Perkara ni berlaku di Kelantan, negeri pimpinan "tok guru spiritual", Pok Nik Ajis. Mungkin inilah hasil "tarbiyah" puak-puak PAS di negeri itu. Sapa ajar depa? Iklan-iklan ubat kuat seks di Harakah yang ajar?
Kita dalam bulan Ramadhan. Tapi, keganasan seksual ni masih berlaku lagi. Aku tahu, Pok Nik Ajis akan salahkan UMNO kononnya tolak "hudud PAS" tu...tapi hudud PAS tu tak adil, camana Tun M nak approve draf hudud tu dulu...?
Misalnya dalam kes rogol yang melibatkan wanita Islam dan lelaki bukan Islam. Hudud PAS tetapkan wanita tu kena sebat atau rejam dengan batu. Tapi lelaki bukan Islam yang merogol tu pulak dihukum di bawah undang-undang sivil dan dikenakan penjara saja...adil ke "hudud PAS" tu???
Sebab tu la Tun M tolak dulu...tapi puak-puak PAS ni pulak tuduh UMNO tolak undang-undang Allah. Padahal, UMNO tak tolak pun hudud Allah, UMNO hanya tolak "hudud ciptaan PAS"..!!! Heh!
'Pencegah Maksiat' Rogol Wanita Bergilir-Gilir
KOTA BHARU- Seorang wanita dipercayai dirogol bergilir-gilir lima lelaki di sebuah rumah kosong di Tanjung Mas di sini selepas didatangi dua individu tidak dikenali menyamar sebagai anggota pencegah maksiat, Ahad lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian, dipercayai mangsa keluar berjumpa dengan teman lelakinya jam 2 pagi di bawah Jambatan Tanjung Mas.
Lai berkata, semasa pasangan terbabit sedang berbual, tiba-tiba terdapat dua lelaki tidak dikenali menghampiri pasangan itu dan menyamar sebagai anggota pencegah maksiat.
"Dua suspek ini memberitahu mereka dari jabatan kerajaan sambil menunjukkan kad. Salah seorang suspek tersebut memberitahu mahu membawa mangsa dan teman lelakinya ke balai polis dan jabatan pencegah maksiat.
"Tetapi mangsa ada bagi tahu kepada dua suspek ini, mereka (pasangan terbabit) hanya berbual dan tidak melakukan apa-apa," katanya, semalam.
Lai berkata, dua suspek itu kemudian berunding untuk melepaskan pasangan tersebut tetapi dengan syarat dua suspek itu menghantar mangsa pulang, manakala teman lelakinya perlu balik sendiri.
"Oleh sebab percaya dua lelaki ini merupakan pegawai pejabat agama, teman lelaki mangsa terus balik ke rumah seperti diarahkan manakala mangsa akan dibawa ke balai polis.
"Kemudian mangsa dibawa naik motosikal suspek dan dibawa ke sebuah rumah kosong dan dirogol bergilir-gilir," katanya. – SINAR HARIAN
SEMASA menghadiri majlis buka puasa di Dewan Masyarakat Sandakan petang ini, yang dihadiri kira-kira 2,000 orang-Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk VK Liew menggesa penduduk Sandakan memberikan sokongan padu kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata kedua-dua pemimpin amat komited dalam membawa pembangunan positif di negeri dan negara ini.
Semasa membuat gesaan itu, beliau berkata rakyat dapat melihat sendiri pembangunan yang sedang berlaku di Sandakan termasuk Hab Pendidikan dan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) yang pesat berkembang.
"Semua ini menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dan merangsang ekonomi setempat. Kami menghargai dedikasi Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang bekerja keras membawa pembangunan (bagi Sabah).
"Sektor pelancongan juga semakin berkembang dengan pelancaran sebuah hotel antarabangsa lima bintang di dataran Sandakan Harbour yang terkenal ini.
"Malahan bandar lama di Sandakan dan perniagaan di Central Market semakin rancak berikutan penduduk kini mula kembali ke sini. Saya yakin lebih banyak peluang perniagaan akan wujud dan ini akan membantu mewujudkan lebih banyak peluang kerja dan merangsang lagi ekonomi setempat," katanya pada majlis berbuka puasa tersebut.
Liew berkata rakyat perlu terus memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) kerana ia terbukti berupaya memperjuangkan kebajikan rakyat.
Pembangkang menurut Presiden LDP itu, hanya mampu membuat janji retorik, dan hanya dilakukan apabila menjelang pilihanraya, selepas itu, kelibat mereka hilang entah ke mana.
Dengan mengambil iktibar kepada janji-janji pembangkang pada PRU lalu dan PRK Batu Sapi, semua janji-janji pembangkang bagaikan buih-buih laut.
Sebaliknya kerajaan negeri mahupun pusat, terus menepati janjinya membangun rakyat di berbagai sektor, demi kesejahteraan rakyat.
Kerajaan BN pimpinan Najib di peringkat Pusat dan Musa di peringkat negeri, memberi komitmen yang tinggi terhadap pembangunan rakyat terutama menjelang 2020, di mana negara diharapkan menjadi negara maju.
Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Gambar hiasan
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
"Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
"No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim." (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
P/s : Apa Moral Cerita Ini?
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
"…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …" [Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]
Mc tak pasti cerita ini benar atau tidak, namun ia amat berguna untuk kita jadikan sebagai teladan. Pertama kali Ayatul Kursi sebagai doa pelindung, kedua aurat wanita sebagai penyelamat. Andaikata wanita tadi mendedahkan aurat, nescaya takkan ada malaikat yang sanggup mendampinginya walaupun dia membaca Ayatul Kursi.
McTheory: Ayat Kursi juga pelindung daripada makhluk ghaib!
WAN Jamak Wan Hassan akhirnya melepaskan jawatan selaku Ketua Jurulatih Kedah selepas pelbagai spekulasi panas menimpa kem Hijau Kuning sejak pasukan tersebut tersingkir dari saingan Liga Super musim depan.
Ketika dihubungi Sinar Harian, Wan Jamak berkata, beliau reda dengan apa yang berlaku namun pada masa sama berasa kesal berikutan masih banyak tugasan di Kedah gagal diselesaikan.
Kelmarin laman portal ESPN STAR.MY melaporkan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Hamdan Mohamed Khaleb mengesahkan Wan Jamak telah pun meninggalkan kelab itu dengan cara baik.
USTAD AZIZAN BILA PULAK?
Sebelum ini timbul spekulasi beliau telah dipecat selepas Kedah disingkirkan dari Liga Super. Posisi tersebut diganti oleh jurulatih dari Croatia, Mario Tot bagi kempen Piala Malaysia pada 22 Ogos ini. - Anak Kedah
Khazali Din dan Ustaz Azizan bila pulak? Mampukah jurulatih Mario Tot mengubah nasib Kedah, selagi pengurusan bola sepak Kedah yang lemah? Atau beliau akan menjadi mangsa keadaan seperti mana, jurulatih-jurulatih Kedah yang lain.
McTheory:
Pengurusan kena tukar menyeluruh..bukan hanya jurulatih..
Dubai: Buat pertama kalinya dalam masa beberapa puluh tahun, Ramadan tahun ini berlangsung ketika musim panas yang dianggap paling sukar hingga ada tempat penduduk Islam hanya berbuka selepas 20 jam.
Selain musim panas kali ini disifatkan sebagai paling panas, ia juga menyebabkan tempoh berpuasa lebih panjang setiap hari.
Di bandaraya pelabuhan barat laut Russia, Murmansk, penduduk Islam di sana berpuasa dan berbuka pada waktu siang sepanjang Ramadan.
Murmansk ketika ini disinari cahaya matahari selama 24 jam, bermakna tidak ada waktu yang jelas bagi penduduk Islam di negara itu untuk mula berpuasa dan berbuka.
Imam Besar Dubai, Dr Ali Mashael berkata, penduduk di wilayah berkenaan perlu berpuasa mengikut waktu yang sama dengan negara paling hampir kepada mereka yang mempunyai waktu siang dan malam yang jelas.
Ikut negara paling hampir
Beliau menjelaskan bahawa dalam situasi seperti ini penduduk kawasan terbabit perlu mengikut waktu Imsak, Subuh dan Maghrib di negara yang paling hampir kepada mereka sebagai sumber rujukan.
Di bahagian lain di dunia turut menyaksikan umat Islam berpuasa 20 jam sehari terutama mereka yang tinggal di Reykjavik, Iceland. Sama dengan ibu negara Denmark, Copenhagen di mana penduduk Islam yang menjadi masyarakat minoriti berpuasa selama lebih 19 jam.
Di bandaraya berjiran Scandinavia, Helsinki, Finland tempoh berpuasa di sana juga hampir 19 jam manakala Holland dan London masing-masing adalah 18 dan 17 jam.
Dr Mashael berkata, walaupun puasa selama 17 hingga 20 jam disifatkan sebagai terlalu lama tetapi umat Islam tiada pilihan selain mengikut waktu matahari terbit dan terbenam di tempat masing-masing untuk berbuka atau bersahur.
Pendapat cara berbuka
Katanya perkara itu dijelaskan dalam Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 187 yang bermaksud: "Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga maghrib."
Bagi negara atau bandaraya di mana waktu siang atau malam mereka adalah 24 jam, Dr Mashael berkata, ada dua pendapat mengenainya. Pertama seperti yang diterangkan dalam ayat suci itu manakala kedua mengikut waktu berpuasa Tanah Suci Makkah dan Madinah.
Ia berbeza dengan penduduk di Buenos Aires, Sydney dan Cape Town yang paling pendek tempoh berpuasa iaitu 12 jam manakala di Comodoro Rivadavi, Argentina, tempoh berpuasa adalah 11 jam. - Agensi
Di Malaysia walaupun hanya lebih kurang 14 jam. Namun masih ramai umat Islam yang tak berpuasa. Malah ada yang berbangga apabila tidak berpuasa. Semoga Allah memberi rahmat kepada golongan-golongan seperti ini.
McTheory: Kat Malaysia pun ada berbuka waktu siang, tapi kat kedai mamak la.. he he..
Video youtube Monorel rosak dan terkandas di Brickfields KL Selama 2 Jam ini telah membuatkan ramai penumpang panik. Ada yang pengsan akibat kekurangan osigen dalam tren monorel tersebut. Dalam kejadian berlaku jam 2 petang, kira-kira seramai 183 orang penumpang yang berada didalam monorel yang rosak dan terkandas tiba-tiba itu terpaksa menunggu selama sejam sebelum tiba bantuan dari pihak bomba untuk menyelamatkan mereka.
Petikan Akhbar UTUSAN MALAYSIA
Tren tersebut dipercayai hilang kuasa akibat terlebih muatan lalu terkandas. Tren dua gerabak itu yang bermula dari Stesen KL Sentral bergerak dari Stesen Tun Sambanthan selepas mengambil penumpang. Bagaimanapun, tidak sampai 100 meter selepas stesen itu. Seorang wanita yang hamil empat bulan mengalami sesak nafas manakala dua penumpang lain cedera ringan akibat terkena serpihan kaca kerana cuba memecahkan kaca tren tersebut dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Seorang penumpang, Muhaimi berkata, gerabak itu yang dalam perjalanan dari KL Sentral ke pusat bandar raya tiba-tiba terkandas menyebabkan semua penumpang terperangkap.
"Kami bagaikan berada dalam ketuhar dan sukar bernafas," kata Mohd Muhaimi Azraie, 15, menceritakan detik cemas dia dan 182 penumpang terperangkap lebih sejam dalam gerabak KL Monorel yang terkandas berhampiran Kompleks Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) Brickfields.
"Ada beberapa penumpang menjerit apabila monorel terhenti tiba-tiba dan saya dapat rasakan gerabak itu senget.
"Pada masa itu, saya lihat pemandu monorel itu sibuk memeriksa kerosakan, tapi selepas lebih 20 minit, dia masih gagal membaikinya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Menurutnya, keadaan menjadi semakin buruk apabila ada penumpang menangis dan mengalami sesak nafas malah ada yang pengsan.
"Kami bernasib baik apabila anggota bomba dan penyelamat datang membantu mengeluarkan kami," katanya.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.19 petang memaklumkan ada mangsa terperangkap dalam gerabak monorel.
Berikutan itu, katanya, sepasukan 47 anggota bomba bersama enam jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba kira-kira 10 minit kemudian bagi menjalankan operasi menyelamat.
"Tindakan pertama kami ialah menghantar anggota ke atas untuk memecahkan tingkap gerabak bagi membolehkan udara masuk dan mengurangkan kepanasan.
"Seterusnya, kami menggunakan tangga cakera putar (TTL) untuk menurunkan mangsa dari landasan pada ketinggian kira-kira 25 meter.
"Operasi ini sebagai berjaya kerana tidak mengalami sebarang kesukaran, malah pihak pengurusan monorel turut memberi kerjasama," katanya.
Katanya, seramai 63 mangsa dikeluarkan anggota bomba, manakala 120 penumpang lagi dipindahkan ke Stesen Monorel Tun Sambanthan yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian oleh Pasukan Kecemasan KL Monorel.
"KL Monorel mempraktikkan segala prosedur kecemasan yang dipelajari dalam latihan bersama kami sebelum ini bagi menghadapi kemungkinan," katanya.
Katanya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, namun tidak menolak kemungkinan ia berpunca dari masalah teknikal.
Ini satu lagi kebodohan mereka yang takjub kepada PAS mengeluarkan kenyataan. Bagaimana seorang ulama yang wafat beratus tahun sebelum UMNO ditubuhkan, datang logiknya dimana? Inilah cara cebenar mereka mengelirukan ramai orang untuk menyokong PAS.
Sebab itu bulan menjanjikan bintang, tiket menjanjikan syurga dan macam-macam lagi modus yang diguna pakai oleh troopers PAS untuk mengelirukan rakyat yang membaca melalui FB. Sebab apa kita kata tak logik :
1. Apakah judul atau nama kitab itu yang sebetulnya?
2. Siapa pengarang kita tersebut?
3. Kenapa mereka tak jawab itu kitab apa?
Kerana itu juga Keris merasakan bahawa kini PAS sudah menjadi satu kelompok mereka yang tergolong dalam kesesatan. Pemimpin mereka juga sesat apatah lagi anak murid. Inilah yang menjadi masalah kepada sekamatkan akdiah anak-anak melayu,
Inilah diri PAS yang sebenarnya sekarang. Berselindung disebalik nama Islam namun mereka menyesatkan rakyat Malaysia. Dasar muka penipu!
Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran anjuran Pergerakan Pemuda UMNO di Masjid As-Syakirin, KLCC petang tadi.
Pemuda UMNO Anjur Tadarus & Khatam Al-Quran Perdana 1 Malaysia.
KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Bertemakan 'Ummah Bersatu Negara Maju', Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) hari ini telah menganjurkan proram Tadarus dan Khatam Al-Quran peringkat nasional bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Majlis yang diadakan di Masjid As-Syakirin, KLCC selepas solat Asar petang tadi telah dihadiri seramai 200 orang daripada Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan pelajar dari Tahfiz serta anak-anak yatim sekitar ibu kota. Turut hadir pada majlis berkenaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom (B), Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU), Ustaz Fathul Bari.
Pelajar Tahfiz dan Maahad sekitar Ibu Kota turut hadir Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran petang tadi
Sejurus selepas selesai majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran, Khairy Jamaluddin telah memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan cenderahati penghargaan kepada pihak penaja.
Ketika majlis perasmian Iftar Ramadhan bersama Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, "program seperti ini harus disebarluaskan keseluruh negara. Kita perlu menyokong pendekatan UMNO negeri Johor yang kerap menganjurkan program Tadarus dan Khatam Al-Quran. Semalam UMNO telah menganjurkan program seperti ini di Kepala Batas dan hari ini Pergerakan Pemuda menganjurkan di sini".
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika berucap
"Kita perlu mengaplikasikan konsep modal insan dan ulul albab dalam kehidupan seharian. Ulul albab menghendaki kita menggunakan akal yang waras bagi mencari kebenaran dalam persepsi yang sebenar. Mereka yang banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi akan membuatkan kita sedar bahawa kita ini adalah khalifah yang mentadbir dunia ini"
"Bagi melahirkan modal insan, kita perlu menekankan ilmu dan agama agar kehidupan kita sentiasa dilindungi rahmat Allah S.W.T. Dengan ilmu kita dapat membezakan kebenaran dan kebatilan tanpa dihasut orang lain," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Pengerusi Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU), Ustaz Fathul Bari berkata dalam tazkirahnya "Majlis Tadarus dan khatam Al-Quran ini satu program yang mulia dan baik. Masyarakat hari ini perlu memperbetulkan fahaman mereka bahawa agama bukannya pada sambutan dan peristiwa sahaja. Agama itu memandu kehidupan"
"Kita bukan sahaja mahu mewujudkan orang yang tahu membaca dan menghafal Al-Quran tetapi lebih besar dari itu yang mana Al-Quran perlu difahami dan dijadikan panduan hidup. Kita tidak mampu memahamkan kandungan Al-Quran kepada bukan Islam jika Islam berbalah sesama sendiri."
Pengerusi iLMU, Ustaz Fathul Bari ketika menyampaikan tazkirah
"Carilah malam lailatul qadar dalam 10 malam terakhir bukannya cari pusat membeli belah 10 malam terakhir. Malam lailatul qadar ialah malam yang sangat indah yang mana lebih baik daripada 1000 malam," katanya lagi ketika menyampaikan tazkirah sebelum berbuka puasa.
Turut hadir menyerikan majlis, Persembahan nasyid dari kumpulan D'Soul selepas solat maghrib.-KalamPena/PjO
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas diminta memberikan 'kuliah' kepada pemimpin PAS mengenai isu negara Islam dan menjelaskan kepada mereka mengapa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini. Berita Harian melaporkan Pengerusi DAP, Karpal Singh, berkata Salleh sepatutnya memberikan penerangan itu kerana dia adalah individu yang mengeluarkan keputusan bersejarah pada 1988 bahawa Malaysia negara sekular.
Katanya, perisytiharan Malaysia negara sekular oleh barisan lima hakim yang diketuai Salleh itu memutuskan negara ini ditadbir undang-undang sekular. "Ia jelas undang-undang sekular dan bukan undang-undang Islam diguna pakai di Malaysia. Kontroversi antara PAS dan DAP mengenai isu negara Islam sudah berlanjutan terlalu lama.
"Saya harap demi kepentingan Pakatan Rakyat, pemimpin PAS berhenti daripada mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini.
Saya hanya memberi maklum balas ke atas kenyataan mereka. Apa yang mereka perkatakan tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang jawapan," katanya, semalam. Karpal berkata, dia kesal kerana isu negara Islam dibangkitkan ketika ini dengan PAS terus mendakwa akan terus memperjuangkan agenda berkenaan. Katanya, kenyataan itu terus dikeluarkan walaupun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menyatakan PAS tidak lagi memperjuangkan negara Islam, sebaliknya negara berkebajikan.
"Pendirian yang diambil PAS bukan saja tidak mematuhi Perlembagaan, tetapi juga melanggar keputusan Mahkamah Agung yang diputuskan Salleh, yang kini ahli PAS," katanya.-11/8/2012AGENDA DAILY
Terdesak sungguh Pemuda PAS Gombak ini yang nampaknya cuba menarik orang ramai ke program-program mereka . Anda boleh lihat sendiri banner di atas ini yang mana memaparkan slogan" GERAK KHAS GERAK PAS" dan ditepinya wajah Inspektor Aleza iaitu watak Abby Abadi dalam filem Datuk Yusof Haslam .
Bagi juak-juak sudah tentunya dianggap kreatif tapi sebenarnya ciplak hasil idea orang lain . Ostazah Abby pun sudah tak berlakon lagi dan mengapa gambar filem berkenaaan dikaitkan Gerak Khas PAS pulak .
Ini membuktikan PAS semakin kering idea hingga sanggup ciplak hasil karya orang lain . hahaha..
Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa terdapat beberapa lagi pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah akan melompat parti bukan sesuatu yang menghairankan kerana Ketua Pembangkang itu sendiri adalah contoh pemimpin yang suka melompat parti. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, dakwaan itu tidak akan menjejaskan BN kerana ia adalah perkara biasa menjelang pilihan raya umum.
Sambil menyifatkan Anwar sebagai 'bapa segala katak', Mohamed Nazri berkata, tindakan dua pemimpin BN Sabah yang melompat parti baru-baru ini sememangnya sudah dijangka kerana tahu mereka tidak akan dicalonkan lagi. "
Wakil rakyat atau pemimpin UMNO tidak dicalonkan untuk bertanding, jadi mereka telah ambil tindakan awal terpaksa lompat (parti) macam katak kerana mahu bertanding dalam pilihan raya.
"Kalau Anwar nak ambil mereka yang tak akan dicalonkan lagi untuk masuk parti dia, ambillah. Anwar pun bapa katak sebab dulu dia dari ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) masuk UMNO dan lompat parti ke PKR (Parti Keadilan Rakyat).
Tak hairan kalau dia terima golongan sendiri, katak akan terima katak," katanya. Sementara itu Mohamed Nazri memberitahu, kerajaan tidak menghalang penganjuran perhimpunan 'Janji Bersih' yang akan diadakan pada 30 Ogos ini selagi ia diadakan secara aman dan bertamadun. Menurut beliau, perhimpunan itu dibolehkan selaras peruntukan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012. "Kalau mereka hendak berkumpul, tiada masalah kerana ia ada (dibenarkan) dalam Akta Perhimpunan Aman. Tapi biarlah diadakan secara aman seperti diperuntukkan undang-undang. Berkumpul seperti orang bertamadun," katanya
The plot behind PI Bala's story thickens further, with RPK claiming that he struck a deal with an Umno deputy minister.
PETALING JAYA: Private investigator P Balasubramaniam, a key figure in the Altantuya Shaaribuu murder case, was claimed to have secretly negotiated with a deputy minister to implicate PKR as his secret financial backers.
In a Malaysia-Today post, controversial blogger Raja Petra Kamarudin alleged that Balasubramaniam spoke with Plantation and Commodities Deputy Minister Hamzah Zainuddin to settle the remainder of a RM5 million payment.
In return, Balasubramaniam, better known as PI Bala, was to sign a Statutory Declaration (SD) claiming that Opposition Leader Anwar Ibrahim and PKR Subang MP R Sivarasa were "behind him".
"Bala wanted the balance of the RM5 million that was promised to him and he told Hamzah that this would be the price of his third U-turn.
"Hamzah told Bala…[that] he would need to sign a third SD revealing that Sivarasa and Anwar were behind him and had been supporting him financially all these years.
"Bala would also have to reveal that Suaram had arranged for his trip to Paris and had coached him on what he would say to the French investigators," Raja Petra wrote.
In July 2008, Balasubramaniam came up with a SD linking Prime Minister Najib Tun Razak to Altantuya.
The latter had been murdered in October 2006, with her remains destroyed by C-4 explosives. She was allegedly linked to local political analyst Abdul Razak Baginda, who was close to Najib.
He retracted this SD the very next day in a second SD, and fled the country soon after.
Recently, Balasubramaniam claimed that he was threatened to sign this second SD and was promised RM5 million to do so.
However, Raja Petra said today that Balasubramaniam only received a total of RM700,000 in instalments, after which his payment ended.
'Playing a double game'
According to the blogger, Sivarasa had raised this matter with Anwar, who then got an unnamed "Chinese tycoon" to support Balasubramaniam financially.
It was at this point that Balasubramaniam allegedly approached Hamzah, and following this discussion, returned to the Chinese tycoon.
"Balasubramaniam then went back to the Chinese tycoon and revealed that Umno was prepared to pay him RM5 million if he, again, did a U-turn," Raja Petra claimed.
He added that Balasubramaniam tried to persuade the tycoon to "outbid" Hamzah; a ploy that did not work.
"When the Chinese tycoon discovered that Bala was playing a double game, he stopped the payments to Bala and this made him quite desperate," he said.
Raja Petra also wrote that he contacted Umno and threatened to expose this arrangement between Balasubramaniam and Hamzah. This deal, he added, was supposedly aborted.
The blogger then alleged that Sivarasa assured Balasubramaniam that another financier would be brought along to support the investigator as long as he did a Malaysiakini interview implicating Hamzah.
This episode led Raja Petra to denounce Balasubramaniam as a "gun for hire".
"This time around, he [Balasubramaniam] has been caught with too many contradictions… It is no longer clear who Bala's masters are," he said.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pakatan haram lahir satu slogan oleh pengikut setia mereka dan berbunyi "sebangsa, senegara, sejiwa" .
Mana significantnya slogan tersebut?
Slogan pakatan kunu dan mengundur ke belakang dan bukan dengan keadaan semasa atau menuju kehadapan.
Sebangsa, senegara dan sejiwa telah 55 tahun dipraktikan oleh BN, kini perkataan itu dirangkumi dengan perkataan "1Malaysia".
Slogan apa yang nak dibawa oleh Anwar?
BN lahir dengan slogan "JANJI DITEPATI" ianya cukup baik dan sesuai dengan keadaan semasa. Ianya sesuai dengan tuntutan agama Islam.
Sebagai contoh pembangkang yang menguasai Selangor boleh disahkan telah banyak mungkir janji.
Manifesto 2008 masih banyak yang tidak dilaksanakan.
Untuk menutup malu, banyak billboard yang mempamerkan janji-janji pakatan telah diturunkan satu persatu.
Mereka yakin ramai rakyat Selangor sudah lupa janji mereka tetapi kami tidak lupa, google juga tidak lupa.
Slogan yang sesuai untuk mereka ialah Sebantal, Sekatil, Setilam, Sebontot, Sejamban tetapi mimpi lain-lain, masing-masing takut lena sebab musuh adalah diantara mereka sendiri.
Pas takut Dap/Dap, Dap takut Pkr/Pas dan Pkr takut Dap dan Pas, takut dibunuh dalam tidur. Masing-masing tidak mempercayai satu sama lain.
Sekian, Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah seorang pemimpin yang berani kerana tampil melaksanakan pembaharuan yakni islah bagi memastikan syiar Islam dan perjuangan parti keramat UMNO dapat terus ditegakkan dan dipertahankan buat selama-lamanya di negara ini.
Bekas pemimpin PAS, Ustaz Ahmad Najib, berkata jika pembaharuan tidak dilaksanakan, agama Islam dan UMNO akan tumbang dan terkubur di bumi Malaysia ini.
"Perdana Menteri tampil dengan semangat pembaharuan kerana beliau seorang pemimpin yang berani.
"Bagi saya, beliau seorang pemimpin mujaddid yang berjaya memperbaharui urusan agama serta menjaga dan mengangkat martabat Islam di negara ini," katanya pada sesi takzirah sempena program Majlis Berbuka Puasa anjuran Mykmu di Kuala Lumpur, petang Sabtu.
Ustaz Ahmad menjelaskan, berbeza dengan UMNO, parti PAS sebaliknya hanya bertopengkan agama dan nama Islam dalam menghalalkan perjuangan mereka bagi meraih kuasa menuju ke Putrajaya.
Menyelewengkan fakta Al Quran untuk menghalalkan tindakan PAS dan tambah memburukkan keadaan apabila ulamanya diam membisu dan langsung tidak membetulkan ahlinya kembali ke jalan yang benar dan diredhai Allah.
Beliau berkata, adalah menjadi jihad bagi umat Islam termasuklah penulis maya untuk mempertahankan agama Islam daripada terus dipermain-mainkan oleh PAS.
Sebagai contoh, syariat Islam katanya, mengajak umatnya berkasih sayang sesama kita dan bertegas dengan musuh Allah, yakni orang bukan Islam.
Apa yang berlaku hari ini, pemimpin PAS dan penyokongnya memaki-hamun UMNO yang mana ahlinya Melayu yang beragama Islam tetapi sanggup bersekongkol dan bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk kepentingan mereka.
Sebelum menyertai UMNO pada 1990, beliau katanya, turut percaya dengan dakyah PAS yang menyalahkan UMNO dalam peristiwa Memali yang membabitkan perjuangan Allahyarham Ibrahim Libya yang didakwa PAS sebagai mati syahid.
Tetapi, hari ini PAS hanya membiarkan keluarga Allahyarham, sekaligus membuktikan mereka ini petualang yang menghina jemaah Islam dan PAS itu sendiri.
Tambah Ustaz Ahmad lagi, pemimpin PAS seperti mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meroyan, gila talak dan memberontak kerana kehilangan kuasa sebagai pemimpin yang menunjukkan beliau tidak yakin dengan qadak dan qadar yang ditetapkan Allah SWT.
Walaupun PAS menyatakan perjuangannya adalah menegakkan agama Allah, namun hakikatnya ia sebaliknya kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, parti itu sanggup bersekongkol dengan golongan musyrikin tanpa menghiraukan pegangan agama, maruah serta harga diri mereka.
PAS nampaknya mahu mengangkat martabat agama bangsa lain lebih tinggi daripada Islam, katanya.
Ulasnya lagi, perjuangan PAS kini semakin jadi cerca-merba dan di mana-mana sahaja, mereka kini terkapai-kapai dan jika dulunya memperjuangkan Islam tetapi kini lebih menjurus kepada perjuangan mendapatkan kerusi ke Putrajaya dengan bekerjasama dengan Lim Guan Eng.
Beliau berkata, perjuangan UMNO yang ikhlas dalam menegakkan syiar Islam akan dibantu dan dipelihara oleh Allah SWT. SUMBER
Kelmarin negara dikejutkan dengan berita cemas, 183 penumpang terperangkap lebih sejam dalam insiden monorel terhenti dengan sendirinya di landasan udara bukan dalam perut bumi.
Semua mangsa yang terperangkap menjadi panik dan ada yang cedera kerana cuba menyelamatkan diri dengan memecahkan cermin tingkap.
Pihak pembangkang ada juga yang cuba memburukkan keadaan dengan menyatakan gerabak senget dan mungkin terbalik dan terhumban ke bawah.
Semua gimik ini terus mencemaskan 183 penumpang yang terperangkap. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab mereka hendaklah mententeramkan semua mangsa yang terperangkap dan meminta bantuan agar segera bertindak dalam kerja menyelamat.
Hairan juga kenapa masa yang panjang diperlukan untuk menyelamatkan semua mangsa.
Pihak mana yang bersalah?
Adalah pihak pengurusan monorel kerana gagal bertindak cepat, atau kegagalan pusat kawalan 999?
Satu hal lagi ialah ia menggambarkan betapa pentingnya sistem perkhidmatan awam seperti, LRT, Monorel dan sebagainya di Lembah Kelang.
Insiden semalam berpunca daripada muatan yang melampau sehingga train hilang upaya untuk terus bergerak.
Ia juga merupakan satu ujian kepada pihak pengurusan untuk mengawal had muatan di masa akan datang.
Selain itu ia merupakan satu ujian Allah terhadap umatnya. Itu baru sedikit ujian, apa akan terjadi seandainya tren yang sedang bergerak dibawah tanah pada laluan Masjid Jamek ke KLCC terhenti tiba-tiba dan semua lampu terpadam?
Sekian . Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Krisis Hudud dan Negara Islam yang dicanangkan oleh Parti Ajaran Sesat (Pas) telah menyebabkan Bapa Benggali kembali naik angin, sehingga meminta bantuan Tun Salleh Abas bekas ketua hakim yang dipecat untuk mentarbiahkan mengapa hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini.
Untuk pengetahuan bapa benggali, Pas tidak akan berhenti dan berganjak daripada bercakap tentang hudud.
Hudud lah satu-satunya modal Pas untuk meraih sokongan orang Melayu atau Islam supaya terus mengundi Pas. Walhal Pas telah terang-terang tidak akan melaksanakannya.
Kalau Pas betul-betul nak laksanakan hudup, mereka dah lama laksanakan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Percayalah wahai bapa benggali, Pas hanya beretorik sahaja, so tak payah lah risau dengan hudud Pas.
Hari ini tok-tok guru Pas diarahkan untuk fokus tentang hudud dalam tazkirah terawikh, tazkirah zohor, tazkirah Jumaat dan lain-lain ceramah. Boleh dikatakan setiap hari isu hudud menjadi agenda utama mereka.
Cuma yang melucukan ialah perangai tok-tok guru munafik Pas tidak menyebut pun hukum lain seperti Qisas dan Takzir dalam ceramah mereka. Yang dok pusing dan diulang-ulang ialah Hudud.
Kerajaan BN menolak hudud, menolak hudud bererti menolak hukum Allah, menolak hukum Allah tempatnya ialah neraka.
Pas langsung tak sebut bahawa Pas telah bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud seperti yang dipersetujui oleh Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.
Sepatutnya yang akan dihumbankan ke neraka jahanam bukanlah Umno tetapi Pas kerana mempermainkan hukum Allah di muka bumi, depan pengundi Melayu Islam mengaku nak buat hudud tetapi berdepan dengan kapir harbi Dap dan freemason Pkr lain pula cakap Pas.
Sekian. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar membidas tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa sering menyalahkan pihak lain berhubung isu yang berlaku di negeri itu termasuk isu membabitkan Universiti Selangor (Unisel).
Beliau berkata, Abdul Khalid tidak sepatutnya menyalahkan kerajaan BN kerana universiti itu sebelum ini tidak pernah mengalami masalah sepanjang berada di bawah pentadbiran BN.
Sepatutnya kerajaan Selangor salahkan diri kerana gagal membayar hutang kepada Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) dan mereka sepatutnya menjadi kerajaan yang lebih bertanggungjawab.
Mereka boleh pula biayai kos guaman kes mahkamah membabitkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dan pengarah strategik Parti Keadilan Selangor (PKR) Rafizi Ramli menggunakan duit rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program "Maal Kacau Dodol" anjuran Badan Amal Selangor (Kasih) dan Persatuan Kebudayaan dan Muzik Melayu Nusantara Malaysia (Dendang Anak Malaysia) di Puncak Alam semalam.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut membidas kenyataan Abdul Khalid sebelum ini bahawa 44 buah asrama Unisel yang dibina oleh JNSB tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF) dan menyifatkan kenyataan Abdul Khalid sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.
BN Selangor hari ini mencabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengotakan kenyataannya selama ini dalam menyelesaikan krisis air di negeri Selangor.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar hari menggesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Khalid sebagai Menteri Besar Selangor, Khalid sebelum ini telah banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan termasuk berjanji akan menyelesaikan masalah air di Selangor menjelang September. berhasrat untuk memecat dua orang pegawai tertinggi Syabas.
"Khalid ini kononnya adalah seorang tokoh koperat yang hebat jadi sepatutnya apabila dia bercakap dan mengeluarkan kenyataan beliau harus menggunakan otak serta mengotakannya.
"Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah tokoh korporat ini bercakap dan membuat kenyataan hanya dalam 7 minit tanpa sedikit pun membuat kajian dalam menyelesaikan sesuatu masalah… kalau kajian pun tak buat jadi bagaimana nak selesaikan masalah.
Tambahnya, kerajaan pusat dibawah pemerintahan Barisan Nasional telah mula menjalankan kajian untuk membina loji air Langat 2 sejak tahun 1998 iaitu ketika Selangor mengalami krisis air. Katanya, selepas 7 tahun membuat kajian pada tahun 2005 barulah projek terbabit dimulakan.
"Berbeza dengan kerajaan Selangor, kita buat kajian selama 7 tahun dan mereka buat kenyataan hanya dalam 7 minit kononnya nak selesaikan isu air. Sebab itu kita lihat kenyataan Khalid selalunya tak konsisten kerana mereka hanya pandai bercakap dan janji tetapi tidak pernah turun padang dan lihat sendiri," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan terowong Loji Air Langat 2 di Hulu Langat.
Bersama-sama dalam lawatan tersebut ialah Datuk Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Johan Abdul Aziz, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat dan Dato' Sohaimi Shahadan, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor.
Menurut Noh, tujuan lawatan tersebut dibuat adalah kerana kerajaan pusat telah membuat keputusan untuk tetap meneruskan projek terbabit walaupun ditentang oleh kerajaan Selangor.
Beliau menambah, Khalid sebelum ini tidak habis-habis membuat kenyataan kononnya mahu menyelesaikan krisis air yang berlaku namun sehingga kini tidak ada seorang pun dikalangan pemimpin mahupun pegawai tertinggi kerajaan negeri yang melawat ke tapak projek berkenaan.
"Apa yang kita lihat kerajaan negeri sentiasa memberikan bangkangan dengan apa yang dibuat oleh kerajaan pusat dibawah kepimpinan BN… jadi kita nak tahu apa asas kerajaan negeri nak membangkang projek ini sedangkan ia adalah untuk kepentingan rakyat.
"Kalau betul nak selesaikan maka mereka harus bertindak bukan hanya bercakap… kita difahamkan sehingga ke hari ini bukan sahaja Khalid, malah pihak UPEN atau pegawai kerajaan tidak ada seorang pun yang pernah sampai ke tapak terowong loji ni. Jadi exco-exco ini hanya tahu bercakap saja tapi tak pernah turun ke padang," ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.
Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) bertujuan untuk menyalurkan air mentah dengan keupayaan 1890 juta liter sehari dari Karak, Pahang ke Hulu Langat melalui paip berkembar dan terowong penyaluran air. Air ini akan dirawat di Loji Rawatan Air Langat 2 yang dicadangkan untuk dibekalkan ke kawasan Lembah Klang dan sekitarnya bagi memenuhi permintaan air sehingga tahun 2025.
Sebuah empangan (Empangan Kelau) juga dibina bagi menjamin aliran air yang mencukupi di Sungai Semantan.
Projek ini diklasifikasikan sebagai projek berimpak tinggi. Apabila siap kelak, terowong penyaluran air yang sedang dibina merupakan terowong air mentah yang terpanjang di Asia Tenggara dan keenam di dunia.
Almarhum Tun Abdul Razak memulakan perbincangan dua hala (Bilateral) antara kuasa-kuasa veto PBB iaitu China pada 28 Mei hingga 2 Jun 1974. Subky Latiff ketika itu wartawan Utusan Melayu merupakan jurnalis Kerajaan yang mengikuti rombongan Tun Razak ke China. Presiden China iaitu Mao Tse Tung ialah insan nombor wahid Tanah Besar China yang ingin berjumpa secara rasmi dengan Tun Razak pada 29 Mei 1974 di Beijing di Istana Presiden. Ini merupakan petanda paling sentimental dan penuh sejarah, kerana Tun Razak satu-satunya pemimpin Negara Asing yang memecah protokol lazim Kerajaan Koumintang China. Pada protokol lazimnya, seorang pemimpin Asing perlu berbincang dengan Perdana Menteri China, barulah diberi perkenan mengadap Presiden China; tapi ini tidak berlaku kepada Almarhum Tun Razak.
Kenapa? Inilah yang dimaklumkan oleh penulis dan jurnalis China sebagai kuasa baru dunia Melayu merdeka. Inilah kuasa sebuah Negara Islam yang meletakkan Agama Islam Sebagai Agama Persekutuan. Inilah karisma Almarhun Tun Abdul Razak Hussein. Mao Tse Tung terkesima dengan kekuatan minda dan hujah Tun Razak ketika di Persidangan PBB lagi, dan melihat prestasi kerja seorang pemimpin Melayu yang begitu bercita-cita besar dan berazam menghapuskan pengaruh Komunis di Bumi Melayu.
Selepas gagal Rundingan Baling pada 28 dan 29 Disember 1955, Pair Dragon dan Pair Phoniex telah memanggil Chin Peng mengadap di CCC Beijing. Chin Peng selaku Setiausaha Agung telah diberi AMARAN HUKUM MAUT, jika tidak boleh mengurus kemaslahatan Pasti Komunis Malaya secara baik dengan pemerintahan semasa. Nama Tun Razak dan Tun Dr. Ismail ialah dua nama yang sering disebut oleh Mao Tse Tung sebagai pakar pemikir regim pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.
Rupanya, perjumpaan selama 80 minit antara Tun Razak dan Mao Tse Tung ialah gesaan supaya diadakan usaha untuk penghapusan isme Komunis dan pembatalan PKM di Malaysia, sehinggalah takdirnya hanya pada 1989 menjadi realiti kepada tanahair ini. Satu lagi, hajat terpendam Mao Tse Tung ialah Malaysia dilihat sebagai sebuah negara contoh yang boleh memberi manfaat besar kepada kelompok minoriti Muslim China yang bilangannya 40 juta orang.
Inilah permulaan aktifnya PERKIM dan pendakwah Cina-Muslim. Diperkukuhkan lagi dengan lawatan rasmi dan perjanjian Bilateral tersebut. China pada tahun 1974 ialah sebuah Negara yang belum maju secara fizikal, tetapi mempunyai kekayaan metafizika dan manusia yang begitu baik. Sejarah tamadun perajaan dan kerajaan yang lama dan ilmu-ilmu khas tentang Dinasti merupakan perkongsian dan pertukaran maklumat antara kerajaan. Di sinilah diperbaharui Wa'ad antara Ma Cheng Ho dengan Sultan Mansur Shah, dan dimaklumkan kewujudan Pair Burung Hantu kepada Almarhum Tun Razak.
Pertemuan dengan Mao Tse Tung berakir dengan penuh cerita sejarah yang dalam dan diberikan perhatian khusus oleh Tun Razak. Yang tidak menjadi rahsia kerajaan dilaksanakan dan capaiannya hingga hari ini. Yang masih Rahsia Kerajaan kekal rahsia, hingga Subky Latiff pun tidak boleh mempersoalkan darjah kepentingan kerahsiaan berkenaan. Subky Latiff kini Pengarang HaprakDaily.
Kemudian pada 31 Mei 1974, Tun Abdul Razak memberi ucapan meraikan Perdana Menteri China Chou En Lai di Dewan Rakyat Peking, seterusnya mengadakan Mesyuarat Antara Kerajaan pada 1 dan 2 Jun 1974, sebelum mengakhiri lawatan rasmi Negara Malaysia di Tembok Besar China di sebelah petang.
Bermula daripada peristiwa ini, bermulakan Gerakan Perang Besar-Besaran Pasukan ATM dan PDRM di hutan belantara Malaysia untuk menghapuskan kegiatan subversif Komunisme. Tahniah dan Syabas Almarhum Tun Razak kerana dikaulah insan pilihan Allah untuk memulakan langkah pertama yang TERBAIK daripada langkah seribu.
Kepada pemimpin Melayu khasnya UMNO, Pas dan PkR hari ini; ingatlah bahawa Agenda Membatalkan PKM telah lunas. Agenda membenam ideologi dan isme Komunis masih belum terlaksana seperti rancangan Tun Razak, Tun Dr. Ismail dan Tun Salleh (IGP Kedua), serta Tan Sri Rahman (IGP Ketiga).
Namun kini urusan semakin rumit kerana ramai benar rakyat Raja yang dah "lupa akan perjanjian Tua" antara Pair Burung Hantu dengan Raja Melayu.
Sebagai rasa bertanggung jawab serta mempunyai semangat Patrotik sebagai rakyat yang hidup aman damai dibumi Allah swt yang dinamakan MALAYSIA. Kekalahan datuk Lee Chong Wei tidak bererti rakyat akan kritik bila impian yang disandarkan kepadanya untuk Emas yang pertama disejarahkan dalam khazanah pencapaian.
Walau bagaimana pun masih ada pencacai yang makin kuat angguk sebab menjadi penagih tegar KAKI KENCING yang kini cukup ketara kita dapat melihat segelintir haram jadah nie yang mewarisi sifat istimewa sebagai mana Mentor kepada mereka. Sekalipun sebelum ini ada desus desas cerita akidah dipesongkan akibat tertelan holly water secara paksa atau trik yang buatkan mereka menjadikan gereja tempat ibadah pertama di ikuti masjid atau surau. Bukan pelik lagi sekarang nie bila rata-rata bukan sahaja nampak menyokong malah memberi laluan VIP terus kepada kafir harbik sekalipun didalam masjid atau surau yang diperintah rejim Pakatan Rambong
Peliknya tidak kah dinampak Adil sepatutnya PR pun juga patut memberi laluan kepada lebai-lebai mereka berceramah didalam tokong atau kuil. Bukan kah mereka yang sekalipun Kafir mendapat tempat berceramah dalam masjid dan surau. Semacam mahu dilihat warak dan sufi sambil tunggang langgang sebut dan tafsir hadis dan nas ikut suka bapak dema jer! bukan setakat itu sahaja sebaliknya mereka akan dapat sokongan oleh lebai sesat yang menyusul dengan laungan takbir!
Bertambah pelik lagi bila kafir Laknatullah ini pun boleh mengafirkan orang Islam yang lain jika tidak menjadi pencacai kepada pakatan Ronggeng nie, dema siap mengaku kebenaran hadis dan islam itu sendiri malah tak segan silu mengatakan mereka lebih arif dari orang islam lain terutama UMNO sendiri, tak cukup itu... laungan takbir menyusur lagi apabila mereka (kafir harbik) sebelum ini dipentas ceramah PAS contohnya macam Nga Komeng yang gelarkan dirinya ustad Komenh...
Dah kalau depan umat islam kononnya kesungguhan nak kasi betapa mulianya dan benarnya Islam, kenapa tak di tokong, kuil dan gereja tidak pulak sebut pekara yang sama, Pahamnya kita bila umat islam merasa tersinggung dengan lahabau seperi ini, dilihat mempermain dan memperkecilkan kebesaran Allah dan Muhamad saw. kenapa tidak dengan dia sendiri memeluk islam ataupun sebut pekara yg sama kepada kaum dia pulak?
WALAU MACAMANA PUN SEKALUNG TAHNIAH KEPADA BASKIN ROBBIN YANG TETAP TERUSKAN MEMBERI AIS KRIM PERCUMA KEPADA RAKYAT SEKALI PUN DLCW GAGAL MERAIH PINGAT EMAS, NAMPAKNYA TINDAK BALAS RAKYAT TANDA SETUJU DAN ATAS DASAR MAHU MENJADI DIANTARA SOKONGAN PERJUANGAN MENCARI EMAS PERTAMA UNTUK MALAYSIA, AIS KRIM FREE TETAP DIBERI KEPADA RAKYAT,
Respon rakyat dilihat bila dikhabarkan yang datang mencecah 70 ribu yang menyerbu Baskin Robbin, dalam erti kata yang lain tanda menyokong dan atas semangat Patrotik yang sayangkan keamanan yang sekarang dikecapi, Rakyat tampil tanda menyokong perjuangan ahli sukan kita yang sedaya upaya mendapatkan pingat untuk negara.
Nampaknya makin kecoh dan makin kuat melompat macam berok pencacai Pakatan Rambong bila sedar respon rakyat tanda menyokong
Hehehe... sendiri mau ingat la brader, nampaknya pencacai sekarang ni bukan lagi berputih mata tapi dah Bikin dema merah mata lagi... Usaha berok dan ungka yang sedaya upaya mengubah supaya Rakyat percaya dan memperlekehkan Kerjaan yang diterajui Barisan Nasional nampaknya tak berkesan sebaliknya kerisuan yang amat bila REKOD BERSHIT YANG BERJAYA PENGARUHI 30 RIBU PENCACAI DEMA yang dibanggakan tidak bertahan lama, hanya dengan AIS KRIM jer melenyapkan hasil kerja dema sekali gus bukan saja memecah Rekod dema sahaja tetapi buat dema Merah Muka dan tak lena tidur... bak kata sahabat teman, tidor pangkah yop! (tidor sambil dua-dua tangah seperti pangkah diletakan atas dahi) Hebat... cuma Ais krim punya pasal jer boleh bungkuskan BERSHIT, Apa lagi paling buat bengang yang ketara pasal Ais Keim nie pun ada... hehehe kena tanya Azmin sendiri ler...
CUMA SATU JER TEMAN NAK PESAN KEPADA SEMUA YANG PERGI MENDAPATKAN AIS KRIM FREE, KITA RAKYAT MALAYSIA KENA LAH JAGA ADAB DAN SOPAN SIKIT, JANGAN BIKIN MALU...MAKAN LAH AIS KRIM TU KAT MANA SEKALI PUN TAPI JANGAN LA MAKAN DALAM TANDAS hehehe, tak kira makan sendiri atau bagi orang lain makan Ais Krim
You are subscribed to email updates from sekupangdua To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Hukum haram mengundi DAP adalah jelas dan bertepatan. Jika PAS mahu melaksanakan hukum Islam dan membentuk negara Islam melalui kerjasama dengan DAP maka ia adalah jelas dosanya. Islam tidak akan dapat dilaksanakan dengan kaum kafir yang terang-terang menghina dan mengutuk Islam. Sebelum ini Mufti Perak sudah lama menunjukkan rasa bimbangnya terhadap penguasaan DAP di Perak, selepas itu semakin hari semakin ramai ulama yang ikhlas bersuara bahawa DAP merupakan sebesar-besar ancaman terhadap Islam dan umatnya. Terbaru Mufti Pahang dan Mufti Negeri Sembilan. Sebelum itu ulama pondok terkenal Tuan Guru Abdullah Sa'amah turut menghukum haram kepada sesiapa yang mengundi DAP.
KUALA LUMPUR 9 Ogos - DAP boleh menjadi satu ancaman kepada umat Islam di negara ini kerana pemimpinnya secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam. Penasihat Madrasah Bab al-Khausar, Shahbudin Embun berkata, sehubungan itu, umat Islam wajar menolak sepenuhnya parti itu kerana ia bukan sahaja mengancam malah, boleh dianggap musuh kepada umat Islam. "Parti itu perlu ditolak secara total. Kita tidak boleh berkompromi kerana apabila dikaji dasar perjuangannya iaitu Malaysian Malaysia, mereka mahukan negara sekular yang non-Islamik. "Maka, kita umat Islam tidak boleh menyokong parti seperti itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan beberapa tokoh agama mengenai hukum orang Islam menyokong parti bukan Islam yang secara terang-terangan menyatakan tentangan terhadap penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Shahbudin berkata, walaupun Malaysia mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi yang mengikut acuan Barat, pada hakikatnya ia masih sebuah negara Islam sejak dahulu lagi. Katanya, umat Islam juga wajar kembali kepada al-Quran bagi merujuk isu berhubung menjalinkan hubungan dengan orang bukan Islam yang menolak Islam, bagi mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam.
Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Yusof Ahmad berkata, umat Islam pada dasarnya tidak boleh menjadikan orang bukan Islam yang menolak agama itu secara terang-terangan sebagai rakan kerjasama terutama di dalam politik. Katanya, ini kerana al-Quran dengan jelas sudah menyatakan mengenai perkara itu. "Secara umumnya orang yang menolak Islam tidak boleh dijadikan rakan bukan sahaja dalam politik tetapi dalam apa-apa hal sekalipun," katanya.
Pendapat itu turut disokong pendakwah bebas, Zainal Abidin Yahaya yang berkata, umat Islam wajib menolak golongan kafir yang secara jelas tidak menerima ajaran Islam. "Tidak perlu tunggu DAP atau sesiapa pun membuat pelbagai kenyataan bahawa mereka tolak Islam, baru umat Islam mahu menolak mereka. "Ini kerana sudah jelas mereka menolak negara Islam. Kita kena tentang golongan seperti itu," katanya.
Buat masa ini penulis sedang menunggu penerbangan ke KLIA selepas dua hari berada di negeri asal penulis.
Meskipun dapat tahu dalam tempoh yang singkat untuk ke Kelantan bagi urusan tertentu pada Jumaat yang lalu namun penulis mengucapkan syukur ke hadrat Allah Taala yang memberi peluang untuk pulang di hari - hari terakhir Ramadhan bagi bersama ibu bapa tercinta dan keluarga bersahur dan berbuka bersama-sama.
Memandangkan talian internet yang teruk maka urusan mengemaskini blog fb twitter tidak dapat dilakukn seperti biasa ekoran masalah U Mobile yang tidak begitu baik di kawasan rumah ibubapa penulis di Wakaf Bharu. YES 4G masih tertunggak dan sedang menunggu sedikit masa dan wang untuk melunaskannya.
Kecuali semasa singgah di rumah ibu saudara yang mempunyai talian wifi maka dapatlah digunakan sebentar bagi mengemaskini walaupun tidak lama diguna kerana sedang berborak bertanya khabar dengannya.
Tidak patut asyik melayari internet ketika kita sedang berkunjung ke rumah saudara kerana ia boleh membantutkan perbualan dan menimbulkan perasaan kurang senang.
Suasana di lapangan terbang juga agak sibuk dan ramai nampaknya sedang beratur menunggu penerbangan selepas menghabiskan hujung minggu bersama keluarga menghabiskan sisa yang ada dalam bulan yng mulia.
Kepada kawan-kawan mohon maaf kerana tidak dapat berjumpa dan tidak memberitahu berada di sini. Tunggulah raya nanti Insya Allah kita boleh lama bersembang berbincang mengenai masa depan agama, bangsa dan negar kita.
Kepada semua ayuh kita berjuang bantu jemaah alif ba ts kits. Jangan biarkan golongan veteran sahaja mencurah bakti kerana tugas kita orang mudalah yang sepatutnya perlu dicurahkan demi memastikan perjuangan akan berjaya di masa kini dan seterusnya.
Dengan tenaga yang banyak dan idea yang segar sepatutnya orang muds perlu bersama golongsn veteran menjayakan program yang dirancang agr manfaatnya dapat dinikmati oleh rakyat yang sedang memerlukan bantuan ilmu, maklumat, dana untuk kehidupan mereka.
Beberapa keping gambar yang sempat dirakam untuk tatapan anda.
Pertama sekali tahniah kepada Pemuda UMNO Malaysia yang telah menganjurkan program seumpama ini di bulan Ramadhan. Bila golongan pemuda tidak lalai maka negara akan dapat terjamin masa depannya.
Dalam hal ini program kerohanian sangat penting untuk dititikberatkan. Pemuda mahupun Puteri perlulah selalu mendengar kuliah agama dan mengikuti program keagamaan yang disampaikan oleh ilmuan yang warak agar mereka sentiasa mendapat taufik dan hidayat Allah Taala di dalam perjuangan. Selain itu ia juga penting agar perpaduan setiakawan di kalangan mereka akan sentiasa menjadi amalan berasaskan hubungan persaudaraan sejati Islam.
Sebagai sebuah parti yang beragama Islam pemimpinnya maka perkara ini perlu dihebohkan agar ia menjadi ikutan kepada peringkat bawahan yang sememangnya mengikut sahaja apa jua perkara yang dibuat pemimpin atasan mereka. Kerana itu pemimpin boleh jadi menjadi orang paling banyak pahalanya jika menunjukkan teladan yang baik dan juga sebaliknya.
Lihat YAB Perdana Menteri sendiri mengikuti kuliah yang disampaikan oleh Ulama, terbaru oleh Ustaz Kazim Elias yang menunjukkan budaya menimba ilmu dengan ulama merupakan perkara yang perlu dibuat dan diperluaskan di setiap peringkat.
Jangan kita menunggu arahan dikeluarkan, hendaknya setiap perbuatan yang dizahirkan, dibaca mesej tersirat di sebaliknya agar kita akan menjadi orang yang benar di dalam kasih kepada pemimpin sehingga memahami kehendaknya tanpa sepatah kata perlu dilafazkan.
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diminta menjelaskan mengapa sebahagian besar tanah yang dibeli daripada Talam Corporation Berhad (Talam) masih mempunyai kaveat pendaftar dan kaveat persendirian.
Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, sebagai contoh, tanah di Danau Putra mempunyai lebih daripada 100 kaveat.
Menurut beliau, pencarian tanah yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan kepentingan tanah itu hanya dilindungi dengan satu kaveat yang dibuat oleh kerajaan PKR Selangor manakala kebanyakan tanah itu masih digadai kepada pihak bank.
"Kaveat membolehkan pihak-pihak berkepentingan untuk menuntut hak milik tanah itu. Lebih banyak kaveat, lebih banyak pihak yang berhak ke atas tanah itu.
"Sekiranya anda membeli tanah yang banyak kaveat, sudah tentu anda bimbang kerana ramai orang boleh menuntut tanah tersebut," katanya pada sidang akhbar berhubung isu pembelian tanah milik Talam oleh kerajaan PKR Selangor di Wisma MCA di sini hari ini.
Tee Yong memberitahu, kesemua kaveat berkenaan perlu dilupuskan sebelum tanah itu dapat dijual dengan harga lebih tinggi di pasaran kerana ia masih belum bebas daripada sebarang bebanan.
Tambah beliau, pendedahan itu menunjukkan satu lagi contoh ketidakcekapan kerajaan PKR Selangor dan sesiapa yang menjadi penasihat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam transaksi tersebut sepatutnya dipecat.
"Saya rasa orang ini tentu bukan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua kerana dia sering menonjolkan diri sebagai seorang yang paling bijak dan ingin memberi gambaran bahawa dia seorang yang serba tahu," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Tee Yong turut mempersoalkan mengapa hak milik tanah tersebut masih belum ditukar kepada kerajaan negeri atau anak-anak syarikatnya walaupun selepas dua tahun pembayaran dibuat kepada Talam.
Menurut beliau, pencarian yang dibuat baru-baru ini menunjukkan nama Talam dan anak-anak syarikatnya termasuk Maxisegar Sdn. Bhd. dan Continental Heights Development Sdn. Bhd. masih tertera pada geran tanah sebagai pemilik.
"Kita mahu tahu apa status sebenar hak milik tanah itu. Kerajaan PKR Selangor kata semuanya sudah selesai.
"Siapakah yang berbohong? Dalam hal ini, geran tanah tidak berbohong," katanya.
Tambah Tee Yong, kerajaan PKR Selangor juga perlu menyelesaikan gadaian bank pada tanah-tanah terbabit dan memindahkan hak milik kepada pihak-pihak yang berhak untuk melindungi kepentingan rakyat.
Sementara itu, beliau mendesak kerajaan PKR Selangor menjelaskan tentang pemberian diskaun sebanyak RM64 juta kepada Talam sebagai insentif penyelesaian hutang lebih awal kepada Universiti Selangor (Unisel).
Menurutnya, diskaun berkenaan hanya boleh diberi sekiranya Talam membayar hutang sebanyak RM248 juta kepada Unisel sebelum tempoh Perjanjian Tambahan yang dimeterai dengan kerajaan negeri terdahulu tamat pada 8 Mac 2008.
"Bagaimanapun, insentif itu masih diberikan selepas kerajaan PKR Selangor dan Talam memeterai perjanjian baru pada 2010 iaitu dua tahun selepas perjanjian terdahulu tamat tempoh.
"Talam tidak berhak mendapat diskaun kerana gagal mematuhi perjanjian ini. Kenapa ada layanan istimewa? Adakah ini berlaku kerana terlepas pandang yang menunjukkan tidak kompetennya kerajaan PKR Selangor?" katanya.
Tee Yong berkata, pemberian diskaun tersebut amat tidak wajar dalam situasi Unisel sedang berdepan masalah kewangan yang meruncing pada masa ini.
Penulis sudah dapat menjangkakan Karpal Singh terpaksa menggunakan 'talian hayat' beliau apabila 'terpaksa' ketika berhadapan dengan tekanan daripada ahli-ahli PAS yang mahukan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat!
Selain daripada kata-kata Karpal sebelum ini yang mencabar PAS supaya 'melangkah mayatnya dahulu' jika mahu manegakkan negara Islam dinegara ini, penghakiman yang pernah dibuat oleh Tun Salleh Abas bahawa Malaysia bukan Negara Islam dan adalah sebuah Negara Sekular berdasarkan undang-undang dan perlembagaan dijadikan alasan kuat beliau mempertahankan kenyataan beliau sebelum ini.
Malah Karpal hari ini secara angkuh mencabar ahli-ahli PAS dan para pemimpinnya supaya merujuk kepada Tun Salleh Abas, ahli PAS seumur hidup jika masih mahu menegakkan negara Islam PAS!
Dalam artikel penulis sebelum ini, Antara sebab mengapa Karpal Singh menolak negara Islam dan menyayangi Tun Salleh Abas telah menerangkan secara ringkas mengenainya?
Karpal Singh memang seorang yang mempunyai sikap perkauman yang tinggi serta amat anti kepada Islam. Tetapi, dia amat bijak dalam menyembunyikan identiti sebenarnya dengan menggunakan hujah-hujah yang nampak biasa kepada golongan kebanyakan orang yang mempunyai IQ sederhana. Walau bagaimana, dia tidak dapat menipu golongan yang mempunyai IQ yang tinggi.
Jika kita masih ingat isu pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas adalah salah satu isu yang sengaja dimainkan oleh DAP dan Karpal Singh khususnya demi kepentingan politik mereka. Namun, ramai orang Melayu Islam tidak mengetahui hakikat sebenar kenapa Karpal Singh dan DAP ingin sangat memulihkan imej Tun Salleh Abas.
Banyak isu yang dikaitkan dengan pemecatannya adalah mengenai pembubaran parti UMNO. Hakikatnya,ini adalah salah satu isu yang bukan menjadi isu negara kerana ianya hanya melibatkan parti UMNO sahaja.
Apa yang tersirat sebenarnya adalah Tun Salleh Abas pernah membuat penghakiman bahawa Malaysia bukan Negara Islam dan adalah sebuah Negara Sekular berdasarkan undang-undang dan perlembagaan. Jadi adalah penting bagi imej Tun Salleh Abas dipulihkan bagi menaikkan semula nilai penghakiman tersebut.
Hanya dengan bantuan pemimpin Melayu Islam sendiri, Karpal Singh dan DAP akan memanipulasikan isu penghakiman Tun Salleh Abas ini dan akan dijadikan rujukan sepanjang zaman jika ada sesiapa sahaja cuba menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam yang sebenarnya.
PAS yang terperangkap dengan isu dan fakta ini terpaksa akur dengan ketetapan yang telah dipersetujui. Sebab itu manifesto Pas 2008 tiada menyebut langsung dengan penubuhan Negara Islam. Mereka takut dengan DAP dari Allah Taala.
Penduduk Batang Kali yang dahulunya tenang kini mula risau dengan kewujudan pusat urut dan hotel bajet yang mula dibuka di pekan kecil itu di Hulu Selangor.
Kebanjiran pusat urut di Selangor sejak akhir-akhir ini bagaikan tidak mampu dibendung.
Ia bercambah begitu pantas seolah-olah sebuah industri yang membawa pelaburan menguntungkan kepada kerajaan sehingga kelihatan digalakkan pula.
Jika sebelum ini penggemar khidmat urutan badan oleh wanita seksi warga asing tertumpu di Seri Kembangan, Ampang, Kajang dan Puchong, kini mereka mungkin boleh berkira-kira untuk menikmatinya di bahagian timur laut negeri ini pula.
Ini kerana sudah terdapat rumah urut perintis di Bandar Utama di Batang Kali, yang telah lapan bulan beroperasi menurut penduduk yang ditemui.
Boleh dikatakan juga Batang Kali mencatat sejarah kerana buat julung-julung kalinya mempunyai pusat urut, dan ia turut menawarkan khidmat yang sama seperti di tempat lain.
Pusat urut yang beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 11 malam itu turut tidak ketinggalan menawarkan khidmat urutan batin atau lebih dikenali sebagai urutan 'ping-pong' kepada lelaki yang mahukannya.
Malah, ketika tinjauan baru-baru ini, penjaga premis itu tanpa berselindung memberitahu khidmat tersebut disediakan, namun perlu 'berbincang di dalam'.
Bagaimanapun ketika ditanya adakah tukang urut yang disediakannya masih muda, penjaga tersebut berkata, hanya wanita berusia dalam lingkungan 40-an dari Thailand yang bekerja di situ.
"Di sini tiada yang muda-muda atau comel sebab mereka tidak mahu bekerja di sini. Kawasan ini terlalu jauh dan tidak ramai pelanggan, jadi duit tip tidak banyak. Kalau mahu urut batin bolehlah," katanya.
Bagaimanapun, seorang pekerja kedai makan berhampiran berkata, premis itu turut menyediakan gadis-gadis muda namun hanya menawarkannya kepada sesetengah pengunjung.
"Mungkin awak pertama kali datang sini, mesti dia ingat polis sebab itu dia kata tidak ada tukang urut muda tetapi kawan-kawan saya ramai bekerja di situ.
"Kalau awak mahu yang geli-geli datang semula malam ini selepas pukul 7, mesti ada punya yang muda-muda," katanya.
Selain pusat urut, penduduk sekitar juga bimbang dengan kewujudan beberapa hotel bajet di pekan itu kerana bagi mereka ia akan menggalakkan aktiviti tidak bermoral.
Baru-baru ini, akhbar ini pernah melaporkan rungutan beberapa persatuan pengguna yang mendakwa kebanjiran pusat-pusat urut dan hiburan di Selangor sebagai bukti kerajaan negeri itu tidak sensitif terhadap keselamatan dan keselesaan rakyat.
Malah, ia juga menunjukkan kerajaan Selangor yang ditadbir Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah menutup mata terhadap fenomena ini. Jika kerajaan negeri terus membiarkan percambahan pesat pusat urut tanpa mengawalnya, ada kemungkinan Selangor akan mendapat gelaran tidak rasmi 'Darul Urut' pula selepas digelar 'Darul Sampah'.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan wakil rakyat BN untuk melompat parti menjelang pilihan raya umum ke-13 adalah perkara biasa. "Ada di kalangan wakil rakyat atau pemimpin Umno tidak dicalonkan untuk bertanding, jadi mereka telah ambil tindakan awal terpaksa lompat (parti) macam katak kerana mahu bertanding dalam pilihan raya," beliau dipetik sebagai berkata.
Nazri berkata demikian ketika ditanya tentang dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa akan terapat pemimpin BN Sabah menyertai mereka tidak lama lagi.
Nazri juga berkata, tindakan Anwar menarik pemimpin BN yang tidak tercalon dalam pilihan raya umum akan datang untuk menyertai pakatan pembangkang, tidak akan menjejaskan BN, lapor Bernama.
"Kalau Anwar nak ambil mereka yang tak akan dicalonkan lagi untuk masuk parti Anwar, ambil la...," beliau dipetik sebagai berkata.
"Anwar pun bapak katak sebab dulu Anwar pun lompat parti dari Umno ke PKR. Tak hairan kalau dia menerima golongan dia sendiri, katak akan terima katak." *** Permainan ini akan memakan diri Pakatan Rakyat sekiranya mereka gagal mencalonkan katak-katak ini bertanding dalam parti mereka. Tujuan katak-katak ini lompat kerana tidak dicalonkan, so Anwar kena calonkan mereka dalam PRU13 nanti. *** Kalau DAP dan Pas menentang pencalonan mereka, Anwar kena calonkan juga kerana Lajim kalau tak dicalonkan Pakaran Rakyat, dia akan lompat lagi. Lompat ke mana tak tahu lah sesiapa nak terima lagi.
Kami tertarik dengan idea penulis ini. Bagaimana pandangan anda? Baca terus
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan lima individu yang bakal menganggotai panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang haram di Sabah.
Kelima-lima panel tersebut adalah: 1. Bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong, 2. Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Dr Kamaruzaman Hj Ampon, 3. 3. Bekas Peguam Negeri Tan Sri Herman Luping, 4. Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk K.Y. Mustafa, dan 5 Tokoh korporat Datuk Hendry Chin Poy. PM berkata "Saya ambil kira permintaan rakyat menerusi kepimpinan BN (RCI). Sebab itu saya tubuhkan RCI. Semua pemimpin BN Sabah mahukan,".
---------------
Di dalam isu ini, saya sendiri telah berjumpa intelektual Kadazan Dusun Murut (KDM) di UMS baru-baru ini, dan saya mengesan kebimbangan masyarakat KDM di mana pandangan mereka ialah masyarakat pendatang semakin ramai di negeri Sabah. Statistik Jabatan Perangkaan Negara tahun 2010 mencatatkan lebih kurang 800,000 warga asing berasa di Sabah dan mereka ini adalah pekerja ladang, pekerja industri, pekerja restoran dan pedagang sama ada pedagang rakyat Filiphina ke Sabah dan sebaliknya, atau pedagang rakyat Indonesia ke Sabah dan sebaliknya.
Migrasi, Imigrasi atau Intermigrasi antara rakyat negara Filiphina dan Indonesia tidak dapat dihalang kerana dunia hari ini di mana-mana berlaku migrasi. Apatah lagi kita bersempadan dengan mereka. Jika tidak mana mungkin Seorang Rakyat Sabah dari Kota Kinabalu boleh menjadi Wakil Rakyat dan Menteri Penuh di Australia! Ianya kerana dia berhijrah ke Australia dan membina hidup di sana. Dia rakyat Sabah, tetapi dia Warganegara Australia.
Jika anda pergi ke daerah Bone, Indonesia anda akan berjumpa Jalan Kinabalu, Bone, Indonesia. Saya terfikir bagaimana ada nama Kinabalu di sana.
Definisi United Nation ialah sesiapa yang duduk melebihi 6 Bulan di sesebuah negara ianya ditafsirkan sebagai Penduduk di negara tersebut. Bukan Warganegara tetapi Penduduk. Maksudnya, rakyat Malaysia yang menetap lebih 6 bulan di Singapura kerana bekerja maka dia akan dikira sebagai Penduduk Singapura bukan Warganegara Singapura.
Dalam konteks Sabah, jika semua 800,000 Warga Filiphina,Indonesia, Bangladesh, Nepal dan lain-lain dihantar balik ke nagara asal mereka, saya yakin Bisnes Industri seperti workshop dan ladang Datuk Yong Teck Lee akan Tutup!
Jika orang Timor Timor dipanggil Om di Sabah dihantar balik dalam tempih 24 jam sekarang, saya yakin beberapa ladang sayur di Kundasang, Lahad Datu dan Tawau akan bermasalah. Ladang-ladang Koko, Sawit dan kebun sayur milik pekebun Cina menggaji mereka ini.
Jika orang Filiphina dihantar balik dalam tempoh 24 jam ini , saya yakin Industri Binaan di Kota Kinabalu akan rosak. Taukeh-Taukeh kaya dari masyarakat KDM pasti akan pening kepala.
Saya baru bertemu seorang bisnesman dari Sabah minggu lalu, saya bertanya apa perkembangan bisnes? Katanya, minggu ini syarikatnya akan terbang ke Nepal untuk membawa pekerja Nepal ke Sabah? Mengapa tidak menggaji saja masyarakat tempatan? Mengapa taukeh-taukeh Ladang, Restoran, Industri tidak menggaji sahaja orang tempatan? Persoalan ini yang patut dikaji oleh Datuk Lajim ataupun Datuk Wilfred?
Kalau anda pergi ke Kota Kinabalu dan Keningau, orang Bangladesh yang sudah bertahun-tahun menetap di Sabah juga memiliki sebuah syarikat pengambilan pekerja asing di Sabah untuk di bawah ke ladang-ladang dan Industri. Sekali lagi, kenapa orang-orang tempatan tidak mahu bekerja sebagai buruh ladang, atau pengawal keselamatan? Jika anda pergi ke Kondominum dan Banglo-Banglo Mewah di Desa Parkcity, di Kuala Lumpur anda akan dapati terdapat orang-orang Kadazan Dusun dan Murut sanggup bekerja sebagai pengawal keselamatan di Semenanjung tetapi tidak mahu menjadi Pengawal Keselamatan di Sabah?
Jika mereka berkahwin dengan pula dengan masyarakat tempatan, apakah masyarakat tempatan akan menghalau dia juga yang sudah menjadi sebahagian keluarga baru mereka! Maka kita perlu realistik!
Maka apakah perlunya RCI? Saya bersetuju RCI ditubuhkan untuk membersihkan mana yang tidak betul, mana yang salah.
Tetapi jika seseorang yang sudah berkahwin dengan orang tempatan, katakanlah seorang Filipino berkahwin dengan orang KDM, bertahun-tahun lamanya dan mereka layak memohon Kewarganegaraan Malaysia secara Undang-Undang/Permohonan Kewarganegaraan (bukan Keturunan atau Anugerah), maka ianya tidak perlu diRCIkan. Ianya dibenarkan oleh perlembagaan. Contohnya Yuan Yu Fuang rakyat negara China yang diberi Anugerah Kerakyatan Malaysia.
Hanya, jika rakyat negara China yang datang ke Sabah atas tiket Pelawat atau Pas Pelajar dengan diberi tempoh sebulan atau dua bulan, tetapi tidak balik-balik dan mahu menetap secara haram di Sabah, maka dia perlu menjalani proses RCI. Setuju atau tidak.
Begitu juga, jika anda rakyat Indonesia tidak kira apa bangsa Timor, Toraja, Bugis, Jawa, Banjar, Batak, Cina Indonesia, Arab Indonesia, jika anda datang ke Sabah atas pas pelawat atau pas sementara dan tinggal melebihi had dan bekerja pula secara haram, maka anda juga akan di RCIkan. Itu memang semua orang faham.
Pemimpin-pemimpin politik di Sabah perlu rasional dalam hal ini, bukan emosi dan berfakta persepsi. dapatkan fakta dari Jabatan Perangkaan Negara yang terkini, anda akan dapati masyarakat KDM masih merupakan Majoriti di Sabah.
Jika hari ini Datuk Yong Teck Lee misalnya berkata, hantar balik semua 800,000 warga asing di Sabah. Anda perlu cek bisnesnya, siapa yang bekerja di bisnesnya itu. Jika dia masih menggaji orang asing, apakah fikiran anda! Begitu juga ahli politik yang lain, kita perlu rasional. Anda boleh pergi ke Kedai Bunga YB Datuk Chua Soon Bui di bandar Tawau yang saya sangat kenal rapat, Lihatlah di dalam kedainya siapakah pekerja di situ? Saya hanya memberi contoh sahaja.
Datuk K.Y. Mustafa adalah mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang merasmikan Novel Sejarah saya ABAKA pada tahun 2005. Secara peribadi saya ucap Tahniah.
Jika anda tidak bersetuju saya terima, kerana berbeza pandangan adalah subjektiviti. Kata Profesor Datuk Dr. Khoo Kay Kim, pakar Sejarah negara kita berkata kepada saya, " ...yang penting bukan jawapan yang betul selalunya, tetapi jawapan yang original dan rasional. Ada saya huraikan dalam buku terbaru saya di sebelah yang bertajuk "Dilema Melayu Sabah". Belilah dahulu, bacalah dahulu. Pesanan boleh diemelkan kepada saya di alamat jentayu.abaka@gmail.com.
Burung yang MyMassa maksudkan adalah burung merpati dalam logo merdeka pakatan pembangkang.
Apa kena mengena burung merpati dengan Malaysia?
Kalau ikut blogger Helen Ang, merpati melambangkan agama Kristian. Dan ada blogger dah buat kesimpulan bahawa ianya satu dakyah halus pembangkang untuk gerakan Kristianisasi.
Logo Hari Kemerdekaan yang direkacipta Pakatan mempunyai simbol burung merpati, hati merah dan kelopak bunga yang nampaknya macam nyalaan api Holy Spirit.
Simbol Gereja
Burung merpati adalah lambang gereja. Ia juga simbol Kristian dalam lukisan-lukisan bercorak keagamaan serta digunakan sebagai hiasan popular untuk kad Krismas dan kad ucapan tahniah bagi upacara pengkristianan bayi dan kanak-kanak. The Church: Dove as a symbol of the Church, the agent through which the Holy Spirit works on Earth. Pentecost: Whitsunday, a feast of the universal Church which commemorates the Descent of the Holy Ghost upon the Apostles, 50 days after the Resurrection of Christ.
Saint Gregory is generally shown with a dove on his shoulder, symbolizing inspiration or rather Divine guidance.
Baptism: The dove symbol occurs frequently in connection with early representations of baptism. In ancient times a dove-like vessel was frequently suspended over the baptismal fount. Martyrdom: As a symbol of martyrdom it indicated the action of the Holy Spirit in bestowal of the fortitude necessary for the endurance of suffering.
MyMassa rasa Anwar Ibrahim takde hal nak letak burung ni kat logo merdeka. Diakan penyokong Islam Liberal. Semuanya boleh asal dapat kuasa.
Mungkin sebab ini juga kenapa PAS agak keberatan untuk menggunakan logo dan slogan pakatan pembangkang. PAS kan mengaku parti Islam. Takkan boleh sebarkan dakyah kristian kot.
Tapi nak buat macam mana kalau Nik Aziz pun promosi lambang salib!!!
Elok sangat la tu. *Anwar tayang burung, Nik Aziz pulak tayang jari.
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Masih tidak malu menggunakan logo BERSIH? Logo ini adalah logo keganasan yang berlaku pada 28 April 2012.
Hendak berhimpun buat apa lagi? A. Samad Said dan beberapa orang kuncu kuncu pembangkang mahu berhimpun lagi pada 30 Ogos 2012 di Dataran Merdeka dengan membawa tema "Janji BERSIH".
Kalau hendak berhimpun bagi merayakan sambutan kemerdekaan negara mengapa tidak gunakan motto "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" yang dibuat oleh pembangkang sendiri? Mengapa hendak guna logo tuntutan politik seperti BERSIH?
Sewajarnya kumpulan yang hendak berhimpun ini menganjurkan sendiri sambutan kemerdekaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor pada malam merdeka. Mengapa perlu menganggu persiapan raptai kemerdekaan negara yang akan diadakan pada pagi 31 Ogos 2012? Perarakan tersebut akan dihadiri oleh Ketua Negara, Yang Dipertuan Agong.
Apakah himpunan ini mahu mencetuskan lagi suasana kecoh sebagaimana yang berlaku pada 28 April 2012? BERSIH apa lagi kalau sudah jadi sebagaimana dalam video di bawah ini?
AIDCNews -10/08/12 – "Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, yang kini di Universiti Georgetown,"begitulah rakaman terima kasih daripada Rand Corporation (Rand Corp) kerana berjaya menerbitkan kerangka utama memerangi 'Islam radikal' dalam laporannya bertajuk "Membina Rangkaian Muslim Moderat" (Building Moderate Muslim Networks).
Nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dikelompokkan bersama dengan tokoh-tokoh Islam Liberal Indonesia, Filipina dan Singapura antaranya; Ulil Abshar-Abdalla, dari Jaringan Islam Liberal (JIL) dan M Syafi'i Anwar, Pengarah Eksekutif Pusat Islam Antarabangsa & Pluralisme (ICIP), dari Indonesia, Amina Rasul-Bernardo dari Majlis Islam Dan Demokrasi Filipina serta Suzaina Kadir dari Universiti Nasional Singapura.
Nama-nama di atas adalah di antara nama yang disebut Rand Corp sebagai "mereka dari dunia Islam yang membantu penyelidikan projek ini dan penyelidikan awal RAND berkenaan trend dalam Islam"
Penilai utama konsep laporan itu didominasi oleh kumpulan jesuit, zionis dan sekutunya, antaranya Hillel Fradkin, Pengarah, Pusat Islam, Demokrasi dan Masa Depan Dunia Islam, Institut Hudson; Paul Marshall dari Freedom House; Duta Dennis Ross dan Robert Satloff dari Institut Washington Polisi Timur Dekat; Joseph Crapa, Tad Stahnke, Dwight Bashir, dan Scott Flipse dari Suruhanjaya Kebebasan Agama Antarabangsa AS; Abdeslam Maghraoui dan Mona Yacoubian dari Institut Keamanan AS; Daniel Pipes dari kumpulan pemikir zionis yang sangat anti-Islam.
Selain itu, turut disebut nama-nama seperti John Esposito, Pengarah CMCU (Center for Muslim and Christian Understanding), Universiti Georgetown; Ross Johnson dari Radio Liberty yang ditaja oleh CIA, Steven Cook, dari CFR (Council on Foreign Relations) dan Radwan Masmoudi dari CSID (Center for the Study of Islam and Democracy).
Menurut Rand Corp, Islam radikal tidak semestinya kumpulan yang mengangkat senjata, tetapi juga merujuk kepada kumpulan yang tidak mengangakt senjata, tetapi mempunyai fahaman untuk kembali kepada ajaran Islam berasaskan Al Quran dan Sunnah yang menjadi Islam Liberal sebagai musuh utama.
"Dalam beberapa kes negara autoritarian, umat Islam radikal menghadirkan diri mereka sebagai alternatif kepada status quo. Mereka melancarkan 'peperangan' dalam media massa dan arena politik, secara terang-terangan atau bawah tanah tanah, bergantung kepada darjah penindasan politik.
"Sebahagian besarnya, Islam radikal (dan sebagai kerajaan autoritarian) telah berjaya menakutkan, meminggirkan, atau mendiamkan kumpulan Islam moderat (liberal) iaitu kumpulan yang berkongsi dimensi utama dalam budaya demokrasi kepada pelbagai peringkat", lapor Rand Corp.
Laman voa-islam.com menyelar strategi jahat Barat dalam memberi label-label kepada umat Islam, malah menurut laman itu istilah radikal dikelompokkan bersama dengan kumpulan teroris, ekstrem dan fundamentalis.
Memetik pandangan John Esposito dalam bukunya, "Islam: The Straight Path" Islam radikal adalah seperti berikut;
1. Mereka berpendapat bahawa Islam adalah satu pandangan hidup yang komprehensif dan bersifat total, sehingga Islam tidak dipisahkan dari politik, hukum, dan masyarakat.
2. Islam radikal seringkali menolak ideologi Barat kerana dianggap sekular dan materislistik.
3. Mereka sering mengajak para pengikutnya untuk 'kembali kepada Islam yang sebenar' sebagai satu usaha untuk perubahan sosial.
4. Mereka tidak menolak modernisasi sekiranya tidak bertentangan dengan standard agama mereka yang ortodok dan perkara-perkara yang tidak merosak kepercayaan mereka.
5. Mereka berkeyakinan, bahwa usaha-usaha Islamisasi dalam masyarakat Muslim tidak akan berjaya tanpa menekankan aspek berjemaah, berorganisasi ataupun pembentukan satu kelompok yang kuat.
Kelompok Fundamentalis sangat bahaya menurut Rand Corp dan perlu diperangi kerana ia setaraf dengan kumpulan radikal.
Begitu juga dengan kumpulan Tradisionalis, tetapi kumpulan ini masih boleh didekati dan diajak berunding.
Manakala kumpulan Liberal menurut RAND Corp merupakan kumpulan Islam yang paling baik dan perlu diberi bantuan oleh Barat, selain itu perlu dibantu juga adalah kumpulan Modernis.
"Umat Islam yang Moderat dan Liberal, walaupun merupakan umat majoriti dalam kebanyakan negara Islam, tetapi mereka tidak dicipta menjadi satu rangkaian yang sama. Pembentukan rangkaian Moderat dan institusi Islam akan menyediakan platform untuk menguatkan mesej mereka dan mampu melindungi daripada keganasan dan ugutan daripada kumpulan Fundamentalis.
"Moderat, bagaimanapun, tidak mempunyai kekuatan sumber untuk mewujudkan rangkaian sendiri, mereka memerlukan pemangkin dari luar. Dengan pengalaman yang luas sejak dari usaha Amerika Syarikat semasa Perang Dingin untuk memupuk rangkaian yang komited dengan idea-idea yang bebas dan demokratik, maka AS mempunyai peranan penting untuk dimainkan untuk membantu kumpulan Moderat.
"Apa yang diperlukan pada peringkat ini adalah mendapatkan pengajaran daripada pengalaman Perang Dingin, dalam menentukan kesesuaian dengan keadaan dunia Islam hari ini, dan membangunkan "peta jalan" untuk pembinaan rangkaian Islam Moderat dan Liberal," lapor Rand Corp.
Menurut laporan itu, istilah rangkaian Muslim Moderat merujuk kepada gabungan Muslim Liberal dan Modenis yang perlu dibantu AS bertujuan untuk memerangi kumpulan Fundamentalis dalam dunia Islam.
Matlamat Muslim Moderat-Liberal hampir sama dengan matlamat AS untuk meujudkan masyarakat demokratik di dunia Islam.
"Secara terbuka dan tertutup AS menekankan tentang kepentingan mengamalkan equliti demokratik liberal, tolenransi, pluralisme, kedaulatan undang-undang, menghormati hak-hak asasi manusia dan masyarakat sivil.
"Di samping itu, Jabatan Negara AS dan USAID (U.S. Agency for International Development) telah diberi mandat khusus untuk mempromosi demokrasi. Untuk menterjemahkan matlamat itu, Jabatan Negara dan USAID telah mengikat kontrak dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO), khususnya NED (the National Endowment for Democracy), IRI (the International Republican Institute), NDI (the National Democratic Institute), Asia Foundation, dan CSID (the Center for the Study of Islam and Democracy). NGO-NGO ini merupakan badan-badan bukan keuntungan yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan AS", lapor Rand Corp.
Untuk menjayakan perancangan itu, menurut Rand Corp, AS telah mewujudkan MEPI (Middle East Partnership Initiative) dan BMENA (Broader Middle East and North Africa Initiative) khusus untuk mengembangkan demokrasi di Timur Tengah dan Afrika Utara yang kemudiannya diterjemahkan sebagai FFF (Foundation for the Future).
Anwar Ibrahim dipilih menjadi Pengerusi dan Presiden FFF.
Laporan Rand Corp itu disunting oleh Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H. Schwartz dan Peter Sickle dan diterbitkan pada tahun 2007, dengan tajaan Smith Richardson Foundation (SRF)
SRF adalah salah satu topeng CIA, di mana pada lewat tahun 50-an, yayasan ini membantu Allen Dullen, Pengarah CIA dalam menjayakan agenda untuk menakluk dunia menggunakan kaedah 'psychological warfare' (peperangan psikologi).
Selain menaja RAND Corp, SRF turut menaja 266 badan stategik antaranya, CSIS (Center for Strategic and International Studies), AEI (American Enterprise Institute), SAIS (Paul H. Nitze School of Advanced International Studies, di Universiti John Hopkins), Brookings Institute, Hudson Institute, Freedom House, dan CFR (Council on Foreign Relations)
RAND Corp adalah singkatan kepada "Research and Development" ditubuh pada 1946 sebagai satu projek penyelidikan (Projek Rand) khusus untuk Pasukan Tentera Udara AS (United States Army Air Forces).
Pada awalnya RAND Corp hanya ditaja oleh yayasan dana Yahudi, Ford Foundation yang telah menyumbang sebanyak satu juta dolar pada tahun 1952, dan secara automatik Pengerusi RAND corp adalah Presiden Ford Foundation.
Namun pada hari ini, Ford Foundation RAND Corp turut dibantu oleh dua lagi yayasan dana Yahudi yang terbesar di AS iaitu Rockefeller Foundation dan Carnegie Foundation.
Sokong DAP Haram, itu kata putus para Ulama. Sebabnya, DAP menentang Islam dengan tegas dan lantang. DAP juga sudah terserlah sebagai parti yang tegar memperjuangkan agama Kristian serta mempunyai agenda jelas tidak menerima Raja-raja Melayu (yang melindungi kedudukan agama Islam di Malaysia) serta tidak senang dengan Islam sebagai agama rasmi.
Kemungkinan besar, tidak salah jika dikatakan bahawa DAP berada di belakang isu murtad di Selangor kerana jelas mereka memberi sokongan kalau pun tidak membela atau menjadi dalang dalam isu ini.
Namun, PAS tetap teguh bersama DAP, cuba menutup dan memperkecilkan isu murtad malah sanggup menyepak keluar Dato' Dr. Hasan Ali yang lantang membangkitkan isu tersebut.
Maka seluruh umat Islam di Malaysia menjadi hairan bagaimana PAS yang begitu takbur mendabik dada sebagai parti Islam ekstrem, yang pernah bermimpi untuk memisahkan wanita dan lelaki di pasaraya, bas, kolam renang dan menghukum sesiapa saja yang tidak berpakaian mengikut 'standard' pemakaian mereka serta menganggap selagi terdapat botol arak di Malaysia, maka kerajaan Malaysia wajib ditentang kerana sekular atau kafir, kini memandang sebelah mata sahaja akan isu murtad.
Sedangkan 'murtad' adalah sehabis besar isu bagi umat Islam kerana ia melibatkan umat meninggalkan agamanya. Tiada apa lagi yang jauh lebih besar atau lebih tragik daripada seorang Muslim menjadi murtad.
Oleh itu, kita hanya mampu menggelengkan kepala melihat bagaimana PAS telah memperkecilkan isu yang sebegitu besar, hanya kerana ingin terus bersama DAP.
Namun, apa yang nak dihairankan dengan sikap PAS sedangkan prinsip untuk menegakkan Negara Islam juga sudah lama digadai mereka gara-gara begitu teruja atau 'gila' untuk bersama bergandingan tangan dengan DAP menuju ke Putrajaya. Hanya akhir-akhir ini, soal hudud dipolitikkan semula memandangkan Pilihanraya sudah semakin hampir.
Kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud mengenai hukum haram bekerjasama dengan DAP membuktikan 'kegilaan' PAS demi mengejar kuasa politik. Menurut beliau, "adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO".
Ertinya, beliau mengaku adalah haram untuk bekerjasa dengan DAP yang menentang Islam tetapi ia dibolehkan bagi menentang UMNO/BN yang didakwanya menentang Islam juga.
Nampaknya, PAS meletakkan UMNO/BN yang telah membina beribu-ribu masjid, melahirkan begitu banyak 'Ulama' dalam berbagai bidang, menjaga kebajikan rakyat, memelihara keamanan dan menyeru kepada perpaduan sepertimana yang dituntut Islam, sebagai jauh lebih 'kafir' dari kafir harbi DAP.
Dalam ertikata lain, PAS sanggup menjatuhkan saudara seagama demi untuk berkongsi kuasa dengan kafir harbi.
Ini adalah pendirian PAS seperti yang telah ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama mereka sendiri. Ia diungkapkan dalam ayat yang mudah untuk difahami, jelas serta tidak diputar-belit oleh sesiapa.
Kini, para Ulama telah pun menyatakan hukum bekerjasama dengan DAP mengikut Islam iaitu haram, dan Dewan Ulama PAS juga telah menyatakan hukumnya mengikut ideologi PAS iaitu harus.
Jelas, PAS telah memilih untuk mengutamakan politik dari agama maka dengan itu tiada guna lagi bagi kita mempersoalkan pendirian mahupun hala tuju parti tersebut selepas ini.
Justeru, mulai hari ini, kita semua wajar berhenti dari merasa hairan dengan segala tindak tanduk PAS yang bertentangan dengan Islam.
Kita wajar menerima hakikat bahawa PAS sudah begitu selesa, gembira dan tenang bergandingan dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO, menuju ke puncak kuasa bersama-sama. Untuk itu, Islam dan hukum-hakamnya sentiasa perlu diubah untuk disesuaikan dengan kehendak Kristian-DAP agar kerjasama mereka kekal utuh.
Apa yang tinggal kini ialah terpulanglah kepada para Muslimin Muslimat di dalam PAS untuk memilih Islam ataupun PAS.
Apabila Pakatan Rakyat (PR) melalui kenyataan Anwar Ibrahim dan Husam Musa secara terbuka menolak penubuhan Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Negeri-negeri Pantai Timur, sudah tampak jelas permainan politik yang cuba dicorakkan oleh pembangkang bersabit isu royalti minyak ini.
Imbas semula sejarah awal isu royalti minyak ini sejak mula ianya ditimbulkan, rakyat sudah nampak hala tuju PAS condong untuk mempolitikkannya berbanding merundingkan isu untuk mencari titik temu.
Menjelang Pilihanraya Kecil (PRK) Manek Urai yang diadakan pada Julai 2009 lalu misalnya, isu tuntutan royalti minyak untuk Kelantan adalah menu utama yang dianggap oleh PAS akan menjadi daya tarikan kuat untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada Nik Aziz dan kerajaan negeri pimpinannya.
Namun seperti yang kita maklum, keputusan PRK tersebut walaupun berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada PAS akan tetapi undi yang diperolehi PAS dan majoriti kemenangannya juga jatuh merudum.
Semasa PRU 2008, DUN Manek Urai dimenangi oleh PAS dengan majoriti 1,352 undi setelah memperolehi sejumlah 5,746 undi mengalahkan calon BN yang hanya memperolehi 4,394 undi.
Sekalipun kempen PRK Manek Urai agak hangat dengan isu retorik dan provokasi kenegerian bersabit tuntutan royalti minyak, menariknya undi yang diperolehi PAS dalam PRK itu telah merosot kepada 5,348 undi sahaja berbanding PRU 2008 sebanyak 5,746 undi memihak kepada PAS.
BN pula berjaya meraih sokongan dari 5,283 pengundi yakni peningkatan memberangsangkan sebanyak 889 undi, satu penambahbaikan sokongan yang agak baik dibandingkan hanya 4,394 undi saja yang dirangkul pada PRU 2008.
Kebetulannya, calon yang mewakili PAS yang memenangi PRK Manek Urai adalah seorang peraih ikan, lantaran itu kemenangan tipis dengan majoriti hanya 65 undi itu begitu popular dan sinonim dikalangan khalayak umum sebagai kemenangan "nyawa-nyawa ikan".
Selepas PRK itu, PAS masih cuba mensensasikan isu royalti kerana berpandangan ianya tetap berbaloi untuk dimanfaatkan bagi kepentingan politik PAS walaupun ujian awal di Manek Urai menyaksikan kesan positifnya pada PAS terlampau minima.
Dalam pada itu, ramai kalangan pemimpin PAS pada awalnya bercanggah pendapat apabila ramai yang mengakui dari aspek perundangan sebenarnya Kelantan tidak layak menuntut royalti tersebut sekalipun cuba diyakinkan oleh Husam Musa yang isu ini tetap akan memihak kepada Kelantan.
Apabila Husam berjaya 'mempengaruhi' pemimpin UMNO Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) untuk sepakat dalam satu pasukan memperjuangkan isu tersebut, akhirnya perbezaan pandangan dikalangan pemimpin PAS negeri dapat diketepikan.
Berikutan itu, sejak akhir 2009 dan sepanjang tahun 2010 gerakan menuntut royalti minyak terus diperhebatkan kerana PAS yakin dengan penyertaan rasmi Ku Li maka isu tersebut akan mempengaruhi rakyat untuk menolak UMNO yang ketika itu dilihat semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan.
Tanpa PAS sedari, penyertaan Ku Li dalam kempen tuntutan royalti itu hanyalah bersifat menuntut ehsan Perdana Menteri supaya menggunakan kuasa dan budi bicaranya bagi menimbangkan pembayaran royalti demi kebaikan negeri Kelantan dan lain-lain negeri yang di luar sempadan pantainya menghasilkan petroleum atau gas.
Ku Li tahu, dengan hanya bersandarkan pada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian 1975 semata-mata tidak kukuh untuk dihujahkan kelayakan Kelantan menerima bayaran royalti berikutan kekangan dari akta dan fakta perundangan lain terutama membabitkan sempadan perairan yang memisahkan hak kerajaan negeri dan hak kerajaan pusat.
Antara akta yang berkait langsung dengan Akta kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian 1975 ialah Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83], Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu No.7/1967), Akta Perlombongan Petroleum 1966 [Akta 95], UNCLOS 1982, Convention on the Territorial Sea and Contiguous Zone 1958 dan beberapa lagi akta lain.
Oleh sebab itu, apabila Perdana Menteri Dato' Seri Najib mengumumkan keputusan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi membincangkan isu royalti minyak membabitkan tiga negeri di Pantai Timur, ia sebenarnya satu berita gembira yang sepatutnya disambut semua pihak.
Sayangnya, PAS tidak menerima tawaran ehsan yang dihulurkan oleh PM kerana tahu jika kerajaan PAS kelantan menyertai jawatankuasa ini dan isu tersebut menemui penyelesaian muktamadnya, rakyat akan lebih mengingati budi bicara dan jasa PM & UMNO berbanding sikap kontroversi yang selama ini ditonjolkan oleh PAS.
Jika Kerajaan Kelantan masih bertegas mengikut keputusan yang telah disuarakan oleh Anwar Ibrahim dan Husam Musa, nyata ia umpama langkah yang mengundur ke belakang yang pastinya akan dikesali oleh rakyatnya sampai bila-bila.
Pun begitu, alang-alang sudah menolak jemputan menyertai rundingan tersebut, kita harap kerajaan Nik Aziz akan kekalkan pendirian tersebut dan teruskan saja samannya ke atas PETRONAS dan kita tengok pula hujah dan fakta perundangan siapa yang yang kukuh.
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tidak Salah Berkongsi Kuasa Dengan Kafir Harbi – Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan
Sokong DAP Haram, itu kata putus para Ulama.....
Sebabnya, DAP menentang Islam dengan tegas dan lantang. DAP juga sudah terserlah sebagai parti yang tegar memperjuangkan agama Kristian serta mempunyai agenda jelas tidak menerima Raja-raja Melayu (yang melindungi kedudukan agama Islam di Malaysia) serta tidak senang dengan Islam sebagai agama rasmi.
Kemungkinan besar, tidak salah jika dikatakan bahawa DAP berada di belakang isu murtad di Selangor kerana jelas mereka memberi sokongan kalau pun tidak membela atau menjadi dalang dalam isu ini.
Namun, PAS tetap teguh bersama DAP, cuba menutup dan memperkecilkan isu murtad malah sanggup menyepak keluar Dato' Dr. Hasan Ali yang lantang membangkitkan isu tersebut.
Maka seluruh umat Islam di Malaysia menjadi hairan bagaimana PAS yang begitu takbur mendabik dada sebagai parti Islam ekstrem, yang pernah bermimpi untuk memisahkan wanita dan lelaki di pasaraya, bas, kolam renang dan menghukum sesiapa saja yang tidak berpakaian mengikut 'standard' pemakaian mereka serta menganggap selagi terdapat botol arak di Malaysia, maka kerajaan Malaysia wajib ditentang kerana sekular atau kafir, kini memandang sebelah mata sahaja akan isu murtad.
Sedangkan 'murtad' adalah sehabis besar isu bagi umat Islam kerana ia melibatkan umat meninggalkan agamanya. Tiada apa lagi yang jauh lebih besar atau lebih tragik daripada seorang Muslim menjadi murtad.
Oleh itu, kita hanya mampu menggelengkan kepala melihat bagaimana PAS telah memperkecilkan isu yang sebegitu besar, hanya kerana ingin terus bersama DAP.
Namun, apa yang nak dihairankan dengan sikap PAS sedangkan prinsip untuk menegakkan Negara Islam juga sudah lama digadai mereka gara-gara begitu teruja atau 'gila' untuk bersama bergandingan tangan dengan DAP menuju ke Putrajaya.
Hanya akhir-akhir ini, soal hudud dipolitikkan semula memandangkan Pilihanraya sudah semakin hampir.
Kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud mengenai hukum haram bekerjasama dengan DAP membuktikan 'kegilaan' PAS demi mengejar kuasa politik.
Menurut beliau, "adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO".
Ertinya, beliau mengaku adalah haram untuk bekerjasa dengan DAP yang menentang Islam tetapi ia dibolehkan bagi menentang UMNO/BN yang didakwanya menentang Islam juga.
Nampaknya, PAS meletakkan UMNO/BN yang telah membina beribu-ribu masjid, melahirkan begitu banyak 'Ulama' dalam berbagai bidang, menjaga kebajikan rakyat, memelihara keamanan dan menyeru kepada perpaduan sepertimana yang dituntut Islam, sebagai jauh lebih 'kafir' dari kafir harbi DAP.
Dalam ertikata lain, PAS sanggup menjatuhkan saudara seagama demi untuk berkongsi kuasa dengan kafir harbi.
Ini adalah pendirian PAS seperti yang telah ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama mereka sendiri. Ia diungkapkan dalam ayat yang mudah untuk difahami, jelas serta tidak diputar-belit oleh sesiapa.
Kini, para Ulama telah pun menyatakan hukum bekerjasama dengan DAP mengikut Islam iaitu haram, dan Dewan Ulama PAS juga telah menyatakan hukumnya mengikut ideologi PAS iaitu harus.
Jelas, PAS telah memilih untuk mengutamakan politik dari agama maka dengan itu tiada guna lagi bagi kita mempersoalkan pendirian mahupun hala tuju parti tersebut selepas ini.
Justeru, mulai hari ini, kita semua wajar berhenti dari merasa hairan dengan segala tindak tanduk PAS yang bertentangan dengan Islam.
Kita wajar menerima hakikat bahawa PAS sudah begitu selesa, gembira dan tenang bergandingan dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO, menuju ke puncak kuasa bersama-sama.
Untuk itu, Islam dan hukum-hakamnya sentiasa perlu diubah untuk disesuaikan dengan kehendak Kristian-DAP agar kerjasama mereka kekal utuh.
Apa yang tinggal kini ialah terpulanglah kepada para Muslimin Muslimat di dalam PAS untuk memilih Islam ataupun PAS.
Gambar suspek menaiki motosikal yang sempat dirakamkan mangsa.
IPOH - Wartawan China Press, Poon Wei Kuen, 31 berdepan detik cemas apabila kereta jenis Proton Waja yang dipandu ditahan seorang lelaki menaiki motosikal, yang telah mengugut serta meminta wang daripadanya dengan alasan telah dilanggar oleh Wei Kuen di Jalan Panglima Bukit Gantang, Rabu lalu.
Wei Kun memaklumkan, kejadian itu berlaku pada jam 6 petang, dan dia dalam perjalanan dari Jalan Tun Abdul Razak ke Bulatan Bahagia pada ketika itu sebelum mendengar dentuman kuat di belakang kereta yang dipandunya.
Wei Kun berkata, dia sudah melihat seorang lelaki menaiki motosikal di belakang kenderaannya waktu itu namun terpaksa meneruskan perjalanan kerana keadaan lalu lintas sesak, dan ketika sampai di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, lelaki berkenaan telah bertindak menghalang perjalanannya.
"Lelaki itu turun dari motosikal dan datang ke arah kereta saya lalu mendakwa dia telah dilanggar lari oleh saya, menyebabkan tangan kirinya cedera.
"Pelik dengan tindakan lelaki itu, saya mengajaknya ke balai polis berhampiran untuk menyelesaikan masalah itu, namun dia enggan. Lelaki itu mencari alasan dan menyuruh saya meminta maaf atas insiden berkenaan," katanya.
Wei Kun menambah, selepas dia meminta maaf, lelaki terbabit masih menunggu seperti mengharap sesuatu dan kerana bimbang, Wei Kun memaklumkan lelaki terbabit yang dia akan membuat laporan polis.
Lelaki terbabit kemudiannya melarikan diri menaiki motosikal jenis Honda EX5 berwarna biru gelap, dengan nombor pendaftaran kenderaan AGU 8246.
"Saya juga sempat mengambil gambar kelibat lelaki itu dan kerana bimbang keselamatan saya serta orang lain turut terancam dengan kejadian seperti ini, saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam (kelmarin)," katanya.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias menasihatkan orang ramai yang memandu berseorangan, terutama wanita agar lebih berhati-hati serta jangan mudah terpedaya dengan taktik penjenayah.
"Jangan panik bila berdepan dengan situasi seperti itu dan cuba dapatkan butiran kenderaan seperti jenis, warna, nombor plat, serta keadaan fizikal suspek. Kita syorkan mangsa membuat laporan polis supaya kami dapat mengesan penjenayah" katanya.
JUARA...Pemain Mexico, Oribe Peralta (dua, kanan) menjaringkan gol keduanya ketika aksi final bola sepak lelaki di Sukan Olimpik, London malam Sabtu. Mexico memperoleh pingat emas selepas menewaskan Brazil 2-1
BERIKUT adalah keputusan final kejohanan bola sepak lelaki di Sukan Olimpik, London malam Sabtu:
Brazil 1 - 2 Mexico
Mexico meraih pingat emas bagi acara final bola sepak lelaki selepas menewaskan Brazil 2-1.
Gol Mexico dijaringkan Oribe Peralta seawal minit pertama. Dia kemudiannya melengkapkan gol kedua pada minit ke-75.
Brazil memperoleh gol tunggal menerusi Hulk pada minit ke-90.
[Ads: Ramadhan adalah masa utk mengeratkan hubungan dan bermaaf-maafan #UEratkanLagi]
Seramai 183 penumpang KL Monorel terperangkap lebih satu jam selepas dua gerabak yang dalam perjalanan dari Stesen KL Sentral menuju ke pusat bandaraya mengalami masalah teknikal.
Perkhidmatan monorel RapidKL terkandas secara tiba-tiba pada pukul 2 petang apabila sebuah gerabak berhenti di depan flat di Brickfields.
Para penumpang terpaksa dikeluarkan daripada gerabak lain dengan menggunakan skylift.
[Ads:Ramadhan adalah masa utk mengeratkan hubungan dan bermaaf-maafan #UEratkanLagi]
Kedua-duanya ternama dengan bakat pembohong masing-masing. Rafizi, seperti mana yang kita ketahui, penjenayah yang sedang bebas dan telah diangkat sebagai hero oleh pecacai-pecacai yang tak faham akan undang-undang.
Kononnya mahu bongkarkan kemungkaran, tapi korbankan integriti, maruah dan undang-undang untuk berbuat demikian.
Begitu juga dengan mamat sewel ini. Kononnya mahu menunjukkan beliau seorang yang patriotik dan sayangkan Malaysia dan juga-juga hero-heronya, lantas berbuat sesuatu, tetapi memalukan pula maruah hero yang kononnya mahu dipertahankan.
Baca laporan dibawah bagaimana maruah Datuk Lee Chong Wei dimalukan oleh Namewee...
BEIJING - Datuk Lee Chong Wei memohon maaf berhubung klip video penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee yang menghina bintang badminton China, Lin Dan.
"Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya," kata Chong Wei dalam laman web peribadinya di "microblogging" weibo, laman web di China yang bersamaan dengan Twitter.
Baru-baru ini, Namewee memuat naik klip video ciptaannya di laman web yang mengandungi maki-makian dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan selepas Chong Wei kalah 21-15, 10-21, 19-21 kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London, di Arena Wembley.
Klip itu kemudiannya, tersebar ke seluruh forum utama dan telah menimbulkan kemarahan di kalangan peminat badminton di China.
Media dalam talian China, Souhu melaporkan bahawa Namewee mempertahankan dirinya dengan berkata, dia hanya meluahkan perasaannya seperti seorang peminat biasa.
"Biasanya, peminat akan hanya marah di rumah, tetapi saya buat dalam bentuk video untuk menunjukkannya," dakwa beliau.- Bernama
Buat malu Malaya saja dua-dua mangkuk jamban nih!
[Ads: Ramadhan is a time to reconnect and start anew with your loved ones. Alif really struck a chord with me in this #UEratkanLagi]
SINGAPURA: Bekas teman lelaki seorang remaja perempuan berusia 13 tahun telah memberitahu mahkamah bahawa beliau telah nampak teman wnitanya itu bergelut dengan seorang pemandu leri yang cuba merogolnya.
Kejadian rogol ini berlaku pada 21 April tahun lepas telah diceritakan semalam olehremaja lelaki berkenaan yang berusia 18 tahun ketika membuat pengakuan pada sesi pertuduhan.
Pemandu lori tersebut, Hang Tuah Jumaat, telah didakwa merogol kekasihnya itu.
Lelaki berusia 40 tahun itu yang tidak diwakili peguam, menegaskan bahawa beliau berada di flat berdekatan ketika mangsa diserang.
Remaja berkenaan memberitahu mahkamah bahawa Hang Tuah telah memaksa beliau untuk mengajak kekasihnya itu bersiar-siar dan minum pada hari tersebut.
Hang Tuah itu kemudiannya mengambil mereka dengan lorinya dan kemudian menukar ia dengan lori yang lebih besar di premis kerjanya di Sungei Kadut.
Dia kemudiannya memarkir lorinya di sebatang jalan yang sunyi dekat kem tentera Kranji.
Hang Tuan kemudian telah memberi mereka minum vodka bercampur dengan jus oren.
Selepas minum dua gelas, gadis berkenaan berasa pening dan Hang Tuan memaksanya untuk minum lagi, kata remaja lelaki berkenaan.
Mereka bertiga duduk di atas kabin lori ketika hari kejadian.
Hang Tuah kemudiannya menghantas SMS kepada remaja lelaki supaya keluar dari situ. Ketika sekembalinya beliau ke lori berkenaan, remaja lelaki itu berkata, Hang Tuah kelihatan sedang memakai seluar manakala gadis tersebut berada di tempat duduk hadapan.
Kemudiannya, mereka bertiga masuk kebahagian kargo lori dibelakang. Di situ, remaja lelaki tersebut telah tertidur. Ketika beliau bangun dari tidur, beliau mendakwa nampak Hang Tuah dalam keadaan bogel sedang bergelut dengan gadis tersebut.
Beliau juga memberitahu mahkamah gadis tersebut menjerit; "Jangan! Jangan!"
Gadis tersebut berasa takut untuk pulang ke rumah dan Hang Tuah meletakkan lorinya dekat Boon Lay Drive pada tengah malam itu.
Remaja itu berkata, beliau nampak Hang Tuah telah memberikan gadis tersebut $5 dan menyuruhnya untuk tidur di dalam lori itu.
Hang Tuah turut didakwa merogol seorang gadis berusia 14 tahun pada November 2009 dan meniduri gadis bawah umur dalam tujuh dakwaan lain.
Kalau di arena sukan tanah air kita ada ada' raja dan ratu atlet' yang cukup kita bangga, Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela yang mana mereka sekarang menjadi topik perbualan hangat ramai.
Tak kurang juga di persada hiburan, kita ada Yunalis Zarai @ Yuna. Anak Malaysia yang kini sedang rancak mengembangkan empayar seninya di benua Amerika. Yuna sekarang sibuk dengan konsert jelajahnya di sana.
Rata-rata pencinta muzik tanah air memang sedia mengagumi bakat serta kredibiliti yang dimiliki penghibur bertaraf antarabangsa ini. Dan bukan saja kita rakyat Malaysia, malahan Yuna sudah membuktikan dia mampu mencuri hati ramai peminat muzik tak kurang selebriti terkenal Hollywood.
Malam tadi, sekali lagi Yuna mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat perhatian daridada penyanyi antarabangsa popular, Rihanna.
Rihanna menerusi Twitter rasminya telah memuji kehebatan pelantun Terukir Di Bintang ini. Dan tak lama kemudian Yuna membalasnya dengan ucapan terima kasih.
Mula-mula ni, di Twitter lah. Mungkin satu hari nanti kita akan dapat melihat Yuna berkolaborasi dengan nama-nama besar di sana dan siapa tahu, salah seorangnya adalah dengan Rihanna. Mudah-mudaha ada lagi khabar membanggakn yang akan dibawa Yuna untuk kita semua.
Yuna sebelum ini pernah muncul di rancangan bual bicara popular Amerika, Conan, sekitar April lalu. Di samping lagu berjudul Live Your Life yang dimuatkan di dalam album versi Amerikanya merupakan satu di antara lima lagu yang terkandung dalam projek kolaborasi beliau bersama penyanyi Rap terkenal, Pharrell Williams.
SAMARAHAN – Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg memiliki rahsia tersendiri sebelum meraih pingat gangsa Olimpik pertama negara apabila menyeru nama bapanya sebanyak tiga kali sebelum memulakan aksi bertaraf dunia malam kelmarin.
Perkara itu didedahkan oleh bapa Pandelela, Pamg Joheng, 46, yang meminta anaknya itu berbuat demikian bagi menghilangkan perasaan gemuruh ketika melakukan acara tersebut malam kelmarin.
Buruh binaan itu berkata, beliau bukan sahaja meminta anaknya berbuat demikian semasa kejohanan Olimpik bahkan di kejohanan-kejohanan besar lain sebelum ini.
"Saya minta dia seru nama saya sebelum terjun untuk menghilangkan rasa gemuruh dan dia buat betul-betul.
"Sebaik sahaja tamat saingan itu, sayalah merupakan bapa yang paling gembira di dunia kerana tidak sangka doa saya setiap masa dimakbulkan," kata Pamg Joheng kepada Kosmo! di kediamannya di Taman Samarex di sini semalam.
Wakil Pakatan Rakyat yang sudah menonton Tanda Putera kini merasakan filem kontroversi yang memuatkan babak tragedi 13 Mei itu tidak mempunyai sentimen perkauman, kata pengarahnya Shuhaimi Baba.
"Selepas menonton filem ini, mereka tidak merasakan ia mempunyai sentimen perkauman," Shuhaimi dipetik sebagai berkata kepada sebuah harian hari ini.
Bercakap kepada Sinar Harian, beliau yang juga dikenali sebagai Shumi berkata, selain wakil Pakatan, pihak BN juga sudah diundang menonton karya terbarunya itu.
Beliau juga menolak tanggapan filem sejarah yang mengisahkan persahabatan antara perdana menteri kedua Tun Abdul Razak dan timbalannya Tun Dr Ismail itu akan mencetuskan kontroversi.
Tanda Putera sebelum ini dikritik Lim Kit Siang apabila laman Facebook rasminya mendakwa ketua parlimen DAP itu kencing di tiang bendera rumah menteri besar Selangor menjelang peristiwa 13 Mei.
Gambar dan kapsyen di laman sosial itu bagaimanapun sudah dikeluarkan. Lim sendiri menafikannya.
Pembangkang juga menuntut kerajaan menayangkan filem itu kepada pimpinan Pakatan untuk diteliti sebelum ditayangkan kepada umum kerana didakwa akan menimbulkan isu perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum.
Sementara itu, Shuhaimi juga dilapor meminta pengkritik Tanda Putera supaya berhubung terus dengan pihaknya untuk mendapatkan penjelasan sebenar. Shuhaimi berkata, individu yang ingin memberi komen hendaklah menyaksikan keseluruhan filem itu dan bukan berpandu kepada persepsi sendiri dan promo yang ditonton, lapor Mstar.
"Filem ini diterbitkan oleh syarikat saya dan Finas. Bagi pihak yang tidak senang dengan penghasilan filem ini, mereka sepatutnya memahami peraturan iaitu datang berjumpa dengan pihak Finas atau Pesona Picture untuk bertanya.
Dalam perkembangan berkaitan Shumi dilaporkan akan mengadakan sidang media pada 13 Ogos depan bagi menjelaskan situasi filem tersebut.
JAGUH terjun negara, Bryan Nickson Lomas, ketinggalan satu anak tangga untuk mara peringkat separuh akhir acara 10m platform individu lelaki selepas menduduki tempat ke-19 pada saingan Sukan Olimpik 2012, awal pagi tadi.
Bagaimanapun, Bryan, yang menjadi atlet terakhir negara beraksi pada Sukan London itu, diletakkan dalam senarai simpanan sekiranya mana-mana daripada 18 penerjun ke peringkat separuh akhir menarik diri.
Bryan, 22, dari Kuching, Sarawak, mengumpul 434.95 mata pada enam terjunan, jauh ketinggalan daripada pendahulu, Qiu Bo dari China yang mencatatkan 563.70 mata.
Selepas mengumpul 81.60 mata pada terjunan pertama, Bryan gagal menyempurnakan terjunan kedua berdarjah kesukaran tinggi dengan hanya mendapat 68.45 mata di tempat ke-18.
Pada terjunan ketiga, percubaan gaya terjunan 'back 3 1/2 somersault, beliau mendapat 29.70 mata menyebabkan kedudukannya merosot ke tangga ke-26.
Bagaimanapun, pemenang gangsa Sukan Komanwel 2010 New Delhi itu memperbaiki kesilapan untuk mencatatkan 74.25 mata pada terjunan keempat, 96.35 mata dan 84.60 mata masing-masing pada terjunan kelima dan keenam.
Pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, Bryan menduduki tempat ke-26 daripada 28 penerjun dalam acara sama dengan mengumpul 384.45 mata. -Bernama
Pelakon Hairie Othman merasakan benar-benar dianaktirikan oleh syarikat produksi di negara ini yang enggan memberinya peluang berlakon selepas dia menyertai PAS pada 26 Jun lalu. Hairie atau nama sebenarnya Khairie Othman, 41, berkata dia bagaimanapun tidak ralat dengan diskriminasi tersebut kerana mahu memberi tumpuan yang lebih sebagai penceramah untuk parti tersebut.
"Sudah 20 tahun lebih saya berada dalam industri lakonan dan belum pernah lagi tidak ada tawaran berlakon dalam diri saya. Tetapi selepas saya masuk PAS, memang jelas saya didiskriminasikan.
"Bukankah kita hidup sebagai negara demokrasi? Jika benar, mengapa orang seperti saya disisihkan?" soalnya yang dihubungi mStar Online di sini petang Khamis. Selepas drama Waris yang kini sedang ditayangkan setiap Khamis, di TV3 (pukul 10 malam), Hairie telah menjalani penggambaran terakhirnya iaitu Opah sebanyak 13 episod untuk siaran RTM>.
Tambah Hairie, dia kini lebih senang dengan bidang baru iaitu menjadi penceramah walaupun bayarannya tidak tetap iaitu bergantung kepada sumbangan yang diberi oleh mereka yang hadir mendengar ceramahnya. Malah dia bersyukur kerana masih lagi mampu menanggung kos sara hidup menerusi ceramah yang dibuat walaupun tidak lagi aktif dalam bidang lakonan yang diminatinya
"Sebenarnya, jadi penceramah atau pelakon, suasana kehidupannya lebih kurang sama sahaja kerana industri lakonan kita tidaklah sebesar mana.
Malah semakin lanjut usia, maka semakin rendahlah bayaran yang diterima, jadi tiada perbezaan. "Cuma saya sayangkan bidang ini dan sudah 20 tahun saya berlakon. Tak mungkin saya akan meninggalkan industri seni begitu sahaja.
"Mungkin apabila industri hiburan tempatan sudah mula mengikut garis panduan Islam, saya akan memberikan keutamaan dalam hal-hal belakang tabir," ujarnya. Dalam pada itu, Hairie turut menepis andaian kononnya menerima wang RM50,000 setiap kali memberi ceramah iaitu jumlah yang lebih tinggi berbanding ketika dia ditawarkan watak dalam sesebuah karya lakonan.
Katanya, entri berhubung perkara itu dalam Twitter miliknya adalah sekadar sindiran yang ditujukan kepada pihak-pihak tertentu yang gemar mengkritik dirinya.
"Jangan salah anggap, tak mungkinlah saya dapat bayaran sebesar itu. Kalau benarlah maka saya akan jadi kaya di hujung tahun ini. "Ia hanyalah kata-kata perli kepada golongan yang mengkritik saya menyertai PAS," tegasnya.
Sementara itu, bintang filem Leftenen Adnan ini turut menjalani perniagaan sebagai jurulatih selam skuba bawah syarikatnya iaituHO Scuba Adventures.
Dr Mahathir Mohamad berkata, pendiriannya tidak bersetuju dengan hudud yang dituntut PAS tidak boleh disamakan dengan DAP kerana Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam ketika zaman pentadbirannya.
Justeru, bekas perdana menteri itu menafikan dakwaan beliau anti-Islam kerana tidak melaksanakan hukuman hudud semasa pemerintahannya.
"Ada dua perkara (DAP tak setuju). Tak setuju hudud dan negara Islam.
"Saya isytihar Malaysia negara Islam. Itu saya sokong. Soal hudud ini, (ia) intrepretasi PAS dalam hudud. Itu kita tak boleh sokonglah.
"Hudud soal lain. (Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tak setuju nak jadikan negara Islam ala PAS. Kita memang dah (isytihar negara) Islam dah," katanya.
Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan dakwaan bahawa DAP anti-hudud sedangkan Mahathir sebelum ini juga tidak bersetuju untuk melaksanakan hukuman itu di negara ini.
Pandangan peribadi guru pondok
Sehari sebelumnya, seorang guru pondok dalam Utusan Malaysia kelmarin bahawa haram menyokong DAP kerana parti itu didakwa "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."
NONESementara itu, mengulas pandangan ulama di akhbar Umno itu, Dr Mahathir berkata, kenyataan itu hanyalah pendapat seseorang yang mempunyai ilmu agama yang mendalam.
Katanya lagi, terpulang sama ada masyarakat mahu menerimanya atau tidak kerana itu merupakan pendapat peribadi.
"Kita dapat mesej daripada Allah pun kita tak turut. Saya fikir tidak akan ramai turut apa yang dia sebut.
"Saya tak tahu betul ke tak (dakwaan). Ini pendapat mereka. Pengetahuan agama saya tak begitu mendalam," katanya lagi.
MK
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
JUMAAT 10 Ogos di Mahkamah Majistret PETALING JAYA - Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur Syaleza Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh isterinya itu, bulan lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Tertuduh yang memakai baju-T berkolar berwarna ungu mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.
Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.
Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai.- Bernama
PM announced RCI headed by exJudge Steve Shim, Prof Kamarulzaman ex-VC UMS, TS Herman Luping, dtk hendri chin & KY mustafa exSKN#PMinSabah
Masalah Pendatang tanpa izin, konon adalah punca Bumburing keluar daripada BN pada 29 Julai lalu.
Bagi AYT, RCI bukan bertujuan mencari masalah pendatang tanpa izin, akan tetapi lebih kepada tujuan politik.
Rakyat umum tahu, bahawa mereka yang beria-ia dengan penubuhan RCI PATI, adalah mereka yang tidak mungkin berkuasa lagi melalui elemen perkauman dan agama.
Kedudukan komposisi kaum yang diterjemahkan melalui kerusi dewan undangan negeri adalah: 20 kawasan bumiputera islam, 20 kawasan bumiputera bukan islam dan 8 kawasan kaum cina.; kini komposisi itu menjadi 32 kawasan bumiputera islam, 20 bumiputera bukan islam dan 8 kaum cina.
Melihat kepada kedududkan jumlah kerusi DUN Sabah itu, maka sentimen perkauman yang membolehkan sesebuah parti memerintah sepertimana tahun 1985-1994; sukar berulang lagi. Jika pada tahun-tahun itu, apabila bumiputera bukan islam bergabung dengan kaum cina, sepertimana berlaku pada tahun 1976 dan 1985, boleh menumbangkan kerajaan yang memerintah.
Keadaan kini, untuk menumbangkan kerajaan yang memerintah perlu mendapat sokongan semua kaum atau agama. Sebenarnya, keadaan ini lah yang diperlukan demi kestabilan politik, agar pembangunan negeri terus berjalan.
Biasanya di Sabah, setiap 9 tahun akan bertukar kerajaan, namun tidak berlaku lagi sejak kerajaan yang ditunjang Umno ditubuhkan pada tahun 1994.
Nauzubillah.. jauhlah kita dari perkara sebegini. Pada yang kaki maksiat tu, Mc harap sempena Ramadhan yang mulia ni. Berubahlahh.. jadilah insan yang berguna, jadilah muslimin yang beramal. Nak insaf tak payah masuk Pas. Cari saja Ustaz atau Guru yang benar-benar ikhlas. Ramai lagi..jangan cari Tok Guru politik, confirm sesat macam Nik Aziz.
McTheory: Ingat kita nak berubah, masuk Pas, bertambah sesatnya pulak..
Selama lebih dua minggu para pemimpin parti pembangkang yang melabelkan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat (PR) telah beriya-iya mengecam dan menyerang slogan "Janji Ditepati" yang dijadikan tema untuk Sambutan Kemerdekaan Ke 55, konon kata mereka tema tersebut berbau politik dan tidak patriotik.
Serentak dengan kecaman tersebut, mereka melancarkan pula tema dan logo sendiri sekaligus tercatat dalam sejarah tanahair inilah pertama kalinya sambutan kemerdekaan memiliki dua tema berasingan dari dua kem yang berbeza.
Malangnya, dalam pada pihak pembangkang bersungguh melancarkan kempen boikot terhadap tema Janji Ditepati atas alasan kemerdekaan negara dicemari unsur politik, kini tidak semena-mena timbul pula gabungan 20 NGO pro pembangkang yang mahu membuat himpunan 'Janji BERSIH' di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos 2012.
Kesemua muka-muka individu yang mengaku mewakili 20 NGO itu merupakan muka sama yang mendukung perjuangan PR malah terlibat secara langsung menganjurkan himpunan Bersih 3.0 yang berakhir dengan huru-hara dan keganasan pesertanya tempohari.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0 yang mengetuai kesemua NGO tersebut juga secara sinis menyindir tema "Janji Ditepati" sebagai janji-janji kosong oleh kerajaan, di masa yang sama turut menyeru rakyat Malaysia memakai pakaian kuning sempena sambutan kemerdekaan kali ini.
Tanpa segan atau malu, mereka masih juga mengusung 8 tuntutan berkaitan pilihanraya yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 sekalipun tahu ia tidak kena pada masa dan tempatnya.
Bak kata pepatah, kata dulang paku serpih, sibuk mengata pada kerajaan rupanya PR yang lebih.
Dalam pada itu, perhimpunan 'Janji BERSIH' yang mereka rancang itu berkemungkinan besar langsung tidak akan menepati tema yang mereka suarakan.
Rekod sebelum ini menunjukkan sebaik selesai sahaja perhimpunan anjuran puak-puak ini, sampah sarap dan kotoran yang beratnya bertan-tan pasti kelihatan di merata-rata tempat mereka berhimpun.
Situasi sama yang bersepah-sepah dengan sampah sarap, kondom dan kotoran lain pastinya akan berulang jika dilihat pada muka-muka sama yang terlibat langsung menganjurkan perhimpunan kali ini.
Selain itu, jika kita masih ingat semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas, sekalipun pada awalnya pemimpin PR dan NGO proksi mereka menjanjikan perhimpunan yang aman damai serta tenteram, hakikatnya banyak kerosakan harta benda awam, kemusnahan kenderaan polis dan kecederaan berlaku disebabkan perilaku ganas peserta mereka.
Pendek kata janji manis mereka untuk bersurai secara aman selepas dibenarkan berhimpun tanpa halangan bukan sahaja gagal ditepati malah dicabuli pula dengan aksi ganas dan tidak bertamadun.
Patutlah begitu sekali meroyannya pemimpin PR dan NGO proksinya apabila "Janji Ditepati" diangkat sebagai tema Kemerdekaan yang Ke-55.
Berdasarkan apa yang telah berlaku sebelum ini, tidak salah untuk kita andaikan kemungkinan perhimpunan malam merdeka anjuran NGO proksi PR ini juga akan berakhir dengan aksi ganas dan perlakuan luar tabie yang lain. Betul tak?
Pihak berkuasa Russia membongkar satu kumpulan ajaran sesat berhenti berhubung dengan dunia luar selepas hidup di ruang bawah tanah sejak 10 tahun lalu.
Pendakwa berkata, 27 daripadanya ialah kanak-kanak yang hidup dalam bilik tanpa alat pemanas dan bergelap. Mereka sudah dibebaskan dan ibu bapa mereka akan didakwa atas tuduhan mendera kanak-kanak.
Pegawai kesihatan mendedahkan, ada kanak-kanak itu berusia satu hingga 17 tahun, tidak pernah melihat matahari.
Mereka dihantar ke hospital untuk rawatan sebelum tinggal di rumah anak yatim buat sementara waktu, kata seorang doktor, Tatyana Moroz.
Pengasas kumpulan berkenaan, Faizrakhman Satarov, 83, yang mengisytiharkan dirinya nabi didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin 'Muammin', kata timbalan pendakwa raya Kazan, Irina Petrova.
Perkataan Arab 'muammin' bermaksud 'pengikut.' Namun, pihak berkuasa, tidak menahan pengikut Satarov.
Kat Malaysia pun ada Nabi palsu juga. Tapi tak pernah kena tangkap pun. Siap ada ramai pengikut dan boleh keluarkan fatwa sesuka hati dia saja.
Tengok la kenyataan yang dia keluarkan.. umpama tu syurga tu mak bapa dia yang punya. Bila agaknya orang tua ni nak kena tangkap?
McTheory: Pihak berkuasa kat Malaysia ni baikk sangat kot..
Aku tak faham macamana Pas boleh terima bulat bulat logo untuk tema kemerdekaan pakatan rakyat ada elemen kristian..Percaya atau tidak, burung merpati melambangkan Roh Kudus, iaitu jasad ketiga Tuhan Triniti dalam agama Kristian.
Pas sepatutnya sedar tentang pekara ini, jangan terus menyokong membuta tuli tanpa melihat elemen yang tersembunyi dalam logo tersebut..Cukup memalukan apabila pekara ini didedahkan sendiri oleh blogger bukan beragama Islam..
Menurut apa yang ditulis oleh blogger Helen Ang Logo Hari Kemerdekaan yang direkacipta Pakatan mempunyai simbol burung merpati, hati merah dan kelopak bunga yang nampaknya macam nyalaan api Holy Spirit.
Simbol Gereja
Burung merpati adalah lambang gereja. Ia juga simbol Kristian dalam lukisan-lukisan bercorak keagamaan serta digunakan sebagai hiasan popular untuk kad Krismas dan kad ucapan tahniah bagi upacara pengkristianan bayi dan kanak-kanak..
KUALA LUMPUR - Akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang.
Perkara itu didedahkan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin selepas beliau mendedahkan peraranan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib.
Dalam pendedahan di portal malaysia-today.net itu beliau turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dan peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah berkenaan termasuk M. Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan.
Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap. Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya bertemu Balasubramaniam 2 Julai 2008 iaitu sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah".
Pertemuan itu berlaku selepas saya dihubungi Sivarasa yang meminta saya pergi ke rumah seorang peguam bagi membincangkan kes pembunuhan Altantuya.
"Kami berbincang bagaimana perkara ini perlu ditangani dan apa yang Balasubramaniam perlu cakap semasa sidang akhbar yang akan dibuat keesokan hari di Ibu Pejabat PKR,"
dakwanya sebagaimana dipetik dari malaysia-today.net. Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan.
Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang.
Katanya, langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka.
Dalam pada itu, Sivarasa dan Balasubramaniam gagal dihubungi malam ini untuk mengesahkan dakwaan Raja Petra tersebut.
Ustazah segera Abby Abadi dikesan bersama dengan puak Pas pada pukul 3 pagi dijalanan sambil berpakaian ketat, sendat dan penat. Walaupun bertudung.
Andaikata kalau artis lain yang berpakaian seperti demikian, maka Mc percaya si Ustazah segera ini akan berceramah d twitter selama 3 hari, 3 malam lamanya.
Tentu juga si pencacai pembangkang akan menuduh artis itu 'bersosial' kerana berpakaian demikian pada pukul 3 pagi. Malah akan ada tuduhan songsang terhadap artis tersebut.
Namun atas kerana orang itu Ustazah segera, maka ia akan diampunkan walaupun berbogel. Itulah Islam ajaran Pas. Walhalalku, Walharammu..
McTheory: Ketat, sendat dan padat gambar Abby diatas!! he he..
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.