Khamis, 1 Mac 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 01 Mar 2012 01:16 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Tahi Manusia jatuh Dari Kapal Terbang Mengenai Manusia di bawah

Posted: 01 Mar 2012 01:00 AM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Artie Hughes, warga Amerika menerima nasib malang. Ketika sedang menikmati ketenangan malam bersama dengan isterinya di luar rumahnya yang terletak di wilayah Malverne, New York, Amerika Syarikat , dia menerima kotoran manusia dari langit.

Ketika itu pukul 8.30 malam, pada Khamis (23/2/2012), najis berminyak hitam pekat jatuh ke halaman belakang rumah Artie yang terletak di New York, mengenai baju dan wajahnya. Memang sial.

Pada mulanya dia tidak mengetahui dari mana datangnya cairan hitam itu, namun ketika dia memandang ke atas, dia melihat sebuah pesawat terbang di atas rumahnya. Dia percaya cairan itu merupakan kotoran manusia yang dibuang dari dalam tandas pesawat terbang tersebut.

"Pesawat itu terbang betul-betul di atas kami, kemudian isteri saya mengatakan, ya Tuhan hujan turun, tetapi saya kata, bukan, itu bukan hujan," kata nya seperti dikutip dari Dailymail, Rabu (29/2/2012).

Ternyata bukan Artie sorang yang sial kejatuhan najis manusia, seorang jirannya, Laurence Major Jr, mengaku menerima nasib serupa. Ia mengatakan cairan berbau busuk tersebut, menimpa dirinya juga, teras rumahnya.

Cairan itu, sesudahnya baru diketahui sebagai kotoran manusia. "Polis mengatakan telah berbicara dengan seseorang otoriti bandar atau FAA dan berkata, 'ya, sepertinya ada insiden tandas bocor.' ujar Artie.

Namun Juru cakap FAA belum boleh mengkonfirmasi cairan itu berasal dari pesawat terbang, akan tetapi pihaknya tengah melakukan penyiasatan keatas insiden itu.

Jika kotoran ini terbukti berasal dari pesawat, FAA menurutnya akan meminta mereka untuk memeriksa setiap kebocoran, dan mempastikan pemeliharaan pesawat.

posted by indah.com

ZIONIS TEMPATAN LEBIH BAHAYA DARI ZIONIS DI ISRAEL

Posted: 01 Mar 2012 12:50 AM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

ramai yg terlepas pandang mengenai asal usul dan juga connection antara nabi muhammad saw dan nabi isa as. kedua-dua nabi ni asal dari nabi ibrahim as. selepas nabi ibrahim, semua nabi yang Allah utuskan adalah berasal dari keturunan nabi ibrahim as. secara ringkasnya, nabi ibrahim mempunyai dua isteri, isteri pertama melahirkan nabi ishak dan isteri kedua melahirkan nabi ismail.

dari nabi ishak dtg lah nabi isa dan dari nabi ismail dtg lah nabi muhammad saw. maknanya, semua adik beradik. saya bersetuju dgn tuan tt bahawa bangsa yahudi bukanlah bangsa yang patut disalahkan. ramai org yahudi yang beragama judaism menentang pembentukan negara israel. menurut mereka, pembentukan negara israel adalah menyalahi agama mereka. dan di palestine, sebelum tahun 1948, mmg org yahudi dan arab palestine telah hidup bersama tanpa apa-apa masalah.

di bandar jaffa umpamanya, telah wujud kerjasama ekonomi antara org2 arab palestine dan org2 yahudi. mereka mengeksport buah oren jaffa. jaffa ialah bandar yg terkemuka dan juga dikenali sebagai bandar yang memberikan kerja kepada org2 egypt dan mediteranean timur. sila tgk dokumentari pasa jaffa orange kalau nak tahu lebih lanjut. bukan bangsa yang patut di salahkan tetapi org yang membawa ideologi yang patut di salahkan. dan ideologi ini di bawa oleh sesiapa yang percaya kepada ideologi ini tak kira bangsa apa pun. kira macam agama jgklah..tak kira bangsa apa pun sebab agama adalah cara hidup.

By Anonymous

Tragis ! Lelaki Ini Terbakar Hidup-hidup Ketika Nyalakan Api Untuk Merokok

Posted: 01 Mar 2012 12:30 AM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

TRIBUNNEWS.COM - Gary Allen Baning (43) lelaki dari North Carolina, Amerika Syarikat , meninggal dunia secara tragis. Ia secara tidak sengaja membakar dirinya sendiri.

Menurut Polis Havelock, North Carolina, AS, polis menerima telepon gawat darurat sekitar pukul 09.55 waktu setempat, Isnin (27/2/2012). Laporan yang diterima menyebut Gary tak sengaja meminum minyak tanah.

Dilansir AP, Juru cakap Kota Haverlock, Diane Miller, merinci kronologis peristiwa itu. Gary tengah berada di dalam apartmennya bersama seorang teman. Ia menenggak minyak tanah yang ada di dalam sebuah botol, ia mengira itu merupakan minuman.

Setelah meminum seteguk, ia baru mengetahui cairan yang ada di dalam botol tersebut adalah minyak tanah , lalu dia segera memuntahkannya. Tak lama berselang, Gary pergi ke luar apartmen untuk menghisap sebatang rokok, namun ketika ia menyalakan rokoknya, api segera menyambar tubuhnya. Api rupanya menjalar ke organ tubuh Gary yang sebelumnya terguyur minyak tanah yang diminumnya.
Insiden itu sedang disiasat oleh Polis Havelock.

indah/-

Mengapa AirAsia untung, MAS gulung tikar?

Posted: 01 Mar 2012 12:29 AM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak kerajaan melakukan sesuatu bagi mengelakkan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) terus mengalami kerugian.

Dalam laporan terbaru menunjukkan MAS mencatat kerugian untuk tahun 2011 sebanyak RM2.52 bilion.

"DPPM mempersoalkan mengapa syarikat tersebut mengalami kerugian begitu banyak untuk tahun lepas.

"Apakah ia berpunca dari kelemahan dari segi urus tadbir dan strategi perniagaan yang tidak berkesan?" tanya Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.

Katanya, keadaan ekonomi global yang tidak berkembang dengan sihat tidak boleh dijadikan alasan mengapa MAS rugi kerana banyak lagi syarikat penerbangan negara serantau mencatat keuntungan yang baik.

Bagi DPPM, ujarnya MAS perlu dipulihkan bagi menyelamatkannya dari terus mengalami kerugian.

Menurutnya lagi, MAS adalah sistem penerbangan utama negara, justeru ia tidak patut dibiarkan gulung tikar.

Katanuya, mungkin pihak pengurusan MAS belajar dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia yang terus cemerlang dengan keuntungan.

Beliau menambah, AirAsia yang baru ditubuhkan beberapa tahun lepas dan hanya mempunyai operasi perniagaan yang lebih kecil mampu membina empayar kejayaan mereka.

"Apakah rahsia kejayaan ini sehingga mampu melakar kejayaan bermakna sebaliknya MAS pula menanggung kerugian?" katanya.

Baginya, MAS adalah identiti penerbangan utama negara, kegagalan MAS bererti kegagalan negara dalam melahirkan syarikat penerbangan bertaraf dunia.

Justeru, ujarnya imej negara pula akan jatuh di peringkat antarabangsa kerana gagal mengurus syarikat penerbangannya setanding dengan syarikat penerbangan negara-negara lainnya.

"Tidak ada ertinya kehebatan lapangan terbang negara ini bertaraf dunia dan mendapat pengiktirafan antarabangsa sekiranya syarikat yang menguruskan sistem penerbangan utama negara pula gagal menempatkan kedudukannya," ujarnya.

Rakyat Malaysia, kata beliau pastinya malu apabila mendengar MAS terus mencatat kerugian buat beberapa tahun lagi dan akhirnya terpaksa menggulung tikar dan menyerah kalah.

"Apakah lagi kebanggaan rakyat Malaysia pada industri penerbangan negara?" soalnya.

Harakah Daily

Surat kepada Israel dedah sikap pura-pura BN

Posted: 01 Mar 2012 12:26 AM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Pendedahan surat-surat yang ditulis Tun Dr Mahathir Mohammad kepada tiga Perdana Menteri Israel – Yitzhak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak mengesakan kebenaran dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membuktikan sikap kepura-puraan Dr Mahathir selama ini.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, Mahathir sering tampil dengan imej luaran yang mengambil sikap keras dengan Israel dan memfitnah Anwar sebagai 'pro-Yahudi', namun secara senyap-senyap rapat dengan pemimpin Zionis.

"Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan PM-PM Israel dan menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara Malaysia dengan Israel. Malah hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan di dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin.

"Pendedahan ini telah mengesahkan apa yang dikatakan PKR selama ini. Mahathir dan Najib harus menghentikan kepuraan ini," katanya.

Sebelum ini kata Saifuddin lagi, Anwar diserang teruk oleh pemimpin dan media Umno-BN apabila disoal akhbar antarabangsa Wall Street Journal berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Ketika itu, Anwar menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Sikap berbaik dengan Israel itu juga kata Saifuddin diteruskan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang melantik APCO sebagai perunding kerajaan BN.

Sedangkan ujarnya, antara penasihat APCO adalah Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel.

"Kerajaan Malaysia juga selama ini mengambil sikap berat sebelah di dalam isu Palestin dengan hanya mengiktiraf Fatah, tanpa mengambilkira Hamas yang telah dipilih rakyat Palestin.

"Ini membuktikan kerajaan Umno-BN tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel," tegasnya.

Harakah Daily

Makanan Bergoreng Beri Risiko Lebih Tinggi Wanita Berusia Kena Strok

Posted: 01 Mar 2012 12:25 AM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

WASHINGTON: Wanita berusia yang makan sejumlah besar kandungan lemak dalam makanan berlemak dan makanan dipanggang menghadapi risiko lebih tingi menghadapi strok berbanding wanita yang mengamalkan diet dengan makanan kandungan lemak rendah, menurut kajian di Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Bagaimanapun, penggunaan aspirin boleh mengurangkan risiko-risiko itu, kata penyelidik dari Universiti North Carolina yang melakukan penemuan tersebut yang diterbitkan dalam laporan Tahunan Neurologi.

Data itu berdasarkan kajian terbesar yang dilakukan terhadap wanita menopous dan tabiat makan mereka, melibatkan seramai 87,025 wanita berusia antara 50 sehingga 79 tahun yang mempunyai kesihatan baik ketika melakukan kajian tersebut.

Wanita yang dilaporkan mengamalkan diet dengan makanan kandungan trans-asid lemak yang tinggi atau bersamaan dengan 6.1 gram sehari menunjukkan risiko 39 peratus lebih tinggi menghadapi strok berbanding wanita yang makan 2.2 gram kandungan itu sehari.

Para penyelidik tidak menjumpai mana-mana kaitan antara risiko strok dan berapa jumlah kandungan lemak yang dimakan oleh wanita atau tahap diet kolestrol mereka.

Bagaimanapun, aspirin menunjukkan kandungan itu menggurangkan pengambilan lemak dan risiko penyakit strok yang memberi kesan kepada hampir 800,000 orang di AS, punca keempat keempat di negara itu. - AFP

Rumah Terbalik Pertama Di Malaysia Dengan Mesej Alam Sekitar

Posted: 01 Mar 2012 12:15 AM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Yee menunjukkan rumah terbalik yang dibinanya di Kampung Bantayan-Telibong di Sabah. Foto ihsan Alexander Yee.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki kelahiran Sabah membelanjakan setengah juta ringgit bagi membina rumah terbalik pertama di Malaysia yang menyampaikan mesej alam sekitar.

Alexander Yee berkata, struktur rumah luar biasa yang terletak di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari bandar itu amat berbaloi.

"Jika kita terus mengeksploitasi sumber semulajadi secara berterusan, lambat laun kita akan melihat dunia 'terbalik' (musnah)," kata Yee yang memiliki firma binaan selain mengusahakan rumah penginapan untuk pelancong di taman hidupan liar daerah Kinabatangan di pantai timur Sabah.

Yee menunjukkan rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah.

Dia berkata, semuanya diletakkan secara terbalik dan ini termasuk peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit.

Pembinaan rumah terbalik itu mengambil masa hampir enam bulan melibatkan bumbung, dinding dan lantai yang diperkukuhkan dengan hiasan dalaman yang membuatkannya seperti tergantung.
Hiasan dalaman di dalam rumah diletakkan secara terbalik seolah-olah seperti tergantung.

Yee berkata, pengunjung boleh melawat rumah terbalik itu.

Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.

Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai rumah terbaik Yee di laman sosial Facebook yang dibuka untuk rekaan terbaru itu.

mstar/-

Terjun bersama basikal dari jambatan

Posted: 01 Mar 2012 12:00 AM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

DAM FLINT terjun bersama sebuah basikal dari Jambatan Garry dekat Pitlochry, Scotland kelmarin.

PITLOCHRY, Scotland - Seorang pemuda, Adam Flint terjun dengan menggunakan tali bersama sebuah basikal dari Jambatan Garry dekat sini kelmarin.

Flint, 26, membuat terjunan bagi mempromosikan aktiviti mengayuh basikal di Highland Perthshire.

Dia mengasaskan sebuah pertubuhan sukan bagi mempromosikan sukan mengayuh basikal di kawasan tersebut.

Menurut Flint, dia berasa gementar sebelum membuat terjunan dari ketinggian 40 meter. - Agensi

Lembah Harapan sinar baharu pesakit kusta

Posted: 29 Feb 2012 11:50 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

CALET yang didiami Ah Tong ini memberinya semangat untuk terus hidup dan tinggal di Lembah Harapan.

SEHINGGA pertengahan abad yang lalu, kusta merupakan penyakit yang amat ditakuti dan penghidapnya disisihkan kerana bimbang dijangkiti. Kusta yang juga dikenali sebagai penyakit Hansen merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Mycobacterium leprae. Hansen atau nama sebenarnya G. A. Hansen ialah individu pertama yang menemui bakteria Mycobacterium leprae.

Penyakit kusta dahulunya tidak dapat diubati dan menyebabkan penghidapnya mengalami kecacatan kekal. Stigma sosial terhadap penyakit ini begitu kuat sehinggakan pesakit kusta terpaksa disingkir dan diasingkan di sebuah penempatan kusta yang jauh daripada orang ramai.

Penyakit berjangkit yang kronik itu biasanya memberi kesan kepada kulit dan saraf pesakit dan mempunyai manifestasi klinikal yang luas. Pada masa kini, penyakit kusta mudah dirawat dengan menggunakan pelbagai antibiotik.

Lebih kurang 84 tahun lalu, Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) mewujudkan penempatan kusta di sebuah lembah yang agak terasing di Bukit Lagong Sungai Buloh, Selangor.

Tempat itu dikenali sebagai Lembah Harapan. Ia dibuka di atas tapak seluas 200 hektar selepas wujudnya Enakmen Kusta 1926. Tujuannya adalah untuk mengasingkan pesakit kusta daripada masyarakat sepanjang mereka mendapatkan rawatan di pusat tersebut.

Penempatan kusta

RUTIN harian Ah Tong tetap berjalan seperti biasa meskipun banyak kekurangan pada diri.

Sungai Buloh merupakan pusat penempatan pesakit kusta atau Pusat Kawalan Kusta yang terbesar di tanah jajahan British sejak penubuhannya pada tahun 1926 dan yang kedua besar di dunia.

Penempatan kusta itu juga merupakan satu-satunya penempatan yang mempunyai mata wang sendiri.

Dengan penemuan ubat dan rawatan penyakit itu, pesakit kusta kini tidak lagi perlu terasing daripada masyarakat. Lalu, fungsi pusat rawatan tersebut dinaiktaraf menjadi hospital daerah pada tahun 1971 dengan panggilan Hospital Daerah Sungai Buloh.

Penghuni di Lembah Harapan pada awal penubuhan PKKN mencecah sehingga 2,000 orang. Mengikut statistik PKKN, pada tahun 2002 terdapat 398 pesakit di situ dan angka itu menurun kepada 268 pada tahun 2009.

Pada tahun 2011, jumlah pesakit kusta di wad PKKN hanya seramai 121 orang yang secara puratanya berumur 50 tahun ke atas. Antara kemudahan yang disediakan ialah plot tanah di laman chalet pesakit untuk menjalankan aktiviti pemulihan tanaman benih dan bunga sebagai sumber pendapatan mereka.

Mereka yang masih berada di pusat itu sebenarnya sembuh sepenuhnya daripada penyakit itu dan boleh pulang ke pangkuan keluarga dan masyarakat. Namun, kerana stigma ada yang memilih untuk terus tinggal di pusat tersebut sehingga akhir hayat mereka.

Ah Tong, 75, merupakan antara bekas pesakit kusta yang masih menetap di Lembah Harapan walaupun kebanyakannya sudah meninggalkan tempat itu.

Ah Tong yang berasal dari Ipoh, Perak menghidap penyakit kusta pada tahun 1950-an. Pada usia muda, dia disisih masyarakat yang beranggapan penyakit Ah Tong adalah disebabkan sumpahan.

"Saya dipandang serong oleh masyarakat setempat, paling menyedihkan saya tidak dibenarkan mandi di perigi yang disediakan, sebaliknya saya dipaksa mandi di longkang yang mengandungi bangkai ayam dan kucing," ceritanya.

AH TONG ceria melihat tanaman buah kedondongnya subur di Lembah Harapan di Bukit Lagong Sungai Buloh.

Ah Tong yang mempunyai dua orang adik-beradik pasrah apabila ibu bapanya menghantar beliau ke Sungai Buloh pada 1960-an untuk mendapatkan rawatan.

Penyakit itu melibatkan kulit dan saraf di mana dalam tempoh itu penghidap akan kehilangan deria rasa. Kemudian kuman kusta akan menyerang bahagian hidung, tangan, belakang dan jari. Kaki kiri Ah Tong terpaksa dipotong dan kedua-dua tangannya cacat.

Pokok kedondong

Setelah disahkan bebas daripada penyakit itu, dia diberi peluang untuk kembali ke pangkuan keluarganya di Perak. Bagaimanapun keindahan Lembah Harapan yang memberikan kehidupan bermakna selama Ah Tong menerima rawatan menyebabkan dia ingin terus tinggal dengan komuniti di situ.

Ah Tong kini berjalan menggunakan tongkat dan kerusi roda yang direkanya sendiri untuk membantunya bergerak akibat kakinya yang kudung.

Kawasan sekitar rumahnya dipenuhi dengan pokok kedondong. Dia menggunakan buah kedondong untuk dijadikan benih dan menjual semula benih buah kedondong itu pada harga RM1 setiap satu. Ah Tong amat bersyukur tinggal di Lembah Harapan kerana merasakan dihargai walaupun menghidap kusta.

"Di sini saya ada tempat tinggal. Elektrik dan air percuma sepanjang saya menginap di sini," katanya sambil memberitahu sejak pembukaan PKKN pesakit kusta diberi tempat tinggal dan keperluan asas. Mereka juga diberi elaun RM18 sehari atau RM540 sebulan.

Walaupun bekas pesakit kusta seperti Ah Tong mempunyai keazaman mengubah kehidupan dan cuba untuk bergaul dengan masyarakat luar, tidak dinafikan stigma masyarakat terhadap pesakit kusta masih menebal.

Bagi Ah Tong, tanggapan itu menjadi asam garam sepanjang kehidupannya.

"Berilah saya peluang meneruskan kehidupan saya di Lembah Harapan ini sehingga ke akhir hayat," katanya. – Bernama

Menara komunikasi tertinggi siap dibina

Posted: 29 Feb 2012 11:45 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

TOKYO - Pembinaan menara komunikasi paling tinggi di dunia, Tokyo Sky Tree dengan ketinggian 634 meter di sini siap sepenuhnya semalam.

Pembinaan itu lewat dua bulan ekoran kejadian gempa dan tsunami yang melanda Jepun pada Mac tahun lalu yang menyebabkan kekurangan bahan binaan.

Tokyo Sky Tree turut diiktiraf sebagai bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa di Dubai yang setinggi 828 meter.

Ketua-ketua industri pelancongan di negara ini berharap menara setinggi 634 meter itu akan dapat menarik kehadiran ramai pelancong asing.

Bilangan pelancong asing menurun di Jepun selepas bencana tsunami dan krisis nuklear yang berlaku pada tahun lalu.

Pembinaan menara di timur Tokyo itu bermula pada Julai 2008 dan mengikut jadual asal ia sepatutnya siap dibina pada Disember tahun lalu.

Tokyo Sky Tree turut mengatasi Menara Canton di Guangzhou, China yang setinggi 600 meter dan Menara CN setinggi 553 meter di pusat bandar Toronto, Kanada.

Seramai 580,000 pekerja terlibat dalam pembinaan menara itu yang menelan belanja AS$806 juta (RM2.4 bilion). - AFP

Treler angkut batu gergasi

Posted: 29 Feb 2012 11:40 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SEBUAH bongkah batu gergasi (dalam bulatan) seberat 340 tan berada di atas sebuah treler di Lembah Jurupa, California kelmarin.

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Selepas persediaan selama beberapa bulan, sebuah bongkah batu gergasi memulakan perjalanan sejauh 169 kilometer menuju ke Muzium Seni Daerah Los Angeles di sini.

Batu granit seberat 340 tan itu yang dipilih oleh pengukir terkenal AS, Michael Heizer sebagai bahan pamerannya, meninggalkan sebuah kuari di Riverside dekat sini lewat kelmarin.

Batu berkenaan yang setinggi bangunan dua tingkat dan berbentuk seperti titisan air mata, diangkut di atas sebuah treler sepanjang sebuah padang bola sepak.

Kenderaan itu dibina khas bagi membawa beban sekurang-kurangnya 450,000 kilogram.

Ia dijana enjin berkapasiti sehingga 650 kuasa kuda.

Sekitar 60 orang diperlukan untuk memastikan perjalanan treler berkenaan lancar terutamanya ketika kenderaan tersebut melalui selekoh sebelum ia dijadualkan tiba di destinasinya pada 10 Mac ini dalam perjalanan yang mengambil masa selama 11 hari.

"Orang ramai datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bongkah batu tersebut," kata jurucakap muzium berkenaan, Miranda Carroll.

Heizer menemui bongkah batu gergasi itu enam tahun lalu dan akan menjadikan ia subjek untuk pameran terbaharunya, Levitated Mass.

Beliau merancang meletakkan bongkah batu tersebut di atas sebuah parit sepanjang 139 meter.

Para pengunjung akan dapat melihat ia kelihatan seperti terapung di udara. - Agensi

Polis rasuah RM200 didenda RM30,000

Posted: 29 Feb 2012 11:39 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

IPOH – Bekas anggota polis dari Balai Polis Trong, Konstabel Rozaidi Mohd Nordin, 27, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM30,000 selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah bernilai RM300 dan RM200, empat tahun lalu.

Tertuduh juga bakal menghadapi hukuman penjara tambahan selama enam bulan setelah gagal menjelaskan denda tersebut, semalam.

Bagaimanapun, tertuduh hanya dikenakan penjara enam bulan setelah Hakim Julie Lack Abdullah memerintahkan ketiga-tiga pertuduhan itu dijalankan serentak di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Dalam semua tuduhan yang dihadapi, bapa kepada dua anak itu meminta dan menerima suapan daripada individu sama iaitu pemandu teksi, Hamdan Din yang disyaki membawa dua pendatang tanpa izin (Pati) warganegara Indonesia.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh meminta suapan berjumlah RM300 sebagai dorongan tidak men gambil tindakan terhadap Hamdan di sebuah ladang kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, Trong pada jam 12.50 tengah hari, 7 September 2008.

Tertuduh juga memperoleh rasuah berjumlah RM100 dari individu berkenaan pada lokasi, tarikh dan masa yang sama untuk pertuduhan kedua.

Berdasarkan pertuduhan ketiga, Rozaidi juga memperoleh rasuah berjumlah RM100 dari individu sama di Surau Khairiah, Batu 10, Trong pada jam 4 petang, 8 September 2008.

Tertuduh yang telah berkhidmat selama lima tahun dalam pasukan polis melakukan di bawah Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi pertuduhan pertama dan Seksyen 11(a) akta yang sama bagi pertuduhan kedua dan ketiga.

Semua hukuman dijatuhkan menerusi Seksyen 16 akta sama yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000.

Pada masa sama, Julie Lack juga membenarkan permohonan tertuduh menerusi peguamnya, Ahmad Zuhari Ahmad Zubair menangguhkan perlaksanaan hukuman penjara dengan syarat rayuan berkenaan difailkan hari ini sebelum jam 4 petang.

Sinar Harian

Berang sikap pemandu lori

Posted: 29 Feb 2012 11:35 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

TASEK – Penduduk di sini, kecewa terhadap sikap pemandu dan pengusaha lori yang tidak mementingkan keselamatan penduduk terutamanya kanak-kanak sekolah ketika melalui Jalan Tasek.

Sikap pemandu lori yang membawa muatan lebih dan memandu terlebih awal sebelum waktu persekolahan bermula menyebabkan keselamatan murid terancam.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Azman, 37, berkata, tindakan pemandu lori yang memandu lebih awal sebelum waktu persekolahan bermula mengecewakan penduduk.

"Pemandu lori seharusnya memandu pada jam 8 pagi selepas semua murid berada di kawasan sekolah.

"Ini adalah bagi melancarkan perjalanan pelajar ke sekolah dan sekali gus mengelak perkara yang tidak diingini seperti kemalangan ,"katanya.

Menurutnya, masalah terbabit menjadi serius apabila pemandu turut membawa muatan lebih.

"Sikap tanggungjawab dan bertimbang rasa terhadap penduduk dan pengguna jalan harus dititikberatkan," katanya.

Katanya, beberapa hari lalu pihak berkuasa melakukan operasi terhadap masalah muatan berlebihan ini, namun pemandu lori mengambil langkah mudah untuk mengelak diri mereka daripada dikenakan tindakan.

"Pemandu yang tidak bertanggungjawab membuang tanah di atas permukaan jalan sambil memandu.

"Meskipun pengusaha lori meletakkan pengawal untuk menjaga lalu lintas di Jalan Tasek ini, namun semuanya tidak membuahkan hasil.

"Papan tanda peraturan larangan terhadap operasi lori tanah harus dibina seperti di kawasan Sungai Kechil agar tindakan dapat dilaksanakan segera, kerana nyawa pengguna kian terancam," katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian turut mendapatkan maklum balas daripada Pengerusi Persatuan Pemandu Lori Wilayah Utara, Anuar Ilias.

Menurutnya, pihaknya turut mendapat aduan penduduk berhubung masalah terbabit dan bagaimanapun, dia mewakili pemandu lori lain tidak mampu menyelesaikan masalah itu disebabkan ia adalah arahan pengusaha.

"Pemandu lori hanya pekerja bawahan dan pengusaha mengeluarkan arahan supaya membawa muatan dan menghantarnya ke tapak projek pada awal pagi.

"Jika ingkar, gaji pemandu lori akan terjejas dan bagi menyelesaikan masalah ini, saya mencadangkan agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya agar masalah itu dapat diatasi dan menyenangkan semua pihak," katanya.

Sinar Harian

Bersih: Mohamad Sabu, 16 lagi diarah bela diri

Posted: 29 Feb 2012 11:31 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan 17 orang termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Padang serai, N. Gobalakrishnan membela diri terhadap pertuduhan terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 2007.

Hakim Datuk Ghazali Cha mendapati terdapat kes prima facie terhadap mereka setelah meneliti hujah rayuan yang dikemukakan pihak pendakwa di Mahkamah Sesyen pada 19 November 2010.

Mereka diperintah membela diri di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Jagjit Singh Bant Singh pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan menaikkan ikat jamin daripada RM2,000 kepada RM5,000 setiap seorang.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi yang turut berada di mahkamah hari ini, sekretariat Bersih 2.0 dengan bantuan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang menyediakan wang ikat jamin untuk setiap orang kena tuduh (OKT).

"Kesemua OKT perlu menjelaskan ikat jamin hari ini, kalau gagal mereka akan diperintah masuk lokap," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagaimanapun, seorang daripada OKT telah meninggal dunia tahun lalu manakala seorang lagi sakit dan tidak dapat hadir.

Mohamad Sabu, 57, dan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 39, menghadapi dua pertuduhan iaitu tuduhan utama dan tuduhan pilihan.

Bagi tuduhan utama, mereka didakwa bersama-sama sebagai anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan boleh membawa kepada kemudaratan awam.

Bagi tuduhan pilihan, mereka didakwa bersama-sama mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut dan didakwa mengikut Seksyen 27 (5)(a) Akta Polis 1967 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 dan penjara tidak melebihi setahun, jika sabit kesalahan.

Mohamad Sabu dan Tian Chua didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Istana Baru di sini pada 3.05 petang 10 November 2007.

Harakah Daily

Memaafkan Lebih Membahagiakan Daripada Membenci

Posted: 29 Feb 2012 11:30 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Disaat dalam kesendirian dan kesepian begitu berat beban hidup ini ketika kita disakiti atau didzalimi justru oleh orang yang kita sayangi atau orang lain, mengadu kepada Allah dengan tanpa disadari air mata itu mengalir membasahi pipi, tak kuasa untuk dibendungnya karena perih dihati,

'Ya Allah, bagaimana caranya menyembuhkan luka hati ini?' Ujian, cobaan tak kuasa untuk dipikulnya sendiri. Suatu yang mustahil untuk mengubah apa yang sudah terjadi karena luka itu teramat perih. Marah,dendam dan kecewa campur aduk,

'kamulah penyebab aku menderita begini!' Aku akan hancurkan kamu!' jika kita telah tersakiti begitu hebatnya kemarahan, hati menjadi mudah terkotori dengan nafsu membalas dendam dan ingin kembali menyakiti perbuatan orang yang telah menyakiti hati.

Kebahagiaan atau penderitaan tidak perlu mencari siapa yang bersalah, atau yang menyebabkan hidup anda menderita. Anda harus mampu memaafkan orang lain yang telah menyakiti hati anda. Mohonlah ampunan kepada Allah untuknya. Sebenarnya anda termasuk orang yang diberikan rahmat oleh Allah. Jika anda disakiti berarti anda sedang teraniaya. Orang yang teraniaya adalah orang yang sedang diuji sekaligus diberikan kemudahan oleh Allah.

Allah memberikan dua pilihan membalas perbuatannya atau memaafkan. Jika anda tidak membalas tetapi bersabar & memaafkan orang yang telah menyakiti anda maka Allah akan memberikan ampunan dosa-dosa anda dan Allah menganugerahkan kepada anda kehidupan yang lebih sehat,

indah dan membahagiakan bagi anda. "Dan bagi orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan dzalim mereka membela diri. Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas Allah." (QS. Asy-Syuura' 39).

posted by :agussyafii

http://agussyafii.blogspot.

Umno perlu perjelas dagangan M’sia-Israel

Posted: 29 Feb 2012 11:28 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Mac: PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan suatu maklumat di Harakahdaily pada hari ini yang mendakwa bahawa Malaysia telah berdagang dengan negara haram Israel sejak tahun 2001 lagi ataupun lebih awal dari itu.

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, maklumat yang dikutip dari Data Statistik Perdagangan Komoditi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan, pada tahun 2001 sahaja, Malaysia telah mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan Israel.

Pada tahun itu, Malaysia telah mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara haram itu.

Pada tahun 2010, Malaysia mengimport USD798.069 juta (RM2,394 juta) barangan Israel berbanding USD85.129 juta (RM255.38 juta) barangan yang dieksport Malaysia ke Israel.

Malaysia pula dicatatkan menjadi negara ke 18 di dunia yang menerima barangan eksport dari Israel dengan Amerika menjadi negara paling banyak menerima barangan dari negara haram itu.

Dengan kedudukan ke 18, nilai eksport Israel ke Malaysia jauh lebih tinggi berbanding Cyprus yang berrada di kedudukan ke-19, Kanada (20), Taiwan (21), Japan (22), Australia (23), Singapura (24) dan Thailand (25).

"PAS WP berpandangan, kedudukan ini menunjukkan bahawa Malaysia benar-benar serius mengadakan hubungan dengan Israel.

"Dengan fakta yang dikemukakan ini, apakah alasan lain yang boleh diberikan oleh pemimpin Umno bagi menafikan maklumat ini," ujarnya kepada Harakahdaily.

PAS WP, ujarnya merasa sedih kerana pemimpin Umno tidak menjaga sensitiviti umat Islam dunia dan negara ini.

Beliau berkata, dalam keadaan umat Islam seluruh dunia bangkit menyatakan kemarahan terhadap rejim Zionis yang zalim dan kejam itu, Malaysia pula tanpa segan silu mengadakan hubungan langsung dengan Israel.

"Soalnya, apakah pemimpin Umno menyedari perkara ini, atau pura-pura tidak sedar?

"Tidakkah mereka berfikir, wang yang dilaburkan hasil perniagaan tersebut boleh digunakan oleh Israel untuk membeli peluru buat membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa?

"Ke mana perginya suara Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku penasihat agama kepada Perdana Menteri, bersama ulama-ulama di dalam Umno untuk menasihati Perdana Menteri agar tidak berhubungan dengan Israel?" soalnya.

Katanya, apa yang dikesalkan adalah, pemimpin Umno BN selama ini menuduh Pakatan Rakyat dan pemimpinnya sebagai ejen Israel.

Menurutnya lagi, mereka mempolitikkan isu Israel dan Palestin dengan membesar-besarkan isu itu di khalayak, seolah-olah mereka adalah pejuang sebenar rakyat Palestin, manakala pemimpin Pakatan Rakyat pula bersekongkol dengan rejim itu.

"Apa yang berlaku menunjukkan sebenarnya pemimpin Umno adalah hipokrit, di depan rakyat 'marah bukan main' dengan rejim itu, di belakang pula bersalaman dan adakan hubungan langsung," ujarnya.

Justeru itu, katanya PAS WP merasakan Umno tidak layak melaungkan perjuangan rakyat Palestin.

"PAS WP juga merasa yakin umat Islam di negara ini pasti tidak boleh menerima hakikat bahawa Malaysia sudah menjalin hubungan dengan Israel sejak sekian lama dan menolak pemimpin umat Islam seperti ini," katanya lagi.

Harakah Daily

Tertuduh naik angin kejar wartawan

Posted: 29 Feb 2012 11:21 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

AYER KEROH - Seorang lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini naik angin, sebelum bertindak mengejar seorang wartawan wanita selepas dia menyedari wajahnya dirakamkan media.

Tertuduh, Muhammad Nurisham Gan Abdullah, 55, yang didakwa atas kesalahan mengedar dadah turut menengking seorang jurukamera televisyen semasa keluar dari mahkamah.

"No photographer, I am not guilty yet... (Jangan ada jurufoto, saya belum bersalah lagi)," katanya dengan suara lantang.

Tertuduh didakwa menge­dar seberat 22.5 gram dadah jenis Heroin di sebuah rumah di Jalan Johor, Semabok, kira-kira 11.50 pagi, 2 Februari lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Da­-dah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama serta dibaca di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Shazwani Ishak ketika pendakwaan memohon mahkamah memberikan tarikh sebutan semula kes bagi mengetahui berat sebenar dadah sebelum dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Majistret Syajaratudur Abd Rahman kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 2 April depan tanpa membenarkan tertuduh diikat jamin kerana kes mambabitkan hukuman mati mandatori.

Sinar Harian

Dua pelajar direman

Posted: 29 Feb 2012 11:18 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA KUBU BHARU – Dua pelajar perempuan daripada sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang remaja dibakar hidup-hidup di Kampung Sepakat dekat Bukit Tagar, 26 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, kedua-dua wanita terbabit di tahan di rumah sewa mereka di Shah Alam jam 3 petang kelmarin.

"Kita telah menahan dua pelajar wanita terbabit dan mereman mereka selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Bagaimanapun, Norel tidak mendedahkan nama kedua-dua saksi terbabit dan menegaskan siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Pada 26 Februari lalu, sebuah keluarga India di Kampung Sepakat dekat sini dikejutkan dengan kedatangan seorang remaja dikenali sebagai Mohd Syahirudin Mohd Shauki, 19, dalam keadaan 80 peratus badannya melecur dan terbakar yang meminta pertolongan.

Saksi, T Vadamalai, 56, yang ditemui di rumahnya di Lot 288 kampung terbabit segera memberikan pertolongan dan menghubungi ambulan sebelum remaja itu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

Menurut Vadamalai, remaja terbabit mengadu telah dipukul dan disimbah petrol sebelum dibakar berdekatan kawasan itu.

Polis turut menemui cebisan pakaian mangsa di tengah-tengah pembahagi jalan kira-kira 400 meter dari Plaza Tol Bukit Tagar namun sehingga kini masih berusaha mengesan lokasi sebenar mangsa dibakar.

Sinar Harian

Hilang lepas putus cinta

Posted: 29 Feb 2012 11:15 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SERI KEMBANGAN – "Saya nampak roh anak berjalan-jalan di depan pagar rumah dan kemudian hilang sekelip mata apabila cuba memanggilnya namanya. Sejak hilang 19 hari lalu, saya tidak tahu sama ada anak saya masih hidup atau sebaliknya," kata Moon Nyok Lin, 50 yang mendakwa anaknya Chong Chee Kien, 29, hilang tanpa dapat dikesan dan hanya meninggalkan sebuah diari pada 10 Februari lalu.

Nyok Lin berkata, kedukaan ditanggung berdepan dengan anak lelakinya yang pernah tiga kali cuba membunuh diri terus berpanjangan apabila anak sulungnya itu tidak pulang ke rumah.

"Anak saya pernah memberitahu sudah kecewa dalam kehidupan kerana enam kali putus cinta. Perkara itu terbongkar apabila saya membaca diari yang ditinggalkan di atas meja bilik tidurnya.

"Saya bimbang kerana dia pernah cuba membunuh diri disebabkan masalah cinta. Apa yang membuatkan saya risau adalah sama ada anak itu masih hidup atau mati," katanya.

Menurutnya, kali terakhir anaknya dilihat keluar rumah memakai jaket berwarna coklat cair, berseluar jeans dan memakai baju-T berwarna jingga.

"Saya tiada di rumah ketika dia keluar dari rumah dan dipercayai anak sulung saya itu menunggang motosikal jenis Yamaha berwarna merah putih dengan nombor pendaftaran WLL1854.

"Hanya jiran yang nampak dia keluar tanpa membawa beg pakaian. Dia tidak memaklumkan kepada mana-mana ahli keluarga tempat ditujunya dan masih gagal dihubungi sehingga kini," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan 11 Februari lalu.

Nyok Lin berkata, anaknya yang pernah dirawat di Hospital Serdang kerana masalah mental itu tidak bekerja sejak 2006 selepas putus cinta pada kali pertama.

"Selepas putus cinta, perangai anak saya memang berubah dan dia malas bekerja. Rutin hariannya hanya menonton televisyen dan melayari Internet.

"Saya yang menanggung makan minumnya selain adiknya ada memberinya wang saku untuk berbelanja," katanya me­mak­lumkan bimbang anaknya membunuh diri kerana perkara itu pernah dinyatakan anaknya di dalam diari yang mengatakan mahu membunuh diri di sebuah rumah kosong.

Menurutnya, walau apa pun terjadi sama ada hidup atau mati, dia memohon mereka yang terserempak dengan anaknya supaya dapat menghubungi pihaknya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang menerima aduan daripada ibu mangsa berkata, orang ramai yang menemui pemuda itu diminta menghubungi Pejabat Komuniti Serdang di talian 03-89426381.

Sinar Harian

Rumah kosong port strategik

Posted: 29 Feb 2012 11:13 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SABAK FERI - Penduduk di Kampung Sabak Feri, di sini, bimbang dua rumah kosong berhampiran tangki air Perbadanan Air Pahang (Paip) dijadikan sebagai sarang penagihan dadah jika ia dibiarkan tanpa pengawasan.

Ketua Umno Cawangan Sabak Feri, Bhakhira Awang Zakaria berkata, sebuah rumah kosong dua tingkat dan sebuah lagi rumah dipercayai bekas pejabat itu sudah lama dibiarkan kosong sejak lebih dua tahun lalu.

Menurutnya, lokasi rumah tinggal itu yang terletak jauh ke dalam dan jauh dari rumah penduduk serta ditutupi semak disifatkan sebagai 'kawasan strategik' untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.

"Dua rumah kosong yang sudah terbiar lama ini seharusnya dipantau pihak berkuasa kerana kita khuatir tempat ini berpotensi menjadi sarang penagih," katanya kepada Sinar Harian.

Bhakhira mengakui pernah terserempak dengan ­beberapa lelaki di ­rumah kosong itu dalam ­ke­adaan mencurigakan ketika dia keluar dari hutan ber­hampiran selepas mencari ulam-ulaman.

"Saya pernah terserempak dengan kelibat beberapa lelaki yang tidak dikenali keluar dari rumah berkenaan tergesa-gesa dan saya percaya mungkin ada sesuatu yang mereka lakukan di situ," katanya.

Beliau berkata, polis perlu menjalankan intipan dan pengawasan lebih kerap bagi memastikan kawasan rumah tinggal itu bebas daripada sarang penagihan dadah serta perlakuan tidak bermoral lain.

Katanya, rumah kosong itu sebelum ini pernah menjadi sasaran pencuri yang mencuri pintu, cermin tingkap, siling, mangkuk tandas dan barangan lain.

"Barangan yang bernilai kebanyakannya sudah dikebas mereka yang tidak bertanggungjawab hingga menyebabkan persekitaran tidak terurus dan rumah mengalami kerosakan teruk," katanya.

Beliau berharap pihak berwajib dapat mengenal pasti status sebenar rumah kosong itu dan mengambil langkah terbaik bagi memastikan ­kawasan berkenaan tidak dicemari dengan kegiatan tidak bermoral.

"Saya berharap masalah ini dapat dibendung dengan segera kerana kita bimbang akan berlakunya peningkatan kes sosial anak muda terutama mereka yang terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah," katanya.

Sinar Harian

Umno bukan lagi pejuang Melayu – bekas PPM

Posted: 29 Feb 2012 11:08 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 1 Mac: Akibat terlalu banyak dakwaan berlaku penyelewengan membabitkan kepimpinan Umno di Kubang Kerian, seorang pemimpin di peringkat cawangan tekad mahu meninggal parti tersebut.

Mat Riduan Abd Kadir,48, bekas Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) Dun Demit (kini dikenali sebagai JKKKP) tidak mahu bersekongkol lagi dengan parti tersebut.

"Umno kini sudah lari dari perjuangan asal dan bukan lagi membela umat Melayu dan agama Islam. Kini saya sudah sedar.

"Banyak kepincangan terutamanya amanah sebagai seorang pemimpin parti. Saya mengambil langkah untuk keluar Umno dan akan bersama PAS demi memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu," katanya ketika ditemui malam tadi.

Sebelum itu beliau diraikan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kubang Kerian, Abdul Rahman Yunus pada pertemuan.

Mat Riduan bertugas sebagai PPM sejak 2004 sehingga tahun lepas mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Bahagian Umno Kubang Kerian, Datuk Mohd Fauzi Ismail.

Beliau mendakwa banyak projek kerajaan pusat yang dilaksanakan di Kubang Kerian disyaki berlaku penyelewengan.

"Banyak nilai projek tidak sepadan dengan kerja-kerja dibuat. Saya syaki ada unsur-unsur penyelewengan dalam peruntukan projek dilulus kerajaan pusat," ujar beliau.

(Tunggu pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

Harakah Daily

Bekas Adun BN akan dedah tembelang Najib

Posted: 29 Feb 2012 11:06 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (gambar) berkata, beliau sedia mendedahkan tembelang sebenar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara.

Menurutnya, pendedahan tentang Najib yang menguasai perlimen Pekan sejak Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia itu akan dibuat dalam satu ceramahnya bersama Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu pada 15 Mac ini di Pekan, Pahang.

Mohd Ariff berkata demikian ketika ditemui dalam sesi Cakap-cakap Bersama Harakah di Pejabat Editorial Harakah dekat sini baru-baru ini.

Mohd Ariff yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan berkata, beliau sangat mengenali Najib dan peribadi Perdana Menteri itu dalam berpolitik serta pentadbiran.

Ini kerana beliau pernah menjadi orang penting Umno selaku Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan dalam mengembalikan sokongan ke atas Najib selepas hampir tewas pada Pilihan Raya Umum ke-10 (tahun 1999).

Mohd Ariff yang terkenal dengan blog Sakmongkol berkata, Najib bukanlah seorang yang tegas dalam kepimpinannya, sebaliknya hanya menggunakan taktik 'membayar' untuk mendapatkan sokongan.

Beliau yang sangat Ariff dengan sikap politik Najib berkata, Perdana Menteri itu hanya mahu dengar yang 'indah-indah sahaja'.

Ia termasuklah apa yang berlaku di Pekan semasa hampir tewas di tangan PAS pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999, katanya.

"Saya ada sebutkan dalam blog saya, penerima subsidi terbesar di Malaysia ini ialah Najib, kerana beliau dapat Parlimen Pekan kerana subsidi daripada kawasan Allahrayham Tun Razak, jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebab baba saudaranya Perdana Menteri, dia jadi Naib ketau Pemida Umno sebab dia ikut Dato' Seri Anwar Ibrahim,

"Dia (Najib) tidak pernah berlawan, gaya dan kepimpinan itu dia tidak ada, dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sendiri mengakui bahawa keburukan Najib ini tidak tahu mentadboir negara ini dan hilang punca,

"Najib ini tiada wawasan, dia ini mentadbir dan urus negara macam urus Umno Bahagian Pekan, dia baik dengan sana-sini bukannya untuk menyatukan, dia ini juga tidak berani, dia ini macam lalang," ujarnya lagi.

(Laporan penuh pendedahan Arif Sabri dalam Harakah cetak)

Harakah Daily

Hubungan dagang Malaysia-Israel sejak 2001

Posted: 29 Feb 2012 11:04 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD]

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Malaysia telah berdagang dengan negara haram Israel sejak tahun 2001 lagi ataupun lebih awal dari itu.

Menurut Data Statistik Perdagangan Komoditi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, pada tahun 2001 sahaja, Malaysia telah mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan Israel.

Pada tahun itu, Malaysia telah mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara haram itu.

Sejak itu, perdagangan antara Malaysia dengan Israel sentiasa saja meningkat dari tahun ke tahun.

Pada tahun 2010, Malaysia mengimport USD798.069 juta (RM2,394 juta) barangan Israel berbanding USD85.129 juta (RM255.38 juta) barangan yang dieksport Malaysia ke Israel.



(Data hubungan dagang antara Israel dan Malaysia yang dikeluarkan oleh salah satu badan di bawah PBB)

Menurut database itu juga, Malaysia adalah negara ke 18 di dunia yang menerima barangan eksport dari Israel dengan Amerika menjadi negara paling banyak menerima barangan dari negara haram itu.

Dengan kedudukan ke 18, nilai eksport Israel ke Malaysia jauh lebih tinggi berbanding Cyprus yang berrada di kedudukan ke-19, Kanada (20), Taiwan (21), Japan (22), Australia (23), Singapura (24) dan Thailand (25).

Antara barangan eksport utama Israel ke Malaysia adalah barangan elektrik dan peralatan elektronik yang bernilai USD777.940 juta (RM2,333.82 juta) pada tahun 2010.

Selain itu, Malaysia juga mengimport mesin, reaktor nuklear dan pemanas (USD4.66 juta), baja (USD3.6 juta) dan bahan kimia organik (USD2.998 juta).

Turut diimport dari Israel adalah permata, bahan kimia bukan organik, pelastik, aluminium, sayuran dan buah-buahan, optical dan bahan edible, sabun, minyak pelincir, kacang, minyak bijian, wangian dan lain-lain lagi.

Harakah Daily

Pemimpin utama PAS Islam dan soleh - Nik Aziz

Posted: 29 Feb 2012 10:56 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengulangi penegasannya bahawa sesiapa sahaja yang beragama Islam yang soleh boleh memimpin parti itu.

Katanya, persoalan bangsa sama ada Melayu atau sebaliknya tidak menjadi persoalan selagi mereka adalah "muslim yang soleh".

"Saya ingin mengulangi penegasan saya bahawa sesiapa sahaja yang merupakan muslim yang soleh boleh memimpin PAS sekalipun bukan berbangsa Melayu kerana bangsa tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi Allah SWT, " katanya melalui laman sosial Facebook hari ini.

Menurutnya, tiada guna sekalipun pemimpin itu Melayu, jika jahil tentang undang-undang Islam itu sendiri.

Tanpa menamakan sesiapa, Tuan Guru Nik Aziz juga turut merujuk kepada bekas seorang pemimpin Melayu negara yang disifatkannya masih meraba-raba.

"Untuk apa berbangsa Melayu jika masih mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan kejahilan terhadap undang-undang Allah SWT?

"Saya simpati dengan salah seorang bekas pemimpin negara yang rupanya masih meraba-raba," katanya dalam nada menyindir.

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan itu dipercayai sebagai respon terhadap kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir dalam kennyataannya semalam mencabar PAS melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Presiden PAS.

"Dulu PAS kata kita kerjasama dengan kafir. Setakat mana pemimpin bukan Islam dalam PAS?

"Sepatutnya, Lim Kit Siang menjadi Presiden PAS kerana beliau rakyat Malaysia yang mengutamakan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada pandangan AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad kelmarin, bahawa PAS bersedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin barisan kedua parti sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Namun kata Dr. Dzulkefly, perkara itu tidak timbul sekarang ini, dan jika sekalipun akan dilaksanakan, perkara itu perlu diputuskan dalam muktamar parti.

Harakah Daily

MP Sabak Bernam dipenjara 6 tahun, denda RM400,000

Posted: 29 Feb 2012 10:52 PM PST

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 1 Mac: Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri (depan) dan pembantunya, Rosli Busro, 44, dijatuhi hukuman enam tahun penjara dan denda RM400,000 atau 1 tahun penjara bagi setiap pertuduhan.

Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaraya berjaya mengemukakan bukti tanpa menimbulkan keraguan serta mengambil rayuan dari pihak pembela.

Abdul Rahman Bakri didapati bersalah kerana membuat lapan tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Sementera itu, pembantu khasnya, Rosli Busro yang juga didapati bersalah atas tuduhan yang sama dijatuhkan hukuman.

Hakim memerintah kesemua hukuman penjara dijalankan serentak manakala denda sebanyak RM400 ribu dikenakan bagi semua tuduhan atau 8 tahun penjara jika gagal membayar denda tersebut.

Namun, Mahkamah menangguhkan hukuman tersebut dengan ikat jamin sebanyak RM50 ribu kepada Abdul Rahman, manakala pembantu khasnya sebanyak RM30 ribu sementara menunggu kes tersebut dibawa ke Mahkamah Rayuan.

Semalam, di mahkamah yang sama hakim telah membuat keputusan mendapati kedua-duanya bersalah terhadap tuduhan tersebut, namun atas rayuan pihak peguam bela keputusan menjatuhkan hukuman ditunda ke hari ini.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Tertuduh didapati membuat tuntutan palsu sebanyak RM10,000 setiap satu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi Adun Sungai Ayer Tawar.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin mewakili Abdul Rahman.

Sementara itu, mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan.

Harakah Daily

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 29 Feb 2012 09:35 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


'Siapa Benar Siapa Salah' : anjuran Dato' T di Pasir Salak.

Posted: 29 Feb 2012 06:01 PM PST

Siti Zailah | Home

Posted: 29 Feb 2012 03:36 PM PST

Siti Zailah | Home


CERAMAH DI KG.BELIMBING DUN BUKIT PANAU

Posted: 28 Feb 2012 05:05 PM PST

Cikgu Lau bekas SU Gerakan Kelantan

Cikgu Wan Yusoff ADUN Gual Ipoh

Kak Lah sedang menyampaikan ceramah.

YB Mahfuz Ahli Parlimen Pokok Sena

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 29 Feb 2012 03:13 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


Lagi Cerita Pasal Kitab Injil Asli

Posted: 28 Feb 2012 05:33 PM PST

Injil inilah yang meramalkan kedatangan Muhammad.




Sebuah kitab lama yang dikatakan sebagai 'Gospel of Barnabas' ini mengandungi ramalan bahawa Ahmad (Nabi Muhammad) bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat agama Kristian bermazhab Katholik untuk menelitinya dengan lebih mendalam.

Pope Benedict XVI sendiri telah menyatakan hasrat beliau untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali sebagai 'Gospel of Barnabas' itu.

Injil yang bertinta emas dan menggunakan medium bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada 1,500 tahun.

Injil berkenaan telah dijumpai sejak 12 tahun yang lalu (2000) di Turki dan kemudian disimpan daripada tatapan orang awam atas permintaan kuat dari pihak gereja kerana dibimbangi ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad (Muhammad saw).

Namun begitu pada tahun 2010, Injil berkenaan telah diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan kemudiannya diberikan kebenaran untuk dipamerkan setelah melalui beberapa usaha pemulihan.
Isi kandungan Injil berkenaan selari dengan akidah Islam yang menyatakan bahawa Nabi Isa as adalah seorang Rasul (pesuruh Allah swt) dan bukan anak Tuhan sebagaimana yang dipercayai oleh penganut Kristian terutama yang bermazhab Katholik, Anglican dan Orthodox.

Kitab lama ini juga menyatakan bahawa Nabi Isa as tidak pernah disalib sehingga meninggal dunia. Bahkan baginda telah diangkat oleh Allah swt ke langit. Kenyataan ini ternyata amat bertentangan dengan ajaran Kristian yang berasaskan ajaran Saint Paul atau Saul of Tarsus.

Ramai cendikiawan dan ahli teologi Kristian yang telah menolak Injil berkenaan dan mendakwa ia adalah hasil kerja pada abad ke-5 atau ke-6 dan bukannya di abad pertama sepertimana yang didakwa oleh pengkaji-pengkaji Islam. Namun begitu, ramai pengkaji Islam mempercayai bahawa ia adalah Injil yang paling asli yang telah dijumpai setakat ini.

Harga salinan Injil ini dianggarkan bernilai sehingga 40 juta Lira Turki ( USD 22 juta).

Tidak sukar untuk kita memahami bahawa sudah pasti ada pihak tertentu yang sentiasa dipertikaikan jumpaan yang menggemparkan ini tetapi yang pasti 'BENAR' ialah firman Allah swt yang bermaksud,

"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui."

DR. BADRULAMIN BAKAL SAMAN PAPER & TV

Posted: 28 Feb 2012 05:11 PM PST

Badrolamin berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu serta stesen televisyen tempatan kerana menyiarkan laporan khalwatnya.
Malah, beliau turut memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz kerana mengeluarkan kenyataan dalam kedua-dua media itu.
"Selepas keterangan saya dan wanita terbabit diambil, Jaip mendapati dakwaan saya berdua-duaan adalah tidak benar dan pihak jabatan agama juga menerima sendiri kenyataan itu.
"Dengan itu, kenyataan Mohd Ghazali bahawa saya ditangkap berdua-duaan adalah terbatal, begitu juga laporan media berkenaan bahawa kami ditangkap berkhalwat adalah tidak benar.
"Sehubungan itu, kami akan me ngambil tindakan undang-undang terhadap kedua-duanya," katanya

MODAL HASAN ALI TIBAI PAS.. TIMB. PRESIDEN PAS BUKAN ISLAM

Posted: 28 Feb 2012 05:01 PM PST

PAS bersedia untuk mengisi jawatan timbalan presiden parti itu daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan, berikutan dasar parti itu yang mengalami transformasi yang lebih terbuka.
"Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan.
"Perkara urus tadbir dalam Islam sangat terbuka dan PAS menegaskan, kami masih parti yang berteraskan agama dan sedang mengalami transformasi yang besar, PAS bukan sahaja menampilkan bangsa Melayu, tapi sesuai untuk semua bangsa," kata Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ketika Wacana Sinar Harian yang bertajuk "Kenapa Undi Melayu Pecah?" di sini.
Tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini lagi, Umno tidak dapat menerima transformasi yang ditonjolkan parti itu kerana Islam Umno adalah berdasarkan kaum.
"Islam menurut amalan Umno adalah Islam berteraskan perkauman. Islam Umno adalah Melayu, sedangkan PAS bersedia menerima pemimpin yang bukan Islam dan kami membawa penampilan Islam untuk semua," katanya lagi.

"PAS bukanlah terlalu taksub," tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini lagi.

Tambah Dzulkefly, berdasarkan transformasi itu, PAS juga berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada kalangan rakyat bukan Islam.

"Buktinya sudah jelas, PAS bukanlah bersifat rigid, sebaliknya rakyat bukan Islam juga turut memahami matlamat dan perjuangan kami yang berteraskan keadilan dan mengamalkan dasar Islam yang lebih terbuka," tambahnya lagi.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 29 Feb 2012 03:12 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


BAGAI BERJALAN MALAM TAK PAKAI LAMPU SULUH

Posted: 29 Feb 2012 01:59 PM PST

Perlantikan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah membawa masyarakat Bumiputera ke belakang di mana fahaman dan kepentingan politik menjadi asas kepada pelantikan ke jawatan profesional.

Menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, perlantikan Khairy menghantar isyarat yang salah kepada komuniti Bumiputera yang sekarang digalakkan untuk meningkatkan standard profesionalisme setanding yang terbaik di dunia.


Ini kerana perlantikan MP Rembau itu jelas menunjukkan fahaman politik menjadi kriteria utama untuk dilantik ke jawatan tertinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan, bukannya berdasarkan kemampuan dan pengalaman.

"Sebagai salah seorang pengasas PUNB iaitu syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) di mana saya berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), saya berbangga dengan pencapaian PUNB yang selama ini diterajui oleh golongan profesional dan berkebolehan.

"Walaupun peringkat pengubal dasar terdiri daripada ahli ahli politik tetapi mereka tidak campur tangan dalam operasi. Malah Ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada golongan profesional berpengalaman yang tidak mempunyai kepentingan politik atau kumpulan berkaitan dengan politik," tegasnya.

Tambahnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak seharusnya mensia-siakan usaha masyarakat Bumiputera dengan melantik Khairy Jamaluddin yang tidak berkeupayaan dan tidak berpengalaman dalam menguruskan badan korporat yang sudah berjaya.

Tegasnya, tindakan Najib sekali lagi membuktikan bahawa beliau gagal mengutamakan antara kepentingan dengan profesionalisme.

Malah Abdul Khalid menyifatkan perlantikan tersebut sebagai petanda yang buruk bagi bumiputera dan Malaysia khasnya.

"Bagi pembangunan negara, pemimpin sepatutnya melihat dalam konteks lebih luas dan berfikir di luar fahaman politik di mana ciri-ciri ini telah diketepikan menerusi pelantikan Khairy Jamaluddin," jelasnya. -tvsnews

NAJIB BARU LEPAS KEMPEN DI SABAK BERNAM, SEORANG AHLI PARLIMEN UMNO DAH TERBENAM!

Posted: 29 Feb 2012 12:39 AM PST

Inilah wajah Ahhli Parlimen Barisan Nasional dari Parti UMNO bersalah oleh mahkamah kerana buat tuntutan palsu.

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mendapati Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri, bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

NONEHakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwa.

Abdul Rahman, 47, dari Umno dituduh membuat lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000 daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.

Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.

Sementara itu, pembantu beliau Mohd Rusli Busro, yang didakwa bersubahat dalam membuat tuntutan palsu juga didapati bersalah.

Abdul Rahman didakwa mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan.

MISTERI FELDA DIKETEPI !

Posted: 28 Feb 2012 10:42 PM PST

Najib Perlu Jelas Kenapa FELDA FARM Products SDN BHD Tidak Dilantik Menerajui NFC

Pendedahan yang dibuat setakat ini menunjukkan bahawa NFC yang diterajui suami Dato' Seri Shahrizat Jalil dan anak-anak mereka gagal memenuhi sasaran kerana mereka langsung tidak ada pengalaman di dalam industri penternakan berskala besar. Perkara ini turut diakui oleh Dato' Seri Salleh Ismail sendiri, bahawa mereka sebenarnya tidak berpengalaman dalam satu temuramah dengan media perdana bertarikh 17 November 2011.

Ini menimbulkan persoalan bagaimanakah sebuah projek berstatus nasional yang dikategorikan sebagai "projek berimpak tinggi" dengan peruntukan melebihi RM300 juta boleh diberikan kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri yang tidak berpengalaman.

KEADILAN telah menyemak kembali semua sumber rasmi untuk memahami proses penganugerahan tender itu.

Hakikatnya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Noh Omar sendiri mengakui bahawa tidak ada tender terbuka untuk memilih operator yang terbaik. Sebaliknya, kerajaan Barisan Nasional hanya memanggil beberapa buah syarikat yang tidak dikenali bersama-sama dengan Agroscience Sdn Bhd (milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil) untuk mengemukakan kertas cadangan.

Ini diterangkan beliau di Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011, seperti berikut:

"Pusat Fidlot Nasional ini Tuan Yang diPertua, matlamat utama pelaksanaan Pusat Fidlot Nasional ialah untuk kita mewujudkan sistem pengeluaran daging lembu fidlot secara komersial sepanjang rantai nilai bagi meningkatkan pengeluaran daging dalam negara. Bagi merealisasikan pelaksanaan program ini, kerajaan telah menjemput beberapa syarikat untuk membentangkan cadangan projek tersebut. Hanya enam buah syarikat yang membentangkan cadangan projek kepada Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN pada 25 September 2006.

Enam syarikat ini terdiri daripada FELDA Farm Product Sdn Bhd, Group Five Bonsmara Breeding Centre Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd, Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd – ini syarikat dari Australia ini – yang kelima, MIG Farm Sdn Bhd dan yang keenam MLC Industries Sdn Bhd. Melalui mesyuarat tersebut, Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN memilih dua syarikat iaitu Syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd dan juga Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd yang mana Lamberts diberikan 500 ekar dan Agro Science diberi sebanyak 5,000 ekar."

Umum sedia maklum bahawa Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Semakan awal KEADILAN menunjukkan dari segi pengalaman, saiz kapital, pengurusan dan rekod industri, syarikat yang paling berdaya maju di antara keenam-enam syarikat tersebut adalah Felda Farm Product Sdn Bhd.

Perbandingan dari segi saiz kapital dan perolehan (yang menjadi salah satu kayu ukur kekuatan kapital, pengurusan dan pengalaman) berdasarkan carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang disertakan bersama adalah seperti berikut:


Jelas sekali bahawa hanya Felda Farm Products Sdn Bhd adalah satu-satunya syarikat yang mempunyai operasi sedekad sebelum Projek Fidlot Nasional dirancang, berbeza dengan syarikat-syarikat lain termasuklah Agroscience Industries Sdn Bhd yang hanya ditubuhkan setahun sebelum kontrak anugerahkan.

Jelas juga bahawa ada pertimbangan yang tidak telus kerana lantikan Agroscience Industries Sdn Bhd mengenepikan pertimbangan asas kewangan dan pengalaman, yang memihak kepada Felda Farm Products Sdn Bhd. Dari segi impak nasionalnya pula, Felda mempunyai rancangan tanah yang besar dan peneroka-peneroka boleh dilatih menjadi penternak berjaya untuk meningkatkan lagi hasil pendapatan mereka, selain tanaman kelapa sawit.
Sebagai individu yang bertanggungjawab menganugerahkan kontrak ini kepada syarikat milik keluarga menteri yang kini terbukti tidak berjaya memenuhi sasaran dan menyelewengkan wang bagi tujuan lain, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak boleh mencuci tangan dan berdiam diri. Beliau wajib memikul tanggungjawab dan tindakan menolak isu ini kepada Dato' Seri Shahrizat Jalil semata-mata membayangkan beliau seorang ahli politik Umno yang pentingkan diri.

Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak supaya semua minit mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN yang dipengerusikan Perdana Menteri, didedahkan serta-merta agar beliau boleh menerangkan kepada ratusan ribu warga Felda:

1. Kenapa beliau mengenepikan warga Felda sedangkan mereka lebih layak dan berpengalaman berbanding keluarga menteri;

2. Apakah kriteria yang digunapakai sehinggakan Felda Farm Products Sdn Bhd diketepikan berbanding Agroscience Industries Sdn Bhd yang tidak mempunyai pengalaman?

Perkara ini sudah tentu akan terus mengheret Dato' Seri Najib kecualilah beliau mendedahkan kesemua minit mesyuarat yang dipengerusikan beliau.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

HAJI SUHAIMI SAID
PENGERUSI, BIRO FELDA DAN ORANG ASAL KEADILAN
28 FEBRUARI 2012

BUKAN 2 BODOH TAPI TIGA !

Posted: 28 Feb 2012 08:43 PM PST

SAPA bodoh ? 1. Blogger ProUMNO tsb? 2. Menteri Dalam Negeri ? 3. Menteri Pertahanan?
Keselamatan Negara Terancam Gara-Gara Kebodohan Blogger pro UMNO Pihak Kementerian Dalam Negeri
Benda Sulit yang dah jadi tak sulit ekoran kebodohan seorang blogger pro UMNO(yang didakwa blogger berbayar) hingga memberi kesan pada Panglima Armada TLDM sampaikan beliau terpaksa letak jawatan.

Penulis blog yuseriyusoff.blogspot.com telah memberitahu, seorang pegawai atasan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terpaksa meletakkan jawatannya berikutan satu pendedahan yang didakwa eksklusif sebuah blog pro-Umno, PapaGomo yang dikatakan telah diberi 'keistimewaan' oleh pihak TLDM untuk berada dalam kapal selam Scorpene sehinggakan isu ini menjadi panas pada tahun lepas.

Menurut blog yuseriyusoff, Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman , Panglima Armada Tentera Laut akan meninggalkan kariernya bulan depan dan tidak lagi mahu menyambung kariernya kerana 'fe-dup' terpaksa menjadi 'fall guy' dalam kes kapal selam Scorpene iaitu KD Tun Razak.

Tindakan panglima berkenaan yang enggan menyambung kariernya didakwa berpunca daripada 'video sulit' yang didedahkan oleh blog pro Umno (teman tak nak siarkan nama blognya sebab buat apa bagi iklan free pada blog yang patut dibenci dan jangan sekali dibuka oleh rakyat yang pernah membaca sekali).

Mungkin kerana beliau memikirkan perlu bertanggungjawab di atas 'kebenaran' yang diberikan kepada penulis blog TutTuuut memasuki ruang sulit dalam kapal selam berkenaan yang dibawah perintahnya. Selain maruah krew-krew kapal yang dijaja ke alam maya (internet), seolah-olah ianya tidak lagi sulit berkaitan soal keselamatan negara.

Rasanya ramai rakyat Malaysia tahu mengenai kes seorang blogger yang menaiki kapal selam Scorpene tanpa kebenaran dan kelulusan bertulis dari Kementerian Pertahanan Malaysia yang mana selepas itu ianya telah dijadikan kontroversi oleh pembangkang.

"Dek kerana kebodohan blogger 'ikon' yang menyiarkan segala rakaman dan wajah-wajah kru KD Tun Razak di dalam laman blognya kerana terlalu ghairah ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya dialah blogger pertama yang diberi 'pengiktirafan' untuk menaiki KD Tun Razak," tulis pemilik blog yuseriyusoff.

Menurut blog yuseriyusoff lagi, ekoran tulisan pendedahan eksklusif blogger 'ikon' pro kerajaan (PapaGomo), menyebabkan Kementerian Pertahanan Malaysia 'terduduk' seketika dari Menterinya hinggalah ke pegawai-pegawai TLDM.

"Belum sempat para pegawai di Kementerian Pertahanan menarik nafas lega, mereka dikejutkan pula dengan rakaman video yang memaparkan temubual bersama kru-kru KD Tun Razak yang mana wajah-wajah mereka tidak 'dihitamkan'.

"Mungkin beliau (PapaGomo) terlalu naif sehingga tidak tahu bahawa kerajaan melaburkan sehingga RM1.3 juta untuk melatih seorang kru KD Tun Razak, malah mungkin beliau juga terlalu naif sehingga gagal memikirkan kesan serta nasib yang mungkin menimpa kru-kru yang wajahnya didedahkan di dalam internet," kata penulis yuseriyusoff lagi.

Penulis blog yuseriyusoff turut memberitahu, Dato Wira Jamil merupakan seorang anggota TLDM yang komited, rajin, dedikasi dalam tugasnya, namun kerana kebodohan PapaGomo yang menganggap dirinya sebagai 'KING' itu, pegawai TLDM berkenaan terpaksa melepaskan jawatannya walaupun beliau dikatakan akan dinaikkan pangkat sebagai Panglima Tentera Laut iaitu jawatan tertinggi dalam TLDM jika PapaGomo tidak melakukan pendedahan bodohnya itu.

Kata penulis blog yuseriyusoff lagi, kerana mahu dilihat hebat di mata rakyat Malaysia, tanpa disedari, pendedahan eksklusif 'ruang sulit' KD Tun Razak yang dibuat oleh blogger pro kerajaan itu telah mendedahkan satu perkara yang tidak patut didedahkan kerana ianya melibatkan soal keselamatan negara.

--WARKAHDAILY

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 29 Feb 2012 01:04 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Ukhuwwah Islamiyyah (Persaudaraan Islam), Indahnya Islam

Posted: 28 Feb 2012 05:34 PM PST



Muqadimmah

Konsep Ukhuwwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah S.W.T. Dia melontarkan kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci, Firman Allah SWT yang bermaksud:

A063

"Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."(Al Anfaal ayat 63)

Syarat-syarat Ukhuwwah

  • Ukhuwwah yang dibina berlandaskan keihklasan kerana Allah SWT. Ukhuwwah yang dibina berlandaskan keikhlasan dan bebas dari sebarang elemen atau sifat kepentingan peribadi atau kerana kepentingan seseorang.
  • Mestillah disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
  • Mereka yang berukhuwaah mestilah melazimi diri dengan manhaj islam.
  • Mempraktikkan amalan nasihat menasihat.
  • Ukhuwwah yang melaksanakan konsep saling tolong menolong samaada dalam susah atau senang.
Hak-hak Ukhuwawah

  • memberi salam
  • menjawab salam
  • menziarahi sahabat yang sakit
  • mengiringi jenazah
  • Memenuhi Undangan
  • Mendoakan sahabat ketika bersin
  • Menolong mereka yang dizalimi
  • Memberikan perhatian kepada nasihat yang diberikan
  • Menolong mereka yang kesusahan.

Selain itu Imam Al-ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulum Al-Din telah menggariskan 8 perkara yang perlu ditunaikan dalam persaudaraan Islam:

  • Menolong saudara kita untuk menyelesaikan hajatnya sebelum diminta
  • Saling tolong menolong samaada dalam keadaan senang ataupun susah. Sebagaimana Hadis Nabi yang bermaksud: "Perumpaan dua orang yang bersaudara itu adalah umpama kedua-dua tangan yang mana salah satunya membasuh tangan yang lain"

  • Diam atau tidak memperkata atau menyebarkan keaibannya samaada semasa dia ada atau tidak dan tidak tercari-cari kesalahnya.
  • Menebarkan kebaikannya dan memangginya dengan nama yang bai. Saidina Umar pernah Berkata : " 3 perkara apabila kamu melakukan, maka akan terjalinlah kasih sayang iaitu yang pertama, apabila bertemu mulakan salam, yang kedua lapangkan tempat duduknya di dalam majlis dan yang ketga panggilah dengan panggilan yang baik
  • Nasihatilah dia dengan cara berhikmah sekiranya dia terlalai atau melakukan dosa
  • mendoakan selepas dia hidup dan kematiannya.
  • Menghormati semua rakan-rakan dan kaum kerabatnya.
  • Tidak memberati sahabat kita dengan apa-apa yang boleh menyusahkanya.

dipetik daripada buku Himpunan Teks Usrah, Membina Fikrah Harakiyyah Islamiyyah terbitan Lujnah Penerbitan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.


Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 29 Feb 2012 09:43 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


235 Projek Perumahan Sakit sehingga 31 Disember 2011

Posted: 28 Feb 2012 08:06 PM PST



Laporan dari laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan menyatakan terdapat 235 Projek Perumahan Sakit sehingga 31 Disember 2011. Satu daripada projek tersebut ialah Taman Desa Indah terletak di Lubok China, dalam DUN Kota dan kawasan Parlimen Rembau. Projek ini bermula sejak tahun 2003. Pembeli 95 unit rumah teres kos sederhana rendah dan 60 unit rumah teres kos rendah di Desa Indah ini terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah, ada yang kerja kilang ada yang kerja kampung.

Ada yang sudah bayar deposit beribu ringgit, ada yang dah keluarkan simpanan KWSP. Kini setelah 9 tahun, rumah hanya siap 10 peratus. Dalam pada masa yang sama, walaupun rumah hanya 10 peratus siap, mereka perlu membayar cukai tanah dan sewa rumah sementara menunggu rumah tersebut siap entah bila.

Alangkah baik kalau mereka yang terlibat dengan projek perumahan terbengkalai ini dilayan seperti Tan Sri Tajudin Ramli.

SIAPA YANG AKAN BAYAR HUTANG RM580 JUTA TAJUDIN RAMLI?
KUALA LUMPUR, 25 FEB 2012 : Adakah penyelesaian di luar mahkamah berhubung hutang tokoh korporat Tan Sri Tajudin Ramli bernilai RM580 juta yang tidak perlu dibayarnya bererti semua rakyat Malaysia harus menanggung hutang itu?

UNTUNG MAYBANK RM3.56 BILION
24 Feb 2012
KUALA LUMPUR – Maybank mengumumkan pertumbuhan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak 20 peratus kepada RM2.58 bilion bagi tempoh enam bulan perniagaan berakhir 31 Disember 2011. Dalam tempoh yang sama, kumpulan perbankan tersebut turut mencatatkan pertumbuhan keuntungan sebelum cukai sebanyak 20.1 peratus kepada RM3.56 bilion sehubungan peralihan tahun kewangan berakhir Maybank dari 30 Jun kepada 31 Disember.

BANK LELONG RUMAH PEMINJAM TANPA NOTIS
2012/01/06
KUALA LUMPUR: Beberapa bank tempatan didakwa bersikap kejam terhadap pelanggan apabila melelong rumah milik peminjam tanpa sebarang notis selepas mangsa gagal melunaskan bayaran bulanan seperti dikehendaki.

PEMBELI TERANIAYA MINTA SPRM SEGERA SIASAT PEMAJU
PUTRAJAYA 25 Jan. 2012 - Tidak mampu lagi menahan sabar dengan sikap lepas tangan pemaju dan 'tekanan' pihak bank, kira-kira 100 pembeli unit kediaman di lima projek pangsapuri di Pulau Indah, Klang hari ini membuat laporan kes projek rumah terbengkalai itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

SPNB TAK LAGI PULIH PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Feb 5, 2012
Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), tidak lagi bertanggungjawab memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai sejak 2010, kata pengarah urusannya, Datuk Kamarul Rashdan Salleh.

http://www.kpkt.gov.my/kpkt/fileupload/lewat_sakit11/dis11/SAKIT_WEB_DIS_2011.pdf
http://roketkini.com/2012/02/25/siapa-yang-akan-bayar-hutang-rm580-juta-tajudin-ramli/
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0224&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm
http://www.bharian.com.my/articles/Banklelongrumahpeminjamtanpanotis/Article/
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_04.htm
http://www.malaysiakini.com/news/188333

Tahap kesihatan mental rakyat kita di tahap kritikal

Posted: 28 Feb 2012 06:13 PM PST



Statistik yang menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berhadapan pelbagai jenis penyakit mental adalah merupakan satu angka yang amat membimbangkan. Ini bermakna hampir 3.5 juta rakyat kita menghadapi masalah mental. Pelajar seawal usia 12 tahun telah dikesan menghadapi masalah mental. Ujian kesihatan mental di sekolah seharusnya dilakukan terhadap Guru Besar terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke pelajar sekolah.

12% RAKYAT MALAYSIA SAKIT MENTAL
3 Feb. 2012
SUNGAI PETANI - Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental. Katanya, tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.

GURU BESAR CEDERA DISERANG GURU LELAKI
Selasa Februari 28, 2012
GEORGE TOWN: Seorang guru besar sekolah rendah di Air Itam cedera selepas diserang seorang guru lelaki sekolah yang sama dalam satu pergaduhan di sini, Selasa. Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintenden Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, guru besar lelaki berusia 48 tahun itu diserang ketika membuat rondaan dari kelas ke kelas pada 8.30 pagi.

GURU DIPAKSA DERMA UNTUK SEKOLAH
Jumaat Februari 24, 2012
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) pada Jumaat melaporkan sebuah sekolah di Johor telah memaksa guru-guru gred 44 di sekolah itu menyumbang RM50 setahun sebagai dana kewangan sekolah berkenaan.

KERJA HARI SABTU PUNCA GURU MARAH - NUTP
Kosmo 1 Mei 2011 (Hari Pekerja)
KUALA LUMPUR - Sikap segelintir guru besar yang suka mengarahkan guru sekolah datang bekerja pada setiap hari Sabtu antara aduan yang banyak diterima Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

RAMAI GURU SAKIT JIWA
22 Mac 2009
BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

KADAR STRES PELAJAR SEKOLAH, TINGGI
October 6, 2011
PUTRAJAYA: Satu projek mengesan kesihatan mental pelajar sekolah menunjuk-kan tahap keresahan, kemurungan dan stres mereka berada pada tahap yang disifatkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai 'tinggi'. Daripada 6,540 murid yang telah disaring dalam projek perintis dikenali 'Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid Sekolah' itu, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus mengalami tanda kemurungan teruk dan 4.8 peratus mengalami stres teruk.

HEALTHY MIND SCREENING FOR ALL SCHOOLS
Saturday February 25, 2012
KUALA LUMPUR: Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai says the Healthy Mind Screening Programme will be extended to all schools this year. "We are concerned about this issue (mental health). A survey was conducted in all schools in collaboration with Ministry of Education to identify early problems and help those in need," he told reporters after opening Taman Medan Health Clinic here, Saturday.

UJIAN KESIHATAN MENTAL DI SEKOLAH
2011/02/03
PAKAR kesihatan dan pendidikan serta kesatuan guru menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan mengadakan ujian kesihatan mental terhadap pelajar sekolah menengah tahun ini sebagai kaedah menangani tekanan perasaan atau isu disiplin.

GURU MENGAMUK, 14 RAKAN BERSEMBUNYI DALAM PAYA
Berita Harian 20 Jan 2011
KOTA KINABALU: Empat belas guru, termasuk dua wanita bertarung dengan nyamuk dan pacat kira-kira 11 jam dalam hutan paya bakau di Kampung Sabur, Pulau Banggi, kira-kira 300 kilometer (km) dari sini, kerana bersembunyi daripada seorang guru lelaki yang mengamuk menggunakan pedang samurai, tengah malam kelmarin. Mereka terpaksa melompat keluar dari rumah dan kuarters guru setinggi dua meter di Sekolah Kebangsaan (SK) Sabur selepas dikejutkan dengan hentakan pedang di kediaman masing-masing sebelum melarikan diri ke hutan paya bakau bagi mengelak dicederakan dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu.

BAPA NYARIS CEDERA DILIBAS PARANG GURU
Utusan Malaysia 2 Mac 2011
KUALA KRAI 1 Mac - Akibat membuat aduan kepada sekolah tentang tindakan seorang guru mendenda anak lelakinya makan dalam tong sampah, seorang bapa nyaris cedera dilibas dengan sebilah parang oleh guru berkenaan.

PENSYARAH PERGURUAN MENGADU PENAT, LETIH KERJA
Utusan Malaysia 26 April 2010
PADA Sabtu, 10 April 2010, saya ada membaca sebuah artikel bertajuk Seksa jadi guru dan dalam laporan yang sama juga turut menyatakan sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk mengkaji bebanan tugas guru. Kemuncak kepada beban itu kami terpaksa tanggung dengan bekerja lebih masa setelah Maktab Perguruan di seluruh negara dinaikkan taraf kepada Institut Pendidikan Guru pada tahun 2008.

Sumber :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_04.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2012/2/28/mstar_jenayah/20120228220937&sec=mstar_jenayah
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/2/24/mstar_berita/20120224160504&sec=mstar_berita
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0501&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm
http://www.theborneopost.com/2011/10/06/kadar-stres-pelajar-sekolah-tinggi/
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/25/nation/20120225192115&sec=nation
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ujiankesihatanmentaldisekolah/Article/
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gurumengamuk_14rakanbersembunyidalampaya/Article

KHIDMAT MERU

Posted: 29 Feb 2012 09:42 AM PST

KHIDMAT MERU


5 BUAH KOMPUTER UNTUK SEKOLAH AGAMA MENENGAH NURUL IMAN

Posted: 28 Feb 2012 04:34 PM PST

















YB Dr Rani selaku Wakil Rakyat DUN Meru telah menyumbangkan sejumlah 5 buah komputer untuk kegunaan guru-guru dan pelajar di Sekolah Menengah Agama Nurul Iman Kg Bukit Cerakah Jaya.


Puan Asmawati selaku Pengetua SAMNI bersama-sama guru-guru yang mengajar disitu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Rani di atas sumbangan tersebut.


Dr rani dalam lawatannya ke beberapa kelas di SAMNI telah menasihatkan pelajar-pelajar agar menumpukan masa dan perhatian kepada pelajaran mereka agar berjaya dan menjadi insan bertaqwa seperti yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul Nya.






















MESYUARAT AGUNG PAS 4 CAWANGAN SERENTAK

Posted: 28 Feb 2012 01:53 PM PST




















Perasmian 4 Cawangan Pas di Kawasan Selayang telah dijalankan serentak di sebuah dewan di Kuang.




Ahli -ahli Pas cawangan -cawangan Sri Kundang, Permata Kundang, Rahmat Jaya dan Kundang Tambahan telah memenuhi dewan tersebut sambil mendengar amanat perasmi mesyuarat agung tersebut, YB Dr Hj Abd Rani bin Osman, Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor.




Dalam ucapan aluannya, YDP Pas Kawasan Selayang, Saudara Ahmad Zaidi berharap agar semua jentera Pas bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya yang dijangka akan berlaku dalam tempoh masa yang terdekat.




YB Dr. Rani pula berharap jangan ada perkara remeh yang ditimbulkan yang boleh menyebabkan ada perpecahan dalam parti.




Selepas perasmian, diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal dan pesakit di kawasan tersebut.













PAS Kawasan Gerik

Posted: 29 Feb 2012 09:20 AM PST

PAS Kawasan Gerik


Budaya vandalisma semakin berkembang

Posted: 29 Feb 2012 04:39 AM PST

Apabila terfikir kembali tentang isu penyenaraian Felda, saya tidak dapat melihat apa kah sebabnya yang kerajaan mahukan penyenaraian ini dilakukan dalam apa juga keadaannya. Saya tidak faham kenapa setiap badan-badan serta agensi kerajaan yang maju sentiasa berakhir dengan kerosakan.


Dulu MAS merupakan sebuah syarikat penerbangan yang premium jika berbanding dengan syarikat-syarikat penerbangan lain di dunia ini. Oleh kerana MAS begitu berjaya di bawah pengurusan Saw Huat Lai dan kemudiannya dikembangkan lagi oleh Tan Sri Aziz Abd Rahman maka setiap mata mereka yang meleleh air liur telah menjualkannya kepada Tajuddin Ramli. Sejak penyerahan MAS kerpada Tajuddin Ramli MAS telah menjadi apa yang kita lihat pada hari ini.

Dibawah pengurusan Tajuddin, MAS telah kerugian berbillion-billion ringgit sehinggakan kerajaan terpaksa melakukan 'bail-out' dengan membeli kembali saham-saham syarikat itu dengan harga yang sama yang dijual kepada Tajuddin sebelumnya. Kerugian yang dialami oleh MAS begitu besar sehinggakan MAS tidak lagi boleh bangun sampai ke hari ini.

Hari ini MAS telah dipergunakan oleh Air Asia, dalam satu 'share swapping' yang sangat menyedihkan mereka yang memahami keadaan sebenarnya. Tindakan "share swapping' ini pula diberikan sokongan oleh pihak kerajaan (Khazanah). MAS mendapat hanya air lelehan dari Air Asia sahaja. Kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka yang telah kita berikan amanah untuk menjaga kepentingan rakyat itu tidak jujur dan hanya memikirkan kepentingan diri mereka sendiri.

Banyak lagi insiden-insiden buruk seperti ini telah dilakukan oleh pihak yang berkuasa. Sekarang ini penjenayah kolor putih ini sedang cuba untuk memerah dan merosakkan Felda pula. Di mana sahaja ada wang yang besar di situlah pemimpin berlumba-lumba untuk mengambil kesempatan.

Sesungguhnya Felda tidak payah disenaraikan terutamanya KPF itu. Jika sungguh niat pimpinan Najib ini ikhlas dan mahukan juga ada penyenaraiannya elok disenaraikan anak-anak syarikatnya yang banyak telah membuat keuntungan besar dalam mana KPF itu sendiri membeli saham dalam syarikat IPO yang baru itu. Ini lebih bermakna.

Tetapi masalahnya niat kenapa hendak menyenaraikan Felda serta koporasinya itu tidak dapat kita bayangkan. Tentulah ada niat yang terselindung hanya diketahui oleh mereka yang mempunyai niat yang tersembunyi itu.

Apa sahaja agensi kerajaan yang membuat banyak keuntungan di situlah ramai pemimpin berlumba-lumba untuk merosakkannya. Kadangkala saya terfikir juga yang pimpinan kita merupakan kumpulan yang suka melakukan vandalisma terhadap semua perkara yang baik dan kukuh yang telah dilaksanakan oleh pimpinan yang terdahulu.

ATAU dalam bahasa kasarnya mereka ini merupakan kumpulan 'makhluk perosak' yang tidak ingin melihat kejayaan kepada rakyat dan negara ini. Usahkan hendak membina kejayaan yang baru….yang sudah berjaya pun hendak dirosakkan.

Sumber: http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Pemuda Guchil

Posted: 29 Feb 2012 09:14 AM PST

Pemuda Guchil


Bila Gani mahu dakwa suami Shahrizat?

Posted: 29 Feb 2012 08:48 AM PST

DAP dedah lagi salah guna kuasa NFCorp

Posted: 29 Feb 2012 08:40 AM PST

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 29 Feb 2012 09:08 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


PANDURIA 2012 | Peserta rasai bahang kehangatannya

Posted: 28 Feb 2012 04:24 AM PST

oleh : Team IT Pemuda Dun Sura

Program dwi tahunan rekreasi bermotorsikal Pemuda Dun Sura berakhir dengan jayanya pada sabtu 25 Februari lalu yang diadakan di perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate.

Penyertaan menggalakkan dari kalangan para pemuda ini menambahkan lagi kemeriahan program di mana mereka ini menjadi tumpuan orang ramai ketika menyelusuri jalanraya sekitar Dun Sura.

Antara tempat tumpuan mereka ini dalam mencari jawapan kepada soalan yang diberikan adalah Pasar Besar Dungun, Stesyen Bas Ekspress Dungun dan juga Kompleks Perniagaan Sura Gate.







Program yang bermula jam 9 pagi itu dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Sheikh Hanafi Abd Aziz yang juga berkesempatan untuk melepaskan para peserta memulakan cabaran minda menjawab setiap soalan di laluan Panduria yang telah ditetapkan itu.





Disamping mencari kata kunci setiap soalan, peserta juga digalakkan berinteraksi dengan orang ramai bagi memudahkan menjawab soalan yang dibekalkan.

Alhamdulillah, orang ramai turut memberi kerjasama kepada para peserta disamping dapat mengetahui lebih lanjut apa itu program Panduria Pemuda Dun Sura.


























Program berakhir jam 330 petang selepas majlis penyampaian hadiah kepada para peserta termasuk cabutan bertuah yang berupa sebuah basikal fixie, topi keledar dan juga hamper.

Pihak Pemuda Dun Sura mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menjayakan program seumpama ini.Tidak mustahil juga program ini akan diadakan sebagai program tahunan buat Pemuda Dun Sura memandangkan sambutan menggalakkan dari para pemuda bermotosikal.

Jumpa lagi di siri yang akan datang.




Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 29 Feb 2012 07:46 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


KATA MUFTI..UNDI HUKUMNYA WAJIB BAGI UMAT ISLAM!

Posted: 29 Feb 2012 04:49 AM PST

KEBIADAPAN RUMAH PUTIH KEPADA ISLAM

Posted: 29 Feb 2012 04:40 AM PST

ADUHAI UMNO..APA LAGI NAK TUNGGU ?? TOLAK JE UMNO..

Posted: 29 Feb 2012 03:21 AM PST

SENYUMAN SI PEJUANG ISLAM..

Posted: 28 Feb 2012 11:06 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 29 Feb 2012 03:22 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Perpecahan Melayu bukan dosa

Posted: 28 Feb 2012 06:08 AM PST

Pengarah penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad perpecahan di kalangan orang Melayu tidak dapat dinafikan apabila wujud dua parti utama dari kalangan anggota masyarakat tersebut -- PAS dan Umno.

Katanya, perpecahan itu juga tidak harus dilihat sebagai satu masalah sebaliknya sebagai keuntungan kepada rakyat.

"Itu bukan dosa tetapi wajar untuk selamatkan orang Melayu," katanya dalam satu program wacana di Shah Alam hari ini.

Katanya, keadaan itu sendiri boleh dilihat dalam sejarah apabila para ulama dalam Umno bertindak keluar daripada pergerakan itu dan membentuk PAS.

Para ulama berkenaan bertindak demikian sebagai membantah tindakan kerajaan pada masa itu berhubung isu melibatkan umat Islam termasuk "isu loteri," katanya.

Keuntungan itu juga boleh dilihat hari ini apabila PAS kini semakin berpengaruh bersama anggota Pakatan Rakyat di Parlimen untuk menjalankan fungsi semak dan imbang.

Tambahnya, isu perpaduan Melayu itu juga timbul memandangkan Umno kini berada dalam keadaan lemah, seperti ketika selepas pilihan raya 1969.

Katanya lagi, PAS lebih mudah untuk bersama dengan DAP berbanding Umno kerana asas kerjasama tersebut adalah untuk kebaikan bersama.

Transformasi PAS

Posted: 28 Feb 2012 04:28 AM PST

SHAH ALAM, 28 Feb – PAS bersedia untuk mengisi jawatan timbalan presiden parti itu daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan, berikutan dasar parti itu yang mengalami transformasi yang lebih terbuka.

"Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan.
"Perkara urus tadbir dalam Islam sangat terbuka dan PAS menegaskan, kami masih parti yang berteraskan agama dan sedang mengalami transformasi yang besar, PAS bukan sahaja menampilkan bangsa Melayu, tapi sesuai untuk semua bangsa," kata Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ketika Wacana Sinar Harian yang bertajuk "Kenapa Undi Melayu Pecah?" di sini.
Tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini lagi, Umno tidak dapat menerima transformasi yang ditonjolkan parti itu kerana Islam Umno adalah berdasarkan kaum.
"Islam menurut amalan Umno adalah Islam berteraskan perkauman. Islam Umno adalah Melayu, sedangkan PAS bersedia menerima pemimpin yang bukan Islam dan kami membawa penampilan Islam untuk semua," katanya lagi.
"PAS bukanlah terlalu taksub," tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini lagi.
Tambah Dzulkefly, berdasarkan transformasi itu, PAS juga berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada kalangan rakyat bukan Islam.
"Buktinya sudah jelas, PAS bukanlah bersifat rigid, sebaliknya rakyat bukan Islam juga turut memahami matlamat dan perjuangan kami yang berteraskan keadilan dan mengamalkan dasar Islam yang lebih terbuka," tambahnya lagi.
Wacana ke-11 hari ini turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat, dan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan