Isnin, 20 Ogos 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


THE FLYING KICK

Posted: 20 Aug 2012 01:02 PM PDT

PEJUANG BANGSA

Posted: 20 Aug 2012 11:42 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Pemuda UMNO buat laporan polis facebook kontroversi

Posted: 20 Aug 2012 08:10 AM PDT




Pemuda Umno Pusat mahu pihak polis menyiasat kewujudan satu akaun laman sosial Facebook kontroversi, yang membawa mesej undi kepada Pakatan Rakyat (PR) bermakna sokongan kepada usaha menjadikan Kristian sebagai agama persekutuan, "seolah-olah" dikendalikan oleh pergerakan itu.

Laporan dibuat oleh Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional (BN), Ibdillah Ishak di Balai Polis Tun H S Lee di sini, jam 4 petang tadi. "(Sedang) membuat laporan polis bagi pihak (Ketua Pemuda Umno dan BN) YB Khairy Jamaluddin berkenaan laman FB yang berbaur hasutan," katanya menerusi laman Twitter.

Sementara itu, ketika dihubungi Sinar Harian Online, Ibdillah menolak keras akaun itu dikendalikan oleh Pemuda Umno Pusat. "Akaun Facebook itu menggunakan nama Pemuda Umno Malaysia dan ia seolah-olah mewakili Pemuda Umno.

 Jadi YB Khairy mengarahkan saya untuk membuat laporan polis berhubung hal ini," katanya. Ibdillah memberitahu, insiden seperti itu boleh memecahbelahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah serta memberi imej yang salah.

"Kami jelas-jelas menolak kenyataan siapa-siapa berhubung isu agama tidak kira daripada pihak kita mahupun pembangkang," tegas beliau. Sehubungan itu katanya, Pemuda Umno berharap siasatan segera dapat dijalankan pihak polis bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mengendalikan akaun laman sosial terbabit dan memuat turun poster berbaur hasutan ters

ebut. "Pihak yang memuat turun poster itu harus bertanggungjawab dan dikenakan tindakan," katanya. Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin-pemimpin Umno khususnya dari Selangor.

Poster yang kontroversi itu membawa mesej bahawa "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu)." Pemaparan bahan berkenaan menjadi perhatian ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin meningkat.

Laman sosial itu mengakui ia sebagai milik Pemuda Umno memuatkan mesej itu awal pagi kelmarin tetapi telah dikeluarkan selepas ditegur oleh kepimpinan PR termasuk Ketua Pembangkangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kandungan awal mendapat reaksi daripada kedua-dua PR dan penyokong Barisan Nasional (BN). Malah perkara itu turut dinafikan oleh Khairy pada hari yang sama dan berjanji akan menyiasat siapa pengendali dan pentadbirnya. Mengulas lanjut, Ibdillah berkata, perkara itu akan dibawa kepada pucuk pimpinan oleh Khairy bagi menunjukkan bahawa Pemuda Umno memandang serius perkembangan tersebut.

Pagi tadi, Sinar Harian Online melaporkan Pemuda Umno menafikan laman itu dikendalikan oleh pihaknya. Sehubungan itu, pergerakan tersebut mahu membuat laporan polis. "Ya, bukan laman FB kami," kata Khairy menerusi mesej Twitter menjawab pertanyaan susulan pengikutnya, malam tadi. Menerusi mesej seterusnya, Khairy berkata, pihaknya sudah ada maklumat susulan berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran laman yang membawa mesej yang "memudaratkan." "Kami akan membuat laporan polis esok (hari ini)," kata beliau.

Pemuda UMNO difitnah di laman facebook - Khairy

Posted: 19 Aug 2012 10:35 PM PDT



Pemuda Umno menafikan laman rasmi Facebook kontroversi, yang mendakwa undi kepada Pakatan Rakyat (PR) bermakna sokongan kepada usaha menjadikan Kristian sebagai agama persekutuan, dikendalikan oleh sayap itu.

Sehubungan itu, pergerakan tersebut mahu membuat laporan polis esok. "Ya, bukan laman FB kami," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin menerusi mesej Twitter lewat malam tadi menjawab pertanyaan susulan pengikutnya. Menerusi mesej seterusnya, Khairy berkata, pihaknya sudah ada maklumat susulan berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran laman yang membawa mesej yang "memudaratkan."

"Kami akan membuat laporan polis esok (hari ini)," kata beliau. Bagaimanapun dalam mesej yang dikemaskinikan hari ini, Khairy berkata, laporan polis akan dibuat esok. Laman sosial itu mengakui ia sebagai milik Pemuda Umno memuatkan mesej itu awal pagi kelmarin tetapi telah dikeluarkan selepas ditegur oleh kepimpinan PR termasuk Ketua Pembangkangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kandungan awal mendapat reaksi daripada kedua-dua PR dan penyokong Barisan Nasional (BN).

Malah perkara itu turut dinafikan oleh Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN kelmarin dan berjanji akan menyiasat siapa pengendali dan pentadbirnya.

Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin-pemimpin Umno khususnya dari Selangor. Poster yang kontroversial itu menyatakan:

"Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu)."

Pemaparan bahan berkenaan menjadi perhatian ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin meningkat.

RIDHUAN TEE

Posted: 20 Aug 2012 03:27 AM PDT

RIDHUAN TEE


Bahaya ultra kiasu kepada Islam

Posted: 20 Aug 2012 03:22 AM PDT


Selamat Hari Raya Eidul Fitri Maaf Zahir Batin. Artikel khas untuk blog. Sinar Harian tidak terbit hari ini.

Lanjutan artikel saya bertajuk "bersatu tegakkan hukum Allah", saya begitu teruja dengan kenyataan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang menyertai PAS Mei lalu,bahawa persefahaman PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat mencetuskan suasana politik lebih sihat, berbanding sebelum mereka bersama dalam gabungan itu, diibaratkan oleh beliau seperti anjing dengan kucing. Saya tidak pasti siapakah anjing, siapakah kucing? Sudah tentukan anjing (haram) itu ultra kiasu dan kucing (halal) itu PAS. Jika begitulah pengibaratan, maka biasanya yang akan menang dalam pertarungan adalah anjing (ultra kiasu). Selama inipun ultra kiasu sahaja yang menang ekoran perpecahan Melayu yang tidak berkesudahan.

Apakah benar dakwaan beliau bahawa tidak ada syak wasangka dalam Pakatan Rakyat? Buatlah kajian secara akademik, sekadar berasaskan pengalaman menyiasat sahaja tidak mencukupi rasanya. Jika ultra kiasu sudah lembut dengan Islam, sudah tentu pendirian mereka terhadap Islam berubah. Ini tidak, semakin lama semakin kuat mereka menentang Islam. Bukan itu sahaja, mereka semakin berani mencabar kedaulatan agama Islam. Jika dahulu angkat kepala pun tidak berani. Hari ini disebabkan oleh perpecahan Melayu, usahkan angkat kepala, dengan kepala-kepala kita dipijaknya.

Persoalan yang ditimbulkan kenapa ultra kiasu boleh menerima Kanun Keseksanan tetapi tidak hudud? Jawapannya, disebabkan oleh sikap anti Islam. Ultra kiasu tidak langsung mahu menerima apa jua agenda Islam. Ultra kiasu bukan tidak tahu bahawa hudud ini tidak ada kaitan langsung dengan mereka. Hudud ini adalah untuk orang Islam SAHAJA, sama seperti kewujudan mahkamah syariah. Kenapa mereka begitu kuat menentang? Mereka tidak mahu ada apa-apa konotasi yang boleh dikaitkan dengan Islam, kerana akan menjadi precedencedan kekal selamanya. Beginilah jahatnya ultra kiasu dalam perancangan mereka.

Cubalah belajar daripada sejarah, jangankan hudud, sejak dahulu lagi ultra kiasu tidak pernah mengiktiraf kewujudan mahkamah syariah. Sebab itu apa jua perkara berkaitan dengan umat Islam, mereka sedaya upaya untuk elakkan perbicaraan dilakukan di mahkamah syariah. Kenapa? Fikirkanlah sendiri.

Soal aliran lama dan aliran baharu dalam ultra kiasu ini tidak banyak beza. Cubalah tanya ketua pemuda dan pimpinan muda ultra kiasu yang menjadi exco kerajaan negeri Selangor, adakah mereka bersetuju dengan hudud? Sekadar makluman, kepada bekas polis tersebut, kebanyakan pimpinan baharu ultra kiasu dikuasai oleh mereka yang beragama Kristian. Sikap mereka terhadap Islam begitu jelas. Sebab itulah mereka berjaya mendirikan begitu besar gereja-gereja untuk menggelamkan mercu tanda Islam.  

PAS akan selama-lamanya tidak akan dapat melaksanakan hudud selagi berkawan dengan ultra kiasu yang anti Islam ini. Mereka terpaksa berkawan dengan PAS kerana tidak ada pilihan untuk mendapat kuasa. Sama juga perkawanan PAS dengan ultra kiasu. Real politik membuktikan, untuk menang dalam pilihan raya, parti-parti Melayu (Islam) mesti berkawan dengan bukan Islam. Persoalannya, adakah bukan Islam ini boleh dipercayai atau tidak, lebih-lebih ultra kiasu?

Saya mungkin tidak dapat bersetuju jika hanya melabelkan ultra kiasu itu DAP sahaja. Ultra kiasu ini berada di mana-mana, termasuk dalam komponen Barisan Nasional. Selagi sistem pendidikan kita, beginilah coraknya, bersifat perkauman. Selagi itulah kita akan terus melahirkan lebih ramai lagi ultra kiasu, sama dalam DAP atau parti di luar DAP.

Seterusnya, kenapa hudud begitu ditentang, berbanding dengan amalan hubungan seks songsang LGBT? Ultra kiasu langsung tidak menentang LGBT, tetapi menjadi jaguh dan menggalakkan LGBT. Kenapa? Mereka mahukan umat Islam rosak. Apabila umat Islam ramai yang rosak, umat Islam secara otomatik akan menentang hudud suatu masa nanti. Strateginya sekarang, 'cairkan' kehidupan cara hidup Islam daripada umat Islam. Jangan biarkan ada sedikitpun umat Islam mendapatkan cara hidup mereka sendiri.

Untuk makluman bekas polis ini juga, ultra kiasu (dan sekutunya) yang menentang hudud ini adalah keturunan berserban, agama Sikh. Jika kita mengkaji perbandingan antara agama, agama Sikh yang berusia 600 tahun mempunyai beberapa persamaan dengan agama Islam, sebab pengasasnya Guru Nanak, bermajikankan orang Islam. Cara hidup Sikh amat ketat, misalnya orang lelaki mesti berserban, tidak boleh bercukur dan sebagainya.  

Sepatutnya beliau menggalakkan jika ada manusia yang mahu kembali dan beramal dengan agamanya. Logiknya, tidak ada nilai agama yang benar, yang mahu merosakkan pengikutnya. Ini tidak, agama lain boleh diamalkan dengan sebebas-bebas dan hak mereka mesti diberikan. Jika tidak diberikan, maka bertempiklah mereka kepada dunia bahawa Malaysia tidak mengamalkan kebebasan beragama dan tidak menjaga hak asasi manusia.

Tetapi bila tiba kepada agama Islam, jawapannya, ini tidak boleh, itu tidak boleh. Mereka bersepakatan menentang Islam. Mereka mahu kita kembali kepada zaman British, menjadi Islam hanya relevan di masjid surau, pondok-pondok dan sebagainya. Dalam konteks cara hidup, mereka akan tentang. Lebih-lebih lagi undang-undang Islam.  

Kenapa sistem demokrasi mutlak mudah diterima tanpa banyak soal, walaupun kehancuran hasil sistem demokrasi itu berlaku di depan mata. Menurut sahabat saya Faiz Na'man (2012), sistem demokrasi mutlak (bebas) yang tercipta oleh bangsa Yunani, yang merupakan tamadun penyembah berhala adalah satu sistem yang mengetengahkan apa yang dikehendaki oleh manusia itu sendiri, bukannya apa yang telah digariskan oleh Pencipta manusia itu. Bacalah sama buku Arno Froese (2008), bertajuk How Democracy Will Elect The Antichrist.

Tambah Faiz (2012) lagi, sepanjang sejarah peradaban manusia, dunia telah melalui pelbagai sistem atau ideologi pemerintahan untuk memenuhi kehendak nafsu manusia mentadbir bumi ini. Dari ideologi autokrasi, monarki, dinasti, teokrasi, komunisme, fasisme, hinggalah kepada demokrasi. Mana yang wujud dahulu tidak terlalu penting untuk dibicarakan, tetapi kesan serta hala tuju sesuatu sistem pemerintahan itu yang patut diberi perhatian. Seiringan dengan era penjajahan, Nusantara juga telah mengalami beberapa "revolusi" dalam ideologi yang diguna-pakai untuk menjalankan pemerintahan manusia. Rumpun Melayu pada asalnya adalah serasi dengan sistem monarki (yakni beraja) yang telah menjadi fitrah zaman berzaman nenek moyang kita, sejak wujudnya Empayar Srivijaya hingga ke Empayar Melayu Melaka. Begitu lamanya Rumpun Melayu hidup bersistem dan beradat yang dinaungi oleh sistem monarki ini tadi sambil diperkuatkan lagi dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara.

Kedatangan Islam ternyata telah merubah kehidupan orang Melayu. Ketika itu orang Melayu masih belum diganggu-gugat dengan kehadiran para pendatang asing yang menetap di situ. Orang Melayu bebas untuk menentukan cara hidup mereka. Orang Melayu mendapat hak mereka dan cara hidup mereka. Maka tertegakkan kerajaan Islam Melaka, termasuk perlaksanaan hukumnya. Malangnya, keadaan mula berubah apabila Melayu lupa diri. Persengketaan sesama mereka telah menyebabkan mereka dijajah.

Hari ini umat Islam mahu kembali semula kepada cara hidup mereka ketika zaman mereka sebelum dijajah? Kenapa tidak boleh? Bukankah ini tanah mereka sendiri? Tidakkah penduduk asal berhak untuk menentukan cara hidup mereka berbanding dengan orang lain? Tidakkah juga semua bangsa yang bertuankan tanah tumpah mereka berjaya melaksanakan cara hidup dan sistem mereka sendiri?

Saya petik lagi kata-kata Faiz (2012), adakah kafir Barat redha dengan sistem kenegaraan yang Malaysia guna hari ini? Jawapannya tidak sepenuhnya. Sejak dari merdeka lagi, kafir Barat terutama dari Britain dan Amerika cuba memperkotak-katikkan kepimpinan Melayu-Islam kita dengan pelbagai alasan, mereka suka jika Malaysia menjadi kucar-kacir akibat diperintah oleh pemimpin yang lemah dan korup, agar akhirnya umat Melayu-Islam melutut kembali kepada cara hidup sekular. Jika mereka tidak dapat melemahkan kerajaan Malaysia hari ini secara luaran, mereka akan cuba melemahkannya dari dalam, iaitu melalui minda dan corak pemikiran para pemimpin politik kita sendiri. Mereka susupkan agenda halus mereka atas nama Hak Asasi Manusia. Mereka mahu Malaysia menjadi sebuah Republik Demokrasi Liberal (Bebas) seperti Indonesia. Tujuan akhir mereka ialah tidak lain dan tidak bukan, untuk melahirkan masyarakat "rojak" yang hilang identiti serta jati diri kerana menganut kebebasan mutlak. Rumpun Melayu akhirnya akan tinggal sebagai bahan sejarah, akidah Islam akhirnya lupus dari ingatan dan panduan warganya. Realitinya, tanpa kuasa politik, Melayu-Islam itu adalah paria di negara sendiri.

Inilah hakikat yang dinukilkan oleh Faiz yang sedang dirancang oleh ultra kiasu dengan bantuan barat. Justeru, berhati-hatilah, mudah-mudahan kita tidak merana di bumi sendiri.

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Ketua Jabatan
Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

bumiyang

Posted: 20 Aug 2012 03:13 AM PDT

bumiyang


Di mana Salahnya Ustaz Nasha Bergambar Dengan Najib???

Posted: 19 Aug 2012 06:00 PM PDT

Taipingmali (tm)

Posted: 20 Aug 2012 01:32 AM PDT

Taipingmali (tm)


Pas mula kutip zakat fitrah di Perak.

Posted: 19 Aug 2012 09:33 AM PDT

Dahulu semasa Pakatan Haram memerintah Perak, Nizar telah buat kempen ke seluruh negeri Perak menyeru orang ramai terutama ahli Pas supaya membayar zakat kepada baitulmal dan zakat fitrah kepada amil-amil yang dilantik oleh kerajaan negeri yang sah. Pas mahu rakyat Perak menerima dan menghormati kerajaan Pas yang memerintah Perak. Akan tetapi selepas 11 bulan memerintah, Allah menarik balik kuasa yang diberi.  Hari ini Pas kembali ke asal, mengutip zakat fitrah ikut cara lama, semua masjid yang mereka kuasai mereka akan melantik amil mereka sendiri, amil yang dilantik kerajaan tidak diterima pakai. Pas wal asal balik hasil, wal hasil balik asal, Pas pemipu rakyat. Pas kutip zakat bukan untuk membantu fakir miskin, tetapi untuk jihad ala-Pas, untuk politik, untuk perbelanjaan PRU 13.

Hebat orang Taiping berhari raya, anak menantu bawa balik kereta mewah

Posted: 19 Aug 2012 02:35 AM PDT

Rover Sport

Ferrari F360 Scuderia  RM 1.25 Juta pada tahun 2008 kalau F430?
Vellfire

BMW dan Merc

Rafizi 'Lembu' Ramli dalam tuntutannya mahukan harga kereta turun dan menjadi lebih murah berbanding negara-negara lain dalam kategori negara sedang membangun.

Agaknya kalau Range Rover, BMW, Mercedes, Ferrari , Vellfire menjadi bawah RM 100 ribu, ada atau tidak orang kaya seperti di atas akan membelinya. Sudah tentu tidak, mereka akan membeli Pagani, Maserati, Mc Laren dan lain-lain lagi...

Cuba teka, kereta mewah di atas milik siapa? Orang Pas mesti siasat atau Rafizi sendiri boleh siasat

Aspirasi Bangsa

Posted: 20 Aug 2012 01:31 AM PDT

Aspirasi Bangsa


HIMPUNAN JANJI BERSIH YG KOTOR

Posted: 19 Aug 2012 06:10 AM PDT

Sahabat-Gunung

Posted: 20 Aug 2012 01:11 AM PDT

Sahabat-Gunung


Kerajaan PAS Kedah Bakal Tumbang

Posted: 19 Aug 2012 10:07 PM PDT


Dalam umat Islam kelam-kabut membuat persiapan Hari Raya, parti Pakatan Rakyat pula kelam-kabut membuat persiapan Pilihanraya. 

Ini kerana PR sehingga kini bukan sahaja belum dapat memuktamadkan kerusi dan calon tetapi juga masih bertelagah soal hala tuju pemerintahan sekiranya menang nanti.   Soal hudud nampaknya masih belum ada penyelesaian di mana PAS terhegeh-hegeh menyorong pipi, sedia akur  dengan 'penentangan' DAP asalkan DAP masih bersama mereka, tetapi DAP pula tidak dapat menerima pendirian PAS untuk terus bercakap tentang hudud apa lagi melaksanakannya.  Sekiranya perkara ini tidak boleh diputuskan sebelum PRU-13, bagaimana PR mengharapkan rakyat memberi mandat kepada mereka?

Itu belum lagi dikira masalah dalaman parti dan negeri-negeri di bawah jajahan mereka.   Cakap-cakap kedai kopi dan sekilas pandang secara rambang, antara negeri yang hampir pasti jatuh kembali ke tangan Barisan Nasional ialah negeri Kedah. 

Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Razak diketahui kerap menjadi tumpuan media, bukan sangat kerana isu, tetapi kerana personalitinya yang panas baran dan tidak peduli atau bahasa kasar orang putih 'don't give a damn'.   Oleh kerana personalitinya ini, beliau telah mengumpul musuh yang semakin ramai sejak memegang tampuk pemerintahan negeri itu. 

Lebih buruk lagi apabila beliau membuka ruang yang begitu luas kepada musuh untuk menembaknya dari segenap arah.  Ini kerana beliau dikenali sebagai seorang MB yang tidak tahu apa-apa dan tidak mahu ambil tahu mengenai apa-apa jua.  Jika dikritik, beliau menafi.  Jika disoal, beliau melenting.  Akhirnya, satu masalah pun tidak dapat diselesaikan dan satu projek pun tidak dapat dijayakan sepanjang hampir sepenggal pemerintahan. 

Akibat terlalu angkuh dan tidak peka, Azizan dipergunakan oleh musuh-musuh yang menyamar sebagai kawannya.  Cerita mereka, mudah sekali untuk mengsabotaj Azizan kerana beliau akan mempercayai siapa saja yang ingin dipercayainya dan siapa yang bijak meraih kepercayaannya pasti akan memperoleh keuntungan.  Pendek kata, beliau mudah ditipu hidup-hidup di depan batang hidungnya sendiri tanpa beliau mengesyaki apa-apa. 

Musuh paling bahaya bagi Azizan bukanlah parti lawan atau UMNO, tetapi dari dalam partinya sendiri iaitu PAS.  Malah, dalam banyak hal, PAS Pusat juga mengambil sikap 'dingin' terhadap Azizan dalam banyak hal akibat terpengaruh dengan musuh-musuh beliau yang licik-licik belaka. 

Jika rakyat Kedah sebelum ini ingin 'mengajar' UMNO dengan menyerahkan mandat kepada PAS tetapi kini rakyat sudah sedar bahawa seburuk-buruk UMNO sebelum ini, lebih buruk lagi PAS yang bertopengkan Islam, dungu lagi licik dan jahat.   UMNO walaupun dituduh korup dan bermacam-macam lagi, tidak pernah pun memangsakan rakyat. 

Namun, di bawah kerajaan 'Islam' PAS, rakyat Kedah terpaksa menanggung tariff air yang tinggi dan menghidu bau busuk sampah di sekitar bandar Alor Setar setiap hari.  Jalan-jalanraya juga tidak diselenggara dengan baik, melainkan di hadapan rumah yang didiami MB sendiri.   

Setelah 4 tahun berlalu, terserlahlah sudah sikap kerajaan PAS Kedah yang tidak prihatin dengan segala rungutan rakyat termasuk dalam isu perobohan madrasah, tanah rizab Melayu yang bakal dijadikan jirat Cina, masalah banjir dan pencemaran sungai akibat pembalakan yang berleluasa serta masalah KUIN yang dibiarkan sehingga meruncing dan tidak dapat dikawal.     

Semua masalah yang berlaku ini pula ditudingkan kepada UMNO tanpa memikirkan apa-apa penyelesaian. 

Lebih malang bagi PAS kerana PAS Kedah juga ketandusan pemimpin yang berwibawa untuk dijadikan pengganti Azizan.  Semua orang tahu bahawa kalau ada pun pemimpin PAS yang menonjol dari Kedah, semuanya hanya menjadi bahan lawak jenaka rakyat kerana kebodohan mereka yang ketara, antaranya, Mat Sabu dan Mahfuz Omar yang hanya tahu memaki hamun dan mengeluarkan kenyataan merapu.   Yang lainnya pula begitu kampungan dan tidak boleh dibawa ke tepi, ke tengah dan majlis-majlis rasmi di peringkat kerajaan, diRaja, kebangsaan jauh sekali global.  Malah, Azizan sendiri sering merungut mengenai sikap para Exco yang memalukan dan tidak sesuai serta tidak dapat mengadaptasi cara bekerja dengan sebenar-benarnya. 

Seorang dua yang 'professional' di kalangan PAS Kedah pula, semuanya licik mempergunakan Azizan untuk mengaut wang negeri demi kepentingan diri. 

Dengan pusat-pusat hiburan yang bercambah dan tidak dapat disembunyikan lagi dari mata rakyat, PAS sudah kehilangan kredibiliti sebagai parti Islam yang menjadi penyebab utama rakyat Kedah mengundi mereka sebelum ini. 

Justeru, isyarat yang diterima dari sumber dalaman PAS menyatakan bahawa secara diam-diam, PAS sudah pun 'menerima' kekalahan mereka di Kedah dan mula menumpukan kepada negeri-negeri lain bagi memastikan kemenangan di dalam Pilihanraya nanti.   Apa yang lebih 'menyakitkan hati' PAS ialah, sikap MB Kedah yang masih terus menafi dan 'mempersetankan' apa saja teguran terhadapnya. 

Kini, satu persoalan yang tinggal ialah, apakah UMNO telah bersedia meranapkan PAS di Kedah?  Sesungguhnya, PAS Kedah telah pun cedera parah dan hanya menunggu tusukan maut keris UMNO untuk mengakhiri penderitaan rakyat.

Pulau Pinang Makin Hampir Ke Tangan BN

Posted: 19 Aug 2012 07:45 PM PDT



FAKTOR cina adalah satu-satunya alasan DAP untuk mengatakan bahawa mereka layak berkuasa sekali lagi di Pulau Pinang selepas PRU ke 13 berakhir.  Guan Eng begitu yakin dengan undi cina sehingga dalam satu kejadian di Tanjung Bungah beberapa minggu lepas, Guan Eng dengan selamba meminta Pengerusi Jawatankuasa Penduduk yang membantah projek perumahan lereng bukit di kawasan tersebut, supaya mengundi BN.


Begitulah takbur dan riak Guan Eng kerana memikirkan undi cina sudah 100% akan memihak kepada DAP.

Tapi tanpa Guan Eng sedar, pengundi cina sekarang (terutama di Pulau Pinang), lebih cenderung untuk menjadi pengundi atas pagar.  Paling ketara, sejak perhimpunan Bersih 3.0 April lepas berakhir dengan keganasan dan rusuhan.  Orang cina semakin sedar bahawa DAP membiarkan parti itu diperalatkan Anwar Ibrahim untuk kepentingan peribadinya semata-mata.

Satu perkara lain yang tidak kurang penting, selama hari ini, rakyat sekadar dimomokkan dengan tema ketelusan, keterbukaan dan seumpama dengannya yang didakwa diamalkan DAP.  Penubuhan jawatankuasa CAT (Competency, Accountability and Transparency) di peringkat DUN sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang pada 2008, seakan-akan membuktikan kebenaran tanggapan itu.
 
Tapi sebaliknya pula yang berlaku selepas puak-puak ini berkuasa.  Sepanjang 4 tahun ini, tidak banyak yang boleh disebut tentang ketelusan dan keterbukaan DAP.  Sebaliknya yang berlaku, Ketua Menterinya sedang mencapai tahap dictator, sebarang kritikan (walaupun kecil), akan diugut dengan saman.

DAP juga gagal mengendalikan perhubungan kaum dengan baik.  Terang dan jelas, keutamaan diberikan sepenuhnya kepada orang cina sementara orang Melayu dipinggirkan.  Satu kajian pada 2011 menunjukkan, jumlah orang Melayu di bahagian pulau menyusut sebanyak 70% sejak DAP mengambil alih kerajaan negeri pada 2008.

Ramai orang cina sendiri (terutama peniaga) yang tidak senang dengan pendekatan ini kerana ia seolah-olah 'mencuri' pelanggan mereka.  Umun tahu bahawa orang Melayu adalah kuasa pengguna terbesar di Pulau Pinang, sementara orang cina mengawal bidang perniagaan.

Taktik yang digunakan ialah dengan membeli tanah milik orang Melayu dengan harga 2 kali ganda dari harga pasaran dan memaksa mereka berpindah ke tanah besar.  Inilah juga sebabnya kenapa harga hartanah di Pulau Pinang, jauh lebih mahal dari harga hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.  Tidak hairan kenapa sepanjang tempoh 4 tahun ini, DAP gagal melaksanakan satu projek perumahan kos rendah pun untuk keperluan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Mana ada untung beli tanah mahal-mahal, selepas itu bina rumah kos rendah?

Kerakusan DAP tidak terhenti kepada tanah-tanah orang Melayu yang dibeli, malah tanah yang sudah dirizabkan untuk pembinaan rumah kos rendah pada zaman BN di jalan Zainal Abidin juga diserahkan kerajaan negeri kepada pemaju untuk dibina sebuah hospital swasta.  Hakikatnya, hospital swasta itu belumpun mendapat kebenaran Kementerian Kesihatan tapi hak rakyat untuk rumah kos rendah, sudah dinafikan Guan Eng.


Terbaru, Gerakan negeri pula mendedahkan bagaimana Guan Eng gagal menamakan Pengerusi  Lembaga Tender Negeri yang baru seterusnya menimbulkan persoalan adakah kroni Guan Eng dan DAP yang dilantik menduduki jawatan tersebut atau Guan Eng sendiri terlibat secara langsung dalam Lembaga itu.  Jika itu benar, tidak hairan kenapa Guan Eng menjadi kesayangan pemaju tapi menjadi kebencian rakyat dalam masa yang sama.

Selain dari itu, rakyat melihat sendiri susunan kegagalan Guan Eng dan DAP sebagai Ketua Menteri dan parti memerintah melaksanakan janji pilihanraya 2008.  Masalah kesesakan jalan raya yang dijanjikan parti tersebut untuk diselesaikan, masih berlarutan sehingga sekarang, malah bertambah teruk.  Tol Sg Nyiur yang dijanjikan Guan Eng untuk dirobohkan dalam satu demonstrasi yang diadakan pada 2007, masih beroperasi sehingga sekarang dan banyak lagi sebenarnya kalau nak disebutkan disini.

Sementara BN negeri pula sedang mengalami proses evolusi besar-besaran sejak Tan Sri Koh Tsu Koon melepaskan jawatan Pengerusi BN negeri kepada Setiausaha Gerakan Negeri, Teng Chang Yeow.

Rakyat makin sedar, apa pun yang buruk dicakapkan DAP mengenai pentadbiran terdahulu, satu yang diakui sendiri rakyat ialah BN tidak pernah meminggirkan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki rumah.

Maka itu, biarkanlah DAP dan Guan Eng terlena dengan mimpi-mimpi indahnya, sementara rakyat dibawah menanti sahaja masa untuk menghumbankan anak kelahiran Johor tapi bermaustatin di Melaka ini pulang ke tempat dimana dia sepatutnya berada.

APANAMA

Posted: 19 Aug 2012 11:20 PM PDT

APANAMA


Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433 H

Posted: 19 Aug 2012 07:21 AM PDT

The Unspinners

Posted: 19 Aug 2012 11:16 PM PDT

The Unspinners


Yang PAS mahu sisir ... itu yang berani bantai Karpal

Posted: 19 Aug 2012 10:00 PM PDT

Kerajaan Kelantan seru jatuhkan PAS dalam khutbah?

Posted: 19 Aug 2012 06:00 PM PDT

Anwar tak rela minta maaf pada Najib dan Rosmah

Posted: 19 Aug 2012 06:00 AM PDT

Kejutan raya Mahathir buat PAS

Posted: 19 Aug 2012 02:30 AM PDT

sekupangdua

Posted: 19 Aug 2012 11:13 PM PDT

sekupangdua


PAKATAN RONGGENG MAKIN MEROYAN! HAMPIR 15 RIBU SERBU RUMAH MB

Posted: 19 Aug 2012 09:46 PM PDT



GABRA ATAU MEROYAN PR TERUTAMA BILA MELIHAT HAMPIR 15 RIBU KEHADIRAN DI RUMAH TERBUKA DS ZAMBRY KADIR BERTEMPAT DI KEDIAMAN  BELIAU, INI JADI PETANDA BAIK BAGI KERAJAAN BILA KEHADIRAN SI LUAR DUGAAN RAKYAT YANG DATANG BERKUNJUNG DIKEDIAMAN MENTERI BESAR KESAYANGAN MEREKA, 

PALING KETARA APABILA DILIHAT LEBIH DARI SEPARUH KEHADIRAN DI MAJLIS TERSEBUT TERDIRI DARIPADA KAUM CINA DAN INDIA . JALAN MENGHALA KERUMAH MB BEGITU SESAK DAN JEM TERUK,  BAGAIMANA PUN INI BUKAN SATU ALASAN UNTUK TURUT HADIR KE  MAJLIS TERSEBUT  WALAUPUN  SEKEJAP HUJAN TURUN TAPI MASIH RAMAI YANG LAGI BERTALI ARUS DATANG MENGUNJUNGI  MB...




Jalan sesak menuju kekediaman Menteri Besar
Kaum Cina dan India paling ramai yang mengunjungi...
Shila Hamzah dan adiknya tampil bertudung dalam persembahannya

Belantan

Posted: 19 Aug 2012 11:03 PM PDT

Belantan


Betulkah PAS, Anwar pejuang Islam tulin!

Posted: 19 Aug 2012 06:24 PM PDT


Tulis sajalah buku bantai kerajaan, hentam DS Najib, puja Nik Aziz, puji Anwar Ibrahim, buku, akhbar atau majalah macam ini pasti laris. Kenapa? Tak percaya ke? Inilah yang dikehendaki oleh pembaca yang telah disogokkan oleh budaya membenci pemimpin dan membenci kerajaan.

Ianya telah menjadi satu trend, trend suka pada cerita 'half truth', 'zero truth' dan fitnah. Yang penting bukannya kebenaran tetapi rakyat yang benci pada Barisan Nasional (BN) pasti seronok baca.

Berapa banyak buku-buku yang semacam ini yang terus terang menjadi penyebar fitnah dan ditulis oleh penulis-penulis yang tidak memikirkan implikasi terhadap majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kestabilan negara menjadi sangat popular.

Kenapa Raja Petra jadi sangat popular kalau bukan kerana berani, bukan kerana tunjuk berani dan bersikap 'anti establishment? Banyak majalah-majalah dan buku-buku seperti ini yang bahan-bahannya diambil dari e-mail-e-mail dan laman-laman web tertentu yang entah betul entah tidak ceritanya.

Anda tidak perlu terkejut kerana inilah laman-laman web yang paling popular dan paling ramai di kunjungi oleh mereka yang mudah termakan hasutan pihak-pihak yang sengaja mahu memfitnah menghina, mencaci dan memburukkan kerajaan sendiri. Sesiapa juga boleh menulis dan menyampaikan apa yang dirasakan menerusi Internet ini. Mereka fikir politik ini satu benda yang boleh kita seronok macam membaca majalah hiburan?

Akhirnya tulisan semacam ini samalah macam mempercayai cakap-cakap di kedai kopi. Bukankah e-mail dan Internet itu satu bentuk kedai kopi alaf baru? Hairan, pelik dan ajaib tapi benar. Bayangkan kalau bantai Anwar, biarpun apa yang ditulis itu adalah fakta yang betul, argumen yang munasabah dan masuk akal, namun bagi sesetengah mereka yang bergelar intelek sekalipun, sukar untuk mempercayainya terutama mengenai Anwar yang didakwa meliwat Saiful Bokhari walaupun Saiful sudah bersumpah di dalam masjid.

Mereka menjadi kurang rasional seperti ketika Anwar terlantar di dalam penjara. Mereka yang menyimpan gambar Anwar yang lebam mata dalam bilik tidur, bilik tamu, bilik dapur dan bilik mandi macam gambar Shah Rukh Khan dan Siti Norhaliza akan bersimpati yang amat sangat terhadap Anwar yang menjadi idola yang didewa-dewakan.

Mereka kecewa kerana kononnya Anwar adalah merupakan pejuang Islam yang sudah disingkirkan dan teraniaya. Bagi mereka seolah-olah Anwar itu maha suci, maha bersih. Anwar sudah dijadikan macam Imam Mahadi. Nabi Musa buat dosa tumbuk orang sampai mati, begitu juga Nabi Ibrahim yang kata berhala besar yang pecahkan berhala kecil.

Betulkah Anwar ini seorang pejuang Islam yang tulin? Setahunya jika seorang pejuang Islam tidak akan membuat kerja mengarut, mencaci dan menghina dan menghasut rakyat agar membenci pemimpin kerajaan tak kira didalam dan diluar negeri! Ibnu Taimiah di dalam bukunya Pentadbiran Politik Islam menjelaskan: "Bahawa urusan pemerintahan (politik) adalah merupakan salah satu kewajipan yang paling penting dan ulama dalam agama Islam".

Malah tidak ada agama tanpa pemerintahan (politik) kehidupan manusia tidak akan sempurna tanpa wujudnya masyarakat kerana fitrah mereka yang saling memerlukan antara satu sama yang lain. Oleh yang demikian mereka harus mempunyai pemerintahan. Berdasarkan kata-kata ulama Islam ini, kita terpaksa bertanya apakah perbuatan Anwar dan kuncu-kuncunya itu berlunaskan prinsip-prinsip politik dalam Islam? Takkanlah benda macam ini pun Anwar tak tahu. Kata rapat dengan para ulama Islam. Mana pergi Hassan Albana, Syed Kutub, Yusuf Qardawi?

Itu baru disentuh sedikit perihal kepimpinan dalam Islam. Belum lagi kita bercakap pasal "KEADILAN".

Bila kita sentuh sedikit pasal "keadilan" ini, bila menyebut pasal "adil" dan "tak adil", apakah mereka terlupa bahawa Anwar yang sudah jadi raja banduan menerima layanan yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa sebelum ini, termasuk Allahyarham Dato' Harun Idris dan Dato' Mokhtar Hashim. Adilkah ini namanya? Sejak bila pula Jabatan Penjara Malaysia memperkenalkan sistem kelas-kelas di dalam penjara?



Apakah mereka juga terlupa bahawa Anwar telah diberikan kesempatan untuk membela dirinya di mahkamah terbuka? Patut ke disebabkan Anwar dan para peguamnya gagal untuk membuktikan yang dia tidak bersalah maka kita salahkan pula sistem kehakiman dan kerajaan? Kalau mereka boleh menerima keputusan-keputusan yang dibuat oleh mahkamah, mengapa tidak Anwar dan para penyokong beliau?

Apakah keistimewaan Anwar sehinggakan keputusan yang dibuat oleh mahkamah perlu dicabar akan kewibawaannya ketika itu atau apakah kes Anwar ini perlu di bawa ke mahkamah khas? Pulau Pinang tak ada raja. Anwar nak jadi kerabat siapa? Mentang-mentang dia pernah disebut sebagai Subramaniam, nama dewa Hindu maka dia perlu disembah dan dipuja macam tuhan? Macam mana nak tegakkan keadilan kalau Anwar saja yang dianggap betul dan orang lain terutamanya yang tidak berpihak kepada Anwar dianggap salah?

Macam mana nak tegakkan keadilan menerusi parti bernama "KEADILAN RAKYAT" kalau makna "keadilan" yang paling asas pun tidak dapat difahami akibat dipengaruhi oleh emosi?

Ini yang menjadi persoalan dan yang lebih pelik lagi ialah apabila PAS sanggup bersubahat dengan orang-orang yang kufur nikmat semacam ini dan sedia pula menerima amanah untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mempengaruhi ahli Parlimen untuk mendapatkan majoriti walaupun perjuangan politik Anwar sudah tergelincir jauh dari landasan prinsip politik, kepimpinan dan kenegaraan Islam.

Hati-hatilah 'sikit brader', ini bukannya sekadar tergelincir rel keretapi. Tergelincir rel keretapi tak sama dengan terpijak kulit pisang. Tergelincir politik Melayu jadi hamba abadi dalam negerinya sendiri.

Bolehkah kita bersekongkol dengan pemimpin Melayu yang sanggup jual Melayu sebab nak jadi Perdana Menteri. Tan Sri Khalid Ibrahim yang nak buka UiTM pada orang bukan Melayu tu dari parti mana? Kenapa Anwar tak kutuk Majlis Peguam kerana mahu menganjurkan Forum yang tajuknya seolah-olah menghina Islam?

Islam adalah 'a complete way of life', cara hidup yang paling sempurna. Kalau terlibat dengan liwat, rasuah dan segala macam kemungkaran, sempurna ke? Islam adalah juga faktor dan Islam adalah matlamat yang tidak boleh dipisahkan dari politik Melayu, baik oleh PAS mahupun UMNO. Islam merupakan potensi kekuatan bangsa Melayu.


Islam tidak menganjurkan permusuhan dan perpecahan sesama sendiri. Sikap angkuh, sombong dan mendabik dada yang ditunjukkan oleh sesetengah pemimpin PAS dan PKR adalah juga dilarang keras oleh Islam. Kita mesti mempunyai sikap toleransi, tolak ansur dan mesti menghormati undang-undang. Ikut suara majoriti.

Macam mana kalau Pakatan Rakyat memerintah nanti, orang tidak hendak ikut undang-undang kerajaan Pakatan? Kita memerangi sikap negatif bukan institusi. Islam tidak menyuruh kita menolak politik dan aspek-aspek kehidupan yang lain. Malah Islam menganjurkan segala kebaikan.

Kebaikan yang dianjurkan dalam Islam itu bermula di peringkat individu. Jika individunya baik, maka barulah pentadbirannya baik. Bila pentadbirannya baik barulah negaranya menjadi baik. Tapi individu yang jadi idola sudah dibicarakan atas tuduhan meliwat dan 'terlepas' kerana kesilapan teknikal! Malah peguam beliau sendiri mengatakan 'liwat' berlaku secara suka sama suka?

'Baik' di sini bukan bermaksud menunjukkan perangai yang baik atau mempamerkan pakaian-pakaian yang baik yang bercirikan Islam. Tapi otak juga mahu baik. Kalau tak ada otak yang baik macam mana nak memperkembangkan agama Islam? Macam mana nak majukan negara? Macam mana nak pastikan setiap rakyat dapat hidup dengan sempurna?

Kalau sekadar perangai sahaja nampak baik dan setakat pakaian sahaja baik di mata Islam tapi otak tak sebaik mana, tak usahlah berangan-angan nak jadi pemimpin politik. Jadi ulama ajar fardu ain, tauhid dan Al-Quran adalah lebih bermanfaat, mendapat ganjaran pahala yang besar dan terlepas dari persoalan tanggungjawab kerana gagal memimpin ummah.

Ingatlah, nak jaga, nak beri makan 27 juta rakyat, nak memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka, satu kerja yang senang ke? Tidak dinafikan bahawa terdapatnya perbezaan pendapat, cara dan pendekatan adalah dibenarkan oleh Islam. Pertembungan antara PAS dan UMNO, UMNO dan PKR ialah pertembungan antara kaedah dan cara yang saling berbeza.

Perbezaan pendapat dan cara diizinkan. Ini bukan masalah usul (umbi, utama) tetapi masalah furu' (cabang). Pendekatan menuduh dan menafikan kesahihan aqidah dan keimanan pihak lain kerana perbezaan pendapat adalah satu kezaliman dan kemungkaran yang merosakkan perpaduan ummah.

Dalam hal kafir mengkafir ini cuba kita baca satu pandangan pakar pengkaji Islam, Bernard Lewis yang merupakan seorang Profesor Emeritus di Princeton University, Amerika Syarikat dalam buku beliau The Political Language of Islam.

Katanya: Al-Ghazali (d.1111), in an essay on the criteria of' distinction between Islam and heterodoxy, speaks with contempt of those "who would constrict the vast mercy of God to his servants and make paradise the preserve of a small clique of theologians." It is a common practice of theologians, he notes, to use takfir - denouncing someone as a kafir - against their rivals and opponents. This he strongly disapproves. A Muslim, he observes, who becomes a kafir is an apostate, and apostasy is a criminal offense under the law, with severe legal consequences. Such charges should not, therefore, be lightly made.



Tidakkah kita merasa amat sedih dulu kisah amalan 'kafir mengkafir' masih lagi berlaku, hari ini 'maki memaki' dan mencarut pemimpin masih lagi menjadi amalan pembangkang. Patutnya PAS membantu menyeru umat Islam di Malaysia ini agar memberi perhatian kepada soal perpaduan ummah, penguasaan ilmu sains dan teknologi, pencapaian ekonomi dan persediaan tercanggih dalam menghadapi musuh-musuh Islam yang sentiasa mengintai peluang untuk melemahkan mereka.

Kalau nak memilih pemimpin untuk jadi Perdana Menteri, janganlah pilih Anwar Ibrahim. Bagi mereka ini dicadangkan agar mereka baca balik Al-Quran dan tafsirannya mengenai "keadilan". Tapi janganlah menterjemahkan Al-Quran untuk kepentingan puak dan peribadi sendiri saja. Ini tak adil. Kalau dah baca, baca sekali lagi, fahamkan betul-betul. Jangan biarkan emosi mempengaruhi fikiran. Kalau sukar juga nak faham, bertafakur, beristiharah, bermeditasi serta minta hidayah daripada Allah swt.

Sebelum Anwar dipecat, ramai penyokong-penyokong Anwar termasuk Anwar sendiri yang mengaku bahawa Mahathir hebat dan bijak serta berjasa. Kritik terhadap Pak Lah yang disuarakan secara senyap-senyap pun ada juga. Dan yang memuji Pak Lah sebagai Mr. Clean pun ramai juga. Tetapi takkanlah setelah Anwar keluar dari penjara tiba-tiba sahaja sudah tidak ada kebaikan lagi yang harus dikaitkan dengan Pak Lah.

Kenapa Melayu mesti benci Melayu? Tak salah kita memperjuangkan nasib kaum lain, tapi jangan hina pemimpin Melayu yang menjadi 'institusi' negara. KeADILan cuba menimbulkan huru-hara dan kekacauan dengan mengadakan demontrasi jalanan. Kenapa Anwar mesti jadi seperti anjing tersepit? Sudah terlepas, gigit tuan. Apakah ini moral yang baik?

Ada kalanya jika kita perhati dan meneliti, kita akan dapati ramai yang terlupa hidup di atas muka bumi ini tak ubahnya sebagai satu sandiwara. Siapakah kita sebenarnya? Kita menudingkan jari ke arah orang lain, melabelkan manusia dengan berbagai-bagai gelaran, tapi kita sendiri bagaimana? Takkanlah pendapat kita saja yang betul? Telinga kita ada dua, mata kita ada dua, dengar dan pandang dari dua sudut. Baru adil namanya.

Beranikah penulis-penulis yang menjadi ahli PAS mengkritik Tok Guru, Ustaz dan ulama mereka, begitu juga dengan PKR? Kalau hebat sangat, cubalah kritik pucuk pimpinan parti sendiri pula sebelum mengkritik pemimpin Barisan Nasional. Macam ini barulah boleh dianggap berani dan bergelar wira.

Beranikah penulis-penulis yang menjadi ahli PAS, berani kritik kedua-dua belah pihak sekali. Janganlah asyik nak kritik kerajaan saja dan orang Melayu-Islam terutamanya ahli UMNO saban hari didalam lidah rasmi mereka, Harakah. Mana perginya soal ekonomi, kemasyarakatan, kenegaraan dan terutama sekali Islam bagi membantu dalam membangunkan negara ini? Boleh dikatakan peratusan kecil sahaja yang dipaparkan di dalam Harakah, itu pun syarahan dan pandangan dari Haji Hadi dan beberapa individu yang majoritinya mempunyai agenda hanya caci-maki politik dan Melayu.

Adakah PAS sesuai menjadi contoh kepada umat Islam atau hanya berselindung disebalik simbol perwatakkan alim dan jubah untuk menegakkan syiar Islam? Dalam masa yang sama semua pancaindera tidak mempamerkan keIslaman.

Ini penulis-penulis PAS dan PKR jadi lidah PAS dan PKR sahaja tapi dalam waktu yang sama mempertikaikan kebebasan akhbar milik BN. Wartawan Islam mana boleh macam itu. Kepada wartawan-wartawan ini, mereka sepatutnya mesti jadi macam lensa kamera. Jangan jadi macam laman web yang boleh ubah-ubahkan gambar sekehendak hati sendiri. Orang hitam jadi putih, orang berpakaian dibogelkan. Beranikah mereka membongkar penyelewengan dan korupsi dalam kerajaan PAS Kelantan?

Roh kita berasal dari Tuhan yang satu dan kita akan kembali kepada-Nya jua. Ramai di antara kita yang mengaku kelslaman masing-masing tapi yang disembah masih juga ego diri. Yang ditakuti adalah bayang-bayang kita sendiri. Yang ditaati adalah perintah dan kemahuan nafsu kita sendiri serta kata-kata pemimpin yang kita sayang dan puja setiap hari. Kenapa?

Alangkah baiknya kalau mereka mahu bertanya: Mengapakah Allah menimpakan malapetaka ke atas manusia seperti Anwar? Kenapa dia memperjuangkan Islam tapi boleh jadi hina macam itu sekali? Dan kenapa dia tak dapat jadi PM sedangkan di zaman Mahathir dia cuma perlu jalan selangkah lagi? Apakah kita tak percaya dengan qada dan qadar? Rukun iman kita lima perkara sahaja ke?

Tahukah kita apa erti kifarah? Apa erti hukum karma? Sebesar zarah atom kebaikan yang kita buat balasannya setimpal dan begitu juga dengan kejahatan. Kalau benar-benar beriman terimalah semua ini sebagai qada dan qadar, satu ujian dan cubaan Tuhan. Tetapi kenapa ada orang yang tak dapat terima ketentuan Tuhan terhadap Anwar? Malah ada penyokong, kalau betul pun Anwar Al-Buntuti, mereka tetap mahu Anwar sebagai Perdana Menteri. Bukankah Allah swt beserta dengan orang-orang yang benar.

Kita orang Islam, kita percaya pada akhirat, kita percaya pada hari pembalasan. Kalau balasannya tak kena di dunia, di akhirat pasti kena juga. Itulah paradigma kita. Sejauh ini apa yang berlaku ke atas Anwar menampakkan satu kezaliman disebabkan beliau dibicarakan di mahkamah sivil. Tak ada empat saksi yang boleh membuktikan kes liwatnya. Tapi bila sudah nyata Anwar telah berbohong, keraguan sudah tertanam di hati orang ramai. Anwar bukan maksum, bukan wali, setakat jadi wali YB Nurul Ezzah kahwin bolehlah.. Dia cuma manusia biasa. Kalau segala-galanya telah rosak bagi Anwar, beliau harus sedar bahawa itulah jawapan kepada soalan di atas.

Sudah semakin jelas, siapakah Anwar dan apakah stand Anwar terhadap Islam serta siapakah guru-guru Anwar? Kenyataan Anwar baru-baru ini yang menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel mula mendapat reaksi yang berbeza dari rakyat. Kata dua yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas mula menimbulkan perbalahan antara penyokong parti tersebut dengan Parti Keadilan Rakyat!


Guru Anwar bukan Haji Hadi atau Nik Aziz, tetapi kaum orientalis yang menetap di Amerika. Buktinya kenyataan media John L Esposito dan John O Voll yang disiarkan dalam Malaysiakini yang menyokong seratus peratus Anwar. Siapa John L Esposito dan John O Voll?

John O Voll adalah Kristian, mendapat pendidikan di Dartmouth College (1958), master dan Ph. D dalam bidang Middle Eastern Studies di Harvard University (1960-1969). Kepakaran beliau dalam bidang sejarah Islam dan pernah menjelajah ke seluruh pelusuk negara Islam untuk memahami sejarahnya. Beliau juga pernah tinggal di Cairo, Beirut,dan Sudan.

John L Esposito juga seorang Kristian, mendapat master dalam bidang agama (theology) di St Johns University. Pada 1974, menyambung PhD di Temple University, Pennsylvania, di bawah seliaan Almarhum Prof. Dr Ismail Al Faruqi (mentor Anwar dan pengasas the International Institute of Islamic Thought-IIIT)

Kepakaran Esposito dalam bidang agama khusus Islam. Kristian, Hindu dan Budhha. Di kenali sebagai 'Father Esposito' kerana kepakarannya dalam agama Kristian Katholik. Pernah menjadi pensyarah di the College of the Holy Cross (Catholic), Jesuit college di Massachusetts.

Semasa di Holy Cross, beliau menjawat the Loyola Professor of Middle East Studies position, iaitu pengerusi Jabatan Agama (the Department of Religious Studies, dan Pengarah Pusat Pengajian Antarabangsa di Georgetown Universiti. "Anwar Ibrahim of Malaysia suggests a pluralist solution that recalls the convivencia, the living-together, of Islam's golden age in Spain and Sicily, where Muslims lived as neighbors with Christians and Jews. He embraces some modernist ideas, including the "information revolution" and equal rights for women" . - Esposito

Fikir-fikirkan lah. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Menilai 'hadiah' Ramadan pakatan di Selangor?

Posted: 19 Aug 2012 11:49 AM PDT



Bulan Ramadan yang telah berakhir turut sama mengingatkan kita terhadap penerimaan 'hadiah' dari pentadbiran Kerajaan Pakatan DAP-PKR-Pas yang dilabelkan telus dan bertanggungjawab. Mandat yang mereka perolehi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, rupa-rupanya disusuli dengan tindakan-tindakan yang mengguris dan menghiris perasaan orang Melayu beragama Islam khususnya di Selangor.

Pada September 2008 kita dikejutkan dengan petisyen bantahan, 189 penduduk bukan Islam kepada ahli kariah Masjid Al Ehsan, Bandar Kinrara, Puchong supaya tidak lagi menggunakan pembesar suara pada kuliah subuh dengan alasan kuliah subuh pada setiap Sabtu dan Ahad mengganggu tidur mereka.

Di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN), pembesar suara bukanlah isu yang besar. Ia tentunya memudahkan jemaah yang tidak hadir terutama golongan wanita untuk sama-sama dapat mendengar kuliah yang disampaikan.

Adakah mendengar ceramah agama suatu perkara baru yang boleh merosakkan masyarakat? Tentunya kuliah agama di masjid yang bersifat mendidik adalah lebih baik berbanding retorik ceramah politik pembangkang yang penuh dengan cacian dan maki hamun.

Hadiah dari pakatan pembangkang paling bermakna diterima oleh umat Islam di Selangor pada Ramadan tahun lalu, apabila tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan pemeriksaan pada satu majlis di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya atas dakwaan cuba menyebarkan agama lain ke atas penganut Islam, dianggap oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai mengganggu privasi. Lebih menyedihkan beliau meminta maaf seolah-olah perbuatan memurtadkan umat Islam suatu perkara yang tidak salah dalam masyarakat Islam.

Malahan Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasan Ali sendiri menyatakan pihak berkuasa agama itu mempunyai bukti wujudnya penyebaran agama bukan Islam ke atas penganut Islam. Ketika pemeriksaan itu, seramai 12 penganut agama Islam yang hadir pada majlis itu turut diperiksa dan kesemua mereka diarahkan menerusi satu notis supaya menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

Namun kesan daripada kelantangan Hasan Ali dalam isu tersebut dan isu yang menyentuh pemimpin tertinggi pakatan, akhirnya Exco yang menjaga agama Islam turut dikorbankan. Lebih menyedihkan ahli-ahli Pas membisu seribu bahasa apabila Pesuruhjaya mereka dibuang secara penuh penghinaan seolah-olah Exco adalah jawatan yang bersifat kosmetik.

Apa yang lebih melucukan jawatan tersebut dipegang pula oleh Menteri Besar sendiri yang kini dibelenggu dengan isu Talam dan air. Mengapakah Exco agama tidak diserah kepada Pas yang semenjak dahulu mereka bercita-cita menubuhkan undang-undang Islam. Peluang mentadbir negeri sudah mereka perolehi namun kepercayaan tidak pula diperolehi daripada PKR dan DAP. Pas kehilangan kerusi Exco agama, kerana untuk menjaga hati, mereka tetap membisu.

Pesuruhjaya Pas, Dr. Rani Osman hanya diberi tanggungjawab menjaga pinjaman mikro kredit (Skimsel) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr. Yunus Hairi, menjaga belia dan sukan. Inilah hadiah paling bermakna untuk umat Islam di Selangor. Sepatutnya kedua-dua doktor merawat penyakit sosial umat Islam di negeri yang paling banyak membiakkan anak luar nikah dan bayi terbuang.

Paling terbaru umat Islam di Selangor mendapat hadiah istimewa yang diberi pembangkang setiap kali mereka bersolat sunat tarawih dan kuliah Subuh. Hadiah yang bernama tazkirah politik ala Pas tersebut semakin rancak dihasilkan selaras dengan kempen pilihan raya umum yang bakal menjelma.

Lebih mengecewakan, tazkirah politik disampaikan setelah empat rakaat solat tarawih untuk memastikan makmum mendengar tanpa meninggalkan surau dan masjid untuk menyambung solat berkenaan.

Adakah dengan menjadikan ruang masjid sebagai kempen politik dituntut dalam Islam? Adakah umat Islam yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak perlu mendengar dogma politik yang bersifat klise? Di kalangan jemaah tarawih isu hukum hudud dan negara Islam menjadi manisan ceramah sedangkan Presiden Pas sendiri mengesahkan sudah kendur cita-cita penubuhan negara Islam yang bertukar kepada Negara Berkebajikan.

Percayalah cita-cita Pas tidak akan menjadi kenyataan jika parti itu langsung tidak mempunyai prasarana ke arah tujuan tersebut. Hanya ketika setahun sebelum PRU-13, setelah sokongan atas pagar Melayu meluat dengan Pas maka dendangan lagu hukum hudud didendangkan semula. Tidak siapa mengetahui apakah sebenarnya model hudud ala Pas kerana sehingga kini tiada persefahaman yang diperolehi sesama komponen mereka.

Justeru umat Islam harus memikirkan betapa 'hadiah-hadiah' yang diberi oleh pakatan ini membawa kebaikan kepada kesyumulan Islam atau sebaliknya. Jika ceramah agama Islam tidak didengar umat Islam, jika penentang agenda murtad disingkirkan, jika tazkirah politik terus menjadi zikir rasmi pembangkang, maka hadiah pluralisme agama yang bakal kita terima.

Menerima hadiah dengan perasaan yang pedih dan memilukan bukanlah sesuatu menggembirakan hati. Cuti panjang sempena Aidilfitri ambillah ruang masa untuk berfikir menilai 'hadiah-hadiah' Ramadan semenjak mereka memerintah Selangor.

Tentunya PRU-13, akan memberi noktah kepada kepimpinan yang murah hati memberi 'hadiah' yang rakyat tidak diingini.

Oleh: BUDIMAN MOHD. ZOHDI

Suara Politik
Taminsari

PenangWasabi

Posted: 19 Aug 2012 09:39 PM PDT

PenangWasabi


Apabila Ketua Pemuda PAS tidak berpijak dibumi yang nyata..!!! Umno kena sertai Pas, bukan sebalik?

Posted: 19 Aug 2012 04:43 PM PDT



Sambil menegaskan Umno yang patut menyertai Pas, Pemuda Pas mencabar Umno membentangkan rang undang-undang hukum hudud di Parlimen terlebih dahulu daripada mempelawa parti Islam itu menyertainya ataupun Barisan Nasional (BN).

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, beliau yakin wakil rakyat Pas akan menyokong langkah itu jika Umno sanggup berbuat demikian.

"Saya cabar Umno siapkan dulu draf kemudian bentang dalam parlimen. Jika ia menepati kehendak Islam sebagaimana yang diperintah oleh ALLAH SWT, saya yakin ahli Parlimen Pas akan menyokongnya.

"Jika Umno tidak sanggup melakukannya, ketahuilah, Umno hanya menjadikan isu hudud sebagai modal politik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," katanya lagi.

Mengulas kenyataan Dr Mahathir Khamis lalu, Nasrudin berkata, bekas Perdana Menteri itu sekali lagi cuba mencuri tumpuan umum dengan kenyataan terbarunya bahawa Umno boleh melaksanakan hudud tetapi bukan hudud Pas sebaliknya hudud Islam.

"Suatu kenyataan paling lucu menutup tirai Ramadan al Mubarak tahun ini," katanya lagi. Sambil berkata beliau sangat simpati dengan Dr Mahathir, Nasrudin berkata, "beliau seperti merasakan diri masih di tahkta Perdana Menteri."

"Bercakap mahu melaksanakan itu dan ini sedang kuasa tidak lagi ditangannya. Lebih malang, apa yang disebut mahu dilaksanakan hari ini [seperti hudud] adalah suatu yang ditentangnya habis-habisan sewaktu beliau gah di puncak kuasa sejak sekian lama," katanya.

Sehubungan itu Nasrudin menegaskan bahawa Umno tidak mahu melaksanakan hudud.

"Ini satu realiti. Lihat sahaja cadangan Adun Kemelah Johor untuk melaksanakan hudud di Johor, bukan sahaja diketepikan malah dikecam.

"Lebih parah apabila (Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek selaku Presiden MCA menuduh pemimpin Umno itu hilang akal, seluruh pemimpin Umno termasuk Dr Mahathir, bungkam sejuta bahasa," katanya.

Malah menurut Nasrudin, kuasa kerajaan federal berada di tangan Umno.

"Jadi, retorik apa lagi yang mahu Umno paparkan kepada rakyat. Kalau tidak mahu hudud "Pas" kononnya, mana hudud Umno? sila kemukakan! Sekurang-kurangnya negeri yang ditadbir oleh Pas sebagai teras kerajaan telah meluluskan Rang Undang-Undang Syariah atau Kanun Jenayah Syariah iaitu di Kelantan dan kemudiannya di Terengganu. Negeri Umno mana? Mana hudud Umno atau mana hudud "Islam" yang didakwa itu?

"Pas sejak sekian lama, dimaklumi oleh semua rakyat bahawa memperjuangkan perlaksanaan syariat Islam di negara ini termasuk hukum hudud.

Sementara Umno pula diketahui umum menentang perlaksanaan hudud sejak sekian lama. Maka logiknya, Pas sertai Umnokah atau Umno yang wajib sertai Pas untuk memastikan hudud benar-benar terlaksanakan di atas tanah air tercinta ini.

"Sekurang-kurang Pas telah siapkan draf Kanun Jenayah Syariah yang mahu dilaksanakan. Umno sehingga kini draf pun tidak ada, macam mana Dr Mahathir mahu Pas menyertai Umno, sepatutnya Umno dibubarkan untuk kesemua ummat Islam menyertai Pas bagi mendukung cita-cita pelaksanaan Islam di Malaysia," kata beliau lagi.

Kesian juga apabila melihat Ketua Pemuda PAS sudah pandai meroyan sebijik macam Tok Guru Nik Aziz! Bercakap pandai macam burung kakak tua, tetapi tidak faham apa yang dicakapkan?

PAS kenalah sedar diri sikit, terjadinya parti PAS itu pun daripada serpihan parti UMNO jugak. UMNO parti yang lebih tua daripada PAS, sepatutnya yang mudalah kena beralah cari yang tua, bukan sebaliknya. Lagi pun kerusi yang PAS ada sekarang pun jangan kan nak lawan UMNO, nak lawan DAP pun PAS tak mampu. Sebab tu PAS asyik cakap saja tapi tak mampu buat.

Dulu PAS keluar dari UMNO pun kononnya nak buat negara Islam, tapi sekarang negara Islam pun PAS dah tak mahu buat lagi. Baru sekarang PAS baru sedar yang negara Islam itu tak wujud dalam Quran, cuma negara kebajikan saja yang ada. PAS sebut hudud pun hanya bila dah dekat PRU saja. Itu pun setakad nak kelentung kat ahli PAS.

Sebab itu UMNO offer kalau betullah PAS ikhlas nak buat hudud, masuklah UMNO balik, dah tentu jumlah kerusi UMNO jauh lebih kuat daripada DAP dan MCA. Lainlah PAS, dengan parti yang muda pun daripada mereka PAS tak berani lawan. Kalau Pakatan menang pun PKR juga yang jadi perdana menteri. Masa tu DAP pun jauh lebih berkuasa daripada PAS. PAS cuma melukut ditepi gantang saja, nama saja PAS lebih tua daripada mereka, tapi mereka sikit pun tak hormat parti yang tua macam PAS.

Tak payahlah dok tanya draft hudud UMNO, dah tentu draft UMNO terpakai dan adil untuk semua, bukan macam hudud PAS yang hanya terhad untuk orang Islam saja, itu pun yang kafir tetap tolak jugak.

Penang Wasabi..

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 19 Aug 2012 09:22 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


NASA LANYAK KARPAL..APA PENDIRIAN AHLI PAS ? MACAM BIASA LE TAKDE PENDIRIAN.

Posted: 19 Aug 2012 02:00 AM PDT

PISAU.NET

Posted: 19 Aug 2012 09:17 PM PDT

PISAU.NET


Anwar Ibrahim : Jaringan Jesuit, Freemason & New World Order

Posted: 19 Aug 2012 02:30 PM PDT

AIDC-Semasa saya belajar PhD di salah satu universiti tempatan, saya mendengar kes mengenai Dr Ismail Al Faruqi dengan kegiatannya untuk "menegakkan" Islam, terutamanya melalui idea "clash of civilizations" (Pertembungan peradaban).

Al Faruqi berkata, kalau kita mahu menandingi tamadun Barat, kita mesti mengatasi Barat melalui nilai-nilai yang murni dan tinggi. Kata-kata itulah yang telah memberikan semangat kepada saya untuk mengkaji ilmu.


Selepas itu, saya tidak lagi terpengaruh dengan idea Al Faruqi dan para pengikutnya yang ada di Malaysia, termasuk Anwar Ibrahim.


Al Faruqi telah dididik oleh mubaligh-mubaligh Nasrani sehingga diberikan keistimewaan di Amerika Syarikat (AS) sebagai profesor (Faruqi adalah profesor agama di Universiti Temple, Philadelphia, Pennsylvania, AS. Dr Muhamad Nur Manuty juga pernah menuntut di universiti yang sama).


Anak-anak didik seperti inilah yang digunakan untuk memesongkan Islam. Sekarang segala-galanya sudah terbongkar.


Dan, pada masa itu, Anwar sangat aktif, rupa-rupanya dia juga terjebak dengan kegiatan memesongkan Islam melalui saluran intelektual. Rancangan Barat itu hampir berjaya setelah mereka mampu meletakkan Anwar di samping Dr Mahathir, sehingga Anwar menjadi TPM, dan pernah memangku jawatan PM.


Allah MAHA KAYA, rancangan untuk meletakkan Anwar sebagai PM tidak berhasil dan Mahathir pun akhirnya telah maklum, siapa Anwar yang sebenarnya, walaupun pada satu ketika dahulu Mahathir pernah meletakkan sepenuh harapan kepada Anwar.


Allah telah selamatkan Malaysia.


Kenapa Al Faruqi Mati Dibunuh ?

AMY S. ROSENBERG, wartawan dari Philadelphia Inquirer, melaporkan Joseph Louis Young (seorang kulit hitam yang memeluk Islam dengan Yusuf Ali) membuat pengakuan bertulis kepada pihak polis Philadelphia mengatakan dia terpaksa membunuh keluarga Al Faruqi kerana mereka mendorong amalan homoseksual di kalangan pelajar pelajarnya.


Berikut laporan Amy S Rosenberg dalam Philadelphia Inquirer yang diterbitkan pada 21 Februari 1987:


"Joseph Louis Young telah menikam pemikir Islam, Ismail Al Faruqi dan Lois al-Faruqi (pasangan suami isteri) dengan pisau 15 inci, hingga mati, di rumah kediaman pasangan suami isteri itu, di bandar Cheltenham (sebuah bandar di Daerah Montgomery, Philadelphia, Pennsylvania) kerana pembunuh mensyaki mereka mempunyai hubungan homoseksual dengan pelajar-pelajar Malaysia, menurut pengakuan Young yang dibacakan di mahkamah dalam perbicaraan semalam"


Itu merupakan keterangan saksi, pada hari pertama perbicaraan kes kematiannya dan Lois Lamya Al Faruqi (isterinya) di Mahkamah Daerah Montgomery, Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat.


Detektif Polis Philadelphia, Carol Keenan, telah membacakan pengakuan bertaip, lapan muka surat itu di mahkamah yang ditandatangani oleh Young apabila dia ditangkap pada 16 Januari 1987.


Berdasarkan pengakuan tersebut, Young, yang juga dikenali sebagai Yusuf Ali, telah membunuh pasangan suami isteri itu kerana dia "mengetahui bahawa Dr. Faruqi dan isterinya mempunyai hubungan homoseksual dengan pelajar-pelajar Malaysia."


Peguam pembela Yong bernama Stephen G. Heckman berkata, semasa zaman kanak-kanak, Young, 40 tahun, dari Utara Philadelphia, telah diserang secara homoseksual oleh seorang lelaki. Homoseksual adalah "satu perbuatan yang memalukan untuk umat Islam," kata Young dalam pengakuannya


Kenyataan Young itu menyatakan dia telah diberi galakan untuk melakukan pembunuhan itu oleh Ghulam Nabi Fai, Pemangku Presiden Persatuan Pelajar Islam (Muslim Student Association) atau lebih dikenali sebagai MSA, sebuah organisasi pelajar nasional.


Ghulam Nabi Fai adalah seorang rakyat Kasmir yang menetap di Amerika syarikat, terlibat dalam MSA bersama-sama Ismail Faruqi di Universiti Temple. MSA ini adalah asas kepada penubuhan IIIT yang dipengerusikan oleh Ismail Faruqi.


Menurut kajian Hudson Institute tiga individu pelarian dari Iraq (Dr Ahmad Totonji, Dr. Jamal al-Din Barzinji dan Dr. Hisham Yahya al-Talib) yang menetap di AS memainkan peranan penting menubuhkan MSA (1963).


Dari MSA dikembangkan keseluruh dunia menjadi pelajar Islam sedunia yang dikenali sebagai IIFSO (1969). Apabila pelajar tersebut melepas zaman pelajarnya, ditubuh pula persatuan belia, WAMY (1972) dan badan pemikir IIIT, 1981.


Berdasar kepada kenyataannya itu, Young menyatakan dia dan Nabi Fai adalah "kawan karib…dia (Nabi Fai) tidak pernah menyatakan secara langsung, tetapi saya tahu dia sentiasa mengharapkan agar Dr. Faruqi dan isterinya akan mati apabila dia berkata secara berlawak tentang mereka (Ismail Al Faruqi) dan mengelarkan mereka sebagai 'Big Bubba'."


'Big Bubba' adalah satu istilah yang digunakan dalam masyarakat kulit hitam yang bermaksud 'seorang lelaki gemuk yang jahat yang akan menjadikan lelaki lain sebagai anjing pemuas nafsu menemaninya di penjara.


Amy S. Rosenberg, Inquirer Staff Writer. Philadelphia Inquirer, The (PA); Published: 1987-02-21


Anwar Dikader Di Universiti Jesuit

Universiti Georgetown adalah universiti swasta Jesuits yang terletak di Georgetown, Washington, DC. Paderi John Carroll mengasaskan universiti itu pada 1789, walaupun asal-usulnya bermula dari tahun 1634.


Jesuits bermaksud 'Ahli Kumpulan Jesus' atau 'Satu Pasukan Tentera Agama Jesus' yang dibentuk di bawah Arahan Gereja Roman Katolik.


Kebiasaannya Jesuit menyembunyikan identitinya di sebalik jubah intelektual dan menetap di pusat-pusat pengajian tinggi yang juga dikenali sebagai 'orientalis'.


Mereka mengelarkan diri mereka sebagai the Company of Jesus. Salah seorang daripada mereka adalah John Esposito, Pengarah Center for Muslim dan Christian Understanding, Universiti Georgetown.


Anwar Ibrahim di bawah bayangan logo Jesuit


Universiti ini adalah salah satu universiti Jesuit yang terkemuka di dunia. Kaitan Anwar adalah dengan Jesuit sangat jelas, dan dari sana Anwar Ibrahim menjalinkan hubungan dengan Zionist dan Mossad.


Sangat sedikit rakyat Malaysia pernah belajar Jesuitism , dan sebahagian besar rakyat Malaysia besar tidak mempunyai pengetahuan tentang Jesuits.


Terdapat lebih kurang 25,000 Jesuits yang mempunyai paling tinggi (sumpah) di dunia , di mana kira-kira 10% berada di negara India. Rangkaian mereka sungguh cemerlang, mencampuradukkan keagamaan, pendidikan, mubaligh, politik, dan unsur-unsur diplomatik, kesemuanya menjadi satu rangkaian perisikan yang padu.


The Catholic Herald diterbitkan oleh Jesuits, ini merupakan punca isu Kalimah Allah.


Kebanyakan rakyat Malaysia hanya mengetahui berkaitan dengan Zionists, Freemasons, Yahudi, Illuminati, Bilderbergers, CFR, neocons, New World Order, Nazis dan lain-lain , tetapi amat jarang mereka mengetahui tentang Jesuits.


Tokoh-tokoh di belakang Anwar Ibrahim adalah Jesuits – organisasi mereka paling berkuasa di dunia. Anwar 'hebat di kaca mata dunia' disebabkan oleh hubungan networkingnya dengan Jesuit – Pengkalan mereka di Asia Tenggara adalah di Manila, Ateneo de Manila University, tetapi mereka mempunyai pusat-pusat di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.


Putera Al Waleed Talal mempunyai hubungan sangat rapat dengan Jesuits, seperti juga hubungannya denga Zionists dan Mossad. Begitu juga dengan Anwar.


Al Waleed Talal, anak saudara Raja Arab Saudi ini adalah salah seorang pelabur terkaya di dunia, yang mendapat kepentingan besar dalam Citigroup (organisasi rangkain bank Yahudi). Menerima banyak publisiti, sebahagiannya negatif, pada Disember 2005 menderma sebanyak $20 million kepada Harvard dan Georgetown untuk mengembangkan jabatan-jabatan kajian

Islam di sana.

Barisan hadapan dari kiri, John Esposito (Pengarah CMCU), John J. DeGioia (Presiden Universiti Georgetown), Putera Alwaleed Talal, Muna Abu Sulaiman (Setiausaha Umum & Pengarah Eksekutif Alwaleed Talal Foundation) dan Alexa Poletto (Georgetown).

Prince Alwaleed Bin Talal Foundation : Pemain di belakang tabir adalah IIIT, Dr Jamal Barzinji (Pengasas IIIT/duduk paling kiri), Muna Abu Sulaiman (anak Dr Abu Hamid Sulaiman/duduk tengah), Dr. Anas al-Shaikh-Ali (IIIT United Kingdom/berdiri no 3 dari kanan), Omer Totonji (anak Dr Ahmad Totonji pengasas IIIT/berdiri no 5 dari kanan). Di universiti Georgetown, Prince Alwaleed Talal Foundation menubuhkan CMCU (Center for Christian and Muslim Understanding). Wakil CMCU adalah John Esposito (duduk no 2 dari kanan), John Voll (berdiri no 3 dari kiri) dan Alexa Poletto (duduk no 3 dari kiri). CMCU adalah tempat Anwar menjadi pensyarah pelawat.


Pada Januari 2006, dengan seorang rakan kongsi, Al Waleed Talal mengumumkan perjanjian $3.9 billion untuk membeli Fairmont Hotel & Resorts.


Pada Februari beliau menyenaraikan pemegangan hotelnya dalam bursa saham di Dubai. Bercadang untuk menjadikan kumpulan pelaburan utamanya, Kingdom Holdings, (di London kepada pertukaran Arab Saudi pada akhir tahun ini.


Putera Alwaleed Bin Talal Al Saud mendapat tempat kelapan di antara The World's Richest People In 2006′.


Buka Minda, Buka Mata

Kita mesti buka mata. Ini bukan hanya berkenaan Yahudi-Freemason Illuminati NewWorld Order. Tetapi, ini berkaitan Jesuit-Yahudi-Freemason Illuminati New World Order. Buka minda, buka mata.


Lihat sini bagaimana Anwar sudah terperangkap dan jadi tali barut mereka :

Dalam Jesuit Oath (Sumpah Jesuit), pemimpin baru Jesuit diarahkan "anda telah diajar berlakon 'dissembler' (menyamar atau bersembunyi di belakang sesuatu yang palsu): antara Katolik Rom menjadi Roman Katolik , dan menjadi seorang pengintip walaupun di antara saudara anda sendiri; tidak mempercayai dan menyakini kepada sesiapa.


Antara Reformers, menjadi seorang reformis ; antara Huguenots (reformer protestan gereja di Peranchis), menjadi seorang Huguenot; antara seorang Calvinists (Reformasi Protestan), menjadi seorang Calvinist ; antara Protestants lain, menjadi seorang Protestan , dan mendapatkan keyakinan mereka, untuk berdakwah dari mimbar mereka , dan untuk mengutuk dengan semua kesungguhan dalam sifat Agama Suci kita dan the Pope; malah untuk turun begitu rendah sebagai seorang Yahudi antara orang-orang Yahudi, bahawa anda dibolehkan menghimpunkan bersama semua maklumat untuk manfaat Order anda sebagai seorang askar setia the Pope…


Untuk berpihak dalam pertempuran dan berlakon secara rahsia dengan saudara Jesuit anda, yang boleh 'bertunang' dengan pihak sebelah yang lain, tetapi menentang secara terbuka terhadap sesuatu yang anda mungkin akan bina networking, (tetapi) pada akhirnya, hanya Gereja akan menerima faedahnya, dalam memperbaiki syarat-syarat dalam perjanjian-perjanjian untuk keamanan dan penghujungnya adalah menjustifikasikan makna.(The Jesuit Oath as told by Carlos Didier, Subterranean Rome, pp349-351).


Sambungan dari Jesuit Oath : "Anda telah diajar untuk menanam benih-benih kecemburuan dan kebencian antara komuniti-komuniti, wilayah-wilayah, negara-negara yang damai, dan menghasut mereka untuk pertumpahan pertumpahan darah, melibatkan mereka dalam peperangan antara satu sama lain , dan mencipta revolusi-revolusi dan perang-perang minda di negara-negara yang bebas dan makmur, menanam benih-benih kesenian dan sains-sains dan menikmati rahmat keamanan.


Untuk berpihak dalam pertempuran dan berlakon secara rahsia dengan saudara Jesuit anda, yang boleh 'bertunang' dengan pihak sebelah yang lain, tetapi menentang secara terbuka terhadap sesuatu yang anda mungkin akan bina networking, (tetapi) pada akhirnya, hanya Gereja akan menerima faedahnya, dalam memperbaiki syarat-syarat dalam perjanjian-perjanjian untuk keamanan dan penghujungnya adalah menjustifikasikan makna. (The Jesuit Oath as told by Carlos Didier, Subterranean Rome, pp349-351).


Jesuit Oath juga menyatakan "Anda telah diajar tugas anda adalah sebagai seorang pengintip, menghimpunkan hampir semua perangkaan-perangkaan, fakta-fakta dan maklumat dalam 'tangan anda' dari pelbagai sumber; untuk meningkatkan diri anda ke dalam keyakinan keluarga Protestant dan orang berfahaman menyeleweng dalam setiap kelas dan perwatakan, daripada saudagar, banker, peguam, di sekolah-sekolah dan universiti-universiti, dalam parlimen dan badan perundangan , dan mahkamah-mahkamah dan majlis-majlis tempatan negeri , dan untuk 'menjadi semua benda untuk semua manusia,' matlamat akhirnya kepada the Pope, yang menjadi hamba kami sampai mati." (The Jesuit Oath as told by Carlos Didier, Subterranean Rome, pp349-351).


BEGITULAH BAGAIMANA ANWAR MENJADI AGEN JESUITS kerana kita telah diINFILTRATE sekian lama melalui orang-orang seperti Anwar Ibrahim.


Isu Kalimah Allah juga merupakan satu daripada agenda yang sama untuk menyusup masuk ke dalam masyarakat dan memecahbelahkan masyarakat. Semua itu kerja Anwar yang dibantu oleh rakan-rakan di belakang tabir. Kalau kita selidiki betul-betul, semua ini telah berlaku di negara kita.


Awasi Misi Mereka

Agensi-agensi perisikan yang utama di dunia merupakan satu rangkaian antarabangsa. Mereka adalah di belakang Anwar. VATICAN (JESUITS) – CIA – KGB – MOSSAD.


Saya tidak boleh memasukkan grafik di sini, jadi saya tidak boleh menunjukkan versi grafik sambungan antara 4 agensi-agensi. MI5 / MI6 ialah satu lagi agensi utama, tetapi tidak dimasukkan.


Modus operandi Anwar adalah bersama dengan mereka. Anwar merupakan upahan agensi perisikan antarabangsa, dan melalui Anwar lah akan dilakukan "regime change"(perubahan kerajaan) di Malaysia.


PRU 12 sepatutnya menjadi masa terbaik untuk 'regime change' (fungsi utama NED), tapi mereka tak dapat cukup kerusi. Wan Azizah kata "fajar menyinsing" (New Dawn) untuk Malaysia selepas PRU 12.


Anwar pula kata "Malaysia Baru" – slogan bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh. Mereka tidak pernah berputus asa, jadi mereka akan bermati-matian untuk PRU 13.


Anwar Ibrahim boleh dapat sponsor dari luar negara (pinjam dulu), tetapi apabila sudah menang PRU, pinjaman harus dibayar balik oleh Malaysia. IT WILL BE PAYBACK TIME FOR MALAYSIA.

Kita orang Melayu akan kehilangan segalanya ketika itu!


Mereka mendapat pembiayaan yang sangat besar untuk PRU 12 , dan mungkin lebih besar lagi untuk PRU 13. Ini semua berkaitan tentang UNDI , dan ini dapat dimanipulasi dengan WANG. Demokrasi sendiri boleh dijadikan satu amalan tertinggi rasuah!


Mana-mana sistem adalah baik, tetapi manusia boleh merosakkannya. Thailand ialah satu contoh yang baik di mana Thaksin telah membeli penyokong-penyokongnya. PRU 13 adalah masa bagi keruntuhan KETUANAN MELAYU. Inilah yang dikehendaki oleh penaja-penaja tersebut.


Masyarakat Cina telah melakukan perkara yang sebenarnya buruk di Xinjiang. CIA telah mengambil kesempatan untuk menyokong kumpulan pemisah. Bukan sahaja media China mahupun media Barat, semuanya memberitahu kebenaran.


Kuasa-kuasa asing cuma mahu melakukan perkara itu menjadi lebih buruk, menggunakan polisi 'pecah perintah' untuk mengambilalih mana-mana negara.


Kumpulan "Pro-Demokrasi" adalah projek CIA. CIA menyokong pemimpin-pemimpin "Pro-Demokrasi" – Su Kyii (Myanmar), Anwar Ibrahim (Malaysia), Rabeya Kadeer (Xinjiang), Ahmad Chalabi (Iraq), Mousavi (Iran) dan lain-lain lagi. Jangan terperangkap dalam permainan ini.


Di Thailand terdapat Thaksin. Di Nepal, sekutu-sekutu Jesuit-Communist menjatuhkan Raja Agama Hindu, dan hari ini, diperintah oleh Maoists. Tidak mengapalah, Maoists atau Komunis atau Sosialis atau prodemokrasi… – mereka adalah sama, DIKAWAL OLEH ORANG YANG SAMA!


Di Kemboja, raja telah digulingkan. Ini merupakan langkah untuk membuang raja-raja / keluarga diraja bagaimanapun yang dilakukan oleh ejen-ejen tempatan yang dibiayai oleh institusi asing .


Jadi, Malaysia mesti berhati-hati! Kita perlu mempertahankan hak kita di sini dan ia sedang berlaku SEKARANG.


Apa Mereka Bakal Lakukan

Sila baca apa yang Anwar sedang lakukan. Anwar sedang mencari jalan untuk menjatuhkan BN dan digantikan dengan kerajaan yang baru (regime change) dan membariskan satu barisan pemimpin kerajaan yang baru.


Untuk melakukan itu, Anwar perlu ada strategi tersendiri.

(1) Memecahkan orang Malayu supaya UMNO dapat ditumbangkan.


(2) Mendapatkan sokongan bukan Islam melalui pluralisme agama dan isu Kalimah Allah.


(3) Ekoran daripada itu, dapat menumbangkan BN di Semenanjung melalui pemindahan undi kepada calon-calon bukan BN, dan mendapatkan undi majoriti daripada Sabah dan Sarawak menggunakan saluran underground.


(4) Membariskan pemimpin-pemimpin baru, termasuk bekas ahli-ahli politik serpihan BN, terutamanya yang mempunyai pengaruh dan title.


(5) Menggerakkan political activtists dengan dibantu oleh CIA operatives, jaringan intelligence antarabangsa dan sebagainya


(6) Mendapatkan sumber kewangan asing bagi membiayai kegiatan underground.


(7) Menumbangkan BN pada PRU13.


(8) Mewujudkan satu kerajaan baru yang akur kepada kehendak kuasa-kuasa asing.


(9) Menjadikan Malaysia sebuah kerajaan boneka yang mengikut agenda NWO.


(10) Mewujudkan agama Islam selari dengan fahaman Anwar sendiri yang akan cenderung kepada ajaran 'New Age' (plurisme agama) dan kehendak NWO (sistem Dajjal).


Pada masa sama, PRU 13 akan berlaku semasa era kekeliruan yang paling tinggi, iaitu kehangatan (kononnya) akan berlaku kehancuran dunia 2012 (galactic alignment), solar flares, polar shift, project Blue Beam / HAARP, economic crash, dan bermacam-macam lagi fitnah Dajjal.


Anwar akan menggunakan kekeliruan ini untuk mengambil kesempatan merampas tampuk pemerintahan melalui "demokrasi" – manipulasi undi menggunakan taktik-taktik halus.


Pada ketika ini, Anwar telah lulus dari "Akademi" CIA – cara-cara untuk melakukan operasi tersembunyi (false flag).


Selamat berjaya Anwar, tetapi dunia tidak berakhir di sini, terdapat dunia AKHIRAT yang anda akan diperhitungkan nanti.


LGE’s Poor English, He Doesn’t Understand What ‘Discuss’ and ‘Review’ Are!

Posted: 19 Aug 2012 10:56 AM PDT

StopThelies-On Tuesday night, Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tweeted personally, 'I have asked the Cabinet to discuss Section 114A of the Evidence Act 1950. Whatever we do must put people first'.


The word is 'DISCUSS' but some opposition leaders and their propaganda media were fast to change it into 'REVIEW'.


The Dear Leader of Penang Lim Guan Eng was one of them.


He wrote in the Malaysia Chronicle that this was 'another back-flip by Najib and his BN government seeking to reverse what is undoubtedly a grievous error that is unjust and irrational piece of legislation following outrage and popular protest by civil society movements and opposition parties'.


In fact, all Opposition propaganda machinery used similar terminology, without realising it made them look sooooooo stupid!


LGE too made a fool of himself for failing to understand and differentiate between 'discuss' and 'review'.


For someone who boasts good command in English, LGE should be ashamed of himself.


He should instead apologise to Malaysians for misleading them with his stupid statement. If his apology is not forthcoming, he himself must consider taking English classes at night!


Or perhaps someone should provide him with good dictionaries.


Wah lan ney! You should also tell your Pakatan Rakyat friends and people like Marina Mahathir and Anwar Ibrahim to equip themselves with better English.


Who knows, if God permits Pakatan Rakyat to form the next Federal Government and you are made a Foreign Minister, the whole world may laugh at you if you can't differentiate between 'extinguish' and 'distinguish' or between 'anal' and 'canal'.


What a farce!

By the way, how do you administer Penang with such English? You may have studied at a 3-storey school building but your level of carelessness in English is as high as the KL Tower!


We believe your 'cha-bo' speaks better English than you.


So, back to the Evidence Act. Do you know that DAP under Chen Man Hin also supported it. You could also ask Hu Sepang and Lee Lam Thye about it.


But the manner in which you whacked Najib's government didn't reflect you, your age and your mentality. You did it because others in your camp started it.


Grow up la, please. Look before you take such a leap. Why can't you wait for the next Dewan Rakyat session to raise the issue rather than screaming around telling the whole world that each and every Malaysian law is meant to oppress the rakyat.


As an opposition figure, your credibility is at stake for failing to assist the nation regulate a better set of law for everybody. What you do is to bark around like a mad dog.


If you think you got a better idea as to how such a law can be amended and enhanced, use the proper channel. What is your motive anyway? To attract foreigners condemn your own country?


Another thing about you is, while avowing your dissension for the Evidence Act, you yourself is already becoming part of it.


Just look at how you throw punches at Najib and his ministers without any clue and proof.

Apa la lu!

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 19 Aug 2012 09:13 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Bersara : Satu Lagi Lakonan Terbaru Anwar Ibrahim

Posted: 19 Aug 2012 07:27 AM PDT

1) Dulu Anwar akan berlakon sakit pinggang dan sakit tengkuk. Gambar pembengkung pinggang dan leher menjadi modal simpati.

2) Idea simpati tersebut sudah lapuk dan telah dihidu oleh rakyat. Satu taktik mencari simpati Anwar adalah dengan menuduh orang lain berkonspirasi terhadapnya. Pun sudah lapuk kerana acap kali diulang dan diputar semula.

3) Strategi terbaru mencari simpati dan belas kasihan adalah dengan mengugut untuk bersara. Sebenarnya Anwar memang perlu terus bersara kerana kegagalan terbesar beliau sekarang adalah kegagalan menubuhkan pakatan pembangkang yang sah di Malaysia. Logo dan perlembagaan pun masih tiada.

4) Tunggu apa lagi baik berhenti sahaja kalau DAP sudah lebih berkuasa dari PAS dan PKR.

Salam Aidilfitri

Posted: 18 Aug 2012 11:41 PM PDT

Mencari Damai Abadi

Posted: 19 Aug 2012 03:20 PM PDT

Mencari Damai Abadi


Sakan

Posted: 19 Aug 2012 06:29 AM PDT

Bismillah...

9.30pm - Bateri kong (nite all)


BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 19 Aug 2012 03:03 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Video seks dan foto aksi mangsa perogol bersiri tersebar sedang suspek masih lagi bebas

Posted: 19 Aug 2012 11:01 AM PDT

18 Ogos, fasa ketiga foto-foto tidak senonoh anak seorang hartawan Taiwan yang melibatkan berbelas-belas selebriti wanita telah tersebar sekali lagi di ruang internet ketika beliau masih lagi diburu pihak berkuasa.

Justine Lee (李宗瑞), 27 tahun, adalah anak kepada Pengarah Yuanta Financila Holding, Lee Yue-tsang (李岳苍) yang telah meletakkan jawatan setelah skandal seks anaknya tersebar.

Justine telah didakwa merogol ramai wanita setelah memberi mereka dadah dan kemudian merakam perbuatan aktiviti seksnya itu. 

Pihak polis Taiwan telah merampas komputernya dan menemui berpuluh-puluh video seks yang menampilkan 60 model dan pelakon, termasuklah 10 daripada mereka dalam keadaan tidak sedar sedang dirogol setelah diberi dadah.

Menurut sebuah tabloid Taiwan, Justin Lee sering menghabiskan masanya di kelab-kelab malam di seluruh Taiwan, berbelanja minuman keras yang mahal untuk teman-temannya dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk kekayaannya. Ramai model dan pelakon dilihat bersama-sama beliau tanpa segan silu berciuman dan berpelukan.

Dan apabila perogol bersiri tersebut berminat dengan seseorang, beliau tidak akan melepaskannya. Setelah memberi mangsanya dadah, dia akan membawa wanita berkenaan ke tempatnya dengan bantuan pengawal peribadinya dan kemudian memperkosa mereka.

Justine pernah memberi dadah kepada dua model dalam masa yang sama, dan menikmati tubuh kedua-dua mereka dalam keadaan mereka tidak sedarkan diri.

Beliau juga tidak peduli jika wanita-wanita terbabit sedang datang bulan dan tetap akan meneruskan perbuatan kejinya itu.

Setelah selesai merakamkan aksi rogolnya itu, Justine gemar kongsikan video tersebut dengan kawannya.

Pihak polis Taiwan semalam memohon maaf kepada umum apabila tersebarnya video seks dan foto aksi rogol beliau dan berjanji akan meyiasat dan menghukum invididu yang bertanggujawab menyebarkannya.

Rumos mengatakan ada 'orang dalam' pihak polis yang terbabit dengan penyebaran bahan bukti tersebut.

[Ads: Try out the Loverboy edition of #DettolMen to get your game on with the ladies!]
[Ads: Meet Greg the #WimpyKid3, and find out what he gets up to this summer.]


PM membazir 'duit rakyat' adakan sambutan rumah terbuka

Posted: 19 Aug 2012 09:12 AM PDT

Hari ini, hari raya Aidilfitri. Semua umat Islam seluruh dunia bergembira berjaya melaksanakan salah satu Rukun Islam.

Tidak ketinggalan umat Islam di Malaysia. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin mereka. Pelbagai cara diraikan seperti rumah terbuka pasti menghiasi setiap kali perayaan. Tidak ketinggalan juga yang sponsor bas untuk berkempen pilihanraya...raya la jugak tu..

Ketika berita melaporkan mengenai ribuan rakyat menghadiri rumah terbuka Perdana Menteri dan Kabinet, ada pula pecacai yang cuba mempolitikkan sambutan kali ini. Tidak seperti yang pernah dilakukan sebelum ini, semua rakyat hadir, berseronok, tetapi ada pula yang sengaja membangkitkan isu remeh temeh seperti penggunaan duit rakyat.

Ada yang cuba memberi komen mengenai pembaziran yang dilakukan oleh PM kerana menggunakan duit rakyat secara membuta tuli bagi mengadakan sambutan rumah terbuka tersebut. Entah di mana dia letak pemikirannya setaraf itu..

Baiklah, memang kerajaan gunakan duit rakyat untuk sambutan tersebut. Dan sambutan tersebut pula untuk siapa? Untuk gajah ka? Untuk kambing ka? Bukankah sambutan tersebut untuk rakyat juga? Jadi di mana pula pembaziran sambutan tersebut jika duit rakyat digunakan untuk rakyat?

Jika disarankan PM gunakan duitnya sendiri untuk buat sambutan rumah terbuka tersebut, dari mana pula datang duit itu? Nak guna duit gaji beliau? Gaji beliau juga bukankah rakyat juga yang bayar? Jadi di mana pula duit beliau?

Adakah pecacai-pecacai Pakatan Rakyat ini beranggapan jika mereka menang PRU akan datang tiada sambutan sebegini kerana ianya satu pembaziran duit rakyat? Oh...singkat dan bangang sungguh pemikiran mereka...tahap bebal nak mampus!

Cuba perhatikan pula tindakan MB Selangor yang dengan bangganya mengatakan beliau akan menaja sebuah bas untuk tujuan berkempen pilihanraya. Dia mana ada duit...gajinya pun rakyat yang bayarkan...jadi kenapa dia katakan dia yang taja? (Ikut kefahaman istilah 'duit rakyat' yang difahami oleh sesetengah pecacai bangang PR)

Nak bangkitkan isu biarlah bertempat. Sampai bila mahu jadi baghal macam kaldai...kena tendang punggung baru reti nak bergerak..

Buduh!

p/s: Cubalah baca komen-komen bodoh dari pecacai berkenaan dipautan yang telah disediakan di atas dan nilaikanlah sendiri tahap pemikiran mereka...

(Gambar) Sebar video bogel pelacur, lima polis turun pangkat

Posted: 19 Aug 2012 12:46 AM PDT

Lima anggota polis diturunkan pangkat selepas didapati merakam video dua orang pelacur dalam keadaan telanjang bulat ketika melakukan soal siasat dalam suatu operasi membanteras kegiatan pelacuran. Klip video itu kemudiannya tersebar di internet.

Jangan saspens! Kelima-lima polis ini bukanlah anggota PDRM tetapi anggota polisVietnam yang bertugas di daerah Quang Ninh yang letaknya di utara negara itu.

Kelima-lima mereka diturunkan pangkat kerana didapati menyalahi etika dan disiplin pasukan tersebut.

Menurut sumber, seorang daripada enam anggota polis itu merakam kedua-dua pelacur itu bersama-sama dengan pelangan masing-masing untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada bukti kes tersebut.

Klip itu menunjukkan wanita-wanita itu dalam keadaan tanpa pakaian di bilik hotel sementara beberapa orang polis berpakaian biasa kelihatan sedang menulis sesuatu.

Kedua-dua wanita itu cuba menutup tubuh bogel mereka namun dihalang oleh polis-polis tersebut sementara salah seorang daripada mereka merakam proses tersebut.

Klip itu walau bagaimanapun tersebar di internet. Kejadian itu membangkitkan kemarahan masyarakat kerana perbuatan itu jelas membuktikan bahawa polis-polis itu telah menyalahgunakan kuasa mereka.

Pihak polis Vietnam juga sedang menyiasat bagaimana video itu boleh tersebar di internet.

[Ads: Haven't got your baju raya yet? Shop at #JohnMaster and get a complimentary canvas bag with purchases of RM250 and above!]
[Ads: Time to ditch the rose-scented shower gel and smell like a man with #DettolMen! Look out for the Loverboy edition on Aug 15.]

Senarai majlis Rumah Terbuka pemimpin

Posted: 18 Aug 2012 08:53 PM PDT

BERIKUT sebahagian daripada majlis Rumah Terbuka yang diadakan sempena Aidilfitri yang disambut di seluruh negara.

HARI PERTAMA (1 Syawal):

- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Dewan Jubli Perak, Istana Negeri, Kota Bharu, mulai jam 10 pagi.

- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Piliah, Negeri Sembilan, mulai jam 10.30 pagi hingga 2.30 petangl

- Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya mulai jam 11 pagi hingga 4 petan

- Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, mulai jam 10.30 pagi hingga 4 petang

- Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di kediaman rasmi Saujana, Johor Bahru, mulai jam 9.30 hingga 1 tengah hari

- Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan, mulai jam 10 pagi hingga 3 petang

- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di kediaman rasmi beliau di Ipoh, mulai jam 2.30 petang hingga 5.30 petang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan