itu, menteri dalam negeri itu juga mengingatkan supaya tidak terikut-ikut dengan amalan kebencian dan serangan peribadi sehingga kerja kahwin pun hendak dipolitikkan.
"Walhal itu satu perkara, yang semua keluarga terpaksa melaluinya termasuk saya," katanya ketika diminta pemberita mengulas kontroversi itu di Kuala Lumpur hari ini.
TEPAT seperti apa yang pernah diramalkan sebelum ini bahawa segala pemberian secara 'one-off' dalam bajet 2013 baru-baru ini hanyalah merupakan "gula-gula" yang ditabur kepada rakyat dan akan dikutip semula oleh Rejim Barisan Nasional.
Rejim Barisan Nasional yang sudah puas mentekedarah duit rakyat selama lebih 50 tahun itu akan menggunakan jalan baru untuk memerah keringat rakyat. Lihat laporan Utusan Syaitan di bawah ini [Utusan Syaitan].
Utusan Syaitan memetik kenyataan Pengarah Eksekutif Tax Advisory sebagai berkata:
"Kita tahu jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan kini sedang memberi taklimat dan latihan untuk tenaga kerja yang terlibat dalam pelaksanaan GST".
Apakah maksud kenyataan ini? Untuk apa taklimat dan latihan ini giat dijalankan waktu ini?
Ini maknanya, Rejim Barisan Nasional sudah bersiap sedia untuk melaksanakan cukai baru, Cukai Barangan dan Perkhidmatan, GST (Goods and Services Tax).
Jika sistem cukai GST ini dilaksanakan kelak, maka setiap rakyat negara ini perlu membayar cukai kepada setiap barangan mahupun perkhidmatan secara terus kepada kerajaan.
Dengan kata lain, apa sahaja barangan yang anda beli di negara ini sama seperti anda membeli KFC, McD dan lain-lain. Anda perlu menyediakan wang lebih untuk membayar cukai.
Diharap pimpinan Pakatan Rakyat tumpukan kepada isu GST ini untuk menyelamatkan seluruh rakyat Malaysia daripada menjadi mangsa buaya-buaya Rejim Barisan Nasional yang sudah siap membuka mulut seluas-luasnya untuk membaham wang rakyat.
Kerajaan yang bijak, berusaha untuk berniaga dan mencari keuntungan dari negara lain untuk dibawa pulang dan dinikmati oleh rakyat. Sebaliknya kerajaan yang tidak bijak, yang tiada idea, berusaha dan mencari jalan untuk menyeluk kocek rakyatnya sendiri dengan pelbagai alasan dangkal.
TIMBALAN Ketua Menteri,(TKM) Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, nampaknya betul-betul marah apabila pembangkang menuduh Barisan Nasional gagal membawa pembangunan di Negeri Sabah selepas memerintah negeri itu selama 49 tahun.
Memang benar kata TKM Sabah ini, selepas 49 tahun memerintah Sabah, Barisan Nasional telah berjaya membawa pembangunan ke Negeri Sabah. Buktinya Sabah telah berjaya menjadi Negeri paling miskin di dalam Malaysia.
Bukan itu sahaja, malah Barisan Nasional telah berjaya menjadikan Negeri Sabah memiliki 40% daripada segala kemiskinan yang ada di negara ini. Hasilnya kini 40 peratus orang miskin tinggal di Sabah terutama di kawasan pedalaman.
Perkara ini didedahkan oleh akhbar berpengaruh Sabah, Borneo Post yang memetik hasil laporan Bank Dunia. Rujuk printscreen di bawah.
Kepada rakyat Sabah, teruskanlah menyokong Barisan Nasional, jika mahu Negeri Sabah memiliki 100 peratus segala kemiskinan yang ada di bumi Malaysia ini suatu hari nanti.
Sama ada anda merokok atau tidak, tentu anda biasa melihat simbol-simbol yang sangat popular pada kotak rokok iaitu lambang singa. Walaupun jenama rokok itu tak sama dan dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza, ia tetap mengandungi lambang singa.
Singa adalah spesis binatang ciptaan Allah dan ia memiliki ciri-ciri kehebatan dan keagungan tersendiri dalam dunia haiwan sehingga layak digelar raja segala binatang.
Tetapi kenapa ia begitu penting dalam industri tembakau sehingga gambar haiwan ini ada pada hampir semua kotak rokok. Apa istimewa sangat singa-singa ini?
Mengikut tradisi agama Kristian, singa Judah mewakili Jesus. Jesus berasal dari bangsa Yahudi dan dia disebut sebagai Singa Judah dalam kitab Injil. Oleh sebab itu, banyak pertubuhan agama Kristian termasuk kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol singa pada cop mohor mereka.
Singa Judah
Dalam tradisi Yahudi pula, nama Hebrew dan gelaran biasanya digabungkan menjadi berpasangan. Sebab itu kita biasa lihat simbol sepasang singa pada kotak rokok hari ini, bukan seekor.
Dalam bidang ekonomi dan politik dunia hari ini, Singa Judah mempunyai pengaruh yang besar dan kuat. Syarikat-syarikat besar dan juga jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol sepasang Singa Judah sebagai tanda perniagaan dan simbol rasmi (Coat of Arms) mereka. Simbol kerajaan Malaysia juga menggunakan simbol sepasang haiwan tetapi singa itu ditukar menjadi sepasang harimau.
Judah adalah nama suatu kaum dalam bahasa Hebrew disebut Yehuda. Tidak perlu saya nyatakan ia disebut sebagai apa dalam istilah Bahasa Kebangsaan.
Masih tak pasti?
Yehuda = Yahudi
Lion of Judah = Singa Yahudi
Bagi perokok tegar, anda sentiasa membawa simbol Yahudi ini di dalam poketsepanjang masa. Ke mana saja anda pergi, Singa Judah ini sentiasa mengikuti anda walaupun anda sedang mengerjakan solat.
Wang anda juga telah banyak dilaburkan untuk memberi keuntungan kepada industri rokok milik bangsa Yahudi. Jika orang miskin mempunyai hak-hak tertentu pada sebahagian harta orang kaya, syarikat rokok telah berjaya mendapatkan sebahagian hak mereka ke atas pendapatan anda tidak kira anda kaya atau miskin.
Marah apabila menyedari dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO, Ketua Cawangan UMNO Permatang Tengah bertindak membakar baju UMNO/BN miliknya di tengah-tengah Pekan Permatang Pauh petang tadi.
Ketua UMNO Cawangan Batu 5, Permatang Tengah, Permatang Pauh itu yang dikenali sebagai Talib dalam masa yang sama juga mendesak Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar meletakkan jawatan mereka.
Talib ketika kejadian mendakwa dirinya mewakili seluruh Ahli UMNO Cawangan Batu 5, yang takut untuk kedepan.
Ini perlu kerana menurut beliau kedua-dua pemimpin UMNO di Pulau Pinang itu telah menipu dan menjual harta dan tanah milik Melayu di Pulau Pinang.
Antara yang jelas membuktikan penipuan kedua-dua pemimpin UMNO itu dakwa Talib ialah Bazaar Perdana, Bandar Perda dan yang terbaru ialah penjualan tanah yang dimiliki oleh 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang.
Dalam transaksi penjualan tanah itu, dakwa Talib syarikat milik kedua-dua pemimpin UMNO Pulau Pinang itu telah memperolehi keuntungan RM5 Juta setelah menjualnya kepada pemaju. "Adakah begini caranya Pemimpin UMNO Pulau Pinang memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang?" soal Talib.
"Mereka sering memekik dengan slogan HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! Tapi dalam masa yang sama merekalah sebenarnya yang menyebabkan Melayu Pulau Pinang terpinggir dan merempat di tanah air sendiri"
Dalam masa yang sama beliau juga telah mengedarkan risalah atau dokumen yang menyokong dakwaannya itu kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut.
Antara kandungan risalah tersebut ialah senarai nama 31 orang pemilik yang telah menjadi mangsa kerakusan pemimpin UMNO itu, dokumen yang membuktikan tanah tersebut telah dibeli dan dijual semula serta salinan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana didalamnya tersenarai nama pemimpin UMNO itu sebagai pemilik syarikat terbabit.
Ketika ditanya adakah beliau masih akan kekal bersama UMNO setelah sedar dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO?
Jawabnya "Hang tunggu 14hb ini!!"..
Kata orang... Terbakar kampung nampak berasap. Terbakar hati siapa yang tahu..
Untuk pengetahuan semua Talib sememangnya telah lama bersama UMNO.. buat yang masih baru atau berhingus bak kata Talib.. fikir-fikirkanlah.. jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO!!
KUALA LUMPUR: "Secara purata pekerja seks berusia 16 hingga 25 tahun di Malaysia melayan 10 lelaki sehari. Mereka biasanya bekerja 20 hari sebulan dan ini bermakna mereka melayan 200 lelaki sebulan.
"Keadaan itu menyebabkan kemungkinan untuk lelaki yang melanggan mereka dijangkiti penyakit kelamin termasuk virus HIV amat tinggi," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan. Ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Aman, di sini, beliau berkata, berdasarkan pengalamannya di D7, kebanyakan pekerja seks sama ada dari dalam atau luar negara yang ditahan dalam serbuan mengakui mereka menghidap penyakit kelamin.
"Jadi, kepada lelaki yang suka melanggani pekerja seks mereka perlu tahu risiko mereka dijangkiti penyakit kelamin dan virus HIV amat tinggi," katanya. Beliau turut menasihatkan supaya lelaki hidung belang terbabit supaya tidak terpedaya dengan kecantikan pekerja seks itu terutama dari Vietnam yang kini laris di kalangan pelanggan.
Ditanya kenapa permintaan terhadap pelacur Vietnam kini meningkat, Abd Jalil berkata, terdapat dua faktor utama situasi itu berlaku.
"Pertama, faktor usia. Kebanyakan bapa ayam menawarkan remaja Vietnam berusia seawal 16 tahun. Kedua, faktor komunikasi kerana perempuan Vietnam mampu bertutur bahasa Inggeris dengan baik," katanya.
Sementara itu, pakar sakit tuan, Dr Ismail Tamby berkata, penggunaan kondom ketika melakukan hubungan seks dengan pelacur tidak menjamin seseorang itu terselamat daripada terkena jangkitan penyakit kelamin.
Menurutnya, ini kerana kondom yang digunakan mungkin sudah rosak kerana tidak disimpan dengan elok atau terdedah cuaca panas.
"Ramai yang tak tahu kondom ada tarikh luput dan tidak boleh disimpan terlalu lama kerana ia akan pecah dan tidak lagi boleh berfungsi sebagai alat perlindungan," katanya.
Ismail berkata, lebih membimbangkan, kini, penyakit kelamin sukar dikesan kerana sikap masyarakat yang lebih gemar merawat sendiri tanpa merujuk pakar. - Metro
Agak lama juga sejak kali terakhir ada kisah selebriti yang berhijrah atau mula bertudung. Dan, hari ini media melaporkan Melissa Saila terbuka hati untuk berhijab.
Menurut laporan Kosmo! hari ini, Melissa Saila telah mengambil keputusan untuk mengenakan tudung secara tetap semenjak Jun 2012 & ia sebenarnya awal dari niat asal.
"Saya pakai tudung sejak bulan enam yang lalu. Sebenarnya saya ingat mahu mula memakai tudung pada bulan Ramadan lepas, tetapi tiba-tiba Allah buka pintu hati terlebih awal"
Melissa Saila turut menyebut yang jika tidak sekarang, bila lagi perlu beliau lakukan perkara wajib ini sedangkan usia beliau sudah pun mencecah 40 tahun ketika ini.
Dalam temubual yang sama, Melissa Saila mengaku yang beliau terkilan dengan segelintir penerbit yang menganggap beliau sudah tidak berminat untuk berlakon sekarang ini.
"Ada juga rasa terkilan sebab mereka tidak panggil lagi saya untuk berlakon. Saya masih seorang pelakon," ujar beliau yang kini semakin sibuk menguruskan produksi sendiri.
KUALA LUMPUR, 5 OKT : Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda MIC, T Mohan antara yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan gangster berkaitan kaum India.
Sepucuk surat yang bertarikh 20 April 2012 ditulis oleh 'Ahli Umno Selayang Baru' dihantar ke peti surat pejabat Gabungan Hak dan Kebajikan Rakyat (Power) menyatakan, ketiga-tiga pemimpin terbabit menghadiri satu majlis Deepavali di The Mines, Sri Kembangan.
Surat tersebut diajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan, majlis Deepavali itu dihadiri oleh 7,000 orang pemuda-pemuda India yang merupakan ahli geng kongsi gelap 36.
Turut dimaklumkan dalam surat berkenaan, tetamu kehormat yang hadir diberikan cenderahati dengan logo agama Hindu geng 36.
Pengerusi Power, S Gobi Krishnan berkata, beliau menerima surat berkenaan pada 3 Oktober lalu yang diletakkan pada peti surat pejabatnya di Sentul. Khuatir dengan perkara berkenaan, beliau yang ditemani oleh Setiausaha NGO Warga Aman (Warga Aman), S Barathidasan membuat satu laporan polis di Balai Polis Travers bagi menggesa pihak polis menyiasat kesahihan surat berkenaan.
"Saya terkejut memandangkan surat ini memberitahu perkara ini dengan teliti.
"Saya minta polis menyiasat kebenaran adakah ketiga-tiga individu berkenaan terlibat dalam kumpulan gangster kerana ini adalah tuduhan berat," katanya ketika ditemui di luar balai polis.
Terangnya lagi, perkara ini mampu menjejaskan negara dan ketenteraman awam. - sumber
Gambar file majlis perkahwinan anak lelaki Datuk Seri Ali Rustam. Pix: omakkau.blogspot.comKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berikutan penganjuran majlis kenduri kahwin anak lelakinya baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Shukri Abdul berkata siasatan akan dilakukan secara menyeluruh.
"Kita teliti satu persatu, tengok perbelanjaan daripada mana, siapa yang keluarkan duit, kita periksalah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan menjelas lanjut kerana siasatan baharu sahaja bermula.
Majlis perkahwinan anak Mohd Ali pada hujung minggu lepas dihadiri lebih 130,000 orang sekali gus diiktiraf 'Malaysia Book of Records' sebagai tetamu teramai pada majlis perkahwinan.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria berkata, isu yang dibangkitkan beberapa pihak berhubung penganjuran kenduri kahwin mega anak lelaki Datuk Seri Mohd Ali Rustam sekadar mahukan penjelasan.
Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat menjelaskan, ianya bukan soal 'dengki' atau 'iri hati' seperti didakwa Ketua Menteri Melaka itu.
Sebaliknya, sekadar mahu bertanya beberapa persoalan yang timbul bukan sahaja membabitkan kos perkahwinan yang didakwa mencecah RM600,000, tapi juga beberapa isu lain seperti yang didedah di Dewan Rakyat.
"Tak ada sapa nak iri hati aih. Cuma nak tanya. Takkan rakyat tak boleh tanya. Kalau betul guna duit Datuk, memang Datuk kaya betul," katanya melalui tulisan di Facebook.
Semalam Ketua Menteri Melaka itu berkata, Pakatan Rakyat "dengki dan iri hati" apabila sengaja memperbesar-besarkan isu majlis perkahwinan 'mega' anak lelakinya.
Beliau berkata, perkara itu hanyalah mainan politik pembangkang dan beliau tidak kisah apa yang dilakukan oleh pihak berkenaan.
Mengulas persoalan yang timbul, Nasir berkata, rakyat mahukan penjelasan berhubung benarkah maklumat yang mendakwa kos makanan untuk satu kepala RM100 bagi 130,000 hadirin yang hadir.
Selain itu katanya, rakyat juga mahukan penjelasan berhubung benarkah majlis perkahwinan itu turut menggunakan agensi kerajaan serta melibatkan pegawai kerajaan negeri serta dakwaan bahawa boleh pegawai terlibat boleh klim kerja lebih masa untuk dua hari.
Maklumat yang menimbulkan persoalan itu sebelum ini didedahkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat.
Isu berkaitan kos perkahwinan itu juga telah dilapor Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam.
Sementara itu, Malaysiakini melaporkan bahawa SPRM telah memulakan siasatan Mohd Ali atas dakwaan rasuah ekoran penganjuran kenduri kahwin mega anak lelakinya itu.
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan