KUALA LUMPUR, 2 Mac: Semua ahli jawatankuasa PAS Pusat akan mengadakan pertemuan mahabbah dengan PAS Kedah malam esok bagi mendengar segala permasalahan di pihak kepimpinan parti negeri itu.
Naib Presidennya, Salahudin Ayub (gambar) berkata, pimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Kedah bagi bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.
"Kami mengambil keputusan untuk mengadakan pertemuan pada Sabtu di Alor Setar, Kedah di mana kami akan mengadakan perjumpaan mahabbah di antara kedua-dua belah pihak iaitu Ustaz Azizan dan Datuk Phahrolrazi," kata beliau selepas mesyuarat khas jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung kira-kira empat jam di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.
Mesyuarat kira-kira empat jam itu diadakan bertujuan menyelesaikan kemelut di Kedah selepas Phahrolrazi enggan dilantik semula sebagai exco kerajaan negeri.
Sementara itu, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata, PAS Pusat yakin isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik setelah mengadakan 'pertemuan mesra' dengan semua peringkat di Kedah.
"Malam ini kami telah mengadakan perjumpaan secara harmoni, dan mengambil berat apa yang berlaku.
"Oleh itu, PAS akan turun bermesra dengan semua peringkat iaitu Dewan Ulama, Pemuda dan perhubungan negeri dan akan dengar semua pandangan dan penyelasaian sedang diatur dan saya yakin PAS akan muncul lebih kuat selepas ini," katanya.
Tuntutan Palsu : Ahli Parlimen Umno Dipenjara 6 Tahun,Denda 400 000 SHAH ALAM, 1 Mac: Ahli Parlimen Umno/BN Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri (depan) dan pembantunya, Rosli Busro, 44, dijatuhi hukuman enam tahun penjara dan denda RM400,000 atau 1 tahun penjara bagi setiap pertuduhan.
Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaraya berjaya mengemukakan bukti tanpa menimbulkan keraguan serta mengambil rayuan dari pihak pembela.
Abdul Rahman Bakri didapati bersalah kerana membuat lapan tuntutan palsu berjumlah RM80,000.
Sementera itu, pembantu khasnya, Rosli Busro yang juga didapati bersalah atas tuduhan yang sama dijatuhkan hukuman.
Hakim memerintah kesemua hukuman penjara dijalankan serentak manakala denda sebanyak RM400 ribu dikenakan bagi semua tuduhan atau 8 tahun penjara jika gagal membayar denda tersebut.
Namun, Mahkamah menangguhkan hukuman tersebut dengan ikat jamin sebanyak RM50 ribu kepada Abdul Rahman, manakala pembantu khasnya sebanyak RM30 ribu sementara menunggu kes tersebut dibawa ke Mahkamah Rayuan.
Semalam, di mahkamah yang sama hakim telah membuat keputusan mendapati kedua-duanya bersalah terhadap tuduhan tersebut, namun atas rayuan pihak peguam bela keputusan menjatuhkan hukuman ditunda ke hari ini.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Tertuduh didapati membuat tuntutan palsu sebanyak RM10,000 setiap satu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi Adun Sungai Ayer Tawar.
Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin mewakili Abdul Rahman.
Sementara itu, mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan.Hrkh
Beberapa Fakta Berkaitan LYNAS yang Tidak Dikhabarkan Dalam Media UMNO
ULASAN: Berikut adalah beberapa fakta berkaitan dengan projek LYNAS yang dibanggakan oleh UMNO dan Barisan Nasional itu.
1) Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.
2) 100% milik Lynas Australia.
3) Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).
4) Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.
5) Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja.
6) Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun
7) Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.
8) Bebas Cukai selama 12 tahun.
9) Hina merupakan pembekal 'rare earth' atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau 'rare earth' China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.
10) Harga satu tan pada RM364, 800.
11) Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.
12) Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan 'rare earth' atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.
13) Proses menghasilkan 'rare earth' atau nadir bumi secara umumnya:
a) Ore dilombong di Mount Weld Australia.
b) Ore tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini 'rare earth concentrate' akan dihasilkan.
c) Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan 'rare earth compounds' dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan seterusnya.
d) 'rare earth compounds' tersebut akan seterusnya diproses dengan menggunakan kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis 'rare earth' atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ' rare earth oxides' di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk.
14) Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, 'rare earth oxides' ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik 'solvent extraction' untuk menghasilkan 'rare earth metal' yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.
15) 'Rare earth ore'yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.
16) 'Rare earth concentrate' yang diimport dari Australia untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium for every metrik tan.
17) 'Rare earth concentrate' yang diimport akan diproses untuk dijadikan 'rare earth oxide' di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun 'rare earth oxide' yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!.
18) Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut: i) Thorium-232 mempunyai jangka hayat 14 billion (14x109) tahun. ii) Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai jangka hayat 75,4000 tahun. iii) Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.
19) Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.
20) Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.
21) Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.
22) Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.
Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan 'rare earth' di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.
Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.
Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri 'rare-earth' di Baotou Mongolia. Setiap proses 'rare-earth' bermula dari perlombongan 'ore' ke 'rare earth oxide' atau 'rare-earth metals' banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan 'ore', bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan 'rare-earth ore' berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.
Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman:
a) Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas).
b) Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar.
c) Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).
d) Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
e) Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
f) Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
23) Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:
24) 'Public Consultation' atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.
25) Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif yang dipaparkan di halaman web.
26) Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.
27) Cadangan untuk membawa masuk 'rare earth concentrate' dari Mount Weld Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan Kuantan.
28) Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
29) Sisa buangan radioaktif dari 'rare earth' boleh dibuang sama seperti sampah domestik.
30) Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld 'ore' yang dilombong di Austalia adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.
31) Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka bukan 'regulator' atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah 'promoter' atau pihak yang menyokong penggunaan sumber tenaga itu.
32) Panel bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan dalam isu ini.
33) Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals (California).
34) Piawaian negeri China yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada 74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa.
35) 'Proof of Concept (POC)' atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.
36) Cadangan membawa 'rare earth' bukan sahaja dari Australia tapi juga dari Malawi. Berkemungkinan 'rare earth' dari negara lain akan dibawa ke Gebeng Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan 'rare earth'.
37) Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.
Gara-gara Menteri Kewangan 2008 hingga kini yang kununnya cekap ('cekap belanja boros kot!') MAS terus berbangga dengan rekod kerugian besar RM2.52 bilion atau rugi bersih RM2,520,000,000.00 Kita masih ingat bagaimana Menteri Kewangan ini juga sebagai Ketua UMNO Malaysia aka Ketua BN Malaysia dan sebagai PM Malaysia sanggup menghancurkan demokrasi merampas Perak dengan cara yang tidak bagus dan keji.
KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) mengalami kerugian bersih RM2.52 bilion bagi tahun kewangan 2011 ekoran kenaikan kos bahan api 25 peratus dan perbelanjaan bukan bahan api sekitar 50 peratus.
Bagi tempoh suku keempat, syarikat penerbangan negara itu merekodkan RM1.28 bilion kerugian bersih, hasil pusing ganti sebanyak RM3.68 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, kerugian kumpulan bagi tahun 2011 menunjukkan pentingnya syarikat penerbangan itu segera melaksanakan usaha untuk mengekang "kerugian" itu.
"Ini termasuk penempatan semula petugas, meningkatkan produktiviti, kecekakapan dan kawalan kos dan membuat kajian selanjutnya.
"Kami juga melaksanakan strategi pemasaran dan jualan agresif," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Dipetik Bernama, Ahmad Jauhari berkata, prestasi setahun penuh kumpulan itu terjejas teruk akibat peningkatan 21 peratus perbelanjaan berjumlah RM16.2 bilion, berbanding RM13.41 bilion pada 2010.
Beliau berkata, perbelanjaan tinggi itu disebabkan oleh peningkatan 33 peratus kos bahan api sebanyak RM5.85 bilion dan peningkatan 15 peratus perbelanjaan bukan minyak sebanyak RM10.43 bilion.
Peningkatan perbelanjaan bukan bahan api itu sebahagian besarnya disebabkan peruntukan berjumlah RM1.09 bilion yang dibuat pada suku keempat untuk pelupusan saham, penyerahan semula pesawat dan kekurangan pesawat kargo.
Ahmad Jauhari berkata, akaun bagi tahun dalam kajian memperakui peruntukan dan kos operasi yang semakin meningkat, yang walaupun sukar, memberikan pendekatan hoslitik organisasi dan pengetahuan penuh kedudukan sebenar syarikat.
Bagi setahun penuh, MAS menyaksikan peningkatan kapasiti (tempat duduk setiap kilometer) sebanyak tujuh peratus, trafik penumpang meningkat lima peratus, namun faktor kerusi yang rendah berkurangan kepada 75 peratus.
Beliau berkata, perolehan dan purata tambang bagi semua kelas menunjukkan peningkatan sepanjang tahun, terutama kabin depan.
Bagaimanapun terdapat penurunan keseluruhan faktor kerusi memandangkan syarikat penerbangan itu berusaha untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.
Mengikut asas prestasi serantau, perkhidmatan domestik dan jarak pendek, perkhidmatan sesama Asean menjadi pasaran utama syarikat itu, dengan segmen berkenaan melaporkan pertumbuhan positif mengikut sukuan selain mengikut asas setahun setakat ini, katanya.
Sementara itu, bahagian kargo mengalami penurunan, selari dengan penurunan industri berkenaan di dunia.
Perolehan susut 14 peratus, kapasiti susut sembilan peratus manakala hasil pulangan dua peratus.
Ahmad Jauhari juga berkata, MASkargo mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM19 juta pada 2011 berbanding keuntungan RM141 juta pada tahun sebelumnya ekoran kos bahan api yang tinggi dan kekurangan barisan pesawat A330. http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/03/mas-rekod-kerugian-besar-rm252-bilion.html
Kenyataan dan pandangan pimpinan kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, Agamawan, Peguam dan Orang Awam yang dilaporkan di akhbar arus perdana. Ringkasan yang dimuatkan dalam artikel ini akan dapat memperlihatkan komitmen dan tasawwur individu ataupun parti politik dalam berbicara mengenai undang-undang hudud di Malaysia.
(a) Kenyataan Ahli Politik Barisan Nasional
Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak: Kerajaan tidak akan laksanakan hukum hudud. Elemen undang-undang Islam telah pun dilaksanakan di Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin: Malaysia tidak bersedia untuk laksanakan hudud Presiden MCA, Dato Chua Soi Lek: MCA akan keluar BN jika UMNO laksanakan hudud.
Menteri Pertahanan, Dato' Seri Zahid Hamidi: Hukum hudud belum dapat dilaksanakan kerana masalah kesesuaian dalam masyarakat majmuk negara ini.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin: Gesa agar kerajaan pusat meminda perlembagaan bagi membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hudud.
Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong: Mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat berkenaan hudud sebagai usaha yang tidak berguna kerana setiap parti anggota pakatan itu mempunyai pendirian dan ideologi berbeza dalam pelaksanaan hukum hudud.
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang: Pemimpin PAS mempunyai "impian peribadi" untuk melaksana undang-undang tersebut. PAS harus sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Adalah tidak wajar PAS memaksa pandangan mereka ke atas semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
(b) Kenyataan Ahli Politik Pakatan Rakyat
Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim: Hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud sewajarnya dihormati.
Pengerusi DAP, Karpal Singh: Tidak bersetuju dengan pendirian Dato' Nik Abdul Aziz yang mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat: Tetap dengan pendirian untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP.
Ketua pemuda PAS, Nasrudin Hassan: Mempertahankan hak PAS untuk melaksanaundang-undang Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 serta Enakmen JenayahSyariah Terengganu 2003.
Pakatan Rakyat: Pakatan Rakyat menghormati inisiatif PAS untuk laksanakan Hudud.Untuk melaksanakannya, ia perlu capai kata sepakat dan seterusnya pinda perlembagaan.
(c) Kenyataan Agamawan
Presiden Catholic Bishops Conference of Malaysia, Dr Paul Tan Chee Ing: Tiada bantahan untuk melaksanakan hudud selagi mana terpakai kepada Muslim sahaja.
Mantan Mufti Perlis Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin: Pelaksanaan hukum hudud memerlukan ijtihad ataupun tafsiran baru dengan mengambil kira aspek perubahan zaman dan tempat.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria: Menyokong hasrat Pas mahu melaksanaka hukum hudud di Kelantan
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya: Melaksanakan hukum hudud adalah kewajipan orang Islam dan tidak boleh dipersoalkan.
(d) Kenyataan Peguam dan Orang Awam
Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee: Hudud tidak boleh dilaksanakan dalam kerangka Perlembagaan Malaysia dan undang-undang sedia ada.
Mantan Presiden Majlis Peguam, Haji Sulaiman Abdullah: Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia pada waktu ini berdasarkan kepada status Malaysia yang tidak berciri Islam sepenuhnya.
Pengerusi Kelab Penyokong Pas, Hu Phang Chaw: Menyeru kerajaan Kelantan untuk membuat referendum bagi meninjau kehendak rakyat terhadap undang-undang Hudud.
2.1 Analisis Ringkas Kenyataan dan Pandangan
Secara umumnya melalui pemerhatian dan pembacaan berdasarkan kepada kenyataan pelbagai di atas, kesimpulan yang boleh dirumuskan adalah seperti berikut:-
(i) Pimpinan Barisan Nasional konsisten menolak perlaksanaan hudud dalam kerangka undang-undang dan realiti masyarakat. Walaupun Khairy Jamaludin menyatakan npendirian untuk menggesa kerajaan meminda undang-undang untuk membolehkan perlaksaan hudud di Kelantan, ianya mungkin tidak boleh diambil kira untuk mewakilikerajaan Barisan Nasional atas dasar pandangan peribadi dan juga kedudukan beliau didalam kerajaan.
(ii) Pimpinan Pakatan Rakyat PKR dan PAS nampak seia sekata dalam isu ini denganmenghormati hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Hudud.
Namun begitu, DAP tetap konsisten dengan pendirian mereka menolak sebarang ideaperlaksanaan hudud termasuk penubuhan negara Islam. Dalam ketidaksefahaman danperbezaan ideologi ini, Pakatan Rakyat telah bersepakat untuk menghormati pendirianmasing-masing dan bersetuju untuk mendahulukan agenda yang disepakati.
(iii) Menarik untuk diperhatikan ialah tatkala ada juga pimpinan Islam yang mempersoalkan perlaksanaan hudud, pandangan Paderi Paul jelas memperlihatkanbahawa sekiranya ada kefahaman yang baik dalam memahami isu ini, perlaksanaanhudud bukanlah satu perkara yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan bukanIslam di Malaysia. Para Mufti pula amat konsisten dan sangat bertegas kepadakeperluan melaksanakan hudud di Malaysia keranya ianya merupakan tuntutan akidah.
(iv) Merujuk kepada pandangan peguam dalam isu ini, mahu tidak mahu kita perlu akui bahawa sebarang usaha ke arah perlaksanaan hudud di Malaysia mempunyai halangan dari segi ruang lingkup undang-undang. Isu halangan undang-undang ini perlu diberikan perhatian kerana sekiranya tiada pindaan dan perubahan pada beberapa undangundang sedia ada, hudud tidak akan dapat diimplementasikan di Malaysia.
(v) Pandangan dari Kelab Penyokong Pas, Hu Phang Chaw menunjukkan kematangan dari segi memahami realiti masyarakat di Malaysia. Idea yang menggesa referendum tinjauan kemahuan dan kehendak rakyat di Kelantan boleh dijadikan kayu ukur dan penentu kepada hasrat rakyat serta penerimaan masyarakat terhadap perlaksanaan hudud.
Mutakhir ini, masyarakat dihidangkan dengan pelbagai isu agama yang sememangnya perlu difahami secara ilmiah, jujur, ikhlas dan tepat menurut kehendak syarak. Di antara isu yang menjadi topik hangat perbincangan umum pada hari ini ialah tentang konsep sumpah atau al-Yamin di dalam Islam. Apabila berlakunya sesuatu kes yang melibatkan pertuduhan dan perselisihan, maka kerap kali sumpah menjadi sebutan dan mainan. Di dalam kes pertuduhan liwat misalnya, ramai yang membuat andaian bahawa Yang Menuduh dan Orang Kena Tuduh perlu mengangkat sumpah bagi menyelesaikan kes. Dengan itu berlakulah upacara angkat sumpah di dalam masjid dihadapan al-Quran dan mendapat liputan secara langsung di media. Begitu juga dalam kes video seks yang menggemparkan Malaysia baru-baru ini, di mana ramai pihak menuntut Orang Kena Tuduh untuk bersumpah dan beranggapan ianya perlu dan wajib dilakukan.
Melihat kepada perihal ketidak atau kurang fahaman umum mengenai konsep sumpah dalam Islam, penulis ingin berkongsi sedikit pengetahuan berkenaan dengan ruanglingkup undang-undang Islam terhadap perlaksanaan sumpah dan aplikasinya. Dengan informasi dan penjelasan yang diberikan, diharapkan selepas ini tiada lagi desakan dari pihak tertentu sesuka hati untuk meminta sesiapa bersumpah. Sesungguhnya hanya ilmu pengetahuan dan kejujuran serta keihklasan dalam memahami konsep sumpah ini akan memelihara masyarakat dari pelbagai mehnah dan tohmahan.
2.0 Konsep Sumpah (Al-Yamin) dan Pembahagian
Menurut bahasa al-yamin bermaksud kanan atau bahagian kanan, dan di dalam bahasa melayu al-yamin bererti sumpah. Istilah lain yang digunapakai juga merujuk kepada al-yamin ialah al-halaf, al-istihlaf, al-Ila' dan al-qasam. Dari sudut istilah pula, al-yamin ditakrifkan sebagai: "Suatu lafaz yang digunakan untuk menyatakan (mensabitkan) haknya terhadap sesuatu perkara atau menafikan sesuatu perkara dengan menyebut nama Allah Subhanahuwataala atau sifatsifatNya".
Melalui pentakrifan ini, sumpah yang dibuat dengan memegang atau menjunjung al-Quran di mana sering kali menjadi anggapan ramai sebagai syariat Islam bukanlah amalan yang dituntut oleh syarak. Bagi memahami konsep sumpah dengan lebih mendalam, kefahaman terhadap pembahagiannya adalah amat penting. Secara umumnya sumpah dibahagikan dua bahagian iaitu di luar mahkamah (al-Yamin ghair al-Qadha'iyyah) dan dalam mahkamah (al-Yamin al-Qadha'iyyah). Walaupun kedua-dua al-yamin bertujuan untuk menguat dan mengukuh sesuatu tetapi terdapat beberapa perbezaan dari segi hukum dan kaedah pemakaiannya. Al Yamin di luar mahkamah adalah tidak tergolong dalam kategori pembuktian yang diterima untuk sabitan apa-apa kes. Manakala al-Yamin di dalam mahkamah menjadi keterangan (al-Bayyinah)dan boleh diterima pakai untuk sabitan di dalam kes mal (sivil) sahaja. Apa-apabentuk al-Yamin atau sumpah di dalam kes-kes yang melibatkan jenayah sepertihudud, qisas dan taa'zir tidak boleh diterima pakai sebagai pembuktian untuk sabitan. 2.1 Al-Yamin Di luar Mahkamah (al-Yamin Ghair al-Qadha'iyyah)
Al-Yamin di luar mahkamah juga bertujuan untuk menguat dan mengukuhkan sesuatu perkara. Tetapi al-yamin ini tidaklah menjadi salah satu cara pembuktian
berbeza dengan al-yamin di dalam mahkamah. al-Yamin ghair al-Qadha'iyyah bergantung sepenuhnya kepada niat yang orang melafazkannya, sekiranya lafaznya berbeza dari apa yang diniatkannya ia disebut sebagai 'Tauriyyah'. Tauriah semasa bersumpah adalah tidak dibenarkan samasekali sekira bertujuan untuk menganiayai orang lain bahkan ia merupakan perbuatan yang diharamkan. Pembahagian al-yamin di luar mahkamah boleh dibahagikan kepada empat iaitu al-yamin al-munaqidah, al-yamin al-lagha, al-yamin al-ghumus dan al-Yamin Mubahalah Al-Yamin al-Mun'aqidah.
Al-yamin al-Munaqidah iaitu sumpah yang bersungguh-sungguh dan sah. Ia merupakan suatu sumpah terhadap sesuatu perkara pada masa yang akan datang sama ada untuk dilaksanakan atau meninggalkan sesuatu perkara. Sekiranya seseorang itu melanggar apa yang disumpahkannya maka wajib dikenakan kafarah. Al-Yamin al-Lagha
al-Yamin al-Lagha adalah jenis sumpah sia-sia yang mana orang yang melafazkan sumpah tersebut tidak berniat untuk bersumpah. Ianya juga boleh ditakrifkan sebagai sumpah terhadap sesuatu yang tidak disangkakan menepati ianya bersumpah sebagaimana ia bersumpah akan tetapi ternyata tidak tepat atau dalam erti kata lain sumpah yang dimaksudkan dengan sesuatu tetapi lidah menyebut perkataan lain. Para fuqaha berpendapat bahawa sumpah jenis ini tidak dikenakan kafarat kepada sesiapa yang melanggarnya. Al-Yamin al-Ghumus
al-Yamin al-Ghumus ialah sumpah bohong yang merendahkan hak-hak atau bertujuan membuat dosa dan khianat serta ia tergolong di antara dosa-dosa besar. Ghumus itu bermaksud menjerumuskan pelakunya ke dalam neraka. Mengikut pendapat mazhab Shafie diwajibkan juga kafarat kepada sumpah bohong ini. Al-Yamin al-Mubahalah
Al-Yamin mubahalah ialah sumpah saling melaknat sesiapa yang berbohong antara kedua-dua belah pihak, termasuk orang yang bersumpah. Di antara perkara yang perlu dibari perhatian pada sumpah mubahalah ialah ianya adalah bentuk sumpah di luar mahkamah yang berlaku untuk mempertahankan diri dan bukan untuk melakukan tuduhan kepada orang lain. Sekiranya apa yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil atau berbohong orang yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat dalam sumpahan itu. Perlu diingat keperluan kepada al-Yamin mubahalah tidak menjadi tuntutan sekiranya kes sedang dibicarakan di Mahkamah. Ini kerana ianya boleh mengganggu proses keadilan di Mahkamah yang melibatkan banyak kaedah pembuktian yang lain seperti al-Iqrar, al-Syahadah, al-Qarinah. Malahan sumpah mubahalah dianjurkan hanya selepas pelbagai cara diusahakan untuk menyelesaikan perbalahan dan sekiranya terus buntu barulah ianya boleh dilaksanakan. Sheikh Yusuf al- Qaradhawi mengingatkan bahawa mubahalah bukanlah perkara yang baik dan mudah dilakukan begitu sahaja, sebaliknya ia berlaku dalam perkara-perkara yang sangat penting dalam agama sahaja. 2.2 Al-Yamin Di Dalam Mahkamah (al-Yamin al-Qadhaiyyah)
Al-yamin al-Qadhaiyyah berfungsi untuk mensabitkan atau menafikan sesuatu dakwaan ke atas seseorang dan ia bergantung kepada niat orang yang mengarahnya iaitu Hakim. Ianya hanya terpakai untuk sabitan dalam kes mal. Menurut kitab-kitab fiqh, al-yamin yang dilaksanakan dalam sesuatu penghakiman terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Yamin al-Mudda'a 'alaih, Yamin al-Mudda'i dan Yamin al-Syahid. Yamin al-Mudda'a alaih Yamin al-Mudda'a alaih ialah sumpah yang dilafazkan oleh yang kena dakwa atas arahan hakim merujuk kepada permohonan yang mendakwa bagi menguatkan jawapan terhadap dakwaan. Ia juga dikenali sebagai Yamin al-Asliyyah, Yamin al- Dafi'ah dan Yamin Al-Rafi'ah. Ulamak Hanafiyyah juga menamakan sebagai sumpah wajib (Yamin al-Wajibah).
Yamin al-Shahid
Yamin al-Shahid akan dilaksanakan oleh saksi sebelum sesuatu kesaksian dibuat.Sumpah ini bertujuan memberi kebenaran atas kepercayaan. Pada Masa ini alyamin jenis ini menjadi ganti kepada tazkiah kepada saksi. Yamin al-Mudda'i
Seperti yang telah dinyatakan di atas, Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya hanya menerima Yamin al-Mudda'a alaih (sumpah yang didakwa) dan menolak selain daripada itu. Namun jumhur yang terdiri daripada Maliki, Shafie, Hanbali dan lain-lain menerima pakai yamin al-Mudda'i. Menurut para ulamak yang menerima Yamin al-Mudda'i, ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Yamin al- Jalibah, Yamin al-Tuhmah dan Yamin al-Istizhar. i. Yamin al-Jalibah: Sumpah yang dilaksanakan oleh al-mudda'i untuk mensabitkan hak-haknya. Sebab-sebab yang memerlukan sumpah ini adakala ianya keterangan seorang saksi sahaja iaitu sumpah bersama seorang saksi (alyamin ma'a al-Syahid) adakalanya kerana nukul al-mudda'a alaih daripada al-Yamin al-asliyyah dan dikembalikan kepada al-mudda'i supaya bersumpah atau dinamakan al-yamin al-Mardudah atau al-Munqalibah. Adakalanya al-yamin al- Jalibah digunakan kerana lauth iaitu yamin al-Qasamah dalam kes pembunuhan atau kecederaan. Kadangkala ia juga dilaksanakan kerana Qazaf suami terhadap isterinya iaitu dikenali sebagai al-Yamin al-Li'an dan adakalanya amanah kerana setiap orang yang diberi amanah dan mendakwa telah memulangkan barang tersebut kepada tuannya. Maka dibenarkan dakwaannya dengan bersumpah kecuali pemegang barang gadai, penyewa dan peminjam tidak dibenarkan
dakwaan mereka melainkan jika ada bayyinah.
ii. al-Yamin al-Tuhmah: Sumpah yang diarah oleh Hakim kepada orang yang mendakwa bertujuan untuk menolak dakwaan yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Sumpah ini diterima pakai oleh mazhab Maliki dan Zaidiyyah.
iii. Yamin al-Istizhar: Bentuk sumpah ini yang paling kerap digunakan dalam menyelesaikan sesuatu pertikaian di mahkamah Syariah. Yamin al-Istizhar juga disebut sebagai Yamin al-Istithaq atau Yamin al-Istibra' iaitu sumpah yang dilakukan oleh orang yang mendakwa atas permintaan hakim untuk menolak tohmah terhadapnya selepas ia mengemukakan dalil dan keterangan yang diperlukan dalam dakwaan. Lazimnya Yamin al-Istizhar ini dilaksanakan bagi tuntutan yang berhubung dengan hak ke atas orang yang ghaib atau mati. 4.0 Kesimpulan
Konsep sumpah di dalam Islam merupakan salah satu cabang ilmu yang perlu difahami secara mendalam oleh pengamal undang-undang manakala kesedaran dan kefahaman asas pada konsep ini perlu diserap dan diperjelaskan kepada masyarakat. Akibat dari ketidak atau kurang fahaman atau buat-buat tak faham pada konsep sumpah ini membuatkan ketidakselesaan dan persengketaan di dalam masyarakat. Desakan pihak tertentu untuk bersumpah dalam pelbagai aspek menunjukkan krisis intelektual dan kedangkalan tahap kefahaman Islam. Sumpah yang boleh diterima pakai untuk sabitan kes adalah sumpah yang dibuat di mahkamah dan menurut syarat-syarat yang ditetapkan. Sumpah sebagai kaedah pembuktian hanya terpakai di dalam kes mal dan ianya tidak boleh diterima di dalam kes jenayah seperti kes liwat, zina, qazaf dan sebagainya. Sumpah di luar mahkamah bukanlah sesuatu perkara yang digalakkan di dalam Islam. Sumpah mubahalah misalnya, bukanlah boleh dilaksanakan sesuka hati sesedap rasa. Ianya hanya boleh dilakukan sekiranya pelbagai cara lain telah dilaksanakan dan tiada kaedah lain lagi yang boleh menyelesaikan perselisihan. Dalam aspek kaedah bersumpah pula, amalan
bersumpah menjunjung atau mencium atau mengusap atau mengangkat al- Quran bukanlah tuntutan ajaran Islam. Sumpah cukup dengan menyebut nama Allah Subhanahuwataala atau sifat-sifatNya. Penjelasan ringkas mengenai konsep sumpah di atas diharapkan dapat merungkai dan memberi kefahaman yang sewajarnya terhadap ruanglingkup dan aplikasi sumpah menurut hukum syarak. Masyarakat umum atau pihak tertentu janganlah terlalu teruja dan terkinja untuk mendesak individu untuk bersumpah sebagai kaedah menyelesaikan pertikaian dan perselisihan. Sumpah yang menyandarkan kepada nama Allah Subhanahuwataala atau sifat-sifatnya tidak boleh dipermain-mainkan dalam bentuk apa sekalipun. Amalan mendesak atau memaksa individu bersumpah di dalam masyarakat perlu dihentikan atau kita akan hanya terus mengamalkan perkara yang tidak dituntut oleh syarak malahan boleh mencetuskan kemurkaan Allah .
Umno dengan bangganya menunjukkan surat yang ditulis oleh Tun Mahathir kepada PM Israel sewaktu dia jadi PM Malaysia... kononnya sekaligus dapat menolak dakwaan yang dibuat oleh PR terhadap hubungan langsung Malaysia dan Israel di zaman era pemierintahannya.. tanpa disedari yg Tun sendiri ada berhasrat untuk menjalinkan hubungan dengan Israel memlalui suratnya kepada Yitzak Rabin...
KUALA LUMPUR: Penyampai Radio Sinar FM, Abby Fana menolak tuduhan kononnya khidmat beliau sebagai perantara Malaysia Hari Ini (MHI), TV3 ditamatkan apabila beliau membuat keputusan memakai tudung selepas mengerjakan Haji pada November tahun lalu. Abby atau nama sebenarnya Habsah Omar,46, memberitahu mStar Online, keinginannya untuk bersara sebagai penyampai sambilan rancangan itu telah dipendamnya pada tahun lalu dan secara kebetulan telah terlaksana selepas pulang dari Mekah. "Sebenarnya sebelum pergi Haji lagi saya dah rasa nak berhenti sebab dah lama sangat saya jadi pengacara MHI. Bila pulang dari Mekah, tak sangka pula ia macam sudah tersurat. "Pada 27 Disember lalu adalah penampilan terakhir saya sebagai pengacara MHI," katanya yang telah sembilan tahun berkhidmat di stesen televisyen itu.
Abby memberitahu, hasrat untuk meninggalkan MHI dipendamnya kerana merasakan khidmatnya sudah terlalu lama dan bimbang penonton mula bosan dengan penampilan barunya itu.
Menurut Abby, selepas meninggalkan MHI, dia kini mahu memberi tumpuan sepenuhnya sebagai Penyampai Radio Sinar FM yang dikendalikannya sejak lima tahun lalu. Jelas Abby, tugas sebagai deejay memberi keseronokan yang luar biasa buatnya kerana dengan cara itu sahajalah dia dapat "bersosial" dengan peminat. "Saya ni tak pernah nak melepak mana-mana tempat pun. Hanya di radio sahajalah saya bersosial. Saya dapat rasakan tekanan dalam diri saya hilang," katanya.
Mengulas mengenai penampilannya bertudung yang dilihat kelihatan lebih manis kata Abby, jiwanya menjadi lebih tenang dan merasakan satu perubahan baru. Bagaimanapun beliau mahu terus aktif melibatkan diri dalam bidang seni dan akan mempertimbangkan tawaran bergelar pengacara mana-mana program yang berkehendakkan personaliti bertudung.
Sementara itu, Penghijrahan Ana Raffali kepada imej bertudung lengkap adalah disebabkan keinginan naluri hatinya ketika sambutan Maulidur Rasul.Dengan penghijrahan ini Ana berjaya membuatkan peminat mahupun orang disekelilingnya gembira.Terutamanya kedua ibubapa Ana dan bakal suaminya.Jelas Ana lagi,keputusan ini merupakan keinginan sendiri,impaknya Ana sangat gembira dengan keputusan ini dan berterima kasih kepada mereka yang selama ini mendorongnya untuk bertudung.
"Semasa sambutan Maulidur Rasul tempoh hari, Ana terasa satu keinginan, dorongan… Susah sebenarnya Ana nak jelaskan tetapi pada hari itu, Ana nak sangat-sangat pakai tudung," kongsi Ana Raffali dengan GUA sebentar tadi mengenai keputusannya untuk bertudung.
"Ketika Ana bersiap nak keluar, Ana pun pakai. 'It felt right.' Ana tak berbincang dengan sesiapa. Cuma dengan Naim (bakal suami), Ana ada beritahu, hari ini Ana nak pakai tudung. Dia kata 'Alhamdullilah'.
Ibu bapa Ana turut gembira melihat anak perempuan mereka berubah menjadi lebih baik. Sebelum ini, Ana biasanya memakai tudung untuk majlis-majlis keagamaan dan sepanjang zaman persekolahannya. "Ana membuat keputusan ini atas kehendak dan keinginan Ana sendiri. Ana gembira dan bagi Ana, ini jawapan kepada doa-doa mereka di luar sana. Sebelum ini bila ada yang bertanya (bila Ana nak bertudung), Ana tak pernah ada jawapan. Ana cuma minta mereka doa-doakanlah.
"Ana berasa lebih tenang sekarang dan dengan penghijrahan ini, Ana mengharapkan yang terbaik. Ana masih seperti yang anda semua kenali dulu cuma Ana melihat diri Ana kini mempunyai kehidupan yang lebih sempurna."
... mungkin Rosmah kalau bertudung lebih manis....huhuhuhuhuhuhu
2 orang penceramah yang merupakan bekas ahli PAS seumur hidup iaitu Dr Hassan Ali dan Ustaz hassan Basri (Bekas ketua Penerangan PAS Selangor) yang berkupiah putih telah menggegarkan pintu geng Kota Bahru...
Ratus ribu rakyat Kelantan hadir mendengar ucapan sulung selamatkan 'mereka' di Negeri Kelantan...
tak de hal lah... cerita lah ape nak cerita pun.... rakyat lebih arif dan celik IT sekarang...
... kalu tempat lain bersongkok UMNO dia.... di Kelantan terus berkopiah putih...huhuhuhuhuhuhu
Malukah anda melihat gambar pakaian atlet wanita kita begini? Malu apa? Kerajaan Malaysia pun tidak malu mewakilkan atlet-atletnya ini!! Lihat lagi gambar-gambar di bawah...
PAKAI tudung dan menutup aurat tidak mengganggu kredibiliti gerakan pemain-pemain dalam sukan. Buktinya, pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, setengah atlet Mesir dan semua atlet Iran, Afghanistan,Yaman memakai tudung berjaya memenangi pingat emas. Baru-baru ini (Jan 2012) sebuah keputusan penting diambil oleh persekutuan bola sepak antarabangsa FIFA, dengan membenarkan pemain wanita Muslim memakai tudung di padang.
Bila lagi kerajaan Malaysia di bawah pimpinan UMNO/Islam akan memanfaatkan 'tarik balik' larangan tersebut. Bahkan memperjuangkan 'tutup aurat' di kalangan atlet-atlet Malaysia dalam pelbagai jenis sukan, temasuk sukan renang. Anda bezakan sendiri mana pakaian yang lebih bermaruah dan bertamadun. Pakaian yang lebih sesuai menurut pelbagai agama, bukan hanya agama Islam sahaja.
KINGSTON: Sembilan pasangan pelancong semalam menyuarakan ikrar perkahwinan "Saya terima" dengan berbogel di pantai Jamaica. Melangsungkan perkahwinan dengan bertelanjang pada Hari Valentine memberi makna bagaikan hidup dalam mimpi bagi seorang ibu yang tidak bekerja, Milly Salas dari daerah Bergen, New Jersey yang tidak pernah mengunjungi pantai bogel sebelum ini.
"Ia sungguh indah. Rasanya seperti dalam kisah dongeng," kata Milli, 39, sejurus selepas acara perkahwinan bogel di Hedonism II, pusat peranginan tumpuan ramai di Negril, bandar pelancongan di barat pulau konservatif itu yang bergantung kepada industri pelancongan.
Menurut Naib Presiden Pemasaran Superclub yang memiliki Hedonism, Zein Issa-Nakash, ikrar perkahwinan pada Hari Valentine dan hadiah penginapan empat hari menarik lebih 100 pasangan yang bertunang dari Amerika Syarikat dan Kanada, tetapi hanya 10 dipilih dalam sebahagian daripada pertandingan perkahwinan bogel itu.
Satu pasangan menarik diri sebelum hari penting itu yang difilemkan oleh kru TV dokumentari. Peserta, Kevin Young dari Land O' Lakes, Florida berkata, bersiar-siar "secara semula jadi" sering dilakukannya sejak dia tinggal di tengah-tengah komuniti
Kerajaan Rakyat mohon DYMM Agong baca kisah di bawah ini. Selepas baca, harap DYMM Agong ada rasa kebertanggungjawaban terhadap maruah sesuatu gelaran aka pingat kebesaran negara yang dikurniakan kepada rakyat jelata.
Untuk pengetahuan ke bawah DYMM Agong, hal ini penting kerna tingkahlaku seseorang penerima darjah kebesaran negara yang buruk kelakunya seperti apa yang diamalkan olih Abdul Gani Patail akan menjejaskan kredibiliti sesuatu darjah kebesaran atau pingat.
Kerajaan Rakyat bimbang andai DYMM Agong tidak bertindak tegas dalam hal seperti ini, ia akan menjejaskan maruah Tuanku sendiri sebagai Ketua Negara yang menganugerahkan pingat tersebut.
Dikesempatan ini, Kerajaan Rakyat ingin memaklumkan kepada DYMM Agong, maruah negara telah lama tercemar olih kelaku buruk dikalangan pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional baik dalam hal rasuah, penyalahgunaan kuasa, penindasan, mencuri harta negara dan mencabul hak rakyat, malah sampai ketahap kegiatan perjudian dan persundalan. Justeru Kerajaan Rakyat tidak sanggup mendengar atau melihat DYMM Agong pula tercemar maruah lantaran sikap "lebih-kurang" terhadap pengkhianat agama, negara dan bangsa seperti manusia bernama Abdul Gani Patail.
Ampun Tuanku, Sebelum Tuanku baca kisah durjana seorang rakyat Malaysia bernama Gani Patail di bawah ini, Kerajaan Rakyat berharap Tuanku singgah dulu di sini dan selalu-selalulah membaca di ruangan ini.
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sehingga menyebabkan beliau dan pegawainya didakwa di mahkamah.
Dakwaan itu dibuat Ramli ketika menyampaikan ucapan dalam satu majlis sambutan hari lahirnya malam tadi.
Katanya, kesemua dakwaan yang dihadapinya itu bermula apabila pasukannya ditugaskan untuk mengambil tindakan ke atas seorang anggota sindiket yang dihantar ke Jeli, Kelantan untuk menjalani perintah tahanan terhad.
Lelaki didakwa terlibat dalam jenayah terancang, termasuk dalam kegiatan 'Along', loteri haram, pelacuran dan juga pengedaran dadah, kata Ramli.
"Maklumat ini telah diberikan oleh timbalan menteri dalam negeri pada waktu itu (Datuk Johari Baharom) dan perkara itu dianggap "rahsia tertinggi" dan kes yang amat sulit.
"Kemudian, saya diberitahu untuk melaporkan kepada beliau secara terus selepas fail tersebut (siasatan) dilengkapkan," katanya dalam ucapan tersebut.
"Saya mengarahkan pegawai saya untuk (membuka) kes ke atas anggota sindiket itu, yang kemudiannya diserahkan kepada timbalan menteri berkenaan untuk tindakan di bawah perintah RR (tahanan terhad).
"Bagaimanapun selepas nasihat Peguam Negara, anggota sindiket berkenaan kemudiannya dibebaskan, tanpa syarat," kata Ramli.
"Sebaliknya, pegawai saya didakwa kerana mengambil kenyataan palsu dan rekaan yang melibatkan ketua polis negara pada waktu itu (Tan Sri Musa Hassan).
"Pada masa itulah AG Gani Patail memanggil fail kes asal itu, yang diklasifikasikan sebagai sangat sulit, dan menyerahkan kepada SPRM untuk mengganggu saksi," kata Ramli lagi.
Ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, saya terlihat poster ceramah Hasan Ali berhampiran dengan simpang masuk ke Saujana Utama, Sg Buloh. Kalau tidak silap, tajuknya berkaitan dengan isu akidah. Agama masih menjadi modal Hasan Ali untuk mempengaruhi orang ke ceramahnya. Selesai solat Maghrib, saya sekeluarga ke KFC berhampiran dengan tapak ceramah.
Kami bercadang untuk memesan beberapa hidangan termasuk ayam spicy, kegeramaran anak-anak. Pada ketika itu, orang agak banyak, maklumlah awal bulan, rata-rata orang menerima gaji masing-masing semalam. Barisan orang yang mahu memesan hidangannya juga agak panjang. Semua kaunter dibuka untuk menerima pesanan.
Ketika tiba giliran kami, pekerja kaunter memberitahu ayam spicy sudah habis. Pelanggan yang memesan hidangan itu perlu menunggu 11 minit. Bayangkan anda beratur hampir 15 minit, ketika memesan hidangan ayam spicy, anda diberitahu ayamnya sudah habis dan anda perlu menunggu dalam tempoh tertentu. Bayangkanlah pula kalau anda beratur selama sejam, sampai saja di kaunter pekerja dengan selamba memberitahu ayam sudah habis. Tentulah anda akan "mengamuk" kerana pekerja sepatutnya memberitahu anda terlebih awal dan tidak membiarkan anda beratur lama.
Samalah juga dengan keadaan yang kami tempuhi malam tadi. Bukan pertama kali dan sudah pasti bukan yang terakhir. Situasi seumpama ini tidak akan berlaku jika premis makanan segera itu diurus dengan betul. Sepatutnya, pekerja di premis itu membuat tindakan awal untuk mengelakkan pelanggan merungut dengan perkhidmatan yang diberikan. Misalnya, jika mereka mendapati ayam spicy sudah hampir habis dan pelanggan pada waktu itu banyak, sepatutnya mereka bertindak menggoreng ayam itu lebih awal, bukannya menunggu ayam itu hampir habis baru mereka bertindak menggoreng ayam yang baru.
Selesai makan hidangan yang lain, ayam yang dipesan masih belum sampai. Rasanya lebih 20 minit, namun ayam yang dikatakan akan siap digoreng selepas 11 minit masih belum sampai. Beberapa minit kemudia, itu pun orang rumah sudah mengadu kepada pekerja, barulah ayam yang dipesan sampai ke meja. Aduhai!!!!
Sebaik saja bergerak meninggalkan KFC, kami menuju ke tapak ceramah. Sampai di sana, hanya beberapa orang yang duduk di kerusi yang disediakan. Saya tiba di situ pukul 9.15 malam. Ceramah seperti yang dinyatakan pada kain rentang sepatutnya bermula 9 malam. Yang memalukan, walaupun sudah 15 minit berlalu, orang masih belum datang. Pada waktu, video ceramah Hasan Ali ditayangkan kepada pengunjung tapak ceramah.
Tepat jam 9.30, jumlah penonton tidak banyak beza. Rasanya, tidak sampai 15 orang setia menunggu Hasan Ali di tapak ceramah. Tidak jauh dari tapak ceramah yang lengkap dengan khemah dan kerusi, ada kelompok pemerhati, rasanya tujuan mereka ke sana samalah seperti saya, iaitu mahu meninjau sejauh mana sokongan masyarakat setempat kepada Hasan Ali.
Untuk pengetahuan anda, di kawasan Saujana ini, dianggar lebih 20 ribu orang yang majoriti besarnya orang Melayu menetap di sini. Kalau berdasarkan anggaran pemaju, terdapat lebih 30 ribu penduduk di sekitar kawasan perumahan di sini. Oleh sebab itu, setiap kali ceramah PR, tidak kurang 3-5 ribu penduduk setempat datang memeriahkan suasana sambil mendengar kupasan isu terkini. Saya sempat beberapa kali mengikuti ceramah tokoh-tokoh PR di kawasan itu. Suasananya memang jauh berbeza daripada ceramah yang dianjurkan oleh UMNO atau Hasan Ali. Selesai sahaja solat Isyak, tapak ceramah sudah dipenuhi kenderaan dan orang ramai yang mahu menyaksikan ceramah. Lalu lintas juga menjadi sesak.
Namun, suasana malam ini, sama sahaja seperti keadaan hari-hari yang lain. Orang ramai berkunjung ke restoran, gerai makan untuk menjamu selera. Ada yang sibuk membeli belah barangan dapur. Ada yang meluangkan masa berjemaah di masjid dan mendengar tazkirah daripada imam. Majoriti besarnya seolah-olah tidak menghiraukan ceramah Hasan Ali yang berdasarkan ceramah yang ditayangkan di layar masih cuba mengelirukan orang ramai tentang isu pemecatannya, isu Anwar Ibrahim dan sebagainya.
Tepat jam 9.30, saya beransur pulang. Ceramah masih belum dimulakan. Orang di tapak ceramah pun tidak berubah. Yang menghairankan ialah pihak di belakang penganjuran ceramah Hasan Ali di situ. Berdasarkan khemah, kerusi, sistem audio, dan perkasas rakaman yang disediakan, rasa-rasanya bukan JATI yang menjadi penganjur ceramah itu. Rasa-rasanya, anda dapat mengagak dalang yang menyokong jerayawara Hasan Ali.
Selepas 30 minit ceramah sepatutnya dimulakan, inilah antara penduduk yang mahu mendengar ceramah Hasan Ali. Tolong kira!:
P/s: Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa Hasan Ali mendakwa PKR dan DAP akan menghapuskan panggilan azan jika memerintah Malaysia. Dakwaan parasit PAS ini jelas berunsur fitnah dan amat malang jika ada Melayu yang mempercayai kata-kata fitnahnya. ~
Addin :
Baru-baru ni Addin balik ke Kuantan, kebetulan Hassan Ali ada buat ceramah di padang awam Sg. Isap 3. Boleh dikatakan sesak jugak, ramai yang hadir. Famili Addin yang mendengar ceramah tersebut memberitahu, yang hadir hanya duduk jauh-jauh je.. sekali sekali ada jugak yang menyampuk.
Sebenarnya bukan ceramah tetapi pekikan dan lolongan Hassan Ali.. Mungkin pusingan pertama ni ramai yang hadir kerana ingin mendengar dan membuat penilaian. Masuk pusingan kedua, Hassan Ali akan menerima nasib seperti Zul Kulim.. banyak kerusi daripada hadirin..
Kenyataan dan pandangan pimpinan kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, Agamawan, Peguam dan Orang Awam yang dilaporkan di akhbar arus perdana. Ringkasan yang dimuatkan dalam artikel ini akan dapat memperlihatkan komitmen dan tasawwur individu ataupun parti politik dalam berbicara mengenai undang-undang hudud di Malaysia.
(a) Kenyataan Ahli Politik Barisan Nasional
Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak: Kerajaan tidak akan laksanakan hukum hudud. Elemen undang-undang Islam telah pun dilaksanakan di Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin: Malaysia tidak bersedia untuk laksanakan hudud Presiden MCA, Dato Chua Soi Lek: MCA akan keluar BN jika UMNO laksanakan hudud.
Menteri Pertahanan, Dato' Seri Zahid Hamidi: Hukum hudud belum dapat dilaksanakan kerana masalah kesesuaian dalam masyarakat majmuk negara ini.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin: Gesa agar kerajaan pusat meminda perlembagaan bagi membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hudud.
Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong: Mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat berkenaan hudud sebagai usaha yang tidak berguna kerana setiap parti anggota pakatan itu mempunyai pendirian dan ideologi berbeza dalam pelaksanaan hukum hudud.
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang: Pemimpin PAS mempunyai "impian peribadi" untuk melaksana undang-undang tersebut. PAS harus sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Adalah tidak wajar PAS memaksa pandangan mereka ke atas semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
(b) Kenyataan Ahli Politik Pakatan Rakyat
Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim: Hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud sewajarnya dihormati.
Pengerusi DAP, Karpal Singh: Tidak bersetuju dengan pendirian Dato' Nik Abdul Aziz yang mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat: Tetap dengan pendirian untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP.
Ketua pemuda PAS, Nasrudin Hassan: Mempertahankan hak PAS untuk melaksanaundang-undang Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 serta Enakmen JenayahSyariah Terengganu 2003.
Pakatan Rakyat: Pakatan Rakyat menghormati inisiatif PAS untuk laksanakan Hudud.Untuk melaksanakannya, ia perlu capai kata sepakat dan seterusnya pinda perlembagaan.
(c) Kenyataan Agamawan
Presiden Catholic Bishops Conference of Malaysia, Dr Paul Tan Chee Ing: Tiada bantahan untuk melaksanakan hudud selagi mana terpakai kepada Muslim sahaja.
Mantan Mufti Perlis Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin: Pelaksanaan hukum hudud memerlukan ijtihad ataupun tafsiran baru dengan mengambil kira aspek perubahan zaman dan tempat.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria: Menyokong hasrat Pas mahu melaksanaka hukum hudud di Kelantan
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya: Melaksanakan hukum hudud adalah kewajipan orang Islam dan tidak boleh dipersoalkan.
(d) Kenyataan Peguam dan Orang Awam
Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee: Hudud tidak boleh dilaksanakan dalam kerangka Perlembagaan Malaysia dan undang-undang sedia ada.
Mantan Presiden Majlis Peguam, Haji Sulaiman Abdullah: Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia pada waktu ini berdasarkan kepada status Malaysia yang tidak berciri Islam sepenuhnya.
Pengerusi Kelab Penyokong Pas, Hu Phang Chaw: Menyeru kerajaan Kelantan untuk membuat referendum bagi meninjau kehendak rakyat terhadap undang-undang Hudud.
2.1 Analisis Ringkas Kenyataan dan Pandangan
Secara umumnya melalui pemerhatian dan pembacaan berdasarkan kepada kenyataan pelbagai di atas, kesimpulan yang boleh dirumuskan adalah seperti berikut:-
(i) Pimpinan Barisan Nasional konsisten menolak perlaksanaan hudud dalam kerangka undang-undang dan realiti masyarakat. Walaupun Khairy Jamaludin menyatakan npendirian untuk menggesa kerajaan meminda undang-undang untuk membolehkan perlaksaan hudud di Kelantan, ianya mungkin tidak boleh diambil kira untuk mewakilikerajaan Barisan Nasional atas dasar pandangan peribadi dan juga kedudukan beliau didalam kerajaan.
(ii) Pimpinan Pakatan Rakyat PKR dan PAS nampak seia sekata dalam isu ini denganmenghormati hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Hudud.
Namun begitu, DAP tetap konsisten dengan pendirian mereka menolak sebarang ideaperlaksanaan hudud termasuk penubuhan negara Islam. Dalam ketidaksefahaman danperbezaan ideologi ini, Pakatan Rakyat telah bersepakat untuk menghormati pendirianmasing-masing dan bersetuju untuk mendahulukan agenda yang disepakati.
(iii) Menarik untuk diperhatikan ialah tatkala ada juga pimpinan Islam yang mempersoalkan perlaksanaan hudud, pandangan Paderi Paul jelas memperlihatkanbahawa sekiranya ada kefahaman yang baik dalam memahami isu ini, perlaksanaanhudud bukanlah satu perkara yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan bukanIslam di Malaysia. Para Mufti pula amat konsisten dan sangat bertegas kepadakeperluan melaksanakan hudud di Malaysia keranya ianya merupakan tuntutan akidah.
(iv) Merujuk kepada pandangan peguam dalam isu ini, mahu tidak mahu kita perlu akui bahawa sebarang usaha ke arah perlaksanaan hudud di Malaysia mempunyai halangan dari segi ruang lingkup undang-undang. Isu halangan undang-undang ini perlu diberikan perhatian kerana sekiranya tiada pindaan dan perubahan pada beberapa undangundang sedia ada, hudud tidak akan dapat diimplementasikan di Malaysia.
(v) Pandangan dari Kelab Penyokong Pas, Hu Phang Chaw menunjukkan kematangan dari segi memahami realiti masyarakat di Malaysia. Idea yang menggesa referendum tinjauan kemahuan dan kehendak rakyat di Kelantan boleh dijadikan kayu ukur dan penentu kepada hasrat rakyat serta penerimaan masyarakat terhadap perlaksanaan hudud.
Selepas pendedahan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa National Feedlot Corporation (NFCorp) yang membuka pasaraya dan tiga restoran mewah di Singapura yang menggunakan dana pinjaman projek lembu... maka NFCorp melalaui Pengerusi Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengatakan pasaran tempatan adalah sangat kecil dan tidak mampu memenuhi pengeluaran mereka.
Nak tergelak pun ada juga mendengarkan kata-kata Pengerusi NFCorp ni... bila beliau mengatakan Pasaran Malaysia Terlalu Kecil untuk menampung Pengeluaran Daging dari ladang NFCorp... apa yang diketahui menurut Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar ialah dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 hanya mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih.
ANTARA ORANG YANG BERJAYA MEMBONGKAR PENYELEWENGAN NFC
Cuba bayangkan hanya 5,742 ekor disembelih dalam masa tiga tahun (1095 hari)... kalau dibahagikan 5,742 ekor dengan 1095 hari bersamaan 5.3 ekor satu hari lembu disembelih... kemudian berkata pasaran Malaysia terlalu kecil... betul-betul buat lawak Pengerusi NFCorp ni... sedangkan 5742 ekor lembu tu hanya cukup untuk 4 hari korban bagi sambutan Hari Raya Aidil Adha bagi umat Islam Malaysia membuat Ibadat Korban.
Sedangkan NFCorp disasarkan untuk memenuhi 40 peratus permintaan daging lembu tempatan... oleh kerana itu NFC ditubuhkan dan kerana itu juga Pimjaman Mudah dengan Jaminan Kerajaan sebanyak RM250 juta di luluskan kepada NFCorp... oleh itu jangan lah hendak menerokai pasaran luar kalau satu hari hanya 5.3 disembelih dalam 3 tahun petamanya.
Menurut Rafizi "kenyataan terbaru Salleh itu turut mempertahankan operasi perniagaan milik keluarganya di Singapura... sedangkan perniagaan terbabit melibatkan tiga restoran mewah dan sebuah pasar raya mewah dipercayai menggunakan sebahagian dana awam RM250 juta untuk projek lembu daging".
ANTARA MENTERI YG MENDAKWA BERLAKU PENYELEWENGANNFC
"NFCorp sehingga sekarang masih gagal untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai syarat untuk mendapatkan projek NFC dan dana awam RM250 juta... kenyataan Datuk Salleh bahawa NFCorp berniat untuk menjual daging keluaran mereka ke luar negara kerana pasaran tempatan adalah sangat kecil dan tidak mampu memenuhi adalah sesuatu yang tak masuk akal kerana Pasaran Tempatan pun belum dipenuhi".
Adakah semua perangai penganut mazhab umno sama... yang lebih mengutamakan keuntungan... sedangkan penubuhan NFC untuk memenuhi 40 peratus permintaan daging lembu untuk Rakyat Tempatan... tetapi masih mahu memasarkan daging lembu keluar negara kerana mahukan keuntungan yang lebih... sama dan seperti menjual Minyak Kelapa Sawit kepada Israel kerana mahukan keuntungan yang lebih... hinggakan minyak masak untuk rakyat pun kadang-kadang terputus.
hemmmmm..... inilah yang dikatakan pepatah orang melayu lama... kalau dah bapa nya inggeris penjajah... tak banyak sikit perangi serupa dengan bapa umno inggeris penjajah... yang dikepala penganut mazhab umno ialah wang harta dan tahta... kah kah kah... umno perkasam jati...betul-betul meloyakan heeee.....
KUANTAN, 29 Feb: PAS Pahang mengalu-alukan kenyataan Mufti Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (kiri) hari ini bahawa tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum (PRU) adalah wajib demi memilih sebuah kerajaan membela kesucian agama dan keamanan.
Ketua Penerangannya, Ustaz Suhaimi Saad (kanan) berkata, lanjutan daripada itu wajib juga memilih calon dan kumpulan yang memperjuangkan dan menegakkan Islam kerana barulah menepati kehendak kefarduan mengundi itu sendiri.
"PAS alu-alukan kenyataan Mufti Pahang itu bahkan itulah yang PAS perjelaskan selama ini.
"Cuma wajib juga bagi individu muslim supaya memilih calon yang tidak rasuah, tidak mengkhianati hak rakyat, tidak pecah amanah serta amar makruf nai mungkar kerana itulah ciri-ciri Islam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mufti Pahang hari ini bahawa warga negara yang layak mengundi adalah wajib berbuat demikian.
Seperti yang disebut melalui agensi berita Bernama, mufti itu berkata mereka yang layak mengundi wajib berbuat demikian dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan.
Tambahnya, pada zaman Rasulullah SAW dahulu ketika baginda wafat, waktu untuk pengebumian terpaksa ditangguh sebentar sebelum dikebumikan bagi melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah.
"Daripada situ kita sudah dapat melihat betapa penting pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan yang benar," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata mengundi adalah satu fardu kifayah, bagaimanapun sekiranya ramai tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain.
Suhaimi berkata, dalam konteks sebuah negara yang majoritinya umat Islam sudah tentu kumpulan yang memperjuangkan Islam wajib diundi manakala pemimpinnya diangkat menjadi pemimpin negara.
"Jika dalam sebuah negara Islam bagaimana mahu dipilih pemimpin yang belum beramal sepenuhnya dengan hukum Islam seperi membiarkan isteri tidak menutup aurat, berkata bohong atau mengamalkan rasuah.
"Jadi jika dikaitkan pentingnya memilih pemimpin yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah, sudah tentu yang dilantik itu sendiri mestilah berkeperibadian muslim.
"Itu yang saya katakan mengundi wajib, memilih pemimpin yang memperjuang dan mengamalkan Islam juga wajib," ujarnya.
KUALA LUMPUR, 29 Feb: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihat tidak gelabah sehingga menuding jari kepada orang lain berhubung desakan audit dijalankan ke atasnya ekoran kerugian hampir RM100 bilion dana awam di zamannya.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohamad Nor berkata, tindakan gelabah Dr Mahathir itu hanya memperlihatkan diri beliau semakin tersepit dengan desakan itu.
"DPPM merasakan Tun Dr Mahathir berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Beliau seharusnya bertenang... beliau tidak seharusnya merasa panik dengan cadangan tersebut kerana ia boleh menyelesaikan isu yang berbangkit," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir hari ini yang mahu sebarang siasatan audit berhubung kerugian dana awam semasa pemerintahan 22 tahunnya, mesti juga membabitkan siasatan ke atas semua mereka yang bergelar Tun, atau bekas perdana menteri.
Desakan audit terhadap Dr Mahathir itu sebelum ini dicadangkan penasihat DAP Lim Kit Siang
Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas desakan pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang.
Mengulas lanjut, Riduan berkata kenyataan Dr Mahathir hari ini itu sebagai mengalih pandangan dan cuba mengaitkan pemimpin negara yang pernah dan sedang berada di puncak kuasa supaya mereka juga turut disiasat.
Katanya lagi, ini termasuklah Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai bekas Perdana Menteri serta Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini menjadi Perdana Menteri.
"Datuk Seri Najib adalah anak kepada Tun Abdul Razak, Perdana Menteri yang kedua. Ia seakan memberi mesej bahawa kesemua mereka perlu diaudit dan disiasat secara terperinci kerana turut terbabit dengan dakwaan kerugian dana awam bernilai RM 100 bilion di bawah pemerintahannya.
"Ia juga sebagai suatu peringatan bahawa kesemua mereka juga bermasalah dan perlu disiasat seperti mana beliau," kata Riduan lagi.
Sambil menyokong audit dijalankan terhadap Dr Mahathir, beliau juga menasihatkan bekas perdana menteri itu bersedia dinilai oleh rakyat.
Lagipun kata Riduan, dakwaan terhadap Dr Mahathir itu membabitkan dana rakyat dan negara dan jumlahnya terlalu banyak, iaitu RM100 bilion yang boleh menyebabkan negara menjadi muflis dan rakyat papa kedana.
"Tun Dr Mahathir tidak perlu risau dengan cadangan ini dan pelaksanaannya nanti sekiranya beliau benar tidak bersalah," tegasnya.
KUALA LUMPUR, 29 Feb: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) membantah keras penyiaran gambar artis Amerika Syarikat, Erykah Badu di akhbar The Star yang secara jelas tidak langsung menghiraukan sensitiviti umat Islam di negara ini. "Sehubungan dengan itu, PKPIM melihat bahawa isu ini sangat berkait rapat mengenai kebebasan media-media yang semakin hari meracuni pemikiran golongan pelajar terutamanya dalam pembentukan pemikiran dan pembacaan yang negatif," kata setiausaha agungnya, Mohd Shazni Abdullah (gambar).
Katanya, PKPIM khuatir jika perkara itu tidak dibendung dari awal secara serius akan menyebabkan wabak itu timbul lagi pada masa akan datang.
Beliau menambah, PKPIM melihat bahawa kenyataan maaf yang dikeluarkan sebelum itu sememangnya tidak cukup untuk sekadar melepaskan batuk di tangga.
Menurutnya, merujuk kepada artikel juadah berbuka puasa yang juga sebelum ini dikeluarkan oleh The Star, mereka seolah-olah cuba memulakan permainan mereka.
Katanya lagi, walaupun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mendapatkan keterangan, tetapi dengan hanya menyiarkan kenyataan maaf sudah cukup untuk membisukan umat Islam di Malaysia.
Akibatnya, tambah beliau mereka sekali lagi berani mencuba untuk memaparkan gambar Erykah Badu yang bertatoo dengan kalimah Allah di dadanya dan meminta maaf buat kali kedua.
Justeru, ujarnya PKPIM sekali lagi menegaskan bahawa pembentukan generasi pada masa hadapan perlu didasari dengan ilmu-ilmu pengetahuan dan pemahaman yang jelas tentang kefahaman Islam.
"Kita tidak mahu pelapis pada hari ini sering dibaja dengan bahan-bahan bacaan umum yang bersifat tidak langsung mendidik pemikiran yang sihat," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pembinaan budaya kefahaman Islam yang sering dilakukan pada hari ini kadang kala diruntuhkan juga oleh pelbagai pihak dan anehnya mendapat sokongan luar biasa pihak berwajib.
Oleh itu, tegasnya PKPIM mendesak agar tindakan yang sewajarnya perlu diambil agar perkara itu tidak berulang lagi.
"Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua golongan yang berada di arus perdana agar mereka peka dan bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkan," ujarnya.
KOTA BHARU, 29 Feb: Laporan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri menjelaskan indeks kemiskinan di Kelantan 4.8 iaitu lebih rendah berbanding Perlis (6.0), Kedah (5.3) dan Sarawak (5.3).
Bahkan jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Sabah yang mencatat paling tinggi iaitu 19.2.
Laporan itu berdasar Jadual 6, Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri Malaysia 1970-2009.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman (gambar) berkata, sekiranya dibuat perbandingan, nyata sekali Kelantan bukannya negeri termiskin.
"Apakah Perdana Menteri tidak diberi maklumat yang betul sedangkan Unit Perancang Ekonomi berada di bawah dagunya sendiri melaporkan sebaliknya.
"Atau sememangnya Dato' Seri Najib sengaja mengundang kemarahan rakyat Kelantan dengan melontarkan penghinaan sebelum ini," katanya di sini.
Ketika berucap merasmikan Mini Estet Sejahtera di Kampung Nala, Lahad Datu di Sabah pada 18 Februari lalu Perdana Menteri menyifatkan Kelantan sebagai negeri yang termiskin di Malaysia.
Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, Pengarah Sektor Pembangunan Manusia Bank Dunia (Asia Timur dan Pasifik), Emmanuel Jimenez turut mengesahkan Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia.
Katanya, kenyataan itu dibuat berdasar kepada kajian yang dibuat dan pada pengamatannya Sabah dijangka terus kekal sedemikian dalam tempoh agak lama berdasar perkembangan ekonominya sekarang.
Menurut beliau fakta tersebut bukan bertujuan menghina Sabah, sebaliknya pelbagai masalah melanda negeri itu termasuk kebanjiran warga asing di bawah kerajaan BN sekarang.
Selain itu skandal pemberian kad pengenalan dikatakan begitu berleluasa sekali.
"Rakyat Kelantan tidak boleh menerima penghinaan seorang Perdana Menteri yang mengeluarkan kenyataan tanpa berasaskan kepada fakta.
"Apakah lawatan Datuk Seri Najib ke Kelantan pada 2 Mac ini cuba mengulangi penghinaan serupa," katanya.
Menurutnya tidak wajar sama sekali seorang Perdana Menteri melontarkan penghinaan sebegini kepada sebuah negeri yang termaktub dalam perlembagaan berada di bawah persekutuan Malaysia.
Kata Abdul Latif juga kerajaan BN meninggalkan pentadbiran Kelantan pada 1990 dengan hutang sebanyak RM700 juta. Selain itu dinafikan pelbagai hak termasuk royalti minyak.
"Kami menuntut agar Perdana Menteri menarik balik kenyataannya sebelum ini dan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Kelantan di atas penghinaan tersebut," ujarnya.
KOTA BHARU, 29 Feb: Peminat pasukan The Red Warriors jangan terkejut apabila restoran milik Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini tertunggak hutang hampir RM72,000.
Restoran tersebut menyewa lot perniagaan di KTC Convention & Apartment Sdn Bhd bermula 1 April tahun lalu dan tempoh perjanjiannya bakal berahir 31 Mac ini.
Kadar sewaannya sebanyak RM5,000 sebulan, memandangkan lokasi begitu strategik.
Ketua Pegawai Operasi KTC, Aziz Desa berkata, pelbagai usaha dilakukan termasuk menghantar surat peringatan kepada Kafa, namun mereka masih tidak mengedahkan.
Katanya, surat 'mesra' kepada Setiausaha Agung Kafa sudah dihantar bertanyakan status restoran berkenaan, namun tiada sebarang jawapan diterima.
"Sebagai sebuah restoran yang menjadi kebanggaan penyokong dan pengurusan pasukan berwibawa, kita berharap Kafa lebih komited kepada perjanjian yang dipersetujui.
"Jika Kafa ada masalah kewangan, kami sedia mendengar dan bukan terus berdiam diri," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Restoran tersebut terletak bersebelahan dengan Dewan Konvensyen KTC dan tidak jauh daripada Stadium Sultan Muhammad Ke-IV serta Hospital Pakar Perdana.
Oleh itu Aziz berharap Kafa segera memberi maklum balas sama ada mahu terus mengusahakan Restoran The Red Warriors atau sebaliknya.
Menurutnya mengikut perjanjian, Kafa perlu mengemukakan notis dalam tempoh tiga bulan kepada KTC sama ada ingin meneruskan operasi atau tidak.
Bagaimanapun, tambahnya sehingga kini Kafa gagal mematuhi perjanjian yang dimenterai bersama.
Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya (UM) membantah tindakan pentadbiran universiti memperkenalkan sistem zon bagi kerusi umum dalam pilihan raya kampus yang dijangka berlangsung akhir Mac depan.
Mereka mendakwa peraturan baru yang diumumkan kelmarin, bertujuan untuk "memecah dan mengurangkan" dominasi pelajar khususnya mahasiswa Akademi Pengajian Islam (API), walaupun mereka berpendapat semua mahasiswa dari fakulti boleh bertanding kerusi itu.
"Kita bantah dan tidak bersetuju dengan sistem zon yang diperkenalkan. (Pentadbiran universiti) nak mengecil dan hadkan supaya tidak ada penguasaan Pro-Mahasiswa (bagi kerusi itu)," kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM, Mohd Syahid Mohd Zaini (kanan).
Lebih-lebih lagi, dakwa Mohd Syahid, berdasarkan rekod, kerusi umum memang sukar dikuasai pihak lawan khususnya Penggerak Mahasiswa (pro-Aspirasi).
Sehubungan itu, pihaknya kini sedang mengumpul maklumat sebagai asas bantahan terhadap peraturan itu sebelum bertemu dengan Naib Canselor Profesor Datuk Ghauth Jasmon awal minggu hadapan.
"Kita akan berbincang terus dengan naib canselor berhubung perkara ini," katanya sambil mengakui mempunyai "masalah" dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Rohana Yusof.
Berbeza dengan tahun lalu, pilihan raya kampus tahun ini menyaksikan perubahan dari sudut kerusi umum di mana ia dibahagikan kepada lima zon. Empat zon untuk pengundi ijazah sarjana muda dan satu zon lagi untuk pelajar sarjana yang memperuntukkan satu kerusi.
Mahasiswa boleh memilih seorang atau dua calon umum bagi setiap zon yang diwakili fakulti tertentu seperti yang ditetapkan. Bagi kerusi fakulti pula, peraturannya dikekalkan dan sebanyak 32 kerusi akan dipertandingkan.
'Kecilkan penguasaan mahasiswa API' Dalam pilihan raya lalu, semua mahasiswa kampus itu boleh mengundi bagi memilih sembilan kerusi umum yang dipertandingkan. Pro-M menyapu bersih sembilan kerusi tersebut dan menang 16 kerusi fakulti.
Mohd Syahid - yang juga pelajar tahun akhir API - berkata jika peraturan itu dilaksanakan, mahasiswa API hanya boleh memenangi dua kerusi sahaja bagi zon yang terlibat, berbanding enam kerusi yang dimenangi mereka pada tahun lalu, kerana mahasiswa yang boleh mengundi di zon masing-masing sahaja.
Katanya, setakat yang difahaminya, walaupun ramai calon API akan bertanding di zon tersebut, hanya dua calon sahaja yang akan dipilih, dan mereka (mahasiswa API) tidak boleh bertanding di zon lain.
"Calon API tidak dapat menguasai kerusi-kerusi umum yang lain. Ia memecahkan dominasi calon API untuk kerusi itu. Setiap tahun, setiap kali calon API bertanding, memang kita menang. Itu (pecah dominsi itu) yang kita nampak setakat ini.
"Pengundi zon itu, boleh mengundi di zonnya sahaja, tidak boleh mengundi di zon lain... Jadi sokongan (untuk) kami semakin mengecil. Mahasiswa boleh memilih dua calon umum sahaja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sehubungan itu, Mohd Syahid mendakwa tindakan pentadbiran universiti memperkenalkan peraturan baru yang diumumkan kelmarin bertujuan untuk memastikan penguasaan mahasiswa API mengecil.
Ditanya sama ada mereka mempunyai tempoh untuk membantah memandangkan ura-ura pilihan raya kampus bakal berlangsung akhir Mac ini, Mohd Syahid berkata pihaknya sedaya upaya membantah perkara ini.
"Kita tidak akan putus ada. Kita akan lawan isu ini," katanya sambil berharap mengekalkan sistem dipraktikkan pilihan raya kampus sebelum ini.
KOTA BHARU, 23 Feb:Tengku Mahkota Kelantan akan mewakili Sultan Muhammad Ke-V merasmikan Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) pada 2 Mac ini.
Acara yang bakal bermula 9.00 malam pada sesi sebelah malam itu akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan(gambar)memberitahu, program penuh bermakna itu akan diserikan dengan persembahan hiburan.
"Kita menjemput artis tidak asing lagi, Papa Rock Malaysia Ramli Sarif, artis Indonesia Opic dan Kumpulan Nasyid Al-Walid bagi mewarnai majlis yang penuh gemilang ini," ujarnya.
Katanya, akan turut serta Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta pimpinan kerajaan negeri untuk sama-sama memeriahkan majlis ini.
Takiyuddin juga turut menambah, pada 2 Mac juga berlangsung acara majlis kuliah yang berpusat di Medan Ilmu yang bermula sejak jam 8.00 pagi.
Menurutnya, ceramah agama akan disampaikan pendakwah terkenal, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bermula jam 9.30 pagi.
"Manakala di Medan Ilmu juga motivasi terkenal Ustaz Azhar Idrus bakal menyampaikan kuliah 'Perdana Belia' kira-kira jam 5.00 petang.
"Malah khutbah Jumaat khas yang bertajuk Pelancongan Adalah Sunnah akan disampaikan di semua masjid di seluruh negeri ini," ujarnya.
Ketika ditanya berhubung perkembangan pelancong yang mengunjungi negeri ini dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, beliau berkata ianya begitu membanggakan.
Katanya, maklumat yang diperolehi dari Pusat Penerangan Pelancongan (TIC), memberitahu perkembangan begitu positif apabila kadar kehadiran pelancong begitu bertambah berbanding biasa pada tempoh yang sama tahun lalu.
Tegasnya, perkembangan itu dapat dilihat sewaktu musim cuti Tahun Baru Cina dan cuti umum baru-baru ini.
"Kita menjangkakan dengan perkembangan awal ini target kita untuk mencapai kedatangan pelancong ke negeri ini antara 5.8 juta hingga 6 juta orang akan berjaya," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan