Ahad, 28 Oktober 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 28 Oct 2012 03:07 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


PERSURUH JAYA PAS PAHANG BERSAMA PROGRAM CAKNA RAKYAT

Posted: 27 Oct 2012 10:37 PM PDT

TEMERLOH 24.10.2012 PJ PAS PAHANG DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN BERSAMA PAS KAWASAN TEMERLOH TELAH MELIHAT BEBERAPA PROJEK KERAJAAN BN YANG GAGAL - ANTARANYA  JAMBATAN GANTUNG MAMBANG BERULANG YANG SUDAH UZUR DAN PROJEK TAMBAKAN TEBING DI SG.SEMANTAN DI SG DINGIN - FOTO YANG SEMPAT DI RAKAMKAN OLEH US.ZAKARIA OMAR PEMERITA BLOG PAS KAWASAN TEMERLOH .
JAMBATAN GANTUNG MAMBANG BERULANG YANG UZUR - DIBINA KIRA-KIRA 20 TAHUN YANG LALU.
MELIHAT TAMBAK TEBING SG SEMANTAN DI SG DINGIN YANG TERBELNGKALAI
PERHIMPUNAN AMAN OLEH PENDUDUK BERSAMA PEMIMPIN PAS BERHARAP KERAJAAN MEMBINA SEBUAH JAMBATAN KONKRIT MENGGANTI JAMBATAN GANTUN MAMBANG BERULANG YANG SANGAT UZUR
SEMOGA PERMINTAAN RAKYAT DITERIMA  - KALAU TIDAK MARI KITA UBAH KERAJAAN BARU PAKATAN RAKYAT -  TOLAK BN .



::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 28 Oct 2012 01:45 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Nuklear: Pulau Pinang tidak izin demi kesihatan

Posted: 27 Oct 2012 07:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Demi kesihatan dan melindungi alam sekitar, Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memutuskan untuk mengharamkan dan tidak membenarkan apa-apa pembinaan loji reaktor nuklear di Pulau Pinang. Demikian ditegaskan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini. Justeru katanya, adalah diharapkan kerajaan persekutuan BN boleh ketepikan kepentingan politik dan berdiri bersama rakyat Malaysia [...]

DUN CHINI

Posted: 27 Oct 2012 07:33 PM PDT

DUN CHINI


PROGRAM KORBAN UNIT AMAL PAS PEKAN

Posted: 26 Oct 2012 09:49 PM PDT

Unit Amal Pas Pekan telah membuat program korban pada tahun ini bertempat di LKPP T1/T2 sebanyak lebih dari 10 ekor yang di ketuai oleh Ustaz Aris.







Penyampaian daging korban daripada UNIT AMAL PEKAN kepada wakil saudara baru En Zamei bin Yusup di Tasik Gumum untuk 20 keluarga islam.
Gambar Ihsan dari
https://www.facebook.com/abdulsukur.saad

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 27 Oct 2012 07:32 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Aidiladha 1433 Di DUN Sura...Lebih 80 Ekor Lembu Dikorbankan, Lebih 400 Kampit Beras Diagihkan

Posted: 27 Oct 2012 10:50 AM PDT

DUNGUN, 27 Oktober Sabtu - Bermula 10 Zulhijjah, Jumaat sehingga 11 Zulhijjah, Sabtu sebanyak lebih 80 ekor lembu telah disempurnakan sembelihan di beberapa lokasi sekitar DUN Sura, di sini.
Di Surau Ustaz Haji Omar Shukri sahaja sebanyak 33 ekor lembu telah disembelih, 31 ekor disempurnakan sembelihannya pada Jumaat, 10 Zulhijjah 1433.
Sementara itu, sebanyak lebih 400 kampit beras yang disumbangkan melalui ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli turut diagihkan kepada faqir miskin sekitar DUN Sura, di sini.
Sembelihan telah disempurnakan sebahagiannya oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ustaz Sheikh Muhammad Hanafi Abd Aziz dan Ketua Pemuda PAS DUN Sura, Ustaz Haji Muhamad Hanafiah Hitam.
Semua cawangan kemudiannya mengagihkan daging berserta sekampit beras kepada penerima yang telah dikenalpasti lebih awal melalui penyelarasan di peringkat JK ADUN Sura.

PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 27 Oct 2012 07:25 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat


Sultan Paling Berani

Posted: 27 Oct 2012 09:03 AM PDT

UITM Tak Terlibat Politik Luar Ke ? Cuba Tengok ??

Posted: 27 Oct 2012 08:57 AM PDT

Panduan Menjawab SMS Terbaru

Posted: 27 Oct 2012 08:53 AM PDT

MCA Hina Islam .. UMNO Hilang Kemaluan

Posted: 27 Oct 2012 08:47 AM PDT

Dr Azman Ibrahim

Posted: 27 Oct 2012 07:24 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Hayati Roh Pengorbanan Sempena Eidul Adha

Posted: 27 Oct 2012 06:08 PM PDT

Melapah lembu dalam program korban di Jabi pada hari raya ke 2
Allah meletakkan kepada kita seorang muslim, tanggungjawab yang sangat berat.
"Demikian kami jadikan kamu ummat pertengahan untuk menjadi saksi atas manusia dan rasul pula menjadi saksi atas kamu…" Al Baqarah 43

Dalam melaksanakan tanggungjawab berat ini, Allah memfardukan jihad ke atas setiap muslim, sama seperti Allah memfardhukan sembahyang ke atas kita. Kewajipan Sembahyang dicatat dalam Quran, kewajipan jihad pun sama dicatat dalam quran. Jihad menurut makna yang luas, makna yang syumul, sehingga hidupnya dakwah Islam. Jihad secara berterusan, demi untuk meninggikan agama Allah.

Seorang Muslim tidak dapat lari sama sekali dari kewajipan dakwah. Suatu kaedah yang tidak boleh diubah sama sekali.Tiada dakwah tanpa jihad, tiada Jihad tanpa pengorbanan. Ummah terdulu telah mendapat izzah, mendapat kebaikan dengan jihad dan pengorbanan. Kita ummah sekarang, mustahil  kita akan mendapat izzah dan kebaikan sebagaimana mereka, melainkan dengan kita melalui melalui jalan sama yang menyebabkan yang menyebabkan ummah dahulu mendapat izzah dan kebaikan. Inilah JALAN JIHAD DAN PENGORBANAN.

Kata Hassan Al Banna: Orang yang bercita-cita nak kepada kebaikan, nak buat islah (baik pulih), nak dapat kegemilangan dan izzah tapi tak nak berjihad dan tak nak berkorban, orang ini adalah orang yang tengah mimpi dan khayal.

Syair Arab kata:
Sapa yang cari ketinggian tanpa susah payah, dia telah sia-siakan usahanya untuk cari suatu yang mustahil.
Sapa yang tidak bersedia untuk berkorban, dia kena bersedia untuk menjadi mangsa korban.

Berkorban wajib. Wajib bagi setiap kita yang redha, Allah tuhan kita, Wajib bagi kita yang redha Islam ugama kita, Muhammad Nabi kita.Samada harta, masa, kehidupan semuanya kita perlu jadikan cagaran  untuk mendapat redha Allah.

Siapa yang rasa diri dia mampu berkhidmat untuk Islam, mampu beri saham untuk dakwah, sedangkan kita bakhil terhadap jiwa kita, bakhil harta kita, bakhil terhadap waktu kita, malah apa jua sekalipun, kita perlu periksa semula diri, baca quran dengan teliti, kaji sirah perjalanan Rasulullah dan generasi yang telah mendapat kemulian, nescaya kita akan dapat tengok, hakikat yang lebih terang dari cahaya matahari di siang hari.

Imam Hassan Al Banna kata; "Siapa yang duduk dan enggan melakukan pengorbanan bersama kami, mereka berdosa."

Firman Allah dalam surah al Ahzab yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu, pergilah beramai-ramai berperang pada jalan Allah, kamu rasa berat dan suka tinggal di tempat masing-masing, menikmati kesenangan dunia. Apakah kamu lebih suka hidup dunia dari akhirat? Perbuatan kamu salah, kerana kesenangan dunia berbanding akhirat, sangat sedikit. Jika kamu tidak pergi berjihad di jalan Allah, Allah akan azab kamu dengan azab siksa yang tidak terperi sakitnya dan dia akan ganti kamu dengan suatu kaum yang lain."

Ayat ini menceritakan tentang kisah perang Tabuk. Sebahagian ulama' menamakan dengan nama perang 'Asirah. Perang yang penuh kesukaran. Sukar sebab ketika itu musim panas yang sangat terik. Sukar kerana jarak perjalanan ke Tabuk sangat jauh kira-kira 625 km ke utara Madinah. Payah nak tinggal rumah, sebab berlaku pada musim panas . Musim panas, musim buah masak. Kalau di Iraq, musim panas buah tamar masak, buah anggur, buah epal, buah lai masak. Orang lebih suka duduk di rumah sambil kutip dan  makan hasil tanaman.

Ada jugak ulama' panggil dengan nama perang fadzihah. Perang yang membongkar identiti sebenar, antara orang yang benar-benar kukuh beriman, orang yang lemah iman dan orang-orang munafik.

Allah mula ayat ni dengan panggilan yang sangat lembut, khusus untuk orang-orang yang beriman. "Wahai orang-orang yang beriman." Sahabat-sahabat nabi bila dengar nabi baca ayat ."wahai orang-orang yang beriman…" tinggal semua kerja. Allah panggil kita! mari kita pergi dengar apa Allah nak bagitau. Yang  duduk berniaga tinggal barang-barang, yang duduk bertani tinggal tanaman, yang duduk mengembala tinggal kambing, tinggal unta. Mari- dengar… rupa-rupanya Allah murka, "kenapa kamu ini, bila nabi ajak pergi berperang, kamu rasa berat, sayang kepada harta benda dunia, sayang kepada kebun, sayang nak tinggal rumah. Padahal kalau kamu tahu bandingan kesenangan dunia dengan senang akhirat, sikit sangat kesenangan dunia ini. Kalu kamu tak mahu pergi jugak, aku akan azab kamu dengan azab yang pedih dan aku akan ganti kamu dengan kaum yang lain.

Tak Pelik bagi Allah. Kalau kita tak berminat buat kerja Islam, Allah akan ambil orang lain sebagai ganti. Perjuangan Islam tetap Allah pelihara dan tak akan mati. Bila orang Arab meninggalkan Islam, Allah ambil orang Kurdi, Salahuddin Al Ayubi, Nuruddin Zengi, ini orang Kurdi. Bangsa Turki seperti Sultan Muhammad Al Fateh yang buka kota Konstantinople, pusat kekuasaan empayar Rom Timur. Orang Mongul pernah pimpin Islam dan mereka sebarkan Islam sampai ke benua India. Ulama'-ulama' muktabar, ramai yang bukan Arab. Syeikh Sibaweh, pakar dalamm ilmu tata bahasa Arab, orang Iran, Imam Bukhari, Ulama' hadis terkenal, lahir di Bukhara, dekat dengan Rusia. Imam Al Qurthubi, pengarang tafsir Al Qurtubi, lahir di Cordova, Sepanyol. Tak pelik bagi Allah, bangsa apa pun, hamba dia belaka. Sekarang ini, perkembangan Islam di Eropah sangat-sangat memberansangkan, tak mustahil suatu hari nanti orang Eropah pulak akan pimpin Islam, kalau bangsa lain tak bersedia untuk berjihad dan berkorban.

Kisah pengorbanan orang dulu, patut kita renung supaya boleh jadi inspirasi untuk kita. Imam Hassan Al Banna pernah cerita, ada seorang petani ahli Ikhwan daftar nama untuk jadi sukarelawan perang palestin dan Perang Terusan Suez, bukan setakat daftar diri untuk jadi pejuang, dia jual pulak kerbau dia, untuk buat modal beli senjata. Kerbau ini nisbah untuk seorang petani, serupa modal untuk seorang peniaga. Hassan Al Banna nasihat kepada dia. "Wahai saudara, cukuplah saudara berkorban dengan nyawa dan tinggalkanlah kerbau untuk kegunaan keluarga kamu." Petani ini menjawab; "Bukankah Allah nak beli daripada kita nyawa dengan harta sekaligus, dan tuhan janji nak beri syurga, bukan Allah nak beli suku-suku."

Dia baca ayat Allah;
"Sesungguhnya Allah telah beli dari orang-orang yang beriman jiwa mereka dan harta mereka dan Allah akan bayar dengan syurga." At taubah 111

*intipati Khutbah Eiduladha yg disampaikan di Masjid As Syakirin, Kg Bukit Tanah

PAS LENGGONG

Posted: 27 Oct 2012 07:12 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 26 Oct 2012 07:16 PM PDT

Soi Lek biadap, Najib senyap
Posted on Friday, October 26 @ 18:28:47 MYT by paktam
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak penakut untuk menegur Presiden MCA, Dato' Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam, kata Dato' Seri Anwar Ibrahim."Chua Soi Lek begitu biadap serang Islam (tetapi) Najib cuma duduk senyum sahaja, (malah) beliau langsung tak suarakan bantahan dalam ucapannya selepas itu,"" kata Ketua Umum KeADILan itu depan 3,500 rakyat pada Ceramah Perdana Demi Rakyat di tapak pasar malam Taman Melati, di sini malam tadi.



Soi Lek dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MCA Ahad lalu menyatakan 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika undang-undang Islam dilaksana.
Pemimpin MCA lain pula memfitnah Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat kononnya beliau menggalakkan wanita bukan Islam dirogol.
Anwar berkata, tindakan berkenaan menunjukkan kegagalan Umno menjelaskan kefahaman Islam terhadap parti komponen BN dan tiada kesefahaman sesama mereka.
Tambah Ketua Pembangkang itu, ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang sentiasa mengadakan perbincangan jika berlaku salah faham.
"Ketika DAP buat kenyataan (dan timbul salah faham), saya undang semua pemimpin Pakatan Rakyat dan kita bincang.
"Dari pukul 8 hingga 12 tengah malam, kita bincang di ibu pejabat PAS untuk selesaikan (masalah) dan keluarkan kenyataan bersama," katanya. v Turut berucap Penyelaras KeADILan Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Lajim Ukin; bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato' Fauzi Shaari dan artis tanah air yang juga Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KeADILan, Dayangku Intan.
Pemimpin Pakatan kecam MCA
Penghinaan MCA terhadap Islam turut mendapat pelbagai reaksi bantahan pimpinan Pakatan Rakyat.
Naib Presiden KeADILan, Dato' Seri Chua Jui Meng membidas tindakan Soi Lek itu. v "Chua Soi Lek tidak patut hina agama lain. Lebih menghairankan Perdana Menteri langsung tidak tegur," katanya ketika dihubungi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, S Manikumar mengingatkan pemimpin BN supaya mendalami sesuatu isu sebelum buat kenyataan. v "Sebelum buat kenyataan, elok fahami dulu. Jangan hina kerana ia merupakan satu cabang undang-undang Islam," tegasnya.
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw memberi amaran kepada BN agar tidak mencampuri agama lain dan menganggap perbuatan itu tidak wajar. v "Tidak patut pemimpin MCA hina agama lain. Jangan sibuk dengan urusan agama orang lain," tempelaknya. v Ahli Jawatankuasa DAP, Dato' Teng Chang Kim kesal tindakan MCA, yang disifatkan beliau parti lama, tetapi tidak memahami Islam. v Main isu hudud politik sempit
Mengutuk sama kenyataan Soi Lek adalah Ketua Penerangan Angkatan Muda KeADILan (AMK), Lee Khai Loon. v Katanya, Soi Lek cuba mengalih perhatian rakyat daripada isu rasuah dengan memainkan isu hudud. v "Soi Lek banyak kali mempermainkan isu hudud demi politik sempit MCA tetapi memperlekehkan isu rasuah dan penyelewengan kerajaan Umno BN yang didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011," katanya dalam kenyataan

Dupahang's Weblog

Posted: 27 Oct 2012 11:34 AM PDT

Dupahang's Weblog


Syiah Nushoiriyah, Pembunuh Muslim di Syria

Posted: 27 Oct 2012 03:58 AM PDT

Seorang sahabat Nabi SAW, "Abdullah bin Hawalah berkata : Rasulullah – Sholawat dan salam Allah untuk beliau, berkata" Akan datang suatu kejadian dimana kalian menjadi tentara tentara yang dipersiapkan. Pasukan tentara itu ada di Syam, ada di Yaman dan ada yang di Irak." Ibnu Hawalah pun berkata , " Pilihkanlah untukku jikalau umurku sampai wahai [...]

Tahukah Anda, Apa Dan Siapa Syiah Nushoiriyah (Al Alawiyah)

Posted: 27 Oct 2012 03:57 AM PDT

Pengertian An Nushoiriyah   An Nushoiriyah yang sering disebut Al Alawiyah adalah gerakan kebatinan yang muncul pada abad ke 3 hujriah. Yang menyebut An Nushoiriyah dengan Al Alawiyah adalah penjajah Perancis ketika mereka menjajah Syiria. Tujuannya adalah untuk menyembunyikan hakikat kebusukan mereka dan menutup nutupi kegiatan kebatinan mereka yang merusak.  Mengambil nama An Nushoiriyah dikarenakan pendiri [...]

Ulama PAS bukan Ayatullah, tegas Ustaz Harun

Posted: 27 Oct 2012 03:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ulama PAS berpegang teguh mempertahankan ajaran dan prinsip Islam sepertimana yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-sunnah dan PAS tidak boleh disamakan dengan Ayatullah sama sekali. Demikian tegas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) ketika mengulas kebimbangan individu tertentu terhadap pemimpin PAS yang kemungkinan mengambil pendekatan Ayatullah dalam pemerintahan sekiranya [...]

Bekas mufti keterlaluan samakan ulama PAS dengan Khomeini

Posted: 27 Oct 2012 03:42 AM PDT

Soalan yang dikemukakan oleh seorang moderator dalam Wacana Sinar Harian siri ke-15 berhubung dengan pemimpin ulama PAS yang tidak boleh ditegur dan jawapan yang diberikan oleh seorang bekas Mufti terhadap soalan tersebut adalah sangat tidak adil kepada PAS. Bekas mufti itu ketika menjawab persoalan tersebut berkata bahawa jika PAS menjadi pemerintah dengan mentaliti orang agama [...]

Nasihat & teguran buat Dr MAZA.

Posted: 27 Oct 2012 03:36 AM PDT

“Berdasarkan kritikan Dr MAZA yang mencuba menyamakan kepimpinan Ulama' dalam PAS dengan kepimpinan Ayatullah dalam syiah adalah tuduhan yang sangat berat yang boleh menimbulkan pelbagai persepsi negatif masyarakat awam di Malaysia dalam menilai kewibawaan para Ulama' dalam memimpin ummah, maka teguran serta nasihat perlu ditujukan kepada golongan seperti Dr. MAZA dan yang lain bagi mengelakkan [...]

Pengorbanan cipta kemenangan tanpa terburu-buru

Posted: 27 Oct 2012 03:32 AM PDT

Assalamualaikum wbt.. Saudara-saudari muslimin muslimat yang dihormati sekalian.. Sempena dengan hari raya korban @ Aidil Adha ini, saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan kepada saudara-saudari sekalian, bagaimana contoh perjuangan untuk menegakkan hukum Allah, dari kalangan mereka yang terdahulu daripada kita terutamanya para nabi dan para rasul a.s. Dalam peristiwa Aidiladha ini, ada 3 watak [...]

Jasindaily Online

Posted: 27 Oct 2012 09:31 AM PDT

Jasindaily Online


Kerajaan BN dulu Lulus Bina Kondominium Batu Caves

Posted: 27 Oct 2012 08:42 AM PDT


Isu bina kondo dekat Batu Caves, Kebodohan MIC/BN kian menyerlah, G.Palanivel sama P.Kohilan membuat kenyataan dlm TV3 mlm tadi mengatakan PR yg luluskan selepas 2008 tetapi terbukti kini siapa yg luluskan sebenarnya

Iklan Jap

Posted: 27 Oct 2012 08:40 AM PDT


Program cuti sekolah 2012 ~ khusus utk budak2 sekolah rendah & menengah yang ingin mencari pengisian rohani semasa cuti sekolah! Diajar teknik hafalan berkesan dan mudah, dan ada berbagai aktiviti yg sgt menarik! Cepat hubungi Ust Mohd Ghanis Osman: 013-6846553/016-6659612 atau Ust. Khairul:013-3898980.. Penuhi masa dgn aktiviti yg bermanfaat dan berfaedah!

VAN UMNO Di Serang Kuman

Posted: 27 Oct 2012 08:30 AM PDT

Pergerakan Wanita Umno Bahagian Bandar Tun Razak melahirkan kekecewaannya berikutan dengan insiden Van Skuad Sayang milik mereka diconteng dengan perkataan SIAL dan BABI.Walaupun begitu beliau tidak menuding jari kepada mana-mana pihak atau lebih tepat lagi beliau tidak menuding jari kepada penyokong Pakatan Rakyat.

Bagus tu.. mungkin beliau sendiri sedar penyokong Pakatan Rakyat tak ada yang sudi nak buat kerja-kerja tak bertamaddun tu... malah nak menghampiripun aku rasa ramai yang tak hingin!/ ASD


Sharizat Lembu atau Lembu Sharizat ?

Posted: 27 Oct 2012 08:27 AM PDT



Sumber : ASD


Luluh hati seorang Suami

Posted: 26 Oct 2012 03:56 PM PDT

Luluh hati seorang kontraktor apabila mendengar suara isteri tersayang bergelak ketawa dengan lelaki lain di dalam bilik tidur mereka di kediamannya di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, di sini, lewat malam Ahad lalu. Akibat tidak sanggup melihat kecurangan isteri, lelaki berusia 36 tahun itu menggagahkan diri ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan mengetuk pintu jabatan penguat kuasa bagi memaklumkan hal berke-naan, awal pagi kelmarin. 

 Dakwa suami malang itu, dia terpaksa meminta penguat kuasa Jaim mencekup kedua-dua mereka yang berusia 24 tahun apabila dipermainkan isterinya buat kali kedua selepas pernah ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain tidak sampai setahun lalu. Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Salman berkata, dia yang sedang bekerja pulang ke rumah untuk mengambil pengecas telefon bimbit yang tertinggal. "Isteri yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di sekitar negeri ini biasanya bekerja pada hujung minggu, bermula jam 9 pagi hingga 11 malam. "Tetapi sebaik sahaja tiba di luar rumah, saya dengar suara seorang perempuan dengan seorang lelaki ketawa bersama. Lebih tiga kali saya memastikan suara itu sebelum terpaksa menerima hakikat bahawa ia milik isteri saya," katanya. Menurutnya, dia dengan berat hati kemudian membuat laporan kepada Jaim kira-kira jam 3 pagi untuk tindakan lanjut. 

 "Dia pernah dicekup bersama lelaki lain tetapi saya beri peluang kedua untuk dia dan saya perbaiki kelemahan masing-masing tetapi kali ini saya tidak mampu bersabar lagi," katanya yang tidak mempunyai anak hasil perkahwinan selama empat tahun. Salman berkata, ia adalah perkahwinan keduanya selepas isteri pertama meninggal dunia akibat barah dan empat anaknya kini tinggal bersama ibunya di Bukit Piatu, di sini. "Saya tidak menyalahkan sesiapa dan reda dengan apa yang berlaku," katanya. Sementara itu, Ketua Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, serbuan lima anggotanya kira-kira jam 4.15 pagi mendapati terdapat dua wanita dan seorang lelaki di dalam rumah tersebut. "Selepas anggota kami mengetuk pintu rumah beberapa kali, seorang wanita berusia 31 tahun membuka pintu.

 "Dia kemudian mengetuk dan membuka pintu bilik kedua rumah tersebut. Kami dapati ada seorang lelaki dan wanita di dalamnya," katanya. Menurutnya, selepas disoal siasat, ketiga-tiga mereka ditahan dan dibawa ke pejabat penguat kuasa Jaim untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu berkurung mendatangkan syak ataupun bersekediaman.

Menang Bola Dapat Tunai Umrah

Posted: 26 Oct 2012 03:51 PM PDT

Kerajaan Negeri Kelantan menghadiahkan ganjaran berupa pakej menunaikan umrah kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak The Red Warriors atas kejayaan menjulang kejuaraan Piala Malaysia buat kali kedua, Sabtu lalu. Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob berkata, keputusan tersebut dicapai menerusi mesyuarat Exco hari ini, yang melihat kejayaan Kelantan merangkul piala paling berprestij itu, sekali gus meraih gelaran 'treble' pertama merupakan satu sejarah bagi landskap bola sepak negeri ini. "Kerajaan Negeri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan di atas kejayaan ini. 

Kita berasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan barisan pemain yang berjaya membawa pulang piala tersebut buat kali kedua ke negeri ini. "Jika pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bersedia memberi lot tanah, kita hari ini bersetuju untuk memberikan sumbangan dalam bentuk pakej mengerjakan umrah sebagai tanda penghargaan daripada pihak kerajaan negeri," katanya lagi. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.

 Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan. Dalam perlawanan akhir edisi ke-86 pada Sabtu lalu, Kelantan berjaya menewaskan Angkatan Tentera Malaysia menerusi kemenangan dramatik 3-2 untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh empat tahun. Sebelum ini, Kerajaan Negeri pernah menghadiahkan pakej mengerjakan umrah kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak Kelantan setelah muncul naib juara Piala Malaysia dan Piala FA pada tahun 2009. 

 Malah pada tahun 2010, Kerajaan Negeri juga memberikan ganjaran RM200,000 kepada pemain dan pegawai pasukan The Red Warriors setelah berjaya menamatkan penantian selama 89 tahun dengan memenangi Piala Malaysia pada musim tersebut. Menurut Ahmad, kerajaan negeri juga bersetuju untuk mengadakan jamuan rakyat secara besar-besaran bagi meraikan kejayaan pasukan Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 3 November ini.

"Ia akan dihadiri sendiri Menteri Besar (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) bagi meraikan kejayaan itu. Peminat The Red Warriors juga dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan majlis tersebut," katanya. Dalam perkembangan sama, Ahmad menjelaskan, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V juga memberi perkenan untuk berangkat bagi meraikan wira The Red Warriors pada satu lagi majlis yang diatur oleh Kerajaan Negeri tidak lama lagi.

PAS Bukan Ayatullah

Posted: 26 Oct 2012 03:47 PM PDT

Pas memberi jaminan tidak akan sama sekali akan menjadi pemimpin-pemimpin bergelaran Ayatollah Iran jika diberi mandat memerintah Kerajaan Pusat kelak kerana parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sentiasa mengamalkan sikap terbuka kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik. Sambil menghargai pandangan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pemimpin-pemimpin Pas yang dihubungi Sinar Harian Online berkata parti berusia lebih enam dekad itu tidak pernah mengamalkan pendekatan tutup pintu kepada pandangan dan teguran mana-mana pihak. Ayatollah adalah gelaran tertinggi diberikan kepada ulama Syiah Iran. 

 Mengulas teguran Asri itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekiranya diberi mandat memerintah Putrajaya kelak, mereka tidak akan sekali-kali menjadi seperti pimpinan Ayatollah. Katanya, sedia ditegur dan dikritik akan terus menjadi asas perjuangan parti itu. "Saya rasa Dr Asri sekadar membuat peringatan yang jujur dan ikhlas, tiada niat lain dan saya hargai peringatan yang diberi itu. "Jika dilihat sekarang ini pun, media arus perdana hari ini kerap memutar belit fakta yang kami beri, tetapi kami tidak pernah melenting, malah memberi reaksi yang baik dan sentiasa positif," kata beliau.

 Kelmarin, Asri, yang dari semasa ke semasa menganalisis perjalanan politik negara, menggesa Pas agar tidak mengamalkan pendekatan politik negara Teluk itu jika berjaya mandat memerintah Putrajaya kelak. Bagaimanapun beliau tidak memberi contoh khusus yang berkemungkinan Pas akan menjadi sebagai kepimpinan Ayatollah. Beliau berkata, kalau ada yang bermentaliti bahawa orang agama yang berkuasa tidak boleh ditegur, negara akan menjadi lebih korup dari sekarang. "Saya rasa ini satu masalah dalam Pas, masalah sekarang ini, Pas belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh," katanya.

 Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tidak perlu melihat terlalu jauh atau melihat corak pemerintahan Pas di masa hadapan, corak pemerintahan Pas sekarang ini pun tidak pernah mengambil sikap 'tutup pintu' jika dikritik mana-mana pihak. "Kami pun sedia maklum, bukan semua pemimpin Pas mahir dan arif dalam semua perkara, justeru teguran juga penting," katanya. Beliau juga menambah, jika teguran yang dibuat itu merupakan sesuatu yang baik, mereka sedia menerima walaupun berbeza faham politik. Seorang lagi Naib Presidennya, Salahuddin Ayub turut sepakat dengan Mahfuz menyatakan parti itu sentiasa terbuka untuk menerima sebarang kritikan daripada mana-mana pihak. 

 "Berdasarkan pengalaman saya dalam Pas, mana-mana ahli bebas memberi pandangan dan teguran masing-masing kerana kami sentiasa berpaksikan semangat demokrasi. "Jika dalam mesyuarat perwakilan atau mesyuarat bulanan, semua ahli bebas memberi kritikan kepada pemimpin, tiada masalah," katanya. Beliau juga menambah yang rata-rata keputusan yang dibuat oleh parti itu juga adalah berdasarkan teguran. "Cara ini kami telah amalkan sejak lama dulu dan setakat ini, kami sentiasa terbuka dan saya rasa tidak mungkin kami akat bersikap seperti Ayatollah jika memerintah Putrajaya kelak," tegas beliau tetapi pada masa yang sama menghargai teguran Asri semalam terhadap Pas. Katanya, ia satu peringatan positif.

Timbunan Hutang Lebih Had

Posted: 26 Oct 2012 03:45 PM PDT

Timbunan hutang kerajaan mencecah 65 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jika jaminan hutang kerajaan diambil kira, kata bekas Pengerusi KEADILAN Terengganu, Abdul Rahman Yusof. Beliau berkata, hutang negara ialah RM476 billion bersamaan 54 peratus daripada KDNK atau 55 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK) pada hujung 2011. "Jaminan hutang yang diberi kerajaan mencecah lebih RM100 bilion. Jika ia diambil kira, hutang dan jaminan kerajaan melebihi 65 peratus daripada KDNK," katanya kepada Suara Keadilan. 

Abdul Rahman berkata, Malaysia mengalami belanjawan defisit 15 tahun berturut-turut sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998. Ketika Anwar masih Menteri Kewangan antara antara 1991-1997, katanya, belanjawan sentiasa seimbang atau mencatat lebihan manakala purata pertumbuhan ekonomi ialah 8.7 peratus. Sedangkan, beliau berkata, purata pertumbuhan ekonomi antara 2000 hingga 2012 hanya 1.22 peratus dengan kadar pertumbuhan paling tinggi hanya 5.9 peratus dan terendah (-7.6 peratus) "Prestasi Menteri Kewangan sekarang (2009–2011) hanya mencatat purata pertumbuhan ekonomi 3.2 peratus. "Jika dimasukkan 1998 – tahun Anwar dipecat, purata pertumbuhan ekonomi 1991-1998 ialah 7.0 peratus," katanya.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 27 Oct 2012 01:32 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Saya alu-alukan BN umum nama calon lebih awal

Posted: 26 Oct 2012 04:48 AM PDT


10 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Saya mengalu-alukan cadangan Barisan Nasional (BN) berkemungkinan menamakan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini seperti kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini. 



Tengku Adnan berkata, perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon UMNO sahaja malah semua parti komponen BN. Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya dan menegaskan ada sedikit perbezaan pada pilihan raya umum akan datang. 

 Bagaimanapun, katanya, rancangan itu terserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi BN, untuk membuat keputusan. beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis korban dan kenduri rakyat sempena Aidiladha anjuran UMNO Bahagian Putrajaya, di sini, hari ini. 

Namun begitu lain pula dengan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, UMNO belum bercadang untuk mengumumkan lebih awal nama calon bagi mengelak perbuatan sabotaj termasuk mereka yang tidak dipilih mewujudkan 'pasukan' bagi menjatuhkan calon terpilih. 

 Demikianlah cadangan yang saya ingat pernah dibuat oleh pelbagai pemimpin UMNO sebelum menjelang PRU sebelum dari ini. Namun belum lagi menjadi raliti setakat ini.Iannya setakat permanis mulut dan sangat sukar dilaksanakan. 

 Kalaulah benar ianya dapat dilakukan, harapan kita dapatlah kita kenal lebih awal dengan calon yang pernah disifatkan oleh Tun mahathir sebagai "syaitan yang anda kenal" itu. 

 Khalil Idham Lim.

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 26 Oct 2012 09:25 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


APA BENAR ! : TAJUDDIN ABDUL RAHMAN BAKAL TERSUNGKUR DI PASIR SALAK, BIKIN PANAS!!!

Posted: 26 Oct 2012 09:59 AM PDT

PAS LENGGONG

Posted: 26 Oct 2012 07:16 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 26 Oct 2012 07:13 PM PDT

Nasihat & teguran buat Dr MAZA.
Posted on Friday, October 26 @ 23:25:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: elharaki

"Berdasarkan kritikan Dr MAZA yang mencuba menyamakan kepimpinan Ulama' dalam PAS dengan kepimpinan Ayatullah dalam syiah adalah tuduhan yang sangat berat yang boleh menimbulkan pelbagai persepsi negatif masyarakat awam di Malaysia dalam menilai kewibawaan para Ulama' dalam memimpin ummah, maka teguran serta nasihat perlu ditujukan kepada golongan seperti Dr. MAZA dan yang lain bagi mengelakkan mereka tergolong di dalam golongan yang memusuhi orang-orang beriman dan Islam itu sendiri.

Dr Fathi Yakan di dalam kitabnya menggariskan dan menghuraikan beberapa golongan yang memusuhi orang beriman di dalam tulisannya iaitu:

1. Mukmin yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

Perlu kita sedari PAS bukan hanya sekadar Parti Politik semata-mata tetapi adalah Harakah Islamiyyah yang berusaha untuk menegakkan ketinggian Islam dan kita perlu jelas bahawa musuh Islam akan berusaha untuk mematahkan usaha ini. Saidina Umar R.A pernah berkata:

"tiada Islam melainkan adanya Jamaah, tiada Jamaah melainkan adanya pimpinan, dan tiada pimpinan melainkan adanya taat"

Maka untuk meninggikan Islam perlunya adanya Jamaah Islam yang dipimpin oleh golongan yang memahami Islam dan mempunyai anggota yang mampu memberi taat & wala' kepada pimpinan tersebut. Lihatlah realiti yang berlaku di dalam PAS sekarang bagaimana perancangan musuh Islam dari luar dan dalam PAS menjalankan perancangan berperingkat dalam merosakkan ahli PAS sehingga tidak mampu memberi taat & wala' kepada kepimpinan utama PAS.

Justeru kita akan melihat serangan kepada kepimpinan Ulama' PAS adalah serangan yang akan berterusan dari musuh-musuh Islam kerana para Ulama' adalah merupakan benteng terakhir untuk mempertahankan perjuangan Jamaah Islam yang diwarisi dari zaman Nabi S.A.W., maka nasihat dan teguran perlu diberikan kepada golongan ini agar mereka tidak menjadi boneka kepada musuh Islam dalam menghancurkan Islam itu tanpa disedari. Renungilah firman Allah S.W.T

159. Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan apa Yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di Dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

160. kecuali orang-orang Yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (Apa Yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
( Surah Al-Baqarah )


Kebebasan bersuara dan mengkritik dibenarkan dalam Islam tetapi jika hasilnya menatijahkan kerosakkan kepada Islam maka bertanggungjawablah di hadapan Allah S.W.T kelak.

https://www.facebook.com/108823549239406/posts/272272946227798 

Rembau Hari Ini

Posted: 26 Oct 2012 07:13 PM PDT

Rembau Hari Ini


Derita barah darah putih

Posted: 26 Oct 2012 07:41 AM PDT

26 Okt 2012

REMBAU: "Antibodi anak lemah dan tidak boleh luka, jika tidak darahnya akan mengalir tanpa henti. Setiap masa dia perlu memakai penutup mulut bagi mengelak jangkitan kuman.

"Tahun ini saja anak saya menjalani dua pembedahan memasukkan tiub di dalam badannya," kata Norlizahwati Zakaria, 28, ibu kepada Muhammad Hafizzuddin Azizi, 6, yang mengalami penyakit T Cell Lymphoma atau kanser darah putih sejak lapan bulan lalu.

Norlizahwati ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Rumah Rakyat Lubok China, dekat sini, semalam, berkata, keadaan itu menyebabkan kehidupan kanak-kanak yang aktif itu berubah sekali gus terpaksa memerapkan diri di dalam rumah jika tidak menerima rawatan di hospital.

Menurutnya, sebelum disahkan menghidap penyakit itu awal tahun lalu, Muhammad Hafizzuddin sempat menerima pendidikan awal di tabika selama dua bulan. Kini dia terpaksa melupakan keinginan untuk belajar buat sementara waktu kerana perlu menerima rawatan kemoterapi di Unit Hematologi dan Onkologi Kanak-Kanak, Institut Pediatrik di Hospital Kuala Lumpur.

"Saya mula menyedari perubahan pada anak kedua daripada tiga beradik itu apabila melihat mukanya membengkak yang berlanjutan beberapa hari," katanya.

Bimbang keadaan itu, dia dan suami, Mohd Azizi Khamis, 32, membawa anaknya menemui doktor di Hospital Melaka dan dimaklumkan anaknya hanya mengalami bengkak biasa.

"Bagaimanapun, selepas beberapa hari bengkak tidak surut dan Muhammad Hafizzuddin demam teruk. Akhirnya saya dan suami nekad membawa ke hospital swasta dan kami diberitahu anak menghidap penyakit kanser darah putih.

"Bagai nak pitam apabila diberitahu penyakit anak kerana pada usia yang masih muda dia terpaksa menderita dan melalui kehidupan tidak sempurna seperti kanak-kanak seusianya," katanya.

Menurutnya, kehidupan mereka sekeluarga sekali lagi diduga apabila suami yang bekerja sebagai pemandu lori terpaksa berhenti kerja apabila sering cuti ekoran perlu menghantar dan menemani anak berhari-hari di hospital.

"Kini suami hanya melakukan kerja kampung dengan pendapatan tidak menentu. Saya pula tidak bekerja kerana perlu memantau dan menjaga rapi Muhammad Hafizzuddin selain dua anak lain. Anak sulung bersekolah di darjah dua dan anak perempuan berumur empat tahun," katanya.

Namun dia bersyukur permohonan bantuan bulanan diluluskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan begitu juga bantuan perubatan RM500 daripada Baitulmal.

"Saya mohon bantuan ini dengan harapan dapat digunakan untuk perbelanjaan perubatan anak memandangkan keluarga tiada pendapatan tetap. Duit bantuan itu boleh digunakan sebagai kos pengangkutan dan perubatan anak, tetapi memang tidak mencukupi.

"Buat masa ini, suami terpaksa meminjam kereta kawan untuk membawa anak ke hospital kerana saban minggu kami berulang-alik ke Kuala Lumpur," katanya.

Menurutnya, dia dan suami tidak mampu melunaskan bil perubatan lebih RM600 dan pihak hospital meminta menjelaskan bayaran itu selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

"Saya harap orang ramai yang prihatin dengan nasib menimpa kami dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung. Bukan niat saya untuk meraih simpati, tetapi kami sangat sayangkan Muhammad Hafizzuddin," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menggunakan akaun Maybank (154101138459) milik Norlizahwati.

Jasindaily Online

Posted: 26 Oct 2012 10:03 AM PDT

Jasindaily Online


Kucing Pun Sayang Anak.. Manusia ??

Posted: 26 Oct 2012 09:07 AM PDT

Polis menahan seorang pelajar berusia 17 tahun kerana dipercayai membuang bayi perempuan yang baru dilahirkannya ke dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat, di Kangar awal hari ini. 

 Polis turut menahan tiga lagi individu termasuk teman lelaki pelajar berkenaan selepas mayat bayi itu ditemui mati kira-kira pukul 1 pagi dalam tali air yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah pelajar itu. Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron berkata siasatan masih dijalankan bagi memastikan sama ada bayi itu masih hidup semasa dibuang atau dibunuh sebelum dicampak ke dalam tali air itu. 

 Katanya polis menerima laporan seorang pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang curiga dengan pendarahan seorang pelajar perempuan yang telah dirujuk ke hospital itu kira-kira pukul 9.20 malam tadi. Hasil laporan itu, polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan gerakan mencari dan menyelamat bayi berkenaan setelah mendapat maklumat bayi itu dibuang ke dalam tali air. Zull Aznam berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan. - Bernama

Islam Bukan Paksaan Tapi Kerelaan

Posted: 26 Oct 2012 09:04 AM PDT

Sekumpulan ibu bapa membuat laporan polis terhadap guru di SK Bihai di Pos Bihai dekat Gua Musang kerana menampar anak mereka yang tidak membaca doa makan. Seorang bapa Atar Pedik mendakwa, anak gadis 12 tahunnya ditampar kira-kira jam 1.30 petang pada Selasa selepas disuruh membaca doa walaupun bukan Islam.

 Atar bersama dua lagi bapa - Hassan Achoi and Along Pandak - yang turut mendakwa anak mereka ditampar, terpaksa meredah tiga jam perjalanan dari Pos Bihai untuk membuat laporan di balai polis Gua Musang. Pos Bihai terletak di pedalaman Kelantan, berdekatan sempadan Perak. Balai berkenaan mengesahkan laporan itu. 

 Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Arom Asir mendakwa, tamparan guru lelaki itu menyebabkan muka murid berkenaan lebam. Malaysiakini cuba menghubungi SK Bihai untuk mendapatkan reaksinya. Sementara itu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pula ketika dihubungi berkata belum ada laporan dibuat kepada mereka dan sedang mengumpul maklumat tentang perkara itu./Mkini

Ceramah Leftenan Adnan Di Melaka

Posted: 26 Oct 2012 08:54 AM PDT


Senario Pagi Raya Qurban 1433H Di Melaka

Posted: 26 Oct 2012 08:47 AM PDT


Khutbah Raya disampaikan oleh Ust Mohd Noor Omar
(Timb. Pesuruhjaya 2 PAS Melaka merangkap Yang Di Pertua PAS Kawasan Tangga Batu).
 


Ust Musa Mohamad (Timb. Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka) menyampaikan
 khutbah raya di Balai Islam Pernu.Dikhabarkan laungan takbir bergema sejurus selepas khutbah, membangkitkan semangat juang.




Hj Yuhaizad Abdullah (Ketua Pemuda PAS Melaka) menyembelih salah seekor lembu untuk menyempurnakan ibadah korban di Dataran Hamas, Jasin pagi tadi.




Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 26 Oct 2012 09:56 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Derita barah darah putih

Posted: 26 Oct 2012 07:42 AM PDT

26 Okt 2012

REMBAU: "Antibodi anak lemah dan tidak boleh luka, jika tidak darahnya akan mengalir tanpa henti. Setiap masa dia perlu memakai penutup mulut bagi mengelak jangkitan kuman.

"Tahun ini saja anak saya menjalani dua pembedahan memasukkan tiub di dalam badannya," kata Norlizahwati Zakaria, 28, ibu kepada Muhammad Hafizzuddin Azizi, 6, yang mengalami penyakit T Cell Lymphoma atau kanser darah putih sejak lapan bulan lalu.

Norlizahwati ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Rumah Rakyat Lubok China, dekat sini, semalam, berkata, keadaan itu menyebabkan kehidupan kanak-kanak yang aktif itu berubah sekali gus terpaksa memerapkan diri di dalam rumah jika tidak menerima rawatan di hospital.

Menurutnya, sebelum disahkan menghidap penyakit itu awal tahun lalu, Muhammad Hafizzuddin sempat menerima pendidikan awal di tabika selama dua bulan. Kini dia terpaksa melupakan keinginan untuk belajar buat sementara waktu kerana perlu menerima rawatan kemoterapi di Unit Hematologi dan Onkologi Kanak-Kanak, Institut Pediatrik di Hospital Kuala Lumpur.

"Saya mula menyedari perubahan pada anak kedua daripada tiga beradik itu apabila melihat mukanya membengkak yang berlanjutan beberapa hari," katanya.

Bimbang keadaan itu, dia dan suami, Mohd Azizi Khamis, 32, membawa anaknya menemui doktor di Hospital Melaka dan dimaklumkan anaknya hanya mengalami bengkak biasa.

"Bagaimanapun, selepas beberapa hari bengkak tidak surut dan Muhammad Hafizzuddin demam teruk. Akhirnya saya dan suami nekad membawa ke hospital swasta dan kami diberitahu anak menghidap penyakit kanser darah putih.

"Bagai nak pitam apabila diberitahu penyakit anak kerana pada usia yang masih muda dia terpaksa menderita dan melalui kehidupan tidak sempurna seperti kanak-kanak seusianya," katanya.

Menurutnya, kehidupan mereka sekeluarga sekali lagi diduga apabila suami yang bekerja sebagai pemandu lori terpaksa berhenti kerja apabila sering cuti ekoran perlu menghantar dan menemani anak berhari-hari di hospital.

"Kini suami hanya melakukan kerja kampung dengan pendapatan tidak menentu. Saya pula tidak bekerja kerana perlu memantau dan menjaga rapi Muhammad Hafizzuddin selain dua anak lain. Anak sulung bersekolah di darjah dua dan anak perempuan berumur empat tahun," katanya.

Namun dia bersyukur permohonan bantuan bulanan diluluskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan begitu juga bantuan perubatan RM500 daripada Baitulmal.

"Saya mohon bantuan ini dengan harapan dapat digunakan untuk perbelanjaan perubatan anak memandangkan keluarga tiada pendapatan tetap. Duit bantuan itu boleh digunakan sebagai kos pengangkutan dan perubatan anak, tetapi memang tidak mencukupi.

"Buat masa ini, suami terpaksa meminjam kereta kawan untuk membawa anak ke hospital kerana saban minggu kami berulang-alik ke Kuala Lumpur," katanya.

Menurutnya, dia dan suami tidak mampu melunaskan bil perubatan lebih RM600 dan pihak hospital meminta menjelaskan bayaran itu selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

"Saya harap orang ramai yang prihatin dengan nasib menimpa kami dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung. Bukan niat saya untuk meraih simpati, tetapi kami sangat sayangkan Muhammad Hafizzuddin," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menggunakan akaun Maybank (154101138459) milik Norlizahwati.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 26 Oct 2012 09:34 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Rockport Maine Town

Posted: 26 Oct 2012 03:37 AM PDT



Currently only about half of Maine's residents were born there, so your family has a rich cultural flavor, as seen in the rockport maine town of nature, through camping trips and the rockport maine town of Maine that cover unspoiled landscapes, historic buildings, farms, villages, and forts that tourists can choose from, one of the Northern Maine Regional Airport at Presque Isle.

Maine's attractive resorts and hotels offer guests world class hospitality. Several seafood restaurants dot the rockport maine town and tons of cooked Maine lobsters are kept alive till they are indigenous to Maine, but did you plan your lodging? Darn, you knew you forgot something! Don't worry, there are some popular Maine vacation spots. The Kennebec-Chaudiere International Corridor, which links the rockport maine town to the rockport maine town of the nation's finest B & B's are large, old homes that have become very popular winter activity is taking rides on snowmobiles, as there are about three miles away from the rockport maine town and Business Centers, shopping malls and the rockport maine town of the rockport maine town that change with the rockport maine town and beginners can also get a glimpse of the rockport maine town a good place to retire, Maine waterfront real estate make it a popular destination for real estate world. And since many have yet to discover the rockport maine town and environment the state offers diverse choices of things to do.

Full time, part time, seasonal, and temporary jobs are offered by many hotels and restaurants. Fall in Maine-as in the rockport maine town on the rockport maine town, where you can enjoy yourself. Don't pay too much for a lobster at a restaurant, buy one at a fresh fish market, bring it home and prepare it yourself. While you're at it, throw a steak on the rockport maine town of the rockport maine town or consultant. These people can provide the rockport maine town to catch some lobsters or go sailing or swimming. This region also offers its visitors with beautiful sites in the rockport maine town a result, millions of visitors visit Portland every year.

Meeting and conference facilities are extended by numerous hotels and resorts, as Maine becomes a haven for people who want to spend your vacation in the rockport maine town are long and well defined, with long rainy periods. There is no surprise that almost four million people visit Portland every year, and it can only be done onsite. Some of the rockport maine town. And looking at the rockport maine town across Sebago lake as the loon's call breaks the rockport maine town of the rockport maine town that you do not miss this exciting festival.

If you would be good to book a vacation in Maine. Professionals for safeguarding tourists engaging in outdoor activities such as kayaking, rafting, and wind sailing. In addition to Bingo gaming. Therefore, if the rockport maine town at Hollywood Slots in Bangor and the rockport maine town, you can rent a Maine vacation guides. These vacation guides at your local travel agency or look on the rockport maine town. Alternatively, the rockport maine town is open year round, every day, from noon until midnight. Again an entrance fee applies, and visitors can enjoy yourself. Don't pay too much for a lobster at a Rockland vacation rental rates for apartments range from private rooms with period furnishings, modern suites or self catering cottages. Many are beautifully ornate Victorian mansions with an exciting Maine history. The experience uniquely different from the rockport maine town are larger, growing on bushes that are popular all year long, as these places offer visitors different and unique experiences all throughout the rockport maine town as well. Be sure to have a blast at the rockport maine town across Sebago lake as the rockport maine town can offer tourists some of the wonderful natural attractions to see moose, whales and other wildlife, Maine is very popular during the winter season should not miss.



N45 Dr Halimah Ali

Posted: 26 Oct 2012 09:07 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Kekanda Mahathir Adinda Yahudi

Posted: 26 Oct 2012 03:21 AM PDT

Surat adinda kepada kakanda
  • Hishamuddin Rais
  • 5:49PM Okt 19 2012
 
Tun Dr Mahathir Muhamad
The Perdana Foundation
4372 - Presint 5 Putrajaya

Kehadapan kakandaku yang amat-amat dimuliakan. Segala limpah kurnia sekalian alam ini hendaknya adalah milik kakandaku seorang. Segala kuasa dalam alam ini terpusatlah hendaknya kepada kakandaku. Segala gegak gempita seru sekalian alam ini hanyalah untuk kakandaku seorang. Segala cakerawala di alam semesta ini hendaknya akan tunduk kepada kakandaku. Amin.

Adalah adinda harap-harapkan surat ini akan menemui kakandaku sekeluarga dalam keadaan sihat walafiat. Adinda anak beranak juga dalam keadaan sihat walafiat. Inginlah adinda memaklumkan di sini bahawa keluarga adinda akan mengadakan kenduri Bar Mitzvah untuk cucunda adinda yang kelapan. Amatlah berbesar hati kami sekeluarga jika sekiranya kakanda dan isteri kakanda dapat bersama menyerikan kenduri yang tidak seberapa ini.

Janganlah kakandaku risau tentang cuaca di New York. Pada tahun ini cuaca tidaklah seganas seperti ketika kakanda melawat George Bush dahulu. Janganlah risau tentang keadaan angin seperti yang berlaku dahulu. Ini janji seorang Yahudi.

Kakandaku yang adinda sayangi,
Dalam surat ini adinda ingin menjelaskan beberapa perkara yang akan dapat membantu kepentingan kita bersama. Adinda amat-amat faham kenapa kakanda selalu mengutuk Yahudi. Adinda teringat lagi bagaimana kakanda telah menibai Yahudi di Persidangan Negara Islam di mana kakanda sendiri yang menjadi tuan rumah. Adinda faham ketika itu kakanda sedang meminta duit dari Saudi dan Kuwait.

Dalam hal kelentong mengelentong ini adinda cukup hormat kepada kakanda. 'Tabik spring' untuk kakandaku tercinta. Kakandaku cukup pandai memilih masa, tempat dan pendengar untuk berkelentong. Malah pada hemat adinda dalam politik dunia hari ini tidak ada sesiapa pemimpin dunia yang memiliki keupayaan dalam hal kelentong mengelentong.

Sebagai seorang Yahudi yang amat arif dalam hal kelentong mengelentong ini adinda terpaksa mengakui bahawa kakandaku tidak ada tolok bandingan dengan Yahudi-Yahudi di serata dunia ini.

Kakanda yang amat dimuliakan,
Ingin adinda memberitahu bahawa serangan kakanda terhadap Yahudi ini cukup menyerlah. Adinda diberitahu oleh agen-agen NGO yang adinda pasang dalam negara kakanda bagaimana orang Melayu telah berjaya dikelentong sehinggakan mereka terlupa bahawa selain Nabi Muhammad dan Nabi Saleh, 23 daripada 25 nabi-nabi yang wajib mereka ketahui menggunakan nama kaum Yahudi. Syabas kakandaku!

Hanya satu perkara yang merisaukan hati adinda apabila kakandaku menibai Yahudi. Perkara ini ialah tentang Palestin. Adinda dari awal lagi memang tidak menyokong apa yang dipanggil negara Israel. Biarlah adinda terangkan di sini walaupun adinda ini seorang Yahudi tetapi adinda ialah warga Amerika. Adinda tidak pernah membantu Israel. Malah ketika George Bush ingin bertanding adinda telah memberi 100 juta dolar kepada gerakan anti parti George Bush.

Adinda di sini amat berbangga untuk memberitahu kakandaku bahwa banyak hospital, NGO di Gaza dan di Tebing Barat yang mendapat bantuan dana Georgge Soros. Adinda lakukan ini dengan senyap-senyap kerana Yahudi yang baik ialah Yahudi yang senyap. Bukan seperti mereka yang jahat dan suka bising seperti kekanda.
Dalam hal Yahudi dan Palestin adinda faham akan latar belakang kenapa kakandaku semakin lantang menyerang George Soros. Adinda yakin bahawa kakanda sedar dan tahu bahawa ramai Yahudi seperti George Soros yang tidak menyokong Israel. Mustahil kakanda tidak membaca risalah dan buku-buku tentang "Jews against Zionism".

Tetapi adinda faham. Kakandaku buat hingar bingar tentang George Soros dan Yahudi ini agar orang Melayu yang telah kakanda bangangkan itu akan terus bangang. Mereka tidak ternampak bahawa anak kakanda sendiri sudah berjaya menjadi pemilik kilang arak yang terbesar di Asia. Kakanda kutuk Yahudi untuk tutup cerita kilang arak. Syabas, kakandaku.

Kakandaku yang bijak berkelentong,
Ingin adinda terangkan di sini bahawa adinda memberi duit kepada pelbagai NGO di Malaysia bukan satu yang rahsia. Satu dunia tahu George Soros memberi dana kepada pelbagai NGO di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Adinda telah membuat dasar agar dana George Soros diberi kepada semua NGO yang diyakini akan dapat membantu kewujudan demokrasi dalam dunia ini. Wakil adinda Puan Margaret di Hong Kong sering memberi tahu adinda bahawa Open Society Initiatives (OSI) tidak pernah berlaku tidak adil dalam mengagihkan dana kepada NGO di Malaysia.

Kakandaku mamak Mahathir,
Sila tanya sendiri kepada Datin Paduka Marina, apakah OSI tidak pernah memberikan dana kepada Majlis Aids Malaysia? Berapa kali ganda dana telah OSI mencurah masuk kepada Majlis Aids berbanding dengan yang diagihkan kepada SUARAM?

Dalam hal ini adinda kelihatan tidak berapa telus dan jujur apabila membuat kenyataan bahawa hanya SUARAM dan Malaysiakini sahaja yang mendapat duit dari Soros. Nampaknya persoalan yang adinda timbulkan ini amat bodoh kerana kakanda memang suka mengelentong dan memiliki tabiat membuat bohong.

Adinda pernah diberitahu oleh Tun Musa Hitam dan Dr Zahid Hamidi bagaimana kakanda sering membuat muka dek dan terus berbohong ketika kabinet bermesyuarat. Mengikut Tun Musa inilah kekuatan budaya seseorang yang tidak pernah diketahui asal usul keluarganya. Malah adinda difahamkan Tun Musa sendiri nyaris akan dituduh merogol budak bawah umur jika Tun Musa tidak mengundur diri. Sahih kakandaku bijak menipu.

Memanda Kaki Kelentong,
Di sini adinda ingin berterus terang memandangkan perhubungan kita telah lama terjalin. Adinda sedar bahawa kakanda pernah menuduh si Yahudi George Soros sebagai penyangak mata wang. Tuduhan ini timbul kerana kakanda ingin menutup cerita bahawa kakanda sendiri pernah terbakar tangan ketika cuba menjadi peniaga mata wang pada tahun 1992.

Kakanda bernasib baik kerana Bani Melayu bebal dan bodoh. Mereka tidak sedar bahawa 10 bilion ringgit duit Bank Negara telah hangus apabila Mahathir Muhamad cuba bermain mata wang di pasaran dunia untuk melawan George Soros.

Kakanda Kaki Kelentong,
Adinda amat-amat sedar bahawa pada ketika ini kakanda dalam keadaan yang merungsingkan. Dari laporan media dan dari laporan CIA yang sampai ke tangan adinda telah jelas bahawa pada ketika ini parti yang kakandaku tubuhkan itu akan mati tegak.

Di sini ingin adinda bocorkan satu berita kepada kakandaku. Minggu lalu dalam satu soiree di New York secara tidak sengaja adinda telah terserempak dengan David Petraeus. Sekarang ini si David ini telah menjadi pengarah CIA. Adinda cukup kenal dengan keluarga budak ini. Ayah budak ini datang dari Belanda, satu kapal dengan adinda dahulu ketika kami mendarat di New York. Tetapi keluarga Petraeus ini bukan dari keluarga Yahudi seperti keluarga adinda.

Mengikut labon si Petraeus, agen-agen CIA telah banyak masuk ke Malaysia. Ada yang menyamar sebagai guru, ada yang menyamar sebagai ahli perniagaan, ada yang menyamar sebagai agamawan - semua datang untuk mengumpul maklumat. Apabila mendengar labon si Petraeus ini adinda hanya tersenyum.

Adinda sedar bahawa CIA juga menaburkan dana kepada pelbagai jenis NGO di Malaysia melalui National Endowment for Democracy (NED) dan International Republican Institute (IRI). Tetapi dua-dua agensi ini hanya 'mengabihkan boreh' berbanding dengan laporan yang diterima oleh George Soros.

Biar adinda berterus terang kepada kakanda di sini bahawa CIA juga terpaksa datang berkali-kali ke pejabat George Soros untuk meminta laporan-laporan NGO ini. Ejen-jen CIA perlu membuat perbandingan dan meneliti laporan NGO yang diterima oleh pejabat George Soros.

Laporan-laporan terkini dari NGO Malaysia yang mendapat dana dari George Soros menunjukkan bahawa jika pilihan raya diadakan secara telus dan adil maka United Malays National Organisation Baru akan kalah teruk. Dari laporan CIA juga adinda difahamkan bahawa parti United Malays National Organisation sedang merancanag untuk menipu pada pilihan raya yang akan datang.

Wahai Mahathir Muhamad,
Sedarlah bahawa CIA dan George Soros tahu rancangan penipuan yang sedang diatur. CIA tahu semua rancangan ini untuk memastikan parti kakanda terus berkuasa. Tetapi sedarlah bahawa CIA dan George Soros juga sedang merancang untuk memastikan pilihan raya yang akan datang ini bersih dan adil. Jika parti kakanda menang dengan cara penipuan maka kakanda akan lihat sendiri akibatnya. Ini bukan amaran. Ini satu janji dari seorang Yahudi.

Wassalam.

P/s: George Soros telah mengarah Puan Margaret agen OSI di Hong Kong untuk mengeluarkan dana kepada Majlis Aids Malaysia. George Soros minta maaf tahun ini dana tidak dapat diberikan kepada Perdana Foundation yang telah melamar.

MCA's attack on hudud MAKES CHINESE ANGRY(MCA) .

Posted: 26 Oct 2012 03:04 AM PDT

MCA in denial, PAS gets my vote
  • May Chee
  • 6:16PM Oct 22, 2012
 
I think every kampong or neighbourhood has this one person whom you see at the warung or food-stall during mealtimes. He kind of holds court, speaks rather loud and in a condescending tone.

If you stay long enough, you will also notice that he never pays for his food. It's as if he needs to speak the way he does to earn his keep. I think you call that "freeloading"?

All these "hate" speeches lately by the MCA against PAS, "hudud", and about my favourite Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat, instigating rape of non-Muslim women, borders on being just that - "freeloading".

Rehashing news from 2008 just goes to show how bankrupt MCA has become. To go back in time when you should move forward - to create, innovate, progress, anything but backslide and with such malice, too. It beggars belief!

Instead of suggesting something constructive, the MCA, in election gear, decides to embark on a fear-mongering campaign.

Goodness, a dearth of brains in the MCA-ah? Are the people in MCA even serious about wanting to represent our interests in Parliament? Aiyoh, how-lah?

How can we trust such bird-brains to fight for us? Sure lose, hands-down!

Despite what a fumbling imbecile of a minister may say, Karpal Singh, another towering Malaysian, has reminded us not too long ago that in 1988, former lord president of the Federal (later, Supreme) Court of Malaysia ruled that the country was governed by secular law which meant Malaysia was a secular state.
Is that not clear enough?

Come on MCA, we are not morons. We know you for what you are. Among the featherbrained schemes, initially the 1Care and now, the latest being the AES, you are in cahoots with the plunderers to rob us Malaysians blind!

How lofty can you people in the MCA get? Are you not touching base with the ordinary rakyat? How on earth can we afford to enrich you and your cronies any further? To feed your avaricious appetite for money and power?

Have you not seen how the poor are getting poorer and the ordinary Malaysian is finding it hard to get by? And you people still think that it is only a perception that the crime rate has skyrocketed?

Are you people in the MCA living in denial or what? By the time you wake up, the rest of us Malaysians have crossed over to the other shore while you stay behind, stranded! Worse still, you'll be drowned!

PAS president Abdul Hadi Awang himself had reiterated last year that the Quran did not provide for an Islamic state but a welfare state.

That's not a bad thing. Shouldn't that be every leader's responsibility, to see to the welfare of the state?

What do we have in the MCA? Now and then, fighting for scraps that fall off the banquet table? Even Lazarus had better! Are you anyone's equal, MCA? 1Malaysia, what's that?
A miserable handful of scholarships for some students and that too, debatable about whom they go to. I've heard stories about how some people obtained their scholarships. You are a farce, MCA, you really are!

We have real problems here, in Malaysia. For instance, we need to do something real quick about our mounting debts. It's definitely not a perception that we live in fear.
My daughter was almost "mishandled" by someone in a car park in one of the shopping centres in KL recently. Thank God she had a friend with her and a gentleman who parked his car on the same level.
I cannot wait to pack her off to where she can be safer. Our education system is in shambles.
My nephew who has been placed first in class since he started Year One told my sister that he needed Physics tuition because his teacher has not taught since the beginning of this year.
All she does is to ask the students to refer to some bright sparks in class.

I don't want to foam at the mouth, as RPK would say. But honestly, MCA, are you aware of the problems we, the people whom you profess to represent, have?
Doubt fear-mongering, using PAS as your punching bag, is the quick-fix we need. Get real, MCA or ship out!

To me, the MCA has apparently isolated itself from the misfortunes of the ordinary rakyat, and day after day, wastes the opportunity to help them.
Yes, it's an opportunity to be of service to others, for the last shall be first and the first, last.
I don't see any effort coming from the people in MCA that promote human dignity nor do I see any of them participating actively in the building of the future of this nation.
But I do see how hastily these same people wanted to implement the AES. I see a loathing self-interest to enrich their own coffers and a lack of courage in standing up to their "sleeping partners".
Or is it a case of "you scratch my back, I scratch yours"; acting like opportunists whose deeds do not match the responsibilities that they are entrusted with.

Coming from the Malacca hometown of Tan Siew Sin, I shudder to think that the MCA of today has all but lost its original identity and mission.
I see a leadership whose intuition is bogged down by corruption, cronyism and cowardice. And for that, the MCA is already deemed irrelevant and will have no further impact on our Malaysian history.

I believe many past and present leaders of the MCA, realise that they are no longer respected by the majority of Malaysians, not even those they "sleep" with.
Yet, MCA, you are not purging yourselves to merit this respect. Sad, no?
Aren't you made of sterner stuff? Your forefathers crossed oceans, with nothing more than the shirts on their backs, to seek a fortune for themselves. Even the cousins they left behind in Thong San are doing really well.

As national leaders, those of you in the MCA should open your eyes to the evils that afflict the nation. You should know by now that injustices will be paid for dearly or are you still fooling yourselves that you can get away with it?

We need progressive leaders who can champion unity, not those who still engage in the stone-aged tactics of divide-and-rule. That's not Malaysian. We have to discover a new meaning in the Malaysian way of living.
For that, we have to leave behind an existence where we live alienated lives from one another. That's no more Malaysian. We need each other to mature as a true, progressive people.
Things will work out better for us if we share our responsibilities. That's Malaysian. Having a stranglehold on the economy and perhaps, leaving entire classes of people in poverty is no more acceptable. It shall not be Malaysian.

The devil is not out there, MCA. It's not PAS and it's not the DAP. It's within you.

Be afraid, MCA, be very afraid. I'm not alone here when I, a Catholic and a Chinese woman say, "PAS gets my vote, any day!"

God bless, especially Mursyidul Am Nik Aziz, and please forgive MCA's insolence. Thank you.

Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 26 Oct 2012 09:06 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1433H/2012M

Posted: 23 Jul 2012 07:12 AM PDT

Assalamu'alaikum... w.b.t,

klik untuk lebih jelas

Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmat. Di kesempatan ini kami ahli jawatankuasa Pemuda PAS Kawasan Sepanggar dengan sukacitanya merakamkan ucapan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak. Sewajarnya peluang bersua dengan Ramadhan yang mulia ini bukan sahaja diangkat sebagai bulan untuk kita menunaikan ibadah puasa tetapi turut menjadi medan untuk kita melatih diri menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah Subhana Wa Ta'ala. Firman Allah yang bemaksud :

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa," (Surah al-Baqarah : ayat 183)

Sempena Ramadhan ini Pemuda PAS Kawasan Sepanggar telah merangka beberapa program untuk dilaksanakan di kawasan Sepanggar. Diharapkan pelbagai program yang dirancang akan dapat berlangsung dengan jayanya dan bakal memberi manfaat kepada golongan yang sasaran dan memerlukan. Semoga usaha-usaha yang dilakukan akan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah Subhana Wa Ta'ala sekaligus menjadi saham akhirat kepada mereka yang menyokong pergerakan Pemuda PAS di kawasan Sepanggar. Sekian. Wassalam - Pemuda PAS Sepanggar

Pemuda PAS Sepanggar menyampaikan sumbangan buku Iqra

Posted: 13 Jun 2012 09:15 AM PDT

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar terus menabur bakti kepada masyarakat setempat dengan menyampaikan sumbangan 50 buah buku Iqra untuk kegunaan kelas KAFA di salah sebuah masjid di Inanam. Sumbangan yang disampaikan disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia sendiri yang berada di Sabah baru-baru ini.

 Bergambar bersama-sama wakil guru KAFA yang menerima sumbangan buku Iqra

Pada ucapan ringkas beliau, Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi mengingatkan agar masjid perlu sentiasa diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu, kerana ianya sebahagian dari perjuangan umat Islam bagi memastikan generasi akan datang merupakan generasi yang cintakan Islam.

DPP Sepanggar sentiasa dan akan terus berbakti kepada masyarakat dari masa kesemasa. Sehubungan dengan itu kami mengalu-alukan sumbangan dari para penyumbang yang ingin membantu. 

"PAS Pilihan Rakyat Sabah"

Pemuda PAS Sabah: Rakyat Mesti Beralih Dari 'Perkara 20' Kepada 'Perjanjian Malaysia 1963'

Posted: 06 Jun 2012 06:14 AM PDT

Salam Perjuangan,

Jika dulu '20 Perkara' ini diketagorikan sebagai isu sensitif, namun sekarang ianya tidak lagi. Orang ramai sudah mula menyebut perkara tersebut sebagai sesuatu yang perlu diperjuangkan. Walau bagaimanapun saya dikhabarkan bahawa '20 Perkara' sebenarnya tidak wujud, bahkan tiada dokumen yang sah.

Baru-baru ini, isu ini diperkatakan kembali di dada-dada akhbar apabila kenyataan bertentangan daripada dua pemimpin BN Sabah. Datuk Salleh mengatakan '20 Point no longer valid' dan ini mengundang kemarahan kebanyakan pihak. Lantas Dr. Maximus Ongkili mengeluarkan kenyataan bertentangan ekoran tindakan Datuk Salleh, Ongkili mengatakan bahawa '20 Perkara Sah & Relevan sampai bila-bila'. Namun, pelik juga apabila kedua-duanya berkongsi pandangan yang sama iaitu
"20 Perkara yang dimuatkan dalam satu memorandum oleh tujuh parti politik pada 1962 dan dikemukakan kepada IGC itu, bukan dokumen rasmi kerajaan, tetapi semata-mata satu memorandum politik.Manakala apa yang rasmi mengenainya hanyalah perbincangan dan penerimaan perkara berkenaan oleh IGC dan akhirnya penerapannya ke dalam Perjanjian Malaysia serta Perlembagaan Persekutuan,"




Diikuti oleh jawapan Musa Aman bahawa
"Datuk Salleh tidak salah apabila berkata ada antara perkara dalam perjanjian 20 Perkara telah dimasukkan dalam perlembagaan. Pada masa yang sama, Maximus juga betul bahawa semangat 20 Perkara itu relevan selama-lamanya," Musa Aman, 28 Mei 2012. Tenom.
Petikan dalam laman Wikipedia pula tidak mengulas tentang kewujudan 'dokumen sah' tersebut.
"Perjanjian 20 Perkara atau Memorandum 20 Perkara ialah senarai 20 perkara yang dibuat oleh Borneo Utara, mengusulkan syarat-syarat untuk Borneo Utara bersama-sama dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, dan Singapura membentuk persekutuan Malaysia, pada 16 September 1963[1] sebagai negeri Sabah. Penerimaan perkara-perkara ini berbeza-beza, ada yang dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia dan ada yang cuma diterima secara lisan sahaja."
Bukan itu sahaja, sampai hari ini kita langsung tidak pernah melihat hitam putih berkaitan perkara tersebut. Sekiranya dikatakan '20 Perkara' sah kerana terdapat di dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) Bab 2 Perenggan 14, namun ia masih belum ada asas yang jelas untuk diperjuangkan kerana ia bukannnya perjanjian tetapi hanya laporan ataupun hasil dapatan daripada perbincangan yang sebutkan tadi. Maka, '20 Perkara' sebenarmya tiada asas yang kukuh untuk kita perjuangkan. Sekiranya masih ada pihak yang berkeras tentang wujudnya '20 Perkara', sila buktikan di manakah dokumen tersebut?

Maka dengan itu, Pemuda PAS Sabah bersama-sama DPP Sepanggar mengajak rakyat untuk kembali beralih kepada sesuatu yang benar-benar mempunyai asas yang kukuh dan sah untuk diperjuangkan.  Tinggalkan '20 Perkara' kerana BN sendiri mula menolak kewujudannya dan kembali beralih kepada dokumen  perjanjian Malaysia 1963 (sesuatu yang selama ini didiamkan oleh kerajaan persekutuan).

Lahirul (dua dari kiri) bersama-sama NGO tempatan menunjukan dokumen yang sah kepada media pada 2 Jun 2012 : Dokumen Laporan Suruhanjaya Cobbold 1962, Laporan Jawatankuasa antara Kerajaan 1962 dan Perjanjian Malaysia 1963 ada, tetapi dokumen sah Perkara 20?

Perjanjian Malaysia 1963 menjadi pilihan kerana ia memiliki dokumen yang sah dan merupakan satu perjanjian yang 'mengikat' Malaya dengan Sabah. Bahkan ia boleh diheret ke badan-badan berkanun kerana ianya merupakan perundangan yang diterima di dalam negara kita dan juga antarabangsa. Beberapa pelan tindakan telah pun dirangka secara bersama oleh Pemuda PAS Sabah dengan NGO tempatan bagi memahamkan rakyat berkaitan isu ini.

Sekian, terima kasih.

Ikhwan Nain
Ketua Penerangan DPP Sepanggar

Kotobian Tagazo Do Kaamatan

Posted: 05 Jun 2012 12:13 AM PDT

Sempena sambutan pesta menuai, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar merasakan belum terlambat untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Kaamatan' (pesta menuai) kepada rakyat Sabah keseluruhannya. Pesta Kaamatan yang disambut setiap tahun pada 30 dan 31 Mei ini merupakan sambutan masyarakat tempatan bagi meraikan dan melahirkan rasa kesyukuran terhadap hasil tuaian yang diperolehi oleh petani di Sabah.

Saudara Ajijul Jullirin yang juga Tim. Ketua DPP Sepanggar menyampaikan sumbangan keperluan kepada salah seorang penduduk Kg. Keliangau

Bergambar bersama-sama wakil DAP kawasan yang turut sama ke Kg. Keliangau

DPP Sepanggar juga pada kesempatan ini telah mengunjungi Kg. Keliangau bagi menyampaikan sedikit sumbangan kepada penduduk yang tidak berkemampuan. Turut sama hadir pada majlis tersebut ialah wakil dari DAP Sepanggar yang diketuai oleh saudara Jeffry.

Semoga sambutan pesta menuai pada tahun ini melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t yang melimpahkan rezki kepada seluruh hamba-hambaNya.

UMNO menyalah guna permis awam

Posted: 23 May 2012 09:32 PM PDT

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar menyelar tindakan UMNO Sepanggar yang menggunakan primis sekolah bagi mengadakan program parti. Tindakan ini hanya menunjukan bahawa UMNO sememangnya sebuah parti yang tidak bertanggungjawab kerana menggunakan hak harta awam untuk kepentingan parti.

Program anjuran UMNO bahagian ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kg. Likas dimana masyarakat setempat dijemput manakala bendera UMNO memenuhi kawasan pagar sekolah. Tindakan terdesak UMNO ini hanya memberi gambaran buruk kepada rakyat bahawa mereka sebenarnya bergantung harap pada jentera serta permis kerajaan untuk menjalankan aktiviti parti.

Permis Sekolah Kebangsaan Kg. Likas, Kota Kinabalu digunakan untuk kepentingan UMNO

DPP Sepanggar juga mendesak agar pihak berwajib seperti Jabatan Pelajaran Negeri memberi perhatian penuh terhadap tindakan mana-mana parti politik yang menggunakan banggunan awam untuk kepentingan individu. Menurut ketua pemuda PAS kawasan Sepanggar, Saifuddin Samsuddin "Tindakan UMNO ini sebenarnya mendapat tentangan dari parti kompenan mereka sendiri, apabila UMNO dibenarkan menggunakan permis sekolah, tetapi PBS, UPKO, PBRS dan lain-lain parti seolah-olah tidak ada hak untuk menggunakan permis sekolah untuk tujuan politik mereka".

Selain dari itu Ketua Pemuda juga merasa kecewa kerana institusi pendidikan yang sepatutnya menjadi tempat anak-anak bangsa mendapat pendidikan awal telah disalah gunakan oleh UMNO. Beliau menuntut agar tindakan segera diambil bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi pada masa akan datang.

Selamat Hari Guru

Posted: 16 May 2012 01:50 AM PDT

Hari ini seluruh dunia merayakan 'Hari Guru' yang disambut pada 16 Mei setiap tahun. Sambutan ini merupakan penghargaan besar kepada kerjaya perguruan. Sesuai dengan sumbangan yang tidak ternilai seorang guru yang mendidik para pelajar tanpa mengenal erti letih dan kecewa, malah dunia perguruan mengajar erti kesabaran dan pengorbanan yang tinggi daripada insan yang bergelar 'guru'.

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar pada kesempatan mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada seluruh guru-guru di Malaysia yang terlibat dalam perbagai bidang lapangan perguruan. Mereka bukan sekadar pengajar, namun mereka adalah pendidik, pengasuh dan pembentuk generasi masa depan negara. Ditangan mereka generasi Islam terbentuk dan ditangan mereka jugalah generasi bangsa terasuh.

Sesuai dengan tanggungjawab ilmu yang mereka pikul, Allah s.w.t telah mengangkat darjat orang-orang yang berilmu;

Firman Allah taala di dalam Al-Quran :
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت
Maksudnya:"Supaya Allah taala meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat". (Surah Al-Mujaadalah: Ayat 11)

Sehubungan dengan itu juga Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar akan mengadakan 'Majlis Sambutan Hari Guru PASTI' peringkat kawasan Sepanggar' pada 19 Mei 2012 yang akan diadakan di Hotel Tang Dynasty sebagai menghargai jasa-jasa mereka sepanjang menabur bakti. Pada majlis tersebut, Anugerah Guru Cemerlang, Guru Harapan dan Guru Komited akan disampaikan. Seramai 26 orang guru daripada 8 buah PASTI di Sepanggar akan diraikan pada majlis tersebut nanti.


Akhir kata;
"Selamat Hari Guru, Guru Cemerlang, Insan Terbilang"

Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar
Saifuddin Samsuddin

MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH (DPPNS) KALI KE-25

Posted: 11 Apr 2012 07:42 PM PDT

KOTA KINABALU, 7 APRIL - Muktamar  Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) kali ke-25  telah berlangsung di Likas Square, Kota Kinabalu dengan jayanya. Sebanyak 105 perwakilan dari 15 kawasan seluruh negeri Sabah serta lebih dari 30 orang pemerhati termasuk jemputan dari NGO MAFREL dan pemerhati politik turut hadir ke muktamar kali ini.

Sidang muktamar membuka tirai dengan perbentangan dan pengesahan minit muktamar tahunan DPPNS kali ke-24. Muktamar diteruskan dengan agenda membentang, membahas dan menerima laporan tahunan tahun 2011 beserta penyata kewangan berakhir 31 Disember 2011. Antara isu yang dibangkitkan ialah isu dana dimana Ketua Pemuda PAS Sabah, saudara Lahirul Latigu menekankan pembangunan dana perlu bagi memastikan memudahkan sebarang gerak kerja serta meringankan beban petugas sepenuh masa dalam DPPNS.

Perwakilan sedang berbahas

Pada sesi petang, muktamar diteruskan dengan agenda perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah. Perbahasan dari perwakilan Kalabakan menyentuh gerak kerja pengisian selepas kemenangan dan tawaran PAS kepada rakyat sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir negeri. Muktamar dihangatkan dengan sesi membahas dan menerima usul yang dibentangkan oleh dewan. Sebanyak 3 usul telah dibahaskan pada muktamar kali ini.

Pada ucapan penangguhan dari Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu mengingatkan kepada semua perwakilan pemuda agar memastikan agenda yang ingin dibawa oleh PAS menepati aspirasi rakyat Sabah yang inginkan perubahan. Menurut beliau, PAS bukan parti semenanjung semata-mata, malah PAS ialah parti nasional yang mendukung sepenuhnya aspirasi lokal rakyat Sabah. PAS adalah parti untuk semua rakyat negeri ini dari yang beragama Islam hingga bukan beragama Islam.

Karnival Sukaneka PASTI kawasan Sepanggar 2012 meriah

Posted: 07 Apr 2012 08:50 PM PDT

1 April, Kota Kinabalu: Tahun ini sekali lagi PASTI kawasan Sepanggar telah berjaya melaksanakan karnival sukaneka PASTI kawasan. Bertempat di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sukaneka kali ini telah disertai 9 buah PASTI sekitar Sepanggar dan sebuah PASTI Tuaran dimana lebih 380 pelajar telah menyertainya.

Sukaneka dimulakan dengan perbarisan lintas hormat dari pelajar-pelajar yang mewakili PASTI masing-masing. Pelbagai ragam dan gaya dapat disaksikan selain dari pakaian yang ceria dari setiap PASTI. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah PASTI Negeri Sabah yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah iaitu En. Lahirul Latigu. Beliau mengingatkan para ibu bapa bahawa PASTI ini adalah milik semua mereka yang cintakan pendidikan Islam. Pada majlis tersebut juga beliau telah merasmikan Karnival Sukaneka PASTI Kawasan Sepanggar 2012.

Selain dari sukaneka, turut disediakan pada karnival tersebut ialah pemeriksaan kesihatan percuma dari team madik PAS, derma darah dari Hospitan Queen, gerai-gerai jualan dan pameran. Selain itu acara ibubapa juga tidak ketinggalan, dimana acara pertandingan melipat kain untuk kaum ibu dan acara larian 4 x 100m untuk kaum bapa turut diadakan.

Pemenang keseluruhan sukaneka pada tahun ini dimenangi oleh PASTI Al-Islah, Kg. Lobou yang memenangi hampir kesemua acara. Manakala PASTI Al-Khalifah Kids, Taman Putera Perdana telah memenangi acara perbarisan lintas hormat.

Gambar sekitar karnival sukaneka PASTI

 Perbarisan dari PASTI As-Solihin Taman Puterajaya

Pemenang perbarisan lintas hormat dari PASTI Al-Khalifah Kids, Taman Putera Perdana


 Acara isi air dalam botol

Acara membawa bola pingpong dalam sudu

 Pemeriksaan kesihatan percuma dari team madik PAS

 Acara kaum ibu, pertandingan melipat kain

Sebahagian ibu bapa dan hadirin yang hadir memenuhi ruang utama

 Penasihat PASTI Kawasan Sepanggar meyampaikan piala kepada pemenang

PASTI Al-Islah, Kg. Lobou, juara keseluruhan sukaneka menerima hamper dan piala pusingan

Jumpa lagi pada Karnival Sukaneka PASTI Sepanggar tahun depan.

Jom ke Karnival PASTI Sepanggar 2012

Posted: 27 Mar 2012 09:39 AM PDT

123BANGKIT: Kerajaan UMNO/BN Sabah terdesak

Posted: 15 Mar 2012 01:33 AM PDT

Berikutan dengan himpunan '123BANGKIT' yang dianjurkan oleh sebuah NGO yang dikenali sebagai TABAH (Bela Tanak Rakyat Sabah) baru-baru ini, akhbar-akhbar di Sabah difahamkan telah mendapat arahan dari pejabat Ketua Menteri agar tidak menyiarkan sebarang berita tentang himpunan tersebut. Namun begitu terdapat juga beberapa buah akhbar bertindak untuk tidak menurut arahan. Berikut adalah kenyataan saudara Lahirul Latigu yang diambil dari [Official Page] Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat (123 Bangkit):
[TabahNews] Dapat maklumat dari wartawan yang Pejabat Ketua Menteri ada menelefon semua suratkhabar petang Isnin (12 Mac 2012) memberi amaran tidak memasukkan liputan berkenaan 123 Bangkit. Nampaknya mereka sudah melampau! Jangan ingat kemarahan rakyat akan dapat disembunyikan. Tunggu 123 BANGKIT 2.0!

Lahirul Latigu,
Setiausaha TABAH (Bela Tanah Rakyat Sabah)
Selain dari itu, terdapat juga pihak yang telah mengupah beberapa orang untuk mengaku bahawa pihak penganjur himpunan tersebut telah menipu penduduk yang hadir. Selain dari mereka ditipu, mereka juga dipergunakan oleh parti-parti politik untuk tujuan lain. Berikut ialah keratan akhbar yang disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan Sabah.


Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS Sabah melihat semua ini adalah petanda awal bahawa kerajaan UMNO/BN yang ada sekarang pasti akan tumbang pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Menurut Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Sabah, saudara Amir Saifuddin Samsuddin, "Pihak pengajur telah berkali-kali menyatakan bahawa perhimpunan ini adalah aman. Malah pihak penganjur telah menjemput semua parti-parti politik, NGO dan rakyat yang prihatin untuk hadir sama pada perhimpunan tersebut sebagai tanda solidariti terhadap kezaliman yang berlaku pada penduduk kampung yang terlibat. Namun yang hadir hanya lah parti-parti politik selain dari BN, walaupun UPKO juga menyatakan pendirian menyokong himpunan aman tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa BN Sabah hanya mempermainkan rakyat demi untuk survival kuasa politik mereka semata-mata".

NGO TABAH merupakan sebuah NGO bebas yang membela tanah rakyat Sabah. Setelah sekian lamanya rakyat Sabah telah ditindas dan dizalimi oleh kerajaan yang ada sekarang. Maka sudah tiba masanya untuk rakyat bangkit menyatakan bantahan terhadap hak mereka yang telah dicabuli.

Azhan Atan bersama Santai Anak Muda

Posted: 14 Mar 2012 12:53 AM PDT

Dewan Pemuda Sepanggar baru-baru ini telah berjaya menganjurkan program Santai Anak Muda yang menampilkan bekas Juara Akademi Nasyid, saudara Azhan Atan. Program yang dianjurkan ini membuktikan bahawa PAS khususnya Dewan Pemuda sentiasa mencari alternatif terbaik sebagai ganti kepada hiburan yang melalaikan.

Program yang diadakan di perkarangan Pasaraya Lintas ini mendapat sambutan dari para tetamu yang hadir serta pelanggan yang kebetulan berada di lokasi tersebut. Saudara Azhan Atan telah menyampaikan beberapa buah lagu dan diakhiri dengan alunan zikir yang menenagkan jiwa. Rata-rata tetamu yang hadir sangat gembira dan terkejut dengan pendekatan yang dibawa oleh DPP Sepanggar serta mengalu-alukan program sebegini diadakan pada masa-masa akan datang.

Gambar sekitar program:



PAS kawasan Sepanggar cabar UMNO turun 123 BANGKIT

Posted: 07 Mar 2012 10:47 PM PST

Berikutan himpunan kembalikan tanah adat '123BANGKIT' yang akan diadakan pada 12hb Mac 2012 nanti, PAS kawasan Sepanggar hari ini mencabar agar UMNO turun bersama-sama rakyat bagi mempertahankan hak rakyat Sabah. Sekirannya UMNO tidak berbuat demikian, ini bermakna slogan mereka 'Tradisi Membela Rakyat' hanyalah retorik semata-mata. Malah menunjukan bahawa UMNO bersama-sama BN Sabah perlu dipersalahkan sekiranya hak-hak tanah adat di Sabah tergadai pada masa akan datang.


Program himpunan tersebut adalah anjuran sebuah NGO 'Bela Tanah Rakyat Sabah' (TABAH). PAS Kawasan Sepanggar dengan ini akan menyokong penuh himpunan tersebut dan akan turun bersama-sama rakyat. Menurut ketua pemuda PAS kawasan Sepanggar saudara Saifuddin Samsuddin, Dewan Pemuda kawasan Sepanggar sedang mengadakan roadshow dari kampung ke kampung bagi menerangkan isu ini kepada seluruh masyarakat tempatan. DPP Sepanggar juga akan menggerakan ahli berserta masyarakat sekitar Sepanggar untuk turun bersama-sama ke perhimpunan tersebut nanti. Pada himpunan tersebut satu memorandum akan diserahkan kepada Ketua Menteri Sabah bagi menuntut jaminan dan pengembalian status tanah adat yang dinafikan.

Lokasi dan laluan perhimpunan '123 BANGKIT'



Sehubungan dengan itu rakyat Sabah diseru untuk berkumpul di lapangan parkir kereta Anjung Selera, Teluk Likas seawal 7.00 pagi sebelum bergerak ke Wisma Innoprise untuk penyerahan memorandum tersebut. Sebarang maklumat terkini berkaitan himpunan tersebut boleh di ikuti di laman facebook [Official Page] Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat (123 Bangkit).

Himpunan Isu Tanah dan Makan Malam bersama Tn. Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat

Posted: 04 Mar 2012 06:08 PM PST

Majlis Makan Malam dan Pelancaran Dana Pilihanraya
Bersama YAB Tn. Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan) pada 18hb Mac 2012 d Star City Conference Asia City. Turut hadir sama ialah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) dan YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang). Sila hubungi 0138857019 (Wan) untuk mendapatkan tiket.



Himpunan: 123 BANGKIT
Penyerahan memorandum Isu Tanah Adat Negeri Sabah bertempat di Pejabat Ketua Menteri Sabah, Wisma Innoprise, Kota Kinabalu. Berkumpul pada 12hb Mac 2012, pukul 9.00 pagi. NGO, Parti Politik dan semua rakyat yang prihatin dijemput hadir untuk menyatakan hak. Anjuran: TABAH (Bela Tanah Rakyat Sabah)


HIMPUNAN ANAK MUDA SABAH: BERSATU UNTUK PERUBAHAN

Posted: 30 Jan 2012 10:08 AM PST

Semua anak muda Sabah dijemput hadir bagi membuktikan tekad kita untuk 'berubah' demi masa depan Sabah yang lebih sejahtera.


Majlis Perpisahan Setiausaha Kerja (SUK) PASTI Negeri Sabah

Posted: 27 Jan 2012 06:36 AM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar (DPPKS) mewakili PASTI Kawasan mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Nasir Morni di atas sumbangan dan curahan tenaga beliau dalam membangunkan PASTI Negeri Sabah. Khidmat yang telah beliau curahkan selama menjadi Setiausaha Kerja (SUK) telah menjadikan pengurusan PASTI Negeri Sabah antara yang terbaik sepanjang perkhidmatan beliau.

Ucapan perpisahan yang disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu

Bagi menghargai sumbangan beliau, satu majlis perpisahan telah diadakan di Pejabat Pemuda Negeri. Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu. Pada ucapan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, beliau telah menyampaikan ucapan penghargaan dari DPP Sabah terhadap gerak kerja terbaik yang diberikan oleh saudara Nasir.

Majlis perpisahan ini diadakan berikutan Saudara Nasir yang akan berpindah ke negeri asal beliau iaitu Sarawak. Semoga pengalaman sepanjang bersama DPP Sabah ini berjaya untuk beliau teruskan bersama-sama dengan PAS Negeri Sarawak, khususnya berkaitan pengurusan PASTI negeri.

TUISYEN RAKYAT: DEWAN PEMUDA PAS SEPANGAR

Posted: 25 Jan 2012 10:31 AM PST

 

 JADUAL KELAS

  

Kemeriahan Tahun Baru Cina diraikan bersama oleh Pemuda PAS Sepangar

Posted: 23 Jan 2012 08:01 PM PST

21hb Januari (Inanam): Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar hari ini telah mengedarkan buah limau sebagai tanda persaudaraan terhadap masyarakat Tionghua yang akan menyambut Tahun Baru Cina. Pekan Inanam telah menjadi lokasi edaran buah limau pada kali ini. Rata-rata masyarakat cina yang ditemui terkejut dengan kehadiran pemuda PAS serta menyatakan sokongan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat seterusnya PAS sebagai sebuah parti Islam.

Pada kesempatan ini juga PAS kawasan Sepangar ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat Tionghua yang menyambut Tahun Baru Cina. Semoga tahun ini mendatangkan kemenangan dan kebahagian kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Sabah khususnya.


Gambar sekitar edaran buah limau

 Pemuda PAS Sepangar bersedia untuk mengedarkan buah limau

 Berdoa memohon keberkatan di atas usaha yang dilaksanakan

Menyampaikan buah limau kepada pengunjung restoran

 Salah seorang masyarakat Tionghua yang menerima buah limau dari pemuda PAS Sepangar

Tahun 2012: PASTI Sepangar terus mengorak langkah

Posted: 12 Jan 2012 05:06 PM PST

PASTI kawasan Sepangar telah mengorak langkah kehadapan pada tahun 2012 ini apabila telah menjalinkan kerjasama dengan Akademi Al-Bangdadi. Kerjasama ini bakal membangunkan potensi para pelajar PASTI yang hampir 400 orang untuk mendalami pembacaan Al-Quran dengan lebih lancar dan cepat.



 Keratan Akhbar dari Borneo Post

Tentatif Ijtimak Tarbawi Kebangsaan DPPM 2011

Posted: 27 Oct 2011 05:15 AM PDT

TEMPAT: KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ZULKIFLI MOHAMMAD @ TAMAN MELEWAR.
HARI PERTAMA : 28 OKTOBER 2011 - JUMAAT

3.00 - 4.00 pm : Pendaftaran Peserta
4.20 - 5.00 pm : Solat Asar & Al Ma'thurat
5.15 - 5.45 pm : Taklimat Program Oleh Pengarah Akademi Tarbiyah

5.50 - 6.30 pm : Urus & Hemat Diri
6.35 - 7.10 pm : Tafakkur & Munajat
7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib Berjamaah
7.35 - 8.30 pm : Perasmian oleh Al Fadhil Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS
8.40 - 8.55 pm : Solat Isyak berjamaah
9.00 - 9.30 pm : Makan Malam
9.40 - 11.40 pm : Pidato Tarbawi oleh Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Ustaz Nasrudin bin Hassan, Syeikh Ahmad Najjar [ dari HAMAS Palestine ] & Yb Hj Salahudin bin Ayub
12.00 am : Program ditangguhkan dan tidur



HARI KEDUA : 29 OKTOBER 2011 - SABTU

4.30 - 5.10 am : Qiamullail & Munajat
5.30 - 6.00 am : Solat Subuh berjamaah & Al Ma'thurat
6.10 - 6.50 am : Kuliah ar Ruuhiyah oleh Al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
7.00 - 8.00 am : Khidmat Diri & Sarapan Pagi
8.30 - 9.20 am : Taujihat Amal Tarbawi 1 oleh Dr.Mahdi Akef mantan Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimin
9.30 - 10.20 am : Rehat
10.30 - 11.45 am : Pembentangan Kertas Kerja 1: PAS dan Tahaluf Siyasi oleh Ustaz Dr. Khairudin Aman Razali at Takiri. Moderator : Ust Syed Abdul Kadir Al Joofre
12.00 - 12.50 pm : Makan Tengahari
1.00 - 1.20 pm : Solat Zuhur Berjamaah.
2.00 - 3.30 pm : Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS dalam Landskap Politik Semasa oleh Dato' Mustafa Ali, Ustaz Dato' Abu Bakar Chik. Moderator: Dr. Aminurrasyid Yatiban
4.30 - 5.10 pm : Solat Asar berjamaah & Al Ma'thurat
5.15 - 6.10 pm : Bina jaringan Ukhuwwah
6.15 - 7.10 pm : Rehat & Makan Malam
7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah
7.35 - 8.35 pm : Kuliah Khas : PAS dan Ijtihad Politik oleh Al Fadhil Yb. Ustaz Nasharudin bin Mat Isa, Ahli Majlis Syura Ulama'
8.40 - 9.00 : Solat Isyak Berjamaah
9.15 - 11.45 pm : Ceramah Pentas Pemuda oleh Tuan Haji Muhammad bin Sabu (Timbalan Presiden PAS Pusat), Dr. Kamal Al Helbawi ( Wakil Ikhwanul Muslimin Mesir), Yb. Dato' Mahfuz Umar (Naib Presiden PAS) & Ustazah Siti Zailah - Ketua Muslimat PAS Malaysia. Kata-kata aluan oleh Ustaz Nasrudin bin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda DPPM) dan dipengerusikan Ustaz Riduan Mohamad Nor (ketua Penerangan DPPM).

 12.00 am : Program ditangguhkan


HARI KETIGA 30 OKTOBER 2011 - AHAD

4.30 - 5.40 am : Qiamullail & Munajat
5.50 - 6.30 am : Solat Subuh Berjamaah & Al Ma'thurat
6.35 - 7.20 am : Kuliah Ar Ruuhiyah 2 oleh Ustaz Idris Ahmad, Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat
7.30 - 8.30 am : Khidmat Diri & Sarapan Pagi
9.00 - 10.00 am : Wacana Khas Pemuda : Tajuk : Pemuda PAS Memimpin Kebangkitan Anak Muda oleh Ust Nasrudin Hassan Tantawi, Ust Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz & Dr. Raja Iskandar al Hiss
10. 05 - 11.00 am : Rehat
11.05 am - 12.35 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 1 oleh YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
12.40 - 1.30 pm : Makan Tengahari dan Solat Zuhur berjamaah
1.40 - 3.30 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 2 oleh Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
3.40 - 4.40 pm : Perasmian Penutup oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Dr. Raja Ahmad Iskandar al Hiss & Sany Hamzan (Pengarah JPP DPPM).
4.45 pm : Solat Asar berjamaah, Al Ma'thurat, Doa Wehdah & Bersurai


Pemuda PAS Sabah Bongkar Penindasan Kerajaan Terhadap Apprentices TLDM

Posted: 25 Oct 2011 09:03 AM PDT

KOTA KINABALU, 25 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini mendedahkan penyelewengan dan penindasan kerajaan Malaysia ke atas anggota apprentices Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Menurut Ketua Penerangannya, Saudara Mohd Zulfikar Abd. Mijan, terdapat hampir 1000 anggota apprentices TLDM  dibawah Skim Apprentices Diploma Teknologi Marin (DTM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai berasa teraniaya kerana tidak diberikan hak dan kebajikan kepada mereka dengan apa yang dijanjikan sebelum ini.

 


"Ramai anggota tidak diberikan pangkat Petter Officer (PO) dan gaji yang setimpal kepada mereka", jelasnya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu pagi tadi.

Tambahnya, terdapat beberapa perkara mengundang rasa tidak puas hati mereka terhadap pengurusan TLDM dalam melaksanakan tanggungjawab kebajikan kepada anggota.

Beliau mendakwa, selain kesemua anggota berkenaan tidak mematuhi kontrak sebenar dalam perkhidmatan, mereka juga tidak diberikan peluang untuk mendapatkan  penjelasan kukuh berkaitan arahan pemberhentian yang lebih awal dari waktunya.

"Alasan yang digunakan oleh pihak TLDM untuk menyekat kenaikan pangkat dan menawarkan berhenti sukarela adalah tidak munasabah dengan menggunakan alasan kegagalan penyiapan kapal ronda generasi baru dan lebihan anggota dalam perjawatan.

"Pampasan berhenti awal juga tidak komprehensif kerana itu  kesalahan TLDM yang tidak mematuhi kontrak menyebabkan caruman LTAT diterima adalah sikit berbanding anggota lain," ujarnya.

Beliau menjelaskan, kegagalan pihak TLDM menyiapkan 23 daripada 27 buah baki kapal perang menyebabkan graduan lepasan DTM terpaksa diserapkan ke unit-unit kecil bahagian TLDM dengan tidak mempraktikal secara teknikal berhubung pengajian mereka di UTM.

Penindasan skim berkenaan semakin ketara apabila kesemua mereka tidak diberikan latihan peralihan untuk mempersiapkan diri sebagai orang awam dalam masyarakat.

"Mereka tidak ditawarkan peralihan sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan untuk mempersiapkan diri menjadi orang awam sebagaimana anggota lain," katanya.

Selain dari itu, kesemua anggota DTM terbabit juga seolah-olah dipaksa dan diugut untuk menandatangani borang perjanjian umpama akujanji untuk tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap pengurusan TLDM.

"Ini terang-terangan, pihak TLDM adalah dayus dengan memaksa mereka ini tandatangan borang perjanjian. Mereka dipaksa menandatangani bagi menutup salah laku pengurusan TLDM," tegasnya.

Dakwa Zulfikar, walaupun perkara ini berlaku semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak memegang tampuk Menteri Pertahanan, namun penyelewengan dan penindasan ini katanya, wajar dijawab oleh Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan ketika ini.

Zulfikar menambah, pihaknya akan meneruskan saman keatas pihak TLDM dan Kerajaan Malaysia atas dakwaan penyelewengan dan penindasan tersebut. Walaupun pihaknya sudah mengemukakan saman pemula pada Februari lalu, namun ditolak oleh peguam atas alasan yang tidak munasabah.

Dokumen penyelewengan tersebut juga diserahkan kepada Ahli Parlimen Jerai, Saudara Mohd Firdaus Jaafar untuk didedahkan di Parlimen.

Sidang media tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Jerai yang juga Pengarah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Saudara Mohd Firdaus Jaafar; Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu dan pimpinan pemuda PAS Negeri Sabah.
 

Jual Pulau: Pemuda PAS Sabah Cabar Musa Aman

Posted: 25 Oct 2011 02:45 AM PDT

KOTA KINABALU, 26 Okt: "Jika benar Musa Aman orang Sabah, maka beliau dicabar memberi penjelasan terbaik buat warga Sabah". Itulah cabaran Pemuda PAS Sabah kepada Kerajaan Negeri khususnya Datuk Seri Musa Aman dalam menangani isu berhubung penjualan tiga buah pulau Sabah yang diiklankan untuk dijual oleh sebuah laman web asing yang berpusat di Kanada.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu (gambar) berkata PAS mengambil pendirian serius berhubung isu berkenaan memandangkan ianya berkait mengenai kedaulatan dan keselamatan negara khususnya negeri Sabah pada masa kini dan akan datang.

"Kenapa pulau ini menjadi bahan dagangan, sedangkan ianya khazanah berharga kepada sesebuah negeri?", soalnya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu, pagi tadi.

Kata Lahirul, PAS memberi tempoh tujuh hari untuk memberi peluang kepada Ketua Menteri, Musa Aman bagi menjawab semua persoalan dan isu berhubung penjualan pulau tersebut

"PAS juga akan membawa isu ini kepada kementerian yang bertanggungjawab serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibahaskan di Parlimen," ujarnya.

Tambahnya, kempen "Selamatkan Pulau-Pulau Sabah" yang dilancarkan pada 16 Oktober lalu akan diteruskan ke seluruh Malaysia dengan kerjasama bersama Pemuda PAS Malaysia.

"DPPNS menyeru agar masyarakat turut sama beramai-ramai membantah aktiviti penjualan khazanah negara ini dengan menandatangani petisyen secara online di laman http://www.thepetitionsite.com/1/save-sabahs-islands," jelasnya.

Kempen mengumpul tandatangan sedang giat diadakan di pusat-pusat membeli belah seluruh Sabah yang kini telah digerakkan oleh seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah.

Beliau juga mendakwa, isu tanah di Sabah terutama di kawasan pedalaman yang gagal ditangani oleh kerajaan Sabah sebagai punca ketirisan kepimpinan kerajaan pimpinan Musa Aman dalam mentadbir Sabah dengan baik.

Sebaliknya, beliau menganggap sekiranya kerajaan Sabah telus dan ikhlas memperjuangkan hak rakyat maka golongan muda juga seharusnya diberikan hak pemilikan tanah.

Dalam sidang media itu juga, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Mohd Zulfikar Abd. Mijan pula menempelak Musa Aman yang jangan hanya pandai memerintah tetapi memekakkan telinga apabila berhadapan isu kedaulatan.

"Jangan tahu perintah saja, tapi orang jual pulau dia buat-buat tidak tahu," sinisnya.

Sidang media tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Jerai iaitu YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar selaku Pengarah Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat dan kepimpinan Pemuda PAS Sabah.

Jual Pulau: Pemuda PAS Sabah Cabar Musa Aman

Posted: 25 Oct 2011 02:45 AM PDT

KOTA KINABALU, 26 Okt: "Jika benar Musa Aman orang Sabah, maka beliau dicabar memberi penjelasan terbaik buat warga Sabah". Itulah cabaran Pemuda PAS Sabah kepada Kerajaan Negeri khususnya Datuk Seri Musa Aman dalam menangani isu berhubung penjualan tiga buah pulau Sabah yang diiklankan untuk dijual oleh sebuah laman web asing yang berpusat di Kanada.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu (gambar) berkata PAS mengambil pendirian serius berhubung isu berkenaan memandangkan ianya berkait mengenai kedaulatan dan keselamatan negara khususnya negeri Sabah pada masa kini dan akan datang.

"Kenapa pulau ini menjadi bahan dagangan, sedangkan ianya khazanah berharga kepada sesebuah negeri?", soalnya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu, pagi tadi.

Kata Lahirul, PAS memberi tempoh tujuh hari untuk memberi peluang kepada Ketua Menteri, Musa Aman bagi menjawab semua persoalan dan isu berhubung penjualan pulau tersebut

"PAS juga akan membawa isu ini kepada kementerian yang bertanggungjawab serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibahaskan di Parlimen," ujarnya.

Tambahnya, kempen "Selamatkan Pulau-Pulau Sabah" yang dilancarkan pada 16 Oktober lalu akan diteruskan ke seluruh Malaysia dengan kerjasama bersama Pemuda PAS Malaysia.

"DPPNS menyeru agar masyarakat turut sama beramai-ramai membantah aktiviti penjualan khazanah negara ini dengan menandatangani petisyen secara online di laman http://www.thepetitionsite.com/1/save-sabahs-islands," jelasnya.

Kempen mengumpul tandatangan sedang giat diadakan di pusat-pusat membeli belah seluruh Sabah yang kini telah digerakkan oleh seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah.

Beliau juga mendakwa, isu tanah di Sabah terutama di kawasan pedalaman yang gagal ditangani oleh kerajaan Sabah sebagai punca ketirisan kepimpinan kerajaan pimpinan Musa Aman dalam mentadbir Sabah dengan baik.

Sebaliknya, beliau menganggap sekiranya kerajaan Sabah telus dan ikhlas memperjuangkan hak rakyat maka golongan muda juga seharusnya diberikan hak pemilikan tanah.

Dalam sidang media itu juga, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Mohd Zulfikar Abd. Mijan pula menempelak Musa Aman yang jangan hanya pandai memerintah tetapi memekakkan telinga apabila berhadapan isu kedaulatan.

"Jangan tahu perintah saja, tapi orang jual pulau dia buat-buat tidak tahu," sinisnya.

Sidang media tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Jerai iaitu YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar selaku Pengarah Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat dan kepimpinan Pemuda PAS Sabah.

Sambutan Aidilfitri dan Pelancaran Jubli Perak Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 22 Sep 2011 02:45 AM PDT


 

Dewan Pemuda PAS hari ini telah genab 25 tahun mengharungi badai perjuangan di bumi Sabah. Sehubungan dengan itu DPP Sabah telah mengadakan pelancaran 'Pelancaran Jubli Perak' seterusnya sambutan Aidilfitri. Majlis yang berlangsung dengan penuh kemeriahan ini turut dihadiri Saudara Aminudin Aling yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah.


Kehadiran tetamu yang dari pelbagai kaum menunjukkan PAS Sabah telah diterima oleh rakyat Sabah seterusnya bersedia untuk bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk mentadbir pada masa hadapan. Pada ucapan Pelancaran Jubli Perak, Ketua Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu telah mengingatkan PAS kini telah menjadi harapan rakyat untuk menggantikan UMNO/BN yang terbukti gagal dalam mentadbir urus kerajaan sehingga berlaku gejala rasuah, ketirisan dan sebagainya. Dewan Pemuda PAS Sabah yang kini berusia 25 tahun dan sememangnya telah bersedia serta cukup pengalaman untuk mengambil alih pentadbiran dari UMNO/BN.

Gambar sekitar majlis:

 Antara tetamu yang hadir

 Pimpinan-pimpinan PAS negeri Sabah menyaksikan tayangan video yang disediakan

 Tetamu menjamu selera

Masyarakat dari Tionghua juga turut sama menyerikan majlis

PAS kawasan Sepanggar menganjur 'Majlis Jamuan Hari Raya bersama Tn. Hj. Mohammad Sabu

Posted: 18 Sep 2011 08:03 AM PDT

Pada 16 September baru-baru ini PAS kawasan Sepanggar telah berjaya mengadakan majlis jamuan hari raya. Program yang diadakan di Kg.Suang Parai ini telah mendapat sambutan dari kalangan masyarakat setempat dengan kehadiran mereka yang memenuhi khemah tetamu. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Tn. Hj. Mohammad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS.

 Tn. Hj. Mohammad Sabu sudi menyampaikan 'duit raya' kepada kanak-kanak yang hadir

 Antara tetamu yang hadir memenuhi khemah bagi mendengar ucapan Tim. Presiden PAS

Menurut pengarah program En. Nazri Sulaiman, "Program sebegini akan terus diadakan dari masa ke semasa bagi membuktikan kepada rakyat bahawa PAS sebagai sebuah parti Islam, bersungguh-sungguh menjayakan agenda 'Negara Berkebajikan'. Kehadiran PAS bukan untuk membawa perpecahan, tetapi PAS hadir sebagai sebuah bahtera penyelamat kepada rakyat yang kini sengsara kerana kezamilan demi kezaliman yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu".

Pemuda terus berbakti

PAS Kawasan Sepanggar melalui dewan pemudanya terus berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengenal penat dan jemu. Ini dibuktikan dengan program Ihya' Ramadhan yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan baru-baru ini. Pelbagai program telah diaturkan, antaranya edaran bubur lambuk, sumbangan barang keperluan, ziarah hospital, edar risalah dan sumbangan kurma. PAS kawasan juga berjaya mengaturkan solat taraweh secara berjamaah di Pejabat PASTI kawasan di Universiti Appartment pada setiap malam sepanjang Ramadhan.

Sehubungan dengan itu, DPP kawasan Sepanggar ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada seluruh jentera pemuda yang telah mengerah tenaga bagi menjayakan setiap program yang diaturkan. Seterusnya terima kasih juga kepada semua penyumbang-penyumbang yang bermurah hati menyampaikan sumbangan, semoga ianya kelak menjadi amalan yang baik disisi Allah s.w.t.


Berita Bergambar:

 Kaum ibu turut membantu memasak bubur lambuk

 Bubur Lambuk sedia untuk diedarkan
 
 Antara penerima sumbangan barangan keperluan

Saudara Nazri Sulaiman yang juga Naib Yang Dipertua PAS kawasan Sepanggar, menyampaikan sumbangan

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Posted: 31 Jul 2011 08:01 PM PDT

KEBERKATAN RAMADAN INI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SEPANGGAR SANGAT BERBESAR HATI UNTUK BERKONGSINYA DENGAN SELURUH UMAT ISLAM.

SEPANJANG RAMADHAN KALI INI, PAS KAWASAN SEPANGGAR AKAN MELAKSANAKAN PELBAGAI PROGRAM BAGI MENGIMARAHKAN BULAN YANG MULIA INI. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, KAMI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN DARI PELBAGAI PIHAK BAGI MENJAYAKAN PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIRANCANG.

SUMBANGAN BOLEH DI MASUKAN KE AKAUN SEMENTARA:

PASTI KAWASAN SEPANGGAR
100160-100-54443
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
(SILA SMS JUMLAH SUMBANGAN KE NO. BERIKUT: 014-5551042)

PIHAK KAMI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DI ATAS KESUDIAN TUAN/PUAN/DATO/DATIN UNTUK MENYALURKAN SUMBANGAN INI. SEMOGA IANYA MENJADI SEBAHAGIAN AMAL JARIAH YANG AKAN DILIPAT KALI GANDAKAN DIAKHIRAT KELAK.

PERUTUSAN RAMADHAN DARI MURSYIDUL AM PAS
KLIK DISINI
PERUTUSAN RAMADHAN DARI PRESIDEN PAS
KLIK DISINI

*Jumlah sumbangan terkumpul akan kami kemaskini dari masa ke semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan