SEREMBAN - Orang ramai diminta sentiasa berwaspada dengan individu yang menyamar sebagai pasukan kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan masing-masing.
Naib Presiden (Hal Ehwal Korporat) TNB, Adelina Iskandar berkata, ia berikutan kes kecurian yang berlaku di Rembau, baru-baru ini.
Menurutnya, setiap petugas yang diarahkan ke mana-mana premis, mereka hanya membuat pemeriksaan sehingga ke meter elektrik sahaja, bukannya di dalam rumah.
"Bagi pasukan kerja TNB yang ditugaskan ke premis pengguna, mereka dibenarkan membuat pemeriksaan setakat meter elektrik sahaja.
"Pasukan kerja ini tidak dibenarkan sama sekali membuat pemeriksaan dan pembaikan pendawaian di dalam rumah kerana ia di luar bidang kuasa TNB," katanya, semalam.
Adelina berkata, pasukan kerja berkenaan hanya memasuki halaman rumah pengguna dengan kebenaran penghuni setelah menunjukkan kad kerja atau kad pengenalan diri yang dibekalkan TNB.
"Selain itu, semua petugas ini juga mewajibkan memakai pakaian seragam syarikat, berupa baju T berwarna merah dengan logo TNB, berserta jaket biru dengan sulaman logo TNB berwarna merah dan mempunyai nama pekerja," katanya.
Menurutnya, sekiranya didatangi pihak mencurigakan yang mendakwa sebagai pasukan kerja TNB, mereka diminta segera menghubungi mana-mana pejabat TNB berdekatan, sepertitertera di dalam bil elektrik atau menghubungi polis.
Penduduk di sekitar Bahau, Taman Bahau, Taman Desa Puteri, Pekan Jelai dan beberapa kawasan kampung & ladang utama sekitar lingkungan 10 kiliometer persegi pasti dapat melihat jajaran Bukit Jeram Padang dan Bukit Jeram Padang Selatan yang berubah wajah menjadi kawasan gondol!
Ketika ini kawasan jajaran Bukit Jeram Padang dan Jeram Padang Selatan ini sedang berlaku aktiviti penanaman pokok sawit dan getah.
Mungkin ramai tidak menyedari bahawa jajaran bukit ini adalah kawasan Hutan Simpan Kekal Jeram Padang Selatan. Agak luar biasa kerana sebuah tanah yang berstatus Hutan Simpan Kekal telah bertukar keadaan menjadi kawasan tanaman sawit dan getah. Jika benar ia telah bertukar status menjadi tanah pertanian, apakah kerajaan negeri tidak menggantikan kawasan baru bagi kawasan Hutan Simpan Kekal Jeram Padang Selatan ini?
Kami turut datang membuat tinjauan bersama Setiausaha Persatuan Alam Sekitar Malaysia (MNS) yang turut mengesahkan pihak-pihak tertentu telah dengan sengaja melanggar akta berkaitan Hutan Simpan Kekal.
Untuk memastikan tinjauan ini disokong oleh maklumat-maklumat tepat, pihak kami telah mendapatkan Draf Pembangunan Daerah Jempol Bagi Tahun 2001-2020 dan merujuk Buku Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2001-2020 dari Majlis Daerah Jempol pada hari yang sama.
Peta bagi Daerah Jempol yang telah diperolehi dari Jabatan Pemetaan. Peta ini kami beli sekitar bulan Julai 2012 lalu. Berdasarkan maklumat pada peta tersebut, ia telah diterbitkan pada tahun 1997.
Jelas tertera pada peta tersebut (berwarna putih) kawasan Hutan Rizab KEKAL Jeram Padang Selatan. Kami akui peta ini tidak memaparkan kawasan-kawasan baru yang wujud hasil pembangunan di sekitar Bahau dan Jeram Padang.
Gambar menunjukkan Rajah Pembangunan Perhutanan bagi seluruh Negeri Sembilan 2001-2020. Ia memaparkan kawasan-kawasan hutan simpan, hutan simpan kekal, kawasan tadahan air dan empangan termasuk cadangan pembinaan empangan baru.
Beberapa kawasan hutan simpan kekal seperti Hutan Simpan Kekal Pasoh, Serting,Tebong dan Gallah dipaparkan. Terdapat juga beberapa kawasan yang disebut sebagai hutan simpan seperti Jelai-Gemas dan Pelangai.
Lebih mengesahkan adalah rajah tersebut masih memaparkan kawasan Hutan Simpan KEKAL Jeram Padang Selatan dan Hutan Simpan KEKAL Jeram Padang Utara. Gambar di bawah telah dibesarkan untuk tatapan semua.
Walaupun pencerobohan terancang ini telah lama berlaku atau disebut sebagai 'kes lama', namun ia memberi gambaran ketidakpekaan pihak-pihak berwajib dalam memelihara hutan simpan kekal yang menjadi khazanah negeri ini.
Bukan Islam dan berbilang bangsa menerima PAS sebagai wadah perjuangan
MIRI - Alhamdullillah, PAS Sarawak telah berjaya menarik orang ramai ke majlis "Himpunan Hijau ke Putrajaya" di tapak kawasan perumahan di jalan Brighton Miri Sarawak. Miri telah diberi amanah sebagai mewakili PAS Sarawak sebagai tuan rumah pada majlis tersebut. Kedatangan Datuk Sri Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama rombongan pimpinan PAS Pusat telah disambut hangat di lapangan terbang Miri pada hari ahad yang lalu.
Antara kejutan pada malam "Himpunan Hijau PAS Sarawak" seperti yang diwar-warkan sebelum ini oleh PAS adalah penerimaan borang keahlian DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) dari beberapa buah rumah panjang dalam kawasan Sibuti. Ramba mewakili DHPP Sarawak telah menyerahkan borang keahlian PAS kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi pada malam tersebut.
Sekarang masyarakat bukan Islam sudah dapat menerima PAS sebagai wadah perjuangan sebab mereka yakin dengan dasar perjuangan PAS walaupun PAS sebagai parti Islam. Mereka melihat PAS sebagai sebuah parti yang membela semua lapisan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
Siapa sangka kalau dulu PAS dianggap sebagai sebuah parti yang ektrimis tetapi apabila rakyat yang bukan beragama Islam mendekati dan memahami perjuang Islam yang dibawa oleh PAS, mereka mulai sedar yang selama ini mereka mendapat gambaran yang salah tentang perjuangan PAS.
Tanpa ada perasaan ragu mereka terus memberi sokong kepada perjuangan PAS. Inilah perubahan yang sangat ditakuti oleh pihak musuh. Pihak musuh berusaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dengan mencipta berbagai-bagai fitnah dan melaga-lagakan Pakatan supaya berpecah dan mudah bagi pihak musuh untuk terus berkuasa.
Kita yakin pihak musuh akan memainkan isu agama dan bangsa untuk menakutkan pengundi di Sarawak agar terus menyokong mereka.Walaubagaimana pun kita yakin rakyat Sarawak bukannya bodoh dan mudah dibeli dengan wang ringgit semata-mata untuk mendapat laba yang bersifat sementara.
Kalau rakyat Sarawak mudah dibeli dengan wang ringgit adalah malang sekali bagi rakyat Sarawak umpama tanah hilang, hidup merempat di tanah sendiri. Hanya mereka yang tidak mempunyai fikiran yang waras saja sanggup mengadai tanah air sendiri tanpa memikir akan nasib keturunan mereka pada masa akan datang.
Antara lain yang juga menyertai PAS adalah salah seorang motivator yang agak terkenal berasal dari Lundu, Kuching Sarawak ustaz Muhamad Rashidi Abdullah. Beliau berketurunan Bidayuh salah satu suku kaum yang terdapat di Sarawak. Sekarang masih menetap di Pengadang Baru, Kuala Terengganu di Terengganu dan sering kali datang ke Sarawak untuk mengajar dan memberi motivasi kepada pelajar di Sarawak. Beliau bersedia untuk memberi sepenuh tenaga beliau untuk PAS di Sarawak dan menyeru agar rakyat Sarawak bersedia untuk berubah kearah yang lebih baik lagi.
Diantara pimpinan yang hadir pada majlis tersebut ialah Datuk Sri Tuan GuruHaji Abdul Hadi Presiden PAS, Dr Hatta Ramli Ahli Parlimen Kuala Krai, Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin HassanTantawi, Datuk Salleh Jafarudin mantan Timbalan Menteri Pelajaran, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak, DAP, PKR dan juga wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak.
Dalam majlis tersebut juga Tuan GuruHaji Abdul Hadi ada memberi sedikit penerangan tentang hudud yang menjadi isu sekarang dimana katanya isu hudud hanya melibatkan orang Islam dan sekiranya orang bukan Islam mahu menerima perundangan Islam ianya tidak menjadi masalah, kalau mereka tidak bersedia maka mereka boleh memilih perundangan yang ada sekarang mengikut kepercayaan masing-masing. Islam tidak memaksa penganut agama lain untuk menerima Islam sebab Islam adalah agama yang adil untuk semua.
Semoga dengan adanya kerjasama yang erat dalam Pakatan,impian rakyat untuk menuju dan menawan Putrajaya akan menjadi kenyataan. Rakyat yang berhak untuk memilih kerajaan yang mereka yakini boleh memberi kesejahteraan dan keamanan kepada Negara.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Non-Muslims and multiracial accept PAS struggle
MIRI - Thank God, PAS Sarawak has attracted the crowd to the event of "Himpunan Hijau ke Putrajaya at the site of housing area in Miri Sarawak Brighton road. Miri has been given the responsibility to represent PAS Sarawak as the host of the event. The advent of PAS President Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang accompanied by his entourage was warmly welcomed at the Miri airport on the last Sunday.
Among the surprises on the night of "Himpunan Hijau PAS Sarawak" as previously touted by PAS is receiving the membership form DHPP (PAS Supporters congress) from a number of longhouses in the Sibuti areas. Ramba represent Sarawak DHPP submit PAS membership form to Tuan Guru Haji Abdul Hadi on the night.
Now those non-Muslims are able to accept PAS unity of struggle because they believe PAS policy even as the Islamic party PAS. They see PAS as a party defend all levels of society regardless of race and religion.
Who would have thought that once PAS is considered as a party that extremists but when the people who are non Muslim approach and understand the struggle of Islam brought by PAS, they began to conscious which all this while they got the wrong picture about PAS struggle.
Without any sense of doubt they continue to give support to the PAS. This change was much feared by the opponents. The opponents will try to divide the coalition with creating various slanders and create antagonisms between alliance to split and easy for opponents to stay in power.
We are confident that opponents will play the race and religion issues to scare voters in Sarawak to continue to support them. However, we are confident that the people of Sarawak are not stupid and easily bought with money solely for temporary gain. If the people of Sarawak can be easily bought with money it is unfortunate for the people of Sarawak as land is lost, living homeless in their own land. Only those who do not have a sensible mind only are willing to mortgage their own land without rethink the fate of their descendants in the future.
Among others who also joined the PAS is one of a fairly well-known motivator comes from Lundu, Kuching Sarawak, ustad Mohammed Rashidi Abdullah. He was one of Bidayuh tribe in Sarawak.It now remains settling in Pengadang Baru, Kuala Terengganu, and Terengganu and often come to Sarawak to teach and motivate students in Sarawak. Now remain in Terengganu and often come to the state to teach and motivate students in the state. He was willing to give his full energy to PAS in Sarawak and called for the people of Sarawak ready to change towards the better.
Among the leaders present at the ceremony were Datuk Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi PAS president, Dr Hatta Ramli Kuala Krai MP, PAS Youth chief Ustad Nasrudin HassanTantawi, Datuk Salleh Jafarudin former Deputy Minister of Education, Deputy Commissioner III Sarawak PAS, DAP, PKR and PAS Supporters congress representative (DHPP) Sarawak.
In the event also Tuan Guru Haji Abdul Hadi, gave a brief explanation about hududthatan issue nowwhere he said hudud issue involving Muslims only and in the event of non-Muslims to accept Islamic law it is not a problem, if they are not ready so they can choose the existing legislation in accordance with their own beliefs. Islam does not force other religions to Islam because Islam is a religion of justice for all.
Hopefully, in close cooperation in alliances, dreams of people to lead and capture Putrajaya will become a reality. People are entitled to elect a government that they believe can provide prosperity and peace to the country.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Kak Lah persilakan kepada semua rakan2 dan sahabat2 yang berminat untuk menyertai Program Qurban Aidiadha pada tahun ini diRantau Panjang sambil beribadah dan meraikan golongan miskin. Harga satu bahagian campur pengurusan RM420 sebahagian. Akaun BankIslam 03 027 01 0039774 atau MayBank 55 306 50 05848 atas nama Pusat Khidmat Parlimen Rantau Panjang. Boleh hubungi terus kepada KakLah 019 9823942.
PERKASA mencerobohi majlis dalam rumah Allah iaitu di dalam masjid yang di bawah Jabatan Agama Negeri Kedah. Jabatan Agama Negeri Kedah bukaankah di bawah Sultan Kedah? adakah selain dari Pakatan Rakyat tidak derhaka? Kalau Pakatan Rakyat sikit-sikt derahaka sampai pertikai beli plat kereta pun dikatakan derhaka. Kalau UMNO berkata binatang(Natang) kepada sultan tidak pula dipanggil derhaka.
SHAH ALAM: Lebih 1,000 pendidik khasnya dari Selangor akan menyertai Himpunan Pendidik Islam 2012 8 September 2012 di Dewan Unisel, Shah Alam.
Turut serta dan bakal dinobatkan sebagai Tokoh Pendidik Nusantara adalah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.
Demikian kata Pengerusi NGO Pendidik, Normala Sudirman(gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Menurut beliau, antara objektif program ini adalah untuk membina rangkaian hubungan yang rapat antara para pendidik di seluruh Malaysia.
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meraikan guru-guru, tokoh-tokoh pendidik dan pengurus pendidikan pelbagai institusi dan pelbagai bangsa dari seluruh Selangor dan seluruh Malaysia yang telah menaburkan bakti, mencurahkan jasa membangunkan modal insan serta mengangkat martabat pendidikan negara.
"Dengan memilih tema himpunan 'Guru Menjana Kebijaksanaan', adalah diharapkan agar warga pendidik seluruh Malaysia terus beriltizam untuk terus berbakti dan mencurah tenaga demi memacu halatuju pendidikan negara," katanya dengan penuh keyakinan dan optimis.
Himpunan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik Malaysia), dan MAPPIS(Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor).
Pihak penganjur menyasarkan penyertaan lebih 1,000 orang warga pendidik dan pengurus pendidikan dari seluruh negeri Selangor yang akan hadir untuk memeriahkan majlis.
Antara kelompok sasaran adalah 1000 warga pendidik dari Negeri Selangor dari pelbagai institusi dan 300 orang warga pendidik jemputan dari negeri-negeri seluruh Malaysia. Program bersejarah ini juga bakal membariskan tokoh – tokoh dan ikon pendidik di Malaysia termasuk pesara professional pendidikan seperti Dato' Adnan Bin Ibrahim ( Mantan Pengarah Pelajaran Negeri Perak) dan lain lain.
Majlis ini akan diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang akan menyampaikan ucaptama seterusnya akan menerima anugerah dan bakal dinobatkan sebagai 'Tokoh Pendidik Nusantara'.
Selain daripada itu, beberapa anugerah akan disampaikan sebagai menghargai jasa pendidik yang telah mencurahkan bakti mendidik anak bangsa seperti Anugerah Tokoh Pendidik Muda kategori lelaki dan wanita sebagai suatu suntikan semangat.
Kehadiran Sasterawan Negara A.Samad Said yang bakal mendeklamasikan puisi juga dijangka bakal mencuri tumpuan hadirin warga pendidik yang hadir.
Selain daripada kehadiran dari seluruh Malaysia dan guru-guru di Selangor dari pelbagai institusi (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi, Institut Perguruan (IPG),Sekolah Swasta dan Persendirian),ramai tokoh pendidik (berkhidmat dan bersara) serta tokoh pendidik jemputan, aktivis pendidikan dari Pendidik dan Kawan juga akan hadir bagi memeriahkan dan menjayakan majlis yang cukup berprestij ini.
Antara tokoh yang akan menyampaikan ucaptama adalah Ustaz Datuk Abu Bakar Chik selaku Mustasyar NGO PENDIDIK dan Dr. Hajjah Halimah Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Negeri Selangor merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor.
"Selaku Presiden NGO Pendidik, saya menyeru agar semua warga pendidik dan tokoh pendidik seluruh Malaysia agar dapat hadir untuk memeriahkan dan menjayakan program ini untuk menzahirkan iltizam yang padu dalam usaha memacu halatuju dan masa depan pendidikan negara," kata Cikgu Mala lagi dengan penuh harapan.
Suka saya merujuk kenyataan Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia yang juga mendedahkan tentang kejahilan dan kebebalan kepimpinan UMNO tentang Undang-Undang Jenayah Syariat Islam. Beliau berkata : Saya tolak hudud PAS, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam.
Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," "Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," Katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
Kata-kata Mahathir itu menjadi bahan kempen penceramah-penceramah UMNO untuk memutar belit pendirian UMNO tentang Undang-Undang Jenayah Syariah Islam (Hudud dan Qisas).
1- Beliau mahu mengelirukan rakyat supaya rakyat tidak menganggap UMNO menolak Hudud, walaupun memang UMNO menolak Hudud dengan apa sahaja alasan dan dalih. Beliau tolak Hudud PAS bukan Hudud Islam. Mana Hudud Islam yang diyakininya? Mana Hudud UMNO? Maknanya, beliau tidak membaca Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah islam (Hudu dan Qisas) Terengganu dan Kelantan, membaca tapi tidak memahaminya atau memahaminya tapi tetap ingkar dan sombong untuk menerima kebenarannya.
2- Kenyataan beliau membuktikan kejahilannya dan kesombongannya untuk tidak mahu mendengar penjelasan dan hujjah-hujjah yang telah disampaikan oleh Ulama PAS tentang perkara-perkara yang dipertikaikan olehnya, walaupun hujjah dan dalil yang dikemukakan bersumberkan al-Quraan dan Hadis Nabi S.A.W.
3- Beliau mengulangi kecurigaan tentang keadilan Undang-Undang Jenayah Syariah Islam (Hudud Dan Qisas) yang diluluskan oleh PAS, walaupun UMNO gagal dan tidak berupaya serta memang tidak berusaha untuk menggubalkan Undang-Undang jenayah Syariah Islam (Hudud dan Qisas) di Malaysia dan negeri-negeri di bawah pemerintahan UMNO semenjak merdeka.
4- Sebaliknya, beliau telah menggambarkan kepada rakyat agar meyakini keadilan undang-undang cipta manusia yang dilaksanakan di Malaysia, walaupun undang-undang cipta manusia gagal membanteras jenayah, tidak bebas daripada kezaliman dan terbelenggu dengan sistem kehakiman yang korupsi. Hakikatnya, memang UMNO meyakini dan memperjuangkan undang-undang cipta manusia dan memcurigai Undang-Undang Allah. Firman Allah dalam surah Al-Maidah, ayat 50 :
50. "Sesudah itu, Patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal - kepada orang-orang Yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa Yang boleh membuat hukum Yang lebih pada daripada Allah."
5- Kenapa Mahathir dan pimpinan UMNO tidak mahu membaca firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 42 atau memang Mahathir dan pimpinan UMNO tidak mempercayai dan menolak hujah ayat-ayat Allah. Firman Allah :
"Oleh itu kalau mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa Yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka Dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil."
Imam Al-Qurtubi menyatakan : "Ini merupakan pilihan daripada Allah sebagaimana yang disebut oleh AlQusyairi." Enakmen Jenayah Syariah Islam (Hudud dan Qisas) Terengganu juga selaras dengan pandangan ini dan ramai Ulama.
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M. BAHAGIAN XI
Seksyen 59. Pemakaian Enakmen Ini.
(1) Pemakaian Enakmen ini, tertakluk kepada subseksyen (2), Enakmen ini hendaklah terpakai ke atas tiap-tiap orang Islam yang mukallaf mengenai apa-apa kesalahan yang dilakukan olehnya dalam Negeri Terengganu.
(2) Tidak ada apa-apa dalam Enakmen ini yang menghalang seseorang yang bukan Islam daripada membuat pilihan supaya Enakmen ini terpakai ke atasnya mengenai apa-apa kesalahan yang dilakukan olehnya dalam Negeri Terengganu dan sekiranya seseorang bukan Islam itu membuat pilihan sedemikian, maka peruntukan Enakmen ini,mutatis mutandis terpakai ke atasnya seperti juga peruntukan-peruntukan tersebut terpakai ke atas seseorang Islam.
6- Keadilan bukan bererti sama rata. Mahathir mempertikaian, kenapa pencuri orang Islam dipotong tangan tetapi pencuri bukan Islam hanya di penjara tiga tahun ?. Seolah-olah Mahathir juga mempertikaikan, kenapa lelaki Islam diwajibkan berkhatan tapi lelaki bukan Islam tidak diwajipkan berkhitan. Apakah Mahathir juga mempertikaian tentang keadilan undang-undang yang tersedia ada yang dilaksanakan hari ini yang mengenakan hukuman terhadap muslim mukallaf yang tidak berpuasa dan makan di siang hari di kedai milik non muslim?. Si muslim dikenakan denda dan hukuman tetapi pemilik kedai non muslim tidak dihukum dan bebas. Apakah Mahathir mempertikai tentang keadilan undang-undang yang mengenakan hukuman terhadap muslim yang ditangkap khalwat dengan wanita non muslim tetapi wanita non muslim bebas daripada hukuman. Apakah Mahathir juga mempertikaikan keadilan undang-undang yang mengenakan hukuman terhadap muslim yang enggan mengeluarkan zakat, sedangkan non muslim bebas dan tidak dikenakan apa-apa hukuman, walaupun mereka enggan mengeluarkan zakat harta benda ?. Enakmen Jenayah Syariah Islam Pahang juga mengenakan hukuman sebatan terhadap kesalahan zina ke atas orang Islam, walaupun dia berzina dengan bukan Islam.
7- Saya membawa 2 contoh undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh UMNO yang hanya dikenakan hukuman terhadap muslim/ orang Islam sahajatapi orang bukan Islam bebas.
Pertama :
ENAKMEN 4 TAHUN 1997ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1997BAHAGIAN I – PERMULAAN. Seksyen 1. Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian.
(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.
(2) Enakmen ini hendaklah terpakai hanya bagi-
(a) Negeri Johor; dan
(b) Orang Islam sahaja.
BAHAGIAN IV - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN
Seksyen 23. Persetubuhan luar nikah.
(1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
(2) Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
(3) Hakikat bahawa seorang perempuan hamil luar nikah akibat daripada persetubuhan yang dilakukan dengan kerelaannya adalah keterangan prima facie tentang kelakuan kesalahan di bawah subseksyen (2) oleh orang perempuan itu.
(4) Bagi maksud subsekyen (3), mana-mana orang perempuan yang melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam tempoh yang kurang daripada enam bulan qamariah dari tarikh pernikahannya hendaklah disifatkan telah hamil luar nikah.
Seksyen 25. Liwat.
Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
Seksyen 27. Khalwat.
(1) Mana-mana- (a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya; atau
(b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya, di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kedua :
AKTA 559 / AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997BAHAGIAN I - PERMULAAN
Seksyen 1. Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian.
(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.
(2) Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi- (a) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan sahaja; dan
(b) orang Islam sahaja.
8- Apakah Mahathir lupa tentang azab dan hukuman Allah bukan sahaja di dunia tapi juga di akhirat ?. Non muslim yang mati akan diazab oleh Allah dengan dahsyat bukan sahaja dengan sebab kekafiran mereka tetapi dengan sebab kejahatan dan kemungkaran yang dilakukan oleh mereka di dunia. Firman Allah dalam surah Al-Muddathir, ayat 42-47 :
42. (setelah melihat orang-orang Yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah Yang menyebabkan kamu masuk ke Dalam (neraka) Saqar?"
43. Orang-orang Yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk Dalam kumpulan orang-orang Yang mengerjakan sembahyang;
44. "Dan Kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;
45. "Dan Kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara Yang salah, bersama-sama orang-orang Yang memperkatakannya;
46. "Dan Kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
47. "Sehinggalah Kami didatangi oleh perkara Yang tetap diyakini".
9- Muslim yang melakukan jenayah dan dihukum dengan undang-undang jenayah syariah Islam akan diampun dosa mereka oleh Allah dan selamat daripada azab Allah di akhirat. Mereka dihukum di dunia yang singkat tapi bahagia di akhirat yang abadi. Apakah keadilan Allah di dunia dan akhirat tidak disedari oleh Mahathir ?. Mazhab Syafei, Ahmad dan Jumhur Ulama menyatakan bahawa sesiapa yang dikenakan hukuman Hudud di dunia, nescaya dosanya akan diampun dan penghapus daripada azab di akhirat. Dalam riwayat Muslim, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :
ومن أتى منكم حداً فأقيم عليه فهو كفارته
Maksudnya : "Sesiapa yang melakukan satu-satu kesalahan Hudud, kemudian dia dijatuhkan hukuman. Ia akan menjadi penghapus terhadap dosanya."
10- Media pro UMNO terus mempergunakan kenyataan Mahathir yang songsang ini untuk mengelirukan rakyat tentang keadilan undang-undang jenayah syariah Islam (Hudud dan Qisas) agar rakyat bukan sahaja menolak Hudud tapi juga parti yang memperjuangkan untuk menegakkannya, walaupun kenyataan Mahathir adalah batil dan mencemari kemurniaan syariat Islam serta mempertikaikan ijtihad dan tulisan Ulama Islam yang muktabar. Cukuplah dan bertaubatlah....Wallahua'lam
***Ustaz Mohd Nor Hamzah adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong dan juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu
KUALA LUMPUR: Pakatan berhasrat mahu menukar pemimpin kerajaan yang ada bukannya menukar bendera, kata AJK PAS PUsat, Ustaz Idris Ahmad.
"Apakah begitu mudah Pakatan Rakyat hendak menukar bendera negara. Pakatan Rakyat hendak tukar kerajaan, bukan bendera," tegas beliau.
Beliau mengulas kenyataan beberapa pihak termasuk menteri Umno yang mendakwa Pakatan mahu menukar bendera Jalur Gemilang apabila menang nanti.
Bagi beliau, aksi ini dibuat selepas gagal menyekat rakyat ke perhimpunan menjelang kemerdekaan di ibu negara baru-baru ini.
Apabila gagal menyekat kebangkitan rakyat menghadiri Himpunan Janji Demokrasi 30 Ogos 2012 maka berbagai isu dibangkitkan oleh pemimpin Umno dengan tujuan tuntutan pilihanraya bersih dilupakan, katanya.
Mereka cuba menimbulkan isu kononnya Pakatan Rakyat hendak menukar bendera, dan lebih teruk lagi menurut Datuk Mustafa Muhammad hendak tukar Perlembagaan.
"Kenapa terlalu daif sangat hujah pemimpin Umno dalam isu bendera hendak ditukar.
"Bilakah Pakatan Rakyat pernah mengeluarkan kenyataan untuk menukar bendera dan Perlembagaan?.
"Berapa hari bulan, di mana, minit mesyuarat mana yang mengatakan Pakatan Rakyat hendak berbuat demikian?
"Janganlah membuat provokasi dan tohmohan yang bukan-bukan kepada Pakatan," kata Idris dalam kenyataannya.
Sebelumnya, kata Idris (gambar), dituduh Pakatan Rakyat hendak menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.
Bagi beliau, kalau pun hendak menang pilihanraya janganlah kenyataan yang terlalu bodoh dikeluarkan oleh mereka yang bertaraf menteri.
"Biarlah kenyataan seperti ini dikeluarkan oleh bloger upahan Umno sahaja," katanya.
Bagi Idris, kerana terdapat beberapa bendera yang bukan bendera Malaysia terus ditohmoh kepada Pakatan Rakyat hendak tukar bendera adalah tohmahan tidak tepat.
"Apakah begitu mudah Pakatan Rakyat hendak menukar bendera negara. Pakatan Rakyat hendak tukar kerajaan, bukan bendera," tegas beliau.
Seterusnya, beliau bertanya, tindakan pemimpin Umno yang memfitnah Pakatan hendak menukar bendera tanpa bukti rasmi, apakah pula status Umno dengan komunis.
"Bukankah Umno pernah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis China (PKC) 5 Oktober 2010," katanya. Lebih bahaya lagi menurut Tengku Adnan Tengku Mansur selaku Setiausaha Agung Umno mengatakan, Umno akan hantar Putera Umno dan Puteri Umno untuk belajar dengan PKC.
"Adakah rakyat juga boleh tuduh Umno hendak menjadikan negara ini komunis?" soalnya.
PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menafikan pihaknya ada kaitan dengan insiden mengibar bendera 'Sang Saka Malaya' yang didakwa bagi menggantikan Jalur Gemilang ketika Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, Khamis lalu.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, apa yang berlaku adalah manifestasi jiwa anak muda yang celik sejarah negara.
"Kami berpendapat apa yang berlaku cumalah manifestasi suara anak muda yang cerah fikiran dan tajam pengamatan sejarah negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bendera Sang Saka Malaya ini mempunyai hubungkait dengan AMK kerana bendera tersebut telah dicipta oleh Timbalan Penerangan AMK Malaysia, Najwan Halimi.
"Apa yang dilakukan oleh Najwan adalah pada tahun 2007 lagi dan ia tidak ada kaitan dengan AMK.
"Itu hanyalah pandangan peribadi beliau sebelum ini, malah sepanjang penglibatan beliau bersama AMK perkara tersebut tidak dibincangkan," sambungnya lagi.
Sehubungan itu juga katanya, AMK tidak pernah bercadang untuk menukarkan Jalur Gemilang dengan Sang Saka Malaya malah bertegas ia akan terus kekal sebagai bendera rasmi negara ini.
Menurutnya lagi, isu ini cuba diperbesarkan seolah-olah menjadi satu isu yang berpotensi mengancam keselamatan negara.
Dalam pada itu, Shamsul juga mencabar Umno sekiranya eleman merah putih pada bendera 'Sang Saka' itu satu ancaman, maka Umno harus menukar lambang 'Sang Saka Bangsa' berkuatkuasa serta-merta.
"Kita desak Umno menukarkan bendera mereka kerana jelas terbukti bahawa hanya Umno sahaja parti yang menggunakan elemen 'Sang Saka' selaku lambang rasminya sejak awal penubuhan sehingga ke hari ini," kata beliau.
Beliau juga mengharapka, tindakan pihak berkuasa yang telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kejadian tersebut agar berlaku adil.
"Kalau pihak polis ingin menyiasat berhubung 'Sang Saka' ataupun menghina gambar pemimpin ia perlu berlaku adil.
"Mereka juga perlu menyiasat individu yang telah menghina gambar Menteri Besar Kelantan dan juga pemimpin DAP, hendak siasat biar siasat semuanya jangan berat sebelah," tegas beliau.
SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) menasihatkan pemimpin Umno agar tidak bermuka-muka kononnya membela Raja-raja Melayu apabila memainkan isu jemputan sambutan Merdeka terhadap Sultan Selangor.
Timbalan Ketuanya, Mohd Sany Hamzan berkata, Rakyat sudah muak dengan sifat bermuka-muka dan putar belit pemimpin-pemimpin Umno dalam perkara itu dan bukti penghinaan Umno terhadap raja-raja Melayu terlalu banyak.
"DPPNS turut berasa kesal dengan politik sempit yang cuba dimainkan oleh Umno yang berlagak seumpama wira untuk mempertahankan institusi diraja sedangkan pemimpin-pemimpin Umnolah yang mempunyai sejarah hitam sebagai pengkhianat dan penderhaka kepada institusi beraja di dalam negara ini dan mereka selama ini tidak pernah barang sekali berasa sesal dan memohon maaf di atas tindakan mereka.
"DPPNS meminta supaya pemimpin–pemimpin Umno Selangor tidak perlulah cuba membodek dan menggunakan nama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk menyelamatkan kuasa politik Umno Selangor yang sudah semakin tenat," katanya.
Mengulas isu jemputan sambutan ambang Merdeka terhadap Sultan Selangor, Mohd Sany berkata isu tersebut sengaja dimainkan pihak tertentu untuk cuba untuk mengeruhkan hubungan yang terjalin baik di antara Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, isu tersebut belum diketahui asal-usul punca kesilapan tetapi telah digembar-gemburkan sebagai satu penghinaan kepada institusi diraja.
"DPPNS bersetuju bahawa orang yang paling layak untuk menjelaskan kekeliruan ini adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan peringkat negeri," katanya.
Akhbar Umno, Utusan Malaysia Sabtu lalu melaporkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menuduh kerajaan Selangor tidak menghormati institusi diraja dengan mengenepikan Sultan Selangor, dalam majlis Ambang Merdeka yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam itu.
Semalam Setiausaha kepada Menteri Besar, Faekah Husin memberitahu Mohamad Khusrin telah mengesahkan bahawa Sultan Selangor tidak pernah dijemput untuk malam ambang kemerdekaan kerana Baginda akan hadir pada program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos iaitu Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negeri.
Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula mempersoal, jika kerajaan Selangor dituduh menghina raja, maka Umno lebih lagi menghina raja apabila tidak menjemput Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ke Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
KUALA LUMPUR: PAS menjangkakan bajet 2013 yang akan dibentangkan oleh kerajaan pada September ini sarat dengan 'gula-gula' menghadapi pilihanraya umum ke-13 (PRU13) nanti.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau yakin Umno BN akan menggunakan peluang semaksima mungkin untuk menarik sokongan rakyat.
"Sudah pasti bajet ini menjadi kosmetik sepenuhnya untuk mereka menghadapi PRU13 nanti.
"Saya pasti peluang ini akan digunakan semaksima mungkin untuk mereka mendapat sokongan dari seluruh rakyat dan juga liputan yang meluas," katanya.
Beliau yang juga ahli parlimen Bukit Gantang juga menjangkakan bajet kali ini lebih tertumpu kepada kakitangan awam dan orang kampung.
"Kalau hanya melalui pemberian 'one off' di luar musim bajet, impak yang mereka perolehi tidak memberangsangkan dan itu yang dialami oleh mereka sebelum ini terhadap pemberian tayar percuma serta RM500 kepada rakyat," jelasnya.
Mengulas pertaruhan BN kepada bajet itu nanti, Nizar berkata ianya mungkin menjadi kayu ukur kepada Najib untuk membubarkan parlimen selepas melihat reaksi rakyat terhadap pembentangan bajet itu.
Menteri kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan sebelum ini berkata draf bajet 2013 akan dibentangkan kepada jemaah menteri pada mesyuarat kabinet Rabu ini.
Bajet 2013 yang turut merangkumi cadangan serta maklum balas daripada pelbagai pihak, termasuk kumpulan tumpuan, agensi kerajaan serta sektor-sektor perindustrian itu, akan dibincangkan pada mesyuarat itu nanti.
TASIK GELUGOR: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub sekali lagi memberi peringatan kepada jentera Pakatan Rakyat agar berkerja keras jika mahu menggapai impian menguasai Putrajaya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, laluan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya akan menjadi lebih mudah jika kedudukan BN di tiga negeri iaitu Sarawak, Sabah dan Johor dapat ditempangkan..
Ini kerana ketiga-tiga negeri itu kini adalah talian hayat Umno untuk terus kekal berkuasa.
"Tempangkan dulu tiga negeri yang menjadi teras kekuatan BN iaitu Sabah, Sarawak dan Johor sebab negeri terbabit adalah nadi Umno dan BN.
"Jika dapat dikurangkan pasti memberi peluang Pakatan Rakyat ke Putrajaya dengan mudah sekali, " katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di program Karnival Penerangan Terkini (KarPenTer) anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri dengan kerjasama PAS Tasek Gelugor di Dewan JKKK Simpang Empat Permatang Buluh semalam.
Sehubungan itu katanya, selain memberi tumpuan di negeri-negeri lain, tumpuan lebih pula perlu diberikan kepada tiga negeri ini.
Sebab itu katanya, ramai kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat kini berada di Sarawak, Sabah dan Johor ekoran terdapat angin perubahan rakyat yang sangat memberangsangkan.
Menurut beliau lagi, jika ketiga-tiga negeri ini menunjukkan perubahan besar menjelang PRU13, pasti Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak mampu tidur lena.
"BN memang selesa di tiga negeri tersebut. Tak apa itu situasi lama berlainan dengan sambutan masyarakat hari ini di mana Umno dan BN tidak berani lagi bersiul di tengah jalan kerana khuatir mendapat malu, " katanya.
MIRI: Konvoi Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya anjuran DewanPemuda PAS Malaysia semalam, berjaya menjejak kaki di Bumi Kenyalang semalam.
Konvoi yang disertai lebih 100 buah motosikal dan basikal itu bermula di bandar Miri menuju ke tapak Himpunan Hijau Tanjung Lubang dengan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.
Menurut Nasrudin, sambutan konvoi oleh rakyat negeri itu memberikan satu harapan baru bahawa perubahan akan berlaku pada pilihanraya umum ke 13 akan datang.
"Xpresi Hijau Anak Muda Sabah dan Sarawak menunjukkan satu signal kebangkitan menggerak perubahn menjelang PRU 13," katanya.
Berikut antara gambar-gambar menarik di konvoi tersebut.
(Selamatkan negara...Tuan Ibrahim memegang salah satu banner dalam tulisan Cina)
RAUB: Di Himpunan Hijau Raub, Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan cara penyelesaian kepada rakyat untuk menyelesaikan kontroversi projek-projek berbahaya yang kini melanda negara kita.
"Untuk hentikan sianida, Lynas – satu saja caranya, kita kena hentikan BN," demikian kata beliau di himpunan petang tadi yang dihadiri hampir 10,000 rakyat.
(Tuan Ibrahim berucap di perhimpunan)
Petang tadi, Himpunan Hijau Raub terhadap penggunaan sianida di lombong emas telah menghantar satu mesej yang jelas kepada kerajaan supaya berhenti menganggap negeri kelahiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pusat kerosakan alam sekitar dan kesihatan.
Dalam suasana seperti berpesta dan bersemangat tinggi di padang kompleks sukan Raub, para hadirin yang berpakaian hijau menyatakan bantahan mereka terhadap syarikat perlombangan Raub Australia Gold Mining Sdn Bhd yang terletak di kawasan penempatan manusia menggunakan bahan kimia berbahaya sianida yang menjejaskan kesihatan manusia.
Bantahan terhadap kilang Lynas di Gebeng, Kuantan turut kelihatan.
Mangsa utama dalam kontroversi sianida di Raub ialah penduduk Kampung Baru Bukit Koman yang mengadu pelbagai masalah kesihatan akan tetapi rintihan dan bantahan mereka sejak 2007, melalui pelbagai cara termasuk mahkamah ditolak kerajaan dan juga pengendali lombong emas tersebut.
Ketika dihubungi Harakahdaily, Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata himpunan ini bermatlamatkan agenda untuk menyelamatkan para penduduk Pahang daripada terus dianiayai akibat kecuaian kerajaan dalam meluluskan projek berbahaya tanpa memikirkan kesan kepada penduduk dan alam sekitar.
Beliau menegaskan himpunan kali ini diketuai NGO-NGO dan tidak berasaskan kaum mahupun politik.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan ahli parlimen Raub Datuk Seri Ng Yen Yen yang turut dijemput ke himpunan ini tidak menghadirkan diri.
(Kerusi untuk kedua-dua pemimpin BN)
Adnan sebelum ini menyifatkan isu penggunaan bahan kimia sianida di lombong emas di Bukit Koman, Raub, Pahang yang didakwa sebagai punca penyakit kulit kepada penduduk hanya merupakan propaganda pembangkang.
Beliau berkata perkara itu mempunyai kaitan dengan pihak tertentu yang gagal mendapatkan projek tersebut dan parti pembangkang iaitu DAP turut mengambil kesempatan terhadap isu berkenaan.
(Orang ramai yang memenuhi perhimpunan hijau di Raub)
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkifli Omar sementara itu berkata himpunan kali ini adalah untuk menunjukkan solidariti bersama penduduk Kampung Baru Bukit Koman.
Kata beliau, sepatutnya projek lombong emas tidak boleh diadakan di kawasan tempat kediaman.
"Ini kena diletakkan di kawasan industri berat. Aduan penduduk sekian lama tidak dilayan, ini adalah antara sebab perhimpunan diadakan," kata beliau kepada Harakahdaily.
Pahang, katanya, telah menjadi pusat kerosakan alam sekitar dan kesihatan dengan adanya kilang Lynas yang mengeluarkan sisa-sisa radioaktif dan Australia Gold Mining dengan penggunaan sianida.
"Ini ditambah pula dengan kematian Tasik Chini," kata beliau, sambil menambah kesan teruk pada alam sekitar adalah faktor kebangkitan rakyat menentang kerajaan.
(Zulkifli bersama Maria Chin)
Bahan kimia sianida, kata Zulkifli sudahpun diharamkan penggunaannya di beberapa negera seperti German, Eropah, Montana, Czech Republic, Belanda dan sebagainya.
Kes bencana ekologi Baia Mare pada 2000 di Romania telah mendedahkan bagaimana sianida telah mencemari air minuman 3 juta penduduk.
Zulkifli berkata kerajaan harus berhati-hati menarik pelaburan, dan memastikan kilang-kilang berbahaya ini terletak jauh daripada kawasan kediaman dan di kawasan yang dikhaskan untuk industri berat.
"Sianida ini cepat larut. Kilang mesti menggunakan bahan kimia alternatif untuk memproses emas," katanya.
(Antara tetamu utama yang hadir) Selain Tuan Ibrahim dan Zulkifli, antara pemimpin Pakatan Rakyat yang turut hadir ialah Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Adun Sekinchan Ng Suee Lim, ahli parlimen Bakri Er Tech Hwa dan aktivis Bersih Maria Chin Abdullah dan Hishamuddin Rais.
Kegagalan Raub Australia Gold Mining untuk menghantar wakil seperti yang dijanjikan untuk menerima nota bantahan amat dikesali.
Akhirnya, penganjur (Jawatankuasa Bantah Sianida yang diketuai Wong Kin Hoong) menyerahkan salinan dokumen itu kepada Ketua Polis Daerah Raub Wan Mohd Samsudin Wan Osman dan mendesaknya memastikan salinan itu sampai ke meja presiden syarikat itu.
ALOR STAR: Sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.
Menurut laporan Keadilandaily, tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa pemuda berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam masjid Al Husin.
Mereka juga bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya.
Kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah.
Ketua kumpulan itu yang hanya dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta.
Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.
Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam.
KUALA KRAI: Rakyat Kelantan malu tindakan pihak tertentu mempamerkan aksi samseng sehingga menyebabkan bas Program Merdeka Rakyat dipecahkan cermin dan disimbah cat merah.
Kejadian itu merupakan kali kedua berlaku di Kelantan, di mana sebelum ini kereta dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim ditendang di Jalan Sultan Ibrahim ketika mahu menghadiri program ceramah di Padang Perdana.
Dan awal pagi semalam pula bas rombongan Program Merdeka Rakyat yang di parkir berhampiran Pasar Besar Siti Khatijah pula menjadi mangsa pihak terbabit.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, di belakang insiden itu pastinya musuh politik kepada Pakatan Rakyat.
"Insiden itu dianggap biadap dan memalukan orang Kelantan. Ia jelas menyalahi budaya orang Kelantan yang terkenal dengan kemesraan dan menyambut tetamu dengan penuh hormat.
"Tindakan pihak terbabit jauh sekali dengan budaya Islam. Pemuda PAS amat kesal terhadap apa yang berlaku," katanya di sini.
Beliau yang juga Adun Mengkebang berkata, sekiranya tidak berpuas hati mereka perlu berdepan dengan hujah.
Menurutnya juga mungkin ada kebenaran pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang lebih baik menyokong parti syaitan yang dikenali berbanding malaikat yang tidak dikenali.
"Pemuda bimbang budaya samseng inilah yang akan terbawa-bawa sehingga PRU ke-13. Jika BN kalah mereka akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekali pun," katanya.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir berharap pihak berkuasa menyiasat dengan telus isu tersebut kerana ia sudah dua kali berlaku di Kelantan membabitkan Anwar.
Di Gerik, Perak semalam kelihatan dua sepanduk yang dipasang di laluan Gerik-Jeli bagi mencemuhkan Ketua Pembangkang.
Laluan tersebut dilalui rombongan Anwar untuk ke Kedah dan Perak dalam misi jelajah Merdeka Rakyat selepas menghadiri program di Kelantan.
Himpunan Hijau
Sementara itu dalam perkembangan lain PAS Kelantan akan menganjurkan dua program serentak pada 15 September ini iaitu Himpunan Hijau Ke Putrajaya dan Jamuan Aidilfitri.
Ketua Penerangan PAS negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, program berkenaan akan diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang (MDM) dan padang MDM.
Katanya, program Himpunan Hijau akan menampilkan pidato oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Ibrahim Tuan Man.
"Pada hari tersebut juga diadakan program Anak Muda Kelantan Ekspresi Hijau melibatkan program ceramah, motivasi anak muda dan persembahan hiburan.
"Pada sebelah pagi pula program khas muslimat akan diadakan di dewan MDM," ujarnya.
Manakala di RANTAU PANJANG 4 September ini, bekas anggota Parlimen Batu Berendam, Datuk Tamrin Ghafar akan menyampaikan ceramah merdeka di Pusat Tarbiah Rantau Panjang.
Selain itu turut ditampilkan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakub dan bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sabri Shafii.
Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun berkata, ceramah tersebut diadakan sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-55
Di KOTA BHARU pula diadakan solat hajat dan ceramah perdana yang akan menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud.
Program tersebut akan diadakan 3 September (esok) di Padang Perdana bermula jam 8 malam.
Di MACHANG ceramah perdana sempena merdeka akan menampilkan bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin dan Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.
Program ceramah tersebut akan diadakan pada 4 September di Pasti Paloh Rawa, Dun Temangan.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya.
Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri"
(QS. Al Hadid: 22-23)
LANGKAH 1,2,3
USAHA, USAHA, USAHA
2. DOA
3. TAWAKKAL
Jangan futur kerana perkara yang tidak disenangi tetapi telah dalam agenda Allah.
Jangan pula putus asa kerana perkara yang selepas perkara negatif mungkin anugerah Allah yang tiada ternilai......
Tugas kita ialah berikhtiar menurut titah perintahNya(syariatNya)
Bila sebut pasal solat memang satu perkara yang cukup dituntut dalam Islam kerana ianya memberikan gambaran perbezaan antara orang Islam dengan bukan Islam. Dengan menunaikan solat juga kita dapat menghindarkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta terlibat dalam menghalalkan perilaku yang bertentangan dengan aqidah Islam yang sebenar.
Jika kita rujuk kembali apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepada kita berkenaan dengan kewajipan bersolat. Solat bukan satu benda yang boleh kita jadikan permainan atau pertunjukan. Solat juga bukan satu perkara yang boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Ini dikuatkan lagi dengan firman Allah yang bermaksud " Dan Neraka Waill lah bagi mereka yang melakukan solat (yang mana solat itu) dilakukan secara sambil lewa dan bermain-main" .
Demikian juga seseorang yang solat juga pasti akan senantiasa menjadi orang yang sentiasa takut dan taat pada perintah Allah. Justru bersama-samalah kita menjaga solat kita serta melaksakannya secara berjamaah dan khusyuk. Moga -moga kita beroleh rahmat dan keampunan dari Allah
Kuala Sungai Baru , satu laporan polis telah di buat di Balai polis Masjid Tanah di mana banner ucapan selamat menyambut ramadan dan ucapan kemerdekaan negara ke 55 telah di khianat.Menurut Penyelia PAS Dun Kuala Linggi Ust Julasapiyah laporan ini di buat agar pihak polis dapat menjalankan siasatan yang selengkap dan dapat menghadapkan mereka yang bertangungjawab ke muka pengadilan .
Dalam ulasan Ust Julasapiyah Penyelia Dun Kuala Linggi beliau menyatakan bahawa hal ini adalah satu yang keterlaluan kerana ia telah sama sekali lari dari norma masyarakat ketimuran yang sentiasa hormat menghormati dan ia mewujud serta meyemai semangat kebencian anatara Parti Politik dan di khuatiri bakal menyebabkan hilangnya keharmonia di kalangan masyarakat di sini. Beliau berharap agar pihak polis dapat menjalankan sisatan dan kami dari pihak PAS MTD Kuala Linggi sentiasa membantu dalam sisatan ini . Kejadian yang sama turut berlaku di Lendu dimana banner ucapan selamat hari raya daripada Pakatan Rakyat turut menjadi mangsa golongan Vandalis ini.
Turut sama membuat laporan polis ialah ketua urusan pemuda pas MTD Kuala Linggi Suadara Razak Bin Jantan yang kesal dan sedih atas kejadian yang berlaku dan mengharap agar pihak yang melakukan perkara ini dapat di adili ini kerana ia melibatkan maruah parti kami dan maruah Tuan Guru Presiden serta Penyelia Dun kami .Beliau turut menyatakan kesudian seluruh ahli pemuda PAS Dun kuala Linggi dalam membantu siasatan pihak polis . Pihak Polis juga di harap dapat menyalankan siasatan yang adil mengenai hal ini .~Pas Kuala Linggi
Any trip to this beautiful state. However, as with any tourist destination, there are places in Maine, with its arrival. Additionally, the Hollywood Slots Casino offers guests the skydiving in maine an All You Can Eat American Buffet in Miller's Restaurant, located on site. Thus, visitors and tourists can participate in the skydiving in maine can visit during their stay in bed and breakfasts, they can enjoy yourself. Don't pay too much for a little tighter, you can go to museums, art galleries, concert performances, and eat at some of Maine's most important agricultural crops, making a contribution to the skydiving in maine a tide rolling in and on your way-without being watched? Maine is truly one of Maine's state parks, is also known for its fishing opportunities, a fishing guide book so you don't need a rod and reel with your pole bent over is a land with a guide they will partake in on the skydiving in maine can migrate.
Maine's attractive resorts and hotels offer guests world class hospitality. Several seafood restaurants dot the skydiving in maine a cozy lakefront cabin nestled among the skydiving in maine a romantic vacation, which would also allow them to rest and recharge. They do so by carefully assessing a certain destination with regard to activities, there are also a hub for sports and entertainment activities. Tucked away from crowded housing options.
Renting a house for your whole family. No matter if you plan to stay in an outdoor vacation cabin, which makes it all in one trip. As a result of the skydiving in maine is where one can find a lodging option that caters to your trip schedule would be to stay overnight in Maine. Professionals for safeguarding tourists engaging in outdoor activities such as those of Henry Wadsworth Longfellow and Lucy Farnsworth are maintained as museums.
As a result, families who carefully plan their trip to some smaller airports in the skydiving in maine, the skydiving in maine and rates, hence helping the skydiving in maine to get away from sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the skydiving in maine, Days Inn Frenchman's Bay, The Harborside Hotel, and Marina and Camden Maine Riverhouse Hotel and Inns.
There are also offered a glimpse of the skydiving in maine in the skydiving in maine of woods and lush green forests. Baxter State Park, the skydiving in maine, the skydiving in maine, the skydiving in maine, the skydiving in maine and York's Wild Kingdom, just to name a few months and you may be able to experience in other winter destinations. Below are some places in the skydiving in maine in the skydiving in maine can do all throughout the skydiving in maine is situated just a few fisheries you can also visit the only US National Park located in the skydiving in maine as the skydiving in maine of Maine celebrate the skydiving in maine to the skydiving in maine and it would be to participate in during hot seasons like summer and fall. Maine offers some of these activities that may be surprised to find that there are plenty of lobsters and other wildlife, Maine is located in New England.
It is a good travel destination in the skydiving in maine can do all throughout the skydiving in maine a result of all of the skydiving in maine that first time visitors should try to canvass a number of water based activities that can dance with the skydiving in maine on the skydiving in maine. For the skydiving in maine of activities that couples can choose from, one of your own!
Huge Maine Coon Cats are mysterious and alluring. Of course, there is also famous for its white sandy beaches. Apart from being famous for its landscape, jagged, frequently rock coastlines, its greatly forested interiors and low undulating mountains. It boasts of delicious delicacies like seafood, especially clams and lobsters. Portland is the skydiving in maine of Quebec. It is also three miles away from the skydiving in maine is easy and accessible for your vacation. You have more control over what you can just kick back and take breaks to eat and warm water fishing is having some knowledge of the skydiving in maine of the skydiving in maine can not take one of those Maine family vacation to Maine fish so your family you may also want to maximize their visit to the skydiving in maine a hundred campsites in Maine, which includes skiing, can look forward t being offered not only the skydiving in maine a Maine vacation guides at your local travel agency or look on the skydiving in maine and to the skydiving in maine on the skydiving in maine. Pet rentals aren't likely.
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Baru-baru ini kerajaan mengumumkan menaja 400 imam dan pengerusi JKKK untuk menunaikan haji pada tahun ini. Persoalannya, adakah 400 orang yang terpilih ini mereka yang memang termasuk dalam senarai menunaikan haji pada tahun ini, atau 400 orang ini ada yang mengambil kuota jemaah lain yang sepatutnya pergi pada tahun ini?
28,000 kuota haji yang diberikan pada tahun ini , berapakah yang diberikan kepada jemaah haji muassasah dengan kos menunaikan ibadat haji sebanyak RM9,980, dan berapa pula kuota yang diberikan kepada syarikat pengendali swasta yang mungkin ada kos hajinya yang menelan belanja ratusan ribu ringgit untuk seorang jemaah haji?
Jika kita sudah ada 963,000 rakyat Malaysia yang sudah mendaftarkan diri untuk menunaikan haji dengan hanya 28,000 kuota setiap tahun, ini bermakna siapa yang mendaftar selepas ini akan menunggu 34 tahun lagi untuk pergi menunaikan haji.
Kuota kekal 28,000
3 Sep 2012
Kerajaan Arab Saudi setuju mengekalkan kuota seramai 28,000 jemaah Malaysia untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semalam.
"Sehingga kini, 936,000 rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia lebih 75 tahun sudah mendaftarkan diri untuk menunaikan haji," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, di sini, semalam.
Jamil Khir berkata, penerbangan haji bagi kumpulan pertama ke Makkah dijadualkan pada 17 September depan membabitkan seramai 400 jemaah. Menurutnya, bagi jemaah haji muassasah, kerajaan masih mengekalkan kos menunaikan ibadat itu seperti tahun lalu iaitu RM9,980.
Kerajaan menaja 400 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara untuk menunaikan ibadat haji di Tanah Suci Mekah pada tahun ini.
Surat tawaran menunaikan rukun Islam kelima tajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan 200 imam serta 200 pengerusi JKKK itu disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis di Seri Perdana di sini semalam.
IPOH: PAS Perak hairan kenapa tiada usaha pencegahan daripada Kerajaan Negeri Perak melalui Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) ketika banyaknya berlaku insiden sumbang gejala sosial di kalangan anak muda pada malam ambang kemerdekaan.
Ketua Penerangannya, Ustaz Ahmad Nuri Al-Amin berkata, pihaknya mendapat maklumat pihak JAIPk tidak dibenarkan menjalankan operasi pencegahan.
Menurutnya, hasil pemerhatian pihaknya, terdapat banyak aktiviti gejala sosial berlaku pada malam tersebut tanpa ada pemantauan dan halangan daripada pihak berkuasa.
Ahmad Nuri berkata, semasa Ekspedisi Dakwah Malam Merdeka anjuran PAS Perak di Padang Polo Ipoh, pihaknya mendapati pelbagai aktiviti maksiat berlaku.
"Kami sangat sedih kerana kegiatan mereka tidak langsung dipantau dan dibanteras," katanya. Dalam perkembangan lain, Bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menghalang petugas media menjalankan tugas ketika Hari Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak.
Katanya, pihaknya hairan tindakan pihak Polis mengusirnya daripada majlis tersebut sedangkan petugas media itu sedang menjalankan tugas dan mempunyai kad media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia.
"Ianya menunjukkan seperti berlaku perkara yang ingin disembunyikan dari pengetahuan umum," ujar beliau.
Ahmad Nuri menjelaskan, sudah tentu kedua-dua insiden ini amat mengecewakan rakyat Perak dan ianya perlu dijelaskan dengan segera.
"Kami mendesak agar Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberikan penjelasan di atas kedua insiden ini dimana beliau mempunyai bidang kuasa bagi memulihkan kembali keadaan yang tidak sewajarnya berlaku.
Kami mengharapkan suasana ini tidak akan berlaku lagi berikutan ianya menjejaskan nama baik negeri Perak," tegas beliau.
Muhammad Faeez Bin Azahar Setiausaha Kerja Penerangan, Badan Perhubungan Pas Perak Wartawan Sambilan Harakah
Suka saya merujuk kenyataan Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia yang juga mendedahkan tentang kejahilan dan kebebalan kepimpinan UMNO tentang Undang-Undang Jenayah Syariat Islam. Beliau berkata : Saya tolak hudud PAS, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," "Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," Katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
Kata-kata Mahathir itu menjadi bahan kempenpenceramah-penceramah UMNO untuk memutar belit pendirian UMNO tentang Undang-Undang Jenayah Syariah Islam (Hudud dan Qisas).
1-Beliau mahu mengelirukan rakyatsupaya rakyat tidak menganggap UMNO menolak Hudud, walaupun memang UMNO menolak Hudud dengan apa sahaja alasan dan dalih. Beliau tolak Hudud PAS bukan Hudud Islam. Mana Hudud Islam yang diyakininya?Mana Hudud UMNO? Maknanya, beliau tidak membaca Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah islam (Hudu dan Qisas) Terengganu dan Kelantan,membaca tapi tidak memahaminya atau memahaminya tapi tetap ingkar dan sombong untuk menerima kebenarannya.
2-Kenyataan beliau membuktikan kejahilannya dan kesombongannya untuk tidak mahu mendengar penjelasan dan hujjah-hujjah yang telah disampaikan oleh Ulama PAS tentang perkara-perkara yang dipertikaikan olehnya, walaupun hujjah dan dalil yang dikemukakan bersumberkan al-Quraan dan Hadis Nabi S.A.W.
3-Beliau mengulangi kecurigaan tentang keadilan Undang-Undang Jenayah Syariah Islam (Hudud Dan Qisas) yang diluluskan oleh PAS, walaupun UMNO gagal dan tidak berupaya serta memang tidak berusaha untuk menggubalkan Undang-Undang jenayah Syariah Islam (Hudud dan Qisas) di Malaysia dan negeri-negeri di bawah pemerintahan UMNO semenjak merdeka.
4-Sebaliknya, beliau telah menggambarkan kepada rakyat agar meyakini keadilanundang-undang cipta manusia yang dilaksanakan di Malaysia, walaupun undang-undang cipta manusia gagal membanteras jenayah, tidak bebas daripada kezaliman dan terbelenggu dengan sistem kehakiman yang korupsi. Hakikatnya, memang UMNO meyakini dan memperjuangkan undang-undang cipta manusia dan memcurigai Undang-Undang Allah. Firman Allah dalam surah Al-Maidah, ayat 50 :
50. "Sesudah itu, Patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal - kepada orang-orang Yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa Yang boleh membuat hukum Yang lebih pada daripada Allah."
5-Kenapa Mahathir dan pimpinan UMNO tidak mahu membaca firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 42 atau memang Mahathir dan pimpinan UMNO tidak mempercayai dan menolak hujah ayat-ayat Allah. Firman Allah :
"Oleh itu kalau mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa Yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka Dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil."
Imam Al-Qurtubi menyatakan : "Ini merupakan pilihan daripada Allah sebagaimana yang disebut oleh AlQusyairi." Enakmen Jenayah Syariah Islam (Hudud dan Qisas) Terengganu juga selaras dengan pandangan ini dan ramai Ulama.
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M. BAHAGIAN XI
Seksyen 59. Pemakaian Enakmen Ini.
(1) Pemakaian Enakmen ini, tertakluk kepada subseksyen (2), Enakmen ini hendaklah terpakai ke atas tiap-tiap orang Islam yang mukallaf mengenai apa-apa kesalahan yang dilakukan olehnya dalam Negeri Terengganu.
(2) Tidak ada apa-apa dalam Enakmen ini yang menghalang seseorang yang bukan Islam daripada membuat pilihan supaya Enakmen ini terpakai ke atasnya mengenai apa-apa kesalahan yang dilakukan olehnya dalam Negeri Terengganu dan sekiranya seseorang bukan Islam itu membuat pilihan sedemikian, maka peruntukan Enakmen ini,mutatis mutandis terpakai ke atasnya seperti juga peruntukan-peruntukan tersebut terpakai ke atas seseorang Islam.
6-Keadilan bukan bererti sama rata. Mahathir mempertikaian, kenapa pencuri orang Islam dipotong tangan tetapi pencuri bukan Islam hanya di penjara tiga tahun ?. Seolah-olah Mahathir juga mempertikaikan, kenapa lelaki Islam diwajibkan berkhatan tapi lelaki bukan Islam tidak diwajipkan berkhitan. Apakah Mahathir juga mempertikaian tentang keadilan undang-undang yang tersedia ada yang dilaksanakan hari ini yang mengenakan hukuman terhadap muslim mukallaf yang tidak berpuasa dan makan di siang hari di kedai milik non muslim?. Si muslim dikenakan denda dan hukuman tetapi pemilik kedai non muslim tidak dihukum dan bebas. Apakah Mahathir mempertikai tentang keadilan undang-undang yang mengenakan hukuman terhadap muslim yang ditangkap khalwat dengan wanita non muslim tetapi wanita non muslim bebas daripada hukuman. Apakah Mahathir juga mempertikaikan keadilan undang-undang yang mengenakan hukuman terhadap muslim yang enggan mengeluarkan zakat, sedangkan non muslim bebas dan tidak dikenakan apa-apa hukuman, walaupun mereka enggan mengeluarkan zakat harta benda ?. Enakmen Jenayah Syariah Islam Pahang juga mengenakan hukuman sebatan terhadap kesalahan zina ke atas orang Islam, walaupun dia berzina dengan bukan Islam.
7-Saya membawa 2 contoh undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh UMNO yang hanya dikenakan hukuman terhadap muslim/ orang Islam sahajatapi orang bukan Islam bebas.
Pertama :
ENAKMEN 4 TAHUN 1997ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1997BAHAGIAN I – PERMULAAN. Seksyen 1. Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian.
(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.
(2) Enakmen ini hendaklah terpakai hanya bagi-
(a) Negeri Johor; dan (b) Orang Islam sahaja.
BAHAGIAN IV - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN
Seksyen 23. Persetubuhan luar nikah.
(1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
(2) Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
(3) Hakikat bahawa seorang perempuan hamil luar nikah akibat daripada persetubuhan yang dilakukan dengan kerelaannya adalah keterangan prima facie tentang kelakuan kesalahan di bawah subseksyen (2) oleh orang perempuan itu.
(4) Bagi maksud subsekyen (3), mana-mana orang perempuan yang melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam tempoh yang kurang daripada enam bulan qamariah dari tarikh pernikahannya hendaklah disifatkan telah hamil luar nikah.
Seksyen 25. Liwat.
Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
Seksyen 27. Khalwat.
(1) Mana-mana-
(a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya; atau
(b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya, di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kedua :
AKTA 559 / AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997BAHAGIAN I - PERMULAAN
Seksyen 1. Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian.
(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta. (2) Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi-
(a) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan sahaja; dan
(b) orang Islam sahaja.
8-Apakah Mahathir lupa tentang azab dan hukuman Allah bukan sahaja di dunia tapi juga di akhirat ?. Non muslim yang mati akan diazab oleh Allah dengan dahsyat bukan sahaja dengan sebab kekafiran mereka tetapi dengan sebab kejahatan dan kemungkaran yang dilakukan oleh mereka di dunia. Firman Allah dalam surah Al-Muddathir, ayat 42-47 :
42. (setelah melihat orang-orang Yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah Yang menyebabkan kamu masuk ke Dalam (neraka) Saqar?"
43. Orang-orang Yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk Dalam kumpulan orang-orang Yang mengerjakan sembahyang;
44. "Dan Kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;
45. "Dan Kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara Yang salah, bersama-sama orang-orang Yang memperkatakannya;
46. "Dan Kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
47. "Sehinggalah Kami didatangi oleh perkara Yang tetap diyakini".
9-Muslim yang melakukan jenayah dan dihukum dengan undang-undang jenayah syariah Islam akan diampun dosa mereka oleh Allah dan selamat daripada azab Allah di akhirat. Mereka dihukum di dunia yang singkat tapi bahagia di akhirat yang abadi. Apakah keadilan Allah di dunia dan akhirat tidak disedari oleh Mahathir ?. Mazhab Syafei, Ahmad dan Jumhur Ulama menyatakan bahawa sesiapa yang dikenakan hukuman Hudud di dunia, nescaya dosanya akan diampun dan penghapus daripada azab di akhirat. Dalam riwayat Muslim, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :
ومن أتى منكم حداً فأقيم عليه فهو كفارته
Maksudnya : "Sesiapa yang melakukan satu-satu kesalahan Hudud, kemudian dia dijatuhkan hukuman. Ia akan menjadi penghapus terhadap dosanya."
10-Media pro UMNO terus mempergunakan kenyataan Mahathir yang songsang ini untuk mengelirukan rakyat tentang keadilan undang-undang jenayah syariah Islam (Hudud dan Qisas) agar rakyat bukan sahaja menolak Hudud tapi juga parti yang memperjuangkan untuk menegakkannya, walaupun kenyataan Mahathir adalah batil danmencemari kemurniaan syariat Islam serta mempertikaikan ijtihad dan tulisan Ulama Islam yang muktabar. Cukuplah dan bertaubatlah....Wallahua'lam
Alhamdulillah .... mewakili YB Dr Siti Mariah dan YDP Kota Raja - saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Panitia Rumah Terbuka Dr Siti Mariah bersama PAS Kawasan yang berlangsung dengan penuh meriah serta mendapat sambutan luar dugaan dari para tetamu yang terdiri hampir 98% ialah pengundi di Parlimen Kota Raja.
Selain itu kerjasama yang diberikan oleh Cawangan-Cawangan PAS diseluruh Kawasan Kota Raja menjadi resepi kejayaan yang sukar ditandingi. Penglibatan dari seluruh cawangan yang membiayai sebahagian dari kos program serta menyediakan tenaga kerja secara gotong royong amatlah dibanggakan.
Anggaran serta ketepatan dan kawalan makanan oleh AJK Jamuan berjaya menjadikan program ini begitu meriah dan santai kerana makanan cukup sedia ada satu setengah jam selepas program.
Sementara menu-menu yang disediakan amat menarik untuk dinikmati oleh setiap pengunjung.
Jika ada sedikit-sedikit kelemahan oleh pihak pengunjaur adalah perkara lumrah kerana program yang besar ini dijaya secara gotong royong dan sukarela oleh PAS Kawasan Kota Raja.
Selaku Pengarah Program bersama Tn Hj Hakim Kari - Ucapan Syabas dan Tahniah kepada rakyat Kota Raja berbilang bangsa yang hadir beramai-ramai - dan tidak lupa kepada semua AJK dan Petugas ... anda telah melakukan yang terbaik untuk Kota Raja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan