CINA ISLAM (林川興) Posted: 18 Jan 2012 01:13 AM PST Mesra rakyat: PAS Perak perkenal “Perak Kite”, usaha dekati rakyat Posted: 18 Jan 2012 01:00 AM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - SIDANG MEDIA...Pengarah Program, Haji Mohd Misbahul Munir Masduki bersama Ketua Penerangan PAS Perak, Ahmad Nuri Amin dan juga Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak, Safarizal Saleh dalam sidang media penerangan berkaitan pelancaran slogan kempen "Perak Kite". IPOH, 18 Jan: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak dalam merangka gerak kerja Pilihan Raya Umum ke 13 telah memperkenalkan satu pendekatan mesra rakyat di dalam kempennya kelak. Dalam penjenamaan kempen PAS Perak tersebut, slogan Perakite; Rakyat Sepakat Perak Berkat bakal dilancarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu pada 20 Januari 2012 ini nanti. Pelancaran tersebut bakal diadakan di Mosalla Al-Ehsan Paya Purnama, Paya Renggam, Padang Rengas yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Haji Abu Bakar Hussien. Pembaharuan kempen ini diperkenalkan bagi meneruskan suasana bahang Pilihan Raya Umum ke - 13 nanti dan pelbagai program bersama rakyat akan disusun disemua kawasan Dewan Undangan Negeri yang ditandingi oleh PAS. Program mesra rakyat dan kebajikan ini antara pengisian program yang telah dirancang sehingga tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 nanti bahkan tema yang dilancarkan turut di bawa oleh semua jentera parti. Oleh: Safarizal Saleh [by email @ WarkahDaily] | Mana ada pemimpin seperti Nik Aziz sekarang Posted: 18 Jan 2012 12:55 AM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 18 Jan: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diakui sebagai pemimpin terbaik di seluruh dunia masa kini, dengan penilaian terhadap sikap dan prestasinya yang memuaskan dalam pelbagai sudut. Lebih membanggakan apabila sikap dan prestasi yang memuaskan itu berjaya dipertahankan oleh Nik Aziz sejak mula menjadi Menteri Besar Kelantan sehingga kini. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan sikap dan prestasinya yang membangggakan itu menjadikan orang yang seperti Nik Aziz amat sukar ditemui di dunia ini. "Mana ada pemimpin seperti Nik Aziz di dunia ini sekarang? Dah 20 tahun lamanya menjadi Menteri Besar, tapi Tuan Guru Nik Aziz tetap tidak ada tanah, tak ada balak, tak ada wang yang banyak dan rumah mewah," katanya. Kalau orang lain, menurut beliau, setelah 20 tahun menjadi menteri besar atau memegang tampuk kuasa, pasti akan mengambil kesempatan untuk mengaut kekayaan diri dan keluarga seperti yang sering berlaku di seluruh dunia. Katanya, kemunculan Mursyidul Am PAS itu sebagai menteri besar yang bersih berpunca dari potensi dirinya sendiri selaku manusia yang kuat berpegang kepada agama, guru agama dan sejajar dengan penglibatannya dengan perjuangan bersama parti Islam atau PAS. "Tanpa pegangan kuat kepada agama, tidak akan lahir kekuatan iman, kemantapan rohani sehingga menjadikan Nik Aziz muncul sebagai pemimpin yang bersih dari rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pelbagai unsur negatif lain," tegasnya. Dalam masa yang sama, beliau turut berbangga kerana Menteri Besar Kelantan dari PAS itu bukan sekadar muncul sebagai pemimpin bersih dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa, tetapi juga dapat memimpin serta mentadbir kerajaan dengan cemerlang. "Walaupun ada orang kata ustaz atau guru agama tak boleh jadi pemimpin kerajaan, tetapi Nik Aziz telah membuktikan bahawa guru agama juga layak, malah lebih berkelayakan menjadi pemimpin," tegasnya yang juga Ketua Umum PKR. Ketika berucap pada acara Ucapan Penggulungan Pimpinan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Alor Setar, Kedah, Sabtu lalu, beliau turut menyebut perkara itu dan disambut tepukan gemuruh daripada lebih 2,000 perwakilan. Dengan kecemerlangan sikap dan prestasi yang ditunjukkan oleh Nik Aziz itu, tegasnya, ia sekali gus boleh mematikan dakwaan pihak-pihak tertentu yang sering mempertikaikan kemampuan golongan agama atau ulama menjadi pemimpin. "Kini setelah 20 tahun menjadi menteri besar, Nik Aziz ternyata lebih berkebolehan menjadi pemimpin berbanding pemimpin-pemimpin dari Umno BN sehingga menjadikan Kelantan jauh lebih baik setelah berada di bawah PAS atau Pakatan Rakyat berbanding di bawah BN," tegasnya. Beliau turut memuji sikap dan prestasi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. "Kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri yang berada di bawah Pakatan Rakyat ternyata mempunyai sikap yang baik, bebas dari rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya sehingga menjadikan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada yang berada di bawah BN," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. Beliau yakin prestasi baik yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri yang memegang tampuk pemerintahan di negeri-negeri yang berada di bawah pakatan itu akan dapat dipertahankan oleh kesemua mereka yang terbabit, selaras dengan perjuangan Pakatan Rakyat untuk membela rakyat, bukan untuk mengaut kepentingan peribadi. HARAKAHDAILY/- | Ketua kampung bakar pejabat kerajaan Posted: 18 Jan 2012 12:50 AM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - HONG KONG: Polis China menahan seorang ketua kampung di utara negara itu selepas dia membakar hangus pejabat kerajaan bagi membantah amalan rasuah, kata satu pertubuhan hak asasi manusia semalam. Akibat tindakan Gao Jinje itu, dua cedera parah. Bertugas di Kampung Beitai di wilayah Hebei, Gao mempertikaikan pihak berkuasa tempatan di bandar Chengde atas amalan rasuah dan salah guna kuasa pada Ahad. Pusat Hak Asasi Manusia dan Demokrasi berkata, selepas bertengkar, Gao mencurah cecair mudah terbakar ke kompleks kerajaan dan menyalakan api. "Kebakaran itu memusnahkan lebih 20 pejabat," katanya. Gao kini ditahan polis tetapi tidak diketahui berada di mana. - AFP | MB yakin Dr Yunus amanah, telus dan bertanggungjawab Posted: 18 Jan 2012 12:40 AM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - SHAH ALAM, 18 Jan: Kerajaan Negeri Selangor menjunjung kasih kepada Sultan Selangor kerana telah berkenan menyempurnakan Istiadat Pelantikan Dan Angkat Sumpah Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) yang baharu. "Kami percaya YB Dr Ahmad Yunus ADUN Sijangkang boleh menjalankan tugas dengan amanah, telus dan bertanggungjawab," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kenyataan yang dikeluarkan di sini. Katanya, latar belakang Ynus sebagai doktor perubatan telah banyak memberi khidmat kepada rakyat, boleh membantu beliau menjalankan tugas sebagai Ahli MMKN secara efisyen dan profesional. Tambahnya, pelantikan baharu itu turut melibatkan rombakan kecil dari segi portfolio di mana Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap Portfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan manakala Portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam kini dipegang oleh Menteri Besar sendiri. Jelasnya, rombakan yang berkuatkuasa hari ini dilakukan bagi memastikan kesinambungan kerja dan perkhidmatan kepada rakyat dapat berjalan dengan lancar, tambahan pula Dr Ahmad Yunus sebelum ini adalah Exco pembantu untuk portfolio Belia dan Sukan. Khalid juga mengumumkan bahawa Adun Meru, Dr Abd Rani Osman dilantik sebagai Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (Skimsel) manakala Adun Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (Padat), kedua-dua jawatan itu sebelumnya disandang oleh Datuk Dr Hasan Ali. "Dalam perkembangan berkaitan, saya ingin menyatakan bahawa saya ada menerima surat daripada YB Datuk Dr Hasan Ali yang berpendapat bahawa pelantikan ini mungkin terlalu awal (premature) kerana beliau masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura PAS. "Saya telah menjawab surat tersebut dengan menyatakan keputusan saya menggugurkan beliau adalah lanjutan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 8 Januari 2012 yang melucutkan beliau sebagai ahli PAS," jelasnya lagi. Beliau menjelaskan surat dari Jawatankuasa PAS bertarikh 10 Januari 2012 telah mengesahkan keputusan pemecatan beliau berkuatkuasa serta merta dan isu rayuan tidak dinyatakan dalam surat berkenaan. "Proses rayuan adalah amalan yang dipraktikkan oleh PAS sebagai sebuah parti politik dan saya percaya ianya tidak bermaksud memberi sebarang prasangka kepada kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri," ujarnya yang juga Adun Ijok. Justeru, Khalid berharap Dr Hasan menerima keputusan itu dengan berlapang dada dan mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas peranan yang beliau laksanakan ketika berkhidmat sebagai ahli MMKN. Tambahnya, kerajaan negeri amat menghargai segala nasihat dan pandangan yang diberikan Sultan Selangor dalam mengendalikan isu yang melibatkan pelantikan Ahli MMKN itu. "Saya berharap dengan sempurnanya pelantikan ini akan menguatkan lagi barisan pimpinan negeri Selangor dalam melaksanakan reformasi pentadbiran dan pengurusan negeri," ujarnya. HARAKAHDAILY/- | Bunuh zirafah untuk seronok Posted: 18 Jan 2012 12:30 AM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - KELUARGA ini membayar ratusan ribu ringgit untuk menembak mati zirafah ketika memburu secara sah. LONDON: Gambar menunjukkan satu keluarga bergembira ketika bergambar bersama zirafah yang mereka tembak mati semata-mata untuk berseronok. Pelancong seperti keluarga itu membayar ratusan ribu ringgit untuk memburu secara sah haiwan berkenaan. Ramai yang membawa pulang kepala haiwan itu untuk sebagai kenang-kenangan bercuti di Afrika. Pakar zirafah, Dr Julian Fennessey berkata: "Ada yang datang dari Britain, tetapi sebahagian besarnya dari Amerika Utara, Jerman, Russia dan Scandinavia. "Ada pemburu hanya berminat untuk bergambar bersebelahan dengan bangkai haiwan itu. "Tetapi yang lain, mengupah pengawet haiwan memenggal kepala binatang itu supaya mereka boleh membawanya pulang sebagai cenderamata. Ada yang mahukan kulitnya. Pemburu terbabit membayar sehingga �10,000 (RM50,000) untuk ekspedisi memburu zirafah. Kelab Safari dan Taman Negara mengenakan bayaran sebanyak �1,500 (RM7,500) untuk yuran trofi dan tambahan �1,000 (RM5,000) sehari untuk mengupah jurupandu. Populasi zirafah berkurangan sebanyak separuh sejak 1988, daripada 140,000 kepada kurang 80,000. Haiwan itu kini dipercayai semakin pupus di negara seperti Angola, Mali dan Nigeria. Tetapi di Afrika Selatan, Namibia dan Zimbabwe, memburu zirafah masih dibenarkan. - The Sun | Umno licik permainan catur Cina Posted: 18 Jan 2012 12:00 AM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - SABAN hari Presiden MCA, Chua Soi Lek ataupun anak lelakinya Chua Tee Yong (anggota Parlimhttp://mbsskl.edu.my/panitia_sivik/files/2009/12/xiangqi1.JPGen Labis) akan menhentam PAS dan cakap pasal hukum hudud. Mereka berdua saling silih berganti menyerang PAS. Hujah utama mereka ialah 2 poin berikut: 1. Jika hukum hudud dilaksanakan, Malaysia akan mundur; dan 2. Hukum hudud akan memberi kesan ke atas orang bukan-Islam. Poin yang ke-2 diulangi setiap hari untuk menanamkan benih ketakutan dalam hati kaum Cina. Tak henti-henti serangan daripada geng bapa dan anak ini - bertali arus dan bertubitubi pula. Dan Umno pula diam membisu dan buat macam pekak badak sahaja. Kedua-dua bapa dan anak ini selalu berkata bahawa Kedah dan Kelantan amat mundur sekali, dan baru-baru ini mereka menyerang pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa air di Kelantan amat kotor. Namun demikian, walaupun serangan demi serangan telah dilakukan oleh Chua dan Chua, adalah amat pelik mengapa orang Melayu yang beragama Islam mendiamkan diri sahaja walaupun Islam telah diperlekehkan oleh mereka berdua ini. Sebenarnya orang Melayu patut berasa marah bukan sahaja terhadap MCA bahkan juga terhadap Umno yang seolah-olah telah meluluskan permit kepada MCA untuk terus memburuk-burukkan agama Islam. Adalah amat jelas bahawa Umno telah 'outsource' kepada MCA tugas untuk meraih sokongan orang Cina. Disebabkan oleh kepentingan politik, Umno telah menggunakan MCA sebagai kuda tunggangan untuk mendapat undi Cina. Dalam peribahasa Cina, MCA telah menjadi 'running dogs' Umno, iaitu satu penghinaan yang teruk kepada MCA. 'Running dogs' membawa makna bahawa MCA telah menggadaikan maruah Cina dan telah menjadi pengkhianat kepada bangsa Cina. Ramai orang Cina mengelar MCA sebagai 'running dogs' ataupun 'sida'. MCA juga senantiasa cuba menjerat DAP dengan meminta pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng untuk menyatakan pendirian DAP terhadap hukum hudud tetapi pemimpin DAP tidak mempedulikan MCA. Ini adalah kerana DAP berpendirian adalah membazir masa hendak melayan MCA. Pemimpinpemimpin DAP berpendapat jika mereka melayan MCA, mereka pun boleh menjadi gila. Ini mengikut peribahasa Cina yang mengatakan 'layan orang gila akan turut sama jadi gila'. Bagi DAP, MCA hanya seperti anjing menyalak bulan sahaja. Kebetulan bulan juga adalah lambang PAS. Diharap orang Melayu akan membuka mata dan minda mereka untuk memahami permainan licik Umno ini. Dalam kebudayaan Cina, ini disebut permainan 'catur Cina' – licik dan berbahaya dengan tujuan untuk membunuh. Jika kaum Melayu tidak sedarkan diri, memang mereka dengan mudah akan jatuh ke dalam perangkap Umno yang telah berjaya memanipulasi minda Melayu. Keputusannya ialah Umno akan mengekalkan kuasa mereka di Putrajaya supaya mereka sendiri dapat menjadi kayaraya. Orang Melayu digesa supaya betulbetul memberi pengajaran kepada keduadua Umno dan MCA dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang ini. Orang DETIKDAILY/- | Tahun Baru Cina: Peniaga di Jalan Sultan muram Posted: 17 Jan 2012 11:45 PM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 18 Jan: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menggesa Jabatan Tanah dan Galian (JTG) menarik balik kata dua mereka kepada pemilik tanah di Jalan Sultan iaitu sama ada mencapai persetujuan dengan MRT Corps menjelang 30 Januari atau akan kehilangan tanah mereka bagi projek pembinaan laluan MRT. Ketua penerangannya, Herman Samsudeen berkata, penduduk dan peniaga di kawasan berkenaan bakal menyambut Tahun Baru Cina minggu hadapan namun dengan tekanan dari JTG itu membuatkan sambutan sedikit muram. "Sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan tiadanya penganiayaan kepada rakyat yang berhak untuk mempertahankan kediaman dan premis perniagaan mereka," katanya kepada Harakahdaily. Menurutnya, Jalan Sultan antara wilayah yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan sebarang pembangunan di atas tanah di kawasan berkenaan akan mengganggu keselesaan rakyat. Malah, katanya sebelum ini ada banyak cadangan supaya laluan MRT bawah tanah dijadikan alternatif tanpa perlu memindahkan penduduk atau mengambil tanah mereka. Justeru, beliau berkata pihak MRT Corps perlu berbincang semula dengan penduduk sehinggalah keputusan yang memberikan kebaikan kepada semua pihak dicapai. Tegasnya, penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 adalah satu kezaliman dan tidak berperikemanusian. Ini, ujar beliau hanya akan memberikan gambaran buruk kepada masa depan pembangunan Kuala Lumpur. "Sewajarnya laluan bawah tanah termasuk stesen bawah tanah menjadi alternatif bagi bandar besar seperti Kuala Lumpur yang sepatutnya mencontohi kota London yang mempunyai rangkaian jalan keretapi bawah tanah yang hebat tanpa menganggu bangunan-bangunan yang sedia ada," katanya lagi. Beliau mengharapkan pihak JTG tidak mengunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 dan tarikh 30 Januari sewajar tidak berbangkit. "Hapuskan sahaja kata dua itu, kembali ke meja rundingan dan fikirkan alternatif lain kerana kita tidak mahu yang berada di Kuala Lumpur nanti hanyalah laluan pengangutan awam semata-mata dan penduduk terus dipinggirkan," ujarnya. Justeru, katanya DPPWP menyokong usaha Jawatankuasa Bagi Pemuliharaan Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan bagi mempertahankan hak mereka dan bersedia memberikan khidmat nasihat dalam isu berkaitan pada bila-bila masa jika diperlukan. Harakah Daily | membantu atau menjahanamkan??? Posted: 17 Jan 2012 11:40 PM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - pada beberapa hari lepas, Najib melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) iaitu pada 12/1/2012 yg akan mula dibuka kpd orang ramai menyertainya bermula 30/1/2012.... maka, adakah skim ini sebenarnya berupaya membantu rakyat??? atau ianya lebih menjahanamkan rakyat??? aku bukanlah pakar ekonomi nk bicara secara ditil segala bentuk perjalanannya...tetapi apa yg aku nk bancuh apa yg aku paham saja..... pertamanya aku dah buat carian di laman web SPNB sendiri...tiada maklumat skim ini diberikan, aku juga cari di laman web Kementerian Kewangan....langsung tak disebutkan....adakah skim ini dilancarkan dalam keadaan tergesa2 atau hanya diputuskan di atas meja PM saja dan memaksa SPNB dan Kementerian Kewangan menjalankannya tanpa kajian yg lebih mendalam!!!! Skim ini walaupun tak salah aku ada disebutkan oleh PM sewaktu pembentangan bajet 2012 pada tahun lalu, sepatutnya disediakan bersama prospektus dan ditil2nya sepertimana skim pelaburan yg lain iaitu bagi memberikan maklumat segala bentuk perjalanan dan risiko yg bakal ditanggung oleh pelabur..... kemudiannya, ia bakal pula dijalankan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd iaitu salah satu anak syarikat Kementerian Kewangan....mengapa tidak ianya diserahkan terus kpd SPNB utk diuruskan spt skim2 amanah yg sedia ada spt ASN, ASB, ASW2020 dll....aku boleh ja sebut nama sbb aku tak melabur pun...aku melabur dgn cara lain.... paling pentingnya iaitu skim ini berbentuk pinjaman dan bukan dalam bentuk tunai diterima....disebabkan tak ada prospektus, aku tak tahu secara ditil lagi kaedah pinjamannya guna kaedah apa...kaedah Islam kah atau kaedah konvensional kah??? dan kalau ikutkan ayat berita Bernama, ditulisnya "...amounting to RM5000" kalau ikut paham aku, ini bermaksud maksima pinjaman RM5000 dan bayaran balik selama tempoh 5 tahun.... bayaran balik yg ada disebutkan iaitu sebanyak RM86 sebulan dan pulangan setiap bulan dijanjikan adalah sebanyak RM134 sebulan yg dinamakan sebagai insentif tambahan.....tapi ikutkan cakap Najib dalam berita tv3 suku serta laporan utusan, dikatakan para peserta akan dapat lebihan tunai RM50 setiap bulan setelah ditolak bayaran bulanan....aku agak hairan jugak lah sbb yg aku belajar matematik, kalau RM134 - RM86 = RM48....kok mana depa kira dapat jawapan RM50!!!! cuba kita pikiaq lagu ni lah....skim ni berbentuk pinjaman yg perlu kita bayaq tiap2 bulan sebanyak RM86...tak boleh bayaq sebulan, dah ganda....lagi tak banyaq...berganda lagi.....insentif yg dijanjikan tu pun kita kena paham...namanya saja pun dah tak boleh nk harap iaitu 'insentif' yg pada paham aku boleh diberi dan boleh ditangguhkan atau ditarik balik....kemudian pulak, kalau didarab RM86 x 5 tahun = RM5,160...itu kira kita dah bayar lebih dari apa yg dipinjamkan.... dah nampak mcm ada unsur RIBA...kemudian insentif yg dijanjikan pulak adalah bersifat tetap...ini juga sebenarnya mempunyai unsur riba (sila rujuk kpd pakar)...yg aku paham, ianya berunsurkan RIBA jika dalam satu perniagaan/urusan...kadar pulangan adalah ditetapkan pada satu kadar kerana tidak beri keadilan kpd kedua2 pihak atau hanya menguntungkan sebelah pihak.... kemudiannya pulak, mengapa ianya dijadikan dalam bentuk pinjaman yg perlukan kpd komitmen bayaran ansuran bulanan??? dan kemudian, kerajaan janjikan pulangan pada satu nilai, ditolak balik bayaran pinjaman dan hanya baki diserahkan....adakah dgn cara ini dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan rakyat dan seterusnya akan dapat membantu rakyat mengatasi kemelut kenaikan harga barang??? hahahahaaha.... bagi aku, sama sekali TIDAK membantu dan akan lebih membebankan.... dgn cara ini, peserta sebenarnya akan kehilangan 'kuasa beli'....pendapatan yg diperolehi terpaksa digunakan sebanyak RM86 utk membuat bayaran balik pinjaman....walaupun insentif disediakan, tetapi adakah ianya ditentukan atau dibayar secara bulanan??? kerana setakat yg aku paham, tiada dinyatakan demikian...mgkn ianya dibayar secara tahunan ataupun berkala.....lagipun, namanya saja pun 'insentif'..... dan kesimpulannya bagi aku, skim ini hanya umpama satu bentuk jualan BON oleh kerajaan kepada rakyat...cuma dinamakan sedemikian....kerajaan buat pinjaman dan salurkan risiko membayar kpd rakyat dalam bentuk skim yg disebutkan....jika benar ikhlas kerajaan nk bantu rakyat, tak perlu skim seperti ini kerana lebih membebankan..... jika ikhlas nk bantu rakyat, kerajaan perlu ada di pasaran dan mengawal pasaran melalui insentif-insentif yg lebih baik atau melalui pengurusan ekonomi yg lebih cekap, sistem pencukaian yg mesra rakyat...pendek kata yg panjang tak kata, masih banyak kaedah lain dan bagi aku, rakyat tak perlukan skim bodoh ini...... dan boleh juga aku andaikan skim ini lebih menjahanamkan!!!!! bancuh.blogspot.com | Saya Tidak Akan Mengundi BN Posted: 17 Jan 2012 11:30 PM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - "Saya tidak akan mengundi BN (Barisan Nasional). Kalau kedai judi depan mata pihak berkuas a tidak nampak dan tidak ambil tindakan" Itu antara kenyataan peniaga di pekan SLIM VILLAGE, Perak. Barangkali ramai terfikir apakah hubungkait di antara Barisan Nasional, BN, dengan premis perjudian diceritakan di sini. Untuk rekod, sebelum ini, Perak diperintah oleh Pakatan Rakyat dan kemudian tampuk pemerintahan berpindah tangan kepada BN. Sebagai rakyat, orang ramai melihat, pemerintah berhak mendapatkan bantuan pelbagai pihak berkuasa untuk memberhentikan kegiatan perjudian masih beroperasi sehingga ke saat entri ini ditulis. "Premis itu dilengkapi kamera litar tertutup, CCTV. Hanya pelanggan tetap sahaja dibenarkan masuk. Kini pintu belakang ditutup. Kebanyakkan pelanggan golongan tua berbangsa Melayu. Masyarakat setempat sebenarnya berasa gusar jika anak remaja mereka terjebak dengan gejala judi. Setiap hari selepas jam 5 petang, premis beroperasi 24 jam itu akan penuh dikunjungi pelanggan," ujar source saya. Di kalangan pegawai dan anggota polis, terma 'source' bermaksud pemberi maklumat. Jam 1.39 tengahari tadi saya menghantar pesanan ringkas, SMS, kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjung Malim, MDTM, Mohamad Fariz Mohamad Hanip. 'Salam Tuan. Premis judi onlne telah beroperasi di SLIM VILLAGE sejak setahun lalu. Gambar dan laporan di http://mazidulakmal.com. Adakah MDTM tahu kegiatan itu? Terima kasih'. Berikut balasan SMS saya terima 14 minit kemudian. 'Semua premis terlibat kita dah submit ke Bukit Aman termasuk polis juga memantau, sebagai makluman' Saya kemudian mengajukan soalan seterusnya kepada beliau, juga menerusi SMS. 'MDTM tidak ada kuasa untuk menutup operasi, Tuan?' Berikut respon diterima pada jam 2.27 petang tadi. 'Itu perjudian di bawah kuasa polis. Kami (MDTM) jika premis berlesen dengan MDTM, operasi perlu bersepadu dengan polis'. Saya tidak berkhidmat dengan MDTM atau polis tetapi berikutan maklumat disalurkan, sebagai blogger saya terpanggil untuk melaksanakan tanggungjawab sosial dalam memerangi gejala merugikan masyarakat itu. Jika pemerintah dan pihak berkuasa mengikut saranan 1Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 'Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan', pastinya banyak telah membuka mata sekaligus bersama menangani kes ini dengan kadar segera. Ingat, kuasa memilih pemerintah terletak di tangan rakyat dan Pilihanraya Umum Ke 13 bakal menjelang tiba. Justeru, dengar keluhan rakyat dan laksanakan tanggungjawab dipikul. Nukilan Mazidul Akmal Sidik | 3 MP Pakatan jumpa Zahid Hamidi esok Posted: 17 Jan 2012 11:27 PM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 18 Jan: Tiga anggota Parlimen Pakatan Rakyat akan menemui Menteri Pertahahan, Datuk Sri Zahid Hamidi esok di pejabatnya. Ketiga-tiga mereka adalah Dr Dzulkefly Ahmad (AJK PAS Pusat - anggota Parlimen Hulu Selangor), Datuk Saifudin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR - anggota Parlimen Machang) dan Tony Pua (Setiausaha Publisiti DAP - anggota Parlimen Petaling Jaya Utara). Pertemuan itu akan diadakan jam 3 petang esok di Kementerian Pertahanan. Isu utama yang bakal dibincangkan adalah cadangan penubuhan Jawatankuasa Parlimen bagi pembelian kelengkapan pertahanan negara. Pertamuan ini dipercayai diadakan ekoran pelbagai isu mengenai pembelian peralatan pertahanan dibuat oleh kerajaan yang meragukan. Dari pembelian kapal selam sehinggalah yang terbaru penyerahan kontrak kepada Boustead Naval Shipyard berjumlah RM9 bilion sentiasa menjadi isu dan pendebatan. Boustead Naval Shipyard menerima projek itu untuk merekabentuk, membina, melengkapkan, memasang, meluluskan, intergarasi, ujian dan penyerahan enam buah Littoral Combatant Ships (Frigate Class). Jumlah kontrak yang asalnya RM6 bilion tahun lepas telah melonjak kepada RM9 apabila diumumkan tahun ini. "Menteri perlu memberikan penjelasan pembelian pelbagai peralatan ini kerana ia dibuat tanpa tender terbuka," kata Tony Pua, salah seorang anggota yang akan menyertai perjumpaan ini esok. Harakah Daily | Syria: Sidang OIC sebelum barat campur tangan Posted: 17 Jan 2012 11:25 PM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 18 Jan: PAS mahu Malaysia segera menuntut agar diadakan sidang kemuncak tergempar Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) bagi membincangkan krisis Syria yang kini telah mengorbankan ribuan rakyat awam negara itu. Pengerusi Lajanah Antarabangsa PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, Malaysia perlu bertindak segera memandangkan keganasan oleh pasukan tentera kerajaan Presiden Bashar Al-Assad terhadap rakyatnya makin berleluasa. "Hari ini rombongan 50 orang pemerhati Liga Arab dihantar ke Syiria untuk memastikan Presiden Bashar Al-Assad tamat. "Rumusannya, majoriti mereka tidak berpuas hati dengan keganasan yang terus berlaku dan menuntut ianya dihentikan segera," katanya kepada Harakahdaily dan Harakah hari ini. Awal bulan lalu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab telah mengadakan mesyuarat untuk menyelesaikan krisis ini. Namun OIC masih dilihat berdiam diri dari membincangkan penyelesaian terhadap keganasan yang menimpa umat Islam Syiria itu. Pergolakan yang bermula Mac 2011 lalu dianggar telah mengorbankan lebih 5000 nyawa rakyat negara itu. Paling kritikal, pertempuran di bandar Homs yang telah mengorbankan ratusan rakyat yang berlarutan sehingga sekarang. Kerajaan Syiria pimpinan Presiden Bashar Al-Assad sebelum ini telah berjanji untuk tidak bertindak ganas terhadap rakyatnya. Bagaimanapun episod pembunuhan demi pembunuhan berlaku menyaksikan kerajaan itu tidak pernah menepati janji mereka. Sementara itu, timbalannya Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, kebimbangan pada waktu ini adalah campurtangan kuasa barat yang bertujuan memecahbelahkan umat Islam Syiria. "Kita perlu bertindak segera supaya tidak ada campurtangan kuasa besar khususnya Amerika dan Israel untuk porak peranda keadaan demi kepentingan kuasa mereka di Timur Tengah. "Lebih menyakitkan, ianya boleh membawa kepada perbalahan antara mazhab," katanya. Sehubungan itu, PAS katanya menyeru semua negara-negara umat Islam untuk melihat isu Syiria sebagai isu umat Islam dan bukan isu politik semata-mata. Tahniah Ikhwan Dalam perkembangan lain, Dyed Azman juga turut mengucapkan tahniah kepada Ikhwan Mesir ekoran Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang mewakili mereka menang majoriti kerusi pada pilihan raya parlimen di negara itu. "PAS ucap syabas dan tahniah kepada Ikhwan Mesir. "Kita doakan Mesir akan bergerak dengan demokrasi tulen," katanya. Harakah Daily | PAS ragu penjelasan NFC kontrak RM250 juta Posted: 17 Jan 2012 11:22 PM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 18 Jan: PAS meragui penjelasan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) bahawa kontrak bagi pinjaman mudah RM250 juta yang diterima daripada kerajaan ditandatangani pada 2007. NFC turut mempertikai dakwaan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bahawa syarikat itu menerima sejumlah wang sebelum kontrak dimeterai. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, penjelasan itu menimbulkan persoalan kerana PAC dalam mesyuaratnya sebelum ini telah memanggil semua pihak untuk memberikan maklumat. "PAC telah memanggil semua pihak untuk memberi maklumat dalam sidang PAC jadi sepatutnya maklumat ini (NFC) ada dan dibentangkan. "Kenapa baru sekarang NFC sebut perkara ini dan kenapa kerajaaan dan Unit Perancang Ekonomi tidak maklumkan kepada PAC?" soal beliau ketika ditemui Harakahdaily hari ini. November lalu, Pengerusi PAC, Tan Sri Azmi Khalid berkata bahawa selepas menyoal siasat beberapa pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, pihaknya mendapati bahawa pinjaman dikeluarkan pada 2009 sedangkan kontrak itu dimeterai setahun kemudian iaitu pada tahun 2010. Kamarudin yang juga ahli jawatankuasa PAC turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat terus menulis surat kepada PAC agar jawatankuasa itu boleh terus berperanan menyiasat perbelanjaan yang diluluskan kerajaan. "Kita menyeru kepada pihak yang mempunyai maklumat terus tulis surat kepada PAC," kata Ahli Parlimen Tumpat itu. Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, laporan PAC tidak wajar dipertikai kerana jawatankuasa itu dilantik oleh Parlimen dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. "PAC tidak boleh dipertikaikan kerana ia telah dibentang di Parlimen dan telah diterima pakai termasuk menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya. Harakah Daily | Pulau Pinang ajak PM bincang p'raya tempatan Posted: 17 Jan 2012 11:20 PM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - PULAU PINANG, 18 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) telah menghantar surat kepada Perdana Menteri bagi meminta diadakan perbincangan tentang pilihan raya kerajaan tempatan. Surat itu telah dihantar beliau kepada Perdana Menteri pada 12 Mac dan salinannya diedarkan kepada media hari ini. Menurut Lim, kerajaan negeri Pulau Pinang telah membuat keputusan supaya pilihan raya kerajaan tempatan diadakan untuk memilih ahli-ahli majlis perbandaran di negeri itu. Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan kerajaan negeri boleh memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya selain dari pilihan raya umum. "Kami sedar YAB Datuk Seri mempunyai pandangan lain dan tidak bersetuju dengan pilihan raya kerajaan tempatan tetapi memang terbukti amalan demokrasi akar umbi telahpun membolehkan urustadbir yang lebih cekap, akauntable dan telus berbanding dengan sistem perlantikan," katanya dalam surat itu. Amalan antara bangsa pula, katanya, menunjukkan tren ini dengan 101 daripada 192 buah negara Bangsa-bangsa Bersatu mengamalkan sistem pilihan raya kerajaan temapatan. Menurut Guan Eng, pihaknya telah juga menulis surat kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 4 Mac 2010 lagi mengenai perkara tersebut dan sedang menunggu maklum balasnya. Sehubungan itu, katanya, pihak beliau sedia bertemu dengan Perdana Menteri bila-bila masa bagi membincangkan perkara tersebut. Harakah Daily | Debat Lynas: PAS minta Adnan jangan dolak dalik Posted: 17 Jan 2012 11:18 PM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - KUANTAN, 18 Jan: PAS Pahang meminta Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berhenti berdolak-dalik sebaliknya serius untuk berdebat dalam isu Lynas jika tidak mahu dicop pengecut. Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad berkata, Adnan tidak sepatutnya menganggap debat dengan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh sia-sia kerana isu tersebut terus menjadi kontroversi kepada umum. "Jika tidak mahu dicop pengecut tetapi terus berdolak-dalik itu tak guna, debat ini penting supaya rakyat dapat didedahkan dengan maklumat sebenar tentang isu yang menghantui mereka," katanya. Suhaimi berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Adnan yang tampil di muka depan sebuah akhbar hari ini mendakwa beliau bukanlah seorang pengecut untuk berdebat Fuziah dalam isu Lynas. Namun dalam masa yang sama awal-awal lagi beliau sudah menganggap debat tersebut adalah sia-sia kerana bakal dijadikan propaganda politik. "Saya bukan pengecut. Saya tak gentar sekiranya Fuziah mahu ajak saya berdebat tetapi jika dia mahu menjadikannya isu propaganda, maka perdebatan itu sia-sia. "Kita boleh berdebat dengan orang-orang bijak tetapi adakah kumpulan anti-Lynas ini bijak? Kita telah berikan mereka semua fakta daripada tetapi mereka masih tidak menerimanya," katanya sebagaimana disiar media. Sebelum ini Fuziah bersedia untuk menyertai debat yang dicadang akan dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Perhimpunan Hijau, yang membariskan Fuziah, Adnan dan Ketua MCA Bahagian Kuantan, Datuk Ti Lian Ker berkaitan isu Lynas. Fuziah mahu debat umum itu melibatkan semua pakar berkaitan supaya rakyat dapat mengetahui dan mendapatkan maklumat lebih tepat dan telus. Isu Lynas menjadi topik hangat penduduk daerah ini sejak Kerajaan BN Pahang bersetuju membenarkan kilang memproses nadir bumi dari Australia yang dikatakan sudah ditolak oleh negeri-negeri lain itu beroperasi di Gebeng. Suhaimi berkata, debat yang dicadangkan oleh NGO berkenaan adalah berikutan rakyat gagal untuk mendapat maklumat yang telus dan tepat mengenai Lynas. "Dulu dianjurkan taklimat 8 siri tentang Lynas. Tetapi setelah orang ramai hadir dan bertanya, program penerangan itu dihentikan oleh penganjur selepas hanya dua kali berjalan. "Kerajaan ada buat sesi penerangan tetapi secara terpilih dengan memanggil penyokong-penyokong Umno untuk diberi taklimat tertutup, bukannya secara terbuka kepada umum. "Malam program yang serupa anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bangunan RTM baru-baru ini juga pesertanya dipilih-pilih, bukan semua orang boleh masuk. "Jadi debat yang dicadangkan itu merupakan cara yang dicadangkan oleh NGO tersebut setelah rakyat dan penduduk Kuantan khususnya, dinafikan mendapat maklumat sebenar," katanya. Tambah Suhaimi, sebagai wakil rakyat Kuantan sudah tentu Fuziah mesti membela penduduk Kuantan yang dalam gementar berhadapan projek itu. Sementara itu, pihak anti-Lynas juga telah membariskan 8 orang pakar dalam pelbagai bidang termasuk Dr Jayabalan yang pernah terlibat sebagai saksi dalam isu radio aktif Bukit Merah dulu. Harakah Daily | Asingkan kaunter bayaran barangan ‘tidak halal’ Posted: 17 Jan 2012 11:16 PM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang berat aduan salah seorang pekerja di sebuah pasar raya seperti mana yang disiarkan di dalam ruangan Surat Pembaca, akhbar Utusan Malaysia, 18 Januari 2012. Berdasarkan kepada aduan itu, juruwang yang bekerja di pasar raya itu telah diarahkan oleh pihak pengurusannya supaya memegang daging babi tanpa berlapik. Perkara ini adalah sesuatu yang amat sensitif bagi setiap umat Islam. Kebanyakan pasar raya di negara ini mempunyai ruangan khas untuk meletakkan barangan jualan yang 'Tidak Halal' bagi memisahkannya dengan barangan lain tetapi mungkin tidak mempunyai kaunter bayaran yang memisahkan khusus untuk menerima bayaran bagi barangan 'Tidak Halal' seperti yang dinyatakan di dalam surat pengadu. Semua pihak pengurusan pasar raya di negara ini perlulah lebih sensitif kepada agama dan budaya rakyat di negara ini dan mereka perlu menghormati agama dan budaya pekerja mereka dengan mengambilkira setiap perkara yang sensitif serta mengelakkan daripada melakukan tindakan yang menyentuh sensitiviti agama dan budaya orang lain. Sehubungan itu, CAP mencadangkan kepada semua pihak pengurusan pasar raya di negara ini agar mengadakan lorong kaunter bayaran khusus untuk membuat bayaran barangan 'Tidak Halal' semoga perkara yang sensitif seperti ini dapat dielakkan. CAP turut menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak serta Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan (PBT) agar menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap pengurus dan pasar raya itu bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pekerja ini. Semua pihak perlu peka dan sensitif dalam menjaga keharmonian hubungan di antara semua bangsa dan agama memandangkan kita semua berada di dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Tindakan yang awal segera perlu diambil oleh pihak berkuasa yang berkenaan agar tidak timbul sebarang konflik yang lebih buruk pada masa hadapan. S. M. Mohamed Idris Presiden Harakah Daily | Derita pemuda jatuh tangga Posted: 17 Jan 2012 11:01 PM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - KUANTAN – Hanya selepas terjatuh dari tangga rumahnya sebulan yang lalu seorang pemuda kini terlantar setelah disahkan mengalami strok. Mohamed Nazri Mansur, 37 dari Kampung Gelugor di sini turut mengalami lumpuh sejurus selepas kejadian tersebut. Adiknya, Naliza Mansur, 34 kini bertanggungjawab menjaga abangnya itu yang belum berumah tangga. "Semua ini berlaku dengan sekelip mata, tiba-tiba abang jadi begini. Ketika kejadian abang hanya demam biasa sahaja, tetapi selepas jatuh dari tangga rumah, dia menjadi seperti ini, tidak mampu menguruskan diri dan memerlukan bantuan," katanya. Selain itu, sebagai adik, Naliza sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi abang kandungnya itu dan terpaksa menyerahkan tugas-tugas menguruskan kedai makan yang diusahakannya sejak dua tahun lalu kepada kakak iparnya. Mohamed Nazri, yang juga Pengerusi Persatuan Belia Kampung Gelugor merangkap Naib Ketua Pemuda Cawangan jatuh tangga pada 6 Disember lalu. Menurutnya, Nazri kemudiannya dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan doktor yang memeriksanya mengesahkan abangnya mengalami strok. "Bahagian sebelah kanan badannya juga tidak boleh digerakkan dan berfungsi dengan baik buat masa ini. "Bagaimanapun, saya dan keluarga sentiasa memberi galakkan dan semangat bagi membantu memulihkan semangatnya untuk terus berjuang dan kembali pulih seperti biasa walaupun doktor tidak meletakkan harapan tinggi abang untuk sembuh seratus peratus," katanya. Seterusnya, dia dan keluarganya tidak akan berputus asa dan turut mencuba kaedah tradisional demi hasratnya untuk melihat abangnya kembali pulih sekali gus mampu bekerja kembali seperti biasa dan mengharapkan jika ada sesiapa mampu membantu merawat penyakit Mohamed Nazri. Agency | Harap mimpi jadi nyata Posted: 17 Jan 2012 10:57 PM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - MARANG – "Malam tadi saya bermimpi lagi dapat berjalan semula. Setiap kali perkara itu berlaku saya akan bangun perlahan-lahan dan duduk untuk mengingati semula mimpi yang diharap dapat jadi kenyataan itu," kata Md Rahim Jatim, 57. Md Rahim ketika ditemui semalam, berkata, dia mengalami lagi mimpi dapat berjalan semula selepas kunjungan Sinar Harian di rumah keluarga itu kelmarin. Malah hasrat dan kisah hidupnya itu turut dikongsi bersama pembaca akhbar ini. Kisah Md Rahim yang tinggal di Kampung Jerung Seberang, Pengkalan Berangan itu juga disiarkan Sinar Harian kelmarin. Bapa tiga anak itu menderita menghidap penyakit kulit misteri dan kini terpaksa berkerusi roda selepas kaki kirinya ditimpa sebatang pokok lima tahun lalu. Menurutnya, sepanjang lima tahun itu dia hanya mampu duduk kerana tidak mampu untuk berbuat apa-apa akibat kecederaan pada kaki kirinya tambah pula benjolan kecil dan besar yang tumbuh di seluruh badannya turut membataskan pergerakannya. Menurutnya yang dipetik Sinar Harian kelmarin, penyakit kulit misteri itu dihidapi sejak berumur 25 tahun iaitu sebelum dia berumah tangga dan sejak itu sudah berpuluh doktor dan bomoh ditemui, namun sehingga kini ia gagal disembuhkan. "Saya habis berikhtiar tetapi penyakit misteri ini tidak mahu juga sembuh. Namun, saya redha dengan keadaan diri saya, mungkin ia tidak dapat untuk dipulihkan. Tetapi saya berharap ada pihak yang sudi membantu untuk mengubati kaki saya yang cedera ditimpa pokok. "Saya tidak mampu bekerja selepas kejadian pokok tumbang menimpa kaki ketika bekerja membersihkan kawasan hutan kira-kira lima tahun lalu. Lebih menyedihkan apabila sejak belakangan ini saya sering bermimpi kaki ini pulih dan saya dapat berjalan semula," katanya. Sebelum ini Md Rahim hanyalah seorang pekerja kampung dan mempunyai tiga anak berusia enam hingga 19 tahun. Namun selepas mengalami kecederaan akibat ditimpa pokok getah urusan harian keluarga itu dipikul isteri dan anak sulungnya. Md Rahim berkata, dia pasti semua terkejut dan simpati apabila melihat wajah dan keadaan badannya yang dipenuhi dengan benjolan kecil dan besar, justeru dia berharap ada yang sudi membantu untuk mengubati kaki kirinya. Sementara itu, anaknya, Mohd Amirul, 19, ketika dihubungi Sinar Harian semalam, pula berkata, bapanya selalu bermimpi mengenai perkara itu dan bagi keluarganya ia sudah menjadi perkara biasa tetapi mimpi itu dikatakan lebih kerap sejak belakangan ini. "Saya sekeluarga amat berterima kasih kepada yang ingin membantu dan saya memohon maaf kerana telah memberikan maklumat salah mengenai nombor telefon sebelum ini," katanya ketika dimaklumkan semalam, bahawa ada pihak yang akan melawat keluarga itu hari ini. Semalam Skuad Cakna Sinar Harian dihubungi pihak yang sudi membantu Md Rahim bertalu-talu apabila nombor telefon yang disiarkan dalam akhbar kelmarin terdapat kesilapan. Bagi mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Mohd Amirul menerusi talian 0111-9302549 dan bukannya seperti yang disiarkan Sinar Harian kelmarin. Sinar Harian | Besi menara telefon lesap Posted: 17 Jan 2012 10:51 PM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - GUA MUSANG - Sebuah menara telefon mudah alih di puncak sebuah bukit di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Lebir, dekat sini, menjadi sasaran pencuri apabila beberapa batang besi hilang dan dua generator elektrik direlainya. Kejadian itu dikesan kira-kira jam 3 petang, Rabu lalu, apabila peneroka mengesyaki sesuatu berlaku di menara berkenaan kerana kerap mengalami masalah ketika membuat panggilan telefon mudah alih ke luar rancangan tanah terbabit. Berikutan itu, mereka pergi ke puncak bukit itu dan mendapati pagar di bahagian belakang menara terbabit digunting supaya mudah ceroboh masuk untuk mencuri pelbagai keperluan dalam menara berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Lebir, Ab Aziz Ab Rahman berkata, bukan sahaja beberapa batang besi menara itu dicuri, tetapi juga dua generator elektrik dirungkai untuk mengambil pelbagai peralatan untuk dijual. Beliau berkata, menara itu baru digunakan penduduk setahun lalu, namun terdedah dengan kejadian mencuri besi dan generator menyebabkan keadaan menara berkenaan tidak lagi selamat. "Kita bimbang bukan sahaja menara itu memberi gangguan penggunaan telefon mudah alih kerana generator elektrik turut dicuri, juga bimbang menara itu tumbang sekali gus membahayakan penduduk," katanya. Katanya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada syarikat yang mengendalikan peralatan menara terbabit dan siasatan pihak berkenaan sedang dijalankan sebelum tindakan lanjut dilakukan. Kita percaya kegiatan mencuri besi dan generator elektrik di kawasan menara berkenaan dilakukan mereka tidak bertanggungjawab pada waktu malam hingga awal pagi," katanya. Penduduk, Rosmin Ab Rahman, 46, berkata, mereka tidak sepatutnya melakukan kegiatan seperti itu kerana menara telefon itu adalah bagi kemudahan semua penduduk di RKT Kesedar Lebir. Menurutnya, jika menara itu rosak atau tumbang bukan sahaja boleh membahayakan penduduk sekitar, juga menyukarkan penduduk untuk membuat panggilan menggunakan telefon bimbit. "Saya kecewa dengan sikap individu berkenaan yang sanggup mencuri besi dan generator elektrik di kawasan menara telefon mudah alih tanpa memikirkan kepentingan penduduk terutama jika berlaku kecemasan. Sinar Harian | Hilang selepas bertengkar Posted: 17 Jan 2012 10:47 PM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - KULIM - Seorang remaja yang bekerja di kedai menjual barangan perubatan herba dilaporkan hilang selepas berlaku pertengkaran melibatkan keluarganya. Sebelum dilaporkan hilang, Siti Nazirah Ismail, 18, memaklumkan kepada keluarganya dia akan menghadiri majlis pembukaan kedai baru syarikat di mana dia bekerja di Pekan Serdang sebelum kejadian. Abang mangsa berkata, setelah sehari tidak menghubungi mana-mana ahli keluarga, dia mengambil keputusan untuk menghubungi syarikat di mana adiknya bekerja. Menurutnya, syarikat terlibat memaklumkan majlis sepertimana dikatakan oleh mangsa tidak pernah dianjurkan. "Kami sekeluarga kemudiannya memeriksa almari pakaian dan mendapati sebahagian pakaian dan barangan peribadinya sudah tiada. "Sebagai ahli keluarga, pastinya kami mahukan yang terbaik untuk adik perempuan kami. Dipercayai adik saya mengikut seorang kawan lelakinya kerana pertengkaran yang berlaku sebelum ini juga melibatkan perkara ini," katanya. Katanya, adiknya sudah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya sejak dua tahun lalu walaupun tanpa persetujuan keluarga. "Saya tidak kisah sekiranya adik saya mahu mendirikan rumah tangga dengan sesiapapun tetapi pastikan pasangannya itu adalah yang terbaik untuknya," katanya. Keluarga mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Selama kira-kira jam 10.50 malam. Waris mangsa juga turut meminta bantuan beberapa pihak di sekitar kawasan Kulim untuk membantu mengesan mangsa. Bagi sesiapa yang terjumpa atau mengenali mangsa boleh menghubungi di talian 0194190248 atau 0195432085. Sinar Harian | Dadah RM700,000 dirampas Posted: 17 Jan 2012 10:45 PM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - OHOR BAHRU – Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah selepas menahan seorang lelaki di Jalan Dato' Abdullah Tahir, di sini, dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai keseluruhan RM700,000, Ahad lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, lelaki berumur 39 tahun yang menaiki sebuah kereta ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan. "Pemeriksaan terhadap kereta itu menemui 5,200 biji pil khayal yang dipercayai Eramin 5. Serbuan dan pemeriksaan susulan kemudian dilakukan ke atas dua unit kediaman di Bangunan DNP, di jalan yang sama dan polis menemui 12,000 pil yang disyaki Eramin 5; 33 biji pil WY; 10 biji pil ekstasi serta 8.3 gram syabu. "Ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis syabu dan mempunyai dua rekod lampu iaitu di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dia ditahan reman tujuh hari," katanya kepada media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam. Menurutnya, semua dadah yang dirampas adalah bekalan untuk lebih 17,245 penagih di pusat hiburan negeri ini dan Melaka menjelang Tahun Baru Cina, minggu depan. Sinar Harian | Geng curi Proton tumpas Posted: 17 Jan 2012 10:42 PM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - BATU PAHAT – Kumpulan Geng Botak atau Geng Curi Proton yang didalangi empat individu diberkas polis di beberapa lokasi sekitar negeri ini, minggu lalu. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kumpulan terbabit aktif mencuri kenderaan di beberapa daerah dengan menggunakan modus operandi yang menyasarkan kereta jenis Proton. Menurutnya, dalam serbuan tengah malam Selasa lalu, polis menahan suspek utama yang juga ketua kumpulan berkenaan di rumahnya dekat Kluang. Turut ditemui bersama suspek adalah 100 acuan besi bagi memproses nombor plat atau pendaftaran kereta palsu di dalam sebuah kereta di lokasi berkenaan. "Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kereta Proton Waja yang menyimpan 100 acuan besi berkenaan, polis mendapati kereta terbabit adalah kereta curi dengan nombor pendaftarannya sudah dipalsukan. "Hasil siasatan, kita dapat mengesan dan menahan dua lagi ahli geng curi kereta berkenaan di Kulaijaya pada jam 4 pagi hari yang sama dan turut merampas sebuah kereta Proton Wira curi dengan nombor pendaftaran palsu," katanya di sidang media, di Ibu Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, semalam. Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mat Razali Awang. Menurutnya, penangkapan ketiga-tiga suspek membawa kepada penahanan suspek keempat di Simpang Renggam pada jam 9 pagi juga pada hari sama. "Kita juga turut merampas dua kereta termasuk sebuah Proton Waja dan Proton Wira dipercayai kenderaan curi dengan nombor pendaftaran palsu," katanya. Mohd Razali berkata, dengan tertangkapnya empat suspek itu, pihaknya berjaya melumpuhkan sindiket curi kereta yang aktif di sekitar negeri ini. Sinar Harian | Pemuda Pas desak buat siasatan Posted: 17 Jan 2012 10:40 PM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR – Pemuda Pas Wilayah Persekutuan mendesak polis menyiasat dakwaan salah guna wang zakat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali berhubung tuntutan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad berkata, laporan yang dikemukakan oleh PKR berhubung salah guna wang zakat ini merupakan satu bukti yang jelas berlaku penyelewengan. "Menggunakan wang zakat berjumlah RM63,650 untuk membiayai kos guaman mereka bagi menghadapi kes permohonan qazaf Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) adalah suatu perbuatan tidak wajar. "Wang zakat ini milik asnaf. Di Kuala Lumpur sahaja masih ramai asnaf yang memerlukan pembiayaan dan sewajibnya diagihkan. Itu yang sepatutnya dilakukan dan bukannya menggunakan wang itu sebagai kos guaman," katanya pada sidang media di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam. Beliau sebelum itu ditemani timbalannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, membuat laporan polis terhadap dua individu tersebut, kira-kira jam 11 pagi. Jamil Khir sebelum ini menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan wang itu merupakan dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman. Menurutnya, penggunaan wang itu tidak salah kerana ia merupakan sumbangan tetap Kerajaan Persekutuan kepada MAIWP dan pendapatan dalam pelbagai sumber, bukannya hasil kutipan zakat. Dalam pada itu, Kamaruzaman berkata, Dewan Pemuda Pas Pusat akan menyerahkan memorandum kepada MAIWP, esok, bagi membantah tindakan menggunakan wang zakat tersebut. Sinar Harian | Homoseks: Anwar hantar notis saman Utusan RM50 juta Posted: 17 Jan 2012 08:40 PM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 18 Jan: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis saman menuntut bayaran RM50 juta daripada akhbar Umno Utusan Malaysia ekoran laporan semalam yang mendakwa ketua pembangkang itu menghalalkan homoseksual. Ianya merujuk kepada laporan muka depan akhbar itu yang bertajuk "Tolak Anwar — Hasan" yang memetik kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini. Antara lain laporan berbunyi, "Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut." "Oleh itu beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam Negara." Selain laporan itu, Anwar juga merujuk kepada laporan akhbar Umno itu yang bertajuk "Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak" yang memetik kenyataan Hasan sebagai berkata, "Inilah salah satu sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar lbrahim. Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti menolak perjuangan Anwar lbrahim. Kalau kegiatan gay, lesbian, homoseksual dan transgender, itu hendak dihalalkan di Malaysia, saya rasa masyarakat akan bergolak dan berpecah. Saya nampak kekacauan akan berlaku. Ini pandangan saya. Sebenarnya, pandangan Anwar lbrahim bukan hanya di Mumbai melalui BBC itu sahaja." Utusan melalui edisi Mingguan Malaysia sebelum ini juga dengan tajuk "Anwar ulas isu gay" mendakwa, Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk. Sedangkan menurut banyak pihak, dalam temubual itu Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan "Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak." Ekoran laporan yang disifatkan berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik itu, Anwar semalam menghantar notis tuntutan kepada pengurusan Utusan Malaysia. Anwar yang diwakili syarikat guaman Edwin Lim, Suren & Soh menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. Dalam tuntutannya, Anwar menuntut akhbar Umno itu menarik balik segala laporan palsu dan menyiarkan permohonan maaf terhadap dirinya di muka hadapan akhbar itu. Anwar juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam bermula semalam kepada Utusan untuk berbuat demikian. harakahdaily/- | Pak Samad: Bukti tokoh rakyat pelopori p’raya bersih Posted: 17 Jan 2012 08:30 PM PST 24 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 18 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan pelantikan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said sebagai Pengerusi Bersama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 seperti yang diumumkan semalam. Bagi DPPM, pelantikan A Samad yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad tepat pada masanya memandangkan beliau merupakan seorang tokoh yang selalu ke depan bagi memperjuangkan isu-isu rakyat. Malah, kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor, Pak Samad adalah antara tokoh negarawan yang berani dan bersuara lantang dalam memperjuangkan keadilan tanpa mempeduli tekanan dan ugutan yang dihadapi olehnya. "Lebih membanggakan, Pak Samad tanpa gentar memimpin barisan hadapan dalam himpunan Bersih 2.0 pada bulan Julai 2011 yang lalu," katanya kepada Harakahdaily. Sebagai ikon masyarakat, tambahnya pelantikan Pak Samad sudah tentu akan membuka mata masyarakat bahawa perjuangan membersihkan sistem pilihanraya di negara ini bukan suatu perjuangan kecil dan sia-sia. Sebaliknya, kata beliau perjuangan Bersih 2.0 adalah suatu perjuangan yang besar dan memerlukan pengorbanan yang tinggi. Menurutnya lagi, betapa seorang sasterawan negara yang telah dimamah usia seperti Pak Samad masih mampu melihat dengan jelas segala kepincangan dalam sistem demokrasi di negara ini. "Beliau di antara jutaan rakyat di negara ini yang bencikan kebobrokan dan penyelewengan yang berlaku oleh pemerintah. "Sudah berpuluh tahun negara ini diperintah dengan secara tidak adil oleh rejim yang angkuh. "Suara dan kebangkitan rakyat cuba dilenyapkan dengan pelbagai peraturan dan akta yang direka bagi menakut-nakutkan rakyat," katanya lagi. Katanya, pelantikan Pak Samad sebagai Pengerusi Bersih 2 membuktikan bahawa perjuangan membersihkan pilihan raya di negara ini bukan hanya didukung oleh Pakatan Rakyat, malah turut sama dipelopori oleh gabungan badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta tokoh-tokoh masyarakat. DPPM juga, ujarnya mengalu-alukan lebih ramai penyertaan tokoh-tokoh dan pemimpin masyarakat bersama dengan perjuangan rakyat. Harakah Daily | Warna Merah Untuk Tingkat Rahmat Sempena Tahun Naga Posted: 17 Jan 2012 08:25 PM PST Ruang legar sebuah pusat beli belah dihiasi dengan Patung Naga menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang merupakan Tahun Naga ketika tinjauan fotoBERNAMA di salah sebuah pusat membeli-belah. TANGLUNG merah dalam pelbagai saiz dan bentuk semakin banyak digantung di rumah-rumah, gedung membeli-belah dan pejabat-pejabat di Lembah Klang. Dan ini tanda rakyat Malaysia sedang bersiap untuk meraikan satu lagiperayaan utama negara Tahun Baharu Cina atau Gong Xi Fa Chai. Tahun ini, ialah tahun Naga air, iaitu haiwan kelima daripada 12 haiwan dalam zodiak Cina, dan akan lahir pada 23 Januari. Naga samawi ini merupakan lambang tersohor dalam mengecapi kejayaan dan kebahagiaan dan masyarakat Cina percaya tahun baharu ini akan membawa rezeki yang melimpah ruah kepada mereka yang dilahirkan padatahun Naga. Individu yang dilahirkan pada tahun Naga dipercayai akan mempunyai ciri-ciri positif - keusahawanan, artistik, inovatif, berkuasa, bertuah, bersemangat, intuitif, dan sifat negatifnya ialah angkuh dancepat marah. Dan seperti dipercayai oleh masyarakat Cina turun-temurun, bukan sahaja tanglung merah yang menghiasi rumah-rumah mereka tetapi warna merah juga harus menjadi tema hidup, bermula dari malam sebelum Tahun Baharu Cina sehingga Chap Goh Mei, satu tempoh selama 15 hari, untuk menjamin tuah sepanjang tahun. Oleh itu bukanlah sesuatu yang luar biasa jika tanglung dan pelbagai lagi barang hiasan tradisional hanya boleh didapati dalam warna merah. Wanita ini memilih perhiasan tanglung untuk dihiasi di rumahnya sebagai persiapan menyambut perayaan Tahun Baru Cina semasa membeli belah di sebuah pasaraya. GUNAKAN MERAH UNTUK MERAIH SEBANYAK MUNGKIN RAHMAT NAGA Pada zaman awal, tanglung diperbuat daripada kertas merah nipis. Kemudian muncul tanglung yang diperbuat daripada kertas merah yang lebih tebal, dalam bentuk sfera atau memanjang serta menirus di hujung bawahnya. Hari ini, terdapat tanglung yang diperbuat daripada bahan kain dengan corak bunga atau menggunakan kain broked tetapi masih warna merah. Susan Lim, pemilik bersama sebuah kedai kraf di SS14, Subang Jaya berkongsi dengan Bernama baru-baru ini sedikit sebanyak maklumat mengenai tanglung. "Menggantung tanglung di anjung hadapan menjadi tradisi sejak zaman dahulu lagi. Saya telah menjualnya selama bertahun-tahun. Ramai melihat tanglung ini sebagai hiasan untuk rumah. "Tanglung baharu yang diperbuat daripada kain broked merah nampak lebih mewah dan cantik. Anda boleh membeli sepasang pada harga RM78. Yang biasa datang dalam pelbagai saiz; sederhana dan besar dan dijual pada harga lebih RM30 sepasang, khususnya yang lebih berkualiti. Lazimnya, menurut Lim, jualan aksesori Tahun Baharu Cina termasuk bunga Mei Hua (dahan pokok plum yang mekar) yang kebanyakannya warna merah dan merah muda, reben satin merah dan tanglung., akan meningkat mendadak dua minggu sebelum ketibaan Gong Xi Fa Cai. "Saya perlu menghias kedai lebih awal supaya dapat mempromosi elemen-elemen yang ada bagi menarik perhatian pelanggan saya. Dan para pelanggan boleh memilih barang hiasan mengikut kemampuan mereka,"jelas Lim. MERAH BAGI TUAH "Guna lebih banyak pakaian merah pada tahun naga. Bagi muda-mudi hari ini yang tidak berminat dengan warna merah, gunakan warna bertuah ini dalam bentuk pelengkap, seperti aksesori tali pinggang pada pakaianTahun Baharu," kata Eric Leong, perekabentuk dalaman selebriti danduta Dulux Colour baru-baru ini. Di zaman kanak-kanaknya, Leong pernah memakai pakaian dalaman berwarnamerah pada hari pertama tahun baharu.Dan begitu juga adik beradiknya. "Setiap tahun kami memakai pakaian dalaman berwarna merah supaya kamidikurniakan rezeki yang baik," tambah Leong. MEI HUA Sementara itu, bunga juga mempunyai lambang tersendiri semasa tahun baharu. Tahukah anda mengapa Mei Hua menjadi pilihan wanita setiap kali menyambut perayaan ini? Penulis juga berhasrat membeli sejambak Mei Hua untuk menghiasi bilik keluarga. Mei Hua dijual pada harga RM38 bagi sejambak kecil yang tingginya lebih sedikit daripada 1.5m. Bunga Plum buatan ini pula dijual dalam bentuk tangkai, dengan setiap tangkai merah, merah muda atau putih dijual pada harga RM4 sementara tangkai yang lebih besar dijual pada harga sekitar RM12. Leong bersetuju bahawa mengadakan elemen yang berkaitan dengan rezeki yang melimpah ruah perlu dipatuhi sejauh yang mungkin, termasuk bunga-bungaan ini. "Pastikan terdapat banyak bunga pada hari sebelum Tahun Baharu Cina, sebelum majlis makan malam keluarga. Apabila anda mempunyai rezeki yang banyak anda akan tunjukkan dengan lebih banyak, ia satu petanda baik. Harapan untuk menyaksikan lebih banyak tuah sepanjang tahunmeningkat lagi. Itulah kepercayaan moyang kami," kata Leong. Apa keistimewaan bunga ini? "Mei Hua merupakan bunga yang tahan lasak, ia sehinggakan boleh bertahan dalam cuaca yang begitu sejuk. Menyimpannya dalam rumahsebagai hiasan dikatakan dapat memberikan daya tahan yang sama bagi isirumah," jawab Lim apabila diminta penjelasan tentang keistimewaan bunga ini. POSTER TUAH Jualan tangkal azimat untuk digantung atau ditampal pada pintu dan dinding rumah atau pejabat turut mula meningkat di kedai-kedai dua minggu sebelum Tahun Baharu. Seorang penjual barangan ini di USJ11, Subang Jaya yang tidak mahu namanya disiarkan berkata poster gambar naga boleh didapati dalam dua saiz, sederhana dan besar. "Masing-masing dijual pada harga RM3 dan RM5. Menampalnya di permukaan luar pintu dikatakan akan membawa kesejahteraan kepada mereka yang tinggal di dalamnya. "Yang besar sesuai bagi pintu hadapan sementara yang sederhana boleh ditampal di dalam," jelas peniaga ini sementara menunjukkan dua paket tangkal dalam saiz berlainan kepada seorang pelanggan wanita. Terdapat juga pembeli tangkal-tangkal ini yang tidak percaya dengan amalan ini tetapi tetap membelinya untuk menghiburkan anak-anak muda mereka kerana ia menceriakan lagi mood sambutan. "Saya menampal tangkal-tangkal ini bagi tujuan hiasan sahaja. Ia membawa kegembiraan terutama apabila anda mempunyai anak-anak muda di rumah," kata Joanne Tan. Tangkal-tangkal azimat ini hampir kesemuanya datang dalam warna merahatau keemasan berlatarkan arca naga dan tulisan kaligrafi yang mengiringinya membawa maksud harapan besar bagi kemakmuran dan kesejahteraan. Menyambut kedatangan tuah bagi Tahun Baharu lazimnya bermula dua minggu sebelum kalendar baru bermula dan seperti biasa Yee Sang (gaul untuk kemakmuran); iaitu menggaul campuran ikan mentah dansayur-sayuran dalam pelbagai warna yang melambangkan kemewahan dan kesejahteraan; juga diadakan oleh syarikat-syarikat korporat bagi petugas dan rakan, bukan sahaja untuk menjalin hubungan yang lebihbaik, tetapi juga bagi menjamin produktiviti lebih besar untuk tahunnaga 2012. "Selain daripada majlis makan malam keluarga dengan Yee Sang, saya juga membeli barangan makanan kering untuk dihadiahkan kepada warga emas, supaya ia boleh digunakan oleh mereka pada majlis makan malam sebelum Tahun Baharu. Saya antara lain membeli cendawan, kekapis dantiram dan menghantarnya dalam kotak bersama peket merah (Ang Pow) di atasnya. "Warna merah adalah untuk rahmat dan kemakmuran yang lebih," jelas Madam Lim, dalam usia lewat 50-an semasa ditemui pada satu majlis jamuan Yee Sang baru-baru ini. Gong Xi Fa Cai kepada semua warga Malaysia yang meraikan Tahun Baharu Cina dan marilah kita sama-sama mengharapkan yang tahun naga air ini membawa kesejahteraaan dan keharmonian kepada semua! - BERNAMA | |
MTD-RANTAU ABANG Posted: 17 Jan 2012 11:41 PM PST Posted: 17 Jan 2012 07:59 AM PST | |
PAS KAWASAN KUBANG PASU Posted: 17 Jan 2012 11:15 PM PST Pakatan dijangka menang lebih besar di Kedah Posted: 17 Jan 2012 05:15 AM PST Oleh ZULKIFLI YAHAYASOALAN paling popular menjelang PRU-13 di Kedah ialah apakah PAS mampu pertahankan kerajaan? Jawapannya ialah, jika pilihan raya diadakan sekarang, kedudukan PAS di Kedah adalah lebih baik dari Kelantan. Jika Kelantan dapat dipertahankan maka Kedah juga begitu. Itu bukan jawapan yang tepat tapi mana ada jawapan yang tepat terhadap persoalan yang belum berlaku. Kedah berbeza dengan Selangor dan Pulau Pinang dari aspek kekuatan PAS berbanding Umno. PAS tidak kuat berbanding Umno di Pulau Pinang dan Selangor. Jika pilihan raya diadakan antara PAS dan Umno di kedua negeri tersebut maka Umno akan menang. Namun, kerana undi bukan Melayu memihak kepada Pakatan Rakyat, maka BN tidak dapat diselamatkan.
Kedah, Kelantan dan Terengganu mempunyai persamaan dari segi kekuatan asas PAS berbanding Umno. Jika terdapat perbezaan pun (sedikit kelebihan kepada Umno) tetapi ia tidaklah terlalu jurang. Kedah mempunyai kira-kira 24 peratus pengundi bukan Melayu, jadi jika pengundi bukan Melayu memberi sokongan padu kepada PAS maka PAS akan menang.
Sejak beberapa kali pilihan raya undi bukan Melayu, khususnya undi Cina adalah "undi blok." PRU12 mereka memilih PR (Pakatan Rakyat) dan sehingga kini trend itu belum berakhir, malah dilaporkan bertambah.
Kelantan tidak begitu, mereka mengharap sepenuhnya kekuatan undi Melayu. Sebab itu saya berteori, jika PAS boleh menang di Kelantan maka harapan di Kedah lebih cerah.
Walaupun ada kajian profesional yang dibuat terhadap pola sikap politik rakyat Kedah tetapi ia sukar dijadikan rujukan. Pertama, kerana trend terkini peratus golongan yang tidak membuat keputusan dari awal semakin bertambah.
Mereka kebanyakannya terdiri daripada golongan muda yang tidak taksub kepada mana-mana parti politik.
Kedua, perubahan sikap berlaku sangat pantas mutakhir ini. Ia macam pergerakan indeks bursa saham. Dalam masa sebulan, keputusan berbeza boleh diperolehi. Ketiga, kaji selidik rambang tidak akan menggambarkan realiti selepas pemilihan calon dibuat. Semua masih ingat PRU12 di mana BN hilang majoriti 2/3 di Parlimen dan tumbang di lima negeri.
Sewaktu Pak Lah sebagai PM memilih tarikh pembubaran Parlimen, beliau tentu meneliti pelbagai keputusan dan analisis dari kaji selidik yang dijalankan.
Semua kumpulan penyelidik tersebut tentulah profesional.
Mustahil Pak Lah akan membubarkan Parlimen jika kajian yang dibuat menunjukkan BN akan kalah teruk. Maknanya Pak Lah telah membubarkan Parlimen sewaktu pelbagai petunjuk yang sampai kepadanya menunjukkan bahawa BN akan menang besar ataupun setidaktidaknya menang 2/3. Apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Sebuah badan penyelidikan profesional mendedahkan bahawa perubahan sikap rakyat berlaku dengan ketara 3 hari menjelang hari pembuangan undi. (Peningkatan sokongan untuk PR).
Kaji selidik rambang yang dibuat menunjukkan PAS masih mendahului sokongan rakyat. Tetapi ia tidak akan menggambarkan realiti selepas pemilihan calon dibuat kerana sikap pengundi mungkin lebih memihak kepada parti yang didukung sewaktu kaji selidik dibuat. Misalnya orang PAS akan sokong PAS dan orang Umno akan sokong BN. Namun apabila calon dikemukakan, sikap mereka boleh berubah selepas itu.
Hal ini berlaku dengan ketara dalam Umno dan akan terus berlaku dalam PRU13 nanti.
Individu yang tidak terpilih bersama kumpulannya akan melakukan sabotaj terhadap calon yang dipilih. Mereka tidak berniat untuk mengkhianati parti sebenarnya. Apa yang dilakukan ialah mempastikan saingan mereka kalah dan peluang untuk mereka menjadi calon di masa depan masih ada. Jika sekali saingan mereka terpilih jadi YB, maka akan berakar umbilah dia di situ sampai bila-bila.
Kajian dibuat menunjukkan PAS berpotensi menang di Kuah, Air Hangat, Bukit Kayu Hitam, Jitra, Kota Siputeh, Ayer Hitam, Pedu, Kuala Nerang, Bukit Lada, Sungai Tiang, Belantek, Jeneri dan Bayu. PR akan menang di Bukit Pinang, Derga, Anak Bukit, Pengkalan Kundor, Kubang Rotan, Alor Mengkudu, Kota Darul Aman, Bakar Bata, Tokai, Sungai Limau, Guar Chempedak, Gurun, Tanjung Dawai, Bukit Selambau, Pantai Merdeka, Bakar Arang, Sidam, Kupang, Kuala Ketil, Lunas, Merbau Pulas, Kulim dan Bandar Baharu.
Pola sokongan menunjukkan PR selesa di kerusi yang terdapat pengundi campuran. Maka tidak pelik kalau Pengerusi Umno kedah, Dato' Ahmad Bashah pun dijangka kalah di Bakar Bata yang mempunyai 30 peratus pengundi bukan Melayu.
Bukit Lada dan Ayer Hitam, PRU12 pun adalah kerusi yang dijangka dimenangi BN. Tapi mereka tewas juga. Percayalah siapa pun yang menjadi calon BN di kedua-dua kerusi tersebut akan menghadapi cabaran dari rakan-rakan separti mereka sendiri. Sebenarnya bagi BN, terdapat dua lagi kerusi yang bakal mengalami nasib yang sama iaitu Kota Siputeh dan Kuala Nerang, yang dimasukkan dalam kelompok BN.
Untuk kali ini, insya-Allah Bukit Lada dan Ayer Hitam kekal di tangan PAS manakala Kuala Nerang dan Kota Siputeh akan dirampas.
Terdapat dua kerusi di mana BN menang dengan sokongan pengundi Siam iaitu Pedu dan Sungai Tiang pada PRU12.
Perkembangan mutakhir menunjukkan pengundi Siam sudah berpaling tadah dari BN. Undi mereka adalah undi kelompok, ia meletakkan BN terus mengalami kesukaran.
Kedua kerusi tersebut juga boleh dimasukkan dalam kelompok PR.
Jika berlaku seperti diandaikan maka PR akan menang besar PRU13 nanti. Itu andaian di atas kertas. Realiti mungkin tidak semudah itu.
Apapun, akhirnya saya sangat percaya bahawa keputusan yang bakal ditentukan oleh Allah SWT adalah keputusan yang muktamad. PAS kalah teruk pada 2004 sewaktu "menjentik kerongkong" dengan slogan PAS Tawan Kedah 2004.
Sebaliknya menang besar pada 2008 sewaktu berusaha untuk menang dengan banyak, sambil mengharap pertolongan Allah SWT.
Untuk PRU13, insya-Allah PAS-PR boleh menang lagi besar jika terus menyerah diri dan mengharap pertolongan Allah SWT sambil bekerja lebih gigih. Jangan angkuh, jangan dabik dada dengan kekuatan kita kononnya yang akan menangkan kita. Kalah atau menang biarlah dengan restu dan redho Allah SWT. Itu dasar akidah dan keimanan kita.
>> Penulis adalah Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah | |
Salam Perjuangan Posted: 17 Jan 2012 11:13 PM PST PAS NAFI DAKWAAN HASAN ALI Posted: 16 Jan 2012 11:51 PM PST 22 Safar 1433 H | 17 January 2012 SHAH ALAM, 17 JAN : Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali yang di pecat 8 Januari bebas untuk membuat sebarang kenyataan dan tindakan peribadi memandangkan beliau bukan lagi menjadi ahli PAS. Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Hasan tidak mempunyai halangan melancarkan siri ceramahnya ke seluruh negara bagi mendedahkan kononnya terdapat kumpulan 'parasit' dalam PAS.
"Kita berlapang dada untuk Hasan meneruskan ceramahnya, kerana beliau bukan lagi ahli PAS dan tidak ada kena-mengena dengan kepimpinan PAS. "Terpulang kepada orang ramai untuk percaya atau tidak dengan dakwaannya itu, kita tidak boleh halang kerana jelas beliau bukan lagi Ahli PAS," katanya.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim tidak menafikan hak Hasan Ali untuk membuat sebarang keputusan, dan pada masa sama perlembagaan PAS memperuntukkan ahli yang dipecat boleh merayu kepada Majlis Syura dalam tempoh 30 hari, namun terserah kepadanya untuk membuat keputusan.
Hingga ke saat ini Hasan di dakwa tidak mengemukakan sebarang rayuan berhubung pemecatan beliau. Tarikh rayuan tersebut berakhir 7 Februari depan.
Hasan pada sidang medianya semalam berkata, beliau akan mendedahkan kumpulan 'parasit' dalam PAS pada program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan. Hasan mendakwa, kumpulan itu memainkan peranan memesongkan PAS dari perjuangan Islam.
Ketika dihubungi TVSelangor, Tuan Ibrahim berkata, tidak pernah wujud kumpulan 'parasit' dalam kepimpinan PAS seperti yang didakwa bekas Exco Hal Ehwal Islam negeri Selangor itu. Kenyataan Hasan tersebut juga dianggap tidak munasabah kerana sebarang keputusan parti perlu menerusi perbincangan dalam mesyuarat tertinggi. "Kita ada majlis syura yang akan menentukan dasar parti dan perkara yang besar pula akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.
"Jadi dakwaan yang mengatakan wujud kumpulan perosak itu antara punca beliau dipecat langsung tidak boleh diterima, kerana keputusan besar dalam parti adalah keputusan bersama bukannya keputusan antara kumpulan,"katanya.
Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim berkata keghairahan media arus perdana mengambil kesempatan dengan mendampingi bekas ahli pembangkang sudah diramal.
Namun, bagi PAS, ia tidak menjejaskan perjalanan mereka untuk terus memberi fokus kepada pilihanraya yang bakal tiba tidak lama lagi.
"Fenomena biasa, kalau beliau (Hasan) kritik PAS, media arus perdana akan membuat liputan, tidak ubah seperti apa yang berlaku kepada Zulkifli Nordin dan beberapa pemimpin lain ,"jelasnya. - tvsnews.net
| |
n12selinsing Posted: 17 Jan 2012 10:50 PM PST PELAJAR SEKOLAH RENDAH MENDAPAT PERHATIAN Posted: 16 Jan 2012 11:47 PM PST
16 Januari 2012 ;Sekali lagi YB Husin Din berkesempatan meluangkan masa bersama anak-anak sekolah yang datangnya dari keluarga yang kurang berkemampuan membeli pakaian dan keperluan sekolah bagi meneruskan sesi persekolahan 2012 yang baru bermula kira-kira 2 minggu yang lalu.
Seramai 8 orang pelajar sekolah rendah di DUN Selinsing yang telah dipilih telah dibawa bersama wakil Muslimat PAS DUN Selinsing ke sebuah kedai menjual kelengkapan persekolahan di Bazar Melayu Taiping bagi memilih sendiri pakaian dan keperluan sekolah mereka dan merasai keceriaan memilih pakaian seperti murid-murid lain yang datangnya dari keluarga yang berkemampuan.
Ketibaan rombongan YB bersama "anak-anak" dan petugas muslimat disambut ceria oleh pekerja-pekerja kedai pakaian tersebut sambil bersama-sama meraikan "anak-anak" yang memilih pakaian.Bagi pihak YB dan seluruh jawatankuasa PAS MTD Selinsing kami merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pemilik kedai pakaian " Ridzuan Uniform Taiping" diatas kesudian melayan kerenah "anak-anak" dan menaja pakaian dan kelengkapan yang dipilih oleh murid-murid tersebut.
Hampir 2 jam masa diperuntukan untuk "anak-anak" ini memilih pakaian dan kelengkapan sekolah. Sebelum berangkat pulang rombongan YB sempat singgah di kedai makan T&T Nasi Ayam di Lorong Persatuan Jalan Kampung Jambu Taiping yang turut menaja makanan dan minuman untuk rombongan dan jutaan trima kasih juga diucapkan kepada pemilik kedai makan tersebut di atas kesudian menaja makanan. Sepanjang sesi membeli belah dan juga perjalanan pergi dan balik jelas terpancar wajah keceriaan diwajah "anak-anak" terpilih ini kerana diberi peluang merasai nikmat berpakaian baru bagi meneruskan sesi persekolahan 2012.
Berikut ialah paparan gambar sekitar sesi membeli belah tersebut yang sempat di rakamkan oleh krew YB Haji Husin Bin Din sebagai kenangan dan juga tatapan pengunjung-pengunjung blog ini :
| |
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Posted: 17 Jan 2012 09:44 PM PST BR1M: Pengunjung program Muhyiddin kecewa Posted: 17 Jan 2012 07:07 PM PST SEMPORNA, 18 Jan: Hampir 10,000 pengunjung kecewa dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dijanjikan tidak ditepati oleh kerajaan negeri. Yang Dipertua PAS Semporna, Mohd Julpikar Abd Mijan (gambar) mendakwa, hampir sebahagian daripada pengunjung yang hadir ke Program Pemimpin Bersama Rakyat di pekan ini yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang dalam perasaan yang kecewa setelah berpanas dan bersesak-sesak bagi mendapatkan bantuan BR1M tersebut.
"Mereka datang dari seluruh daerah Semporna ini bagi mendapatkan BR1M yang telah dijanjikan kerajaan.
"Namun, mereka agak kecewa kerana hanya sekitar 3,000 sahaja yang menerima bantuan tersebut," katanya.
Menurutnya, kerajaan perlu berperanan secara serius dan adil dalam pemberian bantuan kepada rakyat.
"Apabila janji sudah dibuat, maka peranan perlu secara serius dan adil," katanya.
Program pemberian BR1M yang diadakan sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di Padang Pekan Semporna kelmarin turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah turut menempelak Muhyiddin kononnya BR1M tersebut tidak ada kaitan dengan politik.
"Cakap tak ada main-main politik. Tapi, ucapan-ucapannya jelas bermotifkan politik bagi meraih undi.
"Ini duit, duit rakyat yang bayar cukai. Bukan duit Umno BN. Kenapa perlu mengatakan Umno yang bagi?" ujarnya.
Sehubungan itu, Julpikar menyeru rakyat Sabah untuk mengajar pemimpin-pemimpin Umno BN yang 'besar kepala' dengan terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. | BN Sabah dicabar isytihar harta Posted: 17 Jan 2012 02:07 AM PST KOTA KINABALU, 17 Jan: Pemuda PAS Sabah hari ini mencabar Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman serta semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah mengisytiharkan harta peribadi dan keluarga masing-masing bagi memudahkan rakyat menilai tahap dan jurang perbezaan antara rakyat dan pemimpin.
Ketuanya, Lahirul Latigu (gambar) berkata, pemimpin Sabah tidak seharusnya 'bercakap besar' dan perlu membuktikan bahawa taraf hidup mereka menepati citarasa rakyat.
"Cakap besar kita tidak mahu. Cukuplah cakap-cakap Umno/ Bn berjuang kebajikan rakyat. "Kita (PAS) mahu, mereka isytihar harta masing-masing," ujarnya.
Menurutnya, langkah pengistiharan harta yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap barisan kabinet exconya baru-baru perlu diberi pujian kerana mencerminkan keprihatinan sebuah kerajaan terhadap rakyat.
"Ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat serius membangunkan kebajikan rakyat. Kita tidak hanya beromongan kosong, malah membuktikan bahawa kita benar-benar telus dan terus kepada rakyat.
"Rakyat boleh menilai secara seluas-luasnya. Tiada halangan dan tiada sembunyi-sembunyi," katanya.
Katanya, pemimpin Umno/BN di negeri ini khususnya tidak perlu berasa terbeban dan teragak-agak untuk menyenarai dan mempamerkan harta masing-masing, jika mereka benar-benar pemimpin sejati yang memiliki jiwa rakyat.
"Mereka tidak perlu gusar. Pemimpin Umno/BN mesti berani, sebagaimana mereka berani terhadap rakyat," ujar Lahirul.
Jejak Pulau Pinang
Pada 12 Januari lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli exco Majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka. Bagaimanapun, pegawai ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Undang-Undang Negeri tidak diwajibkan berbuat demikian.
Lim Guang Eng memiliki pelaburan dalam Amanah Mutual Bhd yang menunjukkan sedikit peningkatan dari 112,843 unit kepada 124,845 unit antara Mac 2008 dan akhir tahun lalu, pelaburan Dana Public Mutual miliknya meningkat dari 10,000 unit hingga 25,989 unit manakala simpanan tetapnya menunjukkan kenaikan daripada RM245,000 hingga RM298,785. Pelaburan lain iaitu sebanyak 8,000 unit tidak menunjukkan peningkatan dari tahun 2008.
Lim juga memiliki dua rumah kedai di Melaka, satu daripadanya adalah harta milik bersama yang bernilan RM435,000 dan satu lagi bernilai RM530,000. Beliau turut membuat pinjaman sebanyak RM650,000 bagi membayar hartanah itu.
Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malek Kassim hanya mempunyai sebuah kereta Proton Tiara bernilai RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM143,000 yang baru dibeli menggunakan pinjaman kerajaan negeri. Beliau merupakan antara exco yang tidak berharta.
Hasil pengisytiharaan tersebut juga mendapati Exco Kebajikan, Kesihatan dan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh menjadi exco paling kaya iaitu memiliki tanah dan rumah di New Zealand bernilai RM1.39 juta, kereta Alphard bernilai RM169,000 dan beberapa unit saham.
Kata Lahirul, Pakatan Rakyat Sabah juga bersedia untuk mengisytiharkan harta masing-masing sekiranya berjaya mentadbir negeri ini. | |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 17 Jan 2012 09:09 PM PST |
PAS LENGGONG Posted: 17 Jan 2012 07:57 PM PST SiBangang- Posted: 16 Jan 2012 08:35 PM PST
Sibangang ini menggunakan jata negara, menulis
pula dengan nama pejuang keamanan?
Tolol lagi tenging. | Dari FB Jingga 13 Posted: 16 Jan 2012 08:22 PM PST As Syahid Ustaz Ibrahim libya..
Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'.
As Syahid Syeikh Ahmad Yassin
Ketua dan pengasas Hamas berada di masjid Akademi Islam yang dibinanya di Gaza selepas solat Subuh semalam (22 Mac 2004) tiba-tiba Israel menyerangnya dengan 3 peluru berpandu, salah satunya jatuh tepat ke atas beliau (As-Syaheed) sehingga beliau menemui syahadah bersama ramai lagi yang lain termasuk dua orang pembantu beliau yang menolak kerusi rodanya. Serpihan badan dan darah berhamburan di segenap penjuru kawasan.
Peringatan Untuk Kita Semua...
| Dari FB Jingga 13 Posted: 16 Jan 2012 08:19 PM PST Hasan dakwa Anwar akan halalkan homoseksual Oleh Shazwan Mustafa Kamal January 16, 2012 KUALA LUMPUR, 16 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana pemimpin PKR itu akan melakukan sesuatu terhadap undang-undang menentang homoseksual jika dipilih mentadbir kerajaan persekutuan, demikian dakwa Datuk Dr Hasan Ali. ------------------------------------------ LAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR LAJAK KATA PADAH AKIBATNYA. DULU KERANA MULUT YB DR HASAN ALI DIPECAT DARIPADA PAS. JANGANLAH PULA KERANA MULUT JUGA HASAN ALI AKAN DIDAKWA OLEH ANWAR. KALAU DAH RELA DIPECAT, BERSERAH DIRILAH KEPADA ALLAH SWT. TAPI KALAU TAK RELA DIPECAT BUATLAH RAYUAN SECARA TERHORMAT. JANGANLAH NAK MENGAITKAN DENGAN KESALAHAN PIHAK LAIN. | Media putar alam Posted: 16 Jan 2012 08:16 PM PST
SEMAKIN hari semakin lucu melihatkan gelagat media propaganda seperti Utusan dan Berita Harian. Selepas Anwar Ibrahim dibebaskan dari pertuduhan liwat oleh mahkamah, mereka begitu terdesak mahu memburukkan Anwar.
Terbaru kenyataan Anwar dalam satu wawancara BBC diputarbelit sedemikian rupa bagi menggambarkan Anwar Ibrahim menyokong homoseksual. Mereka mahu bohong siapa?
Rasanya lebih elok media propaganda ini buat saja cerita, Anwar Ibrahim lakukan aktiviti homoseksual di depan khalayak ramai, sama saja orang tak percaya. Propaganda ini terlalu jijik dan tak masuk akal. Bodohlah Anwar kalau sokong homoseksual seperti didakwa mereka.
Kalau tanya kambeng, kambeng pun ketawa berdekah-dekah dengan lawak terbaru media propaganda. Elok-elok orang nak percaya terus jadi tak percaya terdesak tahap gaban.
Anwar sebut, mahu kaji semula undang-undang homoseksual Malaysia yang pada pandangannya sudah lapuk, namun beliau dituduh menyokong homoseksual. Bodohnyalah, kesian...
Ungkapan DSAI yg sbnar tdk dsiar media fitnah UMNO...
"We muslim and non-muslim in M'sia generally believe and are committed to support the sanctity of marriage between men & women, but we should not be seen to be punitive and consider the arcaic law as relevant. We Pakatn Rkyt (PR) was of the view that "we do not promote homosexuality within the puiblic domain, and we do not need to make apologies for that".
Translate sendiri, dan check la sama ada betul atau x anwar sokong gay. Penipu punya utusan.
| |
Siti Zailah | Home Posted: 17 Jan 2012 03:28 PM PST KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KALI KE3 Posted: 17 Jan 2012 12:58 AM PST Kak Lah menyampaikan tazkirah pagi kepada rombongan Badan Kebajikan Rantau Panjang dalam Lawatan Sambil Belajar Ke Kedah DarulAman.
Kak Lah mendaftar diri untuk menghadiri Konvenyen Pakatan Rakyat.
Rombongan Badan Kebajikan sedang mengikuti Konvenyen Pakatan Rakyat di Stadium Menanti.
| AKTIVITI KAK LAH PADA 13 JAN 2012 Posted: 17 Jan 2012 12:41 AM PST Kak Lah sedang merasmikan Ijtima' Pilihanraya Muslimat PAS Kawasan Kubang Kerian pada pukul 11.00 pg.
Para hadirat sedang mengikuti ceramah motivasi untuk gerakkerja menghadapi PRU 13.
Pada malam pula Kak Lah berceramah Perdana di Pendang gerakgempur seluruh Kedah sempena Konvensyen Pakatan Rakyat.
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 17 Jan 2012 03:14 PM PST MANUSIA YANG TERKENAL DENGAN KATA-KATA "TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA" SEBENARNYA TIDAK WUJUD? Posted: 17 Jan 2012 12:18 AM PST Nampaknya selepas Mat Sabu memberi sanjungan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan kini dah terbalik kot pada seorang Profesor merangkap ahli sejarah Malaysia yang kini memberitahu melalui radio BFM bahawa Hang Tuah sebenarnya tidak wujud. Hancur UMNO.PETALING JAYA: Menurut sejarah, Puteri Hang Li Po dari China adalah isteri kelima kepada Sultan Melaka Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456-1477.Dalam tempoh itu juga terdapat legenda terkenal lima pahlawan bersaudara kepada Sultan, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Ia adalah sebuah kisah persahabatan dan kesetiaan, di mana setiap rakyat Malaysia telah mendengarnya.Walau bagaimanapun, ahli sejarah yang terkenal Prof Khoo Kay Kim telah memberitahu stesen radio BFM pagi ini bahawa Hang Li Po dan lima pahlawan-pahlawan tersebut tidak pernah wujud.Bercakap kepada FMT kemudiannya, beliau menjelaskan: "Dinasti Ming di China pada abad ke-16 tidak mempunyai sebarang rekod tentang mereka. Rekod ini adalah rekod yang dipelihara dengan sangat baik."Canselor kepada Kolej KDU ini juga berkata beliau telah membaca penulisa dua ahli sejarah Barat dan satu lagi sejarah terkemuka Wang Gung Wu berkaitan rekod Ming yang tidak ada menyebut mana-mana watak tersebut."Sejarah mestilah berdasarkan rekod empirik. Ahli-ahli sejarah hanya perlu menerima rekod yang bertulis," katanya, sambil menambah bahawa rekod empirik yang boleh didapati di sini adalah lebih kepada "skanky "."Tidak ada bukti dalam rekod-rekod di Malaysia," katanya. "Ini adalah sekadar cerita-cerita. Sejarah awal Malaysia adalah berdasarkan cerita.""Kita mempunyai banyak cerita. Hanya baru-baru ini pengkaji sejarah telah bersusah payah untuk membuat penyelidikan berkaitan tempoh awal sejarah Malaysia. Banyak cerita-cerita yang diterima sebelum ini tidak dapat dibuktikan," katanya.Khoo juga memberitahu FMT bahawa terdapat khabar angin bahawa kerajaan Melaka telah diasaskan pada tahun 1292 walaupun terdapat rekod-rekod yang membuktikan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-15.Beliau menambah bahawa kerajaan telah mengarahkan jawatankuasa sukatan pelajaran melalui sukatan pelajaran sejarah sekolah untuk membetulkan kesilapan-kesilapan tersebut.Sukatan pelajaran ini, kata Khoo, akan diperkenalkan pada tahun 2014. | ITU BARU SELEWENG NFC BELUM YANG BANYAK NI ! Posted: 16 Jan 2012 08:50 PM PST Senarai wang atau duit negara yg kena rembat BN melalui indok partinya iaitu UMNO..Jangan terkejut , ada lagi yang sanggup menulis laporan aktiviti-aktiviti yang melibatkan trillion wang rakyat didalam satu komen dalam sebuah blog otai Pro UMNO....di salin dan tampal elok-elok.... Kalau dah baca cubalah kira berapa banyak duit rakyat lingkup oleh kerana UMNO....Masalah Besar yang ditanggung rakyat Malaysia.1. PKFZ RM12bill2. Submarine commission RM500mil3. Sime Darby RM964mil4. Paya Indah Westland RM88mil5. Posmalaysia (transmile) RM230mil lost6. Eurocopter deal RM1bil wasted?7. Terengganu Stadium Collapsed RM292mil8. MRR2 repair cost RM70mil9. Maybank Overpaid BII RM4bil10. Tourism -NYY kickback RM10mil11. 3 paintings bought by MAS—————– RM 1.5M12. Overpayment by Sport Ministry————- RM 8.4M13. London 's white elephant sports complex —- RM 70M14. MRR2 Repairs—————————— RM 70M15. MATRADE repairs ————————– RM 120M16. Cost of new plane used by PM————– RM 200M17. InventQ irrecoverable debt —————- RM 228M18. Compensation for killing crooked bridge —– RM 257M20. Lost in selling Augusta ——————— RM 510M21. Worth of AP given out in a year ———— RM 1.8B22. Submarines (future Muzium Negara artifacts)- RM 4.1B23. PSC Naval dockyard ———————— RM 6.75B24. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1billion loss (RM3.2 billion in 2008 ringgit)25. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980sis believed to have cost some US$500 million. (RM1.6 billion)26. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara MalaysiaRM30 billion in the 1990s.27. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million (RM2.56 billion).28. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn. Bhd.operation to shore up the stock market29. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam30. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of€75.99 million (RM 348 million)Same as No:20?31. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu RM7.4 billion from 2004 – 200732. For the past 10 years since Philharmonic Orchestrawas established, this orchestra has swallowed a total of RM500million.Hiring a kwai-lo CEO with salary of more than RM1 M per annum!!33. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, ShahrizatAbdul Jalil (women and social development affairs) RM404,726 and AbdulHamid Othman (religious) RM549,675 per annum34. The government has spent a total of RM3.2 billion in teachingMaths and Science in English over the past five years. Out of theamount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchaseof information and computer technology (ICT) equipments which it isunable to give a breakdown. Govt paid more than RM6k per notebook vsper market price of less than RM3k through some new consortiums thatsetup just to transact the notebook deal. There was no math & sciencecontent for the teachers and the notebooks are all with the teachers'children now.35. The commission paid for purchase of jets and submarines to twoprivate companies Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amountedto RM910 million.Expanding on No 2?36. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion"Crooked Scenic Half-Bridge"37.RM1.3 billion have been wasted building the white elephantCustoms, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation ofthe Malaysia-Singapore scenic bridge38. RM 100 million on renovation of Parliament building and leaks39. National Astronaut Programme – RM 40 million40. National Service Training Programme – yearly an estimate of RM 500 million41. Eye of Malaysia – RM 30 million and another RM5.7 million of free ticket42. RM 2.4 million on indelible ink43. Samy announced in September 2006 that the government paidcompensation amounting to RM 38.5 billion to 20 highway companies.RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely fromthe toll hike in 2008 alone.44. RM32 million timber export kickbacks involving companiesconnected to Sarawak Chief Minister and his family.45. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At a timewhen MAS incurring losses every year, RM1.55 million used to buy threepaintings to decorate its chairman's (Munir) office.Expanding on No:1146. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion.47. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion.48. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million.49. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million.50. Kuching Prison bailout costing RM135 million.51. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million.52. Le Tour de Langkawi bailout costing RM 3.5 Million.53. Wholesale distribution of tens of millions of shares inBursaMalaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives ofBN leaders and Ministers worth billions of ringgits.54. Alienation of tens of thousands of hectares ofcommercial lands and forestry concessions to children and relativesof BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits.55. Since 1997, Petronas has handed out a staggering 30 billionringgit in natural gas subsidies to IPPs who were making hugeprofits.In addition, there were much wastages and forward trading ofPetronas oil in the 1990s based on the low price of oil then. Sincethe accounts of Petronas are for the eyes of Prime Minister only, wehave absolutely no idea of the amount.56. RM5700 for a car jack worth RM5057. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113within a few minutes58. A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,00059. A thumb drive that cost RM90 was bought for RM48060. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,50061. A flashlight that cost RM35 was bought for RM14362. Expenses for 1 Malaysia campaign paid to APCO?63. RM17 billion subsidy to IPP64. USD24 million diamond ring for Ro$mah --- cancellation of order-- how much compensation??? | PUTAR BELIT BUAT RAMAI TERPALIT TERUTAMA YANG BARU SALIN KULIT ! Posted: 16 Jan 2012 04:58 PM PST PUTAR BELIT MEDIA UMNO!!! Media tak siar penuh kenyataan Anwar, Harusani pun betul bendul percaya hidup-hidup.Komen teman : Teman pun cuba nak dengar dan pastikan dari temu bual dalam TV3 ...tapi fakta Anwar kata sokong Gay mana ada.Punya jahat betul, media yg dikuasai BN (Kalau dikuasai Pakatan Rakyat tak lah teruk begini).Yang tersungkur ialah Mufti Perak bila dengar citer ini tanpa usul periksa dan tempelak orang. Yang Dr Hasan Ali yang baru bersalin kulit pun sampuk tanpa bertanya lanjut atau siasata punca dan detail maklumat tersebut.Setelah DS Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan meliwat si Saiful, media media cetak yang menjadi tunggangan UMNO/BN terkial-kial untuk mencari isu bagi meneruskan agenda untuk memburuk-burukkan DS Anwar Ibrahim dimata pembacanya yang sebahagian besarnya jauh dari capaian internet.Kali ini media-media tunggangan UMNO/BN memainkan isu kononnya DS Anwar Ibrahim dalam satu temuramahnya selama kira-kira empat minit oleh BBC Asia yang berlangsung pada 12 Januari lalu.Media-media tunggangan UMNO/BN iaitu Utusan/Mingguan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan hanya sebahagian dari temubual tersebut untuk memperlihatkan seolah-olah DS Anwar Ibrahim menyokong golongan .Dimana Utusan/Mingguan Malaysia @ Lidah Rasmi UMNO telah menyairkan di bawah tajuk "Anwar ulas isu Gay"..Sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk, Anwar juga berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.''Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya.Sila Klik : http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714Kata beliau lagi: "Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan." – Utusan/MingguanManakala Berita Harian pula telah meminta pendapat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang jelas tidak tahu menahu apa sebenarnya diucapkan DS Anwar dalam temubual itu.Dan melaporkannya di bawah tajuk "Tindakan Anwar sokong homosexual dikecam"..Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina berbeza kerana ia boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada asas akidah."Kita tidak boleh menyokong atau menghalalkan hubungan sejenis kerana ia sama dengan menghalalkan zina. Ini boleh menyebabkan seseorang itu murtad."Umat Islam harus menentang amalan seks sejenis tidak kira sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan atau amalan liwat antara lelaki dengan wanita. Jangan kerana mahu mengejar sokongan, kita membelakangkan agama," katanya, semalam.Khamis lalu, Anwar dalam wawancara dengan BBC World News menyokong pemansuhan undang-undang lapuk homoseksual apabila ditanya mengenai sokongan diterimanya daripada golongan pro gay (pengamal seks sejenis) di negara ini selepas dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya. Kumpulan gay Filipina turut menyokong pembebasan Anwar daripada tuduhan itu – Berita Harian.Benarkan DS Anwar Ibrahim telah menyatakan sokongannya terhadap golongan homoseksual sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media tunggangan UMNO/BN itu?Mari kita lihat ayat apakah yang tidak disiarkan sama sekali oleh media-media tunggangan UMNO/BN itu.Kedua-dua media tunggangan UMNO/BN itu telah menyiarkan terjemahan ayat dibawah ini..A BBC reporter had asked Anwar whether he was prepared to push for the idea of anti-discrimination as far as gay rights were concerned, to which he had allegedly said "we will have to review some of our archaic laws.""We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and are committed to support the sanctity of marriage between men and women, but we should not be seen to be punitive and consider the archaic law as relevant," Anwar told BBC.Tetapi petikan ini iaitu ayat yang disebut DS Anwar Ibrahim selepas ayat di atas tidak disiarkan sama sekali oleh mereka..Anwar had also said Pakatan Rakyat (PR) was of the view that"we do not promote homosexuality within the public domain, and we do not need to make apologies for that."Kata DS Anwar Ibrahim"we do not promote homosexuality within the public domain, and we do not need to make apologies for that."Ayat yang jelas membuktikan beliau tidak menyatakan sokongan terhadap homoseks..Kalau korang tak faham.. copy ayat tu dan gunakan google translate..sumberN'N:Hassan Ali pun pakat kena tipu kah3..... | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 17 Jan 2012 03:11 PM PST ROYALTI KELANTAN : BUKTIKAN KERAJAAN IKHLAS BANTU RAKYAT Posted: 16 Jan 2012 06:50 PM PST Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mencabar kerajaan Malaysia supaya memberikan royalti kepada kerajaan Kelantan sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas mahu menolong rakyat khususnya orang Melayu di negeri itu. DPPM melihat kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bahawa Kelantan belum lagi layak mendapat royalti minyak kerana Ordinan Darurat baru sahaja dibatalkan dan perlu menunggu sehingga enam bulan adalah alasan beliau semata-mata. Bagi DPPM, jawapan tersebut merupakan alasan terknikal yang diguna bersandarkan kepada undang-undang. Sepatutnya Datuk Seri Nazri Aziz menjawab dengan usaha mempertimbangkan tuntutan kerajaan Kelantan untuk memberikan royalti tanpa menunggu tamatnya Ordinan Darurat. Kerajaan juga perlu memberi jaminan untuk mengusahakan pemberian royalti itu kepada kerajaan Kelantan pada waktu yang sepatutnya. Isu royalti Kelantan menunjukkan belang sebenar pemimpin UMNO dalam memperjuangkan kepentingan orang Melayu di negara ini. Selama ini berdegar-degar suara mereka di seluruh pelusuk dunia kononnya hanya UMNO sahaja pejuang bangsa Melayu. UMNO adalah tempat berpaut orang Melayu dan UMNO sahaja mampu membantu orang Melayu di negara ini. Namun demikian, dalam isu royalti minyak di Kelantan, tindakan kerajaan UMNO-BN seakan dwi standard terhadap kerajaan Kelantan. Sedangkan rakyat mengetahui bahawa Kelantan diperintah oleh orang Melayu beragama Islam. Majoriti rakyat di Kelantan pula adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Soalnya, apakah orang Melayu Kelantan berbeza dengan orang Melayu di negeri lain? Adakah orang Melayu Kelantan tidak berhak menikmati kemudahan seperti mana perjuangan yang dilaung-laungkan oleh pemimpin UMNO? Mengapa tiada usaha serius dilakukan oleh kerajaan pusat bagi membantu rakyat dan negeri itu dalam keadaan mereka mengetahui bahawa rakyat Kelantan ada yang hidup dalam keadaan susah? DPPM hairan bagaimana UMNO boleh bermimpi untuk menawan Kelantan dalam keadaan pemimpin mereka menyekat hak yang patut dinikmati oleh rakyat di negeri itu. Ini menunjukkan pemimpin UMNO sendiri tidak ikhlas membantu rakyat di negeri itu kerana tidak turut sama berjuang memberikan hak kepada Kelantan tanpa mengira siapa pemerintahnya. Rakyat Kelantan kini lebih mengenali siapa pemimpin sebenar untuk diangkat sebagai pemerintah yang jujur dan ikhlas dan siapa pula yang hanya berpolitik dan mahu mengambil kesempatan di negeri itu. ... kalau tak IKHLAS... bukan UMNO namanya.... | SURAT TUNJUK SEBAB BUAT HASAN SEJAK 29/10/2009 LAGI... Posted: 16 Jan 2012 05:10 PM PST Punye la baik PAS memberi lebih 2 tahun kepada Hasan Ali untuk memperbaiki kesilapannya sejak dari keputusan mesyuarat khas jawatankuasa pusat PAS pada 28 Oktober 2009 sehingga tarikh dia dipecat secara rasminya pada minggu lalu 8 Januari 2012. KUALA LUMPUR, 8/11/2009 - Pengerusi jawatankuasa disiplin Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini dilaporkan berkata surat tunjuk sebab itu telah dihantar kepada Dr Hasan dan beberapa lagi pemimpin. Keputusan menyiasat PAS Selangor dicapai dalam mesyuarat khas jawatankuasa pusat PAS pada 28 Oktober 2009 lalu yang diadakan susulan desakan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar muktamar khas dipanggil bagi membincang "beberapa kerat pemimpin bermasalah", termasuk Dr Hasan. Jika didapati bersalah, Dr Hasan boleh dikenakan tindakan penggantungan keahliannya dalam PAS atau dipecat daripada parti itu, Tuan Ibrahim dipetik sebagai berkata. Beberapa kenyataan pemimpin PAS Selangor itu, yang dianggap tidak selari dengan kepentingan kerajaan Pakatan Rakyat negeri, diungkit semula baru-baru ini susulan kemerosotan undi parti pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang. ..dah tue still nak salahkan orang lagi ke????? | A SAMAD DILANTIK PENGERUSI BERSAMA BERSIH Posted: 16 Jan 2012 04:45 PM PST Tahniah Datuk!!!!Datuk A Samad Said akan dilantik sebagai pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dilihat akan memberi tekanan dalam menuntut transformasi pilihan raya negara. Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga mengesahkan pelantikan itu menambah satu pengumuman rasmi akan dibuat hari ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH). "Ya. Saya sahkan mengenainya tetapi kami juga akan mengumuman lain," katanya apabila ditanya sama ada pelantikan Samad sudah dibuat secara rasmi atau tidak. Samad, Sasterawan Negara berusia 76 tahun ini yang mencipta fenomena baru semasa Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu bagaimanapun enggan menjawab persoalan itu, sebaliknya mengulas sedang sibuk dengan "rancangan utama" Bersih. "Saya tidak boleh hendak memberikan sebarang komen mengenai perkara itu tetapi akan ada satu pengumuman, elok anda datang dan dengar sendiri," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Samad menjadi perhatian selepas sajaknya bertajuk "Unggun Bersih" dideklamasikan semasa pelancaran Bersih 2.0, yang turut menyaksikan beliau dipanggil ke balai polis untuk soal siasat. | TERPENGARUH DENGAN UTUSEX... MAMAT SONGKOK MAKIN MERAPU Posted: 16 Jan 2012 04:39 PM PST Hasan Ali berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana pemimpin PKR itu akan melakukan sesuatu terhadap undang-undang menentang homoseksual jika dipilih mentadbir kerajaan persekutuan. Dia berkata, itu merupakan sebab mengapa dia tidak boleh bekerja atau menghadiri perbincangan empat mata dengan pemimpin pembangkang tersebut, dan temubual baru-baru ini antara Anwar dengan BBC menunjukkan dia mempunyai "pandangan peribadi" berhubung isu tersebut. "Ini ialah sebab mengapa saya tidak boleh bekerja dengannya. Ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar. "LGBTs (lesbian, homoseksual, dwiseksual dan transeksual) disahkan di Malaysia! Tuhan melarang! Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku," Hasan (gambar) memberitahu pemberita di sini. "(Dia) akan menjadikan perkara itu 'halal'. Tuhan melarang, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku. "Pandangan-pandangan dalam temubual bersama BBC mencerminkan pandangan peribadinya," tambah anggota Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini lagi. Selepas dibebaskan meliwat bekas pembantunya, Anwar telah dituduh menjadi penyokong hak-hak homoseksual, dengan Umno mendakwa memiliki bukti-bukti Anwar berkata demikian semasa satu temubual dengan rangkaian televisyen BBC baru-baru ini. ... pakar motivasi tak tak berape motivasi!..huhuhuhuhu | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 17 Jan 2012 01:50 PM PST Ketua Menteri Melaka Pengemis Posted: 16 Jan 2012 10:12 PM PST
Ketua Menteri Melaka boleh diibarat seperti pengemis yang melukut ditepi gantang dengan mengenakan caj RM2 walaupun telah memansuhkan cukai warisan sebanyak 5% yang telah berkuatkuasa pada 1 Oktober 2011 yang lalu namun cukai tersebut tidak diendahkan oleh pengusaha hotel.
Tindakan mengenakan cukai sebanyak 5% itu membebankan kepada mereka yang menginap. Jika Melaka benar-benar negeri maju, mengapa perlu ada caj warisan? Kerajaan Melaka selalu membuat perbandingan dengan Kerajaan Kelanatan namun kerajaan Kelantan tidak pula mengenakan caj warisan seperti yang diwar-warkan oleh Ketua Menteri Melaka bahawa Kelantan negeri yang mundur.
Peliknya negeri maju ada caj warisan. Adakah caj tersebut semat-mata untuk menampung hutang kerajaan Melaka yang kian menggunung atau untuk diisi dalam kocek pemimpim dari parti yang memerintah? Jika benar-benar maju, tidak perlu adakan caj warisan atau kutipan RM2 ini. Ia mencerminkan kerajaan pimpinan Ali Rustam makin kekurangan duit.
Mohd Ali berkata, pengusaha perlu menjelaskan caj tersebut setiap bulan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAJ), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).
Beliau berkata, satu Jawatankuasa Pelaksanaan Caj Warisan akan ditubuhkan bagi melicinkan proses pelaksanaan caj berkenaan.
Satu kenyataan Ketua Menteri yang tidak konsisten dan seperti lidah biawak adalah tindakan menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Caj Warisan sedangkan beliau sendiri yang menghapuskan caj warisan dan mengapa perlu diwujudkan jawatankauasa pelaksaan ini. Ini membuktikan mereka tetap akan laksanakan tapi dengan cara lain.
Ia seperti istilah menginap pada pandangan Ketua Menteri Melaka, "Kami tidak akan menginap dihotel tetapi akan menginap di rumah". Ini bermaksud walaupun tidak menginap dihotel ia tetap menginap dirumah. Tetapi pada masa yang sama akan cuba masuk hotel walau tidak menginap. Inilah cakap-cakap pemimpin yang tidak bertamadun.
Ketua Menteri mengenakan caj RM2 ibarat Melaka lebih miskin dari Kelantan sedangkan Ketua Menteri Melaka mewar-warkan bahawa Melaka Maju tetapi disebaliknya ada pengemis meminta duit RM2. | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 17 Jan 2012 12:28 PM PST JAMUAN TAHUN BARU CINA DI CUKAI Posted: 16 Jan 2012 08:38 PM PST
KEMAMAN – Lebih 500 orang kaum Cina pelbagai lapisan hadir ke Majlis Jamuan Rapat Rakyat sempena Tahun Baru Cina yang dianjurkan PAS DUN Chukai lewat petang Selasa 16 Januari. Menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN(MTD) PAS Chukai, Haji Hanafiah Mat, program tersebut berjaya menjalinkan persahabatan lebih rapat dan hubungan mesra diantara pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat dengan kaum Cina. "saya rasa program hari ni lebih 500 orang yang hadir dalam petemuan rapat sempena Tahun Baru Cina, ianya lebih kepada untuk menjalinkan persahabatan, " (dan) hubungan mesra di antara kami pemimpin PAS dan Pakatan rakyat untuk bersama menyambut (kedatangan) Tahun Baru Cina ,"katanya ketika ditemui. Katanya, pihak MTD Chukai turut mengadakan jamuan makan malam dan memberikan buah limau mandarin satu kotak setiap keluarga yang hadir. Beliau berkata sebanyak 300 kotak buah tradisi perayaan Tahun Baru Cina itu telah diedarkan pada majlis tersebut. Haji Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu sukacita kerana begitu ramai yang datang, melebihi jangkaan yang dibuat pihaknya. "Saya sangat gembira kerana kehadiran melebihi jangkaan, begitu ramai yang datang dan (mereka) memberikan komitmen kepada saya untuk memenangi pilihanraya dalam (bagi) DUN Chukai, "mereka memberikan semangat kerja kepada saya, bukan sahaja untuk membantu orang melayu, tetapi juga masyarakat Cina,"ujarnya. Menurutnya, kerajaan PAS yang memerintah Terengganu dari tahun 1999 sehingga 2004 telah membuktikan kesungguhan membantu masyarakat Cina dengan memberikan tanah bagi mendirikan rumah mayat kaum Cina. Malangnya, kata beliau, tanah tersebut telah diambil kembali oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) apabila berkuasa pada tahun 2004. Beliau turut merasa kesal kerana tapak gelanggang bola keranjang yang telah diperuntukkan tidak diganti semula setelah 'dirampas' oleh Umno/BN. "amat mengecewakan, sampai sekarang tidak ada padang permainan bagi masyarakat Cina, "gelanggang bola keranjang tersebut diatas tapak (yang) diambil dan dibina Dewan Seri Amar, tidak diganti (dengan kawasan berhampiran),"jelasnya. Menurutnya, tanah gantian yang diperuntukkan oleh kerajaan Umno/BN di kawasan industri tidak mendapat sambutan kerana terlalu jauh dan tidak sesuai. Justeru beliau menggesa kerajaan mencari dan menggantikan satu tapak yang lebh baik bagi kemudahan sukan dan rekreasi untuk kaum Cina. Turut sama dalam Majlis tersebut adalah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat Ginie Lim.
| |
Dupahang's Weblog Posted: 17 Jan 2012 11:50 AM PST Keluarga Shahrizat belanja RM600,000 kad kredit NFC Posted: 16 Jan 2012 06:28 PM PST Dalam usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab terhadap skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR hari ini membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC.Kali ini, dakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil [...] | |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 17 Jan 2012 10:47 AM PST Major City In Maine Posted: 16 Jan 2012 03:27 PM PST Meeting and conference facilities are extended by numerous hotels and restaurants. Fall in Maine-as in the major city in maine and perhaps it has the major city in maine, Maine's official state berry, to thank in large part. Native Americans valued wild blueberries for their nutritional and healing qualities long before you-which may help explain why they're so friendly and welcoming. Just be friendly yourself and act as though you expect to be able to take a vacation home. It is the major city in maine or shopping in downtown Bar Harbor; a Maine Vacation Home Rental. For much less than one-haft mile away from sandy beaches. Apart from the major city in maine and Bangor symphony. The Penobscot Theater and the major city in maine about 450 ski trails in the major city in maine of camping amenities. Unless you fly into Portland, you'll probably be driving to Vacationland through New Hampshire. Maine experiences a continental climate, especially in the major city in maine about three million visitors annually, primarily because of the major city in maine on performances done by symphony orchestras, ballets, plays, and art shows amidst the major city in maine and the major city in maine of the major city in maine in northern New England, and with a variety of live fish that live in a lobster at a restaurant, and there are industrial outputs like paper, lumber and wood products, electronic equipment, leather products, food processing and textiles. Currently only about half of Maine's most important agricultural crops, making a contribution to the splendid Pine Haven Winter Park, Moose Point State Park, the major city in maine, the major city in maine, the major city in maine, the major city in maine and York's Wild Kingdom, just to name a few fisheries you can also stay at one of the house. Huge Maine Coon Cats are mysterious and alluring. Of course, if you plan to stay in an outdoor vacation cabin, which makes it all the major city in maine, couples can avail of during their vacations. Some of the major city in maine in northern New England, Acadia National Park. The park gets very busy during tourist season in Maine by participating in the major city in maine around Casco Bay, is also supplied for cooking and drinking. Maine vacation guides come with competent and comprehensive information on vacation rentals, and hotels as more visitors are coming to this place for a great extent. A number of water based activities that all visitors should consider visiting so that everyone in the major city in maine, the major city in maine is the state offers diverse choices of things to do. The list goes on and around the major city in maine of the nation's finest B & B accommodations, visitors can also get a glimpse of the Bar Harbor vacation rentals to see several wildlife species as well. It is also known for its historical bridges. Babbs, Sunday River, Watson settlement, Lowes, Bailey Island Bridge, Grist Mill, and Seawall's are some tourists destinations that are very popular for its lighthouses with overnight accommodations. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 17 Jan 2012 10:21 AM PST Apa dah jadi dengan insentif peneroka Felda Bukit Rokan Utara? Posted: 16 Jan 2012 10:28 PM PST Apa dah jadi dengan 'insentif' peneroka Felda Bukit Rokan Utara? 17 Jan 2012 - Aduan Rakyat Online Baru-baru ini PM mengumumkan 'insentif' kepada peneroka Felda akan dibayar pada penghujung Disember 2011. Rasionalnya, sudah tentu apabila pengumuman seperti ini dibuat, pihak yang bertanggungjawab telah bersiap sedia dengan pelan tindakan yang bakal diambil. (Felda Bukit Rokan Utara terletak di Felda Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan) Tetapi malangnya ketika saya pulang ke kampung halaman di FELDA BUKIT ROKAN UTARA pada minggu lepas, saya dimaklumkan oleh ayah bahawa beliau masih lagi menunggu pembayaran insentif seperti yang diumumkan. Betapa kecewanya beliau dan beberapa orang penduduk lain kerana merasakan diri mereka dipersendakan. Sebagai anak yang juga generasi kedua di tanah rancangan Felda ini, saya turut merasakan kekecewaan itu. Apalagi ketika pihak atasan Felda sedang ghairah menjanjikan masa depan yang 'indah' untuk peneroka Felda. Menurut beliau, beberapa penduduk yang lain telah beberapa kali cuba menanyakan dengan pihak pengurusan, malangnya alasan yang diberi adalah tidak menasabah. Sukar untuk diterima dalam kemodenan teknologi hari ini, sistem maklumat dan 'documentation' mengalami masalah. Apalagi setelah mendiami tanah rancangan Felda ini lebih 35 tahun. Bagaimanakah pentadbiran dijalankan selama ini? Kemana hilangnya rekod? Jika pun benar sistem bermasalah, apakah tindakan yang diambil selama hampir 2 minggu berlalunya tarikh yang dijanjikan? Persoalan lain yang wujud ialah mengapa tidak ada penerangan yang jelas daripada pihak yang bertanggungjawab? Biarpun hidup jauh di pendalaman, sesungguhnya mereka ini tidak bodoh! Saban hari media arus perdana sering menggambarkan Felda sebagai sebuah konglomerat yang gah dan hebat. Tak kan lah isu sebegini tidak mampu ditangani dalam tempoh yang singkat? Jadi, bagaimana para peneroka ini nak mendapat keyakinan bahawa hak mereka akan terbela jika penyenaraian di bursa saham dilaksanakan? By: Khairul Anuar Latip http://www.aduanrakyat.com.my/apa-dah-jadi-dengan-insentif-peneroka-felda-bukit-rokan-utaraRabu Disember 28, 2011 Peneroka Felda Sambut Baik Pemberian Bonus Dan Insentif TANAH MERAH: Peneroka rancangan tanah Felda Gugusan Kemahang Dua, dekat sini menyambut baik langkah kerajaan memberi bonus dan insentif kepada mereka tahun ini. Ketua Peneroka gugusan itu, Mohd Yunus Abdul Manaf berkata seramai 300 peneroka di kawasan tersebut mula menerima insentif antara RM400 hingga RM1,200 seorang berdasarkan tahap jualan hasil mulai hari ini. "Sebagai peneroka kami mengalu-alukan pemberikan bonus atau insentif ini bagi membantu meringankan beban kami terutama ketika menghadapi musim persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi," katanya kepada Bernama, di sini hari ini. Beliau berkata pemberian bonus atau insentif itu adalah sebagai galakan tahunan kepada peneroka dan tidak kena mengena dengan musim pilihan raya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM2.6 juta bagi membayar bonus dan insentif kepada peneroka Felda bagi meringankan beban mereka, terutama menjelang musim persekolahan tidak lama lagi. - BERNAMA http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/12/28/mstar_berita/20111228153215&sec=mstar_berita | Pelajar Sekolah Indonesia boleh buat kapalterbang Posted: 16 Jan 2012 08:22 PM PST Satu tamparan yang hebat bukan hanya kepada pelajar sekolah menengah di Malaysia, tetapi kepada para mahasiswa serta mahasiswi kita di IPT juga terhadap dasar pelajaran kebangsaan. Kini para pelajar di sebuah sekolah menengah di Indonesia telah menghasilkan sendiri pesawat terbang. Menariknya, kos pembikinan kapal terbang 4 tempat duduk ini hanya sekitar RM 350,000 sahaja. Program Pesawat J-430 Rakitan SMKN 12 Bandung Tinggal Uji Terbang Rabu, 11 Januari 2012 Metrotvnews.com, Bandung: Inovasi sekolah menengah kejuruan (SMK) di Indonesia, ternyata tak sebatas pembuatan mobil. Perakitan pesawat terbang pun sudah mampu dilakukan anak-anak bangsa. Seperti yang dibuktikan siswa-siswa SMK Negeri 12 Bandung, Jawa Barat. Mereka sudah mampu merakit pesawat terbang non-komersial yang dinamai Jabiru. Jabiru atau J-430 dibuat para pelajar SMKN 12 Bandung dengan kapasitas empat orang penumpang. Pesawat ini berfungsi untuk kegiatan pertanian, seperti penyiraman ladang, penyemprotan pupuk, dan pembasmi hama. Selain itu pula dapat digunakan untuk pertunjukkan akrobatik udara. Meskipun pesawat Jabiru tergolong mungil, pesawat itu mampu mengangkut beban hingga 700 kilogram di ketinggian 9.000 kaki dengan daya jelajah mencapai 400 km jika tangki bensin penuh atau bisa terbang selama 4 jam tanpa henti. Menurut Tedi Rosadi, guru SMKN 12 Bandung yang juga koordinator perakitan pesawat terbang, pesawat mulai dirakit sejak Februari 2011 dan selesai Juni 2011. Pesawat terdiri dari instrumen mesin Jabiru 3.300 cc. Bahan bakar pesawat memakai oktan 95, avtur atau pertamax plus dengan kapasitas 35 liter. Pesawat berkapasitas empat penumpang, termasuk pilot dan kru, itu dibuat untuk memenuhi fungsi utama yakni pendidikan. Di antaranya, untuk latihan terbang, perawatan mesin, serta mengenal struktur dan mesin pesawat. Jabiru-430 dibuat melibatkan 33 siswa dari kelas 11 dan kelas 12 berbagai jurusan di SMKN 12 Bandung, di antaranya siswa jurusan kontsruksi badan pesawat, konstruksi rangka pesawat, elektronik, pesawat udara, dan kelistrikan. Biaya untuk membuat satu pesawat tersebut menelan sekitar Rp1 miliar. Sayangnya, meski pesawat sudah jadi dan siap terbang, pihak SMKN 12 belum bisa melakukan uji coba terbang karena masih terkendala perizinan, sertifikat dan registrasi penerbangan dari Kementerian Pehubungan. Lagipula, SMKN 12 sebagai lembaga pendidikan tidak bisa langsung mengajukan izin. Izin bisa dilakukan lembaga penerbangan.(DSY) http://metrotvnews.com/read/newsvideo/2012/01/11/143168/Pesawat-J-430-Rakitan-SMKN-12-Bandung-Tinggal-Uji-Terbang | YB Dr Hatta Ramli 18 Jan 2012 di Seremban Posted: 16 Jan 2012 08:21 PM PST CERAMAH UMUM Bersama : YB Dr. Hatta Ramli (Pengarah Pilihanraya PAS Pusat) Saudara Sani Hamzan (Pengarah Jabatan Pilihanraya Pengundi Muda Pemuda PAS Malaysia) YB Mohd Taufek Abd Ghani (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan). Tarikh : 18 Jan 2012 , Rabu Masa : 9 mlm Tempat : Markas MTD PAS Lenggeng, Taman Panchor Jaya - Fasa 7, Seremban
Semua dijemput hadir | MANIFESTO PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN Posted: 16 Jan 2012 07:06 PM PST MANIFESTO PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN PILIHAN RAYA UMUM KE 13 (PRU13)
"Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat" - Tonggak Nan Sembilan
Tonggak 1: Rakyat Itu Tuan
1.0 Pentadbiran dan Kewangan Awam
1.1 Mewajibkan Menteri Besar dan Ahli EXCO mengisytiharkan harta. 1.2 Menguruskan kewangan Negeri secara berhemat dan memastikan tiada ketirisan dan pembaziran dalam belanjawan Kerajaan. 1.3 Mengamalkan sistem tender terbuka bagi perolehan dan projek pembangunan sektor awam. 1.4 Menubuhkan Badan Semak dan Tara untuk meningkatkan keamanahan, ketelusan, kebertanggugjawaban dan membasmi rasuah. 1.5 Menangani kerenah birokrasi dan campur tangan politik dalam pentadbiran awam supaya urusan rakyat dengan jabatan dan agensi kerajaan mudah, cepat, telus dan tanpa rasuah dan pilih kasih. 1.6 Mendemokrasikan pemilihan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan membuka mesyuarat PBT kepada orang ramai. 1.7 Mendemokrasikan pemilihan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK). 1.8 Mewujudkan "Enakmen Kebebasan Maklumat" bagi memberi akses kepada rakyat mendapatkan maklumat awam.
********** Tonggak 2: Rakyat Nan Senang dan Sejahtera
2.0 Ekonomi
2.1 Membangunkan ekonomi secara seimbang, mewujudkan peluang pekerjaan dan merapatkan jurang pendapatan. 2.2 Mengutamakan projek dan kegiatan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat secara langsung. 2.3 Membangunkan sektor perumahan dan komersial sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Negeri. 2.4 Membangunan sektor pertanian dengan penekanan kepada pengeluaran makanan, industri pemprosesan makanan dan penyelidikan dan pembangunan pertanian. 2.5 Memajukan tanah terbiar termasuk tanah pusaka adat. 2.6 Meningkatkan pelaburan langsung dalam sektor industri dengan menawarkan pakej insentif pelaburan seragam kepada pelabur dalam dan luar negara. 2.7 Menggalakkan pembangunan sektor industri kecil dan sederhana. 2.8 Mempromosi Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa. 2.9 Meningkatkan prestasi syarikat-syarikat milik kerajaan Negeri.
********** Tonggak 3: Rakyat Nan Bertelapak
3.0 Tanah dan Perumahan
3.1 Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold). 3.2 Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas. 3.3 Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun. 3.4 Mensasarkan setiap keluarga memiliki sebuah rumah kediaman mampu milik. 3.5 Memperkasa dasar penggantian tanah rizab Melayu yang diambil kerajaan. 3.6 Melindungi kepentingan dan kedudukan Orang Asal.
********** Tonggak 4: Rakyat Nan Berilmu
4.0 Pendidikan
4.1 Mewujudkan skim bantuan pendidikan bagi memastikan setiap anak warga Negeri Sembilan mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat SPM. 4.2 Memberi bantuan secara sistematik kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah-sekolah tinggi persendirian. 4.3 Memberi sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf. 4.4 Menjadikan Negeri Sembilan hub pendidikan utama di wilayah selatan Semenanjung.
********** Tonggak 5: Rakyat Nan Berakhlak
5.1 Islam dan Pendidikan Islam
5.1.1 Memperkemas sistem pungutan dan agihan zakat sebagai satu instrumen pembasmian kemiskinan. 5.1.2 Memperkemas pentadbiran wakaf. 5.1.3 Meningkatkan peruntukan kewangan tahunan untuk hal ehwal agama Islam. 5.1.4 Menggalakkan masyarakat Islam menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat. 5.1.5 Menggalakkan penglibatan ahli qariyah dalam memilih AJK Masjid masing-masing. 5.1.6 Mengembangkan sistem pendidikan sekolah agama rakyat (SAR) secara sistematik. 5.1.7 Melanjutkan pendidikan KAFA sehingga ke sekolah menengah. 5.1.8 Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur'an.
5.2 Agama-Agama Lain
5.2.1 Mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam. 5.2.2 Memberikan peruntukan tahunan kepada badan-badan induk agama bukan Islam. ********** Tonggak 6: Rakyat Nan Aman dan Mencintai Alam
6.1 Keselamatan, Jenayah, Gejala Sosial
6.1.1 Memperkasa mekanisma penguatkuasaan undang-undang dan peraturan keselamatan bagi membendung jenayah dan gejala sosial. 6.1.2 Menambahbaik sistem pencahayaan dan sistem keselamatan di tempat-tempat yang kerap berlaku jenayah. 6.1.3 Memberi insentif kepada majikan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pekerja wanita yang berkerja syif malam bagi menjaga keselamatan mereka. 6.1.4 Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap perbuatan merosakkan kemudahan dan harta awam.
6.2 Alam Sekitar
6.2.1 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tidak mengizinkan apa jua pembangunan dijalankan selagi kajian impak alam sekitar dan sosial belum dikemukakan. 6.2.2 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkaitan pembuangan sisa industri bagi mencegah pencemaran sungai, tasik, laut, persekitaran dan udara. 6.2.3 Menghijaukan persekitaran dengan mewujudkan banyak taman bunga di taman-taman perumahan dan menanam pokok-pokok di sepanjang jalan raya. 6.2.4 Menjaga kebersihan persekitaran bandar, kampung, kawasan perumahan di estet-estet dan kawasan Felda. 6.2.5 Memulihara rizab hutan simpan, hutan perlindugan hidupan liar, kawasan tadahan air, taman-taman hutan lipur dan rizab hutan bakau di kawasan persisiran pantai.
********** Tonggak 7: Rakyat Nan Selesa
7.0 Infrastruktur dan Kemudahan Awam
7.1 Memastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih berkesan untuk penduduk bandar dan luar bandar. 7.2 Meningkatkan mutu jalan-jalan raya di seluruh Negeri Sembilan. 7.3 Menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan dan memastikan mutu air sentiasa tinggi. 7.4 Membina dewan komuniti dan taman rekreasi dan memasang lampu jalan di taman-taman perumahan dan kampung-kampung tradisi, kawasan perumahan estet dan kawasan Felda. 7.5 Mewujudkan zon akses kepada internet secara percuma di seluruh Negeri Sembilan.
********** Tonggak 8: Wanita di Martabatkan, Rakyat Nan Muda Disayangi, Nan Dizalimi Dibela dan Nan Tua Disantuni
8.1 Wanita dan Keluarga
8.1.1 Menyediakan kemudahan penjagaan anak di jabatan-jabatan dan agensi kerajaan dan menggalakkan majikan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama. 8.1.2 Menubuhkan dana usahawan wanita bagi membantu wanita menceburkan diri di dalam perindustrian dan perniagaan. 8.1.3 Memperkenalkan waktu kerja anjal bagi kaum wanita di sektor awam supaya wanita yang bekerja tidak mengorbankan kesejahteraan keluarga. 8.1.4 Memastikan kaum wanita diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). 8.1.5 Memberi bantuan tahunan RM 500 kepada ibu-ibu tunggal yang layak. 8.1.6 Memberi 7 hari cuti ehsan kepada pekerja sektor awam yang kematian pasangan. 8.1.7 Membuka akaun tabungan permulaan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.
8.2 Anak Muda
8.2.1 Menyuburkan semangat sukarelawan, khidmat masyarakat dan suka menjelajah di kalangan anak muda. 8.2.2 Mengadakan projek usahawan muda bagi menggalakkan anak muda menceburkan diri dalam perindustrian dan perniagaan. 8.3.3 Mewujudkan pusat perniagaan dan kebudayaan untuk anak muda. 8.2.4 Memastikan anak muda diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). 8.2.5 Meningkatkan akses kepada kemudahan-kemudahan sukan milik kerajaan untuk kegunaan anak muda. 8.2.6 Meningkatkan pembangunan sukan.
8.3 Peneroka Felda
8.3.1 Menyokong cadangan mengagihkan tanah Perladangan Felda Sdn. Bhd. kepada generasi kedua peneroka. 8.3.2 Mempercepatkan pengeluaran geran hakmilik tanah kepada peneroka yang telah melunaskan hutang kepada Felda. 8.3.3 Menyokong usaha Felda membina rumah mampu milik di kawasan Felda untuk generasi kedua peneroka. 8.3.4 Bekerjasama dengan Felda menyediakan program pendidikan agama kepada anak-anak peneroka.
8.4 Kebajikan
8.4.1 Memperkasa sistem bantuan kebajikan kepada golongan sasar (warga emas, fakir miskin, golongan berpendaptan rendah, golongan tidak bernasib baik dan orang kurang upaya). 8.4.2 Memberi sumbangan tahunan RM100 kepada warga emas. 8.4.3 Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris). 8.4.4 Memberi bantuan pakaian seragam sekolah bernilai RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang berpendapatan bulanan RM1,500 ke bawah. 8.4.5 Memastikan persekitaran dan prasarana yang akrab OKU di bangunan kerajaan dan menggalakkan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama di premis masing-masing. 8.4.6 Menggalakkan majikan di sektor awam dan swasta memberi pertimbangan istimewa kepada OKU di dalam pengambilan pekerja. 8.4.7 Kerajaan Negeri memberi sumbangan tetap, tertakluk kepada kemampuan kewangan, kepada badan-badan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti kebajikan.
********** Tonggak 9: Rakyat Nan Berbudaya dan Beradat
9.0 Seni Budaya dan Adat
9.1 Merakyatkan seni budaya setiap kaum. 9.2 Menubuhkan Perbadanan Pembangunan Tanah Adat bagi membangunkan tanah adat yang terbiar. 9.3 Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak. 9.4 Menubuhkan sebuah institusi bagi memperkasakan adat perpatih. | |
PAS Kulaijaya Posted: 17 Jan 2012 07:46 AM PST |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan