Ahad, 22 Julai 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 21 Jul 2012 11:29 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Mengaku Komunis, Anda Boleh Bebas

Posted: 20 Jul 2012 11:36 PM PDT

Saya telah nyatakan berkali-kali bahawa mereka yang ditahan di bawah ISA tidak melakukan apa-apa kesalahan yang membabitkan keselamatan Negara.  Mereka itu kebanyakannya adalah ahli-ahli parti politik yang menjalankan kerja-kerja parti mereka mendapatkan pengaruh di kalangan masyarakat dan justeru itu mengancam kesetabilan UMNO.

Sudah saya ceritakan bahawa penahanan saya kali pertama dan kali kedua di bawah ISA langsung tidak ada kaitan dengan masalah keselamatan Negara.

Saya memang bergiat begitu aktif pada tahun-tahun 1980-an memperjuangkan hak peneroka Felda khususnya didalam bidang untuk mereka mendapatkan geran tanah secara individu setelah mereka berjaya membayar BK dan CAC kepada Felda.  Tuntutan ini bertentangan dengan pendirian dan dasar Felda dan Kerajaan, tetapi oleh kerana tuntutan ini amat popular di kalangan peneroka-peneroka Felda dan keengganan Felda dan Kerajaan melayan tuntutan ini menyebabkan peneroka-peneroka Felda di seluruh Negara keluar dari UMNO dan menubuhkan cawangan-cawangan PAS.

Melalui Dato Yeop Mahidin, Pegawai Turus Felda ketika itu, saya dijemput bertemu dengan Menteri Besar Pahang.  Pertemuan itu diaturkan untuk saya membatalkan Simposium Peneroka Felda Kebangsaan yang dirancangkan untuk berlangsung di Darul Amin, Sungai Gau, Temerloh, Pahang.

Saya menolak pertemuan itu.  Tidak lama selepas itu saya dipinta pula mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang di Istana Pahang Kuala Lumpur.

Saya hadirkan diri di Istana Pahang dimana Sultan Pahang memberitahu saya bahawa apa yang baginda dengar saya akan ditahan di bawah ISA melainkan saya keluar dari PAS dan memberhentikan apa yang sedang saya lakukan.

Saya tidak keluar PAS dan tidak memberhentikan usaha-usaha saya membela nasib peneroka Felda, dan benar sebagai yang dikatakan oleh Sultan Pahang, saya ditahan di bawah ISA lebih kurang satu minggu selepas pertemuan saya dengan Sultan Pahang.

Didalam tempoh 60 hari saya disoalsiasat, tidak ada satu perkara pun yang dikaitkan aktiviti saya dengan isu keselamatan Negara. 

Yang dipersoalkan kepada saya adalah mengenai isu kafir mengkafir dan meminta persetujuan saya supaya saya mengatakan bahawa Amanat Haji Hadi adalah tindakan mengkafirkan UMNO, dan saya berhujah bahawa Amanat itu adalah amaran bahawa perbezaan diantara Iman dan Kufur itu adalah begitu tipis seperti kulit bawang dan manusia boleh tergelincir ke alam kekufuran jika mengingkari hukum Tuhan.

Tentunya mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan saya.  Saya juga disoal kenapa saya mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu sedangkan mereka berkata bahawa Islam tidak mengiktiraf kedudukan Raja, dan jawapan saya bahawa kedudukan Orang Melayu telah diperkotak-katikkan oleh UMNO kerana UMNO telah menyalahgunakan status Hak Istimewa Orang-Orang Melayu dan kepada Raja-Raja Melayulah Orang-Orang Melayu mohon berlindung.  Isu ini timbul kerana saya menulis dua buah risalah mempertahankan Raja-Raja Melayu semasa UMNO mengambil tindakan untuk menanggalkan kekebalan dan imuniti Raja-Raja Melayu.

Saya juga ingin dikaitkan oleh mereka sebagai bersimpati dengan Parti Komunis Malaya kerana aktiviti saya didalam gerakan kiri Parti Rakyat Malaya, namun saya dapat terangkan kepada mereka bahawa Parti Rakyat Malaya adalah sebuah parti yang sah menurut undang-undang Malaysia, sebuah parti yang berdaftar, dan dasar Parti Rakyat adalah jauh berbeza dari dasar komunis, bahkan dasar Parti Rakyat hanyalah sekadar berbentuk sosialisme yang lembut.  Komunis tidak bersetuju dengan amalan demokrasi manakala Parti Rakyat terlibat dengan Pilihanraya Umum walaupun pimpinannya hampir kesemuanya ditahan di bawah ISA, parti itu tetap komited dengan perjuangan demokrasi.

Saya ditanya samada saya menyokong Ustaz Abu Bakar Hamzah atau pimpinan PAS yang menentang beliau.
Jawapan saya adalah mudah.  Tidak ada sesiapa pun didalam PAS yang menentang Ustaz Abu Bakar Hamzah tetapi menjadi pilihanlah kepada ahli-ahli PAS untuk mengundi Ustaz Abu Bakar Hamzah atau sebaliknya pimpinan lain kerana PAS juga mengamalkan dasar demokrasi didalam parti.

Saya cukup pelik kenapa saya ditahan dibawah ISA sedangkan siasatan keatas saya langsung tidak berkisar kepada soal keselamatan Negara.  Tidak ada satu isu pun yang dibawa yang boleh diterjemahkan kepada isu keselamatan Negara.

Saya dituduh memecahbelahkan masayarakat Peneroka Felda kerana aktiviti saya di rancangan-rancangan Felda.

Dengan mudah saya nyatakan bahawa Negara ini mengamalkan sistem demokrasi.  Rakyat boleh memilih apa yang mereka mahu.  Sebagai ahli PAS saya perjuangkan kepentingan masayarakat Peneroka Felda dari perspektif perjuangan PAS dan Islam.  Dan PAS adalah parti yang halal dan berdaftar.

Didalam penahanan saya yang kedua di bawah ISA pula, pertuduhan yang sangat bodoh dikenakan kepada saya.  Saya dikatakan menyokong Iran untuk menentang Arab Saudi.  Hebat saya.  Kalaupun betul saya menyokong Iran dan menentang Arab Saudi, apa ada kait mengait dengan keselamatan Negara Malaysia?

Saya juga dituduh menentang Soya Beans Amerika dan menyokong Kelapa Sawit Malaysia.  Ha..ha...ini tuduhan paling bodoh!  Didalam tuduhan itu sendiri membayangkan bahawa saya adalah seorang yang patriotik menentang diayah Amerika yang memburuk-burukkan minyak sawit Malaysia demi minyak kacang soya Amerika.

Sebenarnya Kerajaan UMNO/BN sengaja mahu cari alasan untuk menahan saya pada waktu itu kerana hasil daripada aktiviti saya di rancangan Felda, peneroka-peneroka sudah tidak gentar lagi berjuang untuk kepentingan mereka.  Peneroka-peneroka mahukan hakmilik individu keatas tanah ladang dan tanah kampung mereka.  Mereka juga menuntut supaya pendapatan mereka pada waktu itu diletakkan pendapatan minima RM500.00 sebulan berbanding pendapatan mereka pada waktu itu hanyalah sekadar RM10.00 sebulan (dengan barang makanan dan keperluan diambil dari kantin PNF), mereka juga menuntut mutu baja yang diberikan oleh Felda diperbaiki, dan mereka menuntut supaya potongan dari pendapatan peneroka dikurangkan, dan jalan didalam ladang diperbaiki.  Isu perwarisan juga menjadi tuntutan peneroka.

Untuk menyekat saya memasuki Rancangan Felda, mereka telah lakukan bermacam cara termasuk menyekat saya di pintu gate rancangan Felda, juga dengan cara melarikan tuan rumah tempat saya akan mengadakan perbincangan dengan peneroka, atau merampas pembesar suara yang saya gunakan.

Namun peneroka-peneroka seluruh Negara terus memanggil saya dan tuntutan peneroka-peneroka menjadi lebih serius dan mendapat sokongan daripada ahli-ahli UMNO di rancangan-rancangan Felda. 

Maka saya ditahan di bawah ISA semata-mata untuk mengekang aktiviti saya dikalangangan peneroka-peneroka Felda.

Semasa didalam tahanan kali pertama di Kemunting, saya bertemu dengan 4 orang tahanan kaum Cina, mereka sudah ditahan lebih dari 10 tahun iaitu semasa mereka itu masih didalam alam persekolahan Cina dimana mereka dituduh sebagai memperjuangkan fahaman komunis.

Saya bertemu dengan mereka dan mereka menyatakan bahawa mereka memang kritikal terhadap kerajaan tetapi mereka bukanlah komunis.

Terhadap mereka itu pun tidak ada satu bukti pun terbongkar bahawa mereka itu merupakan orang-orang komunis.

Kerajaan (Kementerian Dalam Negeri) mahu membebaskan tahanan-tahanan itu jika mereka mengaku bahawa mereka komunis.  Oleh kerana mereka bukan komunis, dan justeru tidak mengaku komunis, maka mereka terus ditahan di Kemunting.

Pelikkan?  Mereka ditahan di bawah ISA kerana dituduh sebagai Komunis.  Tetapi jika mereka mengaku Komunis mereka boleh dibebaskan!

Itulah wajah buruk ISA dan wajah buruk inilah yang telah menyumbatkan ribuan manusia pejuang-pejuang parti politik khususnya dari Parti Buruh Malaya dan Parti Rakyat Malaya telah dihumbankan untuk melenyapkan perjuangan mereka yang sah.

BULETIN RAKYAT

Posted: 21 Jul 2012 11:34 AM PDT

BULETIN RAKYAT


Najib membuli PAS berterusan !

Posted: 20 Jul 2012 11:39 AM PDT

 SIKAP Perdana Menteri Najib yang terus berteka teki tentang PRU13 dikira ikut membuli PAS. Bukan PAS saja yang dibuli, pengikut UMNO dan seluruh rakyat juga ikut jadi mangsa bulinya. Sejak lebih setahun lalu masing-masing tidak dapat merancang sesuatu secara aman disebabkan bimbang akan berdepan dengan pilihan raya yang disangka akan berlangsung bila-bila. PAS biasanya mengadakan muktamar setiap cuti tengah tahun persekolahan sekitar Mei atau Jun. Muktamar tahun 2012 ini terpaksa ditunda hingga ke hujung tahun iaitu sekitar November.

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 21 Jul 2012 09:07 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Video kutuk2 Abby Abadi tersebar

Posted: 21 Jul 2012 08:16 AM PDT



Aku nampak di satu blog umno. Depa kutuk Abby Abadi. Apatah yang depa anti dan menyampah sangat kat Abby Abadi aku pun tak faham. Kalau nak diikutkan banyak jek beb artis yang masuk bn. Bahkan lebih ramai artis yang sokong bn berbanding sokong pas. So nak dengki pasai pa?

Lepas tue siap sebarkan gambar2 lama dia plak. Gambar2 percutian dia dengan seseorang larh, ungkit mengungkit kisah dia dengan norman larh apa lah. Langsung takde kaitan dengan dia pada hari neh. Bahkan sekarang neh bukan bloggers umno jek dok kutuk2 Abby Abadi, malahan dengan ustaz2 dan ulama muda umno pun dok sindir2 dan perli2 Abby Abadi.

Apa yang special kat Abby Abadi neh ek? Boleh dikatakan dia larh artis paling kuat dikutuk oleh bloggers umno dan geng2 umno selepas berhijrah dan memilih untuk berjuang di dalam pas. Kena kaji neh. Aku kena siasat dalam2 kenapa.

Kalau nak di ikutkan memang banyak dah artis2 yang masuk pas tapi takde lah kena kutuk kaw2 macam abby. Mesti ada sesuatu neh yang menyebabkan bloggers umno mengamok habis sebab abby abadi masuk pas. Owhh.. adakah mungkin sebab dia cantik + muda + single?

Ceh.

Tue bukan cara nak masuk jarum wahai bloggers umno + ustaz2 umno + ulama muda umno. Orang kata kalau lelaki nak mengorat pompuan satu2 pompuan tue, dorang akan sesaja kutuk kaw2 padahal dalam ahti sayang dan suka kat pompuan tue. Melihatkan layanan yang abby abadi terima dari geng2 umno, aku yakin analisis aku benar. Siyes neh beb.

kah kah kah

Dan aku berharap sangat2 agar abby, berhati2lah. Bila bercakap pasal lelaki tak kira lah samada mereka umno dan pas, bn or pr, mereka tetap lelaki dan ianya sama jek beb.

kah kah kah

Sumber: http://amenoworld.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan