29 Okt – Datuk Nur Jazlan, Ahli Parlimen Pulai yang juga Pengerusi UDA Holdings diserang kerana beliau tidak membenarkan ahli politik dan oportunis 'projek' untuk mendapat habuan daripada UDA Holdings.
Disebabkan itulah, UDA diserang kononnya meminggirkan kontraktor Melayu daripada pemberian projek dan kontrak.
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Perkasa dan organisasi-organisasi Melayu lainnya memainkan isu ini di media sehinggakan projek pembangunan semula Penjara Pudu terpaksa dibatalkan oleh Kementerian Kewangan daripada diberikan kepada syarikat antarabangsa daripada China.
Bidaan daripada syarikat China tersebut merupakan nilai tertinggi yang diterima oleh UDA dan akan memberikan keuntungan lumayan kepada UDA.
Malangnya, konsep merit sebegini ditolak oleh kumpulan-kumpulan yang berkepentingan yang turut didokong oleh pembesar-pembesar dalam UMNO yang mengidamkan jawatan Pengerusi UDA, Ahli Parlimen Pulai dan juga Ketua Bahagian Pulai.
Ini ditambah pula dengan Nur Jazlan yang sememangnya dikenali sebagai seorang 'lone ranger' dalam UMNO Johor dan tidak sehaluan dengan warlord-warlord seperti Ghani Othman, Khaled Nordin, Razali Ibrahim dan Muhyiddin Yassin.
Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin hampir menyebabkan pemimpin-pemimpin UMNO yang mengintai kerusi parlimen Pulai memainkan isu ini untuk menjatuhkan anak bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Mohamed Rahmat ini.
Agenda Melayu merupakan senjata ampuh untuk menyerang kredibiliti sesetengah pihak seperti Khairy yang menjadi Pengerusi PUNB dan Azman Mokhtar yang juga Pengarah Urusan Khazanah.
Sedangkan isu sebenarnya adalah projek dan kontrak yang dikejar dengan didokong oleh kepentingan politik sesetengah pihak.
Politik UMNO tidak lari daripada 3K - kedudukan, kuasa dan kewangan, inilah yang menaikkan UMNO dan ini jugalah yang akan menjatuhkan UMNO.
Cara Terbaik Menghapuskan Cicak Di Rumah ,adakah anda suka jika hidup di kelilingi oleh cicak? Persoalannya, kenapa ada cicak di rumah? Jadi kali ini aku ingin berkongsi cara-cara menghapuskan cicak yang berada di rumah. Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya kongsi sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. Di bawah ini adalah cara menghapuskan cicak yang boleh anda cuba.. Antaranya
Makanan Cicak ialah serangga. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab tak ada rezeki dalam rumah kita. Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan kegemaran cicak ialah semut, anai-anai dan lipas.
Jaga Kebersihan Rumah Kalau nak hapuskan cicak, jaga kebersihan rumah supaya serangga dapat dikurangkan. Rumah yang bersih dan kemas tidak digemari serangga.
Cicak Tidak SUka Campuran Air Dan Lada Merah Bahan apa yang cicak takut atau tak suka? Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Cara-caranya adalah tumbuk 2 biji lada merah atau 4-5 cili padi. Bancuh dengan air. Masukkan dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak duduk berdiskusi dalam group atau menyorok. Tapi ingat.. jauhi dari kanak-kanak.. bahaya..
Cicak tak suka dengan kulit telur ayam Cara-caranya adalah basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung.
Cicak takut dengan kucing Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya. Siapa yang bela pernah bela kucing tu mesti pernah nampak kucingnya menangkap cicak.. sampai mati kering cicak tu di buatnya.. tapi bagi cicak yang cerdik, ada juga yang meninggalkan ekornya sebelum melarikan dirinya ke tempat selamat. Jadi kucing tu hanya bermain dengan ekor cicak tersebut yang telah diputuskan..
PORTAL The Star milik parti komponen Barisan Nasional, MCA menyiarkan kenyataan presiden parti itu, Chua Soi Lek yang meminta Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir membuat "homework" berhubung Hukum Hudud
Ini berikutan Jamil Khir sebelum ini mengeluarkan kenyataan Hukum Hudud yang mahu dijalankan oleh Parti Islam, PAS tidak akan melibatkan atau memberi kesan kepada orang bukan Islam.
Tambah mengejutkan, Chua Soi Lek turut mencabar Jamil Khir untuk berdebat dengannya berhubung isu bagaimana Hukum Hudud akan memberi kesan kepada orang bukan Islam.
Jamil Khir barangkali sudah lupa bahawa United Malays National Organization, Umno yang diterajui Najib Razak sudah awal-awal lagi bersetuju dengan tindakan MCA yang menentang Hukum Hudud.
Malah Najib Razak sebelum ini memberi jaminan bahawa Barisan Nasional tidak akan menjalankan Hukum Hudud di Malaysia. Dengar sendiri jaminan Najib di bawah ini.
Sudah terang lagikan bersuluh, Umno dan MCA sekapal dan sekepala menentang hudud. Kerana itulah tempoh hari Presiden MCA, Chua Soi Lek ini dengan berani dan lantang menghina Hukum Hudud di depan Najib Razak ketika Perhimpunan Agung MCA. Lihat video di bawah.
Ikan Sebelah atau juga dikenali sebagai ikan sisa Nabi, nama saintifiknya Pseudorhombus spp./Achiroides spp. adalah tergolong dalam ikan air masin dan tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia.
Ikan sebelah atau ikan sisa nabi ini menurut sejarah telah dimakan oleh Nabi Sulaiman AS tetapi oleh kerana baginda tidak sempat menghabiskannya, baginda telah melepaskan sebelah lagi ke dalam laut. Dengan kehendak Allah, ikan itu hidup semula dan berenang kembali ke lautan dengan keadaan ikan tersebut yang hanya tinggal sebelah dengan satu mata sahaja.
Bukti kewujudannya kekal sehingga ke hari ini untuk dijadikan iktibar bagi mereka yang masih ragu-ragu dengan kebenaran Islam. [sumber]
KUALA LUMPUR : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mendakwa wujud penghinaan kepada umat Islam di Malaysia ekoran penayangan filem 'My Name is Khan' lakonan Datuk Shah Rukh Khan oleh stesen TV3 semalam tatkala sambutan Aidiladha berlangsung.
ABIM sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendakwa penayangan filem pada hari kedua raya Aidiladha tersebut tidak wajar ditayangkan oleh sebuah stesen televisyen utama Malaysia kerana cuba mengetengahkan fahaman Islam Liberal dan pluralisme agama yang mengelirukan. "Penayangan filem tersebut membawa mesej yang mengelirukan," kata ABIM dalam satu kenyataan dikirm kepada The Malaysian Insider hari ini.
ABIM turut menegaskan filem tersebut tidak mencerminkan imej agama Islam yang sebenar serta bertentangan dengan syariat sambil menyelar pihak TV3 yang tidak terlebih dahulu membuat kajian sebelum menayangkannya.
"Watak utamanya dibawa oleh Shah Rukh Khan jelas menjengkelkan. Aksi beliau dalam cerita itu membayangkan tahap kefahaman pengarah, penulis skrip, dan pelakon mengenai Islam begitu memalukan.
"Sebagai contoh,adegan hero yang berkahwin dengan heroin (dalam filem ini) yang beragama Hindu jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Menerima dan mencampuraduk cara penyembahan agama lain dengan Islam sebagai agama adalah sama jelas bercanggah dengan prinsip Islam," kata ABIM lagi.
NGO tersebut turut mendakwa, filem tersebut akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat Islam di Malaysia kerana pendekatan yang digunakan dalam filem tersebut mewujudkan satu lagi kekeliruan menerusi konsep 'Islam Liberal'.
"Fahaman Islam Liberal ini pekat dengan rasa apologetik dan menenggelamkan sumber asas dan mengenepikan pandangan ulama muktabar. Begitu juga dengan nilai yang cuba disejajarkan dengan selera Barat yang menyisih intipati ajaran Islam itu sendiri."
Dalam isu berasingan, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini dalam satu kenyataan menyeru umat Islam di seluruh negara agar memboikot penyanyi popular Jaclyn Victor kerana menyanyikan lagu "Harapan Bangsa", sebuah lagu Kristian dalam bahasa Melayu yang mana kumpulan garis keras hak Melayu itu mendakwa merupakan satu penghinaan kepada Islam — dalam ribut antara agama terbaru di negara mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama.
Serangan Perkasa timbul sebagai ketegangan agama yang terus dicetuskan di Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-13, dengan perdebatan daripada parti politik mengenai kedudukan Islam di negara ini.
Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan akan tetapi rakyat yang beriman dengan agama lain mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama mereka secara bebas.
Victor, seorang penganut agama Kristian baru-baru ini terperangkap dalam kecelaruan antara agama yang muncul diantara Islam dan agama lain. Kumpulan garis keras Islam telah mendakwa penganut Kristian Malaysia bersubahat dengan parti politik pembangkang tertentu untuk melantik seorang perdana menteri Kristian serta menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian tanpa mengeluarkan sebarang bukti menyokong tuntutan mereka.
Penyanyi berusia 33 tahun itu berkata lagu "Harapan Bangsa" bukan untuk tujuan komersial dengan mendakwa ia telahpun direkodkan bertahun-tahun lalu.
"Lagu itu saya rakam sekitar 2007 khusus untuk penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak serta pihak gereja. Ia dicipta oleh seorang paderi dengan mesej keamanan Malaysia. Sebagai seorang penganut kristian, rasanya tidak salah jika saya yang beragama Kristian menyanyikan lagu itu.
"Lagipun, ia bukan untuk tujuan komersial. Jadi mengapa perlu mempertikaikan lagu yang sudah lama dirakamkan itu?"
"Saya sedar, mungkin disebabkan lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Melayu membuatkan ramai yang melihat perkara ini sebagai tidak sensitif dan menganggap saya cuba menyebarkan fahaman Kristian. Saya menyanyi dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bertutur dalam Bahasa Melayu."
Seorang budak lelaki cedera selepas dia ditanduk seekor lembu jantan yang akan disembelih sempena Hari Raya Aidiladha di sini kelmarin. Budak tersebut ditanduk semasa haiwan itu mengejar kanak-kanak itu.
Bagaimanapun, budak itu hanya mengalami cedera ringan ketika haiwan tersebut terlepas daripada ikatan ketika ia hendak disembelih. Pemiliknya, Abdul Quddoos berkata, lembu korban tersebut berjaya ditangkap semula dua jam selepas ia terlepas. Sementara itu di bandar Peshawar, seekor lembu korban yang terlepas mencederakan tiga orang termasuk seorang budak lelaki berusia 12 tahun.
Seorang anggota polis, Abdul Waheed berkata, berpuluh-puluh orang mengejar lembu tersebut selama sejam sebelum ia berjaya ditangkap semula. Di Gaza, seorang lelaki Palestin mati selepas dipijak seekor lembu korban yang terlepas di Rafah, Genting Gaza.
KUALA LUMPUR: Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka menentang Syariat Islam, khususnya undang-undang jenayah hudud, adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka menentang Syariat Islam, khususnya undang-undang jenayah hudud, adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar.
Perlu diingat bahawa UMNO adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara Malaysia ini selama lebih dari lima puluh tahun.
Hakikatnya ialah, bahawa UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO,dan ada menteri penjaganya.
Di samping diwujudkan Institut Kefahaman Islam (IKIM), Fakulti Pengajian Islam dibeberapa Universiti, diperingkat negeri pula ada Jabatan Agama Islam masing-masing danada Exco Agama daripada UMNO juga.
TETAPIsegala-galanya ini tidak mampu meletakkan Islam itu tinggi ditempat yang sebenarnya dalam urusan negara Malaysia ini dan dinegeri yang dipimpin oleh UMNO. Adapun Majlis Fatwa Kebangsaan pula hanya bebas dalam lingkungan sangkarnya, berkokok mengikut waktu yang disesuaikan dengan keselesaan UMNO yang menjadi penunggunya.
Soalannya mengapa MCA boleh membuat kenyataan terbuka begitu rupa ?.
Dalam hal ini, MCA bukanlah parti yang patut disoal atau diminta penjelasan, kerana parti ini hanya mewakili kelompok masyarakat Cina bukan Islam.Manakala hukum hududpula tidak ada dalam ajaran semua agama bukan Islam yang dianut oleh ahli MCA.
Parti UMNOlah yang secara khususnya patut dipersoalkan oleh bangsa melayu yang beragama Islam bukannya MCA, kerana banyaknya urusan Islam didalam tubuh parti UMNOserta kedudukannya yang memimpin kerajaan pusat dan negeri.
PAS tidak merasa hairan apa yang berlaku,kerana UMNO adalah Parti Kebangsaan Melayu, di mana "Islam" hanya menjadi agama yang dianut secara peribadi kalangan ahli UMNO sahaja. Perlembagaan UMNO juga tidak meletakkan Islam menjadi dasar, matlamat dan hukum tertinggi.Sifat individualistik yang menjadi konsep kepada ahli UMNO menyebabkannya tidak boleh bertindak terhadap ahlinya yang melakukan maksiat yang besar, apatah lagi yang terlalu kecil, kerana agama adalah urusan individu.
Ahli UMNO pula boleh menjadi orang yang soleh, paling kuat beribadat, banyak sembahyang, banyak mendirikan masjid, kerap umrah dan lebih banyak peluang haji, berkebajikan dalam masyarakat dengan sebanyak-banyaknya dan sebagainya.
Tetapi ahli UMNOi tidak mampu bercakap atas nama partinya untuk menegur atau menyanggah kenyataan Presiden MCA, kerana ini akan bercanggah dengan semangat dan konsep kebersamaan dalam BN yang didukung sama oleh undang-undang tubuh UMNO yang diselaraskan dengan semua rakan-rakannya dalam Barisan Nasional.
UMNO lebih mengutamakan konsep pragmatik sekular yang didukung bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lain, dalamgabungan parti-parti komponen Barisan Nasional. Maka Islam tidak berkuasa dan berdaulat, hanyalah sekadar menjadicabang yang berteduh dibawah semangat Barisan Nasional. Maka UMNO tidak ada kelayakan untuk menegur Presiden MCA sehingga dia boleh bercakap apasahaja termasuk dalam perkara Islam yang dia terlalu jahil kerana bukan agamanya.
HUDUD
Undang-undang Hudud adalah salah satu daripada hukum jenayahdalam syariat Islam, bersama dengan hukuman Qisas dan Takzir. Perkataan "Hudud" bererti batas-batas sempadan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh seseorang yang beriman, di mana hukumannya telah dinaskan oleh Allah secara nyata dalam Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW seperti juga nas wajib sembahyang lima waktu, puasa, zakat , haji dan pengharaman arak, judi, riba dan lain-lain. Hudud tidak boleh dinamakan "Hudud PAS" seperti juga tidak boleh dinamakan "sembahyang PAS".Hanya yang jahil murakkab sahaja boleh bercakap begitu. Allah berfirman yang bermaksud:
Maksudnya :"Dan tidaklah harus bagi seseorang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – mereka tidaklah mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (al-Ahzab – 36)
Perkara yang dinyatakan secara nas saperti Hudud dan Qisas tidak mungkin dicapai oleh akal manusia, maka Allah menyatakan petunjuknya secara jelas.Rasulullah SAW sendiri, para pemimpin dan ulama selepasnya wajib menerima dan pihak yang berkuasa pula wajib melaksanakannya di mana mereka tidak boleh bertelingkah atau khilaf dari segi wajibnya. Perbincangan dan berbeza pendapat hanya dalam perkara cabang dari segi mencari bukti dan proses kehakiman yang adil, bukan meninggalkannya.
Keseluruhan undang-undang jenayah Islam lebih bersifat dan berkonsepkan mendidik masyarakat, maka dikenakan syarat yang ketat sehingga sukar menjatuhkan hukuman, tetapi undang-undang dan hukumannya menakutkan sehingga Presiden MCA juga takut.Penjenayah lebih digalakkan bertaubat sebelum dibawa kemahkamah.Hukum Hudud tidak boleh diampun setelah diputuskan oleh mahkamah, kerana Hudud menjadi hak Allah bagi memelihara rukun kehidupan bermasyarakat.
Lucunya, terdapat pula kalangan yang jahil pula cuba berhujah, bahawa penjenayah akan berkeliaran atau bertambah kerana hukuman sangat sukar untuk dijatuhkan. Hakikatnya ini tidak akan berlaku kerana sebelum sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, pihak yang mendakwa atau pendakwa akan menentukan samada cukup kesaksian atau tidak untuk kes hudud. Sekiranya bukti tidak cukup untuk kes hudud bukan bermakna terus dilepaskan.
Bukti-bukti jenayah ini mungkin cukup untuk di bawa kes ke perbicaraan takzir – di mana hukuman takzir adalah lebih ringan dari hukuman hudud.Dalam bahasa mudah difahami waktu ini, hukuman takzir boleh wujud dalam bentuk kanun keseksaan (penal code) yang hukuman dan beban pembuktiannya jauh lebih ringan dari hukuman hudud.
Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan UMNO wajib beriman dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam UMNO wajib bertegas dan istiqamah dengan Islamnya,seterusnya bertindak sama ada memecat MCA daripada Barisan Nasional atau UMNO di pecat atau keluar daripada Barisan Nasional atau ahli-ahli UMNO yang beragama Islam keluar UMNO beramai-ramai.
PAS DAN DAP
PAS berlainan dengan UMNO dan sangat berbeza, kerana PAS tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam (Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas) hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara. Sekiranya dikaji Surah Al Maidah yang diturunkan diMadinah, terdapat didalamnya undang-undang jenayah, diantaranya Hudud.
Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu.Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam.
PAS berijtihad memilih Demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud, kerana pendekatan demokrasi secara damai adalah bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan, walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang.
Maka proses pelaksanaan undang –undang termasuk Hudud dibawa kedalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihanraya lalu. Undang – undang jenayah Islam termasuk Hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, di bentang dan dibuka kepada proses soal-jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya.
Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam sahaja, sama sekali tidak untuk bukan Islam. PAS tidak membawa perkara ini diKedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi.
DAP pula bukan parti kerajaan pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA. Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA,MIC dan semangat kebangsaan UMNO yang terlalu tinggi. Maka PAS lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas.
Hubungan PAS dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat. Maka isu pelaksanaan Islam oleh PAS dalam negeri Pakatan Rakyat adalah berpandukankepada hukum Tahaluf Siyasi dalam Feqah Siyasah.Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong PAS dan rakyat seluruhnya.
PAS tetap tegas dengan perjuangan Islamnya dan DAP pula tegas dengan perjuangannya. Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil.
Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan agama Islam.Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan sekiranya memerintah negara.Cara ini tidak boleh dilakukan oleh UMNO dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional.
Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasamelayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka PAS yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali.
Penulis adalah Presiden PAS yang juga anggota Parlimen Marang.
Ikan Sebelah Laut atau juga dikenali sebagai ikan sisa Nabi, nama saintifiknya Pseudorhombus spp./Achiroides spp. adalah tergolong dalam ikan air masin dan tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia.
Ikan sebelah atau ikan sisa nabi ini menurut sejarah telah dimakan oleh Nabi Sulaiman AS tetapi oleh kerana baginda tidak sempat menghabiskannya, baginda telah melepaskan sebelah lagi ke dalam laut. Dengan kehendak Allah, ikan itu hidup semula dan berenang kembali ke lautan dengan keadaan ikan tersebut yang hanya tinggal sebelah dengan satu mata sahaja.
Bukti kewujudannya kekal sehingga ke hari ini untuk dijadikan iktibar bagi mereka yang masih ragu-ragu dengan kebenaran Islam. [sumber]
Bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat akan mengumumkan dalam bulan ini, menyertai salah satu parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat - Parti Tindakan Demokratik (DAP)!
Ong Tee Keat adalah bekas presiden MCA paling lantang mengkritik beberapa polisi Barisan Nasional sejak kalah dalam perebutan jawatan Presiden di tangan Chua Soi Lek yang disokong Umno-APCO.
Tee Keat berkata, beliau akan membawa kumpulan pengikutnya, termasuk Ketua Wanita MCA Melaka, Xuexia, Pengerusi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Qingzhou Weng bersama bekas Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang.
Ong Tee Keat Ahli Parlimen Pandan, sekiranya dia menyertai Parti Tindakan Demokratik, pertempuran di kawasan parlimennya yang sama, akan membantu Parti Islam Semalaysia (PAS) mempertahankan kerusi DUN Chempaka yang disandang Exco Kerajaan Selangor, Iskandar A Samad seterusnya meningkatkan peratusan kemenangan Pakatan Rakyat.
Menurut sumber maklumat dalaman mengatakan bahawa selepas Tahun Baru Cina, Tee Keat bertemu dengan penyokongnya di satu lokasi yang dirahsiakan untuk meminta pandangan mereka tentang nasibnya dalam MCA.
Menurut sumber itu, bahawa penyokong memihak kepada keputusannya untuk meninggalkan MCA, kerana perjuangan yang berterusan dan tidak masuk akal tidak akan membawa MCA ke mana-mana. Sumber yang mengatakan bahawa Tee Keat telah bertemu pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur untuk membincangkan masalah-masalah mereka, sebenarnya adalah Chua Jui Meng yang kini Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tee Keat dan Jui Meng selepas mesyuarat, menegaskan bahawa penghijrahan Tee Keat tidak akan mendesak untuk memperoleh jawatan, hanya mendengar kepada analisis Jui Meng bagaimana Pakatan Rakyat bakal membentuk kerajaan persekutuan dengan pelan peralihan kuasa yang teratur.
Tee Keat akan mengumumkan hasratnya dalam masa terdekat, dipercayai sebelum pembubaran parlimen yang dijangka 14 Mei ini. JALAN PULANG
Presiden MCA yang pernah menjadi bintang video lucah, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan Hudud tidak akan memberikan implikasi kepada bukan Islam.
"Boleh jadi beliau tidak melakukan kerja rumah, saya kecewa dengan apa yang beliau ucapkan" Kata Presiden MCA itu.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa MCA Batu Pahat jumaat lalu, Chua juga mencabar Jamil Khir untuk berdebat tentang bagaimana kesannya Hudud terhadap seluruh rakyat Malaysia jika ianya dilaksanakan..
Nak kata apa lagi sekarang.. Menteri yang menjaga hal ehwal Islam pun, Presiden MCA ni kata tak faham pasal hudud..
Nampaknya kali ini.. bukan UMNO yang ahlinya majoriti berugama Islam akan menjelaskan kepada MCA apa itu Hudud dan kesannya kepada rakyat Malaysia..
Tapi MCA yang keseluruhan ahlinya bukan berugama Islam pula akan mentarbiyah dan memberikan tunjuk ajar kepada Ahli-ahli UMNO..
50 tahun lebih bersama.. inilah hasil yang boleh dibanggakan oleh ahli-ahli UMNO. -alditta
Soi Lek: Jamil needs to do homework on hudud first BATU PAHAT: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek says Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom has not done his homework when he said PAS' brand of hudud would have no effect on non-Muslims.
"Maybe he did not do his homework.
I am disappointed with what he said," the MCA president said.
On Wednesday, Jamil Khir told Nibong Tebal MP Tan Tee Beng in the Dewan Rakyat that hudud would not affect non-Muslims.
Tan had asked him if it would ever be implemented in Malaysia.
Speaking to reporters after chairing the Batu Pahat MCA committee meeting on Friday, Dr Chua invited Jamil Khir to a debate on how hudud would affect all Malaysians, pointing out that it involved amending the Federal Constitution.
He also pointed out that a political party should not be equated to religion.
"PAS is a political party while Islam is the official religion.
"The MCA is upholding the constitution which states the country's official religion is Islam while Malaysians are free to embrace their own," he said.
Asked if his comments about Jamil Khir would affect Barisan Nasional, Dr Chua said the MCA, as a political party, had the right to express its views.
Dr Chua added that he would not apologise to a group of PAS Youth members who had held a protest at Wisma MCA over his statement on hudud.
"Why should we be scared? We are merely stressing our views and the people have the right to choose," he said ~ The Star Online
Ni baru betul kes terkena batang hidung.
GB dah ulas banyak kali, bahawa Allah itu Maha Benar dan Maha Adil, Dia akan menegakkan dan menunjukkan kebenaran dan keadilan kepada umat manusia. Bahawa Soi Lek dan MCA telah menghina Islam. Tetapi puak UMNO kata Soi Lek tak hina Islam, cuma mereka tak suka PAS.
Kini terpampang jelas, ulamak UMNO pun dah (dengan maaf) dikencingkan oleh Soi Lek.
Sebab selama ini UMNO inggeh apa juga penghinaan Soi Lek terhadap Islam.
Apatah lagi dengan sikap Presiden UMNO sendiri yang membisu dan berdiam diri yang amat menggembirakan Soi Lek. -GB
Satu perkembangan yang menarik.. semakin hari semakin berkurangan samseng-samseng UMNO yang mengambil upah untuk menganggu program Jelajah Merdeka Rakyat ini..
Samada kebanyakkan mereka telah mula sedar bahawa selama ini mereka diperbodohkan pemimpin UMNO atau upah semakin berkurangan.. entahlah...
Ketibaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama-sama Menteri Besar, Khalid Ibrahim disambut meriah oleh lebih 1,500 rakyat yang sudah menanti ketibaan pemimpin Pakatan Rakyat sejak jam 1 tengah hari lagi di Sungai Besar, Selangor.
Bagaimanapun, samseng Umno yang dianggar lebih 10 orang mula melakukan provokasi memegang sepanduk mengecam Anwar konon dia tidak diterima di parlimen tersebut.
Insiden sama berlaku awal pagi tadi di Bandar Tun Razak di mana samseng diupah Umno membuat bising dengan membunyikan hon motosikal masing-masing tetapi tidak dihiraukan penyokong yang sudah tiba sejak jam 9 pagi.
Anwar berucap di hadapan sebuah restoran di pekan Sungai Besar sambil skuad keselaamatan memantau pergerakan samseng Umno bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Rakyat pelbagai kaum tidak menghiraukan cuaca yang agak panas mendengar amanat Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat malah ada yang berteduh di beberapa buah khemah yang disediakan khas bagi memberi sedikit keselesaan kepada mereka.
Sebelum itu, orang ramai tidak melepaskan peluang untu bersalaman dan bergambar dengan Anwar serta Khalid yang ceria melihat sambutan hebat walaupun mendapat maklumat kehadiran bas jelajah tersebut kurang seminggu lalu.
Pengerusi KEADILAN Selangor yang juga timbalan presiden, Azmin Ali dijangka tiba bila-bila masa dari sekarang bagi menyertai rombongan bas meneruskan perjalanan ke parlimen Sabak Bernam dan Hulu Selangor selepas ini ~PASPB
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Hasan Ali alJATI seolah-olah menjadi risau dan gabra apabila beliau mendapat bisikan dari Syaitan Umno bahawa "DAP dan MCA ada agenda sulit" untuk menghadapi PRU 13 nanti. Ahh!, kalau MCA boleh bersepakat dengan DAP, kenapa PAS tak boleh berkompromi dengan Umno? Ha, ha! Itulah niat sebenar Hasan, tetapi malang,, kerana dia tidak pernah bertanya kenapa pula Umno tidak mahu ikut kehendak PAS!
Hasan sebenarnya mahu menjadi penyelamat kepada UmnoBn. Kalau boleh dia mahu DAP ikut MCA, bukan sebaliknya. Begitu juga PAS,, Hasan mahu PAS ikut Umno bukan ikut DAP dan PKR. Berhempas pulas si Mamat ni membuat kenyataan-kenyataan yang boleh membuat Umno tertawan padanya, namun tak dipandang pun oleh Umno. Sebusuk-busuk dan sebodoh-bodoh Umno rupa-rupanya pandai juga mereka memilih antara kucing kurap dan kucing parsi ! kasihan Hasan !!
4 NEGERI PAKATAN HARAMKAN KAMERA AES - SYABAS PAKATAN!
INI CONTOH KAMERA AES YANG TERBAIK
KOMENTAR TUKAR TIUB inilaha bukti kerajaan pakatan
kameras AES yang baik adalah kamera AES yang menyembah bumi
pastikan kamera ini menyembah bumi kerana tujuan kamera ini ialah untuk merompak harta rakyat
INI CONTOH BELUM BERAPA BAIK
PAKATAN MAHU TANGGUH LULUS KAMERA AES DI NEGERINYA
KUALA LUMPUR, 29 Okt — Kesemua empat negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) telah membuat keputusan untuk menangguh untuk meluluskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mengesan pesalah trafik yang melanggar had laju dan lampu isyarat, kata ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bagan berkata, ini bermakna lebih 40 peratus kamera tidak akan dipasang, mewakili 331 dari 831 kamera AES seluruh negara.
AES INI TUJUAN KAYAKAN KRONI
"Ini kerana Pakatan mahu menjaga kepentingan rakyat," katanya.
Kamera AES kini dalam proses percubaan, dipasang di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 14 buah kamera dipasang di jalan raya.
Lim berkata, kelulusan dari pihak kerajaan negeri diperlukan untuk projek yang melibatkan kerajaan persekutuan untuk membincangkan isu tanah.
Pihak berkuasa tempatan akan menangguhkan kelulusan untuk pemasangan kamera AES hingga mereka mendapat lebih banyak maklumat tentang penggunaan kamera tersebut, kata Lim.
DI SERDANG MAJLIS TEMPATAN WAJIB BUKA
"Buat masa sekarang, kita akan tangguhkan dahulu untuk perbincangan."
Beliau berkata, kerajaan negeri mahukan pandangan dari orang ramai terhadap kamera tersebut.
"Kita bukan nak galakkan mereka sesuka hati membuat kesalahan tetapi biarlah secara betul," kata beliau lagi.- Bro TT
MAI TENGOK!!! 10, Ooo Samseng UMNO cuba kacau Jelajah Merdeka Rakyat di Sungai Besar
Selepas selesai lokasi pertama di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, bas Jelajah Merdeka Rakyat kini meneruskan perjalanan dan tiba di lokasi kedua di Sungai Besar, Selangor.
Ketibaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama-sama Menteri Besar, Khalid Ibrahim disambut meriah oleh lebih 1,500 rakyat yang sudah menanti ketibaan pemimpin Pakatan Rakyat sejak jam 1 tengah hari lagi.
Bagaimanapun, samseng Umno yang dianggar lebih 10 orang mula melakukan provokasi memegang sepanduk mengecam Anwar konon dia tidak diterima di parlimen tersebut.
Insiden sama berlaku awal pagi tadi di Bandar Tun Razak di mana samseng diupah Umno membuat bising dengan membunyikan hon motosikal masing-masing tetapi tidak dihiraukan penyokong yang sudah tiba sejak jam 9 pagi.
Anwar berucap di hadapan sebuah restoran di pekan Sungai Besar sambil skuad keselaamatan memantau pergerakan samseng Umno bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Rakyat pelbagai kaum tidak menghiraukan cuaca yang agak panas mendengar amanat Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat malah ada yang berteduh di beberapa buah khemah yang disediakan khas bagi memberi sedikit keselesaan kepada mereka.
Sebelum itu, orang ramai tidak melepaskan peluang untu bersalaman dan bergambar dengan Anwar serta Khalid yang ceria melihat sambutan hebat walaupun mendapat maklumat kehadiran bas jelajah tersebut kurang seminggu lalu.
Pengerusi KEADILAN Selangor yang juga timbalan presiden, Azmin Ali dijangka tiba bila-bila masa dari sekarang bagi menyertai rombongan bas meneruskan perjalanan ke parlimen Sabak Bernam dan Hulu Selangor selepas ini.
Ahli-ahli Umno seperti beruk belaan yang digunakan untuk mengambil upah memanjat kelapa sahaja.
Oleh Aspan Alias
Dalam keadaan terdesak pemimpin-pemimpin BN mengeluarkan kata-kata yang memilukan kita semua dan tidak pula mereka menyedari yang dari kata-kata itu ia menampakkan keterdesakan mereka. Akhirnya mereka sendiri membuatkan rakyat merasa bosan terhadap mereka.
Belum pun hilang dengungan kata-kata Chua Soi Lek yang menghina hudud dan bercakap di dalam perhimpunan agung parti itu, tiba- tiba Mahathir pula berkata orang Melayu sedang merempat di dalam negerinya sendiri.
Dr Mahathir telah melawak bodoh dengan mengajak rakyat menyokong Umno yang bertanggungjawab menjadikan orang Melayu merempat.
Beliau seolah-olah menuduh yang Pakatan Rakyat yang menyebabkan Melayu merempat sedangkan Pakatan belum lagi memerintah kerajaan negara ini. Pakatan akan hanya memerintah buat pertama kalinya selepas pilihanraya yang akan datang ini, jika mendapat keizinan Tuhan.
Dr Mahathir seolah-olah sudah lupa yang Melayu kini merempat kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini tidak berkemampuan untuk membangunkan orang Melayu yang kini merempat dari sudut pandangan Dr M.
BNlah yang bertanggungjawab menjadikan Melayu merempat di negara mereka sendiri. Seruan Dr Mahathir supaya rakyat menyokong Umno untuk tidak merempat ini merupakan lawak jenaka terbaik bagi abad ke-21 ini.
Bagi Mahathir penyelesaian dalam isu Melayu merempat ini ialah dengan menyokong Umno yang bertanggungjawab merempatkan orang Melayu selama ini.
Najib bacul
Serangan secara rasmi Chua Soi Lek terhadap Islam dalam perhimpunan yang juga dihadiri oleh Presiden Umno, Najib Tun Razak, menunjukkan kebaculannya dan melambangkan beliau seorang yang tidak mempunyai 'dignity' sebagai pemimpin negara ini.
Beliau mengiakan kata-kata dan serangan Soi Lek itu dengan berdiam diri mendengar kata-kata pemimpin Cina yang chauvinistic ini.
Najib tidak memberikan reaksi untuk mempertahankan agamanya dan ini tentulah oleh kerana hendak menjaga politik kepartian dan kepentingan dirinya sendiri.
Rupa-rupanya kepada Najib parti itu (MCA) lebih tinggi dan ditakuti oleh Najib. Beliau lebih takut kepada Chua Soi Lek yang terlibat dengan lakonan seks di sebuah Hotel di Batu Pahat, Johor beberapa tahun dahulu daripada takut kepada Tuhannya. Soi Lek lebih mulia dari agama dan undang-undang Tuhan.
Jika kita tidak mahu melaksanakan hudud itu jangan kita menafikan yang hudud itu adalah satu undang-undang yang terbaik yang datang dari Tuhan.
Kalau kita tidak mahu melaksanakannya kita mesti mengakui yang kita telah engkar terhadap seruan Tuhan tetapi jangan sampai menidakkan undang-undang dari Tuhan itu. Jangan sekali-kali kita mengharamkan yang halal dan menghalalkan perkara yang haram.
Najib sepatutnya tidak terikut-ikut dengan lagak Dr Mahathir yang suatu ketika dahulu mengejek-ngejek hudud sebagai undang-undang zalim dan tidak praktikal untuk dilaksanakan.
Bila Najib berdiam diri dan tidak mempertahankan serangan terhadap hudud oleh rakan kongsinya MCA, beliau boleh dicap sebagai petualang terhadap agamanya. Kepada semua rakyat tanpa mengira parti dan agama wajar memberikan Najib dan sekutunya pengajaran dengan mengalihkan kedudukan mereka daripada menjadi peneraju kerajaan kepada pembangkang.
MCA kurang ajar
Sikap kurang ajar MCA itu jangan dipandang enteng kerana ia melibatkan Tuhan semesta Alam yang Maha Suci dan Maha Agong itu. Kita tidak perlu membunuh dan bertindak kasar tetapi sebaliknya kita bertindak dengan baik dan lembut.
Apa yang perlu kita lakukan hanyalah pergi ke peti undi dan jangan kita memangkah lambang BN dan memberikan undi kita kepada parti-parti yang mempertahankan kesucian agamanya.
Sepatutnya MCA bertindak dengan menghormati agama kami seperti yang ditunjukkan oleh DAP. DAP secara rasminya mengambil sikap menghormati agama Islam seperti mana Islam menghormati agama lain seperti yang dituntut oleh Islam itu sendiri.
Kita rakyat Malaysia wajar memberikan sokongan kepada siapa yang menghormati kita, kerana kita menghormati penganut agama lain dan ingin duduk di dalam sebuah negara yang bersatu padu di antara semua kaum tanpa menyerang undang-undang agama yang kita anuti.
Umno sesungguhnya tidak bertanggungjawab kerana tidak menegur sikap angkuh Presiden MCA itu kepada agama dan Tuhan Maha Suci itu. Bukan sahaja pemimpin utama Umno berdiri tetapi keseluruhan pimpinan parti kerajaan itu berdiam diri termasuk penyokong- penyokongnya sendiri.
Jika begini keadaannya maka amat kita khuatiri jika BN terus memerintah maka Umno akan diperkudakan oleh MCA dan ini akan membuatkan agama kita dan undang-undangnya diserang setiap masa.
Kita khuatir jika BN memerintah lagi MCA akan menguasai kita termasuk agama kita sekali dan ia amat merbahaya kepada keutuhan hidup rakyat berbilang kaum selama ini.
Parti 'chauvinistic'
BN yang selama ini menuduh dan memfitnah DAP sebagai anti Islam sudah jelas hanya satu cara untuk memecahkan permuafakatan di antara kaum yang sedang terjalin melalui Pakatan Rakyat. Sekarang kita nampak dan boleh membuat pendirian yang 'conclusive' bahawa MCAlah yang paling 'chauvinistic' dan bukannya DAP.
Umno bisu dan kelu kerana ingin mangambil hati kaum Cina melalui MCA. Elok kita bertanya kepada pemimpin Umno khususnya Najib dan Muhyiddin. Bagaimana Umno dan BN hendak mendapatkan sokongan kaum Cina melalui MCA? Bagaimana?
Kita bertanya kerana MCA itu sendiri tidak mendapat sokongan orang Cina. Jadi bagaimana Umno hendak menggunakan MCA sebagai saluran untuk mendapatkan undi dan sokongan? Bukankah bodoh namanya itu.
Dalam keadaan sekarang Umno akan mengalami apa yang disebut oleh perbilangan, 'yang dikejar tidak dapat yang dijinjing berciciran'.
Maknanya saki baki sokongan orang Melayu terhadap Umno itu akan berkurangan kerana cemuhan terhadap agama Islam oleh MCA itu.
Sokongan orang Cina pun tidak diperolehi. Oleh Najib yang tidak mahu menerima hakikat yang kaum Cina tidak menghormati kepimpinan beliau. Kaum Cina telah sepakat untuk memberikan sokongan kepada DAP yang jelas lebih telus dan boleh diharap untuk membela semua kaum.
Kaum Cina telah bersatu untuk melihat sebuah kerajaan yang lebih bersih dan telus dan menepati kehendak rakyat untuk mencapai matlamat yang satu, iaitu perpaduan nasional yang sejati dan berkekalan.
Kalau diintai dan diselidik secara terperinci Umno sedang tersepit dan tidak bergerak lagi. Umno tidak dapat menunjukkan kehadiran di tengah masyarakat kerana parti itu dari segi teknikalnya telah mati di peringkat cawangan-cawangan.
Di cawangan-cawangan Umno hanya wujud di atas kertas tetapi tidak bergerak dengan mengadakan program-program yang selalu kita lihat tiga dekad dahulu.
Umno sudah mati
Yang bekerja dalam Umno hanyalah Najib dan Muhyiddin sahaja. Percayalah Umno sudah mati di peringkat 'grass-root'. Urat-urat di bawah tidak lagi memberikan kesegaran kepada pucuk Umno itu. Kalau urat sudah mati maka secara beransur-ansur tubuh akan mati akhirnya.
Penyokong-penyokong Umno tidak payah menghentam saya kerana komen saya ini. Saya telah bergiat di dalamnya sudah lama. Saya bergiat dalamnya sebelum mereka yang garang-garang dan mencarut ini belum lahir ke dunia ini lagi.
Umno sesungguhnya sedang dalam keadaan nazak dan sedang mengalami 'brain death'. Kalau tidak benar cakap saya ini takkanlah Umno sekarang menggunakan Dr Mahathir yang sekarang ini pun bercakap tidak tentu arahnya lagi. Umno benar-benar tidak ada prospek lagi sebagai parti yang relevan selepas pilihanraya ini.
Umno sudah lama terabai oleh pimpinannya kerana pimpinannya sibuk dengan 'glamour' dan menggunakan masa sepenuhnya untuk mencuri dan berniaga dan mereka ini menggunakan ahli-ahli biasa dalam Umno itu sebagai tangga mereka untuk memanjat sahaja.
Seperti beruk panjat kelapa
Pemimpin Umno hanya menggunakan ahli yang ramai seperti beruk belaan yang digunakan untuk mengambil upah memanjat kelapa sahaja.
Apabila beruk-beruk belaan mereka sudah menjatuhkan buah-buah kelapa beruk-beruk itu akan ditambat dan diberi makan di dalam tempurung sahaja. Begitulah sikap pimpinan Umno hari ini…baik Mahathir, Najib dan Muhyiddin. Semuanya sama sahaja.
Kepada saki baki penyokong Umno, janganlah mempertahankan Umno itu dengan bertindak kasar kerana ia akan menambah kebencian masyarakat terhadap parti itu. Buka minda seluas-luasnya dan berfikir selalu kenapa Umno itu dipersepsikan sebagai parti yang hodoh dan tidak beretika dan tidak lagi berkelayakan untuk dihormati.
Jika kita hendak menggunakan kata-kata kesat sedikit. Chua Soi Lek ini 'celaka' orangnya. Dia menggunakan apa sahaja cara untuk kekal relevan, sedangkan beliau tidak menyedari yang beliau telah lama tidak relevan.
Jika Najib membubarkan Parlimen dan memanggil pilihanraya tahun lepas, pada saat itu juga MCA akan terbukti tidak relevan. Jika pilihanraya diadakan esok, esok jugalah MCA tidak akan menjadi relevan lagi.
Dalam masa yang tidak berapa lama lagi MCA akan menjadi sebuah parti yang 'orphanage'. Parti itu akan jatuh dan akan memakan puluhan tahun untuk dibangunkan kembali.
Kepada Umno dan MCA elok kita nasihatkan supaya lebih beradap dan jangan memaksa-maksa orang untuk menyokong mereka.
Tunjukkanlah tauladan yang baik. Jangan menjadi perongos seperti Dr M dan Najib yang bercakap sombong dengan hidung yang tinggi.
Rakyat bukan bodoh lagi kerana rakyat sudah berpendidikan. Seperti diri saya ini, saya pun pergi juga ke sekolah sikit-sikit. Saya dan ramai lagi tidak buta huruf lagi. Kami boleh membaca sikit-sikit sekarang ini. Setakat hendak membaca dan menyelam air di dalam tunggak itu bolehlah sikit-sikit.
Kami ini pandainya tak seberapa, tetapi cukup untuk membaca langkah orang seperti Dr M dan Najib itu. Rakyat yang lebih pandai tentunya boleh membaca apa yang tersedik di dalam hati pemimpin-pemimpin Umno yang 'desperate' itu. Jika Umno mati kali ini, ia bukannya kejadian ganjil kerana Umno pernah dibunuh oleh pemimpin mereka sendiri.
Di dalam keghairahan Umno untuk menyebarkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat melalui media-media kawalan mereka, terdapat desas-desus di dalam Umno sendiri bahawa Umno juga kini terancam dengan serangan dari dalam parti mereka sendiri.
Ini didedahkan sendiri oleh laman web pro-Umno yang lebih kritikal terhadap parti tersebut iaitu Umno-reform, di SINI...
Terdapat perancangan dari pihak tertinggi dari Umno sendiri yang ingin menjatuhkan kredibiliti penyandang-penyandang kerusi Parlimen dan DUN yang tertentu agar pimpinan atasan dapat menjadikan alasan kukuh untuk menggugurkan beberapa Wakil Rakyat yang tidak sehaluan dengan mereka di dalam PRU ke 13 nanti. Maka, diatur perancangan dengan mengarahkan orang-orang mereka untuk menjalankan propaganda malahan fitnah terhadap Wakil Rakyat Umno/Bn itu sendiri supaya nama baik mereka terjejas. Apabila ini berjaya dilakukan, maka kepimpinan tertinggi Umno lebih mudah untuk menggugurkan nama Wakil Rakyat tersebut dari dicalonkan semula. Calon baru akan dibawa masuk dan sudah tentu calon ini adalah mereka yang menyokong atau terdiri dari tim kepimpinan sekarang.
Begitulah politik cantas-mencantas di dalam Umno yang sudah menjadi tradisi dulu, kini dan selamanya. Ahli-ahli Umno di peringkat bawahan tidak akan dapat menampilkan calon yang baik atau bersih selagi budaya ini berterusan di dalam Umno. Sebab itulah Umno kini semakin teruk dan jijik di pandangan rakyat, bahkan Umno semakin tidak dihormati oleh rakan-rakan mereka sendiri di dalam Komponen Bn.
Ayuh, tinggalkan Umno kerana tanpa Umno Melayu dan Islam boleh bangkit bersama dan kaum lain juga tidak akan merasa terancam.
Inilah salah satu dari beribu-ribu contoh projek-projek Umno yang telah membiarkan kroni mereka membaham duit rakyat secara membuta tuli... Duit dah habis belanja tapi hasil kerja macam lahanat. Stadium rakyat yang baru setahun jagung telah roboh menyembah bumi...
Ingatlah wahai sekalian rakyat jelata bahawa stadium ini didirikan dengan duit titik peluh kita. Stadium ini dibangunkan oleh Umno dengan duit negara yang sepatutnya menjadi hak rakyat semua.
Ingatlah, stadium runtuh neh telah menghanguskan hampir RM300 juta ringgit wang rakyat. Inilah Umno, pejuang ketuanan Melayu yang sanggup membiarkan wang rakyat lebur begitu saja demi menyara kroni yang setia menjunjung mereka ditampuk kuasa...
Hapuskan Umno dari bermaharajalela meratah duit rakyat... DUIT KITA... Hidupkan ketuanan rakyat dibumi tercinta...
Kenapa dari kalangan umat Islam kita kini kebanyakannya gagal?
Antara punca terbesar sekali kenapa umat Islam kita gagal adalah kerana kita Islam tapi tak dak hidayah... Bila hidayah tak dak bermakna kekuatan kita tidak ada...
SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan dilontar Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tentang hudud satu penghinaan nyata terhadap agama Islam.
Dakwa Anwar, tindakan Soi Lek itu amat memalukan dan tidak mampu dipertahankan lagi.
Katanya, kenyataan Soi Lek yang dilakukan di hadapan Datuk Seri Najib Razak, juga bermaksud menghina beliau sebagai Perdana Menteri dan tetamu khas konvensyen tersebut.
"Saya sifatkan ianya sebagai satu serangan yang biadab dan telah menyinggung perasaan umat Islam," katanya yang dipetik dalam blog miliknya, semalam.
Soi Lek sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dan pelancongan serta boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam.
Beliau selepas itu meminta semua anggota parti MCA supaya meningkatkan lagi publisiti dalam usaha menepis dakyah pembangkang.
Katanya, lebih parah lagi, kenyataan Soi Lek itu seolah-olah dipersetujui Najib.
"Kebisuan Najib tentang perkara ini jelas menunjukkan beliau berada di pihak yang salah," katanya.
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Jangan jd bodoh dengan propaganda. tak ada umeno. melayu musnah.tak ada umeno.islam hancur,bidaah palaing besar, yang menghancur kan kesucian islam itu.adalah umeno sendiri,yang menghina melayu.makan darah melayu.juga menjahanam kan melayu itu,adalah dari umeno sendiri,dah puluhan tahun.minda melayu di cekik.di injak oleh melayu sendiri, biar kan umeno terkubur kali ini, hidup melayu.tetegaknya islam lebih aman tanpa umeno.
You are subscribed to email updates from otaiblues To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Umno Perak semakin menyedari harapan mereka untuk menang pada PRU 13 semakin tipis.Ramalan demi ramalan dibuat tetap menunjukan jawapan yang sama.Pakatan Rakyat akan merampas kembali negeri Perak dari tangan Barisan Nasional.Adalah diramalkan Pakatan Rakyat akan memenangi kerusi Dun sebanyak 6 kerusi lebih dari BN.Ini menerangkan bahawa Pakatan Rakyat akan menang selesa tanpa khuatir akan berlaku rampasan kuasa yang tidak sah oleh BN.
Kemungkinan menyedari hakikat ini menyebabkan mereka menjalankan taktik penjajah British,apabila menghadapi kependudukan Jepun di Tanah Melayu.Pihak British telah memusnahkan sumber sumber mineral seperti lombong lombong bijih timah dan insfrastuktur seperti jalan dan jambatan.Tujuannya adalah untuk menyusahkan Jepun untuk memerintah Malaya.Perkara ini turut ditiru oleh UMNO setelah mereka menyedari kesedaran dan kemaraan rakyat sudah tidak boleh dibendong lagi.
Menurut Mantan Menteri Besar Dato Seri Nizar Jamaludin dalam ucapan beliau di Taman Jutaria Batu Gajah semalam,kelihatan semacam suatu trend baru Umno untuk menjual hak milik kerajaan negeri kepada individu individu yang kelihatan nya seperti kroni Umno.Beliau mengambil contoh padang ragut di Sungai Terap.Ramai penternak lembu telah kehilangan padang ragut apabila ianya telah dijual kepada syarikat kroni.Beliau kesal kerana sidang DUN hanya berlangsung tidak sampai 3 jam,mengakibatkan perkara ini tidak dapat dibincangkan didalam dewan.Beliau juga turut membongkar berkenaan beberapa keping tanah di Bandar Batu Gajah yang turut dijual kepada kroni.Pihaknya akan menbuat siasatan lanjut dan mencari bukti terkini sebelum mendedahkan lagi butiran lanjut untuk pengetahuan rakyat.Pada pendapat penulis,mereka sekarang sedang berebut rebut mengaut kekayaan dari penjualan harta kerajaan negeri kerana mereka berangapan ini lah peluang terakhir untuk berbuat demikian sebelum kehilangan kuasa buat selama lama nya.Buat jahat berpada pada,Buat baik jangan sekali...
Kes Rumah Perak di Pulau Pinangyang telah dikonsesikan oleh kerajaan negeri juga turut dipersoalkan.Apakah rasional kerajaan negeri berbuat demikian?.Tidakkah adanya unsur unsur mengaut keuntungan oleh individu tertentu.Bagaima dengan ketelusan kontrak yang diberi kepada syarikat pemaju Al Creative?.Apakah kerajaan akan dapat keuntungan yang berbaloi melalui konsep ini?.Apakah tidak ada pilihan yang lebih bagus selain dari apa yang telah dijalankan?.Bagaimana dengan kebajikan kakitangan yang dulunya membayar cuma RM 50.00 sehari untuk menginap disitu.(Ada blog yang pro Umno menyatakan bahawa Syarikat tersebut tetap akan mengenakan bayaran yang serupa kepada kakitangan yang menyewa).Boleh diterima pakai kah janji tersebut memandangkan konsesi ini berjalan selama 30 tahun sebelum ianya diserahkan kembali kepada kerajaan Negeri.Sepatutnya kerajaan negeri mendedahkan berkara ini kepada umum supaya ianya lebih telus.
Msinc TBO-Hari nie mak teman merebus ubi kayu...sebab semalam teman nampak ubi kayu terlanya depan romah...teman kate pade mak teman....belajo lajor ler makan ubi kayu...pasai lepaih ni PR merentah..negara bengkrap...kene makan ubi kayu...hi..hi..(org umno suke beno main isu ubi kayu nie..isu yang telah ditertawakan oleh ramai orang muda..apalah akai umeno nih..koncan..)
mak teman ade citer zaman jepon...cerite santan aya...santan..aya...saper yang tau citer ni...sape tau citer ni..aku belanjer makan di kedai kulop...makan apa saje..sampai muntat...ha..ha..
Gambar ni diambil sewaktu mengikuti program ibadah qurban peringkat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang pada 27 Oktober lalu. Lokasi bertempat Batu 7,Changkat Jering.
Kelihatan seorang anggota JPJ sedang mengendalikan kamera 'speed track' berhadapan sign board 60 km/j. Orang yang lalu lalang di sini pasti terperangkap dengan kamera 'speed track' ni.
Bukti jelas menunjukkan tujuan kamera 'speed track'di laluan sebegini adalah untuk menganiaya orang ramai dan bukannya tujuan untuk mendidik. Bak kata Ustaz Idris Ahmad, kereta lembu pun berkelajuan 63 km/j.
Oleh sebab itu, kesemua negeri Pakatan Rakyat menangguh pelaksanaan sistem AES yang jelas banyak kepincangannya walaupun sebelum dilaksanakan. Sistem AES jelas ingin merompak duit rakyat secara lebih bersistematik.
Cuba anda semua bayangkan, sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 Sept lepas (rujuk sini).
Kira-kira 3,000 orang Cina keluar dewan ketika Presiden MCA aka Pelakon Video, Chua Soi Lek berucap pada Majlis Makan Malam di Kulai, Johor semalam.
Pihak penganjur mendakwa bahawa kira-kira 5,000 orang hadir pada program tersebut. Kalau kira-kira 20 peratus orang yang hadir keluar dewan apa maknanya ini.
Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bingkas bangkit membela bossnya dengan mendakwa bahawa, tindakan sebahagian masyarakat Cina keluar daripada majlis ketika Chua Soi Lek berucap bukan petanda pengurangan sokongan.
Liow berkata, pihaknya sudah mendapat banyak sokongan dengan penganjuran majlis makan malam mega di pelbagai tempat dan insiden semalam petanda membawa maksud bahawa ia menjadi isu besar.
"Ia tidak bermakna mereka tidak memberikan sokongan kepada kita," katanya dalam sidang media selepas merasmikan kongres berkaitan sel tunggal di Kuala Lumpur hari ini.China Press hari ini melaporkan, kira-kira 20 peratus daripada 15,000 yang hadir dalam majlis makan malam MCA di Kulau keluar ketika Dr Chua berucap.
Penganjur program bertajuk "Kestabilan melampaui huru-hara" bagaimanapun menjelaskan tindakan peserta keluar awal bertujuan mengelak kesesakan jalan raya.Liow menjelaskan, Johor masih kubu kuat MCA.
SHAH ALAM - Noor, seorang janda, pada mulanya teruja mendengar pengumuman Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang menyatakan janda akan turut menerima bahagian mereka apabila durian runtuh diagihkan kelak.
Mereka agak kecewa kerana perkara itu tidak berlaku. Pengalaman pahit dilalui.Pun begitu, Noor dari Felda Jengka 14, Pahang reda dengan keengganan bekas suaminya menyerahkan sebahagian duit durian runtuh yang sepatutnya diterima isteri peneroka Julai lalu.Noor, 43, berkata, sebelum bercerai, dia dan suami tinggal di Felda Bukit Sagu.
Menurutnya, dia sudah membuat tuntutan kepada bekas suaminya itu, namun tidak diendahkan."Saya juga telah meminta bantuan pihak pengurusan Felda di sana (Bukit Sagu) supaya membantu saya mendapatkan bahagian saya, namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia bergantung sepenuhnya atas budi bicara bekas suami," katanya kepada Sinar Harian.
"Sepatutnya janda dan isteri baru masing-masing akan menerima RM2,500 tetapi lain pula yang terjadi kepada saya."Lebih 20 tahun saya hidup sebagai isteri peneroka, malah pernah hidup susah ketika mula-mula masuk ke kawasan Felda dahulu, namun ia tidak dihargai," katanya.Noor berkata, dia kini menyewa di rumah saudaranya dan tinggal bersama dua anak yang masih bersekolah."Sudahlah bekas suami tidak pernah memberikan nafkah untuk menyara anak-anak, kini durian runtuh pun saya tidak dapat," katanya.
Seorang peneroka, Rashid (bukan nama sebenar) pula mengeluh kerana gagal mendapatkan sebahagian durian runtuh untuk isteri keduanya kerana isteri pertamanya enggan berkongsi wang terbabit.Rashid, 63, berkata, isteri pertamanya yang merupakan penama cek, enggan memberikan sebahagian RM5,000 yang diterima kepada isteri keduanya.
"Dia enggan menyerahkannya atas alasan wang itu haknya kerana cek ditulis atas namanya."Disebabkan isteri pertama saya enggan berkongsi durian runtuh fasa kedua, saya akan serahkan durian runtuh fasa ketiga nanti kepada anak bersama isteri kedua," katanya.
Dia mencadangkan supaya Felda mengkaji semula cara pengagihan durian runtuh yang disifatkan sekarang kurang tepat. "Pada pandangan saya, lebih baik pengagihan kepada peneroka yang berkahwin dua ini diserahkan kepada pengurus Felda."Pengurus diberi hak untuk menunaikan cek, seterusnya dibahagikan sama rata kepada penerima," katanya.
Rashid mencadangkan perkara sama dilakukan kepada anak peneroka yang sudah kematian ibu bapa."Ini kerana sudah ada kejadian anak peneroka yang dipertanggungjawabkan menerima durian runtuh ini tidak mengagihkannya secara sama rata dengan adik-beradik mereka."Baru-baru ini ada yang sampai bergaduh sehingga dimasukkan ke penjara semalaman kerana berebut duit," katanya.
Sebelum ini, Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Datuk Saari Din menasihatkan peneroka memilih sendiri siapakah di antara anak mereka yang patut menerima durian runtuh berkenaan. ~sinar
KUALA LUMPUR 29 Oktober: Menteri Pengangkutan diberi tempoh tiga minggu untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi pemandu teksi dan jika gagal, satu himpunan di ibu negara akan diadakan sebagai tanda bantahan kepada kerajaan.Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan memberi amaran, seluruh pemandu teksi Lembah Klang akan berhimpun di Dataran Merdeka jika Datuk Seri Kong Cho Ha gagal memberi sebarang tindak balas.
"Kemelut pemandu teksi berterusan berpuluh tahun dan semakin tidak terkawal…Terbaru kami dikatakan pemandu teksi terburuk di dunia," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.Beliau juga meminta masyarakat tidak meletakkan beban kesalahan sepenuhnya kepada pemandu teksi yang menjadi mangsa pengurusan industri teksi.
Dalam pada itu, pemandu teksi, Manoharan mengecam akhbar The Starkerana memburukkan reputasi pemandu teksi dalam laporannya."Rosak imej 100,000 pemandu, kami juga manusia dan ada maruah. Jika kami rosakkan imej negara, bagaimana dengan penindasan berpuluh tahun terhadap kami?" soalnya.Pengurusan terburuk di dunia.
Amran menyifatkan, 'anugerah' pemandu teksi terburuk di dunia sebagaimana dinyata dalam akhbar tersebut berpunca dari pengurusan industri teksi paling teruk di dunia."Selepas penubuhan Spad (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat), Kementerian Pengangkutan tidak lagi ambil tahu tentang hal ehwal industri teksi."Pengerusi Spad, Tan Sri Syed Hamid Albar pula gagal laksana tanggungjawab dan hanya jadi malapetaka bagi industriteksi…beliau tidak minat untuk selesaikan masalah," katanya.
Menurut Amran lagi, setiap pertemuan antara pemandu teksi dan Spad gagal menyelesaikan apa-apa masalah."Kami diberi alasan lapuk seperti 'sedang kaji', 'akan dipertimbangkan' atau 'akan diambil tindakan'…Akhirnya masalahberterusan dan nasib kami masih tetap begini," katanya.Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menulis surat untuk mengatur pertemuan antara BBPTB dengan Menteri Pengangkutan.
Antara yang turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat).Awal bulan lalu, kira-kira 250 pemandu teksi mogok di hadapan kompleks beli belah Pavilion di ibu negara sebagai tanda protes terhadap perkhidmatan bas percuma Go KL yang sedikit sebanyak 'membunuh' mata pencarian mereka. ~kd
Pada 28 Oktober 2012, sekitar jam 11.35 pagi che'GuBard dengan diiringi Sdr Saufi, Penyelaras bersama SAMM NS bersama 4 teman SAMM yang lain telah tampil ke Balai Polis Seremban 2 (IPD Seremban) untuk membuat laporan polis dan menyerahkan handycam yang diselamatkan oleh SAMM semalam.
Laporan polis (serialam/009753/12) telah diterima oleh Lans Kopral Siti Noorasishah Bt Ishak, dalam laporan dua muka surat yang ditaip sendiri saya tegaskan semua kronologi kejadian yang berlaku. Laporan saya bertujuan untuk polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kejadian provokasi oleh Umno yang jelas mahu mencetuskan keadaan kacau dan pergaduhan.Kedua saya nyatakan dalam laporan saya mendesak tindakan diambil kepada anggota polis yang sengaja mendiamkan provokasi Umno berlaku termasuk pegawai polis pengendali handycam yang jelas hadir dan mendiamkan diri bila kekecohan berlaku.
Saya juga dimaklumkan mengenai kehadiran sekumpulan anggota polis dari Johor telah berada di IPD Seremban sejak awal pagi lagi.Kemudian saya telah dibawa oleh ACP Hj Ghaffor Hj Yunus Pegawai Siasatan Jenayah IPD Seremban untuk dirakam percakapan. Sekali lagi saya ceritakan semua kronologi yang berlaku dan menjawab semua soalan yang berkaitan yang diajukan kepada saya.Dalam kenyataan saya juga saya mohon tindakan ke atas pegawai polis bernama Inspektor Chin (jika tidak salah nama penuhnya Chin Mui Fatt) yang jelas telah bercakap melalui telefon lebih dari sekali dan saya ulang jaminan yang turut saya bagi kepada pegawai tinggi polis yang lain yang menghubungi malam itu bahawa saya akan serahkan kamera dengan satu laporan polis berkaitan kejadian.Namun saya terus dihubungi oleh beberapa anggota DAP (penganjur) memujuk saya patah semula dan memulangkan handycam tersebut malam itu juga.
Saya pelik, setelah diselidik rupa-rupanya pegawai polis bernama Chin ini telah menahan mereka untuk memujuk saya menyerahkan handycam kepada dia pada masa itu juga. Tindakan ini jelas tidak mengikut prosedur, apakah ada SOP polis bertindak umpama Abu Sayaf menculik orang untuk mendapatkan tebusan (handycam)?Ketika itu jam hampir 4 pagi, saya hubungi Inspektor Chin mengingatkan mengenai jaminan bersama berkenaan penyerahan handycam yang telah dipersetujui dan mempersoalkan apa kuasa dia menahan anggota DAP tersebut.Dia terus mengatakan "Saya tak tahan, cuma panggil tanya-tanya saja.."Dimaklumkan oleh teman-teman di Johor beberapa minit selepas jam 4 pagi kesemua anggota DAP yang ditahan di Balai Seri Alam itu akhirnya dibebaskan.
Selepas itu di hadapan ACP Ghaffor saya telah menyerahkan Handycam tersebut dalam keadaan baik dan mendapat salinan borang bongkar.Selepas itu saya diminta oleh Polis untuk dirakam pula percakapan oleh salah seorang polis yang datang dari Johor iaitu Inspektor Mohd Shahril. Soalan lebih tertumpu kepada siapa yang mula ambil dan serah kamera dan seumpamanya. Rupanya ada 3 laporan polis ke atas saya kerana peristiwa di Masai malam itu dan jelas laporan tersebut ada berbeza dengan kejadian sebenar yang berlaku yang disaksikan oleh beratus hadirin. Semua sesi 1 laporan polis dan dua rakaman kenyataan tamat dalam masa 3 jam dan pihak polis kelihatan amat profesional dan mesra dalam mengambil laporan polis dan rakaman percakapan saya.Isunya cuba dialih pasal handycam. Handycam hanya wujud dan mungkin menjadikan perkara ini isu sedikit besar, tetapi isu sebenarnya ialah:
1.Penganjur PR sudah dapat kebenaran polis tetapi mengapa polis diam ketika Umno buat kacau dengan pasang speaker besar mainkan rakaman ceramah dan menjerit terlolong? Kalau program Umno dan ada PR yang buat begitu bagaimana tindakan polis ?
2.Polis ada tetapi terpaksa diam dan menyorok ketika kekecohan tersebut. Ada beberapa kemungkinan pertama polis tidak berkuasa apabila berdepan Umno atau sememangnya kejadian tersebut disusun sebegitu untuk mengundang pergaduhan kerana jika bergaduh media akan main isu ini secukupnya.
3.Umno - Bn jangan bacul tampil berdebat secara matang. Ketua Pembangkang cabar PM berdebat, takut tetapi Umno hantar kaset ganggu program PR.
4.Kami tuntut asas demokrasi dalam perkara ini untuk sedikit ruang berkempen tanpa diganggu, sepertimana Umno yang berkempen 24jam setiap hari melalui media perdana tanpa diganggu. Ini amat jarang berlaku di Johor, diyakini ini berlaku dan ia akan menjadi trend kerana dengan perkembangan mutakahir ini menunjukkan Johor bukan lagi kubu Umno bn seperti dulu.
SAMM memberi masa dua minggu untuk PDRM mengambil tindakan kepada pihak yang membuat provokasi juga anggota yang mendiamkan diri melihat provokasi jahat Umno jika tidak kami akan ke bahagian tatatertib Bukit Aman mengadu hal ini dan pengaduan kepada SUHAKAM juga akan difailkan.4 November 2012, 9 malam di lokasi berhampiran iaitu di Jalan Betik 1, Taman Kota Masai akan diadakan Ceramah Umum 'le tour de Scorpene Scandal' yang menampilkan peguam Scorpene bersama penceramah PR.
Kami amat berharap agar program boleh berjalan lancar tanpa gangguan.Saya tidak menyalahkan pihak polis 100% dalam perkara ini, dengan rasa penuh simpati dan memahami bagaimana campur tangan politik mengekang dari polis kebanyakanya bertindak berdasarkan ruang undang-undang sebenar dan inilah janji PR jika ditakdir ke Putrajaya maka institusi polis ini perlu dibebaskan.Baca laporan lengkap Polis lari hilang bila Umno buat kekecohan, kamera video diselamatkan SAMM di ( SINI )
KUALA LUMPUR - Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye memuji kepantasan polis menahan penjenayah yang cuba memecah masuk rumahnya di Taman Maluri, Cheras di sini hari ini."Saya difahamkan oleh unit peronda polis bahawa ada penjenayah cuba memecah masuk rumah saya. Ketika itu saya ada di rumah bersama isteri dan pembantu rumah saya."Namun setiap sudut rumah saya berkunci dan tiada barang berharga yang hilang," katanya yang juga aktivis sosial dan bekas ahli Parlimen Bukit Bintang kepada Bernama.
Polis kemudiannya menahan empat lelaki dalam kes itu yang berlaku kira-kira 5 pagi tadi.Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, polis yang membuat rondaan di kawasan itu pada mulanya telah terserempak dengan dua lelaki yang cuba memasuki kawasan rumah Lee dengan memanjat tembok rumah.
"Apabila menyedari kehadiran polis, kedua-dua suspek meluru masuk ke dalam sebuah kereta Mercedes Benz yang menunggu dan memecut meninggalkan tempat itu."Polis mengejar suspek yang kemudiannya merempuh palang pos pengawal di Kondominium Pertiwi yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah Lee serta cuba melanggar anggota polis yang mengejar mereka," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata polis melepaskan tujuh das tembakan bagi mengelak daripada dirempuh oleh kereta berkenaan sebelum berjaya menahan empat lelaki tempatan berumur antara 30 hingga 40 tahun di dalamnya.Mohan berkata seorang daripada suspek cedera di kepala akibat terkena serpihan cermin kereta mereka dan polis menjumpai beberapa peralatan samun, pecah rumah dan curi kenderaan di dalam kereta yang digunakan mereka.
"Antara peralatan yang dijumpai ialah dua alat gerudi, tiga mata gerudi, satu set kunci L, empat pemutar skru, sembilan playar dan dua tukul kuku kambing," katanya.Turut ditemui ialah barangan yang dipercayai dicuri seperti seutas jam tangan, lima anak kunci kereta dan beberapa telefon bimbit.Kesemua suspek ditahan reman empat hari sehingga Rabu. ~bernama
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyifatkan polis berlagak seperti pengganas 'Abu Sayyaf' apabila menahan 4 anggota DAP ketika ceramah di Bandar Seri Alam, Masai semalam.Katanya, kejadian bermula selepas 10 ahli Umno membuat provokasi dengan memasang pembesar suara dengan kuat dari balai raya berhampiran, kira-kira 50 meter dari tempat ceramah."Penganjur dan saya cuba telefon polis tapi (mereka) tidak beri jaminan untuk datang selesaikan…(Sedangkan) pengajur telah dapatkan permit dua minggu sebelumnya."Keadaan makin tegang ketika saya berceramah dan saya sempat minta polis untuk tampil selesaikan kekecohan…polis memang ada di sana sebab kamera mereka dipasang di hadapan rostrum," katanya lagi.
Katanya, beliau meminta petugas SAMM mengawal keadaan dan tidak melayan provokasi Umno serta menyelamatkan kamera berkenaan daripada dirosakkan sebelum beredar ke lokasi ceramah kedua."Namun dalam perjalanan pulang dari program kedua, saya terima panggilan telefon dari polis termasuk dari Ketua Unit Tindakan Khas Johor, Datuk Ramli minta saya pulangkan kamera," katanya.
Lebih mengejutkan, katanya, beliau dimaklumkan 4 ahli DAP ditahan polis bernama Inspektor Chim Mui Fatt di IPD Seri Alam dan diugut tidak akan dilepaskan selagi kamera tersebut tidak dipulangkan."Inspektor Chim beritahu mereka kalau nak balik, kena minta saya serahkan kamera pada masa itu juga," katanya lagi.
Beliau kemudian menyerahkan kamera ketika membuat laporan berhubung provokasi Umno di Balai Polis Seremban pada jam 11.30 pagi tadi."4 ahli DAP itu dibebaskan pada jam 4.15 pagi selepas ditahan selama tiga jam. Saya akan buat aduan di Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung tindakan polis yang tidak ikut prosedur itu," katanya lagi. ~keadilandaily
Iklan
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata partinya akan menyiasat berhubung dakwaan kebocoran maklumat kesiapsiagaan BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Tegasnya, beliau juga telah menulis surat kepada semua 13 anggota parti komponen BN supaya lebih berhati-hati daripada berlaku kebocoran maklumat sekalipun pihaknya mempunyai sistem kod untuk menjejaki dokumen itu seperti yang didedahkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
"Saya hendak dapatkan dokumen yang ada pada Lim Guan Eng, sapaya saya tahu siapa yang beri kepada beliau.
"Daripada dokumen itu sendiri, orang menerima dokumen itu, tidak tahu coding di mana... Barang kali dia (pemimpin BN) letak merata-rata... Dalam pejabat rambut sama hitam, hati lain-lain.
"Untuk makluman kita pun dapat dokumen daripada pembangkang. Tapi kita tak buat bising. Tak macam mereka, mereka buat bising. Apa yang dia ada, dia akan cerita. Kita pun tahu apa yang mereka laksanakan. Kita diam. Kita ada tiap-tiap dokumen mereka. Kita tahu tiap-tiap calon dia," katanya.
Sekalipun mempersoalkan tahap masa tertentu maklumat kesiapsiagaan yang dibocorkan, Tengku Adnan berkata pihaknya menulis surat kepada 13 komponen parti sebagai "peringatan dan tindakan berhati-hati" kepada mereka.
Tengku Adnan menjawab soalan pemberita berhubung maklumat BN yang bocor dan didedahkan oleh Lim Guan Eng sebelum ini.
Jika pada 21.10.2012 di dalam satu forum yang bertajuk 'Bicara Orang Muda' Ust. Fathul Bari Mat Jahya dari Ulama Muda UMNO telah membidas semua individu bukan Islam dari beberapa parti politik yang galak berbicara tentang hudud dan Islam.
Malah dalam rakaman video tersebut yang boleh dilihat di ( SINI ) bukan saja Presiden MCA yang dibidasnya tetapi Karpal Singh, Ketua Wanita MCA serta Ketua Pemuda Gerakan Kedah juga dibelasahnya..
Berbeza pula dengan kenyataannya pada 24 Oktober 2012.. beliau kelihatan bersungguh-sungguh pula untuk menutup kebiadapan Presiden MCA yang telah menghina Hudud..
Kenapa agaknya dalam masa yang singkat pendiriannya berubah?? Telur dah kena picit ke?
Iklan "Indonesia maids now on SALE" (gambar) tidak menghormati maruah seorang manusia ini telah ditampalkan di merata tempat disekitar Lembah Kelang oleh Smart Labour Services Sdn Bhd.
Ianya adalah satu bentuk penghinaan dan merendahkan taraf warga Indonesia kerana ianya telah mempromosikan Amah dari Indonesia sebagai komoditi dagangan bukannya manusia.
Dan ianya telah menimbulkan kemarahan warga Indonesia.. memang bodoh siapa yang buat kerja macam ni..
Ini laporan dari Aktual.co portal berita on-line dari Indonesia.
Jakarta, Aktual.co — Anggota Komisi IX DPR RI, Rieke Diah Pitaloka mengecam keras iklan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia.
Oleh karena itu, ia melayangkan surat terbuka kepada Kedutaan Besar Malaysia untuk merespon selebaran yang bertuliskan Indonesia Maids Now On SALE. "Surat ini saya layangkan sebagai respon terhadap selebaran "Indonesia Maids Now on SALE".
Menurut jaringan saya di Kuala Lumpur, selebaran tersebut ditempel di sejumlah tempat dan ruang publik di Kuala Lumpur.
Bunyi petikan iklan tersebut " Indonesian Maids now on SALE. Fast and Easy Application!! Now your housework and cooking come easy. You can rest and relax, Deposit only RM 3,500! Price RM 7,500 nett!"," kata Rieke di Jakarta, Senin (29/10).
Menurut dia, iklan yang ditempelkan di kota Kuala Lumpur itu sebagai sebuah bentuk penghinaan dan merendahkan Indonesia. Juga memposisikan pekerja migran Indonesia, khususnya pekerja domestik sebagai komoditi dagang, tidak sebagai manusia ~ Aktual.co
Ini pula laporan dari Kompas.com juga portal berita dari Indonesia..
JAKARTA, KOMPAS.com - Aktivis tenaga kerja Indonesia di Malaysia gerah dengan kemunculan iklan diskon penempatan tenaga kerja wanita di Kuala Lumpur, Malaysia.
Dalam iklan tersebut, disebutkan adanya diskon penempatan tenaga kerja hingga 40 persen. Direktur Eksekutif Migrant Care Anis Hidayah, Minggu (28/10/2012) di Kuala Lumpur mengatakan, iklan berupa selebaran itu ditempelkan di pohon atau di tempat-tempat lain pada ruang publik di Kuala Lumpur.
Dalam iklan tersebut dinyatakan bahwa para TKW dari Indonesia "now on sale". "Indonesian maids now on SALE. Fast and Easy Application!! Now your housework and cooking come easy. You can rest and relax, Deposit only RM 3,500! Price RM 7,500 nett," bunyi petikan iklan tersebut.
Anis menuturkan, selama ini seorang majikan diwajibkan membayar biaya penempatan TKW sebesar 12.000 ringgit atau sekitar Rp 36 juta kepada agen tenaga kerja. Adapun iklan di atas hanya menawarkan biaya penempatan sebesar 7.500 ringgit atau hampir Rp 27 juta.
"Begitu kami melihat itu, makanya kami naik darah. Ini bentuk pelecehan," kata Anis saat dihubungi Kompas.com dari Jakarta, Minggu malam. Melalui akun @anishidayah di Twitter, Anis menyampaikan kekesalannya atas kemunculan iklan yang ia temukan di kawasan Chow Kit tersebut ~ Kompas.com
Hubungan Malaysia dengan Indonesia pada suatu ketika pernah tegang kerana sikap kerajaan Malaysia yang lepas tangan dan cuai terutamanya dalam kes melibatkan penderaan oleh majikan.
Jadi Agensi kerajaan yang berkaitan perlu meneliti kaedah pengiklanan ini dan memantau perkara seperti ini bagi mengelakkan ia menjadi isu yang lebih besar..
Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka menentang Syariat Islam, khususnya undang-undang jenayah hudud, adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar.
Perlu diingat bahawa UMNO adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara Malaysia ini selama lebih dari lima puluh tahun.
Hakikatnya ialah, bahawa UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, dan ada menteri penjaganya.
Disamping diwujudkan Institut Kefahaman Islam (IKIM), Fakulti Pengajian Islam dibeberapa Universiti, di peringkat negeri pula ada Jabatan Agama Islam masing-masing dan ada Exco Agama daripada UMNO juga TETAPI segala-galanya ini tidak mampu meletakkan Islam itu tinggi di tempat yang sebenarnya dalam urusan negara Malaysia ini dan di negeri yang dipimpin oleh UMNO.
Adapun Majlis Fatwa Kebangsaan pula hanya bebas dalam lingkungan sangkarnya, berkokok mengikut waktu yang disesuaikan dengan keselesaan UMNO yang menjadi penunggunya.
Soalannya mengapa MCA boleh membuat kenyataan terbuka begitu rupa ?.
Dalam hal ini, MCA bukanlah parti yang patut disoal atau diminta penjelasan, kerana parti ini hanya mewakili kelompok masyarakat Cina bukan Islam. Manakala hukum hudud pula tidak ada dalam ajaran semua agama bukan Islam yang dianut oleh ahli MCA.
Parti UMNO lah yang secara khususnya patut dipersoalkan oleh bangsa melayu yang beragama Islam bukannya MCA, kerana banyaknya urusan Islam di dalam tubuh parti UMNO serta kedudukannya yang memimpin kerajaan pusat dan negeri.
PAS tidak merasa hairan apa yang berlaku, kerana UMNO adalah Parti Kebangsaan Melayu, di mana "Islam" hanya menjadi agama yang dianut secara peribadi kalangan ahli UMNO sahaja. Perlembagaan UMNO juga tidak meletakkan Islam menjadi dasar, matlamat dan hukum tertinggi.
Sifat individualistik yang menjadi konsep kepada ahli UMNO menyebabkannya tidak boleh bertindak terhadap ahlinya yang melakukan maksiat yang besar, apatah lagi yang terlalu kecil, kerana agama adalah urusan individu.
Ahli UMNO pula boleh menjadi orang yang soleh, paling kuat beribadat, banyak sembahyang, banyak mendirikan masjid, kerap umrah dan lebih banyak peluang haji, berkebajikan dalam masyarakat dengan sebanyak-banyaknya dan sebagainya.
Tetapi ahli UMNO tidak mampu bercakap atas nama partinya untuk menegur atau menyanggah kenyataan Presiden MCA, kerana ini akan bercanggah dengan semangat dan konsep kebersamaan dalam BN yang didukung sama oleh undang-undang tubuh UMNO yang diselaraskan dengan semua rakan-rakannya dalam Barisan Nasional.
UMNO lebih mengutamakan konsep pragmatik sekular yang didukung bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lain, dalam gabungan parti-parti komponen Barisan Nasional.
Maka Islam tidak berkuasa dan berdaulat, hanyalah sekadar menjadi cabang yang berteduh di bawah semangat Barisan Nasional. Maka UMNO tidak ada kelayakan untuk menegur Presiden MCA sehingga dia boleh bercakap apa sahaja termasuk dalam perkara Islam yang dia terlalu jahil kerana bukan agamanya.
HUDUD
Undang-undang Hudud adalah salah satu daripada hukum jenayah dalam syariat Islam, bersama dengan hukuman Qisas dan Takzir.
Perkataan "Hudud" bererti batas-batas sempadan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh seseorang yang beriman, di mana hukumannya telah di naskan oleh Allah secara nyata dalam Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW seperti juga nas wajib sembahyang lima waktu, puasa, zakat , haji dan pengharaman arak, judi, riba dan lain-lain.
Hudud tidak boleh dinamakan "Hudud PAS" seperti juga tidak boleh dinamakan "sembahyang PAS". Hanya yang jahil murakkab sahaja boleh bercakap begitu.
Allah berfirman yang maksudnya : "Dan tidaklah harus bagi seseorang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – mereka tidaklah mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (al-Ahzab – 36)
Perkara yang dinyatakan secara nas saperti Hudud dan Qisas tidak mungkin dicapai oleh akal manusia, maka Allah menyatakan petunjuknya secara jelas. Rasulullah SAW sendiri, para pemimpin dan ulama selepasnya wajib menerima dan pihak yang berkuasa pula wajib melaksanakannya di mana mereka tidak boleh bertelingkah atau khilaf dari segi wajibnya.
Perbincangan dan berbeza pendapat hanya dalam perkara cabang dari segi mencari bukti dan proses kehakiman yang adil, bukan meninggalkannya.
Keseluruhan undang-undang jenayah Islam lebih bersifat dan berkonsepkan mendidik masyarakat, maka dikenakan syarat yang ketat sehingga sukar menjatuhkan hukuman, tetapi undang-undang dan hukumannya menakutkan sehingga Presiden MCA juga takut.
Penjenayah lebih digalakkan bertaubat sebelum dibawa ke mahkamah. Hukum Hudud tidak boleh diampun setelah diputuskan oleh mahkamah, kerana Hudud menjadi hak Allah bagi memelihara rukun kehidupan bermasyarakat.
Lucunya, terdapat pula kalangan yang jahil pula cuba berhujah, bahawa penjenayah akan berkeliaran atau bertambah kerana hukuman sangat sukar untuk dijatuhkan.
Hakikatnya ini tidak akan berlaku kerana sebelum sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, pihak yang mendakwa atau pendakwa akan menentukan samada cukup kesaksian atau tidak untuk kes hudud.
Sekiranya bukti tidak cukup untuk kes hudud bukan bermakna terus dilepaskan. Bukti-bukti jenayah ini mungkin cukup untuk di bawa kes ke perbicaraan takzir – di mana hukuman takzir adalah lebih ringan dari hukuman hudud.
Dalam bahasa mudah difahami waktu ini, hukuman takzir boleh wujud dalam bentuk kanun keseksaan (penal code) yang hukuman dan beban pembuktiannya jauh lebih ringan dari hukuman hudud.
Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan UMNO wajib beriman dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam UMNO wajib bertegas dan istiqamah dengan Islamnya, seterusnya bertindak sama ada memecat MCA daripada Barisan Nasional atau UMNO di pecat atau keluar daripada Barisan Nasional atau ahli-ahli UMNO yang beragama Islam keluar UMNO beramai-ramai.
PAS DAN DAP
PAS berlainan dengan UMNO dan sangat berbeza, kerana PAS tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam (Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas) hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara.
Sekiranya dikaji Surah Al Maidah yang diturunkan di Madinah, terdapat di dalamnya undang-undang jenayah, diantaranya Hudud.
Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu. Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam. PAS berijtihad memilih Demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud, kerana pendekatan demokrasi secara damai adalah bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan, walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang.
Maka proses pelaksanaan undang – undang termasuk Hudud di bawa ke dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihanraya lalu. Undang – undang jenayah Islam termasuk Hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, di bentang dan dibuka kepada proses soal-jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya.
Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam sahaja, sama sekali tidak untuk bukan Islam.
PAS tidak membawa perkara ini di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi.
DAP pula bukan parti kerajaan pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA. Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA, MIC dan semangat kebangsaan UMNO yang terlalu tinggi.
Maka PAS lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas. Hubungan PAS dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat.
Maka isu pelaksanaan Islam oleh PAS dalam negeri Pakatan Rakyat adalah berpandukan kepada hukum Tahaluf Siyasi dalam Feqah Siyasah.
Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong PAS dan rakyat seluruhnya. PAS tetap tegas dengan perjuangan Islamnya dan DAP pula tegas dengan perjuangannya.
Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil. Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan agama Islam.
Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan sekiranya memerintah negara. Cara ini tidak boleh dilakukan oleh UMNO dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional.
Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasa melayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka PAS yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali.
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang PRESIDEN PAS
Dalam jamuan makan malam mega yang telah mengutip RM500,000 dengan kehadiran mencecah 15,000 orang telah dilaporkan kira-kira 20% dari hadirin telah keluar Stadium ketika Presiden MCA berucap..
Bagaimanapun ini masih boleh dibanggakan oleh MCA kerana jika dibandingkan dengan apa yang Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri alami dimana ketika beliau berucap hanya tinggal penjilatnya sahaja yang berada dalam Stadium.. (lihat videonya di SINI ).
Ini apa yang Malaysiakini laporkan..
Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan sebahagian masyarakat Cina keluar daripada majlis ketika Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Kulai, Johor semalam berucap bukan petanda pengurangan sokongan.
Liow berkata, pihaknya sudah mendapat banyak sokongan dengan penganjuran majlis makan malam mega di pelbagai tempat dan insiden semalam tidak membawa maksud bahawa ia menjadi isu besar.
"Ia tidak bermakna mereka tidak memberikan sokongan kepada kita," katanya dalam sidang media selepas merasmikan kongres berkaitan sel tunggal di Kuala Lumpur hari ini.
China Press hari ini melaporkan, kira-kira 20 peratus daripada 15,000 yang hadir dalam majlis makan malam MCA di Kulau keluar ketika Dr Chua berucap. Penganjur program bertajuk
"Kestabilan melampaui huru-hara" bagaimanapun menjelaskan tindakan peserta keluar awal bertujuan mengelak kesesakan jalan raya. Liow menjelaskan, Johor masih kubu kuat MCA.
Betulke 15,000 yang hadir tu.. takkanlah MCA nak jual satu meja dengan harga RM333 saja kot?? murah sangat tu...
Sarawak Report melaporkan pada awal bulan ini iaitu pada hari Jumaat 12 Oktober yang lalu orang ramai yang berada di Wisma Bapa Malaysia telah menyaksikan satu kejadian yang memalukan buat seorang pemimpin.
Kejadian tersebut melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan juga isteri mudanya Ragad.
Dimana dalam kejadian Ragad dikatakan tiba-tiba muncul di bangunan tersebut untuk menemui suaminya Taib Mahmud.
Dan beliau terus menunggu sehingga Ketua Menteri Sarawak itu turun menemuinya.
Seorang saksi berkata: "Selepas mengucapkan beberapa perkataan, lelaki tua yang malang itu ditendang oleh isterinya di bahagian tulang kering di khalayak ramai!"
Pasangan itu kemudian beredar dalam kereta yang berasingan.
Ini bukanlah kali pertama 'Pasangan Pertama' Sarawak ini menunjukkan mereka jauh dari kebahagiaan.
Dalam satu insiden lain baru-baru ini, Ragad juga bertindak ganas apabila melemparkan beg bimbit Taib kepadanya di hadapan penghuni rumah yang lain.
Sudah tentu, Taib juga tidak pelik dengan perlakuan ganas ini pada dirinya. Sejurus selepas perkahwinannya pada bulan Disember 2010, dia sendiri telah menakut-nakutkan orang-orang di sekelilingnya dengan mengeluarkan pistol emas miliknya dan melepaskan tembakan ke udara selepas kecewa apabila Ragad tiba-tiba hilang tanpa memberitahunya.
Pada 28 Oktober 2012, sekitar jam 11.35 pagi che'GuBard dengan diiringi Sdr Saufi, Penyelaras bersama SAMM NS bersama 4 teman SAMM yang lain telah tampil ke Balai Polis Seremban 2 (IPD Seremban) untuk membuat laporan polis dan menyerahkan handycam yang diselamatkan oleh SAMM semalam.
Laporan polis (serialam/009753/12) telah diterima oleh Lans Kopral Siti Noorasishah Bt Ishak, dalam laporan dua muka surat yang ditaip sendiri saya tegaskan semua kronologi kejadian yang berlaku. Laporan saya bertujuan untuk polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kejadian provokasi oleh Umno yang jelas mahu mencetuskan keadaan kacau dan pergaduhan.
Kedua saya nyatakan dalam laporan saya mendesak tindakan diambil kepada anggota polis yang sengaja mendiamkan provokasi Umno berlaku termasuk pegawai polis pengendali handycam yang jelas hadir dan mendiamkan diri bila kekecohan berlaku.
Saya juga dimaklumkan mengenai kehadiran sekumpulan anggota polis dari Johor telah berada di IPD Seremban sejak awal pagi lagi.
Kemudian saya telah dibawa oleh ACP Hj Ghaffor Hj Yunus Pegawai Siasatan Jenayah IPD Seremban untuk dirakam percakapan. Sekali lagi saya ceritakan semua kronologi yang berlaku dan menjawab semua soalan yang berkaitan yang diajukan kepada saya.
Dalam kenyataan saya juga saya mohon tindakan ke atas pegawai polis bernama Inspektor Chin (jika tidak salah nama penuhnya Chin Mui Fatt) yang jelas telah bercakap melalui telefon lebih dari sekali dan saya ulang jaminan yang turut saya bagi kepada pegawai tinggi polis yang lain yang menghubungi malam itu bahawa saya akan serahkan kamera dengan satu laporan polis berkaitan kejadian.
Namun saya terus dihubungi oleh beberapa anggota DAP (penganjur) memujuk saya patah semula dan memulangkan handycam tersebut malam itu juga.
Saya pelik, setelah diselidik rupa-rupanya pegawai polis bernama Chin ini telah menahan mereka untuk memujuk saya menyerahkan handycam kepada dia pada masa itu juga. Tindakan ini jelas tidak mengikut prosedur, apakah ada SOP polis bertindak umpama Abu Sayaf menculik orang untuk mendapatkan tebusan (handycam)?
Ketika itu jam hampir 4 pagi, saya hubungi Inspektor Chin mengingatkan mengenai jaminan bersama berkenaan penyerahan handycam yang telah dipersetujui dan mempersoalkan apa kuasa dia menahan anggota DAP tersebut.
Dia terus mengatakan "Saya tak tahan, cuma panggil tanya-tanya saja.."
Dimaklumkan oleh teman-teman di Johor beberapa minit selepas jam 4 pagi kesemua anggota DAP yang ditahan di Balai Seri Alam itu akhirnya dibebaskan.
Selepas itu di hadapan ACP Ghaffor saya telah menyerahkan Handycam tersebut dalam keadaan baik dan mendapat salinan borang bongkar.
Selepas itu saya diminta oleh Polis untuk dirakam pula percakapan oleh salah seorang polis yang datang dari Johor iaitu Inspektor Mohd Shahril.
Soalan lebih tertumpu kepada siapa yang mula ambil dan serah kamera dan seumpamanya.
Rupanya ada 3 laporan polis ke atas saya kerana peristiwa di Masai malam itu dan jelas laporan tersebut ada berbeza dengan kejadian sebenar yang berlaku yang disaksikan oleh beratus hadirin.
Semua sesi 1 laporan polis dan dua rakaman kenyataan tamat dalam masa 3 jam dan pihak polis kelihatan amat profesional dan mesra dalam mengambil laporan polis dan rakaman percakapan saya.
Isunya cuba dialih pasal handycam. Handycam hanya wujud dan mungkin menjadikan perkara ini isu sedikit besar, tetapi isu sebenarnya ialah:-
1.Penganjur PR sudah dapat kebenaran polis tetapi mengapa polis diam ketika Umno buat kacau dengan pasang speaker besar mainkan rakaman ceramah dan menjerit terlolong? Kalau program Umno dan ada PR yang buat begitu bagaimana tindakan polis ?
2.Polis ada tetapi terpaksa diam dan menyorok ketika kekecohan tersebut. Ada beberapa kemungkinan pertama polis tidak berkuasa apabila berdepan Umno atau sememangnya kejadian tersebut disusun sebegitu untuk mengundang pergaduhan kerana jika bergaduh media akan main isu ini secukupnya.
3.Umno - Bn jangan bacul tampil berdebat secara matang. Ketua Pembangkang cabar PM berdebat, takut tetapi Umno hantar kaset ganggu program PR.
4.Kami tuntut asas demokrasi dalam perkara ini untuk sedikit ruang berkempen tanpa diganggu, sepertimana Umno yang berkempen 24jam setiap hari melalui media perdana tanpa diganggu. Ini amat jarang berlaku di Johor, diyakini ini berlaku dan ia akan menjadi trend kerana dengan perkembangan mutakahir ini menunjukkan Johor bukan lagi kubu Umno bn seperti dulu.
SAMM memberi masa dua minggu untuk PDRM mengambil tindakan kepada pihak yang membuat provokasi juga anggota yang mendiamkan diri melihat provokasi jahat Umno jika tidak kami akan ke bahagian tatatertib Bukit Aman mengadu hal ini dan pengaduan kepada SUHAKAM juga akan difailkan.
4 November 2012, 9 malam di lokasi berhampiran iaitu di Jalan Betik 1, Taman Kota Masai akan diadakan Ceramah Umum 'le tour de Scorpene Scandal' yang menampilkan peguam Scorpene bersama penceramah PR. Kami amat berharap agar program boleh berjalan lancar tanpa gangguan.
Saya tidak menyalahkan pihak polis 100% dalam perkara ini, dengan rasa penuh simpati dan memahami bagaimana campur tangan politik mengekang dari polis kebanyakanya bertindak berdasarkan ruang undang-undang sebenar dan inilah janji PR jika ditakdir ke Putrajaya maka institusi polis ini perlu dibebaskan.
Baca laporan lengkap Polis lari hilang bila Umno buat kekecohan, kamera video diselamatkan SAMM di ( SINI )
KUALA LUMPUR,29 Okt - Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di empat negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) akan ditangguhkan.Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng(foto) berkata, pelaksanaan AES akan ditangguhkan sehingga kajian mendalam dijalankan dan maklum balas daripada rakyat diperolehi."Kita memang tidak setuju dengan pelaksanaan AES.Kita akan menilai kembali pelaksanaannya di empat negeri PR. Jika dikira sebanyak 331 biji kamera di empat negeri PR daripada 831 kamera yang akan dipasang di seluruh negara. Dengan penangguhan ini pengguna jalan raya akan berasa lega dan tidak stres apabila memandu di negeri PR," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata keputusan tersebut diambil bagi memastikan rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa."Sebab itu kita hendak tahu sudah berapa banyak saman yang sudah dikeluarkan dan bila saman ini dihantar kepada pesalah," katanya.Beliau turut mengesahkan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Long See Wool bagi memaklumkan tindakan penangguhan itu dan mahu mengadakan perbincangan lanjut bersama kementerian itu mengenai maklum balas pelaksanaan AES.Guan Eng berkata setakat ini kerajaan negeri Kedah dan Kelantan sudah pun memaklumkan keputusan menangguhkan pelaksanaan AES dan Selangor dijangka mengumumkannya dalam tempoh terdekat."Kita mahu tangguhkan dulu, sehingga kajian mendalam dijalankan."Saya juga tidak lihat apa kebaikannya kamera AES ini hendak dikembalikan kepada kerajaan Persekutuan selepas tempoh lima tahun," katanya.Jelasnya, kerajaan negeri tidak bersetuju dengan beberapa perkara dalam pelaksanaan AES terutamanya yang melibatkan penetapan had laju."Ada kawasan had lajunya 60 kilometer sejam. Kita mahu tahu adakah had laju ini praktikal pada masa sekarang."Ia perlu disemak semula. Kalau tidak lebih baik jangan pakai kereta, tolak kereta lebih baik," katanya.
[Kerajaan yang memikirkan kebajikan dan masalah rakyat pasti akan menangguhkan projek yang jelas bersikap "mendera" seperti AES ini. Kontrak diberikan kepada syarikat yang sudah pasti akan mencari keuntungan berdasarkan komisyen yang bakal diperolehi mereka. Apakah ini bermakna pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal melaksanakan tanggungjawab mereka, lantaran itu memberi kontrak kepada dua syarikat berkenaan yang jelas sekali akan meraih keuntungan lumayan atas projek ini sebenarnya. Perlaksanaan yang dibuat secara tergesa-gesa ini sudah pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat dan ia mempercepatkan lagi kejatuhan regim UMNO Barisan Nasional pada PilihanRaya Umum Ke-13 akan datang ini. Lakukan perubahan sekarang!!].
Lama juga aku di kebun buah-buahan Islam itu. Ramai penjual buah-buahan tunggu di pokok masing-masing dan memanggil-manggil aku merapati mereka. Ada penjual buah Islam Sunni, ada buah Syiah, ada buah Liberal, Kontemporari, ada juga buah Hadhari dan seribu satu macam buah Islam lagi. Masing-masing menyatakan buah mereka paling bagus. Apabila aku menanyakan tentang asal -usul buah yang merek ajaja, di antara mereka ramai yang gagal memberikan jawaban yang meyakinkan. Ketika ada beberapa penjaja mencanangkan kelazatan buah yang mereka jual, aku bertanya pernahkah mereka melihat dan merasai isi di dalamnya. Ada di antara mereka memberitahuku mereka tidak pernah merasainya malah mereka tidak membenarkan aku merasainya kerana mereka juga diajar untuk tidak bertanyakan apa isi dalamnya. Mereka hanya mengulang cerita dari kelazatan itu berdasarkan apa yang telah diterangkan oleh orang-orang sebelumnya. Tiba-tiba bapaku datang membawa sebiji buah. Dikupasnya buah tersebut dan dihulurkannya isi buah. Aku memakannya dan ia sangat lazat. Aku berasa sangat terpesona dengan kelazatan sehingga aku mabuk. Suara penjaja yang memanggil-manggil tidak lagi aku hiraukan malah wajah bapaku sendiri makin lama makin fana di dalam dzauk.
Foto hiasan: Pyanhabib, aku dan Abby Abadi
You are subscribed to email updates from ronasina To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Raya Aidiada tahun ini tidak ada berita pelik kendengaran seperti lembu yang hendak dikorbankan terlucut atau putus tali, orang yang hendak rebahkan lembu kena tanduk sampai sampai terburai tali perut dan sebagainya, tidak kedengaran dan dilaporkan. Di Kelantan semua cerita berkisar kepada masalah jam dan terperangkap dalam 'hutan cerang' di Pahang. Bukalah Fb atau blog peribadi cerita itu akan menghiasi wall-wall Fb.
Nada yang diluahkan nada kesal dan marah, geram dan hairan. Hanya mereka yang membenci Kelantan dan suka melihat rakyat Kelantan terus bergelut dengan ketidakadilan saja, melihat segala itu dengan senyum sinis dan di dalam hati berkata, padan muka, padan muka.
Sebahagian kereta yang berpatah balik dari Padang Tengku ke Lipis.
Iya saya juga tidak terkecuali akan membuat sedikit catatan berhubung masalah sama. Semalam lagi saya nak bercerita tetapi kerana keletihan yang pelik, campur dengan selesema saya tangguhkan hingga pagi ini. Kesian blog saya tidak ada pengeposan baru sejak 25 Oktober lepas! Maaflah kepada para penjengok semua kerana mengecewakan anda.
Cerita kesesakan jalan raya dan masa diambil berbelas-belas jam untuk sampai ke kampung halaman di musim perayaan sudah menjadi cerita tradisi. Setiap kali raya kejadian ini sudah tidak dapat dielakkan. Bezanya sama ada jam itu 'gila' atau jam 'tolol' saja, jam tetap jam. Jam gila bermakna jam luar biasa, jam tolol adalah jam biasa. Rasanya semua sudah tahu kenapa sebab musababnya berlaku demikian.
Sebenarnya kesesakan semasa raya bukan saja berlaku di Kelantan, tetapi ia berlaku juga di negeri-negeri lain. Bila banyak kereta masuk - pulang ke kampung, maka berlakulah kesesakan jalan raya. Dua faktor utama, kenapa berlaku demikian, pertama jalan-jalan di kampung sempit, kedua kerana tiada pengawal lalu lintas. Tambah pula dengan adanya seeekor dua pemandu yang mabuk todi dan telan pil kuda belang. Selalu kemalangan dalam suasana begini berlaku disebabkan ada dua jenis pemandu ini.
Faktor pertama, jalan sempit bagaimana pun merupakan masalah utama. Apabila dirujuk kepada masalah berlaku di Kelantan, dan memang Kelantan mengalami masalah ini sudah sampai ke tahap kritikal, ialah kerana tidak ada lebuh raya, ataupun rata-rata jalan di Kelantan masih bersaiz lama, baik sedikit semasa zaman Jepun. Jarang jalan ada empat lorong, kebanyakan hanya dua lorong sahaja.
Sebelum saya menyebut Kelantan, apa juga yang perlu difahamkan kesesakan yang dialami rakyat Kelantan untuk pulang ke ngeri mereka bukan seratus peratus disebabkan jalan raya di negeri itu. Tetapi ia bermula di negeri Pahang lagi. Jalan menghubungkan Kelantan melalui Pahang, Raub, Kuala Lipis dan Merampuh sebenarnya menyumbangkan kesesakan kepada pengguna di Kelantan. Adalah tidak benar kalau bersoal jawab mengenai kesesakan jalan raya di musim raya, disalahkan kepada jalan sempit di Kelantan. Rasanya tanggapan begitu lebih kepada elemen politik?
Jalan dari Raub hingga ke Kuala Lipis elok dan lebar tetapi mulai di Padang Tengku ke Merapuh untuk masuk ke Gua Musang jalan sempit dan kurang sempurna. Jalan inilah yang menyumbangkan kesesakan apabila pergerakan yang lancar dari Raub hingga Lipis tiba-tiba 'bersumbat' di Padang Tengku. Aliran trafik akan menjadi perlahan lagi apabila sampai di Kecau hinggalah ke Bukit Tujuh.
Di sinilah kalau berlaku sedikit saja kemalangan dan sebelah jalan ditutup, maka akan berlaku kesumbatan dan jam gila. Ertinya kalau mahu melancarkan pergerakan ke Kelantan jalan-jalan ini dulu, bermula dari Padang Tengku sampai ke Merapuh hendak diperbesarkan. Jalan di sepanjang naik turun Bukit Tujuh sudah pasti kena disempurnakan lengkap dengan jaminan keselamatan. Statistik maut yang berlaku di sini sudah sampai masanya untuk diambil tindakan bukan dijadikan maklumat semata-mata.
Kini sebahagian jalan-jalan itu iaini di sebelah depan Bukit Tujuh (dari Kuala Lumpur) sedang dalam pembinaan. Apabila jalan itu siap kesesakan akan berkurangan, bagaimana pun kesesakan tetap juga akan berlaku selagi jalan dari Padang Tungku ke Bukit Tujuh tidak dibina.
Sementara di Kelantan, jalan dari Gua Musang ke Kuala Krai tidak ada masalah. Walaupun jalan itu bukan bertaraf lebuh raya tetapi keadaan jalannya yang lurus boleh mengalirkan trafik dengan baik. Kesumbatan hanya bermula di Kuala Krai untuk menuju ke Kota Bharu. Kesesakan juga boleh dielak sekiranya ada arahan kepada pengguna supaya mengambil jalan alternatif misalnya dari Gua Musang menerusi Jeribung untuk ke Jeli bagi mereka yang ingin pulang ke Rantau Panjang, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat.
Begitu pun permasalahan ini sudah pun dikenali pasti oleh JKR dan pihak berkuasa kerajaan baik tempatan dan negeri. Mereka lebih arif dan pakar. Jadi saya tidak perlu menghuraikan berhubung perkara itu. Tidak ada guna mengajak itik yang sudah pandai berenang.
Apa yang hendak disebut ialah mengenai keperluan Lebuh Raya Kuala Krai ke Kota Bharu. Sepatutnya sudah lama lebuh raya menghubungkan dua bandar ini wujud. Bukan hari ini tetapi sejak tahun 70-an lagi. Tetapi malang kerana sikap dan sifat orang politik di Kelantan yang kurang bijak dan terlebih emosi menyebabkan lebuh raya berkenaan tidak wujud sampai ke hari ini. Kalau ada lebuh raya di sini kesesakan teruk di sepajang jalan Kuala Krai - Kota Bharu tidak akan berlaku.
Bila menyebut ini saya hairan, mungkin orang lain juga hairan kenapa tidak bina lebuh raya berkenaan. Sekali lagi saya tidak mahu bercakap soal ini. Bagi saya ketiadaan lebuh raya ini bukan kerana apa melainkan kerana 'dedel'nya orang politik Kelantan baik Umno maupun Pas. Menghairankan saya mereka tidak boleh bersatu demi untuk kebaikan rakyat Kelantan. Mereka sanggup 'bercekah belah' untuk mendapat kuasa masing-masing. Keadaan ini ditambah juga oleh anak-anak Kelantan yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.
Mereka semua bijak, pandai dan hebat tetapi sayang mereka - pegawai kerajaan asal Kelantan yang ada disemua jabatan, kementerian dan agensi kerajaan tidak mampu mempengaruhi keputusan kerajaan (politik). Mereka, pegawai tinggi kerajaan Kelantan tidak ada sifat penakluk. Seharusnya dengan kedudukan mereka, mereka boleh mempengaruhi keputusan kerajaan untuk membawa sesuatu kepada negeri mereka, membantu adik kakak mereka, seperti lebih raya berkenaan.
Maksud mempengaruhi kerajaan ini bukan saja kerajaan Federal, kerajaan Kelantan juga. Mereka boleh memainkan peranan untuk memujuk atau memberi pandangan agar kerajaan Kelantan berbaik dengan kerajaan Federal demi rakyat.
Kalau selama ini kita bangga anak Kelantan ramai yang memegang jawatan tinggi di Federal, tetapi dengan apa yang berlaku kita tidak perlu merasa apa-apa keuntungan dengan kehadiran mereka. Mereka hanyalah enau dalam belukar saja. Mereka hanya menyenangkan diri mereka sendiri tetapi lupa untuk berbakti kepada negeri sendiri. Sikap pegawai tinggi seperti ini bolehlah dianggap sebagai si Tengang yang tidak membawa apa-apa kelabaan kepada negeri sendiri.
Ada yang baru menerjunkan diri dalam politik dan berjanji untuk membela rakyat selepas pencen. Selepas tidak memegang apa-apa kuasa. Sebenarnya orang pencen yang ingin memberi sumbangan kepada rakyat menerusi jawatan politik adalah orang pondan.
Saya tidak mahu memanjang soal lebuh raya dan sikap orang Kelantan yang cerdik tetapi tidak boleh ditumpangi atau pondan itu. Soal lebuh raya Kuala Krai - Kota Bharu sudah muak untuk diperkatakan. Umno sendiri sudah pun merancang untuk membinanya, tetapi ditarik balik. Siapa menarik balik, sekali lagi orang politik Kelantan tidak bersifat penakluk dan bijak merubah keputusan pimpinan pusat. Kalau saya jadi mereka saya telah meletakkan jawatan secara terhormat.
Hari ini kerajaan Kelantan mencang untuk membina lebuh raya berkenaan. Apa yang hendak dilakukan kerajaan Kelantan, hanya boleh didengar dan menyeronokkan diri saja, ia tidak mungkin menjadi kenyataan dalam masa terdekat. Saya berani memberi jaminan kalau pembinaan itu mengharapkan kepada wang kerajaan atau pulangan royalti petroleum ia tidak akan menjadi kenyataan. LRRK itu hanya bagaikan mimpi di siang hari saja. Selagi kerajaan Federal tidak tumbang wang minyak tidak akan mengalir ke Kelantan. Tambah rewel lagi khabarnya bukan semua orang dalam Pas menyokong projek lebuh raya rakyat itu? Exco Kelantan juga berbelah bagi dengan projek raksasa berkenaan?
Atas apa yang berlaku baik di kalangan Umno dan juga Pas termasuk juga penjawat awam asal Kelantan dalam soal lebih raya itu, marilah kita katakan CIS.
Keperitan dalam kesesakan
Apa yang sebenar saya ingin berkongsi cerita disini ialah mengenai kesesakan jalan raya yang memerangkapkan ribuan orang di Jalan Sungai Koyan, Bukit Bentung dan Cegal Perah. Saya kebetulan ikut sama terperangkap dalam kejadian yang tidak patut berlaku ini. Kejadian ini sesuatu yang menyeksakan dan patut diambil iktibar oleh semua pihak khasnya pasukan keselamatan dan penyelamat terutamanya polis demi mengelakkan kecelakaan di masa akan datang.
Mungkin kejadian itu tidak meninggalkan apa-apa kesan memilukan. Dan ia akan dilupakan begitu saja. Kerana betapa lima jam berada di tengah hutan cerang itu di tengah malam buta tetapi yang nyata semuanya sampai ke rumah dengan selamat walaupun lewat berberapa jam. Sudah menjadi kebiasaan manusia apabila mereka lepas dari keadaan susah, dapat berjumpa sanak saudara duduk makan sehidangan mereka tidak ingat lagi akan keperitan masa lalu. Kecelakaan dan kesusahan dalam hidup kita umpama jerat dengan pelanduk.
Bagaimana pun pihak polis tidak seharus memandang enteng perkara ini. Polis kena ambil perhatian dan dijadikan iktibar penting buat mereka dalam mencemerlangkan perkhidmatan mereka. Bayangkan apa akan terjadi sekiranya keadaan itu mendatangkan kecelakaan? Saya membayangkan ini bukan saja-saja untuk menyalahkan polis. Sebagai orang yang berada sendiri di kawasan itu dapat merasakan atau membayangkan kemungkinan itu.
Apa yang orang di luar tidak tahu bagaimana susana dalam kesesakan itu dan kenapa kesesakan di hutan cerang itu berlaku. Kesesakan berlaku apabila kenderaan sukar melalui jalan berliku-liku sebaik meninggalkan Bukit Bentung. Jalan sempit hanya memuatkan sebuah kenderaan sahaja. Nasib baik tidak berlalu perselisihan, cuma dua kali saja. Kiri kanan jalan curam dengan gaung. Jalan walaupun ditar tetapi lebih 60% sudah terkopek dan berlubang. Kereta rendah akan tersangkut dan terdorong.
Sampai di pertengah jalan, berlaku kesesakan menyebabkan kereta berbaris panjang. Dianggarkan lebih 500 buah kereta tersangkut. Ini berlaku kerana ratusan kereta dihadapan terpaksa berinsut-insut perlahan untuk menaiki bukit yang tinggi berselut disebabkan hujan pada petang tadi. Mana-mana kereta yang rendah ada yang terperosok ke dalam selut dan terpaksa ditolak beramai-ramai.
Kereta besar yang tidak berdaya mendaki bukit pula akan dibantu dengan jentera penarik ditarik satu-satu. Bunyi deruman enjin jentera penarik menakutkan saya, membayangkan bagaimana kereta saya akan ditarik macam menarik bangkai gajah. Saya membayangkan macam mana kalau ada yang 'terbolah' dalam mengenderaikan kenderaan tentu akan terbolong ke dalam gaung.
Mungkin jauh daripada perasaan orang lain saya membayangkan macam mana akan berlaku kalau tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Saya membayangkan pasti akan berlaku banjir kilat. Sebatang anak sungai yang dilalui di atas jambatan kayu kira-kira 2 km dari belakang tadi, airnya sudah hampir melimpah ke tebing. Gayat hati semasa melintas jambatan kayu yang sudah uzur 'muzur' itu. Mungkin kalau hujan lebat turun tak henti-henti selama dua jam akan berlaku banjir.
Inilah yang menggeritkan menyebabkan jiwa saya panas dan marah. Kalau berlaku bencana itu saya tidak dapat hendak bayangkan bagaimana nasib ribuan nyawa atas kereta yang terperangkap itu. Bukan sayangkan kereta akan tenggealm tetapi manusia, penumpang. Rata-rata dalam ribuan kereta terperangkap itu terdiri dari kanak-kanak dan orang tua. Salah seorang yang berada dalam kereta yang teperangkap kesesakan gila itu ialah cucunda saya, Muhamamd Khalid Ummar 10 bulan.
Kalau berlaku banjir ke mana hendak menyelamatkan diri. Bongok mana nak rukas. Kiri kanan saya nampak ada parit atau paya besar. Tentu keadaan menjadi kelam kabut dalam suasana gelap pekat begitu. Bayangan inilah menyebabkan saya naik angin dan merasakan polis cuai dan malas dalam menjalankan tugasnya.
Di awal sebelum hendak melencong ke Sungai Koyan lagi sebaik melihat kereta berjujutan menghala ke Padang Tengku saya sudah menghubungi polis untuk mengetahui apa yang berlaku dan menentukan apakah jalan Sungai Koyan untuk keluar ke Cegal Perah selamat. Malangnya anggota polis yang menjawab pihaknya tidak menerima apa-apa maklumat mengenai kesesakan jalan dan tidak pasti apa yang berlaku. Jawaban itu sungguh mengharainkan saya.
Kerana mempercayai maklumat tidak sahih dari orang ramai menyebabkan saya ikut melencong ke Sungai Koyan, Bukit Bentung dan keluar di Cegal Perah. Semasa kira-kira lima jam terperangkap dalam hutan cerang Felda Cegal Perah itu, saya menghubungi balai polis Kuala Lipis sekali lagi, jam 9:50 malam. Jawaban diterima sama dengan panggilan jam 6:00 petang tadi. Saya bertanya kepada anggota itu apakah pihak polis tahu apa yang berlaku di hutan Cegal Perah sekarang ini, dimana ribuan kereta terperangkap dalam kesesakan? Jawabannya belum terima apa-apa aduan.
Saya mencadangkan kepada anggota itu supaya membuat kawalan di jalan masuk simpang Sungai Koyan. Minta diarahkan kereta berpaling balik ke Raub atau Kuala Lumpur. Cadangan itu dibuat atas kepercayaan bahawa Bukit Tujuh tidak dapat dilalui. Saya juga meminta agar polis menghantar anggota trafik untuk meninjau keadaan keselamatan jalan di Cegal Perah yang melalui bukit tinggi berselut dan licin. Saya minta sangat-sangat kerana bimbang dengan situasi pada masa itu. Ketika itu sudah kedengaran anak-anak kecil menangis kerimasan di depan dan di belakang.
Sampai akhir saya tidak nampak kelibat wajah polis mengawal kesesakan itu atau meninjau keadaan. Inilah mengecewakan saya. Cuma semasa menghampir bukit licin baru saya nampak ada anggota berpakian baju celoreng merah, saya tidak pasti dari jabatan mana sedang mengawal lalu lintas membuat lampaian tangan mengarahkan pemandu masing-masing memandau dengan cermat dan hati-hati agak tidak tercongik ke dalam gaung.
Kira-kira jam 12:40 tengah malam apabila saya bersama isteri serta anak-anak dan cucu dan seorang sahabat dan ribuan yang lain keluar dari hutan cerang itu untuk menaiki ke jalan asal menuju ke Gua Musang baru hati tertasa lega dan nyawa dapat ditarik dengan tenang. Namun... tatakala melihat jujutan kereta yang baru turun dari Bukit Tujuh dan bertembung dengan kampi di simpang jalan, hati yang panas kepada polis membara semula.
Rupa-rupa jalan di Bukit Tujuh yang diremuors dengan berbagai dongengan, jambatan runtuh, tanah runtuh dan sebagainya....kemudian ditutup tidak benar belaka. Saya merasalkan diri macam Pak Pandir saja kerana berjalan tanpa ada maklumat lengkap.
Yang bagharal di dalam hal ini adalah polis, polis Kuala Lipis kerana tidak membekalkan maklumat yang sempurna untuk pengguna jalan raya. Saya mohonkan agar Balai Polis Lipis khasnya unit trafik dapat membuat penjelasan bagi menyejutkan perasaan marah. Bertanggungjawablah![wm.kl.12:15 t/hari 29/10/12]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kuala Lumpur - by @tiewnama Nampaknya ustaz fathul bari memang di kenali sebagai ustaz umno dan ulama bagi MCA, sememangnya ulama ulama yang ada dalam umno adalah ulama cari makan.. sepatutnya ustaz umno ini perlu mentarbiahkan rozita che wan dan rosmah mansor dahulu. chua soi lek yang jelas menghina islam itu pun cuba untuk dia melindunginya? apakan daya. anak muda dan rakyat malaysia yang bermazhab ahlul sunnah wal jemaah telah tersinggung dengan kenyataan yang sungguh bersifat pembodek ini.. saksikan videonya di bawah.. by @tiewnama - beza antara pedagang agama dan pejuang agama. kahkahkah
PRESIDEN ULAMA UMNO BARISAN NASIONAL
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Kuala Lumpur - by @tiewnama. sudah seperti tiada lagi sokongan anak muda kepada Barisan Nasional. hari ini kerajaan BN memasuki sekolah pula bagi mempolitikan kerajaan yang ada. terbaru UMNO telah memberikan gula gula kepada pelajar pelajar yang berusia 15 tahun pensel box dengan niat untuk memancing undi mereka atau mengajak mereka memasang bendera BN dengan upah rm 30? seperti mana yang di ketahui umum bahawa Barisan Nasional yang di ketuai oleh Najib Razak sudah lagi tidak mendapat tempat di hati anak muda malaysia yang berumur 35 tahun kebawah. oleh itu BN telah menggunakan cara politik kotor pula dengan memasuki sekolah sekolah untuk berpolitik kononnya memberikan sumbangan ikhlas tetapi di letakkan sekali cop lambang dacing yang mengerikan dan cukup di benci oleh anak muda, umum sedar, kanak kanak yang berusia 15 tahun kini begitu fobia dengan Barisan Nasional, kerana melihat lambang 1malaysia akan mengingatkan mereka kepada Barang Naik dan Rosmah
by @tiewnama - Tak dapat umur 21 tahun, dapat yang 15 Tahun pun jadi lah.. kahkahkahkah Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Kuala Lumpur - by @tiewnama. M.nasir telah menyanyi sebuah lagu gubahan budi hekayat yang bertajuk PANJI KEADILAN. dikatakan lagu ini telah menyuntik semangat anak muda untuk bangun dengan projek melawan di sana sini bagi menumbangkan pemerintah Barisan Nasional pru 13 nanti. lagu berhantu yang memiliki seni irama yang hebat ini telah menyebabkan ramai rakyat berkira kira bahawa M.nasir telah menceburi bidang politik pembangkang. seperti sedia maklum. dari dahulu lagi lagu lagu gubahan M.Nasir memang bercirikan sindiran sinis kepada Barisan Nasional. Jika M.nasir di letakkan sebagai calon Pakatan Rakyat di Parlimen Tanjung Karang untuk menentang Noh Omar, sudah pasti 80% kemenangan kepada pakatan rakyat! kerana umum tahu siapa saja artis yang cenderung kepada pembangkang akan diiktiraf oleh anak muda malaysia sebagai artis yang berjiwa PEJUANG!
Video Inside!
Lagu Panji Keadilan.
by @tiewnama - M.Nasir calon parlimen tanjung karang.. kahkahkahkahkah Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Kuala Lumpur - by @tiewnama. berkenaan penghinaan presiden MCA dr chua soi lek mengenai islam dan hudud yang di pegang oleh ahlul sunnah wal jemaah di dalam negara ini, beliau telah mencabar najib razak dalam twitternya untuk membantah apa yang beliau hina itu.
umat islam aliran mazhab ahlul sunnah wal jemaah di dalam negara ini telah lama mengetahui bahawa perdana menteri malaysia yang di katakan memegang aliran mazhab ahlul sunnah wal jemaah tidak memiliki telur, dan tidak berani untuk melawan cakap presiden MCA dan ahli ahli yang berada di dalamnya. sebab sebab itu kepada ketakutan Najib Razak dalam menafikan serta menasihati MCA ini adalah kerana umum tahu MCA adalah Dana Terbesar Barisan Nasional untuk pilihanraya umum ke 13 ini, mahu lawan bos? sangat bahaya, MCA bila bila masa saja boleh berubah fikiran dengan keluar dan BN. Kerana mini ipad yang ada pada MCA telah menyebabkan UMNO kecut mengucil.
by @tiewnama - MCA penyumbang Dana Paling Besar untuk BN pru13. kahkahkahkah Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Kuala Lumpur - by @tiewnama. hasil risikan tim era pasca yang berada di seluruh malaysia mendapati pengganas yang membuat provokasi untuk bas jelajah anwar semalam adalah seorang anak muda dari parti umno.. memiliki berat badan 60 kilogram dan berumur 25 tahun serta memakai cermin mata. kad pengenalannya belum lagi di temui, di katakan ahli umno ini tidak pernah mengundi dan di dapati beliau adalah peminat setia rozita che wan. berita selanjutnya bakal menyusul di SINI
by @tiewnama - peminat fanatik rozita che wan? patutlah pun. kahkahkahkah Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menuntut akhbar harian berbahasa Tamil, Malaysia Nanban supaya memohon maaf serta menarik balik sebuah berita yang memfitnah Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, dalam berita berkenaan disiarkan kononnya Menteri Besar Kelantan itu sudah kecewa dengan DAP dan PKR yang banyak masalah justeru mahu bertemu dengan BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
(Gambar: Tuan Ibrahim di samping akhbar Malaysia Nanban yang ditunjukkan seorang India di Taman Seri Kemuning.)
"PAS amat kesal dan serentak dengan itu juga kita minta akhbar berkenaan segera mohon maaf atau berhadapan dengan saman kerana mengada-adakan cerita yang tidak benar ini.
"Mesej berita itu sangat mengelirukan masyarakat kaum India kerana Tuan Guru tidak pernah bertemu dengan Najib dalam masa terdekat ini apa lagi mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Gambar Tuan Guru, (Datuk Seri) Najib dan (Datuk Seri) Adnan yang dipaparkan dalam berita berkenaan diambil dari album lama iatu pada 30 September tahun lalu semasa pelancaran motosikal Modenas dan ECER di sebuah hotel di Kuantan," katanya.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, beliau membuat penjelasan ini setelah banyak menerima panggilan daripada kaum India yang bertanyakan kedudukan sebenar dalam isu berkenaan yang disiarkan oleh akhbar itu 23 Oktober lalu.
Berita dari Klang itu tersiar di muka surat dua dan ditulis oleh MR Balu.
"Kita kesal dengan cara penulisan berita itu yang membelakangkan etika kewartawanan kerana diambil tanpa sumber yang tepat dan bersifat rekaan," kata Tuan Ibrahim.
Menurut Tuan Ibrahim, moral PAS dan Pakatan Rakyat boleh tercemar di mata masyarakat terutamanya kaum India yang berkemungkinan melihat pendirian PAS sebagai parti paling senior, tidak teguh dalam gabungan berkenaan.
Tambahnya, yang bermain isu perkauman adalah Umno dan parti lain dalam BN sedangkan Pakatan tidak terusik dengan pelbagai provokasi dan tidak akan melatah.
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Kuala Lumpur - by @tiewnama. Seorang Anak Muda rakyat malaysia yang juga warganegara malaysia telah berjaya membuat hujah yang adil untuk melawan kuasa pihak polis apabila beliau di katakan melanggar lampu merah sebelum di tahan oleh polis trafik Barisan Nasional Polis Di Raja Barisan Nasional ini di ketahui umum oleh setiap inci rakyat malaysia bahawa kerja mereka hanyalah menyaman saman dan saman bagi meningkatkan lagi ekonomi kerajaan dan seterusnya terus menerus menindas dan menganiaya rakyat. jawapan bersahaja anak muda ini telah membangkitkan seribu 1 persoalan bilamana apakah tujuan sebenar lampu kuning di trafik light di setting hanya untuk 2 saat saja sebelum menerjah kepada warna merah? saksikan video ini. fizik dan kira kira adalah elemen penting dalam kehidupan, tahniah kepada anak muda ini sudah pasti rasanya beliau adalah Revolusi Anak Muda dengan projek melawan di sana sini bagi membasmi dan menentang penindasan terhadap rakyat malaysia selama ini dari Barisan Nasional yang menjadikan Polis sebagai asas untuk merompak wang rakyat. sistem jalanraya yang ada di dalam malaysia pada hari ini adalah sistem yang di cipta untuk membuatkan wang dari poket rakyat keluar untuk membayar saman, sebagai contoh ada AES JPJ. 5% untuk mendidik, 95% untuk merompak! itulah BN yang menugaskan Polis!
Video Inside!
by @tiewnama - hentikanlah 55 tahun menindas rakyat. kahkahkahkahkah Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Kuala Lumpur - by @tiewnama. Jelajah Bas Merdeka Rakyat Anwar Ibrahim telah di protes dan di halang di sungai besar siang tadi, di katakan seramai 100 ribu orang yang membantah kehadiran ketua pembangkang itu untuk siri jelajah beliau, sungai besar adalah kawasan parlimen umno barisan nasional yang mana ahli parlimen sabak bernam di dapati bersalah kerana kes RASUAH dengan hukuman penjara dan sebatan. sungai besar selangor ini telah menjadi kubu kuat Barisan Nasional dan inilah hasilnya. gambar di bawah menceritakan segalanya bilamana dianggarkan 100 ribu rakyat yang menyokong umno telah berkumpul dan membanjiri jalan yang di lalui oleh bas jelajah rakyat di sungai besar untuk memprotes kehadiran anwar di sana.
by @tiewnama - kahkahkahkah.
Siri Jelajah Rakyat Anwar Ibrahim Di Sungai Besar Hari Ini.
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mahdzir Khalid menyelar kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang seperti beruk atas pokok cermai."
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) itu berkata, sebagai Menteri Besar, Azizan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Dia (Azizan) kata Ketua Pemuda Gerakan 'beruk atas pokok cermai', mana boleh kata macam tu.
"Jangan cakap orang seperti itu sebab dia tu seorang ulamak," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa Azizan mengibaratkan Ketua Pemuda Gerakan ibarat "beruk atas pokok cermai."
Laporan itu menyebut, Azizan menyifatkan tindakan Keng Liang yang berterusan mendesaknya membuat penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan sebagai politik tidak matang.
Azizan secara berseloroh menggadaikan situasi Keng Liang yang sering mendesak beliau umpama pepatah Melayu 'jangan usik beruk atas pokok cermai'.
"Beruk atas pokok cermai, dia tengok kita dan usik kita, jika kita pun sama layan dia, dia lagi syok goncang pokok sampai habis jatuh buah dan daun cermai. Jadi tak payahlah layan, jika kita layan sampai bila pun tak habis," katanya.
Sarawak Report melaporkan pada awal bulan ini iaitu pada hari Jumaat 12 Oktober yang lalu orang ramai yang berada di Wisma Bapa Malaysia telah menyaksikan satu kejadian yang memalukan buat seorang pemimpin.
Kejadian tersebut melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan juga isteri mudanya Ragad.
Dimana dalam kejadian Ragad dikatakan tiba-tiba muncul di bangunan tersebut untuk menemui suaminya Taib Mahmud.
Dan beliau terus menunggu sehingga Ketua Menteri Sarawak itu turun menemuinya.
Seorang saksi berkata: "Selepas mengucapkan beberapa perkataan, lelaki tua yang malang itu ditendang oleh isterinya di bahagian tulang kering di khalayak ramai!"
Pasangan itu kemudian beredar dalam kereta yang berasingan.
Ini bukanlah kali pertama 'Pasangan Pertama' Sarawak ini menunjukkan mereka jauh dari kebahagiaan.
Dalam satu insiden lain baru-baru ini, Ragad juga bertindak ganas apabila melemparkan beg bimbit Taib kepadanya di hadapan penghuni rumah yang lain.
Sudah tentu, Taib juga tidak pelik dengan perlakuan ganas ini pada dirinya. Sejurus selepas perkahwinannya pada bulan Disember 2010, dia sendiri telah menakut-nakutkan orang-orang di sekelilingnya dengan mengeluarkan pistol emas miliknya dan melepaskan tembakan ke udara selepas kecewa apabila Ragad tiba-tiba hilang tanpa memberitahunya.
PEDU - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dicabar mengakui kerugian projek pembalakan di Papua New Guinea.
Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Azizan perlu mengakui projek pembalakan yang bernilai jutaan ringgit di Papua New Guinea adalah merugikan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan baru-baru ini.
"Kalau dah rugi berniaga pembalakan sampai berjuta-juta ringgit, mengaku sajalah.
"Dia sebagai MB mana boleh kata saya tak tahu. Ketika itu Kedah Corporation Berhad (KCB) adalah di bawah kelolaan MB. MB kena bertanggungjawab kepada projek perniagaan itu," katanya kepada Sinar Harian selepas menyempurnakan majlis korban perdana di Masjid Felda Lubuk Merbau di sini, semalam.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah berkata, Azizan tidak seharusnya mencari kesalahan orang lain apabila diri sendiri melakukan kesalahan.
"Hari ini (semalam) dalam surat khabar dia kata nak dedah projek BN yang sakit. Projek itu ada, tapi dia langsung tak ada, tapi rugi berjuta-juta ringgit
"Maknanya dia patut bertanggungjawab. Saya cabar dia mengakulah projek itu rugi," katanya.
Mengenai projek padang golf di Langkawi, Mahdzir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pedu berkata, sepatutnya projek itu diteruskan oleh Kerajaan Negeri setelah BN tewas dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) pada 2008.
"Projek itu sebenarnya sedang berjalan tapi sampai 2008 kita kalah, dia menang. Sepatutnya dia sambung projek itu, tapi dia tak sambung.
"Dia tak nak sambung sebab dalam itu ada tanah Melayu Islam Kedah (MIK) dan tanah Kerajaan Negeri yang perlu digabungkan untuk buat padang golf. Tapi dia tak sambung," katanya.
Katanya, niat BN pada ketika itu adalah untuk membangunkan sebuah padang golf bertaraf antarabangsa agar orang ramai boleh mengadakan pertandingan di situ.
"Tapi hari ini (semalam), dia kata projek ini tak berjaya. Sebenarnya bukan tak berjaya, tapi sebab kita kalah dalam PRU12 pada tahun 2008, kita tak dapat sambung sebab dia dah jadi kerajaan," katanya.
Kelmarin akhbar ini melaporkan, Kerajaan Negeri terpaksa menanggung hutang yang ditinggalkan BN sejak mengambil alih pemerintahan.
Laporan itu menyebut, Azizan mengambil pendekatan 'menyerang balik' pemimpin BN yang sejak kebelakangan ini sering menyalahkan Kerajaan Negeri, terutama dirinya berhubung dakwaan penyelewengan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Beliau yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri, kini mendedahkan empat projek bawah kerajaan BN yang gagal sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri menanggung hutang.
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyifatkan polis berlagak seperti pengganas 'Abu Sayyaf' apabila menahan 4 anggota DAP ketika ceramah di Bandar Seri Alam, Masai semalam.Katanya, kejadian bermula selepas 10 ahli Umno membuat provokasi dengan memasang pembesar suara dengan kuat dari balai raya berhampiran, kira-kira 50 meter dari tempat ceramah.
"Penganjur dan saya cuba telefon polis tapi (mereka) tidak beri jaminan untuk datang selesaikan…(Sedangkan) pengajur telah dapatkan permit dua minggu sebelumnya."Keadaan makin tegang ketika saya berceramah dan saya sempat minta polis untuk tampil selesaikan kekecohan…polis memang ada di sana sebab kamera mereka dipasang di hadapan rostrum," katanya lagi.
Katanya, beliau meminta petugas SAMM mengawal keadaan dan tidak melayan provokasi Umno serta menyelamatkan kamera berkenaan daripada dirosakkan sebelum beredar ke lokasi ceramah kedua."Namun dalam perjalanan pulang dari program kedua, saya terima panggilan telefon dari polis termasuk dari Ketua Unit Tindakan Khas Johor, Datuk Ramli minta saya pulangkan kamera," katanya.
Lebih mengejutkan, katanya, beliau dimaklumkan 4 ahli DAP ditahan polis bernama Inspektor Chim Mui Fatt di IPD Seri Alam dan diugut tidak akan dilepaskan selagi kamera tersebut tidak dipulangkan."Inspektor Chim beritahu mereka kalau nak balik, kena minta saya serahkan kamera pada masa itu juga," katanya lagi.
Beliau kemudian menyerahkan kamera ketika membuat laporan berhubung provokasi Umno di Balai Polis Seremban pada jam 11.30 pagi tadi."4 ahli DAP itu dibebaskan pada jam 4.15 pagi selepas ditahan selama tiga jam. Saya akan buat aduan di Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung tindakan polis yang tidak ikut prosedur itu," katanya lagi.
SEMAKIN BIADAP!!! Soi Lek cabar Jamil Khir berdebat kerana tahu UMNO takut berdebat
Presiden MCA yang pernah menjadi bintang video lucah, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan Hudud tidak akan memberikan implikasi kepada bukan Islam.
"Bolehjadi beliau tidak melakukan kerja rumah, saya kecewa dengan apa yang beliau ucapkan" Kata Presiden MCA itu.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa MCA Batu Pahat jumaat lalu, Chua juga mencabar Jamil Khir untuk berdebat tentang bagaimana kesannya Hudud terhadap seluruh rakyat Malaysia jika ianya dilaksanakan..
Nak kata apa lagi sekarang.. Menteri yang menjaga hal ehwal Islam pun, Presiden MCA ni kata tak faham pasal hudud..
Nampaknya kali ini.. bukan UMNO yang ahlinya majoriti berugama Islam akan menjelaskan kepada MCA apa itu Hudud dan kesannya kepada rakyat Malaysia..
Tapi MCA yang keseluruhan ahlinya bukan berugama Islam pula akan mentarbiyah dan memberikan tunjuk ajar kepada Ahli-ahli UMNO..
50 tahun lebih bersama.. inilah hasil yang boleh dibanggakan oleh ahli-ahli UMNO..
Kesian, sama ada upah kurang lumayan, atau mereka sendiri malu untuk beraksi tidak dapat dipastikan. Peserta konvoi bersama Anwar Ibrahim dalam program Jelajah Merdeka Rakyat hanya mampu ketawa melihat gelagat beruk-beruk ini.
Ketika gambar mereka diambil, difahamkan mereka cuba menyembunyikan wajah mereka daripada dirakam.
Satu perkembangan yang menarik.. semakin hari semakin berkurangan samseng-samseng UMNO yang mengambil upah untuk menganggu program Jelajah Merdeka Rakyat ini..
Samada kebanyakkan mereka telah mula sedar bahawa selama ini mereka diperbodohkan pemimpin UMNO atau upah semakin berkurangan.. entahlah...
Ketibaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama-sama Menteri Besar, Khalid Ibrahim disambut meriah oleh lebih 1,500 rakyat yang sudah menanti ketibaan pemimpin Pakatan Rakyat sejak jam 1 tengah hari lagi di Sungai Besar, Selangor.
Bagaimanapun, samseng Umno yang dianggar lebih 10 orang mula melakukan provokasi memegang sepanduk mengecam Anwar konon dia tidak diterima di parlimen tersebut.
Insiden sama berlaku awal pagi tadi di Bandar Tun Razak di mana samseng diupah Umno membuat bising dengan membunyikan hon motosikal masing-masing tetapi tidak dihiraukan penyokong yang sudah tiba sejak jam 9 pagi. - PASB/Milosuam
DALAM kehangatan kerajaan Malaysia menjalankan kempen anti pemerdagangan orang, timbul pula iklan kontroversi dengan nich "Indonesian maids now on sale" disebarkan di internet.
Dijangka isu ini akan menjadi kecoh dalam satu dua hari ini. Isu ini juga sudah mula timbul di laman sesawang berita dan portal-portal berpengaruh Indonesia. Iklan ini menerima bantahan kerana memperlakukan pembantu rumah Indonesia seolah-olah seperti barang dagangan.
Pagi ini salah seorang pengikut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di twitter milik beliau telah mempersoalkan tentang iklan ini. Anwar dalam reaksinya melalui twitter berjanji akan membangkitkan perkara ini dalam sidang parlimen.
Nampaknya tidak susah untuk mengesan individu yang disifatkan biadap di dalam aktiviti pemerdagangan orang ini kerana nombor telefonnya tercatat pada iklan yang dipaparkan.
Dijangkakan protes anti Malaysia seperti yang pernah berlaku sebelum ini akan kembali berulang gara-gara iklan kontroversi ini.
MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membidas laporan akhbar yang mengatakan paras air di terusan air Sungai Sireh yang sedang menyusut.
Menurutnya, kerajaan persekutuan tidak boleh tipu orang, dan beliau turut mendedahkan bukti foto terbaru menunjukkan paras air sungai sudah melimpah ruah dan difahamkan air sudah lebih dari paras cukup.
Projek Langat 2
Jurutera pakar kerajaan negeri Selangor telah mencadangkan kaedah lebih jimat, iaitu meningkatkan tahap kecekapan dan kapasiti pengeluaran air di 27 loji-loji sedia ada, berbanding pembinaan Projek Langat 2 yang dilihat begitu mahal.
Malah menurut Tan Sri Khalid lagi, merujuk kepada sebuah syarikat pakar daripada Kanada, kos untuk meningkatkan kadar produktiviti loji-loji air sedia ada yang menyamai kadar produktiviti Projek Langat 2 hanya RM750 juta berbanding RM3000 juta untuk melaksanakan Projek Langat 2.
"(perbandingan) RM3000 juta dengan RM750 juta, (lebih baik) saya bagi sumbangan kepada orang ramai" katanya yang melihat Projek Langat 2 sebagai satu pembaziran wang rakyat.
Penapisan air bermembran
Berhubung kenyataan Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang mengatakan cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menggunakan teknologi penapisan bermembran sebagai tidak praktikal, Tan Sri Khalid menjemput pakar kerajaan persekutuan untuk bertemu dengan pakar kerajaan negeri untuk diberi taklimat.
"Saya ingat dulu punya cara kerja (BN) dia fikir mahu banyak kontrak, bukan mahu tolong orang" tambahnya lagi.
Sila rujuk video di bawah untuk mendengar dan melihat sendiri penjelasan Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung isu air yang sedang hangat disensasikan oleh media-media arus perdana.
PORTAL The Star milik parti komponen Barisan Nasional, MCA menyiarkan kenyataan presiden parti itu, Chua Soi Lek yang meminta Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir membuat "homework" berhubung Hukum Hudud
Ini berikutan Jamil Khir sebelum ini mengeluarkan kenyataan Hukum Hudud yang mahu dijalankan oleh Parti Islam, PAS tidak akan melibatkan atau memberi kesan kepada orang bukan Islam.
Tambah mengejutkan, Chua Soi Lek turut mencabar Jamil Khir untuk berdebat dengannya berhubung isu bagaimana Hukum Hudud akan memberi kesan kepada orang bukan Islam.
Jamil Khir barangkali sudah lupa bahawa United Malays National Organization, Umno yang diterajui Najib Razak sudah awal-awal lagi bersetuju dengan tindakan MCA yang menentang Hukum Hudud.
Malah Najib Razak sebelum ini memberi jaminan bahawa Barisan Nasional tidak akan menjalankan Hukum Hudud di Malaysia. Dengar sendiri jaminan Najib di bawah ini.
Sudah terang lagikan bersuluh, Umno dan MCA sekapal dan sekepala menentang hudud. Kerana itulah tempoh hari Presiden MCA, Chua Soi Lek ini dengan berani dan lantang menghina Hukum Hudud di depan Najib Razak ketika Perhimpunan Agung MCA. Lihat video di bawah.
SALAH seorang sahabat mengirimkan sekeping gambar perhimpunan sekumpulan penduduk di Kemaman membantah penghinaan terhadap Hukum Hudud oleh Chua Soi Lek di perhimpunan agung MCA tempoh hari.
Menurut pengirim, beliau mengambil gambar perhimpunan ini ketika dalam perjalanan pulang kerja, sekitar pukul 6 petang semalam. Penduduk membawa banner dan poster yang mengecam presiden MCA serta Umno yang hanya senyap meskipun penghinaan ini dilakukan di depan batang hidung Najib Razak, presiden Umno.
Di dalam perhimpunan agung MCA tempoh hari, Presiden MCA, Chua Soi Lek menghina Hukum Hudud apabila menyifatkan Hukum Hudud yang dikatakan mampu mencegah rasuah adalah satu pembohongan besar.
Pemimpin MCA yang pernah popular dengan video seks bersama kekasihnya itu turut menyebut, daripada 11 buah negara yang melaksanakan Hukum Hudud, 8 daripadanya diistiharkan sebagai antara negara paling korup, paling tidak selamat dan stabil di dunia.
Penghinaan terhadap Hukum Hudud yang menyentuh sensitiviti serta melukakan perasaan umat Islam seluruh negara itu dilakukan di depan Perdana Menteri Najib Razak yang turut menghadiri perhimpunan tahunan MCA itu.
Tambah mengejutkan, penghinaan terhadap hudud ini disambut dengan laungan hidup MCA! Dan hidup Barian Nasional berulang kali oleh Najib Razak dalam ucapannya selepas itu. Najib juga turut mengumumkan peruntukan RM30 juta untuk masyarakat cina dalam majlis itu.
ReJaM® "Demi undi cina Najib sanggup jual Islam..."
SEMALAM kita dapat maklumat bahawa samseng United Malays National Organization, Umno akan mengganas mengganggu ceramah Anwar Ibrahim di dalam program Jelajah Merdeka Rakyat rujuk sini [Samseng].
Seperti yang dijangkakan, memang benar adalah beberapa kerat samseng membuat provokasi dengan membawa sepanduk dan poster buatan sendiri dengan perkataan-perkataan lucah. Bagaimanapun, barangkali kerana gerakan mereka berjaya dihidu lebih awal, maka tiada kejadian tidak diingini.
Kesian, sama ada upah kurang lumayan, atau mereka sendiri malu untuk beraksi tidak dapat dipastikan. Peserta konvoi bersama Anwar Ibrahim dalam program Jelajah Merdeka Rakyat hanya mampu ketawa melihat gelagat beruk-beruk ini.
Ketika gambar mereka diambil, difahamkan mereka cuba menyembunyikan wajah mereka daripada dirakam.
Georgetown - Mungkin kerana 'takut' dijadikan korban, seekor lembu yang baru sahaja diikat hampir menanduk beberapa kanak-kanak.
Gambar lembu cuba melompat dan menanduk kanak-kanak berkenaan dirakam pembaca Sinar Harian, Mohd Ali Talib, 28, di salah sebuah masjid di Jelutong.
Menurutnya, kejadian berlaku ketika dua kanak-kanak sedang asyik memerhatikan lembu korban berkenaan.
"Ketika itu saya hanya berniat untuk merakam suasana korban kerana lembu tersebut dikorbankan atas nama anak saya.
"Jadi niat saya ingin tunjukkannya kepada anak dan juga isteri, tetapi tidak sangka ia mengganas dan nasib baik ahli kariah sudah biasa dan menguruskannya dengan baik," katanya.
Mohd Ali berkata, setiap kali Hari Raya Aidiladha menjelma, dia bersama adik beradik tidak akan melepaskan peluang untuk melihat orang ramai menyembelih lembu dan juga kerbau untuk dijadikan korban.
Menurutnya, namun kali ini ia adalah pengalaman manis yang dilalui sepanjang hidupnya.
"Bukan mudah hendak uruskan lembu-lembu yang hendak dijadikan korban ini, mungkin ia juga berdebar, selain kejadian hampir ditanduk lembu, ada juga lembu yang berdegil tidak mahu turun dari lori," katanya.
Selain Mohd Ali, Yusri Suhaimi juga sempat berkongsi pengalamannya ketika menyertai suasana gotong-royong menyembelih daging korban.
"Kejadian berlaku ketika hari raya pertama Aidiladha apabila saya dan anak-anak menunggu lembu turun dari lori.
"Mungkin terlalu seronok mahu melihat lembu yang akan dikorbankan atas nama saya, kedudukan saya pada masa itu begitu dekat dengan lori sehinggalah kaki lembu yang dibawa turun menendang bahu saya sendiri.
"Sakitnya bukan kepalang tapi mungkin itu pengalaman terawal dan terakhir ditendang lembu kerana saya tidak mahu ia berlaku lagi," katanya. -SH
Budak lelaki cedera ditanduk lembu korban
SEORANG budak lelaki ditanduk seekor lembu di Karachi kelmarin.
KARACHI, Pakistan – Seorang budak lelaki cedera selepas dia ditanduk seekor lembu jantan yang akan disembelih sempena Hari Raya Aidiladha di sini kelmarin.
Budak tersebut ditanduk semasa haiwan itu mengejar kanak-kanak itu.
Bagaimanapun, budak itu hanya mengalami cedera ringan ketika haiwan tersebut terlepas daripada ikatan ketika ia hendak disembelih.
Pemiliknya, Abdul Quddoos berkata, lembu korban tersebut berjaya ditangkap semula dua jam selepas ia terlepas.
Sementara itu di bandar Peshawar, seekor lembu korban yang terlepas mencederakan tiga orang termasuk seorang budak lelaki berusia 12 tahun.
Seorang anggota polis, Abdul Waheed berkata, berpuluh-puluh orang mengejar lembu tersebut selama sejam sebelum ia berjaya ditangkap semula.
Di Gaza, seorang lelaki Palestin mati selepas dipijak seekor lembu korban yang terlepas di Rafah, Genting Gaza.
Seorang pegawai kesihatan, Ashraf al-Kidra berkata, kira-kira 150 orang dirawat di hospital di wilayah Palestin kerana cedera akibat terkena pisau dan ditanduk lembu korban yang terlepas di lokasi penyembelihan – Agensi
Tindakan terhadap syarikat pelaburan emas, Genneva Malaysia, telah menyebabkan tekanan ke atas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menyelesaikan kontroversi yang telah mempertaruhkan 300,000 kehidupan rakyat.
Ia juga boleh memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang mesti diadakan menjelang April depan iaitu kurang daripada enam bulan dari sekarang.
Laman berita The Malaysian Insider difahamkan bahawa Putrajaya juga menyedari potensi kejatuhan politik ekoran skandal itu.
Sekitar 60,000 penjual dan pembeli kini di ambang kerugian besar selepas Bank Negara menyerbu firma itu dan merampas 200 kilogram emas bulion yang dianggarkan bernilai RM40 juta ($16 juta) dari premis di Jalan Kuchai Lama, pada 1 Oktober lalu.
Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) Singapura juga telah menjalankan operasi yang sama terhadap Genneva Pte Ltd di Singapura.
Dilaporkan bahawa skim yang dikendalikan oleh Genneva menawarkan pulangan yang sangat tinggi sehingga 24 peratus setahun.
Bank Negara juga telah membekukan akaun, cek Genneva Malaysia dan lain-lain aset, kerana mengesyaki syarikat melanggar pelbagai undang-undang perbankan dan kewangan.
Sehingga kini, Bank Negara masih belum mendakwa pengarah syarikat tersebut.
"Kami mahu Bank Negara melepaskan Genneva Malaysia dan 200 kilogram emas bulion disita supaya syarikat itu boleh memenuhi tanggungjawab kepada pelanggan," kata seorang pesara, Cik Shereen Lim, yang merupakan salah seorang mangsa skim itu.
Kerajaan bagaimanapun telah menyatakan bahawa ia tidak mungkin akur kepada permintaan mangsa.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, telah memberitahu Parlimen pada 23 Oktober lalu bahawa liabiliti Genneva Malaysia melebihi asetnya - menunjukkan syarikat itu tidak dapat membayar pulangan kepada pelabur.
Datuk Awang Adek berkata, mustahil bagi Bank Negara, yang sedang mempertimbangkan apa tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap Genneva Malaysia, membayar balik pelanggan syarikat dengan nilai pelaburan mereka.
"Kita tidak boleh mengatakan pelabur tidak bersalah sama sekali, mereka yang telah melabur dan tentunya terdapat risiko.
"Namun, syarikat yang terlibat memang patut dipersalahkan.
Mana ada skim yang boleh memberi pulangan baik serupa itu.
Jika ia terlalu baik untuk menjadi kenyataan, maka ia tidak benar," kata Datuk Awan Adek.
Kuala Lumpur: "Bertaubatlah… kembalilah ke pangkal jalan." Itulah rayuan seorang bekas isteri kepada Mohd Razis Ismail, 30, yang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Khamis lalu, atas tuduhan memalsukan dokumen dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.
Wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Sha, 36, berkata, sudah sampai masa Razis menginsafi perbuatannya menganiaya isteri dan bekas isterinya yang lain selama ini.
"Setidak-tidaknya fikirkan masa depan anak, jangan malukan mereka.
"Saya berharap dia ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. Ramai yang marah dan tertipu dengan perbuatannya, jadi berubahlah," katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.
Sha pernah menjadi isteri Razis pada 2010, namun perkahwinan mereka dibatalkan mahkamah awal tahun ini kerana dinikahkan oleh jurunikah tidak bertauliah.
Berikutan pembubaran hubungan itu, anak pertama mereka dianggap anak luar nikah dan kini dibinkan 'Abdullah', malah nasib sama juga bakal menimpa bayi yang kini dalam kandungan Sha.
Buat masa ini, Sha hanya mahu memikirkan masa depan anaknya.
"Yang sudah tu sudahlah… saya tidak mahu memusuhi sesiapa. Lebih baik saya fikirkan soal anak, mereka lebih penting sekarang," katanya.
Metro Ahad minggu lalu melaporkan, seorang lelaki menggunakan gelaran 'ustaz' disyaki memperdayakan sekurang-kurangnya 11 wanita untuk dijadikan isteri, selain memalsukan dokumen borang pernikahan dengan mengaku masih teruna.
Taktik licik lelaki itu terbongkar selepas beberapa wanita yang pernah menjadi isterinya mendedahkan dalam sebuah laman sosial.
Presiden MCA yang pernah menjadi bintang video lucah, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan Hudud tidak akan memberikan implikasi kepada bukan Islam.
"Boleh jadi beliau tidak melakukan kerja rumah, saya kecewa dengan apa yang beliau ucapkan" Kata Presiden MCA itu.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa MCA Batu Pahat jumaat lalu, Chua juga mencabar Jamil Khir untuk berdebat tentang bagaimana kesannya Hudud terhadap seluruh rakyat Malaysia jika ianya dilaksanakan..
Nak kata apa lagi sekarang.. Menteri yang menjaga hal ehwal Islam pun, Presiden MCA ni kata tak faham pasal hudud..
Nampaknya kali ini.. bukan UMNO yang ahlinya majoriti berugama Islam akan menjelaskan kepada MCA apa itu Hudud dan kesannya kepada rakyat Malaysia..
Tapi MCA yang keseluruhan ahlinya bukan berugama Islam pula akan mentarbiyah dan memberikan tunjuk ajar kepada Ahli-ahli UMNO..
50 tahun lebih bersama.. inilah hasil yang boleh dibanggakan oleh ahli-ahli UMNO. -alditta
Soi Lek: Jamil needs to do homework on hudud first
BATU PAHAT: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek says Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom has not done his homework when he said PAS' brand of hudud would have no effect on non-Muslims.
"Maybe he did not do his homework.
I am disappointed with what he said," the MCA president said.
On Wednesday, Jamil Khir told Nibong Tebal MP Tan Tee Beng in the Dewan Rakyat that hudud would not affect non-Muslims.
Tan had asked him if it would ever be implemented in Malaysia.
Speaking to reporters after chairing the Batu Pahat MCA committee meeting on Friday, Dr Chua invited Jamil Khir to a debate on how hudud would affect all Malaysians, pointing out that it involved amending the Federal Constitution.
He also pointed out that a political party should not be equated to religion.
"PAS is a political party while Islam is the official religion.
"The MCA is upholding the constitution which states the country's official religion is Islam while Malaysians are free to embrace their own," he said.
Asked if his comments about Jamil Khir would affect Barisan Nasional, Dr Chua said the MCA, as a political party, had the right to express its views.
Dr Chua added that he would not apologise to a group of PAS Youth members who had held a protest at Wisma MCA over his statement on hudud.
"Why should we be scared? We are merely stressing our views and the people have the right to choose," he said ~ The Star Online
Ulasan GB
Ni baru betul kes terkena batang hidung.
GB dah ulas banyak kali, bahawa Allah itu Maha Benar dan Maha Adil, Dia akan menegakkan dan menunjukkan kebenaran dan keadilan kepada umat manusia. Bahawa Soi Lek dan MCA telah menghina Islam. Tetapi puak UMNO kata Soi Lek tak hina Islam, cuma mereka tak suka PAS.
Kini terpampang jelas, ulamak UMNO pun dah (dengan maaf) dikencingkan oleh Soi Lek.
Sebab selama ini UMNO inggeh apa juga penghinaan Soi Lek terhadap Islam.
Apatah lagi dengan sikap Presiden UMNO sendiri yang membisu dan berdiam diri yang amat menggembirakan Soi Lek.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di beberapa kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) berjaya menambah bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berbanding jika kerusi itu dimenangi Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, ini suatu bukti nyata kemampuan PR untuk menambah suara orang Melayu/Islam di Parlimen berbanding BN.
"Ramai orang tidak sedar perkara ini kerana terpengaruh dengan propaganda Umno kononnya hanya parti itu yang memperjuangkan Melayu dan agama Islam.
Kita (PR) tak bagi propaganda kosong tetapi kita bagi bukti.
Apabila Dr Siti Mariah Mahmud (Pas) menang di Kota Raja, siapa yang dia kalahkan? SA Vigneswaran daripada BN.
Apabila Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (PKR) menang di Hulu Selangor, siapa yang dia kalahkan? (Datuk) G Palanivel daripada BN.
Apabila Fuziah Salleh (PKR) menang di Parlimen Kuantan, siapa yang dia kalahkan? (Datuk) Fu Ah Kiow daripada BN.
"Bagaimanapun kata Mat Sabu, apabila BN menewaskan PR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor menerusi P Kamalanathan yang mengalahkan Datuk Zaid Ibrahim (PKR), bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berkurangan.
"Parti mana yang menyebabkan suara Melayu semakin terhakis di Parlimen?
Ini menunjukkan Umno hanya menggunakan isu Melayu sebagai propaganda untuk menarik sokongan, bukan untuk membela orang Melayu seperti apa yang mereka uar-uarkan.
"Ini kerana mereka hanya bercakap tetapi tidak buat sedangkan PR buat dan ada bukti," katanya.
Mat Sabu berkata, apa yang berlaku di Kelantan yang 97 peratus penduduknya orang Melayu, ditindas dengan bermacam-macam cara hanya kerana negeri itu diperintah oleh Pas.
"Kalau betul nak bela Melayu, kena bantulah, bukan ditindas sejak sekian lama," katanya dalam ceramah bertajuk 'Selamatkan Malaysia"' anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjong Karang di sini, semalam
Mat Sabu turut menyentuh isu royalti minyak yang sepatutnya diterima oleh rakyat Kelantan tidak diberi sebagaimana perjanjian yang pernah dibuat, malah hasil minyak tersebut didaratkan di Songkhla, Thailand.
"Inikah yang dikatakan hendak membela nasib Melayu? Rakyat harus bersama Pas dan PR menumbangkan BN dalam PRU akan datang terutamanya di Parlimen Tanjong Karang untuk bantu kemenangan di Putrajaya," katanya. -SH
Temerloh - Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menuntut akhbar harian berbahasa Tamil memohon maaf dan menarik balik laporan beritanya yang didakwa memfitnah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Gambar:Tuan Ibrahim (tengah) bersama seorang penduduk India memegang akhbar yang didakwa mengeluarkan berita tidak benar mengenai Mursyidul Am Pas.
Menurutnya, laporan berkenaan menyiarkan kononnya Menteri Besar Kelantan itu sudah kecewa dengan DAP dan PKR yang banyak masalah, justeru mahu bertemu dengan BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Pas sangat kesal dan serentak dengan itu juga kita minta akhbar berkenaan segera mohon maaf atau berhadapan dengan saman kerana mengada-adakan cerita yang tidak benar ini.
"Mesej berita itu sangat mengelirukan masyarakat India kerana Tuan Guru tidak pernah bertemu dengan Najib dalam masa terdekat ini apa lagi mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Gambar Tuan Guru, (Datuk Seri) Najib dan (Datuk Seri) Adnan yang dipaparkan dalam berita berkenaan diambil dari album lama iaitu pada 30 September tahun lalu semasa pelancaran motosikal Modenas dan ECER di sebuah hotel di Kuantan," katanya semasa bertemu penduduk sebuah taman perumahan, di sini.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, beliau membuat penjelasan itu setelah banyak menerima panggilan daripada kaum India yang bertanyakan kedudukan sebenar isu berkenaan yang disiarkan akhbar itu baru-baru ini.
"Kita kesal dengan cara penulisan berita itu yang membelakangkan etika kewartawanan kerana diambil tanpa sumber yang tepat dan bersifat rekaan," katanya.
Tuan Ibrahim berkata, moral Pas dan Pakatan Rakyat boleh tercemar di mata masyarakat terutamanya kaum India yang berkemungkinan melihat pendirian Pas sebagai parti.
SEREMBAN, 29 OKT: Seakan sebuah babak dari filem Transformers, DAP melancarkan kenderaan kempen pilihanraya; sebuah treler panjang yang berubah menjadi pentas ceramah, ditemani dua lori lebih kecil berfungsi sebagai gerai dan pejabat bergerak. Diberi nama 'Dream Machine' atau Jentera Impian, kenderaan tersebut dilancarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, di sini malam tadi dalam rangka berhadapan dengan kempen pilihanraya umum ke-13 yang menjelang tiba. Ketiga-tiga kenderaan tersebut dihiasi maskot burung enggang UBAH dan dilitupi slogan 'Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia' dengan hiasan yang diharapkan bakal memikat pandangan orang ramai. Bercakap kepada media, Ketua Pemuda DAP merangkap Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata bahawa treler tersebut adalah pentas mudah alih dengan latar belakang besar dan sedikit tata cahaya. Katanya lagi, trak-trak tersebut dipinjamkan kepada DAP oleh penyokong parti untuk tujuan kempen pilihanraya. "Trak ini bukan milik kita. Kita tidak melabur apa-apa. Hanya ada kumpulan penyokong yang meminjamkan kenderaan ini dan mengubahsuai kenderaan itu mengikut keperluan," kata beliau kepada media. Menurut beliau lagi, nama 'Jentera Impian' (The Dream Machine) yang diberi oleh Guan Eng menggambarkan bagaimana kenderaan tersebut akan memberi harapan dan akan membantu merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk mengubah kerajaan. Sebelum ini, PKR telah turut melancarkan bas dan treler yng dihiasi gambar Ketua Umumnya, Dato Seri Anwar Ibrahim. Bas Jelajah Merdeka Rakyat itu bagaimanapun telah menjadi sasaran serangan ganas dari puak pro-UMNO sejak hari pertama ia dilancarkan. Namun, Pakatan Rakyat tidak pernah undur walaupun diserang hebat melalui media yang dikuasai UMNO-BN mahupun tindakan ganas membaling batu can cat merah oleh kumpulan-kumpulan rasis. – Roketkini.com
Johor 28 Okt: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyifatkan polis berlagak seperti pengganas 'Abu Sayyaf' apabila menahan 4 anggota DAP ketika ceramah di Bandar Seri Alam, Masai semalam.
Katanya, kejadian bermula selepas 10 ahli Umno membuat provokasi dengan memasang pembesar suara dengan kuat dari balai raya berhampiran, kira-kira 50 meter dari tempat ceramah. "Penganjur dan saya cuba telefon polis tapi (mereka) tidak beri jaminan untuk datang selesaikan…(Sedangkan) pengajur telah dapatkan permit dua minggu sebelumnya.
"Keadaan makin tegang ketika saya berceramah dan saya sempat minta polis untuk tampil selesaikan kekecohan…polis memang ada di sana sebab kamera mereka dipasang di hadapan rostrum," katanya lagi. Katanya, beliau meminta petugas SAMM mengawal keadaan dan tidak melayan provokasi Umno serta menyelamatkan kamera berkenaan daripada dirosakkan sebelum beredar ke lokasi ceramah kedua.
"Namun dalam perjalanan pulang dari program kedua, saya terima panggilan telefon dari polis termasuk dari Ketua Unit Tindakan Khas Johor, Datuk Ramli minta saya pulangkan kamera," katanya. Lebih mengejutkan, katanya, beliau dimaklumkan 4 ahli DAP ditahan polis bernama Inspektor Chim Mui Fatt di IPD Seri Alam dan diugut tidak akan dilepaskan selagi kamera tersebut tidak dipulangkan.
"Inspektor Chim beritahu mereka kalau nak balik, kena minta saya serahkan kamera pada masa itu juga," katanya lagi. Beliau kemudian menyerahkan kamera ketika membuat laporan berhubung provokasi Umno di Balai Polis Seremban pada jam 11.30 pagi tadi. "4 ahli DAP itu dibebaskan pada jam 4.15 pagi selepas ditahan selama tiga jam.
Saya akan buat aduan di Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung tindakan polis yang tidak ikut prosedur itu," katanya lagi. - SUMBER
Chua Soi Lek kata Jamil Khir tak faham Hudud, cabar beliau berdebat..
Presiden MCA yang pernah menjadi bintang video lucah, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan Hudud tidak akan memberikan implikasi kepada bukan Islam.
"Bolehjadi beliau tidak melakukan kerja rumah, saya kecewa dengan apa yang beliau ucapkan" Kata Presiden MCA itu.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa MCA Batu Pahat jumaat lalu, Chua juga mencabar Jamil Khir untuk berdebat tentang bagaimana kesannya Hudud terhadap seluruh rakyat Malaysia jika ianya dilaksanakan..
BATU PAHAT: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek says Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom has not done his homework when he said PAS' brand of hudud would have no effect on non-Muslims.
"Maybe he did not do his homework. I am disappointed with what he said," the MCA president said.
On Wednesday, Jamil Khir told Nibong Tebal MP Tan Tee Beng in the Dewan Rakyat that hudud would not affect non-Muslims. Tan had asked him if it would ever be implemented in Malaysia.
Speaking to reporters after chairing the Batu Pahat MCA committee meeting on Friday, Dr Chua invited Jamil Khir to a debate on how hudud would affect all Malaysians, pointing out that it involved amending the Federal Constitution.
He also pointed out that a political party should not be equated to religion.
"PAS is a political party while Islam is the official religion.
"The MCA is upholding the constitution which states the country's official religion is Islam while Malaysians are free to embrace their own," he said.
Asked if his comments about Jamil Khir would affect Barisan Nasional, Dr Chua said the MCA, as a political party, had the right to express its views.
Dr Chua added that he would not apologise to a group of PAS Youth members who had held a protest at Wisma MCA over his statementon hudud.
"Why should we be scared? We are merely stressing our views and the people have the right to choose," he said ~ The Star Online
Nak kata apa lagi sekarang.. Menteri yang menjaga hal ehwal Islam pun, Presiden MCA ni kata tak faham pasal hudud..
Nampaknya kali ini.. bukan UMNO yang ahlinya majoriti berugama Islam akan menjelaskan kepada MCA apa itu Hudud dan kesannya kepada rakyat Malaysia..
Tapi MCA yang keseluruhan ahlinya bukan berugama Islam pula akan mentarbiyah dan memberikan tunjuk ajar kepada Ahli-ahli UMNO..
50 tahun lebih bersama.. inilah hasil yang boleh dibanggakan oleh ahli-ahli UMNO.. Anak Sungai Derhaka
MELAKA: 28/10/12 BN telah gagal dalam 6 ujian anti-rasuah iaitu pengisytiharan harta secara terbuka, pelaksanaan tender tebuka, melarang ahli keluarga daripada urusan perniagaan dengan kerajaan, menggugurkan pemimpin BN yang hidup mewah, melindungi peniup wisel yang tulen dan berterus terang tentang sumbangan politik.
Justeru, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, rakyat Malaysia kecewa kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul dan juga menolak dakwaan kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.
Lagi satu kes, ujarnya adalah kehidupan luar biasa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, di mana seramai 130,000 orang tetamu telah dijamu dalam kenduri kahwin yang memecahkan rekod.
"Sehingga hari ini, Ali Rustam gagal menjelaskan siapa yang menaja kenduri mega tersebut, yang Ali Rustam mengatakan hanya menelan belanja RM600,000," ujarnya dalam ucapan pada Konvensyen Tahunan DAP Melaka di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, DAP mencadangkan enam langkah untuk membanteras rasuah.
Pertama, ujar beliau pengisytiharan harta secara terbuka hendaklah diinstitusikan.
Ini, katanya telah dilakukan di Pulau Pinang di mana Ketua Menteri dan seluruh barisan Exco negeri telah mengisytiharkan harta secara terbuka, malah diiktiraf oleh firma akauntan antarabangsa.
"Jika Pulau Pinang boleh melakukannya, kenapa Perdana Menteri dan Kabinet Persekutuan atau Ketua Menteri Sarawak dan barisan Exconya tidak boleh buat yang sama?" soal Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Kedua, katanya pemimpin-pemimpin BN yang hidup mewah dengan memiliki rumah-rumah mewah, kereta, akaun bank peribadi yang besar di luar negeri harus digugurkan; ketiga, ahli keluarga harus dilarang daripada urusan perniagaan dengan kerajaan untuk mengelak lagi satu skandal RM250 juta "lembu dan kondo".
"Keempat, peniup wisel tulen yang membongkarkan kes rasuah yang mengakibatkan dakwaan mahkamah harus dilindungi dan bukan dianiaya.
"Kelima, BN harus berterus terang tentang sumbangan politik seperti sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah. Akhirnya, tender terbuka harus dilaksanakan," katanya lagi.
Beliau menambah, tanpa tender terbuka, projek-projek awam dirunding terus dan dianugerahkan kepada para kroni, lantas menyebabkan kerugian dana awam seperti jualan murah tanah Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi.- Harakah Daily
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
MUSUH samada dari dalam mahu pun dari luar terus mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali dengan MB Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Sudah tentu sesiapa pun yang suka kepada corak kepimpinan YB Azmin akan impikan tokoh ini menjadi MB Selangor, begitu juga bagi mereka yang terpesona dengan pentadbiran TS Khalid akan terus berharap bekas tokoh korporat ini dikekalkan di kerusi beliau sekarang.
Azmin Ali - Timbalan Presiden PKR
Itu lumrah di dalam politik. Tidak menjadi salah jika mana-mana ahli yang mahukan tokoh itu atau tokoh ini diberi peluang ke jawatan yang lebih tinggi. Apa yang kurang cerdiknya, di dalam kita berusaha untuk menaikkan tokoh yang kita minati, kita secara tidak sedar turut mencederakan parti sendiri. Ertikata lain, jangan cipta isu yang boleh digunakan musuh hanya kerana kita mahu tokoh pujaan kita berada di puncak.
Kadangkala aku merasa pelik dan hairan, di mana lojiknya beberapa pihak yang mahukan YB Azmin menggantikan TS Khalid? Bukan bermakna aku tidak suka kepada YB Azmin untuk menjadi MB Selangor, tetapi aku merasakan kerusi MB Selangor tidak wajar diberikan kepada Timbalan Presiden PKR ini. Lojikkah pada akal, Timbalan Presiden parti diberi jawatan MB? Atau, adakah kita tidak yakin PR akan ke Putrajaya maka kita mencongak sedemikian?
TS Khalid Ibrahim - MB Selangor yang dapat pujian dari Ketua Audit Negara
Sekiranya, InsyaAllah, PR ke Putrajaya adakah selayaknya Timbalan Presiden PKR ini diberi jawatan hanya sebagai MB? Jangan terlalu merendahkan YB Azmin di dalam masa yang sama kita mahu menjatuhkan TS Khalid. Apakah hampir sepenggal ini TS Khalid tidak boleh membuktikan apa-apa kepada kita khususnya kepada rakyat di Selangor? Amat rugi jika tokoh hebat ini dilepaskan dari kerusi yang beliau duduki sekarang sebagaimana rugi besar juga jika Timbalan Presiden PKR hanya diberi kerusi MB.
Sehubungan itu, berfikirlah dengan bijak. Jangan percaturan politik kita bisa menghancurkan perpaduan di dalam parti. Kita mesti akur setiap tokoh atau pemimpin mereka juga mempunyai para penyokong sendiri dan sudah tentu para penyokongnya mahu melihat tokoh mereka akan berada di tempat yang terbaik. Maka sama-samalah kita menghormatinya./wfauzdin.blogspot.com
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah polis di kawasan Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol), sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0 April lalu.
Hakim Mahmud Abdullah semasa mengumumkan keputusan itu berkata, beliau membuat perintah tersebut mengikut prinsip undang-undang yang telah digariskan, setelah menilai secara maksimum hujah pihak pendakwa dan pembela.
Mahmud berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie.
"Mahkamah berhasrat untuk memanggil tertuduh untuk membela diri terhadap tuduhan yang dihadapi," katanya.
KUALA LUMPUR 29 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat (Pakatan) mampu membentuk Kerajaan Pusat yang baru tanpa politik kotor dan rasuah. Katanya, kemenangan berlandaskan politik matang dan bersih lebih signifikan berbanding budaya fitnah dan penindasan. "Saya tidak datang untuk mencerca Najib (Razak), Rosmah (Mansor) dan Umno. Saya nak (Pakatan) menang dan rakyat bangkit menolak rasuah dan fitnah," katanya di depan 400 penduduk di Warung Ibu Nasi Ambeng, Kg Sungai Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang pada Jelajah Merdeka Rakyat semalam. Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Umno BN terus goyah dan banyak isu yang gagal dipertahan melainkan memburukkan Pakatan, meskipun mereka menguasai seluruh jentera kerajaan termasuk media. Beliau mengingatkan rakyat jangan terkeliru dengan dakyah yang dimainkan media yang terus-menerus memutarbelitkan fakta sebenar. Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR: Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka menentang Syariat Islam, khususnya undang-undang jenayah hudud, adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka menentang Syariat Islam, khususnya undang-undang jenayah hudud, adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar.
Perlu diingat bahawa UMNO adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara Malaysia ini selama lebih dari lima puluh tahun.
Hakikatnya ialah, bahawa UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO,dan ada menteri penjaganya.
KUALA LUMPUR, 29 Okt — Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim berkata pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah bertujuan untuk membantu rakyat yang menghadapi kesempitan hidup dalam keadaan ekonomi ketika ini yang semakin buruk. Lim (gambar) juga berkata langkah ini diambil memandangkan kerajaan memahami kesusahan rakyat berhadapan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini dan bukannya gula-gula politik seperti dikatakan pembangkang. "Pembangkang ini hanya putar-belit sahaja. Semua yang kerajaan lakukan dikatanya tidak baik. "Kerajaan sedar keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ini menyusahkan rakyat, sebab itu pemberian BR1M ini diberikan sekali lagi," kata Lim. Di samping itu, Lim juga menegaskan langkah yang diambil kerajaan di dalam memberikan bantuan seperti ini turut dilakukan oleh negara maju lain seperti Singapura, Taiwan dan Hong Kong.
KUALA LUMPUR, 29 Okt — Pasaran bon Malaysia terus berkembang pada rekod mencecah RM100 bilion pada September, melebihi rekod RM70 bilion tahun lalu kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Datuk Ranjit Ajit Singh. Jumlah keseluruhan bon pada akhir September mencecah jumlah RM980 billion berbanding RM841 billion penghujung tahun lalu. Ranjit (gambar) berkata Malaysia kini merupakan negara ketiga pengeluar bon di rantau Asia dan meliputi 70 peratus daripada pasaran sukuk global. Beliau turut menjelaskan penstrukturan bon yang sedang diusahakan suruhanjaya berkenaan akan memperluas lagi pasaran bond mencecah "pelabur-pelabur institusi kepada pelabur runcit bermula dengan bond yang dijamin kerajaan. Read More / Baca Lagi >>
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis jamuan Janji Ditepati di Stadium Majlis Perbandaran Manjung Perak, berkata Pakatan rakyat tidak mampu memerintah
Sehubungan dengan itu,Tun Dr Mahathir Mohammad ketika menjawab soalan seorang peserta pada sesi dialog selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Bicara Negarawan, Pemantapan Profesionalisme, Tranformasi Budaya Kerja dan Pentadbiran Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu berkata, Anwar tidak layak jadi perdana menteri. Pendek kata dimana sahaja perdana menteri dan bekas perdana menteri pergi pasti itulah serangan terhadap pakatan dan rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat rakyat yakin dan mengundi umno/BN pada PRU 13 nanti. Setakat hari ini barangkali sebanyak 2.5 juta ahli umno percaya dan yakin dengan kata kata Perdana menteri Mohd Najib Razak bahawa Pakatan rakyat (pembangkang) tidak mampu memerintah.Tetapi belum tentu mereka yakin dengan kata kata Tun Mahathir, Anwar tidak layak jadi perdana menteri. Read More / Baca Lagi >>
29 OKT — Dalam Pilihan Raya Umum 2008, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan atas dasar demi memperjuangkan nasib seorang pemimpinnya telah mencapai kejayaan agak cemerlang. Parti itu yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim "berjaya" menewaskan dua parti pembangkang lain iaitu DAP dan PAS apabila memperolehi 31 kerusi. Ketika itu DAP memperolehi 28 kerusi manakala PAS 23 kerusi. Bagaimanapun jumlah kerusi yang diperolehi oleh PKR berkurangan apabila ramai ahli Parlimennya membuat keputusan meninggalkan parti itu menjadi wakil rakyat Bebas. PKR mampu berdiri tegak dan mendabik dada menjadi sebuah parti yang paling berkuasa di kalangan pakatan pembangkang kerana keupayaan mereka merampas kerusi di kawasan-kawasan yang sebelum ini diwakili oleh Umno. Mengikut keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 terdapat kira-kira 15 kerusi milik Umno yang berjaya dirampas PKR. Kejayaan PKR itu juga dianggap kejayaan bagi DAP dalam usaha mengurangkan kekuatan Umno di dalam Dewan Rakyat. Sebab itulah DAP tidak pernah ambil pusing mengenai kekuatan PKR kerana mereka memahami PKR berbeza dengan PAS. PKR tidak memperjuangkan Islam dan sentiasa sahaja menyokong apa juga yang dilakukan oleh DAP termasuklah dalam soal hak-hak orang Melayu. Aspirasi Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR 29 Oktober: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berbohong berhubung skandal tanah yang mengaitkannya, sedangkan KEADILAN ada bukti kukuh, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Beliau mengulas jawapan Mohamad bahawa tanah hutan simpan di negeri itu di bawah seliaan Yayasan Negeri Sembilan dan hanya dipajak untuk tanaman kelapa sawit. "Menteri Besar bohong apabila dakwa tanah itu milik kerajaan negeri. Kita juga akan buktikan skim pajakan yang digunakan sangat tidak menguntungkan (kerajaan negeri) dan tidak beri apa-apa hasil kepada rakyat," katanya. Rafizi berkata, KEADILAN mempunyai cukup bukti kukuh menunjukkan Yayasan Negeri Sembilan digunakan pimpinan politik Umno BN negeri itu untuk mendapatkan kawasan hutan berkenaan. Katanya lagi, penerokaan hutan simpan dibuat secara berperingkat, dimulai dengan penebangan balak dan diikuti dengan tanaman kelapa sawit. Read More / Baca Lagi >>
Kedatangan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berulang kali sejak awal tahun ini semakin membuahkan hasil buat Pakatan Rakyat!
Barisan Nasional (BN) kini ditinggalkan seorang lagi pemimpin masyarakat Sabah. Balanting Erom, abang ipar kepada Salleh Tun Said mengisytiharkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Kampung Raganan, Tuaran sebentar tadi.
Beliau juga merupakan bekas Timbalan Presiden Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR). Borang menyertai KEADILAN diserahkan sendiri Balanting kepada Ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah dalam satu ceramah 'Bicara Rakyat - Kebangkitan Rakyat Menuntut Perubahan' di kampung itu malam tadi. Balanting merupakan antara tenaga penggerak mengemudi perjuangan untuk mengembalikan hak-hak rakyat termasuk penubuhan Suruhanjaya Sisatan Diraja (RCI) berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pengembalian Hak Tanah Adat (NCR) di Sabah.
Antara pemimpin yang sama turut serta dalam program Jelajah Bas Merdeka Rakyat Ke Selangor ialah Dato' Sri Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali & beberapa orang pemimpin lain. Bermula seawal jam9.30 pagi – program itu bermula di Pekan Sungai Besi sebelum ke Kg Sungai Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang, Sungai Besar , Sabak Bernam sebelum ke Felda Sungai Tengi Selatan.
Program diteruksan dengan jelajah ke Hulu Selangor, tazkirah dan solat berjamaah diMasjid Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung sebelum ke Pekan Rasa dan seterusnya ke Pusat bandar Baru Batang kali, Hulu Selangor untuk Ceramah Perdana.
Timbunan hutang kerajaan mencecah 65 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jika jaminan hutang kerajaan diambil kira, kata bekas Pengerusi KEADILAN Terengganu, Abdul Rahman Yusof.
Beliau berkata, hutang negara ialah RM476 billion bersamaan 54 peratus daripada KDNK atau 55 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK) pada hujung 2011.
"Jaminan hutang yang diberi kerajaan mencecah lebih RM100 bilion. Jika ia diambil kira, hutang dan jaminan kerajaan melebihi 65 peratus daripada KDNK," katanya.
Abdul Rahman berkata, Malaysia mengalami belanjawan defisit 15 tahun berturut-turut sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998.
Ketika Anwar masih Menteri Kewangan antara 1991-1997, katanya, belanjawan sentiasa seimbang atau mencatat lebihan manakala purata pertumbuhan ekonomi ialah 8.7 peratus.
Sedangkan, beliau berkata, purata pertumbuhan ekonomi antara 2000 hingga 2012 hanya 1.22 peratus dengan kadar pertumbuhan paling tinggi hanya 5.9 peratus dan terendah (-7.6 peratus)
"Prestasi Menteri Kewangan sekarang (2009–2011) hanya mencatat purata pertumbuhan ekonomi 3.2 peratus.
"Jika dimasukkan 1998 – tahun Anwar dipecat, purata pertumbuhan ekonomi 1991-1998 ialah 7.0 peratus," katanya.
ALOR SETAR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kecewa dengan sikap biadab pemimpin parti Gerakan dan MCA yang berterusan membuat serangan dan penghinaan terhadap hukum hudud.
Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kedua-dua parti itu dilihat cuba berselindung di sebalik alasan konon hukum hudud yang diutarakan adalah 'buatan' Pas, dan menggunakan kesempatan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk melancarkan kempen anti hudud dengan menyatakan pendirian secara terbuka yang melampau.
"Kita tiada masalah jika mereka tidak bersetuju dengan hudud dilaksanakan ke atas bukan Islam. Pakar undang-undang dan ahli ilmuwan Islam boleh berhujah jika mereka bersedia memahami kenapa hudud lebih berkesan mengekang jenayah," katanya.
Menurutnya, hudud kini menjadi bahan serangan murahan kepada parti politik yang mencari kelebihan meraih pengundi bukan Islam. Read More / Baca Lagi >>
29 Okt - Datuk Nur Jazlan, Ahli Parlimen Pulai yang juga Pengerusi UDA Holdings diserang kerana beliau tidak membenarkan ahli politik dan oportunis 'projek' untuk mendapat habuan daripada UDA Holdings.
Disebabkan itulah, UDA diserang kononnya meminggirkan kontraktor Melayu daripada pemberian projek dan kontrak.
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Perkasa dan organisasi-organisasi Melayu lainnya memainkan isu ini di media sehinggakan projek pembangunan semula Penjara Pudu terpaksa dibatalkan oleh Kementerian Kewangan daripada diberikan kepada syarikat antarabangsa daripada China. Bidaan daripada syarikat China tersebut merupakan nilai tertinggi yang diterima oleh UDA dan akan memberikan keuntungan lumayan kepada UDA. Read More / Baca Lagi >>
Oleh: HJ. HAMZAH HJ ABDULLAH PAS Sabah mengikuti dengan serius pergolakan yang melanda para peneroka di Koyah A, Kinabatangan, di mana hak pemilikan ke atas tanah-tanah mereka telah dirampas secara licik oleh individu dan pemilik syarikat yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pemimpin-pemimpin atasan UMNO/BN.
Bagi pihak PAS Negeri Sabah, saya menegaskan bahawa isu ini telah berlarutan selama lebih 20 tahun dan saya telah turut terlibat membantu para peneroka untuk mendapatkan semula hak-hak mereka seawal tahun 1994 lagi serta telah beberapa kali berusaha mengadakan pertemuan di antara para peneroka dengan 'penceroboh' tanah ini yang juga terlibat dalam operasi kuari haram di Silam, Lahad Datu.
Namun, usaha-usaha yang saya lakukan ini telah gagal kerana 'penceroboh' tanah ini enggan bertemu dengan para peneroka. Setelah meneliti Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang dimiliki 'penceroboh' tanah ini, maka saya membuat satu kesimpulan yang tepat bahawa di dalam syarikat tersebut terdapat beberapa pemimpin UMNO yang berpengaruh memiliki saham serta duduk sebagai Ahli Lembaga Pengarah.
Di sinilah punca sebenar kenapa masalah ini tidak boleh selesai dan telahpun berlanjutan selama lebih 20 tahun. 'Penceroboh' tanah ini juga memiliki Sijil Anak Negeri dan mendakwa beliau sebagai seorang pribumi. Tetapi rekod-rekod dokumen kelahiran beliau mengesahkan bahawa beliau dan juga ayah beliau adalah seorang pendatang dari Fujian, China. Rekod dokumen peribadi beliau juga telah disiarkan dalam beberapa blog khususnya Sabahkini.net
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa di antara kelompok makhluk politik paling jahat dan khianat dalam negara ini ialah para pemimpin dan pendukung Umno Terengganu. Kejahatan, kezaliman, kedengkian dan diskriminasi dilakukan mereka sangatlah memalukan.
Bahkan, dalam kes-kes tertentu ia membelakangkan nilai perikemanusiaan. Kegilaan politik mereka malah pernah sampai ke peringkat terhasilnya tindakan-tindakan yang tidak dapat diterima akal yang waras. Manakala pihak paling terkesan sebagai mangsa tindakan-tindakan tidak bertamadun itu tidak lain daripada pendukung parti lawan Umno. Siapa lagi kalau bukan para pemimpin dan penyokong PAS di negeri itu?
Hampir tiada aspek hidup seharian yang tidak dicampur-adukkan dengan sentimen politik. Namakan apa saja – soal pengurusan masjid dan surau, bantuan kebajikan, bantuan pelajaran, kemudahan awam dan lain-lain – segalanya dipastikan tidak dimanfaatkan semudahnya oleh penyokong parti pembangkang.
Ertinya, segala aspek hidup rakyat Terengganu tidak lari dari merit politik. Dalam hampir setiap keadaan, yang menguasai suasana dan memonopoli manfaat-manfaat itu ialah "puak-puak Umno".
Sebab itu menurut rekod sejarah negara, Terengganu telah menyaksikan ketegangan politik antara PAS dan Umno yang paling dahsyat. Suhu politik negeri itu sentiasa panas, malah ada ketikanya ia sampai ke tahap "mendidih".
Kuala Lumpur: "Bertaubatlah… kembalilah ke pangkal jalan." Itulah rayuan seorang bekas isteri kepada Mohd Razis Ismail, 30, yang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Khamis lalu, atas tuduhan memalsukan dokumen dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.
Wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Sha, 36, berkata, sudah sampai masa Razis menginsafi perbuatannya menganiaya isteri dan bekas isterinya yang lain selama ini.
"Setidak-tidaknya fikirkan masa depan anak, jangan malukan mereka.
"Saya berharap dia ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. Ramai yang marah dan tertipu dengan perbuatannya, jadi berubahlah," katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.
Sha pernah menjadi isteri Razis pada 2010, namun perkahwinan mereka dibatalkan mahkamah awal tahun ini kerana dinikahkan oleh jurunikah tidak bertauliah.
Berikutan pembubaran hubungan itu, anak pertama mereka dianggap anak luar nikah dan kini dibinkan 'Abdullah', malah nasib sama juga bakal menimpa bayi yang kini dalam kandungan Sha.
Buat masa ini, Sha hanya mahu memikirkan masa depan anaknya.
Oleh Lim Hong Siang Rata-rata menganggap MCA kini semakin terdesak, seandainya diperhatikan hujah-hujah yang dikeluarkan bukan sahaja Presidennya, Chua Soi Lek, tetapi juga pemimpinnya yang lain ketika dalam Perhimpunan Agung MCA ke-59, baru-baru ini. Soi Lek terus menyerang dengan isu Hudud, selepas membeliakkan orang ramai dengan hujah "1.2 juta orang akan menganggur seandainya Hudud dilaksanakan", memetik angka dari sms yang tidak dikenali pengirimnya.
Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kie pula memetik hujah Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat di luar konteks, menyimpulkannya sebagai "Nik Aziz menghasut muslim untuk merogol bukan muslim", menurut laporan Malaysiakini. Ironinya, antara kain rentang yang menghiasi Perhimpunan Agung MCA ke-59 ini bertulis, "MCA menyanjung keamanan, DAP menghasut kebencian". Hujah-hujah yang berbaur prejudis ini telah mencungkil sensitiviti masyarakat Islam, malah PERKASA yang menyokong Barisan Nasional sepanjang ini tampil menyatakan pendirian untuk tidak menyokong MCA dalam PRU 13. Jika disimpulkan dalam satu perkataan, maka apa yang dilakukan MCA kebelakangan ini namanya BANGANG. Read More / Baca Lagi >>
Pada 28 Oktober 2012, sekitar jam 11.35 pagi che'GuBard dengan diiringi Sdr Saufi, Penyelaras bersama SAMM NS bersama 4 teman SAMM yang lain telah tampil ke Balai Polis Seremban 2 (IPD Seremban) untuk membuat laporan polis dan menyerahkan handycam yang diselamatkan oleh SAMM semalam.
Laporan polis (serialam/009753/12) telah diterima oleh Lans Kopral Siti Noorasishah Bt Ishak, dalam laporan dua muka surat yang ditaip sendiri saya tegaskan semua kronologi kejadian yang berlaku. Laporan saya bertujuan untuk polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kejadian provokasi oleh Umno yang jelas mahu mencetuskan keadaan kacau dan pergaduhan.
Kedua saya nyatakan dalam laporan saya mendesak tindakan diambil kepada anggota polis yang sengaja mendiamkan provokasi Umno berlaku termasuk pegawai polis pengendali handycam yang jelas hadir dan mendiamkan diri bila kekecohan berlaku.
Saya juga dimaklumkan mengenai kehadiran sekumpulan anggota polis dari Johor telah berada di IPD Seremban sejak awal pagi lagi.
Kemudian saya telah dibawa oleh ACP Hj Ghaffor Hj Yunus Pegawai Siasatan Jenayah IPD Seremban untuk dirakam percakapan. Sekali lagi saya ceritakan semua kronologi yang berlaku dan menjawab semua soalan yang berkaitan yang diajukan kepada saya. Read More / Baca Lagi >>
Hong Ping (duduk, tiga, kiri) menunjukkan salinan laporan polis dan permit ceramah yang mereka miliki.
JOHOR BAHRU - Pemuda DAP negeri kecewa dengan tindakan polis yang didakwa gagal bertindak profesional apabila ceramah di Bandar Seri Alam, dekat sini, malam kelmarin, diganggu sekumpulan individu.
Ketuanya, Tan Hong Ping berkata, kumpulan itu didakwa melakukan provokasi dengan memasang pembesar suara di halaman pejabat parti yang terletak kira-kira 20 meter dari lokasi tapak ceramah anjuran DAP.
"Cakera padat digital (DVD) dimainkan dengan kuat menerusi pembesar suara berkenaan sehingga mengganggu penceramah dan hadirin.
"Pembesar suara itu diletakkan menghala ke arah ceramah yang dianjurkan. Kami ada memberitahu polis supaya menyelesaikan perkara ini, namun tidak berkesan. Kami tidak faham mengapa perlu ada provokasi sedangkan ceramah itu sudah mendapat permit," katanya kepada media di pejabat DAP di Taman Seri Orkid, di sini, semalam.
Pelajar sebuah sekolah tahfiz terpaksa meminta derma daripada orang ramai untuk memastikan pengurusan sekolah dapat meneruskan usaha melahirkan golongan hafiz dan hafizah.
MEMILIH untuk belajar di sekolah tahfiz kini semakin menjadi pilihan ibu bapa yang ingin melihat anak mereka menghafal al-Quran dengan cara yang lebih terancang. Tidak terkecuali, pilihan itu adakalanya keputusan pelajar sendiri kerana lebih cenderung kepada pengajian agama secara total.
Namun tidak ramai yang tahu sebenarnya pelbagai kesusahan dan keperitan terpaksa dilalui pengurusan sekolah tahfiz ini terutamanya sekolah persendirian untuk mencari sumber kewangan. Dengan hanya mengharapkan sumbangan derma dan sedekah daripada pihak tertentu dan orang awam, pengurusan sekolah tahfiz perlu tahu untuk berjimat cermat bagi memastikan survival mereka menjulang fi sabilillah ini berkesinambungan.
Dalam usaha untuk tidak terlalu bergantung kepada sumbangan derma semata-mata, ada sesetengah pengurusan sekolah tahfiz menggunakan pelbagai alternatif lain untuk mendapatkan sumber kewangan seperti menganjurkan kem hafazan Quran pada musim cuti persekolahan, penjualan takwim mahupun buku-buku agama dan tidak ketinggalan mengutip derma di tempat awam.
MEMILIH untuk belajar di sekolah tahfiz kini semakin menjadi pilihan ibu bapa yang ingin melihat anak mereka menghafal al-Quran dengan cara yang lebih terancang. Tidak terkecuali, pilihan itu adakalanya keputusan pelajar sendiri kerana lebih cenderung kepada pengajian agama secara total.
Namun tidak ramai yang tahu sebenarnya pelbagai kesusahan dan keperitan terpaksa dilalui pengurusan sekolah tahfiz ini terutamanya sekolah persendirian untuk mencari sumber kewangan. Dengan hanya mengharapkan sumbangan derma dan sedekah daripada pihak tertentu dan orang awam, pengurusan sekolah tahfiz perlu tahu untuk berjimat cermat bagi memastikan survival mereka menjulang fi sabilillah ini berkesinambungan.
Dalam usaha untuk tidak terlalu bergantung kepada sumbangan derma semata-mata, ada sesetengah pengurusan sekolah tahfiz menggunakan pelbagai alternatif lain untuk mendapatkan sumber kewangan seperti menganjurkan kem hafazan Quran pada musim cuti persekolahan, penjualan takwim mahupun buku-buku agama dan tidak ketinggalan mengutip derma di tempat awam. Read More / Baca Lagi >>
Kolam renang Wadi al-Amin ini akan dibangunkan mengikut fasa dan dijangka akan dipelbagaikan dengan tarikan lain seperti kolam memancing, trek basikal dan tapak perkhemahan.
Aktiviti memanah juga akan diajar kepada peserta kem hafazan al-Quran sekaligus mengamalkan sunnah nabi SAW.
KEBANYAKAN maahad tahfiz yang dibina di negara ini bergerak secara sendirian tanpa kewangan yang kukuh sekali gus memaksa mereka mempelbagaikan kaedah untuk mencari sumber dan dana bagi menampung kos perbelanjaan bulanan.
Pengerusi Maahad Tahfiz al- Quran al-Amin Kampung Berhala Gantang, dekat Temerloh, Wahid Ghaffar Ibrahim mengakui kebanyakan maahad tahfiz di negara ini khususnya yang baru dibuka menghadapi masalah kewangan hingga memaksa mereka mengutip derma.
Menurutnya, kutipan derma adalah kaedah terbaik mengutip dana dalam tempoh yang singkat bagi menampung kos perbelanjaan bulanan.
"Kalau dahulu kutipan derma atas nama 'pondok' al-Quran tetapi sekarang atas nama tahfiz, ia sama sahaja tetapi masyarakat kita mungkin lebih pemurah apabila kutipan derma diberikan atas nama maahad tahfiz.
In politics there will always be players with vested interest. In good times, the bad ones will be sidelined in due course. So that is not a problem. But when a nation is being forced to put a particular political party on the winning slate as the country nears an election date, then we need to recognize the dangers imbeded. Only tested and proven leadership can save the day. It is time to recognize that Malaysians are desperate to have a strong, able and charismatic leader arise above the current piling stench of political party greed. Rise above party flag Voting a political candidate based on his party flag – knowing full well that the candidate is gutter rubbish is behavior of the past. It holds no glue any more for the onward progress of a multi-racial society in this 21st century. Unfortunately BN has for long propagated and appears too deeply rooted in this archaic concept of 'vote the party' and 'never mind the candidate'. This certainly will not do any more and certainly not in this New Age networked society. Hence the opposition party coalition must be quick to recognize that if it needs to emerge with stunning victories, merely fighting issues of corruption and misdeeds alone are not enough. It needs to groom, raise, propel and support a leader for all. That leader must be seen as one who has the knowledge, experience, track record and charisma to be a leader of all races, all religions and all political leanings. And every candidate the coalition fields must be benchmarked in public scrutiny for ability, character and strength. This calls for party ideology sacrifices. It calls for streaming a singular political message with a commonly pursued political thought that forms the cornerstone of the battle cry.
akatan Rakyat should consider the creation of two new departments – a department for the eradication of poverty, and a minority affairs department.
By Ali Cordoba Pakatan Rakyat is planning to come out with its latest electoral manifesto with a plethora of new measures and policies that will literally transform the face of Malaysia. While the opposition members has hinted on some major measures, little has been heard of some vital ones. In the wake of the next budgetary performance by the Barisan National (BN), the Pakatan Rakyat will surely base its manifesto on the loopholes that will appear in Prime Minister Najib Tun Razak's speech at the august Parliament. This will give the opposition an edge in gearing towards the final preparations for its manifesto, which it is hoped will be a unified manifesto. Members of Pakatan, including Opposition Leader Anwar Ibrahim, has already hinted at measures to reduce car prices, demolish tolls and build cheaper houses. These measure will surely benefit the rakyat who are considered less fortunate. They will also be a real bag of goodies for the young generation of Malaysians. The younger generations are definitely having problems in getting their own homes due to the spiraling prices in the property sector. Cheaper cars, we are told, will also help the Malaysians save more money by paying less interest and less duties. These (duties and interests) have been earmarked by Pakatan as the very reason for the hardship many families had faced in the past. Additional measures needed Read More / Baca Lagi >>
SHAH ALAM - Noor, seorang janda, pada mulanya teruja mendengar pengumuman Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang menyatakan janda akan turut menerima bahagian mereka apabila durian runtuh diagihkan kelak.
Dia agak kecewa kerana perkara itu tidak berlaku. Pengalaman pahit dilalui.
Pun begitu, Noor dari Felda Jengka 14, Pahang reda dengan keengganan bekas suaminya menyerahkan sebahagian duit durian runtuh yang sepatutnya diterima isteri peneroka Julai lalu.
Noor, 43, berkata, sebelum bercerai, dia dan suami tinggal di Felda Bukit Sagu.
Menurutnya, dia sudah membuat tuntutan kepada bekas suaminya itu, namun tidak diendahkan.
"Saya juga telah meminta bantuan pihak pengurusan Felda di sana (Bukit Sagu) supaya membantu saya mendapatkan bahagian saya, namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia bergantung sepenuhnya atas budi bicara bekas suami," katanya kepada Sinar Harian.
"Sepatutnya janda dan isteri baru masing-masing akan menerima RM2,500 tetapi lain pula yang terjadi kepada saya.Read More / Baca Lagi >>
Syaitan-syaitan dalam parti umno sudah mula mengamuk dan menyerang sesama mereka bila ada syaitan-syaitan UMNO yang mahu bertanding dalam PRU 13 sudah mula menyerang syaitan-syaitan UMNO yang sedang memegang dan akan mempertahankan kerusi mereka baik parlimen maupun di DUN. Berita ini baru saja dikabarkan apabila ada syaitan UMNO Bahagian yang dikatakan perlu dijatuhkan dengan menyiarkan berita sensasi dan membongkarkan keburukan kepimpinan dengan hasrat kepimpinan itu tidak lagi menjadi calon jangka menang atau 'winnable candidate'.
Tindakan yang sudah bermula di bahagian umno ini sudah pun bermula, dan dijangka akan merebak dengan luas dalam UMNO berperingkat-peringkat. Mungkin kerana itulah majlis disiplin umno yang baru dibentuk yang tugasnya ialah mencari syaitan-syaitan yang cuba mensabotaj parti.
Gurkah-gurkah politik di'port' mula menerima pendedahan keterlibatan agenda untuk membunuh politik calon jangkaan menang dan yang dijangka akan dipilih untuk bertanding. Ini adalah untuk menghalang mereka dari dipilih mendapat kerusi baik parlimen atau DUN. Ada berita yang lebih dahsyat lagi bila mengatakan arahan untuk memburukkan kepimpinan tersebut – arahan untuk mengeluarkan kepimpinan lama yang sedang menyandang kerusi ini datangnya dari Najib dan Mahyuddin, dan ini berupa cara sesuai untuk menggugurkan kepimpinan bahagian tersebut.
dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..Syaitan di-Pasir Salak dan di-Kangar dah mula lagi awal!
Dalam tempoh teka-teki tarikh pilihan raya umum ini, kelihatan BN cuba menyerang Pakatan Rakyat dengan isu air Selangor dan mengaitkannya dengan isu tajaan Soros.
Namun, kelihatan isu-isu kurang berjaya menggugat Pakatan dan kadang-kadang dilihat menjadi senjata makan tuan. Saya melihat ada dua isu yang menjadi senjata ampuh bagi Umno/BN yang dilihat mampu mengugat Pakatan, iaitu isu hudud dan isu perpaduan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan