|      ::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::       Posted: 06 Sep 2012 01:45 AM PDT                |      Azwan Ali anjur kempen #JijikTV3 di Twitter       Posted: 05 Sep 2012 07:40 AM PDT   LANTARAN tindakan TV3 yang mengheret Mak Tom, ibu kepada pengacara dan pelakon terkenal Azwan Ali ke dalam salah sebuah slot Buletin Utama, Azwan Ali melancarkan kempen anti TV3 di twitter. Tindakan TV3 itu berpunca daripada Ummi Hafilda yang membawa wanita berusia 79 tahun itu beraya di perantauan iaitu di Melaka sebelum memanggil wartawan TV3 untuk [...]      |                  |   
    |      CINA ISLAM (林川興)       Posted: 06 Sep 2012 01:24 AM PDT                  |      Fitnah TG Nik Aziz, pemuda PAS lapor polis       Posted: 06 Sep 2012 01:03 AM PDT    18 Syawal 1433H. [MOD] - 
 
 (Gambar Program Umno yang didakwa menghina TG Nik Abdul Aziz Nik Mat)  
 
 IPOH: Pemuda PAS Kawasan Tambun hari ini membuat laporan polis berhubung tersebarnya gambar di laman sosial menunjukkan satu program BN yang didakwa memaparkan penghinaan kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
 
 Dalam gambar itu kelihatan wajah Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memberi penerangan dalam majlis yang tertulis 'Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Tambun. 
 
 Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun dilihat seperti sedang merujuk kepada paparan slide di sudut pentas di program tersebut. 
 
 Difahamkan program tersebut berlangsung di Hotel Syuen, Ipoh pada 2 September lalu. 
 
 Dalam slide itu secara jelas tertera wajah Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dengan tajuk disebelahnya 'Extrem Islam' dan perincian seperti 'Fanatik', 'kasar dan kesat', 'mewajibkan yang tidak wajib, 'berprasangka buruk' dan 'mengkafirkan orang Islam'. 
 
 Ketua Pemuda PAS Tambun, Zairul Azrun Zainal Abidin mendakwa tuduhan yang dibuat dalam program anjuran Umno itu biadap dan sangat keterlaluan. 
 
 "Fitnah yang dilemparkan kepada Tok Guru sangat berat terutamanya menuduh Tok Guru mengkafirkan orang Islam," katanya kepada Harakahdaily selepas membuat laporan polis di IPD Sungai Senam Ipoh, hari ini. 
 
 Zairul menegaskan, Pemuda PAS Tambun mengutuk sekeras-kerasnya fitnah yang dilemparkan oleh ahli parlimen kawasannya itu dan menyifatkan ianya satu tuduhan melampau. 
 
 "Kami berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan segera terhadap gambar tersebut seterusnya mengenakan tindakan kepada Menteri Kewangan itu," ujar beliau. 
 
 Dalam perkembangan berkaitan, Zairul berkata, pihaknya juga telah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perak terhadap gambar tersebut. 
 
 Hadir sama ialah peguam Pemuda PAS Perak, Fitri Asmuni; Exco Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri dan pimpinan Pemuda PAS Kawasan Tambun. 
 
 harakahdaily/-  
 
     |        |      Melayu wajib kuatkan PAS dalam PR       Posted: 06 Sep 2012 12:58 AM PDT    18 Syawal 1433H. [MOD] - 
 
 Tempoh masa lebih setengah abad sudah mencukupi bagi orang Melayu memberi kepercayaan kepada UMNO menjadi teras BN memimpin negara. Jangan salahkan kaum lain sekiranya berlaku kesilapan sehingga Melayu, agamanya, bangsanya dan bahasanya terpinggir. Semua kaum telah menerima hakikat secara perlembagaan bertulis bahawa Islam agama persekutuan, hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Raja berperlembagaan. Dalam masa yang sama hak kaum lain wajib diberi dengan adil. 
 
 UMNO yang berkuasa dengan sokongan majoriti besar khususnya daripada penganut Islam berbangsa Melayu wajib dilakukan muhasabah dengan adil, bijak dan bertanggungjawab. Orang Melayu jangan menipu diri sendiri. Allah berfirman dalam surah Arra'du, Ayat 11 yang bermaksud 
 
 "Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya  dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya." 
 
 Agama Islam 
 
 Walaupun Islam diletakkan dalam perlembagaan atas desakan kumpulan Islam bersama PAS kepada Suruhanjaya Reid, tetapi mereka menerima dengan penafsiran bahasa dan fahaman mereka terhadap agama. PAS menghargai dan menerima hakikat mencapai kemerdekaan terlebih dahulu, bersama pemimpin generasi awal UMNO dengan iringan doa dirahmati Allah di alam barzakh kerana bersama mendukung kemerdekaan. PAS mengambil keputusan bersusah dan berkorban menjadi parti pembangkang, supaya manjadi kekuatan di luar kerajaan bagi menyempurnakan kemerdekaan itu dengan acuan maruah agama dan bangsa tanpa terikat lagi dengan acuan  pemikiran warisan penjajah. 
 
 Al Marhum Tan Seri Syed Ja'afar Al Bar menegaskan kepada saya, hanya beberapa minggu sebelum beliau meninggal dunia ; "Adalah lebih baik PAS berada diluar BN membetul keadaan dan tidak bijak berada didalam." Tegas beliau ketika PAS berada dalam Barisan Nasional.    Kenyataan ikhlas kerana melihat UMNO tidak mempedulikan kepada perubahan yang sepatutnya selepas mencapai kemerdekaan. 
 
 Sepatutnya Islam ditafsirkan dengan bahasa Al Quran, bukannya bahasa Inggeris. UMNO yang tidak membuat perubahan menyebabkan Islam terus berada ditahap yang tidak berdaulat, dengan cara pentadbiran agama Islam yang lama diatur sejak zaman penjajah. Namun ketinggian moral pentadbiran bersih oleh generasi awal UMNO dapat menarik beberapa orang tokoh bangsa lain menganut Islam. 
 
 Mengikut kajian ilmu pentadbiran dan pengurusan Islam, menunjukkan bahawa penjajah British lebih banyak terpengaruh dengan sistem pentadbiran Islam melalui kajian orentalisnya, tetapi mereka menolak aqidah dan syariat yang sempurna. Adalah lebih mudah mengambil alih negara daripada penjajah British daripada penjajah bangsa lain. Hanya sedikit perubahan perlu dilakukan dengan dimasukkan roh Islam dan petunjuk syariatnya. 
 
 Malangnya UMNO tidak mengorak langkah yang maju dengan membuat perubahan yang positif dan pro-aktif dengan yang baik dikekalkan yang tidak baik dibuang. Para pemimpin UMNO lebih leka dengan perubahan bersifat kebendaan untuk menarik rakyat memberi sokongan semata-semata untuk menang pilihanraya. Tanpa dinafikan perlunya banyak masjid yang didirikan, bangunan pusat Islam, bangunan sekolah agama, Tabung Haji, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam dan sebagainya. Masalahnya ialah roh dan pengisiannya tidak mengikut acuan Islam yang sempurna secara ikhlas dan berta'abud dengan petunjuk Al Quran dan Sunnah yang banyak. Keadaan ini menjadikan sehingga  asasnya bocor, kedudukan Islam lebih lemah daripada zaman penjajahan, sehinggakan pemimpin Melayu Islam dan bangsanya tidak mampu menjadi contoh Islam yang sempurna kepada seluruh manusia. 
 
 Al Marhum Maulana Abu Hasan Ali Al Nadawi, tokoh ulama dan pemikir Islam yang tersohor menegaskan dalam bukunya : (Kembali Semula Kepada Islam ), menegaskan :" Pelaksanaan Islam dengan cabarannya  berlaku dua cara pendekatan. Samada melaksanakan Islam secara Ibadah, dengan yakin kepada janji Allah dunia dan akhirat, atau laksanakan Islam secara Jibayah, dengan mimilih secara akal manusia yang hanya mencari pengaruh untuk berkuasa dengan sokongan rakyat semata-mata ". 
 
 Yang kedua inilah yang dilakukan oleh UMNO sehingga boleh berlaku salah faham terhadap Islam dikalangan penganut yang jahil dan lebih lagi dikalangan bukan Islam. Apabila Islam dilihat  bukan melalui kacamata ajarannya yang sempurna dan murni, tetapi dilihat daripada kecuaian pemimpin UMNO. Lebih merbahaya lagi apabila menunjukkan contoh negatif saperti tidak bermoral, rasuah, penyalahgunaan kuasa, politik wang dan sebagainya. Sehingga Tun Dr Mahathir sendiri pernah membuat kenyataan terbuka dan telah dua kali keluar masuk UMNO. Al Marhum Tunku Abdul Rahman pula meninggalkan UMNO dan berucap di pentas PAS sebelum meninggal dunia. 
 
 Peranan pengajian Islam kalangan umat Islam dilemahkan dengan kawalan bertauliah sejak zaman penjajahan, diteruskan oleh Umno bagi meneruskan pengaruh sekulerisme dalam masyarakat Islam. Agenda menghapuskan tulisan jawi yang tidak dapat dilaksanakan oleh penjajah dan melemahkan penguasaan bahasa Arab dikalangan pelajar aliran Islam berjaya dibuat dibawah pemerintahan UMNO. 
 
 Seterusnya UMNO menggunakan media khususnya berbahasa Melayu, bagi mencetuskan perkara yang meragukan dan salah faham terhadap Islam, seperti Isu Syariat Islam. Ia difikirkan boleh menjadi bahan untuk menakutkan kalangan bukan Islam dan mengelirukan penganut Islam yang jahil seperti  hukum poligami, pesaka, undang-undang jenayah hudud dan qisas, haramnya riba secara menyeluruh, hak wanita, hiburan  dan lain-lain yang memerlukan ilmu dan pelaksanaan untuk difahami. 
 
 Islam itu wajib diimani seluruhnya dan dilaksanakan semuanya. Beriman sebahagian dan menolak atau ragu sebagiannya adalah merosakkan iman. Beramal dengan sebahagian dan menolak sebagiannya pula menyababkan tasawur yang salah terhadap Islam dan menyebabkan  celaka dunia dan akhirat. 
 
 Hak Istimewa 
 
 Kaum bukan Melayu yang faham tidak membantah adanya hak istimewa kerana memahami hakikat majoriti Bumiputera khususnya orang-orang Melayu terpinggir dengan penyusunan masyarakat ciptaan penjajah. Mereka tidak membantah hak istemewa yang dicatit tanpa menafikan hak yang adil kepada semua  kaum lain. Namun hak ini disalah guna, sehingga kaum Melayu dan bumiputera tidak mampu bersaing dengan sendiri, tetapi ditongkat oleh UMNO demi agenda politik berkuasa semata-mata dan mengambil kesempatan mencari kekayaan diri, keluarga dan rakan sekeliling tetapi tidak memperkasakan kaum Melayu dan bumiputera. Contoh yang jelas ialah tanah rezab Melayu dan pinjaman disalah gunakan, sehingga Bank Bumiputera dileburkan dan beberapa agensi dijadikan alat mengaut keuntungan bagi kalangan tertentu sahaja dan banyak bantuan tidak sampai kepada sasaran dan tidak mencapai matlamat. 
 
 Bahasa Kebangsaan 
 
 Bahasa Melayu yang dijadikan bahasa kebangsaan terpinggir bukan sahaja dilemahkan daripada menjadi bahasa ilmu, bahkan dipinggirkan penggunaannya dalam amalan rasmi dan masyarakat umum. Bahasa yang pernah diperkasakan oleh tamadun Islam serantau dan digunakan oleh lebih tiga ratus juta manusia, tiba-tiba menjadi dagang terpinggir ditengah pemimpin dan masyarakatnya sendiri. 
 
 Ketika bangsa lain berjaya diperkasakan dengan bahasa masing-masing, seperti Jepun, Jerman, China dan lain-lain, kita hanya sekadar bergaya dengan bahasa penjajah tetapi bangsa sendiri lemah jiwanya kerana membelakangi bahasanya, kerana bahasa adalah jiwa bangsa. 
 
 Kedudukan Politik 
 
 Kelemahan kuasa politik Melayu terhakis adalah kerana mengatur strategi kemenangan UMNO secara salah dan jangka pendek. Kelemahan politik Melayu di Singapura, Pulau Pinang dan Pantai Barat, adalah kerana penyusunan kerusi menguatkan kuasa UMNO bukannya memperkasakan Melayu Islam. Melayu ditanam semangat hanya UMNO parti tunggal yang menjaga hak Melayu, seolah-olah mengganti Tuhan  Maha Esa, memberi rezeki dan menyara hidup mereka. 
 
 Kaum lain boleh memilih parti lain dan menguasainya. Apabila MCA, MIC dan Gerakan tidak bermaya, mereka berpindah kepada DAP atau PKR atau DHPP. Maka Melayu terus berpaut dengan ranting UMNO yang sudah berpenyakit dan menyalahkan kaum lain. 
 
 Kedudukan jumlah kerusi Melayu masih besar kerana kedudukan majoritinya, tetapi  jumlah kerusi tanpa perubahan politik dalam kalangan bangsa Melayu sendiri tidak mampu mempertahankan kedudukan mereka. Melayu Islam dapat diperkasakan dengan PAS yang berdasarkan Islam mengikut undang-undang tubuhnya yang berbeza dengan UMNO. PAS telah membuktikan kemampuannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Walaupun UMNO menghalang pemerintahannya secara khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri secara tidak bermoral dan melanggar adab demokrasi dan perlembagaan semata-mata mahu berkuasa dalam penyakit tua yang tidak sembuh. UMNO sanggup bermusuh dengan PAS dan kerajaan pimpinan PAS kerana Islamnya, lebih dahsyat daripada bermusuh dengan kaum lain. 
 
 Mutakhir ini adanya kalangan tokoh Melayu Islam dalam UMNO meninggalkan UMNO, bersama kalangan tokoh ilmuan, kakitangan kerajaan dan pasukan keselamatan menyertai PAS. Ia adalah petunjuk positif kepada pengundi Melayu Islam secara khusus supaya mereka membuat perubahan bersama PAS menggantikan UMNO sebagai kuasa pemerintahan. Perubahan sekadar ini tidak mencukupi tanpa sejumlah besar ahli UMNO dan orang-orang Melayu yang bergantung dengannya secara khurafat .  
 
 Kalau mahu selamatkan Melayu dan perkasakannya, wajib masuk PAS yang mendaulatkan Islam, bukannya masuk UMNO yang memikul Islam tanpa pelaksanaan sepenuhnya setelah lebih satu abad memikul amanah. Inilah pembetulan yang wajib dilakukan.  
 
 Kata Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. "Kembali kepada yang benar adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan ". Akhirnya renunglah kepada firman Allah yang tersebut diatas.dan Firman Allah yang bermaksud 
 
 "Dan jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu." 
 
 Melayu Tegakkan Islam yang sempurna, bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum juga akan selamat, kerana Islam itu Rahmat Allah kepada seluruh alam dan adil untuk semua kaum.  
 
 Tegakkan Melayu dengan mengapikan semangat perkauman, Islam hanya sampingan, Melayu bersama UMNO, tidak mampu lagi memimpin, kerana hilang meruah dan lemah jiwanya. Selamat berhijrah kepada ahli-ahli UMNO kepada PAS. 
 
 Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS     |        |      Bentuk bangunan di China dikritik       Posted: 05 Sep 2012 04:20 PM PDT   18 Syawal 1433H. [MOD] - 
 
  Pencakar langit baru digelar Pintu Masuk ke Timur (kiri) di Suzhou, dikritik kerana menyerupai bentuk seluar panjang, sementara Pusat Media Antarabangsa Phoenix di Beijing (kanan), dikatakan menyamai bentuk puding dan donut. - AGENSI BEIJING 5 Sept. - Dua bangunan pencakar langit baru di China yang sedang dalam pembinaan, dikritik kerana strukturnya yang menyerupai bentuk seluar panjang dan puding. Satu daripada bangunan itu yang direka syarikat arkitek Britain, Robert Matthew Johnson Marshall (RMJM), sedang dibina di bandar Suzhou dengan ketinggian 74 tingkat dan bernilai 445 juta pound (RM2.197 bilion). Pada mulanya, projek setinggi 250 meter yang akan disiapkan akhir tahun ini menerima pujian dan digelar sebagai Pintu Masuk ke Timur tetapi kemudian dikritik kerana kelihatan seperti seluar panjang. Malah, agensi berita Xinhua turut menggunakan tajuk berita 'Bangunan gergasi baru digelar seluar'. Sebuah lagi bangunan bernama Pusat Media Antarabangsa Phoenix di Beijing yang setinggi 55 meter, turut dikritik kerana menyerupai bentuk puding. Bangunan dengan struktur luaran kaca dan melengkung itu dijangka beroperasi tahun ini serta menempatkan ibu pejabat stesen televisyen China, Phoenix TV, restoran dan pejabat-pejabat lain. Laporan di laman web China Radio International menyatakan, bangunan itu direka sedemikian untuk keluar daripada reka bentuk tradisional dan menunjukkan sikap terbuka masa depan. Walaupun dikritik kelihatan seperti puding, beg kacang gergasi atau donut, kritikan yang diterimanya tidaklah seteruk bangunan di Suzhou. - AGENSI     |        |      31 korban kebakaran kilang bunga api         Posted: 05 Sep 2012 04:18 PM PDT   18 Syawal 1433H. [MOD] - 
 
 NEW DELHI 6 Sept. - Sekurang-kurangnya 31 orang dilaporkan terbunuh dalam satu insiden letupan di sebuah kilang bunga api di selatan India, semalam. Stesen televisyen menyiarkan rakaman asap tebal menyelubungi kilang tersebut yang terletak di bandar Sivakasi, di daerah Virudhunagar kira-kira 700 kilometer ke selatan Tamil Nadu. Menurut Timbalan Penguasa Polis, M. Ramamurthy berkata, lebih daripada 50 yang lain tercedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Sebuah rangkaian televisyen swasta tempatan menganggarkan angka korban seramai 31 orang, namun pihak berkuasa masih belum mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun, punca kejadian masih belum dikenal pasti. - AGENSI     |        |      Gempa 7.6 skala Ritcher landa Costa Rica.       Posted: 05 Sep 2012 04:17 PM PDT   18 Syawal 1433H. [MOD]  SAN JOSE 6 Sept. - Satu gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Ritcher melanda pantai pasifik Costa Rica, menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan kepada penduduk di beberapa kawasan. Satu amaran tsunami telah dikeluarkan untuk Costa Rica, Panama, Nicaragua dan Mexico oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik. Amaran untuk Mexico bagaimanapun ditarik balik. Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa tersebut berlaku pada pukul 10.42 semalam dan berpusat di perairan timur negara ini, kira-kira 10 kilometer timur laut di Hojancha, Costa Rica. - AFP     |        |      Kes pijak gambar PM, model serah diri       Posted: 05 Sep 2012 04:45 AM PDT   17 Syawal 1433H. [MOD] - Seorang gadis 19 tahun-  antara 11 individu yang dikehendaki berhubung kelakuan mereka semasa sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada Khamis malam lalu - hari ini menyerah diri kepada polis. 
 
 Gadis tersebut hadir ke sebuah balai polis di Johor Bahru dengan ditemani pemimpin DAP, termasuk ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan timbalan pengerusi DAP negeri, Norman Fernandez. 
 
 Gadis itu seterusnya ditahan dan digari oleh polis serta akan dibawa ke balai polis Dang Wangi di Kuala Lumpur yang menyiasat kes tersebut. 
 
 Menurut Norman, gadis yang juga model sambilan itu ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. 
 
 Gadis itu didakwa memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam perhimpunan Janji Demokrasi pada malam itu. (MKini)     |        |      Bekas Timbalan Menteri Pendidikan meninggal dunia       Posted: 05 Sep 2012 04:35 AM PDT   17 Syawal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 5 Sept. - Bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mahadzir Mohd. Khir meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini kira-kira pukul 5 petang ini. 
 
 Dr. Mahadzir, 67, dimasukkan ke pusat perubatan itu selepas mendapat serangan jantung petang semalam. 
 
 Beliau yang dilahirkan di Yan, Kedah pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani selama dua penggal iaitu pada 1999 dan 2004. 
 
 Pada 1999, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan manakala 2004 dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran di dalam Kabinet baru yang dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. 
 
 Bagaimanapun beliau digugurkan daripada jawatannya dalam rombakan kecil Kabinet pada Mac 2004. (Bernama)     |        |      Hina gambar: Kerajaan perlu nilai kenapa berlaku         Posted: 05 Sep 2012 04:33 AM PDT   17 Syawal 1433H. [MOD] - Salmiyah Harun, 05 Sep 2012 
 
 KUALA LUMPUR: Insiden mempermainkan gambar pemimpin negara pada malam ambang Merdeka tempoh hari perlu dinilai oleh kerajaan mengapa ianya berlaku. 
 
 Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Ahmad Syukri Abd Razab berkata, apa yang dilakukan oleh anak muda pada malam itu ada signifikannya yang perlu difikirkan. 
 
 "Kerajaan perlu fikirkan mengapa mereka bertindak diluar batas seperti itu. Apakah tidak cukup dengan sekadar laungan dan protes sehingga mereka memijak gambar pimpinan. Ini yang perlu dinilai oleh kerajaan," katanya. 
 
 Katanya, tindakan memijak gambar itu menggambarkan ekspresi kemarahan anak muda yang merasakan tuntutan mereka yang tidak dipenuhi oleh kerajaan.  
 
 Namun beliau menegaskan perbuatan tersebut adalah diluar batasan dan ia tidak sepatutnya berlaku. 
 
 "Kita tidak perlu tunjuk perbuatan seperti itu untuk menyatakan protes kita terhadap mana-mana pihak. Kita tidak boleh menerima budaya ini sebagai demokrasi tulen," katanya.  
 
 Bagaimanapun tegasnya, pihak kerajaan perlu bersikap adil dan mengenakan tindakan undang-undang kepada sesiapa sahaja yang melakukannya. 
 
 "Maknanya sesiapa yang melakukan perbuatan seperti itu harus dikenakan tindakan tidak kira individu yang menghina pimpinan kerajaan ataupun pimpinan pembangkang. Kerajaan perlu adil," katanya.  
 
 Tambahnya, jika dibiarkan perbuatan seperti itu terus berleluasa seolah-olah kerajaan membiarkan demokrasi ini diamalkan secara liar.  
 
 Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng meminta pihak berkuasa turut menyiasat individu memijak gambarnya.  
 
 Terdahulu, di Dalam Himpunan Janji Demokrasi pada malam 30 Ogos lalu segelintir peserta himpunan dipanggil polis kerana telah bertindak memijak dan menghina gambar pimpinan negara. 
 
 Tindakan mereka itu turut mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan menyifatkan ia tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara.(Hkh)     |        |      Gerakan selamatkan negara perlu disegera       Posted: 05 Sep 2012 04:16 AM PDT   17 Syawal 1433H. [MOD] - Yaakub Dasan, 05 Sep 2012 
 
 RANTAU PANJANG: Negara perlu diselamatkan segera bagi mengelakkan lebih banyak penyelewengan dilakukan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) demi masa depan rakyat negara ini.  
 
 Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakub berkata, antara penyelewengan yang dikesan  penglibatan Bank Negara dalam spekulasi mata wang menyebabkan kerugian RM30 bilion.  
 
 Selain itu kerajaan BN menggadaikan lebih separuh daripada jumlah tiga juta ekar tanah rizab Melayu.  
 
 "Begitu juga wang yang dibawa keluar dan disimpan di negara asing berjumlah RM1.08 trilion dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini," katanya pada Ceramah Merdeka di Pusat Tarbiah PAS Rantau Panjang di sini malam tadi.  
 
 Hadir sama bekas Pengerusi Mara, Datuk Tamrin Ghafar, bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Mohd  Sobri Shafii, Yang Dipertua (YDP) PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, Naib YDP, Mohamad Awang dan Ketua Penerangan, Abul Aziz Yunus.  
 
 Orang ramai memenuhi perkarangan markas tersebut yang terletak di jalan Pasir Mas-Rantau Panjang.  
 
 Dr Rosli yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS  Negeri  Sembilan mendedahkan silap urus tadbir Bumiputra Malaysia Fincance (BMF) di Hong Kong pada 1980-an menyebabkan negara kehilangan ratusan juta ringgit.  
 
 Oleh itu kata beliau gerakan menyelamat perlu disegerakan sekiranya rakyat benar-benar mahukan negara ini selamat.  
 
 "Dengan adanya kesedaran rakyat bagi menyelamatkan situasi tersebut peluang Pakatan Rakyat untuk menang semakin hampir," katanya sambil disambut laungan boleh oleh orang ramai.  
 
 Begitu juga katanya potensi di Negeri Sembilan diyakini peluang mendapat majoriti mudah semakin cerah daripada jumlah 36 kerusi Dun.  
 
 Sementara itu Tamrin mendedahkan beliau meninggalkan Umno kerana memikirkan keadaan di Padang Mahsyar kelak akan terbeban sekiranya terus bersekongkol dengan kerajaan yang menyeleweng.  
 
 "Saya masuk PAS bukan kerana  nak cari makan, tetapi takut disoal oleh malaikat kenapa masih sokong Umno sedangkan kita tahu kerajaan BN menyeleweng," katanya.     |        |      Sastrawan Negara sedia beri keterangan        Posted: 05 Sep 2012 04:14 AM PDT   17 Syawal 1433H. [MOD] - Harakahdaily,  05 Sep 2012 KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 3.00 petang esok bagi membantu siasatan berhubung tindakannya membaca puisi di perhimpunan janji demokrasi, Khamis lalu. 
 
 A. Samad atau lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, beliau tidak dapat memenuhi permintaan polis agar beliau hadir ke balai polis jam 6 petang tadi kerana sedang berada dalam program lain. 
 
 "Mereka mahu saya datang ke IPD Dang Wangi pada jam 6.00 petang ini, tetapi saya menolak kerana ada acara lain. Lagipun, masa itu terlalu singkat. 
 
 "Namun, saya bersetuju untuk hadir selepas anggota Gabungan Janji berunding agar masa itu dianjak kepada 3.00 petang esok," katanya kepada Keadilandaily. 
 
 Gabungan Janji disertai 47 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menganjurkan himpunan Janji Demokrasi pada malam 30 Ogos lalu di Dataran Merdeka sempena sambutan kemerdekaan negara ke 55. 
 
 Walaupun tidak diberikan permit oleh pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), perhimpunan tersebut berjalan aman dengan dihadiri 20,000 rakyat berbaju kuning. 
 
 Ketua Polis IPD Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, polis akan menyiasat sama ada sasterawan itu melanggar undang-undang dengan membaca sajak dalam perhimpunan itu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.     |                  |   
    |      PAS TAMBUN       Posted: 06 Sep 2012 01:19 AM PDT                  |      DPPK TAMBUN MEMBUAT 2 LAPORAN BERKENAAN TUDUHAN DAN FITNAH DATO HUSNI KE ATAS AF TN GURU NIK ABDUL AZIZ       Posted: 05 Sep 2012 11:03 PM PDT   
 
 Laporan Polis terhadap fitnah dan tuduhan Dato Husni Hanazlah kepada AF Tn Guru Nik Aziz mengkafirkan umat Islam Pada hari yang sama Laporan ke Jabatan Agama Islam Perak di bawah seksyen 28(3) 
 
 
 
     |        |      UMNO TAMBUN MENUDUH TN GURU NIK AZIZ MENGKAFIR ORANG ISLAM       Posted: 05 Sep 2012 07:23 PM PDT   Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun menyelar tindakan UMNO Tambun di dalam Perasmian Perwakilan UMNO Tambun yang biadap dan kurang ajar kerana menyiarkan gambar AF Tn Guru Nik Aziz Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS melalui skrin yang menyifat beliau adalah Esktrem Islam i. Fanatik ii. Kasar & kesat iii. Mewajibkan yang tidak Wajib iv. Prasangka Buruk v.  MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM
 Satu tuduhan yang berat dan jahat yang dikeluarkan oleh oleh Menteri Kewangan Dato Husni Hanazlah.  Ketua Pemudanya Sdr Zairul Azrun Zainal Abidin menyelar  kenyataan yang biadab dan kurang ajar yang dikeluarkan oleh seorang yang bertaraf menteri mempunyai pemikiran yang  cukup kotor dan tidak berpandukan ajaran Islam.KelicapKuning    |        |      AKTIVITI YDP SEKITAR SEBULAN YG LALU       Posted: 05 Sep 2012 07:05 PM PDT      |        |             Posted: 05 Sep 2012 06:54 PM PDT   JOM BERSAMA-SAMA MERAIKAN MAJLIS JAMUAN EIDUL FITRI PAS KAWASAN TAMBUN.     |        |             Posted: 05 Sep 2012 06:44 PM PDT     |  | Dr Khairuddin menyampaikan ucapan tahniah kepada para penerima sumbangan  pendidikan  dari PAS Kawasan Tambun, ini adalah program tahunan di mana Lajnah Pendidikan PAS Kawasan Tambun akan menyalurkan sumbangan kepada anak-anak yang akan menyambung pelajaran ke Institusi pengajian tinggi swasta dan awam, tidak mengira bangsa dan agama.  Pada tahun ini seramai 50 orang telah menerima sumbangan berupa wang tunai . |  
 
 
 Para penerima bantuan bergambar bersama ahli keluarga dan AJK PAS Kawasan Tambun     |                  |   
    |      DPP PADANG TERAP       Posted: 05 Sep 2012 09:37 PM PDT                |      Ribuan Manusia Di Ceramah Abby Abadi Di Padang Terap       Posted: 05 Sep 2012 08:39 AM PDT   
 
 
 
 
 
 
 
   |  | Akaun Facebook Pemuda Padang Terap Ada Masalah Pembangunan Yang Kemungkinan Besar Akaun Pemuda Padang Terap Akan Bertukar Menjadi Page.Teruskan Memberi Sokongan Kepada Kami.Terima Kasih.Ini Gambar Yang Sempat Diambil Di Kompleks PAS Padang Terap Kg Barokhas Kuala Nerang Kedah.Ribuan Manusia Yang Hadir Malam Ini 5 Sept 2012. |  
     |                  |   
    |      PAS Negeri Sembilan       Posted: 05 Sep 2012 09:34 PM PDT                |      Ceramah Umum       Posted: 05 Sep 2012 02:35 AM PDT      |        |      Ceramah Pakatan Rakyat       Posted: 05 Sep 2012 02:34 AM PDT    CERAMAH PAKATAN RAKYAT   Tarikh : 18/9/2012, Selasa Masa : 8.30 malam. Tempat : Taman Desa Rhu, Sikamat, Seremban Penceramah : Dato Arif Sabri, Aspan Alias, YB Anthony Loke, YB Dato Kamarul Bahrain, YB Taufek dan YB Aminudin     |                  |   
    |      DUN CHINI       Posted: 05 Sep 2012 07:46 PM PDT      |   
    |      PAS Cawangan Serkam Darat       Posted: 05 Sep 2012 07:43 PM PDT      |   
    |      N.27 - PAS DUN Sura       Posted: 05 Sep 2012 07:26 PM PDT                |      Nik Aziz : Tak Kisah Bila PRU, Penting Rakyat Undi PR       Posted: 04 Sep 2012 07:18 PM PDT    Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik MatKUALA KRAI - Pas tidak ada sebarang masalah dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa termasuk kemungkinan diadakan pada November ini. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pendiriannya sama seperti sebelum ini yang tidak kisah tarikh PRU13 diadakan asalkan rakyat memberikan sokongan kepada parti itu dan Pakatan Rakyat. "Saya selalu sebut, pilihan raya nak buat bila-bila pun tak apa tetapi pastikan rakyat mengundi Pas atau Pakatan Rakyat. Kita selama-lamanyasiap sedia," katanya. Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutup Festival Makanan dan Buah-buahan Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) di Dataran Cintawangsa, dekat sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood. Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membayangkan PRU13 mungkin diadakan pada November ini ketika berucap sempena perasmian serentak mesyuarat perwakilan UMNO di Sandakan, Sabah semalam. Pada ucapannya, Perdana Menteri menyifatkan 2012 sebagai tahun yang amat unik kerana banyak peristiwa bersejarah ada kaitan dengan angka 11 seperti genap 66 tahun usia Umno dan 55 tahun negara capai kemerdekaan.     |                  |   
    |      Dr Azman Ibrahim       Posted: 05 Sep 2012 07:12 PM PDT                |      Ayuh! Kita Hijaukan Jabi Pada 5 dan 6 Oktober 2012!       Posted: 04 Sep 2012 08:17 PM PDT        |  | Lokasi PGU 5.0 |  
    Himpunan Kebangkitan Rakyat, Pas Ganti Umno (HKR-PGU) telah memasuki siri ke 5 dengan Dun Jabi akan menjadi lokasi seterusnya untuk menerima puluhan ribu pengunjung dan pencinta perjuangan Islam pada awal Oktober ini.  
 
 Lokasi ditengah-tengah Pekan Jabi akan menjadi tumpuan dengan program yang akan diisi pelbagai acara menarik, bermula dari pagi Jumaat 5 Oktober lagi merangkumi program pemuda dan muslimat, ekspo dan pameran serta ceramah umum pimpinan-pimpinan utama Pakatan Rakyat.  
 
 Acara perasmiannya pula diadakan pada 3.00 petang Sabtu 6 Oktober yang akan dihadiri oleh Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan Darul Naim bersama Dato' Seri Tuan Guru Presiden Pas. Pendakwah kesukaan anak-anak muda, Ustaz Azhar Idrus juga akan mengisi satu slot istimewa selepas majlis perasmian tersebut. 
 
 Bagi pihak tuan rumah, pimpinan Majlis Tindakan Dun Jabi, untuk awalnya dengan berbesar hati, saya mengalu-alukan kedatangan seluruh tetamu-tetamu berkunjung ke Jabi. 'Tak Muat Masjid Jabi, 4 ekar tapak PGU kami tadahkan'.  Dengan tekad untuk menjadikan PGU 5.0 ini yang terbaik antara yang terbaik, penyusunan gerak kerja sedang giat berjalan dan melihat kepada semangat dan kesungguhan yang ditampilkan oleh para petugas, kita berkeyakinan impian ini mampu direalisasikan. 
 
 Kesepakatan telah diambil bahawa segala kemudahan dan prasarana yang dimiliki oleh keseluruhan 25 buah cawangan-cawangan Pas di Dun Jabi akan kami manfaatkan untuk kemudahan dan keselesaan para pimpinan, petugas dan seluruh tetamu. Anggaplah kehadiran kita ke sini nanti sebahagian dari tugas dan tanggungjawab jihad demi meninggikan agama Allah. 
 
 Dengan izin Allah, kita meletakkan objektif supaya gelombang kebangkitan rakyat yang bergema dari himpunan ini akan menjadi badai yang meranapkan Umno di Dun Jabi khususnya dan Terengganu amnya. 
 
 
 
 
 
     |                  |   
    |      PAS KOTA TINGGI       Posted: 05 Sep 2012 01:27 PM PDT      |   
    |      Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm-   Mempersada Perjuangan       Posted: 05 Sep 2012 11:38 AM PDT                  |      Pemuda buktikan Maik cuba berpolitik        Posted: 05 Sep 2012 01:18 AM PDT   KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan sekali lagi tampil  membuktikan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik)  cuba bermain politik dalam isu khutbah Jumaat dan Aidilfitri.   Teks khutbah Jumaat dikeluarkan Maik pada 31 Ogos lalu bertajuk "Hari  Kemerdekaan" didapati mengandungi beberapa saranan dan sindiran  berbentuk politik sehingga menimbulkan kegelisahan dan kebimbangan  banyak pihak.   Antaranya berbunyi " Jagalah kemerdekaan, jagalah bangsa,  selamatkanlah agama, selamatkan negara daripada sebarang anasir yang  sanggup menjadi tali barut kuasa luar, kuasa asing yang memang tidak  putus asa untuk memerintah negara ini.     "Kalau negara ini jatuh lagi ke tangan orang lain maka untuk  mengambil semula, untuk bangun kembali, bangsa kita, umat kita, akan  berhadapan dengan jalan yang amat sukar. Mungkin tidak keterlaluan untuk  mengatakan mustahil dapat merampas kembali".    Pengarah  Jabatan Kerajaan dan Swasta, Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul  Kadir berkata, ungkapan yang ditulis Maik dalam khutbah tersebut secara  mudah dapat ditafsir orang ramai.   Katanya, ahli-ahli jemaah tertanya-tanya kepada siapakah sindiran tersebut ditujukan.   "Apakah teks khutbah Jumaat Maik menganjurkan supaya bangsa Melayu  memaksakan kehendak mereka dan tidak lagi perlu mengambil kira pendapat  dan sensitiviti bangsa-bangsa lain dalam mengharmonikan kehidupan  masyarat.   "Saya berharap Timbalan Yang Dipertua Maik meneliti terlebih dahulu  teks khutbah Jumaat Maik sebelum mengeluarkan kenyataan bahawa ia bebas  daripada sebarang unsur politik," katanya di sini.   Sebelum ini pelbagai pihak mempertikaikan khutbah Aidifitri  dikeluarkan Maik kerana secara jelas mempamerkan sikap berpihak dan  bertentangan dengan aspirasi kerajaan negeri.   Ekoran itu ramai khatib menokok tambah khutbah tersebut supaya isinya  lebih segar, namun Maik pula dalam satu kenyataan dilaporkan mahu  mengambil tindakan terhadap imam terbabit.   Dr Rosli berkata, masyarakat yang celik politik sekarang dapat  mengasosiasikan kenyataan-kenyataan tersebut dengan pihak yang ingin  dikaitkan.   "Maik bukan sahaja tidak boleh berpolitik tetapi ia juga tidak boleh dilihat sebagai berpolitik.   "Persepsi masyarakat sekarang Maik telah mula berpolitik dalam teks  khutbah dengan menyeru secara halus mereka supaya menolak pihak  tertentu," katanya.   Menurutnya apabila persepsi sebegini wujud maka kredibiliti Maik di mata masyarakat sudah tentu akan terjejas.   "Saya juga menyeru Mufti Kelantan selaku Pengerusi Panel Penyedia  Teks-Teks Khutbah Jumaat Maik supaya dapat mengambil tindakan segera.   "Sebarang persoalan yang berbangkit sepatutnya perlu dijelaskan. Bagi  sesiapa yang mahu berpolitik eloklah mereka segera meletak jawatan dan  terjunlah ke dunia politik.   "Jangan pula hanya berani berselindung di sebalik institusi tertentu  untuk menghentam pihak-pihak lain secara bersembunyi," ujarnya.     |        |      Alam Ria PASTI Negeri Kelantan       Posted: 05 Sep 2012 01:18 AM PDT      |        |      Pejabat PKR diserang samseng pakai baju Umno       Posted: 05 Sep 2012 01:17 AM PDT       PETALING JAYA: Sekumpulan  30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan  menyerang ibu pejabat PKR, Tropicana dekat sini tengahari tadi. Menurut laporan awal  Keadilandaily kumpulan samseng itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.  Mereka  memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, 'Jalur Gemilang' dan  mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri  Anwar Ibrahim. Portal itu yang memetik kenyataan Setiausaha  Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli berkata kumpulan samseng itu juga cuba  bertindak ganas ke atas mereka yang cuba mengawal keadaan. Demonstrasi  pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian  dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di  hadapan pejabat. Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini. Ahad  lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor  Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas  jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan  sehari sebelumnya.     |        |      Melayu tiada masa dalam Umno – Lajim Ukin        Posted: 05 Sep 2012 01:16 AM PDT      MACHANG: Belum pun membuat keputusan rasmi meninggalkan Umno tiba-tiba kerajaan  Barisan Nasional (BN) menyekat peruntukan sebanyak RM3 juta kepada  anggota parlimen Beufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin ( gambar).   Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengakui  banyak keistimewaan yang diperolehi ketika berada dalam Umno.   "Namun saya tetap juga membuat keputusan meletak jawatan sebagai  Ketua Umno, anggota Majlis Tertinggi (MT) dan Pengerusi BN Beufort.   "Selama 18 tahun ini saya berada dalam Umno. Dua penggal menang sebagai MT, malah ketika itu berada dalam top ten.   "Saya juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri  Sabah dan pemangku Ketua Menteri. Namun saya meletak semua jawatan itu  kerana tidak mahu lagi bersekongkol dengan kerja-kerja kejahatan,"  katanya pada ceramah sulungnya di Kelantan malam tadi.   Program tersebut diadakan di Kampung Paloh Rawa, Dun Temangan. Biar  pun hujan turun dengan lebat orang ramai tetap memenuhi perkarangan  bangunan Pasti.   Hadir sama Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff,  Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Badan  Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat dan anggota Exco, Dr Muhamad  Fadzli Hassan.   Turut mengiringi Lajim ke Kelantan, bekas pemimpin PBS, Datuk Idris  Ali. Hari ini difahamkan beliau menghadiri satu program di Kuala Lumpur.   Lajim berkata, beliau tidak boleh menerima gejala rasuah yang  berleluasa dalam Umno dan kerajaan serta penderaan yang berlaku secara  berterusan terhadap Kelantan.   Sedangkan kata beliau Kelantan merupakan negeri yang mempunyai jumlah penduduk Melayu yang paling ramai di Malaysia.   "Sebab itulah saya tidak nampak lagi Umno mampu membela nasib orang  Melayu. Umno tidak boleh lagi menjamin masa depan orang Melayu.   "Macam mana mereka mahu menyelesaikan masalah rakyat, sedangkan masalah dalaman Umno sendiri begitu parah sekali.   "Saya pernah berada dalam jawatankuasa menyelesaikan isu dalaman  Umno. Masalah di Negeri Sembilan, Perlis, Terengganu, Johor dan Selangor  tidak selesai sampai sekarang.   "Saya tidak boleh lagi bersikap sebagai yes men, tidak boleh lagi  membodek dengan mencium tangan pemimpin atasan," katanya yang  mempertahankan kerusi parlimen Beufort sejak 26 tahun lalu.   Beliau juga berkata, Sabah bukan lagi menjadi deposit tetap bagi BN  untuk mempertahankan kuasa pada pilihan raya umum akan datang.   Beliau menjangka 13 kerusi BN akan tergugat antaranya Beufort,  Penampang, Tawau, Sepangar, Papar, Batu Sapi, Tuaran dan Sandakan.  Buktinya kehadiran rakyat begitu luar biasa pada program Pakatan Rakyat  sekarang.   Beliau juga meluahkan rasa hairan Sabah memiliki sumber bumi yang  banyak dengan minyak dan balak, namun masih kekal sebagai negeri  termiskin di Malaysia.   Sementara itu, Saifuddin mendakwa akan berlaku satu lagi kejutan  besar pada 15 September ini di Sabah apabila seorang tokoh korporat  terkenal akan mengisytiharkan menyertai Pakatan Rakyat.   Katanya, tokoh terbabit akan mengisytiharkan keluar Umno pada  himpunan besar-besaran yang dijangka turut dihadiri Datuk Seri Anwar  Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng     |        |      Sarawak: 'PR enda meri BN jalai muntang'       Posted: 05 Sep 2012 01:16 AM PDT    (Gambar-gambar sekitar lawatan pemimpin PAS ke Sarawak)  MIRI: Pakatan Rakyat (PR) tidak mahu memberi laluan  mudah untuk Barisan Nasional (BN) memenangi mana-mana kerusi dalam  Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan memberi saingan secara terus  atau satu lawan satu.  Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli  memberitahu, saingan satu lawan satu walaupun sengit namun lebih mudah  untuk PR meng-uji 'kekuatan' dan memberi kelebihan serta peluang kepada  PR. "Kita tidak akan memberikan laluan yang mudah kepada BN dan  yang penting ialah satu lawan satu dengan BN dan kemudian rakyat akan  menyaksikan kelak satu perubahan yang besar dalam PRU akan datang," ujar  beliau dengan nada yakin. Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala  Krai memberitahu, jentera PR di Semenanjung Malaysia kelak akan turun  ke Sarawak dan Sabah juga, bagi memberi semangat kepada calon-calon  mereka di sini dan memastikan kemenangan berpihak kepada PR. "Dengan  keadaan politik di negeri Sabah yang dilanda pelbagai skandal dan  keengganan presiden untuk bertanding, ia merupakan satu tamparan hebat  kepada BN," katanya sambil merujuk kepada isu pengubahan wang haram yang  dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Presiden  Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin yang  mengumumkan untuk tidak mempertahan-kan kerusinya pada PRU akan datang.   Beliau  memberitahu, pembahagian kerusi dalam PR sudah mencapai persepakatan  dan kini di fasa akhir dengan PAS sudah mengenal pasti beberapa kerusi  berpotensi yang akan ditandinginya terutama di Sarawak. "Kita yakin mampu me-numbangkan kerajaan BN pada PRU Ke-13 ini kelak.  "Kalau kita tebang seorang-seorang memang sukar tetapi kalau  beramai-ramai kita 'menebang' pokok besar (BN), ia akan tumbang jua  nanti," tambahnya.  Beliau memberitahu demikian ketika berucap  pada majlis perasmian Program Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat  Negeri Sarawak yang dirasmikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi  Awang di sini, malam kelamrin.  Lebih 100 penyokong PAS dan PR  hadir pada program tersebut yang bermula dengan konvoi pada sebelah  petangnya diikuti dengan Rumah Terbuka Hari Raya PAS Sarawak. Turut  hadiri pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau  Alan Ling, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Timbalan Pesuruhjaya  III PAS Sarawak merangkap Pengerusi PAS Miri Jofri Jaraiee dan bekas  Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin serta Ketua PKR Miri  Dr Michael Teo. Dalam pada itu, Dr Hatta turut menggesa agar  jentera pilihan raya PAS mempersiapkan diri mereka dengan ilmu  pengetahuan dan kepili-hanrayaan sebagai kaedah terbaik bagi menghadapi  PRU13 akan datang.  "Selain itu ahli-ahli PAS Sarawak perlu terus  menggunakan peluang sehingga akhir September ini untuk menambah dan  mendaftarkan pengundi-pengundi baharu.  "Keluar dan dapatkan  se-banyak ramai yang mungkin, jika kita membantu mendaftarkan mereka,  nescaya mereka mungkin akan menyokong kita semula pada pilihan raya  kelak," tambahnya.     |                  |   
    |      Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai       Posted: 05 Sep 2012 11:21 AM PDT                |      Anak, cucu nyaris rentung       Posted: 04 Sep 2012 10:13 PM PDT   WARTAWAN SINAR HARIAN 31 Ogos 2012  Amirah yang tidak mampu berjalan diselamatkan penunggang motosikal yang mendukung dan mengeluarkannya dari rumah yang terbakar. Hanafi ah memberi kata-kata semangat kepada Shamsudin agar tabah menghadapi ujian ALLAH SWT.CHUKAI –"Apabila tuan rumah beritahu anak dan cucunya masih berada dalam bilik tidur, saya terus menahan seorang penunggang motosikal yang lalu di depan rumah.
  Penunggang motosikal itu mendukung kedua-dua mangsa manakala saya pula mengalihkan kereta untuk mengelak daripada meletup," kata Mohamad Yusof, 64.
  Tindakan pantas Mohamad dan penunggang motosikal itu, menyelamatkan nyawa gadis kurang upaya (OKU), Amirah Suhaili Said, 19, yang tidak mampu berjalan dan kanak-kanak, Nurul Adawiah Zabli, 4, dalam kejadian kebakaran yang mengakibatkan mangsa sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, di Rumah Murah Kampung Fikri, dekat sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.
  Ketika didatangi Mohamad, ibu gadis OKU terbabit, Rahani Harun, 43, yang berada di hadapan rumah terlalu terkejut dan panik apabila melihat api membakar bahagian depan rumahnya tidak terdaya berbuat apa-apa.
  Mohamed yang tinggal di hadapan rumah mangsa berkata, melihat keadaan tuan rumah (Rahani) yang berada di hadapan rumah sama ada masih ada sesiapa lagi di dalam rumah sebelum diberitahu bahawa anak gadisnya dan cucu berada dalam bilik tidur.
  "Ketika kedua-dua mangsa dikeluarkan api semakin marak. Saya pula sempat masuk ke dalam rumah dan  mencapai beg barangan kemas milik mangsa, namun wang ringgit yang berada dalam rumah tidak sempat diselamatkan kerana api marak terlalu cepat.
  "Hanya dalam tempoh tak sampai setengah jam, rumah mangsa hangus dijilat api. Saya sedar kejadian ini berlaku sejurus isteri kejutkan saya dari tidur dan segera saya meluru ke rumah mangsa," katanya.
  Kerugian keseluruhan ditanggung mangsa sekeluarga dianggarkan bernilai kira-kira RM150,000 dengan kesemua perabot dan barang berharga seperti peti ais, mesin basuh dan televisyen musnah dimamah api.
 
  Syukur isteri, anak dan cucu selamat
  Sementara itu, suami Rahani, Shamsudin Hamzah, 61, melahirkan rasa syukur kerana anak dan cucunya selamat biarpun kediaman mereka musnah.
  "Saya diberitahu tentang musibah ini oleh menantu dan ketika itu saya berada dekat Pasar Besar Chukai. Waktu itu apa yang saya runsingkan hanyalah anak gadis saya kerana takut dia tak sempat diselamatkan memandangkan dia tidak boleh berjalan.
  "Selepas sampai ke rumah saya lihat api sangat besar, namun Alhamdulillah anak, cucu dan isteri selamat," katanya.
  Api dipercayai bermula di gerai di hadapan rumah yang menjadi tempat Shamsudin menjual apam balik tetapi ketika kejadian mereka masih belum membuka gerai.
  Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman, Penolong Penguasa Bomba Mahazan Mat Junus yang mengetuai operasi pemadaman terbabit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.08 pagi dan bergegas dengan kekuatan anggota seramai 14 orang serta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai dan Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman.
  Katanya, ketika pihak mereka tiba kira-kira 80 peratus rumah telah dijilat api dan api turut merebak ke rumah bersebelahan.
  "Kira-kira 10 minit kemudian api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.40 tengah hari. Kita juga berusaha memadamkan kebakaran yang telah merebak ke rumah bersebelahan yang kira-kira lima peratus terbakar. Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan," katanya.
 
  Pelbagai pihak tampil hulur sumbangan segera
  Dalam perkembangan sama, musibah yang menimpa Shamsudin sekeluarga itu mendapat perhatian Adun Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera; Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Kemaman, Ghazali Awang yang hadir menziarahi dan menyampaikan sumbangan segera.
  Ghazali berkata, pihaknya menyalurkan bantuan berbentuk keperluan asas iaitu makanan dan keperluan harian.
  "Dari segi penempatan sementara buat Shamsudin sekeluarga pula ia akan dibincangkan dengan Pejabat Dun Chukai kerana terdapat sebuah rumah PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) yang telah siap. Mungkin rumah ini boleh diduduki mangsa sekeluarga buat sementara waktu," katanya.     |                  |   
    |      Jasindaily Online       Posted: 05 Sep 2012 09:34 AM PDT                |      Terkini : Minyak RON 97 Naik 30 .. Tahniah        Posted: 05 Sep 2012 08:42 AM PDT   Tahniah diucapkan kepada kementerian yang menguruskan kenaikan harga minyak RON 97 yang diberitakan naik harga 30 sen seliter. Naik pun tak beri kesan turun pun tak beri kesan sangat sebabnya rakyat dah tau dan dapat nilai prestasi orang yang menguruskan sama ada betul atau tidak. Tidak terkecuali juga buat rakyat-rakyat bawahan yang senantiasa beringat-ingat dengan menggunakan RON 95 sebagai alternatif.  
 
 Ini kerana rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak mempunyai kemampuan untuk memiliki dan mengisi tangki-tangki minyak kenderaan mereka dengan minyak yang kononya setaraf minyak kapal terbang.  Oleh yang demikian ada diantaranya beranggapan harga minyak naik atau turun sama sahaja dan tidak ada beza sedikitpun melainkan yang menaiki kenderaan yang mewah dan bernilai tinggi. Tahniah juga diucapkan kepada pihak kerajaan yang sentiasa prihatin dalam usaha untuk menyusahkan kehidupan rakyat jelata yang hidup serba kekurangan.  
 
 Dengan kenaikan harga minyak ini juga, dijangkakan harga barangan keperluan juga berkemungkinan akan naik dan bakal memberi impak yang besar kepada rakyat. Ini membuktikan rakyat senantiasa akan dibuli oleh kerajaan yang sedia ada.      |        |      ECPI Biayai Syiah Di Malaysia ?       Posted: 05 Sep 2012 08:11 AM PDT   Selepas apa yang berlaku di Syria, akhirnya terbongkarlah makar dan konspirasi Iran dan Syiah dalam menyembelih umat Islam Ahli Sunnah dan hubungan akrab mereka dengan Yahudi.Kesan daripada itu, Syiah di seluruh dunia seperti cacing kepanasan apabila umat Islam bangkit mempersoalkan ajaran mereka yang radikal itu, tidak terlepas juga dengan Syiah jadi-jadian di Malaysia. Apa yang saya bawakan di sini ialah risalah bertajuk BULAN PERPADUAN ISLAM DAN PEMBEBASAN AL-QUDS (AL-AQSA) SEDUNIA setebal 47 helaian yang disebarkan secara meluas. Risalah ini penuh dengan tipu daya dan suntikan jarum Syiah dengan slogan 'perpaduan Sunni, Syiah dan Salafi'. Artikel ini juga mempunyai selitan iklan ECPI iaitu sebuah air berjenama. 
 
 Berkenaan ECPI: 1. Menurut cerita-cerita orang di Melaka, jenama air ECPI yang bernilai mahal adalah cara syiah membiayai jariangan mereka. Air yang dijual pada harga setinggi RM7-8 sebotol besar itu adalah terlalu mahal. 
 
 2. Teknoloji yang dikatakan diguna untuk Electro Lustered Positive Ion Water tidak lojik langsung dari segi penerangan saintifiknya. 
 
  3. Dengan harganya yang mahal, ianya dapat dijual sebagai Multi Level Marketing (MLM) dan terbina jaringan syiah yang ada kepentingan komersil dan menjana kewangan untuk pergerakan mereka. 
 
 
 
 Blog tersebut mendedahkan ijazah, universiti dan qualification doktor-doktor yang disebut dalam laman web dan brishur adalah penipuan belaka.   - Bernama     |                  |   
    |      Mohamad Taufek Abd Ghani       Posted: 05 Sep 2012 09:09 AM PDT                  |      Apakah penjenayah yang aniaya ramai orang Melayu ini telah ditangkap?       Posted: 05 Sep 2012 07:52 AM PDT     Apakah Polis Malaysia telah berjaya menjejaki dan menangkap serta mendakwa Harun Mat Saat yang dikatakan telah melibatkan kerugian beratus-ratus juta ringgit dari beribu-ribu para pelanggannya terutamanya orang Melayu yang beragama Islam melalui skim pelaburan? 
 
 Guna alamat palsu KUALA TERENGGANU: Individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan membabitkan kerugian RM200 juta, Harun Mat Saat, 45, dipercayai menggunakan alamat palsu bagi mengelak diburu pihak berkuasa ketika menjalankan kegiatan. 
 
 DINA MENCURI LEBIH BND $91 JUTA DARI HAMPIR 5000 ORG BRUNEI. 
 
 Wednesday June 8, 2011 Self-styled prophet talks about lewd acts HARUN MAT Saat, who claims to be the prophesied messiah Imam Mahdi, talked about lewd acts during a series of "religious" ceramah aimed at promoting his get-rich-quick scheme, reported Harian Metro. 
 
 Jumaat April 10, 2009 Konsert Malam Seribu Karya diteruskan tanpa Siti VISUAL laser bertulis kalimah Allah, Nabi Muhammad dan bismillah merupakan antara tarikan dalam Konsert Malam Seribu Karya Rock Rohani di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18 April ini. Jalan cerita tersebut berkisarkan tentang kehidupan, perniagaan dan visi yang ingin dicapai oleh penaung Karya Hadani, Ustaz Harun Mat Saad. Selain Ustaz Harun, konsert ini akan dijayakan oleh artis yang bernaung di bawah Karya Hadani Yantzen, Razak Ahmad, Ezam Akar, Sham Barongan dan Rahmad Mega. 
 
 Harun bin Mat Saat I/C No: 660908-03-5945 Last known address: No. 5, Jalan Temenggung, Seksyen 12/6, Istana Kayangan, 40100 Shah Alam, Shah Alam, Selangor 
 
 Kad Pengenalan 660908035945 / A0497061 Nama HARUN BIN MAT SAAT Tarikh Lahir 08 Sep 1966 Jantina LELAKI Lokaliti 026 / 25 / 11 / 003 - KG SOKOR Daerah Mengundi 026 / 25 / 11 - KAMPUNG SOKOR DUN 026 / 25 - KOK LANAS Parlimen 026 - KETEREH Negeri KELANTAN 
 
 Ustaz Harun lucah KUALA LUMPUR: Bukan hanya mengaku dirinya jelmaan Imam Mahdi dan berkuasa mengalih posisi bulan, bintang dan matahari, malah Ustaz Harun tanpa segan silu beraksi 'panas' ketika menyampaikan ucapan atau syarahan kepada pengikutnya. "Lebih menghairankan, sepanjang menjadi pengikutnya saya tak pernah melihat dia menunaikan solat dan sering menolak ajakan kami dengan pelbagai alasan," katanya. 
 
 
 
 Trading Company Fined And Directors Jailed For Illegal Deposit Taking 
 
 KUALA LUMPUR, Dec 8 (Bernama) -- Two directors of a trading company were sentenced to 15 months imprisonment by the Sessions Court here today, for taking an unlicensed deposit amounting to RM200,000. The trading company, Business Time Dina Sdn Bhd was also fined RM300,000 for the same offence. "I only became a director of the company on the suggestion of Harun Mat Saat who helped with its management," he added. "Both the accused did not think rationally and only point at Harun claiming he was the mastermind behind this case but Harun has disappeared," he said. 
 
 Cahaya Permai Bakery & Cake House Perkhidmatan: Menyediakan perkhidmatan tempahan kek dan roti untuk pelbagai acara. Organisasi syarikat: Penasihat – Ustaz Harun Mat Saat 
 
     |        |      Ceramah Pakatan Rakyat       Posted: 05 Sep 2012 02:33 AM PDT    CERAMAH PAKATAN RAKYAT   Tarikh : 18/9/2012, Selasa Masa : 8.30 malam. Tempat : Taman Desa Rhu, Sikamat, Seremban Penceramah : Dato Arif Sabri, Aspan Alias, YB Anthony Loke, YB Dato Kamarul Bahrain, YB Taufek dan YB Aminudin     |        |      Ceramah Umum       Posted: 05 Sep 2012 02:33 AM PDT      |        |      Sindiket Haji Ekspres, Kuota Haji dan Rasuah        Posted: 05 Sep 2012 02:20 AM PDT    KUALA LUMPUR - Hukum mendapatkan perkhidmatan sindiket 'haji ekspres' adalah haram di sisi agama kerana melibatkan pemberian rasuah serta merampas hak orang lain yang menunggu giliran untuk menunaikan ibadat tersebut.   
 
 Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, peserta haji dan mereka yang bersubahat dalam perbuatan itu menanggung dosa kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam. 
 
 "Perbuatan ini haram kerana ada pihak memberi dan menerima secara rasuah. Ia juga merampas hak dan peluang orang lain.  
 
 "Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana sistem haji di negara ini mengikut giliran siapa dulu mendaftar dan memohon," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. 
 
 Seperti dilaporkan akhbar ini, sindiket 'haji ekspres' menawarkan orang ramai peluang menunaikan rukun Islam yang kelima tersebut lebih awal daripada jadual dengan membayar 'suapan'. 
 
 Sindiket dikesan beroperasi sejak beberapa tahun lalu itu juga dilapor melibatkan beberapa pegawai Lembaga Tabung Haji (TH) dan beberapa bekas kakitangannya. 
 
 Abdul Shukor yang kesal dengan kewujudan sindiket itu menggesa TH supaya bertindak segera bagi memastikan perkara seperti itu tidak berulang. 
 
 "Bilangan peserta haji di negara kita bergantung kepada kuota yang ditentukan Arab Saudi, jadi kita perlu adil dalam soal ini. 
 
 "Jangan kerana seseorang itu mempunyai 'kelebihan' wang ringgit, dia dapat tunaikan haji tanpa perlu menunggu seperti orang lain,'' katanya.  
 
 Bagaimanapun, katanya, pertimbangan untuk mengubah tarikh mengerjakan haji harus dibenar dalam keadaan tertentu seperti bagi mereka sudah lanjut usia dan pasangan haji tidak mendapat giliran serentak. 
 
 "Misalnya, kita boleh pertimbangkan pasangan berusia lebih 70 tahun untuk pergi dahulu atau kepada suami isteri yang tidak dapat giliran pergi bersama,'' katanya. 
 
     |        |      Kuota Haji untuk Sarawak semakin berkurangan        Posted: 04 Sep 2012 07:22 PM PDT     5 Sep 2012 - Seperti petikan kenyataan akhbar baru-baru ini, umat Islam Sarawak amat kecewa dengan tindakan kerajaan pusat yang mengurus hal kuota haji mengurangkan kuota haji bagi Sarawak dari 800 kepada 633 saja.    
 
 Majlis Islam Sarawak (MIS) kecewa kuota haji bagi negeri Sarawak dikurangkan dari 800 kepada 633 pada tahun ini. Sebelum ini kuota haji bagi Sarawak lebih dari 800 orang dan pada tahun sebelumnya 1000 orang lebih. Mengapa hampir setiap tahun kuota haji bagi Sarawak semakin berkurangan? 
 
 Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan menaja 400 imam dan pengerusi JKKK untuk menunaikan haji pada tahun ini. Persoalannya, adakah 400 orang yang terpilih ini, mereka yang memang termasuk dalam senarai menunaikan haji pada tahun ini, atau 400 orang ini ada yang mengambil hak kuota jemaah lain yang sepatutnya pergi pada tahun ini?   
 
     |        |      Fenomena rumah-rumah terbiar di N.Sembilan       Posted: 04 Sep 2012 06:34 PM PDT    Mengapakan fenomena rumah-rumah terbiar atau yang ditinggalkan banyak berlaku di Negeri Sembilan? Sayang sekali, rumah-rumah yang terbiar ini mempunyai seni bina Melayu yang bercirikan seni bina Minangkabau yang amat unik dan menarik, ditinggalkan begitu sahaja ditelan zaman, anai-anai dan semak samun.   
 
     |        |      Kuota Haji dan sindiket penipuan jemaah haji       Posted: 04 Sep 2012 06:33 PM PDT     Apakah sindiket penipuan jemaah haji mengambil peluang dari kuota haji yang amat terhad. Sesiapa yang baru mendaftar untuk mengerjakan haji akan menunggu 34 tahun akan datang jika panjang umur untuk menunaikan haji. Sudah pasti sindiket penipuan haji mengambil kesempatan dari keadaan sebegini.   
 
 Rujuk dulu TH 5 Sep 2012 
 
 KUALA LUMPUR: Ketika musim haji ini, mereka yang mahu mengerjakan rukun Islam kelima diminta supaya terlebih dahulu merujuk Lembaga Tabung Haji (TH) mengenai syarikat atau individu yang dilantiknya bagi menawarkan pakej haji. 
 
 Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail berkata, ini berikutan sejak akhir-akhir ini banyak berlaku kes penipuan dilakukan pihak yang tidak dilantik TH. 
 
 "Sindiket penipuan ini sangat licik dengan antara lain menawarkan pakej haji lebih murah berbanding yang ditetapkan TH serta peluang mendapat giliran menunaikan haji lebih cepat," katanya pada pemberita pada majlis meraikan Sahabat Korporat TH dan sambutan Aidilfitri di sini, semalam. 
 
 
 
 Jika kita sudah ada 963,000 rakyat Malaysia yang sudah mendaftarkan diri untuk menunaikan haji dengan hanya 28,000 kuota setiap tahun, ini bermakna siapa yang mendaftar selepas ini akan menunggu 34 tahun lagi untuk pergi menunaikan haji.  
 
 Dari 28,000 kuota haji ini, berapakah yang diberikan kepada Tabung Haji dengan kos RM9,980, dan berapa pula yang diberikan kepada syarikat pengendali swasta dengan kos yang berlipat kali ganda?  
 
 Kuota kekal 28,000 3 Sep 2012 
 
 Kerajaan Arab Saudi setuju mengekalkan kuota seramai 28,000 jemaah Malaysia untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semalam. 
 
 "Sehingga kini, 936,000 rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia lebih 75 tahun sudah mendaftarkan diri untuk menunaikan haji," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, di sini, semalam. 
 
 Jamil Khir berkata, penerbangan haji bagi kumpulan pertama ke Makkah dijadualkan pada 17 September depan membabitkan seramai 400 jemaah. Menurutnya, bagi jemaah haji muassasah, kerajaan masih mengekalkan kos menunaikan ibadat itu seperti tahun lalu iaitu RM9,980. 
 
 
 
 Kerajaan taja 400 imam, ketua kampung tunai haji 28 Ogos 2012  
 
 Kerajaan menaja 400 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara untuk menunaikan ibadat haji di Tanah Suci Mekah pada tahun ini. 
 
 Surat tawaran menunaikan rukun Islam kelima tajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan 200 imam serta 200 pengerusi JKKK itu disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis di Seri Perdana di sini semalam. 
 
     |                  |   
    |      Landskap Siasah       Posted: 05 Sep 2012 07:50 AM PDT                |      Sokongan Sami di Burma  terhadap pembunuhan  Rohingya       Posted: 04 Sep 2012 09:45 AM PDT   MALAYSIAN CONSULTATIVE COUNCIL OF ISLAMIC SOCIETIESSuite 1 , Level 5 , Perak Techno Trade Center , Meru Raya , Jelapang , Ipoh , Perak , Malaysia Tel 0194744856 , admin@mapim.orgJOINT STATEMENT MAPIM and SHURA3rd September 2012MAPIM DEPLORES MYANMAR MONKS LACK OF COMPASSION ON ROHINGYAThe Malaysian Consultative Council of Islamic Societies (MAPIM) and the Secretariate for The Ulama Assembly of Asia (SHURA) deplores and regrets the monks in Myanmar  declaring their support to  President Thein Sien's policy of driving out all the remaining Rohingya out of Myanmar.This is a clear contradiction to the teachings of Budhism that gives high regards to compassion towards fellow human beings as propounded by Gautama Buddha. The brutality inflicted on the Rohingya by the Rakhine Buddhist extremist backed by the authorities is a clear violation of all the teachings of Siddharta the Buddha.We are surprise by the indifference shown by the monks in Myanmar who should reflect their spirit of compassion , love for the oppressed and speaking out against all forms of injustice towards life.MAPIM and SHURA see this as a clear indication of the deep sitted hatred and politically motivated arrogance  that have been the major motivation amongst Buddhist Myanmaries to be intolerant against the  presence of the Rohingyas Muslims in Myanmar.This is a stark contradiction to how all Muslim countries have accepted the presence of Buddhism and their followers to co-exist with the Muslim community and protecting their civil and religious rights . No Muslim nations have seen any prosecution done onto any Buddhist temples or Buddhist people.On what grounds have the monks in Myanmar established their adamant hatred towards Muslim Rohingyas. Sloganing that the Myanmar motherland must be saved from Rohingya is a call reflective of an in-build sentiment of hatred and to deny the Rohingya Muslims not only on their  citizenship but also on their dignity as sons and daughters of an Arakan.We regret that such pronouncement of hatred and consenting to brutality on fellow human beings have polluted the minds of the Buddhist monks in Myanmar disregarding the basic peace loving tenants and principles of Buddhism.We urge the Buddhist leadership of Myanmar not to be trapped by the political interest of the military junta who are ever ready to exploit the conflict into a religious clash between Muslims and Buddhists and thereby justify their military hold on power . The decades of suppression on the Rohingya Muslims are essentially a political hegemony by the military elites to continue their dictatorship on Myanmar.We call on all peace and justice loving people of faith worldwide to urge the Myanmar government to restore the legitimate rights of the Rohingya as citizens of Myanmar and to appeal to all Buddhist followers of the world to resent the unjust and inhuman treatment against the Rohingya.We abhore and register our strong protest against the Myanmar government for colluding with the Rakhine Buddhist extremist in their decades of persecution on the Rohingya Muslims.Less the Myanmar government is ready to face a long sectarian conflict and thereby pay a high price of continous instability , trading off a most needed socio-economic developemnt for its own people , the harsh treatment towards the Rohingya and other minorities will not augur well for the long interest of Myanmar.We therefore call all religious leaders of Myanmar to prevail upon the Myanmar government to adopt a policy of humane compassion towards its people and to protect the rights of all minorities in the country.Mohd Azmi Abdul HamidSecretary General MAPIMAbdul Ghani SamsudinChair SHURA    |                  |   
    |      Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh       Posted: 05 Sep 2012 07:04 AM PDT      |   
  
    
Tiada ulasan:
Catat Ulasan