www.telokkemang.blogspot.com/ Posted: 29 Feb 2012 07:17 AM PST 5 % Lagi Ke Putrajaya - Ayuh Kita Kukuhkan Saf & Mantapkan Gerakerja Posted: 28 Feb 2012 08:41 PM PST Suara Keadilan terbaru papar amanat Anwar, lagi 5 peratus ke Putrajaya
KUALA LUMPUR: Akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan terbaru yang kini berada di pasaran tampil dengan amanat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa parti itu semakin menghampiri Putrajaya. Dengan muka depan bertajuk 'Lagi 5 peratus ke Putrajaya' ia mengupas ucapan Anwar di Konvensyen pilihan raya KEADILAN minggu lalu yang menyebut parti itu hanya memerlukan lima peratus lagi sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Menurut Anwar, berdasarkan keadaan politik semasa, KEADILAN memerlukan sekurangnya 55 peratus undi popular untuk menumbangkan Barisan Nasional . Ini kerana 51 peratus undi popular masih tidak mencukupi untuk memenangi pilihan raya umum berikutan amalan penipuan yang dilakukan BN dan SPR. Paparan muka belakang akhbar itu pula mendedahkan perbelanjaan untuk kos katering perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumlah RM81,000 yang dibayar Jabatan Perdana Menteri. Ia didedahkan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Tan Kee Kwong. Selain itu edisi 21 Suara Keadilan Turut memuatkan berita Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN yang berlangsung penuh meriah di Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC), 19 Jun lalu. Konvesyen yang julung-julung kali diadakan oleh parti politik di Malaysia itu dihadiri lebih 4,000 perwakilan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Manakala pelancaran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dihadiri hampir 1,000 penyokong pada 19 Jun turut disiarkan di muka 8 dan 9 beserta gambar pelancaran berkenaan. Selain itu, Suara Keadilan turut memuatkan laporan program Rapat Anak Muda anjuran Angkatan Muda Keadilan yang diadakan pada 18 Jun lalu. Antara berita lain yang turut dimuatkan pendedahan kisah sebenar skandal rasuah Scorpene Peguam Perancis, William Bourdon yang akan berada empat hari di Malaysia bermula 20 Julai. Selain itu, berita lain yang menjadi paparan pembaca edisi kali ini ialah kenyataan Anwar yang menggesa siasatan dilakukan terhadap tindakan Felda meminjam RM6 bilion daripada Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP). Turut dimuatkan isu panas tentang pembaziran RM1.8 juta untuk laman Facebook kementerian pelancongan Manakala tips untuk menghadapi demonstrasi Bersih 2.0 oleh Dr A Bahardin juga turut dimuatkan dalam edisi kali ini. Dapatkan segera Suara Keadilan 21 di pasaran sebelum ia dirampas Kementerian Dalam Negeri! | Ringkasan Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat Posted: 28 Feb 2012 08:32 PM PST LINK LAMAN WEB KEADILAN : http://www.keadilanrakyat.org/en/blog/blog-parti-subsection/blog-updates/878-ringkasan-belanjawan-2012-pakatan-rakyat 1. Kesejahteraan Untuk Semua Belanjawan Kesejahteraan 2012 yang diluncurkan Pakatan Rakyat merupakan suatu permuafakatan merangka masa depan baru bagi Malaysia selari dengan pengikraran Agenda Bersama Disember 2009 dan Buku Jingga, Disember 2010.
Kesejahteraan Untuk Semua hanya boleh dicapai apabila mempunyai iltizam politik membawa reformasi secara menyeluruh terhadap institusi-institusi negara serta dipandu oleh prinsip ketelusan dan tadbir urus yang baik. Kepelbagaian Malaysia merupakan kekuatan kita. Pertumbuhan ekonomi kita bergantung kepada muafakat rakyat tanpa mengira gender, etnik dan agama.
Hanya melalui belanjawan yang responsif kepada gender dan berdasarkan agenda memperkukuh rakyat biasa untuk hidup dengan penuh rasa hormat serta punyai segala peluang akan membolehkan mereka menggunakan segala potensi yang ada dengan penuh semangat. Mengakui tekanan inflasi terhadap rakyat Malaysia. Belanjawan Kesejahteraan 2012 berhasrat pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati semua melalui dasar dan kerangka yang bertujuan meningkatkan pendapatan 60 peratus isi rumah di Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM 3,000 sebulan.
Pengenalan gaji minima, mengurangkan jumlah pekerja asing tidak terlatih, meningkatkan kemahiran dan produktiviti secara besar-besaran akan memberi faedah kepada tenaga kerja rakyat tempatan. Keutamaan adalah memberi perhatian khusus untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja, maka gaji, kemahiran dan produktiviti juga dapat ditingkatkan.
Mempertingkatkan keupayaan pengangkutan awam, perumahan dan penjagaan kesihatan membolehkan pendapatan boleh guna rakyat yang semakin tinggi. Pendapatan boleh guna yang tinggi akan memberi kesan baik kepada perbelanjaan tempatan; sesuatu yang penting dalam persekitaran global yang semakin tidak stabil. Monopoli dan oligopoli yang dipecahkan akan meningkatkan persaingan serta membantu ahli perniagaan Malaysia untuk mengurangkan kos. Persaingan akan mengurangkan tekanan inflasi dan menjana lebih banyak pilihan kepada rakyat. 2. Negara Kaya, Rakyat Miskin?
Malaysia merupakan negara yang kaya dengan sumber. Tetapi bagaimana keuntungan dari sumber alam semulajadi yang banyak dapat diagihkan kepada rakyat Malaysia? Pada masa ini, rakyat tidak menikmati pendapatan yang sepatutnya. Kumpulan terbawah iaitu meliputi 40 peratus keluarga hanya menikmati pendapatan purata RM1,500 sebulan manakala kumpulan pertengahan yang juga meliputi 40 peratus menikmati pendapatan purata RM3,500 sebulan.
Secara keseluruhan 80 peratus keluarga hanya menikmati pendapatan purata RM2,500 sebulan. Dari segi kelayakan, sesuatu yang memeranjatkan, 70 peratus penduduk hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai kelayakan tertinggi manakala dari segi pekerjaan lebih satu pertiga ketua keluarga dalam sektor tidak rasmi. Ia sesuatu yang tidak memeranjatkan dalam ketidaksamaan pendapatan di Malaysia adalah tinggi di mana kumpulan 40 peratus dibawah hanya menikmati pendapatan 15 peratus manakala kumpulan 20 peratus diatas menikmati pendapatan 49 peratus.
Gejala sebuah negara yang terperangkap dengan kelembapan ternyata wujud di Malaysia berikutan dasar yang telah ketinggalan zaman dan pengurusan ekonomi yang lemah hanya mengutamakan sekumpulan individu. Pada masa ini, apa yang kita lihat,
i) ketidakupayaan sekumpulan besar rakyat yang tidak mampu untuk berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup. ii) jumlah pengangguran di kalangan graduan tempatan yang tinggi dan pada yang sama wujud rungutan majikan mengenai kekurangan kemahiran dan bakat. iii) perbelanjaan subsidi yang telah melambung naik 10 kali ganda. iv) pelaburan tempatan dan asing adalah kurang menyebabkan Malaysia satu-satunya negara di ASEAN yang mengalami pengaliran keluar pelaburan asing (FDI) kasar. Perkara ini tidak membantu apabila pada masa yang sama ekonomi global yang memasuki satu lagi fasa gelora. Keupayaan Amerika Syarikat dan Eropah untuk menjana pertubuhan adalah terhad. Eksport ke negara-negara barat bukan lagi sumber pertumbuhan untuk Asia. Kita perlu mencari sumber baru yang akan memberikan kelebihan. Belanjawan Kesejahteraan 2012
Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012 menekankan pemerkasaan, peluang dan harga diri untuk seluruh rakyat Malaysia berteraskan kerangka kewangan dan lingkungan yang mampan. Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 menumpukan usaha membangun rakyat Malaysia, bukannya projek mega. Ianya bukan untuk kroni dan mereka yang berkepentingan akan tetapi demi memperkukuh keusahawanan, produktiviti dan kerja yang baik. 3. Perbelanjaan Berhemah
Pakatan Rakyat akan memperuntukkan sejumlah RM 220 billion untuk belanjawan 2012 namun akan memastikan dana tersebut dibelanjakan secara berhemah, bertanggungjawab dan berkesan. Defisit akan dikurangkan kepada 4.4% dari KDNK berbanding 6% pada tahun 2011. Perbezaan itu bersamaan dengan RM 14 billion. Pendapatan boleh ditingkatkan tanpa membebankan rakyat dengan memastikan konsesi kerajaan dan permit tidak disalahguna dan disalurkan dengan betul. Sebagai contoh, kita akan memperolehi pendapatan lebihan sekitar RM 1.2 billion sekiranya berjaya menaikkan harga Permit Import (AP). Menumpukan usaha memastikan dana dibelanjakan secara berhemah dengan memastikan tiadanya ketirisan, pembaziran dan ketidakcekapan. Ini pastinya berjaya meransang lebih dari 20% keuntungan buat rakyat bersamaan dengan jumlah yang sama dibelanjakan. Sebagai contoh Pakatan Rakyat mampu untuk memperuntukkan RM 4.4 billion untuk: Perkukuh pendidikan. Keseluruhan guru bakal menikmati elaun khas mengajar sejumlah RM 500 sebagaimana yang dijanjikan Buku Jingga. Gaji minima yang memberi keuntungan buat 300 000 penjawat awam dan kenaikan keseluruhan skala gaji penjawat awam. Formula dividen yang munasabah akan menggantikan amalan mendesak dividen yang besar jumlahnya dari Petronas. Sungguhpun harga petroleum kini lebih tinggi, dividen untuk 2012 hanya sekitar RM 26 billion, lebih rendah berbanding untuk tahun 2011 berjumlah RM 30 billion. 4. Meningkatan Pendapatan
Pakatan Rakyat akan mengutamakan polisi yang inisiatifnya menumpukan untuk meningkatkan tahap pendapatan keluarga dan kemahiran tenaga kerja. Gaji adalah rendah di Malaysia. Kumpulan terbawah iaitu meliputi 40 peratus keluarga hanya menikmati pendapatan purata RM1,500 sebulan dan gaji rendah ini menyebabkan: * Bekalan yang banyak untuk tenaga kerja asing tidak terlatih. * Kekurangan tenaga kerja terlatih. * Penghalang kepada syarikat swasta untuk meningkatkan produktiviti. Mengakui bahawa gaji hanya boleh tumbuh secara mampan dengan peningkatan produktiviti, tetapi ia juga adalah satu realiti bahawa mekanisma penentuan gaji tidak berfungsi. Pakatan Rakyat mencadangkan iaitu: - Gaji minima adalah gaji dasar yang dikuatkuasakan mengikut undang-undang untuk memastikan semua pekerja di peringkat terendah mendapat gaji berperikemanusiaan dan akibat langsung daripada ini, pekerja-pekerja lain akan turut menikmati peningkatan gaji. - RM 2 bilion akan diperuntukkan untuk sebuah Tabung Pemudahan (Facilitation Fund) untuk membantu usahawan, pengusaha industri kecil dan sederhana (SME) dan firma-firma kecil untuk memperbaharui peralatan, menjentera dan merubah operasi mereka untuk mewujudkan pekerjaan-pekerjaan baru. - RM 1.6 bilion akan disalurkan untuk memperluas latihan teknikal dan vokasional untuk mempertingkat kepakaran tenaga kerja. - 10,000 orang guru akan dilatih dan RM200 juta akan diperuntukkan untuk mengatasi kekurangan guru-guru bahasa Cina, Inggeris, Tamil dan guru-guru agama, serta RM 200 juta akan diberikan dengan serta merta untuk memperbaiki bangunan-bangunan sekolah terutamanya SRJK (C), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan SRJK (T). 5. Menamatkan monopoli
Pakatan Rakyat akan membawa masuk suatu era baru dengan melaksanakan reformasi dasar-dasar dan peraturan-peraturan sedia ada untuk mengurangkan kos sara hidup, menggalakkan usahawan kecil dan sederhana (SME) serta pelaburan. - Dasar tender terbuka untuk perolehan kerajaan yang akan memberi ganjaran kepada mereka yang berkebolehan dan bukan mereka yang mempunyai kenalan dalam kerajaan. - Langkah-langkah sokongan bagi golongan bumiputera dan mereka yang kurang bernasib baik akan menumpukan perhatian untuk menambah daya saing golongan-golongan ini melalui pendidikan, latihan dan bantuan kewangan. - Suatu Akta Kontrak Awam Tidak Adil akan digubal untuk mengkaji semula konsesi-konsesi dan perjanjian-perjanjian yang dikenalpasti sebagai tidak adil kepada kepentingan umum. - Mengembalikan tahap profesionalisme dan kemuliaan perkhidmatan awam agar mampu memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat, dari individu ke peniaga kecil hinggalah ke pelabur besar. - Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan dibebaskan dari gangguan politik dan dibenarkan untuk beroperasi berdasarkan keutamaan perniagaan. Di masa hadapan, hanya GLC dalam sektor strategik sahaja akan dikekalkan. - Akta Persaingan 2010 akan diperluas ke semua sektor ekonomi, termasuk syarikat telekomunikasi, perkhidmatan televisyen berbayar dan sektor tenaga. - Monopoli-monopoli berikut (bukan menyeluruh) yang menghakis pendapatan boleh guna rakyat Malaysia dan mengakibatkan kos perniagaan yang tinggi akan distruktur semula pada tahun 2012: ➢ Memansuhkan monopoli Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) ke atas import beras. Sebaliknya, lesen import akan diberi melalui proses yang kompetitif, terbuka dan telus; ➢ Telekom Malaysia (TM) akan diarah melepaskan genggaman ke atas pasaran "jarak terakhir" ("last mile") perkhidmatan internet jalur lebar dan fokus kepada perniagaan asas - data dan telefoni - lalu melahirkan pasaran "jarak terakhir" yang tegap dan berdaya saing. Ini akan mengurangkan kos dan menambahkan tahap penembusan internet jalur lebar; ➢ Kartel syarikat telekomunikasi akan dihapuskan; ➢ Kartel akhbar dan media akan dihapuskan; ➢ Kartel perkhidmatan penerbangan akan dihapuskan; ➢ Monopoli Astro ke atas perkhidmatan televisyen satelit siar terus berbayar akan dihapuskan; ➢ Lesen teksi akan diberi terus kepada para pemandu teksi. 6. Mempertahan Martabat di Waktu Susah
Pakatan Rakyat peka dan prihatin dengan kegusaran di hati rakyat untuk hidup bermaruah tatkala menghadapi tuntutan kehidupan seharian sebelum dasar-dasar untuk meningkatkan pendapatan membuahkan hasil. - Langkah-langkah berikut dicadangkan diambil: ➢ Bonus RM1,000 setahun bagi setiap warga emas di Malaysia; ➢ Bayaran RM1,000 di tahun 2012 untuk warga suri rumah yang layak; ➢ Menambah pendapatan isi rumah golongan miskin tegar kepada RM550 sebulan dan memperkukuh jaringan keselamatan sosial dengan menambah bayaran kebajikan terus sebanyak RM550 sebulan untuk memastikan penjajaran dengan bantuan kepada golongan miskin tegar; dan ➢ Elaun RM700 setahun bagi penjagaan anak berumur 12 tahun ke bawah bagi keluarga yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan dan penubuhan pusat penjagaan kanak-kanak berkelulusan melalui penyediaan pinjaman khas dan insentif cukai. Pakatan Rakyat ingin melihat peningkatan kadar penyertaan buruh di kalangan wanita dari 46 peratus ke 55 peratus dalam masa lima tahun. Dasar-dasar lain untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh, melalui latihan dan peningkatan kebolehlenturan waktu bekerja, akan dibincangkan. Bergantung kepada peningkatan pendapatan rakyat, subsidi ke atas barangan dan perkhidmatan akan dikekalkan pada jumlah RM 22 bilion. Dasar-dasar subsidi dan harga kawalan petrol akan dirombak untuk merasionalisasikan perbelanjaan kerajaan: ➢ subsidi kepada badan-badan dan syarikat yang bersifat monopolistik akan dihentikan; ➢ subsidi-subsidi umum akan distruktur semula untuk mendatangkan kebaikan terus kepada kumpulan-kumpulan sasar yang memerlukan. 7. Mengurangkan Jurang Bandar-Luar Bandar
Pakatan Rakyat akan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia yang menetap di luar bandar. Pembangunan serantau dan luar bandar akan digalakkan melalui desentralisasi pentadbiran Monopoli import beras yang dipegang BERNAS akan dihapuskan. Lesen import akan diberi melalui proses yang kompetitif dan terbuka. Subsidi akan diberi terus kepada para petani melalui institusi-institusi pertanian. RM 100 juta akan diperuntukkan kepada peniaga-peniaga kecil untuk pertingkat tahap kebersihan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa. 8. Meningkatkan Kualiti Kehidupan
Pakatan Rakyat akan memperjuangkan kualiti kehidupan yang lebih baik buat semua rakyat Malaysia. - Pasukan polis akan difokuskan semula kepada pencegahan jenayah dan meningkatkan keselamatan awam; - Dasar "Bina dan Jual" ("Build then Sell") untuk projek perumahan kos rendah-sederhana akan diwujudkan, untuk menjaga keselamatan pengguna. Peruntukan kos perumahan awam akan dinaikkan ke RM 1 bilion. - Dasar Pengangkutan Nasional akan mengutamakan pengangkutan awam dengan mengetengahkan prinsip "gerakkan rakyat, bukan kereta". Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Pengangkutan. - Mempertingkat penggunaan teknologi hijau untuk menggalakkan penggunaan tenaga yang lebih baik, efisyen, dan mendatangkan kebaikan kepada rakyat melalui penjimatan kos kemudahan awam asas dan lain-lain perbelanjaan isi rumah, dan kepada industri dengan meningkatkan produktiviti dan keberuntungan. 9. Mereformasi Landskap Politik
Pakatan Rakyat akan memperkukuhkan demokrasi berparlimen dan Persekutuan. Pakatan Rakyat akan memperkukuhkan prinsip dan pelaksanaan persekutuan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dimana negeri-negeri akan diberikan lebih banyak kuasa melalui perkongsian kuasa dan pengagihan sumber. Pakatan Rakyat juga akan memperkenalkan refomasi berikut: • Memansuhkan semua perintah darurat dan menghapuskan semua undang-undang yang membabitkan tahanan tanpa perbicaran seperti yang terkandung di dalam Akta Pemansuhan Darurat yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat pada sesi Parlimen Mac 2011. • Menstruktur semula Biro Pengaduan Awam menjadi sebuah institusi Ombudsman. • Meletakkan beberapa institusi awam utama seperti Jabatan Audit Negara, Jabatan Perangkaan, Suruhanjaya Pelantikan Hakim, Suruhanjaya, Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan institusi Obudsman dibawah bidang kuasa Parlimen. • Untuk memastikan kebebasan media dengan menghapuskan keperluan permit dengan pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Selaras dengan itu akan ditubuhkan Majlis Media yang bebas dan kawalan sendiri. • Memulihkan autonomi dan kebebasan ahli-ahli akademik universiti- univesiti di Malaysia dengan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971,oleh itu membebaskan pelajar-pelajar daripadan cengkaman Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan kepimpinan universiti-universiti awam akan berdasarkan kepada merit. • Memansuhkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat pada setiap peringkat kerajaan dengan dilengkapkan infrastruktur yang diperlukan. Ini akan memastikan akses kepada maklumat yang menjadi kepentingan awam, terkecuali ialah perkara-perkara yang secara tulen berkait dengan keselamatan negara. Pakatan Rakyat berjanji untuk memperkukuh Parlimen sebagai sebuah institusi dan menolak amalan Perdana Menteri sebagai diktator: - RM 10 bilion dari belanjawan budi bicara Perdana Menteri akan disalur keluar kepada Kementerian-Kementerian berkenaan. - Cadangan-cadangan perbelanjaan akan diteliti dengan rapi di peringkat jawatankuasa parlimen. Sebagai langkah pertama, tujuh Jawatankuasa Belanjawan Parlimen akan ditubuhkan untuk meneliti belanjawan-belanjawan kementerian lalu membolehkan debat dan penilaian yang lebih berkualiti. - Ahli-ahli jawatankuasa dan Ahli-ahli Parlimen akan diberi peruntukan untuk pembantu penyelidik parlimen demi meningkatkan keberkesanan kajian belanjawan serta meneliti implementasi dan hasil daripada perbelanjaan tersebut. 10. Anak Muda Mendepani Perubahan
- Bergantung kepada kajian semula dan siasatan yang menyeluruh ke atas perbelanjaan dan struktur kurikulum, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan digantikan dengan program-program luar kurikulum atau program komuniti. RM 747 juta yang diperuntukkan kepada PLKN tahun lepas akan disalurkan kepada inisiatif terbaru ini. - Sejumlah RM 100 juta akan diperuntukkan kepada program Pilihan Anak Muda, yang melibatkan anak muda Malaysia berumur bawah 30 tahun, untuk mengimplimentasikan projek-projek dan program-program pilihan mereka melalui sistem undian. - RM 50 juta akan diperuntukkan kepada sebuah dana khas untuk meningkatkan penglibatan anak muda dalam aktiviti-aktiviti berdasar kreativiti dan mewujudkan lebih banyak ruang riadah dan rekreasi khusus untuk anak muda. Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan datang ini tidak akan berjaya melaksanakan dasar-dasar yang mustahak dan bakal merubah wajah negara ini dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan. Rakyat Malaysia, sebagai majikan dan pekerja, sebagai suri rumah, sebagai pengasuh dan mahasiswa, dan yang paling utama sebagai warga negara mesti memainkan peranan sama ada secara individu mahupun bersama, dalam menjayakan agenda yang berani ini demi menggerakkan Malaysia ke hadapan, menuju masa depan yang lebih cerah buat semua. | Nota pesanan Datuk Seri Anwar Ibrahim Posted: 28 Feb 2012 08:12 PM PST Nota pesanan Datuk Seri Anwar IbrahimLINK SUARA KEADILAN:
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhTanggal esok 9 Januari 2012 ini, penghakiman kes Fitnah Liwat II akan termaktub dalam sejarah, samada sebagai detik penentuan keadilan ditegakkan ataupun hari gelap buat kedaulatan undang-undang dan kepada mereka yang perjuangkan keadilan. Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar membulatkan tekad serta iltizam dalam menuntut pembaharuan politik. Mereka boleh mengaibkan saya, mereka boleh menghumban saya ke penjara, mereka boleh menginjak hak rakyat dan mereka boleh memukul kita hanya kerana berkumpul, akan tetapi mereka takkan dapat merampas kehormatan diri, maruah serta semangat kita untuk melakukan apa yang benar dan memperjuangkan apa yang kita percaya. Mengulangi fitnah keji sejak dari 1998 lagi terhadap diri saya dan sepanjang sandiwara perbicaraan yang panjang ini, pelbagai fitnah dan tohmahan telah dilemparkan, namun ianya tidak menghakis keyakinan rakyat. Kita telah menyaksikan betapa polis, pihak pendakwaan dan kehakiman serta media yang dikawal UMNO berganding bahu memastikan agar kerajaan BN yang rasuah dan zalim ini terus berkuasa. Walau apa pun jua penghakiman yang akan diputuskan nanti, ia harus tetap melonjakkan semangat dan keyakinan menuntut perubahan bagi menegakkan hukum, melaksanakan sistem ekonomi saksama dan memupuk semangat persaudaraan yang tulen. Usaha dan upaya mestilah digembeling demi membanteras kezaliman, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pastikan pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti, kebangkitan rakyat akan menghumban penguasa angkuh dari tampuk pemerintahan. Mereka mungkin berhasrat memenjara dan merantai saya tetapi mereka takkan sesekali dapat memasung jiwa dan semangat saya. Di sini saya mengulangi ikrar bahawa saya tidak akan berhenti selagi kita belum berjaya melaksanakan Perubahan dan menghapuskan segala kebejatan yang dilakukan oleh kerajaan UMNO-BN dan membangunkan sebuah bangsa yang adil lagi saksama. Berbekalkan semangat perjuangan yang murni serta bertawakal kepada Allah, Inshaallah, perjuangan kita akan mencapai kejayaan. Saya akan tetap bersama anda semua di hati dan jiwa saya dan bersama-samalah kita bina sebuah negara Malaysia yang baharu. ANWAR IBRAHIM | |
MEDIA Rakyat MALAYSIA Posted: 29 Feb 2012 03:44 AM PST |
Suara Sri Andalas Posted: 28 Feb 2012 11:31 PM PST Kenyataan Media - Program Kesedaran Kesihatan Bagi Penjawat Awam Negeri Selangor Posted: 28 Feb 2012 12:31 AM PST KENYATAAN MEDIA YB DR XAVIER JAYAKUMAR EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN BAGI PENJAWAT AWAM NEGERI SELANGOR Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Tetap Kesihatan Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan satu Program Kesedaran Kesihatan Bagi Penjawat Awam Negeri Selangor di ruang legar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada pagi ini. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Kesihatan Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama MAKNA (Majlis Kanser Nasional) dan HOSPICE. Matlamat penganjuran program adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran kesihatan kepada para penjawat awam dan mereka yang bekerja di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah serta pelbagai agensi kerajaan yang lain. Fungsi serta kepakaran MAKNA dan HOSPICE telah diterangkan kepada para hadirin pada pagi ini. Dalam program ini, MAKNA menerangkan aspek kepentingan langkah pencegahan, pengesanan awal, pemeriksaan dan rawatan kesihatan yang perlu serta mendedahkan gaya hidup yang sihat bagi mengelakkan kanser. Tumpuan diberikan kepada wanita yang lebih berisiko untuk menghidapi kanser payudara dan kanser serviks. HOSPICE berkepakaran dalam program rawatan perubatan dan emosi untuk pesakit yang telah tenat akibat menghidapi penyakit-penyakit yang membawa maut seperti kanser tahap tiga, AIDS dan sebagainya. Peranan HOSPICE adalah penting bagi memastikan pesakit dapat menangani situasi yang dihadapinya dan mewujudkan ketenteraman. Menyedari kepentingan kesihatan kepada para penjawat awam dan orang ramai serta fungsi kedua-dua organisasi ini, Kerajaan Negeri Selangor telah menganugerahkan geran RM10,000 kepada MAKNA dan HOSPICE bagi menyokong usaha mereka. Kerajaan Negeri Selangor juga akan memberi tanah seluas satu ekar kepada HOSPICE untuk mendirikan pusat jagaan harian. YB DR XAVIER JAYAKUMAR EXCO Kerajaan Negeri Selangor Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor 28 Februari 2012 | |
The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah Posted: 28 Feb 2012 11:14 PM PST Kan elok berpolitik bersama isteri!! Posted: 28 Feb 2012 07:11 PM PST Sejak beberapa tahun yang lepas. kemana-mana saya pergi, baik didalam atau di luar negara, saya pergi bersama-sama isteri saya; kalau saya tidak mencukupi ongkosnya, saya akan memilih untuk tidak pergi. Saya tidak mahu pergi bersendirian. Al-maklum, kita ni lelaki, apa-apa boleh berlaku, itu semua kemungkinan boleh berlaku. Dan kalau tak berlaku pun mungkin boleh mengujudkan fitnah. Dan tanggungan menghadapi fitnah kadangkala adalah lebih berat.
Ada rakan-rakan yang perli saya dengan mengatakan saya ni jenis takut bini. Katalah apa nak kata. Saya sudah berkahwin lebih dari 40 tahun. Isteri saya sangat kenal kepada saya dan saya sangat kenal dengan saya.
Dan saya nak tanya suami-suami, ada tak si suami yang tidak rasa teringin nak berkahwin lagi? Ada? Kalau menjawab tidak, itu bermakna semata-mata hipokrit. Saya sudah bersama isteri saya begitu lama. Dialah isteri, dialah kawan, dialah teman dan kepada dialah saya berbincang apa jua masalah yang saya hadapi.
Saya pernah ditahan di bawah ISA sebanyak 2 kali. Selain daripada isteri siapakah lagi yang memahami keadaan sebenar yang saya tunggung ketika itu? Anak-anak masih kecil, mereka perlu bersekolah, mereka perlu mempunyai wang untuk meneruskan persekolahan. Anak saya yang besar ketika itu berada di Sekolah Tengku Kursiyah, Seremban, sekolah yang agak elit, dan takkanlah anak saya itu pergi ke sekolah dengan baju koyak dan dengan selipar Jepun.
Anak-anak saya yang lain bersekolah di kampong sendiri, kesemuanya memerlukan wang untuk persekolahan!
Siapakah yang lebih memahami untuk menghadapi keadaan itu dan siapakah yang akan menanggung segala kos sara hidup untuk keluarga saya pada ketika itu? Isteri saya bekerja dan dari gajinya itulah untuk mencukupkan keperluan keluarga saya. Berat tanggungan yang dipikul oleh isteri saya. Sebagai seorang suami, bolehkah pengorbanan isteri saya itu saya lupakan begitu saja. Itu suami bacul namanya.
Sekarang ini saya terlibat sepenuh masa dengan politik, saya tidur di tempat yang tidak menentu. Di rumah kawan, dii bilik hotel, di bilik Home Stay, kadang-kadang di dalam kereta di tepi-tepi jalan.
Kadang-kadang dengan perjalanan yang sangat jauh. Saya boleh bergilir memandu kereta dengan isteri saya.
Kalau saya tidur di hotel-hotel saya tidak mahu dikunjungi atau cuba mencari-mencari teman "satu malam", saya tidak mahu ambil risiko itu. Dan apabila saya ditemani oleh isteri saya sudah tentu risiko itu tidak akan menimpa saya.
Dan kalau saya terpaksa pergi ke kawasan luar yang boleh balik hari dan jika isteri saya tidak boleh menemani saya, saya pastikan bahawa apabila selesai tugas yang saya lakukan, saya akan terus kembali ke rumah saya.
Sejak setahun dua ini, kehidupan saya sudah saya curahkan untuk perjuangan. Hampir setiap hari saya menerima jemputan dari kawan-kawan dari seluruh Negara. Saya lebih senang menerima panggilan jemputan itu dengan membawa isteri saya. Biarlah saya kena berbelanja besar sedikit asalkan isteri saya dapat bersama saya.
Pada 24, 25 dan 26 Februari lau didalam Temurapat Pimpinan PKR, saya tetap bawa isteri saya. Kalau saya bersendirian, tempat penginapan saya adalah percuma; tetapi dengan membawa isteri, saya dikenakan tambahan RM360.00. Saya pilih membayar RM360.00 supaya isteri saya dapat bersama saya.
Apa orang nak kata, katalah asalkan saya dan isteri saya bahagia, dan saya terus dapat memberikan khidmat yang berkesan kepada parti.
Dengan adanya isteri saya bersama saya, dia telah mengambil tanggungjawab untuk menjaga dairy saya, dia juga mampu membawa kereta berglir-gilir dengan saya; yang lebih penting dia boleh mengingatkan kepada saya akan makanan yang sesuai untuk saya memandangkan umur saya yang sudah lanjut, tidak ketinggalan juga dia mengingatkan saya akan obat yang mesti saya ambil.
Isu-isu yang boleh memalukan diri saya, keluarga saya dan parti saya tidak mungkin akan berlaku apabila isteri saya akan sentiasa bersama saya. Jika ada yang tidak setuju dengan pandangan saya ini, buatlah pilihan sendiri asalkan boleh menjaga nama baik diri, keluarga dan parti, ok?
| Perjumpaan dengan YB Elizabeth Wong menyegarkan perjuangan Anak-Anak Peneroka Felda Selangor Posted: 28 Feb 2012 07:19 AM PST Keletihan semalam sudah terobat. Kiranya lebih lewat lagi perjumpaan diadakan dengan Ahli Exco Kerajaan Selangor mengenai cadangan perumahan untuk Generasi Kedua dan Ketiga Felda Negeri Selangor, saya akan terasa keletihan melawat 8 tapak perumahan di Felda Hulu Selangor semalam, 28hb Februari 2012, berterusan dan merasakan apa yang saya dan rakan-rakan didalam Sekretariat Task Force Felda Selangor curahkan semacam menjadi sia-sia.
Saya benar-benar merasa hampa apabila diberitahu oleh seorang Pegawai UPEN Selangor bahawa lawatan tapak yang diadakan pada 28hb Februari itu adalah kerana memenuhi permohonan dari sebuah NGO pro-UMNO bagi mendapatkan tapak-tapak yang kami lawati itu untuk projek perumahan, dan dinyatakan bahawa tidak ada permohonan lain yang telah diterima oleh UPEN Selangor.
Saya memberikan bantahan yang keras bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim telah sejak bulan Julai tahun yang lalu menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan membinakan rumah-rumah diatas tanah-tanah di beberapa rancangan Felda di Hulu Selangor iaitu di Felda Sg Tengi Selatan, Felda Sg Tengi, Felda Suharto, dan Felda Gedangsa untuk Generasi Kedua dan Ketiga Felda. Dan pegawai UPEN yang berkenaan menyatakan bahawa didalam pengetahuan beliau hanya ada satu permohonan sahaja iaitu dari sebuah NGO pro-UMNO.
Alangkah keciwanya perasaan saya kerana sebuah Jabatan Kerajaan di Negeri Selangor boleh bertindak diatas permohonan sebuah NGO dan menyatakan bahawa selain dari itu tidak ada permohonan daripada mana-mana pihak yang lain; ini bererti Kerajaan Negeri Selangor juga tidak ada membuat apa-apa permohonan untuk melaksanakan projek perumahan bagi Generasi ke-2 dan ke-3 Felda itu.
Di peringkat itu, saya dengan segeranya menghubungi YB Elizabeth Wong untuk mendapatkan keterangan. YB Eli menyatakan bahawa permohonan dari NGO itu sudah ditolak kerana Kerajaan Negeri Selangor sendiri akan melaksanakan projek perumahan berkenaan, dan Kerajaan Selangor telah pun melantik Majlis Daerah Hulu Selangor sejak November tahun lalu bagi menyediakan kertas projek berkenaan.
Ahli Exco itu menjemput semua pihak untuk hadir ke Majlis Perjumpaan di Pejabat Exco pada 29hb Februari 2012 (hari ini) supaya semua pihak dapat diberitahu perancangan Kerajaan Negeri Selangor diatas tapak-tapak yang terdapat di Felda Sg Tengi Selatan, Sg Tengi, Suharto dan Gedangsa.
Jam 2.00 petang tadi, wakil-wakil dari UPEN, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, Pejabat Majlis Daerah Hulu Selangor dan Sekretariat Task Force Felda Negeri Selangor telah mengadakan perjumpaan di Pejabat Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor tersebut.
Saya cukup gembira apabila Pegawai dari UPEN siang-siang lagi menyatakan wujud kekeliruan komunikasi dan tidak menyedari bahawa permohonan daripada NGO berkenaan sudah ditolak oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Dan YB Elizabeth Wong meminta kerjasama dari Majlis Daerah Hulu Selangor yang diberikan mandat oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mempercepatkan proses penyediaan projek berkenaan dan diberikan tempoh 2 minggu untuk disiapkan.
Dalam pada itu, Sekretariat Task Force Felda Selangor diberikan tanggungjawab untuk mengadakan hubungan dengan Majlis Daerah Hulu Selangor untuk mempastikan projek perumahan berkenaan dapat disegerakan.
Dari sudut Sekretariat Task Force Selangor, telah pun berjaya mengumpulkan pemohon-pemohon mendapatkan rumah dari anak-anak peneroka Felda di Sg Tengi Selatan, Sg Tengi dan Suharto, dan jumlah permohonan dari ke tiga-tiga rancangan Felda itu sudah meningkat kepada 400 orang. Lawatan yang dibuat hari semalam adalah keatas 2 tapak perumahan di Felda Sg Tengi Selatan, 2 tapak di Sg Tengi, 1 tapak di Suharto, dan 2 tapak di Felda Gedangsa.
Lawatan itu sungguh mendatangkan menfaat kerana kami diberitahu oleh wakil pejabat Daerah & Tanah Hulu Selangor bahawa keseluruhan tanah di Felda Sg Tengi Selatan, termasuk ladang-ladang dan kawasan rumah peneroka-peneroka Felda adalah tanah Kerajaan Negeri Selangor dan kawasan itu tidak digazetkan sebagai tanah di bawah GSA. Ini membawa erti bahawa kesemua tanah di Felda Sg Tengi Selatan itu termasuk tanah di bawah pengurusan pertanian Felda dan di bawah Felda Plantation adalah hakmilik kerajaan Negeri Selangor.
Ini bererti Kerajaan Negeri Selangor kini boleh mengeluarkan geran tanah iaitu tanah ladang dan tanah kampong bagi peneroka-peneroka tanpa perlu menerima pengesyoran daripada Felda. Untuk itu Felda perlu membayarkan semua wang yang telah dikutip oleh Felda mengenai bayaran CAC yang telah dijelaskan oleh peneroka-peneroka dan Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu menunggu supaya tanah di kawasan rancangan itu dagazetkan di bawah GSA.
Ini juga bererti tanah kosong yang ada di Felda Sg Tengi Selatan itu boleh terus dijalankan projek perumahan untuk Generasi Ke-2 dan ke-3 tanpa perlu membuat permohonan agar tanah itu dikeluarkan dari kawalan GSA.
Jika Kerajaan Negeri Selangor memahukan seluruh tanah di bawah pertanian dan seluruh tanah di bawah Felda Plantation di Felda Sg Tengi Selatan itu pun boleh digunakan dengan serta merta untuk projek di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Kawasan yang hampir 2000 ekar itu merupakan aset besar kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk merancang projek-projek yang mendatang menfaat kepada Negeri Selangor dan tidak tertakluk kepada Felda.
Ini berbeza dengan tanah-tanah kosong di Felda Sg Tengi, Suharto dan Gedangsa kerana tanah-tanah itu semuanya sudah digazet di bawah GSA. Walaupun digazet di bawah GSA, itu tidaklah menghalang Kerajaan Negeri Selangor untuk membangunkan tanah-tanah tersebut kerana kuasa keatas tanah terletak di bawah Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri hanya perlu mengambil tindakan tertentu untuk mengeluarkan tanah-tanah kosong itu daripada pegangan GSA.
Di Felda Suharto, ada 2 keping tanah kosong yang boleh digunakan untuk projek perumahan bagi Generasi ke-2 dan ke-3. Di kawasan ini sudah pun diear-marked kan oleh anak-anak peneroka Felda Gedangsa untuk lot-lot perumahan bagi mereka, lengkap dengan pelan tapak, dan lengkap dengan nama-nama pemohon dari kalangan mereka.
Ini memudahkan kerja-kerja Sekretariat Task Force Felda Selangor, nama-nama pemohon akan dikumpulkan dan lot-lot perumahan yang sudah pun disediakan oleh mereka perlu dikemukakan kepada Majlis Daerah Hulu Selangor untuk tindakan seterusnya.
Perkembangan seterusnya akan boleh dilaporkan apabila Sekretariat Task Force Felda Selangor akan bertemu pula dengan YDP Majlis Daerah Hulu Selangor pada 2hb Mac 2012 dan pembentangan laporan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor di perjumpaan bersama dengan YB Elizabeth Wong dalam tempoh 2 minggu dari sekarang, tarikh dan masa akan ditetapkan oleh Pejabat YB Elizabeth Wong kelak.
| |
Anwar Ibrahim Posted: 28 Feb 2012 07:28 PM PST Najib Perlu Jelas Kenapa FELDA FARM Products SDN BHD Tidak Dilantik Menerajui NFC Posted: 28 Feb 2012 04:54 AM PST Pendedahan yang dibuat setakat ini menunjukkan bahawa NFC yang diterajui suami Dato' Seri Shahrizat Jalil dan anak-anak mereka gagal memenuhi sasaran kerana mereka langsung tidak ada pengalaman di dalam industri penternakan berskala besar. Perkara ini turut diakui oleh Dato' Seri Salleh Ismail sendiri, bahawa mereka sebenarnya tidak berpengalaman dalam satu temuramah dengan media perdana bertarikh 17 November 2011. Ini menimbulkan persoalan bagaimanakah sebuah projek berstatus nasional yang dikategorikan sebagai "projek berimpak tinggi" dengan peruntukan melebihi RM300 juta boleh diberikan kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri yang tidak berpengalaman. KEADILAN telah menyemak kembali semua sumber rasmi untuk memahami proses penganugerahan tender itu. Hakikatnya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Noh Omar sendiri mengakui bahawa tidak ada tender terbuka untuk memilih operator yang terbaik. Sebaliknya, kerajaan Barisan Nasional hanya memanggil beberapa buah syarikat yang tidak dikenali bersama-sama dengan Agroscience Sdn Bhd (milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil) untuk mengemukakan kertas cadangan. Ini diterangkan beliau di Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011, seperti berikut: "Pusat Fidlot Nasional ini Tuan Yang diPertua, matlamat utama pelaksanaan Pusat Fidlot Nasional ialah untuk kita mewujudkan sistem pengeluaran daging lembu fidlot secara komersial sepanjang rantai nilai bagi meningkatkan pengeluaran daging dalam negara. Bagi merealisasikan pelaksanaan program ini, kerajaan telah menjemput beberapa syarikat untuk membentangkan cadangan projek tersebut. Hanya enam buah syarikat yang membentangkan cadangan projek kepada Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN pada 25 September 2006. Enam syarikat ini terdiri daripada FELDA Farm Product Sdn Bhd, Group Five Bonsmara Breeding Centre Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd, Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd – ini syarikat dari Australia ini – yang kelima, MIG Farm Sdn Bhd dan yang keenam MLC Industries Sdn Bhd. Melalui mesyuarat tersebut, Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN memilih dua syarikat iaitu Syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd dan juga Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd yang mana Lamberts diberikan 500 ekar dan Agro Science diberi sebanyak 5,000 ekar." Umum sedia maklum bahawa Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Semakan awal KEADILAN menunjukkan dari segi pengalaman, saiz kapital, pengurusan dan rekod industri, syarikat yang paling berdaya maju di antara keenam-enam syarikat tersebut adalah Felda Farm Product Sdn Bhd. Perbandingan dari segi saiz kapital dan perolehan (yang menjadi salah satu kayu ukur kekuatan kapital, pengurusan dan pengalaman) berdasarkan carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang disertakan bersama adalah seperti berikut: SYARIKAT | DITUBUHKAN PADA | SAHAM DITERBITKAN BERBAYAR | PEROLEHAN TAHUNAN TERKINI | Felda Farm Products Sdn Bhd | 7 Ogos 1995 | RM10 juta | RM9.6 juta (31 Dis 2010) | Group Five Bonsmara Breeding Centre Sdn Bhd | 28 Mac 2005 | RM2 | 0 (31 Dis 2010) | MIG Farm Sdn Bhd | 15 Julai 2005 | RM1 juta | RM1.2 juta (31 Dis 2009) | MLC Industries Sdn Bhd | 13 Ogos 2004 | RM2 juta | 0 (31 Dis 2010) | Jelas sekali bahawa hanya Felda Farm Products Sdn Bhd adalah satu-satunya syarikat yang mempunyai operasi sedekad sebelum Projek Fidlot Nasional dirancang, berbeza dengan syarikat-syarikat lain termasuklah Agroscience Industries Sdn Bhd yang hanya ditubuhkan setahun sebelum kontrak dianugerahkan. Jelas juga bahawa ada pertimbangan yang tidak telus kerana lantikan Agroscience Industries Sdn Bhd mengenepikan pertimbangan asas kewangan dan pengalaman, yang memihak kepada Felda Farm Products Sdn Bhd. Dari segi impak nasionalnya pula, Felda mempunyai rancangan tanah yang besar dan peneroka-peneroka boleh dilatih menjadi penternak berjaya untuk meningkatkan lagi hasil pendapatan mereka, selain tanaman kelapa sawit. Sebagai individu yang bertanggungjawab menganugerahkan kontrak ini kepada syarikat milik keluarga menteri yang kini terbukti tidak berjaya memenuhi sasaran dan menyelewengkan wang bagi tujuan lain, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak boleh mencuci tangan dan berdiam diri. Beliau wajib memikul tanggungjawab dan tindakan menolak isu ini kepada Dato' Seri Shahrizat Jalil semata-mata membayangkan beliau seorang ahli politik Umno yang pentingkan diri. Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak supaya semua minit mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN yang dipengerusikan Perdana Menteri, didedahkan serta-merta agar beliau boleh menerangkan kepada ratusan ribu warga Felda: 1. Kenapa beliau mengenepikan warga Felda sedangkan mereka lebih layak dan berpengalaman berbanding keluarga menteri; 2. Apakah kriteria yang digunapakai sehinggakan Felda Farm Products Sdn Bhd diketepikan berbanding Agroscience Industries Sdn Bhd yang tidak mempunyai pengalaman? Perkara ini sudah tentu akan terus mengheret Dato' Seri Najib kecualilah beliau mendedahkan kesemua minit mesyuarat yang dipengerusikan beliau. MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN HAJI SUHAIMI SAID PENGERUSI, BIRO FELDA DAN ORANG ASAL KEADILAN 28 FEBRUARI 2012 | NFC: Dana Rakyat Diguna Tanggung Pasaraya Mewah di Singapura Posted: 27 Feb 2012 10:58 PM PST Keadilankini.com PETALING JAYA, 28 Feb : KEADILAN sekali lagi tampil dengan pendedahan terbaru yang mengaitkan pengurusan National Feedlot Coorporation (NFC) selain dari tiga buah restoran mewah di Singapura dan pelaburan berjumlah RM44 juta dalam pembelian tiga kondominium mewah. Jelas Pengarah Strategi, Rafizi Ramli pada satu sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini, melalui sebuah syarikat bernama Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang mana sahamnya dimiliki bersama oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil. Tambahnya lagi, pemilik-pemilik saham terdiri dari suami kepada Shahrizat iaitu Datuk Seri Salleh Ismail sebanyak S$666,667 dan dua anaknya iaitu Wan Shahinur Izran Salleh dan juga Wan Izzana Fatimah Zabedah yang masing-masing memiliki sahan sebanyak S$666,667. “KEADILAN berjaya menjejaki syarikat ini melalui carian penglibatan perniagaan anak kepada Shahrizat iaitu Wan Izzana fatimah Zabedah yang menyenaraikan kesemua syarikat yang dimiliki beliau. “Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dipercayai dibiayai oleh Malayan Banking Berhad dan united Overseas Bank Limited, melalui kaedah yang sama digunapakai untuk pembiayai pembelian dua kondominium di Marina Bay Suites berharga RM34 juta yang didedahkan sebelum ini,” jelasnya. Kata beliau lagi, syarikat ini aktif mengambil pekerja melalui pengiklanan yang dibuat dan ia dipercayai sebagai persediaan bila mana pasaraya itu bakal dibukan dalam tahun 2012 kelak. Siasatan PKR juga mendapati Farmhouse Supermarkets itu telah pun menjadi ‘anchor tenant’ kepada sebuah pasaraya mewah yang bernama ‘Star Vista’ terletak di kawsan elit berdekatan dengan Nanyang Technology Universiti. Pasaraya yang diusahakan oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini dijangka mula beroperasi dalam suku ketiga tahun ini. “Kita juga mendapati syarikat tersebut juga telah menandatangani perjanjian dengan CapitalMalls (pemaju) bagi 28 unit ruang kedai di tingkat dua kompleks tersebut iaitu dari unit #02-08 hingga ke unit #02-35. “Semakan harga pasaran bagi ruang kedai komersial di pasaraya di Singapura menunjukkan julat kadar sewa bagi satu meter persegi adalah antara S$350 hingga S$500 sebulan bergantung kepada lokasi dan ia berdasarkan kepada kajian ‘Competition Commision of Singapore’,” sambungnya. Atas andaian tersebut, Rafizi berpendapat jika keluasan 28 unit itu dianggarkan sekitar 3,000 meter persegi tanggunggan sewaan bulanan yang terpaksa dibayar oleh syarikat tersebut adalah sekitar S$900,000 sebulan atau RM2.2 juta sebulan. Malah, kenyataan pengurusan NFC yang mempertahankan hak mereka berbelanja dana RM250 juta itu memgikut citarasa mereka memperkuatkan lagi hujan bahawa sebahagian wang tersebut bakal dibelanjakan bagi membiayai pasaraya mewah ini. “sudah tentu perniagaan pasaraya ini akan dibiayai oleh dana awam yang disalurkan bagi tujuan penternakan lembu seperti yang dimandatkan oleh NFC seperti yang berlaku di dalam pembelian-pembelian aset mewah lain sebelum ini. “KEADILAN mendesak supaya NFC berterus terang mengenai komitmen kewangan yang telah dibuat melalui Farmhouse Supermarkets Pte Ltd termasuk perjanjian sewaan yang telah dimeterai,” tegasnya. Beliau berharap tindakan tegas perlu dilakukan segara untuk merampas kembali kesemua dana yang telah diselewengkan secepat mungkin dan mendakwa individu terbabit di mahkamah atas tuduhan pecah amanah seperti mana yang dicadangkan oleh pihak polis kepada Peguam Negara. Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin memberitahu isu NFC ini akan dibawa ke persidangan parlimen kali ini dan usul mengenainya akan dihantar ke parlimen sebelum bermulanya sesi persidangan kali ini dan beliau berharap usul tersebut akan menjadi satu topik perbahasan. “Kita mahu parlimen membenarkan isu NFC ini dibahaskan pada sesi kali ini, kita juga berharap melalui perbahasan tersebut satu jalan penyelesaian dapat kita perolehi selain segala maklumat dapat diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia,” jelas Ketua Wanita KEADILAN itu. | Rakaman Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim Di Beserah,Kuantan 25 Feb 2012 Posted: 27 Feb 2012 08:41 PM PST | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan