Dalam tulisan kali ini saya ingin membawa ayat-ayat songsang. Saya ingin membuka surah yang telah di hafal tetapi tidak difahami. Saya ingin membuka bait-bait yang sering dilaungkan tetapi tidak dihayati.
Saya ingin melagukan syair kasar yang tidak akan menenteramkan jiwa. Surah dan bait-bait ini telah menjadi beban sejarah jika tidak saya dendangkan kepada orang ramai.
Operasi Lalang jadi batu asas kerjasama DAP-PAS hari ini
Berikut adalah kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ahli Parlimen Bagan sempena ulangtahun ke-25 Operasi Lalang hari ini:
DAP menyeru agar kerajaan Persekutuan meminta maaf kepada semua tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), segera melepaskan semua tahanan yang masih ditahan dan menjadikan Kem Tahanan Kamunting sebagai muzium ...
BEKALAN ELETRIK TERPUTUS DI KKIA DISIASAT : KONG – berita hairan
PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Kong Cho Ha hari ini mahu siasatan dijalankan berhubung punca bekalan elektrik terputus di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Khamis lalu yang menyebabkan penerbangan dibatalkan dan ramai penumpang terkandas.
Beliau berkata kementerian tidak akan melindungi sesiapapun dalam siasatan ini dan memberi amaran tindakan tegas terhadap "pihak yang cuai" tanpa mengira sama ada ia merupakan individu, pihak berkuasa tempatan atau pengendali lapangan terbang. "Jika hasil siasatan menunjukkan ada unsur sabotaj, maka laporan polis akan dibuat untuk tindakan undang-undang selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Kong berkata beliau merasa amat dukacita atas kejadian itu yang menimbulkan keresahan dan kemarahan di kalangan orang ramai yang bakal meraikan Hari Raya Aidiladha di kampung halaman masing-masing.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit.... APA SUDAH JADI ? ....kah kah kah..
kah kah kah..... UNSUR SABOTAJ?..... kah kah kah...
Purata Golongan Muda Malaysia Adakan Seks Pertama Pada Umur 23 Tahun
KUALA LUMPUR: Belia Malaysia yang masih belajar atau kekal berada dalam persekitaran akademik adalah lebih cenderung untuk menangguhkan pengalaman seksual pertama mereka, menurut satu kajian.
Kajian "Face of Global Sex Report 2012" oleh Durex berkata, golongan muda di Malaysia secara purata akan menghadapi pengalaman seksual pertama mereka pada usia 23 tahun dan menerima pendidikan seks dari umur 15 tahun, berbanding purata 12 tahun di negara-negara seperti Austria, Jerman dan Mexico.
Kajian itu turut menunjukkan bahawa Malaysia merupakan salah satu negara yang mengamalkan seks yang selamat, berada pada kedudukan ke-13 di kalangan 37 negara yang terlibat dalam kajian secara global.
Selain itu, kira-kira 54 peratus daripada responden di Malaysia berkata, mereka lebih cenderung untuk menggunakan kondom ketika pertama kali melakukan hubungan seks berbanding rakyat Singapura dan Indonesia.
Ia turut mendapati hampir 67 peratus responden rakyat Malaysia berkata, mereka tidka pernah mengalami kehamilan yang tidak dirancang, meletakkan negara ini pada kedua terakhir dalam rantau Asia Tenggara.
Ini adalah kajian yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menerima pendidikan seks pada usia agak lewat iaitu 15 tahun, tertua kedua selepas India.
"Ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia secara amnya bertanggungjawab apabila melakukan seks. Ini akan mengurangkan kemungkinan jangkitan kelamin dan kehamilan yang tidak dirancang, yang mengakibatkan kesan kesihatan seksual yang lebih positif dalam kehidupan," kata Nikhilesh Kalra, Pengarah Komersial Strategik Reckitt Benckiser Malaysia dan Singapura.
Reckitt Benckiser merupakan syarikat yang mengeluarkan kondom jenama Durex.
Brazil, Greece dan Korea Selatan merupakan tiga negara dengan kadar tertinggi bagi pengguna kondom manakala mereka yang berada di bawah adalah Indonesia, Republik Czech dan New Zealand.
KOMENTAR TUKAR TIUB
perbincangan dan pencerahan diteruskan
tentang pengunaan kondom
untuk mengelakan bayi dibuang
pelbagai cadangan diterima
SOALAN:
bolehkan zakar yang keras
ditundukkan oleh zikir ?
JANNGAN BUANG BAYI – PAKAI KONDOM
Syabas kepada Tukar Tiub! Saya menghormati Isham sebagai seorang aktivis yang memperjuangkan nasib bayi malang yang dibuang. Gejala buang bayi sering berlaku dikalangan masyarakat Melayu yang beragama Islam kerana umat Islam terlalu pentingkan "maruah" mereka sebagai seorang Muslim daripada nyawa anak sendiri.
Mereka takut dipandang hina oleh masyarakat Muslim lain yang susah tentu akan mengumpat, mencela, menghina gadis dan ibu-bapa gadis yang mengandung dan melahirkan anak luar nikah itu.
Sebab itu gadis-gadis yang mengandung diluar nikah ini lebih rela membunuh anak kandungan sendiri daripada dihina oleh masyarakat yang terlalu pentingkan agama (seolah-olah mereka tidak pernah melakukan sebarang kesalahan) daripada nyawa seorang bayi yang tidak berdosa.
Kes buang bayi jarang berlaku dikalangan orang kafir di Malaysia kerana ibu bapa mereka hanya marah bila mengetahui anak gadis mereka mengandung dengan teman lelaki. Ibubapa kafir akan menyuruh anak mereka berkahwin. Jadi gadis on PENCERAHAN DARI PEMBACA
NASEHAT TENTANG HUBUNGAN SEX
Anak muda pun kena diajar bahawa nikmat seks itu sebenarnya bagaikan bunga api, menyala indah tapi sejenak saja. Tak tahu kenapa naluri atau ghairah seks pada lelaki itu mula gebu-gebu mulai saat lepas baligh atau dapat mimpi ejakulasi pertama. Naluri atau pacuan ghairah seks itu bersifat gebu-bebu pada muda saja tapi akan kendur selepas stres hidup mula himpit mereka
Anak muda mesti tahu bahawa untuk enjoy seks kedua pasangan mesti sama-sama sinkronise jika tidak pihak lelaki saja yang enjoy tapi rasa tidak memuaskan. Apabila isteri dah lahirkan dua cahaya mata maka nikmat seks akan berkurangan kerana tiub vagina dan longgar dan si wanita pun dah kureng nafsu seksnya, tapi si lelalki tetap ada ghairah seks yang kuat walaupun tiba masa mati pucuk.
Jadi anak muda kena faham ghairah seks akan menggila semasa muda dan ia boleh dikawal. selepas ejakulasi minat seks menyurut tapi tak kala habis waktu rihat ghairah seks muncul semula pada pihak lelaki. Pihak wanita terpaksa berpura-pura on LAGI SURAT DARI PEMBACA TENTANG KONDOM
Anonymous
on 10/26/12
LAGI NASEHAT UNTUK PEMBACA
Aden kira semua anak muda/mudi mulai dari sekolah menengah satu mesti diajar dengan pendidikan seks yang termasuk akan maklumat bahawa naluri berahi seks lebih-lebih lagi di pihak lelaki harus dikawal kerana tuntutan biologikal alami. naluri seks ini akan menggila dan ia juga boleh dikawal jika disedarkan bahawa mempunyai anak tanpa ada tanggungjawab kewangan akan memudaratkan pasangan belum matang itu. Ibu bapa boleh membantu tapi jangan pakai kaedah agama kerana kaedah agama tiada fahaman saintifik mengenai psikologi/biologi.
Agama akan mainkan akidah/keimanan/iblis/syaitan/ ayat Quran/hadis/ayat-ayat karut lain yang tiada kena-menggena dengan anak bayi anak bayi dibuang tanpa digniti. TT sungguh risau yang ramai tak faham hakikat yang air mani bertemu telur di rahim wanita boleh menghasilkan bayi atau nyawa.
TT nasihat pakai kondom tapi pasangan tak terlintas yang mereka akan bersetubuh akhirnya jika mereka hilang kawalan berahi gila yang mengamuk lalu tak terfikir nak pasang on PENCERAHAN DARI PEMBACA
Anonymous
on 10/26/12
KAHWIN SEDAP
Kebanyakan budak2 ni bukan nak nikah sangat pun, cuma nak kahwin (sedap) yang sekejap tu je. Macam kes budak2 nak ambik SPM ni, cuba tanya nak ke dinikahkan? Kalau betul dia nak cara halal tapi tak dapat, dia takkan buang/bunuh anak tu. on PENCERAHAN DARI PEMBACA
hanya mutu dan mengenal maniam hanya lembu yang mengenal shahrizat
hanya keling yang mengenal madey
kah kah kah NOTA: ini adalah tanda sabotaj yang sedang berjalan jelas pusat khidmat ini sengaja melembukan shahrizat kah kah kah kah kah kah kah kah kah
'Selamatkan Batu Caves' bantah pembinaan kondo dihadiri Samy Vellu
Ratusan penganut agama Hindu dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) menyertai himpunan di perkarangan Batu Caves bagi menyatakan bantahan ke atas pembinaan kondominium yang terletak di sebelah kuil tersebut yang dikatakan akan memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit.
Bekas menteri kerja raya, Samy Vellu yang hadir atas jemputan pihak jawatankuasa kuil turut sama menyertai himpunan tersebut dan memberikan ucapan dihadapan kira-kira 300 orang ramai yang hadir pada pagi ini.
Dalam ucapannya, Samy menjelaskan bahawa kerja-kerja pembinaan kondominium tersebut telah dilakukan tanpa kajian dan tidak merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab sambil berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
"Pembinaan yang dilakukan ini adalah tidak teliti dan tanpa kajian yang menyeluruh dengan merujuk pihak-pihak yang sepatutnya," kata Samy.
"Malahan MPS sendiri tidak pernah menemui jawatankuasa kuil untuk berbincang atau memaklumkan tentang projek tersebut."
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit.... KESIAN TENGOK ORANG INDIA INI...kah kah kah..
kah kah kah...MEREKA HANYA 8% SAHAJA... kah kah kah..
kah kah kah...TAPI ADA 12 BUAH PARTI POLITIK.... kah kah kah..
ini pun undi tipu yang datang lambat dikatakan undi orang asli
malah cerita sudah mula muncul dikalangan gerombilan yang najib razak
tidak yakin dengan ketua ketua di bahagian
najib membuat tim sendiri yang di kepalai oleh raba raba bontot
untuk memastikan laporan yang betul
tim najib ini dilihat pula oleh tim muhyiddin sebagai langkah untuk
memancung bakal calon yang pro- muhyiddin
NOTA:
ini belum masuk kira
hal duit yang sedang di nanti nanti
kah kah kah
HARI HARI AKHIR
SAEKOR NAJIB
BN Mungkin Umum Nama Calon Lebih Awal - Tengku Adnan - berita hairan
PUTRAJAYA:Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan menamakan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini, kata Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon Umno sahaja malah semua parti komponen BN.
Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno, berkata ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya dan menegaskan ada sedikit perbezaan pada pilihan raya umum akan datang.
"Saya yakin kali ini ia akan dilaksanakan dengan sedikit perbezaan. Barangkali ia akan dinamakan lebih awal dari biasa," katanya.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit... CUBA BACA KENAPA GEROMBOLAN NAK BUAT MACAM INI?... kah kah kah...
kah kah kah.... JAWABNYA CUKUP SENANG.... kah kagh kah...
kah kah kah.... NAMA KELUAR AWAL SEBAGAI PERCUBAAN ..... kah kah kah...
kah kah kah.... NAK TENGOK NAMA INI AKAN DI SABOTAJ ATAU TIDAK... kah kah kah..
kah kah kah.... NAMA YANG KELUAR AWAL INI HANYA NAMA PERCUBAAAN... kah kah ka..
kah kah kah...NAK TEST MARKET...BOLEH PERGI ATAU KENA SABOTAJ...kah kah ka
SEREMBAN 3 NOVEMBER
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SEREMBAN, 25 OKTOBER:Keberanian Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke Siew Fook mempertahankan Islam di parlimen daripada penghinaan dan tohmahan bertubi-tubi oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek telah menerbitkan rasa terharu di hati Mursyidul-am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat.
Anthony Loke yang juga Ketua Pemuda DAP, menerima sepucuk surat daripada Pejabat Menteri Besar Kelantan hari ini yang merakamkan ucapan tahniah serta terima kasih Tuan Guru Nik Aziz kepada Anthony atas keberanian beliau berhujah di Parlimen.
Anthony dilaporkan begitu bersemangat mempertahankan Tuan Guru Nik Aziz daripada penghinaan berterusan MCA sehingga menepuk meja Parlimen, menyebabkan Speaker Dewan mematikan mikrofon beliau dan menghalang beliau dari terus berhujah.
Harakahdaily memetik Anthony sebagai berkata bahawa, "Dalam politik kita berbeza pendapat, itu perkara biasa. Umpamanya, kita dalam DAP juga punyai pendapat berbeza dengan PAS dalam soal hukum Hudud. Tetapi kita tidak pergi sampai ke tahap memburuk-burukkan dan menghina Islam."
Surat penghargaan juga tersebut memetik Tuan Guru Nik Aziz sebagai berkata dengan tegas bahawa, "DAP berani bidas MCA, tetapi UMNO takut. Tak boleh harap kepada UMNO untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana."
Menurut laporan Malaysiakini, dalam sidang Parlimen pada 22 Oktober lalu Anthony telah bangkit mempertahankan Mursyidul-am PAS itu yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", sambil menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".
"Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada sikap pimpinan MCA yang terus menghina dan memfitnah Islam dan PAS, terutamanya peribadi Tuan Guru Nik Aziz melalui kenyataan Naib Pengerusi Wanitanya yang dilaporkan berkata, "Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" dalam Persidangan Agung Wanita MCA baru-baru ini.
Di laman sosial Facebooknya Anthony berkata, "Saya amat terharu dan dengan perasaan penuh rendah diri menerima surat penghargaan dari Pejabat YAB Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkenaan kenyataan saya di Parlimen beberapa hari lepas.
"Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!
"Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz! Semoga Tok Guru sentiasa dalam keadaan yang sihat dan dipanjangkan umur untuk terus memimpin PAS dan PR!"
Ini berita yang baru diterima.Jelajah Merdeka Rakyat yang akan bersambung esok di Wilayah Persekutuan dan Selangor mula diganggu bermula malam tadi.
Umno Bahagian Bandar Tun Razak telah mengupah gangster untuk membuat kacau kira-kira jam 850 malam tadi di sekitar kawasan program ceramah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di pasar Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Sekitar 30 pemuda yang dipercayai diupah Umno mula bergerak liar di sekitar tapak ceramah dan membuat bising menggunakan motosikal masing-masing.KEADILAN menyifatkan ia sebagai satu taktik kotor yang diteruskan bagi menghalang rakyat mendengar ucapan pemimpin Pakatan Rakyat yang bakal hadir esok.
Penyokong Pakatan Rakyat diminta hadir untuk memberikan sokongan.Sebelum ini, bas jelajah telah mengalami beberapa siri sabotaj bertujuan mengganggu siri peneranagn yang disampaikan Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat di Kota Bharu dan Melaka.
Berita mengenai van skuad sayang milik wanita Umno bahagian tersebut kononnya disabotaj malam tadi dengan ditulis perkataan 'babi' dan 'sial' serta disimbah dengan cat merah tambah menaikkan kemarahan mereka konon ia angkara penyokong Pakatan Rakyat.
Dipercayai atas alasan inilah samseng dalam parti itu mula melakukan provokasi terhadap persiapan yang diatur untuk acara pada keesokkannya.
KUALA LUMPUR 25 Okt: KEADILAN mendesak Bank Negara Malaysia (BNM) memulakan siasatan kes penyeludupan wang RM40 juta kepada Umno Sabah, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Katanya, ia berikutan pendedahan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing semalam yang menyatakan wang itu disalur kepada akaun peribadi seorang pemimpin Umno Sabah yang tidak dinamakan.
"Antara individu yang patut disiasat ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan pemimpin Umno 'X' yang menerima wang itu.
"Pemimpin Umno yang tahu kes ini dan ahli perniagaan Sabah yang dituduh mengaut keuntungan hasil balak secara rasuah, Michael Chia juga perlu disiasat," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyerahkan laporan siasatan kepada Eksekutif Jabatan Komunikasi Korporat BNM, Zoe Rai di Sasana Kijang, Bank Negara tengah hari ini. Michael Chia sebelum ini dikatakan menyalur wang itu ke akaun yang dibekukan manakala Nazri Aziz pernah membuat kenyataan media, kononnya ia tidak berlawanan dengan undang-undang.
Rafizi berkata, BNM perlu membuat siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AML) kerana sumber wang itu meragukan. "Walaupun tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti haram, individu yang membuat transaksi tanpa alasan munasabah juga boleh didapati bersalah. "Penyelewengan dalam sektor perbankan dan kewangan tidak wajar diambil mudah kerana aktiviti pengubahan wang (money laundering) beri kesan besar kepada reputasi BNM sebagai pusat kewangan antarabangsa," katanya.
Beliau berkata, BNM tidak harus berpuas hati dengan alasan ringkas yang diberi Datuk Seri Najib Razak dan Nazri Aziz, kononnya ia derma politik kepada Umno.
"Malah, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin memaklumkan beliau tidak tahu mengenai wang itu dan tidak menolak kemungkinan Musa Aman turut mendapat habuan. "Ia sudah cukup untuk dijadikan asas siasatan," kata Rafizi.
Pemuda Pakatan Rakyat pada 24 Oktober lalu menggesa kerajaan Umno dan Musa Aman menjawab isu penyeludupan RM40 juta dari Hong Kong oleh seorang ahli perniagaan untuk Umno Sabah.
Sejak 2009 hingga kini, Musa mahupun Umno tidak pernah menafikan skandal itu," katanya.
DEY MACHA!!! INI NOMBOR PLAT BOLEH ELAK SAMAN AES PASAI BILA ITU KAMERA AES KASI FLASH SAMA DIA INI NOMBOR PLAT AKAN KASI FLASH BALIK SAMA ITU KAMERA PUNYA FLASH ITU MACAM NOMBOR PLAT YANG DIRAKAM SUDAH JADI PUTIH TARAK NAMPAK NOMBOR LA MACHA JADI APA MACAM MAU SAMAN KAH! KAH! KAH!
Dua ketul batu besar dilempar di pejabat DAP Perak di Ipoh hari ini menyebabkan beberapa tingkap kaca pecah, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning Wong Kah Woh.
Beliau percaya batu itu dibaling semasa waktu rehat tengah hari dan disedari ketika kakitangan pejabat pulang daripada makan kira-kira jam 1.30 petang.
Laporan polis dibuat di ibu pejabat polis daerah di Ipoh, tambahnya.
"Kami sedang cuba menyemak rakaman CCTV, termasuk milik jiran, untuk melihat sama ada kita boleh dapatkan sesuatu untuk diserahkan kepada polis," kata Wong kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Beliau tidak mengesyaki mana-mana individu atau kumpulan tetapi percaya insiden itu dilakukan oleh "seorang yang kuat" kerana walaupun mengenai dinding, batu yang dibaling pergi sejauh tiga meter ke dalam pejabat.
Sekumpulan ibu bapa membuat laporan polis terhadap guru di SK Bihai di Pos Bihai dekat Gua Musang kerana menampar anak mereka yang tidak membaca doa makan.
Seorang bapa Atar Pedik mendakwa, anak gadis 12 tahunnya ditampar kira-kira jam 1.30 petang pada Selasa selepas disuruh membaca doa walaupun bukan Islam.
Atar bersama dua lagi bapa - Hassan Achoi and Along Pandak - yang turut mendakwa anak mereka ditampar, terpaksa meredah tiga jam perjalanan dari Pos Bihai untuk membuat laporan di balai polis Gua Musang.
Pos Bihai terletak di pedalaman Kelantan, berdekatan sempadan Perak. Balai berkenaan mengesahkan laporan itu.
Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Arom Asir mendakwa, tamparan guru lelaki itu menyebabkan muka murid berkenaan lebam.
Malaysiakini cuba menghubungi SK Bihai untuk mendapatkan reaksinya.
Sementara itu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pula ketika dihubungi berkata belum ada laporan dibuat kepada mereka dan sedang mengumpul maklumat tentang perkara itu.
Cerita ini sebenarnya antara beberapa perkembangan terbaru yang akan didedahkan satu persatu.
Jadi biarlah saya anggapkan ia merupakan siri ketiga walaupun sebenarnya hal ini lebih menjurus kepada satu pendedahan mengejutkan yang saya terima menerusi sumber dalaman Umno sendiri.
Perdana menteri Najib dipercayai sudah mengarahkan pakar-pakar strategisnya untuk menyingkirkan timbalannya sendiri, Muhyiddin Yassin dari jawatannya sekarang.
Alasannya?
Kerana puak yang setia dengan bekas menteri besar Johor itu sudah mengambil ketetapan bahawa pilihanraya umum mesti diadakan sebelum 30 November tahun ini.
Jika tidak, kata mereka, peluang Barisan Nasional (BN) untuk memerintah semula tipis.
Helah mereka lagi, sekiranya pilihanraya dibuat dalam bulan penganut agama Kristian menyambut Krismas itu, peluang BN menang lebih cerah berbanding cadangan Najib yang mahu BR1M 2.0 dilunaskan dahulu pada Januari 2013 sebelum memanggil pilihanraya umum.
Disember juga merupakan kesempatan terbaik kerana penganut agama itu tidak sempat untuk berkempen terutamanya di Sabah dan Sarawak kerana sibuk membuat persiapan manakala yang tidak merayakannya akan mengambil cuti hujung tahun melancong bersama keluarga.
Taktik jahat puak Muhyiddin pantas dihidu Najib melalui satu maklumat yang bocor beberapa minggu lalu mengatakan gerakan menyingkirkannya sudah semakin berkembang di seluruh negara melalui dua atau lebih bahagian Umno di setiap negeri kecuali di Sarawak.
Najib yang tidak mampu menghalang kemaraan Muhyiddin telah berpakat dengan Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi bagi menggantikan Muhyiddin.
Alasannya, Zahid setakat ini berjaya menghalang siri pendedahan skandal kapal selam Scorpene yang terus dibongkar Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang sedang menunggu siasatan hakim di Paris yang akan keluar dalam beberapa bulan lagi.
Tetapi mengapa Zahid dan bukan sepupunya sendiri, Hishamuddin Hussein?
Hishamuddin sudah dianggap bahan jenaka oleh pemimpin Umno malah langsung tidak dihormati atas kegagalannya menyelesaikan isu berkaitan keselamatan dan jenayah walaupun berjaya menambah senarai pengundi haram selepas perlaksanaan pemutihan 6P tahun lalu.
Maka Zahid kini sedang bersiap-siap menggantikan Muhyiddin manakala siapa yang akan mengisi kekosongannya sebagai naib presiden akan ditentukan kemudian.
Tetapi adakah Muhyiddin mengalah?
Jawabnya tidak, malah kem Muhyiddin sedang merencanakan sesuatu yang akan menghancurkan imej Zahid sepenuhnya dan dia sudah mengenal pasti siapa yang akan menjadi regunya untuk diganding bersamanya apabila berjaya menyingkirkan Najib kelak.
Ada dua pilihan, Shafie Apdal atau Mukhriz Mahathir.
Tetapi Muhyiddin lebih melihat Mukhriz berdasarkan pengaruh bapanya Mahathir masih berkuku terutamanya di kalangan pemimpin senior yang kecewa dengan prestasi Najib .
Semalam saya telah ceritakan bagaimana Muhyiddin sedang membuat perancangan bagaimana hendak menyingkirkan bosnya, Najib melalui gerakan terancang di seluruh negara.
Hari ini saya akan memfokuskan bagaimana Najib mahu melantik Zahid Hamidi sebagai timbalannya yang baru menggantikan Muhyiddin.
Ikut perancangan, kem Muhyiddin sudah mendesak supaya pilihanraya umum mesti diadakan sebelum 30 November tahun ini tetapi Najib tidak mahu ia berlaku kerana melihatkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) kekal lemah walaupun boleh menang dengan majoriti mudah.
Kem Muhyiddin boleh dikatakan gelojoh kurang cermat dalam mengatur strategi hingga Najib sudah menghidu gerakan menjatuhkannya sejak awal September.
Masih ingatkah lagi poster Muhyiddin mendesak Najib berundur di Johor?
Ini bukannya rekaan tetapi benar-benar dilakukan oleh sesetengah juak-juaknya yang setia di Johor termasuk beberapa ketua bahagian Umno yang tidak sehaluan dengan Najib.
Najib tahu Muhyiddin membisu seribu bahasa dalam skandal Scorpene dan dianggap petanda besar sokongan kem Muhyiddin terhadapnya sudah tidak boleh dipercayai lagi.
Seorang ahli dalam kem Muhyiddin mendakwa bahawa Najib sudah hilang sokongan akar umbi terutamanya wanita secaraberansur-ansur sejak jawatan menteri pembangunan kaum itu tidak diganti oleh pemimpin wanita yang berkaliber.
Hasil risikan tentera juga mengesahkan perkara itu dan ternyata undi wanita sangat penting dalam menentukan kemenangan BN.
Kesilapan Najib adalah dia tidak mempercayai seorang pun pemimpin wanita BN termasuk timbalan ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim kerana dia condong terhadap Muhyiddin setelah Shahrizat Jalil tidak disambung perkhidmatan senatornya 8 April lalu.
Baiklah, mengenai Zahid pula, perkembangan terbaru mengesahkan Najib mahu melantiknya tetapi Mahathir tidak setuju kerana telah Najib berjanji secara lisan akan melantik anaknya Mukhriz sebagai timbalan perdana menteri.
Mukhriz yang kecewa kemudiannya dikatakan beralih kem dan dalam masa yang sama masih lagi mengharapkan agar Najib melakukan apa yang dilakukan bapanya ketika menjadi perdana menteri.
Muhyiddin kemudian berbincang dengan Mahathir secara senyap bagaimana strategi Mukhriz boleh diatur bagi memastikan parlimen Jerlun kekal di tangannya.
Setelah mendapat sokongan yang cukup barulah Muhyiddin menggerakkan gabungan kedua-duanya menjadi satu gerakan kuat bagi menyingkirkan kem Najib -Zahid Hamidi kelak.
Perancangan asal Mahathir cuma mahu meletakkan anaknya menjadi Menteri Besar Kedah tetapi lubuk yang lebih besar sedang menunggu di peringkat persekutuan.
Mahathir juga kecewa dengan Najib kerana daya kepimpinannya dianggap terlalu lemah kerana terlalu dikawal oleh isterinya sendiri, Rosmah Mansor.
Dalam keyakinan Najib mahu menyingkirkan Muhyiddin, rupanya Zahid sedang dipantau pergerakannya kerana ahli parlimen Bagan Datoh ini merupakan bekas pengikut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang setia.
Zahid yang juga dilihat gelojoh mula membuat kesilapan satu demi satu apabila di parlimennya sendiri, gerakan menyingkirkannya sudah mula bergerak aktif ke seluruh negeri Perak.
Pendedahan mengenai penggunaan jet peribadi oleh Zahid sebenarnya didedahkan kem Muhyiddin bagi memberi amaran terhadap menteri pertahanan itu supaya jangan bertindak di luar kemampuannya atau hadapi mimpi ngeri jika skandalnya bakal terbongkar!
SHAH ALAM - Setiap calon dan parti yang bertanding diingatkan agar menggunakan sebaik mungkin tempoh masa berkempen yang ditetapkan untuk mengelak sebarang rasa tidak puas hati peraturan yang akan dikuatkuasakan dengan ketat kelak, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Katanya, tiada alasan untuk mana-mana parti untuk terus berkempen selepas jam 12 malam hari terakhir tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak termasuk menggunakan media sosial.
"Perkara ini sudah lama dikuatkuasakan, dan jika semua parti politik dan calon yang bertanding faham akan undang-undang, isu ini tidak akan timbul," kata beliau.
"Larangan untuk tidak berkempen seperti ceramah dan sebagainya termasuklah juga berkempen melalui media sosial," kata Abdul Aziz kepada Sinar Harian Online.
Malah, beliau turut menangkis dakwaan sesetengah pihak menuduh SPR sebagai badan yang menyekat hak kebebasan bersuara para pengundi dan juga calon yang bakal bertanding pada PRU-13.
"Sebenarnya SPR tidak menyekat mereka ini untuk berkempen, kami hanya menguatkuasakan undang-undang yang telah menetapkan bahawa tiada sebarang kempen atau wujudnya peraih undi ketika proses pembuangan undi dijalankan," katanya.
Beliu turut menyelar beberapa parti politik yang masih berdegil untuk mengikut undang - undang yang telah ditetapkan.
"Pernah berlaku sebelum ini, masih ada lagi peraih undi ketika di pusat pembuangan undi... kenapa perlu lakukan sedemikan?
"Biarlah para pengundi menentukanya dan biarlah mereka mengundi dengan tenang tanpa ada sebarang kekacauan mahupun ganguan," katanya lagi.
"Tidak akan timbul sebarang masalah jika semua parti politik mematuhi peraturan yang ditetapkan," tambah Abdul Aziz.
Katanya lagi, parti politik sepatutnya tidak menunggu saat - saat akhir untuk berkempen, malah tempoh yang digunakan sepatutnya dimanfaat sebaik mungkin.
"Tempoh yang diberikan, mereka bebas untuk berkempen... tidak kira melalui media sosial, melalui lapangan iaitu berceramah dan datang dari rumah ke rumah... kenapa nak juga gunakan masa selepas 12 tengah malam untuk berkempen?" kata Abdul Aziz lagi.
"Tetapi untuk berceramah, mereka seharusnya mendapatkan kelulusan daripada Ketua Polis Daerah masing- masing bagi mengelakkan pertembungan dengan parti lain," katanya lagi.
Menurut beliau, SPR akan berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua parti politik yang bertanding serta mahu memuaskan hati mereka supaya mereka tidak dianggap berat sebelah.
"Kami akan sedaya upaya memberikan yang terbaik, 'fair to all' pada hari pembuangan undi nanti," ujar beliau.
Menjawab soalan tentang kaedah memantau media sosial yang bakal diperkenalkan, Abdul Aziz berkata, "Kiita akan berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam masa yang terdekat."
SHAH ALAM - Susulan peraturan baru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang kempen selepas jam 12 tengah malam hari terakhir pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menggunakan media sosial mendapat reaksi yang pelbagai dari parti politik dan penganalisis IT.
Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia, Azli Paat berkata, larangan berkempen secara fizikal iaitu ceramah dan sebagainya masih boleh dikawal, namun untuk media sosial nampak sedikit janggal.
"Peraturan baru yang dikeluarkan oleh SPR, akan menjadi bahan jenaka oleh semua pihak kerana ia sukar untuk dilaksanakan... malah peraturan sebegini tidak boleh diaplikasikan di zaman siber kini," katanya kepada Sinar Harian Online.
Azli menambah, "kalau dulu, jam sembilan malam mereka sudah tidur, kini dengan adanya teknologi yang pesat membangun, jam tiga pagi belum tentu mereka akan tidur."
"Maka di mana rasionalnya jika peraturan sebegitu rupa diaplikasikan?" kata beliau lagi.
"Ada peraturan yang lama boleh dibawa ke hari ini, malah ada peraturan yang tidak boleh dibawa ke hari ini yang kita mempunyai teknologi yang canggih," kata Azli lagi.
Beliau turut menambah, kewujudan 'cybertroopers' yang memainkan pernan dalam setiap parti juga tidak dapat dihalang kerana meraka ini dibayar oleh parti politik yang bertanding dalam PRU13.
"Setiap parti politik, mempunyai 'cybertroopers' mereka sendiri... jika ia dikuatkuasakan ia sukar untuk dilaksanakan," kata Azli yang juga Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia.
Azli memberikan contoh di negara lain seperti Singapura misalnya, turut melaksanakan larangan berkempen menggunakan media sosial, tetapi bukan selepas jam 12 malam.
"Di Singapura sendiri turut mempunyai peraturan yang sebegini melarang mana-mana parti politik untuk tidak berkempen menggunakan medium siber seperti Facebook, Twitter, blog dan sebagainya, tetapi tiada tempoh masa yang ditetapkan," kata beliau.
Tambah beliau, masyarakat yang dikelilingi teknologi tidak dapat menghalang mereka dari mendapatkan maklumat tanpa sempadan.
Justeru, katanya, satu peraturan yang jelas dan teratur perlu dikeluarkan untuk mengelakkan dari kekeliruan.
"Rakyat Malaysia kini 'borderless'... bila ada isu sebegini, peraturan yang ingin diwartakan harus selari dengan peredaran masa, jika tidak ada di kalangan mereka akan keliru dengan segala jenis peraturan," katanya.
"Kalau dulu, kita ada larangan berkempen seperti ceramah dan sebagainya dan itu jelas... untuk peraturan sebegini seharusnya jelas. Sebagai contoh jika ada bendera parti politik ketika proses pembuangan undi, ia mesti diturunkan... begitu juga dengan parti yang berkempen di dalam medai sosial," kata beliau.
Sementara itu, beliau mencadangkan beberapa garis panduan boleh dilaksanakan seperti melarang mana-mana akaun laman sosial rasmi parti politik untuk berkempen.
"Saya mencadangkan laman sosial rasmi parti politik tidak mengeluarkan apa-apa perkataan yang dikaitkan dengan berkempen dan sebagainya... malah ayat yang digunakan seharusnya tidak terlampau yang boleh mencetuskan kemarahan pihak tertentu.
"Selain itu, kalau SPR nak juga laksanakan peraturan ini, mereka boleh tutup terus akaun Facebook atau mana-mana laman sosial yang sering digunakan untuk berkempen... kalau kewujudan 'cybertroopers' memang tidak dapat dikawal," kata Azli lagi.
Azli turut mengingatkan kepada pengguna Internet, masyarakat khususnya perlu memanfaatkan teknologi yang ada dengan sebaik mungkin kerana jika disalah guna ia bakal mengundang masalah kepada semua orang.
ANALISIS - Ramai telah mengulas sejak keputusan Majlis Tertinggi Umno mahu menubuhkan panel khas menangani masalah sabotaj baru-baru ini diumumkan. Parti teras Barisan Nasional (BN) itu mahu mengambil tindakan segera ke atas ahli parti itu yang didapati melakukan perbuatan khianat dan sabotaj ke atas parti dan ia dilihat satu amaran keras menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan, ini bukan lagi masanya untuk main-main atau merajuk apabila tidak dipilih sebagai calon dan melakukan onar dalam parti kerana pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang paling kritikal.
"Kita kena melihat kepada pengalaman-pengalaman yang lepas. Ini peringatan kepada pemimpin atau pihak-pihak tertentu bahawa dalam Umno ini, kita tidak boleh ambil risiko, kita tidak boleh main-main. "Kadang-kadang orang berfikir mahu jadi wakil rakyat dan bukan sekadar ahli hanya untuk berkhidmat kepada rakyat tapi hakikatnya banyak cara untuk kita berkhidmat," kata Setiausaha BN Sabah ini kepada Sinar Harian Online.
Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presidennya mengumumkan bahawa jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang juga Pengerusi Lembaga Disiplin Umno.
Menurutnya, penubuhan jawatankuasa itu mengikut Fasal 10 (15) Perlembagaan Umno yang dianggotai oleh ahli Majlis Tertinggi dan beberapa individu yang tiada kepentingan.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman, yang juga Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasiona (BN-BBC) mengakui, perbuatan sabotaj ini memang berlaku, namun ia bukanlah suatu perkara yang luar biasa dalam sesebuah parti politik.
"(Sabotaj) ini bukan terhad dalam Umno sahaja. Tetapi dalam semua parti politik tetapi Umno sebuah parti yang proaktif menubuhkan jawatankuasa ini dalam menghadapi pilihan raya yang dikatakan sengit ini," katanya lagi.
Ahli Parlimen veteran Umno-BN, Datuk Mohamad Aziz yang bersetuju seratus peratus dengan penubuhan jawatankuasa itu berkata, penubuhan panel khas ini penting kerana parti berhadapan dengan ramai ahli yang pelbagai kerenah.
Wakil rakyat dari Sri Gading ini menambah, Najib tentunya melihat kepada pengalaman 2008 yang menyaksikan kekalahan teruk Umno-BN disebabkan oleh faktor sabotaj di kalangan ahli parti itu yang kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon.
"Apa makna masuk parti jadi ahli, kemudian sabotaj? Umno sebuah parti yang membela nasib agama, bangsa dan negara. Sabotaj parti bermakna sabotaj agama, bangsa dan negara.
"Kita kalah 2008. Tapi Umno bukan kalah disebabkan pembangkang kuat tetapi sebab ada ahli parti yang main tikam belakang," katanya.
Beliau menambah, penubuhan jawatankuasa ini juga secara tidak langsung mengembirakan ramai ahli Umno yang setia dengan perjuangan parti.
"Apabila nampak sabotaj dalam parti, orang yang setia ini akan merasa kecewa. Tetapi dengan tertubuhnya jawatankuasa ini, orang yang setia dengan parti akan rasa dihargai.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nusajaya, Datuk Aziz Sapian juga mengetengahkan pandangan yang seiring dengan dua pemimpin itu.
Penubuhan jawatankuasa ini sebagai pemberitahuan kepada mereka yang berhasrat untuk melakukan perbuatan tidak bermoral semata-mata untuk mendapat kedudukan selesa dalam parti bahawa pergerakan mereka sedang diperhatikan, katanya lagi,
Malah tambah beliau, mereka yang berebut-rebut mahu menjadi calon misalnya belum tentu punya kemampuan untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
"Ini lebih kepada sikap. Mereka ini orang yang tidak ada jati diri, mengikut nafsu.
"Sekarang ini sudah tidak boleh seperti dulu. Sistem yang dibawakan oleh Datuk Seri Najib ini lain. Apa tujuan jadi ahli parti? Mereka ini orang yang tidak setia kepada perjuangan parti," katanya kepada Sinar Harian Online.
Aziz secara sinis mengingatkan mereka yang terfikir untuk khianat dan sabotaj ini adalah ahli parti yang tidak setia dan hanya mengejar keuntungan peribadi.
"Tanggungjawab kita sebagai ahli parti, itu yang penting. Jangan hendak berebut jadi Ketua Cawangan tapi tidak ada rasa tanggungjawab. Bertahun Datuk Seri Najib buat kerja, kalau kita sabotaj, adakah kita boleh buat kerja? Ini bukan perjuangan, ini gila kuasa namanya," ujar beliau.
Ketika mengumumkan perkara itu minggu lau, Najib yang juga Pengerusi BN dan Perdana Menteri berkata, penubuhan jawatankuasa ini bertujuan bagi memudahkan tindakan segera di ambil ke atas ahli parti itu yang mengkhianati parti dan calon BN.
Sebelum ini, setiap kesalahan yang dilakukan oleh ahli parti diserahkan kepada Lembaga Disiplin dan ia mengambil masa sebelum tindakan diambil. Majlis Tertinggi Umno juga telah memutuskan untuk melantik salah seorang daripada setiap bahagian Umno di seluruh negara sebagai anggota jawatankuasa itu. Ini kali pertama Umno mengambil tindakan tegas ini. Tindakan akan diambil sebelum PRu13 berbanding dulu selepas pilihan raya selesai.
Pengalaman 2008 membawa Umno ke tahap lebih berhati-hati meskipun sesetengah pihak melihat parti ini sudah panik. Sebagaimana dikatakan Abdul Rahman, sabotaj tidak terhad kepada Umno sahaja. Ia jelas kerana Umno bertindak sebagai parti besar dengan tiga juga ahli.
SUBANG JAYA – Seorang sukarelawan Masjid Darul Ehsan SS15 dekat sini cedera di bahagian kepala selepas ditanduk seekor lembu korban ketika cuba mengejar haiwan itu yang terlepas kira-kira satu kilometer dari masjid, hari ini.
Dalam kejadian tengah hari itu, lembu terbabit dikatakan dibawa ke masjid dan diturunkan dari sebuah lori untuk dikorbankan sebelum insiden bertukar kecoh.
Difahamkan, pada mulanya ahli jawatankuasa masjid menggunakan kenderaan pacuan empat roda mengejar lembu itu sebelum mengambil keputusan mengepungnya yang terlepas sehingga ke kawasan SS17.
Sahar Sab membantu menguruskan isterinya Suaibah yang terlantar akibat langgar lari. – Foto oleh Jazlan Nangar
TRAGEDI langgar lari yang menimpa Suaibah Soib lebih tiga tahun lalu benar-benar menyentap kehidupannya sekeluarga. Tiada lagi keupayaan memasak atau membasuh pakaian. Apatah lagi menghabiskan masa dengan suami dan anak-anak untuk keluar berjalan-jalan.
Kini, seluruh hayatnya dihabiskan di atas katil, ditemani suami, Sahar Sab, 63, yang setia mengurus keperluannya. Sekalipun terpaksa berkorban banyak perkara namun demi isteri tercinta, dia sanggup lakukannya.
"Saya tidak lagi bekerja sebab nak jaga isteri di rumah. Alhamdulillah ada anak-anak yang membantu serba sedikit untuk kurangkan bebanan. Beginilah keadaan dia sejak kemalangan tiga tahun lalu. Menyedihkan namun itulah kenyataan yang harus saya terima.
"Dahulu, dia cukup ceria malah melayan kami dengan penuh kasih sayang. Jadi tidak salah rasanya jika saya balas jasanya walaupun apa yang saya lakukan ini tidak seberapa dibanding pengorbanannya pada keluarga," ungkap Sahar.
Imbasnya, hatinya bagai disiat-siat tiap kali mengingati peristiwa hitam yang menimpa isteri. Pada hari kejadian katanya, dia memang berasa tidak sedap hati.
"Petang itu seperti biasa saya ke kebun untuk menanam ubi. Apa yang peliknya, setiap kali cangkul berjaya mengorek tanah, akan ada seekor ular melintas di hadapannya. Saya cuba mencangkul ke bahagian lain tetapi keadaannya masih sama.
"Bukan sekali malah beberapa kali sampaikan saya tertanya-tanya dari mana ular-ular itu datang malah tiada ada seekor pun yang menyerang. Semuanya muncul dan pergi begitu sahaja. Seolah-olah memberi petanda buruk pada saya.
Bukan hendak percaya perkara-perkara tahyul ini tetapi biasalah, manusia tidak pernah sempurna. Saya masih memikirkan apa yang akan terjadi sambil hati berharap agar dijauhkan segala musibah.
"Bagi menenangkan keadaan, saya berehat seketika di bawah sepohon pokok. Ketika sedang berehat itu tiba-tiba kedengaran satu bunyi dentuman yang kuat. Hati saya kembali berdebar. Rasa macam nak pecah pun ada kerana kepala asyik fikir macam-macam. Mulalah saya terfikirkan isteri yang biasanya balik dari kerja di waktu-waktu begitu," katanya sambil membetulkan kedudukan isteri.
Memandangkan rumah dan kebun tidak jauh, dia segera memanggil salah seorang anaknya untuk melihat apa yang berlaku. Tidak lama selepas itu, dia dikhabarkan dengan berita yang cukup menyakitkan.
"Kata anak, isteri terlibat dalam kemalangan sewaktu keretanya cuba masuk ke simpang rumah. Sebuah van telah melanggar kenderaannya, malah pemandu van tersebut telah melarikan diri. Saya dibantu dua anak cuba mengeluarkan isteri.
"Waktu itu saya sedaya upaya mengeluarkannya tanpa menanti bantuan lain. Di fikiran, hanya fikirkan nyawanya sahaja malah hati tidak putus berdoa agar isteri sentiasa selamat.
Kereta remuk teruk, terutamanya di bahagian pemandu sampaikan isteri terperosok masuk ke dalamnya.
"Alhamdulillah, setelah mencuba isteri berjaya dikeluarkan dan kami segera membawanya mendapatkan rawatan di klinik berdekatan. Malangnya, klinik menolak kes tersebut dan menyuruh kami ke hospital sahaja kerana ada doktor serta peralatan yang lengkap. Walaupun kecewa, kami masih tidak berputus asa. Isteri dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.
"Di sana, isteri diberi rawatan segera tetapi sekali lagi nasib tidak menyebelahi kami apabila doktor memberitahu isteri perlu dibawa ke hospital Sungai Buloh kerana di sana ramai pakar. Tanpa berlengah, saya bersetuju dengan cadangan yang diberikan. Menggunakan ambulan, isteri telah dipindahkan," katanya bersungguh-sungguh.
Di Hospital Sungai Buloh, doktor telah melakukan pembedahan di bahagian kepala bagi mengeluarkan darah beku yang berkumpul di dalamnya. Dua bulan Suaibah koma dan selama tiga bulan dia berada di hospital.
Selama tempoh itulah juga Sahar setia menemani tanpa ada rungutan biarpun sekali. Sedikit demi sedikit dia belajar cara menguruskan isterinya dengan baik melalui jururawat yang bertugas. Hatinya menguatkan tekad untuk menjaga isteri selagi hayat dikandung badan malah perasaan cinta yang tertanam dalam dirinya tak pernah pudar walaupun sekali meskipun isteri disahkan lumpuh seluruhnya.
"Dia tetap isteri saya dunia dan akhirat. Telah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga dan melindunginya jadi buat sahajalah. Lagipun bukannya susah sangat. Pagi-pagi saya akan mandikan isteri dan berinya minum susu melalui tiub.
"Selepas dibersihkan, saya akan bercerita dengannya. Sekalipun tak mampu membalas kata-kata saya namun saya tahu, dia juga memahami apa yang saya katakana melalui gerakan di bahagian anak matanya," ungkap Sahar.
Beritahunya lagi ketika isteri dibawa pulang ke rumah dahulu, dia tidak cukup kemudahan untuk isterinya.
"Kami tak ada pun katil macam sekarang. Saya dan anak-anak kumpul wang untuk beli katil yang khusus agar dia berasa selesa. Malah peralatan-peralatan lain pun saya beli sendiri. Setakat ini hanya Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Perkeso sahaja yang membantu.
Itu pun sebenarnya isteri tidak layak untuk terima pencen dari Perkeso kerana carumannya tidak mencukupi. Semuanya gara-gara majikan yang tidak bertanggungjawab. Mujurlah mereka memberi bantuan ilat.
"Sedikit sebanyak ringanlah bebanan kami tetapi susu dan ubat-ubat sampingan kena beli sendiri. Untuk susu sahaja, kosnya lebih RM600. Belum lagi belanja-belanja lain," jelas bapa kepada Suraya, 38, Suraimi, 36, Mohd Jefri, 30, Mohd Helmi, 29, Shariza, 27, Mohd Khairul Amri, 19, Norsyafika, 18 dan Norsyakira, 17.
SHAH ALAM - Pas dan DAP tidak akan mengikut rentak Barisan Nasional (BN) yang akan mengumumkan nama calon mereka dua minggu lebih awal sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Bagaimanapun pendekatan berbeza diambil oleh PKR, yang sudah pun berbuat demikian di beberapa kawasan secara tidak rasmi oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beberapa bulan yang lalu.
Pas, PKR dan DAP merupakan anggota Pakatan Rakyat (PR).
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, parti itu lebih selesa mengambil pendekatan tidak mengumumkan nama calon mereka lebih awal dan hanya berbuat demikian jika perlu.
"Pas tidak akan umum kecuali perlu. Contohnya dalam kes Salahuddin Ayub yang akan bertanding di Johor. Umumnya memang kita tidak akan umum awal," katanya.
Bagaimanapun katanya, kebanyakan calon Pas sudah maklum bahawa nama mereka akan dicalonkan di kawasan-kawasan tertentu dalam misi merampas Putrajaya pada PRU yang dianggap getir ini.
"Kita tidak beritahu secara menyeluruh. Secara umum mereka boleh agak (dicalonkan)," ujar beliau.
Diminta mengulas sama langkah BN yang berhasrat menamakan calon lebih awal, Mustafa berkata, "ada pro dan kontranya juga umum calon awal ini."
Semalam, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu, parti itu mungkin melakukan perubahan pada pilihan raya kali ini.
Beliau juga berkata, ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya.
"Saya akui memang ada kebaikan dan keburukannya. Kita kena membuat pertimbangan yang sewajarnya. Kalau difikirkan kebaikannya lebih banyak untuk menamakan calon lebih awal, maka terserahlah kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk membuat keputusan muktamad," kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, parti itu tidak akan mengambil langkah sama seperti BN.
"Kita tidak akan terpengaruh dengan cara BN.
"Bukan hanya DAP tetapi saya kira semua parti akan mengambil langkah sama (tidak umum terlalu awal).
"Kalau terlalu awal akan ada orang yang buat kacau," kata Seng Giaw, yang juga Ahli Parlimen Kepong kepada Sinar Harian Online.
Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Adnan menyifatkan parti itu kini berada dalam keadaan tertekan sehingga terpaksa mengambil keputusan mengumumkan calon lebih awal.
"BN meniru kita. PKR sudah umum awal di beberapa kawasan termasuk saya sendiri yang sudah diumumkan akan bertanding di kawasan Parlimen Pandan.
"BN terpaksa ikut rentak PKR. Ini berlaku kerana tekanan perebutan kerusi yang sangat hebat," katanya yang kemungkinan akan bertanding di Pandan.
Menurut Rafizi, pengumumam awal nama calon di sesetengah kawasan oleh Anwar bertujuan untuk memaklumkan pengundi di kawasan itu mengenali siapakah calon yang akan dipertaruhkan oleh PKR.
"Ini memberi peluang kepada pengundi di kawasan itu mengenali terlebih dahulu calon PKR itu," ujar beliau.
Ahli-ahli Umno seperti beruk belaan yang digunakan untuk mengambil upah memanjat kelapa sahaja.
Oleh Aspan Alias
Dalam keadaan terdesak pemimpin-pemimpin BN mengeluarkan kata-kata yang memilukan kita semua dan tidak pula mereka menyedari yang dari kata-kata itu ia menampakkan keterdesakan mereka. Akhirnya mereka sendiri membuatkan rakyat merasa bosan terhadap mereka.
Belum pun hilang dengungan kata-kata Chua Soi Lek yang menghina hudud dan bercakap di dalam perhimpunan agung parti itu, tiba- tiba Mahathir pula berkata orang Melayu sedang merempat di dalam negerinya sendiri.
Dr Mahathir telah melawak bodoh dengan mengajak rakyat menyokong Umno yang bertanggungjawab menjadikan orang Melayu merempat.
Beliau seolah-olah menuduh yang Pakatan Rakyat yang menyebabkan Melayu merempat sedangkan Pakatan belum lagi memerintah kerajaan negara ini. Pakatan akan hanya memerintah buat pertama kalinya selepas pilihanraya yang akan datang ini, jika mendapat keizinan Tuhan.
Dr Mahathir seolah-olah sudah lupa yang Melayu kini merempat kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini tidak berkemampuan untuk membangunkan orang Melayu yang kini merempat dari sudut pandangan Dr M.
BNlah yang bertanggungjawab menjadikan Melayu merempat di negara mereka sendiri. Seruan Dr Mahathir supaya rakyat menyokong Umno untuk tidak merempat ini merupakan lawak jenaka terbaik bagi abad ke-21 ini.
Bagi Mahathir penyelesaian dalam isu Melayu merempat ini ialah dengan menyokong Umno yang bertanggungjawab merempatkan orang Melayu selama ini.
Najib bacul
Serangan secara rasmi Chua Soi Lek terhadap Islam dalam perhimpunan yang juga dihadiri oleh Presiden Umno, Najib Tun Razak, menunjukkan kebaculannya dan melambangkan beliau seorang yang tidak mempunyai 'dignity' sebagai pemimpin negara ini.
Beliau mengiakan kata-kata dan serangan Soi Lek itu dengan berdiam diri mendengar kata-kata pemimpin Cina yang chauvinistic ini.
Najib tidak memberikan reaksi untuk mempertahankan agamanya dan ini tentulah oleh kerana hendak menjaga politik kepartian dan kepentingan dirinya sendiri.
Rupa-rupanya kepada Najib parti itu (MCA) lebih tinggi dan ditakuti oleh Najib. Beliau lebih takut kepada Chua Soi Lek yang terlibat dengan lakonan seks di sebuah Hotel di Batu Pahat, Johor beberapa tahun dahulu daripada takut kepada Tuhannya. Soi Lek lebih mulia dari agama dan undang-undang Tuhan.
Jika kita tidak mahu melaksanakan hudud itu jangan kita menafikan yang hudud itu adalah satu undang-undang yang terbaik yang datang dari Tuhan.
Kalau kita tidak mahu melaksanakannya kita mesti mengakui yang kita telah engkar terhadap seruan Tuhan tetapi jangan sampai menidakkan undang-undang dari Tuhan itu. Jangan sekali-kali kita mengharamkan yang halal dan menghalalkan perkara yang haram.
Najib sepatutnya tidak terikut-ikut dengan lagak Dr Mahathir yang suatu ketika dahulu mengejek-ngejek hudud sebagai undang-undang zalim dan tidak praktikal untuk dilaksanakan.
Bila Najib berdiam diri dan tidak mempertahankan serangan terhadap hudud oleh rakan kongsinya MCA, beliau boleh dicap sebagai petualang terhadap agamanya. Kepada semua rakyat tanpa mengira parti dan agama wajar memberikan Najib dan sekutunya pengajaran dengan mengalihkan kedudukan mereka daripada menjadi peneraju kerajaan kepada pembangkang.
MCA kurang ajar
Sikap kurang ajar MCA itu jangan dipandang enteng kerana ia melibatkan Tuhan semesta Alam yang Maha Suci dan Maha Agong itu. Kita tidak perlu membunuh dan bertindak kasar tetapi sebaliknya kita bertindak dengan baik dan lembut.
Apa yang perlu kita lakukan hanyalah pergi ke peti undi dan jangan kita memangkah lambang BN dan memberikan undi kita kepada parti-parti yang mempertahankan kesucian agamanya.
Sepatutnya MCA bertindak dengan menghormati agama kami seperti yang ditunjukkan oleh DAP. DAP secara rasminya mengambil sikap menghormati agama Islam seperti mana Islam menghormati agama lain seperti yang dituntut oleh Islam itu sendiri.
Kita rakyat Malaysia wajar memberikan sokongan kepada siapa yang menghormati kita, kerana kita menghormati penganut agama lain dan ingin duduk di dalam sebuah negara yang bersatu padu di antara semua kaum tanpa menyerang undang-undang agama yang kita anuti.
Umno sesungguhnya tidak bertanggungjawab kerana tidak menegur sikap angkuh Presiden MCA itu kepada agama dan Tuhan Maha Suci itu. Bukan sahaja pemimpin utama Umno berdiri tetapi keseluruhan pimpinan parti kerajaan itu berdiam diri termasuk penyokong- penyokongnya sendiri.
Jika begini keadaannya maka amat kita khuatiri jika BN terus memerintah maka Umno akan diperkudakan oleh MCA dan ini akan membuatkan agama kita dan undang-undangnya diserang setiap masa.
Kita khuatir jika BN memerintah lagi MCA akan menguasai kita termasuk agama kita sekali dan ia amat merbahaya kepada keutuhan hidup rakyat berbilang kaum selama ini.
Parti 'chauvinistic'
BN yang selama ini menuduh dan memfitnah DAP sebagai anti Islam sudah jelas hanya satu cara untuk memecahkan permuafakatan di antara kaum yang sedang terjalin melalui Pakatan Rakyat. Sekarang kita nampak dan boleh membuat pendirian yang 'conclusive' bahawa MCAlah yang paling 'chauvinistic' dan bukannya DAP.
Umno bisu dan kelu kerana ingin mangambil hati kaum Cina melalui MCA. Elok kita bertanya kepada pemimpin Umno khususnya Najib dan Muhyiddin. Bagaimana Umno dan BN hendak mendapatkan sokongan kaum Cina melalui MCA? Bagaimana?
Kita bertanya kerana MCA itu sendiri tidak mendapat sokongan orang Cina. Jadi bagaimana Umno hendak menggunakan MCA sebagai saluran untuk mendapatkan undi dan sokongan? Bukankah bodoh namanya itu.
Dalam keadaan sekarang Umno akan mengalami apa yang disebut oleh perbilangan, 'yang dikejar tidak dapat yang dijinjing berciciran'.
Maknanya saki baki sokongan orang Melayu terhadap Umno itu akan berkurangan kerana cemuhan terhadap agama Islam oleh MCA itu.
Sokongan orang Cina pun tidak diperolehi. Oleh Najib yang tidak mahu menerima hakikat yang kaum Cina tidak menghormati kepimpinan beliau. Kaum Cina telah sepakat untuk memberikan sokongan kepada DAP yang jelas lebih telus dan boleh diharap untuk membela semua kaum.
Kaum Cina telah bersatu untuk melihat sebuah kerajaan yang lebih bersih dan telus dan menepati kehendak rakyat untuk mencapai matlamat yang satu, iaitu perpaduan nasional yang sejati dan berkekalan.
Kalau diintai dan diselidik secara terperinci Umno sedang tersepit dan tidak bergerak lagi. Umno tidak dapat menunjukkan kehadiran di tengah masyarakat kerana parti itu dari segi teknikalnya telah mati di peringkat cawangan-cawangan.
Di cawangan-cawangan Umno hanya wujud di atas kertas tetapi tidak bergerak dengan mengadakan program-program yang selalu kita lihat tiga dekad dahulu. Umno sudah mati
Yang bekerja dalam Umno hanyalah Najib dan Muhyiddin sahaja. Percayalah Umno sudah mati di peringkat 'grass-root'. Urat-urat di bawah tidak lagi memberikan kesegaran kepada pucuk Umno itu. Kalau urat sudah mati maka secara beransur-ansur tubuh akan mati akhirnya.
Penyokong-penyokong Umno tidak payah menghentam saya kerana komen saya ini. Saya telah bergiat di dalamnya sudah lama. Saya bergiat dalamnya sebelum mereka yang garang-garang dan mencarut ini belum lahir ke dunia ini lagi.
Umno sesungguhnya sedang dalam keadaan nazak dan sedang mengalami 'brain death'. Kalau tidak benar cakap saya ini takkanlah Umno sekarang menggunakan Dr Mahathir yang sekarang ini pun bercakap tidak tentu arahnya lagi. Umno benar-benar tidak ada prospek lagi sebagai parti yang relevan selepas pilihanraya ini.
Umno sudah lama terabai oleh pimpinannya kerana pimpinannya sibuk dengan 'glamour' dan menggunakan masa sepenuhnya untuk mencuri dan berniaga dan mereka ini menggunakan ahli-ahli biasa dalam Umno itu sebagai tangga mereka untuk memanjat sahaja.
Seperti beruk panjat kelapa
Pemimpin Umno hanya menggunakan ahli yang ramai seperti beruk belaan yang digunakan untuk mengambil upah memanjat kelapa sahaja.
Apabila beruk-beruk belaan mereka sudah menjatuhkan buah-buah kelapa beruk-beruk itu akan ditambat dan diberi makan di dalam tempurung sahaja. Begitulah sikap pimpinan Umno hari ini…baik Mahathir, Najib dan Muhyiddin. Semuanya sama sahaja.
Kepada saki baki penyokong Umno, janganlah mempertahankan Umno itu dengan bertindak kasar kerana ia akan menambah kebencian masyarakat terhadap parti itu. Buka minda seluas-luasnya dan berfikir selalu kenapa Umno itu dipersepsikan sebagai parti yang hodoh dan tidak beretika dan tidak lagi berkelayakan untuk dihormati.
Jika kita hendak menggunakan kata-kata kesat sedikit. Chua Soi Lek ini 'celaka' orangnya. Dia menggunakan apa sahaja cara untuk kekal relevan, sedangkan beliau tidak menyedari yang beliau telah lama tidak relevan.
Jika Najib membubarkan Parlimen dan memanggil pilihanraya tahun lepas, pada saat itu juga MCA akan terbukti tidak relevan. Jika pilihanraya diadakan esok, esok jugalah MCA tidak akan menjadi relevan lagi.
Dalam masa yang tidak berapa lama lagi MCA akan menjadi sebuah parti yang 'orphanage'. Parti itu akan jatuh dan akan memakan puluhan tahun untuk dibangunkan kembali.
Kepada Umno dan MCA elok kita nasihatkan supaya lebih beradap dan jangan memaksa-maksa orang untuk menyokong mereka.
Tunjukkanlah tauladan yang baik. Jangan menjadi perongos seperti Dr M dan Najib yang bercakap sombong dengan hidung yang tinggi.
Rakyat bukan bodoh lagi kerana rakyat sudah berpendidikan. Seperti diri saya ini, saya pun pergi juga ke sekolah sikit-sikit. Saya dan ramai lagi tidak buta huruf lagi. Kami boleh membaca sikit-sikit sekarang ini. Setakat hendak membaca dan menyelam air di dalam tunggak itu bolehlah sikit-sikit.
Kami ini pandainya tak seberapa, tetapi cukup untuk membaca langkah orang seperti Dr M dan Najib itu.
Rakyat yang lebih pandai tentunya boleh membaca apa yang tersedik di dalam hati pemimpin-pemimpin Umno yang 'desperate' itu. Jika Umno mati kali ini, ia bukannya kejadian ganjil kerana Umno pernah dibunuh oleh pemimpin mereka sendiri.
KUALA LUMPUR: Timbunan hutang kerajaan mencecah 65 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jika jaminan hutang kerajaan diambil kira, kata bekas Pengerusi KEADILAN Terengganu, Abdul Rahman Yusof.
Beliau berkata, hutang negara ialah RM476 billion bersamaan 54 peratus daripada KDNK atau 55 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK) pada hujung 2011.
"Jaminan hutang yang diberi kerajaan mencecah lebih RM100 bilion. Jika ia diambil kira, hutang dan jaminan kerajaan melebihi 65 peratus daripada KDNK," katanya kepada Suara Keadilan.
Abdul Rahman berkata, Malaysia mengalami belanjawan defisit 15 tahun berturut-turut sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998.
Ketika Anwar masih Menteri Kewangan antara 1991-1997, katanya, belanjawan sentiasa seimbang atau mencatat lebihan manakala purata pertumbuhan ekonomi ialah 8.7 peratus.
Sedangkan, beliau berkata, purata pertumbuhan ekonomi antara 2000 hingga 2012 hanya 1.22 peratus dengan kadar pertumbuhan paling tinggi hanya 5.9 peratus dan terendah (-7.6 peratus)
"Prestasi Menteri Kewangan sekarang (2009–2011) hanya mencatat purata pertumbuhan ekonomi 3.2 peratus.
"Jika dimasukkan 1998 – tahun Anwar dipecat, purata pertumbuhan ekonomi 1991-1998 ialah 7.0 peratus," katanya.
Demonstrasi yang diketua bekas Presiden MIC, Samy Vellu yang berlakon sandiwara kononnya membantah cadangan projek pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves, Selangor berhampiran dengan patung Lord Muruga, semalam, diberitakan tak sampai 300 saja yang turun berikan sokongan!!!!!
Walaupun disebar melalui SMS dan laman sosial beberapa pemimpin parti itu, ia nyata gagal menarik perhatian masyarakat India terutamanya di sekitar kuil tersebut.
Sepatutnya jika diukur dari kata-kata besar berdegar-degar para pemimpin MIC, paling koman, sengkek dan kokak pun 30,000 kaum India/Hindu yang wajib hadir kerana MIC telah mainkan isu agama Hindu tergugat demi meraih simpati dan sokongan. Namun hambar!!!!!
Mengapa boleh jadi sebegini rupa?
Kaum India rata-rata sudah mengetahui projek berkenaan diluluskan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 2007 dan paling memedihkan, empat pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri sudah mempersetujui pembinaan tersebut.
Inilah yang menyebabkan demo MIC ditolak dan yang hadir kebanyakkannya penyokong parti itu yang datang dari Kuala Selangor dan Kapar yang tidak mengetahui kisah sebenarnya.
Samy Vellu dalam ucapannya yang berapi-rapi membidas pedas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri, Xavier Jayakumar kerana terus membenarkan pembinaan walaupun sudah dibantah penduduk setempat sejak lebih lima tahun lalu.
Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar, pula membidas kenyataan pengerusi kuil R Nadarajan yang memutar belit fakta kononnya kerajaan negeri tidak menghalang pembinaan dari diteruskan.
Maka berlakulah sesi tuduh-menuduh yang akhirnya rakyat menjadi mangsa kerakusan pemimpin BN yang tidak mengendahkan bantahan yang dibuat.
Tan Sri Khalid Ibrahim pula sudah mengarahkan pembinaan dihentikan sementara menunggu hasil siasatan penilaian alam sekitar (EIA) yang diluluskan pada tahun yang sama.
Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay yang pernah menjadi ahli majlis MPS turut tumpang semangkuk menyalahkan kerajaan negeri padahal dia adalah antara pemimpin MIC yang meluluskan projek itu.
Jika beginilah tindakan MIC menyalahkan kerajaan negeri semata-mata tanpa mengaku merekalah yang bertanggungjawab mengabaikan kebajikan kaum mereka sendiri, jangan terkejut sekiranya parti itu sudah tidak relevan lagi dalam pilihanraya umum akan datang.
SENDIRI LULUS SENDIRI BANTAH DAN TUDUH KERAJAAN PR YANG LULUS!!!!! CUBA NAK HERET ISU AGAMA DENGAN PATUNG LORD MURUGA DAN BATU CAVES TEMPAT PERAYAAN THAIPUSAM DIJADIKAN BAHAN NAMUN WARGA INDIA/HINDU TIDAK TERMAKAN.
INI PETANDA JELAS YANG MENGATAKAN UNDI KAUM INDIA SUDAH BERPINDAH KE BARISAN NASIONAL HANYALAH OMONG-OMONG KOSONG!!!!
MESEJNYA, DATANG PRU 13 NANTI UNDI KAUM INDIA AKAN BERADA DITANGAN PAKATAN RAKYAT!!!!!! -omakkau
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan akan menetap duluan (precedent) yang luar biasa jika tiada ketelusan terhadap sumbangan RM40juta yang disalurkan kepada Umno Sabah.
"Jika tidak ditangani dengan baik, Perdana Menteri akan dianggap membiarkan perbuatan itu," kata Bekas Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Robert Phang.
"Ia bermaksud bahawa jika seseorang ditangkap (menyalurkan) dana, ia dianggap sebagai sumbangan politik dan jika dia tidak ditangkap, maka ia dikira 'sendirian berhad'," kata Phang berkata dengan sinis.
"Ini akan memudarkan usaha kerajaan membanteras rasuah dan membawa Program Transformasi Kerajaan ke arah sia-sia jika perkara ini tidak dilakukan dengan telus.
"Ia akan menetapkan duluan yang buruk dan membahayakan BN kerana membenarkannya."
Semasa Persidangan Persatuan Antarabangsa Pihak Berkuasa Antirasuah (IAACA), isu sumbangan politik dibangkitkan dan panel bersetuju ia boleh dianggap sebagai rasuah jika ia tidak dilakukan secara telus.
Semalam, Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang kini ahli parlimen Bebas Lajim Ukin berkata, beliau tidak pernah tahu Umno Sabah mempunyai begitu banyak wang. - SK
"Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sdr. Khairi Jamaluddin mungkin menjadi korban pertama dalam PRU13. Nasib Khairi bagaikan telur dihujung keris UMNO, bila-bila masa jatuh terhempas dan pecah berkecai. Dengan cerita soseh soseh dalam kelambu UMNO Khairi Jamaluddin tidak ada nama dalam senarai PRU13. Malah namanya disekat oleh kumpulan yang mahu menjatuhkan Khairi...
Malah dalam Pemuda UMNO Malaysia Khairi Jamaluddin sudah hilang taring dan gusi serta kawan. Cakap cakap dan arahan Khairi Jamaluddin sebagai ketua Pemuda UMNo Malaysia kurang diendahkan dan kurang dihormati oleh sebahagian besar pemuda pusat dan negeri.
Idea dan gerak politik Khairi dalam UMNO khasnya pemuda UMNO nampak cukup terasing dan kurang sambutan seratus peratus. Dalam sejarah UMNO dan pemuda UMNO, tercatat tinta hitam satu satu pemuda UMNO Malaysia dan ketua pemuda UMNO yang kurang dihormati oleh kaumnya serta tidak bergerak bersama tranformasi politik Najib Razak.
Khairi Jamaluddin terbukti gagal menahkhodakkan perjalan dan pelayaran pemuda UMNO Malaysia. Nampak jelas Khairi Jamaluddin keseorangan dan selalu ditinggal bas dan train.
Mungkin ada benarnya Khairi Jamaliddin tidak namanya dalam senarai calun PRU13. Kebarangkalian ada kumpulan atau geng dalam Pemuda UMNO Malaysia menyekat perjalanan Khairi Jamaluddin dalan arus politik Najib Razak.
Namun Khairi Jamaluddin sudah membaca dan terhidu kentuk dan tahi dalam pemuda UMNO yang mahu menyekat dan menamatkan Khairi Jamaluddin dalam peta politik UMNO yang penuh dengan nanah dan rasuah.
Sehingga kini Khairi Jamaluddin berusaha dengan penuh semangat kental agar nama beliau tidak tericicir disaat saat akhir keputusan calun yang bertanding PRU13. Itu cerita soseh soseh politik tentang nasib Khairi Jamaluddin. Betul atau tidak kita tunggu senarai calun yang diputuskan oleh Najib Razak.
Namun ramalan kami Khairi Jamaluddin ada peluang untuk bertanding PRU13. Ingat Najib Razak terhutang budi dan jasa Pak Lah dan Khairi adalah menantu Pak Lah."
SEBERANG PRAI – Tuhan Maha Besar. Lebih 50 orang ahli keluarga Allahyarham Salasiah Jasni, 78, yang hadir pada majlis pengebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini menyaksikan bukti kebesaran Ilahi.
Ini kerana, sebaik tiba di tanah perkuburan itu, mereka terkejut apabila dua penggali kubur yang sedang menyiapkan liang lahad untuk Salasiah menunjukkan penemuan otak manusia.
Lebih mengejutkan sebaik penemuan otak itu beberapa kejadian aneh berlaku hingga menyebabkan semua ahli keluarganya beristighfar panjang dan memuji kebesaran Allah.
Menghairankan otak manusia yang ditemui itu masih dalam keadaan baik sedangkan tulang dan papan keranda dipercayai dari kubur lama bersebelahan liang lahad yang baru di gali itu sudah hancur.
Cucu Allahyarham, Shuhaili Che Ros, 37, berkata, penemuan otak manusia yang masih dalam keadaan elok itu amat menghairankan ahli keluarganya.
"Sepanjang pengetahuan kami otak manusia yang ditemui itu berasal dari sebuah liang lahad yang sudah berusia 20 tahun.
"Malah papan keranda dan semua tulang milik si mati sudah reput tetapi otak ini masih dalam keadaan baik dan sempurna," katanya.
Menurutnya, dia mengambil otak yang dipenuhi lumpur itu dan meletakkan di atas daun pisang sambil diperhatikan ahli keluarganya yang lain.
"Menghairankan, otak itu kemudiannya dilihat bertukar menjadi bersih dan lumpur yang melekat padanya tertanggal dengan sendiri.
"Kami tidak mengusiknya dan selepas hampir 20 minit otak itu kemudiannya berubah warna dari kehitaman kepada warna merah dan pada masa sama urat darah mula timbul menyebabkan kami melihat ia seperti otak baru," katanya.
Setelah itu otak berkenaan kemudiannya dikebumikan semula bersama jenazah neneknya. Dalam pada itu penggali kubur yang menemui otak itu, Saad Shaari, 60, berkata, ini adalah pengalaman peliknya yang pertama selepas hampir 30 tahun menjadi penggali kubur.
"Saya dan adik, A Rahim, 55, menemui otak ini ketika hampir separuh menyiapkan liang lahad untuk Allahyarham Salasiah.
"Menghairankan sepatutnya otak ini sudah hancur bersama tulang dan papan keranda," katanya. Menurutnya lagi, begitu juga ketika kerja penggalian dijalankan kerana ia melibatkan penggunaan cangkul dan skop, tetapi otak itu masih lagi ditemui dalam keadaan sempurna.
"Ini ialah salah satu kebesaran tuhan dan kita yang melihatnya sepatut mengambil pengajaran dari penemuan ini.
"Di samping itu, penemuan ini juga bagi saya adalah satu ingatan agar kita sering melakukan kebaikan sepanjang hidup ini kerana Allah tidak pernah memungkiri janjinya memberi kebaikan kepada hamban:ya yang melakukan kebaikan," katanya.Saad berkata, liang lahad lama yang terletak bersebelahan kubur Salasiah itu adalah milik seorang hamba Allah yang sentiasa membaca al-Quran.
Renungan
Firman Allah swt yang bermaksud: Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. [Surah Al-Ahzab;34]
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Surah Al-Imran; 31]
Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. [Surah Al-Imran; 32] Al-Qur'an Sebagai Pembela Di Hari Akhirat
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an." Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an." Wallahu'alam….
Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan menamakan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon Umno sahaja malah semua parti komponen BN.
Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno, berkata ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya dan menegaskan ada sedikit perbezaan pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, katanya, rancangan itu terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, untuk membuat keputusan.
"Saya yakin kali ini ia akan dilaksanakan dengan sedikit perbezaan. Barangkali ia akan dinamakan lebih awal dari biasa," katanya kepada pemberita selepas majlis korban dan kenduri rakyat sempena Aidiladha anjuran Umno Bahagian Putrajaya, di sini, Jumaat.
Semalam, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata Umno belum bercadang untuk mengumumkan lebih awal nama calon bagi mengelak perbuatan sabotaj termasuk mereka yang tidak dipilih mewujudkan 'pasukan' bagi menjatuhkan calon terpilih.
Tengku Adnan berkata nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang sedang melalui pelbagai saringan untuk disenarai pendek.
"PRU-13 boleh diadakan pada bila-bila. Nama calon semua sudah kita terima dan separuh sudah dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan. Ada satu tempat, terdapat dua atau tiga nama (calon). Kadang-kala, satu nama sahaja di kawasan tertentu, namun proses saringan tetap dijalankan.
"Kita nak calon yang rakyat nak, bukan calon yang parti nak atau calon yang orang tertentu nak. Calon yang rakyat nak kerana mereka akan menjadi wakil kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, Tengku Adnan menafikan bahawa individu tertentu telah diarahkan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Setiausaha Agung BN kononnya untuk 'mencari calon pilihan raya' atau membuat kajian selidik calon di kawasan tertentu.
"Ada yang masuk ke kawasan dengan menjual nama saya, Perdana Menteri, presiden lain dengan menyatakan dia telah diarah turun untuk mencari calon. Ini adalah tidak betul dan satu pembohongan yang besar. Jangan terpedaya dengan mereka," katanya.
Mengenai Perhimpunan Agung Umno dari 27 November hingga 1 Disember ini, Tengku Adnan berkata ia akan menumpukan kepada persiapan pilihan raya yang akan datang.
"Seperti biasa, kita akan bincang berkenaan usul dan ucapan presiden, usul ekonomi, agama dan pendidikan.
"Dalam ucapan presiden, beliau (Najib) akan kekalkan mengenai persiapan untuk menghadapi pilihan raya, kalau pilihan raya belum diadakan tetapi kalau pilihan raya sudah diadakan, berkemungkinan beliau akan sebut kemenangan yang kita capai," katanya. - BERNAMA
Nak tahu kenapa tiada siaran langsung Perhimpunan Agong Umno yang akan diadakan pada 27 Nov hingga ! Dis nanti? baca seterusnya.
Semakin dekat PRU-13, Umno semakin menggelabah.Kenyataan dibuat bercelaru dan tidak menentu.
Semalam, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, UMNO belum bercadang untuk mengumumkan lebih awal nama calon bagi mengelak perbuatan sabotaj termasuk mereka yang tidak dipilih mewujudkan 'pasukan' bagi menjatuhkan calon terpilih.
Hari ini pula Tengku Adnan kata, Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan menamakan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini.
Beliau berkata, perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon UMNO sahaja malah semua parti komponen BN.
Calon pilihan parti
Lepas tu pula, Tengku Adnan kata, "Kita nak calon yang rakyat nak, bukan calon yang parti nak atau calon yang orang tertentu nak. Calon yang rakyat nak kerana mereka akan menjadi wakil kepada rakyat," katanya.
Lucunya bila Tengku Adnan sendiri beritahu selanjutnya :
" Nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang sedang melalui pelbagai saringan untuk disenarai pendek."
Ha! ha! ha! Kelakarkan? Semua orang tahu yang buat saringan itu adalah pimpinan parti dan bukan rakyat! Maka sudah tentulah calon yang terpilih itu adalah pilihan parti!
Seperti yang saya sebutkan mula tadi, semakin dekat PRU-13, Umno semakin menggelabah , begitulah yang saya nampak bila Tengku Adnan mengulas mengenai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dari 27 November hingga 1 Disember ini.
"Dalam ucapan presiden, beliau (Najib) akan kekalkan mengenai persiapan untuk menghadapi pilihan raya, kalau pilihan raya belum diadakan tetapi kalau pilihan raya sudah diadakan, berkemungkinan beliau akan sebut kemenangan yang kita capai," katanya di sini
Adnan beritahu kita hanya ada dua kemungkinan mengenai ucapan presiden itu nanti :
1) Mengenai persiapan pilihan raya.
2) Mengenai kemenangan yang dicapai.
Walau apa pun, pada kita adalah besar kemungkinan PM Najib akan sebut hal kekalahan Umno/BN tidak mustahil juga! Betul tak? Adnan lupa mengenai kemungkinan itu ...
Elok juga kita ingatkan Adnan supaya masukan agenda ucapan Najib mengenai pembubaran Umno pada masa tersebut! ha! ha! ha!
Pertanda jelas PRU-13
Persidangan Parlimen Malaysia dijangka ditangguhkan mulai 27 Nov. Nanti.Jadual peperiksaan SPM pula didapati di tunda panjang mulai 09 Nov hingga 18 November.Penundaan panjang ini nampak pelik. Ramai yang meramalkan PRU akan diadakan dalam tempoh masa tersebut.
Sama-samalah kita tunggu selepas penangguhan sidang parlimen nanti.Besar kemungkinan, kita akan keluar mengundi pada 15 November 2012 - cuti awal Muharam, insya'Allah kita akan ucapkan selamat tinggal kepada Umno untuk selamanya....
Yang bestnya, Najib akan jadi Ketua Pembangkang . Maka itu tiada siaran lansung diteevee mengenai Perhimpunan Agung Umno . Mana boleh parti pembangkang muncul diteevee Malaysia kan? Ha! Ha! ha!
Setiausaha Agung BN, Adnan Mansor menafikan bahawa individu tertentu telah diarahkan oleh perdana menteri, timbalan perdana menteri atau setiausaha agung BN kononnya untuk 'mencari calon pilihan raya' atau membuat kajian selidik calon di kawasan tertentu katanya di sini
Apakah kenyataan Adnan itu ada kaitan dengan berita ini? :
Kemunculan semula bekas ketua Umno bahagian Pasir Puteh, Datuk Kamaruddin Mohd Noor dengan agenda keluar masuk kampung difahamkan tidak disenangi kepimpinan Umno sekarang.
Kamaruddin difahamkan mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, disebut-sebut bakal calon BN di kerusi parlimen Pasir Puteh. Baca lagi di sini
Nampak dah mula pergeseran antara puak Najib dan Muhyiddin semakin semarak.
Kami Bukan Ayatollah – Kata mahfuz Omar sambil memberi jaminan bahawa PAS tidak akan sama sekali akan menjadi pemimpin-pemimpin bergelaran Ayatollah Iran jika diberi mandat memerintah Kerajaan Pusat kelak kerana parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sentiasa mengamalkan sikap terbuka kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik.
Sambil menghargai pandangan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, beliauberkata parti itu berusia lebih enam dekad itu tidak pernah mengamalkan pendekatan tutup pintu kepada pandangan dan teguran mana-mana pihak.
Inilah yang dikatakan mesra rakyat.Tidak mudah melenting apabila menerima teguran.
Korang nak tahu pasal apa ada sesetengah orang risau dan kata ada macam Ayatollah dalam PAS? Cer baca komen di sini
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KDYMM Sultan Muhammad V dan YTM Tengku Mahkota Kelantan berangkat mencemar Duli ke Majlis Qurban Aiduladha 1433H/2012M bersamaan dengan 11 Zulhijjah di Padang Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra,Panji,Kota Bharu.
Turut hadir sama pada majlis ini YAB. Tuan Guru Menteri Besar Kelantan,YB. Dato' Nassuruddin Hj Daud Speaker Undangan Negeri Kelantan,YB. Hj Che Abdullah bin Mat Nawi Exco Pertanian serta pembesar-pembesar Negeri Kelantan.KDYMM Sultan Muhammad V menyembelih sendiri 2 ekor lembu Qurban.
CCahaya biru terang datang dari pantai di Pulau Vaadhoo selepas setempat plankton ini bertindak balas dengan oksigen dalam air laut untuk menghasilkan cahaya lebih cerah daripada galaksi Bima Sakti.
Fenomena semulajadi, dipanggil 'bio-luminescence, yang jarang dilihat terlalu hampir dengan daratan telah ditangkap dengan jurugambar Doug Perrine ketika malam perjalanan ke Lautan Hindi.
Dia memberitahu gambar ini diambil ketika malam penuh bintang, tetapi tiada bulan. Setiap gelombang kecil menghempas ke pesisir pantai diterangi seperti lembaran kilat.
Plankton ini menghasilkan pertunjukan cahaya tertumpu sepanjang pinggiran pantai. Organisma yang menghasilkannya adalah cukup besar untuk dilihat dengan mata kasar.
Seorang pakar, Peter Frank menjelaskan fenomena itu, berkata apabila bersesakan, setiap organisma akan mengeluarkan cahaya biru kilat yang dihasilkan oleh tindak kimia di dalam sel.
Fenomena yang jarang berlaku ini biasanya hanya dapat dilihat jauh dari daratan apabila kapal mengacau dasar laut. -biarbetul/HMO
KUALA LUMPUR: Sekretariat Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) akan mengadakan program tradisi ibadah korban di kalangan ahli-ahlinya yang berkemampuan sempena Iduladha 1433H.
Bagi merapatkan ukhuwah di kalangan warga Perantau, 'Program Ttemu Mata Gganu Kite' akan diadakan pada 28 Oktober (esok) mulai jam 1.00 tengah hari hingga 3.00 petang di Maahad Tahfiz Al Quran, Wal Imamah, Bukit Kerayong, Kapar, Klang.
"Sekretariat Perantau menjemput mana-mana anak-anak Terengganu di Perantauan terutamanya yang tinggal di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan yang tidak balik ke kampung halaman dapat hadir bersama untuk memeriahkan sambutan program ini," kata Setiausaha Kerja Sekretariat Perantau, Ustaz Zulhilmi Abd Rahman Attakiri.
Menurut beliau lagi, program akan bermula dari sebelah pagi lagi.
Katanya, mana-mana warga Perantau yang tinggal di sekitar Klang, Shah Alam dan lain-lain tempat yang berdekatan bersama-sama bergotong royong melakukan aktiviti melapah lembu-lembu korban dan memasak bersama-sama di tempat program.
Maklumat lanjut berhubung dengan program ini boleh hubungi beliau di talian 012-9283560 atau Khairul Azli 0123266340.
HARI ini Utusan Malaysia melaporkan bahawa bekalan haiwan korban untuk perayaan Aidil Adha tahun ini tidak mencukupi.
Pembekal ternakan ruminan tempatan mengalami kesukaran membekalkan haiwan ternakan untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, ekoran kekurangan bekalan antaranya disebabkan peraturan ketat dasar eksport Australia lapor akhbar itu.
Apabila disebut haiwan korban dan dikaitkan dengan Aidil Adha, tentu sekali ia sangat sinonim dengan lembu. Apabila disebut lembu maka kita tidak akan lupa dengan skandal NFC milik keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil.
NFC telah diberi kepercayaan untuk menjalankan projek impak tinggi iaitu membekalkan lembu untuk negara ini. Sebanyak RM250 juta wang rakyat dipinjamkan kepada keluarga Shahrizat Jalil dengan harapan, dapat membekalkan lembu dengan banyak, sekaligus menurunkan harga haiwan itu di pasaran tempatan.
Namun duit rakyat yang diamanahkan untuk membela lembu digunakan untuk membeli kondominium mewah di Orchad Scott, Singapura, kondominium mewah One Menerung di Bangsar, membeli tanah di putrajaya, beli kereta Mercedes, dan lain-lain.
Hasilnya bekalan lembu tidak cukup, harga daging lembu semakin meningkat. Projek yang kononnya disebut sebagai berimpak tinggi bertukar menjadi projek kontroversi. Duit rakyat RM250 sudah habis dijoli.
Inilah hasilnya bila duit rakyat, diberikan kepada orang yang tidak amanah. Lapor kepada SPRM, mereka kata tiada bidang kuasa yang membolehkan pihaknya mendakwa keluarga Shahrizat kerana menyeleweng wang rakyat.
ReJaM sendiri ada bertanya kepada pegawai komunikasi korporat SPRM yang muncul setiap kali kami Jingga 13 membuat laporan di bangunan SPRM di Putrajaya. Wanita lingkungan 30 an itu setuju keluarga Shahrizat Jalil menyelewengkan dana rakyat, namun pihaknya tidak ada kuasa untuk mendakwa.
Tambahnya lagi, tiada unsur rasuah dalam projek NFC meskipun penyelewengan diakui berlaku. Apa pun alasannya, wang rakyat RM250 juta sudah lebur di tangan keluarga Ketua Wanita parti yang mengaku memperjuangkan nasib bangsa Melayu.
Siang malam pagi petang menjerit ketuanan Melayu, Hidup Melayu. Keluarganya dapat RM250 juta, tapi rakyat bangsa Melayu yang percaya dengan slogan dibawanya hanya mampu menggigit jari, jangan kata daging lembu tahi lembu pun tak dapat.
RM250 duit rakyat jahanam, harga lembu makin meningkat, bekalan lembu pun tak mencukupi. Jadi apa tujuan beri pinjaman mudah RM250 juta dengan kadar faedah hanya 2 peratus kepada keluarga Ketua Wanita Umno? -milosuam
Ahli Parlimen Pasir Salak Tajudin Rahman bakal tersungkur?
Dengor cerita tersungkurnya dia bukan kerana kalah dalam PRU13. Tapi namanya telah tersenarai sebagai third winnable candidate di Pasir Salak. Calon utama yang akan mencantas kerusi Pasir Salak dari Tajudin ialah Presiden PAFA Zainol Fadzi !.
Sebab Tajudin tidak dicalonkan takde kena mengena dengan paras rupa Tajuddin yang nampak garang berbanding dengan Zainol Fadzi yang gambornya suka senyum.
Tapi kabornya ramai di kalangan UMNO tak tahan dengan mulut jeghabei si Tajuddin. Zainol Fadzi tersenarai sebagai calon DUN Sungai Manik dan Parlimen Pasir Salak. Wah! Hebat mamat nih! Tau tau sajalah perangei orang umno.
Bila tak terpilih, mulalah demer akan sabotaj parti. Harap perkara ini akan terjadi. Huhuhu! Penat Tajuddin mengampu Rosmah. Tapi nama tersingkir jua akhirnya.
Nampaknya UMNO kawasan Parlimen Pasir Salak udah pecah. Yang muda sokong Zainol Fadzi. Yang warga emas sokong Tajuddin!. Hmmm…Lantok komer! Yong Suka Kuning. -Sumber
Ini persoalan dibangkitkan oleh bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya mempertikaikan komentar beliau bersabit dakwaan wujud tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno sebagai hanyut.
"Padahal idea berhubung peranan ulama menasihati pemimpin ini idea beliau. Bila dijemput dan beliau tidak datang, itu salah satu tanda beliau sudah hanyut," kata Dr Asri kepada Sinar Harian Online.
Malah tambah Asri, komentar berhubung terdapatnya tokoh ulama dalam Umno terbabit politik wang dibangkitkan terlebih dahulu oleh panelis dari Umno sendiri.
"Kenapa beliau tidak berani tampil. Yang sebut berkenaan politik wang itu ialah wakil daripada Umno sendiri.
"Itulah masalahnya apabila beliau tidak ada di situ. Wakil Umno yang sebut, dalam Umno kalau tak ada wang, tak boleh bergerak. Saya dan seorang lagi panel hanya mengulas.
"Sinar Harian sudah jemput, datanglah. Bukannya bising di media, di Facebook, di Twitter," tegas Asri.
Dalam Wacana Sinar ke-15 yang membawakan tajuk 'Peranan Ulama Menasihati Pemimpin', Dr Asri menyifatkan segelintir tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut" antara lainnya kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Menurut beliau, berdasarkan pengalaman sebelum ini menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai parti itu tidak berperanan disebabkan kewujudan amalan politik wang.
Malah dakwanya "masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."
Semalam, kenyataan Asri itu kemudiannya dibidas oleh Fathul Bari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia sambil menekankan adalah "tidak adil" untuk menjatuhkan hukuman dan melabel ulama yang menyertai Umno sebagai "hanyut."
"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul Bari.
Asri kemudiannya dengan nada sinis mempersoalkan apakah Fathul Bari merasakan pandangan beliau itu merujuk kepada dirinya.
"Adakah beliau merasakan ulama itu merujuk kepada beliau? Ini berlaku apabila beliau merasakan diri beliau sebagai ulama. Walhal bukan menjadi tradisi golongan ilmuan Islam mendabik dada diri sebagai ulama," selar Asri.
Fathul Bari antara ulama muda yang dilihat lantang menyuarakan pendapat supaya pemimpin negara menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat seadil-adilnya.
Beliau kerap menekankan agar pemimpin sentiasa mengutamakan penjagaan agama, nyawa, maruah dan keturunan, harta benda, dan akal fikiran.
Operasi Lalang jadi batu asas kerjasama DAP-PAS hari ini
ULASAN Berikut adalah kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ahli Parlimen Bagan sempena ulangtahun ke-25 Operasi Lalang hari ini:
DAP menyeru agar kerajaan Persekutuan meminta maaf kepada semua tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), segera melepaskan semua tahanan yang masih ditahan dan menjadikan Kem Tahanan Kamunting sebagai muzium sebagai peringatan kepada peripenting kebebasan dan hak asasi serta memulihkan negara daripada trauma penahanan tanpa bicara yang dilakukan secara rambang hanya atas sebab menentang BN.
25 tahun yang lalu pada 27 Oktober 1987, saya menjadi antara mangsa pertama Operasi Lalang yang ditahan di bawah ISA oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Saya ingat lagi bagaimana sebagai ahli Parlimen Kota Melaka yang baru dipilih, betapa terkejutnya saya apabila diberitahu bahawa saya merupakan ancaman kepada keselamatan negara yang bakal mencetus huru-hara dan rusuhan sekiranya saya tidak ditahan.
Ekoran daripada itu, saya terpaksa bertahan dan mengatasi hari-hari gelap apabila dikurung sendiri, disoal siasat tanpa henti dan diintimidasi untuk memaksa saya untuk "bertaubat".
Seramai 106 pemimpin Malaysia telah ditahan pada tahun gelap 1987, termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang - 16 daripada DAP termasuk ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri - ahli-ahli kesatuan sekerja, aktivis sosial, aktivis alam sekitar, pendidik bahasa Cina dan pekerja agama.
Antara pemimpin-pemimpin yang terkemuka adalah Lim Kit Sang dan Karpal Singh daripada DAP, Mohamad Sabu dan Datuk Mahfuz Omar daripada PAS dan pendidik bahasa Cina Lim Fong Seng dan Sim Mow Yu.
Serangan juga berlaku ke atas kebebasan akhbar dengan penutupan tiga suratkhabar, serangan bertubi-tubi ke atas badan kehakiman dan keluhuran undang-undang sehingga Ketua Hakim Negara dan dua hakim Mahkamah Agung telah dilucutkan jawatan.
Semua serangan ini bertujuan untuk membentukkan negara diktator yang memusatkan kuasa di tangan perdana menteri.
Namun demikian, ada juga hikmah di sebalik tahanan beramai-ramai yang berlaku, iaitu pemimpin-pemimpin PAS dan DAP telah mendapat peluang untuk saling kenal-mengenali lantas memecahkan fitnah yang ditaburkan Umno untuk memomokkan masyarakat bukan Melayu tentang PAS dan masyarakat Melayu tentang DAP.
Hubungan yang dijalin dalam tahanan 25 tahun lalu telah menjadi batu asas kepada hubungan kerjasama antara dua parti itu pada hari ini.
Ini membenarkan Pakatan Rakyat untuk bergabung dan memperkuatkan diri untuk mencabar kuasa BN menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
Walaupun rakyat Malaysia telah berjaya memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhan ISA, kita masih perlu menutup jilid gelap dalam sejarah negara kita.
Pertama sekali, semua tahanan ISA yang masih lagi ditahan harus dilepaskan dengan segera dan kerajaan Persekutuan haruslah meminta maaf kepada semua tahanan ISA.
Kedua, Kem Tahanan Kamunting (KDC) harus dijadikan sebuah muzium, seperti kem tahanan Robbens Island di Afrika Selatan yang pernah menjadi rumah kediaman pejuang kemerdekaan Nelson Mandela selama 27 tahun.
Dengan menjadikan KDC yang dibenci itu sebagai muzium, kita akan menukarkannya kepada simbol peringatan kepada peripenting kebebasan dan hak asasi serta memulihkan negara daripada trauma penahanan tanpa bicara yang dilakukan secara rambang hanya kerana menentang BN.
Akhirnya, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), iaitu pengganti kepada ISA, harus dikaji semula untuk memansuhkan beberapa seksyen supaya ISA tidak akan kembali daripada kubur dan menghantui generasi-generasi rakyat Malaysia yang akan datang, sepertimana kita telah dihantui selama 54 tahun yang lalu.- Malaysiakini
LEMBU: Aku makan rumput. tuan makan apa? LELAKI: Aku makan nasi. kita tak sama. LEMBU: tuan tidur di mana? LELAKI: Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.
Tiba-tiba kedengaran laungan azan....
LEMBU: itu suara apa? LELAKI: Seruan azan mengajak manusia bersolat. LEMBU: tuan tak SOLAT? LELAKI: tidak. LEMBU: samalah kita.
p/s: gambar hanya hiasan sahaja dan tidak ada kena mengena yang masih hidop atau yang akan meninggal...
Senator PKR Dr Syed Husin Ali berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkannya kepadanya bahawa anggota parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin meminta bayaran bagi mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada ketua pembangkang itu bertanding.
"Yang mula-mula beritahu saya adalah Anwar Ibrahim ketua umum PKR," kata Syed Husin sewaktu menjawab soalan peguam, Hasnal Rezua yang mewakili Zulkifli dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Syed Husin pada 27 Januari lalu menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif yang dirasakan wajar oleh mahkamah.
Tuntutan itu dibuat terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, ketua pengarang Utusan Malaysia Datuk Aziz Ishak dan Zulkifli.
Dalam kenyataan tuntutannya, Syed Husin berkata Utusan Melayu dan Abdul Aziz dengan niat jahat dalam akhbar Utusan bertarikh 20 November 2011 menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadap beliau dalam berita bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin".
Menurutnya, Zulkifli menerbitkan perkara sama dalam blog beliau dengan tajuk "Anjing-anjing Pencen".
Syed Husin turut memohon injunksi menghalang semua defendan daripada menerbitkan sebarang kata-kata bersifat fitnah tersebut.
Menurut Syed Husin lagi, Anwar memberitahunya, Zulkifli meminta bayaran RM60,000 sebagai balasan untuk mengosongkan kerusi parlimennya.
Perkara yang sama katanya turut dinyatakan Anwar kepada ahli-ahli biro politik PKR.
"Perkara itu bukan sahaja diberitahu pada saya tetapi juga kepada biro politik," katanya.
Justeru, beliau percaya Anwar bercakap benar tentangnya.
Beliau turut percaya kepada Anwar kerana beliau telah mengenali Anwar buat masa yang lama.
"Beliau adalah pelajar saya (di Universiti Malaya), rakan tahanan saya (dalam penjara) dan kemudiannya pemimpin saya.
"Jadi apabila beliau beritahu (perkara itu), saya percayakannya," kata Syed Husin.
Bercakap lanjut, Syed Husin berkata Zulkifli berbohong dalam tulisan blognya yang menjadi tumpuan utama saman itu.
Menurutnya, beliau tidak pernah menemui Zulkifli sebagai wakil Anwar dan menawarkan jawatan dalam anak syarikat Selangor sebagai balasan mengosongkan kerusi parlimen yang disandangnya.
"Apa yang beliau sebutkan adalah bohong sepenuhnya apabila mendakwa saya mewakili Anwar.
"Beliau juga berbohong tentang dakwaan saya memberitahunya saya dijanjikan jawatan senator jika melepaskan jawatan timbalan presiden PKR," kata Syed Husin.
Tambahnya lagi, kesediaan Zulkifli melepaskan kerusinya walaupun belum bersetuju berbuat demikian jika syaratnya tidak dipenuhi memberikan gambaran salah kepada orang ramai.
"Kepada orang ramai, beliau akan kelihatan seperti malaikat apabila menarik diri (daripada kerusinya).
Syed Husin diwakili peguam N Surendran dan Latheefa Koya sementara Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Utusandan Aziz.
Perbicaraan yang berlangsung di hadapan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera itu akan disambung semula pada 5 November depan.- Malaysiakini
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras agar kerajaan Barisan Nasional menangguh dan mengkaji semula perlaksanaan sistem AES yang dijangka meragut wang rakyat sepanjang 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Tidak dinafikan, kadar kemalangan jalanraya yang tinggi memerlukan tindakkan drastik yang ideal kepada semua, bukan hanya terhadap poket kerajaan dan kroni.
Kerajaan sebagai penerima cukai jalan dan cukai kepala pemandu (lesen memandu) sepatutnya mengeluarkan dana untuk keselamatan rakyat di atas jalan raya namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila modal yang dikeluarkan kerajaan hanya untuk mengoyakkan poket rakyat dengan sistem saman AES.
AES juga tidak disebut sebagai sistem keselamatan, tetapi lebih kepada sistem saman-menyaman. Malah telah banyak kali dibangkit betapa lokasi kamera AES tidak membantu mengurangkan kadar kemalangan tetapi lebih berfungsi sebagai perangkap.
Butir perjanjian di antara syarikat pengendali AES dan pihak kerajaan juga tidak didedah walaupun didesak di parlimen. Ini mencurigakan, apakah ada komplot antara kerajaan dan syarikat swasta untuk mencuri wang poket rakyat?
Dalam pemerhatian SAMM yang berpengkalan di setiap negeri seluruh negara, banyak faktor kemalangan seperti jalan berlubang, tidak rata dan berbonggol-bonggol tidak diambil peduli tetapi dalam masa yang sama kerajaan membelanjakan wang rakyat untuk sistem AES semata-mata. Mengapa kerajaan BN tidak memastikan prasarana yang baik terlebih dahulu?
Sedangkan rakyat semakin ditimpa kesempitan hidup akan sampai ketikanya terpaksa memilih untuk menangguhkan hasrat menukar tayar yang sudah botak demi membayar saman terlebih dahulu bagi mengelak denda berganda jika bayar lewat. Rakyat akan pilih bayar saman daripada servis dan baiki kereta maka kadar kemalangan akan lebih banyak jika situasi seperti ini membarah.
SAMM juga ingin mengingatkan kerajaan bahawa pecahan statistik kemalangan maut paling tinggi adalah membabitkan penunggang motosikal maka sepatutnya kerajaan mengusahakan terlebih dahulu lorong alternatif untuk keselamatan penunggang motosikal berbanding memilih sistem AES yang fokus untuk menyaman pemandu kenderaan empat roda, bukan motosikal.
Maka atas sebab ini SAMM mendesak sistem AES ditangguh dan dikaji semula. Jika kerajaan tetap berdegil untuk menyaman rakyat 24jam, SAMM akan melancarkan sebuah kempen untuk rakyat bangkit menutup kamera AES yang dipasang di seluruh negara.
SAMM sendiri mempunyai pengikut hampir di setiap pelusuk negara untuk memulakan gerakan kempen ini. Kempen 'tutup kamera AES' bukan untuk memusnahkan harta rakyat, tetapi rakyat bertindak menutup kamera tersebut dengan menggunakan stiker pelekat atau membalut kamera tersebut dengan plastik sampah (berwarna hitam). Kamera AES tetap selamat dan berfungsi, cuma ia tidak mampu lagi menyaman. Ini bukan kempen vandelisma tetapi kempen selamatkan duit rakyat dan negara.
Akhir sekali, SAMM memuji tindakkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang sebulat suara menangguhkan sistem AES demi rakyatnya. Inilah kerajaan idaman, yang sentiasa memikirkan kebaikkan demi rakyat, bukan seperti regim BN yang sentiasa mencukai dan mendenda rakyat dengan dacing sengetnya.
Edy Noor Reduan
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
anak anak ku, haji yang mabrur itu, bukan la kektika kamu mengerjakan haji itu, nerlakunya perkara perkara yang ganjil ketika mengerjakan haji,,haji haji yang mabrur itu adalah bagai mana selepas kamu mengerjakan kan ,bagaimanakah kamu kembali kepada perangai asal atau menjadi lebih baik sebelum nya.. kalau sebelumnya, kamu terkenal sebagai penipu,pengambil rasuah,berlaku zalim..atau perkara buruk yang lain sekembalinya...kamu telah berubah..alhamdulillah.. jika sebaliknya ,,,masih seperti asal,,,tidak bertudung,bergaul bebas,menipu rasuah...alangkah malang nya,,... Banyak contoh yang ada di depan mata,,fikir fikir kan lah..
You are subscribed to email updates from otaiblues To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ini berita yang baru diterima.Jelajah Merdeka Rakyat yang akan bersambung esok di Wilayah Persekutuan dan Selangor mula diganggu bermula malam tadi.
Umno Bahagian Bandar Tun Razak telah mengupah gangster untuk membuat kacau kira-kira jam 850 malam tadi di sekitar kawasan program ceramah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di pasar Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Sekitar 30 pemuda yang dipercayai diupah Umno mula bergerak liar di sekitar tapak ceramah dan membuat bising menggunakan motosikal masing-masing.KEADILAN menyifatkan ia sebagai satu taktik kotor yang diteruskan bagi menghalang rakyat mendengar ucapan pemimpin Pakatan Rakyat yang bakal hadir esok.
Penyokong Pakatan Rakyat diminta hadir untuk memberikan sokongan.Sebelum ini, bas jelajah telah mengalami beberapa siri sabotaj bertujuan mengganggu siri peneranagn yang disampaikan Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat di Kota Bharu dan Melaka.
Berita mengenai van skuad sayang milik wanita Umno bahagian tersebut kononnya disabotaj malam tadi dengan ditulis perkataan 'babi' dan 'sial' serta disimbah dengan cat merah tambah menaikkan kemarahan mereka konon ia angkara penyokong Pakatan Rakyat.
Dipercayai atas alasan inilah samseng dalam parti itu mula melakukan provokasi terhadap persiapan yang diatur untuk acara pada keesokkannya.
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Ulama Pas, Nik Muhammad Zawawi Salleh menyifatkan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin "agak keterlaluan" dalam menyamakan ulama-ulama parti itu dengan kepimpinan Ayatullah Khomeini dari Iran, yang didakwa tidak boleh ditegur."Bekas mufti itu juga agak keterlaluan apabila menyamakan pimpinan ulama dalam Pas dengan Ayatullah Khomeini."Semua sedia maklum bahawa Pas berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Ayatullah Khomeini pula berpegang kepada aqidah Syiah.
"Dua akidah yang sangat berbeza antara satu sama lain," kata beliau dalam satu tulisan dibawa organ Pas, Harakahdaily.Katanya, pengikut Syiah menganggap bahawa Ayatollah adalah lebih tinggi martabatnya daripada para Nabi."Jadi tidak peliklah Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh," kata beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Terengganu.Ketika muncul pada program Wacana Sinar Harian ke-15 Selasa lalu, Asri berkata,
Pas tidak seharusnya menjadi seperti pemerintahan Ayatollah di Iran sekiranya berjaya memerintah Putrajaya kelak.Asri, bekas Mufti Perlis berkata, kalau ada yang bermentaliti bahawa orang agama yang berkuasa tidak boleh ditegur, negara akan menjadi lebih korup dari sekarang."Saya rasa ini satu masalah dalam Pas, masalah sekarang ini Pas belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh.
"Kalau kita tidak hati-hati terutamanya parti politik termasuk Pas... kalau mereka naik (menjadi pemerintah) dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin dan tokoh agama itu ada kuasa pula, kita akan menghadapi negara yang lebih korup daripada apa yang berlaku sekarang," katanya ketika menjawab soalan dari moderator Dr Mazlee Malik berhubung sejauh mana beliau melihat pemimpin ulama Pas yang tidak boleh ditegur.
Menjawab pandangan Asri itu, dua Naib Presiden Pas kelmarin menjawab bahawa pihaknya memberi jaminan tidak akan sama sekali akan menjadi pemimpin-pemimpin bergelaran Ayatollah Iran jika diberi mandat memerintah Kerajaan Pusat kelak kerana parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sentiasa mengamalkan sikap terbuka kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik.
Nik Muhammad berkata, soalan yang dikemukakan oleh moderator dalam Wacana Sinar Harian siri ke-15 berhubung dengan pemimpin ulama Pas yang tidak boleh ditegur dan jawapan yang diberikan oleh seorang bekas mufti terhadap soalan tersebut adalah sangat tidak adil kepada Pas."Bekas mufti itu ketika menjawab persoalan tersebut berkata bahawa jika Pas menjadi pemerintah dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, negara akan menjadi lebih korup daripada apa yang berlaku sekarang."Beliau menyamakan situasi itu dengan pemerintahan Ayatollah Khomeini di Iran yang tidak boleh ditegur dan disentuh," jelas beliau.
Nik Muhammad berkata, moderator tersebut pula seolah-olah dilihat ingin menjatuhkan kredibiliti dan memburukkan persepsi masyarakat terhadap para pimpinan ulama dalam Pas dengan mengemukakan persoalan tersebut.Ini adalah kerana beliau tidak mengemukakan apa-apa contoh, bukti dan fakta atas dakwaan bahawa golongan tersebut dalam Pas tidak boleh ditegur, tambah beliau.
Menurut Nik Muhammad, Pas khususnya para pimpinan ulamanya sentiasa terbuka untuk menerima segala kritikan dan teguran."Lihat sahaja sikap Datuk Seri Presiden, pimpinan ulama tertinggi dalam Pas menerima kritikan dan teguran yang keras daripada (bekas pensyarah UIAM) Dr. Aziz Bari yang mempertikaikan kepimpinannya."Keterbukaan beliau lebih terserlah apabila beliau sendiri mencadangkan agar dianjurkan seminar khusus bagi memberi peluang kepada Dr. Aziz Bari mengemukakan kritikan dan teguran tersebut di hadapan ahli dan pimpinan Pas," katanya lagi.
Kata Nik Muhammad, perlu dijelaskan bahawa reaksi ini bukan bermakna Dewan Ulama Pas Pusat tidak boleh menerima teguran apabila disamakan dengan Ayatollah Khomeini tetapi teguran yang dikemukakan mestilah dikemukakan bukti, contoh dan berfakta."Ini adalah kerana tanpanya, ia akan memberikan persepsi buruk kepada para pimpinan ulama dalam Pas dan dianggap sebagai tuduhan yang dibuat untuk menjatuhkan kredibiliti Pas yang bakal melangkah ke Putrajaya, insya-ALLAH.
"Bahkan bekas mufti itu sendiri juga telah mengemukakan pandangan dalam wacana tersebut agar teguran yang hendak dibuat mestilah profesional," katanya.Pada masa yang sama katanya, Pas sentiasa mengajar kepada semua ahli supaya berani menegur dalam apa jua perkara yang bercanggah dengan syariat Islam termasuk juga menegur mana-mana kesilapan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti."Sejarah ini sangat banyak berlaku di sepanjang perjuangan Pas," kata beliau lagi. ~sinar
Hari ini Utusan Malaysia melaporkan bahawa bekalan haiwan korban untuk perayaan Aidil Adha tahun ini tidak mencukupi.Pembekal ternakan ruminan tempatan mengalami kesukaran membekalkan haiwan ternakan untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, ekoran kekurangan bekalan antaranya disebabkan peraturan ketat dasar eksport Australia lapor akhbar itu.Apabila disebut haiwan korban dan dikaitkan dengan Aidil Adha, tentu sekali ia sangat sinonim dengan lembu.
Apabila disebut lembu maka kita tidak akan lupa dengan skandal NFC milik keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil.NFC telah diberi kepercayaan untuk menjalankan projek impak tinggi iaitu membekalkan lembu untuk negara ini. Sebanyak RM250 juta wang rakyat dipinjamkan kepada keluarga Shahrizat Jalil dengan harapan, dapat membekalkan lembu dengan banyak, sekaligus menurunkan harga haiwan itu di pasaran tempatan.
Namun duit rakyat yang diamanahkan untuk membela lembu digunakan untuk membeli kondominium mewah di Orchad Scott, Singapura, kondominium mewah One Menerung di Bangsar, membeli tanah di putrajaya, beli kereta Mercedes, dan lain-lain.Hasilnya bekalan lembu tidak cukup, harga daging lembu semakin meningkat. Projek yang kononnya disebut sebagai berimpak tinggi bertukar menjadi projek kontroversi. Duit rakyat RM250 sudah habis dijoli.Inilah hasilnya bila duit rakyat, diberikan kepada orang yang tidak amanah.
Lapor kepada SPRM, mereka kata tiada bidang kuasa yang membolehkan pihaknya mendakwa keluarga Shahrizat kerana menyeleweng wang rakyat.ReJaM sendiri ada bertanya kepada pegawai komunikasi korporat SPRM yang muncul setiap kali kami Jingga 13 membuat laporan di bangunan SPRM di Putrajaya. Wanita lingkungan 30 an itu setuju keluarga Shahrizat Jalil menyelewengkan dana rakyat, namun pihaknya tidak ada kuasa untuk mendakwa.
Tambahnya lagi, tiada unsur rasuah dalam projek NFC meskipun penyelewengan diakui berlaku. Apa pun alasannya, wang rakyat RM250 juta sudah lebur di tangan keluarga Ketua Wanita parti yang mengaku memperjuangkan nasib bangsa Melayu.Siang malam pagi petang menjerit ketuanan Melayu, Hidup Melayu. Keluarganya dapat RM250 juta, tapi rakyat bangsa Melayu yang percaya dengan slogan dibawanya hanya mampu menggigit jari, jangan kata daging lembu tahi lembu pun tak dapat.
RM250 juta duit rakyat jahanam, harga lembu makin meningkat, bekalan lembu pun tak mencukupi. Jadi apa tujuan beri pinjaman mudah RM250 juta dengan kadar faedah hanya 2 peratus kepada keluarga Ketua Wanita Umno? ~milosuam
Iklan
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
"Bolehkah kerajaan negeri Selangor memberi jaminan bahawa bakal pemilik baru lima aset berkenaan akan menjaga kebajikan usahawan yang berada di premis-premis terbabit dalam penjualan tersebut kelak?" tanya Ketua Puteri UMNO.
Lima aset berkenaan ialah Menara PKNS, Petaling Jaya; SACC Mall, Shah Alam; Kompleks PKNS Shah Alam; Kompleks PKNS Bangi; dan Wisma Yakin, Jalan Masjid India.
"Adakah penjualan lima aset tersebut merupakan jalan terbaik? Mengapa keputusan tersebut dibuat sekarang? Adakah PKNS menghadapi masalah kewangan? Semua persoalan ini menjadi tanya tanya dan perlu dijelaskan," tegas Rosnah Ketua Puteri UMNO.
Sebenarnya apa yang dipersoalkan oleh Ketua Puteri UMNO ini hanyalah kesinambungan dari apa yang Noh Omar persoalkan beberapa hari lalu.
Ketua Puteri UMNO itu mempersoalkan kerana beliau telah terpedaya dengan cerita yang Noh Omar bawa iaitu Lembaga Pengarah PKNS telah memutuskan untuk menjual 5 aset komersil miliknya.
Tindakan Noh itu jelas merupakan satu manipulasi fakta dan menunjukkan bahawa beliau tidak mampu memberi arah tuju ekonomi yang mantap sebagai pemimpin malah bersikap penipu.
Fakta yang sengaja disembunyikan oleh Noh adalah 5 aset milik PKNS iaitu Menara Worldwide, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Wisma Yakin dan SACC Mall bernilai RM321 juta hanya dipindah milik kepada sebuah anak syarikat baru milik penuh PKNS iaitu Private Real Estate Company (PREC).
Namun sebaliknya, aset-aset ini masih kekal milik penuh PKNS dan tidak pernah dijual kepada pihak luar.
Bagi pemain industri dibahagian korporat melihat indakan Noh Omar ini sebagai satu tindakan politik yang terdesak dan menunjukkan 'ignorance' Noh dalam hal-hal ekonomi dan perniagaan.
Urusan pindah milik aset-aset tersebut akan membolehkan PKNS menjana pendapatan berterusan (recurring revenue) dengan inisiatif penyelarasan aset-aset Kumpulan PKNS.
Kesemua ini akan terus menjadikan PKNS berdaya saing dan merealisasikan potensi nilai aset-aset yang dimiliki.
Oleh itu dalam hal ini apa yang jelas ialah Ketua Puteri UMNO ini telah menjadi mangsa pembodohan oleh Noh Omar..
Kerana telah diperbodohkan oleh Noh Omar tanpa usul periksa beliau pula terus mencabar Tan Sri Khalid memberikan jawapan..
* Jawapan bagi persoalan oleh Ketua Puteri UMNO ini telah dibekalkan oleh KLDaily.. lagi info berkenaan sila lihat di sini ( KLDaily ) *
Pergerakan Wanita Umno Bahagian Bandar Tun Razak melahirkan kekecewaannya berikutan dengan insiden Van Skuad Sayang milik mereka diconteng dengan perkataan SIAL dan BABI.
Walaupun begitu beliau tidak menuding jari kepada mana-mana pihak atau lebih tepat lagi beliau tidak menuding jari kepada penyokong Pakatan Rakyat.
Bagus tu.. mungkin beliau sendiri sedar penyokong Pakatan Rakyat tak ada yang sudi nak buat kerja-kerja tak bertamaddun tu... malah nak menghampiripun aku rasa ramai yang tak hingin!
KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita Umno Bahagian Bandar Tun Razak hari ini dikejutkan dengan perbuatan menyimbah cat merah serta menconteng perkataan kesat pada sebuah van Skuad Sayang milik mereka.
Ketuanya Zaleha Najmuddin berkata kejadian itu dimaklumkan oleh seorang awam kepada setiausahanya pada pukul 11.26 pagi tadi yang kebetulan melalui kawasan kejadian di Taman Tenaga, Bandar Tun Razak.
"Saya cukup kecewa dengan pihak yang melakukan tindakan sabotaj ini dan cuba mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno yang banyak berkhidmat kepada masyarakat di sini.
"Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang sama sekali tidak akan mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno," katanya kepada pemberita di pusat pergerakan Wanita tersebut hari ini.
Beliau berkata sehubungan itu pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Salak South pada 2.10 petang ini bagi dijalankan siasatan lanjut.
Zaleha berkata sebelum ini pergerakan tersebut telah disabotaj sebanyak dua kali seperti menyimbah cat merah pada pusat pergerakan itu dan menggunting kain rentang yang dipasang mereka.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. - Bernama
Biasanya perkara macam ni terjadi disebabkan rasa tak puas hati sesama ahli UMNO.. mungkin apa yang dijanjikan tak ditunaikan kot..
Mantan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu dilaporkan oleh The Malaysian Insider telah mengetuai satu demonstrasi dihadapan Kuil Batu Caves bagi membantah projek pembinaan Kondominium 29 tingkat di situ.
Ianya dikatakan sebagai memberikan tekanan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang kononnya telah meluluskan projek tersebut melalui Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
Samy dalam ucapannya membidas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri, Xavier Jayakumar kerana terus membenarkan pembinaan walaupun sudah dibantah penduduk setempat sejak lebih lima tahun lalu.
Bagaimanapun demonstrasi yang mensasarkan 100,000 peserta itu hanya menyaksikan 300 orang yang hadir meskipun hebahan telah dilakukan melalui SMS dan laman sosial beberapa pemimpin parti MIC.
Kenapa agaknya demonstrasi itu gagal menarik ramai kaum India untuk menyertainya?
Sebabnya ialah rata-rata kaum India setempat sudah mengetahui projek berkenaan diluluskan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 2007 dan ianya dipersetujui oleh empat pemimpin Barisan Nasional (BN) ketika itu.
Oleh itu hanya mereka yang tidak mengetahui perkara sebenar turut bersama Samy Vellu dalam demonstrasi itu..
Sama saja perangai pemimpin Barisan Nasional ni.. hipokrit!!
Demi menunjukkan kepada rakyat kononnya mereka amat bertanggungjawab terhadap rakyat, mereka sanggup memperbodohkan rakyat kononnya mereka membantah projek tersebut, padahal merekalah yang meluluskannya dulu..
BATU CAVES: Falling way below the organiser's grand 100,000 target, only some 300 people flocked to the Batu Caves temple to protest against a proposed high-rise development project.
The two 29-storey condominium project, which was approved by the Barisan Nasional-led Selangor government in 2007, is slated to be built adjacent to the iconic temple.
The temple committee said construction of the project would cause instability to the temple structures and also the world's tallest Lord Murugan statue.
The protesters held up banners that read "Stop" against the backdrop of the Lord Murugan statue this morning.
They also inked their support for a signature drive organised by the temple committee.
"The project was approved in 2007 by the Selayang Municipal Council (MPS).
"We must know who sat in the council that time. Who approved this?" said temple committee chairman R Nadarajah in his speech.
He said the same approach must also be used to determine the "culprit" who issued another building plan approval in June, 2008.
Nadarajah also accused the Pakatan Rakyat state government of threatening the temple committee.
Citing a press statement by exco Dr Xavier Jayakumar where the latter had said the state government should not give in to the temple committee's demands, Nadarajah claimed that it seemed like the state government was indirectly pressuring the temple committee to withdraw the protest.
"However, we will not budge," he said.
"It is our right and we will fight to save the temple at any cost," he added.
'I don't know who to blame'
At a press conference later, Nadarajah said he would give the state government a month to cancel the project permanently, failing which he would bring the matter to court.
He said he would name MPS and the developer in the lawsuit.
Meanwhile, he also defended the low turnout, considering the hot weather and Hari Raya Haji holiday.
Asked who should be blamed for the saga, the temple chairman who sat beside ex-MIC president S Samy Vellu paused at answering, glaring at the journalist who asked the question.
"You ask me who should be blamed, I also don't know I should blame who," he said.
NGO Malaysia Nature Society representative Teckwyn Lim then chipped in, saying that the Selangor government now had the power to stop the project.
"If they don't stop the project, then they should be blamed," he added.
Deputy Foreign Minister A Kohilan Pillay, who was a MPS councillor in 2007, joined the fray by saying that the BN-led council was only responsible for the first planning approval.
"It was just an approval for them to carry out soil tests. It had not come to the stage when they announced it would be a 29-storey building," he said.
He blamed the Pakatan state government for the subsequent building approval issued in 2008 and the project marketing approval issued in August this year.
Both Kohilan and Nadarajah said they were only informed about the launching of the project last week.
MIC president G Palanivel, who yesterday called on the Indian community to stage nationwide protests with regard to this issue, was himself not present at Batu Caves today. Also missing were MIC deputy president Dr S Subramaniam, vice president SK Devamany and numerous central working committee (CWC) members ~ Free Malaysia Today
KANGAR - Polis menahan ibu bapa gadis berusia 17 tahun yang dipercayai membuang bayi yang baru dilahirkannya ke dalam tali air kelmarin bagi membantu siasatan.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis Supt Mohd Nashir Ya berkata, pasangan suami isteri berusia lingkungan 40-an itu ditahan pukul 9.47 malam semalam.Setakat ini polis telah menahan enam orang bagi membantu siasatan kes tersebut, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.Awal pagi semalam, polis menemui mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat selepas menerima laporan pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah.Pegawai perubatan itu membuat laporan polis selepas mengesyaki pendarahan yang dialami seorang pelajar perempuan yang dirujuk ke hospital itu pada 9.20 malam kelmarin disebabkan komplikasi bersalin.Hasil siasatan, gadis itu mengakui melahirkan bayi perempuan yang kemudian dibuang ke dalam tali air tersebut.Susulan penemuan mayat bayi itu, polis menahan empat individu termasuk teman lelaki dan abang gadis berkenaan. - Bernama...inilah masalah akhlak muda muda zaman sekarang..semoga Allah lindungi ahli keluarga kita...
You are subscribed to email updates from KRAI Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Korban 1 Balik beraya korban semalam pastilah ada agenda berborak dengan kawan sekampung. Lalu terbukalah cerita tentang kawan aku orang kuat PKR membawa seorang artis yang masuk Pakatan Rakyat berceramah di sebuah kampung dalam daerah kami. Kawan aku tanyalah pusat berapa nak bagi saguhati kat artis yang dah malap ni. Menurut PKR pusat kalau ceramah di Lembah Klang tak perlu bayar tetapi jika di luar boleh bagi elaun RM200. Kawan aku pun siapkanlah RM200 dan Ketua Cabang pun tambah duit poketnya sendiri RM50 untuk genapkan RM250. Rupa-rupanya artis tu dah siap letakkan harganya RM500. Kih kih kih! Kalau seminggu tiga program atau sebulan dua belas program okeylah kannnnn? Masyuuuk!
Korban 2 Lalu aku teringat ketika kes demo depan masjid ubudiah dan istana bukit chandan Kuala Kangsar ketika rampasan kuasa oleh kapten Jib Sparroh dulu. Ramai kawan kami ditangkap. Malamnya ada ceramah di rumah MB dan diceritakanlah kisah OKT ini betapa mereka adalah wira rakyat dan kutipan derma pun dibuatlah untuk wira-wira ini. Diumumkan malam itu berjaya memungut RM13 ribu. Tapi sampai hari ini duit tu tak sampai ke tangan OKT dan mereka berkelintau jugalah mencari duit jamin. Kawan-kawan ni kata tak kesah sangat dengan duit ni, bukan itu matlamatnya tapiiii....... Marilah kita ketawa dengan kisah pengorbanan ini....
Kuala Lumpur - by @tiewnama. kerajaan perpaduan merujuk kepada penggabungan di antara pas dan umno untuk membentuk kerajaan pusat yang berpaksikan islam, tetapi ini hanyalah dari sudut lahiriahnya saja, ramai yang tidak mengetahui akan hakikat sebenar di sebalik kerajaan perpaduan ini, tujuan sebenar kerajaan perpaduan yang sangat di dambakan oleh hassan ali, nasaruddin mat isa dan beberapa pemimpin PAS ini adalah penyingkiran najib sebagai presiden umno dan penyingkiran tim najib sebagai kelas kelas elitis dalam kerajaan barisan nasional, sebenarnya bibit bibit penguasaan muhyiddin yassin telah lama membarah di dalam kem umno, kerana itu najib menangguhkan perhimpunan agung umno, kerana perisik najib telah di beritahu bahawa tim muhyiddin yang terlalu ramai sedang mara untuk mempresidenkan muhyiddin sebagai perdana menteri menggantikan najib yang di lihat lemah dan tidak berani mengutuk sekutunya iaitu MCA dan MIC, kebanyakkan dari perwakilan umno mendapati najib razak gagal untuk membawa bangsa melayu ke arah yang lebih jitu, oleh itu penyingkiran najib adalah satu perkara yang wajib, muhyiddin yassin telah menggambarkan bahawa jika pemimpin pas mahu menyertai umno serta membentuk kerajaan perpaduan ini, secara tidak langsung kem kem najib razak di dalam umno akan malap dan tidak lagi akan bermaya, kerana di antara kesemua pemimpin umno, hanya muhyiddin dan timnya saja yang di lihat mesra kepada islam dan melayu, lihat saja siapa tim muhyiddin? lihat saja jawapan muhyiddin ketika di tanya mengenai hudud, ia berkata hudud akan di laksanakan bila sampai waktunya setelah timnya yang juga adun johor membangkitakan isu hudud di dewan dun johor, sebaliknya najib menjawab, hudud sekali tidak akan di laksanakan di malaysia, tim muhyiddin melihat tim najib begitu takut dengan kekuasaan MCA dan chua soi lek, hanya tim muhyiddin saja yang berani menujah MCA, sebagai contoh adalah umno bahagian cheras dan umno bahagian kalabakan, salah satu dari tim muhyiddin, untuk melihat siapakah tim muhyiddin yassin yang sedang berusaha menaikkan timbalan presiden umno ini ke kerusi presiden sebelum pru 13, hanya perlu melihat isteri kepada menteri dan ahli parlimen atau ketua umno bahagian yang ada, siapa di antara mereka yang mengenakan tudung dan menutup aurat, maka orang itulah tim kepada muhyiddin, di antaranya adalah dato sri shahrizat jalil iaitu ketua wanita umno malaysia, dato noraini, dato normah, dan beberapa menteri yang isteri mereka bertudung penuh. sebenarnya tujuan muhyiddin yassin berbuat demikian adalah semata mata mahu mengikis kekuasaan najib razak dalam pentas Barisan Nasional, kerana mengikut kepada kajian, usia muhyiddin lebih tua dari najib dan muhyiddin lebih layak menjadi presiden umno kerana muhyiddin lebih kepada pembela orang orang melayu. sebenarnya telah lama berlaku perebutan kuasa presiden ini, cuma orang luar tidak mengetahuinya kerana ianya di simpan rapi, tetapi kini terdapat ramai orang orang dalam mereka sendiri yang sedang membocorkan 1 per 1 perebutan kuasa dalam umno. seperti sedia maklum, muhyiddin mengatakan siapa yang cuba mensabotaj parti umno, mereka akan di buang dan disingkirkan atau di pecat, sebenarnya muhyiddin merujuk kepada tim najib razak yang kini di lihat lebih kepada mensabotaj tim muhyiddin dalam pelbagai dun dan parlimen. umum juga tahu jika tim najib razak tidak di buang dan di singkirkan daripada barisan nasional, maka untuk umno dan barisan nasional mengekalkan kuasa adalah amat tipis sekali. kerana mentaliti rakyat malaysia adalah agama di jadikan modal untuk meraih undi.
MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA SEBELUM PRU 13.
TIM MUHYIDDIN CUBA MENSABOTAJ KEM NAJIB
TIM NAJIB CUBA MENSABOTAJ KEM MUHYIDDIN
by @tiewnama - pasti ramai yang tidak akan faham apa yang gua bicarakan. kahkahkahkah Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Kuala Lumpur - by @tiewnama. Menteri di jabatan perdana menteri dato sri nazri aziz telah bertemu dengan tuan guru nik abdul aziz nik mat secara peribadi. di katakan bahawa menteri di jabatan perdana menteri ini sedang berkira kira untuk menyertai parti PAS kerana sudah jemu dengan pentadbiran Barisan Nasional yang terlalu rasuah dan mementingkan kroni dan kuasa memerintah saja, nazri aziz yang juga tim kepada muhyiddin yassin kini sedang mengatur strategi untuk melantik dan mengangkat timbalan presiden umno itu kepada kerusi presiden. berita selanjutnya bakal menyusul.
by @tiewnama - lagi sekali langit seakan runtuh kepada tim Najib Razak. kahkahkahkah Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Kuala Lumpur - by @tiewnama. Arakian sebenarnya gua tidaklah pencinta kepada Anwar Ibrahim, kerana gua tiada berparti, gua sokong dia hanya sebab dia lawan umno, dia lawan kezaliman, dia lawan penindasan dan menganiayaan. walaupun ibubapa gua melarang gua untuk melawan Najib Razak. Tapi hari ni gua nak puji dia sikit sebab dia bijak berpolitik dalam menyemai benih benih kemesraan berbanding dengan pemimpin Pas dan Dap. gua cuma mahu ambil satu contoh kecil saja sebab gua sekolah tak tinggi nak ambik contoh yang besar besar. Anwar memang cool dan trendy bila berada di khalayak ramai. Anwar cool sebab sewaktu berada di tempat awam dia tak bagi pemimpin pemimpin peringkat cabang dan ranting ada di sekelilingnya. Berapa ramai dia punya bodyguard memerhati dari jauh atau jarak dekat itu dia punya pasal tapi yang penting pembodek pembodek tidak ada di sekelilingnya. Orang ramai boleh duduk melepak bersembang bersantun bergambar bersamanya sebab tidak ada pembodek pembodek berjawatan di peringkat cabang dan ranting pada ketika itu. Berbanding dengan pemimpin Pas dan Dap, jika pemimpin besar seperti Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Hadi serta Lim Guan Eng berada di khalayak ramai di sekelilingnya, adalah ramai pemimpin pemimpin peringkat kawasan, penuh dah padat kerana kononnya untuk menjaga keselamatan VVIP. Orang ramai tidak berpeluang untuk beramah mesra dengan pimpinan tertinggi Pas dan Dap kerana tiada ruang untuk mereka berbuat demikian. Pakcik pakcik tok wan tok wun tok win kalau dapat bersalam dengan Tok Guru sudah cukup besar hati mereka, apatah lagi dapat bersembang dan bermesra secara berdepan. Tidak, Jangan diharap langit akan runtuh, ini semua sukar berlaku kerana di sekeliling Tok Guru adalah pembodek pembodek yang berjawatan di peringkat kawasan. Masa inilah mereka nak tunjuk pada orang orang kampung yang kononnya mereka saja boleh rapat dengan pimpinan sebab mereka berjawatan dalam parti. Orang kampung mesti mahu tahu yang mereka saja yang boleh rapat dengan pimpinan sebab mereka ada jawatan penting dalam parti islam dan parti demokratik itu. Orang kampung kalau ada hajat mahu disampaikan mesti melalui mereka terlebih dahulu. Mereka orang besar kononnya, mereka golongan cerdik pandai kononnya, Sebab itu gua kata Anwar memang cool dalam hal macam ini, nampak saja perkara kecil tapi mendatangkan impak yang besar terhadap masyarakat terutama di kalangan masyarakat luar bandar. Anwar memang bijak berkira hatta dalam hal yang sekecil beginipun, sayangnya pemimpin Pas dan Dap peringkat kawasan tak rela beri ruang pada orang ramai mendekati pemimpin mereka, kerana apa? kerana mereka bodoh angkuh dan sombong, tak boleh di tegur, semuanya maksum, bila di tegur di katakan melawan pemimpin, kentut mereka juga berbau wangi, usah dipertikaikan. badan mereka mempunyai emas, kerana itu ianya tidak mudah di dekati kerana penjaga penjaga emas sedang mengelilingi lubuk emas itu. teruskanlah kebodohsombongan itu buat selamanya! nilai 0 pada mata anak muda! apapun tahniah pada Anwar Ibrahim kerana bijak menyelami sendiri dari hati ke hati rakyat dan anak muda malaysia.
ANWAR BERSAMA ORANG RAMAI TANPA PEMBODEK.
by @tiewnama - ramai pembodek baik dan BN mahupun PR beb, sama saja. kahkahkahkah
NAJIB JUGA BERSAMA ANAK MUDA TANPA PEMBODEK!
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Kuala Lumpur - by @tiewnama. kami para para mufti mufta telah mengadakan perbincangan bersama dan telah sepakat untuk meminta maaf kepada seluruh rakyat malaysia yang beragama islam kerana keterlanjuran MCA dari Barisan Nasional menghina islam dan menghina hudud serta menghina tuan guru nik aziz, setelah membuat keputusan bersama, kami turut meminta maaf untuk pihak UMNO kerana mereka tidak meminta maaf kepada umat islam di malaysia lantaran kelantangan serta kebidapan MCA terhadap hinaan kepada al quran dan Islam. kami juga meminta maaf untuk pihak Perkasa kerana mereka juga menyokong kenyataan berbaur penghinaan terhadap islam oleh MCA, dari itu kami sebulat suara meminta maaf kepada seluruh umat islam semua di atas kejahilan Barisan Nasional yang memperlekehkan islam selama ini. kami juga sedar kami tidak mempunyai apa apa daya pun untuk menghalang perbuatan terkutuk MCA yang mana UMNO hanya mendiamkan diri dan di lihat takut untuk membantah kebiadapan serta keceluparan pemimpin MCA dalam hinaan dasyat terhadap islam. kami sedar siapalah diri kami ini, kami hanya di bayar untuk terus bercakap dan mengeluarkan fatwa fatwa yang hanya berkepentingan kepada pemerintah saja. oleh itu sekali lagi kami ingin memohon maaf di atas kesilapan yang berlaku, kami akan cuba yang terbaik selepas ini, kami akan berfatwa lagi.. sekian..
by @tiewnama - tunggu langit runtuh lah kalau mufti malaysia berani cakap macam ni! kahkahkahkahkah Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
"Disebabkan mempercayainya, saya hanya mengikut arahan apabila diminta membuka baju dan coli, namun dia meramas buah dada saya hingga saya berasa sakit.
"Saya mula curiga dan takut apabila doktor itu menyatakan saiz buah dada saya besar selain mengajak saya melakukan hubungan seks," kata ibu tunggal hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 34, yang mendakwa dicabul seorang doktor sebuah hospital swasta, di sini.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu ketika dia ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan susulan berikutan masalah darah tinggi, hidung berdarah, sakit perut dan sukar membuang air.
Nurul berkata, dia mengenali doktor berusia lingkungan 40-an itu kerana pernah mendapatkan rawatan daripadanya sebelum ini.
Menurutnya, sebelum kejadian mencabul itu berlaku, doktor terbabit mengarahkannya berbaring sambil memberitahu mahu memeriksa tekaknya.
"Ketika itu, hanya kami berdua di dalam bilik pemeriksaan manakala jururawat berada di luar bilik. Saya tidak bersangka buruk dan mempercayainya kerana dia doktor yang pernah merawat saya sebelum ini.
'Selepas tekak saya diperiksa, doktor itu mengarahkan saya membuka baju dan coli sebelum mencabul saya dan mengeluarkan kata-kata berunsur seks sebelum menyuruh duduk sambil mengurut belakang saya," katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam. Nurul berkata, terkejut dengan kelakuan doktor itu, dia cuba beredar dari bilik berkenaan selepas doktor terbabit mengajaknya melakukan hubungan seks.
Menurutnya, ketika bersiap memakai baju, doktor berkenaan memeluknya dari belakang sekali lagi meramas buah dadanya.
"Malah, doktor juga menarik tangan untuk memegang kemaluan saya. Tindakannya itu menyebabkan saya terus keluar dari bilik pemeriksaan.
"Saya kemudian berjumpa seorang kakitangan hospital di kaunter untuk memaklumkan kejadian itu sebelum dibawa berjumpa seorang pegawai untuk berbincang.
"Dalam perbincangan itu, pegawai terbabit meminta saya tidak membuat laporan polis atau membuat aduan mengenai kejadian yang berlaku," katanya.
Bagaimanapun, kata Nurul dia memutuskan tidak mematuhi permintaan itu kerana kejadian yang berlaku bukan saja meninggalkan kesan buruk ke atasnya sehingga dia sering berasa sedih dan takut, malah berpendapat doktor itu wajib dikenakan tindakan.
Bagi memastikan keadilan dan keselamatan dirinya serta dua anak perempuannya berusia enam dan tujuh tahun, Nurul membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS), di sini, sehari selapas kejadian (20 Oktober).
"Saya serahkan kepada polis menyiasat kes ini dan berharap doktor berkenaan dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman setimpal di atas perbuatannya itu.
"Saya mendedahkan kejadian ini dengan harapan mendapat pembelaan dan berharap sesiapa yang pernah menjadi mangsa doktor itu tampli membuat laporan polis demi maruah dan mengelak kejadian sama kepada pesakit lain," katanya.
- MD
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Kuala Lumpur - by @tiewnama. Neelofa atau nama kampungnya Melor telah insaf dan akan menyertai kelas agama sedikit masa lagi sempena hari raya korban ini. berdasarkan pada pengamatan tim era pasca, kami mendapati neelofa yang menjadi kegilaan ramai remaja lelaki dan lelaki dewasa serta menteri menteri yang merompak wang rakyat dalam membuat modal ketika dalam bilik air. neelofa telah bertudung penuh serta seakan berjubah sempena hari raya haji ini.. di kabarkan dari maklumat sulit yang ada pada kami, neelofa sudah insaf dan akan memakai pakaian menutup aurat seperti gambar ini buat selamanya..
berbalik kepada tajuk di atas.. seperti selalu, neelofa yang berpakaian telanjang selama ini akan cuba mengubah sikap dan pemakaiannya selepas hari raya korban ini demi untuk memartabatkan islam ahlul sunnah wal jamaah yang di anutinya..
by @tiewnama - iya ke berita ni? ke langit sedang terbelah? kahkahkahkahkah Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
CCahaya biru terang datang dari pantai di Pulau Vaadhoo selepas setempat plankton ini bertindak balas dengan oksigen dalam air laut untuk menghasilkan cahaya lebih cerah daripada galaksi Bima Sakti.
Fenomena semulajadi, dipanggil 'bio-luminescence, yang jarang dilihat terlalu hampir dengan daratan telah ditangkap dengan jurugambar Doug Perrine ketika malam perjalanan ke Lautan Hindi.
Dia memberitahu gambar ini diambil ketika malam penuh bintang, tetapi tiada bulan. Setiap gelombang kecil menghempas ke pesisir pantai diterangi seperti lembaran kilat.
Plankton ini menghasilkan pertunjukan cahaya tertumpu sepanjang pinggiran pantai. Organisma yang menghasilkannya adalah cukup besar untuk dilihat dengan mata kasar.
Seorang pakar, Peter Frank menjelaskan fenomena itu, berkata apabila bersesakan, setiap organisma akan mengeluarkan cahaya biru kilat yang dihasilkan oleh tindak kimia di dalam sel.
Fenomena yang jarang berlaku ini biasanya hanya dapat dilihat jauh dari daratan apabila kapal mengacau dasar laut. -biarbetul/HMO
Sentul - Seorang peniaga terpaksa membuat laporan polis selepas rumahnya diserbu oleh beberapa individu yang mengaku sebagai polis.
Mangsa, Soh Jo Nian, 25, berkata, dalam kejadian jam 1 petang pada 22 Oktober lalu, pintu jeriji rumah turut dipecahkan sebelum kumpulan terbabit menggeledah di dalam rumahnya.
Menurutnya, seorang daripada individu terbabit menunjukkan kad kuasa kononnya mereka adalah anggota polis untuk mengarahkannya membuka pintu.
"Saya tidak mahu buka pintu menyebabkan seorang daripadanya memotong mangga pintu dan menerjah masuk ke dalam dan menggeledah di dalam dua bilik tidur tanpa sebarang bukti atau waran yang menunjukkan mereka adalah benar-benar anggota polis," katanya kepada pemberita semalam.
Jo Nian berkata, setelah gagal menemui apa yang dicari, kumpulan itu pergi begitu sahaja dan enggan memberikan identiti masing-masing ketika dipinta.
"Mereka tengking saya bila saya banyak tanya, malah mereka juga tidak benarkan saya membuat sebarang panggilan telefon," katanya.
Menurutnya, ketika kejadian dia tinggal bersama adik perempuan berusia 17 tahun manakala kedua ibu bapanya tiada di rumah.
"Apa yang berlaku benar-benar membuat kami sekeluarga trauma malah tindakan individu yang mengaku polis itu menggeledah rumah membuatkan kami terpaksa menanggung malu dengan jiran," katanya.
Sementara itu Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang hadir pada sidang media yang sama berkata, jika benar individu terbabit adalah anggota polis tindakan menggeledah tanpa waran di kediaman mangsa itu adalah salah dan boleh dikenakan tindakan di bawah Prosedur Kanun Acara Jenayah (Pindaaan 1999).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung laporan yang dibuat mangsa.
Shah Alam - Di sebalik pelbagai kontroversi yang melanda pentadbiran Negeri Selangor terutama pertikaian isu air, semalam 80 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Solidariti Hijau tampil menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang membantu rakyat dalam isu air.
Pengerusi Solidariti Hijau, Zulkifli Omar berkata, beliau mahu Kerajaan Persekutuan membantu dalam pembangunan air di negeri itu dalam pemberian infrastruktur yang lengkap.
"Saya harap isu air tidak dipolitikkan kerana ia adalah hak asasi manusia dan dalam usaha mencapai taraf negara maju, isu air harus diselesaikan terlebih dahulu," katanya.
Beliau dalam pada itu turut memuji inisiatif Kerajaan Selangor yang menawarkan pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat di negeri itu dalam usaha meringankan beban rakyat.
"Usaha ini wajar dipuji dan dicontohi Kerajaan Negeri lain dalam memberi kemudahan air kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meluahkan rasa terharu dan berbesar hati terhadap sokongan yang diberikan Solidariti Hijau ini.
"Sokongan ini bagaikan suntikan motivasi kepada Kerajaan Negeri agar terus berusaha merakyatkan ekonomi dan jika kita diberi peluang dalam pilihan raya akan datang kita akan merakyatkan ekonomi negara," katanya ketika sidang media, semalam.
Menurutnya, Kerajaan Negeri komited mendahulukan kepentingan rakyat dan terus memberi sumbangan kepada rakyat.
"Jika kita berjaya membolosi rintangan ini, tidak mustahil kita dapat pecahkan banyak lagi tembok lain," katanya.
Dalam majlis sama, satu deklarasi air juga disampaikan kepada Menteri Besar sebagai tanda sokongan padu Solidariti Hijau terhadap usaha murni Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan air percuma. -SH
Kalau dua atau tiga hari lepas Sebuah kamera AES (Automated Enforcement System) dilaporkan tumbang setelah dilanggar seorang pemandu yang terkejut akan silauan flash kamera tersebut, ini pula mengenai sebuah lagi AES.
Menariknya hujan tidak, ribut pun tidak tiba-tiba saja kamera yang ditempatkan di salah satu lokasi di sepanjang lebuhraya menghala ke Utara Semenanjung dirakamkan dalam keadaan hampir rebah.
Gambar di atas berjaya dirakamkan oleh salah seorang rakan Pulakdah yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung bagi meraikan Hari Raya Aidiladha.
Menurut Pulakdah, ada kemungkinan ia dilanggar ataupun dijatuhkan.
Kuala Lumpur : Perbuatan dua peragut melarikan beg tangan milik seorang pelajar kolej wanita memakan diri apabila salah seorang daripada mereka ditahan selepas motosikal ditunggangi suspek terbabas ke dalam longkang berhampiran Kampung Wira, Taman Melati Wangsa Maju di sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 8 malam itu berlaku selepas dua peragut yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC merentap beg tangan mangsa yang berusia 23 tahun dari arah belakang.
Mangsa yang terkejut cuba mempertahankan beg tangannya namun beg tersebut kemudian direntap dengan lebih kuat menyebabkan mangsa terjatuh dan cedera di lutut sebelah kiri.
Beg tangan yang berada di bahu kanan mangsa berjaya dilarikan.
Bagaimanapun, sumber berkata, perbuatan suspek telah dilihat oleh dua anggota polis yang menaiki sebuah kereta peronda yang kebetulan membuat rondaan di kawasan tersebut – Kosmo.
Panas dan heboh satu Pekan Kamunting Taiping seekor lembu sumbangan YB Zahir Khalid Adun Kamunting untuk Masjid Kg Expo hilang dan disyaki dicuri.
Pada malam kelmarin ada ditambat oleh AJK Masjid Expo, datang untuk Solat Subuh pagi tadi ,ahli jemaah melihat seekor lembu ,sumbangan YB Dato' Zahir, Exco Kerajaan Perak itu telah dicuri orang.
Ahli Jemaah Masjid Expo, berasa sesuatu tak kena, jika hendak curi lembu kenapa seekor lembu sumbangan YB UMNO tu hilang sedangkan seekor lagi elok ditambat.
Berikutan kehilangan lembu itu, didakwa Timbalan Pegerusi Masjid Expo telah membuat laporan polis.
Jika mereka yang mencuri itu tidak pulang balik lembu itu,pihak Masjid akan buat solat hajat dan baca yassin untuk keselamatan.
Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, yang memberitahu penulis,l embu YB Dato Zahir ,Adun Umno itu telah dicuri oleh orang UMNO juga.
Pencuri yang didakwa Ahli UMNO itu tidak suka YB Umno memberi sumbangan lembu kepada Masjid Expo ,kerana Masjid Expo,Kamunting dikatakan pro-PAS. -Sisibukit
ZULL AZNAM (kanan) membawa mayat bayi perempuan yang dipercayai dibuang dua remaja di Sungai Berembang, Simpang Empat, Kangar semalam.
Kangar – Dua remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki membuang bayi yang baru dilahirkan oleh seorang pelajar perempuan sekolah agama yang juga rakan sebaya mereka ke dalam sungai di sini malam kelmarin.
perempuan yang cukup sifat itu dicampak dua remaja terbabit dari sebuah titi ke dalam Sungai Berembang di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat di sini kira-kira pukul 9.
20 malam.
Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Harun berkata, dua suspek tersebut iaitu seorang sepupu serta teman lelaki kepada pelajar perempuan yang melahirkan bayi itu dan ketiga-tiga mereka bersekolah di tingkatan lima sebuah sekolah menengah agama di sini.
"Komplot mereka terbongkar setelah ibu bayi tersebut mengaku kepada doktor yang merawatnya setelah pelajar itu mengalami komplikasi pendarahan selepas melahirkan bayi itu.
"Ekoran itu, doktor berkenaan memaklumkan kepada polis. Siasatan dijalankan serta-merta sehingga penahanan dua remaja terbabit dan mencari lokasi bayi tersebut dibuang," katanya kepada pemberita di sini semalam. -Kosmo
HARI ini Utusan Malaysia melaporkan bahawa bekalan haiwan korban untuk perayaan Aidil Adha tahun ini tidak mencukupi.
Pembekal ternakan ruminan tempatan mengalami kesukaran membekalkan haiwan ternakan untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, ekoran kekurangan bekalan antaranya disebabkan peraturan ketat dasar eksport Australia lapor akhbar itu.
Apabila disebut haiwan korban dan dikaitkan dengan Aidil Adha, tentu sekali ia sangat sinonim dengan lembu. Apabila disebut lembu maka kita tidak akan lupa dengan skandal NFC milik keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil.
NFC telah diberi kepercayaan untuk menjalankan projek impak tinggi iaitu membekalkan lembu untuk negara ini. Sebanyak RM250 juta wang rakyat dipinjamkan kepada keluarga Shahrizat Jalil dengan harapan, dapat membekalkan lembu dengan banyak, sekaligus menurunkan harga haiwan itu di pasaran tempatan.
Namun duit rakyat yang diamanahkan untuk membela lembu digunakan untuk membeli kondominium mewah di Orchad Scott, Singapura, kondominium mewah One Menerung di Bangsar, membeli tanah di putrajaya, beli kereta Mercedes, dan lain-lain.
Hasilnya bekalan lembu tidak cukup, harga daging lembu semakin meningkat. Projek yang kononnya disebut sebagai berimpak tinggi bertukar menjadi projek kontroversi. Duit rakyat RM250 sudah habis dijoli.
Inilah hasilnya bila duit rakyat, diberikan kepada orang yang tidak amanah. Lapor kepada SPRM, mereka kata tiada bidang kuasa yang membolehkan pihaknya mendakwa keluarga Shahrizat kerana menyeleweng wang rakyat.
ReJaM sendiri ada bertanya kepada pegawai komunikasi korporat SPRM yang muncul setiap kali kami Jingga 13 membuat laporan di bangunan SPRM di Putrajaya. Wanita lingkungan 30 an itu setuju keluarga Shahrizat Jalil menyelewengkan dana rakyat, namun pihaknya tidak ada kuasa untuk mendakwa.
Tambahnya lagi, tiada unsur rasuah dalam projek NFC meskipun penyelewengan diakui berlaku. Apa pun alasannya, wang rakyat RM250 juta sudah lebur di tangan keluarga Ketua Wanita parti yang mengaku memperjuangkan nasib bangsa Melayu.
Siang malam pagi petang menjerit ketuanan Melayu, Hidup Melayu. Keluarganya dapat RM250 juta, tapi rakyat bangsa Melayu yang percaya dengan slogan dibawanya hanya mampu menggigit jari, jangan kata daging lembu tahi lembu pun tak dapat.
RM250 duit rakyat jahanam, harga lembu makin meningkat, bekalan lembu pun tak mencukupi. Jadi apa tujuan beri pinjaman mudah RM250 juta dengan kadar faedah hanya 2 peratus kepada keluarga Ketua Wanita Umno?
DIFAHAMKAN, pesawat yang dijadualkan berlepas dari lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah ke beberapa destinasi dibatalkan lagi penerbangannya semalam. Ramai penumpang yang tersadai di sana.
Menurut koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa yang turut berada di tempat kejadian, beliau terpaksa bermalam di Kota Kinabalu kerana pesawat Air Asia yang dijadual menerbangkannya ke Kuala Lumpur, sekali lagi dibatalkan.
Kos penginapan terpaksa ditanggung sendiri, malah menurutnya pihak Air Asia langsung tidak mempedulikan nasib para penumpang yang menjadi mangsa. Malah seteguk air minuman pun tidak diberikan apatah lagi tempat penginapan.
Ini merupakan kali kedua pembatalan pesawat beliau yang dijadualkan berlepas sebelum Hari Raya Aidil Adha kelmarin. Fariz betul-betul kecewa, sudahlah tidak dapat berhari raya bersama keluarga, terpaksa pula menanggung kos penginapan yang mahal gara-gara pengurusan yang lembab.
Menurut Fariz lagi, beliau terpaksa beratur lebih 2 jam untuk menukar tiket gara-gara penerbangannya kelmarin dibatalkan. Namun semalam penerbangannya sekali lagi dibatalkan.
Kita tunggu khabar berita dari beliau hari ini, adakah pesawat beliau akan dibatalkan lagi atau sebaliknya.
Sent from my BlackBerry®
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Ulama Pas, Nik Muhammad Zawawi Salleh menyifatkan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin "agak keterlaluan" dalam menyamakan ulama-ulama parti itu dengan kepimpinan Ayatullah Khomeini dari Iran, yang didakwa tidak boleh ditegur.
"Bekas mufti itu juga agak keterlaluan apabila menyamakan pimpinan ulama dalam Pas dengan Ayatullah Khomeini.
"Semua sedia maklum bahawa Pas berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Ayatullah Khomeini pula berpegang kepada aqidah Syiah.
"Dua akidah yang sangat berbeza antara satu sama lain," kata beliau dalam satu tulisan dibawa organ Pas, Harakahdaily.
Katanya, pengikut Syiah menganggap bahawa Ayatollah adalah lebih tinggi martabatnya daripada para Nabi.
"Jadi tidak peliklah Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh," kata beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Terengganu.
Ketika muncul pada program Wacana Sinar Harian ke-15 Selasa lalu, Asri berkata, Pas tidak seharusnya menjadi seperti pemerintahan Ayatollah di Iran sekiranya berjaya memerintah Putrajaya kelak.
Asri, bekas Mufti Perlis berkata, kalau ada yang bermentaliti bahawa orang agama yang berkuasa tidak boleh ditegur, negara akan menjadi lebih korup dari sekarang.
"Saya rasa ini satu masalah dalam Pas, masalah sekarang ini Pas belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh.
"Kalau kita tidak hati-hati terutamanya parti politik termasuk Pas... kalau mereka naik (menjadi pemerintah) dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin dan tokoh agama itu ada kuasa pula, kita akan menghadapi negara yang lebih korup daripada apa yang berlaku sekarang," katanya ketika menjawab soalan dari moderator Dr Mazlee Malik berhubung sejauh mana beliau melihat pemimpin ulama Pas yang tidak boleh ditegur.
Menjawab pandangan Asri itu, dua Naib Presiden Pas kelmarin menjawab bahawa pihaknya memberi jaminan tidak akan sama sekali akan menjadi pemimpin-pemimpin bergelaran Ayatollah Iran jika diberi mandat memerintah Kerajaan Pusat kelak kerana parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sentiasa mengamalkan sikap terbuka kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik.
Nik Muhammad berkata, soalan yang dikemukakan oleh moderator dalam Wacana Sinar Harian siri ke-15 berhubung dengan pemimpin ulama Pas yang tidak boleh ditegur dan jawapan yang diberikan oleh seorang bekas mufti terhadap soalan tersebut adalah sangat tidak adil kepada Pas.
"Bekas mufti itu ketika menjawab persoalan tersebut berkata bahawa jika Pas menjadi pemerintah dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, negara akan menjadi lebih korup daripada apa yang berlaku sekarang.
"Beliau menyamakan situasi itu dengan pemerintahan Ayatollah Khomeini di Iran yang tidak boleh ditegur dan disentuh," jelas beliau.
Nik Muhammad berkata, moderator tersebut pula seolah-olah dilihat ingin menjatuhkan kredibiliti dan memburukkan persepsi masyarakat terhadap para pimpinan ulama dalam Pas dengan mengemukakan persoalan tersebut.
Ini adalah kerana beliau tidak mengemukakan apa-apa contoh, bukti dan fakta atas dakwaan bahawa golongan tersebut dalam Pas tidak boleh ditegur, tambah beliau.
Menurut Nik Muhammad, Pas khususnya para pimpinan ulamanya sentiasa terbuka untuk menerima segala kritikan dan teguran.
"Lihat sahaja sikap Datuk Seri Presiden, pimpinan ulama tertinggi dalam Pas menerima kritikan dan teguran yang keras daripada (bekas pensyarah UIAM) Dr. Aziz Bari yang mempertikaikan kepimpinannya.
"Keterbukaan beliau lebih terserlah apabila beliau sendiri mencadangkan agar dianjurkan seminar khusus bagi memberi peluang kepada Dr. Aziz Bari mengemukakan kritikan dan teguran tersebut di hadapan ahli dan pimpinan Pas," katanya lagi.
Kata Nik Muhammad, perlu dijelaskan bahawa reaksi ini bukan bermakna Dewan Ulama Pas Pusat tidak boleh menerima teguran apabila disamakan dengan Ayatollah Khomeini tetapi teguran yang dikemukakan mestilah dikemukakan bukti, contoh dan berfakta.
"Ini adalah kerana tanpanya, ia akan memberikan persepsi buruk kepada para pimpinan ulama dalam Pas dan dianggap sebagai tuduhan yang dibuat untuk menjatuhkan kredibiliti Pas yang bakal melangkah ke Putrajaya, insya-ALLAH.
"Bahkan bekas mufti itu sendiri juga telah mengemukakan pandangan dalam wacana tersebut agar teguran yang hendak dibuat mestilah profesional," katanya.
Pada masa yang sama katanya, Pas sentiasa mengajar kepada semua ahli supaya berani menegur dalam apa jua perkara yang bercanggah dengan syariat Islam termasuk juga menegur mana-mana kesilapan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti.
"Sejarah ini sangat banyak berlaku di sepanjang perjuangan Pas," kata beliau lagi.
Oleh : Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Soalan yang dikemukakan oleh seorang moderator dalam Wacana Sinar Harian siri ke 15 berhubung dengan pemimpin Ulamak PAS yang tidak boleh ditegur dan jawapan yang diberikan oleh seorang bekas Mufti terhadap soalan tersebut adalah sangat tidak adil kepada PAS. Bekas mufti itu ketika menjawab persoalan tersebut berkata bahawa jika PAS menjadi pemerintah dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, negara akan menjadi lebih korup daripada apa yang berlaku sekarang. Beliau menyamakan situasi itu dengan pemerintahan Ayatullah Khomeini di Iran yang tidak boleh ditegur dan disentuh.
Moderator tersebut pula seolah-olah dilihat ingin menjatuhkan kredibiliti dan memburukkan persepsi masyarakat terhadap para pimpinan Ulamak dalam PAS dengan mengemukakan persoalan tersebut. Ini adalah kerana beliau tidak mengemukakan apa-apa contoh, bukti dan fakta atas dakwaan bahawa golongan tersebut dalam PAS tidak boleh ditegur.
Bekas mufti tersebut juga sama dengan moderator ketika menjawab soalan yang dikemukakan tidak mengemukan contoh, bukti dan fakta. Ia adalah tidak adil kepada pimpinan Ulamak dalam PAS yang dituduh demikian apatah lagi wakil PAS tidak dijemput dalam wacana tersebut. Dipukul dalam keadaan tangan terikat sehingga tidak boleh menjawab terus. Kalu boleh menjawab sekalipun selepas itu, ia dalam keadaan ruang yang sangat terhad.
PAS khususnya para pimpinan Ulamaknya sentiasa terbuka untuk menerima segala kritikan dan teguran. Lihat sahaja sikap Dato' Seri Tuan Guru Presiden, pimpinan Ulamak tertinggi dalam PAS menerima kritikan dan teguran yang keras daripada Prof. Dr. Aziz Bari yang mempertikaikan kepimpinannya. Keterbukaan beliau lebih terserlah apabila beliau sendiri mencadangkan agar dianjurkan seminar khusus bagi memberi peluang kepada Prof. Dr. Aziz Bari mengemukakan kritikan dan teguran tersebut di hadapan ahli dan pimpinan PAS.
Bekas mufti itu juga agak keterlaluan apabila menyamakan pimpinan Ulamak dalam PAS dengan Ayatullah Khomeini. Semua sedia maklum bahawa PAS berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah dan Ayatullah Khomeini pula berpegang kepada aqidah Syiah. Dua aqidah yang sangat berbeza antara satu sama lain. Pengikut Syiah menganggap bahawa Ayatullah adalah lebih tinggi martabatnya daripada para Nabi. Jadi tidak peliklah Ayatullah tidak boleh ditegur dan disentuh. Ada pun PAS tidak pernah mengajar orang ramai untuk berpandangan demikian. Ulamak dalam PAS berpegang kepada kata-kata Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar r.a. apabila menjadi Khalifah dan Amirul Mukminin bahawa mereka sedia untuk ditegur. Bahkan Saidina Umar r.a. sangat berbangga terhadap rakyatnya apabila ada yang menunjukkan pedang kepada beliau untuk menegurnya jika beliau melakukan kesilapan.
Perlu dijelaskan, tulisan ini bukanlah bermakna Dewan Ulamak PAS Pusat tidak boleh menerima teguran apabila disamakan dengan Ayatullah Khomeini tetapi teguran yang dikemukakan mestilah dikemukan bukti, contoh dan berfakta. Ini adalah kerana tanpanya, ia akan memberikan persepsi buruk kepada para pimpinan Ulamak dalam PAS dan dianggap sebagai tuduhan yang dibuat untuk menjatuhkan kredibiliti PAS yang bakal melangkah ke Putrajaya, insyaAllah. Bahkan bekas mufti itu sendiri juga telah mengemukakan pandangan dalam wacana tersebut agar teguran yang hendak dibuat mestilah profesional.
Dalam masa yang sama PAS sentiasa mengajar kepada semua ahli supaya berani menegur dalam apa jua perkara yang bercanggah dengan syariat Islam termasuk juga menegur mana-mana kesilapan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti. Sejarah ini sangat banyak berlaku di sepanjang perjuangan PAS. Pas merasakan yang tak boleh ditegur ialah pimpinan Umno dan orang-orang yang bersekongkol dengannya. Orang yang tidak bersama dengan Pas biasanya mereka yang tidak berani berdepan dengan teguran secara terbuka dan tidak mahu menerima pandangan dari orang lain. Sebab itu ramai para ulama yang bergerak bersendirian dan mereka sangat bebas menghentam orang lain saja sesuka hati. Suasana ini amat tidak digalakkan dalam Islam.
KUALA LUMPUR 27 oKT: Timbunan hutang kerajaan mencecah 65 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jika jaminan hutang kerajaan diambil kira, kata bekas Pengerusi KEADILAN Terengganu, Abdul Rahman Yusof.
Beliau berkata, hutang negara ialah RM476 billion bersamaan 54 peratus daripada KDNK atau 55 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK) pada hujung 2011.
"Jaminan hutang yang diberi kerajaan mencecah lebih RM100 bilion. Jika ia diambil kira, hutang dan jaminan kerajaan melebihi 65 peratus daripada KDNK," katanya kepada Suara Keadilan.
Abdul Rahman berkata, Malaysia mengalami belanjawan defisit 15 tahun berturut-turut sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998.
Ketika Anwar masih Menteri Kewangan antara 1991-1997, katanya, belanjawan sentiasa seimbang atau mencatat lebihan manakala purata pertumbuhan ekonomi ialah 8.7 peratus.
Sedangkan, beliau berkata, purata pertumbuhan ekonomi antara 2000 hingga 2012 hanya 1.22 peratus dengan kadar pertumbuhan paling tinggi hanya 5.9 peratus dan terendah (-7.6 peratus)
"Prestasi Menteri Kewangan sekarang (2009–2011) hanya mencatat purata pertumbuhan ekonomi 3.2 peratus.
"Jika dimasukkan 1998 – tahun Anwar dipecat, purata pertumbuhan ekonomi 1991-1998 ialah 7.0 peratus," katanya.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan bahawa individu tertentu telah diarahkan oleh perdana menteri, timbalan perdana menteri atau setiausaha agung BN kononnya untuk 'mencari calon pilihan raya' atau membuat kajian selidik calon di kawasan tertentu.
"Ada yang masuk ke kawasan dengan menjual nama saya, perdana menteri, presiden lain dengan menyatakan dia telah diarah turun untuk mencari calon.
"Ini adalah tidak betul dan satu pembohongan yang besar. Jangan terpedaya dengan mereka," kata Tengku Adnan kepada pemberita selepas majlis korban dan kenduri rakyat sempena Aidiladha anjuran Umno Bahagian Putrajaya, semalam.
Sementara itu,Tengku Adnan berkata nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang sedang melalui pelbagai saringan untuk disenarai pendek.
"PRU-13 boleh diadakan pada bila-bila. Nama calon semua sudah kita terima dan separuh sudah dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan.
"Ada satu tempat, terdapat dua atau tiga nama (calon). Kadangkala, satu nama sahaja di kawasan tertentu, namun proses saringan tetap dijalankan.
"Kita nak calon yang rakyat nak, bukan calon yang parti nak atau calon yang orang tertentu nak. Calon yang rakyat nak kerana mereka akan menjadi wakil kepada rakyat," katanya.
Tengku Adnan juga berkata BN berkemungkinan akan menamakan calon pilihan rumum lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini.
Beliau berkata perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon Umno sahaja malah semua parti komponen BN.
Katanya, ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya dan menegaskan ada sedikit perbezaan pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, katanya, rancangan itu terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN, untuk membuat keputusan.
"Saya yakin kali ini ia akan dilaksanakan dengan sedikit perbezaan. Barangkali ia akan dinamakan lebih awal dari biasa," katanya.
Kelmarin, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata Umno belum bercadang untuk mengumumkan lebih awal nama calon bagi mengelak perbuatan sabotaj termasuk mereka yang tidak dipilih mewujudkan 'pasukan' bagi menjatuhkan calon terpilih.
Mengenai Perhimpunan Agung Umno dari 27 November hingga 1 Disember ini, Tengku Adnan berkata ia akan menumpukan kepada persiapan pilihan raya yang akan datang.
"Seperti biasa, kita akan bincang berkenaan usul dan ucapan presiden, usul ekonomi, agama dan pendidikan.
"Dalam ucapan presiden, beliau (Najib) akan kekalkan mengenai persiapan untuk menghadapi pilihan raya, kalau pilihan raya belum diadakan tetapi kalau pilihan raya sudah diadakan, berkemungkinan beliau akan sebut kemenangan yang kita capai," katanya.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin agar tidak menjadi alat kepada orang lain untuk menyerang tokoh-tokoh seagama dan sebangsa yang telah mencapai kejayaan.
Ketua Penerangannya, Ruslan Kassim berkata, kenyataan Bung Moktar yang mendakwa tokoh korporat Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini menimbulkan rasa hairan dan pelik orang ramai.
"Semua projek yang diperoleh tokoh korporat Melayu itu adalah mengikut prosedur biasa dan telah pun disempurnakan dengan jayanya.
"Jelas sekali, perbuatan Bung Moktar ini samalah seperti cerita ketam dalam bakul yang akan menarik kawan mereka yang lain supaya semua tidak dapat keluar dari bakul," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Bung Moktar dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin yang mengkritik Syed Mokhtar dengan menyifatkannya sebagai cuba memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini sama ada di darat, di laut mahupun udara.
Sementara itu, Ruslan turut menyindir Bung Moktar yang tidak pula dilihat lantang untuk mempersoalkan projek-projek yang telah diperoleh oleh tokoh korporat lain seperti T. Ananda Krishnan, Tan Sri Vincent Tan dan lain-lain.
"Sepatutnya beliau berbangga kerana ada anak Melayu dan Islam yang berdiri sama tinggi dengan bangsa lain dan telah menempa nama dalam bidang perniagaan.
"Sepatutnya, kita sebagai saudara seagama perlu memberikan penghargaan kepada Syed Mokhtar yang telah memberi sumbangan untuk membangunkan negara tercinta ini," ujarnya.
Melayu pengemis di tanah air sendiri, kata Dr M Oleh Lee Wei Lian
KUALA LUMPUR, 24 Okt — Masyarakat Melayu kini umpama pengemis di tanah air sendiri dan perlu menyokong Umno walaupun terdapat kekurangan, ataupun mereka tidak akan diendahkan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
"Kita penggemis di tanah air sendiri dan memerlukan pertolongan daripada orang lain walaupun sedikit," kata bekas perdana menteri itu dalam Kongres Ekonomi Melayu hari ini. Jelas Dr Mahathir (gambar), kedudukan Melayu telah terpecah ekoran perbezaan politik dan mereka perlu bersatu di bawah Umno bagi memastikan mereka mendapat tempat dalam kepimpinan negara.
"Walaupun mereka cacat, jika mereka menang atas sokongan kita, dan kesatuan kita, kita akan jadi lebih efektif kerana mereka bergantung kepada kita," katanya. Perdana menteri paling lama berkhidmat itu turut berkata ekonomi Melayu turut bergantung kepada politik. "Menguatkan politik kita adalah cara untuk kita mencapai kejayaan ekonomi," tambahnya lagi.
"Saya tidak yakin resolusi daripada kongres hari ini akan diambil kira kerana mereka (Umno) tidak cukup kuat," katanya, dan menambah "kita perlu beri mereka kuasa, jadi kita akan dihormati." Dr Mahathir turut berkata apabila Melayu semakin lemah, bangsa lain juga akan turut memandang rendah terhadap hak mereka.
Beliau bagaimanapun menegaskan dirinya bukanlah bersifat perkauman. "Saya hanya mahu mengagihkan kekayaan negara dengan adil. "Kita 60 peratus daripada populasi, kita hanya minta 30 peratus, ambil lah yang bakinya."
Mengakhiri ucapannya, Dr Mahathir kemudiannya menyeru Melayu untuk melihat diri sendiri dan mencari penyelesaian terhadap masalah mereka. Menurutnya, beliau turut berbangga kerana ramai antara masyarakat Melayu berjaya menjadi jutawan dan hartawan, malah ada yang menempa nama di persada antarabangsa tanpa bantuan kerajaan. "Kita perlu tanya diri kita sendiri, adakah kita gagal kerana gangguan orang lain? " Kerajaan tidak membantu kita? Atau kita tidak beri peluang kepada diri sendiri," katanya lagi. - http://www.themalaysianinsider.com
Memerintah lebih 55 tahun sejak lepas merdeka, merompak selama 55 tahun untuk kroni anak dan bini, kemudian dakwa melayu miskin dan mengemis di bumi sendiri, kemudian salahkan orang / parti lain yang tak pernah berkuasa dan penyelesaiannya teruskan memberi sokongan kepada UMNO. -https://www.facebook.com/Michael Chiang
Satu menjaja agama
Satu menjaja bangsa Yang kaya budak kerala Yang mengemis anak bangsa Itulah hikayat doktor umum & keluarga
LELAKI digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia:
1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tidak cukup, apa yang diberi semua tidak cukup. Diberi rumah tidak cukup, diberi motor tidak cukup, diberi kereta tidak cukup. Tidak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia sahaja, tanpa menghiraukan perasaan suami. Tidak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tidak pernah puas. Ada saja yang tidak cukup.
2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tidak berkenan, maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tidak mengenang budi, tidak bertanggungjawab, tidak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.
3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tidak redha dengan suami yang ada.
4. Al-Hudaaqah : Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia sahaja.
5. Al-Hulaaqah : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.
6. As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar di matanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas isteri itu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
TOK GURU NIK AZIZ telah menghantar surat ucapan terima kasih kepada Ketua Pemuda DAP, YB Anthony Loke kerana beliau begitu bersungguh-sungguh membela Mursyidul Am PAS itu di dalam isu aurat mengikut hukum Islam yang telah dipersendakan oleh pemimpin MCA.
Anthony Loke pula merasa terharu di atas sikap rendah diri Tok Guru Nik Aziz yang sanggup menghantar surat kepada beliau. Inilah satu pukulan berbisa buat Umno yang sentiasa berusaha untuk memecahbelahkan PAS dengan DAP. Benar kata Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang menyatakan Parlimen akan lebih cepat dibubarkan sebaik sahaja PAS dan DAP berpisah.
Umno tahu jika PAS dan DAP berpisah, yang mengalami kerugian besar tentulah PKR. Ini adalah kerana kehilangan DAP tidak banyak menjejaskan PAS kerana PAS akan banyak bertanding di kawasan majoriti Melayu, manakala DAP akan menumpukan kawasan majoriti Cina atau camporan. Kawasan majoriti Cina atau camporan ini adalah kerusi tumpuan PKR. Ertinya, jika DAP keluar dari PR, maka yang bermasalah adalah PKR yang mungkin terpaksa bertemu DAP untuk melawan Bn.
Oleh sebab itu, bagi menghancurkan PKR mereka terpaksa pisahkan DAP dengan PAS terlebih dahulu. Cita-cita mereka paling utama adalah untuk melemahkan PKR kerana apabila PKR sudah lemah, lebih mudah pula mereka berhadapan dengan PAS. Pada mereka, kekuatan yang ada pada ketiga-tiga parti di dalam PR ini amat menggerunkan. PAS kekuatannya terletak pada kehebatan jentera meraka. DAP pula kekuatannya pada kekukuhan kewangan manakala PKR memiliki kekuatan dari segi sokongan serta perang saraf yang hebat.
Justeru itu, satu usaha terancang mesti dibuat sebelum Parlimen dibubarkan. Kesemua kekuatan yang ada pada ketiga-tiga parti di dalam PR ini harus dimusnahkan. Kerja inj lebih mudah dilakukan jika PAS tidak lagi bersama DAP. Oleh itu, kita mesti faham taktik mereka dan jangan kita terperangkap.
Dalam keadaan terdesak pemimpin-pemimpin BN mengeluarkan kata-kata yang memilukan kita semua dan tidak pula mereka menyedari yang dari kata-kata itu ia menampakan keterdesakan mereka. Akhirnya mereka sendiri membuatkan rakyat merasa bosan terhadap mereka. Belum pun hilang dengungan kata-kata Chua Soi Lek yang menghina hudud dan bercakap di dalam perhimpunan agong parti itu, tiba-tiba Mahathir pula berkata orang Melayu sedang merempat dalam negerinya sendiri.
Dr Mahathir telah melawak bodoh dengan mengajak rakyat menyokong UMNO yang bertanggungjawab menjadikan orang Melayu merempat. Dr M seolah-olah menuduh yang Pakatan Rakyat yang menyebabkan Melayu merempat sedangkan PR belum lagi memerintah kerajaan negara ini. PR akan hanya memerintah buat pertama kalinya selepas pilihanraya yang akan datang ini, jika mendapat keizinan Tuhan.
Mahathir seolah-olah sudah lupa yang Melayu kini merempat kerana kerajaan BN selama ini tidak berkemampuan untuk membangunkan orang Melayu yang kini merempat dari sudut pandangan Dr M. BN lah yang bertanggungjawab menjadikan Melayu merempat di negara mereka sendiri. Seruan Dr Mahathir supaya rakyat menyokong UMNO untuk tidak merempat ini merupakan lawak jenaka terbaik bagi abad ke 21 ini. Bagi Mahathir penyelesaian dalam isu Melayu merempat ini ialah dengan menyokong UMNO yang bertanggungjawab merempatkan orang Melayu selama ini.Read More / Baca Lagi >>
SEMALAM jutaan umat Islam seluruh dunia yang mengerjakan ibadat haji memenuhi setiap inci dan ruang di padang Arafah. Selain sebagai memenuhi rukun haji, perhimpunan di Arafah juga adalah manifestasi kepada usaha taqarrub (mendekatkan) diri kepada Allah, Pencipta Yang Maha Agung.
Pertemuan umat Islam yang mengenakan pakaian ihram yang sama warna iaitu putih turut menzahirkan kesatuansebagai saudara seagama biarpun dibatasi oleh bahasa dan warna kulit yang berlainan. Segala hal keduniaan seperti pangkat, kedudukan dan jawatan tinggi serta harta tidak lagi 'berguna'. Sebaliknya, semua umat Islam merendah diri dan mengikhlaskan hati masing-masing dengan niat yang satu iaitu mendapatkan pengampunan Allah Rabbul Jalil. Lebih daripada itu, perhimpunan setahun sekali ini adalah persis bagaimana manusia akan dibangkitkan semula dan dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk dihitung amalan semasa hayat kita. Ketua Pakar Rujuk Ibadat Haji 1433H, Datuk Seri Hassan Ahmad berkata, semasa wukuf akan kelihatan lautan manusia ibarat laut yang tidak bertepi. Read More / Baca Lagi >>
Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak penakut untuk menegur Presiden MCA, Dato' Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam, kata Dato' Seri Anwar Ibrahim. "Chua Soi Lek begitu biadap serang Islam (tetapi) Najib cuma duduk senyum sahaja, (malah) beliau langsung tak suarakan bantahan dalam ucapannya selepas itu,"" kata Ketua Umum KeADILan itu depan 3,500 rakyat pada Ceramah Perdana Demi Rakyat di tapak pasar malam Taman Melati, di sini malam tadi. Soi Lek dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MCA Ahad lalu menyatakan 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika undang-undang Islam dilaksana. Pemimpin MCA lain pula memfitnah Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat kononnya beliau menggalakkan wanita bukan Islam dirogol. Anwar berkata, tindakan berkenaan menunjukkan kegagalan Umno menjelaskan kefahaman Islam terhadap parti komponen BN dan tiada kesefahaman sesama mereka. Tambah Ketua Pembangkang itu, ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang sentiasa mengadakan perbincangan jika berlaku salah faham. Read More / Baca Lagi >>
Oleh SELENA TAY Perhimpunan Agung MCA baru sahaja diadakan pada 20hb dan 21hb Oktober 2012 yang lalu. Dalam ucapannya semasa Perhimpunan tersebut diadakan, Presiden MCA, Chua Soi Lek telah membuat kenyataan memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kenyataan Chua Soi Lek juga menghina Hudud dan sekaligus menghina Islam. Kelakuan Chua yang melampaui batas ini seolah-olah telah direstui oleh para pemimpin Umno yang semuanya diam membisu sahaja. Adakah pimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak begitu lemah sekali yang telah mengakibatkan Presiden MCA itu berani menunjukkan belangnya? Mengapa dan kenapa boleh jadi sampai begini? Adakah kerana BN begitu terdesak sekali untuk meraih sokongan pengundi Cina dan oleh itu Chua Soi Lek dibenarkan bermaharajalela tanpa diberi sebarang teguran oleh Umno? Mana suara Umno dalam hal ini? Hakikatnya ialah PM Najib masih berada dalam sindrom penafian dan enggan menerima hakikat bahawa masyarakat Cina sudah menolak BN. Justeru itu, beliau patut menegur Chua Soi Lek dengan memberi Chua satu amaran yang serius supaya Chua jangan berkelakuan melampaui batas dalam usaha meraih sokongan pengundi Cina. Tetapi sehingga kini, PM Najib diam sahaja. Read More / Baca Lagi >>
Semalam mantan Perdana Menteri berkata Masyarakat Melayu kini umpama pengemis di tanah air sendiri dan perlu menyokong Umno walaupun terdapat kekurangan, ataupun mereka tidak akan diendahkan,
"Kita penggemis di tanah air sendiri dan memerlukan pertolongan daripada orang lain walaupun sedikit," kata bekas perdana menteri itu dalam Kongres Ekonomi Melayu di Kuala Lumpur semalam.
Memang benar dakwaan Mahathir tersebut kerana kedudukan ekonomi orang Melayu jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan orang lain khususnya. Dasar Ekonomi Baru (DEB) tajaan Umno juga gagal meletakkan martabat orang yang ditempat yang sepatutnya. Jangankan 18 %, 10 % pun tidak dicapai. Kedudukan sekarang pun banyak bantu dengan pegangan ekuiti GLC kalau tidak sudah tentu lebih jauh merudum.
The battle for freedom, democracy and the triumph of the common man, must be won over and over again. That is why we must repeat, for the benefit of new readers, our agenda to replace the corrupt UMNO government. When Dr Mahathir implored the public to continue voting and supporting UMNO, the road he offers will bring Malaysians more misery and enslavement.
What has UMNO done while being government? Each year since 1988, the government has been spending more money that it earns. That was just a year after Mahathir emerged victorious in the UMNO civil war of 1987. Since then, contrary to what Najib said upon ascending the throne, the government has got bigger and moving towards more command economy and concentration of power.Najib now has more similarities with the Kim's of North Korea than Obama or western democrats.
KUALA LUMPUR: Bagi menarik lelaki hidung belang melanggani pekerja khidmat seks warga China dan Vietnam yang baru tiba di Malaysia, sindiket pemerdagangan manusia menganjurkan 'sekolah mini' kursus bagi mempelajari bahasa tempatan bagi memudahkan komunikasi. Antara perkataan yang diajar ialah abang, sayang, cinta, saya bersih, kacak, atas atau bawah dan baring. Bagaimanapun, jika gagal menguasainya dalam masa tiga hari, mereka dipukul Harian Metro difahamkan, setiap wanita yang baru tiba di Malaysia diajar bapa ayam bertutur beberapa bahasa tempatan, termasuk Bahasa Malaysia bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan.
Malah, wanita yang berjaya menguasai bahasa tempatan mampu meningkatkan pendapatan kerana lebih disenangi pelanggan. Tambahan pula, pelanggan dilaporkan lebih puas dengan layanan pelacur yang boleh berkomunikasi berbanding rakan sekerja yang hanya menggunakan bahasa isyarat.
Perkara itu didedahkan wanita dari China, Yen, 24, yang pernah berkhidmat dengan sindiket terbabit sejak setahun lalu.
Ibu (dari kiri) Lim, Che Surin dan Shanthi bergantung kepada pendapatan Genneva Malaysia sebagai pelabur. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 27 Okt — Pada ketika ramai orang Islam di Malaysia memulakan perjalanan pulang ke kampung bersama dengan keluarga mereka untuk merayakan upacara mengagihkan daging dan gelak tawa pada hujung minggu panjang Aidiladha ini, peniaga emas Che Surin Jusoh dari Genneva Malaysia bergelut untuk menjelaskan kepada anak berusia lima tahun mengapa mereka tidak boleh kembali ke Kedah untuk bercuti. "Anak lelaki saya akan bertanya 'Ma, Kenapa tak bawa Keluar? Lama tak jalan-jalan'," penjual emas berusia 32 tahun itu memberitahu The Malaysian Insider awal minggu ini, pada ketika warga kota tergesa-gesa pulang untuk meraikan percutian Islam itu di kampung halaman. "Saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan ... saya hanya mempunyai RM1, 000 hingga RM2, 000 dalam akaun bank saya," tambah ibu kepada dua anak dan pencari nafkah tunggal dalam keluarga. Che Surin adalah antara 60,000 penjual dan pembeli yang telah ditinggalkan dalam kerugian besar selepas Bank Negara menyerbu firma itu dan merampas 200kg emas bulion yang dianggarkan bernilai RM40 juta dari premis di Jalan Kuchai Lama di sini pada 1 Oktober. Jabatan Hal Ehwal Komersil Singapura juga telah menjalankan operasi yang sama terhadap Genneva Pte. Ltd di Singapura. Dilaporkan bahawa skim yang dikendalikan oleh Genneva menawarkan pulangan yang sangat tinggi sehingga 24 peratus setahun. Skim bekerja adalah emas itu diletakkan berharga di antara 18 peratus dan 20 peratus melebihi kadar pasaran, dan pembeli telah dibayar jaminan pulangan bulanan kira-kira tiga peratus. Emas fizikal tidak diserahkan kepada pembeli dan syarikat akan membeli balik pelaburan selepas akhir tempoh kontrak. Ini bermakna bahawa pulangan atas pelaburan pelanggan muncul dibiayai oleh modal prinsipal yang dimasukkan ke dalam skim melebihi kadar pasaran untuk emas. Read More / Baca Lagi >>
The failure of Najib to control Chua's illogical rantings is obvious to many of the urban Malays and this gives the lie to Umno's claims as the defender of Islam.
Are both Prime Minister Najib Tun Razak and MCA president Dr Chua Soi Lek vying with each other to see who is the dumbest person where political strategy is concerned? This is the scenario. Chua has certainly overdone it in regards to wooing the Chinese. He has insulted Islam in the recent MCA annual general assembly held on Oct 20 and 21 by defending the claim of a MCA Wanita deputy minister who had said that PAS condones the rape of non-Muslim women who do not conform to the Islamic dress code. By this crazy bone-headed move, Chua has certainly alienated the Malay voters. And to top it all, PM Najib who has all along proclaimed that Umno champions Islam and Malays had the cheek to keep quiet at the assembly. The prime minister must have thought that as BN controls the mainstream media, Chua's antics would not reach the ears of the rural Malays. There is the power of the internet. And that is the reason why there is a lack of internet coverage in the rural areas. Read More / Baca Lagi >>
SHAH ALAM - Setiap calon dan parti yang bertanding diingatkan agar menggunakan sebaik mungkin tempoh masa berkempen yang ditetapkan untuk mengelak sebarang rasa tidak puas hati peraturan yang akan dikuatkuasakan dengan ketat kelak, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Katanya, tiada alasan untuk mana-mana parti untuk terus berkempen selepas jam 12 malam hari terakhir tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak termasuk menggunakan media sosial.
"Perkara ini sudah lama dikuatkuasakan, dan jika semua parti politik dan calon yang bertanding faham akan undang-undang, isu ini tidak akan timbul," kata beliau.
"Larangan untuk tidak berkempen seperti ceramah dan sebagainya termasuklah juga berkempen melalui media sosial," kata Abdul Aziz kepada Sinar Harian Online.
Malays continue to blame others for their failures and will not work hard to earn self-respect and the respect of others in the community.
The unprecedented outburst by a member of the Malay business community this week did not come as a surprise; but is his expression of indignation enough? Speaking at the Malay Economic Congress in Kuala Lumpur, the president of the Malay Chamber of Commerce Malaysia (MCCM), Syed Ali Alattas, denounced Malay leaders for their greed and corrupt practices and that their lack of a "clean heart", contributed to the failure of the Malay business community. Syed Ali did not reveal anything new; what he said has been known by most Malaysians, but ignored by Umno politicians, Umnoputras, Malays in denial and the non-Malay cronies of Umno. So, why is Syed Ali criticising the Malay leaders now? What prompted him to condemn these leaders, whom he cultivated for years? Syed Ali said that despite billions of ringgits being pumped into the Malay economy, the Malays have achieved little. He said: "What's gone wrong? That's what is being asked……There is a lot of carelessness and not enough responsibility among leaders which caused Malays to fall behind". "Corruption and greed caused the Malay agenda to fail," he added. For decades, many Malaysians, both Malays and non-Malays, tried to highlight the abuse of the New Economic Policy (NEP), which has enabled Umnoputras to become millionaires overnight, whilst the majority of the rakyat suffered. Many complained about the preferential educational opportunities, housing and job openings given to the Malays. Read More / Baca Lagi >>
One likes to tell dirty stories and trash. The other likes gargantuan sizes of things. It's Mahathir's Narratophilia vs. Najib's Phallophilia.
It's none of our concern if DR Mahathir's attacks on Najib are tactical or real. They are all masters and practitioners of subterfuge and deception. Those who oppose UMNO and BN have but one clarion call. Let's bury UMNO and BN.
I suspect the UMNO camp is really worried about the attacks on their man that they have to do a spin on the whole works. That's UMNOthink. When something is not working for them, they will manufacture a preferred storyline. Hence the story line they come out with is that the good Doctor is doing his usual reverse psychology.
They can whack each other to kingdom come. Every UMNO leader knows that Dr Mahathir blames Rosmah Mansor for the position UMNO finds itself today. Rosmah is the heel to Najib's Achilles. Mahathir is the poison arrow.
Dr Mahathir never ceases to bully Malays into believing they are inadequate and therefore the solution is to entrust their future in the hands of good people like him. Social evils, intoned Mahathir, arise from the activities of evil people and if only known devils like him and the band of marauders and plunderers are in control,Malaysia is safe.
SHAH ALAM, 26 OKT : Dakwaan akhbar The Star dan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek berhubung kenaikan harga rumah yang terlampau tinggi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehingga membebankan rakyat disifatkan sebagai tidak tepat, tidak masuk akal malah berniat jahat. Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dalam satu kenyataan media menjelaskan, statistik yang digunakan akhbar itu hanya untuk daerah tertentu di Penang dan tidak mencerminkan seluruh negeri. Beliau berkata, data yang digunakan untuk membuat perbandingan tersebut juga adalah perbandingan di antara Selatan-Barat dan Utara-Timur daerah Pulau Pinang. "Saya ingin mengucapkan tahiah kepada Dr Chua Soi Lek dan The Star atas 'kecemerlangan' mereka dalam memanipulasi statistik. Apa yang mereka lakukan ialah mengambil harga purata tahun lepas dan kemudian membandingkannya dengan harga maksimum bagi setiap jenis harta tanah, seperti yang diterbitkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Read More / Baca Lagi >>
SHAH ALAM, 26 OKT : Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terus menerima tekanan agar membuat permohonan maaf berikutan kenyataannya yang menghina Islam sehingga menaikkan kemarahan umat Islam di negara ini. Ahli Majlis Pimpinan Wanita PKR Pusat, Chua Yee Ling berkata, Pakatan Rakyat (PR) memandang serius isu tersebut dan berharap Soi Lek sedar akan keterlanjuran kata-katanya serta segera memohon maaf. Menurutnya, PR amat tidak bersetuju dengan kenyataan pemimpin tertinggi MCA itu dan protes dilakukan di hadapan pejabat MCA Slim River, Perak semalam adalah tindakan susulan selepas protes sama dilakukan di Ibu Pejabat MCA Kuala Lumpur sebelum ini. "Saya tidak faham dakwaan Soi Lek minggu lalu yang menyatakan 1.2 juta rakyat akan terjejas peluang pekerjaan sekiranya hudud dilaksanakan dan dakwaan itu dibuat kerana kononnya beliau menerima satu sistem pesanan ringkas (SMS) daripada seorang yang tidak dapat dikenali. Orang Cina atau bukan Islam lain tidak bersetuju dengan dakwaan tidak masuk akal itu. Read More / Baca Lagi >>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan