Selasa, 7 Februari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 07 Feb 2012 01:42 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Abbas ketuai kerajaan sementara Palestin

Posted: 07 Feb 2012 12:16 AM PST

10 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

DOHA: Presiden Palestin, Mahmud Abbas, akan mengetuai kerajaan sementara berikutan perjanjian dengan Hamas, sekali gus menamatkan perbalahan berhubung jawatan itu yang menyebabkan perdamaian antara kumpulan Palestin terbantut.

Perjanjian yang dimeterai di Qatar itu dialu-alukan dua kumpulan Palestin yang bertelagah, Hamas dan Fatah, tetapi Israel memberi amaran kepada Abbas supaya memilih antara perdamaian dengan Hamas atau negara Yahudi itu.

Penubuhan kerajaan sementara itu - yang akan menyelia pilihan raya presiden dan pilihan raya umum yang lama tertangguh - akan diumumkan di Kaherah dalam satu mesyuarat membabitkan semua kumpulan Palestin.

Perjanjian itu dimeterai Abbas selaku ketua Fatah dan Khaled Meshaal selaku ketua Hamas dalam satu majlis di Doha yang disaksikan Emir Qatar, Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani.

Apa yang dipanggil "Deklarasi Doha" itu adalah usaha terbaru kumpulan Palestin untuk melaksanakan perjanjian damai yang dimeterai April tahun lalu. - AFP

Tentera Maldives bertempur dengan polis

Posted: 07 Feb 2012 12:10 AM PST

14 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

MALE, Maldives: Tentera Maldives melepaskan tembakan peluru getah dan bertempur dengan polis negara itu yang tidak mengendahkan perintah presiden untuk menamatkan bantahan terhadap apa yang dikatakan arahan tidak sah oleh pihak berkuasa.

Ratusan anggota polis memulakan bantahan di ibu negara, Male, awal pagi tadi selepas arahan supaya mereka menarik balik kawalan ke atas penyokong kerajaan dan pembangkang yang melakukan bantahan berhampiran satu sama lain.
Penarikan balik kawalan itu menyebabkan pergaduhan.

Presiden Mohamed Nasheed menemui anggota polis berkenaan dan meminta mereka menghentikan bantahan tetapi mereka enggan dan mahu beliau melepaskan jawatan.

Bantahan berlaku setiap hari di Maldives selepas Nasheed mengarahkan penahanan seorang hakim kanan. - AP

Mustapa Mohamed ‘bohongi’ rakyat Kelantan

Posted: 07 Feb 2012 12:02 AM PST

14 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 6 Feb: Pada 2008 Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membayar pinjaman yang dilulus kerajaan pusat bagi meningkatkan prasarana bekalan air di Kelantan sebanyak RM12 juta.

Pinjaman tersebut dibayar mengikut jadual ditetapkan Kementerian Kewangan.

Oleh itu kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed kononnya pinjaman lebih RM500 juta dilulus kerajaan pusat diberi percuma tidak berasas sama sekali.

Malah ramai menyifatkan fakta tersebut merupakan satu pembohongan bermesej politik peringkat tertinggi yang membabitkan seorang berjawatan menteri.

Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanafi Mahmud berkata, kenyataan yang dikeluarkan menteri terbabit cukup mengelirukan.

Katanya, pinjaman yang dilulus kerajaan pusat bagi meningkatkan prasarana bekalan air di Kelantan sejak 2001 tidak diberi secara percuma, sebaliknya perlu dibayar.

"Kenyataan seperti itu secara jelas cuba mengelirukan rakyat. Pada 2008 AKSB telah membayar pinjaman yang terima sebelum ini sebanyak RM12 juta. Pinjaman itu tidak diberi secara percuma seperti negeri-negeri lain," katanya di sini.

Mustapa ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat di Tanah Merah baru-baru ini dilaporkan mendakwa pinjaman RM600 juta diberi percuma kepada Kelantan bagi meningkatkan bekalan air.

Pinjaman tersebut yang dilulus di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) sebanyak 96 juta, RMK-9 (RM160 juta) dan RMK-8 (RM291 juta).

Ini bermakna jumlah pinjaman yang diluluskan dalam tiga RMK sebanyak RM547 juta, sedangkan dijanjikan RM600 juta. Jumlah pinjaman yang diberi itu mengambil masa tiga RMK dan bukan diberi sekaligus.

Pinjaman pertama diterima pada 2001 dan projek awal yang dijalankan siap pada 2003.

Harakahdaily/-

Siasatan peringkat akhir, Shahrizat mungkin dipanggil

Posted: 07 Feb 2012 12:00 AM PST

14 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung isu projek lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas kini sudah memasuki peringkat akhir.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali (bawah) memberitahu Malaysiakini, hasil siasatan akan dikemukakan dalam masa terdekat untuk diteliti Peguam Negara.

NONE"Siapa juga yang dapat membantu siasatan akan diminta memberi keterangan," katanya.

Menurutnya lagi, kes itu disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 melibatkan kes salah guna kuasa, jika ada.

Sementara itu, menyentuh keperluan memanggil Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi membantu siasatan, Mustafar berkata ia hanya akan dilakukan "jika diperlukan".

Isu NFC muncul apabila apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang bahawa wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import

Dana NFC diseleweng untuk Wanita Umno?

Posted: 06 Feb 2012 11:53 PM PST

14 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil dipersoal atas kenyataannya yang didakwa seolah-olah cuba mengheret Wanita Umno dalam kontroversi projek lembu Pusat Fidlot Nasional.

Ketua Koordinator JINGGA 13 Fariz Musa berkata, kenyataan isteri pengerusi National Feedlot Corporation itu dilihat mengalih isu kononnya serangan berkaitan bertujuan menjatuhkan dirinya dan Wanita Umno.

"Persoalan yang timbul adakah dana NFC tersebut juga diseleweng untuk kegunaan Wanita Umno apabila beliau cuba mengheret Wanita Umno sama?" soal NGO yang dekat dengan PKR itu.

Shahrizat kelmarin antaranya dilaporkan berkata, serangan pembangkang terhadapnya dalam isu itu semata-mata untuk melemahkan semangatnya selaku ketua Wanita Umno, yang menjadi kekuatan kepada BN.

Dalam kenyataannya semalam, JINGGA 13 juga mencabar Shahrizat "yang baru pulang daripada mengerjakan umrah" menafikan tidak ada satu sen pun dana kerajaan disalurkan untuk pergerakan yang dipimpinnya itu.

"Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu menjelaskan perkara tersebut dengan penuh telus, jujur dan benar, lebih-lebih lagi beliau dalam masa dua bulan setengah sudah tiga kali ke Mekah," kata Fariz.

Isu NFC muncul apabila apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang bahawa wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Malaysiakini/-

50 maut tentera Syria bedil Homs

Posted: 06 Feb 2012 04:50 PM PST

14 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

IMEJ yang disiarkan di laman YouTube semalam menunjukkan suasana di luar sebuah hospital yang diserang tentera Syria di Homs.


BEIRUT, Lebanon - Tentera Syria membedil bandar Homs semalam menyebabkan 50 orang terbunuh manakala 150 lagi cedera, kata kumpulan penentang pemerintahan Presiden Bashar Al-Assad di negara berkenaan, Majlis Kebangsaan Syria (SNC).

Serangan meriam itu disasarkan ke atas beberapa daerah di bandar berkenaan.

Homs sebelum ini menjadi pusat penentangan terhadap Bashar.

"Homs menjadi sasaran bedilan roket dan mortar sejak pukul 6 pagi lagi (waktu Syria). Kebanyakan mangsa yang mati adalah orang awam," kata seorang anggota SNC, Catherine Al-Talli kepada agensi berita Reuters.

"Rejim Bashar bertindak seperti mereka kebal daripada campur tangan antarabangsa dan bebas menggunakan keganasan terhadap orang awam," tambahnya.

Menurut Al-Talli, serangan terbaharu itu yang bermula sejurus selepas pukul 2 pagi waktu Syria semalam, mengenai sasaran yang lebih meluas dengan letupan berlaku di kawasan penempatan penduduk di Khalidiya, Baba Amro, Bayada dan Bab Dreib .

"Mereka (tentera Syria) mahu mengusir keluar Tentera Pembebasan Syria," kata seorang penduduk Bab Amro, Hussein Nader menerusi panggilan telefon kepada Reuters.

Dia merujuk kepada kumpulan pemberontak merangkumi pembolos tentera dan kumpulan lelaki bersenjata yang menguasai Homs sejak beberapa bulan lalu.

Serangan kali ini berlaku sehari selepas Amerika Syarikat (AS) berjanji akan melaksanakan sekatan lebih keras ke atas Syria.

Ia sebagai tindak balas ke atas Rusia dan China kerana menggunakan kuasa veto untuk membatalkan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyokong pelan Liga Arab untuk mendesak Bashar supaya berundur.

Pada Jumaat lalu, tentera Syria turut membedil Homs sehingga mengakibatkan lebih 200 orang mati.

Dalam perkembangan berkaitan, Rusia semalam mengecam Barat kerana berada dalam keadaan histeria disebabkan berang berhubung tindakan Moscow menggunakan kuasa veto untuk membatalkan resolusi PBB.

Resolusi tersebut bagi mengecam tindakan keras Bashar menggempur kumpulan penunjuk perasaan di negara rantau Arab itu yang berlaku sejak tahun lalu.

Susulan tindakannya membantah resolusi PBB bersama China pada Sabtu lepas, Rusia kini dilabel penjahat diplomatik oleh Barat.

Malah, seorang menteri Perancis memberitahu bahawa Rusia perlu diajar.

Perkembangan tersebut berlaku menjelang pertemuan para menteri luar enam negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di ibu kota Arab Saudi, Riyadh lewat minggu ini bagi membincangkan perkembangan di Syria.

Dalam pada itu, Iran menyokong pengunaan kekerasan oleh Bashar bagi mematahkan kebangkitan rakyat Syria.

Sokongan tersebut dinyatakan oleh Iran selepas kekejaman rejim Bashar mematahkan tunjuk perasaan. Keganasan selama hampir 11 bulan lalu di Syria menerima kecaman kuasa-kuasa dunia lain. - Agensi

43 maut gempa bumi di Filipina

Posted: 06 Feb 2012 04:48 PM PST

14 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

BEBERAPA orang berlari semasa mereka sedar gegaran gempa bumi di bandar Honkera, Cebu, tengah Filipina semalam.

MANILA - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter menggegarkan pantai tengah Filipina semalam dengan menyebabkan sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh dan mencetuskan suasana panik, kata beberapa pegawai.

Bencana itu melanda di selat sempit yang memisahkan di antara Pulau Negros dan Pulau Cebu yang padat dengan penduduk.

Gempa bumi menyebabkan banyak bangunan runtuh, jalan raya dan jambatan retak manakala bekalan elektrik turut terputus.

Di bandar Cebu yang dihuni 2.3 juta orang dan merupakan destinasi popular di Filipina, penyewa-penyewa bilik hotel bergegas ke tingkat lebih atas selepas mendengar khabar angin yang disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa tsunami besar akan melanda pulau itu.

Namun, Pusat Amaran Tsunami Pasifik pantas menafikan perkara itu.

Menurut pihak Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pula, gempa bumi kali ini berpusat pada kedalaman 46 kilometer di bawah laut. - Agensi

Majalah terkecil bernilai RM2.48 juta dipamerkan

Posted: 06 Feb 2012 04:47 PM PST

14 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -


SEORANG kurator Muzium Musee des Lettres et Manuscrits menunjukkan majalah terkecil bertarikh 1830 yang dihasilkan Charlotte Bronte di Paris, Perancis pada 30 Januari lalu. - Reuters


PARIS - Manuskrip majalah Young Men's edisi kedua yang mengandungi 4,000 patah perkataan dan 19 muka surat yang ditulis oleh seorang penulis novel terkenal England, Charlotte Bronte semasa dia berumur 14 tahun pada 1830 dipamerkan di Muzium Musee des Letters et Manuscrits di sini.

Muzium itu membeli manuskrip itu pada harga AS$826,287 (RM2.48 juta) dalam satu lelongan yang diadakan pada Disember tahun lalu, lapor agensi berita Reuters.

Manuskrip itu mengandungi watak-watak dalam dunia imaginasi yang dicipta oleh Bronte dan saudaranya. - Agensi

Lapan mati lemas di Bulgaria

Posted: 06 Feb 2012 04:45 PM PST

14 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SOFIA, Bulgaria 7 Feb. – Sekurang-kurangnya lapan penduduk mati lemas apabila sebuah perkampungan ditenggelami air setinggi 2.5 meter selepas dinding empangan pecah akibat hujan lebat di selatan Bulgaria, semalam.

Empat daripadanya mati lemas di sebuah perkampungan di tenggara wilayah Biser selepas rumah mereka ditenggelami air manakala empat lagi maut apabila kereta yang dinaiki terjunam ke dalam sungai di wilayah yang sama.

Wilayah Haskovo dan Svilengrad mengeluarkan perintah darurat apabila air banjir dari sungai Arda dan Maritsa menenggelamkan pondok kawalan utama Kapitan Andreevo yang terletak di sempadan Turki. – AFP

Umar Patek bakal dibicara minggu depan

Posted: 06 Feb 2012 04:44 PM PST

14 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

JAKARTA 7 Feb. – Suspek utama dalam serangan bom di Bali pada 2002, Umar Patek berkemungkinan akan menjalani perbicaraan pada minggu depan, lapor pendakwa raya semalam.

Menurut pendakwa raya Bambang Suharyadi, Umar, 41, bakal berdepan dengan hukuman mati jika disabit bersalah atas dakwaan merancang serangan keganasan, menghasilkan bom buatan sendiri, pembunuhan terancang, memiliki senjata api dan menggunakan dokumen pengenalan diri palsu.

"Fail kesnya (Umar) telah dihantar ke Mahkamah Daerah Barat Jakarta dan kami menjangkakan perbicaraannya akan bermula pada 15 Februari ini," katanya. – AFP

Memperingati Tahun ke-3 Rampasan Kuasa @ Kudeta di Perak

Posted: 06 Feb 2012 04:36 PM PST

14 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
http://ajijoi.blogspot.com


IPOH (6.2.12): Sempena memperingati tahun ke-3 berlakunya rampasan kuasa @ kudeta pada 6 Februari 2009 lalu, pimpinan Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan himpunan yang aman dan ringkas pagi tadi dibawah Pokok Demokrasi, Taman Istana, Ipoh.

Pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat Perak meluangkan masa bersama-sama orang ramai yang turut serta memperingati hari gelap yang bersejarah itu. Dato Seri Nizar yang mengepalai acara pagi ini begitu bersemangat untuk mengingatkan peristiwa kudeta itu bersama-sama pimpinan Pakatan Perak yang lain.

Biarpun masyarakat Cina menyambut Chap Goh Mei pada hari ini, namun begitu pimpinan Pakatan Rakyat Perak yang berketurunan Tionghua tetap mengenakan pakaian hitam bagi menggantikan pakaian merah yang sepatutnya mereka pakai demi menyampaikan mesej mengenai demokrasi hitam yang berlaku tiga tahun lalu.

Majlis yang dihadiri hampir kesemua Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat Perak itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti oleh ucapan daripada pimpinan PAS, DAP dan PKR.

Diakhir acara, aksi secara simbolik dilakukan apabila belon berwarna hitam bersama sepanduk 'The End of 1 Black Perak' dilepaskan keudara.


Pimpinan Pakatan Rakyat Perak

Juruacara majlis, YB Wong Kah Woh (Adun Canning)

Ucapan oleh YB Dr Lee Boon Chye, wakil PKR Perak

Pesuruhjaya Pas Perak, Tuan Haji Abu Bakar Hussain menyampaikan ucapannya

Pengerusi DAP Perak, YB Dato Ngeh Koo Ham

Plak Demokrasi yang menjadi tanda ingatan



Cebisan daripada plak ini yang dimusnahkan oleh MBI dan dilelong kepada orang ramai

YB V. Sivakumar, Speaker Perak menceritakan detik-detik berlakunya kudeta




DS Nizar menyampaikan ucapannya


Acara memotong riben untuk melepaskan belon hitam








DS Nizar berbual bersama orang ramai dan wakil NGO yang hadir

Wartawan juga turut menemubual DS Nizar dan Dato Ngeh Koo Ham

Mat Saman Kati, Pyanhabib dan lain-lain bergambar bersama Dr Muhaimin

DS Nizar mengucapkan terima kasih diatas kerjasama pihak polis yang membenarkan perhimpunan aman pagi ini

AS ketatkan sekatan ke atas Iran

Posted: 06 Feb 2012 04:35 PM PST

14 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

NEW YORK 7 Feb. – Presiden Barack Obama semalam menandatangani satu perintah eksekutif yang mengetatkan lagi sekatan ke atas Iran dan bank pusatnya dengan alasan pembekuan aset yang lebih luas adalah perlu kerana bank-bank di negara itu menyembunyikan transaksi kewangan.

"Saya telah membuat keputusan untuk mengetatkan lagi sekatan ke atas Iran selepas bank pusat dan bank lain di negara itu dilihat menyembunyikan transaksi kewangan dan perbuatan itu boleh menjejaskan sistem kewangan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan kepada Kongres.

Perintah tersebut yang dilihat sebagai langkah terbaru Amerika Syarikat (AS) untuk terus menekan Iran akan mencegah sebarang aset yang berada dalam kawalan AS daripada dipindahkan, dibayar, dibawa keluar atau ditarik balik. – REUTERS

Spurs ikat Liverpool

Posted: 06 Feb 2012 04:30 PM PST

PEMAIN Liverpool, Luis Suarez (kiri) melepasi pertahanan Tottenham Hotspur, Luka Modric ketika saingan Liga Perdana Inggeris di Anfield, pagi ini. Keputusan terikat 0-0. - Foto AFP

14 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

LIVERPOOL, England: Liverpool diikat tanpa jaringan oleh Tottenham Hotspur dalam perlawanan yang menyaksikan Luis Suarez kembali beraksi selepas menamatkan penggantungan lapan perlawanan.

The Reds menguasai permainan tetapi Kenny Dalglish terpaksa berpuas hati dengan satu mata. Dengan keputusan itu, Liverpool kekal di tangga ketujuh dan empat mata dari tangga keempat iaitu tempat terakhir untuk kelayakan Liga Juara-Juara.

Suarez diletakkan sebagai pemain simpanan apabila Dalglish memilih barisan serangan Craig Bellamy, Andy Carroll dan Dirk Kuyt yang beraksi cemerlang tiga perlawanan lalu.
Liverpool bermula garang dan hampir memperoleh gol apabila Steven Gerrard melorongkan bola kepada Andy Carroll tetapi dihalang Michael Dawson sebelum sempat merembat masuk.

Dua minit kemudian Glen Johnson dibentes di luar kotak penalti tetapi sepakan percuma Gerrard gagal melepasi tembok pemain Spurs.

Tottenham yang berada di tangga ketiga dan pesaing gelaran Liga Perdana Inggeris, hambar dengan Pepe Reina sekadar menjadi penonton pada separuh masa pertama. - Agensi

MIC Mengaku Lemah Di Perak

Posted: 06 Feb 2012 01:35 AM PST

10 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
Kenyataan Media YB V.Sivakumar , Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Tronoh pada 6/2/2012 di Ipoh.

MIC merupakan antara parti politik yang paling lemah dalam komponen Barisan Nasional di negeri Perak. Dalam PRU 12, MIC telah bertanding 4 kerusi di DUN negeri Perak iaitu Pasir Panjang, Behrang , Hutan Melintang dan Sungkai. Di kerusi Pasir Panjang MIC dikalahkan oleh DS Nizar daripada PAS yang kemudiannya dilantik menjadi Menteri Besar negeri Perak. Manakala calon-calon MIC yang bertanding di DUN Behrang dan Hutan Melintang pula tewas kepada PKR. Begitu juga calon MIC di Sungkai dikalahkan oleh calan daripada DAP. Ini bermaksud MIC telah tumbang 100% dalam pilihanraya DUN negeri Perak pada 8 Mac 2008.

Manakala MIC juga bertanding 2 kerusi Parlimen di Perak iaitu Sungai Siput dan Tapah. Pertama kali MIC dijatuhkan di Parlimen Sungai Siput oleh calon PSM Dr Jayakumar yang bertanding di atas tiket PKR. Kekalahan Persiden MIC Dato Seri S.Samy Vellu di Sungai Siput telah membuktikan bahawa MIC ditolak sama sekali oleh rakyat negeri Perak. MIC hanya berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Tapah kerana mempunyai undi orang asal yang sangat signifikan di kawasan itu. Dalam kata lain, hanya seorang wakil MIC sahaja di Perak yang berjaya dipilih masuk ke Parlimen.

Kekalahan MIC di negeri Perak adalah akibat keangkuhan pemimpin-pemimpin yang sentiasa mempunyai rekod kemenangan 100% dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum itu. MIC Perak gagal memperjuangakan hak orang-orang India di Perak. Mereka memperdayakan orang-orang India dengan pelbagai janji kosong semata-mata untuk mendapatkan sokongan di piliharaya. Rakyat Perak sudah muak dengan janji-janji ini dan akhirnya membuat keputusan untuk mengalahkan semua calaon-calon MIC dalam PRU 12. Ini membuktikan bahawa rakyat Perak bijak dan berani untuk membuat perubahan ini.

Tetapi, Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang dipilih oleh Rakyat telah dirampas oleh Barisan Nasional selepas 11 bulan pemerintahannya. Selepas itu, Barisan Nasional menubuhkan kerajaan haram melalui 'pintu belakang'. Kerajaan haram itu tidak mempunyai wakil rakyat India. Oleh yang demikian, tidak ada wakil orang India dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Banyak juga usaha dilakukan oleh Barisan Nasional untuk membeli wakil rakyat kaum India daripada Pakatan Rakyat. Setelah semua usaha itu gagal, maka Barisan Nasional telah melantik Dato Veerasingam yang mengetuai MIC negeri Perak untuk menjawat jawatan Penasihat kepada Menteri Besar Perak berhubung dengan hal-ehwal orang-orang India.

Selepas 3 tahun merampas kuasa, Barisan Nasional sedar bahawa MIC tidak mempunyai pimpinan yang berkemampuan untuk menyelesaikan masalah kaum India di Perak. Selama 3 tahun pemimpin MIC tidak dapat menguasai pengundi-pengundi India. Mereka hanya memberi sumbagan wang kepada Kuil, sekolah dan NGO. Selain daripada itu, MIC gagal menaikkan status sosio-ekonomi kaum India di Negeri Perak. Kelemahan MIC diakui oleh Barisan Nasional apabila Dato Seri Palanivel menggantikan Dato Veeerasingam sebagai Ketua MIC Negeri Perak semalam. Tindakan ini diambil serta-merta oleh pucuk pimpinan MIC kerana MIC Perak gagal membuktikan apa-apa kecemerlangan dalam tempoh 3 tahun yang lepas.

Walaupun perlantikan Dato Seri Palanivel akan memecah belahkan lagi MIC negeri Perak tetapi parti itu terdesak mengambil keputusan tersebut. Pada pandangan saya MIC terperangkap dalam jerat politik perkauman kerana jika 'ditelan mati emak, diluah mati bapa'.

Perlantikan Dato Seri Palanivel untuk mengetuai MIC Perak adalah satu tindakan yang lambat, nasi sudah menjadi bubur. Pada hemat saya, perlantikan ini adalah satu gimik politik untuk menipu orang India dengan mengatakan bahawa MIC Perak mempunyai pemimpin baru yang akan membawa harapan baru. Ini merupakan taktik kotor Barisan Nasional untuk meraih undi orang-orang India di negeri Perak. Dato Seri Palanivel sudah pasti akan turun padang untuk menaburkan banyak janji-janji kosong kepada kaum India di negeri Perak. Seperti biasa Dato Seri Palanivel dan pemimpin-pemimpin MIC yang bermula dengan ungkapan "Kalau BN menang, kita akan….." Rakyat Perak harus bersedia untuk mendengar semua janji-janji kosong mulai hari ini daripada pimpinan MIC negeri Perak.

Saya mencabar pimpinan MIC Perak supaya jangan hanya memberi janji kosong pilihanraya. Kalau benar mereka memperjuangkan hak orang-orang India, buat segala yang mungkin sebelum pilihanraya. Lima puluh tahun rakyat Malaysia sudah muak dengan janji pilihanraya MIC yang sudah lama basi.

Gempa bumi 6.5 magnitud gegar Kepulauan Vanuatu

Posted: 05 Feb 2012 07:22 PM PST

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

HONG KONG: Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud menggegarkan Republik Vanuatu, dekat Lautan Pasifik Selatan semalam tetapi tiada laporan tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi pada kira-kira jam 4.40 petang waktu tempatan itu dirasai kira-kira 81 kilometer barat daya ibu negara Vanuatu, Port Vila.

Bencana dengan kedalaman kira-kira empat kilometer itu dikesan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat selepas bacaan dicatatkan melepasi 6.0 pada skala Richter. - AFP

PAS KDAS 3

Posted: 06 Feb 2012 09:31 PM PST

PAS KDAS 3


Bob Lokman pelawa Catriona Ross sertai PAS

Posted: 06 Feb 2012 06:38 AM PST

PAS Negeri Sembilan

Posted: 06 Feb 2012 09:12 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Motivasi Anak Soleh 12 Feb 2012 di Jempol, NS

Posted: 06 Feb 2012 07:11 PM PST



MOTIVASI ANAK SOLEH
Bersama Akhwan Afandy
Tarikh : 12 Feb 2012 , Ahad
Masa : 9.00 pg - 3.30 ptg
Tempat : Muassasah Darul Syariff, Batu Kikir, N.Sembilan

Terbuka kepada anak-anak umur 9 ke 15 tahun
Terhad 150 peserta sahaja
Yuran cuma RM5 untuk makan tengahari dan bahan-bahan berkaitan

Untuk pendaftaran sila SMS : Nama anak – Umur – Alamat ke 019-3243127 atau 013-2246244

Anak Soleh , Pemata Keluarga

Sehari Anak Muda Pakatan Rakyat di Jempol 12 Feb 2012

Posted: 06 Feb 2012 07:11 PM PST



PROGRAM SEHARI ANAK MUDA DI PARLIMEN JEMPOL
AHAD , 12 FEBRUARI 2012

3.00 pagi – Munajat Perdana
6.00 pagi – Motivasi
8.00 pagi – Futsal, Sukaneka Pasti, Sukaneka Rakyat, Marking Perdana, Ziarah Medik, Motivasi Anak Soleh, Hit & Run
1.00 ptg – Makan Tengahari
3.00 ptg – Ziarah Medik, Ziarah Kebajikan
5.00 ptg – Hi Tea Black Gamma
8.00 mlm – Jamuan Rakyat
9.00 mlm – Mini Konsert, Silat, Tarian Naga, Pentas Anak Muda dll

Maklumat lanjut sila hubungi :
019-6644320 , 013-3395538 , 019-6627374 , 019-9680126

***********

PENTAS ANAK MUDA PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 12 Feb 2012 , Ahad
Masa : 8.00 malam
Tempat : Muassasah Darul Syariff, Batu Kikir, N.Sembilan
Bersama :
Dr Raja Iskandar Al-Hiss
Nazree Yunus
YB Teo Kok Seong
Rebin Birham
Ustaz Khairul Anuar Wafa
Ustaz Fairuz Mohd Isa
Aiman Athirah Al-Jundi

Penampilan Istimewa : Black dari Kumpulan GAMMA

Semua dijemput hadir

Ceramah DUN Paroi, Kota 11 dan 12 Feb 2012

Posted: 06 Feb 2012 06:13 PM PST



CERAMAH DUN PAROI
Tarikh : 11 Feb 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Al Amal, Taman Marida, Senawang
Penceramah :
YB Dr Dzulkefly Ahmad , Ahli Parlimen Kuala Selangor
Ustaz Khairul Anuar Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Nazree Yunus , Ketua AMK N.Sembilan
Mohd Hakki Bawadi , Ketua Pemuda PAS Rembau
Semua dijemput hadir

CERAMAH DUN KOTA
Tarikh : 12 Feb 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Al Amin, Kg Pulau Bukit, Chengkau, Rembau
Penceramah :
Chegubard , Ketua PKR Rembau
Mohd Sani Hamzan , Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat
Hisammuddin Sulaiman , Ketua Penerangan PAS Sabah
Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau
Semua dijemput hadir

Peta ke Pasti Al Amal dan Pasti Al Amin di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2012/02/ceramah-dun-paroi-kota-11-dan-12-feb.html

Lawatan Sehari Presiden PAS ke N.Sembilan 19 Feb 2012

Posted: 05 Feb 2012 11:37 PM PST



Program Lawatan Sehari YB Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang ke Negeri Sembilan

TARIKH : 19 FEB 2012, AHAD

KULIAH DHUHA
Tempat : Tapak Bangunan PAS N.Sembilan, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Masa : 7.45 pagi
Semua dijemput hadir

JAMUAN RAKYAT
Tempat : Kuala Pilah
Masa : 12.30 tgh
Semua dijemput hadir

MINUM PETANG
Tempat : Kawasan Felda di Jempol
Masa : 4.45 ptg
Semua dijemput hadir

KENDURI RAKYAT
Tempat : Kg Batu, Rembau
Masa : 8 mlm
Semua dijemput hadir

CERAMAH PERDANA
Tempat : DUN Labu
Masa : 9.30 mlm
Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan sila hubungi Hassan 019-2171942

DPP PADANG TERAP

Posted: 06 Feb 2012 09:11 PM PST

DPP PADANG TERAP


Memburu Impian..Perjuangan belum selesai

Posted: 06 Feb 2012 08:55 PM PST

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 06 Feb 2012 09:09 PM PST

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Posted: 06 Feb 2012 06:58 AM PST


LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 06 Feb 2012 09:05 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


SAMBUTAN MAULIDUR RASIL 1433H PERINGKATNEGERI JOHOR DI MUAR

Posted: 06 Feb 2012 09:28 AM PST

MAULIDUR RASUL 1433H

Sambutan Maulidur Rasul 1433H Peringakat Negeri Johor telah diadakan di Muar pada 5 Februari 2012. Sambutan tahun ini membawa kelainan apabila DYMM Sultan Ibrahim sendiri mencemar duli untuk berarak bersama rakyat pada pagi tersebut. Sudah lama majlis berarak sempena Maulidur rasul ini dihentikan di Johor. Dalammsuasana pagi yang meriah perarakan bermula jam 7.45 pagi mulai dari padang Sekolah Tinggi mengelilingi bandar sejauh 2 kilometer dan berakhir di Masjid Jamik Sultan Ibrahim.

Pelbagai lapisan rakyat, pelajar sekolah, pertubuhan-pertubuhan, jabatan kerajaan dan swasta turut serta berarak.







 Dalam titah  perasmian majlis baginda beliau memberi kejutan kepada rakyat Muar dngan mengisytiharkan kan bahawa Bandar Muar adalah Bandar Diraja. Beliau menyeru supaya rakyat menjaga kebersihan bandar ini sesuai denagan penaiktarafan sebagai Bandar Diraja,

Tuanku tiba untuk memulakan perarakan dengan diiringi oleh YAB Menteri Besar Johor.

 
Ketibaan YAB Menteri Besar Johor.

 
Seawal jam 7.00 pagi YB Dr Mohammad dan YB Dr Sheikh Ibrahim  bersedia di padang.



YBDr Mohammad diiringi oleh Sdr Alif Baharum untuk berarak bersama.



Tuanku Sultan disambutmesra oleh rakyat setibanya di Masjid Jamik Sultan Ibrahim.



Majlis santapan diraja selepas sambutan.



Amiin.... doa dibacakan oleh Dato' Pemangku Mufti Johor.



YBDr Mohammad di majlis santapan.


 YAB Dato' Menteri Besar Johor dikerumuni wartawan slepas majlis sambutan.
Beliau menyambut bagaik pengisytihanMuar sebagai Bandar Diraja.

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2012 PERTUBUHAN BAKTI BAKRI MUAR JOHOR

Posted: 06 Feb 2012 09:07 AM PST

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2012 DAN BANTUAN KEBAJIKAN PERTUBUHAN BAKTI BAKRI MUAR JOHOR

Pertubuhan BAKTI Bakri Muar Johor ialah sebuah pertubuhan sukarela yang diasaskan lebih 16 tahun yang lalu. Persatuan ini setiasa memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan terutama di musim perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya dan Deepavali serta bantuan persekolahan.

Hari ini, Isnin 6 Februari 2012, BAKTI talah menyambut Tahun Baru Cina dengan memberi sumbangan wang tunai, beras dan barang keperluan dapur kepada 350 orang penerima pelbagai bangsa..Pertubuhan yang diterajui oleh YBhg Dato' Chua Jui Ming, Pengerusi Parti Keadilan Raakyat Negeri Johor, mengadakan program ini di Muar Traders Hotel Muar. Majlis Sambutan Tahun Baru  Cina ini disertakan dengan majlis penyampaian bantuan kepada mereka yang kurang kemampuan.Ketika majlis jamuan  persembahan kebudayaan dan tarian tradisional Melayu, Cina dan India dipersembahkan oleh pelajar-pelajar sekolah.

Dalam ucapan perasmiannya Dato' Chua Jui Ming menekankan bagaimana pertubuhan ini telah dapat memberi khidmat kepada masyarakaat tanpa mengira kaum atau agama walaupun dengan dana yang terhad.  Kebajikan rakyat diutamakan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani dan YB Gwee Tong Hiang, ADUN Bentayan.

Sumbangan disampaikan oleh Dato' Chua sendiri. Wajah-wajah gembira penerima sumbangan jelas terbayang.

Pada sebelah petang YBDato'  Chua , YB Dr Mohammad , YB Gwee dan ahli-ahli Pakatan Rakyat telah bertemu penduduk, pengunjung dan tuan punya kedai dan warong di Jalan Hj Abu smabila mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan memberi limau.Sambutan masyarakat sungguh hebat menunjukkan cahaya kemenangan terpancar.

YB Dr Mohammad dan YB Gwee disambut meriah dengan tarian singa.
 

 
Perpaduan wakil rakyat Pakatan Rakyat jelas terbayang.
 

 
SambutanTahun Baru Cina Peertubuhan BAKTI.
 

 
Dato' Chua, YB Dr Mohammad dan YB Gwee bersama petugas di lobby Hotel.

 
 
YB Dr Mohammad dan YB Gwee bersama Dato' K.C.Lim, tuan punya 
Muar Traders Hotel.


 
Pemimpin PR bersama seorang OKU penerima sumbangan yang baru sampai.
 

 
Sdr Hamidun Omar, Pegawai Khas YB Dr Mohammad, turut serta.



 
Bersedia untuk menikmati jamuan.
 

YBDr Mohammad bersama Dato' Chua.
 

 
YB Dr Mohammad bersama YB Gwee.

YEE SANG !!!

 
Amanat Dato' Chua Jui Ming

 
 
YB Dr Mohammad dan YB Gwee bersam penerima kaun India.
 
 
Gambar kenangan bersama penerima kaum India.
 

Mesra bersama penerima sumbangan.
 

 
Ang Pau daripad Dato' Chua.


Pnerima sumbangan bertuah.


 
Suasana di luar Hotel Muar Traders Muar lebih meriah dpd majlis sumbangan BR1M !

Para wartawan yang menbuat liputan.

PAS LENGGONG

Posted: 06 Feb 2012 07:32 PM PST

PAS LENGGONG


Sejarah Hitam Perak

Posted: 06 Feb 2012 02:41 AM PST

IPOH, 6 Feb: Hari ini genap 3 tahun peristiwa hitam menyelubungi Negeri Perak dengan`matinya' demokrasi apabila berlakunya 'rampasan kuasa' di negeri ini yang dilakukan oleh Umno BN.

Demokrasi yang dirobekkan oleh Umno BN di Perak telah membawa kepada sejarah hitam demokrasi menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat digulingkan secara 'jahat' oleh Umno BN.

Demikian ditegaskan oleh Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming pada satu perhimpunan aman mengingati tragedi hitam tiga tahun yang diadakan di bawah 'pokok demokrasi' di sini, pagi tadi.

Pemimpin PAS, DAP dan PKR bersama ahli-ahli dan penyokong dengan berpakaian serba hitam berkumpul di sini untuk mengingati musnahnya demokrasi di negeri ini kerana perbuatan jahat Umno BN taga tahun yang lalu.

Pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Datuk Ngeh Kor Ham, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bajkar Hussein dan Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chai telah berucap dengan nada penuh semangat meminta rakyat mengembalikan hak-hak yang dirampas oleh BN tiuga tahun yang lalu dengan memberi mandat sekali lagi kepada Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan di negeri ini pada PRU13 nanti.

"Di sini kita berhimpun untuk sama-sama bersatu hati bagi mengembalikan hak rakyat, bekerja semakmima mungkin menumbangkan BN sekali lagi di negeri ini bagi kita wujudkan satu pemerintahan yang lebih adil melalui Pakatan Rakyat," ujar Ustaz Abu Bakar Hussein.

Pada himmpunan itu pimpinan kanan Pakatan Rakyat negeri, Mohamad Nizar, Ngeh Ko Ham, Lee Boon Chai, V Sivakumar dan Ustaz Abu Bakar melepaskan 300 belon hitam ke udara sebagai simbolik kepada rampasan kuasa bagi satu permerintahan yang baik dan adil bersama Pakatan Rakyat.

Rembau Hari Ini

Posted: 06 Feb 2012 07:11 PM PST

Rembau Hari Ini


Ceramah DUN Paroi, Kota 11 dan 12 Feb 2012

Posted: 06 Feb 2012 06:09 PM PST



CERAMAH DUN PAROI
Tarikh : 11 Feb 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Al Amal, Taman Marida, Senawang
Penceramah :
YB Dr Dzulkefly Ahmad , Ahli Parlimen Kuala Selangor
Ustaz Khairul Anuar Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Nazree Yunus , Ketua AMK N.Sembilan
Mohd Hakki Bawadi , Ketua Pemuda PAS Rembau
Semua dijemput hadir


CERAMAH DUN KOTA
Tarikh : 12 Feb 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Al Amin, Kg Pulau Bukit, Chengkau, Rembau
Penceramah :
Chegubard , Ketua PKR Rembau
Mohd Sani Hamzan , Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat
Hisammuddin Sulaiman , Ketua Penerangan PAS Sabah
Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau
Semua dijemput hadir





Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 06 Feb 2012 03:49 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


PAPAGOMO & THE GENG TINGGAL UMNO MASUK PAS???

Posted: 06 Feb 2012 07:13 AM PST

Cikguman Waadat Blog akan ditutup dan digantikan dengan blogg baru bernama PAS REFORM.... dia akan menyertai PAS???...  Cikguman Waadat merupakan pejuang lama dalam media maya seangkatan dengan Papa Gomo, Parpu Kari, GAP, Oyabun, Isac, Panglima Perang Cyber dan lain lain....

Kenapa dia meninggalkan rakan-rakan pencacai angkat najisnya?? Atau apakah benar dai ingin meninggalkan dunia kejinya???  KLIK DISINI untuk cerita selanjutnya...

BLOGGER UMporNO KATA TG NIK AZIZ SESAT!!!

Posted: 06 Feb 2012 07:05 AM PST

Blogger umno mendakwa TG Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sesat apabila menegaskan kerajaan Kelantan tidak perlu membina masjid, sebaliknya membantu rakyat menyiapkannya dalam erti kata memberi peluang kepada rakyat turut sama membangunkan masjid melalui sumbangan derma peribadi sebagai suatu bentuk saham akhirat...

Mungkin Papagomo boleh kasi mamat nie paham sebab dia tak paham akan konsep amal jariah yang disarankan oleh baginda Nabi dalam melaksanakan tuntutan agama... ye la Papagomokan asal Kelantan... takut sahabat-sahabat anta makin sesat...

Kata TG Nik Aziz, "Pihak sebelah sana dok riuh rendah mengatakan kerajaan negeri hanya membina sebuah masjid sahaja, biarlah mereka nak kata apapun, saya selaku ketua kerajaan memberi peluang kepada rakyat saya untuk menderma ... kalau kerajaan negeri tanggung semua pembinaan masjid, mana peluang rakyat untuk mencari saham akhirat dengan menderma?"soalnya Tok Guru...


Biarlah Tok Guru orang nak cakap apa pun... mungkin dia belum mumaiyiz lagi sampai tokleh nak bezakan baik dan buruk... keji dan suci...

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 06 Feb 2012 03:39 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


FENOMENA RAKYAT MERANA ?

Posted: 06 Feb 2012 01:07 AM PST







http://kingofgoblok.blogspot.com/

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 06 Feb 2012 01:27 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


APA BEZA UTAMA NEGARA BERKEBAJIKAN PAS vs Negara Kebajikan BN?

Posted: 06 Feb 2012 11:37 AM PST

Beza utama negara BERKEBAJIKAN PAS dan Negara 'Kebajikan' BN ialah Pemimpin yang akan mengepalai Negara BERKEBAJIKAN PAS ialah pemimpin yang berakhlaq, tidak rasuah, telus, tidak membina kekayaan untuk diri sendiri dan kroni.

PAS telah buktikan bagaimana pemimpin mereka di Kelantan dan Kedah tidak terpalit dengan rasuah, telus dan tidak membina kekayaan dan sebagainya. Berbeza dengan pemimpin BN yang ramai didapati bersalah mengamalkan rasuah antaranya bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Isa Samad, Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dan lain-lain pemimpin yang sedang dihadapkan ke mahkamah seperti Ling Liong Sik, Chan Kong Choy dan pemimpin paling berakhlaq Chua Soi Lek.

Ini buktikan yang terpampang didepan mata sifat pemimpin Negara BERKEBAJIKAN PAS dan Negara 'Kebajikan' BN. Takkan tak dapat bezakan ....................ayuh bangkit rakyat Malaysia kita angkat pemimpin yang bersih dan kita bina Negara BERKEBAJIKAN. - Mutaligat

Pertandingan Buka Bra, Apa Matlamat & Muslihat

Posted: 06 Feb 2012 08:55 AM PST






Pertandinagn buka bra atau baju dalam wanita diadakan di China. Agak-agak apa faedah, matlamat atau muslihat diadakan?? Bolehkah berjangkit ke negara umat Islam atau negara ini?(IH)

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 06 Feb 2012 09:30 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Janji hanya tinggal janji

Posted: 05 Feb 2012 11:55 PM PST



7 Mac 2008 - Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini.

20 Feb 2008 - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.

31 Jan 2008 - Beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi MARA (UITM) Rembau selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

Sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0308&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm&arc=hive
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_15.htm
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/05/melayu-mudah-lupa.html

Lawatan Sehari Presiden PAS ke N.Sembilan 19 Feb 2012

Posted: 05 Feb 2012 11:36 PM PST



Program Lawatan Sehari YB Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang ke Negeri Sembilan

TARIKH : 19 FEB 2012, AHAD

KULIAH DHUHA
Tempat : Tapak Bangunan PAS N.Sembilan, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Masa : 7.45 pagi
Semua dijemput hadir

JAMUAN RAKYAT
Tempat : Kuala Pilah
Masa : 12.30 tgh
Semua dijemput hadir

MINUM PETANG
Tempat : Kawasan Felda di Jempol
Masa : 4.45 ptg
Semua dijemput hadir

KENDURI RAKYAT
Tempat : Kg Batu, Rembau
Masa : 8 mlm
Semua dijemput hadir

CERAMAH PERDANA
Tempat : DUN Labu
Masa : 9.30 mlm
Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan sila hubungi Hassan 019-2171942

Wanita tua guna kereta sorong nak terima RM500 BR1M

Posted: 05 Feb 2012 08:41 PM PST




Cuba bayangkan jika wanita tua tersebut ialah ibu kita sendiri. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Semporna, Sabah. Seorang wanita tua yang kurang upaya terpaksa dibawa menggunakan kereta sorong untuk mendapatkan bantuan RM500 BR1M.


Shabby treatment for the disabled
February 6, 2012

KOTA KINABALU: Life is hard in Sabah but the image of an aged and disabled woman being carted like goods in a rusty wheelbarrow to collect her RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) aid at a distribution centre in Semporna has stirred a storm of protests in the state dubbed the poorest in the country.

Under a front page photograph of the woman dressed in a sarong, her head covered in a scarf and surrounded by Barisan Nasional officials including Nasir Sakaran, the state assemblyman for Semporna, the caption reads: "The disabled woman being carted in a wheelbarrow."

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2012/02/06/shabby-treatment-for-the-disabled/

WARGA EMAS...Salah seorang penerima warga emas yang menggunakan kereta sorong turut dibantu menerima BR1M sempena majlis itu di Semporna
http://pakchadhussin.blogspot.com/2012/01/br1m-kelangsungan-tradisi-membela.html

'Carrying woman in a wheelbarrow shameful'
Sunday, February 05, 2012

Kota Kinabalu: For a disabled woman to be carted in a wheelbarrow to get the Government's RM500 Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) aid in Semporna is indeed degrading.
http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=80575

Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan

Posted: 05 Feb 2012 07:03 PM PST






"Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat" - Tonggak Nan Sembilan

Tonggak 1: Rakyat Itu Tuan

1.0 Pentadbiran dan Kewangan Awam

1.1 Mewajibkan Menteri Besar dan Ahli EXCO mengisytiharkan harta.
1.2 Menguruskan kewangan Negeri secara berhemat dan memastikan tiada ketirisan dan pembaziran dalam belanjawan Kerajaan.
1.3 Mengamalkan sistem tender terbuka bagi perolehan dan projek pembangunan sektor awam.
1.4 Menubuhkan Badan Semak dan Tara untuk meningkatkan keamanahan, ketelusan, kebertanggugjawaban dan membasmi rasuah.
1.5 Menangani kerenah birokrasi dan campur tangan politik dalam pentadbiran awam supaya urusan rakyat dengan jabatan dan agensi kerajaan mudah, cepat, telus dan tanpa rasuah dan pilih kasih.
1.6 Mendemokrasikan pemilihan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan membuka mesyuarat PBT kepada orang ramai.
1.7 Mendemokrasikan pemilihan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK).
1.8 Mewujudkan "Enakmen Kebebasan Maklumat" bagi memberi akses kepada rakyat mendapatkan maklumat awam.

**********
Tonggak 2: Rakyat Nan Senang dan Sejahtera

2.0 Ekonomi

2.1 Membangunkan ekonomi secara seimbang, mewujudkan peluang pekerjaan dan merapatkan jurang pendapatan.
2.2 Mengutamakan projek dan kegiatan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat secara langsung.
2.3 Membangunkan sektor perumahan dan komersial sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Negeri.
2.4 Membangunan sektor pertanian dengan penekanan kepada pengeluaran makanan, industri pemprosesan makanan dan penyelidikan dan pembangunan pertanian.
2.5 Memajukan tanah terbiar termasuk tanah pusaka adat.
2.6 Meningkatkan pelaburan langsung dalam sektor industri dengan menawarkan pakej insentif pelaburan seragam kepada pelabur dalam dan luar negara.
2.7 Menggalakkan pembangunan sektor industri kecil dan sederhana.
2.8 Mempromosi Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa.
2.9 Meningkatkan prestasi syarikat-syarikat milik kerajaan Negeri.

**********
Tonggak 3: Rakyat Nan Bertelapak

3.0 Tanah dan Perumahan

3.1 Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold).
3.2 Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.
3.3 Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun.
3.4 Mensasarkan setiap keluarga memiliki sebuah rumah kediaman mampu milik.
3.5 Memperkasa dasar penggantian tanah rizab Melayu yang diambil kerajaan.
3.6 Melindungi kepentingan dan kedudukan Orang Asal.

**********
Tonggak 4: Rakyat Nan Berilmu

4.0 Pendidikan

4.1 Mewujudkan skim bantuan pendidikan bagi memastikan setiap anak warga Negeri Sembilan mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat SPM.
4.2 Memberi bantuan secara sistematik kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah-sekolah tinggi persendirian.
4.3 Memberi sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.
4.4 Menjadikan Negeri Sembilan hub pendidikan utama di wilayah selatan Semenanjung.

**********
Tonggak 5: Rakyat Nan Berakhlak

5.1 Islam dan Pendidikan Islam

5.1.1 Memperkemas sistem pungutan dan agihan zakat sebagai satu instrumen pembasmian kemiskinan.
5.1.2 Memperkemas pentadbiran wakaf.
5.1.3 Meningkatkan peruntukan kewangan tahunan untuk hal ehwal agama Islam.
5.1.4 Menggalakkan masyarakat Islam menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat.
5.1.5 Menggalakkan penglibatan ahli qariyah dalam memilih AJK Masjid masing-masing.
5.1.6 Mengembangkan sistem pendidikan sekolah agama rakyat (SAR) secara sistematik.
5.1.7 Melanjutkan pendidikan KAFA sehingga ke sekolah menengah.
5.1.8 Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur'an.

5.2 Agama-Agama Lain

5.2.1 Mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam.
5.2.2 Memberikan peruntukan tahunan kepada badan-badan induk agama bukan Islam.
**********
Tonggak 6: Rakyat Nan Aman dan Mencintai Alam

6.1 Keselamatan, Jenayah, Gejala Sosial

6.1.1 Memperkasa mekanisma penguatkuasaan undang-undang dan peraturan keselamatan bagi membendung jenayah dan gejala sosial.
6.1.2 Menambahbaik sistem pencahayaan dan sistem keselamatan di tempat-tempat yang kerap berlaku jenayah.
6.1.3 Memberi insentif kepada majikan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pekerja wanita yang berkerja syif malam bagi menjaga keselamatan mereka.
6.1.4 Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap perbuatan merosakkan kemudahan dan harta awam.

6.2 Alam Sekitar

6.2.1 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tidak mengizinkan apa jua pembangunan dijalankan selagi kajian impak alam sekitar dan sosial belum dikemukakan.
6.2.2 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkaitan pembuangan sisa industri bagi mencegah pencemaran sungai, tasik, laut, persekitaran dan udara.
6.2.3 Menghijaukan persekitaran dengan mewujudkan banyak taman bunga di taman-taman perumahan dan menanam pokok-pokok di sepanjang jalan raya.
6.2.4 Menjaga kebersihan persekitaran bandar, kampung, kawasan perumahan di estet-estet dan kawasan Felda.
6.2.5 Memulihara rizab hutan simpan, hutan perlindugan hidupan liar, kawasan tadahan air, taman-taman hutan lipur dan rizab hutan bakau di kawasan persisiran pantai.

**********
Tonggak 7: Rakyat Nan Selesa

7.0 Infrastruktur dan Kemudahan Awam

7.1 Memastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih berkesan untuk penduduk bandar dan luar bandar.
7.2 Meningkatkan mutu jalan-jalan raya di seluruh Negeri Sembilan.
7.3 Menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan dan memastikan mutu air sentiasa tinggi.
7.4 Membina dewan komuniti dan taman rekreasi dan memasang lampu jalan di taman-taman perumahan dan kampung-kampung tradisi, kawasan perumahan estet dan kawasan Felda.
7.5 Mewujudkan zon akses kepada internet secara percuma di seluruh Negeri Sembilan.

**********
Tonggak 8: Wanita di Martabatkan, Rakyat Nan Muda Disayangi, Nan Dizalimi Dibela dan Nan Tua Disantuni

8.1 Wanita dan Keluarga

8.1.1 Menyediakan kemudahan penjagaan anak di jabatan-jabatan dan agensi kerajaan dan menggalakkan majikan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama.
8.1.2 Menubuhkan dana usahawan wanita bagi membantu wanita menceburkan diri di dalam perindustrian dan perniagaan.
8.1.3 Memperkenalkan waktu kerja anjal bagi kaum wanita di sektor awam supaya wanita yang bekerja tidak mengorbankan kesejahteraan keluarga.
8.1.4 Memastikan kaum wanita diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
8.1.5 Memberi bantuan tahunan RM 500 kepada ibu-ibu tunggal yang layak.
8.1.6 Memberi 7 hari cuti ehsan kepada pekerja sektor awam yang kematian pasangan.
8.1.7 Membuka akaun tabungan permulaan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.

8.2 Anak Muda

8.2.1 Menyuburkan semangat sukarelawan, khidmat masyarakat dan suka menjelajah di kalangan anak muda.
8.2.2 Mengadakan projek usahawan muda bagi menggalakkan anak muda menceburkan diri dalam perindustrian dan perniagaan.
8.3.3 Mewujudkan pusat perniagaan dan kebudayaan untuk anak muda.
8.2.4 Memastikan anak muda diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
8.2.5 Meningkatkan akses kepada kemudahan-kemudahan sukan milik kerajaan untuk kegunaan anak muda.
8.2.6 Meningkatkan pembangunan sukan.

8.3 Peneroka Felda

8.3.1 Menyokong cadangan mengagihkan tanah Perladangan Felda Sdn. Bhd. kepada generasi kedua peneroka.
8.3.2 Mempercepatkan pengeluaran geran hakmilik tanah kepada peneroka yang telah melunaskan hutang kepada Felda.
8.3.3 Menyokong usaha Felda membina rumah mampu milik di kawasan Felda untuk generasi kedua peneroka.
8.3.4 Bekerjasama dengan Felda menyediakan program pendidikan agama kepada anak-anak peneroka.


8.4 Kebajikan

8.4.1 Memperkasa sistem bantuan kebajikan kepada golongan sasar (warga emas, fakir miskin, golongan berpendaptan rendah, golongan tidak bernasib baik dan orang kurang upaya).
8.4.2 Memberi sumbangan tahunan RM100 kepada warga emas.
8.4.3 Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris).
8.4.4 Memberi bantuan pakaian seragam sekolah bernilai RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang berpendapatan bulanan RM1,500 ke bawah.
8.4.5 Memastikan persekitaran dan prasarana yang akrab OKU di bangunan kerajaan dan menggalakkan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama di premis masing-masing.
8.4.6 Menggalakkan majikan di sektor awam dan swasta memberi pertimbangan istimewa kepada OKU di dalam pengambilan pekerja.
8.4.7 Kerajaan Negeri memberi sumbangan tetap, tertakluk kepada kemampuan kewangan, kepada badan-badan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti kebajikan.

**********
Tonggak 9: Rakyat Nan Berbudaya dan Beradat

9.0 Seni Budaya dan Adat

9.1 Merakyatkan seni budaya setiap kaum.
9.2 Menubuhkan Perbadanan Pembangunan Tanah Adat bagi membangunkan tanah adat yang terbiar.
9.3 Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.
9.4 Menubuhkan sebuah institusi bagi memperkasakan adat perpatih.

Adakah kerajaan lepas tangan isu perumahan terbengkalai?

Posted: 05 Feb 2012 03:22 PM PST


Adakah kerajaan bersikap lepas tangan dalam isu menangani perumahan terbengkalai di Malaysia apabila Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), tidak lagi bertanggungjawab memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai?


SPNB tak lagi pulih projek perumahan terbengkalai

11:47AM Feb 5, 2012

Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), tidak lagi bertanggungjawab memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai sejak 2010, kata pengarah urusannya, Datuk Kamarul Rashdan Salleh.

Beliau berkata, menurut dasar yang diputuskan kerajaan pada 2010, projek terbabit kini diurus sepenuhnya oleh Persuruhjaya Bangunan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Saya difahamkan bahawa kementerian terbabit akan bekerjasama dengan pemaju perumahan untuk memulihkan projek-projek terbengkalai," katanya kepada Bernama.

Kamarul berkata, SPNB bagaimanapun akan meneruskan pembangunan projek terbengkalai di Taman Tangkak Emas dan Taman Jasa Amir, kedua-duanya di Johor, mulai Mac ini.

Kedua-dua projek itu terbengkalai sejak 2005.

- Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/188333

Pemuda Guchil

Posted: 06 Feb 2012 09:09 AM PST

Pemuda Guchil


Pakatan Johor ‘pikat’ Salahuddin, sedia letak calon MB jika menang

Posted: 05 Feb 2012 06:36 PM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 06 Feb 2012 07:31 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


CERAMAH PENERANGAN OLEH UST. IDRIS AHMAD

Posted: 06 Feb 2012 05:19 AM PST

Dewan Pemuda PAS Tawau

Posted: 06 Feb 2012 07:08 AM PST

Dewan Pemuda PAS Tawau


Lawatan Kerja YB Senator Muhammad Yusof Husain

Posted: 05 Feb 2012 09:48 PM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan