TAHNIAH kepada pengamal media sosial Malaysia khususnya penggemar Twitter yang berjaya mencipta rekod Malaysia dengan bilangan himpunan pengamal twitter yang paling ramai dan bilangan twit yang paling banyak di dalam tempoh sejam sehingga mencecah ke angka 3.6 juta. Hebat dan seharusnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Kesungguhan rakyat Malaysia untuk mencipta rekod itu dizahirkan semasa Himpunan Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos yang baru lalu.
Dalam pada ramai yang memuji kesungguhan untuk mencipta rekod itu ada pula di kalangan rakyat Malaysia yang tidak dapat menerima keadaan itu. Pelbagai tohmahan dilontarkan kepada kejayaan rekod itu sehinggakan ada di antara mereka yang bersusah payah untuk 'print screen' sebagai membuktikan bahawa rekod itu dicapai dengan kaedah menipu.
Sejauh mana dakwaan itu benar tidaklah dapat Jebat huraikan tetapi Jebat sekadar hairan dengan kebusukkan hati sesetengah di antara kita untuk menerima apa jua kebaikan yang kita lakukan. Apa perlunya kita bersusah payah untuk menjalankan 'homework' semata-mata untuk membuktikan bahawa apa yang rakyat lakukan untuk negara itu sebagai menipu? Adakah mereka mahu rakyat percaya bahawa 'print screen' mereka itu adalah benar dan tidak menipu?
Inilah sebenarnya penyakit yang menular di kalangan rakyat Malaysia. BUSUK HATI dan tidak mahu menerima kelebihan yang ada pada orang lain.
Jebat sekadar ingin melontarkan cabaran kepada mereka yang busuk hati kepada kejayaan mencipta rekod itu untuk mengadakan acara yang serupa untuk mencatat rekod baru. Jangan sekadar bijak menyalak.
Kalau anda gagal baru anda akan sedar bahawa sakitnya telur anda apabila dijentik lebih lebih lagi jika anda yang menjentik telur anda sendiri. Senak perut.
Akibat menjalin hubungan sulit dengan isteri rakan sendiri, seorang lelaki warga Bangladesh dibelasah selepas dia ditemui berdua-dua dalam bilik.
Dalam kejadian di Apartmen Idaman petang semalam, warga Bangladesh itu ditumbuk dan ditampar selepas rakannya yang juga suami kepada wanita itu pulang ke rumah secara tiba-tiba.
Menurut sumber, rakannya itu naik berang suspek dikatakan enggan mengaku kesalahan yang dilakukan menyebabkan dia ditumbuk dan diterajang.
"Pergaduhan dua rakan baik itu berakhir selepas anggota biro keselamatan Apartmen Idaman hadir dan menenangkan keadaan," katanya.
Katanya lagi, setelah disoal siasat suspek sering ke rumah suspek untuk meniduri isteri rakannya yang merupakan warga Indonesia.
"Suspek diberi kata dua untuk berpindah ke tempat lain selepas dia mengaku kesalahan yang dilakukan," katanya
Lelaki itu yang cedera di bahagian muka dan dihantar klinik berhampiran untuk rawatan lanjut. – SinarHarian
P/s: Indon pun pandai marah orang tiduri isteri dia.. tapi Azmin Ali rilek saja pun.. siap boleh kongsi-kongsi, maknanyaaa.. Azmin lagi teruk pada Indon ni..
Ternyata, rakyat Kedah menolak Anwar untuk datang mempromosi dirinya. Sebelum ini, telah banyak kali rakyat Kedah membantah akan kehadiran Anwar. Jika dulu, kaum cina dan india membuat demo bantahan Anwar di Sungai Petani. Kali ni penduduk Alor Setar pula membantah apabila Anwar cuba cemari masjid dengan membawa unsur politik didalam masjid.
Walaupun tindakan membaling selipar itu adalah tindakan yang tidak wajar, namun ia jelas menunjukkan rakyat Kedah tidak tahan dengan sikap Anwar yang kononnya datang ke Kedah untuk menabur janji. Sedang dahulu pun janji kerajaan negeri di Kedah tidak semuanya ditunaikan, malah masih banyak manifesto kerajaan Pas Kedah yang tidak dapat dilaksanakan.
Akibat bosan dengan janji dan peribadi Anwar yang kacau bilau tu. Anak muda dibawah payung Perkasa Alor Setar bangkit membantah kehadiran Anwar. Lihat video diatas, itulah akibatnya apabila seseorang yang kita tidak suka, datang membuat sibuk ditanah bumi bertuah ini.
McTheory: Anak muda tolak Anwar, cuma sebilangan yang tua saja masih bodoh dok mengikut!!
1. HarakahDaily ada mengeluarkan artikel (Baca di sini) mengenai Tweet Merdeka yang kononnya memalukan kerana terdapat bots ataupun kiriman tweet secara automaton serta akaun palsu (fake account).
2. Perkara ini turut disebut oleh MalaysiaKini. (Baca di sini)
3. Tetapi Harakah Daily tidak terlebih dahulu memahami tentang Tweet Merdeka itu sendiri dan sistem yang digunakan oleh Twitter.
4. Lebih malang lagi apabila penulis MalaysiaKini, Nigel Aw secara bodohnya telah mengaitkan dengan Tweet Merdeka ini dengan undi Pilihanraya. Rekod tweet terbanyak dalam masa sejam membolehkan satu akaun tweet untuk mengirimkan tweet sebanyak mungkin tweet dalam masa sejam bukannya satu akaun satu tweet sahaja.
Tweet Merdeka.
1. Tweet Merdeka adalah satu kejadian yang dirancang untuk menempa dua rekod baru di dalam Malaysia sekaligus meletakkan nama di dalam Malaysia Book of Records.
2. Rekod yang ingin ditempa adalah:
a. Himpunan Twitter Terbesar di Dunia (Sasaran 10,000 peserta)
b. Tweet terbanyak di dalam masa satu jam menggunakan #Merdeka55 (Sasaran 20,000 untuk rekod, 100,000 sasaran penganjur, 1,000,000 sasaran DSU Rais Yatim)
3. Maka cubaan terhadap 2 rekod ini bukanlah politikal malahan bersifat patriotik kerana hendak menaikkkan nama Malaysia sebagai pemegang rekod dunia di dalam arena media sosial.
4. Tetapi malangnya, sifat pembangkang yang selalu hendak menidakkan kejayaan Malaysia seperti mana sebelum ini dilakukan terhadap Dato' Lee Chong Wei masih lagi tidak berubah.
Pemahaman Tentang Rekod Tweet Terbanyak Dalam Sejam.
1. Twitter adalah satu sistem terbuka yang membolehkan sesiapa sahaja mendaftar sebagai pengguna.
2. Promosi tentang cubaan menempa rekod ini sudah berlangsung lebih daripada sebulan dengan penglibatan selebriti tanah air sendiri seperi Fizo Omar, Lisa Surihani, Shaheizy Sam dan ramai lagi.
3. Malah, Tweet Merdeka langsung tidak menghalang ahli politik pembangkang untuk turut sama mengirim Tweet menggunakan #Merdeka55.
4. Maka, sebagai rakyat Malaysia yang patriot, tidak salah untuk berusaha mengirimkan tweet sebanyak mungkin pada waktu tersebut. Dengan sikap rakyat Malaysia yang tidak pernah dan mahu mengaku kalah, maka usaha ini dijalankan dengan bersungguh-sungguh.
5. Malah, dengan hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan dan peluang untuk berinteraksi dengan PM @NajibRazak secara lansung juga menaikkan lagi semangat rakyat Malaysia untuk mengirimkan tweet sebanyak mungkin.
6. Di atas pemahaman ini, mungkin terdapat segelintir rakyat Malaysia yang cuba mengambil peluang untuk menaikkan lagi kebarangkalian untuk mereka memenangi hadiah ataupun menjadi pilihan tweet untuk dibalas oleh PM.
7. Maka pelbagai cara diusahakan untuk mencapai perkara tersebut.
8. Maka penggunaan sistem seperti Tweet Deck untuk mengirimkan Tweet secara pukal tidak dapat dihalang.
9. Malah, ini juga membuka peluang untuk pihak luar yang tidak bertanggung jawab untuk sabotaj cubaan ini.
Kemungkinan Sabotaj Pembangkang.
1. Tidak sampai sehari, HarakahDaily dan MalaysiaKini telah mengeluarkan artikel yang menyatakan tentang wujud bots, akaun palsu dan lain-lain lagi hal untuk mengurangkan integriti terhadap cubaan terhadap rekod tersebut.
2. Perkara ini mungkin dirancang sendiri oleh pihak pembangkang. Mereka mungkin memasang beberapa akaun palsu, bots untuk turut serta bersama di dalam #Merdeka55, kemudian mendakwa bahawa Tweet Merdeka ini tidak sah dan terdapat cubaan menipu dan sebagainya.
3. Tetapi barang siapa yang turut serta tweet semasa jam 8.12 mlm sehingga 9.12 malam langsung tidak dapat melihat timeline Twitter pada waktu tersebut kerana terdapat lebih kurang 1003 tweet dikirimkan dalam masa 1 saat secara puratanya.
4. Maka mereka yang dapat kesan tweet berulang ini barangkali telah merancangnya terlebih dahulu kemudian kononnya mendedahkan perkara ini sebagai akaun palsu langsung memburukkan nama pihak Kerajaan yang mengumumkan kejayaan ini.
5. Malah sehari sebelum kejadian, pihak Telco yang telah menaikkan sistem kapasiti jalur lebar di stadium telah disabotaj dan pelbagai masalah lagi yang berlaku sebelum hari kejadian.
6. HarakahDaily dan juga MalaysiaKini menggunakan PoliTweetOrg sebagai bahan rujukan mereka.
7. Namun begitu, PoliTweetOrg tidak mengumumkan apakah sistem yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tersebut.
8. Ini kerana kami mendapat laporan bahawa terdapat beberapa sistem yang digunakan untuk memantau #Merdeka55 ini mencapai limitasi mereka kerana terlalu banyak tweet dikirimkan pada sela masa tersebut.
9. Terdapat juga kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh PoliTweetOrg yang menyokong Tweet Merdeka tidak diketengahkan oleh HarakahDaily dan juga MalaysiaKini.
10. Mereka memilih untuk mengeluarkan kenyataan yang membina persepsi negatif orang awam terhadap Tweet Merdeka #Merdeka55.
11. Ini adalah satu sikap yang sangat tidak patriotik yang ditunjukkan oleh media pro pembangkang.
12. Sepatutnya usaha ini disambut oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira parti politik kerana yang dijulang adalah nama Malaysia itu sendiri pada akhirnya.
Harakah utusan rasmi Syiah. Memang PAS sudah diresapi Syiah. Terbaru, mereka menulis artikel di SINI
Kalau nak tahu siapa Ayatussyaitan Ali Khamenei ni, lihat gambar screenshot twitter dia. Dia ni maharaja lawak.
Antaranya: wali keramat:
Gambar 1: Ayatussyaithon Ali Khomenie: Aku sedang duduk bersama anak perempuan kecilku dan tiba-tiba ular besar melintas depan kami. Kami terlalu takut dan aku cuba membunuhnya. Ular itu melihat aku dan berkata "aku tidak akan mencederakan kau". Maka aku pun membiarkan ia. Kemudian ular itu menangis dan memukul dirinya dengan ekornya. Aku menangis menyaksikan kejadian itu.
Komen Syeikh Syaithan Hasan as-Safar: wahai wali Allah, jangan kau ceritakan itu kepada orang awam, nanti ramai akan jadi gila kerana mendengar kisahmu itu
Gambar 2: "Masih aku ingat suatu keadaan sukar yang terjadi kepadaku pada hari berlakunya letupan bangunan pada 11 September, ketika itu aku sedang berada ditingkat paling atas bangunan tersebut. Tika itu aku melihat sebuah kapal terbang datang. Lantas aku pun menyebutkan "Ya Husain", kemudian aku pun menukarkan serbanku menjadi payung terjun dan aku telah mendarat dengan selamat."
Gambar 3: hari ini saya pergi ke pantai di mana perairannya begitu masin dan tiada siapa yang suka pergi ke sana kerana kemasinan, apabila aku celup kaki aku tiba-tiba kemasinan telah hilang, saya menoleh ke belakang dan berkerumun ramai orang di belakang saya kerana hendak mandi di pantai ini!
Gambar 4: keratan akhbar harakah. Kononnya la dia menyelar, tak tahukah syiah ni taqiyyah?
Gambar 5: "Aku rindukan Sayyid Ayatullah Zahrsyadi. Tiba-tiba aku melihat beliau di dalam TV di siaran al-Kautsar sedang menyampaikan muhadharah. Lalu beliau pun tersenyum kepadaku, lalu aku pun memasukkan kedua tanganku ke dalam skrin TV, kemudian aku pun bersalaman dengan beliau"....
Aduhh.. memang lawak la si Ayatussyaitan Ali Khameneini, taktau la pulak kalau ada yang percaya kehebatan yang dia nyatakan tu, kalau benar dia ada kelebihan tu, ini bermakna kelebihan dia tu dah setaraf mukjizat seorang nabi.
Atas sebab demikian la umat Islam di dunia menolak syiah, malah syiah tak termasuk didalam mazhab-mazhab yang di iktiraf di dunia. Namun masih ada umat Islam yang sesat menyokong syiah. Contohnya sebilangan besar pengikut Pas. Sebab tu Pas kini kita sudah mengiktiraf Pas itu syiah, dan syiah itu sesat. Atas sebab itu, Pas sudah jadi sesat dan penyebar syiah utama di Malaysia.
Perlukah kita parti sebegini di Malaysia? Bayangkan kalau mereka yang mengambil alih tampuk kuasa di kerajaan pusat? Apa akan jadi pada semua jabatan agama? Majlis fatwa? Undang-undang Islam? Tak dapat Mc bayangkan.. jauhkan dari semua ini berlaku. McTheory: Habis la sesat anak cucu kita nanti.. semua kawin pakai niat saja..
Solat dan Tazkirah Maghrib di Masjid Al-Husin, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah menjadi kecoh dan tercemar oleh kehadhiran Dato Seri Anwar Ibrahim tadi.
Kumpulan yang menggelar diri mereka "Gerak Khas Perkasa' menentang kehadhiran Anwar. Mereka berkumpul dan mempamerkan tiga banner bertulis "Perkasa Kota Setar menentang penggunaan masjid sebagai pentas politik" dan dua banner pula menulis "Jangan pecah belah perpaduan khariah Masjid Seri Pumpong".
Anwar sampai ke Masjid Al Husin sebelum maghrib pada lebih kurang 7:20 PM dan bertembung dengan 50 orang berbaju hitam yang telah berhimpun di perkarangan masjid. Puak ini menjerit menuntut Anwar supaya berhenti.
keadaan menjadi kecoh sebaik anwar berucap lepas solat Maghrib. Hadhirin di dalam masjid membalas jeritan perkasa dengan mengutuk mereka yang menyuruh Anwar yang membaca al Quran suruh berhenti.
Buta betul orang Pas yang tidak sedar bahawa yang nak bercakap itu bukan malaikat tapi anak syaitan yang menyamar berbaju melayu dan songkok.
Seperti biasa, Anwar suka bila kecuh-kecuh ini dan terus berucap. Katanya apabila orang membaca al Quran menjerit lah mereka. Ramai hadirin menyahut dengan takbir Allah hu al akhbar. Sahlah yang dalam masjid bukan kariah tapi ahli-ahli dan penyokong parti politik PAS.
Kononnya Anwar kata dia bersimpati dengan mereka yang dia anggap sebagai mustahil untuk memahami agama dan akan menentang Islam. Ehhh ... bukan dia menentang hudud dan membela serta menggalakkan murtad dan LGBT?
Dia terus kelentong berkata dalam surah al Kafirun ada ayat berbunyi berkenaan "peringatan kepada orang muda".
Anwar mengatakan pihak membantah kita ini orang tidak pernah pergi ke masjid dan bersembahyang di masjid.
Yalah ... kalaulah orang dalam masjid ini tahu bahawa Anwar bukan saja memuja roh Teoh Beng Hock dengan memasang lilin ta[pi pernah bersembahyang mengikut cara orang Kristian dalam gereja dan cara orang Siam di Wat di Siam.
Si bangang dalam masjid pula menyahut takbir.
Pada jam 8:30 Anwar habis berucap dan Imam membaca doa.
Akhinya ada orang tutup power dan masjid menjadi gelap. Macam pondan Anwar mencicit lari untuk keluar dari Masjid ikut pintu belakang. Sampai lapan polis terpaksa kawal keamanan.
Orang yang ngata orang Perkasa tak sembahyang tak tunggu solat isya pun.
Puklul 8:30 pun dia tak solat isya tapi singgah makan dan berbual di rumah imam di belakang masjid kerana tiada jalan keluar.
Budak Perkasa masih tunggu depan. Akhirnya pukul 9 lebih baru nakpak dia keluar dengan kereta Alphard nombor WRV 9150.
Syabas Perkasa. Lagi berani orang yang tak ada cita-cita nak bertanding wakil rakyat dari orang muda tertentu yang senyap macam tikus. Macam mana yang tikus-tikus yang akan jadi pemimpin.
“Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini,” jelasnya melalui entri di blognya itu.
Itulah kenyataan budak-budak yang rasa hebat dan mendakwa tahu sejarah.
Oh ya. Siapa lantik mereka 'mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab...?'
Inilah masalahnya apabila semua nak bercakap. Yang tak berapa tahu pun berlagak macam pakar. Baru ada blog dah rasa hebat sangat. Baru baca dua tiga blog tentang sejarah dah rasa nak tulis semula sejarah!
Jangan-jangan sejarah nama sendiri pun tak berapa tahu!
Akhirnya timbullah macam-macam hal seperti yang berlaku di Selangor apabila Sultan Selangor tidak dijemput ke majlis rasmi sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri.
Kalau perkara asas pun tak tahu macamana nak buat perkara besar?
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Selama ini, pemimpin pembangkang terutama sekali PAS acapkali mempertikaikan sebarang acara sambutan di malam hari kerana beranggapan percampuran antara lelaki dan perempuan hanya akan mendedahkan kepada perilaku maksiat dikalangan muda mudi. Peliknya, tiba-tiba sahaja Himpunan Janji Demokrasi dengan tema Janji Bersih yang diadakan bermula 10.00 malam 30 Ogos 2012 sehingga 01.30 pagi dinihari 31 Ogos 2012 yang lalu, tidak pula dibantah atau dipertikaikan oleh mana-mana pemimpin PAS.
Walhal dalam program termasuk ramai anak gadis dan teman lelaki masing-masing dilihat berpeleseran tanpa teguran, yang bermotosikal erat berpeluk sakan tapi lebai-lebai PAS yang berkopiah berserban serta berjubah pula hanya sekadar memandang tanpa teguran. Sesiapa saja yang turut sama melihat suasana malam tersebut tentunya bersetuju betapa bebasnya muda mudi di malam itu ke sana ke mari termasuklah terpekik terlolong jantan betina dengan ada sesetengahnya berpakaian sendat termasuklah ada yang menampakkan punggung berisi.
Agaknya, dalam program malam hari yang melibatkan campur gaul lelaki dan wanita tidak menjadi haram dan tidak dianggap sebagai maksiat selagi ianya membabitkan PAS atau sekutunya. Halal untuk mereka tapi haram pula untuk orang lain. Double standard.
DISEBABKAN mereka tahu bahawa sokongan rakyat majoriti berpihak kepada Perdana Menteri.
Pembangkang tahu bahawa kepopularan Najib jauh melebihi gabungan Anwar, Nik Aziz, Lim Guan Eng.
Pembangkang tahu, mereka tiada peluang menang dan merampas Putrajaya pada PRU-13.
Melihat sambutan rakyat terhadap Najib, di mana-mana sahaja di negera ini, daripada Perlis hinggalah ke Sabah, sungguh luarbiasa, pembangkang mati akal, sehingga emosilah yang menguasai mereka.
Tindakan mereka membangkitkan kebencian dan kemarahan terhadap PM, bukan sahaja memakan diri sendiri, malah rakyat jelata semakin simpati terhadap kepimpinan Perdana Menteri.
Mungkin ramai terfikir bahawa isu ketiadaan Azizan Razak pada sambutan Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah itu di Sri Mentalon pada 25 Ogos lalu adalah merupakan isu hangat di negeri Jelapang Padi itu.
Sebagaimana maklum, banyak media menyiarkan laporan tentang Azizan yang tidak dapat hadir ke majlis sambutan tahunan tersebut ekoran keadaan kesihatannya yang uzur dan tidak mengizinkan Persuruhjaya PAS itu bersama rakyat di hari lebaran itu.
Bagaimanapun, topik utama yang paling hangat diperbualkan oleh pak-pak lebai PAS mengenai insiden pada hari tersebut bukanlah tentang ketiadaan Menteri Besar itu memandangkan mereka semua tahu Azizan sememangnya "parah" sebelum Hari Raya lagi.
Topik utama yang menjadi pilihan pak-pak lebai kulup PAS itu adalah mengenai ADUN Anak Bukit, Amiruddin Hamzah, yang telah menggantikan tempat Menteri Besar itu sebagai wakil untuk melayani tetamu yang hadir.
Sudah tentunya pada hari tersebut Amiruddin telah mengerahkan seluruh jentera politiknya untuk melobi diri sebagai pengganti jawatan Menteri Besar Kedah paling ideal sekiranya Azizan berjaya digulingkan.
Bagaimanapun, dikhabarkan Amiruddin langsung tidak menyuarakan keinginannya itu dikhalayak ramai, namun dia hanya mengunakan "soldadu-soldadu" untuk menjual namanya supaya dia dilihat popular dan paling layak berada di kerusi Azizan Razak.
Sebenarnya, para "warlord" PAS ada menghantar "soldadu-soldadu kerahan" mereka untuk hadir meninjau keadaan di majlis rumah terbuka MB Kedah tersebut.
Menurut sumber dalaman yang diperoleh baru-baru ini, lagak Amiruddin yang seolah-olah "lebih sudu dari kuah" di Sri Mentaloon itu telah menyebabkan ramai yang sakit hati, mengamuk dan merancang sesuatu terhadapnya.
Antara yang dikatakan tersinggung dengan lagak Amiruddin itu ialah "musuh politik" Azizan nombor satu iaitu Phahrolrazi Zawawi. Marahnya bukan kepalang terhadap Amiruddin yang bernaung di bawah PAS kawasannya…
Sumber memberitahu bahawa ADUN Pengkalan Kundur itu sememangnya berhajat untuk menggulingkan Pesuruhjaya PAS Kedah serta bakal menjadikan keuzuran serta hubungan baik Menteri Besar itu dengan para pimpinan UMNO sebagai alasan untuk menumbangkan Azizan.
Selain Phahrolrazi, antara pemimpin PAS lain yang marah pada Amiruddin kerana insiden "berlagak MB" itu adalah Mahfuz Omar, Dr. Ismail Salleh, Hamdan, Nasir Mustafa dan ramai lagi.
Bagaimanapun, sumber berkenaan tidak dapat mengemukakan bukti-bukti kemarahan "warlord-warlord" PAS Kedah tersebut memandangkan ia hanya berkisar dari mulut ke mulut.
Saya sebenarnya tidak terkejut dengan cerita itu memandangkan gerakan menjatuhkan Azizan sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah dan Menteri Besar telah bermula sejak tahun kedua selepas PAS berjaya berkuasa di negeri tersebut.
Pernah saya berbicara dengan Yusrin yang merupakan bekas menantu Azizan Razak dan bekerja di Pejabat MB Kedah memberitahu bahawa bekas mertuanya itu dijangka tidak lama memegang jawatan tersebut.
Menurut Yusrin, Azizan akan dipaksa turun dari kerusi Menteri Besar serta Pesuruhjaya PAS Kedah dengan alasan keuzurannya untuk menguruskan hal ehwal negeri Kedah dan parti di negeri itu.
Bagaimanapun untuk menjaga hati Azizan yang terkenal dengan panas barannya itu, gerakan konspirasi menjatuhkan Menteri Besar Kedah itu akan memberikan jawatan baru bergelar "penasihat PAS Kedah" kepadanya untuk menutup mulut.
Lagipun, puak-puak PAS di Kedah begitu khuatir dan meragui Azizan sekiranya dia bertindak keluar PAS serta menyertai UMNO akibat dari perbuatan mengenakannya itu.
Begitulah permainan politik PAS Kedah yang terkini. Kecoh memang kecoh dan dijangka Amiruddin yang kini sedang mengintai kerusi MB Kedah bakal berhadapan dengan ramai "warlord-warlord" PAS Kedah, khususnya dari Phahrolrazi Zawawi.
Kita tunggu saja kesudahan perebutan kuasa dan kemelut PAS Kedah yang semakin meruncing itu. Pastinya menarik untuk melihat mereka menafikan sengketa di antara mereka, namun secara realitinya kalau boleh mereka bagaikan peserta "royal rumble" bergaduh teruk!
Pengarah dan penerbit filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan menanti tindakan susulan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya gara-gara filem itu. Shuhaimi atau mesra disapa Shumi berkata, pada waktu ini pihaknya enggan memikirkan mengenai isu tersebut sehingga hasrat yang disuarakan Ahli Parlimen Ipoh Timur itu untuk mengambil tindakan benar-benar dilaksanakan.
"Kami hanya tunggu dan lihat sahaja buat masa ini. Kini kita lebih relaks dan bersabar dalam menghadapi isu itu walau apa sekali pun cerita yang ditimbulkan.
"Kami tidak mahu memikirkan sangat mengenai perkara itu melainkan pihaknya (Lim) benar-benar meneruskan tindakan undang-undang seperti yang dikatakan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.
Kontroversi berkenaan bermula apabila laman Facebook Tanda Putera memaparkan gambar Lim "dikasari" dengan kapsyen yang mendakwa ia diambil selepas beliau kencing di tiang bendera kediaman Menteri Besar Selangor di Kuala Lumpur sebelum rusuhan kaum 13 Mei 1969 berlaku.
Gambar itu bagaimanapun telah dikeluarkan daripada laman itu pada Julai lalu setelah krew produksi filem berkenaan menerima ugutan dan ancaman. Lim dalam kenyataannya sebelum ini berkata, gambar berserta kapsyen yang bertulis
"Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Harun Idris" di laman filem itu adalah tidak benar dan memalukannya pada mata khalayak.
Susulan itu, beliau mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan berbaur fitnah di laman itu. Mengenai dakwaan kononnya filem itu cuba mencetuskan isu perkauman, Shumi berkata, dia tidak mempunyai niat untuk memutar-belitkan fakta sejarah semata-mata untuk kepentingan tertentu.
"Sebagai penggiat seni, kami menghasilkan Tanda Putera mengikut apa yang berlaku dan tidak ada niat atau idea untuk memutar-belitkan fakta sebenar semata-mata untuk kepentingan atau agenda tertentu.
"Saya hanya mahu berkarya dan bukan mencari pasal dengan sesiapa pun menerusi karya-karya yang dihasilkan. Sebab itu saya hairan apabila beliau mahu saman kerana isu dalam laman Facebook itu sudah pun selesai," katanya. Tanda Putera yang dibarisi pelakon Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC). Filem genre epik kenegaraan ini akan ditayangkan pada 15 November depan.
Dunia hiburan telah digemparkan dengan laporan terbaru menerusi kenyataan Isteri kepada seorang pemuzik dan pendakwah Sham Kamikaze yang menuntut penceraian terhadap suami beliau pada 30 Ogos yang lalu. Farazila Abdul Jabar telah menfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam setelah mendakwa terdapat konflik dalaman melibatkan pasangan tersebut sejak 3 tahun yang lalu.
Farazila juga menjelaskan beliau tekad untuk menuntut kes ini ke mahkamah setelah dilihat tiada sebarang penyelesaian bersama Sham Kamikaze yang dilihat buntu melakukan tindakan menjernihkan semula hubungan tersebut.
"Saya ambil keputusan untuk memohon cerai daripada Sham kerana sudah tidak boleh hidup bersamanya lagi. Kami hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan sahaja. Beberapa konflik dalaman yang berlaku antara kami terlalu peribadi untuk saya dedahkan.
Ia menjadi sebab utama perceraian ini," katanya kepada wartawan media hiburan baru-baru ini.
ini lah juak-juak PAS ..dok sibuk petik gitar di ceramah2 sampai
mengabaikan isteri ...
Sebelum ini, terdapat spekulasi yang disebarkan mendakwa Sham Kamikaze telah melangsungkan pernikahan kedua pada bulan Januari yang lalu. Akan tetapi, Farazila menafikan gosip tersebut merupakan faktor pendorong beliau melakukan tuntutan penceraian ini.
"Ia (bercerai) bukan kerana cerita itu. Jika benar Sham bernikah lagi, saya sebagai isteri pertamanya reda bermadu tetapi sikap tidak bertanggungjawabnya dalam urusan rumah tangga membuatkan saya kecewa dan tawar hati.
"Mengenai cerita dia bernikah lagi, tiga kali saya bertanya kepada dia untuk kepastian tetapi dia tidak mengaku dan berdolak-dalik. Malah, dia mula menjauhkan diri, tidur berasingan dan bersikap kasar terhadap saya," katanya.
Sementara itu, Sham Kamikaze dalam kenyataannya berkaitan tuntutan isteri beliau itu meminta jasa baik pihak media agar tidak mengeluarkan sebarang pandangan yang tidak menepati situasi sebenar yang berlaku kedua-dua pasangan tersebut. "Jangan buat spekulasi dan tohmahan atau apa yang anda tidak jelas.
Yang pasti, semuanya akan terjawab apabila tiba masanya kelak Insya Allah," tulis Sham Kamikaze. Bersabarlah menunggu kenyataan rasmi daripada saya kelak InsyaAllah. Diharapkan agar para sahabat semua tidak memanjangkan pertanyaan itu kepada mana mana pihak," tambah beliau lagi. Untuk rekod Sham Kamikaze telah melangsungkan perkahwinan bersama Farazila pada 17 Ogos 2008. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara rahsia di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor.-KL POS -
Polis Kuala Lumpur melalui laman Facebook pada Isnin menyiarkan 11 keping gambar yang dirakam pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata orang ramai yang mengenali individu dalam gambar tersebut diminta tampil menyalurkan maklumat kepada polis.
Mereka boleh berbuat demikian kepada mana-mana pegawai polis, balai polis atau Hotline Polis Diraja Malaysia di talian 03-20319999 atau Hotline Polis KL di talian 03-21159999.
"Mereka juga boleh berhubung terus dengan ASP Azmi Abd Azizi di talian 019-2602344," kata Ku. Ketika perhimpunan ambang merdeka, Khamis lalu sekumpulan peserta perhimpunan itu dilihat memijak gambar pemimpin negara, membawa bendera 'baharu' sebagai pengganti Jalur Gemilang dan ada yang menunjukkan punggung di khalayak ramai. -BERNAMA
Hari sejarah bendera Sang Saka Malaya mula menjadi topik hangat perdebatan . Akhirnya Anwar yang sebelum tuduh budak UMNO hari ini terpaksa pertahan penyokongnnya dengan berhujah bendera itu juga ada persamaan dengan bendera Sang Saka Bangsa parti UMNO .
Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pengibaran bendera Sang Saka Malaya itu. Menurut Anwar, bendera Sang Saka Malaya merupakan sebahagian dari sejarah negara. "Sang Saka (Malaya), mengikut interpretasi anak muda, haruslah diperkenalkan kerana ini juga salah satu bendera yang diperkenalkan oleh pejuang-pejuang bangsa. "Apa salahnya generasi muda mengetahui tentang sejarah, tentang Sang Saka?,"katanya yang turut mendakwa bendera Umno juga nama asalnya ialah Sang Saka Bangsa.KLIK DI SINI
Memang ia diperkenalkan oleh pejuang-pejuang bangsa terdahulu tetapi dengan adanya Jalur Gemilang yang dijadikan bendera rasmi sejak merdeka , mengapa perlu lagi pengibaran bendera lain ??
Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan , perpaduan dan agama negara ini . Tak perlu Anwar guna alasan sejarah pulak dan persoalannya mengapa sekarang baru nak kibarkan ??
Cancelor Universiti Kolej Damansara Utama (KDU), Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mempertikai tindakan pihak-pihak tertentu yang mengibarkan bendera alternatif ketika himpunan Gabungan Janji pada malam sambutan ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka malam Khamis lalu. Menurut pakar sejarah itu, bendera Jalur Gemilang telah diterima oleh majoriti rakyat negara ini semenjak tahun 1957. "Kenapa baru sekarang nak timbulkan soal bendera merah putih? "Bendera yang ada kaitan dengan satu negara, diputuskan oleh majoriti rakyat. Bendera yang digunakan sekarang sudah diterima oleh rakyat semenjak tahun 1957," katanya seperti dilaporkan The Malaysian Insider Khoo juga menyifatkan tindakan mengibarkan bendera alternatif oleh pihak tertentu sebagai tindakan ahli politik yang tidak ada kerja lain. "Kalau majoriti rakyat nak tukar bendera, bolehlah tukar. "Kalau tidak kita guna sahaja yang sedia ada," katanya lagi.
Tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang menurunkan ratusan Jalur Gemilang dan bendera Barisan Nasional (BN) di sepanjang jalan Bagan Jermal dan Jalan Gottlieb di sini dianggap tidak patriotik. Pengerusi Barisan Nasional Negeri, Teng Chang Yeow berkata, oleh kerana bahang sambutan kemerdekaan ke-55 masih terasa, tindakan MPPP itu dilihat langsung tidak sensitif dan tidak menghormati Jalur Gemilang.
Chang Yeow berkata, beliau percaya tindakkan penguatkuasaan itu sudah pastinya diarahkan oleh Yang Dipertua MPPP selepas menerima arahan 'pihak atasan'.
"Kalau mereka nak turunkan bendera BN sahaja kita boleh terima, namun apa yang membuatkan kami marah apabila Jalur Gemilang yang turut dipasang juga dicabut dan dirampas.
"Kesemua bendera ini dipasang di kawasan persendirian dan sekiranya mereka nak turunkan bendera parti politik kenapa hanya bendera BN sahaja yang diturunkan dan mengapa bendera parti lain dibiarkan begitu sahaja," katanya ketika ditemui media selepas melancarkan program semboyan dibunyikan peringkat Parlimen Bukit Bendera di sini, semalam.
Chang Yeow berkata, beliau tidak faham apakah peruntukan undang-undang yang digunakan oleh MPPP sehingga terpaksa mengerahkan penguatkuasa menurunkan bendera BN dan jalur gemilang termasuk di kawasan persendirian. "
Kita akan menuntut semula bendera-bendera yang telah dirampas MPPP itu dan kita mahukan penjelasan mengapakah kesemua bendera dan Jalur Gemilang ini dicabut dan dirampas," katanya.
Difahamkan lebih 300 bendera BN dan Jalur Gemilang yang dipasang pada awal pagi 31 Ogos lalu telah diturunkan sepasukan penguat kuasa MPPP pada malam hari yang sama.
Sabtu lalu, media melaporkan kira-kira 1,000 bendera BN dan Jalur Gemilang yang dipasang sempena program pelancaran 1Malaysia Brother's di Paya terubong turut diturunkan MPPP.
Sinar Harian cuba menghubungi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Datuk Patahiyah Ismail untuk mendapatkan penjelasan namun gagal. Difahamkan, MPPP akan membuat satu sidang media berhubung garis panduan pemasangan bendera hari ini. -
Komen GPB
MPPP kini dah jadi macam gestapo regim DAP, tindakan mereka jelas paling biadap sekali terhadap Jalur Gemilang kebanggaan rakyat Malaysia . Belum pernah lagi dalam sejarah agensi kerajaan menurunkan Jalur Gemilang yang digantung sempena bulan Kemerdekaan .
YDP MPPP Datuk Pathahiyah harus meletakkan jawatan di atas tindakan rakus dan zalim ini. Apa dosa Jalur Gemilang ini diturunkan ??
Kerajaan DAP nak ikut seperti budak janji BERSIH mahu tukar bendera ka ??
- Tindakan peserta Himpunan Janji Bersih memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuktikan pembangkang menerapkan budaya politik kebencian di kalangan penyokong mereka. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan itu tidak memberi sebarang kebaikan kepada mana-mana pihak, sebaliknya hanya mendedahkan sisi kebodohan pelakunya.
Beliau berkata, tindakan peserta perhimpunan itu juga menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab pembangkang dalam menanam rasa benci terhadap pemimpin negara.
"Tindakan itu langsung tidak memberi kebaikan kepada rakyat, sebaliknya gambaran bahawa rakyat (golongan itu) bukan semakin matang tetapi semakin bodoh. Beginilah budaya kerajaan yang akan didirikan oleh pembangkang," katanya.
Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd. Najwan Halimi mendakwa dirinya adalah pereka bendera yang didakwa oleh penyokong Himpunan Janji Bersih akan menggantikan Jalur Gemilang. Bendera merah putih seakan bendera Singapura itu dibawa penyokong himpunan tersebut di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu dan dinamakan sebagai 'Sang Saka Malaya'.
Berdasarkan laman Twitter @NajwanHalimi, pemimpin muda daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilaporkan berkata, 'Sang Saka Malaya akhirnya dikibarkan oleh anak-anak muda!' Mohd. Najwan juga telah membuat penjelasan terperinci di laman blognya di http://www.najwanhalimi.com/2009/08/sang-saka-malaya.html dengan memberitahu bendera tersebut direkanya sempena memperingati sambutan kemerdekaan pada tahun 2007.
Memang biadap sekali seorang pemimpin yang mimpi nak jadi PM Malaysia boleh bercakap " tidak ada isu " pasal kerajaan PKR Selangor tak jemput DYMM Sultan Selangor ketika majlis sambutan Kemerdekaan ke 55 .
Sebabnya , dia rasa lebih besar daripada Sultan dan hendak menjadi tetamu khas di sana walaupun berjawatan hanya Penasihat Ekonomi kerajaan negeri itu . Pemimpin seperti ini ke nak diharapkan dapat mempertahankan kedaulatan institusi Raja jika mereka berkuasa di Putrajaya kelak ??
"Tidak ada isu. Tapi, tak mengapa. Kita boleh minta Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) mengadap (Sultan Selangor). Tidak ada masalah," katanya. KLIK DI SINI Dalam siri pertama peraturan 1 Republik Malaysia, MyMassa telah kongsi video Anwar Ibrahim tak hormati Rukunegara (http://mymassa.blogspot.com/2012/09/peraturan-1-republik-of-malaysia.html).
Peraturan kedua bagi Republik Malaysia ciptaan Anwar Ibrahim adalah Presiden lebih tinggi darjatnya dari Sultan. Majlis yang sepatutnya dirasmikan oleh DYMM Sultan, telah di'hijack' oleh Anwar Ibrahim.
Bayangkan pakatan pembangkang berani buat perkara macam ni walaupun kalau ikut kedudukan Anwar Ibrahim dalam istiadat rasmi negeri, dia bukan siapa-siapa kerana jawatannya dalam Kerajaan Negeri juga tidak digazetkan. Baru pegang Kerajaan Negeri, PKR dah berani derhaka, bayangkan kalau menang PRU ke-13 peringkat pusat!!!! Bersambung ke peraturan seterusnya.... *Jangan lupa bahawa Anwar Ibrahim dah 'praktis' macam mana nak rampas dari kesultanan Melayu. Ini buktinya. sumber : mymassa
Tak sangka juga tarian Gangnam Raya pun dah dibikin oleh orang Melayu .... Orang Melayu ini pantang betul kalau tengok yang best-best , semua nak ditiru .... tapi tak dinafikan memang popular seluruh dunia dah Gangnam ini ..
Ramai dah rakyat di Malaysia ini dah gila tarian Gangnam ....
Tapi pandangan oleh tokoh agama terkenal , Ustaz Azhar Idrus melarang melakukan perbuatan ini jika melihat komen di fb beliau ...
1. HarakahDaily ada mengeluarkan artikel (Baca di sini) mengenai Tweet Merdeka yang kononnya memalukan kerana terdapat bots ataupun kiriman tweet secara automaton serta akaun palsu (fake account).
2. Perkara ini turut disebut oleh MalaysiaKini. (Baca di sini)
3. Tetapi Harakah Daily tidak terlebih dahulu memahami tentang Tweet Merdeka itu sendiri dan sistem yang digunakan oleh Twitter.
4. Lebih malang lagi apabila penulis MalaysiaKini, Nigel Aw secara bodohnya telah mengaitkan dengan Tweet Merdeka ini dengan undi Pilihanraya. Rekod tweet terbanyak dalam masa sejam membolehkan satu akaun tweet untuk mengirimkan tweet sebanyak mungkin tweet dalam masa sejam bukannya satu akaun satu tweet sahaja.
Tweet Merdeka.
1. Tweet Merdeka adalah satu kejadian yang dirancang untuk menempa dua rekod baru di dalam Malaysia sekaligus meletakkan nama di dalam Malaysia Book of Records.
2. Rekod yang ingin ditempa adalah:
a. Himpunan Twitter Terbesar di Dunia (Sasaran 10,000 peserta)
b. Tweet terbanyak di dalam masa satu jam menggunakan #Merdeka55 (Sasaran 20,000 untuk rekod, 100,000 sasaran penganjur, 1,000,000 sasaran DSU Rais Yatim)
3. Maka cubaan terhadap 2 rekod ini bukanlah politikal malahan bersifat patriotik kerana hendak menaikkkan nama Malaysia sebagai pemegang rekod dunia di dalam arena media sosial.
4. Tetapi malangnya, sifat pembangkang yang selalu hendak menidakkan kejayaan Malaysia seperti mana sebelum ini dilakukan terhadap Dato' Lee Chong Wei masih lagi tidak berubah.
Pemahaman Tentang Rekod Tweet Terbanyak Dalam Sejam.
1. Twitter adalah satu sistem terbuka yang membolehkan sesiapa sahaja mendaftar sebagai pengguna.
2. Promosi tentang cubaan menempa rekod ini sudah berlangsung lebih daripada sebulan dengan penglibatan selebriti tanah air sendiri seperi Fizo Omar, Lisa Surihani, Shaheizy Sam dan ramai lagi.
3. Malah, Tweet Merdeka langsung tidak menghalang ahli politik pembangkang untuk turut sama mengirim Tweet menggunakan #Merdeka55.
4. Maka, sebagai rakyat Malaysia yang patriot, tidak salah untuk berusaha mengirimkan tweet sebanyak mungkin pada waktu tersebut. Dengan sikap rakyat Malaysia yang tidak pernah dan mahu mengaku kalah, maka usaha ini dijalankan dengan bersungguh-sungguh.
5. Malah, dengan hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan dan peluang untuk berinteraksi dengan PM @NajibRazak secara lansung juga menaikkan lagi semangat rakyat Malaysia untuk mengirimkan tweet sebanyak mungkin.
6. Di atas pemahaman ini, mungkin terdapat segelintir rakyat Malaysia yang cuba mengambil peluang untuk menaikkan lagi kebarangkalian untuk mereka memenangi hadiah ataupun menjadi pilihan tweet untuk dibalas oleh PM.
7. Maka pelbagai cara diusahakan untuk mencapai perkara tersebut.
8. Maka penggunaan sistem seperti Tweet Deck untuk mengirimkan Tweet secara pukal tidak dapat dihalang.
9. Malah, ini juga membuka peluang untuk pihak luar yang tidak bertanggung jawab untuk sabotaj cubaan ini.
Kemungkinan Sabotaj Pembangkang.
1. Tidak sampai sehari, HarakahDaily dan MalaysiaKini telah mengeluarkan artikel yang menyatakan tentang wujud bots, akaun palsu dan lain-lain lagi hal untuk mengurangkan integriti terhadap cubaan terhadap rekod tersebut.
2. Perkara ini mungkin dirancang sendiri oleh pihak pembangkang. Mereka mungkin memasang beberapa akaun palsu, bots untuk turut serta bersama di dalam #Merdeka55, kemudian mendakwa bahawa Tweet Merdeka ini tidak sah dan terdapat cubaan menipu dan sebagainya.
3. Tetapi barang siapa yang turut serta tweet semasa jam 8.12 mlm sehingga 9.12 malam langsung tidak dapat melihat timeline Twitter pada waktu tersebut kerana terdapat lebih kurang 1003 tweet dikirimkan dalam masa 1 saat secara puratanya.
4. Maka mereka yang dapat kesan tweet berulang ini barangkali telah merancangnya terlebih dahulu kemudian kononnya mendedahkan perkara ini sebagai akaun palsu langsung memburukkan nama pihak Kerajaan yang mengumumkan kejayaan ini.
5. Malah sehari sebelum kejadian, pihak Telco yang telah menaikkan sistem kapasiti jalur lebar di stadium telah disabotaj dan pelbagai masalah lagi yang berlaku sebelum hari kejadian.
6. HarakahDaily dan juga MalaysiaKini menggunakan PoliTweetOrg sebagai bahan rujukan mereka.
7. Namun begitu, PoliTweetOrg tidak mengumumkan apakah sistem yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tersebut.
8. Ini kerana kami mendapat laporan bahawa terdapat beberapa sistem yang digunakan untuk memantau #Merdeka55 ini mencapai limitasi mereka kerana terlalu banyak tweet dikirimkan pada sela masa tersebut.
9. Terdapat juga kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh PoliTweetOrg yang menyokong Tweet Merdeka tidak diketengahkan oleh HarakahDaily dan juga MalaysiaKini.
10. Mereka memilih untuk mengeluarkan kenyataan yang membina persepsi negatif orang awam terhadap Tweet Merdeka #Merdeka55.
11. Ini adalah satu sikap yang sangat tidak patriotik yang ditunjukkan oleh media pro pembangkang.
12. Sepatutnya usaha ini disambut oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira parti politik kerana yang dijulang adalah nama Malaysia itu sendiri pada akhirnya.
Apabila kibaran Jalur Gemilang di Patani lebih betul dari di dalam negara, kelakar pun ada, sedih pun ada. Dalam bersemangat mengibar Jalur Gemilang, pernahkah kita ketahui cara pengibaran yang betul? Banyak cerita bendera je teman yer. Tak per la, masih lagi dalam bulan kemerdekaan.
Sungguh agak memalukan, kibaran dengan cara salah berlaku di negara ini manakala kibaran simbolik menyindir pemerintah Thailand di Patani yang tidak kena mengena dengan sambutan kemerdekaan kita baru-baru ini pula, kibaran yang betul. Mari lihat :
Sumber laman web Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Terima kasih UPAK, JKM Sarawak.
Ini yang dijumpai di sebuah taman perumahan di Ipoh.
Ini yang dikibar oleh pihak yang menyindir pemerintah Thailand di Patani.
Diharapkan pihak-pihak yang terbabit menggantung bendera di negara ini peka dengan tatacara mengibar bendera kerana cara mengibar yang salah, pastinya memberi persepsi yang salah. Adakah ia bentuk protes atau apa-apa yang semaksud dengannya.
Oleh kerana British East India Company telah terlibat membiaya kumpulan British di dalam Civil War di Amerika Utara hingga pihaknya menang dan berjaya menubuhkan Amerika Syarikat, bendera British East India Company telah dipakai sebagai bendera tidak rasmi Amerika Syarikat, sebuah negara baru merdeka dengan 13 buah negeri tercantum dengannya dengan jelas sekali walaupun dinafikan oleh mereka yang berkepentingan dalam hal mengelak untuk mengiyakan pembabitan syarikat tersebut dalam Civil War tersebut. Dari mana pula datangnya bendera British East India Company atau SHTI - Syarikat Hindia Timur Inggeris seperti dalam buka sejarah sekolah kita itu?
Bendera British India Company adalah ubahsuai dari bendera kapal (umbul-umbul) Empayar Majapahit yang berkibaran di merata pelusuk Kepulauan Rempah yakni Nusantara pada saat awal kedatangan mereka. Oleh kerana British East India Company yang berpengkalan di India mahu menguasai perdagangan hingga ke China, mereka perlu menempuh laluan kibaran bendera Majapahit.
Pengubahsuaian umbul-umbul Majapahit ini yang digunapakai oleh konglomerat British East India Co. ini membolehkan British berurusan dengan mudah di Nusantara kerana dilihat sangat bersahabat dengan penduduk kepulauan ini pada awal kedatangan mereka. Namun mereka mengubahnya dengan 13 jalur. Kita mungkin pernah tahu 13 itu melambangkan apa dan British East India Company itu di naungi oleh siapa.
It has been suggested that the stripes were inspired by the flag of the Majapahit Empire, whose flags may still have flown across the Spice Islands in the Company's early days.
At the time of the American Revolution the East India Company flag would have been identical to the Grand Union Flag. The flag probably inspired the Stars and Stripes (as argued by Sir Charles Fawcett in 1937).[22] Comparisons between the Stars and Stripes and the Company's flag from historical records present some convincing arguments.
The John Company flag dates back to the 1600s whereas the United States adopted the Stars and Stripes in 1777.[23]
The stripes and gridlike appearance of the flag gave rise to several pieces of imperial slang. Most notably is the phrase 'riding the gridiron'; this referred to travelling on a ship flying the company flag to / from India. - Wikipedia
Hakikat ini cuba ditutup oleh sesetengah ahli akademik Amerika Syarikat bagi mengelakkan tersingkapnya peranan British East India Company dalam pembikinan negara tersebut namun ia disingkap seluasnya oleh banyak forum-forum diinternet. Dalam bendera USA sendiri, maksud warna putih dan merah itu sama seperti maksud warna putih dan merah dalam bendera Indonesia yang dikatakan sebagai warisan Majapahit.
"The colors of the pales (the vertical stripes) are those used in the flag of the United States of America; White signifies purity and innocence, Red, hardiness &valour, and Blue, the color of the Chief (the broad band above the stripes) signifies vigilance, perseverance & justice." - http://www.usflag.org/colors.html
Bendera Indonesia memiliki makna filosofis. Merah berarti berani, putih berarti suci. Merah melambangkan tubuh manusia, sedangkan putih melambangkan jiwa manusia. Keduanya saling melengkapi dan menyempurnakan untuk Indonesia. - http://id.wikipedia.org/wiki/Bendera_Indonesia
Kesimpulannya, maka benarlah Jalur Gemilang yang digunakan hari ini juga adalah warisan Nusantara kerana penambahan warna biru dan bulan bintang kuning pada sudut kiri sebelah atas itu sangat lebih cenderung memberi bermaksud penjajahan British ke atas warisan Majapahit itu telah berakhir dan digantikan dengan pemerintahan bangsa Nusantara yang Islam.
Mujur sahaja Malaysia mengelak gubahan umbul-umbul Majapahitnya dari memiliki 13 jalur seperti Amerika Syarikat dengan menambahkan satu jalur lagi sebagai makna keseluruhan 13 negeri membentuk satu persekutuan, walaupun hakikatnya pada ketika penubuhan Malaysia, terdapat 13 buah negeri yang bersatu membentuk Malaysia.
Keterangan ini mungkin tidak dijumpai dalam mana-mana buku sejarah dalam negara ini kerana ia melibatkan isu antarabangsa hari ini yakni hubungan Malaysia - Indonesia. Tetapi, untuk mengatakan Jalur Gemilang adalah warisan ciptaan penjajah, fikirkan sendiri.
Hakikat yang tidak diketahui oleh ramai orang ialah, tanah Majapahit di mana bendera merah putih yang dipakai Indonesia hari ini berkibar, hanyalah tanah Jawa. Di luar tanah Jawa, naungan Majapahit disebut Nusantara. Ini boleh dirujuk dari Sumpah Palapa yang dibuat oleh Perdana Menteri Majapahit, Patih Gajah Mada. Majapahit, seperti juga Melaka hanya menaungi, dan bukanlah menjajah.
Ini juga memperlihatkan penggunaan bendera Majapahit sebagai asas kepada bendera Singapura adalah tidak langsung relevan kerana Singapura terletak diluar tanah Jawa dan termasuk di dalam kawasan Nusantara. Ini kerana menurut ahli sejarah, yang berkibar di serata Nusantara pada zaman Majapahit hanyalah umbul-umbul Majapahit, yakni bendera bala maritimnya iaitu jaluran merah putih berjumlah 9 baris.
Tetapi justifikasi penggunaan tersebut kita ketahui sebabnya kerana keluarnya Singapura dari Malaysia (1965) adalah pada ketika berlakunya konfrontasi Malaysia dan Indonesia (1962 - 1966) dan sudah tentulah Singapura memilih untuk cenderung bersemangat Indonesia.
Hanya mereka yang malas mengkaji dan orang luar yang terlalu disogok oleh pemuka-pemuka kebangsaan melulu sahaja yang menyebut bendera Malaysia itu merupakan ciplakan bendera Amerika Syarikat. Padahal Amerika Syarikat menciplak dari British East India Co. yang menciplak dari Majapahit di mana Majapahit meyambung warisan merah putih dari Srivijaya.
Tidak mengetahui bukanlah satu kesalahan. Kesalahan cuma timbul apabila sudahlah tidak berpengetahuan, dicuba pula untuk memporak-perandakan fikiran orang lain. Contohnya si guni padi di bawah ini :
Apabila kebodohan berleluasa, si bodoh tidak akan malu untuk menunjukkan kebodohannya kepada umum. Lagu Negeri Perak mula dipakai 1888 manakala Terang Bulan hanya muncul pada tahun 1930an.
Memalukan! Sudahlah diturunkan Jalur Gemilang ketika sambutan kemerdekaan masih berjalan, dicampak pula ke tanah. Sikap warga jenis sial ini terserlah pada kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang layak diludah muka mereka.
Lihatlah pemerintah Thailand yang menangani isu bendera Malaysia di Patani. Mereka mengetahui tindakan tersebut telah memalukan maruah negara mereka tetapi mereka amat memahami bahawa bendera itu merupakan lambang martabat negara walaupun pengibaran tersebut jelas membuatkan mereka panas hati.
MPPP campak Jalur Gemilang, bendera BN
PULAU PINANG 1 Sept. - Persiapan majlis pelancaran penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) 1Malaysia Brothers (1MB) yang dijadualkan berlangsung malam ini terjejas apabila Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bertindak menurunkan termasuk mencampak ratusan bendera Malaysia dan bendera Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung 1MB, Zainudin Jaafar berkata, beliau dimaklumkan oleh ahlinya mengenai tindakan MPPP itu dan terus bergegas ke situ bagi mendapatkan penjelasan namun kecewa kerana dimaklumkan tindakan itu merupakan 'satu arahan'.
"Kami mula memasang kira-kira 1,000 Jalur Gemilang dan bendera BN pada 31 Ogos lalu untuk menyambut ketibaan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin yang akan melancarkan kelab kami dan kecewa kerana program ini cuba disabotaj pihak tertentu.
"Ini bukanlah program haram kerana telah dimaklum kepada pihak polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum ini, namun saya kesal kerana MPPP bertindak tanpa berunding atau memberi amaran terlebih dahulu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi 1MB, Khoo Boon Eam.
Menurut Zainudin, mungkin terdapat pihak-pihak tertentu yang berasa terancam dengan sokongan padu pihaknya kepada BN dan mengarahkan MPPP pergi ke tempat berkenaan seawal pukul 2 pagi.
Sementara itu, Boon Eam berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan MPPP mempersendakan Jalur Gemilang apabila bertindak mencampakkan ratusan bendera kebangsaan itu ke atas tanah.
"Majlis ini akan tetap diteruskan dan semangat kami tidak akan luntur untuk terus bersama BN bagi menjadi penyuntik semangat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.
Menurutnya, seramai 283 ahli NGO itu terdiri daripada pelbagai bangsa dan penduduk Pulau Pinang terutama di pulau, kampung dan taman perumahan.
Walaupun dipermalukan oleh kibaran Jalur Gemilang, pihak Thailand sangat menjaga kedudukan bendera sesebuah negara. Malangnya, ribuan Jalur Gemilang dicampak ke tanah oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang rendah mentalitinya.
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SHAH ALAM, Sept 2 (Bernama) -- Employees of Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) which manages the student hostels of Universiti Selangor (Unisel), are planning to go on strike, since Unisel had failed to settle their salary since July. JNSB Student Community head Noorashikeen Mohd Stap said prior to this, Unisel had assured that it would pay the arrears and urged JNSB to open the student registration counters in Bestari Jaya, Kuala Selangor for the new semester on Aug 23. However, she said, until today, 55 JNSB workers have yet to receive their half-month pay for July and salary for August. "We received half of our pay for July, after staging a strike on Aug 10. We opened the registration counter on Aug 23, after a discussion with State Secretary Datuk Mohammad Khusrin Munawi. "However, we are disappointed that the management did not pay the balance of our pay for July and our full pay for August," she said when contacted, here, Sunday. Noorashikeen said, due to the irresponsible attitude of Unisel, many of her colleagues had started looking for other jobs while some had quit. She also said 3,200 students had received their keys and were staying at 44 hostel blocks since Aug 23. "We have given our full cooperation. We have opened the counters when requested to do so. But where are our salaries? she asked. Newspapers had reported that Selangor Barisan Nasional (BN) deputy chairman Datuk Seri Noh Omar had said that Unisel owed JNSB RM15 million. The debt included cost of maintenance at the main campus and the operation of the hostels at the university which belongs to the Selangor state government. In a follow up, the Selangor state government announced the setting up of an arbitration panel headed by Muhammad Khusrin to settle the problem between Unisel and JNSB. tunku : they can't even pay to their staff and they are talking about free education. without free education they failed to pay salaries, i wonder with free education what will happen then. pakatan government walk the craps.
Nik Aziz: Shameful act to step on pictures of national leaders.
KOTA BARU: PAS spiritual leader and Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat has described the action of a few people who stepped on the pictures of the nation's leaders on the eve of the Independence Day celebration in Kuala Lumpur as a very shameful and saddening act. He said the act did not reflect the culture of Malays and Muslims. "This is not the work of Malays and Muslims. They are neither Malays nor Muslims. "This is very shameful and saddening, the photograph that I saw was not of a Malay (the perpetrators of the act). "We Muslims are taught not to disturb others. If others do it to us, we will get angry," he told reporters when attending an Aidilfitri gathering on Sunday. He was commenting on the rude actions of a number of participants of the "Janji Bersih" illegal assembly held in Dataran Merdeka in the Federal Capital on the eve of Independence Day Aug 30. They had stepped on the pictures of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his wife Datin Seri Rosmah Mansor at the protest gathering. Nik Aziz also did not agree with the action of the participants of changing the Malaysian flag with a new flag which was red and white, colours akin to the Singaporean flag. "It not easy to replace (the national flag), have to discuss for years. What is our intention of changing the flag, our flag has already been accepted by the world, there is no need to smear to our flag," he said. - Bernama
tunku : to me it is "kurang ajar" act. those people need to be taught a lesson. they should know where they are. this is not the western country.even if it is in china, they will be shot dead by the rulers there if they did such act.what to do, they learn from their leaders.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Saya tersenyum membaca berita sekumpulan kecil orang India, menamakan diri mereka sebagai Pasukan Tindakan Kebangsaan Hak Orang India atau singkatannya Niat, yang mendesak kerajaan memenuhi tuntutan luar biasanya. Kumpulan ini diketuai seorang India Muslim yang kononnya bergelar Dato' bersama bekas ketua Majlis Peguam, juga ketua penyokong LGBT. Antara desakan mereka supaya kerajaan supaya melantik Timbalan Perdana Menteri kalangan bangsa India selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13). Banyak lagi tuntutan lain yang tidak perlu disebutkan, seperti membuka sekolah berasrama penuh kepada semua kaum. Lebih lucu lagi mereka mendesak supaya bilangan menteri kabinet India ditambah kepada tiga dan empat timbalan menteri.
Lelucon, mereka juga mahukan timbalan menteri besar India, di beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Selain itu, kerajaan didesak menubuhkan Jabatan Pembangunan dan Kebajikan Kaum Minoriti.
Persoalan saya, siapa mereka ini yang diberikan publisiti meluas di laman web ultra kiasu? Perlukah kerajaan tunduk kepada nyamuk-nyamuk ini? Buruk sangatkah layanan kerajaan terhadap kaum minoriti? Pesan saya, janganlah bermimpi di siang hari. Kalau boleh, jangan tidurpun.
Belajarlah dari sejarah. Jika mahu diwujudkan pun jawatan dua atau tiga Timbalan Perdana Menteri, orang yang lebih layak adalah wakil daripada Sabah dan Sarawak, bukannya orang India yang hanya mewakili 7 peratus, mahukan populasi Cina yang lebih besar, 25 peratus. Lagi pula, tidak ada satu penempatanpun (parlimen atau DUN) di negara ini, orang India menjadi majoriti.
Sistem pembahagian jawatan kabinet hari ini sudah cukup baik. Nasib minoriti sentiasa terbela. Malah mereka mendapat lebih dari apa yang sepatutnya. Suara-suara mereka sentiasa didengar kerajaan. Bandingkan sahaja dengan minoriti Islam di tempat atau negara lain. Hak dan suara orang Islam langsung tidak dipedulikan, malah dianiaya, diseksa dan dibunuh dengan kejam.
Kenapa tidak berlaku diskriminasi sedemikian rupa? Jawapannya, kerana Islam tidak membenarkan. Agama Islam anjurkan kita bertoleransi dengan orang lain, walaupun apa jua kedudukan mereka, kecuali kafir harbi. Ajaran Islam telah mengajar orang Melayu (Islam) supaya berlaku adil, yakni meletakkan sesuatu pada tempatnya atau memberi hak kepada yang berhak. Jika ditakdirkan orang Melayu tidak memeluk Islam 600 tahun lalu, apakah akan terjadi kepada kaum minoriti ini? Fikir-fikirkan.
Tinjau-tinjaulah sama nasib umat Islam yang menjadi minoriti di tempat lain seperti Rohingya, Selatan Thai, Selatan Filipina, atau di mana-mana sahaja umat Islam menjadi minoriti. Nasib mereka tidak tentu keruan antara hidup dan mati. Hidup diseksa, mati merana.
Pendek kata, apabila umat Islam diperintah, umat Islam menderita. Manakala, apabila umat Islam memerintah, bukan Islam dan minoriti hidup senang lenang. Hari ini mereka mahukan semua. Apa yang diperolehi oleh orang Islam dan bumiputera, mereka tidak boleh dikecualikan.
Siapakah yang perlu memberikan laluan dan mengorbankan haknya? Sudah tentu yang menjadi mangsa nanti adalah orang Islam. Nak harapkan ultra kiasu, mereka tidak akan mengalah walau seinci.
Sebab itulah sistem pentadbiran dan pengurusan politik di Malaysia nampak pelik. Mari kita lihat antara salah satu kepelikannya. Negara sekecil Malaysia mempunyai saiz kabinet begitu besar. Terdapat 33 menteri penuh, tidak berbaloi dengan saiz dan bilangannya. Negara-negara lain yang saiznya berganda-ganda lebih besar daripada Malaysia, tidak ada bilangan menteri kabinet yang begitu banyak. Ini tidak termasuk beberapa timbalan menteri dan beberapa jawatan khas yang diwujudkan, khusus untuk menjaga kaum tertentu.
Misalnya, Amerika Syarikat, saiz menteri kabinetnya antara 15-23 orang, Australia 21, Japan 19, Britain,23, Turkey 26, Arab Saudi 23, Thailand 26 dan Singapura 17. Ringkasnya, amat jarang negara yang mempunyai menteri kabinet melebihi 30 orang, hatta negara yang bersaiz begitu besar sekalipun.
Persoalannya, kenapa Malaysia sebagai antara negara-negara kecil di dunia, begitu ramai menteri kabinetnya? Jawapanya tidak lain, meraikan kaum minoriti. Hak minoriti perlu dijaga kerana ia adalah tuntutan Islam.Pemerintah yang mengamalkan diskriminasi dan penyelewengan, akan dicampakkan ke dalam neraka. Atas dasar inilah kita lihat seolah-olah sistem politik kita agak kelakar, tetapi unik dalam soal menjaga integrasi nasional dan perpaduan.
Lebih bernasib baik lagi, berbanding dengan orang Cina, tidak ada satu kawasan di negara ini yang majoritinya adalah orang India. Orang India tetap diberikan laluan untuk bertanding dalam pilihan raya. Bukti menunjukkan, kemenangan calon India adalah undi ihsan orang Melayu. Ini tidak termasuk perlantikan jawatan senator terhadap mereka yang kalah dan wakil kaumnya. Kenapa dan mengapa, wakil India masih dibenarkan bertanding dalam pilihan raya? Tidakkah lebih baik wakil India dilantik sahaja sebagai senator? Kenapa mesti mempertaruhkan kerusi India kawasan orang Melayu, sehingga akhirnya kerusi tersebut terlepas kepada pembangkang?
Bandingkan dengan Singapura yang mana bilangan Melayu lebih ramai daripada orang India. Sejauhmanakah kepercayaan diberikan kepada orang Melayu dalam kabinet dan jawatan penting kerajaan? Begitu juga minoriti Islam di India, China dan lain-lain.
Nasihat kepada kumpulan Niat yang tidak berniat dengan betul, kalau sudah tidak ada kerja, duduk rumah diam-diam, jangan buat kacau. Malukan minoriti lain sahaja dengan kenyataan lucu tersebut. Cerminlah diri. Ikutlah kepimpinan Mahatma Gandhi, apabila ditanya selaku pemimpin besar dan ulung, yang sepatutnya mendapat layanan kelas pertama, apabila ditanya: "kenapa tidak menaiki keretapi kelas pertama". Jawab beliau "kerana tidak ada kelas keempat".
Tidakkah kita sedar apabila saiz kabinet semakin besar, maka, selain daripada pertambahan tenaga kerja, prasarana lain dan bangunan turut bertambah. Pertambahan ini melibatkan perbelanjaan yang begitu besar. Maka tidak hairanlah perbelanjaan begitu tinggi. Sedangkan tugasnya kadangkala bertindan lapis.
You are subscribed to email updates from RIDHUAN TEE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ramai yang berang dengan sikap keterlaluan puak-puak Pakatan Rakyat yang bukannya meraikan Hari Kemerdekaan, tetapi memperlekeh dan menghina sambutan tersebut. Dalam himpunan 'Janji Demokrasi' yang diadakan pada malam Merdeka, penyokong-penyokong PR telah bertindak mengenepikan Jalur Gemilang dan sebaliknya sebuah bendera baru mirip Indonesia dan Singapura 'diperkenalkan'. Terdapat juga risalah yang diedarkan untuk mengajak rakyat mengubah Jalur Gemilang kepada bendera baru itu.
Jelas, puak-puak Pakatan Rakyat sudah tidak lagi dapat menyembunyikan pendirian mereka yang selama ini menafikan atau menolak sejarah kemerdekaan negara ini. Walaubagaimanapun, setelah dicemuh secara meluas, pemimpin-pemimpin PR telah terpaksa menafikan adanya niat untuk menukar bendera Malaysia di pihak mereka.
Namun, penafian semata-mata tidak membawa makna. Sebaliknya, tindakan PR yang sering berupa 'khianat' terhadap negara ini menjadi bukti pupusnya patriotisme di dalam diri mereka.
PR, terutamanya PKR dan DAP banyak berkongsi pendirian yang sama terutama mengenai menghapuskan Institusi Raja-raja atau menubuhkan Republik Malaysia. PAS, walaubagaimanapun, hanyalah pak turut yang bingung, dungu dan tidak tahu apa-apa yang masih beretorik konon ingin membina Negara Islam.
Di kalangan mereka yang celik politik, siapa tidak tahu akan niat Anwar untuk menjadikan negara ini negara Republik. Perkara ini telah pun didedahkan oleh Ummi Hafilda dalam siri-siri ceramahnya dan juga sidang akhbar. Selain itu, Raja Petra Kamaruddin, yang satu ketika dahulu adalah penulis upahan Anwar, sebelum membuat U-turn dan membelasah Anwar, pernah beberapa kali menulis secara berkias mengkritik sistem Beraja, iaitu satu usaha dari pihak Anwar menghasut rakyat mempersoalkan sistem tersebut.
Penentangan DAP terhadap Institusi Raja pula bukanlah sesuatu yang baru. DAP yang selamanya anti Melayu, Islam amat memusuhi Institusi Raja-raja kerana disitulah terdapatnya benteng pertahanan Melayu dan Islam. Beberapa kali, DAP mempergunakan PKR dan PAS untuk mempersoal atau memperleceh titah Sultan dalam memperkatakan isu mengenai Islam. Kemuncaknya, dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Selangor, PR telah bertindak membelakangkan terus Sultan Selangor.
Inilah bukti kukuh bahawa PR benar-benar ingin menukar negara ini menjadi Republik.
Mencadangkan bentuk bendera yang menyerupai negara-negara jiran kita yang merupakan Republik menunjukkan yang agenda ini telah pun lama berjalan.
Jika kita menyusuri usaha puak-puak ini, kita akan mendapati bahawa mereka ada mewujudkan blog dan portal, buku dan risalah yang bertujuan mengubah sejarah negara ini, terutama mengenai Kemerdekaan. Matlamat mereka ialah mempertikai peranan pejuang-pejuang UMNO/Melayu serta mengiktiraf peranan komunis dalam perjuangan kemerdekaan. Untuk itu, mereka telah menghina askar-askar Melayu, Cina dan India serta orang-orang awam yang telah terkorban dalam pertempuran atau dibunuh kejam oleh komunis.
Tidak sukar untuk kita memahami kenapa pihak PR, terutamanya DAP, cuba membela komunis iaitu kerana generasi dari darah komunis itu enggan menerima hakikat bahawa nenek-moyang mereka adalah petualang dan pembunuh kejam. Sebaliknya, mereka ingin mengubah sejarah menjadikan nenek-moyang mereka yang kejam itu, sebagai wira.
Bukan sejarah mengenai komunis dan kemerdekaan sahaja yang ingin diubah mereka, tetapi juga semua sejarah yang memaparkan pengkhianatan dan kekejaman mereka, contohnya 13 Mei juga, cuba diubah atau dipadam terus.
Masalah tidak dapat menerima hakikat sejarah ini diwarisi atau dipelajari DAP dari PAP Singapura. Kita sedia maklum bahawa Singapura telah pun memadamkan terus sejarah negara itu sebelum kedatangan Sir Stamford Raffles. Secara teknikalnya, sejarah Singapura ditulis kembali seolah-olah ia adalah sebuah pulau yang tidak bertuan, tidak pernah ditemui atau dihuni oleh sesiapa sebelum Raffles.
Kisah bagaimana Temasek, iaitu nama lama Singapura, telah menjadi pelabuhan penting sejak kurun ke 14 ditutup, mungkin kerana ingin memadamkan terus nama-nama yang menunjukkan bangsa penduduk asal seperti Sang Nila Utama, Parameswara atau Iskandar Shah, iaitu Raja terakhir Temasek. Adalah penting bagi PAP untuk menghapuskan nama-nama atau jejak-jejak peradaban atau ketamadunan Melayu lama bagi memberi mereka 'tapak' dan alasan untuk 'menjajah' dan menindas kaum Melayu.
Bagi PAP, imbasan sejarah silam dikhuatiri akan menaikkan semangat cintakan negara yang membawa kepada pemberontakan atau perjuangan ke arah kemerdekaan bagi menuntut kembali tanahair yang telah tergadai.
Atas tujuan yang sama, PR cuba menanam sifat memandang remeh terhadap kemerdekaan negara di kalangan rakyat di Malaysia. Himpunan Janji Demokrasi yang diadakan mereka sebenarnya membawa matlamat ini. Sedarlah bahawa matlamat mereka untuk mengikut jejak langkah Singapura dengan menenggelamkan sejarah Melayu lama bukanlah cakap-cakap kosong. Sesungguhnya, mereka telah lama berusaha ke arah itu, dengan dibantu oleh Melayu-melayu pengkhianat di dalam PKR dan Melayu-melayu dungu di dalam PAS.
Justeru, bendera 'baru' Malaysia yang dikibarkan PR bukan isu remeh, ia sebenarnya membawa agenda yang jauh lebih besar dan bahaya, jika kita semua sanggup mengambil sedikit masa untuk memikir dan mengkaji sejarah, sikap dan tindakan DAP/PKR selama ini. PAS? Abaikan saja … parti ini akan menurut apa saja, asalkan dapat bergandingan bersama ke Putrajaya.
Lazimnya malam ambang kemerdekaan negera akan diselang seli dengan pekikan "Merdeka, Merdeka, Merdeka" ataupun lain-lain laungan yang bersifat kenegaraan dan patriotik.
Tapi berbeza sekali dengan ambang merdeka yang dianjurkan oleh NGO proksi pakatan pembangkang tempohari apabila laungan politik kepartian lebih mendominasi suasana malam tersebut.
Jelas kedengaran pekikan "reformasi, reformasi" bersilih ganti dengan laungan "hancur, hancur, hancur Najib" mengiringi kedatangan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu manakala di sudut yang lain pula gambar Perdana Menteri dan isterinya dipijak dan dibakar.
Kelihatan juga sekumpulan anak muda pro PKR dan PAS berarak dari Dataran Merdeka ke bangunan DBKL yang berdekatan, kelihatan bendera PAS dan PKR dikibarkan langsung tidak menggambarkan suasana malam merdeka sebaliknya lebih kepada malam demonstrasi ala-ala reformasi.
Sementara itu, di sepanjang persimpangan jalan di hadapan bangunan DBKL dan Dataran Merdeka juga seperti sengaja dimonopoli oleh geng-geng kuning pro pembangkang sehingga lalulintas menjadi sesak selama beberapa jam. Budak-budak motor pro pembangkang bersama teman wanita masing-masing pula berpeleseran di tepi jalan menambah lagi kesasakan lalulintas.
Disebalik rimbun pokok lanskap, beberapa pemuda PKR berbangga menayangkan headband berlogo mata satu bertuliskan Parti Keadilan Rakyat, di suatu sudut berdekatan sekumpulan pemuda pro pembangkang dengan gah mengibarkan bendera baru yang dinamakan sang saka malaya bagi menggantikan Jalur Gemilang.
Di perkarangan bangunan DBKL pula, Mat Sabu dan Hishamuddin Rais bergilir-gilir memberi ucapan politik sambil mendesak pilihanraya bersih diadakan, langsung tiada kaitan dengan sambutan malam kemerdekaan.
Suasana malam tersebut jelas sekali kontradiks dengan janji yang ditaburi oleh pihak penganjur Himpunan Janji Bersih yang memberi jaminan tiada unsur politik dalam sambutan anjuran mereka dan tiada ucapan dari mana-mana pemimpin politik.
Malah langsung tiada unsur-unsur patriotik atau roh sambutan kemerdekaan tanahair melainkan dipenuhi dengan unsur politik, subversif dan menghina kemerdekaan negara.
Sedangkan sebelum ini merekalah yang paling ke depan memprotes penggunaan tema "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati" dengan alasan tema tersebut berbau politik dan tidak bercirikan perpaduan.
Serentak dengan itu, sebahagian besar pemimpin PR menolak tema tersebut dan beralih kepada tema mereka sendiri "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" yang diciplak dari risalah perpaduan yang dicipta oleh Kementerian Penerangan.
Berbakul-bakul alasan yang mereka ciptakan untuk merancakkan polemik dan pertikaian terhadap terhadap tema "Janji Ditepati" disamping untuk menghalalkan langkah songsang mereka merintis kekeliruan dan perpecahan disaat negara mahu menyambut kemerdekaan yang ke 55.
Ternampak jelas, penganjuran Janji Bersih yang diwar-warkan kononnya berniat suci untuk sama-sama meraikan kemerdekaan negara bukan sahaja gagal menepati janji mereka, sebaliknya telah mengotori sejarah perjuangan anak bangsa.
Malam kemerdekaan yang ke 55 ini sepatutnya diraikan dengan penuh gemilang akhirnya tercemar dek kerana mainan politik subversif yang dipelopori pembangkang, selayaknyalah untuk mereka yang terbabit dihukum oleh rakyat dalam pilihanraya umum kelak.
Sambutan kemerdekaan ke 55 pada tahun ini dianggap sungguh bermakna bagi rakyat kerana negara bakal menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 tidak lama lagi.
Ini memberikan rakyat peluang sekali lagi dalam tempoh lima tahun untuk memilih sebuah kerajaan yang kuat, komited untuk terus membangunkan negara serta sentiasa mendahulukann rakyat dalam semua dasar dan programnya.
Kerajaan tersebut tidak lain tidak bukan adalah pentadbiran yang telah diterajui oleh Barisan Nasional di bawah teras kepimpinan Umno selama lebih setengah abad.
Tidak ada parti politik di dunia ini yang mampu menandingi kehebatan gagasan Umno-BN memimpin sebuah negara yang berbilang kaum dalam keadaan penuh keamanan, keharmonian dan kestabilan secara berterusan sejak mencapai kemerdekaan.
Ini disebabkan kekuatan formula kesepakatan, kesefahaman serta kerjasam antara kaum yang telah dicapai oleh tokoh-tokoh pengasas kemerdekaan pada tahun 1957.
Formula dan pendekatan yang sama telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan getir untuk sampai ke tahap di mana ia berada sekarang.
Kejayaan Umno-BN mentadbir sebuah negara yang penuh dengan keunikan serta dilandasi adunan resipi yang hebat tidak mungkin mudah untuk dikalahkan dengan cubaan formula baru yang ingin dikemukakan oleh pihak pembangkang.
Inilah yang berlaku di ambang sambutan kemerdekaan di persekitaran Dataran Merdeka apabila penyokong Pakatan Rakyat cuba mengalihkan keghairahan rakyat yang menunggu detik 12 malam pada 31 Ogos dengan mengadakan himpunan haram Janji Demokrasi.
Malang bagi pembangkang seruan mereka di atas platform ketelusan proses pilihan raya sebagai sambungan kepada rusuhan jalanan Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 tidak mendapat perhatian rakyat.
Rakyat tidak lagi menghiraukan jerit pekik dan tiupan vuvuzela penyokong pembangkang yang dilihat sebagai golongan gila dan hilang akal.
Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa mereka adalah golongan minoriti yang berkelakuan seperti kera sumbang.
Apa tidaknya, hanya kerana mereka bencikan Umno dan BN, Pakatan Rakyat telah hilang pertimbangan rasional dan logik kerana tidak tahu membezakan antara semangat patriotik dan politik.
Dengan tujuan untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan, pembangkang melihat setiap sesuatu mesti dipolitikkan hatta sambutan kemerdekaan sekali pun perlu diserang dan dikorbankan.
Atas mentaliti membangkang segala sesuatu yang dilakukan kerajaan untuk kebaikan rakyat, pembangkang sanggup merosakkan acara gemilang yang amat bermakna bagi negara dan rakyat Malaysia.
Kerana takut kepada tema Janji Ditepati, pembangkang membuat keputusan untuk mengadakan sambutan kemerdekaan secara berasingan dengan slogan dan logo yang berlainan.
Slogan Sebangsa, Senegara, Sejiwa hanya indah khabar dari rupa kerana tidak mencerminkan keadaan sebenar yang berlaku di dalam pakatan pembangkang.
Pergolakan merebut kuasa, penyelewengan dana awam, pertelingkahan antara pemimpin pembangkang serta kegagalan menunaikan janji kepada rakyat hanyalah sekelumit daripada kemelut dan masalah yang membelenggu mereka.
Maka slogan tersebut dengan sendirinya menjadi tidak bermakna dan kosong daripada keikhlasan dan nilai penghayatan.
Sikap bodoh yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat tersebut secara langsung telah mendedahkan kelemahan mereka sendiri bahawa pembangkang tidak mampu berpegang kepada prinsip hidup bersatu padu antara kaum dan mengekalkan keharmonian masyarakat majmuk yang sedia terjalin.
Pembangkang berfikir dengan mengadakan sambutan kemerdekaan ke 55 secara tersendiri dengan mengasingkan daripada sambutan arus perdana mereka boleh mendapat sokongan untuk ke Putrajaya.
Malang seribu malang bagi mereka, perbuatan tersebut sebenarnya telah memecah tembelang siapa pembangkang sebenarnya.
Jika mereka sanggup mencemarkan keagungan nilai kemerdekaan negara, apa agaknya yang mereka akan lakukan jika mereka berkuasa di Putrajaya.
Dengarnya sudah ada rancangan untuk menukar bendera kebanggaan negara Jalur Gemilang dengan bendera versi Pakatan Rakyat.
Malah lagu Negaraku yang berkemundang di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 selepas Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj melaungkan teriakan keramat Merdeka! juga mahu diganti dengan lagu baru.
Nampaknya pembangkang berhasrat mahu menukar dan meroboh segala institusi atau simbol yang menandakan kejayaan Umno-Bn sejak 55 tahun lalu.
Bangsa Melayu tidak akan selamat di bawah Pakatan Rakyat kerana kejayaan Umno membela orang Melayu mahu dilupuskan dan diganti dengan 'Agenda Rakyat'.
Sebenarnya pembangkang bukan mahu mengagungkan rakyat tetapi sebaliknya memangsakan mereka dengan menjadikan rakyat sebagai alasan untuk membuat perubahan yang bakal merugikan bangsa Melayu dan negara.
Inilah budak yang berkelakuan tidak senonoh yang membuka seluar dan cuba untuk membuang air besar pada muka YAB Perdana Menteri... Maklumat penuh sila baca di sini...
Bermula dengan provokasi mengibarkan bendera 'Sang Saka Bangsa' pada malam ambang Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka anjuran Janji Demokrasi yang digerakkan oleh inner circe BERSIH, akhirnya membuka dimensi baru matlamat akhir mereka.
BERSIH pula sudah diketahui umum berketuakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR.
Mungkin, jika Pakatan Rakyat (PR) menang dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), itulah yang bakal mereka lakukan, pertama sambut kemerdekaan dengan menukar bendera baru, dari Jalur Gemilang kepada Sang Saka Bangsa dan kedua, seperti yang disebut Datuk Dr Hassan Ali, mereka mungkin akan menukar sistem pemerintahan negara dari sistem Raja Berpelembagaan kepada sistem Republik.
Sepatutnya tidak perlu sambutan ambang Kemerdekaan anjuran inner circe BERSIH itu dicemari dengan insiden mengibarkan bendera Sang Saka Bangsa dan jika benar sekadar mahu pilihanraya bersih dan adil cukup sekadar mengibarkan bendera Jalur Gemilang.
Kesungguhan pegawai Anwar mempertahankan pengibaran bendera Sang Saka Bangsa menyerlahkan lagi matlamat itu.
Najwan Halimi, pegawai Anwar untuk tugas sebagai penasihat ekonomi Selangor selain mempertahankan bendera Sang Saka Bangsa dalam masa sama menggambarkan dirinya adalah individu yang bertanggungjawab mempopularkan rekabentuk corak bendera baru menggantikan bendera Jalur Gemilang itu.
Dia mendakwa telah mempopularkannya seawal tahun 2007 lagi.
""Dengan penuh kesedaran dan keinsafan, sebagai seorang warga negara Malaysia yang berdaulat, dengan mendukung semangat Nusantara, saya persembahkan design terbaru bendera Malaysia bagi menggantikan Jalur Gemilang bernama Sang Saka Malaya," kata Najwan di laman peribadinya, najwanhalimi.com. Baca lagi...
TELUK INTAN 1 Sept. - Kepimpinan Pas kini diambang perpecahan yang semakin serius ekoran wujud percanggahan ketara antara golongan ulama dan kelompok 'Anwarinas' berhubung kedudukan bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sokongan terbuka golongan ulama Pas terhadap Nasharudin menyebabkan kepimpinan Pas makin tersepit ekoran menerima tekanan daripada kelompok 'Anwarinas' yang bersekongkol dengan DAP supaya pemimpin itu disingkirkan.
"Mereka (Pas) takut hendak buat keputusan kerana mereka tersepit. Jika mereka menyingkirkan Nasharudin, maka mereka akan berdepan kemarahan golongan ulama.
"Kepimpinan Pas semakin tersepit kerana mereka juga mahu menjaga hati DAP yang tidak mahu Nasharudin terus berada dalam parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan, di sini semalam.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, Datuk Idris Hashim; Timbalannya, Azhar Jamaluddin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Azwan Harun.
Khairy diminta mengulas sokongan terbuka Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang mempertahankan Nasharudin sambil menegaskan gesaan pemimpin itu supaya Pas mempertimbangkan semula hubungan dengan pakatan pembangkang bukannya satu kesalahan.
Pendirian tegas itu dilihat memberi tamparan hebat kepada golongan 'Anwarinas' yang memberi tekanan supaya tindakan dikenakan ke atas Nasharudin menjelang mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 9 September ini.
Menurut Khairy, pergeseran dalam Pas menyebabkan parti itu semakin hilang hala tuju sehingga mengundang kritikan daripada ahli akar umbi terutama melibatkan pendirian dan dasar menubuhkan negara Islam yang semakin kabur.
"Ini timbul kerana wujud puak-puak dalam Pas, satu puak masih tegar dalam perjuangan menubuhkan negara Islam dan satu lagi golongan mengetepikan perjuangan untuk bersama-sama DAP mengejar kuasa," katanya.
"Lajim is carrying too much baggage"..Is Anwar willing to spare his room?
PETALING JAYA: The real reason why Sabah veteran politician Lajim Ukin resigned from all his posts in Umno and threw his support behind Anwar Ibrahim's Pakatan Rakyat was because of a scandal that is about to explode, popular blogger Raja Petra Kamarudin said today.
He said that Lajim had realised that he had no future in Umno and that he would not be selected as a Barisan Nasional candidate for the coming general election.
"Lajim is carrying too much baggage. And this baggage is going to be revealed immediately after nomination day of GE13," Raja Petra said in his Malaysia-Today portal today.
Raja Petra added that Sabah Chief Minister Musa Aman knew about the scandal and that Lajim was to be dropped as a candidate in the coming general election as a result of the scandal.
"Realising that his future is no longer bright, Lajim woke up one morning and decided to join the opposition to fight for reforms." Read more....Lajim's defection is not Umno's loss...
SEPANDAI PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUGA...WALAUPUN TUPAI MASIH JUGA TERUS MELOMPAT DI ATAS TANAH NAMUN JERAT MUDAH MENGENA.... ANJING GANAS MUNGKIN MENANTI DI HADAPAN...
You are subscribed to email updates from SENJALIZA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Cara terbaru untuk Anwar berjumpa rakyat. Dengan menggunakan bas Anwar boleh berhenti di mana-mana sahaja tempat yang ramai orang seperti pasar minggu, pasar malam, rumah orang kenduri. rumah-rumah terbuka hari raya untuk berceramah politik.
Anwar tidak lagi perlu permit polis untuk membuat ceramah seperti sebelum ini. Apa yang diperlukan semuanya lengkap di dalam bas tersebut. Anwar hanya perlu berhenti ditempat strategi dan keluarkan dirinya dan terus bercakap.
Sekiranya ada bantahan dari penduduk kampung mengenai permit dan sebagainya beliau akan mengarahkan pemandunya hidup kan enjin dan meninggal kan lokasi tersebut.
Bayangkan dalam tempoh sehari atau 24 jam, Anwar boleh berceramah 10 atau 15 kali tanpa sebarang permit.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Larut, Matang dan Selama telah diadakan di Padang Majlis Daerah Selama Perak dan tetamu istimewa ialah Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah,
Exco Pendidikan YB Dato Mohamad Zahir telah mewakili pihak Menteri Besar Perak yang tidak dapat hadir kerana ke persidangan Umno Batu Kawan Pulau Pinang.
Raja Dr Nazrin Shah tiba pada jam 11.00 pagi dan berangkat pulang setelah majlis selesai pada 12.30 tengah hari. FOTO DI FANPAGE TAIPINGMALI
Apa punya lekehnya Pas Bukit Gantang, Nak bertanding pun kena minta izin al-jubury, kata nak jadi boss dalam pakatan rakyat, nak ganti UMNO, tetapi tak berani menentukan kerusi yang akan dipertandingkan.
Nizar pun dah nak lari dari Pasir Panjang, kenapa nak lari, sepatutnya pertahankan kerusi Pasir Panjang dan kekalkan kerusi parlimen Bukit Gantang.
Sekarang dah nak bertanding di Changkat Jering pula? Hai Nizar, malu lah sikit. Pasir Panjang dan parlimen Bukit Gantang pun pun tak terjaga, ada hati nak bertanding lagi.
Sudah lah pergi balik jaga lif pejabat Dap lagi baik.
Nak kena rujuk al-jubury juga ka?
YDP Ustaz Nordin Jaafar, TYDP Ustaz Zulkifli Ahmad dan Sdr Rahim Ismail ,NYDP bersama DS Nizar,pada 31 Ogos lalu. Pas Bukit Gantang bersedia untuk DS Nizar bertanding di Changkat Jering. Terima kasih DS Anwar. Pengundi DUN Changkat Jering sudah lama menanti ,penjelasan DS Anwar soal pengagihan kerusi. Justeru itu,Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menganggap pengagihan kerusi yang akan ditandingi parti-parti dalam Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah selesai.
Kata DS Anwar semua keputusan dibuat berasaskan kesefahaman bersama yang menjadi teras Pakatan Rakyat.Jika apa yang di nyata oleh DS Anwar,agihan kerusi sudah selesai, insya Allah kerusi DUN Changkat Jering telah menjadi milik PAS .PAS Bukit Gantang mempunyai banyak calon. DS Nizar ,YDP Ustaz Nordin Jaafar dan banyak lagi sudah bersedia untuk bertanding.PAS bukan tamak,PAS Bukit Gantang mahu bertanding pada kerusi yang di khianati. PAS tidak mahu bertanding di Kuala Sapetang,usul untuk PAS bertanding di DUN Kuala Sapetang dibentang dalam mesyuarat agung kawasan ditolak perwakilan.Bijaknya pimpinan cawangan-cawangan Tapi usul untuk bertanding di DUN Changkat Jering diterima oleh perwakilan,kerana khianatnnya seorang wakil rakyat Osman Jailu.Terima kasih pimpinan Pakatan Rakyat Malaysia yang memberi PAS bertanding di DUN Changkat Jering.
Nizar nampaknya telah menjadi cacing kepanasan, nak bertanding sebagai Adun Changkat Jering, Adalah lebih baik Nizar bertanding atas tiket Dap kerana Dap memerlukan seorang calon Melayu Islam untuk menjadi Menteri Besar.
Pas jangan harap Dap nak lantik Nizar jadi Menteri Besar sekali lagi, 2008 pun Karpal Sink dan Nga/ Ngeh tak setuju Pas dilantik jadi MB.
Cakap banyak tok sah, tak percaya tunggu dan lihat, Dap sudah yakin akan menang 19 kerusi, Pas nak menang 3 kerusi pun nampaknya malap..
Kenapa malap, kerana pengundi sudah serik dan tak akan tertipu dengan mainan Nizar Jamaludin yang menghasut pengundi Melayu supaya dengan hukum wajib bagi orang Islam mengundi calon Islam dan haram mengundi calon bukan Islam.
Bila menang Nizar sendiri tonggek punggung kepada Dap sebagai pencacai.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Setelah membaca artikel ini, diharapkan kita dapat membezakan siapakah yang selayaknya diiktiraf sebagai ulama' di Malaysia. Disebabkan artikel ini agak panjang, jika malas sangat nak baca semua, bolehlah baca intipati penting saja sepertimana yang telah di'hi light' dengan warna merah.
*********
Beberapa pengertian ulama':
1. Menurut Kamus Dewan Edisi 4; ulama' bermaksud, "Orang yang ahli (pakar) dalam pengetahuan agama Islam."
2. Kamus pelajar Edisi 2 pula memberikan maksud, "Orang yang ahli dalam hal atau dalam pengetahuan agama Islam."
3. Maksud yang diberikan oleh Prof. Madya Dr. Faudzinaim Hj. Badarudin, Jabatan Usuluddin Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, merangkap ahli fatwa Negeri Sembilan; "Ulama' ditakrifkan sebagai seseorang yang pakar, alim dan arif dalam bidangnya. Pengkhususan ulama' ini lebih kepada bidang keagamaan. Ulama'nya seseorang itu bergantung kepada ke'alim'annya dalam agama dan ke'thiqah'annya serta kejujurannya dalam mendalami serta mengamalkan ilmu Islam. Disamping itu, seseorang ulama' itu tidak cenderung atau berat sebelah kepada mana-mana pihak, kelompok, puak dan bersifat kepartian dalam mengeluarkan sebarang pandangan, pendapat atau ijtihad dalam sesuatu hukum. Hukum yang dikeluarkan seharusnya tidak bersifat mengikut kehendak individu perseorangan atau sekelompok pihak atau ingin mendapatkan sokongan atau keuntungan atau bertujuan untuk memenangkan pendirian supaya mendapat pengaruh dan simpati orang lain. Hukum yang dikeluarkan seharusnya selaras dengan hukum yang telah digariskan oleh ulama'-ulama' lain dari golongan ulama' Ahli Sunnah Wal Jamaah."
PENGERTIAN JUMHUR ULAMA'
Menurut Kamus Dewan Edisi 4; "Jumhur ulama' bermaksud kebanyakan ulama'."
PENGERTIAN IJMA' ULAMA'
Menurut Kamus Dewan Edisi 4; "Ijma' ulama' bermaksud kesepakatan pendapat para ulama yang berijtihad mengenai sesuatu hukum."
APA BEZA ULAMA' DENGAN ORANG YANG CERDIK DAN TAHU MENGENAI AGAMA?
Takrif ulama seperti yang telah diberikan seperti di atas manakala takrif orang yang tahu mengenai agama ialah seseorang yang mendalami agama lebih dari orang awam dan tidak sampai kepada taraf pakar dan arif dalam bidang yang didalami serta tidak boleh berijtihad dan mengeluarkan fatwa. Disamping itu, hukum yang dikeluarkan jika dirujuk (oleh orang awam) seharusnya merujuk kepada Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijmak ulama'; iaitu apa yang telah dikeluarkan oleh pandangan ulama' Ahli Sunnah wal Jamaah (dan bukannya) daripada pandangan dan pendapat tersendiri serta dari ulama' kelompok luar dari Ahli Sunnah wal Jamaah.
SIAPA YANG BERAUTORITI MENGELARKAN DAN MENGIKTIRAF SESEORANG ITU ULAMA'?
Authoriti yang perlu atau kuat terbahagi kepada dua iaitu:
1.Pengiktirafan yang diberikan oleh Pemimpin Kerajaan, Ketua Agama, dan Pemerintah iaitu Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agong di peringkat kebangsaan atau Sultan di peringkat negeri atau;
2. Seorang ulama' dan sekelompok ulama' yang diakui oleh Pemimpin Kerajaan, Ketua Agama, dan Pemerintah iaitu Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agong di peringkat kebangsaan atau Sultan di peringkat negeri yang setaraf ilmunya dengan diri seseorang yang diiktiraf atau lebih tinggi ilmunya pada orang yang diiktiraf.
Yang paling berautoriti (mengiktiraf seseorang itu sebagai ulama') sebenarnya (adalah pengiktirafan) daripada Pemimpin Kerajaan, Ketua Agama dan Pemerintah iaitu Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agong di peringkat kebangsaan atau Sultan di peringkat negeri dan bukannya daripada orang perseorangan, orang yang cerdik atau tahu mengenai agama, orang awam atau kelompok kepartian kerana (ianya boleh) mengelakkan fitnah dan tujuan individu atau kepartian. Contoh paling mudah, siapakah yang lebih berautoriti serta diterima ramai bagi mengiktiraf gelaran Tun, Tan Sri, Dato' etc. dalam negeri atau negara?
SIAPAKAH KALANGAN ULAMA' DALAM MALAYSIA?
Kalangan ulama' di Malaysia seharusnya dari kalangan mereka yang berpegang dalam mazhab Syafie dan duduk dalam kelompok golongan Ahli Sunnah wal Jamaah.
APAKAH CIRI-CIRI ULAMA' DI MALAYSIA?
Ciri-ciri yang perlu ada dan dihayati oleh ulama' di Malaysia ialah ciri-ciri yang telah digariskan oleh Imam Abu Hasa Assyaari iaitu ciri-ciri golongan Ahli Sunnah wal Jamaah dan ciri pegangan Imam Mazhab Syafie.
APA BEZA IJTIHAD? FATWA? PENDAPAT? MANAKAH YANG PALING AULA DITERIMA OLEH UMAT ISLAM DI MALAYSIA?
1. IJTIHAD
Takrif Ijtihad seperti yang dikeluarkan oleh Kamus Dewan Edisi 4 ialah:
a. Ijtihad usaha untuk mendapatkan sesuatu kesimpulan baru melalui kajian atau penyelidikan berdasarkan sumber dan kaedah yang sah (dalam kaitannya dengan agama Islam)
b. Ijtihad itu pendapat tafsiran atau maksud.
Takrif Ijtihad merujuk Kamus Pelajar Edisi ke 2 pula ialah: "Perbuatan mengkaji atau menyelidik sesuatu berdasarkan peraturan-peraturan tertentu."
2. FATWA
Merujuk Kamus Dewan Edisi 4: "Keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas Al-Quran, hadis dan sumber hukum lain termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak)."
Merujuk Kamus Pelajar Edisi 2: "Keputusan tentang perkara agama yang diberikan oleh mufti atau oleh alim ulama."
3. PENDAPAT
Kata-kata, pemahaman atau pengkajian sendiri yang dikeluarkan untuk mengkaji, menjawab sesuatu hal yang tidak melibatkan mana-mana pihak yang menyokong.
YANG PALING AULA UNTUK DITERIMA OLEH UMAT ISLAM DI MALAYSIA
Yang paling aula adalah fatwa kerana ianya adalah ijtihad yang dikeluarkan oleh majlis fatwa yang terdiri dari kalangan ulama' yang telah mengeluarkan ijtihad masing-masing seterusnya diputuskan oleh mufti untuk diterima oleh umat Islam. Kekuatan ijtihad berbanding fatwa adalah lebih besar kepada fatwa kerana ijtihad melibatkan persendirian tetapi fatwa melibatkan sekelompok ulama'. Manakala pendapat merupakan pemikiran dan pemahaman tersendiri yang tidak disokong oleh mana-mana nas atau dalil khususnya dalam agama. Pendapat yang tanpa fakta serta tiada hujah yang menyokong hanya boleh didengar sahaja tanpa dipengang bagi mengelakkan fitnah.
MASALAH YANG SERING TIMBUL DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA BERKENAAN INDIVIDU YANG DIGELAR ULAMA', DISEBABKAN BEBERAPA PERKARA IAITU:-
1. UMAT ISLAM TIDAK MENGETAHUI MAKSUD ULAMA' YANG SEBENAR.
2. ORANG YANG TAHU DAN CERDIK DALAM AGAMA MENGIKTIRAF SESEORANG ITU SEBAGAI ULAMA' TANPA (SEBARANG) PENGIKTIRAFAN (YANG SAH DARIPADA) KETUA AGAMA DAN ULAMA' LAIN DENGAN TUJUAN TERTENTU (SEPERTI POLITIK).
3. MASYARAKAT ISLAM DAN ORANG YANG TAHU AGAMA SERING MENGKRITIK MAJLIS FATWA NEGERI ATAU KEBANGSAAN (DENGAN ALASAN) TIDAK BOLEH TERIMA FATWA YANG DIKELUARKAN; SEDANGKAN MEREKA YANG DUDUK DALAM MAJLIS FATWA KEBANGSAAN IALAH ULAMA' (YANG MENEPATI SEBAGAIMANA) MAKSUD (YANG TELAH DIJELASKAN) DI ATAS, DAN (MAJLIS FATWA) DIIKTIRAF OLEH KETUA AGAMA (NEGERI IAITU SULTAN DAN) BUKANNYA PARTI POLITIK.
4. (MEREKA) YANG (DI)GELAR ULAMA' OLEH INDIVIDU (ATAU) KELOMPOK ATAU (POLITIK) KEPARTIAN (TERTENTU, APABILA) MENGELUARKAN PENDAPAT (ADAKALANYA BOLEH) MENIMBULKAN KERAGUAN DAN KEKELIRUAN DALAM MASYARAKAT (YANG) BUKAN SAHAJA (MEMBERI IMPAK KEPADA UMAT) ISLAM SAHAJA, TETAPI MASYARAKAT BUKAN ISLAM (JUGA AKAN JADI BERTAMBAH KELIRU MENGENAI ISLAM).
5. PENDAPAT ULAMA' YANG (HANYA DIIKTIRAF) OLEH INDIVIDU, KELOMPOK ATAU POLITIK KEPARTIAN (TERTENTU) LEBIH DIGUNA PAKAI OLEH (SEGELINTIR) MASYARAKAT MALAYSIA, BERBANDING FATWA (SAHIH) YANG DIKELUARKAN ATAU (SEPATUTNYA MENJADI) RUJUKAN DARIPADA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.
6. MASALAH YANG PALING BESAR (YANG KINI) BERLAKU (DI KALANGAN) MASYARAKAT ISLAM (DI MALAYSIA) IALAH, 'POLITIK MEMPENGARUHI AGAMA (DAN) BUKAN(NYA) AGAMA YANG MEMPENGARUHI POLITIK.' RAMAI (YANG) MENGGUNAKAN (SEWENANGNYA) NAS AL-QURAN (DAN) HADIS SUPAYA DALIL TERSEBUT MENGIKUT KEHENDAK DAN TUJUAN MEREKA; (DAN) BUKAN (SEBALIKNYA) MEREKA YANG MENGIKUT DALIL TERSEBUT, (SEOLAH KELIHATAN MEREKA) MEMAKSA DALIL (ITU) MENGIKUT TELUNJUK MEREKA. CIRI (SEBEGINI) JELAS SEPERTI CIRI KELOMPOK KHAWARIJ DAN SYIAH YANG BERMATLAMATKAN POLITIK SERTA PENDIRIAN YANG DIPEGANG DALAM ISU WAHDATUL WUJUD, MARTABAT TUJUH DAN NUR MUHAMMAD OLEH PENGAMAL(-PENGAMAL) AJARAN SESAT.
7. KEKELIRUAN MASYARAKAT DAN FENOMENA KURANG(NYA) ILMU, KHUSUSNYA DIKALANGAN ORANG CERDIK DAN KONONNYA TAHU MENGENAI AGAMA (AKAN) MAKSUD (SEBENAR) AHLI SUNNAH WAL JAMAAH; SEPERTI SIAPAKAH PENGASASNYA, APAKAH FAKTOR YANG MENDORONG KEWUJUDAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH, DAN YANG PALING PENTING (APAKAH) CIRI-CIRI GOLONGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH, (TELAH) MENGAKIBATKAN PERMASALAHAN SERIUS HINGGA MENYEBABKAN BERLAKU(NYA) PERPECAHAN SERTA PERTIKAIAN DIKALANGAN UMAT ISLAM MALAYSIA.
P/S: Penulis artikel adalah Pegawai Agama di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban, Negeri Sembilan sebagaimana yang telah di-email-kan kepada Paneh Miang.
Ramai yang berang dengan sikap keterlaluan puak-puak Pakatan Rakyat yang bukannya meraikan Hari Kemerdekaan, tetapi memperlekeh dan menghina sambutan tersebut.
Dalam himpunan 'Janji Demokrasi' yang diadakan pada malam Merdeka, penyokong-penyokong PR telah bertindak mengenepikan Jalur Gemilang dan sebaliknya sebuah bendera baru mirip Indonesia dan Singapura 'diperkenalkan'. Terdapat juga risalah yang diedarkan untuk mengajak rakyat mengubah Jalur Gemilang kepada bendera baru itu.
Jelas, puak-puak Pakatan Rakyat sudah tidak lagi dapat menyembunyikan pendirian mereka yang selama ini menafikan atau menolak sejarah kemerdekaan negara ini.
Walaubagaimanapun, setelah dicemuh secara meluas, pemimpin-pemimpin PR telah terpaksa menafikan adanya niat untuk menukar bendera Malaysia di pihak mereka.
Namun, penafian semata-mata tidak membawa makna. Sebaliknya, tindakan PR yang sering berupa 'khianat' terhadap negara ini menjadi bukti pupusnya patriotisme di dalam diri mereka.
PR, terutamanya PKR dan DAP banyak berkongsi pendirian yang sama terutama mengenai menghapuskan Institusi Raja-raja atau menubuhkan Republik Malaysia. PAS, walaubagaimanapun, hanyalah pak turut yang bingung, dungu dan tidak tahu apa-apa yang masih beretorik konon ingin membina Negara Islam.
Di kalangan mereka yang celik politik, siapa tidak tahu akan niat Anwar untuk menjadikan negara ini negara Republik. Perkara ini telah pun didedahkan oleh Ummi Hafilda dalam siri-siri ceramahnya dan juga sidang akhbar. Selain itu, Raja Petra Kamaruddin, yang satu ketika dahulu adalah penulis upahan Anwar, sebelum membuat U-turn dan membelasah Anwar, pernah beberapa kali menulis secara berkias mengkritik sistem Beraja, iaitu satu usaha dari pihak Anwar menghasut rakyat mempersoalkan sistem tersebut.
Penentangan DAP terhadap Institusi Raja pula bukanlah sesuatu yang baru. DAP yang selamanya anti Melayu, Islam amat memusuhi Institusi Raja-raja kerana disitulah terdapatnya benteng pertahanan Melayu dan Islam. Beberapa kali, DAP mempergunakan PKR dan PAS untuk mempersoal atau memperleceh titah Sultan dalam memperkatakan isu mengenai Islam. Kemuncaknya, dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Selangor, PR telah bertindak membelakangkan terus Sultan Selangor.
Inilah bukti kukuh bahawa PR benar-benar ingin menukar negara ini menjadi Republik.
Mencadangkan bentuk bendera yang menyerupai negara-negara jiran kita yang merupakan Republik menunjukkan yang agenda ini telah pun lama berjalan.
Jika kita menyusuri usaha puak-puak ini, kita akan mendapati bahawa mereka ada mewujudkan blog dan portal, buku dan risalah yang bertujuan mengubah sejarah negara ini, terutama mengenai Kemerdekaan. Matlamat mereka ialah mempertikai peranan pejuang-pejuang UMNO/Melayu serta mengiktiraf peranan komunis dalam perjuangan kemerdekaan. Untuk itu, mereka telah menghina askar-askar Melayu, Cina dan India serta orang-orang awam yang telah terkorban dalam pertempuran atau dibunuh kejam oleh komunis.
Tidak sukar untuk kita memahami kenapa pihak PR, terutamanya DAP, cuba membela komunis iaitu kerana generasi dari darah komunis itu enggan menerima hakikat bahawa nenek-moyang mereka adalah petualang dan pembunuh kejam. Sebaliknya, mereka ingin mengubah sejarah menjadikan nenek-moyang mereka yang kejam itu, sebagai wira.
Bukan sejarah mengenai komunis dan kemerdekaan sahaja yang ingin diubah mereka, tetapi juga semua sejarah yang memaparkan pengkhianatan dan kekejaman mereka, contohnya 13 Mei juga, cuba diubah atau dipadam terus.
Masalah tidak dapat menerima hakikat sejarah ini diwarisi atau dipelajari DAP dari PAP Singapura. Kita sedia maklum bahawa Singapura telah pun memadamkan terus sejarah negara itu sebelum kedatangan Sir Stamford Raffles. Secara teknikalnya, sejarah Singapura ditulis kembali seolah-olah ia adalah sebuah pulau yang tidak bertuan, tidak pernah ditemui atau dihuni oleh sesiapa sebelum Raffles.
Kisah bagaimana Temasek, iaitu nama lama Singapura, telah menjadi pelabuhan penting sejak kurun ke 14 ditutup, mungkin kerana ingin memadamkan terus nama-nama yang menunjukkan bangsa penduduk asal seperti Sang Nila Utama, Parameswara atau Iskandar Shah, iaitu Raja terakhir Temasek. Adalah penting bagi PAP untuk menghapuskan nama-nama atau jejak-jejak peradaban atau ketamadunan Melayu lama bagi memberi mereka 'tapak' dan alasan untuk 'menjajah' dan menindas kaum Melayu.
Bagi PAP, imbasan sejarah silam dikhuatiri akan menaikkan semangat cintakan negara yang membawa kepada pemberontakan atau perjuangan ke arah kemerdekaan bagi menuntut kembali tanahair yang telah tergadai.
Atas tujuan yang sama, PR cuba menanam sifat memandang remeh terhadap kemerdekaan negara di kalangan rakyat di Malaysia. Himpunan Janji Demokrasi yang diadakan mereka sebenarnya membawa matlamat ini. Sedarlah bahawa matlamat mereka untuk mengikut jejak langkah Singapura dengan menenggelamkan sejarah Melayu lama bukanlah cakap-cakap kosong. Sesungguhnya, mereka telah lama berusaha ke arah itu, dengan dibantu oleh Melayu-melayu pengkhianat di dalam PKR dan Melayu-melayu dungu di dalam PAS.
Justeru, bendera 'baru' Malaysia yang dikibarkan PR bukan isu remeh, ia sebenarnya membawa agenda yang jauh lebih besar dan bahaya, jika kita semua sanggup mengambil sedikit masa untuk memikir dan mengkaji sejarah, sikap dan tindakan DAP/PKR selama ini. PAS? Abaikan saja … parti ini akan menurut apa saja, asalkan dapat bergandingan bersama ke Putrajaya. Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tindakan kerajaan Selangor membelakangkan Sultan Selangor dalam sambutan kemerdekaan peringkat negeri itu, diharap dapat membuka mata rakyat tentang ancaman yang dihadapi sekiranya pembangkang diberi peluang mentadbir negara.
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata Sultan merupakan lambang kedaulatan negeri Selangor dan tindakan itu dianggap berniat jahat dan memperkecilkan peranan institusi raja di negara ini.
"Dalam undang-undang tubuh kerajaan Selangor, Sultan adalah ketua kerajaan dan Menteri Besar adalah ketua eksekutif. Kalau dia tak tahu nak bezakan mana satu ketua kerajaan dan ketua eksekutif, jadi boleh bayangkan kalau dia dapat Putrajaya?
"Apa yang akan berlaku dalam sistem pentadbiran kerajaan?," katanya semasa merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Sepang semalam.
Semasa sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55 peringkat Selangor yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam dua hari lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah langsung tidak dijemput ke majlis itu, sebaliknya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Selangor dijemput sebagai tetamu kehormat dan memberi ucapan pada sambutan itu.
Mohd Zin yang juga Ketua Umno Bahagian Sepang juga berkata penjelasan bahawa Sultan tidak dijemput kerana ia hanya sambutan ambang merdeka juga tidak dapat diterima kerana terdapat perbarisan oleh anggota polis dan tentera pada majlis itu.
"Jadi tentera dan polis ini nak tabik hormat pada siapa? Takkan nak tabik
hormat kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim? Siapa Anwar dalam struktur kerajaan Selangor?
"Jika Tuanku tidak dimaklum, tidak dijemput dan tidak diberi pengiktirafan
sebagai protokol nombor satu di Selangor, apa mesej yang dia nak bagi? Adakah dia nak ajar rakyat jangan hormat pada Sultan?," katanya.
Ditanya mengenai tindakan peserta Himpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Dataran Merdeka pada Khamis lepas, Mohd Zin berkata ia merupakan tindakan tidak bertamadun, kebudak-budakan, biadap dan mempunyai mentaliti rendah.
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor dilihat gagal membezakan program rasmi kerajaan negeri dan program politik apabila menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat pada sambutan malam ambang kemerdekaan di Dataran Kemerdekaan, Khamis lepas.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan menjemput Ketua Pembangkang itu jelas menunjukkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba membawa budaya 'pembangkang' ke dalam pentadbiran negeri ini.
"Mengapa Anwar yang tidak berada dalam barisan kepimpinan tertinggi
kerajaan negeri menjadi tetamu kehormat dalam sambutan ini, dan bukannya dalam kalangan yang memegang portfolio rasmi dalam kerajaan.
"Justeru, kami nak mendapatkan penjelasan Menteri Besar sendiri sama ada program sambutan kemerdekaan ini program rasmi kerajaan ataupun program politik," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Umno di sini hari ini.
Noh berkata demikian ketika mengulas tindakan kerajaan negeri yang dilapor membelakangkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri.
Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata kerajaan negeri sepatutnya membincangkan sambutan itu di peringkat exco selain jawatankuasa khas yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamad Khusrin Munawi.
Beliau turut melahirkan kekesalan dengan sikap lepas tangan Abdul Khalid
yang meminta Mohamad Khusrin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan peringkat negeri, memberi penjelasan berhubung laporan bahawa kerajaan negeri tidak menjemput Sultan Selangor ke majlis itu.
Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam satu kenyataan menafikan kerajaan negeri sengaja membelakangkan Sultan Selangor dalam majlis tersebut.
Beliau berkata Mohamad Khusrin mengesahkan bahawa Sultan Selangor tidak pernah dijemput ke malam ambang kemerdekaan kerana baginda dijangka hadir dalam program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos, iaitu majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Negeri.
Faekah juga berkata program sambutan pada malam kemerdekaan sebelum ini tidak pernah melibatkan kehadiran Sultan Selangor.
Hudud yang menjadi krisis tidak berkesudahan antara PAS dengan DAP kini merebak menjadi krisis dalaman di dalam PAS juga. Ketegasan DAP untuk tidak berganjak dari pendirian meletakkan PAS yang telah sedia terpecah kepada dua kumpulan menjadi semakin parah.
Kumpulan pertama ialah kumpulan pro-Anwar dan talibarut DAP, manakala satu kumpulan lagi adalah pro-Ulama. Seperti yang kita sedia maklum, ahli-ahli yang pro-Ulama masih menjadi tunjang kekuatan PAS walaupun 'sisa-sisa' ulama yang ada di dalam PAS semakin diragui 'keUlamaannya'.
Ini kerana, Presiden dan Mursyidul Am PAS yang sepatutnya dari kumpulan Ulama juga sudah kelihatan seperti pro-Anwar dan talibarut DAP apabila mereka sering menjadi orang pertama membela DAP jika parti tersebut dikritik.
Begitu juga apabila berlaku pertembungan antara dua kumpulan ini, kedua pemimpin tertinggi PAS tersebut juga cenderung membela pemimpin PAS dari kumpulan pro-Anwar/DAP tetapi mengambil sikap berdiam diri atau berpendiran 'kurang pasti' apabila terdapat masalah yang membabitkan pemimpin dari kumpulan pro-Ulama. Malah, mereka juga tidak teragak-agak langsung untuk memecat pemimpin dari kumpulan Ulama seperti Dato' Dr. Hasan Ali apabila 'perlu', demi kesinambungan hubungan PAS-DAP.
Perkembangan semasa memperlihatkan kumpulan pro-Anwar/DAP kini diterajui oleh Mat Sabu. Ironi sekali apabila kumpulan pro-Ulama pula nampaknya dijuarai oleh Nasharuddin Mat Isa yang telah kalah kepada Mat Sabu dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden.
Mat Sabu pastinya melihat pertelagahan Nasharudin-Karpal yang hangat diperkatakan kini sebagai satu percubaan Nasharuddin untuk kembali ke jawatan yang sebelum ini menjadi miliknya. Dengan sokongan akar umbi yang semakin meningkat terhadap Nasharuddin, tidak mustahil Mat Sabu akan tersungkur jika bertanding jawatan tersebut sekali lagi.
Dikhabarkan bahawa sudah ada desas desus untuk mendesak PAS menggubal undang-undang agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi. Sudah tentu usaha ini adalah untuk menyelamatkan kedudukan Mat Sabu.
Dikhabarkan juga bahawa Mat Sabu sendiri tidak yakin akan sokongan terhadapnya apatah lagi apabila menyedari bahawa kemenangannya mengatasi Nasharuddin sebelum ini telah mencetuskan kehairanan di kalangan bukan sahaja ahli-ahli PAS, tetapi juga orang luar.
Tidak mustahil sekiranya kebimbangan Mat Sabu dan kumpulannya memuncak, maka mereka akan melancarkan satu gerakan besar-besaran untuk mendesak Nasharuddin dipecat.
Jika sebelum ini kumpulan mereka berjaya membuat Hasan Ali dipecat kerana mempertahankan murtad yang merupakan isu yang begitu besar bagi umat Islam, kenapa pula mereka tidak akan berjaya memecat Nasharuddin yang mempertahankan hudud yang hanya 1/10 dari tuntutan Islam?
Sehingga akhir-akhir ini, Anwar/DAP nampaknya sudah hampir berjaya sudah begitu hampir dengan kejayaan meliberalkan PAS sepenuhnya. Langsung mereka tidak menyangka akan melalui halangan dalam bentuk kebangkitan akar umbi di saat-saat akhir sebelum pilihanraya.
Apa yang berlaku ini mungkin meletakkan Nasharuddin sebagai hero oleh akar umbi PAS kerana berani mencuba untuk 'melangkah mayat Karpal Singh'.
Hakikat yang mereka telah terlepas pandang ialah Nasharudin adalah hero yang kalah kerana beliau berada di dalam parti yang kalah dan salah.
Seorang hero sebenar pasti telah meninggalkan PAS setelah menyedari akan kesesatan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin atasannya. Namun, seperti juga kebanyakan ahli politik yang gila kuasa, Nasharudin kekal di dalam PAS mengharap untuk melakukan 'comeback' ke jawatan tertinggi parti.
Nasharudin nampaknya mengambil sikap seperti semua pemimpin-pemimpin hipokrit dan dayus PAS yang lain dengan memilih untuk meneruskan perang mulut dengan DAP yang pastinya tiada kesudahan.
Tidakkah Nasharudin sedar bahawa selagi beliau berada di dalam PAS, selagi itulah beliau menjadi talibarut DAP dan bersama-sama membantu memenangkan DAP dalam PRU akan datang?
Jika benar Nasharudin ikhlas berdiri atas nama Islam, beliau tidak perlu menunggu agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat, tetapi beliau yang harus menunjuk jalan dengan terlebih dahulu keluar dari PAS.
Kesimpulannya, Nasharudin dan Mat Sabu tiada bezanya. Kedua-dua mereka adalah rakan kongsi, talibarut kalaupun tidak barua kepada DAP (BB)
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ternganga dan melopong kebingungan apabila penganalisa antarabangsa memuji kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang berjaya menerajui pembangunan ekonomi Malaysia dengan begitu mantap dan berkesan walaupun dunia kini dibelenggu kemelut kewangan yang dahsyat.
Secara langsung dunia mengiktiraf Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang menjadi tunggak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah benar-benar memberi impak serta kesan positif kepada negara.
Pengakuan ini bukan dilaporkan oleh sebarangan media tetapi oleh akhbar Financial Times yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dan diyakini pandangannya di peringkat antarabangsa.
Ketika kuasa besar Amerika Syarikat masih dibebani masalah hutang yang di luar kawalan manakala satu persatu negara-negara Eropah mengemis agar ekonomi mereka diselamatkan, Malaysia berdiri megah menawarkan model pengurusan ekonomi yang unik dan inovatif.
Pujian pakar antarabangsa juga membuktikan bahawa konsep al wasatiyyah atau kesederhanaan yang di bawa Perdana Menteri telah berjaya meningkatkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju, pragmatik dan progresif.
Dalam tempoh tiga tahun sahaja menyandang jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah membuktikan kemampuannya untuk membela rakyat serta mengurus negara.
Berlandaskan slogan keramat 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', beliau telah memastikan setiap dasar serta program pembangunan yang dilaksanakan hendaklah menepati semangat dan tujuan prinsip tersebut.
ETP adalah bukti kukuh bahawa Datuk Seri Najib begitu serius mahu melipat gandakan lagi kemajuan ekonomi yang telah dikecapi selama ini.
Pembangunan ekonomi pula tidak akan berjaya tanpa sistem penyampaian yang efektif dan efisien maka GTP dilancar seiring dengan ETP.
Setelah tiga tahun rakyat kini melihat gandingan ETP/GTP telah melahirkan hasil yang sama sekali diluar dugaan.
Walaupun pembangkang tidak pernah jemu memfitnah dan memburuk-buruk visi Perdana Menteri, kini mulut mereka terkunci dan dibisukan dengan pengiktirafan antarabangsa yang diterima.
Mana negara di dunia ini yang berkemampuan membelanjakan lebih RM2.6 bilion melalui pemberian wang tunai BR1M RM500 secara terus kepada 5.2 juta ketua isi rumah kecuali Malaysia?
Tidak cukup dengan itu, kerajaan bercadang menyalurkan BR1M untuk pusingan kedua pula melibatkan jutaan lagi penerima.
Tidakkah rakyat Malaysia amat bertuah menikmati perkhidmatan perubatan serendah RM1 sahaja yang disediakan melalui Klinik 1Malaysia dan bagaimana pula dengan Kedai 1Malaysia yang menawarkan barangan makanan keperluan pada harga yang lebih rendah daripada pasaraya?
Semuanya dilakukan kerana Perdana Menteri berpegang kuat kepada janji bahawa kebajikan dan kepentingan rakyat mesti didahulukan dalam setiap aspek pentabdirannya.
Negara di bawah teras kepimpinan Melayu bermula daripada Tunku Abdul Rahman melanjut kepada Tun Abdul Razak dan Tun Hussein kemudiannya kepada Tun Dr Mahathir serta Tun Abdullah dan kini di bawah teraju Datuk Seri Najib telah berjaya membawa negara dari satu tahap pembangunan kepada tahap yang lebih tinggi dalam setiap era pentadbiran negara.
Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir umpamanya, krisis kewangan yang melanda rantau Asia Tenggara pada 1998 telah berjaya ditangani dengan begitu baik dan berkesan.
Tatkala negara seperti Korea Selatan, Indonesia dan Thailand terpaksa melutut kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia menolak tawaran bantuan daripada agensi antarabangsa itu demi menyelamatkan Malaysia.
Malaysia dengan beraninya menggunapakai pendekatan kawalan modal yang akhirnya berjaya menyelamatkan ekonomi serta rakyat daripada menjadi hamba IMF.
Rakyat juga tidak lupa bagaimana Anwar sebagai Menteri Kewangan ketika itu berusaha bersungguh-sungguh untuk menyakinkan Dr Mahathir agar tunduk kepada IMF tetapi berkat pandangan jauh dan menghidu tujuan jahat Anwar serta IMF, Dr Mahathir menolak cadangan itu.
Sekiranya Anwar berjaya dalam rancangannya membawa IMF masuk campur dalam pengurusan negara, nescaya hari ini, orang Melayu tidak lagi akan kedengaran agenda ekonomi serta hak-hak istimewa Bumiputera.
Begitulah dahsyatnya motif jahat Anwar untuk menghancurkan ekonomi negara sehingga sanggup melelong negara ini kepada pelabur Zionis-Yahudi menerusi IMF.
Kejayaan yang kini terus dinikmati rakyat di bawah kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib bukanlah terjadi secara rambang atau kebetulan.
Ia telah melalui tempoh pengalaman mentadbir negara selama lebih 50 tahun serta didokong dengan kepimpinan politik yang matang, berwibawa serta berkemampuan.
Sememangnya BN menepati setiap janjinya untuk memberi tahap kehidupan yang terbaik kepada rakyat dan sudah tentunya ini diakui melalui sokongan terus menerus rakyat kepada BN.
Kini negara berada diambang satu lagi pilihan raya umum dan rekod BN yang menakjubkan dalam membangunkan negara adalah bukti paling jelas untuk meminta rakyat terus membantu menggilap rekod yang cemerlang ini.
Pembangkang boleh menjanjikan apa saja termasuk bulan dan bintang tetapi akhirnya rakyat akan menilai samada ianya hanya sekadar janji di mulut ataupun bukti yang nyata.
Perang mulut antara PAS, DAP dan PKR berhubung isu hukum hudud masih belum reda malah terus membara.
Keadaan semakin genting bagi pakatan politik tiga parti tersebut yang sudah tentunya akan mengugat keutuhan Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Walaupun isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS bukanlah sesuatu yang baru namun ia kembali menjadi panas dan bahan polemik sejak kebelakangan ini akibat sikap parti Islam itu yang kini dilihat berdolak dalik dan tidak teguh dalam pendiriannya.
Pada satu pihak, DAP dilihat konsisten dengan penentangan tegasnya terhadap sebarang usaha oleh PAS untuk melaksanakan undang-undang syariah jika Pakatan Rakyat berkuasa.
Ini berlainan pula dengan pihak PAS yang terpaksa menukar warna politik dan mengorbankan prinsip perjuangannya daripada 'Negara Islam' kepada 'Negara Kebajikan' semata-mata kerana hendak menyesuaikan dengan kehendak dan agenda politik DAP, sebuah parti politik perkauman Cina yang amat rasis dan secara terangan menonjolkan sikap anti-Melayu.
PAS sanggup mengorbankan pemimpinnya seperti Hasan Ali yang menyuarakan ketidak puasan hatinya terhadap sikap angkuh dan pro-Kristian DAP dalam kerajaan negeri Selangor namun untuk menyanggah parti rasis itu jauh panggang dari api.
Kini nasib yang sama menimpa Hasan akan bakal diterima oleh Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS yang mengkritik sikap Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang katanya bukan setakat menolak hukum hudud malah secara langsung menentang Islam sekali gus.
Dua kali malang bagi Nasharudin kerana bukan sahaja Karpal menyatakan akan menyaman beliau, malah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang menjadi sekutu kuat dan pelindungnya satu ketika dahulu pun sudah memisahkan diri daripadanya dan memihak kepada DAP.
Abdul Hadi membayangkan Nasharudin sebagai individu yang sudah tidak penting dalam parti dan boleh dinyahkan dari parti bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Begitulah nasib yang terpaksa ditanggung oleh tokoh-tokoh PAS yang hanya bercakap selari dengan prinsip perjuangan parti tetapi tidak secocok dengan selera DAP.
PAS yang pernah mendabik dada sebagai parti terkuat dalam Pakatan Rakyat dan mahu bertanding kerusi terbanyak dalam PRU kelak, juga semakin tertekan kerana PKR mengambil pendirian menyokong DAP dalam isu hukum hudud.
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud masih belum sesuai dan ia bukanlah merupakan dasar yang telah dipersetujui bersama oleh ketiga-ketiga pemimpin pembangkang tersebut pada tahun 2009.
PAS kini benar-benar tersepit dan tidak dapat membersihkan imejnya yang kian kotor dan merosot di mata rakyat akibat dilabel sebagai keldai tunggangan DAP dan tukang angguk PKR.
Tidak cukup kemelut yang membelit PAS dan DAP, kini tercetus pula pertelingkahan antara PKR dan DAP di Pulau Pinang apabila Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman menganggap Ketua Menteri, Kim Guan Eng sebagai angkuh, bongkak dan sombong.
Tindakan nafi menafi dari pihak PKR sudah tentu menjadi perkara biasa dalam blok pembangkang tetapi kata-kata Mansor sebenarnya telah membuka satu lagi jurang antara kedua-dua parti yang pasti akan menjadi semakin lebar dalam hari-hari mendatang.
Masalah sebenar dalam Pakatan Rakyat bukanlah Barisan Nasional sebagai musuh utamanya tetapi PAS, DAP dan PKR yang menjadi musuh paling besar mereka sendiri.
Setiap parti bersikap angkuh kerana memikirkan merekalah yang paling berpengaruh dan menyumbang paling banyak dalam PRU pada 2008.
Dengan kedudukan kerusi dalam Dewan Rakyat pasca PRU ke-12 yang hampir sama, ketiga-tiga parti berfikir merekalah yang paling hebat serta kuat dan justeru tidak mahu mengalah.
PAS setakat ini kekal dengan 31 kerusi, diikuti 28 dalam genggaman DAP sementara PKR menjadi paling corot daripada 31 kepada 26 apabila lima wakilnya melompat menjadi ahli bebas.
Anwar pula terpaksa menyokong DAP kerana peranan licik parti perkauman Cina itu yang terus mempertahankan kedudukan beliau sebagai Ketua Pembangkang walaupun PKR yang menjadi parti minoriti tidak layak lagi mengetuai barisan pembangkang dalam Parlimen.
Apatah lagi DAP seringkali menyatakan sokongannya kepada Anwar sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa kelak, sesuatu yang sehingga kini tidak pernah disuarakan oleh PAS.
Persekongkolan PKR-DAP dalam isu-isu penting seperti calon Perdana Menteri serta hukum hudud sepatutnya sudah cukup memberi kesedaran kepada pemimpin PAS bahawa mereka sudah ditipu hidup-hidup.
Namun untuk menutup malu atas kegagalan PAS menerajui Pakatan Rakyat, parti itu sanggup menjadi hamba kepada PKR dan DAP demi tamakkan kuasa, pangkat dan kedudukan.
Jika Karpal terus dengan niatnya untuk menyaman Nasharudin maka terbuktilah PAS telah menjadi parti paling bacul di negara ini kerana tidak mampu mempertahankan dasarnya mengenai Islam.
Jika PAS sudah hilang naluri kejantanannya mempertahankan Islam, elok sangatlah parti itu tutup kedai, gugurkan nama suci Islam dan serahkan semua kerusinya kepada PKR dan DAP
Barulah itu dilihat sebagai tanda hamba yang taat dan setia. (BB)
The spat between PKR and DAP in Penang has now worsen with the state PKR information chief Johari Kassim calling for suspension of those who attended the meeting which minutes were leaked, revealing the dissatisfaction of Mansor Othman towards Lim Guan Eng.
The minutes also revealed Guan Eng's wish to have Chinese contesting PKR state seats instead of who PKR leadership feels can win the seats, giving the assumption that PKR plays second-fiddle to Guan Eng in Penang, not equal level.
While the Malays in PKR should start thinking what are they in for, Mansor himself, if he has any feeling about his own dignity and possessing a 'Malay heart', should take a bold step by just quitting the party and stand on his own.
This action will bring him back his self dignity and the bad perception by the Malays at large after he appeared at a press conference flanked by Guan Eng who sat there without saying a word to make sure that Mansor 'eat the words that were written in the minutes.'
And Mansor, like the slave he is now, did just that to please Guan Eng but he has no idea that in reality Guan Eng does not trust him anymore after what had happened.
Putting Mansor to shame and 'strip him of his dignity' is Guan Eng's aim in wanting to stay dominant in Penang and positioning DAP above the rest of the PR parties.
Succeeded in his game, now Penang PKR is facing problem from within Johari Kassim calling on the party leadership to suspend those who attended the meeting to find out who leaked the minutes.
Those who attended the meeting were state deputy chief and Batu Kawan division chief Law Choo Kiang; Bukit Bendera division deputy chief Felix Ooi; Bayan Baru deputy chairman Tan Seng Keat; 2004 candidate for Bayan Baru parliament seat Raymond Ong; Tanjung Youth chief Ng Chek Siang; Batu Uban branch chief Cheah Peng Guan and Mansor's assistant John Ooi.
So just think where actually Johari is getting at – some Chinese in PKR are selling information to DAP leaders – or in short Johari is saying 'do not trust the Chinese in PKR.'
Will the PKR leadership listen to Johari or help Mansor in bringing back his dignity after being ripped naked?
The answer is of course no because PKR's chief Anwar Ibrahim is only interested in becoming the Prime Minister and he cannot achieve his aim without the support of DAP and PAS.
So he could not care less what happens to his people so long as he receives the support to be the Prime Minister.
So it is better now for the Malays in Penang PKR to rethink their position and their struggles for the word reformasi is already lost in the 'forests of politics' and what is left now is their conscience – a Malay or a sell out. (BB)
Peraturan kedua bagi Republik Malaysia ciptaan Anwar Ibrahim adalah Presiden lebih tinggi darjatnya dari Sultan. Majlis yang sepatutnya dirasmikan oleh DYMM Sultan, telah di'hijack' oleh Anwar Ibrahim.
Bayangkan pakatan pembangkang berani buat perkara macam ni walaupun kalau ikut kedudukan Anwar Ibrahim dalam istiadat rasmi negeri, dia bukan siapa-siapa kerana jawatannya dalam Kerajaan Negeri juga tidak digazetkan. Baru pegang Kerajaan Negeri, PKR dah berani derhaka, bayangkan kalau menang PRU ke-13 peringkat pusat!!!!
Bersambung ke peraturan seterusnya.... *Jangan lupa bahawa Anwar Ibrahim dah 'praktis' macam mana nak rampas dari kesultanan Melayu. Ini buktinya.
Apa sudah jadi dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim apabila tidak memaklumkan kepada Sultan Selangor berhubung sambutan malam kemerdekaan anjuran kerajaan negeri itu.
Sudahlah begitu, beliau mengundang pula Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk menjadi tetamu utama dan menyampaikan ucapan. Kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang dan pemimpin parti, belum cukup untuk melayakkan beliau diberi penghormatan luar biasa. Seolah-olah kedudukan Anwar lebih besar daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Perkara seperti itu tidak pernah berlaku. Apa makna menjadi Menteri Besar jika tidak tahu protokol dan tidak mengutamakan sultan pada majlis seperti itu. Tetapi kita percaya apa yang berlaku sudah dirancang.
Difahamkan, ada pihak yang telah mengingatkan kerajaan negeri tentang hal tersebut termasuk Anwar tidak layak dijemput tetapi tidak dihiraukan. Kita tidak terkejut kerana PKR sememangnya makin terdesak untuk mempolitikkan apa sahaja. Sehingga semalam, Khalid berdolak-dalik.
Dari awal lagi penjelasan beliau tidak menyakinkan. Pada mulanya Khalid mempertahankan tindakan tidak memaklum kepada Sultan kerana mendakwa itu amalan biasa. Sedangkan pihak istana Selangor menegaskan, memaklumkan kepada Sultan adalah amalan biasa sebelum ini.
Setelah mendapat bantahan banyak pihak, nada Khalid berubah pula dengan menyalahkan pihak lain. Ada yang bertanya apakah Anwar yang mendesak Khalid agar beliau diberi ruang untuk hadir dan berucap, siapapun tidak pasti.
Apa pun, tahniah diucapkan kepada pasukan tentera dan polis yang segera menarik diri daripada majlis tersebut apabila mendapat tahu berlaku manipulasi. Ia adalah mesej yang sangat jelas untuk ditafsir oleh semua.
Kehadiran Anwar dikatakan menjadi puncanya. Jawatannya selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor hanya lantikan politik sedangkan sambutan kemerdekaan yang diadakan saban tahun itu adalah majlis rasmi.
Dalam protokol majlis rasmi, nama Ketua Pembangkang itu tidak ada dalam senarai, Apatah lagi jika disediakan tempat khusus di atas pentas dan diberi penghormatan pula untuk berucap.
Dalam konteks majlis sambutan kemerdekaan itu, Anwar ialah orang luar. Beliau tidak layak berada di atas pentas. Kenapa protokol kerajaan negeri mengagung-agungkan orang luar tentulah menjadi tanda tanya, jika ia bukan untuk tujuan politik?
Jika ia majlis berkaitan ekonomi negeri Selangor, bolehlah difahami alasan kehadiran Anwar. Tetapi ini majlis rasmi kerajaan negeri. Siapakah sebenarnya yang mahu mempolitikkan hari kemerdekaan?
Khalid selaku Menteri Besar sepatutnya merasa malu. Sekali lagi beliau telah bertindak biadap. Jika hal ini tidak ditentang habis-habisan, kedudukan Institusi Raja Melayu dan Perlembagaan negara akan terhakis.
Seperti titah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah, pencerobohan besar bermula dengan pencerobohan kecil. Pencerobohan itu semakin menjadi-jadi sejak pembangkang memerintah beberapa negeri. Ini termasuk sikap Khalid - pemimpin Melayu dan Islam - yang umpama pagar makan padi.
Fikir-fikirkan lah. Wallahuallam.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SEBAGAI mutawif untuk Program Umrah Rakyat (PUR), Abdul Razak Halifah Ali, 39, mengakui beliau melalui pengalaman yang cukup berbeza berbanding mengetuai dan mengendalikan umrah yang biasa.
"Jemaah yang mengikuti rombongan PUR ini boleh disifatkan sebagai yang terbaik setakat ini. Bukanlah tidak timbul sebarang masalah, masalah tetap ada.
"Tetapi mereka benar-benar menghargai keberadaan diri sepanjang di Tanah Suci Mekah dengan melakukan ibadah umrah, tidak lebih daripada itu," katanya.
Bukan kerana mereka tidak mampu untuk berbelanja, membeli belah yang lazimnya dilakukan oleh para jemaah umrah dan haji yang lain.
Tetapi jemaah PUR sedar peluang umrah ini mungkin hanya sekali itu sahaja, maka ia diisikan dengan tujuan ibadat semata-mata.
"Selama 11 hari dan 9 malam di sana, mereka langsung tidak membuang masa dan menimbulkan masalah yang rumit-rumit. Mudah untuk mengendali mereka walaupun kebanyakan sudah berusia dan uzur," katanya.
Menurut Abdul Razak yang telah berkhidmat sebagai mutawif sejak 1996, iaitu hampir 16 tahun lamanya beliau mendapati anggota jemaah PUR yang di bawah bimbingan beliau ini sangat mendengar kata dan mematuhi arahan.
"Bila kita kata hendak keluar pergi menziarahi tempat-tempat bersejarah dan semua perlu tunggu di lobi hotel pukul 7 petang misalnya, pukul 6.30 petang mereka semua telah sedia menunggu, malah tak sabar-sabar untuk pergi melawat.
"Tetapi yang pasti kita dapat melihat mereka begitu seronok melakukan ibadat sama ada melakukan tawaf, saie dan bertahalul.
"Malah ramai yang mampu melakukan lebih dari sekali umrah sepanjang berada di sana.
"Pantang ada peluang, mereka lebih banyak menghabiskan masa di Masjidil Haram berbanding duduk terperap di dalam bilik ataupun membeli belah," kata Abdul Razak.
Beliau setuju bahawa para jemaah PUR ini begitu menghargai setiap sen yang disumbangkan oleh pihak penaja, bertanggungjawab dan memikul amanat supaya beribadat dengan sempurna.
Sementara itu, salah seorang ahli rombongan umrah PUR, warga emas, Judah Sani, 72 yang juga ibu tunggal kepada lima orang anak berkata, walaupun telah selamat tiba, beliau masih tidak percaya telah menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk menunaikan umrah.
"Macam tidak percaya makcik dah sampai Mekah, macam mimpi sahaja rasanya apabila cita-cita makcik ini tercapai juga akhirnya.
"Allah sahaja yang tahu betapa makcik sangat berhajat ke Mekah, seronok mendengar daripada cerita mereka yang pernah ke sana. Sehingga makcik terbayang-bayang dan termimpi-mimpi seolah-olah makcik berada di hadapan Kaabah," katanya yang berasal dari Bukit Merah, Taiping, Perak.
Tetapi apabila mengenangkan ketiadaan simpanan yang mencukupi serta kekangan kemampuan anak-anak untuk membiayai nya, membuatkan Judah memendam keinginannya itu.
Sehinggalah pada suatu hari, bila dia didatangi anak saudara yang mengajaknya mengikuti rombongan PUR.
"Makcik pada mulanya tidak percaya dengan pakej ini. Bukankah banyak yang berlaku penipuan sehingga menyebabkan jemaah terkandas dan akhirnya tidak dapat pergi (umrah), jadi manalah tahu yang ini juga cuba hendak menipu," katanya.
"Tetapi alhamdulillah, segala-galanya diuruskan dengan baik dan lancar sehinggalah buat pertama kalinya makcik berpeluang memegang pasport dan visa umrah makcik sendiri, akhirnya makcik sedar, makcik berjaya menjadi tetamu Allah!" katanya.
Bagi pasangan warga emas, suami isteri, Nyian Awang, 68 dan Asnah Mohd. Noh yang berasal dari Batu Kurau, Perak, satu-satunya menantu lelaki mereka yang sudi membiayai bagi memastikan hajat ibu bapa mertuanya ke Tanah Suci, tercapai.
"Dahulu pakcik seorang nelayan, tidak mampu hendak ke Tanah Suci dan kalau boleh hendak pergipun bersama makcik kamu, tapi alhamdulillah menantu kami itu menyertai PUR ini dan tanpa perlu membayar penuh kerana sebahagian kecil lagi kami tokok tambah sendiri, akhirnya tercapai juga hasrat kami berdua ke Tanah Suci ini, alhamdulillah," kata Nyian.
Panglima juga telah mengisi program PUR dan Insya Allah akan ke Mekah tahun hadapan bulan Mei bersama ibu mertua. Semoga kesempatan ke sana akan menjadi detik terbaik di dalam kehidupan menjadi hamba Allah. Seterusnya mengunjungi maqam Rasulullah saw yang menjadi kiblat harapan dan syafaat umat terutama di akhir zaman sebagai wasilah menuju Allah.
Walaupun lambat namun malam ini akhirnya berjaya juga menaikkan video yang menjadi bulti bagaimana jeritan padu rakyat menyokong ucapan YAB Datuk Seri Najib Razak.
Jika mereka dipaksa adakah akan keluar jeritan nyaring bergema memenuhi stadium seperti ini?
Jika tidak menyokong negara adakah akan hadir sehingga ke saat akhir acara?
Yakinlah dengan kehadiran sungguh ramai hingga terpaksa berdiri selain duduk di tangga dipenuhi rakyat jelata datang bawa keluarga termasuk anak kecil untuk menikmati perayaan Merdeka, ia petunjuk transformasi Kerajaan membantu rakyat pelbagai peringkat membuahkan hasil sungguh hebat seperti rakaman di bawah.
Sudah tentu jeritan ini yang akan mematikan hasrat PR aka Pakatan Republik untuk meneruskan penipuan mereka meracuni minda rakyat jelata.
Harap sama-sama kita dapat menyebarkannya di alam maya.
KUALA LUMPUR, 2 Sept — Datuk Seri Najib Razak memberi petunjuk hari ini bahawa beliau mungkin akan memanggil pilihan raya umum (PRU) seawal November, lapor The Star Online— lima bulan sebelum mandat Barisan Nasional (BN) berakhir iaitu pada bulan April 2013.
Perdana menteri (PM) tidak menyatakan rancangannya secara terbuka akan tetapi beliau dilihat memberi petunjuk jelas mengenai tarikh, dengan menyatakan angka 11 beberapa kali dalam ucapannya ketika berucap merasmikan mesyuarat delegasi Umno bahagian Sandakan hari ini, lapor akhbar berbahasa Inggeris itu.
"Enam kali 11 sama dengan 66, lima kali 11 sama dengan 55 dan dua kali 11 sama dengan 22. Faktor 11 muncul dalam semua, ia adalah unik dan baik," Najib dilaporkan berkata, ia merujuk kepada usia Umno, ulangtahun kemerdekaan ke 55 dan usia Umno Sabah.
The Star Online menjelaskan, presiden Umno tidak menyatakan secara langsung bahawa beliau mahu mengadakan PRU ke 13 pada bulan November.
Walaubagaimanapun, Najib dan menteri kabinetnya telah menjelajah ke seluruh negara sejak beberapa bulan lalu sebagai persediaan menghadapi pilihan raya.
Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada kadar 5.4 peratus dalam suku kedua tahun ini dan meningkatkan sokongan pengundi dan meningkatkan tahap keyakinan untuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) bagi memanggil untuk pilihan raya mengejut tidak lama lagi, kata beberapa ahli strategi kepada The Malaysian Insider minggu lepas.
BERTUAHNYA wanita yang bernama Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 33. Bukan sahaja dikurniakan suara yang merdu dan bakat luar biasa dalam bidang seni, malah anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini dianugerahkan dengan raut wajah jelita yang tidak jemu dipandang.
Semakin diamati, semakin terserlah keistimewaan yang dimilikinya.
Tutur bicaranya yang sopan dan limpahan rezeki oleh Yang Maha Esa melengkapkan pakej Siti Nurhaliza sebagai wanita bertuah.
Melihat kepada kualiti ini, tidak hairanlah Siti Nurhaliza atau mesra dengan sapaan Siti begitu digilai ramai. Peminatnya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah merentasi negara serantau seperti Brunei, Singapura dan Indonesia. Begitulah hebatnya penangan wanita ini.
Walaupun namanya berada di puncak namun Siti masih berpijak di bumi nyata. Di sebalik kemasyhuran yang dikecap, Siti mengakui selesa menjalani kehidupan secara sederhana bersama insan yang disayangi.
Malah pelantun lagu Cindai dan Bukan Cinta Biasa ini tidak kekok turun ke dapur mempelajari resipi kegemaran suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa daripada ibu mentuanya, Siti Zainab Hanaffi.
"Suami suka makan ketupat palas dan rendang. Jadi selepas berkahwin, Siti belajar menganyam sarung ketupat palas dengan ibu mentua. Mula-mula memang susah juga, tapi Siti tidak putus asa. Berkat usaha gigih dan tunjuk ajar ibu mentua, akhirnya Siti berjaya juga menyiapkan sarung ketupat palas. Mak mentua pun kata Siti dah lulus," seloroh Siti.
Status sebagai artis tidak menghalang Siti membantu ibu, Siti Salmah Bachik, dan ibu mentuanya menyiapkan juadah di pagi Syawal. Siti mengakui air tangan kedua-dua insan istimewa ini begitu enak.
"Siti tidaklah memasak tapi sekadar membantu menyediakan bahan masakan. Ibu atau ibu mentua yang menyiapkan resipi. Sentuhan kasih sayang seorang ibu menerusi masakan menambat hati seisi keluarga. Air tangan mereka memang juadah yang dinantikan di pagi Syawal,"cerita Siti.
Belum bersedia ambil anak angkat
Sepanjang tujuh tahun melayari alam rumah tangga, Siti dan Datuk Seri Khalid sabar menantikan kehadiran cahaya mata. Nyata rezeki masih belum menyebelahi mereka. Pun begitu, Siti mahupun suami tidak berputus asa sebaliknya terus berusaha agar dikurniakan anak.
"Siti sentiasa mendoakan agar kami diberikan anak. Siti bersikap terbuka mengenai perkara ini. Siti dan suami sedia mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional sebagai usaha mendapatkan anak selagi ia tidak bertentang dengan ajaran Islam. Memang ramai yang tanya mengenai anak tapi siapa Siti untuk memberi jawapan ini kerana Siti pun tidak tahu bila Allah akan kurniakan cahaya mata kepada Siti dan suami.
"Apa yang mampu Siti katakan, doakan Siti diberi peluang menjadi ibu. Siti pernah juga terfikir untuk mengambil anak angkat tetapi buat masa ini Siti masih mahu berusaha memiliki zuriat sendiri.
"Siti terharu dengan sokongan keluarga kedua belah pihak, mereka faham situasi Siti. Begitu juga dengan peminat yang setia memberi sokongan moral. Siti berharap doa Siti dan suami akan dimakbulkan Allah,"jelas Siti yang amat berahsia mengenai hal peribadi.
Peningkatan usia menjadikan seorang isteri semakin matang merencana masa depan. Bukan sahaja kerjaya dan keluarga menjadi fokus malah Siti mengakui dia semakin peka menjaga kesihatan dan kecantikan.
"Siti dapat rasakan berat badan susah nak turun apabila usia bertambah. Jadi Siti tidak lagi berdiet seperti dulu untuk menurunkan berat badan. Sebaliknya Siti melakukan senaman secara rutin dengan suami.
"Kami akan bersenam di gimnasium di bawah bimbingan jurulatih peribadi. Selain itu, kami juga gemar berjoging dan sukan tinju. Aktiviti riadah ini mengekalkan stamina, menjaga kesihatan dan mengekalkan berat ideal. Ia juga menjadikan otak kita semakin cergas. Siti dapat rasakan hidup menjadi lebih aktif selepas bersenam secara konsisten,"katanya yang bersenam empat hingga lima kali seminggu.
Suasana malam kemerdekaan ke-55 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos itu tidak seperti biasanya. Getar dan aura merdeka yang sepatutnya disemarakkan pada malam bersejarah itu terasa malap.
Aroma busuk politik kepartian tercium di sana-sini. Di atas pentas ada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Di bawah pentas ada hadirin tanpa segan silu memperagakan baju parti.
Tambah janggal, tidak ada kontinjen pasukan keselamatan negara dalam perbarisan malam itu. Aksi bersemangat dan derap perbarisan pasukan tentera dan polis yang selalunya dinanti-nantikan oleh hadirin tidak kelihatan.
Mereka tidak kelihatan kerana pasukan yang selalunya menjadi elemen utama dalam perbarisan kemerdekaan ini telah menarik diri. Lagi dan lagi kepincangan dan kontroversi dicetuskan oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor ini.
Kehadiran Anwar dikatakan menjadi puncanya. Jawatannya selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor hanya lantikan politik sedangkan sambutan kemerdekaan yang diadakan saban tahun itu adalah majlis rasmi.
Dalam protokol majlis rasmi, nama Ketua Pembangkang itu tidak ada dalam senarai, Apatah lagi jika disediakan tempat khusus di atas pentas dan diberi penghormatan pula untuk berucap.
Dalam konteks majlis sambutan kemerdekaan itu, Anwar ialah orang luar. Beliau tidak layak berada di atas pentas. Kenapa protokol kerajaan negeri mengagung-agungkan orang luar tentulah menjadi tanda tanya, jika ia bukan untuk tujuan politik?
Jika ia majlis berkaitan ekonomi negeri Selangor, bolehlah difahami alasan kehadiran Anwar. Tetapi ini majlis rasmi kerajaan negeri. Siapakah sebenarnya yang mahu mempolitikkan hari kemerdekaan?
Yang ternampak pada malam itu ialah bukan semangat kemerdekaan yang keutamaannya untuk menyatukan semua peringkat dan lapisan rakyat. Yang ternampak malam itu ialah ada pihak yang mahu meraih keuntungan politik.
Mujurlah Pasukan Angkatan Tentera Malaysia dan polis dapat menghidu aroma itu dan menarik diri. Sebagai pihak yang mementingkan disiplin dan protokol, mereka tentunya tidak mahu terjebak dalam permainan politik seperti itu.
Membelakangkan
Apatah lagi acara rasmi itu telah membelakangkan Sultan Selangor. Di luar tradisi, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak dimaklum mahupun dijemput. Entah apa dalam pemikiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sekali lagi kenyataannya bertentangan dengan Istana Selangor.
Kata Khalid, tindakan tidak memaklum serta menjemput Sultan Selangor berangkat ke sambutan ulang tahun kemerdekaan negara adalah amalan biasa. Sedangkan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menjelaskan urusan memaklum dan menjemput Sultan merupakan amalan biasa dilaksanakan kerajaan negeri sebelum ini.
Sejak akhir-akhir ini gaya pentadbiran Khalid bertambah angkuh dan sombong. Dulu beliau dianggap sombong oleh orang dalam partinya sendiri sehingga 'dilucut' jawatan Pengerusi PKR negeri.
Kini, setelah penggal pentadbirannya hampir tamat sikap angkuh dan sombong itu ditunjukkan pula secara terbuka kepada rakyat dan istana. Terbaru, rakyat diperdaya dengan manifesto air percuma yang selalu dibangga-banggakan itu.
Setelah gagal menunaikan janji bekalan air percuma kepada ratusan ribu penghuni pangsapuri dan kondominium, Khalid berdalih manifesto itu bukan satu perjanjian. Macam tidak percaya alasan itu keluar daripada seorang yang menduduki kerusi Menteri Besar.
Walaupun rakyat terus mendesak agar kerajaan negeri menunaikan janjinya, Menteri Besar dan kepimpinan kerajaan negeri terus berlagak angkuh dan sombong. Mereka tegaskan tidak akan melayan tuntutan rakyat itu.
Dan, pada sambutan hari kemerdekaan ini Khalid terus menunjukkan sikap yang tidak bersahabat kepada rakyat. Menteri Besar mesti bertanggungjawab terhadap tindakan pasukan tentera dan polis yang menarik diri daripada majlis perbarisan sambutan kemerdekaan itu.
Begitu juga, beliau mesti bertanggungjawab terhadap Istana Selangor kerana gagal memaklumkan dan menjemput Sultan Sharafuddin. Beliau tidak lagi boleh memberikan alasan bebal sebagaimana yang diberikan kepada rakyat yang dianaktirikan untuk menikmati air percuma.
Sultan Selangor telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai payung termasuk bersikap 'adil dan saksama' dengan menghadiri majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat pada pagi hari kemerdekaan.
Kini Menteri Besar pula dituntut untuk bersikap profesional dan budiman. Jika salah, mohonlah maaf atau letak jawatan. Jika gagal tepati janji, mengakulah atau letak jawatan. Tetapi mungkinkah ia akan berlaku? Mimpi barangkali.
Malanglah oh Selangorku kerana pada hari yang bersejarah rakyat negeri ini terus disuguhi dengan elemen keangkuhan dan semangat sempit kepartian. Dalam suasana 55 tahun merdeka ini, banyak iktibar dan pengajaran yang boleh diambil daripada pentadbiran sepenggal Kerajaan PKR Selangor ini.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan