- Kereta terbaharu Perusahaan Otomobil Nasional Bhd. (Proton), P3-21A memiliki sentuhan pakar yang pernah terlibat dalam proses menghasilkan kereta BMW iaitu Dr. Wolfgang Karl Epple.
Beliau merupakan Pengarah Projek Kanan Proton dan mengetuai proses pembangunan model baharu tersebut yang dijangka mula dijual kepada umum hujung bulan ini.
Menurut Epple, walaupun penghasilan P3-21A tidak menggunakan teknologi yang sama seperti pengeluaran kereta BMW, tetapi penekanan terhadap konsep kerja dan idea adalah sama dengan syarikat pengeluar kereta dari Jerman.
Beliau yang pernah menjawat jawatan pengarah projek BMW di pelbagai negara memberitahu, P3-21A boleh disifatkan sebagai model Proton yang sangat mengutamakan keselamatan, prestasi, keselesaan dan reka bentuk.
"Model ini mengambil ciri-ciri kereta Eropah, berbanding model sebelumnya yang mengambil konsep kereta Jepun," katanya kepada pemberita di Pameran Automotif Proton, POWER OF 1, di sini hari ini.
Epple mempunyai pengalaman selama 25 tahun bersama BMW dan pernah terlibat sebagai Pengarah Projek dalam penghasilan beberapa model BMW 3 Series (E90) dan 5 Series (E39).
Jelas beliau, bagi P3-21A, tempoh penghasilan dari peringkat awal sehingga pengeluarannya memakan masa selama 21 bulan, malah reka bentuk awalnya di dilakukan oleh pereka terkemuka dari Itali.
"Saya juga meletakkan kereta ini (P3-21A) sekelas dengan model Ford Focus, Toyota Altis dan Honda Civic.
"Beberapa cirinya dari segi keselamatan dan keselesaan juga telah dipertingkatkan berbanding model Proton yang terdahulu," katanya.
Model yang berharga di antara RM62,000 hingga RM72,000 sebuah itu membabitkan 90 peratus kandungan tempatan.
Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei atau Jun ini, lapor Bloomberg hari ini.
Dengan memetik empat sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Salah satu tarikh yang disyorkan ialah 3 Jun, demikian menurut tiga pegawai dipetik laporan portal Bloomberg.
"Kesemua petanda menuju ke arah pilihan raya pada akhir Mei atau awal Jun ini," kata Ong Kian Ming, penganalisis politik dari UCSI.
"Ia adalah masa yang sesuai bagi Najib," katanya.
Kian Ming juga berkata, "jika beliau menunggu lebih lama, skandal-skandal lain akan muncul."
Sehubungan itu katanya, jika keadaan sedemikian wujud, ia sudah pasti akan menjejaskan segala 'suasana mesra' BN yang wujud sekarang, yang antara lain disumbangkan oleh pengagihan bantuan dijanjikan dalam Bajet 2012.
Dalam kenyataan kepada Sinar Harian Online awal minggu ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada pandangan beliau tempoh yang sesuai yang ada sebelum sesi Parlimen Julai ini ialah dua minggu pertama Mei dan dua minggu kedua Jun
Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Radin kesal dengan tindakan dan sikap beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta pemimpin pembangkang yang berselindung di sebalik NGO menyalahgunaan lobi Dewan Rakyat untuk mengadakan sidang media sedangkan ruang tersebut dikhususkan kepada mana-mana Menteri, Ahli Parlimen dari BN mahupun dari pakatan pembangkang.
"Sebenarnya ini bukan perkara baru, dulu pun pernah berlaku kekecohan di mana ada NGO membuat sidang media di lobi dan ruang sidang media Parlimen, bertelagah dengan BNBBC. Masalahnya, sehingga hari ini masih wujud kejadian sebegini, iaitu ada pemimpin pembangkang bersama-sama NGO daripada luar, kita pun tak tahu NGO dari mana membuat sidang media.
"Seharusnya ruang tersebut untuk ahli-ahli Parlimen dan para menteri untuk membuat sidang media. Pada saya, ini merupakan satu pelanggaran tatasusila peraturan Dewan Rakyat ini," ujarnya mengulas dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang sewenang-wenangnya menggunakan ruang sidang media Parlimen sehinggakan menyusahkan para menteri dan ahli Parlimen mengadakan sidang media mereka.
Sehubungan dengan itu, beliau menggesa Speaker Dewan Rakyat meneliti perkara ini seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk menghalang mana-mana individu atau NGO menggunakan lobi Dewan Rakyat untuk mengadakan sidang media.
"Sidang media yang bermacam-amacam, memaki hamun kerajaan, membuat fitnah dan sebagainya. Seharusnya mereka carilah lokasi lain yang sesuai, tidak perlu menggunakan Dewan Rakyat untuk membuat sidang media mereka yang tidak membawa apa-apa faedahnya kepada rakyat.
"Saya sebagai Timbalan Pengerusi BNBBC memang tidak bersetuju dengan amalan-amalan yang tidak bersopan ini dilakukan oleh pihak-pihak tertentu kerana ini akan merosakkan imej Dewan Rakyat itu sendiri. Saya juga akan membawa isu ini dalam hujah saya minggu depan agar Dewan Rakyat mengambil tindakan dan pendekatan yang sewajarnya untuk memberhentikan aktiviti-aktiviti negatif seperti ini," tambahnya yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah kepada UMNO-Online, semalam. – MediaUMNO
GPB nak tergelak melihat gelagat juak2 pencacai DAP yang menuduh blog ini memfitnah kerajaan paling berjiwa rakyat pasal isu curi satu periuk nasi kenduri di Balik Pulak . Ini salah seorang pencacai DAP paling setia yang marah di hari Jumaat ini kerana membuat fitnah dan boleh membuatkan UMNO makin dibenci .
bila berlaku kepada pemimpin mereka semuanya fitnah..haha
Gambar di atas adalah sepasang suami isteri yang menjadi mangsa kerajaan regim DAP yang sapu nasi kenduri anak perempuan . Mereka telah membuat laporan polis diatas kejadian yang cukup kurang ajar dilakukan pencacai kerajaan DAP hingga memalukan keluarga mereka .
BALIK PULAU – Sepasang suami isteri terpaksa menanggung malu berikutan kegagalan menghidangkan juadah sempurna kepada tetamu gara-gara seperiuk nasi hujan panas yang siap dimasak untuk majlis mereka, dilarikan individu yang tidak bertanggungjawab.
Md Saad Hasan, 68, mendakwa, nasi tersebut yang disediakan khusus pada hari eperkahwinan dua anaknya diambil tanpa kebenaran dan dibawa ke sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri di Kampung Terang pada 4 Mac lalu.
"Lebih menyedihkan apabila rombongan bas keluarga besan yang tiba dari Setiu, Terengganu terpaksa pulang kelaparan kerana tidak sempat menunggu nasi yang sedang ditanak memandangkan nasi sepatutnya dihidangkan sudah diambil orang.
Kami sekeluarga sememangnya kecewa dan terkilan dengan kejadian yang berlaku dan diharapkan ia tidak akan berulang lagi," katanya ketika ditemui di Kampung Pulau Betong. Menceritakan detik kejadian, Md Saad yang bekerja kampung memaklumkan bahawa dia diberitahu oleh tukang masak bahawa ada individu datang bertanyakan mengenai nasi yang telah siap dimasak.
Menurutnya, tukang masak menyangka, nasi itu akan dihidangkan kepada orang ramai, namun lain pula jadinya apabila periuk terbabit diangkat dan diletakkan di dalam sebuah lori lalu dibawa pergi.
"Saya sebagai tuan rumah sememangnya kecewa dengan sikap pemimpin tersebut kerana seperiuk nasi mampu menampung hidangan sekurang-kurangnya untuk 100 orang dan kira-kira 2,000 tetamu telah dijemput untuk memeriahkan majlis. Disebabkan tindakannya, makanan untuk tetamu tidak mencukupi, malah timbul pula suara-suara sumbang sehingga menyebabkan kami sekeluarga terpaksa menanggung malu sehingga hari ini," katanya.
Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya kelmarin untuk meleraikan kekusutan yang membelenggu keluarganya.
Md Saad berkata, dia membuat laporan polis untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa bukan niat keluarganya untuk membiarkan tetamu pulang kelaparan.
"Sepanjang 40 tahun tinggal di sini, inilah kali pertama maruah kami tercalar disebabkan kejadian tidak sepatutnya berlaku pada hari perkahwi-nan dua anak kami," katanya.
Isterinya, Rosni Ahmad, 58, berkata, suaminya ada berjumpa dengan individu yang mengambil seperiuk nasi terbabit, namun hanya permohonan maaf yang dinyatakan sebagai tanda penyesalan.
"Katanya, dia terpaksa mengambil hidangan nasi kenduri kami kerana nasi yang dimasak di majlis tersebut mentah dan tidak boleh dimakan. Walau bagaimanapun, ia bukanlah jalan penyelesaian kerana kami sekeluarga yang terpaksa menanggung akibatnya," katanya.
Anwar Israel memang sah penipu,seperti biasa kenyataan beliau sudah pasti ada putar belitnya. Ketua pemuda Umno hanya merujuk kepada kenyataan asal WSJ berdasarkan kenyataan penuh Anwar .Mudah saja tak perlu cakap panjang lebar.
Video kat bawah ni bukti Anwar gelabah dan bohong pada seluruh rakyat Malaysia.Bukti ini menjelaskan sebuah negara Israel diiktiraf oleh Anwar yang difatwakan oleh seluruh alim ulama dunia bahawa adalah haram.
KJ bukan saja membuktikan Anwar mempertahankan Israel malah turut mendedahkan Anwar tak mampu bercakap apabila dirinya ditangkap bercakap bohong. PISAU.NET
Memang melampau dan zalim sungguh kerajaan regim DAP ini . Sampaikan satu periuk nasi kenduri keluarga Melayu disapu oleh balaci kerajaan DAP untuk dihidangkan kepada pemimpin mereka . Pergi la cari nasi di kedai nasi kandar ka ...Penang bukankah banyak nasi kandar ?
Kejadian ini berlaku di Kg Terang Balik Pulau di mana tuan rumah Md Saad Hassan mendakwa satu periuk nasi kenduri anak perempuan telah dilarikan untuk dihidangkan kepada pemimpin DAP yang membuat program Penang Green Cleaner di kampung berkenaan .
Yang melarikan satu periuk itu adalah Ketua Ranting PKR di kampung berkenaan yang mendapat arahan bos mereka . Memang bangsat la orang yang buat kerja gila ini hingga memalukan keluarga pengantin berkenaan kepada tetamu yang dijemput disebabkan nasi kehabisan .
Mesti bengang giler tetamu yang hadir dan keluar perkataan maki hamun terhadap kerajaan DAP gara-gara tindakan biadap mereka mencuri nasi kenduri kahwin rakyatnya sendiri .
"Saya dan isteri terpaksa menanggung malu kepada rombongan pengantin perempuan yang tiba dari Terengganu, penduduk kampung serta jemputan," kata Md Saad Hasan, 68, mengulas tindakan seorang lelaki yang dikatakan pemimpin parti pembangkang, melarikan satu periuk nasi majlis kenduri kahwin dua anak lelakinya di Kampung Pulau Betong, di sini, 4 Mac lalu.
Menurutnya, hingga kini penduduk kampung masih bercakap mengenai kegagalannya menyediakan sajian istimewa iaitu nasi hujan panas yang sepatutnya dihidangkan untuk rombongan keluarga pengantin perempuan yang tiba dengan sebuah bas.
Md Saad berkata, dia kesal dan kecewa dengan tindakan pemimpin parti pembangkang Kampung Terang yang sanggup melarikan periuk nasi ketika majlis kenduri itu tanpa berjumpa dengannya terlebih dulu.
"Saya difahamkan, mereka mengambil nasi terbabit untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang untuk satu program anjuran kerajaan negeri di kampung ini.Mereka melarikan periuk berisi nasi itu menggunakan sebuah lori yang siap menunggu," katanya yang ditemui di sini, semalam.
Warga emas itu berkata, ketika itu dia bersama isteri dan ahli keluarga lain sibuk melayan tetamu apabila dimaklumkan tukang masak bahawa satu periuk nasi dilarikan lelaki berkenaan.
"Keadaan menjadi kelam kabut dan saya serta isteri bergegas ke dapur. Keadaan menjadi kecoh kerana tiada nasi boleh diganti untuk dihidangkan kepada tetamu.
"Ketika itu juga rombongan keluarga pengantin perempuan terdiri daripada 50 orang tiba dengan sebuah bas dan saya kecewa apabila mereka terpaksa pulang dalam keadaan lapar," katanya.
"Sikap pemimpin parti itu menunjukkan dia hanya mementingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain menyebabkan majlis kenduri yang dirancang dengan baik menjadi kelam kabut," katanya.
Menurutnya, dia kemudian bertemu dengan pemimpin berkenaan untuk meminta kepastian berhubung tindakannya melarikan periuk nasi itu.
"Ketika bertemu dengannya, dia meminta maaf dan mengakui kesalahannya kerana mendakwa nasi yang dimasak di lokasi mereka melakukan program ketika itu mentah, biarpun sudah dua kali masak.
"Dia mendakwa terpaksa mengambil nasi di rumah saya untuk memastikan program yang dilaksanakan berjalan lancar," katanya.
Md Saad yang tidak berpuas hati dan rasa dirinya dimalukan pemimpin berkenaan membuat laporan di Balai Polis Balik Pulau, kelmarin.HM
p/s : Yusmadi boleh bungkuih la beg dan bajunya lepas ni ...orang Balik Pulau dah meluat Pakatan gara-gara nasi kenduri dicuri DAP ...
Merdeka Centre semalam berhempas pulas betul pertahan buku panduan NDI Yahudi yang digunakan PKR untuk menjatuhkan kerajaan BN kononnya tak merbahaya . Hari ini didedahkan bukti apa itu intipati dan modus operandi mereka selama ini digunakan untuk menipu dan membohongi rakyat hingga membangkitkan perassan benci kepada kerajaan .
Pendedahan sulit Pakatan Haram cuba memfitnah UMNO
1. Pengundi baru muda agar diberi perhatian khas 2. Jurucakap Pakatan Rakyat mengenai isu melayu perlu di tonjolkan. 3. Isu rasuah perlu dikaitkan dengan hakikat korupsi Umno lah penyebab kelemahan melayu.
Perbuatan mana-mana pihak termasuk parti politik di negara ini menjalinkan kerjasama atau meminta campur tangan kumpulan pro-Yahudi dengan matlamat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang diterajui pemimpin Islam adalah haram.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, pihak yang mengetahui mengenai kerjasama itu juga tetapi tidak membuat sebarang tindakan kerana mempunyai matlamat politik serupa turut berdosa.
Ini kerana menurut beliau, dibimbangi kerjasama serta campur tangan tersebut yang menjadikan kumpulan pro-Yahudi lebih dominan sehingga sesebuah parti itu sanggup mengikut apa sahaja arahan yang diberi, bakal mendatang ancaman kepada keselamatan negara.
"Kita diharuskan bekerjasama dengan Yahudi atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yahudi jika kita dominan. Tapi jika ia bermatlamat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipimpin orang Islam, sehingga kita sanggup akur dengan mereka, ia dengan jelas haram.
Baghdad, Sebanyak 15 remaja homoseksual dan bergaya ala 'emo' di Baghdad, Irak dihukum rajam hingga tewas. Remaja-remaja yang bergaya 'emo' alias 'punk' tersebut dianggap sebagai pemuja setan oleh otoritas Irak.
Para remaja yang tewas mengenaskan digambarkan bergaya 'emo' dengan baju hitam yang ketat dan gaya rambut stylish. Demikian seperti diungkapkan oleh sebuah organisasi HAM setempat dan dilansir olehAFP, Senin (12/3/2012).
Pejabat kesehatan setempat menuturkan, 15 remaja tersebut tewas terbunuh pada bulan lalu. Sebagian besar dari mereka tewas dirajam, sebagian lagi ditembak dan dipukuli hingga tewas. Remaja-remaja tersebut dipukul tepat di kepalanya dengan balok-balok beton.
"Polisi biasanya yang mengurus semua insiden tersebut. Mereka tidak ingin paramedis ataupun ambulans untuk membawanya (jasad para remaja). Dua hari yang lalu, jasad seorang remaja ditemukan di Bayaa -- dia kemudian dievakuasi oleh polisi," tutur pejabat yang enggan disebutkan namanya tersebut.
Para saksi mata di komunitas Sunni di kota Sard, Baghdad bagian utara, menuturkan bahwa sebuah kelompok milisi yang menyebut dirinya 'Brigades of Anger', pernah menyebar selebaran yang berisi nama 22 orang remaja yang menurut mereka layak 'dihukum'.
Terhadap hal tersebut, pihak Kementerian Dalam Negeri Irak telah membantah bahwa tewasnya remaja-remaja tersebut berkaitan dengan operasi penumpasan anti-gay atau anti-emo. Menurut mereka, pembunuhan para remaja tersebut didasari oleh motif balas dendam, sosial, politik, budaya atau murni kriminal.
Namun, pada 13 Februari lalu, muncul pernyataan yang bertolak belakang dalam situs Kementerian Dalam Negeri Irak. Dalam pernyataan tersebut, setiap orang yang bergaya emo dianggap sebagai pemuja setan dan pihak berwenang memiliki hak untuk 'menyingkirkan' mereka.
"Fenomena emo atau pemujaan terhadap setan terus diikuti oleh Polisi Moral yang memiliki izin untuk mengeliminasi mereka sesegera mungkin mengingat mereka merugikan dan membahayakan masyarakat. Mereka mengenakan pakaian yang aneh dan ketat yang bergambar tengkorak dan memakai aksesoris yang berbentuk tengkorak. Mereka juga memakai cincin di hidung dan lidah, dan melakukan kegiatan-kegiatan aneh," demikian pernyataan Kementerian Dalam Negeri Irak dalam situsnya, seperti dilansir dari The Telegraph.
Seperti diketahui, dalam budaya Barat, istilah 'emo' merujuk kepada penampilan atau preferensi musik seseorang dan sama sekali tidak berkonotasi terhadap orientasi seksual sesorang. Namun, emo memiliki makna berbeda di Irak. Istilah emo merujuk pada homoseksual, di mana hal tersebut dianggap sangat tabu di negara muslim konservatif ini. (Detiknews)
Nampaknya hanya menjaga bayi, pembantu rumah Indonesia perlu dibayar RM700 dan tidak boleh diarah melakukan kerja-kerja lain selain satu tugas khusus sahaja. Begitu juga jika tugas memasak. Begitu juga tugas mencuci kain. Begitu juga tugas mengemop lantai, begitu juga lain-lain tugas.
Biasanya bayaran menjaga anak jika dihantar ke rumah pengasuh antara RM200 hingga RM300 sahaja. Nampaknya, dengan menggunakan khidmat 'pengasuh import' nilainya meningkat 3 kali ganda. Adakah si anak yang diasuh pengasuh import ini akan terjamin keselamatannya?
Indonesia mahu menghentikan penghantaran pembantu rumah ke mana-mana negara dunia ini mulai tahun 2017. Mungkin tahun inilah Malaysia patut berhenti dari melanggan pembantu rumah Indonesia untuk bantuan domestik.
Sebagai alternatif, pembantu rumah berasaskan kerja siang boleh digajikan terdiri dari rakyat tempatan. Masuk pagi, pulang petang.
Cukup kelakar sekali kerana Indonesia amat menitikberatkan kebajikan pembantu rumahnya di luar negara sedangkan di kota Jakarta sendiri, pembantu rumah mereka diperlakukan seperti hamba oleh rakyat sewarganegara. Diberi uniform, diherdik, dan ada yang perlu berdiri di tepi keluarga majikan yang sedang menikmati hidangan di meja makan, sebijik seperti filem Labu Labi.
Jangan haraplah untuk mengikut buntut majikan pergi melancong seperti yang dinikmati dari sesetengah majikan di negara ini.
Seorang amah, satu tugas
Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my
JAKARTA 15 Mac - Amah dari Indonesia yang akan mula dihantar ke Malaysia bulan depan hanya akan melakukan satu tugas khusus di rumah majikan mereka dengan gaji minimum RM700.
Ini bermakna, seandainya seorang amah diupah untuk mengasuh bayi, tugasnya hanyalah mengasuh bayi dan tidak akan melakukan kerja-kerja rumah yang lain.
Sehubungan itu, bakal majikan di Malaysia tidak lagi boleh mengharapkan kepada seorang amah sahaja untuk melakukan semua kerja di rumah mereka.
Keputusan itu dicapai hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia yang menetapkan penghantaran Tenaga Kerja Indonesia (TKI) akan mengikut kemahiran masing-masing dalam empat bidang tertentu iaitu memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah
Nampaknya pertengkaran antara Pasir Salak dan Kubang Kerian semalam di Dewan Rakyat menunjukkan kekurang-fahaman kedua-dua wakil rakyat ini dalam isu peniaga tomyam. Walaupun kedua-duanya kembali berbaik selepas itu, namun kedangkalan kedua-duanya kekal menjadi tatapan umum.
Pertama, tak ada orang Kelantan berniaga tomyam. Kesemua peniaga tomyah adalah warga Thailand yang datang dari wilayah Patani, Yala dan Narathiwat, induk kepada ketamadunan Kelantan. Mengikut sejarah, Kelantan hanya serpihan kerajaan besar Patani yang ditakdirkan Allah menerima nasib untung kerana dimasukkan ke dalam Persekutuan Malaysia.
Dek kerana kurangnya pekerjaan di Thailand dan penindasan atas umat Islam selatan Thai, di negara inilah mereka mencari rezeki dengan membuka kedai-kedai tomyam.
Orang Kelantan memang keluar ke negeri lain mencari pekerjaan tetapi bukanlah untuk meniaga tomyam. Mereka menguasai pentadbiran-pentadbiran awam pusat (sehingga SPA disebut pusat lantikan orang Kelantan), kilang-kilang , hospital-hospital dan bidang perniagaan makan tengahari.
Kedua, Pasir Salak juga harus sedar bahawa pertumbuhan penduduk negeri Perak antara yang terendah di negara ini, bukan kerana tahap kesuburan yang rendah, tetapi kerana banyak berlaku penghijrahan keluar penduduk dan pernah mengalami peratusan pertumbuhan penduduk yang negatif. Ipoh sendiri beberapa kali mengalami pertumbuhan penduduk tahunan yang negatif.
Apa rasionalnya menghentam negeri lain dengan mengaitkan pentadbirannya dengan penghijrahan keluar penduduk? Banyak lagi isu yang boleh diketengahkan yang tentunya tidak akan menjerat diri sendiri. Wakil rakyat tentulah tidak wajar terdiri dari kalangan mereka yang sembrono menunjukkan kekurang-arifan kerana yang turut malu ialah para pengundi yang mengundi mereka.
KUALA LUMPUR: Penghujung sesi perbahasan persidangan Dewan Rakyat pada Khamis menjadi gamat apabila wakil rakyat pembangkang dan kerajaan bertelagah mengenai isu tomyam apabila kenyataan yang dikeluarkan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) diputar belit oleh Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian). Ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tajuddin memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan PAS Kelantan gagal mewujudkan peluang pekerjaan di negeri berkenaan hingga menyebabkan ramai peniagadari negeri tersebut berhijrah membuka perniagaan di Perak termasuk di kalangan peniaga tomyam. "Berapa ramai orang Kelantan yang datang ke Perak berniaga...jual tomyam. "Mereka tak boleh buat (tiada peluang berniaga) di Kelantan," katanya. Bagaimanapun kenyataan Tajuddin itu disalah tafsir oleh Salahuddin dan menuduh Ahli Parlimen Pasir Salak berkenaan menghina peniaga tomyam. "Jangan hina orang Melayu berniaga tomyam, harta mereka halal...jangan hina orang Kelantan," tuduh Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS. Kejadian bertikam lidah kedua-dua wakil rakyat berkenaan makin tegang apabila Salahuddin mengaitkan isu peniaga tomyam itu dengan perkahwinan anak Tajuddin sebelum ini. Berang dengan tuduhan bersifat peribadi tersebut, Tajuddin kemudiannya mencabar Salahuddin membuat kenyataan tersebut di luar dewan.Drama kekecohan berkenaan berlanjutan selama lebih 10 minit dan kedua-dua wakil rakyat berkenaan tidak mengendahkan arahan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee agar bertenang. Tidak lama selepas itu, di luar dewan, kedua-dua ahli parlimen berkenaan dilihat berdakapan malah Salahuddin datang memeluk Tajuddin dan menciumnya di pipi sebagai tanda 'pertelagahan' mereka sudah berakhir.
Ini cerita yang baru teman dengar. Tapi teman belum siasat lagi. Teman tak nak la tuduh-tuduh. Tapi kalau ada pihak nak siasat, silakan.
Kisahnya, sebuah surau yang disediakan oleh pemaju Sunway City Ipoh yang terletak agak berhampiran Hotel Lost World yang baru dibuka, yang turut menjadi surau bagi penduduk masyarakat kiasu berpagar Sunway City Ipoh, tidak dibenarkan melaung azan keluar.
Bukan itu sahaja, muazzin tidak dibenarkan menggunakan pembesar suara terus.
Tetapi apa yang teman tahu, kepala persatuan penduduk di situ adalah seorang Melayu. Bagus. Walaupun penduduk di situ majoritinya bukan Islam. Si Melayu ni, Islam atau tidak, teman tak tahu. Kalau bukan Islam maknanya bukanlah Melayu. Itu apa yang tertulis di perlembagaan negara.
Menurut empunya cerita, antara yang membantah laungan azan di situ ialah penduduk orang putih yang turut bermestautin di situ.
Teman tak sangka pulak di sebalik laungan azan yang bersahut-sahutan di petempatan antara Tambun dan Ulu Kinta ini, ada surau yang terbungkam laungan azannya.
Setahu teman, Tan Sri Jeffry Cheah ni seorang yang baik lagi penuh toleransi. Tambahan pula dia kini memiliki kawasan yang dahulunya perkampungan bunian yang pernah menjadi rujukan punca kehilangan Datuk Panglima Kinta Ke-5 , Ngah Ghafar pada tahun 1820an.
Malah, ketika taman temanya diganggu 'makhluk halus' , orang-orang surau dari Kg. Tersusun Batu 6 yang berhadapan dengan hartanahnya juga yang dipanggil untuk 'menghalau' gangguan. Rasanya kali ini, kalau ada gangguan, biarkan sajalah.
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PKR dipinggirkan di dalam gabungan Perosak Rakyat??? Adakah gambar diatas antara bukti-bukti yang menunjukkan PKR semakin dipinggirkan di dalam Perosak Rakyat??? Agak menghairankan apabila banyak bendera PAS dan DAP di sekitar Medan Istana, sebaliknya dengan bendera PKR yang memang jelas amat sedikit bilangannya.
Awekz: Ini bukan DISKRIMINASI kot, cuma bendera PKR yang tak berapa nak cukup pengeluarannya...Kata Awekz sendirian
Anwar kelihatan begitu emosi bila dipersoalkan begitu hingga kedengaran membebel hal-hal menyentuh peribadi Khairy yang tidak relevan dengan perbahasan mengenai isu itu.
Ramai pemerhati yang melihat perbahasan itu menerusi CCTV di luar dewan tertawa melihat gelagat Anwar seperti orang tenggelam punca.
JAKARTA: The fresh batch of Indonesian maids bound for Malaysia will be trained in four household chores but will be employed to carry out only one task for their prospective bosses. "If a maid is employed as a cook, she will only be tasked with chores related to cooking and will not be doing any other duties, such as baby-sitting or washing clothes," said Indonesia's Labour Placement Development director-general Dr Reyna Usman. The batch of 106 Indonesian maids are undergoing four skills training courses for 21 days that started yesterday. They will be paid at least RM700 a month by their Malaysian employers. This was concluded at the meeting of the Malaysia-Indonesian joint task force for the deployment, placement and protection of Indonesian maids at the Indonesian Manpower and Transmigration Ministry here yesterday. Dr Reyna said the task force decided that the maids would be employed to do only one of the four household tasks for which they are being trained – as cooks, babysitters, caretakers of elderly people and housekeepers. Dr Reyna said the deal concluded by the joint task force was expected to prevent recurrence of problems affecting maids and employers. "If all this while, maids were not professional as they had to do all sort of duties, causing their employers to get angry, now their skills will be tailored to their jobs," he added. Indonesia will eventually send between 4,000 and 5,000 skilled maids a month to Malaysia, he said, adding most of them were currently being trained for specific skills in Surabaya, East Java and Bekasi, West Java. He said in the initial stages, the maids would be trained by 12 of 176 Indonesian employment agencies while their placement with employers would be taken care of by five of 221 employment agencies in Malaysia. The deployment of maids from Indonesia was resumed after the Indonesian government withdrew its moratorium on sending maids to Malaysia on Dec 1 last year. Indonesia imposed a freeze on the supply of Indonesian maids to Malaysia on June 26, 2009, following reports of cases of abuse by employers. – Bernama
tunku : she's maid for one chore only......fine but the salary should not be more than RM400. that would be very reasonable. just imagine only do one chore of work at home and you demand RM700? your food, accommodation plus your medical bill are taken care off by your employer. you want RM700 fine, buy your own food and pay rental for your room and pay for your medical expenses too. i think government should reject these craps by the indonesian and start looking maids from other countries. bring it from anywhere, give them one month training for culture and language. they will work better than these indonesian maids.they will not run here and there too like the indonesian maids.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Apakah Pas yang merupakan 'junior partner' didalam pakatan pembangkang turut bersubahat dan sanggup merelakan perbuatansekutunya PKR yang didakwa menerima bantuan asing untuk menguasai negara ini.
Pas For All : Israel For All
Ini kerana Pas sehingga ke hari ini dilihatkaku dan tidak berani membuka mulut serta mengambil pendirian atau sebarangtindakan yang konkrit berhubung dakwaan yang melingkari sekutunya itu walaupunbuktinya telah didedahkan satu persatu.
Perkara ini ditimbulkan oleh bekas SetiausahaAngkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam yang melihat Pas seolah-olah adaperjanjian sulit dengan PKR supaya perkara itu tidak menjadi duri dalam dagingkepada hubungan mereka di dalam pakatan pembangkang.
"Andaian ini mungkin kita boleh lihatberasakan kepada akurnya kepimpinan Pas terhadap hasil perjumpaan KetuaPembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik AbdulAziz Nik Mat berhubung kenyataan Anwar di dalam Wall Street Journal baru-baruini.
"Bukankah selepas pertemuan berkenaan, Passehingga ke hari ini masih senyap walapun pada mulanya Majlis Syura memberikata dua kepada Anwar berhubung isu Israel. Inilah yang menjadi persoalan umum.
"Dan bagi saya jika Pas tidak berbuat sesuatuterhadap dakwaan yang melibatkan sekutunya itu, andaian saya dan tentunya jugaandaian umum adalah Pas bersubahat dalam perkara berkenaan. Justeru rakyatperlu menolak mereka yang bersubahat demi kepentingan negara," katanya.
Lokman Noor Adam
Lokman yang juga Exco Pemuda UMNO seterusnyamenambah Pas perlu berpijak di bumi nyata dan jangan sama sekali turut terheretdengan gaya permainan politik Anwar.
"Sebelum ini bukankah mereka mewar-warkanAnwar sebagai pemimpin yang dihormati di luar negara, namun hari ini setelahtercetusnya isu yang melibatkan Israel sepertimana kenyataan Ketua Umum PKR itudi dalam Wall Street journal, kewibawaaanya merundum.
"Hamas dah bersuara sebelum ini dan begitujuga dengan NGO's Islam yang lain baik di Indonesia dan sebagainya. Jadi adalahlebih baik Pas jenguk-jenguklah sahabat mereka itu," katanya.
Sebelum ini, Anwar didakwa menulis suratkepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan sebuah agensi perisikanantarabangsa pada 2007 mendedahkan Ketua Pembangkang itu pernah meminta campurtangan asing untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Suratberkenaan disiarkan menerusi AIDC di www.anwaraidc.com
Semalam pula, Koordinator Barisan Nasional(BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed mendakwa PKR meminta bantuanpertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing yang ada kaitan dengan Yahudi untukmemenangi pilihan raya di negara ini. – MediaUMNO
gambar hiasan: namun realitinya, mereka nie tidur sebantal tapi mimpi lain-lain
Perang mulut mengenai isupembahagian kerusi pilihan raya antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diTerengganu merupakan 'perang kecil' sebelum berlakunya pertelagahan lebih besarmenjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.
Perkara itu tidak mengejutkan kata PengerusiJawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB. Khazan Che Mat, malah sejakdahulu lagi gabungan parti itu tidak mempunyai pemuafakatan antara satu samalain.
Beliau berkata, hakikat itu jelas apabilaparti-parti dalam pakatan tersebut bertelagah sesama sendiri secara terbukaberhubung siapa dan berapa kerusi yang patut diperoleh menjelang PRU ke-13kelak.
Malah, beliau menjangkakan kemelut tersebutakan turut merebak ke negeri-negeri lain ekoran ketiadaan kesepakatan antarakepimpinan dalam pakatan yang beliau sifatkan sebagai rapuh.
"Rakyat menjadi pemerhati kepadaperkembangan itu yang menunjukkan terdapat perasaan tidak puast hati. Walaupundalam pilihan raya lalu dimaklumkan perkara itu sudah selesai, tetapi merekaberbalah semula.
"Ini membuktikan pakatan ini sebenarnyatidak berpakat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Fatwadan Falak anjuran Jabatan Mufti negeri dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah(Ketengah) di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun semalam.
Kemelut itu bermula apabila beberapa pemimpinPAS negeri mula mempertikai dan menyindir tindakan PKR negeri yang diketuaiAhli Parlimen Indera Mahkota, Pahang, Azan Ismail mengumumkan untuk bertandingdi tiga kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN di Terengganu.
Beliau mengulas kemelut antara PAS dan PKRberhubung pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeriini yang menjadi perebutan antara kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat itu.
Khazan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNOnegeri berkata, senario itu tidak berlaku dalam Barisan Nasional (BN) yangmenekankan semangat muafakat bagi menentukan formula pengagihan kerusi memberikeadilan kepada semua parti komponen.
Beliau bagaimanapun berkata, BN tidak mahumencampuri kemelut tersebut sebaliknya bersedia untuk bertanding denganmana-mana calon pakatan pembangkang tanpa mengira tempat.
Confirm!! Ketua Pembangkang, Datuk Seri AnwarIbrahim telah membeli Akhbar Sinar Harian….. bukan 1 tetapi 5 dia beli…
Yang dia beli bukanlah saham Sinar Harian,sebaliknya dia membeli 5 naskah akhbar Sinar Harian setiap hari untukdiletakkan di tempat-tempat strategic yang kemungkinan Anwar akan pergi.
5 naskah tu diletakkan 1 kat bilik Ketuapembangkang di parlimen, 1 di pusat khidmat MP Permatang pauh, 1 kat pejabatPKR di tropicana, 1 kat bilik Punahsihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor &1 lagi kat bilik SPA yang dia pergi kat Ampang tu.....
Bukan setakat Ketua Pembangkang, malahPerdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sendiri membeli Akhbar Sinar Harian.Di fahamkan di Ibu Pejabat UMNO Malaysia di PWTC sahaja, sekurang-kurangnya 20 kepingnaskah akhbar nie dibeli dan diletakan di sana… belum lagi di Jabatan PerdanaMenteri dan Kementerian Kewangan.
TPM pun sama…. Malah di jabatan-jabatankerajaan, akhbar Sinar Harian dan akhbar-akhbar lain termasuk akhbar daripakatan haram jadah turut dibeli untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan.
Sesungguhnya aku pernah bekerja di bawahpentadbiran Datuk Hussamuddin Yaacub, walaupun bukan di akhbar Sinar Hariantetapi cukup aku mengenali hati budi dan pendirian Pengarah Urusan Kumpulan Karangkrafini.
Rafizi Bangang –Buktikan Penyalah Gunaan Kuasa Anwar 1997
Rafizi bangang, mendatangkan kemarahan penyokong pakatanrakyat sendiri …. Sila rujuk blog Suara Pakatan Rakyat di sini …..
Tindakan Rafizi Ramli, selaku Pengarah Strategi PKR yangmenjadikan kes 'penyalahgunaan kuasa' Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1997 sebagairujukan untuk menyokong dakwaannya bahawa Perdana Menteri Najib turutmenyalahgunakan kuasa kerana melibatkan pegawai Pejabat Perdana Menteri dalamurusan majlis pertunangan anaknya pada Jun 2011 memBUKTIkan bahawa Anwar memangmenyalah gunaan kuasa ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri padatahun 1997.
Apa tujuan Rafizi menjadikan kes Anwar tersebut sebagaicontoh bila mana tidak ada seorang pun dari kami yang telah lama berjuang dalamPKR ini yang percaya Anwar pernah melakukan kesalahan tersebut. Pada kami, kes itu adalah sebahagian daripadakonspirasi Mahathir untuk menjatuhkan Anwar dari jawatan Timbalan PerdanaMenteri yang disandang beliau ketika itu.
Kalau sudah terkantoi menipu, tanggung sendiri sajalah,kenapa pula hendak membabitkan Datuk Seri?
Apakah Rafizi cuba menunjukkan kepada rakyat bahawaAnwar juga pernah menyalahgunakan kuasa ketika menjadi Timbalan Perdana Menteridulu? Adakah ini niatnya?
Fikirkan sendiri.
Adakah kenyataan Rafizi ini merupakan rekaanUMNO dan BN juga?
Tindakan Perdana Menteri, Datuk SeriMohd Najib Razak memohon maaf baru-baru ini kepada rakyat atas kepincanganlampau Barisan Nasional, adalah satu contoh terbaik pemimpin yang berjiwabesar. Tindakan beliau mencerminkan keikhlasannya untuk berkhidmat kepadarakyat, ujar Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim.
"Perdana Menteri telah memohon maaf atas kepincanganlampau BN tetapi saya pasti rakyat pasti tertanya-tanya jika pemimpin-pemimpinpembangkang akan menuruti langkah Datuk Seri Najib.
Saya rasa, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang juga harusmeminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas peranan mereka dalammencetuskan peristiwa berdarah 13 Meu 1969," ujarnya mengulas ucapannya membahas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuanAgong pagi tadi.
Tambahnya, pemimpin PAS juga harus meminta maaf kepadaseluruh rakyat Malaysia,khususnya umat Islam kerana membakul sampahkan perjuangan menegakkan negaraIslam. Dalam masa yang sama, Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang jugaharus meminta maaf secara terbuka kerana mengkafirkan pemimpin, ahli sertapenyokong UMNO menerusi Amanat Haji Hadi yang kini nyata telah memakan dirisendiri.
"Begitu juga dengan video seks seorang pemimpinpembangkang (Anwar Ibrahim) yang kini tersebar luas di Indonesia, Jepun, India danbeberapa negara serantau. Saya sendiri telah menerima puluhan panggilan telefondari kenalan di beberapa negara jiran yang terkejut dengan aksi lucah pemimpin pembangkangtersebut.
Apakah pemimpin ini juga akan memohon maaf kepada rakyat Malaysia keranatelah mendatangkan aib kepada negara. Rakan-rakan di Indonesiakini menggelar pemimpin pembangkang tersebut sebagai 'Duta Porno Malaysia'. Iniamat memalukan negara kita," tambahnya lagi.
Sehubungan dengan itu, beliau mendesak pemimpinpembangkang ini memohon maaf secara terbuka kerana memalukan rakyat dan negara Malaysia dimata dunia.
"Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan individu yang layak berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak"
"Mereka berdua adalah ahli parlimen dan Anwar adalah ketua pembangkang manakala Najib adalah ketua bagi kerajaan, Anwar sepatutnya berdebat dalam dewan rakyat bukan di pentas ceramah"
"Dahulu Anwar dah kena bantai teruk dengan YB. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek kali ni nak cabar Najib pula"
"Orang yang paling layak berdebat dengan Anwar ialah Datuk Eskay, Datuk Nallakarupan, Saifol yang diliwat oleh Anwar, "
"Kalau dia berani sila lah buat jemputan, bukan saja 3 nama tadi tetapi ramai lagi yang nak berdebat contohnya. Zahid Mat Arip, Lokman Adam, Ezam Mat Noor, Zulkifli Nordin, Zahrain dan bekas-bekas ahli PKR dahulu."
Kenyataan ini adalah kenyataan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Haji Mohd Ali Mohd Rustam dalam perjumpaan dengan TM dan rakan-rakan media yang lain Jumaat lepas di Melaka.
Ulasan dari wakil masyarakat dari jkp zon 14 mengenai ahli majlis kawasan mereka yang tak buat kerja dan hanya bekerja dalam kelompok mereka serta tidak menghiraukan masyarakat
Alhamdulillah kali ini kita bertemu di Sabah..Negeri d Bawah Bayu..ianya akan berlangsung di Kota Kinabalu..d Universiti Malaysia Sabah, Sabtu ini..
Menurut Pengarah Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia, Datuk Rafi Awang Kecik, ianya adalah kesinambungan dari Konvensyen yang sama yang di rasmi kan oleh Perdana Menteri Malaysia di PWTC dalam bulan November tahun lepas..
Menurut beliau kali ini di jangka seramai 1600 orang pengamal media sosial Sabah akan bersama menjayakan konvensyen ini. Peserta terdiri daripada pelajar kolej, universiti, jabatan kerajaan, NGO, badan swasta dan orang awam yang selama ini sentiasa menggunakan pelbagai medium medan sosial maya untuk berinteraksi seperti pengguna facebook, twitter, friendster, blog dan lain-lain.
Semalam berlangsung sidang media khusus untuk pelancaran program konvensyen dan Rafi Awang Kecik berbesar hati mengajak seluruh pengamal media sosial Sabah agar dapat bersama pada tarikh dan tempat seperti yang tertera di atas.
Konvensyen ini terbuka untuk semua..." ujar beliau..malah ujarnya lagi ada forum khas untuk pengamal media berinteraksi dengan panelis..dua hala komunikasi khas membincang kan "BORNEONISASI ; merungkai sejarah dan masa depan Sabah.." dan juga forum bertajuk ; "Peranan dan Tanggung jawab Media Sosial.."
Ada cenderamata istimewa untuk peserta yang hadir, malah ada cabutan bertuah berupa barangan yang menjadi gajet untuk pengamal media...datanglah..mungkin anda antara yang paling bertuah antara yang bertuah...
Norsurini Zulkafli menulis: "as salam dato....saya mewakili guru ppg amilan feb 2012...adakah kami d IPGM akan mdapat baucer buku sama seperti d U...TQVM"
Terima kasih Norsurini Zulkafli. Kerajaan sedang mempertimbangkan baucer buku RM200 untuk diberi kepada para pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), seperti yang diterima oleh para pelajar di universiti-universiti tempatan yang lain. Saudari juga boleh melayari portal berita Bernama ini untuk keterangan lanjut.
Gambar ini diambil dari sebuah blog bernama gosip rakyat. Cuma pendekatan sahaja yang berbeza mengenai gambar di atas.
Pak Bai ini memang terkecuali dari memakai topi keledar
Gambar di atas tak lain dan tak bukan menunjukkan seorang kaki tangan Jabatan Pengangkutan Jalan sedang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.
Bila YB masuk kampung
Kita biasa tengok ramai penunggang tidak mengenakan topi keledar di kawasan kampung, termasuk juga wakil-wakil rakyat yang masuk kampung atau turun padang jarang sekali memakai topi keledar.
Terbalik pulak
So, apa cerita sebenar mengenai gambar di atas, hanya pegawai tersebut yang mampu memberikan jawapan.
Nik Aziz menyampaikan kuliah politik dan menanam ideologi kebencian terhadap kerajaan , kanak-kanak dipergunakan dalam kempen politik dan demonstrasi jalanan.
Najib bercita-cita untuk melahirkan anak bangga yang berilmu, menjadi pemimpin negara dan membangunkan sosio ekonomi masyarakat Melayu yang masih jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum lain.
Anak sepatutnya duduk dan belajar di rumah
Anak Pas dibawa ke jalanan dalam bershit 2.0
Anak ini dari dalam perut ibu dijaga oleh kerajaan bila lahir ke dunia ibu bapa mengajar anak untuk tidak bersyukur akan nikmat kehidupan yang disediakan oleh pemerintah
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.
Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh! Pedas-Pedas Pun Pakngah Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.
Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!
Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong.
Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan...Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang...
Nabi pas makan kek raya pakai dana kerajaan negeri kelantan yang di peruntukan khas untuk rakyat miskin, perbadanan menteri besar kelantan atau pmbk di wujudkan untuk membantu rakyat miskin di kelantan.
Tapi malangnya atas dasar tamak haloba, maka nik ajis telah melantik anak menantunya, arif fahmi sebagai pengerusi perbadanan itu, jadi senang untuk nik ajis soglap duit pmbk dengan menggunakan anak menantunya.
Dan dokumen ini sebagai bukti, penyelewengan manusia yang di angkat sebagai nabi oleh pengikutnya, ini baru kek raya punya dokumen, banyak lagi dokumen penyelewengan nik ajis dan anak menantunya akan di dedahkan menjelang pru nanti.
Bayangkan lah nak beli kek pun nik ajis sanggup pakai dana pmbk yang sepatutnya di salurkan pada orang miskin, apa lagi kalau bab-bab lain, berapa banyak nik ajis dan anak menantunya songlap duit rakyat kelantan, itu sebabnya dari tahun 1990 sampai la sekarang ni kelantan hanya ada sebiji pasaraya tesco dan masalah air di kelantan tak selesai...
Penghujung sesi perbahasan persidangan Dewan Rakyat padaKhamis menjadi gamat apabila wakil rakyat pembangkang dan kerajaan bertelagah mengenai isu tomyam apabila kenyataan yang dikeluarkan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) diputar belit oleh Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian).
Ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tajuddin memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan PAS Kelantan gagal mewujudkan peluang pekerjaan di negeri berkenaan hingga menyebabkan ramai peniagadari negeri tersebut berhijrah membuka perniagaan di Perak termasuk di kalangan peniaga tomyam.
"Berapa ramai orang Kelantan yang datang ke Perak berniaga...jual tomyam.
"Mereka tak boleh buat (tiada peluang berniaga) di Kelantan," katanya.
Bagaimanapun kenyataan Tajuddin itu disalah tafsir oleh Salahuddin dan menuduh Ahli Parlimen Pasir Salak berkenaan menghina peniaga tomyam.
"Jangan hina orang Melayu berniaga tomyam, harta mereka halal...jangan hina orang Kelantan," tuduh Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS.
Kejadian bertikam lidah kedua-dua wakil rakyat berkenaan makin tegang apabila Salahuddin mengaitkan isu peniaga tomyam itu dengan perkahwinan anak Tajuddin sebelum ini.
Berang dengan tuduhan bersifat peribadi tersebut, Tajuddin kemudiannya mencabar Salahuddin membuat kenyataan tersebut di luar dewan.
"Mengapa membuat tuduhan peribadi. Ingat anak saya tidak ada maruah ke, isteri saya tidak ada maruah ke. Saya kata disebabkan kerajaan PAS gagal menyediakan peluang perniagaan, ramai di kalangan rakyat merekatermasuk peniaga tomyam terpaksa berhijrah...itu sahaja. Bila masasaya hina peniaga tomyam," kata Tajuddin.
Tidak menghiraukan penjelasan berkenaan, Salahuddin terus menuduh Tajuddin menghina peniaga tomyam dalam kenyataan asalnya sebelum ini.
Drama kekecohan berkenaan berlanjutan selama lebih 10 minit dan kedua-dua wakil rakyat berkenaan tidak mengendahkan arahan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee agar bertenang.
Tidak lama selepas itu, di luar dewan, kedua-dua ahli parlimen berkenaan dilihat berdakapan malah Salahuddin datang memeluk Tajuddin dan menciumnya di pipi sebagai tanda 'pertelagahan' mereka sudah berakhir. -Mstar
Tanggal 3 Mac 1924 adalah tarikh malang buat umat Islam seluruh dunia. Tarikh di mana berakhirnya sistem kekhalifahan umat Islam yang berdiri selama 1292 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Kini setelah 88 tahun kejatuhan khalifah Uthmaniyah di Turki, ramai pejuang Islam terus merintih dan marah perbuatan keji dan jahat Mustafa Kamal Antartuk bersengkongkol dengan puak-puak kafir harbi menjatuhkan khalifah semata-mata ingin menjadi seorang Presiden sebuah Republik !
Pasha Mustafa Kamal Antartuk berasal dari keturunan Yahudi Daunamah yang berhijrah dari Sepanyol ke Greece. Keturunan-keturunan Yahudi Daunamah ini mengaku telah memeluk Islam namun masih kental mengamalkan ritual dan amalan agama Yahudi.
Sejak belajar di kolej tentera, Kamal aktif mengerakkan anasir membenci pemerintahan Islam Turki. Peluang untuk disanjung oleh rakyatnya menjadi kenyataan apabila beliau secara sengaja diberikan kemenangan teknikal oleh British dalam peperangan di Semenanjung Balkan sebanyak dua kali. Kemenangan ini membolehkan Kamal dilantik sebagai panglima tertinggi angkatan tentera Turki oleh Sultan.
Hari-hari terakhir Khalifah Uthmaniah.
Namun dalam masa yang lain, Kamal melakukan pengkhianatan apabila secara sengaja membiarkan tentera Inggeris mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyah tanpa tentangan hebat sehingga memudahkan British menawan wilayah-wilayah jajahan Turki. Kekalahan Turki dalam Perang Balkan (1912-1913) dan Perang Dunia Pertama (1914-1918) menyebabkan imej Uthmaniyah terus tercalar.
Kekalahan ini juga menyebabkan Turki dipaksa oleh British menerima genjatan senjata dan terpaksa membubarkan Dewan Rakyat yang menentukan kekuasaan khalifah. Keengganan khalifah menyebabkan British mencetuskan huru-hara dan menyalahkan pula khalifah di atas keadaan tersebut. Tentera Bersekutu turut membiayai sepenuhnya gerakan reformasi oleh Gerakan Kaum Muda Turki pimpinan Mustafa Kamal demi menghancurkan kepimpinan khalifah Uthmaniyah dan menggantikannya dengan sistem politik baru yang lebih bebas dan liberal serta menolak Islam.
Perlantikan Mustafa Kamal sebagai pemimpin harapan British telah digunakan oleh pengikut-pengikutnya untuk menjalankan dakyah memburukkan kesultanan Uthmaniyah. Sementara Tentera Bersekutu seperti British, Perancis dan Soviet Union mula sibuk membahagi-bahagikan kekuasaan empayar Uthmaniyah, tentera-tentera Greece pula giat membunuh dan mengusir beramai-ramai umat Islam di Greece, Balkan dan Cyprus. Barat turut berjaya memainkan propaganda melekakan umat Islam kononnya tentera Turki berjaya mengalahkan tentera Greece dan Islam berjaya tertegak kembali di Balkan sehinggakan ada penyair dan ulama diupah supaya melabelkan Kamal Antartuk sebagai 'Khalid Al Walid' dan 'Imam Mahdi'. Hakikatnya, tentera Greece tidak memberikan sebarang tentangan dan membiarkan tentera Turki masuk ke Greece secara aman!
Umat Islam leka dan teruja dengan 'kemenangan' tersebut, akhirnya tersentak apabila pada tanggal 3 Mac 1924, Mustafa dan British memaksa pembubaran kerajaan khalifah dengan menghalau khalifah dan kerabat diraja keluar dari istana dan negara. Kamal diberi gelar 'Antartuk' dan dilantik sebagai seorang Presiden di sebuah Republik yang baru!. Melalui perintah Antartuk, Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-Undang Syariah dimansuhkan. Manakala sekolah-sekolah agama ditukar menjadi sekolah awam dan azan ditukar ke bahasa Turki. Serban, purdah, janggut diharamkan, manakala hiburan dan budaya sekular digalakkan.
Ingatlah kaum muslimin! Usaha menghapuskan khalifah Uthmaniyah dilakukan dengan begitu rapi. Seorang yang bercita-cita tinggi tetapi lemah pegangan iman dan kesedaran terhadap syariat Allah ternyata mudah dipergunakan oleh kafir harbi untuk menghancurkan Islam secara sistematik. Pengkhianat sebegini sentiasa akan dianggap oleh kafir Barat sebagai pejuang kebebasan. Manakala di kalangan pengikut taksub mereka, dia mudah ditabal sebagai manusia 'anugerah tuhan' atau 'Imam Mahdi' yang kononnya akan membawa pembaharuan. Wahai umat Islam, lihatlah apa yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Islam di negara kita kini begitu banyak persamaannya dengan apa yang pernah dilakukan oleh perosak Islam - Kamal Antartuk;.
Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya Allah akan mengutus kepada umat ini seorang mujaddid terhadap agamanya setiap 100 tahun". Adakah kita hanya menunggu pimpinan mujaddid tersebut tanpa berbuat apa-apa bagi melindungi Islam. Sebaliknya terus leka bercakaran merebut kekuasaan. Mungkinkah tarikh 3 Mac 2024 akan lahir mujaddid itu? Lambat lagi wahai umat…lihatlah satu persatu hak kita dicabuli, kita diam sajakah?
Adam Adli kata mahasiswa/mahasiswi tiada platform untuk bersuara?? Benarkah??
Semalam, satu persidangan ala-ala Parlimen telah diadakan bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM) oleh satu pertubuhan NGO. Program yang dinamakan "Youth Parliament" ini melibatkan peserta-peserta bukan sahaja daripada IPTA malahan IPTS dan juga belia/beliawanis. Program yang dijana melalui Pertubuhan NGO tersebut merupakan satu platform yang amat baik bagi belia merasai pengalaman berdebat di dalam Parlimen. Hujah-hujah yang dikemukakan juga merangkumi isu-isu semasa dan dasar-dasar terbaru.
Jadi dimana dikatakan mahasiswa/mahasiswi atau belia-belia itu "tiada kebebasan bersuara"?
Sesi Persidangan yang berlangsung
Youth Parliement - Menjadi satu platform baru yang lebih releven berbanding berbaring di jalanan tengah-tengah malam
Mantap betul tulisan awek ni. Baru MyMassa tau wujudnya Parlimen di IPTA. Dulu masa mengaji kat U tak pernah dengar pun benda-benda macam ni. Maklumlah masa MyMassa belajar dulu, Anwar yang pegang. Tu yang mahasiswa dibisukan daripada bersuara. Malah kebebasan bersuara pelajar yang dia perjuangkan semasa jadi pemimpin pelajar dulu pun dia lupakan.
Tahniah KPT kerana menganjurkan Parlimen Belia. Daripada mahasiswa jadi mahasewel macam Adli n geng, goncang pintu pagar pukul 1 pagi, lebih baik berdebat secara ilmiah macam ni.
*Kepada blogger Bicara Gades, jangan marah bila MyMassa gelar marka. Baru nak belajar bahasa utara.
Baru tadi seorang pembaca mengirimkan gambar ini kepada MyMassa. Menurut pengirim, dia mengesahkan kursus itu dan dia berada di tempat kejadian.
Ini adalah antara gambar buku yang diedarkan dalam kursus tersebut.
Seperti mana biasa, gerakan ini berselindung di sebalik nama NGO. Nik Nazmi sendiri mengakui perkara ini.
*Bukti macam ni pun pembangkang masih nak nafi mereka tak sokong Israel di Parlimen. Salah satu perkaitan antara KAF (antara NGO luar yang menganjurkan kursus tersebut) dengan Yahudi.
Banner hudud PAS di Kelantan pun dah buruk macam ni. Sama buruk dengan perangai PAS yang asyik mencanang pasal hudud, tapi takut nak perjuangkan sejak berada di bawah telunjuk DAP.
Memang teruk Ostad Jijan kena kali ini. Dihenyak sebegitu hebat oleh Anwarinas sehinggakan terpaksa mengambil cuti sekali lagi.
Atau mereka ini sengaja menggoncang pentadbiran Kerajaan Negeri kerana mereka tahu kelemahan Ostad Jijan iaitu menderita penyakit tekanan darah tinggi dan lemah jantung?
Yalah kan, bukankah lebih mudah merampas tampuk pemerintahan daripada MB yang sudah MATI?!!
Maklumat yang disampaikan kepada kami bahawa NDI (National Democratic Institute for International Affair), satu cabang kepada NED (National Endowment for Democracy), yayasan dana demokrasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan kursus kepada PKR di Holiday Inn GlenMarie, Shah Alam hari ini. Setakat ini, kami belum dapat mengesahkan sejauhmanakah kebenaran maklumat tersebut.Setiausaha Negara AS, Madeline Albright, tokoh yang menyokong Anwar sejak dipecat dari kerajaan pada tahun 1998 hingga sekarang. Baca lengkap di http://www.anwaraidc.com/?p=22644 .
Di atas menunjukkan Anwar menggunakan kedudukannya untuk menggunakan kepakaran NED dan Wang NED untuk pru13 nanti. Seorang bekas ahli DAP pula mengesahkan kepada mymassa, gerombolan orientalis, komunisme dan yahuds telah membantu DAP dan PKR dalam Pilihanraya Sarawak baru-baru ini. Pandangan penulis ini di sini http://jentayuabaka.blogspot.com/2012/03/orientalis-semakin-bertapak-kukuh-di.html10 tahun yang lalu nampaknya ada kebenarannya.
PKR dan DAP perlu ditolak dalam PRU13. Pengundi mesti sedar akan bahaya PKR dan DAP kepada negara.
Cuba pembaca MyMassa tengok video ini. Sekumpulan ibu bapa mahu PPSMI diteruskan.
Bila MyMassa tengok senarai peserta yang menyokong perhimpunan ini, ternampak nama ADUN DAP.
Present at this morning's gathering are:
1. Concerned Parents for Selangor and Kuala Lumpur (CPS) headed by Shamsudin Hami 2. Parent Action Group for Education (PAGE) led by Datin Azimah 3. Malacca Action Group of Parents (MAGPIE) 4. Herald of Penang Education (HOPE) 5. Subang Jaya Assemblyman YB Hannah Yeoh 6. Kelana Jaya MP, Loh Gwo-Burne
Bukan ke sebelum ni pembangkang yang beria-ia untuk hapuskan PPSMI sampai berarak ke Istana Negara.
Dan sebab PPSMI la A. Samad Said mula sokong pembangkang. Macam mana sekarang ni bila pembangkang sendiri meminta PPSMI diadakan semula?
Jadi MyMassa harap, A. Samad Said daripada terpekik terlolong atas jalan atau atas pentas kutuk Kerajaan, BAIK SEKOLAHKAN DULU DUA ORANG YB MANGKUK AYUN TU DULU. Kalau tak, A. Samad Said pun mangkuk ayun jugak sebab tau melalak tapi tapi tak pandai mendidik rakan sendiri.
Susah betul Kerajaan BN nak berdepan dengan pembangkang yang cakap pusing-pusing. Dulu kata tak nak, sekarang kata nak pulak? Haram jadah betul. Bukan je masa jadi pembangkang, dah orang lantik jadi Kerajaan pun sama jugak. Cakap berbelit-belit. Dulu manifesto PKR dan PAS semasa PRU 2008 nak turunkan cukai taksiran, sampai sekarang pun tak turun-turun lagi.
*Pembangkang ni cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap. Takde pendirian langsung puak-puak ni.
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
yang biasanya, ustaz ahli agama jadi imam solat....Yang tidak biasa ialah bukan ahli agama juga mampu jadi imam...
Bukan syarat jadi pemimpin kena mampu jadi imam namun jika mampu mengimamkan rakyat maka ia kelebihan yang besar untuk dirinya sendiri.
Masalahnya ada orang tidak mampu jadi imam tetapi tetap mahu jawatan imam hingga jemaah tunggang langgang.
Syabas Ketua Pemuda Umno Malaysia atas pencapaian ini.
Teringat Panglima juga pernah solat belakang Naib Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang memiliki bacaan yang baik sebagai imam walaupun bukan dari kalangan agamawan.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
maka tidak peliklah Ambiga diberitakan bakal menjadi Timbalan Presiden PAS ?
Talkin untuk PAS selepas makin rosak 'dicucuk virus' oleh DAP.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
UCAPAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA YANG BERBAHAGIA JENERAL TAN SRI DATO' SRI ZULKIFELI BIN MOHD ZIN DI MAJLIS PENGHANTARAN TIM PEMANTAU ANTARABANGSA–MINDANAO 7, PADA 12HB MAC 2012 DI PANGKALAN UDARA SUBANG
Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud Panglima Tentera Udara, Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato' Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi mewakili Panglima Tentera Darat, Yang Berbahagia Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin Panglima Angkatan Bersama, Yang Dihormati Kommissioner Polis Dato' Seri Akhil bin Bulat Pengarah Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia, Yang Berbahagia Laksamana Muda Dato' Abdul Ghani bin Othman mewakili Panglima Tentera Laut.
Dato' – Dato', Panglima-Panglima, Pegawai-Pegawai Kanan dari Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia, Para Pegawai Tim Pemantau Antarabangsa – Mindanao 7 (TPA-M7) serta para hadirin yang saya hormati.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Pertama-tama sekalinya, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia serta inayah-Nya jua, maka dapat kita berhimpun di Pangkalan Udara Subang pada petang yang bersejarah ini bagi mengiringi pemergian TIM Pemantau Antarabangsa Mindanao 7 (TPA-M7) yang akan berangkat sebentar lagi ke Mindanao. Pada kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan khas kepada rakan-rakan dari Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kerana meluangkan masa untuk bersama-sama mengucapkan selamat jalan kepada para pegawai dan anggota yang menganggotai TPA-M7. Sesungguhnya, komitmen ini secara jelas mencerminkan sokongan padu terhadap kesepakatan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan PDRM dalam menjayakan misi bersama ini.
Dalam nada yang sama, saya turut mengalu-alukan dan mengucapkan jutaan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli keluarga TPA-M7 atas sokongan moral yang dizahirkan. Sesungguhnya, negara dan perkhidmatan amat menghargai dan menyanjung tinggi pengorbanan serta kerelaan tuan-tuan dan puan-puan sekalian melepaskan yang tersayang untuk bertugas di bumi asing selama tempoh setahun.
Para hadirin yang dihormati sekalian.
Saya melahirkan kesyukuran kerana TPA-M7 telah dapat dipersiapkan bagi menyambung kesinambungan komitmen Malaysia dalam usaha damai di Wilayah Selatan Filipina tersebut. Dari perspektif saya, kepercayaan berterusan kerajaan Filipina dan Moro Islamic Liberation Front (MILF) untuk Malaysia mengetuai misi ini yang melibatkan pelbagai negara mencerminkan pengiktirafan mereka yang amat mendalam terhadap profesionalisme dan kredibiliti kita, khususnya ATM dan PDRM. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menentukan amanah yang besar ini dapat disempurnakan dengan konsisten. Sesungguhnya, saya meletakkan kepercayaan yang tinggi bahawa mereka yang terpilih bagi menganggotai TIM ini adalah aset tentera dan polis yang terbaik untuk penugasan ini.
Untuk itu, saya dengan penuh rasa bangga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ahli TPA-M7 kerana telah terpilih untuk menggalas tugas yang murni ini. Dalam konteks ini, saya penuh yakin bahawa perlantikan Mejar Jeneral Dato' Abdul Rahim Mohd Yusoff selaku Ketua Misi dan juga Brigedier Jeneral Datuk Haji Zulkapli bin Mohd Noor selaku Timbalan Ketua Misi akan dapat menentukan TPA-M7 melestarikan tugas dan tanggungjawabnya seperti yang diharapkan.
Kepada ahli-ahli TPA-M7 sekalian.
Di sini, ingin saya mengingatkan saudara-saudara sekalian agar melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, profesional dan menjunjung amanah dengan sebaik-baiknya. Saya amat yakin bahawa saudara-saudara akan dapat memenuhi harapan yang disandarkan oleh negara dan perkhidmatan dengan cemerlang sepertimana yang telah dipamerkan oleh TIM-TIM kita yang terdahulu. Di samping itu, saya menyeru agar saudara-saudara menggunakan pelbagai inisiatif bagi menyesuaikan diri dengan keadaan di Mindanao serta fokus terhadap matlamat misi. Sebagai TIM yang menjalankan tugas-tugas pemantauan dan pengawasan proses gencatan senjata serta perdamaian antara kerajaan Filipina dan MILF, saudara-saudara hendaklah berfungsi sebagai pemantau yang berwibawa, adil dan saksama. Selaras dengan itu, sentiasalah merujuk kepada Terms of Reference yang telah ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina.
Selain itu, saudara-saudara hendaklah memastikan aspek keselamatan dititikberatkan pada sebilang masa. Ingatlah bahawa situasi keadaan keselamatan di kawasan yang bergolak seperti Mindanao tidak boleh dijangka dan tidak boleh sekali-kali diambil mudah. Oleh itu setiap anggota TPA-M7 perlu sentiasa peka terhadap segala amaran atau petanda bahaya dan ancaman di samping sentiasa berwaspada dan mengekalkan standard operating procedure (SOP) di tahap yang tertinggi.
Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya bagi pihak kerajaan Malaysia dan juga seluruh warga ATM mengucapkan "Selamat Jalan dan Selamat Bertugas" kepada saudara-saudara sekalian. Laksanakanlah tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin dan mudah-mudahan tempoh selama 12 bulan penugasan akan berlalu dengan selamat dan lancar. Akhir kata, kami mendoakan agar seluruh anggota TPA-M7 dikurniakan perlindungan, kekuatan dan ketabahan dalam melaksanakan tugas di sana, semoga anda semua akan selamat kembali ke tanahair kelak dengan kejayaan yang mengharumkan nama Malaysia dan Perkhidmatan, Insya-Allah.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Sumber : Berita Sinar Harian mukasurat 4 Rabu 14.3.2012
Alhamdulillah Shangri-La sudah membersihkan nama YAB Perdana Menteri.
Namun Shangri-La perlu buat siasatan kes kebocoran dokumen yang khabarnya dilakukan kakitangannya yang tidak sepatutnya menjadi isu.
Jika tidak maka imej Shangri-La juga akan tercemar apabila dokumen pembayaran didedahkan oleh Pembangkang sehingga mencemarkan nama baik YAB Perdana Menteri.
Jangan pelik jika selepas ini agensi Kerajaan mahupun syarikat korporat akan mula menghentikan program mereka di hotel tersebut.
Satu lagi, isu yang lebih besar perlu digunakan oleh pembangkang khasnya Rafizi bukan isu remeh temeh seperti majlis pertunangan dan hari jadi Perdana Menteri .
Oh lupa pula Rafizi Ramli kelulusan second class lower.
Petang tadi MyMassa melaporkan bahawa PKR telah bekerjasama dengan NGO dari luar negara untuk menjalankan kursus pilihan raya. Sila lihat di sini.
Sementara itu sebentar tadi seorang pembaca telah mengirimkan gambar ini kepada MyMassa. Menurut pengirim, dia mengesahkan kursus itu dan dia berada di tempat kejadian.
Ini adalah antara gambar buku yang diedarkan dalam kursus tersebut.
Seperti mana biasa, gerakan ini berselindung di sebalik nama NGO. Nik Nazmi sendiri mengakui dan mengesahkan perkara ini.
*Bukti macam ni pun pembangkang masih nak nafi mereka tak sokong Israel di Parlimen. Salah satu perkaitan antara KAF (antara NGO luar yang menganjurkan kursus tersebut) dengan Yahudi.
Sumber : MyMassa
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dari kiri Goenawan Mohamed, Anwar Ibrahim dan Uli Absar Abdalla ketika berada di Komunitas Salihara, Jakarta, pada 11 Oktober 2010
A Karim Omar -Sejak beberapa bulan lalu, Luthfi Assyaukanie dan Ulil Absar Abdalla dilaporkan kerap ke Malaysia.
Namun, kehadiran mereka ini tidak dihebohkan oleh mana-mana pihak mahupun media.
Luthfi Assyaukanie bersama Ulil Absar adalah pengasas Jaringan Islam Liberal (JIL) yang kita amat mafhum tentang fahaman dan pemikiran yang dibawa oleh pertubuhan JIL ini.
Apakah tujuan kehadiran mereka berdua di KL yang begitu kerap sekali?
Dengan siapa mereka berhubung dan berwacana?
Siapa audien mereka?
Apakah ini sebahagian dari agenda memperluaskan pengaruh fahaman Islam Liberal di Malaysia?
Apabila Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan akan meletakkan jawatan dalam Kabinet berkuat kuasa 8 April ini, pakatan pembangkang riuh sekampung dan bertepuk gembira.
Mereka mendakwa semua itu berlaku kerana hasil perjuangan mereka untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Malahan pelbagai kata sinis dilemparkan seolah-olah bagi menggambarkan kononnya pemimpin mereka semua baik-baik belaka.
Tetapi sekurang-kurangnya apa yang dilakukan oleh Shahrizat telah menunjukkan sikap telus dan bermaruah untuk mengundurkan diri biar pun beliau sepatutnya tidak dikaitkan dengan isu National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp).
Apa yang ingin kita bertanya di mana pula maruah pemimpin-pemimpin pembangkang apabila ada antara mereka jelas terlibat dengan skandal moral, salah laku dan tindakan yang dilihat boleh mewujudkan persepsi buruk kepada rakyat, tetap enggan berundur apatah lagi meletakkan jawatan.
Yang sering kita dengar, apabila melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang, mereka akan mendakwa semua itu adalah konspirasi, bukti dan mainan politik Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
Tiada sedikit pun rasa bersalah biar pun ada antara mereka terang-terang sudah melakukan kesalahan tetapi disebabkan mereka pembangkang maka 'pejuang-pejuang keadilan' mereka hanya mendiamkan diri.
Kita juga sudah saksikan bagaimana banyak kes melibatkan pembangkang senyap begitu sahaja. Pakatan yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas seolah-olah menganggap jika pemimpin mereka buat tak apa, kalau pemimpin BN yang dikaitkan - itu betul.
Inilah sikap double standard pembangkang yang sepatutnya difahami oleh rakyat. Kalau benarlah pemimpin-pemimpin pembangkang termasuklah biro-biro strategik mereka yang siang malam bekerja mencari bahan menyerang BN benar-benar telus dan berjuang untuk rakyat maka mereka perlu bersikap adil.
Di manakah suara lantang mereka mencari kebenaran apabila ada pemimpin mereka dikaitkan dengan rakaman video seks? Di manakah kelantangan mereka menegakkan keadilan apabila ada pemimpin mereka melantik menantu memegang jawatan penting dalam syarikat milik kerajaan negeri?
Kita juga ingin bertanya di manakah prinsip moral mereka apabila ada tersebarnya gambar lucah pemimpin pembangkang? Dan Kita juga berhak bertanya kenapakah mereka tidak mendesak ditubuhkan suruhanjaya diraja apabila ada dakwaan-dakwaan penyelewengan dan salah urus oleh pentadbiran kerajaan negeri di bawah penguasaan mereka.
Di mana pula kecekalan perjuangan Pas apabila ada pemimpin sekutu mereka menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel? Kenapa diam membisu, apakah kerana ia dilakukan oleh sekutu maka semua tidak apa.
Kalau benar-benar menjadi pejuang keadilan dan kebenaran, biarlah ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh janganlah amal sikap kalau pembangkang buat - itu halal, kalau BN atau UMNO buat - itu haram.
Oleh itu tidak payahlah mana-mana pemimpin pembangkang atau biro-biro strategik mereka ingin menonjolkan sebagai wira dalam menegakkan kebenaran dan keadilan. Jika dikaji apa yang berlaku di kalangan pemimpin pembangkang sendiri adalah jelas, segala yang dilakukan terutamanya serangan ke atas kerajaan dan pemimpin BN dan UMNO bukannya bertujuan mencari kebenaran.
Pembangkang ingin mencari modal politik bagi menghadapi pilihan raya, apatah lagi mereka sudah memiliki 'ayam sabung' dan 'kilang' penyebar fitnah yang beroperasi siang dan malam. Soal sama ada tuduhan mereka ke atas kerajaan dan pemimpin BN betul atau tidak, ia adalah persoalan kedua. Apa yang lebih penting ialah mewujudkan persepsi di kalangan rakyat, BN tidak bersih dan perlu ditolak dalam pilihan raya umum akan datang.
Sebab itulah, kita saksikan dalam banyak dakwaan yang dibuat oleh pembangkang, mereka akan diam membisu apabila kerajaan BN dapat menjawab segala tuduhan dilemparkan. Dan sikap tidak bermaruah ini semakin jelas apabila, mereka juga tidak akan memberi sebarang ulasan atau komen apatah membuat desakan jika ada isu yang melibatkan pemimpin pembangkang.
Bagi kelompok yang 'diupah' untuk mencari kesalahan kerajaan dan pemimpin BN ini, perjuangan mereka hanya untuk itu bukannya demi menegakkan keadilan. Kalau mereka mahu menegakkan keadilan sudah pastilah, mereka juga akan memastikan setiap isu yang dikaitkan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang akan disiasat dan diambil tindakan.
Mereka juga sudah pasti akan mendesak mana-mana pemimpin mereka yang terlibat berundur atau meletakkan jawatan. Tetapi ini tidak berlaku kerana perjuangan mereka tidak ikhlas. Perjuangan mereka hakikatnya bermotif politik dan bermatlamat hanya untuk mencemarkan imej BN dan UMNO sahaja.
Justeru tidak perlulah BN dan UMNO gundah gulana dengan telatah pembangkang dalam isu Shahrizat ini. Kebenaran tetap kebenaran yang pasti akan mengalahkan kebatilan. Sekurang-kurangnya sejarah politik negara sudah membuktikan acap kali bagaimana pemimpin-pemimpin BN dan UMNO yang dikaitkan dengan sesuatu isu akan berundur dengan sukarela.
Mereka tidak mahu menyusahkan parti dan kepimpinan negara dengan masalah yang berlaku, biar pun ada antaranya terang-terang tidak bersalah seperti mana berlaku kepada Shahrizat. Tetapi prinsip ini tidak ada di kalangan pemimpin-pemimpin pembangkang. Apa yang menakjubkan setiap kali ada isu melibatkan mereka, maka langkah yang dilakukan ialah cuba menegakkan benang yang basah sedaya mungkin.
Bukan sahaja melalui akhbar yang menjadi lidah rasmi mereka tetapi juga melalui blog-blog dan pentas ceramah. Mereka akan memutar-belitkan fakta dan menafikan segala tuduhan dengan hasrat untuk menunjukkan kepada rakyat kononnya merekalah manusia paling bersih di muka bumi Allah ini.
Oleh itu, dalam isu melibatkan pemimpin BN, pembangkang sepatutnya sedar diri dan lebih tepat lagi cerminlah diri. Jika kira mengkaji pelbagai isu dan kontroversi yang melibatkan pemimpin pembangkang dan bagaimana mereka mengendalikannya adalah jelas pembangkang adalah kelompok yang paling tidak layak bercakap soal keadilan, ketelusan dan kebenaran.
Sebab itulah kita merasa lucu apabila ada pemimpin utama pembangkang ketika mengulas isu Shahrizat menganggap tindakan Ketua Wanita UMNO itu berundur sebagai menteri sudah terlambat.
Terlambat atau tidak ia seharusnya tidak menjadi soal, apa yang penting ialah keberanian untuk berhadapan dengan realiti. Sikap ini tidak ada kepada pembangkang, walaupun dalam kebanyakan isu ia menunjukkan bukti yang jelas, semua itu tidak dipedulikan.
Bagi pembangkang, berundur dan meletakkan jawatan tiada dalam kamus politik mereka, biar pun desakan seumpama itulah yang menjadi senjata untuk melemahkan pemimpin-pemimpin BN. Kesimpulannya, pembangkang ibarat ayam yang berkokok tetapi ekor berlumuran dengan najis.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Malik Noor dalam sesi dialog di Kelantan baru baru ini seolah menyindir kerajaan negeri Kelantan terutamanya Nik Aziz Menteri Besar memerangkap Mursidol Am PAS.Masakan tidak hingga sekarang PAS Kelantan masih gagal melaksanakan hudud.
Nik Aziz baru baru ini begitu bersungguh sungguh mahu melaksanakan hudud sebelum PRU13,tapi seperti biasa Nik Aziz yang tidak pernah menunaikan janji,Hudud hanyalah sekadar janji politik untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat kepada PAS.
Menurut sumber dari pejabat SUK Kelantan,sehingga sekarang jawatankuasa Hudud masih tidak ditubuhkan.Nik Aziz pula hanya mendiamkan diri apabila ramai pemimpin bawahan sudah bertanyakan mana hudud sepertimana yang dijanjikan.
Kembali kepada cerita Malik Noor,beliau sedar Kelantan tidak akan berubah,kenyataan beliau menyokong hudud memang di alu alukan,sesiapa pun umat Islam dinegara ini akan menyokong kerana ia adalah hukum yang ditetapkan didalam Al-Quran. Yang kita tidak alu alukan adalah sekumpulan ularmak PAS yang menjaja syurga dan neraka,pahala dan dosa dijadikan dagangan untuk meraih undi pilihanraya.
Kerajaan diminta mengkaji semula undang-undang yang ada termasuk menimbang untuk melaksanakan hukum hudud khususnya berhubung jenayah memandangkan hukuman yang dikenakan terhadap 'pendera' kanak-kanak begitu ringan.
Bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor, berkata sekiranya kerajaan ingin melaksanakan hukuman hudud beliau adalah orang pertama yang akan menyokongnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis sembang petang bersama Datuk Malek Nor sempena Pekan Buku anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pusataka Wilayah Timur, Kelantan Trade Canter (KTC) dan Buroqoil.
Sembang Petang itu dikendalikan Ketua Pegawai Operasinya, Aziz Desa.
Pisau kata "Nik Aziz terpaksa mintak kebenaran Guan Eng"
Regim DAP Pulau Pinang memang cukup terkenal dengan skandal,seleweng dan curi wang rakyat dalam tempoh yang cukup singkat,paling best adalah skandal 10billion dikebas oleh DAP dan Guan Eng.
Hah! Haprak pakatan bukan saja curi duit ,dalam masa mereka buat program Cleaner Greener Penang ,punyalah rajin hingga sekali "dicuci" bersih periuk kawah dengan nasi yang siap dimasak untuk hadirin kenduri kahwin.
Seperti biasa DAP Pulau Pinang akan menggunakan khidmat melayu haprak sebagai anjing suruhan.Apa saja yang diarahkan pasti akan dituruti.Di suruh salak mereka akan menyalak hinggakan disuruh mencuri mereka dengan patuh akan pergi mencuri.
Kes ini berlaku apabila pemimpin PKR Ranting Kampung Terang telah menyebabkan sepasang suami isteri terpaksa menanggung malu besar apabila kenduri kahwin anak mereka tidak cukup makan dek kerana satu periuk besar Nasi Hujan Panas yang siap dimasak telah dilarikan.
Menurut pasangan tersebut,mereka bukan saja malu kepada penduduk kampung malah mereka terpaksa menanggung malu apabila rombongan disebelah pihak pengantin perempuan yang datang dari Terengganu.
Kenduri yang diadakan di Kampung Pulau Betong menjadi gempar apabila pemimpin PKR Ranting Kampung Terang telah melarikan satu periuk nasi semata mata mahu memberi makan kepada gerembolan DAP dan pemimpin pakatan yang mengadakan program "Penang Greener Cleener dikampung beliau. Beratus hadirin yang hadir ke kenduri kahwin tertanya tanya kenapa nasi tidak dihidangkan,apabila diberitahu nasi telah dilarikan untuk diberi makan kepada gerembolan haprak pakatan dan DAP ramai yang pulang dengan kecewa dan marah akan tindakan yang dilakukan oleh pemimpin PKR dan pengikutnya .
Dikhabarkan pemimpin PKR tersebut mencuri nasi kenduri kahwin disebabkan nasi yang beliau hidangkan kepada gerembolan haprak pakatan dan DAP telah rosak,memandangkan regim DAP sangat berkuasa di Pulau Pinang maka beliau menggunakan kuasa sebagai ketua ranting PKR untuk mengambil nasi yang bakal dihidangkan untuk tetamu kenduri kahwin yang diadakan oleh penduduk kampung.
Program tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Mansor dan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Abdul Halim
Tuan rumah kenduri,En Md Saad Hasan dan keluarganya yang ketika itu sedang sibuk melayan tetamu terkejut apabila diberitahu oleh tukang masak bahawa satu periuk nasi berisi nasi hujan panas telah dilarikan.
Bayangkan betapa malunya tuan rumah apabila kenduri besar yang dibuat sempena perkahwinan 2 orang anak lelakinya tidak menjadi dan bertukar menjadi kecoh akibat tindakan anjing DAP yang mencuri nasi kenduri. Manakala Puan Rosni,isteri kepada Md Saad berkata beliau amat kecewa dan cukup malu,walaupun kejadian tersebut berlaku 2 minggu lepas,keluarga besan dari Terengganu masih bertanya kenapa begitu teruk sekali layanan yang diberikan hingga menjadi buah mulut oleh penduduk kampung,
"Saya hanya mampu menjawab, ia disebabkan pemimpin PKR yang menceroboh masuk ke dalam majlis dan membawa lari periuk nasi yang berisi nasi yang sudah dimasak,"
Pisau kata " dah advance rupanya,guna khidmat anjing pemburu cari makan untuk tuan besar DAP"
Menurut Dato Zin yang mmendedahkan manual pilihanraya PJR yang disediakan oleh NGO asing, agensi asing ini memperkenalkan kaedah kempen membenci ('hate campaign') yang digunakan untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin negara dengan membangkitkan isu-isu yang tidak releven. Baca di Sel13 sini
Operatif dan ejen-ejen mereka dilatih oleh KAF dan NDI dan mendapat latihan cukup di luar negara. Pastinya mereka seperti Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR, Faris Musa, Ketua Coordinator Kumpulan Jingga 13, dan ramai lagi dilatih untuk menimbulkan isu tidak releven supaya mendapat perhatian rakyat.
Contoh terbaru kerja merepek Jingga 13 dan PKR adalah seperti isu majlis perkahwinan anak Dato Najib yang mana bill hanya dialamatkan ke pejabat PMO tetapi mereka buat tuduhan bahawa majlis itu dibayar oleh kerajaan.
Rafizi agak berhati-hati dalam tuduhan dan hanya nak mempersoalkan mana Dato Najib dapat duit. Isu agak remeh tetapi diguna media seperti Malaysiakini untuk perbesarkan seperti gambarajah berikut.
Hai .... takkanlah tak tahu Dato Najib datang dari keluarga berada. Baik keluarga sebelah Pahang atau pun sebelah Johor, memang keluarga aristikrat yang ada sikit demi sedikit kemampuan. Apatah lagi adik-adiknya adalah totoh-tokoh korporat.Baca selanjutnya di Unspinner
Pisau kata "politik kebencian yang disemai dalam pemikiran rakyat dah lama berlaku,ramai yang tertipu"
AIDCNews – 14/03/12 – PKR mengaku pihaknya menggunakan buku panduan pilihan raya agensi asing yang diterapkan kepada ahli-ahlinya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).
Sinar harian yang memetik pengakuan itu dari Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata buku panduan yang digunakan oleh parti itu digunakan untuk menerangkan cara-cara sebuah jentera parti dan calon yang bertanding menghadapi pilihan raya.
Menurutnya, buku panduan yang diterbitkan oleh National Democratic Institute for International Affair (NDI), satu cabang kepada NED (National Endowment for Democracy), yayasan dana demokrasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai unsur-unsur negatif seperti didakwa UMNO.
"Buku panduan tersebut menerangkan bagaimana untuk menghadapi pilihan raya dengan bebas dan adil bukannya 'kempen kebencian'.
"Malah, sekiranya wujud usaha menggulingkan kerajaan pun, rakyat sendiri boleh menilai sama ada mahu menyokong ataupun tidak," katanya.
Nik Nazmi turut mempertahankan penggunaan buku panduan itu walaupun ia datangnya dari pihak asing.
"Adakah menjadi satu kesalahan, jika PKR menggunakan buku panduan dari luar negara yang bebas dan adil.
"Anda boleh menilai sendiri apabila membaca buku panduan ini kerana dari awal sehingga akhir kesemuanya tentang bagaimana menghadapi pilihan raya," katanya.
Dalam sidang media semalam, penyelaras BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan khidmat agensi Yahudi menggerakkan PKR dalam menghadapi PRU.
Dakwanya, Anwar turut mendapat bantuan NDI menyediakan buku manual bagi menghadapi pilihan raya kepada petugas PKR.
Menurut beliau, manual yang dinamakan buku perancangan kempen politik hasil tulisan Stephanie Lynn diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan dibuat khusus untuk menyebarkan dakyah kononnya Malaysia tidak mempunyai kebebasan media dan beragama.
"PKR menganggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk menghadapi pilihan raya nanti," katanya.
NDI, salah satu daripada empat cabang NED diketuai oleh bekas Setiausaha Negara AS yang pernah menyokong Anwar semasa beliau dipecat, Madeline Albright.
Mohd Zin mempersoalkan tujuan NDI menghasilkan buku panduan tersebut dan apakah keperluannya.
"Antara kandungan buku panduan itu ialah menyebarkan dakyah bahawa Malaysia ini kononnya tiada kebebasan media, tiada kebebasan beragama. Pihak PKR anggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk hadapi pilihan raya nanti.
"Perkara ini dikukuhkan lagi dengan temuramah akhbar The Sun bersama wakil KAF di Malaysia, Peter Schier beberapa tahun lepas yang mengakui bahawa organisasinya menaja kursus-kursus kepimpinan untuk PKR," katanya lagi. sumber-AIDC
Ceramah Ustaz Kazim Elias menjelaskan golongan khawarij PAS yang menghina melayu sebagai kufur.
Selama ini Nik Aziz menuduh Umno sebagai asoybiah walhal ciri ciri dan sikap khawarij terbukti merekalah yang asoybiah.
Kerana Nik Aziz si tua kutuk inilah haprak kawarij menghina bangsa melayu hingga jatidiri melayu itu sendiri hilang.
Nik Aziz dan khawarij menggangap berbangga menjadi melayu sebagai satu dosa.Khawarij PAS bukan saja tidak memertabatkan Islam ,sebaliknya Islam dijadikan barang dagangan dan lacuran politik .
Apa jenis puak khawarij PAS ni? Agama pun dilacurkan ! Bangsa sendiri pun dihina!
Pisau kata "ramai yang dah keluar dari khawarij PAS"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ramai yang tertanya tanya bagaimana bil yang dihantar untuk majlis pertunangan anak Perdana Menteri boleh terlepas ke tangan budak suruhan Anwar (Rafizi Ramli). Ada yang menyatakan bil tersebut hilang dalam fail. Mungkin ada kalangan kakitangan hotel yang sudah "dibeli" untuk tujuan memburukan nama baik kepimpinan negara (PM & Yang Dipertuan Agong).
Rupa-rupa inilah pemilik sebenar Shangri-la (baca sini). Sebagai sebuah hotel berstatus lima bintang, tidak sewajarnya identiti hotel yang terkenal itu dicalarkan dengan budaya menjual maklumat perniagaan untuk tujuan manipulasi politik.
Maknanya, pihak Rafizi Ramli telah mengamalkan "rasuah" untuk mendapatkan maklumat. Oh lupa pula, Ambiga (bakal Naib Presiden PAS) sudah pun mengeluarkan "fatwa" halalkan rasuah kecil (baca sini).
Sebagai seorang pemilik Shangri-la, amatlah wajar diambil tindakan terhadap mana-mana kakitangan hotel tersebut yang melanggar etika pelanggan. Memalukan lagi bila Rafizi dan Malaysiakini menggunakan gambar Yang Dipertuan Agong untuk mempertikaikan majlis pertunangan anak Perdana Menteri.
Ini secara tidak langsung mempertikaikan satu majlis rasmi yang turut sama dihadiri oleh Yang Dipertuan Agong. Memang pembangkang suka mempertikaikan institusi kesultanan di negara ini, istana yang baru dibuat pun mereka pertikai.
Apa perkara yang mereka tidak pertikai? Ada, rumah Anwar Ibrahim ada mereka pertikai dari mana sumber duit dia dapat? (baca sini).
Bila diumumkan sahaja senarai JK Pemandu yang baru untuk Azizan Razak, tugas pertama yang dibuat oleh JK Pemandu adalah "mengcutikan" Azizan Razak. Bila bercuti pemangku pula diumumkan, kenapa Azizan Razak tidak umum pemangku?
Azizan Razak mana ada kuasa lagi hendak umum pemangku. Kuasa itu telah dilucutkan oleh JK Pemandu. Baik tidak payah ada MB kalau begini. Inilah demokrasi yang didukung oleh pakatan pembangkang.
Di Selangor, ada penasihat ekonomi dan kuasa empat Exco untuk kuasai Khalid Ibrahim. Di Kedah, ada JK Pemandu dari Anwarinas untuk melumpuhkan kuasa Azizan Razak. Demokrasi cara begini menghina pilihan yang telah dibuat oleh rakyat dalam pilihan raya.
Khalid Ibrahim terkejut kerana beliau menjadi pengundi di Lembah Pantai bukan di Petaling Jaya Selatan. Jika begitu, Khalid hilang kelayakan bertanding di DUN Selangor, bermaksud turut tidak berpeluang untuk menjadi MB Selangor lagi.
Khalid tidak perlu terkejut kerana memang sudah diketahui umum Anwar Ibrahim lebih mahukan Azmin untuk menjadi MB di Selangor. Malah dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor, Khalid Ibrahim hanya mengganguk sahaja semua keputusan yang telah dibuat oleh empat serangkai (Teresa, Ronnie, Xavier dan Elizabeth).
Apakah ada orang dalam PKR atau DAP sendiri yang mensabotaj Khalid Ibrahim? Boleh jadi. Kemungkinan lain adalah untuk meletakkan Khalid Ibrahim bertanding di Lembah Pantai.
Kenapa di situ bukan lagi di Bandar Tun Razak? Sebabnya mudah, ini kerana Azmin mahu melagakan lagi team yang ada dalam kem Wan Azizah, lagakan Khalid Ibrahim dan Nurul Izzah. Senanglah Azmin hendak jadi Presiden dan Menteri Besar Selangor nanti.
Baca analisis gambar ini di sini. Memang ini kerja mereka yang sudah hilang modal politik. Amat tidak wajar menggunakan teknik superimpose untuk gambar Yang Dipertuan Agong.
Ketika ramai bimbang dengan penularan gejala songsang LGBT, mungkin kita agak terkejut bila ada persatuan Islam cuba mengambil jalan tengah dalam isu LGBT.
Mereka berkata mereka ingin berdakwah secara hikmah, tetapi mengapa mereka langsung tidak berani mencuit menganjur LGBT iaitu Ambiga?
Anda baca kenyataan PMIUPM di atas ini dan cuba nilaikan apakah pendirian PMIUPM dalam isu LGBT. Kenapa tidak hendak hukum Ambiga dan Seksualiti Merdeka? Sebab Ambiga hendak jadi Naib Presiden PAS?
Niat PMIUPM amat baik, tetapi mengapa tidak dibantahnya penularan gejala LGBT ini? Mengapa tidak menyanggah undang-undang yang tidak membenarkan orang Islam ditangkap oleh penguatkuasa agama bila melakukan kesalahan khalwat?
Habis rosak pemikiran pelajar di kampus bila diserang dan diasak oleh Ambiga dan Seksualiti Merdeka. Prinsip digadaikan kerana tujuan politik.
Rakyat Switzerland tidak suka demonstrasi, malah telah meluluskan undang-undang untuk membolehkan pihak berkuasa mendenda penunjuk perasaan sehingga RM330,000 jika mengaakan perhimpunan tanpa kebenaran atau tidak mematuhi syarat yang dipersetujui.
Kenapa warga Switzerland mahu buat begitu? Barangkali untuk menjaga nama baik negara mereka. Lihat carta di bawah, kedudukan Switzerland adalah pada ranking pertama dalam carta Global Competitiveness Index untuk tiga tahun berturut-turut antara 2009-2011. Ini satu pencapaian yang amat membanggakan.
Begitu juga dalam Index Keamanan Global 2011, kedudukan Switzerland adalah pada tangga ke-16 negara paling aman di dunia. Tiga tangga di bawah Switzerland adalah negara kita yang berada pada kedudukan pertama di ASEAN dan kedua di Asia (selepas Jepun).
Warga Switzerland menyokong pendemonstrasi haram dihukum, apakah tindakan yang sama wajar diadakan di negara ini untuk mengaja keamanan negara?
Di Malaysia, ada sesetengah pihak lebih mementingkan nama peribadi dan isu politik berbanding menjaga nama baik negara. Bersyukurlah keamanan Malaysia sudah naik berbanding tangga ke-22 pada 2010 (baca sini).
Mungkin dalam beberapa aspek Malaysia boleh jadi lebih baik dari Switzerland, tidak salah mencontohi negara yang berada kedudukan pertama dalam Indeks Daya Saing Global. Warga Malaysia boleh melakukannya.
Lihatlah markah untuk penyertaan wanita dalam parlimen di Malaysia, mendapat markah hampir penuh iaitu 9.9% /10. Banyak indikasi yang diambil kira sebelum kedudukan ke-19 di dunia dapat dicapai. Ini satu pencapaian yang membanggakan buat negara.
Malaysia berada di tangga pertama di Asean dan kedua di Asia selepas Jepun, sebagai negara yang berjaya mengekalkan perpaduan pada kalangan rakyatnya menurut senarai Indeks Keamanan Dunia (GPI).
Oleh kerana itu, ada negara yang ingin mempelajar resipi perpaduan negara ini. Malah Malaysia diberi pengiktirafan untuk membentangkan kertas kerja mengenai perpaduan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Resipi perpaduan itu semuanya ada dalam gagasan 1Malaysia. Marilah bersama menjayakan.
Moga kejadian ini menjadi iktibar kepada semua masyarakat Malaysia. Kisah ibu meninggalkan anak dan anak meninggalkan ibu tidak sepatutnya berulang. Marilah kita menyemai nilai murni sebagai rakyat Malaysia.
Sebanyak RM1.92 bilion telah diagihkan kepada 3.8 juta isi rumah di seluruh negara melalui program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga 1 Mac lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, Selangor merupakan negeri penerima bantuan tertinggi iaitu hampir 13 peratus daripada keseluruhan wang yang diagihkan, manakala Kelantan pula mencatatkan peratusan isi rumah tertinggi yang menerima bantuan iaitu hampir 84 peratus.
"Sehingga 1 Mac, pendaftaran yang diterima adalah sebanyak 4.78 juta. Permohonan yang berjaya adalah 3.74 juta atau hampir 80 peratus, manakala permohonan yang tidak berjaya adalah sebanyak 972,000 atau hampir 20 peratus daripada jumlah keseluruhan permohonan.
"Daripada 200,000 rayuan yang diterima, hampir 92 peratus telah diluluskan setelah mereka mengemukakan permohonan yang lengkap," katanya menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang bertanya mengenai perkembangan pelaksanaan program BR1M.
Menerusi BR1M, setiap isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan diberi bantuan "one-off" sebanyak RM500. - Bernama
Belum pun pilihan raya, belum pun menang dan belum pun jadi kerajaan mereka sudah bergaduh sesama sendiri untuk menjadi calon pilihan raya. Ini petanda PKR-PAS adalah parti yang bukan berpakat. Mereka menipu rakyat dengan slogan pakatan.
Lihatlah apa yang berlaku di Terengganu, PKR telah bergaduh dengan PAS. Kenapa bergaduh? Sebabnya mudah, masing masing sudah mabuk dengan mimpi hendak menjadi MB Terengganu.
Sudah berangan angan hendak agihkan wang royalti minyak Terengganu. Inilah matlamat PAS-PKR sebenarnya. Bukan sahaja hendak bolot kerusi, tetapi harta rakyat di Terengganu pun mereka hendak bolot.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memperjuangkan konsep Wasatiyyah atau kesederhanaan sebagai pendekatan yang boleh membawa kepada keamanan sejagat dan bukan sahaja untuk membina negara bangsa yang harmoni dan bersatu padu.
Perdana Menteri berkata pengenalan konsep itu di negara ini menjadikan Malaysia sebagai antara negara yang layak untuk memperkenalkannya kepada masyarakat dunia.
"Apabila kita meluahkan konsep Wasatiyyah ini dan berhasrat menjadikannya sebahagian daripada Pergerakan Moderat Global, dunia melihat Malaysia mungkin antara satu, dua negara yang layak memperjuangkan konsep ini seantero dunia," katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) yang ingin tahu bagaimana dunia melihat pelaksanaan konsep Wasatiyyah di Malaysia.
Terdahulu semasa menjawab soalan asal Datuk Seri Hadi Awang (Pas-Marang), Najib berkata kerajaan memperkenalkan konsep Wasatiyyah selaras dengan wawasan kepimpinan negara yang mahu mewujudkan keseimbangan dalam membina perpaduan masyarakat berbilang bangsa, agama dan resam budaya.
Beliau berkata konsep itu adalah pendekatan yang tidak bersifat keterlaluan atau melampau tetapi tidak pula terlalu longgar atau terlalu mengambil ringan dalam sesuatu perkara.
"Ia bukan bermakna melakukan sesuatu yang kurang daripada ajaran Islam," katanya.
Najib berkata konsep itu merupakan satu pendekatan yang dilaksanakan secara berterusan dalam dasar-dasar kerajaan sedia ada dan kehidupan seharian selaras dengan matlamat konsep itu yang ingin mewujudkan perpaduan serta keharmonian hidup ke arah menentukan kejayaan individu, keluarga, masyarakat dan negara. - Bernama
Imam Muda Masjid As-Somadi, Getting, Rosli Abdul Latif, 31, melahirkan rasa kecewa terhadap Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan yang mengutamakan politik kepartian daripada kepentingan agama.
Menurut beliau, pemulauan terhadap beliau bermula apabila bapa mertuanya yang juga pengasas Pondok Getting, Abdullah Sa'amah menaiki pentas UMNO atas dasar perpaduan dan kerap mengkritik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurut beliau, perlantikannya sebagai imam muda masjid Geting adalah dibawah kuasa Majlis Agama Islam kelantan (MAIK) dan sehingga hari ini beliau masih belum menerima apa-apa surat daripada pihak jabatan agama Islam Kelantan."AJK masjid seolah-olah lebih sudu daripada kuah.
Saya katakan begitu kerana sungguhpun bapa mertua saya sering mengritik Nik Aziz dan sebagainya, saya langsung tidak masuk campur. Malah sebarang ceramah baik ceramah bapa mertua saya, ceramah Pas dan ceramah UMNO saya tidak pernah hadir."Saya tidak pernah menzahirkan kecenderungan terhadap mana-mana parti politik.
Ini kerana saya tahu tanggungjawab saya adalah Imam. Perkara itu adalah di dalam hati kecil saya dan Allah sahaja yang tahu," katanya dalam temubual eksklusif bersama UMNO-Online, di sini, hari ini.
Sebelum ini, bapa mertuanya, Abdullah Sa'amah yang juga pengasas Pondok Geting kerap mengkritik Nik Abdul Aziz kerana berpendapat Mursyidul Am Pas itu telah mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam seperti tidak menggalakkan sambutan Maulidur Rasul dan mengatakan Allah pun mencarut.
Pendedahan oleh Dr Asri Zainul Abdin berhubung seseorang yang ditipu oleh Kohilal PAS sebanyak RM500 ribu. Banyak jumlah tersebut, bagaimana boleh ahli PAS tersebut tertipu? (baca sini).
Itu le, Tok dah pun banyak kali kate PAS ni memang susah sikit nak perintah negara. Tengok le ni, baru perintah negeri dah kecoh mecoh di buat nye. Tok tau sangat PAS ni memang tak boleh haraf. Depe kate kita UMNO ni gile kuasa le, tamak harte le dan macam2 lagi. Sebeno nye depe tu le yang betoi gile kuasa dan tamak harte.
Oooo, kat Kelantan tu elok aje pun, tak de kecoh2 langsung. Bab ni Tok nak cerita sikit. Kita tunggu aje le kalau Tuan Guru Nik Abdul Aziz dah tak de, pasti ribut beso macam kena tsunami kat Kelantan tu. Itu le sebab2 nye mengape Tuan Guru tu takut nak turun tahte kerajaan Kelantan tu.
Akan tetapi sampai bile ye beliau ni boleh bertahan? Boleh ke umo nya nongkat langit? Tok pasti, bila aje Tuan Guru berundo rebutan kuase akan terjadi. Situ le baru kite manpak betape huduh nye pemimpin PAS ni. Same macam ape yang sedang berlaku di Kedah Darul Aman - Tak Aman di buat nye negeri Kedah.
Sekarang Tok nak sebut sikit tentang 'pemandu' ni. Bab pemandu2 ni ada macam2 jenis pemandu - ada pemandu kereta, bas dan lori di jalan raye. Ade juge yang sebut nye 'dereba'. Pemandu di udara dan di lautan tu kalau tak silap Tok ianya di panggil pelot. Bukan aje kereta ada pemandunye pelancung pun ada pemandu nye.
Jadi pemandu ni bukan nye mudah, silap2 pandu boleh jadi kemalangan lango tiang letrek ke lango manusia atau benatang ke paling2 elok sikit masok langkan. Masuk bab jadi 'pemandu negeri' ni, Tok susah sikit nak perjelaskan, sebab nye bende ni jarang2 di buat orang. Ianye terjadi apa bila pemerintahan negeri/negaara tu dah jadi kaco - tak tentu hale dan lintang pukang.
Yang ni ada sikit lagi bab cerita 'pemandu' tapi cerita nye lain sikit - tak de kena mengena dengan cerita2 kat atas tu.
Tok ada juge pernah dengo hewan jadi pemandu. Hewan jeneh anjen - memandu orang2 buteeeee! Tapi anjing ni terpaksa di lateh sungguh2 silap2 latih masuk longkang di buat nye si bute tu. Selalu nye pemandu anjing bukan nye reti bahasa sangat, al maklum le ianye jenis binatang. Buat aje le kalau tengah memandu si bute tu dia tertembung anjing betine, kaco di buat nye.
Ape idak nye, kalo di kejo se betine tu, lintang pukang di buat nye si bute tu.
Tok agak cukup le kat ni aje cerita dongengan 'pemandu'.
Pakatan Rakyat menghancurkan perpaduan kaum melayu/Islam
Agak dah lame juge Tok tak sempat jenguk2 blog. Ni baru ada mase lapang sikit, Tok ni bukan nye sebuk pasal bisnes atau pun mengurus kan ladang. Tok cume sebuk ke sane sini melawat anak cucu yang tinggal jauh2. Selain dapat jenguk anak cucu, dapat juge jalan2 tenguk negeri orang.
Sekarang Tok nak mula kan cerita bab tentang parti politik pule. Kebelakangan ni Tok peratikan kedudukan kerajaan sudah stabil dan bertambah mantap. Boleh di kata kan di setiap ceruk rantau negara, rakyat nya sudah berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan BN.
Pendek kate, segala kehendak rakyat sudah ter tunai. Di negara Malaysia kita tidak pernah ada rakyat nye yang hidup merempat atau yang mati kebuluran. Segala kemudah dan bantuan pasti di utamakan, ini untuk memastikan rakyat hidup senang dan selesa.
Di satu ketike dulu, kita dapati jalan2 di kampung dan bandar di penuhi dengan basikal, hari ini kita sukar pula terjumpa orang berbasikal. Paling2 koman pun mereka ada 'kapcai' untuk sesane ke mari. Kita peratikan juge ketika cuti2 hari perayaan, penuh sesak laman2 rumah dek kereta2 anak cucu kite.
Ini lah petande2 yang menyatakan kita sedang berada dalam hidup kesenangan dan kemewahan. Kalau di zaman dulu sebelum kita merdeka, nak tengok motosikal pun susah, apatah lagi kereta. Tok pun pada tahun enam puluhan cume mampu pakai skuter saje walaupun kerja guru sekolah kerajaan.
Hari ini anak2 Tok yang kerja guru sudah mampu pakai kereta. Kalau lah tuan2 dan puan2 ni pernah merasai kehidupan sezaman dengan Tok, baru lah tahu betape susah nya hidup di zaman sebelum merdeka dahulu. Rakyat sudah bijak, tidak mudah terpengaruh dengan hasutan dan fitnah yang sedang di taburkan oleh Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat cuma boleh bersuara sahaja, mereka tidak pernah menaburkan apa2 jasa baik nya terhadap rakyat Malaysia. Bahkan mereka juge telah memecah belah kan kaum melayu dan melemahkan kedudukan agama islam kita. Kalau Tok nak cerita kan tentang keburukan Pakatan Rakyat ni tujuh hari tujuh malam pun tak habis.
Kita sedar bahawa segala kesenangan, keamanan dan kemakmuran yang sedang kita kecapi ini semuanya berkat dari daya usaha pemimpin negara kita. Memang tidak boleh di nafikan bahawa rezeki kita di tangan Allah, akan tetapi jika tidak berusaha rezeki itu tidak akan datang menggolek ke hadapan kita.
You are subscribed to email updates from tok gajah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan