Isnin, 6 Februari 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


waadat

Posted: 06 Feb 2012 01:03 PM PST

waadat


kekasih Ely ditangkap

Posted: 05 Feb 2012 10:54 PM PST

Sebenarnya Demang cadang artikel semalam disiarkan pagi esok manakala sambungannya lusa. Demang letakkan dalam bahagian 'draft' supaya mudah diedit. Namun ketika membuat sedikit editing petang semalam, Demang terklik butang 'publish'.

Tak apa lah.

Sementara itu blog Gomo mengulas tentang penangkapan seorang pemuda warga Malaysia yang ditangkap di Indonesia kerana pemalsuan identiti diri.

Demang mulanya tidak peduli sangat tentang isu 'kecil' itu apabila disiarkan berita namun apabila Gomo mengatakan ada rahsia besar di sebaliknya maka sebentar tadi Demang menggeledah sedikit dan terjumpa artikal tersebut di blog Badut Rakyat.

Kepada yang belum membaca artikal semalam (terutama blogger), sila klik http://waadat.blogspot.com/2012/02/blogger-waadat-masuk-pas.html

Kepada yang sudah membaca, terima kasih. Insya Allah sambungannya pagi esok melainkan ada seseorang yang menelefon Demang menawarkan sesuatu agar ia tidak disiarkan.

Ha ha ha. Acah aja. Demang jual minyak je.

PEJUANG BANGSA

Posted: 06 Feb 2012 11:41 AM PST

PEJUANG BANGSA


Ah Jib Gor beri isyarat kepada kaum Cina perlu bersama kerajaan

Posted: 06 Feb 2012 11:08 AM PST




 Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat negara ini terutama masyarakat berketurunan Cina agar dapat bersama kerajaan dalam merealisasikan proses transformasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Perdana Menteri meminta mereka agar jangan melepaskan peluang untuk menjadi generasi yang mencapai matlamat tersebut.

Sambil menyifatkan cita-cita tersebut bukan satu mimpi di siang hari beliau berkata, ia adalah sesuatu yang boleh dicapai sekiranya seluruh rakyat memberikan sokongan dan kepercayaan kepada program transformasi itu.

"Saya percaya kita boleh mencapai apa yang dicita-citakan itu sekiranya setiap orang daripada kita menyokong dan percaya dengan proses transformasi.

"Oleh itu, saya menyeru seluruh rakyat untuk bersama-sama di belakang kami (kerajaan) bagi memastikan impian itu menjadi satu realiti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di depan lebih 50,000 masyarakat berketurunan Cina pada Karnival Chap Goh Mei 2012 di Fo Guang Shan (FGS) Dong Zen Temple, Jenjarum di sini, malam ini.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai yang juga pengerusi penganjur karnival tersebut.

Turut hadir Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon.

Dalam pada itu Najib berkata, masyarakat berbilang kaum dan agama di negara amat bertuah kerana dalam tempoh tiga hari berturut-turut sejak semalam dapat merayakan kepercayaan masing-masing iaitu Maulidur Rasul semalam, Chap Goh Mei pada hari ini dan esok Thaipusam bagi masyarakat beragama Hindu.

"Tidak ada negara di dunia yang sambut secara berturut-turut melainkan di negara kita. Ini adalah suatu yang unik dalam negara ini," katanya.

Justeru, Najib mahu masyarakat negara ini mencari nilai kebersamaan seperti amalan kesederhanaan meskipun mempunyai akidah dan kepercayaan yang berlainan.

Perdana Menteri berkata, beliau difahamkan dalam kepercayaan Buddha juga mempunyai amalan yang menyamai konsep kesederhanaan selain menekankan aspek keharmonian.

"Inilah yang boleh kita jadikan ikatan dalam menjadikan negara ini aman, harmoni dan semakin kuat dari segi perpaduan dan integrasi nasional.


"Saya dapati apabila saya meluahkan konsep kesederhanaan yang dalam Islam disebut wasatiyyah didapati dalam agama lain juga ada membawa konsep yang sama walaupun kita ada perbezaan akidah," katanya.

Beliau berkata, konsep kesederhanaan atau moderate membawa sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.

"Kesederhanaan membawa pengertian kita tidak amalkan kefahaman ekstrem, fanatik dan militan atau perangi antara satu sama lain," katanya.

Adakah ini model pengganti Persona iaitu P3-21A-2012 ?

Posted: 06 Feb 2012 10:25 AM PST




Adakah ini gambar belakang P3-21A  ??

 Hari ini sudah tersebar gambar belakang model kereta pengganti Persona   yang sentiasa dinantikan peminat kereta Proton termasuk GPB .  Ia juga dikenali Proton Tuah semasa dipamerkan di KLIMS 2011 dahulu .

PERKASA dedahkan Guan Eng rasis sebenar , membakar emosi orang Cina !!

Posted: 06 Feb 2012 06:00 AM PST




Perkasa mendakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng lebih rasis kerana sering membangkitkan isu atau mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Guan Eng kini cuba mengapi-apikan orang Cina dengan mengatakan Perkasa sebuah pertubuhan rasis hanya kerana memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

Beliau berkata, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat cuba membakar emosi orang Cina agar membenci Perkasa dan Barisan Nasional (BN) atau parti komponennya dengan menimbulkan pelbagai isu demi kepentingan dan perjuangan politik sempitnya.


"Guan Eng kini dilihat menghasut orang Cina agar hanya menyokong DAP dan membenci orang lain. Isu terbarunya ialah mengaitkan Perkasa kononnya mempunyai hubungan dengan MCA.


"Dia cabar Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar melarang ahli dan pemimpin parti itu mengadakan apa-apa hubungan dengan Perkasa atau menyertai program anjuran kami," katanya kepada media di pekarangan kompleks mahkamah Alor Setar, hari ini.

Menurutnya, Perkasa tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan MCA selama ini dan jika ada pun, ia adalah atas dasar hubungan antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan isu yang ada kepentingan awam atau kebajikan orang ramai.

"Perkasa tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan dengan MCA. Guan Eng sepatutnya menunjukkan bukti sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu," katanya.

Guan Eng sebelum ini dipetik oleh portal berita sebagai berkata Soi Lek patut melarang ahli MCA daripada menghadiri apa-apa majlis anjuran Perkasa dan jika tidak, ini bukan sahaja membuktikan komponen BN itu mempunyai hubungan dengan Perkasa tetapi menyokong kumpulan yang mempunyai perwatakan rasis dan ekstrem.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas menganggap kenyataan itu sebagai kenyataan paling jahat dan melabelkan Guan Eng sebenarnya pemimpin yang paling rasis kerana bermian dengan politik perkauman.

"Itulah matlamatnya agar rakyat, terutama orang Cina membenci Perkasa yang memperjuangkan agenda dan kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

"Adakah ini menjadi satu kesalahan. Banyak lagi pertubuhan lain yang memperjuangkan kepentingan kaum tertentu tetapi DAP tidak pernah mempersoalkannya," katanya.

Menurutnya, ramai juga ahli Perkasa yang terdiri daripada ahli Pas, terutama di Perlis dan Kedah yang dianggarkan merangkumi antara empat hingga lima peratus daripada jumlah keseluruhannya.

"Adakah Guan Eng atau DAP akan mendesak pemimpin Pas agar melarang ahlinya menyertai Perkasa. Kita nak tunggu kenyataan Guan Eng mengenai perkara itu," katanya.

Sehubungan itu, Ibrahim juga meminta DAP mempertimbangkan hubungannya dengan Pas kerana parti Islam juga boleh dianggap rasis dan ekstrem.

"Pas juga rasis. Jadi kita nak lihat adakah DAP akan memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Pas sama seperti yang ditohmahkan terhadap Perkasa.

"Kita nak tengopk sejauh mana komitmen Guan Eng dalam isu ini. Adakah dia akan terus bermain sandiwara. Kalau dengan Perkasa dia riuh tetapi dengan Pas buat tidak tahu sahaja," katanya SINAR HARIAN






Komen GPB 


Nak dekat PRU 13 ... DAP sudah mula bakar sentimen & emosi orang Cina . Di P.Pinang sudah lama dia bakar  kaum Cina membenci  Perkasa , komponen BN & UMNO .

 Bila di jumpa orang Melayu di ceramah PAS dan PKR , cakap dirinya bencikan perkauman ..  inilah manusia pembelit paling celaka sekali !

PANAS !! Teman lelaki Exco Selangor ditahan di Indonesia , apa kata PKR ??

Posted: 06 Feb 2012 05:01 AM PST



Kerajaan negeri Selangor  memandang serius berita penahanan seorang lelaki negara ini oleh pihak berkuasa Indonesia yang didakwa bekas teman lelaki kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Malah pihak kerajaan negeri juga akan meneliti tindakan susulan sekiranya lelaki berkenaan ada hubung kait dengan individu yang menjadi buruan polis berhubung penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth yang juga Exco kerajaan negeri Selangor itu di Internet pada 2009.

"Kerajaan negeri akan meneliti laporan yang dibangkitkan media dan akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran negeri Selangor.

"Perkara ini juga akan dibawa ke mesyuarat Biro Politik PKR pada Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera," kata Sekretariat Akhbar, Pejabat Menteri Besar Selangor menerusi kenyataan di sini, Isnin.

Portal berita detiknews.com dari Indonesia menyiarkan laporan penahanan seorang lelaki warga Malaysia yang dikenali sebagai Azmin Heli oleh Jabatan Imigresen negara itu pada Jumaat lalu di Batam kerana memiliki pasport palsu.

Hasil pemeriksaan pihak imigresen, Azmin mengaku berasal dari Kuala Lumpur yang lahir pada 27 Mei 1975 dan beralamat di Jalan 4H, Ampang Selangor.

Berita itu juga menyebut bahawa Azmin yang memasuki Indonesia sejak 15 Februari 2009 menggunakan pasport Malaysia ini mengaku dibiayai keluarganya di negara ini dan PKR sepanjang berada di negara itu.

Pada 2009, negara digemparkan dengan kontroversi penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth oleh bekas teman lelakinya sendiri yang dikenali sebagai Hilmi Malek.

Bagaimanapun Hilmi gagal dikesan pihak berkuasa walaupun waran tangkap terhadapnya dikeluarkan pihak polis.

Gambar separuh bogel itu dikata dirakamkan ketika Elizabeth sedang tidur di sofa kediamannya.

Bagaimanapun selepas terbongkar kontroversi itu, Hilmi dikatakan tidak pulang ke rumahnya di Ampang, dekat sini.


Komen GPB 

Media di Indonesia menyatakan  PKR biayai Hilmi selama berada di sana . Seperti kita sedia maklum  Hilmi  melarikan diri ke negara jiran kerana takut dicekup polis berhubung penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth Wong sedang tidur di rumahnya .

Adakah kerajaan PKR Selangor berani mengambil tindakan terhadap Elizabeth Wong selepas insiden ini ?? Malah rahsia mereka membiayai budak jambu ini pun sudah tersebar oleh media di sana .

Hindraf nak sabotaj kehadiran Najib di Batu Caves ?

Posted: 06 Feb 2012 01:57 AM PST

Kumpulan pendesak India, Hindraf merancang untuk mendapatkan 100,000 tandatangan bagi kempen mereka ketika perayaan Thaipusam di Batu Caves, Kuala Lumpur Selasa ini, sebagai membantah kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan tuntutan badan itu.

Kempen itu dijadualkan bermula pada pukul 9 pagi pada hari pertama masyarakat Hindu menyembah Dewa Murugan yang kebetulan bersamaan dengan hari Najib dijadual melawat kawasan kompleks kuil di Baru Caves itu.

Tujuan kempen berkenaan, kata ketua pergerakan itu, P Uthayakumar, adalah untuk mengingatkan Najib mengenai tuntutan 18 perkara yang dibuat Hindraf pada 2007 kepada kerajaan BN.

"Tuntutan 18 perkara Hindraf yang bertarikh 12 Ogos 2007 antaranya menuntut bagi kesaksamaan, peluang sama rata dan gesaan supaya semua dasar perkauman baik dari kerajaan mahupun sektor swasta dihentikan.

"Ini termasuk mengasingkan khususnya golongan miskin masyarkat India daripada arus perdana pembangunan negara... semua ini belum lagi dilaksanakan oleh Umno yang kini diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sejak lima tahun lalu sehingga hari ini," kata Uthayakumar dalam satu kenyataan.

Kempen mengumpul tandatangan oleh Hindraf yang akan diadakan di pintu masuk kuil berkenaan. Ia juga bertujuan untuk menekankan semula keperluan untuk "menamatkan perkauman" dan menyeru kepada perdana menteri menunaikan permintaan Hindraf.

PKR dalang konspirasi singkirkan Azizan MB Kedah ??

Posted: 05 Feb 2012 08:52 PM PST



Pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dipercayai terbabit dalam usaha halus untuk menyingkirkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan sengaja membangkitkan pelbagai isu untuk menjejaskan imej beliau menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sumber dalaman PAS berkata, usaha halus itu mula digerakkan secara aktif sejak beberapa bulan lalu untuk menyingkirkan Azizan jika pembangkang kembali menguasai Kedah selepas PRU-13.

Berikutan itu, ahli PAS peringkat pimpinan pertengahan dan bawahan negeri kini bertekad untuk mempertahankan kedudukan Azizan dan menuntut semula semua kerusi PKR yang bermasalah lompat parti bagi diserahkan kembali kepada PAS.

"Walaupun tidak membabitkan PKR Kedah secara keseluruhan, namun perbuatan segelintir mereka dibimbangi mampu merencatkan usaha pembangkang untuk kekal memerintah Kedah selepas pilihan raya umum akan datang.

"Apa yang dikesalkan beberapa orang dari PKR, termasuk di peringkat kepemimpinan negeri didapati mula tersalah arah dan bersikap oportunis untuk mencari populariti.

"Perbuatan ini mungkin menguntungkan mereka secara peribadi namun tidak kepada pembangkang.
"Mereka harus fokus untuk menghadapi pilihan raya secara bersama dan bukan dengan menyerang Azizan hingga melemahkan pembangkang," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, PAS bagaimanapun masih percaya bahawa perpaduan antara PKR dan DAP adalah kunci kepada kejayaan pada pilihan raya akan datang, namun tidak mustahil mengambil tindakan yang lebih agresif jika kegiatan golongan itu menular dan menjejaskan perpaduan pembangkang.

"Jika ia berterusan, ahli kita di peringkat pertengahan dan bawahan akan mendesak semua kerusi PKR yang lompat parti diserahkan semula kepada PAS," katanya.

Kelmarin, UMNO Kedah menyifatkan suasana semasa politik negeri memberi gambaran jelas bahawa kedudukan Azizan semakin goyah berikutan wujud usaha dalaman menjejaskan imejnya dan menggantikan dengan tokoh lain menjelang pilihan raya akan datang.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata berdasarkan isu dan maklumat yang diketahuinya ketika ini menunjukkan usaha menyingkirkan Azizan semakin jelas dan ia didalangi beberapa pimpinan dalaman pembangkang sendiri.

Beliau berkata, tindakan beberapa pemimpin PAS dan PKR yang mempertikaikan tindakan Azizan berhubung isu penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN), menunjukkan bahawa pembangkang itu hanya mengutamakan politik, tanpa berusaha memahami tindakan Azizan. BH

PANAS !! Malaysiakini malu besar , kantoi menipu lagi !

Posted: 05 Feb 2012 07:46 PM PST




Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof menolak laporan portal berita yang memetik kenyataannya berhubung cadangan melarang rakyat Malaysia di luar negara mengundi jika tidak membayar cukai .

Katanya, laporan tersebut tidak tepat kerana beliau tidak pernah mengeluarkan cadangan sedemikian seperti yang dilaporkan oleh portal berita berkenaan.

Beliau menjelaskan, kenyataannya sebelum ini sebenarnya menyentuh cadangan SPR untuk mengadakan syarat tertentu bagi rakyat Malaysia di luar negara yang harus pulang dari semasa ke semasa ke tanah air bagi melayakkan mereka mengundi secara pos.

"Apa yang saya nyatakan ialah cadangan untuk menentukan syarat kepada rakyat kita di luar negara mengundi secara pos seperti yang dilakukan di negara-negara lain.

"Ada sesetengah negara lain menetapkan syarat seseorang warganegaranya yang tinggal di luar negara dalam tempoh lima tahun dibenarkan mengundi secara pos jika mereka ada pulang ke negara asal dalam tempoh berkenaan. Ada juga negara yang menetapkan syarat empat tahun.

"Mengenai warganegara tidak membayar cukai tidak boleh mengundi secara pos, saya merujuk contoh di Amerika Syarikat (AS) iaitu pengundi pos di negara itu adalah terdiri daripada pembayar cukai," katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor yang diadakan di Stadium Malawati di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang disiarkan malaysiakini.com 2 Februari lalu yang memetik kenyataan beliau bahawa AS mempunyai sistem yang hanya membenarkan warganya yang bekerja di luar negara dan membayar cukai untuk mengundi.

Menurut laporan itu lagi, Abdul Aziz mengatakan, hak mengundi hanya perlu diberikan kepada rakyat Malaysia yang menyumbang kepada negara dan pulang ke negara dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, Abdul Aziz menjelaskan, cadangan SPR untuk mensyaratkan rakyat Malaysia di luar negara harus pulang dari semasa ke semasa bagi membolehkan mereka mengundi secara pos adalah bertujuan mewujudkan 'satu ikatan' golongan itu dengan perkembangan semasa di negara ini.

"Jadi, cadangan syarat-syarat itu telah kita bincangkan akan dibawa ke Jawatankuasa Parlimen. Kalau dipersetujui, kita akan pinda undang-undang, namun yang paling penting ialah rakyat Malaysia di luar negara yang ingin mengundi secara pos, mereka harus memohon dan kita akan teliti syaratnya.

"Melalui cadangan syarat ini, kita mahu supaya ada ikatan rakyat kita di luar negara supaya mereka tahu negara dia, tahu kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dia.

"Kalau tak pernah balik ke Malaysia selama 10 tahun, 20 tahun duduk di luar negara, jadi tidak ada makna. Dia tak tahu apa sebenarnya yang berlaku di negara ini," ujarnya.

Sambutan Maulidul Rasul yang menghina Rasulullah diserbu !!

Posted: 05 Feb 2012 06:56 PM PST




Melaka – Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bertindak menyerbu sambutan Maulidur Rasul yang dipercayai dianjurkan oleh sebuah kumpulan serpihan Al-Arqam kerana menggunakan tema yang tidak sesuai.

Sambutan yang diadakan di sebuah khemah berdekatan rumah kedai di Krubong Perdana, Krubong di sini menggunakan tema Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam dan ia tertera pada sebuah kain rentang yang digantung di pentas utama.

Penguat kuasa JAIM menyerbu majlis itu kira-kira pukul 1 petang selepas menerima aduan daripada orang ramai.Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, ketika serbuan, seramai 100 orang berada di khemah yang juga menempatkan sebuah kek setinggi tiga tingkat.

"Apa yang dikesalkan, mereka berani menganjurkan majlis sendiri dengan menggunakan perkataan seks yang dikaitkan dengan Rasulullah dan ia jauh menyimpang daripada ajaran Islam," katanya di sini semalam. -kosmo

DIMENSI

Posted: 06 Feb 2012 11:35 AM PST

DIMENSI


Omegay: mat sabun takut jadi mangsa serakah pas..

Posted: 06 Feb 2012 03:30 AM PST

Adun: Terserah kepada Hasan Ali, kata Mat Sabu

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu menyerahkan kepada bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sama ada mahu kekal menyandang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  Gombak Setia atau sebaliknya.

Katanya,  hal itu terserah kepada Hasan yang telah dipecat oleh Pas.

"Beliau seorang yang bijak. Tidak perlu mendesak beliau, terserah kepadanya," katanya kepada Sinar Harian mengulas gesaan Ketua Penerangan,  Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahukan Hasan meletakkan jawatan ekoran kemenangannya itu atas tiket Pas. - SH


huhuhu mat sabun syiah cuma nak tunjuk eksyen jek. tak berani nak komen lebey2 sebab dia sendiri pun dah terlampau banyak kontrobasi. mungkin gak mat sabun rase gelabah bila din puduraya pun dah kepanasan kat kubang kerian. kini mat sabun pun macam tau2 jek nasib dia di kawasan sendiri ntah masih selamat atau tak? masing2 nak jaga kedudukan masing2.

of coz ler mat sabun pun tak sanggup ler jadi mangsa serakah pas selepas hasan ali. komen ala2 suam2 milo pun jadi lerrr! kehkehkehkeh >XD

Omegay: fb shaheizy sam menyesal komen pasal bersih??

Posted: 06 Feb 2012 12:53 AM PST


aikkk...ni dah kire kes telajak sampan kerr atau ni satu lagi gimik stunt untuk tarik peminat masuk panggung?..apsal plak dah selesai rakaman baru nak tarik balik kenyataan?. atau mamat ni tengah lalok kerr sewaktu rakaman di buat?? kehkehkehkeh


ehsan dari bloh medan info kita

Omegay: cobaaaannn...

Posted: 05 Feb 2012 10:37 PM PST


risau gak dari pagi tadi tak bley nak posting..blog dah jem ke ape kerr..pusing sana pusing sini..masuk sana masuk sini..selit sana selit sini pun tak bley. last2 terpakse ler bace doa anti pecah mulut wally slipau..akhirnya dapat di selamatkan..betul lerr ini seme cobaaaann huhuhuhu.. >:]

Pedang Alif Ba Ta

Posted: 06 Feb 2012 07:57 AM PST

Pedang Alif Ba Ta


Video temuramah Dr Hassan selepas Isu DUMC

Posted: 05 Feb 2012 09:13 PM PST

video oleh kritis online http://www.kritis-online.com/


RIDHUAN TEE

Posted: 06 Feb 2012 03:27 AM PST

RIDHUAN TEE


Apabila undang-undang baik diperalatkan

Posted: 05 Feb 2012 06:19 PM PST

(Sinar Harian 6 Feb 2012)

Saya amat memahami tindakan Menteri Besar (MB) Kedah ke atas lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Mereka didapati bersalah menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz, 25 Mei tahun lalu.

Tindakan berhemah MB Kedah yang saya kenali ketika beliau menjadi ahli akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia, adalah tepat dan professional, berbanding dengan pandangan 'pakar perlembagaan' yang masih menggunakan gelaran professor, walaupun tidak lagi berkhidmat di universiti. Untuk makluman semua, gelaran professor tidak perlu digugurkan, kerana secara otomatik gelaran itu terlucut setelah seseorang itu tidak lagi berkhidmat di universiti. Janganlah berkelentong, terlalu perasan dan lancang menyalahkan orang lain. Hormatilah kepakaran seseorang, terutamanya seorang yang bergelar MB, bekas ahli akademik dan ulamak yang disegani. Saya tidak fikir seorang ulamak mahu membuat keputusan menempah diri ke neraka, berbanding dengan tindakan orang yang jahil Islam yang sombong kononnya pakar dan sekular sosialis.

Sepatutnya kita mencontohilah sifat bertanggungjawab, tegas dan berani MB Kedah. Begitu terserlah sifat keUMARannya. Barulah boleh dikatakan mencontohi gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, berbanding dengan ultra kiasu yang memperalatkan nama khalifah ini untuk mencairkan hati orang Melayu. MB Kedah bersedia untuk dipecat jika dirasakan tindakannya itu bertentangan dengan Buku Jingga yang menjadi dasar Pakatan Rakyat ultra kiasu, yang mahukan AUKU dihapuskan.

Tindakan MB Kedah ini ternyata begitu memahami aspirasi pelajar dan nasib Melayu di bumi Melayu. Bagi mereka yang memahami psiki dan cara hidup Melayu, AUKU tidak hanya boleh dilihat dari aspek perundangan semata, tetapi hendaklah juga diadunkan cara berfikir dan budaya Melayu. Kita sedia maklum, pelajar Melayu agak ketinggalan dari segi kecemerlangan akademik, berbanding dengan pelajar bukan Melayu, walaupun bilangan Melayu lebih ramai di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Sepatutnya pelajar Melayulah yang paling ramai menggondol ijazah kelas pertama, hadiah universiti serta pingat itu dan ini. Namun, saban tahun kita lihat dalam majlis konvokesyen, pelajar bukan Melayu (terutamanya Cina) yang menjuarai semuanya itu. Ke manakah muka-muka Melayu yang ramai itu?

Jawapannya, orang Melayu bila dia bermain, main sungguh-sungguh; bila bercinta, bercintan sungguh; bila berpolitik, berpolitik sungguh; bila berdemonstrasi, berdemonstrasi sungguh; bila menjadi lelaki 'lembut', 'lembut' sungguh, mengalahkan perempuan; sehingga lupa tanggungjawab sebenar sebagai seorang pelajar. Inilah yang disukai oleh ultra kiasu. Mereka amat memahami psiki orang Melayu berbanding Melayu memahami psiki mereka. Mereka mahukan Melayu hancur.

Lihatlah pelajar bukan Melayu. Mereka tahu membezakan antara tangggungjawab dan tindakan. Masa belajar mereka belajar kerana itu adalah tanggungjawab. Ketika bertindak, dirancang dengan rapi. Mereka tahu membezakan bila masa belajar, masa berpolitik, masa bersukan, masa bercinta dan macam-macam masa lagi. Waktu malam mereka menjadi ulat buku. Manakala pelajar Melayu sibuk dengan cinta muka buku. Saya tidak merujuk kepada semua pelajar Melayu.

Berbalik kepada AUKU, MB Kedah yang tidak sedikitpun gentar malah berani berkata Buku Jingga yang menjadi pegangan Pakatan Rakyat, bukan al Quran. Menolak Buku Jingga tidak akan menjadikan seseorang itu kufur berbanding menolak al-Quran. Apatah lagi jika dibandingkan Buku Jingga dengan perlembagaan. Sudah tentu perlembagaan lebih besar sifatnya, kenapa masih tidak dipatuhi? Saya amat hairan, mereka sering menuduh UMNO tidak mengamalkan demokrasi, tetapi bila kena pada batang hidung mereka, demokrasi entah ke mana. Adakah orang seperti ini kita harapkan untuk memerintah negara?

Kajian yang dilakukan secara akademik, yang mana pandangan kami selaku ahli akademik turut diambil kira, menunjukkan bahawa 60 peratus mahukan AUKU dipinda, hanya 40 peratus sahaja mahu dimansuhkan. Ini bermakna, AUKU masih relevan. Bermakna, AUKU hanya perlu dipinda, bukan dihapuskan seperti mana pandangan Perdana Menteri.

Namun, 'pakar perlembagaan' yang begitu ghairah mahu bertanding di Parlimen Sabak Bernam dalam PRU 13 berkata AUKU mesti dihapuskan. Pakar ini hanya pandai berteori. Tidak berpijak di bumi nyata. Jika beliau menjadi peguam, saya yakin beliau akan kalah berhujah di mahkamah kepada peguam muda yang baru keluar mengadakan latihan dalam kamar (chambering). Pandangannya tidak mencerminkan kepakarannya. Jika beliau begitu bernafsu untuk bertanding dalam PRU 13, elok juga dipertemukan buku dengan ruas di sana. Kita lihat sehebat mana dia.

Kata pakar ini lagi, undang-undang terbahagi dua, undang-undang jahat dan undang-undang baik. Undang-undang jahat mesti dihapuskan. Rakyat tidakboleh berselindung di sebalik undang-undang jahat. Bermakna, 'pakar' ini mahu kita mengambil kesempatan ke atas undang-undang baik, sebagaimana yang dilakukannya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Apa yang saya dengar, bukan suatu perkara mudah untuk memberhentikan beliau di UIA. Sebab ada undang-undang baik yang melindungi beliau. Sebab itu, pakar ini memperalatkan undang-undang baik tersebut untuk kepentingan dirinya. Apabila undang-undang baik tersebut telah dapat diperalatkan, maka tidak ada cara lain lagi, melainkan berhenti. Maka hari ini beliau mahu menjadi jaguh menentang undang-undang jahat, bagi melindungi orang jahat.

Pada saya kenyataan 'pakar' ini agak kurang ajar. Meskipun beliau anti kepada AUKU, tidak sepatutnya begitu ghairah menyerang MB Kedah. Siapakah pakar ini berbanding dengan ulamak seperti MB Kedah? Pakar ini mahu menonjol supaya dipilih untuk bertanding menjadi wakil rakyat. Sedangkan kajian menunjukkan, kampus sepatutnya menjadi tempat yang berkecuali daripada politik tetapi dengan syarat kebebasan untuk mendengar pandangan politik adalah dibenarkan dan parti-parti politik dibenarkan berucap mengenai ideologi mereka. Semasa menjadi pimpinan pelajar dahulu, saya juga mempunyai pandangan yang sama, AUKU mesti dihapuskan kerana ia menyekat kebebasan pelajar.

Tetapi setelah difikirkan dan diadunkan AUKU ini dengan pkisi pelajar Melayu, maka terfikirkan saya sebenarnya AUKU diwujudkan untuk menyelamat umat Islam (Melayu).

Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

bumiyang

Posted: 06 Feb 2012 03:17 AM PST

bumiyang


"Din Puduraya", Bakal MB Johor???

Posted: 05 Feb 2012 10:34 PM PST

Antara Bidaah Perarakkan Maulidul Rasul dan Kek Harijadi Nik Aziz???

Posted: 05 Feb 2012 04:00 AM PST

Politik Harian

Posted: 06 Feb 2012 03:13 AM PST

Politik Harian


Saddis Ceramah Chegu Bard Tak Ada Orang @chegubard

Posted: 05 Feb 2012 11:00 PM PST



Malam tadi pula berlangsung satu lagi ceramah Pakatan Rakyat di Pinggiran Senawang dalam kawasan Parlimen Rembau. Ceramahnya disampaikan oleh Chegu Bard, Mohd. Taufek (ADUN Paroi) dan Adli Zahari (Pesuruhjaya PAS Melaka). Din Puduraya sebagai penceramah jemputan tidak dapat hadir.

Ceramah dijadualkan akan dimulakan pada pukul 9 malam tetapi kerana hadirin yang hadir amat menyedihkan iaitu sekitar 50 orang, ceramah terpaksa ditangguh hampir 45 minit kerana menunggu ketibaan hadirin. Baca lagi di sini...

Kekasih Lenjan Elizabeth Wong Ditangkap Di Indonesia

Posted: 05 Feb 2012 08:53 PM PST


Seorang rakyat Malaysia ditahan oleh petugas Imigresen Batam atas dakwaan memiliki kartu penduduk palsu dan tinggal lebih dari tempoh yang dibenarkan di negara tersebut.

Menurut Detiknews.com, lagak warga Malaysia tersebut mencurigakan kerana memiliki paspot Indonesia, KTP dan KK yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen di Batam.

Dari hasil pemeriksaan, rakyat Malaysia ini dikenali sebagai Azmin Heli, berasal dari Kuala Lumpur yang lahir pada 27 Mei 1975. Azman Heli ini beralamat Jalan 4H, Ampang Selangor 68000 Malaysia. Beliau juga turut dikatakan sebagai salah seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Malaysia sewaktu disoal siasat..

Beliau ditangkap selepas petugas imigresen mengesan KTP dan KK yang ditemui adalah palsu yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Batam. Selain itu, turut dirampas adalah Akta kelahiran palsu yang dikeluarkan oleh Pejabat Dinas Pendaftaran Penduduk Kabupaten Karimun.

Hasil pemeriksaan menunjukkan, Azmin Heli, warga Malaysia ini masuk ke Indonesia, melalui pelabuhan Tanjung Balai Karimun pada 15 Februari 2009 lalu dan turut memiliki paspot Malaysia.

Soal siasat ke atas Azmin Heli mendapati beliau telah tinggal lebih dari jangkamasa yang dibenarkan menggunakan visa sementara. Azmin juga mengaku menetap di beberapa buah bandar di Indonesia termasuk di Pekanbaru, Jakarta malah di beberapa daerah seperti Cengkareng, Cingkawang, dan Pondok Kelapa.

Dari keterangan Azmin, perbelanjaan beliau dibiayai oleh keluarga dan PKR selama menetap disini.

Beliau turut mengaku dinasihatkan tinggal di Indonesia oleh keluarga dan pimpinan PKR kerana didakwa diancam oleh kerajaan Malaysia.


Terdahulu foto atau video Elizabeth Wong dipercayai disebarkan oleh bekas kekasihnya.

Media melaporkan bahawa bekas kekasihnya kini berada di luar negara.

Elizabeth Wong, pada waktu itu memutuskan hasrat untuk meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan ekoran tersebarnya gambar berbogel, telah dinasihatkan oleh Khalid Ibrahim agar bercuti buat sementara waktu.

Kalau nak tengok foto bogel Eli Wong ni search la sendiri.. wa tak lalu beb....

Wow! Paparazi Si Jambu Intip Shahrizat

Posted: 05 Feb 2012 04:00 AM PST


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa hidupnya kini diekori oleh 'paparazi Si Jambu' yang diupah pihak tertentu untuk mengintip dan mengorek rahsia bagi merosakkan reputasi politik beliau.

Beliau berkata, perkara itu terbongkar semasa membuat lawatan ke Perak selepas pulang dari mengerjakan umrah minggu lalu.

Kata Shahrizat, beliau dimaklumkan ada seorang 'paparazi muda' dan dengan perwatakan lembut mengikuti pergerakannya untuk mengetahui apa yang dilakukan setiap masa.

Malah menurut Shahrizat, 'paparazi Si Jambu' akhirnya terbongkar dan mendedahkan mengenai apa yang dilakukannya sebelum ini serta setiap langkah beliau, akan dijadikan modal politik.

"Si Jambu itu berjaya ditangkap dan selepas menyoalnya, dia memberitahu diberi upah orang tertentu yang selama ini beria-ria menyerang saya. Matlamat dia mengupah Si Jambu, untuk mencari kesalahan saya.

"Orang berkenaan akan dihebahkan kepada semua orang. Saya telah beritahu kepada Si Jambu, adakah dia hendak ganti jawatan sebagai Ketua Wanita Umno? Kalau dia mahu, saya akan serahkan padanya, tetapi masalahnya, dia lelaki," katanya pada sidang media selepas melawat 11 bayi yang baru lahir di wad bersalin Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.


Ditanya Si Jambu itu diupah oleh siapa, Shahrizat berkata, pergi tanyalah PKR terutama, Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin.

Kedua-dua mereka sebelum ini telah menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan.

Sehubungan itu, Shahrizat berkata, sebagai tanda kenangan, Pergerakan Wanita Umno akan memberi hadiah berupa sehelai baju berwarna merah dan putih bertulis, 'ini jawatan Ketua Wanita yang kamu mahu' kepada 'Si Jambu' itu tidak lama lagi.

"Mereka berdua ini yang beria-ria mahu saya berundur dari jawatan Ketua Wanita dengan mengaitkan isu Nasional Feedlot Corporation dan kedudukan saya dalam politik terutama sebagai menteri dan Ketua Wanita.

"Saya telah menjelaskan, isu ini tiada kena-mengena dengan saya kerana ia melibatkan urusan perniagaan, namun mereka tetap menyerang. Hanya ALLAH yang mengetahui apa sebenarnya berlaku dan mereka, pembangkang lebih teruk dan menjadi agresif apabila saya berdiam diri," katanya.

Shahrizat mengambil cuti selama tiga minggu dari tugas sebagai anggota Kabinet. Beliau akan menghadiri mesyuarat jemaah menteri minggu depan.

Sahabat-Gunung

Posted: 06 Feb 2012 01:30 AM PST

Sahabat-Gunung


Rakyat Dilihat Semakin Terima Program Transformasi Perdana Menteri

Posted: 05 Feb 2012 11:18 PM PST


Rakyat dilihat semakin yakin dan terus menyokong kepimpinanPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang melakukan pelbagai program transformasi untuk pembangunan negaradan kesejahteraan rakyat.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata pelbagai programseperti pemberian Bantuan Rakyat IMalaysia (BRIM), Kedai Rakyat 1Malaysia(KRIM), Kedai Menu Rakyat (KMRM), Bantuan Persekolahan 1Malaysia (BP1M),dilihat ternyata mendapat sambutan rakyat di seluruh negara dalam usahakerajaan meringankan beban rakyat.

"Bagaimanapun anggota UMNO jangan leka dengan pakatanpembangkang sekalipun mereka dilihat hilang punca dan terdesak berikutanperubahan rakyat terhadap transformasi yang dilakukan Perdana Menteri DatukSeri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas majlis Siri Penerangankawasan Parlimen bagi kawasan parlimen Cameron Highlands di sini, malam tadi.

Majlis penerangan itu bertujuan memberikan penjelasan kepadaanggota dan pemimpin parti pelbagai peringkat tentang isu semasa dalam usahamenangkis dakwaan dan tohmahan pembangkang dan Parlimen Cameron Highlandsadalah yang keenam diadakan bahagian penerangan Umno Pusat setakat ini.

Ahmad berkata apa yang penting kini ialah Umno dan BarisanNasional (BN)  terus meningkatkanpelbagai aktiviti dan program dengan turun padang bagi mendekati rakyat danmengatasi masalah mereka.

"Pihak pembangkang akan terus mencari isu-isu baru untukterus mengelirukan rakyat dan Umno juga perlu menangkis segala tohmahan yangdilakukan menerusi pelbagai program turun ke padang," katanya.

Jangan Anggap Kekerapan Turun Padang PM Dari Sudut Pilihan Raya Semata-Mata: Shafie

Posted: 05 Feb 2012 07:10 AM PST



Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkanpemimpin dan ahli UMNO serta parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lainsupaya tidak menganggap kekerapan Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak dantimbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang sebagai membawa mesej pilihanraya semata-mata.

Sebaliknya, katanya, ia memberi mesej kepada semua pemimpin dananggota parti komponen BN supaya meningkatkan usaha membela dan berbakti kepadarakyat akar umbi.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,berkata  pemimpin dan anggota BN perlusentiasa mendampingi rakyat dan mengatasi masalah mereka dan tidak menunggusehingga pilihan raya umum diumumkan.

"Ini merupakan agenda yang amat penting demi kelangsungankita selaku parti pemerintah di negara ini," katanya kepada pemberitaselepas menutup Program Jatidiri Dalam Warisan dan Kepimpinan MasyarakatProgresif, di Semporna, hari ini.

Beliau turut meminta jentera pilihan raya dalam semua partikomponen BN supaya meningkatkan usaha gerak kerja mereka dan mengelak daripadamengundang sebarang permasalahan sesama mereka.

Pemimpin Negara Perlu Contohi Pemerintahan Rasulullah- Tun Abdullah

Posted: 05 Feb 2012 05:08 AM PST


Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata pemimpin negara perlumencontohi pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W. di Madinah yang memberikanperhatian saksama terhadap umat Islam dan bukan Islam.

"Nabi Muhammad S.A.W bukan hanya memberi perhatian kepadaumat Islam yang ada di Madinah tetapi juga memberi perhatian kepada yang bukanberagama Islam. Mereka (penduduk di Madinah) pun lain agama, tetapi yangdiutamakan adalah kedamaian dan keselamatan.

"Sebagai seorang pemimpin baginda telah menunjukkan teladanyang cukup baik. Sebab itulah baginda dikenali dengan panggilan "uswatunhasanah" yang bermaksud "contoh yang cukup baik"," katanyakepada pemberita selepas menyertai perarakan sempena Maulidur Rasul di SekolahKebangsaan Hasyim Awang, di sini hari ini.

Abdullah yang juga anggota Parlimen Kepala Batas berkata carapemerintahan Rasulullah seharusnya menjadi satu ikatan kepada pemimpin-pemimpinkhususnya  yang memimpin sebuah negaraseperti Malaysia yang mempunyai penduduk pelbagai kaum.

Beliau berkata perbezaan kaum dan agama tidak seharusnya menjadimasalah dalam memerintah, tetapi apa yang perlu diberikan keutamaan adalahusaha untuk membawa keamanan, keselamatan, kemakmuran dan kedamaian kepadakehidupan rakyat.

Pembangkang Nafi Hak Pemimpinnya Bersuara- Mukhriz

Posted: 05 Feb 2012 04:01 AM PST



Arahan "tutup mulut" yang dikenakankepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung isu KolejUniversiti Insaniah (Kuin) adalah satu lagi bukti pembangkang menafikan hakpemimpinnya bersuara.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz TunDr Mahathir berkata tindakan itu juga mencerminkan sikap sebenar pembangkangyang tidak boleh menerima pandangan yang tidak memihak kepada mereka.

"Sesiapa yang menonjol dengan pandangan bertentangan prinsipdalam pakatan akan menerima padah, yang jelas menunjukkan mereka tidak telusdan ikhlas memperjuangkan demokrasi kononnya diamalkan oleh parti," katanyakepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas sambutan Maulidur Rasul di KampungWang, Kodiang berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai arahanagar Azizan berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai penggantungan lima penuntutKuin.

Azizan dalam laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan siapa yangmemberi arahan tersebut.

Universiti itu menggantung lima pelajarnya kerana membantahtindakan Kuin mengarahkan pelajarnya mengosongkan asrama untuk dijadikanSekolah Insan Bestari tahun lepas.

Taipingmali (tm)

Posted: 06 Feb 2012 01:07 AM PST

Taipingmali (tm)


Dr Hasan Ali akan gegarkan Dewan Tun Razak Temerloh petang ini.

Posted: 05 Feb 2012 02:18 PM PST

Kepada warga Temerloh dan kawasan-kawasan berhampiran, jangan lupa petang ini kita turun ramai-ramai ke Dewan Tun Razak di bandar Temerloh untuk mendengar pendedahan YB Dato Dr Hasan Ali mengenai Parti Pas yang tidak lagi releven hari ini.

Tidak ada lagi istilah amal makruh , nahi mungkar dalam perjuangan Pas. Pas hari ini lebih berkiblatkan doktrin barat yang mengagungkan hak asasi manusia ciptaan yahudi dan nasrani. Pas yang menyokong kebebasan bersuara menurut telunjuk pemimpin dan parasit.

Ranking Pemimpin BN yang berpengaruh dalam Media Sosial

Posted: 05 Feb 2012 02:09 PM PST

Senarai Pemimpin BN dalam kabinet BN selepas PRU 12. Cuba teka ada 4 atau 5 nama dalam senarai ini akan hilang dalam PRU 13 akan datang. Pun begitu keputusannya adalah hak Presiden menentukannya.

Di petik daripada Teh Tarik Bersama YB

APANAMA

Posted: 05 Feb 2012 11:33 PM PST

APANAMA


World Press Photo 2012 - KUALA LUMPUR

Posted: 05 Feb 2012 03:38 AM PST

sekupangdua

Posted: 05 Feb 2012 11:23 PM PST

sekupangdua


DEMI KEBENARAN DAN HAK BLOGGERS SEKUPANG SAMAN BALAS RM 11 JUTA

Posted: 05 Feb 2012 02:53 AM PST

Salam, maaf agak lama teman tak buat Posting, ini adalah kerana sebaik lepas selesai di makamah teman terus ke Gerik, Pengkalan Hulu dan Gopeng, agak terhad untuk menulis, hari ni baru ada kelapangan untuk sekupang menulis!

11juta Saman Balas terhadap si Nga hasil dari perbincangan sahabat lawyer, pendapat bloggers, rakan-rakan malah hasil dari pendapat facebookers dan mereka-mereka yang mengikuti isu teman nie, rabu lepas bersama-sama lawyer teman, Ong, Hanim dan Badrul, tak lupa juga Saiful Adli menyerahkan dokumen yang sebanyak 24 helaian bagi saman balas di makamah tinggi kira-kira jam 2.15 petang, tak lupa juga sahabat bloggers yang turut hadir, 
Insyallah akan saya cuba upload nanti helaian serta butiran nanti, apapun... sekupang berpendapat ini hak rakyat dan Bloggers juga punya hak, apakah seseorang itu sebagai Lawyer, berpengaruh tinggi, berpangkat besar, yang mahysur, orang kaya, yang ego tinggi, yang berani dan lantang mencacai orang lain, yang tidak tidak peka & sensitif  pada umat Islam dengan bacaan dan huraian hadis, yang mengelar dia adalah ustaz... boleh buat sesuka hati.
Apakah disebab segala sifat yang ada diatas yang dimiliki oleh mereka-mereka bagaikan bangsawan boleh melakukan sesuka hati, tidak boleh didakwa, tidak boleh dipersalahkan, tidak boleh disentuh, tidak boleh diterjah, tidak boleh disanggah? apakah lansung tidak ada HAK RAKYAT? 

Sekupang amat faham dengan sahabat-sahabat bloggers lain, apakah kita tidak punya hak menyebarkan kebenaran, apakah kita juga mesti menjadi tukang angguk-angguk sepertimana seorang pencacainya sekalipun terpaksa akur sekalipun kesalahan dilakukan dengan bongkak!

Teman juga nak ucapkan terima kasih kepada semua bloggers yang teman sempat juga dema buat posting tentang saman balas dalam isu ini, insyallah teman akan perjuangkan hak sebagai bloggers, kenapa perlu takut? kalau dia berani, ikhlas dan adil kenapa tidak saman atau setidak-tidaknya bersuara pada blog-blog haram jadah yang terang-terang kita tahu menghina dan mencaci pemimpin malah institusi serta kedaulatan Sultan kita sendiri... Najib Atantuya, Sharizat lembu, Zambry Hitam Matelik, Zambry Mamak, Perak Darul kartun, Rosmah Berlian 24j, UMNOprono, Polis Lembu, UMNO rasuah dan banyak lagi...

Macamana pun teman tabik spring kat Ds Zambry sekali pun dihina dan dicaci oleh alustaz sebagai Hitam Metalik yang kononnya pendatang haram (seludup masuk naik kapal selam)... Ds Zambry cukup tenang dan menyerahkan kepada rakyat menilai, kalau nak dibandingkan teman dengan MB... adoi jauh tu, kalau teman hanya sebagai seorang rakyat disaman 10 juta, cuba bayangkangkan kalau yang sudah terang menghina bukan sekali tetapi sebermula dari 2010 lagi perkataan Hitam Metalik dijaja merata ceramah, apakah tak cukup insaf sebaliknya menyaman orang lain, hehehe untuk dia boleh tapi untuk orang lain tak boleh pulak?

Pada rakan-rakan blogger... teman nak korang tahu, perjuang ini juga merupakan perjuangan korang, teman akan teruskan perjuangan ini, blogger berhak demi kebenaran, biarlah teman jadi wakil Hak Memperjuangkan Kebenaran untuk rakyat mengetahui... Ini perjuangan Bloggers demi menegakkan kebenaran dan Hak rakyat patut tahu, akan tetap teman terus membongkar! insyallah...

p/s terima kasih ehsan gambar yang diemail oleh sahabat bloggers Parang Pedang dan Kamunting Sentral, teman utang teh tarik dengan komer...

Panglima Perang Cyber

Posted: 05 Feb 2012 11:21 PM PST

Panglima Perang Cyber


Isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) – satu isu politik? Cc @ShahrizatJalil @NajibRazak

Posted: 05 Feb 2012 08:28 PM PST

Tulisan ini sama dengan pandangan Panglima sebelum ini agar beliau jangan tunduk kepada sebarang tekanan.

Kita yakin Perdana Menteri cukup bijak menangani isu fitnah NFC yang cuba dikaitkan dengan UMNO.

Dengan keadaan kita semakin hampir PRU 13 maka jangan dikeruhkan keadaan dengan mengiakan tuduhan pembangkang.

Pandangan Tun Mahathir juga satu pandangan yang lahir demi memastikan masa depan UMNO BN terus cemerlang.

Kita hormati apa jua pandangan dan tidak lupa menghormati hak Presiden UMNO untuk membuat keputusan.

Baca seterusnya pandangan ikhlas blogger otai Umno-Reform di bawah :

Sememangnya nampak seakan ia menjadi satu isu politik. PKR di bawah Rafizi Ramli – membawanya sebagai satu isu rasuah yang dibayangi dengan hasrat politik. Apa yang lebih dibawa oleh PKR adalah isu ini adalah rasuah dan kononnya UMNO sinonim dengan rasuah. Ini persepsi yang mahu dibentuk. PKR mahu isu yang dikatakan satu isu rasuah ini dijadikan satu bahan jajaan politik untuk menghukum UMNO dan konsentrasi amat jelas ia adalah demi menjatuhkan UMNO.

Hari ini, veteran UMNO, termasuk Tun Dr Mahathir dan Rafidah Aziz juga menyarankan Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO untuk melepaskan jawatan. Tekanan ini diletakkan sebagai satu hukuman yang belum disiasat. Tekanan ini seakan sengaja dilakukan kerana hasrat yang nampak adalah bukan berlandaskan rasuah tetapi adalah untuk menumbangkan Shahrizat. Ini semua adalah niat politik mengatasi usaha mencari kebenaran dan keadilan.  Ini sebenarnya melanggar ruangan untuk individu itu mempertahankan diri dan individu itu telah dihukum sebelum keputusan sebenarnya – sebelum perbicaraan – sebelum ruang untuk membela diri diberi kepada individu tersebut.

Keadaan inilah sebenarnya memperlihatkan kekusutan kita dalam politik dan proses perundangan. Motif politik yang mendahului perundangan sebenarnya tidak akan memberi manfaat kepada kita. Pergaulan politik/undang-undang ini sebenarnya bagi www.umno-reform2.com akan mencacatkan ruangan pembelaan diri dan akhirnya hukuman berlaku sebelum keputusan perbicaraan.

Ini memang terjadi. Ini adalah kerana isu ini mahu dijadikan akhirnya sebagai satu senjata politik – menyempurnakan kehendak dendam dalam politik atau menjatuhkan kedudukan politik seseorang untuk diambil semula tempatnya. Shahrizat seharusnya diberi ruangan yang cukup luas untuk membela diri dan tekanan politik luaran dan dalaman akan memberi impak tidak sihat kepada perjalanan kematangan sistem dalam negara kita.

Kita pernah melihat hancurnya ruangan politik kepimpinan tertentu akibat spekulasi dan pembentukan persepsi, akibat tuduhan dan akhirnya dibebaskan. Namun hukuman telah berlaku sungguhpun akhirnya keputusan mahkamah mendapati individu itu bebas dari sebarang pertuduhan. Kes seperti ini wujud.

Benar, kita mengatakan bahawa ada persoalan yang melihatkan kesalahan moral tetapi tidak dan belum dapat disabitkan kesalahan dalam bentuk perundangan TETAPI hukuman ke atas apa yang dikatakan kesalahan moral tetapi bukan perundangan ini amat subjektif dan mampu menghukum sebelum kesalahan terbukti atau menghukum atas sesuatu yang tidak terbukti benar.

Benar ada banyak kontroversi dalam kes ini, tetapi ruangan pembelaan semestinya diberi seluas mungkin dan komen politik – seharusnya di hindar lebih-lebih lagi pembuktian tidak lagi dibuat. Isu Fidlot hari ini terletak di bawah siasatan pihak berkuasa. Kita kena hormat dan membenarkan sistem ini dilaksanakan. Kita perlu memberi ruangan seluas untuk pembelaan dan campur tangan dalam perundangan adalah terlarang. Apa pun kita TIDAK BOLEH menjatuhkan hukuman tanpa pembuktian tepat dan politik tidak seharusnya mendahului hak, peruntukkan kemanusiaan dan perundangan.       

Salin dari : http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=1417&Itemid=58&utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS Makin Panas Tengok Dr Hasan Ali Dedah Tembelang PAS - Jawatan ADUN Minta Dilepas cc@NajibRazak

Posted: 05 Feb 2012 07:35 PM PST

Pas desak Hasan letak jawatan Adun

NORJIMI AZMI LATIF
6 Februari 2012


SHAH ALAM – Datuk Dr Hasan Mohamed Ali perlu meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia sekiranya enggan membuat rayuan kerana kerusi dimenanginya itu atas tiket Pas.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas akan terus mendesak Hasan supaya melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya beliau sudah membuat keputusan muktamad tidak mahu merayu dan berhajat untuk 'angkat kaki' daripada menjadi ahli parti itu.

Menurutnya, adalah lebih baik bagi bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berdiam diri dan tutup mulut daripada memburukkan orang lain serta melabelkan pemimpin tertentu sebagai parasit.


"Sekiranya beliau tidak suka pada seseorang, itu haknya. Ini semua tiada kaitan dengan Pas lagi, tetapi saya ingatkan supaya tidak meletakkan semua kesalahan kepada orang lain sedangkan ia adalah kesalahan yang dilakukan dirinya sendiri.

"Hasan tidak boleh cakap orang lain parasit kerana orang berkenaan ada hati dan perasaan. Sebab itu menasihatinya supaya tidak buka mulut," katanya, semalam.

Semalam akhbar ini melaporkan keengganan Hasan membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya daripada Pas yang disifatkan dilakukan se­ca­ra autokratik dan tidak de­mokratik.

Malah Hasan turut menggariskan sembilan sebab mendorongnya membuat keputusan penting itu.

Mengulas tindakan Hasan yang melemparkan kesalahan ke atas Pas dan mengemukakan sebab-sebab menolak parti itu, Tuan Ibrahim berkata, tindakan itu langsung tidak munasabah, malah beliau masih gagal mendedahkan individu dimaksudkan.

Menurutnya, tindakan itu menunjukkan Hasan seorang pemimpin yang gagal dan tidak mempunyai autoriti serta hak melakukan perubahan setelah diberikan peranan memegang dalam jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

"Kenapa beliau mahu menyalahkan orang lain? Mengaku saja yang diri sendiri buat salah. Tidak ada urusan campur tangan orang lain ketika beliau pegang jawatan berkenaan," katanya.




rujuk : http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-desak-hasan-letak-jawatan-adun-1.22117

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Prime Minister’s Message For Thaipusam 2012 cc @NajibRazak

Posted: 05 Feb 2012 06:23 PM PST



We can, once again, appreciate our diverse culture as Malaysian Hindus mark the auspicious day of Thaipusam. Hindus mark this day by offering their thanks and sacrifice at temples throughout the country.

Many will also be making vows and praying for a better life and a secure happy future for their children. It is a basic human wish to improve and progress towards a better quality of life for one's self and ones loved ones.

The Government knows and understands this instinct for progress and calls upon Malaysian Hindus to continue to place their 'nambikei' in Government. With this trust, the Government will be able to effectively engage with and help the community overcome your challenges and achieve your personal visions for a better life. We remain committed to fulfilling all our promises to the community and we will do what is needed to help people achieve their dreams.

I take this opportunity to extend my greetings to all Hindus in Malaysia as they observe Thaipusam and mark this important meaningful day.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Maulidur Rasul tanda cinta Nabi Muhammad - Berita Harian

Posted: 05 Feb 2012 06:01 PM PST



Oleh Ibrahim Abdullah

2012/02/06Sambutan selagi bertujuan rai hari kebesaran Islam bukan bidaah

SESETENGAH pihak dalam kalangan umat Islam menyatakan amalan mengadakan majlis Maulidur Rasul SAW suatu bidaah. Bagaimanapun, ada dalil sunat yang membolehkan umat Islam merayakan hari kebesaran Islam ini.

Merayakan atau menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) termasuk dalam perkara yang membesar dan memuliakan Baginda. Firman Allah bermaksud: "Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad), membesarkannya dan membantunya serta mengikuti cahaya (al-Quran) yang diturunkan bersamanya. Mereka itulah yang mendapat kejayaan." (Surah al-'Araf, ayat 157).

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Sesiapa yang membesarkan tanda-tanda Allah, maka membesarkan itu adalah setengah daripada menjunjung perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya." (Surah al-Hajj, ayat 32).

Apa yang dimaksudkan dengan 'tanda-tanda Allah' pada umum ayat ini, ialah setiap perkara yang dijadikan sebagai tanda atau alamat bagi mentaati Allah. Jadi sebesar-besar tanda agama ialah Nabi Muhammad SAW dan menyambut Maulidur Rasul itu adalah membesarkan tanda atau syiar agama Allah, termasuk dalam menjunjung perintah Allah.


Imam Bukhari meriwayatkan dalam sahihnya, begitu juga Ismail dan Abdul Razak, bahawa diringankan azab ke atas Abu Lahab pada Isnin kerana memerdekakan Suwaibah, iaitu hambanya yang menceritakan khabar gembira mengenai kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Hadis ini menunjukkan sesiapa yang menzahirkan kegembiraan dengan membesarkan hari kelahiran Rasulullah SAW diberi pahala yang besar kerana Abu Lahab yang kuffar, seteru kepada Nabi diringankan azabnya, apa lagi bagi orang yang Muslim. Seperti yang dikatakan oleh al-Hafiz Nasiruddin Ibnu Syamsuddin ad-Dimsyaqi dan Imam al-Qurra al-Hafiz Syamsuddin Muhammad al-Jazri, dianjurkan untuk memulia dan membesarkan Nabi Muhammad SAW dengan mengambil sempena hari kelahiran Baginda. 

Hari kelahiran Baginda adalah 'Hari Kebesaran Islam' dan hari yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan. 

Diriwayatkan daripada Qatadah an-Ansari: "Bahawasanya Nabi ditanya mengenai berpuasa pada Isnin, berkata Nabi Muhammad SAW: "Itulah hari yang dilahirkan aku padanya dan diturunkan kenabian ke atasku." (Hadis riwayat Muslim).

Membuat perkara kebaikan dan kebajikan seperti memerdekakan Suwaibah, hadis berpuasa Isnin dan berpuasa Hari Asyura sempena memuliakan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW seperti berhimpun dengan membaca al-Quran, berselawat, membaca sirah Nabi, memuji, berzanji, bersedekah, menjamu makanan, berbuat baik kepada fakir miskin dan lain-lain adalah perbuatan sunat yang dianjurkan dalam Islam, apa lagi mengadakan sambutan Maulidur Rasul.

Dalam sahih Bukhari dan Muslim dinyatakan, bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Madinah dan mendapati kaum Yahudi berpuasa pada Hari Asyura, lalu Baginda bertanya, mereka menjawab: "Ia hari yang Allah menenggelamkan Firaun dan menyelamatkan Musa. Kami berpuasa pada hari ini kerana mensyukuri Allah Taala." 
Lalu Nabi Muhammad SAW berkata: "Kami terlebih utama dengan Musa."

Dalam pengertian daripada hadis ini, kita disarankan mensyukuri atas nikmat pemberian Allah pada hari tertentu yang mempunyai kelebihan atau hari yang dilepaskan daripada musibah. 

Menyambut Maulidur Rasul ialah menzahirkan kegembiraan dan mensyukuri nikmat dan rahmat Allah ke atas alam semesta ini. Sebesar-besar nikmat yang sempurna dan rahmat ialah lahirnya Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah bermaksud: "Katakanlah kepada kaum kamu, dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya, maka dengan demikian itu (kurniaan dan rahmat), hendaklah kamu bergembira dan mensyukurinya." (Surah Yunus, ayat 58).

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Tidaklah Kami mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan kerana memberi rahmat bagi sekalian alam." (Surah al-Anbiyaa' ayat 107).

Jelaslah memperingati dan memuliakan Maulidur Rasul dengan berselawat, membaca kisahnya, perjuangan suka dukanya menunjukkan kita menyintai Nabi Muhammad SAW dan sekali gus menyintai Allah. Firman Allah bermaksud: "Katakanlah kepada kaummu (Muhammad), jika sekiranya kamu menyintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah menyintai kamu." (Surah Ali-Imran, ayat 31). 


Lihat orang mengaku perjuang Islam seperti Nik Aziz Mursyidul Am PAS tetapi benci dan menghentikan sambutan Maulid Nabi di Kelantan sejak 1990 hingga kini sehinggakan telah menyamakan perbuatan membuat Maulid Nabi sebagai peniruan agama Kristian.


Perkataan beliau menghina Nabi dengan menyamakan baginda dengan manusia biasa juga ada di dalam video ini 


Pelik jika PAS nak dikenali pejuang Islam tetapi memperlekeh sambutan maulid dan diri Utusan Allah yang membawa Islam.

Apa dah jadi ?

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Video Penuh - Ceramah Dr Hassan Ali Di Kuala Selangor Dianjur Pemimpin Pas cc @NajibRazak @anwaribrahim @AzminAli @khalid_ibrahim

Posted: 05 Feb 2012 04:16 PM PST


Sambutan hangat umat Islam terhadap Dr Hassan Ali di merata tempat membuktikan bagaimana kekecewaan umat Islam terhadap kegagalan PAS memartabatkan Islam dan menunjukkan sokongan padu kepada Dr Hassan yang dipecat gara-gara mempertahankan Islam terutama akidah umatnya. 

Mereka sudah kecewa dan melihat krisis yang berlaku sebagai kesilapan yang tidak akan dimaafkan. Maka mereka telah berduyun-duyun datang memperlihatkan sokongan demi Islam yang gagal dibuat oleh PAS pada hari ini dalam Pakatan.

Ayuh kita bersatu demi akidah dengan menolak Pakatan yang terbukti merugikan Islam dan menjadikan parti Islam seperti PAS semakin terpinggir dengan kerusi Parlimen paling sedikit di kalangan parti dalam Pakatan Rakyat. 

Lihat fakta bilangan kerusi Parlimen hari ini :

PAS 22 kerusi
DAP 28 kerusi
PKR 31 kerusi

Jelas Parti Islam tampak tewas dengan jumlah kerusi dan PAS sepatutnya keluar segera dari Pakatan tersebut sebelum terlambat. Kerana PAS paling lemah dan sedikit kerusinya berbanding yang lain. Walhal sebagai parti yang memiliki ahli paling ramai kalangan Pakatan patutnya menjadi pemimpin kalangan mereka bukan yang paling lemah.

Fakta ini jarang dikupas tetapi ia satu kenyataan yang membahayakan umat Islam. Memenangkan Pakatan tidak akan menjamin Islam ditegakkan dalam negara kita. Jangan kerana politik ia merosakkan akidah dan maruah umat Islam yang selama ini digeruni bukan Islam kerana kekuatan perpaduannya dan kebijaksanaan pemimpinnya.

Tolong sebarkan agar mesej akan dapat didengar oleh semua umat Islam. 



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Malaysia tersingkir dari Olimpik

Posted: 05 Feb 2012 03:56 PM PST


Malaysia tersingkir dari Olimpik
06/02/2012 1:53am


MANAMA 6 Feb.- Skuad Olimpik negara tewas 1-2 kepada skuad Olimpik Bahrain di Stadium Nasional Bahrain sebentar tadi dalam aksi Kumpulan C pusingan kelayakan bolasepak Sukan Olimpik 2012.

Dengan kekalahan itu bermakna Malaysia secara rasmi terkeluar daripada persaingan merebut slot ke Sukan Olimpik selepas mencatatkan kekalahan empat kali berturut-turut dan berada di tangga tercorot tanpa sebarang mata.

Gol tunggal Malaysia dijaringkan oleh Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-83.


http://www.utusan.com.my/


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Shahrizat : Against my principles to attack older people cc @ShahrizatJalil @NajibRazak

Posted: 05 Feb 2012 06:15 AM PST


Syabas Datuk Shahrizat atas jawapan ini. 

Jangan cari lawan tetapi carilah penyelesaian.

Semoga kekal imej bertudung seperti ini.

Jangan letak jawatan. 

Selagi SPRM POLIS tidak menemui kesalahan.






Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Video Bukti Lim Kit Siang & Karpal Singh Tolak Negara Islam - Dilarang Ust Azhar Idrus Untuk Diundi cc @NajibRazak @anwaribrahim @limkitsiang @cmlimguaneng

Posted: 05 Feb 2012 05:41 AM PST


Ucapan Lim Kit Siang di Parlimen



Ceramah Karpal Singh di atas dirakam di Sarawak sehari sebelum PRN Sarawak 2011

ia pernah disiar di sini 



Video kita tidak boleh mengundi orang bukan Islam yang merugikan Islam seperti kupasan Ust Azhar Idrus ada di bawah ini 





Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 05 Feb 2012 11:19 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Gambar Pemain EPL Yang Sujud Syukur Selapas GOL Pada Maulidurasul Semalam.

Posted: 05 Feb 2012 05:24 PM PST

Siapakah pemain tersebut?

Bukan seorang tetapi 2 orang.

Double DEMBA. Ba dan Cisse


Lepas game Newcastle-Aston Villa, bintang baru Newcastle Cisse sekali lagi sujud syukur kerana berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan 2-1.

Sebelum Ini Demba Ba pernah beberapa kali sujud syukur selepas menjaringkan gol termasuk di  Old Trafford. Kini dia tidak berseorangan.



Dakwah yang dua orang pemain ini lebih hebat dari ahli politik yang menggunakan nama Islam (seperti PAS) tetapi mencaci, mencarut, menghina dan menfitnah lawan atas pentas ceramah.

*Sebar-sebarkan. Pemain Senegal ini mungkin bermazhab Maliki dan lutut bukan aurat mereka.

KAKI KIRI DAN KAKI KANAN

Posted: 05 Feb 2012 09:00 AM PST


BUKANLAH satu perkara yang mengejutkan apabila Haji Hadi tidak sampai seminggu mengumumkan pengunduran beliau daripada terlibat dengan kepimpinan parti PAS yang sudah kotor itu, kemudian menarik balik pengumuman itu. Kita faham pada awalnya ketika mula-mula ditemuramah ianya adalah satu suara hari Haji Hadi yang ikhlas. Namun, kemudian desakan-desakan dan hentaman-hentaman dari dalam dan luar PAS ( inilah yang dimaksudkan Parasit-Parasit oleh Dr Hassan Ali), menyebabkan Haji Hadi terpaksa menarik balik hasrat beliau itu. 

Anda perhatikan bagaimana Haji Hadi permain-mainkan, disorong ke sana di sorong ke sini, selepas sahaja Haji Hadi menyatakan akan bertanding di dalam PRU13 nanti, tetiba seorang lagi Parasit akan membawa seseorang yang maha tak tahu apa nak cakap, di sini http://www.malaysiakini.com/news/188323 

Mengapakah Haji Hadi seolah-olah sudah hilang kuasa Presiden, kita faham Presiden tidaklah seberkuasa Majlis Syura, tetapi kalau Mat Sabu sendiri menyatakan Nik Aziz pun malas mengadakan Mesyuarat Majlis Syura, bermakna Kuasa Ketiga sudahpun meremute control PAS ini. Apa yang berlaku kepada PAS hari ini memberi gambaran kepada kita, bahawa PAS belum bersedia sepenuhnya untuk menawan Putrajaya. PAS tidak boleh ke Putrajaya dengan Kaki Kiri diikat DAP dan Kaki Kanan diikat PKR. 

Sangat menderita PAS hari ini....

Ramalan MyMassa: PAS akan kembali ke rahmatullah tidak lama lagi...

Posted: 05 Feb 2012 08:06 AM PST





*Artikel yang menarik untuk dibaca oleh sesiapa yang masih lagi percaya UMNO memecat Anwar kerana beliau cuba membersihkan parti tersebut. Baca dengan hati yang lapang. Gunakan akal yang waras untuk membuat penilaian. Dan akhir sekali, sebar-sebarkanlah sebelum masuk beradu...

Strategi Militian PAS makan diri

Posted: 05 Feb 2012 06:36 AM PST



Hahaha! Kelakar betul apabila baca berita di atas. Macamana PAS boleh takut dengan budaya politik yang mereka sendiri bawa?!!




Ustaz Saidi dilanggar oleh sebuah kereta ketika pulang selepas berceramah di Dabong mengenai kesongsangan Nik Aziz. Beliau adalah salah seorang pemimpin yang rapat dengan Nik Aziz suatu ketika dahulu dan bertindak keluar parti setelah melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana Nik Aziz menghalalkan ZINA semata-mata kerana takut kehilangan kuasa.

Itu belum cerita lagi bagaimana PAS mewujudkan kem-kem latihan di selatan Thai bagi melatih kader-kader mereka yang sanggup mati "berjihad". Mereka bukan setakat diajar berlawan, tetapi bagaimana menggunakan senjata api dan membuat bahan letupan. Kelompok inilah yang akan dikerahkan untuk turun bergasak dengan polis dalam setiap demo jalanan.


Itu belum cerita part puak-puak khawarij ini tegar melawan Raja-Raja Melayu. Kita tidak akan lupa sampai bila-bila macamana seorang khawarij boleh berbaring di atas jalan bagi mempertahankan Kerajaan Boneka DAP Perak suatu ketika dahulu.



Tetapi golongan ini bijak. Mereka pandai berlakon sedemikian rupa sehinggakan apabila mereka menumbuk orang, mereka akan buat orang percaya yang mereka sebenarnya sedang dibelasah!

Dan jika kita kembali kepada kes kebakaran dalam berita di atas, tidakkah pemimpin PAS tersebut percaya kepada Qada' dan Qadar ketentuan Allah SWT? Takkanlah semua benda ada kaitan dengan politik? Dan anda semua bayangkanlah, belum pun lagi pegang negeri Johor sudah kaya sampai macam itu, kalau berkuasa kelak, tidak tahulah...

Apa-apa sekalipun, orang PAS kini semakin takut mati dan kehilangan harta benda...Inilah yang Rasulullah SAW sebut sebagai WAHAN...

Jom tengok poster bagaimana DAP meliwat ANWAR dan PAS

Posted: 05 Feb 2012 04:17 AM PST



Propaganda DAP di kalangan orang Cina bagi menangani kerisauan mereka yang PAS-PKR akan memimpin fuckatan sekiranya mereka menang PRU kelak. Itulah, orang PAS-PKR ingat mereka boleh menunggang sokongan Cina bagi merampas Putrajaya...sekarang siapa yang dungu sebenarnya?!!

Mohon sebar-sebarkan... 

Nik Aziz tanya bila Maulidur Rasul hendak diubah menjadi Krismas?!!

Posted: 05 Feb 2012 02:29 AM PST



Kami pernah mendedahkan sebelum ini bahawa Nik Aziz ini berfahaman Wahabi pecahan Muktazilah. Antara pegangan pengikut fahaman ini adalah mereka menolak sama sekali sifat 20 Allah SWT (yang mana sifat pertama adalah mempercayai Allah itu WUJUD) dan menyamakan sifat yang dimiliki Allah SWT dengan manusia biasa yang hina.

Kerana itulah Nik Aziz pernah mengatakan Allah itu mencarut, Allah itu samseng. Malahan beliau juga tidak segan silu mengaku berhubung dengan Allah dalam ibadat solat bagi mendapatkan petunjuk dalam satu-satu perkara. Salah satu kes klasik adalah ketika seorang ADUN PAS yang ditangkap sedang melakukan hubungan seks dengan isteri kawannya dalam gerabak keretapi, diampun begitu sahaja oleh Nik Aziz kerana mendakwa telah diberikan Allah keputusan seperti itu.



Begitu juga apabila seorang ustaz mentah yang menyamakan beliau dengan nabi. Beliau bukan sahaja tidak menolak dakwaan tersebut, bahkan bersikap solah-olah berbangga kerana mendapat pengiktirafan sedemikian rupa.

Inilah wajahnya seorang manusia yang Allah kurniakan sedikit ilmu wahyu. Mereka dimuliakan menjadi pemimmppin dan akhirnya menjadi ujub kerana pengikut yang taasub. Mereka ini lupa betapa kerdilnya mereka di sisi ALLAH SWT. Bahkan mereka juga tidak segan silu mempermainkan hukum Allah demi kepentingan duniawi yang sementara.



Kerana itulah apabila seorang pemimpin kafir dibuktikan berzina dan berbogel, beliau boleh marahkan pihak yang mendedahkannya kerana menghukumnya menceroboh hak peribadi orang lain! 

The Unspinners

Posted: 05 Feb 2012 11:13 PM PST

oyabun

Posted: 05 Feb 2012 11:03 PM PST

oyabun


Malaysia tidak terjamin bawah Anwar!

Posted: 05 Feb 2012 08:10 AM PST


Seorang demi seorang rakan rapat yang satu ketika dahulu begitu memuja Anwar Ibrahim, melangkah kaki meninggalkan beliau. Ezam Mohd. Nor, Chandra Muzaffar dan Zulkifli Nordin antara beberapa nama yang bertindak demikian dengan seribu satu fakta dan kenyataan kerana tidak sanggup lagi bersekongkol dalam kemungkaran.

Salah seorang rakan baik Anwar yang juga pernah menganggapnya sebagai mentor, DATUK AIDIT GHAZALI, turut mengambil tindakan sama. Dalam pertemuan di kediamannya Rabu lalu, Aidit yang pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perkembangan Minda (INMIND), dengan tenang menjelaskan kenapa beliau tidak lagi sanggup bersama pemimpin pembangkang itu.

Kepada wartawan Mingguan Malaysia, beliau mengatakan bahawa Anwar bukan lagi seperti yang beliau kenali dahulu. Anwar baginya, bukan lagi seorang yang boleh diharapkan dari segi kewibawaan perjuangan dan pemikiran Islam.

Beliau yang pernah bergiat aktif di dalam ABIM satu ketika dahulu turut memberi sebab-sebab utama kenapa kini menolak untuk bersama Anwar, antaranya sifat kemaruk kuasa, kelonggaran pendirian dalam isu-isu berkaitan Islam dan beberapa lagi.

Selain itu beliau yang kini menjawat Pengerusi Eksekutif Akademi Aidit turut mengungkap permasalahan perpecahan di kalangan umat Melayu/Islam, pluralisme dan gaya kepimpinan yang boleh dijadikan contoh.

MINGGUAN: Sejak zaman mahasiswa lagi Datuk amat rapat dengan pemikiran dan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengapa sekarang Datuk sangat kritikal terhadap perjuangan dan pemikirannya?

AIDIT: Zaman 1970-an dan awal 80-an adalah zaman di mana tahap idealisme Islam dalam kalangan mahasiswa serta mahasiswi Muslim di seluruh dunia Islam sangat tinggi. Pelbagai faktor menyumbang kepada fenomena ini. Antara lain, kesan usaha dakwah pelbagai jemaah Islam yang muncul di hampir seluruh pelosok dunia Islam, krisis sistem ekonomi, politik dan pendidikan yang berasaskan nilai serta budaya Barat dan juga interaksi yang semakin rancak antara para pelajar kita yang dihantar belajar ke luar negara dengan rakan-rakan mereka dari negara-negara Islam yang lain.

Generasi muda di Malaysia termasuk saya tidak terpisah daripada arus positif ini. Maka secara logiknya, proses pencarian ilmu, wadah gerakan Islam serta contoh mithali berjalan dengan gigih. Saya diketemukan dengan sahabat-sahabat daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan turut terlibat dalam menubuhkan ABIM (United Kingdom) pada awal 1980-an. Ketika itu Anwar ialah Presiden ABIM.

Memandangkan sifat saya yang meletakkan standard tinggi pada apa yang saya buat dan pegang dalam hidup, maka Anwar ketika itu layak menjadi contoh perjuangan saya atas kewibawaan diri yang beliau tonjolkan ketika memimpin ABIM sehingga beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan terlibat dalam peristiwa-peristiwa pasca 1998.

Tetapi sejak beberapa tahun ini, khususnya setelah PRU-12, pendirian saya mula goyah dan penuh pertanyaan apabila saya melihat dalam percaturan Anwar berlakunya: pertama, sifat terlalu kemaruk memegang kuasa secara pintas, dengan khabar bahawa berpuluh wakil rakyat BN akan berpaling tadah selepas PRU-12 dan baru-baru ini dengan laungan untuk menjadi Perdana Menteri walau apa pun berlaku.

Kedua, kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan DAP yang jelas tidak mahu pada negara Islam. Ketiga, pengasingan diri ramai bekas kenalan Anwar dalam kalangan ulama, cendekiawan Islam yang saya hormati dan sahabat-sahabat karib beliau dalam pergerakan Islam.

Keempat, kelonggaran pendirian beliau berkaitan dengan isu penggunaan nama Allah, penterjemahan Bible ke Bahasa Melayu, isu LGBT, isu menjaga keselamatan Israel, kefahaman pluralisme terhadap Islam dan kelima, sikap kurang tegas beliau terhadap golongan yang mencabar IMR (martabat Islam, kedudukan umat Melayu sebagai kustodian Islam di Malaysia serta pemeliharaan Institusi Raja sebagai Pelindung dan Pemayung agama Islam di Malaysia).

Sifat kompromi melampau beliau atas kepentingan politik sehingga menimbulkan kekhuatiran saya yang amat sangat bahawa masa depan Islam dan umatnya di Malaysia tidak lagi terjamin jika Anwar dan pakatan politik beliau menerajui negara.

Terhadap isu-isu moral yang didakwa disabitkan dengan beliau juga ada kesan besar kepada saya kerana sumber-sumber saya adalah daripada mereka yang mempunyai tahap integriti yang tinggi di sisi saya serta yang bukan ada kepentingan politik dan juga mereka yang satu ketika dahulu mempunyai tahap kepercayaan terhadap Anwar yang melebihi tahap saya.


Namun jiwa saya bukan jiwa menghukum. Justeru, tanpa isu-isu moral ini pun, saya sudah ada cukup asas untuk tidak lagi berpegang pada Anwar sebagai insan yang saya boleh pegang dari segi kewibawaan perjuangan dan pemikiran Islam beliau. Saya telah capai pada peringkat ini dalam keadaan penuh kesedihan kerana satu ketika, saya sangat sanjung kemampuan dan peribadi beliau.

Anwar dikatakan mendukung fahaman pluralisme yang kelihatan bercanggah dengan fahaman arus perdana ahli Sunah Wal Jamaah. Apa pandangan Datuk mengenai aliran fahaman sebegini dan kesannya kepada akidah umat?

AIDIT: Fahaman pluralisme yang meletakkan kesucian dan kebenaran agama Islam pada tahap sama dengan agama-agama serta kepercayaan lain adalah kefahaman yang jelas sesat. Ia boleh menggegarkan syahadah seseorang Muslim kerana ia seolah-olah mempersoalkan martabat Islam sebagai satu-satunya agama yang benar di sisi Allah.

Ucapan Anwar satu ketika dahulu di United Kingdom berkaitan pluralisme kononnya di hadapan audiens yang bukan Muslim dan wajarlah kononnya beliau membawa pandangan yang melihatkan sifat keterbukaan seorang Muslim. Tetapi pada saya, ada perkara yang kita boleh kompromi dan ada perkara pokok yang kita tidak boleh langsung berkompromi, lebih-lebih lagi jika ia disabitkan hal akidah (pegangan agama Islam) dan soal Syariah yang jelas hukumnya. Jika seseorang itu sudah mula berkompromi satu hal pokok, maka kekhuatiran saya adalah ia akan sanggup melonggarkan hal-hal pokok yang lain sehingga nanti seluruh akar Islam itu tercabut dan mungkin diganti dengan baja pemikiran, benih kefahaman dan pokok pegangan yang langsung tidak ada sifat Islam.

Justeru perjuangan saya dalam agenda IMR adalah supaya jangan nanti nasi jadi bubur, jangan sehingga menangis tak berlagu tentang akibat pada Islam dan umatnya dan jangan pula saya kesal kemudian akibat berdiam diri yang tidak kena pada tempatnya. Umat Islam yang kurang faham implikasi halus yang dibawa oleh fahaman pluralisme akan mula nanti membelai sifat berkompromi dengan tuntutan agama Islam dalam hidup kita; mereka akan berjinak dengan sifat liberal dan tuntutan yang haram boleh jadi halal dan yang halal boleh ditegah, serta macam-macam lagi pemikiran yang kabur kerana pegangan kita pada agama yang satu sudah dicairkan.

Perpecahan kalangan umat Islam di Malaysia amat membimbangkan. Apakah faktor yang menyebabkan ia berlaku dan mungkin ada jalan keluar darinya?

AIDIT: Pelbagai analisis tentang perpecahan umat Islam telah dikupas oleh pihak-pihak lain. Kebanyakannya ada asasnya. Saya tidak berniat untuk mengulanginya. Tetapi faktor-faktor yang paling ketara saya yakini menjadi penyebab pada hari ini adalah lima yang utama.

Pertama, tahap ilmu dan kemahiran untuk menilai sesuatu perkara termasuk maklumat yang diterima, secara waras, bijaksana, berfikiran panjang dan menyeluruh.

Kedua, ketandusan ikon-ikon insan atau manusia-manusia yang boleh masyarakat jadikan ikutan dan rujukan yang diyakini tidak berbelah bagi dan yang bersifat adil serta membina dalam penilaian mereka.

Ketiga, masalah ketaksuban yang amat sangat dalam kalangan sebahagian masyarakat terhadap tokoh-tokoh kesayangan mereka dan wadah pilihan mereka sehinggakan ketaksuban kepada Allah dan Rasul-Nya, serta ketaksuban terhadap kebenaran telah diketepikan tanpa sedar.

Keempat, suasana yang tidak kondusif pada perpaduan akibat budaya menghasut, berdendam dan takbur bahawa diri mereka yang benar dan kelima, kurangnya alternatif atau pilihan bagi umat Islam yang kecewa dan seolah-olah hilang harapan pada wadah-wadah sedia ada. Penyelesaiannya adalah supaya kita tinjau serta kaji sedalam-dalamnya punca pada faktor-faktor ini dan kita selesaikan pada punca-punca.

Yang penting kita berusaha secara sistematik dan berterusan. Soal bila kita berjaya jangan kita jadikan desakan utama kerana itu urusan Allah. Saya juga tidak mahu terperangkap dalam membuat kerja secara gopoh sehingga mengorbankan kualiti dan berkat Allah dalam perjuangan saya.

Pada pandangan Datuk gaya kepimpinan yang bagaimana seharusnya menjadi sumber ikutan dan teladan dalam realiti masyarakat berbilang kaum dan agama?

AIDIT: Sebenarnya, jika kita memahami Islam secara menyeluruh serta kandungan al-Quran, sunah Rasulullah, sejarah hidup para ulama dan tokoh Islam serta hakikat bahawa pintu ijtihad tidak ditutup, soal masyarakat majmuk ini bukan faktor besar. Madinah yang dijadikan sebagai contoh negara Islam pertama pun bukan semua warganya beragama Islam.

Justeru, masyarakat yang sama ada keseluruhannya umat Islam atau bersifat majmuk berkehendakkan gagasan kepemimpinan yang boleh memberi mereka keyakinan, harapan, pengukuhan, bimbingan serta jawapan pada pelbagai kemelut dan cabaran. Dalam konteks ini, saya melihat bahawa belum ada seorang yang boleh sampai pada tahap itu. Yang kita perlu adalah gagasan kepemimpinan yang saling melengkapi antara satu sama lain.


Justeru jika sesebuah negara itu mempunyai seorang pemimpin utama, maka amat penting sekali mereka yang di kelilingnya mestilah mereka yang juga mencerminkan tahap kepemimpinan tinggi, khusus dari segi kemahiran, ilmu, integriti, moral, amal ibadat, niat suci, rekod prestasi, hubungan masyarakat, jiwa murabbi, rekod prestasi, pergaulan, wawasan dan gagasan mentor yang hebat. Jika budaya kita tidak menjurus ke arah formula ini, maka kita mesti bergerak ke arahnya sebelum terlambat.

Anwar dikatakan membuat kenyataan kontroversi mengenai Israel yang disiarkan dalam Wall Street Journal. Apa pandangan Datuk dalam konteks sikap politik yang diambil dan kesannya terhadap perjuangan umat Palestin?

AIDIT: Kenyataan Anwar itu memang langsung tidak boleh diterima, walau apa pun alasan beliau. Israel adalah sebuah negara yang kewujudannya dari segi Islam adalah haram. Warganya kebanyakan berjiwa Zionis yang jelas bermusuh dengan Islam.

Rekod rejim Zionis juga terkenal dengan kezaliman bersifat Firaun terhadap umat Islam di Palestin. Jadi untuk membuat kenyataan itu walau atas kepentingan apa sekalipun tidak boleh diterima. Ia ibarat mencurah air garam yang sedang menggelegak panasnya ke atas luka yang masih berdarah dengan isi badan terdedah.

Mereka yang diam seribu bahasa termasuk rakan-rakan Anwar yang sering berhujah tentang kezaliman Zionis dan memperjuangkan umat Islam Palestin mesti bersuara untuk membuat pendirian. Ini yang saya lihat adalah ujian asid sama ada taksub kita pada Allah dan kebenaran atau taksub kita pada manusia?

Pendirian kita terhadap perkara-perkara yang mencabar Islam dan umatnya seperti yang saya sebutkan awal tadi juga adalah ujian asid dari segi di mana terletak prinsip kita. Kita mesti ingat bahawa manusia tidak sempurna. Janganlah disamakan kesempurnaan Allah dengan kehebatan mana-mana manusia sehingga kita sanggup menggadai agama sendiri demi kepentingan politik duniawi dan keseronokan sementara.

Sebahagian besar penganalisis berpendapat bahawa masyarakat Islam di Malaysia kini berhadapan dengan masalah persepsi. Apa pendapat Datuk terhadap perkara ini?

AIDIT: Saya amat bersetuju dengan pandangan ini. Memang kita kini dibelenggu dengan masalah persepsi. Masalah ini bersifat akumulatif, yakni telah membesar dengan peralihan masa dan tidak diatasi ketika ia masih kecil.

Antara penyebabnya adalah pengalaman buruk masyarakat dengan pihak-pihak yang berkepentingan secara tidak beretika, kawalan emosi yang diganggu dengan budaya menghasut, budaya fitnah dan budaya agresif yang bertentangan dengan nilai serta tata susila hidup kita, termasuk apa yang berlaku di sebahagian masjid, surau dan kebanyakan laman sesawang dan blog/facebook dalam Internet; ketaksuban yang pada tahap melampau terhadap tokoh dan wadah sehingga maklumat yang sahih pun ditolak jika mencemarkan tokoh dan wadah mereka; ketandusan pilihan-pilihan lain bagi mereka yang kecewa; realiti ibarat mencurah air di daun keladi dengan satu pihak ada yang membuat baik dan di satu pihak pula ada yang membuat perkara-perkara yang mencairkan usaha baik; kurang usaha turun ke akar umbi dengan penuh tawaduk dan ikhlas serta tidak bermusim; dan akhir sekali, kurang mencari berkat Allah dalam apa yang kita buat.

Namun, kita jangan pasrah. Kita mesti kuasai profil masalah persepsi ini secara lengkap dan mendalam. Sesuaikan penyelesaian pada kelompok-kelompok yang terlibat. Dekati mereka tanpa prejudis dan pasrah. Jadi contoh yang baik dari segi perlakuan kita sendiri dan yakin pada takdir Allah untuk membuka hati mereka yang Allah pilih. Pastikan ahli-ahli keluarga kita dahulu yang kita bimbing sebelum kita nak bimbing orang lain. Jangan lupa doa berterusan.

Dan akhir sekali, mesti rasa seronok buat kerja perjuangan supaya tahap pengorbanan kita bukan dijana oleh kepentingan material dan duniawi tetapi dipacu dengan sifat cinta pada agama Islam, umatnya, Institusi Raja sebagai pelindung agama Islam dan hasrat kita untuk membuktikan kepada masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia ini bahawasanya umat Islam memang umat terbaik di sisi Allah.-UMO

Wasabi Oyabun..

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 05 Feb 2012 09:29 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


BACA TAJUK DI BAWAH. DEMI UNDI PAS GADAI BODI !

Posted: 05 Feb 2012 09:00 PM PST

DIN PUDU SENTRAL CABUT LARI !

Posted: 05 Feb 2012 07:00 PM PST

COOL BEB !

Posted: 05 Feb 2012 06:00 PM PST

HASAN ALI KASI SENAK PKR AMPANG !

Posted: 05 Feb 2012 03:21 PM PST

TERNYATA PAS PEMBOHONG.

Posted: 05 Feb 2012 03:09 AM PST

HASAN ALI TAK PERLU 'LAYAN' KITA.

Posted: 05 Feb 2012 12:35 AM PST

MALAM NI HASAN ALI KAT AMPANG !

Posted: 04 Feb 2012 10:00 PM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 05 Feb 2012 09:20 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Bidang Keberhasilan Utama Pendidikan

Posted: 05 Feb 2012 03:00 PM PST


Tranungkite Pertikai Anwar Ibrahim

Posted: 05 Feb 2012 07:30 AM PST

AIDCNews – 04/02/12 – Laman tertua pro-PAS, TKO (TranungKite Online) memberi sepotong hadis kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Ketua Pembangkang itu menghindari dirinya daripada melakukan perkara-perkara syubhat.

"Barangsiapa tidak dapat menjaga dirinya dari perkara-perkara syubhat, baik dalam pekerjaan dan penghidupannya, niscaya kehormatan dirinya tidak terpelihara"

"Syubhat yang terjadi di tengah-tengah masyarakat terhadap perbuatan mubah, sehingga perbuatan tersebut dianggap sebagai perbuatan haram. Akibatnya, perbuatan mubah tersebut dijauhi karena khawatir terhadap anggapan orang lain yang menggolongkannya ke dalam perbuatan haram. 

Misalnya, ada orang yang selalu melintasi tempat-tempat maksiyat, contohnyanya lokalisasi pelacuran, bioskop, perjudian, dan lain-lain", kata penulis laman itu.

Penulis bernama 'Merong' menulis artikel bertajuk "Anwar : Kami Perlu Penjelasan ?" menyenaraikan empat perkara syubhat dilakukan Anwar yang dituntut penjelasan.

Pertama : Keterlibatan anda di dalam penerbitan buku "Building Moderate Muslim" oleh RAND. Adakah anda berfahaman liberalime/Islam sederhana ?

Kedua : Mengapa anda dijemput/memilih mengajar di Georgetown University? Ini apa yang saya dapat di Wikipedia. Newsweek, however, rated Georgetown among its top "Gay-Friendly Schools" in 2010.[119] In 2011, College Magazine ranked Georgetown as the tenth most hipster U.S. college,[120] while People for the Ethical Treatment of Animals considered it the third most vegan friendly small U.S. school.[121]

Ketiga : Kenapa Anda terlalu kerap ke USA atau terlibat dgn media USA? Allahyarham Fadzil Noor/ Lim KS yang pernah manjadi ketua pembangkang pun jarang melakukan demikian. 

Keempat : Keterlibatan anda sebagai pembangkang hampir 14 tahun tidak menampakkan kekayaan anda tergugat berbanding dengan pemimpin pembangkang yang lain. Dari manakah sumber kewangan anda?

Klinik 1Malaysia: Komitmen Membela Rakyat

Posted: 05 Feb 2012 03:00 AM PST


Kerajaan Membela Golongan Berpendapatan Rendah

Posted: 04 Feb 2012 11:00 PM PST


Mencari Damai Abadi

Posted: 05 Feb 2012 03:36 PM PST

Mencari Damai Abadi


Salam Maulidurrasul

Posted: 04 Feb 2012 10:55 PM PST

Bismillah...


Nabi Muhammad SAW bersabda,


"Sesiapa yang bersalawat ke atasku, nescaya Allah akan bersalawat  10 kali ke atasnya..."




.........




Kebanyakan orang bercuti. Tapi aku bekerja untuk menyiapkan rekaan terbaru untuk pameran bulan 3 nanti.. :)


Tahniah kepada warga Muar kerana baginda sultan telah mengisytiharkan bandar Maharani sebagai bandar DiRaaja.


Kerja kuat-kuat!


melayuangkat

Posted: 05 Feb 2012 03:30 PM PST

melayuangkat


Tips bila nak ke Masjidil Haram...

Posted: 05 Feb 2012 05:32 AM PST

Selain dari doa nak masuk Masjid seperti yang terdapat dalam buku buku panduan Haji dan Umrah, berikut ingin dikongsi sedikit tip tip atas pesanan pesanan peribadi melalui pengalaman bagi sesiapa yang hendak ke Masjid, sama ada untuk Tawaf atau Solat.

Semestinya kita mesti mengekalkan diri kita dalam keadaan berwuduk sepanjang berada dalam di dalam Masjid.  Kita juga perlu berwuduk bila berTawaf.  Walaupun ada tempat tertentu untuk berwuduk di dalam Masjid tetapi lokasi agak jauh juga jika kita nak U-Turn dari kawasan Kaabah jika kita sedang berTawaf.  Jadi elok juga kita bersedia selalunya seawal sejam sebelum waktu Solat atau ke Masjid dan bagi diri ini caranya ialah dengan tidak minum terlalu banyak atau makan terutama makanan yang senang mendatangkan 'angin' seperti minum air halia, makan kacang atau pun diri kita sendiri lebih tahu apa yang tidak sesuai dimakan atau diminum bila waktu solat telah hampir tiba.

Oleh kerana MasjidilHaram terlalu besar kadang kadang jika kita masuk melalui contohnya pintu King Abdul Aziz tidak semestinya setelah tamat Umrah kita boleh keluar melalui pintu yang sama kerana faktor jemaah terlalu ramai untuk diharungi.  Jadi lebih baik jika kita bawa sekali capal atau selipa kita dan disini yang paling penting tipnya ialah UNCANG KASUT!  Melalui pengalaman ini jika kasut, selipar atau capal kita dibungkus dengan plastik ini akan mudah 'terhilang'.  Banyak jemaah kadang kadang terambil plastik kita menyangkanya hak mereka! Ini terjadi bila kita letak di kotak kotak atau rak kasut yang disediakan tetapi tidak jika kasut kita ini tersimpan dalam Uncang kasut kita yang lebih menarik warna dan corak tidak diusik jemaah lain.

Kita juga tidak heran jika ramai jemaah membawa kasut mereka sekali bila berTawaf kerana keadaan yang memaksa.  Ini kerana selepas Tawaf mereka akan ke Bukit Safa dan tak tahu pula bila waktu habis bertahlul apa tah lagi jika waktu solat telah dekat. Kadang kadang bila kita tinggalkan kasut kita dalam kotak khas berdekatan Kaabah, bila dekat waktu nak Solat Fardu, kotak kotak ini akan dialih ketempat lain oleh perkerja Masjid!   Bagi diri ini, akan selalu bawa beg yang memang kasut bersih yang dimasukkan dalam plastik dan uncang dan diletak dibahagian bawah beg, kemudian diletak pula sejadah kecil di atasnya bila ada waktu waktu terpaksa bawa juga kasut ini.  Sejadah juga tak kurang pentingnya bila hendak bersolat di Masjidil Haram walaupun sudah tentulah seluruh Masjid ada lemparan Permaidani merah yang indah.  Tetapi untuk keselesaan baik juga jika tempat kita sujud berlapik dengan sejadah kita sendiri.   Lagi pun jika kita bersaei waktu hampir Solat Fardu kita tak pasti dimana tempat kita Solat berjemaah nanti, mungkin di tempat Saei dan masa ini Sejadah kita amat bermakna.

Selalunya elok juga beg kita ada tempat meletakkan kunci bilik hotel kita sekali yang dalam bentuk kad.  Pasport kita elok kita fotostat dan simpan salinannya dalam beg ini walaupun Pasport asal ada dalam simpanan kita dalam bilik atau dengan ketua Umrah atau Haji kita.  Bagi diri ini Beg kita penting waktu Solat sebab ia juga boleh berfungsi sebagai 'penghalang' dari kita sujud pada kasut orang lain.  Bila jemaah ramai macam macam perangai.  Ramai yang bawa kasut waktu solat, kita pun faham. Tetapi ramai yang tak balut langsung kasut mereka, plastik tidak, uncang pun tidak.  Kasut bulat bulat letak belakang mereka tempat kita sujud.  Diri ini selalu letak beg di depan supaya tak sujud depan kasut mereka direct.  Dan kasut sendiri yang tersimpan rapi dalam uncang disimpul rapi di letak ditepi sisi kaki supaya jemaah belakang tak solat pada kasut kita.

Setiap saat kita berada di Masjidil Haram, hargailah..isilah dengan zikir sebanyaknya.  Buat sebanyak Solat Taubat dan paling mustahak ketepikan sebentar hal duniawi terutama bila baru tiba dan menatap Kaabah yang indah..

(Bersambung)

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 05 Feb 2012 03:21 PM PST

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Bye Bye Pas...!!

Posted: 05 Feb 2012 12:34 AM PST

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mengambil keputusan muktamad untuk tidak mengemukakan sebarang rayuan selepas beliau dipecat sebagai ahli parti dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 8 Januari lalu.

Ujarnya, perkara itu diputuskan selepas beliau mengambil kira setiap pandangan daripada ulama sama ada di dalam atau di luar Pas, golongan profesional, ahli akademik, ahli biasa serta setelah melakukan istikharah.

Katanya, keputusan tersebut juga berkait rapat dengan cara pemecatannya oleh Pas yang disifatkannya sebagai paling autokratik dan paling tidak demokratik walaupun tempoh rayuan masih berbaki tiga hari lagi iaitu pada 7 Februari ini.

''Pimpinan tertinggi Pas telah membuat keputusan untuk memecat saya tanpa mengikut prosedur lazim yang digunakan oleh mana-mana pertubuhan politik termasuk Pas yang sepatutnya menjunjung syariat Allah SWT, antaranya memberi peluang serta ruang untuk membela diri.

''(Namun) mereka membuat keputusan secara arbitrari, berhujah dan mendengar daripada satu pihak sahaja. Tindakan yang diambil begitu tergesa-gesa termasuk menggugurkan saya sebagai Exco kerajaan negeri yang mana Setiausaha Agung Pas meminta ia dibuat secara serta-merta,'' katanya dalam satu sidang media di kediamannya dekat sini, hari ini.

Pengumuman yang dibuat oleh bekas Naib Presiden Pas itu menamatkan segala teka-teki sama ada beliau mahu mengemukakan rayuan atau sebaliknya selepas dipecat oleh parti bulan lalu.

Pada 8 Januari lalu, Hasan yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor telah dipecat sebagai ahli Pas kerana didakwa tindakan-tindakannya yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas.

Hasan berkata, secara asasnya terdapat sembilan sebab utama keputusan muktamad itu dibuat, antaranya peranan parasit yang begitu menonjol di dalam parti sehingga kepimpinan tertinggi terpaksa membuat keputusan di luar batasan pengurusan manusia.

''Saya juga tidak pernah menerima surat, pesanan ringkas atau panggilan telefon meminta hadir khusus untuk memberi keterangan terhadap apa-apa pertuduhan yang dikenakan terhadap saya.

''Saya masih berpegang kepada kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan segala-gala yang melibatkan saya telah selesai dalam pertemuan mahabbah di Kota Bharu pada 27 Disember tahun lalu,'' ujarnya.

Hasan berkata, antara sebab lain beliau enggan mengemukakan rayuan adalah kerana perjuangan Pas yang telah terkeluar daripada landasan asalnya apabila negara Islam, hukum hudud, kepimpinan ulama, persaudaraan dan akhlak Islam tidak lagi menjadi amalan dalam parti.

''Saya juga kerap kali mencadangkan agar Pas mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang. Ini berikutan pendekatan 'akomodatif' yang diambil oleh parasit di dalam Pas telah membuatkan dasar parti terpaksa dikorbankan untuk menjaga dua rakan sekutu (DAP dan PKR),'' katanya lagi.

Dalam perkembangan lain Hasan menegaskan program jelajah yang dilakukan ketika ini tiada kaitan dengan UMNO, sebaliknya ia dianjurkan oleh badan-badan sukarela dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

''NGO-NGO tersebut dengan sukarela menganjurkan program-program tersebut kerana ia bertepatan dengan aspirasi dan cita rasa sebilangan besar rakyat negara ini.

''Setakat ini sambutan yang diberikan sama sekali di luar jangkaan. Rakyat pelbagai golongan membanjiri majlis-majlis diadakan. Di Bakri, Muar malam tadi dianggarkan 8,000 orang yang hadir.

Di Bukit Gantang, Perak sebelum ini, katanya, 8,000 rakyat yang hadir manakala secara purata jumlah kehadiran di dalam majlis serupa di beberapa kawasan di Selangor adalah antara 2,500 hingga 4,000 orang.

Ku Li Akan Lead Umno Kelantan Untuk PRU Ke 13...?

Posted: 04 Feb 2012 07:26 PM PST

Umno Kelantan akan meminta pandangan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha memastikan BN kembali memerintah Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Tengku Razaleigh mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam politik negara dan Kelantan dan sebab itu pandangan tokoh Umno itu diperlukan dalam usaha menawan kembali negeri itu daripada PAS.

"Kita akan meminta nasihat Ku Li (Tengku Razaleigh) bagaimana untuk menjalankan gerak kerja Umno dengan lebih mantap dan berkesan dalam usaha merampas Kelantan daripada tangan PAS," katanya kepada pemberita selepas menutup Ekspo Usahawan Mara di Tok Bali di Pasir Puteh hari ini.

Mengulas kehadiran Tengku Razaleigh (kiri) dalam mesyuarat badan perhubungan itu dua hari lalu, Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata ia memberi impak dan semangat kepada ahli Umno untuk bekerja keras dalam menghadapi pilihan raya umum itu nanti.

Beliau berkata Umno Kelantan akan menjadikan amanat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melawat Kelantan dua hari lalu sebagai perangsang untuk terus melipatgandakan usaha menawan Kelantan.

"Saya ada berbincang dengan timbalan perdana menteri tentang beberapa perkara seperti sokongan golongan muda yang perlu diberi perhatian termasuk kawasan-kawasan tertentu," kata Mustapa.

Beliau berkata Umno Kelantan akan bekerja lebih keras dan tidak akan mudah berpuas hati dengan sokongan yang dikatakan begitu meningkat terhadap Umno ketika ini.

"Saya memang gembira dengan peningkatan sokongan yang begitu meningkat tetapi saranan timbalan perdana menteri untuk terus bekerja kuat akan dijadikan azimat kepada anggota Umno di Kelantan," katanya.

Mengulas desakan agar Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Mustapa berkata Umno Kelantan sama sekali tidak akan mencampuri urusan parti lain.

"Terpulanglah kepada Nik Abdul Aziz membuat pendirian berdasarkan tahap kesihatannya yang pastinya akan dinilai rakyat," katanya.

Sementara itu, Mustapa berterima kasih kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang telah banyak berjasa kepada rakyat dalam usaha membantu golongan Bumiputera berjaya dalam pelbagai bidang termasuk melahirkan usahawan baru.

- Bernama

Salam Maulidur Rasul Dari Blog LG...

Posted: 04 Feb 2012 04:15 PM PST

bERANIKAN hATI

Posted: 05 Feb 2012 03:13 PM PST

bERANIKAN hATI


1AGENDA, 'KONVESYEN MEDIA SOSIAL'

Posted: 04 Feb 2012 09:19 PM PST




1. Hari ini (5hb. Februari 2012), UMB UMNO Jerantut menganjurkan kursus intensif pengendalian blog bagi tujuan membina dan mengasah kemahiran berblog dikalangan ahli-ahli UMNO serta penyokong kerajaan dalam kawasan Parlimen Jerantut. Kursus yang diadakan di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut ini diharap akan dapat memantapkan lagi 'Sibertrooper' pro kerajaan dalam menghadapi PRU akan datang. Kursus ini diadakan atas inisiatif Sdr. Mustafar Mat Arop, Pengerusi UMB UMNO Bahagian Jerantut.

2. Esok (6hb. Februari 2012), Konvesyen Media Sosial 1Malaysia - Siri Jelajah 'myvo1ce' Negeri Pahang akan diadakan di Dewan Tun Razak, Temerloh bermula jam 8.00 pagi. Konvesyen dianjurkan oleh '1Agenda' dengan kerjasama 'PahangKu'. Konvesyen berkenaan mensasarkan seramai 600 peserta yang terdiri dari penggiat media sosial pro kerajaan di negeri Pahang.

3. Konvesyen ini juga adalah kesinambungan dari Konvesyen Media Sosial 1Malaysia peringkat nasional yang diadakan di PWTC pada 20hb November lalu yang mana telah dapat menarik seramai 2000 peserta dari seluruh negara.  Konvesyen Media Sosial 1Malaysia - Jelajah myvo1ce Negeri Pahang dijangka akan disertai oleh seramai 600 peserta anak negeri Pahang termasuk mereka yang menetap di luar Pahang.

4. '1Agenda' juga telah merancang Konvesyen Media Sosial 1Malaysia - Jelajah myvo1ce secara bersiri dibeberapa negeri sebagai kesinambungan Konvesyen Nasional. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada En Zul Azahar Char selaku Yang Di Pertua '1Agenda'.

5. Sanjungan juga harus diberikan kepada Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin atas usahanya menggerakan 'myvo1ce' dan menjayakan Konvesyen Media Sosial  serta siri jelajahnya. Tanpa usaha beliau tidak mungkin ini semua menjadi realiti. Syabas!

Tok Wan

Posted: 05 Feb 2012 03:05 PM PST

Tok Wan


Doa PM dalam perutusan maulid hari ini mengharukan tokwan

Posted: 04 Feb 2012 03:40 PM PST

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, 1Ummah;

Saudara dan saudari sekalian,

Setinggi kesyukuran penuh kepujian kepada Allah SWT, dengan nikmat dan izin-Nya jua, dapat kita meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tanggal 12 Rabiulawal 1433 Hijrah ini bersamaan 5 Februari 2012 Masehi.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW jua ke atas keluarga dan para sahabat Baginda, seterusnya ke atas sekalian Tabiin dan ulama sepanjang zaman.

Sesungguhnya, baginda Rasulullah SAW telah berjaya membawa transformasi murni kepada umat sejagat. Terbukti apabila kegelapan jahiliah telah sirna bila berhadapan dengan sinar risalah nubuwah.

Transformasi insani ini lahir daripada kasih sayang dan keperihatinan baginda terhadap kesejahteraan umat sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran, surah at-Taubah ayat ke-128 yang bermaksud:"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman."

Menjejaki sirah gemilang ini, kita dapat menyaksikan bagaimana melalui dakwah imaniah yang dibawa, akhirnya memunculkan satu tamadun yang sangat hebat kepada ummah. Maka bertepatan sekali dengan tema "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah" yang dipilih untuk tahun ini dalam usaha kita menjayakan agenda transformasi negara.Persefahaman inilah yang saya utarakan melalui Pergerakan Kesederhanaan   Global (GMM) ke seluruh dunia dengan seruan bagi memupuk sifat kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan manusiawi.

Sememangnya, keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai kaum yang kita kecapi pada hari ini, menjadi teladan kepada bangsa-bangsa lain di dunia.Justeru, di dalam mendahulukan perpaduan, kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.

Melalui program Inisiatif Kerajaan, kita telah mewujudkan beberapa produk di bawah jenama 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Menu Rakyat 1Malaysia, Amanah Saham 1Malaysia, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan terbaru Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia).

Semua inisiatif ini jelas bertepatan dengan konsep negara Madinah yang telah diasaskan oleh Rasulullah SAW dalam menjaga kebajikan rakyat.

Sempena Maulidur Rasul kali ini, saya dan keluarga berdoa agar Allah SWT memberikan kepada kita semua limpahan taufik dan hidayah-Nya untuk kita memperteguhkan tekad dalam melaksanakan pembangunan negara.

Ya Allah, abadilah rahmat dan nikmatMu di bumi bertuah ini; serta sempurnakanlah iltizam kami bagi memperjuangkan agenda ummah dengan segala kesyumulannya serta penuh hikmah. Kepada Mu-lah jua kami memohon kekuatan dan inayah. Amin.

Sekian. Wabillahit Taufik wal Hidayah.

Wassalamu 'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Sumber : http://www.1malaysia.com.my/speeches/perutusan-y-a-b-perdana-menteri-malaysia-sempena-sambutan-maulidur-rasul-1433-hijrah/

Tokwan tertanya tanya sapa yang tulih ucapan hebat PM ni. Sedap betoi bahasa dia. Bangga tokwan pemimpin kita tetap peringat bab agama kepada rakyat.lebih mengharukan doa beliau untuk negara kita.selamat menyambut maulidurrasul kepada cucu semua.maaf tok kadang sekali sekala sahaja dapat tulih kat blog tok.uzuq la ni.jumpa lagi ye.wasalam.


eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Posted: 05 Feb 2012 03:03 PM PST

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan


Epic Fail! Cabaran Kepada Hacker Tamat Hari Ini!

Posted: 05 Feb 2012 08:58 AM PST


Hacker Gagal Godam Blog Dalam Masa 7 Hari



Cabaran 7 hari yang eXception berikan kepada hacker-hacker taik hanjing untuk hack blog ini, telahpun tamat tepat jam 12 tengah malam tadi... Jelas menggambarkan bahawa mereka borak sahaja lebih... Habuk pun takde... Kesian...


Lihatlah komen-komen yang mereka berikan... Tak lebih sekadar masuk bakul angkat sendiri... eXception hanya guna hosting Blogspot sahaja itupun masih gagal untuk menggodam blog ini... Aparaaa!!



Jadi... Bagaimana hacker-hacker sekelian?? Masih perlukan lagi 7 hari untuk hack blog ni?? Atau nak extend sampai 1 bulan?? Kalo dah gagal tu mengaku sahaja... Tak payah nak gebang lebih-lebih...

Perangai hacker dengan perangai totok PAS lebih kurang jer... Mereka merasakan tindakan mereka itu BETUL untuk MEMBETULKAN KEADAAN... Tapi malangnya... mereka tak lebih sekadar memperjuangkan slogan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA... Mereka seboleh-boleh menganggap hacking itu HALAL... Mereka anggap menceroboh laman web orang lain itu HALAL... Mereka beri bermacam-macam alasan, sebagai contoh rumah yang tidak berkunci... Adakah mereka mempunyai HAK untuk menceroboh masuk mana-mana premis tanpa disedari dan tanpa izin Tuan Rumah walaupun alasan mereka, rumah itu tidak berkunci? Apabila eXception mempersoalkan apa HAK mereka menceroboh masuk laman web orang lain, mereka pusing cerita yang lain pulak... Serupa sahaja dengan totok-totok PAS... Selalu dok pusing-pusing...

Kepada hacker-hacker sekelian... Tak perlulah korang dok pusing cerita... Mengaku sahaja KEGAGALAN korang.... JUST ADMIT IT... YOU ALL TOTALLY LOOSER!!

Rujuk Artikel Ini: DragonForce - Kumpulan Hacker Takde Otak

Nota: Next... eXception akan berikan tutorial untuk secure blog korang dari hacker... Very easy... Nantikan ya??

Cucu Tok Selampit

Posted: 05 Feb 2012 01:36 PM PST

Cucu Tok Selampit


Rakyat Pasir Putih, Kelantan Berarak Menyambut Maulidul Rasul

Posted: 04 Feb 2012 11:15 PM PST


Walaupun Menteri Besar Kelantan di dalam khutbah Jumaat beliau menegah masyarakat mengadakan sambutan Mauliduk Rasul kerana mrnurut beliau itu adalah meniru budaya Kristian, hari ini sejarah tercipta, ratusan Rakyat Pasir Putih, Kelantan keluar beramai-ramai berpakaian serba cantik untuk menyambut hari kelahiran junjungan besar, Rasulullah SAW.

Apakah Rakyat Kelantan sudah tidak mahu mengikuti arahan Menteri Besar mereka sendiri. Atau apakah Rakyat Kelantan sudah bosan dengan fatwa pelik-pelik yang dikeluarkan oleh Tok-Tok Guru mereka?

Published with Blogger-droid v2.0.4

tun faisal dot com

Posted: 05 Feb 2012 01:33 PM PST

tun faisal dot com


[vIDEO] hASAN aLI: mEMANG dap, pkr HALANG SAYA....!

Posted: 05 Feb 2012 07:30 AM PST

Hasan Ali: Adakah @KhalidSamad di kalangan 72% yang kena tipu dengan Anwar?

Posted: 05 Feb 2012 03:00 AM PST


28% Sahaja Baki Yang Tak Kena Tipu Ngan
Bro Nuar – Hasan
by KLXPRESS.NET on FEBRUARY 5, 2012

MUAR 4 Feb. – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa 72 peratus kepimpinan Pas kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup "tidur sekatil" dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, sejumlah 28 peratus lagi adalah golongan ulama yang sanggup mengenepikan perjuangan asal Pas untuk menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pada ceramah yang dihadiri kira-kira 3,500 orang itu, Hasan turut mendedahkan bagaimana kepimpinan Pas cuba memujuknya supaya berlembut dan mengikut sahaja arahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannya membanteras gerakan mengkristiankan orang Islam di Selangor.

"Mereka minta saya bersabar dengan mengatakan apabila sudah dapat tawan Putrajaya, waktu itulah baru dikuatkuasakan undang-undang Islam," katanya.

Hasan dalam ceramahnya mendakwa pakatan pembangkang tidak mahu mendengar perkataan Islam, Melayu dan raja serta mereka akan mendidik anak-anak dengan didikan secara liberal jika diberi peluang.

dan ketika sidang media di rumahnya malam tadi, beliau tidak akan merayu di atas pemecatan  sebagai ahli Pas pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat parti itu pada 8 Januari lalu.

[Video] Hasan Ali: @KhalidSamad mungkin parasit dalam Pas?

Posted: 05 Feb 2012 12:15 AM PST

@AmanKampus: Gerakan masyarakat sivil dan aspirasi tulen mahasiswa

Posted: 04 Feb 2012 09:27 PM PST

Aman Kampus adalah suatu gerakan masyarakat sivil yang wajar mendapat sokongan ramai. Aman Kampus berbeza dengan gerakan mahasiswa tidak bertamadun yang dipelopori sekumpulan kecil mahasiswa kurang ajar yang membuat kacau di jalan raya, di premis orang lain, memanjat pagar untuk menghantar memorandum pada waktu malam sewaktu pejabat tutup, melanggar cermin kaca dalam usaha menawan klinik, berpura-pura diculik untuk mendapat undi simpati sewaktu pilihan raya kampus, berpura-pura nazak, koma, patah rahang dan tulang rusuk serta menyebarkan penipuan melalui media sosial. Ia juga bukan gerakan mengugut untuk membunuh Perdana Menteri dan mengebom helikopter Perdana Menteri.

Saya yakin kesemua perkara yang saya sebutkan di atas tadi bukan aspirasi majoriti mahasiswa, tetapi aspirasi minoriti mahasiswa yang rosak akibat mendapat didikan salah oleh politikus luar dan berusaha mencemarkan kemurnian aspirasi tulen mahasiswa dengan membawa kebejatan politik luar ke dalam kampus.

Pada pengamatan saya, Aman Kampus adalah suatu gerakan masyarakat sivil oleh mahasiswa yang sedar bahawa aspirasi tulen mahasiswa adalah di atas aspirasi politik pembangkang yang cuba dipaksakan ke atas mereka. Ia juga adalah satu gerakan untuk mengharmonikan kampus agar mahasiswa dan warga universiti benar-benar bebas dari politik partisan dan menghalang perpecahan warganya.

Paling penting, gerakan masyarakat sivil ini adalah untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai sifat dan sikap diplomasi, rasional & toleransi. Sama-samalah kita menyokong usaha murni ini.


Program Aman Kampus
6-19 Februari 2012
Dari blog Bro-jinggo.

Bulan Februari bakal mencatatkan sejarah buat mahasiswa yang cintakan keamanan. Program Aman Kampus yang akan dianjurkan oleh alumni dan mahasiswa Aspirasi ini akan menjelajah 20 IPTA dan 5 IPTS di seluruh negara bermula 6 Februari ini. Program ini juga melibatkan penyertaan lebih 1000 mahasiswa.

Llintas langsung di TV3 upacara perlancaran Program Aman Kampus dari Putrajaya melalui program MHI pada 6 Februari ini jam 9.00 pagi yang akan dilancarkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya YBM Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

4 Asas Utama program:

1. Bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan.

2. Bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan

3. Menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa ; dan

4. Untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus.

3 Elemen perlu ada pada mahasiswa: Diplomasi, rasional & toleransi –Shahar Abdullah

1. Mahasiswa perlu ada sikap diplomasi

2. Mahasiswa yang rasional; melihat isu-isu tempatan dan kampus dalam ruang lingkup mahasiswa iaitu sendiri

3. Sikap toleransi mahasiswa harus dipupuk tidak kira sama ada di antara kaum atau sesama mereka di universiti.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan