Isnin, 29 Oktober 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 29 Oct 2012 03:21 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Kursus Bahasa Arab cuti sekolah

Posted: 28 Oct 2012 05:58 PM PDT

 

Kursus Bahasa Arab cuti sekolah kembali lagi
 
Inginkan anak anda fasih berbahasa arab?


Untuk keterangan lanjut sila layari:

 
Tempat adalah terhad
 
Daftarlah dengan segera

PAS Negeri Sembilan

Posted: 28 Oct 2012 09:50 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


CERAMAH PERDANA 31 Okt 2012 di Seremban

Posted: 28 Oct 2012 04:53 PM PDT


CERAMAH PERDANA
Tarikh : 31 Okt 2012 , Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan (Fasa 1)
Penceramah : Chegubard, YB Hj Taufek, Dr Ahmad Suhaimi, Fareedah Samad, Ustaz Nor Azman Mohamad

********
Polis jadikan ahli DAP 'tebusan' untuk dapatkan kamera- Chegu Bard

Johor 28 Okt 2012 :  Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyifatkan polis berlagak seperti pengganas 'Abu Sayyaf' apabila menahan 4 anggota DAP ketika ceramah di Bandar Seri Alam, Masai semalam.

Katanya, kejadian bermula selepas 10 ahli Umno membuat provokasi dengan memasang pembesar suara dengan kuat dari balai raya berhampiran, kira-kira 50 meter dari tempat ceramah.

"Penganjur dan saya cuba telefon polis tapi (mereka) tidak beri jaminan untuk datang selesaikan…(Sedangkan) pengajur telah dapatkan permit dua minggu sebelumnya.

"Keadaan makin tegang ketika saya berceramah dan saya sempat minta polis untuk tampil selesaikan kekecohan…polis memang ada di sana sebab kamera mereka dipasang di hadapan rostrum," katanya lagi.

Katanya,  beliau meminta petugas SAMM mengawal keadaan dan tidak melayan provokasi Umno serta menyelamatkan kamera berkenaan daripada dirosakkan sebelum beredar ke lokasi ceramah kedua.

"Namun dalam perjalanan pulang dari program kedua, saya terima panggilan telefon dari polis termasuk dari Ketua Unit Tindakan Khas Johor, Datuk Ramli minta saya pulangkan kamera," katanya.

Lebih mengejutkan, katanya, beliau dimaklumkan 4 ahli DAP ditahan polis bernama Inspektor Chim Mui Fatt di IPD Seri Alam dan diugut tidak akan dilepaskan selagi kamera tersebut tidak dipulangkan.

"Inspektor Chim beritahu mereka kalau nak balik, kena minta saya serahkan kamera pada masa itu juga," katanya lagi.

Beliau kemudian menyerahkan kamera ketika membuat laporan berhubung provokasi Umno di Balai Polis Seremban pada jam 11.30 pagi tadi.

"4 ahli DAP itu dibebaskan pada jam 4.15 pagi selepas ditahan selama tiga jam. Saya akan buat aduan di Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung tindakan polis yang tidak ikut prosedur itu," katanya lagi.


Pesakit Hospital Seremban sambut Aidiladha tanpa elektrik

Posted: 28 Oct 2012 03:05 AM PDT

SEREMBAN: Sambutan Aidiladha di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini disambut dalam suasana tidak selesa berikutan bekalan elektrik terputus hampir 18 jam, kelmarin.

Seorang pesakit yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal, 37, berkata dia yang berada di hospital itu sejak Isnin lalu bagi membuang darah kotor di kakinya terpaksa menahan rasa tidak selesa dari jam 5 pagi hingga 11 malam kerana ketiadaan elektrik.

"Kira-kira jam 5 pagi kelmarin, semua pesakit dikejutkan dengan ketiadaan elektrik menyebabkan suasana di dalam hospital kecoh berikutan masing-masing tidak selesa.
"Saya yang bergantung kepada mesin menggunakan sumber elektrik terpaksa duduk dalam keadaan tidak selesa hampir seharian kerana mesin tidak dapat berfungsi," katanya kepada Metro Ahad, semalam.

Kamal berkata, sambutan Aidiladha yang dicemari dengan masalah seperti itu boleh menyebabkan imej hospital negeri tercalar.

"Pihak hospital sepatutnya mempunyai generator sebagai persediaan ketika berhadapan waktu kecemasan seperti itu. "Kejadian ini sungguh memalukan dan boleh memberi pandangan yang tidak baik terhadap perkhidmatan kesihatan disediakan di negeri ini," katanya.

Menurutnya, dia dimaklumkan oleh pesakit lain, doktor dan jururawat hospital terpaksa bertungkus-lumus menggunakan generator kepada sesetengah pesakit yang bergantung kepada alatan bantuan menggunakan sumber elektrik.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zailan Adnan mengakui bekalan terputus disebabkan masalah kabel elektrik di hospital berkenaan.

"Bagaimanapun, masalah itu sudah diselesaikan dengan menggantikan kabel berkenaan dengan yang baru," katanya.



CERAMAH HIMPUNAN PAKATAN RAKYAT

Posted: 28 Oct 2012 02:36 AM PDT

Tarikh :29 hb Okt 2012 (Isnin)
Waktu : Jam 9.00mlm
Tempat: Kg Batu Serambai, Jambatan Serong, Ulu Klawang,Jelebu. (Rumah Along Mie)
Penceramah Jemputan : Che'gu Bad (PKR), YB Taufek Ghani (PAS), YB Anthony Loke (DAP),
Rahman Ramli (PAS)

Jalan hampir runtuh

Posted: 28 Oct 2012 02:36 AM PDT


28 Oktober 2012

KUALA PILAH – Hujan lebat sejak minggu lalu mengakibatkan jalan berhampiran jambatan di Felca Berhad Kuala Johol I, II dan Kampung Melekai hampir runtuh.

Difahamkan, hujan lebat selama beberapa jam itu menyebabkan paras air sungai Melekai melimpah sehingga menghakis tanah di kawasan tebing jambatan berkenaan.

Penduduk, Anuar Mahmud, 42, berkata, jalan itu adalah laluan alternatif penduduk berdekatan untuk keluar masuk.

Menurutnya, bagi mengelakkan penduduk terus menggunakan jalan itu, pemberitahuan dan amaran jalan ditutup sudah diletakkan di kawasan berhampiran.

"Walaupun sudah diletakkan tanda amaran, namun pihak berkaitan perlu meletakkan papan tanda simbol tanah runtuh supaya orang ramai mengetahuinya bukan sekadar kon sahaja.

"Saya risau jika berlaku hujan lebat, jalan dan jambatan ini akan runtuh," katanya.

Anuar berkata, kini penduduk menggunakan jalan Kampung Melekai berhadapan Klinik Kesihatan Johol sementara menunggu jalan berkenaan dibaik pulih.

Katanya, sebelum ini, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran pernah membersihkan dan melebarkan sungai tersebut.

"Jika tiada pembersihan, mungkin kejadian akan lebih teruk lagi. Meskipun begitu, diharapkan pihak berkenaan dapat membaiki jalan ini," katanya.

Peniaga serah memorandum, kecewa dengan projek naik taraf pantai

Posted: 28 Oct 2012 02:35 AM PDT

27 Oktober 2012

SEREMBAN – Lebih 100 peniaga kecil termasuk pengusaha bot di pantai Teluk Kemang kecewa terhadap projek naik taraf pantai di pantai Teluk Kemang Batu 8, Port Dickson.

Sinar Harian difahamkan, projek tersebut yang kini dihentikan sementara memberi kesan kepada peniaga terbabit.

Pengerusi Sekretariat Selamatkan Pantai Teluk Kemang, Shaharudin Abd Talib ketika ditemui berkata, mereka gembira sejak dimaklumkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bahawa pantai tersebut akan dinaik taraf dan dijadikan pusat utama pelancongan antarabangsa.

Namun katanya, mereka tidak menyangka projek tersebut memberi kesan kepada laut dan juga pendapatan diperoleh berikutan kerja yang dilaksanakan itu memberi gambaran kurang menyenangkan.

"Indah khabar daripada rupa, lain yang diberitahu lain pula yang jadi. Kami tidak menjangkakan projek ini memberi kesan buruk kepada semua penjaja kecil mahupun pengusaha bot di sini.

"Lebih memburukkan keadaan, pantai yang dikorek menjadi semakin dalam dan kita bimbang ia akan memberi impak kepada pengunjung, seperti yang berlaku di pantai Batu 4 yang kerap terjadi kes lemas kerana pantai yang semakin dalam," katanya kepada Sinar Harian.

Justeru katanya, pihaknya membantah projek berkenaan kerana tidak mahu keaslian pantai tercemar. "Biarlah pantai Teluk Kemang ini tidak 'disentuh' bagi membolehkan keaslian dan kecantikan pantainya kekal seperti sebelumnya," katanya.

Serah memorandum bantahan

Pendapat sama turut dipersetujui peniaga, Mariah Bachik, 67, yang membantah projek tersebut sejak awal lagi.

Menurutnya, sejak awal perbincangan bersama PBT lagi, mereka tidak bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri yang cuba mengubah keadaan pantai berkenaan.

"Bagi saya, daripada mereka mengubah keaslian pantai ini, lebih baik mereka (PBT) mengubah struktur bangunan gerai niaga kami yang kini uzur dan perlukan perubahan.

"Jangan buang masa buat perkara yang tidak berfaedah semata-mata mahu melebarkan pantai kerana kesannya, peniaga di sini yang gigit jari," katanya.

Sehubungan itu, satu memorandum bantahan telah diserahkan kepada wakil Menteri Besar, Zulkifli Awang di Wisma Negeri semalam, bagi mendesak supaya Kerajaan Negeri menghentikan projek tersebut, sekali gus membantu peniaga kecil terbabit.

Tiada isu kemusnahan laut

Dalam pada itu, Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard mendesak supaya isu berkenaan dapat diselesaikan dengan segera kerana ia membabitkan banyak pihak.

Katanya, bukan setakat alam sekitar tercemar tetapi hak peniaga juga terjejas akibat daripada projek yang dilaksanakan itu.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tidak pernah timbul isu kemusnahan laut berlaku kerana setiap projek yang dijalankan mengikut prosedur ditetapkan Jabatan Alam Sekitar mahupun pihak berkaitan.

Katanya, keadaan di kawasan berkenaan nampak terganggu berikutan projek dihentikan sementara kerana masalah kekurangan pasir. "Apabila semuanya telah selesai dan berjalan semula, maka keadaan pantai akan menjadi lebih cantik.

"Kita hanya mahu memberi wajah baru kepada pantai yang sedia ada dan mengindahkan lagi pantai Teluk Kemang, tidak pula timbul isu peniaga teraniaya, kemusnahan pantai atau sebagainya," katanya.

PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 28 Oct 2012 07:55 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat


Lagi Kenyataan Bengong Penchacai AMNO

Posted: 27 Oct 2012 11:26 PM PDT

Kenyataan Kepala Masuk Air Balaci UMNO

Posted: 27 Oct 2012 11:24 PM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 28 Oct 2012 07:52 PM PDT

PAS Kawasan Miri


'Speed Bump' Cepat Rosak Sebab Tidak Ada Qualiti?

Posted: 28 Oct 2012 04:03 PM PDT

Belum Sampai Setahun 'Speed Bump' Sudah Rosak

MIRI – Belum sampai satu tahun 'speed bump' yang baru dibina berapa bulan yang lalu di kawasan Sekolah Rendah Bantuan Chung Hua Krokop sudah pun rosak akibat dilalui oleh kenderaan berat dan sebagainya.
Kita mendapat aduan dari salah seorang penduduk di Krokop yang memberitahu pihak kami, agar 'speed bump' tersebut perlu dibaiki dengan segera kerana beliau bimbang akan keselamatan kanak-kanak sekolah disitu.
Apabila 'speed bump' atau 'penahan kelajuan' tersebut sudah tidak dapat mengawal kelajuan kenderaan yang melintasi kawasan tersebut, ada kemungkinan pengguna jalan akan terus memandu laju tanpa mengindahkan keselamatan kanak-kanak sekolah yang melintas jalan.

Kita mencadangkan kepada pihak MBM (Majlis Bandaraya Miri) agar menganti pagar pembahagi jalan dengan 2 kaki tinggi konkrit dan 1 inci tebal 'speed bump' yang boleh tahan muatan lebih 5 tan dicat kuning dan gunakan pantulan cahaya serta mempunyai lintasan zebra untuk pejalan kaki.
Untuk memperlahankan lagi kenderaan sewaktu kanak-kanak sekolah melintas jalan, adalah disarankan 'speed bump' perlu dipasang dihadapan dan juga selepas melalui jalan kawasan persekolahan itu.

Papan tanda juga mesti nampak jelas dari jauh, terutama sekali waktu malam dimana pengguna jalan tidak begitu nampak dengan jelas ada 'speed bump' dihadapan kawasan tersebut.

Kita mengesa pihak polis trafik sentiasa mengawasi dan mengawal aliran lalulintas di kawasan persekolahan agar pergerakan kenderaan berjalan lancar terutama waktu kemuncak.

Sikap para pemandu yang tidak bertanggungjawab terutama sekali di kawasan persekolahan perlu diawasi agar mereka patuh dengan peraturan lalulintas. Tindakan tegas seharusnya diambil keatas pemandu yang cuai dan memandu laju dalam kawasan persekolahan.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Not yet reach a year 'Speed ​​Bump' Already Damaged

MIRI –Not yet up to a year 'speed bump' newly built few months ago at the Chung Hua Primary School Krokop already damaged due traveled by heavy vehicles, etc.

We got a complaint from one of the villagers in Krokop that inform us, so that the 'speed bump' must be repaired immediately because he was concerned about the safety of school children there.

When 'speed bump' or 'retaining speed "was not able to control the speed of vehicles crossing the area, there is the possibility of road users will continue to drive fast regardless of the safety of school children crossing the road.

We recommend to the MCC (Miri City Council) to replace the road divider fence with 2 feet tall and 1 inch thick concrete 'speed bump' that can hold more than 5 tons of capacity painted yellow and light reflection and have a zebra crossing for pedestrians.

To further slow the vehicle during the school children crossing the road, it is recommended 'speed bump' should be installed in front and after the road through the school area.

Signage must also be apparent from a distance, especially during the night, where the road users is not very clearly see there is a 'speed bump' in front of the area.

We urged the traffic police constantly monitor and control the flow of traffic in the school so that the movement of the vehicle running smoothly especially peak hour.

The attitudes of irresponsible drivers, especially in the school area should be monitored so that they are complying with traffic regulations. Stern action should be taken against the negligent driver and speeding in the school area.

Rembau Hari Ini

Posted: 28 Oct 2012 07:45 PM PDT

Rembau Hari Ini


CERAMAH PERDANA 31 Okt 2012 di Seremban

Posted: 28 Oct 2012 04:55 PM PDT


CERAMAH PERDANA
Tarikh : 31 Okt 2012 , Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan (Fasa 1)
Penceramah : Chegubard, YB Hj Taufek, Dr Ahmad Suhaimi, Fareedah Samad, Ustaz Nor Azman Mohamad

********
Polis jadikan ahli DAP 'tebusan' untuk dapatkan kamera- Chegu Bard

Johor 28 Okt 2012 :  Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyifatkan polis berlagak seperti pengganas 'Abu Sayyaf' apabila menahan 4 anggota DAP ketika ceramah di Bandar Seri Alam, Masai semalam.

Katanya, kejadian bermula selepas 10 ahli Umno membuat provokasi dengan memasang pembesar suara dengan kuat dari balai raya berhampiran, kira-kira 50 meter dari tempat ceramah.

"Penganjur dan saya cuba telefon polis tapi (mereka) tidak beri jaminan untuk datang selesaikan…(Sedangkan) pengajur telah dapatkan permit dua minggu sebelumnya.

"Keadaan makin tegang ketika saya berceramah dan saya sempat minta polis untuk tampil selesaikan kekecohan…polis memang ada di sana sebab kamera mereka dipasang di hadapan rostrum," katanya lagi.

Katanya,  beliau meminta petugas SAMM mengawal keadaan dan tidak melayan provokasi Umno serta menyelamatkan kamera berkenaan daripada dirosakkan sebelum beredar ke lokasi ceramah kedua.

"Namun dalam perjalanan pulang dari program kedua, saya terima panggilan telefon dari polis termasuk dari Ketua Unit Tindakan Khas Johor, Datuk Ramli minta saya pulangkan kamera," katanya.

Lebih mengejutkan, katanya, beliau dimaklumkan 4 ahli DAP ditahan polis bernama Inspektor Chim Mui Fatt di IPD Seri Alam dan diugut tidak akan dilepaskan selagi kamera tersebut tidak dipulangkan.

"Inspektor Chim beritahu mereka kalau nak balik, kena minta saya serahkan kamera pada masa itu juga," katanya lagi.

Beliau kemudian menyerahkan kamera ketika membuat laporan berhubung provokasi Umno di Balai Polis Seremban pada jam 11.30 pagi tadi.

"4 ahli DAP itu dibebaskan pada jam 4.15 pagi selepas ditahan selama tiga jam. Saya akan buat aduan di Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung tindakan polis yang tidak ikut prosedur itu," katanya lagi.


Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 28 Oct 2012 03:38 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Over-Due Payment : Compensation Funds

Posted: 27 Oct 2012 07:14 PM PDT

Attn Please!!!

Am very sorry, I couldn't attention this letter directly to you because of the fact that I have fire rage in my office and part of you file got burnt ,making it impossible for me to source your name and other details concerning you, I could only locate some part of my diary why I have personal information and noticed I wrote your email the even though the fire affected my diary but I managed to locate your email address, hence am contacting you to let you know that a Philanthropist left the sum of US$2.750Million with our bank ( bank of Africa) here in Cotonou Benin Republic and asked that we transfer it to you.

The Philanthropist said it is a compensation for your business dealings with him in the past. Your are to contact me back with your full details so that I can direct you to the bank officer who is in charge of your payment in order to receive your total fund of US$2.750Million Two Million Seven Hundred and Fifty Thousand US Dollars.

Sincerely
Mrs. Moore A. Agatha.
Secretary

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam

Posted: 28 Oct 2012 03:13 PM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam


Ijtimak Korban Perdana 2012

Posted: 28 Oct 2012 07:32 AM PDT



Ayer Hitam - 28 Okt

PAS Kawasan Jerlun dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Ayer Hitam dan Pusat Khidmat DUN (PKD) Kota Siputeh telah menganjurkan Ijtimak Korban Perdana 2012 pada 28 Okt 2012 di perkarangan Markaz PAS Kawasan Jerlun, KM 22, Kg Lubuk Pinang. Dalam majlis tersebut, YB Ust Abd Ghani telah menyampaikan  tazkirah berkaitan kepentingan mengadakan qurban dan petikan sejarah Nabi Ibrahim AS yang diperintahkan menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail AS. Seterusnya YB telah menyampaikan sumbangan daging qurban kepada Pengerusi & Setiausaha MKK untuk dibawa pulang dan diberikan kepada golongan yang berhak di kampung masing-masing.
      
Dalam Ijtimak Korban tersebut, sebanyak 12 ekor lembu telah dibuat korban di mana sebanyak 532 bungkus berjaya diagihkan kepada semua Pengerusi & Setiausaha MKK. Buat julung kalinya inilah pertama kali majlis seumpama ini dianjurkan oleh PAS Kawasan Jerlun, PKWR dan PKD. Acara tersebut bermula seawal jam 7 pagi lagi di mana semua lembu telah dikorban di pusat penyembelihan lembu di Kg Tempayan Pechah dan seterusnya dibawa ke Markas PAS Kawasan Jerlun untuk dibungkus dan diagihkan. Majlis tersebut selesai sekitar jam 12 tengahari dan diakhiri jamuan kepada semua yang hadir.         

Batu Gajah Mari

Posted: 28 Oct 2012 11:24 AM PDT

Batu Gajah Mari


Gegarkan Kak Midah Malam ni!

Posted: 27 Oct 2012 10:28 PM PDT

Jangan lupa ceramah bersama MP Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar; Bekas Pegawai Tinggi PDRM, Dato Fauzi Shaari dan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Iskandar Al-Hiss di Taman Jutaria, Batu Gajah malam ni.

Program ni x jauh dari rumah Adun Sugai Rapat, Dato' Hamidah Osman. Lokasi ni kubu kuat Kak Midah. Sebelum ini Ceramah bersama Pak Jabit diganggu oleh Umno.. Mereka panggil Anjang Aki. Deme buat dalam satu padang.

Kali ini agak sukar buat hebahan. banner habis hilang, permit banner dah x lulus tanpa alasan. Poster kene koyak! xtau sapa punya kerja

Jom kita gegarkan malam ni!




Pemuda Bersamamu v3

Posted: 28 Oct 2012 09:13 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Ketua Pemuda Sempurnakan Sembelihan Qurban 1433

Posted: 27 Oct 2012 10:57 AM PDT


DUNGUN, 27 Oktober Sabtu - Bermula 10 Zulhijjah, Jumaat sehingga 11 Zulhijjah, Sabtu sebanyak lebih 80 ekor lembu telah disempurnakan sembelihan di beberapa lokasi sekitar DUN Sura, di sini.
Di Surau Ustaz Haji Omar Shukri sahaja sebanyak 33 ekor lembu telah disembelih, 31 ekor disempurnakan sembelihannya pada Jumaat, 10 Zulhijjah 1433.
Sementara itu, sebanyak lebih 400 kampit beras yang disumbangkan melalui ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli turut diagihkan kepada faqir miskin sekitar DUN Sura, di sini.

seterusnya...di sini.

KHIDMAT MERU

Posted: 28 Oct 2012 09:02 AM PDT

KHIDMAT MERU


80 NGO SERAH MEMORANDUM

Posted: 28 Oct 2012 01:46 AM PDT



Seramai 80 NGO telah berhimpun di perkarangan SUK untuk menyerahkan memorandum kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menyokong penuh usaha-usaha Kerajaan Negeri Selangor yang memberikan 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor dan bermacam lagi program merakyatkan ekonomi Selangor untuk mengembalikan kekayaan negeri betul-betul kepada rakyat yang berhak menerimanya.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 28 Oct 2012 09:01 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


CERAMAH HIMPUNAN PAKATAN RAKYAT

Posted: 28 Oct 2012 02:33 AM PDT

Tarikh :29 hb Okt 2012 (Isnin)
Waktu : Jam 9.00mlm
Tempat: Kg Batu Serambai, Jambatan Serong, Ulu Klawang,Jelebu. (Rumah Along Mie)
Penceramah Jemputan : Che'gu Bad (PKR), YB Taufek Ghani (PAS), YB Anthony Loke (DAP),
Rahman Ramli (PAS)

MEMBARA

Posted: 28 Oct 2012 07:17 AM PDT

MEMBARA


Taklimat Isu di Masjid Tanjung Sempena Al Falah

Posted: 27 Oct 2012 07:42 PM PDT

YB Hj Idham LIM, ADUN Titi Serong, Perak, Ketua Penerangan PAS Perak sedang menyampaikan Taklimat Isu kepada petugas kempen PAS Batu Rakit sempena Program Al Falah DUN pada akhir bulan September lepas.
  Selepas program menikmati keropok lekor...


Ayatullah Dalam PAS?

Posted: 27 Oct 2012 07:31 PM PDT

Lontaran pandangan Dr Asri bahawa pemimpin Ulama PAS jangan jadi macam Ayatollah yang tak boleh ditegur menghangatkan sedikit suhu dalam Ulama PAS. Beberapa kenyataan Ulama termasuk dari Ketua Ulama dan ketua Penerangan Ulama menjadi perhatian. Termasuk juga pandangan Timbalan ketua Dewan Pemuda juga Ulama.

Pandangan Asri itu tidak ada salahnya. Beliau menyatakan teguran beliau yang mungkin kebimbangan beliau. Namun dalam dunia politik dan suhu yang agak panas, segala teguran sewajarnya berada di atas asas yang telah berlaku. Ringkasnya ... teguran itu mesti ada asas kewujudannya.

 Saya teringat guru guru saya dulu yang mengajar tentang najis seringkali menyelitkan cerita hukum air mani yang suci . Pertanyaan tentang bolehkah air mani itu di jadikan air wudhu jika dua kolah.. Jawapannya mudah...himpun dulu biar jadi dua kolah. Assyahid Hasan Al Banna juga memberi penekanan agar kita membincangkan perkara yang menghasilkan natijah kerja dan bukan membincangkan perkara yang bersifat ramalan, apatah lagi ramalan itu menjelma dalam persepsi ia wujud dan berlaku.

Semua tahu bahawa Syiah adalah isu yang menjadi perhatian akhir akhir ini. Pihak kerajaan dan pihak berkuasa agama juga berkerja keras membendung Syiah dari berkembang. Ringkasnya ... Syiah memang sudah buruk dan jahat di mata masyarakat Islam terutama kita yang berpegang dengan Ahli Sunnah... Menghubungkan dengan ulama  PAS adalah sesuatu yang bersifat jahat. Ia menjadikan PAS akan dijauhi dari masyarakat terutama melayu yang tebal dengan ahli sunnah .

Kita mungkin tahu dan bersangka baik dengan jawapan Dr Asri kerana ia menjawab kehendak Moderator yang terkenal kurang mesra  dengan PAS yang dipimpin oleh Ulama. Namun jawapan dan kenyataan Dr Asri sewajarnya di jawab oleh ulama PAS . Menjawab bukan beerti tidak berlapang dada. Menjawab beerti memberi pencerahan dan kefahaman. membiarkan ia menjadi fitnah adalah sifat bodoh ... bukan berlapang dada!

kenyataan Asri juga memberi beberapa implikasi... dalaman dan luaran...

Implikasi luaran ialah... Pandangan serong masyarakat terhadap PAS dan kaitannya dengan Syiah. Walaupun bukan itu dimaksudkan Dr Asri, namun persepsi tetap timbul apabila kaitan dan label yang diberi. Ia merugikan masa depan politik PAS jika dibiarkan tanpa jawapan.

Implikasi dalaman ialah anggapan perlunya PAS di pisahkan dari kepimpinan Ulama kerana Ulama tidak boleh ditegur??Tidak berlapang dada.. Jika tuduhan pemimpin PAS tak boleh ditegur ... mengapa hanya dituju kepada ulama sahaja?? bukankah ada lagi pemimpin PAS yang juga tidak boleh ditegur... sekalipun teguran itu datangnya dari Mursyidul am dan Presiden sendiri?

Presiden PAS ternyata sangat berlapang dada dengan teguran. Sebagaimana telah dijelaskan dalam kenyataan pemimpin Ulama, Bagaimana terbukanya Tg Presiden merelakan Dr Aziz Bari mengkritik beliau secara terbuka di pentas PAS secara berhadapan... apakah ada pemimpin yang berlapang dada sebegitu?

Persoalan saya kepada isu yang ditimbulkan Dr Asri ialah kenapa Ulama di dalam PAS menjadi sasaran kritikan  atau nasihat beliau? mengapa tidak kepada pemimpin PAS secara umum jika PAS yang menjadi sasaran berdasarkan kehendak moderator? atau ia merupakan satu usaha berterusan menjatuhkan kepimpinan Ulama PAS... ?

Ternyata ramainya pengulas dalaman yang sangat berminat terhadap isu ini dan menjadikan Ulama PAS sebagai sasaran kritikan. Ia bukti kerja ini dirancang dengan sangat teliti... Jika dulu hanya umNO yang menyerang ulama.. kini kerja itu diserahkan kepada golongan anti ulama di dalam PAS.. apakah mereka adalah musuh dalam selimut yang sengaja berusaha mencari jalan melemahkan Jamaah Islam dengan memisahkannya dari kepimpinan Ulama??? tiada yang mustahil!!!

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 28 Oct 2012 07:03 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


IBADAH KORBAN MERIAH DI BAGAN DATOH

Posted: 28 Oct 2012 01:55 AM PDT

KISAH BENAR DI ITALI : BEKAS PM DIPENJARA ?

Posted: 28 Oct 2012 01:12 AM PDT

PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 28 Oct 2012 03:33 AM PDT

PEMUDA RANTAU ABANG


Eidul Adha 1433H

Posted: 27 Oct 2012 07:22 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 28 Oct 2012 03:11 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


BN gagal dalam 6 ujian anti rasuah

Posted: 28 Oct 2012 01:40 AM PDT

BN telah gagal dalam 6 ujian anti-rasuah iaitu pengisytiharan harta secara terbuka, pelaksanaan tender tebuka, melarang ahli keluarga daripada urusan perniagaan dengan kerajaan, menggugurkan pemimpin BN yang hidup mewah, melindungi peniup wisel yang tulen dan berterus terang tentang sumbangan politik.

Justeru, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, rakyat Malaysia kecewa kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul dan juga menolak dakwaan kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud. 

Lagi satu kes, ujarnya adalah kehidupan luar biasa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, di mana seramai 130,000 orang tetamu telah dijamu dalam kenduri kahwin yang memecahkan rekod. 

“Sehingga hari ini, Ali Rustam gagal menjelaskan siapa yang menaja kenduri mega tersebut, yang Ali Rustam mengatakan hanya menelan belanja RM600,000,” ujarnya dalam ucapan pada Konvensyen Tahunan DAP Melaka di sini, hari ini. 

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, DAP mencadangkan enam langkah untuk membanteras rasuah. 

Pertama, ujar beliau pengisytiharan harta secara terbuka hendaklah diinstitusikan. Ini, katanya telah dilakukan di Pulau Pinang di mana Ketua Menteri dan seluruh barisan Exco negeri telah mengisytiharkan harta secara terbuka, malah diiktiraf oleh firma akauntan antarabangsa. 

“Jika Pulau Pinang boleh melakukannya, kenapa Perdana Menteri dan Kabinet Persekutuan atau Ketua Menteri Sarawak dan barisan Exconya tidak boleh buat yang sama?” soal Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang. 

Kedua, katanya pemimpin-pemimpin BN yang hidup mewah dengan memiliki rumah-rumah mewah, kereta, akaun bank peribadi yang besar di luar negeri harus digugurkan; ketiga, ahli keluarga harus dilarang daripada urusan perniagaan dengan kerajaan untuk mengelak lagi satu skandal RM250 juta "lembu dan kondo". 

“Keempat, peniup wisel tulen yang membongkarkan kes rasuah yang mengakibatkan dakwaan mahkamah harus dilindungi dan bukan dianiaya.

 “Kelima, BN harus berterus terang tentang sumbangan politik seperti sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah.

Akhirnya, tender terbuka harus dilaksanakan,” katanya lagi. 

Beliau menambah, tanpa tender terbuka, projek-projek awam dirunding terus dan dianugerahkan kepada para kroni, lantas menyebabkan kerugian dana awam seperti jualan murah tanah Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan