Sabtu, 17 Mac 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 17 Mar 2012 03:09 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Penjelasan TGHH : Mengapa tidak bersama Umno

Posted: 16 Mar 2012 08:48 PM PDT

Lebih 1,500 termasuk Mursyidul Am dan Presiden PAS menyertai majlis makan malam bersama pemimpin anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat malam tadi.

Mereka memenuhi dewan besar Shah Alam Covention Centre dan menjadikan ia antara majlis makan malam terbesar yang dibuat untuk memungut dana pilihan raya PAS.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang antara yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan majlis itu.


(Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz di SACC malam tadi)

Di samping makan dengan selesa dan berselera, para tetamu sempat mendengar ucapan mereka berdua di samping berdilog dengan Abdul Hadi dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof.

Turut berucap malam tadi adalah timbalannya, Dr Siti Mariah Mahmod.

Selain mereka, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan isteri turut hadir di majlis itu.

Kenapa tidak bersama Umno

Dalam ucapannya malam tadi, Abdul Hadi memberikan penjelasan dengan jelas kenapa PAS tidak bersama Umno walaupun sudah didesak dan dipujuk oleh parti nasionalis itu beberapa kali.

Abdul memberikan alasan, sejak PAS mengambil alih Kelantan pada tahun 1990 lagi sebagai sebab mengapa PAS tidak boleh bersama dengan Umno.

(Istreri dua pemimpin utama PAS turut serta malam tadi...Datin Tuan Sabariah [kiri] Datin Seri Zainab [tengah] dan Siti Zailah)

"Apabila PAS memerintah Kelanta, kerajaan pusat telah melambat-lambatkan capitation grant kepada kerajaan negeri Kelantan dengan satu alasan sahaja iaitu mendera PAS.

"Apabila PAS menang di Terengganu, atas desakan perwakilan di mesyuarat agung Umno, kerajaan pusat telah merampas royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu.

"Apakah kerajaan Kelantan dan Terengganu ini Cina ke India...bukankah ini kerajaan Melayu jika mereka kata nak bersatu atas nama Melayu.

"Semasa kerajaan Sabah dimenangi oleh PBS pun, kerajaan pusat tidak menyekat royalti minyak kepada Sabah," kata Abdul Hadi mendedahkan tembelang Umno yang sebenarnya.

Bagi beliau, Melayu akan maju dan bermaruah dengan Islam tetapi yakinlah Melayu akan layu tanpa Islam dan hanya dengan Melayu sahaja.

Ustaz Abdul Hadi juga membangkitkan hubungan PAS dengan Umno dalam kerajaan persekutuan ketika PAS menyertai BN akibat peristiwa 13 Mei 1969.

(Nik Aziz bersalam dengan salah seorang kanak-kanak yang menyertai majlis malam tadi)

Ia pula dibuat hasil dari satu keputusan yang dicapai dalam satu muktamar khas yang dianjurkan oleh PAS.

"Kita berusaha melaksanakan Islam dalam pentadbiran dan berjaya membuat banyak perkara juga tetapi apabila kita mahu laksana Islam lebih jauh, pergeseran berlaku.

"Hasilnya PAS ditendang keluar dari BN," kata Abdul Hadi mengibau peristiwa 1978 apabila PAS ditendang keluar dari BN.

Beliau menjelaskan isu itu panjang lebar selepas ditanya oleh salah seorang peserta majlis makan malam itu kenapa PAS tidak bersama dengan Umno padahal Umno bertalu-talu berusaha mahu bersama PAS.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 17 Mar 2012 01:08 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Air: Selangor perkenal program 'Lapor dan Dapat'

Posted: 16 Mar 2012 01:47 AM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 16 Mac: Penduduk pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter pukal hanya perlu melaporkan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) mereka bilangan kediaman yang berpenghuni di pembangunan mereka untuk mendapat air percuma.

Demikian kata, Iskandar bin Abdul Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Negeri Selangor dalam kenyataannya.

Apabila mendapat laporan itu, katanya, kerajaan negeri kemudian akan menyampaikan maklumat itu kepada SYABAS yang akan membuat potongan pada bil meter pukal.

"Oleh itu MC, JMB, agen pengurusan, pemaju dan persatuan penduduk diminta berjumpa dengan COB mereka untuk mendapatkan air percuma tersebut," kata beliau dalam kenyataan itu.

Iskandar membuat kenyataan itu bagi menjelaskan tindakan kerajaan negeri untuk memberikan air percuma kepada penghuni flat yang tidak mendapat kemudahan itu ekoran berkongsi meter (meter pukal).

Melalui pendekatan ini, penghuni flat juga akan menikmati kemudahan 20 meter padu air percuma dari kerajaan negeri Selangor ini.

Program "LAPOR DAN DAPAT" akan berupaya memperlipat ganda bilangan penduduk rumah kos rendah mendapat air percuma.

Menurut Iskandar, potongan yang diberikan oleh SYABAS adalah bersamaan nilai air untuk 20 meter padu kali jumlah kediaman yang berpenghuni.

Mereka kemudian mesti memberi potongan pada bil-bil meter individu penduduk, katanya.

Bukti potongan ini mestilah ditunjukkan kepada COB, tambah beliau.

COB juga akan melakukan pemeriksaan mengejut untuk memastikan bilangan kediaman yang berpenghuni adalah sepertimana yang dilaporkan.

Kaedah pemotongan pada bil meter pukal memang sedang dilaksanakan sekarang tetapi program "LAPOR DAN DAPAT" akan meringkaskan lagi prosedur permohonan.

Program ini akan bermula pada 1 April 2012.
Ekoran itu, penduduk pangsapuri rumah kos rendah digesa untuk mendesak MC, JMB, agen pengurusan, pemaju dan persatuan penduduk agar menghubungi COB supaya mereka mendapat air percuma.

Sistem kupon turut dilaksanakan sebelum ini di dalam usaha untuk memberi air percuma kepada penduduk rumah kos rendah tetapi ia juga amat rumit.

Pemotongan pada bil meter pukal dan sistem kupon dilaksanakan kerana migrasi dari meter pukal ke meter individu oleh SYABAS tidak dapat dilakukan secepat yang dihasrat.

Harakah Daily

SPR tidak tunai janjinya - anggota PSC

Posted: 16 Mar 2012 01:30 AM PDT

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuktikan badan tersebut tidak menunaikan janjinya apabila bertindak menukar kawasan mengundi membabitkan kawasan Parlimen.

Biarpun ia ekoran pembetulan sempadan kawasan pilihan raya, pertukaran itu hanya boleh melibatkan kawasan yang dilingkungi Parlimen yang sama sebelum ini.

"Jika yang bertukar hanya Dun tetapi masih di Parlimen yang sama, ia tidak menjadi masalah. Tapi, apabila membabitkan pertukaran Parlimen (dan dalam kes MB Selangor negeri), itu sudah tidak betul," tegas Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas jawapan SPR berhubung pertukaran kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, dari Parlimen Petaling Jaya Selatan di Selangor ke Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Akibat pertukaran ini, Khalid tidak lagi boleh bertanding dalam DUN Selangor dan menyebabkan beliau tidak lagi boleh menjadi MB Selangor.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Dr. Hatta yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi penambahbaikan pilihan raya (PSC), berkata dengan pertukaran tersebut menunjukkan tindakan SPR yang kononnya membekukan pembetulan sempadan pada 2011 itu sebenarnya tidak berlaku.

"Saya tidak tahu di mana silapnya SPR dalam hal ini, tetapi saya berharap SPR berpegang pada janji bagi memastikan badan itu bebas dari mengundang persepsi negatif daripada rakyat, lebih-lebih lagi dalam 'mood' pilihan raya umum yang semakin hampir, " tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata sewajarnya pihak SPR memaklumkan kepada pengundi yang terlibat dalam pembetulan sempadan itu bagi mengelakkan sebarang kekecohan.

Katanya, jika pengundi dimaklumkan lebih awal tentang pembetulan kawasan mengundi tersebut, kemungkinan berlaku kekecohan pada hari mengundi kelak dapat dielakkan.

"Bayangkan, jika pengundi tidak membuat semakan awal dan tidak dimaklumkan, apabila hari pengundian baru tahu tempat mengundi yang lain, akan berlaku kekecohan. Macam Tan Sri ini, dia sendiri buat semakan," tegas beliau.

Kes membabitkan Khalid ini mula dikesan apabila Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi 'pengundi hantu' di Lembah Pantai.

Bagaimanapun, menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara.

Beliau berkata Khalid telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.

Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai.

Harakah Daily

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 16 Mar 2012 09:35 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Posted: 16 Mar 2012 08:46 PM PDT

 MESYUARAT AGONG PAS VS CERAMAH YB DR HASSAN ALI

18 MAC 2012 Ahad tarikh yang dipilih untuk diadakan mesyuarat agong PAS Cawangan ini yang akan diresmikan oleh Ustaz W. Azhar W. Ahmad YDP Besut . Tarikh itu juga telah terpampang di pokok dan tiang api di sekitar Keratong  poster bekas Naib Presiden PAS yang telah dipecat akan mengadakan ceramah anjuran PEKIDA Bandar Tun Razak Pahang di Padang Awam Bandar.

Difahamkan orang kuat UMNO Bahagian Rompin yang menaja ceramah tersebut. Sedih jika dikenangkan mantan naib Presiden PAS ini. Jika semasa menjawat exco Selangor, beliau begitu sibuk katanya sehingga tak sempat hadir ceramah jika dijemput....Tapi laani...boleh pulak ? Mengapa dan kenapa ? Hanya beliau boleh menjawabnya......

PAS Negeri Sembilan

Posted: 16 Mar 2012 09:29 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Solidariti Mahasiswa 18 Mac 2012 di Seremban

Posted: 16 Mar 2012 08:46 AM PDT


CERAMAH UMUM

Tarikh : 18 Mac 2012, Ahad

Masa : 9 mlm

Tempat : Markas PAS Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

Penceramah :

Adam Adli, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Safwan Anang, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Syukri Razab, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Nazree Yunus, Ketua AMK N.Sembilan

Zulkefly Mohamad Hj Omar, AJK PAS Pusat

Semua dijemput hadir

PAS Kawasan Miri

Posted: 16 Mar 2012 07:26 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Hukum Allah Saja Yang Dapat Selesaikan Masalah Manusia

Posted: 16 Mar 2012 03:53 PM PDT

Hukum Allah Saja Yang Terbaik Untuk Semua
Kes pembunuhan kanak-kanak semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Pembunuhan kanak-kanak dianggap satu jenayah yang hina dan kejam dalam kebanyakan dunia. Mereka ini mudah terdedah dalam kes yang melibatkan penculikan dan pembunuhan.
Perlindungan kanak-kanak daripada penderaan dan kematian, mungkin sering melibatkan dan mengganggu struktur keluarga kanak-kanak terbabit. Ada yang sanggup membunuh mangsa dengan kejam tanpa ada perasaan perikemanusiaan.
Pihak pemerintah seharusnya bertindak dengan lebih tegas lagi keatas penjenayah yang kejam ini dengan melaksanakan hukuman yang benar-benar menakutkan para penjenayah atau mereka yang mempunyai keinginan untuk melakukan jenayah berat keatas kanak-kanak.
Kerajaan hendaklah menyemak semula undang-undang sivil yang ada sekarang, kerana ianya kurang berkesan membenteras jenayah kejam yang dilakukan keatas mangsa yang terlalu lemah dan tidak berdaya untuk melawan nafsu serakah pembunuh yang kejam tersebut. Kalau sekadar dipenjara seumur hidup, belum tentu ini akan memberi kesan dan pengajaran kepada orang ramai yang melakukan jenayah keatas kanak-kanak yang lemah dan tidak berdaya ini.
Berbagai usaha dan cara sudah dilakukan oleh pihak pemerintah untuk mencegah atau menghukum pembunuh zalim ini, namun perkara ini tetap juga berlaku, seolah-olah penjenayah sekarang berani mencabar perundangan yang sedia ada. Berbagai pandangan orang ramai untuk menghukum pesalah atau pembunuh kejam ini sudah dikemukakan, tetapi sehingga kini tiada suatu pun yang dapat diterima sebagai jalan penyelesaian.
Maka inilah masanya bagi pihak pemerintah kembali semula kepada perundangan syariah atau hukuman yang diturunkan Allah kepada setiap manusia agar perkara ini dapat dibendung atau menyekat kegiatan pembunuhan kejam ini dari berleluasan. Selain daripada itu didikan agama sejak dari kecil juga perlu dipertingkatkan..
Jangan tunggu sampai anak-anak kita jadi mangsa barulah kita mahu kembali kepada perundangan Islam. Semoga Allah melindungi kita semua dari perkara yang dasyat dan tidak diingini ini berlaku keatas keluarga kita..
Hanya dengan melaksanakan hukum Allah saja, manusia akan gerun dan takut untuk melakukan sesuatu perbuatan kejam walaupun memang benar ada yang akan terus melakukan dosa tetapi sekurang-kurangnya mereka tidak berani melakukan dosa besar tersebut secara bebas dan terang-terangan.
Kepada yang bukan Islam mereka tidak perlu takut dengan perundangan syariah kerana semua ini adalah untuk keselamatan dan kebaikan kita semua. Apabila manusia mendengar hukum Allah saja, mereka sudah merasa takut dan secara tidak langsung dapat mencegah perbuatan kejam seperti pembunuhan kanak-kanak kecil yang tidak berdosa ini terus berlaku seperti apa yang berlaku sekarang dan ini termasuk juga mereka yang membunuh bayi juga patut menerima hukuman yang sama seperti pembunuh kejam.
Hukum Hudud atau hukuman syariah adalah terbaik untuk menyelesaikan masalah jenayah berat seperti rogol, bunuh dan sesuai untuk semua manusia tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kembalilah kepada syariah Islam demi kesejahteraan ummah.
Hanya Hukum Allah yang sesuai dan terbaik untuk semua. Allah yang mencipta segala mahluk di muka bumi ini, maka Allah yang maha mengetahui yang terbaik untuk menyelesaikan segala masalah manusia sejagat.


Jofri Jaraiee
PAS Miri,SARAWAK

English version
Only Law of God is the Best for All
The murders of children are becoming more common this lately. Murder of children is considered a crime of despicable and cruel in most of the world. They are easily exposed in the case involving kidnapping and murder.
Protection of children from abuse and death, may often involve and disrupting the structure of the children's families. Some are willing to kill the victim brutally without any sense of humanity.
The government should act with more firms on these vicious criminals by executing the sentence that really scare the criminals or those who have the desire to commit violent crimes on the children.
The Government shall revise the civil law which have now, because it is less effective combating violent crime committed on a victim who is too weak and helpless to fight the greed of the ruthless killer.
Various efforts and means have been carried out by the government to prevent or punish this evil killer, but it would still be there, as if the criminals are now daring to challenge the existing legislation. Several of public opinion to punish the offender or this cutthroat was presented, but so far nothing seems to be accepted as a solution.
So it's time for the government to return to sharia law or punishment which Allah has sent to human being, that this matter can be prevented or restrict the activities of this brutal murder from massive scale. Apart from this religious upbringing since childhood also needs to be improved.
Do not wait until our children become victims then we want to return to Islamic law. May Allah protect us all from this terrible and unfortunate thing happened to our family.
Only by implementing the law of God alone people will fear and afraid to do something cruel act, even though it's true that there will continue to commit sin, but at least they did not dare do such a great sin freely and openly.
To non-Muslims, they do not have to be afraid of sharia law as is for the safety and benefit of us all.
When people hear the law of God, they were feels scared and indirectly prevent cruel acts such as murder of small children who have no sinned like what is happening now and this includes those who kill babies also deserve the same punishment as cruel murderers.
Hudud law or shari'a law is the best to solve serious crimes such as rape, murder and suitable for all people regardless of race, religion and political belief. Return to Islamic law for the benefit of the community.
Only God's Law is suitable and the best for all. God created all creatures on this earth and then Allah Almighty knows best to solve all the problems of mankind.

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief

PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 16 Mar 2012 07:07 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat


Sidang Paling Bebal di Melaka

Posted: 16 Mar 2012 07:32 AM PDT

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 16 Mar 2012 03:45 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


SAH INI KERUSI BUKAN PENGERUSI

Posted: 16 Mar 2012 12:49 PM PDT

Astaghfirullah ! Masjid tu rumah Allah janganlah anggap Masjid jadi
Tindakan biadap Pengerusi Masjid Serkam Darat, Ramli Hassan menghalau keluar rombongan Dewan Ulama' PAS Negeri Melaka dari masjid Serkam Darat amat dikesali Naib Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Melaka, Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz petang semalam. "Kami memberitahu Pengerusi Masjid Serkam Darat untuk bertemu Imam Masjid selepas Solat Jumaat tetapi kami dihalau supaya keluar dari masjid itu".

"Ini tindakan yang biadap kerana sebagai seorang Pengerusi Masjid beliau sepatutnya melayan tetamu dengan baik bukannya menghalau kami dengan biadap seperti itu" ujar Ustaz Khairi.

Beliau berkata tujuan rombongan hanya untuk beramah mesra dengan Imam Masjid serta menyampaikan sedikit cenderahati bukannya untuk berhujah dan sebagainya.

Menurutnya rombongan Dewan Ulama PAS Negeri Melaka turun ke Dewan Undangan Negeri Serkam hari ini bagi menjayakan program menziarahi golongan Al Mala'.

Walaubagaimana beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Imam Tua dan Bilal Masjid tersebut yang sudi menerima cenderahati dari Dewan Ulama' di luar pagar masjid.

Turut sama dalam rombongan Dewan Ulama tersebut ialah Ustaz Hasri, Ustaz Helmi, Ustaz Faris, Zulkifli Ghaus dan pimpinan PAS Cawangan Serkam Darat.

INI BUKAN JEFRI ZAIN DALAM FILEM TAPI MAT ZAIN YANG DIGERUNI !

Posted: 16 Mar 2012 02:19 AM PDT

Mat Zain sedia beri keterangan terhadap salahlaku Gani Patail & Musa Hasan

Tekanan semakin meningkat terhadap perdana menteri supaya menubuhkansebuah tribunal bagi menyiasat dakwaan salahlaku terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Ini ekoran seorang lagi bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim, dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang salinannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan jika tribunal itu ditubuhkan.

Katanya, terdapat cukup justifikasi untuk menubuhkan tribunal tersebut, sambil menambah bahawa perdana menteri boleh
dikaitkan dengan salahlaku jenayah, jika terus menyembunyikan salahlaku jenayah seseorang (yang telahpun berada dalam pengetahuannya).


Bukti yang dirujuk oleh Mat Zain ialah mengenai tingkahlaku Musa dan Gani dalam insiden 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Musa adalah pegawai penyiasat dalam kes liwat I manakala Gani mengetuai pihak pendakwaan. Mat Zain merupakan pegawai penyiasat insiden mata lebam itu.

Mat Zain, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, adalah bekas pegawai kanan polis kedua yang menggesa ditubuhkan tribunal untuk menyiasat Gani dan Musa.

http://malaysiakini.com/news/192210

SAKMONGKOL TIDAK MAHU LAGI BERSENGKOKOL! AMINN ..

Posted: 15 Mar 2012 08:15 PM PDT

Harap Najib jadi Ketua Pembangkang - Bekas Adun BN

Sakmongkol Harap Najib Akan Jadi Ketua Pembangkang Selepas PRU
PEKAN: Program ceramah umum Pakatan Rakyat di Kampung Batu 9, Sungai Miang dekat sini malam tadi tercemar dengan gelagat penyokong UMNO yang sengaja membuat provokasi di kawasan terbabit.

Tidak cukup dengan mengadakan program "Penerangan & Ramah Mesra Bersama Masyarakat" dijarak begitu hampir (sekitar 100 meter) daripada lokasi ceramah berkenaan, mereka juga turut mengganggu dan mengejek Mohammad Sabu ketika Timbalan Presiden PAS itu menyampaikan ceramahnya semalam.

Ceramah dimulakan oleh Ustaz Abu Kassim Manaf, Yang DiPertua PAS Kawasan Pekan kemudian diikuti oleh Aspan Alias, bekas Blogger UMNO Negeri Sembilan yang kini menyertai DAP.

Selepas itu barulah mantan Ketua Penerangan UMNO Pekan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis iaitu Datuk Ariff Sabri Abd Aziz (gambar) menyampaikan ceramahnya.

Beliau yang juga dikenali sebagai Blogger Sakmongkol itu banyak menyingkap sejarah lama ketika bersama UMNO sehinggalah beliau membuat keputusan untuk bersama Pakatan Rakyat dengan menyertai DAP.

Dalam kenyataannya, Ariff banyak mengulas tentang perangai dan sikap pemimpin UMNO yang tidak mahu berubah dan gemar mengejar duniawi menjadi punca dia meninggalkan parti itu.

Beliau turut menyelar sikap puak-puak UMNO yang sudah tidak mempunyai idea hingga tergamak menganjurkan program mereka pada malam itu semata-mata untuk menganggu ceramah umum Pakatan Rakyat sebenarnya.

"Inilah kerja mereka sejak dari dulu lagi. Sepuluh tahun lalu UMNO tuduh ceramah PAS mencaci dan menghina .. tapi sekarang tuan-tuan lihat, amalan itu sudah terlekat pula pada diri mereka," kata Ariff Sabri.

Beliau turut menegaskan kenapa orang Melayu terpinggir sedangkan sudah lebih 50 tahun UMNO menjadi pemerintah di negara ini.

Kuasa ada pada orang Melayu, namun kehidupan dan ekonomi bangsa sendiri terus merundum katanya.

Mereka yang kaya raya dan menikmati hasilnya ialah puak-puak pencacai yang proksi serta kroni mereka sendiri.

Inilah yang berlaku sejak sekian lama dan amalan ini sukar untuk dibendung lagi dalam UMNO, lantaran itulah beliau akhirnya kini terpaksa meninggalkan parti tersebut.

Sementara itu, Ariff Sabri juga banyak mendedahkan beberapa penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO selama mereka memerintah termasuk juga dalam isu Felda yang sedang hangat diperkatakan.

Beliau turut mendedahkan bahawa beberapa orang bekas pemimpin UMNO yang bertaraf menteri pun mengakui bahawa jangka hayat parti itu kemungkinan akan berakhir pada PRU-13 ini.

Pakatan rakyat katanya akan menang dan bakal menakluki Putrajaya.

"Saya dimaklumkan, BN akan kehilangan hampir 16 kerusi parlimen di Sarawak dan minima 12 kerusi di Sabah.

"Jika dicampur dengan kelemahan mereka di Semenanjung yang hanya bergantung kepada undi masyarakat Felda dan orang kampung maka harapan untuk melihat BN kecundang pasti akan tercapai.

"Apapun, saya harap Datuk Najib menang di Parlimen Pekan kerana kita nak dia jadi Ketua Pembangkang di parlimen selepas ini," katanya.

Sementara itu Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS dalam kenyataan awalnya menegaskan apa yang berlaku malam tadi adalah kelemahan tindakan pihak polis.

"Kenapa polis tak halang UMNO buat program dekat tempat kita, sedangkan depa tahu Pakatan Rakyat terlebih awal mahu adakan program ceramah di sini. Polis sengaja biarkan suasana jadi huru hara dan kekecohan tercetus.

"Kenapa polis boleh bersikap begini, sedangkan mereka ditugaskan menjaga keselamatan rakyat. Polis hanya mahu jaga UMNO tapi bukan rakyat!. Mereka berpakat dengan UMNO buat program dekat dengan lokasi kita. Depa nak kita jadi marah ... ," kata Mat Sabu.

Dalam pada itu, mengulas lanjut berkenaan kutukan dan cacian yang dibuat oleh penceramah UMNO terhadap beliau, Mat Sabu secara sinis berkata penceramah terbabit tidak akan dibenarkan ceramah jika Pakatan Rakyat memerintah.

"Dok caci saya isu khalwat, isu tu dah selesai di mahkamah. Kenapa dok bising. Ini kerja puak-puak UMNO. Depa dah tak ada isu," kata Mat Sabu lagi.

Beliau turut mengingatkan rakyat, supaya bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 bila-bila masa dari sekarang.

Katanya, Pakatan Rakyat kini berpeluang cerah untuk menakluki Putrajaya. -

MENTERI DALAM NEGERI DALAM BAHAYA?

Posted: 15 Mar 2012 06:21 PM PDT


Mengikut tulisan satu blog pro UMNO mengatakan sekarang YB Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein sudah tak boleh duduk senang apabila jawatan beliau selaku Menteri Dalam Negeri Malaysia sudah mula ada pencabarnya..

katanya jika sesiapa Tak percaya lihat dan dengar video di atas.

Inilah saja pendedahan yang dikatakan mencuit hati dan menyebabkan jawatan YB DS Hisham tidak lagi "selamat".


Wallahualam...

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 16 Mar 2012 03:23 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


KANTOI!!! HABUK SEJAK 1990-AN... TAPI PENCEMARAN MULA 2008

Posted: 15 Mar 2012 08:08 PM PDT

(HM) MERU: "Kami beri masa sebulan kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu bunyi bising dan habuk kilang simen yang terletak kurang 50 meter dari rumah penduduk.
"Jika kerajaan negeri gagal berbuat demikian, kami akan mengadakan demonstrasi aman di depan pintu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)," itulah amaran yang diberikan penduduk, S Hassan Kuthoos Syed Ahmad Kaber, 38, berhubung pencemaran berpunca daripada sebuah kilang simen di Taman Daya Maju dan Taman Daya Meru, di sini, semalam.
Penduduk tidak tahan hidup dalam keadaan tidak selesa disebabkan habuk dan bunyi bising yang dikeluarkan sebuah kilang simen sejak tahun 1990-an lagi. Katanya, masalah pencemaran itu sejak dari 2008 sehingga kini dan masalah semakin meruncing sehingga membahayakan kesihatan penduduk.
"Tahap kesihatan kebanyakan penduduk terjejas dan sering diserang penyakit seperti asma dan batuk.
"Jika dibiarkan masalah ini berlarutan, dikhuatiri pelbagai lagi penyakit akan menyerang penduduk dalam jangka masa panjang," katanya.
Tambah rumit apabila lori dari kilang simen dan kilang berhampiran turut melalui kawasan berkenaan mengundang bahaya terutama kepada kanak-kanak.

Beliau berkata demikian sewaktu melakukan demostrasi di hadapan kilang simen berkenaan yang dihadiri kira-kira 50 penduduk dari kedua-dua taman perumahan.
......nak menipu pun agak-agak la....

SANGKA DICULIK RUPANYA LEMAS

Posted: 15 Mar 2012 07:37 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Kali terakhir saya melihatnya, dia leka memerhatikan burung dan saya pula sibuk melayan dua abangnya yang menangis ingin menaiki buaian.
"Bila nak balik, baru kami sedar dia tiada. Puas kami mencarinya, tapi tak jumpa," kata Nurazura Ahmad, 27, ibu kepada Irfan Danish Rosdi berusia dua tahun yang ditemui lemas di Tasik Titiwangsa, di sini pagi semalam.
Menurut Nurazura, semasa berkelah di pinggir tasik itu kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, dia terpaksa menarik anak bongsunya itu dua kali kerana berada terlalu dekat dengan air.

"Dua abangnya sibuk bermain di taman permainan tapi dia lebih tertarik melihat tasik dan saya terpaksa menariknya dua kali kerana dia berdiri terlalu dekat air," katanya.
Mayat Irfan ditemui seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di tasik berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi semalam. Nurazura membuat laporan polis mengenai kehilangan Irfan jam 7 malam kelmarin tanpa mengetahui anaknya jatuh ke dalam tasik. Menurut Nurazura yang menetap di Kluang, Johor, dia dan tiga anak lelaki yang berusia dua dan enam tahun termasuk Irfan berkunjung ke ibu negara dan berkelah di Taman Tasik Titiwangsa sempena cuti persekolahan.

"Kami sekeluarga datang dari Kluang sejak Ahad lalu untuk melawat saudara di sini selain bercuti sempena cuti sekolah dan semalam (kelmarin) kami ke Tasik Titiwangsa bersama keluarga ipar saya untuk berkelah.

"Suami saya tak datang kerana bekerja. Selain saya empat beranak, kami ke Tasik Titiwangsa bersama kakak dan abang ipar saya serta tiga anak mereka," katanya. Nurazura mengakui dia terlepas pandang Irfan kerana sibuk melayan kerenah dua lagi anaknya yang menangis ingin menaiki buaian ketika duduk di pondok disediakan berhampiran tasik itu.

"Ketika saya sibuk melayan dua abangnya menangis nak naik buaian, saya perhatikan Irfan leka melihat burung dan itulah kali terakhir saya melihatnya," katanya.

Nurazura diberitahu mengenai penemuan mayat anaknya selepas dihubungi polis pagi semalam dan diminta datang ke tasik untuk membuat pengecaman.

Dia kemudian bergegas ke lokasi penemuan Irfan bersama kakak iparnya dan hanya mampu menangis sebaik melihat sendiri jasad anak bongsunya terapung dalam keadaan tertiarap di gigi air.

Difahamkan, sebelah selipar kanak-kanak itu turut ditemui di tebing tasik berkenaan, manakala sebelah lagi terapung di permukaan air.

... hati-hati bawa anak-anak sempena cuti sekolah...

AHAD INI NAJIB LAWAT SELANGOR PULAK

Posted: 15 Mar 2012 06:39 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja sehari ke Selangor Ahad ini di bawah program "Nurani Rakyat" di Petaling Jaya, Shah Alam dan Puchong, mengikut kenyataan dari Barisan Nasional (BN) Selangor.


Najib, yang juga presiden Umno, baru melawat Shah Alam pada permulaan minggu ini.

lawatan kerja Najib (gambar) bagi mendengar denyut nadi rakyat akan bermula di Petaling Jaya, pada sebelah pagi.

Perdana Menteri akan menghadiri jamuan sambutan ulang tahun ke-30 Pusat Sri Murugan di Sek Ren Jenis Kebangsaan Tamil Vivekananda, Jalan Templer, Petaling Jaya.
Najib kemudian berdialog dengan bekas pegawai kanan kerajaan di Selangor dalam satu perjumpaan khas di Hotel De Palma, Seksyen 19, di sini pada sebelah petang.
Perdana Menteri akan menunaikan solat Asar di Surau Al-Fatinah, Pangsapuri Sri Siantan, Putra Perdana, Puchong serta beramah mesra dengan imam, nazir, anggota jawatankuasa surau dan masjid sekitar kawasan itu.

kemudian akan menyertai perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat di Sek Men Kebangsaan Putra Perdana yang dijangka dihadiri 30,000 penduduk dari lima kawasan Parlimen – Sepang, Serdang, Puchong, Hulu Langat dan Kuala Langat, katanya.

Program perhimpunan bersama rakyat itu turut mengadakan pameran dan jualan pelbagai produk pertanian dalam Karnival Produk Pertanian bermula jam 10 pagi manakala pada 4 petang akan berlangsung majlis penyampaian sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru dari lima Parlimen berkenaan serta insentif kepada pelajar-pelajar cemerlang PMR.

Last sekali Perdana Menteri akan melancarkan Pasukan Bermotor Pemuda Barisan Nasional Sepang.
 
.... Letih aku tengok cara Najib nak rampas balik Selangor.... last-last mati atas katil....

PAS KOTA TINGGI

Posted: 16 Mar 2012 01:40 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Program PAS Kawasan Kota Tinggi

Posted: 15 Mar 2012 09:42 PM PDT






Jemput hadir ke program ceramah di atas. Mohon sampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain.

DUN Lembah Jaya

Posted: 16 Mar 2012 11:07 AM PDT

DUN Lembah Jaya


263 keluarga mangsa banjir Lembah Jaya Utara terima sumbangan

Posted: 15 Mar 2012 06:30 PM PDT


15 Mac 2012 - Seramai 263 orang mangsa banjir di Lembah Jaya Utara menerima sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung. Sumbangan daripada Pusat Zakat Selangor (PZS), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat serta ADUN Lembah Jaya. Penyampaian disempurnakan oleh YB Hj Khasim serta pegawai-pegawai dari agensi-agensi berkenaan di Surau Ihsaniah.

Turut hadir dalam majlis penyampaian itu ialah Penghulu Mukim Ampang 1, Tuan Abdul Rashid Bin Saman serta Ketua-Ketua Kampung di DUN Lembah Jaya.




PAS

Posted: 16 Mar 2012 11:03 AM PDT

PAS


Posted: 16 Mar 2012 07:22 AM PDT

18 Mac 2012, jam 7 malam,
Munajat & Kuliah Perdana Perakite
bersama

------------------------------------

SILA DATANG DENGAN 
BERPAKAIAN PUTIH 
BAWA SEJADAH MASING-MASING

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 16 Mar 2012 09:52 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Solidariti Mahasiswa 18 Mac 2012 di Seremban

Posted: 16 Mar 2012 08:41 AM PDT


CERAMAH UMUM

Tarikh : 18 Mac 2012, Ahad

Masa : 9 mlm

Tempat : Markas PAS Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

Penceramah :

Adam Adli, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Safwan Anang, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Syukri Razab, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Nazree Yunus, Ketua AMK N.Sembilan

Zulkefly Mohamad Hj Omar, AJK PAS Pusat

Semua dijemput hadir

SPNB gagal pulih Projek Perumahan Terbengkalai secara menyeluruh

Posted: 15 Mar 2012 08:45 PM PDT


Pada tahun 2002 Syarikat Perumahan Negara Berhad SPNB telah diberi dana oleh kerajaan sebanyak RM300 dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk menyiapkan projek perumahan terbengkalai. Tapi sejak tahun 2010, SPNB tidak lagi bertanggungjawab memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai. Sebaliknya apa yang berlaku antara projek SPNB ialah membina Aparment seperti di Seremban Putra sebanyak 960 buah pada harga antara RM 55,000 ke RM 96,000 sebuah. Ini bermakna sekiranya terjual semua 960 unit Apartment Seremban Putra ianya berjumlah antara RM 52.8 juta ke RM 92.16 juta.

Adakah semua 960 unit Apartment Seremban Putra? Dari mana SPNB memperolehi dana untuk membina 960 unit Apartment Seremban Putra?

Apakah kini nasib pembeli rumah terbengkalai atau projek perumahan sakit seluruh Malaysia akan terumbang ambing selama-lamanya?

1. Apakah latarbelakang Pemulihan Projek Terbengkalai SPNB?

Pada 7 November 2001, YAB Menteri Kewangan telah meluluskan peruntukan bagi kerja-kerja membaikpulih projek-projek perumahan terbengkalai di seluruh Malaysia. Peruntukan permulaan berjumlah RM300 juta dalam bentuk pinjaman tanpa faedah telah diberikan kepada SPNB pada Januari 2002.

2. Apakah objektif Pemulihan Projek Terbengkalai yang dilaksanakan oleh SPNB?

Objektif Pemilihan Projek adalah untuk menyiapkan projek perumahan terbengkalai dan menyerahkan kepada pembeli bersama pemilikan hartanah yang sempurna.

http://www.spnb.com.my/bm/corporate/faq.htm#10

SPNB tak lagi pulih projek perumahan terbengkalai

Feb 5, 2012

Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), tidak lagi bertanggungjawab memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai sejak 2010, kata pengarah urusannya, Datuk Kamarul Rashdan Salleh.

- Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/188333

LAMAN WEB BEBERAPA PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI http://terbengkalai.blogspot.com

SEREMBAN PUTRA

SIKAMAT, MUKIM AMPANGAN, SEREMBAN

Dengan harga yang amat berpatutan serta lokasinya yang hanya beberapa minit dari bandar Seremban, projek perumahan ini menampilkan rekabentuk yang sememangnya menepati citarasa terkini.

http://www.spnb.com.my/bm/projects/05-002/05-002.htm#

Seremban Putra

From RM88,000 - RM96,000

Built Up:849 - 900 sq. ft.

Listing Price:From RM88,000 - RM96,000

Bedrooms:3, Bathrooms:2

Total Units/Lots:960

Posted Date:14/12/2010

http://www.iproperty.com.my/developments/1869/Seremban_Putra

For Sale – Seremban Putra Apartments at Sikamat, Seremban. Freehold. Price from RM55,000. Developed by SPNB.

Posted on | August 16, 2011

Built up: 850 sq. ft.

3 bedrooms + 2 bedrooms units.

http://www.malaysiapropertynews.net/2011/08/sale-seremban-putra-apartments-sikamat-seremban-freehold-price-2.html

Seremban Putra Apartments (Seremban)

Consist of 10 blocks of 5 storey apartments with lifts. Each block having 96 unit of 3 bedroom apartment and 4 unit shop lots.

The development is developed by Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)

http://wikimapia.org/19955059/Seremban-Putra-Apartments

Peluang melabur projek Mini Perpustakaan Sekolah Tahfiz

Posted: 15 Mar 2012 05:45 PM PDT


Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk pembinaan Mini Perpustakaan Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU) Seremban sila salurkan melalui :

Nama akaun : SRI DARUL ULUM

No akaun bank CIMB : 05040000993100

Atau sila hubungi :

019-6500927 (Mudir) Ustaz Mohd Khairi

019-6644320 (Bendahari) Ustaz Mohd Nazri

e-mel : sriitahfizdarulum@yahoo.com

Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU) ditubuhkan pada tahun 2009, dan berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

SRIIDU ditubuhkan oleh siswazah lepasan Universiti Al Azhar, Mesir bertujuan untuk mewujudkan sistem pendidikan Tahfiz Al Quran dan Akademik bermula di peringkat sekolah rendah.

SRIIDU ketika ini beroperasi di Ad-Dirasah Ilmiah IT Centre, Taman Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.

SRIIDU juga membiayai pengajian untuk anak-anak yatim dan pelajar yang kurang berkemampuan yang belajar di sini.

Alamat :

Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU)

No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ 6/9,

Taman Rasah Jaya,

70300 Seremban,

Negeri Sembilan

Laman web : www.facebook.com/SriiTahfizDarulUlum

Program Penerangan DUN Chembong 24 Mac 2012

Posted: 15 Mar 2012 05:44 PM PDT


CERAMAH UMUM

Tarikh : 24 Mac 2012, Sabtu

Masa : 9 mlm

Tempat : Pusat Komuniti DUN Chembong, Kg Mulia, Rembau (depan Majlis Daerah Rembau)

Penceramah :

~ Suhaizan Kayat , EXCO Pemuda PAS Pusat

~ Dr Ahmad Suhaimi Md Aris , Penyelaras SAMM

~ Aiman Athirah , Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat

~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau

~ Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Pengerusi Majlis : Hakki , Ketua Pemuda PAS Rembau

- Semua dijemput hadir -

Anjuran : Pakatan Rakyat DUN Chembong

Warga emas meninggal dunia selepas mohon bantuan JKM

Posted: 15 Mar 2012 05:43 PM PDT

Akhbar Borneo Post 16 Mac 2012 melaporkan seorang warga emas berusia 74 tahun meninggal dunia selepas keluar dari lif di Wisma Sanyan di Sibu, Sarawak. Warga emas tersebut dengan isteri telah pergi ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan bantuan kewangan. Selepas meninggalkan pejabat JKM beliau telah mengadu sakit dada.

Persoalannya, apakah perlu warga emas yang sudah uzur berurusan di pejabat JKM? Apakah kakitangan JKM, pengerusi JKKK tidak cukup kakitangan atau elaun untuk pergi ke rumah mereka yang uzur untuk membuat proses permohonan bantuan kewangan atau memberi bantuan kewangan?

Senior citizen collapses, dies after stepping out of lift

March 16, 2012, Friday

SIBU: A 74-year-old man collapsed and died after stepping out of a lift at Wisma Sanyan about 10am yesterday.

The man from Sibu Jaya and his wife had earlier visited the Welfare Department to get some financial aids.

He complained of chest pain while leaving the department.

When he collapsed after leaving the lift, a member of the public called an ambulance.

He was pronounced dead when paramedics attended to him.

Police classify it a sudden-death case.

http://www.theborneopost.com/2012/03/16/senior-citizen-collapses-dies-after-stepping-out-of-lift/


Jasindaily Online

Posted: 16 Mar 2012 09:26 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 16 Mar 2012 07:54 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PENGHINAAN KEPADA DASAR ISLAM AMAT MENGECEWAKAN

Posted: 15 Mar 2012 08:21 PM PDT

UMNO KALAU DAH TAKUT, SEMUANYA BAHAYA !!!

Posted: 15 Mar 2012 08:07 PM PDT

APAKAH AKAN GAGAL TERUS ???

Posted: 15 Mar 2012 08:02 PM PDT

SEKATAN EU : TRANSAKSI BANK IRAN DIPOTONG

Posted: 15 Mar 2012 07:54 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan