Jumaat, 16 Mac 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 16 Mar 2012 03:18 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Anak-anak muda diseru hapus kemungkaran "Besar"

Posted: 15 Mar 2012 10:28 AM PDT

Petikan Buletin Online:

KUALA TERENGGANU – Tujuan PAS mengadakan konsert-konsert kesenian dan hiburan bukan untuk berhibur semata-mata, tetapi adalah untuk mengajak orang ramai mendengar segala kata-kata nasyid dan lagu yang disampaikan.


PAS dengan itu berharap, ia dapat membuka hati-hati manusia untuk memahami agama dan memahami perjungan Islam itu adalah sangat indah serta penyelesaian melalui Islam adalah yang terbaik.

Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, PAS tidak pernah mengharamkan muzik dan konsert, melainkan ia melanggar tuntutan dan syariat Allah.

"Semenjak PAS ditubuhkan sehingga hari ini, kerana (atas) dasar Islam kita (PAS) tidak pernah berkata bahawa muzik itu haram,

"konsert hiburan kita tidak pernah kata haram, melainkan apabila ia melanggar batas-batas agama Allah SWT,"tegasnya ketika menyampaikan tazkirah pada Konsert Gema Keinsafan, disini pada Selasa malam, 13 Mac.

Katanya, antaranya yang menjadikan muzik atau konsert itu haram menurut Islam apabila berlaku dengan muzik dan konsert itu, campur gaul yang bebas antara lelaki dan perempuan, terdedah dengan arak dan dadah, terdedah aurat yang akan melahirkan maksiat dan kejahatan.

Sehubungan itu, beliau berkata, masyarakat masakini seringkali menilai perkara 'haram' secara tidak tepat sehingga melupakan kemungkaran sebenar yang berlaku.

Menurutnya, kemungkaran yang lebih besar yang mesti dihancurkan adalah rasuah, pecah amanah, membolot harta rakyat, menghina Islam dan menghina RasuluLlah SAW.

Justeru itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangah Negeri (ADUN) Bukit Payung, menyeru anak-anak muda supaya menghancurkan kemungkaran 'besar' itu dan membuat perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

"berlaku pecah amanah (dan rasuah), membolot harta rakyat, mengambil (sebanyak) RM250 juta duit rakyat untuk kepentingan keluarga, menghina Islam dan hukum Allah,

"adalah kemungkaran yang mesti dihancurkan dan diubah oleh anak-anak muda,"jelasnya.

Konsert tersebut yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu membariskan artis-artis yang sudah cenderung melakukan kebaikan dan insaf serta kembali mahu menghayati cara hidup Islam menerusi seni dan budaya.

Mereka yang diundang adalah, Empy Spring, Ali dan Mael XPDC dan Mel yang menjadi menjadi vokalis utama kumpulan Wings.

Antara lagu-lagu yang dipersempahkan berjaya menarik minat hampir 1,000 anak-anak muda dan orang ramai menyaksikan konsert tersebut adalah, Hijau Bumi Tuhan oleh Mael XPDC dan Keampunan oleh Mel Wings

Ugut ayah dengan cota

Posted: 15 Mar 2012 10:26 AM PDT

KUALA TERENGGANU- Entah apa nak jadi, seorang anak sanggup mengamuk dan mengugut untuk membunuh ayahnya sendiri dalam satu kejadian pada 6 Mac lalu di Wakaf Dua, Bukit Payong, Marang.

Bagaimanapun, tindakannya itu akhirnya terbalas apabila didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, semalam.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh, Mohd Shaheri Mamat, 27, yang bekerja sebagai mekanik itu bersama seorang lagi rakannya telah ke rumah ayahnya, Mamat Mohd Nor, 52, di Kampung Kubang Ikan, di sini pada 6 Mac lalu kira-kira jam 1.30 pagi.

Bagaimanapun, tertuduh yang dalam keadaan marah telah membuat bising di luar rumah ayahnya, sambil membawa cota.

Tertuduh kemudiannya menyuruh ayahnya keluar, namun dia enggan kerana takut diapa-apakan. Berang dengan sikap ayahnya itu, dia dan rakannya memukul pintu cermin rumah dengan cota dan mengugut ingin membunuh ayahnya.

Ayahnya kemudian memberanikan diri lalu mengambil parang dan bertindak mengejarnya.

Terkejut dengan reaksi ayahnya, kedua-dua lelaki tersebut melarikan diri.

Bagaimanapun, pihak polis berjaya menahannya pada 8 Mac lalu, kira-kira jam 1.10 pagi di sebuah bengkel di Wakaf Dua, Bukit Payong.

Dia dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh bagaimanapun mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya, di hadapan Majistret Noradila Ab Latif manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi.

Majistret kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM2,000 dan penjara selama dua bulan jika gagal membayarnya.

Difahamkan, tertuduh membayar denda tersebut dengan bantuan rakannya.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 16 Mar 2012 01:39 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Guru India jadi sasaran Ali Rustam

Posted: 16 Mar 2012 01:28 AM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

MELAKA, 16 Mac: Nampaknya golongan guru sedang menjadi sasaran Barisan Nasional (BN) untuk mempastikan mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang.

(Surat yang dikeluarkan Jabatan Pelajaran Melaka)

Kalau di Tawau, mereka di kelas-kelaskan mengikut sokongan kepada parti politik oleh Jabatan Pelajaran Daerah, di Melaka guru-guru India di'jemput' beramah mesra dengan Ketua Menteri Melaka.

Jemputan itu dibuat sendiri oleh Jabatan Pelajaran Melaka dan dihantar kepada pengetua dan guru besar setiap sekolah.

Menurut surat bertarikh 9 Mac yang dikeluarkan Jabatan Pelajaran Melaka itu, semua guru India sekolah menengah dan rendah di Melaka di'jemput'.

Mereka dijemput menyertai majlis ramah mesra guru-guru India Melaka dengan Ketua Menteri Melaka pada 19 Mac Isnin ini.

Ia akan diadakan di Dewan Seri Negeri, Air Keroh, Melaka mulai jam 1.30 tengahari.

Harakah Daily

Pemuda PAS ke Syiria pantau pelajar Malaysia

Posted: 16 Mar 2012 01:07 AM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menghantar wakil ke Syria bagi meninjau keadaan pelajar Malaysia ekoran krisis yang berlaku di negara berkenaan.

Wakil Lajnah Antarabangsa dewan itu akan diketuai oleh Timbalan Pengerusi II, Ustaz Fakurazi Mokhtar dan akan berangkat ke Damsyik pada malam ini.

Perkara itu dimaklumkan Naib Ketua DPMM, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss yang juga pengerusi lajnah antarabangsa dalam satu kenyataan hari ini.

Disamping itu beliau turut menyeru kepada rakyat Malaysia di Syria agar tidak melibatkan diri dalam sebarang program dan aktiviti dalaman dan tempatan rakyat Syria yang boleh mengakibatkan mereka diambil tindakan oleh pihak tertentu di sana.

"Para pelajar terutamanya perlulah sentiasa mengikut arahan dari kedutaan Malaysia walaupun dilaporkan Kedutaan Malaysia tidak mahu bertanggungjawap terhadap rakyat Malaysia yang masih berada di pusat-pusat pengajian awam di seluruh Syria.

"Wakil -wakil pelajar malaysia dari persatuan-persatuan mahasiswa Malaysia diseluruh Syria diminta sentiasa berhubung dan berkomunikasi secara setempat dengan ahli-ahlinya," katanya.

Konflik di Syria semakin hari semakin mendesak apabila jumlah kematian dianggarkan mencecah ribuan rakyat yang tidak berdosa ekoran kebangkitan rakyatnya yang inginkan lebih ruang demokrasi di sana disamping menuntut Presiden Bashyar Assad berundur.

"Kita juga berharap, kerajaan Syria dapat memastikan keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia di Syria terjamin walaupun kemelut politik dalaman disana semakin runcing kerana adalah tanggungjawap kerajaan Syria untuk memastikan keselamatan rakyat asing tidak diapa-apakan serta dilibatkan," katanya.

Harakah Daily

NGO Beras Kampit turut tanding PRU?

Posted: 16 Mar 2012 12:51 AM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Ada seorang kawan yang bergerak cergas dalam Ngo beras kampit memberi tahu presidennya sedang mengenal pasti beberapa buah kerusi Dun di Selangor yang akan diganggu oleh Ngo itu dengan cara ikut bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Kesemua kerusi itu dimenangi Pas.

Kata kawan itu Ngo itu akan memastikan sekurang-kurang lima kerusi yang mereka ganggui untuk memastikan kerusi itu tewas bagi membolehkan UBN menang dan seterusnya membentuk kerajaan di Selangor.

Di antara kerusi yang disebut kepada saya yang menjadi perhatian Ngo beras kampit itu ialah Gombak Setia yang kini disandang presidenya yang menang atas tikit Pas, Hulu Klang, Lembah Jaya, Meru, Bangi, Sejangkang dan Chempaka. Dari tujuh kerusi itu dua kerusi mungkin tidak akan diganggu. Kerusi itu, Sijangkang yang dimenangi Ahmad Yunus dan Chempaka dimenangi Iskandar.

Bentuk gangguan menurut kawan itu Ngo beras kampit akan menurunkan orangnya untuk bertanding atas tikit bebas. Mereka menghitung calon mereka akan dapat menarik 500 hingga 1,000 undi.

Kalau ini menjadi kenyataan kerusi-kerusi Pas yang dimenangi dengan majoriti 1,048 hingga 5,513 undi itu mungkin akan jatuh kepada UBN sekiranya formula itu menjadi kenyataan.

Kata kawan itu kalau Ngo beras kampit itu berjaya membantu UBN menumbangkan Pas beberapa orang pemimpin utama mereka akan diberi ganjaran termasuk dilantik menjadi pengerusi atau pengarah dalam syarikat GLC. Salah seorang dari mereka katanya akan dilantik menjadi senator kononnya untuk dilantik menjadi menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam. [wm.kl.7:43 pm 15/03/12]

Harakah Daily

Siapa sabotaj Khalid agar tidak jadi MB?

Posted: 16 Mar 2012 12:49 AM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Tan Sri Khalib Ibrahim tidak boleh lagi menjadi Menteri Besar Selangor selepas pilihan raya umum akan datang apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan kawasan pilihan raya beliau dari Selangor.

Berikutan perubahan sempadan kawasan pilihan raya, Khalid yang mengundi di Petaling Jaya Selatan, Selangor sebelum ini bakal mengundi di Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Menurut peraturan pilihan raya, hanya mereka yang berdaftar di di negeri berkenaan boleh menjadi calon Dewan Undangan Negeri di negeri itu.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.

Mohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang hanya boleh berlaku jika menteri besar itu menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.

Namun, dengan fakta yang ada, kelihatan sabotaj dalaman yang dimaksudkan Razlan adalah "untuk menghalang Khalid menjadi MB Selangor."

Dengan pengakuan SPR bahawa Khalid berubah kawasan ke Lembah Pantai akibat 'pembetulan sempadan pilihanraya', jelas yang mensabotaj Khalid adalah melalui SPR sendiri.

SPR sebelum ini menjelaskan bahawa Khalid kini merupakan pengundi di Lembah Pantai, walaupun sebelum ini mengundi di kerusi parlimen bersebelahan, ekoran langkah pembetulan sempadan kawasan pilihan raya.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara.

Beliau berkata menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.

Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai.

"Beliau tidak dipindahkan. Beliau masih didaftarkan di alamat yang sama, tetapi sempadan telah diperbetulkan selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958," kata Wan Ahmad ketika dihubungi.

Kes yang sama di Hulu Selangor.

Menurut Wan Omar, pembetulan sempadan itu juga menjadi sebab 228 pengundi yang mengundi di Hulu Selangor sebelumnya, mendapati mereka menjadi pengundi di Selayang.

Harakah Daily

Halang ceramah: Umno masih berpolitik cara kuno

Posted: 16 Mar 2012 12:23 AM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KEPALA BATAS, 16 Mac: Umno disifatkan masih bermain dengan politik kuno apabila sedaya upaya cuba menghalang ceramah Pakatan Rakyat khususnya di kawasan yang didakwa 'kubu kuat' mereka.

Di Kampung Rambai di sini, Umno Cawangan Permatang Rambai didakwa cuba menghalang majlis penerangan Pakatan Rakyat semalam dengan membuat laporan polis dan mengutip tanda tangan penduduk kampung.

Ekoran itu, majlis itu kemudiannya dipindahkan ke lokasi lain atas arahan pihak polis.

Pada ceramah pertama Pakatan Rakyat di kampung itu 5 Mac lalu, mereka didakwa mengganggu ceramah dengan membuat bising dan melaungkan kata-kata kesat ketika pemimpin sedang berucap.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Bertam, Asrol Sani Abdul Razak berkata, sikap Umno itu memperlihatkan mereka masih dibelenggu kerisauan ekoran sokongan yang mendadak terutamanya golongan muda terhadap ceramah PAS, DAP dan PKR.

"Apa yang mereka buat itu tidak langsung mengambarkan mereka berada di negara demokrasi sebaliknya berada di sebuah negara yang kuno, " tegasnya.

Selain itu katanya, tindakan itu juga tidak mengambarkan apa yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hasratkan iaitu mahu melaksanakan tranformasi politik negara ini yang memberikan kebebasan kepada parti politik menerangkan dasar-dasar parti kepada rakyat secara terbuka.

Namun sambung Asrol. perbuatan Umno cawangan tersebut akhirnya memakan diri sendiri apabila ramai penduduk kampung tersebut keluar juga mendengar ceramah di kampung Baru yang terletak berhampiran.

"Sebenarnya ada hikmah disebalik halangan itu. Sebelum ini ketika aktivis mahasiswa Adam Ali, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah dan Timbalan Ketua AMK Kedah, Saudara Khairul Nizam diganggu. Ramai orang kampung sendiri tidak begitu senang, " katanya.

Harakah Daily

Kebangkitan hebat Chelsea: Terry

Posted: 16 Mar 2012 12:22 AM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

"KEMENANGAN ini membuktikan kepada semua orang bahawa kami bersatu sebagai satu unit. Itu reaksi Kapten Chelsea, John Terry apabila The Blues menjadi pasukan tunggal England mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara selepas menumbangkan Napoli pada pusingan kedua 16 pasukan terakhir di Stamford Bridge, awal pagi semalam.

Sementara itu, Pengurus sementara Chelsea, Roberto Di Matteo menyifatkan kemenangan tersebut sebagai luar biasa.

"Ini adalah musim yang sukar buat kami, tapi kemenangan ini pasti merubah nasib kelab.

"Jika kami mampu teruskan aksi seperti ini, tidak mustahil kami mampu kalahkan siapa sahaja," katanya.

Untuk rekod, Di Matteo menang kesemua tiga perlawanan sejak mengambil alih tugasan daripada Andre Villas-Boas yang dipecat.

Pada perlawanan itu, Branislav Ivanovic muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan ketika Chelsea bangkit menewaskan Napoli 4-1.

Jaringan pemain Serbia itu pada minit ke-105 memastikan The Blues layak ke suku akhir menerusi agregat 5-4.

Sinar Harian

Kecederaan pemain, Mat Zan tenang

Posted: 16 Mar 2012 12:20 AM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

"SEMAHUNYA saya tidak mahu lagi melihat ada pemain tercedera. Itu reaksi Mat Zan Mat Aris ketika mengulas krisis kecederaan membelenggu pasukan Terengganu.

Ketika ini, tiga tonggak utamanya Marzuki Yusof, Ahmad Nordin Alias dan Reeshafiq Alwi terpaksa berehat selepas menjalani pembedahan.

Terbaru, penjaga gol utama, Mohd Sharbinee Allawee Ramli terpaksa diketepikan akibat kecederaan groin.

"Sharbinee masih belum pulih dan berkemungkinan Mohd Sharmiza Yusof akan menggalas tanggungjawab sebagai penjaga gol utama.

"Saya yakin dengan kebolehannya dan dia sudah pun buktikan ketika saingan Piala FA menentang Perak, baru-baru ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mat Zan memaklumkan pasukannya itu akan melakukan rombakan menjelang pertemuan menentang Sabah esok.

"Sepanjang minggu ini kita melalui jadual perlawanan padat (Piala FA dan Piala AFC). Saya pasti pemain utama agak keletihan.

"Oleh itu, saya mungkin menurunkan beberapa pemain simpanan dan berharap tiga mata penuh menjadi milik Terengga-nu," katanya mahu pemain beraksi sebagai pasukan mantap bagi menundukkan skuad Sabahawk kendalian Justin Ganai.

Sinar Harian

Redknapp masih mahu jawatan pengurus England

Posted: 16 Mar 2012 12:19 AM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

HARRY Redknapp percaya individu bakal mengemudi skuad kebangsaan England perlulah 'tua' dan semestinya berbangsa Inggeris.

Komen bos Tottenham Hotspurs itu seolah-olah, memberi gambaran dia mahu menduduki kerusi panas skuad The Three Lions ditinggalkan Fabio Capello yang meletak jawatan bulan lalu.

"Menjadi pengurus kepada negara sendiri pastinya hebat," katanya.

Selepas Capello meletak jawatan, nama Redknapp disenarai pendek selaku pilihan utama mengemudi England pada Kejohanan Euro 2012 yang berlangsung Jun ini.

Malah, beberapa pemain England termasuk Wayne Rooney dan Rio Ferdinand setuju, jika pengurus berbangsa­ Inggeris berusia 65 tahun itu, mengemudi skuad The Three Lions.

Namun, Redknapp terus mencetuskan spekulasi dengan menegaskan dia tidak mahu diganggu kerana fokus bersama Spurs.

"Sehingga kini, tiada seorang pun daripada­ Persatuan Bola Sepak Inggeris cuba menghubungi saya.

"Apa pun, pengganti Capello mesti berbangsa Inggeris dan mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak," katanya.

Sinar Harian

13 tong bahan kimia berselerak

Posted: 16 Mar 2012 12:15 AM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

TELUK KALONG – "Tiba di selekoh, muatan bahan kimia dalam tong yang saya bawa berkocak menyebabkan kedudukan tongnya beralih ke kanan, jadi bagi mengelakkan treler terbalik ke kanan, saya pulas stereng ke kiri," kata pemandu treler, Rosmi Jusoh, 34.

Rosmi yang dalam perjalanan menghantar bahan kimia, Sodium Bromide ke Pengkalan Bekalan Kemaman (KSB) berdepan detik cemas, apabila kesemua 13 tong mengandungi bahan kimia tersebut jatuh berselerak di bahu jalan sejurus treler miliknya terbalik di satu selekoh di jalan pintasan Kuala

Terengganu -Kuantan, berdekatan Syarikat Bitumen Kemaman (KBC), Teluk Kalong, dalam kejadian jam 8.40 pagi, tiga hari lalu.

Menurut Rosmi, ketika kejadian, dia yang membawa treler pada kelajuan 60 kilometer sejam berusaha memulas stereng ke kiri bagi mengelakkan treler yang dipandunya terbalik ke kanan sekali gus boleh mengakibatkan kenderaan yang datang dari arah bertentangan turut terlibat dengan kemalangan.

Katanya, bahan kimia berkenaan diambil dari Pelabuhan Klang untuk dihantar ke KSB kerana dia bekerja mengambil upah menghantar bahan terbabit.

"Selepas terbalik, saya keluar ikut cermin depan treler dan lihat bahan kimia yang dibawa semuanya jatuh ke bahu jalan serta di bawah tebing jalan," katanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ada antara tong yang dibawa turut pecah dan cecair di dalamnya mengalir, pun begitu difahamkan muatan Sodium Bromide itu tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan alam sekitar.

Berikutan kejadian itu, dua buah jentera bomba dengan kekuatan seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai dan Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh bergegas ke tempat kejadian dan melakukan semburan air bagi melarutkan cecair yang tumpah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Yahaya Hanapi berkata, operasi yang dilakukan tidak mengalami masalah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan dan menasihatkan pengguna sentiasa berhati-hati di atas jalan raya tambahan lagi dalam cuaca hujan ketika ini di daerah ini.

Sinar Harian

Fergie sedia lepas Berba

Posted: 16 Mar 2012 12:05 AM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

BOS Manchester United, Sir Alex Ferguson memberi lampu­ hijau kepada Dimitar Berbatov meninggalkan Old Trafford, musim panas ini.

"Kami ada pilihan buatnya­. Sambung kontrak atau menjualnya. Saya masih mahu menggunakan khidmatnya namun bukan sekarang. Se­karang dia hanya boleh panaskan bangku simpanan.

"Tapi dia mahukan penampilan dalam skuad utama. Itu saya tidak boleh jamin," katanya.

Sinar Harian

GP kebangsaan medan buru tiket Olimpik

Posted: 16 Mar 2012 12:04 AM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KEJOHANAN Grand Prix Berbasikal Kebangsaan 2012 Kedah (GP Kedah) yang bermula esok menyaksikan beberapa calon ke Sukan Olimpik 2012 termasuk Mohd Harrif Salleh menye­suaikan­ diri sebelum menghadapi ujian sebenar di London Julai nanti.

Aksi Mohd Harrif yang berjaya menaiki podium ketika­ perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL 2012) akan dipantau sepenuhnya pada cabaran sulung musim ini manakala penampilan Mohd Adiq Hussainie Othman pada GP masih jadi tanda tanya.

Mohd Harrif dan Mohd Adiq Hussainie dianggap dua calon hangat menyarung jersi Malaysia ke Olimpik 2012.

Mohd Zamri pula yang meninggalkan kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) awal musim ini bagi menyertai Terengganu Cycling Team (TSG) dianggap antara calon underdog untuk disenaraikan ke London selepas muncul juara keseluruhan Kejohanan Grand Prix Berbasikal Ke­bangsaan 2011 dan menduduki tempat keempat di Kejohanan Lumba Basikal Asia 2012(ACC 2012).

Presiden Persekutuan Ke­bangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd Wahab percaya GP Kedah boleh menjadi platform terbaik mengukur prestasi Mohd Harrif dan Mohd Adiq Hussainie serta beberapa pelumba lain.

"Kita semua tahu acara lepas beramai-ramai di Sukan Olimpik 2012 di London adalah one-day-race (perlumbaan sehari). Hanya beberapa pelumba Malaysia berjaya se­suaikan­ diri corak perlum­baan sedemikian. An­­taranya Mohd Adiq Hussainie yang menang pingat perak Bawah 23 Tahun di ACC 2012.

Sinar Harian

Yunus mahu The Young Turtles fokus

Posted: 16 Mar 2012 12:02 AM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PENGENDALI T-Team, Yunus Alif mahu anak buahnya tidak memandang mudah pasukan Johor FC menjelang pertemuan Liga Super, esok.

Sebaliknya, beliau mahu Terengganu terus menampilkan aksi garang dan memenangi perlawanan tersebut.

"Johor FC satu pasukan yang sukar dijangka. Buktinya mereka berjaya menyingkirkan juara lima kali Piala FA iaitu Selangor baru-baru ini.

"Jadi, pemain perlu berjuang habis-habisan untuk mengelak keciciran mata," katanya.

Selepas melalui sembilan perlawanan, T-Team menghuni tangga keempat liga dengan­ 16 mata.

Sinar Harian

Kempunan nikmati hasil samun

Posted: 16 Mar 2012 12:00 AM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PERMAISURI – Hasrat empat lelaki dan seorang wanita warganegara Filipina untuk 'menikmati' hasil samun sebuah stesen minyak tidak kesampaian, apabila ditahan oleh pemilik stesen minyak itu sendiri, di Pekan Sungai Tong kira-kira jam 4.20 petang, kelmarin.

Taktik licik yang digunakan oleh suspek yang berumur antara 23 hingga 54 tahun itu bermula apabila dua daripada mereka masuk ke dalam kedai Mesra di stesen Petronas itu dan berpura-pura untuk membeli minyak pelincir, manakala seorang lagi berada di kaunter bayaran untuk membeli rokok.

Sinar Harian telah mendapatkan maklumat terperinci dengan salah seorang pekerja ketika kejadian kelmarin.

Menurut Nor Azureen Mahassan, 17, semasa kejadian, dia seolah-olah dipukau dan tidak menyedari wang yang berada di dalam mesin sebanyak RM700 diambil oleh suspek sehinggalah rakannya menepuk bahu.

"Sebelum itu, saya sedang berurusan dengan pelanggan lain untuk memberi baki wangnya dan ketika itulah suspek yang berada di kaunter terus mengambil wang di dalam mesin wang. Selepas mendapat habuannya, ketiga-tiga suspek terus melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Nissan Sunny," katanya.

Ekori kereta suspek

Sementara itu, menurut Pemilik Stesen Petronas Bandar Permaisuri, Cik Sanusi Daud, 36, ketika kejadian itu berlaku dia dalam perjalanan pulang dari Kuantan dan berada di Kuala Terengganu.

"Apabila diberitahu oleh pekerja, saya terus bergegas pulang dan menghubungi polis untuk mendapat kerjasama daripada mereka sehinggalah saya terserempak dengan kereta suspek di simpang tiga kilang sawit Chalok. Selepas itu saya terus mengekori kereta suspek dan apabila sampai di Pekan Sungai Tong suspek berjaya ditahan ketika pihak polis membuat sekatan jalan raya," katanya.

Katanya, mujurlah ketika kejadian semua wang hasil jualan tidak disimpan di dalam mesin itu.

"Saya amat bersyukur kerana penahanan suspek berjaya setelah dibantu oleh semua pihak.

Suspek direman sehingga 18 Mac ini

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

"Difahamkan, selepas suspek menyamun stesen minyak itu, mereka terus ke Kampung Nyatoh untuk mengambil dua lagi rakan mereka di situ sebelum menghala ke Kuala Terengganu. Bagaimanapun, hasrat mereka tidak kesampaian apabila ditahan oleh pihak polis dan orang ramai," katanya.

Beliau berkata, kelima-lima suspek yang berjaya di tahan itu kini direman bermula semalam hingga 18 Mac ini untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan pihak kita telah menyita kereta yang dinaiki suspek. Hasil siasatan kita mendapati semua suspek mempunyai dokumen perjalanan sah dan kita percaya mereka masuk ke negara ini untuk mencari kerja," katanya.

Sinar Harian

MSN cari pemain pelapis

Posted: 15 Mar 2012 11:59 PM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

MAJLIS Sukan Negara (MSN) akan menganjurkan kejohanan bola sepak Champion Of Champions kali kedua khusus bagi pemain berumur bawah 12 tahun.

Pengarah Cawangan Pelapis MSN, Jefri Ngadirin, berkata objektif utama penganjuran adalah bagi mencari pasukan "juara dalam kalangan juara" untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan.

"Penyertaan terbuka kepada pasukan yang pernah menjadi juara peringkat daerah atau negeri," katanya.

Beliau berkata, hanya 16 pasukan terbaik dipilih untuk beraksi pada kejohanan secara karnival itu.

"Oleh kerana hadiah yang bakal diterima agak tinggi iaitu RM10,000 bagi juara­, pemilihan pasukan dibuat secara teliti oleh jawatankuasa pertandingan­," katanya.

MSN belum menetapkan lokasi kejohanan yang dijadual berlangsung pada November ini.

Tahun lalu, Kejohanan Champion of Champions di Muar, Johor, mendapat sambutan menggalakkan.

Sinar Harian

Pemilihan Alto motivasi buat rakan pasukan

Posted: 15 Mar 2012 11:57 PM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

BERBESAR hati dengan pemilihan kali pertama Alto Linus dalam menjalani latihan bersama skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal, pengendali Sabah, Justin Ganai berharap pemain tengah itu berjaya beri persembahan terbaik.

"Ianya satu perkembangan yang bagus bukan sahaja kepadanya (Alto) sebaliknya kepada pasukannya juga. Kerja kerasnya selama ini ternyata berbaloi apabila terpilih," katanya yang mengetahui tentang pemilihan itu melalui Rajagobal selepas perlawanan persahabatan menentang Harimau Malaya 24 Februari lalu.

Mengakui pemilihan pemain berusia 26 tahun itu turut menjadi motivasi kepada anak didiknya yang lain, Justin yang sentiasa berpuas hati dengan­ persembahan pemain dari Keningau itu menyifatkan Al-to pemain yang sentiasa cuba dan belajar baiki kesilapan.

"Alto cekap gunakan kelebihan kelajuannya sebagai penyerang bantu rakan sepasukan.

"Meskipun ha-nya terpilih menjalani latihan, namun diharap dia dapat mengekalkan prestasi terbaiknya untuk beraksi dalam skuad kebangsaan," katanya.

Sinar Harian

Lebah waspada helah Penyu

Posted: 15 Mar 2012 11:56 PM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PENGENDALI Johor FC, K Devan memberi peringatan kepada anak buahnya lebih berwaspada dengan corak permainan T-Team supaya tidak diaibkan di laman sendiri, Stadium Pasir Gudang, esok.

Mengakui prestasi T-Team semakin cemerlang, beliau menuntut anak buahnya fokus untuk memastikan kutipan tiga mata pertama, mampu dicapai dalam pusingan pertama Liga Super 2012.

"Saya harap dengan kejayaan layak ke saingan suku akhir Piala FA, mampu membangkitkan semangat pemain dan berharap momentum itu dibawa dalam perlawanan esok," katanya yang mahu perlawanan menentang pasukan kendalian Yunus Alif itu dijadikan sebagai medan merubah kedudukan pasukan ketika ini semakin tenggelam ke dasar liga.

Lantaran itu, kembalinya beberapa tonggak utama yang cedera sebelum ini, Ismail Suboh, Mohd Zambri Chin dan Shahrizal Saad sedikit sebanyak melegakan pengendali Sang Lebah ini.

"Mereka sudah pulih dan giat menjalani latihan. Saya mungkin melakukan rombakan­ dan terpulang kepada pemain untuk membuktikan keupayaan supaya disenaraikan dalam kesebelasan utama," katanya.

Sinar Harian

Treler bawa muatan simen terbalik

Posted: 15 Mar 2012 11:54 PM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

MUAR – Seorang pemandu lori nyaris maut apabila treler yang sarat membawa muatan simen dipandunya terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Jalan Bukit Pasir–Muar, semalam.

Pemandu lori yang berusia lingkungan 30an itu hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) sejurus selepas kejadian.

Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Ramli berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi itu ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja di Pagoh.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, treler itu dilihatnya cuba membelok untuk memasuki kawasan kebun bunga di sini.

"Entah bagaimana semasa belok, tiba-tiba treler ini hilang kawalan dipercayai tayar belakangnya tergelincir ke dalam parit," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, ketika menghampiri treler berkenaan dia melihat pemandu treler itu sedang cuba keluar daripada tempat duduk pemandu dengan keadaan berdarah di bahagian kepalanya.

"Mujur mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan orang ramai turut membantunya," katanya.

Sinar Harian

Wanita mengandung diberkas

Posted: 15 Mar 2012 11:52 PM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU-Seorang wanita mengandung tujuh bulan antara empat yang diberkas dalam sekatan jalan raya kerana disyaki memiliki dadah dan senjata berbahaya selepas menahan sebuah kereta jenis Proton Satria.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kesemua terbabit ditahan oleh sepasukan anggota polis ketika menjalankan operasi sekatan jalan raya di Kok Lanas kira-kira jam 3 pagi dua hari lalu selepas kelihatan mencurigakan.

Menurutnya, dalam operasi berkenaan, tiga lelaki lain yang masing-masing berusia lingkungan 22 hingga 36 tahun berasal dari Pahang turut ditahan dan salah seorang suspek itu adalah pasangan adik-beradik kepada wanita berumur 24 tahun tersebut.

Katanya, hasil serbuan tersebut polis merampas, dua buku lima, pedang, serbuk dipercayai dadah, topeng muka dan kereta yang dinaiki keempat-empat suspek terbabit.

"Kesemua yang ditahan ini dalam perjalanan dari Kuala Krai dipercayai menuju rumah pemandu kereta tersebut di Bachok. Kita mempercayai dadah yang ditemui ini adalah untuk kegunaan sendiri berikutan kesemua ditahan positif ujian air kencing," katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.

Azham berkata, ketika pemeriksaan awal dalam kereta tersebut anggota menemui satu paket serbuk putih yang dipercayai heroin di dalam beg kecil berhampiran 'hand break' kenderaan itu.

"Pemeriksaan lanjut terhadap pemandu kereta tersebut polis juga turut menjumpai satu buku lima yang diselitkan di pinggangnya," katanya.

Selain itu, satu buku lima lain bersama topeng muka yang diletakkan di bahagian depan kereta turut ditemui dan pemeriksaan seterusnya membawa kepada penemuan pedang kira-kira 0.75 meter dipercayai disembunyikan di sebalik kotak tisu.

Kesemua suspek ditahan reman tiga hari bermula 14 Mac lalu dan pemandu kereta terbabit didapati mempunyai kes lampau termasuk curi kenderaan serta dadah.

Katanya, polis kini masih menjalankan siasatan berhubung penahanan keempat empat suspek terbabit dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen (6)(1) Akta Bahan Kakisan atau letupan Berbahaya 1985.

Sinar Harian

Bekas mertua diugut simbah asid

Posted: 15 Mar 2012 11:51 PM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Padah kerana mengugut mahu menyimbah asid kepada bekas ibu mertua yang enggan menyerahkan anaknya, seorang wanita dipenjarakan selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, semalam.

Majistret Abdul Hayyi Salim ketika membacakan keputusannya memerintahkan agar hukuman terhadap tertuduh, Nurul Diana Mohamad, 21, berjalan dari tarikhnya ditang­kap, setelah dia mengaku bersalah kerana melakukan ugutan jenayah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan ketakutan sehingga menyatakan mahu menyimbah asid terhadap Fatimah Draman, 49, di Kuarters Kakitangan Taman Sinar Harapan Bukit Besar, di sini pada 8 Februari lalu, kira-kira jam 3 petang.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa iaitu pengadu yang ketika itu berada di rumahnya, telah didatangi tertuduh yang juga bekas menantunya kira-kira jam 3 petang pada 8 Februari lalu.

Ketika itu, tertuduh memaki hamun dan mengambil semua baju anak pengadu yang disidai di ampaian di luar rumah disebabkan keengganan pengadu menyerahkan anaknya.

Dia bagaimanapun tidak menyerahkan cucunya kepada tertuduh kerana takut cucunya itu tidak dipedulikan tertuduh, selain diugut akan disimbah asid jika enggan menuruti kehendaknya.

Bimbang kejadian tidak diingini berlaku, pengadu membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga untuk tindakan lanjut manakala tertuduh ditahan di pekarangan pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada 12 Februari lalu, kira-kira jam 5 petang.

Sinar Harian

Selangor lulus RM300,000 bantu mangsa banjir

Posted: 15 Mar 2012 08:37 PM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Adalah tidak benar sama sekali kononnya Kerajaan Negeri Selangor tidak membantu mangsa banjir di Lembah Jaya Utara dan Dusun Tua.

Pengerusi Jawatankuada Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Samad (gambar) berkata, setiap keluarga akan mendapat RM300 daripada kerajaan negeri dan Zakat Selangor akan menambah RM300.

Selain itu, jelasnya mesyuarat Exco Selangor pada 13 Mac telah meluluskan RM300,000 kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Rodziah Ismail untuk membantu mangsa-mangsa banjir tersebut.

"Kerajaan negeri juga akan membantu pemilik-pemilik rumah yang rosak sama sekali sementara 2 keluarga telah berpindah ke Council Home MPAJ manakala 3 lagi sedang diproses," ujarnya kepada Harakahdaily.


Beliau yang juga Adun Chempaka memebritahu Pejabat Daerah Hulu Langat juga menyediakan makanan setiap hari untuk mangsa-mangsa tersebut di pusat perlindungan.

Iskandar juga memberitahu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke Eropah bukan untuk bercuti tetapi untuk memahami cara pengurusan industri air di UK.

"Ini penting kerana Kerajaan Selangor sedang berusaha untuk mengambil alih industri air di negeri ini," jelasnya lagi.

Katanya lagi, MB juga akan membuat pembentangan di seminar dan mengadakan dialog di Perancis dan UK.

"Ini juga penting untuk mengangkat nama Selangor di peringkat antarabangsa," ujarnya.

Harakah Daily

Didik anak agar waspada insan tidak dikenali

Posted: 15 Mar 2012 08:33 PM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Lajnah Pendidikan PAS Pusat Pusat merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga allahyarhamuha Nurul Nadirah Abdullah,5, terutama ibunya, Norelyn Alan di atas pemergian allahyarhamuha yang dibunuh dengan kejam dan dijumpai rentung dalam sebuah lubang berdekatan Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Johor Bahru, baru- baru ini.

Anak kecil yang tidak berdosa intu didapati hilang sejak 1 Mac ketika keluar dari kediamannya di Flat Seri Delima untuk membeli maggi dan telur.

"Selaku AJK Lajnah Pendidikan PAS Pusat merangkap Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat ,saya ingin melahirkan rasa kesal dan dukacita atas pembunuhan anak kecil yang tidak berdosa ini," kata Normala Sudirman kepada Harakahdaily.

(Gambar: Normala bersama Penyelaras Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor dan Persatuan Anak Melayu Sabah menziarahi keluarga mangsa, kelmarin.)

Justeru, katanya pihak Lajnah Pendidikan mengharapkan agar keluarga mangsa terutama ibu mangsa akan terus tabah dalam menempuh dugaan hidup atas kehilangan insan yang disayangi itu.

"Kami juga berharap agar pembunuh yang tidak berperikemanusiaan ini dikenakan hukuman yang berat untuk memberi pengajaran kepada masyarakat pada masa akan datang," ujarnya yang mesra dengan panggilan Cikgu Mala.

Tambahnya, Dewan Muslimat PAS Pusat juga ingin menasihati agar ibu bapa memantau keselamatan anak-anak dan berwaspada selalu kerana cabaran 'mendidik' anak-anak pada masa sekarang begitu besar lantaran ada kalangan pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan kanak-kanak yang tidak berdosa sebagai mangsa dendam atau nafsu jahat mereka.

Menurutnya, cabaran menjadi ibu bapa semakin hebat dalam 'mendidik' anak-anak agar terhindar daripada perbuatan pihak yang kejam dan tidak bertanggungjawab serta melanggar norma kemanusiaan dalam masyarakat.

Beliau berkata, sikap 'berwaspada' perlu ditanamkan kepada anak-anak agar sentiasa berhati- hati terhadap insan yang tidak dikenali.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keluarga Allahyarhamuha Adik Nurul Nadirah Abdullah tabah dan redha terhadap qada' dan qadar yang diterima terutama kepada Puan Norelyn Alan, ibu mangsa," ujarnya yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat Negeri Johor.

Harakah Daily

Penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati

Posted: 15 Mar 2012 08:26 PM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Akibat menyorokkan dadah dalam mesin basuh, seorang penganggur menerima padah apabila dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Liang Weng Heng, 43, disabitkan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama kerana kesalahan mengedar 515.8 gram methamphetamin.

Dia didapati melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Impian Murni, Bukit Mertajam, kira-kira jam 6.30 petang, 23 Ogos 2008.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shakila Banu Shaik Allaudeen dan Charanjit Singh Mahinder Singh manakala Weng Heng diwakili Shaik Saleem SM Daud.

Terdahulu, Hakim Datuk Zamani Abd Rahim membuat keputusan itu setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Weng Heng di peringkat akhir pembelaan kes.

Zamani dalam penghakimannya berkata, selepas mendengar keterangan saksi pendakwaan dan hujahan pihak pendakwaan serta pembelaan dengan penilaian maksimum, mahkamah mendapati cara dadah disorok dalam mesin basuh menunjukkan Weng Heng mempunyai pengetahuan mengenai dadah dimiliki serta mempunyai niat untuk melakukan kesalahan itu.

"Bukti ini cukup jelas bahawa Weng Heng mempunyai kawalan dan pengetahuan terhadap barang itu. Oleh itu, mahkamah tiada pilihan lain selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas tertuduh," katanya.

Berdasarkan fakta kes, Weng Heng ditahan polis pada 23 Ogos 2008 dan hasil pemeriksaan menemui 67 pil Eramin 5 di dalam kenderaannya.

Siasatan lanjut ke atas tertuduh membawa penemuan dadah yang disorok di dalam mesin basuh di sebuah rumah di Bukit Mertajam.

Analisis yang dijalankan Jabatan Kimia mengesahkan dadah yang disorok itu adalah jenis methamphetamine.

Sinar Harian

Kilang diserang 15 lelaki

Posted: 15 Mar 2012 08:25 PM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Beberapa pekerja di sebuah kilang elektronik di Kampung Jawa, Bayan Baru di sini kerugian beribu ringgit apabila kenderaan yang diletak di luar pejabat mereka dipecahkan sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang dan tukul besi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, suspek yang terdiri 15 lelaki tempatan juga bertindak memecahkan cermin kereta mewah milik pengurus syarikat berkenaan selain memecahkan sebahagian cermin bangunan terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Superintendan Lai Fah Hin berkata, kesemua pekerja syarikat tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan memandangkan ketika kejadian mereka diarah berada di dalam bangunan.

Katanya, kejadian serangan itu kemungkinan bermotifkan balas dendam di antara syarikat terbabit dan pihak luar.

"Suspek yang memakai topeng itu datang menaiki tiga kenderaan yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu. Mereka melarikan diri selepas bertindak memecah sebahagian harta benda syarikat dan 16 kenderaan yang diletakkan di hadapan bangunan kilang berkenaan. Polis sedang menjalankan siasatan terperinci termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Fah Hin berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 148 iaitu merusuh.

Katanya, pemeriksaan polis di tempat kejadian tidak membawa kepada penemuan apa-apa objek tajam yang dipercayai digunakan sebagai senjata utama ketika kejadian itu.

Kes katanya disiasat mengambil kira secara terperinci pelbagai kemungkinan termasuk masalah individu, perniagaan, cemburu mahupun tukar milik dan sebagainya.

"Kes disiasat di bawah seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran," katanya.

Sinar Harian

Gerak hati petanda akan hilang adik

Posted: 15 Mar 2012 08:24 PM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KERTEH – Seorang kakak tidak menyangka gerak hatinya yang terlalu ingin berjumpa adiknya empat hari lalu, menjadi petanda akan kehilangan adiknya itu yang bekerja mencari besi buruk di sini.

Mangsa mati lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kerteh dekat Jeti Kuala Kerteh dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam semalam.

Mayat adiknya, Che Ahamed Abdan Ismail, 46, dijumpai kira-kira jam 11 malam selepas operasi mencari dan menyelamat dilancarkan Pasukan Bomba dan Penyelamat Kerteh dan Balai Polis Kerteh.

Rosmani Ismail, 53, berkata, empat hari sebelum tragedi malang berkenaan, dia bersama seorang cucunya, Mohd Ikram Jaafar, 2, ke rumah adiknya itu yang juga bekas komando di Kampung Gelugor kerana terasa begitu rindukan adiknya yang mempunyai lima anak.

"Saya tidak tahu kenapa perasaan saya melonjak-lonjak mahu bertemunya, lalu saya berjalan kaki ke rumahnya bersama seorang cucu walaupun dalam cuaca panas terik. Meskipun kami tinggal di kampung yang sama tapi disebabkan kesibukan mencari rezeki, kami masing-masing jarang berjumpa. Bila sampai di rumahnya arwah menjamu kami dengan roti disapu susu pekat yang dia buat sendiri kerana waktu itu isterinya, Wan Norhayati Wan Sulaiman, 40, kurang sihat," katanya yang berniaga di sebuah kedai makan di Medan Selera di Kerteh yang tidak jauh dari lokasi adiknya lemas.

Bapa pesan jaga adik

Menurut Rosmani, arwah beria-ia menyuruh cucu Rosmani yang juga cucu saudara arwah memakan roti yang dibuatnya sambil dia berseloroh mengatakan itu adalah roti terakhir yang disediakannya buat kami.

"Saya masih ingat kata-kata arwah ketika itu 'Tok ki tak mboh (mahu) buat lagi roti susu untuk adik kalau adik tak makan'. Lalu saya mengambil roti dan menyuapkan pada cucu, tapi tiba-tiba cucu saya tersedak ketika makan roti menyebabkan arwah bergegas ke dapur mengambil air kosong dan meminta maaf kerana dia tidak tahu bancuh air," katanya yang merupakan anak keempat yang mengakui kata-kata yang diucapkan arwah itu kini terngiang-ngiang di telinga.

Mangsa pula merupakan anak ketujuh daripada 10 beradik dan sejak berhenti kerja, dia mula mencari besi buruk di kawasan sekitar Kerteh dengan turut membawa bersama sebuah tukul besar.

Malahan sebelum kejadian, mangsa juga sempat menukar tong gas, lampin pakai buang anak dan gula yang menjadi keperluan terakhir dibeli untuk keluarganya setelah memperoleh wang hasil jualan besi buruk.

Sementara itu, anak sulung mangsa, Che Ahmad Zulkifli, 15, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kampung Baru Kerteh berkata, pada Isnin lalu, bapanya ada berpesan kepadanya agar menjaga adik-adik jika dia tiada nanti.

"Kali terakhir saya jumpa ayah sebelum ayah keluar rumah selepas Maghrib pada hari kejadian," katanya sayu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat yang mengesahkan kes terbabit berkata, selepas tiga jam setengah usaha mencari dilakukan, mayat mangsa berjaya ditemui tidak jauh dari lokasi dia dipercayai terjatuh sebelum mayat dihantar ke Hospital Kemaman.

Agency

'Dirang tulis nama guna dakwat merah'

Posted: 15 Mar 2012 08:22 PM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PASIR GUDANG – Guru Tadika Permata Islamiah selama ini tidak menyedari nama mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah Abdullah, 5, bertulis menggunakan dakwat warna merah dalam buku pendaftaran.

Nor Shaima Aldam, 25, berkata, keselu­ruhan 19 kanak-kanak sesi petang ditulis dalam buku pendaftaran menggunakan pen berwarna biru, tetapi agak pelik nama mangsa, yang mesra dengan panggilan Dirang bertulis dengan dakwat merah.

Menurutnya, selepas mendapat perkhabaran kanak-kanak tadikanya hilang dan ditemui dibakar, dia membuat semakan untuk memastikan nama penuhnya dan terkejut kerana dalam banyak-banyak nama, hanya nama Dirang tertulis dengan dakwat merah.

"Selama ini kami tidak menyedari hanya nama Dirang ditulis menggunakan dakwat merah. Patutnya ditulis dengan dakwat biru seperti kanak-kanak lain.

"Ia seolah-olah menjadi petanda murid kesayangan kami itu akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Seorang lagi guru, Mariam Sarian, 47, berkata, Dirang seorang murid yang periang dan pintar walaupun baru berusia lima tahun sehingga keletahnya lebih menyerlah daripada murid yang setahun lebih tua daripadanya.

Menurutnya, walaupun orangnya kecil molek, tetapi suaranya paling kuat setiap kali sesi berselawat kerana hobinya memang cenderong pada perkara begitu.

"Dirang ke sekolah bersama abangnya, Mohamad Hafis, tetapi Dirang lebih dikenali di tadika kerana abangnya pendiam," katanya.

Sinar Harian

PAS TAMBUN

Posted: 16 Mar 2012 01:19 AM PDT

PAS TAMBUN


Kenyataan Malek Nor Yang Bisa Memendam DukaNestapa kepada UMNO

Posted: 15 Mar 2012 11:11 AM PDT

Kenyataan Malek Noor Ini "Menyakitkan Hati" Puak Umno..!!

"Hasrat saya untuk melihat negeri ini ( KELANTAN ) menjadi contoh pada negeri-negeri lain di negara ini kerana keistimewaannya yang tersendiri khususnya penerapan Islam. Andainya kerajaan berhasrat untuk melaksanakan hukuman hudud, saya adalah orang pertama yang akan menyokongnya kerana yakin hanya syariat Allah yang dapat mendidik manusia," - Dato' Malek Noor ( 14 Mac 2012 | Sessi Sembang Petang Di KTC )..

Peghelih La...

Posted: 15 Mar 2012 11:39 PM PDT

Peghelih La...


Hakim pun dah kena rasuah: Pak Wan Khazim

Posted: 15 Mar 2012 05:02 AM PDT

Dalam ceramahnya di Beseri malam tadi, aktivis veteran, Pak Wan Khazim berkata rakyat adalah hakim kepada pemerintah. Tapi dalam menghadapi PRU ke 13 akan datang, para hakim telah dirasuah dengan BR1M sebanyak RM500.

Cow-cow punya kartun

Posted: 15 Mar 2012 04:59 AM PDT



Dewan Ulamak PAS Perlis sokong khutbah isu judi

Posted: 15 Mar 2012 04:54 AM PDT

KANGAR - Dewan Ulama PAS Perlis menyokong penuh pihak Jabatan Mufti Perlis yang mengeluarkan teks khutbah yang menyentuh permasalahan masyarakat yang mampu memberikan pengajaran berkaitan isu tertentu.

Menurut Timbalan Ketuanya, Ustaz Salleh Adam, teks khutbah yang diedarkan ke seluruh negeri 9 Mac lalu yang menyentuh isu judi adalah baik memnadangkan masih ramai di
kalangan umat Islam yang tidak faham pengertian sebenar judi.

"Kita menyokong usaha Jabatan Mufti yang mengeluarkan teks khutbah yang dibaca oleh para khatib di seluruh Perlis khususnya berkaitan isu judi baru-baru ini. Ianya selaras dengan ayat 90 Surah al-Maidah yang menerangkan tentang dosa besar dan kebururkan jenayah syariah seperti arak dan judi," jelasnya.

Tambah beliau lagi, teks khutbah tersebut turut mengupas tentang judi yang bukan sahaja dilakukan secara terang seperti pertaruhan permainan pakau, nombor ekor dan sebagainya, tetapi turut menyebut tentang pertaruhan yang dibuat dari penganjuran acara tertentu seperti pertandingan memancing yang turut mempunyai unsur-unsur perjudian.

"Dosa besar ini juga sama seperti arak yang akan jatuh ke atas golongan yang membenarkan program perjudian diadakan secara terbuka seperti pemberian lesen perjuadian atau pembinaan sebuah premis perjudian besar di Genting Highlands umpamanya yang diamalkan oleh kerajaan Umno-BN sekarang. Ini juga melibatkan golongan yang menyokong mereka.

"Tidakkah kita berasa gerun gerun dengan statistik yang dikeluarkan di mana di negara ini terdapat ribuan premis perjudian yang dilesenkan oleh Kementerian Kewangan?.

"Mungkin pada masa depan Jabatan Mufti boleh keluarkan pula khutbah bertajuk "Tumbangkan kerajaan yang menggalakkan perjudian di Malaysia - Nahi Munkar" seperti yang ditentukan Al-Quran dan al-hadis," katanya lagi.

Kalau dah tak mampu....

Posted: 15 Mar 2012 04:42 AM PDT

CLIK DI FOTO

atau

Pesan Bestari

Posted: 15 Mar 2012 04:40 AM PDT

Al-Fatihah

Info Rakyat

Posted: 15 Mar 2012 04:39 AM PDT



Perlis Essential Oils gagal, kerajaan perlu jelaskan kepada rakyat

Posted: 15 Mar 2012 04:28 AM PDT

Oleh Wartawan Harakah

KANGAR- Kerajaan negeri Perlis diminta untuk menjelaskan kegagalan projek anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) iaitu Perlis Essential Oils Sdn Bhd (PEO).

Berdasarkan maklumat, PEO ditubuhkan secara usahasama antara PKENPs, Mardi-Tech Sdn Bhd dan Mohd Murray Hunter pada 15 Mac 1997 untuk menguruskan projek menghasilkan minyak pati (essential oil) daripada 'pokok tea' atau tea tree bagi kegunaan pembuatan minyak wangi.

Menurut jawapan soalan lisan pada sidang dewan undangan negeri perlis 15 disember 2011, PEO kini tersenarai sebagai salah satu daripada 32 buah syarikat PKENPs yang kini tidak beroperasi. Syarikat ini kini berstatus dorman dan sedang dalam perbincangan oleh pemegang ekuiti bagi menentukan hala tuju syarikat.

Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman berkata, projek tersebut yang bernilai jutaan ringgit gagal walaupun mendapat pelbagai bantuan kewangan termasuk dari kerajaan pusat .

Katanya, projek yang dijalankan di Beseri itu adalah untuk memebangunkan tanak seluas kira-kira 40 hektar untuk dibangunkan dengan tanaman 'tea tree', pusat penyelidikan dan kilang memproses minyak pati dengan modal awalnya RM1.36 juta.

"Kita juga mendapat maklumat bahawa projek ini turut mendapat suntikan kewangan dari kerajaan pusat sebanyak RM4.14 juta selain dana RM650,000 daripada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (kini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).

"Apa yang berlaku kini, projek ini gagal dan premisnya kini terbiar. Kita juga berasa hairan mengapa projek tersebut yang belum tentu menjamin sebarang hasil lagi, tetapi sebanyak 12 pintu bilik pameran telah disediakan?," jelasnya.

Tinjauan Harakah mendapati premis PEO tersebut yang berupa bangunan pentadbiran, makmal, bilik pameran dan unit kilang kini terbiar dan sudah dipenuhi semak-samun.

Manakala kilang pemprosesannya pula kini sudah rosak dengan komponen-komponen tertentu sudah menjadi mangsa pencuri besi buruk.

Ustaz Ya'akub berkata, pihak kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat kegagalan projek ini.

"PAS Perlis berharap kerajaan negeri dapat memberi penjelasan kepada rakyat mengenai kegagalan projek seperti ini memandangkan banyak projek yang diusahakan melalui Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) menemui kegagalan. Banyak lagi pendedahan yang bakal dibuat supaya rakyat dapat menilai prestasi pentadbiran kerajaan BN selama ini," katanya.

Kerja Islam semua mulia

Posted: 15 Mar 2012 04:24 AM PDT

KANGAR - Petugas PAS diminta untuk tidak memperlekehkan usaha untuk menegakkan syariat Islam tidak mengira apa jua kerja yang dilakukan, kata Timbalan Speaker DUN Kedah, Ustaz Ahmad 'Izzat Sahuki.

Katanya, dalam kehangatan menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) akan datang,setiap petugas perlu mempersiapkan diri dengan segala kekuatan yang ada selain mempunyai sifat sabar yang tinggi dalam menempuh segala cabaran.

"Kita buat kerja Islam ni semuanya mulia. Jangan anggap satu-satu kerja ini lekeh. Tak kira kita masak nasi atau sapu sampah, semua kerja untuk Islam adalah mulia.

"Nak masuk pilihanraya ni sifat walak dan taat kita perlulah tinggi.Dalam suasana perang ni kena patuh satu arahan sahaja. Kalau ikut banyak arahan nanti celaru," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja "Kepentingan Tarbiah Dalam menghadapi pilinaranraya di program Ijtima Tarbawi PRU-13 PAS Kawasan Kangar di Kompleks PAS Perlis baru-baru ini.

Usrah Multimedia

Posted: 15 Mar 2012 04:18 AM PDT

Usrah cara baru kaedah multimedia menggunakan modul Akademi Kempimpinan Pemuda. Program diadakan di Kompleks PAS Padang Besar baru-baru ini dengan diterajui oleh Setiausaha Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudeen

Kembara Puncak Janing 2012

Posted: 15 Mar 2012 04:15 AM PDT


DACS Perlis menganjurkan program konvoi bermotosikal "Kembara Puncak Janing 2012" ke Lata Hujan Puncak Janing, Kedah pada 3 Mac lalu.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 15 Mar 2012 09:41 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


123BANGKIT: Kerajaan UMNO/BN Sabah terdesak

Posted: 15 Mar 2012 01:51 AM PDT

.
Berikutan dengan himpunan '123BANGKIT' yang dianjurkan oleh sebuah NGO yang dikenali sebagai TABAH (Bela Tanak Rakyat Sabah) baru-baru ini, akhbar-akhbar di Sabah difahamkan telah mendapat arahan dari pejabat Ketua Menteri agar tidak menyiarkan sebarang berita tentang himpunan tersebut. Namun begitu terdapat juga beberapa buah akhbar bertindak untuk tidak menurut arahan. Berikut adalah kenyataan saudara Lahirul Latigu yang diambil dari [Official Page] Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat (123 Bangkit):
[TabahNews] Dapat maklumat dari wartawan yang Pejabat Ketua Menteri ada menelefon semua suratkhabar petang Isnin (12 Mac 2012) memberi amaran tidak memasukkan liputan berkenaan 123 Bangkit. Nampaknya mereka sudah melampau! Jangan ingat kemarahan rakyat akan dapat disembunyikan. Tunggu 123 BANGKIT 2.0!

Lahirul Latigu,
Setiausaha TABAH (Bela Tanah Rakyat Sabah)
Selain dari itu, terdapat juga pihak yang telah mengupah beberapa orang untuk mengaku bahawa penganjur himpunan tersebut telah menipu penduduk yang hadir. Selain dari mereka ditipu, mereka juga dipergunakan oleh parti-parti politik untuk tujuan lain. Berikut ialah keratan akhbar yang disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan Sabah.


Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS Sabah melihat semua ini adalah petanda awal bahawa kerajaan UMNO/BN yang ada sekarang pasti akan tumbang pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Menurut Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Sabah, saudara Amir Saifuddin Samsuddin, "Pihak pengajur telah berkali-kali menyatakan bahawa perhimpunan ini adalah aman. Malah pihak penganjur telah menjemput semua parti-parti politik, NGO dan rakyat yang prihatin untuk hadir sama pada perhimpunan tersebut sebagai tanda solidariti terhadap kezaliman yang berlaku pada penduduk kampung yang terlibat. Namun yang hadir hanya lah parti-parti politik selain dari BN, walaupun UPKO juga menyatakan pendirian menyokong himpunan aman tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa BN Sabah hanya mempermainkan rakyat demi untuk survival kuasa politik mereka semata-mata".

NGO TABAH merupakan sebuah NGO bebas yang membela tanah rakyat Sabah. Setelah sekian lamanya rakyat Sabah telah ditindas dan dizalimi oleh kerajaan yang ada sekarang. Maka sudah tiba masanya untuk rakyat bangkit menyatakan bantahan terhadap hak mereka yang telah dicabuli.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 15 Mar 2012 09:18 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Program Penerangan DUN Chembong 24 Mac 2012

Posted: 15 Mar 2012 05:54 PM PDT


CERAMAH UMUM

Tarikh : 24 Mac 2012, Sabtu

Masa : 9 mlm

Tempat : Pusat Komuniti DUN Chembong, Kg Mulia, Rembau (depan Majlis Daerah Rembau)

Penceramah :

~ Suhaizan Kayat , EXCO Pemuda PAS Pusat

~ Dr Ahmad Suhaimi Md Aris , Penyelaras SAMM

~ Aiman Athirah , Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat

~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau

~ Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Pengerusi Majlis : Hakki , Ketua Pemuda PAS Rembau

- Semua dijemput hadir -

Anjuran : Pakatan Rakyat DUN Chembong

DUN CHINI

Posted: 15 Mar 2012 07:43 PM PDT

DUN CHINI


GAMBAR SEKITAR CERAMAH MAT SABU BATU 9 SG.MIANG PEKAN PAHANG

Posted: 15 Mar 2012 06:08 AM PDT




























PAS Kawasan Miri

Posted: 15 Mar 2012 07:09 PM PDT

PAS Kawasan Miri


SPR Sarawak Lambat Bayar Wang Cagaran Poster Calon?

Posted: 15 Mar 2012 03:48 PM PDT

APA DAH JADI DENGAN SPR SARAWAK?

Pilihanraya DUN Sarawak hampir setahun sudah berlalu, namun SPR Sarawak masih terkial-kial untuk mengembalikan wang cagaran untuk poster calon yang bertanding sebanyak RM3, 000 terutama kepada calon parti pembangkang.

Pegawai di Pejabat Daerah apabila ditanya memberi perbagai alasan seperti melepaskan batuk di tangga serta terkenal dengan karenah birokrasinya.

Menurut maklumat yang kami terima dari Jabatan Akauntan Negara Cawangan Sarawak, menyatakan bahawa akaun SPR di Jabatan Akauntan Negara kosong sebab itulah mereka tidak dapat membayar balik wang cagaran tersebut kepada calon yang bertanding sehingga ke hari ini.

Kita ingin bertanya kepada SPR Sarawak, apa sebenarnya terjadi dengan SPR di Sarawak sehingga sukar sekali mengembalikan wang cagaran poster calon pembangkang? Apakah agenda disebalik kemelut ini?

Kalau rakyat yang lambat membayar, akan didenda tetapi kalau pihak berkuasa yang lambat membayar kepada rakyat, tiada pula sebarang tindakan boleh diambil. Dimanakah keadilan dalam pengurusan pihak berkuasa?

Adakah kerajaan sudah kehabisan wang simpanan tunai, atau wang cagaran untuk calon, digunakan untuk tujuan lain?

PRU13 akan berlaku pada bila-bila masa, maka wang tersebut sepatutnya dikembalikan dengan segera bukan disimpan untuk tujuan lain.

Menurut maklumat yang kami terima hanya beberapa calon masih lagi belum menerima wang cagaran poster tersebut, yang lain sudah menerimanya tetapi agak lambat.

PAS Sarawak mendesak pihak SPR Sarawak agar segera menjelaskan wang cagaran untuk poster calon kepada mereka yang masih tertangguh dan jangan dibiarkan sehingga PRU13 diadakan.

Jofri Jaraiee
PAS Miri,Sarawak

English version

What has happen to the SARAWAK EC?

State assembly elections nearly a year has passed, but the EC Sarawak is still struggling to return a security deposit for candidates' posters of RM3, 000 especially to the opposition candidate.

Officer at the District Office when asked, gives variety of reasons like lip, and steeped in bureaucratic hassles.

According to information we received from the Accountant General Department Sarawak Branch, states that account for the EC in Accountant General Department is empty, so they cannot refund the deposit to the candidates until today.

We want to ask the EC Sarawak, what actually happens with the EC in Sarawak until difficult to return a security deposit poster for opposition candidates? What is the agenda behind this turmoil?

If the people are late to pay, would be fine but if the authorities are late to pay to the people, there is no action could be taken. Where is the justice in the management of the authorities?

Does the government has run out of cash savings, or deposit for the candidate, is used for other purposes?
13th GE will occur at any time, then the money should be returned as soon as possible not be kept for other purposes.

According to the information we receive only a few candidates have yet to receive the poster deposit, others have received but a bit slow.

PAS Sarawak urged the Sarawak EC to immediately clear deposits for the poster candidate, which is still pending and do not let until 13th GE held.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 15 Mar 2012 03:32 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PENGAKUAN WAN OMAR , 228 PENGUNDI HULU SELANGOR DAH DITUKAR

Posted: 15 Mar 2012 01:48 PM PDT

SPR akui Pindahkan Kawasan Mengundi MB Selangor

Alasan SPR Pindahkan Kawasan Mengundi MB Selangor Tak Masuk Akal
SPR: Zon mengundi sama, sempadan p'raya diperbetul

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini merupakan pengundi di Lembah Pantai, walaupun sebelum ini mengundi di kerusi parlimen bersebelahan, ekoran langkah pembetulan sempadan kawasan pilihan raya.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara.

Beliau berkata menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.

Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai.

"Beliau tidak dipindahkan. Beliau masih didaftarkan di alamat yang sama, tetapi sempadan telah diperbetulkan selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958," kata Wan Ahmad ketika dihubungi.

Kes yang sama di Hulu Selangor

Menurut Wan Omar, pembetulan sempadan itu juga menjadi sebab 228 pengundi yang mengundi di Hulu Selangor sebelumnya, mendapati mereka menjadi pengundi di kawasan Selayang sewaktu pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Terdapat banyak kekeliruan dan parti-parti politik telah mengeksploitasi kekeliruan ini. Jadi kami membuat keputusan pada tahun 2011 untuk membekukan pembetulan sempadan itu," katanya.

Wan Ahmad berkata pembetulan sempadan akan dilakukan serentak dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijadualkan selepas pilihan raya umum ke-13.

"Pada ketika itu, kita akan mempamerkan semua perubahan yang dibuat dan pengundi terlibat boleh membuat bantahan.

"Kita perlu membuat perubahan itu, atau jika tidak pengundi akan terus mengundi di kawasan pilihan raya yang salah," katanya

Wan Ahmad berkata, selain Selangor, beberapa negeri lain telah melakukan pembetulan sempadan sebelum ia dibekukan, termasuk Kelantan dan Perak.

Malaysiakini melaporkan awal hari ini bahawa Khalid hairan tentang perubahan kawasan mengundinya sedangkan beliau tidak memohon untuk pertukaran alamat dan alamat pada kad pengenalan beliau kekal di Pasir Tuntung di Kuala Selangor, yang merupakan bandar kelahirannya. -mk

MENTERI BESAR SELANGOR DI ANIAYO ! SPR BUAYO

Posted: 15 Mar 2012 06:12 AM PDT


Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid kini merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.

Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.

Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.

"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.

Sumber itu menambah bahawa menteri besar yang telah dimaklumkan mengenainya "memandang berat" perkara itu dan akan menyemak dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran.

Tindakan mensabotaj MB?

Malaysiakini membuat semakan tersebut selepas Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.

Mohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang hanya boleh berlaku jika menteri besar itu menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.

Khalid tidak boleh bertanding sebagai ADUN di Selangor jika kad pengenalannya menunjukkan dia pemastautin di Kuala Lumpur.

Menurut peraturan SPR, calon yang bertanding kerusi DUN mesti menjadi penduduk negeri berkenaan.

Ini bermakna beliau tidak boleh lagi menjadi Menteri Besar untuk penggal kedua. Ihsan Malaysiakini


HEBATNYA PRODUK KELANTAN, TARIK MASYARAKAT DUNIA

Posted: 14 Mar 2012 11:11 PM PDT

Nik Aziz produk istimewa Kelantan - Aziz Desa


KOTA BHARU, 15 Mac: Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Cantre (KTC) Aziz Desa menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah produk istimewa di negeri itu.

Katanya, kerana keistimewaan yang ada pada Tuan Guru, masyarakat di negara ini termasuk luar negara datang khusus ke negeri Tadahan Wahyu itu semata-mata untuk bertemu dengan Tuan Guru dari dekat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program ceramah keibubapaan 'Zuriat Kita Tanggungjawab Kita' anjuran Kelantan Trade Cantre (KTC) dan Buraqoil, di sini malam tadi.

Aziz Desa, personaliti TV adalah bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid ketika Kedah diperintah oleh BN sebelum ini.

Pada masa yang sama beliau berkata, hasrat kerajaan Kelantan untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) seramai 6 juta orang akan berjaya.

Jelasnya, ini kerana pelbagai keunikan yang tersendiri dapat dinikmati oleh pelancong termasuk mengikuti kuliah seorang Menteri Besar di Dataran Ilmu, Kota Bharu.

"KTC akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menjayakan hasrat itu dan insyaallah, esok seramai 40 orang rombongan para guru dari Kedah akan menginap di sini dalam rangka lawatan mereka selama dua hari,"ujarnya.

KERAJAAN SATU M'SIA GEMPAR DITIPU LEBIH SATU BILION RINGGIT!

Posted: 14 Mar 2012 08:27 PM PDT

Tun Mahathir, Najib dan Muhyidin semuanya bodoh.. - Mahfuz Omar

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menyifatkan Tun Mahathir, DS Najib dan juga TS Muhyidin sebagai orang yang bodoh. Ini berikutan kes perbicaraan Mahkamah mengenai kes Tun Ling Liong Sik.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang memperakui bahawa bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik telah menipu kerajaan Malaysia membabitkan RM1.08 bilion dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menjadi satu lagi bukti bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN yang dipimpinnya sudah tidak ada kelayakan lagi untuk menjadi kerajaan.

"Yang tersiratnya ialah mahkamah memperakui bahawa kerajaan BN hakikatnya begitu bodoh sehingga boleh ditipu oleh Ling yang merupakan salah seorang anggota kanannya sendiri waktu itu.

"Memang pada masa itu kerajaan diketuai oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) yang kini dianggap godfather Perkasa, Umno dan BN, tetapi Najib dan (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) juga berada dalam kabinet waktu itu.

"Ia dengan sendirinya memberikan implikasi bahawa semuanya bodoh sehingga mahkamah memperakui Ling menipu mereka dan memerintahkan bekas Presiden MCA itu membela diri," kata Mahfuz.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 15 Mar 2012 03:07 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


ALAMAK 90% KAKITANGAN MAS SOKONG PR

Posted: 15 Mar 2012 01:20 AM PDT

Setiausaha Umum Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU) Abdul Malik Ariff berkata bercadang untuk mendesak kepada ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat (PR) untuk menghentikan kerjasama MAS-AA kerana "tidak adil" kepada MAS, dan turut menambah bahawa perjanjian itu telah menerima tindakbalas negative daripada ahli kesatuan.


"Apabila Cawangan Khas (SB) memanggil saya bertanyakan bagaimana pekerja MAS akan mengundi kelak, saya kata dulu 50:50 tapi kini 90 peratus akan memilih pembangkang, " katanya. "Bila bercakap dengan para pekerja, mereka semua mengeluh tentang kerajaan."

MASEU, organisasi yang berpusat di Semanjung, mempunyai lebih 7,000 pekerja namun Abdul berkata tujuh lagi kesatuan dan pertubuhan mewakili pekerja MAS, pengurus dan juruterbang termasuk daripada Sabah dan Sarawak juga diwakili dalam memorandum, membawa kepada jumlah 13,000 hingga 14,000 pekerja.

Abdul turut mendedahkan bahawa Najib, semasa perjumpaan selama sejam dengan kesatuan, telah menyatakan beliau bersimpati dengan keluhan ahli kesatuan, namun perdana menteri belum lagi memberikan kata pemutus.

Abdul berkata isu utama bagi ahli kesatuan adalah mereka "tidak percayakan" AirAsia.

"Perundingan pekerja sudah parah apabila kepercayaan sudah tidak wujud," beliau berkata.

PANAS!!! KALI INI CHE DET HINA SAHIH BUKHARI & PEMILIKNYA

Posted: 14 Mar 2012 08:28 PM PDT

http://mahathir-mohamad.blogspot.com/

1. Saya ucap berbanyak terima kasih kepada adik Hilal Asyraf (mungkin cucu lebih tepat kerana saya sudah mencecah 87 tahun Masehi – iaitu 90 tahun mengikut Hijrah) kerana membuat teguran terhadap ucapan saya di UNIMAS baru-baru ini.

2. Sebelum saya menjelaskan maksud saya di dalam ucapan itu, saya harap adik Asyraf dapat menjawab secara ringkas (Ya atau Tidak) beberapa soalan yang ingin saya tanya kepada adik.
3. Soalan :

i) Punca ajaran agama Islam ialah Al-Quran, Hadith, fatwa, ajaran ulama'-ulama' dan guru-guru agama. Diantara punca-punca ini yang mana satukah yang diutamakan?

ii) Sekiranya terdapat perlanggaran atau percanggahan antara hadith, fatwa, pendapat ulama' dan guru-guru agama dengan apa yang terdapat dalam Al-Quran, apakah kita harus tolak Al-Quran (terutama ayat-ayat yang jelas) dan terima hadith, fatwa dan lain-lain?

iii) Ada pihak yang mendakwa bahawa Al-Bukhari telah mengkaji sebanyak 600,000 hadith tetapi menerima hanya 7000 sebagai sahih.

iv) Apakah kesahihan hadith-hadith ini semuanya sama dengan sahih pengkaji hadith lain termasuk Muslim, Tarmizi dan lain-lain. Apakah kita harus tolak kajian-kajian lain dari Bukhari?

v) Apakah ingatan manusia lebih tepat dan kekal dari catitan, seperti wahyu dari Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dicatit, kemudian dibukukan sebagai Al-Quran.

vi) Bukhari membuat kajian hadithnya 200 tahun selepas wafat Nabi. Apakah orang pertama yang melihat atau mendengar Nabi bersabda mencatat apa yang dilihat dan didengar dan catitan ini disimpan sehingga Bukhari mengkajinya? Atau apakah Bukhari bergantung kepada riwayat yang diperturunkan melalui beberapa generasi sehingga sampai kepada Al-Bukhari?

(Di sini jangan mula cap saya sebagai anti-hadith. Saya pegang kuat kepada hadith asalkan ia tidak berbeza, bercanggah dan menafi ayat-ayat Al-Quran. Saya sedar saya tak mungkin tahu bagaimana sembahyang jika saya pegang semata-mata kepada ayat-ayat dalam Al-Quran. Menuduh seseorang itu anti-hadith seperti menuduh seseorang itu kafir adalah cara mereka yang tidak dapat pertahan kefahaman dan pendapat mereka).

vii) Tuhan menjadikan manusia berbeza dengan haiwan kerana manusia diberi akal fikiran. Apakah agama Islam melarang manusia dari mengguna akal dan berfikir?

Saya menunggu jawapan daripada adik Hilal Asyraf supaya dapat saya betulkan diri saya.
chedet

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
... manakala ini adalah surat Sdr Hilal Asyraf buat Che Det
 
Assalamu'alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokatuh.



Alhamdulillah, pada hari ini saya telah menulis status berkenaan mantan perdana menteri yang kita kasihi, apabila dia berkata berkenaan Hukum Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah, dan bukannya datang daripada Al-Quran.


Apa yang suka saya ketengahkan di dalam isu ini adalah kenyataannya – Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah. Tiada daripada Al-Quran.

Maka, saya rasa sangat kelakar, untuk seorang mantan perdana menteri yang memerintah sebuah negara 'Islam' untuk jangka masa lebih dua dekad, bahkan masih hidup hingga ke hari ini, untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.


Kita ketepikan dahulu persoalan 'Bagaimana Sepatutnya Hudud Dilaksanakan'. Sebab nampaknya, persoalan 'Apakah Hudud Itu Daripada Allah' pun tidak diketahui rupanya.


Tiada Di Dalam Al-Quran? Tiada Di Dalam Hadith? Rekaan?


Saya hanya seorang pelajar Usuluddin, tahun akhir, di University of Yarmouk, Irbid, Jordan. Saya tidak mendalami syariah(peraturan) Islam sebagaimana pelajar Fiqh. Saya hanya 'budak Usul', atau 'budak akar' di dalam bidang agama ini. Justeru, saya belajar akan Aqidah, Tafsir Al-Quran, dan Hadith.


Sebab itu, saya mahu bahaskan tentang "Apakah benar Hukum Hudud itu rekaan ulama' Fiqah?". Saya tidak layak untuk membahaskan "Bagaimana Melaksanakan Hukum Hudud." Semestinya, saya serahkan yang itu kepada yang lebih arif. KERANA SAYA TIDAK TAHU. Saya ulang, kerana saya tidak tahu. Apa yang saya tidak tahu, saya tak akan pandai-pandai sentuh.


Maka, di sini buktinya bahawa Hukum Hudud itu wujud di dalam Al-Quran dan Hadith, bukannya rekaan Ulama'.


Ini hukum mencuri:


"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." Surah Al-Maidah ayat 38. Ini dalil hukum hudud untuk mencuri. Jelas, ini adalah Al-Quran.


Diriwayatkan pula di dalam Sohih Bukhari Hadith no 1516 Jilid 3:


Dari Aisyah r.a., Orang Quraisy merasa tidak senang akan hukuman yang dijatuhkan kepada seorang perempuan suku Makhzum mencuri. Mereka berkata: "Siapakah yang boleh menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w. supaya perempuan itu dibebaskan saja?" Kata mereka: "Siapakah yang berani selain Usamah bin Zaid, kesayangan Rasulullah s.a.w.!" Usamah lalu menyampaikannya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mengapa engkau memberikan pertolongan untuk membebaskan seseorang dari had (hukum) Allah?" Kemudian beliau berdiri lalu berpidato, sebagai berikut: "Orang-orang yang sebelum kamu dibinasakan, kerana kalau orang yang terhormat (mulia) mencuri, mereka biarkan saja. Tetapi kalau yang mencuri itu orang lemah, mereka jatuhi hukuman. Demi Tuhan! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, saya potong juga tangannya!"


Kemudian hukum zina pula:


"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." Surah An-Nur ayat 2.


Hukum Rejam untuk penzina yang telah berkahwin:


"Dari Jabir bin Abdullah Al-Ansar RA, bahawa seorang lelaki dari Aslam datang kepada Rasulullah SAW dan menyatakan bahawa dia telah berzina. Pengakuan ini diucapkannya empat kali. Lalu Rasulullah SAW menyuruh supaya orang itu direjam. Sesungguhnya dia telah berkahwin." Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, no 1817, Jilid 4, Bab Zina.


Jelas, sekali lagi, hukum ini daripada Al-Quran dan Hadith.


Kemudian hukum murtad pula:


"Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia." Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, Hadith no 6922. Jelas, ini adalah hadith yang sohih.


Kemudian hukum Qazaf(menuduh orang lain berzina):"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik" Surah An-Nur ayat 4.


Sekali lagi, jelas, ini adalah daripada Al-Quran. Daripada Hadith yang Sohih.


Justeru, amatlah dangkal untuk seseorang itu sebenarnya menyatakan Hukum Hudud Adalah Rekaan Ahli Fiqah dan bukannya daripada Al-Quran.


Hukum Hudud Tidak Adil. Merugikan Orang Islam.


Dinyatakan juga oleh Mantan Perdana Menteri tersebut bahawa, Hukum Hudud ini tidak adil. Dia berulang kali menyebut bahawa Islam menekankan keadilan. Kononnya Al-Quran sendiri menyatakan akan keadilan. Hukum dengan adil. Seakan-akan, melaksanakan hudud bukan satu keadilan, bahkan merugikan orang Islam.


Katanya, kalau orang Islam kena potong tangan, dan orang bukan Islam tak kena potong tangan, bukankah itu tidak adil dan merugikan?


Sebenarnya, dari segi perlaksanaan Hukum Hudud, perlaksanaannya adalah sangat ketat. Bukan semua kecurian dihukum dengan hukuman potong tangan. Perkara ini, pelajar yang mendalami Fiqah lebih arif.


Dan sebenarnya, amatlah saya terkilan dengan kenyataan Mantan Perdana Menteri kita itu. Kerana, seakan-akan, bangsa Melayu, orang islam ini kaki mencuri pula. Bukankah kita adalah bangsa yang disematkan adab dan sopan, dan mencuri bukanlah perkara kebiasaan di dalam adat kita sendiri (atau sebenarnya iya?). Maka mengapa perlu takut sebenarnya akan hukum ini? Ramai orang Islam akan ketiadaan tangan? Pada saya itu alasan yang sangat dangkal.


Dr Asri Zainal Abidin adalah antara ulama' yang saya suka penjelasannya akan perlaksanaan hudud. Boleh rujuk kepada video-video beliau. Saya second apa-apa sahaja fatwa beliau berkenaan hudud.


Setakat ilmu saya, perlaksanaan hududlah yang paling adil sekali dalam peraturan dunia. Semestinya kerana Allah SWT yang memberikan hukum ini kepada kita adalah Yang Maha Adil. Kerana itu hukumNya juga adalah adil. Bahkan, pada hemat saya, dengan melaksanakan hukum ini, Ummat Islam akan menjadi Ummat yang paling layak dicontohi kerana disiplin dan ketelusan mereka. Yang menjadikan kita takut dengan Hudud ini adalah daripada penerangan yang salah, dan dimomokkan pula dengan perlaksanaannya yang dikatakan barbarik, ganas, tidak berperasaan. Tidak. Hakikatnya tidak.


Apa-apa hal pun, untuk lebih detail berkenaan BAGAIMANA HUKUM HUDUD ITU PERLU DILAKSANAKAN, saya serahkan kepada rakan-rakan saya dalam bidang syariah untuk menjelaskannya. Jelas, Dr Asri Zainal Abidin banyak membahaskannya.


Penutup: Saya Tidak Perlu Menjadi Pembangkang atau Perdana Menteri Untuk Memberikan Teguran Ini.


Saya tidak perlu menjadi Pembangkang untuk menegur Mantan Perdana Menteri ini sambil menjelaskan pula perkara ini di khalayak ramai. Pada saya, ulama'-ulama' Kerajaan perlu bertegas memberikan penjelasan akan hal ini.


Saya juga tidak perlu menjadi Perdana Menteri, untuk membetulkan statement – Hukum Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah dan bukan daripada Al-Quran.


Kalau semua orang perlu menjadi Perdana Menteri baru boleh tegur Perdana Menteri atau Mantan Perdana Menteri, maka dalam sejarah Malaysia ini tinggal 3 orang sahaja yang layak memberikan teguran.


Dan, memandangkan saya adalah pelajar Usuluddin yang mendalami Aqidah, suka saya menekankan satu perkara penting di sini: "Menolak apa-apa sahaja daripada Al-Quran, hukumnya adalah kafir." Sebenarnyalah.


"Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. " Surah Al-Maidah ayat 44.


"Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." Surah Al-Maidah ayat 45.


"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik." Surah Al-Maidah ayat 49.


Saya dididik oleh guru Aqidah saya, Dr Ala' Hilat, untuk tidak menghukum orang lain kafir. Saya tidak sesekali menyatakan Mantan Perdana Menteri kita itu kafir. Tetapi saya mahu tegaskan bahawa, menolak apa-apa daripada Al-Quran, adalah kafir. Guru saya kata, jika kita nampak orang sujud kepada pokok, katakanlah mungkin dia tidak tahu. Kemudian perjelaskanlah.


Maka saya menganggap, Mantan Perdana Menteri saya, sepanjang 22 tahun dia memerintah dan sehingga kini dia hidup, tiada siapa menjelaskan hal ini kepadanya. Dia TIDAK TAHU.


Maka saya jelaskan di sini secara ringkas.


Saya juga ingin menegaskan bahawa, sekiranya kita bukan AHLI di dalam bidang agama, maka janganlah bicara sembarangan. Bertanyalah jika benar tidak mengetahui. Mintalah penjelasan. Apatah lagi sekiranya kita seorang public figure yang mempunyai ramai pengikut fanatik yang mengikut kita dengan membuta tuli, dan sanggup mempertahankan kita walau apa yang kita sebut itu salah.


Sampai di sini sahaja nota do'if saya.


Mantan Perdana Menteri saya berbicara akan hal ini di khalayak ramai. Maka di sini nota ini saya persembahkan di khalayak ramai.


Sesiapa mahu sokong pendapat Mantan Perdana Menteri kita itu, boleh fikir 10 kali lepas baca nota ini.


Saya mahu kata di sini bahawa, sesiapa yang mampu sampaikan nota ini kepada Mantan Perdana Menteri saya itu, dia patut sampaikan.Saya tak tahu cara mana saya boleh sampaikan biar betul-betul sampai kepada dia.Sekian.

~ Seorang hamba,

Hilal Asyraf

JOM BACA SURAT CHE DET BUAT TG NIK AZIZ

Posted: 14 Mar 2012 08:11 PM PDT






ANAK DONALD TRUMP DIKECAM DUNIA

Posted: 14 Mar 2012 07:43 PM PDT

Anak lelaki bilionair hartanah, Donald Trump, mencetuskan kemarahan orang ramai ekoran tindakan mereka memburu haiwan liar dan dengan megah bergambar bersama bangkai haiwan berkenaan.

Aktivis hak asasi haiwan menyelar Donald Trump Jr, 34, serta adiknya, Eric, 28, yang membunuh pelbagai binatang liar, termasuk seekor gajah, buaya, musang dan rusa.

Mereka berburu di Zimbabwe, tahun lalu, dan gambar itu dipaparkan syarikat pengendali aktiviti berkenaan, Hunting Legends.

Kumpulan pencinta haiwan menganggap aktiviti berburu sebagai kejam dan tidak sensitif

Bagaimanapun, adik-beradik itu mempertahankan tindakan itu dengan mendakwa, daging haiwan berkenaan diberi kepada penduduk setempat untuk dijadikan makanan mereka.

Melalui Twitter, Trump Jr berkata, dia tidak rasa bersalah langsung atas tindakannya itu.





BN DAH START UGUT PENEROKA FELDA

Posted: 14 Mar 2012 06:48 PM PDT

Putrajaya akan meneruskan hasrat untuk menyenaraikan FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGVH), dengan atau tanpa 51 peratus saham daripada FELDA Holdings yang dimiliki oleh peneroka Felda.
Sekumpulan lapan peneroka bulan lalu telah memenangi arahan mahkamah sementara bagi menghalang pemindahan saham mereka daripada Koperasi Permodalan Felda (KPF) kepada FGVH, langkah penting terhadap penyenaraian firma perladangan tersebut.
Menurut beliau penyenaraian tersebut akan diteruskan sama ada peneroka tersebut memenangi injunksi terhadap pemindahan saham apabila kes tersebut akan didengar di mahkmah 22 Mac ini.
"Sekiranya kami tidak mampu mengenepikan injunksi yang dibuat mereka, kami tetap akan meneruskan penyenaraian ini. Kami perlu mengambil kesempatan sementara harga CPO masih lagi tinggi.
"Ini adalah faktor utama kenapa kami mahukan penyenaraian itu dilakukan pada May, tapi sekarang ia mungkin akan dilakukan pada Jun. Tapi kami akan teruskan tanpa KPF," katanya.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 15 Mar 2012 01:13 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


30 Orang Asli kesal tak dapat jumpa KM Melaka

Posted: 15 Mar 2012 06:49 AM PDT

Seramai 30 Orang Asli kesal kerana tidak dapat berjumpa dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam selepas menunggu hampir empat jam di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh bagi menyerahkan memorandum bantahan berkenaan tanah dan wilayah adat mereka.


"Kami dah menunggu hampir empat jam, iaitu dari jam 10 pagi hingga 2 petang tetapi hasrat untuk bertemu dengan ketua menteri dan menyerahkan memorandum ini tidak kesampaian," kata wakil Jaringan Kampung Orang Asli Melaka, Faridah A/K Goh Kam.

"Padahal kami sudah maklumkan kepada setiausahanya, mengapakah beliau enggan melayan kami," tambahnya.

Setelah menunggu hampir empat jam di hadapan pintu masuk bangunan, akhirnya memorandum tersebut sekadar diterima oleh setiausaha sulit kepada Ketua Menteri, Ali Mohamed.

Menurut Faridah, memorandum bantahan itu mengandungi 282 tandatangan penduduk membabitkan 11 buah kampung daripada 14 perkampungan Orang Asli yang terdapat di seluruh negeri Melaka.

Faridah berkata memorandum tersebut antara lain membantah tindakan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Mohd Ali Rustam yang berhasrat mewartakan 16 perkampungan Orang Asli di Melaka dengan pemberian tanah sebanyak 520.39 hektar kepada 363 ketua isi rumah.

"Sekiranya perkara itu terlaksana, setiap ketua isi rumah cuma memperolehi 1.5 hektar tanah sahaja.

"Kami juga menuntut segala aktiviti yang sedang berjalan di atas tanah dan wilayah adat Orang Asli dihentikan dan menarik balik lesen yang diberikan kepada kontraktor yang bekerja di atas tanah itu.

"Pihak yang berkenaan juga perlu membayar pampasan yang sewajarnya menurut Perlembagaan Persekutuan di atas kerosakan dan kerugian yang kami hadapi dan mengiktiraf wilayah adat Orang Asli menurut peta komuniti Orang Asli," katanya.

Sumber :

http://www.malaysiakini.com/news/192073

Batu Gajah Mari

Posted: 15 Mar 2012 11:39 AM PDT

Batu Gajah Mari


Gegarkan Ipoh Esok!

Posted: 15 Mar 2012 03:12 AM PDT


jom turun beramai-ramai!

Dupahang's Weblog

Posted: 15 Mar 2012 11:13 AM PDT

Dupahang's Weblog


Wasatiyyah Najib tak sama dengan cara Rasulullah

Posted: 14 Mar 2012 06:18 PM PDT

Salmiyah Harun, 15 Mac 2012 KUALA LUMPUR, 15 Mac: Konsep wasatiyyah yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya menjadi gagasan kerajaan disifatkan sebagai kosmetik semata-mata. Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar) berkata, kaedah wasatiyyah yang diperkenalkan oleh Najib adalah wasatiyyah ciptaannya sendiri. Katanya, Perdana Menteri [...]

Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 15 Mar 2012 09:22 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


123BANGKIT: Kerajaan UMNO/BN Sabah terdesak

Posted: 15 Mar 2012 01:33 AM PDT

Berikutan dengan himpunan '123BANGKIT' yang dianjurkan oleh sebuah NGO yang dikenali sebagai TABAH (Bela Tanak Rakyat Sabah) baru-baru ini, akhbar-akhbar di Sabah difahamkan telah mendapat arahan dari pejabat Ketua Menteri agar tidak menyiarkan sebarang berita tentang himpunan tersebut. Namun begitu terdapat juga beberapa buah akhbar bertindak untuk tidak menurut arahan. Berikut adalah kenyataan saudara Lahirul Latigu yang diambil dari [Official Page] Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat (123 Bangkit):
[TabahNews] Dapat maklumat dari wartawan yang Pejabat Ketua Menteri ada menelefon semua suratkhabar petang Isnin (12 Mac 2012) memberi amaran tidak memasukkan liputan berkenaan 123 Bangkit. Nampaknya mereka sudah melampau! Jangan ingat kemarahan rakyat akan dapat disembunyikan. Tunggu 123 BANGKIT 2.0!

Lahirul Latigu,
Setiausaha TABAH (Bela Tanah Rakyat Sabah)
Selain dari itu, terdapat juga pihak yang telah mengupah beberapa orang untuk mengaku bahawa pihak penganjur himpunan tersebut telah menipu penduduk yang hadir. Selain dari mereka ditipu, mereka juga dipergunakan oleh parti-parti politik untuk tujuan lain. Berikut ialah keratan akhbar yang disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan Sabah.


Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS Sabah melihat semua ini adalah petanda awal bahawa kerajaan UMNO/BN yang ada sekarang pasti akan tumbang pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Menurut Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Sabah, saudara Amir Saifuddin Samsuddin, "Pihak pengajur telah berkali-kali menyatakan bahawa perhimpunan ini adalah aman. Malah pihak penganjur telah menjemput semua parti-parti politik, NGO dan rakyat yang prihatin untuk hadir sama pada perhimpunan tersebut sebagai tanda solidariti terhadap kezaliman yang berlaku pada penduduk kampung yang terlibat. Namun yang hadir hanya lah parti-parti politik selain dari BN, walaupun UPKO juga menyatakan pendirian menyokong himpunan aman tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa BN Sabah hanya mempermainkan rakyat demi untuk survival kuasa politik mereka semata-mata".

NGO TABAH merupakan sebuah NGO bebas yang membela tanah rakyat Sabah. Setelah sekian lamanya rakyat Sabah telah ditindas dan dizalimi oleh kerajaan yang ada sekarang. Maka sudah tiba masanya untuk rakyat bangkit menyatakan bantahan terhadap hak mereka yang telah dicabuli.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 15 Mar 2012 09:11 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Terkuburnya cadangan Kampus UiTM di Chengkau, Rembau

Posted: 15 Mar 2012 07:20 AM PDT


Semasa kempen Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 , antara yang diwar-warkan ialah pembinaan Kampus UiTM di Rembau. Ada yang mengatakan ianya di Chengkau. Satu artikel bertajuk Proposal Guard House For UiTM Chengkau Rembau, N. Sembilan, Malaysia menguatkan lagi ura-ura pembinaan Kampus UiTM di Chengkau.

Artikel tersebut di http://mfyarchdesign.blogspot.com/2010/10/proposal-guard-house-for-uitm-chengkau.html

Adakah cadangan pembinaan Kampus UiTM di Chengkau akan dibangkitkan semula dalam kempen Pilihanraya Umum ke 13 nanti?

Kosmo 31 Jan 2008

SEREMBAN - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.

Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.

BELIAU JUGA MENGUMUMKAN PEMBINAAN SEBUAH LAGI KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) REMBAU selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

Sumber : http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/06/siapa-yang-janji-nak-bina-uitm-di.html

Penduduk Pedalaman Daerah Pitas, Terseksa Sejak Puluhan Tahun

Posted: 15 Mar 2012 03:24 AM PDT


Aduan Rakyat Online 15 Mac 2012 - Janji nak baiki/naik taraf jalan sudah menjadi rutin dalam kalangan pemimpin POLITIK. Hal inilah yang menjadi isu utama di beberapa buah kampung sekitar Jalan HACP SENG daerah Pitas, Sabah. Kalau dikatakan penduduk tidak menyuarakan masalah ni, bertimbun-timbun sudah surat permohonan yang diajukkan oleh pengerusi JKKK dan ketua kampung setiap tahun.

Kalau dikatakan penduduk mengada-adakan masalah, tak masuk akal langsung sebab PEMIMPIN sendiri yang pernah masuk ke kampung berkenaan dengan menyatakan rasa simpati.

Semasa beliau dalam perjalanan masuk kampung, beliau telah mengalirkan air mata berdasarkan ucapan beliau dalam Program Juara Rakyat hujung 2010. Janji menabur batu di lokasi tertentu sepanjang jalan akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat. Janji yang sama diumumkan semula sempena Lawatan kerja mereka pada tahun 2011.

~ Siapakan yang tidak terharu dengan JANJI MANIS MULUT ini? Apa yang dah jadi sehingga sekarangpun jalan raya masih tidak boleh dilalui. Implikasi daripada masalah ini,

~ Penduduk berjalan kaki sehingga ke Kg. Mampakad Laut Pitas (kira-kira 35 KM)

~ Penduduk sukar mendapatkan rawatan di hospital. Penduduk terpaksa menggunakan perahu (Kira-kira 20/40 KM)

~ Ramai pemilik kenderaan 4×4 menanggung kerugian akibat terpaksa melalui jalan ROSAK TERUK

~ Hasil pertanian sukar dikeluarkan ke pasaran

~ Urusan di pejabat terus tertangguh

~ Sekolah mengalami kerugian akibat pembinaan kemudahan dibatalkan ekoran ketidak sanggupan para kontraktor melalui jalan SANGAT TERUK.

~ Guru-guru berjalan kaki berserta barang keperluan mereka

Kami sebagai penduduk dalam beberapa buah kampung berasa berSALAH sebab kalau diam ja, sampai bila kami memikul penderitaan ini. kalau nak kata sesuatu pula dikatakan tidak spoting, menentang/memburuk-burukkan pemimpin/pihak kerajaan, tidak bersyukur dan sebagainya………..Kami minta maaf, jauh sekali niat kami sedemikian tapi FAHAMILAH keperluan kami sebagai rakyat Malaysia.

Kami BERHAK mendapatkan kemudahan ASAS seperti yang dikecapi oleh penduduk- penduduk PEKAN /BANDAR. Tentang ELEKTRIK dan bekalan AIR BERSIH jangan ceritalah………Sebab kami mahir membuat lampu pelita, Cuma kanak-kanak kampung ini sentiasa ada naluri melihat wajah PERDANA MENTERI MALAYSIA di kaca TV tapi hal ini hanyalah angan-angan.

Kalau tak ada bekalan air bersihpun, kami masih boleh guna air sungai Bengkoka. Tiba musim banjir, kami makan, minum, membasuh dan mandi dengan " Air Milo". Nasib oh! nasib!….

Slogan PM "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" sekurang-kurangnya menjadi harapan dan sinar baru kami sebagai penduduk pedalaman agar PENDERITAAN TEGAR ini tidak lagi diwarisi oleh cucu-cicit kami.

Bagi memastikan kesahihan FAKTA dalam aduan ini SILA TINJAU sepanjang Jalan Hacp Seng sekarang juga (15 MAC 2012)

Sekian dan terima kasih

By: Semua Penduduk

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/penduduk-pedalaman-daerah-pitas-terseksa-sejak-puluhan-tahun#more-11427


JALAN KE SOKID

Beginilah keadaan jalan yang terpaksa dilalui oleh penduduk di kg. Mandurian, Kg. Sinanggip, Kg.Nibang, dan Kg. Lokos serta kampung-kampung yang berdekatan. Untuk makluman para pelawat blog ini, gambar ini saya diambil ketika dalam perjalanan balik ke kampung halaman (Kg.Mandurian Pitas) pada bulan FEB.

Gambar ini hanya boleh menggambarkan sebahagian kecil sahaja jalan-jalan yang rosak. Keadaan jalan ini telah bertambah teruk pada ketika ini, sehingga memaksa para penduduk untuk berjalan kaki berbatu-batu jauhnya untuk mendapatkan barangan keperluan seharian mereka. Perkara ini bukanlah baru bagi penduduk yang tinggal dikawasan ini bahkan keperitan ini sudah dirasai sejak lebih 10 tahun yang lalu lagi.

Bukan untuk menyakitkan hati mana-mana pihak(cuma untuk pengetahuan para pembaca), pihak yang berwajib langsung tidak mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya untuk membela nasib penduduk disini.

Pada pandangan saya, pembangunan dikawasan ini boleh buat dengan adanya jalan raya yang baik. Dengan adanya jalan raya yang baik di kawasan ini, segala hasil pertanian orang kampung dapat dijual di pasar-pasar.

Ini seterusnya akan meningkatkan hasil pendapatan penduduk. Tetapi disini lain pula jadinya…bukan sekadar penduduk sahaja yang dapat tempiasnya, guru-guru yang mengajar khususnya di SK Mandurian, SK Nibang, dan SK Pinapak terpaksa berjalan kaki berbatu-batu untuk mendapatkan kereta "pirates" dan yang lebih buruk lagi ada yang terpaksa menaiki perahu untuk ke Dandun. Pelajar-pelajar SMK Pinggan-Pinggan yang berasal dari sini terpaksa berjalan kaki untuk balik ke asrama SMK Pinggan-Pinggan.

Saya bukanlah mahu "memperhebatkan" cerita, tetapi perkara ini juga saya pernah rasai ketika saya dan rakan sekampung yang sebaya masih menuntut di SMK Pinggan-Pinggan dan sekarang pun adik-adik kami masih mengalami perkara yang sama. Perubahan???langsung tak pernah nampak. Sekolah Mandurian yang semakin uzur?? bantuan peralatan komputer yang dibekalkan pun tak sampai ke sekolah Mandurian akibat kenderaan yang digunakan untuk mengangkut terkandas di Kg. Sinanggip.

Kalau ada penduduk yang menyuarakan ketidakpuasan hati, ada pula orang "asing"yang marah dengan menyuruh kami supaya teruskan berdiam diri. Apa yang sangat menghairankan, mereka juga mempunyai ahli keluarga yang tinggal disini.

Mereka ini hanya tahu bercakap ketika mendengar cerita dari mulut orang lain tanpa melihat dengan mata sendiri, yang memandu kereta di jalan berturap dan bukannya memandu disepanjang jalan Hap Seng, yang hanya basah kuyup kerana lupa membawa payung dan bukannya basah disebabkan menimbus jalan yang rosak dengan batu-batu hampir sepanjang perjalanan.

Bagi mereka yang belum "bangun" daripada tidur dari lebih 10 tahun yang lalu, bangunlah, buka mata, cuci muka beruslah gigi, anak-anak anda juga pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. Bukalah minda luas-luas..

http://tulunsokid.wordpress.com/2011/03/27/jalan-ke-sokid/

Bancian kecenderungan politik guru juga di KL

Posted: 15 Mar 2012 03:22 AM PDT


Mac 15, 2012 - Surat pekeliling yang didakwa dikeluarkan kepada guru besar supaya merekodkan kecenderungan politik guru-guru di Tawau dipercayai juga diedarkan kepada sekolah di Kuala Lumpur.

Malaysiakini dimaklumkan bahawa guru di sebuah sekolah rendah diminta melabelkan diri mereka sebagai hitam, kelabu atau putih mengikut kecenderungan politik mereka, sama seperti yang dilakukan di Tawau.

Menurut seorang guru, yang enggan mendedahkan identitinya, tinjauan berkenaan dijalankan bulan lalu.

"Ya, kajian itu sama dengan apa yang dilakukan di Tawau. Borang itu mempunyai dua ruang, pertama senarai nama guru dan kedua untuk ditandakan sama ada putih sebagai menyokong kerajaan, hitam bagi yang memihak kepada pembangkang dan kelabu bagi mereka yang tidak pasti, "kata guru itu.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada jika kajian itu diarahkan oleh kementerian atau pegawai pendidikan, tetapi percaya tinjauan berkenaan dijalankan di sekolahnya kerana ia terletak di kerusi yang dipegang oleh pembangkang.

Namun tinjauan rambang di beberapa buah sekolah lain di kawasan yang dimenangi oleh pembangkang, mendapati tidak ada guru lain yang diberi kertas kajian seumpama itu.

Ketika dihubungi, seorang pegawai Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan berkata bahawa beliau tahu terdapat pekeliling atau arahan seumpama itu yang dihantar ke sekolah-sekolah. Beliau menasihatkan Malaysiakini untuk menghubungi semula minggu depan untuk jawapan rasmi.

"Pengarah di luar kawasan," katanya.

Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi, juga berkata bahawa tidak ada arahan seumpama itu dikeluarkan oleh kementerian.

"Tidak ada arahan. Kementerian tidak terlibat, saya sudah semak," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/192089

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai

Posted: 15 Mar 2012 09:11 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai


Ceramah Penerangan Isu-isu Semasa Dun Manek Urai

Posted: 15 Mar 2012 12:10 AM PDT

Jasindaily Online

Posted: 15 Mar 2012 09:05 AM PDT

Jasindaily Online


BALASUNGKAWA : ISTERI MANTAN TPJ MELAKA MENINGGAL DUNIA

Posted: 14 Mar 2012 06:32 PM PDT

KHIDMAT MERU

Posted: 15 Mar 2012 09:04 AM PDT

KHIDMAT MERU


USTAZ DON DANIYAL DI SURAU KIYAI REDZUAN

Posted: 14 Mar 2012 05:00 PM PDT










Kehadiran Ustaz Don Danyal yang selalu keluar di kaca TV telah menarik ratusan hadirin dan hadirat dalam Majlis Ceramah beliau di Surau Kiyai Redzwan di Jalan Belimbing, Kg Bukit Kapar, Meru.


Turut bersama beliau ialah YB Dr Rani namun beliau tak dapat bersama sehingga akhir program kerana terpaksa bergegas ke Ampang untuk memenuhi jemputan ceramah disana.


Usataz Don dalam keadaan bersantai menjawab beberapa soalan hadirin dan hadirat yang melimpahi ruangan bawah dan halaman surau.









PELANCARAN SKEPS

Posted: 14 Mar 2012 03:33 PM PDT



















Saudara Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas telah dijemput untuk merasmikan Skuad Keselamatan Pas Selangor ( SKEPS ) yang dilancarkan di Ampang Pecah.


Turut bersama dalam majlis tersebut ialah YB Dr Abd Rani Osman dan YB Dr Halimah Ali. Juga hadir ialah Ustazah Maryam selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan Pas Selangor.


Program SKEPS yang sepatutnya berlangsung selama 2 hari berturut-turut itu terpaksa dipendekkan selama satu setengah hari sahaja kerana tenaga pemuda diperlukan untuk operasi pembersihan dan keselamatan untuk mangsa-mangsa banjir di Ampang dan Hulu Langat.


Dr Rani mengingatkan betapa pentingnya peranan yang telah dan seterusnya diambil oleh pemuda Pas bagi terus mempertahankan kesyumulan dan perjuangan Islam seperti yang telah dilakarioleh Rasulullah saw.



















Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 15 Mar 2012 03:49 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Candid sekitar Majlis Istiadat Perasmian Pembukaan Penggal ke 5 Parlimen ke 12

Posted: 14 Mar 2012 06:22 AM PDT






Tiada ulasan:

Catat Ulasan