Selasa, 10 Julai 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 09 Jul 2012 11:43 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Makan Malam Bersama Masyarakat Cina DUN Chukai Sempena Himpunan Selamat Tinggal Umno Pada 23 Mei 2012

Posted: 23 May 2012 01:49 PM PDT










Jasindaily Online

Posted: 09 Jul 2012 09:50 AM PDT

Jasindaily Online


Hikmah Bertudung - Layak ke Akhir

Posted: 09 Jul 2012 06:03 AM PDT

SUKMA PAHANG : Pasukan Skuad Takraw Wanita Pulau Pinang (Bertudung) MENANG ke atas pasukan Wilayah Persekutuan... Tahniah peserta P.Pinang yang membuktikan dengan menutup aurat dalam bersukan, tidak menghalang mereka melakar kejayaan.



Takraw Sukma Pahang : Pulau Pinang (biru dan bertudung) lawan Wilayah Persekutuan (kuning dan seluar pendek)

Sampai Bila Nak Tunggu ?

Posted: 09 Jul 2012 05:59 AM PDT


Nampak Gaya Najimah sememangnya bukan anak jantan dan PM yang terakhir yang bakal mentadbir Malaysia. Saban hari dok jaja cerita belakang pasal pembangkang tapi bila diajak berdebat macam - macam alasan yang dikeluarkan. Kalau berani tunjuk keberanian kalau takut jangan cakap macam-macam 

Ceramah Terkini

Posted: 09 Jul 2012 05:54 AM PDT

Klik Untuk Imej Lebih Jelas

Ceramah Kenapa Artis Beralih kepada Pakatan Rakyat akan diadakan pada 11 Julai 2011 hari Rabu jam 915 malam bertempat di kampung serkam pantai..Penceramah Yang hadir ialah Sdra Bob Lokman (Bekas Penulis lirik/pelakon/pengacara/Juri Raja Lawak), YB Kok Kiew Tey (Adun Banda Hilir/ Ketua DAPSY Melaka) & Ustaz Musa Mohd(Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka)...Jom hadir beramai2

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 09 Jul 2012 09:16 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kejadian amuk berhampiran pejabat Perdana Menteri Malaysia

Posted: 09 Jul 2012 02:32 AM PDT

Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, jenayah kini di mana-mana. Atau apakah tahap kesihatan mental rakyat Malaysia makin parah?

Suami isteri ditahan polis, mengamuk berhampiran kompleks kerajaan
9 Julai 2012 , 16:36:13 PM

PUTRAJAYA: Seorang masing-masing lelaki dan wanita dipercayai suami isteri ditahan polis selepas difahamkan mengamuk dan cuba mencederakan orang ramai yang lalu di Kompleks Kerajaan berhampiran Blok B1 Jabatan Perdana Menteri, di sini, hari ini.


Couple brandishing swords shot at outside PM's office complex
Monday July 9, 2012 MYT 4:33:00 PM

PUTRAJAYA: A couple brandishing samurai swords caused a stir outside the Prime Minister's Office here on Monday.

The couple had suddenly appeared at the PMO complex's security post at 2.30pm and waving the swords in an aggressive manner.

The policemen rushed out of their post and tried to talk to the couple who appeared to more agitated.

Whilst the policemen were talking to the couple, a team of anti-crime personnel arrived.

Witnesses said after failing to calm down the couple, the police fired at the man in the left arm while the woman was shot in the left leg.

Both were taken to Putrajaya Hospital.

Bekalan minyak masak dicatu di kawasan FELDA?

Posted: 09 Jul 2012 01:15 AM PDT

Aduan Rakyat , 9 Julai 2012 - Saya merupakan anak peneroka Felda yang dilahirkan di dalam suasana kebun kelapa sawit yang damai dan tenang. Apabila FELDA disenaraikan di Bursa Saham. Saya amat berbangga menjadi generasi Felda yang mengecapi nikmatnya.

Namun apa yang paling mengecewakan apabila saya ke pasaraya berdekatan dengan Felda Bukit Goh yang permai. Saya mendapati minyak masak dari hasil sawit tiada dijual dalam botol 2 kilogram mahupun 5 kilogram.

Hanya terdapat minyak import seperti minyak masak bunga matahari, minyak jagung dan minyak zaiton yang saya fikir tiada sesiapa yang sanggup memasak atau menggoreng ikan dengan minyak tersebut.

Saya berbangga kerana Malaysia merupakan antara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia. namun mengapa minyak masak daripada kelapa sawit harus dicatu. setiap pembeli hanya dibenarkan membeli 2 kilo  atau 2 paket setiap pelanggan sahaja.

Adakah sememangnya bekalan minyak sawit telah kehabisan bagi mendapatkan modal bagi penyenaraian IPO FELDA ataupun terdapat komplot dari para peniaga untuk menyimpan bekalan bagi menaikan harga minyak masak kepala sawit? Kerana apabila FELDA kini bertaraf dunia maka harga juga harus bertaraf dunia?

By: Khairul Ashinar

Kos selenggara sekolah dan kenderaan pelajar, tanggungjawab siapa?

Posted: 08 Jul 2012 07:31 PM PDT

Sinar Harian 9 Julai 2012 : NUTP minta kementerian tanggung kos selenggara sekolah - Kementerian Pelajaran perlu menyediakan peruntukan bagi menampung kos penyelenggaraan untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sekolah.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, ia amat penting bagi memastikan sekolah betul-betul selamat dan menghindarkan kemalangan,terutama membabitkan pelajar.

Katanya, walaupun kejadian kemalangan di sekolah terkawal, langkah awal seperti penyelenggaraan sekolah perlu dibuat dari masa ke masa.

"Untuk menyelenggara perlukan kos dan pihak kementerian perlu keutamaan mengenai peruntukan ini supaya tidak berlaku sesuatu kemalangan.

"Penyelenggaraan pendawaian elektrik, suis, tandas dan tangga kini amat memerlukan perhatian dan jabatan terlibat seperti JKR, perlu datang dari masa ke masa untuk buat pemeriksaan," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas terdapat antara guru mengelak menggunakan kenderaan sendiri bagi membawa pelajar kerana risiko jika berlaku sesuatu seperti kemalangan, Yim Pheng mengakui perkara berkenaan.

Ceramah Pakatan Rakyat

Posted: 08 Jul 2012 05:58 PM PDT

CERAMAH UMUM
Penceramah : Dato Ramli Buyong, YB Loke Siew Fook, Dr. Rosli Yaakop, Abdul Rahman Ramli
Tarikh : 10 Julai 2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : Simpang Durian, Jelebu

CERAMAH PERDANA
Penceramah : Tn Hj Mohamad Sabu, Zulkefly Mohamad Omar, Zaharudin Othman  Tarikh : 11 Julai 2012, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Dataran Norahmadiah, Jln Kuala Pilah-Bahau, Kg Jemapoh, Kuala Pilah

Kartun hina Presiden Mesir disiar dalam Harian Metro

Posted: 08 Jul 2012 05:51 PM PDT

Tindakan Harian Metro keluaran Sabtu, 7 Julai 2012 melukis dan menerbit lukisan seperti ini adalah sesuatu penghinaan kepada Islam! Dr Muhammad Morsi digambarkan seperti firaun dan Bulan Bintang, lambang Islam diletak di atas piramid.

Inikah cara Akhbar Malaysia meraikan kemenangan pejuang Islam di Mesir?

Sphinx adalah sebuah patung besar berbentuk separuh manusia, dan separuh singa yang terdapat di Mesir, di Dataran Giza, tepi barat Sungai Nil, sekarang di dekat Kaherah. Ini adalah satu dari beberapa patung terbesar di dunia yang terbuat dari satu batu utuh, dan dipercayai telah dibangun oleh Mesir Kuno pada milenium ketiga SM .

Kata "sphinx" berasal dari bahasa Yunani (Sphinx, dari kata kerja sphingo) yang berarti mencekik, karena sphinx dari mitologi Yunani mencekik orang yang tidak dapat menjawab pertanyaan teka-tekinya.

Pada tulisan-tulisan abad pertengahan, nama balhib dan bilhaw yang menunjuk pada Sphinx dipergunakan, termasuk oleh sejarawan Mesir Maqrizi, yang menyarankan penyusunan bahasa Koptik, tapi istilah Arab-Mesir Abul-Hôl, yang diartikan sebagai "Bapa Teror (Pengganas)," lebih banyak digunakan. -wikipedia

Justeru itu apakah Harian Metro cuba untuk menyatakan bahawa Dr Mursi itu Bapa Pengganas?


Kartun hina Presiden baru Mesir: Metro dikutuk

Tindakan akhbar Umno, Harian Metro Sabtu (7 Julai) yang sungguh kurang ajar dan biadap tergamak menyiarkan karikatur pemimpin Islam Presiden Mesir Dr Muhammed Mursi, menimbulkan kemarahan umum terutama di facebook.

Dengan mendapat perhatian dan komen beribu-ribu ulasan itu, mereka berkata Mursi ialah pesiden yang berjuang menegakkan Islam di Mesir dan tidak sepatutnya disamakan dengan Firaun.

Bagi mereka, ini menunjukkan betapa jahil dan bangangnya pelikis berkenaan dan pengurusan akhbar. Seorang pengomen berkata, Mursi merupakan pemimpin yang menghafal al-Quran bagaimana disamakan dengan Firaun.

Mereka juga berpendapat, bagaimana negara luar hormatkan negara kita sedangkan akhbar yang berkaitan dengan pemerintah negara ini sendiri tidak prihatin dan sensitif dengan kartun berkenaan. Ini satu penghinaan terhadap rakyat Mesir dan umat Islam.

PAS Kulaijaya

Posted: 09 Jul 2012 07:12 AM PDT

PAS Kulaijaya


Forum Bicara Ikon.

Posted: 08 Jul 2012 08:08 PM PDT

Pembinaan Rumah Mak Teh

Posted: 08 Jul 2012 07:21 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan