BEIJING 11 Ogos - Kita biasa mendengar atau terbaca kisah manusia termakan atau tertelan labah-labah ketika tidur.
Namun, lain pula kisah di China, apabila seekor labah-labah didapati 'menghuni' di dalam telinga seorang wanita selama lima hari.
Labah-labah itu dipercayai masuk ke dalam telinga wanita itu ketika dia sedang tidur.
Wanita tersebut yang enggan dikenali menemui doktor Liu Sheng di Hospital Pusat Changsha selepas mengadu sakit gatal di dalam telinganya.
Pemeriksaan Sheng mendapati, seekor labah-labah bersembunyi di dalam lubang telinga wanita itu.
Sheng berkata, wanita itu bernasib baik kerana dia tidak cuba menggaru telinganya yang boleh menyebabkan labah-labah itu menggigit atau masuk lebih jauh lagi ke dalam lubang telinganya.
Sheng berkata, pada mulanya dia dan pasukan perubatan merancang untuk mengeluarkan serangga berbisa itu menggunakan penyepit kecil, namun mereka membatalkan hasrat itu kerana khuatir labah-labah terbabit akan menyengat pesakit.
Sebaliknya, Sheng memasukkan air garam ke dalam telinga wanita itu dan menunggu labah-labah tersebut keluar dengan sendirinya.
"Dia bernasib baik kerana tiada telur labah-labah ditemui di dalam telinganya," kata Sheng. - AGENSI
SYRIA: Ameriksa Syarikat mengecam Hezbollah, parti politik Lebanon, kerana memberi sokongan kepada Presiden Syria Bashar al-Assad,dan menyenaraikan parti politik itu dalam senarai organisasi yang dikenakan sekatan kerana hubungan mereka dengan kerajaan Syria.
Amerika Syarikat sebelum ini sudah megklasifikasikan Hezbollah sebagai "organisasi pengganas" dan di bawah sekatan US, tetapi langkah yang diambil Amerika Syarikat Jumaat lalu betul-betul mengaitkan parti ini dengan keganasan yang berlaku di Syria, di mana Assad sedang cuba mematahkan serangan kumpulan penentang.
Hezbollah adalah sebuah parti politik tentera bersenjata yang kuat dan mendapat sokongan padu dari kalangan puak Syiah Lebanon.
"Tindakan ini mendedahkan aktiviti Hezbollah di Syria dan peranan pentingnya dalam meneruskan keganasan yang dilakukan rejim Assad terhadap rakyat Syria," kenyataan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat Jumaat lalu.
Hezbollah telah dimasukkan dalam senarai hitam kerajaan Amerika Syarikat di bawah arahan eksekutif yang ditandatangani Presiden Barack Obama Ogos tahun lepas, menjadikan kerajaan negara jiran Syria dan penyokongnya itu sebagai sasaran.
Sekatan itu dilaksanakan untuk memberi tekanan kepada Syria setelah Amerika Syarikat buat pertama kalinya meminta Assad untuk menghentikan serangan pihak tenteranya kepada kumpulan penentang.
Amerika Syarikat turut mengenakan sekatan terhadap Sytrol, syarikat minyak negara Syria kerana membekalkan minyak kepada Iran, lapor Jabatan Negara Amerika Syarikat.
"Walaupun sekatan ini adalah kesan langsung pembekalan gasolin Syria kepada Iran, Amerika Syarikat tetap melihat sokongan Iran terhadap rejim Assad sebagai sesuatu yang tidak munasabah," Patrick Ventrell, jurucakap Jabatan Negara, dalam satu kenyataan bertulis.
Bekas Menteri ditahan
Dalam perkembangan lain, pihak keselamatan Lebanon menahan Michel Samaha, bekan Menteri Penerangan, yang dianggap rapat dengan kerajaan Syria, berkenaan sebuah kes yang dikaitkan dengan rancangan letupan, lapor media tempatan.
Penahanan beliau pada hari Khamis lalu dikaitkan dengan rampasan bahan letupan yang akan digunakan di kebanyakan tempat di Utara Lebanon, kawasan yang dikaitkan dengan konflik di Syria, beritahu seorang pegawai kanan kerajaan yang enggan namanya didedahkan kepada agensi media AFP.
"Tuduhan terhadap Samaha adalah berkaitan dengan bahan-bahan letupan, yang telah dirancang untuk diletakkan di sebahagian tempat dalam negara ini, terutamanya di bahagian Utara," ujar pegawai itu.
Pegawai tersebut enggan menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan dakwaan itu, tetapi menyatakan bahawa bahan letupan itu tidak dirampas dari rumah Samaha di mana tangkapan terhadap Samaha dibuat.
Tiada kenyataan rasmi berkenaan penahanan Samaha ataupun pengakuannya seperti yang dilaporkan oleh salah sebuah stesen TV di Lebanon.
Samaha ditahan di bawah perintah Peguam Negara Lebanon di kediamannya di Khenshara, 30km arah utara dari Beirut, pegawai kanan itu memberitahu AFP.
Iran sokong Syria
Sementara itu, seorang pegawai kanan kerajaan Iran melawat Damaskus Selasa lalu di mana pegawai itu bertemu Assad.
Saeed Jalili, pembantu kanan kepada Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, memberitahu Assad bahawa Iran akan terus menyokong kerajaan Syria.
Dalam perbincangan dengan Assad, Jalil berkata apa yang berlaku di Syria bukanlah "isu dalaman".
"Dari satu segi, ia adalah konflik antara pemberontak dan kerajaan, tapi dari sudut yang lain ia adalah konflik antara kerajaan dan musuh globalnya," ujar Jalili.
Isnin lalu, dalam lawatannya ke Beirut, ibu kota Lebanon, Jalili mengeluarkan amaran kepada negara yang menyokong kumpulan pemberontak itu.
"Mereka yang percaya bahawa, dengan menimbulkan kekacauan dalam negara lain dengan menghantar senjata dan mengeskport pengganas, akan memberi keselamatan kepada negara sendiri adalah salah," Jalili dilaporkan berkata demikian oleh agensi berita IRNA kepada Adnan Mansor, Menteri Luar Lebanon.
(Dari video warga Iran yang ditahan)
Dalam perkembangan lain, Iran mendakwa tentera yang sudah bersara adalah antara rakyat Iran yang ditawan pemberontak.
Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi berkata Rabu lalu, bahawa ahli Tentera Revolusi Iran (Iran's Revolutionary Guards) yang "telah bersara" adalah antara 48 rakyat Iran yang ditahan di Syria oleh pihak pembangkang.
Salehi berkata tentera yang "sudah bersara" itu dalam perjalanan mengerjakan ibadah di Damaskus apabila mereka ditawan Sabtu lalu.
"Beberapa tawanan Iran adalah tentera yang "sudah bersara". Sebahagian lain pula adalah dari kementerian.," Salehi dilaporkan berkata demikian kepada pemberita dalam perjalananan pulang dari Turki, di mana beliau meminta pertolongan untuk membebaskan rakyat Iran yang ditawan.
SHIMLA (India): Sekurang-kurangnya 41 orang maut apabila sebuah bas penumpang tercampak ke dalam gaung di kawasan pergunungan di utara negara ini, semalam, kata pihak berkuasa.
Bas berkenaan tergelincir daripada jalan raya di negeri Himachal Pradesh, kata Timbalan Komisioner polis daerah, Sunil Chaudhary kepada media.
"Setakat ini, kami mengesahkan 41 maut dan 17 lagi cedera dalam kemalangan itu di mana bas berkenaan jatuh ke dalam gaung sedalam 76 meter," katanya.
Nahas berlaku di daerah Chamba, kawasan pergunungan kira-kira 191 kilometer dari Shimla. - AFP
DUBAI 12 Ogos - Dua gempa bumi sederhana berukuran 6.4 pada skala Ritcher melanda barat laut Iran semalam, menyebabkan 50 orang terkorban manakala 400 yang lain mengalami kecederaan.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa itu berpusat kira-kira 60 kilometer dari timur laut bandar Tabriz.
Sementara itu, kejadian kedua pula berlaku kira-kira 49 kilometer di timur laut Tabriz berdekatan bandar Varzgan, kira-kira 11 minit daripada kejadian pertama. - REUTERS
BRAZILLIA: Seorang wanita dilapor melahirkan bayi berkepala dua.
Bayi lelaki seberat 4.5 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan di sebuah hospital di Anajas, negeri Para di utara Brazil.
Keputusan imbasan menunjukkan, walaupun bayi itu mempunyai dua kepala yang sempurna, dia mempunyai satu jantung dan semua organ pentingnya berfungsi secara normal.
Menurut doktor, bayi berkenaan sihat dan kedua-duanya sudah mula berfungsi secara normal.
Wanita berusia 25 tahun itu yang tinggal di kawasan pedalaman Para, tidak menjalani pengimbasan ultra- sound sepanjang kehamilannya dan hanya mengetahui mengenainya beberapa minit sebelum melahirkan kandungannya pada awal pagi Isnin lalu.
Pengarah hospital, Claudionor Assis de Vasconcelos, memberitahu akhbar O Povo, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk ke hospital kerana mengalami sakit perut yang teruk.
"Apabila doktor menjalankan pengimbasan terhadapnya, mereka mendapati bayi dalam kandungan itu mempunyai dua kepala dan kelahiran biasa membahayakan si ibu dan juga anaknya. "Proses pembedahan mengambil masa sejam kerana kepala bayi itu berada di atas.
"Walaupun berdepan dengan masalah kerana hospital kami kecil dan terletak di kawasan pedalaman, kami berjaya menyelamatkan si ibu dan anak. Itu yang menjadi matlamat kami. "Dan bagi kami, ia sesuatu yang mengejutkan untuk mendapati bayi itu sihat," kata de Vasconcelos.
Menurutnya, wanita itu tidak menunjukkan sebarang keresahan selepas mengetahui anaknya berkepala dua.
"Bayi itu disambut gembira oleh keluarganya. Si ibu menyusukan kedua-dua mulut bayinya yang berada sepanjang masa dengannya di dalam bilik. Dia ingin membawa pulang bayi itu terus ke rumah," katanya.
Wanita berkenaan dibawa dengan ambulans udara semalam ke sebuah hosptal pakar di Belem, ibu negeri Para, untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Mereka dijangka dibenarkan pulang, minggu ini. Ini adalah kali kedua bayi berkepala dua dilahirkan di Brazil tahun ini.
Sebelum ini, Sueli Ferreira, 27, melahirkan bayi berkepala dua di negeri Paraiba tetapi ia meninggal dunia beberapa jam kemudian kerana satu daripada kepala itu tidak menerima oksigen secukupnya. – Agensi
WASHINGTON - Doktor mengesahkan pasangan kembar siam perempuan yang dilahirkan 22 tahun lalu di Minnesota, Amerika Syarikat (AS) hanya mampu hidup kurang dari dua hari.
Namun, Abigail dan Brittany Hensel menyangkal andaian itu, apabila kedua-duanya masih hidup sehingga ke hari ini.
Pasangan kembar yang berkongsi badan tetapi mempunyai jantung, paru-paru dan kepala berasingan menarik perhatian sebuah stesen televisyen apabila ditawar menjadi pelakon utama sebuah rancangan realiti.
Program itu memaparkan situasi selepas bergelar graduan Universiti Bethel Minnesota, mencari pekerjaan dan mengembara merentasi Eropah bersama rakan-rakan.
DHAKA: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan 15 lagi cedera apabila sebuah bangunan yang dijadikan masjid di desa terpencil di negara ini, disambar petir.
Ketika itu penduduk sedang bersolat Tarawih, kata polis semalam. Petir menyambar bangunan beratap jerami itu di desa Saraswatipur di timur laut negara itu kira-kira 200 kilometer dari Dhaka malam semalam.
Ketika kejadian, kira-kira 35 orang sedang solat Tarawih, kata Ketua Polis Bayes Alam.
"Semua 13 jemaah, termasuk imam masjid mati di tempat kejadian. Sesetengah mayat dan wajah mangsa hangus terbakar," katanya kepada media sambil menambah sekurang-kurangnya 15 orang cedera, termasuk enam yang sedang dirawat di hospital.
Penduduk menjadikan bangunan itu sebagai masjid kerana akses untuk bangunan masjid konkrit yang lebih kukuh di desa itu sukar dikunjungi ekoran hujan lebat sejak beberapa minggu lalu yang menyebabkan air sungai Saraswati melimpah.
Petir menjadi ancaman utama di Sunamganj, tempat bagi beberapa tasik terbesar di Bangladesh. Kebanyakan insiden berlaku ketika musim angin monsoon antara Jun hingga September apabila daerah itu menerima taburan hujan yang tinggi. - AFP
KUALA LUMPUR: Selepas kerap tampil di pentas PAS dan Pakatan Rakyat, bekas ahli Umno, Datuk Tamrin Ghafar (gambar) akhirnya meninggalkan parti itu dan secara rasmi menyertai PAS malam ini.
Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba itu menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUISZM), Taman Melawar malam ini.
Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) suatu ketika dahulu.
Tamrin dalam ucapannya berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno.
Sebaliknya beliau mula memikirkan tindakan tersebut selepas melihat Umno tergelincir daripada landasan membela rakyat.
"Saya tidak buat keputusan ini terburu-buru tapi sejak lama dah saya fikir. Umno terkeluar daripada landasan membela nasib rakyat sejak 90-an lagi.
"Pelbagai perkara dilakukan termasuk menghina ulama. Walaupun ketika itu saya masih dalam Umno tapi saya tak setuju mereka hina ulama," katanya.
Tamrin turut berjanji akan membantu PAS dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Saya berjanji akan berkempen berhabis-habisan bersama tuan-tuan kerana saya lihat perjuangan PAS sangat ikhlas. Saya yakin kemenangan berpihak kepada PAS," katanya.
Beliau turut mengakui pemimpin-pemimpin PAS tidak boleh dijual beli.
"Saya kenal Mat Sabu dan (Tuan Guru) Datuk (Seri) Abdul Hadi (Awang) dah lama.
"Mat Sabu tak pernah pun ajak saya masuk PAS tapi saya yang selalu suruh dia tinggalkan Umno," katanya.
BELAJAR... Nur Haina (dua dari kanan) bersama penghuni Rumah Solehah dibimbing tenaga pengajar.
KUALA LUMPUR: "Setiap kali Ramadan, saya rindukan anak. Saya harap sangat dapat bertemu mereka menjelang Aidilfitri, walaupun sekali, sebelum saya menghembuskan nafas terakhir," kata Nur Haina Muhammad, 59 (bukan nama sebenar) ketika ditemui di Rumah Solehah, sebuah pusat penjagaan penghidap Aids di sini, baru-baru ini.
Haina yang lima tahun disahkan menjadi pembawa HIV berkata, dengan usia makin lanjut dan sampai di penghujung, dia berharap sangat untuk bertemu empat anak kandungnya bagi melepaskan rindu.
"Sudah terlalu lama saya tak jumpa anak, saya minta mereka jangan lupakan saya.
"Saya tak pasti umur masih panjang atau tidak. Dengan penyakit dihidapi, saya takut kalau sampai masanya tak dapat berjumpa mereka.
"Tambahan pula dua rakan saya yang juga penghidap Aids sudah dijemput Ilahi, menyebabkan saya kini menghitung hari menunggu detik hilang nyawa," katanya yang berasal dari utara Semenanjung.
KUALA LUMPUR - Kira-kira 183 penumpang berdepan detik mencemaskan apabila monorel yang dinaiki rosak dan tersangkut di atas landasan di Brickfields hari ini.
Jurucakap bilik gerakan Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah berkata pihaknya menerima panggilan pada kira-kira 2.18 petang.
"Monorel itu tersangkut berhampiran Stesen Tun Sambanthan sejurus keluar dari stesen tersebut menuju ke Stesen seterusnya, iaitu Maharajalela," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata seramai 35 anggota bomba dan enam jentera dari Balai Bomba Hang Tuah, Taman Desa, Pantai, Sri Hartamas bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.
"Kami menyelamatkan 63 mangsa menggunakan kren bomba dan selebihnya menggunakan kaedah 'train-to-train evacuation' untuk menolak tren terbabit ke stesen Tun Sambanthan," katanya sambil menambah operasi menyelamat tamat pada kira-kira 4 petang.
Sementara itu, Pengurus Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad Azhar Ghazali berkata kejadian berlaku pada 1.58 petang ekoran masalah 'traction Control' yang menyebabkan enjin berhenti secara automatik.
"Bagaimanapun, operasi berjalan seperti biasa pada 4.30 petang selepas operasi membaik pulih monorel selesai," katanya.
Beliau berkata seramai tiga penumpang dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana seorang daripada mereka pengsan manakala dua lagi sesak nafas berikutan kejadian itu.
Sementara itu, seorang penumpang, Nur Izzah Nazihah Hasnul Bahrin, 14, dari Nilai, berkata sejurus sebelum insiden itu, tren yang bergerak seperti biasa tiba-tiba berhenti secara mengejut.
"Enjin tren berhenti secara tiba-tiba dan penghawa dingin juga tidak berfungsi," katanya.
Beberapa minit kemudian, beliau berkata semua penumpang mula cemas apabila terlihat dua orang pengsan akibat sesak nafas, selain keadaan yang panas di dalam tren itu.
"Satu jam kemudian, kami semua amat gembira apabila melihat anggota bomba tiba dan menyelamatkan semua penumpang," katanya.
Sementara itu, seorang pelancong dari England yang hanya ingin dikenali sebagai Matthew, 27, berkata keadaan di dalam tren amat sesak sebelum beliau menaikinya di Stesen Tun Sambanthan untuk ke Stesen Maharajalela.
"Ketika tren tiba-tiba berhenti masih ada penumpang yang ketawa kerana tidak menyedari apa yang sebenarnya berlaku," katanya. - Bernama
MELAKA: Hasrat dua keluarga menyambut Aidilfitri di rumah pusaka mereka tidak kesampaian apabila kedua-dua kediaman itu hangus dalam kebakaran membabitkan lima rumah di Kampung Limbongan, dekat sini, kelmarin.
Malah, kebakaran menyebabkan mangsa, Murad Loyot, 48, bersama penduduk sekitar hanya sempat berbuka dengan air mineral kerana bertungkus-lumus membantu anggota bomba dan penyelamat mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berdekatan.
Kebakaran mengakibatkan dua rumah, termasuk satu milik Azizah Salleh, 78, yang dijaga Murad musnah sepenuhnya manakala tiga lagi mengalami kerosakan 10 peratus.
Kejadian jam 6.30 petang itu turut mengakibatkan hampir 20 keluarga di sekitar kawasan itu bergelap selepas talian elektrik terpaksa dipotong bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Malah, usaha menyelamat menemui kesukaran berikutan jalan sempit menyukarkan jentera bomba memasuki kawasan kebakaran.
Murad berkata, dia hanya menyedari kebakaran itu selepas mendengar bunyi sampah terbakar di rumah bersebelahan.
"Saya berada di dalam rumah selepas baru pulang dari kerja jam 5.30 petang sebelum terdengar bunyi seperti sampah terbakar dan apabila keluar, saya terkejut melihat api menjulang di dalam bilik bersebelahan dapur di rumah sebelah," katanya. Menurutnya, dia yang tidak sempat menyelamatkan barangan berharga, termasuk dokumen penting, berlari mendapatkan bantuan jiran untuk menghubungi bomba.
Katanya, kebiasaannya Azizah yang pulang sebulan sekali akan menyambut Aidilfitri di rumah itu setiap tahun bersama anaknya.
KOTA BHARU - Seorang lelaki ditemui mati di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, dipercayai terjatuh dari tingkat lapan, pagi tadi.
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Mayatnya ditemui di tingkat satu bangunan hospital.
INILAH PEMBUNUH KEJAM ! KETURUNAN SYAITAN YANG DIREJAM
Semoga lawatan PM Turki membesi mesej bahawa Umat Islam Di Burma memiliki PM dunia Islam yang berani berhadapan dengan Israeil sanggup juga berhadapan dengan mereka yang menzalimi saudaranya seagama walaupun di bumi yang terasing.
Ya Allah, pamerkanlah kekuasaan Mu untuk membuktikan agama Islam adalah Agama Mu.. Amin Ya Rabbal Alamin.
Tazkirah Ramadhan 30 saat (10) 10 Akhir Ramadhan 1) Di dunia ini, semua makhluk adalah daripada tanah. Tanah adalah unsur yang mengumpulkan sifat-sifat nafsu dan keserakahan. Ia terserlah jelas dalam cara hidup haiwan. Kerana itu kita biasa menamakannya nafsu kebinatangan. 2) Manusia juga dicipta daripada tanah. Maka sifat-sifat kebinatangan dikandung tubuhnya. Manusia menjadi jahat kerana [...]
Nama Abdullah Antong pernah dilanda kontroversi apabila dilihat menjadi dalang dalam insiden rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat pada tahun 2009. Beliau baru-baru ini telah mengisytiharkan diri menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Tindakan tersebut telah membuatkan BN dalam keadaan sangat takut kerana beliau banyak mengetahui tentang krisis politik di Perak itu. Perakite Daily bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir telah mewawancara beliau untuk mengetahui lebih lanjut.
Misbahul Munir/Perakite Daily:
Baru-baru ini Saudara telah mengiystiharkan diri menyokong PAS dan Pakatan Rakyat melalui satu program Hi-Tea yang dianjurkan oleh PAS Perak. Apakah faktor yang mendorong tindakan tersebut?
Abdullah:
Saya berkhidmat selama 29 tahun dengan kerajaan sebelum bersara November 2010, suasana politik yang tidak selesa pada saya, menyebabkan saya tidak berminat untuk menyambung khidmat dan bersara wajib pada umur 56 tahun. Di usia yang sudah mencecah 58 tahun saya tergerak hati untuk mengisyitiharkan diri sebagai penyokong PAS.
Faktor utama ialah Allah telah memberi saya hidayah untuk memilih PAS dan tindakan ini bukanlah disebabkan atas desakan mana-mana pihak dan individu, walaupun saya kenal rapat dengan beberapa pimpinan PAS.
Faktor lain ialah berdasarkan pemerhatian dan penilaian selama berkhidmat selama 11 bulan dengan Pakatan Rakyat, saya ikhlas menyatakan banyak perbezaan antara Pakatan Rakyat dengan BN terutama ketelusan, kesungguhan, keupayaan dan juga keperibadian kepimpinan yang tidak dapat ditandingi oleh pimpinan Umno-BN.
Walau bagaimanapun seperti kebanyakan rakan-rakan lain yang menyertai PAS adalah kerana mendapat hidayah dan kesedaran daripada Allah.
Saya menyokong PAS bukan ada apa-apa kepentingan, juga bukan mendapat imbuhan dan balasan. Saya tidak berniat langsung untuk menjadi pemimpin PAS atau menjadi calon. Saya hanya mahu bekerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk tumbangkan BN dalam PRU akan datang.
Misbahul Munir/Perakite Daily:
Saudara pernah dilabel sebagai konspirator dalam insiden rampasan kuasa yang berlaku di Perak oleh blogger-blogger dan masyarakat khususnya penyokong Pakatan Rakayat yang mungkin tidak tahu situasi sebenar. Apakah perasaan Saudara apabila ditohmah sebegitu rupa, dan di waktu itu apakah kedudukan yang sebenar ?
Abdullah:
Secara peribadi saya berasa sedih kerana saya tidak boleh menjelaskan perkara sebenar ketika itu disebabkan tiada platform dan ruang untung menafikan dakwaan-dakwaan tersebut.
Sehinggakan jiran-jiran saya berpandangan serong kepada saya yang dianggap telah bersekongkol dengan BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Saya ingin jelaskan dan tegaskan bahawa saya tidak terlibat langsung dengan apa yang dipanggil konspirasi apatah lagi sebagai konspiratornya. Saya hanya pegawai kerajaan yang berjawatan Setiausaha Dewan Negeri, bertanggungjawab
ke atas perjalanan sidang dewan dan juga yang berkaitan dengannya dan juga bertanggungjawab ke atas perjalanan mesyuarat EXCO kerajaan negeri yang juga diberi tugas mencatat dan menyediakan kertas dan minit mesyuarat.
Dalam DUN Bos saya ialah Speaker Dewan Negeri, dalam mesyuarat EXCO bos saya ialah Menteri Besar dan dalam perkhidmatan kerajaan bos saya pula ialah Setiausaha Kerajaan Negeri. Ketika kemelut politik yang memuncak, saya menjadi serba salah antara amanah dengan kepentingan pekerjaan.
Di awal kemelut politik berlaku, tidak ada yang mengenali saya ketika itu. Nama saya hanya muncul apabila saya menyanggahi arahan Speaker DUN Perak.
Saya bertegas bahawa tindakan-tindakan adalah disebabkan tekanan dari pihak atasan, saya tidak upaya elak berbuat demikian kerana terpaksa menerima arahan pihak atasan.
Semua kenyataan berkaitan sidang dewan dan sebagainya saya perlu keluarkan dan perlu ditandatangan atas
kapasiti saya sebagai setiausaha DUN sehinggalah saya mengeluarkan satu kenyataan yang kontrovesi iaitu sidang DUN yang dipanggil oleh Speaker yang sah ketika itu, YB V Sivakumar sebagai tidak sah.
Atas sebab kenyataan saya itu, tercatat memori dan sejarah dunia apabila sidang DUN terpaksa diadakan di bawah pokok kerana Adun Pakatan Rakyat dihalang memasuki dewan.
Jadi kenyataan itu tidak ada kaitan dengan konspirasi rampasan kuasa oleh BN.
Saya mahu tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak terlibat dengan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat termasuklah dalam urusan 'membeli' Adun dan sebagainya
.
Dalam kesempatan ini saya ingin bersihkan nama saya yang dianggap menjadi "conspirator" dalam insiden rampasan kuasa oleh BN itu.
Misbahul Munir/Perakite Daily:
Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang apabila Adunnya melompat parti tetapi Dato' Seri Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat serta disokong oleh beberapa pakar perundangan bertegas bahawa Nizar tetap sebagai Menteri Besar yang sah. Jadi apa pandangan saudara ketika itu?
Abdullah:
Harus diingat, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, jawatan Menteri Besar gugur dengan tiga perkara iaitu disabitkan dengan salah laku tatatertib atau hilang kelayakan sebagai Adun, perletakan jawatan, dan apabila berlakunya pembubaran DUN.
Ahli Dewan juga boleh membuat usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar dan sekiranya majoritinya mengundi tidak percaya, Menteri Besar ketika itu mempunyai dua pilihan iaitu meletak jawatan ataupun memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN bagi pilihanraya semula diadakan. Ini tercatit didalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Dato' Seri Nizar tidak pernah dijatuhkan undi tidak percaya oleh ahli dewan dan sebab itu saya tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan beliau tdak terlucut jawatannnya sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan sebaliknya.
Saya lebih chenderong untuk setuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi.
Misbahul Munir/Perakite Daily:
Apa pandangan En Abdullah ketika insiden V Sivakumar diusung keluar yang ketika itu sedang menjalankan tugas sebagai Speaker?
Abdullah:
Apabila kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan, BN ketika itu tidak nampak ada satu lagi institusi ataupun jawatan penting iaitu Speaker yang ketika itu masih lagi dari kalangan Pakatan Rakyat.
Tidak lengkap mendapat jawatan Menteri Besar jika belum mendapat menukar Speaker DUN kerana Speaker berkuasa penuh di dalam dewan bermakna Pakatan Rakyat masih berkuasa di Dewan Negeri.
Jadi jika inginkan kuasa sebenar kerajaan dalam sidang DUN, BN ketika itu perlukan kuasa sepenuhnya di dewan dan ini yang mereka terlepas pandang.
Semasa sidang DUN pada 7 mei 2009 yang berlaku dalam keadaan tegang itu, saya tidak nampak dan dengar speaker mengarahkan timbalannya mempengerusikan sidang DUN, pada masa yang sama V Sivakumar masih duduk di kerusinya.
Tiba-tiba Timbalan Speaker, YB Hee Yit Fong telah adakan satu sidang di hujung dewan untuk melantik Speaker baru dan saya sebagai Setiausaha DUN berasa pelik, saya baca buku perintah tetap tentang tindakan Hee itu namun saya tidak menjumpai satu fasal pun yang membenarkan keadaan itu berlaku, ini bermakna Peraturan Tetap Dewan telah dilanggar.
Saya tidak pasti siapa yang mengusung V Sivakumar ke luar dewan dan sudah pasti ianya bukan staff dewan kerana saya mengenali semua staff-staff tambahan yang dilantik bagi membantu Bentara Dewan.
Kejadian tersebut telah menjadi sejarah dunia kerana ianya tidak pernah berlaku di mana-mana Negara Komanwel mahupun negara lain.
Misbahul Munir/Perakite Daily:
En Abdullah ada pengalaman yang lama dengan BN berbanding dengan Paktan Rakyat yang cuma 11 bulan, jadi apakah perbezaan yang ketara antara kerajaan Pakatan Rakyat dengan BN?
Abdullah:
Semasa mula-mula Pakatan Rakyat memulakan tugas, kami tertanya-tanya bagaimana corak pemerintahan dan adakah Pakatan Rakyat mampu memerintah. Saya sendiri tidak berapa yakin dengan gabungan tiga parti ini ketika itu.
Sebagai pegawai kerajaan, saya menjalankan tugas seperti biasa. Kami pegawai kerajaan hanya sebagai pelaksana terhadap dasar dan polisi kerajaan Pakatan Rakyat, apa yang mereka putuskan, kami wajib melaksanakannya asalkan tidak bertentangan dengan etika perkhidmatan.
Perbezaan yang sangat ketara ialah Adun-Adun Pakatan Rakyat terutama EXCO sangat mesra dan mudah mendampingi pegawai dan kakitangan kerajaan dan tiada kerenah birokrasi. Tidak pernah sebelum ini seorang Menteri Besar boleh turun makan tengah hari di kantin bersama pegawai-pegawainya melainkan Dato' Seri Nizar.
Semua Exco Pakatan Rakyat termasuklah dari kalangan DAP cukup merendah diri dan tidak sombong ataupun egois.
Pemerintahan Pakatan Rakyat sangat telus sehinggakan Nizar sering menasihatkan kepada Exco-Exconya supaya tidak mengambil kepentingan parti melainkan kepentingan rakyat.
Dari segi ketekunan, saya dapati diperingkat awal mesyuarat EXCO mengambil masa panjang cuma berhenti untuk makan dan solat. Menteri Besar dan barisan EXCO begitu teliti terhadap semua kertas mesyuarat sama ada mahu melulus atau menolak.
Semua EXCO telah diberi peluang untuk memberi pandangan sebelum keputusan dibuat.
Menteri Besar dan Exco tidak pernah mengarahkan saya mendahulukan mana mana kertas, terserah kepada saya sebagai setiausaha memilih kertas yang akan dibawa.
Dalam soal penjimatan kos jamuan keraian anjuran kerajaan negeri juga dikurangkan termasuklah makanan sewaktu mesyuarat EXCO. Setiap kali mesyuarat EXCO kos makanan kurang daripada RM45 seorang berbanding dulu hanya untuk minum pagi sahaja RM 45 seorang.
Waktu solat, surau di pejabat SUK sangat meriah dan imarah tanpa paksaan untuk berjemaah . Dato' Seri Nizar sendiri akan mengimamkan solat berjemaah seterusnya menyampaikan tazkirah. Ini sangat berbeza dengan pemerintahan BN.
Ketika bulan Ramadhan dihiasi dengan pelbagai program seperti tazkirah setiap pagi, semua EXCO, ADUN yang muslim serta beberapa pegawai kerajaan termasuk SUK, pegawai kewangan dan Mufti diberi peluang menyampaikan tazkirah Ramadhan selama 10 minit .
Ia sangat mengesankan sekali. Ada EXCO DAP beritahu saya mereka tiada masalah turut berminat mendengar tazkirah pagi.
Pemberian bubur lambuk yang dibuat sendiri oleh kakitangan SUK dan pimpinan Pakatan Rakyat serta pelbagai lagi program untuk mengimarahkan bulan Ramadhan.
Ini baru perkara-perkara kecil, belum sentuh bab lain seperti pemberian air percuma, pengecualian kompaun, pemberian tanah hak milik kekal kepada Kampung Tersusun dan Kampung Baru, bantuan RM 1,000 kepada pelajar-pelajar yang ke IPT, dan sebagainya.
Setiap kali mesyuarat EXCO, Dato' Seri Nizar bersama barisan exco sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat dan ini menggambarkan betapa tekun serta bersungguh-sungguhnya kerajaan PR untuk membantu rakyat.
Misbahul Munir/Perakite Daily:
Semasa pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan dahulu, PAS dan Menteri Besar sering dimomokkan sebagai "boneka" atau "kuda tunggangan" DAP, Dato' Seri Nizar pula hanya ikut telunjuk EXCO DAP dalam membuat apa sahaja keputusan. Jadi apa pandangan Saudara?
Abdullah:
Saya lihat inilah yang menjadi modal utama BN bagi memberi persepsi buruk masyarakat terhadap PAS dan ini adalah tidak betul sama sekali.
Dalam mesyuarat Exco Pakatan Rakyat, mereka tidak langsung membawa kepentingan peribadi saperti saranan Menteri Besar supaya perkara dielakkan.
Tuduhan BN yang mengatakan DAP menguasai mesyuarat dan mengikut arahan DAP ternyata fitnah semata-mata. Semua perkara dibincangkan secara terbuka dan Dato' Seri Nizar memberi peluang kepada semua ahli mesyuarat menyatakan pandangan mereka.
Saya mengambil contoh satu kes menggazetkan tapak surau di Sitiawan, Dato' Ngeh Koo Ham selaku Adun kawasan tersebut pergi melihat sendiri keadaan surau tersebut.
Pada mulanya mesyuarat mewartakan setengah ekar untuk kawasan surau itu, Dato' Ngeh mencadangkan untuk meluaskan lagi tapak surau tersebut kepada satu ekar bagi memudahkan parkir kereta umat Islam yang hendak beribadah. Ini membuktikan DAP tidak mempunyai sikap anti Islam dan perkauman.
Berlaku lagi satu kes meluluskan satu tapak tokong Cina di Tambun. Kawasan yang terletak di tepi gua tersebut sangat bahaya dan tidak sesuai untuk medirikan tokong. Ulasan dari Jabatan yang berkaitan tidak bersetuju dan menasihatkan tidak diluluskan.
Mesyuarat menerima cadangan syor tersebut, lalu menolak permohonan tapak tokong. Saya tidak lihat Exco dari kalangan DAP yang membantah keputusan itu atau mempertahan permohonan tersebut dan mereka semua setuju.
Saya lihat persefahaman antara Ecxo sangat baik dan menghormati Dato' Seri Nizar sebagai Menteri Besar walaupun DAP majoriti.
Misbahul Munir/HARAKAH:
Selepas mengisytiharkan diri sebagai penyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, adakah terdapat kekangan-kekangan dan tawaran yang datang dari kerajaan BN Perak?
Abdullah:
Sahabat-sahabat saya tiada masalah dengan tindakan saya menyertai PAS, ada juga yang membantah. Ramai yang terkejut kerana tiba-tiba saya muncul kembali Mereka fikir, selepas pencen saya berdiam diri dan tidak peka dengan politik semasa.
Seorang bekas pegawai tinggi kerajaan ada berjumpa saya menasihatkan saya supaya membatalkan hasrat untuk menyertai PAS. Saya tidak pastilah, itu kehendak dia ke atau diminta oleh pemimpin Umno untuk memujuk saya.
Saya hairan kenapa mereka sangat terkejut dengan tindakan saya, adakah ianya isu hangat, adakah saya ini terlalu bahaya dan kemunculan saya akan meresahkan BN. Sedangkan ramainya bekas pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS dan Pakatan Rakyat seumpama satu fenomena masa kini.
Kemungkinan juga kerana saya banyak mengetahui cerita dan rahsia. Saya tahu ada perkara yang boleh diceritakan, ada rahsia yang tidak boleh didedahkan. Perkara-perkara kecil yang tidak menjadi rahsia kerajaan bolehlah saya kongsikan.
Sampai sekarang ini, mereka masih memerhatikan saya dan mengikuti perkembangan ini. Saya juga diminta berjumpa dengan orang politik Umno-BN untuk kononnya ingin mentarbiah atau "brainwash" saya. Saya ucap terima kasih sahajalah kerana saya telah memilih halatuju sendiri.
Saya berharap mereka tidak mengganggu saya sebagai rakyat yang cintakan demokrasi. Saya pasti saya tidak akan memperolehi apa apa dari kerajaan negeri hatta sebidang tanah RPT pun selepas ini.
Misbahul Munir/HARAKAH:
Untuk yang terakhir ni, apa seruan En Abdullah kepada seluruh rakyat Perak dalam PRU akan datang.
Abdullah:
Saya nak beritahu,BN sekarang ini bukanlah kuat sangat, mereka dapat kuasa pun bukan dengan cara demokrasi. Pakatan Rakyat dapat mandat dari rakyat melalui PRU yang lalu sekalipun dengan majoriti yang kecil. BN dapat kuasa setelah 3 orang Adun mengkhianati mandat rakyat.
Oleh itu, saya rayu dan seru seluruh rakyat Perak buat perubahan dengan berani pada PRU akan datang. Kembalikan semula kuasa Pakatan Rakyat melalui kuasa rakyat. Saya yakin Insya Allah, Paktan Rakyat akan kembali memerintah Perak selepas ini. Percayalah saya telah mengalami pengalaman yang manis selama 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah dan saya akan bersama- sama seluruh rakyat Perak untuk meraikan kemenangan dalam PRU13 akan datang.
Semua orang terutama ummat Islam harus sedar bahawa keputusan PRU 13 sudah ada. Hanya kita sahaja tidak tahu. Sudah tersimpan.Siapa menang siapa kalah. Siapa jadi kerajaan, siapa akan jatuh, semua sudah tertulis. Justeru, ummat Islam seharusnya beradab dan beringat ketika berkempen. Tidak perlu memaksa diri mengguna tipu helah yang membawa dosa, maksiat dan kemungkaran hingga mendatang murka Tuhan. Jenuh bertarawikh, berdoa dan beramal. Jika hati masih bergelumang dengan kefasikan, fitnah dan hasad dengki...habislah semuanya. Marilah kita beristighfar.... Klorokskan hati.Tenangkan fikiran . Jangan mengundang murka Ilahi. Kita bersungguh minta petunjuk daripada Allah. Moga tidak sia sia hidup di dunia yang sementara.
Kembara Ramadhan Di Paya Tanjung,Umbai Melaka berjaya dilaksanakan
Dalam kita semua sibuk membuat prsiapan mnyambut hari raya, ada diantara mereka yg memerlukan sumbangan dan keprihatinan kita semua...isteri bekas imam hidup menderita....KEMBARA MUDA RAMADHAN fasa 3 kendalian pemuda pas jasin berjaya menjejaki isteri bekas imam di Kampung serkam darat...dalam n luar rumah penuh dgn najis ayam...keadaan sebegini menginsafkan kami semua...hanya mengharapkan bntuan dari adiknya yg juga kesempitan hidup...
Sambil berseloroh, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba, Datuk Tamrin Abdul Ghafar berkata beliau akan menyertai PAS apabila telah mendapat ilham. Beliau yang kini masih lagi ahli Umno berkata, banyak pihak sebelum ini mengajaknya menyertai parti Islam itu namun belum tergerak hati berbuat demikian walaupun sering tampil berceramah di pentas PAS. "Tunggu la, dapat ilham nanti saya join la. Tuan-tuan doa la malam ni untuk saya supaya saya cepat sikit masuk PAS," katanya sambil tersenyum.
Beliau berkata demikian menjawab soalan hadirin pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di sebuah restoran di Gombak semalam. Soalan tersebut berhubung pelbagai gesaan agar beliau meninggalkan Umno dan menyertai Pakatan Rakyat ekoran dilihat tidak sebulu lagi dengan pimpinan Umno pada hari ini. "Saya secara peribadai lebih seronok dengan tuan-tuan ni, cuma bila PAS nak terima saya. "Saya dah ikut Mazlan (Aliman) lama dah, tapi baju hijau tak dapat lagi. Mana boleh join PAS stakat pakai skaf," katanya berseloroh lagi sambil merujuk gambarnya di poster di belakang pentas.
Poster tersebut mempamerkan gambarnya memakai skaf hijau dengan tulisan PAS dalam satu ceramah di ibu negara sebelum ini. Sementara itu, beliau turut ditanya apakah amanat terakhir Tun Ghafar kepada anak-anak. Beliau berkata, Tun banyak kali berpesan agar anak-anak berjuang untuk kepentingan rakyat. "Kami dinasihatkan kalau berjuang berjuang utk rayat. Itu pesan dia banyak kali. "Dia kata biar kita miskin (dunia) tak mengapa, janji tuhan tahu kerja baik kita," katanya.
Jika Umno BN memenangi semula Selangor pada pilihan raya umum ke-13, tarif air di negeri itu akan meningkat sehingga 70 peratus, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya dah tengok perjanjian. Inilah syarat yang dibuat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)," katanya dalam ceramah di Dataran Kak Yam, Kampung Sekolah Lenggong, Perak malam tadi.
Menyentuh polemik air di Selangor yang dimulakan proksi Umno BN dalam Syabas, Anwar berkata peranan kerajaan ialah mengurus dan mentadbir manakala keuntungan wajar dipulangkan kepada rakyat.
"Air, minyak (petroleum) itu adalah sumber (alam). Kita (kerajaan) hanya jaga amanah. Itu prinsip. Nak untung ratus juta buat apa? Air adalah hak kita semua. Janganlah bebankan rakyat," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, rejim Umno-BN terlalu takut kehilangan kuasa, kerana menyangka Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia seperti gelagat mereka
"Mereka takut kalau kita perintah, sama perangai macam dia. Sebab minda mereka hanya ada kebendaan, materialistik.
"Orang Melayu kena tahu, monopoli ekonomi oleh kroni Umno BN punca Melayu miskin. Anehnya, orang Melayu masih kekal sokongan pada rejim lama. Bila sibuk pasal material, kebendaan, bila masa nak fikir soal rakyat?" katanya.
"Tengok Ustaz Azizan (Razak) di Kedah. Dulu balak satu ekar RM1,000. Sekarang satu ekar RM19,000. Ada orang kata – itu dulu Datuk. Habis, mana pergi lagi RM18,000? Perintah 50 tahun, berapa BN ambil?
Justeru, beliau berkata, Ramadan adalah masa untuk rakyat bermuhasabah dan membuat keputusan kerana pimpinan Umno BN jelas membelakangkan kepentingan rakyat.
"Tiap malam mereka fitnah kita. Ada bagi ruang untuk kita cakap? Tidak ada. Ada dia keluarkan bukti? Dia tak berani," kata Anwar.
Di sebalik spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipanggil dalam waktu terdekat, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kekurangan besar yang sedang dilalui Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri ialah beliau mewarisi sebuah kerajaan yang lemah. "Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan yang lemah," kata Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003.
Rakan Umno dalam BN iaitu MCA, Gerakan dan MIC telah berhadapan dengan masalah kepimpinan sehingga menyebabkan perikatan itu lemah. Bercakap kepada Bloomberg, Dr Mahathir berkata, sebarang bentuk berpaling tadah akan menyebabkan "BN kalah dalam pilihan raya akan datang."BN, perikatan 13 parti memerintah Kerajaan Pusat sejak negara merdeka. Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009 - setahun selepas PRU12, yang menyaksikan BN hilang majoriit dua pertiga di Parlimen selain kehilangan kuasa kerajaan di empat lagi negeri.
P/S : Ops..... Sebenarnya 5 negeri + 1....Perak dah dirampas balik dgn cara kotor...jangan lupa Wilayah Persekutuan pun PR punya juga...Nampak ada kebenaran apa yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir....BN akan kalah....Jika diamati PRU thn 2008, Sabah dan Sarawaklah yang menjadi kesinambungan Umno/Bn untuk terus berkuasa....melihat kepada situasi PRU Sarawak dan situasi di Sabah ketika ini mewajarkan apa yang diperkatakan Tun Mahathir itu.......iaitu BN dalam keadaan lemah dan akan kalah pada PRU13.....Jangan lupa yer Tun anda juga akan diheret ke muka pengadilan sekiranya UMNO/BN kalah
Seorang tokoh penting Umno dijangka akan mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS malam ini. Ia akan diadakan selepas Solat Tarawikh di Dewan KUIZM, Taman Melewar, Gombak. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangka akan menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari tokoh Umno itu. Pengisytiharan itu akan dibuat pada majlis sambutan Badar Al-Kubra anjuran Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat yang akan diadakan di Dewan KUIZM, Taman Melewar Gombak. "Pada program tersebut juga ada tokoh Umno akan membuat pengisytiharan menyertai PAS di hadapan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan orang ramai," kata setiausaha lajnah itu Misbahul Munir Masduki.
Tan Sri Abd Kadir Sheikh Fadzir secara serius mencadangkan satu perhimpunan besar-besaran Pakatan Rakyat, dengan target menghimpunkan sejuta orang, di sebuah lokasi tertutup, seumpama Stadium Bukit Jalil atau Shah Alam, bagi menunjukkan kesatuan padu parti-parti pembangkang, dan menolak dakyah elit pemerintah yang sentiasa mencari jalan untuk "mengacau-bilaukan" seteru politiknya.
"Ya, kita boleh boleh namakan apa saja, misalnya Bersih 4.0, dan saya boleh menjadi tenaga pentingnya ... Bariskan serentak pemimpin utama Pakatan, dan buat pengisytiharan bagi menamatkan salah faham, khususnya antara PAS dan DAP. Memang selama ini pun, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sudah berucap berulang kali mengenai hal itu," tegasnya. "Selepas himpunan sejuta di Kuala Lumpur, maka kita akan berpindah ke negeri-negeri, dengan matlamat 100,000 hadirin. Kita perlu himpunan yang mendatangkan impak besar kepada pengundi sebelum PRU13," kata Kadir sambil merujuk kejayaan himpunan Hijau anjuran PAS. "Tapi kali ini ia membabitkan semua parti pembangkang."~PR Supporter
1. Tuduhan Chua terhadap kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid ialah mendakwa bahawa kerajaan negeri Selangor telah menyelamatkan Talam sehingga RM1billion (yang sehingga kini anak Presiden MCA itu gagal membuktikan jumlah yang dituduhnya itu). Adakah Chua mengalami kecelaruan bahasa sehinggakan beliau tidak dapat membezakan antara perkataan 'mengutip hutang' dan 'menyelamatkan syarikat'? Kalau selamat, apa yang selamatnya? Kerajaan negeri 'ambil' dari Talam, bukan 'beri' kepada Talam. 2. Hartanah yang didakwa bernilai tinggi itu bukan sahaja telah dinilai oleh penilai profesional tetapi juga dinilai oleh Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Hartanah (JPPH) di bawah bidang kuasa kementerian Kewangan kerajaan Persekutuan. "Sekiranya penilai profesional dan JPPH boleh mencapai satu nilai yang boleh dipersetujui bersama, siapa pula Datuk Chua Tee Yong untuk memberikan nilai yang berbeza terhadap tanah ini? Adakah Datuk Chua Tee Yong memutuskan untuk jadi penilai hartanah dari seorang akauntan?" P/S : 1.Buat Dato Chua yang merupakan Timbalan menteri Pertanian dan Industri Asas Tani adakah beliau melaksanakan tugas kementeriannya dengan mencari sebab kenapa kerajaan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM250 juta kepada NFC, apatah lagi ia dimiliki oleh keluarga Ketua Wanita UMNO sendiri Datuk Shahrizat Jalil pada 2008? 2.Adakah Dato Chua akan mengutip semula RM250 juta hutang NFC yang di bawah bidang kuasa kementeriannya sendiri dan adakah beliau pernah mengambil inisitif untuk mencari punca mengapa NFC tidak membayar satu sen pun hutang mereka pada kerajaan apatah lagi hutang tersebut sepatutnya perlu dibayar sejak Januari 2012?~PR SUPPORTER
Terdapat beberapa anggota polis dan FRU yang melepaskan tembakan gas pemedih mata secara terus terhadap orang awam walhal mereka sepatutnya melepaskan tembakan dari jarak yang selamat bagi membolehkan peserta bersurai. Seorang saksi terpaksa menderita hilang penglihatan mata sebelah kiri akibat terkena kelongsong gas pemedih mata yang ditembak dari jarak dekat. Dia baru sahaja bergraduasi dan telah kehilangan pekerjaan pertama akibat kecederaan yang dialami. Beberapa saksi lain menyatakan terlalu banyak gas pemedih mata dilepaskan di kawasan sempit yang dipenuhi orang awam menyebabkan mereka tidak mempunyai ruang untuk menyelamatkan diri. Diawal inkuiri, seorang saksi memberitahu panel siasatan bahawa dia telah terkena kelonsong gas pemedih mata di leher menyebabkan dia pengsan semasa kejadian.
PAS memohon penjelasan kerajaan berhubung maklumat yang mengatakan syarikat Genting Bhd pernah menguasai 12 peratus saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) dengan pegangan sebanyak 407, 005,000 unit melalui peruntukan khas. AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata apa yang lebih memeranjatkan laporan Bloomberg Peers menyebut bahawa, urusniaga FGVH antara 16 Julai hingga 9 Ogos, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAM) telah membeli saham Genting tersebut.
"Menjadi tandatanya, kenapa Genting jual sahamnya? Adakah ia menjadi proksi kepada tokoh tertentu? Kenapa Dana awam diguna untuk membelinya," soal Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak). Sebelum ini, Mazlan melalui NGO nya itu pernah mendedahkan pembabitan syarikat yahudi, Louis Dreyfus dan Bonge Limited dalam FGVH. Mereka juga mendakwa antara syarikat lain yang memiliki saham FGVH ialah Schroder Invest Management Ltd sebanyak 3,002,700 unit, Vanguard Group (9,369,894), Fidelity Inter (3,813,140) dan Rcm Capital (2,786,285). "Tidak dapat dipastikan adakah FGVH mempunyai Unit Syariah yang memantau pelaburannya agar selari dengan kehendak syara'. "Sempena bulan Ramadhan, kepada peneroka dan pembeli saham FGVH, sila semak pelaburan anda. Itupun kalau sensitif pada halal haram," katanya.
Dewan Undangan Nasional Libya telah memilih Mohammed Magarief, bekas pemimpin pembangkang sebagai Presiden setelah kongres baru untuk negara Afrika Utara itu memulakan pemerintahannya. Magarief, ketua Parti Barisan Nasional (National Front Party), akan mengetuai 200 ahli kongres, yang akan menamakan seorang Perdana Menteri, meluluskan undang-undang dan memimpin Libya ke arah pilihanraya parlimen yang sepenuhnya selepas perlembagaan baru didrafkan tahun hadapan. Magarief, dilihat sebagai pejuang Islam moderat, adalah pemangku Ketua Negara, namun kuasa sebenar beliau belum benar-benar dipastikan.
Bekas diplomat yang tinggal dalam buangan sejak tahun 1980-an ini adalah figur terkemuka dalam gerakan pembangkang tertua Libya – Barisan Penyelamat Libya Nasional (National Front for the Salvation of Libya) – yang telah berulang kali cuba menjatuhkan pimpinan Libya sebelum ini, Muammar Gaddafi. Parti Barisan Nasional adalah cabang kepada gerakan pembangkang tertua Libya, dan parti ini telah memenangi tiga kerusi dalam pilihanraya Dewan Undangan Nasional 7 Julai lalu – pilihanraya bebas yang pertama untuk Libya dalam generasi ini. "Saya sangat gembira. Ini adalah tanggungjawab besar," dia memberitahu Reuters. Magarief mendapat 113 undi dan pihak lawannya Ali Zidan hanya memperoleh 85 undi. Ini adalah undian pusingan kedua setelah tiada pihak yang mendapat majoriti dalam undian pusingan pertama.
Demokrasi
"Ini adalah demokrasi, inilah apa yang telah lama kami idamkan," Zidan memberitahu Reuters, ketika mengucapkan tahniah kepada Magarief. Dewan Undangan juga akan melantik dua orang timbalan kepada Magarief, yang dari dulunya dilihat sebagai calon utama untuk jawatan Presiden. "Dia adalah politikus sebenar dan setiap orang mengenalinya." Ujar Othman Sassi, bekas pegawai Majlis Peralihan Nasional (National Transitional Council). "Dia mempunyai pengalaman yang amat bagus untuk memimpin kongres dan negara demokrasi Libya." Dewan Undangan Nasional bermula Rabu lalu setelah mengambil alih dari Majlis Peralihan Nasional, alat politik kumpulan pembangkang yang menumbangkan kerajaan Gaddafi tahun lalu yang sekarang ini telah dibubarkan. Majlis lewat malam itu adalah peralihan kuasa secara aman pertama yang berlaku dalam sejarah moden Libya, namun ia dibayangi beberapa peristiwa ganas yang berlaku minggu sebelumnya yang menampakkan kestabilan negara yang tidak berapa utuh. Ini termasuk pengeboman kereta berdekatan pejabat tentera polis di ibukota, Tripoli, dan letupan di bekas pejabat risikan tentera di timur kota Benghazi, tempat bermulanya pemberontakan terhadapa Gaddafi. Dalam Dewan Undangan yang baru, 80 kerusi dipegang parti-parti politik. Parti campuran liberal yang dipimpin Perdana Menteri memenangi 39 kerusi, manakala Parti Keadilan dan Pembangunan – parti sayap Ikhwanul Muslimin memenangi 17 kerusi. Baki 120 kerusi dipegang oleh calon bebas yang susah ditentukan kesetiaan mereka kepada mana-mana parti.
Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), V Anbalagan menyangkal wakil polis, ACP Jamaluddin Abdul Rahman kerana mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 seperti zon perang. Saksi pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung dakwaan keganasan polis itu berkata, perhimpunan pada 28 April lalu tersebut bermula aman dan bertukar kecoh selepas polis melepaskan gas pemedih mata. Beliau juga membidas dakwaan Jamaluddin bahawa keselamatan petugas media lebih terjamin jika ditempatkan di kawasan selamat, seperti di dalam bangunan. "Petugas media, terutamanya jurukamera perlu berada dekat dengan tempat kejadian supaya dapat merakam peristiwa dengan lebih tepat.
"Walaupun keadaan sesak, tidak sukar membezakan antara wartawan dengan peserta himpunan. "Memang peserta himpunan turut membawa kamera, tetapi ada perbezaan pergerakan dan cara mereka kendalikannya. Tambahan mereka memakai pas media," katanya. Anbalagan turut menyangkal dakwaan Jamaluddin bahawa polis mengalami kesukaran membezakan antara peserta himpunan dan wartawan, justeru mereka dibelasah dan ditangkap. "Jika wartawan lakukan kesalahan sekalipun, polis hanya perlu menangkap tanpa membelasah mereka. Mereka di sana kerana tugas, bukan buat kacau," tegas beliau. Selain orang ramai, turut menjadi mangsa keganasan polis adalah di kalangan wartawan.
Polis juga memaksa jurukamera memadam gambar yang dirakam malah ada juga bertindak merampasnya. NUJ sebelum ini menerima 12 laporan daripada petugas media mengatakan mereka diserang polis semasa perhimpunan Bersih 3.0. Pendengaran itu diketuai Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu Komisioner Professor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. Selain polis, turut menjadi pemerhati sidang adalah Majlis Peguam.
Sambutan ambang Merdeka 'Janji Bersih' 30 Ogos ini bertujuan mengajak seluruh rakyat hadir untuk meraikan Hari Kemerdekaan sambil mengingatkan kerajaan tentang lapan tuntutan Bersih yang perlu ditunaikan.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, himpunan itu bukan bermaksud untuk mensabotaj atau mengambil alih sambutan kemerdekaan, tetapi turut meraikan semangat kemerdekaan supaya lapan tuntutan Bersih tersebut ditunaikan.
"Asasnya kemerdekaan adalah hak individu dalam negara, dan paling penting hak rakyat untuk menentukan siapa seharusnya jadi kerajaan. Sebab itu kita mengajak semua untuk hadir meraikan Hari Kebangsaan dalam semangat inginkan pemerintahan yang bersih," katanya yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath memberitahu, kumpulan itu telahpun menggerakkan jawatankuasa untuk masuk ke kampus dan kampung-kampung dalam usaha menyebarkan tujuan program ini.
"Kami menuntut sambutan Merdeka yang betul-betul menepati cita rasa rakyat dan melaksanakan janji-janji kerajaan, bukan hanya sebagai slogan," kata Khalid.
"Setakat ini, Kami telah bergerak ke kampus dan kampung-kampung di sekitar Selangor untuk menyebarkan risalah. Alhamdulillah mendapat respon yang baik dan sasaran seterusnya ialah Negeri Sembilan," jelasnya.
Jurucakap Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto turut menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran program tersebut.
"Kami guna peluang ini sebagai melatih mahasiswa untuk belajar tentang demokrasi untuk memilih dan berhimpun, justeru mahasiswa menyokong penuh program ini," katanya.
Naib Presiden Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Irwan Hidayat pula berkata, inisiatif kelab itu yang akan bekerjasama dengan setiap wakil negeri demi mengajak seramai mungkin anak muda menyertai sambutan tersebut.
"Semua ahli AIC akan turun bersama-sama pada malam 30 Ogos dan menyokong penuh inisiatif ini," katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishamuddin Rais sekali lagi mengajak semua warga Malaysia untuk hadir dan memberi sokongan pada malam itu.
"Sesiapa juga di sekitar Lembah Klang dijemput datang ke Dataran Merdeka pukul 10.00 malam, paling penting pakai baju kuning," katanya.
Sidang media pengumuman program itu diketuai Sasterawan Negara yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor semalam.
"Untuk merayakan tema 'Janji Bersih', kami sarankan anak semua bangsa di seluruh pelusuk negara agar memakai pakaian kuning pada masa dan malam yang sama," kata Pak Samad.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) didapati terlalu fobia dengan warna kuning sejak ia membanjiri seluruh pelusuk Kuala Lumpur (KL) pada Himpunan Bersih 28 April lalu. Ketakutan itu sangat menyerlah apabila Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar melarang pemakaian baju kuning di himpunan Janji Bersih pada sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos nanti. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin meminta agar polis tidak perlu terlalu fobia dengan warna kuning kerana mahkamah telahpun mengisytiharkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sah mengikut undang-undang.
"Mahkamah dah putuskan yang tindakan Kementerian Dalam Negeri mengharamkan baju kuning dan Bersih adalah salah, jadi tak perlulah polis dan kerajaan takut sangat dengan warna itu," kata Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard. Beliau turut menempelak Ismail kerana mendakwa, NGO yang terlibat dalam penganjuran Janji Bersih itu mempolitikkan sambutan kemerdekaan. "Perkara ini patut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dari awal telah mempolitikkan Hari Kebangsaan dengan memilih tema 'Janji Ditepati' yang jelas merupakan slogan BN dan menjadikannya sebagai kempen parti mereka," katanya ketika dihubungi. Mengulas lanjut, Chegu Bard berkata, 'Janji Bersih' bukanlah program yang diatur untuk menggantikan sambutan 'countdown' pada malam itu.
"Kita tak buat program lain, malah kita menjemput semua rakyat datang sama-sama meraikan kemerdekaan, mengira detik dalam semangat supaya kerajaan menunaikan 8 tuntutan Bersih," jelasnya. "Perlu diingatkan, menuntut pilihan raya yang adil dan bersih bukanlah politik kepartian, tetapi ia untuk kebaikan negara bagi mengangkat martabat demokrasi di Malaysia," kata beliau lagi. Semalam, sidang media diadakan bagi memberitahu tujuan program itu yang diketuai Sasterawan Negara yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.
26 NGO termasuk SAMM, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) turut menyokong penuh acara yang akan bermula pada jam 10 malam itu. "Justeru, saya bagi pihak SAMM tetap mengajak seluruh rakyat hadir pada malam itu, sama-sama bergembira meraikan kemerdekaan bersama semangat mahu 8 tuntutan ditunaikan," kata Chegu Bard lagi.
Solat hajat dan munajat diadakan di Markaz Pas DUN Meru dan seluruh kawasan dan cawangan di Negeri Selangor sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk meminta pertolongan dari Allah bagi memenangkan PR dalam PRU 13 nanti insyaAllah
Nasib malang menimpa keluarga Encik Hashim bin Husin serta keluarga apabila rumah kediaman mereka hangus dijilat api pada jam 8 pagi di Lot 2801 Batu 2 1/2 Jalan Belimbing. Nasib baiklah tiada kemalangan jiwa yang berlaku kerana Encik Hashim dan isterinya Puan Junaini bt Saiyan sedang bertugas dan ketiga-tiga anak mereka berada di rumah nenek mereka ketika kejadian itu berlaku. YB Dr Rani sempat bergegas ketempat kejadian dan mengucapkan terima kasih kepada pihak bomba yang cepat datang ketempat kejadian untuk menghalang api tersebut dari merebak lagi. YB Dr Rani juga menyumbangkan sedikit dana dan berusaha mendapatkan bantuan dari LZS, JKM dan Pejabat Daerah bagi membantu mangsa-mangsa berkenaan.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
CLAUDIA meniup lilin pada kek ularnya. Gambar kecil (atas), kek ular yang yang sudah dipotong.
LONDON: Ular ini tidak mungkin mengancam nyawa anda, kecuali menyebabkan anda sakit gigi, kerana ia sebenarnya kek yang dibuat mengikut saiz ular sebenar.
Ia dibuat oleh Francesca Pitcher untuk anaknya, Claudia, sebagai menyambut ulang tahun kelahiran keenam kanak-kanak itu apabila dia meminta sesuatu yang 'menakutkan,' selepas melawat sebuah zoo.
Francesca, 37, yang fobia terhadap ular, menghabiskan masa tiga hari untuk menghasilkan replika realistik ular sawa Burma selepas mengkaji imejnya menerusi Internet.
Dia memasak kek yang sama besar dengan enam kek sepan sebelum mengukirnya menjadi ular sawa, antara ular tidak berbisa paling bahaya di dunia.
Wanita itu juga mengambil masa 12 jam menghiasi kek itu dengan fondan coklat putih serta pewarna khas untuk membuat kulitnya serta tanda yang berbeza.
Di majlis sambutan hari jadinya itu, Claudia dan 26 rakannya berebut-rebut untuk memakan kepala 'ular' berkenaan.
Francesca, ibu dua anak, yang menjalankan perniagaan membuat kek di Maid- stone, Kent, berkata: "Sebaik berjaya menangani fobia, saya terus membuatnya.
"Apabila siap, saya meletakkannya di dalam kotak dan menyimpannya di dalam bilik. Saya tidak boleh menengoknya.
"Kanak-kanak itu terpesona dengan kek berkenaan dan langsung tidak takut. "Tetapi ibu bapa mereka tidak berani dekat dan ada yang takut," katanya. - DM
Pada tahun 1951, berlaku krisis adat dimana Biro Hal Ehwal Ugama UMNO Rembau telah menentang peraturan adat tentang tanah pesaka yang dianggap bertentangan dengan hukum Islam. Mereka yang menyokong peraturan berkenaan dianggap sebagai melakukan dosa dan akan bertanggungjawab kepada Allah pada hari kiamat nanti.
The crisis was touched off in February 1951 when the Religious Affairs Section of the Rembau branch of UMNO published a memorandum stating that, from the perspective of Islam, adat traditions concerning "ancestral" property were illicit (haram ). The memorandum claimed in addition that persons abiding these (constitutionally upheld) conventions were by definition guilty of sin (dosa ) and could not obtain absolution through "the recitation of pious formulae." Rather, they were called on to adhere to Islamic law.
Tazkirah Ramadhan 30 saat (9) Dua Kerosakan Umat Hari Ini (2) Kerosakan pemikiran umat Islam yang telah memesongkan cara berfikir mereka tersebut telah meruntun kepada kerosakan seterusnya yang lebih parah iaitu; Kedua, kerosakan akhlak umat Islam. Islam bukan sekadar akidah dan pemikiran yang hanya tertanam di dalam diri tanpa membina dan dan mewarnai kehidupan manusia [...]
KOTA BHARU: Ribuan rakyat negeri Kelantan tidak melepaskan peluang untuk menghidupkan Ramadhan bersama Sultan Kelantan dalam program Qiam With Me di Istana Negeri di sini malam tadi.
Program julung-julung kali diadakan itu menerima sambutan luar biasa rakyat yang mahu bersama sultan kesayangan mereka Sultan Muhammad V.
Suasana malam tadi menyaksikan Dewan Jubli Perak, di Istana Negeri, Kubang Kerian itu penuh malah kesemua khemah diluar dewan juga sesak.
Program Qiam With Me bermula dengan Solat Isyak kemudian diteruskan dengan solat Terawih bersama Sultan Muhammad V.
Turut hadir pada program itu, saf kepimpinan negeri termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan kuliah agama yang disampaikan penceramah popular dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus sebelum masing-masing diberikan masa untuk berehat.
Program seterusnya dimulakan pada jam 4 pagi untuk qiamullail sehingga sahur dan kemudiannya solat Subuh secara berjemaah.
Berikut adalah antara-gambar sekitar program itu malam tadi.Hrkh
Oleh: lipasmalas “BACA laporan Utusan Malaysia di bawah ini baik-baik. Mufti Pahang kata, adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Sudah terang lagikan bersuluh, parti manakah yang selama ini menentang penubuhan Negara Islam dan menolak Hukum Hudud? Lihat video di bawah ini rakaman kenyataan Najib Razak yang memberi [...]
Mengapa Akil Hayy Resah Artis Ramai Berhijrah? Oleh: WFAUZDIN NS MEMBACA kenyataan Akil Hayy di SINI, jelas nampaknya Akil Hayy semakin jahil di dalam menilai bidang dakwah dan politik. Mungkin beliau kini sudah glamour seperti artis-artis yang lain, maka penghijrahan artis kepada dunia politik terutamanya kepada PAS menjadikan Akil Hayy semakin dilupakan dalam perjuangan PAS. [...]
Kenapa pula Lembaga Muzium Negeri Sembilan pula yang menganjurkan Forum Pengkisahan Sejarah Kekejaman Komunis pada 3 September 2012? Kenapa tidak Muzium Tentera Darat yang terletak di Port Dickson yang menganjurkannya? Lembaga Muzium N.Sembilan sepatutnya menjejak kembali sejarah kepahlawanan pejuang Negeri Sembilan sejak zaman kejatuhan Melaka. Menampilkan tokoh pahlawan dari negeri ini seperti Dato Siamang Gagap, Sarjan Hassan, Lt. Adnan, Prebet Ujang yang bersama Lt. Adnan.
Di samping itu Lembaga Muzium Negeri Sembilan sepatutnya memberi kesedaran kepada generasi kini di negeri ini, bahawa Angkatan Tentera Malaysia itu sendiri terbentuk hasil dari buah pemikiran pemerintah negeri ini iaitu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan serta Undang Rembau dan kesultanan Perak.
**************
Forum Pengkisahan Sejarah 'Kekejaman Komunis' sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55 peringkat Negeri Sembilan akan dilaksanakan pada 3 September 2012 (Isnin), jam 8.30 pagi, di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan
Tokoh:
i) YBhg. Dato' Nadzan bin Haron, 'Sejarah Kemunculan Komunis'
ii) YBhg. Left.Jen. (B) Dato' Seri Zaini Mohd. Said, 'Mengimbas Kembali Perang Menentang Insorgensi Komunis'
iii) YBhg. Tan Sri Rahim Nor, 'Perjanjian Damai Malaysia-PKM'
Untuk keterangan lanjut, sila hubuingi Lembaga Muzium Negeri Sembilan 06-7361149
Destinasi yang pertama Anak Rembau singgah ialah maqam Penghulu Luak Rembau yang pertama, Dato' Lela Maharaja Seri Rama dan isterinya, Puan Isteri Siti Hawa binti Laut Dalam.,di Chengkau Ulu. Memang menyedihkan keadaan maqam pemerintah Luak Rembau yang pertama. Penuh dengan semak samun, pagar yang runtuh….bumbung dah pecah.
Filem Sarjan Hassan lakonan P. Ramlee adalah berdasarkan watak sebenar. Sarjan Hassan dilahirkan di Kampung Batu 12, Mantin, Negeri Sembilan pada Julai 1927. Pada usia 7 tahun, ibunya meninggal dunia. Oleh kerana kesukaran bapanya untuk menjaga adik beradik beliau seramai 5 orang, datuknya, Penghulu Ismail telah membawa Sarjan Hassan pulang ke Pantai dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pantai. Beliau bersara dengan menyandang pangkat Kapten. Di penghujung tempoh perkhidmatannya sebagai tentera, beliau telah berjaya membunuh seramai 54 orang komunis di samping menerima pelbagai pingat anugerah sama ada daripada pihak British mahupun Kerajaan Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 30 April 1991, jam 4.30 pagi di Hospital Besar Seremban dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tuan Haji Muhammad Said, Seremban.
Bekas anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1RAMD) Prebet Ujang Mormin yang berjuang bersama ketika Leftenan Adnan Saidi ketika Perang Dunia Ke 2 terus mendapat perhatian pelbagai pihak yang menghargai jasanya kepada negara. Antaranya, Undang Luak Rembau, Datuk Mohamad Sharip Othman yang melwat rumahnya di Rumah Rakyat Sikamat dekat sini. Ujang yang berasal dari Kampung Kundur Hilir di Rembau, pernah berjuang bersama Adnan menentang tentera Jepun di benteng pertahanan terakhir negara di Bukit Candu, Singapura pada 1942.
Datuk Siamang Gagap atau Pendekar Siamang Gagap merupakan pahlawan Melayu yang menentang Inggeris di Negeri Sembilan. Beliau yang memimpin angkatan perang Seri Menanti menentang askar British dalam perang Bukit Putus pada 25 November 1875. Setelah Datuk Siamang Gagap meninggal dunia, anak-anaknya merantau membawa diri mencari rezeki. Salah seorang anaknya mudek ke Sungai Beranang lalu menetap di kampong Sungai Ramal, Kajang. Semasa menjejaki waris Allahyarham Leftenan Adnan, ada yang berkata Leftenan Adnan itu orang Minangkabau keturunan Datuk Siamang Gagap.
Semenjak tahun 1902, Raja-Raja Melayu terutamanya Sultan Alang Iskandar Shah (Sultan Perak), Tuanku Muhamad Ibni Yam Tuan Antah (Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan), Raja Chulan (Kerabat DiRaja Perak) dan Dato Abdullah Haji Dahan (Undang Luak Rembau) telah menggesa Kerajaan Kolonial British di Malaya untuk menubuhkan satu rejimen tentera yang dianggotai oleh orang-orang tempatan. Pada 1 Februari 1933, seramai 25 orang anak Melayu daripada 100 orang calon telah dipilih sebagai "sesuai untuk diambil menjadi rekrut" di dalam pasukan Askar Melayu. http://ms.wikipedia.org/wiki/Rejimen_Askar_Melayu_DiRaja
Adakah kolej-kolej yang tipu di bawah ini, para pelajarnya mendapat pinjaman PTPTN? Bagaimana PTPTN boleh meluluskan pinjaman untuk kolej-kolej penipu ini? Apakah PTPTN hanya menguntungkan IPTS terutamanya kolej-kolej penipu ini? Apakah Kementerian Pengajian Tinggi sudah hilang kawalan terhadap kolej swasta dan kolej penipu, akhirnya yang menjadi mangsa anak bangsa kita sendiri yang terpaksa membayar pinjaman PTPTN walaupun mendapat ijazah yang tidak laku atau tidak diiktiraf.
Kolej tipu pengiktirafan
10 Ogos 2012
Kuala Lumpur: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengesan beberapa kes kolej swasta melakukan penipuan dengan mendakwa ijazah dan diploma ditawarkan memperoleh akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata tindakan itu dilakukan untuk mempengaruhi pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terbabit.
Tipu ada prasarana
"Kolej terbabit turut mengumumkan pelbagai prasarana pengajaran dan pembelajaran (P&P), sedangkan sebenarnya kemudahan itu tiada. Kes itu terbongkar hasil siasatan Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat KPT," katanya kepada BH, di sini semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, sebuah IPTS yang mempunyai seramai 800 pelajar di Seri Kembangan, Serdang didakwa beroperasi secara haram, biarpun sudah diarahkan oleh KPT supaya menggantung operasi bagi membolehkan pihak pengurusannya menyelesaikan masalah dalaman.
Kena tindakan gagal bayar gaji pekerja
Bekas kakitangan pentadbirannya yang enggan namanya disiarkan mendakwa, kolej itu sudah dikenakan tindakan oleh KPT dan Jabatan Tenaga Kerja kerana gagal membayar gaji pekerja dalam tempoh tiga hingga empat bulan.
Katanya, setiap kali wakil kementerian dan jabatan terbabit membuat pemeriksaan ke kolej itu, IPTS terbabit mengarahkan pelajarnya bercuti atau menangguh kuliah bagi mengelak dikenakan tindakan.
Bimbang nasib pelajar
"Kami turut bimbang dengan nasib pelajar kolej itu kerana pihak pengurusan kerap meminta mereka bercuti dan menunda kuliah kerana ketiadaan pensyarah selepas 100 pensyarah serta kakitangan pentadbirannya meletak jawatan," katanya.
Jurucakap mendakwa, beliau bersama 10 bekas pensyarah kolej itu membuat aduan mengenai masalah dalaman kolej itu kepada KPT di Putrajaya, baru-baru ini dan kolej terbabit sudah diarahkan membayar gaji mereka.
Seramai lebih dari 90 orang mantan penagih-penagih dadah telah diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa yang diadakan disebuah hotel di Shah Alam. YB Rodziah dan YB Dr Rani selaku Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PEMADAM Negeri Selangor turut menyampaikan sumbangan makanan berkhasiat kepada tetamu yang hadir dan berharap mereka dapat meneruskan pekerjaan yang halal yang sekarang mereka lakukan.
Satu Majlis Berbuka bersama Pesuruhjaya PAS telah diadakan di Bandar Tasik Puteri. Majlis yang bermula dari jam 6 petang hingga selepas solat taraweh. Ketua Cawangan, Saudara Zulkifli Sulong berjaya mendapatkan beberapa orang anak yatim dan ibu tunggal untuk menerima sumbangan dari cawangan Pas. Turut hadir ialah YDP Pas Selayang, Saudara Zaidi dan PJ Pas Selangor, Dr Hj Abd Rani bin Osman.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seperti di laporkan dahulu beberapa aktiviti melibatkan AJK PAS Kawasan turun ke cawangan terpilih sepanjang Ramadhan ini yang turut dijayakan oleh lajnah lajnah kini berterusan dan berjalan dengan baik . PAS Kawasan mengmbil pendekatan turun ke cawangan terpilih daripada berkumpul di markas Sg Gau dan sebagainya kerana ianya lebih berkesan iaitu mendekati ahli di akar umbi dari menjemput mereka hadir ke tempat yang biasa dan berpusat seperti Darul Amin Sg Gau , Surau Al Khairiah dan sebagainya . Kita menggalakkan cawangan menganjurkan iftar dan tarawih serta tazkirah di cawangan masing masing . Program ziarah dan menyampaikan sumbangan sempena Ramadhan yang berkat ini ke rumah-rumah mereka yang di fikirkan layak turut di adakan. Di samping itu program ceramah dan tazkirah di masjid dan surau turut di adakan di mana mungkin .
Ust Mujibur Rahman memberikan tazkirah Ramadhan di Lakum pada 6.8.12
yang juga megnimamkan solah tarawih . Terima kasih dan tahniah kepada hadir .
Ust Johari memberi tazkirah di Teluk Ira sempena iftar dan penyampaian
sumbangan kebajikan di cawangan berkenaan . Terima kasih kepada
tuan rumah dan En Tuah serta ahli yang hadir .
Warga tua antara penerima sumbangan lajnah kebajikan ( LaKeb ) PAS Kawasan
di Teluk Ira sempena iftar dan turun padang di cawangan / UPU berkenaan pada 7.8.12 .
LaKeb PAS Kawasan Temerloh berkunjung ke Kg Cempaka Lancang
menziarahi warga tua , uzor serta OKU di kampung berkenaan .
Sempena Iftar di Mempatih dan Bukit Damar pada 9.8.12 .
Wakil LaKeb Kawasan menuggu untuk menyampaikan sumbangan
En Hamdan .. wakil LaKeb di Lancang menuju ke rumah
penerima untuk menyampaikan sumbangan kebajikan pada 9.8.12 .
9.8.12 menyampaikan sumbangan kepada warga tua yang tinggal
bersama anak di rumah berkenaan .
Warga tua yang gembira menerima sumbangan LaKeb
dan sudi bergambar kenangan 9.8.12
Sumbangan kepada keluarga di Cempaka
Warga tua bersendirian turut di santuni oleh La Keb
Temerloh pada kunjungan hari itu 9.8.12 .
Gambaran rumah mereka yang di pilih oleh LaKeb Temerloh .
Pilihan yang releven , tepat dan layak .
Rumah ibu tunggal dengan 5 anak yang masih bersekolah .
Beberapa gambar yang di sertakan adalah untuk rekod dan hiasan sambil menceritakan program yang di jalankan . Terima kasih .
PUASA MENDIDIK UMAT ISLAM NENAHAN LAPAR DAN DAHAGA SERTA SETIAP PERKARA YANG WALAUPUN PADA DASARNYA DIHALALKAN ALLAH SWT SEPERTI HUBUNGAN SUAMI ISTERI, DIHARAMKAN SIANG HARINYA DI BULAN RAMADAN.
PADA BULAN RAMADAN KITA MENGIKUT PERINTAH ALLAH SWT DENGAN MENJAUHI PERKARA YANG HALAL PADA SIANGNYA DI BULAN – BULAN YANG LAIN. PERKARA INI KITA LAKUKAN UNTUK MENDISIPLINKAN DIRI SERTA MENDIDIK DIRI AGAR MENJADI LEBIH BAIK. TETAPI KENAPA DI LUAR BULAN RAMADAN , ADA KALANGAN ORANG ISLAM BOLEH MAKAN RASUAH DAN SUAP RASUAH ? SEDANGKAN LATIHAN DI BULAN RAMADAN ITU, YANG HALAL PUN MENJADI HARAM PADA WAKTU SIANG DAN SEGALA PANTANG LARANG DARIPADA KITA IKUTI.
SAMA ADA BULAN RAMADAN ATAU LUAR RAMADAN RASUAH ITU TIDAK DIANGGAP JIJIK. ORANG ISLAM YANG BERPUASA JUGA MENERIMA RASUAH. INI BERERTI PUASA TIDAK MENJELMAKAN DISIPLIN DIRI KEPADA SEBAHAGIAN ORANG ISLAM. SEPATUTNYA UMAT ISLAM MEMBERI CONTOH YANG TERBAIK DAN MENJADI UMAT TERBAIK. KENAPA UMAT ISLAM TIDAK MENDISIPLINKAN DIRI MENJAUHKAN DIRI DARIPADA RASUAH ? INI PERKARA YANG KITA PERLU RENUNGKAN BERSAMA.
TEMERLOH – " KELANTAN ADALAH GURU POLITIK MALAYSIA YANG HARUS MENJADI TELADAN KEPADA SEMUA " KATA YDP PAS TEMERLOH HAJI YUSUF DARUS . KATANYA, WALAUPUN KELANTAN SERING DIMOMOK DENGAN PELBAGAI TUDUHAN DAN DIPERLEKEHKAN OLEH UMNO-BN TETAPI PEMIMPIN DAN RAKYAT NEGERI ITU TELAH MENUNJUKKAN KEKUATAN DAN KEMAMPUAN YANG TIDAK ADA PADA NEGERI LAIN MALAH KELANTAN TELAH MENUNJUKKAN CONTOH SEHINGGA MENJADI IKUTAN KEPADA KERAJAAN BN SENDIRI.
MENURUT YUSUF , PROJEK LEBUH RAYA RAKYAT YANG BARU DIPERKENALKAN OLEH KELANTAN ADALAH IDEA TERBAIK YANG PASTINYA MEMUKAU MUSUH POLITIK KELANTAN. " SAYA KIRA TIDAK ADA SEORANG YANG WARAS AKAN MENENTANG USAHA KERAJAAN NEGERI UNTUK MEMBINA SEBUAH LEBUH RAYA RAKYAT ITU MELAINKAN MEREKA YANG TIDAK WARAS. " PROJEK BERKENAAN YANG MENGEMBLENGKAN SELURUH RAKYAT BAGI MENGUMPUL DANA BUKAN SAHAJA UNTUK DUNIA MALAH UNTUK AKHIRAT JUGA " KATANYA KETIKA DITEMUI SELEPAS MENZIARAHI WARGA EMAS DI UPU LEBAK .
UMNO , KATANYA PASTI SEDANG MEMIKIRKAN BAGAIMANA CARA UNTUK MEREKA MENGADAPI PASDENGAN PROJEK LEBUH RAYA RAKYAT ITU.
" UMNO KELANTAN PASTINYA MENYESAL KERANA MEREKA TIDAK MENYOKONG PERMOHONAN DAN CADANGAN KERAJAAN NEGERI SUPAYA KERAJAAN PUSAT MEMBINA LEBUH RAYA DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE -8 DAHULU MENYEBABKAN KELANTAN TERPAKSA MEMBINA SENDIRI LEBUH RAYA UNTUK KEMUDAHAN RAKYAT MALAH PEMIMPIN UMNO JUGA BAKAL MENGGUNAKAN JALAN BERKENAAN " UJARNYA.
YUSUF MENSIFATKAN PUNCA UTAMA KERAJAAN DAN RAKYAT KELANTAN BERDIKARI IALAH SEKATAN KERAJAAN PUSAT. " MEMANG SIFAT MANUSIA YANG TERTINDAS DAN HIDUP SUSAH AKAN MENJADIKAN MEREKA LEBIH BIJAK DAN AKHIRNYA MAMPU BERDIKARI . " KEADAAN ITU TIDAK BERLAKU KEPADA NEGERI PAHANG YANG DIKUASAI BN DAN DIMANJAKAN SEHINGGA PAHANG SEOLAH –OLAH TIDAK MAMPU MEMBANGUNKAN NEBERI INI TANPA BANTUAN KERAJAAN PUSAT.
" HASIL PAHANG HANYA CUKUP UNTUK MEMBAYAR GAJI KAKITANGAN SAHAJA MANAKALA UNTUK PEMBANGUNAN TERPAKSA BERGANTUNG KEPADA BANTUAN KERAJAAN PUSAT " KATANYA ( BASIRON ABDUL WAHAB – HARAKAH 6-9 OGOS 2012).
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata,Utusan melalui laporan muka depannya hari ini juga meneruskan hasutan tersebut dengan seruan untuk menolak parti tersebut.
"Ini hasutan yang berapi-api," katanya yang menjelaskan, DAP sejak dahulu lagi menghormati peruntukan perlembagaan yang menetapkan Islam agama rasmi.
"Pendirian kita tidak berubah. Kita negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi," kata Lim.
Jelasnya, kenyataan itu sama dengan pendirian oleh tiga perdana menteri pertama Malaysia.
Namun, kata Lim, DAP diserang begitu rupa oleh Utusan sehingga disifatkan sebagai "kafir harbi".
"Perdana menteri yang kempen 1Malaysia tak patut benarkan Utusan teruskan kempen ini," katanya lagi.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, di Pulau Pinang, setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP Zairil Khir Johari turut membuat laporan polis berhubung laporan Utusan itu.
SHAH ALAM - Di sebalik spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipanggil dalam waktu terdekat, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kekurangan besar yang sedang dilalui Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri ialah beliau mewarisi sebuah kerajaan yang lemah.
"Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan yang lemah," kata Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003. - Sinarharian.
Tak habih-habih Dr. Mahathir ni nak kondem PakLah. Memanglah tak dinafikan sebagai Perdana Menteri PakLah memang lemah, bukan setakat lemah malah digambarkan PakLah suka tidur.
Tapi bela Najib dengan kata dia mewarisi kerajaan yang lemah dari PakLah sangat tak tepat pasai PakLah pun sebenarnya mewarisi kerajaan yang memang dah lemah. Kelemahan PakLah dia tak berjaya kuatkan kerajaan yang lemah yang dia warisi tu.
Kerajaan yang lemah tu PakLah warisi tak lain tak bukan dari Dr. Mahathir sendiri.
Aku yakin semua orang yang celik politik setuju yang Dr. Mahathir 'terpaksa' lepaskan jawatan dia kepada PakLah pasai dia yakin kalau dia masih lagi jadi PM sampai ke PRU11 Umno BN mungkin akan kalah.
Masa tu kebencian rakyat kepada Dr. Mahathir cukup memuncak sampai Dr. Mahathir digelar MahaFiraun, satu perlambangan yang cukup teruk untuk seorang ketua negara dari pandangan Islam.
Kalau betul Dr. Mahathir umumkan dia nak letak jawatan pada Jun 2002 tu pasai dia memang "dah lama dah" nak bersara dia takkan berlagak macam dia masih lagi PM walaupun dah lepaskan jawatan tu kepada PakLah, terutama sekali selepas kemenangan besar Umno BN pada PRU11.
Dan antara faktor keputusan PRU12 jadi paling teruk untuk Umno BN hasil kerjabuat Dr. Mahathir sendiri yang kritik kepimpinan PakLah dan ramai ahli dan penyokong yang tak undi calon Umno pasai terpengaruh dengan kritikan Dr. Mahathir.
Antara sebab utama Dr. Mahathir kritik PakLah gila-gila pasai banyak 'legasi' Dr. Mahathir yang PakLah cantas termasuk Jambatan Bengkok yang cukup menjolok mata. Termasuk juga mungkin pasai PakLah berjaya 'cantas' Mukhriz melalui menantu dia Khairy Jamaluddin.
Jadinya sangat tak kena Dr. Mahathir nak salahkan PakLah saja. Patutnya dia salahkan diri dia sendiri lebih dari dia salahkan PakLah.
Sinarharian juga melaporkan:
Bercakap kepada Bloomberg, Dr Mahathir berkata, sebarang bentuk berpaling tadah akan menyebabkan "BN kalah dalam pilihan raya akan datang." - Ibid.
Nampaknya Dr. Mahathir bukan saja salahkan PakLah tapi dia juga dah siap-siap sediakan alasan untuk digunakan kalau betul Umno BN tumbang pada PRU13 nanti. Moga-moga 'ramalan' Dr. Mahathir tu jadi kenyataan... Hahaha...
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memberi bayangan awal bahawa seorang lagi pemimpin Barisan Nasional (BN) di Sabah akan keluar dan mengisytiharkan bersama Pakatan Rakyat, Sabtu dan Ahad ini.
Anwar menjelaskan pengumuman mengenainya akan dibuat di Kota Belud dalam rangka lawatannya ke negeri itu bagi memperkuatkan pengaruh Pakatan Rakyat selepas dua ahli parlimen BN keluar akhir bulan lalu dan awal bulan ini.
Parlimen Kota Belud diwakili Abdul Rahman Dahlan dari Umno-APCO tetapi desas-desus mengatakan pemimpin lain yang akan meninggalkan BN dan bukannya Rahman.
Setakat ini nama-nama yang dijangka adalah bekas Ketua Menteri, Osu Sukam dan ahli parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur Salleh.
Namun, pengumuman rasmi akan dibuat Anwar yang juga akan melawat Penampang dan beberapa tempat lagi.
Kebetulan, hujung minggu ini perdana menteri Najib Altantuya akan berada di Sabah bagi lawatan sehari bermula dengan melawat Kuching, esok.
Dijangka, Najib Altantuya akan memberi 'rasuah' berupa projek kerajaan persekutuan kepada pemimpin BN sebagai tutup mulut dan tidak berpaling tadah seperti apa yang dilakukan oleh ahli parlimen Tuaran, Wlifred Bumburing dan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin.
Sementara itu dalam sidang media sama, Anwar berkata Umno-APCO kini memulakan kempen pelampau agama melalui laporan Utusan Malaysia yang mendakwa berdosa sekiranya menyokong parti DAP.
Laporan berkenaan yang memetik pandangan seorang guru pondok antara lainnya menyatakan bahawa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."
Namun, Anwar memberitahu satu sidang media hari ini, akhbar tersebut tidak melaporkan bahawa Perdana Menteri, Najib Altantuya dan mantan perdana menteri juga tidak menyokong hukum hudud.
"Najib Altantuya kata selagi jadi PM beliau tak akan laksanakan hukum hudud," katanya sambil menambah, Mahathir Mohamad juga pernah menulis surat kepada menteri besar Kelantan bagi menyatakan penolakan kepada pelaksanaan hukum hudud.
"Kalau ini pandangan mereka, kenapa DAP saja disebut tak boleh disokong sedangkan kenyataan Umno dan MCA masuk kategori sama," katanya lagi.
Kit Siang: Ini hasutan berapi-api
Dalam sidang media sama, ketua ahli parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Utusan melalui laporan muka depannya hari ini juga meneruskan hasutan tersebut dengan seruan untuk menolak parti tersebut.
"Ini hasutan yang berapi-api," katanya yang menjelaskan, DAP sejak dahulu lagi menghormati peruntukan perlembagaan yang menetapkan Islam agama rasmi.
"Pendirian kita tidak berubah. Kita negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi," kata Lim (kiri).
Jelasnya, kenyataan itu sama dengan pendirian oleh tiga perdana menteri pertama Malaysia.
Namun, kata Lim, DAP diserang begitu rupa oleh Utusan sehingga disifatkan sebagai "kafir harbi".
"Perdana menteri yang kempen 1Malaysia tak patut benarkan Utusan teruskan kempen ini," katanya lagi.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, di Pulau Pinang, setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP Zairil Khir Johari turut membuat laporan polis berhubung laporan Utusan itu.
KUALA LUMPUR: "Jika DAP yang menolak hudud boleh dikatakan kafir harbi, bagaimana dengan Umno dan MCA yang juga menolak hudud."
(MCA membuat demonstrasi di depan pejabat PAS membantah Hudud)
Persoalan ini dibangkitkan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ekoran laporan muka depan akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mendakwa haram undi DAP.
Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu meminta Majlis Fatwa buat keputusan apakah benar fatwa Pengasas Pondok Genting yang sekian lama menjadi alat Umno itu.
Menurutnya, penolakan MCA terhadap hukum hudud dapat dilihat secara terang-terangan, selain turut disokong Umno sendiri yang mengaku beragama Islam.
(Penolakan Najib terhadap hudud...Berita ini hanya disiarkan dalam akhbar MCA)
Tuan Ibrahim berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah mengeluarkan kenyataan menolak hukum hudud.
"Kita kena sedar, bukan DAP sahaja tolak hudud, tapi MCA juga berbuat demikian secara terang-terangan. Malah, Najib sendiri pernah mengatakan bahawa beliau tidak akan melaksanakan hudu selagi menjadi perdana menteri," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Justeru, kata beliau semua pihak perlu melihat keseluruhan aspek, tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan yang berat-sebelah dan hanya untuk memuaskan hati pihak berkepentingan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah, dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mengatakan haram bagi umat Islam mengundi DAP, baru-baru ini.
Tambah beliau, mana-mana hukum yang dikeluarkan perlu bersandarkan syarak dengan dalil-dalil dan nas yang betul, bukan boleh dikeluarkan sewenangnya dengan bersandarkan perasaan.
Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang (Gambar kanan) itu menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa berhubung kenyataan tersebut, lebih-lebih lagi kenyataan yang melabelkan DAP sebagai 'kafir harbi'.
Ini kerana, katanya kenyataan itu merupakan satu perkara yang begitu besar kerana dihalalkan darah mereka, harta mereka yang disifatkannya boleh menimbulkan suasana tidak aman di dalam negara berbilang kaum dan agama ini.
"Justeru, saya minta Majlis Fatwa segera melihat perkara ini secara serius dan menyegerakan fatwa bagi mengelakkan berlkunya sebarang kerosakan di negara ini," tegas beliau.
Tahaluf Siasi
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menyokong kenyataan bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (gambar kiri) yang mengatakan sekiranya orang bukan Islam tidak boleh disokong, bagaimana mereka boleh dilantik menjadi menteri seperti amalan yang dilakukan Umno.
Sambil menegaskan kerjasama PAS dengan DAP bukan berbentuk wala' iaitu patuh atau ikut arahan, sebaliknya tahaluf siyasi (kerjasama politik), beliau berkata perkara tersebut tidak difahami kebanyakan pihak.
"PAS bertanding dengan lambang PAS, calon PAS, duit PAS. PKR dengan lambang PKR, calon PKR. Begitu juga DAP. Tidak seperti MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen lain dalam BN, mereka terpaksa ikut arahan bertanding atas satu lambang iaitu BN," tegas beliau lagi.
TOKYO - Sebuah pesawat sistem penerbangan Jepun yang membawa 55 penumpang berjaya mendarat dengan selamat walaupun hanya sebuah enjin berfungsi, kelmarin.
Menurut jurucakap syarikat penerbangan itu, sejurus selepas pesawat Bombardier DHC8 tersebut berlepas menuju ke Miyazaki, papan pemuka menunjukkan paras minyak pada salah satu enjin berada pada tahap sangat panas.
Difahamkan, juruterbang terpaksa mengambil risiko dengan menutup enjin yang terjejas dan berpatah balik ke Fukuoka dan melakukan pendaratan cemas.
TOKYO - Restoran makanan segera terkenal, McDonald yang beroperasi di Jepun, kelmarin menarik balik gelas percuma bertemakan Sukan Olimpik London 2012 selepas menerima 130 aduan daripada pelanggan.
Jurucakap McDonald, Kazuyuki Hagiwara berkata, mereka turut menerima 78 aduan pelanggan cedera.
"Kebanyakan pengguna mengalami luka kerana gelas sumbing. Kami mendapati kesilapan semasa prosedur pembuatan gelas tersebut menjadi punca insiden ini berlaku," katanya.
Difahamkan, enam juta gelas percuma itu telah diberikan kepada pelanggan sejak Jun lalu.
CHUKAI - Seorang remaja lelaki maut tercampak sejauh lapan meter apabila motosikal yang ditungganginya masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Viva di kawasan selekoh di Jalan Banggol Indah-Kampung Paya Berenjut, dekat sini, lewat petang kelmarin.
Dalam kemalangan kira-kira jam 7.15 petang itu, Che Ayup Aziz, 18, mengalami yang kecederaan parah dengan bahu kiri terbelah, patah paha kiri dan kaki kiri luka teruk meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, motosikal jenis Honda EX5 Dream yang ditunggangi si mati bertembung dengan kereta yang dipandu seorang pegawai teknologi maklumat wanita, berusia 27 tahun yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga, yang dalam perjalanan ke Chendor untuk berbuka puasa.
Menurutnya, berikutan perlanggaran kuat berkenaan, Che Ayup yang bekerja sebagai juru selenggara dan beralamat di Kampung Paya Berenjut bersama motosikalnya, dipercayai terkena pengadang besi jalan sebelum tercampak ke dalam longkang.
Che Ayup kemudiannya tercampak sekali lagi sejauh lima meter dari motosikal yang dinaikinya sementara kereta tersebut pula tercabut tayar depan sebelah kiri.
"Pelanggaran kuat secara berdepan juga menyebabkan motosikal yang dinaiki si mati remuk teruk di bahagian depan. Mayat kemudian dihantar ke Hospital Kemaman dan hasil bedah siasat yang dilakukan pada jam 9 malam mendapati si mati meninggal akibat kecederaan dalaman," katanya.
Mayat Allahyarham Che Ayup kemudian dituntut keluarga kira-kira jam 10 malam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Geliga.
RAUB: Seorang wanita yang mengutip buah di kebun hampir pengsan apabila menemui mayat lelaki tertiarap berlumuran darah dipercayai dibunuh di Kampung Gali Tengah, dekat sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 40-an yang berasal dari Myanmar ditemui mati di tempat kejadian selepas kehilangan banyak darah akibat dilibas dengan sabit oleh penyerangnya.
Sebelum kejadian, wanita berusia 44 tahun itu yang berjalan di kebun berkenaan curiga selepas melihat satu objek tertiarap dihurung lalat dan dia memberanikan diri menghampiri bagi memeriksa objek itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Raub, Deputi Superintendan Azhar Abdul Rahman berkata, selepas menghampiri objek berkenaan, wanita terbabit melarikan diri dari tempat kejadian sebelum menghubungi Balai Polis Raub memaklumkan penemuan mayat seorang lelaki.
Menurutnya, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah dan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum menemui mayat lelaki tanpa baju yang hanya berseluar panjang.
Katanya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis kemudian menemui sabit yang masih berlumuran darah dipercayai digunakan suspek untuk menyerang mangsa sebelum lelaki warga asing itu maut di tempat kejadian.
"Sehingga kini, rakan sekerja mangsa sudah menghilangkan diri dan kami percaya lelaki itu mempunyai kaitan dalam kejadian pembunuhan terbabit.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raub (HR) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti identiti sebenar," katanya di sini, semalam.
SEBUAH jet tentera Syria melancarkan serangan roket di Kampung Tel Rafat semalam.
DAMSYIK - Seorang wartawan agensi berita Reuters menceritakan detik-detik sebuah jet tentera Syria membedil Kampung Tel Rifaat di sini.
Jet tersebut melancarkan serangan roket dan terbang pada ketinggian yang rendah.
Wartawan agensi berita itu melihat jet tersebut membuat banyak pusingan di ruang udara kampung tersebut yang didiami beberapa ribu penduduk.
Kampung tersebut terletak 35 kilometer ke utara bandar Aleppo.
Jet tersebut melepaskan tembakan dan melancarkan serangan peluru berpandu.
Penduduk kampung itu panik dan sebahagian mereka cuba untuk melarikan diri dengan menunggang motosikal.
Beberapa penduduk lagi berlindung di dalam kenderaan roda tiga.
Letupan kemudian kedengaran manakala sebuah trak yang mempunyai 12 tayar terbakar.
Seramai enam orang kanak-kanak dan seorang wanita yang menangis berlari meninggalkan rumah mereka.
Seorang wanita kelihatan memegang kitab al-Quran di kepala, menciumnya dan beberapa wanita lain mengetuk kepala mereka dengan tangan.
Seorang pejuang yang menentang kepimpinan Presiden Bashar Al-Assad, Abu Hassan menyatakan jet-jet tersebut menjadikan pangkalan pemberontak sebagai sasaran serangan.
"Setakat ini empat daripada pangkalan kami terkena bedilan," katanya.
Tentera-tentera yang setia kepada Bashar berdepan dengan para pemberontak yang bersembunyi di dalam rumah ladang,
Walaupun, para juruterbang tentera Syria dilihat mengetahui lokasi pangkalan pemberontak, mereka kerap kali melakukan serangan secara sembarangan.
Lembu-lembu berlari dan melompat semasa letupan kedengaran di padang manakala beberapa anggota sebuah keluarga berselindung di bawah pokok zaitun.
Sementara itu, Bashar menamakan seorang Perdana Menteri baharu semalam bagi menggantikan Riad Hijab yang berpaling tadah.
Perkembangan tersebut berlaku ketika tentera Bashar membedil kedudukan pemberontak di sebuah daerah strategik di sini.
Bashar melantik Wael Al-Halki yang merupakan pengikut fahaman Sunah dari wilayah Deraa, selatan Syria untuk menjadi perdana menteri selepas Riad melarikan diri pada Isnin lalu.
Dalam perkembangan berkaitan sekurang-kurangnya 78 orang terbunuh dalam keganasan di seluruh Syria semalam, kata Kumpulan Pemerhati Syria Bagi Hak Asasi Manusia.
Menurut pertubuhan itu angka kematian itu melibatkan 35 orang awam, 25 askar dan 18 anggota pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria.
Kebangkitan rakyat menentang Bashar bermula pada Mac tahun lalu.
Lebih 19,000 orang dilaporkan telah terbunuh ekoran pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Syria. - Agensi
SHAH ALAM: Sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri, kerajaan negeri Selangor akan melancarkan kempen keselamatan jalan raya.
Majlis pelancaran kempen ini akan disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Plaza Tol Bukit Jelutong, Lebuhraya Guthrie mulai jam 8.30 pagi Isnin ini.
Ia bertujuan untuk memberikan peringatan kepada semua pengguna kenderaan agar menjaga keselamatan masing-masing menjelang hari perayaan ini.
Umat Islam mula bergerak dari Kuala Lumpur dan lain-lain bandar untuk pulang ke kampung masing-masing minggu depan bagi menyambut Hari Raya yang dijangka berlangsung Sabtu atau Ahad depan.
Menjelang mereka pulang, kerajaan Selangor cuba untuk mengajak semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan memandulah dengan selamat.
Setiap tahun berpuluh-puluh bahkan kadang-kadang meningkat kepada ratusan rakyat Malaysia mati akibat kemalangan semasa musim perayaan.
Ini kerana masing-masing berebut untuk pulang ke kampung masing-masing di samping jumlah kenderaan yang meningkat di atas jalan raya semasa musim perayaan.
Selain mengedarkan risalah keselamatan jalan raya, kerajaan Selangor juga menyediakan buah kurma dan air mineral untuk bekalan mereka jika terpaksa berbuka di dalam kereta.
Selain Menteri Besar, turut akan mengedarkan kit keselamatan ini adalah para Exco dan Adun Selangor sepanjang minggu depan.
MOSCOW 10 Ogos - Polis Rusia membebaskan 15 kanak-kanak yang terkurung selama bertahun-tahun di dalam sebuah bangunan bawah tanah di Kazan, timur Republik Tartarstan, semalam.
Pegawai penyiasat, Ranis Bakhitov berkata, kesemua kanak-kanak terbabit dipaksa tinggal bersama kira-kira 60 ahli kumpulan agama yang telah menghuni dalam bangunan di bawah sebuah masjid itu sejak lebih 10 tahun lalu.
"Kanak-kanak tersebut terpaksa tinggal dalam keadaan yang sangat kotor dan kawasan tersebut ibarat penjara buat mereka," katanya.
Premis itu ditemui selepas pihak polis membuat siasatan terhadap beberapa pertubuhan Islam di bandar tersebut berhubung dua serangan berkembar terhadap dua orang guru agama pada bulan lalu. - AFP
TAMAN KERAMAT - Tindakan segelintir peniaga di AU3, di sini yang menjual makanan seawal jam 10 pagi menimbulkan kecurigaan penduduk setempat apabila ramai pembeli beragama Islam datang membeli.
Melalui aduan orang ramai, tinjauan Sinar Harian mendapati tiga gerai nasi berlauk menjalankan perniagaan sekitar jam 10 pagi.
Bagaimanapun, aktiviti tersebut mengundang curiga dan ketidakpuasan hati penduduk setempat yang mahukan pihak berkuasa agama menyiasat.
Pengerusi Surau Al- Ehsaniah AU3, Aziz Jaafar berkata, isu peniaga ini sudah berlarutan beberapa tahun setiap kali Ramadan dan penduduk tidak mahu bersubahat sekiranya perniagaan tersebut akan menjurus kepada perbuatan yang dilarang ketika umat Islam melakukan ibadah puasa.
"Penduduk tidak pernah mempertikaikan atau melarang peniaga mencari punca rezeki tetapi waktu mereka berniaga pada bulan Ramadan ini boleh dipersoalkan kerana boleh mengundang pelbagai andaian dan persepsi negatif.
"Pihak berkuasa agama tempatan diharap dapat menyiasat perkara ini kerana selain waktu perniagaan yang terlalu awal, perniagaan ini berkemungkinan boleh mencemarkan kesucian Ramadan sekiranya perniagaan ini menjurus kepada menggalakkan umat Islam untuk tidak berpuasa," katanya.
Penduduk yang mahu dikenali sebagai Suzieyana berkata, tindakan peniaga ini boleh mencemarkan kebaikan Ramadan sekiranya ada pembeli yang tidak berpuasa mengambil kesempatan.
"Adalah sesuatu yang tidak rasional dan menimbulkan kemusykilan apabila pembeli membeli makanan nasi berlauk seawal 11 pagi sedangkan waktu berbuka puasa masih lambat.
"Dalam pengetahuan saya, pada bulan Ramadan, peniaga hanya boleh berniaga selepas jam 3 petang dan difahamkan pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang berniaga awal.
"Bagaimanapun, peniaga ini seolah-olah kebal menjalankan perniagaan setelah bertahun-tahun menjalankan perniagaan tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkuasa setiap kali Ramadan," katanya.
KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Sabtu, 18 Ogos bersamaan 29 Ramadan ini, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hari ini.
Menurut kenyataan itu Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
"Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.
Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di Pontian Kecil; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara; Telok Kemang, Port Dickson; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Kuala Langat; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Daerah Manjong; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang).
Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Star; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu; Tanjong Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching; Tanjung Batu, Bintulu.
Tempat lain ialah di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan; Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan; Tingkat 13 Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). - Bernama
KESAL...Zali (kanan) dan Amri menunjukkan cek transaksi pindahan wang yang dibuat.
KOTA BHARU: Umurnya sudah mencecah 61 tahun dan perwatakannya lembut serta meyakinkan, namun itu semua hanya topeng untuk memperdaya ramai ahli perniagaan di seluruh Malaysia menyebabkan dia kini diburu polis selepas disyaki terbabit dalam penipuan pelaburan bernilai lebih RM10 juta.
Dikesan aktif melakukan penipuan sejak beberapa tahun lalu, wanita itu yang dikenali sebagai Ramalah Mohd Nor, 61, dipercayai menipu sekurang-kurangnya 10 individu dan ada di antara mangsanya kerugian sehingga RM2 juta.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, suspek dikenal pasti aktif menipu golongan profesional untuk melabur dalam sektor hartanah sehingga ada mangsanya diisytiharkan muflis selepas rumah atau tanah yang mereka cagar tergadai.
"Kami mendedahkan gambar suspek yang kini diburu selepas terbabit dalam kes penipuan lebih RM10 juta. Orang ramai yang mengenali suspek boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di talian 09-7455622," katanya di sini, semalam.
KUALA LUMPUR: Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari berkata, persefahaman PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat mencetuskan suasana politik lebih sihat, berbanding sebelum mereka bersama dalam gabungan itu.
(Datuk Fauzi - gambar Malaysiakini)
Fauzi berkata, berdasarkan pemerhatian beliau, keadaan semasa berbeza dengan sebelum ini apabila kedua-dua parti itu dianggap "macam anjing dan kucing" ekoran perbezaan ideologi.
"Kalau dulu kita lihat PAS dan DAP memang macam anjing dengan kucing. Langsung tidak boleh (bersama). Tapi (selepas) ada faktor jalinan ini, kita lihat satu keharmonian dalam masyarakat Malaysia ini.
"Kalau dulu kita lihat, ada banyak syak wasangka. Tapi sekarang (apabila) saya meninjau dari segi kedudukan hubungan antara kaum, walaupun masih ada kebimbangan, ada rasa perkauman, tapi saya nampak darjah perbezaan yang ketara.
"Dulu kita nampak ada unsur-unsur perkauman tetapi sekarang (ini) tenteram, aman, tak banyak syak wasangka. Ini saya nampak memberi suasana baru di Malaysia," katanya dalam wawancara yang disiarkan Malaysiakini hari ini.
Ketika diwawancara Malaysiakini, Fauzi - yang menyertai PAS Mei lalu – berkata, jalinan keharmonian antara PAS dan DAP melalui usaha Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi faktor yang mengikat mereka.
"Jalinan ini kita nampak cukup berkesan, dan rakyat boleh terima secara baik, apatah lagi bukti-bukti sekarang ini, orang kata, keharmonian begini menambahkan lagi suasana aman, dan ini menyebabkan rakyat mudah membuat pilihan," katanya.
KOTA BHARU: Ribuan rakyat negeri Kelantan tidak melepaskan peluang untuk menghidupkan Ramadhan bersama Sultan Kelantan dalam program Qiam With Me di Istana Negeri di sini malam tadi.
Program julung-julung kali diadakan itu menerima sambutan luar biasa rakyat yang mahu bersama sultan kesayangan mereka Sultan Muhammad V.
Suasana malam tadi menyaksikan Dewan Jubli Perak, di Istana Negeri, Kubang Kerian itu penuh malah kesemua khemah diluar dewan juga sesak.
Program Qiam With Me bermula dengan Solat Isyak kemudian diteruskan dengan solat Terawih bersama Sultan Muhammad V.
Turut hadir pada program itu, saf kepimpinan negeri termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan kuliah agama yang disampaikan penceramah popular dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus sebelum masing-masing diberikan masa untuk berehat.
Program seterusnya dimulakan pada jam 4 pagi untuk qiamullail sehingga sahur dan kemudiannya solat Subuh secara berjemaah.
Berikut adalah antara-gambar sekitar program itu malam tadi.
Petaling Jaya: Suami kepada Eksekutif Pentadbiran wanita TV9, dituduh di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas tuduhan membunuh isterinya di kediaman mereka di Damansara Damai, bulan lalu.
Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, bekas pekerja bahagian teknologi maklumat (IT) Bernama dilihat mengangguk faham sebaik tuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadapnya.
Tertuduh kini bertugas sebagai eksekutif IT di sebuah syarikat gas dan minyak.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Norazman Bashah dituduh membunuh mangsa di rumah bernombor 115, Tingkat 1, Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Sungai Buloh antara jam 12.30 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Jemaah Menteri bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 19 Ogos.
Perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet Rabu lepas, kata Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah untuk memohon cuti berganti melalui pendaftar masing-masing untuk kelulusan.
Bagi tujuan penyelarasan, kementerian mencadangkan supaya cuti berganti persekolahan 16 Ogos diganti pada Sabtu, 8 September manakala cuti berganti 17 Ogos diganti pada Sabtu, 22 September. - BERNAMA
Kebahagiaan yang sesungguhnya bagi seorang suami begitu bermakna justru bukan dalam kegembiraan namun disaat keluarganya sedang diuji oleh Allah, Apakah dirinya sanggup melewati ujian itu atau tidak? Kekuatan cinta karena Allah akan mampu melewati semua derita, menanggung beban dalam suka maupun duka, hidup bersama istri dan anak-anaknya. Itulah kebahagiaan bagi seorang suami dengan cintanya yang tulus untuk keluarga. Pernah ada seorang bapak yang diuji oleh Allah.
Istri yang dicintainya sedang sakit. bersama putrinya senantiasa menjenguk istri tercintanya yang terbaring diranjang. disekelilingnya ada alat pengukur tekanan nafas dan tabung untuk memeriksa kesehatan.
Bila sampai dirumah sakit, suami yang setia itu datang menggantikan pakaian istrinya dan menanyakan keadaan istrinya. Selalu saja tidak ada perubahan sama sekali. Kondisi istrinya tetap seperti semula. Tidak ada kemajuan atau perubahan yang membaik. Kesembuhan istrinya seolah tidak bisa diharapkan.
Setelah menjenguk dan merawat istrinya, sang bapak dengan putrinya selalu memanjatkan doa kepada Allah agar memberikan kesembuhan. Setelah itu barulah meninggalkan rumah sakit. Beliau hampir setiap hari selalu menjaga, merawat dan mendoakan untuk kesembuhan istrinya.
Meluangkan waktu untuk merawat ditengah kesibukannya yang juga harus bekerja mencari nafkah. Kesediaannya merawat istri yang sedang sakit membutuhkan energi yang sangat besar. Sifat konsistensi untuk menjaga, merawat dan mendoakan istrinya yang sedang sakit sungguh sangat luar biasa. Padahal kondisi istrinya belum pulih. Bahkan ada orang yang menyarankan agar mengunjunginya seminggu sekali aja.
Suami setia itu memilih tegar dan bersikukuh untuk menjaga dan merawat istrinya, 'Allah tempat memohon pertolongan.' Ditengah kegelisahan itulah beliau datang ke Rumah Amalia untuk bershodaqoh ke Rumah Amalia agar Allah berkenan memberikan kesembuhan bagi istri yang dicintainya.
Sampai suatu hari sesaat sebelum dirinya datang, istrinya bergerak dari tempat tidur. Dia merubah posisi tidurnya. Tak lama kemudian istrinya membuka kelopak matanya. dan mencopot alat bantu pernapasan. Ternyata istrinya sudah duduk tegap. Dokterpun datang membantu menolong, meminta perawat mencopot alat-alat bantu dan membersihkan bekas alat bantu ditubuhnya. 'Begitu saya datang, saya terperanjat, jantung saya seolah mau copot.
Bagaimana tidak, ditengah saya kehabisan harapan, saya melihat istri saya kembali pulih.' Katanya bapak itu dengan tangis haru bercampur bahagia tidak bisa dibendung lagi. Beliau menangis, memanjatkan puji syukur kehadirat Allah yang telah memberikan kesembuhan total terhadap istrinya. 'Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.' tuturnya.
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat menyokong penuh usaha Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia yang melancarkan kempen Hari Internet Blackout pada 14 Ogos 2012 nanti.
"Kita dari Pakatan Rakyat menyokong usaha dan kempen Internet Blackout yang dicadangkan pada 14 Ogos nanti.
"Ia juga selaras dengan penentangan yang dibuat terhadap Seksyen 114A yang merupakan pindaan terbaru bagi Akta Keterangan 2012 yang menyekat kebebasan berintenet," kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini semalam.
Seksyen 114A merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 2012 yang diwartakan pada 31 Julai lalu.
Ianya dilihat satu usaha untuk menyekat kebebasan pengguna internet di negara ini.
CIJ dalam satu kenyataannya sebelum ini menjelaskan kempen ini bertujuan untuk menyedarkan para pengguna Internet tentang kesan negatif pindaan ini terhadap kebebasan berinternet.
Pada hari Internet Blackout ini, semua laman web yang mengambil bahagian akan ditutup dan tidak dapat diakses dalam masa 24 jam.
Pengguna juga akan dapat melihat paparan yang mempunyai mesej kempen tersebut apabila cuba mengakses laman web tersebut.
"Kita harap semua penyokong Pakatan Rakyat dan pemimpin turut sama dalam kempen tersebut mengelapkan internet tanpa sebarang informasi.
"Dengan cara ini sahajalah kita dapat menunjukkan kepada kerajaan tentangan kita terhadap akta tersebut," sambungnya lagi.
Setakat ini, laman-laman web popular seperti laman jual beli lelong.com.my, komuniti forum cari.com.my, dan portal hiburan gua.com.my telah menyatakan hasrat untuk menyertai kempen ini.
Selain itu, laman berita seperti Malaysiakini, Harakahdaily, Free Malaysia Today, The Nut Graph dan Digital News Asia turut sama menunjukkan minat
Seksyen 114A bukan sahaja mengandaikan kesalahan di pihak tertuduh, bahkan juga menjadikan individu-individu yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan Internet seperti ruang forum, blog dan pengehosan web bertanggungjawab terhadap segala bahan yang terkandung dalam perkhidmatan mereka.
Di bawah pindaan terbaru ini, seseorang pengguna Internet yang akaun atau komputernya digodam dianggap bertanggungjawab terhadap segala bahan yang dimuat naik atau turun oleh penggodam.
Dari Abu Hurairah r.a, katanya: "Pada suatu ketika, Nabi S.A.W sedang berbicara dengan orang yang ramai (memberi ceramah atau pengajian), tiba-tiba datang seorang Arab pedalaman menanyakan kepada beliau : Bilakah datangnya saat (kiamat)?"
Rasulullah S.A.W tidak langsung menjawab, tetapi beliau meneruskan perbicaraannya dengan orang ramai. Kerana sikap Rasulullah yang demikian, orang mengatakan Rasulullah SAW mendengar pertanyaan itu tetapi beliau tidak menyukainya. Dan setengah lagi mengatakan Rasulullah SAW tidak mendengarnya.
Setelah Rasulullah SAW selesai berbicara, beliau bertanya, " Di mana orang yang bertanya perkara saat tadi?"
Orang itu menyahut, " Saya, Ya Rasulullah SAW"
Rasulullah SAW bersabda, " Apabila amanah telah disia-siakan orang, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat)".
Tanya orang itu, " Bagaimanakah cara amanah disia-siakan?"
Jawab Rasulullah SAW, " Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat, kehancuran)".
Sumber: Bab Ilmu, Terjemahan Hadis Shahih Bukhari, Hadis No 49, ms 40.
Input Berguna:
1. Salah satu tanda yang akan membawa kepada kiamat adalah apabila suatu amanah atau tanggungjawab diserahkan kepada mereka yang bukan ahlinya.
Dengan kata lain, menyerahkan suatu urusan kepada orang yang tidak mengerti, tidak sanggup, tidak cekap dan tidak jujur.
Sebagai contoh: apabila seseorang pemimpin yang dilantik tidak mempunyai kemahiran atau kelayakan yang sepatutnya untuk jawatan tersebut.
2. Hadis ini turut mengajar kita tentang tatatertib menanyakan soalan. Janganlah memotong percakapan orang lain kerana hal ini akan mengganggu kosentrasi orang yang bercakap.
PETALING JAYA: Penasihat DAP Lim Kit Siang memaklumkan dua laporan polis telah dibuat berhubung laporan muka depan akhbar Umno, Utusan Malaysia yang bertajuk 'Haram Sokong DAP' kelmarin.
Menurutnya laporan polis itu dibuat masing-masing di di Pulau Pinang dan juga di Perak.
"Apa yang dipaparkan itu merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab serta merupakan satu jenayah yang besar berbentuk hasutan.
"Kita telah membuat laporan polis di Pulau Pinang dan Perak terhadap apa yang disiarkan," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR semalam.
Membidas laporan itu Kit Siang juga berkata, DAP tidak pernah menentang Perlembagaan Persekutuan khususnya kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini dan apa yang dinyatakan oleh akhbar tersebut tidak benar serta fitnah.
"Pendirian DAP jelas kita menerima dan hormat di dalam Perlembagaan Islam adalah agama rasmi.
"Malah pendirian kita tetap sama dengan Umno yang mana pendirian Perdana Menteri sebelum Tun Mahathir Mohamad telah mengatakan Malaysia negara sekular dan Islam adalah agama rasmi," katanya.
Tegasnya, tindakan utusan itu tidak bertanggungjawab dan hanya untuk memecahbelah rakyat Malaysia.
Sehubungan itu beliau mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan pandangan terhadap sikap Utusan itu.
Pelampau agama
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan laporan Utusan yang juga lidah rasmi Umno itu sebagai lebih kepada kempen pelampau agama.
"Hanya kerana DAP tidak menyokong negara Islam dan hudud maka mereka kata sokong DAP adalah haram.
"Kenapa tidak kepada MCA yang juga jelas menentang negara Islam dan Hudud, malah Umno juga turut tidak mahu melaksanakan hudud di negara ini," tegas Anwar.
Katanya, Pakatan Rakyak akan terus mengekalkan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan mempertingkatkan penghayatan Islam dalam masyarakat serta negara bukannya melempar tuduhan sedemikian demi kepentingan politik sempit.
KEADAAN kereta Soon Hup yang remuk teruk selepas melanggar tembok batu dan tiang lampu di Parit Pulai, Jalan Abdul Rahman, Muar kelmarin. Gambar kecil, Chia Soon Hup.
MUAR - Seorang pemborong otak-otak terpaksa menahan kesakitan selama 20 minit akibat tersepit sebelum maut selepas kereta yang dipandunya merempuh tembok jalan dan tiang lampu di Parit Pulai, Jalan Abdul Rahman di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, Chia Soon Hup, 31, yang berasal dari Jalan Jabbar, Parit Jawa dekat sini disahkan mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Ketika kejadian, mangsa yang dalam perjalanan ke Muar dikatakan hilang kawalan menyebabkan kereta Toyota yang dipandunya masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh tembok jalan dan tiang lampu.
Ekoran rempuhan itu, kenderaan mangsa remuk teruk dan Soon Hup tersepit di tempat duduk pemandu.
Pegawai Operasi Kanan I, Jabatan Bomba dan Penyelamat Muar, Ismail Mahmud berkata, pihaknya mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang cedera parah di kepala akibat terhantuk pada stereng.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Ang, 50-an, memberitahu, sebelum kejadian, penduduk setempat mendengar bunyi dua dentuman kuat yang pada mulanya disangka bunyi guruh.
KUALA LUMPUR: Kerakusan Umno mengapi-apikan perkauman dan sentimen keagamaan membuktikan bahawa Malaysia akan hanya selamat dan sejahtera tanpa parti itu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Setelah isu perkauman yang diapi-apikannya selama ini semakin tidak laku dan tinjauan mendapati sokongan orang Melayu kepada Umno semakin merosot, hari ini parti itu mengapi-apikan pula sentimen keagamaan dengan bermodalkan sangkaan yang sesat mengenai Islam," kata beliau.
Mahfuz yakin, apa yang berlaku itu membuktikan Umno tidak ada modal lain lagi untuk mendapatkan sokongan melainkan mengapi-apikan perkauman dan sentimen keagamaan bermodalkan sangkaan jahat yang sesat terhadap Islam.
"Perbuatan Umno yang sangat tidak bertanggungjawab itu akhirnya akan memecabelahkan rakyat dan menghancurkan negara ini.
"Ia semakin membuktikan bahawa jika rakyat mahukan negara ini terus selamat dan sejahtera, masa hadapan negara ini mestilah dibina tanpa Umno.
"Selagi Umno masih berkuasa, kita bimbang negara ini tidak selamat dan sejahtera," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan percubaan Umno meracuni fikiran rakyat dengan pelbagai sangkaan jahat yang sesat mengenai agama tidak akan dapat memadamkan pelbagai pencerahan yang dibuat oleh PAS mengenai kerjasama untuk menentang kemungkaran.
"Di dalam pelbagai kertas kerja dan kajian yang dibuat oleh PAS termasuk yang disiarkan di dalam laman-laman web kita, pelbagai hujah telah diberikan yang menjelaskan bahawa Islam menggalakkan kita berkerjasama untuk menentang kemungkaran dengan semua pihak asalkan tidak menggadai prinsip.
"Kita tidak pernah gadai prinsip kita dan (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) sendiri mengiktiraf perkara itu dalam pilihan raya kecil Tenang dulu apabila beliau mengisytiharkan bahawa sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan hendak pinda perlembagaannya," kata beliau.
Sebaliknya, kata Mahfuz, sifat Umno yang menjadi suatu kemungkaran dan kemudaratan diiktiraf dan diisytiharkan oleh tokoh-tokoh parti itu sendiri.
"Sifat Umno yang mungkar dan mudarat yang membahayakan rakyat dan masa hadapan negara diiktiraf dan diisytihar oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri yang sehingga hari ini diiktiraf sebagai tokoh paling berpengaruh di dalam Umno melebihi pengaruh (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan isterinya (Datin Seri) Rosmah (Mansor).
"Dr Mahathir ingatkan kita dengan jelas bahawa Umno sudah jadi parti perasuah dan beliau juga tulis bahawa parti yang pernah dipimpinnya itu sudah busuk hingga ke usus," katanya.
Mahfuz menjelaskan, rakyat boleh mendapatkan hakikat yang sebenarnya mengenai Umno melalui apa yang dikatakan oleh tokoh-tokoh parti itu sendiri.
"Bukan PAS atau parti lain kata , Dr Mahathir sendiri yang akui dan isytihar bahawa Umno sudah jadi parti perasuah dan mengenai PAS pula, Muhyiddin sendiri yang iktiraf dan isytihar bahawa PAS tidak pernah berniat hendak perlembagaannya," kata beliau.
Malah, katanya lagi, dari segi sikap Umno terhadap Islam pula, ia terbukti dengan kenyataan Najib yang menyatakan kepada para wartawan pada 20 April 1983 bahawa negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.
Mahfuz mengingatkan rakyat bahawa negara ini akan hancur jika terus dicengkam oleh parti perasuah.
"Sejarah menunjukkan pelbagai tamaddun hancur binasa antara lain kerana rasuah dan kepimpinan dari jenis yang busuk hingga ke usus," katanya.
Mahfuz juga yakin, rakyat khususnya orang-orang melayu semakin matang dan tidak akan terpengaruh dengan kerakusan Umno mengapi-apikan perkauman dan sentimen keagamaan dengan bermodalkan sangkaan yang sesat mengenai Islam.
Tempat: PASTI As Salam ,Dusun Haji Tambi Kampung Ayer Panas
. Majlis tersebut akan disempurnakan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Jasin Ustaz Kamaruddin Sidek yang juga akan memberikan Tazkirah Ramadhan nanti
Berikut adalah tentetif majlis bagi memudahkan tuan
5.30 petang-Ketibaan para jemputan.
5.45 petang-Majlis Khatam Al Quran Berjamaah,bacaan Yasin dan Tahlil.
6.30 petang-Majlis Penyerahan Agihan Zakat kepada para penerima.
7.22 petang-Iftar Jama'e,solat Maghrib dan Jamuan
8.33 malam-Solat Isya,sunat Terawih,Tazkirah Ramadhan dan moreh
10.30 malam-bersurai
Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran tuan muslimin,muslimat dan kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan apa jua sumbangan bagi menjayakan majlis,ini ,adalah sangat dialu-alukan.
5.Sekian untuk makluman tuan,semuga dengan kehadiran kita semua kemajlis ini akan menghasilkan kebaikan di dunia dan lebih lagi di akhiratinsyallah.
Selamat menempuh Fasa kedua dan ketiga Ramadhan dan semuga bertemu dengan malam lailatul qadar dan selamat menyambut Aidilfitri.
Kes Cukur Jambul Anak Dengan Nik Aziz, Pegawai Dipecat
Kesalahannya hanya sedikit sahaja kerana membawa anaknya cukur jambul dengan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz seorang pegawai di ibu pejabat Umno dipecat dari jawatannya. Begitulah kekejaman Umno di atas muka bumi ini.
Kejadian ini berlaku penghujung bulan lepas. Pegawai berkenaan yang dikatakan seorang dedikasi tidak pun diberi peluang untuk membela diri atau menjelaskan kenapa beliau membawa anaknya bercukur jambul dengan Nik Aziz. Inilah gambar menyebabkan pegawai berkenaan dipecat.
Ekoran tindakan itu pegawai berkenaan yang sudah berkhidmat bertahun-tahun dengan ibu pejabat Umno kehilangan kerja.
Tindakan memecat kaki tangan tanpa kesalahan fatal menjelaskan kerakusan dan kezaliman parti berfahaman kebangsaan itu. Tindakan ini jelas berbeza dengan cara Pas menangani masalah perbezaan fahaman politik.
Misalnya di Kuala Krai salah seorang pengerusi Ladang Rakyat yang menyokong salah seorang bakal calon Umno tidak dikenakan apa-apa tindakan.
Perbuatan pengerusi Ladang Rakyat itu bukan secara senyap tetapi terang-terangan yang sepatutnya sudah dipecat kerana membantu bakal calon lawan.
Umno perlu memperbetulkan tindakan rakus seperti ini untuk mengelakkan ianya dianggap zalim. Apalah salahnya kalau pegawai berkenaan membawa anaknya cukur jambul. Mungkin dia berbuat demikian kerana di dalam Umno tidak ada mana-mana tokoh yang pandai dan arif dengan budaya cukur jambul.
Jamil Bahrom walaupun menteri agama tetapi jarang nampak dia mencukur jambul budak sebaliknya jambul beliau yang terlihat apabila beliau terlupa memakai songkong.
Khabarnya tindakan ke atas pegawai ini dilakukan selepas sebuah blog liar pro Umno menyiarkan gambar pegawai berkenaan yang sedang mencukur jambul anaknya dengan Nik Aziz. Umno oh Umno! at 8/09/2012 04:00:00 PTG
Pembakaran Terbuka Syarikat Perladangan Punca Jerebu Semakin Teruk
Miri diselubungi oleh jerebu Miri - Seperti yang dilapor dalam akhbar tempatan kira-kira jam 11 pada pagi Isnin, Indeks Pencemaran Udara bagi Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Miri berada pada 236, yang merupakan lonjakan kepada takat 73 dari hari sebelumnya dari API sebanyak 163 yang dicatatkan pada 11 pagi pada hari Ahad.
Stesen pemantauan terletak berhampiran kebakaran yang bermula pada hari Jumaat. Bacaan API yang baik adalah dari 0-50, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-299) dan berbahaya dari 300 dan ke atas.
Ini menunjukan API bagi kawasan Miri terutama sekali kawasan Baram adalah amat tidak sihat bagi penduduk yang tinggal dalam kawasan tersebut. Apakah tindakan pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini selain dari melarang orang ramai dari pembakaran terbuka?
Pihak berkuasa tempatan seharusnya memaklumkan kepada orang ramai agar jangan keluar rumah terutama kepada pesakit asma atau penyakit lelah. Kebanyakkan orang ramai tidak mengetahui atau tidak mempunyai maklumat terkini tentang masalah jerebu yang melanda Miri terutama sekali penduduk kampung.
Pihak berkuasa tempatan seharusnya telus dalam memberi laporan dan memaklumkan kepada orang ramai agar bersedia untuk berpindah sekiranya keadaan semakin teruk.
Kita mendesak agar pihak kerajaan mengambil tindakan tegas keatas aktiviti pembakaran terbuka oleh syarikat perladangan di negeri ini bukan saja membekukan susulan kebakaran tanah gambut yang berlaku di kawasan Tudan, Miri, Sabtu lalu tetapi juga mengawal kebakaran dari terus merebak ke kawasan lain.
Jangan hanya mengambil tindakan tegas terhadap orang awam yang membakar sampah di kawasan perumahan tetapi punca utama jerebu adalah disebabkan oleh pembakaran terbuka yang dijalankan oleh syarikat perladangan dalam negeri ini.
Mereka ini yang perlu dikawal serta dipantau agar segala aktiviti mereka ini benar-benar mengikut prosedur yang dibenarkan oleh undang-undang negara.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
English version Miri shrouded by haze MIRI - As reported in local newspapers about 11 hours on a Monday morning, the Air Pollution Index for Industrial Training Institute (ITI) in Miri are at 236, a jump to point 73 of the previous day from the API of 163 recorded at 11 am on Sunday.
Monitoring stations located near the fire which began on Friday. (A good API reading is from 0-50, moderate 51-100, unhealthy 101-200, very unhealthy 201-299 and hazardous from 300 and above.) This shows the API, especially in Baram Miri is very unhealthy for people living in the area. What is the action of the relevant authorities to overcome this problem other than prohibited the open burning?
Local authorities should inform the public that do not go outside, especially to asthma patients or asthma. Most people do not know or do not have the latest information on the haze problem that hit Miri particularly the villagers. Local authorities should be transparent in reporting and to inform the public to be ready to evacuate if the situation is getting worse.
We urge the government to take stern action on any open burning activities by plantation companies in the state not just freeze following the peat fires that occurred in Tudan, Miri, last Saturday, but also control the fire from further spreading to other areas.
Do not just take stern action against people who burn garbage in the residential areas but the main cause of haze is caused by open burning carried by plantation companies in the state.
They are to be controlled and monitored so that all these activities followed the procedures allowed by state law.
Minggu lepas pihak Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang juga Al-Mursyidul Am PAS telah dikunjungi salah seorang ahli parlimen DAP dari Johor. Wakil rakyat tersebut begitu 'teringin' (setelah menetapkan tarikh pertemuan secara terancang) bagi mendapat penjelasan menurut pandangan Islam di dalam beberapa isu semasa. Realitinya, kunjungan itu berjalan dengan penuh keharmonian di Pejabat Menteri Besar, Kompleks Kota Darulnaim.
Sebelum ini, beberapa pemimpin DAP telah mengunjungi Tuan Guru Nik Abdul Aziz apabila mahukan penjelasan pandangan Islam. Antaranya ketika isu wanita bukan Islam hadir ke masjid dan larangan perjudian di Kelantan serta isu orang bukan Islam membaca Al-Quran, juga atas isu penggunaan kalimah Allah. Apa yang pasti mereka (pemimpin DAP) tidak suka bertanyakan menteri agama dari Kerajaan Umno.
Parlimen tempat kebenaran
Pendekatan Ahli Parlimen DAP itu mungkin berpunca daripada suatu ilham setelah mengikuti satu pengakuan kebenaran dalam sepanjang perbahasan di Parlimen pada minggu lepas tentang hubungan dagang Malaysia-Israel yang sudah tidak menjadi rahsia lagi. Suatu hubungan telah diakui sendiri oleh seorang menteri Kerajaan Umno yang mengesahkan berlakunya penjualan minyak sawit Malaysia. Maka sudah cerap bahawa Parlimen adalah tempat menemui kebenaran kerana ahli Parlimen diajar bercakap benar semasa perbahasan. Asasnya setiap perbahasan itu memerlukan hujah dan sokongan secara berfakta. Ini di antara luahan Ahli Parlimen DAP kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang mendorong untuk memahami isu-isu dari pandangan Islam. Dalam konteks kebenaran itu, Tuan Guru menasihati agar setiap Ahli Parlimen seharusnya sentiasa bercakap benar meskipun ketika di Parlimen mahupun di luar Parlimen. Ini kerana suasana 'kebenaran' di Parlimen hendaklah sentiasa wujud memandangkan Parlimen adalah tempat mulia untuk melatih diri dengan kebenaran. Justeru kebenaran merupakan prinsip Islam yang mengajar dengan kebenaran. Oleh sebab itulah Allah menyediakan malaikat sebagai pencatit atas setiap kebenaran mahupun pembohongan yang kita lakukan. Tegas sekali kita tidak boleh berbohong. Umno berbohong Malangnya ada ketika Umno bercakap tidak benar, yakni berbohong di depan rakyat. Walaupun parti Umno sudah memerintah sekian lama, tetapi kadangkala Parlimen tidak jadikan perbahasan Parlimen sebagai amalan kebenaran. Teruatama dalam menyampaikan kebenaran Islam kepada semua Ahli Parlimen. Justeru berlaku persoalan yang tidak berkesudahan sehingga memaksa Ahli Parlimen DAP terpaksa mendapat penjelasan mengenai Islam dengan pihak lain di Parlimen. Sedangkan Islam sebagai agama rasmi boleh diperjelaskan dengan sebaiknya di Parlimen. Islam sepatutnya diperjelaskan oleh Kerajaan Umno sebagai agama mengutamakan keharmonian antara kaum serta dan mengamalkan kebebasan beragama meskipun berlainan fahaman politik. Islam mengutamakan keadilan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam membicarakan sistem pemerintahan (pentadbrian negara) menegaskan bahawa Islam menganjurkan agar pihak berkuasa berpegang kepada nilai kejadian manusia itu adalah sama dan berlaku bersikap adil dari segi kemanusiaan yang berasal dari satu usul asal iaitu dari keturunan Nabi Adam tanpa mengira keturunan menurut kasta yang direka-reka, warna kulit, bangsa dan budaya. Justeru semua rakyat hendaklah diberi hak yang sama sebagai warganegara untuk mengecapi keadilan dan kesamarataan meskipun mereka bukan beragama Islam. Begitu juga, hak peribadi, harta benda, maruah mereka tetap dipelihara dan dijaga selagi mana tidak menjejaskan kepentingan umat Islam dan penganutnya. Dengan kata lain, orang bukan Islam ada hak-hak khusus seperti mana yang dinikmati oleh orang Islam. Asalkan hak yang dinikmati orang bukan Islam itu tidak menjejaskan kepentingan orang Islam. Justeru kalangan pemimpin bukan Islam selalu mempersoalkan isu-isu hubungan dengan umat Islam dalam masjid, kitab suci Al-Quran, tulisan Jawi, bahasa Melayu, adat resam dan kesejahteraan mahupun keharmonian atas sentimen agama. Sedangkan Islam sendiri memberi peluang bagi orang bukan Islam menghayati sama kehidupan sosial umat Islam asalkan mengikut adab dan aturan demi menjaga hak, kepentingana dan sesitiviti kalangan orang Islam. Jika ini mampu dihayati dan diamalkan sudah tentu keharmonian antara kaum dan agama boleh wujud dan berkekalan aman dan damai. Justeru Tuan Guru Mursyidul Am menerangkan: "Tidak berbangkit soal orang bukan Islam tidak boleh hadir ke masjid untuk menyaksikan upacara dan amal ibadat orang Islam. Begitu juga orang bukan Islam – Cina, India atau Siam – di Malaysia hari ini bebas untuk bertutur dengan bahasa (loghat) masing-masing. Kerana soal bahasa disebut dalam Al-Quran 'alsinatikum' merupakan nikmat dari Allah kepada semua manusia. Justeru tidak berbangkit masing-masing pihak untuk melarang daripada berbahasa menggunakan mana-mana bahasa, termasuk bahasa Cina sendiri merupakan nikmat Allah untuk manusia. Cina guna tulisan Jawi Selanjutnya, soal komunikasi berbahasa dilengkap lagi dengan seni tulisan atau khat huruf tertentu, sama ada seni tulisan Cina, Jawi, Arab, Roman, Hebrew hatta Siam dan Tamil. Semuanya menggambarkan kepelbagaian tulisan menurut bahasa komunikasi masing-masing. Dalam hubungan ini, Ahli Parlimen DAP itu diberitahu, iaitu tidak sepatutnya pihak kerajaan atau kuasa tertentu menyekat pihak lain menggunakan tulisan atau bahasa yang dipunyai pihak tertntu. Malah tidak wajar sama sekali untuk menghalang orang Cina menggunakan tulisan Rumi atau Jawi. Begitu juga tulisan Cina, Tamil dan Siam sepatutnya dipakai oleh orang Melayu. Demikianlah nilai ketinggian ajaran Islam dalam menterjemahkan persoalan hak dan kepentingan kaum masing-masing. Sesuai dengan firman Allah: "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berpengetahuan" (Surah Ar-Rum:22). Sehubungan itu, amat tidak wajar pengenalan papan tanda masjid ditulis mengikut bahasa yang mewakili kaum tertentu. Maksudnya, nama masjid, terjemahan Al-Quran atau apa sahaja kalimah di masjid sepatutnya boleh ditulis dalam bahasa dan tulisan Cina dan Tamil selain tulisan Rumi dan Jawi. Dengan cara ini mungkin penghayatan terhadap rumah Allah dapat dikongsi sama oleh semua kaum di negara ini. Di samping ia sebagai langkah mengharmonikan hubungan antara kaum dalam memahami Islam dari perspektif seni tulisan bermotifkan dakwah. Umno tidak suka Jawi Malangnya, prinsip ini telah dirosakkan oleh Umno sejak tahun 1960-an tatkala dasar pelajaran kebangsaan yang menghapuskan penggunaan tulisan Jawi. Sebaliknya huruf Rumi menjadi perantara di sekolah-sekolah aliran Melayu. Ia sesuatu yang malang dan menjadi titik hitam dalam pendidikan Islam sekaligus menjadi salah satu punca masyarakat begitu payah belajar Al-Quran dan kitab-kitab agama. Ini dosa besar Umno yang menghapuskan warisan seni tulis dan khat orang Melayu dibangku sekolah Melayu. Maka bukan orang Cina yang mencetus semangat tidak suka kepada tulisan Jawi, sebaliknya Umno adalah pencetus yang tidak sukakan tulisan Jawi. Namun, isu ini dapat dibendung di Kelantan ekoran masih melebarnya usaha Kerajaan Negeri menerusi sistem pendidikan Yayasan Islam Kelantan yang mempertahan tulisan Jawi. Disokong lagi langkah rasmi pihak berkuasa tempatan yang mengenakan syarat penggunaan tulisan Jawi di papan iklan dan papan tanda. Selain pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri turut menggunakan Jawi dalam laporan minit mesyuaratnya. Semua langkah ini merupakan dasar mesra jawi yang menyokong asas-asas mengindetifikasi ciri Islamik yang telah ditinggalkan oleh Umno sekian lama. Paling malang lagi, rakan-rakan kita dari bukan Melayu (di negeri-negeri dikuasai Umno) turut tertekan akibat angkara Umno yang mencemuh dan menghalang mereka menggunakan tulisan Jawi. Sehingga ada lagi kalangan mereka yang bukan Islam dikutuk tatkala hadir ke masjid, menggunakan tulisan Jawi dalam risalah, kalendar Masihi dan papan iklan. Demikianlah Umno yang menguasai Kerajaan Pusat begitu zalim terhadap tulisan Jawi. Umno kontradiksi dan pesimis
Sedangkan pihak kuasa Umno juga begitu kontradiksi dan pesimis terhadap penganut Kristian dalam isu Kitab Injil yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah. Justeru dalam situasi berlainan Kerajaan Umno menjadi hipokrit dengan prinsip keharmonian. Ini kerana pada satu ketika mereka membataskan hak agama lain, dan pada ketika lain perdana menteri turut mengadakan perjumpaan dengan pemimpin antara agama. Malah di gelanggang agama dan kaum lain yang bukan Islam, mereka dilihat menggadai maruah Islam. Maka tidak peliklah, di kalangan Umno boleh merestui pemimpinnya hadir merayakan upacara agama seperti Depavali, Krismas dan Chap Go Meh (sedangkan ia ditegah oleh Islam). Membuktikan pekung politik Umno ialah perkauman yang melampau. Sudah tentu amalan beragama pemimpin Umno itu bercanggah dengan keterangan Allah: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya" (surah Al-Hujurat:13). Sudah cerap kini, pemimpin Umno tidak mengutamakan kandungan Al-Quran ini (kerana menggadai takwa dalam amalan kenal-mengenal antara kaum). Atas sebab itu pemimpin MCA dan MIC masih tidak memahami Islam meskipun sudah sekian lama berkongsi bantal dan selimut! Di atas hakikat inilah, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menganggapkan suatu kebaikan semenjak PAS bersama Pakatan Rakyat, kerana ruang menerangkan Islam kepada orang bukan Islam sudah terbuka luas. Justeru ia amat bahagia dalam melebarkan kebenaran Islam bersama Pakatan Rakyat dan ia tidak dilakukan oleh Umno di dalam Barisan Nasional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan