CINA ISLAM (林川興) Posted: 29 Feb 2012 01:41 AM PST Suami tak faham undang-undang Posted: 29 Feb 2012 01:00 AM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Tindakan suami yang mencuri cap jari isteri seperti filem 'Madu Tiga' lakonan Tan Sri P Ramlee jelas menunjukkan lelaki itu tidak faham undang-undang. Ini kerana sejak tahun 80-an, Enakmen Undang-Undang Islam sudah dipinda yang membolehkan suami berkahwin lain tanpa keizinan isteri sedia ada dengan kebenaran mahkamah syariah. Perunding Keluarga Islam, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berkata, jika masih ada suami yang cuba mencuri cap jari isteri ketika tidur perkara itu menunjukkan dia tidak tahu undang-undang. "Kalau dia tidak tahu undang-undang, macam mana dia boleh memasang niat mahu kahwin seorang lagi," katanya yang dihubungi semalam. Harian Metro semalam melaporkan pada Seminar Kesedaran Hak dan Perundangan anjuran Persatuan Peguam Syarie Malaysia cawangan Perak, Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) Malaysia dan Lembaga Kebajikan Perempuan lslam Hilir Perak di dewan kuliah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Teluk Intan kelmarin, seorang isteri memberitahu suaminya bersusah payah mendapatkan cap ibu jarinya ketika dia tidur beberapa bulan lalu dalam usahanya untuk berkahwin dua. Wanita itu berkata, tindakan pelik suaminya itu bagaimanapun disedari sebelum suaminya mengaku mahu berkahwin lagi dengan seorang gadis. Mohd Zaidi berkata, menerusi pindaan undang-undang itu, antara syarat yang dikenakan mahkamah syariah ialah kemampuan suami zahir dan batin, perkahwinan itu tidak memudaratkan isteri pertama atau isteri-isteri sedia ada serta ia tidak mengurangkan apa yang dinikmati isteri sedia ada. metro/- | [Video] Kes Tampal Mulut Bayi, Pemilik Pusat Asuhan Lapor Polis Posted: 29 Feb 2012 12:50 AM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Johor Bahru: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung. Gambar: KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat. Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum. Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya. "Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami. "Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya," katanya. -hm | [Bergambar] Kasut Tak Lekang Dari Tangan Pemuda PERKASA Ini Posted: 29 Feb 2012 12:40 AM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Perkasa tunjuk kasut kerana 'kecewa' dengan Guan Eng GEORGETOWN - Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin menjelaskan tindakannya menunjukkan kasut di hadapan kereta Ketua Menteri, Lim Guan Eng Ahad lalu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau. Guan Eng dilantik sebagai Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Umum 2008. Rizuad berkata, Guan Eng mampu meluangkan masa untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0 sebagai membantah projek Lynas di Gebeng, Pahang demi modal politiknya. "Guan Eng didapati mengambil kesempatan dalam perhimpunan itu untuk berucap sambil memperkecilkan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi slogon 1 Malaysia yang dianggapnya sebagai satu pembohongan. "Padahal, beliau sendiri sebagai Ketua Menteri belum menyelesaikan beberapa persoalan yang dikemukakan oleh beberapa badan bukan kerajaan melibatkan masalah penduduk negeri. Tetapi beliau lebih sibuk dengan hal yang berlaku di negeri lain," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini. Beliau meluahkan kekecewaan ini berikutan keengganan Guan Eng memberi respons yang baik ketika meminta untuk berjumpanya bagi membincangkan hal berkaitan penduduk tempatan. "Guan Eng cuba mengalihkan permintaan NGO dengan mendakwa kami adalah orang Umno, padahal beliau sendiri tahu bahawa kami adalah ahli Perkasa. "Perkataan diungkap oleh Guan Eng mencetuskan kemarahan sehingga kami hilang sabar sebelum bertindak mengepung kereta beliau sambil menunjukkan kasut kepadanya," katanya. -SH | IKan kerapu masak taucu Posted: 29 Feb 2012 12:30 AM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Bahan-bahan ( 2 orang ) Dua ekor ikan kerapu dua sudu makan taucu ( sebolehnya basuh dulu taucu tu ya..sebab nanti terlampau masin plak. Air-setengah cawan Gula secukup rasa Dua sudu minyak masak (utk menumis) 5 tangkai cili hijau (boleh tambah kalu suka pedas) 1 tangkai cili besar 4 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2cm halia Cara-cara tumbuk cili hijau, cili besar, bawang merah, bawang putih, halia Goreng ikan kerapu hingga masak (jangan terlalu garing) Tumiskan bahan yang ditumbuk bersama taucu sehingga naik bau lebih kurang 3 minit Masukkan setengah cawan air dan tumis lagi hingga air mendidih. Masukkan gula secukup rasa ya. Garam tak perlu letak dah sebab taucu tu dah masin..saya selalu basuh dulu taucu n tapis guna penapis santan tu.. nak kurangkan masin taucu... Selepas tu masukkan ikan yg dah digoreng tadi. Kacau2 sikit dan bila sos dah agak rata pada ikan, boleh angkat dan hidangkan (boleh taburkan dgn daun sup untuk bau yang menyelerakan) kalau yang kurang rajin nak tumbuk semua bahan2 ni, boleh ja dihiris halus semua bahan2 sos ni) saya suka tumbuk sebab kurang gemar mkn bawnag putih n halia my resepi/- | Anak bermain dengan toksik Posted: 29 Feb 2012 12:25 AM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KEBANYAKAN alat mainan memang nampak menarik, tetapi awas, ada yang mungkin boleh mengundang bahaya kepada anak anda. Ia mungkin bahaya kerana mempunyai bahagian kecil yang mudah tertelan, manakala yang lain pula boleh menjadi penyebab kanser. Kesedaran masyarakat negara ini terhadap keselamatan alat mainan kanak-kanak masih pada tahap rendah. Ini dapat dilihat apabila masih ramai pengguna membeli alat mainan berdasarkan rupanya yang cantik, bentuk yang canggih, warna dan juga mengikut trend semasa. Bagi mereka, alat mainan kanak-kanak adalah medium hiburan dan penjanaan kepada daya imaginasi anak kecil dan tidak mungkin ia boleh mendatangkan bahaya. Walhal sudah pelbagai kemalangan dan bahaya kesihatan yang berpunca daripada alat mainan kanak-kanak dilaporkan dalam media, khususnya antarabangsa. Namun, masih ramai yang memandang ringan. Mereka masih tidak peduli walaupun berita berhubung rampasan dan penarikan balik alat mainan kanak-kanak yang tidak selamat turut tersebar luas di media seperti apa yang berlaku di Victoria, Australia, sebelum sambutan Hari Natal yang lalu. Dilaporkan, lebih 10,000 alat mainan kanak-kanak yang tidak selamat dirampas dan dimusnahkan di Victoria. Senario kurangnya kesedaran masyarakat mengenai kepentingan isu keselamatan alat mainan kanak-kanak, berkemungkinan disebabkan Malaysia baru sahaja menguatkuasakan Peraturan Standard Keselamatan Bagi Mainan Kanak-Kanak berbanding negara maju. Dengan adanya peraturan ini yang dikuatkuasakan bermula 1 Ogos 2010, sedikit sebanyak akan menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan keselamatan alat mainan. Melalui penguatkuasaan ini, semua alat mainan yang dikeluarkan syarikat tempatan atau luar negara diwajibkan menjalani proses penilaian dan pengujian sebelum diletakkan tanda Malaysian Conformity (MC). Menerusi peraturan berkaitan, pengilang, pengimport dan pembungkus semula alat mainan perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan ia selamat dibekal dan dijual di Malaysia. Dalam erti kata lain, semua syarikat yang terlibat dalam aktiviti pembekalan dan penjualan alat mainan kanak-kanak di Malaysia mempunyai tanggungjawab masing-masing bagi mematuhi peraturan ini. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menggerakkan usaha bersepadu dengan melancarkan pelbagai kempen kesedaran menerusi media Massa. Kakitangan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Nur Izza Osman berkata, tidak terlintas dalam pemikirannya bahawa alat mainan yang rendah kualiti boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak. "Saya mengetahui tanda MC selepas menonton iklan berkenaan di televisyen baru-baru ini. Sebelum ini, saya membeli alat mainan berdasarkan kepada tarikan fizikal berbanding melihat sama ada ia mempunyai tanda MC," katanya. Kosmo | Maraton lelaki 100 tahun Posted: 29 Feb 2012 12:15 AM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - FAUJA SINGH menamatkan larian Toronto Waterfront di Kanada sejauh 41.9 kilometer dalam masa lapan jam, 25 minit dan 16 saat baru-baru ini. FAUJA SINGH mengejutkan dunia dengan menyertai larian maraton ketika usianya mencecah 100 tahun. Pelari Britain itu menamatkan maraton Toronto Waterfront di Kanada sejauh 41.9 kilometer dalam masa lapan jam, 25 minit dan 16 saat baru-baru ini. Bagaimanakah pencapaian melangkaui usia itu dapat dilakukan? Padahal kebanyakan daripada kita akan bersyukur sekali gus terkejut kerana masih terus bernafas pada usia satu abad. Menyertai larian maraton pada usia sebegini ibarat nukilan novel sains fiksyen. Namun, realitinya, Singh masih dapat mengatasi lima peserta lain yang lebih muda untuk menamatkan larian di tempat ke-3,850. Dia meletakkan kejayaannya kepada amalan tidak merokok atau minum arak, berfikiran positif dan makan kari halia. Namun, jika hanya semua itu yang diperlukan, jalan-jalan raya akan dipenuhi pelari berusia seabad manakala setiap rumah orang tua memiliki pasukan atletnya sendiri. Pakar perubatan geriatrik menyatakan, rekod yang dicatatkan oleh Singh akan bertahan lama dan sukar untuk diatasi. Larian jarak jauh membebankan tubuh manusia dengan semakin tua seseorang, semakin sukar baginya melakukan aktiviti lasak. Jantung warga tua kurang efisien dalam menyalurkan kitaran oksigen ke seluruh badan. Darah beroksigen yang dipam oleh jantung individu berusia 60 tahun kurang 20 peratus kandungan oksigen berbanding darah pemuda berusia 20 tahun. Selain itu, kekuatan otot merosot dengan ketara apabila seseorang melepasi had usia 70 tahun pada kadar 30 peratus untuk setiap satu dekad. Ligamen dan tendon pula semakin rapuh, menyebabkan warga emas lebih cenderung ditimpa kecederaan manakala paru-parunya menjadi keras dan kurang efisien. Namun, jika keadaan kesihatan warga emas berkenaan baik dan dia kerap melakukan latihan fizikal, kesan penuaan ini dapat diperlahankan. Penjagaan kesihatan yang baik juga membolehkan semakin ramai warga emas terus berlari walaupun usia mereka memasuki lingkungan 80 atau 90 tahun. Bagi golongan ini, Singh ialah seorang wira. "Apa yang cuba disampaikan oleh Singh ialah saya tidak akan membiarkan diri saya dikongkong oleh norma-norma kehidupan," kata pengarah program kebangsaan Pusat Latihan Galloway di Atlanta, Chris Twigg. MELAKUKAN regangan penting sebelum memulakan larian. Luar biasa Tambah Twigg: "Masa memberikan kesan buat kita semua. Tetapi selagi kita berwaspada dengan cara latihan, kita sebenarnya boleh mencapai apa yang orang lain fikirkan mustahil. "Jika mempunyai kesihatan yang baik, kita mampu menghabiskan larian selagi kita bergerak secara perlahan-lahan. "Kuncinya adalah dengan mengurangkan tekanan ketika berjalan untuk mengelakkan keletihan kaki." Twigg turut menasihatkan pelari agar mengurangkan hari latihan dalam seminggu untuk memberi ruang kepada badan berehat. Majikan Twigg, bekas atlet sukan Olimpik, Jeff Galloway yang merupakan penulis buku Running Until You're 100 menjelaskan bahawa impiannya adalah untuk berlari sehingga dia mencapai usia 100 tahun dan boleh terus menulis sambungan buku itu. Lelaki yang berusia 67 tahun itu telah melatih mereka yang berusia 70-an dan ramai yang berjaya menghabiskan larian maraton. Namun, dia mengakui bahawa peluang untuk mencapai angka 100 tahun tanpa sebarang penyakit dan kekal sihat untuk menamatkan larian jauh adalah sesuatu yang sukar. "Mesej yang disampaikan melalui kajian kami adalah 'gunakannya atau biarkan ia hilang'," kata Galloway. Dr. Sharon Brangman yang merupakan Pengerusi Persatuan Geriatrik Amerika percaya bahawa Singh adalah antara warga emas luar biasa yang muncul pada ketika ini. "Dia benar-benar seorang yang luar biasa. Maraton adalah antara punca utama yang memberikan tekanan kepada tubuh. "Ketika usia 100 tahun kebanyakan manusia boleh mencapai jarak 10 meter sahaja. Mustahil untuk menamatkan maraton. Tambah Brangman, maraton sebenarnya memberikan banyak tekanan kepada jantung walaupun kepada orang muda. Pelari muda juga boleh terlibat dengan kecederaan fizikal yang lain sebelum sistem endorfin mereka mula bekerja untuk larian. Kosmo | Abim gesa henti keganasan politik Posted: 29 Feb 2012 12:08 AM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 29 Feb: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) ingin melahirkan kesal dan kecewa dengan beberapa insiden keganasan politik yang berlaku semenjak kebelakangan ini. Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, berdasarkan dari pengamatan pihak Abim, gejala keganasan politik itu tampak semakin menggejala terutama sekali dalam suasana teka-teki tarikh Pilihanraya Umum ke-13 yang semakin rancak diperkatakan. "Insiden-insiden bermotif politik semakin kerap berlaku kebelakangan ini seperti mengganggu ceramah dan penerangan politik, mengakibatkan kecederaan fizikal dan kemusnahan harta benda, serta memecah masuk premis dan rumah tokoh politik, telah menyorot perhatian dan mencetuskan kebimbangan para pengamat politik serta rakyat secara umumnya," ujarnya dalam satu kenyataan. Ini, katanya jelas menunjukkan ketidakmatangan budaya politik di peringkat akar umbi dan keluhuran demokrasi. Beliau berkata, tambah mendukacitakan perkembangan itu terjadi ketika negara sedang menyaksikan keterbukaan wacana politik di kalangan para pemimpin serta parti-parti politik di negara ini. Menruutnya, insiden-insiden keganasan politik yang berlaku kebelakangan ini seharusnya menyedarkan para pemimpin politik bahawa para pendukung politik di peringkat akar perlu dididik serta dilatih, untuk mengamalkan budaya politik terbuka serta matang. Dalam erti kata lain, ujarnya gagasan serta idealisme politik yang sering dicanangkan oleh para pemimpin politik tidak ubah sebagai retorik kosong semata-mata sementelahan amalan politik akar umbi terus-terusan dizahirkan menerusi kebobrokan akhlak, gejala fitnah memfitnah yang mengaibkan seteru politik, keganasan, caci maki dan ugutan. Justeru, katanya Abim menyeru pimpinan politik supaya mendidik serta mengawal perilaku serta akhlak tindak tanduk politik para penyokong masing-masing agar menjunjung tinggi prinsip Kedaulatan Undang-undang sepertimana yang digariskan dalam Rukun Negara. Beliau menambah, selain integriti kepimpinan politik, amalan demokrasi yang positif turut menekankan peri pentingnya budaya kepengikutan yang bersandarkan nilai-nilai moral dan keagamaan yang menghormati tidak sahaja kawan tetapi juga lawan. "Abim berharap agar insiden-insiden ini tidak berulang di masa hadapan taktala negara sedang meniti detik-detik getir menjelang Pilihanraya Umum Ke-13. "Kita tidak mahu insiden-insiden keganasan politik yang sering berlaku di luar Negara menggejala lantas mencemarkan kestabilan, keamanan dan keharmonian negara kita," katanya lagi. Justeru, tambah beliau Abim menggesa agar pihak berwajib memelihara hak-hak bersuara serta berhimpun seperti yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan serta mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan keganasan politik secara adil dan tanpa memilih bulu. Sesungguhnya, kata beliau rakyat sudah jelik dengan amalan politik 'matlamat menghalalkan cara' yang semakin berleluasa dan menyeru semua pihak memainkan peranan untuk membawa rakyat kembali berpegang kepada prinsip 'Negara Barakah' yang menjunjung tinggi prinsip, nilai akhlaq serta etika dan moral. Harakah Daily | Mahathir tak perlu gelabah, kaitkan orang lain Posted: 29 Feb 2012 12:05 AM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 29 Feb: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihat tidak gelabah sehingga menuding jari kepada orang lain berhubung desakan audit dijalankan ke atasnya ekoran kerugian hampir RM100 bilion dana awam di zamannya. Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohamad Nor berkata, tindakan gelabah Dr Mahathir itu hanya memperlihatkan diri beliau semakin tersepit dengan desakan itu. "DPPM merasakan Tun Dr Mahathir berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Beliau seharusnya bertenang... beliau tidak seharusnya merasa panik dengan cadangan tersebut kerana ia boleh menyelesaikan isu yang berbangkit," katanya. Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir hari ini yang mahu sebarang siasatan audit berhubung kerugian dana awam semasa pemerintahan 22 tahunnya, mesti juga membabitkan siasatan ke atas semua mereka yang bergelar Tun, atau bekas perdana menteri. Desakan audit terhadap Dr Mahathir itu sebelum ini dicadangkan penasihat DAP Lim Kit Siang Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas desakan pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang. Mengulas lanjut, Riduan berkata kenyataan Dr Mahathir hari ini itu sebagai mengalih pandangan dan cuba mengaitkan pemimpin negara yang pernah dan sedang berada di puncak kuasa supaya mereka juga turut disiasat. Katanya lagi, ini termasuklah Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai bekas Perdana Menteri serta Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini menjadi Perdana Menteri. "Datuk Seri Najib adalah anak kepada Tun Abdul Razak, Perdana Menteri yang kedua. Ia seakan memberi mesej bahawa kesemua mereka perlu diaudit dan disiasat secara terperinci kerana turut terbabit dengan dakwaan kerugian dana awam bernilai RM 100 bilion di bawah pemerintahannya. "Ia juga sebagai suatu peringatan bahawa kesemua mereka juga bermasalah dan perlu disiasat seperti mana beliau," kata Riduan lagi. Sambil menyokong audit dijalankan terhadap Dr Mahathir, beliau juga menasihatkan bekas perdana menteri itu bersedia dinilai oleh rakyat. Lagipun kata Riduan, dakwaan terhadap Dr Mahathir itu membabitkan dana rakyat dan negara dan jumlahnya terlalu banyak, iaitu RM100 bilion yang boleh menyebabkan negara menjadi muflis dan rakyat papa kedana. "Tun Dr Mahathir tidak perlu risau dengan cadangan ini dan pelaksanaannya nanti sekiranya beliau benar tidak bersalah," tegasnya. Harakah Daily | Krisis Syria bunuh lebih 7,500 Posted: 28 Feb 2012 11:50 PM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - NEW YORK - Lebih 7,500 orang telah terbunuh di Syria sejak pasukan keselamatan melancarkan pendekatan keras terhadap kumpulan-kumpulan yang memberontak sepanjang setahun lalu,kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Penolong Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Politik, Lynn Pascoe berkata, terdapat laporan-laporan berwibawa mengatakan lebih 100 orang awam mati setiap hari. "Ada laporan-laporan yang berwibawa mengatakan angka kematian kini melepasi 100 orang setiap hari, termasuk wanita dan kanak-kanak," kata beliau. "Sudah pasti jumlah kematian setakat ini sudah melebihi 7,500 orang," kata beliau dipetik laporan BBC. Kerajaan Syria berkata, sekurang-kurangnya 1,345 anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam usaha menangani kumpulan-kumpulan bersenjata dan pengganas dan menurutnya seramai 2,493 orang awam turut terbunuh setakat ini. Kebangkitan rakyat menentang kepimpinan Presiden Bashar al-Assad. Di Washington, Setiausaha Negara Hillary Clinton mendakwa Bashar memang layakn untuk dikategorikan sebagai penjenayah perang. sinar harian/- | Cipta pesawat di atas bumbung rumah Posted: 28 Feb 2012 11:40 PM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - PESAWAT buatan sendiri yang dicipta oleh Li Jungchun dilihat berada di atas bumbung rumahnya di Kampung Xiahe semalam. KAMPUNG XIAHE, China - Seorang petani berusia 58 tahun, Li Jingchun mencipta pesawat buatan sendiri di atas bumbung rumahnya di sini. Dia menyembur cat pada badan pesawat itu yang sepanjang 5 meter (m) dan lebar 1.5m. Kebanyakan badan pesawat itu diperbuat daripada barang kitar semula dengan kos lebih 40,000 yuan (RM19,136). - Reuters | Nasib ‘lelaki buih’ Posted: 28 Feb 2012 11:30 PM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - HYDERABAD: Seorang lelaki berusia 62 tahun yang digelar 'lelaki buih' kerana badannya yang dilitupi ketumbuhan mendedahkan bagaimana dia dilayan lebih buruk daripada haiwan terbiar oleh orang ramai. Tubuh Mohammad Umar mula mengalami ketumbuhan pada tangannya ketika dia berusia 14 tahun dan sejak itu tumor tidak berbahaya berkenaan merebak secara perlahan-lahan ke seluruh anggota tubuhnya. "Saya lelaki baik. Dan saya boleh bekerja keras. Tetapi paras rupa saya menjadi masalah kepada orang ramai. Tidak ada orang yang suka melihat saya atau mendekati saya. Ia memusnahkan kehidupan saya," kata Mohammad. Mohammad yang berasal dari Hyderabad, India, dilahirkan sihat. Ibunya mempunyai ketumbuhan pada tangannya tetapi tidak di tempat lain. Tanpa disedari, wanita itu menurunkan penyakit yang lebih agresif kepada anaknya. Ibu Mohammad meninggal dunia pada 2001. "Saya dilahirkan dengan kulit yang lembut dan licin. Saya tidak tahu apa yang tumbuh pada tubuh saya ketika berusia 14 tahun. Tetapi ibu saya menyedari ia sama dengan yang ada pada tangannya dan membawa saya berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Tetapi, lama kelamaan, keadaan Mohammad bertambah teruk. Ketika berusia 20 tahun, tumor tumbuh secara rambang di beberapa bahagian badannya. "Saya tahu ia akan bertambah teruk. Saya sedar ia akan menjadi mimpi buruk bagi saya," katanya. Doktor memberitahu dia boleh menurunkan penyakit itu kepada anaknya jika dia berkahwin. "Doktor tidak memberi jaminan tetapi ia mungkin berlaku. Ia menghantui kehidupan saya selama beberapa tahun. Saya tidak pasti sama ada saya akan berkahwin," katanya. Tetapi akhirnya, dia berkenalan dengan Farhat-un-Nisa, 45. Mereka bercinta dan berkahwin, Farhat tidak pedulikan penyakit suaminya ketika itu. "Mohammad lelaki yang baik dan pemurah. Keluarga saya memberi amaran mengenai masa depan saya yang akan menjadi rumit jika penyakitnya bertambah teruk. Mereka mendapatkan nasihat doktor bagi pihak saya. Tetapi saya tidak mempedulikannya," kata Farhat. Pasangan itu dikurniakan dua anak dan kedua-duanya membesar tanpa mewarisi penyakit Mohammad. Bagaimanapun, lama-kelamaan, Farhat hanya boleh melihat seluruh tubuh suaminya dilitupi tumor besar yang gatal. "Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Doktor berkata penyakitnya tidak boleh diubati. Ia mengubah sikap suami saya. "Dulu dia begitu bahagia tetapi selepas itu dia menjadi begitu takut. Kami berusaha keras untuk hidup dan membesarkan anak kami," kata Farhat. Dalam pada itu, Mohammad dipecat daripada jawatan sebagai pembantu bagasi di sebuah stesen kereta api tempatan. Dan sejak itu, tidak ada orang yang bersedia untuk mengambilnya bekerja. - DM | Indeks kemiskinan Kelantan 4.8, Sabah 19.2 Posted: 28 Feb 2012 11:29 PM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KOTA BHARU, 29 Feb: Laporan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri menjelaskan indeks kemiskinan di Kelantan 4.8 iaitu lebih rendah berbanding Perlis (6.0), Kedah (5.3) dan Sarawak (5.3). Bahkan jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Sabah yang mencatat paling tinggi iaitu 19.2. Laporan itu berdasar Jadual 6, Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri Malaysia 1970-2009. Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, sekiranya dibuat perbandingan, nyata sekali Kelantan bukannya negeri termiskin. "Apakah Perdana Menteri tidak diberi maklumat yang betul sedangkan Unit Perancang Ekonomi berada di bawah dagunya sendiri melaporkan sebaliknya. "Atau sememangnya Dato' Seri Najib sengaja mengundang kemarahan rakyat Kelantan dengan melontarkan penghinaan sebelum ini," katanya di sini. Ketika berucap merasmikan Mini Estet Sejahtera di Kampung Nala, Lahad Datu di Sabah pada 18 Februari lalu Perdana Menteri menyifatkan Kelantan sebagai negeri yang termiskin di Malaysia. Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, Pengarah Sektor Pembangunan Manusia Bank Dunia (Asia Timur dan Pasifik), Emmanuel Jimenez turut mengesahkan Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia. Katanya, kenyataan itu dibuat berdasar kepada kajian yang dibuat dan pada pengamatannya Sabah dijangka terus kekal sedemikian dalam tempoh agak lama berdasar perkembangan ekonominya sekarang. Menurut beliau fakta tersebut bukan bertujuan menghina Sabah, sebaliknya pelbagai masalah melanda negeri itu termasuk kebanjiran warga asing di bawah kerajaan BN sekarang. Selain itu skandal pemberian kad pengenalan dikatakan begitu berleluasa sekali. "Rakyat Kelantan tidak boleh menerima penghinaan seorang Perdana Menteri yang mengeluarkan kenyataan tanpa berasaskan kepada fakta. "Apakah lawatan Datuk Seri Najib ke Kelantan pada 2 Mac ini cuba mengulangi penghinaan serupa," katanya. Menurutnya tidak wajar sama sekali seorang Perdana Menteri melontarkan penghinaan sebegini kepada sebuah negeri yang termaktub dalam perlembagaan berada di bawah persekutuan Malaysia. Kata Abdul Latif juga kerajaan BN meninggalkan pentadbiran Kelantan pada 1990 dengan hutang sebanyak RM700 juta. Selain itu dinafikan pelbagai hak termasuk royalti minyak. "Kami menuntut agar Perdana Menteri menarik balik kenyataannya sebelum ini dan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Kelantan di atas penghinaan tersebut," ujarnya. Harakah Daily | Lantik Khairy bawa Bumiputra ke belakang - Khalid Ibrahim Posted: 28 Feb 2012 11:25 PM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - SHAH ALAM, 29 Feb: Pelantikan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah membawa bumiputra ke belakang, kata bekas pengasannya, Tan Sri Khalid Ibrahim. Ini kerana, fahaman dan kepentingan politik menjadi asas kepada pelantikan ke jawatan profesional ini, kata beliau. Ketika Bumiputera digalakkan untuk meningkatkan standard profesionalisme setanding yang terbaik di dunia, pelantikan Khairy Jamaluddin ini jelas menunjukkan fahaman politik adalah menjadi kriteria utama untuk dilantik ke jawatan tertinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan, bukannya berdasarkan kemampuan dan pengalaman. "Sebagai salah seorang pengasas PUNB – sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad di mana saya telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) – saya berbangga dengan pencapaian PUNB yang selama ini diterajui profesional yang berkebolehan," katanya. Menurut Khalid, walaupun peringkat pengubal dasar terdiri daripada ahli ahli politik tetapi mereka tidak campur tangan dalam operasi. Malah Ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada golongan profesional berpengalaman yang tidak mempunyai kepentingan politik atau kumpulan berkaitan dengan politik. Bagi Khalid, kumpulan profesional Bumiputera ini telah bekerja keras untuk membawa PUNB hingga ke tahap sekarang ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sepatutnya mensia-siakan usaha mereka ini dengan melantik Khairy Jamaluddin yang tidak berkeupayaan dan tidak berpengalaman menguruskan badan korporat yang sudah berjaya, tegas Khalid yang kini adalah Menteri Besar Selangor. Bagi beliau, Perdana Menteri sekali lagi gagal mengutamakan antara kepentingan dengan profesionalisme. Menurut Khalid, tindakan Perdana Menteri ini bukan petanda baik kepada kaum Bumiputera dan Malaysia khasnya. Bagi pembangunan negara, pemimpin sepatutnya melihat dalam konteks lebih luas dan berfikir di luar fahaman politik di mana ciri-ciri ini telah diketepikan menerusi pelantikan Khairy Jamaluddin ini, katanya. Harakah Daily | Keajaiban Doa, Selamat Dari Maut Posted: 28 Feb 2012 11:15 PM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Malam itu ada seorang laki-laki muda datang ke Rumah Amalia. Dia menceritakan bahwa dirinya bukanlah orang yang taat beragama. Sholatnya suka bolong-bolong. Semuanya menjadi berubah ketika satu hari dia mengalami kecelakaan di fly over Kebayoran lama. Motor yang ditumpangi disruduk oleh metromini. Dia mengalami koma beberapa hari. Istrinya dengan setia menungguinya dirumah sakit. Katanya, Awalnya istrinya tidak percaya, setelah beberapa hari pingsan. Namun ada keajaiban bahwa dirinya bisa tersadar. Dokter terheran dan mengatakan pemeriksaan dan diagnosis terbaru menunjukkan bahwa otaknya sama sekali tidak mengalami gegar. "Kondisi anda sekarang dalam keadaan normal" Kata dokter itu. Teman itu terkejut, hampir tak percaya atas perkataan dokter, dia tidak kuasa membendung air matanya yang meleleh karena kebahagiaan. dia itu bertanya sekali lagi apakah yang didengarnya adalah benar. Dokter mengatakan semuanya benar. ia memanjatkan syukur alhamdulillah kepada Allah yang berkenan menyembuhkan dirinya, hal itu berkat doa keluarga dan anak-anaknya yang setiap hari mendoakan dirinya ketika koma di rumah sakit. karena kebiasaan dirinya telah bershodaqoh dan berbuat baik pada sesama. Sejak itu dia berjanji bukan hanya selalu mengasihi dan menyayangi keluarga dan berbuat baik pada sesama namun juga akan meningkat ibadahnya seperti sholat lima waktunya lebih tertib. http://agussyafii.blogspot.com/ | Untuk apa Isa belanja RM352,687? Posted: 28 Feb 2012 11:13 PM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 29 Feb: Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak) mencabar Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad menjelaskan perbelanjaan berjumlah kira-kira RM352,687 untuk tiga programnya awal tahun lalu. Menurut Presiden Anak, Mazlan Aliman, ketiga-tiga program iaitu di Felda dalam Dun Tenang, Johor, Felda Lawin Selatan, Lenggong, Perak dan Felda Jengka 22, Pahang melibatkan pemberian buku "Najib Perdana Menteri Malaysia ke-6" kepada peserta. Program di Dun Tenang melibatkan kos RM118,750, di Felda Lawin Selatan sebanyak RM91,437 dan Felda Jengka 22 sebanyak RM142, 500. "Di Felda Lawin Selatan merupakan program Gerakan Persatuan Wanita (GPW) dan di Felda Jengka 22 merupakan program pengerusi Felda dengan GPW dan Feldawati. "Bayangkan buku 'Najib Perdana Menteri Malaysia ke-6' diberi dengan belanja yang begitu besar. Kita persoalkan kewajaran kos ini. "Kita cabar Tan Sri Isa Samad buat penjelasan program ini menggunakan duit siapa," kata Mazlan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini. Selain itu, Mazlan turut mempersoal tindakan Yayasan Felda memberikan projek secara runding terus kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) CCM Pharmaceuticals untuk program pemberian multivitamin kepada jemaah haji Malaysia tahun lalu. CCM Berhad merupakan peneraju utama kepada pembangunan produk halal dalam industri farmaseutikal di Malaysia. Syarikat ini juga adalah salah satu daripada anak syarikat di bawah naungan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pemberian multivitamin "proviton" dan vitamin C "flavettes suger free 500mg melibatkan 27, 900 orang bakal jemaah haji Malaysia berjumlah RM1,590,300. "Kita mohon penjelasan daripada Tan Sri Isa Samad sebab projek ini adalah projek di bawah Yayasan Felda dan Isa Samad sebagai pengerusinya. "Isunya kenapa projek ini diberi secara runding terus dan siapakah mereka di sebalik projek ini?" soalnya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat. Harakah Daily | Negeri ini tidak ada polis? Menteri KDN sila letak jawatan! Posted: 28 Feb 2012 11:09 PM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Sejak akhir-akhir ini kita dengar semakin banyak program anjuran Pakatan Rakyat telah diganggu terutama oleh samseng Umno. Di Pulau Pinang kita dengar semalam samseng Umno dan sayap mereka Perkasa mengganas dalam program Himpunan Hijau. Ceramah Pakatan di Kuantan juga diamuk oleh samseng Umno semalam. Sebelum ini di Shah Alam beberapa kali program bukan Umno diceroboh dengan jayanya, ala samseng tanpa sekatan dan tidak takut-takut. Di Johor, di Semberong dan Kulai umpamanya, samseng Umno juga berleluasa boleh mengamuk sewenang-wenangnya tanpa halangan. Itu hanya beberapa kes. Kita percaya amukan samseng ini akan terus bermaharajalela, kerana ia seolah-olah mendapat lesen besar! Orang Umno menumbuk orang sudah menjadi kelaziman sekarang ini. Apa yang menjadi kerunsingan semua, apakah agensi keselamatan kerajaan sekarang sudah tidak berfungsi? Apakah pihak keselamatan, apabila di atas nama Umno mereka halalkan atau butakan mata? Berapa juta wang rakyat yang digajikan untuk membiayai pasukan polis demi memelihara keselamatan dan mempertahankan undang-undang, kenapa jenayah samseng politik ini terus-terusan dibiarkan? Apakah apabila orang Umno yang mengamuk, bermakna tindakan mereka menjadi halal? Apakah warganegara yang sah di negara ini hanya Umno dan konco-konconya? Kita bukanlah bias atau prejudis, tetapi kebanyakan kes dan insiden yang dilaporkan, mendapati polis seolah-olah tidak berbuat apa-apa untuk menghalang keganasan. Sudahlah kes jenayah semakin hari semakin menggerunkan, samseng politik ini juga diabaikan? Kepada siapa lagi rakyat Malaysia mahu mengadu jika sikap polis sendiri tidak mahu benar-benar menjaga ketenteraman? Kenapa mahu dibiarkan sehingga masyarakat akhirnya akan memandang rendah kepada institusi polis dan profesionalisme mereka? Dulu semasa Pak Lah menjadi PM, ada dicadangkan Suruhanjaya pembaikan polis atau IPCMC. Tujuan untuk membaiki perkhidmatan pasukan itu. Polis berada di bawah bidang Kementerian Dalam Negeri. Pak Menteri buat apa dengan kes samseng yang semakin galak ini? Apakah Pak Menteri dibayar gaji dengan wang rakyat hanya untuk membisukan isu-isu samseng Umno ini? Kita faham, samseng-samseng Umno menjadi "kepanasan" ketika ini kerana dibakar oleh pimpinan mereka sendiri yang saban hari ucapan mereka seolah mahu melancarkan "perang" lagaknya. Tetapi pemimpin atasan Umno itu mungkin cerdik sedikit dan faham demokrasi kerana ucapan yang berapi-api itu ialah sebagai propaganda menjelang pilihan raya. Tetapi bagaimana dengan Umno akar umbi ini? Sepatutnya api perkauman dan kepartian inilah yang mesti Pak Menteri ambil tindakan membendung sebelum semakin marak sehingga boleh mengundang bencana. Kita faham Pak Menteri yang jaga polis juga merupakan pemimpin Umno. Tetapi pengasingan tugas dan kuasa mesti jelas. Sebab itu merupakan amanah. Kita tidak nafikan mungkin pihak kementerian atau polis berusaha juga secara senyap-senyap. Tetapi kenapa semakin hari keadaan semakin membimbangkan? Malaysia mahu dinobatkan sebagai negara maju pada tahun 2020, tetapi bagaimana dengan status ketenteramannya? Tidakkah Pak Menteri terasa keresahan dan denyut nadi rakyat yang cemas pada ketika ini kerana samseng Umno sangat berkuasa? Pak Menteri sepatutnya jangan leka sehingga membiarkan undang-undang rimba berleluasa seperti zaman dulu di mana "orang samseng dan kuat menjadi raja". Akan tetapi jika Pak Menteri lemah, tidak berupaya dan memandang sebelah mata sahaja dengan gelagat samseng Umno ini, baiklah letak jawatan. Kerana kamu tidak mampu lagi sebenarnya menjaga keselamatan dan ketenteraman negara ini! Harakah Daily | Jabatan Pelajaran arah guru sertai Himpun Posted: 28 Feb 2012 11:06 PM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU, 29 Feb: Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Terengganu diarahkan pihak tertentu memaklumkan kepada semua pengetua dan guru besar sekolah agar menghantar sekurang-kurangnya 10 orang guru setiap sekolah menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Selamatkan Akidah. (Surat arahan rasmi daripada JPN Terengganu kepada Pengetua dan Guru Besar agar menghantar 10 orang guru bagi setiap sekolah menyertai Himpunan Sejuta Umat di Stadium Negeri Terengganu pada 25 Februari lalu.) Arahan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Zakariah Ali bagi pihak Pengarah JPN negeri serta disalinkan kepada Timbalan Pengarah Pelajaran pada tarikh 19 Februari lalu. Program tersebut diadakan pada 25 Februari 2012 di Stadium Negeri, Batu Burok, Kuala Terengganu dengan ucaptamanya oleh bekas ahli PAS yang dipecat, Datuk Dr Hasan Ali. Harakah dimaklumkan, sebanyak 12 buah sekolah menengah dan 16 buah sekolah rendah di sekitar daerah Kuala Terengganu terlibat dengan program tersebut. Seorang guru dari sebuah sekolah menengah Guru diarah sertai Himpun yang enggan disebut namanya berkata arahan kepada guru-guru agar menyertai program Himpun diterima beberapa hari lalu. Katanya, arahan tersebut mengkehendaki agar Pengetua dan Guru Besar mempastikan kehadiran guru-guru berkenaan ke majlis Himpun Sejuta Umat di Stadium negeri Terengganu. "Saya akan pergi program ini tetapi harap bukan jadi program politik Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menghentam pihak lain seperti PAS dan Pakatan Rakyat. "Sebab, ini menampilkan penceramah politik yang telah dipecat oleh sebuah parti politik tanah air ini," ujarnya ketika ditemui Harakah. Rakannya, juga seorang guru di sekolah rendah yang enggan disebut nama menyokong pandangan agar program Himpun tidak dijadikan medan politik pihak tertentu. Bahkan, katanya penganjur perlu mempastikan agar tidak berlaku cetusan isu perkauman bagi menakutkan orang bukan Islam. "Kita tidak mahu program Himpun yang mengerahkan guru-guru dan jabatan-jabatan lain ini menjadi pentas politik pihak tertentu untuk menghentam pihak tidak sehaluan dengan kerajaan. "Kita tidak mahu Himpun jadi seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang bersifat rasis dan perkauman," tegasnya yang turut menerima arahan ke program Himpun. Menurut beliau, jika tidak mendapat arahan dan secara sukarela sudah pasti program anjuran Himpun kurang mendapat sambutan rakyat kerana ianya mempunyai agenda pihak tertentu. Harakah difahamkan, semua banting dan banner Himpun diberikan 'keistimewaan' tidak dikenakan pelekat atau permit lesen oleh pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Harakah Daily | 8 Askar Guatemala Terbunuh Dalam Nahas Helikopter Posted: 28 Feb 2012 11:00 PM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - GUATEMALA CITY: Lapan anggota Tentera Udara Guatemala terbunuh apabila helikopter yang dinaiki terhempas dalam kawasan hutan berdekatan sempadan Mexico, malam Selasa. "Lapan anggota Tentera Udara, enam krew dan dua juruterbang berada dalam helikopter itu," kata Gabenor wilayah Peten, Henry Amezquita. Berdasarkan maklumat awal, helikopter itu terhempas dekat kawasan Chacalte, di San Luis Peten, kira-kira 500 kilometer utara Guatemala City. - AFP | Aktivis hina Raja Thai dipenjara 7 tahun Posted: 28 Feb 2012 10:50 PM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - BANGKOK - Seorang aktivis politik di Thailand, semalam dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun setengah dalam siri dakwaan terbaru di bawah undang-undang menghina sistem pemerintahan beraja (lese majeste) di negara itu. Surachai Danwattananusorn disabit bersalah oleh Mahkamah Jenayah di Bangkok kerana menghina Raja Bhumibol Adulyadej dalam beberapa ucapan kepada penyokong kumpulan Siam Merah pada 2008 dan 2010. Dalam satu kenyataan, peguam belanya memaklumkan beliau akan mengemukakan rayuan kerana menganggap kes tersebut sebenarnya bermotifkan politik. Kumpulan Siam Merah adalah salah satu cabang gerakan Baju Merah yang setia menyokong bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra selepas dia digulingkan dalam satu rampasan kuasa pada 2006. sinar harian/- | PKR perbetul lokasi pasaraya NFC di Singapura Posted: 28 Feb 2012 10:45 PM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 29 Feb: PKR hari ini memperbetul kesilapan berhubung lokasi Farmhouse Supermarket yang didakwa dimiliki bersama oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beroperasi di Star Vista Mall, Singapura. Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan berkata lokasi sebenar pasaraya yang berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) itu adalah di Rochester Mall yang terletak di Rochester Drive. Jelasnya, kedua-dua pusat membeli-belah itu terletak berdekatan di antara satu sama lain dan petugasnya yang membuat pengesanan itu telah berkunjung ke lokasi yang salah. "Saya memandang berat kesilapan ini dan telah berhubung dengan rakyat Malaysia di Singapura yang banyak membantu. "Semakan pada pagi ini mendapati bahawa Farmhouse Supermarket akan beroperasi di Rochester Mall bersebelahan dengan Star Vista," katanya. Beliau berkata demikian sebagai merespon kepada penafian oleh CapitalMall bahawa kompleks membeli belah Star Vista yang sedang dimajukan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Farmhouse Supermarket Pte Ltd yang dimiliki keluarga Shahrizat. Menurut Rafizi, Farmhouse Supermarket menyewa unit-unit bernombor #02-08 hingga #02-35 di kompleks membeli belah yang dibangunkan bersama-sama kondominium mewah di alamat 35, Rochester Drive, Singapura. Projek itu katanya dibangunkan oleh pemaju UE One-North Developments Private Limited. "Semakan di laman rasmi Rochester Mall jelas menyenaraikan Farmhouse Supermarket sebagai salah satu penyewa mereka, seperti yang dilaporkan di laman http://www.rochestermall.com.sg/#02-08to35 "Maklumat di laman itu juga mengesahkan bahawa Farmhouse Supermarket adalah penyewa terbesar di tingkat 2, berbanding kedai-kedai lain," katanya memperincikan dakwaannya itu. Beliau juga berpendapat, oleh kerana lokasi Rochester Mall adalah bersebelahan dengan Star Vista, anggaran sewa seperti yang didasarkan kepada laporan Competition Commission of Singapore tidaklah banyak berbeza. "saya percaya selain dari kesilapan alamat sebenar kompleks seperti yang saya sebutkan, keseluruhan pendedahan yang dibuat semalam adalah tepat. "Kenyataan Datuk Seri Salleh Ismail yang disiarkan oleh The Malay Mail bertarikh 29 Februari 2012 juga mengesahkan bahawa NFC tidak menafikan kewujudan pasaraya mewah ini, malah masih mempertahankan hak mereka untuk menceburi apa-apa perniagaan yang mereka rasa sesuai," tegasnya sambil menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada CapitalMall dan NFC atas kesilapan fakta yang berlaku. Harakah Daily | Mangsa ribut tergamam bumbung terbang Posted: 28 Feb 2012 10:41 PM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - SIJANGKANG - "Apabila saya buka pintu rumah, saya lihat sampah sarap bertaburan dan kebanyakan peralatan milik rumah saya dan jiran berterbangan," kata salah seorang mangsa ribut, Mariam Musa kepada Sinar Harian. Mariam berkata, kejadian yang berlaku hanya beberapa minit itu membuatkan penduduk tergamam. Menurutnya, keadaan cuaca sebelum itu tidak menunjukkan tanda ribut akan berlaku. "Kejadian ini menakutkan kerana ia berlaku secara tiba-tiba, ketika kejadian saya sedang berehat di rumah, namun terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat dan lihat banyak kepingan bumbung terbang," katanya. Dalam kejadian Sabtu lalu, 29 rumah di Kampung Sijangkang rosak teruk terutama di bahagian bumbung apabila kebanyakan zink kediaman penduduk diterbangkan angin. Dimaklumkan, kejadian sama berlaku beberapa tahun lalu, namun tidak membabitkan sebarang kerosakan. Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd Karli berkata, buat masa ini, pihaknya masih dalam proses mengumpul maklumat kerosakan bagi memudahkan urusan bantuan kepada mangsa yang terlibat. Katanya, bantuan sama akan diusahakan melalui Yayasan Kelana Ehsan (YKE) bagi mendapatkan dana membantu rumah yang mengalami kerosakan teruk. "Kita juga mengajak pelbagai pihak tampil membantu mangsa," katanya ketika meninjau keadaan rumah mangsa, di sini. Hadir sama, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Dun Sijangkang, Datuk Nordin Selamat. sinar harian/- | Najib Razak yang suka berjanji Posted: 28 Feb 2012 10:41 PM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Sebelum kapal mewah Titanic karam, arkitek kapal tersebut pernah berkata bahawa ianya sangat teguh sehinggakan Tuhan pun tidak dapat menenggelamkannya. Demikanlah kata-kata terakhir yang tercatat dalam sejarah sebagai ungkapan yang penuh ironi. Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memberi jaminan bahawa dari segi fakta saintifik, projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan di Pahang itu selamat. Malah, lebih daripada itu, beliau dengan berani mengatakan nadir bumi itu tidak berbahaya kerana bagi mereka yang menggunakan telefon pintar, mereka terdedah kepada nadir bumi setiap hari. Sebenarnya, ini bukan kali pertama Najib memberikan jaminan beliau terhadap sesuatu hal. Dalam tahun 2011 sahaja, pelbagai jaminan telah diberikan apabila orang ramai bangkit menyuarakan bantahan kepada beberapa isu. Jaminan-jaminan Najib Jaminan-jaminan ini hanya seperti mendodoi bayi tidur. Ia seolah-olah menjadi kata muktamad untuk mematikan segala hujah rasional yang rakyat lontarkan seperti kita ini sudah kembali semula ke zaman kerajaan mengetahui segala-galanya. Sewaktu skandal penyalahgunaan wang pinjaman ternak lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dikendalikan oleh NFCorp untuk membeli kondo mewah mula hangat diperkatakan dahulu, Najib dengan berani tampil ke hadapan mempertahankan keluarga pengarah NFCorp yang mempunyai hubungan rapat dengan seorang Menteri Kabinet dan menjamin tiada sebarang penyelewengan yang telah berlaku. Walau bagaimana pun, laporan media baru-baru ini mendedahkan bahawa pihak polis sendiri telah mengesyorkan supaya para pengarah NFCorp disiasat di bawah tuduhan pecah amanah, salah satu bentuk penyelewengan. Dalam temu ramah dengan media antarabangsa CNN pula, Perdana Menteri pernah menjamin yang tiada kekasaran dan keganasan dilakukan oleh pihak polis terhadap penunjuk perasaan yang menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 pada tahun lalu. Namun, umum mengetahui kepalsuan jaminan itu. Kita dapati yang pihak polis bukan sahaja telah melakukan provokasi melampau, malahan mereka telah mengasari penunjuk-penunjuk perasaan yang terbabit. Kedua-dua contoh ini sahaja sudah memadai untuk menunjukkan bagaimana jaminan-jaminan Perdana Menteri ini tidak ada kredibilitnya. Setiap kali beliau mengutarakan sesuatu pendapat atau jaminan, sudah kita sedia maklum yang beliau bukannya bercakap dalam kapasitinya sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi lebih sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO. Reaksi beliau selama ini adalah langkah terdesak untuk melindungi air muka beliau dan kepentingan politik UMNO-BN. Sebab itu jugalah Najib sanggup merayu undi supaya rakyat memberi majoriti dua pertiga kepada UMNO-BN dalam pilihan raya umum akan datang jika mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi lebih kuasa. Layakkah Najib memberi jaminan keselamatan nyawa manusia? Jadi, wajarkah rakyat yang cerdik mempercayai jaminan Najib berkaitan isu nadir bumi Lynas ini? Sedangkan dalam isu yang lebih mudah difahami seperti NFC dan BERSIH pun beliau boleh 'tersilap' memberi jaminan. Wajarkah dalam isu yang lebih rumit seperti Lynas ini, kita berasa selamat dan yakin tiada sebarang kemudaratan dan kecelakaan akan menimpa penduduk Gebeng dan Kuantan serta seluruh Pahang kelak? Najib tidak ada kelayakan sama ada dari segi saintifik mahu pun kredibiliti untuk memberi keyakinan kepada mana-mana pihak terhadap keselamatan projek itu. Jika disemak latar belakang beliau, tidak dinyatakan yang beliau pernah dianugerahkan apa-apa ijazah dalam bidang sains, biar pun daripada Universiti Curtin sekali pun. Memang ada pakar sains yang mengakui nadir bumi yang telah diproses menjadi cip mikro bagi telefon pintar itu rata-ratanya tidak berbahaya. Namun begitu, yang menjadi kekhuatiran ramai ialah sisa toksik daripada bahan mentah tersebut. Jika tidak dilupuskan dengan betul, sisa-sisa radioaktif inilah yang sebenarnya akan membawa kemudaratan kepada penduduk-penduduk sekitar terutamanya di Gebeng dan kawasan sekitar Kuantan. Kemalangan skala besar boleh berlaku kerana masalah yang kecil sahaja. Loji Chernobyl di Ukraine (dahulu Soviet Union) dahulu telah dikendalikan oleh pakar-pakar nuklear yang terkemuka, namun itu tidak dapat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan ngeri yang memberi kesan kepada lebih 200,000 orang. Selepas siasatan dijalankan, didapati kemalangan tersebut berpunca daripada sesuatu masalah teknikal yang kecil. Australia tolak, Malaysia terima Persoalannya, sanggupkah kita melihat rakyat kita sendiri merana jika apa-apa terjadi kelak? Beberapa faktor seperti bentuk daratan yang dipenuhi dengan sungai dan kepadatan penduduk yang tinggi menjadikan Malaysia calon yang amat tidak sesuai untuk projek pemprosesan nadir bumi. Jika sisa radioaktif itu terserap dalam tanah dan sistem perairan kita, semestinya aktiviti dan kesihatan kita turut terjejas. Projek sebegini memerlukan kawasan yang luas dan tidak berpenghuni. Dengan kata lain, kawasan dengan kepadatan penduduk yang rendah. Dalam hal ini, kawasan gurun amatlah bersesuaian untuk melaksanakan projek nadir bumi ini kerana sisa-sisa radioaktif dapat dilupuskan tanpa membahayakan kesihatan orang ramai. Sudah tentu Australia dilihat sebagai lokasi yang ideal untuk membangunkan projek Lynas. Justeru, cukup musykil apabila Australia sendiri menolak tawaran Lynas dengan tidak membenarkanya beroperasi di negara itu. Penolakan oleh Australia itu sepatutnya sudah cukup untuk rakyat Malaysia bangkit menentang Lynas daripada beroperasi di negara kita. Jika berlaku sesuatu bencana yang amat buruk dan ngeri, apakah yang dapat Najib jamin pada saat itu? Janganlah kita jadikan kata-kata jaminan Najib itu sebagai satu lagi kata-kata terakhir yang penuh ironi apabila nyawa rakyat bakal terjejas akibat radiasi kelak. Harakah Daily | Kelas seni menghias haiwan yang diawet Posted: 28 Feb 2012 10:30 PM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - SEORANG pelajar meletakkan gitar mainan di celah kaki seekor tikus yang telah diawet. BROOKLYN, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah kelas seni yang mengajar menghias haiwan yang telah diawet dibuka kepada orang ramai di kawasan kejiranan Gowanus di sini. Kelas selama empat jam itu mengajar pelajar cara untuk menghias haiwan yang telah diawet dengan memakaikan pakaian. Para pelajar juga diajar cara untuk menjadikan tikus yang telah diawet duduk dan membuat gaya seperti manusia. Seni itu amat popular semasa zaman pemerintahan Ratu Victoria di Britain. Kelas itu diajar oleh seorang artis tatu, Susan Jeiven.- Agensi | Hanya 15 meter dari rumah Posted: 28 Feb 2012 08:59 PM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - PARIT - Perasaan gusar pemilik rumah berhampiran Sungai Perak di Kampung Dusun Hulu Parit, di sini, masih belum reda apabila kawasan tebing sungai itu semakin rebak hari demi hari. Seorang penduduk, Mior Ahmad Najmi Mior Arif, 38, berkata, kawasan tanah rebak itu begitu hampir dengan rumah ibu mertuanya. Menurutnya, jarak antara tebing sungai dengan rumah ibu mertuanya hanya 15 meter sahaja. "Masalah hakisan ini sudah berlaku sejak dua tahun lalu. Jika dahulu jarak antara tebing dengan rumah masih jauh tetapi sekarang hanya beberapa meter sahaja," katanya. Mior Ahmad berkata, kini tebing itu hanya bergantung kepada sebatang pokok besar yang ada di tepi sungai berkenaan. "Kita lihat bahagian atas masih ada tanah tetapi di bawahnya sudah kosong dan tidak mustahil jika pokok ini terbalik, akibatnya kawasan tebing ini akan terus runtuh. "Sekarang ia hanya bergantung kepada sokongan akar sahaja dan boleh tumbang bila-bila masa sahaja," katanya. Sementara itu, katanya, apabila tiba musim hujan keadaan menjadi semakin teruk kerana hakisan semakin cepat. "Saya khuatir rumah mak mertua saya akan turut sama terhakis jika tidak ada sebarang tindakan diambil," katanya. Tambahnya, pihak berkenaan perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah itu agar keselamatan penduduk terjamin. "Jangan biarkan perkara ini terlalu lama kerana khuatir ia akan menyebabkan ibu mertua saya kehilangan rumahnya," katanya. Sinar Harian | Empat nelayan nyaris maut selepas bot terbalik Posted: 28 Feb 2012 08:56 PM PST 7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - PENAGA - "Lima minit berpaut pada perut bot karam dirasakan cukup lama. Apa yang mampu dilakukan ialah saling memanggil nama masing-masing supaya tidak leka." Demikian ujar Johari Tajuddin, 29, seorang daripada empat nelayan yang mengalami detik cemas selepas bot dinaiki terbalik dan karam diseret tali pukat oleh sebuah bot pukat tunda berhampiran Perairan Mukahid, Teluk Bahang, tujuh batu nautika dari pantai Kampung Sungai Tembus di sini, dua hari lalu. Dalam kejadian pukul 6.30 pagi Ahad lalu itu, mangsa menaiki bot bersama dua rakan sekerja dan pemilik bot dalam perjalanan memukat ikan di kawasan berkenaan selepas bertolak dari pangkalan Kampung Sungai Tembus, hampir 45 minit sebelumnya. "Kejadian berlaku ketika saya memasang paip menyambung minyak petrol ke injin selepas berhentikan seketika bot di kawasan itu, manakala Shahidan Mat, 22 dan Ong Tee Kian, 19, serta pemilik bot, Zwkifli Ahyak, 52, menikmati sarapan di haluan bot. "Tiba-tiba kipas injin dikesan tersangkut pada tali pukat milik sebuah bot pukat tunda yang sedang memukat di kawasan itu," katanya. Johari berkata, ketika itu bahagian bot fiber sepanjang enam meter itu mula tenggelam sementara bahagian hadapannya mendongak menyebabkan rakan sekerjanya menggelongsor ke belakang sebelum mereka terjatuh ke laut. Bapa kepada dua anak itu berkata, dalam keadaan panik itu dia mula memikirkan keselamatan dua rakannya termasuk Zwlkifli yang tidak tahu berenang. Menurutnya keadaan menjadi kelam kabut apabila bot mereka mula terbalik. "Sebaik berada dalam air saya mula panggil nama mereka dan mengarahkan berpaut pada perut bot, namun hati saya mula bimbang kerana Zwlkifli tidak kelihatan. "Saya berenang dan menyelam sekitar bot dan menemui Zwlkifli yang tidak sedarkan diri tersangkut pada tali pelampung dibawah perut bot sebelum menariknya keluar," katanya. Menurutnya lagi dengan bantuan Shahidan dan Tee Kian, meraka berjaya memegang tangan Zwlkifli sambil berpaut pada bot berkenaan. Menurut Johari, mereka berempat bernasib baik kerana selepas lima minit terendam di air, sebuah bot nelayan dilihat menghampiri kawasan berkenaan sebelum mendekati dan memberikan bantuan. "Sebaik dinaikkan ke bot milik Mohd Fozi Hamid, 43, yang datang membantu, kami mengejar bot pukat tunda terbabit, namun mereka memecut laju melarikan diri dan meninggalkan pukat di situ. "Saya kesal dengan kejadian ini kerana sepatutnya pekerja bot pukat tunda itu datang menyelamatkan kami. Walau bagaimanapun mengucap syukur kerana kami semua selamat," katanya. Rakan sekerjanya, Tee Kian yang baru empat hari mengikuti mereka ke laut tidak menyangka akan menempuh pengalaman ngeri hingga hampir mati lemas dalam kejadian itu. Menurutnya yang masih trauma dengan kejadian itu, mereka bernasib baik tidak mati lemas kerana cepat diselamatkan oleh nelayan lain kerana lima minit itu terasa cukup lama. "Nelayan yang menyelamatkan kami tiba tepat pada waktunya dan dalam masa sama berjaya menunda bot kami kembali ke pangkalan," katanya. Semasa ditemui semalam, hanya Johari dan Tee Kian sahaja yang hadir, manakala Zwlkifli membuat laporan polis, sementara Shahidan difahamkan berada bersama keluarganya di Kampung Kuala Muda di sini. Dalam pada itu Ketua Unit Nelayan Sungai Tembus, Basruddin Abu Bakar, 47, berkata, melalui rundingan dengan pemilik bot pukat tunda yang diatur pihaknya selepas kejadian itu, Zwlkifli telah menerima sedikit bayaran ganti rugi dan kes itu dianggap telah selesai. Sinar Harian | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan