CINA ISLAM (林川興) Posted: 22 Jul 2012 01:39 AM PDT Kedutaan ditutup, warga M'sia di Syria diarah pulang Posted: 22 Jul 2012 12:15 AM PDT 2 Ramadhan 1433H. [MOD] -
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah memutuskan semua rakyat Malaysia dan pelajar di Syria dibawa pulang ke tanah air serta merta berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara Timur Tengah berkenaan.
Beliau juga sudah memberikan kebenaran untuk menutup Kedutaan Malaysia di Syria serta merta dan mengarahkan penjawat awam termasuk Duta Besar Malaysia kembali ke tanah air atas faktor keselamatan.
"Saya menerima panggilan dari Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman selepas berbuka tadi yang meminta izin untuk membawa pulang rakyat dan pelajar kita di Syria berikutan pergolakan yang semakin meruncing.
"Sehubungan itu saya fikir kedutaan kita wajar ditutup serta merta berikutan perkembangan terkini yang berlaku di sana," katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Pulau Serai bersama kira-kira 300 jemaah di Pekan malam tadi.
Turut hadir isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Speaker Undangan Negeri Pahang Datuk Seri Wan Mohamed Razali Wan Mahussin.
Anifah dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk memulakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria dengan segera.
Pemindahan itu diselaraskan oleh Kementerian Luar Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara bersama Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik.
Anifah berkata Duta Besar Malaysia dan empat orang pegawai kedutaan akan turut diminta pulang buat sementara waktu selepas proses pemindahan pelajar selesai dilaksanakan.
Kesemua 138 rakyat Malaysia yang terdiri daripada 128 pelajar dan 10 ekspatriat yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia itu sehingga kini dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
Kementerian Luar juga menggesa kesemua rakyat Malaysia yang masih berada di Syria agar pulang ke tanah air atau meninggalkan negara berkenaan dengan segera, dan bagi mereka yang berhasrat melawat Syria, dinasihatkan menangguhkan lawatan hingga situasi keselamatan kembali pulih.
- Bernama | 12 maut helikopter tentera udara Brunei terhempas Posted: 21 Jul 2012 09:43 PM PDT 2 Ramadhan 1433H. [MOD] -
BANDAR SERI BEGAWAN - Sejumlah 12 petugas tentera terbunuh apabila sebuah helikopter milik Tentera Udara Diraja Brunei terhempas dengan kebanyakan mangsa terdiri daripada kadet tentera yang diterbangkan pulang selepas menjalani latihan di hutan.
Kementerian Pertahanan Brunei menyatakan, helikopter Bell 212 itu terhempas di daerah Kuala Belait, pedalaman Brunei ketika dalam perjalanan menuju ke sini kelmarin.
"Seramai 12 orang maut dalam nahas ini. Dua kadet tentera terselamat," kata jurucakap tentera udara Brunei, Norudin Salleh.
Ketika nahas berlaku, helikopter tentera itu membawa 14 orang termasuk juruterbang.
Kementerian Pertahanan berkenaan tidak menyatakan punca nahas berlaku.- Agensi | Lafaz 'Janji Ditepati' untuk janji yang mana? Posted: 21 Jul 2012 09:39 PM PDT 2 Ramadhan 1433H. [MOD] -
Ramai sedia maklum, "Janji Ditepati" menjadi platform utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam jelajah ke seluruh negara bagi melaungkan retoriktransformasi dan menjadi pentas untuk menyerang Pakatan Rakyat terutama sekali apabila "Janji Ditepati" singgah di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.
Tika "Janji Ditepati" menjadi jenama jelajah politik Perdana Menteri, saya tiada punya masalah, tetapi apabila ia menjadi tema sambutan Kemerdekaan negara yakni "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati" - itu masalah!
"Janji" membawa maksud pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu; manakala "Ditepati" pula bermaksud tidak memungkiri atau memenuhi janji yang telah dilafaz. Jika "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati" menjadi tema sambutan Kemerdekaan negara, makanya kita harus merujuk kepada janji yang mana? Adakah janji Program Transformasi Kerajaan (GTP), atau janji manifesto Cemerlang,Gemilang,Terbilang, atau janji Wawasan 2020?
Janji manakah yang telah dipenuhi dan tepati seperti dimaksudkan eksekutif hari ini?
Bagi berlaku adil baik untuk rakyat dan sang pemerintah, wajar kita menyoroti kembali latar masa sejarah, 55 tahun ke belakang iaitu tanggal 31 Ogos 1957, tarikh keramat di mana Tunku Abdul Rahman melaungkan 'Merdeka' selepas beliau membacakan satu pemasyhuran keramat. Arakian pemasyhuran tersebut menandakan detik perubahan dalam sejarah tanahair. Beralihnya dari status sebuah negara terjajah kepada negara bangsa yang bebas dan merdeka. Maka tiada 'janji-janji' lain yang lebih layak untuk diangkat sebagai 'Janji' melainkan teks keramat - Pemasyhuran Kemerdekaan.
Ketika Pemasyhuran ini mula diperkenalkan, seluruh rakyat diminta membaca dan menghayatinya. Rakyat ketika itu rata-rata menyebut bahawa isi kandungan pemasyhuran tersebut sebagai sesuatu yang amat bernilai, sesuatu yang diibaratkan sebagai 'sijil kelahiran' negara merdeka. Malangnya, berbeda dengan dokumen penting negara lain seperti 'Sumpah Pemuda 1928' di Indonesia, pidato 'Tryst with Destiny' oleh Jawaharlal Nehru, Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang dikarang Thomas Jefferson; pemasyhuran negara ini telah karam hampir tidak dibaca, apatah lagi diwacanakan secara serius. Apa yang penulis paling khuatiri adalah dengan pudarnya dakwat pemasyhuran, maka semangat idealismenya juga turut terhakis.
Pemasyhuran Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 menyebut:
"Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen."
Jelas Pemasyhuran Kemerdekaan menyebut akan prinsip asas pembentukan negara bangsa Malaysia ini adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, amalan demokrasi berparlimen dengan penekanan khusus diberikan dalam menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini terpelihara. Sekali lagi kita tertanya, apakah 55 tahun merdeka, pemerintah Umno dan BN telah berjaya memenuhi atau menjunjung prinsip asas yang termaktub ini?
Amalan demokrasi yang matang dan baik haruslah mempunyai beberapa asas yang penting seperti suruhanjaya pengendali yang bebas dari segala bentuk tekanan politik, akses kepada media yang adil dan bebas, gelanggang politik yang sama luas' dan rata untuk semua pihak serta punya usaha yang efektif dan berterusan untuk melibatkan seluruh rakyat di dalam proses itu.
Perbezaan pendapat atau pandangan politik juga diraikan di dalam amalan demokrasi yang matang, dan lebih penting perdebatan mahupun wacana serius dan berterusan adalah penting dalam menjelaskan kebijakan atau apa jua agenda yang ingin dibawa oleh sesiapa dapat diketengahkan kepada umum dan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh semua pihak.
Dalam amalan demokrasi di Malaysia, adalah salah apabila rakyat masih dimomokkan dengan hujah bahawa setiap lima tahun kita mengundi, membuktikan amalan demokrasi sudah terlaksana. Walhal proses demokrasi itu harus berterusan sehari-hari dan menjadi amalan kerajaan untuk melibatkan rakyat secara aktif di dalam proses itu. Lebih malang apabila amalan pilihanraya setiap lima tahun itu juga turut dinodai dengan penyelewengan dan penipuan yang melampau.
Kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya memastikan daftar pemilih dikemaskini dan bersih dari pengundi dicurigai, amalan politik wang yang membarah, 'gelanggang' yang tidak sama rata antara parti pemerintah dan parti pembangkang, serta kebebasan media yang disekat - sekat; menunjukkan bahawa kerajaan Umno dan BN yang telah memerintah sejak 55 tahun lepas gagal untuk menepati 'janji' yang dimeterai bersama Pemasyhuran Kemerdekaan yang dilafaz Tunku Abdul Rahman.
Bagaimana pula dengan janji untuk menjunjung hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat seperti yang termaktub di dalam Pemasyhuran dan juga Perlembagaan negara? Saat artikel ini ditulis, mereka yang masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting masih lagi tidak dibebaskan, bahkan dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan pun masih tidak dibuat lagi.
55 tahun merdeka, kita dihantui undang-undang drakonian seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan beberapa akta dan juga Peraturan Polis. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjuarai transformasi, retorik pemansuhan akta seperti ISA, Akta Darurat dan juga beberapa akta lain. Malangnya transformasi yang dijanjikan masih tidak terlaksana dan sekadar indah khabar dari rupa.
Dengan kesedaran ini, tatkala slogan sambutan Kemerdekaan tanah air kali ke – 55 diumum sebagai '55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati', tiada kata-kata yang lebih memualkan yang pernah lahir daripada Umno dan BN setakat hari ini.
Retorik politik sebegini rupa; mempergunakan sambutan nasional negara, sambutan yang sepatutnya menjadi hak milik seluruh rakyat, sebagai alat untuk parti pemerintah melaungkan pujuk – rayu, bukan itu saja, bahkan dengan berani melaungkan bahawa inilah masa untuk segenap rakyat membalas budi.
Tindakan Umno dan BN mempergunakan sambutan Kemerdekaan yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 sebagai alat kempen adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab, memalukan dan memualkan. Strategi terbaru Umno dan BN ini membuktikan betapa mereka terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Konotasi seolah-olah rakyat terhutang budi kepada Umno dan BN, maka, bagi mengenang jasa, rakyat perlulah meneruskan kesinambungan kepimpinan kerajaan di bawah Umno dan BN. Rakyat diminta untuk tidak merenung jauh dan terima sahaja bahwa janji sudah dilaksana, oleh itu teruskan saja mengundi mereka menjadi kerajaan.
Perdana Menteri hari ini masih melaungkan Transformasi. Banyak wang dibelanjakan untuk Program Transformasi Kerajaan (GTP), dengan berbagai bentuk laporan dikeluarkan. Hakikatnya rakyat sedar. Janji asas yang terkandung di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan, sehingga hari ini gagal ditepati oleh Umno dan BN.
Melihat retorik politik terbaru yang dilaungkan Umno dan BN hari ini (baca : 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati), rakyat harus faham bahawa sebenarnya ini sajalah yang termampu dilakukan oleh Umno dan BN. Kerajaan autokratik ini sudah tiada kemampuan dan iltizam untuk meneruskan atau menjuarai apa yang kita panggil perubahan. Pada mereka, semuanya sudah tepu, maka rakyat terimalah seadanya. Mana–mana suara yang menentang atau tidak senada dengan mereka, maka orang-orang ini adalah pengkhianat.
Rakyat harus jelas akan janji yang kita wajib tuntut. Rakyat perlu kembali menoleh ke masa lampau – 55 tahun lalu. Generasi pendiri negara bangsa Malaysia yang merdeka ini berdiri di atas 'janji' yang sama.
Janji ini dibacakan pertama kalinya oleh Tunku Abdul Rahman dan diuar-uarkan ke seluruh negara. Janji yang menjadi tiang seri tertegaknya negara ini termaktub di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan dan telah dijamin Perlembagaan Persekutuan.
Janji tersebut bagaimanapun mutakhir ini kelihatan jarang–jarang sekali meniti di bibir, bukan hanya di kalangan rakyat terbawah, bahkan cuba ditepis jauh–jauh oleh mereka yang telah kita amanahkan dengan kuasa dan masa depan negara kita.
Selagi janji ini tidak ditepati, jangalah sesiapapun tanpa segan melaungkan bahawa tugas mereka sudah selesai. Janji ini akan terus kita tuntut, kerana saya dan anda semua tahu, janji yang ini masih lagi belum terlaksana;
"....dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa."
- Pemasyhuran Kemerdekaan, 31 Ogos 1957
Dr AFIF BAHARDIN merupakan Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang. | Ramadhan: Kasihi saudara seagama yang dizalimi Posted: 21 Jul 2012 09:09 PM PDT 2 Ramadhan 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: "Maka kesempatan Ramadhan ini perlulah kita gunakan semaksimum mungkin untuk menunjukkan persaudaraan dan kasih sayang kita kepada mereka," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Justeru, beliau menyeru umat Islam negara ini memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT agar saudara seagama di beberapa negara seperti Palestin, Syria dan Myanmar dikeluarkan daripada kezaliman dan kesempitan serta diberi kemenangan oleh Allah SWT.
"Sudah terlalu banyak darah umat Islam ditumpahkan oleh manusia yang zalim," ujarnya dalam perutusan Ramadhan 1433.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia. Kita bersyukur kepada Allah SWT yang menemukan kita dengan bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini.
Oleh itu menjadi kewajipan kepada kita menggunakan kesempatan Ramadhan untuk mendidik dan melatih diri untuk beribadat secara tekun dan istiqamah, serta taat kepada Allah SWT. Allah menurunkan Al Quran di bulan ini sebagai petunjuk kepada seluruh manusia bagi memberi kebaikan kepada kehidupan manusia di dunia dan di akhirat sebagaimana kehendak manusia. Oleh itu, meningkatkan ketaqwaan kepada Allah memberi makna meningkatkan kebaikan untuk diri dan ummah dalam semua segi.
Dalam masa yang sama, terdapat saudara se-Islam kita di seluruh dunia yang menyambut bulan Ramadhan ini dengan situasi berbeza sama ada situasi perang, bencana atau pergolakan seperti di Palestin, Syria dan Myanmar (Burma). Sudah terlalu banyak darah ummat Islam ditumpahkan oleh manusia yang zalim.
Maka kesempatan Ramadhan ini perlulah kita gunakan semaksimum mungkin untuk menunjukkan persaudaraan dan kasih sayang kita kepada mereka dengan berbanyak berdoa kepada Allah SWT, moga mereka dikeluarkan daripada kezaliman dan kesempitan serta diberi kemenangan oleh Allah SWT.
Justeru, perbanyakkan ibadah kita di bulan mulia ini moga semakin dekat diri kita dengan Allah, perbanyakkan bertadarus Al Quran, bersedekah dan memohon keampunan kepada Allah. Semoga kita diberi kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.
harakahdaily/- | Suspek penembak pelajar Ph.D Posted: 21 Jul 2012 09:06 PM PDT 2 Ramadhan 1433H. [MOD] -
ANGGOTA polis berkawal di luar pawagam di mana 12 orang terbunuh ketika asyik menonton filem Batman:The Dark Knight Rises di Aurora, Colorado kelmarin. Gambar kecil, James Holmes.
AURORA, Colorado - Lelaki yang disyaki menembak mati 12 orang pada tayangan filem baharu Batman di negeri Colorado, James Holmes kerap dilihat berulang-alik dari kediamannya di sini dengan membawa senjata api.
Holmes, 24, kelmarin juga disifatkan sebagai kera sumbang ekoran tidak suka bercampur dengan masyarakat.
Dia mendaftar sebagai pelajar kedoktoran jurusan sains saraf di Universiti Colorado sejak tahun 2011 tetapi dilaporkan sedang dalam proses untuk membatalkan program Ph.Dnya.
"Pemuda ini sentiasa dilihat memakai seluar berceloreng tentera dan topi," kata seorang wanita berketurunan Mexico, Gabriel Macias yang bekerja di sebuah kilang daging di sini.
Menurutnya, dia kerap melihat Holmes berulang-alik dari apartmennya sambil membawa senjata dan sarung senjata.
"Kami tidak kenal Holmes kerana dia tidak bercakap dengan sesiapa. Dia gemar berkurung di apartmennya," kata Macias.
Polis memberitahu wartawan bahawa suspek tiada rekod jenayah lampau dan cuma pernah disaman pada tahun 2011 kerana memandu laju.
Ketua Polis Aurora, Dan Oates berkata, pemuda itu membeli lebih 6,000 butir peluru melalui internet sejak dua bulan lalu.
Menurutnya, jumlah tersebut merangkumi 3,000 butir peluru raifal, 3,000 butir peluru pistol Glock dan 300 butir peluru senapang patah.
Kata Oates, semua pembelian itu termasuk empat pucuk senjata api yang dibeli Holmes di beberapa buah kedai senjata di sini sejak 60 hari lalu, sah di sisi undang-undang.
Beliau turut memberitahu bahawa 70 orang cedera dalam insiden itu termasuk tiga rakyat Indonesia.
"Hampir semua orang ditembak dalam serangan kejam ini," katanya.
Dalam kejadian kelmarin, Holmes ditangkap selepas melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penonton yang sedang asyik menonton tayangan filem Batman: The Dark Knight Rises pada tayangan tengah malam di pawagam Century 16.
Serangan berdarah itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di sini.
Polis kini memburu seorang lagi lelaki bersenjata yang terlibat dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai itu.
Bandar ini terletak hampir 32 kilometer dari lokasi kejadian pembunuhan beramai-ramai di Sekolah Tinggi Columbine pada tahun 1999.
Dalam insiden tersebut, dua pelajar menembak mati 13 orang sebelum membunuh diri. - Agensi | Bukti lagi - Penyelewengan & pembaziran Isa Samad atas duit Felda Posted: 21 Jul 2012 08:53 PM PDT 2 Ramadhan 1433H. [MOD] -
harakahdaily/-
| 705 wanita terbunuh di Pakistan dalam ‘pembunuhan bermaruah’ Posted: 21 Jul 2012 02:23 AM PDT 1 Ramadhan 1433H. [MOD] -
ISLAMABAD 21 Julai - Sekurang-kurang 705 wanita terbunuh di sini tahun lalu dalam kes jenayah yang dikenali 'pembunuhan bermaruah', lapor media tempatan.
Pembunuhan bermaruah itu biasanya dilakukan oleh golongan lelaki terhadap ahli keluarga wanita yang disyaki mempunyai mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain ataupun yang berkahwin tanpa restu keluarga.
Media Pakistan yang memetik Yayasan Aurat, sebuah badan organisasi yang mempertahankan hak-hak wanita, berkata dalam satu laporan bahawa, kes-kes pembunuhan bermaruah itu meningkat sebanyak 6.7 peratus pada tahun lalu berbanding daripada tahun sebelumnya. - DPA | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 21 Jul 2012 01:42 AM PDT Ramadhan: Kelantan tekan 5 aspek Posted: 20 Jul 2012 11:51 PM PDT 1 Ramadhan 1433H. [MOD] -
(Anggota exco kerajaan negeri Datuk Abdul Fatah Mahmood, bergambar kenangan bersama dua imam dari Mesir)
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menekan lima aspek penting untuk diamalkan oleh rakyat di negeri itu sebagai tema Ramadan.
Kurangkan makan, perbanyakkan sedekah, perbanyakkan bacaan al-Quran dan tahajjud dan berlumba-lumba menjejaki malam lailatul qadar.
Bagi mengingatkan masyarakat tentang hasrat kerajaan negeri itu, setiap banting yang dikeluarkan, akan tertera tulisan tersebut untuk dihayati serta diamalkan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Ahmad, ketika ditemui selepas solat sunat itu memberitahu, peringatan itu dibuat hasil cetusan idea Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Tuan Guru sebagai seorang ulama sentiasa mengingatkan kita supaya merebut peluang itu sebaik mungkin agar ianya tidak berlalu dengan begitu sahaja,"ujarnya.
Sementara itu, seramai 3,000 jemaah menunaikan solat sunat Tarawih pada malam pertama di Qaryah Ramadan malam tadi.
Solat berkenaan diimamkan oleh Sheaik Ramadan Ahmad dari Kaherah, Mesir.
Kata Takiyuddin, beliau dipilih oleh kerajaan negeri untuk mengimamkan solat sunat itu buat kali ketiga tahun ini dan Sheikh Hisyam Abdul Bari, dari Iskandariah. Beliau merupakan tahun kedua menjadi imam di sini.
Sambungnya, sambutan orang ramai untuk turut serta menunaikan solat sunat di situ begitu memberangsangkan pada malam pertama ini.
Menurutnya, tahun sebelumnya termasuk tahun lalu hanya 1,500 hingga 2,000 peserta sahaja yang hadir pada majlis ini, berbanding mala mini.
"Kebetulan kita telah menambah satu lagi khemah terbuka yang besar untuk kemudahan peserta qaryah untuk menunaikan solat di sini,"ujarnya.
Beliau turut memberitahu beberapa program menarik telah disusun untuk orang ramai antaranya Sepetang Bersama Imam Muda pada 7 Ramadan, Bicara Ramadan bersama Ustaz Azhar Idrus pada 14 Ramadan.
Selain itu katanya, motivasi armalah bersama Abby Abadi pada 19 Ramadan termasuk program qiyam with me bersama Sultan Kelantan di Istana Negeri, Kubang Kerian.
harakahdaily/- | RM1 juta untuk program Ihya' Ramadhan di Kelantan Posted: 20 Jul 2012 11:45 PM PDT 1 Ramadhan 1433H. [MOD] -
(Takiyuddin menyampaikan amanat kepada anggota Aamilin dan Aamilat sempena Ihya Ramadhan)
KOTA BHARU: Program Ihya' Ramadhan 1433 Hijriah bersamaan 2012 dijangka berlangsung lebih meriah berbanding tahun lepas di Kelantan.
Ini kerana pada program yang memakan perbelanjaan dianggarkan RM1 juta itu akan diisi dengan program 'mantap' termasuk Ijtimak Ulama Nusantara yang menghimpunkan ulama Pondok dari Pondok-Pondok di Nusantara.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata sambutan Ihya' Ramadhan tahun ini juga dikemaskinikan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012.
Bahkan pengisianya dimeriahkan dengan pakej 'Qiam With Me' yang dijangka pada 'upacara hadapan' turut berangkat Sultan Muhammad V, Tengku Mahkota Kelantan, Kerabat D'Raja dan kakitangan kerajaan.
Program bermula 10.00 malam hingga waktu Subuh itu diadakan pada 20 Ramadhan bersamaan 9 Ogos di Istana Kubang Kerian dekat sini. Dijangka disertai 5,000 orang.
Selain itu, program Akademi Tarannum Al-Quran yang 'berkonsepkan' Akademi Fantasia diadakan, disertai pelajar tahfiz Al-Quran yang sudah pun mengikuti program Al-Quran.
"Pada 26 Ramadhan akan diadakan 'Sejuta Selawat Zikir Munajat Lailatul Qadar diketuai tokoh ulama dari dalam dan luar negara.
"Tidak ketingalan program Imam Muda, program Bersama Selebriti disertai selebriti termasuk Bob Lokman dan Abby Abadi (untuk peserta muslimat)," katanya.
Dalam satu kenyataan medianya di sini hari ini, Takiyuddin berkata bagi menjayakan program Solat Terawih sepanjang Ramadhan tahun ini, diimamkan syeikh tersohor dari tanah Arab.
Mereka ialah Sheikh Ramadhan, Ayub Musa dan Sheikh Hisham Abdul Bari.
Sementara program Ustaz Azhar Bersama Remaja akan diadakan pada 14 Ramadhan, mulai 5.00 petang.
Terdahulu pada hari sama (mulai 3.00 petang) diadakan program Jejak Kasih Remaja Ramadhan di mana menerusi program itu remaja bermotorsikal akan membawa bahan-bahan makanan dan akan mengagihkannya kepada golongan miskin sepanjang penjelahannya ke kawasan tertentu di Kota Bharu.
"Alhamdulillah, pada tahun ini Tahun Melawat Kelantan, dan keadaan ini menambah rezeki baru kepada pengusaha hotel di Kota Bharu khasnya dan di negeri ini amnya.
"Biasanya pada bulan Ramadhan, hotel kurang pelanggan, namun pada tahun ini lebih meriah, bahkan ada antara hotel berkenaan memberi diskaun khas istimewa sempena Ramadhan kepada pengunjungnya," katanya.
Program Ihya' Ramadhan yang diadakan setiap tahun itu merupakan produk pelancongan Kelantan, bahkan prodak pelancongan agama dengan menarik ramai pelancong dalam bulan Ramdhan sama ada dari dalam dan luar negara.
Takiyuddin berkata tahun ini seperti juga tahun lepas, pelancong luar negara itu menghubungi penganjur Ihya Ramadhan memaklumkan mereka akan memabawa rakan-rakan mereka ke negeri ini bagi menyaksikan persembahan program Ihya Ramadhan, ini kerana bagi mereka unik dan tidak ada di tempat lain.
harakahdaily/- | Imej polis tercemar kerana dakwaan ektremis Posted: 20 Jul 2012 11:38 PM PDT 1 Ramadhan 1433H. [MOD] -
PAS memandang berat kenyataan bersifat politik yang dikeluarkan oleh Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin yang bertentangan dengan etika kepolisian dan perkhidmatan awam.
Pendedahan awam yang dibuat jelas bersifat tidak berasas, berat sebelah dan tidak profesional.
Sebagai Pegawai Risikan Cawangan Khas, tindakan beliau kini mengesahkan bahawa Cawangan Khas kini menjadi alat kepada BN untuk menjamin kesinambungan kuasa BN.
Pendedahan beliau dilihat untuk menakutkan rakyat ysng kini mulai muak dengan gaya hidup melampau, pembaziran, rasuah, serta salahguna kuasa kerajaan BN.
Apakah ini cara untuk mendedahkan maklumat risikan sulit kepada awam? Jelas tidak, maka motif ledakan ini amat mencurigakan.
Sepatutnya ia mesti bertindak terus bukan mendedahkan maklumat tanpa bertindak. PAS mencabar beliau mendedahkan siapa yang beliau maksudkan kerana ia kini menjadi tandatanya kepada orang awam.
PAS juga mendesak Ketua Polis Negara bertindak di atas pendedahan maklumat sulit siasatan dan beranggapan beliau tidak layak berada di Cawangan Khas.
Mungkin beliau lebih sesuai diletakkan di jabatan Biro Tatanegara atau Kemas.
PAS ingin tegaskan bahawa kami menentang sebarang eleman ekstrem di dalam parti. Kita mengambil jalan politik demokrasi dengan menyertai pilihanraya dan menuntut sistem pilihanraya yang adil dan telus.
Sebagai contoh, himpunan rakyat yang disertai PAS samada dalam Himpunan Kuning atau Himpunan Oren adalah berlandaskan demokrasi dan penyataan rakyat yang menuntut sistem pilihanraya yang adil dan usaha menyelamatkan tanah ribuan hektar dari dicagar kepada Felda Global Venture Holding.
PAS kesal kerana himpunan pembangkang dilabel sebagai petanda resapan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis. Sedangkan yang banyak mengadakan hubungan dengan parti komunis ialah Umno sendiri, samada secara rasmi atau tidak.
Namun, sikap double standard dan tidak profesional Sofian telah menyebabkan imej Cawangan Khas kini turut tercemar teruk seperti yang dialami polis atas tindakan ganasnya di himpunan-himpunan yang dianjurkan Bersih dan penyiasatan berat sebelah yang ketara dalam kes melibatkan BN dan Pakatan Rakyat.
Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat | Bahaya Tipu Rakyat Posted: 20 Jul 2012 11:21 PM PDT 1 Ramadhan 1433H. [MOD] -
Rasulullah s.a.w melalui sebuah hadis riwayat Muslim : ما من عبد يسترعيه الله رعية يموت يوم يموت وهو غاش لرعيته إلا حرم الله عليه الجنة Maksudnya: Bukan daripada hamba yang mati di mana Allah meminta dia menjaga rakyat dimana pada hari kematiannya sedangkan dia menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga.
hadis/- | Masjid: Bukan fitnah tetapi sebar kebenaran Posted: 20 Jul 2012 10:23 PM PDT 1 Ramadhan 1433H. [MOD] -
(Orang bukan Islam turut sumbang untuk Ihya' Ramadhan di Kelantan)
KOTA BHARU: PAS setuju bersetuju supaya tidak ada pihak menggunakan masjid untuk menabur fitnah, mengadu-domba, bahkan bercakap dusta dalam masjid tetapi kebenaran Al-Quran dan As-Sunnah mestilah disebarkan di masjid.
"Ini kerana masjid juga tempat untuk memberi kefahaman tentang ilmu kepada masyarakat terutama pada bulan Ramadhan ramai orang (ahli jemaah) berhimpun.
"Maka sesuailah kita mengambil peluang untuk menyebarkan kebenaran Islam kepada masyarakat," kata Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Nik Mohamad Amar Abdullah.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata, dalam Islam masjid bukan tempat sembahyang saja, tetapi adalah juga pusat ilmu.
Sehubungan itu Nik Amar mendakwa, selama ini Kerajaan Barisan Nasional menjadikan masjid tidak lebih hanya untuk tempat sembahyang, untuk beribadat dalam pengertian sempit.
"Sedangkan fungsi masjid yang sebenar pada zaman Nabi saw ialah sebagai pusat pentadbiran, pusat ilmu, pusat sosial.
"Semuanya berada di masjid, bahkan Nabi Muhammad saw bermesyuarat untuk berperang pun adalah di dalam masjid. Menerima deligasi-deligasi asing dan memutuskan sesuatu serta mesyuarat untuk pergi berperang pun di dalam masjid," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa kesucian masjid tidak seharusnya dicemarkan semata-mata kerana ingin mencari pengaruh atau mengaut keuntungan politik.
Media melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan umat Islam agar tidak menjadikan masjid sebagai gelanggang memfitnah pemerintah.
Beliau bersetuju kalau fungsi masjid itu diperluaskan, dikembalikan seperti zaman Rasulullah saw.
Ramadhan
Dalam pada itu, Nik Amar berkata, orang yang berfikiran sekular dan hidup secara sekular sering merasa gerun dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak terutama pada program pengisian dan pengimarahan masjid dan tempat beribadat.
(Orang ramai menyumbang untuk Ihya' Ramadhan)
Ini kerana pengimarahan masjid biasanya tidak lepas daripada tazkirah dan ceramah yang disampaikan ilmuan Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan itu mendakwa golongan itu sering menganggap masjid hanya untuk tempat beribadat semata-mata.
"Boleh jadi ada orang bimbang sebab kita memanfaatkan bulan Ramadhan untuk mempertingkatkan kefahaman Islam di kalangan masyarakat dan ahli jemaah tentang kebenaran Al-Quran dan As-Sunnah.
"Mungkin ada orang yang tidak senang dengan keadaan ini terutama mereka mempertahankan pemikiran sekular dan hidup (secara) sekular, dan orang menganggap masjid ini hanya untuk tempat beribadat semata-mata," katanya.
Justeru Nik Amar mendakwa pihak Kerajaan Negeri cuba memecahkan kefahaman yang salah itu sekaligus membetulkan tanggapan masyarakat terhadap fungsi masjid dan peranan masjid yang sebenar.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan bercakap kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Tabung Ihya' Ramadhan 1433 bersamaan 2012 di Medan Ilmu di sini pagi semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan.
Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Kelantan Dato' Ismail Samah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Fauzi Mat.
Majlis tersebut dilancarkan Nik Amar yang mewakili Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
harakahdaily/- | Dentuman gegar dapur Posted: 20 Jul 2012 07:12 PM PDT 1 Ramadhan 1433H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU: "Saya dengar bunyi dentuman dan terkejut apabila melihat kedai makan ayah runtuh serta ada sebuah kereta terperosok dalam dapur," kata Abdul Hadi Hamzah, 21, anak pemilik kedai makan yang dirempuh kereta seorang anggota polis di Jalan Sultan Mahmud di sini, awal pagi, semalam.
Mangsa, Mohd Shahrizal Muhammad, 30, terbunuh selepas kereta Proton Inspira dipandunya merempuh kedai makan berkenaan di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, di sini, pada jam 3.05 pagi semalam.
Kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman itu meranapkan kedai makan itu dan gerai menjual pisang goreng selain merosakkan lima kenderaan iaitu dua kereta dan tiga motosikal.
Menurut Abdul Hadi, bunyi rempuhan itu amat kuat menyebabkan mereka sekeluarga terjaga daripada tidur lalu bergegas keluar rumah selepas bekalan elektrik terputus.
Penuntut kimpalan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, Marang, itu berkata ketika kejadian bapanya, Hamzah Harun, 51, dan ibu, Zainon Abdullah, 51, serta kakak tidur dalam bilik manakala dia dan dua adik tidur di ruang tamu. katanya.
sinar harian/- | Berdoalah.. Posted: 20 Jul 2012 06:19 PM PDT 1 Ramadhan 1433H. [MOD] - Oleh: Jarjani Usman
"Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikit lah kamu mengingat(Nya)" (QS. an-Naml: 62).
Susah dan senang merupakan bagian tak terpisahkan dari hidup di dunia ini. Sesenang-senangnya hidup, pasti akan ada susah sewaktu-waktu. Demikian juga sebaliknya. Namun, ada manusia yang merasa lebih banyak susah dalam hidupnya dibandingkan senangnya. Inilah perasaan yang kerap mengiring manusia menjadi putus asa.
Padahal tak seharusnya demikian. Allah tidak pernah tidur. Allah senantiasa terjaga dan siap mendengar segala keluhan hamba-hambaNya. Bahkan dalam kitab suci Alquran, disebutkan bahwa Allah berjanji akan menuruti kemauan-kemauan hamba-hambaNya. Sebagaimana firmanNya: "Berdoalah kepada-Ku niscaya akan Kuperkenankan bagimu" (Qs. al-Mu'min: 60).
Namun sayangnya, tawaran Allah yang teramat penting bagi manusia, seringkali dilupakan. Tak sedikit yang enggan berdoa. Inilah di antara bentuk keangkuhan manusia. Orang-orang demikian, langsung atau tidak langsung, termasuk golongan yang meragukan kemampuan Allah untuk memberikan jalan keluar terhadap permasalahan hidupnya. Keraguan ini sungguh keterlaluan. Sebab, sangat tidak mungkin Sang Pencipta tidak mampu menyelesaikan permasalahan ciptaaNya. Langit dan bumi beserta segala isinya sanggup diciptakan, apalagi permasalahan permasalahan kecil manusia.
Serambi/- | PR yakin tawan hingga 12 kerusi Parlimen di Johor Posted: 20 Jul 2012 06:15 PM PDT 1 Ramadhan 1433H. [MOD] -
MARANG – Perkembangan Pas dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) cukup baik bagi pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, berlaku kebangkitan rakyat dan peningkatan sokongan pengundi Cina dan bukan Islam kepada Pas dan PR di Johor yang selama ini dianggap sebagai deposit Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Saya ditarbiahkan ulama kita (Pas) supaya berjuang dengan realiti dan bukan fantasi. Di Johor, berlaku kebangkitan rakyat. Sokongan orang Cina kepada Pas dan Pakatan Rakyat cukup baik sekarang ini.
"Di Johor, saya yakin PR boleh menang antara 10 dan 12 kerusi Parlimen," katanya ketika berceramah di Pekan Kedai Buloh, di sini. Salahuddin mendakwa Umno dan BN juga bakal kehilangan banyak kerusi di Johor, Sabah dan Sarawak.
"Kita (Pas) bagi dia (BN) 'stroke' di Johor. Pada PRU13, jika kita (PR) boleh runtuhkan setengah (kerusi BN) pun sudah boleh ke Putrajaya, Insya- Allah," katanya.
Sementara itu,Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, parti itu menerima apa sahaja sasaran PR di Johor, namun ia perlu bersandarkan pada track record sedia ada.
"Dulu mereka (PR) yakin akan menang di Sarawak. Kemudian sebulan berkampung di sana semasa pilihan raya negeri, tetapi tidak ada satu kerusi pun yang menang. Saya lihat orang di Kelantan yang sudah tidak mahu mereka.
"Bagi saya kita berperang dulu baru tahu siapa menang. Ini baru hendak berperang dah cakap apa sahaja," katanya
sinar harian/- | Menggapai Keutamaan Ramadhan Posted: 20 Jul 2012 06:09 PM PDT 1 Ramadhan 1433H. [MOD] -Puasa merupakan ibadah yang dilaksanakan dengan jalan meninggalkan segala yang menyebabkan batalnya puasa sejak terbit fajar kedua (shadiq) hingga terbenam matahari. Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam yang agung, sebagaimana sabda Nabi, "Islam itu didirikan di atas lima hal; Bersaksi tiada sesembahan yang hak melainkan Allah dan bersaksi bahwa Muhammad itu utusan Allah, mendirikan shalat, mengeluarkan zakat, puasa Ramadhan dan berhaji ke Baitullah." (Muttafaq 'alaih)
Keutamaan Puasa Ramadhan
1. Dengan puasa Ramadhan Allah mengampuni dosa orang yang berpuasa dan memaafkan semua kesalahannya, Nabi bersabda, "Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan karena iman dan mengharap pahala dari Allah, maka Allah mengampuni dosanya yang telah lalu." (HR. al-Bukhari dan Muslim).
2. Puasa Ramadhan tidak terhingga pahalanya, karena orang yang berpuasa akan mendapatkan pahala tanpa batas. Setiap muslim amalannya akan diganjar sebesar 10 hingga 700 kali lipat, kecuali puasa. Firman Allah di dalam hadits qudsi, "...Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan mengganjarnya, ia menahan nafsu dan makan karena-Ku." (HR. Muslim)
3. Puasa dapat membuka pintu syafa'at nanti pada hari Kiamat. Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya puasa dan al-Qur'an memberi syafa'at kepada pelakunya pada hari Kiamat. Puasa berkata, "Ya Tuhanku aku telah menahan hasrat makan dan syahwatnya, maka berilah aku izin untuk memberikan syafa'at kepadanya. Berkata pula al-Qur'an, "Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya dari tidur untuk qiyamullail, maka berilah aku izin untuk memberikan syafa'at kepadanya. Nabi bersabda, "Maka keduanya diberikan izin untuk memberi syafaat." (HR. Ahmad)
Meraih Keutamaan Ramadhan Allah telah mengistimewakan bulan Ramadhan dari bulan-bulan lainnya dengan berbagai keutamaan. Maka sepatutnya kita menyambutnya dengan taubat nasuha dan tekad meraih kebaikan sebanyak-banyaknya di bulan suci ini. Berikut kiat-kiatnya,
1. Berpuasa dengan benar Rasulullah bersabda, "Barangsiapa berpuasa karena keimanan dan semata-mata mengharap pahala, niscaya diampuni dosanya yang telah lalu." (HR. al-Bukhari dan Muslim). Yang perlu diperhatikan agar bisa berpuasa dengan benar; (a) Menjauhi kemaksiatan, perkataan dan perbuatan sia-sia. Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang tidak menahan diri dari ucapan dusta dan perbuatan buruk maka sedikit pun Allah tidak sudi menerima puasanya meskipun ia menahan diri dari makan dan minum." (HR. al-Bukhari). (b) Berniat puasa pada malamnya, mengakhirkan sahur dan menyegerakan berbuka dengan membaca doa berbuka, ذَهَبَ الظَّمَأُ، وابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وثَبَتَ إِنْ شَاءَاللهُ
"Telah hilang rasa haus dan urat-urat telah basah serta pahala akan tetap, Insyaallah." (HR. Abu Dawud)
2. Shalat Tarawih Nabi bersabda, "Barangsiapa menunaikan qiyamullail pada bulan Ramadhan, karena keimanan dan mengharapkan pahala, niscaya diampuni dosanya yang telah lalu." (HR. al-Bukhari dan Muslim)
"Siapa saja yang shalat Tarawih bersama imam hingga selesai, akan ditulis baginya pahala shalat semalam suntuk." (HR. Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa'i dan Ibnu Majah).
3. Bershadaqah Rasulullah adalah orang yang sangat dermawan; kebaikan dan kedermawanan beliau pada bulan Ramadhan melebihi angin yang berhembus. Rasulullah bersabda,"Seutama-utama shadaqah adalah shadaqah di bulan Ramadhan." (HR. at-Tirmidzi)
Shadaqah ini di antaranya adalah: (a) Memberi makan Para Salafush Shalih senantiasa berlomba dalam memberi makan kepada orang lapar dan yang membutuhkan. Nabi bersabda, "Siapa saja di antara orang mukmin yang memberi makan saudaranya sesama mukmin yang lapar, niscaya Allah akan memberinya buah-buahan Surga. Siapa saja di antara orang mukmin yang memberi minum saudaranya sesama mukmin yang haus, niscaya Allah akan memberinya minuman dari Rahiqul Makhtum." (HR. at-Tirmidzi dengan sanad hasan).
(b) Menyediakan makanan berbuka Nabi bersabda, "Barangsiapa menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, niscaya ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun." (HR. at-Tirmidzi, hasan shahih).
Dalam riwayat lain dikatakan, "…menjadi penghapus dosanya dan menjadi pembebas dirinya dari api Neraka…"
4. Banyak membaca al-Qur'an Malaikat Jibril memperdengarkan al-Qur'an kepada Rasulullah pada bulan Ramadhan. Utsman bin Affan mengkhatamkannya pada setiap hari Ramadhan. Sebagian Salafush Shalih mengkhatamkan setiap 3 malam sekali dalam shalat Tarawih. Imam asy-Syafi'i dapat mengkhatamkan 60 kali di luar shalat dalam bulan Ramadhan.
5. Tetap duduk di dalam masjid hingga terbit matahari Rasulullah bersabda, "Barangsiapa shalat fajar berjama'ah di masjid, kemudian tetap duduk berdzikir mengingat Allah, hingga terbit matahari lalu shalat dua raka'at (Dhuha), maka seakan-akan ia mendapat pahala haji dan umrah dengan sempurna, sempurna dan sempurna." (HR. at-Tirmidzi, dishahihkan oleh al-Albani).
6. Mencari malam Lailatul Qadar Terutama pada malam-malam ganjil di akhir Ramadhan dengan memperbanyak doa, اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan menyukai untuk mengampuni, maka ampunilah aku." (HR. at-Tirmidzi)
"Barangsiapa shalat di malam Lailatul Qadar karena keimanan dan mengharapkan pahala, niscaya akan diampuni dosanya yang telah lalu." (HR. al-Bukhari dan Muslim)."Diampuni juga dosa yang akan datang." (dalam Musnad ahmad dari 'Ubadah).
7. I'tikaf Yakni menetapi masjid dan berdiam di dalamnya dengan niat mendekatkan diri kepada Allah. Dalam sebuah hadits disebutkan, "Bila masuk 10 (hari terakhir bulan Ramadhan) Nabi mengencangkan kainnya (menjauhkan diri dari menggauli istrinya), menghidupkan malamnya dengan ibadah dan membangunkan keluarganya." (HR. al-Bukhari).
"Bahwasanya Nabi senantiasa ber'itikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan hingga Allah mewafatkan beliau." (HR. al-Bukhari dan Muslim)
8. Umrah di bulan Ramadhan Rasulullah bersabda, "Umrah di bulan Ramadhan sama seperti ibadah haji." Dalam riwayat lain, "...sama seperti menunaikan haji bersamaku." (HR. al-Bukhari dan Muslim)
9. Memperbanyak istighfar, dzikir dan doa Terutama di saat sahur, berbuka, hari Jum'at, dan sepertiga malam terakhir sepanjang bulan Ramadhan.
Hukum dan Golongan Manusia Dalam Berpuasa 1. Puasa diwajibkan kepada setiap muslim, baligh, mampu dan bukan dalam keadaan safar(bepergian). 2. Orang kafir tidak diwajibkan berpuasa dan jika ia masuk Islam tidak diwajibkan mengqadha'(mengganti) puasa yang ditinggalkannya selama ia belum masuk Islam. 3. Anak kecil di bawah usia baligh tidak diwajibkan berpuasa, tetapi dianjurkan untuk dibiasakan berpuasa. 4. Orang gila tidak wajib berpuasa dan tidak dituntut untuk mengganti puasa dengan memberi makan, walaupun sudah baligh. Begitu pula orang yang kurang akalnya dan orang pikun. 5. Orang yang sudah tidak mampu untuk berpuasa disebabkan penyakit, usia lanjut, sebagai pengganti puasa ia harus memberi makan setiap hari satu orang miskin (membayar fidyah). 6. Bagi seseorang yang sakit dan penyakitnya masih ada kemungkinan untuk dapat disembuhkan, jika ia merasa berat untuk menjalankan puasa, maka dibolehkan baginya tidak berpuasa, tetapi harus mengqadha'nya setelah sembuh. 7. Wanita yang sedang hamil atau sedang menyusui jika dengan puasa ia merasa khawatir terhadap kesehatan dirinya dan anaknya, maka dibolehkan tidak berpuasa dan kemudian mengqadha'nya di hari yang lain. 8. Wanita yang sedang haidh atau nifas, tidak boleh berpuasa dan harus mengqadha'nya pada hari yang lain. 9. Orang yang terpaksa berbuka puasa karena hendak menyelamatkan orang yang hampir tenggelam atau terbakar, maka ia mengqadha' puasa yang ditinggalkan itu pada hari yang lain. 10. Bagi musafir boleh memilih antara berpuasa dan tidak berpuasa. Jika memilih tidak berpuasa, maka ia harus mengqadha'nya di hari yang lain. Hal ini berlaku bagi musafir sementara, seperti bepergian untuk melaksanakan umrah, atau musafir tetap, seperti sopir truk dan bus (luar kota), maka bagi mereka boleh tidak berpuasa selama mereka tinggal di daerah (negeri) orang lain dan harus mengqadha'nya. (Redaksi)
[Sumber: 1. Brosur tentang Puasa Ramadhan, Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin. 2. Kaifa Na'isyu Ramadhan, Syaikh Abdullah ash-Shalih. http://www.alsofwah.or.id/ | PERANGI HAWA NAFSU SATU PENGORBANAN Posted: 20 Jul 2012 06:09 PM PDT 1 Ramadhan 1433H. [MOD] -
Peperangan menentang hawa nafsu adalah merupakan satu bentuk pengorbanan yang paling besar untuk membentuk jati diri sendiri dan kemaslahatan umat. Perangi hawa nafsu menuntut kesabaran yang tinggi dan ketaqwaan yang teguh dalam mendidik jiwa sentiasa beristiqamah melakukan kebaikan dan menjauhi segala bentuk kejahatan.
Perkara ini jelas disebutkan di dalam ayat al-Quran, "Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: 'Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun'.
Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah ayat 155-157) Perangi hawa nafsu adalah merupakan perjuangan yang paling besar. Ia adalah utama dari peperangan mempertahankan diri.
Hal ini bersesuaian dengan maksud sabda Rasulullah s.a.w ketika baginda pulang dari peperangan Badr, "Kita baru saja kembali dari jihad kecil menuju jihad yang besar. Para sahabat bertanya, "Apa jihad besar itu?, Nabi SAW menjawab, "Jihaad al-qalbi (jihad hati).
Setiap orang juga berpotensi memilliki keinginan untuk membuat kejahatan atau lebih dikenali sebagai hawa nafsu. Ini merupakan musuh utama anak adam dari syaitan. Dengan ini kekuatan syaitan terletak pada hawa nafsu dan kelemahan manusia adalah berpunca daripada godaannya. Hawa nafsu selalu mengajak manusia kepada kemungkaran dan jika kita menuruti bisikannya, maka pasti kita akan menempuh kebinasaan.
Perkara ini telah dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam ayat al-Quran, "Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesesatan." (Surah Maryam, 59)
Kehidupan adalah satu bentuk perjuangan melawan hawa nafsu. Sesiapa yang mampu melawan hawa nafsu, maka Allah akan memberikannya kemenangan dan dipermudahkan segala urusan. Inilah rahsia untuk mendapat pembelaan dari Allah S.W.T.
Abu Hamid Imam al- Ghazali menyebut terdapat tiga bentuk perlawanan manusia terhadap hawa nafsu, iaitu Nafs al-Muthmainnah, Nafs al-Lawwamah, dan Nafs al-Ammarah al-Suu'. Nafs al-Muthmainnah merupakan nafsu yang tenang yang mana ketika iman menang melawan hawa nafsu, sehingga perbuatan manusia tersebut lebih banyak yang baik daripada yang buruk. Dengan kata lain mereka yang mampu menguasai terhadap hawa nafsunya.
Manakala Nafs al-Lawwamah ialah nafsu yang gelisah dan menyesali dirinya sendiri. Keadaannya adalah ketika iman kadangkala menang dan kadangkala kalah melawan hawa nafsu, sehingga manusia tersebut perbuatan baiknya relatif seimbang dengan perbuatan buruknya. Mereka yang sentiasa dalam bertarik tali melawan hawa nafsu.
Adakalanya dia menang dan ada kalanya kalah. inilah orang yang sedang berjuang (mujahadah). Mereka ini menunaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad melalui sabdanya yang bermaksud: "Berjuanglah kamu melawan hawa nafsumu sebagaimana kamu berjuang melawan musuh-musuhmu.
Nafsu yang ketiga adalah Nafs al-Ammaarah al-Suu' iaitu nafsu yang mengajak kepada keburukan. Keadaanya adalah Ketika iman kalah dibandingkan dengan hawa nafsu, sehingga manusia tersebut lebih banyak berbuat yang buruk daripada yang baik. Mereka inilah yang hawa nafsu sepenuhnya telah dikuasai dan tidak dapat melawannya sama sekali.
Namun, dewasa ini, seringkali kita mendengar berita-berita tentang gejala sosial. Penyakit ini sebenarnya telah menular dalam kalangan masyarakat. Pelbagai kes dilaporkan setiap hari mengenai jenayah yang dilakukan, antaranya kes penderaan kanak-kanak, pembuangan bayi, samun, rogol, bunuh dan pelbagai kes yang melibatkan undang-undang negara.
Namun persoalannya, mengapa kes seperti ini semakin menjadi-jadi? Sudah tentu masyarakat terbiasa menjadikan hawa nafsu sebagai satu ikutan tanpa memikirkan kesan yang akan dihadapi oleh diri mereka sendiri.
Perkara ini dinyatakan oleh sebahagian orang bijak "Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya." [Imam Al-Ghazali, Mukâsyafah al-Qulûb, h. 17]
Kehidupan yang berlandaskan syariat mampu menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Perangi hawa nafsu mampu memberi jaminan kebahagiaan kehidupan. Jaminan kebahagiaan ini adalah ditentukan oleh diri sendiri kerana diri sendiri berhak memilih jalan yang harus ditempuh.
Jika jalan yang diambil adalah jalan kebahagiaan di akhirat, maka sudah pasti kebahagiaan dunia akan dapat dikecapi oleh setiap individu muslim. Perkara ini disebut oleh Allah s,w,t di dalam ayat al-Quran,
"Barang siapa beramal soleh sama ada lelaki dan wania sedang dia mukmin, maka Kami akan hidupkan dia dengan kehidupan yang baik (bahagia) dan Kami akan tunaikan kepada mereka dengan ganjaran mereka yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan."(An-Nahl: 97)
Cerminan hati juga diukur dari sudut ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Hati dilahirkan fitrah dan suci serta menjadi kewajipan kepada hamba-hambaNya mengisi kekosongan hati dengan beribadah kepadanya.
Pengisian jiwa dengan syariat Islam serta keindahan akhlak Islam mampu mendidik hati melawan diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar yang ditegah oleh Allah s.w.t. Setiap muslim harus melaksanakan tuntutan-tuntan Allah s.w.t..
Kewajipan ini dinyatakan oleh Allah Taala dalam surah al-Imran ayat 104, "Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang beriman."
Istiqamah dalam melakukan amalan-amalan kebaikan mampu menghindarkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah kebinasaan. Diri mampu terdidik dengan kebiasaan melakukan kebaikan dan merasa akan sentiasa perlu menjaga hati daripada segala bentuk kemaksiatan.
Istiqamah dalam penjagaan diri dan hati perlu diselaraskan dengan panduan pegangan agama agar kehidupan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah.
Di dalam surah Hud ayat 12, Allah s.w.t berfirman, "Maka beristiqamahlah kamu sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."
Kesimpulannya, peperangan melawan hawa nafsu merupakan peperangan yang paling utama kerana ia melibatkan penjagaan hati, diri dan iman.
Setiap Muslim berkewajipan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah dengan menjaga anugerah diri dan hati sebaik mungkin. Dengan memerangi hawa nafsu, kehidupan akan mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada Allah.
Seperti firman Allah S.W.T yang bermaksud, "Mereka bersukacita (bergirang hati) kerana memperoleh nikmat dan kurnia dari Allah. Dan (kerana) sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan ganjaran orang-orang yang beriman." (Ali-Imran: 171)
Tulisan Nusaibah Mimi | Cerai: Dengar sendiri dari mulut Pok Yo Posted: 20 Jul 2012 05:05 PM PDT 1 Ramadhan 1433H. [MOD] -
PASIR MAS: Selepas Harakahdaily, Sinar Harian pula telah menebual sendiri Yahya Ibrahim, 78, atau lebih dikenali penduduk tempatan dengan nama Pok Yo bagi mengetahui kesah penceraian beliau dengan isterinya, Mok Yam.
Ia dibuat selepas media pro Umno melaporkan Pak Yo menceraikan Mok Yam atau nama sebenarnya Che Hasnah Che Ahmad, 61 kerana fahaman politik.
Menurut Pok Yo, beliau mengahwini Mok Yam ketika wanita itu sudah bergiat aktif dalam Umno.
"Saya berkahwin dengannya, ketika dia masih lagi aktif dalam politik, maka tidak timbul perbezaan fahaman, sehingga berlakunya perceraian ini," kata Pok Yo kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, Harakahdaily telah melaporkan, Pak Yo menceraikan Mok Yam setelah dia dicabar agar menceraikan isterinya dengan talak tiga.
Namun, Mok Yam menafikannya. Dalam wawancara ini, Pok Yo berkata, dia ada saksi apabila mendakwa hal ini.
Berikut adalah temubual sepenuhnya.
Bolehkah Pok Yo terangkan apa sebenarnya berlaku?
Yahya: Saya kesal kerana bekas isteri saya (Che Hasnah Che Ahmad, 61, atau dikenali sebagai Mok Yam), mengaitkan perpisahan ini dengan perbezaan politik.
(Pok Yo - gambar Sinar Harian)
Dalilnya, saya berkahwin dengannya, ketika dia masih lagi aktif dalam politik, maka tidak timbul perbezaan fahaman, sehingga berlakunya perceraian ini.
Saya ceraikan dia dengan talak satu, kerana sikapnya yang tidak taat, meninggi suara, tidak bertanggung jawab dan bercakap guna emosi.
Mok Yam terkeliru apabila saya menyuruh dia ikut ajaran Islam, tetapi disalah anggap sebagai ikut fahaman politik. Saya tegaskan agar dia ikut ajaran Nabi, malah tidak mengaitkan langsung nama-nama ahli politik di Kelantan.
Baru-baru ini, Mok Yam menafikan dia pernah minta diceraikan dengan talak tiga.
Yahya: Saya juga ada saksi, ketika kami bergaduh mengenai isu ini, malah saksi itu juga adalah seorang lelaki, baligh, berakal dan memahami setiap tutur kata Mok Yam.
Sesat adalah satu kesalahan besar, tetapi apa yang dilakukan oleh Mok Yam sehingga didakwa sesat?
Yahya: Saya kata dia sesat, bukan disebabkannya pergi ceramah (Datuk) Dr Hasan Ali (bekas Naib Presiden Pas) atau kerana memakai baju merah, tetapi sikapnya yang terlalu menyimpang dengan ajaran Nabi. Ia bukanlah setakat solat lima waktu, memakai tudung dan mengaji al-Quran, tetapi perbuatan lain, juga dikira sebagai amalan, dan tidak terhad dalam satu perkara sahaja. Paling mengecewakan saya, apabila dia memburuk-burukkan seorang ulama, dan terkilan kerana tidak dapat membentuk isteri yang solehah.
Memandangkan usia semakin lanjut, lama berkahwin dan Islam sendiri tidak sukakan penceraian, tiada ada jalan lain selain cerai?
Yahya: Selama ini, saya cuba pelbagai cara untuk membentuknya sebagai seorang isteri solehah, namun selepas semua usaha saya tidak berjaya, saya yakin perkahwinan ini tidak akan berjaya sekiranya tiada persefahaman lagi. Puas saya beri dia masa untuk berfikir dan berubah, namun dia tetap melihat nasihat saya dari sudut politik.
Adakah masih ada sifat sayang yang memungkinkan boleh bersatu kembali?
Yahya: Saya mengucap syukur sekiranya dia berubah sikap, dengan menjalankan apa yang disuruh agama dan meninggalkan apa yang dilarang.
Saya masih sayangkannya, tetapi tidak akan meneruskan silaturahim sebagai sepasang suami isteri. Apa yang ditakdirkan, sudah ditentukan Ilahi.
harakahdaily/- | Pelajar Rakam Aksi Cikgu Posted: 20 Jul 2012 04:48 PM PDT 1 Ramadhan 1433H. [MOD] -
Berita terbaru yang mengejutkan ramai pihak telah dikeluarkan oleh KPM melalui media perdana kelmarin. Telefon bimbit akan dibenarkan di sekolah mulai tahun 2013.
Bagi sesetengah pihak terutamannya pelajar dan ibubapa, berita ini merupakan berita baik untuk mememudahkan perhubungan ibubapa dengan anak-anak.Faktor keselamatan pelajar yang selama ini menjadi runcing berikutan pelbagai tragedi terutama culik dan bunuh yang kian menjadi igauan ngeri ibu bapa dapat diminimakan.
Di sebalik segala tanggapan positif tentang berita tersebut, perlu diambilkira juga pandangan guru-guru yang pastinya tidak dapat menolak keputusan kerajaan. Guru-guru pastinya dalam dilema apabila peraturan baru ini dilaksana kelak.
Masalah besar mungkin tidak akan berlaku di sekolah-sekolah elit kerana pelajar di sana terdiri daripada pelajar terpilih yang pastinya lebih berotak dan berdisiplin.
Tetapi bagaimana pula dengan sekolah-sekolah menengah biasa, yang pelajarnya terdiri daripada pelbagai tahap IQ?
Apa kesan peraturan baru itu kepada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran? Penyebaran gambar-gambar dan filem porno, leka bermain game dan berbalas sms dengan rakan ketika guru mengajar akan memburukkan disiplin sesbuah sekolah.
Pengajaran dan pembelajaran tidak akan mencapai objektif kerana tumpuan pelajar tidak kepada pengajaran guru sebaliknya leka dengan telefon dan gadget yang dibawa.Perlu maklum bahawa telefon pintar dan gadget canggih memang 'berhantu'
Kecurian telefon bimbit atau gadget juga akan membawa masalah kepada guru-guru terutama guru disiplin.Kecurian telefon bimbit bukan seperti kecurian pen dan pensel kerana ia adalah barang berharga yang boleh dijual. Apabila kes kecurian berlaku guru akan terpaksa menangani kes. Ini sebenarnya adalah bebanan baru kepada guru.
Guru akan hadapi banyak masalah sebelum, semasa dan selepas waktu pengajaran. Apatah lagi sekolah-sekolah di Malaysia kini hanya terdapat beberapa orang guru lelaki berbanding guru wanita yang memonopoli kerjaya perguruan. Masalah disiplin akibat membawa telefon bimbit ke sekolah pastinya sukar dikawal.
Guru disiplin yang sebelumnya macho habis dalam menangani kes-kes disiplin bakal menjadi tikus mondok atau kura-kura yang menyorokkan kepalanya. Segalanya akan berubah kerana pastinya guru disiplin tidak mahu aksinya dirakam dan dimuat naik ke youtube. Bebudak sekarang punya dajjal- Nauzubillah!!!
Banyak masalah disiplin yang dihadapi para guru hari ini tidak dapat diselesaikan. Pelajar yang dibuang sekolah kerana pelbagai kesalahan berat juga akan kembali bersekolah di sekolah yang sama setelah membuat rayuan di peringkat atasan.
Ini membuatkan guru sering dipermainkan kerana kembalinya pelajar itu ke sekolah yang sama menggambarkan seolah-olah tiada undang-undang yang dapat dikenakan terhadap pelajar demikian. Pelajar bermasalah ini menjadi semakin berpengaruh di sekolah dan menjadi ikutan ramai pelajar lain.
Diharap pihak kerajaan melalui KPM akan meneliti baik buruknya memberi kebenaran kepada pelajar membawa telefon dan gadget lain ke sekolah.
harakah/- | Gaya lelaki macho dengan payung (gambar) Posted: 20 Jul 2012 04:38 PM PDT 1 Ramadhan 1433H. [MOD] -
Mampu menarik perhatian mana2 wanita.
harakahdaily/- | Najib buli PAS Posted: 20 Jul 2012 07:45 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] -
SIKAP Perdana Menteri Najib yang terus berteka teki tentang PRU13 dikira ikut membuli PAS.
Bukan PAS saja yang dibuli, pengikut UMNO dan seluruh rakyat juga ikut jadi mangsa bulinya.
Sejak lebih setahun lalu masing-masing tidak dapat merancang sesuatu secara aman disebabkan bimbang akan berdepan dengan pilihan raya yang disangka akan berlangsung bila-bila.
PAS biasanya mengadakan muktamar setiap cuti tengah tahun persekolahan sekitar Mei atau Jun.
Muktamar tahun 2012 ini terpaksa ditunda hingga ke hujung tahun iaitu sekitar November.
Sekali pun muktamar itu berlangsung sekitar empat hari tetapi persiapannya mengambil masa yang lama juga dan kakitangan pejabat agung terpaksa menumpukan banyak masa bagi muktamar itu.
Apa lagilah bagi menghadapi pilihan raya. Jika ada Pilihan Raya Umum, maka PAS semua peringkat di seluruh negara terpaksa meninggalkan semua kerja termasuk kerja peribadi dan keluarga kerana menghadapi urusan pilihan raya.
Seluruh jentera dan tenaga PAS tidak wajar membuat dua kerja besar iaitu muktamar dan Pilihan Raya Umum pada satu masa.
Walaupun muktamar itu tetapi pilihlan raya lebih penting.
Bagi menjamin urusan pilihan raya tidak terganggu, maka PAS memberi keutamaan kepada pilihan raya.
PRU13 tidak jadi diadakan tahun 2011. Maka ia dikira akan diadakan dalam tahun 2012 juga. Setelah ia tidak diadakan dalam bulan Februari dan Mac 2012, maka semua ramalan mengira masa itu akan berlangsung dalam bulan Mei.
Bahkan telah ada isyarat dari SPR betapa ia bersiap untuk mengadakannya pertengahan tahun ini. Waktu yang terbaik tahun ini ialah bulan Mei.
Maka PAS dan sekutunya membuat semua persiapan bagi menghadapi kedatangan bulan Mei itu. PAS tidak bersedia membuat kerja lain termasuk menangguhkan muktamar ke satu tarikh yang lain. Ia ditunda ke hujung tahun.
Setelah tiba bulan Mei tidak juga Parlimean dibubarkan. Sampai masuk bulan Jun sah tiada pilihan raya. Sementara menunggu pengumuman pembuburan Parlimean dalam bulan Mei itu ada maklumat dari orang-orang sekolah menyebut notis kerajaan untuk menggunakan sekolah, dipercayai untuk dijadikan tempat mengundi, bunyinya tidak jadi digunakan. Ia adalah isyarat PRU itu tidak tunda.
Mengapa? Entahlah.
Ia tidak jadi diadakan sebelum Mei, mungkin termakan gertak Menteri Besar Selangor yang tidak sedia mengadakan pilihan raya serentak kiranya ia diadakan sebelum penggalnya genap empat tahun. Idah yang diberi oleh Selangor itu telah berlalu dalam bulan Mei lalu. Tetapi ternyata Perdana Menteri belum dapat isyarat.
Walaupun PAS cukup bersedia pada bulan Mei itu tetapi ia bukan satu masa yang baik memandangkan SPR belum memenuhi tuntutan lapan perkara oleh dikemukakan oleh Bersih 2.0 Selagi tuntutan itu tidak dipenuhi, PAS tidak sedap hati untuk menghadapi pilihan raya.
Sekalipun PAS menunda muktamarnya, tetapi ia mengambil peluang menyokong unjukrasa Bersih 3.0 yang diketua bersama oleh Dato' Ambiga dan Dato' Samad Said pada 28 April lalu.
Banyak juga kerja untuk menjayakan Bersih 3.0 itu tetapi ia tidak sesulit mengadakan muktamar. Kalaupun Parlimen dibubarkan menjelang demonstrasi, tidak payah sangat untuk mmbatalkannya dan tidak jadi masalah jika hendak diteruskan.
Kalau PAS tahu PRU tidak jadi diadakan bulan Mei, tentu ia tidak menunda muktamarnya. Apa yang PAS dapat buat bagi menggantikan muktamar itu ialah menganjurkan perhimpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Setar yang dihadiri lebih 100,000.
Muktamar bulan Mei ditunda ke bulan November. Pilihan raya yang tidak diadakan bulan Mei itu dianjak lagi ke depan. Bagaimana kalau diandaikan dalam bulan November? Ternyatakan ia satu masa yang tidak disenangi oleh PAS kerana PAS bercadang untuk mengadakan muktamar sebelum tahun berakhir.
Adakah PAS akan menunda lagi muktamarnya kerana PRU itu mungkin diadakan masa itu?
Secara tidak sedar PAS telah dibuli lagi oleh Najib. Walaupun Najib tidak berniat untuk membuli sesiapa, tetapi dengan kelakuannya yang misteri itu dia telah membuli semua orang. Orang politik tidak dapat merancang tindakan ke hadapan kerana bimbang ada pilihan raya.
Orang politik yang hendak menikahkan anak pun payah merancang, takut hari kahwin itu serentak dengan pilihan raya.
Semua orang susah dengan keadaan Najib itu. Adakah dia seronok melihat semua orang jadi mangsa bulinya?
Saya teringat akan Maharaja Nero dari empayar Rom purba. Dia digelar Maharaja Gila. Dibakarnya kota Rom. Dia ketawa berdekah-dekah melihat Rom terbakar.
HARAKAHDAILY/- | Helikopter dinaiki 4 orang terhempas di Sarawak Posted: 20 Jul 2012 07:41 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] -
KUCHING - Sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120, milik Sebiro Holdings, dalam penerbangan ke Nanga Merit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), dilaporkan terhempas dekat Muara Sungai Lingga, Sri Aman, hari ini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, ketika mengesahkan kejadian itu kepada Bernama, berkata juruterbang warga Jerman, Rico Steger, 35, diselamatkan sekumpulan nelayan tempatan manakala nasib tiga penumpang masih belum diketahui.
Menurut Jabatan Penerbangan Awam (DCA), helikopter tersebut berlepas dari KIA pada pukul 8.57 pagi dengan tiga penumpang berkenaan iaitu seorang jurutera syarikat Sebiro Holdings dan dua juru perunding.
Mereka dikatakan dalam perjalanan untuk mengkaji sebuah projek di Nanga Merit dekat Kapit.
Steger, yang berenang selama empat jam di muara sungai tersebut, kemudian dibawa ke Kampung Tebelu, Sebuyau untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Pasukan Gerakan Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat tiga penumpang yang masih hilang itu.- Bernama | Ramadhan: Universiti Tarbiyah Posted: 20 Jul 2012 07:34 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] -
Mewakili seluruh warga DPPM, saya ucapkan Ramadhan Kareem buat seluruh rakyat yang beragama Islam terutama anak - anak muda muslim agar Ramadhan ini bagai sebuah Universiti Tarbiyyah mendidik spiritual, fizikal dan minda bertaqwa serta mutu perjuangan yang hebat ke arah memacu gerakan perubahan dalam negara kita.
Terapi Ramadhan insya Allah akan terus menyemarak semangat Ubudiyyah dan Jihad Islami ke arah mewajah Malaysia Baru bersama Islam.
1. Buat semua exco DPPM dan DPPN , anda semua diputuskan agar membaca al Quran sekurang-kurang 20 minit sehari dan jika boleh pastikan Al Quran di khatamkan tilawahnya sepanjang Ramadhan ini.
2. Bulan Ramadhan telah diisytiharkan sebagai bulan kempen bebaskan mangsa ISA. Justeru itu harap semua pentazkirah menyentuh isu kezaliman ISA dan betapa mangsanya perlu dibebaskan segera atau dakwa di mahkamah.
3. Tingkatkan amal kebajikan, maksimumkan penglibatan bersama masyarakat melalui program iftar Jamaei dan lainnya.
4. Ramadhan jua adalah bulan munajat untuk memastikan Islam yang kita perjuangkan ini mendapat tempat dihati rakyat dan kita berjaya mempersadakan perjuangan ini ke mercu jaya.
5. Titipkan doa buat seluruh mangsa kezaliman regim Myanmar dan Syria yang telah mengorbankan puluhan atau ratusan ribu nyawa yang tidak bersalah. Demikian jua buat semua mangsa kezaliman di seluruh dunia termasuk dalam negara kita.
Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | Umur pengeluaran KWSP naik ke 60 tahun? Posted: 20 Jul 2012 07:30 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekarang sedang tertanya-tanya apakah benar umur pengeluaran penuh wang KWSP dinaikkan ke 60.
Ini kerana, kepelbagaian mesej yang dihantar kerajaan kepada media seolah-olah usaha itu sedang dibuat tetapi sedang menunggu reaksi rakyat.
"Jika rakyat tidak bantah, mereka akan dinaikkan ke umur 60 itu," kata seorang pencarum kepada Harakahdaily.
Beliau yang baru pulang dari ibu pejabat KWSP di Kuala Lumpur berkata, kakitangan KWSP juga tidak dapat mengesahkan perkara ini.
"Jika tidak ada isu naik ke 60 tahun ini masakan pegawai KWSP tidak tahu," kata beliau kepada Harakahdaily.
Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Tan Sri Azlan Zainol mencadangkan kerajaan menaikkan umur pengeluaran wang KWSP dari 55 ke 60 tahun.
Cadangan ini dibuat melalui cadangan Bajet 2013 beliau kepada kerajaan.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam bagaimanapun berkata kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung had umur bagi pengeluaran caruman KWSP setelah membenarkan had umur persaraan minimum bagi pekerja swasta dilanjutkan kepada 60 tahun.
Sehubungan itu, beliau meminta para pencarum KWSP supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan kononnya pengeluaran wang simpanan bagi pekerja swasta hanya boleh dibuat selepas mencapai umur persaraan 60 tahun.
"Kerajaan belum putuskan apa-apa. Keputusan mengenainya akan diputuskan kemudian... mungkin sebelum kita buat bacaan kali kedua di Parlimen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Meningkatkan Taraf Pentadbiran Sistem Pertubuhan-Pertubuhan Sosial di sini baru-baru ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kebimbangan pencarum KWSP mengenai had umur pengeluaran caruman yang kini boleh dibuat pada usia 55 tahun, berikutan pembentangan Rang Undang-Undang Persaraan Minimum 2012 untuk bacaan kali pertama di Parlimen Rabu lepas yang menetapkan umur persaraan minimum pekerja swasta dilanjutkan kepada 60 tahun berkuat kuasa Januari tahun depan.
HARAKAHDAILY/- | Tahniah : Akhirnya Abby Abadi jadi ahli PAS seumur hidup Posted: 20 Jul 2012 07:29 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] - (Abby Abadi menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am malam tadi) KOTA BHARU: Selepas menekuni semula amalan agama dan bersedia sepenuhnya menerima segala risiko, akhirnya pelakon Abby Abadi secara rasminya malam tadi menyertai PAS sebagai ahli seumur hidup. Beliau menyerah borang sebagai pendokong berdaftar gerakan Islam kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Nilam Puri. Biar pun dalam keadaan keuzuran dan kepenatan, namun Menteri Besar Kelantan mengagahi juga hadir pada program tersebut yang diadakan di padang Yayasan Islam Kelantan, berhadapan dengan kampus Akademi Islam Universiti Malaya. (Penyataan Abby melalui twitternya kenapa beliau menyertai PAS) Kedatangannya agak lewat, semata-mata bagi memenuhi impian dan hasrat pelakon terbabit yang kebelakangan ini muncul dengan penampilan baru. Bersaksikan ribuan penduduk tempatan, Abby bersama seorang lagi pelakon Hairie Othman diserbu ramai peminat remaja untuk bergambar dan beramah mesra. Selepas menyerah borang yang dirakam dengan puluhan lensa kamera, Abby kemudian dipakai selendang berwarna hijau oleh anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar. Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan. "Biar pun saya bersama dengan gerakan memperjuangkan Islam dan keadilan, namun saya masih sayang lagi kepada dunia seni. "Sebagai orang seni saya tidak pandai untuk mencari rezeki dengan bidang lain. Oleh itu saya berharap selepas ada perubahan di Putrajaya nanti, kita boleh lakukan sesuatu bagi memartabatkan seni mengikut acuan Islam," ujarnya. Hujah itu sebelumnya turut dikongsi bersama Hairie apabila mencadangkan kepada PAS supaya membikin drama berkaitan perjuangan Islam bagi membolehkan generasi muda tahu asal usul sejarahnya. Menurutnya elok diterbitkan filem mengisah mengenai kegigihan tokoh terkenal dalam gerakan Islam di Malaya iaitu Dr Burhanuddin Helmy yang begitu banyak berjasa. "Kalau PAS berminat untuk menerbit filem tersebut eloklah watak utama diberi kepada saya," katanya dengan nada berseloroh.
Harakahdaily/- | PDRM diminta jaga negara, bukan Umno Posted: 20 Jul 2012 07:27 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: PDRM Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menjaga kepentingan negara bukannya menjaga kepentingan Umno dengan membuat fitnah kepada pihak lain.
Polis juga diminta jangan menimbulkan suasana tidak tenteram di dalam negara ini, apabila cuba mengaitkan PAS dan Pakatan Rakyat telah diresapi oleh gerakan JI dan komunis.
Permintaan ini dibuat oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).
Terbaru Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis dalam DAP.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen anjuran Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia.
"Jika benar perkara ini kenapa polis tidak bertindak segera, sebaliknya perkara ini telah didedahkan kepada pelajar di dalam taklimat keselamatan.
"Apakah ini modus operandi polis, dedah dahulu baru hendak bertindak?" soal Idris.
Kalau perkara keselamatan negara pihak polis hendak mempolitikkan, maka amat malang negara mendapat perkhidmatan polis seperti begini, kata Idris.
Beliau seterusnya mempersoalkan, mana ada di dunia ini, pihak keselamatan sebuah negara mencerita dahulu, kemudian baru bertindak.
"Pihak PDRM jangan memalukan negara, apabila perkara besar sudah menjadi rahsia umum.
"Modul mana pihak PDRM belajar, suatu perkara yang merbahaya didedahkan kepada umum terlebih dahulu.
"Sampai bila negara akan selamat jika tektik heboh dahulu baru bertindak," soal beliau.
Idris juga bertanya, kenapa pihak PDRM tidak bertindak kepada keganasan yang dilakukan oleh penyokong Umno seperti keganasan di Jalan Kebun Kelang, Lembah Pantai, Imam Masjid Teras Jernang ditumbuk, serangan kepada Ambiga di Merlimau Melaka.
"Apakah ini semua tidak menggugat ketenteraman awam dan merbahaya keselamatan negara. Apakah negara kita ada dua undang-undang.
"Jika penyokong Umno buat tak mengapa walaupun sudah dibuat laporan. Sedangkan tuduhan terhadap PR hanya andaian terus dihebah di dalam media.
"PDRM bertindaklah secara profesional, jagalah negara bukan jaga Umno," pinta beliau.
HARAKAHDAILY/- | Dua lelaki cedera ditembak ketika cuba lari dari sekatan polis Posted: 20 Jul 2012 07:07 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Dua lelaki cedera ditembak apabila cuba melarikan diri daripada ditahan polis di Plaza Tol Sunway dari arah Puchong, dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan selepas mereka dan seorang lagi rakan yang menaiki kereta Honda Civic bertindak mengundurkan kereta sehingga merempuh kenderaan yang dinaiki anggota polis.
Beliau berkata dua daripada tembakan terkena cermin hadapan, mencederakan bahu kiri pemandu, manakala satu lagi tembakan yang mengenai pintu depan turut mencederakan bahagian pinggang penumpang di sebelahnya.
"Ketika kejadian, anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang sedang melakukan rondaan dan terlihat sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di Bandar Kinrara.
"Polis mengekori kereta itu sehingga ke Plaza Tol Sunway. Bila terlihat sebuah lagi kereta peronda polis cuba menghalang, suspek bertindak merempuh kenderaan di hadapan sebelum berundur dan menghentam kenderaan anggota kami, menyebabkan tembakan terpaksa dilepaskan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Yahaya berkata siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki ketiga-tiga suspek berumur antara 16 dan 24 tahun itu dipercayai dicuri di Kelana Jaya pada 4 Jun berdasarkan nombor pendaftaran palsu yang digunakan, manakala pemandunya mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan samun dan curi kereta.
"Dua suspek yang terkena tembakan adalah penganggur manakala seorang lagi rakan mereka didapati masih bersekolah," katanya dan menambah tiada sebarang senjata atau barang kes dijumpai di dalam kenderaan itu.
Suspek yang cedera berada dalam keadaan stabil di Hospital Serdang dan ketiga-tiga mereka akan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. - Bernama | KLIA2: Lagi kepincangan dalam kontrak Posted: 20 Jul 2012 07:04 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] -
PETALING JAYA: PKR hari ini mendedahkan wujud penyelewengan berlaku dalam pemberian kontrak bagi kerja-kerja kawalan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kepada sebuah syarikat yang telah gagal sewaktu proses pembidaan.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (gambar) pada sidang media di Ibu Pejabat PKR memberitahu jika sebelum ini dikejutkan isu masalah sistem radar yang dibangunkan Selex Sistem Integrati (SELEX) dan Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT) di Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) di Subang, kini PKR difahamkan salah satu syarikat tersebut telah mendapat projek di KLIA2 walaupun ia pembida yang kalah.
"Kita mendapat mahlumat bahawa AAT merupakan salah satu dari tiga syarikat yang telah memasukkan bidaan untuk membangunkan sistem kawalan udara di KLIA2.
"Bagi projek KLIA2, syarikat AECOM dilantik menjadi konsultan kepada Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan telah memulakan pengumpulan maklumat, data dan laporan sejak Februari 2010 untuk memberikan pendapat komprehensif; terutamanya di dalam tiga aspek iaitu sistem kawalan udara, prosedur dan peralatan," jelasnya.
Katanya lagi, AECOM juga mendapati ada keraguan dalam keberkesanan sistem kawalan udara SELEX dan mengesyorkan peningkatan sistem kawalan udara supaya ia dinaiktaraf dan kekal relevan supaya dapat menangani kapasiti penerbangan dengan lebih baik dan berkesan apabila KLIA2 dibuka nanti.
"Meskipun laporan penilaian teknikal AECOM bertarikh 9 Disember 2011 telah mengiktiraf kebolehan syarikat AMP Corporation (M) Sdn Bhd (AMCOP) untuk melaksanakan projek tersebut dengan baik dan telah menyarankan AMPCOP dipilih.
"Namun akhirnya projek ini telah diberikan kepada AAT iaitu sebuah syarikat yang mengikut laporan penilaian teknikal tersebut, tidak memenuhi spesifikasi teknikal yang diperlukan untuk projek ini," sambungnya.
Walaupun nilai bidaan AAT adalah lebih rendah daripada AMCOP, kelulusan hanya boleh diberikan sekiranya AAT menepati kesemua keperluan teknikal yang disenaraikan.
Tambahnya lagi, mesyuarat Jawatankuasa Khas Perolehan MAHB juga dengan jelas memberikan penilaian dan rekomendasi seperti berikut pada 15 Mac 2012.
"Pemilihan AAT mengejutkan kerana sebelum ini AAT juga terjerumus di dalam kontroversi yang mengancam keberkesanan keselamatan sistem kawalan udara di Malaysia serta para penumpang pengangkutan udara menerusi makluman dalaman tentang senarai kecacatan dan kestabilan penyenggaraan sistem radar MIP-2 di Lapangan Terbang Subang.
"Insiden-insiden kecacatan di dalam sistem MIP-2 juga diakui oleh Jabatan Penerbangan Awam, dan emel dalaman pegawai DCA dan ATC yang menggambarkan sistem radar kelolaan SELEX tidak berfungsi secara memuaskan," sambung Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi.
Nurul Izzah menegaskan bahawa senarai kecacatan di dalam sistem MIP-2 adalah mirip masalah teknikal yang dihadapi oleh sistem LEFCO keluaran SELEX yang dibatalkan di Cyprus.
"Kalau Parlimen Cyprus berani membatalkan projek, saya desak Kementerian Pengangkutan menjemput ICAO untuk mengadakan audit ke atas sistem MIP-2 dan sekaligus melenyapkan tanda tanya terhadap keberkesanan sistem radar di Malaysia.
"MAHB dan MOT wajib menjawab dan menjustifikasikan penganugerahan projek sistem kawalan udara KLIA2 kepada AAT kerana kita tidak mahu keselamatan orang awam diperjudikan dengan pemilihan semberono," tegasnya lagi.
Sebelum ini, KLIA2 sebelum ini pernah menghadapi kontroversi antaranya, pemilihan tapak dengan permukaan tanah yang lembut dan tidak sesuai untuk membangunkan lapangan terbang namun maklumat yang tidak diketengahkan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) kepada rakyat.
Selain itu, kenaikan kos dari RM1.7 bilion kepada RM 3.6 bilion dan penundaan tarikh siap pembinaan dari September 2011 ke April 2013; menambahkan lagi kontroversi, dan tentunya penggunaan wang rakyat apabila nilai projek KLIA2 melambung tinggi nanti.
HARAKAHDAILY/- | Rakyat Bukan Ahli UMNO Tidak Diperlukan Sambut Hari MERDEKA? Bagus! Posted: 20 Jul 2012 01:25 AM PDT 30 Syaaban 1433H. [MOD] -
Petaling Jaya:Bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir membidas tema perayaan hari kemerdekaan yang disifatkannya sebagai kempen pilihan raya BN.
Tema hari kemerdekaan tahun ialah Janji Ditepati.
"Ianya begitu terang dan terbuka tanpa sorok-sorok. Ini jelas membuktikan sikap kerajaan yang begitu ego dan begitu yakin tentang kedudukannya.
"Ianya tidak peduli sama sekali dengan perasaan pihak rakyat keseluruhannya. Ianya seakan-akan perayaan kemerdekaan juga telah menjadi hak "BN"," katanya dalam kenyataan akhbar semalam.
Abdul Kadir yang juga Presiden Sementara Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) berkata, beliau pernah menjadi pengerusi perayaaan kemerdekaan selama tujuh tahun dari tahun 1999 hingga 2006.
Katanya, beliau dapat memahami kenyataan kekecewaan yang diluahkan merata-rata mengenai tema perayaan kemerdekaan pada tahun ini iaitu Janji Ditepati.
"Saya diingatkan bahawa pada pilihanraya 2008 hampir separuh dari pengundi seluruh Malaysia tidak mengundi BN.
"Oleh itu sudah wajarlah kerajaan perlu mengambil kira bagaimana untuk menarik sokongan hampir separuh dari jumlah rakyat ini supaya sama-sama dapat merayakan kemerdekaan tersebut," tambah beliau lagi.
Pemimpin pembangkang
Abdul Kadir berkata, perayaan kemerdekaan adalah suatu peluang yang sebaik-baiknya untuk kita merapatkan hubungan di kalangan seluruh rakyat Malaysia.
Ia juga peluang untuk mengenepikan segala persoalan yang mengasingkan rakyat maka kerajaan begitu berhati-hati mengenai segala perkara yang berkaitan dengan perayaan tersebut.
"…supaya ia tidak menimbulkan sebarang kecurigaan dan sebaliknya pula perayaan tersebut dapat diterima dan disokong oleh semua pihak," kata beliau lagi.
Menurut Abdul Kadir lagi, pemimpin pembangkang dijemput untuk menghadiri dan bila mereka menghadirinya maka adakalanya mereka dijemput juga di pentas untuk bersama pemimpin-pemimpin kerajaan.
Katanya, beliau sendiri setiap tahun sebelum perayaan bermula akan berjumpa Menteri Besar Kelantan dan juga Menteri Besar Terengganu (yang pada masa itu dipimpin oleh PAS) serta ketua pembangkang, Lim Kit Siang supaya memberi kerjasama dan merayakan perayaan tersebut sebagai suatu perayaan yang dipunyai oleh seluruh bangsa Malaysia.
Begitu juga bantuan-bantuan yang berbagai termasuk bantuan bendera yang termampu disalurkan juga kepada kerajaan-kerajaan pembangkang termasuk memberi ruang kepada mereka dalam media massa.
"Alhamdulillah, parti-parti pembangkang pada waktu itu telah memberi kerjasama 100 peratus kepada kerajaan dalam menjayakan program-program perayaan kemerdekaan," katanya. -FMT | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan