Isnin, 6 Februari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 06 Feb 2012 03:17 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Komen ....

Posted: 06 Feb 2012 12:16 AM PST

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 06 Feb 2012 01:27 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Gempa kuat di tengah Filipina, seorang maut

Posted: 06 Feb 2012 12:30 AM PST

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

MANILA: Gempa kuat berukuran 6.8 magnitud melanda tengah Filipina awal hari ini dengan seorang kanak-kanak terkorban manakala amaran tsunami tempatan dikeluarkan.

Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina mengeluarkan amaran tsunami berkenaan dengan ombak mencecah sehingga satu meter. Bagaimanapun, Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan sebarang amaran.

Pusat Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) mengesahkan gempa berlaku di 72 kilometer di utara Bandar Dumaguete di Pulau Negros di tengah Filipina.

Orang ramai dilaporkan bergegas keluar dari bangunan sekolah, pusat beli-belah dan pejabat kerana panik akibat gegaran kuat itu.

Kanak-kanak yang maut itu dilaporkan akibat terkena dinding konkrit apabila rumahnya runtuh di pekan Taysan di Wilayah Negros.

Gempa itu juga dapat dirasai di Bandaraya Cebu, bandar raya kedua terbesar di Filipina dengan gegaran berlanjutan selama 30 saat. - AP

Sultan Kelantan lawat mangsa tembak

Posted: 06 Feb 2012 12:28 AM PST

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Seorang suri rumah yang menjadi mangsa tembakan oleh perompak di Kampung Slow Machang, Pasir Mas, minggu lalu, melahirkan rasa teruja kerana nasib malang yang menimpanya mendapat perhatian Sultan Kelantan Sultan Mohammad V, yang melawatnya, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini hari ini.

Che Hasmah Awang, 50, menganggapkan keberangkatan Sultan Kelantan itu menyuntik semangatnya untuk pulih daripada dihantui trauma berikutan kejadian rompakan di rumahnya pada jam 5 pagi, 30 Januari lalu.

"Saya amat bersyukur kerana selain menerima sumbangan, saya juga dapat bertemu dan bercakap secara dekat dengan baginda Sultan yang tidak pernah saya impikan sebelum ini.

"Inilah apa yang dikatakan orang, Sultan berjiwa rakyat," katanya sambil menyifatkan berpuas hati kerana dapat berbual mesra dengan baginda Sultan walaupun sekejap. - BERNAMA

OIC kesal resolusi Syria diveto

Posted: 06 Feb 2012 12:21 AM PST

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
ORANG ramai melihat mangsa-mangsa yang mati akibat serangan tentera Syria di wilayah Homs kelmarin.


JEDDAH - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) semalam menyatakan ia berasa amat kesal dengan tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang gagal mencapai kata sepakat untuk mengutuk tindakan memerangi para penunjuk perasaan oleh tentera Syria.

Menurut OIC dalam satu kenyataan, ia berasa amat kesal selepas Rusia dan China menggunakan kuasa veto berhubung draf resolusi Syria di PBB kelmarin.

Pertubuhan itu juga memberi amaran bahawa perang saudara akan berlaku di Syria.

Ekoran itu, ia mendesak pemerintah Syria untuk menumpukan terhadap satu penyelesaikan politik dan mempromosikan pembaharuan seperti dijanjikan.

Rusia yang merupakan sekutu Syria dan China melakukan veto terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB berhubung tindakan ketenteraan di Syria yang menyebabkan para penunjuk perasaan yang menentang kepimpinan Presiden Bashar Al-Assad mati.

Kebangkitan penduduk Syria itu bermula pada tahun lalu selepas kejayaan penduduk Tunisia dan Mesir melakukan tunjuk perasaan sehingga kedua-dua presiden di negara tersebut meletakkan jawatan.

Di wilayah Homs, seramai 230 penduduk dilaporkan mati dalam tindakan ketenteraan itu yang bermula pada Jumaat lalu.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton juga marah dengan tindakan China dan Rusia yang tidak menyokong resolusi supaya Bashar meletakkan jawatan.

Sementara itu, Majlis Kebangsaan Syria yang menentang kepimpinan Bashar menyatakan, pihaknya mengambil kawalan Kedutaan Syria di Tripoli kelmarin tanpa sebarang tentangan.

Tunisia juga dilaporkan akan mengusir duta Syria dan tidak akan mengiktiraf rejim Bashar selepas keganasan yang berlaku di wilayah Homs. - Agensi


Presiden Mesir: Ikhwan tidak calon pemimpinnya

Posted: 06 Feb 2012 12:20 AM PST

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Feb: Ikwan Muslimin Mesir tidak sekali-kali akan mencalonkan pemimpinnya untuk menjadi presiden baru di negara itu pada pemilihan presiden Jun ini.

Sebaliknya, pertubuhan tersebut tidak akan menyokong jika ada di antara pemimpin dan ahli-ahlinya dicalonkan bagi memegang jawatan presiden.

Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Gomaa Ameen menjelaskan, mengikut peraturan di negara itu, presiden yang akan dipilih nanti bukanlah dari parti yang menang dalam pilihanraya Parlimen.

Namun, menurutnya, sekiranya terdapat juga pencalonan dari kalangan pemimpin dan ahli-ahli Ikhwan untuk jawatan presiden nanti, tindakan itu tidak pula dihalang oleh Ikhwan.

Katanya, sungguhpun begitu, pencalonan itu bukanlah atas nama Ikhwan, malah tiada sebarang kaitan dengan pertubuhan tersebut.

"Bagi Ikhwan Muslimin, itu semua bergantung kepada ketetapan yang dibuat oleh Majlis Syura', manakala ketetapan yang telah dibuat pula tidak akan mencalonkan pemimpin atau ahli Ikhwan untuk menjadi presiden," katanya pada temubual eksklusif Harakahdaily dan Harakah cetak dengan beliau, di sini, malam kelmarin.

Sepanjang Mesir berada di bawah pemerintahan kuku besi regim Hosni Mubarak, Ikhwan Muslimin dihalang dari terlibat dengan politik.

Bagaimanapun, setelah regim Hosni dijatuhkan oleh rakyat menerusi revolusi rakyat di Dataran Taharin pada 25 Januari tahun lalu dan pilihanraya Parlimen pertama diadakan, parti-parti beraliran Islam telah berjaya mencapai kemenangan dan menguasai dua pertiga kerusi Parlimen negara itu.

Keputusan akhir pilihanraya itu yang diumumkan pada 21 Januari lalu menyaksikan Ikhwan Muslimin menerusi partinya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi.

Dengan perolehan yang menepati ramalan pelbagai pihak tetapi turut mengejutkan sesetengah pihak itu, Suruhanjaya Pilihanraya Mesir pada 21 Januari lalu mengumumkan, FJP akan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat (Parlimen).

Tempat kedua diduduki oleh kubu konservatif, Parti Salafi al Nur dengan 25 peratus undi atau 121 kerusi, sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33 kerusi.

Media melaporkan, Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Mesir, Abdul Moez Ibrahim ketika mengumumkan keputusan itu menjelaskan, jumlah pengundi yang keluar mengundi sebanyak 54 peratus.

Dengan keputusan itu juga, FJP telah memutuskan untuk melantik seorang ahli politik kanannya, Saad al-Katatni sebagai ketua (speaker) Majlis Rakyat.

Menurut Gomaa, penglibatan Ikhwan dalam politik di Mesir bukanlah untuk merebut jawatan presiden, tetapi untuk menguasai Parlimen bagi membolehkan pihaknya memainkan peranan dalam penggubalan undang-undang yang selaras dengan kehendak Islam.

Katanya, meskipun parti-parti Islam lain bukanlah satu 'kapal' dengan Ikhwan, tetapi hubungan Ikhwan dengan parti-parti itu amat baik.

"Kesemua parti dan keseluruhan rakyat Mesir sendiri mempunyai tujuan yang sama, iaitu ingin menjatuhkan pemerintahan regim Hosni Mubarak bagi melakukan perubahan di Mesir," jelasnya.

Setelah berjaya menguasai Parlimen, tambahnya, Ikhwan Muslimin akan berusaha merealisasikan dasar-dasar perjuangannya dengan melaksanakan sistem perundangan Islam di Mesir.

Pada pertemuan yang turut dihadiri Mohd Faiz Nawi dari Lajnah Antarabangsa PAS Pusat dan Wartawan Kanan Harakah cetak, Zainuddin Hashim yang turut berperanan sebagai penterjemah itu, beliau menjelaskan, walaupun begitu, Ikhwan Muslimin tetap tidak dapat mengelak dari menghadapi cabaran dan halangan bagi melaksanakan undang-undang Islam di negara itu.

"Cabaran dan halangan untuk melaksanakan undang-undang Islam itu memang tetap ada dan itu semua sudah menjadi perkara biasa dalam perjuangan Islam.

"Perkara penting bagi Ikhwan, sekarang Ikhwan Muslimin dan perjuangannya telah diterima oleh rakyat Mesir. Jadi untuk melaksanakan perkara itu mestilah dibuat secara berperingkat-peringkat," tegasnya.

Peringkat pertama yang akan dilakukan oleh pihaknya dengan mendidik rakyat agar memahami undang-undang Islam menerusi proses tarbiyah yang akan dilaksanakan secara berterusan.


3 tahun tragedi hitam, kembalikan Perak kepada PR

Posted: 06 Feb 2012 12:17 AM PST

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
Johari Jaafar, 06 Feb 2012

IPOH, 6 Feb: Hari ini genap 3 tahun peristiwa hitam menyelubungi Negeri Perak dengan`matinya' demokrasi apabila berlakunya 'rampasan kuasa' di negeri ini yang dilakukan oleh Umno BN.

Demokrasi yang dirobekkan oleh Umno BN di Perak telah membawa kepada sejarah hitam demokrasi menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat digulingkan secara 'jahat' oleh Umno BN.

Demikian ditegaskan oleh Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming pada satu perhimpunan aman mengingati tragedi hitam tiga tahun yang diadakan di bawah 'pokok demokrasi' di sini, pagi tadi.

Pemimpin PAS, DAP dan PKR bersama ahli-ahli dan penyokong dengan berpakaian serba hitam berkumpul di sini untuk mengingati musnahnya demokrasi di negeri ini kerana perbuatan jahat Umno BN taga tahun yang lalu.

Pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Datuk Ngeh Kor Ham, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bajkar Hussein dan Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chai telah berucap dengan nada penuh semangat meminta rakyat mengembalikan hak-hak yang dirampas oleh BN tiuga tahun yang lalu dengan memberi mandat sekali lagi kepada Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan di negeri ini pada PRU13 nanti.

"Di sini kita berhimpun untuk sama-sama bersatu hati bagi mengembalikan hak rakyat, bekerja semakmima mungkin menumbangkan BN sekali lagi di negeri ini bagi kita wujudkan satu pemerintahan yang lebih adil melalui Pakatan Rakyat," ujar Ustaz Abu Bakar Hussein.

Pada himmpunan itu pimpinan kanan Pakatan Rakyat negeri, Mohamad Nizar, Ngeh Ko Ham, Lee Boon Chai, V Sivakumar dan Ustaz Abu Bakar melepaskan 300 belon hitam ke udara sebagai simbolik kepada rampasan kuasa bagi satu permerintahan yang baik dan adil bersama Pakatan Rakyat.

Gempa bumi 6.5 magnitud gegar Kepulauan Vanuatu

Posted: 05 Feb 2012 07:22 PM PST

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

HONG KONG: Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud menggegarkan Republik Vanuatu, dekat Lautan Pasifik Selatan semalam tetapi tiada laporan tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi pada kira-kira jam 4.40 petang waktu tempatan itu dirasai kira-kira 81 kilometer barat daya ibu negara Vanuatu, Port Vila.

Bencana dengan kedalaman kira-kira empat kilometer itu dikesan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat selepas bacaan dicatatkan melepasi 6.0 pada skala Richter. - AFP

17 terkorban, 13 diselamatkan selepas bot bawa pendatang terbalik

Posted: 05 Feb 2012 07:13 PM PST

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SABANA DE LA MAR: Pasukan penyelamat menemui 17 mayat dan berjaya menyelamatkan 13 orang selepas bot yang sarat dengan pendatang terbaik dari Republik Dominican terbalik, kata pegawai semalam.

Pengarah Risikan Tentera Laut Dominican, Luis Castro, berkata mayat 12 lelaki dan lima wanita itu ditemui ketika laut bergelora.

Kapten bot yang membawa pendatang itu ditahan dan disoal siasat oleh penyiasat.

Jumlah pendatang yang terkorban dijangka meningkat kerana penyelamat yang menggunakan dua bot tentera dan kapal pemadam kebakaran serta nelayan tempatan masih mencari kira-kira 40 orang yang berada dalam bot berkenaan ketika kejadian awal pagi kelmarin ketika dalam perjalanan ke Puerto Rico sebelum terbalik. - AP

Angka kematian akibat cuaca sejuk di Eropah melepasi 300 orang

Posted: 05 Feb 2012 07:02 PM PST

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KIEV: Angka kematian akibat cuaca sejuk yang mencengkam Eropah lebih seminggu lalu kini melepasi 300 orang selepas ia mencetuskan kekecohan di serata benua itu semalam pada ketika perkhidmatan kecemasan bertungkus lumus bekerja dan jadual penerbangan dibatalkan.

Jumlah golongan gelandangan yang menderita apabila ramai yang kesejukan di rumah transit dan ada yang mati dalam pangsapuri yang tiada alat pemanas, laluan menyelamatkan diri daripada kebakaran atau tempat berlindung sementara di tepi jalan.

Pihak berkuasa Perancis semalam menemui mayat lelaki gelandangan yang mati kesejukan menjadikan jumlah kematian kepada 306 orang di seluruh benua berkenaan. - AFP

Ratu Elizabeth II rai ulang tahun ke-60 di atas takhta

Posted: 05 Feb 2012 06:52 PM PST

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KING'S LYNN: Ratu Elizabeth II meraikan ulang tahun ke-60 menduduki takhta England hari ini dengan program sederhana termasuk lawatan ke timur negara itu sepanjang perancangan lima bulan majlis jubli emasnya.

Ratu itu akan melawat bandar King's Lynn dan kemudiannya ke sekolah berdekatan, kira-kira enam dekad sejak baginda mengambilalih takhta selepas bapanya, Raja George VI meninggal dunia secara tiba-tiba pada 6 Februari 1952.

Ketika kunjungan diraja ke Norfolk pula, beberapa acara turut diadakan seperti konvoi 1,000 bot belayar di Sungai Thames pada 3 Jun nanti diketuai Ratu Elizabeth menaiki bot yang dipenuhi bunga-bungaan. - AFP

3 perkara yang memungkinkan tambahan sokongan Orang Muda

Posted: 05 Feb 2012 06:24 PM PST

13 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
Oleh Annuar Kamaruddin

PRU 13 bakal bergegar dalam masa tak lama. Berita-berita angin dan ribut menyatakan tahun ini juga. Antara Jun dan Disember. Masing-masing BN dan PR perhebatkan jentera. Masa ni BN Umno tak ragu undi orang tua. Yang karat dan ketegar tentu undi depa.

Masalahnya nak pikat orang muda. Sebab orang mudalah sebenarnya kuasa ketiga. Yang atas pagar, biasanya ikut angin semasa. Kalau tak hati-hati, isu saman pun boleh buat parti yang bertanding sengsara. Tambah-tambah la ni PR pun ada kerajaan juga. Silap-silap terlalu jaga kerajaan, undi jadi mangsa.

Apa yang orang muda suka. Banyak juga yang nak minta. Tapi kali ini nak bagitau tiga saja.

Orang muda tak berapa faham kalau janji-janji pilihan raya sebut dasar-dasar saja. Contoh kata nak bantu orang muda. Bantu macam mana. Janji kena terang dan nyata. Kena kata begini caranya. Kalau PR menang dan tawan Putrajaya, kerajaan baru PR akan bagi budak-budak tingkatan enam otomatik habis periksa terus boleh masuk universiti jadi mahasiswa. STPM tu jadi syarat untuk tentukan bidang dan jurusan saja. Bukan tiket masuk universiti pilihan depa. La ni tingkatan enam kata Pra U tapi layan macam budak sekolah saja. Layanlah macam calon mahasiswa, Cepat masuk U cepat tamat, cepat dapat kerja. Cepat kawin cepat mak bapak dapat tayang cucu sini sana. Mak bapak depa tentu suka. Nak undi BN lagi buat apa. Baik undi PR boleh hantar anak masuk universiti dengan bangga. Bab yuran dan lain-lain tu boleh rujuk buku jingga.

Yang kedua orang muda-muda bila nak kemana-mana selalu nak sampai dulu. Itu sebab kalau naik mutu jadi laju. Nanti kerajaan PR yang baru boleh upgrade kami punya lesen mutu. Lesen P dua tahun tu kami setuju. Lepas lima tahun lesen B2 jadi B1. Kalau ada yang kena tangkap pasai dok rempit hilir ke kulu, denda 24 bulan lepas lima tahun kena tunggu kalau nak upgrade ke B1. Barulah budak-budak muda jadi warganegara yang bermutu. Tak mau buat pasal nanti rekod lesen rugi lagu tu. Lepas tu lima tahun lagi kalau rekod bersih lesen B2 terus upgrade ke Bfull lala tu. Orang Kelantan kata buleh selalu.

Yang ketiga pula, orang-orang muda ni minda terbuka. Kalau dapat TV dunia hati mesti gembira. Boleh tengok berita dunia sini sana. Kerajaan BN la ni tak mau rakyat tau hal dunia di luar sana. Sebab tu kerajaan PR kena janji terang dan nyata, Kalau menang boleh pakai TV parabola. TV parabola ni sebenar TV satelit saja. Senang dapat siaran TV mana-mana saja di dunia. Semua negara la ni siaran TV boleh pakai parabola. Bangladesh yang orang kata miskin pun siaran TV dia pakai parabola. Ni kita mengaku taraf dunia, siaran TV buat meniaga. TV kerajaan pancar dari bukit saja. Satu perkara yang perlu bagi tau rakyat supaya jangan salah sangka. TV satelit ni untuk dapat siaran TV kerajaan saja. Bukan hiburan macam Astro yang orang dok suka. Rancangan siaran TV kerajaan ni yang semua orang boleh tengok sebab untuk semua. Orang dok ingat kalau parabola mesti ada siaran yang tak kena dan untuk dewasa saja. Itu cuma anggapan saja sebab selama ini kerajaan BN dok sorok dan sembunyi perkara yang sebenarnya. Kalau yang otak kotor tu memang anggap TV parabola boleh rosakkan akhlak dan minda. Yang sebenarnya yang tak elok tu yang kena bayar. Macam Astro punya la.
-----------------------------
Tulisan diatas adalah pandangan penulis yang dilulus terbit oleh blog cina islam dan ianya adalah pandangan peribadi penulis.

Salam Perjuangan

Posted: 05 Feb 2012 11:29 PM PST

Salam Perjuangan


"SHAHRIZAT, JANGAN REKA CERITA!" - KETUA UMNO CHERAS

Posted: 05 Feb 2012 08:16 PM PST

"Mengapa susah sgt nak letak jawatan?" - Syed Ali
13 Rabi'ul Awal 1433 H | 6 February 2012

Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak sewajarnya menyalahkan pihak lain berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang kini menjadi kemarahan rakyat, kata Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.

"Jangan reka cerita kononnya ada yang nak jatuhkan beliau, realitinya beliau tidak seharusnya menjadikan wanita Umno sebagai perisai untuk melindungi kelemahan dan kepincangan yang berlaku," tegasnya.

Beliau yang beberapa kali menggesa Shahzirat berundur mempersoalkan sama ada menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu sayangkan jawatan atau ikhlas berjuang dalam Umno.

"Mengapa susah sangat nak letak jawatan menteri, tak perlu bercuti dan salahkan orang lain kononnya ada agenda peribadi nak jatuhkan beliau," ujarnya, seperti dilaporkan dalam blog Umno bahagian itu semalam.

Syed Ali berkata, tidak ada pemimpin Umno yang secara peribadi memusuhi Shahrizat tetapi mereka bersuara kerana tidak mahu Umno dicemuh rakyatberkaitan isu NFC.

"Sampai bila mahu cakap tak serupa bikin, kononnya Umno menentang segala bentuk penyelewengan, rakyat sedang memerhati sejauh mana ikhlasnya kerajaan hari ini," ujarnya. - malaysiakini

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 05 Feb 2012 09:19 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2012 AHLI PARLIMEN BAKRI

Posted: 05 Feb 2012 02:45 PM PST

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2012 AHLI PARLIMEN BAKRI

Hari Ahad 5 Februari 2012, DAP Bakri/Muar telah mengadakan Sambutan Tahun Baru Cina . Majlis diadakan di pekarangan Pusat Khidmat DAP , di Bangunan DAP Muar di Jalan Sakeh Muar.

Ahli Parlimen Bakri, YB Er Teck Hwa, selaku tuan rumah menjemput Ahli Parlimen Cheras sebagai tetamu kehormat. Majlis juga diserikan dengan kehadiran YB Dr Boo Cheng Hau,Pengerusi DAP Johor merangkap ADUN Skudai , YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, Sdr Yatin Sarpan, Ketua Keadilan Cabang Muar dan ramai kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain.Kehadira lebih 300 orang tetamu menunjukkan sokongan padu rakyat Bakri khususnya dengan kepimpinan wakil rakyatnya YB Er.


Perpaduan , keharmonian semangat Tahun Baru Cina.


Ucapan rengkas daripada YBDr Mohammad Taslim.

 
TuanRumah, YB Er Teck Hwa.

 
YB Ahli Parlimen Cheras.

YB Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor.


Kehadiran YB Dr Mohamad disambut mesra

YB Dr Mohammad bersama pemimpin Pakatan Rakyat.


Tetamu kehormat.

YB Dr Mohammad bersama Sdr Bajuri, pemimpin DAP tempatan.
 

 Dua keping cek diterima tanda sokongan padu kepada DAP.


 
 Pemimpin tersenyum dengan ang pau di tangan.


 Ang pau untuk kanak-kanak.


YB Dr Mohammad turut menyampaikan ang pau,

 
Warga emas juga menerima ang pau.


 
 Tetamu memenuhi semua ruang tanda sokongan kepada PR.

HI-TEA BERSAMA DATO' PADUKA HUSAM MUSA DI DUN GAMBIR

Posted: 05 Feb 2012 02:07 PM PST

MAJLIS HI-TEA DUN GAMBIR

 PAS LEDANG telah mengadakan Majlis Hi-Tea pada petang Ahad, 5 Februari 2012, bertempat di pekarangan Pusat Aduan Rakyat DUN Gambir di Pekan Bukit Gambir Muar.PAS DUN Gambir ini diterajui oleh Dato' Mahfoz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor.Pada sebelah malamnya Ceramah Perdana diadakan di tempat yang sama.

Tetamu Kehormat ialah YB Dato' Paduka Husam Musa,Turut hadir YB DR Mohammad Taslim ADUN Maharani, YB Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor merangkap ADUN Skudai, YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri dan kepimpinan PKR.

Dalam ucapannya Dato' Husam menyentuh tentang pilihanraya yang semakin hampir. Beliau  menaruh keyakinan bahawa rakyat Johor mampu melakukan perubahan. Johor merupakan nadi perubahan politik Malaysia sekarang. Menurut beliau Dr Mahathir mahukan pilihanraya dalam bulan Mac ini tetapi pihak kerajaan tidak yakin boleh menang . Bulan April? 4 (si) bulan mati dan bulan Mei Pakatan Rakyat bertambah kuat. Bulan 6? insyaAllah PR menang ! Inilah dilema BN sekarang. Walau bagaimana pun beliau mengingatkan supaya kekalkan perpaduan dan sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihanraya.


Amanat Dato' Paduka Husam Musa.

YB Dr Mohammad bersama YB Dato' Husam dan pemimpin PR.


 
 PEMIMPIN PAKATAN  RAKYAT


 
Jamuan untuk pemimpin - simple tapi menyelerakan.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 05 Feb 2012 07:27 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Kumpulan Syamsul Haq al-Haqqani Adakan Persembahan Di DUN Sura, Dungun 7 Februari Selasa

Posted: 04 Feb 2012 07:50 PM PST

DUNGUN, 5 Februari Ahad - Sempena Maulidur Rasul 1433H, Kumpulan Syamsul Haq al-Haqqani daripada Sungai Petani, Kedah akan mengadakan persembahan qasidah burdah di Tapak Pasar Malam Sura Gate, di sini.
"Kepada penggemar irama ini, khususnya di sekitar DUN Sura, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti persembahan kumpulan ini, " demikian pelawa Haji Zakariah Yusoff, Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan MTD Sura yang turut mempunyai minat yang mendalam terhadap irama ini.

Persembahan ini akan diadakan pada 7 Februari, Selasa bermula jam 8.45 malam.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 05 Feb 2012 03:36 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


"DIBAWAH SATU CAHAYA'- KONVENSYEN PAS 2012

Posted: 05 Feb 2012 04:33 AM PST


Hayati "Dibawah Satu Cahaya" sempena Konvensyen PAS 2012

UMNO KELANTAN LUPA HARI NIE MAULIDUR RASUL

Posted: 05 Feb 2012 03:51 AM PST



Puak-puak UMporNO Kelantan dah lupa yang hari ini 12 Rabiulawwal adalah Sambutan Maulidur Rasul apabila menganjurkan konvesnsyen media so sial fitnah peringkat Kelantan mereka pada hari ini... yang lebih buat lupanya bila setiap peserta dibayar tak kurang RM100 seorang... tue yang lupa ke Nabi tue...

Padahal semua tempat buat sambutan bermula semalam dengan ceramah agama dan selawat kepada Baginda Nabi tapi mereka ini buat program yang lupa pada kemulian Nabi...dah la waktu biasa pun tak ingat jasa dan sirah Nabi Muhammad... hari ini pun tak ingat jugak kat Nabi... duit punye pasal

... memang dah jauh puak-puak nie dengan Nabi...huhuhuhuhuhu

BILA HJ NAJIB MABUK BERCAKAP PASAL NEGARA MADINAH

Posted: 04 Feb 2012 11:35 PM PST

Akibat bila orang mabuk pil kuda bercakap pasal Islam dan baginda Nabi Muhammad...tak rase bersalah langsung bila initiatif bawaan UMporNo didakwa bertepatan dengan konsep negara Madinah yang telah diasaskan oleh Rasulullah SAW macam Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Menu Rakyat 1Malaysia, Amanah Saham 1Malaysia, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan terbaru Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)....

Dah giler ape Hj Najib samakan apa yang dia buat 'bertepatan' dengan  negara Madinah yag dibawa oleh Yang Mulia Nabi... sape kita nak kate 'bertepatan' dengan Nabi... nak compare dengan zaman pemerintahan sahabat pun dah tak layak ...inikan dengan Nabi sendiri....

Sah giler BABI!!!!... tak pun babi GILER!!!

TG PRESIDEN SAHKAN UST AZHAR TAK BERTANDING PRU 13

Posted: 04 Feb 2012 05:28 PM PST

Dalam wawancara selama 1 1/2 jam bersama Sinar Harian baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyentuh berkenaan dengan calon PAS pada PRU 13 nanti. Ikuti antara bingkisan wawancara Sinar bersama TG Presiden.


Ada tak calon wanita di Terengganu?
HADI: Kita usaha nak tonjolkan calon wanita kerana calon kita ini mesti daripada akar umbi, daripada cawangan-cawangan dan daripada atas. Kalau daripada atas sahaja, respons cawangan tiada, tidak boleh. Kadang-kadang kita ada tokoh, tapi tokoh tu tempat dia orang tidak kenal kena, bawa tempat lain. Calon lelaki pun begitu. kita nak orang ini, contohnya, Mat Sabu Timbalan Presiden Pas, Muhamad Sabu pada 2008, tetapi boleh kalah, walaupun dia seorang tokoh yang besar. Dulu pernah di sini tahun 1950 - 1960 Parlimen Dungun, wanita, Khadijah Sidek. Di sini, pernah orang Johor, bukan Terengganu. Menang di sini, jadi calon wanita. Ini bukan kali pertama. Dan, kita ada calon wanita, kita kemukakan dan saya sebagai ahli Majlis Syura Ulama, semua nama calon dihantar ke Pusat dan ada dua tiga orang wanita di Terengganu.

(Penceramah bebas) Ustaz Azhar Idrus?
HADI: Tidak termasuk.

Nampaknya Pas pun laksanakan calon boleh menang?
HADI: Calon yang boleh menang yang cukup syarat. Dia mengikut kehendak parti kita, ikut syarat dan boleh menang. Kalau boleh menang sahaja, tapi tidak cukup syarat parti kita, kita tidak beri jadi calon.
 
 
... mujur jugaklah Ustaz Azhar tak tersenarai dalam PRU 13 nanti... kalu tersenarai saja takpe lagi... masalahnya takut menang je nanti... so lambat le habis kitab "Anak Kunci Syurga"nye tue...
 
 

HASAN AKAN BEKERJASAMA DENGAN PARKASA PERJUANG IMR?

Posted: 04 Feb 2012 05:05 PM PST

Kemungkinan Hasan Ali akan bekerjasama dengan pemimpin Perkasa dibawah pimpinan Ibrahim Ali yang dilihatnya  masih setia memperjuangkan konsep IMR (Islam, Melayu, Raja) setelah menolak pelawaan perwakilan negeri Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) untuk bekerjasama berikutan terdapatnya perbezaan matlamat antara dirinya dan perjuangan parti tersebut.

Hasan berkata, matlamat beliau memperjuangkan agama Islam, masyarakat Melayu, dan institusi Raja berbeza dengan matlamat penubuhan Kita yang diasaskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

"Matlamat saya adalah IMR, sedangkan matlamat KITA adalah berbeza, jadi saya rasa biarlah Kita teruskan dengan perjuangan mereka," katanya yang turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang selari dengan perjuangannya untuk bersama-sama memantapkan prinsip IMR tersebut.

"Siapa sahaja yang bawa prinsip IMR, saya alu-alukan mereka untuk bekerjasama," tambahnya.

(gambar terakhir Hasan Ali bersama pimpinan tertinggi PAS di JKR 10, Kota Bahru sebelum dia mengoyan tak tentu hala sekarang ini...huhuhuhuhuhu)


PENANGAN ABG MAT DI BATU 10 HULU LANGAT

Posted: 04 Feb 2012 04:37 PM PST

 PAS kawasan Hulu Langat berjaya menarik hampir 2k penduduk sekitar hulu langat dengan menampilkan Abg Mat Sabu sebagai penceramah utama pada ceramah perdana yang bertempat di Balai Raya Kg. Melaka, Batu 10, Hulu Lungat.

Antara Barisan pimpinan tertinggi PAS dan Pemuda PAS yang menyampaikan ceramah pada malam tadi.. antaranya Sdr Sani Hamzan (Pengarah Jabatan Pilihanraya Pengundi Muda), Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss (Naib Pemuda PAS), Dr Che Rosli Che Mat (Ahli Parlimen PAS dari Hulu Langat)




... ini yang umno takut sangat dekat PR nie...

DPP Gopeng

Posted: 05 Feb 2012 03:11 PM PST

DPP Gopeng


Ceramah Berkembar; lambang Paranoid UMNO

Posted: 05 Feb 2012 02:36 AM PST

Sikap kebudak-budakan jentera UMNO Gopeng kembali terserlah di mata rakyat apabila sekali lagi UMNO Gopeng di bawah arahan YB Dato' Hamidah Osman mengadakan ceramah bersebelahan dengan ceramah Pakatan Rakyat di UPU Kampung Pisang, Batu Gajah hari ini, 1 Februari 2012.


Sehingga kini, hanya UMNO Perak dan Melaka sahaja yang melaksanakan dasar pembutaan maklumat kepada rakyat melalui usaha menutup kehadiran rakyat ke majlis ceramah Pakatan Rakyat dengan mengadakan program ceramah serentak atau boleh dikatakan sebagai ceramah berkembar.


Jika di Barat, kita melihat demokrasi matang mereka mengakibatkan pembangkang bebas berceramah dan berpidato di merata tempat. Pihak parti lain pula akan menghormati pihak yang sedang berceramah dengan tidak menimbulkan gangguan seperti apa yang UMNO ajar kepada anak muda di Perak.


Rakyat Batu Gajah dan Gopeng dapat menilai insiden malam ini yang dimeriahkan dengan ceramah oleh Bob Lokman dan YAB Dato' Seri Ir Nizar sebagai simbol paranoid ADUN Sg Rapat (YB Dato' Hamidah Osman) terhadap kebangkitan rakyat Gopeng dan Batu Gajah yang bakal menolak beliau dalam PRU-13 nanti.


UMNO mengekalkan prestasi sebagai parti yang tidak membangunkan generasi berakhlak apabila sanggup mengupah remaja bermotor untuk membuat bising sambil memegang bendera BN di kawasan ceramah Pakatan Rakyat. Lebih lucu, beberapa remaja telah ditahan oleh polis yang berkawal di tapak ceramah kerana menunggang sambil memegang bendera.


Sekitar 300 orang yang menghadiri ceramah UMNO tanpa permit ini kelihatannya lebih tertarik dengan jamuan makan percuma, wang kopi dan duit minyak bagi remaja motosikal yang ditaja oleh UMNO. Malah ada yang sanggup menunggu hingga 11.30 malam semata-mata untuk pengumuman keputusan cabutan bertuah!


Adakah UMNO menilai majlis malam ini di Kampung Pisang sebagai majlis penerangan jika kehadiran di khemah-khemah UMNO hanya disertai oleh wanita-wanita Melayu, kanak-kanak, pelajar sekolah dan para penunggang motosikal remaja bawah umur? Adakah strategi UMNO memberi penerangan dengan diupah dengan cabutan bertuah?


Rata-rata rakyat menyatakan negeri Perak boleh bangkrap kerana penerangan UMNO sebegini terpaksa menelan wang belanja sebanyak RM 60 000 hanya dalam tempoh semalam! Sedangkan ceramah Pakatan Rakyat bersebelahan hanya menggunakan modal RM 1000 sahaja!


Dari jeritan dan laungan serak suara ADUN Sg Rapat melaungkan 'Hidup UMNO' pada jam 11.45 malam melambangkan kehampaan beliau kerana majlis penerangan UMNO itu hanya dipenuhi dengan penceramah (termasuk ADUN) yang bukan berceramah sebaliknya menjerit dan menempik sehingga beberapa remaja menutup telinga di belakang khemah.


Disebabkan mereka menjerit dan melalak dengan dahsyat dengan harapan menutup pembesar suara Pakatan Rakyat, mereka hanya mampu berceramah sehingga jam 11.30 malam sahaja, manakala Pakatan Rakyat yang berceramah tenang mampu bertahan sehingga 12.20 malam. Malah 20 minit tambahan selepas jam 12 tengah malam diberi atas kebenaran OCPD Balai Polis Batu Gajah kerana awal ceramah terganggu akibat hujan.


OCPD yang bersimpati dengan penyokong Pakatan Rakyat yang sanggup berhujan semata-mata mempertahankan majlis yang sah mendapat permit polis telah dipuji sendiri oleh YAB Dato' Seri pada muqaddimah ceramahnya.


Ternyata paranoid UMNO Gopeng akan terus mencengkam kerana ternyata sasaran mereka untuk mengatasi majlis Pakatan Rakyat memberi maklumat dan memahamkan rakyat tidak berjaya.


Jika dibincang dari aspek majmuk kaum, ceramah Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan status sebagai majlis ceramah multi-kaum yang berkesan. Sebaliknya cukup memalukan apabila ADUN Sg Rapat mengarahkan pihak urusetia majlis UMNO memasang lagu 1 Malaysia dengan kuat sedangkan majlis mereka hanya dipenuhi dengan kaum Melayu serta ceramah yang sarat dengan perkauman dan sorakan Hidup Melayu.


Kecerdikan rakyat Gopeng dan Batu Gajah kian nampak melalui kehadiran pendengar yang semakin ramai serta konsisten sehingga tamat majlis.


Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Unit Penerangan MTD Sg Rapat


http://landskapsiasah.blogspot.com/

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 05 Feb 2012 11:22 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Cina Bandar KT mahukan perubahan

Posted: 04 Feb 2012 01:50 PM PST

KUALA TERENGGANU: Sambutan masyarakat Tionghua terhadap Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina 2012 bersama Presiden PAS mendapat sambutan memberangsangkan.

 
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu, Hanafiah Mat berkata sambutan masyarakat Tionghua kali ini khususnya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar bukti orang Cina mahukan perubahan.

 
Sebelum ini, katanya masyarakat Tionghua di Dun Bandar Kuala Terengganu agak keberatan untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat kerana mungkin faktor "ugutan". 

 
Menurutnya, eleman 'takut' kini bukan lagi alasan untuk masyarakat Tionghua di Kuala Terengganu membuat perubahan sama seperti di negeri-negeri pantai barat.

 
"Saya rasa sungguh gembira melihat sambutan orang Cina (Tionghua) pada malam ini yang datang menyertai majlis makan malam ini.
 
"Mereka (Cina) semua mahukan perubahan dan tidak seperti sebelum ini kerana 'takut' diugut dengan pelbagai isu bantuan, hudud dan lain-lain.

 
"Walau pun, hari ini juga Najib (Perdana Menteri) ada datang ke Terengganu dan ada juga majlis makan malam anjuran Persatuan Cina secara percuma tetapi mereka tetap datang ke program kita ini," jelasny
a.
 
Katanya, reaksi masyarakat Tionghua di negeri ini mahukan perubahan jelas tergambar dengan sokongan mereka dalam beberapa program PAS sempena tahun baru ini.

 
Menurutnya, sambutan yang sama telah diadakan di Dun Chukai Kemaman dan di Dun Sura akan dibuat pada 5 Februari 2012.

 
Dimaklumkan, hampir 300 masyarakat Tionghua hadir meraikan majlis anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) bersama Tuan Guru Presiden PAS.

Selain itu, Kekalahan kerajaan PAS Terengganu pada tahun 2004 bukan kerana ditolak oleh rakyat tetapi akibat penipuan terancang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

 
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendakwa kekalahan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 tahun 2004 bukan ditolak oleh rakyat.

Hakikatnya, kata beliau kekalahan tersebut bukan kerana PAS dibenci oleh rakyat tetapi akibat penipuan terancang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN Terengganu.

 
Menurutnya, Umno-BN telah membawa masuk sejumlah pengundi yang ramai serta tidak dikenali oleh jentera parti.

"Kita (PAS) kalah PRU 2004, kalah bukan rakyat tolak tetapi kalah dengan penipuan. Mereka (Umno) masuk (daftar) pengundi yang ramai dan mereka (pengundi) yang tidak dikenali.

"Saya percaya rakyat Terengganu masih mengundi kita (PAS). Barisan Nasional menang dengan tipu. Sekarang sudah berlaku perubahan di seluruh negara," tegasnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina 2012 di Restoran Ocean, Kampung Tanjung, Kuala Terengganu, 3 Februari lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan masyarakat Tionghua (Cina) dan masyarakat India lebih kedepan inginkan perubahan kepimpinan negara.

 
Ini kerana, katanya akhbar berbahasa Cina dan Tamil (India) lebih bersifat terbuka membuat laporan berita berbanding dengan akhbar Melayu.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, akhbar berbahasa Melayu yang pro-kerajaan pula masih 'lemah' (hilang integriti) serta dikongkong pemikirannya. 

 
"Masyarakat Cina, masyarakat India lebih 'cepat' (sedar) kerana surat khabar Cina, surat khabar India banyak melaporkan berita. Surat khabar Melayu masih 'lemah', tiada integriti dan dikongkong fikiran. 

 
"Kami (PAS) mahu orang Cina bertahan dengan menyokong kita. Kita (PAS) kempen lagi supaya orang Melayu buat perubahan. Sekarang seluruh dunia sudah berubah," ujarnya di hadapan hampir 300 hadirin.

Kata Dato' Seri Abdul Hadi, perubahan yang berlaku mutakhir ini sangat membanggakan PAS sebagai sebuah parti yang berasaskan agama (Islam).

Menurutnya, rakyat mahukan perubahan agar wakil rakyat yang dipilih mewakili mereka mempunyai kebolehan dan ketokohan dalam membela serta menegakkan keadilan.

"Perubahan (sikap) yang sangat membanggakan kita (PAS). Perubahan yang kita (PAS) tidak pernah terfikir sebelum ini.

"Calon PAS yang bertanding lawan calon MCA, orang Cina boleh undi PAS lawan MCA. Calon DAP lawan Barisan Nasional, orang Melayu boleh kerja menangkan calon DAP.

"Orang (pengundi) mahu bukan bangsa wakil rakyat tetapi mahu kebolehan dan ketokohan wakil rakyat yang boleh membela, menegakkan keadilan untuk mereka," jelasnya.

Sehubungan itu, kata Ustaz Abdul Hadi kedatangan Islam ke negeri China lebih awal berbanding dengan kemasukan Islam di Tanah Melayu ini.

Katanya, terdapat 100 juta umat Islam di negara China dan orang Islam terlibat secara langsung dengan kerajaan China.

 
"Islam masuk ke negeri China lebih awal masuk dari Tanah Melayu ini. Di China ada 100 juta orang Islam dan orang Islam terlibat dalam kerajaan China terutama di zaman Dinasti Ming orang Islam jadi Menteri Kewangan dan orang Islam jadi Panglima Tentera," ujarnya.

 
Menurutnya, kehancuran sesebuah pemerintahan itu apabila umat Islam mula meninggalkan ajaran Islam yang berasaskan al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.
 
Antara tetamu khas majlis makan malam tersebut Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Exco Kerajaan PAS Kelantan, Dato' Anuar Tan Abdullah, Adun Sekinchang, Encik Ng Suee Lim dan Adun Simpang Pulai, Encik Chang Ming Kai.

 
Hadir sama ialah Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Adun Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, Pengarah Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.

Pemuda Guchil

Posted: 05 Feb 2012 09:15 AM PST

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 05 Feb 2012 09:04 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Wawancara Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama Sinar Harian

Posted: 04 Feb 2012 10:23 AM PST


Kenyataan Datuk Hasan menjejaskan juga prestasi parti?
Tuan Guru: Dalam sehari dua, apabila sudah banyak hari akan terserlahlah langkah kita itu betul. Contohnya, isu berkait dengan Himpunan Sejuta Umat. Kita lihat isu ini banyak benda tidak tepat. Contohnya, orang Melayu masuk Kristian sampai ratus-ratus ribu. Pernah dengar kan? Bila polis siasat, maklumat itu tidak betul, orang yang disiasat dibebaskan. Mengapa tiada diambil tindakan? Kerana ada pelindung dia; kita tahu. Pada kita murtad ini bukan sahaja masuk Kristian, tapi termasuklah hina hukum Islam. Boleh jadi murtad dengan kejahilan dia, berlaku begitu rupa. Menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal. Jadi, murtad ini luas. Dan kita nampak isu ini dipolitikkan dan pada PRU 2008 ada yang berhempas-pulas mendapatkan undi Melayu. Rata-rata orang Melayu tak tahu agama kebanyakannya dan mereka sayang pada Islam. Mereka jadikan isu ini untuk tarik undi Melayu, bukan untuk mempertahankan Islam.

Saya pernah bawa usul menangani murtad di Parlimen pada 1998. Mengikut standing order di Parlimen, usul bukan kerajaan hendaklah diletakkan di belakang. Yang kedua, usul seperti ini hendaklah dibawa oleh seorang menteri kerajaan yang boleh disokong, dirujuk kepada standing order. Apabila menteri bawa, ada sokongan. Setelah ada undi barulah saya bawa usul ini, banyak lapis, akhirnya ditinggalkan begitu sahaja usul ini.

Tetapi akhir-akhir ini dibawa isu ini dengan Himpunan Sejuta Umat. Tidak lebih daripada mempolitikkan isu, bukan nak pertahankan akidah dan nak gunakan orang Pas untuk mengerah orang Pas ramai-rami hadir di stadium Shah Alam. Saya tahu ada kalangan yang nak sediakan bas. Apabila kita tahu macam ini, kita kata jangan pergi, Datuk Hasan Ali pergi, kemudian pergi lagi ke Perak dan buat kenyataan. Kenyataan ini tidak tepat dengan apa yang kita nak. Memang kita tidak setuju dengan murtad; lawan murtad, tapi Saidina Ali (Abu Talib, Khalifah Islam keempat) berkata, kata-kata yang betul, tetapi tujuannya kebatilan.

Atau matlamatnya tak betul. Tak ada dalam Islam ini, matlamat menghalalkan cara. Matlamat mesti betul, cara mesti betul. Kalau matlamat betul, cara salah, tidak boleh. Matlamat salah, cara betul, tidak boleh. Dua-dua kena betul. Itu lagi kena faham dan Pas bukan milik siapa, milik organisasi, kumpulan kita.

Pas ini ada Majlis Syura Ulama dilantik dalam Jawatankuasa Pas Pusat empat orang, Dewan Ulama lantik empat orang, Dewan Pemuda dua orang, Dewan Muslimat dua orang kemudian mereka dilantik ini pilih lima orang lagi dalam kalangan ulama yang boleh merujuk dalam bahasa Arab, merujuk kitab-kitab Islam; yang kita ketahui kewibawaan, akademik dan kemampuan.

Kita tahu moral dia konsisten dengan pendirian dan dia boleh buat keputusan, boleh membatalkan keputusan parti, sekiranya bercanggah dengan al-Quran dan hadis, ijmak ulama dan kias. Ini jaminan yang ada dalam Pas. Kalau ada ahli parti yang nak buat sendiri, bertindak sendiri, maka kalau dia bercakap sebagai orang Pas, orang kaitkan dengan Pas, jadi lebih baik dia bebas.


Bangunan Umno Hulu Tereng­ganu disimbah dengan cat hijau?
Tuan Guru: Saya rasa kita orang Pas tidak buat sampai begitu. Kita ajar orang kita tidak boleh melampaui batas. Kalau ada orang Pas bertindak begitu kita disiplinkan dia kerana Islam ajar kita, kita berlawan dalam perang pun tidak boleh melampaui batas, apa lagi perang melalui demokrasi. Itu boleh jadi pihak lain yang buat provokasi, boleh jadi belaka. Dalam politik boleh jadi semua.

Siapa Menteri Besar Terengganu kalau Pas menang dalam PRU13?
Tuan Guru: Itu ditentukan parti. Belum tentu saya bertanding di state (negeri). Kalau bertanding di state pun, belum tentu lagi saya jadi menteri besar. Bahkan di Kelantan, saya bagi contoh; tahun 1959, yang jadi menteri besar Datuk Ishak Bakri. Datuk Asri tidak jadi menteri besar. Lepas tu Ishak jadi Speaker, Datuk Asri jadi menteri besar, dia bukan Pesuruhjaya Pas Kelantan. Lepas tu Datuk Asri tidak jadi menteri besar walaupun dia pesuruhjaya. Tuan Haji Mat Amin Haji Yakob Almarhum.

Di Terengganu juga pernah begitu, masa Daud Saad Almarhum menteri besar, dia pegang pesuruhjaya. Yang dilantik ialah diterima rakyat, diterima pegawai pentadbir negeri. Kerana kita nak memerintah negeri ini ada beberapa orang di kalangan tuanku sultan, pegawai tadbir negeri, wakil rakyat, yang keempatnya rakyat. Ini kita mesti lihat penerimaan semua sekali. Tidak boleh kita nak tentu-tentukan begitu.

Siapa Perdana Menteri (jika PR menang PRU-13?)
Tuan Guru: Pada peringkat ini kita dalam Pas tidak bincang. Di peringkat PR pun tidak bincang. Kita bincang untuk ke Putrajaya dulu. Jadi, macam orang kampung cerita, kambing tak bela lagi, sirih tak tanam lagi. Jadi duk bergaduh nak buat pagar. Yang ni kata nak buat pagar, yang ni kata nak tambat kambing. Apabila tanya mana kambing, tiada kambing lagi. Mana sirih, tidak tanam lagi pun. Apabila sampai masa, insya-Allah kita ada orang layak. Macam saya kata dululah, saya tiada dalam agenda menjadi perdana menteri. Yang penting, kita nak perkasakan Islam. Siapa duduk di atas, saya terima, bahkan saya boleh rehat; balik kampung jadi pembantu sahaja, pergi ke laut, balik jadi nelayan.

Dari segi politik, kepimpinan negara mesti Melayu Islam kerana majoriti adalah orang Melayu. Itu mengikut kaedah politik Islam. Kalau orang Cina masuk Islam, jumlah mereka besar, mereka ada tokoh, mereka layak jadi pemimpin. Kita orang Melayu kena terima, kalau India begitu juga.

Jadi realiti hari ini majoriti orang Melayu adalah Islam. DAP sudah terima Islam sebagai agama Persekutuan. Hak istimewa orang Melayu dia terima, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dia terima. Dalam masa yang sama, agama lain ada hak dia. Bangsa lain yang miskin tidak boleh diabaikan, hak dia untuk mengajar bahasa ibunda tetapi bahasa Melayu jadi bahasa rasmi. Dan kita kena sedar Umno tidak buat benda ini dalam masa 50 tahun lebih. Tidak perkasakan; itu silap dialah. Yang kita silapkan MCA, MIC, silapkan Gerakan; silap Umno sendiri. Dalam Pas sendiri, kita tidak tolak ansur dan DAP menerima kerana kita tegas dalam masalah ini.

Barangkali saudara-saudari ingat masa tahun 2000 DAP keluar daripada Barisan Alternatif, minta Pas batalkan beberapa agenda Pas, kita tegas; kita tidak berganjak dan DAP keluar dan masuk balik. Dengan kita tidak berganjak itu menunjukkan kita tidak menggadaikan prinsip kita. Dan kita tidak zalimi rakan-rakan kita.

Dari segi hudud, adakah DAP terima?
Tuan Guru: Memang dia orang bukan Islam, tidak terima, tetapi untuk melaksanakannya dia tidak boleh halang kita. Dan dalam konteks Islam kita bukan sahaja tidak boleh paksa orang bukan Islam masuk Islam, tetapi juga termasuk dalam melaksanakan undang-undang. Dengan sebab itu, dalam undang-undang hudud, qisas dan takzir di Kelantan dan Terengganu, kita buat satu peruntukan orang bukan Islam boleh diberi pilihan sama ada mereka menerima Islam atau menerima satu cara yang lain. Kepada saya, saya yakin orang bukan Islam akan terima pada akhirnya. Jangan kita tanya perompak, tanya mangsanya. Kalau tanya perompak, perompak tak sukalah kena hukum.

Dalam Islam, kalau bunuh hukumnya bunuh. Mungkin Undang-undang barat pun sama hukum membunuh, tetapi kalau ambil harta, kalau perompak kena potong tangan, potong kaki. Kalau tanya Cina-Cina yang kena rompak tu, dia setuju kalau potong tangan, potong kaki. Kemudian ada teori mengatakan kalau kita laksanakan pada orang Islam, orang Islam jadi kudung, jadi apa, itu tidak betul. Kita kena faham, undang-undang hudud ini undang-undang mendidik, bukan menghukum. Nak hukum payah, mendidik.

Apabila dilaksanakan, orang Melayu, orang Islam jadi moral dia tinggi. Penjenayah tidak banyak. Orang lainlah penjenayah. Ia akan jadi macam itu. Itu hikmat dia kena faham. Dengan itu kita terima kalau DAP tidak setuju, tak apalah. Yang peliknya Umno kata dia tidak setuju.

Barangkali dia anggap itu hudud ala Pas?
Tuan Guru: Kalau hudud Pas kita muzakarahlah. Kita bincang. Hudud ini ayat Quran, bukan Pas boleh buat. Pas tidak boleh reka hukum hudud ini.

Percanggahan berhubung pelaksanaan hudud antara Pas dan DAP, bagaimana dineutralisekan?
Tuan Guru: Kita neutralisekan dengan utamakan perkara yang jadi bersama. Contohnya negara berkebajikan, tolong bela rakyat miskin, tolong rakyat miskin, khidmat pada masyarakat. Rawatan percuma pendidikan percuma. Ada pendidikan swasta, dengan pengawasan dia, ini semua parti bersetuju, kita utamakan yang ini dulu. Nak laksanakan hudud itu, dia makan masa. Ini boleh dibuat. Contohnya nak hapuskan tol, Pas setuju, DAP setuju. Nak bantu kemudahan makanan kepada rakyat, semua setuju. Ini halal, ini haram, bezalah. DAP boleh makan babi, kita tidak boleh makan babi; memang kita tidak setuju dengan babi, tapi kita tidak boleh halang DAP.

Datuk Hasan Ali kata negara berkebajikan bercanggah dengan konsep Islam?
Tuan Guru: Ada kenyataan mengenai perkara itu, dia tarik balik, dia minta maaf. Sebab dalam Islam tidak disebut sembahyang Islam, puasa Islam, nikah Islam. Disebut negara, kemudian negara berkebajikan, negara adil, negara ihsan. Itu istilah-istilah yang disebut dalam Quran, tetapi dia merangkumi sekali aspek ini. Dan saya ada tulis buku, negara berkebajikan, berdasarkan huraian yang saya bentang di muktamar Pas. Dan negara berkebajikan sudah diterima di muktamar. Bila muktamar terima dia tolak, itu sudah melanggar partilah.

Berkenan hudud dilaksanakan tetapi proses tidak sebagaimana yang diharapkan? Adakah manifesto senasib?
Tuan Guru: Yang pertama, hudud pada undang-undang jenayah sudah diwartakan. Tuanku sudah sain. Sudah lulus. Yang kedua kita balik pada Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia kata Islam adalah agama Persekutuan. Agama ini, ada dua. Mengikut tafsiran Barat, religion. Pentafsiran Islam addin. Bila kita sudah merdeka kita kena tafsir mengikut addin, bukan religion. Addin merangkumi segala aspek, cumanya berlaku di Kelantan bila kita lulus di Kelantan, Tun Mahathir, Perdana Menteri pada masa itu, hantar surat kepada Yang Amat Berhormat Tok Guru Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz memberi amaran sekiranya Kelantan melaksanakannya, Kerajaan Pusat akan bertindak. Bagi Terengganu tiada surat itu. Terengganu ada bantahan daripada seorang pimpinan Umno yang bukan pimpinan utama, bawa ke mahkamah, tetapi tarik balik benda itu.

Jadi kita harap, setelah gagalnya undang-undang yang diamalkan hari ini, masalah rompakan, masalah jenayah, ada negeri tidak boleh saya sebut takut malu dia, tiap-tiap hari ada kadar jenayah. Tiap hari, bukan tiap-tiap bulan; sehari ada kes bunuh. Negeri yang jumlah penduduk dia ramai di Malaysia yang gejala sosialnya lebih kerana kemajuan industrinya pesat sampai satu hari satu kes bunuh. Itu polis beritahu saya. Tak payahlah saya dedah negeri mana. Itu bahayanya; itu yang media tidak dedah, yang media dedah pun banyak dah. Walaupun yang buat jenayah itu bukan orang kita, orang luar, pendatang tanpa izin, macam-macam, tetapi kesimpulannya jenayah besar.

Kalau laksanakan undang-undang qisas dan hudud ini saya yakin Tuhan kata 'Dan bagi kamu hukuman jenayah qisas ini membawa kehidupan'.

Quran mengatakan demikian, maknanya membawa kehidupan, di sini jenayah akan berkurang dan hapusnya kes ini, membawa kehidupan kepada manusia. Yang kita ingat kalau laksana hukuman ini banyak orang kena hukum.

Barangkali oleh kerana pencuri 30,000 - 40,000 di seluruh negara dalam masa setahun. Barangkali banyak tangan kena potong. Kita fikir begitu. Bila diisytihar sahaja undang-undang ini maka habis takut mencuri, berhenti mencuri. Dia akan jadi macam itu. Di Arab Saudi, masa pemerintahan Kiya ul Aziz, dalam masa 20 tahun, tidak sampai 10 orang kena potong tangan. Mereka yang pergi buat umrah, pergi haji lihat sendiri tempat pengurup wang, sebagai contohnya, tutup dengan kain sahaja.

Pergi sembahyang, tutup dengan kain, orang takut nak mencuri, itu dia punya kehebatan. Yang pentingnya, kehebatan undang-undang; undang-undang itu hebat. Yang ada hari ini undang-undang tidak hebat, orang tidak gerun, penguat kuasa pun orang tidak gerun. Bahkan rumah polis pun dia masuk, rumah ketua polis boleh perompak masuk. Itu menandakan tidak hebat.

Dengan sebab itu, saya rasa tidak timbul terhalang. Kita tengok dululah apabila kita menang kali ini. Apa akan berlaku, respons daripada Pusat bagaimana, kita tengok.

Ada tak calon wanita di Terengganu?
Tuan Guru: Kita usaha nak tonjolkan calon wanita kerana calon kita ini mesti daripada akar umbi, daripada cawangan-cawangan dan daripada atas. Kalau daripada atas sahaja, respons cawangan tiada, tidak boleh. Kadang-kadang kita ada tokoh, tapi tokoh tu tempat dia orang tidak kenal kena, bawa tempat lain. Calon lelaki pun begitu. kita nak orang ini, contohnya, Mat Sabu Timbalan Presiden Pas, Muhamad Sabu pada 2008, tetapi boleh kalah, walaupun dia seorang tokoh yang besar. Dulu pernah di sini tahun 1950 - 1960 Parlimen Dungun, wanita, Khadijah Sidek. Di sini, pernah orang Johor, bukan Terengganu. Menang di sini, jadi calon wanita. Ini bukan kali pertama. Dan, kita ada calon wanita, kita kemukakan dan saya sebagai ahli Majlis Syura Ulama, semua nama calon dihantar ke Pusat dan ada dua tiga orang wanita di Terengganu.

(Penceramah bebas) Ustaz Azhar Idrus?
Tuan Guru: Tidak termasuk.

Nampaknya Pas pun laksanakan calon boleh menang?
Tuan Guru: Calon yang boleh menang yang cukup syarat. Dia mengikut kehendak parti kita, ikut syarat dan boleh menang. Kalau boleh menang sahaja, tapi tidak cukup syarat parti kita, kita tidak beri jadi calon.

-Sinar Harian

Jasindaily Online

Posted: 05 Feb 2012 09:04 AM PST

Jasindaily Online


JELAJAH ORANG MUDA UBAH MELAKA ( JOM UBAH MELAKA)

Posted: 05 Feb 2012 04:37 AM PST

PRU 13 BULAN MAC ? BERSEDIAKAH KITA ?

Posted: 05 Feb 2012 04:13 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 05 Feb 2012 09:04 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Program PR di Rantau, N.Sembilan kena serang

Posted: 05 Feb 2012 07:19 AM PST

Di bawah ini laporan dari Facebook Chegubard :

Poster banner prog Maulidur Rasul brsama YB Salahudin Ayub di Pekan Kuala Sawah Rantau malam ini semua dikoyak dan dicuri ..

ptg tadi ketika persiapan pemuda Umno kepung tapak program ugut pembekal khemah dan p.a system buka brg masing - masing atau dimusnahkan...

ugut pemilik premis akan dipukul dan kedai akan dihancurkan jika teruskan ceramah...

polis dtg tak buat apa cuma tengok...

Sumber : http://www.facebook.com/hjtaufek?ref=tn_tnmn#!/chegubard/posts/372114879480704

Bagaimana seorang dapat lebih dari 1 Baucer RM500?

Posted: 04 Feb 2012 04:31 PM PST


Sekarang ini sedang sibuk dengan program agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 atau BR1M yang dalam bentuk baucer yang boleh ditunaikan. Namun dalam satu tulisan blog ada kemungkinan seorang yang sama boleh mendapat 2 atau mungkin lebih baucer RM500 ini kerana terdapat kelemahan dari segi agihan yang dilakukan secara manual. Pihak berkaitan haruslah menyiasat akan kemungkinan dakwaan ini agar tidak menzalimi yang benar-benar sepatutnya dan mengharapkan bantuan tersebut.


Di bawah artikel dari blog tersebut :

Saya terbaca ada kes di Kuala Lumpur di mana dua orang telah menerima dua baucar tiap seorang dan menunaikannya. Saya perhatikan jika saya hendak berbuat demikian boleh juga, tetapi risikonya akan ditanggung kemudian.

Oleh kerana terdapat lapan kaunter pendaftaran saya boleh mendaftar sehingga lapan kali jika saya mahu dan mendapat lapan stiker oleh kerana setiap kaunter mempunyai senarai nama yang sama. Kemudian saya boleh keluar masuk dewan sebanyak lapan kali semasa Menteri Besar menyerahkan baucar. Saya akan meletakkan lapan stiker yang berlainan dan mendapat lapan baucar.

Tetapi saya hanya boleh menunaikan dua baucar kerana terdapat dua kaunter pendaftaran bayaran dan dua bilik kaunter bayaran. Saya perhatikan tidak ada komputer digunakan dan tidak ada cara untuk mengesan jika sesiapa mendaftar dan menunaikan baucar lebih dari sekali.

Artikel sepenuhnya di http://www.maarofkassim.com/2012/02/menerima-br1m.h

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 05 Feb 2012 07:39 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


SYRIA DIGANTUNG PEMANTAUAN - LIGA ARAB

Posted: 04 Feb 2012 08:30 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 05 Feb 2012 03:34 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Anda bebas keluar masuk Kota Raja

Posted: 04 Feb 2012 07:24 PM PST

I am not allowed to enter the village, that's not fair! I am also a Malaysian,
even Indonesians and illegal immigrants are allowed, why am i not??? ... Kota Raja

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 05 Feb 2012 03:21 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW

Posted: 04 Feb 2012 08:21 AM PST


Pemuda PAS Kota Raja mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW kepada semua Muslimin dan Muslimat. Semoga Rasulullah SAW menjadi ikutan dalam kehidupan kita seharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan