PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH Posted: 17 Sep 2012 03:47 AM PDT JAMUAH HARIRAYA MTD MENTAKAB Posted: 16 Sep 2012 05:25 AM PDT 16.9.2012 MTD MENTAKAB MENGADAKAN JAMUAN HARI – RAMAI PARA JEMPUTAN YANG HADIR – MAJLIS DIMULAKAN DENGAN SOLAT MENGHRIB SECARA BERJEMMAH – SOLAT HAJAT – TAZKIRAH OLEH US.AHMAD BADAWI DENGAN TAJUK 11 PERKARA YANG MEMBOLEHKAN KITA MENJADI BAHGIA – KEMUDIAN SOLAT ISYAK BERJEMAAH - KIRA – KIRA PUKUL 9.00 MALAM DI MULAKAN MAJLIS JAMUAN HARI RAYA DENGAN DIPENGERUSIKAN OLEH USTAZ ZAKARIA OMAR KETUA PENERANGAN URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH – UCAPAN ALUAN –ALUAN DARI PENGARAH MTD MENTAKAB HJ.AZMI – UCAPAN TYDP HASANUDDIN SALIM - EN.WHOO PENEGERUSI DAP BAHAGIAN TEMERLOH ( BENDAHARI DAP PAHANG - UCAPAN YDP HJ MD JUSOH DARUS – SUMBANGAN INFAK WAJIB BANGAU TANJUNG KEPADA FAKIR MISKIN. KEMUDIAN JAMUAN HARI RAYA DENGAN BERNAGAI MENU – KIRA 500 ORANG HADIR . ( BERITA DAN FOTO OLEH .US.ZAKARIA BIN OMAR ) . USTAZ AHMAD BEDAWI SEDANG MENYAMPAIKAN TAZKIRAH MAGHRIB AHLI JEMPUTAN SEDANG MENDENGAR TAZKIRAH HJ AZMI PENGARAH MTD MENTAKAB SEDANG BERUCAP EN .HASANUDDIN SALIM TYDP PAS KAWASAN TEMERLOH SEDANG BERUCAP EN WOO CHEE WAN PENGERUSI DAP BAHAGIAN TEMERLOH SEDANG BERUCAP HJ MD JUSOH DARUS YDP PASA KAWASAN TEMERLOH SEDANG BERUCAP Gamabar - gambar diseketar jamuan : | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 17 Sep 2012 01:05 AM PDT Biar PAS jaga Melayu jika Umno kalah Posted: 16 Sep 2012 07:15 PM PDT 29 Syawal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: "PAS jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU13, inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, Najib selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh menjaga Melayu.
"Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat," ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, bukti PAS boleh menggantikan Umno untuk menjaga orang Melayu boleh dilihat rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk BN sebanyak RM220 juta daripada hutang peninggalan BN sebanyak RM718 juta.
Idris menambah, Negeri Kelantan berjaya diturunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada 6.
"Sebelum Umno hendak mendabik dada mereka yang jaga Melayu, Umno tolong jawab terlebih dahulu tuduhan ini.
"Bukankah Umno yang menghilangkan 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu selepas merdeka?" katanya.
Katanya lagi, Umno yang menyekat 118 projek ke Kelantan sejak 1991 (RMK6).
"Kenapa Umno yang berkuasa tidak menambah kerusi di Kelantan dan Terengganu pada PRU 2004?" tanya beliau lagi.
Beliau berkata, Umno mesti bertanggungjawab terhadap kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion.
"Najib janganlah duduk ulang pita rakaman lama bila berhadapan pengundi Melayu, kononnya DAP yang akan dominan dalam PR manakala Soi Lek, Presiden MCA bila bercakap dengan orang Cina, kata Pas yang akan menguasai PR. Mana satu yang benar, atau kedua-dua pembohong besar" ujarnya.
Katanya, Umno hanya memainkan isu Melayu apabila sokongan politik semakin terhakis dengan meniupkan sentimen kononnya umno pembela Melayu.
Baginya, DAP dijadikan kambing hitam kononnya menindas Melayu dan Islam walaupun hakikatnya telah dibuktikan dengan fakta di Pulau Pinang, banyak projek diperolehi oleh kontraktor Melayu sedangkan yang menangis ialah kontraktor Umno yang menjadi broker dan makan komisyen.
Faktanya, kata Idris kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah kendalian kerajaan negeri.
Jeklas Idris lagi, ertinya Melayu mampu, yang tidak mampu hanya Melayu Umno.
"Peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang semasa zaman Umno hanya RM12.5 juta telah meningkat zaman YAB Lim Guan Eng sebanyak RM64 juta (2012)," katanya.
Beliau menambah, hampir lima tahun DAP yang memerintah Pulau Pinang, tidak ada sebuah masjid dan surau diroboh sebaliknya ketika Umno memerintah Selangor, Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Surau al-Rahmah Seksyen 8, Surau Puchong Perdana ditutup manakala Masjid Bujal, Kemaman dan Surau Kampung Berembang Ampang diruntuh. | Pemimpin Pakatan tandatangan Deklarasi Kuching Posted: 16 Sep 2012 06:45 PM PDT 29 Syawal 1433H. [MOD] - Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat hari ini menandatangani Deklarasi Kuching yang menggariskan janji gabungan parti itu untuk meningkatkan kualiti hidup warga Sabah dan Sarawak dan menghormati Perjanjian Malaysia 1963.
Deklarasi berkenaan ditandatangani ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua parlimen DAP Lim Kit Siang di Chong Ling Park, Kuching petang ini.
Deklarasi tujuh perkara itu, diumumkan sempena sambutan Hari Malaysia hari ini, antara lain menggariskan janji Pakatan sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13. (MK) | Ribuan demo anti-polisi kerajaan di Sepanyol Posted: 16 Sep 2012 06:30 PM PDT 29 Syawal 1433H. [MOD] - MADRID: Ribuan penunjuk perasaan berhimpun tengah hari Sabtu lalu di sepanjang jalan-jalan utama ibu kota Sepanyol membantah tindakan kerajaan yang ingin mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai, dalam satu usaha mengelakkan jaminan kewangan.
"Kami mahu mengatakan secara kuat dan jelas kepada kerajaan bahawa kami tidak bersetuju, kerana polisi ini akan menyebabkan kerosakan yang terlalu banyak, dan kami tidak akan berdiam diri kerana kami percaya adanya alternatif," ucapan Ketua Kesatuan Sekerja CCOO, Ignacio Toxo semasa perhimpunan tersebut.
Demonstrasi ini berlangsung selepas Menteri Ekonomi, Luis de Guindos berkata bahawa kos pinjaman Sepanyol masih tidak mencerminkan pelarasan ekonomi dan fiskal negara tersebut, walaupun baru melaksanakan pelonggaran ekonomi baru-baru ini.
Selepas mesyuarat tidak rasmi menteri kewangan Kesatuan Eropah di Nicosia, Cyprus, De Guindos ditanya tentang kadar faedah yang sesuai untuk Sepanyol.
Beliau menjawab: "Kami percaya dengan usaha kerajaan Sepanyol dari segi komitmen terhadap pelarasan fiskal dan reformasi ekonomi, risiko premium sepatutnya lebih rendah [dari tahap semasa]."
Julai lalu, kerajaan konservatif pimpinan Mariano Rajoy menghapuskan bonus Krismas tahunan untuk pekerja awam, yang menyebabkan pengurangan sebanyak tujuh peratus dalam gaji tahunan.
Langkah-langkah ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah penjimatan bernilai EUR102billion (RM406billion) yang akan dilaksanakan sebelum 2014 untuk mengurangkan defisit awam Sepanyol.
Penganjur demonstrasi mendakwa langkah-langkah penjimatan kerajaan hanya melibatkan kelas menengah dan rendah dan bukannya golongan kaya serta syarikat-syarikat besar. Mereka mahu diadakan referendum terhadap langkah-langkah penjimatan itu.(HD) | Hina nabi: Pope temu pemimpin Islam di Lubnan Posted: 16 Sep 2012 06:15 PM PDT 29 Syawal 1433H. [MOD] - BEIRUT: Pope Benedict XVI akan bertemu dengan pemimpin masyarakat Islam di Lubnan Sabtu ini, dalam lawatan yang bertujuan merapatkan jurang antara Kristian dan Muslim di Timur Tengah.
Pertemuan dijangka berlaku dalam suasana yang memilukan selepas insiden keganasan yang membawa maut apabila umat Islam membantah filem Amerika Syarikat yang menghina Islam.
Pope yang tiba di Lubnan Jumaat lalu untuk lawatan tiga hari, akan melawat istana presiden di Beirut dan bertemu Presiden Michel Sleiman, seorang Kristian Maronite.
Sebelum pertemuan beliau dengan pemimpin Islam, beliau akan bertemu Perdana Menteri Nagib Mikati, seorang Ahlus Sunnah wal Jamaah, dan speaker parlimen Nabih Berri, seorang Syiah.
Lubnan mempunyai tradisi yang tidak bertulis tetapi diikuti dengan ketat bahawa tiga jawatan tertinggi sentiasa dikhaskan untuk ahli komuniti kepercayaan masing-masing.
Pope juga akan menyampaikan ucapan kepada para pembesar Lubnan tentang ciri persamaan antara Kristian dan Islam iaitu agama keamanan.(HD) | Jangan hanya pentingkan keselamatan orang asing A Posted: 16 Sep 2012 06:00 PM PDT 29 Syawal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Jangan hanya pentingkan keselamatan orang asing sahaja tetapi utamakan keadaan keselamatan dalam negara ini.
Demikian pesanan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Hishammuddin sebelum itu menyatakan, kementeriannya akan memantau keselamatan Kedutaan Amerika Syarikat di negara ini dan juga pihak lain bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku berikutan penayangan filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Islam.
"Jangan jaga keselamatan orang luar sahaja, kalau pun tak mahu jaga keselamatan pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat (PR) utamakan keadaan keselamatan dalam negara yang (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri) Mustapa Mohamed sendiri akui membimbangkan para pelabur," kata Mahfuz sambil merujuk kepada kenyataan Hishammuddin yang dilihat menolak untuk memberi jaminan keselamatan untuk pemimpin PR.
Ketika ditanya terhadap jaminan keselamatan terhadap PKR di Johor memandangkan sudah tiga kali bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dan disimbah cat, Hishammuddin berkata, "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri".
Mahfuz menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri itu bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan.
"Keselamatan semua rakyat di jamin di dalam undang-undang dan perlembagaan dan kerajaan yang memerintah mesti memastikan keselamatan semua rakyat tanpa sebarang diskriminasi.
"Kalau sebelum ini, Umno Barisan Nasional (BN) mendiskriminasikan rakyat dari segi pembanguna kerana dendam politik, nampaknya hari ini dalam soal keselamatan pun rakyat terpaksa hadapi diskriminasi Umno BN," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Beliau juga menjangkakan piolitik Malaysia akan makin ganas berikutan kenyataan Hishammuddin itu. (HD) | Mati dihempap traktor Posted: 16 Sep 2012 02:47 AM PDT 29 Syawal 1433H. [MOD] - JITRA - "Aku tak mau balik. Apa cerita pun kita habiskan kerja malam ini juga sebab duit dalam poket tinggal RM3 saja." Itulah luahan terakhir Nor Azman Abdul Majid, 31, sebelum maut dihempap traktor kepada adiknya Shazwan Suhaili Abdul Majid, 15, yang bersama mangsa menjalankan kerja-kerja pembersihan kebun getah di Kampung Paya Pahlawan, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, mangsa yang bekerja sebagai Pembantu Am di Kolej Jururawat Alor Setar mengambil upah menjalankan pembersihan di kawasan kebun tersebut sebagai sumber pendapatan sambilannya. Bapanya, Abdul Majid Mohd Noh, 62, mendapat panggilan daripada bapa saudara mangsa kira-kira jam 8 malam bahawa mangsa meninggal dunia akibat dihempap traktor dan bergegas ke tempat kejadian mendapati bahawa anaknya tidak lagi bernyawa. Menurutnya, mangsa kebiasaannya melakukan kerja-kerja sambilan tersebut hanya waktu cuti sahaja kerana ingin mencari sumber sampingan bagi menampung keluarganya. "Setibanya pak cik di tempat kejadian, keempat-empat tayar traktor tersebut sudah ke atas dan mendapati mangsa terperosok di antara tempat duduk dan bumbung traktor tersebut. "Sebelum itu, adiknya yang kebetulan berada di situ menyaksikan kejadian tersebut cuba membantu mangsa yang tersepit namun gagal dan menghubungi pasukan bomba dan penyelamat untuk membantu," katanya ketika ditemui, kelmarin. Mangsa ada balik rumah Abdul Majid yang merupakan pemain wayang kulit Asun berkata, sebelum kejadian lebih kurang jam 4 petang, mangsa ada pulang ke rumah mendapatkan peralatan sepana yang selalu dibawa setiap kali mengambil upah menjalankan kerja-kerja pembersihan. Menurutnya, selepas mendapatkan peralatan tersebut, lebih kurang jam 6 petang mangsa kemudiannya tergesa-gesa ke tempat kejadian untuk menyelesaikan kerja-kerja pembersihan itu. "Selalunya mangsa tidak pernah mengajak sesiapa daripada ahli keluarga untuk menemaninya tetapi semalam, mangsa mengajak adiknya itu untuk bersama-sama ke kawasan kebun tersebut. "Sehingga sekarangnya adiknya masih trauma dengan kejadian tersebut dan tidak dapat menceritakan detik-detik berlakunya kejadian yang tragis itu," katanya. Katanya, tiada sebarang luka di bahagian tubuh mangsa tetapi pinggangnya patah disebabkan traktor seberat enam tan menghempap mangsa. "Sejam selepas kejadian adiknya memberitahu bahawa mangsa masih bernafas namun beliau disahkan meninggal dunia yang kemungkinan sukar bernafas kerana stereng traktor tersebut betul-betul berada di dadanya," katanya. Mangsa seorang yang pendiam dan rajin Pak Majid berkata, mangsa yang merupakan anak ketiga daripada lapan beradik adalah seorang yang pendiam dan rajin bekerja. Menurutnya, mangsa tidak pernah merungut dengan masalah yang dihadapi sebaliknya menyelesaikan masalah tersebut tanpa membabitkan orang lain. "Azman juga seorang yang tidak pandai memarahi orang lain walaupun mendapati mereka salah dan apabila dia sendiri yang dimarahi, dia hanya senyum tanpa menunjukkan rasa tidak puas hati atau sebaliknya. "Kadang-kadang mangsa ada juga membantu pak cik yang bertindak sebagai teknikal di mana sahaja jemputan persembahan Wayang Kulit Asun diadakan," katanya. Katanya, kehilangannya amat dirasai kerana dia adalah seorang anak yang baik dan mematuhi nasihat kedua ibu bapanya. "Sebelum ini, setiap pertunjukan dia yang membantu tetapi kini tiada lagi. Masih ada juga adiknya membantu namun tidaklah secekap arwah yang sering kali mengikuti pak cik," katanya. Mangsa meninggalkan dua orang puteri NurHafifi Azman dan Arfah Azman serta seorang balu Azizah Mohd Ali, 31, manakala mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Kunluang, Mukim Binjal, Jitra kira-kira jam 10.00 pagi semalam. Mangsa gagal naik Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Hasbullah Mohd Isa, berkata, pihaknya menerima panggilan tersebut lebih kurang jam 8.40 malam dan setibanya di tempat kejadian mendapati traktor tersebut terjatuh ke dalam parit dalam kebun berkenaan. Menurutnya, beberapa anggotanya terlebih dahulu mengenal pasti tempat tersebut sebelum menjalankan operasi menyelamat mangsa yang tersepit. "Disebabkan keadaan sekelilingnya terlalu semak dan gelap kerja-kerja menyelamat hampir memakan masa dua jam untuk mengeluarkan mangsa yang terbenam di dalam parit berkenaan. "Sebanyak tiga buah jentolak digunakan dalam operasi tersebut. Dua buah digunakan untuk mengangkat traktor seberat 6 tan manakala sebuah lagi digunakan untuk membersihkan kawasan untuk memudahkan kerja-kerja menyelamat," katanya kepada Sinar Harian. Hasbullah berkata, mangsa dipercayai terjatuh bersama traktor yang dibawanya ketika sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan sekitar kebun tersebut namun cubaannya untuk menaiki semula parit itu gagal. "Dianggarkan kedalaman parit tersebut berukuran 4 sehingga 5 kaki kedalamannya dan cubaannya gagal apabila traktor tersebut terbalik ke belakang menyebabkan mangsa dihempap sehingga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. "Mangsa dikeluarkan dari kawasan tersebut kira-kira jam 11 malam dan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Jitra," katanya. Sinar Harian | Al-Qaeda puji protes bunuh Duta AS di Libya Posted: 16 Sep 2012 02:46 AM PDT 29 Syawal 1433H. [MOD] - SANAA - Rangkaian Al-Qaeda di Yaman semalam memuji pembunuhan Duta Amerika Syarikat (AS) di Libya dengan menyifatkannya sebagai "perkembangan sangat penting." Pada masa yang sama, ia juga menggesa pengikutnya membunuh diplomat-diplomat lain di dunia Islam. Protes membantah filem yang mengaibkan Naib Muhammad SAW telah merebak ke 20 buah negara sejak Selasa lalu. Selasa lalu, serangan ke atas pejabat konsul di Benghazi, Libya, Duta AS Christopher Stevens terbunuh bersama tiga kakitangan lain. Di Mesir, di mana protes kali pertama tercetus, pihak berkuasa menggerakkan pasukkan keselamtan untuk menamatkan demonstrasi di pekarangan Keduataan AS di Kaherah. Sinar Harian | Sindiket edar dadah tumpas Posted: 16 Sep 2012 02:44 AM PDT 29 Syawal 1433H. [MOD] - JOHOR BAHRU – Polis negeri ini berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menyerbu sebuah rumah di Taman Desa Harmoni jam 1.30 pagi, Khamis lepas. Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, hasil serbuan anggotanya berjaya merampas beberapa jenis dadah dan peralatan memproses dadah serta tiga kereta yang keseluruhan bernilai RM1 juta. Menurutnya, premis kediaman berkenaan dipercayai menjadi tempat pemprosesan dan pembungkusan dadah sebelum diedarkan untuk pasaran sekitar negeri ini. "Dadah dirampas yang disyaki ketamin, serbuk ekstasi, pil ekstasi dan pil eramin 5 dengan nilai rampasan RM713,440 dianggarkan untuk bekalan kepada 23,640 penagih sekitar negeri ini. "Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan percaya sindiket ini ada kaitan dengan serbuan makmal dadah di Muar yang dijalankan sebelum ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, semalam. Mohd Mokhtar berkata, anggotanya turut menahan dua lelaki dan seorang perempuan yang berumur lingkungan 35 hingga 39 tahun yang sedang nyenyak tidur ketika serbuan. Menurutnya, ketiga-tiga suspek didapati positif dadah hasil ujian saringan awal. "Suspek ditahan reman sehingga 20 September ini dan akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988," katanya. Dalam perkembangan lain, Mohd Mokhtar berkata, anggotanya sedang memburu dua lagi suspek untuk membantu polis bersabit kes serbuan makmal memproses dadah yang bernilai RM68 juta di Muar, Ahad lepas. "Kita minta orang ramai yang mengenali atau ternampak kedua-dua suspek ini menghubungi talian hotline polis Johor 07-2212999 atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran," katanya. Mohd Mokhtar berkata, pihak polis juga sudah mengenal pasti beberapa individu yang terlibat dalam kes membaling molotov cocktail membabitkan kediaman dua pegawai kastam di Taman Pelangi dan Taman Sri Pulai Perdana, Khamis lepas. "Kita percaya ada yang telah menghilangkan diri, tapi kita nasihatkan mereka serah diri sebelum kita menyiarkan gambar dan membuat tangkapan," katanya. Sinar Harian | Bayi perempuan ditemui dipercayai dicampak Posted: 16 Sep 2012 02:43 AM PDT 29 Syawal 1433H. [MOD] - PETALING JAYA - Mayat bayi perempuan ditemui di kawasan tempat letak kereta di Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya di sini hari ini dengan kecederaan parah di kepala akibat dicampak dari tempat tinggi. Bayi dipercayai baru lahir dan berkulit cerah itu ditemui seorang penduduk di situ, Jundi Mat, 35, kira-kira pukul 11 pagi. Jundi berkata ketika kejadian, beliau sedang mengambil motosikal kira-kira dua meter dari tempat bayi itu dicampak sebelum terdengar bunyi objek jatuh. "Tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti ada objek terjatuh di belakang saya dan setelah diperhati adalah seorang bayi," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini. Beliau yang pada mulanya menyangka itu adalah patung permainan terus memanggil individu lain di situ untuk mengesahkan penemuan bayi malang tersebut. "Semasa saya menjumpai bayi tersebut dia dalam keadaan tertiarap, tidak menangis dan tidak bergerak," katanya, yang menetap di tingkat tiga blok 11 di kawasan itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan seorang wanita berusia 20-an dipercayai terlibat dalam kes itu telah ditahan. "Dipercayai bayi tersebut dicampak dari tingkat tiga blok itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh," katanya. Bagaimanapun motif kejadian masih dalam siasatan dan mayat bayi tersebut dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. Sinar Harian | Kelindan lori cerita pengalaman ngeri ditimbus tanah Posted: 16 Sep 2012 02:42 AM PDT 29 Syawal 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU - "Masa ditimbus tanah, saya sedar dan terasa ada orang pijak (tanah di atas) sebelum orang kampung menyedari saya tertimbus di dalam. "Masa kejadian itu, saya berada berhampiran lori dan secara tiba-tiba, tanah itu runtuh dan menghempap kami, menyebabkan kami gagal menyelamatkan diri," kata seorang kelindan lori Mohd Hanifah Mohd Nawi, 19, ketika menceritakan pengalaman ngeri ditimbus tanah semalam. Dalam kejadian kira-kira 4.50 petang itu, Mohd Hanifah bersama rakannya, Mohd Azharulnizam Daud, 24, yang juga pemandu lori ditimbus tanah ketika melihat adik Mohd Azharulnizam iaitu Mohd Zuraime, 17, melakukan kerja menarah tanah menggunakan jengkaut. Mohd Hanifah bernasib baik apabila hanya patah tangan, bagaimanapun, Mohd Azharulnizam terkorban selepas tanah setinggi 10 meter yang sedang ditarah itu runtuh. Mohd Zuraime berjaya menyelamatkan diri. "Saya tertimbus di dalam tanah rasanya dalam 20 minit, saya bernasib baik kerana berjaya diselamatkan oleh orang ramai," kata Mohd Hanifah kepada pemberita di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini. Katanya, kejadian yang menimpa mereka berlaku terlalu pantas dan jika diberi pilihan, beliau tidak lagi ingin melakukan kerja tersebut kerana serik serta takut setiap kali teringatkan insiden itu. Sinar Harian | Barcelona terus gah, Real Madrid merundum Posted: 16 Sep 2012 02:40 AM PDT 29 Syawal 1433H. [MOD] - KELAB Barcelona semakin mengukuhkan kedudukannya selaku pandahulu La Liga selepas mencipta kemenangan bergaya 4-1 ke atas Malaga di Stadium Coliseum Alfonso Pérez, awal pagi tadi (waktu Malaysia). Kelab The Catalan di bawah kendalian pengurus baru, Tito Vilanova nyata memberi kesan positif kepada Barcelona apabila terus mencatat kemenangan kali keempat dengan meraih 12 mata setakat ini. Pada perlawanan tersebut, meskipun Barcelona bermain di hadapan penyokong lawan, namun ia tidak menjejaskan prestasi anak buah Vilanova untuk mencipta jaringan. Akhirnya, pasukan pelawat membuka tirai jaringan awal menerusi Adriano Correia pada minit ke-32 untuk berada di depan. Bersambung babak kedua, Barca yang menguasai perlawanan terus mencipta jaringan menerusi penyerang sensasi, Lionel Messi pada minit ke-74. Selang beberapa minit kemudian, Messi sekali lagi membolosi gawang lawan pada minit ke-78 untuk mengukuhkan kedudukan 3-0. Namun, Malaga terus dihukum dengan kelincahan David Villa apabila mengesahkan kemenangan pasukan pelawat dengan menjaringkan gol keempat pada minit-minit terakhir perlawanan. Bagaimanapun, gol pertama Malaga yang hadir pada minit ke-80 menerusi J. Mascherano nyata mengubat kekecewan peminat yang membanjiri Stadium meskipun sedih dengan kekalahan pasukan mereka. Sementara itu, aksi di Stadium Estadio Ramón Sánchez Pizjuán, Real Madrid terus mempamerkan aksi kurang cemerlang apabila tewas kepada Sevilla 0-1, awal pagi tadi (waktu Malaysia). Pasukan tuan rumah nyata tidak mengambil masa lama untuk mengegar jaring pelawat menerusi P. Trochowski seawal minit kedua perlawanan. Dengan kekalahan itu, Real Madrid berada di kedudukan ke-12 dengan mengumpul empat mata setakat ini. Berikut keputusan La Liga (LFP): Malaga (3) (1) Levante Valencia (2) (1) Celta de Vigo Getafe (1) (4) Barcelona Sevilla (1) (0) Real Madrid Sinar Harian | Biar PAS jaga Melayu jika Umno kalah Posted: 16 Sep 2012 02:37 AM PDT 29 Syawal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: "PAS jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU13, inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, Najib selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh menjaga Melayu. "Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat," ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, bukti PAS boleh menggantikan Umno untuk menjaga orang Melayu boleh dilihat rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk BN sebanyak RM220 juta daripada hutang peninggalan BN sebanyak RM718 juta. Idris menambah, Negeri Kelantan berjaya diturunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada 6. "Sebelum Umno hendak mendabik dada mereka yang jaga Melayu, Umno tolong jawab terlebih dahulu tuduhan ini. "Bukankah Umno yang menghilangkan 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu selepas merdeka?" katanya. Katanya lagi, Umno yang menyekat 118 projek ke Kelantan sejak 1991 (RMK6). "Kenapa Umno yang berkuasa tidak menambah kerusi di Kelantan dan Terengganu pada PRU 2004?" tanya beliau lagi. Beliau berkata, Umno mesti bertanggungjawab terhadap kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion. "Najib janganlah duduk ulang pita rakaman lama bila berhadapan pengundi Melayu, kononnya DAP yang akan dominan dalam PR manakala Soi Lek, Presiden MCA bila bercakap dengan orang Cina, kata Pas yang akan menguasai PR. Mana satu yang benar, atau kedua-dua pembohong besar" ujarnya. Katanya, Umno hanya memainkan isu Melayu apabila sokongan politik semakin terhakis dengan meniupkan sentimen kononnya umno pembela Melayu. Baginya, DAP dijadikan kambing hitam kononnya menindas Melayu dan Islam walaupun hakikatnya telah dibuktikan dengan fakta di Pulau Pinang, banyak projek diperolehi oleh kontraktor Melayu sedangkan yang menangis ialah kontraktor Umno yang menjadi broker dan makan komisyen. Faktanya, kata Idris kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah kendalian kerajaan negeri. Jeklas Idris lagi, ertinya Melayu mampu, yang tidak mampu hanya Melayu Umno. "Peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang semasa zaman Umno hanya RM12.5 juta telah meningkat zaman YAB Lim Guan Eng sebanyak RM64 juta (2012)," katanya. Beliau menambah, hampir lima tahun DAP yang memerintah Pulau Pinang, tidak ada sebuah masjid dan surau diroboh sebaliknya ketika Umno memerintah Selangor, Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Surau al-Rahmah Seksyen 8, Surau Puchong Perdana ditutup manakala Masjid Bujal, Kemaman dan Surau Kampung Berembang Ampang diruntuh. Harakah Daily | Pemuda PAS bukan anti hiburan Posted: 16 Sep 2012 02:36 AM PDT 29 Syawal 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Media hanya menggambarkan perjuangan pemuda PAS sebagai "anti konsert" sedangkan perjuangan mereka lebih daripada itu. Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkifly Ahmad berkata, pemuda PAS terdiri daripada ramai profesional yang bersiap sedia dengan polisi sebagai model kepada seluruh generasi muda di negara ini. "Bila pemuda buat demontrasi menghalang kehadiran artis-artis barat ke Malaysia, itulah yang dipaparkan dalam The Star, The sun, seolah-olah kerja pemuda ini anti konsert sahaja. Itu yang mereka momokkan kepda imej pemuda. "Dalam pemuda ada ramai profesional dalam bidang perubatan, banking, finance, pengurusan, semua menjalankan kerja di samping menubuhkan NGO mereka yang berkhidmat kepada rakyat, juga ada polisi studi yang memberi input yang begitu baik," kata beliau. Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk Negara Berkebajikan: Analisa, Realiti dan Praktikaliti di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi. Ianya sebagai menjawab soalan audien yang ingin tahu sama ada pemuda PAS boleh menjadi model kepada pemuda-pemuda di Malaysia atau tidak. Ahli Parlimen Kuala Selangor itu juga berkata, banyak program pemuda PAS yang tidak ditonjolkan media walaupun sebahagian besarnya membantu penghijrahan golongan tertentu. "Pemuda PAS punya aktivisme yang cukup baik. Kebanyakan penghijrahan selebriti-selebriti atas usaha pemuda PAS sebenarnya. "Awal-awal lagi mereka punya jabatan kesenian, sukan dan rekrasi dan mereka punya aktivisme yang cukup baik walaupun tak ditonjolkan media,"katanya. Turut menjadi panel forum sempena Konvensyen Fiqh Politik itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkely Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli manakala ahli akademik, Dr. Maszlee Malik sebagai moderator. Harakah Daily | Negara Berkebajikan: PAS hapus curiga bukan Islam Posted: 16 Sep 2012 02:34 AM PDT 29 Syawal 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Pendekatan strategik yang menepati dasar dan prinsip Islam seharusnya disokong oleh semua pihak khususnya orang Islam. Merujuk kepada Negara Berkebajikan PAS, ahli akademik, Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar berkata, istilah yang digunakan tidak penting asalkan kandungannya memartabatkan Islam dan masyarakat. "Seandainya namanya Negara Berkebajikan ataupun Negara Kebajikan atau apa sahaja, kalaulah kandungannya, isinya berteraskan dan berprinsipkan Islam selari dengan tuntutan Ilahi maka ia seharusnya disokong oleh kita semua khasnya orang Islam," kata beliau dalam forum bertajuk Negara Berkebajikan: Analisa, Realiti dan Praktikaliti di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi. Mohamad berkata, Rasulullah SAW sendiri pada zaman pemerintahannya tidak memperincikan istilah negara Islam tetapi kandungannya menjurus ke arah perubahan ke arah negara Islam. "Dalam perjuangan Rasulullah SAW sendiri tak ada istilah yang lengkap memperincikan negara Islam tetapi kandungannya menjurus kepada satu perubahan negara yang diredai Allah yang mendapat pengampunan Ilahi," katanya. Tambah beliau, dengan slogan Negara Berkebajikan, PAS sudah berjaya menghapuskan rasa curiga orang bukan Islam terhadap Islam yang disifatkannya sebagai halangan psikologi. Namun katanya, PAS menghadapi cabaran besar untuk menterjemahkan idealisme yang terkadung dalam dokumen Negara Berkebajikan. "Ini cabaran yang besar sama ada di Kelantan, Selangor, Kedah dan sebagainya dan yang penting kita buang istilah yang menakutkan sehinggalah halangan psikologi tadi dapat diatasi dan bagaimana (PAS) dapat menterjemahkan (Negara Berkebajikan) menjadi peradaban sehingga orang tersentuh dengan Islam," katanya lagi. Transformasi biar ikhlas Sementara itu beliau juga berkata, kerajaan yang berkuasa seharusnya mengambil berat soal keikhlasan dalam menjaga kebajikan rakyat. Merujuk kepada transformasi yang disebut seorang lagi ahli panel, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr. Puad Zarkashi, Mohamad berkata, Umno BN harus ikhlas dalam memenuhi permintaan rakyat, bukan sekadar untuk memancing undi dalam pilihan raya umum. "Benar kata Dr. Fuad tadi dalam program transformasi banyak beri deviden itu ini tapi apakah itu ikhlas atau adakah kerana Umno makin lemah, rakyat makin diperkasa maka Umno jadi takut kepada rakyat maka ikut sahaja apa yang diminta rakyat. "Apakah kerana takut kepada rakyat maka perdana menteri harus tunduk dan memberi apa sahaja yang diminta sampai ke Sabah dan Sarawak? "Kita harap ada keikhlasan pada pemimpin Umno dalam mengkebajikan program-programnya," katanya. Turut menjadi panel forum sempena Konvensyen Fiqh Politik itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkely Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli manakala ahli akademik, Dr. Maszlee Malik sebagai moderator. Harakah Daily | Hari Malaysia: Mengisi dengan semangat Islam Posted: 16 Sep 2012 02:31 AM PDT 29 Syawal 1433H. [MOD] - Firman Allah, maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah" (Surah Al-A'raaf 7:11-12). Sukacita saya mengulangi apa yang pernah saya ucapkan sebelum ini, bahawa kita hendaklah merdeka daripada penjajahan. Ini kerana penjajah membawa fahaman yang berlawanan dengan ajaran Islam. Penjajah yang membawa fahaman sekular dan kebangsaan, sedangkan fahaman ini ditolak oleh Islam. Sebagaimana sifat iblis yang suka menghasut manusia supaya berbuat sesuatu yang berlawanan dengan perintah Allah. Sifat iblis ini adalah suatu penjajahan atas manusia yang beriman, maka iblis adalah penjajah pertama terhadap manusia. Oleh itu, kemerdekaan dari hasutan iblis adalah wajib, dan sebagaimana kita juga wajib merdeka dari fahaman kebangsaan dan sekular yang dibawa oleh penjajah. Di dalam Al-Quran, seperti mana maksud ayat Surah Al-A'raaf di atas bahawa datuk manusia yakni Adam dan Hawa pernah dihasut oleh iblis ketika dalam syurga. Iblis menjalankan 'penjajahan' agar Adam dan Hawa mengikut hasutannya memakan buah dari pokok yang dilarang oleh Allah. Iblis melaksanakan pendekatan 'ghurur' dengan memujuk secara tipu daya, kononnya apabila memakan buah larangan itu Adam dan Hawa akan kekal selama-lamanya di dalam syurga. Hakikatnya, pujukan iblis itu merupakan suatu penipuan ke atas manusia yang memang ada kelemahan (lupa). Akibat pujukan dan tipu daya iblis, lalu manusia yang lemah itu terpengaruh. Justeru itu Adam terpengaruh. Akibatnya Adam dimurkai Allah, lalu Adam dan Hawa dihalau keluar dari syurga dan dihumban ke dunia. Walau pun begitu, Adam dan Iblis tetap berbeza. Adam telah mengaku salah dan memohon keampunan dari Allah. Sementara iblis tetap engkar untuk tunduk kepada perintah Allah, malah bersikap angkuh terhadap tuhan yang menciptanya. Iblis juga mempersoalkan perintah Allah agar sujud kepada Adam dengan katanya: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." Iblis bangga dengan sifat api yang menyala dan meruap ke atas, sedangkan Adam dipandang hina kerana sifat tanah berada di bawah. Iblis tidak sujud sedangkan malaikat yang dicipta dari cahaya sanggup sujud kerana patuh perintah Allah SWT. Inilah perbezaan besar sifat iblis dengan manusia. Atas perbezan inilah, sewajarnya kita kena merdeka diri dan negara ini daripada sifat iblis yang dilaknat Allah. Oleh kerana itu, semangat kesatuan di bawah sebuah negara merdeka, Hari Malaysia yang berlaku pada 16 September 1963 sejak dulunya, (masuk 51 tahun) harus dikenang dan dijadikan landasan bagi mengisi negara dengan nilai kemerdekaan menurut semangat Islam. Kita hendaklah mengisinya dengan prinsip dan sistem bernegara yang diajar oleh Islam. Maksudnya di sini, kita tidak boleh mengisi negara ini dengan pemikiran penjajah Inggeris yang mirip menghasut umat Islam menerima fahaman mereka – menolak prinsip dan sistem bernegara yang diajar oleh Islam. Sedangkan umat Islam diajar oleh Nabi Muhammad SAW agar mengisi dan melaksana urusan negara ini berpandukan prinsip dan ajaran Islam. Inilah amanah Allah kepada semua umat manusia tidak kira Melayu, Cina, Inggeris mahu pun Arab. Sesungguhnya, manusia sedia memikul amanah Allah, sebagaimana firman-Nya (bermaksud): "Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan" (Surah Al-Ahzaab 33:72). Di atas kesanggupan memikul amanah tersebut, sebagai umat yang beriman tidak kira Melayu, Cina, India, mahu pun Inggeris atau Arab; kesemuanya haruslah menjadikan dunia ini sebagai medan melaksana amanah Allah. Medan (dunia) menuju ke akhirat. Justeru segala isi alam ini (langit dan bumi) adalah kepunyaan Allah. Oleh itu, mana-mana pihak yang mengambil prinsip selain apa yang diamanahkan-Nya, maka ia hendaklah ditolak. Cara menolaknya mengikut lunas sekarang ialah jangan mengundi mereka. Ambillah pengajaran daripada apa yang berlaku sekarang, apabila dunia kini sudah berubah. Lihatlah peristiwa 'Arab Spring' yang menyaksikan di beberapa negara sudah menolak pemimpin dan kerajaan yang bersengkongkol dengan Barat atau menjadi talibarut Israel. Ia berlaku di Mesir, Tunusia, Libya, Algeria dan sekarang di Syria. Inilah hakikat kebangkitan golongan yang ingin mengisi negara yang merdeka dengan amanah Allah. Mereka bersedia meletak agama bagi mengisi dunia menuju akhirat. Realiti ini sudah berlaku di Kelantan sejak 22 tahun dulu yang kini sedang bermula pula di dunia Arab. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk untuk kita terus berusaha melaksanakan amanah Allah di dunia ini. Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat Menteri Besar Kelantan merangkap Al-Mursyidul Am PAS. Pulau Melaka. 29 Syawal 1433 bersamaan 16 September 2012. Harakah Daily | 18 tahun BN perintah Sabah, apa rakyat dapat Posted: 16 Sep 2012 02:23 AM PDT 29 Syawal 1433H. [MOD] - KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin memberitahu mesti ada sebab kenapa beliau meninggalkan Umno serta sanggup kehilangan gaji. Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan lebih 200 orang penduduk Kampung Bawan, Membakut bersempena Program Ambang Hari Malaysia di Sabah petang semalam. "Saya hilang gaji sebagai timbalan menteri, tetapi saya tetap meninggalkan Umno Barisan Nasional. "Kerana saya lihat dalam Umno sudah banyak kepincangan berlaku terutamanya dalam soa kroni serta melibatkan kewangan," jelasnya. Jelasnya lagi, beliau meletakkan kebajikan rakyat Sabah lebih utama, walaupun Barisan Nasional merupakan lubuk emas untuk beliau mengumpul harta kekayaan. Ahli Parlimen Beaufort itu turut menyatakan kalau beliau sanggup keluar dari Umno kenapa tidak rakyat Sabah membuat perubahan pada pilihanraya nanti. "Umno Barisan Nasional telah memerintah Sabah selama 18 tahun namun apa yang Sabah dapat dari hasil pemerintahan mereka. "Walaupun Sabah kaya namun negeri ini terus ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung," katanya Tambahnya lagi, sepanjang beliau bersama Umno apa yang ingin beliau lihat adalah perubahan kepada rakyat namun sebaliknya berlaku yang mana rakyat terus miskin tetapi pemimpin Umno BN terus membolot kekayaan. "Rakyat Sabah hanya diumpan dengan jalan raya hanya selebar 8 kaki tapi keuntungan semuanya dibolot oleh mereka yang berkuasa. "Saya yakin jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah, hak kebajikan dan pembangunan Sabah akan diutamakan," sambung beliau lagi. Lajim memberitahu, Pakatan Rakyat akan menjadikan kebajikan rakyat lebih utama bukannya sepertimana dilakukan oleh Umno BN yang lebih mementingkan kroni. "Bukan mudah untuk saya menyertai pembangkang, banyak risiko terutama dari pihak berkuasa. "Yang tidak pernah ada fail di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun boleh diwujudkan," kata beliau sambil disambut tepukan orang ramai. Sambil berseloroh, Lajim mengatakan ada satu janji Umno BN yang belum dilaksanakan dan kebanyakan penduduk mengatakan 'jambatan ajaib'. "Yang mana di Kampung Berunai, jambatan telah disiapkan namun jalan tidak ada dan rakyat terpaksa menggunakan jambatan yang lama. "Itulah jambatan ajaib, jambatan siap tetapi tiada jalan, malah rakyat masih menggunakan jambatan yang lama," ujarnya lagi. Harakah Daily | |
Salam Perjuangan Posted: 16 Sep 2012 11:33 PM PDT KES LIWAT ANWAR - KONSPIRASI TERANCANG? Posted: 16 Sep 2012 11:15 PM PDT 1 Dzulka'edah 1433 H | 17 September 2012
Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad, yang memainkan peranan penting dalam dalam pemecatan timbalannya pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin boleh disiasat kerana bersubahat dengan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan atas dakwaan mereka dan menyembunyikan fakta material.
Melainkan, Mahathir boleh menunjukkan bukti bahawa beliau mengambil langkah perlu untuk menghalang Gani dan Musa daripada berbuat demikian, kata bekas ketua CID Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, yang bertanggungjawab ke atas siasatan kes mata lebam Anwar.
Mat Zain berkata, beliau menyatakan demikian berdasarkan pengakuan Musa dalam satu wawancara dengan Malaysiakini bahawa bekas ketua polis itu mengambil sampel darah Anwar daripada siasatan mata lebam untuk ujian DNA bagi satu kes lain – melibatkan dakwaan liwat.
Musa merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat tersebut.
Mahathir dalam memoirnya A Doctor in the House (bab 53, halaman 684) menulis bahawa beliau yakin bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Musa dan ketua polis negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.
Perkara itu, dan juga soalsiasat ke atas mangsa yang didakwa, menyebabkan Anwar dipecat dan kemudiannya ditahan.
Anwar kemudiannya didakwa atas tuduhan liwat, yang digelar Liwat I, melibatkan pemandu Azizan Abu Bakar.
Mat Zain juga mempersoallkan keperluan Musa untuk "mencuri" sampel darah Anwar daripada Hospital Kuala Lumpur untuk menjalankan ujian DNA, sedangkan Musa – yang merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat dan penyalahgunaan kuasa – didakwa telah menyiapkan siasatannya untuk dua kes tersebut.
Katanya lagi, pengakuan Musa kepada Malaysiakini juga mengesahkan pengakuan Dr Zahari Noor dari HKL semasa perbicaraan Anwar pada Disember 1998, bahawa Musa dan ASP Mohd Rodwan Mohd Yusof pada 15 Oktober 1998 secara paksa mengambil sampel darah Anwar yang disimpan di HKL – yang bertujuan untuk ujian HIV tetapi secara salah digunakan Musa untuk ujian DNA.
"Ini menimbulkan persoalan sama ada Musa benar-benar telah menyiapkan siasatan dalam dakwaan liwat dan mempunyai bukti kukuh untuk membuktikan Anwar bersalah, atau ada tangan ghaib yang menghasut atau memaksa beliau mereka bukti DNA pada tilam, yang menyebabkan Musa mengambilnya (DNA Anwar) dari HKL. "Jika tidak, apa tujuannya?," kata Mat Zain. - Malaysiakini | |
Idris Ahmad Posted: 16 Sep 2012 11:11 PM PDT Umno Kalah, Biar Pas Jaga Melayu Posted: 16 Sep 2012 09:06 PM PDT Umno Kalah, Biar Pas Jaga Melayu Idris Hj Ahmad 16/9/12 Pas jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU 13 inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib. Beliau selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh jaga Melayu. Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat. Bukti Pas boleh ganti Umno untuk menjaga orang Melayu boleh dilihat rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk BN sebanyak RM220 juta daripada hutang BN tinggal sebanyak RM718 juta. Negeri Kelantan berjaya diturunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada nombor 6. Sebelum Umno hendak mendabik dada mereka yang jaga Melayu, Umno tolong jawab terlebih dahulu tuduhan ini. Bukankah Umno yang menghilangkan 1,3 juta hektar tanah rezab Melayu selepas merdeka. Umno yang sekat 118 projek ke Kelantan sejak 1991 (RMK 6). Kenapa Umno yang berkuasa tidak menambah kerusi di Kelantan dan Terengganu pada PRU 2004?. Umno mesti bertanggungjawab terhadap kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion. Najib janganlah duduk ulang pita rakaman lama bila berhadapan pengundi Melayu, kononnya Dap yang akan dominan dalam PR. Manakala Sow Lek Presiden Mca bila bercakap dengan orang Cina, kata Pas yang akan menguasai PR. Mana satu yang benar? Atau kedua-dua pembohong besar. Umno hanya memainkan isu Melayu apabila sokongan politik semakin terhakis dengan meniupkan sentimen kononnya umno pembela Melayu. Dap diajadikan kambing hitam kononnya menindas Melayu dan Islam. Walaupun hakikatnya telah dibuktikan dengan fakta di Pulau Pinang, banyak projek diperolehi oleh kontraktor Melayu, yang menangis ialah kontraktor Umno yang menjadi broker dan makan komisyen. Faktanya kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah kendalian kerajaan negeri. Ertinya Melayu mampu, yang tidak mampu hanya Melayu Umno. Peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang semasa zaman Umno hanya RM12.5 juta telah meningkat zaman YAB Lim Guan Eng sebanyak RM64 juta (2012). Hampir lima tahun Dap yang memerintah Pulau Pinang, tidak ada sebuah masjid dan surau. diroboh. Sebaliknya ketika Umno memerintah Selangor, surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi , Surau al-Rahmah Seksyen 8, Surau Puchong Perdana ditutup. Masjid Bujal Kemaman dan Surau Kampung Berembang Ampang di runtuh. Filed under: Agama, Politik | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 16 Sep 2012 09:15 PM PDT SIDANG AKHBAR ISU TURUN BENDERA PAKATAN RAKYAT Posted: 16 Sep 2012 08:30 PM PDT Susulan tindakan tidak adil dan berat sebelah oleh para penguatkuasa Majlis Perbandaran Seremban yang menurunkan bendera PAS dan PKR di kebanyakan tempat.
Tarikh sidang akhbar : 18 Sept 2012, Selasa Masa : 11 pagi Tempat : Pejabat PAS N.Sembilan, Betaria Business Park, Seremban Bersama : Khairul Anuar Mohd Wafa, Ketua Pemuda PAS N.Sembilan dan Dr Mohd Rafie, Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban
Untuk pertanyaan sila hubungi Sdr Faiz 016-2325689 | |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 16 Sep 2012 09:07 PM PDT |
PAS LENGGONG Posted: 16 Sep 2012 07:41 PM PDT Posted: 16 Sep 2012 03:07 AM PDT
Baitullah dihina.. Kita rasa terhina jika bloggers makcik Hajjah Sitt Al Wuzura meletakkan gambar perempuan bogel di atas kaabah. Apakah kita tidak rasa terhina cybertropah Umo ini meletakkan TGNA di atas kaabah.. Apa beza bloggers al-murtadin Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara dan cybertropah Umno ini.. Yang pasti kedua-duanya menghina islam... Masyallah... Benci sekalipun pada TGNA, jangan sampai menghina Agama Allah..!!
p/s: Tidak salah jika saya katakan, punca perpecahan melayu islam adalah disebabkan oleh permainan politik kotor dari Umno barisan nasional.. Mereka menanam kebencian yang teramat sangat sehingga masyarakat tidak dapat membezakan kepartian dan agama itu sendiri.... Nauzubillah...
— bersama Ariffin Abdul Latiff, Abdul Mutalib Ahmad,Pemuda Bahagian Gerik dan 23 yang lain | Posted: 15 Sep 2012 08:33 PM PDT Iblis wasayatin - seperti yang di lafazkan oleh Allaknatullah al Mahathir. Sejak azalli lagi telah termaktub begitu dan akan jadi begitu.
| Posted: 15 Sep 2012 08:03 PM PDT Muhyidin yasin kata Ayahnya orang alim. Muhyidin yasin tak kata cucu orang alim dipeluk jantan. | Posted: 15 Sep 2012 07:57 PM PDT Syaitan iblis berjoget di 1 syawal- Umno yang mengerti agama jadi bisu kerana mereka syaitan bisu. Mahathir yang kata begitu.
| Posted: 15 Sep 2012 07:50 PM PDT Hj Razman Ustaz Idris di Luat semalam. | Posted: 15 Sep 2012 07:46 PM PDT Jamuan hari raya aidil fitri PAS Lenggong. YDP meraikan Pemimpin DHPP.
| Posted: 15 Sep 2012 07:40 PM PDT Hazayani Zakaria, | 16 Sep 2012 |
SHAH ALAM: Pendekatan strategik yang menepati dasar dan prinsip Islam seharusnya disokong oleh semua pihak khususnya orang Islam.
Merujuk kepada Negara Berkebajikan PAS, ahli akademik, Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar berkata, istilah yang digunakan tidak penting asalkan kandungannya memartabatkan Islam dan masyarakat.
"Seandainya namanya Negara Berkebajikan ataupun Negara Kebajikan atau apa sahaja, kalaulah kandungannya, isinya berteraskan dan berprinsipkan Islam selari dengan tuntutan Ilahi maka ia seharusnya disokong oleh kita semua khasnya orang Islam," kata beliau dalam forum bertajuk Negara Berkebajikan: Analisa, Realiti dan Praktikaliti di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.
Mohamad berkata, Rasulullah SAW sendiri pada zaman pemerintahannya tidak memperincikan istilah negara Islam tetapi kandungannya menjurus ke arah perubahan ke arah negara Islam. "Dalam perjuangan Rasulullah SAW sendiri tak ada istilah yang lengkap memperincikan negara Islam tetapi kandungannya menjurus kepada satu perubahan negara yang diredai Allah yang mendapat pengampunan Ilahi," katanya.
Tambah beliau, dengan slogan Negara Berkebajikan, PAS sudah berjaya menghapuskan rasa curiga orang bukan Islam terhadap Islam yang disifatkannya sebagai halangan psikologi.
Namun katanya, PAS menghadapi cabaran besar untuk menterjemahkan idealisme yang terkadung dalam dokumen Negara Berkebajikan.
"Ini cabaran yang besar sama ada di Kelantan, Selangor, Kedah dan sebagainya dan yang penting kita buang istilah yang menakutkan sehinggalah halangan psikologi tadi dapat diatasi dan bagaimana (PAS) dapat menterjemahkan (Negara Berkebajikan) menjadi peradaban sehingga orang tersentuh dengan Islam," katanya lagi.
Transformasi biar ikhlas
Sementara itu beliau juga berkata, kerajaan yang berkuasa seharusnya mengambil berat soal keikhlasan dalam menjaga kebajikan rakyat.
Merujuk kepada transformasi yang disebut seorang lagi ahli panel, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr. Puad Zarkashi, Mohamad berkata, Umno BN harus ikhlas dalam memenuhi permintaan rakyat, bukan sekadar untuk memancing undi dalam pilihan raya umum.
"Benar kata Dr. Fuad tadi dalam program transformasi banyak beri deviden itu ini tapi apakah itu ikhlas atau adakah kerana Umno makin lemah, rakyat makin diperkasa maka Umno jadi takut kepada rakyat maka ikut sahaja apa yang diminta rakyat.
"Apakah kerana takut kepada rakyat maka perdana menteri harus tunduk dan memberi apa sahaja yang diminta sampai ke Sabah dan Sarawak?
"Kita harap ada keikhlasan pada pemimpin Umno dalam mengkebajikan program-programnya," katanya.
Turut menjadi panel forum sempena Konvensyen Fiqh Politik itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkely Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli manakala ahli akademik, Dr. Maszlee Malik sebagai moderator.
| |
PAS Kawasan Miri Posted: 16 Sep 2012 07:31 PM PDT Selamat Hari Malaysia 2012 Posted: 16 Sep 2012 05:31 AM PDT Rakyat Bersatu Dan Sepakat, Negara Malaysia Maju Dan Berkat
Pada 16hb September 1963 setiap tahun kita akan memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia dengan penyertaan Borneo utara (Sabah), Sarawak dan juga Singapura.
Hari Malaysia sepatutnya disambut dengan penuh semangat muhibah diantara berbilang kaum yang terdapat dalam Malaysia.
Sikap perkauman yang melampau masih wujud dalam negara ini dan perkara ini seharusnya tidak berlaku lagi kerana Malaysia didiami oleh berbagai kaum dan kepercayaan. Sekiranya golongan pelampau ini tidak dikawal, negara kita boleh menjadi kucar kacir akibat sikap perkauman yang melampau yang masih diamalkan oleh sesetengah golongan.
Contohnya ada segelintir golongan atau puak samada dari Semenanjung atau Sabah dan Sarawak yang masih bersikap perkauman dan menganggap mereka lebih baik dari yang lain dan menganggap golongan yang tidak sehaluan dengan mereka dianggap sebagai golongan yang bodoh dan ketinggalan zaman.
Bila sikap ini terus diamalkan dan ada dalam hati masing-masing, sudah pasti negara kita akan terus mundur sebab mereka masih mempunyai sikap prejudis diantara satu sama lain.
Jangan ada perasaan prejudis diantara satu sama lain. Kita hendaklah menghormati antara satu sama lain walaupun kita mempunyai kepercayaan dan pandangan yang berbeda.
Dengan adanya sikap yang saling menghormati antara satu sama lain, negara luar akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara contoh yang berjaya menyatukan penduduk yang berbilang kaum dan agama.
Kita harap Malaysia akan terus maju kehadapan dan rakyatnya hidup aman damai dengan adanya kerjasama antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.
Selamat menyambut Hari Malaysia Dari PAS Sarawak
Jofri Jaraiee PAS Sarawak
English version People Unite and Deal, Malaysia Developed and Blessings On 16 September 1963 every year we will commemorate the establishment of the Malaysian Federation with the participation of northern Borneo (Sabah), Sarawak and Singapore.
Malaysia Day should be celebrated with full spirit of goodwill between the races in Malaysia. Extreme of Racism still exist in this country and these things should not happen again because Malaysia populated by various races and faiths. If the extremists are not controlled, our country can be chaos due to extreme racism that is still practiced by certain groups.
For instance, small group or tribes either from the Peninsula or Sabah and Sarawak are still racist and assume they are better than others and consider those who are not aligned with those regarded as silly and outdated.
If this attitude continues to be practiced and in their hearts, surely our country will remain backward because they still have prejudices between one another.
Do not have prejudices between one another. We should respect each other despite our different beliefs and views.
With the spirit of mutual respect for each other, other countries would make Malaysia as a successful example of the uniting residents of all races and religions.
We hope that Malaysia will continue to move forward and people live in peace with the cooperation with each other regardless of race or religion.
Happy Malaysia Day from PAS Sarawak
Yours faithfully, Jofri Jaraiee PAS Miri Chief cum PAS Sarawak Deputy Commissioner iii
| |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 16 Sep 2012 09:47 AM PDT PILIHANRAYA KAMPUS: MESTI BERSIH DAN TELUS!!! Posted: 16 Sep 2012 08:22 AM PDT 800 siswa berarak tuntut p'raya kampus bebas | - Zulaikha Zulkifli
- 3:20PM Sep 16 2012
| |
Seramai kira-kira 800 pelajar menyertai perarakan di ibu kota Kuala Lumpur hari ini bagi menuntut pilihan raya kampus yang bersih dan berintegriti. Kumpulan itu mula berkumpul di kawasan Masjid Jamek dan mula berarak pada kira-kira jam 2.30 petang menuju ke kawasan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, melalui Jalan Raja Laut. Sebelum berarak, kumpulan pelajar berkenaan menyanyikan lagu Negaraku. Mereka turut membawa bendera Jalur Gemilang dan kain rentang antaranya bertulis "sistem pengundian yang telus", "peruntukan dana calon" dan "penetapan tarikh PRK". Kumpulan berkenaan turut melaungkan "bangkit anak muda", "tolak penipuan" dan "hidup mahasiswa". Turut kelihatan, maskot bagi Pro-Mahasiswa- 'Mat Gempak'. Sekumpulan anggota polis dilihat berkawal di sekitar kawasan Dataran Merdeka dan Masjid Jamek dan mengawal kumpulan pelajar yang berarak. Anggota keselamatan itu turut memberi amaran kepada para siswa berkenaan agar tidak menghalang lalu lintas. Perarakan ini antaranya disertai oleh Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI). Setibanya di kawasan pusat membeli-belah Sogo, kumpulan siswa berkenaan duduk dan mendengar ucapan daripada pimpinan pelajar yang hadir kira-kira 30 minit. Kumpulan itu kemudiannya meneruskan perarakan melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman menuju Dataran Merdeka di mana kumpulan itu membawa 'Deklarasi Mahasiswa' beramai-ramai dan menyanyi lagu Negaraku sebelum bersurai pada jam kira-kira 4.15 petang. Pada sidang media selepas perarakan ini, Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto berkata tindakan yang diadakan hari ini adalah bersempena Hari Malaysia dan menuntut agar enam tuntutan pihaknya dilaksana sebelum pilihan raya kampus diadakan. "Kita minta agar enam tuntutan ini dilaksanakan. Walaupun pilihan raya kampus semakin hampir, kita tetap akan desak. Apa yang kita nak buat ini bukan untuk masa sekarang tapi untuk masa akan datang," kata Edikoup. Enam tuntutan tersebut ialah penetapan tarikh pilihan raya kampus, mahasiswa terlibat menguruskan pilihan raya kampus, pemantauan pilihan raya kampus, kebebasan berkempen, sistem pengundian telus dan peruntukan dana kepada calon. Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kesalahan yang dilakukan siswa berkenaan dalam perarakan hari ini. "Kita akan siasat. Ada dua kesalahan. Pertama tidak beritahu polis untuk mengadakan perhimpunan dan kedua kerana mengadakan protes di jalanan. Semua ini akan disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012," kata Zainuddin. | Pencapaian UTAMA EXCO Pendidikan Selangor Posted: 15 Sep 2012 09:26 AM PDT | |
Pemuda Guchil Posted: 16 Sep 2012 09:39 AM PDT |
Jasindaily Online Posted: 16 Sep 2012 09:10 AM PDT PERUTUSAN HARI MALAYSIA : HARI MALAYSIA DENGAN SEMANGAT ISLAM Posted: 15 Sep 2012 04:06 PM PDT Firman Allah, maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah" (Surah Al-A'raaf 7:11-12).
Sukacita saya mengulangi apa yang pernah saya ucapkan sebelum ini, bahawa kita hendaklah merdeka daripada penjajahan. Ini kerana penjajah membawa fahaman yang berlawanan dengan ajaran Islam. Penjajah yang membawa fahaman sekular dan kebangsaan, sedangkan fahaman ini ditolak oleh Islam. Sebagaimana sifat iblis yang suka menghasut manusia supaya berbuat sesuatu yang berlawanan dengan perintah Allah. Sifat iblis ini adalah suatu penjajahan atas manusia yang beriman, maka iblis adalah penjajah pertama terhadap manusia. Oleh itu, kemerdekaan dari hasutan iblis adalah wajib, dan sebagaimana kita juga wajib merdeka dari fahaman kebangsaan dan sekular yang dibawa oleh penjajah. Di dalam Al-Quran, seperti mana maksud ayat Surah Al-A'raaf di atas bahawa datuk manusia yakni Adam dan Hawa pernah dihasut oleh iblis ketika dalam syurga.
Iblis menjalankan 'penjajahan' agar Adam dan Hawa mengikut hasutannya memakan buah dari pokok yang dilarang oleh Allah. Iblis melaksanakan pendekatan 'ghurur' dengan memujuk secara tipu daya, kononnya apabila memakan buah larangan itu Adam dan Hawa akan kekal selama-lamanya di dalam syurga. Hakikatnya, pujukan iblis itu merupakan suatu penipuan ke atas manusia yang memang ada kelemahan (lupa). Akibat pujukan dan tipu daya iblis, lalu manusia yang lemah itu terpengaruh. Justeru itu Adam terpengaruh. Akibatnya Adam dimurkai Allah, lalu Adam dan Hawa dihalau keluar dari syurga dan dihumban ke dunia. Walau pun begitu, Adam dan Iblis tetap berbeza. Adam telah mengaku salah dan memohon keampunan dari Allah.
Sementara iblis tetap engkar untuk tunduk kepada perintah Allah, malah bersikap angkuh terhadap tuhan yang menciptanya. Iblis juga mempersoalkan perintah Allah agar sujud kepada Adam dengan katanya: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." Iblis bangga dengan sifat api yang menyala dan meruap ke atas, sedangkan Adam dipandang hina kerana sifat tanah berada di bawah. Iblis tidak sujud sedangkan malaikat yang dicipta dari cahaya sanggup sujud kerana patuh perintah Allah SWT. Inilah perbezaan besar sifat iblis dengan manusia.
Atas perbezan inilah, sewajarnya kita kena merdeka diri dan negara ini daripada sifat iblis yang dilaknat Allah. Oleh kerana itu, semangat kesatuan di bawah sebuah negara merdeka, Hari Malaysia yang berlaku pada 16 September 1963 sejak dulunya, (masuk 51 tahun) harus dikenang dan dijadikan landasan bagi mengisi negara dengan nilai kemerdekaan menurut semangat Islam. Kita hendaklah mengisinya dengan prinsip dan sistem bernegara yang diajar oleh Islam. Maksudnya di sini, kita tidak boleh mengisi negara ini dengan pemikiran penjajah Inggeris yang mirip menghasut umat Islam menerima fahaman mereka – menolak prinsip dan sistem bernegara yang diajar oleh Islam.
Sedangkan umat Islam diajar oleh Nabi Muhammad SAW agar mengisi dan melaksana urusan negara ini berpandukan prinsip dan ajaran Islam. Inilah amanah Allah kepada semua umat manusia tidak kira Melayu, Cina, Inggeris mahu pun Arab. Sesungguhnya, manusia sedia memikul amanah Allah, sebagaimana firman-Nya (bermaksud): "Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan" (Surah Al-Ahzaab 33:72). Di atas kesanggupan memikul amanah tersebut, sebagai umat yang beriman tidak kira Melayu, Cina, India, mahu pun Inggeris atau Arab; kesemuanya haruslah menjadikan dunia ini sebagai medan melaksana amanah Allah. Medan (dunia) menuju ke akhirat. Justeru segala isi alam ini (langit dan bumi) adalah kepunyaan Allah.
Oleh itu, mana-mana pihak yang mengambil prinsip selain apa yang diamanahkan-Nya, maka ia hendaklah ditolak. Cara menolaknya mengikut lunas sekarang ialah jangan mengundi mereka. Ambillah pengajaran daripada apa yang berlaku sekarang, apabila dunia kini sudah berubah. Lihatlah peristiwa 'Arab Spring' yang menyaksikan di beberapa negara sudah menolak pemimpin dan kerajaan yang bersengkongkol dengan Barat atau menjadi talibarut Israel. Ia berlaku di Mesir, Tunusia, Libya, Algeria dan sekarang di Syria. Inilah hakikat kebangkitan golongan yang ingin mengisi negara yang merdeka dengan amanah Allah. Mereka bersedia meletak agama bagi mengisi dunia menuju akhirat. Realiti ini sudah berlaku di Kelantan sejak 22 tahun dulu yang kini sedang bermula pula di dunia Arab.
Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk untuk kita terus berusaha melaksanakan amanah Allah di dunia ini.
Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat Menteri Besar Kelantan merangkap Al-Mursyidul Am PAS. Pulau Melaka. 29 Syawal 1433 bersamaan 16 September 2012. | K- FIQH :Murshid Sedia Tegur Parti Politik Posted: 15 Sep 2012 04:04 PM PDT Ikatan Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid) bersedia memainkan peranan sebagai orang tengah dalam menasihati parti politik Pakatan Rakyat dan BN.
Pengerusi Murshid Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, mereka bersedia menasihati kedua-dua kerajaan BN atau Pakatan Rakyat sekiranya didapati tidak merealisasikan kehendak syarak (maqasid syariah) melalui pelaksanaan siyasah syariyyah.
"Kita akan nasihat kedua-duanya. Kalau kita tidak bersetuju dan bercanggah dengan syarak dan tidak adil, kita akan tegur Pakatan Rakyat dan BN," katanya dalam sidang media di Dewan Auditorium MBSA.
Katanya, Murshid turut menjelaskan konsep politik berteraskan syariah sebagai asas pentadbiran dan pemerintah menurut ajaran Islam.
Katanya konsep ini baik untuk semua termasuk orang bukan Islam kerana ia mendokong asas utama keadilan.
Zaharuddin juga menjelaskan mereka akan membincangkan satu-satu perkara tanpa berpihak mana-mana parti politik misalnya soal garis panduan pelaksanaan pilihan raya.
Tambahnya, garis panduan itu mesti bertepatan dengan konsep wasatiyyah di dalam politik berteraskan hujah dan dalil di samping bersikap berkecuali.
"Kita tidak pengaruhi orang untuk undi satu-satu parti. Kita tidak pegang tangan pengundi untuk pangkah parti tetapi kita hanya bagi "tools" untuk rakyat pilih parti mana mereka suka," katanya.
Bagaimanapun beliau tidak menolak akan timbul persepsi orang politik terhadap Murshid yang dilihat berbaur pembangkang.
"Terpulang pada persepsi orang, kita mahu berkongsi apa yang rasa terbaik," katanya.
Kehadiran anak muda di luar jangkaan dalam Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa yang julung kalinya diadakan hari ini cukup membanggakan, kata Zaharuddin.
Malah dengan kehadiran lebih 1000 peserta hari ini, bagi Zaharuddin ia memberi petunjuk akan berlaku perubahan lanskap politik selepas ini. | Bukan Islam Masuk Ruang Solat Masjid Posted: 15 Sep 2012 03:56 PM PDT Masuk masjid dengan tidak menutup aurat. kenapa dibiarkan ? adakah dengan sebab dia pemimpin negara dia layak buat apa saja ? Apakah kita masih nak tanggung dosa pemimpin yang biarkan perkara ini berlaku ? Majlis Fatwa takada nak komen ? | Su' Khatimah yang ditakuti Posted: 15 Sep 2012 03:45 PM PDT
Inilah su' khatimah yang cukup digeruni oleh mereka yang menjadi ahli UMNO dan Bangkrap Negara. Mereka cukup takut bilamana putrajaya ditawan oleh Pakatan Rakyat. Mereka akan berusaha bermati-matian bagi memastikan Malaysia tetap menjadi Negara Sekular yang berdaulat serta mempertahankan undang-undang british yang diamalkan 55 tahun yang lalu.
Itulah sebabnya mereka semakin hari semakin meroyan ibarat iku kucing yang kehilangan anak. rakyat kini makin cerdik dan bijak menilai mana yang baik mana yang buruk.
| Perjuangan UMNO Istidraj Dari Allah .. Posted: 15 Sep 2012 03:40 PM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata anggota Umno perlu bersyukur kerana perjuangan Umno selama ini diberkati Allah dalam memimpin perjuangan membela bangsa, agama dan negara. Najib, yang juga presiden Amno, berkata sejak penubuhannya 66 tahun lepas, Umno terus mendapat restu Ilahi untuk memperjuangkan kemakmuran negara selama 55 tahun pemerintahan di negara ini. "Kitalah parti paling berjaya di dunia, tidak ada parti berdiri tegak berbanding parti Umno. "Tanpa mendabik dada dan angkuh, kita perlu bersyukur, rasa rendah diri bahawa kejayaan yang dicapai selama ini adalah dengan izin Allah," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Pekan, di Pekan hari ini. Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan 932 perwakilan dari 145 cawangan di bahagian berkenaan. "Kemampuan kita belum tentu dapat kejayaan tanpa keizinan dari Allah," kata Najib. Beliau berkata apa yang penting kini ialah barisan kepimpinan amno dan anggotanya perlu tanya pada diri apa yang dilakukan sehingga Allah mencintai perjuangan itu. "Allah akan sayang, kasih kita jika kita berjuang mengikut landasan Allah dalam barisan teratur.
"Cara bertindak, bererti kita ditadbir urus dengan kemas, sistematik, bekerja kuat, itu bererti perjuangan dikasihi Allah. "Selagi tak berjuang dalam perjuangan yang kukuh dan teratur, Allah tidak akan mengasihi perjuangan. "Kalau kita idamkan kejayaan kita mesti bertindak dalam barisan teratur, sebagai parti, sebagai bangunan tersusun, kita akan perlihatkan kejayaan pada pilihan raya akan datang," katanya. Najib berkata apa yang penting semua anggota Umno perlu mengetepikan kepentingan diri, sebaliknya meletakkan kepentingan parti yang memperjuangkan bangsa dan agama itu melebihi segala-galanya. Dalam perkembangan lain, Najib, yang juga ketua amno bahagian Pekan, turut menempelak pihak pembangkang yang mendakwa kononnya parlimen Pekan masih tersisih daripada arus pembangunan meskipun parlimen itu disandang oleh seorang perdana menteri. "Ada pemimpin pembangkang datang ke Pekan, kata tak ada langsung pembangunan. Sama ada mereka tak nampak, mata telah dibutakan tuhan, atau telinga dipekakkan oleh tuhan, atau sebenarnya lidah mereka bercabang," katanya. Perdana menteri kemudiannya menyenaraikan pelbagai projek pembangunan di Pekan yang bernilai beratus juta, antaranya pembinaan lebuh raya Kuantan-Pekan, projek infrastruktur dan pendidikan. - Bernama | Sapu Jangan Tak Sapu .. Bangkrap Negara Posted: 15 Sep 2012 03:37 PM PDT
Walau apa pun yang dilaksanakan untuk mengaburi mata rakyat, namun rakyat kini lebih cerdik dan pintar melainkan yang duduk angguk dan tepun dalam UMNO / BN | Hukum Orang Bukan Islam Masuk Masjid Posted: 15 Sep 2012 03:33 PM PDT
Di dalam mazhab asy-Syafi'e orang kafir haram dan ditegah sama sekali daripada masuk Masjidil Haram. Larangan ini jelas sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Tafsirnya: Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka itu menghampiri Masjidil Haram sesudah tahun ini.
(Surah at-Taubah: 28)
Imam asy-Syafi'e Rahimahullah berpendapat bahawa ayat di atas adalah umum bagi keseluruhan orang kafir dan khusus bagi Masjidil Haram. Demikian yang dijelaskan oleh al-Qurtubiy di dalam kitabnya al-Jâmi' li Ahkâm al-Qur'ân 8/105.
Pengarang kitab at-Tafsîr al-Munîr pula menjelaskan bahawa menurut mazhab asy-Syafi'e yang dimaksudkan dengan Masjidil Haram di atas itu ialah tanah haram Makkah seluruhnya. Oleh itu orang-orang bukan Islam dilarang memasuki seluruh kawasan haram Makkah termasuklah masjid-masjid dan tempat-tempat selainnya yang ada di dalam tanah haram. (At-Tafsîr al-Munîr 9/168)
Demikian kedudukan hukum bagi orang bukan Islam di mana mereka itu ditegah sama sekali daripada memasuki Masjidil Haram khususnya dan seluruh tanah haram umumnya. Jadi tak kiralah orang mana sekali pun yang masuk hukum adalah tetap hukum dan tidak boleh diubah | |
KHIDMAT MERU Posted: 16 Sep 2012 09:06 AM PDT SUMBANGAN UNTUK BAKAL HAJI DAN JAMUAN SYAWAL Posted: 15 Sep 2012 01:08 PM PDT Berbagai aktiviti sumbangan kepada bakal-bakal haji dan jamuan Syawal telah dianjurkan oleh banyak surau-surau di DUN Meru dan YB Dr Rani dijemput untuk menyempurnakan majlis-majlis tersebut. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 16 Sep 2012 09:05 AM PDT Masalah air berlarutan sejak 1999 di Jelebu Posted: 16 Sep 2012 12:32 AM PDT 16 September 2012
Jelebu, N.Sembilan - Kira-kira 300 rumah penduduk di sekitar Simpang Pertang, Simpang Durian dan dua taman berdekatan terjejas berikutan sering kali menghadapi masalah gangguan air.
Penduduk, Mohd Yusof Salleh, 48, berkata, Rumah Awam Simpang Durian dan Taman Desa Permai merupakan antara kawasan paling bermasalah susulan tangki air di kawasan terbabit sering kali pecah.
"Sebelum ini, tangki air di Taman Desa Permai pernah pecah pada 1999, malah pemimpin negeri pernah turun padang meninjau keadaan di situ.
"Pihak berkaitan ada menyatakan untuk mengganti tangki berkenaan namun sehingga hari ini penduduk masih bergantung kepada tangki lama.
"Akibatnya, penduduk terpaksa menghadapi masalah kekurangan air dan bertambah kronik setiap kali menjelang musim perayaan yang mana penggunaan air meningkat secara mendadak," katanya.
Seorang lagi penduduk, Mazlan Said, 53, berkata terdapat kebocoran pada tangki berkenaan baru - baru ini hingga menyebabkan bekalan air penduduk terputus selama 48 jam.
"Paling teruk sekali apabila bekalan air terputus selama 36 jam kira-kira sebulan lalu sekali gus mendatangkan masalah kepada kerana kami tiada bekalan air lain di sini.
"Apabila berlaku masalah ini, penduduk terpaksa mencatu kegunaan air. Jika penduduk itu berniaga makanan misalnya, mereka juga menghadapi masalah," katanya.
Sementara itu, Mustakim Mohamed, 48, berharap masalah tersebut dapat diatasi secepat mungkin demi kesejahteraan dan keselesaan penduduk.
Menurutnya, masalah sedemikian tidak wajar berlaku apatah lagi kedua-dua lokasi taman perumahan itu terletak di kawasan pekan.
"Terdapat lebih 300 rumah di kedua taman perumahan ini. Jika sebuah rumah mempunyai lima ahli keluarga, bayangkan bagaimana mereka mahu berkongsi bekalan air yang sedikit," katanya.
| Perkahwinan , apabila yang mudah disusahkan, yang untung Ah Long Posted: 15 Sep 2012 06:01 PM PDT Belanja kahwin mahal punca ramai pemuda Melayu berhutang.
16 Sept 2012 - "Walaupun sudah bercerai, namun beban untuk membayar hutang bank akibat wang hantaran tinggi dahulu masih lagi perlu saya bayar" menurut Hadzrien. Amran (bukan nama sebenar), berusia 25 tahun, tinggal di perumahan rumah pangsa di Vista Angkasa, Kuala Lumpur, baru melangsungkan perkahwinan dengan isterinya kira-kira setahun lalu. Tetapi, hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi menyebabkan beliau kini berhutang hampir RM25,000 dan diburu oleh "Ah Long".
"Saya tidak ada banyak pilihan," jelas Amran yang merupakan seorang penyelia kilang di Petaling Jaya dan hanya memperoleh gaji RM1,500 sebulan.
"Tiap-tiap bulan saya terpaksa menghabiskan lebih dari separuh gaji saya hanya untuk membayar hutang.
"Puncanya, keluarga sebelah isteri saya meletakkan hantaran sebanyak RM12,000 kerana isteri saya seorang graduan diploma di universiti tempatan, dan termasuk belanja kahwin dan kenduri, semuanya berjumlah RM25,000.
"Jadi, dengan pendapatan saya yang berjumlah RM1,500, tolak bayaran sewa rumah dan ansuran kereta lagi, saya tidak mampu untuk menanggung hutang sebegini."
Dalam adat perkahwinan Melayu-Islam di Malaysia, terdapat dua jenis hantaran, iaitu mas kahwin dan hantaran perkahwinan.
Mas kahwin, juga dikenali sebagai "wang belanja tubuh", telah ditetapkan oleh jabatan agama Islam peringkat negeri, berbeza dengan hantaran perkahwinan.
Bayaran mas kahwin ini diwajibkan dalam agama Islam, manakala hantaran perkahwinan pula bersifat adat resam dan tidak ada kewajiban untuk membayarnya.
"Hantaran perkahwinan inilah yang membebankan orang ramai dari perkahwinan," menurut Azri Mukhris, 27 tahun, seorang yang bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.
Kata Azri, beliau dan pasangannya terpaksa mengikat perut sejak tahun lalu bagi memastikan mereka dapat berkahwin sebelum hujung tahun ini.
Ini kerana tekanan masyarakat itu sendiri menyebabkan ahli keluarga terpaksa meletakkan harga sedemikian. "Semasa upacara merisik, kami membincangkan tentang harga hantaran, memandangkan pasangan saya merupakan seorang graduan ijazah sains, maka harganya lebih tinggi.
"Jadi sebab itu, mahu tidak mahu, saya perlu menyimpan agar dapat menyempurnakan majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada hujung tahun ini."
Bila ditanya berapa harga hantaran perkahwinan, Azri enggan memberi jumlah keseluruhannya.
"Apabila berkahwin ni, banyak komitmen yang perlu diberikan, antaranya perlu membayar hutang membeli rumah, membeli kereta, kemudian pinjaman peribadi untuk melangsungkan perkahwinan, dan beberapa tahun lagi apabila sudah mempunyai anak, kena membeli persiapan untuk kelahiran anak pula. "Itu belum lagi bila anak itu sudah membesar dan sudah mula bersekolah," kata Azri lagi.
Pasangan yang berkahwin di ibu kota setiap tahun dianggarkan 20,000 orang dengan kira-kira 10,000 orang adalah golongan muda.
Tujuh tahun pertama usia perkahwinan adalah tempoh paling kritikal kerana hampir 28 peratus perceraian berlaku dalam jangka waktu berkenaan.
"Kebanyakan kes perceraian dalam tempoh itu pula membabitkan pasangan muda berumur bawah 30 tahun ke bawah," katanya.
Hadzrien (bukan nama sebenar), 26 tahun, bercerai dengan isterinya yang tiga tahun lebih muda berkata, masalah kewangan adalah punca perceraian dia dan isterinya.
"Saya telah berkahwin dengan bekas isteri saya setahun yang lalu, tetapi oleh kerana belanja perkahwinan yang tinggi, disamping masalah kewangan serta pinjaman bank terlalu tinggi menyebabkan saya terpaksa bercerai dengannya.
"Saya telah cuba berjimat cermat, tetapi tuntutan kehidupan di kota yang mahu perbelanjaan yang tinggi menyebabkan saya tidak mampu untuk menanggung isteri saya lagi, lalu kami membuat keputusan untuk bercerai," kata Hadzrien lagi.
Katanya, pinjamannya yang berjumlah hampir RM20,000 itu terlalu sukar untuk dibayar, hinggakan dia terpaksa menjual kereta Proton Satrianya.
"Walaupun sudah bercerai, namun beban untuk membayar hutang bank akibat wang hantaran tinggi dahulu masih lagi perlu saya bayar.
"Perkahwinan sepatutnya menjadi masa yang terindah, tetapi kerana pinjaman serta kadar bunga tinggi, kerana hantaran perkahwinan yang tinggi menyebabkan ia menjadi azab dalam hidup saya," kata Hadzrien lagi.
| |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 16 Sep 2012 07:38 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan