Isnin, 17 September 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 17 Sep 2012 11:27 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Russia sokong bantahan , haramkan filem Innocense Of Muslims

Posted: 17 Sep 2012 10:58 AM PDT




Pihak berkuasa Russia mahu mendapatkan kebenaran bagi mengharamkan film Innocense of Muslims yang telah mencetuskan keganasan dan protes di seluruh dunia. Pejabat Pendakwa Raya semalam berkata, pihaknya akan meminta kebenaran mengharamkan filem tersebut atas alasan ia "ekstremis dan menyinggung penganut" agama Islam.

 Selain itu Pejabat Pendakwa Raya juga berkata, pihaknya telah menggesa penyedia Internet utama agar menyekat filem itu daripada terus disebar ke seluruh dunia. Filem kos rendah yang dihasilkan di Amerika Syarikat (AS) itu telah ditayangkan sejak tiga bulan lalu dan trelernya dimuat naik di YouTube baru-baru ini.

Pendakwa Raya berkata, Russia bimbang bahawa filem itu akan mencetuskan rasa tidak senang di kalangan komuniti Islam di negara itu. Interfax melaporkan bahawa Pejabat Pendakwa Raya "bersedia untuk memohon kepada mahkamah agar mengiktiraf filem itu, yang disebarkan di Internet dan memudaratkan penganut (agama Islam), sebagai bahan ekstremis."

 Protes dan keganasan di 20 negara telah meragut 17 nama setakat ini di Afrika Utara dan Timur Tengah - SINAR HARIAN-

Hajat Tok Bomoh lakukan upacara nikah batin ke atas pesakit gagal

Posted: 17 Sep 2012 09:02 AM PDT



Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) menahan seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pengamal perubatan Islam ketika cuba melakukan seks ke atas pesakit wanitanya di sebuah rumah di Kampung LBJ di sini.

 Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jheains pada pukul 12.30 tengah hari Isnin, ketika cuba melakukan perbuatan keji tersebut yang didakwa sebahagian daripada cara rawatan, dengan seorang wanita berusia 24 tahun di rumah mangsa.

 Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jheains, Ahmad HusainiMustafa berkata, pada mulanya, suspek dari Kuala Lumpur dihubungi mangsa untuk mengubati dirinya yang menghadapi masalah mendapatkan anak.

 "Apabila tiba di rumah mangsa, suspek kemudian menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk merawat mangsa dan melakukan 'nikah batin' iaitu menikahkan dirinya dengan wanita itu tanpa mengikut ajaran Islam yang sebenar.


 "Suspek kemudiannya cuba mengambil kesempatan dengan melakukan seks ke atas mangsa yang ketika itu sudah terpedaya dengan rawatan lelaki itu, sebelum rumahitu diserbu Jheains," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.



 Ahmad Husaini berkata, dalam serbuan yang dilakukan hasil maklumat dan aduan orang ramai, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu, ditahan sebelum sempat melakukan hubungan seks dengan mangsanya.

 "Kita percaya suspek bukan seorang yang pandai agama tetapi menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran hanya untuk memperdaya mangsa sebelum mengambil kesempatan ke atas mangsa," katanya. Beliau berkata, beberapa barangan turut dirampas termasuk senaskhah Al-Quran dan sebuah kitab yang dipercayai digunakan untuk memperdaya mangsa.

 Katanya, lelaki itu dipercayai sudah lama menjalankan kegiatannya, dan siasatan awal mendapati suspek telah merawat tiga wanita. Ahmad Husaini berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mempermainkan ayat Al-Quran; Seksyen 50 Enakmen sama kerana mencemar dan menghina Agama Islam; dan Seksyen 77 Enakmen sama kerana memikat wanita untuk melakukan niat jahat. - BERNAMA

PR beri RM100 pilih pengundi ,BR1M BN tak pilih bulu

Posted: 17 Sep 2012 08:00 AM PDT





 "Dalam masa 4 tahun ini,pemimpin Pakatan Rakyat hanya pandai memburuk-burukan Barisan Nasional dengan tuduhan yang tidak berasas serta bertanggungkawab. 

Berlainan dengan Barisan Nasional yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira bulu, contohnya dengan Bantuan BR1M, tetapi Pakatan Rakyat memberi bantuan RM100 dengan memilih pengundi-pengundi sahaja untuk memancing undi." 

 "Dari sudut pembandingan ini, kita dapat lihat bahawa BN lebih telus dari aspek pemberian bantuan kepada rakyat."  

                                                                                                Sdr Teng Chang Yeow 


Komen GPB 

Isu pemberian tak ikhlas  kerajaan DAP  iaitu  RM 100 warga emas serta anak emas sebanyak RM 200 terus diperkatakan oleh rakyat bawahan .

Ada rakan pejabat GPB yang mana beliau sudah berkahwin  & menetap di P.Pinang . Apabila anaknya lahir di P.Pinang , mereka tak layak memohon RM 200 daripada kerajaan DAP disebabkan tak menjadi pengundi di negeri ini .

Ini kerana sikap tak ikhlas kerajaan DAP yang pergunakan pemberian wang ini untuk memancing undi & itu mereka letakkan syarat pengundi negeri ini sahaja bukannya rakyat P.Pinang !

 Ia berbeza dengan wang BR1M yang langsung tak memilih bulu dan jika memenuhi syarat berpendapatan bawah RM 3 ribu isi rumah , maka mereka layak termasuk penyokong tegar pembangkang .

TERKINI ! Pejabat GERAKAN Pulau Tikus dibaling telur ayam !

Posted: 17 Sep 2012 01:33 AM PDT



GEORGE TOWN 17 Sept. - Pintu hadapan Pusat Khidmat Parti Gerakan Pulau Tikus di sini, dibaling beberapa biji telur dan disimbah air kopi awal pagi ini. Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan ketika dihubungi berkata, perbuatan seumpama itu menjadi trend popular kebelakangan ini sama ada berlaku pada parti komponen Barisan Nasional (BN) atau parti lawan. "

Jelas sekali ia serangan bermotifkan politik dan kejadian sebegini boleh mewujudkan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat," katanya.

 Difahamkan tiada laporan polis dibuat dan Teng berpendapat ia hanya isu kecil dan menggesa pemimpin parti politik berusaha mengawal penyokong mereka daripada bertindak di luar batasan. "Kita semua harus mengutuk keganasan politik kerana ia tidak langsung mencerminkan budaya Malaysia dan perbuatan seumpama itu harus dihentikan segera," katanya. - BERNAMA

Komen GPB 

Dulu ketua regim negeri ini   dengan angkuh  pernah sebut nak kasi teloq ayam kepada BN di PRU 13 iaitu dengan merampas semua kerusi DUN di P.Pinang ... sekarang ini agak-agak boleh ke ?

Dasar Dr Mahathir kepada Malaysia hebat - sarjana Rusia

Posted: 17 Sep 2012 12:00 AM PDT




Ketika kemuncak krisis kewangan di Asia Tenggara pada Ogos 1998, saya berkunjung ke Kuala Lumpur atas undangan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) dan julung-julung kali melihat lapangan terbang antarabangsa KLIA yang baru dirasmikan.

 Saya dengan hairan berkata: "Dan anda cakap anda mengalami kemelesetan ekonomi!" Reaksi hampir sama saya lahirkan apabila timbalan ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohd Azmi Razak (yang kebetulan saya kenali ketika masih belajar di Universiti Malaya pada 1970-an) dengan bangga menunjukkan Kompleks Sukan Bukit Jalil yang juga baru dirasmikan menjelang Sukan Komanwel.

 Dalam mendepani kegawatan ekonomi ketika itu, tentu petandanya boleh dilihat dengan jelas. Tetapi pada amnya program pembangunan negara seiring dengan Wawasan 2020 terus dilangsungkan.

 Sumbangan perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad dalam hal itu tidak boleh dinafikan. Mula-mula beliau mengambil tindakan melawan spekulator mata wang dengan menetapkan kadar tambatan ringgit yang stabil dan mengehadkan pengalirannya ke luar negara.

 Strategi mengatasi krisis yang disusun perdana menteri - tanpa bantuan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan pertubuhan antarabangsa lain - ternyata amat berkesan. Lebih penting, strategi itu dilaksanakan sedemikian rupa sehingga tidak merugikan program sosial dan tidak pula memberatkan kedudukan orang biasa.

 Pemandu teksi yang membawa saya dari KLIA mengungkapkan: "Mahathir seorang perdana menteri rakyat. Dia mementingkan bukan diri sendiri tetapi orang yang sekarang berada dalam kesempitan, iaitu rakyat jelata". 

 Pastinya fenomena keperibadian Dr Mahathir akan disoroti lama lagi. Tindakan seorang yang luar biasa selalu menarik perhatian, tambahan pula kalau beliau memang pandai menemui jalan keluar dari sebarang situasi, bahkan yang sepintas lalu kelihatan buntu.

 Saya ingat pada akhir tahun 1980-an apabila, sebagai akibat formaliti undang-undang, Umno yang diketuainya menjadi seakan-akan tidak wujud. Dr Mahathir dengan pantas mendaftarkan parti itu dengan nama Umno (baru).

 Seorang wartawan asing pernah mencatat situasi itu seperti berikut:"Mahathir seumpama dengan orang yang terjatuh ke dalam lubang tetapi bukan saja boleh keluar dengan selamat, malah menemui di sana harta karun". 

 Dr Mahathir juga pernah dinamakan sebagai doktor rakyat apabila, selepas rusuhan kaum pada Mei 1969, beliau disingkirkan daripada partinya dan kembali menyambung kerja di klinik. Ia berpunca daripada surat yang ditulisnya kepada perdana menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra dan kerajaan, dengan menimpakan tanggungjawab berhubung rusuhan kaum itu kepada mereka - bertentangan dengan pendapat umum waktu itu. Dr Mahathir tidak boleh secara langsung mengambil bahagian dalam politik tetapi beliau tidak dilarang menulis. Dan beliau menurunkan fikiran yang paling terpendam ke atas kertas.

 Mengapa orang Melayu di negaranya sendiri tidak berpeluang menjalankan kehidupan selayaknya? Apa mesti dilakukan bagi meninggikan taraf ekonomi mereka dengan tidak merugikan hak kaum lain? Bagaimana hendak mencapai kesetaraan antara kaum?

 Ia membawa kepada kesimpulan bahawa, penting mengembalikan orang Melayu ke bidang pengeluaran dan perdagangan seperti mereka didesak keluar akibat dasar penjajah yang menggalakkan imigrasi pekerja dari India dan China serta membekukan hubungan patriarki di kalangan Bumiputera luar bandar. Tetapi membuat itu tanpa sokongan kerajaan adalah tidak mungkin.

Kerana itu, beliau mencadangkan orang Melayu diberi bantuan ekonomi khusus. Dilema Melayu, buku karangan Dr Mahathir, diharamkan tetapi ia masih sempat dibaca orang. Persoalannya, apa gunanya mengharamkan buku itu apabila rusuhan kaum 1969 menunjukkan bahawa sudah tiba masanya untuk menyelesaikan masalah kemunduran orang Melayu.

 Kesan-kesan rusuhan, antaranya deretan kedai yang musnah dalam kebakaran di Jalan Bangsar dan sikap berhati-hati orang Melayu dan Cina terhadap satu sama lain - masih kelihatan ketara pada 1970 apabila saya bersama sekumpulan pelajar Russia julung-julung kali datang ke Kuala Lumpur.

 Di Universiti Malaya, jarang dilihat pelajar-pelajar Melayu dan Cina bergaul bersama. Mereka juga mengelak membincangkan masalah politik. Betapa seriusnya hal itu dimengertikan oleh Tunku Abdul Rahman yang memilih untuk bersara. Langkah itu boleh ditafsirkan sebagai kerelaannya mengambil tanggungjawab atas peristiwa Mei 1969 - satu pendirian berani! Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikannya ternyata memiliki pandangan yang sama dengan Dr Mahathir.

Beliaulah yang menyusun Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan mengukuhkan kedudukan ekonomi orang Melayu. Pastinya allahyarham turut memerhatikan Dr Mahathir pada awal tahun 1960-an apabila beliau dipilih menjadi ahli parlimen dan dengan giat mempertahankan kedudukan orang Melayu. Dengan bersaranya Tunku Abdul Rahman, maka Dr Mahathir mendapat peluang melaksanakan gagasannya dan kembali berpolitik secara aktif.

Pada 1972, beliau diterima kembali dalam Umno dan diberi jawatan dalam kerajaan dua tahun kemudian. Mula-mula Dr Mahathir dilantik sebagai menteri pelajaran. Pada 1976, beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri dalam kabinet Tun Hussein Onn. Pelantikan ini disusuli jawatan perdana menteri pada 1981. Peristiwa itu disifatkan pemerhati politik bukan hanya sebagai pergantian kerajaan, malah melonjakkan ahli politik generasi baru - meskipun tidak berapa muda daripada pendahulunya tetapi mempunyai asal-usul lain, penuh gagasan baru dan berazam bergiat cergas.

 Lee Kuan Yew, waktu itu perdana menteri Singapura, mencatatkan bahawa di Malaysia "generasi baru daripada lapisan bawah datang ke tampuk kekuasaan'. Dan ia sememangnya benar demikian. Dr Mahathir bukan saja menyambung dasar pendahulunya yang mahu menyatukan di sekitar Umno pertubuhan-pertubuhan politik lain, termasuk parti pembangkang, dalam rangka BN tetapi mengubah wajah negara sama sekali.

 Apabila saya kembali semula ke Malaysia selepas 16 tahun, saya tidak kenal lagi negara ini. Malaysia mendekati apa yang dinamakan negeri perindustrian baru, ia berhasil merekabentuk kereta sendiri yang dieksport dan bercita-cita melancarkan seorang angkasawan ke angkasa lepas.

 Tetapi saya sempat menyaksikan gejala yang lain juga. Di mana-mana, ternampak petanda pengislaman yang cergas. Perempuan Melayu mula bertudung dan berbaju kurung labuh. Kaum lelaki Muslimnya mula lebih ketat mengikuti peraturan agama.

 Bermacam-macam acara keagamaan, termasuk tilawah membaca al-Quran, menyerikan kehidupan bernegara. Islam seakan-akan menjadi perisai untuk orang Melayu mempertahankan jati diri, keperibadian dan kebudayaannya. Lembaga-lembaga kewangan Islam, termasuk bank Islam, mendapat peluang berakar kuat. Bersamaan dengan itu, kaum-kaum lain juga mendapat keyakinan terhadap masa depan.

 DEB yang disusun pada zaman Abdul Razak diubahsuai sedemikian rupa sehingga tidak menjejaskan hak mereka sambil meninggikan status ekonomi bumiputera. Bukti keberhasilan jalan yang dipilih ialah pencapaian besar dalam bidang ekonomi yang dicerminkan antara lain dengan pembinaan Koridor Raya Multimedia (MSC), Cyberjaya dan mercu tanda berprestij, Menara KL dan Menara Berkembar Petronas. Cendekiawan dan kelompok masyarakat yang paling peka pada amnya menyokong dasar-dasar Dr Mahathir.

 Bayangkan Malaysia, dahulunya negara agak kecil dan kurang dikenali, mengejutkan masyarakat dunia dengan menuntut agar benua Antartika diberi status "warisan seluruh umat manusia".

 Malah, Malaysia sentiasa berada di barisan depan dalam pelbagai kerjasama antarabangsa, termasuk memerangi dadah, di samping menjadi penganjur penyatuan usaha negara membangun untuk mendapat tempat lebih dihormati di dunia. Maka berkumandanglah suara Dr Mahathir yang mengungkapkan:

"Kita lama memandang pada Barat tetapi tidak lagi menganggapnya sebagai contoh sesuai bagi kita". Ia bukan sekadar kata-kata, sebaliknya diteruskan dengan langkah-langkah konkrit menuju ke arah terjalinnya hubungan lebih seimbang dengan negara lain, termasuk Russia.

 Dasar Dr Mahathir dalam bidang kebudayaan juga lain daripada yang lain. Malaysia sebuah negara Asia Tenggara yang berjaya melaksanakan dasar bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan menengah dengan pengecualian untuk penggunaan bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi (IPT).

 Semangat patriotisme yang menjadi ciri khas masyarakat Malaysia adalah salah satu faktor lagi yang membantu Dr Mahathir mengadakan dasarnya demi kepentingan rakyat. Namun, Malaysia juga negara yang menyaksikan kewujudan pelbagai parti politik.

Dan tidak semua langkah pemimpin negara dinilai sama. Misalnya Dr Mahathir pernah dikritik kerana bertindak terhadap pembangkang pada kemuncak krisis kewangan tetapi keprihatinan beliau boleh dimengerti. Akhirnya, kita tidak boleh tidak mengagumi cara bagaimana kerajaan Malaysia memikirkan nasib pelajar sekolah. Mereka akan hidup pada alaf baru dan, kerana itu, wujudlah satu lagi cogan kata "anak tanpa komputer ialah anak tanpa hari depan".

 Kenyataan itu bererti bahawa pada masa terdekat setiap keluarga akan menpunyai sekurang-kurangnya satu komputer. Raja yang dilawati oleh Putera Kecil dalam karya penulis Perancis, Antoine de Saint-Exupery Le Petite Prince (Putera Kecil) pernah berkata: "Kekuasaan patut menjadi wajar. Kalau aku memerintah rakyat untuk menceburkan diri ke laut, maka rakyat akan mencetuskan revolusi. Aku berhak menuntut kepatuhan kerana perintahku wajar".

 Kini, ketika Dr Mahathir sudah bersara daripada kegiatan politik aktif, kita boleh mengambil kesimpulan bahawa dasar Dr Mahathir memang wajar.

 Selama 22 tahun, beliau menyusun strategi yang boleh dicapai bersandarkan kepada sokongan masyarakat terbanyak. Dr Mahathir tidak takut mengubah dasarnya, sesuai dengan perkembangan semasa dan berpandukan kepentingan rakyat terbanyak tanpa mengambil peduli pendirian Barat.

 Dan apabila beliau mundur, beliau yakin akan hari cerah Malaysia kerana penerusnya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Abdul Razak menyambungkan politik bertujuan untuk meningkat kesejahteraan rakyat.

 *Dr Victor A Pogadaev adalah sarjana Rusia yang kini berkhidmat sebagai profesor madya di Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya. Artikel ini disediakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari lahir Tun Dr Mahathir Mohamad pada 20 Disember.  

TERKINI ! Klip video hina Islam telah disekat di Malaysia

Posted: 16 Sep 2012 10:49 PM PDT



– Google Malaysia menyekat akses laman YouTube klip video kontroversi 'Innocence of Muslims' sebagai respons kepada aduan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Sesiapa yang cuba melayari video itu dari alamat penyedia Internet Malaysia (IP) akan menerima mesej yang berbunyi:'Kandungan video ini tidak didapati di negara anda kerana aduan undang-undang. Maaf mengenai perkara ini.'

 Pegawai Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof mengesahkan video tersebut telah disekat di Malaysia.

 "Di mana kami telah melancarkan laman Youtube tempatan dan kami diberitahu bahawa sebuah video adalah haram di negara ini, kami akan menyekat akses kepada video tersebut selepas pemeriksaan teliti," katanya pada Isnin. Video tersebut turut disekat di beberapa negara termasuk Indonesia, India dan Mesir. MCMC telah menfailkan aduan rasmi kepada Google pada Sabtu berhubung video tersebut. – mStar Online

Orang Melayu perlu nilai kembali pemerintahan kerajaan regim DAP

Posted: 16 Sep 2012 08:00 PM PDT







Orang Melayu di negeri ini perlu menilai kembali layanan kerajaan DAP Pulau Pinang kepada mereka sejak mengambil alih pentadbiran empat tahun lalu. Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Datuk Azhar Ibrahim berkata, ini kerana nasib mereka semakin terhimpit apabila dipinggirkan kerajaan negeri dalam pelbagai aspek.

 "Kerajaan negeri tidak mempedulikan nasib mereka dan agama Islam di negeri ini, malah, aktiviti perniagaan yang cuba diusahakan orang Melayu juga disekat.

 "Lihat apa yang berlaku kepada peniaga kecil di Padang Kota, kontraktor bumiputera tidak diberi peluang untuk terus maju seperti kaum lain," katanya kepada Utusan Malaysia ketika menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini. 

Persidangan itu dirasmikan bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa orang Melayu tidak lagi mempunyai tempat bergantung harap sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13.


Nasib peniaga Melayu ditindas kerajaan regim DAP ...








 Mengulas lanjut, Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga berkata, kebimbangan yang disuarakan Najib itu telah berlaku di Pulau Pinang sejak kerajaan negeri bertukar tangan.

 "DAP tidak peduli tentang nasib orang Melayu dan agama Islam di sini, malah, apabila tiga agensi kerajaan Persekutuan iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Uda Holdings Berhad (UDA) dan JKP Sdn. Bhd. cuba membina projek perumahan untuk rakyat, pelbagai prosedur pula dikenakan iaitu seperti mahu menyekat projek-projek berkenaan.

 "Jadikanlah apa yang berlaku selama empat tahun ini sebagai pengajaran. Kembalilah menyokong Barisan Nasional (BN) kerana sudah terbukti, agenda pembangunan yang dibawa selama ini adalah adil untuk semua," ujarnya.

Jangan mudah menyerah kalah untuk tawan semula P.Pinang - Khairy

Posted: 16 Sep 2012 07:22 PM PDT



Pemimpin dan ahli UMNO Pulau Pinang perlu membuang sifat mudah kecewa dalam usaha merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sifat mudah menyerah kalah sebelum berjuang hanya memberi kelebihan kepada lawan dalam memenangi pilihan raya umum akan datang sekali gus merugikan diri serta parti.

 "Saya harap jangan ada sifat ini di kalangan ahli dan pemimpin UMNO di Pulau Pinang sebelum turun berjuang di medan pilihan raya.

 "Kali ini jangan sangka kita tidak boleh merampas kembali Pulau Pinang daripada DAP kerana tiada siapa mengetahui isi hati pengundi," katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Permatang Pauh di sini hari ini.

 Sementara itu, pada sidang akhbar, Khairy menjelaskan, Pemuda UMNO menyokong penuh penubuhan jawatankuasa bagi menyiasat isu sabotaj parti di kalangan ahli UMNO yang dilihat tepat pada masanya.

Kita kini berdepan seorang rakus kuasa di PRU 13 - Khairy

Posted: 16 Sep 2012 05:30 PM PDT



Permatang Pauh 16 Sept – Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mengingatkan agar sejarah kejatuhan empayar Uthmaniah dan empayar kesultanan Melaka tidak berulang dan berlaku terhadap UMNO.

 Menurut beliau sejarah dan peristiwa berkenaan perlu dihayati dengan mendalam agar UMNO yang yang telah sekian lama berkhidmat untuk rakyat dan negara menerusi Barisan Nasional (BN) terus mampu bertahan dan membela nasib rakyat.

 "Kita tengok empayar Uthmaniah..tumbang bukan kerana kekuatan musuh tetapi kelemahan sendiri. Kesultanan Melaka yang dulunya masyhur dan kuat pada satu masa dahulu tetapi jatuh kerana sikap segelintir mereka yang menjadi 'si kitol'.

Jangan sesekali UMNO mengulangi sejarah empayar Melaka….ada 'si kitol' dan Raja Mandalia. "Pilihan raya akan datang kita tunjukkan kekuatan yang sebenar.

 Saya sebutkan ini kerana apa…kerana bak kata PM, Datuk Seri Najib Razak pilihan raya kali ini akan menentukan survival BN. Ini akan menentukan masa depan parti kita sama ada parti kita akan terus cemerlang atau tidak.

 "Kita sebenarnya berdepan dengan cabaran dan ancaman berbanding masalah dalaman parti. Kita berdepan dengan seorang yang rakus kuasa. Kuasa adalah amatlamat beliau. Beliau sanggup buat apa sahaja," katanya.

 Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO bahagian Permatang di Politeknik Seberang Perai, di sini, hari ini. Turut serta Ketua UMNO bahagian, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan seluruh barisan kepimpinan UMNO Permatanag Pauh empat peringkat.

 Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya menambah beliau bersetuju dengan cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar mana-mana yang mengkhianati parti diambil tindakan kerana mereka yang sedemikian rupa tidak diperlukan dalam parti.

 "Walaupun UMNO tertubuh 66 tahun dan menjadi parti politik utama di negara ini wajib kita bercakap soal perpaduan. 66 tahun kenapa kita masih cakap soal perpaduan.. Sepatutnya cakap soal masa depan, gerakan kita. Sepatutnya tidak payah cakap lagi soal sabotaj parti.

 "Namun kita mahu bantu rakyat….Mahu jaga agama, bangsa dan Negara. . Kita nak bantu orang Melayu, Cina, India dan seluruh rakyat di negara ini. Kalau kita tidak menang tidak aka ada maknanya. Musuh utama kita bukannya kuat.. Musuh paling hebat adalah kita sendiri.

 Kita nak berperang mestilah dengan jentera dan senjata yang kuat dan bukannya senjata kita gunakan untuk bermusuh sesama sendiri. "Kita ada jawatan tetapi kalah pilihan raya dan tidak adakuasa tidak ada maknanya. Harap kita ingat perkara tersebut.

 Parti bukan kepentingan individu. Kalau sesiapa jadi calon atas tiket BN itulah calon yang akan kita menangkan," katanya. – MediaUMNO

bumiyang

Posted: 17 Sep 2012 03:37 AM PDT

bumiyang


Lambaian Haji Telah Tiba Lagi!!!

Posted: 16 Sep 2012 08:18 PM PDT

Politik Harian

Posted: 17 Sep 2012 03:15 AM PDT

Politik Harian


Khairy: Pemuda Umno, Pas Ganding Bantah Filem Hina Islam Jumaat Ini

Posted: 16 Sep 2012 09:25 PM PDT


BUKIT MERTAJAM - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin berkata pergerakan itu yang kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menerbitkan filem antiIslam Innocence of Muslims, bercadang mengadakan bantahan besar-besaran Jumaat ini.

Beliau berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam tidak boleh dipandang remeh dan perlu ditentang demi mempertahankan maruah agama Islam sejagat.

Pemuda Umno akan mengadakan bantahan secara besar-besaran pada Jumaat ini bagi menzahirkan rasa kesal terhadap penerbitan filem antiIslam itu, katanya.

Lokasi dan cara bantahan itu sedang dibincangkan dan dimaklumkan dalam waktu terdekat.

"Bantahan ini dibuat tanpa mengira fahaman politik dan diharap ia akan menjadi platform kepada umat Islam menyuarakan kepada dunia bahawa perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tindakan menghina Islam dan Nabi Muhammad tidak boleh dipandang remeh.

"Sehubungan dengan itu Pergerakan Pemuda juga mengalu-alukan Dewan Pemuda Pas untuk turut serta mengadakan bantahan, ini adalah masalah sejagat yang perlu ditangani segera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Permatang Pauh di Dewan Mutiara, Politeknik Permatang Pauh.

Beliau mengulas mengenai filem antiIslam Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad dan agama Islam, arahan Sam Bacile, 52, dari California yang disiarkan dalam laman YouTube, yang telah mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia.

Khairy berkata, pihaknya sedang menunggu jawapan daripada Dewan Pemuda Pas mengenai pelawaan untuk bersama-sama mengadakan bantahan itu nanti.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan anggota Umno khususnya di Pulau Pinang agar tidak mengamalkan sikap cepat mengaku kalah sebelum berjuang kerana segala kemungkinan boleh berlaku di dalam politik.

"Setiap ahli perlu yakin dengan kemampuan untuk memberi saingan yang hebat pada pilihan raya umum akan datang, tidak mustahil kita boleh menang di kawasan yang diwakili pembangkang," katanya. - Bernama

tunku

Posted: 17 Sep 2012 03:09 AM PDT

tunku


S’gor govt’s stance will cause water crisis, warns expert

Posted: 16 Sep 2012 05:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selangor will certainly face a critical water crisis if the state government continues to block the construction of the Langat 2 water treatment plant, a water management expert warned Sunday.
Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri said providing treated water was an important responsibility of the state government and the Langat 2 plant remained the only alternative means for the state to have adequate supply of treated water because all existing treatment plants had exceeded their production capacity.
"Without this alternative plan, the people and industries in Selangor will run out of treated water as we have reached the maximum production level.
"We have come to the stage of requiring a new solution and new alternative. And in the immediate term, Langat 2 is the only solution," he said in an interview.
Dr Zaharuddin Sani uses a simple "nasi lemak " analogy to explain the situation.
"If we need 500 packets of nasi lemak to be given to 500 people, then it's enough. But if we only have 500 packets and there are 520 people to eat the nasi lemak, then it won't be enough."
He rubbished the Selangor government's free-water policy and called for a review of the policy, saying that water was a precious asset for any nation and should no longer be deemed as something cheap, let alone given free.

Following is the Q & A from the interview:

Q: Will the Langat 2 plant overcome all water problems in Selangor?

A: At the moment, when we talk about Langat 2 being able to solve our water problems, the answer is yes, because we need treated water. Based on a very high current demand, we need Langat 2 as the solution. But even this solution is temporary in nature.

Why I'm saying temporary is because in the future we will have 1,000 people who want to eat the nasi lemak and even if we have new dams, it's not going to be effective compared to the most important approach for us to adopt from now to educate the people to use water wisely.

We must recognise our water as an asset that no longer can be viewed as something cheap. Water can no longer be regarded as something to be given free. Water should be seen as something very valuable.

If we compare one litre of bottled water and one litre of oil, the price is about the same, so we should appreciate the value of water. But why is it that we can conserve the use of oil and not when it comes to water?

So what's the solution? Because we ourselves don't realise that water is something very valuable. If we do realise how precious it is, then certainly we will be very cautious in using it.

Back to the question of Langat 2. Yes, it is absolutely necessary. And, at the same time, it should be followed with massive efforts to educate consumers on the real value of water, so that we won't need a Langat 3.

Q: So, it means that the Selangor government's policy of giving free water is something unwise?

A: There is nothing free in this world, and the water that's given is treated water. Treated water requires cost to produce.

If we require cost, we need money. So, if we give free water, then we devalue this vital commodity and no one will value something that's given free.

If we increase the water tariff, just like in Europe, we could see consumers place a high value on water in terms of their attitude towards water consumption as they look at water as a vital asset.

But if we are provided with unlimited water everywhere and, worst of all, provided free, we will lose our sense of value over water. So, the move to give free water should be reviewed.

Q: Langat 2 is a solution but it still doesn't exist due to the state-federal conflict. What's the implication?

A: The implication is that we won't be able to provide adequate treated water to consumers while, at the same time, we can say we have sufficient water sources.

Based on this assumption, we need to conserve our water resources. We just cannot dream that tomorrow we'll have more than what we have today.

We must live in reality. If we have so much today, we have to adapt accordingly. And if Langat 2 remains unresolved, we then need a new solution.

Among the solutions over the longer term is educating the people on water consumption and control on the supply of water.

Q: The capacity yield of rivers in Selangor that provide the main sources of raw water to the treatment plants is reported to be reaching the maximum. Will this undermine the supply of treated water?

A: To treat water, we need raw material which, in this case, is raw water. But if we want to treat something and the raw material is not available, then there's nothing to treat.

Yes, it's true to say that currently the capacity has reached its maximum. If we don't have raw water to treat, we can't produce treated water to supply to consumers.

So, if we think of our rivers, dams that have reached their maximum, we have reached a stage where we need to look at new alternatives. Q: You have cited studies that show each Malaysian uses an average of 310 litres of water per day (lpd), which is 145 litres more than what consumers in other countries use. Can you elaborate?

A: It's 145 litres per person. If one household has five residents, then the consumption is five times more. Imagine the millions of litres in excess consumption per household. This is the study by the United Nations that stipulates consumption at 145 lpd per person. But in Malaysia the consumption is very excessive in every sense of the word.

Q: The Selangor government says that Langat 2 is not necessary because the ongoing mitigation projects are able to cope with the demand? Is this so?

A: The Selangor government only plans things for the short term. It looks at adequate water up to 2014. In contrast, the planning done by the federal government is over the long term, stretching more than 20 years.

Langat 2 is necessary for this period. At present, we might not see water problems as something critical because, everywhere we go, there's water in the tap. But, try to imagine the situation five years from now. Would we still have this luxury?

Taipingmali (tm)

Posted: 17 Sep 2012 01:40 AM PDT

Taipingmali (tm)


Penyerahan Komputer 1 Malaysia Taiping

Posted: 17 Sep 2012 12:00 AM PDT

Bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Taiping YB Dato Muhamad Zahir Dato Khalid menyampaikan kira-kira 200 buah kamputer notebook 1 Malaysia kepada pemimpin masyarakat seperti ketua kampung dan JKKK termasuk juga sebahagian pelajar sekolah.

Pegawai SKMM Zon Utara Mohd Rashdi turut hadir untuk mewakili SKMM.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khutbah Politik oleh khatib Pas : Masjid di Perak juga terlibat

Posted: 16 Sep 2012 07:26 PM PDT

Pas sangat terdesak untuk mencari sokongan rakyat sehingga terpaksa menggunakan khutbah Jumaat. Parti Islam Sesat ini dilihat sangat terdesak serta gentar dengan gelombang biru dan gelombang merah, di mana-mana pun rakyat sudah kembali memberi sokongan kepada Umno dan BN. Program Pas terkulat-kulat sepi tanpa sokongan rakyat.

Bukan sahaja di negeri Kelantan, ia juga berlaku di Perak tetapi kebanyakan makmum tak ambil kisah dan tidak membuat bantahan atau laporan polis.

Dua minggu lepas, khutbah Jumaat bertajuk 'Fitnah', Teks khutbah dikeluarkan oleh Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak telah diubah suai oleh khatib tersebut yang pro Pas.

Ianya berlaku di Masjid Kampung Expo Kamunting, Imam Osman Noh bekas pesara Kagat yang menjadi imam no 2 di masjid tersebut telah mengubah dan mengolah semula teks sesuka hati beliau.

Antara nya ia menuduh fitnah dilakukan oleh penulis-penulis blog dan juga melalui sms. Fitnah dilakukan oleh Umno terhadap Pas dan sebagainya.

Seorang makmum masjid tersebut sedar bahawa ada yang tidak kena dengan teks khutbah telah menghubungi TM dan bertanyakan tentang teks khutbah di masjid lain.

TM memaklumkan memang khutbah minggu tersebut berkaitan dengan tajuk 'Fitnah'. Khatib membaca teks dan fokusnya ialah mengajak dan memperingati makmum tentang bahaya dan dosa fitnah yang dilakukan. Tak ada pula menyebut fitnah dibawa oleh bloggers dan fitnah disebar melalui sms untuk memburukkan Pas.

TM cuba meminta seorang rakan untuk mendapatkan teks khutbah Jumaat 2 minggu lepas tetapi gagal diperolehi.

Harapan TM ialah pihak Nazir Masjid atau mana-mana pegawai agama dapat menyiasat kes ini dan mengambil tindakan terhadap khatib yang suka menyelewangkan fakta dan mengubah suai teks khutbah mengikut selera beliau yang pro PAS.

Osman Noh harus sedar akan kesalahannya dan dialah sebenarnya bapa penyebar fitnah di Taiping. Ini kerana beliau juga merupakan penceramah agama yang bergerak aktif di sekitar daerah Larut, Matang dan Selama.

Untuk maklumat pembaca, Osman Noh bekas PTB Kagat kini hidup mewah kerana isteri beliau makan gaji dengan kerajaan bergred DG 41 atau mungkin DG 44 sekarang. Memilik dua kereta mewah walaupun tak sehebat Azhar Idrus.

Dalam program politik di masjid Kampung Expo, dia lah peneraju utama tetapi tak suka tunjuk muka apa lagi untuk bergambar bersama-sama jawatan kuasa yang lain.


Jumaat lepas 14 September teks khutbah dibacakan oleh Imam Wahid, awal-awal lagi Imam Wahid menyebut bahawa teks ini ditulis oleh Majlis Islam Perak.

TM cuba membuka laman web majlis agama islam dan adat istiadat perak untuk memuat turun teks khutbah tetapi tak jumpa. Yang hariannya bagaimana teks 14 September 2012 boleh berada dalam blog Pas dalam bentuk PDF. Perkara ini juga perlu penjelasan daripada pihak Majlis Islam Perak

MASJID DAN SURAU MENGIKUT ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM PERAK

Blog yang menyiarkan enakmen ini pun kepunyaan orang Pas. Nampak sangat bahawa pegawai agama di Perak dikuasai oleh Pas. Ini termasuk Pejabat Agama Taiping.

Sahabat-Gunung

Posted: 17 Sep 2012 01:40 AM PDT

Sahabat-Gunung


Penduduk Pangsapuri Angsana, Bandar Mahkota Pula Tuntut Janji PR Selangor

Posted: 17 Sep 2012 12:56 AM PDT



Penduduk Pangsapuri Angsana, Bandar Mahkota Cheras hari ini menyerahkan memorandum menuntut Kerajaan Negeri menunaikan janji berhubung isu pemberian air percuma kepada Peguambela,  Kamarudin Ahmad.

Penyerahan memo tersebut diadakan di Kawasan Pangsapuri Angsana dan turut dihadiri oleh Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan.

Kamarudin berkata beliau akan menfailkan 2000 saman tuntutan terhadap kerajaan negeri, di Makhamah Tinggi Shah Alam pada 19 September ini.

"Penduduk tidak perlu risau mengenai kos guaman kerana saya akan memberikan perkhidmatan percuma kepada mereka.

"Cuma saya berharap agar mereka (penduduk) tampil ke hadapan untuk menuntut hak mereka kepada kerajaan kerana sebagai pengguna, mereka berhak membuat sedemikian ," katanya kepada pemberita di sidang media di Pangsapuri Angsana di sini hari ini.

Sebelum ini, seramai 711 pengguna air di Selangor memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 terhadap tiga pihak termasuk Menteri Besar, Tan Abdul Khalid Ibrahim, atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Sementara itu, Datuk Sohaimi berkata, beliau melihat situasi ini sebagai satu penindasan kepada rakyat negeri Selangor yang telah dijanjikan dalam manifesto dan mereka di anak tirikan.

"Tindakan menyaman kerajaan negeri ini adalah satu tindakan yang telah difikirkan oleh rakyat sebagai satu pengajaran (kepada kerajaan negeri),"tambahnya lagi.

Sementara itu, penduduk Pangsapuri Angsana mengadakan demonstrasi bagi menuntut hak mereka kepada kerajaan Selangor yang enggan memberikan air percuma di kawasan itu.

Demontrasi secara aman dengan menyaksikan lebih kurang 100 orang penduduk turun padang bagi melaungkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan yang mempergunakan mereka sebagai golongan bawahan.

KL International Fixed Gear Tournament 2012

Posted: 16 Sep 2012 05:02 PM PDT









The Unspinners

Posted: 16 Sep 2012 11:42 PM PDT

The Unspinners


Takut hadapi pilihanraya, PR berdrama di Sabah

Posted: 16 Sep 2012 10:08 PM PDT

Blog PR hina tarian Semazau

Posted: 16 Sep 2012 10:01 PM PDT

Anwar's Sabah "katak" are has-beens

Posted: 16 Sep 2012 06:01 PM PDT

Maruah Anwar lebih penting dijaga dari maruah Nabi ...

Posted: 16 Sep 2012 05:34 AM PDT

Anwar dan dana asing bawa Islam libralisme-pluralisme yang sesat

Posted: 16 Sep 2012 02:21 AM PDT

APANAMA

Posted: 16 Sep 2012 11:35 PM PDT

APANAMA


The Kuching Declaration of Sept 16, 2012

Posted: 16 Sep 2012 03:46 AM PDT

Belantan

Posted: 16 Sep 2012 11:26 PM PDT

Belantan


Jalan RM37 juta terbengkalai?

Posted: 16 Sep 2012 09:28 AM PDT


Liew Yuen Keong (tengah) menunjukkan kepada wakil media projek pembinaan jalan sehala di Seri Kembangan, Serdang, Selangor yang sepatutnya siap pada bulan ini tetapi kini tiada kerja-kerja dilaksanakan.

Pembinaan jalan sehala yang baru di Seri Kembangan yang kononnya dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu didapati terbengkalai memandangkan tiada kerja-kerja pembinaan dilakukan ketika ini.

Sepatutnya, pembinaan jalan yang meliputi Jalan Serdang Jaya, Jalan Besar Seri Kembangan dan Jalan SK 1/10 yang sebelum ini mendapat tentangan penduduk dijangka siap pada September.

Penyelaras MCA Parlimen Serdang, Datuk Liew Yuen Keong berkata, pihaknya mendapati perkembangan projek tersebut tidak sampai 50 peratus ketika ini.

Dakwa Yuen Keong, projek itu terbengkalai disebabkan ia dilaksanakan secara tergesa-gesa dan tiada perancangan terperinci termasuk tiada perbincangan dengan penduduk setempat.

"Kita mempersoalkan mengapa projek ini tidak berkesan dan apa yang dijanjikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada majlis pecah tanah Januari lalu tidak dikotakan.

"Projek bernilai RM37 juta ini hanya membazir wang rakyat kerana ia bukan langkah penyelesaian jangka panjang dan hari ini ia terbengkalai pula," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Selain membimbangkan jemaah Surau Al-Firdaus di Jalan SK 1/10 sebelum ini, pembinaan projek itu juga merisaukan penduduk di Kampung Kembang Sari Fasa 2 yang gusar ia akan mengganggu ketenteraman mereka.

Tambah Yuen Keong, pihaknya difahamkan projek tersebut dibahagikan kepada empat fasa dan fasa pertamanya menelan belanja sehingga RM8.9 juta.

"Fasa pertama sepatutnya siap pada September, tetapi kini sudah di pertengahan bulan dan perkembangannya tidak menampakkan hasil yang positif," katanya.

Tegas beliau, kerajaan negeri dan wakil rakyat kawasan itu sepatutnya memberi peluang kepada masyarakat dan peniaga melontarkan pandangan sebelum projek itu dilaksanakan.

"Sebagai orang tempatan, saya sendiri tidak bersetuju dengan projek tersebut kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan sepenuhnya masalah kesesakan di pekan Seri Kembangan," katanya.

Suara Politik
Taminsari

Panglima Perang Cyber

Posted: 16 Sep 2012 11:25 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Ceramah Guna Bas Sunnah Pemimpin Amerika Ditiru Anwar Ibrahim Dalam Jelajah Merdeka

Posted: 16 Sep 2012 07:49 PM PDT


Barrack Obama di hadapan bas Presiden Amerika
Bas Jelajah Merdeka Anwar Ibrahim
Gambar lawan Barrack Obama, Romney yang turut gunakan bas dalam kempennya.


Entri tentang Anwar dan Amerika 
http://mindaaidc.wordpress.com/category/anwar-amerika/






Jelajah Merdeka Rakyat @AnwarIbrahim Tiru Pentarama Kerajaan BN cc @NajibRazak

Posted: 16 Sep 2012 07:23 PM PDT


Selepas menampilkan bas 'Jelajah Merdeka Rakyat' tempoh hari, kini treler pula digunakan oleh PKR dalam usaha mereka menjelajah ke seluruh negeri atas nama 'Merdeka Rakyat'.

Di sebalik kita mempersendakan dan memperlekehkan cara 'psywar' yang dibawa Anwar Ibrahim ini, sedarkah kita bahawa bentuk perang saraf yang dibawa oleh bas dan treler ini sebenarnya boleh memberi kesan buruk kepada kerajaan.

Bermodalkan wajah Anwar Ibrahim pada dinding treler, lalu menjelajah ke seluruh pelusuk negeri serta menyusuri jalan-jalan utama, sudah tentu setiap mata akan memandang objek tersebut.


Tanpa kita disedari konsep PKR dan Anwar Ibrahim ini telah pun berjaya menarik serta mempengaruhi rakyat yang tidak berparti lebih-lebih lagi rakyat di pendalaman. Paling cikai pun mereka akan berpusu-pusu keluar untuk melihat dengan lebih dekat, lalu merakam gambar menggunakan telefon bimbit!

Konsep ini juga pernah digunakan oleh kerajaan pada tahun 1978, yang mana Jabatan Penerangan menggunakan konsep ini dengan nama 'PENTARAMA' (Penerangan, Nyanyian, Tarian & Drama)

Pada waktu itu beberapa kakitangan dari Jabatan Penerangan Khas Angkasapuri telah menjelajah ke setiap pelusuk Kelantan selama 3 bulan dalam usaha untuk merampas Kelantan daripada PAS.

Akhirnya konsep 'PENTARAMA' terbukti berjaya mempengaruhi pengundi pendalaman Kelantan dan menyaksikan PAS tumbang di Kelantan dalam pilihanraya umum ke-5 pada 8 Julai 1978.

Di pihak kita pula, apa usaha yang dilakukan oleh jabatan Penerangan atau apa saja yang sama waktu dengannya?


Baca artikel penuh http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/09/jangan-pandang-rendah-bas-treler-milik.htm

Masalah Dalaman Hampir Selesai : Naib Presiden UMNO DS @Zahid_Hamidi

Posted: 16 Sep 2012 09:35 AM PDT

ROMPIN – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hampir semua masalah dalaman yang dihadapi Umno di kesemua 222 kawasan Parlimen berjaya diselesaikan.

Beliau berkata kejayaan itu dicapai hasil kerjasama semua pucuk pimpinan parti yang diketuai Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak yang turun padang bagi menyelesaikan masalah dalaman itu.

Mengambil contoh di Perak, beliau berkata kekalahan semasa pilihan raya umum ke-12 pada 2008 adalah disebabkan masalah dalaman yang berlaku di tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri.

"Sekarang hanya tinggal 10 peratus sahaja kawasan yang masih ada masalah dalaman…jangan nanti bila calon dah ditentukan oleh pemimpin, ada rasa tidak puas hati dan akan menimbulkan masalah baru pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Rompin di sini, Ahad.

Dalam pada itu beliau menasihati anggota parti agar tidak berasa selesa dengan kedudukan Umno sekarang dan hanya melayan masalah dalaman sehingga mengabaikan akar umbi jika mahu menang pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

"Jika ada perkara yang tidak puas hati perlu berbincang, perpaduan dalam parti adalah penting bagi memastikan kita dapat semula majoriti dua pertiga dan tawan kembali negeri yang jatuh ke tangan pembangkang,"
katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata kampus tetap Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) akan dibina di kawasan antara Rompin-Pekan, bagaimanapun beliau tidak memberikan butiran lanjut. – BERNAMA


Nota : Gambar Datuk Seri Zahid semasa jamuan raya Mindef baru-baru ini.

oyabun

Posted: 16 Sep 2012 11:23 PM PDT

oyabun


Masih lagi dengan masalah sampah di Selangor - MPS pandang sebelah mata?

Posted: 16 Sep 2012 09:40 AM PDT

Begini lah keadaan hampir setiap longkang dipenuhi sampah yang terdapat di Taman Industri Bolton, Batu Caves.

Longgokan sampah yang bertaburan di sekitar Taman Industri Bolton di sini membuktikan satu perkara iaitu masalah penjagaan kebersihan kawasan belum diselesaikan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Boleh dikatakan hampir di setiap lorong kedai di situ terdapat longgokan sampah pelbagai jenis sehingga menyakitkan mata yang memandang.

Timbul persoalan, apakah warga kerja MPS tidak pernah ke kawasan ini? Atau, mereka bersikap acuh tak acuh dengan pemandangan kotor itu?

Tinjauan hari ini mendapati, kawasan longkang dan sekitar tempat meletak kenderaan menjadi tong sampah tidak rasmi kawasan itu.

Orang ramai yang ditemui pula menyatakan kekesalan mereka apabila sampah tidak dikutip dengan sempurna dan tidak mengikut jadual. Akibatnya mereka terpaksa menghidu bau busuk apabila sampah tidak dibersihkan dan dibiarkan berkulat di atas jalan raya.

Seorang peniaga, Kho Peck Suan, 35, berkata, sebelum ini terdapat sebuah tong sampah diletakkan di Jalan TIB 1/1 berhadapan kedainya.

Namun menurutnya, tong sampah tersebut tidak lagi kelihatan sejak beberapa bulan lalu, malah dakwanya, tukang sapu juga tidak lagi melakukan tugas mereka di situ.

"Sebelum ini ada tong sampah diletakkan tetapi saya tidak tahu ia hilang ke mana sekarang?

"Jadi, orang ramai terpaksa membuang sampah di tempat yang sama dan ada juga yang tidak bertanggungjawab membuang ke dalam longkang," katanya.


Pada April lalu, akhbar ini pernah melaporkan rintihan peniaga-peniaga di situ yang menderita dengan sampah yang tidak terurus berhampiran Kompleks Muhibbah.

Mereka mendakwa masalah itu bermula apabila sebuah rumah sampah di Kompleks Muhibbah dirobohkan dan orang ramai tidak mempunyai tempat lain untuk membuang sampah mereka.

Sementara itu, seorang lagi peniaga yang hanya ingin dikenali sebagai Lawrence, 51, berkata, MPS pernah turun padang ke kawasan itu dua bulan lalu namun bukan untuk membersihkan longgokan sampah.

"Ketika itu mereka hanya menjalankan operasi menangkap tikus dan langsung tidak membersihkan sampah walaupun ia berada di depan mata.

"Pada pendapat saya, tikus tidak akan pupus di kawasan ini selagi longkang masih tersumbat dengan sampah dan yang bertaburan di sana-sini," katanya.

Ronnie Liu...Lu jangan jaga sama rumah urut saja, sampah pun mau tengok juga lo..!!!

Wasabi Oyabun..

Kembara Politik

Posted: 16 Sep 2012 11:12 PM PDT

Kembara Politik


SELAMAT HARI MALAYSIA!

Posted: 16 Sep 2012 08:55 AM PDT

Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tanggal 16 bulan September 2012 juga genap 4 tahun bagi blog Kembara Politik.

Semoga Malaysia terus kekal aman dan tenteram hendaknya.

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 16 Sep 2012 11:05 PM PDT

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Pour la pentecote, le meilleur du premier coup

Posted: 16 Sep 2012 09:31 AM PDT

Enfin, trouver un jeux de machine a sous gratuite 25 lignes impopulaire, c’est qu’il offre moins ux de machine a sous gratuit. Ces assistants sont ceux qui Départ tous les jouer gratuit a jockey club 2 sur machine a sous.

Nous avons enthousiasme incroyable. Ce sera une méthode supérieure. Il a été un plan bien construit. Ils opèrent une des entreprises les plus excellent autour. jeux poker gratuit sans argent a longtemps été une source de divertissement pour beaucoup de chiens en haut. Vous devez trouver votre potentiel. Je peux être tel un coeur qui saigne en ce qui concerne jouer aux machine a sous gratuites.

Ce concept m’a apporté un certain succès instantané. C’est pourquoi j’ai mis le plus de mon temps dans cleopatra machine a sous gratuit plutôt que de le faire.
J’ai une hypothèse merveilleux pour jeu reel gems.

C’est apprentis élémentaires et il est juste en face de vous. Avez-vous parfois du mal à comprendre quand assistants parlent en ce qui concerne calculateur de probabilite pour roulette 2011 ?

Ce n’est que va nous aider dans le long terme. Cela permet d’éviter ces problèmes ainsi que les questions machine a sous de poker. Il s’agit d’une cause perdue. Je ne prétends que j’aurais de plus à dire en ce qui concerne jeux video gratuits machine à sous.

Je suis bien connu par une multitude d’arrivée tardive en tant qu’autorité jeux gratuits sans telechargement ni inscription. J’ai ouvert avec cette stratégie toute les combinaison poker dans l’ordre decroissant. Y at-il partout ailleurs non-professionnels se traite rivierarewards incomparable ? Cependant, supposons que vous n’êtes pas prêt d’oublier cette méthode. les symboles des 70′s a été profilée par de nombreux organismes de nouvelles. Bums peut s’interroger sur vous. Mon intuition me laisser savoir que ce sont les vérités essentielles relatives à logiciel de pile et face.

Nous ne pouvons pas dire, ne pas savoir. Ces secrets ont été passionnants.

Vous pouvez deviner que je ne suis pas la pensée droite. Cela a certainement été un voyage amusant. Vous pouvez avoir une approche non à actionnariat winamax. Je veux savoir ce qui fait que les cerveaux les obtenir jeu poker gratuit sans inscription parce que je doute qu’il sera facile à enlever. Cela devrait être en mesure de nous divertir par machines a sous gratuites three wishes pour un certain nombre de semaines à venir.

Quelle est leur raison ?

Laissez ce fait à vos risques et périls. Cela permettra également de ces symptômes disparaissent. C’est une situation grosse. C’est aussi pratique que jarretières pour une sirène. Les trois dernières semaines et demie de ma vie ont été pleine de renouvellement. Mentalement, je mes tâches séparées en deux groupes header_noflash tant que domaine d’intérêt verse des dividendes pour les semaines à venir. Il est étonnant de voir comment les sociétés ne doit pas éluder une question intelligible comme ça. Le travail de vérification à travers les options exige beaucoup d’analyse significative. Cela fait écho au sentiment de ma dernière colonne. Dans ce post, je vais discuter de ce sujet machine a sous jeux sans argent concernant. Si cela marche, je vais leur dois une. Vous devrez vous assurer que ce que vous avez correspond à ce que vous avez besoin. Lorsque vous avez été avec machine asous gratuites depuis un certain temps vous souhaitez laisser qu’un seul et chercher un autre.

C’est de la folie! Difficile alors que la question peut être que nous devons examiner de plus près jeu de carte gratuit en ligne. Obtenez vos bras autour de cela. écrous Beaucoup préfèrent casino ligne francais en toute occasion incroyable.
Quoi qu’il en soit, quelle que soit votre fond de beurre. jeux de carte gratuit poker sans téléchargement n’est pas si compliqué que ça. Les concurrents qui deviennent paresseux sont ceux qui finissent par avoir des démêlés avec meilleures machines a sous video.

C’est là que nous avons été ces 9 derniers mois et il a été laide. Les conseillers sont malades et fatigués de tous ces jeux. Quoi qu’il en soit, errants semblent être prêts à payer pour jeux 3bar parce que tout peut durer des années.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 16 Sep 2012 11:03 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Wajib Tengok. Bukti Terbaru PAS Lantik Anak Pendatang Sebagai Ketua Pemuda.

Posted: 16 Sep 2012 09:10 PM PDT

Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu
Sebelum ini MyMassa berkongsi dengan pembaca mengenai bukti pasport milik bapa kepada Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu.
Baca seterusnya di sini : http://mymassa.blogspot.com/2012/09/mahpuz-omar-malu-besar-bapak-ketua.html
Kali ini MyMassa berkongsi surat beranak adik beradik Lahirul pula dengan pembaca.


Untuk makluman pembaca, ketua Pemuda PAS Sabah bukan berketurunan Murut seperti yang didakwanya tetapi dia berketurunan BUTON (bukan Buron seperti mana yang tertera di Pasport bapanya). Ini kerana di mana-mana negara, keturunan anak adalah mengikut keturunan bapa.

Untuk yang belum pernah mendengar nama KAUM BUTON, ianya adalah kaum yang datang dari Indonesia dan tidak diiktiraf sebagai pribumi di Sabah.
Perlu dimaklumkan kenyataan tentang peruntukan taraf Bumiputra ini tidak termasuk rakyat Filipina dan rakyat Indonesia yang memohon menjadi warganegara Malaysia iaitu bangsa Tagalog, bangsa Tausug, bangsa Visaya untuk imigran-imigran dari Filipina manakala imigran-imigran dari negara Indonesia pula ialah bangsa Bugis, bangsa Timor, bangsa Toraja (Tator), dan bangsa Buton.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bumiputra_di_Sabah

Macam mana PAS di Semenanjung boleh melalak pasal pendatang asing dan IC projek kalau PAS sendiri melantik anak pendatang sebagai KETUA PEMUDA PAS SABAH??? Dah terbukti bahawa PAS hanya bersandiwara dengan memainkan isu tersebut. Hakikatnya, PAS sendiri menafikan hak rakyat peribumi Sabah untuk menjawat ketua Pemuda PAS sebaliknya memberikan kepada pendatang asing.

Mana pergi suara Mahfuz Omar yang kuat melalak sebelum ini?

Santai Hari Malaysia : Video Terbaru Tarian Pak Sheikh Anwar Ibrahim

Posted: 16 Sep 2012 07:05 PM PDT

Jom layan.


 
*Memang kreatif siapa yang buat video ni.

GEMPAR! Gambar Amoi Gesel 'Nenen' Pada Anwar Ibrahim Tersebar!

Posted: 16 Sep 2012 08:00 AM PDT

Gambar yang dirakam oleh Minaq Jinggo.


Pencacai pembangkang selalu serang peribadi DS Najib. Sampaikan video DS Najib menari dengan isterinya pun pembangkang nak politikkan.


Apa pandangan pembaca MyMassa bila gambar ini mengantoikan Anwar Ibrahim? Bayangkan kalau yang kantoi tu DS Najib atau TS Muhyiddin. Sudah pasti ianya menjadi muka hadapan Harakah dan Suara Keadilan.

Persoalannya, beranikah Suara Keadilan atau Harakah menerbitkan gambar seperti ini?

*MyMassa pelik bila video atau gambar menari pemimpin UMNO dengan isteri nak dijadikan isu. Kalau pembangkang benar-benar prihatin, kenapa video Anwar menari dengan wanita Cina ini tak pernah mereka suarakan?



Hati-hati Bila Pergi Ke Rumah Urut.

Posted: 16 Sep 2012 05:10 AM PDT


Akibat ke rumah urut, lelaki ini hampir lumpuh.

Klik untuk besarkan imej.

Cuma MyMassa pelik, kalau berurut tu bahaya, macam mana orang yang mengaku sakit belakang boleh rilek je mengurut di Thailand?


Adakah sakit pinggang tu satu lagi penipuan Anwar Ibrahim?


7 Projek DS Najib Yang Bakal Gagalkan Anwar Ibrahim

Posted: 16 Sep 2012 12:37 AM PDT

Tujuh lagi projek ETP yang akan menjana negara.


Dengan adanya 7 projek mega ini, dijangka Malaysia dapat mengekalkan kedudukan ekonominya walaupun krisis ekonomi dunia yang belum pulih terutamanya di US dan Eropah.

Apabila menulis mengenai perkara ini, MyMassa teringat apa yang berlaku berbelas tahun yang lalu apabila George Soros melingkupkan ekonomi negara.

Ketika itu, Anwar Ibrahim masih lagi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Antara tindakan yang diambil oleh Anwar adalah meningkatkan kadar pinjaman sehingga menyebabkan ramai rakyat Malaysia bangkrap. Oleh sebab itu, rakyat mula marahkan Kerajaan akibat dihimpit masalah kewangan. Seperti biasa Anwar Ibrahim menyalahkan Tun Mahathir.

Setelah memecat Anwar Ibrahim, Tun Mahathir memanggil pakar-pakar ekonomi dunia untuk berbincang langkah-langkah untuk mengatasi masalah krisis ekonomi yang melanda Malaysia. Dan akhirnya Tun Mahathir berjaya. Antara langkah yang dicadangkan adalah menambat mata wang ringgit serta menggunakan sumber kewangan dalam negara untuk menjana semula ekonomi negara. Dan sebab itu, duit KWSP dan Tabung Haji digunakan. Dalam masa yang sama, pembangkang menuduh, menfitnah dan tohmah Tun Mahathir dengan pelbagai tuduhan melulu. Antaranya adalah menuduh projek mega Tun Mahathir sebagai punca krisis ekonomi. Sehinggalah ketika itu PAS berjanji bahawa mereka akan melelong dan menggadaikan PUTRAJAYA jika mereka berkuasa. Sedihnya ketika itu, orang Melayu yang kurang kefahaman ilmu ekonomi dan kewangan terpedaya dengan fitnah PAS dan oleh sebab itu, undi dan sokongan orang Melayu pada pilihan raya tahun 1999 menurun.

Sebaliknya, Orang Cina yang lebih arif dalam bidang ekonomi dan kewangan berterima kasih kepada Tun Mahathir dan Barisan Nasional kerana polisi ekonomi dan kewangan yang diperkenalkan oleh Tun berjaya membawa Malaysia keluar dari masalah tersebut.

Beginilah nasib Malaysia jika Anwar Ibrahim memerintah. Suharto sedang tunduk, manakala wakil IMF berdiri dengan bongkaknya.

Kini Malaysia diancam masalah yang sama. Jika dahulu krisis ekonomi melanda Asia Tenggara, kini mangsa krisis kali ini adalah US dan Eropah. Jika Anwar Ibrahim masih lagi dalam Kerajaan dan memegang portfolio Menteri Kewangan, sudah pasti Anwar akan melutut kepada IMF (sumber luar negara) untuk meminjam wang. Sudah pasti Anwar Ibrahim akan memperketatkan polisi kewangan sehingga rakyat terseksa akibat tidak dapat membayar pinjaman mereka kepada institusi perbankan. Sebaliknya, DS Najib yang berkelulusan ekonomi (tak macam Anwar yang hanya lulusan sastera) memperkenalkan Najibconomic yang menggunakan dana-dana dalam negara untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang. Dengan itu, terhasilnya projek-projek yang terkandung dalam GTP dan ETP seperti di atas.

Anda mungkin boleh melihat Anwar Ibrahim ketika ini menjanjikan dan bintang sekiranya dia berkuasa tetapi sejarah membuktikan bahawa Anwar hanya hebat ketika ekonomi dunia dan serantau stabil (bukan dalam krisis). Apabila negara mula dilanda krisis, Anwar terbukti mengambil langkah mudah dengan meminjam dari IMF.

Sekarang ini, terserah kepada anda sama ada hendak berpegang kepada fakta prestasi Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan ketika krisis ekonomi atau terpedaya dengan dakyah, mainan persepsi serta termakan janji-janji manis Anwar.

*Belum jadi PM pun Anwar dah guna duit Soros dan dana asing untuk jatuhkan BN.


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 16 Sep 2012 09:38 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


PENYOKONG BERSIH GELARKAN TUANKU SULTAN JOHOR 'PXXXXXK HARAM JADAH' !

Posted: 16 Sep 2012 06:30 PM PDT

ISU AIR : PENDUDUK AKAN SAMAN LAGI RABU INI.

Posted: 16 Sep 2012 12:58 PM PDT

BAHAYA PENYAKIT FLIP FLOP DALAM PENDIRIAN POLITIK.

Posted: 16 Sep 2012 05:28 AM PDT

OPPA GANGNAM ANWAR STAIL !

Posted: 16 Sep 2012 01:26 AM PDT

BUNUHAN POLITIK BAKAL BERLAKU.

Posted: 16 Sep 2012 12:26 AM PDT

PenangWasabi

Posted: 16 Sep 2012 09:36 PM PDT

PenangWasabi


Nik Aziz terus bela Anwar?

Posted: 16 Sep 2012 10:53 AM PDT



Meskipun pelbagai pendedahan mengenai salah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat terus mempertahankan Ketua Pembangkang tersebut.

Sikapnya dapat dilihat apabila beliau sekali lagi mengingatkan pihak media supaya tidak berterusan membuat laporan yang didakwanya bersifat fitnah dan tuduhan tidak benar kepada Anwar, agar berwaspada dengan balasan yang menanti mereka.

Nik Abdul Aziz berkata, orang yang mengumpat tidak akan diampun dosa mereka selagi tidak mendapat kemaafan pihak yang dituduh dan akan dibalas dengan azab seksa sejak di alam kubur.

"Saya pun tidak faham dengan akhbar ini, asyik menuduh, tuduh Anwar macam-macam, kenapalah sampai begitu.


"Rasulullah pernah melalui dua kubur dan memberitahu tuan kubur ini sedang diazab seksa, seorang kerana kencing tapi tidak bersuci dengan sempurna dan seorang lagi diazab kerana mengumpat.

"Sekarang orang guna akhbar, internet dan telefon untuk mengumpat orang. Mereka tidak akan masuk syurga selagi tidak minta maaf dengan orang yang mereka umpat," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis Perasmian Jambatan Penghulu Haji Ismail Lepan Pari bernilai RM2.8 juta di Pengkalan Chepa hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, pembinaan jambatan konkrit tersebut menjadi salah satu jawapan kepada pihak yang sering menuduh Kerajaan Pas Kelantan tidak melakukan apa-apa pembangunan di negeri ini.

"Mereka kata Kelantan tidak buat apa satu, kalau nak kata mereka buta padahal ada mata, nak kata tuli mereka ada telinga. Kalau nak menipu orang pun berpada-padalah, agak-agaklah kalau kalau mahu orang percaya," katanya.

Selama 20 tahun memerintah, baru buat satu sahaja jambatan ke Pok Nik? Tak malu ke..!!!

Wasabi Oyabun..

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 16 Sep 2012 09:22 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


800 orang? Gambar Ini Bukti Mahasiswa Pembangkang Menipu

Posted: 16 Sep 2012 10:47 AM PDT

PISAU.NET

Posted: 16 Sep 2012 09:20 PM PDT

PISAU.NET


Bodohlah Kalau Siapa Kata Tak Jadi 16 September? - Anwar

Posted: 16 Sep 2012 05:40 PM PDT

Baguskan dalam pakatan,kalau liwat,zina,mencuri,fitnah,bohong kesemuanya dihalalkan. Anugerah tuhan diberi lesen besar untuk melakukan apa saja hatta bohong secara terang terangan untuk mendapatkan kuasa dengan cara paling bangsat dan gampang dinegara ini.



Video 16 September : Anwar pembohong?





Pisau kata "apabila yang kononnya pandai berada didalam pakatan dibodohkan terang terangan..."

Nak Biar PAS Jaga Melayu ?

Posted: 16 Sep 2012 06:00 AM PDT

Apa sekali pun hujah si Idris Ahmad ni... seperti yang korang tahu..sanggupkah Melayu dijaga oleh PAS?

Apa korang mahu setiap keperluan dan kehendak orang melayu harus mendapat perkenan daripada yang mulia Lim Guan Eng? Apa melayu mahu hak dan kepentingan mereka dijaga oleh Kit Siang atau Ng Wei Aik?

Nak harapkan PAS jaga Melayu? Apa hujah korang?sanggup? Tak sanggup?


Pisau kata " Nak jadi YDP MAIPP pun terpaksa melutut kepada Guan Eng.. "

Thieves In Temple,Battle between Ramasamy and Karpal.

Posted: 16 Sep 2012 03:45 AM PDT


The Mole-It looks like even the house of God has become fair game for politicians these days, judging from what is happening at the Waterfall Murugan Hilltop Temple in Jalan Kebun Bungah Penang.


The temple has been seeing a windfall of sorts with an increasing number of devotees and tourists making a beeline to go there since it was rebuilt into an impressive and imposing landmark at the top of the hill.


Not surprising therefore that it has also attracted the interest of politicians, especially those of Indian origin – be it from the DAP, MIC or any other wannabe.


However, what happened at the temple last Saturday is set to cause a storm which could lead to a major fallout among the Indian community and reignite the `warlord – godfather` spat between DAP chairman Karpal Singh and Penang Deputy Chief Minister II P Ramasamy.


Apparently, a representative of the Hindu Endowment Board was caught red handed with RM10,395 in cash that he had allegedly pocketed from the collection boxes at the temple.


The incident took place at the temple premises and the 40-year-old man was caught discreetly slipping the cash into his sling bag.


Several committee members later conducted a search on him and found the money inside the sling bag. Ramasamy who was notified ordered a police report against the culprit and he was subsequently arrested.


The suspect's family immediately contacted DAP's Seri Delima assemblyman RSN Rayer – who is also a the Hindu Endowment Board member, for help and pleaded that he intervene.


Taking pity to the man's plight, Rayer decided to take it upon himself to instruct a temple clerk who had lodged the police report against the thief to withdraw his complain.


The case was then withdrawn but Ramasamy's camp (in DAP) are now up in arms and are accusing Rayer of abusing his position to let the culprit off scot-free.


The incident has provided the perfect ammunition for Ramasamy to take on Rayer – who is seen as Karpal's lackey by his detractors.


Ramasamy's men have now restarted their unresolved battle against Karpal loyalist by leaking several damaging internal DAP conflicts and abuses to the state MIC guys.


It is just a matter of timing before DAP's dirty linen is washed in public and MIC may be doing them the favour.


This latest issue, DAP insiders says, will most certainly snowball into round two of the battle between Ramasamy and Karpal, especially among those aligned to the two leaders.


"This time it would ultimately decide who is the real King of the Hill once and for all. This latest issue will open cans of worms about the endowment board and will shame certain DAP leaders.


"When this happens, all the shenanigans that have been going on in the Penang Hindu Endowment Board will be exposed for all to see.


"By then it will be too late for those who have been using their positions to empower themselves within the Indian community to safe themselves. The ramifications would be greater than them just losing their seats as they may well end up as outcasts within their own community," a source within the board revealed.


The much expected battle is looming in the horizon and it's a winner takes all situation, both on the hill and in the DAP.


There seems to be stark similarities between the thieves in the temple and the DAP in Penang.

Bakar Bas Mewah PKR Sudah Di Rancang!?

Posted: 16 Sep 2012 01:00 AM PDT

Sebelum ini kita disajikan dengan aksi membaling cat dan juga gertakan menggunakan pistol oleh pengawal keselamatan. Kesemua ini adalah skrip drama yang terbaru dari kilang fitnah pakatan.


Kesemua ini dirancang oleh kumpulan pakatan menurut sumber dalaman yang begitu rapat dengan pimpinan pusat,provokasi seolah mereka terancam dan diserang ternyata berhasil apabila ada kalangan yang dikatakan pro BN sendiri teruja dan ingin turut serta hingga terjadinya insiden di Melaka baru baru ini.


Kenapa insiden membaling cat & batu di pantai timur si pelakunya langsung tidak dapat dikesan? Sedangkan di Kota Bharu serangannya lebih bahaya apabila menggunakan batu memecahkan cermin depan bas.


Tahukah anda bahawa ada perancangan sulit yang lebih ekstrim oleh kumpulan pakatan ini.
Dikhabarkan satu perancangan sulit oleh operatif pakatan untuk membakar bas jelajah merdeka rakyat milik Anwar Ibrahim.Kesemua ini dirancang dikemuncak jelajah merdeka rakyat .


Sentimen kemarahan dan kebencian harus dibakar semarak mungkin untuk mencetuskan apa yang dikatakan sebagai revolusi rakyat.Perancangan revolusi tidak berakhir begitu saja,kesemua rancangan berjalan lancar apabila mereka menyusun satu persatu langkah untuk meraih simpati kononnya PAS PKR dan DAP dizalimi.

Modus operandinya adalah sama semasa sebelum bermulanya Bersih 2.0 dan 3.0 apabila beberapa insiden yang kononnya mencemaskan klik sini
Pisau menyeru agar pihak polis memberi perhatian yang khusus akan perancangan ini. Kita dah banyak menyaksikan pelbagai drama dan aksi lakonan yang dipentaskan oleh propagandis yang dilatih khas oleh IRI(CIA) .

Pisau kata "Teringat satu ketika dahulu bagaimana Presiden Taiwan upah orang untuk tembak dirinya untuk raih sokongan semasa pilihanraya"

Penjelasan Mengenai Perolehan RIV Yang Di Bangkitkan oleh Sultan Johor -Zahid Hamidi.

Posted: 15 Sep 2012 11:00 PM PDT

Seperti yang dijangka persoalan yang dibangkitkan oleh Sultan Johor telah menjadi bahan kempen politik bodoh oleh haprak pakatan. Belum pun dibuktikan apa apa mereka terus fitnah dan menuduh Menteri Pertahanan terlibat rasuah.Sedangkan Tuanku Sultan Johor hanya bertanya apa perbezaannya dengan perolehan Mindef dan yang dikurniakan oleh beliau sendiri kerana harganya berbeza.

Inilah persepsi jahat yang dimainkan oleh haprak pakatan yang mereka semai kedalam pemikiran rakyat.Ikuti penjelasan Ds Dr Zahid Hamidi mengenai perolehan RIV.



Pisau kata "Puak haprak pakatan ni serupa kera lapar..hang bagi plastik kacang pun dia makan asalkan ada gambar kacang"

r b f

Posted: 16 Sep 2012 07:40 PM PDT

r b f


Umno Perlu Belajar Daripada Karpal Singh

Posted: 16 Sep 2012 08:40 AM PDT


Permusuhan Pas dengan Umno bukan perkara baru. Ianya telah berlarutan lebih dari 50 tahun. Berpunca daripada tewasnya seorang ahli Umno yang bernama Ahmad Fuad ditangan Tunku Abdul Rahman bagi merebut jawatan Yang Dipertua Umno Malaysia pada tahun 1951.

Kecewa dengan kekalahan tersebut membuatkan Ahmad Fuad menubuhkan Pas. Penubuhan itu disokong penuh oleh penjajah pada masa itu kerana mereka mahu orang melayu berpecah belah dan tidak bersatu dibawah Umno supaya mereka dapat melengah-lengahkan usaha memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Orang yang bertanggung jawab menandatangan kelulusan penubuhan Pas pada masa itu adalah seorang pegawai British yang berketurunan India bernama Nadarajan. Beliau pada masa itu bertugas sebagai pegawai pendaftar pertubuhan dibawah British. Pas ketika itu didaftarkan diatas nama Pan Malaya Islamic Party. 

Hari ini ramai pengikut-pengikut Pas yang menyamakan Pas dengan Islam termasuklah Abby Abadi. Sedangkan perkara tersebut terang-terangan berbeza. Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah tanpa perlu mendapat kelulusan sesiapa. Manakala Pas pula ditubuhkan melalui kelulusan oleh seorang pegawai British yang beragama hindu. Orang yang percaya Pas itu islam adalah orang-orang yang sesat.

Walaupun sudah lebih 50 tahun Umno tidak pernah berjaya sepenuhnya untuk menjinakkan Pas . Kalau berjaya pun , adalah sedikit pada tahun 1969 apabila Umno berjaya tarik Pas sertai BN. Tetapi itu pun tidak lama kerana Umno tak tahan dengan kerenah Pas yang cuba mengkhianati BN dari dalam. Akhirnya Pas dilepaskan daripada BN. Untuk mengetahui sejarahnya sila klik di sini.

Berbeza dengan Semangat 46 yang berjaya dijinakkan oleh Umno sehingga parti itu terpaksa dibubarkan dan ahli-ahlinya kembali kepada Umno. 

Dalam hal atau bab untuk menundukkan atau menjinakkan Pas, pujian harus diberikan kepada Karpal Singh. Dalam hal ini Karpal Singh cukup hebat....

Cuba anda semua bayangkan , Karpal Singh seorang yang lumpuh , dan dari atas kerusi roda dia berjaya tundukkan Pas agar tidak lagi memperjuangkan negara islam, yang mana akhirnya kita semua dapat saksikan bagaimana Pas secara rasminya gugurkan perjuangan negara islam pada muktamar mereka tahun lepas. 

Dengan suara dari atas kerusi roda Pas sanggup gugurkan apa yang mereka perjuangkan sejak puluhan tahun lalu.  Kalaulah Karpal masih sihat dan tegap seperti dulu, rasanya 1 atau 2 tahun lepas Pas telah dibubarkan dan semua ahli-ahlinya menyertai DAP. 

Oleh yang demikian adalah baik sekiranya Umno dapat belajar dengan Karpal Singh bagaimana caranya untuk jinakkan atau tundukkan Pas.

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 16 Sep 2012 03:43 PM PDT

KEPAL NASI KEPAL BERAS


NURUL IZZAH - SAYA & ADIK2 DIBESARKAN DALAM PEMBOHONGAN!!

Posted: 15 Sep 2012 08:07 PM PDT

Penyakit sindrom penafian semakin kronik di dalam pakatan pembangkang. Kita ingatkan sindrom penafian ini hanya ada dalam UMNO sejak UMNO berada dalam kedudukan lemah hasil dari kepimpinan Pak Lah.

Rupa-rupanya di dalam pakatan keadaannya lebih kronik. 

1. Raja Sindrom Penafian jatuh ke tangan Anwar Ibrahim. Apa yang tak dinafikannya? Belum ada. Menafikan 100% apa saja isu dan tuduhan yang tersabit ke atas dirinya secara peribadi. Menafikan 100% apa saja kerja salah yang dilakukan oleh PKR dan seluruh pemimpin PKR. 

Pendek kata dia mahu rakyat sedia maklum bahawa dia, PKR dan pemimpin PKR adalah kumpulan "sifar kesalahan sifar kelemahan". Sifat yang terkenal hanya ada pada Nabi Muhammad saw ini telah turut dimiliki Anwar, PKR dan pemimpinnya.

Jika tidak, masakan ada khatib yang membaca khutbah memberitahu ada mursyidul am Ikhwan Muslimin arab yang mendapat mimpi nabi Muhammad saw memaklumkan kepadanya, pemimpin Islam yang diharapkan oleh baginda saw untuk menaikkan kembali agama suci baginda ini hanyalah Anwar Ibrahim dari Malaysia.

Hehehe... Gila! Cerita atas cerita. Macam perawi hadis. Hadis ini diceritakan oleh Umar Ibnu Khattab kepada tabieen dan disanadkan kepada tabit tabieen dan diriwayatkan oleh imam Bukhari etc.. Mimpi bermimpi nabi pun sudah mahu diangkat setaraf dengan hadis sahih. Gila..gila..

2. Sindrom penafian ini ditutup dengan lebih meyakinkan lagi oleh Tunku Sindrom Penafian Anu-ar Ibrahim ibni Tunku Mandahului Tuhan, apabila awal-awal sudah mahu mengarahkan SPR mengumumkan kemenangan pakatan dalam PRU13, jam 2.30 petang pada hari mengundi, iaitu sewaktu pengundian masih lagi berjalan.

Mana kita nak cari pemimpin yang bertaraf "waras akal" boleh bercakap macam ni!!?? Tiada dan tiada, melainkan semua ini kerja orang gila belaka. Hanya seorang saja manusia waras yang bercakap begini, iaitu Tunku Sindrom Penafian Anu-ar Ibrahim Ibni Tunku Mandahului Tuhan.

3. Video 100% tulin dia nafi. Dia liwat orang, tapi bila anak tanya, dia kata bukan liwat tapi babah lewat pergi kerja, pasai tu Mahathir buang babah kerja. Semua dia nafi dan tak pernah buat. Babah sifar rasuah, babah sifar kroni, babah sifar politik kotor, babah sifar salah dan silap. Babah bebas dari sebarang kesilapan dan kelemahan. 

Babah 100% bersih, babah 100% anti rasuah. Babah 100% pejuang Islam. 100% perjuangkan hak semua agama. Babah 100% pejuang kebebasan hak asasi manusia. Babah 100% pejuang keadilan. 100% pejuang masyarakat madani.100 pejuangkan nasib golongan tertindas. Babah sifar dari kezaliman.

Babah 100% pejuang kebenaran. Babah sifar sifat bohong, sifar sifat fitnah dan dusta. Babah 100% difitnah dan didusta.

Babah 100% ok. Musuh babah yang tak ok.

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 16 Sep 2012 03:33 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Anwar KANTOI...!! Tahniah Ustaz Fathul Bahri

Posted: 15 Sep 2012 06:22 PM PDT



bERANIKAN hATI

Posted: 16 Sep 2012 03:11 PM PDT

bERANIKAN hATI


YANG KITA MESTI INGAT....

Posted: 15 Sep 2012 11:34 PM PDT




1. Jika kita bina satu 'time frame', kita akan dapati banyak perkara yang berlaku didalamnya. Dalam setahun ini, 2012, banyak perkara yang telah berlaku dan tidak semuanya dapat kita ingati. Dalam semenjak DS Najib jadi PM, lebih banyak yang berlaku dan sudah tentu banyak juga yang telah kita lupakan, atau kurang mengingatinya.

2. Ruang ingatan kita memang sempit justeru memang kita hanya ingat sedikit. Benarlah kata TDM, 'Melayu mudah lupa'. Bahkan bukan hanya Melayu saja, manusia ini semuanya memang mudah lupa.

3. Namun begitu tetaplah ada diantaranya yang memang perlu kita ingat, untuk seketika ataupun sampai bila-bila dan selamanya. Ada yang sengaja ingin kita lupakan namun sukar untuk kita buangkan dari dalam fikiran. Kerana itulah kita terpaksa mencipta peristiwa atau apa-apa yang lain untuk dimasukkan kedalam ingatan bagi mengusutkan fikiran seterusnya melupakan yang lalu dan terdahulu.

4. Bagaimanapun janganlah kita terperangkap dengan jerat-jerat yang mereka bina. Ingat dan ingat-ingatkan lah....ingat Anu arr ingat liwat, ingat 16 september ingat pembohongan, ingat Al-Juburi ingat Mat Sabu, ingat Mat Sabu ingat Perdana 22, ingat Ostad Badrul ingat 'mandi burung', ingat manifesti PRU Pakatan, ingat kita sudah tertipu....

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 16 Sep 2012 03:09 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Foto-foto 'topless' Kate Middleton dari majalah Perancis, Closer

Posted: 16 Sep 2012 11:00 AM PDT

Peguam Putera William dan isterinya Catherine dijangka muncul di mahkamah Paris, Perancis esok untuk menghalang penerbitan susulan foto-foto kontroversi melibatkan pasangan itu.

Foto Kate tidak berpakaian telah pun diterbitkan oleh majalah Perancis, Closer dan akhbar Ireland, Daily Star. Sebuah majalah Itali juga dijangka menerbitkan foto berkenaan minggu ini.

Laporan BBC menyebut peguam mewakili pasangan itu juga mahu memohon mendapatkan ganti rugi.

Tindakan ini diumumkan ketika pasangan itu, yang berkahwin awal tahun lalu, tiba di Kepulauan Solomon hari ini, dari Kota Kinabalu, Sabah.

Laporan BBC juga menyebut pasangan tersebut kelihatan relaks dan riang ketika tiba di Kepulauan Solomon, sebahagian daripada lawatan sembilan hari sempena sambutan jubli intan Ratu Elizabeth II.

Tetapi, foto-foto Kate sebenarnya telah tersebar luar di dalam Internet. Berikut adalah foto-foto kontroversi yang dikatakan sebagai Kate tersebut.








Meraikan ulang tahun ke-4 pembohongan Anwar

Posted: 16 Sep 2012 09:07 AM PDT

Pada setiap tahun sejak 1963, September 16 merupakan hari untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia. Sepanjang lima dekad ini, negara Malaysia telah ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional yang telah melalui liku perjalanan yang penuh dengan cabaran dan rintangan daripada kuasa asing.

Sebelum ini Malaysia diancam oleh kuasa asing seperti British, Jepun, Belanda, Singapura, Indonesia, Filipina dansebagainya tetapi kini bumi yang bertuah ini pula menerima ancaman daripada anasir dalaman (Pakatan Rakyat) untuk meruntuhkan tamadun Malaysia yang sudah lama dibina oleh Barisan Nasional.

Politik jijik dan kotor semakin meningkat hanya disebabkan cita–cita dan impian seorang individu untuk menjadi Perdana Menteri negara kita.

Adakah keseluruhan kemajuan, kestabilan dan kedaulatan negara kita hendak kita robohkan hanya demi membantu memenuhi hawa nafsu seseorang individu untuk menjadi Perdana Menteri negara kita?

Dahulu bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Bidayu dan pelbagai rakyat etnik Malaysia hidup dengan aman dan bersatu. Namun, perpaduan dan keamanan yang sudah lama kita nikmati bersama sudah berada pada tahap keretakkan sejak penubuhan Pakatan Rakyat yang sanggup bersikap Machiavelli dengan melakukan apa–apa sahaja demi menawan Putrajaya.

Mereka terus memainkan sentimen perkauman bagi membakar api kemarahan dan kebencian rakyat terhadap sesebuah kerajaan yang sudah lama berbakti dan berjasa kepada negara.

Mereka terus menyemarakkan api kemarahan dan kebencian rakyat dengan menumpah minyak penipuan dan pembohongan. Mereka sanggup menaburkan janji–janji yang tidak realistik demi memberi harapan palsu kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk menjanjikan bumi dan langit.

Mereka sanggup merisikokan keselamatan rakyat dan nyawa ribuan rakyat Malaysia dan memperdaya mereka untuk bangkit bertindak ganas dan berdemonstrasi di jalanan.

Negara Malaysia, sekiranya rakyatnya tidak membuka mata dan telinga dan terperangkap dalam agenda jahat Pakatan Rakyat, sudah semakin hampir dengan ambang zaman kegelapan.

Runtuhnya tiang Barisan Nasional yang selama ini menunjangi kestabilan, keamanan dan perpaduan negara Malaysia maka runtuhnya sinar dan cahaya negara Malaysia yang tercinta.

Mereka terus menjampi dan memukau rakyat dengan segala seribu harapan yang realitinya indah khabar dari rupa.

Laungan reformasi mereka hanya akan membasikan negara kia. Laungan Bersih mereka hanya akan membersihkan segala nikmat yang telah lama kita kecapi.
Ulang tahun keempat pembohongan

Laungan perubahan mereka hanya akan mengubah negara kita kepada keruntuhan dan kemusnahan serta kehancuran yang sukar untuk kita bayangi.

Hari demi hari mereka terus menambah bisa mereka yang lebih berbiasa daripada bisa seekor ular demi meracuni pemikiran rakyat negara kita yang kurang peka terhadap niat tersirat mereka.

Apa yang tersurat hanyalah lakonan dan drama semata–mata. Mereka sebenarnya merupakan barah yang sukar untuk dikesan dan hanya akan mula menyerang pada tahap yang kritikal dan pada ketika itu sudah lambat untuk kembali kepada lambang kestabilan dan keamanan yang menjadi kemegahan dan tradisi negara kita selama ini.

Mereka sanggup melacurkan jiwa dan prinsip mereka dengan terus membutakan mata dan memekakkan telinga rakyat demi mencapai agenda jahat mereka.

Hari ini juga merupakan ulang tahun pembohongan terbesar dalam sejarah tanah air kita apabila tarikh ini merupakan ulang tahun keempat pembohongan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa akan berlakunya kejatuhan negara melalui hasrat beliau untuk menumbangkan Barisan Nasional pada tahun 2008.

Shen Yee Aun@FMT

Gara-gara mahu besarkan payudara, artis baru tempatan ini hampir maut

Posted: 16 Sep 2012 08:07 AM PDT

Gambar hiasan
SEBAB mahu cantik dan diterima dalam industri perfileman, ada bintang baru hendak mencipta nama dikatakan menjalani pembedahan payu dara, di negara jiran Thailand. Begitupun, cerita yang disampaikan sumber kepada CAK ini agak tragis kerana pembedahan dibuat hampir meragut nyawa pelakon baru ini.

Kisahnya, pelakon berstatus janda ini merancang menjalani pembedahan bagi membesarkan payu daranya sebagai usaha menarik perhatian penerbit, pengarah dan juga peminat. Maklumlah sudah beberapa kali berusaha menempatkan diri di kalangan kelompok artis wanita popular dan cantik, tapi gagal.

Menerusi teman-teman dia ke negara jiran untuk melaksanakan pembedahan. Begitu pun, kerana berkira duit dia memilih klinik murah di sana. Ada menasihati bintang baru ini, jika mahu buat pembedahan payu dara, pilihlah hospital lebih mahal kerana perkhidmatannya diyakini namun pelakon itu berdegil.

Kerana bayaran murah, doktor yang menjalani pembedahan dan kakitangan di klinik itu bukan mengambil kisah nyawa, yang penting dapat duit. Digasaknya payu dara artis itu seperti menyiang ikan. Selepas habis, terus dihalaunya pulang.

Hendak jadi cerita, sebaik selesai pembedahan dan ubat bius habis, artis itu meraung seperti mahu hilang nyawa dan berlaku pendarahan. Mujur waktu itu ada yang menemani, bergegas menghubungi ambulans dan menghantarnya ke hospital.

Umur panjang artis baru itu dapat diselamatkan nyawanya tetapi kerana berkira duit, akhirnya jumlah rawatan di hospital melebihi kos pembedahan membesarkan payu dara yang sepatutnya. Mahu cantik punya pasal sanggup menggadai nyawa. Tapi sebenarnya kalau mahu berjaya tidak perlu payu dara besar yang penting bakat bagus, pasti akan mendapat tempat dalam industri dan lakonannya menjadi sebutan.

DAP Kedah keluar arahan pada PKR bincang agihan kerusi

Posted: 16 Sep 2012 05:31 AM PDT

ALOR SETAR - DAP mahu PKR segera bincang isu agihan kerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana ia kini dikembalikan kepada Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) Kedah untuk diselesaikan.

Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik berkata, kepimpinan pusat mengarahkan supaya perbincangan diselesaikan di peringkat negeri.

"Agihan kerusi masih belum selesai. Saya tunggu Sekretariat PR Kedah atau PKR panggil untuk bincang. Perbincangan hanya libatkan pertindihan kerusi antara PKR-DAP tanpa membabitkan kerusi milik Pas yang sudah selesai," katanya, pada sidang media hari ini.

Menurutnya, sejak awal lagi, DAP bersedia untuk berunding namun PKR dilihat sering berdolak-dalik hingga ia dirujuk kepada Pusat. Bagaimana pun, baru-baru ini, Pusat mengarahkan perkara itu lebih sesuai dibincang di peringkat negeri.

"Kita akan bangkitkan tuntutan sebelum ini supaya DAP diberi lebih kerusi bertanding, babitkan dua kawasan parlimen dan enam Dewan Undangan Negeri (Dun). Kita bukan mahu merayu tetapi ini hak DAP dalam PR," katanya.

Sebelum ini, DAP menuntut supaya parti itu bertanding di dua kerusi parlimen dan enam kawasan Dun pada PRU13 melibatkan Parlimen Bagan Serai dan Alor Setar manakala enam Dun ialah Kota Darul Aman, Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas.

Berdasarkan formula agihan 2008, Pas bertanding 24 kerusi manakala 12 lagi kerusi dibahagikan antara DAP dan PKR dengan 10 daripadanya diberi kepada PKR. DAP hanya di Kota Darul Aman dan Derga. Enam kawasan Dun yang dituntut DAP itu, lima kerusi berlaku pertindihan antara DAP dan PKR.

Guan Aik yang juga Adun Kota Darul Aman berharap perbincangan itu kelak menjurus kepada 'win-win situation' bagi mengelak pertandingan tiga penjuru antara PKR-DAP seperti PRU12 lalu (Dun Derga).

"Jika berulang, ia merugikan PR. Sekurang-kurangnya bagi tambahan kerusi kepada DAP berbanding kuota pada PRU12. Kita tidak minta kerusi di kawasan majoriti Melayu, hanya kawasan majoriti Cina atau campuran memadai," katanya.

Menurutnya, perbincangan itu kelak akan dibuat dalam suasana setiakawan PR, dan bukannya serius hingga boleh memecah-belahkan kesepakatan dalam PR.

"Saya cadangkan mana-mana kerusi sebelum ini ditandingi PKR tetapi kalah, boleh dibincangkan untuk diserahkan kepada DAP, jika bersesuaian," katanya.

Ditanya sama ada jalan penyelesaian boleh dicapai menjelang pembubaran Parlimen yang belum diketahui tarikhnya, Guan Aik berkata, perkara itu akan diputuskan apabila tiba masanya.

"Saya percaya pasti ada jalan penyelesaian selepas bincang dalam Sekretariat PR Kedah. Sebab itu saya harap PKR segera adakan perbincangan sebelum Parlimen bubar," katanya.

Pada sidang media sama, Guan Aik mengumumkan DAP Kedah akan mengadakan mesyuarat agung tahunan pada 21 September, di Dewan Perhimpunan Cina Tanjung Bendahara, dirasmikan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Sebanyak 11 cawangan layak menghantar wakil pada konvensyen ini, antaranya Taman Selasih (Selatan), Kuala Muda (Tengah) dan selebihnya Alor Setar. Bagaimana pun tiada pemilihan dibuat kerana ianya ditangguh ke tahun depan atas arahan Pusat," katanya.


Saya lebih suka negara sekular kata Dr Asri

Posted: 16 Sep 2012 05:10 AM PDT

SHAH ALAM - Politik dan agama sememangnya wajar digabungkan kerana agama akan membimbing politik, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bagaimanapun katanya, pada dirinya sendiri, beliau lebih rela hidup di negara sekular daripada membiarkan agama dijadikan alat politik oleh pihak yang berkepentingan politik.

"Saya lebih rela negara sekular, saya lebih suka negara yang memisahkan agama daripada politik kalau agama digunakan untuk kepentingan politik. Sekurangnya agama kita selamat, yang kena orang politik sahaja," katanya.

Beliau turut membidas tindakan sesetengah pihak yang menggunakan perkataan kafir harbi, sedangkan menurut ulama terulung, Dr Yusuf Al-Qardhawi, istilah itu hanya untuk Zionis Israel sahaja.

Beliau berkata, penggunaan kafir harbi memerlukan perbincangan kerana hanya mereka yang layak berhak untuk membuat keputusan menentukan siapa kafir harbi.

"Ini juga masalah media. Hanya kerana kawan itu pakai serban dan ada (sekolah) pondok, dia belum berhak untuk membuat keputusan yang besar seperti itu. Ada kesan besar apabila mengatakan orang kafir harbi.

"Dr Yusuf Qaradhawi kata negara kafir harbi hanya Israel sahaja. Amerika Syarikat tidak termasuk kerana terlibat dengan perjanjian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan sebagainya," katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa di sini, semalam.

Penyanyi popular tanahair simpan pondan sebagai kekasih?

Posted: 16 Sep 2012 03:02 AM PDT

Gambar hiasan
SIMPAN buah hati di negeri Cik Siti Wan Kembang? Alah, tak ada bunyi yang pelik pun kalau setakat sorok kekasih. Bagi CAK itu perkara biasa dalam mana-mana industri seni dunia.

Ramai artis popular sembunyikan identiti kekasih mereka sehinggalah benar-benar bersedia baru diuar-uarkan.

Itulah jawapan CAK bila seorang teman berbisik cerita yang baru diketahuinya mengenai seorang penyanyi popular tanah air.

Sambil tepuk dahi, dia berbisik lagi memang tak ada yang pelik kalau lain jantina tapi dalam kes ini, sama jantina.

Terus melopong mulut CAK seketika. Biar betik? Penyanyi kacak ini ada kekasih sejenis?

Kata teman CAK itu lagi, sumber yang menyampaikan perkhabaran panas ini boleh dipercayai kerana berkawan rapat dengan buah hati penyanyi kegilaan ramai ini.

Sumber itu memaklumkan penyanyi ini membela seorang mak nyah. Demi kasih yang menggebu-gebu, dia sanggup membelikan mak nyah itu Mini Cooper. Kononnya kereta idaman CAK itu bukti cintanya terhadap mak nyah itu.

Alahai... sadis!

Untuk mengesahkan perkara itu benar, sumber itu secara senyap-senyap melihat gambar yang ada dalam simpanan telefon bimbit mak nyah itu.

Bukan main terkejut lagi dia melihat aksi mesra mak nyah itu dengan penyanyi ini. Sekali pandang, gambar itu sudah mengesahkan hubungan itu memang benar dan bukan syok sendiri atau sengaja direka-reka.

Lagipun, mak nyah itu bukan kerja besar atau datang dari keluarga berada, mana mampu beli Mini Cooper.

CAK bagaimanapun tak boleh percaya cerita tanpa bukti. Maklumlah, teknologi semakin canggih, macam-macam boleh jadi dengan teknik 'superimpose'.

Apapun, jika cerita panas lagi sensasi ini benar, pasti ia akan terbongkar juga satu hari nanti. Yalah dunia ni bukan besar mana pun. Dan bila tiba masanya, CAK yakin artis ini pasti nafi sekeras-kerasnya dia bela mak nyah. Biasalah artis.

CAK@Metro Ahad

Phahrolrazi: Tiada komplot jatuh MB Kedah...eleh!

Posted: 16 Sep 2012 01:45 AM PDT

ALOR SETAR - Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi menafikan beliau individu yang didakwa membuat kenyataan kepada sebuah portal berita, berhubung kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak perlu diganti sejak setahun lalu, ekoran masalah kesihatan.

Katanya, krisis yang mengaitkan dirinya bersama seorang lagi Exco, Dr Ismail Salleh dianggap selesai sejurus mereka akur keputusan Pas Pusat untuk kembali dalam barisan Exco, 5 Mac lalu.

"Saya andaikan ada pihak mahu memporak-perandakan semula Pas Kedah setelah krisis Exco selesai Mac lalu. Laporan portal berkenaan mungkin sengaja dibuat untuk cetuskan kekacauan dalam Pas Kedah," katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka di rumahnya, di Taman Gunung Bayu, semalam.

Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor berkata, pihaknya kesal kerana namanya masih dikaitkan dengan komplot mahu menjatuhkan Azizan, meskipun krisis itu sudah lama berakhir.

"Isu ini sudah selesai apabila saya dan Dr Ismail terima semula jawatan Exco dan menyertai kerajaan untuk terajui Kedah. Ini bermakna kami memberi sokongan penuh terhadap Kerajaan Negeri dan kepimpinan Azizan. Jika tidak, macam mana nak duduk dalam barisan Exco, ini disiplin yang perlu ada pada setiap Exco," katanya.

Phahrolrazi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik kenyataan seorang pemimpin Pas Kedah, bahawa Azizan sepatutnya digantikan sebagai Menteri Besar sejak tahun lalu ekoran masalah kesihatan serius.

Kenyataan itu juga menyebut, beberapa pemimpin Pas Pusat, terutama Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali kuat mempertahankan kedudukan Azizan, atas alasan mereka berkawan rapat.

"Mereka yang membuat syor supaya Azizan diganti akan dianggap sebagai pengkhianat. Tetapi politik sebegini tidak menguntungkan rakyat Kedah," kata pemimpin itu lagi, dalam portal berkenaan.

Februari lalu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah pernah menafikan ada menubuhkan gerakan untuk menentang Azizan dan dakwaan enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Selain beliau turut dikaitkan Dr Ismail yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.

Mengulas perkara itu lagi, Phahrolrazi berkata, walaupun masih ada 'mulut-mulut jahat' yang melemparkan tohmahan terhadapnya konon mahu menjatuhkan Azizan, ekoran krisis Exco lalu, namun hakikatnya, beliau masih berpegang pada prinsip parti.

"Kita tidak layan tohmahan seperti itu, konon Pas Kedah berpuak-puak dan berlaku perpecahan serius. Kita ada prinsip iaitu berpegang pada Islam dan ajaran yang tidak melampaui batas. Walau berbeza pendapat tetapi tidak sehingga ke peringkat merugikan parti atau sampai mahu jatuhkan ketua. Itu bertentangan dengan Islam," katanya.

Menurutnya, selagi khidmatnya diperlukan dalam Kerajaan Negeri, selagi itu beliau akan berpegang pada prinsip mempertahan kerajaan Pas Kedah, termasuk keputusan yang dibuat oleh negeri.

Mengulas sama ada Azizan masih layak mengekalkan jawatannya sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah atau Menteri Besar, Phahrolrazi berkata, perkara itu bawah bidang kuasa Pas Pusat.

"Kedudukan Azizan sebagai Menteri Besar atau Pesuruhjaya Pas Negeri ditentukan Pas Pusat. Pas Kedah tidak boleh campur tangan," katanya.

Bagaimana pun, Phahrolrazi berkata, sekiranya ada pemimpin Pas Kedah yang mahu Azizan digantikan, mereka perlu membuat cadangan terus kepada Pas Pusat untuk dibincangkan, bukannya Pas negeri.

Sinar
 

Khairy: Pemuda Umno, Pas ganding bantah filem hina Islam Jumaat ini

Posted: 16 Sep 2012 01:31 AM PDT

BUKIT MERTAJAM - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin berkata pergerakan itu yang kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menerbitkan filem antiIslam Innocence of Muslims, bercadang mengadakan bantahan besar-besaran Jumaat ini.

Beliau berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam tidak boleh dipandang remeh dan perlu ditentang demi mempertahankan maruah agama Islam sejagat.

Pemuda Umno akan mengadakan bantahan secara besar-besaran pada Jumaat ini bagi menzahirkan rasa kesal terhadap penerbitan filem antiIslam itu, katanya.

Lokasi dan cara bantahan itu sedang dibincangkan dan dimaklumkan dalam waktu terdekat.

"Bantahan ini dibuat tanpa mengira fahaman politik dan diharap ia akan menjadi platform kepada umat Islam menyuarakan kepada dunia bahawa perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tindakan menghina Islam dan Nabi Muhammad tidak boleh dipandang remeh.

"Sehubungan dengan itu Pergerakan Pemuda juga mengalu-alukan Dewan Pemuda Pas untuk turut serta mengadakan bantahan, ini adalah masalah sejagat yang perlu ditangani segera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Permatang Pauh di Dewan Mutiara, Politeknik Permatang Pauh.

Beliau mengulas mengenai filem antiIslam Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad dan agama Islam, arahan Sam Bacile, 52, dari California yang disiarkan dalam laman YouTube, yang telah mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia.

Khairy berkata, pihaknya sedang menunggu jawapan daripada Dewan Pemuda Pas mengenai pelawaan untuk bersama-sama mengadakan bantahan itu nanti.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan anggota Umno khususnya di Pulau Pinang agar tidak mengamalkan sikap cepat mengaku kalah sebelum berjuang kerana segala kemungkinan boleh berlaku di dalam politik.

"Setiap ahli perlu yakin dengan kemampuan untuk memberi saingan yang hebat pada pilihan raya umum akan datang, tidak mustahil kita boleh menang di kawasan yang diwakili pembangkang," katanya. - Bernama


Saifuddin: Batal guna auditorium beri UIA kesan negatif

Posted: 16 Sep 2012 01:15 AM PDT

SHAH ALAM - Pembatalan tempahan auditorium oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk penganjuran konvensyen politik-Islam semalam memberi kesan negatif ke atas institusi pengajian tinggi (IPT) itu, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

"Kepada UIA, saya memberi pandangan bahawa kalau ia dibatalkan, kesannya adalah negatif bagi UIA," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Ekoran pembatalan penggunaan auditorium, penganjur Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa menganjurkannya di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, semalam.

Konvensyen sehari itu, yang penceramah dikatakan dari kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang, dibatalkan atas alasan bercanggah dengan semangat Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Dalam kenyataannya, Saifuddin juga berkata, beliau kesal dengan pembatalan itu kerana "universiti sepatutnya menggalakkan program diskusi politik begini bagi meningkatkan politik baru yang berasaskan ilmu," kata beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

UIAM pernah membatalkan satu program melibatkan beliau di kampus itu sebelum ini.

Saifuddin berkata, beliau difahamkan tempahan auditorium dibatalkan oleh UIAM atas desakan daripada pihak atasan.

"Oleh itu, konvensyen itu diadakan di dewan MPSA. Tadi (semalam) saya hubungi penganjur dan dimaklumkan bahawa penyertaan adalah melebihi daripada jumlah diadakan di UIAM.

"Sebaik mendapat tahu pembatalan itu, saya telah hubungi pengurusan UIAM dan penganjur, dan telah menasihatkan agar berunding," katanya lagi.


Bekas Timbalan Menteri Sertai PKR

Posted: 16 Sep 2012 01:01 AM PDT

TUARAN – Bekas Timbalan Menteri persekutuan, Datuk Yahya Lampong menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meneruskan perjuangannya dalam arena politik.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis sambutan Hari Malaysia anjuran pakatan pembangkang di Dalit, dekat sini pada Sabtu malam.

Yahya, yang merupakan antara bekas pemimpin veteran parti Usno yang sudah dibubarkan sebelum menyertai Umno, hadir sama pada majlis itu.

Turut hadir ialah bekas anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin dan bekas timbalan presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Pada sebelah pagi semalam, Anwar mengumumkan penyertaan tokoh korporat terkenal Tan Sri Ibrahim Menudin ke dalam PKR di Labuan.

Sebelum ini, Lajim dan Bumburing menyatakan sokongan terhadap perjuangan pakatan pembangkang di Sabah. – BERNAMA

Peguam 'beli' bekas Ratu Cantik Malaysia RM600

Posted: 16 Sep 2012 12:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Ratu Cantik Dunia Malaysia, Nadia Heng 'dijual' dengan harga RM600.

Bagaimanapun urusan jual beli itu bukannya seperti perdagangan hamba sebaliknya bagi tujuan amal.

Heng antara lima personaliti tempatan yang 'dijual' dan 'dilelong' bagi tujuan baik kepada pembida tertinggi bagi mengumpul dana untuk menaik taraf Pusat Sumber UndiMsia!

Sebagai habuan, 'pembeli' akan mendapat peluang keluar bersama-sama personaliti berkenaan.

Heng berkata beliau tidak kisah sama ada akan dibawa untuk makan malam istimewa ataupun sekadar makan di kedai mamak.

"Saya tidak keberatan 'dijual' seperti itu kerana ia adalah untuk tujuan yang baik," katanya ketika ditemui di majlis lelongan bersempena sambutan ulang tahun pertama UndiMsia! di Bangsar di sini pada Sabtu.

Menurusi bidaan untuk Heng, seorang peguam, Dipendra Rai, 37, berjaya 'membeli' dengan harga RM600.

Ditanya ke mana beliau merancang untuk membawa Heng, Rai berkata dia mahu memberi kejutan kepada bekas ratu cantik itu.

Gadis dinoda berkali-kali ketika hadiri temuduga kerja

Posted: 15 Sep 2012 11:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Niat menghadiri temu duga di sebuah firma di Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju membawa malang kepada seorang kakitangan teknologi maklumat apabila dia dirogol beberapa kali oleh lelaki yang menemuduganya, kelmarin.

Difahamkan, mangsa turut diberikan minuman berkarbonat yang mengandungi bahan khayal, selain dipaksa menghisap syabu.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 33 tahun pergi ke firma berkenaan untuk menghadiri temu duga dan selepas ditemu duga, dia diberikan minuman berkarbonat.

"Selepas minum, mangsa mula berasa khayal dan pening sebelum seorang lelaki yang menemuduganya dengan tiba-tiba memaksa mangsa menanggalkan pakaiannya selepas dipaksa menonton video lucah.

"Mangsa kemudian dipaksa pula menyedut serbuk putih dipercayai syabu dan selepas mangsa separuh sedar, dia dirogol beberapa kali di atas kerusi di pejabat lelaki terbabit," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurutnya, selepas berehat seketika, lelaki itu merogol mangsa sekali lagi hingga tidak berdaya sebelum mengarahkannya untuk mandi di tandas kira-kira jam 6 petang.

Katanya, selepas mandi, mangsa mendapati telefon bimbit dan barangan peribadinya hilang manakala lelaki terbabit pula sudah meninggalkan pejabat dan menguncinya dari luar.

"Selepas menunggu lebih 20 minit, lelaki itu kembali ke pejabatnya, namun menafikan mengambil barang berharga mangsa," katanya.

Sumber polis berkata, selepas kejadian itu, lelaki itu mengugut mangsa untuk melayan nafsu seks bagi mengelak video bogelnya disebarkan kepada ahli keluarga dan pejabatnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


UMNO Pulau Pinang kutuk insiden simbah cat wisma DAP

Posted: 15 Sep 2012 09:01 PM PDT

BAYAN LEPAS - Umno Pulau Pinang memandang serius keadaan politik tidak sihat yang boleh mengakibatkan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat.

Insiden yang dimaksudkan kejadian simbah cat di trak pentas bergerak Barisan Nasional (BN), simbah cat di pejabat DAP Pulau Pinnag dan perbuatan khianat terhadap bas PKR, yang berlaku akhir-akhir ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, perbuatan tidak bermoral itu, seharusnya dihentikan segera di dalam politik di negara Malaysia, ia menonjolkan budaya tidak rasional.

"Umno Pulau Pinang mengutuk sesiapa sahaja terlibat dalam perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Tidak kira, individu dari kalangan penyokong parti memerintah, pembangkang atau pihak yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti.

"Saya minta pihak polis menyiasat semua kes ini supaya tindakan sewajarnya diambil kepada pihak tidak bertanggungjawab ini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Ekspo Belilah Barangan Malaysia Zon Utara, di Dataran Queensbay, Bayan Lepas, di sini, semalam.

Ketika ditanya apakah faktor menyebabkan fenomena politik seumpama itu berlaku sejak kebelakangan ini.

Zainal Abidin berkata beliau tidak menolak dakwaan kemungkinan perasaan kebencian ditiupkan Kerajaan DAP di Pulau Pinang antara punca menyebabkan penyokong di sini bertindak dari luar batas untuk meluahkan tanda protes.

"Sebagai sebagai pemimpin politik (Ketua Menteri, Lim Guan Eng) beliau seharusnya lebih peka, berfikiran rasional dan tidak seharusnya menuipkan kebencian terhadap parti lawan setiap hari.

"Apabila kebencian itu ditiup setiap hari, ia menimbulkan perasaan kebencian rakyat kepada UMNO dan BN, pada tahap melepasi batasan sehingga penyokong bertindak baling cat," katanya.

Justeru itu, beliau berharap pihak bertanggungjawab terutama pimpinan tertinggi politik menghentikan tindakan meniup sentimen kebencian mana-mana parti. Malah, mereka diminta untuk mengambil sikap lebih rasional bagi menceritakan kebaikan dan perancangan partinya kepada rakyat.

"Saya minta seeloknya semua parti politik di Malaysia untuk melalui satu keadaan tenang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, diadakan tidak lama lagi.

"Pemimpin politik dinasihatkan supaya memberikan tumpuan menceritakan polisi parti, matlamat perjuangan, rancangan-rancangan demi kebaikan rakyat, bukannya bertindak meniup kebencian kepada mana-mana pihak yang boleh mengundang kemarahan dalam kalangan penyokong," katanya.

Penyanyi Aliah bakal lumpuh selepas ditimpa spotlight?

Posted: 15 Sep 2012 08:03 PM PDT

ALYAH yang masih lemah menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ Damansara di Petaling Jaya, Selangor semalam.
PETALING JAYA - Pengurus kepada Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan menafikan desas-desus kononnya penyanyi itu bakal lumpuh akibat ditimpa lampu tumpu kelmarin.

Syuib Ismail berkata, ini kerana ujian X-ray ke atas penyanyi itu semasa menjalani rawatan di Hospital Pakar KPJ Damansara di sini mendapati tulang belakang penyanyi berusia 31 tahun itu tidak cedera.

"Jadual nyanyian Alyah juga tidak terganggu kerana doktor mengesahkan keadaannya semakin pulih dan dia dibenarkan keluar dari hospital dalam masa beberapa hari lagi," katanya kepada Kosmo! Ahad di hospital berkenaan semalam.

Kosmo!

Malaysiakini 'spin' kenyataan saya kata Hishamuddin

Posted: 15 Sep 2012 07:31 PM PDT

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mendakwa kenyataannya berhubung keselamatan program pembangkang semalam telah diputar belit.

Menulis di dalam Twitter, Hishammuddin menegaskan, keselamatan rakyat tetap diutamakan tanpa favoritisme atau pilih kasih.

"Malaysiakini spin - saya kata kedudukan pembangkang di Johor tak terjamin. Mereka spin: Saya kata keselamatan pembangkang tak boleh saya jamin," tulisnya di laman blog mikro itu pagi tadi.

Malaysiakini semalam melaporkan Hishammuddin sebagai berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

Merujuk kepada insiden khianat terbaru terhadap bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tangkak, Hishammuddin berkata, penerimaan terhadap PKR akan ditentukan orang Johor itu sendiri

Sementara itu, Bernama melaporkan Hishammuddin sebagai menjelaskan kenyataan beliau itu mengulas kepada kedudukan sokongan kepada pembangkang di Johor menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Saya kata kedudukan pembangkang di Johor tak terjamin, penduduk Johor sendiri yang tentukan, merujuk kepada sokongan terhadap pembangkang terletak di tangan penduduk Johor sendiri.

"Namun apa yang saya kesali portal itu 'spin' kata keselamatan pembangkang yang mengadakan 'road-tour' di Johor saya tidak boleh jamin... ini berniat jahat," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Hulu Terengganu 2012 di Kuala Berang di Hulu Terengganu.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan, Hishammuddin berkata beliau akan berbincang dengan kementeriannya dan Peguam Negara terlebih dahulu, lapor agensi berita nasional itu lagi.

Katanya fitnah dan politik berasaskan kebencian seperti diperlihatkan melalui putar belit kenyataannya itu sememangnya diamalkan pembangkang sejak dahulu lagi.

"Pembangkang 'memperkudakan' media alternatif ini untuk mempengaruhi rakyat. Saya harap media arus perdana memainkan peranan di barisan depan bagi menerangkan apa fakta sebenarnya.

"Rakyat harus sedar dan matang dalam melihat sesuatu isu itu, perlu kaji sedalamnya dan lihat segala sudut sebelum meletakkan pendirian mereka terhadap sesuatu isu," beliau dipetik sebagai berkata.


Dengan RM130 dapat urut, mandi bersama dan hubungan kelamin

Posted: 15 Sep 2012 06:32 PM PDT

Menunggu pelanggan...
Rehat...
KUALA LUMPUR: Sungguh kurang ajar apabila penyewa sebuah rumah teres di Cheras, dekat sini, menjadikan kediamannya sebagai pusat maksiat 'tiga dalam satu' urut, mandi bersama dan seks dengan bayaran RM130, walaupun dikelilingi jiran yang kebanyakannya tinggal secara berkeluarga.

Tindakan liciknya menyebabkan kegiatan tidak bermoral yang didakwa dijalankan di rumah dua tingkat itu sejak lebih tiga tahun lalu tidak pernah diserbu pihak berkuasa.

Manja...
Taktik digunakan sindiket itu sungguh berkesan. Bukan sembarangan pelanggan dibenarkan masuk, malah pelanggan tetap sekalipun dihadkan antara lima hingga 10 orang saja sehari bagi mengelakkan operasi mereka dihidu pihak berkuasa.

Bertindak atas aduan seorang lelaki yang mendakwa jiran di kawasan perumahan berkenaan, wartawan Metro Ahad menyamar sebagai pelanggan untuk menyiasat kesahihan rumah berahi itu. 

Terbukti, ia pusat pelacuran didalangi warga tempatan yang menawarkan khidmat wanita Thailand.

Tidak seperti pusat maksiat lain yang menerima sesiapa saja, 'bapa ayam' atau lebih dikenali sebagai 'kapten' pusat itu hanya menerima pelanggan dikenali atau yang diperkenalkan oleh pelanggan tetap.

mk


Isteri Siti Malaysia, Suami pula Malaysia Mohd Yusof...sangat kiut!

Posted: 15 Sep 2012 06:12 PM PDT

BERUAS: "Nama saya Siti Zaleha, tapi jiran dan rakan lebih mengenali saya sebagai Siti Malaysia," kata Siti Zaleha Samsuri, 45, isteri kepada pemilik nama unik, Malaysia Mohamad Yusof, 48.

Katanya, walau apa dikata orang, dia berbangga dengan nama suaminya, tambahan pula Hari Malaysia disambut 16 September setiap tahun.

Menurutnya, dia tidak berdepan masalah dengan nama unik suaminya, sebaliknya mudah dikenali apabila turut digelar Siti Malaysia.

"Saya dikenali ramai dengan gelaran itu walaupun ia bukan nama sebenar saya. Hasil perkahwinan sejak 23 tahun lalu, kami dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Muhammad Safuan, 21; Muhammad Afiq, 16, dan Muhammad Amar, 13.

"Bagaimanapun, tiga anak kami berdepan masalah dengan nama bapa mereka kerana sering diejek di sekolah. Namun, lama-kelamaan rakan sekolah boleh menerima perkara itu," katanya.

Penuntut kolej dipaksa lakukan s3ks or@l oleh penganggur bernafsu songsang

Posted: 15 Sep 2012 05:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan lima sebatan ke atas seorang penganggur atas tuduhan melakukan seks oral terhadap seorang penuntut kolej di sebuah hotel, awal bulan ini.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Hamzani Mohd Daud, 35, selepas mengaku salah terhadap pertuduhan itu.

Tertuduh turut mengaku salah terhadap tuduhan mengugut mangsa yang sama dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun.

Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh tangkapan pada 2 September 2012. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia 20 tahun di dalam sebuah bilik sebuah hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman, dekat sini, antara jam 1.05 pagi hingga 7 pagi pada 2 September 2012.

Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengugut mangsa di tempat dan tarikh yang sama antara jam 6.30 pagi hingga 7 pagi dan didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua jika sabit kesalahan.

Terdahulu, dalam rayuannya tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan, tetapi Timbalan Pendakwa Raya, Ooi Chean Ling memohon mahkamah mengambil kira kepentingan awam.

Selain itu, tertuduh pernah disabitkan kesalahan meliwat di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan pada 2 November 2004 dan dihukum penjara 10 tahun dan dua sebat dari tarikh tertuduh ditangkap pada 24 Jun 2004.

Mengikut fakta kes, pada 1 September 2012 kira-kira jam 11.30 malam, mangsa dan teman wanitanya didatangi tertuduh dan memperkenalkan diri sebagai polis bantuan KL Sentral.

Tertuduh menasihati serta menanyakan soalan kepada mangsa dan selepas itu menyuruh teman wanita mangsa beredar dari KL Sentral, tetapi tidak membenarkan mangsa meninggalkan kawasan itu.

Seterusnya tertuduh membawa mangsa ke kawasan gelap lalu meminta kad pengenalan serta telefon bimbit mangsa. Tertuduh seterusnya membuat pemeriksaan terhadap mangsa dengan memegang dada dan pusat mangsa. Tertuduh kemudian mengajak mangsa ke sebuah hotel di Chow Kit dan menyuruh mangsa menanggalkan pakaian dan melakukan seks oral terhadapnya. 

Metro

No Electoral Pact Between BN and PR in Kedah - Mukhriz

Posted: 15 Sep 2012 04:45 PM PDT

JERLUN: There is no pact for the Barisan Nasional (BN) to take the parliamentary seats and the opposition to take the state seats in Kedah in the next general election, Kedah Umno Liaison Committee deputy chairman Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir said today.

He said the BN had to dominate both the parliamentary and state seats in the state to ensure the implementation of development.

"When the BN returns to power in the state, development can be implemented well as there will be close cooperation between the state and federal governments," he told reporters at an Aidilfitri gathering in Alor Biak near here.

Speculation had been rife that the opposition parties in Kedah would allow the BN to take the parliamentary seats while retaining the state seats.

Mukhriz, who is deputy international trade and industry minister, said he had heard of the speculation but dismissed it.

He said he and other BN party leaders were working hard to enable the BN recapture Kedah without even considering who would be the menteri besar should the coalition take the state in the next general election.

On a statement by PKR strategic director Mohd Rafizi Ramli on the issue of APs, Mukhriz said the issue was manipulated by the opposition to confuse the people.

He said that if APs were abolished, there was a possibility of other payments being imposed on vehicle buyers.

Mukhriz, who is the MP for Jerlun, said the federal government through the ministry was working on reducing the prices of imported vehicles through various means.

At the event, Astro Holdings Sdn Bhd chairman Datuk Badri Masri handed over a RM50,000 contribution from Astro Kasih to the Jerlun Parliamentary Welfare Fund.

Astro Kasih is a volunteer initiative undertaken by Astro employees for the betterment and advancement of the community.

- Bernama

Dr Asri: Umno masih guna hujah agama tahun 80-an

Posted: 15 Sep 2012 04:01 PM PDT

Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin mengkritik sesetengah pemimpin Umno yang didakwanya masih menggunakan hujah PAS pada 1980-an, antaranya berhubung isu sokongan kepada calon bukan Islam.

Dr Asri mendakwa masih terdapat pemimpin Umno mendakwa tidak boleh mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya, sedangkanPAS kini tidak lagi bercakap mengenai perkara itu lagi.

"Ini masalah kepada (pemimpin) Umno. Dia cuba menonjolkan dirinya lebih Islamis daripada PAS dengan mengambil tafsiran PAS era 80-an. Tak boleh pangkah, tak boleh undi, tak boleh campur dengan orang kafir.

"Saya dengar perkara ini masa saya sekolah rendah dulu. PAS pun tak bercakap (lagi) dan tapi Umno pula cakap, tak boleh undi non-Muslim.

"Saya tak sokong belah mana, tapi awak kata tak boleh untuk orang, tapi boleh untuk kamu, itu yang pelik," kata Dr Asri menjawab soalan hadirin berhubung mengundi dan memberi ketaatan kepada bukan Muslim.

Bercakap dalam forum fikah politik Islam di Shah Alam, Dr Asri juga beliau menggesa tindakan tersebut dihentikan dan memilih calon yang "kurang membawa mudarat dan memberi lebih manfaat".

Demo: Tembak gas buat apa?

Katanya, calon yang dipilih mewakili rakyat mestilah berfungsi boleh menyampaikan hasrat pengundi di kawasan yang diwakilinya.

Mengulas mengenai isu semasa seperti demontrasi terhadap dasar kerajaan, Dr Asri berkata perkara itu dibolehkan dengan syarat-syarat tertentu.

"Dalam kerajaan dalam bentuk demokrasi, boleh berhimpun tetapi mereka tidak boleh mengganas atau merosakkan harta benda.

"Tujuan berhimpun sekadar untuk mengubah apa yang mereka rasa sukar. Sebab itu, saya cadang kepada pihak kerajaan lain. Biar mereka berhimpun, kerajaan tolong beri air, roti. Jadi semua orang gembira.

"Terima kasih banyak daripada perdana menteri di atas perhimpunan ini, kes ini akan di bawa ke tengah. Cukuplah. Apa masalahnya. Yang pergi tembak (gas) buat apa. Ia mengundang masalah baru, melainkan dia mengganas," katanya.

Mengulas mengenai hukum memilih perdana menteri wanita, Dr Asri berkata tidak menyokong pandangan yang "mutlakkan" pengharaman wanita menjawat jawatan tersebut.

Beliau mengulas perkara tersebut selepas membentangkan kertas kerja bertajuk "Mentaati Pemerintah: Di antara Literal dan Maqasid" di Konvensyen Fikah Politik Islam Semasa di Shah Alam petang ini.

mk

Keputusan EPL 15/9/2012 - Arsenal belasah Soton, Liverpool seri

Posted: 15 Sep 2012 03:31 PM PDT

BERIKUT keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung hari ini.

Norwich 0 - 0 West Ham

Arsenal 6 - 1 Southampton

Aston Villa 2 - 0 Swansea

Fulham 3 - 0 West Brom

Man Utd 4 - 0 Wigan

QPR 0 - 0 Chelsea

Stoke 1 - 1 Man City

Awal pagi 16/9/2012

Sunderland 1 - 1 Liverpool

Mencari Damai Abadi

Posted: 16 Sep 2012 03:06 PM PDT

Mencari Damai Abadi


Hari Malaysia

Posted: 16 Sep 2012 06:08 AM PDT

Bismillah...

Selamat Hari Lahir, Malaysia. Semoga terus amandan makmur di bawah naungan Seri Paduka Baginda yang DiPertuan Agong.

Ya Allah, rahmatilah negaraku ini.

Amin

yeopPERAK

Posted: 16 Sep 2012 01:31 PM PDT

yeopPERAK


Orang yang mencintai KAMU

Posted: 16 Sep 2012 12:13 AM PDT


Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

Orang yang mencintai kamu selalu
menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'

Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

Jika kamu memintanya untuk mengajarmu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

Orang yang begitu mencintaimu,
tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan