Khamis, 23 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 23 Aug 2012 03:42 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Terkeluar Islam jika persenda hudud

Posted: 23 Aug 2012 03:15 AM PDT


Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha untuk melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam.

Dr Mohd Asri berkata, sendaan itu boleh dilihat ketika Kelantan mula memperkenalkan hukum hudud – melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.
"Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan 'sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan' adalah melampaui batasan agama. 
"Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam," katanya dalam satu tulisan di blognya, drmaza.com.
Beliau turut mempertahankan usaha melaksanakan hudud seperti dijalankan kerajaan negeri Kelantan yang disifatkannya sebagai tindakan yang jujur untuk melaksanakan perintah Allah.

Namun, langkah itu terhalang kerana tidak mendapat kerjasama oleh kerajaan persekutuan, kata Dr Mohd Asri lagi.
"Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu. Walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. 
"Ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," katanya.
Tambahnya, beliau mendapati demikian apabila melihat kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberitahunya: "Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya".
"Di Kelantan suasana kondusif untuk hudud terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran pusat. 
"Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan. Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan. 
"Maka, bukan menjadi kesalahan Kelantan jika beberapa hukuman hudud tidak dilaksanakan disebabkan keterbatasannya," kata Dr Mohd Asri lagi.
Awal tahun lalu, Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa Kelantan memutuskan untuk tidak melaksanakan enakmen tersebut kerana bimbang kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat dan merampas pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, perdana menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Kelantan dan memberi amaran untuk mengambil tindakan sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.

Selain Kelantan, Terengganu turut meluluskan undang-undang serupa melalui Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Kisas yang diwartakan pada 2002) ketika negeri itu berada di bawah pentadbiran PAS.

BN yang mengambil alih pentadbiran Terengganu selepas itu juga tidak melaksanakan peruntukan tersebut kerana belum cukup persediaan, seperti dinyatakan seorang wakil kerajaan dalam persidangan DUN akhir tahun lalu.- Malaysiakini

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 23 Aug 2012 01:25 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Ugutan dari Lombok

Posted: 22 Aug 2012 06:01 PM PDT

4 Syawal 1433H. [MOD] -

KAMUNTING: Keluarga arwah Nur Afifah Mohd Zuhari, 16, yang dilarikan lelaki warga Indonesia ke Lombok sebelum meninggal dunia pada 6 Mei lalu mendakwa diganggu penculik anaknya itu dengan menghantar pelbagai ugutan menerusi panggilan telefon dan SMS.

Ibu Allahyarham Nur Afifah, Hasliza Ismail, 45, mendakwa lelaki itu yang dikenali sebagai Mohamad Yani, 30-an, kerap menghantar SMS dan menelefonnya sejak sebulan lalu dengan menggugut untuk menculik seorang lagi anak perempuannya, Nur Amalina, 18.

"Dia mengugut saya dengan memberitahu, mahu menghantar empat rakannya bagi melarikan Nur Amalina ke Lombok untuk menggantikan arwah Nur Afifah. Saya tidak pasti apa motif mereka berbuat demikian.

"Mungkin mereka tidak puas hati kerana hajat mereka untuk memperdagangkan Nur Afifah dalam sindiket pelacuran tidak tercapai apabila anak saya itu meninggal dunia," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Panglima, di sini, semalam.

METO/-

Fitnah Ladang Rakyat, mohon maaf di mahkamah

Posted: 22 Aug 2012 05:44 PM PDT

4 Syawal 1433H. [MOD] -

PASIR MAS: Pihak tertentu yang tidak sebulu dengan kerajaan negeri Kelantan, khususnya berhubung Ladang Rakyat, diingat tidak menyebar sebarang fitnah kerana dibimbangi akan mengalami nasib yang sama sehingga terpaksa memohon maaf di mahkamah.

Mereka juga diingatkan supaya berhati-hati dengan menyemak fakta terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kenyataan berkenaan Ladang Rakyat.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, ketika memberitahu Harakahdaily berkata projek Ladang Rakyat sekali lagi menghadapi fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menuduh telah menjual 1,400 hektar ladangnya di Limau Kasturi, Gua Musang kepada syarikat swasta.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis Aidilfitri Majlis Tindakan Dun Tendong, dekat sini petang tadi (gambar) bagi mengulas kenyataan Adun Paloh, Datuk Norzula Mat Diah.

Norzula dalam sebuah akhbar harian hari ini berkata, kerajaan negeri melalui Ladang Rakyat telah menjual 1,400 hektar tanah Ladang Rakyat kepada syarikat swasta.

"Baru-baru ini blogger mesra Umno Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella), memohon maaf kepada Ladang Rakyat di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu atas fakta yang tidak benar berhubung Ladang Rakyat," ujarnya.

Ahmad seterusnya berkta, tidak berlaku sebarang penjualan atau pindah milik tanah Ladang Rakyat di Limau Kasturi.

Tambahnya, sebaliknya tanah berkenaan dimajukan pihak swasta melalui satu kaedah pemajuan yang biasa diamalkan oleh agensi kerajaan, iaitu pajakan.

"Hak milik tanah kekal di atas nama Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat negeri Kelantan," ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau menolak dakwaan yang mentatakan tanah Ladang Rakyat di Limau Kasturi perlu diserahkan kembali pada rakyat adalah tidak berasas.

Tambahnya, ini kerana kerja-kerja pengukuran ladang telahpun dibuat, termasuk kawasan rentahan orang kampung juga turut dikelurkan dari kawasan Ladang Rakyat.

"Oleh itu, sebagai penjelasan kawasan Ladang Rakyat Limau Kasturi tidak pernah terbabit dengan kawasan terokaan orang kampung," ujarnya.

HARAKAHDAILY/-

Tak setuju tak apa tapi jangan hina hukum hudud

Posted: 22 Aug 2012 05:40 PM PDT

4 Syawal 1433H. [MOD] -

TEMERLOH: PAS mengingatkan sesiapa yang tidak bersetuju dengan hukum hudud agar jangan sesekali mengeluarkan kenyataan menghina hukum yang termaktub di dalam al-Quran itu kerana ia bakal mengundang kemarahan umat Islam tanpa mengira fahaman politik.

"Hudud bukanlah undang-undang baru. Ia telah dilaksanakan ribuan tahun dan pernah menjadi sistem ratusan negara di dunia Islam dan ia telah terbukti berjaya mencegah peningkatan kadar jenayah di zamannya, sebelum perundangan barat mengambilalih di negara yang dijajah mereka," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi Harakahdaily.

Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa penghinaan kepada asas pegangan suatu agama akan mengundang kemarahan umat Islam tanpa mengira fahaman politik.

Beliau berkata pihak yang tidak bersetuju dengan hudud tidak perlulah mengeluarkan kenyataan menghina hukum itu seperti keberkesanannya dalam menangani jenayah dan sebagainya.

Kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu, penghinaan terhadap hukum hudud, walaupun tidak dilaksanakan lagi di dalam negara boleh mengguris hati umat Islam kerana ia seolah-olah menghina Allah.

Dalam mempertahankan pendirian DAP dalam menolak hukum hudud, Presiden DAP Kebangsaan Karpal Singh baru-baru ini terlajak sehingga cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.

Sebelum ini, Karpal hanya menolak hukum hudud dari sudut perundangan dan perlembagaan negara. Tapi kali ini, Karpal dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah.

Karpal juga memberikan contoh dalam kes rogol, adalah mustahil untuk mendapatkan 4 orang saksi dan kesannya, tidak ada suspek yang akan didapati bersalah.

"Ini masalah Karpal. Dia tak faham bahawa dalam Islam, selain hudud dan qisas ada hukuman takzir iaitu kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman takzir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Quran dan Hadis.

"Tapi beliau tidak beriman pada Allah, jadi tak pelik beliau menolak. Tapi lebih elok senyap daripada mempertikai apa yang beliau tidak arif kerana ia mengundang kemarahan apabila pertikaian itu bersifat menghina," kata Tuan Ibrahim.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi pula memberikan amaran bahawa kenyataan Karpal bakal mengundang kemarahan umat Islam.

"Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubung baik sesama (Pakatan Rakyat) PR," kata beliau menerusi Twitter malam tadi.

Nasrudin juga menyatakan kekesalannya terhadap MCA yang juga mempertikai hukum hudud.

"Umno pula membisu, Majlis Fatwa kaku. Untuk semua: Tolong jangan pertikai hukum Allah," katanya lagi.

Untuk kenyataan Karpal, Tuan Ibrahim berkata PAS berharap DAP memahami kesan pada usahanya untuk keluar daripada parti yang dianggap parti Cina dan menyerahkan urusan dalaman ahli DAP kepada kebijaksanaan parti tersebut untuk mengambil tindakan.

"Kita sudah bersetuju untuk tidak bersetuju dalam isu hudud, dan isunya selesai di situ. Tidak perlu mempertikaikan perjuangan PAS yang inginkan hukum hudud. PAS sedar banyak halangan dan banyak tentangan – tapi ini tidak bermakna PAS akan henti berusaha untuk mencapai cita-citanya," tegas Tuan Ibrahim.

"Penghalang utama PAS melaksanakan hudud selama ini ialah Umno-BN di Kelantan dan Terengganu, ketika itu DAP tidak berkawan dengan PAS dan DAP tidak mempunyai kuasa menghalang sedemikian, walaupun pendirian mereka menentang," tambah beliau.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berpendapat isu agama tidak perlu dicampuri oleh kaum lain yang tidak mengena dengan agama tersebut.

"Kita tak perlu nak masuk campur dalam isu agama lain yang akan beri kesan… sensitiviti pada kaum itu. Saya sendiri tak mahu sentuh isu seperti hudud kerana saya tahu itu akan menimbulkan rasa tidak senang kepada kaum lain," kata beliau yang dipetik Sinar Harian Online.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula berkata segala kritikan pada Karpal, juga turut sama terpalit pada Tun Dr Mahathir dan Umno.

"Jika Karpal terus menentang, apa bezanya dengan Tun? Bahkan apa bezanya dengan Umno?

Bahkan lagi, selama mana DAP menentang hudud, udara keruh berjerebu itu akan dihirup oleh Umno," tulisnya di blog sambil menambah penyebab utama lambatnya penerimaan masyarakat terhadap hukum hudud adalah Umno.

harakahdaily/

PAS Kawasan Miri

Posted: 22 Aug 2012 07:27 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Sampah Bertimbun Akibat Kutipan Tidak Teratur

Posted: 22 Aug 2012 05:42 PM PDT

Sampah Tidak Dikutip Mengikut Jadual
MIRI - Masalah kutipan sampah di kawasan perumahan Piasau Garden dan di kampung Luak Bay sehingga kini masih tidak dikutip seperti biasa menyebabkan sampah bertimbun, keluh salah seorang penduduk di kawasan perumahan tersebut.

Sepatutnya sampah tersebut dikutip tiga kali seminggu tetapi kita dapati sampah tersebut sudah bertimbun hampir berminggu-minggu tidak dikutip seperti biasa oleh pihak yang berkenaan.

Masalah ini berlarutan sehingga musim perayaan dimana tiada pihak yang berkenaan mengutip sampah tersebut menyebabkan sampah bertimbun dan berselerak merata tempat.
Sampah yang bertimbun tidak dikutip lama-kelamaan akan menyebabkan kawasan perumahan menjadi kotor dan berbau busuk.

Pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) harus bertindak segera mengatasi masalah ini dari berlarutan kerana setiap tahun MBM mengutip hasil cukai pintu dari penduduk perumahan tempatan.

Cukai yang dikenakan keatas semua hartanah yang terletak dibawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Miri adalah untuk memastikan pihak berkuasa tempatan mempunyai hasil yang mencukupi dalam menyediakan perkhidmatan awam.

Kita sebagai pembayar cukai pintu ingin mengetahui bagaimana pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) menggunakan Dana awam tersebut dan kemana hasil yang telah digunakan agar dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk perumahan.


Kita mencadangkan agar pihak MBM menyediakan tong sampah yang lebih besar untuk menampung jumlah sampah yang sentiasa meningkat setiap kali musim perayaan terutama di kawasan perumahan yang padat dengan penduduk.

Semoga perkara ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pihak MBM dan dari pihak berkenaan demi menjaga kesihatan dan kebaikan semua.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Garbage Not Collected As Schedule
MIRI - The problem of garbage collection in residential of Piasau Garden areas and Luak Bay village until now still not collected as usual caused garbage piled, sighed one of the resident in these housing areas.

The garbage should be collected three times a week but we find the garbage is piled almost uncollected for weeks as usual by the parties concerned.

This problem persisted until the festive season where none of the parties concerned collecting the garbage caused garbage piled and scattered everywhere.

Garbage that piled uncollected will gradually caused residential areas become dirty and smelly.

The Miri City Council (MCC) must act quickly to resolve this issue from lingering because every year MCC collecting assessment revenue from the local housing residents.

Tax levied on all properties which is under the jurisdiction of the Miri City Council is to ensure that local authorities have sufficient revenues to provide public services.

We as assessment taxpayers want to know how the Miri City Council (MCC) using the public funds for these and where is revenue have been used in order to serve the best to the residential.

We suggest that the MCC provides larger bins to accommodate the amount of garbage that is constantly increasing every festive season, especially in the densely populated housing areas.

Hopefully this will get appropriate attention and action from the MCC and the parties concerned in order to protect the health and benefit of all.


ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 22 Aug 2012 03:29 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


APA KES. ALLAH BAGI 'CASH'

Posted: 21 Aug 2012 05:44 PM PDT

UMNO/BN makin terkejut beruk dan kemaruk menjatuhkan pentadbiran Negeri Selangor terutama kes air yang telah kantoi.
Malah Allah mungkin dari fikiran kita telah membayar tunai atau 'cash' hasil fitnah mereka dengan membongkar masalah air yang belum pernah selesai di negeri yang ditadbir umno/bn yang berangan menjual air ke negeri lain terutama negeri Pahang dan Negeri Sembilan.
Kita harap dengan fenomena ini rakyat di negeri yang dikuasai bn/umno akan celik dan bersemangat untuk menukar undi kepada Pakatan Rakyat bukan mengundi BN/UMNO yang menghabiskan wang rakyat.
Teman mengalami kes air berlaku di suatu tempat di Negeri Sembilan bersempadan dengan negeri Pahang iaitu di Simpang Durian gara-gara tiada air kebetulan jadi kemalangan dimana seorang tua anak kepada seorang pemandu lori sawit estrt ingin mencabut gigi dan pergi keklinik berdekatan namun klinik tidak dapat melakukan kerana air tiada. Oleh itu orang tua itu terpaksa pergi ke klinik yang jauh dan berdekatan bandar yang besar sedikit dan dapatlah beliau cabut gigi. Dalam perjalanan balik meniki motor beliau berlanggar dengan suatu van tidak jauh dari rumah beliau.Beliau meninggal dunia dan di bawa ke hospital berdekatan namun tiada doktor bertugas pada malamnya. keesokannya mayat ingin dipost mortem tapi kerana tiada air terpaksa ditangguh dan akhirnya dikembumikan pada hari Jumaat walaupun kemalangan berlaku hari Rabu sebelum.
Se06ga Allah mencucuri raahmat atas roh nya.

Dupahang's Weblog

Posted: 22 Aug 2012 11:46 AM PDT

Dupahang's Weblog


Beberapa foto palsu penindasan terhadap Muslim Rohingya di Burma

Posted: 22 Aug 2012 11:00 AM PDT

 (Arrahmah.com) – Pembantaian Muslim di Burma (Myanmar) memang benar terjadi, penindasan terhadap Muslim yang masih hidup juga memang benar terjadi. Laporan-laporan langsung dari Muslim Arakan bukanlah hoax. Tetapi beberapa foto yang beredar di internet, baik di Facebook, Twitter dan BBM, ternyata palsu baik disengaja atau salah informasi. Beberapa orang yang tidak bertanggungjawab sengaja mengedit foto [...]

10 Logika dasar penganut syi’ah

Posted: 22 Aug 2012 10:19 AM PDT

Oleh:  AM. Waskito BERIKUT ini adalah 10 LOGIKA DASAR akidah Syiah bisa diajukan sebagai bahan diskusi ke kalangan Syiah dari level awam, sampai level ulama. Setidaknya, logika ini bisa dipakai sebagai “anti virus” untuk menangkal propaganda dai-dai Syiah yang ingin menyesatkan Ummat Islam dari jalan yang lurus. Kalau Anda berbicara dengan orang Syiah, atau ingin [...]

PR: Tidak Mampu Tawan Pahang, kenapa ?

Posted: 22 Aug 2012 09:33 AM PDT

Oleh  Zul. Entri blog wargamarhen membuat analisis bahawa PR sedikit ada kemampuan untuk memenangi kerusi di Dun Pahang dan menyumbang kepada Road To Putrajaya. Kita warga Pahang ucapkan terima kasih kerana masih memberikan harapan. Dengan apa yg dianalisis mak jentera PR yang ada haruslah berpadu tenaga menyusun saf dan selesaikan perselisihan secara perundingan meja bula [...]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 22 Aug 2012 11:41 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 22 Aug 2012 11:24 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Rumah Terbuka Idulfitri Mahasiswa Kelantan,3 Syawal 1433H/2012M.

Posted: 21 Aug 2012 06:05 PM PDT







Majlis Mesra Aidulfitri Pemimpin Bersama Perantauan 1433H/2012M.

Posted: 21 Aug 2012 06:04 PM PDT

















Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dun Pulai Chondong

Posted: 21 Aug 2012 05:44 PM PDT







Perpaduan bersama Umno buang masa

Posted: 21 Aug 2012 05:39 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan seruan pihak tertentu agar bersama Umno untuk menjamin perpaduan rakyat khususnya Melayu di negara ini hanya sebagai membuang masa.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, rekod dan sejarah telah membuktikan bahawa Umno telah gagal menunjukkan perpaduan termasuk dalam parti itu sendiri.

Menurutnya, Parti Negara, Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan semuanya ditubuhkan oleh mereka yang pernah memimpin Umno.

Malahan golongan agama di dalam Umno menubuhkan PAS kerana tidak puas hati dengan Umno dalam isu judi, apabila suara ulamak diketepikan begitu sahaja.

Tetapi katanya, Umno sampai sekarang masih menganggap mereka adalah parti keramat yang menjadi rukun perpaduan Melayu, walaupun rekodnya dipenuhi dengan perpecahan.

"Setiap kali menjelang pilihanraya maka suara perpaduan Melayu akan berkumandang di udara. Kayu ukur perpaduan, mesti bersama Umno. Jika luar daripada Umno, perpaduan tidak akan tercapai. Seolah-olah bersatu dengan Umno adalah rukun perpaduan Melayu.

"Umno sering mendakwa penubuhan PAS menyebabkan orang Melayu berpecah. Padahal sebelum Umno ditubuhkan 1946 sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)  yang ditubuhkan pada tahun 1945 yang tidak bersedia menjadi tali barut penjajah seperti Umno," katanya.

Oleh kerana itu katanya seruan perpaduan bersama  Umno hanya membuang masa apatah lagi perpaduan atas dasar bangsa yang tidak kekal lama.

Menurut Idris lagi, perpaduan atas dasar bangsa ibarat api dalam sekam dan akan berakhir dengan perpecahan.

Hanya perpaduan atas dasar Islam sahaja ujarnya yang akan mengenepikan perasuah, penzina, perampas harta rakyat dan pengkianat amanah rakyat walaupun sesama bangsa.

"Atas asas ini, perpaduan akan dapat diwujudkan, jika tidak ia hanya perpaduan palsu yang hanya retak menunggu pecah sahaja.

"Umno hanya boleh disatukan dengan benda sahaja, bukannya atas kesedaran ideologi. Mampukah Umno bertahan jika sudah kehilangan kuasa kerana tidak boleh memberi benda," soalnya.

Komunis ada kerajaan, mengapa Islam tidak boleh?

Posted: 21 Aug 2012 05:38 PM PDT

KOTA  BHARU: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terdapat anggota masyarakat terpesona dengan 'permainan' Barat menyebabkan terpengaruh dengan dakwaan 'agama lain, politik lain'.

Bahkan Islam dianggap mampu mengawal manusia dalam aspek ibadat dan urusan keluarga saja sedangkan Kerajaan Islam lebih mustahak ditegakkan di muka dunia.

"Dunia ini bukan Arab yang buat, bukan Melayu yang buat, tetapi diciptakan Allah swt.

"Namun oleh kerana kita lena dengan 'permainan' Inggeris, Peranchis, Itali dan sebagainya, maka ada rakyat biasa atau golongan terpelajar, bahkan di kalangan tuk guru sendiri terasa bahawa dakwaan 'agama suku, politik suku' itu betul," katanya.

Malahan menganggap agama hanya untuk  menjaga manusia dalam aspek ibadat dan urusan kekeluargaan saja.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian semasa menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka dekat sini, semalam.

"Sesungguhnya dalam perkara 'urusan agama' dan 'politik' mestilah selari.

'"Itulah perbezaan di antara hidup 'beragama' dengan hidup 'berdemokrasi' yang tidak disebut Eropah," katanya.

Beliau berkata, kalau komunis ada kerajaan, demokrasi ada kerajaan, maka kenapa 'Islam' tidak boleh ada kerajaan, selaras dengan bumi dan manusia serta segala benda di dunia ini dijadikan Allah.

Justeru, kata Nik Aziz, Kerajaan Islam lebih mustahak didirikan di muka dunia ini.

Bahkan dalam perkara agama, sangat penting bagi manusia mengikuti jalan Nabi-Nabi termasuk dalam urusan rumah tangga, peperangan dan lain-lain.

Beliau menambah terdapat manusia yang sibuk dengan 'kebangsaan' dan 'Melayu'.

Justeru secara sinis beliau meminta golongan itu supaya mencari 'Nabi Melayu'.

"Ini kerana Nabi Muhammad bukan orang Melayu tetapi orang Arab.

"(Oleh itu) carilah Nabi Melayu, jangan cari Nabi Arab.

Mengulas sambutan hari raya Aidilfitri 1433 Hijriah, beliau mencadangkan untuk tahun hadapan, kad ucapan Selamat Hari Raya ditambah 'dunia akhirat' pada rangkaian ucapan  'Selamat  Hari Raya, Maaf Zahir Batin'.

Ini penting bagi membolehkan semua kaum mengingati apa itu 'akhirat'.

"Melayu baca teringatkan akhirat, Cina baca teringatkan akhirat.  Orang putih baca, teringatkan akhirat.

"Ini membolehkan kita berdakwah apabila mereka bertanya apa itu 'akhirat'," ujarnya.

Tuan Guru menambah, selepas manusia mati dihidupkan semula, mereka akan ditanya diberi Al-Quran sama ada membacanya atau tidak, diberi telinga sama ada mendengar nasihat Al-Quran atau tidak.

Demikian juga diberi kaki sama ada digunakan pergi ke masjid, diberikan tangan sama ada menggunakan untuk mengundi ke arah mendaulatkan Islam atau menjahanamkan manusia.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 22 Aug 2012 09:25 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Judi perosak akidah umat Islam, pemusnah bangsa Melayu

Posted: 21 Aug 2012 04:32 PM PDT

Judi berlesen, judi tidak berlesen, judi online adalah merupakan perosak akidah umat Islam serta pemusnah perpaduan keluarga Melayu pada ketika ini. Walaupun operasi demi operasi dilakukan oleh pihak berkuasa, namun ia tumbuh semula bagai cendawan. Semua pihak harus memainkan peranan, akhbar berbahasa Melayu harus menghentikan iklan keputusan judi. Lebih banyak kaunseling dan khidmat nasihat percuma harus disediakan untuk kaki judi yang ingin meninggalkan ketagihan judi.

Pinjam bank untuk judi
22 Ogos 2012

SHAH ALAM: "Saya hanya fikir nak bunuh diri saja," kata Hashim, 48, (bukan nama sebenar) yang kini mengalami tekanan hidup selepas berhutang hampir RM160,000 termasuk dengan along selepas ketagih bermain judi dengan mesin slot sejak dua tahun lalu.

Hashim ketika ditemui berkata, dia mula ketagih dengan aktiviti itu selepas mengikut beberapa rakannya sebelum mula menghabiskan masa di pusat perjudian haram di sekitar Kuala Lumpur, Damansara, Cheras dan Kuala Selangor.

Malah, bapa kepada seorang anak ini pernah menghabiskan RM8,000 sehari dengan bermain mesin slot.

"Judi ini memang 'berhantu'. Kita akan terus main selagi tak menang. Bila kalah nak menang, bila menang pula, nak menang lagi banyak," katanya.

Ancaman keselamatan negara pada ketika ini

Posted: 21 Aug 2012 04:30 PM PDT

Penjenayah adalah merupakan ancaman utama keselamatan negara pada ketika ini. Warga asing sekarang ini tidak takut-takut lagi melakukan jenayah serta mengancam keselamatan negara. Semua pihak harus memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pengancam keselamatan negara kita Malaysia di alaf baru ini, bukan hanya mendendangkan pengancam keselamatan negara di alaf atau dekad yang lampau.

Awang Hitam baling 'bom'
22 Ogos 2012 

KUALA LUMPUR: "Ketika itu, saya dan lima rakan hendak melintas jalan sebelum seorang lelaki warga Afrika tiba-tiba membaling beg plastik hitam mengandungi molotov koktel ke arah kami," kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Shirlie.

Wanita berusia 27 tahun itu cedera kedua-dua kakinya selepas molotov koktel dilempar lelaki itu meletup di hadapannya di Jalan Tun Razak, di sini, jam 5 petang kelmarin.
Shirlie berkata, ketika kejadian dia bersama lima rakannya ingin ke restoran bertentangan dengan Menara Icon di selepas menghadiri satu persembahan hiburan.

Menurutnya, ketika itu mereka nampak seorang lelaki Afrika memegang bungkusan makanan di tangannya yang berjalan di belakang mereka dan pakaian suspek yang kemas membuatkan mereka tidak mengesyaki apa-apa.

"Ketika melintas jalan, tiba-tiba lelaki itu berlari ke arah kami dari arah belakang dan membaling bungkusan berkenaan sebelum ia meletup di depan saya.

"Kemudian, lelaki itu yang juga cedera pada kaki melarikan diri ke dalam hotel berdekatan," katanya.

Menurutnya, akibat jalan itu sunyi tiada sesiapa menyaksikan kejadian berkenaan dan mereka juga tidak mampu mengejar suspek.

Katanya, akibat kejadian itu, dia cedera di kedua-dua kakinya manakala dua lagi rakannya terkena kaca di lengan kanan mereka.

"Saya yang tidak mampu berjalan terpaksa dipapah rakan menaiki teksi sebelum kami mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Selepas itu saya membuat laporan di Pondok Polis HKL untuk tindakan lanjut," katanya.


Nyaris maut ditembak
22 Ogos 2012

IPOH: Seorang anggota polis nyaris maut apabila ditembak dari jarak dekat oleh sekumpulan penjenayah yang cuba merompak seorang ahli perniagaan di kawasan industri IGB, Kampung Tawas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, satu das tembakan dilepaskan terhadap anggota terbabit, tetapi tersasar sebelum tiga penjenayah lelaki termasuk seorang wanita melarikan diri menaiki Proton Waja.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Termizi Abd Haq berkata, kejadian berlaku ketika anggota polis itu cuba membantu mangsa wanita berusia 39 tahun yang dirompak kumpulan penjenayah.
Menurutnya, kejadian berlaku sejurus ahli perniagaan itu selesai mengutip wang sewa lori dari pemiutang di kawasan industri itu.

"Seorang anggota polis yang kebetulan berada di restoran itu dikatakan cuba menangkap seorang penjenayah.

"Bagaimanapun, suspek mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan bagi menghalang anggota polis terbabit," katanya.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 22 Aug 2012 09:09 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


ADUN SELAT KLANG sempat menjengok ummat Islam yang mahu berhari raya

Posted: 22 Aug 2012 03:36 AM PDT

 Kpg Delek
KLANG

Ummat Islam memang sibuk menjelang raya. Lazimnya di Selangor pada hari raya puasa lebih persiapan dan riuh daripada hari raya korban. Berbeza sikit dengan Kelantan yang dikatakan hari raya korban disambut dengan lebih diutamakan kerana menghayati falsafah korban.
 Di sebalik keriuhan dan ribut membeli belah juga amat ketara. Peniaga veteran sudah mencongak berapa keuntungan yang mahu dikaut sempena musim perayaan.Lebih-lebih lagi yang melibat perayaan orang Melayu yang memang suka berbelanja besar walaupun apa iklim ekonomi kerana mahu menjamu dan meraikan sanak saudara dan jiran tetangga.
 ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali melapangkan sedikit masa untuk menghantar kad raya dan jemputan ke hari terbuka beliau di perkarangan PEJABAT ADUN SELAT KLANG di Lorong Telok Gadong 1, Off Jalan Sg Bertik, KLANG pada 1.9.12 pkl 2.30-5ptg.
Beliau beramah mesra dengan peniaga dan pelanggan pasar malam Kpg Delek yang jelas kelihatan rancak. Mudah-mudahan pasar malam Kpg Delek ini boleh dijadikan contoh muamalat yang sopan, adil dan berkat insyaallah.

PAS Kulaijaya

Posted: 22 Aug 2012 07:13 AM PDT

PAS Kulaijaya


Allahu Akbar....Allahu Akbar....Allahu Akbar....Walillahilham...

Posted: 21 Aug 2012 06:59 PM PDT

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 22 Aug 2012 03:53 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


PGU 05 Pada 5 & 6 Oktober di DUN Jabi, Setiu

Posted: 21 Aug 2012 04:36 PM PDT


Petikan : Buletin Online

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/perantau3.jpgKUALA TERENGGANU – Gelombang kebangkitan rakyat khususnya kesedaran anak-anak muda akan terus kekal bersama PAS sehingga tarikh pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.

Mengekalkan gelombang tersebut, PAS akan meneruskan program berprestij Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (PGU) kali ke lima (PGU05) di kawasan dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi Kawasan Parlimen Setiu.

Ketua Dewan Pemuda PAS selaku Pengarah PGU05, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia akan diadakan selama dua hari pada 5 dan 6 hb Oktober depan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/perantau2.jpg"Saya mahu mengumkan, InsyaAllah pada bulan Oktober nanti, kita akan mengadakan himpunan besar-besar gabungan pemuda dan muslimat,

"Di waktu yang sama kemuncaknya adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Terengganu Siri yang ke lima, PAS Ganti Umno (PGU),"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Sempena Eidul Fitri berama anak-anak Terengganu di perantauan yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu dekat sini pada malam 2 Syawal Isnin, 21 Ogos.

Menurutnya, pengekalan kesedaran politik yang tinggi di kalangan anak-anak muda pada masakini akan dapat menumbangkan kerajaan Umno dan barisan Nasional yang dibina dengan rasuah dan peyalahgunaan kuasa.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/perantau1.jpg"Saya melihat suasana (kebangkitan) anak-anak muda yang hebat dengan kesedaran politik yang tinggi akan dapat menumbangkan kerajaan (Umno-BN) yag dibina dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, pembaziran dan segala keruntuhan seluruh aspek,

"InsyaaLlah (akan) tumbang dalam pilihanraya ke -13 (dan) kita bina kerajaan baru yang telus, tulus dan bersih,"tegasnya.

Turut berucap dalam program tahunan PAS Terengganu itu adalah Presiden PAS dato' Seri Tuan guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Pesuruhjaya Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ketua Dewan Muslimat Puan Safinah Jusoh dan Ketua Dewan Ulamak Dato' Ustaz Husin Awang.

Turut hadir selain seluruh pimpinan PAS Terengganu adalah Setiausaha Agong Dato' Mustafa Ali, AJK PAS Pusat Dato' Ustaz Abu Bakar Chik dan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Dato' Wan Mutalib Embong.

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 22 Aug 2012 03:50 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Karpal Nasha : isu kecil yang dimanupulasi

Posted: 21 Aug 2012 05:17 AM PDT

PKR perpendirian bahawa isu membabitkan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai perkara kecil, yang tidak akan mendatangkan apa-apa keburukan kepada Pakatan Rakyat (PR).

Naib Presidennya, Fuziah Salleh berkata, isu antara kedua-dua pemimpin itu bukan perkara yang besar, sebaliknya media yang telah menggembar-gemburkan supaya nampak rumit dan menimbulkan pelbagai spekulasi liar terutama oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

Beliau yakin perkara membabitkan Karpal dan Nasharudin akan berakhir tanpa sebarang tindakan mahkamah kerana ia hanya tindakan spontan Pengerusi DAP tersebut apabila dilabel anti-Islam oleh bekas Timbalan Presiden Pas.

"Kita tak nampak isu antara Karpal dan Nasharudin itu akan berlarutan sehingga ada tindakan mahkamah. Isu itu hanya diperbesarkan oleh pihak media.

"Saya yakin kenyataan Karpal baru-baru ini hanyalah kenyataan spontan apabila mendapat tahu ada yang mengandainya sebegitu," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Pada Jumaat lalu, Karpal memberitahu bahawa beliau telah mengambil keputusan untuk memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin berhubung kenyataan yang melabelnya sebagai anti-Islam.

Sehubungan itu, Sabtu lalu, Nasharudin berkata beliau bersedia untuk bertemu di mahkamah jika  Karpal mahu memfailkan kes fitnah ke atasnya berhubung satu kenyataan berkenaan dengan isu hudud dan negara Islam.

Justeru, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, bagaimanapun isu yang melibatkan sensitiviti seperti keagamaan telah dibincangkan oleh semua pemimpin PR supaya lebih berwaspada dalam membahasnya untuk mengelakkan kesan yang tidak diingini.

"Kita memang ada memberi nasihat dan membincangkan soal yang melibatkan sensitiviti masyarakat ini supaya tidak terlalu diperbahaskan sesuka hati.

"Tapi jangan anggap perkara ini boleh melemahkan PR. BN sendiri ada perbalahan antara pemimpinnya dan yang pasti lagi teruk daripada PR," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada PKR akan bertindak sebagai orang tengah dalam isu Karpal-Nasharudin, Fuziah berkata, "isu ini kecil, tak perlu dibesar-besarkan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan