Isnin, 9 Julai 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Duke of UMNO

Posted: 09 Jul 2012 01:06 PM PDT

Duke of UMNO


PANASSSS..!!! "PAMELA ANDERSON KATA TU GAMBAR NAMPAK NENEN YANG LAMA LAAAA...!!!

Posted: 09 Jul 2012 08:38 AM PDT


HANGAT! Pelakon filem Chow Kit, Lana Nordin menjadi bahan bualan apabila beberapa keping gambar dia berbikini sambil ditemani seorang jejaka, tersebar di internet.

HIP menghubungi Lana untuk mendapatkan kepastian benarkah gambar itu memaparkan dirinya dan siapakah pula gerangan si jejaka?

"Tidak ada apa yang perlu saya komen. Semuanya berlaku secara tidak sengaja. Gambar itu gambar lama yang dirakam ketika saya bercuti bersama rakan di Jakarta.

"Saya dapat tahu gambar itu tersebar di internet melalui rakan. Soalnya, kenapa baru sekarang orang baru bercakap mengenai foto itu?" katanya.

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin menafikan dia bergambar begitu untuk mencari publisiti.

" Jika betul saya nak cari publisiti murah pun,saya tak akan sebarkan gambar itu. Baik saya keluarkan gambar-gambar lain yang lebih sensasi. Tapi untuk apa?" katanya.

Ditanya mungkinkan jejaka yang bergambar bersamanya itu kekasihnya, pantas Lana menjawab:
"Dia kawan saya. Kami bercuti ramai-ramai ketika itu," katanya.

Dengan penjelasan itu, Lana berharap semua pihak faham situasi sebenar dan dia memegang watak sarat air mata selepas sering diberi watak penggoda dan antagonis.

Dalam drama bersiri Takdir Qismah saya memegang watak gadis yang dianiaya dan dipaksa menjadi pelacur. Watak Rosmah ini juga memerlukan saya banyak menangis.

" Memang mencabar, tapi seronok kerana berbeza dari apa yang saya pernah bawa sebelum ini,"katanya mengenai drama bersiri itu yang bakal disiarkan Ramadan kelak. - Mynewshub.my

AKTRESS BOLLYWOOD SIAR FOTO BOGEL UNTUK TATAPAN ANWAR..?!!!

Posted: 09 Jul 2012 07:09 AM PDT


Tu diaaaa...!!! Aktress bollywood pulak buat cerita panassss..!!! Setahu aku, Anwar Berahim cukup minat tengok cerita bollywood ni. Lagu hindustan pun dia hafal.

Dan aku rasa, Anwar kenal kot aktress gila yang sanggup berbogel untuk publisiti murahan macam ni...heh!

Aktres Bollywood Siar Foto Bogel

Bintang filem lucah yang menerjuni industri filem India, Sunny Leone menjadi tumpuan selepas menyiarkan gambar seksi di laman webnya.

Lebih mengejutkan pemerhati Bollywood, aktres keturunan Kanada dan India itu menyiarkan foto separuh bogel di laman Twitter. Ia bermula dengan tindakan seorang yang dikenali sebagai Melissa Makeup menyiarkan gambar panas Sunny dalam web rangkaian sosial itu.

Satu daripada gambar itu menunjukkan Sunny dibasahi air tanpa memakai apa-apa tetapi menutup payu daranya.

Pelakon yang mula mendapat perhatian menerusi promosi filem 'Jism 2' itu kemudian menyiarkan beberapa gambar lain dalam laman Twitter untuk peminatnya.

Dalam tiga gambar lain itu, Sunny memakai pakaian dalam berwarna biru putih, bikini putih dan berseluar dalam dengan baju biru nipis.

Filem 'Jism 2' arahan Phooja Batt dilaporkan sebuah cerita erotik mengisahkan seorang pelakon lucah (Sunny) yang diupah pegawai perisikan untuk memerangkap seorang pembunuh.

Mengulas mengenai lakonannya dalam filem itu, Sunny berkata: "Ada banyak aspek diri saya yang sama seperti dipaparkan di skrin. Dia seorang yang mempunyai beberapa personaliti.

"Watak itu menjalani beberapa tahap perubahan seperti juga oleh setiap lelaki dan wanita ketika mereka berhubung dengan keluarga atau kekasih,"katanya. – Agensi

SANUSI MD NOR, CHEQUE HANG DAH LAMA SIAP KAT PTG, AWAT TAK PI AMBIK..???

Posted: 09 Jul 2012 05:37 AM PDT





Baru-baru ni aku ada lepak dengan geng-geng PTG dalam satu majlis. Rupanya, depa kenal sangat dengan Setiausaha Politik MB Kedah, Sanusi Md Noor...Ada cerita panassss..!!!


Depa kata, Sanusi ni dulu seorang Land Surveyor yang kerjanya ukur tanah dan menilai harga tanah untuk dijual. Dalam ertikata lain, selalunya lepas depa ukur, depa akan lobi tanah tu untuk dijual. Macam broker tanah la lebih kurang...

Geng-geng PTG ni kata, ada beberapa kes di Sik yang diuruskan oleh Sanusi. Tapi, tanah ni payah dikit sebab pemiliknya ada pakai IC merah dan payah nak jual. Nak tahu apa Sanusi buat? Jeng..jeng jeng jenggggg...!!! Heh!

Ada ke patut dia pegi tukar nama tanah tu letak nama dia? Heh! Dia pun serahkan pada di pejabat PTG dan diluluskan la tanah tu...dah ada buyers..

Depa kata, cheque pembayaran tanah tu dah lama siap atas nama Sanusi dan ada kat pejabat depa. Tapi, Sanusi tak berani pi ambil cheque tu sebab takut kantoi..!!! Maklum la..sekarang ni dia dah jadi Setpol MB. Kalau MB tahu, mampoih la dia kena taji dengan Azizan...heh!

Satu cabaran dan pertanyaan pada Sanusi...

Awat tak berani pi ambik cheque tu kat PTG..? Dah lama siap dah...nama hang tu bro...!!!

Kalau berani pi la ambikkkk..!!! Heh!

PANASSSS..!!! MAHFUZ BEAN SERANG TUN M DAN PETRONAS..!!!

Posted: 09 Jul 2012 04:32 AM PDT

MAHFUUUZ

Rasanya, sudah beratus-ratus kali saya menulis mengenai kebejatan dan kedangkalan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar. Dan kali ini saya tidak dapat menahan diri untuk menulis lagi mengenai Naib Presiden PAS paling bodoh dalam sejarah PAS ini.

Maafkan saya sekiranya menganggap Mahfuz begitu kerana sememangnya apa yang keluar dari mulutnya melambangkan tahap IQnya yang rendah.

Kali ini, Mahfuz mendesak agar Kerajaan menamatkan khidmat Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.

Alasannya ialah Tun Dr. Mahathir gagal menjaga kepentingan Petronas untuk menjadikan GLC itu sebagai rakan niaga membekalkan petrol kepada pesawat baru MAS, Airbus A380.

Sebaliknya, Mahfuz cuba memberikan persepsi buruk kepada negarawan ulung itu bahawa beliau telah mengutamakan sebuah syarikat yang kononnya milik anaknya, Mokhzani, iaitu Petron untuk menjadi pembekal petrol bagi operasi pesawat-pesawat MAS itu.

Pertamanya, apakah Mahfuz begitu tolol untuk memikirkan bahawa mana-mana syarikat yang layak boleh menyertai tender terbuka untuk membekalkan petrol kepada MAS?

Dan tidakkan Mahfuz tahu bahawa dengan kedudukan kewangan MAS yang kini berada dihujung tanduk itu ia memerlukan rakan niaga yang strategik dan menjimatkan sebarang kos pengoperasian termasuk mengenai pembekalan petrol kepada pesawat-pesawat MAS?

Sudah tentu segala perjanjian yang melibatkan kos akan diteliti oleh pihak MAS supaya ia menepati dengan pelan penjimatan kos syarikat penerbangan itu dan jelaslah PETRON terpilih kerana ia dilihat praktikal dengan dasar penjimatan kos tersebut.

Misalnya, jika Petronas menawarkan RM2 seliter (bukan harga sebenar, sekadar contoh sahaja) kepada MAS dan Petron pula menawarkan RM1.50 seliter dengan kualiti petrol yang sama, sudah tentulah MAS akan memilih Petron!

Bukankah dengan memilih Petron maka syarikat penerbangan itu bakal menikmati penjimatan sebanyak RM0.50?

Mungkin Mahfuz melihat penjimatan RM0.50 itu agak sedikit, namun cuba didarabkan dengan penggunaan petrol yang mencecah jutaan ringgit sehari dan kira berapa banyak yang berjaya dijimatkan oleh MAS dengan memilih Petron berbanding Petronas.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Petronas merupakan GLC yang membawa kepentingan kerajaan. Tapi, apakah hanya kerana semata-mata Petronas sebuah syarikat milik kerajaan maka ia perlu berkorban dan mencatat kerugian kerana membekalkan petrol kepada MAS?

Jika mengikut kata Mahfuz, silap-silap bukan saja Petronas saja yang akan rugi, tapi dengan MAS yang kini bermasalah juga akan terus lingkup. Itulah bezanya antara akal seorang pemikir ulung dengan akal seorang yang tidak lulus SRP!

Keduanya, apakah benar Mokhzani mempunyai kepentingan di dalam Petron? Mana bukti yang menyokong kata-kata Mahfuz itu? Ada dokumen yang membuktikan perkara tersebut?

Dan sekiranya benar sekali pun, apakah salah jika Mokhzani menjual petrol kepada MAS? Bukankah ia menunjukkan kejayaan seorang bumiputera di dalam dunia perniagaan? Kalau anak Tun M jual petrol di Malaysia, apakah dia tidak layak untuk menjualnya kepada MAS?

Sepatutnya, Mahfuz tak perlu cemburu kepada anak Tun M itu. Saya faham jika Mahfuz malu dan kecewa dengan anaknya yang dikatakan terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Memang berbeza dunia perniagaan antara anak Tun M dan anak Mahfuz.

Mahfuz sebenarnya patut mendidik anaknya untuk berjaya seperti anak Tun M. Anak Tun M berjaya menjual petrol dan patutnya Mahfuz mendidik anaknya supaya berniaga sesuatu yang menguntungkan seperti Mokhzani. Jangan suruh anaknya jual dadah, sudahlah…kan?

Sumber: Mykmu.net

TERKINI..!!! PAS DAN PKR AKAN DILONDEH MALAM NI DI KEDAH..!!!!!

Posted: 09 Jul 2012 03:05 AM PDT


Siapa nak dengar orang PAS londehkan pekung dan panau di dalam PAS? Dan siapa nak dengar orang PKR dedahkan skandal PKR? Heh! Malam ni memang ada operasi melondehhhh Pakatan Haram..!!!

Bertempat di Taman Sg Lalang 2 di Sungai Petani, Ustaz Hassan Basri dan ADUN Lunas YB Radzi akan menggemparkan rakyat Kedah dengan cerita-cerita ekslusif mereka di sana tepat pada jam 9 malam..!!!

Pada sesiapa yang nak teringin nak kenal siapa PAS dan siapa PKR dari luar dan dalam, sila hadir ke majlis ceramah tersebut..!!! Hahahahaaaaa..!!! Takbir..!!! Allahu Akbar..!!!

P/s: Ayoh Chik Hadi Awang kata, boleh londeh keaiban sekiranya melibatkan pemimpin yang akan memimpin umat Islam...heh! Kan dah kena sebijikkkk..!!!

GEMPARRR DARI KEDAH..!!! ANAK YATIM DICABUL LEBAI PAS..???!!!

Posted: 09 Jul 2012 01:39 AM PDT


Agak panas cerita ni di kalangan ruang maya internet di Kedah. Khabarnya, sampai ada yang kena warning dengan Majlis Daerah berkenaan pendedahan kes cabul nihhh...

Menurut salah seorang rakan aku dalam skuad Team Media Kedah, anak yatim ni dicabul oleh warden rumah anak yatim tu. Dua laporan polis dah dibuat terhadap warden yang sama dan atas tuduhan yang sama...CABUL.

Khabarnya, bukan dua orang tu saja yang jadi mangsa, ramai lagi dah kena cabul oleh warden tu. Tapi ye la kan...sapa la yang peduli tentang anak-anak yatim tu.

Rumah anak yatim tu hanya dapat peruntukan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Tapi semua pengurusan rumah anak yatim tu dikendalikan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah tu...

Masa laporan polis tu dibuat, banyak media datang cover. Bebudak tu cerita, bukan saja depa dicabul, malah para petugas di rumah anak yatim tu "seleweng" duit peruntukan yang depa dapat...

Khabarnya, rumah anak yatik tu dapat banyak sumbangan dari dermawan. Tapi depa tak merasa sumbangan tu. Khabarnya, penjaga depa makan sedap-sedap, tapi depa makan ala kadar saja. Umpamanya, kalau depa makan lauk ikan, warden tu makan lauk ayam! Warden tu siap bawak family makan sekali tu bebbbb...! Betul ke?

Apa pun, aku harap polis siasat la kes ni betul-betul. Apatah lagi perkara ni melibatkan anak yatim. Kalau tak dapat dibuktikan di dunia pun, dah tentu perkara ni takkan lepas di akhirat nanti..kan?

Paling aku tak tahan tu...member aku Aktivis UMNO Pekan Naka tu kena ugut wooo!!! Ada sorang tu contact dia ugut macam-macam. Heh! Bro...member aku tu just laporkan apa yang diceritakan anak-anak yatim tu kat dia. Dia cuma sampaikan saja...salah ke?

Kalau nak cakap pasal bab kes polis, abih tu yang kes polis sampai masuk dalam mahkamah pun dilaporkan oleh media...apasal tak saman media tu? Lagipun, member aku tu tak tuduh sesapa pun...dia hanya laporkan saja....yang nak ugut memacam tu apahal? 

Atau yang mengugut tu dapat tekanan dari Ahli Majlis? Ahli Majlis PAS, kan? Pasal aku dapat tahu para petugas dan warden kat situ memang penyokong PAS, kan? Nak lindung orang PAS, kan? Heh! Cakap je la terus terang wehhhhh..!!!

PANASSS..!!! MARAH PADA SOI LEK, TAPI TAK MARAH PADA ANWAR DAN NIK AMAR YANG TOLAK HUDUD..!!!

Posted: 09 Jul 2012 12:05 AM PDT

tutup mulut

Pada 8 November tahun lalu, "dewa" Pakatan Haram, Anwar Ibrahim di dalam ucapannya di sebuah dewan persatuan Cina di Subang Jaya menegaskan bahawa perlaksanaan hukum hudud tiada tempat di dalam dasar Pakatan Haram.

Kemudian pada 9 November pada tahun lalu juga, pemimpin PAS yang merupakan salah seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang menjadi kesayangan Nik Aziz iaitu Nik Amar menjelaskan di hadapan rakyat dan para penyokong PAS bahawa hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya Pakatan Haram menang pada PRU ke-13.

Dan baru-baru ini para pemimpin PAS juga menghentam Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang bersuara mengenai isu hal yang sama – Hudud.

Ya, memang benar Soi Lek wajar dihentam kerana mempertikaikan tentang soal hukum yang datangnya dari Allah SWT kepada seluruh umat Islam di dunia. Mungkin memang wajar dia dikritik oleh PAS.

Tapi, kita perlu tahu bahawa Soi Lek adalah seorang kafir yang tidak tahu tentang hukum-hakam di dalam agama Islam.

Dan saya yakin bahawa sekiranya dia diberikan penjelasan tentang hudud sebenar, rasanya dia sendiri akan faham akan kedudukan undang-undang Islam tersebut dan tidak lagi menimbulkan sebarang kenyataan mengenainya.

Namun yang hairannya, mengapa tiada sesiapa pun yang menghentam Anwar dan Nik Amar mengenai kenyataan mereka berdua yang jelas mengaku beragama Islam dan berTuhankan pada Allah yang menurunkan hudud?

Pada Novemver tahun lalu, Anwar dan Nik Amar mengeluarkan kenyataan yang sama sekali menegaskan bahawa Pakatan Haram menolak perlaksanaan hudud di negara ini.

Bukankah ia begitu jelas juga membuktikan bahawa pemimpin Islam yang bergelar "Pak Syiekh" dan seorang lagi merupakan "anak didik Tok Guru" menolak perlaksanaan hudud sekiranya Pakatan Haram menang pada PRU ke-13.

Mungkin boleh dimaafkan sekiranya kedua pemimpin itu tidak beragama Islam dan sama status kejahilannya seperti Soi Lek. Tapi mereka berdua mengaku beragama Islam dan mereka menolak hukum-hakam yang diturunkan Allah?

Mana suara para penyokong dan pemimpin PAS lain ketika itu?

Mengapa mereka tidak menghentam Anwar dan Nik Amar?

Mengapa hanya berani menghentam kafir yang tidak mengerti dan tidak berani menghentam seorang "Pak Syiekh" dan "anak didik Tok Guru"?

Mengapa perlu ada "double standard" dalam hal ini?

Nampak sangat isu hudud merupakan sebuah isu agama yang sengaja dipolitikkan oleh puak-puak PAS. Kononnya mereka memperjuangkan hudud, padahal bila Anwar dan Nik Amar menolak hudud, mereka membisu tanpa bahasa.

Apakah ini boleh dikatakan perjuangan sebenar? Atau ini boleh ditafsirkan sebagai perjuangan berpilih?

Tidak hairanlah jika para penyokong PAS memang terkenal dengan ungkapan ala-ala Arab "wal halaaaalllu ku…wal haraaaamu mu" yang membawa maksud segala yang dilakukan atau diperkatakan PAS adalah halal manakala haram segala haram bagi BN?

Bila ramai yang memperkatakan bahawa prinsip perjuangan Islam PAS begitu mudah dibeli dan dimanipulasi oleh para pemimpin politiknya, maka para penyokongnya akan marah.

Bila ramai yang mempertikaikan tindakan PAS yang menjual Islam untuk kepentingan politik mereka, maka penyokong tegar mereka yang mengamuk dan menyalahkan tanggapan tersebut.

Tapi di dalam isu ini, maka jelas sekali PAS bersikap "double standard" dan apakah para penyokong PAS tidak malu untuk membenarkan kebenaran yang "melondeh" kepalsuan mereka? Tak perlu dijawab dan jawablah di dalam hati yang paling dalam. Asalkan jangan munafik menipu hati, sudah!

Sumber: Mykmu.net

PERGGGHH..!!! BETUL PUNYA MARAH KAT CELCOM NIHHH...CELCOM CEKIK DARAH..??!!!

Posted: 08 Jul 2012 09:09 PM PDT


Perrrrgghhh..!!! Betul punya marah ni, broooo..!!! Silap-silap dengan pak-pak menteri pun dia suruh letak jawatan. Semuanya gara-gara CELCOM! Heh!

Mujur aku tak pakai Celcom...muahahahahahahaaaa...

Tapi rasanya kalau aku yang kena macam ni, dah tentu aku bankrap! Dah la broadband aku pun selalu sangkut bayar...siap kena block! Kalau aku kena bayar RM28 lagi tiap-tiap bulan, dah tentu takde internet la akuuuu....

Celcom Ingat Boleh Buat Ikut Suka Hati Mak Bapak Diaorang Ke Kat Negara Ni?

Penulis sudah dua kali menerima sistem pesanan ringkas (SMS) berikut;

Pelan Mobile Internet Lite percuma anda akan berakhir pada 16/7/12. Caj langganan RM28/bln akan dikenakan selepas itu. Htr STOP ke 23312 sebelum 9/7/12 untuk hentikan servis.

Mati-mati penulis ingat ini adalah satu bentuk perniagaan kurang sihat yang dilakukan oleh pihak ketiga.

Dengan niat untuk memaklumkan kepada Celcom (talian yang digunakan penulis), penulis pun mendail 1111.

Tahu apa jawapan yang penulis terima, sms itu dari pihak Celcom rupanya.

Pengesahan itu mudah aje, pasal hantar balik Stop ke nombor yang bermula dengan 2 kata pegawai perkhidmatan pelanggan yang jawab call  adalah nombor Celcom, kalau mula dengan 3 atau lain, bukan Celcom.

Baca sms itu berulang kali…apa yang anda dapat nilai?

Perkara yang nyata ialah Celcom melakukan paksaan kepada pengguna mereka untuk melanggan satu bentuk perkhidmatan dari pihak mereka.

Penulis tak pernah mintak sebarang Pelan Mobile Internet Lite percuma.

Telefon bimbit penulis pun budak yang jual kat Low Yat tu dulu cakap 2G…maknanya tak boleh support fungsi internet la kot.

Jadi, pertama sekali, Pelan Mobile Internet Lite percuma tu tak guna, penulis tak pakai.

Keduanya, penulis kena hantar sms (walapun percuma) untuk lebih kurang memberitahu…"eh eh..gua tak mau la…ish gua tak mau la".

Kepala hotak mangkuk ayun kat Celcom tu semua.

Bila tak pohon, tak pakai dan tak boleh pakai, secara tiba-tiba penulis perlu hantar sms kata Stop.
Kalau tak hantar maka setiap bulan kena bayar RM28. Itu bukan paksaan ke?

Aku tak mintak in the first place, lepas tu aku kena hantar sms merayu janganlah suruh aku guna Pelan Mobile Internet Lite, aku tak nak bayar RM28 tu.

Bendanya bukan apa, kalau sejuta pelanggan Celcom terima sms camtu, bayangkan sebahagian besar tak layan, ingat itu sms penipu dari pihak ketiga, tak pasal-pasal sebahagian besar dari mereka terpaksa bayar RM28.

Sedap aje Celcom suka-suka offer kononnya secara percuma, lepas tu kena ken hantar sms kata STOP, kalau tak hantar sms, kira dah terima le offer tu dan kena bayar.

Bukankah sepatutnya hantar sms tanya berminat nak langgan atau tidak, lepas tu siapa berminat hantar sms " Minat".

Ini tiba-tiba bagi percuma, yang nampak benor tak ikhlas dia punya percuma tu, lepas tu kalau tak jawab kena bayar.

Apa orang-orang kat Celcom ingat negara ini bapak diaorang punya ke? Main sukahati buat amalam perniagaan macam ni.

Penulis tidak akan hantar sms STOP tu. Pasal penulis memang tak mintak dan tak nak sebarang pelan dari mula. Celcom yang harus hentikan budaya perniagaan tidak sihat ini.

Masalah ini kami akan cuba bawak ke sidang media pak-pak menteri yang berkenaan. Kalau Rais Yatim atau Ismail Sabri tak berani nak cakap apa-apa, mungkin lebih baik diaorng pun letak jawatan ajelah.

Akhir rencana ini, maka persoalannya, sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang besar di negara ini, apakah bentuk etika perniagaan yang dipegang oleh Celcom?

Aku bagi ikut sukahati aku, kalau kau tak nak kau kena merayu kat aku untuk berhenti, kalau tak sila bayar yea setiap bulan.

Inikah etika perniagaan Celcom. Memalukan. - Mynewshub.my

PANASSSS DARI KEDAH..!!! AZIZAN SAYANG JAMIL LEBIH DARI RAKYATNYA YANG DERITA...

Posted: 08 Jul 2012 07:35 PM PDT


Azizan Razak memang "hebat". Meskipun tahu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sedang genting bermasalah, dia masih lagi boleh berdiri "hebat" dan selamba menipu rakyat sekaligus menyembunyikan rahsia yang bukan lagi rahsia.

Sedang seluruh kakitangan KUIN berada di dalam kesulitan yang mengganggu dan menjejaskan kehidupan mereka, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah universiti di bawah Kerajaan PAS Negeri Kedah itu masih boleh memandang remeh permasalahan mereka.

"Kuin ni tak ada masalah pun. Semua okay. Biasalah sebab dekat pilihan raya ni, sebab itu isu ini timbul," itu kata Azizan mengenai rintihan kakitangan KUIN yang menjadi sebahagian dari rakyat Kedah.

Sebetulnya, saya berada di perkarangan KUIN ketika demonstrasi diadakan di depan pejabat Rektornya, Prof Datuk Dr Jamil Osman. Saya pada mulanya berada di Alor Setar atas urusan rasmi sebelum diajak ke universiti itu apabila mendapat maklumat mengenainya.

Pada asalnya, kakitangan KUIN dijadualkan berdemonstrasi secara aman di situ pada jam 12.30 tengahari. Namun memandangkan hujan lebat yang turun tengahari itu, ia terpaksa ditunda kira-kira sejam kemudian.
Ketika hujan sudah reda dan renyai, maka hampir 200 kakitangan KUIN berhimpun di depan pejabat Jamil. Ketuanya, Ustaz Mohammad Azki. Ustaz Azki memulakan himpunan dengan laungan "Hidup! Hidup kebenaran! Hancur! Hancur! Hancur kezaliman!" dan kemudiannya diikuti dengan "takbirrr.!".

Gaya dan laungannya benar-benar seperti himpunan Bershit dan himpunan "katak hijau melompat ke jamban Putrajaya". Saya terdetik dihati, kemungkinan besar ustaz ini adalah "orang PAS"!

Ditengah kebasahan itu, Ustaz Azki membakar semangat kakitangan KUIN. Kemudian, pembesar suara diserahkan kepada seorang Ustazah yang merupakan salah seorang pensyarah di universiti itu.

Mereka mendedahkan bahawa dana kewangan KUIN sedang meruncing! Penubuhan anak-anak syarikat KUIN telah menyedut begitu banyak wang KUIN sehingga kedudukan kewangannya terjejas teruk. Mereka punya bukti untuk mendakwa sedemikian.

Akibat dari salahguna kuasa dan salah tadbir oleh Rektor dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarahnya, mereka membongkar mengenai permasalahan KUIN satu persatu sehingga menyebabkan universiti kebanggaan rakyat Kedah itu menghadapi krisis kewangan yang teruk.

Mereka mendakwa bahawa KUIN tidak menjelaskan pembayaran zakat mereka kepada Lembaga Zakat sejak bulan Mac dan tidak membuat bayaran kepada bank berhubung pinjaman sewabeli rumah dan kenderaan mereka.

Menurut mereka, gaji mereka sepatutnya dipotong oleh KUIN setiap bulan bagi menjelaskan bayaran zakat kepada Lembaga Zakat,  sewabeli perumahan dan kenderaan kepada bank. Ini adalah kerana mereka membuat pembayaran-pembayaran tersebut melalui sistem potongan gaji.

Tapi sebenarnya KUIN tidak pun membuat bayaran tersebut dan kali terakhir pembayaran dibuat kepada Lembaga Zakat dan bank adalah pada bulan Februari, sedangkan gaji mereka terus menerus dipotong sehingga Jun!

Rentetan kegagalan KUIN menjelaskan bayaran tersebut, ramai dari kalangan kakitangannya yang menerima panggilan dari bank meminta mereka menjelaskan hutang tertunggak, malah lebih teruk ada kenderaan yang telah ditarik dan ada pula yang sudah meneriman surat saman dari bank!

Berdasarkan fakta, 6 orang kakitangan KUIN telah bertemu Azizan pada jam 8.50 malam pada 14 Mei lalu di kediamannya di Jalan Sultanah untuk menceritakan masalah KUIN dan rintihan hati mereka yang dizalimi pihak pengurusan tertinggi universiti itu.

Malah mereka juga pernah menyerahkan memorandum kepada Azizan melalui Exco Kerajaan Negeri, Taulan Rasul, pada 19 Jun. Kakitangan KUIN telah berusaha untuk bersemuka dan meminta penjelasan dari Rektornya bermula awal Mei dan sehingga kini Jamil masih "lari" enggan bersemuka.

Memandangkan tiada sesiapa yang mahu mendengar rintihan mereka, kakitangan KUIN terpaksa mengadu pada pihak polis. Laporan polis telah dibuat mengenai kezaliman dan penipuan KUIN tersebut.

Jadi, apa kena mengenanya isu KUIN dengan pilihanraya umum?

Sebetulnya, kakitangan KUIN boleh mengadu kepada biro aduan UMNO Kedah sekiranya mahu mempolitikkan isu ini. Namun mereka tidak memilih untuk berbuat demikian. Lagipun, kakitangan KUIN itu dikatakan rata-ratanya penyokong kuat PAS!

Sampai hati Azizan buat begini pada penyokong sendiri. Penat-penat mereka memberi undi untuk PAS pada PRU ke-12 dulu. Tapi inikah balasan Azizan kepada undi-undi mereka? Inikah contoh "Kedah Sejahtera" yang dilaung-laungkan Azizan selama ini?

Tahulah Jamil itu adalah rakan karibnya ketika sama-sama menjadi pensyarah dulu. Tapi, kalau Jamil tak reti mentadbir dan merosakkan KUIN, takkanlah mahu dibiarkan terus? Krisis kewangan KUIN tidak menjejaskan Jamil, tapi kakitangan KUIN yang menjadi mangsa.

Pertimbangkanlah Ustaz…ini semua untuk rakyat Kedah, kan? Fikir-fikirkanlah. Lagipun PRU pun sudah hampir. Takkanlah Ustaz nak hilang undi kerana Jamil? Atau Ustaz Azizan memang lebih sayangkan Jamil berbanding kehidupan 200 kakitangan KUIN?

Sumber: Mykmu.net

LAWAK PAGI INI...TEKA SIAPAKAH GERANGAN LELAKI INI...?

Posted: 08 Jul 2012 06:08 PM PDT


Hangpa kenal tak sapa nihhh..? Heh!

Kalau hangpa tak kenal memang menipu la tuuu...

Rasanya aku, ni la "Raja Mendeliar" moden...!!! Heh!

Suka pakai "bow tie", rambut kaler merah dan termakan budi kontrak ratusan juta dari Anwar! Heh!

Sapa ek? Rumah dia ada tasik besar wooooo...!!!

PEJUANG BANGSA

Posted: 09 Jul 2012 11:16 AM PDT

PEJUANG BANGSA


KMS1M P.Pinang VS Konvenysen PKR Bayan Baru ..

Posted: 09 Jul 2012 05:44 AM PDT



GPB ucap tahniah kepada Dr MIM dan Sektretariat Maya 1Malaysia yang berjaya menganjurkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia P.Pinang kelmarin dengan jayanya dan menarik kehadiran 300 pengamal media sosial negeri ini .  Sambutan diberikan rakyat negeri ini pelbagai bangsa  memang sempoi .

Konvenysen ini   dirasmikan oleh  Dato Zainal Abidin Osman , Pengerusi BPUNPP  dan upacara penutupnya pulak disempurnakan KP BN P.Pinang , Sdr Oh Tong Keong .  Syabas Dr MIM  dan pasukannya  di atas penganjuran ini yang berjaya memberi manfaat kepada BN P.Pinang .







GPB tak sangka juga pada hari berkenaan ada juga konvensyen PKR di Bayan Baru yang mana yang hadir seramai 200 orang sahaja .  Itu pun yang mai adalah bakal PM PAKATAN iaitu Anwar Ibrahim ...Mungkin orang dah jemu kot dengar janji bulan dan bintangnya untuk rakyat negeri ini ..haha




nak penuh kerusi  ..panggil puak ketayap PAS mesti ok ..haha


PULAU PINANG 8 Julai - Kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Pilihan Raya Umum anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri tidak mampu menarik kehadiran ramai ahli parti itu apabila ia berlangsung dalam suasana hambar.
 Majlis yang diadakan di Dewan Konvensyen Sunshine di Bayan Baru, yang dikatakan kubu kuat parti itu hanya dihadiri kira-kira 200 orang sahaja walaupun beberapa pemimpin utama PKR seperti Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman; Ketua Wanita, Zuraidah Kamarudin dan Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli turut hadir.Banyak kerusi di dewan yang boleh memuatkan kira-kira 1,000 orang itu kelihatan kosong manakala penyokong yang hadir pula sebahagian besarnya terdiri daripada orang Melayu.Pada masa sama, Anwar juga kelihatan kurang bersemangat ketika berceramah apabila tidak mendapat tepukan gemuruh malah laungan 'Reformasi' yang sinonim dengan parti itu juga kedengaran sangat perlahan.

Ketika menyampaikan amanat selama kira-kira 45 minit, tidak ada banyak perkara baru yang disebut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kecuali mengulangi kritikannya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.Sementara itu, Anwar mengakui masalah perumahan mampu milik di Pulau Pinang masih belum dapat diselesaikan kerajaan negeri DAP.

"Kita akui perkara ini kerana tidak ada banyak pilihan memandangkan keadaan fizikal negeri ini, namun saya berharap Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan dapat menyelesaikan perkara ini sebaiknya.

Namun, secara perbandingannya, nasib orang Melayu di Pulau Pinang adalah lebih baik berbanding orang Melayu di Kedah dan Terengganu. Jangan bandingkan orang Melayu di sini dengan orang Cina," katanya.


IPOHMALAY

Posted: 09 Jul 2012 09:05 AM PDT

IPOHMALAY


Petikan debat LGE - CSL

Posted: 08 Jul 2012 07:54 PM PDT



PETALING JAYA: Debat kedua di antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Ketua Menteri Pulau Pinang berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Subang Jaya malam tadi.

Debat dimulakan dengan ucapan pembukaan Lim.

Lim: "MCA tidak layak untuk bercakap mengenai politik di sini kerana bukan MCA yang membuat keputusan tetapi Umno.

"MCA hanya bercakap untuk orang Cina dan mereka yang berasal dari Semanjung Malaysia - bukan Sabah atau Sarawak.

"Ia berbeza dengan DAP, di mana kami mewakili rakyat Malaysia. Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan.

"Kami adalah rakyat Malaysia. Lihat saja skandal NFC," katanya.

"Siapa yang dapat? Kroni-kroni. Mereka yang rugi adalah rakyat Malaysia.

"Untuk tempoh 50 tahun lalu, dikuasai oleh bangsa dan agama. Untuk 50 tahun akan datang, biarlah kita dikuasai dengan tugas kesejahteraan ekonomi.

"BN tidak pernah bercakap benar kepada rakyat. Biar Pakatan Rakyat bercakap benar dengan anda.

"DAP percaya kerajaan yang telus sentiasa mentadbir dengan baik berbanding kerajaan korup.

"Jika Pulau Pinang berani memeriksa semula aset Ketua Menteri, mengapa Perdana Menteri takut mendedahkan asetnya dan menteri-menteri berkaitan," katanya.

Dr Chua: Sebentar tadi, YAB bertanya mengapa PM tidak mahu berdebat dengan Anwar. Saya ingin katakan di sini, ia tidak berlaku kerana beliau adalah Perdana Menteri.

"Dari 2008 hingga 2011, kemudahan menjalankan perniagaan berbanding pada 2003 hingga 2008. Negara FDI kelima paling digemari di Asia.

"Mereka tidak pernah menabur janji-janji kosong seperti Pakatan Rakyat. Janji sentiasa ditepati. Tiga tahun kebelakangan ini, rakyat mendapat apa yang dijanjikan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib.

"Anwar penuh retorik, tidak spesifik, penyampaian yang pendek. Beliau perlu meyakinkan kami untuk menterjemahkan retorik ini kepada apa yang kita panggil sebagai penyampaian.

"MCA sentiasa terlibat dengan pembangunan negara sejak awal. Kami merupakan orang yang terlibat dalam perjuangan menentang pemberontakan komunis, penempatan semula orang Cina di perkampungan baru, perjuangan menuntut kemerdekaan, hak kerakyatan selepas merdeka. Oleh sebab itu, individu seperti LGE adalah rakyat di negara ini.

"Kami berkembang, menyokong integrasi bukannya asimilasi. Oleh itu, LGE tidak dipanggil Sukarno Lim.

"Ini semua adalah sejarah. Segalanya adalah sebahagian daripada pembangunan negara. DAP tiada peranan untuk dimainkan.

"Apa yang telah Pakatan Rakyat lakukan kepada kita? Tiada tujuan jelas.

"Lihat kepada empat negeri di bawah Pakatan Rakyat, 95 janji adalah janji-janji kosong.

"Setiap hari bercakap kepada dunia anda memberi beratus dolar kepada golongan tua.

"Dua ratus kepada bayi baru lahir dan mereka mesti menjadi pengundi. Kami memberi 200 kepada bayi yang baru lahir.

"Kerajaan negeri memberi 100, 200 adalah polisi populis. Tidak menangani masalah asas negara.

"DAP hanya mempunyai satu perkara untuk ditunjukkan. Mereka mengutip wang yang banyak daripada rakyat. Walaupun menuntut kebertanggungjawaban, ketelusan - tiada apa-apa yang ditunjukkan. Ketelusan, kebertanggungjawaban, di manakah ia? Ke mana wang yang mereka kutip pergi?

"DAP adalah penyamaran untuk parti cauvinis Cina."

Soalan: Tuan Presiden menyatakan beberapa pencapaian utama MCA, sumbangan kepada pembangunan negara. Ya pada hari ini, kebanyakan pengundi di kawasan bandar menyedari MCA masih belum melakukan sesuatu secukupnya.

Tanggapan bahawa kebanyakan pengundi di bandar tidak menyokong MCA. Apa yang akan anda lakukan untuk mendapat lebih banyak sokongan terhadap MCA.

Dr Chua: Kami menerima kenyataan bahawa Malaysia adalah negara berbilang kaum dan BN mengamalkan polisi kesamarataan. DAP sentiasa memberitahu masyarakat Cina bahawa mereka dipinggirkan. Kadar kemiskinan di kalangan masyarakat Cina masih rendah berbanding tiga kaum utama yang lain. Mendapat pekerjaan antara yang tertinggi. Pemilikan hartanah terbesar. Tidak boleh menafikan proses pelaksanaan bahawa ada individu yang mendapat lebih banyak manfaat daripada orang lain.

"DAP cuba menggambarkan ia sebuah parti berbilang kaum tetapi hanya berani bertanding di kawasan Cina.

"Kenapa tidak bertanding di kawasan yang mempunyai penduduk berbilang kaum? Kami adalah sebuah parti mono etnik tetapi sasaran kami jelas.

"Di negara ini, kita perlu mengimbangkan keperluan dan sensitiviti semua negara. Tiada mana-mana bangsa akan berasa gembira.

"Dalam cara yang sama, kita kadang kala berasa memberikan banyak manfaat kepada bumiputera tetapi ada segelintir bumiputera tidak berpuas hati dengan kerajaan.

Soalan: Kebanyakan rakyat masih melihat DAP sebagai partiberasaskan kaum Cina. Adakah anda parti Cina atau parti berbilang kaum, bagaimana anda akan cuba mendapat lebih banyak sokong di kalangan bangsa lain jika anda parti berbilang kaum.

Lim: Sejak awal lagi kami adalah parti berbilang kaum. Pengerusi kami dari kaum India, kami ada Ahli Parlimen India, Melayu dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada masa lalu. Kami bersikap adil tanpa mengira bangsa dan agama.

Tidak semua masyarakat Cina boleh memohon taraf penduduk tetap di Australia.

Jangan lupa bahawa komuniti Cina membayar lebih banyak cukai di Malaysia.

Pada masa sama, kami mahu melihat keadilan dan mahu bangsa Melayu turut dibantu.

Mengapa masyarakat Cina yang miskin tidak mendapat biasiswa manakala kaum bumiputera yang kaya mendapat manfaat itu?

Jangan bercakap mengenai DAP membina sebuah tadika. Kami adalah sebuah parti politik yang menentukan masa depan Malaysia.

Kolej TAR adalah contoh jelas kegagalan MCA. Mengapa ia ditubuhkan? Kerana polisi kuota yang tidak adil dimana pelajar layak tidak boleh melanjutkan pengajian ke universiti. Oleh itu anda menubuhkan Kolej TAR.

Jangan kata kami belum membina perumahan kos rendah. Ia sudah dibina. Jangan menipu.

Soalan: Adakah MCA takut dengan Umno, oleh itu mereka tidak berani mempersoalkan dakwaan rasuah? Adakah wujud hubungan sama rata di dalam BN?

Dr Chua: Saya membantah soalan bahawa MCA takut dengan Umno. Soalan itu tidak adil. Saya sentiasa katakan - jika kabinet negeri, exco kerajaan negeri dan kabinet persekutuan, kesemua perbincangan dirakam. Kerajaan perlu mendedahkan pita rakaman itu dan kemudian mereka memahami peranan MCA dalam negara berbilang kaum ini.

Mengapa DAP berdiam diri mengenai dakwaan pemilikan akaun Anwar bernilai RM3 bilion?

Ini adalah parti bersama, biar saya beritahu anda Pakatan Rakyat mendakwa perjuangan mereka sama tetapi sehingga hari ini PAS tidak pernah menyokong Anwar sebagai perdana menteri secara terbuka.

Anda gagal mencapai persetujuan bersama dalam satu parti yang sama.

Soalan: Bagaimana dengan isu sekolah persendirian Cina?

Dr Chua: Saya harap DAP lebih spesifik. Kenapa ia tidak ditulis dengan jelas dan kenapa mereka mahu membina lebih banyak sekolah persendirian Cina? Sekolah persendirian? Yang dikenali sebagai UEC?

Saya ingin bertanya secara terbuka kepada Anwar, adakah anda akan membina lebih banyak sekolah Cina? Sekolah persendirian? Kerana jika ia adalah hanya cadangan daripada DAP, saya tidak akan percaya. Kenapa? Kerana DAP akan berkata ia bukan kerangka polisi dan dipersetujui bersama.

Lim: Kami tidak seperti pemimpin MCA yang masuk penjara kerana menipu wang rakyat.

Apabila kita bercakap mengenai pembinaan sekolah, nilai tindakan yang telah dilaksanakan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang. Kami telah memberi tanah, bantuan kewangan setiap tahun.

Jika PR boleh memberinya kepada semua sekolah ini termasuk sekolah persendirian India dan Cina setiap tahun, kenapa BN tidak boleh berbuat demikian? Jangan persoalkan kenapa kita benarkan sekolah persendirian Cina dibuka. Apabila anda bercakap tentang Anwar sekiranya PR menang dan mendapat mandat untuk memerintah beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Soalan: Apa dasar pendikan kebangsaan yang perlu diterapkan untuk melahirkan warganegara yang berdaya saing?

Lim: Kita tidak boleh menfaikan fakta bahawa bakat yang dimiliki oleh manusia adalah penentu masa depan negara. Ia bukan persoalan untuk membina bakat atau kemahiran manusia tapi ia adalah persoalan bagaimana untuk mengekalkan kemahiran atau bakat mereka. Sejak merdeka, kira-kira 2 juta rakyat Malaysia berhijrah ke luar negara kerana mereka melihat tiada masa depan bagi mereka di negara ini.

Mereka lihat tiada kebebasan, integiriti atau keadilan. Sebab itu kita memperjuangkan kebebasan, demokrasi, integriti dan keadilan. Untuk memerangi rasuah bukan sukar, ia terpulang sama ada anda mempunyai kekuatan politik atau tidak.

Tiada undang-undang (untuk memerangi rasuah) di Pulau Pinang namun kita berjaya mencegah rasuah di Pulau Pinang, saya bangga untuk mengatakannya.

Sekiranya kita berjaya mendapat mandat untuk memerintah Malaysia, kita akan laksanakan perkara yang saya di Malaysia. Ini yang menyebabkan ramai orang sangat takut.

Dr Chua: Apabila rakyat mempunyai pelajaran atau mempunyai bakat, mereka akan mempunyai kebebasan ekonomi, mobiliti sosial. Hampir semua negara membangun mempunyai masalah pembangunan sumber manusia.

Ini bukan justifikasi. Apabila saya cakap saya telah melatih 200,00 orang berbakat, Ketua Menteri Pulau Pinang kata ia perkara yang memalukan.

Lihat polisi meritokrasi, jumlah rakyat bukan-Melayi telah meningkat. Tahun lepas, Jabatan Perkhidmatan Awam telah menaikkan kuota penerima biasiswa bagi semua kaum, 20 peratus adalah bagi golongan yang benar-benar memerlukan, tidak berkemampuan di Sabah dan Sarawak.

Talent Corp adalah satu contoh yang sangat baik melihatnya. Apabila kita melatih pelatih mereka kata ia satu perkara yang memalukan. Sekiranya kita tidak mampu berbuat demikian, mengaku sahaja la. Tidak ada negara akan mampu menyediakan sistem pendidikan yang dimahukan oleh setiap warganegara. -mstar

Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 09 Jul 2012 07:06 AM PDT

Tugu Bangsa Tembok Negara


TERKINI.!!! Lelaki pedang Samurai mengamuk di JPM

Posted: 09 Jul 2012 04:51 AM PDT

PUTRAJAYA, 9 JULAI - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.

TheStar melaporkan lelaki itu dibawa ke Hospital Putrajaya tidak jauh dari situ sebelum meninggal dunia.

Kejayaan Kerajaan PR Selangor hanya tabur janji dan pasang papan tanda

Posted: 08 Jul 2012 10:50 AM PDT

BANGI, 8 JULAI - Kejayaan Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sejak 2008 hanya setakat menabur janji dan memasang papan tanda untuk mencari publisiti, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu berkata kegagalan kerajaan negeri itu menunaikan janji dan tanggungjawab telah membuka mata rakyat mengenai kredibiliti dan kebolehan mengurus negeri itu, berbanding Barisan Nasional (BN) yang memajukan negeri itu selama 50 tahun lalu.

Noh berucap pada majlis Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Selangor, di Padang Kawad Lembaga Hasil Dalam Negeri di sini hari ini.

Program edisi ke-6 itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapha Mohamed; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M. Kayveas; Ahli Parlimen Sepang merangkap koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin; dan timbalan-timbalan menteri.

Katanya, dalam tempoh tiga tahun Najib menerajui negara ini, pelbagai janji diisytiharkan dan disusuli dengan pelaksanaan berkesan demi menjamin kesejahteraan dan masa depan rakyat.

Antaranya ialah Klinik 1Malaysia, bantuan pelajar RM100, baucer buku RM200, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia, Program Perumahan Nelayan, Kedai Rakyat 1Malaysia dan yang terbaru bantuan Teksi Rakyat 1Malaysia.

"Tak ada dalam dunia ini dimana kerajaan sanggup memberi penghormatan kepada pemandu-pemandu teksi...bagi membela nasib pemandu-pemandu teksi," katanya.

Jelasnya, kerajaan di bawah pimpinan Najib benar-benar membela nasib semua lapisan rakyat di negara ini dengan mempunyai agenda dan hala tuju terancang.

RIDHUAN TEE

Posted: 09 Jul 2012 03:49 AM PDT

RIDHUAN TEE


Mencari identiti bangsa Malaysia

Posted: 08 Jul 2012 06:42 AM PDT


 (Sinar Harian 9 Jul 2012)

Ada orang bertanya, kenapa bukan Melayu di Malaysia lebih Cina daripada orang Cina di negeri China atau lebih India dari orang India di India? Sehinggakan orang Cina di China (India di India) yang berkahwin dengan orang Cina (India) Malaysia pun menggeleng kepala melihat gelagat mereka di sini, terlalu ultra kiasu. Saya katakan, tidak semua bukan Melayu  sebegitu. Produk Cina (India) aliran sekolah kebangsaan kurang kiasunya berbanding dengan produk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC/T, SMJKC dan IPTS) yang kebanyakannya ultra kiasu dalam tindakan. Pokoknya, mereka perlu bercampur.

Malangnya, masih ramai yang tidak bercampur, tidak dapat menguasai dan menghayati agenda kebangsaan, misalnya bahasa kebangsaan, seperti generasi pertama. Sedangkan hari ini rata-rata terdiri daripada generasi kedua dan ketiga. Persoalannya, kenapa terlalu sukar untuk 'mengasimilasikan' diri (bercampur)? Wujudkah bangsa Malaysia sebagaimana yang diwar-warkan?

Sebenarnya tidak! Ini kerana, setiap bangsa memperjuangkan agenda masing-masing dengan begitu ultra sama seperti generasi pertama. Semuanya berpunca daripada kesengajaan tidak mahu memahami sejarah dan mempergunakan kebebasan yang diberikan.

Terus terang, walau pun di negara ini mempunyai aliran agama, aliran ini jauh lebih terbuka berbanding dengan aliran jenis kebangsaan yang terlalu menekankan agenda bangsa berbanding agenda negara, sehingga kita tidak tahu apakah identiti mereka yang sebenar. Nak dikatakan sama seperti negara asal, tidak juga. Sebab orang Cina/India) di China/India tidaklah seultra Cina/India di sini. Orang Cina di China masih lagi terbuka, walaupun berada dalam pemerintahan komunis.

Lebih malang lagi apabila sikap ultra kiasu ini telah diadunkan dengan satu lagi pemikiran yang disebut sebagai Asian Settler Colonialism (ASC) yang diwarisi daripada generasi pertama. Pemikiran ASC mengambil kira apa yang berlaku di Hawai'i yang berkait rapat dengan penghijrah dan peneroka. Tidak semua pendatang adalah peneroka.Adakalanya peneroka datang untuk tinggal, danmengasas politik mereka menjadi bangsa yang berdaulat. Tidak berlaku penjajahan secara langsung. Tetapi mereka berstrategi mahukan kaum asal lenyap. Jika tidak lenyap, mereka akan menggunakantenaga pekerja mereka sebelum mereka dilenyapkan. Jika ada kekuatan mereka akan menguasai bangsa asal itu. Keadaan inilah sedang berlaku di Singapura dan Pulau Pinang.

Orang bukan Melayu begitu sukar untuk menerima institusi Islam atau bumiputera seperti sekolah agama, matrikulasi dan institusi MARA. Sedangkan secara umumnya boleh dikatakan orang Melayu, sama lulusan sekolah agama atau MARA, tidak ada masalah untuk menerima institusi-institusi perkauman bukan Melayu, seperti sekolah jenis kebangsaan dan pertubuhan perkauman yang lain. Kenapa boleh jadi begini? Di manakah identiti bangsa Malaysia sebenarnya?

Kenapa pemikiran ultra kiasu dan ASC terus membelenggu kehidupan rakyat hari ini? Kenapa perkara-perkara yang sudah jelas termaktub dalam perlembagaan tidak mahu disetujui? Sedangkan umat Islam cukup bertoleransi dengan kehendak orang lain?

Identiti apakah yang kita bawa? Mereka seolah-olah berada dalam kelompok sendiri. Tidak bercampur. Hidup dalam tempurung sendiri.  Hujah ini diperkukuhkan lagi apabila cerdik pandai bukan Melayu apabila menulis, membentang kertas kerja atau ceramah, bersastera, berdrama, sukar sekali untuk mendengar hujah mereka dikaitkan dengan sejarah Tanah Melayu. Mereka  sanggup mengorek sejarah negara lain sebagai bukti,tetapi terlalu sukar merujuk sejarah Tanah Melayu.

Sering kedengaran, mereka menggunakan hujah-hujah logik akal semata-mata, terutama merujuk kepada hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Rata-rata kedengaran mereka mahukan layanan sama rata dan sama rasa atau fair and square. Sebarang diskriminasi akan ditentang habis-habisan tanpa mahu berpaling melihat kepada sejarah negara. Apakah formula sama rata dan sama rasa ini tidak perlu bertunjangkan sejarah dan perlembagaan?

Sesiapa sahaja yang menggunakan hujah sejarah dan perlembagaan akan ditolak walaupun sebangsa, misalnya orang-orang seperti Khoo Kay Kim dan Teoh Kok Seong. Sudah tentu termasuk saya. Kami dilabelkan sebagai pengkhianat bangsa.

Jenis apakah bukan Melayu yang sedang dilahirkan di Malaysia ini? Apa jua agenda nasional yang menggugat kononnya dikatakan hak bangsa, akan ditentang habis-habisan. Mereka akan berhimpun dan berdemonstrasi untuk menunjukkan kekuatan mereka. Kelompok ini juga sudah tidak diterima pun jika mahu berhijrah ke tempat asalnya.

Sedangkan permintaan dan desakan mereka telahpun dipenuhi, walaupun tidak sepenuhnya. Sudah tentulah menjadi kesukaran kepada kerajaan untuk memberi sepenuhnya. Pemikiran ASC dan ultra kiasu ini mesti diubah dalam pembinaan sebuah negara bangsa. Jika tidak, negara ini tidak akan  ke mana-mana. Kita akan banyak membuang masa melayan kerenah itu dan kerenah ini terutama apabila menjelang pilihan raya.

Apabila ia diberikan, sudah tentu akan menjadi precedence. Apabila sudah menjadi precedence. Pemikiran ini tidak berkurang, malahan terus bertambah dan bercambah. Apa yang membimbangkan jika sikap ultra kiasu dan ASC ini terus bersarang dalam pemikiran dan diterjemahkan dalam bentuk realiti, sudah tentu orang Melayu selaku penduduk tidak akan berdiam. Pasti akan berlakunya pertembungan yang tidak dapat dielakkan.

Dalam menyelesaikan masalah ini seperti yang dikatakan oleh Yuri Kochiyama (2008), aktivis hak asasi manusia,  "When Native Hawaiian activists lash out against Asian settler colonialism, we must remember what Malcolm X said: 'The conditions that our people suffer are extreme, and an extreme illness cannot be cured with moderate medicine".

Mungkin ada selepas ini ada yang akan membanding tidakkah produk-produk Sekolah Agama atau institusi bumiputera seperti Matrikulasi, MARA dan UiTM juga mempunyai pemikiran sebegini? Apakah dalam pemikiran mereka tidak ada ASC dan ultra kiasu? Jawapannya, ada.Tetapi sifat umat Islam ini dibendung oleh kesejagatan agama Islam yang meraikan orang lain.

anakbukitgantang says

Posted: 09 Jul 2012 03:30 AM PDT

anakbukitgantang says


Debat Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng pusingan kedua

Posted: 08 Jul 2012 08:01 AM PDT

Saya pernah melaporkan mengenai keputusan sokongan masyarakat Cina yang memihak kepada  MCA seusai  debat Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng di SINI

Kini debat CSL vs LGE pusingan kedua telah berlangsung. Transkrip debat adalah dalam Bahasa Inggeris dan dibekalkan oleh rakan fb saya Margaret Justice Chan di SINI

Dari pengamatan saya keputusan  tetap memihak kepada Chua Soi Lek. Beliau memberikan jawapan yang mempunyai lebih substance, disulami fakta serta bukti dalam bentuk prestasi MCA membina fabrik masyarakat majmuk yang rumit selama lebih 50 tahun sejak merdeka.  DAP  pula didapati  lebih banyak memusnahkan hubungan harmoni antara kaum di Malaysia dan ini terbukti dari polisi di negeri yang dikuasai mereka yang jelas membelakangkan Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara. Perlu diingat bahawa asas pentng ekonomi adalah faktor fundamental  dan inilah yang ditekankan Chua Soi Lek


The second debate between MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek and Penang Chief Minister Lim Guan Eng has started at the Sunway Pyramid Convention Centre in Subang Jaya.
Dr Chua being greeted by a well-wisher upon his arrival at the hall.

The debate started with Lim's opening remarks.

Lim: "MCA is not qualified to talk about politics here, as it is not MCA who decides - it is Umno who decides.

"The MCA speaks only for the Chinese, and those from the Peninsula - not Sabah or Sarawak.

"It is different for DAP - we want to speak for all Malaysians. Malay, Chinese, Indians, Iban, Kadazan.

"We are all Malaysians. Look at the NFC scandal," he said.

"Who gains? The cronies. The losers are the citizens of Malaysia.

"For last 50 years, consumed by race and religion. For the next 50 years, let us be consumed with the tasks of economic wellbeing.

"BN has never spoken truthfully to the people. Let Pakatan Rakyat speak truthfully to you.

"DAP believes a clean government can always perform better than a corrupt government.

"If Penang dares to review the assets of the CM, why is the PM afraid of reviewing his assets and those of his ministers?" he said.

Dr Chua: "Just now YAB asked why the PM didn't want to debate with Anwar. I want to say here, it hasn't happened because he is the prime minister. He is busy with the transformation policies, to improve the country. "From 2008 to 2011, the ease of doing business improved compared from 2003 to 2008. Malaysia is the fifth most favoured FDI nation in Asia.
"They haven't been empty promises like those from Pakatan Rakyat. The promises were fulfilled. These three years, the rakyat has gotten what was promised under the leadership of Najib."
"Anwar is full of rhetoric, no specifics, short on delivery. He has to convince us to translate this rhetoric into what we call delivery.

"MCA has been involved in nation building from day one. We were the one involved in the fight against the communist insurgency, the resettlement of the Chinese in new villages, the fight for independence, the rights of citizenship after independence. That's why citizens like Guan Eng are citizens of the country.

"We laid down the foundations. We have progressed, advocated integration not assimilation. That's why Guan Eng is not called Sukarno Lim.
"This is all history. All part of nation building. DAP has no role to play."

"What has PR done for us? No clear direction.

"Look at the four PR states, 95% of the promises are janji janji kosong.

"Everyday tell the whole world you give hundred dollars to the old people.

"Two hundred to the newborn and they must be voters. We give RM200 to our newborn babies.

"State government giving RM100, RM200 all populist policies. Does not address fundamental problem of country."

"DAP has only one thing to show. They collect a lot of money from the rakyat. Despite calls of accountability, transparency - nothing to show. Transparency, Accountability, where are they? Where has the money collected gone to?

Question: Mr President... Many urban voters perceive MCA has not done enough. The perception is that many urban voters are not supporting MCA. What would you do to try regain more support for MCA?

Dr Chua: We accept the fact this is a multiracial country and the policy of BN is the policy of balancing. DAP likes to tell the Chinese they are marginalised. The poverty rate of the Chinese is still lowest among three major races. Employment rates the highest. Property ownership largest. Cannot deny in the implementaion process there are people who benefit more than others, this is the bone of contention, causes a lot of Chinese to be angry with the government and MCA bears the burden of this.

"DAP tries to portray itself as a multiracial party, but only dares to contest in Chinese constituencies.

"Why don't you contest in multiracial constituencies? We are a mono-ethnic party, but our aims are clear.

"In this country we have to balance the needs and sensitivities of all countries. No particular race will feel happy.
"In the same way we sometimes feel government giving too much to bumiputra. But some bumiputras not happy with government."

Question: Many people still see DAP as Chinese-based party. Are you a Chinese party or multi-racial party, how would you try to win more support among other races if you are multiracial.

Lim: From the very start we are a multiracial party. Our chairman is Indian, we have Indian MPs, have Malay MPs and state assemblymen in the past. We are fair to all regardless of race and religion. Would like the MCA president know that not every Chinese rich as the MCA leaders.

Not every Chinese can apply for PR in Australia.

Don't forget that the Chinese community pays the most taxes in Malaysia.

At the same time we want to see justice and see our Malay brothers and sisters are assisted.

Why is it poor Chinese can't get scholarships but rich bumiputras can?

Don't go and talk about DAP forming a kindergarten. We are a political party to determine the future of Malaysia.

TAR College is clearest example of failure of MCA. Why was it established? Because of unfair quota policies where qualified students cannot enter public universities. so you formed TAR College. Shame on you MCA.

Don't say we haven't built low cost housing. We have built. Don't lie.

Question:Is MCA scared of Umno, that they don't dare to question corruption claims? Is there equal partnership in BN?

Dr Chua: I take objection to that question to say MCA is sacared of Umno. Not a fair question. If I say - and I've always said - if the state Cabinet, state exco and federal Cabinet, all the discussions are taped. The government should declassify the tapes and then they understand better the role of MCA in a multiracial country.

Why is DAP so quiet about Anwar's alleged account of RM3bil, this from a statutory declaration?

This is equal partnership, let me tell you PR claims equal partnership but until today PAS have never openly endorsed Anwar as prime minister.

You can't even agree on a party common symbol and logo and register the party.

Question: I've read your Buku Jingga, stated among other things that if party win GE, forms central government they are going to abolish all road tolls, PTPTN and give income to houses that make less than RM4,000 to make up that amount. Lots of other goodies. How are you going to implement these policies bearing in mind annual revenue does not exceed RM200bil.
Lim: This the first time I'm hearing from a minister admitting corruption cost us RM26bil. Question is, what you doing about it? Are you accepting the fact that BN permits corruption? That's why I say shame on you again.

Don't talk about collections from public. When DAP organises dinners, we don't give free dinners like MCA or Umno. We charge because we rely on public funds to survive. We don't steal the government's money. That is the difference between BN and PR, the difference between MCA and DAP.

I think you need to read the right Buku Jingga, I think you read the wrong one. Abolish tolls, estimate of RM35mil. If you don't believe can be done, vote us into power and we show you can be done.

Question: On Chinese independent schools.

Dr Chua: I only wish DAP is more specific. Why is it not written more clearly they will build more Chinese schools? Independent schools? Recognise UEC?
I openly asked Anwar, are you going to build more Chinese schools? More independent schools?

Because if it is from DAP, I dont trust it. Why? Cos DAP will say this is not common policy framework.

Lim:We are not like MCA leaders who go to jail for cheating rakyat of its money.

When you talk about building of schools, judge by the deeds of the PR government in Selangor and Penang. We have given land, we have given funding, we have given funding every year. If PR can give to all these schools, independent, Indian, Chinese, every year funding, why BN cannot do so?

Don't question our openess to allow independent Chinese schools.

When you talk about Anwar if PR wins power he will be Prime Minister.

Question: What national education policy should there be to generate competent citizens?

Lim:We cannot ignore the fact that human talent will be the future of our country.

Not a question of building human talent but retaining human talent.

Since Merdeka two million Malaysians left the country because they see no future for themselves or Malaysia.

They see they don't have freedom, integrity or justice. That's why we are fighting for freedom, democracy, integrity, justice. To fight corruption is not hard, only depends on whether you got political will. No laws (to combat corruption) in Penang but we have wiped out corruption in Penang, I am proud to say.

If we win power in Malaysia, we will do the same in Malaysia. That is why so many people are afraid.

Dr Chua: When people are educated or talented, they have economic independence and social mobility. Almost all developing countries face brain drain.

This no justification. That's why when I say we trained 200,000 talented people, the Penang Chief Cminister says shame on us.

Look at our meritocracy policy, number of non-Malays in tertiary gone up. Last year, JPA gave more scholarships to all races, 20% to needy, disadvantaged in Sabah and Sarawak.

Talent Corp is another good example of reaching out. When we train talent they say shame on you. If you can't do it, admit you can't. No country in the world can meet needs of education for all citizens.

Politik Harian

Posted: 09 Jul 2012 03:29 AM PDT

Politik Harian


Betty Chew dan Wan Azizah Mangsa Kelicikan Suami

Posted: 09 Jul 2012 12:03 AM PDT


Ketika Betty Chew, ADUN Kota Laksamana, ditanya di dalam Dewan mengenai dakwaan hubungan sulit suaminya, Lim Guan Eng, dengan bekas pegawai khasnya bernama Ng Phaik Kheng, Betty Chew telah bertindak keluar dewan dalam keadaan marah, tanpa mengia atau menidakkan soalan yang dikemukakan.

Tindakan beliau telah mengundang perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat bukan sahaja kerana tidak mendapat penjelasan mengenai isu tersebut tetapi juga kerana sikap yang ditunjukkan Betty amat tidak menepati kapasitinya sebagai seorang ahli politik.

Betty memarahi Datuk Gan Tian Loo yang membangkitkan perkara tesebut di dalam dewan dengan berkata 'shame on you' atau 'tak malu', malah beliau juga menempelak Speaker Dewan dengan kata-kata yang sama.

Siapa yang sebenarnya tidak malu di sini?

Sepatutnya Betty Chew yang malu kerana bersikap tidak matang dan tidak professional dalam menangani perkara ini. Jika beliau ingin meminta masyarakat melihat perkara ini sebagai isu peribadi rumahtangganya, maka beliau dan suaminya harus terlebih dahulu bersara sebagai ahli politik.

Sedangkan DAP juga sering menyerang musuh politik mereka dengan isu peribadi, jadi kenapakah perlu ada dwi-standard apabila perkara yang sama menimpa mereka? Tidak cukupkah dengan bersikap dwi-standard dari segi layanan terhadap kaum dalam menguruskan negeri yang ditadbir DAP, apakah DAP ingin menunjukkan bahawa parti itu adalah dwi-standard dalam segala segi?

Mungkin menyedari bahawa sikapnya yang marah-marah telah tidak membantu DAP dan suaminya, hatta dirinya sendiri juga, maka Betty Chew dan Guan Eng akhirnya muncul secara rasmi untuk 'membersihkan' nama mereka. Betty menafikan yang suaminya mempunyai hubungan sulit dan juga menafikan yang beliau telah menyerang Phaik Kheng ataupun suaminya.

Namun, sekali lagi Betty tersilap kerana dalam kenyataannya membela dirinya, beliau telah mengaitkan isu peribadi Presiden MCA, Dato' Seri Chua Soi Lek berkenaan skandal beliau tidak lama dahulu. Malah, Betty juga mengaitkan nama isteri Dato' Seri Chua, iaitu Datin Seri Wong Sek Hin yang langsung tiada jawatan atau kena mengena dengan politik, dengan meminta beliau menasihati Soi Lek agar tidak memanjangkan isu skandal Lim Guan Eng. Lebih lucu lagi, beliau juga meminta Datin Seri Wong menyeru rakyat agar menolak MCA atas alasan skandal Soi Lek itu.

Sebelum menasihati orang lain, Betty harus terlebih dahulu membuat keputusan sama ada skandal peribadi wajar dipolitikkan atau tidak. Kenapakah DAP tidak boleh diserang kerana skandal peribadi tetapi MCA tidak mendapat keistimewaan yang sama?

Kemudiannya, Betty harus membandingkan dirinya dengan Datin Seri Wong Sek Hin yang mana kedudukan mereka langsung tidak setara. Datin Seri Wong bukanlah seorang ahli politik, seperti dirinya dan Datin Seri Wong telah menunjukkan betapa beliau seorang wanita yang jauh lebih kental dari Betty dalam menghadapi isu yang sama membabitkan suaminya. Beliau tidak melatah dan tidak mengamuk apabila ditanya mengenainya. Sebaliknya, seperti juga suaminya, beliau menunjukkan sikap matang, mengakui seadanya dan melakukan yang terbaik untuk mengatasi dan memperbaiki rumahtangga mereka.

Sebaliknya, Betty mengambil masa untuk menafikan dakwaan skandal Lim Guan Eng dan sudah semestinya penafian yang agak terlambat sudah tidak bermakna lagi. Syak wasangka orang ramai terhadap suaminya kini diperkuatkan lagi dengan sikap Betty sendiri.

Lebih buruk bagi Betty ialah apabila Phaik Kheng juga mengambil sikap sama iaitu tidak menafi atau mengiakan apa-apa. Sebaliknya wanita itu meminta Betty menjelaskan sendiri semuanya.

Oleh itu, suka kita menasihatkan Betty agar berfikir sebelum berkata-kata. Jangan terlalu angkuh ingin menempelak sesiapa sahaja yang mampu menggugat dan mengancam kedudukannya. Sikap angkuh akan mengaburi fikiran sehingga menyebabkan seseorang bertindak tidak matang dan diluar kawalan.

Daripada Betty menasihati Datin Seri Wong yang cukup mulia peribadinya, lebih baik Betty memberi nasihat kepada Wan Azizah, isteri kepada Ketua Pembangkang merangkap Anugerah Tuhan iaitu Anwar Ibrahim.

Apakah jenis wanita yang sanggup menjadi isteri kepada seorang biseksual tegar yang terlibat dengan berbagai skandal? Apa jenis wanita yang tetap mengagungkan suami yang tidak boleh menolak tarikan seks dengan lelaki lain walaupun tahu yang ianya sebuah perangkap, seperti yang didedahkan oleh perisikan Singapura? Apakah jenis wanita yang saban hari menyeru orang ramai agar menyokong dan menyanjung suami yang penipu dan pengkhianat kepada negara?

Tak perlu Betty Chew mengganggu Datin Seri Wong Sek Hin, jika terlalu terdesak untuk membela diri dan mengalihkan pandangan rakyat.

Walau apapun yang berlaku, seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa suami Datin Seri Wong, bukan seorang penipu tetapi suami Betty Chew, tidak banyak bezanya dengan suami Wan Azizah, iaitu sama-sama ada skandal tetapi tidak mahu mengaku, selain penipu, pembohong, kaki belit, diktator, gila kuasa dan pengkhianat negara.

PKR Makin Bercelaru Menjelang PRU 13

Posted: 08 Jul 2012 09:19 PM PDT


Ada sebab kenapa Anwar Ibrahim mengumumkan hasratnya untuk bersara dari politik, selain ianya sebagai satu tektik terdesak untuk meraih simpati, ia juga berkait rapat dengan kegagalan PKR menemui calon-calon yang berkaliber untuk dipertaruhkan dalam PRU 13.

Selama ini kita kerap di hidangkan dengan propaganda murahan pakatan pembangkang kononnya dalam pilihanraya akan datang mereka berpeluang untuk merampas Putrajaya seterusnya mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.

Namun, realiti semasa bukan sahaja jauh panggang dari api malah langsung tak seindah seperti di propagandakan dalam media dan pentas politik.

Untuk PRU 13 ini, PKR bukan sahaja terpaksa mengalah kepada DAP dari segi pembahagian kerusi bertanding apabila hanya bertanding di 66 kawasan sahaja berbanding 97 kawasan pada PRU 12, malah untuk menyediakan calon-calon pun amat sukar untuk dicapai.

Daripada jumlah 66 itu pula hanya di 24 kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan' itu dengan sebahagian darinya adalah muka lama.

Sebahagian kecil muka lama yang pernah menyandang kerusi parlimen tertentu pula tidak dicalonkan kembali. Antaranya Khalid Ibrahim yang juga MB Selangor, berkemungkinan seorang yang rapat dengan Azmin Ali akan mengisi kekosongan di Bandar Tun Razak.

Bagi parlimen Kelana Jaya tempat Loh Gwo Burne yang siang malam tidur bersama kameranya pula bakal dibersarakan dan tempatnya digantikan oleh Nik Nazmi yang juga orang kanan Azmin Ali.

Anwar Ibrahim yang sebelum ini diketahui sedang panas di Permatang Pauh seakan hampir pasti merantau ke Nibong Tebal dan merupakan satu-satunya calon bagi kawasan tersebut walaupun di masa yang sama masih memikirkan untuk kekal di Permatang Pauh.

Manakala itu, hampir satu pertiga lagi kawasan langsung tiada satu nama calon pun yang dapat dikemukakan menggambarkan betapa sukarnya untuk PKR menghadapi cabaran PRU 13 yang akan menentukan hayat politik Anwar.

Baki lebih satu pertiga lagi hanya calon-calon recycle dan expired sahaja yang dikemukakan sebagai 'calon dalam pertimbangan'.

Dalam pada itu daripada 8 kawasan parlimen di Sabah yang dikhususkan untuk ditandingi PKR, hanya tiga kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan', bakinya samaada kosong ataupun hanya bersandarkan satu dua nama 'calon dalam pertimbangan'.

Sarawak pula yang sebelum ini digembar gemburkan oleh Anwar bakal ditembusi oleh PKR dan pembangkang lain, namun pembahagian kerusi yang diberikan kepada PKR cuma 7 kerusi sahaja dan agak sadis bila hanya satu nama sahaja yang masuk senarai mungkin akan bertanding.

Lebih parah lagi beberapa kawasan yang mahu ditandingi oleh PKR ada antaranya masih bertindih dan berebut hak dengan PAS dan DAP misalnya di Bentong, Temerloh, Bagan Serai dan beberapa lagi kawasan lain.

Bagi kawasan parlimen Sungai Siput yang sekarang disandang oleh Presiden PSM, Dr Jeyakumar pula sedang diusahakan untuk ditandingi sendiri oleh PKR sekalipun satu namapun belum mampu disediakan oleh Anwar Ibrahim.

Melihat pada kemelut dan betapa celarunya PKR dalam persediaan menentukan calon-calon yang akan mewakili PKR dalam pilihanraya, ternampak jelas yang PKR mahupun Anwar sendiri tiada keyakinan untuk menghadapi PRU akan datang.

Mahu tidak mahu, Anwar terpaksa beralih semula ke tabiat kesukaannya - guna tektik raih simpati buat muka kesian dengan harapan masih ada rakyat yang akan terpedaya sebagaimana suatu ketika dulu ramai yang terpedaya dengan lakonan arsenik, patah pinggang dan lain-lain.

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 09 Jul 2012 03:24 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Petua buat Betty

Posted: 09 Jul 2012 01:30 AM PDT

Isteri Ketua Menteri Pulau Pinang dsan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka, YB Betty Chiew sedang berhadapan dengan tekanan.

Macam-macam kisah timbul apabila suami kuat bekerja di pejabat menjalankan tanggungjawab.

Itu biasa saja. Tak perlu sampai baling ashtray hinga bertampal kepala suami. Ingin Husin cadang supaya mencari petua dari yang sudah pernah melalui. 


Mintaklah dengan Kak Wan. Suaminya lagi rajin bekerja. Apa saja jenis dia sedia kerjakan.

bumiyang

Posted: 09 Jul 2012 03:23 AM PDT

tunku

Posted: 09 Jul 2012 03:09 AM PDT

tunku


Couple brandishing swords shot at outside PM's office complex

Posted: 09 Jul 2012 02:24 AM PDT

PUTRAJAYA: A couple brandishing samurai swords caused a stir outside the Prime Minister's Office here on Monday.
The couple had suddenly appeared at the PMO complex's security post at 2.30pm and waving the swords in an aggressive manner.
The policemen rushed out of their post and tried to talk to the couple who appeared to more agitated.
Whilst the policemen were talking to the couple, a team of anti-crime personnel arrived.
Witnesses said after failing to calm down the couple, the police fired at the man in the left arm while the woman was shot in the left leg.
Both were taken to Putrajaya Hospital.

tunku : this is what happened when people are taught to be terrorist by the pakatan rakyat.

Betty Chew and Wan Azizah Victims Of Cunning Husbands

Posted: 08 Jul 2012 11:45 PM PDT

As Betty Chew, ADUN Kota Laksamana was asked by the Hall regarding the claim on her husband's scandal, Lim Guan Eng, with his former special officer, Ng Phaik Kheng, Betty Chew then responded by leaving the hall in rage, without answering the question.
Her actions had caused anger among rakyat because not only she did not make any explanation, the actions made by Betty also did not show her capacity as a politician.
Betty threw her tantrum at Datuk Gan Tian Loo who raised the matter in the hall by saying 'shame on you', she even said the same thing to the Speaker.
Who is the one who should be ashamed here?
Betty Chew should be the who should be ashamed for being immature and unprofessional in tackling this matter. If she wishes the public to see this as a private matter, she should have first resign from being a politician.
Even DAP constantly attack their enemies with personal matters, so why there should be any double-standard when the same thing happens to them? Isn't it enough that they had shown double-standard in the state which DAP rule, does DAP want to show that they practice double-standard in every form?
Perhaps realizing that her responses did not help DAP and her husband, Betty Chew and Guan Eng finally came up officially to 'clean up' their names. Betty denied that her husband has a scandal and denied that she had attacked Phaik Kheng or her husband.
But, once again Betty took the wrong move because in her defense statement, she linked the personal issue of MCA President, Dato' Seri Chua Soi Lek on his scandal a little while back. Betty also linked the mane of Dato' Seri Chua's wife, Datin Seri Wong Sek Hin who has nothing to do with politics, and asks Soi Lek to not prolong the scandal issue of Lim Guan Eng. The funnier bit is when she asked Datin Seri Wong to tell rakyat to reject MCA because of the scandal.
Before giving advise to anyone else, Betty should have make a decision whether it is wise to politicize personal scandals. Why wasn't DAP attacked when it comes to scandal but MCA was attacked?
Then, Betty should look at the difference between herself and Datin Seri Wong Sek Hin where they are two very different people. Datin Seri Wong is not a politician and she had shown how strong she is compared to Betty when it comes to facing such issue. She did not go berserk when asked about it. Instead, just like her husband, she showed maturity, admitting the issue and tried their best to fix their marriage.
Instead, Betty took the time to deny the claim on Guan Eng's scandal which may have been a little too late. Rakyat's doubt are actually added, especially with Betty's response.
Things gets worse for Betty as Phaik Kheng also gave the same kind of response where she did not really give any answer. Instead, she asked for Betty to explain everything.
That is why we should advise Betty to think before she say anything. rather than advising Datin Seri Wong who is mature in every manner, Betty should have provide advice to Wan Azizah, the wife of the Opposition Leader, Anwar Ibrahim.
What kind of woman would stay with a bisexual who is involved in multiple scandals? What kind of woman would ask rakyat to support her husband who cannot deny sex with a man even though it was a trap set by Singapore agents? What kind of woman asks rakyat to support her husband who is clearly a liar and a traitor to the country?
Betty Chew do not need to harass Datin Seri Wong Sek Hin just because she is desperate to defend herself from the eyes of the public.
Whatever it is, every Malaysian knew that Datin Seri Wong's husband is not a liar, but Betty Chew's husband, just like Wan Azizah's husband, do have scandals but they would never want to admit it. Instead, they would lie, and twist things for the sake of power.

tunku : one from pkr and one from dap, now we need one from pas to complete the dramas in pakatan. they will never admit any of their husbands wrongdoings because of the ambition to rule the nation. they damn care what their husbands involved in......shame on you betty and wan azizah.

Taipingmali (tm)

Posted: 09 Jul 2012 01:30 AM PDT

Taipingmali (tm)


Chua vs Lim: Take on Education Policy

Posted: 08 Jul 2012 11:33 PM PDT

Menurut LGE, Ramai rakyat Malaysia (2Juta) iaitu orang Cina meninggalkan negara ini kerana mencari pekerjaan, mereka kata tiada masa depan di Malaysia.  Hanya Dap sahaja yang nampak masa depan di Malaysia.

Lebai Kera Pas merenyeh dengan srikandi Pkr

Posted: 08 Jul 2012 08:46 PM PDT



Lebai kera Pas bukan boleh pakai sangat. pantang nampak yang lawa, semua nak rembat.

#GudbyePKR

Posted: 08 Jul 2012 07:19 PM PDT

Anwar eloklah bersara awal dari politik kerana terserlah sudah PKR adalah Parti Kian Runtuh.

Konvensyen PKR Pulau Pinang semalam hambar kerana tiada sambutan. Di Perak PKR terpaksa import pelajar-pelajar kolej yang makan upah setiap bulan untuk jadi cyber trooper.

Anwar menghadapi pelbagai masalah sekarang. Sewaktu tengah gagah perkasa pada PRU 12 PKR menang 30 lebih kerusi, kini selepas dihimpit pelbagai skandal dan kontroversi PKR terus hilang arah.

MP mereka ramai yang lari, cabang dan ranting banyak yang sudah ditutup. Di Taiping PKR 100 peratus lumpuh.
berapa ribu kehadiran?

Pas Taiping kini ghairah memasang bendera 'bulan' di segenap ceruk. Pas juga turut menjadi pecacai Dap kerana ada beberapa orang lebai kera Pas yang tolong pasang bendera 'roket' tetapi tak ada sehelai pun bendera 'setan mata satu PKR' dinaikkan.

Patutlah Anwar merayu kepada penyokongnya supaya memberi peluang dia menang untuk ditabalkan sebagai Presiden pertama Republik Malaysia.

DAP parti Chauvinist Cina sudah pasti akan menuntut kerusi PM atau Presiden jika menang semua 89 kerusi akan datang.

Krisis perebutan Menteri Besar Perak selepas PRU 12 menjadi contoh bahawa mulut DAP memang tak boleh pakai, Karpal Sink dan Ngeh Ko Ham dengan lantang menentang undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak yang hanya membenarkan MB adalah seorang Melayu beragama Islam.

Itu di Perak, adakah Dap akan memberi ruang kepada Anwar untuk menjadi Presiden? Lidah biawak tidak akan berkata benar. Pergi mampus dengan Pas dan Pkr. Dap mesti jadi Presiden.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Abby Inspektor shahab buat kecoh di Kamunting

Posted: 08 Jul 2012 04:33 PM PDT

Pembangkang nak halau melayu di Kg Baru

Posted: 08 Jul 2012 11:07 AM PDT

Niat pembangkang nak pindahkan Kampung Baru ke tempat lain telah membuka tembelang mereka sebenarnya. Nilai tanah di lokasi sekarang amat lah tinggi, dengan memindahkannya ke tempat lain dan dibina rumah RM 400 ribu pun tak akan sama dengan nilai yang ada sekarang. Sudah tentu taico taico besar menjadi dalang atau pendesak agar semua rumah di pindahkan, bayangkan berapa besar untung yang  bakal dikaut oleh pembangkan jika penduduk akur dengan cadangan mereka
KUALA LUMPUR: Idea pembangkang untuk mewujudkan Kampung Baru kedua di kawasan luar Kuala Lumpur adalah satu tindakan yang kurang bijak dan tidak relevan sama sekali.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata cadangan itu menunjukkan sikap pembangkang yang hanya pandai bercakap tidak tidak memikirkan cara untuk merealisasikannya.
"Lokasi mana nak bina Kampung Baru kedua... Mungkin di Selangor. Mereka tidak fikir kesan tindakan itu yang mana ia sudah pasti menyusahkan penduduk Kampung Baru sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Titiwangsa kali ke-27 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini. 
Beliau juga berkata, senarai anggota jawatankuasa Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) akan diumumkan pada 18 Julai.

Projek pembangunan Kampung Baru meliputi kawasan seluas 151.57 hektar iaitu lebih luas daripada projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC) iaitu 40 hektar, yang juga antara projek pembangunan hartanah terbesar di dunia.

Dalam perkembangan lain, Raja Nong Chik berkata kerajaan sentiasa menitikberat soal kebajikan penduduk sebelum melaksanakan sebarang pembangunan di kawasan sekitar Kuala Lumpur.

Dalam rancangan pembangunan Kampung Kerinchi, beliau berkata kerajaan hanya memindahkan penduduk ke kawasan baru yang berhampiran kediaman mereka kerana tidak mahu menyusahkan penduduk berkenaan seperti perlu menukar sekolah anak jika dipindahkan ke kawasan yang jauh dari kediaman asal mereka.
"Pembangunan Kampung Kerinchi adalah satu projek untuk rakyat tetapi apabila ia dipolitikkan oleh pembangkang.

"Akibatnya, lapan peratus penghuni yang menentang usaha pembangunan kerajaan itu hanya menerima pampasan RM70,000 manakala yang lain memperoleh rumah yang bernilai hampir setengah juta," katanya.

Seramai 421 penghuni rumah pangsa empat tingkat di Kampung Kerinchi bakal mendapat manfaat di bawah konsep Kehidupan Baru K-Baru apabila pembinaan Kerinchi Residensi berkeluasan setiap unit 882 kaki persegi dengan tempoh pajakan 99 tahun, dijangka siap menjelang tahun 2015. - BERNAMA
Nama kata parti pembangkang memang tak boleh percaya langsung.

Roger Federer Wins

Posted: 08 Jul 2012 10:43 AM PDT

Roger Federer won his record-tying seventh Wimbledon title Sunday, beating Andy Murray 4-6, 7-5, 6-3, 6-4 under a closed roof on Centre Court.

The 17-time Grand Slam champion excelled once the roof was closed early in the third set, giving Murray little chance to end Britain's 76-year wait for a homegrown men's champion.

Federer is now 17-7 in Grand Slam finals, including 7-1 at Wimbledon. Murray dropped to 0-4 in major finals, with three of those losses coming against Federer.

The last British man to win the Wimbledon title was Fred Perry in 1936. Sunday's match was the first Wimbledon singles final to be played with the roof closed. The roof was first used at the All England Club in 2009

Read more at: http://www.nesn.com/2012/07/roger-federer-wins-record-tying-seventh-wimbledon-title-17th-major-championship-overall.html

Ketua Kampung Perlu Sedia Berkhidmat Di Mana Sahaja: DS Zambry.mov

Posted: 08 Jul 2012 08:25 AM PDT

Isu Lori Tanah selesai tanpa sebarang demonstrasi

Posted: 08 Jul 2012 08:20 AM PDT

PANEH MIANG

Posted: 09 Jul 2012 01:11 AM PDT

PANEH MIANG


Janji Ditepati? Hahaha...budak sekolah pun tahu itu tema politik!

Posted: 08 Jul 2012 09:12 PM PDT


1. Sebenarnya kami menunggu pandangan geng blogger pro BN berkenaan tema yang telah dipilih sebagai tema hari kebangsaan tahun ini iaitu "Janji Ditepati" sejak ia diwar-warkan Rais Yatim pada 27 Jun lalu. Walaupun ada juga blogger yang komen, tapi biasalah...

2. Walaupun kami tak pasti siapa punya idea buat tema hari kebangsaan seolah kempen pilihanraya; sama ada itu idea Rais Yatim sendiri yang ramai tahu memang dah tak relevan, atau ianya 'kerja' kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, sebab nampak sangat nak bodek bos.

3. Maso kojo ngan co Jopun dulu, COO dan GM bangso Jopun selalu poning ngan sey sobab sikap terus terang dan kritikal sey pado beberapo keputusan dan tindakan pihak atasan. Sampai staf lain pun polik nengok walaupun sey selalu betokak ngan COO dan GM, tapi sey tak pulak dibuang kojo, apatah laei dapek 'surat cinta' aka warning letter.

4. Itulah hebatnya bangsa Jepun dalam meraikan perbezaan pendapat dan kritikan. Sebab tu negara Jepun cepat maju.

5. Kita harus kembalikan zaman meraikan perbezaan pendapat dan kritikan sepertimana ketika UMNO mula-mula ditubuhkan dulu. Ketika itu pemimpin UMNO dan Perikatan cukup gerun nak jumpa akar umbi dan rakyat kerana takut disembur dan dihentam jika melakukan kesilapan.

6. Tapi hari ini, kita boleh saksikan budaya kipas dan bodek wujud di mana-mana. Siap cium tangan sampai macam nak rukuk pun ada. Nasib baik belum sampai ke tahap sujud. Tak kiralah dalam mana-mana organisasi atau parti apa pun, budaya bodek pemimpinnya semua sama; termasuklah Pas dan PkR. Malah Pas dan PkR lebih teruk kerana penyokong mereka akan 'telan bulat-bulat' apa saja tindakan dan kata pemimpin mereka. Itulah yang dinamakan bingai tahap cipan. Nak harap penyokong pembangkang ni kritikal, macam menanti Anwar bermubahalah.

7. Berbalik kepada isu tema hari kebangsaan "Janji Ditepati", rasanya ramai yang keliru sebagaimana kelirunya kempen "Tahun Melawat 1Malaysia" dulu. Sejak bila pulak Malaysia tukar nama ada huruf "satu" di depan? Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan Persekutuan itu bernama Malaysia...bukannya "Satu Malaysia"!!! Takkanlah semua benda pun nak di'SATU'kan brader?!

8. Bertambah pening bila Najib pun selalu keliru dengan kata-kata sendiri, sama ada beliau bercakap atas kapasiti Perdana Menteri Malaysia atau kapasiti sebagai Presiden UMNO. Sebab tu kita akan selalu dengar ayat "Kita akan pertahankan Putrajaya"..."Kita akan berjuang mengalahkan pembangkang" walaupun ketika itu Najib bukannya berucap atas platform UMNO atau BN, tetapi dalam majlis atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri. Terbaru, masih berulang perkara seumpamanya seperti ucapannya semasa Majlis Perasmian Menara Felda tempohari. Siapa punahsihat ucapan Najib selama ni? Bengong ke apa punahsihat tu?

9. Pusing kot mana sekalipun, memang nampak sangat tema hari kebangsaan 2012 "Janji Ditepati" adalah tema retorika politik murahan. Rasanya si pemberi idea dan penerima idea tidak faham perbezaan prinsip bernegara, prinsip berkerajaan, ataupun berpolitik.

10. Sepatutnya tema hari kebangsaan mestilah berteraskan perpaduan, ukhwah, menggalakkan kerjasama antara kaum, menggapai wawasan, merealisasikan impian, menaruh harapan etc. yang boleh membangkitkan semangat juang kerana matlamat akhirnya supaya rakyat lebih cinta dan sayangkan negaranya. Bukannya tema hari kebangsaan itu dimanipulasi seolah manifesto pilihanraya!!!

11. Sejak 1976, tema hari kebangsaan sentiasa menggalakkan perpaduan, kerjasama erat antara kaum demi kemajuan dan kemakmuran negara. Tapi bermula 2009, tema hari kebangsaan dah jadi lain macam. Walaupun tema pada 2009 "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", 2010 "1Malaysia Menjana Transformasi" dan 2011 "1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera" masih dikesan ada 'bau-bau' politik, tapi boleh dimaafkan lagilah kerana masih ada unsur demi negara Malaysia. Tapi bila masuk bab tema tahun ni...

12. Di Bangi semalam Najib cakap, "Tiada keperluan mempolitikkannya (tema) tetapi untuk kami membantu rakyat"...boleh percaya ke? Kemon la brader..! Takkanlah BN desperate sangat sampai tema hari kebangsaan pun nak dipolitikkan? Kemon la bro...gentleman la sikit. Nampak macam orang terdesak sangat beb...

13. Kami harap sebelum Najib merasmikan pengibaran Jalur Gemilang pada 17 Julai ini, eloklah tema hari kebangsaan itu ditukar supaya ianya nampak lebih neutral dan patriotik, semata-mata demi negara.

14. Kalau boleh buatlah pungutan suara ka, undian ka, atau apa saja kaedah untuk memastikan, adakah majoriti rakyat umumnya terima atau tidak "tema politik" sebegini untuk Sambutan Kemerdekaan ke-55.

15. Kita tak nak nanti majoriti rakyat fikir sambutan hari kemerdekaan tahun ini seolah meraikan sebuah parti politik, dan bukannya meraikan hari kemerdekaan sebuah negara bernama Malaysia.

16. Jangan sampai rakyat rasa diperdaya masa sambutan hari kemerdekaan kelak hanya disebabkan 'tema paloi' yang diperkenalkan Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55. Jika itu berlaku, bahananya pada siapa?

17. Apa dah jadi dengan kata Najib sebelum ini kononnya "zaman kerajaan tahu semua dah berlalu"?

Sahabat-Gunung

Posted: 09 Jul 2012 01:06 AM PDT

Sahabat-Gunung


Sah Saiful Bukhari DiLiwat

Posted: 09 Jul 2012 01:05 AM PDT

Dalam kes liwat 1 yang melibatkan Anwar Ibrahim pada tahun 1998, kenyataan penghakiman yang dikeluarkan adalah seperti berikut: "Kami menemui bukti yang mengesahkan bahawa tertuduh benar-benar terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya yang kejadian di Tivoli Villa benar-benar berlaku…."

Dalam kes liwat 2 pula, kenyataan penghakiman telah menerima keterangan berlakunya penetrasi dubur Mohd Saiful Bukhari dan menemui sperma 'lelaki Y', namun disebabkan tiada bukti sokongan ia tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan ahli parlimen Permatang Pauh itu dengan tuduhan liwat memandangkan integriti sampel yang diambil telah tergugat sebelum dihantar untuk analisis kimia.

Sekadar mengingatkan pembaca, 'DNA lelaki Y' telah disahkan sepadan dengan DNA Anwar yang didapati dari bahan-bahan yang digunanya dan kemudian dibuang, di lokap polis.

Anwar dan penyokong-penyokong boleh meraikan 'kejayaan' mereka dalam kes ini. Tetapi hakikat bahawa Saiful Bukhari telah diliwat pada waktu di mana beliau dan Anwar berada di dalam bilik yang sama dan berdua-duaan, mengikut bukti rakaman CCTV dan keterangan saksi, tidak boleh disangkal sama sekali.

Lagipun, jika Anwar baru pertama kali ditangkap, mungkin alasan 'keraguan' boleh diterima sebagai beliau tidak bersalah.

Tetapi ini adalah kali kedua, di mana pada kali pertama ketiga-tiga hakim bersetuju bahawa beliau benar-benar terlibat dalam aktiviti homoseksual atau meliwat, maka menolak bahawa Anwar bersalah atas alasan 'terdapat keraguan' sudah tidak boleh diterima lagi.

Itu belum lagi dikira dengan hujah peguam Anwar yang menekankan soal 'liwat suka sama suka' dan bukannya 'Anwar bukan peliwat'.

Pendek kata, selain dari sampel yang dikatakan dibuka oleh pegawai penyiasat dan diragui oleh hakim, segala bukti dan saksi termasuk hujah-hujah peguam Anwar sendiri, teks pembelaan diri yang dibaca Anwar, sikap Anwar, orang-orang kelilingnya, sejarah dan perkembangan semasa dirinya dan semua dan segala-galanya menjurus kepada satu fakta iaitu, Anwar seorang peliwat.

Bagaimanapun, oleh kerana Anwar telah bebas, walau atas apa jua alasan, maka beliau berhak meraikannya.

Dan inilah yang dihairankan iaitu entah kenapa kita melihat seolah-olah orang-orang kuat Anwar sendiri tidak begitu gembira malah agak marah dengan keputusan ini. Majlis keraian yang kita jangkakan pastinya amat meriah, tidak berlaku.

Sebaliknya, Azmin, misalnya, kelihatan agak marah selepas keputusan diumumkan. Mungkin beliau marah kerana gagal membuktikan mahkamah tidak adil. Wan Azizah pula kelihatan memberi senyum yang dibuat-buat ketika memeluk Anwar, sebagai syarat.

Atau mungkin keluarga dan sahabat-sahabat Anwar ini marahkan hakim kerana menggagalkan rancangan mereka untuk merusuh besar-besaran, Dan tidak mustahil juga mereka marahkan diri sendiri kerana gagal menyingkir Anwar.

Sedarkah kita bahawa, jika dulu penyokong-penyokong Anwar di Malaysia terdiri dari mereka-mereka yang benar-benar percaya beliau tidak bersalah, tetapi kini, penyokong-penyokong Anwar terbahagi kepada dua golongan:

Satu, golongan yang benar-benar benak dan taksub mempercayai Anwar tidak bersalah dan suci bersih.

Dan dua, golongan LGBT dan penganut fahaman plural yang cukup maklum akan selera dan perjuangan Anwar untuk meletakkan hak mereka di negara ini.

Seimbas pandangan, kelihatannya golongan kedua adalah lebih ramai di dalam kumpulan penyokong Anwar hari ini, berbanding golongan pertama. Kerana itu, ceramah-ceramah Anwar tidak mendapat sambutan seperti dahulu. Jika mendapat sambutan pun, ia adalah kerana ramainya penyokong-penyokong PAS yang buta tuli dan sanggup datang memberi sokongan kepada Anwar demi PAS dan Islam, kononnya.

Dalam kesesatan mereka, mereka boleh bertakbir semahunya ke atas Anwar dan boleh bersolat hajat sebanyak mungkin. Namun, hakikat bahawa penetrasi berlaku dan Saiful telah diliwat oleh Anwar tidak boleh disangkal.

Anwar dihantui oleh hakikat ini sehinggakan matanya semakin cengkung akibat tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana Anwar tahu mahkamah dunia mungkin boleh dikelirukan, tetapi mahkamah akhirat tetap menunggunya.

Mungkin kerana itu, Anwar sudah mula bercakap soal persaraan dan kita pasti ini akan melegakan orang-orang sekelilingnya yang sudah letih menangani karenahnya yang gila seks dan gila kuasa.

Lebih lama Anwar berpolitik, lebih banyak skandal bakal terdedah atau bakal diciptanya di kemudian hari… - BB


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gagal Bela Rakyat, Pembangkang Muncul Sebagai Hero Reka Fitnah

Posted: 09 Jul 2012 12:04 AM PDT

Rafizi Ramli, ayam tambatan PKR dan anak emas Anwar Ibrahim berkokok lagi, kali ini bukan ke atas diri seorang menteri tetapi terhadap Perdana Menteri sendiri.

Budak hingusan yang tidak tahu untung ini terus menerus bertindak melawan kerajaan seolah-olah mahu dijulang sebagai hero oleh partinya walaupun kepandaiannya adalah hasil biasiswa kerajaan yang diperolehinya melalui Petronas.

Seperti anak-anak muda lain yang pernah dirosakkan Anwar samada dari segi moral atau pemikiran mereka, Rafizi tergolong sebagai salah seorang pencacai beliau yang tersohor.

Malah tindakan Rafizi yang membuat siri pendedahan kononnya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan rasuah dalam pentadbirannya sudah dilihat seakan-akan menjurus ke arah meroyan dan fanatik.

Ia bukan lagi untuk mempertahankan integriti atau perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan tetapi telah menjadi satu perlumbaan di kalangan pemimpin pembangkang siapa yang paling banyak membuat pendedahan.

Samada perkara yang didedahkan berlandaskan kepada fakta atau berunsur fitnah dan tohmahan bukanlah satu perkara yang penting.

Yang maha penting bagi pembangkang sesuatu isu itu ada kene mengena dengan kerajaan BN dan lebih beruntung bagi mereka bagi mereka jika isu tersebut mempunyai nilai negatif.

Menghidu sesuatu yang boleh memberi kelebihan politik kepada mereka, pembangkang tidak menunggu lama tetapi terus menerkam untuk menuduh kerajaan dan menconteng imej seburuk yang mungkin.

Tujuannya hanya satu iaitu untuk meraih undi dan simpati rakyat pada pilihan raya umum akan datang dengan harapan dapatlah mereka merasa kerusi empuk di Putrajaya.

Tindakan individu seperti Rafizi bukan didorong oleh perasaan tanggungjawab dan cinta kepada negara tetapi agenda peribadi dan politik yang jijik.

Biar kerajaan Malaysia dan pemimpinnya yang dipilih secara sah oleh rakyat dihina, dicaci dan difitnah, hatta di persada antarabangsa sekali pun, namun pembangkang sedikit pun tidak berasa salah malah mendapat kepuasan luarbiasa daripada perbuatan mereka.

Pernahkah Rafizi terfikir beliau telah melakukan kesalahan dengan melanggar Akta Institusi Kewangan 1989 apabila beliau mendedahkan 21 dikumen yang berkaitan dengan akaun milik NFCorp dengan dibantu oleh seorang kakitangan bank berkenaan yang juga penyokong PKR.

Beliau dengan mudah sekali berkata 'terlupa' untuk menyemak akta tersebut sebelum membuat pendedahan butiran akaun dan menyebarkan salinan kepada pihak media.

Akibatnya, seorang menteri kabinet yang tidak bersalah terpaksa meletak jawatan dan seorang kakitangan bank yang telah berkhidmat 20 tahun serta mempunyai keluarga hilang pekerjaan dan berdepan dengan risiko dipenjara 5 tahun dan denda RM5 juta.

Kini setelah NFC tidak lagi menjadi isu glamer bagi Rafizi dan bosnya, Anwar, maka mereka beralih pula untuk menghentam Perdana Menteri, dengan harapan kejayaan mereka mendesak seorang menteri melepaskan jawatan boleh juga diulangi terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semua ini dilakukan berdasarkan pembohongan atau dalam bahasa pakar propaganda 'half truths' yang dipintal atau 'spin' supaya dilihat sebagai 'credible' atau berwibawa dan seterusnya boleh diyakini oleh rakyat.

Objektifnya adalah untuk mngalih pandangan rakyat daripada isu yang lebih besar yang membelenggu pembangkang terutamanya janji-janji yang mereka gagal laksanakan yang dibuat semasa pilihan raa lalu dan skandal kewangan dan rasuah yang terpalit pada pemimpin mereka.

Umpamanya Anwar sehingga kini terus membisu mengenai dakwaan memiliki aset bernilai RM3 bilion dalam 20 akaun besar semasa menjadi Menteri Kewangan ataupun pendedahan video seks dengan seorang pelacur berbangsa Cina.

Azmin Ali pula membisu mengenai pemilikan wang, harta yang aset yang besar serta saham jutaan ringgit di bawah nama isterinya.

Begitu juga di Selangor, Anwar membisu mengenai isu geran Selangorku berjumlah RM300 juta yang dpercayai adalah dana politik PKR yang dicuri daripada perbendahaan negeri.

Hakikatnya semakin banyak isu yang dibongkar oleh pembangkang, semakin rakyat sedar bahawa mereka sebenarnya amat terdesak atau 'desperate' untuk mencari populariti.

Setelah gagal membuktikan kemampuan mereka membela nasib rakyat, pembangkang tidak ada pilihan lain kecuali mereka-reka fitnah terhadap kerajaan dan Perdana Menteri.

Rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang menjadi jaguh kebajikan mereka bukannya saudagar yang menjual mimpi dan fantasi yang belum pasti menjadi realiti. - BB

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Phaik Kheng Sengaja Mencabar Betty?

Posted: 08 Jul 2012 08:33 PM PDT

Nampaknya kerusi Betty Chew tiba-tiba menjadi tidak selesa apabila skandal suaminya terdedah. Dengan mengelak untuk menjawab soalan mudah dari Datuk Gan Tian Loo dan meninggalkan dewan, Betty Chew telah menunjukkan kepada kita bahawa beliau hanyalah seorang wanita yang lemah. Beliau tidak layak menjadi ahli politik dan seharusnya hanya duduk di rumah menjaga anak lelakinya yang bermasalah.

Media juga gagal mendapat jawapan jelas dari Guan Eng mengenai perkara ini kerana Guan Eng juga, hanyalah seorang lelaki biasa yang tidak cukup jantan untuk mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain.

Hanya Chua Soi Lek yang sanggup mengaku perkara sedemikian dengan penuh kesal dan rendah diri, kerana beliau adalah lelaki sejati yang matang dan cukup kuat untuk mengakui kesalahan dan cuba memperbaikinya. Beliau menerima segala kritikan kerana beliau tahu beliau telah berbuat kesalahan. Dan kerana itu, beliau telah dimaafkan.

Dari reaksi Betty, yang kelihatan marah, terluka dan malu, kita tidak dapat mengelak dari merasakan bahawa skandal tersebut benar-benar berlaku. Jika Betty mengharapkan orang simpati dan memahami keadaannya, beliau silap. Kaum wanita mungkin merasa simpati tetapi sebagai rakyat, mereka tetap inginkan jawapan yang pasti kerana Betty bukan hanya seorang wanita biasa, beliau adalah seorang ahli politik dan isteri kepada Ketua Menteri. Reaksi Betty meninggalkan dewan dan memarahi pihak yang bertanya, hanya akan memanjangkan isu ini dan menaikkan lagi rasa ingin tahu di kalangan rakyat.

Memandangkan Betty telah menyerah kalah, dan Guan Eng memilih untuk mengelak, rakyat kini beralih kepada Phaik Kheng untuk memberi penjelasan. Setakat ini, Phaik Kheng bersikap bagaikan seorang ahli politik juga dengan mengelak dan enggan memberi jawapan jelas.

Sedangkan Phaik Kheng tidak harus bersikap demikian kerana beliau bukan ahli politik dan tidak lagi bekerja dengan ahli politik. Beliau kini bertugas sebagai Ketua Bahagian Hal-Ehwal Pendidikan di sebuah sekolah swasta di Pulau Pinang setelah terpaksa meletakkan jawatan sebagai pegawai khas Guan Eng,

Ia sepatutnya amat mudah bagi Phaik Kheng untuk memberi jawapan yang telus kepada soalan yang begitu telus juga iaitu, apakah beliau merupakan perempuan simpanan atau pernah menjadi perempuan simpanan Ketua Menteri?

Jawapan 'no comment' yang diberikan Phaik Kheng berbunyi seolah-olah datangnya dari seorang artis hiburan yang sengaja ingin memanjangkan kontroversi demi publisiti.

Kita tidak faham kenapa susah benar untuk beliau menjawab ya atau tidak? Apakah beliau sengaja ingin mencabar Betty sebagai membalas dendam kerana terpaksa meletak jawatan? Apakah Phaik Kheng melihat ini sebagai satu perlawanan? Jika ini perlawanan, pastinya akan ada yang kalah iaitu mungkin Phaik Kheng sendiri, mungkin Betty dan mungkin juga Guan Eng.

Sudah tentu pembangkang akan menyatakan bahawa isu ini adalah isu peribadi dan tidak akan menjejaskan rakyat atau negeri. Tetapi, jika isu ini melibatkan Perdana Menteri atau mana-mana Menteri BN, pembangkang pasti akan melihat isu ini sebagai isu 'keselamatan-negara-antara-hidup-dan-mati'. Malah pembangkang telah pun mereka-reka kisah skandal sulit lengkap dengan gambar-gambar palsu dalam usaha mereka untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Jadi, kita semua setuju bahawa skandal tak kira berkenaan seks atau wang, yang melibatkan mana-mana ahli politik adalah isu besar.

Lebih tinggi jawatan ahli politik itu, lebih besarlah isunya bagi rakyat. Guan Eng adalah seorang Ketua Menteri dan beliau juga ada dalam senarai mereka yang berpotensi menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat; justeru, beliau, isterinya dan wanita yang dikaitkan dengannya tidak boleh lari dari berhadapan dengan perkara ini secara terus, telus dan terbuka. Jika Ketua Menteri dan isteri tidak mampu menghadapinya, maka Phaik Kheng wajar tampil menjelaskan perkara ini dari sudut dirinya sebagai seorang wanita yang benar dan berani.

Tetapi sebelum itu, ini ada sedikit nasihat untuk Betty Chew: Mintalah tips dari Wan Azizah tentang 'bagaimana untuk menunjukkan muka selamba apabila ditanya mengenai skandal yang melibatkan suami anda'

- BB
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sukar Mencari Calon: Tanda-tanda Kekalahan Pembangkang

Posted: 08 Jul 2012 07:10 PM PDT

Di kala Barisan Nasional semakin bersemangat menunggu pilihanraya, parti-parti pembangkang terutamanya PKR kelihatan resah gelisah. Malah, keresahan mereka terserlah apabila Ketua mereka sendiri iaitu, Anwar Ibrahim menyatakan yang beliau sanggup bersara jika kalah dalam PRU ini, sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar Financial Times (FT).

Bagaimana PKR boleh mengharapkan kemenangan jika mencari calon yang sesuai dan layak juga amat sukar sekali? Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, PKR akan bertanding sejumlah 66 kerusi dalam PRU ke-13 ini, dengan pecahan mengikut negeri seperti berikut:

Kedah – 7

Pulau Pinang – 4

Perak – 9

Selangor – 11

Terengganu – 1

Kelantan – 3

Pahang - 4

Johor - 4

Melaka - 1

Negeri Sembilan – 2

Wilayah Persekutuan – 5

Sabah – 8

Sarawak – 7

Dalam PRU 2008 yang lalu, PKR berjaya memenangi 31 kerusi dan banyak meraih undi Melayu.

Tetapi, pendekatan liberal PKR yang semakin menyerlah kini nampaknya telah menyukarkan parti ini meraih undi kaum Melayu. Manakala masyarakat Cina lebih selesa dengan DAP dari PKR. Masyarakat India pula, ramai yang telah serik ditipu dan diberi harapan palsu oleh PKR lalu bertindak menolak parti itu. Justeru, mahu tidak mahu, PKR terpaksa bergantung kepada undi masyarakat Cina dalam PRU ke-13 nanti.

Sumber yang sama juga mendedahkan bahawa daripada 66 kerusi yang bakal mereka tandingi, hanya 14 calon Melayu dan 8 calon dari lain-lain kaum, yang dapat dimuktamadkan. 25 kerusi pula masih di dalam dilemma dalam meletakkan calon. Sekurang-kurangnya 5 kerusi mengalami pertindihan dengan PAS dan DAP. Di masa yang sama juga, PKR langsung tidak punya 'calon pilihan' mahupun 'calon dalam pertimbangan' untuk 19 kerusi lain.

Ini bermakna daripada 66 kerusi, hanya 22 sahaja yang dapat dimuktamadkan sementara 44 yang lain masih lagi samar. Ini menunjukkan betapa sukarnya PKR untuk mencari calon yang sesuai, jauh sekali yang layak dan mampu menang untuk menghadapi pilihanraya kali ini.

Lebih buruk lagi, Anwar sendiri dikatakan masih mengalami dilemma sama ada untuk bertanding di Permatang Pauh, kubu kuatnya, atau di Nibong Tebal yang dikatakan memberi jaminan yang lebih baik untuk menang. Anwar dikatakan sedar bahawa sokongan rakyat Permatang Pauh terhadapnya telah merosot teruk sehinggakan ceramah-ceramahnya di sana tidak lagi mendapat sambutan.

Apabila seseorang politikus sudah hilang sokongan di kawasannya sendiri, ia sekali gus menunjukkan yang riwayat politik mereka semakin pendek. Mungkin kerana inilah Anwar sudah mula membayangkan persaraannya dari arena politik jika kalah dalam PRU kali ini.

Dengan Ketua yang sebegitu lemah, PAS dan DAP turut terheret sama. PAS sebelum ini membayangkan akan bertanding 80 kerusi berbanding hanya 67 kerusi pada PRU yang lalu. Namun, keinginan PAS untuk menjadi parti dominan dalam kabinet Pakatan Rakyat pastinya tidak disenangi DAP dan PKR. Dan seperti biasa PAS akhirnya akan terpaksa akur atas apa saja keputusan yang dibuat oleh DAP dan PKR.

Jika ini berlaku, maka DAP akhirnya akan menjadi parti dominan secara nyata dengan 89 kerusi mutlak untuk partinya, berbanding PKR 66 kerusi dan PAS 67 kerusi. Ini bermakna, puak rasis dan chauvinis DAP akan lebih mudah untuk meratah kaum-kaum lain andainya Pakatan Rakyat berjaya memenangi PRU nanti.

Nasib kaum-kaum bukan Cina di Malaysia, jatidiri bangsa Malaysia yang kita impikan, serta identiti Malaysia itu sendiri pasti berada dalam risiko terhapus sama sekali di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat yang didominasi DAP.

Maka, senario ini juga merupakan faktor yang bakal membawa kekalahan kepada Pakatan Rakyat. - BB
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PRU 13: DAP Bertanding 89 Kerusi - Sekaligus PM?

Posted: 08 Jul 2012 05:17 PM PDT

Berdasarkan satu laporan yang diterima, menunjukkan PKR hanya akan bertanding di 66 kerusi parlimen dalam PRU 13 nanti, jauh berkurangan berbanding sebelumnya.

Penyusutan 31 kerusi jika dibandingkan dengan 97 kerusi parlimen yang ditandingi PKR semasa PRU 12 2008 yang lalu.

Pengurangan mendadak jumlah kerusi yang ditandingi PKR ini juga berkaitrapat dengan tekanan dari DAP yang melihat dirinya lebih berpotensi memberi cabaran sengit terhadap BN.

Dengan ketetapan jumlah kerusi untuk PAS tandingi pula hanyalah 67 kawasan parlimen bermakna baki sejumlah 89 kawasan lagi bakal menyaksikan calon DAP yang berentap menentang BN.

Hampir kesemua kawasan majoriti Cina dan sebahagian kawasan parlimen yang komposisi kaumnya bercampur-campur yang sebelum ini ditandingi PKR juga bakal ditandingi oleh calon DAP.

Laporan itu juga menyebut PKR turut menghadapi masalah untuk mendapatkan calon yang berkaliber bagi menghadapi pilihanraya umum kali ini.

Banyak kawasan parlimen yang bakal ditandingi PKR masih kosong tak terisi sekaligus bakal mengulangi sejarah lama bila ramai calon payung terjun dan tidak berkualiti akan diletakkan untuk mewakili PKR.

Ini juga bermakna propaganda Anwar Ibrahim selama ini untuk merampas Putrajaya tidak lebih sekadar seekor ayam yang riuh sekampung tapi telurnya sebiji.

Untuk rekod, dalam PRU 12 tahun 2008, daripada 47 kerusi yang ditandingi DAP 28 darinya berjaya dimenangi dengan majoriti yang selesa. Kerusi milik DAP bertambah satu melalui kemenangan di parlimen Sibu.

PKR pula hanya menang di 31 kerusi sekalipun berbanding 97 kawasan yang ditandingi. Manakala PAS pula bertanding di 66 kawasan dan hanya menang di 23 kerusi.

Dalam tempoh kurang dua tahun, PKR kehilangan 5 kerusi parlimen apabila wakilnya keluar parti menjadi wakil BEBAS termasuk satu kerusi lagi dimenangi semula oleh BN melalui pilihanraya kecil.

Melihat kembali kepada rekod dan prestasi yang memihak pada DAP, seakan satu kewajaran untuk DAP menguasai pembahagian kawasan parlimen yang ditandingi pakatan pembangkang.

Dengan rekod pencapaiannya yang nyata lebih baik dari PKR dan PAS, tidak syak lagi DAP akan terus menguasai polisi dan dasar pakatan pembangkang.

Dan sekiranya pembahagian kerusi itu benar-benar dimuktamadkan, maka ura-ura Lim Guan Eng mahu dilantik sebagai PM sekiranya pakatan pembangkang dapat mengambil alih tampuk pemerintahan bakal menjadi kenyataan.

Adakah perkara sebegini akan dibiarkan berlaku oleh orang Melayu Islam yang berada dalam PKR dan PAS? - BB

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 08 Jul 2012 11:35 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


@NikAbdulAziz dan @HairieOthman mesti hangus terbakar bila tengok gambar ini!

Posted: 08 Jul 2012 10:23 PM PDT



Cuba teka siapa yang jadi imam itu?!! Nampak macam kenal bukan?!!

Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam.

"Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama," kata penyerang New York Red Bulls.

Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. "Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya."



Nampaknya Thierry Henry bukan setakat mengamalkan Islam dengan sepenuhnya, bahkan berusaha lagi untuk mendakwahkannya kembali! Alhamdulillah! Dan yang lebih manis, beliau memeluk Islam tanpa perlu mengisi borang sorga PAS pun.




Jangan jadi macam makhluk yang seorang itu. Dia ingat lepas berkhalwat, boleh isi borang hamPAS untuk short cut redeem pahala dan tiket ke sorga. Itu yang bila orang tanya kenapa masuk PAS dia jawab sebab nak cukupkan solat LIMA waktu itu. Tapi hasilnya lain pula...




Rupa-rupanya ini sebab sebenar beliau jadi biawak hijau penchacai kapir DAP yang tidak pandai cebok. Ketagih minta sedekah kepada zombie-zombie PAS untuk cukupkan RM50K semalam...

Inikah hasil dakwah PAS kepada artis terlanjur dan tidak laku macam Hairie Othman?!!



*Naik menyampah tengok poster Filem Leftenan Adnan. Yalah, ada ke bagi pengkhianat bangsa lakonkan watak pejuang bangsa?!!





Antara Skandal TALAM dengan Skandal TILAM

Posted: 08 Jul 2012 08:31 PM PDT



Selamba sahaja Kerajaan Selangor mengaku mereka terlebih bayar menggunakan wang hasil titik peluh rakyat sebanyak RM 42 Juta dalam skandal TALAM ini ya? Agak-agaknya kalau jumlah itu dibahagi-bahagikan kepada rakyat Selangor yang miskin, berapa seorang yang dapat ya?!!

Walau apapun, sebagai anak jati Selangor, kami sudah lama rindukan kemakmuran dan kepesatan pembangunan negeri yang menjadi kebanggaan kami satu ketika dahulu. Malah anak-anak Selangorlah yang paling beruntung. Kalau di sekolah, pelbagai bantuan yang kami terima sehingga menyebabkan rakan-rakan daripada negeri lain berasa iri hati.

Sekarang apa yang ada?!! Manifesto 2008 pun sudah jadi surat khabar lama. Tanah-tanah warisan semakin banyak tergadai. Rumah-rumah urut dan pusat maksiat tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Apakah itu semua dapat membantu rakyat yang terhimpit?!!

Ayuhlah orang Selangor. Bangkit dan berubahlah. Hanya BN yang mampu membela kita. Kita ingatkan kita berjaya tolak BN masa PRU lalu. Tetapi sebenarnya kita serahkan kekayaan negeri kepada pelampau Cina dan bekas lanun-lanun BN juga! Yang pakai kopiah itu hanya tahu melukut di tepi gantang sahaja.

Tidakkah kita merasa diri kita bodoh?!!

PRU13: CONFIRM DAP 89 KERUSI, PAS HANYA 76

Posted: 08 Jul 2012 06:30 PM PDT

SAYA TAHU DAP SEDANG MENIPU SAYA
KUMPULAN Pakatan Rakyat sudah menamatkan pembahagian kerusi parlimen mereka dengan fokus melihat kepada dua parti DAP mendapat 89 kerusi, dan Pas hanya 76 kerusi. Baca seterusnya dihttp://tunkuaisha.blogspot.com/2012/07/ge13-dap-puts-89-seats-becomes-pm.html  Ini menunjukkan DAP sudah menyediakan dirinya untuk memimpin Malaysia dengan erti kata lain, DAP sudah bersedia mengemudi Perdana Menteri Malaysia.


Di mana kedudukan Anwar? Makanya, anda kena cepat faham mengapa Anwar hendak bersara bukan? Sekarang kamu tahu bukan kenapa Anwar hendak bersara? 


Sudah tentu kamu tahu mengapa Haji Hadi menghantar YB Nasharudin ke kem UMNO? Sekarang kamu tahu bukan kenapa Haji Hadi memecat Dr. Hassan Ali bukan? Sekarang kamu dah dapat mengagak kenapa Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Harun Din, Ustaz Hassan Basri dan ramai lagi meninggalkan Mat Sabu dan  Mahpuz  Omar bukan? Semuanya untuk mengelak DAP menjadi Perdana Menteri. Saya ulang, semuanya untuk mengelak DAP menjadi Perdana Menteri! Subky Latif sendiri kata Pas tiada pemimpin yang boleh jadi Perdana Menteri!


Adakah kamu fikir Haji Hadi bodoh? Jika Haji Hadi bodoh dia tak akan mampu berkahwin lebih dari satu satu satu? Sebab itulah Haji Hadi until now tidak lagi mengiakan atau mengesahkan untuk menyokong ANwar sebagai PM. Tunjuk pada saya mana dia perjanjian, mana dia gentlemen talk, bahawa Anwar dipersetujui sebagai PM. Dalam kempen ya mereka sebut di atas pentas, itu pun hanya DAP. Pas belum menyatakan pendiriannya melainkan erdogans dan anwarista dalam Pas...










ANWAR JAM BARU

Posted: 08 Jul 2012 04:30 PM PDT

JAM BARU
Kita sudah tidak bercakap lagi tentang jam Omega? Kita sudah tidak bercakap lagi katanya ada disimpan di rumah? Katanya ada dengan isterinya? yang lain berkata sudah beri kepada poihak polis? Mana jam itu, hari ini Anwar sudah memakai jam baru? 

Jam oh Jam, di manakah di kau...Hari ini jam Omega sudah dilupakan, jam oh jam, ianya boleh dijadikan bahan untuk mengugut Anwar, untuk memeras Anwar, kalau u nak jam u kami nak RM100 juta...oh RM100 sikit sangat, Anwar ada RM3 Billion, mari tolak jika kamu mahir matematik. Berapa peratus RM100 juta dari RM3 Billion?

Jam oh Jam...Katanya, aku selamat, orang sudah lupa, benar katamu Tun Mahathir, orang Melayu memang mudah lupa, mereka sudah tak tanya saya mana jam itu? Aku sudah senang hati kerana aku sudah ada jam baru!



MUTIARA KATA @ MyMassa

Posted: 08 Jul 2012 04:00 PM PDT

MUTIARA KATA

Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan di saat ini supaya anda tidak kehilangan apa yang anda miliki ketika ini; dan jangan tertunggu-tunggu musibah yang akan datang kerana jika demikian bererti anda ingin mempercepatkan datangnya kesusahan dan kesedihan.

KATA HATI NAJIB DAN IDEA MYMASSA

Posted: 08 Jul 2012 07:17 AM PDT

JEMAAH HAJI MALAYSIA & KEPRIHATINAN DS NAJIB
Soalan yang menakutkan Pas, kenapa BR1M berjaya hinggakan ahli Pas pun bereBut-berebut menerima BR1M malah ada pemimpinnya mendesak supaya sebahagian wang itu diberikan kepada parti, Tabung pilihanraya konon. Mereka sangat takut http://penyokongpas.wordpress.com/2012/06/15/pru-musim-haji-apa-masalahnya/


BR1M sangat-sangat berjaya. Rakyat marhaen yang menerimanya sangat terasa, mereka sangat berterima kasih kepada DS Najib yang mencetuskan idea ini. 


Idealisma DS Najib ialah menolong rakyat, DS Najib terus berfikir bagaimana mahu menolong rakyat, terkini Bantuan membeli tayar kepada pemandu teksi. Pemandu teksi tidak kira Melayu, Cina atau India...tidak kira UMNO, Pas atau Dap juga Pkr, semuanya merasai idea-idea DS Najib. Semasa menerima wang-wang bantuan itu, mereka sudah lupa sumpah-seranah kepada DS Najib, ianya bertukar kepada senyuman, kegembiraan dan kebahagian.


Bagi Anwar Ibrahim, RM500 memanglah kecil nilainya. Tetapi bagi rakyat, nilai itu sangat besar ertinya. Anwar hanya pandang sebelah mata sahaja kerana Anwar sangat-sangat kaya raya http://beritasemasa.com/kekayaan-anwar-ibrahim


Maka, DS Najib mahu idea apa lagi? Apa lagi kata hati Najib?


Maka, Mymassa mencadangkan Perdana Menteri memberikan BR1M kepada para jemaah haji. DS Najib, dengan sedikit keuntungan dari penyenaraian FGVH, apa salahnya sedikit keuntungan itu berikan rasa juga kepada jemaah Haji Malaysia.


Bagaimana, adakah anda setuju? Bolehkah anda tweet cadangan ini kepada tweeter Perdana Menteri kita. Terima kasih. Kami tidak dapat tweet, kerana tatkala anda sedang berehat, kami sedang bertungkus-lumus di luar daerah untuk memastikan kejayaan kita bersama. Andalah kena tolong tweet tatkala sistem kami di sepanjang perjalanan PLUS terganggu-ganggu.


Terima kasih.

MEREKA YANG AKAN KEMBALI SEMASA PRU13

Posted: 08 Jul 2012 01:00 AM PDT

KERANA DUIT 
Pilihanraya Umum ke-13 masih tidak nampak bayang-bayang lagi, umat Islam menumpukan ibadah dalam bulan-bulan Syaban dan kini menghampiri Ramadan Al-Mubarak. Selepas agenda Ramadan, negara akan melalui episod genting yakni PRU13.

UMNO tidak perlu panik dengan beberapa gelintir yang menyertai Pas untuk mendapatkan Income Ceramah, bukan sebenarnya mencari keredaan Islam yang sebenar. Mymassa dimaklumkan beberapa selebiriti yang akan kembali ke pangkuan kerajaan akan berlaku semasa PRU13 nanti. Sekadar menyebut beberapa nama yang akan membuat U-Turn ialah saudara Hairie Othman yang menyertai Pas untuk mendapatkan wang ceramah http://www.penembak-tepat.com/2012/07/ketua-ulama-pas-kelantan-bidas-pas.html . 

Begitu juga Aspan Aliashttp://mymassa.blogspot.com/2012/05/aspan-alias-juga-akan-kembali-saya_15.html  akan kembali ke pangkuan jalan tidak berapa lama lagi. Adakah anda terkejut. Oh tidak, mereka telah membuktikan YB Zulkifli Nordin, YB Gobala, Yb Zahrain dan yang lain-lainnya. Termasuk yang bakal bersama kita YB Nasharudin, mantan Timbalan Presiden PAS tidak lama lagi akan menjadi ahli tetap kita. 

Bukan kita yang bayar, tetapi Allah SWT telah membuka hati mereka untuk kembali kepada yang benar. 

Serta dua tokoh terkenal yang sedang menunggu masa yang sesuaihttp://mymassa.blogspot.com/2012/06/dua-tokoh-pro-pembangkang-bersedia.html .

Maklumat seterusnya, Mymassa meminta anda bersabar.

Adakah Mymassa memberi anda berita angin selama ini. Anda tahu bukan, Mymassa mempunyai berita eksklusif kepada anda. Anda hanya perlu bersabar. Atau perlukah Mymassa mendedahkan modusnya sekarang?

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 08 Jul 2012 11:29 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Anwar Lemah Mental Panas Dengan Gurauan Tun Mahathir...

Posted: 08 Jul 2012 11:00 PM PDT


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau supaya tidak berlengah-lengah untuk bersara daripada politik.

Sebaliknya, dengan nada tegas, Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri meminta bekas bosnya itu "duduk diam-diam sambil menjaga syarikat anaknya".

Kenapa anwar marah sangat dengan Tun...?

Tun dengan nada bergurau, mencadangkan supaya diwujudkan jawatan perdana menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impiannya sebelum bersara.

Haahaahaa.... nampak sangat anwar nie lemah mental...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Dua Program Najib Di Selangor Semalam...

Posted: 08 Jul 2012 10:00 PM PDT

Semalam ada dua program najib di selangor, seawal jam 9 pagi, najib tiba di pasar seksyen 1 bandar baru bangi untuk bersama penduduk setempat, semasa bersarapan, najib bersembang sambil bertukar-tukar idea dengan rakyat tentang bagai mana kerajaan boleh membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat.

Selepas menghabiskan masa sejam setengah di pasar seksyen 1, najib bertolak ke perkarangan bangunan lembaga hasil dalam negeri untuk bersama rakyat selangor melancarkan program 'janji ditepati' peringkat negeri selangor...

Walkabout Najib di pasar seksyen 1 bandar baru bangi...














Pelancaran program janji ditepati peringkat negeri selangor.













VIDEO Nie Jelas Menunjukan Kamal Hisham & Lawyer nya Penipu Besar...

Posted: 08 Jul 2012 06:00 PM PDT

Dengar, baca dan pahamkan, inilah musibahnya kalau kuat sangat menipu... lawyer kaki tipu, anak guam kaki auta... senang cerita mereka memang ada niat nak kenakan dan rosakan nama baik sultan johor...


oyabun

Posted: 08 Jul 2012 11:22 PM PDT

oyabun


Skandal Talam : Tony Pua-ka Bongkar Penyelewengan Kerajaan Selangor Terlebih Bayar RM42j?

Posted: 08 Jul 2012 04:13 AM PDT



Ahli Parlimen DAP, Tony Pua mengakui kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor telah terlebih bayar RM42 juta bagi tanah pajakan di Bestari Jaya kepada Talam Corporation Bhd. (Talam) semasa proses pemulihan hutang pada tahun 2010.

Pengakuan itu mengesahkan dakwaan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong yang sebelum ini mendedahkan kerajaan negeri Selangor membeli tanah itu dengan harga RM42 juta lebih mahal daripada nilai pasaran.

Tony bagaimanapun berkata, jumlah itu sebenarnya adalah kurang RM9.1 juta daripada keseluruhan transaksi yang melibatkan 13 jenis aset termasuk saham pemilikan tanah, bangunan dan kelab golf.

Katanya, kerajaan negeri telah menilai tanah di Bestari Jaya itu pada harga RM181 juta sementara penilai bebas profesional pula pada RM139 juta.

"Kebanyakan hartanah lain telah dijual pada harga lebih rendah daripada apa yang dinilai oleh penilai profesional. Jika kerajaan negeri mengikut penilaian profesional itu, aset-aset itu mungkin boleh dijual pada harga lebih tinggi iaitu RM685.23 juta.

"Tetapi fakta sebenar adalah aset-aset itu telah dijual kepada kerajaan negeri pada harga cuma RM676.09 juta," katanya pada satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Butiran transaksi itu termasuklah penjualan lima plot tanah pajakan, lima plot tanah pegangan bebas, hartanah komersial dan 60 peratus pegangan saham di Ulu Yam Golf and Country Club Sdn. Bhd.

Wasabi Oyabun..

Panglima Perang Cyber

Posted: 08 Jul 2012 11:21 PM PDT

Panglima Perang Cyber


11 Gambar Gergasi Di Bangunan UMNO PWTC Mesti Anda Lihat cc @NajibRazak

Posted: 08 Jul 2012 08:14 PM PDT







Gambar ini dirakam oleh panglima semasa menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa Kali - 54 Sabtu lepas. Menggunakan Samsung Tab 7.0.

Mohon maaf kerana ia tidak secantik kamera DSLR yang Panglima masih belum ada, kerana sedang menabung untuk mendapatkannya. Walaupun sudah lama berhajat mendapatkan kamera jenis tersebut.

Usaha ini sangat bagus kerana ia dapat memberi persepsi yang jelas tentang usaha ikhlas kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri untuk kebaikan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara kita.

Kadang kala kita mudah lupa dan perlu diperingatkan dengan cara seperti ini. Harap sebarkan mesej melalui gambar ini di platform anda kuasai.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Ucapan YAB PM @NajibRazak Jelajah Janji Ditepati Bangi Semalam

Posted: 08 Jul 2012 08:00 PM PDT

Published with Blogger-droid v2.0.2

Paranormal practitioner Uncle Seekers, girlfriend remand extended three days - NST

Posted: 08 Jul 2012 06:14 AM PDT


JOHOR BAHARU - The remand on paranormal practitioner Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas and his girlfriend have been extended three days to facilitate investigation into his blog posting deemed insulting to the Sultan of Johor.

Magistrate Hafizah Johor Ariff Johor allowed the police application to extend the remand order on Syed Abdullah, or better known as uncleseekers and his girlfriend which ends today.
Syed Abdullah, 46, and the woman, 26, arrived at Johor Baru court complex handcuffed in a police van at about 10am and were taken out of the court chamber at about 11.15am.

They were arrested by Nusajaya police at about 9.45pm on Wednesday at Senawang toll plaza, Negeri Sembilan under Section 8 (1) (d) the Official Secrets Act 1972.
On July 1, 30 people lodged police reports against Syed Abdullah for articles in his blog www.uncleseekers.blogspot.com, deemed as provocation, incitement and insulting to the Sultan of Johor.
- Bernama


Read more: Paranormal practitioner, girlfriend remand extended - Latest - New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/paranormal-practitioner-girlfriend-remand-extended-1.104338##ixzz202KbWTdA


JOHOR BARU: The remand on paranormal practitioner Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas and his girlfriend have been extended three days to facilitate investigation into his blog posting deemed insulting to the Sultan of Johor.
Magistrate Hafizah Johor Ariff Johor allowed the police application to extend the remand order on Syed Abdullah, or better known as Uncle Seekers and his girlfriend which ends today.
Syed Abdullah, 46, and the woman, 26, arrived at Johor Baru court complex handcuffed in a police van at about 10am and were taken out of the court chamber at about 11:15am.
They were arrested by Nusajaya police at about 9.45pm on Wednesday at Senawang toll plaza, Negeri Sembilan under Section 8 (1) (d) the Official Secrets Act 1972.
On July 1, 30 people lodged police reports against Syed Abdullah for articles in his blog www.uncleseekers.blogspot.com, deemed as provocation, incitement and insulting to the Sultan of Johor.
- Bernama

Program Istighasah al-Kubra Mohon Umat Bersatu Padu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Semalam cc @NajibRazak

Posted: 08 Jul 2012 05:48 AM PDT


Mohon umat Islam bersatu
Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF
pengarang@utusan.com.my


Sebahagian yang hadir pada Program Istighasah al-Kubra di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam.





SHAH ALAM 7 Julai - Hampir 5,000 orang menadah tangan sambil bermunajat dan berdoa dalam program Istighasah al-Kubra di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini, bagi memohon umat Islam bersatu-padu serta meninggalkan ketaksuban terhadap ideologi politik masing-masing sehingga sanggup berpecah-belah.

Majlis tersebut bermula seawal pukul 4 pagi dengan acara qiamullail iaitu para jemaah mendirikan solat sunat tahajud, solat sunat hajat, solat sunat witir dan kemudiannya diikuti dengan solat subuh, tazkirah dan bacaan zikir munajat beramai-ramai di pekarangan masjid sebelum ia berakhir pada pukul 8 pagi.

Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, yayasan tersebut dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berganding bahu menganjurkan program Istighasah al-Kubra itu.

''Selepas gagal menyatukan umat Islam dengan cara pujuk rayu, timbul inisiatif kita untuk berdoa kepada Allah supaya penyatuan dapat dilaksana demi keamanan dan kesejahteraan rakyat negara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut di sini hari ini .

Hadir sama ialah Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar; Naib Yang Dipertua Yadim, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin; Pengerusi Seranta Majlis Istighasah al-Kubra, Datuk Abdul Samad Marudin dan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon.

Zainal Abidin berkata, melalui program tersebut, pihaknya berharap hati umat Islam di negara ini akan dapat ditaut kembali tanpa mengira latar belakang parti politik dan bersatu demi memartabatkan kedudukan Islam.

''Ini adalah apa yang Rasulullah ajar pada kita. Baginda juga dahulu berdoa dan memohon kepada Allah sekiranya mahu memohon sesuatu dan saya berharap doa ini akan dimakbulkan sekali gus menyatukan kembali umat Islam di negara ini," katanya.

Zainal berkata, pihaknya merancang untuk menganjurkan program itu ke seluruh negara dan berharap ia akan turut dihadiri oleh lebih ramai pemimpin kerajaan di setiap negeri kerana doa pemimpin adalah antara yang akan dimakbulkan.

''Buat masa ini kami sedang menunggu permohonan daripada setiap negeri supaya program seperti ini dapat dibawa dan dianjurkan ke negeri-negeri lain," katanya.

Zainal turut menzahirkan kegembiraannya dengan kehadiran begitu ramai generasi muda ke program itu dan menganggap ia ada kaitan dengan promosi yang dijalankan melalui media sosial seperti Facebook.

''Ini membuktikan yang media sosial juga boleh digunakan untuk mempromosikan program-program keagamaan yang boleh menarik minat generasi muda," katanya.


Panglima : syabas dan inilah yang perlu dilakukan secara tersusun di semua peringkat secara berterusan sehingga hari pengundian. 

Jangan lupa pengaruh sihir boleh membutakan mata pengundi untuk melihat kebenaran dan kerana itu dengan memohon bantuan Allah Taala maka kita bermohon agar pengundi akan diperlihatkan kebenaran dan mengikutinya dengan cara memilih parti kebenaran yang jelas berjasa menegakkan alif ba ta sejak dahulu hingga sekarang.

Semoga mata hati, mata akal dan mata roh kita akan terang melihat pihak manakah yang layak diberi amanah menerajui Kerajaan demi kebaikan ummah sekelian.

Tahniah kepada penganjur diharap dapat diajak semua pihak parti melayu Islam menyertai acara seperti ini. Insya Allah mujarab untuk ubat perpecahan. Panggillah ulama pewaris nabi seperti Habib-Habib agar majlis diberkati.




Kisah Jelajah Anwar Ibrahim Di Sabah Semalam - Kisah Sebenar Jambatan Patah Didedahkan

Posted: 08 Jul 2012 05:28 AM PDT


tulisan ini dipetika dari sini

Hari Pertama Jelajah Ceramah Anwar Di Kg Gas sandakan, Sabah 7 Julai 2012

Jelajah Bangsat Anwar Ibrahim TIada Sambutan Bahkan Ke Hadiran Nya Sia2

Padan Muka - Anwar dicemuh 'celupar' oleh penduduk Kpg Gas, Sandakan, Sabah 

Kempen melampau dan terdesak PKR sebenarnya menyemarakkan kebencian rakyat Sabah di Sandakan terhadap pakatan rakyat. Ditambah lagi keceluparan Anwar dan juga ucapan dalam keadaan separa sedar oleh Naib Presiden PAS - Mahfuz Omar, baru-baru ini.

Ia sekaligus mendatangkan rasa tidak puas hati penduduk di Kampung Gas, Sandakan Sabah merujuk kepada cara berkempen agresif Pakatan Rakyat menghadapi Pilihanraya Batu Sapi menentang BN dan juga SAPP.


Suara Penduduk Kg Gas Yang Benci Anwar Ibrahim & Pakatan Rakyat
SEBAGAI penduduk kampung Gas, saya agak terkilan dengan sikap celupar Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlupa menginsurankan 'mulutnya' kerana terlepas cakap melalui artikel 'Jambatan usang pun tak terjaga' yang disiarkan di laman web Malaysiakini.

Anwar bukan sahaja membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu mendirikan Menara Warisan 100 tingkat yang menelan perbelanjaan RM 5 billion tetapi tidak mampu menyelenggarakan jambatan kecil dan usang di Kampung Gas, Sandakan; malah menyakitkan hati semua penduduk kampung Gas yang seolah-olah 'orang kurang upaya' kerana tidak mampu membaiki jambatan mereka dan terlalu bergantung kepada kerajaan.

Saya rasa, jika inilah nilai kepimpinan PKR, maka mujurlah kami belum terpengaruh dengan cakap tinggi melangit Anwar dan belum membuang undi. Sebelum kami rejek PKR, jambatan kami lebih dahulu rejek pemimpin PKR.

Sebenarnya, kerajaan sentiasa menyelenggara semua jambatan kampung kami secara berkala melainkan bagi kawasan yang dihuni pendatang tanpa izin dan rumah dibina tanpa kebenaran Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK.

Kerajaan BN tidak pernah abaikan kebajikan kami selama ini dan kejadian calon PKR, Haji Ansari jatuh jambatan baru-baru ini tidak ada kena mengena dengan kecuaian kerajaan kerana ia bukannya jambatan umum sebaliknya yang dibina oleh pemilik rumah sendiri.

Apakah salah kerajaan jika jambatan penghubung dari jambatan umum ke rumah mereka roboh dan mungkin perbuatan sabotaj pihak tertentu yang ingin menangguk di air keruh.

Seumur hidup saya, tidak pernah mendengar ada penduduk jatuh jambatan di kampung Gas kerana kami sudah biasa melalui jambatan walaupun tidak berpaku; melainkan mereka yang lima kali setahun datang melawat kami.

Bagaimanapun, bagi mewakili penduduk Kampung Gas, kami memohon maaf yang tidak terhingga kepada calon PKR, Tuan Haji Ansari Abdullah yang mengalami nasib malang ketika berkunjung pertama kali ke kampung kami.

Sewajarnya pemimpin Pakatan Rakyat dan SAPP sedar bahawa Kerajaan BN sudah memberikan segala-galanya kepada kami seolah-olah Sabah ini negeri Kebajikan kerana mendapat serba serbi. Tapi agak mustahillah kerajaan menyediakan kayu untuk menyambung laluan ke rumah kami?

Satu Lagi Pencapaian Pakatan Rakyat : Terlebih Bayar Hanya RM42 Juta Kepada Talam cc Syabas MB @Khalid_Ibrahim @tonypua

Posted: 08 Jul 2012 03:19 AM PDT



Kerajaan Selangor terlebih bayar RM42j



Belantan

Posted: 08 Jul 2012 11:13 PM PDT

Belantan


Tuntut RM1juta, Penjelasan MB Khalid?

Posted: 08 Jul 2012 07:53 PM PDT



Sebanyak enam peniaga yang beroperasi di Restoran Look Out Point Western Food Sdn. Bhd. hari ini menuntut ganti rugi lebih RM1 juta daripada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berikutan penutupan restoran itu dan pusat rekreasi di Menara Tinjau Hulu Langat di Bukit Ampang pada awal tahun lalu.

Wakil peniaga, E. Manuel berkata, tuntutan itu meliputi bayaran sewa para peniaga berjumlah kira-kira RM35,000 sebulan kepada kerajaan negeri melalui Pinang Harmoni Kembara Sdn. Bhd. selama enam tahun sejak 2006 hingga Januari lalu.

Beliau menjelaskan, selama enam tahun kumpulan peniaga terlibat dibenarkan berniaga di kawasan berbukit itu, namun secara tiba-tiba kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyatakan bahawa ia tidak selamat kerana tiada sijil layak menduduki (CF).

"Jika benar kawasan itu tiada CF, kenapa selama enam tahun kami dibenarkan berniaga di atas bukit itu. Adakah mereka tidak pernah membuat 'kerja rumah' mengenai keadaan di situ sebelum membenarkan kami menyewa kedai? Bagaimana pula dengan duit sewa yang kami bayar setiap bulan?

"Kami mahu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab isu ini secara terperinci. Kami perlukan jawapan. Kami berharap tidak dijadikan sebagai mangsa politik di Selangor," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom.


Seorang lagi peniaga, Norhayati Khairuddin berkata, lebih membuatkan para peniaga kecewa apabila mendapati barangan serta perabot yang ditinggalkan di restoran berkenaan hilang setelah pusat rekreasi itu ditutup oleh pihak MPKj.

"Kami dimaklumkan bahawa MPKj terpaksa memperuntukkan sejumlah wang bagi meletakkan pegawai keselamatan di Menara Tinjau itu, tetapi bagaimana barangan kami boleh hilang? Siapa yang ingin bertanggungjawab ke atas kerosakan dan kehilangan aset kami?

"Tindakan Kerajaan PKR Selangor yang secara tiba-tiba mengarahkan kami menutup perniagaan membuatkan peniaga mengalami kerugian besar. Justeru kami minta Menteri Besar tampil menyelesaikan isu ini," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Ali yang hadir memberi sokongan kepada pihak peniaga menggesa kerajaan Selangor untuk tampil menjawab persoalan pihak peniaga yang terpinga-pinga kerana tidak dimaklumkan situasi sebenar.

Seharusnya, kata beliau, Abdul Khalid turun padang bagi melihat kawasan Menara Tinjau yang ditinggalkan tanpa penyeliaan sedangkan pusat rekreasi tersebut amat bersesuaian untuk orang ramai datang beriadah bersama keluarga.

"Kami berharap selain Menteri Besar, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu juga bertanggungjawab ke atas nasib peniaga di sini. Adalah lebih baik mengadakan perbincangan dengan para peniaga," katanya.

Suara Politik
Taminsari

Selcat Gagal - Persoalan Padang PKNS Masih Tak Terjawab?

Posted: 08 Jul 2012 03:58 AM PDT



Persoalan mengenai siapa individu yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan supaya pindaan zon padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di SS7 Kelana Jaya dekat sini dibuat masih belum terjawab.

Ini kerana pendengaran Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) mengenai padang tersebut yang berakhir hari ini gagal mencari punca sebenar bagaimana zon di mana padang berkenaan terletak boleh dipinda walaupun selepas ia diwartakan.

Sebaliknya, pendengaran Selcat yang berlangsung kira-kira empat jam itu lebih berkisar kepada perkara sama dibincangkan seperti sesi diadakan sebelum ini iaitu pada 27 dan 28 Jun lalu.

Pendengaran kali ini juga seolah-olah hanya mahu mencari kesalahan pegawai di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) semata-mata tanpa mahu menyelidik secara mendalam tentang kenyataan yang mengaitkan nama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mengeluarkan arahan supaya pindaan zon itu dilakukan seperti yang dinyatakan pada sesi sebelum ini.


Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perancang Bandar MBPJ, Faiwos Abd. Hamid mengakui beliau dan pegawai dalam unitnya bertanggungjawab melakukan pindaan zon pada kawasan tersebut tetapi memberi alasan ia dilaksanakan mengikut arahan kepadanya.

Beliau berkata, pihaknya hanya melakukan pindaan fizikal ke atas zon di kawasan tersebut selepas menerima arahan daripada bekas Pengarah Perancang Bandar MBPJ, Noraini Roslan yang merupakan ketuanya ketika itu.

"Saya dan unit saya (dalam MBPJ) ada membuat pindaan tersebut tetapi ia dilakukan selepas menerima arahan pihak atasan," katanya.

Beliau adalah salah seorang saksi yang dipanggil memberi keterangan kepada Selcat di Dewan Annexe, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Selain Faiwos dan Noraini, turut hadir memberi keterangan ialah Timbalan Pengarah Perancang Bandar MBPJ, Zain Azly Abd. Rahman, Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman dan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor (JPBDS), Mohd. Zaki Ibrahim.

Mereka dipanggil memberi keterangan kepada panel Selcat yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Teng Chang Khim.


Panel Selcat lain yang hadir pada pendengaran tersebut ialah Timbalan Speaker DUN, Haniza Mohamed Talha, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib, ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh dan ADUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak.

Dalam pada itu, Noraini menafikan ada mengeluarkan arahan kepada Faiwos agar melakukan pindaan zon tersebut sebaliknya hanya membenarkan beberapa pindaan asas dibuat seperti dipersetujui dalam satu mesyuarat yang diadakan secara bersama.

"Saya membenarkan beberapa pindaan dasar itu dibuat kerana mengikut pemahaman saya, ia perlu dilakukan tetapi ia tidak spesifik kepada padang PKNS sahaja sebaliknya melibatkan keseluruhan maklumat di dalam RTPJ2 (Rancangan Tempatan Petaling Jaya).

"Bagaimanapun, saya mengakui yang arahan pindaan itu dibuat tanpa merujuk peruntukan undang-undang terlebih dahulu sebaliknya hanya dibuat berdasarkan amalan biasa yang diamalkan sebelum ini," jelasnya.

Sementara itu, pada sidang akhbar selepas pendengaran tersebut, Chang Khim berkata, beliau dan barisan panelnya di dalam Selcat akan berbincang dan membuat rumusan mengenai sesi kali ini sebelum mencadangkan beberapa perkara penambahbaikan kepada kerajaan negeri.

Suara Politik
Taminsari

The Unspinners

Posted: 08 Jul 2012 11:09 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 08 Jul 2012 09:37 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Bersara : Anwar Sebenarnya Sindir "Dinasour" Dalam Pakatan Pembangkang

Posted: 07 Jul 2012 11:30 PM PDT


Elok Anwar Ibrahim bersara sahaja. Aman negara ini. Sebenarnya kenyataan Anwar Ibrahim ini adalah untuk mencari simpati dan menyindir beberapa orang dinasour yang masih ada dalam pakatan pembangkang. 

Jika diteliti, dinasour dinasour berikut sudah lama terlibat dalam politik tetapi masih lagi hendak bertanding dalam PRU13 nanti. 

1) Nik Aziz sudah 45 tahun
2) Kit Siang sudah 43 tahun
3) Karpal Singh sudah 38 tahun
4) Hadi Awang sudah 34 tahun

4 orang dinasour politik ini masih hendak bertanding. Anwar tidak akan bersara, suatu hari Anwar juga akan jadi dinasour politik macam 4 orang rakannya di atas. 

Anwar cakap hari ini lain, esok lain pula cakapnya. Kalau dia tidak jadi bersara, dia akan kata itu salah UMNO. Itulah lidah Anwar Ibrahim.

PenangWasabi

Posted: 08 Jul 2012 09:27 PM PDT

PenangWasabi


Ceramah Anwar dingin dan suram petanda apa?

Posted: 08 Jul 2012 05:34 PM PDT


LENGANG.... Konvensyen Pilihan Raya Umum anjuran PKR Pulau Pinang berlangsung dalam suasana hambar kerana tidak mampu menarik kehadiran ramai ahli parti itu di Bayan Baru, semalam.

Kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Pilihan Raya Umum anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri tidak mampu menarik kehadiran ramai ahli parti itu apabila ia berlangsung dalam suasana hambar.

Majlis yang diadakan di Dewan Konvensyen Sunshine di Bayan Baru, yang dikatakan kubu kuat parti itu hanya dihadiri kira-kira 200 orang sahaja walaupun beberapa pemimpin utama PKR seperti Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman; Ketua Wanita, Zuraidah Kamarudin dan Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli turut hadir.

Banyak kerusi di dewan yang boleh memuatkan kira-kira 1,000 orang itu kelihatan kosong manakala penyokong yang hadir pula sebahagian besarnya terdiri daripada orang Melayu.

Pada masa sama, Anwar juga kelihatan kurang bersemangat ketika berceramah apabila tidak mendapat tepukan gemuruh malah laungan 'Reformasi' yang sinonim dengan parti itu juga kedengaran sangat perlahan.

Ketika menyampaikan amanat selama kira-kira 45 minit, tidak ada banyak perkara baru yang disebut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kecuali mengulangi kritikannya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Anwar mengakui masalah perumahan mampu milik di Pulau Pinang masih belum dapat diselesaikan kerajaan negeri DAP.

"Kita akui perkara ini kerana tidak ada banyak pilihan memandangkan keadaan fizikal negeri ini, namun saya berharap Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan dapat menyelesaikan perkara ini sebaiknya.

"Namun, secara perbandingannya, nasib orang Melayu di Pulau Pinang adalah lebih baik berbanding orang Melayu di Kedah dan Terengganu. Jangan bandingkan orang Melayu di sini dengan orang Cina," katanya.-UMO

Penang Wasabi..

PISAU.NET

Posted: 08 Jul 2012 09:14 PM PDT

PISAU.NET


KM1SM Sabotaj Konvensyen Pilihanraya Umum PKR Di Pulau Pinang.

Posted: 08 Jul 2012 06:00 PM PDT

Kelmarin berlangsungnya Konvensyen pilihanraya umum PKR di Pulau Pinang, Kehadiran Anwar Ibrahim bersama TKM1 Dr Mansor Othman,Ketua Wanita PKR Zuraidah dan juga Rafizi seharusnya mampu menarik ribuan peserta konvensyen mereka.

Kononnya PKR anggap Pulau Pinang adalah lubuk mereka maka dengan beranggapan dengan kehadiran pimpinan atasan bersama Anugerah Tuhan pasti mengundang ribuan seperti yang kita kenali sebagai pencacai .


Malangnya..takpe Pisau ulang sekali lagi..betapa malangnya... konvensyen itu gagal sama sekali ,apabila Anwar mendakwa telah disabotaj oleh Konvesyen Media Sosial 1 Malaysia yang berlangsung di Sunway Carnival Seberang Jaya.Mana tidak nyer konvensyen Anwar hanya dihadiri oleh 200 orang. Walau pun Anwar menawarkan pelbagai pakej janji bulan dan bintang namun masih tidak mampu menarik ahli parti sendiri untuk hadir.

Konvensyen PRU PKR ni dikatakan amat penting untuk hala tuju parti semasa pilihanraya nanti,memandangkan PKR Pulau Pinang mempunyai Anugerah Tuhan .

Berbanding konvensyen media baru 1 Malaysia ni yang dianjurkan secara sederhana kehadiran melebih 350 orang. Korang tengok sendiri lah...

Nak komen lebih lebih tak payah lah,tapi dalam konvensyen PKR tu Anwar kata "nasib orang Melayu di Pulau Pinang adalah lebih baik berbanding orang Melayu di Kedah dan Terengganu"

Memang pun orang Melayu Pulau Pinang dapat khalifah Umar,orang melayu Pulau Pinang dapat keluar kampung secara percuma apabila dirobohkan.Orang Melayu Pulau Pinang gerainya diroboh dan dihalau.. Untung beribu kali untung ...


Nak tengok konvensyen yang sabotaj Anwar lebih lanjut klik MPP
Gambar kat bawah ni laporan Utusan, 200 orang je beb..

PULAU PINANG 8 Julai - Kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Pilihan Raya Umum anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri tidak mampu menarik kehadiran ramai ahli parti itu apabila ia berlangsung dalam suasana hambar.

Majlis yang diadakan di Dewan Konvensyen Sunshine di Bayan Baru, yang dikatakan kubu kuat parti itu hanya dihadiri kira-kira 200 orang sahaja walaupun beberapa pemimpin utama PKR seperti Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman; Ketua Wanita, Zuraidah Kamarudin dan Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli turut hadir.

Banyak kerusi di dewan yang boleh memuatkan kira-kira 1,000 orang itu kelihatan kosong manakala penyokong yang hadir pula sebahagian besarnya terdiri daripada orang Melayu.

Pada masa sama, Anwar juga kelihatan kurang bersemangat ketika berceramah apabila tidak mendapat tepukan gemuruh malah laungan 'Reformasi' yang sinonim dengan parti itu juga kedengaran sangat perlahan.

Ketika menyampaikan amanat selama kira-kira 45 minit, tidak ada banyak perkara baru yang disebut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kecuali mengulangi kritikannya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Anwar mengakui masalah perumahan mampu milik di Pulau Pinang masih belum dapat diselesaikan kerajaan negeri DAP.

"Kita akui perkara ini kerana tidak ada banyak pilihan memandangkan keadaan fizikal negeri ini, namun saya berharap Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan dapat menyelesaikan perkara ini sebaiknya.

"Namun, secara perbandingannya, nasib orang Melayu di Pulau Pinang adalah lebih baik berbanding orang Melayu di Kedah dan Terengganu. Jangan bandingkan orang Melayu di sini dengan orang Cina," katanya.

Pisau kata " DAP guna beberapa akaun bank untuk cuci wang haram.."

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 08 Jul 2012 09:04 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


MENJAWAP FITNAH TERHADAP TUANKU SULTAN JOHOR (BHG 1)

Posted: 08 Jul 2012 08:00 PM PDT

STRAITS TIMES CUBA HIDUPKAN NAMA 'AMBIGA' YANG DAH BASI.

Posted: 08 Jul 2012 06:00 PM PDT

DONG ZONG CABAR PERLEMBAGAAN.

Posted: 08 Jul 2012 11:11 AM PDT

ANWAR SAKIT JANTUNG TENGOK PERANGAI DAP !

Posted: 08 Jul 2012 05:09 AM PDT

PKR PENING DENGAN SKANDAL RM1 BIL TALAM.

Posted: 08 Jul 2012 12:54 AM PDT

Sri Tri Buana

Posted: 08 Jul 2012 07:21 PM PDT

Sri Tri Buana


Rainbow 5.

Posted: 08 Jul 2012 01:41 AM PDT

r b f

Posted: 08 Jul 2012 07:15 PM PDT

r b f


Kenapa Isteri Guan Eng Takut Untuk Jawab Dalam Dewan Undangan Negeri ?

Posted: 08 Jul 2012 06:09 PM PDT


Heboh diperkatakan tentang kisah Lim Guan Eng berplaster di dahi. Bukan niat saya untuk menuduh bahawa benar LGE ada hubungan sulit dengan bekas stafnya. Namun gelagat dan tingkah laku LGE serta isterinya menimbulkan kecurigaan kepada kita.

Seperti yang kita tahu, salah seorang Adun BN dari parti MCA di Melaka bertanya kepada isteri LGE samada dia mengenali atau tidak seorang perempuan cina bernama Ng Phaik Kheng yang diperkatakan dalam internet kononnya isteri LGE memukulnya.

Persoalannya kenapa isteri LGE enggan menjawabnya di dalam DUN dan membawa isu tersebut meleret-leret ke luar sampai sekarang ?

Kalau dia tak kenal, berita-berita di internet tidak betul dan Betty Chew tidak pernah memukul perempuan tersebut , sepatutya masa itu juga dia jawab. Dalam dewan adalah tempat yang terbaik untuk menjawabnya bagi meyakinkan orang ramai kerana dalam dewan tidak boleh berbohong. Tidak perlulah nak keluar dewan, kemudian nak protes sana-sini nak bawa banner sampai dalam dewan dan sebagainya. 

Kenapa takut sangat nak jawab dalam dewan ? 

Adakah kerana dalam dewan tidak boleh berbohong dan takut kantoi kemudian hari ? 

Tahun 1997 Karpal Singh pernah tuduh Anwar Ibrahim sebagai seorang peliwat dalam Parlimen.

Karpal Singh menuduh, Adun MCA hanya bertanya. Mana yang lebih teruk ?

Lebuh meragukan masyarakat apabila bekas staf LGE, Ng Phaik Kheng enggan mengulas perkara berkenaan apabila ditanya oleh wartawan. Jika benda yang tidak benar sepatutnya dia terus menjawab perkara tersebut tidak benar. Lihat di sini

Soalan ditanya kepada isteri LGE pada hari isnin. LGE hanya memberi kenyataan balas pada hari Rabu. Dua hari mengambil masa untuk menjawabnya. Kemudian muncul bersama isteri pada hari Sabtu untuk sidang media. Lima hari selepas soalan ditanya. Masa yang diambil terlalu panjang untuk membuat penafian.

Untuk menunjukkan dia tidak bersalah dan bagi meyakinkan masyarakat sepatutnya LGE dan isteri membawa bersama wanita yang berkenaan semasa sidang media tersebut. 

Uh...uh...uh....kasihan dia.......kita kena ingat, mereka laki bini adalah orang politik.....
Melihat gambar LGE dan isteri sepertimana yang disiarkan di muka depan Mingguan Malaysia semalam, teringat pula lakonan Anwar dengan isterinya serta Badrul Amin dengan isteri di depan para wartawan. Boleh dilihat di sini

Melalui laporan malaysiakini pada hari Sabtu isteri LGE 'merayu' kepada Presiden MCA agar jangan kejam.

Adun MCA hanya bertanya soalan telah dituduh kejam. Bagaimana pula tuduhan terhadap Datuk Najib dengan Altantuya ?

Najib dituduh mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya dan Rosmah dituduh terlibat membunuh Altantuya. Apakah mereka tidak ada keluarga ? Jangan ingat hanya kamu yang ada keluarga.

Apabila kena giliran kamu, janganlah kejam, kami pun ada keluarga. Waktu puak-puak kamu buat pada orang lain, kamu semua tak fikir keluarga orang. 

Karpal Singh menjadi orang pertama yang menuduh Anwar Ibrahim peliwat dan diikuti dengan Mat Sabu yang memberi gelaran al juburi kepada Anwar dan gelaran tersebut melekat sehingga ke hari ini , apakah pemimpin-pemimpin DAP dan Pas itu tidak fikir terhadap keluarga Anwar pada masa itu ? 

Kepada Lim Guan Eng dan Betty Chew, sayalah tidaklah mempercayai 100 % apa yang dilaporkan di internet. Tetapi cara dan gelagat kamu gagal meyakinkan orang ramai 100 %. Sila cuba lagi di lain kali....

Teringat pula bagaimana seronoknya dua minggu lepas Guan Eng memutar belit apa yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen Sri Gading dalam Dewan Rakyat berhubung isu gantung Ambiga. Tiba-tiba minggu lepas isterinya pula terbelit dalam DUN Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan