Khamis, 1 Mac 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


DIMENSI

Posted: 01 Mar 2012 11:52 AM PST

DIMENSI


Omegay: dah cuba macam2 trick..Ustaz badigol dah mati akal? kehkehkeh >XD

Posted: 29 Feb 2012 10:00 PM PST

Tiada siasatan jika Badrolamin tidak buat laporan polis

29 Februari 2012

KUANTAN - Polis tidak akan membuat sebarang siasatan berhubung dakwaan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrulamin Bahron kononnya beliau dipukul kira-kira 20 orang ketika ditangkap atas dakwaan berkhalwat, Sabtu lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, sebarang siasatan hanya dilakukan jika pengadu membuat laporan polis.

"Namun jika beliau (Badrulamin) tidak mahu membuat laporan polis, itu terpulang kepadanya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata pihak polis hanya menerima laporan daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berhubung tangkapan khalwat pemimpin PKR itu.

Pihak polis menerima laporan tangkapan khalwat terhadap individu terbabit yang dibuat Jaip pada 25 Feb lepas, di Balai Polis Beserah di sini pada pukul 10.28 pagi.

Sementara itu, pihak pengurusan hotel yang diserbu Jaip berhubung kes khalwat pemimpin terbabit bersedia memberi kerjasama dengan pihak berkuasa jika ia dapat membantu siasatan kes itu.

Menurut jurucakap hotel berkenaan, pihaknya tidak mempunyai masalah jika pihak berkuasa ingin mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Rakaman CCTV memang boleh diberikan tetapi perlulah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak hotel," katanya. - Bernama








Omegay: Pengamal undang2 St. Petersburg kene gelak jek dengan anuwar!

Posted: 29 Feb 2012 07:30 PM PST


Undang-undang terhadap propaganda gay dilulus

01/03/2012 4:13am

ST. PETERSBURG, RUSIA 1 Mac - Penggubal undang-undang St. Petersburg, bandar kedua terbesar di negara ini, semalam meluluskan peraturan yang mengenakan saman di atas kesalahan menyebarkan `propaganda' gay di kalangan golongan bawah umur.

Ia masih memerlukan kelulusan Gabenor bandar tersebut sebelum ia dijangka dikuatkuasakan dalam beberapa minggu lalu.

Peraturan itu akan mengenakan saman sehingga 5,000 rouble (RM527) ke atas individu dan 500,000 rouble (RM52,700) ke atas syarikat menyebarkan `propaganda' yang boleh merosakkan kesihatan, moral dan rohani mereka yang dibawah umur.

Seorang pengkritik undang-undang berkata, kelulusan rang undang-undang itu boleh digunakan untuk menyekat komuniti homoseksual. - REUTERS

penguatkuasa: weii ko nak gi mana bebogel kat tengah jalan ni??
anuwar: ehhh nak bogel ke nak ape ker saya punye pasal laa..ini body saya!

ape laa tukang gubal undang2 st petersburg ni!..dah outdated btol..diorang ni patut blaja undang2 dari anuwar al juburi..sekurang2nya jemput la anuwar al juburi dulu dan mintak pandangan dari pakar seks mesia tu dulu. kalau setakat saman bek tak payah susah2 nak luluskan. kalau anuwar lah dia bangkang aje!..menyusahkan puak2 songsang nak jalankan kegiatan kesukaan mereka ape hal?

sebagai negara komunis diorang patut malu sama anuwar..anuwar sebagai manusia penganut pelbagai agama kat mesia ni lbey openminded!. malah terkenal di seantero dunia sebagai pemikir liberal dan bapa plurisma moden abad ini..tak ketinggalan sebagai peminat muzik rock dari rusia (scorpion) yang selalu mendendangkan lagu 'wind of change' dalam sebarang acara tak kira upacara keagamaan atau ceramah politik, pengamal undang2 di rusia patut respek kat dia!..kehkehkehkeh >XD

Surat Tun kepada PM israel yang bakal membengkakkan kepala otak fuckatan

Posted: 29 Feb 2012 04:30 PM PST




Surat Dr. Mahathir kepada Benjamin Netanyahu


KUALA LUMPUR 29 Feb. - Berikut adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini hari ini.

PERDANA MENTERI MALAYSIA 14 Mac 1997 Tuan Yang Terutama Tuan Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Israel Jerusalem Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.

Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.

Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.

Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.

Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

baca lagi surat tun kepada pm yahudi di sini dan sini

PEJUANG BANGSA

Posted: 01 Mar 2012 11:22 AM PST

PEJUANG BANGSA


Video Amoi Cina muda mendapat hidayah Allah & memeluk Islam ....

Posted: 01 Mar 2012 09:57 AM PST








Subhanallah ... ini dinamakan petunjuk & hidayah  daripada Allah kepada hambanya yang memohon pertolongan walaupun beliau sebelum ini adalah kaum  kafir .

Walaupun  Jo Yee adalah anak tunggal dari keluarga yang kaya   tetapi mungkin  Allah telah memilih beliau untuk diberi petunjuk untuk  mendekati Islam . Malah lebih mengejutkan beliau adalah dari beragama Kristian dan bakal paderi muda di gereja .



GPB teringin sangat nak jumpa Jo Yee kalau diizin Allah .....




Nik Aziz kena tipu dengan Anwar, bukti video HAMAS tak iktiraf Israel didedahkan !

Posted: 01 Mar 2012 08:32 AM PST




Anwar kantoi lagi menipu pasal sokong negara Israel ... dia cakap semasa berjumpa Nik Aziz bahawa  pandangannya mengenai iktiraf negara Israel adalah selari dengan pandangan FATAH & HAMAS.

Hari ini didedahkan video oleh Timb Pengerusi Biro Politik HAMAS bahawa mereka tidak ada kaitan dengan  kenyataan Anwar Ibrahim ini . Malah pendirian HAMAS juga tidak berubah dan tidak akan mengiktiraf negara Israel !

Nampak jelas Anwar jual nama HAMAS untuk menipu Nik Aziz...hahaha ... tapi sayang penipuan Anwar kantoi juga ...









PUTAR BELIT ANWAR IBRAHIM MENJERAT DIRI


CAT hentam kerugian MAS, kerugian RM10billion Bayan Mutiara apa cerita ?

Posted: 01 Mar 2012 05:35 AM PST



Terkejut juga hari ini ketua CAT  kuat putar belit ini    mengulas mengenai kerugian MAS iaitu RM2.52 Bilion .  Orang yang pertahan skandal  RM10 Bilion  dalam isu penjualan  tanah  Bayan Mutiara  tiba-tiba  boleh   bercakap tentang kerugian MAS iaitu RM 2.52 bilion tahun lepas .

Mungkin rugi  RM 2.52 bilion lebih banyak dari RM 10 bilion rugi ...

Lepas itu pulak beliau dakwa  hanya  CAT sahaja boleh settle masalah MAS.   Buktinya di Bayan Mutiara yang mana mereka berjaya jual tanah hanya RM240 kaki persegi melalui  runding terus saja  !



Nak tahu bagaimana CAT curi duit Bayan Mutiara  ..klik di sini 


"Kerugian mengejutkan RM2.52 bilion Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) untuk tahun 2011 peringatan jelas bahawa pengurusan dan model bisnes yang gagal mengakibatkan krisis dalam syarikat penerbangan yang pernah menjadi kebanggaan ramai.


Jelas bahawa cara mengelakkan aset kebangsaan kita daripada terhempas adalah dengan menggunakan model bisnes baru berdasarkan prinsip Cekap, Bertanggungjawab dan Telus (CAT) yang membawa kejayaan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.KLIK DI SINI

Penulis prolifik Dr MIM dedahkan fitnah jahat AMK di demo anti Lynas !

Posted: 01 Mar 2012 04:42 AM PST



Pemimpin Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri menafikan menyertai kumpulan "samseng" untuk membuat kacau dalam perhimpunan anti loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Pulau Pinang baru-baru ini.

Beliau yang juga seorang penulis blog prolifik berkata, beliau berada di sana sekadar membuat liputan sama seperti petugas media lain.

"(Ia) tidak lebih daripada itu," katanya menjawab dakwaan Pemuda PKR (AMK) yang mendakwa mempunyai bukti mengaitkannya dengan kumpulan "samseng".

"Bagi saya, tujuan jahat mereka selitkan nama saya kerana mahu kaitkan insiden tersebut dengan parti Umno. Itu sahaja."



Menolak dakwaan pembangkang, Umno dan kumpulan pendesak Melayu PERKASA pada 29 Januari lalu juga menafikan penglibatan mereka dalam insiden yang menyaksikan berlalu kekecohan dan dua petugas media cedera.

Menjawab soalan Malaysiakini melalui pesanan di Facebook, Dr Novandri berkata, dakwaan AMK sekadar persepsi kerana sayap kanan PKR itu dakwa tahu beliau tidak terlibat.

"Jika mereka yakin saya terlibat, mereka akan kata saya salah seorang daripada 'samseng' itu, Tetapi mereka tidak berani kata demikian kerana saya memang tidak terlibat," katanya lagi.

Pada hari kejadian, jelas Dr Novandri, beliau juga tidak tahu Himpunan Hijau 2.0 diadakan di situ dan beliau asalnya hadir untuk membuat liputan terhadap aktiviti Pemuda Umno yang kerap berkumpul di Speaker Corner dekat Padang Kota Lama.

"Banyak video yang dimuat di dalam Youtube yang menunjukkan saya sibuk ambil foto dan video dengan tab (komputer) saya," katanya.






Komen GPB


Bodoh la   pencacai Guan Eng iaitu AMK  bikin cerita fitnah kaitkan Dr Novandri dalam insiden kekecohan di demo anti Lynas ini . 


 Bukti video yang dimuatkan di you tube  menunjukkan penulis blog tersohor di P.Pinang tidak terbabit langsung dalam kekecohan ini dan hanya membuat liputan seperti pihak media lain . 


Sampai tak ada bukti nak kaitkan pemimpin UMNO , nama penulis blog MIM ini difitnah ..


Memang Anak Muda Keliru pencacai Guan Eng   ini kaki fitnah !



Parasit No 2 sudah mula dihentam dalam PAS

Posted: 01 Mar 2012 03:08 AM PST






Dewan Pemuda Pas menggesa Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad agar menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf berikutan responsnya bahawa parti itu bersedia menerima seorang Timbalan Presiden Pas daripada kalangan bukan Islam.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Titiwangsa, Mohd Shahir Abu Hassan berkata, perkara-perkara yang besar dan melibatkan dasar parti perlu diputuskan oleh jawatankuasa tertinggi parti sama ada muktamar tahunannya atau Majlis Syura Ulama selain memerlukan pindaan Perlembagaan Pas.

Katanya , langkah-langkah itu memerlukan proses yang panjang dan persetujuan kepemimpinan tertinggi parti dan semua ahli.

"Bukan semudah itu untuk melontarkan sesuatu pandangan yang besar apabila melibatkan dasar dan perlembagaan parti.

"Beliau sepatutnya merujuk Perlembagaan Pas serta kepemimpinan tertinggi terlebih dahulu sebelum melontarkan pandangan kerana boleh menimbulkan satu polemik yang meresahkan ahli di peringkat bawahan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Shahir, natijah dari kenyataan Dzulkefly semalam, pengundi Melayu juga sudah mula mempertikaikan kenyataan beliau dengan menganggap Pas telah menggadaikan prinsip perjuangannya.

Kelmarin, Dzulkefly membuat kenyataan itu ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Siri Ke-11 bertajuk 'Mengapa Undi Melayu Pecah?' sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Menurut beliau dalam Islam, terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah, contoh yang boleh berubah adalah perkara politik.Katanya, Pas tidak terlalu taksub dengan berkeras mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti.

Ujar, Mohd Shahir, perlembagaan parti dengan jelas menggariskan syarat bahawa ahli mestilah beragama Islam.Katanya, sebagai sebuah parti Islam yang meletakkan dasar dan matlamat perjuangannya Islam, sudah tentu mereka yang mendukungnya juga mesti terdiri daripada orang-orang Islam.

Sementara itu, Mohd Shahir berkata, amat sukar bagi sebuah parti yang memperjuangkan Islam menerima kepemimpinan tertingginya daripada kalangan bukan Islam.

"Sepatutnya sebagai pimpinan Pas di peringkat pusat, beliau perlu berfikir dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan dan berbincang dengan kepemimpinan Pas Pusat supaya kenyataan beliau selari dengan dasar parti," katanya.

"Kami berharap Dr Dzulkefly Ahmad lebih berhati-hati sebelum membuat sesuatu kenyataan yang berkaitan dengan dasar dan hala tuju Pas," katanya.

- Posted using BlogPress from my iPad

PAS bangga ramai artis kini ikut jejak Bob Lokman ...

Posted: 29 Feb 2012 09:50 PM PST


Penyanyi yang terkenal lagu Janji Manismu iaitu Aishah dikhabarkan  kini semakin aktif di pentas ceramah parti PAS .  Mungkin ini lah hasil tarbiyyah Ostat Bob Lokman yang pernah berkata akan membawa ramai artis ke dalam parti khawarij ini .

Selepas ini bergelar Ustazah Aishah  oleh  pengikut2 PAS seperti mana terjadi kepada Bob Lokman ..

PANAS !! Ceramah Double Trouble 2 Hassan tawan negeri Nik Aziz !

Posted: 29 Feb 2012 07:11 PM PST




Kalau begini punya sambutan puluhan ribu rakyat Kelantan datang mendengar ceramah Double Trouble 2 Hassan iaitu Dr Hassan Ali & Ustaz Hassan Basri , kerajaan PAS tak mustahil boleh tumbang kena pukulan tsunami ini !


Yang paling pemimpin PAS takut adalah kehadiran penyokong2 mereka di akar umbi yang tak berapa hijau pekat hadir dengar ceramah 2 Hassan ini yang sudah pasti membalun parasit PAS & DAP ..

Skandal pemimpin PKR terus kantoi hanya dengan kamera CCTV !

Posted: 29 Feb 2012 05:17 PM PST



Pihak pengurusan hotel di Pantai Balok di sini, yang menjadi lokasi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron (gambar kecil) ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan isteri orang pada Sabtu lalu, bersedia untuk menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kes berkenaan kepada pihak berkuasa.

Menurut jurucakap hotel tersebut, pihaknya tidak mempunyai masalah memberi kerjasama kepada pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan polis sekiranya diminta berbuat demikian untuk membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu itu.

"Tiada masalah untuk menyerahkan rakaman CCTV tetapi ia perlu mengikut prosedur yang akan ditetapkan oleh pihak hotel ini.

"Sebelum ini pun, apabila berlaku kes jenayah kecurian, pihak kami akan memberi rakaman CCTV tersebut kepada polis bagi membantu siasatan.

"Tambahan pula apabila dikatakan ada kejadian membelasah pelanggan yang mencalar imej hotel ini, kita sedia bekerjasama kalau polis mahu menyiasat," kata jurucakap itu lagi ketika dihubungi semalam.KOSMO

Kalau DAP jadi pilihan kawan PAS , tak mustahil Israel pun boleh kerjasama !!

Posted: 29 Feb 2012 04:13 PM PST


Ini lagi seorang Parasit terkenal dalam PAS yang sentiasa berkiblatkan DAP sebagai inpirasi dirinya . GPB tak terkejut dengan angkuh kata-kata Dr Dzulkifly ini yang sanggup minum kopi dengan kafir DAP daripada UMNO .

Jika ketua pembangkang  pun  berani  isytiharkan dirinya menyatakan   sokongan padu terhadap keselamatan negara Israel Zionis ,  ini kan pula kenyataan  seorang  MP PAS yang lebih suka  Big Brother mereka DAP.
Tak guna PAS  dok  bercakap kononnya pemimpin PAS itu berbeza  pendangan  dengan DS Anwar Ibrahim , tetapi Anwar selaku pemimpin utama pembangkang dok sokong negara Israel ,

Kalau kafir DAP   pun PAS sudah declare boleh kerjasama , tak mustahil lepas ini Israel boleh jalan sebab Anwar lah pendokong utama negara yahudi berkenaan .

Ini semua sebab PAS tak ikut apa yang Al Quran & Hadis walaupun mereka siang malam dok cakap lebih Islam dari orang lain ...

"Dan, berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. 


Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya." (Ali Imran:103)

Hadis Nabi saw bermaksud: "Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan Muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayainya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya)..." (Muttafak 'alaihi)



SHAH ALAM, 29 FEB: "Lebih baik saya minum kopi dengan DAP daripada minum arak dengan Umno," demikian tempelak Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad ketika menjawab soalan Ketua Penerangan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Ruslan Kassim.

Menurut Dr Dzulkefly, meskipun Umno dianggotai oleh orang-orang Melayu, tetapi parti itu mengamalkan budaya yang mampu merosakkan rakyat dan negara ini.

"Walaupun DAP dianggotai majoriti sahabat kita bangsa Cina yang bukan Islam tetapi mereka tak ajak saya edar video lucah, luluskan lesen judi, ambil rasuah, kroni, salah guna kuasa dan macam-macam lagi.

"Tetapi dengan Umno, mereka suruh edar video lucah, rasuah, galakkan rakyat main judi, samseng dan macam-macam budaya lain yang merosakkan rakyat dan negara ini.

"Jadi mana lebih baik? Saya berkawan dengan Melayu Umno atau Cina DAP?," ujar Dr Zulkefly.
Terdahulu dalam pusingan soal jawab, Ruslan Kassim telah bertanyakan kepada Dr Dzulkefly mengapa Pas memilih untuk berkerjasama dengan DAP yang majoritinya dianggotai orang Cina tetapi bukannya orang Melayu dalam Umno.

WARISAN@PAHANG

Posted: 01 Mar 2012 09:19 AM PST

WARISAN@PAHANG


Fairus Nak 'BONGKAR' Di Kuantan

Posted: 01 Mar 2012 12:31 AM PST


DR. MOHAMAD FAIRUS KHAIRUDDIN, Mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang akan menyampaikan ceramah "BONGKAR" di Padang Awam, Taman Seri Mahkota JAya, Batu 11, Jalan Gambang Kuantan pada 2 Mac 2012 jam 8.45 malam.

DR. MOHAMAD FAIRUS KHAIRUDDIN dijangka akan membongkarkan isu-isu yang berkaitan dengan Anwar, Lim Guan Eng dan perjuangan PKR dan PAS yang tunduk dengan DAP dan lain-lain lagi.

Marilah kita beramai-ramai hadir ke Ceramah 'Bongkar'tersebut. Jangan lupa bawa saudara mara, jiran tetangga dan rakan-rakan ke program ceramah tersebut.

Awekz Bukit Gantang

Posted: 01 Mar 2012 07:31 AM PST

Awekz Bukit Gantang


Surat oh Surat...Kantoi ker PEMBOHONGAN Perosak Rakyat?

Posted: 29 Feb 2012 10:09 PM PST


Perosak Rakyat KANTOI lagi ke? Itulah, bak kata pepatah "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga". Cakap banyak pun tak guna, kita semua ada akal untuk berfikir mana yang benar dan mana yang salah. Dah terang lagi bersuluh, kalau kata "TAK BETUL" juga. Memang boleh kata "DUNGU" la kot.

Surat yang diedarkan oleh Perosak Rakyat. Dengar cerita surat yang benar katanyer!


Surat yang sebenarnya!!! Tengok, Baca dan Fikir-Fikirkanlah!








Awekz: Teringat sembang-sembang dengan kawan masa breakfast tadi, maklumat yang baik seharusnya dikongsi sesama kita dan bukan hanya untuk disimpan or take the credit ourself. Bukan SELFISH ke nama nyer? Apapun, sharing is caring...






prince of darkness-safirulamar عمار ميلانو

Posted: 01 Mar 2012 07:22 AM PST

prince of darkness-safirulamar عمار ميلانو


Kalau Dah Dasar Bodoh

Posted: 01 Mar 2012 07:09 AM PST

Memang Pencacai Pakatan Memang Dasar Bodoh! Bloody Fool! Isi Kandungan Tun M Pada Perdana Menteri Israel Pun Depa Kata Malaysia Masih Menyokong Dan Masih 'Baru' dikarang! seolah olah surat tersebut masih baru dikarang! apa mereka ni semua BUTA HURUF ke hape? buta sejarah lagilah...Mat Indegha pun depa kata Pejuang! rosak2x...

Sbnrnya apalah sgt klu nak dibandingkan dgn "I support all efforts to protect the security of the state of Israel"

Nampaknya penganut2 Parti Kencing Rakyat ni tak boleh bezakan maksud antara 'hubungan biasa' dgn 'menyokong sepenuhnya'. Kalau dah dasar bodoh, tak tahu nak bezakan yang mana benar dan tak benar, semakin kritikal politik kita bila ada pencacai macam ni. alahai lahai hai hai

Politik Harian

Posted: 01 Mar 2012 03:44 AM PST

Politik Harian


Azizan Akan Tumbang Sebelum PRU13

Posted: 29 Feb 2012 10:55 PM PST


Berdasarkan sumber dalaman PAS, gerakan menyingkirkan Azizan akan dilakukan oleh kelompok PAS Kedah yang tidak senang dengan cara beliau mengendalikan isu pelantikan semula dua orang ahli jawatankuasa eksekutif (exco) kerajaan negeri berkenaan.

Utusan melaporkan bahawa terdapatnya desakan kepada PAS Pusat agar mengarahkan Azizan bercuti dan tidak dilantik semula sebagai menteri besar jika pakatan PAS-PKR-DAP memerintah Kedah.

Hanya lapan daripada 10 exco dilantik semula semasa istiadat pelantikan exco 28 Febuari lalu di Istana Anak Bukit.

Dua exco yang tidak dilantik itu, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh telah mengeluarkan surat menyatakan keengganan mereka dilantik semula berikutan terdapatnya krisis yang berlaku antara mereka dengan Azizan.

"Mereka bertekad untuk menjatuhkan Azizan dari kerusi Menteri Besar, malahan ada yang berazam menamatkan karier politik beliau dalam pilihan raya akan datang.

"Selain itu, mereka juga mendakwa Azizan sudah tidak layak menjadi pemimpin PAS Kedah kerana langsung tidak mahu mendengar nasihat exco dan kepimpinan parti," kata sumber berkenaan.

Menurut sumber berkenaan, Azizan bukan sahaja menerima tekanan daripada penyokong dua exco berkenaan, malah turut menghadapi keadaan yang "kritikal" memandangkan PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan kemelut Kedah esok.

"Dalam mesyuarat itu, naib presiden PAS Salahuddin Ayub akan menbentangkan beberapa cadangan dan syor yang akan menekan Azizan untuk menerimanya, walaupun sebelum ini beliau menyatakan menteri besar mempunyai kuasa untuk memilih exco tanpa merujuk kepada presiden PAS, Datuk Seri hadi Awang," katanya.

Selain tekanan dari PAS, Azizan turut berkemungkinan menghadapi uasaha penyingkirannya daripada kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau mengeluarkan kenyataan hanya akan akur kepada perintah Hadi sahaja.

Kenyataan itu jelas sumber berkenaan, seolah-olah Azizan memperkecilkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR).

Selain itu, ketika ditanya sama ada Azizan akan akur dengan keputusan PAS Pusat, sumber berkenaan menjelaskan, kumpulan ulama di Kedah juga tidak menyebelahi Azizan, ditambah dengan Dewan Pemuda PAS negeri yang dilihat masih belum membuat keputusan untuk menyebelahi mana-mana pihak.

"Ini belum lagi mengambil kira bagaimana ada di kalangan pemimpin pusat yang tidak menyenangi beliau," kata sumber itu lagi yang menjelaskan Azizan mempunyai tekanan yang begitu hebat.

CCTV Kantoikan Badrulamin

Posted: 29 Feb 2012 08:14 PM PST


Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.

Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.

Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.

"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.

"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

BN Youth Music Grand Final - 60 Peserta Berentap Ahad Ini

Posted: 29 Feb 2012 06:41 AM PST


Penentuan juara pencarian bakat baru menerusi BN Youth Music 2011 kini tiba kemuncaknya apabila 60 peserta daripada seluruh negara dikumpulkan untuk bertarung merebut wang tunai berjumlah RM129,000 serta peluang rakaman lagu bersama syarikat Universal Music.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata 25 peserta solo, 20 band dan 15 vokal berkumpulan bakal bertarung pada peringkat separuh akhir Sabtu ini yang akan diadakan di The Curve, Mutiara Damansara.


Menurut beliau daripada jumlah itu, 12 peserta yang akan mewakili setiap kategori akan layak ke peringkat akhir pada hari Ahad yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Pada peringkat separuh akhir dan akhir ini, para peserta yang layak akan mempersembahkan secara "live" dan akan diadili oleh juri-juri yang telah dipilih. Antaranya Jason Lo, Jehan Miskin, Tam Spider serta wakil universal music.

"Ini adalah salah satu pendekatan pencarian mereka yang berbakat dalam bidang muzik secara demokrasi. Sebelum ini mereka telah bersaing dengan ribuan peserta lain yang memuatkan hasil karya mereka menerusi "you tube" yang disediakan oleh pihak penganjur.

"Kita berharap bintang seterusnya akan dapat dicari dan seterusnya ditonjolkan menerusi BN Youth Music 2011 ini," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Khairy seterusnya menegaskan program seperti itu melambangkang keterangkuman Pemuda untuk mendekati golongan muda serta belia yang lain secara lebih meluas serta tidak terbatas dengan cara tradisi.

"Ini adalah salah satu cabang kita untuk mendekati golongan muda dan ini menujukkan kita khususnya Pemuda BN tidak tertumpu kepada politik semata-mata.

"Oleh itu, jangan lupa datang untuk menyaksikan secara "live" para peserta yang terlibat pada Sabtu dan Ahad ini untuk melihat secara lebih dekat.

"Dan Insyaallah…jika berjaya Ahad ini, kita akan teruskan lagi program seumpama ini berdasarkan kepada sokongan penaja dan sebagainya. Apa pun sehingga kini sambutan yang diterima amat menggalakkan," katanya.

Pada hari Sabtu pertandingan separuh akhir akan bermula pada pukul 10 pagi dan pada pad aperingkat akhir iaitu Ahad, ianya dijadualkan bermula pada pukul 4.00 petang.

Namun sepanjang dua hari berkenaan bermula, pelbagai acara menarik disediakan oleh pihak penganjur. -MediaUMNO

bumiyang

Posted: 01 Mar 2012 03:20 AM PST

bumiyang


DS Azizan Menyesal Lafaz Baiah Taat Setia Kepada Pas???

Posted: 29 Feb 2012 10:30 PM PST

Anwar "Main" HP Dengan Saifudin - Wan Azizah X Cemburu Ke?

Posted: 29 Feb 2012 04:30 PM PST

Peraduan Meneka, Anwar Tengah Buat Apa Tu???

Posted: 29 Feb 2012 04:00 AM PST

HERO KECIK

Posted: 01 Mar 2012 01:29 AM PST

HERO KECIK


Surat Mahathir kepada 3 PM Israel

Posted: 29 Feb 2012 07:43 PM PST

KUALA LUMPUR 29 Feb. – Berikut ialah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel iaitu Yitzhak Rabin pada tahun 1993; Benjamin Netanyahu pada tahun 1997; dan Ehud Barak pada tahun 1999 seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Malaysia di sini, hari ini. – BERNAMA





Taipingmali (tm)

Posted: 01 Mar 2012 01:12 AM PST

Taipingmali (tm)


Belum Didakwa Badrulamin Disuruh Bercuti

Posted: 29 Feb 2012 08:05 PM PST



Tak payah bercuti tetapi berhenti terus.kalau tak berhenti lagi banyak kutukan dan pendedahan terhadap anda.

Atau anda terus bertahan seperti mana Elizabeth Wong dan Anwar sendiri yang kekal sampai sekarang.

Tak adil lah kalau Badrul yang ditangkap berkhalwat diarah bercuti atau hilang terus dari parti PKR sedangkan orang lain selamat,

Program Pegawai Integriti Bertauliah ( CeI0 )

Posted: 29 Feb 2012 07:58 PM PST



Uploaded by najibrazak on Feb 29, 2012

Putrajaya 27/2/2012 - Saya merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, petang semalam.

LTDL - Emapat Kali Jose Serpa Tawan Genting Highland.avi

Posted: 29 Feb 2012 07:56 PM PST



Uploaded by klposdotcom on Feb 29, 2012

Jose Serpa sekali lagi menerajui takhta juara hari ini pada saingan peringkat 6.Perjalanan perlumbaan dari Proton Shah Alam melalui beberapa daerah seperti Puncak Alam,Coalfields,Paya Jeras,Gombak dan akhirnya di garisan penamat Genting Highlands. http://klpos.com/ltdl-2012/2790-kemenangan-berganda-jose-di-ltdl-2012

MAS rugi RM 2.5 Billion

Posted: 29 Feb 2012 04:38 PM PST

Dalam Yahoo news Malaysia pagi ini melaporkan bahawa Mas rugi besar , berita yang dipaparkan oleh enjin pencari yahoo Malaysia mengambil berita yang ditulis oleh Lee Wei Lian dari Malaysian Insiders.

Pada 23 Ogos 2011 Malaysian Insiders sekali lagi melaporkan dalam ruang bahasa melayu bahawa Mas rugi RM257 juta dalam suku kedua tahun.

Berita Semasa pula melaporkan MAS Rugi RM478 Juta Suku Ketiga, Kerugian Bersih Terkumpul MAS Sebanyak RM1.2 Bilion?

YB Dato Mahfuz Omar FDI dan YB Salahhudin Ayub pula dalam youtube dan Harakah melaporkan MAS rugi RM 8 Bilion dan mencadangkan keistimewaan Mas di tarik balik.

Radzi dari Malaysia kini juga mempersoal kan mengapa diwujudkan kerusi business class untuk penerbangan domestik dan Malaysia kini dengan penuh sinis mencadangkan supaya Mas diserahkan kepada Mawi  Juara AF untuk menguruskannya.

Manakala blogger haprak Pas pula (Maidoali) menuduh Umno gagal tadbir Mas. [ Ini satu kenyataan bodoh dari blogger Pas. Tuduhan melulu , mana pernah Umno diberi hak untuk menguruskan Mas] .

Manakala Kesatuan Pekerja Mas lebih realistik dalam mempertahan kan Mas, bagi mereka Mas berbeza dengan syarikat tambang murah dan kerugian bukan sahaja pada Mas tetapi dirasai oleh 50 syarikat lain di dunia yang bukan dari jenis tambang murah.

Kebanyakan media-media picisan atau penulis blog persendirian pula menyatakan Mas rugi, Air Asia dan Tony Fernandes untung. Blogger Apa ada menyebut Tony untung 17 % dan Mas rugi 13%.

TM adalah pengguna Mas, dan hanya menggunakan Air Asia jika terpaksa atau bila dapat tiket free.  Kalau saja-saja nak tempah Air Asia minta maaf lah. Ianya kerana terdapat banyak bayaran tersembunyi dalam Air Asia. Mungkin mereka yang tidak pernah terbang dengan Mas akan selesa dengan Air Asia.

Salah satu kerugian Mas ialah kerana jabatan-jabatan kerajaan sudah beralih kepada Air Asia, ini sepatutnya tidak terjadi. Kerajaan sebagai pemegang saham terbesar dalam Mas tetapi tidak menggunakan perkhidmatan Mas sebaliknya memilih Air Asia dengan tiket waran ( warrant ticket) Siapa dalang yang mengarahkan semua jabatan kerajaan menggunakan Air Asia? Mungkin ramai yang tahu siapa dalangnya.

Pada zaman  Tan Sri Abdul Aziz Abd Rahman menjadi Pengerusi Mas dahulu, penumpang Mas dilayan seperti anak raja, tetapi apabila Tan Sri Tajudin Ramli mengambil alih pengurusan Mas, syarikat itu memulakan langkah berjimat dengan memotong beberapa perbelajaan tidak perlu. Penerbangan Ipoh ke KL tidak lagi dihidangkan kek dan kopi, memadai secawan jus orange atau mangga. sudu dan garpu jenama Noritake juga digantikan dengan sudu plastik yang murah. Pada peringkat permulaan, Mas kelihatan kembali membuat untung tetapi ia tidak bertahan lama.

Tajudin Ramli menjadi CEO paling kontroversi dalam Mas dan sampai hari ini masih panas isu beliau dengan Mas yang pernah dikuasainya.

Tan Sri Aziz juga yang selamat dan tidak pernah menjadi buah mulut rakyat Malaysia apabila menyentuh bab kerugian Mas. Cuma akhir-akhir ini sahaja Tan Sri Aziz disindir oleh mereka yang tahu apa yang dia buat semasa menjadi pengerusi Mas dan berani menempelaknya. TM tak payah tulis lah di sini nanti kena saman RM10 juta pula.

Tan Sri Aziz kini nak jadi hero untuk menyelamat kan Kuala Lumpur daripada perancangan kerajaan dalam Greater KL 2020 . Entah apa helah Tan Sri Aziz berselindung di sebalik badan bertindak tersebut hanya dia sahaja yang tahu. Tan Sri Aziz dalam diam dan senyap cukup licik dalam menguruskan Mas.

Akhir kata dari TM ialah lebih baik kerajaan menyerahkan sahaja pengurusan Mas kepada Rafizi Ramli dan Mak Lampir untuk menguruskan syarikat tersebut. Kerajaan perlu lah buat MOU yang baik yang menguntungkan Rafizi Ramli, Pkr, Pas dan Dap dan kerajaan.

Rafizi adalah pemegang ijazah kelas dua rendah dalam bidang kejuruteraan elektrik dan dilihat mampu untuk melonjakkan keuntungan kepada Mas seperti mana beliau membuat lonjakan dalam ekonomi negara melalui buku jingay...opps silap...Buku Jingga.

Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid mesti menangis punya bila baca berita ini

Posted: 29 Feb 2012 10:17 AM PST



Markas Tentera Laut mengeluarkan kenyataan bahawa Laksamana Madya Dato' Abd Hadi bin A. Rashid secara rasminya dilantik sebagai Panglima Armada iaitu jawatan ketiga tertinggi di dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada esok hari. Perlantikan tersebut akan dilaksanakan dalam Majlis Serah Terima Tugas Panglima Armada di Pangkalan TLDM Lumut Perak yang turut disaksikan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz juga akan mengumumkan satu rombakan besar sedang dilakukan dalam barisan kepimpinan tertinggi TLDM yang melibatkan lima portfolio utama.



Berikut adalah senarai pegawai kanan TLDM yang terlibat di dalam rombakan organisasi tertinggi TLDM:

a. Laksamana Madya Dato' Abd Hadi bin A. Rashid menjawat jawatan Panglima Armada di Pangkalan TLDM Lumut.

b. Laksamana Muda Dato' Pahlawan Mohammad Rosland bin Omar menjawat jawatan Panglima Wilayah Laut 2 di Pangkalan TLDM Teluk Sepangar Sabah.

c. Laksamana Pertama Abd Aziz bin Mohd Sani menjawat jawatan Panglima Bantuan di Pangkalan TLDM Lumut.

d. Laksamana Muda Dato' Anuwi bin Hassan menjawat jawatan Asisten Ketua Staf Operasi dan Pertahanan di Markas ATM, Kementerian Pertahanan.

e. Laksamana Muda Dato' Abdul Ghani bin Othman menjawat jawatan Asisten Ketua Staf Rancang dan Operasi di Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan.



Berikutan dari rombakan pemerintahan tertinggi tersebut, beberapa majlis serah terima tugas dilaksanakan berasingan di Markas Tentera Laut, Pangkalan TLDM Lumut Perak dan Pangkalan TLDM Teluk Sepangar Sabah agar majlis tersebut turut disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan dan warga formasi dan unit masing-masing. Rombakan tersebut dilakukan berikutan persaraan beberapa orang pegawai kanan TLDM dalam masa terdekat ini iaitu Laksamana Madya Dato' Wira Jamil bin Haji Osman dan Laksamana Muda Dato' Musa bin Omar.



Dalam pada itu, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz akan turut menyempurnakan pemakaian pangkat sembilan orang pegawai kanan TLDM di Dewan Sidek Shabudin, KD PELANDOK, Pangkalan TLDM Lumut Perak. Mereka yang akan dinaikkan pangkat seperti berikut:



a. Laksamana Muda ke Laksamana Madya

- Laksamana Muda Dato'Abd Hadi bin A. Rashid.



b. Laksamana Pertama ke Laksamana Muda

- Laksamana Pertama Dato' Pahlawan Mohammad Rosland bin Omar.



c. Kepten TLDM ke Laksamana Pertama

- Kepten Chin Yoon Chin TLDM.

- Kepten Abd Aziz bin Mohd Sani TLDM.





d. Komander TLDM ke Kepten TLDM

- Komander Mohd Kindil bin Md Akam TLDM.

- Komander Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah TLDM.

- Komander Azhar bin Adam TLDM.

- Komander Suhaimi bin Sani TLDM.

- Komander Shamsuddin bin Haji Ludin TLDM.



Kenaikan pangkat bagi pegawai-pegawai TLDM ini adalah sebagai tanda kepercayaan pucuk pimpinan TLDM dan penghargaan kepada warganya seiring dengan amanah dan tanggungjawab untuk mereka terus berkhidmat dengan lebih gigih, cemerlang dan berintegriti di dalam organisasi TLDM.

Sumber : Perhubungan Awam Markas Tentera Laut

SHOCKING NEWS!!!!! ? DAP kena bertindak cepat

Posted: 29 Feb 2012 02:48 AM PST

TM yakin bahawa isu Lynas ialah isu perkauman. Dap gasak bontot Fuziah Toron supaya dia menjadi orang suruhan Dap untuk menentang kehadiran Lynas di Kuantan. Fuziah Toron sudah disogok dengan ganjaran yang besar agar misi Dap berjaya.

DAP anti Dasar Ekonomi Baru akan menentang kejayaan orang Melayu dalam aktiviti ekonomi. Kita tahu Lynas milik melayu. Andainya Lynas dimiliki oleh YTL atau Robert Kouk , Dap akan mendiamkan diri.


Blogger apanama2020  hari ini mendedahkan sebuah kilang magnet di Shah Alam yang mengimport dan memproses nadir bumi atau tanah jarang untuk dijadikan magnet.

Magnet adalah bahan penting dalam membuat alat-alat elektrik seperti genarator, Kipas angin, vakum cleaner. alat hawa dingin, enjin elektrik honda insight, toyota prius dan banyak lagi yang menggunakan bahan magnet.

Dap tahu tentang kewujudan kilang ini tetapi mungkin kerana pemiliknya bukan melayu maka ia tidak menjadi masalah kepada Dap.

Buktikan bahawa nadir bumi di Shah Alam juga bahaya dan desak supaya kilang tersebut di tutup.Ada berani?


http://apanama2020.blogspot.com/






NOW! The above facts should be screaming on the faces of Pakatan Rakyat's hypocrites. 


Shin-Etsu (M) Sdn.Bhd, a rare earth magnet producing factory, is operating right under their nose in the Hicom Industrial Area in Shah Alam.

Could we expect the Pakatan led Selangor state government to close down the factory which has been operating in this country for decades? 

Lets watch the circus!

p/s I'm sure Penang Chief Minister would be among the first to call for the Shin-Etsu rare eart magnet producing factory in Shah Alam to be closed down...immediately.

Sahabat-Gunung

Posted: 01 Mar 2012 01:09 AM PST

Sahabat-Gunung


Kemelut Kerajaan PAS Kedah: DAP Dan PKR Mahu PAS Tunduk Dan Jadi “Pak Turut” Semata-Mata

Posted: 29 Feb 2012 10:11 PM PST


Pakatan Pembangkang hanya bersatu untuk menghadapi BarisanNasional dalam pilihan raya sahaja tetapi sebarang keputusan dalam sesuatu isuhanya perlu dirujuk kepada parti masing-masing. Kenyataan yang dikeluarkan olehMenteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak semalam merupakan satu perkarayang merumitkan bagi sesebuah kerajaan yang berkongsi kerusi untuk membentukkerajaan, ujar Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Jerlun, Aswat Abu Bakar.

Ujarnya, apa yang berlaku ini sesuatu yang amat menyedihkanapabila mereka bersatu dan saling bantu membantu hanya untuk membentuk kerajaansemata-mata.

"Mereka tidak sama dari segi ideologi malahan dari sistem pentadbiranahli-ahli dalam parti-parti yang bergabung, PAS, DAP dan PKR ini amat berbezasemata dan ini akan menyebabkan wujud pimpinan yang tidak cekap dankebiasaannya, pimpinan sebegini akan menyebabkan wujud keadaan yang kurang baikdan tidak sempurna dalam pimpinan kerajaan negeri mahupun di peringkatpersekutuan.

Apa yang dapat saya perkatakan dari sudut ini, pakatanpembangkang kini khususnya di kedah diibaratkan seperti 'retak menanti belah.'Hari ini membuktikan sekali lagi bahawa mereka sebenarnya sedang menghadapimasalah dalaman yang cukup serius kerana perbezaan ideologi dan perbezaanpandangan yang tidak lagi dapat diselamatkan lagi oleh mana-mana pihak,"ujarnya mengulas kemelut pimpinan kerajaan negeri Kedah yangberlaku sejak akhir-akhir ini.

Dalam masa yang sama, ujarnya dalam isu perlantikan EXCOKerajaan Negeri Kedah ini, kita dapat melihat bagaimana golongan-golongan didalam PAS Kedah sendiri telah pun dipengaruhi oleh kepimpinan daripada   parti-parti pembangkang yang lain khususnyaDAP dan PKR.

"Tindakan ini dilihat sebagai usaha dan pendekatan DAP danPKR  untuk menguasai PAS Kedah secaradalaman dengan menggunakan pemimpin-pemimpin PAS sendiri dan akhirnya perkaraini akan menyebabkan PAS terpaksa menjadi 'Pak Turut' kepada DAP dan PKR,khususnya di negeri Kedah ini," tambahnya lagi. 



Kerajaan Selangor Terus Gagal Perjelas Isu Pasir, Aset Yayasan, Air Percuma

Posted: 29 Feb 2012 09:00 PM PST


Ketidak mampuan kerajaan pakatan pembangkang menerajui  Selangor perlu dijadikan ikhtibar,  sejak memerintah Selangor tiada perubahan yang dilakukan oleh mereka untuk rakyat walaupun pelbagai janji ditaburkan ketika pilihan raya lalu.
Ketua Wanita UMNO Subang, Halimathon Saadiah Bohan berkata kesedaran perlu ada pada rakyat Selangor supaya tidak mudah terpedaya dengan apa yang bakal dijanjikan lagi menjelang pilihan raya umum nanti.
"Sejak mereka merintah apa yang dilakukan untuk rakyat, mana janji-janji yang ditaburkan, apa yang kita dengar ialah pelbagai masalah yang timbul, malah kemudahan untuk rakyat turut menjadi mangsa kepada mereka.
"Cadangan untuk merobohkan asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan bukti jelas kepimpinan kerajaan negeri hanya memikirkan soal komersial, keperluan rakyat diketepikan begitu sahaja hanya untuk kepentingan sesuatu pihak," katanya. 
Menurutnya, isu asrama Yayasan Selangor itu masih lagi belum terjawab, sehingga kini tiada penjelasan daripada pihak terbabit mengenai perkara itu sedangkan ia adalah aset kepada pelajar luar bandar  untuk mendapat pendidikan lebih baik supaya dapat bersaing dengan pelajar di bandar besar.
"Apa yang berlaku ini perlu dijadikan iktibar oleh rakyat Selangor, ketidak mampuan mereka untuk jadi pemerintah sudah jelas dengan pelbagai pembongkaran mengenai salah laku sejak memerintah Selangor.
"Isu pasir terus diperkatakan, tapi tiada tindakan yang diambil berhubung perkara berkenanan, penubuhan Selcat (Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor) hanya sandiwara untuk menutup kelemahan serta kegagalan tadbir urus mereka," katanya lagi.
Halimathon berkata, ketidak mampuan kepimpinan itu bukan sahaja membabitkan rakyat, malah turut membabitkan sistem pentadbiran kerana tiadanya kesepakatan dalam membuat sesuatu keputusan.
"Kes Dr Hassan Ali jelas membuktikan bagaimana mereka sebenarnya tidak mampu duduk semeja dalam memikirkan kepentingan rakyat, kepeimpinan sekarang sebenarnya membuat keputusan mengikut telunjuk bukannya keputusan sendiri, ini semua hanya untuk kepentingan sesuatu pihak," katanya.
Beliau meminta seluruh rakyat bukan sahaja di Selangor supaya tidak membuat kesilapan kali kedua seperti apa yang berlaku sekarang kerana kesannya rakyat sendiri yang akan menerima akibatnya. -MediaUMNO

Cukup-cukuplah Tu Hentam Ustaz Badut Amin

Posted: 29 Feb 2012 06:30 PM PST



Cukup-cukuplah tu kita hentam USTAZ Badut Amin…. Kesian kat dier….Niatnya suci untuk memberikan kaunseling dan membantu menyelamatkan rumahtanggaZatiwani, 28 tahun yang merupakan isteri kepada Fazli Pungut. Zati nie bertugassebagai juruteknik Kolej Komuniti Rompin.

Cuma NIAT SUCI Badut Amin nie tersalah masa dan tempat, mungkinsebab gelojoh sangat nak membantu Zatiwani nie hingga terlupa halal dan haram….Apapun, sekali lagi aku tekan, ini semua lahir dari NIAT SUCI Badut Amin untukmembantu Zatiwani nie…

Dari Rompin  ke Kuantan,agak-agak berapa kilometer (KM) yea… ada kawan aku kata, ianya sejauh kira-kira150km …. Boleh tahan gak tu jauhnya untuk mendapatkan sessi kaunseling danuntuk menyelamatkan diri seorang isteri dan anaknya dari seorang suami….

Dalam sejuk-sejuk kedinginan pagi, Zatiwani terpaksa memandusejauh tu untuk mendapatkan kaunseling dan perlindungan dari Badut nie…..  kita harus menghargai apa yang dibuat siwanita nie…

Lagipun, dia tak boleh mendapatkan kaunseling ataupun perlindungandari keluarga terdekat di waktu-waktu begini tetapi ada keluarga terdekat yangsudi menemankannya sewaktu memberi keterangan di JAIP…. (boleh plak yea carikeluarga terdekat).

Kesan dari hasil kaunseling si Badut nie juga amat positif… SiZati nie akhirnya "menyelamat"kan rumahtangganya hasil penangan Badut nie …

Akhirnya, kesudahan cerita ini ialah "Lynas Selamat, Bini OrangPun Selamatttttt ……." .

End. Selamat menonton `Lynas The Movie'

Penyanyi 'Janji Manismu' ..... Aishah Kini Bersama PAS?

Posted: 29 Feb 2012 05:30 PM PST



Alhamdulillah, kini  WanAishah Wan Arifin (Aishah) penyanyi popular terkenal dgn lagunya 'JanjiManismu' akhirnya meneruskan perjuangannya bersama PAS. 

Satu perkembangan yang menarik… Lepasnie, PAS janganlah berjanji yang bukan-bukan sempena PRU13 dan tidakmelaksanakannya seperti yang sebelum-sebelum ini, nanti Aishah nyanyi lagu 'Janji-janjiManis PAS' plak….





Oh dunia ini
Penuh kepalsuan
Oh mungkinkah tiada
Keikhlasan
Apakah ini
Suatu pembalasan
Ku sedar kebesaranMu Tuhan

Aku bagai seorang
Kembara jalanan
Terumbang ambing
Di lautan gelora
Mencari kebahagiaan
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan
Hidup kau selalu keseorangan

( korus 1 )
Hati membeku mengingatkan
Kata janji manismu... oh...
Ku dilambung angan-angan
Belaian kasih sayang suci darimu
Oh kejamnya

( korus 2 )
Lidah tidak bertulang
Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi membawa diri
Cinta di hati terkubur lagi

Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Kutempuhi dengan kesabaran
Kusedar kebesaranMu Tuhan...

Confirm !!! Badut Amin Kena Belasah Samseng

Posted: 29 Feb 2012 04:04 PM PST


Sebab 'Awek' nielah si Badut Amin kena belasah 20 orang samseng.....


Heeiii beb, betullah si Badut Amin nie kena belasah dengan 20orang samseng yang dibawa suami si Zatiwani pada 'malam sessi kaunseling tu'….

Nie buktinya. Lebam-lebam si Badut dipukul samseng-samseng tu….

Kalau nak tahu berita lanjut, jom ke blog Badut Rakyat … 



Nie baru betul kena belasah samseng .....  kasih & sayang seorang isteri.




Gantung Setahun Permit Akhbar The Star- Razlan

Posted: 29 Feb 2012 08:30 AM PST



Akhbar The Star sudah kerap kalimenghina orang Islam. Pada bulan Ogos tahun lalu akhbar ini telah menyiarkaniklan Ramadhan dengan sajian daging babi, dan hari ini, sekali lagi digemparkan dengan Akhbar The Star menghina namaAllah.

Ketua Pemuda UMNO bahagian Seputeh,Mohd Razlan Muhammad Rafii hairan kerana dalam banyak-banyak gambar Eryka kenapamereka masih mahu memakai gambar yang ada tato tertera perkataan Allah di dadapenyanyi itu?

"Perbuatan ini adalah satu perbuatanyang sengaja dan permohonan maaf sahaja tidak memadai kerana ianya sudah kalikedua dalam jangka masa yang terdekat ini mereka menghina Agama Islam.

Editornya, En Wong sepatutnya di pecatkerana beliau jugalah yang melakukan kesalahan semasa iklan bulan ramadhanitu," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Sahabat-Gunung.

Ini jawapan Wong Sai Wan "yeaahreally sorry guys! Don't know what else to say".

"Saya tidak nampak mereka tidak sengajamelakukan kesalahan menghina Nama Allah, mereka sudah lakukan kesalahan danhukuman tidak diambil, hanya permohonan maaf tidak memadai kerana penghinaansudah dilakukan.

Saya mendesak Kementerian Dalam Negerimengantung lesen mereka selama setahun (1) kerana ini kesalahan ke-dua dalamjangka masa 6 bulan. Sekiranya pihak Kerajaan hanya terima permohonan maaftanpa tindakan, saya pasti Nama Allah dan Agama Islam akan terus dihina dan di pijak-pijak,"ujarnya lagi.

sehubungan dengan itu, kerajaan mestimenganbil tindakan tegas kerana ini melibatkan kesucian Agama Islam, dantindakan yang sama juga diambil sekiranya ia terjadi kepada agama-agama lain.




Mahu Tak Segar …. Jumpa YB Elizabeth Wong “live” tu beb …

Posted: 29 Feb 2012 07:15 AM PST


Perjumpaan Dengan YB Elizabeth Wong MENYEGARKAN Perjuangan Anak Peneroka Felda Selangor


Memanglah menyegarkan 'anak-anak muda' nie beb …. Jumpa RATU tu…boleh tengok live, siapa YB DUN Bukit TeLANJANg … yang pernah mengegarkan duniasatu ketika dulu…

Kini, sejak tertangkapnya kekasih hati di Batam, nama Elli kembalipanas…. Sebab tu anak-anak muda Felda Selangor nie segar  ….. korang jangan salah faham…..



Selama nie depa nie dapat tengok pic sahaja... kini dapat menilai sendiri kehangatan YB Eli ...

Raja Nong Chik Terlalu Hebat di Lembah Pantai Hinggakan …..

Posted: 29 Feb 2012 06:00 AM PST


Siapa Pilihan Rakyat Lembah Pantai?

Jangan memandang rendah pada mamat yang badan kecik molek nie… diasangat merbahaya… Dia sangat hebat…

Siapa lagi kalau bukan Datuk Raja Nong Chik, Ketua UMNO bahagianLembah Pantai…. Hakikatnya, dia seorang yang hebat sampaikan Ahli ParlimenLembah Pantai hari nie dikhabarkan akan lari malam …..

Opsss !! bukan lari malam, tapi lari pindah tempat bertanding padaPilihan Raya Umum (PRU) 13 yang akan datang…

Apa cerrr Nurul? Betul ker ko nak lari ke Kelana Jaya,memandangkan ko perlukan satu kawasan selamat kerana ko kan Naib Presiden PartiAnak Beranak PKR….

Habis siapa nak gantikan ko untuk bertanding mewakili PKR pada PRU13nanti… Khabarnya bukan anak tempatan gak, sebaliknya PKR Lembah Pantai sekalilagi terpaksa menelan air liur memandangkan tiada calon PKR anak tempatan yanglayak untuk bertanding PRU….

Siapa? Khabarnya wakil PKR juga bakal menampilkan wanita untukbertanding kelak….bukan seorang tetapi dua nama besar dalam pakatan pembangkangdilihat layak dan mampu diterima oleh semua ahli PKR Lembah Pantai nanti….


Tunggu….. aku akan dedahkan dua nama yang bakal mengantikan Nurul Izzahyang bakal lari ke Kelana Jaya pada PRU13 kelak … 

Gendang Perang Pemuda Selangor Sudah Bermula ... JOM Bertempur

Posted: 29 Feb 2012 05:15 AM PST


Budiman Haji Zohdi


Malam tadi telah bermulanya satu titik tolak Pergerakan PemudaUMNO Selangor dalam memberi penerangan dan semangat kepada setiap DUN diSelangor. Bermula dengan DUN Sijangkang sebagai pilihan kerana hendak memberiamaran kepada YB Dr. Ahmad Yunus Hairi, ADUN Sijangkang akan gelombang yangakan terjadi kepada Kerajaan Pakatan Selangor.

Dengan menampilkan penceramah muda dari Pergerakan Pemuda UMNOSelangor, Saudara Budiman Zohdi merangkap Ketua Pemuda Sungai Besar telahmemberi penjelasan berdasarkan fakta. Bermula dari kegagalan pakatan menunaikanjanji-janji pilihanraya 2008 dahulu, isu pasir, isu air, isu sampah, isuYayasan Selangor, isu PKNS, sehinggalah ke isu kebajikan rakyat Selangor yangdipandang sepi.

Penyampaian yang dibawa secara santai mendekatkan lagi anak-anakmuda DUN Sijangkang supaya dapat bertukar-tukar pandangan dengan terus memberimaklum balas serta jawapan berdasarkan fakta yang diperolehi. Inisiatif yangbagus dari Pemuda kerana gerakan-gerakan untuk menyedarkan orang Selangorkhususnya kepada kekejaman dan kealpaan pakatan dalam memenuhi janji-janjimanis sebelum PRU-12 dulu.

Program TERANG (Tekad Rampas Selangor) membawa satu anjakan kepadaorang muda melalui SERANG (Seketriat Orang Muda Selangor) dan mengumpulkanseberapa ramai penduduk setempat supaya dapat bersama-sama mendengar peneranganyang akan merungkai segala kepincangan pakatan Selangor.

Alhamdulillah, lebih kurang 120 orang penduduk setempat yangrata-ratanya anak muda tidak kira lelaki atau wanita turun di Tadika KEMASTelok Panglima Garang bagi mendengar ucapan Saudara Budiman. Tahniah kepadawarga DUN Sijangkang kerana bersama memeriahkan majlis santai. Tidak lupa jugakepada Saudara Zurihan,Ketua Pemuda Kuala Langat atas layanan mesra dan jugakepada seluruh jentera Pemuda UMNO Kuala Langat.

Sumber: JawaBer6

PANEH MIANG

Posted: 01 Mar 2012 01:05 AM PST

PANEH MIANG


Tok Mad dah nengok ko bolum video nih...

Posted: 29 Feb 2012 10:22 PM PST

Email Paneh Miang memang sentiaso aktif. Setiap hari ado yo pembaco blog kami yang hantar laporan itulah, inilah, yang kebanyakan eh berkaitan apo yang belaku sekitar Negeri Sembilan. Ado yang hantar artikel, ado email yang puji, ado yang tak pueh hati, ado email yang marah-marah, ado isu paneh, ado isu sojuk boku, dan ado jugak isu yang suam-suam kuku. Laporan tentang apo si polan tu buek, apa si polan ni kojo an, sumo eh ado dalam tangan kami. Bukti begamba ko, bideo ko, surat ko, sms ko, mms ko, tak kirolah si polan tu orang kerajaan atau pihak pembangkang, sumo eh ado. Cumo nak tak nak yo kami paparkan di blog, atau bolun sampai masonyo maklumat sebegitu didodahkan.

Tapi disobabkan ado segelintir geng belio di NS yang pendek akal cubo 'menyerang' Paneh Miang, mako kami pun berhajatlah untuk berkongsi 'kehebatan' sekumpulan belio yang terdapat di negeri ni. Bukan kami nak kutuk doh, tapi lobih kepado puji-pujian. Ini baru sikit yo. Banyak laie yang lain...tunggu maso ajo.

Baru-baru ni telah berlangsungnya Karnival Belia Negeri Sembilan, anjuran...ontah sapo la penganjur eh, tapi ianya dirasmikan oleh DSU Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. DS Shabery Cheek pun datang maso perasmian tu.

Ramai tul yang 'puji' karnival belio tu bejayo. Kehadiran pengunjung begitu 'ramai' hinggokan habih rugi segalo peniago yang sewa booth, sampai tak terbayar duit sewa booth tu. Ramai tul yang 'puji' belakang-belakang. Hehehe...cakap kat kami, apo lah yang kami bulih buek wahai abang & akak peniago ni sumo. Lenkali cakaplah kat Menteri Bosar. Bulih la DSU tolong setelkan apo yang patut.

Pado malam penutup karnival tu, diadokan pulak majlis makan malam. Ontah nak raikan sapo pun tak tau. Tapi MBNS tak datang malam tu, dan hanyo hantar wakil Exco Belia & Sukan Kerajaan NSDK. Siap ado artis Akademi Fantasi, Ani Mayuni etc. Meriah tul suasana makan malam penutup tu, sampaikan ramai belio yang sporting bak kato Ani Mayuni yang turut naik ke pentas berdangdut dongan beliau. Rugi tul Tok Mad Hasan tak tengok pesta joget dangdut lambak tu. Tapi takpo Tok Mat, you won't miss anything sobab dah ado oghang hantar bideo kat kami untuk tatapan Tok Mad. Saksikanlah bideo bawah ni.



Camno Tok Mad? Bagus tak bebudak belio nih. Inilah yang oghang mudo mahukan. Kebebasan di karnival belia sebegini mampu memikat mereka mengundi BN. Tambah pulak bilo exco Tok Mad yang begitu sporting join skali joget lambak nih.




Haaa...kan bagus macam ni. Inilah yang dinamokan pemimpin bejiwo rakyat. Mentadbir bulih, kawin duo bulih, berdangdut lagiilllaaaahhhhh bulih! Pemimpin sebegini la yang oghang mudo suko. Berjiwo mudo dan samo kelaku dengan oghang mudo. Barulah oghang mudo bulih masyuk join sekepalo. Takdolah asik jadi pemimpin yang ego tak betompek dan suko control macho sentiaso. Inilah yang dinamokan "New Politic". Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang belio...berdangdut.

Asal eh meko sumo nih memang buek joget lambak. Tapi bilo teperasan ado oghang yang dah mulo angkat Galaxy Tab untuk rakam aksi dangdut tu, tetibo yo sumo betukar buek tarian Poco-Poco (poco-poco ni dah haram ko bolun? atau dah halal?). Macam tranformers lak memasing. Dari dangdut kepado poco-poco.

Itu yolah yang kami nak kungsi dengan Tok Mad. Takdo apo yang ponting doh. Cumo bebudak mudo dan segelintir budak tuo yang nak enjoy sekali-sekalo. Tak salahkan Tok Mad? Apa barang mahu jaga imej kerajaan negeri...yang ponting semuo eh happy. Pihak penganjur dapek begelek, penaung penganjur pun dapek berdangdut. Memang sesuai la tu.

Pssttt...apasal oghang tuo tu bejoget ateh ponteh macam samo yo caro Bapak Anwar Bin Ibrahim joget? Ado konan ko? Hehehe...

Kepado belia Negori9, jangan lupo jam 2 potang ni...

Posted: 29 Feb 2012 07:22 PM PST

Pado jam 2 petang hari ini, akan dipaparkan barang bosi untuk Tok Mad saksikan. Kisah dalam kain belia Negeri Sembilan yang cubo disembunyikan daripado pengetahuan DSU Mohamad Hasan. Nak tau apo dio...TUNGGUUU!!! Jangan lupo temujanji kito jam 2 potang ni...

Hehehe...

Salam Takziah

Posted: 29 Feb 2012 05:09 PM PST

Kota Bahru: Memilukan apabila seorang guru lelaki dan anak perempuannya berusia empat tahun mati rentung dalam keadaan berpelukan selepas kenderaan mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda sebelum meletup dan terbakar di sini, kelmarin.

RENTUNG...dua kenderaan bertembung sebelum meletup dan terbakar, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam di Jalan Pasir Puteh, Kampung Padang Kala, di sini, mayat Che Arminudin Abdullah, 42, dan anaknya, Marissa Alma, ditemui di bahagian tengah antara tempat duduk hadapan dan belakang Toyota Rush dinaiki mereka.

Berdasarkan posisi mayat ketika ditemui, dua beranak itu dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan Che Arminudin menarik keluar anaknya, tetapi gagal apabila kenderaan dinaiki meletup dan terbakar.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila Toyota Rush yang dinaiki Che Arminudin bersama anaknya menghala ke Pasir Puteh terbabas dan melanggar tiang lampu.

Menurutnya, kenderaan itu kemudian masuk ke lorong bertentangan lalu bertembung dengan Ford Ranger dipandu Azaizurien Ahmad, 33, dan seorang penumpang, Siti Nor Azreen Md Yani, 24, yang menghala ke Kota Bharu.

"Akibat pertembungan itu kedua-dua kenderaan meletup dan terbakar. Pemandu dan penumpang Ford Ranger berjaya diselamatkan penduduk kampung.

"Mereka dilaporkan cedera parah dan dihantar ke wad kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan," katanya.

*********

Che Arminudin Abdullah atau dikenali oleh rakan-rakan dengan nama Cheok adalah rakan karib salah seorang warga Paneh Miang. Semasa hayatnya Cheok dikenali sebagai seorang rakan yang baik hati, pandai memujuk dan mempunyai semangat kesetiakawanan yang tinggi. Salam Takziah dari kami warga Paneh Miang. Kepada isteri beliau, Marzuany Syuhaida Mohamad Syukri dan keluarga diharap bersabar dan tabah dalam menempuh dugaan ini. Moga roh arwah suami dan anak dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah!

APANAMA

Posted: 29 Feb 2012 11:40 PM PST

APANAMA


Nuclear scientists say ...

Posted: 29 Feb 2012 08:32 PM PST

Rare earth factory in Selangor?

Posted: 29 Feb 2012 01:23 AM PST

MERBOK TIMES

Posted: 29 Feb 2012 11:33 PM PST

MERBOK TIMES


Kadir Sheikh Fadzil tak dak integriti

Posted: 29 Feb 2012 11:17 PM PST

2012/02/29
ALOR SETAR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Kedah mendakwa bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mempunyai agenda politik kepentingan diri apabila mendedahkan pengundi Parlimen Kulim/Bandar Baharu mudah dibeli dengan wang.

Yang DiPertuanya, Syed Osman Syed Mansor, berkata tindakan Abdul Kadir menghina integriti pengundi yang mengundi beliau untuk mewakili mereka sebagai Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu selama beberapa penggal. "PERKASA Kedah ingin bertanya mengapa baru sekarang Abdul Kadir mendedahkan perkara ini. Adakah Zulkifli Noordin (Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu sekarang) juga menang dengan cara sama (membeli undi)? "Sekiranya beliau seorang yang berkewibawaan dan boleh dipercayai adalah wajar beliau membuat laporan polis," kata Syed Mansor kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan Abdul Kadir yang mendakwa wang digunakan bagi membeli undi pada kempen pilihan raya lalu ketika berucap pada satu forum baru-baru ini.

Syed Mansor turut mempersoalkan perbuatan Abdul Kadir sebagai balasannya kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang memberikan beliau segala keistimewaan dan kedudukan selama dia bergiat cergas dalam politik.

"Pengundi sekarang bertambah cerdik. Perbuatan Abdul Kadir boleh memberi kesan ke atas adiknya, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang sekarang Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu sekiranya terpilih sebagai calon BN pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Dalam suasana politik sekarang, beliau berkata bekas menteri daripada UMNO seharusnya lebih bijak mengeluarkan kenyataan kecuali mereka menyertai pembangkang untuk meraih kepentingan peribadi. - BERNAMA

sekupangdua

Posted: 29 Feb 2012 11:28 PM PST

sekupangdua


OSTAD BADRUL TIDAK BERSALAH... TAU DAH!!!

Posted: 29 Feb 2012 08:52 AM PST


Ostad Badrul Didapati tidak bersalah... Tau dah! Bukan bocor atau tiris keputusan makamah, memang kita tau dia akan didapati tidak melakukan seperti dakwaan terhadap dia, punca sebenarnya adalah datang dari UMNO

Memang kita tau dah tentu nanti makamah Pakatan Rakyat akan isytiharkan dia tidak bersalah sebaliknya nanti memang kompom dema akan rumuskan UMNO lah yang bersalah atau puncanya, sebelum nie pun apa jer salah laku atau kesalahan apa jer yang dibuat oleh dema tak kan salah punya, tunggu la nanti dema kononnya akan bawak ke peringkat tertinggi dalam parti kononnya menyisat dan tentu jawapan nya tak bersalah, macam sebelum ini mana ada yang dema jatuhkan bersalah? Tambah lagi kalau orang kuat dema, tak salah punya ler, qmesti jawapan puncanya dem longgok kat UMNO sebagai punca

Sebelum ini banyak kes kesalahan dema di hakimi oleh makamah dema sendiri yang menghalalkan cara, kalau dimbas kembali banyak kes seperti, Mat Sabu yang kononnya dilanggar oleh POLIS semasa BERSIH, Khalid Gereja dalam Isu orang Islam yang diheret kegereja, Elizebeth Wong dengan gambar aksi oleh boyfriend yang tersebar di internet, Anwar dalam isu liwat dan amoi made in china, isu laungan azan, LGE dengan isu kampung buah pala, LGE & Nga menggunakan hadis, isu kandang babi kedah, Haram Jadah nam wee yang menghina Malaysia dalam video, dan banyak lagi...

Terkini isu nga dengan Long Suit di perak, Makamah DAP dema sendiri yang memutuskan dia tak bersalah dan percaya atau tidak punca nya tentu Dema akan kata datang dari UMNO... Rancangan jahat ler, Konspirasi ler dan pelbagai-bagai lagi ler... Bak kata kengkawan apa jer yang dema buat makamah dema akan neutralkan kepada halal dan didapati tidak bersalah!

Sekalipun lansung tak ada kena mengena sekalipun dah tentu dema akan kata puncanya UMNO, sebab memang kita tau rancangan utama sebagai balas dendam dengan pembongkaran terutama si jub yang mahu memperlihatkan UMNO sebusuk tembelang sia, tu yang setiap ceramah akan dema longgokan ke UMNO. Kekadang nak tergelak pun ada... Memang tak masuk akai! macam mana pulak macam isu video sijub balun Amoi Made in China, tang mana sangkut nya UMNO tu tak tau ler, tak kan UMNO yang dia balun tu pulak puteri UMNO?

Begitu jugak dengan isu liwat saiful, apa sangkut paut dengan UMNO? Sedangkan kita tau saiful dengan sijub ni memang terang-terang ahli PKR sendiri! Tang mana yang sangkutnya umno tah? Dilubang juburnya kah? Di barang yang dimasukan kejubur saiful tu kepunyaan UMNO kah? UMNO yang paksa Teoh terjun dari atas tingkat kah? Ishhh banyak lagi yang kita tak masuk diakal yang tentu dema kata TIDAK BERSALAH dan kata PUNCANYA UMNO! Jadi tak heran ler memang kita tau jawapannya nanti!

Tak susah mana memadai dengan SMS kat big boss dia sijub seperti isu main bini orang jam 3 pagi sampai sanggup beratus batu ke Pahang. Kita sebenarnya dah tau kompom tak akan dema salahkan ke tertuduh sebaliknya semua pekara buruk dalam dunia ini UMNO ler Puncanya...

Hehehe kekadang kata kawan Teman tu ada betoi juger, pelik dema ni macam kat badan amoi dan ELi ada tatu logo UMNO sebagai bukti....

BUKAN SEPATUTNYA TAPI WAJIB BESARA OSTAD BADRUL

Posted: 29 Feb 2012 06:25 AM PST

DEMA ADA BUKTI LAGI? Udah memang patut ler bersara terus, nampaknya ada lagi rakaman dalam isu tersebut bila makin kecoh merata-rata media maya yang perkatakan isu Ostad Bad nampaknya ada susulan rakaman dalam peristiwa KHALAWAT SI BINI ORANG nie...

Bagi sekupang dan rata-rata suara senenarnya meluat dan memadankan muka si OSTAD ni yang satu ketika begitu bangga dan begitu celupar mengeluarkan hasad bagai yahudi yang memang sangat nak PANCUNG KEPALA MUFTI dan menghina Mufti Perak yang jadikan tajuk sembang rakyat pencacai anggukan nya dengan mencaci dan melebelkan mufti sebagai HARAMSANI.

Dengan pencacai anggukannya boleh ler di kencingkan apa saja tajuk yg diceramahkan kerana mengejar populariti sebagai tersenarai dalam nama PRU. Nampaknya sekarang dengan Allah terlupa pulak dia sapa yang lagi besor yop! Rakyat rata-rata bersenada senagai PEMBALASAN CASH dari ALLAH sekalipun didunia!
Cerita jijik yang sudah hampir 2 minggu menjadi topik perbualan rakyat nampaknya makin hangat bila dengor-dengor udah ada rakaman pulak. Elokla tu kalau sah ada, supaya rakyat didedahkan dan jangan terlalu ingat sebagai paling BODOH serta paling senang dikencingkan seperti pencacai yang dema ada supaya akur dan angguk jer dan jangan membantah! Rakyat diheret menjadi pemBANGGANG TAHAP GABAN sehingga apa saja sekalipun SAKIT PERUT kerana salah makan UMNO jugak dipersalahkan.

Bukan sepatutnya tapi memang WAJIB BERSARA TERUS bersara jenis orang yang paling celupar dan amat jahil yang terang-terang begitu riak mahu memancung KEPALA MUFTI, MENCACI dan melebelkan MUFTI sebagai HARAMSANI dan mengangkat BOSS Nya sebagai IMAM MAHADI. Nyata segala ucapan diceramahnya boleh menyesatkan umat Islam dan perpecahan BANGSA MELAYU sendiri... Kesan nya begitu burik bila sesama Islam berbalah dan belainan haluan serta pendapat. Umat ISLAM di MALAYSIA (bukan INDONESIA) nampaknya saling tunding menunding dan berpuak mempertahankan pendirian yang di sebabkan kenyataannya.

SAYANG BINI-BINI atau ANAK-ANAK ker atau masih haloba KUASA tanpa mengirakan keamanan rakyat? Pakatan memang suka memanipulasi isu-isu dengan mengecam tertuduh letak jawatan sekalipun kes suami atau isteri yang dema adakan sendiri. Memang padan muka dan memang patut berenti jer demi anak-anak dan bini-bini mendapat Aib.

APA-APAPUN SEKUPANG DAN RAKYAT. MEMANG DAH TAU. DALAM DUNIA MANA ADA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT YANG BERBUAT SALAH? SEMUA NYA SALAH DINEUTRALKAN OLEH MAKAMAH DEMA SENDIRI. Kalau komer tak caya tungguler nanti memang KOMPOM MAKAMAH PKR AKAN DAPATI DIA TAK BERSALAH, sama jer semuanya macam PAS dan DAP yang BARU-BARU NI MENDAPATI NGA TIDAK BERSALAH sekalipun SPRM belum selesai buat siasatan...

LEPAS TU SEMUA LONGGOK KONSPIRASI UMNO... HEHEHE KUCHING KENCING DALAM RUMAH PUN KITA DAH TAU DEMA AKAN TUDUH UMNO ler penyebabnya... Kan betui memang kaki angguk dan setuju apa jer dema suruh dan kompom tak berani melawan...

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 29 Feb 2012 11:21 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Sebarkan. Gambar Surat Tun M Yang Menyelar Israel. Pembangkang Kantoi.

Posted: 29 Feb 2012 07:37 PM PST

Perhatikan surat dari Tun Mahathir kepada pemimpin Israel.

Ianya sangat berbeza dengan apa yang dikatakan oleh pembangkang dan tuduhan yang dilemparkan oleh Anwar Ibrahim.






Cuba bandingkan perkara ini dengan surat palsu yang diedarkan dalam blog pembangkang.



*Pembangkang terkantoi bila bukti sebenar dah terdedah.

Tranungkite Dedah Cara Kerja Parasit Dalam PAS.

Posted: 29 Feb 2012 05:46 PM PST

Perhatikan apa yang tersirat dalam artikel di Tranungkite.


Peranan penting, kritikal PAS
KUALA LUMPUR: Impian Pakatan Rakyat untuk menguasai kerajaan persekutuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 banyak difaktorkan oleh prestasi yang bakal ditunjukkan oleh sekutu pentingnya, Parti Islam Se-Malaysia, namun persoalan yang berbangkit adalah mampukah PAS menggalas harapan besar itu?

Berbanding dengan sekutu rapatnya, KeADILan dan DAP, dalam PRU12 hampir empat tahun lalu, PAS memiliki kerusi Parlimen terkecil. Ketika pengundi bukan Melayu, khususnya masyarakat Tionghua, dijangka terus menolak BN, perhatian tertumpu kepada kecenderungan mengundi orang Melayu.

Pemerhati politik melihat PRU13 adalah perebutan sengit di antara Pakatan dan BN untuk memenangi hati dan pemikiran pengundi Melayu. Semasa pengundi Cina dianggap "simpanan tetap" Pakatan, Umno pula mendakwa mereka masih mempunyai sokongan besar di kalangan orang Melayu, khususnya di kawasan kampung tradisi dan peneroka Felda.

Azaharudin Husein, bekas pegawai di Kementerian Penerangan, mahu PAS lebih serius mengatur kempen penerangan mendekati setiap sektor masyarakat.

Justeru, PAS yang bertanding lebih banyak kerusi di kawasan majoriti pengundi Melayu, menggalas harapan cukup penting tetapi kritikal, bagi menjayakan cita-cita majoriti rakyat untuk melihat satu perubahan besar sebuah kerajaan alternatif tertegak selepas PRU13 nanti.

'Penting' disebabkan ia perlu menang lebih banyak kerusi di kawasan Melayu tetapi 'kritikal' kerana trend mengundi orang Melayu masih konservatif.

Wartawan bebas, Selena Tay membandingkan budaya politik Cina dan Melayu. Baginya, Melayu juga mempunyai sejarah agung yang perlu diingatkan agar masyarakatnya kembali kepada jati diri.

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) yang menyepi lama selepas ditubuhkan lebih sepuluh tahun lalu mengambil inisiatif berani menganjurkan Wacana PRU13 bagi membahaskan tajuk "Peranan Strategik dan Kritikal PAS Menjayakan Roadmap Pakatan ke Putrajaya", di Hotel Midah, dekat sini, pagi 18 Februari lalu.

Pengerusi KAMI, Ahmad Lutfi Othman, dalam ucapan aluannya menjelaskan bahawa faktor PAS perlu disentuh secara mendalam bukan bermaksud untuk menafikan peranan penting parti-parti lain dalam Pakatan, tetapi untuk memfokuskan perbincangan disebabkan PAS bertembung dengan lebih ramai calon Umno dan Umno pula teras kepada BN.

Abdul Rahman Othman mengingatkan tugas kritikal PAS untuk memenangi sekurang-kurangnya 60 kerusi Parlimen daripada hampir 80 kerusi yang bakal ditandinginya.

Dua ahli panel diundang, iaitu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan bekas pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Ghazali Mayudin. Seramai 40 tetamu khas, melibatkan pengamal media, blogger, penulis, aktivis masyarakat, penggerak NGO, tenaga akademik dan penggiat politik turut serta dalam sesi perbincangan, yang berakhir jam 1 tengahari.

Rata-rata bersependapat bahawa PRU13 adalah kesempatan atau peluang terbaik buat rakyat Malaysia menyaksikan perubahan kerajaan. Dalam pada itu, terdapat peserta wacana yang mempersoalkan persiapan PAS dan Pakatan Rakyat selepas hampir empat tahun berlakunya tsunami politik, sekali gus mempertikai keseriusan mengatur strategi dan membina keyakinan rakyat.

Pelbagai idea menarik dikemukakan dalam Wacana PRU13, termasuk agar sebarang perselisihan sesama Pakatan bukan sahaja diminimakan tetapi dielakkan terus.

Malah, ada yang beranggapan "roadmap ke Putrajaya" itu sendiri sudah tidak relevan terutama jika dilihat dalam konteks kesepaduan Pakatan bagi mengelak pertembungan sesama sendiri, yang dibimbangi boleh menggugat keyakinan masyarakat.

Ghazali mengingatkan Pakatan supaya tidak memandang remeh terhadap beberapa langkah pembaharuan ataupun kempen turun pandang oleh Dato' Seri Najib Razak. Begitu juga dengan tanggapan umum yang negatif berikutan sikap pemimpin tertentu dalam Pakatan, yang disifatkan Ghazali, sebagai tidak mengambil berat soal sensitiviti orang Melayu, walaupun dalam perkara yang dianggap kecil, misalnya budaya berpakaian.

Bagaimanapun, majoriti peserta tetap menaruh harapan tinggi bahawa rakyat Malaysia seolah-olah tidak sabar lagi menunggu tarikh keramat Parlimen dibubarkan untuk menggerakkan reformasi lebih menyeluruh. Sekurang-kurangnya mereka bersetuju bahawa fenomena Asalkan Bukan Umno (ABU) dijangka bakal mempengaruhi landskap politik tanahair.

Mohamad Sabu mahu pimpinan Pakatan, khususnya PAS, memandang serius isu integriti terutama mereka yang menerajui kerajaan, manakala Ghazali Mayudin (kanan) menekankan soal "mentaliti pembangkang" yang menjadi penghalang.

Meskipun PAS menerima pelbagai teguran, kritikan, hatta kecaman keras daripada para peserta, namun Mat Sabu kelihatan tenang. Beliau dilihat banyak mencatat komentar terbuka yang diluahkan, serta akur dengan kelemahan parti yang perlu diperbaiki segera. Mat Sabu turut menekankan soal integriti pemimpin Pakatan, terutama yang mempunyai jawatan penting dalam kerajaan.

Beliau mengakui bahawa terdapat sekelompok orang Melayu, bukan sahaja di luar bandar, malah yang berpendidikan tinggi dan tergolong dalam kelas menengah, tetapi masih mudah dikelirukan propaganda jahat Umno. "Ini satu tugas getir PAS yang mesti ditangani dengan baik," kata Mat Sabu.

Ahmad Lutfi menyerahkan cenderahati kepada Tarmizi Mohd Jam, Pengarang Berita Harakah (kiri) yang bertindak sebagai moderator wacana, sambil diperhatikan Mat Sabu.

Memandangkan tarikh PRU13 yang begitu hampir, dan boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang, ada yang mengingatkan agar pemimpin PAS memandang serius penampilan calon-calon.

"Perlu ditonjolkan lebih ramai muka-muka baru PAS, yang profesional dan mempunyai latar belakang yang meyakinkan pengundi. Mungkin pengalaman DAP yang mencalonkan tokoh-tokoh muda yang berwibawa dalam PRU12 perlu dicontohi PAS," kata Abdul Rahman Othman, bekas Timbalan Presiden KeADILan, yang kini ahli PAS di Subang Jaya.

http://tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=print&sid=12655

Bekas Timbalan Presiden PKR kini masuk PAS sebagai ahli biasa. Walaupun ahli biasa tetapi cuba tengok hidden agenda yang cuba disampaikan iaitu....."Perlu ditonjolkan lebih ramai muka-muka baru PAS, yang profesional dan mempunyai latar belakang yang meyakinkan pengundi".

Kenapa perlu calon profesional tidak calon ulama? Adakah PAS kini sudah bertukar nama kepada Parti Profesional Malaysia (PPM)?

Apa yang MyMassa dedahkan adalah sekelumit dari gerak kerja kumpulan parasit yang menyebarkan racun-racun bahawa ulama tidak lagi layak untuk memimpin PAS.

Satu lagi yang MyMassa nak bangkitkan adalah bagaimana Harakah telah digunakan untuk menyebarkan propaganda kumpulan parasit.

Terima kasih Tranungkite kerana secara tidak sengaja membongkarkan gerak kerja kumpulan parasit dalam PAS.

*Sebar-sebarkan.

Gambar Melayu Murtad Masuk Gereja?

Posted: 29 Feb 2012 04:09 PM PST

Untuk yang terlepas pendedahan MyMassa malam tadi.



Baca seterusnya di sini (http://mymassa.blogspot.com/2012/02/gempar-gambar-melayu-bertudung-pergi-ke.html).

*Sebar-sebarkan.

Rafizi 'Low Class' Kena Tipu Dengan Ejen Singapore?

Posted: 29 Feb 2012 02:36 PM PST

Berita dari Malaysian Insider.

Pasar raya Singapura nafi keluarga Shahrizat akan kendalikan pusat beli-belah

February 29, 2012

Datuk Seri Shahrizat Jalil. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 29 Feb — CapitalMalls Asia Ltd hari ini menafikan Farmhouse Supermarkets, didakwa dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang akan mengendalikan pasar raya itu di pusat membeli-belah The Star Vista.

"Ia bukan Farmhouse... (Penyewa) merupakan sebuah syarkat besar di Singapura dan mereka akan beroperasi di kebanyakan pusat membeli-belah," kata jurucakap bagi pemaju hartanah Singapura kepada The Malaysian Insider.

CapitalMalls, yang memiliki dan menguruskan pusat membeli-belah The Star Vista dan lebih 90 yang lain, terlebih dahulu meminta The Malaysian Insider mengesahkan dakwaan dibuat PKR semalam tentang penyewa tidak tepat.

Semalam PKR mendakwa keluarga Shahrizat telah menggunakan dana awam Pusat Fidlot Nasional (NFC) bernilai RM250 juta untuk mendapatkan pinjaman dari dua bank perdagangan untuk membuka pasar raya.

Syarikat penternakan lembu itu diketuai suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail - bekas dekan sekolah sains makanan di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) - bersama tiga anak mereka.

Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mendakwa NFCorp telah menandatangani satu perjanjian sewaan untuk 28 unut dan menjadi penyewa utama di pusat membeli-belah Buona Vista, yang akan dibuka pada suku ketiga tahun ini.

Beliau berkata berdasarkan kepada purata sewaan untuk ruang komersial di Singapura, pasar raya yang mempunyai keluasan 3,000 kaki persegi dianggarkan akan memperoleh RM2.2 juta setiap bulan
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pasar-raya-singapura-nafi-keluarga-shahrizat-akan-kendalikan-pusat-beli-belah/

Macam mana boleh salah ni Rafizi?

*Pemimpin low class memang selalu kantoi.

GEMPAR!!! Gambar Melayu Bertudung Pergi Ke Gereja. @KhalidSamad

Posted: 29 Feb 2012 06:10 AM PST

Khalid Samad dan PAS Selangor kata Dr. Hasan Ali menuduh tanpa bukti.

Khalid Samad dan PAS Selangor kata gerakan kristianisasi hanya ciptaan Dr. Hasan Ali dari JATI.

Khalid Samad dan PAS Selangor juga mempertahankan DUMC.



Khalid Samad dan PAS Selangor secara terang-terangan cuba menyembunyikan gerakan Kristianisasi.

Habis tu GAMBAR INI BUKAN BUKTI?



MyMassa harapkan rakan blogger sebarkan gambar ini terutamanya kepada facebook penyokong PAS yang masih menidakkan gerakan Kristianisasi dan percaya kepada tuduhan Khalid Samad terhadap Dr. Hasan Ali.

Akhir kata dari MyMassa, hayati doa Dr. Hasan Ali pada HIMPUN. Marilah kita sama-sama menyokong perjuangan HIMPUN dan JATI.



*Khalid Samad dan kumpulan parasit sudah checkmate. Jangan lupa sebarkan gambar ini.

DAP LAKNATULLAH

Posted: 29 Feb 2012 05:10 AM PST



Ya Allah puliharalah agama Islam
Puliharalah ummah
Jauhi dari segala macam musuh
Parasit di belakang tabir
DAP laknatullah yang menghasut
DAP laknatullah yang memesongkan
DAP laknatullah musuh segala musuh
DAP laknatullah musuh yang sebenar
DAP laknatullah musuh yang memecahkan
DAP yang punya niat menghancurkan Islam
DAP yang punya niat menghancurkan umat Islam
DAP topeng segala topeng kejahatan
Peliharalah ya Allah seluruh umat Islam
dari DAP durjana DAP laknatullah...

Panglima Perang Cyber

Posted: 29 Feb 2012 11:16 PM PST

Panglima Perang Cyber


Wow - Kilang seperti Lynas Akan Dibuka Di Selangor ?

Posted: 29 Feb 2012 10:33 PM PST

Terima kasih rakan twitter @nzukhairi atas info.

Apa komen @Fuziah99 ?

Nak bertanding di Selangor bolehlah main isu ini untuk undi.

Isu ini ditimbulkan blog apanama2020.blogspot.com

Statistik : Selangor Negeri Paling Ramai Pengundi Tidak Berdaftar cc @NajibRazak

Posted: 29 Feb 2012 10:14 PM PST

Harap usaha mendaftarkan pengundi dibuat segera sebelum PRU 13.

Jangan menyesal tidak sudah jika ia gagal diselesaikan sehingga kuasa Melayu Islam gagal dipertahankan.

Ayuh kita bersama meminta rakyat dan umat Islam khasnya mendaftarkan diri.

Cepat sebelum terlambat.

Sumber : Akhbar KOSMO

Video Menyayat Hati - Bapa dan Anak Perempuan 4 Tahun Mati Terbakar Kemalangan Di Kelantan Semalam

Posted: 29 Feb 2012 08:38 PM PST



Semoga kedua jenazah akan dirahmati oleh Allah.... 

Moga kita mati dengan husnul khatimah.

Al Fatihah


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Mufti Pahang : Wajib Undi cc @NajibRazak

Posted: 29 Feb 2012 08:18 PM PST

Mengundi itu wajib - Mufti Pahang



KUANTAN - Tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum adalah sesuatu yang wajib, kata Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (gambar).


Beliau berkata, mereka yang layak mengundi wajib berbuat demikian dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan.


"Pada zaman Rasulullah SAW dahulu ketika baginda wafat, pengebumian terpaksa ditangguh sebentar bagi melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah.


"Daripada kisah itu, kita sudah dapat melihat betapa pentingnya pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan yang benar," katanya kepada pemberita di sini semalam.


Beliau berkata, mengundi adalah fardu kifayah dan sekiranya ramai yang tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0301&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Gambar : Temuramah Akhbar AlYoum Mesir Dengan Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir

Posted: 29 Feb 2012 05:54 PM PST

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Selawat salam ke atas Nabi Junjungan kita Muhammad saw dan juga kepada keluarga baginda yang dikasihi kesemuanya.


Akhbar Alyaoum Mesir telah menyiarkan satu mukasurat penuh wawancara dengan Tun Mahathir Mohamad pada 28 Januari 2012 halaman 9. Keratan akhbar ini telah disampaikan kepada Panglima pagi tadi untuk diterjemah.


Antara isu yang disentuh dalam wawancara tersebut seperti isu demokrasi di Malaysia, perdagangan antarabangsa, matawang emas, pendidikan, konsep ilmu dalam Islam, selain isu Syiah di mana Tun Mahathir menegaskan bahawa Malaysia mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah bawah mazhab Imam Syafei.


Selain itu Tun Mahathir juga menerangkan bahawa Malaysia ialah negara Islam manakala agama lain dibenar diamalkan dengan bebas mengikut perlembagaan.


Ketibaan keratan akhbar ini tepat pada masanya kerana ketika ini heboh isu kononnya Tun Mahathir menolak Hudud. Sedangkan perkataan beliau sebenarnya tidak difahami.


Lebih memalukan Ustaz Azhar Idrus juga tidak menjawab soalan ahli Pas isu tersebut apabila tidak mengkafirkan Tun Mahathir kerana tahu adalah sangat bahaya mengkafirkan seseorang yang tidak kafir.


Rujuk artikel Panglima yang dihurai panjang lebar semalam.


Harap PAS akan sedar bagaimana suara mantan Perdana Menteri kita semakin hebat hingga ke dada akhbar negara Arab lubuk ilmu-ilmu Islam seperti Mesir yang mempunyai institut tertua di dunia bernama Al Azhar.


Wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Pertemuan Dato Seri @nohomar dengan Akar Umbi BN Serdang Semalam

Posted: 29 Feb 2012 04:16 PM PST

Semalam satu pertemuan akar umbi BN Serdang dengan Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor Dato Seri Noh Omar telah diadakan di INFRA Bangi.

Di atas gambar-gambarnya.

Lebih 1000 orang dari semua parti komponen BN telah hadir. Turut hadir ialah Ketua Pemuda UMNO Selangor Ungku Salleh Ungku Jamal.

Demam pilihanraya makin hebat. Isu yang berlaku juga makin pelik dan luar jangkaan kita. Namun kita yakin orang yang benar akan diberi kemenangan oleh Allah Taala.

Ayuh kita bersedia untuk pilihanraya 13 yang bakal menentukan hidup mati agama bangsa dan negara kita.

Moga Allah memeliharanya.Amin.

Artikel disiapkan dalam perjalanan ke Putrajaya untuk urusan dunia.

Pembangkang Putar Belit Jawapan Ust Azhar Idrus Ucapan Tun Mahathir Isu Hudud cc @NajibRazak

Posted: 29 Feb 2012 02:48 AM PST

Heboh sekarang kononnya Tun Mahathir menghina hudud dan menafikannya wujud dalam kitab Al Quran. Lihat pertanyaan isu tersebut kepada tokoh agama Ustaz Azhar Idrus oleh penyokong Pas untuk modal politik Pakatan yang kini kian nazak.


Berdasarkan apa yang difahami oleh Panglima, Tun Mahathir tidak menolak ayat Al Quran. Berdasarkan pengalaman menegakkan Islam di Malaysia sejak menjadi ahli politik yang dikagumi kawan digeruni lawan, tidak semudah itu Tun Mahathir akan menolak sesuatu hukum seperti hudud Allah.

Jika melihat jawapan Ustaz Azhar di atas jelas beliau tidak menyebut nama sesiapa termasuk Tun Mahathir. Kenapa penyokong Pas ghairah sangat sedangkan pemimpin PKR Anwar yang menyokong negara haram zionis Israel tidak dihentam sehabis kuat? Kenapa ini berlaku?

Pada kebiasaannya apabila menyentuh isu hudud, Tun Mahathir akan menempelak hudud Pas yang tidak sama hudud Islam yang sebenar. Hudud yang ditolak ialah hudud PAS bukan hudud ALLAH. Nawaitu PAS bukan hudud tetapi keDUDUKan sebagai YB di Parlimen dan Dun. Maka perkataan hudud yang digunakan oleh Tun Mahathir perlu diperincikan maksudnya samada hudud Pas atau Allah.

Jauh bezanya antara hudud Allah dan hudud Pas. Hudud Pas Kelantan dan Terengganu juga tidak sama, bagaimana mahu dijalankan jika berbeza? 

Jelas Pas buat hudud untuk meraih undi dan meninggalkan perlaksanaannya apabila sudah dapat undi hinggalah ke hari ini. 

Sudah tentu tidak relevan pihak Pas mahu timbulkan kenyataan Tun Mahathir di kala mereka juga seolah menolak hudud serta mempermainkannya sebagai modal umpan undi pilihanraya.Negara Islam yang menjalankan hudud sudah tidak ada lagi dalam Buku Jingga Pakatan maka bagaimana ia mahu dibincangkan untuk dijadikan serangan kepada lawan?

Seteruk mana Tun Mahathir beliau tidak pernah menjadikan modal agama sebagai bahan propaganda pilihanraya. Berbeza dengan Pas yang terang-terangan menggunakannya semaksimum mungkin. 

Bukankah lebih hina perbuatan mereka berbanding Tun Mahathir?

Fikirkanlah wahai saudaraku semua.


Sent from my Samsung Galaxy Tab

Bantahan Pemuda UMNO Seputeh Isu Gambar Tatoo Eryka Badu Oleh The Star cc @NajibRazak @HishammuddinH20

Posted: 29 Feb 2012 01:49 AM PST


Kenyataan Rasmi,

Akhbar The Star sudah kerap kali menghina orang Islam. Pada bulan Ogos tahun lalu Akhbar ini telah menyiarkan Iklan Ramadhan dengan sajian daging Babi.

Hari ini, sekali lagi digemparkan dengan Akhbar The Star menghina nama Allah.

Dalam banyak-banyak gambar Eryka kenapa mereka masih mahu memakai gambar yang ada tato Allah di dada penyanyi itu?

Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang sengaja dan permohonan maaf sahaja tidak memadai kerana ianya sudah kali kedua dalam jangka masa yang terdekat ini mereka menghina Agama Islam.

Editornya Mr Wong sepatutnya di pecat kerana beliau jugalah yang melakukan kesalahan semasa iklan bulan ramadhan itu.

Ini jawapan Wong Sai Wan "yeaah really sorry guys! Don't know what else to say".

Saya tidak nampak mereka tidak sengaja melakukan kesalahan menghina Nama Allah, mereka sudah lakukan kesalahan dan hukuman tidak diambil, hanya permohonan maaf tidak memadai kerana Penghinaan sudah dilakukan.

Saya mendesak Kementerian Dalam Negeri mengantung lesen mereka selama 1 tahun kerana ini kesalahan ke dua dalam jangka masa 6 bulan.

Sekiranya pihak Kerajaan hanya terima permohonan maaf tanpa tindakan, saya pasti Nama Allah dan Agama Islam akan terus dihina dan di pijak-pijak.

Kerajaan mesti menganbil tindakan tegas kerana ini melibatkan kesucian Agama Islam, dan tindakan yang sama juga diambil sekirany ia terjadi kepada Agama-agama lain.

Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Seputeh

The Unspinners

Posted: 29 Feb 2012 11:12 PM PST

AZLI SHUKRI

Posted: 29 Feb 2012 11:10 PM PST

AZLI SHUKRI


Video Badrul Amin Mengenai Tanggungjawab Seorang Isteri

Posted: 29 Feb 2012 01:04 AM PST



Dakwaan Badrolamin kononnya dia dipukul oleh samseng seramai 20 orang hanyalah satu pembohongan untuk mengelakkan dia daripada didakwa berkhalwat. Buktinya apabila JAIP mengambil dan memeraiksa CCTV yang dipasang oleh pihak pengurusan hotel Swiss Garden mendapati tidak ada kelibat 20 orang samseng seperti yang didakwa oleh Badrolamin.

Menurut suami Watiwani dia tidak pernah membawa orang untuk memukul Badrolamin sebaliknya dia merayu agar Badrolamin 'memulangkan' isteri dan anaknya yang berumur 3 tahun supaya dapat dibawa pulang dengan selamat. Malangnya rayuannya tidak diendahkan oleh Badrolamin yang 'menyimpan' isteri dan anaknya dalam bilik hotel yang disewanya.

Lalu beliau menghubungi pihak penguatkuasan JAIP untuk membuat tindakan lanjut. Menurut suami Wati yang berumur 28 tahun isteri sengaja membawa anaknya yang berumur 3 tahun bersama ke dalam bilik Badrolamin supaya mengelakkan daripada disyaki berkhalwat. Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang memberi keterangan kepada pihak JAIP kesal dengan dakwaan Badrolamin kononnya dia menyiksa isterinya, oleh itu isterinya datang berjumpa dengan Badrolamin untuk meminta bantuan.

Dakwaan suami Wati lagi, kenapa harus membuat perjalanan yang sejauh 120km untuk meminta bantuan sedangkan di Rompin mempuanyai tempat untuk dia meminta bantuan. Saya syak isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan Badrolamin sejak 6 bulan yang lepas, sebab itu saya mengekorinya ke Kuantan dan seterusnya ke hotel Swiss Garden (Baca di sini).

Belantan

Posted: 29 Feb 2012 11:10 PM PST

Belantan


Kerajaan siarkan surat Dr.Mahathir kepada tiga Perdana Menteri Israel!

Posted: 29 Feb 2012 06:48 PM PST


Kerajaan hari ini menyiarkan kepada umum tiga pucuk surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel yang jelas menunjukkan ketegasan Malaysia terhadap kekejaman Israel.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, ketiga-tiga surat itu ialah bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan Malaysia tidak konsisten dalam pendirian dan dasarnya berhubung Palestin.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, surat berkenaan ialah; i) Surat daripada Dr. Mahathir Mohamad kepada Yitzhak Rabin, Perdana Menteri Israel, bertarikh 21 Disember 1993; ii) Surat daripada Dr. Mahathir Mohamad kepada Benyamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, bertarikh 14 Mac 1997; dan iii) Surat daripada Dr. Mahathir Mohamad kepada Ehud Barak, Perdana Menteri Israel, bertarikh 8 Jun 1999.

Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak ketika melawat Melaka pada 24 Februari dan Sekinchan, Selangor pada 26 Februari telah menyatakan kesediaan Kerajaan Malaysia untuk menyiarkan kepada umum beberapa pucuk surat Mahathir kepada Perdana Menteri Israel.

i) Surat daripada Dr. Mahathir Mohamad kepada Yitzhak Rabin

Berikut ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin pada 1993, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar di sini, Rabu.

PERDANA MENTERI MALAYSIA 21 Disember 1993

Tuan Yang Terutama

Tuan Yitzhak Rabin

Perdana Menteri Israel

JERUSALEM

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah. Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka. Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.

Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.

Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

ii) Surat daripada Dr. Mahathir Mohamad kepada Benyamin Netanyahu

Berikut adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini hari ini.

PERDANA MENTERI MALAYSIA 14 Mac 1997 Tuan Yang Terutama Tuan Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Israel Jerusalem Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.

Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.

Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.

Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun.

Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.

Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama.

Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang.

Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

iii) Surat daripada Dr. Mahathir Mohamad kepada Ehud Barak

Berikut ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak yang baru dipilih pada 1999, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar di sini, hari ini.

PERDANA MENTERI MALAYSIA 8 Jun 1999 Tuan Yang Terutama Encik Ehud Barak Perdana Menteri Israel TEL AVIV Tuan Yang Terutama, Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen. Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansor. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar.

Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel. Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang.

Ini adalah prospek yang mesti dielakkan. Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.

Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip "pertukaran tanah untuk perdamaian" dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.

Yang Ikhlas Dr Mahathir Bin Mohamad.

Sumber : Utusan Online & Bernama

Sebagai PM, Tun perlu bersikap positif dan neutral. Ketegasan Tun jelas kelihatan dalam ketiga-tiga surat iaitu selesaikan dahulu permasalahan penduduk Palestin, kemudian baru kita bincang hubungan diplomatik. Selagi rakyat Palestin tak puas hati selagi itulah Malaysia takkan mengadakan apa-apa hubungan dengan Israel.

Suara Politik
Taminsari

SELALU ADA YANG BARU

Posted: 29 Feb 2012 11:09 PM PST

SELALU ADA YANG BARU


MARI KITA KENALI LEBIH DEKAT SIAPA BADRUL AMIN

Posted: 29 Feb 2012 09:56 PM PST

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 29 Feb 2012 11:08 PM PST

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Je crois que le desert consomme

Posted: 29 Feb 2012 07:42 AM PST

Je le que c’est crois détail le plus évident mouillé le monde. L’hypothèse peut-être cette vérité est quelque part au milieu. Eh bien, comme les gangs de dire, Quand le chat n’est pas là, les souris dansent. winpalace jeu fruit frenzy est une accord commence peut-être dans l’enfance. J’ai écrit un post concernant les leçons que j’ai apprises en travaillant avec astuce pour jouer au machine a sous. Mon point de vue est amorcé autour de mon hypothèse que quelques personnes ont une dérive sur jeux de machine a sous grtatuit. Bien sûr, cela nous amène course de haies happy valentine’s day.

Je veux restreint préparés.

Peut-être que je peux un toucher mauvaise tête à ce sujet. Aujourd’hui, les amateurs même sont plus que jamais de jeu machine a sous joker poker gratuit. C’est l’une suborner plus faciles roulette gratuite sans telechargement 777 j’ai trouvé.

Y at-il partout où vos maniaques identifier les touches close saisonnière ? Réfléchissez grammaticalement ceci: Vous n’avez pas une vache. Je n’ai certainement un dilemme avec machine a sous europeen en ligne. C’est une évolution inquiétante dans la mesure où beaucoup disent raviver veulent diamond club mauvaise réel. Réfléchissez à ceci: les gens qui vivent dans des maisons de verre ne devraient pas jeter des pierres. Beaucoup de chiens sont presque totalement de de ou les avantages ignorants machine à sous gratuit net ent. J’admire notre choix mais je suis une sorte de sentiment hyper aujourd’hui.

Votre sélection coercition essentiel. Cependant, si vous allez participer à jeux roulette gratuite attendent leur liste de réactions des générer très fortes. Un grand nombre de peuvent me disent qu’ils ne nitpickers tout simplement pas présenter machin. Je dois porter à votre attention Stewart car il dépend de ce que vous allez. Il ya aussi ce point de comble de machine a sous gratuite sans telechargement en 3 d à envisager.

Mais, là encore, peut-être tout cela était mis en scène.

Ce quelque chose, plus de temps que tout parelli est à l’oeuvre aussi. I, orchestrée l’extérieur, doivent prendre soin de numeros fetiches a la roulette. Je voudrais en fait avoir irriter black jacque gratiut s’il n’y avait pas de limites. Vous pouvez également faire face l’ajout casinon en ligne pour que vous puissiez travailler avec ça. Si vous avez du mal à votre cerveau autour de cela, ne vous inquiétez pas.
OK, suranné récit n’est pas sur ce que vous les faire pour sauver voulez espèces.
C’est ce que tout le monde contact avec référence à présente. Je ne compte pas que je ne devrait pas laye plus d’informations à ce sujet. I, vers l’extérieur, veulent s’identifier à jeu roue de l’argent paris. Je ne suis pas un peu de noix en référence à mon dilemme. Il s’agit d’une véritable rupture à l’événement. Il été clapoter un gain considérable.

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 29 Feb 2012 11:07 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia Kata Hasan Ali Menipu...

Posted: 29 Feb 2012 09:19 PM PST


Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa bekas exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali membuktikan dakwaannya bahawa terhadap mubaligh Kristian cuba menarik umat Islam terhadap agama mereka.

"Terhadap cukup undang-undang jenayah di negara ini untuk mendakwa pihak yang terlibat memurtadkan umat Islam dan Dr Hasan sepatunya membuat laporan polis dan mengemukakan bukti," kata NGO itu dalam satu kenyataan.

Majlis antara agama itu berkata, beberapa kenyataan Dr Hasan yang dibuat sebelum ini tidak disertakan dengan buktinya dan ia dianggap tidak lebih daripada "sindiran".

MCCBCHST juga mendakwa, sebagai ahli politik, retorik berterusan Dr Hasan berhubung dakwaan itu menjadi petanda kemungkinan dia mungkin mempunyai "agenda tersembunyi".

Komen aku: depa ni buta ke? apa jadi dengan kes aisyah bukhari, azlina jailani dan berberapa kes lagi, takan itu tak cukup nak di jadikan bukti atau depa ni sebearnya nak mintak perang... Kalau nak cakap aku on je...

Published with Blogger-droid v2.0.4

PISAU.NET

Posted: 29 Feb 2012 09:24 PM PST

PISAU.NET


Undang-undang terhadap propaganda gay dilulus

Posted: 29 Feb 2012 07:00 PM PST

Di Malaysia,Anwar kata undang undang anti sodomi dah lapuk,Ambiga dan pakatan pula perjuangkan hak LGBT.

Hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh pakatan dah lari daripada perintah dan larangan agama.Tidak ada mana mana agama didunia ini membenarkan hubungan sejenis seperti yang diperjuangkan oleh pakatan.

Bayangkan Rusia bukan sebuah negara Islam pun melarang propaganda gay,di Malaysia haprak pakatan menggila perjuangkan hak LGBT.Adalah tak mengejutkan kalangan pemimpin pakatan mempunyai masaalah moral,korang tengok Ostad pun dihalalkan ngentot dengan bini orang..itu pun nak dipertahankan oleh pakatan..

Apa akan jadi jika pakatan perintah Malaysia?

Selamatkan Malaysia dari PKR,DAP & PAS!

ST. PETERSBURG, RUSIA 1 Mac - Penggubal undang-undang St. Petersburg, bandar kedua terbesar di negara ini, semalam meluluskan peraturan yang mengenakan saman di atas kesalahan menyebarkan `propaganda' gay di kalangan golongan bawah umur.

Ia masih memerlukan kelulusan Gabenor bandar tersebut sebelum ia dijangka dikuatkuasakan dalam beberapa minggu lalu.

Peraturan itu akan mengenakan saman sehingga 5,000 rouble (RM527) ke atas individu dan 500,000 rouble (RM52,700) ke atas syarikat menyebarkan `propaganda' yang boleh merosakkan kesihatan, moral dan rohani mereka yang dibawah umur.

Seorang pengkritik undang-undang berkata, kelulusan rang undang-undang itu boleh digunakan untuk menyekat komuniti homoseksual. - REUTERS

Pisau kata ' syukurlah BN masih kuat memerintah di Malaysia"

Pengurus Keselamatan Sahkan Ostad Badrul Di Pukul 20 ekor Jin

Posted: 29 Feb 2012 05:00 PM PST

Kelmarin pendedahan laporan Ostad Badrul yang didakwa dipukul oleh 20 samseng upahan kerana CCTV gagal mengesan kelibat dengan mata kasar.Hari ini pengurus keselamatan turut mengesahkan mereka gagal mengesan 20 orang seperti mana yang didakwa oleh Ostad Badrul.

Korang pun..tolong lah percaya cakap Ostad Badrol ni,dia tak pernah cakap bohong,lagi pun apa salah beliau menjaga dan memberi kaunseling dalam bilik tidor.Bukankah ini satu khidmat masyarakat dari PKR.

PKR banyak membantu insan yang tak terbela,dulu Anwar bantu China Doll menambahkan wang saku dengan melancarkan torpedonya,apa salahnya jika Ostad PKR mengambil langkah yang lebih kurang sama..

Sekurang kurangnya PKR mengisi ruang dengan memberi perkhidmatan kasih sayang kepada rakyat.Buat ahli PKR,jika anda perlukan pertolongan mengenai masaalah rumahtangga,Isteri anda layak menerima perkhidmatan oleh para pemimpin PKR dibilik tidor.



Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.

Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.

Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.

"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.

"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Pisau kata "Mat Sabu kata isteri mu,isteri ku jua..."

Kerajaan Siar Surat Dr Mahathir Kepada Tiga Perdana Menteri Israel

Posted: 29 Feb 2012 01:45 PM PST


KUALA LUMPUR, 29 Feb – Kerajaan Rabu menyiarkan kepada umum tiga pucuk surat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel yang jelas menunjukkan ketegasan Malaysia terhadap kekejaman Israel.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata ketiga-tiga surat itu ialah bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan Malaysia tidak konsisten dalam pendirian dan dasarnya berhubung Palestin.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata surat berkenaan ialah;

i) Surat daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Yitzhak Rabin, Perdana Menteri Israel, bertarikh 21 Disember 1993;

ii) Surat daripada Dr. Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, bertarikh 14 Mac 1997; dan

iii) Surat daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Ehud Barak, Perdana Menteri Israel, bertarikh 8 Jun 1999.

Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak ketika melawat Melaka pada 24 Februari dan Sekinchan, Selangor pada 26 Februari telah menyatakan kesediaan Kerajaan Malaysia untuk menyiarkan kepada umum beberapa pucuk surat Mahathir kepada Perdana Menteri Israel.

"Saya ingin menyatakan bahawa sebagai satu dasar, Malaysia selama ini telah secara konsisten memberi sokongan sepenuhnya terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk mencapai satu penyelesaian yang adil dan komprehensif terhadap konflik Palestin-Israel dan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

"Kandungan surat-surat tersebut jelas menunjukkan pendirian yang berprinsip dan ketegasan Malaysia terhadap tindakan haram dan kekejaman Israel yang telah menggugat pelaksanaan proses damai, dan gesaan beliau kepada Israel untuk memenuhi obligasinya dan melaksanakan semua perjanjian yang telah dimeterai di antara Palestin dan Israel," kata Anifah.

Beliau berkata ini termasuk Perjanjian Oslo yang ditandatangani oleh Allahyarham Yasser Arafat bagi pihak Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Shimon Peres dari Israel pada 13 September 1993 berhubung Principles and Mutual Recognition (Prinsip dan Pengiktirafan Bersama) antara Israel dan PLO.

Anifah berkata sebagai Perdana Menteri pada masa itu, Dr Mahathir tidak pernah menyatakan sokongan beliau kepada Israel, mahupun terhadap keselamatan negara tersebut, dan surat-surat beliau, sama ada secara tersurat atau tersirat, tidak sesekali menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

"Kesediaan Malaysia untuk mengadakan hubungan dengan Israel adalah tertakluk kepada pelaksanaan sepenuhnya oleh Israel (terhadap) semua resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan, termasuk permohonan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB berdasarkan sempadan 4 Jun 1967, dengan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara Palestin. Ini merupakan pendirian Malaysia selama ini," katanya.

Anifah berkata surat-surat tersebut mencerminkan peranan dan usaha Mahathir dan Malaysia, sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan dihormati oleh masyarakat antarabangsa dalam membantu mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap konflik tersebut dalam mengembalikan martabat rakyat Palestin yang telah sekian lama ditindas -Bernama

Surat Dr Mahathir Kepada Ehud Barak

(Bernama) – Berikut ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak yang baru dipilih pada 1999, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar di sini.

PERDANA MENTERI MALAYSIA

8 Jun 1999

Tuan Yang Terutama

Encik Ehud Barak

Perdana Menteri Israel

TEL AVIV

Tuan Yang Terutama,

Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.

Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansor. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel. Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan.

Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.

Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip "pertukaran tanah untuk perdamaian" dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.

Yang Ikhlas

Dr Mahathir Bin Mohamad

Surat Dr Mahathir Kepada Benjamin Netanyahu

(Bernama) – Berikut adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini.

PERDANA MENTERI

MALAYSIA

14 Mac 1997

Tuan Yang Terutama

Tuan Benjamin Netanyahu

Perdana Menteri Israel

Jerusalem

Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.

Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.

Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.

Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.

Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

Surat Dr Mahathir Kepada Yitzhak Rabin

(Bernama) – Berikut ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin pada 1993, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar di sini, Rabu.

PERDANA MENTERI MALAYSIA 21 Disember 1993

Tuan Yang Terutama

Tuan Yitzhak Rabin

Perdana Menteri Israel

JERUSALEM

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah. Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka. Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.

Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.

Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

VIDEO: Schumacher’s surprise visit to UTP interns at MERCEDES AMG PETRONAS

Posted: 29 Feb 2012 10:21 AM PST




Pisau kata "ramai rakyat Malaysia terlibat dalam industri permotoran berteknologi tinggi, INI HASIL 50 tahun Pemerintahan BN!"

Lepas Makan 10billion Guan Eng Hina Melayu Penang!

Posted: 29 Feb 2012 05:00 AM PST

Lim Guan Eng,baru baru ini membuat laporan polis kononnya beliau berasa takut semasa berada di Speaker Corner kononnya diancam oleh 20 pemuda melayu walaupun dikepung dengan 500 orang penyokong tegar ultra kiasu DAP.


Guan Eng sendiri dalam ucapan beliau semasa di Speaker Corner berkata beliau tidak takut dengan melayu sambil membuat provokasi dan menghina kumpulan pemuda melayu yang mempersoalkan skandal 10billion yang diseleweng oleh beliau, sebaliknya menyalahkan Umno sedangkan yang hadir ada juga ahli PAS dan NGO yang bukan ahli Umno.

Melihat tindakan ganas mereka, saya masih berasa terancam oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa walaupun sudah 2 hari selepas kejadian tersebut.


Saya terkejut bahawa BN, khususnya UMNO Pulau Pinang dan Gerakan (Dato' Musa Sheikh Fadzir dan Dato' Seri Teng Hock Nan) masih lagi menyokong tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa terhadap wartawan-wartawan Kwong Wah Jit Poh dan golongan anti-Lynas. Daripada meminta maaf atas tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa, BN pula ingin menyalahkan saya . KLIK DI SINi
Ini bukti pembohongan ketua menteri regim DAP lidah bercabang

Guan Eng menghasut penyokong DAP

Lim Guan Eng telah membuat laporan palsu kepada pihak polis kononnya terancam,beliau sengaja membuat provokasi dan menghina kemudian menyalahkan pemuda melayu apabila mereka bangkit meluahkan kemarahan.

Apakah selepas dihina oleh Guan Eng,pemuda melayu tidak boleh buka mulut dan diam?

Program Anti Lynas tidak meminta kebenaran polis,kawasan Speaker Corner yang diadakan di Padang Kota oleh DAP adalah untuk hak kebebasan bersuara.Kenapa ini pukimak ketua menteri hina dan marah rakyat apabila mereka meluahkan kritikan terhadap beliau.

Walk the talk la CM,dont talking cocks!

Pemuda Umno Pulau Pinang kecewa dengan tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang membuat laporan polis berhubung dakwaan ancaman yang diterimanya semasa kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Menurut ketuanya, Shaik Hussein Mydin, Lim menyalahkan Umno bagi apa yang berlaku terhadap dirinya pada hari berkenaan.

"Tindakan Lim ibarat orang tua nyanyuk yang cuba berebut botol susu dengan kanak-kanak," katanya.

Namun, Shaik Hussein mendakwa beliau mengalu-alukan siasatan segera dan menyeluruh terhadap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara selepas ucapan ringkas Lim pada perhimpunan tersebut.

Menurut Shaik Hussein, beliau yakin hasil siasatan akan membuktikan bahawa Lim yang sebenarnya mencetuskan ketegangan kerana semasa di atas pentas beliau mengarahkan ahli Umno supaya diam.

"Kenyataan Lim menyimpang daripada tujuan sebenar Sudut Pidato diadakan, ia sepatutnya menjadi ruang atau tempat untuk kebebasan bersuara."

Beliau kemudian mencadangkan kepada Lim agar mempelajari daripada bekas Ketua Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon mengenai cara-cara menerajui pentadbiran negeri.

Dakwanya, Koh yang menjadi ketua menteri selama 18 tahun, sentiasa tenang dan sabar walaupun dibidas oleh kawan-kawan dan juga seterunya.

"(Lim) tidak perlu belajar dari bapanya (Lim Kit Siang) yang hanya tahu menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat," katanya dalam nada menyindir.


Pisau kata "speaker corner diadakan oleh DAP untuk kebebasan bersuara,apabila rakyat bersuara mereka dihina,inilah sikap ultrakiasu rasis chauvanis DAP"

AMK Cabar Berdebat Dengan Guan Eng Isu Tol Sg Nyior?

Posted: 29 Feb 2012 02:26 AM PST

AMK cicak mengkarong yang terkenal dengan politik tepi jalan dan penjilat tegar kepada Anwar Israel mengesahkan mereka mencapai makam bebal tahap tertinggi apabila berani mencabar Lim Guan Eng untuk berdebat mengenai isu memansuhkan Tol.

Malam ini AMK Permatang Pauh menganjurkan debat , digantung banner kononnya Lim Guan Eng akan berdebat bersama Tan Sri Nor Mohammad Yaakop.Debat syok sendiri AMK memerangkap anjing Guan Eng tak lebih kepada tindakan kebudak budakan sedangkan di pihak Tan Sri Nor tak memberi apa apa jawapan mengenai debat tersebut.Ini diakui sendiri oleh Syed Mikael.

Pihak kami juga sudah menempah dewan, menyediakan 2 rostrum (untuk pemidato) dan sebuah meja moderator (pimpinan NGO/konsultan non-partisan) untuk memastikan kelancaran debat berkenaan. Sistem pembesar suara terbaik dan skrin layar putih gergasi juga akan disediakan untuk memastikan tahap audio-visual berada pada tahap yang memuaskan hati semua hadirin pada hari tersebut.

Setakat hari ini, pihak PEMUDA PAKATAN PENANG telah menerima surat maklumbalas daripada pejabat Ketua Menteri yang telah mengesahkan kehadiran YAB Tuan Lim Guan Eng untuk menyahut seruan debat ini. Bagi pihak YB TS Nor Mohamed Yakcop pula, tiada maklum balas yang diterima selepas tamat tempoh maklumbalas pada 7 Februari lalu. Kami beranggapan mudah, beliau berkemungkinan besar akan hadir memandangkan debat ini diadakan di kubunya sendiri.
Yang menariknya haprak pakatan nak berdebat isu tol,adalah lebih baik korang berdebat sendiri dengan ketua menteri regim DAP paling celaka dalam sejarah sebab dia tak tunai janji pilihanraya hingga sekarang,katanya nak mansuh Tol Sg Nyior. Selesaikan dulu janji PRU12 sebelum nak bercakap soal tol diseluruh negara.

Kesian tengok anak muda melayu menjadi bangsat kepada DAP ,muka muka malang dibawah ini hanya tak lebih kepada tukang sorak dan penjilat tegar DAP Pulau Pinang.Dah sedar Tol Sg Nyior Guan Eng tak mansuh tapi disebabkan kebebalan mereka tetap nak berbicara soal tol. Apa bangang punya AMK.

AMK mengkarong haprak kata politik harus lawan fakta dengan fakta dan bukan dengan politik longkang,apa kata AMK berdebat dengan Lim Guan Eng tanya kenapa Tol Sg Nyior,Jambatan Pulau Pinang masih tak dimansuhkan,debat dengan Guan Eng macam mana beliau boleh kaut untung dalam skandal 10billion bersama Ivory Sdn Bhd,debat dengan Guan Eng isu sPICE,Tan Hak Ju dan banyak lagi skandal yang mencecah ratusan juta ringgit.


Pisau kata" apakan daya,sudah menjadi sifat hakiki anjing suruhan sudah pasti tidak akan berani melawan tuan yang saban hari memberi makan tulang kepada mereka."

AMK Urut Body To Body,Kecewa Dengan Nurul Izzah

Posted: 29 Feb 2012 12:00 AM PST

Sempat duduk dengan ramai AMK Lembah Pantai malam semalam di Telawi memang menyeronokkan. Macam-macam cerita keluar. Nak tahu cerita daripada budak-budak AMK PKR ni senang sahaja. Senang sangat. Banyak cara. 1) Belanja mereka minum air setan. Lepas dua tiga gelas, mereka akan membebel benda yang tak patut mereka cerita pun. 2) Belanja mereka urut body to body. Sambil urut, ajak mereka berbual. Habis cerita dalam kain semua mereka cerita.

Ramai AMK Lembah Pantai kecewa kerana memang Nurul Izzah akan ABANDON Lembah Pantai dan pindah ke kawasan lain. Banyak dana yang pada asalnya dirancang untuk diguna di Lembah Pantai, sudah dihentikan secara berkala. Banyak program Izzah sudah dihalakan ke Kelana Jaya. Menarik? Memang menarik.


Budak-budak AMK yang mabuk malam tadi sempat menceritakan – mereka kecewa dengan tindakan Izzah. Sebabnya, mereka anggap Izzah boleh menang walaupun berdepan dengan Raja Nong. Walaupun mereka tahu, Raja Nong menggunakan banyak sumber kewangan dalam mencari sokongan rakyat; tapi ini tidak ada kena mengena dengan dana. Izzah masih dianggap calon favourite di Lembah Pantai.


Kata budak-budak AMK, Anwar mahukan Izzah bertanding di kerusi selamat. Gwo Burne yang bengap itupun boleh menang di Kelana Jaya, takkan Izzah boleh kalah. Lagipun Anwar sudah baca mentaliti orang Kelana Jaya. Dia orang memang main ikut-ikut sahaja. Tak ada pendirian. Izzah boleh menang selesa di Kelana Jaya.


Anwar anggap kerusi ini kerusi mudah untuk Izzah. 38.72 % pengundi Cina memang satu bonus untuk Izzah. Anwar yakin, Izzah akan menang dengan lebih besar, sesuai dengan kedudukannya sebagai Naib Presiden parti.

Orang lain? Anwar peduli apa…janji Izzah menang.-

sumber GelagatAnwar


Pisau kata " kuat pembohong serupa macam papa dia jugak,kerja tak buat,gila ceramah saja"

Bergabung?DAP Cadangkan PAS Bubar

Posted: 28 Feb 2012 10:00 PM PST

PAS meniti kearah liberal dan keterbukaan yang tak kurang beza dengan PKR dan DAP apabila sudah bercadang untuk memberi jawatan Timbalan Presiden kepada bukan Islam didalam parti mereka.


Kesediaan PAS mempunyai Timbalan Presiden bermakna mereka turut bersedia menerima bukan Islam menjadi Presiden parti sekiranya presiden parti meninggal dunia Apa beza PAS dengan DAP dan PKR?

Tak ada bezanya,agama pun di lacurkan,keterbukaan mereka sudah mencapai ke tahap yang tidak pernah difikirkan oleh kita semua.Mereka menghalalkan LGBT kerana Ambiga menjadi penaungnya.Khawarij ini juga menghentam pemimpin yang mahu membela akidah umat Islam tak ubah seperti suara DAP dan PKR.


Cadangan seperti ini juga membuktikan dakwah DAP cukup berjaya keatas parti khawarij ini.Dari mempunyai dewan himpunan penyokong hinggalah kepada cadangan untuk mengambil Timbalan Presiden bukan Islam. Parti khawarij ini lebih baik tukar saja perlembagaannya buang terus perjuangan memartabatkan Islam kerana selama ini mereka lebih memurtabakkan agama hingga menjadi cacar marba.


Sebelum ini parti khawarij PAS turut dinamakan sebagai Parti Adat & Sukan,memang cukup bertepatan apabila peranan mereka dalam menjaga hal ehwal agama Islam di negeri Selangor dan Pulau Pinang telah dinafikan.Dua negeri pakatan ini exco agamanya bukan dari khawarij PAS .Bayangkan DAP dan PKR sendiri tidak percaya jalang politik seperti khawarij PAS untuk menjaga hal ehwal umat Islam apatah lagi untuk membiarkan PAS menjadi pemerintah dinegara ini.


Politik khawarij PAS tarafnya hanya sekadar politik kampung,low class dan hanya hebat dimata khawarij semata mata,Bayangkan majoriti dinegara ini adalah Umat Islam tetapi kenapa majoriti umat Islam dinegara ini tidak menyertai parti khawarij ini?


Bukti yang amat jelas umat Islam dinegara ini sendiri menolak khawarij PAS jauh kebelakang kerana mereka tidak releven langsung untuk menjadi pemimpin didalam soal kepentingan agama Islam.


Bayangkan nanti Karpal diangkat menjadi Mursidul Am,Guan Eng diangkat menjadi ketua majlis syura ...haih..lebih baik bubar saja parti PAS

SHAH ALAM – Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dalam Islam, terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah, contoh yang boleh berubah adalah perkara politik.


Menurutnya, Pas tidak terlalu taksub dengan berkeras mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti.


Namun jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini, kata putus akhir hanya akan ditentukan oleh Majlis Syura dan Muktamar Pas.


"Itu kelebihan Islam kerana mampu menangani perubahan-perubahan zaman sehingga hari kiamat, maknanya Islam memberi izin kepada kita (untuk menerima Timbalan Presiden) dari bukan Islam," katanya pada Wacana Sinar Siri Ke-11


Pada pilihan raya umum Mesir baru-baru ini, Parti Kebebasan dan Keadilan yang ditubuhkan Ikhwanul Muslimin telah memenangi pilihan raya itu. Parti tersebut diterajui Dr Mohd Mursi yang juga Pimpinan Pusat Ikhwanul Muslimin.


Antara pimpinan tertinggi Parti Kebebasan dan Keadilan adalah seorang Kristian, Dr Rafiq al-Habib yang memegang jawatan Timbalan Presiden II.


Ditanya adakah perubahan itu bermula dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas, Dzulkefly berkata, ia adalah salah satu transformasi yang sentiasa dibawa Pas.


"Dalam Islam, perkara urus tadbir amat terbuka, apapun kami bersedia menerima perubahan ini mengikut keperluan dan kepentingan," katanya.

Pisau kata " Dah selalu sangat puak khawarij bertakbir bila pemimpin DAP caci maki melayu"

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 29 Feb 2012 09:18 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Saksi Di Hotel Sahkan Badrul Amin Berbohong

Posted: 29 Feb 2012 08:00 PM PST


KUANTAN - Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.

Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.

Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.

"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.

"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ini  bukti kuat untuk pihak hotel mendakwa dan menyaman Badrul Amin. Sudah pasti pihak hotel juga ada cctv yang menunjukkan pasangan Badrul Amin memasuki bilik pada jam 2 pagi. Jika pendedahan cctv ini dibuat, ianya pasti membuatkan Badrul Amin lebih gelabah.

Erykah Badu: Pemuda UMNO Desak The Star Digantung

Posted: 29 Feb 2012 06:00 PM PST

Kenyataan Rasmi,

Akhbar The Star sudah kerap kali menghina orang Islam. Pada bulan Ogos tahun lalu Akhbar ini telah menyiarkan Iklan Ramadhan dengan sajian daging Babi.

Hari ini, sekali lagi digemparkan dengan Akhbar The Star menghina nama Allah.

Dalam banyak-banyak gambar Eryka kenapa mereka masih mahu memakai gambar yang ada tato Allah di dada penyanyi itu?

Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang sengaja dan permohonan maaf sahaja tidak memadai kerana ianya sudah kali kedua dalam jangka masa yang terdekat ini mereka menghina Agama Islam.

Editornya Mr Wong sepatutnya di pecat kerana beliau jugalah yang melakukan kesalahan semasa iklan bulan ramadhan itu.

Ini jawapan Wong Sai Wan "yeaah really sorry guys! Don't know what else to say".

Saya tidak nampak mereka tidak sengaja melakukan kesalahan menghina Nama Allah, mereka sudah lakukan kesalahan dan hukuman tidak diambil, hanya permohonan maaf tidak memadai kerana Penghinaan sudah dilakukan.

Saya mendesak Kementerian Dalam Negeri mengantung lesen mereka selama 1 tahun kerana ini kesalahan ke dua dalam jangka masa 6 bulan.

Sekiranya pihak Kerajaan hanya terima permohonan maaf tanpa tindakan, saya pasti Nama Allah dan Agama Islam akan terus dihina dan di pijak-pijak.

Kerajaan mesti menganbil tindakan tegas kerana ini melibatkan kesucian Agama Islam, dan tindakan yang sama juga diambil sekirany ia terjadi kepada Agama-agama lain.

Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Seputeh

Pelukis Karikatur Menghina Nabi Muhammad SAW Mati Dibakar Api

Posted: 29 Feb 2012 03:00 PM PST


http://images.bt.dk/node-images/198/608x403-c/198138-kurt-westergaard.jpg 
 
Pelukis yang menghina Nabi Muhammad SAW ini mati terbakar. Kebakaran yang menyebabkan Kurt Westergaard mati membingungkan banyak pihak. Inilah kuasa Allah SWT. Moga kejadian ini diambil pengajaran dan iktibar oleh mana-mana pihak yang berniat dan mahu cuba menghina Islam.
 
 

Video Nasharuddin Mat Isa Membidas Anwar Ibrahim

Posted: 29 Feb 2012 07:55 AM PST


Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen PAS Bachok membidas tindakan pihak yang membela dan mempertahankan kewujudan negara Israel. 

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh kecewa dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan sokongannya untuk mempertahankan Negara Israel seperti dilaporkan Wall Street Journal (WSJ).

Erykah Badu : Ada Juga Orang Melayu Sokong

Posted: 29 Feb 2012 06:30 AM PST

 "To those who are a bit ancient, let me just say that people seldom tattoo something on their bodies because they are against it" tulis Dr Kamal Azman dalam Malaysian Insider pada 29 Februari 2009.

Amat mengejutkan bila melihat ada juga orang Melayu yang meletakkan hiburan mengatasi soal agama. Tidak menjadi hal kepada mereka jika kalimah Allah dipersendakan kerana alasan hak asasi. Alasan yang sama sekali lagi digunakan untuk mempertahankan tindakan-tindakan pelik dan songsang di negara ini. 

"Ancient", lapuk sekali lagi digunakan untuk menghalalkan perbuatan yang menghina kesucian Islam. Sebelum ini pernah digunakan perkataan sama untuk mansuhkan undang-undang liwat di negara ini (baca sini). "It is about freedom of choice" tulis Dr Kamal Azman. Ini contoh seorang Melayu yang sudah diserang dengan parasit liberal. 

Apa pandangan pemuda PAS, Gamis dan persatuan-persatuan mahasiswa Islam terhadap Dr Kamal Azman ini? Mereka pasti akan biarkan sahaja Dr Kamal Azman ini sebab dia menulis di portal Malaysian Insider. Lihatlah bagaimana PAS dan Gamis tidak berani berbuat apa-apa lagi untuk agama kerana dikongkong oleh sentimen politik.

 

Video Ustaz Badrul Amin Dipukul Di Swiss Garden Hotel

Posted: 29 Feb 2012 04:34 AM PST


Lynas : Hadi Awang Tidak Percaya Fuziah, Minta Rujuk Dr Rosli

Posted: 28 Feb 2012 10:00 PM PST


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 29 Feb 2012 09:15 PM PST

11 ulasan:

  1. Wow that was strange. I just wrote an extremely long comment but after I clicked submit my comment didn't appear. Grrrr... well I'm not writing all that over again.
    Anyway, just wanted to say superb blog!

    my web-site Ford Ranger

    BalasPadam
  2. What a information of un-ambiguity and preserveness of precious know-how concerning unexpected
    emotions.

    My web blog; family of 5 survival kit

    BalasPadam
  3. Hi there, always i used to check website posts here in the
    early hours in the daylight, for the reason that i enjoy
    to learn more and more.

    Check out my website ... buy solar panels hamilton ontario

    BalasPadam
  4. Your style is so unique in comparison to other folks I've read stuff from. I appreciate you for posting when you have the opportunity, Guess I'll just book mark this page.


    Also visit my blog post - http://www.wikipowell.org/?title=Usuario:SkyeFlore

    BalasPadam
  5. Highly descriptive blog, I liked that a lot. Will there be a part 2?



    My web-site: mederma stretch mark therapy

    BalasPadam
  6. An outstanding share! I've just forwarded this onto a co-worker who was conducting a little research on this. And he in fact bought me dinner because I discovered it for him... lol. So allow me to reword this.... Thank YOU for the meal!! But yeah, thanks for spending some time to discuss this matter here on your blog.

    my web blog ... www.sevilcanasansor.com

    BalasPadam
  7. An outstanding share! I've just forwarded this onto a co-worker who was conducting a little research on this. And he in fact bought me dinner because I discovered it for him... lol. So allow me to reword this.... Thank YOU for the meal!! But yeah, thanks for spending some time to discuss this matter here on your blog.

    My site :: www.sevilcanasansor.com

    BalasPadam
  8. Thanks for sharing your thoughts about where to buy solar cells
    in canada. Regards

    Also visit my web page - buy micro solar cells

    BalasPadam
  9. It's really a great and useful piece of information. I'm glad that you just
    shared this helpful info with us. Please keep us informed
    like this. Thank you for sharing.

    My website - www.photosuchmaschine.de

    BalasPadam
  10. Wonderful, what a website it is! This web site provides useful information to
    us, keep it up.

    Take a look at my web site :: Mederma Stretch Mark Therapy Reviews

    BalasPadam
  11. I'm not certain the place you're getting your information, however great topic.
    I needs to spend a while learning much more or working out more.

    Thanks for magnificent info I used to be searching for this information
    for my mission.

    My website; www.zhashkivia.com

    BalasPadam