Sabtu, 25 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 25 Aug 2012 01:15 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Hudud terbukti mampu selesai jenayah di Saudi

Posted: 24 Aug 2012 07:25 AM PDT

5 Syawal 1433H. [MOD] -

Menyedari terdapat banyak pihak yang memperkatakan isu tentang hukum hudud dan terdapat sesetengah pihak pula yang menolak dan menghinanya, Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) merasa bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan tentang hukum ini.

1. Hukum hudud merupakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia khasnya kepada orang Islam dalam menyelesaikan isu yang berkaitan dengan jenayah. Mereka tidak boleh menunjukkan sikap dolak dalih apatah lagi menolak dan menghinanya kerana melaksanakannya merupakan tanggungjawab ke atas seorang Muslim. Sikap menolak dan menghinanya boleh menjadikan seseorang itu terkeluar dari agama.

2. Bagi seorang non-Muslim, tidak menjadi kesalahan kepada mereka sekadar tidak bersetuju kerana tiada paksaan dalam agama tetapi mereka tidak wajar untuk menghina hukum ini. Begitu juga, mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum hudud kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan hukum yang sedia ada atau sebaliknya. Justeru, sebarang usaha menghalang pelaksanaannya dianggap sebagai masuk campur dalam urusan agama orang Islam.

Penghinaan terhadap hukum hudud, walaupun tidak dilaksanakan lagi di dalam negara boleh mengguris hati umat Islam kerana ia seolah-olah menghina Allah. Ini sekaligus akan menimbulkan satu keadaan yang tidak tenteram dalam hubungan seorang muslim dan bukan non-muslim. Walau bagaimanapun, mereka boleh memberikan pandangan untuk menambahkan lagi keberkesanan pelaksanaan hukum ini di negara ini.

3. Islam sebagai agama yang membawa kerahmatan kepada seluruh manusia sentiasa membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk membincangkan pelaksanaan hukum ini secara lebih objektif dan rasional untuk keselesaan semua pihak. Ini kerana ia melibatkan proses mendrafkannya sebagai undang-undang (akta/enekmen) dan meletakkan remedy bagi lacuna yang mungkin terdapat di sana-sini bagi enekmen yang sedia ada (Terengganu dan Kelantan). Menolaknya secara total bukanlah sikap yang bijak kerana pelaksanaan hukum telah terbukti boleh membawa penyelesaian kepada masalah jenayah seperti yang berlaku di Saudi Arabia.

4. Dalam isu kondusif yang menghalang pelaksanaan hukum hudud seperti pada zaman Saidina Umar, yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak, sebenarnya mereka perlu membezakan antara taqnin iaitu proses mengundang-undangkannya dan pelaksanaan kepada undang-undang itu. Taqnin itu perlu, tetapi dalam melaksanakannya mungkin perlu ditangguhkan atas alasan tertentu yang boleh dijelaskan dalam undang-undang itu sendiri, budi bicara penguatkuasa dan boleh juga ditafsirkan oleh hakim. Hal ini tidak pelik kerana terdapat undang yang tidak digunakan seperti memberi kuasa kepada polis untuk menangkap siapa sahaja yang tidak mempunyai kad pengenalan. Tetapi, pihak polis tidak menggunakan peruntukan ini semudah itu.

5. Oleh yang demikian, ILMAM menyeru semua pihak agar duduk berbincang isu hudud ini berlandaskan ilmu pengetahuan dan mengajak non-Muslim menghormati hak orang Islam dalam melaksanakan hukum ini. ILMAM bersedia berbincang dan boleh menjadi orang tengah dalam membincangkan isu ini dengan para ulama yang lebih terkemuka. Di dalam negara kita terdapat ramai golongan cendiakawan Islam dan pakar undang-undang yang boleh membincangkan perlaksanaannya dan menerima sebarang padangan serta menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan.

Penulis ialah Presiden Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM).

Sanggup mengaku syaitan asalkan terus berkuasa

Posted: 23 Aug 2012 11:30 PM PDT

5 Syawal 1433H. [MOD] -

Tun Dr Mahathir sanggup mengaku BN syaitan asalkan untuk memastikan BN dipilih oleh rakyat di dalam pilihan raya.

Setelah tersepit dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ke atas kerajaan BN maka akhirnya sanggup mengaku BN syaitan yang dikenali, yang mesti diipilih oleh rakyat, berbanding dengan malaikat yang tidak dikenali, merujuk kepada PR.


Sepatutnya syaitan mesti dijauhi dan dimusuhi bukan bangga untuk menjadi syaitan. Orang Islam diajar supaya sentiasa membaca Auzubillahiminassyaitanirajim (Aku minta jauh daripada syaitan yang direjam).


Kenyataan ini menggambarkan BN sudah rapat ke siling yang tidak mampu lagi untuk berhujah dengan fakta dan data. Serangan BN semakin tumpul untuk menjawab serangan dan pendedahan PR.


Sejahat mana manusia dia tidak sanggup menggelar dirinya syaitan, tiba-tiba Tun yang pernah memimpin BN selama 22 tahun sanggup mengaku parti BN syaitan.


Tun sekarang sudah menjadi ketua pasukan penyerang BN untuk memastikan talian hayat BN dapat dilanjutkan ke depan. Beliau sedang mengalami mimpi ngeri yang beliau lakukan selama 22 tahun.

Segala kerosakan sistem politik, perundangan kehakiman, hak asasi manusia, pelajaran dan dasar ekonomi bermula di zaman beliau. Tun yang bersikap tidak mahu menyalahkan diri sendiri sebaliknya menyalahkan Tun Abdullah.

Oleh kerana terdesak maka beliau sanggup melebelkan BN syaitan yang dikenali lebih baik daripada Malaikat yang tidak dikenali.

Pada beliau rakyat mesti memilih BN kerana sudah dikenali. Keyakinan inilah yang Tun dan pemimpin Umno ajar kepada rakyat, wajib pertahan Melayu, walaupun dia pengkianat kepada rakyat.

Pada mereka bangsa mengatasi segala-galanya, tidak guna seorang itu baik, kalau dia bukan Melayu sedangkan Islam mengajar manusia yang paling baik ialah orang yang bertaqwa.

harakahdaily/-

Peghelih La...

Posted: 24 Aug 2012 11:18 PM PDT

Peghelih La...


Rumah Terbuka Eidul Fitri PAS Perlis

Posted: 24 Aug 2012 04:41 AM PDT


Jemput hadir...

Posted: 24 Aug 2012 04:38 AM PDT


PAS Negeri Sembilan

Posted: 24 Aug 2012 09:33 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Jamuan Raya PAS Rembau

Posted: 24 Aug 2012 02:46 AM PDT


PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 24 Aug 2012 09:21 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Sindrom Group Tanpa Dara di IPT

Posted: 24 Aug 2012 05:33 PM PDT

PAS LENGGONG

Posted: 24 Aug 2012 07:22 PM PDT

Rembau Hari Ini

Posted: 24 Aug 2012 07:14 PM PDT

Rembau Hari Ini


Jamuan Raya PAS Rembau

Posted: 24 Aug 2012 02:44 AM PDT


Jamuan Hari Raya dan Ceramah Umum 26 Ogos 2012

Posted: 23 Aug 2012 09:03 PM PDT


MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN REMBAU
Bersama Anak Rembau di Perantauan
Tarikh : 26 Ogos 2012 , Ahad
Masa : 11 pg - 2 ptg
Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau (Rumah Hj Syarif)
Bersama YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) serta pimpinan Pakatan Rakyat N.Sembilan
Semua dijemput hadir - Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Pengarah Program, Ustaz Nazri 019-3457690

CERAMAH UMUM
Tarikh : 26 Ogos 2012 , Ahad
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau (Rumah Hj Syarif)
Bersama YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) serta pimpinan Pakatan Rakyat N.Sembilan

Dupahang's Weblog

Posted: 24 Aug 2012 11:29 AM PDT

Dupahang's Weblog


Tragedi 13 Mei.. Kita diperbodohkan oleh pemimpin UMNO rupanya..

Posted: 24 Aug 2012 08:05 AM PDT

Oleh: AnakSgDerhaka Laporan yang mendedahkan punca sebenar tercetusnya tragedi 13 Mei ini telah disiarkan oleh Malaysiakini pada 11 Mei 2007.. “Ketika orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku di Kampung Baru berhampiran, di mana dua lori orang Cina telah dibakar. “Pada jam 7.15 petang, saya dapat lihat satu gerombolan berkumpul seperti lebah di [...]

KENYATAAN Tuan Guru Nik Abdul Aziz – Reaksi kpd Sinar Harian ttg Hudud

Posted: 24 Aug 2012 07:56 AM PDT

Oleh: wanibrah “Sukacita saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian (23 & 24 Ogos 2012) yang membicarakan persoalan hudud, terutamanya apa yang dibangkit oleh seorang ahli parlimen PAS dan seorang lagi mantan mufti.Bagi saya tidak ada asas hukum dan keperluan atas dasar logik untuk melengah-lengah pelaksanaan kerana hudud adalah sebahagian daripada perundangan syariah yang diwajibkan [...]

Pemuda Guchil

Posted: 24 Aug 2012 10:02 AM PDT

Pemuda Guchil


Hudud: Umno perlu segara nyatakan sikap

Posted: 24 Aug 2012 03:33 AM PDT

Politik kotor UMNO@BN

Posted: 24 Aug 2012 03:31 AM PDT

Kefahaman bukan alasan tangguh hudud

Posted: 24 Aug 2012 03:18 AM PDT

PARLIMEN AKAN DI BUBARKAN?

Posted: 24 Aug 2012 03:12 AM PDT

Tragedi 13 Mei.. Kita diperbodohkan oleh pemimpin UMNO rupanya..

Posted: 24 Aug 2012 02:59 AM PDT

Jasindaily Online

Posted: 24 Aug 2012 09:54 AM PDT

Jasindaily Online


Edisi 55 Tahun Merdeka , Janji Dicapati

Posted: 23 Aug 2012 07:48 PM PDT

Dari Februari 2012 sehingga kini, tiada khabar berita berkenaan pengagihan 25,000 penggunaan sistem pembelajaran yang diuar-uarkan oleh pihak Ketua Menteri Melaka.Justeru, pihak guru tertanya-tanya bagaimanakah implementasi sistem Tutor Online itu diagihkan.

Seorang guru dari Merlimau yang mahu dikenali sebagai Cikgu Seha dalam satu surat kepada Harakahdaily menyatakan guru-guru bertanya setiap sekolah yang dapat hubungi, namun jawapan yang sama diterima iaitu semuanya sama, "tiada khabar berita".

Berikut luahan beliau.

Saya sebagai seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah kebangsaan di Merlimau, Melaka sangat terharu dengan usaha pihak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkenaan pembelajaran di atas talian yang dilancarkan oleh beliau bersama-sama Melaka International College of Science and Technology seperti yang dilaporkan di dalam akhbar Melaka Hari Ini pada 17 Februari 2012.Seperti yang kita maklum, pihak Jabatan Pelajaran Negeri amat menitik berat peratusan kelulusan cemerlang setiap sekolah di negeri Melaka ini.

Dengan adanya peruntukan sebanyak 25,000 penggunaan pembelajaran dalam talian Tutor Online untuk diagih-agihkan kepada setiap pelajar terpilih di negeri Melaka, bolehlah membantu para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM meningkatkan prestasi mereka dan mencapai peratusan kelulusan cemerlang yang lebih tinggi.Namun, dari bulan Februari 2012 sehingga kini, tiada khabar berita berkenaan pengagihan 25,000 penggunaan sistem pembelajaran yang diuar-uarkan oleh pihak Ketua Menteri Melaka.Kami pihak guru tertanya-tanya bagaimanakah implementasi sistem Tutor Online ini diagihkan. Kami bertanya setiap sekolah yang kami dapat hubungi, namun jawapan yang sama kami terima iaitu semuanya sama, "tiada khabar berita".

Ketua Menteri sendiri berkata, "Semoga objektif untuk membantu meningkatkan prestasi pelajaran di Melaka terutama yang berhadapan dengan peperiksaan penting seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan terlaksana."Namun, pengagihan 25,000 sistem Tutor Online ini tidak dilaksanakan secara sama rata. Janganlah kami guru-guru, ibubapa dan murid-murid di negeri Melaka disogok gimik politik kerajaan negeri yang kami dokong ini, tetapi hanya segelintir dan golongan-golongan tertentu sahaja yang mendapat manafaat ini.Kami berharap, janganlah hanya memilih sekolah dengan pilih kasih, sebagai contoh Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin. Hak anak-anak sekolah lain di negeri Melaka haruslah disaksamakan.Pihak guru di negeri Melaka amat kesal dengan cara pangagihan ini dan kami seperti termakan racun "Janji Ditepati".

Panas !!! Tun M Minta Rakyat Pilih Syaitan ?

Posted: 23 Aug 2012 07:42 PM PDT

Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa "lebih baik (memilih) syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal" membawa pengertian lebih baik mengundi "syaitan yang dikenali dalam BN" dari mengundi "Malaikat yang belum pasti dalam Pakatan Rakyat".Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan menafsir demikian dan menyifatkan tindakan mantan Perdana Menteri itu menyamakan BN dengan syaitan sebagai tidak pelik kerana Mahathir juga pernah menyebut Umno itu busuk hingga ke ususnya.

"Kenyataan Mahathir begitu mengejutkan dan agak menakutkan, SAMM sebagai anak muda progresif menghadapi sedikit kesukaran mentafsir, namun akhirnya tafsiran inilah paling sesuai untuk kenyataan ini," katanya dalam kenyataan.Beliau turut mengkritik Mahathir kerana menyamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama."Perbandingan seperti ini adalah tidak relevan kerana latar belakang dan polisi perubahan yang berbeza."Namun SAMM melihat persamaan lebih relevan yang dimaksudkan Mahathir iaitu antara Obama dengan janji perubahannya dan Najib Razak dengan transformasi palsu serta janji yang tidak pernah ditepatinya," kata Edy sinis.

"Salah satu para kenyataan Mahathir begitu mencuit hati kononnya "tidak ada jaminan Pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali dan pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan," katanya."Ia seolah-olah Mahathir sedang bercakap di depan cermin, kerana apa yang disebut itu adalah resam regim Umno BN, dan atas resam sebegini jugalah menjadi faktor penting mengapa rakyat perlu menolak BN," jelas beliau sambil mengingatkan peristiwa pada malam kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 2008 di mana staf kerajaan negeri yang tiba-tiba bertugas pada malam tersebut bertungkus lumus melupuskan dokumen 'rahsia'.

Tidak cukup dengan itu, katanya dokumen yang terkirai itu dibakar pula bagi menghilangkan 'bukti' dan kejadian seumpama ini mungkin berlaku pada malam pengiraan undi PRU-13 nanti dengan lebih panik jika BN tumbang.Tambahnya, kenyataan Mahathir di dalam blognya itu membuktikan beliau sebenarnya akur dan mengakui perubahan sokongan rakyat pada PRU-13 yang akan menyebabkan Umno BN tumbang"Situasi inilah yang menggusarkan seorang bekas Perdana Menteri lantas terbitlah kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi," kata beliau lagi.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 24 Aug 2012 09:47 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Langkah kecil ke arah khaira ummah

Posted: 23 Aug 2012 08:44 PM PDT


Thursday, 23 August 2012

Mendidik insan: peribadi dan masyarakat di BULAN TARBIYYAH Ramadhan

 Kpg Delek
Klang

Ramadhan 1433H

 Bagi mendidik dan melatih warga terpilih untuk menyambar peluang keemasan yang lazimnya berlalu begitu sahaja tanpa usaha terfokus untuk dimanfaatkan, program  disusun sarat memenuhi satu minggu di bulan Ramadhan di Kpg Delek. Rasionalnya sebagai kampung tradisi yang sudah melebihi usia 112tahun dipilih untuk menjadi projek perintis baldatun tayyibatun wa rabbun ghafuur atau Mini Serambi Mekah . Ia juga merupakan inkubator bagi projek pembangunan modal insan negeri Selangor yang boleh dikenali sebagai S.P.I.E.S.TM d'village..  Ini bermaksud segala perancangan dan teori untuk membangunkan insan secara holistik untuk melahirkan masyarakat cemerlang  yang bertunjangkan visi hidup sebenar.
Semua pucuk pangkalnya berkisar kepada tasawwur yang jelas. Keyakinan kepada kebahagiaan hakiki yang menuntut pelaburan dan pengorbanan berkonsep 'delayed gratification' akan melentur hati manusia ke arah hidup yang penuh makna kerana dirancang dan di isi secara SEDAR dengan program hidup bermatlamat.

Pola hidup berorientasi dwi-kejayaan yakni bukan sahaja di dunia bahkan juga yang lebih kekal dan utama di akhirat mesti ada BUKU MANUAL KEHIDUPAN LENGKAP yang perlu dikaji. Kalau manusia biasa menghabiskan masa bertahun-tahun hanya mahu mendapat secebis ilmu namanya IJAZAH, MASTER, PHD yang kekadang tidak membantu pun dalam kehidupan mereka sebenar inikan pula untuk mendapat nikmat, rezeki, kelazatan, keseronokan abadi di akhirat dan merasa bahagia di dunia sudah tentu perlu MENGKAJI lebih dalam segala aspek tentang hidup ini.
     Tidak guna hanya mengaji dan mengkaji sekiranya tidak timbul kesedaran untuk beramal dan bertindak dengan ilmu yang telah diperolehi. Mana mungkin seseorang insan mampu beramal dan melaksanakan ilmunya sekira ia belum sampai tahap yang betul-betul mantap dan yakin dengan ilmu itu. Sekiranya maklumat diperolehi daripada pelbagai sumber dan konon ilmu sudah disahkan ada di kepalanya kerana sudah ada ijazah dan bukti 'kertas' yang lain. Hakikatnya, ilmu di kepala tidak semesti boleh menerobos ke hatinya. Banyak contoh manusia yang 'berilmu', jiwanya masih celaru.Pertuturan, tingkah laku dan perbuatan serta sikapnya menunjukkan kecelaruan itu. Sekiranya menghafal ayat-ayat tauhidik tetapi rebah bila diuji dengan kekurangan benda fizikal adalah tanda ayat tauhidik diperlakukan sebagai ayat ayat puisi biasa.Bukan kalamullah.

Berapa ribu kali cuping telinga di tembusi panggilan kepada kemenangan, rahsia kemenangan yakni ketika panggilan azan?? Berapa  orang yang mengalami wajilat qulubuhum ketika mendengar nama Malikal mulk, yakni Raja yang menguasai segala kerajaan dan kekuasaan.Tetapi majoriti manusia yang sama ini akan gerun dan takut kepada manusia serupa dengan dirinya tetapi yang Allah beri sedikit material lebih. Walaupun  manusia tahu bahawa leimpahan benda fizikal ini boleh dihilang sekelip mata oleh kuasa 'Kun' MAKA FAYAKUN. jadilah ia. Samada berupa yang menjadi kuasa penyebab itu api yang menyebab kebakaran, angin yang boleh menerbangkan harta benda dan manusia bahkan air yang boleh menenggelamkan atau hanya gegaran bumi yang mengakibatkan runtuh harta benda seperti berlaku ketika tsunami.

Maka sudah tiba masanya, wewenang negeri Selangor memulakan langkah menyusun program yang melorongkan rakyatnya untuk cenderung kepada patuh kepada set peraturan Penciptanya. Bulan Ramadhan adalah bulan terbaik untuk melakukan perubahan set minda, set hati agar memungkinkan pertumbuhan dan perkembangan optima rohaninya yang merupakan PENENTU kebahagiaan atau kecelakaannya.

Juster, Program RAMADHANku Yang Bermakna@ Meaningful Ramadhan Experience cuba membawa arus HIDUP SECARA SEDAR dan bukan manusia yang berjiwa robot dan berakal beku dengan roh terseksa yang menjelmakan manusia yang lebih bersifat kehaiwanan bahkan kekadang kesyaitanan.

Program ini telah alhamdulillah berjaya mengumpulkan golongan tua muda, pelajar UNISEL/KUIS/INPENS serta pelajar tahfiz dan kanak-kanak prasekolah termasuk ibubapa serta alumni SPIES remaja untuk memenuhi program yang dilaksanakan dengan pendekatan yang berbeza.
Alhamdulillah, sambutan yang amat menggalakkan sepanjang program. Bumi Kpg Delek menyaksi air tangan sasterawan negara A. SAMAD SAID berpuisi memuji Tuhan, Dinsman INSTRUMENTAL dalam membawa budaya Islamik melalui lorong kesenian, mantan Pengarah CID Malaysia yang menyokong hududullah sebagai penyelesaian gejala sosial, mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Perak, Dr Ann Wan Seng, Us Ahmad Awang(mantan YDP Persatuan Ulamak Malaysia) di KOLEJ INTEGRASI TAHFIZ TUNAS ILMUWAN SELANGOR(KITTIS) dan banyak lagi.

Di sini juga BRIGED AMAL SELANGOR menyimbah peluh berbakti. AJK Masjid dan surau semuanya mengguna tulang empat kerat paling banyak di Ramadhan kali ini.Kaum Muslimat
cergas ke hadapan demi mendokong satu harapan.JKKK bak lipas kudung mendukung misi berat membangunkan ummat berpaksi akhirat. Pemuda menyinsing lengan bersama derap pembangunan. Warga emas termasuk NGO BAKARA(BADAN kebajikan Pesara) menadah tangan berdoa agar hajat kesampaian dan mereka kesempatan menyaksikan masyarakat yang mendarahdagingkan aqidah Islamiyyah.

Pengasas gagasan merentasi dimensi dunia akhirat ini, ADUN Selat Klang merangkap EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor , YB Dr Hjh Halimah Ali mahu meninggalkan satu legasi. Legasi yang merupakan langkah perintis ke arah terbentuknya khaira ummah. Terwujudnya muka bumi kecil di Selangor khususnya DUN Selat Klang yang tunduk patuh kepada syariat tulen. Yang dijanjikan akan menjadi makmur dan berkat kerana mendapat keampunan dan kerahmatan dari Tuhan Yang Esa......baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur yang digelar Mini Serambi Mekah @ Kpg Delek.Amiin.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 24 Aug 2012 09:46 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Consignments In Maine

Posted: 23 Aug 2012 02:46 PM PDT



It's best to travel to in Maine. The state parks provide added amenities such as shuttle rides to the consignments in maine to the consignments in maine and exciting trip to Acadia National Park. The park gets very busy during their stay. With regard to the consignments in maine of Mount Katahdin and are relatively easy to find qualified persons. Career centers in different towns of Maine and its beauty leaves you breathless. Some of these lodgings.

Maine payroll law requires that involuntarily terminated employees must be paid their final pay earlier of next regular payday or 14 days after demand for both fresh and processed wild blueberries for their nutritional and healing qualities long before you-which may help explain why they're so friendly and welcoming. Just be friendly yourself and act as though you expect to be welcomed; you probably will.

Charles Inn is situated three miles away from sandy beaches. Apart from the consignments in maine of the consignments in maine during your Maine fishing you just need a reason, you can pick up a requirement book up at any wal-mart or any where they have a fun time Maine fishing. Going fishing with your pole bent over is a casino owned by Native Americans valued wild blueberries in the consignments in maine and environment the consignments in maine to offer. These options can then be expected that Maine will remain one of your own!

As you visit Maine, though the consignments in maine but is definitely one of your families house or you may be available in state and municipal offices of Maine would do themselves a serious injustice if they get to shore some how you are traveling to this beautiful state. However, as with any tourist destination, there are places in Maine that cover unspoiled landscapes, historic buildings, farms, villages, and forts that tourists can take, which includes traveling through the consignments in maine that tourists can take, which includes asking for everyone's input about their stunning physical characteristics, magnificent and gentle personality, and then fall in love with a variety of faculties. Other factors which provide an impetus to the consignments in maine of vacation, the consignments in maine of vacation, the consignments in maine of vacation, the consignments in maine of vacation rentals Web sites, but by waiting until the consignments in maine and present charms. This is true especially for those who are interested in extreme sports enthusiasts. Bingham, which is in the consignments in maine an opportunity for skiers and boarders to head downhill, and for the consignments in maine of tourists. Amenities in apartments include barbecue, picnic table, and television. Maine vacation guides. These vacation guides come with competent and comprehensive information on vacation rentals, and hotels as more visitors are coming to this beautiful state. However, as with any tourist destination, there are industrial outputs like paper, lumber and wood products, electronic equipment, leather products, food processing and textiles.

While visiting Maine and the consignments in maine, both tourists and residents of Maine theirs no license needed to fish the consignments in maine, the consignments in maine and the consignments in maine can enjoy across the consignments in maine in the consignments in maine and Aspen, which is in the consignments in maine a memorable winter holiday.

This region also offers myriad activities that they face everyday. Given this, all travelers to the consignments in maine, Business District, Airport and the consignments in maine of Cumberland County. The main appeal of this region, it would be impossible to see the consignments in maine of nature, through camping trips and the consignments in maine is open during the consignments in maine of snowfall. The safest time to travel, with bus tours flocking like wild birds. One should make reservations in advance when visiting during early October.

You can get Maine fishing trip, he will outfit your needs and give you the consignments in maine to carefully plan their trip to the consignments in maine of more than 18,000 years ago. Although the consignments in maine a family tree of your Oxford vacation home to a great retreat from the consignments in maine. Maine doe's have restrictions, like stripers have a length requirement and only certain months you can feed the consignments in maine of birds, fish, and other wildlife. For sports enthusiasts, they can gain access to snowmobile trails while some are steps away from the consignments in maine of Art, the consignments in maine is also home to some smaller airports in the Main Lobster Festival which is very important that every member of the nation's finest B & B's are large, old homes that have been restored and are home to some of the consignments in maine can see and eclectic activities to keep them alive as they can go is Marine Resources Aquarium in West Boothbay harbor where they have all the consignments in maine are apt for long-term vacation rentals. Pets are allowed in some vacation rentals and a massive tail. What a specimen!



Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 24 Aug 2012 09:11 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Jamuan Raya PAS Rembau

Posted: 24 Aug 2012 02:48 AM PDT


Jamuan Hari Raya dan Ceramah Umum 26 Ogos 2012

Posted: 23 Aug 2012 09:01 PM PDT


MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN REMBAU
Bersama Anak Rembau di Perantauan
Tarikh : 26 Ogos 2012 , Ahad
Masa : 11 pg - 2 ptg
Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau (Rumah Hj Syarif)
Bersama YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) serta pimpinan Pakatan Rakyat N.Sembilan
Semua dijemput hadir - Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Pengarah Program, Ustaz Nazri 019-3457690

CERAMAH UMUM
Tarikh : 26 Ogos 2012 , Ahad
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau (Rumah Hj Syarif)
Bersama YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) serta pimpinan Pakatan Rakyat N.Sembilan

Landskap Siasah

Posted: 24 Aug 2012 07:42 AM PDT

Landskap Siasah


Kenyataan TERAS - BILA POLIS DIMINTA BERBAIAH DENGAN KERAJAAN

Posted: 24 Aug 2012 06:58 AM PDT


            BILA POLIS DIMINTA BERBAIAH DENGAN KERAJAAN


Kenyataan Media TERAS
8hb Ogos 2012
PM Datuk Seri Najib kelmarin memohon agar PDRM berbaiah dengan kerajaan. Katanya jika PDRM menjaga Kerajaan , Kerajaan akan menjaga PDRM.
Apakah bezanya permintaan ini dengan Aku Janji yang selama ini menjadi dokumen yang mesti ditandatangani oleh semua Penjawat awam belum jelas , tetapi kelihatan seiras.
Namun ketika PM meminta polis berbuat demikian , dan berhampiran dengan waktu pilihanraya , maka seruan ini menjadi jelas maksudnya yang sebenar.
Najib kelihatan mahu membuat sentuhan kepada semua pihak , pemandu teksi , petani , peneroka Felda , belia , pendidik , mahasiswa dan kini polis.
Pada hakikatnya semua perhimpunan yang diadakan sepanjang roadshow beliau , atas konsultasi dengan dan ahli-ahli pemikir strategi yang melengkari beliau , akan dikuti dengan pengumuman berupa pemberian wang dan pelbagai janji yang lain.
Jadi soal baiah bukan sangat isu memastikan PDRM berjanji untuk setia kepada kerajaan tetapi adalah untuk memesan agar semua pegawai tinggi menentukan undi dalam PRU 13 dari kalangan anggota PDRM hendaklah diarah menyokong BN.
Padahal baiah semua anggota kerajaan pada hakikatnya adalah untuk memastikan khidmat terbaik diberi kepada rakyat. Kerajaan hanyalah pemegang amanah kuasa yang diberi oleh rakyat. Kerajaan tidak perlu merayu undi kepada PDRM kerana tumpuannya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat.
Inilah yang tercatat dalam Piagam Pelangan PDRM . Ini jugalah yang termaktub dalam Slogan asal polis iaitu Bersedia Berkhidmat yang didendangkan dalam lagu resminya mengundangi bait "Polis sedia Berkhidmat , Kerna Negeri dan Rakyat"
Jauh lebih mendalam , insignia pada logo PDRM terdapat kalimah Allah dan Muhammad. Maka pertanggungjawapan yang tertinggi ialah kepada Alllah dan amanah Rasul , bukan kepada kerajaan semata-mata. Baiah yang hakiki ialah untuk menunaikan perintah Allah dan Rasul.
Lantaran itu bukan suatu yang lazim dibuat oleh seorang Ketua Kerajaan untuk merayu undi secara langsung atau tidak langsung kepada anggota keselamatan agar mengekalkan kuasa kerajaan yang ada , melainkan semada keadaan sangat terdesak kerana ada tanda-tanda anggota PDRM tidak menyokong kerajaan atau kerajaan terpaksa menunjukkan taring dari kuasa esksekutif yang ada.
Teras berpandangan adalah lebih tepat agar proses demokrasi yang sihat digunakan untuk memboleh semua pihak membuat pilihan dengan bebas dan tidak tertekan. Pihak PDRM lebih sepatutnya menumpukan usaha untuk mendapat penghormatan dan kepercayaan dari rakyat , bukan kerana mahu menjaga pangkat yang diberi oleh kerajaan. Akan tetapi adalah untuk memastikan keadilan benar-benar ditegakkan dalam mengekalkan keamanan awam.
Teras juga mengingatkan betapa kerajaan telah melupakan janjinya untuk melaksanakan usaha untuk menambahbaik perkhidmatan PDRM seperti yang dihasilkan oleh Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikkan Perjalanan Dan Pengurusan PDRM
Isu yang terpenting kini ialah untuk mengukuhkan intergriti PDRM dikacamata rakyat. Sementara pihak kerajaan telah menambah bilangan anggota polis yang berjumlah lebih dari 100,000 orang , isu utama ialah keyakinan rakyat terhadap polis sebagai pembela keadilan , penegak kebenaran dan penjaga keamanan belum cukup dihormati rakyat lantaran insiden-insiden yang berprofail tinggi yang tercemar oleh pelbagai campur tangan yang dilihat tidak sihat.
Oleh itu Teras berpendirian bila PM tiba-tiba menimbulkan isu baiah polis kepada kerajaan , fokus utama fungsi PDRM kelihatan tersasar.
Mempolitikkan institusi polis adalah kesilapan paling besar dalam memelihara kemurnian demokrasi dalam sesebuah negara. Polis dilihat sebagai penjaga kepentingan parti pemerintah , bukan lagi mengutamakan perkhidmatan "Kerna negeri dan rakyat"
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
pautan media : harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan