Idris Ahmad Posted: 07 Jun 2012 11:35 PM PDT Sekat PTPTN, Mempercepat Kejatuhan BN Posted: 07 Jun 2012 02:50 AM PDT Sekat PTPTN, Mempercepat Kejatuhan BN Idris hj Ahmad 7/6/12 Amat malang rakyat Malaysia mempunyai Menteri Pengajian Tinggi yang mengurus pusat ilmu tetapi tidak faham konsep Federalisme dan pendendam walaupun terpaksa mengorbankan masa depan pelajar yang tidak berdosa. Sepatutnya soal pendidikan tidak perlu dipolitikkan kerana mereka yang belajar di Universiti Selangor (Unisel) datang daripada berbagai latar belakang, majoritinya adalah orang Melayu. Alasan dangkal Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. kerana Kerajaan PR hendak memberi pendidikan percuma jika diberi mandat memerintah kerajaan Pusat selepas PRU 13,, bukan sekarang ini. Semua ini gara-gara politik diktator yang memperalat demokrasi tetapi bertindak ala kuku besi. Kerajaan negeri Selangor mampu berbuat demikian jika segala hasil yang dipungut oleh Kerajaan Pusat di Selangor dimasuk kepada perbendaharaan negeri seperti cukai lapangan terbang, cukai pelabuhan, saman trafik, saman JPJ, bayaran pastport antarabangsa, cukai ke atas restoran. Masalahnya sekarang semua hasil ini diambil oleh kerajaan Pusat walaupun dipungut di Selangor. Nampaknya semangat Federalisme pemimpin BN hanya tahu mengambil hak orang tetapi tidak tahu memberi kepada yang berhak. Jika sebelum ini arahan diberi kepada agensi kerajaan pusat jangan memberi kerjasama kepada kerajaan PR, sekarang tindakan yang lebih melampau dengan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel. Semua tindakan ini penanda aras kerajaan BN berada dipenghujung hayat, insayaAllah tindakan terbaru ini mempercepatkan kejatuhan kerajaan BN. Sepatutnya setelah 55 tahun merdeka politik semakin matang, bukan tindakan terkebelakang. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Filed under: Kezaliman Umno/BN, Pendidikan | |
Salam Perjuangan Posted: 07 Jun 2012 11:22 PM PDT SURAT PERJANJIAN DEDAH PEMBOHONGAN NAJIB, ISA SAMAD Posted: 07 Jun 2012 03:52 AM PDT 17 Rejab 1433 H | 07 Jun 2012KUALA LUMPUR 7 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad telah berbohong dengan menyatakan tidak ada seinci tanah peneroka terlibat dalam proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.
Katanya, pembohongan itu dibuktikan pada lampiran perjanjian pajakan tanah yang ditandatangani di antara Felda dan FGV bertarikh 1 November 2011. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, prospektus penyenaraian FGV dengan jelas menunjukkan bahawa pegangan peneroka dan kakitangan Felda di dalam syarikat tersebut hanyalah 5.5 peratus sedangkan sejumlah besar saham diperuntukkan kepada syarikat asing dan individu bukan Bumiputra.
"Pendedahan perjanjian ini mengesahkan bahawa semua tanah tidak bergeran di dalam penempatan Felda seluruh negara telah pun dipajakkan ke sebuah syarikat yang dimiliki secara majoriti oleh pelabur swasta. Sedangkan tanah-tanah ini menjadi nadi aktiviti kemasyarakatan ekonomi warga Felda.
"Pendedahan ini juga jelas membuktikan (Datuk Seri) Najib dan Tan Sri Isa Samad berbohong apabila mereka menyatakan tanah-tanah yang melibatkan warga Felda tidak dipajakkan dalam proses penyenaraian FGV. BN telah memajakkan TRM yang dianggarkan seluas 105,382 ekar kepada FGV yang disenaraikan," katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, Rafizi menggesa Najib memberi jaminan kepada peneroka supaya tanah mereka tidak akan tergadai suatu hari nanti.
"Apakah jaminan Najib dan Isa bahawa tanah-tanah ini tidak dijual satu masa kelak, atau kegunaannya diubah dan tidak lagi mengutamakan kebajikan warga Felda? Apakah jaminan bahawa kedai-kedai runcit yang didirikan di atas tanah tidak bergeran ini suatu hari nanti tidak akan dirobohkan oleh FGV?
"Ini menimbulkan persoalan penting status tanah-tanah ini kerana ia kini dimiliki dan kuasai oleh syarikat yang tidak dikuasai Bumiputra, lalu bertentangan dengan undang-undang TRM yang mengekalkan hak milik di tangan Melayu," ujarnya.
Sebelum ini, Najib dilapor menegaskan tanah hak milik peneroka tidak terlibat dalam penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia. Beliau berkata, hanya tanah-tanah kerajaan negeri yang akan terlibat dalam penyenaraian tersebut dan menolak dakwaan tanah peneroka akan tergadai.
Tambahnya, tanah-tanah kerajaan negeri yang terlibat adalah tanah yang diberi hak memajukan kepada Kerajaan Persekutuan seperti peruntukan dalam Akta Kawasan Tanah Berkelompok (GSA 1960) yang selama ini diurus oleh Felda Plantations. - keadilandaily | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 07 Jun 2012 09:34 PM PDT CERAMAH UMUM Posted: 07 Jun 2012 07:06 AM PDT Penceramah : Dr Aziz Bari, YB Taufek Abd Ghani, Tarmizi Mohd Jam & Wakil KAMI Tarikh : 9 Jun 2012, Sabtu Masa : 9 mlm Tempat : Bt 1 ¼ , Jln Tampin Repah (rumah Abu Sufian), Tampin, Negeri Sembilan | UiTM Rembau Posted: 07 Jun 2012 02:13 AM PDT Pada awal tahun 2008 Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pembinaan sebuah kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemudahan seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan. Setelah lebih 4 tahun berlalu, masih belum ada tanda-tanda pembinaan kampus UiTM Rembau.
31 Jan 2008 , SEREMBAN - Pembinaan landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Gemas yang kini sudah pun bermula dengan dijangka siap dalam masa empat tahun lagi.
Projek itu yang dijalankan oleh Indian Railways Company (IRC), dijangka menjadi pendorong kepada pembangunan pesat di Seremban, Rembau, Tampin, Gemencheh dan Gemas.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.
"Projek landasan itu kini sudah dimulakan di atas tanah milik kerajaan manakala proses pengambilan tanah milik individu sedang dilakukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini semalam.
Pada masa yang sama juga, Mohamad memaklumkan, syarikat yang sama turut diberi tugas oleh kerajaan bagi membina satu lagi laluan kereta api yang dikhaskan untuk komuter yang dilanjutkan dari Seremban ke Sungai Gadut.
Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemudahan seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.
Beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).
| Kuliah Tn Guru Tajuddin Jali 8 Jun 2012 di Senawang Posted: 07 Jun 2012 12:32 AM PDT KULIAH ILMU Bersama Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali - Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak Tarikh : 8 Jun 2012, Jumaat Masa : 7.45 mlm Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir | |
Rembau Hari Ini Posted: 07 Jun 2012 07:47 PM PDT UiTM Rembau Posted: 07 Jun 2012 02:12 AM PDT Pada awal tahun 2008 Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pembinaan sebuah kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemudahan seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan. Setelah lebih 4 tahun berlalu, masih belum ada tanda-tanda pembinaan kampus UiTM Rembau.
31 Jan 2008 , SEREMBAN - Pembinaan landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Gemas yang kini sudah pun bermula dengan dijangka siap dalam masa empat tahun lagi.
Projek itu yang dijalankan oleh Indian Railways Company (IRC), dijangka menjadi pendorong kepada pembangunan pesat di Seremban, Rembau, Tampin, Gemencheh dan Gemas.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.
"Projek landasan itu kini sudah dimulakan di atas tanah milik kerajaan manakala proses pengambilan tanah milik individu sedang dilakukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini semalam.
Pada masa yang sama juga, Mohamad memaklumkan, syarikat yang sama turut diberi tugas oleh kerajaan bagi membina satu lagi laluan kereta api yang dikhaskan untuk komuter yang dilanjutkan dari Seremban ke Sungai Gadut.
Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemudahan seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.
Beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).
| Kuliah Tn Guru Tajuddin Jali 8 Jun 2012 di Senawang Posted: 07 Jun 2012 12:37 AM PDT KULIAH ILMU Bersama Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali - Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak Tarikh : 8 Jun 2012, Jumaat Masa : 7.45 mlm Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir | |
PAS LENGGONG Posted: 07 Jun 2012 07:37 PM PDT Posted: 07 Jun 2012 07:31 PM PDT TERKINI : TAMPARAN HEBAT DAN PUKULAN MAUT BUAT UMNO !!! TAK SAMPAI SEHARI, BANTU AN TERUS KEPADA PELAJAR BARU UNISEL DIUMUM OLEH MB SELANGOR !!!
Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru Universiti Selangor (UNISEL) yang menurutnya teraniayai ekoran tindakan kerajaan persekutuan dan menteri pengajian tinggi membekukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar di universiti tersebut.
"Sebagai tindakan jangka pendek, UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian.
"Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang TALAM," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan petang ini.
Kerajaan Selangor, katanya, telah selesai menyusun semula hutang tersebut di mana tanah seluas 500 ekar itu telah menjadi aset UNISEL.
Khalid berkata, kerajaan negeri akan membantu UNISEL mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai.
Berita penuh: http://malaysiakini.com/news/200233 | Posted: 07 Jun 2012 07:28 PM PDT PETANDA UMNO NAK MAMPUS!! DAH MERACAU GILE DAH!! KENE CUIT SIKIT JE TERUS MEROYAN!!Depa dah wat kerja gila! dah x siuman dah pak menteri2 dalam UMNO-BN ni.. Makin lama UMNO-BN memerintah makin x siuman! Rakyat ditekan sesuka hati bapak diorang je!
Korang klik je la sini http://goo.gl/dHX1Q malas aku nak ulas panjang! | Posted: 07 Jun 2012 07:27 PM PDT GABUNGAN Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) membantah dan mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) yang melaksanakan pembekuan sementara pinjaman PTPTN ke atas pelajar Universiti Selangor (Unisel) khususnya kepada pelajar baru ambil
Jahat betul Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin yassin dan menteri pelajaran khaled nordin dari UMNO/BN ni..sanggup mereka menyekat pinjaman PTPTN Pelajar baru UNISEL..!klu kamu dah x bagi pinjam,bagilah mereka pendidikan percuma? duit PTPTN tu duit rakyat..bkn duit bapak pemimpin UMNO yg punya..!klu dah xpandai nak urus tadbir Malaysia ni,bagi je pada PR perintah..!JOM UBAH SEMUA KITA JATUHKAN PEMIMPIN BN YG KEJAM NI..PR MENANG PRU13,,PTPTN DIHAPUSKAN,TOL HAPUS,MINYAK TURUN,PENDIDIKAN BERQUALITY PERCUMA,KEBAJIKAN RAKYAT DIUTAMAKAN..! | Posted: 07 Jun 2012 06:12 PM PDT Setelah penipuan harga petrol seperti yang terheboh sebelum ini,
'Harga petrol RON95 juga harus diturunkan...' |
- Lau Weng San
- 10:47AM Jun 7 2012
| |
ULASAN Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan bahawa harga petrol RON97 akan diturunkan 10 sen seliter kepada RM2.80 seliter mulai hari ini.
Beliau mengatakan bahawa penurunan harga runcit petrol berkenaan adalah disebabkan harga minyak mentah antarabangsa yang jatuh di bawah paras USD100 setong. Apa yang mengecewakan rakyat Malaysia ialah harga minyak RON95 tidak diturunkan serentak dengan kejatuhan harga minyak mentah anatarabangsa.
RON97 merupakan bahan api yang ditentukan oleh "sistem apungan terurus", iaitu harganya akan turun naik mengikut harga minyak mentah antarabangsa di mana kerajaan persekutuan tidak akan memberi sebarang bentuk subsidi dan pelepasan cukai kepada petrol ini.
Malahan, mulai 1 Ogos 2010, kerajaan persekutuan telah melarang kenderaan asing daripada membeli petrol RON95 kerana petrol ini diberi subsidi oleh kerajaan. Kenderaan asing hanya dibenar mengguna petrol RON97 yang lebih mahal.
Mengikut apa yang dipaparkan di kebanyakan stesen minyak seluruh negara, harga sebenar RON95 termasuk cukai ialah RM3.53 seliter, manakala harga sebenar diesel termasuk cukai ialah RM3.26 seliter.
Harga runcit RON95 dan diesel ialah masing-masing RM1.90 seliter dan RM1.80 seliter, di mana kerajaan memberi pelepasan cukai dan subsidi masing-masing RM1.63 seliter dan RM1.46 untuk RON95 dan diesel.
Masalahnya, adakah harga runcit RON97 dijual betul-betul mengikut harga pasaran antarabangsa? Jika betul RON97 dijual mengikut harga pasaran antarabangsa, mengapakah harga jualannya pada masa sekarang (RM2.80 seliter) jauh lebih murah daripada harga petrol RON95, iaitu RM3.53 seliter?
Malahan harga RON97 yang berada di tahap RM2.80 seliter ini juga jauh lebih rendah daripada harga jualan diesel tanpa subsidi (RM3.26 seliter). Oleh itu, adalah kerajaan persekutuan benar-benar menetapkan harga runcil RON97 mengikut harga pasaran antarabangsa?
Jika ya, mengapakah RON97 boleh dijual dengan harga yang lebih murah daripada RON95 dan diesel? Jika tidak, apakah jenis "sistem apungan terurus" yang diguna kerajaan persekutuan sehingga RON97 dijual dengan harga yang jauh lebih murah berbanding RON95 dan diesel?
Ataupun kerajaan persekutuan sebenarnya masih memberi subsidi kepada minyak RON97 tetapi ini tidak diterangkan kepada rakyat? Jika benar, apakah rasionalnya untuk kerajaan persekutuan berbuat demikian kerana rata-ratanya, pengguna minyak RON97 adalah warga asing atau pemilik kereta mewah?
Mengapakah subsidi yang diberi kepada RON97 tidak dihapuskan sama sekali dan diberi kepada RON95 agar harga runcitnya boleh diturunkan lagi? Lebih-lebih lagi, harga RON95 dan diesel seharusnya diturunkan lagi berikutan kejatuhan harga minyak mentah antarabangsa.
Justeru itu, saya mencabar kerajaan persekutuan untuk berterus-terang kepada rakyat dan seterusnya menurunkan harga runcit RON95 berikutan berikutan kejatuhan harga minyak mentah antarabangsa. | Posted: 07 Jun 2012 06:06 PM PDT PKR sedia bantu siswa saman PTPTN | - Hazlan Zakaria
- 5:41PM Jun 7 2012
| |
PKR menyatakan kesediaan untuk membantu siswa baru Universiti Selangor (Unisel) yang berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atas tindakan membekukan pinjaman mereka.
Pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli berkata PKR akan mengkaji penjanjian pinjaman individu berkenaan untuk mengenalpasti sekiranya PTPTN berhak untuk mengambil tindakan menghentikan pinjaman dengan sewenang-wenangnya.
Sekiranya ada asas undang-undang, PKR akan mencari siswa yang sanggup tampil untuk menyaman PTPTN, katanya.
Beliau memberi alasan, hanya siswa berkenaan yang mempunyai locus standi dalam kes seperti itu kerana mereka merupakan pihak yang menandatangan pinjaman tersebut.
Tambahnya, golongan yang terjejas dalam tindakan bersifat politik seperti itu ialah siswa yang bergantung kepada pinjaman untuk melanjutkan pengajian.
Tindakan mengejut PTPTN itu juga menyebabkan kesukaran kepada pelajar baru di universiti milik kerajaan negeri Selangor, katanya.
Rafizi dipuji, bagus gak ni, tabik spring kat Rafizi.... cara Rafizi menyelesaikan masaalah rakyat mmg bijak. menampakkan lagi kedaifan mentality menteri pengajian tinggi tu....
Mat saleh ada berkata, '4 every action there is reaction' (bagi setiap tindakan akan ada tindak balas). Awat x fikir dl implikasi dari tindakan bodoh hangpa sekat pelajar2 ni dari dpt ptptn? Berbagai implikasi cik oii! Sudah pasti akan ada implikasi dari sudut undang2 juga. Klau kena saman kan, sape yg rugi?? Menteri bn ni klau kata 'iq kureng' kan marah, tapi apa yg hangpa buat ni menunjukkan itu lah! Apa yg pasti, dgn hangpa sekat ptptn nih, agak2nya, sokongan semakin meningkat terrhadap bn ker Pakatan? Org kg yg x belajar tinggi pun boleh jwb...
dari menteri sampai ke penyokong pun tak faham-faham.ptptn dihapuskan bila pr sampai ke putrajaya.skrg boleh ke?apa kuasa pr nk mansuh ptptn skrg ni? silakan bn, selamat menggali liang lahad sendiri, buat student jadi mangsa.
| Posted: 07 Jun 2012 06:00 PM PDT Beku PTPTN: Unisel cair aset bantu pelajar terbabit | 7:41PM Jun 7 2012 | |
Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru Universiti Selangor (Unisel) yang menurutnya teraniayai ekoran tindakan kerajaan persekutuan dan menteri pengajian tinggi membekukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar di universiti tersebut.
"Sebagai tindakan jangka pendek, UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian.
"Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang TALAM," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan petang ini.
Kerajaan Selangor, katanya, telah selesai menyusun semula hutang tersebut di mana tanah seluas 500 ekar itu telah menjadi aset Unisel.
Khalid berkata, kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai.
"Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN," katanya.
Bagaimanapun, katanya, bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai.
"UNISEL akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat.
"Kerajaan Selangor sangat kecewa dengan tindakan Kerajaan Persekutuan khususnya menteri pengajian tinggi yang mengaku bertanggungjawab mengarahkan pembekuan PTPTN kepada Unisel.
"Tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangi semangat Federalisme ini bukan sahaja menganiayai pelajar-pelajar baru, malah telah mengecewakan ibu bapa yang menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak mereka," katanya.
Khalid mendakwa Barisan Nasional telah menjadikan pelajar Unisel dan ibu bapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa hanya kerana perbezaan dasar politik antara Kerajaan Selangor dan Pusat. "Hal ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan politik sempit mereka hatta menganiaya dan menggadai masa depan anak-anak muda di negara ini," dakwanya. | Posted: 07 Jun 2012 05:58 PM PDT Beku PTPTN: Ada rancang berhenti, ada pindah IPT | - Zulaikha Zulkifli
- 6:43AM Jun 8 2012
| |
Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor menyebabkan beberapa pelajar merancang dan terpaksa berhenti belajar kerana tidak mendapat pinjaman.
Tindakan itu juga menyebabkan pelajar baru di universiti tersebut terbeban dan terpaksa bergantung dengan keluarga untuk mendapatkan wang.
Seorang pelajar daripada Fakulti Seni dan Rekaan yang mahu dikenali sebagai Edy berkata, beliau mengalami kesukaran untuk menyiapkan tugasan apabila tidak mendapat bantuan kewangan.
Pelajar yang berasal daripada Kuala Terengganu, Terengganu itu juga melahirkan rasa kesal dan bercadang untuk pindah ke institusi pengajian tinggi lain sekiranya masih tidak mendapat pinjaman PTPTN.
"Ada dua tiga orang kawan saya yang dah pindah belajar tempat lain sebab tak dapat PTPTN. Sekarang ni pun ada kawan-kawan lain rancang nak tukar juga.
"Macam saya pun bukan daripada keluarga senang. Saya ada tujuh orang adik beradik. Bila tak dapat PTPTN ni saya bimbanglah. Saya pun ada fikir nak pindah tempat lain kalau masih tak dapat pinjaman," kata Edy, 18, ketika ditemui Malaysiakini semalam | Posted: 07 Jun 2012 05:53 PM PDT Haram jadah: Anak mungkin saman malu NajibHazayani Zakaria07 Jun 2012 KUALA LUMPUR:Anak akan menghantar notis menuntut Najib Razak membuat permohonan terbuka berhubung ucapannya yang menyebut 'haram jadah' kepada peneroka, 8 Mei lalu. | Posted: 07 Jun 2012 05:52 PM PDT KPF: Ismail Sabri salah guna kuasa kecualikan IsaHazayani Zakaria, | 07 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR, 7 Jun: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan membuat laporan polis berhubung keputusan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengecualikan Tan Sri Isa Samad daripada peruntukan Undang-undang Kecil Koperasi Felda. Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, tindakan Ismail itu boleh dianggap menyalahgunakan kuasa menteri semata-mata untuk membolehkan Isa kekal sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF). Sedangkan katanya, Isa tidak layak menjadi pengerusi KPF kerana beliau bukan peneroka, ahli keluarga peneroka atau kakitangan Felda yang tetap. "Apa alasan Ismail mengecualikan isa daripada undang-undang kecil Felda? "Ia hanya boleh dibuat dengan sebab munasabah, contohnya jika KPF berada dalam krisis, tapi koperasi Felda ialah koperasi terbaik, bukan dalam krisis," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. Ismail sebelum ini dialporkan berkata, menteri berkuasa menurut Akta Suruhanjaya Koperasi untuk mengecualikan individu tertentu daripada mematuhi kehendak undang-undang kecil KPF. Mazlan turut melahirkan kebimbangan mengenai wujudnya kempen menyokong Isa menjelang mesyuarat agung KPF pada 20 Jun ini. "Terdapat gerakan yang dibuat secara terancang melalui kempen dan lobi menjelang mesyuarat agung 20 Jun ini. "KPF tak termasuk dalam penyenaraian FGVH jadi mereka akan buat supaya KPF bersetuju untuk penyenaraian," katanya. | Posted: 07 Jun 2012 05:50 PM PDT Khalid dedah agen BN beli MP PakatanMuhammad Faizal, | 07 Jun 2012 |
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) hari ini mendedahkan video 4 minit berhubung perbincangan agen Barisan Nasional (BN) yang dipercayai anggota NGO bersama wakil Ahli Parlimen Pakatan Rakyat khususnya PKR. Menurut Khalid, kandungan video penuh selama 3 jam itu akan didedahkan pada Selasa depan bagi menunjukkan kepada rakyat Umno BN mengamalkan politik wang dan rasuah. "Kita akan mendedahkan video penuh ini pada Selasa depan, jika sebelum ini Umno-BN menafikan penglibatan mereka dalam usaha pembelian MP, maka selepas ini mereka tidak dapat menafikannya. "Pendedahan dilakukan sekarang adalah bersesuai dengan pilihanraya yang semakin hampir bagi memberi maklumat kepada rakyat untuk menilai tentang aktiviti Umno BN dalam kerja kotor mereka," jelasnya. Menurutnya rakaman itu dilakukan beberapa tahun lepas tetapi sebelum itu telah ada MP dari PKR melompat iaitu Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dan juga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong. "Dalam video ini melibatkan dua orang wakil yang bertindak mewakili seorang MP PKR dan juga dua agen dari BN manakala seorang lagi merupakan pemandu kepada agen tersebut. "Setelah mengetahui aktiviti tersebut kita telah membuat perancangan untuk merakam rundingan tersebut tanpa pengetahuan dari mereka," jelasnya. Ahli Parlimen PKR yang diwakili oleh oleh dua individu untuk berunding sehingga sekarang masih berada di dalam PKR. | Posted: 07 Jun 2012 05:49 PM PDT Altantuya: Najib dicabar saman Phnom Penh PostKUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa Datuk Seri Najib Razak menyaman akhbar The Phnom Penh Post yang berpengkalan di Kemboja kerana melaporkan perdana menteri itu pernah dipertemukan dengan Altantuya di Paris. Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, perdana menteri juga patut menyaman wartawannya bagi membersihkan namanya dan juga nama negara.
"SAMM mendesak Najib Razak di atas kapasiti Perdana Menteri, menyaman akhbar The Phnom Penh Post serta penulis artikel di ruangan Regional Insider yang bernama Roger Mitton.
"Pendedahan beliau bukan sahaja memalukan negara... malah mengundang persepsi sangat buruk terhadap kredebiliti seorang Perdana Menteri beragama Islam yang sebelum ini pernah bersumpah kononnya tidak mengenali penterjemah yang dibunuh tanpa motif iaitu Altantuya Shaaribu," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Badrul, pendedahan akhbar itu antara lain mengatakan Najib Razak telah dipertemukan dengan Altantuya Shaaribu oleh Razak Baginda di Paris.
Turut didedahkan ialah pembahagian skandal rasuah sebanyak USD160 juta antara Najib, Razak dan beberapa pemimpin Umno.
Beliau turut memetik laporan akhbar itu yang antaranya menyatakan seperti berikut:
"Soon after meeting her in Hong Kong, Razak took her off to tour Europe in his red Ferrari, wining and dining at all the best spots and finally ending up in Paris where they met Najib....It is alleged that the $160 million was split between Razak, Najib and other figures in the United Malays National Organisation, the dominant party in Malaysia's ruling National Front coalition".
Sehubungan itu tegas Badrul, Najib sebagai seorang ketua negara tidak harus berdiam diri kerana laporan oleh wartawan The Phnom Penh Post itu adalah sangat serius dan telah dilulus-terbit untuk tatapan seluruh dunia.
"Yang akhirnya mengundang persepsi - Malaysia mempunyai seorang perdana menteri yang terpalit jenayah rasuah, termasuklah jenayah pembunuhan.
"Yang memalukan negara bukan demonstrasi rakyat tetapi imej negara akan terjejas kerana beberapa pemimpin negara yang terpalit skandal jenayah terus menerajui negara tanpa ada keberanian membersihkan imejnya," tegasnya.
| Posted: 06 Jun 2012 11:35 PM PDT Skandal Scorpene merebak ke Vietnammilosuam.blogspot.com, | 07 Jun 2012 |
AKHBAR online berbahasa Inggeris berpengaruh Vietnam pada 4 Jun lalu menyiarkan laporan berhubung isu skandal kapal selam Scorpene yang membabitkan orang nombor satu negara.
"Submarine deal resurfaces to haunt Malaysia's top man" (Pembelian kapal selam timbul kembali menghantui pemimpin teratas Malaysia), itulah tajuk yang tersiar di The Phnom Penh Post.
Di bawah ini ReJaM© cuba terjemah tulisan yang dilaporkan di akhbar tersebut. Kalau ada cikgu Bahasa Inggeris di sini, tegurlah mana-mana yang silap.
Keputusan yang telah dibuat di Paris bulan lalu bermakna bahawa episod paling sensasi di rantau ini akan timbul kembali bersama dendam.
Ianya bermula 12 tahun lalu semasa Perdana Menteri Malaysia memegang portfolio pertahanan dan telah memesan dua buah Kapal Selam Scorpene dari pembuat kapal selam Perancis, DCNS berharga US$400 juta setiap satu.
Pembelian melalui orang tengah Razak Baginda, yang menerajui Institut Kajian Strategi Malaysia, yang dibiayai oleh Najib dan direka untuk memperluaskan kerjaya politiknya.
Sebagai pendedahan penuh, biar saya dedahkan bahawa saya selalu bertemu dengan Razak semasa bertugas di Kuala Lumpur sekitar tahun 1990 an dan sering bertemu beliau setiap kali ke Malaysia.
Bagaimanapun, ketika beliau dipilih untuk pembelian Scorpene, saya telah meninggalkan Kuala Lumpur dan tidak lagi berjumpa dengannya sehinggalah kami berjumpa semula di Venice, Italy sewaktu persidangan ASEAN-EROPAH 2002.
Razak hanya hadir sebentar, dan bila saya bertanya kepadanya mengapa begitu tergesa-gesa, katanya dia diperlukan di Paris untuk satu rundingan penting pertahanan.
Kemudian diketahui di parlimen Malaysia bahawa komisyen terhadap sub kontrak itu adalah 114 euro juta, atau sekitar $160 juta pada waktu itu.
Wang itu telah dibayar ke dalam sebuah akaun bank di Kuala Lumpur milik Perimekar, sebuah syarikat yang baru sahaja ditubuhkan oleh Razak sebelum kontrak tersebut ditandatangani dan ia langsung tidak memiliki rekod menguruskan perolehan pertahanan sebelum ini.
Adalah didakwa $160 juta telah dibahagi-bahagikan di antara Razak, Najib dan tokoh-tokoh lain di dalam United Malays National Organization, Umno sebuah parti yang dominan di dalam gabungan parti pemerintah Malaysia.
Berdasarkan dakwaan ini, polis Perancis telah menggeledah pejabat-pejabat DNS dan merampas longgokan dokumen-dokumen menunjukkan pembayaran rasuah yang sangat besar.
Dan bulan lalu, selepas memeriksa dokumen-dokumen tersebut, hakim Roger Le Loire telah mengarahkan satu siasatan jenayah dilakukan.
Kebarangkalian tinggi ia akan melibatkan subpoenas (memanggil sebagai saksi) kedua-dua Razak dan Perdana Menteri Najib untuk hadir ke mahkamah.
Bagaimanapun, sebelum menumpukan kepada isu yang dramatik itu kita harus ingat bahawa ketika rundingan dibuat terhadap kontrak tersebut, sesuatu yang luar biasa berlaku kepada Razak.
Dia telah jatuh cinta.
Meskipun Razak seorang yang mementingkan keluarga dengan imej umum yang berprofil tinggi dan sudah lama mencontohi mentornya Najib yang suka merayu wanita, hubungan kali ini jelas sekali berbeza.
Dia sudah tersangkut dan terpesona terhadap wanita itu - seorang model Monggolia yang begitu mempersonakan bernama Altantuya "Tuya" Shaaribuu.
Tidak lama selepas bertemunya di Hong Kong, Razak membawanya menjelajah ke eropah menaikki ferrari merahnya, makan dan minum (wine) di kesemua tempat-tempat menarik dan ia berakhir di Paris di mana mereka bertemu Najib.
Altantuya yang cantik manis dan memahami banyak bahasa ini juga cukup bijak dan cepat belajar tentang rasuah besar tehadap rundingan kapal selam. Dia dikatakan meminta bahagian untuk dirinya.
Namun dia tidak henti-henti mengugut Razak, manakala Razak yang bimbang perbuatan itu akan menjatuhkannya, cuba untuk menamatkan hubungan mereka.
Dia tidak akan dapat bahagiannya, dan dalam keadaan terdesak, Razak telah memberitahu Najib dan polis telah dipanggil untuk menyahkannya.
Dua pegawai Cawangan Khas telah melakukan tugas itu dan menculiknya.
Mereka merogolnya, menembak kepalanya dan meletupkan badannya dengan bom C4 yang diperolehi dari kementerian pertahanan Najib - sebagai langkah keselamatan, mereka telah memadam data kemasukan Altantuya ke Malaysia daripada rekod-rekod imegresen.
Hasilnya, Altantuya lenyap.
Namun terima kasih kepada tekanan yang berterusan daripada keluarga dan kedutaan Mongolia, jenayah tersebut akhirnya didedahkan dan mereka yang terlibat telah ditangkap - kesemuanya tentu sekali kecuali Najib.
Selepas perbicaraan panjang yang begitu mendebarkan, dua orang polis telah dihukum mati manakala Razak dibebaskan. Bagaimanapun dengan siasatan yang dilancarkan oleh hakim Le Loire di Paris, nampaknya dia akan dipanggil kembali ke mahkamah.
Dan PM Najib juga takkan terlepas begitu mudah, kerana isu ini akan dibangkitkan di parlimen minggu hadapan dan akan memberi kesan kepada pilihanraya umum yang akan datang. Maka kematian Tuya yang begitu mengerikan tidak akan sia-sia.
Sumber: [The Phnom Penh Post]
ReJaM© "Penat betul translate, menyesal gua translate kah kah kah... "
| Posted: 06 Jun 2012 11:32 PM PDT 'Teruskan, jika ini cara Umno akhiri hayat mereka'KUALA LUMPUR:"Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka," kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau menyatakan demikian menerusi twitter berhubung laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai demonstrasi sekumpulan NGO di Kota Darulnaim semalam.
"Saya ditunjukkan dengan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memuatkan demonstrasi NGO pro Umno di hadapan Kota Darulnaim semalam yang membawa kereta tolak dan alat-alat pembinaan, kononnya sebagai 'sumbangan' untuk pembinaan lebuhraya.
"Saya katakan, jika Umno merasakan dengan budaya seperti ini, mereka akan mendapat sokongan, teruskanlah," tulis beliau.
Tetapi beliau yang juga Mursyidul Am PAS ingin mengingatkan, selepas tarian punggung, hadiah 'najis' di Pulau Pinang, demonstrasi kepala lembu dan sebagainya, hari ini dengan perbuatan seperti itu, semuanya hanya menjatuhkan maruah bangsa Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh Umno.
Percayalah, tegasnya Umno sendiri akan malu dengan perbuatan itu satu hari nanti.
Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka. | Posted: 06 Jun 2012 11:31 PM PDT Semoga Allah melaknat akan pendusta.Masalah lif: Dakwaan berita TV9 tidak benarKUALA LUMPUR: Dakwaan Berita TV9 pada 5 Jun lalu bahawa Kerajaan Negeri Selangor lambat mengambil tindakan untuk membaikpulih lif-lif di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara adalah tidak benar.
Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) telah diarahkan untuk membaikpulih lif-lif dan pam air yang rosak di PPR selepas lawatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 23 Oktober 2011.
Demikian dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad (gambar).
Menruutnya, pihak MBPJ telah melantik beberapa buah syarikat untuk menjalankan kerja-kerja membaikpulih lif pada 18 November 2011 dan perlu disiapkan berperingkat-peringkat sehingga 8 April 2012 iaitu dalam tempoh 4 bulan dan sebuah syarikat untuk menjalankan kerja-kerja membaikpulih pam air bermula 8 Februari 2012 sehingga 8 Mac 2012 iaitu dalam tempoh 30 hari.
"TV9 hanya membangkitkan isu membaikpulih lif ini pada 23 Mac 2012.
"Walau bagaimanapun pihak syarikat-syarikat membaikpulih lif berhadapan dengan kesukaran bagi menyiapkan kerja-kerja menurut kontrak tersebut akibat vandalisme yang berulang seperti kecurian kabel dan komponen lif di bilik motor room dan riser ketika kerja-kerja baik pulih sedang berjalan," jelasnya dalam satu kenyataan.
| Posted: 06 Jun 2012 09:37 PM PDT Dikatakan oleh Dato Onn. Isu derhaka: Fakta dan sejarah (2) Oleh: Mat Saman Kati Umno penderhaka sebenar – Derhaka Dato Onn Melayu derhaka hanya muncul setelah lahir Umno dibumi beradat ini. Dibawah pimpinan Umno, melayu jadi kurang ajar dan celupar terhadap Raja sehingga Raja hilang wibawa dimata rakyat. Sejarah membuktikan Umno berulangka li mengajar rakyat mentertawakan Raja. Namun dicelah-celah pengkhianatan itu, Umno licik dengan lakonan sebagai pahlawan yang membentengi kedaulatan Raja. Derhaka Melayu moden abad 20 bermula dengan kritikan terbuka dato Onn Jaafar terhadap Sultan Johor (Sultan Ibrahim) pada tahun 1920an. Dato Onn marah apabila Sultan melelong harta bapanya (Dato Jaafar) kerana kegagalan melunaskan hutang negeri Johor ketika memegang jawatan Menteri besar negeri itu. Kemurkaan Sultan Ibrahim membawa kepada tindakan memecat Dato Onn daripada jawatan Menteri besar dan dibuang negeri ke Singapura pada tahun 1927. SAMBUNG.....http://mediaperak.com/2012/06/07/isu-derhaka-fakta-dan-sejarah-2/ | Posted: 06 Jun 2012 09:34 PM PDT Harussani melalut lolah Harussani pertikai orang bertakbir dalam ceramah (video)Kongsi556MUFTI Perak, Tan Sri Harussani dalam sebuah wacana anjuran Sinar Harian yang turut dihadiri oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, mempertikaikan amalan bertakbir di dalam ceramah. Kritikan itu dilihat ditujukan kepada para penyokong Parti Islam, PAS yang sering bertakbir dalam setiap ceramah yang dianjurkan mereka. Menurut Harussani, sepanjang 72 umurnya beliau tidak pernah melihat amalan itu kecuali kebelakangan ini. Beliau juga menjelaskan, amalan bertakbir di dalam ceramah ini boleh mengganggu penceramah yang sedang bersyarah. Beliau menyifatkan ia sebagai " bukan tempatnya" untuk bertakbir di dalam ceramah-ceramah. ReJaM© tidak berhasrat untuk memberi ulasan kepada kenyataan beliau. Beliau seorang mufti, dan berumur ilmu agama dan pengetahuannya tentu sekali jauh kalau nak dibandingkan dengan ReJaM© sekadar blogger jalanan. Apa pun, Tuan Ibrahim Tuan Man diakhir rakaman mengulas ringkas, "Saya rasa takbir ni lebih baik daripada hidup melayulah. Daripada kita dok ceramah hidup Melayu, hidup Melayu pahala tak dapat apa pun tak dapat". Tambah beliau lagi "Sekurang-kurangnya jika kita takbir, kita ingat pada Allah, kita tak lagha. Tan Sri kata terganggu penceramah mungkin sebab tak biasa dengar, kalau biasa dengar (orang bertakbir) ok..."
source: http://milosuam.blogspot.com/2012/06/harussani-pertikai-orang-bertakbir.html#ixzz1x4vfeql4 | Posted: 06 Jun 2012 09:31 PM PDT Ha begini pulak ceritanya. Kenapa jadi macamtu, Pada Agong dan Sultan kena bayar dan yang lain juga kena bayar tiba-tiba yang menteri percuma. pelik sungguh. DS nizar dah kena jawab 28 soalan dan tak boleh masuk johor tetapi tiong lai free 00 WWW 15 TU PERCUMA JE YOB
DARIPADA RM24200 TUKAR MENJADI RMO.OO SEN.. SEMUANYA ATAS NAMA MENTERI UMNO/BN..YANG HAIRAN BIN AJAIBNYA TEMAN PERLU MEMBAYAR RM275 SEMASA MEMBELI KAPCAI BURUK TEMAN DULU. KONONNYA ATAS SEBAB BELI NOMBOR PLAT PJN 894X... CUBA HANPA INGAT BALIK.. BERAPA HANGPA KENA BAYAR UNTUK PENDAFTARAN KENDERAAN ANDA...
INI YANG DINAMAKAN 1MALAYSIA.. RAKYAT DIDAHULUKAN....
Sehari selepas menjadi sasaran soalan pemberita mengenai nombor plat WWW 15 yang dibidanya, Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai kini mengatakan bahawa dia tidak membayar satu sen pun untuk nombor tersebut.
Dalam tweetnya lewat hari ini, Liow berkata telah dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa beliau tidak perlu membayar RM24,200 harga bidaan yang ditawarkan kepadanya, kerana nombor itu adalah "percuma".
Katanya, sebarang pertanyaan lanjut hendaklah dirujuk kepada JPJ.
| Posted: 06 Jun 2012 09:18 PM PDT Gambaran asal. Tetapi tangan yang jahat lagi bernajis itu memfitnah. Tengok gambar Nik Aziz pengang aurat perempuan !! gambar (1) gambar (2) Kesal dengan sikap manusia dimuka bumi Allah ini tidak takut pada dosa dan pahala dan selalu ingkar akan arahan dan larangan Allah s.w.t. Dengan sewenangnya menabur kata-kata kesat , menfitnah dan menghina para ulama serta hukum Allah itu sendiri. Kerana keuntungan sedikit didunia yang fana mereka sanggup menempahan dosa untuk diri sendiri. Aku bukalah nak membodek sangat pada Nik Aziz tapi kalau di lihat pada gambar sungguh menampakan kebodohan manusia itu sendiri. Kalau di tanya 100% aku tak mempercayai gambar yang disebar oleh cybertropper Umno ini yang sengaja mereka cipta untuk kerja bodoh mereka.Jadi untuk mengesahkan gambar itu betul betul fitnah aku lampirkan gambar( 2 ) yang asli kemudian di potong gambar Haliry Clinton kemudian di paste gambar Tok Guru...,adakah anda percaya TGNA akan melakukan benda yang diharamkan oleh Allah? Maka kita tidak hairan akan fitnah ini kerana fitnah sex, rasuah , menyalahgunaan kuasa dari pucuk sehingga ke bawah dalam parti Umno sudah sebati umpama aur dengan tebing. Busuk sampai keusus kata Mahathir.. Firman-Nya yang bermaksud: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah. (Hadis riwayat Muslim) Firman Allah bermaksud:Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.†(Surah al-Hujurat, ayat 6) | Posted: 06 Jun 2012 09:15 PM PDT Bila menyebut haramjadah akan terbalik haramjadah itu kepadanya. .Haramjadah Timpa Najib Lagi, 100 Plus Diboikot Gara-gara Ada Gambar Najib Begitu "suweh" (malang) kata sesetengah orang, sehingga apa juga yang ada gambar Najib kini ditolak oleh rakyat. Terbaru, minuman isotonik yang popular di Malaysia telah menerima kritikan pedas daripada rakyat Malaysia dari segenap lapisan apabila memaparkan wajah PM Malaysia, Najib Tun Razak di tin minuman mereka. Demikian hebatnya gambaran kebencian rakyat Malaysia terhadap Najib kini. Belum pernah berlaku dan menimpa PM-PM sebelum ini tetapi berlaku kepada Najib. Minuman isotonik 100 Plus telah diperkenalkan di Malaysia pada 1983 oleh sebuah anak syarikat Fraser & Neave (F&N). Belum dapat dipastikan mengenai gambar Najib di tin minuman tersebut samada dilakukan secara sukarela oleh pihak pengurusan 100 Plus, atau mendapat arahan dari pihak tertentu atau menerima kontrak tertentu bagi tujuan menaikkan imej Najib. Walau apa sekalipun jawapannya, yang pasti rakyat sudah mempersoalkan langkah tersebut dan bertindak untuk memboikot minuman 100 Plus. Ia juga BUKTI NYATA: apa saja yang ada gambar atau nama Najib, ia ditolak rakyat. Dan ia pengajaran besar buat semua pengeluar barangan keperluan rakyat: PESANAN GB: JANGAN LETAK GAMBAR NAJIB! kalau tidak mahu diboikot. Itulah akibat mengharamjadahkan rakyat sendiri.... 7 comments: H | Posted: 06 Jun 2012 09:10 PM PDT Tutup sikit mulut tu Ina Muzaffar II oiiii..... tu la asik buat fitnah jer kije nyer.... nanti bukan saja lalat...lembu pun masuk tuuu.... xixixi..cai ngok wanita umngok... with....Hanum Marvelous,Ratu Naga,Hamidah Mohd Jani, Lili Rozita,Normah Othman,Lyna Lili, Yang Ngok Ngek,Kamilah Mamat,..... | Posted: 06 Jun 2012 08:58 PM PDT | Posted: 06 Jun 2012 08:36 PM PDT Orang fasik yang membuat fitnah. Tuduhan itu telah kembali kepada pemfitnah.
Tengok gambar Nik Aziz pegang aurat perempuan!!http://batuvskayu.blogspot.com, | 07 Jun 2012 |
Tengok gambar Nik Aziz pengang aurat perempuan !!gambar (1) gambar (2) Kesal dengan sikap manusia di muka bumi Allah ini tidak takut pada dosa dan pahala dan selalu ingkar akan arahan dan larangan Allah s.w.t. Dengan sewenangnya menabur kata-kata kesat, menfitnah dan menghina para ulama serta hukum Allah itu sendiri. Kerana keuntungan sedikit didunia yang fana mereka sanggup menempahan dosa untuk diri sendiri. Aku bukalah nak membodek sangat pada Nik Aziz tapi kalau dilihat pada gambar sungguh menampakkan kebodohan manusia itu sendiri. Kalau ditanya 100% aku tak mempercayai gambar yang disebar oleh cybertropper Umno ini yang sengaja mereka cipta untuk kerja bodoh mereka. Jadi untuk mengesahkan gambar itu betul betul fitnah aku lampirkan gambar (2) yang asli kemudian dipotong gambar Haliry Clinton kemudian dipaste gambar Tok Guru...,adakah anda percaya TGNA akan melakukan benda yang diharamkan oleh Allah? Maka kita tidak hairan akan fitnah ini kerana fitnah sex, rasuah, menyalahgunaan kuasa dari pucuk sehingga ke bawah dalam parti Umno sudah sebati umpama aur dengan tebing. Busuk sampai ke usus kata Mahathir.. Firman-Nya yang bermaksud: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah. (Hadis riwayat Muslim) Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6) | Posted: 06 Jun 2012 08:33 PM PDT PTPTN Unisel: Abim anggap hasil politik memualkanSHAH ALAM: Abim Negeri Selangor memandang serius dengan dakwaan Pihak Perbadanan Tabung Pendidikan tinggi Nasional (PTPTN) menggantung bantuan pinjaman pendidikan kepada pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel). Jika benar dakwaan ini, ia amat merugikan dan sekaligus meletakkan masa depan pelajar terbabit dalam keadaan yang tidak menentu. Demikian kata Khairuddin Bin Abas, Yang Di Pertua Abim Negeri Selangor dalam satu kenyataannya hari ini. Menurut beliau, Abim Negeri Selangor berpandangan pihak PTPTN tidak wajar bertindak sedemikian, memandangkan ia menafikan hak para pelajar pembiayaan yang layak untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepertimana yang termaktub dalam objektif penubuhan badan tersebut iaitu:- "Memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat Kerajaan bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan." ABIM Negeri Selangor berpandangan selaku IPTS yang menawarkan kursus yang diiktiraf dan mendapat perakuan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Unisel pasti telah memenuhi syarat asas menerima pembiayaan PTPTN dari badan berkenaan. Bahkan, katanya, Abim Negeri Selangor juga berkeyakinan para pelajar yang ingin memohon telahpun memenuhi pra-syarat mengikuti pengajian di Unisel. Menilai implikasi besar (jika pembiayaan ditarik balik) terhadap masa depan sistem pendidikan di negara ini, Abim Negeri mendesak penyelesaian segera dicapai oleh pihak-pihak terbabit. Abim Negeri Selangor juga memuji tindakan pentadbiran UNISEL yang berbincang dengan pihak PTPTN serta menilainya sebagai satu tindakan yang wajar. Dalam hal ini masa depan serta kebajikan pelajar mesti diletakkan sebagai keutamaan penting, katanya. Adalah amat mendukacitakan sekiranya polemik ini terjadi akibat dari amalan budaya politik tidak matang serta menggambarkan mentaliti politik yang rendah serta memualkan. Oleh yang demikian, Abim Negeri Selangor menggesa pihak PTPTN agar mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan dakwaan penggantungan dan menyatakan dengan jelas sebab munasabah di sebalik isu ini. "Kami juga mendesak pihak-pihak berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian untuk memelihara kebajikan dan masa depan pelajar di masa depan," desak beliau. Mengambil kesempatan ini, Abim Negeri Selangor juga menyeru agar Kerajaan Negeri Selangor agar mengambil langkah sewajarnya untuk menangani isu ini daripada berlarutan. Ini kerana, ia menyentuh secara langsung imej Unisel selaku IPT utama di negeri Selangor di samping menyentuh secara langsung kesinambungan masa depan para pelajar. | Posted: 06 Jun 2012 08:32 PM PDT Biar foto berbicara, siapa berkawan rapat dengan Yahudihttp://omakkau.blogspot.com, | 07 Jun 2012 |
BIAR KOLEKSI FOTO BERBICARA...SIAPA PEMIMPIN YANG BERKAWAN RAPAT DENGAN YAHUDI....BANYAK CAKAP PUN TAK GUNA...Dari koleksi foto-foto ini jelas sekali siapa yang berkawan rapat dengan Yahudi...
Depan para penyokong dan pendokong parti UMNO.. berkokok nyaring jantan kononnya DSAI pemuja dan penyokong Yahudi Laknatullah....Sekarang boleh lihat sendiri dengan mata kepala.. | |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 07 Jun 2012 07:11 PM PDT Jadual perlawanan UEFA UERO 2012 Posted: 06 Jun 2012 09:54 PM PDT Diterbitkan oleh Jabatan Kebudayaan.Kesenian dan Sukan Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun
klik jadual utk besarkan | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 07 Jun 2012 03:33 PM PDT DAH TERDESAK, TANAH REZAB PUN DIGASAK ! Posted: 07 Jun 2012 02:36 AM PDT KEADILAN Dedah Senarai Tanah Rezab Melayu, Tanah Lapang Di Perancangan Felda Yang Dipajakkan
Pada 28 Mei 2012, KEADILAN telah mendedahkan bagaimana Barisan Nasional telah memajakkan Tanah-tanah Rezab Melayu (TRM) yang dianggarkan seluas 105,382 ekar kepada Felda Global Ventures (FGV) yang disenaraikan.
Ini menimbulkan persoalan penting status tanah-tanah ini kerana ia kini dimiliki dan dikuasai oleh sebuah syarikat yang tidak dikuasai oleh Bumiputra, lalu bertentangan dengan undang-undang TRM yang mengekalkan hakmilik di tangan Melayu/Bumiputra.
Prospektus penyenaraian FGV dengan jelas menunjukkan bahawa pegangan peneroka dan kakitangan Felda di dalam syarikat tersebut hanyalah 5.5% sedangkan sejumlah besar saham diperuntukkan kepada syarikat asing dan individu bukan Bumiputra.
Sehingga kini, KEADILAN tidak mendapat apa-apa jawapan dari Dato' Seri Najib Tun Razak atau pun Tan Sri Isa Samad.
Hari ini, KEADILAN mendedahkan senarai setiap Tanah Rezab Melayu yang telah dipajakkan selama 99 tahun kepada FGV; bermakna hakmilik dan hasil ekonomi dari tanah-tanah ini dipindahkan kepada sebuah syarikat yang status Bumiputranya dipersoalkan.
(Sila rujuk senarai Tanah-tanah Rezab Melayu yang digadaikan seperti yang diedarkan) Senarai ini adalah lampiran perjanjian pajakan tanah yang ditandatangani di antara FELDA dan FGV bertarikh 1 November 2011.
Saya juga ingin menampilkan satu peruntukan penting di dalam perjanjian tersebut yang menjejaskan pegangan tanah di penempatan FELDA seluruh negara dan mempunyai kesan besar kepada kebajikan peneroka FELDA.
Bersama-sama ini saya lampirkan muka surat 8 dari perjanjian tersebut yang menyenaraikan kumpulan tanah-tanah yang telah dipajakkan ke pasaran saham,
seperti berikut:
1. Tanah Sedia Ada (dirujuk sebagai Existing Lands) iaitu 343,484.46 hektar tanah Felda Plantations Sdn Bhd yang dipajakkan, termasuklah Tanah-tanah Rezab Melayu seperti yang saya terangkan di atas;
2. Tanah Sedia Ada Tambahan (dirujuk sebagai Additional Existing Lands) iaitu semua tanah-tanah tidak bergeran yang kini dimiliki oleh FELDA. Ini merujuk kepada semua tanah lapang yang kini dimanfaatkan bagi tujuan kemasyarakatan di penempatan FELDA seperti tapak kedai, padang, surau, jalan dan lain-lain; dan 3. Tanah Akan Datang (dirujuk sebagai Future Lands) iaitu semua tanah yang FELDA bakal perolehi di masa hadapan. Pendedahan perjanjian ini mengesahkan dakwaan KEADILAN selama ini bahawa semua tanah-tanah tidak bergeran di dalam penempatan FELDA di seluruh negara telah pun dipajakkan ke sebuah syarikat yang dimiliki secara majoriti oleh pelabur swasta, sedangkan tanah-tanah ini menjadi nadi aktiviti kemasyarakatan ekonomi warga FELDA.
Apakah jaminan Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad bahawa tanah-tanah ini tidak dijual satu masa kelak; atau kegunaannya diubah dan tidak lagi mengutamakan kebajikan warga FELDA? Apakah jaminan bahawa kedai-kedai runcit kecil yang didirikan di atas tanah-tanah tidak bergeran ini suatu hari nanti tidak akan dirobohkan oleh FGV? Pendedahan ini juga jelas membuktikan bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad telah berbohong apabila mereka menyatakan tanah-tanah yang melibatkan warga FELDA tidak dipajakkan dalam proses penyenaraian FGV.
MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN
6 JUN 2012 http://rafiziramli.com/2012/06/keadilan-dedah-senarai-tanah-rezab-melayu-tanah-lapang-di-perancangan-felda-yang-dipajakkan/ | ASTAGFIRULLAH ! INI GAMBAR FITNAH KE? Posted: 06 Jun 2012 06:24 PM PDT Ya Allah ! Ahli UMNO satu Malaysia eloklah buat solat hajat ke lepas Asar atau baca Yasin (Bukan Yasin Bapa TPM) kesejahteraan Ketua UMNO kamu .Pengerusi UMNO Malaysia kamu nie dah gila glamer ke sampai tak puas hati pada rakyat Malaysia! Pengerusi UMNO merangkak Pengerusi BN dan sebagai PM masih tak rasa rakyat kenal beliau ? Sampaikan letak gambonyer kat tin hanred plas pula! Teman cadang elok letak gambar kat tandas awam lagi ramai boleh nengok! Hate ! dan teruk sangat kamu nie , Najib!!! Gambar diambil dari blog terkenal GreenBoc. | |
Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam Posted: 07 Jun 2012 03:30 PM PDT Posted: 07 Jun 2012 07:20 AM PDT | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 07 Jun 2012 03:10 PM PDT SELEPAS 17 TAHUN, PEGAWAI PENYIASAT KES AZMIN HIDUP BALIK Posted: 06 Jun 2012 05:32 PM PDT Barisan Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM mengeluarkan arahan terbaru supaya siasatan kes rasuah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali diteliti semula. Pengerusi PPO, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, siasatan semula pertuduhan rasuah terhadap Azmin akan dilakukan dan memerlukan masa yang panjang untuk mengumpulkan segala bukti kerana maklumat berhubung kes rasuah itu masih tidak lengkap sebelum ini. Hadenan berkata SPRM akan turut memanggil bekas Ketua Pengarah BPR Shafee Yahaya untuk memberi keterangan manakala pegawai penyiasat kes tersebut telah meninggal dunia.Hadenan mengatakan sesiapa sahaja yang bersengkongkol akan turut dipanggil dan disoal siasat termasuklah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Senang untuk saya katakan, secara umum dan konsisten, mana-mana pihak yang berkaitan akan tetap juga dipanggil dan perlu memberikan keterangan," katanya. Sementara itu, Azmin Ali hari ini mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertas siasatan pertuduhan rasuah terhadapnya dan turut mempersoalkan badan pencegahan rasuah itu kerana baru sekarang menyiasat semula kes tersebut. Malah, ahli Parlimen Gombak itu juga menegaskan, tindakan itu dilihat hanyalah sebagai "pertuduhan politik" terhadapnya memandangkan pilihan raya umum bakal dijalankan tidak lama lagi. "Kenapa sekarang baru nak siasat, sudah 17 tahun, kenapa tidak dari dulu?" katanya. "Pilihan raya dah dekat. Mungkin bulan hadapan. Ini adalah 'pertuduhan politik' terhadap saya," tambahnya. Malah, Azmin ( gambar) turut menyifatkan SPRM sebagai "super efisyen" kerana kebanyakan kes seperti kes yang melibatkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, ia diselesaikan dalam tempoh masa singkat, walaupun individu yang sepatutnya memberikan keterangan tidak dipanggil. "Saya respon mudah, mereka super efisyen. Kes NFC (Pusat Fidlot Nasional) boleh disiasat dalam tempoh paling pantas dan telah membersihkan nama Shahrizat walaupun banyak soalan belum dijawab. "Walaupun mereka yang terlibat dalam isu itu belum dipanggil untuk memberikan keterangan, tapi isu itu ditutup," tegasnya merujuk kepada NFC.
| |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 07 Jun 2012 11:07 AM PDT ‘Teruskan, jika ini cara Umno akhiri hayat mereka’ Posted: 06 Jun 2012 11:44 PM PDT KUALA LUMPUR: "Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka," kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau menyatakan demikian menerusi twitter berhubung laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai demonstrasi sekumpulan NGO di Kota Darulnaim semalam. "Saya ditunjukkan dengan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memuatkan demonstrasi NGO pro Umno di hadapan Kota Darulnaim semalam yang membawa kereta tolak dan alat-alat pembinaan, kononnya sebagai 'sumbangan' untuk pembinaan lebuhraya. "Saya katakan, jika Umno merasakan dengan budaya seperti ini, mereka akan mendapat sokongan, teruskanlah," tulis beliau. Tetapi beliau yang juga Mursyidul Am PAS ingin mengingatkan, selepas tarian punggung, hadiah 'najis' di Pulau Pinang, demonstrasi kepala lembu dan sebagainya, hari ini dengan perbuatan seperti itu, semuanya hanya menjatuhkan maruah bangsa Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh Umno. Percayalah, tegasnya Umno sendiri akan malu dengan perbuatan itu satu hari nanti. Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka. | WWW 1: Pemuda PAS persoal apa agenda Kosmo Posted: 06 Jun 2012 11:44 PM PDT IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak mendedahkan akhbar Kosmo sudah lama memainkan isu bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1. Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, sejak 8 April akhbar kepunyaan anak syarikat Utusan Malaysia itu telah mensensasikan isu bidaan ini. "Saya hairan kenapa dalam banyak-banyak media perdana, Kosmo sahaja yang terlalu teruja memainkan isu ini. "Umum mengetahui Kosmo adalah merupakan anak syarikat Utusan dan kami melihat seolah-olah ada seseorang di belakangnya yang cuba bermain api," katanya ketika sidang media selepas Mohammad Nizar selesai memberikan keterangan kepada polis di Pejabat PAS Perak, semalam. Dalam Kosmo bertarikh 8 April, akhbar itu telah mula menimbulkan isu ini dengan menggambarkan akan berlaku catatan rekod bidaan tertinggi. Seterusnya pada 25 Mei Kosmo telah mendedahkan bahawa Sultan Johor telah memenangi bidaan plat kenderaan WWW 1 dan dalam keluaran itu juga Kosmo secara sinis telah menggambarkan nilai bidaan tersebut. Pada 28 Mei pula, Kosmo sekali lagi di ruangan karikatur telah membincangkan tentang bidaan plat tersebut dan turut memainkan isu ini pada 30 Mei di mana Dewan Pemuda PAS Perak telah membuat laporan polis berhubung keluaran itu. Kosmo pada keluaran 31 Mei cuba melagakan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dengan Sultan Johor apabila mengeluarkan berita di muka depan bertajuk Mohammad Nizar kritik Sultan Johor berhubung plat WWW 1 disiasat. Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu mempersoalkan mengapa Kementerian Pengangkutan di bawah menterinya Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Setiausaha Agung MCA mendedahkan isu bidaan ini. "Kenapa pada 2010 isu bidaan plat ini yang mencecah RM300,000 itu rekod bidaan tertinggi ketika itu tidak tidak didedahkan kepada umum sedangkan isu bidaan plat WWW 1 yang melibatkan Sultan Johor ini didedah dan dihebahkan secara meluas?" soalnya. Beliau hairan apakah agenda kementerian mendedahkan isu yang membabitkan Sultan Johor ini. Mengulas lanjut, Raja Ahmad Iskandar turut mempersoalkan kenapa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien tidak membuat sebarang tindakan dan kenyataan kepada Kosmo yang terang menjurus kepada Sultan Johor. "Di mana Pemuda Umno dan Perkasa yang lantang bercakap tentang isu ini. "Pemuda PAS kesal dengan situasi yang berlaku dan kami sangat kesal dengan sikap pihak Polis yang terbukti tidak adil dan memilih 'bulu' dalam mengenakan sesuatu tindakan. Turut bersama-sama dalam sidang media itu ialah Mohammad Nizar bersama-sama peguam dan pimpinan Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat Perak. | Peranan kuasa ketiga dalam forum di Balai Islam Posted: 06 Jun 2012 11:42 PM PDT KOTA BHARU: Peranan kuasa ketiga dalam pilihan raya umum ke 13 nanti bakal dibedah sempena program bual bicara bersama Facebookers 15 Jun ini. Program yang akan diadakan di Balai Islam Lundang, tapak pelbagai program wacana sebelum ini itu, akan menampil empat penal hebat. Mereka adalah Exco kerajaan negeri, Datuk Nik Mohamad Amar, Dr Yusri Mohamad (bekas Presiden Abim), Dr Maszlee Malik (Pensyarah UIA) dan Ustaz Fauzi (Isma). Di samping mereka, Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dijangka akan memberikan ucapan dan amanatnya di majlis ini. Dua moderator akan mengendalikan forum ini iaitu Adun Pasir Tumbuh, Ustaz Baihaqi Atiqullah dan Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong. Isu kuasa ketiga selain BN dan Pakatan Rakyat menjadi sebutan pelbagai pihak sebelum ini. Namun siasapakh mereka masih menjadi tandatanya. Yang disebut-sebut adalah para NGO yang bergerak di negara ini. NGO pula ada yang ditubuhkan oleh parti pemerintah untuk menjadi jurucakap dan kumpulan pendesak bagi pihak mereka di samping NGO yang bebas dari parti politik. | RTM: Tidak memadai sekadar bentang manifesto Posted: 06 Jun 2012 11:41 PM PDT KUALA LUMPUR, 7 Jun: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) berpendirian keputusan kerajaan membenarkan parti-parti politik membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi televisyen adalah tidak memadai untuk akses pilihan raya yang adil. Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi (gambar) berkata, meskipun DMPP menyambut baik keputusan itu, namun kerajaan juga harus memberi ruang kepada parti-parti politik menerangkan manifesto mereka dan menjawab segala tohmahan kerajaan kepada Pakatan Rakyat (PR). "Sekadar memberi ruang kepada pembentangan manifesto tidak mencukupi. Apatah lagi ketika Umno BN sepanjang masa melontarkan fitnah terhadap PR melalui 24 jam siaran TV dan radio yang dikuasi mereka. "Ruang dan peluang yang lebih adil dan berimbang kepada semua parti politik dalam menjayakan demokrasi pilihan raya mesti berjalan dan terpakai kepada semua tanpa memilih bulu," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini. Semalam, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan pembentangan manifesto parti-parti politik dalam waktu yang dihadkan. Aiman berkata, tiada guna PR diberi masa satu atau dua jam untuk membentangkan manifesto tetapi selepas itu PR diserang dan diperlekeh sepanjang kempen pilihan raya berlangsung. Justeru katanya, pengumuman Rais itu seperti melepaskan batuk di tangga dan usaha mengaburi mata rakyat kononnya kerajaan melaksanakan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). "DMPP percaya pengumuman ini hanyalah suatu tindakan silap mata bertujuan mengaburi kesedaran rakyat, membohongi rakyat yang kononnya kerajaan telah memenuhi tuntutan Bersih 2.0. "Kita yakin dan percaya pentadbiran (Datuk Seri) Najib (Razak) kini sangat tertekan dengan kesedaran dan kebangkitan rakyat," katanya lagi. Walau bagaimanapun ujarnya, rakyat konsisten mendesak kerajaaan memenuhi lapan tuntutan Bersih, salah satunya akses media yang adil kepada semua parti. "Sbg pihak DMPP cabar pentadbiran Najib agar berani dan matang dalam menghadapi rakyat. Jangan asyik menjerit meminta pimpinan PR jadi anak jantan tapi Umno BN sendiri jadi pondan," tegasnya. | WWW 1: Nizar serah kepada polis untuk siasat Posted: 06 Jun 2012 05:22 PM PDT IPOH: Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memberi keterangan kepada dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bharu Utara berhubung isu bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim. Ahli Parlimen Bukit Gantang itu bersama 7 peguamnya yang diketuai oleh Pengerusi Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Pusat, Asmuni Awi telah memberi keterangan kepada Ketua Siasatan Jenayah IPD Johor Bharu DSP Sanawi Muhamad bersama-sama DSP Sukiman Arshad. Dua Pegawai Polis tersebut tiba di Pejabat PAS Perak, Ipoh kira-kira jam 2.05 petang dan mengambil masa hampir sejam untuk merakamkan keterangan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu. Nizar ketika membuat sidang media selepas itu berkata sebanyak 28 soalan telah dikemukakan dan menjawab kesemuanya. "Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan saya serahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan," katanya kepada Harakahdaily. Mohammad Nizar sebelum ini dilapor mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitter mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 dengan kos RM520,000. Sehubungan dengan itu, sebanyak 41 laporan polis daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik berhubung kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Nizar. Beliau disiasat mengikut Akta Hasutan. | Majlis Perasmian Pusat Penerangan PAS Kelantan Posted: 06 Jun 2012 05:21 PM PDT | Sultan tandatangani plak sokong tuntutan royalti Posted: 06 Jun 2012 05:17 PM PDT KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum. Baginda berkenan melawat booth Royalti sebuah Gabungan Profesional Kelantan Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan, bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Mohamad IV, semalam. Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menurunkan tandatangan sokongan, lapor laman web Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Kelantan http://royaltikelantan.com Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) Muhammad Hishamuddin Ghazali berkata sokongan Sultan Kelantan merupakan satu anjakan terbesar terhadap kempen tuntutan rakyat yang berterusan. Ini juga menunjukkan bahawa perjuangan tersebut perlu disokong semua rakyat Kelantan. Beliau mengulas tindakan Sultan Muhammad V yang menurunkan tandatangan pada plak semasa kempen tersebut diadakan di Ekspo Pertanian Kelantan 2012 yang berlangsung selama lima hari dari 5 Jun hingga 10 Jun 2012. "Tindakan sokongan baginda yang merupakan ekspresi rakyat Kelantan atas dasar baginda Sultan sebagai pemimpin rakyat Kelantan. Perjuangan Gegar tidak mengira sentimen politik kerana kami menuntut hak rakyat Kelantan yang dinafikan," Hisahmuddin mengulas. Gegar meneruskan kempen tandatangani kain rentang selepas beberapa siri diadakan berjaya mengumpul lebih 50,000 tandatangan. Gegar akan terus bergerak untuk menyemarakkan lagi kempen sehingga tuntutan rakyat ini berjaya. Kerajaan Negeri Kelantan membuat tuntutan royalti berdasarkan perjanjian di bawah Akta 144 Petroleum Development Act 1974 yang ditandatangani oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa cari gali petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti lebih RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 hingga kini. | Lebuhraya: Umno tabur janji sejak 1986 Posted: 06 Jun 2012 05:17 PM PDT KOTA BHARU: Kegagalan Umno mengota janji sejak 1986 kini cuba diselesaikan kerajaan PAS apabila melakukan upacara pecah tanah membina lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu. Ketika itu kerajaan Barisan Nasional (BN) menyenaraikan projek pembinaan lebuh raya berkenaan dalam Rancangan Malaysia Ke-5, malangnya sehingga sekarang gagal dilaksanakan. Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, janji Umno sejak 26 tahun lalu gagal dilaksanakan sehingga kerajaan negeri sekarang terpaksa mengambil tanggungjawab tersebut. "Kita buat lebuh raya bagi menunaikan janji yang ditinggalkan Umno sejak 1986. "Namun malangnya sehingga RMK-10 projek berkenaan tidak menjadi kenyataan. Inilah isu sebenar, bukannya soal PAS mahu berjanji kepada rakyat," katanya selepas perasmian Pusat Penerangan PAS Kelantan di sini hari ini. Perasmian tersebut disempurnakan Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya, Dato' Ahmad Yakob dan wakil-wakil rakyat. Pusat penerangan tersebut beroperasi di tingkat bawah Pejabat Perhubungan PAS Kelantan, mempunyai dua petugas tetap bagi menyalur pelbagai maklumat kepada orang ramai. Pagi tadi sebuah NGO Umno yang dikenali sebagai Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (Tukar) mengadakan demontrasi di hadapan Kota Darulnaim dengan membawa cangkul dan peralatan pembinaan usang. Demontrasi itu disifatkan sebagai mempersendakan projek lebuh raya rakyat disertai beberapa pemimpin Umno. Mereka turut menyerah memorandum kepada kerajaan negeri. Dr Fadzli yang juga Ketua Penerangan PAS Kelantan berkata, lebuh raya rakyat diletak batu asas baru-baru ini sebagai langkah kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah rakyat. Katanya, lebuh raya tersebut apabila siap kelak dilalui semua rakyat dan ia dianggap satu keperluan mendesak bagi menyelesaikan kesesakan lalu lintas. "Bukan bermakna kita sampai meminta sedekah apabila membina lebuh raya tersebut. Apa yang kita tekankan ialah konsep berkebajikan bagi membolehkan semua pihak mengambil bahagian. | Selepas 2 tarik diri, Hisham patut bubar Panel Hanif Posted: 06 Jun 2012 05:16 PM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein tidak wajar melancarkan perang video tetapi sewajarnya membubarkan Panel Hanif selepas dua anggotanya meletakkan jawatan. Langkah ini perlu dibuat Hishamudin selepas perletakan jawatan bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim dan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah yang telah menarik diri daripada keahlian panel itu. Demikian kata Ketua anggota Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timor Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini. Bagi beliau, tugas utama Hishammuddin sebagai Menteri Dalam Negeri adalah untuk memberi sokongan padu kepada penyiasatan Suhakan terhadap Bersih 3.0 dan membubarkan panel penyiasatan Hanif, Tugas itu, katanya, lebih wajar berbanding dengan tindakannya melancarkan 'perang video' untuk memberi justifikasi dalam versi rasmi apa yang benar-benar telah berlaku pada "428" Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah membuat pengumuman bahawa satu kompilasi video perhimpunan Bersih 3.0 akan dinaik muat kedalam laman sesawang KDN. Bagi beliau, ini merupakan satu perkembangan yang sememangnya buruk selepas Bersih 3.0 dengan kempen fitnah dan tohmahan yang telah dilancarkan oleh Barisan Nasional terhadap Pakatan Rakyat selepas perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu. Tugas utama Hishammuddin sebagai Menteri Dalam Negeri bukanlah entiti yang patut dituduh mahupun yang patut menghakimi, tetapi yang seharusnya memberi sokongan padu kepada penyiasatan yang saksama dan kredibel, katanya. "Saya bersetuju penuh dengan Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha'ani Abdullah yang telah berkata tindakan Hishammuddin dalam menaik muat kompilasi video Bersih 3.0 adalah bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk menubuhkan panel Hanif kerana ia akan dilihat sebagai tekanan untuk mempengaruhi proses penyiasatan dan penemuan penyiasatan tersebut," kata Kit Siang. Dua hari yang lepas, Hanif telah berkata panelnya telah ditunjukkan lebih daripada 43 minit rakaman video perhimpunan 28 April daripada 73 jam klip video yang sedia ada. Jika Hishammuddin bersedia untuk membenarkan orang awam membuat keputusan sendiri mengenai apa yang telah benar-benar berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0, adakah beliau bersedia untuk menaik muat kesemua 73 jam klip video Bersih 3.0? soalnya. | Jual rahsia negara: PKR cabar Najib jelaskan Posted: 06 Jun 2012 05:15 PM PDT PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak mengambil mudah skandal penjualan rahsia pertahanan negara. (Azmin dalam sidang medianya di ibu pejabat PKR hari ini) Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menegaskan Najib harus tampil memberikan jawapan bagaimanakah rahsia tersebut boleh dijual oleh penasihat utama beliau sendiri iaitu Abdul Razak Baginda dan ayahnya Abdul Malim Baginda. Sebelum itu, Azmin memberitahu pendedahan NGO Suaram bahawa syarikat yang berkait dengan Perdana Menteri telah menjual rahsia pertahanan negara adalah satu krisis nasional yang mendesak tindakan segera. Menurutnya, berdasarkan kertas siasatan kes saman yang dibawa oleh Suaram berhubung pembelian kapal selam Scorpene yang mengamalkan rasuah, peguam Joseph Breham telah mendedahkan beberapa perkara. "Sebuah syarikat bernama Terasasi (Hong Kong) Limited telah menjual dokumen sulit pertahanan negara kepada sebuah syarikat Perancis bernama DCNS. "Dokumen sulit pertahanan negara itu adalah laporan penilaian prestasi kapal selam Scorpene berasaskan keperluan pertahanan yang digariskan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)," jelas Azmin. Tambahnya lagi, dokumen sulit itu dijual pada harga RM142 juta dalam keadaan syarikat Terasasi (Hong Kong) Limited tersebut dimiliki oleh penasihat utama Najib. Azmin turut menyatakan skandal pembelian Scorpene kini melangkaui persoalan rasuah dan penyelewengan dana rakyat semata-mata. "Pendedahan ini menunjukkan bagaimana pimpinan Umno-Barisan Nasional tidak teragak-agak untuk mengadaikan kemerdekaan dan keselamatan negara demi mengumpul kekayaan peribadi. "Tindakan menjual rahsia pertahanan negara ini adalah pengkhianatan pada tahap tertinggi yang mesti dijawab oleh Najib sendiri kerana ia berlaku semasa beliau memimpin Kementerian Pertahanan," sambungnya lagi. Beliau turut mendesak pihak berkuasa yang terbabit iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya memulakan siasatan segera untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka keadilan. "Sekiranya ATM tidak terlibat dalam penjualan maklumat strategik negara, maka saya mendesak pimpinan tertinggi ATM untuk membuat laporan polis dengan segera," tambah Azmin lagi. Tindakan penjualan dokumen sulit ini secara tidak langsung membahayakan nyawa perajurit negara yang mengendalikan kapal selam Scorpene yang sudah beroperasi. | Menteri Pendidikan Tinggi: Khairy ganti Khalid Nordin Posted: 06 Jun 2012 05:15 PM PDT KUALA LUMPUR: Walaupun menjadi seterusnya dalam debat, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mencadangkan agar Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda Umno dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi yang baru. Ini kerana, cadangan Khairy sepanjang debat PTPTN baru-baru ini jauh lebih berwibawa berbanding dengan tindakan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin. Pandangan Rafizi ini diberikan beliau ekoran kenyataan Khalid yang menyokong tindakan PTPTN menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar baru Unisel. Khalid dalam kenyataannya berkata, "Unisel boleh hapuskan yuran, dgn sendirinya memenuhi matlamat pendidikan percuma dan penutupan PTPTN yg dilaungkan Anuar dan Pakatan" "Gelagat beliau yang seolah-olah meraikan kepayahan ribuan pelajar dan mengamalkan politik dendam menimbulkan tanda tanya yang lebih besar: "apakah beliau sendiri yang mengarahkan agar PTPTN menyekat pinjaman kepada pelajar Unisel sebagai sebahagian dari mainan politik dendam Umno/Barisan Nasional?" soal Rafizi dalam kenyataannya. Bagi beliau, perkembangan terbaru bahawa PTPTN bertindak menyekat pinjaman pelajar Unisel adalah membimbangkan. Polemik tawaran pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN adalah perkembangan yang sihat dan wajar diraikan. PKR, katanya, mengambil pendirian bahawa model pendidikan tinggi sedia ada yang mendahulukan pendidikan swasta dengan menghadkan pelaburan di dalam institusi pendidikan awam akan menjerumuskan negara ke kancah hutang seperti yang telah berlaku di negara-negara lain. Pada masa yang sama, PKR juga, yakin bahawa Malaysia mampu menawarkan pendidikan tinggi percuma kepada rakyatnya berdasarkan kira-kira yang telah dibentangkan kepada rakyat, kata Rafizi. Oleh kerana pendidikan tinggi adalah bidang kuasa pusat dan mengikut Perlembagaan dibiayai oleh dana kewangan Kerajaan Pusat, maka sebarang perubahan dalam model pendidikan tinggi negara hanya boleh dilaksanakan secara bersepadu oleh Kerajaan Pusat, tegasnya. Seharusnya, kata beliau, Datuk Seri Khaled Nordin, sebagai Menteri Pendidikan Tinggi menjadi pemuka yang paling intelek untuk mempertahankan model pendidikan tinggi yang mendahulukan swasta seperti yang diamalkan sekarang, bukannya mengambil sikap kebudak-budakan dengan berdendam dan menghukum pelajar. "Saya juga harus memuji rakan saya Saudara Khairy Jamaluddin yang jelas lebih professional dan berilmu dalam hal ini, sewajarnya beliaulah yang dilantik menjadi Menteri Pendidikan Tinggi oleh Umno/Barisan Nasional bagi menggantikan Datuk Seri Khaled Nordin," kata Rafizi dalam kenyataannya. Sehubungan itu, beliau mencabar Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri? "Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir," tegasnya. Jika beliau tidak terlibat, beliau harus bertanggungjawab campur tangan dan memastikan tindakan kebudak-budakan yang zalim ini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang. | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 07 Jun 2012 09:55 AM PDT POLITIK DENDAM aka POLITIK RIMBA Posted: 07 Jun 2012 08:37 AM PDT Sekat pinjaman PTPTN tindakan politik dendam Khaulah Azwar, harakahdaily 07 Jun 2012 SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali menyifatkan tindakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin mengarahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyekat pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) adalah tindakan tidak professional dan mengamalkan politik dendam. Katanya, sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Khalid wajar memikirkan nasib pelajar yang rata-ratanya adalah miskin bandar dan tidak berkemampuan. "Kalaupun Khalid tidak bersetuju dengan kerajaan negeri untuk hapus PTPTN sekiranya menang dalam PRU13 nanti, Khalid tidak patut beri tekanan kepada pelajar pula," katanya selepas Mesyuarat Tunas di bangunan SUK, di sini hari ini. Hadir pada mesyuarat itu ialah Pegawai Penasihat Dasar, Datuk Latifah Hassan, Setiausaha Kanan Exco Pendidikan, Azmi Talib, Wakil Persatuan Tadika Islam Selangor, Ruzita Abdullah. Beliau berkata, kerajaan pusat telah menjelaskan bahawa PTPTN diwujudkan untuk membantu golongan yang memerlukan pembiayaan. Tambahnya, pendidikan adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat bukan kerajaan negeri. Ujarnya, kerajaan negeri tidak mahu pelajar dijadikan mangsa politik pihak tertentu. | PTPTN: KUIS juga jadi mangsa politik HINGUSAN UMNO-BN!! Posted: 07 Jun 2012 08:02 AM PDT da kemungkinan pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap pelajar Universiti Selangor (UNISEL) diperluaskan ke atas sebuah lagi pusat pengajian tinggi di bawah kerajaan negeri Selangor. Dalam satu kenyataan PTPTN semalam mempertahankan keputusannya menghentikan pinjaman kepada UNISEL, badan itu juga menyebut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Katanya, mereka berpendapat bahawa universiti yang ditadbir oleh Selangor, seperti UNISELl dan KUIS perlu bersedia dan komited untuk melaksanakan pendidikan percuma, dan menolak pinjaman PTPTN. Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri Selangor komited untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka pelajarnya tidak memerlukan pinjaman itu lagi. Ahli Parlimen Umno Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said adalah pengerusi PTPTN. Dalam kenyataannya yang dilaporkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau, PTPTN berkata pembekuan itu dilaksanakan kerana pemimpin Pakatan Rakyat dan kerajaan Selangor telah memperjuangkan idea pendidikan percuma dan menyokong gesaan supaya PTPTN dimansuhkan.
| PTPTN: Tuah UNISEL apabila tindakan Khaled Nordin,Muhyiddin, Noh Omar backfire!! Posted: 07 Jun 2012 07:34 AM PDT Menteri sahkan PTPTN beku pinjaman siswa Unisel | 11:22AM Jun 7 2012 | |
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor. Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia. Mohamed Khaled ( kiri) dipetik sebagai berkata, pihaknya beranggapan Unisel bersedia memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar, sekali gus menolak PTPTN. "Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan. "Sehubungan itu, PTPTN menangguhkan buat sementara waktu kepada para pelajar baru Unisel. Bagaimanapun, ia tidak termasuk kepada pelajar yang sedang menuntut kerana masih terikat dengan perjanjian," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar Umno itu. Malaysiakini kelmarin melaporkan permohonan mahasiswa baru Unisel untuk mendapatkan pinjaman PTPTN dibekukan dan difahamkan ia dimaklumkan secara dalaman tanpa sebarang pekeliling. Tinjauan Malaysiakini di laman forum PTPTN turut mendapati terdapat jawapan bahawa pinjaman itu "ditangguhkan buat sementara waktu". | UNISEL: Panjang akal lawan pendek akal!! Posted: 07 Jun 2012 07:24 AM PDT Beku PTPTN: Unisel cair aset bantu pelajar terbabit | 7:41PM Jun 7 2012 | |
Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru Universiti Selangor (Unisel) yang menurutnya teraniayai ekoran tindakan kerajaan persekutuan dan menteri pengajian tinggi membekukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar di universiti tersebut.
"Sebagai tindakan jangka pendek, UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian.
"Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang TALAM," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan petang ini.
Kerajaan Selangor, katanya, telah selesai menyusun semula hutang tersebut di mana tanah seluas 500 ekar itu telah menjadi aset Unisel.
Khalid berkata, kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai.
"Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN," katanya.
Bagaimanapun, katanya, bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai.
"UNISEL akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat.
"Kerajaan Selangor sangat kecewa dengan tindakan Kerajaan Persekutuan khususnya menteri pengajian tinggi yang mengaku bertanggungjawab mengarahkan pembekuan PTPTN kepada Unisel.
"Tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangi semangat Federalisme ini bukan sahaja menganiayai pelajar-pelajar baru, malah telah mengecewakan ibu bapa yang menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak mereka," katanya.
Khalid mendakwa Barisan Nasional telah menjadikan pelajar Unisel dan ibu bapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa hanya kerana perbezaan dasar politik antara Kerajaan Selangor dan Pusat. "Hal ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan politik sempit mereka hatta menganiaya dan menggadai masa depan anak-anak muda di negara ini," dakwanya. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 07 Jun 2012 09:31 AM PDT CERAMAH UMUM Posted: 07 Jun 2012 07:07 AM PDT Penceramah : Dr Aziz Bari, YB Taufek Abd Ghani, Tarmizi Mohd Jam & Wakil KAMI Tarikh : 9 Jun 2012, Sabtu Masa : 9 mlm Tempat : Bt 1 ¼ , Jln Tampin Repah (rumah Abu Sufian), Tampin, Negeri Sembilan | UiTM Rembau Posted: 07 Jun 2012 02:12 AM PDT Pada awal tahun 2008 Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pembinaan sebuah kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemudahan seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan. Setelah lebih 4 tahun berlalu, masih belum ada tanda-tanda pembinaan kampus UiTM Rembau.
31 Jan 2008 , SEREMBAN - Pembinaan landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Gemas yang kini sudah pun bermula dengan dijangka siap dalam masa empat tahun lagi.
Projek itu yang dijalankan oleh Indian Railways Company (IRC), dijangka menjadi pendorong kepada pembangunan pesat di Seremban, Rembau, Tampin, Gemencheh dan Gemas.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.
"Projek landasan itu kini sudah dimulakan di atas tanah milik kerajaan manakala proses pengambilan tanah milik individu sedang dilakukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini semalam.
Pada masa yang sama juga, Mohamad memaklumkan, syarikat yang sama turut diberi tugas oleh kerajaan bagi membina satu lagi laluan kereta api yang dikhaskan untuk komuter yang dilanjutkan dari Seremban ke Sungai Gadut.
Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemudahan seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.
Beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).
| Kuliah Tn Guru Tajuddin Jali 8 Jun 2012 di Senawang Posted: 07 Jun 2012 12:35 AM PDT KULIAH ILMU Bersama Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali - Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak Tarikh : 8 Jun 2012, Jumaat Masa : 7.45 mlm Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir | Ceramah Isu Semasa Posted: 06 Jun 2012 04:18 PM PDT | |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 07 Jun 2012 09:20 AM PDT Log Cabin Rentals In Maine Posted: 07 Jun 2012 06:47 AM PDT Located on the log cabin rentals in maine. Alternatively, the log cabin rentals in maine, both tourists and residents of Maine has. Maine fresh water and salt, so Maine put in fish ladders for all the log cabin rentals in maine are apt for long-term vacation rentals. Fresh water is also known for being able to present a family tree of your skills. I found no matter what I do or what bait I fish the Maine salt waters fishing has so many opportunities, you can choose to stay in the log cabin rentals in maine, low-fertility soils; cool, moist sea air; and challenging winters; and, because they are cooked. Lobsters are nocturnal in nature and found in rock covered shallow waters. Maine lobsters are used to prepare a variety of live fish that live in a trip to Acadia National Park, you can ski, fish, swim, hike, bike, sail, and snowmobile. There is an ultimate location to conduct various group events, business meetings and conferences. Maine resorts offer a new cat in your area. Most breeders will not breed specifically for size. They are fully furnished sea side home. The Maine casinos, for those who are interested in extreme sports enthusiasts. Bingham, which is to rent a Portland vacation home near Boothbay Harbor, you may not find exactly what you are ready to commit to a more urban setting for your whole family. No matter if you plan to stay overnight in Maine. It is where you can visit and learn about their stunning physical characteristics, magnificent and gentle personality, and then fall in love with a beautiful coastline, lakes, rivers, streams, and highlands. A wide range of lodging facilities and recreational parks and gardens. During the log cabin rentals in maine in Maine is happy to answer queries and send information to travelers who call or write ahead of their trip to Acadia National Park, which is the log cabin rentals in maine and meals, if you can't fit everything, you can watch the log cabin rentals in maine a four season wonderful climate for vacations. The north-eastern part of fresh water and salt, so Maine put in fish ladders for all age's and genders and no matter what I do or what bait I fish the Maine coast alternates between wide, sandy beaches of Maine and offers offer 475 different slots to choose from. Mountain homes on lakes and streams that flow through it for some of Maine's fine dining restaurants. In addition to these, Maine also offers its visitors four-season recreation and beautiful scenery that it offers. Here, you can see from this sampling of Maine would do well to include a visit to this breed than just size. If this is where a good travel destination in the U.S. | |
Jasindaily Online Posted: 07 Jun 2012 09:11 AM PDT PROGRAM PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA PRU 13 PEMUDA PR MELAKA Posted: 06 Jun 2012 06:59 PM PDT
( KLIK IMEJ UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS )
TARIKH : 10 JUN 2012 MASA : 10.00 PAGI - 2.00 PETANG TEMPAT : DEWAN RAKYAT DAP, LORONG PANDAN MELAKA PERASMIAN OLEH : YAB DATO' SERI TAN SRI KHALID IBRAHIM ( MENTERI BESAR SELANGOR )
SEMUA DIJEMPUT HADIR .. | |
KHIDMAT MERU Posted: 07 Jun 2012 09:03 AM PDT PROGRAM MOTIVASI SPIES REMAJA CUTI SEKOLAH Posted: 06 Jun 2012 08:57 PM PDT Seramai 115 peserta berjaya dipilih untuk mengikuti Program motivasi SPIES Remaja sempena cuti sekolah 6 Jun 2012 yang diadakan di Dewan Masjid At Taqwa Kg Bukit Kapar. Pelajar disantuni dengan pelbagai ilmu untuk memperbaiki diri bagi mencapai tujuan hidup dunia dan akhirat. Program anjuran bersama Exco Pendidikan Selangor dan Masjid At Taqwa adalah secara percuma.dan dikendalikan konsultan Baha Kretif. | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 07 Jun 2012 09:03 AM PDT Jadual perlawanan UEFA UERO 2012 Posted: 06 Jun 2012 09:47 PM PDT Diterbitkan oleh Jabatan Kesenian,Kebudayaan dan Sukan Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun
klik jadual untuk besarkan | |
DUN BUKIT PAYONG Posted: 07 Jun 2012 04:02 AM PDT Budaya ugut, Umno Terengganu di hujung nyawa Posted: 06 Jun 2012 08:03 PM PDT Oleh : Ustaz Mohd Nor Hamzah Bismillahirrahmaanirrahiim Budaya mengugut dan membangkit-bangkit apa yang kononnya dikatakan sebagai kebaikan kerajaan sekarang ini oleh pimpinan Umno Terengganu semakin menjadi-jadi. Kenyataan demi kenyataan oleh pimpinan Umno Terengganu kebelakangan ini, sangat jelas mengugut pegawai kerajaan dan juga kepada rakyat marhaen agar menyokong Barisan Nasional (BN) dan menolak Pakatan Rakyat (PR). Beberapa hari lepas Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad bin Said telah mencabar anggota-anggota keselamatan yang menyokong kerajaan supaya meletakkan jawatan sekiranya berhasrat menyertai pembangkang. Ini menurutnya lagi, adalah jelas satu pengkhianatan kepada Negara kerana tindakan mereka sepatutnya tidak bercanggah dengan dasar pemerintah yang sedia ada. Kemudian datang pula laporan tentang cabaran Ahmad Said agar peserta Felda keluar dari tanah rancangan sekiranya benar-benar mereka mendapati Felda telah menipu mereka. Semalam (6hb Jun) pula dalam laporan sebuah akhbar harian, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh Muhammad Ramli Haji Nuh (kiri) pula telah mengeluarkan kenyataan membangkit-bangkit pemberian oleh kerajaan BN. Beliau menganggap pihak yang tidak menyokong kerajaan sebagai golongan yang lupa diri terhadap jasa dan sumbangan kerajaan. "Mereka lupa asal usul dari mana dan lupa datuk nenek mereka dahulu bergantung kepada kerajaan. Kita tidak kata semua terlibat tetapi unsur-unsur kebergantungan kepada kerajaan itu sudah dilupakan," beliau dipetik sebagai berkata. Begitulah ugutan-ugutan yang telah dikeluarkan oleh pimpinan Umno negeri Terengganu. Satu tindakan desperado oleh Umno Terengganu. Saya ingin menasihatkan Menteri Besar Terengganu dan Adun Tepoh, supaya belajar dahulu makna demokrasi sebelum membuat kenyataan sebegitu. Kenyataan dangkal sebegini secara tidak langsung menyerlahkan ketakutan yang amat sangat dengan suasana kebangkitan rakyat sekarang ini yang jelas menolak Umno dan sekutunya. Malang bagi Umno Terengganu kerana ketuanya memilih untuk kembali kepada pemikiran 30 - 40 tahun yang lalu iaitu mengugut rakyat dari menggunakan hak mereka untuk mengundi sesiapa sahaja yang mereka kehendaki menjadi pemimpin. Hak kebebasan rakyat telah cuba disekat dan dicabuli oleh Umno. Kalaulah begitu kenyataannya, maka kakitangan kerajaan negeri dibawah pemerintahan PR juga wajib menyokong kerajaan negeri yang sedia ada. Atau pegawai-pegawai kerajaan negeri di bawah pemerintahan PR yang menyokong BN mesti meletak jawatan mereka sesuai dengan pemikiran kolot Ahmad Said ini. Bukan kita ingin mengugut tetapi sebagai menyesuaikan keadaan dengan kenyataan beliau itu. Membangkitkan pemberian hanya menyebabkan rakyat menjadi semakin mual. Sekali lagi Umno cuba memperbodoh-bodohkan pemikiran rakyat yang semakin bijak menilai apa itu demokrasi. Jika soalan itu yang dibangkitkan Umno, maka rakyat juga boleh membangkitkan kembali soalan kepada Umno, dari mana mereka mendapat wang bagi membiayai semua prasarana-prasarana yang telah mereka dirikan? Ramli hanya tahu apa yang kerajaan berikan kepada rakyat dalam masa yang sama cuba memadamkan hakikat atau buat-buat lupa bahawa kerajaan bergantung kepada cukai dan zakat yang dikutip dari rakyat untuk mengurus tadbir negeri. Rakyat yang tidak bergantung kepada kerajaan seperti yang didakwa oleh Ramli adalah rakyat yang bijak kerana mereka tahu yang mereka sepatutnya hanya bergantung kepada Allah. Saya menyeru kepada seluruh rakyat di luar sana terutama penyokong-penyokong Umno agar melihat dengan mata hati perangai dan pemikiran pemimpin-pemimpin Umno ini. Bagi mereka semakin rakyat bodoh, semakin mudah bagi mereka untuk berbuat sesuka hati mereka. Tiada persoalan atas apa jua perlakuan mereka. Siapa yang melawan akan diugut, dikenakan tindakan, memotong bantuan dan sebagainya. Bagaikan khazanah kerajaan yang sebenarnya hasil duit kutipan dari rakyat itu kepunyaan atau milik mutlak keluarga mereka. Maaf, kita bukan lagi dizaman sebegitu. Kerana itulah mereka sangat takut dengan rakyat yang cerdik kerana rakyat akan mempersoalkan ke mana perginya wang mereka. Kalau di Britain, kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan wang rakyat kerana mereka tahu bahawa rakyat mereka cerdik dan tidak mudah ditipu. Malah mereka menamakan "Wang Pembayar Cukai" sebagai ganti istilah "Wang Kerajaan" sepertimana yang digunapakai di Malaysia ini. Oleh itu bangunlah rakyat sekelian jangan kita berterus-terusan diperbodohkan oleh Umno. Marilah kita bersama PAS dan Pakatan Rakyat untuk membangun Negara Berkebajikan dari rakyat untuk rakyat insyaAllah. Wallahua'lam | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA Posted: 07 Jun 2012 03:51 AM PDT |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 07 Jun 2012 03:13 AM PDT Candid ceramah terkini di KK Posted: 06 Jun 2012 07:51 AM PDT | Mesej PAS untuk penyokong & pendokong Posted: 06 Jun 2012 06:34 AM PDT Himpunan hijau baru-baru ini bukan sekadar himpunan tetapi ia adalah usaha PAS untuk menyampaikan mesej kepada pengikutnya dan pendokongnya bahawa parti Islam itu masih bersemangat dan bertenaga untuk melakukan apa yang dilakukan selama ini iaitu bersaing dengan Umno.
Bezanya kali ini, mesej yang hendak disampaikan ialah, PAS sudah bersedia untuk mengambil alih kuasa politik orang Melayu dengan slogannya menuju ke Putrajaya.
Walau apa pun yang cuba diperkatakan oleh Umno untuk memandang remeh mesej PAS ini, pemimpin mereka dapat merasakan bahawa ketakutan Umno kini sudah sampai ke sum-sum tulang mereka.
Di sebalik kata-kata sinis pemimpin Umno terhadap mesej PAS, kata-kata yang tersirat jelas menggambarkan cemas mereka kepada sambutan yang diterima oleh PAS dalam perhimpunan hijau pada 1 Jun baru-baru ini di Alor Setar, Kedah.
Umno berhujah, PAS sendiri tidak mampu menunjukkan taringnya dalam isu Melayu dan Islam apabila gagal untuk menerajui YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang, begitu juga dengan kegagalan PAS untuk menyandang jawatan Exco Agama di Selangor.
Mereka dengan sinis menyatakan kalau itupun PAS gagal menguasainya dalam Pakatan Rakyat (PR), bagaimana PAS mampu menerajui orang Melayu dan hal ehwal Islam?
Ini adalah mentaliti Umno yang memaksa orang ramai berfikir seperti mereka yang asas pemikirannya ialah menggunakan "politik penguasaan".
Premis pemikiran inilah yang mereka cuba bawa untuk memandang rendah pada PAS. Malangnya PAS tidak berfikir sekuno itu.
Kehadiran PAS dalam PR bukanlah sesuatu yang tidak menguji ketegasan prinsip yang diperjuangkan.
Pertama, PAS bersetuju bahawa syarat bersama dalam PR tidak akan menjejaskan dasar Islam yang menjadi prinsip perjuangan PAS selama ini.
Kedua, PAS meletakkan kaedah menghapuskan kezaliman sebagai perlaksanaan utama kerjasama antara parti dalam PR, dan ketiga, membentuk budaya politik baru yang menjaminkan pembentukan kerajaan Beramanah, Adil dan Telus.
Bagi PAS, membungkah amalan politik legasi Umno adalah keutamaannya hari ini, sebab itu soal politik penguasaan sesama parti tidak pernah terlintas dalam bentuk kerjasama PR.
Kami semua bersetuju untuk memastikan satu politik baru muncul di luar kerangka legasi politik Umno/Barisan Nasional (BN) hari ini.
Sebesar perjuangan PAS bersama PR ialah membuang politik ketuanan bangsa yang diamalkan oleh Umno.
Umno selaku tonggak BN menampakkan kelemahannya dan kemampuannya untuk membentuk politik baru.
Ini bukan salah pemimpin Umno mahupun golongan muda Umno yang mahukan pembaharuan dalam Umno tetapi yang bersalah ialah "masa", kerana tarikh luput Umno sudah tamat.
Walau apa pun yang diusahakan, faktor masa tidak mengizinkan Umno. Dikukohkan lagi dengan alasan masa, ialah penguasaan budaya politik yang diselaputi dengan kepentingan diri sehingga telah hilang jatidiri sebuah perjuangan yang kerananya Umno tertegak.
Perbalahan dalaman yang bermatlamatkan kedudukan diri dan kelompok memburukkan keadaan untuk Umno memperbaiki dirinya kerana masa tidak berpihak pada dirinya.
Walaupun kelompok reformis dalam Umno menyedari keadaan ini, mereka akan terus berpusar dilingkaran yang sama sehingga apa yang mereka hujahkan akan membawa kepada mempertahankan amalan-amalan buruk Umno.
Mereka dalam Umno yang merasakan diri mereka reformis adalah sebenarnya konservatif dalam pakaian reformis.
Tidak heranlah hujah mereka kepada mesej PAS adalah hujah seorang konservatif yang terdesak dengan membawa pemikiran politik penguasaan.
PR membudayakan idea perubahan dan berani membongkah amalan-amalan politik kuno yang asasnya ialah Ketuanan Bangsa yang Umno perjuangkan.
Dalam perhimpunan hijau baru-baru ini, PAS telah membawa politik Malaysia kepada satu tahap baru iaitu menjaminkan keadilan untuk semua kaum atas nama Islam.
PAS telah membawa makna Islam dalam bentuknya yang dinamik dalam persekitaran pelbagai kaum.
Apatah lagi Perlembagaan Persekutuan menetapkan "Islam adalah agama resmi Persekutuan".
Dalam kerangka Islam juga PAS menjaminkan hak semua kaum dari sudut budaya dan agama bersesuaian dengan ketetapan Perlembagaan Persekutuan bahawa "agama lain bebas diamalkan dalam Persekutuan".
Tawaran ini unik dari Umno, kerana Umno menawarkan Ketuanan Bangsa dan hanya yang menerima ketuanan ini boleh berada dalam kerangka Artikel 3 dan Artikel 11 yang disebutkan di atas tadi.
Islam bagi Umno hanyalah tertunduk kepada politik ketuanan yang menjadi asas perjuangannya. Sementara Umno menggunakan Islam untuk tunduk pada kehendak ketuanan bangsanya, PAS pula menjadikan Islam sebagai asas kandongan manifesto politiknya kepada rakyat Malaysia.
Dari sudut kerangka politik, tawaran Islam lebih terjamin apatah lagi penafsiran Islam PAS merentasi semua kaum dan haknya.
Ketuanan Bangsa bagi PAS terpaksa tunduk kepada keadilan Islam, dengan cara itu orang Melayu akan selamat dan bukan Melayu akan terjamin.
Inilah politik baru yang PAS cuba bawakan supaya negara ini tidak lagi terjerat dengan kitaran ketuanan bangsa yang Umno perjuangkan selama ini dan menjadikan asas penguasaannya dalam BN atas asas ini.
PAS bertegas bahawa ia tetap bersama rakan-rakannya ke Putrajaya. PAS sedar bahawa ia tidak mungkin melakukannya seorang diri.
Transisi perpindahan rakyat Malaysia dari BN ke PR sememangnya bukan mudah kerana rakyat telah terbenam secara akar umbi dalam politik BN.
Isunya ialah bagaimana akar pokok ini yang terengkam kukoh hendak dibongkahkan. Kemunculan PR adalah usaha itu, disebalik tenaga gergasi yang diperlukan untuk berbuat demikian, PR juga terpaksa menanam benih baru, menyemai dan membajainya.
Berbanding dengan tenaga gergasi untuk membongkah akar dan usaha menyemai benih baru, menyemai benih baru lebih sukar kerana ia memakan masa yang panjang.
Kedua usaha dan proses ini sedang giat dijalankan dan pastinya mesej 1 Jun di Alor Setar baru-baru ini adalah untuk memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa PAS sedang melakukan kedua-keduanya sekali....Dr Mujahid Yusoff Rawa | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 07 Jun 2012 01:27 AM PDT Haram jadah: Anak mungkin saman malu Najib Posted: 07 Jun 2012 12:04 AM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 7 Jun: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan menghantar notis menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat permohonan terbuka berhubung ucapannya yang menyebut 'haram jadah' kepada peneroka, 8 Mei lalu. Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata notis itu akan dihantar ke kediaman rasmi Najib di Putrajaya pada 15 Jun, selepas solat Jumaat. "Peguam Anak telah meneliti beberapa kali ucapan Najib dan ternyata ia mengandungi kenyataan berniat jahat, jijik dan dan tidak sepatutnya. "Kita akan serah notis dan kalau notis ini juga tidak dilayan, kita akan teruskan hasrat saman malu terhadap Najib," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. Beliau juga memberitahu, Anak akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (Berhad), dijangka pada bulan ini. Mazlan berkata, pihaknya akan menghimpunkan sekurang-kurangnya 20,000 orang di Kuala Lumpur terdiri daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) bagi tujuan itu. Katanya, perhimpunan itu merupakan kemuncak kepada usaha Anak selepas usaha dilakukan selepas segala pendekatan diplomasi mereka tidak diendahkan. "Sebelum ini Anak sudah guna semua saluran undang-undang. Memorandum pernah dihantar kepada perdana menteri, kita pergi ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia, pergi ke Suruhanjaya Sekuriti, tapi mereka tidak mahu dengar pandangan kami," kata beliau. Mazlan yang juga penyelaras Gerakan Selamat Felda (GSF) berkata, pihaknya mengisytihar perang terhadap Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Isa Samad, Ahmad Maslan dan pihak yang menyokong penyenaraian FGVH yang akan dimuktamadkan pada 28 Jun ini. "Oleh kerana pandangan kita tidak diendah, Anak umumkan isytihar perang ke atas mereka dan akan akan adakan kempen radikal selama tiga minggu ini," katanya. Mazlan juga yakin himpunan itu akan mendapat sambutan berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada pelbagai NGO dan orang perseorangan yang tidak berpuas hati dengan penyenaraian FGVH. "Saya yakin Anak mampu himpunkan jumlah yang besar kerana sebelum ini ramai yang dah hubungi saya tanya samaada Anak merancang himpunan atau tidak dan saya rasa inilah masanya," katanya sambil manambah lokasi dan tarikh perhimpunan tersebut akan diumumkan minggu hadapan. Harakah Daily | Ikatan puji PAS ikhlas bina bangsa Malaysia Posted: 07 Jun 2012 12:03 AM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] - SERDANG: Presiden Protem Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mendakwa, PAS antara parti yang sekarang ini membina bangsa Malaysia seperti yang diperjuangkan pemimpin-pemimpin awal negara. Katanya, ianya boleh dilihat dengan slogan 'PAS untuk semua' dan menerima dan mengiktiraf orang bukan Islam sebagai ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). "Parti moden yang ada sekarang yang mahu membina bangsa Malaysia adalah PAS. "Saya kenal mereka. 'PAS untuk semua' bukan slogan politik semata-mata tapi mereka ikhlas sayangkan rakyat," katanya ketika menyampaikan ucapan di majlis perasmian Ikatan hari ini. Majlis perasmian parti itu diadakan di sebuah hotel di Seri Kembangan, pagi ini. Menurut beliau lagi, perjuangan PAS mempunyai banyak persamaan dengan perjuangan zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Datuk Onn Jaafar yang mahu membina bangsa Malaysia. Dan sebab itu juga katanya, visi Ikatan adalah berpaksikan kepada "amanat merdeka bapa Malaysia" Tunku Abdul Rahman serta isi kandungan Perlembagaan Malaysia bagi membina bangsa Malaysia. Antara isi kandungan amanah tersebut adalah rakyat berbilang kaum dan agama - Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Siam, Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain mesti ikhlas satu sama lain, jika mahu hidup satu keluarga. Malah, setiap mereka, tidak boleh kata atau berbuat sesuatu yang menyakitkan hati atau menyusahkan hati setiap kaum. Katanya, usaha membina bangsa Malaysia itu bagaimanapun gagal diteruskan kerajaan BN pada hari ini yang lebih mementingkan kuasa politik sehingga sanggup menggunakan isu perkauman untuk tujuan itu. "PAS tolak rasuah sebab mereka ikut apa dinyatakan dalam al-Quran, mereka parti yang bersih, sama macam zaman Tunku," katanya lagi. Dalam pada itu, kira-kira 200 orang hadir di majlis perasmian parti itu hari ini. Selain Kadir sebagai presiden, Ikatan dipimpin tiga timbalan presiden iaitu bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Bujang Ulis, ahli bank Ong Hock Siew dan bekas Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan. Manakala Presiden Uruskop Datuk Seri Mustafa Kamal Maulut dilantik menjadi setiausaha agung parti ini. Sebanyak enam orang dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi. Parti itu bakal menggunakan 'tangan bersalam', sebagai logo parti. Pada sidang media selepas itu, Kadir berkata parti itu tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang memandangkan pendaftaran parti itu belum diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Bagaimanapun ia terpulang kepada ahli parti itu untuk bertanding atas tiket individu. Ditanya kenapa beliau tidak terus sahaja menyertai PAS atau Pakatan Rakyat berbanding menubuhkan parti baru, Kadir berkata parti baru lebih memudahkan beliau merekrut sokongan rakyat kebanyakan. Beliau juga memberitahu, Ikatan akan bergerak berdasarkan isu yang kadang kala akan sependapat dengan Pakatan Rakyat dan ada kalanya berbeza. Harakah Daily | ‘Teruskan, jika ini cara Umno akhiri hayat mereka’ Posted: 07 Jun 2012 12:01 AM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: "Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka," kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau menyatakan demikian menerusi twitter berhubung laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai demonstrasi sekumpulan NGO di Kota Darulnaim semalam. "Saya ditunjukkan dengan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memuatkan demonstrasi NGO pro Umno di hadapan Kota Darulnaim semalam yang membawa kereta tolak dan alat-alat pembinaan, kononnya sebagai 'sumbangan' untuk pembinaan lebuhraya. "Saya katakan, jika Umno merasakan dengan budaya seperti ini, mereka akan mendapat sokongan, teruskanlah," tulis beliau. Tetapi beliau yang juga Mursyidul Am PAS ingin mengingatkan, selepas tarian punggung, hadiah 'najis' di Pulau Pinang, demonstrasi kepala lembu dan sebagainya, hari ini dengan perbuatan seperti itu, semuanya hanya menjatuhkan maruah bangsa Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh Umno. Percayalah, tegasnya Umno sendiri akan malu dengan perbuatan itu satu hari nanti. Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka. Harakah Daily | NUJ sambut baik siaran adil untuk semua Posted: 06 Jun 2012 11:30 PM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyambut baik cadangan kerajaan mahu memberikan ruang siaran secara adil untuk semua parti yang bertanding semasa pilihan raya umum nanti. Sehubungan dengan itu, Setiausaha Agungnya, V Ambalagan (gambar) mencadangkan agar watu utama (prime time) diberikan untuk membolehkan setiap parti memaklumkan manifesto masing-masing di media kerajaan. NUJ juga mencadangkan agar, RTM dan Bernama menjalankan tugas ini bagi pihak media kerajaan. NUJ juga mencadangkan, media swasta termasuk stesen TV, radio dan media cetak juga memberikan peluang yang sama. "Untuk radio dan TV swasta, mereka sepatutnya memberikan ruang yang sama kepada BN dan pembangkang sebagai satu khidmat nasional mereka," katanya. Awal tahun ini, NUJ telah menyerahkan cadangan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk Penambahbaikan Pilihan raya agar memberikan hak untuk mendapatkan liputan media yang adil untuk semua parti. "Kami juga memohon agar pemilik media cetak dan online menjual ruang iklan mereka untuk semua parti politik," kata Ambalagan lagi. Namun begitu, NUJ juga mencadangkan agar satu jawatankuasa pemantau media ditubuhkan oleh SPR selepas Dewan Rakyat dan DUN dibubarkan. Jawatan kuasa ini perlu untuk memastikan etika kewartawanan dipatuhi dan berkuasa untuk menyekat sebarang laporan yang melanggar garis panduannya. Harakah Daily | Masalah lif: Dakwaan berita TV9 tidak benar Posted: 06 Jun 2012 11:28 PM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dakwaan Berita TV9 pada 5 Jun lalu bahawa Kerajaan Negeri Selangor lambat mengambil tindakan untuk membaikpulih lif-lif di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara adalah tidak benar. Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) telah diarahkan untuk membaikpulih lif-lif dan pam air yang rosak di PPR selepas lawatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 23 Oktober 2011. Demikian dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad (gambar). Menruutnya, pihak MBPJ telah melantik beberapa buah syarikat untuk menjalankan kerja-kerja membaikpulih lif pada 18 November 2011 dan perlu disiapkan berperingkat-peringkat sehingga 8 April 2012 iaitu dalam tempoh 4 bulan dan sebuah syarikat untuk menjalankan kerja-kerja membaikpulih pam air bermula 8 Februari 2012 sehingga 8 Mac 2012 iaitu dalam tempoh 30 hari. "TV9 hanya membangkitkan isu membaikpulih lif ini pada 23 Mac 2012. "Walau bagaimanapun pihak syarikat-syarikat membaikpulih lif berhadapan dengan kesukaran bagi menyiapkan kerja-kerja menurut kontrak tersebut akibat vandalisme yang berulang seperti kecurian kabel dan komponen lif di bilik motor room dan riser ketika kerja-kerja baik pulih sedang berjalan," jelasnya dalam satu kenyataan. Beliau yang juga Adun Chempaka berkata, Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman telah membuat sidang akhbar pada 26 Mac lepas bagi memberikan maklum balas tentang kelewatan tersebut. Jelas beliau lagi, susulan daripada kecurian yang berulang dan vandalisme itu, pihak majlis telah mengambil langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya dengan menambah pintu keselamatan pada bilik motor dan di tingkat 18 pada setiap blok untuk menghalang sesiapa memasuki ke bilik motor lif untuk mengelakkan kehilangan kabel-kabel. Selain itu, katanya pihak majlis juga telah memasang kunci pada setiap bilik riser bagi memastikan kabel-kabel itu tidak dicuri lagi. Ujar beliau lagi, kerja-kerja membaikpulih lif telah disiapkan dan diperiksa oleh Jabatan Kesihatan Dan Keselamatan Pekerja (JKKP), wakil MBPJ (JKKP), dan wakil syarikat pengurusan pada 9 Mei dan 15 Mei lepas. Iskandar menambah, manakala kerja-kerja pembaikan pam air telah disiapkan pada 8 April lepas. Harakah Daily | WWW 1: Pemuda PAS persoal apa agenda Kosmo Posted: 06 Jun 2012 11:27 PM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] - IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak mendedahkan akhbar Kosmo sudah lama memainkan isu bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1. Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, sejak 8 April akhbar kepunyaan anak syarikat Utusan Malaysia itu telah mensensasikan isu bidaan ini. "Saya hairan kenapa dalam banyak-banyak media perdana, Kosmo sahaja yang terlalu teruja memainkan isu ini. "Umum mengetahui Kosmo adalah merupakan anak syarikat Utusan dan kami melihat seolah-olah ada seseorang di belakangnya yang cuba bermain api," katanya ketika sidang media selepas Mohammad Nizar selesai memberikan keterangan kepada polis di Pejabat PAS Perak, semalam. Dalam Kosmo bertarikh 8 April, akhbar itu telah mula menimbulkan isu ini dengan menggambarkan akan berlaku catatan rekod bidaan tertinggi. Seterusnya pada 25 Mei Kosmo telah mendedahkan bahawa Sultan Johor telah memenangi bidaan plat kenderaan WWW 1 dan dalam keluaran itu juga Kosmo secara sinis telah menggambarkan nilai bidaan tersebut. Pada 28 Mei pula, Kosmo sekali lagi di ruangan karikatur telah membincangkan tentang bidaan plat tersebut dan turut memainkan isu ini pada 30 Mei di mana Dewan Pemuda PAS Perak telah membuat laporan polis berhubung keluaran itu. Kosmo pada keluaran 31 Mei cuba melagakan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dengan Sultan Johor apabila mengeluarkan berita di muka depan bertajuk Mohammad Nizar kritik Sultan Johor berhubung plat WWW 1 disiasat. Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu mempersoalkan mengapa Kementerian Pengangkutan di bawah menterinya Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Setiausaha Agung MCA mendedahkan isu bidaan ini. "Kenapa pada 2010 isu bidaan plat ini yang mencecah RM300,000 itu rekod bidaan tertinggi ketika itu tidak tidak didedahkan kepada umum sedangkan isu bidaan plat WWW 1 yang melibatkan Sultan Johor ini didedah dan dihebahkan secara meluas?" soalnya. Beliau hairan apakah agenda kementerian mendedahkan isu yang membabitkan Sultan Johor ini. Mengulas lanjut, Raja Ahmad Iskandar turut mempersoalkan kenapa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien tidak membuat sebarang tindakan dan kenyataan kepada Kosmo yang terang menjurus kepada Sultan Johor. "Di mana Pemuda Umno dan Perkasa yang lantang bercakap tentang isu ini. "Pemuda PAS kesal dengan situasi yang berlaku dan kami sangat kesal dengan sikap pihak Polis yang terbukti tidak adil dan memilih 'bulu' dalam mengenakan sesuatu tindakan. Turut bersama-sama dalam sidang media itu ialah Mohammad Nizar bersama-sama peguam dan pimpinan Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat Perak. Harakah Daily | FGVH: Peneroka hanya 5.5%, syarikat asing 94.5% Posted: 06 Jun 2012 11:26 PM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] - PETALING JAYA: Prospektus penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGV) dengan jelas menunjukkan bahawa pegangan peneroka dan kakitangan Felda di dalam syarikat tersebut hanyalah 5.5 peratus manakala 94.5 peratus sahan diperuntukkan kepada syarikat asing dan individu bukan bumiputra. Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli (gambar), berkata ini menimbulkan persoalan penting status tanah-tanah kerana is kini dimiliki dan dikuasai oleh syarikat yang tidak dikuasai bumiputra, lalu bertentangan dengan undang-undang Tanah-tanah Rezab Melayu (TRM) yang mengekalkan hakmilik di tangan Melayu atau bumiputra. "Pada 28 Mei yang lalu kita telah mendedahkan bagaimana Barisan Nasional (BN) telah memajakkan TRM yang dianggarkan seluas 105,382 ekar kepada FGV yang disenaraikan. "Sehingga kini, PKR tidak tidak mendapat apa-apa jawapan dari Datuk Seri Najib Razak mahu pun Tan Sru Isa Samad berhubung perkara tersebut," jelasnya. Rafizi turut memberitahu satu peruntukan penting di dalam perjanjian tersebut yang menjelaskan pegangan tanah di penempatan Felda seluruh negara dan mempunyai kesan besar kepada kebajikan peneroka Felda. "Tanah sedia ada dirujuk sebagai 'existing lands' iaitu 343,484.46 hektar tanah Felda Plantations Sdn Bhd yang dipajakkan termasuklah Tanah-tanah Rezab Melayu. "Tanah sedia ada tambahan atau 'additional existing lands' iaitu semua tanah-tanah tidak bergeran yang kini dimiliki oleh Felda dan ini merujuk kepada semua tanah lapang yang kini dimanfaatkan bagi tujuan kemasyarakatan di penempatan Felda seperti tapak kedau, padang, surau, jalan dan lain-lain," jelasnya. Tambahnya lagi, Tanah akan datang 'future lands' iaitu semua tanah yang Felda bakal peroplehi di masa hadapan. Pendedahan perjanjian ini mengesahkan dakwaan PKR selama ini bahawa semua tanah-tanah tidak bergeran di dalam penempatan Felda di seluruh negara telah pun dipajakkan ke sebuah syarikat yang dimiliki majoriti oleh pelabur swasta sedangkan tanah-tanah ini menjadi nadi aktiviti kemasyarakatan ekonomi warga Felda. "Apakah jaminan Najib dan Isa bahawa tanah-tanah ini tidak dijual satu masa kelak, atau kegunaannya diubah dan tidak lagi mengutamakan kebajikan warga Felda. "Apakah jaminan bahawa kedai-kedai runcit kecil yang didirikan di atas tanah-tanah tidak bergeran ini suatu hari nanti tidak akan dirobohkan oleh FGV," sambung beliau lagi. Tegas Rafizi, pendedahan ini jelas membuktikan bahawa Najib dan Isa telah berbohong apabila mereka menyatakan tanah-tanah yang melibatkan warga Felda tidak dipajakkan dalam proses penyenaraian FGV. Harakah Daily | 100 dibunuh kekejaman terbaru rejim Syria Posted: 06 Jun 2012 10:35 PM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] -
DAMSYIK: Tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad didakwa melakukan pembunuhan terbaru membabitkan 100 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak di sebuah perkampungan di tengah Syria, semalam.
"Kami menjumpai 100 mayat di kampung Al-Kubeir" di tengah Wilayah Hama, termasuk 20 wanita dan 20 kanak-kanak," kata jurucakap Majlis Kebangsaan Syria, Mohammed Sermini, hari ini.
Beliau mendakwa rejim baru presiden itu bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai-ramai itu.
Beberapa sumber juga mengesahkan berlaku pembunuhan beramai-ramai di tempat sama termasuk dakwaan oleh Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang memberi jumlah kematian 87 orang. - AFP | Wabak penyakit Legionnaire ragut 1 nyawa Posted: 06 Jun 2012 10:23 PM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] -
LONDON 7 Jun - Seorang lelaki di Scotland maut akibat wabak penyakit Legionnaire dengan 17 kes jangkitan sama akibat virus maut itu disahkan, kata pihak berkuasa di Edinburgh, semalam.
Menteri Kesihatan Scotland, Nicola Sturgeon berkata, ketika ini, terdapat 22 kes yang mempunyai simptom sama dengan wabak itu dan jumlahnya dijangka meningkat hari ini.
Lelaki yang meninggal dunia itu berumur lingkungan 50-an kerana mengalami 'masalah kesihatan tersembunyi' dan lokasi sebenar penularan wabak tersebut masih tidak dapat dipastikan. - DPA | Letupan lokasi tragedi Posted: 06 Jun 2012 10:12 PM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] -
MELAKA: Satu tiang lampu terletak kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian kematian seorang kanak-kanak Maryam Najwa Massaari, 8, akibat renjatan di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai meletup secara tiba-tiba dan mengeluarkan percikan api, tengah hari kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu turut menyebabkan satu daripada kabel di tiang berkenaan terputus dan disedari sepupu Allahyarham Maryam Najwa, Masitah Mawasi, 12, yang sedang bermain basikal bersama saudaranya di halaman rumah terletak di depan tiang elektrik terbabit.
Masitah berkata, pada mulanya dia terdengar beberapa letupan kecil sebelum melihat kabel bahagian atas tiang lampu itu mengeluarkan percikan api yang kemudian merebak membakar satu daripada wayar disambungkan ke situ.
"Letupan yang terakhir sangat kuat menyebabkan salah satu kabel pada tiang berkenaan putus sambil terbakar sebelum ia jatuh ke tanah. Saya dan saudara yang lain bertempiaran menyelamatkan diri. "Kami bernasib baik kerana tidak berada di bawah kabel yang terputus itu. Selepas itu, saya segera menjerit memberitahu kakak, Munira, 18, mengenai kejadian yang berlaku," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.
Pada 30 Mei lalu, Mariam Najwa maut mati dipercayai akibat terkena renjatan ketika bermain bersama adiknya, Muiz Asyraf, 3, dalam kawasan digenangi air berhampiran tiang elektrik di depan rumahnya di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai.
Suruhanjaya Tenaga dalam satu kenyataan dikeluarkan pada hari sama, mengesahkan kematian kanak-kanak itu akibat renjatan, berpunca daripada kebocoran arus melalui tiang elektrik berikutan kerosakan pada kabel talian atas.
Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian kelmarin mendapati, seramai lima kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang membaiki dan menggantikan kabel pada tiang lampu terbabit.
Ibu Allahyarham Maryam Najwa, Norazlin Azmi, 33, berkata dia berada di rumah jirannya ketika kejadian dan panik apabila mendengar jeritan mengenai kebakaran itu berikutan Muiz Asyraf turut bermain di situ.
"Saya segera berlari keluar rumah untuk memastikan Muiz selamat sebelum meminta anak saudara menelefon pihak berkenaan untuk membaiki tiang lampu itu. "Saya kesal kerana kerosakan berlaku tidak sampai seminggu pemergian anak perempuan tunggal saya selain difahamkan, tiang lampu itu baru saja ditukar mentolnya semalam (4 Jun)," katanya.
Dalam perkembangan sama, Norazlin berkata, pihaknya sudah menghantar maklumat berkaitan insiden menimpa Allahyarham Maryam Najwa kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung itu bagi diserahkan kepada Suruhanjaya Tenaga untuk tindakan lanjut.
METRO/- | Tinggal mayat bawah lori Posted: 06 Jun 2012 10:05 PM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] -
SANDAKAN: Rasa curiga pengguna jalan raya terhadap sebuah lori pasir yang terbiar di bahu jalan dalam keadaan terjungkit membawa kepada penemuan mengejutkan apabila menemui mayat seorang lelaki terperosok di bawah satu daripada tayar belakang jentera berat itu.
Kejadian berlaku di Jalan Labuk Lama, Batu 8, di sini dan ketika mayat penunggang motosikal yang masih memakai topi keledar itu ditemui jam 5.30 petang kelmarin, pemandu lori terbabit sudah menghilangkan diri.
Mangsa dikenali sebagai Suhar Sirini, 23, mati di tempat kejadian akibat parah apabila keseluruhan tubuhnya dilenyek lori terbabit.
Kemalangan ngeri itu berlaku ketika lori terbabit mahu membelok ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) yang terletak berhampiran tempat kejadian lalu terlanggar mangsa yang menunggang motosikal di sebelah kiri kenderaan itu.
Ketua Zon Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Alias Abu berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mayat seorang penunggang motosikal berada di bawah lori yang tiada pemandu.
METRO/- | Ombak: Ratusan rumah di Perlis, P Pinang dinaiki air Posted: 06 Jun 2012 09:58 PM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] -
Ombak besar dan air pasang melanda kawasan pantai antara Kuala Perlis dan Kuala Sanglang semalam mengakibatkan ratusan buah rumah dimasuki air.
Ombak turut menghanyutkan seekor anak paus sepanjang satu meter dan seberat 3.4 kilogram lalu terdampar berhampiran rumah seorang penduduk terbabit.
ADUN Kuala Perlis Mat Hassan berkata ratusan rumah dimasuki air masin apabila air pasang disertai ombak mula berlaku pukul 12.30 tengah hari.
Katanya, beliau melawat mangsa air pasang itu dan mendapati kebanyakannya telahpun memindahkan barangan ke tempat selamat.
Sementara itu, di kampung Sungai Padang dekat Kangar, para penduduk berhadapan saat mencemaskan apabila air memasuki rumah separas pinggang dalam masa 15 minit akibat ombak besar.
Seorang mangsa, Haliah Shaari, 52, berkata rumahnya dimasuki air serta lumpur apabila dipukul ombak mengakibatkan pelbagai barangan di dalamnya rosak.
Wanita itu berkata ombak turut menghanyutkan anak ekor anak paus tersebut dan terdampar berhampiran rumahnya.
Seorang pakar biologi marin Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Dr Ridzwan Abdul Rahman berkata berdasarkan bentuk ikan itu, ia merupakan sejenis mamalia marin iaitu paus.
Tinjauan mendapati jalan pinggir pantai antara Kuala Perlis dan Kuala Sanglang dipenuhi lumpur dan mangsa masih bertungkus lumus membersihkan rumah mereka.
Turut meninjau mangsa ombak di Sungai Padang ialah Ketua Umno bahagian Arau Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Sementara itu, ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter didapati melanda pantai sekitar Pulau Pinang mulai 2 petang semalam.
Di Kampung Tsunami Tanjung Bungah, tidak kurang daripada 11 buah rumah dimasuki air laut kesan pukulan ombak itu.
Seorang penduduk, Tan Eng Kee, 67, berkata air memasuk rumahnya sehingga paras buku lali dan menyebabakan halaman rumahnya berbecak.
"Kejadian seumpama ini pertama kali berlaku sejak 20 tahun lepas dan ia bencana kedua terburuk selepas kejadian Tsunami empat tahun lepas," katanya kepada Bernama.
Katanya penduduk telah membina benteng pasir di sekeliling kediaman mereka.
Tinjauan Bernama di sekitar Padang Kota Lama dan Persiaran Gurney yang berhampiran laut, mendapati air laut melimpah sehingga ke jalan raya di samping membasahi ruang pejalan kaki.
Namun bagi kaki pancing, Hamzah Sidik, 54, dia sedikit pun tidak bimbang dengan keadaan itu dan tetap meneruskan hobinya bersama isteri dan dua anaknya, biarpun keadaan ombak berkeadaan tidak seperti biasa.
"Waktu macam ini ikan banyak naik, tiada apa yang hendak dibimbangkan. Jika keadaan berbahaya sudah tentu amaran menjauhi pantai dikeluarkan," katanya.
Di Batu Ferringhi dan Teluk Bahang pula keadaannya didapati agak lenggang apabila orang ramai menjauhi kawasan pantai sementara nelayan dikatakan tidak turun ke laut sejak semalam.
Namun aktiviti perniagaan masih berjalan seperti biasa.
Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meterologi, Muhammad Helmi Abdullah menyifatkan kejadian itu adalah fenomena biasa kesan pertukaran angin dari monsun timur laut kepada monsun barat daya bermula 4 Mei lepas.
Katanya keadaan ombak turut dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam yang diramal berterusan sehingga Jumaat ini.
"Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini. Walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda," katanya.
- Bernama | Lelaki belasah isteri guna kayu hoki Posted: 06 Jun 2012 09:32 PM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] -
ALOR SETAR: Akibat perselisihan faham, seorang wanita berusia 40-an lebam pada beberapa bahagian badan akibat dipukul menggunakan kayu hoki oleh suaminya yang gagal mengawal kemarahannya di Jalan Alor Mengkudu, di sini, Isnin lalu.
Kejadian berlaku jam 10.30 pagi apabila suami wanita itu yang berusia 40-an membenarkan isteri dan dua anaknya masuk semula ke dalam rumah selepas mengunci mereka di luar selepas berlaku pertengkaran antara pasangan terbabit.
Difahamkan, selepas dibenarkan masuk, pertengkaran antara mangsa dan suaminya semakin teruk sebelum lelaki itu dikatakan hilang sabar lalu berlari ke belakang rumah mereka dan mengambil kayu hoki yang disimpan di dalam stor.
Sumber berkata, sejurus itu, lelaki berkenaan datang menghampiri isterinya dengan memegang kayu hoki di tangan dan pada mulanya bertindak mengacah untuk memukul sebelum mengheret mangsa ke dalam bilik tidur mereka.
"Lelaki itu lebih ganas apabila mengheret isterinya ke dalam bilik sebelum memukul wanita itu bertubi-tubi menggunakan kayu hoki yang diambil di dalam stor sebelum itu," katanya.
Menurutnya, akibat tidak tahan menanggung kesakitan dengan tindakan suaminya, wanita berkenaan menjerit sekuat hati dan menghalau lelaki itu yang kemudian bergegas keluar untuk melarikan diri.
Difahamkan, wanita berkenaan mengalami lebam di bahagian peha dan belakang termasuk bengkak di muka akibat pergaduhan dengan suaminya.
Wanita itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, kelmarin berikutan bimbang dengan keselamatan dirinya serta takut suaminya akan bertindak dengan lebih ganas.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian, berkata berdasarkan maklumat, pihak polis sudah menahan lelaki itu di sekitar bandar raya, pagi semalam.
"Kami akan mengemukakan permohonan reman terhadap suspek dalam masa terdekat untuk menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes itu," katanya.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324, Kanun Keseksaan kerana perbuatan suspek yang sengaja mengakibatkan kecederaan terhadap mangsa.
metro/- | PTPTN Unisel: Abim anggap hasil politik memualkan Posted: 06 Jun 2012 08:25 PM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Abim Negeri Selangor memandang serius dengan dakwaan Pihak Perbadanan Tabung Pendidikan tinggi Nasional (PTPTN) menggantung bantuan pinjaman pendidikan kepada pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel). Jika benar dakwaan ini, ia amat merugikan dan sekaligus meletakkan masa depan pelajar terbabit dalam keadaan yang tidak menentu. Demikian kata Khairuddin Bin Abas, Yang Di Pertua Abim Negeri Selangor dalam satu kenyataannya hari ini. Menurut beliau, Abim Negeri Selangor berpandangan pihak PTPTN tidak wajar bertindak sedemikian, memandangkan ia menafikan hak para pelajar pembiayaan yang layak untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepertimana yang termaktub dalam objektif penubuhan badan tersebut iaitu:- "Memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat Kerajaan bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan." ABIM Negeri Selangor berpandangan selaku IPTS yang menawarkan kursus yang diiktiraf dan mendapat perakuan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Unisel pasti telah memenuhi syarat asas menerima pembiayaan PTPTN dari badan berkenaan. Bahkan, katanya, Abim Negeri Selangor juga berkeyakinan para pelajar yang ingin memohon telahpun memenuhi pra-syarat mengikuti pengajian di Unisel. Menilai implikasi besar (jika pembiayaan ditarik balik) terhadap masa depan sistem pendidikan di negara ini, Abim Negeri mendesak penyelesaian segera dicapai oleh pihak-pihak terbabit. Abim Negeri Selangor juga memuji tindakan pentadbiran UNISEL yang berbincang dengan pihak PTPTN serta menilainya sebagai satu tindakan yang wajar. Dalam hal ini masa depan serta kebajikan pelajar mesti diletakkan sebagai keutamaan penting, katanya. Adalah amat mendukacitakan sekiranya polemik ini terjadi akibat dari amalan budaya politik tidak matang serta menggambarkan mentaliti politik yang rendah serta memualkan. Oleh yang demikian, Abim Negeri Selangor menggesa pihak PTPTN agar mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan dakwaan penggantungan dan menyatakan dengan jelas sebab munasabah di sebalik isu ini. "Kami juga mendesak pihak-pihak berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian untuk memelihara kebajikan dan masa depan pelajar di masa depan," desak beliau. Mengambil kesempatan ini, Abim Negeri Selangor juga menyeru agar Kerajaan Negeri Selangor agar mengambil langkah sewajarnya untuk menangani isu ini daripada berlarutan. Ini kerana, ia menyentuh secara langsung imej Unisel selaku IPT utama di negeri Selangor di samping menyentuh secara langsung kesinambungan masa depan para pelajar. Harakah Daily | Ambil tindakan ke atas penganjur 'Bertam Nite' Posted: 06 Jun 2012 08:22 PM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] - PULAU PINANG: Pemuda PAS Pulau Pinang mendesak PKR menyiasat sepenuhnya 'Bertam Nite' dan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang bersalah ke atasnya. Setiausahanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden dalam kenyataannya berkata, pimpinan Pakatan Rakyat juga mesti segera menyiasat penganjur program ini serta mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang terlibat "bagi membuktikan bahawa kita bukan golongan yang hipokrit!" "Ditegaskan bahawa, kami tidak bantah hiburan, tetapi kami bantah maksiat," kata beliau dalam kenyataan itu. Video 'Bertam Nite' yang menayangkan persembahan tarian ala K-Pop kini tersebar luas manakala gambarnya juga tersiar luas dalam laman-laman sosial. Pemuda PAS P.Pinang difahamkan bahawa program tersebut adalah program makan malam anjuran PKR DUN Bertam, dalam Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang. PKR sebelum ini dalam kenyataannya mendakwa, majlis mereka telah disabotaj. "Jika dikatakan ada unsur sabotaj sekalipun, sepatutnya pihak penganjur perlu segera menghentikan tarian tersebut dan tidak membiarkan ianya terus berlangsung sehingga menjadi tatapan hadirin dan dirakam secara bebas. "Pihak penganjur juga mesti tegas mengambil tindakan kepada pihak yang melakukan sabotaj jika benar ianya satu sabotaj untuk merosakkan imej pimpinan muslim dalam PR khasnya dari PAS," kata kenyataan itu. PKR ambil tindakan Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman twitternya memberitahu, majlis anjuran Cabang Kepala Batas itu bertentangan dengan dasar parti itu. "Acara bertentangan dengan dasar parti, akan diputuskan dalam mesyuarat malam nanti (malam tadi)," katanya. 'Bertam Nite' yang diadakan bertujuan untuk mengumpul dana jentera pilihan raya Pakatan Rakyat itu menampilkan tiga gadis seksi memakai skirt pendek ala K-Pop yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman. Harakah Daily | RTM: Tidak memadai sekadar bentang manifesto Posted: 06 Jun 2012 08:19 PM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 7 Jun: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) berpendirian keputusan kerajaan membenarkan parti-parti politik membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi televisyen adalah tidak memadai untuk akses pilihan raya yang adil. Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi (gambar) berkata, meskipun DMPP menyambut baik keputusan itu, namun kerajaan juga harus memberi ruang kepada parti-parti politik menerangkan manifesto mereka dan menjawab segala tohmahan kerajaan kepada Pakatan Rakyat (PR). "Sekadar memberi ruang kepada pembentangan manifesto tidak mencukupi. Apatah lagi ketika Umno BN sepanjang masa melontarkan fitnah terhadap PR melalui 24 jam siaran TV dan radio yang dikuasi mereka. "Ruang dan peluang yang lebih adil dan berimbang kepada semua parti politik dalam menjayakan demokrasi pilihan raya mesti berjalan dan terpakai kepada semua tanpa memilih bulu," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini. Semalam, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan pembentangan manifesto parti-parti politik dalam waktu yang dihadkan. Aiman berkata, tiada guna PR diberi masa satu atau dua jam untuk membentangkan manifesto tetapi selepas itu PR diserang dan diperlekeh sepanjang kempen pilihan raya berlangsung. Justeru katanya, pengumuman Rais itu seperti melepaskan batuk di tangga dan usaha mengaburi mata rakyat kononnya kerajaan melaksanakan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). "DMPP percaya pengumuman ini hanyalah suatu tindakan silap mata bertujuan mengaburi kesedaran rakyat, membohongi rakyat yang kononnya kerajaan telah memenuhi tuntutan Bersih 2.0. "Kita yakin dan percaya pentadbiran (Datuk Seri) Najib (Razak) kini sangat tertekan dengan kesedaran dan kebangkitan rakyat," katanya lagi. Walau bagaimanapun ujarnya, rakyat konsisten mendesak kerajaaan memenuhi lapan tuntutan Bersih, salah satunya akses media yang adil kepada semua parti. "Sbg pihak DMPP cabar pentadbiran Najib agar berani dan matang dalam menghadapi rakyat. Jangan asyik menjerit meminta pimpinan PR jadi anak jantan tapi Umno BN sendiri jadi pondan," tegasnya. Harakah Daily | 4 suspek kes bunuh diberkas Posted: 06 Jun 2012 08:16 PM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] - JAWI – Polis daerah Seberang Perai Selatan (SPS) berjaya memberkas empat suspek yang disyaki terlibat dengan satu kes pembunuhan seorang lelaki di Taman Tambun Indah, awal pagi Ahad lalu. Ketua Polis SPS, Superintendan Shafien Mamat berkata, tangkapan pertama membabitkan dua suspek yang merupakan pasangan adik-beradik berusia 24 dan 26 tahun. Menurutnya, kedua-dua mereka ditahan dalam satu serbuan di Simpang Ampat kira-kira jam 9.30 malam. "Berikutan dari tangkapan dan hasil soal siasat ke atas kedua-dua lelaki itu, kita kemudiannya berjaya menahan seorang lagi rakan mereka berusia 25 tahun pada hari yang sama (Ahad). "Isnin lalu, suspek keempat berusia 27 tahun berjaya diberkas dengan salah seorang dari mereka cedera di bahu. Semua tangkapan dibuat di sekitar Simpang Ampat dan Valdor," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kontinjen Pulau Pinang di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPS di sini, malam kelmarin. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Jaafar. Shafien dalam pada itu berkata, semua suspek yang ditahan merupakan rakan sekumpulan dengan mangsa dan pihaknya percaya kumpulan itu mempunyai antara 10 hingga 15 ahli. Menurutnya, usaha memburu suspek utama yang menyebabkan kematian lelaki berusia 28 tahun itu masih giat dijalankan termasuk saki-baki anggota kumpulan terbabit. Bagaimanapun, pihaknya sudah mengenal pasti semua suspek dan berharap dapat memberkas mereka dalam sehari dua lagi. "Berdasarkan siasatan, kumpulan ini disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah. Pergaduhan pada awalnya hanya berpunca dari perasaan tidak puas hati, berlaga bahu dan akhirnya membawa kepada pembunuhan," katanya yang percaya semua mereka mabuk ketika kejadian. Beliau berkata, semua mereka yang ditangkap kini ditahan sehingga 10 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Terdahulu, seorang lelaki berusia 28 tahun ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah selepas dipercayai terlibat dengan satu pergaduhan di hadapan sebuah restoran tomyam, dekat Taman Tambun Indah, Simpang Ampat. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa, G Shanmugam dari Taman Bukit Panchor, Nibong Tebal, sebelum itu dikatakan bergaduh dengan seorang lelaki sebelum dipukul dengan sebatang rotan. Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala selain lebam pada mata kanan itu maut di tempat kejadian. Sinar Harian | Van terbabas, pemuda tersepit Posted: 06 Jun 2012 08:10 PM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] - JUNJUNG - Seorang pemandu van berusia 30-an nyaris maut apabila kenderaan yang dipandunya bertembung dengan lori kira-kira jam 12.30, tengah hari semalam. Saksi yang berada di tempat kejadian berkata, van datang dari arah pekan Junjung menghala ke pekan Kulim, manakala lori berkenaan dari arah bertentangan. Menurutnya, tiba di selekoh berhampiran Jirat Cina Junjung, salah sebuah kenderaan telah masuk ke laluan bertentangan dan bertembung. Katanya, akibat rempuhan kuat, van terlibat terbabas ke dalam semak manakala pemandunya tersepit. "Sebuah jentera bomba dari Balai Bonda Kulim dan ambulans dari Hospital Kulim berjaya mengeluarkan mangsa kira-kira 10 minit kemudian. Mangsa dikejarkan ke unit kecemasan untuk rawatan lanjut," katanya. Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob, menasihati pemandu dan penunggang motosikal memperlahankan kenderaan apabila melalui Jalan Junjung ke pekan Kulim. "Jalan dari pekan Junjung ke Kulim sememangnya bengkang bengkok. Tahun lalu sahaja lebih empat pengguna jalan raya maut di sekitar lokasi kemalangan berlaku. "Antara faktor yang menyumbang kepada kemalangan adalah sikap pemandu serta keadaan jalan. Bagaimanapun pengguna jalan raya dapat mengelakkan dari terlibat dengan kemalangan sekiranya mereka memandu secara lebih berhemah," katanya. Sinar Harian | Peniaga emas disaran utama keselamatan kedai Posted: 06 Jun 2012 08:09 PM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] - PASIR MAS – Kurangnya ciri keselamatan kedai emas, dipercayai faktor penyumbang, berlakunya kes rompakan di tiga daerah, sejak kebelakangan ini. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, pihak polis menerima laporan di tiga daerah iaitu satu kes di Tumpat, dua di Pasir Mas dan tiga di Kota Bharu. Menurutnya, operasi mencari suspek kes rompakan kedai emas digiatkan, malah pihak polis akan menyiasat semua pembeli di kedai emas berkenaan. "Kerjasama antara unit polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) juga akan menguatkan operasi mencari penjenayah berprofil tinggi," katanya, selepas taklimat khas, di Markas Taktikal Lubok Setol. Menurutnya, ciri keselamatan di kedai emas yang agak rendah meningkatkan kebarangkalian risiko dirompak. "Penjenayah hanya memilih kedai emas yang mempunyai kelemahan, termasuk tidak mempunyai sistem penggera, kamera litar tertutup dan kedudukan kedai terpencil. "Suspek juga mempunyai masa yang panjang untuk merompak kerana kedai emas biasanya beroperasi pada jam 12 tengah hari dan berakhir pada jam 6 petang," katanya. Jalaluddin berkata, peniaga juga diingatkan lebih peka sekiranya terdapat sebarang pengubahsuaian bangunan berdekatan kedai. Beliau menasihati pemilik agar tidak leka, dan memastikan kedai berada dalam keadaan yang terkawal serta mempunyai sistem keselamatan yang canggih. "Sekiranya peniaga memastikan ciri keselamatan bangunan yang ketat, kejadian seumpama ini tidak akan berlaku," katanya. Sebelum ini, seorang peniaga kedai emas terpaksa berputih mata, selepas kedainya di Pasir Tumboh dipecah masuk, dua hari lalu. Dalam kejadian itu, Lu Seing Ai, 49, mengalami kerugian kira-kira RM300,000 sejurus memulakan perniagaan, pada jam 12 tengah hari, kelmarin. Sinar Harian | 'Handle' basikal tusuk ke perut Posted: 06 Jun 2012 08:08 PM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] - KOTA BHARU – Hasrat seorang kanak-kanak 11 tahun bermain bola di padang berhampiran rumahnya bertukar igauan ngeri apabila 'handle' basikal ditunggang tertusuk sedalam hampir seinci pada perutnya setelah dia terjatuh dari basikal itu, petang kelmarin. Muhammad Shahrul Nizam Shahrul bagaimanapun bernasib baik apabila tusukan batang besi itu tidak kena pada organ penting dalam perutnya. Pun begitu, pelajar darjah lima Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan tersebut menerima beberapa jahitan dan kini dirawat Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini. Muhammad Shahrul Nizam berkata, dalam kejadian jam 4.30 petang itu, dia baru sahaja keluar dari rumah bersama seorang lagi rakan untuk ke padang menjalani latihan bola sepak berdekatan rumah. Katanya, tiba di satu selekoh beberapa meter dari rumahnya, dia ternampak seekor ular menyusur di hadapan basikal menyebabkan Muhammad Shahrul memberhentikan basikal itu secara mengejut, namun nasib tidak menyebelahinya apabila dia terjatuh. "Ketika itu, 'handle' terpacak pada jalan dan perut saya betul-betul kena pada 'handle' serta menembusinya. Saya cuba bangun, tetapi, apabila ternampak lubang di perut, saya jadi takut," katanya ketika ditemui di hospital berkenaan, tengah hari, semalam. Ibu mangsa, Suriani Yahya, 33, berkata, dia menerima panggilan telefon dari seorang jiran memaklumkan anaknya terjatuh basikal dan mengalami kecederaan. "Pada masa itu, saya dan suami, Shahrul Yahya, 40, berada di klinik berdekatan membawa anak kedua kami yang berusia sembilan bulan menjalani temu janji. Mulanya, saya ingat hanya luka biasa, tetapi apabila tiba di tempat kejadian saya panik melihat dia terbaring atas jalan raya. "Saya cuba buka kapas yang diletakkan jiran pada lubang perut Muhammad Shahrul Nizam, namun dia menangis menyebabkan kami bergegas membawanya ke hospital "Dia bagaimanapun dilaporkan stabil dan sedar selepas keluar dari bilik pembedahan, semalam," katanya. Sinar Harian | Nota terakhir buat keluarga Posted: 06 Jun 2012 08:07 PM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] - SUNGAI PETANI – Keinginan seorang lelaki untuk mati dan sering diungkap akhirnya menjadi kenyataan dan mengejutkan kedua orang tuanya apabila ditemui mati tergantung di dapur rumahnya ketika tinggal berseorangan dalam kejadian di Taman Sutera, di sini, kelmarin. Tindakan itu bukan sahaja mengejutkan ahli keluarganya, malah mangsa turut meninggalkan satu nota terakhir kepada kedua ibu bapanya sebelum meninggal. Lim Jia Mao, 28, dikatakan sempat menulis nota itu di sebuah buku latihan yang menyuruh kedua ibu bapa jangan bersedih akibat kematiannya dan mengakui dirinya sendiri bersalah dan tidak berguna. Mangsa, yang juga seorang penjual ikan telah berkali-kali menyatakan hasrat ingin mati, namun luahan itu hanya dianggap sebagai gurauan oleh keluarganya. Menurut ibunya yang enggan dikenali berkata, beberapa hari sebelum kejadian, mangsa pernah memberitahu ingin mati, namun tindakan itu dibantah ibunya. "Dia pernah beberapa kali beritahu saya dia ingin mati, tetapi saya melarangnya berkata begitu. Tak sangka dia nekad bertindak sedemikian," katanya. Difahamkan, jam 5 petang pada hari kejadian, jirannya ada melihat mangsa sebelum bapa mangsa keluar rumah, manakala ibunya keluar bekerja. Bagaimanapun, sebaik sahaja ibunya sampai di rumah kira-kira jam 7 malam, diamendapati anaknya sudah tidak sedarkan diri dengan keadaan sebelah kaki berada di atas kerusi dan sebelah lagi sudah ada di atas lantai. "Di atas meja makan pula terdapat sebungkus mi segera yang masih belum dimasak. Setahu saya mangsa memang sukakan mi segera," katanya. Menurutnya, Jia Mao juga ada berkenalan dengan seorang gadis dan menyatakan hasrat ingin berkahwin hujung tahun ini, bagaimanapun majlis itu terpaksa dibatalkan atas sebab tertentu. Pihak polis yang menerima maklumat terus ke lokasi kejadian bagi menyiasat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk upacara pengebumian. Sinar Harian | Tak sempat jumpa isteri Posted: 06 Jun 2012 08:04 PM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas yang difahamkan dalam perjalanan ke rumah isteri barunya di Merang, Setiu, maut apabila motosikal yang ditungganginya merempuh bahagian tengah sebuah treler yang sarat membawa muatan buah sawit. Kejadian itu berlaku di simpang tiga Taman Lembah Bidong, Batu Rakit, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, mangsa, Renils Hussin, 72, dari Batu Rakit, di sini, maut di tempat kejadian akibat pendarahan teruk di kepala. Sinar Harian difahamkan, mangsa, datuk kepada enam cucu itu baru sebulan mendirikan rumah tangga dengan isteri barunya, 48, selepas kematian isteri pertama sejak lima tahun lalu. Mangsa dalam perjalanan dari kediamannya di Batu Rakit, di sini, menuju ke Merang, Setiu dengan menunggang motosikal jenis Honda Wave, namun dia gagal mengawal motosikalnya itu lalu merempuh bahagian tengah sebuah treler muatan 36 tan semasa keluar dari simpang terbabit. Mangsa mengalami pendarahan teruk dipercayai akibat tempurung kepalanya pecah, manakala pemandu treler terbabit, Zailani Mamat, 44, dari Kampung Bukit Kolam, Ajil, tidak mengalami sebarang kecederaan. Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi, semalam mengesahkan kejadian. Sinar Harian | Noraini kini bercakap dialek Kuala Terengganu pula Posted: 06 Jun 2012 08:04 PM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] - BESUT - Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah di Alor Lintang, Noraini Ismail, 17 yang pernah menggemparkan negara kerana berkebolehan bertutur bahasa Korea dan Mandarin satu masa dulu kini masih belum boleh bercakap loghat daerah. Pelajar perempuan itu dikatakan boleh bertutur pelbagai bahasa asing yang tidak pernah dipelajarinya selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 13 Januari lalu. Lebih aneh, walaupun sudah tidak boleh bertutur bahasa Korea mahupun Mandarin, tetapi dia masih belum bertutur bahasa ibundanya iaitu loghat Kelantan sampai ke hari ini. Noraini berkata, cuma bezanya sekarang dia tidak lagi bercakap bahasa baku pelat Cina sebaliknya sekarang bercakap dialek bahasa Malaysia. "Lidah saya langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan termasuk ingin menyebut perkataan Emok (emak). Hanya perkataan Ayoh (ayah) yang saya boleh sebut," katanya yang juga tiba-tiba sahaja turut bertutur loghat Kuala Terengganu untuk tempoh seminggu sebelum ini. Gadis sunti ini ditemui di tempat kerjanya di sebuah kilang papan di Kampung Seri Medang tidak jauh dari rumahnya. Dia melakukan kerja memotong kayu bermula jam 8 pagi hingga 5 petang hanya ketika musim cuti penggal persekolahan dengan pendapatan RM30 sehari. "Saya tidak suka duduk diam dan kalau kerja di sini ketika cuti, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga terutama bapa saya yang bekerja di tempat sama," katanya yang setakat ini sudah jarang mengalami masalah sakit kepala kronik kesan kemalangan seperti sebelum ini. Noraini berkata, dia sudah biasa bekerja di kilang papan itu sepanjang musim cuti sekolah sebelum ini. Walaupun kerja itu kelihatan berat dan dia mengakui ada kalanya badannya sakit-sakit kerana perlu mengangkat kayu sebelum dipotong, tetapi dia gembira dengan apa dilakukannya. Noraini yang sudah ke sekolah selepas beberapa bulan tidak dapat meneruskan pelajaran akibat kemalangan itu bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Sinar Harian | Ditumbuk penguat kuasa ketika hantar nenek ke hospital Posted: 06 Jun 2012 08:02 PM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] - JASIN – Lebih 20 orang menyertai demonstrasi bantahan secara aman yang didakwa bagi membantah tindakan samseng penguat kuasa terhadap seorang pelajar sekolah di depan Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jasin, baru-baru ini. Pelajar sekolah itu, Ravee Tharan Jengathiswaran, 15, berkata, dia ditahan oleh JPJ ketika memandu kereta bagi menghantar neneknya ke Hospital Jasin dalam keadaan berpakaian seragam sekolah. Menurutnya, dalam kejadian itu, dia ditumbuk di mulut oleh anggota JPJ sehingga berdarah dan diarahkan melutut di atas jalan raya. "Selepas memberhentikan kereta, secara tiba-tiba saya ditumbuk sebelum ditarik keluar tanpa berselipar dan diarahkan melutut di jalan raya sedangkan saya masih berpakaian sekolah. "Saya juga disaman selain kereta turut ditarik oleh pihak JPJ," katanya. Jengathiswaran berkata, selepas kejadian itu dia membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin untuk tindakan lanjut. Sementara itu bapanya, B Ravee Tharan berkata, laporan polis sudah pun dibuat lebih seminggu tetapi sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil. Menurutnya, dia tidak akan mengambil kembali keretanya di JPJ selagi perkara ini belum selesaikan. "Saya tidak berpuas hati dengan apa yang penguat kuasa terbabit lakukan kepada anak saya sehingga sanggup menumbuk kemudian memalukan dia dan membiarkan anak saya dan neneknya berjalan kaki dari bulatan Pekan Jasin ke Hospital Jasin. "Apa yang berlaku begitu memalukan dan saya mahu membuat saman malu kepada mereka yang terlibat," katanya. Difahamkan, sebelum kejadian, nenek Jengathiswaran, Vijaya Letchumi, 59, terpaksa meminta tolong cucunya menghantar dia ke hospital kerana mengalami sesak nafas dan turut terkejut dengan tindakan pegawai yang di luar batasan itu. Sinar Harian | Polis sedia banteras bookie Euro Posted: 06 Jun 2012 08:00 PM PDT 17 Rejab 1433H. [MOD] - PIHAK polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membanteras sindiket judi membabitkan kejohanan bola sepak Euro 2012 yang akan bermula esok. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya sedang memantau laman web dan laman sosial berkaitan. "Kita memang ada jalankan kerjasama dengan SKMM bagi membanteras perjudian ala bookie itu," katanya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin sebelum ini berkata, terdapat beberapa individu termasuk orang kenamaan (VIP) di negara ini dikesan menjadi dalang yang menaja sindiket judi bola sepak Euro. Berdasarkan maklumat awal dan pengamatan menerusi Ops Soga yang dilancarkan polis bagi membanteras jenayah pertaruhan bola pada 1 Mei lalu, Mohd Bakri berkata, individu tersebut telah membuat pelaburan besar untuk menggerakkan operasi berkenaan yang melibatkan keuntungan berbilion ringgit. - Bernama Sinar Harian | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan