CINA ISLAM (林川興) Posted: 09 Jul 2012 01:12 AM PDT Ceria tingkat kualiti masyarakat perumahan Posted: 08 Jul 2012 11:00 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Secara amnya, skim baik pulih pangsapuri melalui program Ceria (Caring Government for Residents' Improvement Aid) telah meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat perumahan bertingkat di Negeri Selangor. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad (gambar) berkata, antara kesan utama hasil daripada program itu ialah mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pihak Pengurusan Bangunan terutama Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body – JMB) dan Perbadanan Pengurusan (Management Corporation – MC) dalam membaikpulih harta bersama yang melibatkan kos yang tinggi seperti lif, bumbung, mengecat dan sebagainya. Selain itu, katanya ia dapat mengeratkan hubungan kerjasama penghuni dengan pihak pengurusan (JMB dan MC), memulihkan keyakinan penduduk untuk membayar caj penyenggaraan kepada JMB atau MC; dan meningkatkan tahap keselamatan serta kesihatan penduduk di kawasan yang menerima bantuan baik pulih. Jelasnya, setakat 22 Jun, sebanyak 69 pangsapuri telah dipilih menyertai skim Ceria. "Sebanyak 26 kawasan telah siap dibaik pulih manakala 25 kawasan masih dalam proses kerja baik pulih," ujarnya. harakahdaily/- | Adun Tmn Templer Ketua Pembangkang Selangor? Posted: 08 Jul 2012 10:58 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: "Jika saya boleh mencadangkan agar Adun Taman Templer menjadi Ketua Pembangkang Selangor, saya akan membuat surat itu kerana dia jauh lebih layak dari yang ada. "Tetapi oleh kerana Selangor telah mengeluarkan arahan untuk tidak lagi membuat surat sokongan, saya tak boleh lah. "Tetapi saya yakin dengan prestasi Sungai Panjang (Datuk Dr Khir Toyo) dan Seri Serdang (Datuk Mohd Satim Diman), saya yakin dia (Adun Taman Templer - Datuk Seri Subahan Kamal (gambar) lebih layak," kata Azmin Ali, Adun Bukit Antarabangsa. Beliau beliau berkata demikian dalam sidang DUN Selangor hari ini. Azmin berkata demikian ekoran Adun Taman Templer yang sentiasa bangun bertanya dalam sidang DUN Selangor berbanding Ketua Pembangkang yang ada. Adun Bangi (Dr Shafei Abdul Rahman) kemudiannya bertanya, adakah beliau berpandangan Adun Taman Templer itu lebih layak jadi Ketua Pembangkang Selangor. Wanita tanpa tudung Terdahulu, isu pemimpin wanita Pakatan Rakyat yang bukan Islam yang tidak memakai tudung menyertai majlis senamrobit dalam kawasan masjid menjadi isu. Subahan dan seorang lagi Adun BN mempertikaikan kenapa Pakatan membenarkan pemimpin itu tidak memakai tudung dalam kawasan masjid. Azmin berkata, soal wanita bukan Isam tidak memakai tudung tidak berbangkit langsung kerana mereka bukan Islam. "Yang perlu dipersoal oleh Adun BN adalah isteri Perdana Menteri yang beragama Islam dan tidak bertudung...itu yang patut dipersoal dahulu," kata Azmin yang mendapat tepukan meja bergemuruh dalam sidang itu. harakahdaily/- | MENINGKATKAN IMAN DAN TAKWA Posted: 08 Jul 2012 10:49 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - Wahai kaum muslimin yang dirahmati Allah, MARILAH kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenar-benarnya iaitu dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi mukmin yang sejati dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Muslimin yang dikasihi Allah, Kini kita berada pada minggu ketiga di dalam bulan Sya'ban bermakna jika diizinkan Allah kita akan bertemu dengan Ramadhan tidak berapa lama lagi. Justeru itu kesempatan yang ada ini mimbar ingin mengajak hadirin sekelian menilai kembali tentang keimanan dan ketaqwaan kita bagi menghadapi Ramadhan yang bakal menjelma. Sesungguhnya iman dan takwa adalah unsur penting dalam diri dan jiwa seorang Muslim kerana jika salah satu atau kedua-duanya tiada pada diri atau jiwa seorang Muslim, maka tidak akan lengkap Islam seseorang itu dan tidak menepati ciri-ciri seorang muslim, maka tidak akan lengkap Islam seseorang itu dan tidak menepati ciri-ciri seorang Islam yang beriman dan bertakwa. Iman ialah mengikrarkan kebenaran dengan lidah, membenarkan apa yang diikrarkan itu dengan hati, dan melaksanakan atau mengamalkan semua ajaran yang diikrarkan itu dengan bersungguh-sungguh dan berterusan selama hidup di dunia. Takwa pula ialah rasa takut dan khuatir dengan kepatuhan dan ketaatan melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhi larangan-larangan-Nya. Apabila kita amat-amati isi kandungan Al-Qur'an Al-Karim dipermulaan surah Al-Baqarah: iaitu dari ayat 1 hingga 5 Allah Subahanahu Wata'ala menjelaskan dua perkara iaitu iman dan takwa. Firman Allah Subhanahu Wata'ala tafsirnya: الٓمٓ ﴿١﴾ ذَٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًۭى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾ ٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِٱلْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ يُنفِقُونَ ﴿٣﴾ وَٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِٱلْءَاخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ ﴿٤﴾ أُو۟لَـٰٓئِكَ عَلَىٰ هُدًۭى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ ﴿٥﴾ "Alif Lam Mim, itulah kitab Al-Qur'an yang dibacakan oleh Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasalam yang tidak ada keraguan padanya tentang datangnya daripada Allah Subahanahu Wata'ala dan tentang kesempurnaan kandungannya. Ia adalah sebagai petunjuk ke jalan yang lurus bagi orang-orang yang hendak bertakwa dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib yang tidak kelihatan oleh mereka seperti hari kiamat, syurga dan neraka dan mendirikan sembahyang dengan sempurnanya dan membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang kami telah kurniakan kepada mereka. Dan orang-orang yang beriman dengan apa yang diturunkan Al-Qur'an kepada mu Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasalam dan beriman pula dengan apa yang diturunkan (kitab Taurat, Injil dan Zabur) kepada nabi-nabi yang terdahulu daripada mu dan mereka penuh yakin akan adanya hari akhirat. Mereka itulah yang beroleh hidayah daripada Tuhan mereka. Dan mereka itulah yang akan mendapat kemenangan dengan dimasukkan ke dalam syurga dan selamat dari siksa neraka". Sidang Jumaat yang berbahagia, Berdasarkan ayat yang dibacakan tadi, dapat kita fahami bahawa takwa itu datang atau muncul dalam diri seseorang setelah adanya iman. Al-Quran adalah petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa atau yang berusaha membentuk dirinya mematuhi perintah-perintah Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhi larangan-Nya kerana merekalah yang terutama sekali yang mendapat faedah dari petunjuk hidayah Al-Qur'an, disebabkan imannya dan takwanya. Sedang orang-orang yang kufur dan ingkar adalah sebaliknya. Manakala perkara yang 'ghaib' itu ialah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera yang lima bagi manusia biasa, tetapi diakui serta diyakini dengan jalan perhatian dan fikiran yang berdasarkan dalil-dalil yang boleh diterima oleh akal yang sempurna seperti wujudnya Allah Azzawajalla dan sifat-sifatnya, demikian juga malaikat, hari akhirat, syurga, neraka dan lain-lainnya. Jika seseorang meyakini atau beriman bahawa Allah Subhanahu Wata'ala bersifat dengan Maha Melihat, sudah setentunya ia boleh menghindarkan dirinya dari melakukan kemaksiatan kepada Allah Subhanahu Wata'ala kerana dalam jiwanya ada perasaan bahawa setiap tindakannya sentiasa di dalam pemerhatian Allah Subhanahu Wata'ala, yang demikian itulah dinamakan takwa. Muslimin yang dirahmati Allah, Perlu diketahui bahawa iman dan takwa itu perlu dipertingkatkan, ini kerana iman itu kadangkala bertambah dan kadangkala berkurang, firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Anfaal ayat 2 tafsirnya: إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَـٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمَـٰنًۭا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ﴿٢﴾ "Sesungguhnya orang-orang yang benar-benar beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gembiralah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatnya, bertambah kuat iman mereka dan hanya kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal". Sebagai Muslim kita hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita. Diantara jalan untuk meningkatkan iman dan takwa itu ialah dengan memperbanyakkan ucapan Lailahaillallah sebagaimana yang disebutkan di dalam sebuah hadis Rasulullah saw. maksudnya: "Dari Abu Hurairah r.a.: Bahawasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam bersabda: Perbaharuilah iman kamu. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kami memperbaharui iman-iman kami? Baginda menjawab: Perbanyakkanlah membaca Lailahaillallah". (Riwayat Al-Imam Ahmad) Selain daripada memperbanyakkan menyebut Lailahaillallah, perlu juga diiringi dengan zikir-zikir yang lain. Di samping itu kita juga dianjurkan memperbanyakkan doa memohon agar ditetapkan keimanan dan ketakwaan kita, sepertimana yang diajarkan oleh baginda Rasulullah saw. dalam sebuah hadis maksudnya: "Dari Abi Masud Radiallahu Anhu, bahawasanya Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasalam berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya saya memohon petunjuk, mohon agar selalu bertakwa, memohon terjaga kehormatan diri dan memohon kekayaan kepadamu". (Riwayat Al-Imam Muslim) Muslimin yang dirahmati Allah, Perlu kita sedari bahawa dalam kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala, bukan hanya untuk diri kita sendiri, akan tetapi perlu juga diterapkan dan diajarkan kepada keluarga kita. Ingatlah! Bahawa Allah Subhanahu Wata'ala memerintahkan kita agar menjaga dan menjauhkan diri kita serta kaum keluarga dari terjerumus ke dalam api neraka, sebagaimana firman-Nya dalam surah At-Tahriim ayat 6 tafsirnya: يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًۭا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَـٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌۭ شِدَادٌۭ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦﴾ "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu berhala, neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras dan kasar layanannya, mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkannya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan". Ingatlah wahai kaum Muslimin bahawa sesungguhnya kehidupan kita ini cuma sementara, hanya iman dan takwa serta amal ibadah yang disertakan dengan mengharap keredhaan Allah Subhanahu Wata�ala sahajalah yang akan menjamin kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat kelak. Sidang Jumaat dikasihi sekelian, Akhirnya, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah Subahanahu Wata'ala, mudah-mudahan hidup dan mati kita sentiasa dalam keadaan beriman dan bertakwa dan seterusnya dapat berhimpun di syurga bersama-sama dengan para Anbiyaa dan orang-orang yang beriman di akhirat kelak. Amin Ya Rabbal Alamin. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Anfaal ayat 29 tafsirnya: يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن تَتَّقُوا۟ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَانًۭا وَيُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّـَٔاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلْفَضْلِ ٱلْعَظِيمِ ﴿٢٩﴾ "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala, nescaya dia (Allah) mengadakan bagi kamu petunjuk yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah mempunyai limpah kurnia yang besar". بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ. خطبة كدوا اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ : الٓمٓ ﴿١﴾ ذَٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًۭى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾ (1) Alif, Laam, Miim. (2) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ. Ya Allah kurniakanlah sepenuhnya taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah. رَبَّنَا آتنِاَ فِيْ الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِيْ اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ. | 2 juta anak belut disorok dalam kotak dirampas Posted: 08 Jul 2012 10:40 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - MANILA: Pegawai kuarantin lapangan terbang negara ini semalam menemui dua juta anak belut disembunyikan dalam kotak di Lapangan Terbang Manila yang dipercayai untuk dihantar ke restoran di Hong Kong. Anak belut itu disimpan dalam beg plastik berisi air dan disembunyikan dalam 46 kotak, kata ketua bahagian kuarantin Lapangan Terbang Manila, Ben Curativo. Filipina Mei lalu mengharamkan pengeksportan anak belut selepas kajian menunjukkan bilangan spesies itu semakin pupus. "Ia sedia untuk diangkut ke dalam pesawat yang menuju ke Hong Kong dan kami kini mengesan individu di sebalik penghantaran itu," katanya kepada media. "Kami mengesyaki anak belut itu akan dibesarkan di sana dan apabila sudah matang akan digunakan untuk hidangan di restoran," katanya. - Manila Times | Amanah sedia anjur debat PAS-Umno Terengganu Posted: 08 Jul 2012 10:14 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU - Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) menyatakan kesediaan menjadi orang tengah bagi menganjurkan satu debat atau dialog terbuka di antara Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. Koordinator negeri Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Ahmad Shah berkata banyak isu-isu mengenai negeri Terengganu tidak dijawab oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) antaranya isu royalti petroleum dan isu bumbung Stadium Sultan Mizan yang runtuh dua tahun lalu. (Gambar: Raja Kamarul Bahrin pada sidang media, semalam). Menurutnya, debat di antara kedua pihak pembangkang dan kerajaan adalah medan yang terbaik bagi rakyat mengetahui penjelasan dari kedua-dua belah pihak tentang isu terbabit. Katanya debat atau dialog merupakan ciri-ciri demokrasi yang sihat di mana Malaysia sebagai negara yang semakin matang patut mendokong perbahasan dan kebebasan bersuara. "Tuan Haji Wahid telah meminta Datuk Seri Ahmad Said (untuk) berdebat atau dialog terbuka sepaya isu semasa dapat dibincangkan dan diberi penjelasan di khalayak supaya orang ramai lebih memahami isu yang menjad kemusykilan. "Ini adalah salah satu ciri demokrasi yang sihat, Malaysia negara yang bertambah matang patut mendukunginya (dengan) kebebasan untuk bercakap (dan) kebebasan melapor oleh pihak media apa jua yang berlaku," ujarnya. Menurut beliau, antaranya isu penting yang boleh dibincangkan dalam debat tersebut adalah royalti dan hasil petroleum kepada negeri Terengganu dan isu bumbung Stadium Sultan Mizan yang runtuh dua tahun lalu. Katanya, baru-baru ini tuntutan mahkamah ke atas lima peratus hasil royalti minyak yang buat oleh kerajaan Terengganu telah ditarik balik dan menimbulkan persoalan dari orang ramai. "Tuntutan mahkamah yang dibuat untuk menuntut balik 5% royalti minyak telah ditarik balik, ini kembali kepada persoalan wang ehsan, jadi apakah bahagian (share) pendapatan Terengganu kalau kita bergantung dengan ehsan, "Ini merupakan pertanyaan rakyat Terengganu, apakah sumbangan (hasil) kepada rakyat Terengganu kalau kita tidak menetapkan peratus (bahagian hasil) Terenganu dalam perjanjian," soalnya. Beliau berkata dalam belanjawan 2012, kerajaan negeri telah meletakkan pendapatan negeri sebanyak 95% adalah dari sumber minyak dan gas. Oleh itu, katanya, sekiranya kerajaan hanya mengharapkan kepada 'wang ehsan' bagaimanakah belanjawan tersebut akan dikendalikan. Selain dari isu royalti, Raja Datuk Kamarul Bahrin berkata, rakyat bertanya tentang isu bumbung stadium yang runtuh yang hanya dibersihkan tetapi belum diperbaiki. "Rakyat bertanya-tanya apakah masa depan, apakah nasib stadium ini? Kalau dah begitu lama bumbungnya runtuh, telah dibersihkan tetapi bilakah stadium itu dapat digunakan semula. "Ini juga merupakan isu yang berlarutan (dan) tidak ada pendekatan yang lebih positif untuk memberi kefahaman yang sebaik mungkin kepada rakyat," jelasnya dalam sidang media yang diadakan di sebuah hotel di sini pada Ahad 8 Julai. Menurutnya, kerajaan negeri sudah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM300 juta namun masih bergantung kepada stadium lama yang hanya mempunyai kapasiti sebanyak 20,000 orang. Peningkatan sukan bolasepak negeri Terengganu adalah baik, namun kata beliau, adalah sayang kerana stadium baru tidak dapat digunakan. Katanya, hasil kajian juruperunding bebas yang menyiasat kejadian stadium runtuh telah menyatakan semua pihak bersalah, tetapi tidak ada satu pihak pun yang benar-benar bersalah. Selain, isu-isu terbabit menurutnya, pihak pembangkang dan kerajaan juga boleh menggunakan medan debat tersebut sebagai wadah untuk membentangkan manifesto masing-masing untuk dinilai oleh rakyat pada saat hampir kepada piliharaya umum. Justeru, beliau berkata Amanah akan menghantar surat jemputan kepada Datuk Seri Ahmad Said dan Mohd Abdul Wahid Endut dan berharap kedua-dua pihak terbuka menerima pelawaan itu. harakahdaily/- | Air Mata Yang Berlinang Posted: 08 Jul 2012 10:01 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - DI Rumah Amalia sore itu ada laki-laki terbilang muda, sebagai kepala rumah tangga tentunya selalu berharap untuk tegar dan kuat. Airmatanya berlinang, dirinya ingin selalu tegar dan kuat dalam menjalani hidup, namun kehilangan istri dan anak disaat berturut-turut sungguh membuat hatinya tergores luka dan perih. Air matanya menetes. dirinya hampir kehilangan kekuatan hidup. Kisah itu diawali dengan pernikahannya yang sederhana. Kehidupan rumah tangga penuh kebahagiaan, restu kedua orang tua, sahabat kerabat dan teman-teman selalu menghiasi bahtera rumah tangganya. Sekalipun orang tuanya menawarkan untuk tinggal bersama, dengan ketulusan hati mereka berdua sepakat untuk hidup mandiri sekalipun harus tinggal dipetakan rumah yang sempit. Alhamdulillah, pernikahannya benar-benar membawa berkah bagi dirinya dan istri. Rizki mengalir begitu berlimpah. Kondisi makin membaik sehingga bisa mempunyai rumah mungil sederhana. Allah seperti melimpahkan begitu banyak anugerah, istrinya hamil. Sekalipun dalam keadaan hamil, istri memilih untuk tetap bekerja. diusia kandungan sudah tua istri mengambil cuti. Beberapa hari mengambil cuti perutnya terasa mulas bergegas dibawa ke rumah sakit. Sesampai rumah sakit sudah mencapai bukaan kelima hingga bayinya terlahir dengan selamat tanpa harus operasi. Kebahagiaan terpancar diwajah. Kehadiran sang buah hati adalah kebahagiaan dirinya, istri dan kedua keluarga besar. Sampai satu pagi disaat dirinya hendak ke kantor terdengar suara teriakan keras istrinya. Ia berlari menuju kamar, terlihat wajah sang istri kesakitan kesulitan bernapas. Ia berlari kencang dengan membopong tubuh istrinya dimasukkan ke dalam mobil menuju rumah sakit. Tiada henti memohon kepada Allah agar istri diselamatkan. Namun Allah punya rencana lain. Dokter menyatakan nyawa istrinya sudah tidak tertolong lagi. Air matanya meleleh membasahi pipi bersimpuh dilantai rumah sakit. hatinya menjerit. "Ya Allah, betapa berat cobaan hidup ini!" Disaat kehilangan istri, setiap kali melihat wajah bayi mungilnya tak ingin membuat anaknya yang sudah kehilangan ibu juga kehilangan ayahnya yang terus terpuruk. Diasuh bayi itu dengan kebahagiaan. Di rumah jika ia pergi ke kantor, bayinya diasuh oleh baby sister yang sudah berpengalaman. Hari-harinya berlalu begitu cepat, luka dihati akibat kehilangan istri belumlah sembuh. Hampir setiap hari selalu menggendong bayinya yang lucu. Siang itu ia sang buah hati tertidur lelap dipangkuannya, dengan berhati-hati menaruhnya di dalam tempat tidur. Selepas sholat dzuhur bagaikan tersambar petir disiang hari. Betapa shock dirinya bayi bungil dan lucu sudah tak bernapas lagi. Putrinya meninggal dunia sebulan setelah ibundanya. Oleh dokter disebutnya akibat SIDS, Sudden Infant Death syndrome atau Sindroma kematian bayi mendadak. Ia raih bayinya, ditimang dan dicium pipinya dengan menjerit histeris. Ya Allah, Engkau ambil istriku! Sekarang Engkau ambil juga putriku!" dipeluk erat sambil memanggil namanya, ia berharap anaknya akan bangun namun tubuh mungil itu tetap diam membisu. Disaat itulah dirinya benar-benar hancur dan terpuruk. Allah membimbing dirinya, agar lebih mendekatkan diri kepadaNya. Sekaranh justru ada kerinduan untuk senantiasa dekat dengan Allah. Alhamdulillah melalui Rumah Amalia ia bisa berbagi dan ia menyadari lebih banyak orang yang lebih menderita daripada dirinya. posted by :agussyafii | Khairiah, senator wanita ke-7 lantikan PAS Kelantan Posted: 08 Jul 2012 09:50 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pegawai Undang-Undang Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Khairiah Mohamed, 38, hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara. Pelantikan beliau bagi menggantikan Mumtaz Mohd Nawi. Khairiah dicadangkan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (Dun) yang lepas. "Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana memberi kepercayaan penuh dan melantik saya sebagai senator. "Amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada saya ini akan saya tunaikan sebaik mungkin demi kepentingan rakyat dan negara," jelasnya kepada pemberita di lobi parlimen. Beliau selaku Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kelantan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh keluarganya dan juga Dewan Muslimat PAS negeri yang sentiasa menyokong perjuangannya. Sementara itu, Ahli Parlimen Rantau Ranjang, Siti Zailah Mohd Yusoff menyatakan keyakinan bahawa Khairiah dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin. "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Khairiah atas perlantikan sebagai senator, ini merupakan senator yang ketujuh dari muslimat sepanjang PAS memerintah Kelantan. "Saya yakin dengan pengalaman dan latar belakang beliau miliki, Khairiah dapat melaksanakan tanggungjawab dan peranan yang lebih berkesan kepada dewan dan negara," katanya. Khairiah sebelum ini berkhidmat selama 11 tahun di MPKB BRI berasal dari Kubang Kerian, kini menetap di Kampung Sabak Pengkalan Chepa. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa dan Ijazah Sarjana Syariah di Universiti Malaya. harakahdaily/- | 15 minit rintih sakit Posted: 08 Jul 2012 09:44 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - PARAH...Vasantha tersepit selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan lalu rempuh tembok. TERSEPIT...anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. PORT DICKSON: "Sakit...sakit," rintih seorang lelaki yang terpaksa menahan azab selama 15 minit akibat tersepit di tempat duduk penumpang sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat selepas kereta dinaiki bersama dua saudaranya terbabas lalu merempuh tembok di Jalan Pasir Panjang-Port Dickson, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, mangsa, V Vasantha, 24, patah kaki kiri dan cedera di bahagian muka manakala, M Janaki, 60, yang duduk di bahagian belakang patah kaki dan tangan. Namun pemandu kereta, T Vijayan, 27, hanya cedera ringan. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun ketika dihubungi berkata, siasatan awal semua mangsa dalam perjalanan dari Pasir Panjang ke Port Dickson sebelum kereta Proton Saga dinaiki hilang kawalan. "Kereta yang dipandu Vijayan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tembok menyebabkan Vasantha iaitu penumpang depan terperosok di bawah tempat duduk. "Manakala, Janaki yang turut cedera parah dikeluarkan orang ramai sebelum dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk menerima rawatan lanjut," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam. Abd Wahab berkata, Vasantha yang kelihatan parah di muka dikeluarkan bomba dan terus dikejarkan ke HPD untuk rawatan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. "Siasatan tempat kejadian masih lagi diteruskan berikutan kemalangan ini membabitkan kenderaan mangsa saja," katanya. Sehubungan itu, pihaknya masih menyiasat punca sebenar kemalangan dan meminta mana-mana saksi kejadian tampil atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nor Athirah Abd Manaf di talian 016-4412831 bagi menyalurkan maklumat. "Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu cuai dan menyebabkan kemalangan," katanya. Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Badrul Taman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.15 pagi dan satu jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian. "Setibanya di tempat kejadian, dua mangsa sudah dikeluarkan oleh orang ramai manakala penumpang depan mengambil masa selama 15 minit untuk dikeluarkan akibat terperosok di bawah tempat duduk," katanya. metro/- | Syarikat Scorpene laksana LRT Ampang - PKR Posted: 08 Jul 2012 09:38 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - AMPANG: Selepas mendakwa syarikat George Kent mendapat projek LRT Ampang melalui jalan yang tidak betul, PKR mendakwa, syarikat dari Perancis yang berkaitan Scorpene pula yang akan membina projek itu. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam ceramahnya di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana di sini (gambar) berkata syarikat George Kent hanya berminat mendapatkan keuntungan 'atas angin' sahaja dan bakal menyerahkan pelaksaan projek itu kepada syarikat dari Perancis terbabit. "Maknanya Datuk Seri Najib Razak tidak cukup dia dapat RM600 juta daripada syarikat Perancis yang menjual kapal selam 'second hand' tetapi 10 tahun kemudian syarikat yang sama itu Datuk Seri Najib rancang dan berikan kontrak RM1 bilion," dakwa Rafizi sebagaimana dilaporkan media rasmi Selangor, Selangorku. Tambah Rafizi, syarikat George Kent ini dimiliki oleh seorang peniaga yang bernama Tan Sri Tan Kay Hock seorang 'taukey' yang merupakan rakan akrab Datuk Seri Najib Razak daripada sekolah menengah sehingga kini. "George Kent yang merupakan syarikat membuat meter paip ini adalah merupakan 'Ali Baba' yang tidak berminat dan hanya akan mengambil keuntungan di atas angin sahaja," kata Rafizi. Jelas Rafizi, beliau tidak gentar dengan ugutan dan ancaman daripada terus mendedahkan skandal RM1 bilion ini demi rakyat. Negara ini berhadapan dengan skandal yang cukup bahaya kerana ia melibatkan nyawa dan keselamatan rakyat yang bakal menggunakan sistem pengangkutan LRT jika syarikat yang tidak mempunyai kepakaran melaksanakan projek penting ini. "Kami Pakatan Rakyat akan membawa isu ini kepada penduduk di Ampang, Pandan, Cheras dan Bandar Tun Razak minggu depan kita akan turun untuk mengedarkan risalah agar lebih ramai orang yang akan faham skandal LRT Ampang ini bukan soal hanya politik, tetapi ia melibatkan nyawa rakyat. "Tiap-tiap minggu kita akan dedahkan dokumen baru untuk membuktikan bahawa inilah rancangan dan angkara Datuk Seri Najib Razak,dia tidak fikir tentang keselamatan rakyat," katanya. Tambah Rafizi, pendedahan skandal RM1 bilion akan terus 'membenamkan' karier politik Najib. "Projek LRT Ampang ini memang cukup dibimbangi oleh Najib jika ia diketahui rakyat kerana ada surat dan dokumen yang ditandatangani sendiri oleh Najib sendiri," tegasnya. harakahdaily/- | Polis boleh mengundi di mana-mana - SPR Posted: 08 Jul 2012 09:34 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - TUMPAT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak permohonan membatalkan pendaftaran pengundi secara pos bagi anggota polis yang tidak bertugas di lokaliti Balai Polis Wakaf Bharu. Dengan alasan anggota polis bertugas tidak tentu lokasi, SPR menyifatkan mereka boleh mengundi di mana-mana. Perkara itu dinyatakan dua orang pembantah, Alias Awang, 45 dari Kampung Belukar, Wakaf Bharu dan Azoha Awang, 49, yang ditugaskan membantah 37 orang anggota polis yang bertugas di luar lokaliti Wakaf Bharu, dibawa mengundi ke Dun berkenaan. Alias yang bertugas pada sebelah pagi, memberitahu beberapa penama dari anggota berkenaan yang tinggal di Bachok, Galas di Gua Musang, tiba-tiba menjadi pengundi Dun tersebut. "Sedangkan nama-nama berkenaan jangankan tinggal di Dun berkenaan, bertugas di situpun tidak,"ujarnya. Sambungnya, dalam bantahan itu beliau turut mengajukan soalan, kenapa nama-nama berkenaan berada di Dun tersebut. Azoha yang juga Penghulu Mukim Padang Roma, berkata sebelah petang pula beliau mendapat senarai nama-nama anggota yang tinggal di Pengkalan Chepa khususnya di Dun Panchor, berada dalam Dun berkenaan. Katanya, alasan Pegawai Perbicaraan SPR mengatakan mereka kadang kala diarah bertugas di Dun Wakaf Bharu satu alasan tidak munasabah. "Terlalu banyak bukti yang diperolehi pada suku pertama tahun ini pengundi luar tersenarai sebagai pengundi di Dun ini,"ujarnya. Sementara itu, Adun Wakaf Bharu, Che Abdullah Md Nawi, ketika memberitahu Harakahdaily di pejabatnya petang semalam, berkata alasan SPR cukup membuktikan mereka menjadi alat Umno dan BN. Tambahnya, jika itu juga alasannya bererti Ketua Polis Negara boleh mengundi di negeri mana yang dia ingin mengundi dan Ketua Polis Negeri juga boleh mengundi di kawasan mana yang mereka suka. "Bukan anggota polis sahaja, sebelum ini 10 pengundi yang membabitkan orang awam juga telah didapati menjadi pengundi dalam Dun Wakaf Bharu, bila kita membuat bantahan mereka kata akan siasat. Siasatpun macam tu juga, kekal sebagai pengundi,"ujarnya lagi. Beliau yang juga anggota exco kerajaan negeri seterusnya memberitahu SPR yang sepatutnya menjadi badan bebas, terbukti menjadi 'kuda tunggangan Umno'. Hari ini seramai 20 orang lagi senarai pengundi pos di Dun berkenaan akan dibantah. harakahdaily/- | Mati pakai blaus isteri Posted: 08 Jul 2012 09:29 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - KAJANG – Seorang jurujual yang baru pulang dari kerja terkejut apabila menemui suaminya dalam keadaan lemah dengan tangan dan kaki diikat manakala mulutnya pula disumbat dengan kain dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Penghulu 7/3, Bandar Mahkota Cheras di sini kelmarin. Lebih menghairankan, suami mangsa yang merupakan penyelia tapak projek berusia 35 tahun tersebut ditemui memakai pakaian wanita dipercayai milik isterinya dalam keadaan sedang duduk di atas kerusi di dalam salah sebuah bilik di rumahnya. KOSMO/- | Gadis pakai lampin Posted: 08 Jul 2012 09:10 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - PASIR MAS: Melihat susuk tubuhnya, dia bagaikan kanak-kanak berusia tiga tahun manakala tingkah laku pula seperti bayi apabila tidak dapat bertutur atau berdiri serta masih memakai lampin pakai buang. Begitu nasib Siti Salwani Abdullah, dari Kampung Simpol, Tok Uban, dekat sini, yang berusia 19 tahun. Dengan ketinggian cuma 83 sentimeter dan berat 14 kilogram, anak keempat daripada tujuh beradik itu terpaksa melupakan segala-galanya, termasuk alam persekolahan dan remaja. Dia kini terperap di rumah bersama bapanya, Abdullah Salleh, 67, tiga adik, Mohd Khir, 18, Mohd Lutfi, 16 dan Saadon, 14, dan datuk, Salleh Awang Kechik, 90, selepas ibu mereka, Ramlah Ismail, meninggal dunia pada 2007 akibat barah hati. Dua kakaknya, Nurul Asyikin, 27, dan Nurul Akmar, 24, bekerja di Kuala Lumpur, manakala seorang lagi kakak, Siti Adawiyah, 22, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Shah Alam. METRO/- | Wanita warga India ditemui mati tergantung Posted: 08 Jul 2012 08:58 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - Seorang pembantu rumah warga India ditemui mati dalam keadaan tergantung di kipas siling rumah majikannya di Lengkok Pemancar Gelugor di Georgetown, malam tadi. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian pukul 11 malam itu, majikan wanita terbabit berada di Kuala Lumpur. "Difahamkan dokumen pengenalan diri mangsa berusia 40-an itu berada pada majikannya dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah," katanya kepada pemberita di Georgetown, hari ini. Gan berkata ia adalah kes kedua seumpama itu melibatkan pembantu rumah warga India di daerah ini. Katanya polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut, dan mayat wanita terbabit dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. -Bernama | Pertolongan Allah Posted: 08 Jul 2012 08:52 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - Malam itu seorang teman datang ke Rumah Amalia. Dia menceritakan bahwa dirinya bukanlah orang yang taat beragama. Sholatnya suka bolong-bolong. Semuanya menjadi berubah ketika satu hari dia mengalami kecelakaan di fly over. Kendaraan yang ditumpangi disruduk oleh metromini. Dia mengalami koma. Istrinya dengan setia menungguinya dirumah sakit. Katanya, Awalnya istrinya tidak percaya, setelah beberapa hari dalam keadaan koma. Namun ada keajaiban bahwa dirinya bisa tersadar. Dokter terheran dan mengatakan pemeriksaan dan diagnosis terbaru menunjukkan bahwa otaknya sama sekali tidak mengalami gegar. "Kondisi anda sekarang dalam keadaan normal" Kata dokter itu. teman itu terkejut, hampir tak percaya atas perkataan dokter, dia tidak kuasa membendung air matanya yang meleleh karena kebahagiaan. dia itu bertanya sekali lagi apakah yang didengarnya adalah benar. Dokter mengatakan semuanya benar. Dia memanjatkan syukur alhamdulillah kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang berkenan menyembuhkan dirinya. Sewaktu suaminya sedang koma di Rumah Sakit, istrinya sempat mampir untuk bershodaqoh dan berdoa bersama anak-anak Amalia maka pertolongan Allah itu hadir menyelamatkannya. Sejak itu dia berjanji bukan hanya selalu mengasihi dan menyayangi keluarga serta meningkat ibadahnya seperti sholat lima waktunya lebih baik untuk mendekatkan diri kepada Allah. 'Obatilah orang-orang yang sakit dengan bersodaqoh dan bentengilah harta anda dengan zakat dan tolaklah bala' dengan berdoa. (HR. Baihaqi). agussyafii.blogspot. | 70 jongkong emas lesap Posted: 08 Jul 2012 08:48 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - SINGAPURA: Sebanyak 70 jongkong emas bernilai kira-kira Sg$4.3 juta (RM10.7 juta) hilang dari Brink's Singapore, syarikat yang menyediakan khidmat logistik dan pengangkutan, kelmarin. Bagaimanapun, pencuri terbabit tidak dapat lari jauh. Akhbar New Paper melaporkan selepas 12 jam kejadian rompakan itu, polis menahan seorang lelaki di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi, pagi semalam. Lelaki itu dipercayai cuba meninggalkan republik berkenaan. Brink's Singapore dilaporkan menyedari kehilangan jongkong emas itu dan segera melaporkannya kepada polis. Tidak diketahui sama ada jongkong emas itu sudah ditemui ataupun tidak. Setiap jongkong emas seberat satu kilogram itu bernilai antara $65,000 (RM162,199) dan $70,000 (RM174,676) berdasarkan kadar di laman web Bank United Overseas. Semalam, Teo Wen Wei, 28, didakwa membantu Jonas Tan Teck Leng merompak 70 jongkong emas bernilai RM10.7 juta daripada Brink's Singapore pada jam 7.30 malam. Teo dikatakan membantu Tan membawa emas dicuri itu dari 1 Kaki Bukit Road 1, di mana letaknya Brink's Singapore ke Bedok South Avenue 2 dan kemudian ke Terminal 3 Lapangan Terbang Changi. Dokumen mahkamah menyatakan emas itu adalah milik pengurus bernama Lee Kwee Hua. Jurucakap polis enggan memberi sebarang ulasan mengenai kejadian itu ketika dihubungi. Sementara itu, pengurus operasi Brink's Singapore juga enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu. Difahamkan pengurus besar syarikat itu berada di luar negara. - New Paper | Pakatan Pahang boleh jana hasil RM1 bilion Posted: 08 Jul 2012 08:39 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - TEMERLOH: Pakatan Rakyat (PR) boleh menjana hasil negeri Pahang sehingga RM1 bilion setahun jika semua sumber daripada hasil tanah ditingkatkan lebih produktif melalui pengurusan yang lebih cekap. Penganalisis ekonomi dan politik Syed Ali Badaruddin berkata, dengan kemewahan tanah yang luas di negeri ini saja sudah mampu meningkatkan hasil kutipan negeri sebagai sumber ekonomi utama. "Pada masa ini pengurusan dan pemprosesan tanah melibatkan pindah milik, gadaian dan pembangunan tanah di negeri ini sangat teruk sehingga baru-baru ini Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) terpaksa mengeluarkan kompilasi Arahan Pentadbiran Tanah Negeri. "Sedangkan setiap proses pindah milik, gadaian, tukar status dan pembangunan tanah mendatangkan wang kepada kantung kerajaan negeri. "Jadi sebab itu saya kata PR mampu menjana sehingga RM1 bilion asalkan mempunyai komitmen untuk mengurangkan karenah birokrasi dalam kelulusan tanah dan penurunan kuasa iaitu mengikut Seksyen 12 (State Authority) bagi mewujudkan kecekapan dalam pengurusan," katanya dalam forum 'Isu-isu tanah'. Program tersebut diadakan di Darul Hikmah Kerdau. Turut menjadi panel peguam Harris Abdullah, Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pahang Jusoh Darus dan Timbalan Presiden Anak Aris Fezul Ismail. Syed Ali berkata, pada masa ini pendapatan kerajaan negeri Pahang hanya sekitar RM400 juta termasuk hasil balak sedangkan kos pengurusan sahaja menjangkau RM500 juta. Tambahnya, itu bermakna kerajaan negeri sentiasa terpaksa berhutang dengan kerajaan pusat bagi menampung perbelanjaan pembangunan dan pengurusan negeri. "Jika berjaya ke Wisma Sri Pahang, PR juga mesti melihat kepada sumber-sumber baru yang perlu diteroka dan dipergunakan semaksimum mungkin di samping mengembalikan objektif asal kepada semua agensi kerajaan (GLC). "Dua agensi negeri yang utama iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) mesti distruktur semula kerana fungsinya sudah berubah," ujarnya. Menurut Syed Ali, akibatnya kerugian demi kerugian terpaksa ditanggung sehingga hutang kerajaan negeri Pahang pada ketika ini sudah menjangkau RM2.1 bilion. harakaHDAILY/- | Kak Wan pertimbang sama ada mahu bertanding Posted: 08 Jul 2012 08:29 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih mempertimbangkan kemungkinan untuk bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13. "Saya ada satu senarai untuk pertimbangan, tetapi saya fikir peranan sokongan lebih baik," katanya ketika ditanya sama ada beliau berhasrat untuk bertanding di kerusi dewan undangan negeri kali ini. Ditanya sama ada itu bermakna beliau tidak akan bertanding, Dr Wan Azizah berkata: "Tidak juga. Perkara itu masih ada dalam perancangan tapi pada masa ini hanya sekadar membincangkannya." Beliau ditemui pemberita pada Konvensyen PKR di Bayan Baru semalam. Dr Wan Azizah meletak jawatan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu dalam pilihan raya kecil. - Bernama | Bas Terbalik:14 Maut Di Ukraine Posted: 08 Jul 2012 08:03 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - KIEV: Sebuah bas yang membawa seramai 41 penumpang warga Rusia terbabas lalu terbalik berhampiran bandar Chenihiv, utara Ukraine pada pagi Sabtu, menyebabkan 14 daripadanya maut manakala 22 cedera. Menurut Kementerian Kecemasan Rusia dan Ukraine, ketika kejadian, bas tersebut dalam perjalanan ke sebuah biara Kristian Ortodoks di pekan Pochaiv. Agensi berita Interfax melaporkan, kementerian menghantar bantuan helikopter bagi membawa mangsa yang terkorban dan cedera ke hospital. mstar/- | Korban banjir kilat di Rusia cecah 150 orang Posted: 08 Jul 2012 07:48 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - PEMANDANGAN sekitar bandar Krymsk, selatan Rusia, yang ditenggelami air banjir semalam. KRYMSK, Rusia - Angka kematian akibat banjir kilat yang melanda rantau Krasnodar di selatan Rusia meningkat kepada 150 orang, kata seorang jurucakap polis semalam. Jurucakap berkenaan, Ivan Sengerov berkata, kawasan paling teruk terjejas adalah di sekitar bandar ini yang dihuni oleh 57,000 orang. Menurutnya, seramai 139 mayat telah ditemui di bandar berkenaan. Setakat ini, katanya, hampir 29,000 orang di seluruh kawasan terjejas di selatan Rusia terputus bekalan elektrik dengan lebih 5,000 buah rumah ditenggelami air bah. Banjir kilat itu turut mendapat perhatian Presiden Rusia, Vladimir Putin. Kelmarin selepas melawat kawasan banjir di Krasnodar, Putin, 59, mengarahkan satu siasatan segera dilakukan bagi memastikan sama ada langkah mencukupi telah diambil untuk menghalang kematian 150 orang dalam bencana itu. Beliau berkata, dana khas akan digunakan untuk membina kediaman baharu untuk mangsa banjir tersebut. Dalam perkembangan berkaitan, ramai mangsa banjir di Krymsk menyuarakan kemarahan terhadap pihak berkuasa kerana tidak menghulurkan bantuan ketika kediaman mereka digenangi air dalam tempoh beberapa jam. Bencana tersebut yang dipercayai berpunca daripada hujan lebat, berlaku pada Jumaat lalu. "Tiada orang datang ke jalan tempat kami tinggal untuk menghulurkan bantuan. Kami sangat memerlukan bantuan," kata seorang pesara wanita di sini, Lidiya Polinina kepada agensi berita AFP menerusi telefon. "Rumah kami tenggelam hingga ke siling," tambahnya. Seorang lagi penduduk setempat yang hanya mahu dikenali sebagai Tatyana mendakwa air bah melimpah ke kediaman mereka dengan cepat. "Rumah kami digenangi air dalam masa lima hingga 10 minit," katanya. - Agensi | Bayi nyaris maut dibaham ular sawa Posted: 08 Jul 2012 07:36 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - ILLINOIS: Seorang bayi dari Matoon, Illinois nyaris maut selepas dibaham seekor ular sawa sepanjang dua kaki milik jirannya yang menyelinap masuk ke katil bayi itu. William Winans yang meraikan hari jadinya yang pertama minggu ini, dirawat akibat gigitan dan lebam dilaporkan dalam keadaan baik, kata bapanya, Devins Winans kepada ABC News. "Jika ular itu membelit lehernya, secara jujur kami mungkin tidak dapat mengadakan hari jadi untuknya hari ini," kata Devins. Kira-kira jam 11 malam Isnin lalu, Devins berkata, dia mendengar anak lelakinya menangis dan pergi ke bilik William untuk memeriksa keadaannya. Ketika berada di katil bayinya, dia terasa ada sesuatu yang licin. "Saya segera menghidupkan lampu dan terkejut melihat seekor ular sawa membelit kaki William, menjerut dan cuba untuk memakan kakinya," kata Devins. Devins menggunakan selimut untuk menarik ular itu daripada kaki kecil anaknya sebelum menyerahkan haiwan itu ke pusat perlindungan haiwan di daerah Coles. Pengurus pusat perlindungan itu, Julie Deters berkata, tidak diketahui mengapa ular berkenaan menyerang bayi terbabit, tetapi katanya pada musim panas, haiwan berasa lebih tidak selesa. William kemudian dibawa ke Pusat Kesihatan Sarah Bush Lincoln untuk dirawat akibat gigitan, lebam dan calar. Ibu bayi itu, Sara Lacey berkata, anak lelakinya kelihatan tenang, tidak menangis hingga lukanya dibersihkan. Polis mendapati haiwan reptilia itu terlepas daripada kediamannya yang terletak bersebelahan dan mengenakan saman terhadap pemiliknya, Shelby Guyette yang berusia 23 tahun. Timbalan Ketua Polis, Jason Taylor memberitahu akhbar Herald & Review, Shelby tidak mempunyai sangkar yang selamat menyebabkan ular itu menyelinap keluar ke apartmen bersebelahan. Shelby dijangka tampil ke mahkamah dalam waktu terdekat ini. Sementara itu, kejadian itu menyebabkan keluarga Winans untuk berpindah keluar dari bangunan apartmen di North 22nd Street itu. - DM | PAS mahu bina sebuah masjid di Keningau pula Posted: 08 Jul 2012 07:34 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - (Tuan Ibrahim dan rombongan melihat tapak Masjid yang hendak dibina di Kampung Batu Luguyan, Pensiangan, Keningau) KENINGAU: Selepas berjaya membina sebuah surau untuk sebuah pulau di Sandakan, misi dakwah PAS dikembangkan ke Keningau pula. Kali ini, PAS melalui Lajnah Penerangannya, mahu membina sebuah masjid di Kampung Batu Luguyan, Pensiangan, Keningau, Sabah. Semalam, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama rombongannya melihat tapak masjid itu bersama Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishamudin Sulaiman. Sebelum ini, melalui sumbangan orang ramai, PAS berjaya membina sebuah surau di Pulau Shanghai, setengah jam menaiki bot dari Sandakan. Surau yang menelan belanja RM60,000 itu satu-satu surau yang berada di pulau itu walaupun banyak rumah PPRT yang dibina oleh kerajaan BN. Kini, PAS sedang berusaha untuk membina sebuah masjid di kawasan pendalaman pula. "Di kampung ini, masyarakatnya bercampur antara Islam dan Kristian. Mereka hidup dengan aman kerana mereka bersaudara mara antara satu sama lain. "Namun yang menjadi masalahnya tiada surau di sini sedangkan ada dua buah gereja di kampung ini," kata Hishamudin, Ketua Penerangan PAS Sabah yang tinggal di Keningau. Menurutnya, sumbangan boleh disalurkan melalui Pensiangan Muslim Care (Maybank 560090100246). (Menyumbangkan bola sepak untuk anak muda) Kampung Batu Luguyan terletak di bawah DUN Sook dan kawasan Parlimen Pensiangan. Kedua-dua wakil rakyat kawasan ini dari PBRS dan beragama Kristian iaitu Tan Sri Joseph Kurup (Pensiangan) dan Datuk Allaron Angin (Adun Sook). Dalam ekpedisinya ke Keningau kali ini, Tuan Ibrahim turut melawat sekolah dan bertemu dengan penduduk tempatan. Semasa meninjau Sekolah kebangsaan Tuarid Taud, Keningau yang terletak 5 km dari pusat pekan Keningau, kedaifan sekolah tersebut jelas kelihatan. Pondok pengawal yang usang dan ada sebahagian pelajarnya bawah khemah sejak satu tahun lalu. Ada juga kelas sementara yang dibina hasil sumbangan ikhlas guru guru dan inisiatif PIBG sekolah itu. Ia dibina untuk menyelesaikan masalah pelajar yang belajar di bawah khemah. Beliau juga meninjau bangunan baru yang saisnya 20 x 20 kaki yang akan menempatkan pelajar serai 30 orang satu kelas. Ia sudah siap tetapi letrik belum disambung walau telah berbulan siap. "Apakah benar kelas sekecil ini ni bernilai RM170,000 sebagaimana yg dihebahkan," soal Tuan Ibrahim. Rombongan Tuan Ibrahim juga sempat bertemu dengan anak muda di Keningai. Beliau dan rombongan di sambut meriah di situ. Sebagai tanda mata beliau sempat menghadiahkan bola sepak untuk kegunaan mereka. Kunjungan beliau ke kampung-kampung Melayu juga mendapat sambutan yang meriah dari mereka. Beliau diberikan kepercayaan untuk bertahnik tiga orang bayi di kampung itu. harakahdaily/- | Hampir 10,000 warga asing dalam penjara M'sia Posted: 08 Jul 2012 07:29 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - Seramai 9,757 warga asing menjalani hukuman penjara di Malaysia sehingga enam bulan pertama tahun ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abd Rahim Mohd Radzi. Katanya, jumlah itu adalah kira-kira 27 peratus daripada jumlah keseluruhan banduan di semua penjara di negara ini seramai 36,728 orang. "Angka ini bukanlah sesuatu yang mencemaskan namun kita akui banduan asing di Sabah lebih ramai daripada banduan tempatan dengan merekodkan seramai 1,020 banduan warga asing daripada jumlah 1,300 banduan," katanya kepada pemberita selepas menutup Karnival Keluarga 1KDN di Kompleks Penjara Kajang semalam. Katanya sebagai langkah mengatasi kesesakan di penjara, banduan-banduan ini akan dihantar ke penjara lain bagi memastikan jumlah banduan di sesebuah penjara dapat diseimbangkan. "Dan bagi banduan warga asing pula, kita tidak mahu isu kesesakan di penjara menjadi bebanan kepada negara termasuk KDN," katanya. Menurutnya, 3,600 banduan daripada 4,100 yang mengikuti sistem parol telah menamatkan tempoh parol dan dibebaskan sepenuhnya. "Kurang daripada satu peratus banduan yang menjalani sistem parol ini ditahan semula oleh pihak keselamatan selepas didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan termasuk mengulangi kesalahan jenayah," katanya. - Bernama | Kartun hina Morsi: Harian Metro didesak mohon maaf Posted: 08 Jul 2012 07:17 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS Selangor mendesak agar akhbar Harian Metro menarik balik dan memohon maaf di atas penyiaran karikatur yang disifatkan telah menghina Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi. Karikatur yang disiarkan pada 7 Julai yang lepas telah menggambarkan Dr Mohamed Morsi sebagai 'The Sphinx of Morsi' dengan menukarkan wajah Firaun kepada rupa presiden tersebut serta meletakkan simbol bulan sabit pada puncak piramid. Persuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman ketika dihubungi menegaskan tindakan yang dilakukan oleh akhbar tersebut adalah satu penghinaan kepada seorang presiden yang telah dipilih oleh rakyat serta menghina Islam. "Tindakan akhbar tersebut menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab mereka malah tidak memandang serius sensitiviti masyarakat Islam seluruh dunia. "Bagaimana seorang presiden Islam dihina sedemikian dan saya mendesak agar pihak yang bertanggungjawab serta Harian Metro menarik balik karikatur tersebut dan memohon maaf secara terbuka," jelasnya. Menurutnya lagi, Dr Mohamed Morsi adalah seorang yang menghafal Al Quran namun tindakan menyiarkan karikatur tersebut seolah-olah menyamakan Presiden Mesir itu dengan Firaun. "Penghinaan ini adalah satu yang amat serius dan kerajaan perlu mengambil tindakan tegas atas penyiaran tersebut. "Kita tidak mahu disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak menyebabkan Malaysia dipandang serong oleh Mesir dan mungkin akan menyebabkan timbul ketidakpuasan hati rakyat yang telah memilih Dr Mohamed Morsi sebagai presiden mereka," sambung Adun Meru itu lagi. Sebelum itu, rakyat Mesir menyambut kemenangan Dr Mohammed Morsi dari Parti Muslimin untuk menjadi Presiden Mesir yang baru. Perjuangan demokrasi di Mesir bermula dengan perhimpunan jutaan rakyat di Dataran Tahrir sehingga bekas Presiden Hosni Mubarak yang berkuasa lebih 30 tahun digulingkan. harakahdaily/- | Minta penjelasan caj di Pantai Air Papan, Mersing Posted: 08 Jul 2012 07:15 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - Saya mewakili penduduk daerah Mersing tidak berpuas hati dengan kadar caj yang dikenakan terhadap pengunjung Pantai Air Papan di Mersing kerana ia dilihat tidak munasabah. Selain itu kami juga meragui akan resit dan kutipan yang dibuat kerana tidak ada sebarang syarikat atau badan tertentu tertera pada resit secara sah. Perkara ini pernah diajukan pada pihak PBT tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Wakil rakyat Umno juga langsung tidak memberikan apa-apa tindakan. harakahdaily/- | Saya tidak benci Mahathir tapi ‘Mahathirisme’ – Lim Posted: 08 Jul 2012 07:06 PM PDT 19 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang yang baru kembali dari lawatan empat hari ke Myanmar tertarik dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan beliau tidak tahu mengapa Lim membencinya. "Biar saya menekankan kepada Mahathir yang bukan beliau yang saya membenci dan menyukai tiga bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein dan Tun Abdullah serta rakyat Malaysia; sebaliknya apa saya menentang adalah kemunculan 'Mahathirisme' dalam senario politik Pilihanraya Umum ke-13," kata Penasihat DAP itu dalam satu kenyataan. Tambahnya, tanggapan Mahathir itu salah sama sekali apabila mengeluarkan kenyataan bahawa pengundi telah menolak Abdullah kerana telah "dianiaya olehnya": "Kali terakhir Abdullah bertindak kurang baik dengan saya, rakyat tidak menyokong BN. Oleh itu, ada segelintir yang bersimpati dengan saya". Katanya, sebab mengapa Abdullah dan Umno BN kalah teruk dalam pilihanraya 2008 adalah kerana selepas kemenangan besar dalam pilihanraya umum 2004, beliau telah gagal dalam menghakis warisan 'Mahathirisme' yang dibelenggu korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa. Baru-baru ini, ujarnya Mahathir telah menghidupkan semula 'Mahathirisme' dengan mengapi-apikan isu-isu perkauman, sumpahan korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa sambil menakutkan-nakutkan rakyat Malaysia dengan isu perkauman di kalangan kaum Melayu akan hilang kuasa sekiranya Umno ditumpaskan dalam pilihanraya umum yang akan datang. Selain itu, katanya dinyatakan bahawa Najib merupakan seorang pemimpin yang lemah dan bahawa apa-apa perubahan akan mencetus rusuhan, dan bahawa PRU13 akan dicemari isu perkauman. Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menambah, Mahathir juga menyatakan bahawa pengundi Cina merupakan faktor penentu dalam PRU13 dan akhirnya akan menentukan pihak mana yang akan membentuk kerajaan baru. Baginya, kenyataan-kenyataan itu yang tidak berasas dan tidak munasabah, provokatif, dan telah menentang lima dekad pembangunan negara Malaysia, visi Wawasan 2020 Bangsa Malaysia dan konsep 1Malaysia Najib Razak. "Sambil menangkis isu 'Mahathirisme', Mahathir kini sedang kuat berusaha untuk memulihkan dan menubuhkan 'Mahathirisme' sebagai satu doktrin rasmi Umno BN selepas PRU13, samada yang diketuai oleh Najib atau sesiapa yang lain," ujarnya. Kita Siang berkata, pengundi Malaysia, terutamanya tiga juta pengundi baru dalam PRU13, mestilah berpakat dan menyangkal tanggapan Mahathir dan kemunculan Mahathirisme ditolak sepenuhnya dan membuat keputusan untuk menghantar satu mesej yang jelas bahawa PRU13 bukanlah mengenai perbezaan kaum tetapi mengenai masa depan Malaysia yang kekal harmoni, adil dan progresif dimana kita akan lihat pembanterasan korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa dalam sejarah negara ini. harakahdaily/- | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan