Febuari 2012 adalah bulan skandal ? Sekurang-kurangnya ada 4 skandal yang mewrnai politik tanah air. Ternyata ianya menarik minat semua pihak sama ada yang berkepentingan, penganalisis, lebih-lebih penulis. Semua pihak sedang menantikan apakah kesudahannya skandal itu nanti. Faktor masa dan keadaan yang menentukannya. Yang pasti semua skandal beri impak. Sama ada positif atau negatif , persepsi pembacalah yang menentukannya. Kerajaan dan pembangkang turut merasakan kesannya.
Pertama apa yang dipanggil "skandal Penang Gate". Penjualan tanah Bayan Mutiara seluas 41.5 hektar bernilai RM 1.072 billon kepada Ivory Properties yang dikatakan dilakukan secara rundingan terus. Harganya rendah dari harga pasaran serta membelakangkan kepentingan rakyat. Seperti biasa YAB Ketua Menteri menafikan dengan mengatakan ianya dilakukan menerusi tender terbuka. Sebagai kerajaan di Pulau Pinang dan pembangkang di parlimen tentunya KM mempunyai semua maklumat tersebut. Jadi apa susahnya nak dibentangkan. lagi pun prinsip amalan CAT kan menjadi piagam DAP Pulau Pinang. Yang pelik bin hairan, DAP pula suruh pihak yang bertanya meletak jawatan. Agaknya dia lupa bahawa BN adalah pembangkang di Pulau Pinang. Inilah akibatnya bila seorang menjawat jawatan sebagai ADUN dan ahli parlimen....sampai lupa...Lagi satu banyak soalan yang tidak dijawab oleh KM nie....rakyat Penang pastikan lebih banyak soalan diberi kepada KM.....
Skandal ke 2 pulak yang melanda kepimpinan PAS yang diketuai oleh YAB Datuk Seri Azizan Razak. Negeri yang dikatakan dalam keadaan selesa tiba-tiba meletup dengan penolakkan oleh 2 Exconya dari dilantik semula. Walau pun sebelum ini cuba disorok akhirnya dapat dihidu juga akhirnya. Pelbagai tafsiran telah dibuat. Malah turut dikaitkan dengan faktor Anwarisme di mana MB dikatakan terdiri dari kelompok ulama yang tidak di'sukai' oleh rakan mereka yang tidur sebantal tapi mimpi lain-lain. Ternyata skandal ini memerlukan MB mencari jalan penyelesaiannya. Persoalan, adakah jalan penyelesaian itu nanti dapat diterima oleh sekutu mereka dalam PR ? Sama-sama kita tunggu dan lihat permainan mereka seterusnya.
Tengok gambar saja dah tahu simbol nuke....bahaya. Pahang dikejutkan dengan "demo tourisme" oleh NGO yang turut disertai oleh pembangkang. Dari isu alam sekitar melompat kepentas politik dengan provokasi memburukkan kerajaan. Mungkin masa 2 jam yang diberikan itu, oleh kerana niat dah tak betul jadi demikian. Penjelasan oleh pakar mereka sendiri pun tak mahu didengar dan dipakai. Malah kerajaan juga sedia mengadakan sessi dialoq untuk menyelesaikan yang kusut turut ditolak. Sudah tentulah ada "hidden agenda" disebalik demo tourisme tersebut. Kepentingan dan keselamtan rakyat sentiasa didahulukan dalam usaha membangunkan apa jua industri....namun bila emosi menguasai diri semua nya dianggap karut setelah emosi mereka di bakar.....akhirnya rakyat Pahang juga yang rugi.......
Dalam banyak-banyak "skandal, tentunya yang ini menarik minat ramai. Apa tidaknya ikut hukum akal tak kanlah seorang Ustaz nak buat begini. Apa pun benda dah berlaku. berani buat berani tanggung. Seperti biasa, setiap kali buat salah akan kedengaran bahawa ini satu KONSPIRASI pihak tertentu untuk buruk-burukan namanya. Jadi sama ada tuduhan itu betul atau sebaliknya kita nantikan kisah ini seterusnya..............
Keempat-empat kisah ini telah memberikan bola tanggung kepada pejuang-pejuang cyber. Tentunya masing-masing sedang memerah otak untuk mencari apakah ayat dan kaedah yang sesuai untuk jadikan bahan dihalaman masing-masing. Ternyata daripada keempat-empat skandal ini yang menangnya adalah KEBEBASAN BERSUARA......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan