Rabu, 18 Januari 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


waadat

Posted: 18 Jan 2012 03:53 PM PST

waadat


video umi hafilda dan Azwan Ali berdamai

Posted: 18 Jan 2012 05:41 AM PST

Komen ringkas Tun isu Anwar saiful

Posted: 17 Jan 2012 06:14 PM PST

1. Dalam sejarah kehakiman di Malaysia, Anwar menang pertandingan membuat "appeal" atau rayuan terhadap keputusan mahkamah yang dikenakan kepadanya.

2. Selama empat tahun kita tidak dengar lain selain daripada appeal Anwar terhadap keputusan mahkamah berkenaan dirinya dalam kes Saiful.

3. Awal-awal lagi dituntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah. Dengan itu perbicaraan ditangguh sementara tuntutannya ditimbang oleh mahkamah. Masa berbulan-bulan berlalu kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

4. Setelah diputus yang hakim berkenaan boleh dengar rayuannya, ada lagi rayuan yang dikemukakan.

5. Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah ia akan membuat appeal kepada Mahkamah Rayuan (Appeal Court).

6. Jika Appeal Court bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Federal Court.

7. Jika Federal Court mengesahkan keputusan oleh High Court dan Appeal Court, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Special Court.8. Tetapi apabila Anwar didapati tidak bersalah kerana tidak ada corroborating evidence, hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.

9. Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?

10. Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?

11. Apakah di negara ini keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam, dan sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambilkira?

12. Atau apakah menjadi satu daripada perjuangan Pakatan bahawa apa yang disarankan oleh Anwar dalam BBC bahawa undang-undang negara ini sudah lapok dan perlu ditukar kepada kebebasan untuk meliwat mengikut liberalisme Barat?

Sumber Che Det

posted from Bloggeroid

ulama Pas bidas Anwar

Posted: 17 Jan 2012 03:49 PM PST


Nampaknya ulama PAS pun sudah naik syeh pada Pak Sheh Anwar dengan kenyataan sokong gay.

http://hhalem.blogspot.com/2012/01/dewan-ulamak-pas-membidas-keras-anwar.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

posted from Bloggeroid

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 18 Jan 2012 03:47 PM PST

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Kuasa Ketiga Politik: Dr Hasan Ali, Dr Harun Din, Ustaz Nasa....

Posted: 18 Jan 2012 05:08 AM PST

Pendekatan Nik Aziz Nik Mat yang kononnya hanya menekankan Islam semata-mata, sebagai pokok perjuangan PAS kini semakin goyang. Goyangan itu berlaku akibat gegaran bawah tanah yang semakin kuat....!

Jika diukur dari segi ukuran Richter ia lebih kurang berada pada skala 7.0. Perlu diingat skala magnitud itu semakin naik. Belum dipasti lagi bilakah ia akan mencetuskan gelombang tsunami atau letupan gunung berapi.

PAS kini pada dasarnya sudah terbahagi dua. Sejak pemilihan pada muktamarnya Jun tahun lalu, pepecahan parti itu semakin melebar. Faktor Dr. Hasan Ali jelas memainkan peranan yang signifikan.

Nik Aziz sebaliknya mempunyai perjuangan yang sudah tidak jelas. Ketaksubannya kepada Anwar Ibrahim dan DAP menyebabkan perpecahan itu semakin membesar....

Nik Aziz selaku Mursyidul Am parti, setaraf Ayatullah dalam sistem pemerintahan Iran, semakin banyak membuat kesilapan.

Pendekatan Islamnya kini sudah dipecahkan oleh beliau sendiri apabila bersekongkol dengan cauvinis DAP dan kultus Anwarisme, PKR.

Nik Aziz sejak berdekad enggan menerima UMNO kerana didakwanya berpendirian assabiyah, atau kebangsaan.

Penganalisis politik melihat Nik Aziz kini sudah menjadi sebagai satu liabiliti. Nik Aziz yang mempunyai kebencian yang amat mendalam terhadap UMNO, sejak sekian lama hanya menyuntikkan agenda peribadinya ke dalam PAS....

Di dalam hati Hadi Awang, selaku Presiden PAS, beliau tidak begitu minat dengan cara Nik Aziz itu. Walaupun Hadi dikenali sebagai seorang yang keras ketika berpidato, tapi beliau sebenarnya amat rasional dan lembut.

Beliau tidak selesa bekerjasama dengan DAP dan juga Anwar Ibrahim... Apa yang berlaku selama ini hanyalah silap mata, wayang kulit dan sandiwara semata-mata.

Persoalannya apakah tindakan Hadi yang memecat Dr Hasan adalah disengajakan..? Hadi juga dikatakan salah seorang pendokong kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS..? Beliau tahu Dr Hasan berupaya menggerakkan semula gelombang itu.

Saya difahamkan, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dulu, Hadi dikatakan bertemu dengan Perdana Menteri ketika itu, Pak Lah di Seri Perdana untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Tetapi cadangan itu kemudiannya diketepikan atas bantahan Nik Aziz dan sekutu-sekutunya.

DAP sebaliknya, yang sedang menjalankan perancangannya secara halus dan berstrategik, sebenarnya amat mencurigai Hadi. Mungkin mereka tahu apa yang berada di dalam hati Hadi.

DAP sebalikya mahu menjaga Nik Aziz agar orang tua itu terus dengan sikapnya itu. Disebabkan itu, mungkin Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew dihantar menemui Nik Aziz secara peribadi di kediaman orang tua itu di Kota Bharu, sebaik-baik sahaja Pakatan Pembangkang menang besar dalam PRU-12 dulu?

Kuan Yew juga dalam masa yang sama pergi menemui MB Perak (semasa negeri itu di bawah pegangan DAP), dan juga melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Apakah Singapura, secara rasmi mengiktiraf ketiga-tiga negeri itu, hasil lawatan-lawatan tersebut...?Tapi itulah juga caranya negara-negara kuasa besar melakukan eksesais diplomasinya jika sesuatu rejim baru yang disukainya naik atau mengambil alih sesebuah kerajaan.

Sebagai orang tua yang lurus, kita tidak pasti sama ada Nik Aziz faham semua itu. Namun, orang-orang Pas melihatnya dengan penuh berhati-hati. Bukan semua di dalam parti itu, yang berada di atas saf kepemimpinannya bersetuju dengan cara Nik Aziz itu.

Dr Harun Din, Timbalan Nik Aziz, selaku Timbalan Mursyidul Am mempunyai pemikiran yang tersendiri. Bekas Timbalan Presiden PAS dua penggal, Nasharudin Mat Isa (aka Ustaz Nasa) juga mempunyai perasaannya yang tersendiri. Tidak terkecuali Hadi dan mungkin juga, Azizan Razak sendiri?

Perasaan dan pemikiran mereka juga semakin terserlah sebaik-baik sahaja selesai pemilihan parti 1-5 Jun tahun lepas apabila melihat kumpulan Anwarinas, mengambil alih kepemimpinan dan mengetepikan kumpulan ulama, yang selama ini menjadi tulang belakang Pas. Pemuda juga, yang dipimpin oleh segolongan ulama berpendidikan Timur Tengah, diketuai oleh Nasrudin Hassan juga turut terasa hati.

Kumpulan Anwarinas ini ialah kumpulan yang dikatakan mempunyai pengaruh luaran yang cukup signifikan dengan Anwar Ibrahim. Husam Musa, orang kanan Nik Aziz yang juga anak emasnya dan bercita-cita menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan juga mempunyai perasaan yang cukup mendalam terhadap Anwar.

Selain Husam, Kamaruddin Jaafar (KJ), bekas Setiausaha Agung Pas dikenali sebagai orang yang terlalu rapat dengan Anwar. Beliau juga dikenali sebagai pemikir Anwar melalui Institut Kajian Dasar (IKD), serta menjadi mata dan telinga Anwar dari dalam Pas.

Ya benar, KJ ialah mata dan telinga kepada Anwar. Diperkatakan bahawa setiap perkara penting yang dibincangkan dalam mesyuarat tertutup Pas, pasti akan diketahui oleh Anwar dalam tempoh yang singkat. Secara tidak langsung, Anwar menguasai Pas. Inilah sebenarnya antara parasit yang dimaksudkan oleh Hasan.

Hasan, yang juga salah seorang yang strategis dan pernah terbabit dalam Biro Tata Negara (BTN) amat mengetahui mengenai perkara-perkara ini. Oleh itulah, Hasan perlu dimatikan.

Dalam pemilihan lalu, beliau tiada pilihan selain menarik diri. Ekoran itu jawatannya sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor juga digugurkan, secara paksa. Kemuncaknya jawatan Exconya yang menjaga hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu juga digugurkan.

Semasa memegang jawatan itu hubungan Hasan amat akrab dengan DYMM Al-Sultan Selangor. Ini amat-amat tidak disukai oleh DAP. Pada hari Hasan – satu-satunya dalam barisan Exco Selangor yang dianugerahi dengan pingat Datuk bulan lepas, DAP cukup marah.

Selangor yang dikuasai oleh DAP mahu Hasan disingkirkan segera. Jika KJ menjadi mata dan telinga Anwar dari dalam Pas, DAP beranggapan Hasan pula sebagai duri dalam daging kepada DAP dalam Kerajaan Selangor.

Pergerakan Hasan semasa dalam Exco diperhatikan. Tingkah lakunya diawasi. Malah beliau tidak diundang dalam perbincangan yang melibatkan hal-hal strategik yang bertentangan dengan hak orang Melayu dan Islam.

Namun sebagai seorang Exco, beliau amat dihormati oleh pegawai-pegawai atasan kerajaan Selangor. Banyak maklumat yang berada di bawah pengetahuan beliau. Banyak rahsia songsang kerajaan Selangor pimpinan DAP disalurkan terus ke dalam tangan Hasan.

Kini beliau berada di luar kerajaan Selangor. Beliau mahu menghancurkan parasit yang berada dalam Pas. Beliau mahu membebaskan Selangor daripada penguasaan dan cengkaman DAP.

Beliau kini akan bergerak atas nama Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu. Tiga perkataan ini akan menjadi Kuasa Ketiga bagi beliau.

Dr. Harun Din yang selama ini dikenali sebagai seorang pemimpin Pas sederhana yang percaya kepada soal perpaduan Melayu akan bersama-sama dengan gelombang ini. Selagi beliau masih di dalam Pas, beliau akan cuba mengubah pendekatan yang dibawa oleh Nik Aziz itu.

Ustaz Nasa, kini AJK Pas Pusat dilantik dan Ahli Majlis Syura juga akan turut memainkan peranan penting dalam Kuasa Ketiga ini. Ahli-ahli Parlimen Bebas lain seperti Zulkifli Noordin akan turut serta.

Selepas Kuasa BN, Kuasa Pembangkang, Kuasa Ketiga ini akan bergerak bersama-sama NGO-NGO Melayu Islam yang lain atas misi penyatuan ummah. Mereka percaya tanpa penyatuan ini, DAP akan menguasai negara ini.

Hasan tidak akan membenarkan DAP menguasai negara ini. Beliau sudah tahu siapa itu DAP. Beliau yang berada dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor selama lebih tiga tahun amat arif terhadap taktik licik yang dimainkan oleh DAP. Beliau tidak mahu orang Melayu terperangkap.

Orang Melayu di atas pagar akan menjadi sasaran utama gelombang ini bagi memastikan kuasa itu tercapai. UMNO dan Pas sebenarnya diharapkan akan menjadi broker kuasa utama di negara ini semula atas nama tiga cabang tersebut.

Saya difahamkan satu perancangan sedang diatur untuk melancarkan gelombang ini tidak lama lagi, mungkin Februari ini. Kuasa Ketiga ini akan membawa gelombang yang tidak boleh dilakukan oleh Pas, yang terlalu menjaga hati DAP dan Anwar atau UMNO yang kini berdiri atas pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaannya dengan bangsa-bangsa lain.

Gelombang ini akan mendapat sokongan padu daripada golongan ulama dan para akademik. Marilah kita tunggu wave, kebangkitan gelombang ini. Hasan ternyata semakin bertenaga dan garang. Beliau sedar apa yang berlaku dalam Pakatan Pembangkang kini tidak memihak kepada Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Kita pun sebenarnya nampak perkara itu. Hasan akan menjadi vehicle untuk bergerak ke arah itu. Dan memperbetulkannya.

Kesimpulannya, corak politik Malaysia akan lebih menarik lagi. Kedatangan Kuasa Ketiga ini tepat pada masanya sebelum PRU-13 yang kini berada di hujung jalan....

[Oleh: Datuk Zaini Hassan]

Siapa Upah Azwan Ali Untuk Hina & Serang Peribadi Ummi Hafilda..?

Posted: 18 Jan 2012 01:39 AM PST


Komen Tun Mahathir....

Posted: 17 Jan 2012 05:45 PM PST

Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukar untuk mencari individu lain yang menang dalam membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah yang disabitkan terhadap mereka, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata sejak didakwa atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, tidak ada perkara lain yang didengar selama empat tahun itu selain daripada rayuan Anwar terhadap keputusan mahkamah berhubung dirinya dalam kes itu.

Namun, katanya, yang menjadi persoalan ialah, apabila Anwar yang juga ketua pembangkang didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini kerana tidak ada "mentahkikkan keterangan", hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.

"Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?

"Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?," kata Dr Mahathir dalam entri terbaru blognya berjudul "Hak Merayu" , Selasa.

Entri itu dipercayai merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin pembangkang yang membidas Mohd Saiful Bukhari dan bapanya Azlan Mohd Lazim kerana memohon supaya Peguam Negara membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi, yang memutuskan Anwar tidak bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya itu pada 9 Jan lepas.

Dr Mahathir mempersoalkan apakah keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al-Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam.Pada Jumaat 18 Ogos 2008, Mohd Saiful Bukhari mengangkat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dengan mendakwa Anwar telah meliwat dirinya dalam keadaan paksa.

"...dan apakah sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambil kira," soal Dr Mahathir.

Beliau berkata jika keputusan mahkamah baru-baru ini tidak menyebelahi Anwar, beliau percaya penasihat Parti Keadilan Rakyat itu akan membuat rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi.

Menurutnya dari awal perbicaraan kes itu lagi, Anwar telah menuntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah sehingga perbicaraan ditangguh berbulan-bulan sementara tuntutannya ditimbang kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

"Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah dia akan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan jika Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Mahkamah Persekutuan.

"Jika Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Mahkamah Khas,"katanya.

Dr Mahathir turut mempersoalkan apakah menjadi satu daripada perjuangan pakatan pembangkang, sepertimana yang disarankan Anwar dalam wawancara dengan BBC di Mumbai India baru-baru ini, bahawa undang-undang negara sudah lapuk dan perlu ditukar.

Dalam sesi wawancara itu, Anwar ketika menjawab soalan berkaitan hak-hak golongan gay dan sama ada beliau bersedia untuk menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay", berkata terdapat keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan. - BERNAMA

Apa Yang Tersirat

Posted: 18 Jan 2012 03:29 PM PST

Apa Yang Tersirat


Manusia HANG TUAH itu HANYA MISTIK: PAKAR SEJARAH

Posted: 18 Jan 2012 03:06 PM PST

Matlamat menjadi tamadun moderat tidak akan tercapai jika subjek sejarah terus dipinggirkan oleh pelajar di negara ini, kata tokoh sejarawan negara Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau juga berasa bingung dengan situasi yang berlaku di negara ini sekarang apabila ramai pelajar tidak tahu sejarah negara, sedangkan subjek itu merupakan ibu kepada segala bidang.

"Memang amat menyedihkan, ketika kita menjadi semakin moden kita menjadi bertambah jahil, tetapi kita amat bagus berkonfrontasi. Tanya mereka tentang Malaysia...siapa orang Melayu pertama menjadi doktor, siapa yang pertama menjadi penjawat awam, mereka tidak tahu...90 daripada 100 kali ditanya mereka tidak dapat jawab," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Peranan Pendidikan dalam Menyuburkan Kesederhanaan" di Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Global (ICGMM).

Khoo juga mendedahkan bilangan pelajar yang mengambil subjek sejarah semakin merosot, di mana Jabatan Sejarah di Universiti Malaysia yang sebelum ini menerima 1,300 pelajar setahun kini hanya disertai tidak lebih 300 penuntut.

Pada masa yang sama, Khoo berkata adalah penting bagi subjek itu diberi penekanan daripada segi fakta bukan unsur mistik.

"Saya banyak dikritik kebelakangan ini kerana saya mengatakan tidak wujud manusia seperti Hang Tuah, Hang Jebat yang mereka fikir amat penting. Jika anda tidak bersetuju tunjukkan bukti kepada saya, padahal bagi saya mereka sekadar unsur mistik dan anda tidak boleh memberi penekanan kepada unsur mistik.

"Di Kuala Lumpur misalnya, ada Jalan Hang Tuah, Jalan Hang Jebat tetapi tidak ada Jalan Sutan Puasa (dan) beliau pemimpin Mandailing, yang pertama membuka KL (Kuala Lumpur)," katanya yang menyarankan kajian semula subjek sejarah.

Ditemui selepas itu, Khoo berkata bagi menghasilkan masyarakat moderat, sistem pendidikan harus memberi lebih penekanan kepada nilai murni bagi mengelakkan pelajar menjadi bangsa materialistik.

"...kalau kita sebut perkara itu (nilai murni) kepada mereka di universiti, mereka akan ketawa, yang mereka mahu ialah cara yang paling cepat untuk jadi kaya, materialisme sudah begitu penting dalam masyarakat kita," katanya.

Ditanya sama ada konsep kesederhanaan dapat dilaksanakan dalam sistem pendidikan, Khoo berkata perkara itu boleh dilakukan dengan syarat pelajar sentiasa diberi nasihat yang sewajarnya sepanjang masa.

"Kalau kita nak mengutamakan aspek itu kita perlu meyakinkan murid-murid kita supaya mereka seharusnya lebih sabar, jangan nak bergaduh sahaja," katanya.- Bernama

Hassan Ali bagaikan buah buruk: Subky Latif

Posted: 18 Jan 2012 03:00 AM PST

Veteran PAS Subky Abdul Latif mengibaratkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali seperti "buah buruk" yang akan jatuh bila-bila masa tanpa perlu "dijolok."

Beliau juga berkata Hasan kini hanya "orang luar" dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan PAS pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hasan (gambar) dipecat keanggotaannya pada 8 Januari lalu kerana berulang kali mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam itu.

"Beliau (Hasan) bukan lagi ahli PAS, jadi suka hati beliau nak kata apa...kita tidak boleh nak arahkan beliau lagi sebab beliau sudah dipecat, demikian Subky.

"Kalau kita layan pun tak guna, tidak jejaskan kita dan Pakatan Rakyat. Beliau ibarat buah buruk, buah buruk ini kalau dijolok jatuh...tak dijolok pun jatuh sendiri. Jadi kita tidak perlu buat apa-apa," kata Subky.

"Beliau bukan orang pertama yang keluar dari Pakatan Rakyat, dalam PAS beliau orang pertama.

"Terpulang kepada beliau nak kata apa...tak usah peduli, buang masa sahaja," katanya.

Semenjak dipecat, Hasan telah mengeluarkan pelbagai kenyataan terhadap PAS, Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Hasan juga menjelajah ke seluruh negara untuk memberi penjelasan sebenar tentang pemecatannya selain mahu mendedahkan kumpulan "parasit" dalam PAS yang didakwanya telah memesongkan parti itu daripada landasan perjuangan Islam.

Kata Hasan, identiti kumpulan berkenaan hanya akan didedahkannya dalam program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.

Menyentuh mengenai kewujudan "parasit" dalam PAS, Subky secara berseloroh berkata ia bukan masalah kepada parti Islam itu untuk "tangkap dan masukkan dalam botol" kerana dibarisi ramai tokoh agama.

"Parasit ini satu jenis makhluk spesis hantu, dalam PAS kita ada Datuk Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am) dan Datuk Ismail Kamus yang boleh kenal parasit sebab mereka ini pengamal perubatan Islam.

"Mereka boleh tangkap parasit dan masukkan dalam botol kalau betul-betul ada," katanya sambil ketawa.

Dr Rani Osman diketepi ganti Hassan Ali

Posted: 17 Jan 2012 10:20 PM PST

ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus (seorang doktor perubatan) telah dipilih menggantikan Dr Hassan Ali yang telah digugurkan daripada exco Kerajaan Selangor, Jumaat lalu.

Angin yang bertiup kencang sebelum ini, bahawa Pesurujaya Pas negeri Dr Rani Osman akan menggantikan Hassan, ternyata meleleset.

Perlantikan Ahmad menimbulkan berbagai tanggapan, bahawa pemimpin Pas diketepikan dalam kerajaan Selangor.

Halal Homoseksual: Anwar saman Utusan RM50juta

Posted: 17 Jan 2012 03:35 PM PST

ISU ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia baru-baru ini mendakwa Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan ketua pembangkang itu mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Akhbar itu dalam laporan muka depan bertajuk "Anwar ulas isu gay" turut mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.

Ekoran wawancara Anwar dengan BBC,bekas Pesurujaya Pas Selangor yang dipecat meminta agar rakyat menolak Anwar, kerana pendirian peribadinya itu boleh mendantangkan huruhara dalam negara.

Menurut Surendran yang juga naib presiden PKR, semasa temubual bersama BBC Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan "Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak."

Dalam pernyataan tuntutan yang diserahkan kepada pengurusan Utusan Malaysia, Anwar menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam untuk melaksanakan tuntutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar menuntut Utusan Malaysia menarik balik segala laporan palsu dan permohonan maaf terhadap dirinya dan menuntut permohonan maaf disiarkan di muka hadapan akhbar itu.

Anwar menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 18 Jan 2012 03:23 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


PARTI2 MELAYU/ISLAM SEDANG MENYIAPKAN TALI GANTUNG UNTUK BUNUH DIRI

Posted: 17 Jan 2012 11:26 PM PST

Pokok yang keras, tinggi dan rendang, menjadi kuat dan kukuh kerana teras dan akarnya. Bahagian yang paling keras dan tahan pada sebatang pokok adalah pada bahagian terasnya. Kukuhnya cengkaman sebatang pokok itu terletak kepada akarnya.

Bahagian teras kepada pokok inilah yang dijadikan tiang seri apabila menegakkan sesebuah rumah bagi masyarakat melayu. Tiang-tiang lain yang menyokong tertegaknya sesebuah rumah itu diambil dari bahagian luar teras pada sebatang pokok. Begitu juga dengan lain-lain komponen rumah seperti dinding dan lantai.

Itulah antara rahsia yang menyebabkan jangka hayat sesebuah rumah melayu boleh bertahan hingga ratusan tahun.

Hari ini kita boleh lihat bukti kepada rahsia ini. 

Rumah polis pencen yang dibina di Kampong tahun awal 80an pun sudah banyak yang reput dimakan hari dan anai, sebaliknya rumah lama yang sudah ratusan tahun masih kukuh tegak berdiri.

Falsafah ulung minang menyebut, "alam terkembang jadi guru" memang berasas dan terlalu tinggi maksudnya. Falsafah ini menjadi suluh dan pedoman hidup masyarakat minang sejak ratusan tahun.

Analogi "teras pada pokok" ini juga adalah sebahagian dari guru pada alam.

Kesempurnaan sesuatu kejadian sudah pasti ada kelaziman, aturan dan tertib yang tertentu yang menyebabkan tercapainya kesempurnaan itu.

Kesempurnaan sesebuah negara itu juga ada aturan dan tertibnya yang tertentu yang menyebabkan negara itu menjadi sempurna, hasil mahsyulnya makmur dan kehidupan rakyatnya harmoni.

Ia tidak terjadi dengan sendiri.

Teras bagi sesebuah negara sudah pasti berbeza seumpama teras pada pokok yang mana ia berbeza mengikut jenis kayu. Lain jenis kayu, lainlah kualiti dan kesesuaian kegunaannya. 

Teras pembinaan negara ini adalah didasarkan kepada asal-usul dan latar belakang sejarahnya, proses evolusi dan migrasi penduduk yang berlaku, kepercayaan dan budaya masyarakatnya serta pelbagai lagi faktor yang wujud  di persekitaran itu secara lazimnya.

Boleh kita simpulkan terbinanya negara ini adalah diasaskan kepada 3 teras utama, iaitu rupabentuk kepercayaan, kepelbagaian bangsa dan budaya yang wujud dan asal-usul atau asal-muasal sesebuah tanah air itu.

Hakikat ini mahu tidak mahu tiada siapa yang boleh menafikannya. Hanya mereka-mereka yang tidak mahu menerima realiti sahaja dengan bertuhankan kesombongan, riak dan takbur dirinya akan menafikan semua hakikat ini.

Selama mana teras ini digunakan dan diakui kebenarannya, selagi itulah negara akan terus utuh dan kukuh binaannya seperti mana aturan dan tertib senibina melayu.

Apabila ada pihak yang tidak mahu mengguna pakai lagi teras asas ini, dan bertindak menukar dan mencari teras yang selain darinya, maka sudah pasti hasil dan kualiti binaan baru ini akan berbeza dengan hasil dan kualiti binaan lama yang dibina berasaskan kelaziman aturan dan tertib asas sesebuah binaan.

Jika kayu meranti ditukar kepada kayu cengal, mungkin binaan itu akan menjadi lebih kukuh. Sebaliknya, jika kayu meranti diganti dengan kayu pulai yang kelihatan rendang tapi rapuh, maka binaan itu tidak akan bertahan atau kekal lama.

Perlu diingat, rasmi pokok pulai, daunnya lebar, batang dan dahannya kelihatan licin, rendang dan cantik tapi sayang, terasnya "lompong dan rapuh".

Apakah wajar kelaziman pulai yang cepat mati dan kering, yang pasa lazimnya sesuai dijadikan unggun api untuk memasak lemang, dijadikan pula tiang seri membina rumah untuk keturunan hidup dan berkembang?

Sanggupkah kita melihat satu hari nanti anak, cucu dan cicit yang telah berkembang-biak, punah dengan sekelip mata dek gara-gara kecuaian dan kesilapan kita meletakkan asas yang salah dalam mendirikan sebuah institusi terpenting dalam usaha membina generasi masa depan?

Jika perjuangan berasaskan alif, ba, ta itu telah terbukti berjaya mendatangkan kejayaan kepada negara bangsa, kenapa ada pemimpin yang cuai dan cuba memandai-mandai mencipta dan mencari asas yang selain darinya, walhal asas ini belum pernah terbukti menjamin kejayaan?

Pemimpin dan parti-parti politik yang wujud hari ini harus memikirkan semula apakah keberanian mereka mengubah prinsip asas perjuangan demi maksud, samada untuk mengekalkan kuasa atau merampas kuasa ini, sudah difikirkan baik-buruknya secara mendalam untuk masa depan generasi?

Apakah "tukang" dan jurubina negara ini punya asas yang kukuh untuk menukar teras tiang seri cengal kepada teras pulai yang rapuh? Apakah hanya kerana pulai kelihatan cantik pada luaran dan mampu menarik minat ramai, maka ia sudah cukup untuk dijadikan teras?

Hari ini pokok "tut" dan pokok impot yang cantik-cantik terlalu banyak di pasaran hingga ramai yang sudah terkeliru mana satu yang betul-betul ori.

Pokok "mahkamah tinggi" diganti dengan pokok "mahkamah rakyat".
Pokok "ketuanan melayu" ditukar kepada "pokok ketuanan rakyat".
Pokok "islam sebagai agama rasmi disamping agama lain bebas diamalkan oleh penganutnya" sudah diganti dengan prosa "kepercayaan antara agama boleh dijadikan titik persamaan antara agama".
"Tiada tuhan melainkan ALLAH" sudah diliberalkan menjadi "Allah untuk semua agama".
Pokok perkara 11 perlembagaan menyebut "penganut agama lain tidak boleh menyebarkan kepercayaan mereka kepada penganut agama Islam" sudah ditebang tebas oleh khalid Al Walid PKR dan dibakar pula oleh Khalid Al Walid PAS hingga Hasan Ali hangus rentung akibat menentang kemurtadan.
Hutan belantara keistimewaan melayu/bumiputera sudah gondol 
menjadi hutan KSK akibat dari "kepandaian tak boleh diikut" pemimpin melayu Islam sendiri yang memperlekehkan segala peruntukan perlembagaan yang melindungi segala keistimewaan ini

Banyak lagi teras penting yang membolehkan negara ini selamat, aman dan makmur sudah dan sedang digantikan dengan teras-teras yang berbunyi molek tapi pada hakikatnya sedang disusun rapi untuk dimusnahkan satu persatu.

Kita hari ini ibarat pesalah yang sedang menunggu hukuman di tali gantung yang dibuat sendiri.

Parti-parti politik islam/melayu di negara ini sedang bekerja keras menyiapkan tali gantung ahli jemaah masing-masing yang beragama islam dan berbangsa melayu.

Cucu Tok Selampit

Posted: 18 Jan 2012 02:35 PM PST

Cucu Tok Selampit


Lagi Ugutan Bunuh Buat Perdana Menteri DS Najib Tun Razak c.c. @PDRMsia

Posted: 18 Jan 2012 01:35 AM PST

Selepas seorang mahasiswa Universiti Sains Malaysia,  Janartana V Chandra, direman kerana mengugut untuk mengebom pesawat yang dinaiki Perdana Perdana Menteri, seorang lagi pengguna laman sosial Facebook, Peinee Teoh telah mengeluarkan ugutan bunuh yang lebih kurang sama.


Kenyataan yang berbunyi, "butuh najib, you naik kapal terbang, nanti saya tembak kapal terbang awak". Butiran pengguna Facebook berkenaan adalah seperti berikut:

URL - https://www.facebook.com/rianne.peinee
Nama - Peinee Teoh
Tempat belajar - AIMST University.
Tempat tinggal - Alor Setar, Kedah.

Kita mengaharapkan pihak polis dapat membuat siasatan yang sewajarnya ke atas ugutan bunuh ini sama ada ianya dibuat secara serius ataupun secara main-main.

Terkini Dari Perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut - "Mayat" Digantung!

Posted: 18 Jan 2012 12:08 AM PST


Budak-budak Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pada masa sekarang sedang berdemonstrasi di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Tempat asal untuk mereka menunjukkan perasaan pada asalnya di hadapan kompleks beli belah Sogo telah diubah memandangkan kehadiran anggota Polis mengawal keadaan dan keselamatan orang ramai.

Demonstrasi kali ini selain dari "trademark" SMM iaitu "Bebaskan Akademik", SMM kali ini kononya memperjuangkan nasib pelajar-pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang tertindas. KUIN buat pengetahuan semua terletak di negeri jajahan Pakatan Haram iaitu di Kedah. Pengerusi SMM, Shukri Razab dan wakil KUIN, Aiman Razab (adik beradik?) turut hadir.


Hattan Enggan Mengulas Gambar Kontroversi Bekas Isterinya, Farah Asyikin

Posted: 17 Jan 2012 10:16 PM PST


Penyanyi yang terkenal dengan vokal tinggi serta lantang, Hattan tidak berminat untuk memberi sebarang komen mengenai isu perceraiannya yang disahkan pada 19 Januari lalu. Sebaliknya penyanyi itu lebih berminat untuk bertenang dan menjalani kehidupan seperti biasa. Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 48, disahkan bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Farah Asyikin Othman di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, selepas kira-kira dua bulan mendirikan rumah tangga.

Hattan menikahi Farah Asyikin pada pada 11 November tahun lalu di Seri Menanti, Negeri Sembilan selepas menduda selama enam tahun. Difahamkan, punca membawa kepada perceraian pasangan tersebut apabila foto Farah Asyikin menunjukkan sedang berpelukan dengan seorang lelaki di atas katil tersebar. Bagaimanapun, Hattan enggan mengulas lanjut tentang isu foto berkenaan. Hattan berkata selepas melalui detik sukar tersebut, dia akan meneruskan kehidupan serta menguruskan perniagaannya seperti biasa.

Datuk Ahmad Maslan Menjawab Fitnah Ke Atasnya

Posted: 17 Jan 2012 06:52 PM PST

Sejak semalam, fitnah ke atas Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dilancarkan di laman sosial Facebook. CTS tidak membuat posting mengenainya memandangkan CTS kenal sangat dengan Datuk Ahmad Maslan. Tidak mungkin Datuk Ahmad Maslan akan mengelarkan bloggers Pro Kerajaan sebagai sampah. Berikut adalah jawapan Datuk Ahmad Maslan di laman Facebook beliau:


Pihak pembangkang sudah terdesak gila untuk melaga-lagakan jentera UMNO dan Barisan Nasional terutama di kalangan bloggers dan cybertroopers mesra Kerajaan. CTS nasihatkan kita semua agar lebih berhati-hati di masa hadapan dan tidak terperangkap dengan mainan kotor pihak pembangkang. Jawapan dari tuan punya diri perlu diperolehi sebelum membuat andaian dan tohmahan. Buat Datuk Ahmad Maslan, bersabarlah dengan fitnah ini. Kami sentiasa dengan Datuk dalam perjuangan ini.

Tahniah Dr Ahmad Yunus Mengantikan Dr Hassan Ali Sebagai EXCO

Posted: 17 Jan 2012 05:44 PM PST


Tahniah CTS ucapkan kepada Dr Ahmad Yunus Hairi, ADUN Sejangkang kerana bakal mengangkat sumpah pagi ini sebagai EXCO. Berita ini mengembirakan banyak pihak memandangkan pencalonan daripada P"Gay"R dan DAP, Dr Rani Osman, yang juga ADUN Meru, telah ditolak oleh pihak Istana. Dr Ahmad Yunus pagi ini berada di Istana Bukit Kayangan untuk mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor.

Dr Ahmad Yunus akan memeagang portfolio Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan dan agak mengejutkan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim akan memegang portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. CTS petik kata-kata YB Zulkifli Nordin di dalam laman sosial Twitter nya:
"Khalid Ibrahim jage portfolio Hal Ehwal Islam yop? PAS jage Adat Istiadat Melayu? PKR lebih Islamik dari PAS? Begitu Allah aibkan PAS yop! Insaflah!"
Apakah Dr Ahmad Yunus akan mendapat tentangan dan mengalami nasib yang sama dengan Dr Hassan Ali, kerana tidak mendapat sokongan daripada P"Gay"R dan DAP Selangor, sama-sama kita tunggu dan lihat. Dr Rani kekal sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor yang bukan seorang EXCO. Daulat Tuanku!

THE FLYING KICK

Posted: 18 Jan 2012 02:18 PM PST

THE FLYING KICK


RBF ONLINE RUPA-RUPANYA TUN FAIZAL, EXCO PEMUDA!!!

Posted: 18 Jan 2012 01:05 PM PST

WILLIAM LEONG MINTA SPRM DAN PIHAK BERKUASA SOALSIASAT ANWAR LARIKAN DUIT NEGARA!!!

Posted: 18 Jan 2012 07:05 AM PST

LAGI PELAJAAR UNIVERSITI ANCAM BUNUH NAJIB!!!!

Posted: 18 Jan 2012 05:08 AM PST

KHALID IBRAHIM SEBAGAI EXCO HAL EHWAL ISLAM SELANGOR? MASYA-ALLAH!!!!

Posted: 18 Jan 2012 04:05 AM PST

NI SIAPA PULA YANG NIAYAKAN NIK AZIZ DENGAN LAMBANG SALIB?

Posted: 18 Jan 2012 01:53 AM PST

BESAR SUNGGUH KEPALA AMBIGA!!!

Posted: 17 Jan 2012 07:00 PM PST

AZMIN SURUH AZWAN BUNUH DAN BAKAR UMMI HAFILDA!!!

Posted: 17 Jan 2012 05:30 PM PST

MALU PUNYA FASAL, ANWAR SAMAN UTUSAN RM50 JUTA!!!

Posted: 17 Jan 2012 04:00 PM PST

VIDEO: PEREMPUAN TERJUN KE JALAN RAYA UNTUK BUNUH DIRI TAPI TAK MATI!!!

Posted: 17 Jan 2012 03:00 PM PST

JEBAT BERKOKOK

Posted: 18 Jan 2012 02:00 PM PST

JEBAT BERKOKOK


Berilah hak itu kepada Saiful

Posted: 17 Jan 2012 07:44 PM PST



Ada orang yang bijaksana dalam bidang agama selalu berpesan 'Alangkah susahnya menjadi seorang peguam lebih-lebih lagi seorang hakim kerana bidang kerja itu antara yang berat tanggungjawabnya yang sudah pasti menagih keadilan yang bukan sahaja akan dihitung di dunia malah lebih berat lagi akan dihitung di akhirat kelak'.

Tentunya ada benar dengan ungkapan orang yang bijaksana agama itu kerana kerja peguam membela anak guamnya dan tentulah matlamat akhir adalah untuk memenangi kes yang dibicarakan di mahkamah. Mungkin ada peguam yang tahu bahawa anak guamnya melakukan kesalahan yang dibicarakan itu tetapi atas kapasitinya sebagai peguam mahu tidak mahu dan tidak punya pilihan lain, peguam tersebut harus mempertahankan anak guamnya. Buruk kepada integriti guamannya jika sering kalah di dalam kes perbicaraan.

Natijah daripada itulah, manusia sering terlupa bahawa hukum Islam 'yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah' adalah kemuncak kepada keimanan. Penyakit dinar adalah penyakit yang sering mengalpakan manusia daripada hakikat Qada dan Qadar dan sering membuatkan manusia lupa siapa yang berkuasa.

Kuasa manusia bukan sahaja sebenarnya tidak wujud di dunia tetapi jauh daripada itu tidak pernah wujud di akhirat. Sebagai pelakon yang diamanahkan untuk 'berlakon' apalah kudrat yang ada selain dari hanya mengikut 'skrip'. Sebagai pelakon yang bijak dan berotak mengapa manusia masih lagi lupa untuk membedakan mana skrip yang baik dan mana pula skrip yang menyesatkan. Jika tidak digunakan otak sebaiknya, tidak ubahlah manusia seperti haiwan yang tidak sanggup untuk memegang amanah.

Hak adalah pintu yang membawa kepada keadilan. Jika hak dinafikan maka secara langsungnya keadilan juga dinafikan. Hak untuk membuat rayuan bagi Saiful Bukhari adalah hak untuk mendapat keadilan. Hak adalah anugerah Tuhan sebagai tanda sayangnya Tuhan kepada makhluknya dan sebagai tanda demokrasinya Islam tetapi demokrasi di dalam Islam tidaklah sama dengan demokrasi yang diperjuangkan oleh segolongan manusia kerana sejauh mana pun kebaikan demokrasi, apa yang tergaris di dalam Al Quran tidaklah dapat meninggikan darjat demokrasi yang terpakai di dunia. 

Berilah hak itu kepada Saiful Bukhari kerana hak itu sekadar hak di dunia dan penafian untuk memberi hak itu  sekadar menggambarkan anda sebenarnya terlupa bahawa cerita sebenarnya adalah hakikat pengadilan di akhirat kelak.

Adakah anda takut kepada hak di dunia melebihi keadilan di akhirat?

DIMENSI

Posted: 18 Jan 2012 01:55 PM PST

DIMENSI


Omegay: Rayuan saiful..AG tolong la dengar rintihan anak muda ni..

Posted: 18 Jan 2012 06:55 AM PST


Omegay: khalid handel hal ehwal agama - pasrael di sampah sarapkan huhuhu >XD

Posted: 18 Jan 2012 05:05 AM PST


pasrael di malukan..peegayrar jaga syurga and deeayypig back in business...kehkehkehkeh >XD

Omegay: Panas membara!!..sah Dr Rani Mukherjee pegang jawatan!..>XD

Posted: 17 Jan 2012 09:30 PM PST


DR Rani Osman barangkali ketika ini berbaju hitam,bersongkok ataupun bertanjak dan bersampin sedang mengadap gambar Sultan Selangor yang digantung dirumahnya  sambil mengangkat tangan untuk mengangkat sumpah  menyimpan rahsia memegang jawatan Exco bagi menggantikan Hassan Ali yang dipecat serta dilucutkan semua jawatan dalam PAS.Barangkali itulah keadaannya ketika ini! - klik sini 

nanti duluuu...pegang jawatan dlm mimpi daaa huhuhu..kesian dr ayam tuh..dah letakkan harapan setinggi gunung himalaya. siap menari2 berlari2 keanak anakan di puncak sana dengan gumbira. mungkin jugak dia dh panggil sanak sedare datang kenduri kendara. 

malangnya "ku sangka panas hingga ke petang rupenya ribut dan guruh berdentam dentum hujan tak jadi!...aduss..adusss...lalu tegolek lah dia bagai batu giling, beguling2 la dia di kaki gunung..kelepekk di depan kaki anuwar berahi! kehkehkehkeh >XD

Omegay: Parashit Pas memang shit! huhuhu

Posted: 17 Jan 2012 06:30 PM PST


Selain itu Mohd Sany berkata, tindakan Hasan menggunakan saluran media bagi menegur masalah yang wujud dalam PAS turut dilihat mahu meletakkan kesilapan diri tehadap orang lain termasuk mewujudkan fitnah mengenai parasit dalam parti.

"Sebagai orang yang pernah memegang jawatan tinggi di dalam PAS dan berpengalaman sebagai seorang ahli motivasi, Datuk Dr Hasan sepatutnya berjiwa besar untuk menerima teguran dan keputusan parti serta mengikut prosedur parti untuk merayu keputusan pemecatan beliau. - mstar

poooodahh!..hasan ali baru tegur pasal akidah korang dah melenting. khalid gagap tegur tau plak korang tunduk layu mcm daun pisang kering!..ajak himpun pertahan akidah korang jual mahal. tapi anuwar ajak demo sokong meliwat korang siap berani mati bawak bom semata2 nak pertahan aktiviti songsang dia!..jgn jadi pundek pandikutti lerr brader kehkehkehkehkeh >XD

Omegay: Assmin dalang di sebalik ugutan asswan?..huhuhu

Posted: 17 Jan 2012 04:30 PM PST

ketua goblok

si goblok

"Difahamkan, berdasarkan keterangan yang diambil daripada Azwan pada hari sama, beliau mendakwa ugutan itu dibuat atas arahan abangnya, Azmin Ali dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kandungan Twitter berkenaan." - Utusan Malaysiaku sayang

kire 2 ekor ni sama2 asshole jek!..sleybet btol lerr kehkehkehkeh

Kata Pakteh...!!

Posted: 18 Jan 2012 01:55 PM PST

Kata Pakteh...!!


hehehe..." pemberitaan bertaraf babi " kata Setpol MB Kedah

Posted: 18 Jan 2012 12:44 AM PST

Bukan nak promosikan blog Ketua Penerangan Pas Kedah tetapi Pakteh terkejut. Ini betoi-betoi punya terkejut. Penggunaan bahasa sebegini tidak sewajarnya diguna-pakai oleh Tn Hj Sanusi. Pakteh yang serba kekurangan juga sebenarnya terkemut lubang pungkoq untuk menggunakan perkataan BABI.

Penggunaan nama binatang yang diharamkan itu oleh Tn Hj Sanusi, Setpol MB Kedah yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah memberi peluang kepada Pakteh untuk menilai hasil penulisan Harakah dan Malaysiakini. Pakteh sering juga mempertikaikan Malaysiakini. Penulisannya juga amat teruk, apatah lagi harakah namun tidak sehingga MEMBABIKAN akhbar tersebut apatah lagi organisasi yang menguasainya.

Namun apabila difikirkan semula....apa boleh buat...kalau dah ahli PAS tu...mana boleh dipisahkan maki hamun dan cela nista.....


hehehe...ingatkan Tn Hj Sanusi terkecuali dari golongan pemaki ini.....aduih...ghupernyer Pakteh silap....Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Janji-janji DAJJAL........Anwar sudah hilang kemaluannya

Posted: 17 Jan 2012 04:39 PM PST

Diakhir zaman, dajjal menjanjikan bulan dan bintang
Dipenghujung kehidupan, dajjal menjanjikan permulaan kebahagian
Dipenamat garisan, dajjal menjanjikan kemenangan

Sebagai ketua kepada PR, Anwar menjanjikan 16 September sebagai hari menduduki Putrajaya
Akhirnya itu hanya auta belaka (bukan auta si celaka).

Sebagai ketua PR, Anwar menjanjikan harga minyak akan turun jika PR menduduki Putrajaya, akhirnya Kedah naikkan harga air kepada rakyatnya agar lebih sengsara (bukan SEJAHTERA)
Sebagai Ketua PR, Anwar janjikan keamanan dan kemakmuran jika menduduki Putrajaya, akhirnya keamanan di celakakan dengan BERSIH 2.0. Bukan aman yang diberikan, kerosakan dan huru hara yang diciptakan.

Sebagai ketua PR, Anwar menjanjikan tiada nepotise dalam pemerintahan di Putrajaya tapi Anwar Ketua Umum, Azizah Presiden dan Nurul Izzah Naib Presiden......Janji hanya kepada kepala lutut, bukan kepada rakyat yang mempunyai OTAK.

Sebagai Ketua PR, Anwar menjanjikan gabungan parti yang terbaik namun Haji Hadi dan Karpal Sigh tidak pernah selari perjuangannya. Hudud sudah tiada, negara Islam kini hanya negara Berkebajikan..sungguh baik gabungan Anwar.

Sebagai Ketua PR, Anwar menjanjikan agama Islam terpelihara namun Anwar menyokong penggunaan nama Allah oleh Kristian, Anwar menyokong bible dalam bahasa Melayu, Anwar menyokong Pluralise agama, malah terkini Anwar menyokong LBGT.

Sebagai Ketua PR, Anwar menjanjikan rakyat yang mempunyai keluarga bahagia tetapi video China Doll membuktikan sebaliknya. Ya...secara teknikal..Anwar juga dibebaskan dari kesalahan meliwat Saiful tetapi apa kata rakyat?

Sebagai Ketua PR, Anwar cuba membuktikan pengurusannya terbaik, namun Selangor kini sudah menjadi negeri sampah. rakyat Selangor sudah bangkit dan sedar apabila kebodohan anak didik Anwar menjadi punca Selangor menjadi negeri sampah. Jika semudah menguruskan SAMPAH pun Anwar tak mampu ajar...bagaimana pula nak impikan Putrajaya

Sebagai Ketua PR, Anwar menunjukkan kebebalannya terhadap BN. Projek SYABAS diganggu gugat. KINI TERSERLAH...Air Selangor sudah dicatu..........
Yang tinggal cuma DAJJAL mengandar air dan menjanjikan itulah nikmat dah kebahagian.....

Sebagai ketua PR, Anwar menjanjikan Malaysia yang terbaik untuk rakyat Malaysia namun Anwar juga yang meruntuhkan nama Malaysia di mata dunia. Ceruk rantau dunia mana yang tidak pernah Anwar guna untuk burukkan nama Malaysia. Tidak pernah ada dalam sejarah Malaysia seorang pemimpin samada kerajaan atau pembangkang yang memburukkan negara sendiri kecuali Anwar

Akhirnya...Azizah mengiktiraf Anwar sebagai Anu-gerah tuhan
Terkini...pengikut setia mengiktiraf Anwar sebagai Iman Mahdi

Benarlah......Dajjal telah lama muncul.....cumaaaa....rakyat kini makin menyedari kemunculannya.....
Benar juga...Dajjal itu bermata satu........satu mata yang hanya melihat keburukan.....

Kedah Ke KL - MctHeory

Posted: 18 Jan 2012 01:44 PM PST

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Kadiaq Mamak Mula Bermanja-manja Dengan Anwar Ibrahim!!

Posted: 18 Jan 2012 06:16 AM PST

Ishh.. dalam hutan banyak muka macam ni..


Cewahh.. Anwar ajar Kadiaq mamak main twitter.  Dengar kata Kadiaq nak dedahkan rahsia kerajaan? Betui ka?

Takkat dok kata UMNO rasuah tu, hang boleh la dok buat cerita. Sedangkan hang sendiri yang buat. Sebab tu DS Najib tak mau ambil hang balik, sebab hang menteri paling banyak masalah. Sampah-sampah macam ni, memang sesuai la PKR dok kutip.

Orang Kedah tak suka hang, hang dok buat leceh pulak kat sana no. Berapa juta hang dok kencing kat sini, rumah umpama Istana, lepas tu hang dok kutuk UMNO macam-macam. Memang hang nak gantung diri la lepas ni.

Anwar ni kaki pelacur, jantan betina dia sapu, tapi hang mungkin dia tak sapu la kot, sebab muka pun ada iras-iras orang Utan, dia pun tak suka yang karat-karat macam hang tu.

Tapi hangpa memang boleh geng la, gila China Doll.. nanti bila hang pi Siam, boleh ajak Anwar sekali. Mc tau, hang bukan jenis layan sorang-sorang, layan sekali dua. Dahsyat mamak Kadiaq ni.

Pasal Bersih 3.0 tu hang nak pi dok depan sekali? Pi la Kadiaq, cakap memang pong pang pong pang bila kena kejut sikit nanti, kita tengok la sapa nak lari dulu.

Orang Kedah kenai sangat dengan hang la Kadiaq aihh..


McTheory:
Takkat Kadiaq ni kami tak heran la Anwar oi..

KASI PANAS!! Video Kenyataan Media Azwan Ali pulak bercakap!!

Posted: 18 Jan 2012 04:05 AM PST


Atas permintaan ramai.. ni Video Azwan pulak bercakap..

PANASS!! Video Kenyataan Media Ummi Hafilda dan Azwan Ali!!

Posted: 18 Jan 2012 01:16 AM PST


Minta maaf meraung bak orang gila. Sedih la konon? Pi raahh.. Jangan insaf sekarang ni saja, lepas ni buat balik pulak. Orang krisis identiti ni mana boleh percaya janjinya.

TERKINI!! Azwan Ali Menangis Meraung Minta Maaf kat Tun Dr M, Ummi dan Saiful?

Posted: 17 Jan 2012 11:08 PM PST

Azwan Ali menangis meraung minta maaf? Dah insaf dah si Gay Tua ni ka? Pasai pa dia menangis?

Buruk siot nangis..
Aik Ummi ada sekali?
PC untuk apa ni?

Azwan Ali buat PC? Dengar kata PC tu untuk jelaskan balik, masalah yang telah dia buat selama ini. Kes nak bunuh Ummi, kes kutuk Tun Dr Mahathir dan macam-macam lagi la kes yang dia buat.

Tu la mai sedap tangan saja menaip. Kan dah kena.. siap masuk balai, lepas tu kena GAM dengan Astro lagi tu.. ha ha.. padan muka ko nyahh..

Nak baca apa cerita lagi sambung baca kat SINI

PANASS!! Kontroversi Penganti Hasan Ali, Dr Rani di TOLAK?!!

Posted: 17 Jan 2012 10:12 PM PST





Mengikut sumber yang boleh dipercayai, nama Dr Rani yang dikatakan paling sesuai dan menjadi agungan puak PKR dan DAP, untuk menggantikan kekosongan Exco Agama & Adat Istiadat Melayu. Namun begitu, dengarnya dia tidak 'diperkenankan' oleh DYMM Sultan Selangor atau dalam bahasa halusnya kena 'reject'.



Disebabkan Dr Rani kena reject, Hadi Awang Presiden Pas memilih Dr Yunus Hairi, Adun Sijangkang sebagai calon exco bagi mengantikan Hasan Ali.





Pemilihan Dr Yunus di perkenankan Sultan Selangor lalu perlantikan Dr Yunus telah dibuat pagi tadi. Nampaknya Dr Rani benar-benar kecewa kerana, apabila wartawan mahu menemubualnya, beliau melarikan diri.


Persoalannya sekarang, kenapa Dr Rani kena 'reject'? Calon yang disukai oleh Dap, Pkr dan Pas Selangor di tolak oleh Sultan. Apa yang tak kena dengan Dr Rani?


Mungkin mukanya nampak macam kuda sangat kot. he he..

Artikel asal dari blog Keris 7 lok. Mc mengubah menjadi sesuai dengan beritanya..


McTheory:
Perlu cari EXCO yang mampu menjaga Islam.. bukan hanya boleh dikuda-kuda..

LAA EHH!! Azwan Ali Gay Tua Ugut Nak Bunuh Saiful dan Ummi Hafilda?

Posted: 17 Jan 2012 07:12 PM PST


Gay tua nak mampus ni nak bunuh Ummi Hafilda kakaknya sendiri dan Saiful mangsa liwat Anwar? Dah Gila gamaknya bapok ni.


Akibat dari ugutan ini, Azwan di tahan polis untuk di soal siasat, malah Gay Tua ini juga telah di gam oleh Astro untuk muncul di mana-mana rancangan Astro.

Pulang buah paku keras.. HAMBEK KOW!!

Azwan ni targetnya lain. Mungkin dia pun nak tunjuk penentangan kepada kerajaan dan berharap boleh jadi calon PKR pada PRU nanti kot.

Mc pun minta Anwar Ibrahim bagi dia jadi calon. Supaya dia tak meroyan lagi macam sekarang. Tiba-tiba maki orang, tiba-tiba sumpah seranah orang sana sini. Macam orang tak betul saja gayanya.

Kalau pun nak perhatian, buat la cara betul. Tunjukkan kata hang tu baguih, bukannya dengan maki orang sana sini.

Kalau hang buat pendekatan dengan maki, orang pun pakat-pakat la maki hang balik.

Ada faham wahai bapok tua oi..



McTheory:
Dia sesuai dengan P'GAY'R.. 

TUDIAA!! Puluhan Ribu Rakyat Kedah Menyokong Pakatan Rakyat!!

Posted: 17 Jan 2012 04:22 PM PST

Ini gambar ceramah di Kedah, kawasan perkampungan Siam, di Padang Terap. Ceramah PKR ni berhasrat untuk menipu orang Siam dan menolak BN.

Ketua penipu dia ialah Tian Chua. Mari kita tengok, ramai tak ramai yang datang.


Nampak macam penuh..



kat pokok pun ada..

Wah penuh kerusi.. dari dekat..

Aik kosong?? ...

Tian Chua dok menipu..
Campur, tolak, bahagi, darab, sepak, terajang, ada la dalam 100 orang. Tu pun ada yang import tu.. tapi takpa la.. Ok la tu.. dari takdak langsung. Namun apa yang menyedihkan, ceramah puak Pakatan ni paling ramai 100 orang. Tapi bila UMNO/BN buat ceramah, kurang-kurang pun ada dekat 800 ke 1000 orang di kawasan ni.

Bukan kawasan ni saja, mana-mana tempat pun sama. Ceramah Pas, ada la dalam 50-40 orang. Bila UMNO/BN turun, paling kurang pun ada dalam 500 orang. Dari situ pun kita dah tahu bahawa rakyat dah jemu dengan Pakatan Rakyat ni. Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis dengan janji. Apa yang depa tau, cuma ceramah-ceramah-ceramah. Itu saja, kerja haram tak buat, ceramah saja lebih.

Sebagai kerajaan negeri, rakyat mahukan pembangunan dan pemimpin yang boleh buat kerja. Bukan yang hanya tahu berceramah.

Kalau nak berceramah saja, baik jadi pembangkang balik. Sebab pembangkang tak dak kerja nak buat,.

Kerajaan Pas Kedah punya servis teruk.. memang patut tukar la.. cakap saja pandai, habuk pun tarak!



McTheory:
 Takkat pandai cakap, sapa pun boleh.. hehe..

PEJUANG BANGSA

Posted: 18 Jan 2012 12:43 PM PST

PEJUANG BANGSA


Kalau Ahmad Maslan tuduh blogger sampah , dia tak akan makan macam ni

Posted: 18 Jan 2012 05:45 AM PST


GPB nak tergelak   dengan satu tuduhan fitnah di FB yang menuduh bahawa Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan telah berkata blogger sokong UMNO & BN sebagai sampah .

Apa tidaknya baru minggu lepas saja Datuk Ahmad Maslan a.k.a Tok Mat datang ke P.Pinang dalam satu program penerangan anjuran BN negeri .    GPB dan beberapa blogger Penang hadir dan berjumpa serta makan bersama beliau .

Kalau gaya  makan seperti  di atas bersama blogger  pro UMNO  oleh seorang Pak Menteri yang juga  Ketua Penerangan parti ,  pemimpin macam ini ke nak kata blogger UMNO adalah  Sampah ??

Malah semasa menyampaikan ceramahnya , beliau juga  mengiktiraf   peranan  blogger pro UMNO/BN   sebagai media digital yang penting untuk strategi penerangan  kepada rakyat dan golongan muda.





Tuduhan fitnah ini  jelas agenda  jahat pihak lawan untuk memecabbelah kan jentera  UMNO /BN . Mungkin pembangkang panas kot dengan penerangan Tok Mat ke seluruh negara yang tengah rancak ketika  ini ...





Ambiga tuduh Najib sebagai dalang ancam keselamatan dirinya ?

Posted: 18 Jan 2012 05:03 AM PST


Lagi satu fitnah & pembohongan oleh Ambiga kepada PM DS Najib Tun Razak . 


Apa dia ancaman terhadap diri hang woi Ambiga  ?  Ada hang cedera atau nazak ka macam Safwan Anang ?


Cuma yang GPB musykil ialah mengapa baru sekarang membuat cerita bohong ini . Bangang sungguh ketua Bersih merangkap juga Ketua LGBT ini . Semua yang Ambiga jadi ketua ditentang oleh   majoriti rakyat negara ..


Sekarang siapa sebenarnya yang  menjadi ancaman ??




Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "merestui" ancaman yang dibuat ke atas dirinya menjelang perhimpunan awam menuntut reformasi pilihan raya pada 9 Julai tahun lalu.

Sambil menceritakan pengalaman yang "mengerikan" itu kepada siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini, Ambiga berkata keselamatan peribadi dipertaruhkan.

Memetik laporan portal berita The Malaysian Insider, yang melaporkan Najib menyokong Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, sebuah organisasi kumpulan-kumpulan silat yang memberi amaran bahawa mereka akan berdepan dengan BERSIH 2.0 jika perhimpunan itu tidak dibatalkan.

"Saya percaya, jika ada musuh-musuh jahat yang mahu menyerang negara ini baik dari luar mahupun dari dalam, 'anak-anak lincah' akan bangkit melawan mereka," Najib dipetik berkata dua hari sebelum perhimpunan itu.

Pada 2 Julai tahun lalu, Ambiga berkata Najib juga melabel dirinya sebagai "ancaman kepada Islam" apabila beliau berkata: "Siapa yang tidak kenal Ambiga? Beliau adalah pengancam Islam. Dan di bawah beliau ialah Mat Sabu."

Selepas helikopter , kini kapal terbang Najib pulak hendak ditembak ? @PDRMsia

Posted: 18 Jan 2012 03:41 AM PST




Kenyataan yang berbunyi, "butuh najib, you naik kapal terbang, nanti saya tembak kapal terbang awak". Butiran pengguna Facebook berkenaan adalah seperti berikut:

URL - https://www.facebook.com/rianne.peinee
Nama - Peinee Teoh
Tempat belajar - AIMST University.
Tempat tinggal - Alor Setar, Kedah -

sumber : CTS 



Komen GPB 

Selepas mahasiswa USM ugut PM DS Najib , kini anak cina pulak buat  hal nak tembak kapal terbang PM. Semakin kurang ajar mahasewel sekarang ini   yang berani buat ugutan secara terbuka terhadap pemimpin negara .

Mohon PDRM siasat perkara ini !!

Demo UPSI ada keranda Najib, kali ini hantu pocong pulak untuk PAS !!

Posted: 18 Jan 2012 12:45 AM PST



Petang ini budak Mahasewel bikin panas lagi diketuai Adam Adli, Safwan Anang dan Khalid Ismet . Dikhabarkan pada mulanya mereka hendak berdemo depan PWTC , tetapi bila dapat tahu Pemuda UMNO tunggu, mereka divert pulak ke pejabat PAS di Jalan Raja Laut .




mengapa tak  turunkan bendera bulan ? 






Barisan Panglima UMNO sudah bersedia menunggu di PWTC tetapi 
budak mahasewel Adam Adli , Safwan Anang dan Khalid Ismet tak
berani datang ...takut !!! hahaha...

PANAS ! Azwan Ali dah insaf , berdamai semula dengan Umi Hafilda

Posted: 17 Jan 2012 11:18 PM PST


 Umi Hafilda Ali akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya, Azwan berhubung ugutan bunuh yang diterima melalui mesej Twitter sebelum ini.


Umi Hafilda berkata, beliau mengambil tindakan demikian selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin.


"Berkat doa ibu. Kami yang hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa dan daripada musibah ini, kami berdamai. Saya bersyukur, Allah makbulkan doa ibu," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Azwan, di sini tengah hari ini. SH


Azwan Ali juga memohon maaf kepada ke semua pemimpin negara yang dikutuk termasuk Tun Dr Mahathir.

Menurut sahabat blogger Azwan Ali juga dilihat menangis bila nama Azmin Ali disebut sambil menafikan dia bukan penyokong kuat Anwar Ibrahim.Dia juga meminta jangan menghina keluarganya sambil menangis.

Dan Azwan Ali juga bersumpah tidak akan menghina, mengeji atau pun mengutuk apa-apa pun melalui twitter dan facebook beliau dan berkemungkinan twitternya akan ditutup. KLIK DI SINI




Komen GPB

Buang yang keruh , ambil yang jernih ... syukur ada hikmah disebalik semua perkara ini. Akhirnya Azwan insaf dan kembali berbaik bersama keluarga selepas 7 tahun .

Cuma tinggal Azmin Ali sahaja lagi yang masih lagi dok  sayang AnuGAY ...

Dr Yunus & PAS tak layak pegang Hal Ehwal Agama Negeri Selangor ?

Posted: 17 Jan 2012 10:22 PM PST



Agak mengejutkan selepas Exco baru dilantik dari PAS Dr Yunus Hairi ,  MB Selangor Khalid Gagap buat rombakan drastik dengan mengenepikan PAS dari mengetuai Hal Ehwal Agama Islan di negeri Selangor .

Rakyat Selangor tentu tertanya-tanya bagaimana parti yang siang malam cakap pejuangkan Islam telah dinafikan hak mereka mengetuai agama Islam dalam kerajaan Pakatan. Sudah la di P.Pinang , PAS hanya layak dilempaq menjadi Timb YDP MAIPP , kini episod sama pulak terjadi di Selangor .

Apakah Khalid Ibrahim layak mengetuai Hal Ehwal Agama yang di bawahnya MAIS dan JAIS ?? Isu murtad boleh ke dibendung seperti dibuat Hassan Ali sebelum ini ?

"  Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya." (Hadis riwayat Al-Bukhari)





Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat rombakan kecil ekoran pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali, hari ini.


Dr Ahmad Yunus, yang mengangkat sumpah pagi ini, akan mengetuai Jawatankuasa Adat-adat Melayu, Belia dan Sukan.


Perkara itu diumumkan oleh Khalid selepas upacara mengangkat sumpah yang berlangsung di hadapan Sultan Selangor.Beliau sebelum ini merupakan Pembantu Exco Belia dan Sukan.


Dengan rombakan kecil ini, Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.Hasan sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.


Khalid juga mengumumkan bahawa Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Abdul Rani Osman, yang sebelum ini disebut-sebut akan menggantikan Hasan, dilantik sebagai pengerusi skim kredit mikro Selangor (Skimsel) manakala Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar pula akan memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Adat Melayu (Padat).

Murtad jika umat Islam sokong perjuangan LGBT

Posted: 17 Jan 2012 08:23 PM PST


Umat Islam yang menolak hukum agama yang melarang amalan hubungan sejenis seperti yang diperjuangkan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dianggap melakukan jenayah akidah dan terkeluar daripada agama Islam atau murtad.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, ini kerana tindakan itu jika dilakukan dengan akal yang waras sama seperti menghina dan merendahkan hukum Allah SWT.

''Amalan sejenis LGBT ini adalah sesuatu yang keji, kotor, jijik dan dilarang serta ditegah oleh Islam.


''Sesiapa juga yang menghalalkan hukum ini sama ada melalui al-Quran dan hadis juga ijma' ulama perlu bertaubat nasuha dan kembali mengucap dua kalimah syahadah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada percubaan beberapa pihak yang mahu menghalalkan hubungan sejenis di negara ini termasuk dengan menekan undang-undang negara yang meletakkan hubungan itu sebagai kesalahan jenayah.

Ia termasuk Majlis Peguam yang menolak hubungan sesama jenis yang dilakukan secara suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah sekali gus tidak harus dibawa ke mahkamah.

Selain Majlis Peguam, hubungan sejenis itu turut mendapat sokongan Institut Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Antarabangsa (IBAHRI) yang mendesak kerajaan menghalalkan aktiviti LGBT dengan meminda undang-undang sedia ada kononnya bagi memastikan perundangan negara seiring dengan undang-undang antarabangsa.

Menurut Nooh, selain pengamal hubungan sejenis, individu yang cenderung kepada kefahaman itu serta mereka yang bersahabat, bekerjasama, bersubahat atau bersetuju dengan perbuatan itu juga dianggap melakukan jenayah akidah.

Ia kata beliau, termasuk mereka yang memberi laluan atau mengeluarkan bantuan kewangan kepada kumpulan yang menyokong kebebasan seksual itu.

''Dalam hal ini kita boleh merujuk kepada firman Allah SWT menerusi surah Hud ayat 113 yang bermaksud: 'Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan'," katanya.

Katanya lagi, kefahaman yang menghalalkan hubungan sejenis juga telah membuang hukum berhubung perkahwinan yang antaranya rukun nikahnya ialah perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

Justeru tambah beliau, mereka yang menolak hukum dan ketetapan Allah SWT serta Rasulullah SAW itu bermakna telah menolak al-Quran dan sunah sekali gus tergolong dalam kumpulan yang sesat dengan kesesatan yang nyata.

Dalam pandangan serupa, bekas Fellow Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin menilai, kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai undang-undang homoseksual negara itu bermotifkan politik iaitu mengharapkan sokongan daripada kumpulan yang berfikiran sekular serta liberal.

Anwar juga kata beliau, cuba menonjolkan kepada masyarakat dunia terutamanya Barat bahawa beliau boleh bersifat terbuka dalam perjuangan hak asasi manusia termasuk dalam soal hubungan sejenis meskipun perkara itu jelas ditolak oleh semua agama.

"Di negara ini kenyataan seperti itu mungkin boleh memberikan kelebihan politik daripada sekumpulan kecil kelompok masyarakat, tetapi bagi mereka yang waras ia adalah satu kenyataan yang melampau," katanya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, undang-undang mengenai homoseksual tidak sepatutnya dipertikai kerana perbuatan itu ditegah oleh semua agama.

Sambil menyifatkan hubungan sejenis itu merupakan kesalahan yang diketahui meskipun oleh kanak-kanak, beliau berkata, orang dewasa yang menyokong perbuatan itu boleh dianggap terkeluar daripada Islam kerana menolak hukum Allah.

"Justeru saya menasihati umat Islam di negara ini agar tidak menunjukkan sokongan kepada gerakan yang cuba menghalalkan hubungan sejenis termasuk memilih pemimpin yang cenderung menyokong aktiviti seperti itu," katanya.

Calon pilihan DAP Dr Rani kempunan , Adun Sijangkang jadi pilihan

Posted: 17 Jan 2012 07:29 PM PST




SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini pagi ini.


** Kempunan lagi la calon pilihan DAP , Dr Rani Osman yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor kerana tidak mendapat jawatan Exco yang diidamkannya .  Seorang Pesuruhjaya PAS boleh tak dipilih sebagai Exco ..haha ...


Dikhabarkan  YB Dr. Yunus Hairi ADUN Sijangkang diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor menjadi EXCO Kerajaan Negeri.

Anwar tentu meroyan kenyataan panas Tun Mahathir tentang kes liwatnya !!

Posted: 17 Jan 2012 06:32 PM PST



Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukar untuk mencari individu lain yang menang dalam membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah yang disabitkan terhadap mereka, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata sejak didakwa atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, tidak ada perkara lain yang didengar selama empat tahun itu selain daripada rayuan Anwar terhadap keputusan mahkamah berhubung dirinya dalam kes itu.

Namun, katanya, yang menjadi persoalan ialah, apabila Anwar yang juga ketua pembangkang didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini kerana tidak ada "mentahkikkan keterangan", hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.

"Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?

"Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?," kata Dr Mahathir dalam entri terbaru blognya berjudul "Hak Merayu" hari ini.

Entri itu dipercayai merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin pembangkang yang membidas Mohd Saiful Bukhari dan bapanya Azlan Mohd Lazim kerana memohon supaya Peguam Negara membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi, yang memutuskan Anwar tidak bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya itu pada 9 Jan lepas.

Dr Mahathir mempersoalkan apakah keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al-Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam.

Pada Jumaat 18 Ogos 2008, Mohd Saiful Bukhari mengangkat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dengan mendakwa Anwar telah meliwat dirinya dalam keadaan paksa.

"...dan apakah sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambil kira," soal Dr Mahathir.

Beliau berkata jika keputusan mahkamah baru-baru ini tidak menyebelahi Anwar, beliau percaya penasihat Parti Keadilan Rakyat itu akan membuat rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi.

Menurutnya dari awal perbicaraan kes itu lagi, Anwar telah menuntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah sehingga perbicaraan ditangguh berbulan-bulan sementara tuntutannya ditimbang kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

"Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah dia akan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan jika Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Mahkamah Persekutuan.

"Jika Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Mahkamah Khas,"katanya.



Dr Mahathir turut mempersoalkan apakah menjadi satu daripada perjuangan pakatan pembangkang, sepertimana yang disarankan Anwar dalam wawancara dengan BBC di Mumbai India baru-baru ini, bahawa undang-undang negara sudah lapuk dan perlu ditukar.

Dalam sesi wawancara itu, Anwar ketika menjawab soalan berkaitan hak-hak golongan gay dan sama ada beliau bersedia untuk menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay", berkata terdapat keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan.

-- BERNAMA

Bakar bendera BN kerana marah BR1M di Balik Pulau ??

Posted: 17 Jan 2012 05:33 PM PST



 Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau hari ini kesal dengan perbuatan khianat pihak tertentu yang membakar kain rentang iklan Barisan Nasional yang dipasang di tepi jalan di Simpang Empat di sini.

Ketuanya, Aziaan Ariffin berkata, kain rentang yang bertulis "Untuk Kesejahteraan Anda Undilah Barisan Nasional" itu dibakar dipercayai pada waktu tengah malam.

Katanya, Pemuda UMNO bahagian itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.

Beliau berkata, kain rentang itu dipercayai disimbah petrol dan dibakar kerana satu bekas yang diisi petrol telah dijumpai di tempat kejadian. "

Tindakan mereka (yang membakar kain rentang) mungkin disebabkan kegelisahan kerana rakyat dikawasan ini mula menyokong Barisan Nasional dan ramai yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya kepada pemberita di sini hari ini. — BERNAMA

Raja Saman nak saman Utusan sahaja, tetapi Malaysian Insiders terlepas ?

Posted: 17 Jan 2012 04:32 PM PST


Raja Saman Malaysia , Anwar Ibrahim hari ini cuba gertak nak saman Utusan Malaysia kerana menuduhnya menghalalkan homoseksual . Tetapi yang peliknya Malaysian Insiders yang memuatkan tajuk dan artikel berkenaan tidak pulak menerima gertakan  saman dari Anwar sepertimana Utusan Malaysia





Anwar harus ingatkan kata-kata itu keluar dari mulutnya sendiri menerusi wawancara beliau dengan BBC di Mumbai . Bukti video sudah pun ada dan adakah Anwar cuba tutup isu ini dengan menyaman Utusan ?








Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa ketua pembangkang itu "menghalalkan homoseksual" dalam terbitan hari ini.


Akhbar milik Umno itu dalam laporan muka depan bertajuk "Tolak Anwar — Hasan" mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.


Hasan berkata pendirian Anwar tersebut bukanlah baru kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Ketua Umum PKR itu.


Justeru beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam negara.


Menurut Naib Presiden PKR N. Surendran (gambar), laporan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia itu berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik.


Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia baru-baru ini mendakwa Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan ketua pembangkang itu mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.


Akhbar itu dalam laporan muka depan bertajuk "Anwar ulas isu gay" turut mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.


"Laporan-laporan yang disiarkan itu adalah fitnah, tidak benar, bermotifkan politik dan menunjukkan etika kewartawan yang rendah," kata Surendran yang juga peguam Anwar.


Jelas peguam hak asasi ini, semasa temubual bersama BBC Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan "Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak."


"Ini jelas menunjukkan apa yang dilaporkan Utusan Malaysia tidak benar," katanya.


Dalam pernyataan tuntutan yang diserahkan kepada pengurusan Utusan Malaysia, Anwar menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam untuk melaksanakan tuntutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.


Anwar menuntut Utusan Malaysia menarik balik segala laporan palsu dan permohonan maaf terhadap dirinya dan menuntut permohonan maaf disiarkan di muka hadapan akhbar itu.


Anwar menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.






Guan Eng dan DAP tentu terkejut apa strategi sebalik nama Najib dalam Mandarin ?

Posted: 17 Jan 2012 12:26 PM PST



Perhatian semua pengguna Facebook. Kini ada kawan baru dan nama beliau ialah "Ah Jib Gor".

Ia merupakan facebook baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bahasa Mandarin sebagai satu lagi platform untuk mendekati masyarakat dengan lebih meluas menerusi laman sosial.

"Ah Jib Gor" yang bermaksud "Abang Najib" dalam bahasa Cina, diwujudkan untuk memberikan satu lagi forum kepada pengguna media sosial untuk mengenali Perdana Menteri sebagai insan biasa dan bukannya sebagai perdana menteri semata-mata.

"Ah Jib Gor mula beroperasi secara online semalam (Isnin). Ini akan menjadi pelengkap atau sisipan kepada laman media sosial sedia ada beliau. Kami tahu ada masyarakat Cina yang tahu bahasa Inggeris dan juga bahasa Cina. Kami mahu menjadi lebih efektif dan interaktif dalam berinteraksi dengan pelbagai masyarakat di negara ini," kata setiausaha politik perdana menteri Wong Nai Chee.

Beliau berkata Facebook dalam bahasa Cina ini bukan berunsurkan politik dan hanya menyentuh mengenai hobi Najib dan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan politik kerana tidak semua pengguna Facebook berminat dengan politik.

"Beliau sudah mempunyai media sosial lain yang memperkatakan mengenai politik. Beliau tidak akan mengambil inisiatif untuk memuatkan berita mengenai politik di FB bahasa Cina walaupun beliau tidak dapat menahan orang daripada memperkatakan perkara berkaitan politik di media sosial ini," katanya.

Perdana Menteri mempunyai akaun Facebook dan Twitter di bawah namanya yang telah menerima sejumlah besar pengikut.

Wong menjelaskan nama "Ah Jib Gor" dipilih kerana ia merupakan nama popular yang diberikan kepada Perdana Menteri oleh pengguna media sosial dan oleh sebahagian besar masyarakat Cina sebelum Facebook bahasa Cina diwujudkan.

"Kami berharap dengan adanya facebook ini, sebahagian besar masyarakat Cina di negara ini akan dapat mengenali diri perdana menteri sebagai seorang insane biasa," katanya.Sejak versi bahasa Cina itu dilancarkan semalam dan sehingga pukul 4.30 petang hari ini, "Ah Jib Gor" telah menarik 1,722 pengikut. – Bernama

Politik Harian

Posted: 18 Jan 2012 04:33 AM PST

Politik Harian


Hasan Ali 'Pertikai' Lantikan Exco Baru

Posted: 18 Jan 2012 04:00 AM PST


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah menerima surat daripada Datuk Dr Hasan Ali yang menyifatkan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco baru terlalu awal kerana beliau masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Pas.

"Saya ada menerima surat bertarikh 10 dan 11 Jan daripada Datuk Dr Hasan Ali...beliau (Hasan) berkata bahawa pelantikan ini terlalu awal kerana beliau (Hasan) masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Pas.

"Saya telah menjawab surat Hasan dengan menyatakan bahawa keputusan saya menggugurkan beliau (Hasan) adalah lanjutan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang melucutkannya sebagai anggota Pas pada 8 Januari lepas dan isu rayuan tidak dinyatakan dalam surat berkenaan," kata Khalid kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah oleh Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai anggota exco Selangor yang baru di Istana Bukit Kayangan di sini.

Hasan dipecat daripada Pas kerana didakwa bertindak bertentangan dengan kepentingan parti dan telah diberikan sehingga 7 Feb untuk merayu penyingkirannya.

Sebelum digugurkan, Hasan memegang jawatan sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Abdul Khalid berkata Hasan mempertikaikan tarikh pemecatannya sebagai anggota Exco kerajaan Selangor kerana mendakwa ia bercanggah dengan kuatkuasa keanggotaannya sebagai anggota Pas yang sepatutnya tamat pada hari akhir tempoh rayuan.

Dengan pemecatan Hassan, Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan manakala portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastuktur dan Kemudahan Awam, kini dipengang oleh Abdul Khalid.

"Pertimbangan kita ke atas pelantikan ini adalah atas dasar kerja...proses rayuan adalah amalan yang dipraktikkan oleh Pas sebagai sebuah parti politik dan saya percaya ia tidak bermaksud memberi sebarang prasangka kepada kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya berharap Dr Hasan dapat menerima keputusan ini dengan berlapang dada dan saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas peranan beliau ketika berkhidmat sebagai ahli MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri)," kata Abdul Khalid.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Hasan yang masih memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Abdul Khalid berkata itu terpulang kepada budi bicara Sultan untuk menentukannya. - Bernama

Terkini Video Adam Adli N The Geng (Mahasewel) Rempuh PWTC!

Posted: 18 Jan 2012 02:52 AM PST


Mana Mahasewel tu tak berani turun PWTC? time tak de orang! Time orang cuti! pukul 1,2 pagi berani la dia orang buat kecoh! wooii mana! mana! bacul? Okkk! OoooK! Ooookk!!

Menurut  Sahabat Gunung difahamkan Adam Adli mengelilingi sahaja bangunan PWTC hari nie tanpa berani berhadapan dengan Pemuda UMNO yang sudah menunggu kehadirannya ....

Video URL: http://youtu.be/TEEJX2uh4jk

Kesian Mahasewel rupanya syok sendiri... klik kat sini berita terdahulu: Kerja Bodoh! Adam Adli N The Geng (Mahasewel) Bawa Pocong Di Chow Kit!

Video Sidang Media Ummi Hafilda, Azwan Ali Berdamai....

Posted: 18 Jan 2012 01:00 AM PST

"Berkat doa ibu. Kami yang hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa dan daripada musibah ini, 
kami berdamai. Saya bersyukur, Allah makbulkan doa ibu,"

Sayu beb, aku tengok video ni... korang layan je lah....


Ummi Hafilda Ali akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya, Azwan berhubung ugutan bunuh yang diterima melalui mesej Twitter, Jumaat lalu.

Ummi Hafilda berkata, beliau mengambil tindakan demikian selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin.

"Berkat doa ibu. Kami yang hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa dan daripada musibah ini, kami berdamai. Saya bersyukur, Allah makbulkan doa ibu," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Azwan, di sini tengah hari ini.

Ekoran mesej berbaur ugutan menerusi laman Twitter, Azwan, yang terkenal sebagai selebriti yang sering mewujudkan kontroversi telah disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar Ummi Hafilda.

Difahamkan Azwan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.

Sebelum ini, Ummi Hafilda berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri. Dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.

Dalam pada itu, akuan bersumpah yang dibaca Azwan di hadapan media antara lainnya menyebut, beliau tidak akan lagi menghina, mengeji dan mengaibkan peribadi yang mungkin membawa fitnah dasyat kepada Ummi.

"Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan yang tidak... sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan.

"Sebagai abang, dia (Ummi) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak. Saya janji akan tunaikan lafaz yang dibaca mulai 17 haribulan," katanya.

Dalam pada itu, Ummi sekali lagi merayu kepada abangnya Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR supaya kembali ke pangkuan keluarga yang beliau tinggalkan semata-mata untuk berjuang demi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut merayu kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar mengembalikan abangnya yang lama tidak pulang ke rumah ibu mereka, hampir lima bulan.

"Kalau Anwar dah hitam hatinya untuk balik ke pangkal jalan, jadi saya menyeru pada kak Wan, jangan kerana suami dia, banyak keluarga berpecah-belah, adik-beradik bergaduh kerana seorang manusia.

"Sebagai seorang isteri dan ibu Kak Wan tentu faham perasaan ibu kami. Apa kak Wan rasa bila anak tak balik rumah lima bulan kerana orang lain. Siapa Anwar? Dia bukan adik beradik kami. Jadi saya merayu, please Kak Wan. Tolonglah perbetulkan keadaan," katanya.-SH

Kerja Bodoh! Adam Adli N The Geng (Mahasewel) Bawa Pocong Di Chow Kit!

Posted: 18 Jan 2012 12:22 AM PST


Aku memohon kepada pihak PDRM tolong lah sumbatkan dia orang ni dalam lokap! tak habis-habis nak menjatuhkan maruah pelajar Mahasiswa yang lain. Apa ke bangang sangat budak-budak ni? Mat Indon kat Chow Kit pun pelik tengok perangai budak-budak ni....

Korang nak kapankan sapa tu bro?

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kini berdemonstrasi di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Pada asalnya mereka berdemontrasi dihadapan SOGO, namun telah diubah memandangkan kehadiran anggota Polis mengawal keadaan dan keselamatan orang ramai.


Hmm.. Nak bebaskan apa lagi? kan dah bebas bawa pocong ke sana sinun...

Azwan Ali, Ummi Hafilda Berdamai ?

Posted: 17 Jan 2012 11:47 PM PST


Dikhabarkan Azwan Ali telah memohon maaf kepada adiknya Ummi Hafilda diatas segala kekasaran dan kata-kata kesat yang sering di lemparkan kepada adiknya. Sudah pasti Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali sedang kepasan apabila mendengar khabar berita ini.

Apa-apa pun kita berharap agar Azmin Ali pulang ke pangkuan keluargannya dan melakukan seperti yang di lakukan oleh Azwan Ali sekarang ini.

Terdahulu Umi Hafilda Ali menyeru abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kembali ke pangkuan keluarga yang beliau tinggalkan semata-mata untuk berjuang dan menjaga kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Tak salah sekiranya kita memohon maaf, buang lah ego yang ada pada diri kita... kerana ego yang menghalang kita daripada memohon maaf.

Elok lah Azwan dah sedar... Azmin bila lagi???

Azmin Ali Arah Azwan Ali Ugut Ummi Hafilda!

Posted: 17 Jan 2012 10:00 PM PST


Terkini Azwan Ali dikatakan sudah berdamai dengan adiknya Ummi Hafilda... berita tersebut akan menyusul kemudian... Kita palam Azmin dulu!

Terdahulu Polis menahan bekas pengacara, Azwan Ali bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah yang dipercayai dilakukan terhadap adiknya, Ummi Hafilda Ali pada Jumaat lalu.

Ummi Hafilda yang membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) mendakwa Azwan membuat ugutan untuk membunuh dan membakarnya melalui laman sembang Twitter, bulan lalu.

Namun, kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kerana kejadian tersebut berlaku di kediaman Ummi Hafilda di Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, susulan laporan itu, polis memanggil dan menahan Azwan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap Ummi.

Difahamkan, berdasarkan keterangan yang diambil daripada Azwan pada hari sama, beliau mendakwa ugutan itu dibuat atas arahan abangnya, Azmin Ali dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kandungan Twitter berkenaan.

Turut difahamkan, pihak polis juga telah memanggil beberapa individu lain antaranya Azmin, isteri beliau, Shamsidar Tahrin dan ibu mereka bagi membantu siasatan.

"Beliau (Azwan) dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas kita berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.

"Polis turut merampas dua buah telefon bimbit miliknya bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.

Dalam pada itu, Ummi Hafilda dijangka akan mengadakan sidang akhbar bagi memberi penjelasan lanjut mengenai perkara ini.

Berita terdahulu: Azwan Ali Ditahan Polis Kerana Ugut Bunuh Umi Hafilda !

Mahasewel SMM Akan Berdemo Di Hadapan Sogo Tengah Hari Ini...

Posted: 17 Jan 2012 08:30 PM PST


Dimaklumkan bahawa Puak Mahasewel SMM akan mengadakan demostrasi sebagai membantah langkah mengantung Adam Adli selama 3 Semester di UPSI, Menurut sumber dari Sahabat Gunung Mahasewel tersebut akan membuat kecoh di hadapan SOGO, KL pada jam 1.30 pm.

Sementara itu Adam Adli mahu UPSI pecat beliau terus dari Universiti tersebut.

"Saya tertanya-tanya mengapa mereka tidak singkirkan saya ... adakah kerana mereka tahu saya akan kembali dan mengulangi perkara yang sama?

"Ini satu lagi masalah, bukannya saya malas untuk belajar, tetapi sekurang-kurangnya jika saya dibuang, saya boleh cari tempat lain untuk belajar,"katanya.

So... nak buat apa lagi, SMM berdemo di depan SOGO kalau tuan punya badan dah tak berminat nak belajar di UPSI?

Hah! jelas mereka kini sudah jadi kuda tungangan Pakatan pembangkang...

Dr Rani Kecewa Dr Yunus Hairi Angkat Sumpah Exco Ganti Hasan Ali...

Posted: 17 Jan 2012 07:22 PM PST


ADUN Meru, Dr Rani Osman yang di sebut sebagai calon pilihan PAS dan kerajaan negeri Selangor sebagai exco baru menggantikan Datuk Dr Hasan Ali kencundang di tangan ADUN Sikijang. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali hari ini mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan.

Ahmad Yunus sebelum ini merupakan Pembantu Exco Belia dan Sukan.

Beliau antara tiga wakil rakyat Pas disebut-sebut akan menggantikan Hasan, yang dipecat oleh parti Pas 8 Januari lalu.

Hasan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri selepas pilihan raya umum 2008 dan mengetuai Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Dua nama lain ialah Dr Abdul Rani Osman dan Adun Bangi Shafie Abu Bakar.

Pemuda Tidak Gentar Dengan Idea Lapuk Anwar - Khairy

Posted: 17 Jan 2012 06:00 PM PST


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy jamaluddin berkata Pemuda tidak gentar dengan  siri jelajah dalam dan luar negara yang di lancarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah beliau menganggap ianya sebagai strategi lapuk yang belum tentu dapat meraih sokongan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap pakatan pembangkang.

"Kita tidak gentar, sebab yang nampak dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar adalah semua cerita lama, kalau di tengok di Konvensyen Pakatan Rakyat yang di adakan di Alor Setar minggu yang lepas, semua yang di bangkitkan itu cerita lama, tidak ada idea baru", kata Khairy selepas merasmikan pelancaran BN Youth Ride Fest di PWTC semalam.


Menurut Khairy, tawaran baru pakatan pembangkang kepada rakyat Malaysia yang di keluarkan menerusi buku jingga 3, kesemuanya sama seperti tawaran yang telah dibuat melalui buku jingga 2 yang terdahulu...

Katanya lagi, kesemua itu adalah gimik dari pakatan pembangkang, malah idea tersebut telah di guna pakai semula seperti, isu turunkan tol, batalkan penyenaraian felda global dan lain-lain lagi cerita lapuk dari Pakatan.

Tambahnya lagi, jika itulah modal yang mereka bawa untuk jelajah Ketua Pembangkang, beliau merasakan tiada impak langsung kepada rakyat, malah Pemuda langsung tidak berasa gentar kerana Barisan Nasional sering membawa pendekatan baru kepada rakyat seperti Batuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan lain-lain lagi.

Khairy juga memberitahu Pemuda UMNO akan mengadakan pelancaran di setiap bahagian dan turun ke padang bertemu rakyat bagi menangkis serangan dari Pakatan Pembangkang.

-Bro Jinggo

Jom Like Facebook Ah Jib Gor 那鸡哥 - FB Milik DS Najib Dalam Mandarin

Posted: 17 Jan 2012 04:14 PM PST


'Ah Jib Gor', which means 'Brother Najib' in Chinese, was created to give Najib another forum to get social media users to know him as a person -- an ordinary member of society and not straight-jacket as prime minister.

Perhatian semua pengguna Facebook. Kini ada kawan baru dan nama beliau ialah "Ah Jib Gor".

Ia merupakan facebook baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bahasa Mandarin sebagai satu lagi platform untuk mendekati masyarakat dengan lebih meluas menerusi laman sosial.

"Ah Jib Gor" yang bermaksud "Abang Najib" dalam bahasa Cina, diwujudkan untuk memberikan satu lagi forum kepada pengguna media sosial untuk mengenali Perdana Menteri sebagai insan biasa dan bukannya sebagai perdana menteri semata-mata.

"Ah Jib Gor mula beroperasi secara online semalam (Isnin). Ini akan menjadi pelengkap atau sisipan kepada laman media sosial sedia ada beliau. Kami tahu ada masyarakat Cina yang tahu bahasa Inggeris dan juga bahasa Cina. Kami mahu menjadi lebih efektif dan interaktif dalam berinteraksi dengan pelbagaimasyarakat di negara ini," kata setiausaha politik perdana menteri Wong Nai Chee.

Beliau berkata Facebook dalam bahasa Cina ini bukan berunsurkan politik dan hanya menyentuh mengenai hobi Najib dan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan politik kerana tidak semua pengguna Facebook berminat dengan politik.

"Beliau sudah mempunyai media sosial lain yang memperkatakan mengenai politik. Beliau tidak akan mengambil inisiatif untuk memuatkan berita mengenai politik di FB bahasa Cina walaupun beliau tidak dapat menahan orang daripada memperkatakan perkara berkaitan politik di media sosial ini," katanya.

Perdana Menteri mempunyai akaun Facebook dan Twitter di bawah namanya yang telah menerima sejumlah besar pengikut.

Wong menjelaskan nama "Ah Jib Gor" dipilih kerana ia merupakan nama popular yang diberikan kepada Perdana Menteri oleh pengguna media sosial dan oleh sebahagian besar masyarakat Cina sebelum Facebook bahasa Cina diwujudkan.

"Kami berharap dengan adanya facebook ini, sebahagian besar masyarakat Cina di negara ini akan dapat mengenali diri perdana menteri sebagai seorang insane biasa," katanya.Sejak versi bahasa Cina itu dilancarkan semalam dan sehingga pukul 4.30 petang hari ini, "Ah Jib Gor" telah menarik 1,722 pengikut.

Sumber  - Bernama

Azwan Ali Ditahan Polis Kerana Ugut Bunuh Umi Hafilda !

Posted: 17 Jan 2012 08:59 AM PST


Menurut laporan Buliten Utama TV3, Umi Hafilda telah membuat satu laporan polis mengenai ugutan bunuh oleh abangnya sendiri di twitter, bagaimana pun esok Umi Hafilda akan menerangkan perkara sebenar yang terjadi diantara mereka.

Berikut adalah petikan dari twitter @AzwanNur berkenaan ugutan beliau untuk membunuh dan membakar Umi Hafilda.


Kenyataan tersebut boleh disabitkan kesalahan mengikut Kanun Keseksaaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Azwan Ali kau ni manusia jenis apa nok???

Homoseksual "Jutawan Saman" Mahu Saman Utusan Pula....

Posted: 17 Jan 2012 08:17 AM PST


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang pernah mendapat gelaran "Jutawan Saman" kali ini mahu mengumpulkan lagi sahamnya, kali ini mangsa seterusnya ialah Kumpulan Akbar Utusan.

Perkara seperti ini sering terjadi apabila Anwar berasa tertekan dan mahu menutup kemaluannya apabila rahsianya terbongkar... Kalau dah kaki putar alam tu, tetap kaki putar alam jugak!

Sebab benda-benda macam ni lah Hasan Ali tak nak kawan Nik Aziz dan Anwar lagi...

Hello bro... Utusan siap bagi bukti video lah...

Yang peliknya kenapa Anwar tak nak saman The Malaysian Insider... Insider juga ada keluarkan posting yang bertajuk " Hasan Dakwa Anwar Halalkan Homoseksual"? Adakah Insider portal pembangkang, Anwar tidak mahu saman portal tersebut? di mana keADILan yang sering Anwar laungkan selama ini? di mana bro?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan mahkamah ke atas Kumpulan Utusan dengan menuntut agar ia menarik balik laporan-laporan yang menurutnya telah memfitnah beliau.

Utusan Malaysia menerbitkan laporan itu berdasarkan satu temu bual Anwar dengan stesen BBC baru-baru ini, susulan pembebasan beliau dari tuduhan meliwat.

Naib Presiden PKR, N. Surendren berkata, laporan akhbar itu mendakwa Anwar dalam wawancaranya bersama BBC telah meminta kerajaan mengkaji semula undang-undang yang melibatkan hubungan homoseksual di negara ini.

Menurut Surendran, Anwar sebenarnya mengatakan bahawa sebagai penganut agama Islam dan bagi orang bukan Islam di negara ini, umumnya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita di Malaysia.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini, Surendran yang juga seorang peguam berkata: "Menerusi peguamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Januari (hari ini) telah mengeluarkan notis tuntutan ke atas Utusan Melayu (M) Berhad yang merupakan pemilik akhbar Utusan Malaysia dan juga ke atas Editor Utusan Malaysia, meminta penarikan balik kesemua dakwaan, permintaan maaf dan ganti rugi."

Info Dari Pakatan Rakyat: PKR Pecah Dua, Team Azmin Ali VS Team Nurul Izzah

Posted: 17 Jan 2012 07:00 AM PST


Seperti apa yang pernah aku tuliskan sebelum ini, sememangnya terdapat gerakan dari team Nurul Izzah yang sedang bergerak aktif menyerang hendap team Azmin Ali, malah perkara ini tidak dapat di sembunyikan lagi... di mana ianya sudah diakui sendiri oleh blog pakatan sendiri http://suarapakatanrakyat.com.

Penulis blog tersebut menyatakan bahawa, Team Nurul Izzah di ketuai oleh Wan Azizah dan diikuti oleh YB Fuziah Salleh, YB Nurul Izzah, YB Tien Chua, YB Xavier Jayakumar, Mustapha Kamil Ayub, Shamsul Iskandar, YB Yusmadi, YB Elizabeth Wong, YB William Leong, YB Sivarasa dan YB Dr Mansor Othman.

Manakala Team Azmin Ali ialah N.Surendran, YB Zuraida, YB Dato Kamarul Baharin, YB Dato Johari Abdul, Rafizi Ramli, Latheefa Koya, YB Haniza Talha, YB Nik Nazmi, YB Abdullah Sani dan YB Azan Ismail.

Di bawah adalah dari petikan blog Suara Pakatan Rakyat



PKR Berpecah Dua , Apa Puncanya?

DI PERINGKAT dalaman kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidaklah menjadi satu rahsia lagi akan kewujudan 2 kelompok pimpinan yang masing-masing cenderung kepada Presiden parti, Datin Sri Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden, YB Azmin Ali.

Penulis dimaklumkan bahawa bibit-bibit perpecahan ini sudah bermula sejak kempen pemilihan Nasional PKR 2010 lagi dan semakin menjadi ketara apabila Azmin Ali memenangi jawatan Timbalan Presiden.

Ketika kempen pemilihan Nasional 2010 berlangsung, sokongan penuh Wan Azizah ke atas pencalonan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden parti menjadi persoalan umum kerana logiknya, Azmin Ali yang lebih layak kerana sudah bersama-sama dengan parti sejak mula ditubuhkan, di samping kesetiaannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak boleh dipersoal sesiapa.

Berdasarkan maklumat yang penulis terima, antara kepimpinan parti yang diketahui cenderung kepada Wan Azizah ialah YB Fuziah Salleh, YB Nurul Izzah, YB Tien Chua, YB Xavier Jayakumar, Mustapha Kamil Ayub, Shamsul Iskandar, YB Yusmadi, YB Elizabeth Wong, YB William Leong, YB Sivarasa dan YB Dr Mansor Othman.

Manakala pemimpin parti yang berdiri teguh di belakang Azmin Ali ialah N.Surendran, YB Zuraida, YB Dato Kamarul Baharin, YB Dato Johari Abdul, Rafizi Ramli, Latheefa Koya, YB Haniza Talha, YB Nik Nazmi, YB Abdullah Sani dan YB Azan Ismail.

Walaupun perpecahan ini cuba diselindungkan dari penglihatan ahli di peringkat akar umbi tapi sudah kedengaran suara-suara kecil yang bertanya kenapa setiap kali program di kawasan salah seorang dari kumpulan yang disebutkan di atas, pihak yang satu lagi tidak hadir?

Sebagai contoh, program parti di kawasan Nurul Izzah iaitu Lembah Pantai, tidak akan dihadiri oleh Azmin Ali. Begitu juga sebaliknya dengan program parti di kawasan Gombak di mana Azmin sebagai ahli Parlimennya, juga tidak akan dihadiri Nurul Izzah.

Hal yang sama juga berlaku dalam kontroversi membabitkan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Pahang. Kilang Lynas tersebut terletak di kawasan Balok, dalam Parlimen Indera Mahkota yang dikuasai Azan Ismail tapi kenapa pula Fuziah Salleh sebagai ahli Parlimen Kuantan yang menjuarai isu tersebut?

Mungkin Fuziah diarahkan pucuk tertinggi parti untuk memimpin isu tersebut atas sebab-sebab tertentu, tapi menjadi kehairanan ramai (termasuk penulis sendiri) kenapa beliau tidak pernah merujuk kepada Azan Ismail dalam banyak hal terutama yang membabitkan penduduk kawasan sekitar Balok di mana lokasi kilang tersebut terletak.

Sudah tentu bila bercakap tentang hubungan Wan Azizah dan Azmin Ali, penulis tidak rasa persoalannya 'siapa' tapi lebih kepada 'apa' yang menyebabkan perkara ini berlaku?

Penulis tidak mahu mengulas panjang mengenai hal tersebut, cuma apa sekalipun masalahnya, penulis menyeru agar semua pihak terlibat mengenepikan masalah peribadi masing-masing dan meletakkan kepentingan parti di kedudukan tertinggi sekali.

Lebih lagi dalam keadaan parti sedang sibuk menyiapkan diri untuk menghadapi pilhanraya umum ke-13 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa, keadaan sedemikian sudah tentu tidak sihat untuk parti dan ahli-ahli dibawah.

Walaupun Datuk Seri Anwar sudah dibebaskan dari pertuduhan liwat yang membelenggu beliau selama 3 tahun kebelakangan ini, tapi itu tidak sama sekali bermaksud parti sudah terlepas dari masalah yang boleh menggugat peluang parti untuk menguasai Putrajaya.

Sebaliknya ada lebih banyak isu-isu semasa yang perlu diberi penekanan dan semua ini menuntut kerjasama semua pihak dalam kepimpinan tertinggi parti.

Sedarlah, perpecahan dalaman boleh menjadi barah peringkat bahaya lebih-lebih lagi apabila ada yang berani mensabotaj.

Belia Bantah Sikap Adam Adli, Penuntut USM

Posted: 17 Jan 2012 06:15 AM PST


Lebih 30 belia dari Persatuan Belia Kuantan di sini melakukan perhimpunan aman di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam sekali gus membuat laporan polis terhadap mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli yang bertindak biadap menurunkan bendera Perdana Menteri dan Universiti Sains Malaysia, Janartana Chandra, berikutan tindakannya membuat ugutan jenayah.

Mereka turut melaungkan kata-kata sokongan, 'Kami Sayang Najib, Kami Sokong Kepimpinan PM dan Adnan (MB) selain ungkapan bantahan "Adam Adli Pengkhianat" di hadapan IPD.

Namun tiada sebarang kekecohan berlaku sepanjang perhimpunan berlangsung lebih sejam.

Laporan polis yang dibuat pada jam 10.15 pagi diwakili Exco Persatuannya, Mohd Johari George sebagai tanda bantahan persatuan itu terhadap tindakan kedua-kedua mahasiswa yang disifatkan kurang ajar terhadap pemimpin negara.

Johari berkata, persatuan yang mempunyai 117 ahli sekitar Kuantan berpendirian tindakan Adam dan Janartana itu perlu dibantah.

Menurutnya, ia sebagai bukti sokongan belia dari kawasan itu yang mendukung penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami bangga dengan kejayaan dan corak pemerintahan kerajaan selama ini dan jika bantahan ini dikatakan ada unsur politik, kami ingin nafikan dan menegaskan ia adalah tanggungjawab belia di sini yang juga tonggak negara di masa hadapan.

"Nasihat persatuan terhadap Adam dan Janartana supaya menumpukan perhatian terhadap pengajian mereka dan jangan terpengaruh dengan unsur negatif yang boleh menjejaskan masa depan masing-masing," katanya pada perhimpunan yang turut dihadiri Pengerusi Persatuan, Asli Ilham Zulhasli. -Sinar Online

Video Sekumpulan Wanita Di Belasah Teruk Oleh Kumpulan Samseng! @PDRMsia

Posted: 17 Jan 2012 05:00 AM PST


Klip Video selama 8 minit 16 saat saat bertajuk "Perempuan kena Belasah dlm Bilik" di muat naikkan oleh pemegang akaun YouTube menggunakan nama gtabbas memaparkan sekumpulan lelaki samseng sedang membelasah beberapa orang wanita yang kelihatan ketakutan di dalam sebuah bilik.

Menurut maklumat, pemegang akaun YouTube tersebut... perbuatan kejam ini di percayai di lakukan oleh kumpulan sendiket pemerdagangan manusia yang berlaku di Malaysia.

Harap pihak berkuasa PDRM dapat menyisat kes ini dengan segera.

tunku

Posted: 18 Jan 2012 03:46 AM PST

tunku


Mahathir Questions Criticisms Over Anwar's Accuser Right To Appeal

Posted: 17 Jan 2012 06:44 PM PST

KUALA LUMPUR, Jan 17 (Bernama) --It is difficult to win an appeal but not in the case of opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, said former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.
He said since facing a sodomy charge in 2008, Anwar had not exhausted his court appeals.
Dr Mahathir said when Anwar was acquitted and discharged by the High Court recently of the charge of sodomising his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan, the victim's plea for an appeal against the verdict was disputed.
"Does the opposition leader has a special privilege that justice is served only when he is found not guilty?
"Does a minnow has no right to seek justice to the extent that his appeal cannot be heard by the court anymore?" asked Mahathir in his blog entitled "Right to Appeal" Tuesday.
Several opposition leaders have criticised Mohd Saiful Bukhari's father, Azlan Mohd Lazim for seeking the Attorney-General's Chambers to appeal against the verdict.
Dr Mahathir questioned why Anwar's refusal to take a religious oath (sumpah laknat) at the mosque to deny the sodomy allegation did not have any meaning, particularly to Muslims.
Mohd Saiful Bukhari swore by holding the Quran at the Federal Territory Mosque here on Friday, Aug 18, 2008, claiming that Anwar had sodomised him.
"... and doesn't a sumpah laknat taken by a nobody means anything?" asked Dr Mahathir.
Dr Mahathir said if the recent court verdict was not in his favour, Anwar would have filed an appeal to a higher court.

tunku : it happens only in malaysia. when the government side charged in the court then he is 100% guilty and if opposition it is government's conspiracy.only the opposition and anwar only allowed to appeal not others and this is backed by the bar council. the bar council is actually an opposition political party in shadow.

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 18 Jan 2012 03:38 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang


Siapa lompat ke parti siapa?

Posted: 17 Jan 2012 07:50 PM PST


"Husin, kau jangan buat kami susah," jawab YAB Dato Seri Dr Zambery ketika Husin bertanya kalau boleh diguna tajuk sedemikian untuk posting Husin Lempoyang hari ini.

Husin bertemu Dr Zambery bersama dengan YB Nasharuddin Mat Isa di International Conference for the Movement of Global Moderates di Kuala Lumpur Convention Centre semalam.

Dr Zambery baru lepas menjadi Moderator untuk sesi forum pertama. Manakala, Nasha akan menjadi panel forum di sesi petang pukul 4. Kedua-dua mereka ada bersama ketika Dato Naib menyampaikan ucapatama.

Ketika Husin sedang bersembang dengan Nasha, lalu diplomat hebat Tan Sri Razali dan terdengar mereka berkata ucapan Najib amat baik sekali pagi tadi. Nyata semua pihak sekata dalam perlunya kesederahanaan untuk mengatasai extremisma.

Apabila datang pula Dr Zambery ke kumpulan sembang kami, jadi sedap pula perbualan. Dari kisah Hasan Ali ke kisah Nizar, dari kisah Awang Adek di PRU lepas ke kisah lompat-lompat parti dan turut dibincang hala tuju UMNO dan hala tuju PAS.

Butirnya tak bolehlah di cerita sini.

Dalam bersembang itu, memang ada usik mengusik dan berjenaka pasal bila Nasha nak lompat ke UMNO. Belum sempat Nasha nak menjawab, sesama kami dah jawabkan tak payahlah lompat lompat ini. Peranan UMNO diperlukan, peranan PAS pun diperlukan.

Lalu Husin keluarkan kamera untuk ambil gambar pertemuan menarik ini. Bila Husin tanya apa agaknya pembaca akan kata bila lihat gambar ini. Nasha lompat ke UMNO atau Dr Zambery lompat ke PAS atau PKR?

Dengan senyuman yang begitu menyerlah sekali, Dr Zambery berkata, "Jangan buat pasal Sinnn .... " Panjang intonasi nada dia.

Begitulah politik.

Di awam kami boleh tegur menegur, kritik mengkritik dan hentam menghentam, tapi secara peribadi semua kawan-kawan berlaka. Kawan tetap kawan walaupun ideologi dan parti politik berbeza. Inikan pula Dr Zambery dan Nasharuddin yang sama-sama berasal usul di Universiti Islam Antarabangsa.

Jadi kita yang rakyat biasa, janganah extremis sangat pasal politik. Bersederhanalah dalam berpolitik. Jangan buat gila hingga sampai putus saudara mara, persahabatan, dan bergaduh sesama jemaah dan jiran tetangga.

Jadikan kesederhanaan Melayu dan Malaysia sebagai contoh kepada dunia walaupun bukan contoh terbaik dan banyak kekurangan serba serbi.

P/S Nizam Kicap ... Sebenarnya hensem juga kamu berkepala botak. Bulan lepas aku pun botak, brader ... hehehe.

bumiyang

Posted: 18 Jan 2012 03:33 AM PST

bumiyang


Puluhan Ribu Hadir Ceramah Anwar di Kedah!!! Rakyaat Terus-terusan Ditipu???

Posted: 18 Jan 2012 12:30 AM PST

Mengapa Wujud Dua Kem Dalam PKR???

Posted: 17 Jan 2012 04:30 PM PST

Anwar Nafi Sokong Seks Bebas, Homoseks dan Lesbian???

Posted: 17 Jan 2012 04:46 AM PST

PANEH MIANG

Posted: 18 Jan 2012 02:28 AM PST

PANEH MIANG


Air di Selangor & Kelantan kini setaraf

Posted: 17 Jan 2012 09:18 PM PST

Pada Mac 2005 di Bilik Mesyuarat UUM Kampus Bandaraya KL, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Khalid Gagap telah berpakat dengan Rozali Ismail, Tauke Syabas untuk minta kaw taw 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor. Status quo Khalid Ibrahim di tahun 2005 ialah Pengerusi Majlis UUM. Rozali Ismail pula ketika itu Timbalan Pengerusi Majlis UUM. Julai 2005, Khalid ambil kerusi Bendahari PKR. Si Khalid ini dulunya Bendahari UMNO, diberi markah kesian oleh Dr. Mahathir, maka jadilah dia Pengerusi Guthrie.

Siapa bayar bil air percuma yang di kaw taw Khalid itu? Mula-mula KDEB, kemudian guna PKNS untuk tanggung kos. Itu pasal semua hartanah PKNS kini mula naik harga dan dijual pada paras termahal. Penyudahnya bila Khalid Gagap jadi MB Selangor, ditambah pula dengan idea Punaisihat Ekonomi RM1, Anwar Ibrahim, maka dapatlah rakyat Selangor 'hadiah' perjanjian air tertunda hingga 2014.

Risikonya, kualiti air merosot. Ramai rakyat khususnya anak-anak kecil menderita cirit-birit kerana air yang tidak bersih disebabkan vektor virus ROTA mengikut analisis sampel Najis dan Air Kencing.

Inilah penangan PkR Sampah di Selangor. Rakyat di Seksyen 2, 3, 4, 5, 7 dan 8 bakal mengadakan Persidangan Himpunan 1 Juta Tan sampah di depan pintu masuk rumah Menteri Besar Selangor dan rumah persendirian Khalid Ibrahim di Bukit Damansara.

Maka itulah natijah 'hadiah paling berharga' kerana mengundi Kerajaan Sampah PkR, DAP dan Pas di Selangor.

Menu 1Malaysia

Posted: 17 Jan 2012 03:07 AM PST

Menu Utama Hidangan Seri Perdana:

1. Petai, Kerdas dan Jering (ubat politik Melayu)

2. Nasi basi (hidangan kepada sosial Melayu)

3. Susu segar basi (minuman kepada Komunis Melayu)

4. Cendawan beracun (dessert kepada Freemason Melayu)


Menu Utama Hidangan Restoran 1Malaysia:

1. Nasi Kerabu (sesuai untuk rakyat yang makin keliru dan cacamarba dengan status politiking UMNO-BN)

2. Nasi Ulam (sesuai untuk ahli politik UMNO-BN yang kaki temberang dan berkonsep YES BOSS, salah pun YES BOSS!)


Menu Rakyat 1Malaysia:

1. Subsidi-subsidi, bantuan-bantuan. Sudah habis berbilion ringgit. Namun kesan ekonomi masih keharuan.

2. Janji dan lawatan kepada janji manis PRU. Sejak PRU-10 pun masih ada yang belum terlunas. Ramai terlupa bahawa banyak projek tertangguh sedang dilaksana oleh Kerajaan Persekutuan ialah janji PRU-10. Dalam PRU-10 antara menu rakyat yang dighaibkan ialah bantuan pengurusan persatuan belia yang konsisten selama 12 bulan sebanyak RM3,000 sebulan. Bantuan kepada NGO dan NPO bersifat tidak politik diberikan geran tahunan RM 10,000 secara one-off. Bantuan kepada isirumah miskin tegar dan merempat di bandar dan desa, sebanyak RM 20,000 one-off dan disediakan rumah kos rendah, dan diberikan peluang kerjaya kali pertama atas dorongan kerajaan.

Ramai rakyat tidak cerna handsard Dewan Rakyat, sebab itu, ramai alpa bahawa begitu banyak projek Kerajaan yang gagal dan berjaya. Yang gagal wajar dikaji dan diteruskan, namun dek kerana Ahli Parlimen bukan winnable candidate dan tidak mahir berbahas di Parlimen, maka, ke lautlah program-program mulia Kerajaan Barisan Nasional.

Kini PDRM sudah memerlukan seorang YB Menteri penuh yang khusus. Jabatan Ikatan Relawan (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia perlu kuasa kerja lebih besar dan peruntukan lebih besar. PDRM perlu dibesarkan anggota, balai, logistik dan aset. Jabatan Bomba dan Penyelamat perlu dibesarkan anggota, balai, logistik dan aset.

Institusi pengkaderan nasional iaitu Biro Tatanegara dan Institut Integriti Malaysia amat WAJIB diberi peruntukan yang lebih besar, ditambah pelbagai kemudahan dan aset. KP BTN dan Presiden IIM perlu buat tindakan lebih jauh dalam soal ini. Sudah tidak boleh berdiam diri dan melihat berapa peruntukan yang diluluskan sahaja. BTN dan IIM perlu minta peruntukan besar untuk menjarah kaedah pengkaderan nasional. Semua rakyat perlu faham makna 1 Malaysia, makna Perlembagaan Persekutuan, makna Integriti.

Inilah kultus dan nukleus terbaik Perdana Menteri dalam Menu 1 Malaysia.

Sahabat-Gunung

Posted: 18 Jan 2012 02:00 AM PST

Sahabat-Gunung


Wan Azizah.... Tolonglah Pulangkan Azmin Ke Pangkuan Keluarga Kami

Posted: 18 Jan 2012 01:49 AM PST


Saya menyeru Kak Wan Azizah, please .... jangan kerana suami dia,    banyak keluarga yang berpecah-belah, suami-isteri bercerai berai, adik-beradik bergaduh ... 

Sebagai isteri, kak Wan tahu sape Shamsidar taharin, apa yang berlaku .... Kak Wan tahu kak Wan ...please kembalikan Azmin kepada Hajah Che Ton.

Please kak Wan .... Saya merayu kepada Wan Azizah, diam ibu, dia isteri. Dia tahu faham perasaan ibu, Azmin dah tak balik rumah 5 bulan ....

Dengarlah luahan Ummi Hafilda  ...... 

Bersihkan Malaysia? Bersihkan Diri Mereka Dulu- Ahmad Maslan

Posted: 18 Jan 2012 01:16 AM PST



Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menasihatkankepada pihak pembangkang agar membersihkan diri dan parti mereka terlebihdahulu sebelum mencadangkan slogan 'Membersihkan Malaysia' seperti yangdicadangkan mereka pada konvensyen mereka di Kedah, minggu lepas.

"Bersihkan mereka dulu, apa yang mereka bagipada kita selain porak-peranda, kehancuran. Apabila ada pandangan-pandanganagar "seksualiti liwat" di hapuskan peraturan lamanya, apabila ada pandanganrasuah kecil diampunkan, apabila ada pandangan-pandangan yang mengatakandemostrasi jalanan itu merupakan salah satu cara menyelesaikan masalah, adayang berkata lebih `daring lebih ummpphh', maka letupkanlah helicopter Perdana Menteri,inilah idea-dea yang merosakkan yang datang dari pihak-pihak di sebelah sana.

Datuk Najib belum tiga tahun menjadi PerdanaMenteri, ada seorang menteri besar tu dah 22 tahun, siapa yang patutdibersihkan sebenarnya?," ujarnya kepada media selepas Merasmikan Program JuaraRakyat Peringkat Cheras dan Majlis Anugerah Cemerlang PMR2011 hari ini.

Dalam perkembangan lain, Datuk Ahmad Maslanmelihat rancangan kumpulan mahasiswa yang dipimpin Adam Adli yang mahumengadakan demostrasi "bebaskan Mahasiswa" di Kompleks SOGO petang ini sebagaimembazir dan dipergunakan sebagai tali barut pembangkang semata-mata.

"Jangan jadikan diri mereka sebagai talibarutpembangkang. Apa yang mereka inginkan sebenarnya. Belajar pun tak habis lagi. AdamAdli tu buat salah, jadi dia kena hukum. Jangan nak jadi hero atas sebab-sebabyang merosakkan diri sendiri. Biarlah jadi hero atas sebab-sebab yang baik,"tambahnya lagi.

Adam Adli Kecut !!! Pemuda UMNO Tunggu Kehadirannya di PWTC

Posted: 18 Jan 2012 12:50 AM PST

Pocong Yang Mahu Digantung Di Pejabat UMNO Akhirnya Terpaksa Digantung di Pejabat PAS, Jalan Raja Laut

Nie sahajalah yang berani dia buat ... mengantung pocong di ibu pejabat PAS selepas kumpulan mangkuk ayun Adam Adli nie gagal untuk mengantung pocong ANWAR di Ibu Pejabat UMNO...

Mahu tak kecut perut..... berani berlegar-legar sekitar PWTC sahaja, sambil ketawa dalam kereta melihat Pemuda UMNO yang sedang menunggu kehadiran puak-puak haram jadah nie di bangunan PWTC ....

Azwan Ali- Wajah Seribu Keinsafan .....

Posted: 17 Jan 2012 11:18 PM PST







Wajah yang memberikan seribu erti.... Biarlah masing-masing membuat andaian sendiri, tetapi kita sebaiknya mendoakan akan keretakan dan perpecahan dalam keluarga Azmin-Azwan-Ummi akan bersatu kembali....

Sudah sekian lama, ibu mereka berendam air mata melihat perpecahan dan persengketaan mereka adik-beradik, berikanlah semula kebahagian buat keluarga ini ...... 

Twitter Azwan Nur !!!

Posted: 17 Jan 2012 08:56 PM PST

Akhirnya, Twitter Azwan Ali (Azwan Nur) .... Menghentikan serta merta segala ayat-ayat menghina, mengkeji mana-mana pihak....
Laporan lanjut selepas nie...

Azwan Ali - Ummi Hafilda BerDAMAI.... Azmin panas bontot .....

Posted: 17 Jan 2012 08:35 PM PST

Terkini, Azwan Ali dan Ummi Hafilda berdamai...

Apa puncanya... Tunggu...

Yang pastinya, Abg Long mereka akan panas bontot selepas nie...

Apa Cer Ummi Hafilda & Azwan Ali Buat di Kg Pandan

Posted: 17 Jan 2012 08:32 PM PST

Panas ....

Tunggu berita selanjutnya selepas nie

PANAS!! Mahasewel SMM Nak Berdemo Lagi

Posted: 17 Jan 2012 07:08 PM PST

Terkini, dimaklumkan bahawa Puak Mahasewel SMM akan mengadakan demostrasi sebagai membantah langkah mengantung Adam Adli selama 3 Semester di UPSI...

Lokasi: Depan SOGO, KL
Masa: 1.30pm

Elakkan dari menjerumuskan diri ke perhimpunan tersebut....

Azwan Oh Azwan ....

Posted: 17 Jan 2012 07:45 AM PST



Siapa yang menghasut Azwan Aliuntuk menfitnah dan mengkeji serta sanggup menggugut adik kandungnya sendiri, Ummi Hafilda ?

Apa perkembangan terbaru Azwan hari nie?

PANAS !!! Azwan meminta maaf kepada siapa?

Akuan Bersumpah?

Semuanya akan terjawab tidak lama lagi.... tungguuuuu.....


Amboi ! Amboi ! Amboi .....

Pecat Dr Hassan Ali- Bukti Keangkuhan Dan Kuasa Kini Mengaburi Perjuangan PAS

Posted: 17 Jan 2012 01:59 AM PST



Naib Ketua Pemuda UMNOMalaysia, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan pemecatan keahlian dan pelucutanjawatan EXCO kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sebagai bukti keangkuhanparti PAS, seolah-olah parti ini berada dalam kedudukan yang cukup kuat,sehingga membuat pertimbangan seolah-olah tiada apa yang boleh mengugat mereka.

"Walaupun jelas apa yang berlakuini bukti bahawa mereka (PAS) di bawah telunjuk "pakatan mereka", bukankeputusan mereka semata-mata. Keduanya, membuktikan juga bahawa kuasa sudah mengaburiperjuangan mereka yang membuktikan bahawa mereka sebenarnya tidak mempunyaiprinsip yang jelas, dan juga mereka bukan sebuah parti yang memperjuangkanIslam sebaliknya PAS sama seperti mana-mana parti lain.

Jadi keangkuhan rasa terlaluberkuasa sehingga mengenetepikan soal-soal lain khususnya bahawa ada kuasa  yang lebih besar dalam menentukan setiap gerakkerjakita ini sudah dilupakan oleh pimpinan PAS. Saya percaya apa yang berlaku inipasti ada hikmah dan lebih mustahak, masa depan negara pati akan tetap menjadikeutamaan kepada Barisan Nasional, walaupun apapun yang berlaku di dalam PAS,"ujarnya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO ketika ditemui selepas pelancaranBN Youth Ride Fest di PWTC, sebentar tadi. 

Taipingmali (tm)

Posted: 18 Jan 2012 01:40 AM PST

Taipingmali (tm)


Adam menggila di KL

Posted: 17 Jan 2012 10:11 PM PST

Dikhabarkan Mahasewel Adam Adli dan rakan2 sdg berarak drp Sogo ke PWTC utk membuat kecoh. Demi pertahankan maruah org Melayu, diharapkan sdr2 sekelian dpt bersama2 menghalang mereka2 yg berniat jahat terhadap bangsa kita sendiri.

Kesian mak bapa dia di kampung, orang miskin, duduk pun rumah sewa, bukan rumah teres atau banglo tetapi rumah kampung.

Bapa dia mental dia pun ikut mental.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Adam Adli Mental buat hal lagi

Posted: 17 Jan 2012 08:52 PM PST

MAKLUMAT TERKINI: Mahasewel Adam Adli dgn kuncu2nya akan mengadakan demostrasi di Depan SOGO jam 12:30 tengahari ini untuk tunjuk bantahan pengantungan Adam Adli di UPSI.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Peluang berniaga di Bukit Jalil

Posted: 17 Jan 2012 08:51 PM PST

Perhatian kepada peniaga-peniaga karnival, Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan Karnival Belia Kreatif dan Roadshow Himpunan Jutaan Belia

Pada : 24 hingga 26 Februari 2012
Lokasi : Kompleks Sukan Bukit Jalil

Pelbagai aktiviti menarik antaranya konsert artis belia Malaysia, Indonesia dan Korea (KPop).

Target pengunjung dijangka akan hadir 200-400 ribu orang. Perbagai promosi dan advertisement sedang dan akan giat dijalankan melalui pelbagai saluran media TV, radio, suratkhabar, internet, banting, banner dan sebagainya.

Sumbangan diperlukan (sponsorship) daripada pihak peniaga yang ingin terlibat dalam program ini (yang benar-benar berminat sahaja) untuk tujuan memperhebatkan promosi dan sebagai balasan diberikan tapak perniagaan (booth) percuma.

Nilai sponsorship :
RM1500 - percuma 1 unit tapak perniagaan/booth (khemah 20'x20)

Bilangan khemah adalah terhad berdasarkan permohonan yang paling cepat akan diproses dan diluluskan cepat.

Pelbagai jenis jualan boleh diniagakan kecuali makanan/minuman yang bergoreng di tapak. Makanan kering dan sudah di "packing" kan adalah dibenarkan. CD/barangan cetak rompak,produk2 yang menyalahi akta/undang-undang Malaysia dan perniagaan pakaian 'bundle' adalah tidak dibenarkan.

Keputusan dan kelulusan daripada pihak organizer adalah muktamad.

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung : 016-526 8980.

Terima Kasih,
FAISAL SALMAN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perjalanan lebih lancar dengan PLUS pada Tahun Baru Cina

Posted: 17 Jan 2012 04:07 PM PST

PLUS akan buka 1,200 kaunter tol bagi memudah dan mempercepatkan perjalanan pengguna sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hadi Awang Tukar Profesion Jika Anwar Jadi Perdana Menteri!

Posted: 17 Jan 2012 07:50 AM PST



cakap merepek. selagi bersongkol dengan Dap dan Pkr pemimpin yang meliwat jangan bercakap soal negara Islam.

Betulkan keluarga 69 Azmin dahulu, hukum Mat Sabu dahulu jika ingin bercakap soal Islam. dan banyak lagi isu-isu yang mencemarkan Islam.

Hasan Ali di pecat kerana Dap dan Pkr. Pemimpin Pas terpaksa akur dengan pemimpin yang porak peranda dan akur dengan Ronnie Liu..

Pecat Dr Hassan Ali : Bukti Keangkuhan Perjuangan Pas

Posted: 17 Jan 2012 07:45 AM PST





KUALA LUMPUR, 17 Jan -- Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan pemecatan keahlian dan pelucutan jawatan Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sebagai bukti keangkuhan parti Pas, seolah-olah parti ini berada dalam kedudukan yang cukup kuat, sehingga membuat pertimbangan seolah-olah tiada apa yang boleh mengugat mereka.

"Walaupun jelas apa yang berlaku ini bukti bahawa mereka (Pas) di bawah telunjuk "pakatan mereka", bukan keputusan mereka semata-mata. Keduanya, membuktikan juga bahawa kuasa sudah mengaburi perjuangan di mana mereka sebenarnya tidak mempunyai prinsip yang jelas dan juga mereka bukan sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebaliknya Pas sama seperti mana-mana parti lain.

"Jadi keangkuhan rasa terlalu berkuasa sehingga mengenetepikan soal-soal lain khususnya bahawa ada kuasa yang lebih besar dalam menentukan setiap gerakkerja kita ini sudah dilupakan oleh pimpinan Pas", katanya ketika ditemui selepas pelancaran BN Youth Ride Fest di PWTC di sini, hari ini.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia seterusnya percaya apa yang berlaku ini pasti ada hikmah dan lebih mustahak, masa depan negara pasti akan tetap menjadi keutamaan kepada Barisan Nasional, walaupun apapun yang berlaku di dalam Pas.

Poster Zambry kena Sabotaj

Posted: 17 Jan 2012 07:41 AM PST

Pemecatan Hassan Ali Beri Impak Pada PAS

Posted: 17 Jan 2012 07:23 AM PST

20120115 Ibrahim Abu Shah

Posted: 17 Jan 2012 07:22 AM PST

20120115 Salehuddin Saidin on 901

Posted: 17 Jan 2012 07:21 AM PST

Kilat, Kilat, Kilat : Gadis Hilang

Posted: 17 Jan 2012 06:55 AM PST

Utk rakan2 Radio Amator tolong panjang2kan: 

Assalamualaikum w.b.t. Info kecemasan dari 9W2FLW; 

Tolong war-warkan tentang kehilangan seorang gadis, berumur 19 tahun, seorang diri memandu kereta jenis proton iswara aeroback warna oren, plat no. JKL 6257, di belakang kereta ada stiker biru putih 9W2FLW, kebarangkalian suspek menuju ke KL & Sepang @ sekitar Hotel Pan Pacific. 

Suspek merupakan adik perempuan ke-5 kpd 9W2FLW, berumur 19 tahun, menghilangkan diri dengan memandu kereta keluar dari rumah (Base FLW, Bandar Maharani, Muar) pada jam 4.30 petang 17/01/2012. 

Hingga kini suspek tidak dapat dihubungi. Kepada mana-mana rakan yg ada sebarang info, bolehlah terus menghubungi En. Fitri (9W2FLW) di talian: 019-7799746. Mohon disebarkan, terima kasih, 73s.de...9w2ezx
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

sekupangdua

Posted: 18 Jan 2012 12:23 AM PST

sekupangdua


SEKUPANG SUDAH ADA LAWYER! TERIMA KASIH SEMUA!

Posted: 17 Jan 2012 04:19 AM PST

RASANYA TAK DAPAT SEKUPANG MEMBALAS BUDI BAIK KOMER! APA YANG BOLEH TEMAN KATAKAN DISINI,JUTAAN TERIMA KASIH DAN TERIMA KASIH SEMUA. SIAPA SANGKA NAMPAKNYA SEGALA DI PERMUDAHKAN ALLAH, DARI BERSEORANGAN HINGGA BEGITU RAMAI SAHABAT-SAHABAT LAWYER, PEMIMPIN-PEMIMPIN, SAHABAT-SAHABAT BLOGGERS, RAKYAT DAN RAMAI LAGI YANG MENAWARKAN PERTOLONGAN, GUAMAN SERTA DORONGAN SEMANGAT DALAM ISU SAMAN 10 JUTA INI

YANG TEMAN RISAU TENTANG SEGALA PEKARA DAN KEPERLUAN UNTUK MENGHADAPI  SEORANG YANG YANG PETAH BERUCAP DIPENTAS, PUNYA PENYOKONG PARTI BELIAU SENDIRI DAN MEMANG DIKENALI SEBAGAI LAWYER JUGAK! ALMAKLUMLAH TEMAN NI YANG HANYA DIKENALI SEBAGAI BUDAK KAMPUNG YANG TERPAKSA MENEMPUH SEGALA DUGAAN YANG AMAT ASING PADA TEMAN, BAGAIMANA PUN DEMI KEBENARAN TEMAN AKAN TETAP TERUSKAN PEMBONGKARAN INI

SOAL SIAPA YANG MENYOKONG TEMAN BUKAN PEKARA YANG PATUT DIPERTIKAIKAN, SAMADA PEMIMPIN, NGO-NGO, KAWAN-KAWAN, BLOGGERS, MALAH PEMIMPIN PARTI POLITIK SEKALI PUN, DEMA MENYOKONG TEMAN KERANA PERJUANGKAN KEBENARAN DAN MEMBONGKAR PENYELEWENGAN SUPAYA RAKYAT TAHU KISAH SEBENARNYA. TAK KIRA LAH APA PARTI PUN SAMADA BN, MCA, GERAKAN, MIC, UMNO ATAU APA JUA PARTI PUN BUKAN SOAL UTAMA. MALAH PEMIMPIN DAP SEKALI PUN DIATAS TIKET MENCARI KEBENARAN TIDAK MENJADI KESALAHAN SEBALIKNYA SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN WAJIB MENENTANG SEGALA PENYELEWENGAN SEBAGAI MERASAKAN PEMBELAAN TERHADAP KEBENARAN HAK RAKYAT, TEMAN BOLEH MENERIMA SEADANYA DALAM BERSAMA MENCARI KEBENARAN.

DENGAN DORONGAN KALIAN MENAMBAHKAN LAGI SEMANGAT DAN AKAN TERUS PERJUANGAN HAK RAKYATUNTUK INI, INSYALLAH! TAKBIR!

APAPUN TERIMA KASIH SEMUA, HAMPIR 30 LAWYER YANG MENAWAR KHIDMAT, MENCECAH RATUSAN SMS DAN PANGGILAN YANG MELAHIRKAN SOKONGAN YANG TEMAN TERIMA RASANYA TIDAK TERBALAS DIDUNIA, INSYALLAH AKAN TERUS MENENTANG PENYELEWENGAN  DAN MEMBONGKAR SEGALA KORUPSI! LAWAN TETAP LAWAN!!!

g a R a m a N i s

Posted: 18 Jan 2012 12:12 AM PST

g a R a m a N i s


PANAS! Nauzubillah Hal Ehwal Islam Selangor Bukan Menjadi Keutamaan PAS.

Posted: 17 Jan 2012 08:15 PM PST

Selamat sudah Dr. Ahmad Yunus mengangkat sumpah sebagai Exco Negeri Selangor yang baru. Ura-ura pelantikan pejuang jihad homoseksual iaitu Dr. Rani Osman ternyata meleset. Bagaimanapun, pelantikan ini cuma untuk memenuhi kuota yang ditinggalkan Hassan Ali dan sudah tentu ianya adalah milik mutlak PAS.

Tentunya telah mengembirakan PAS kerana cita-cita mahu membuang Hassan Ali telah tercapai. 

Apa yang diketahui, portfolio Dr. Ahmad Yunus hanya bersangkutan dengan Adat Melayu, Belia dan Sukan manakala portfolio Hal Ehwal Agama Islam dipegang sendiri oleh Khalid Ibrahim. Aneh bukan?

Khalid Ibrahim Sandang Portfolio Hal Ehwal Islam

Kita wajar persoalkan integriti PAS. Untuk apa Khalid Ibrahim memegang jawatan Hal Ehwal Islam? Dimana maruah dan rasa malu parti yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi dalam menjaga Hal Ehwal Islam dikuasai oleh parti liberal dahaga seks songsang.

Heirarki politik di Selangor memang carca marba dan ini amat menyusahkan umat Islam. Parti Islam tidak menjaga kesucian Islam tetapi pejuang kebebasan seksual menjaga hal ehwal Islam.

Perkembangan ini secara tidak langsung memperlihatkan PAS menjadi lembu yang dicucuk hidung DAP dan PKR. Kita sudah sedia maklum, dalam mengurus tadbir Negeri Selangor segalanya adalah mengikut kehendak DAP. DAP yang mengatur segala kerja dan urus tadbir di Selangor.

Apakah kerana insiden rampasan arak 2 tahun dulu dan dessert storm JAIS terhadap DUMC menjadi punca PAS tidak diberi kuasa untuk mengurus kesucian Islam. Rakyat Selangor perlu sedar akan perkara ini. PAS ternyata menggunakan Islam untuk kepentingan politik bukannya fisabillah untuk menyebarkan dakwah Rasulullah S.A.W

Nauzubillah...Hal Ehwal Islam bukan menjadi keutamaan PAS.

PANAS! Pemuda PAS Selangor Mahu Lawan Hassan Ali

Posted: 17 Jan 2012 05:50 PM PST

Hassan Ali tak boleh tetapi jika Anwar Ibrahim sampai bermandi darah pun PAS sanggup. Untuk Anwar Ibrahim ianya dinamakan JIHAD.

Inilah delima dan krisis keyakinan PAS yang maha dasyat pasca PRU Ke-12. Tunggang langgang, carca marba dan tanpa hala tujuan.

Baca Dewan Pemuda PAS Selangor yang telah mengesahkan bahawa perjuangan PAS hari ini tunggang langgang.
Timbalan Ketua Pemuda, Mohd Sany Hamzan menyifatkan tindakan Adun Gombak Setia itu dengan menjelajah seluruh negeri kononnya untuk membela diri dan mendedahkan parasit hanya akan mendapat cemuhan.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melihat tindakan Datuk Hassan ingin 'menjelajah' seluruh negeri dan negara untuk 'membela' diri dan 'mendedahkan parasit' yang menyebabkan beliau dipecat hanya akan mendapat cemuhan dan cercaan masyarakat serta menghilangkan hormat rakyat kepada beliau kerana rakyat telah mengikuti kronologi pemecatan beliau dan telah 'mengenali' siapa Dr Hassan  yang sebenarnya.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tidak akan berdiam diri malah bersedia untuk 'menjelajah' seluruh negeri Selangor untuk menjawab tohmahan dan fitnah Datuk Hassan terhadap PAS sekiranya beliau masih lagi memperlekehkan dan menghentam PAS secara terbuka.
Bukankah, pengisian yang cuba dilakukan Hassan Ali adalah sama maksud sepertimana Anwar Ibrahim? membuat 'roadshow' untuk jelaskan hal yang sebenar tetapi bagi Anwar Ibrahim dia cuma mahu eksploitasi monyet-monyet dengan fantasi dia yang paling hebat. 

Ala...Sany Hamzan itu kalau bukan pasal mahu berebut untuk bertanding di Dusun Tua mana mungkin dia mahu jadi hero membela Khalid Samad. Selalu sangat bertembung acara dengan Mohamad Jan, masing-masing sibuk membina nama untuk dijadikan calon lawan Ismail Sani.

Berbalik pada komitmen yang dinyatakan Dewan Pemuda PAS Selangor. Jangan kerana politik di Selangor memperlihatkan Pemuda PAS Selangor menjadi fraksi freemanson dendam Khalid Samad. Itu seolah-olah anda semua tiada pendirian dan taksub.

Mengaku sahaja dan jangan jadi munafik bahawa agenda Kerajaan Perpaduan telah mendapat restu daripada Presiden parti.

My Longest Yard

Posted: 17 Jan 2012 11:49 PM PST

My Longest Yard


JURUWANG DISURUH PEGANG DAGING BABI TANPA LAPIK

Posted: 17 Jan 2012 11:39 PM PST

Apa yang membuat kami semua terkejut, pengurus kami telah berkata, "Kenapa perlu berlapik? Jijik sangatkah? Geli sangatkah? Jangan terlalu ikutkan adat sangat. Yang bermasalah ini adalah juruwang Melayu. Kalau sudah tak boleh nak pegang, lebih baik saya mengambil pekerja bukan Melayu. Selepas ini, saya tak mahu lagi kamu semua pegang barang-barang itu beralaskan pelastik. Saya mahu kamu semua pegang dengan tangan sahaja. Jika saya dapati kamu semua buat sekali lagi, saya akan tukarkan kamu semua ke bahagian lain."

Bukan niat kami hendak menghina makanan orang bukan Islam. Menurut ajaran dan hukum Islam, daging itu adalah haram disisi agama Islam bukan setakat memakanya, malah menyentuhnya pun tak boleh. Jika tersentuh biarpun bekasnya sekali pun, ia perlu disamak.

Pengurus kami dan orang atasan kami bukan Islam. Tidakkah mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan daging babi. Bahasanya seolah-olah mempersendakan agama Islam dan berbau perkauman. Mentang-mentanglah kami ini semuanya perempuan, tidak pandai hendak memberontak, senang benar mereka hendak mempersendakannya.

Saya cuba untuk berpakat dengan rakan-rakan kerja Melayu saya untuk melaporkan perkara ini di pejabat agama atau pihak berkuasa yang lain, tetapi mereka enggan untuk berpakat kerana takut ditukarkan atau kehilangan kerja. Inilah sifat kakitangan Melayu yang beragama Islam di sini. Hanya dengan ugutan mereka sangup menggadaikan agama demi wang.

Kita sebagai orang Islam sepatutnya mempertahankan kesucian agama kita. Tahukah mereka perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana membabitkan kesucian diri untuk beribadat kepada Allah SWT. Saya kecewa dengan sikap segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam ini.

Sepatutnya pihak pengurusan pasar raya tempat saya bekerja mengadakan kaunter 'Tidak Halal' untuk scan barang-barang tidak halal dan dijaga oleh juruwang bukan Islam. Kadangkala saya terfikir, bekas diletakkan barang tidak halal di kaunter ini, kemudiannya diletakkan pula barang-barang yang dibeli pelanggan lain beragama Islam. Bagaimana tahap kesuciannya?

Saya ingin mengadukan perkara ini kepada jabatan agama atau pihak berkuasa lain, tetapi saya tidak pandai untuk membuat sendirian.

Tolonglah sesiapa yang membaca artikel ini, bantulah kami orang Islam yang ditindas di pasar raya ini, juga pelanggan Islam yang mengunjungi pasar raya ini.

Sumber- Forum Utusan Malaysia, 18.1.2012

PAS HANYA LAYAK JAGA PORTFOLIO SUKAN?

Posted: 17 Jan 2012 10:22 PM PST

Khalid Ibrahim mengumumkan Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap portfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan.

Manakala Abdul Khalid sendiri akan mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang dipegang Hasan sebelum ini.

Nampaknya, bukan lagi exco dari Parti Islam SeMalaysia yang menjaga Hal Ehwal Islam di Selangor. PKR sudah mengambil alih. Siapa paling gembira? Sudah tentu tuan besar iaitu DAP.

BUKAN DR RANI

Posted: 17 Jan 2012 06:50 PM PST

Teka-teki mengenai siapa pengganti Dr Hasan Mohamed Ali terjawab apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, DrAhmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Pelantikan itu sekaligus mengenepikan jangkaan awal bahawa jawatan berkenaan bakal diberikan kepada calon yang disebut-sebut sebelum ini iaitu ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor.

"Apakah Hak Membuat Rayuan Hanya Pada Anwar?" - Mahathir

Posted: 17 Jan 2012 04:56 PM PST



Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukar untuk mencari individu lain yang menang dalam membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah yang disabitkan terhadap mereka, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata sejak didakwa atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, tidak ada perkara lain yang didengar selama empat tahun itu selain daripada rayuan Anwar terhadap keputusan mahkamah berhubung dirinya dalam kes itu.

Namun, katanya, yang menjadi persoalan ialah, apabila Anwar yang juga ketua pembangkang didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini kerana tidak ada "mentahkikkan keterangan", hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.

"Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?

"Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?," kata Dr Mahathir dalam entri terbaru blognya berjudul "Hak Merayu" , Selasa.

Entri itu dipercayai merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin pembangkang yang membidas Mohd Saiful Bukhari dan bapanya Azlan Mohd Lazim kerana memohon supaya Peguam Negara membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi, yang memutuskan Anwar tidak bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya itu pada 9 Jan lepas.

Dr Mahathir mempersoalkan apakah keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al-Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam.Pada Jumaat 18 Ogos 2008, Mohd Saiful Bukhari mengangkat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dengan mendakwa Anwar telah meliwat dirinya dalam keadaan paksa.

"...dan apakah sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambil kira," soal Dr Mahathir.

Beliau berkata jika keputusan mahkamah baru-baru ini tidak menyebelahi Anwar, beliau percaya penasihat Parti Keadilan Rakyat itu akan membuat rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi.

Menurutnya dari awal perbicaraan kes itu lagi, Anwar telah menuntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah sehingga perbicaraan ditangguh berbulan-bulan sementara tuntutannya ditimbang kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

"Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah dia akan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan jika Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Mahkamah Persekutuan.

"Jika Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Mahkamah Khas,"katanya.

Dr Mahathir turut mempersoalkan apakah menjadi satu daripada perjuangan pakatan pembangkang, sepertimana yang disarankan Anwar dalam wawancara dengan BBC di Mumbai India baru-baru ini, bahawa undang-undang negara sudah lapuk dan perlu ditukar.

Dalam sesi wawancara itu, Anwar ketika menjawab soalan berkaitan hak-hak golongan gay dan sama ada beliau bersedia untuk menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay", berkata terdapat keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan. - BERNAMA

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 17 Jan 2012 11:36 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Inilah Namanya Rezeki Terpijak, Orang Lain Yang Berangan, Orang Lain Yang Dapat...

Posted: 17 Jan 2012 09:00 PM PST


ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Hasan Ali yang digugurkan dari jawatan tersebut minggu lalu.

Dr Ahmad Yunus yang juga pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - mengangkat sumpah sebagai exco di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pagi ini.

Ahmad menggantikan Hasan selepas beliau dipecat dari PAS pada 8 Januari lalu susulan tindakan beliau yang merugikan parti itu.

Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa calon pilihan adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman tetapi menurut sumber beliau menolak pencalonan berkenaan.

Pada sidang akhbar selepas majlis berkenaan, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap Kebudayaan Melayu, Belia dan Sukan yang sebelum ini dipegangnya.

Manakala jawatankuasa mengenai hal ehawal Islam, infrastruktur dan kemudahan awam akan disandang oleh Abdul Khalid. sumber: malaysiakini.

komen aku: haahaahaa orang lain yang berangan, orang lain yang dapat, itu di namakan rezeki terpijak, tapi yang tak sedap nya tu, khalid ibrahim jaga portfolio jawatankuasa hal ehwal islam, biar betul? korang ingat tak lagi kes murtad yang melibatkan gereja dumc, korang tengok apa tindakan khalid, flip-flop beb...

Sepuluh Janji Pakatan Jika Perintah Malaysia, Wifi Lebih Penting Dari Hudud...

Posted: 17 Jan 2012 06:00 AM PST


Nak buat semua benda dalam masa 100 hari? kalau tak dapat buat semua, maka di salahkan umno/bn, janji yang dulu pun tak tertunai, contoh terbaik di selangor, mana janji yang kata nak turunkan 20 peratus cukai pintu, mana?

Kalau di teliti janji-janji yang depa buat tu, mana janji yang dulu depa kata nak laksanakan perundangan islam, nak buat hukum hudud, mana? kenapa tak masukan sekali dalam janji-janji 100 hari  tu, atau pada mereka hukum hudud sudah tidak relevan lagi...

Maknanya wifi percuma lebih penting dari hukum hudud, sebab itu janji nak bagi wifi percuma di masukan dalam 10 janji-janji pakatan kalau perintah malaysia.

DYMM Sultan Selangor Tak Berkenan Lantik Dr Rani Mukarjee...???

Posted: 17 Jan 2012 04:30 AM PST


Berita panas dari Selangor - Dr Rani ditolak oleh DYMM Sultan Selangor utk gantikan tempat Hasan Ali.

Angin yg kuat berkencang, ada seorang lagi Dr yang jadi perhatian PAS Selangor dan pihak istana berkenan.

YB Dr Yunus ADUN Sijangkang.

Info : BBM Group

Keputusan ini perlu diterima (jika info ini benar)

Sultan tentu ada sebab menolaknya..

Daulat Tuanku !!!

sumber: wikileaks malaysia.

Tarian Bogel Ini Keperluan Rakyat...

Posted: 17 Jan 2012 01:30 AM PST

Setiap apa yang depa buat, depa akan kata itu keperluan rakyat, ronnie liew bila ditanya kenapa banyak sangat rumah urut di selangor dia jawab itu keperluan rakyat, bila di tanya kenapa terlalu banyak hotel bajet di selangor, dia jawab itu keperluan rakyat.

Rupa-rupanya jawapan keperluan rakyat nie adalah jawapan standart bagi pihak pembangkang, setiap apa kesalahan yang mereka buat mereka akan cover dengan ayat itu keperluan rakyat, ini keperluan rakyat, tapi betul ke rakyat memerlukan semua tu? 

oyabun

Posted: 17 Jan 2012 11:28 PM PST

oyabun


Justice For Rakyat = Justice For Saiful. Sikap diskriminasi Bar Council dicela!

Posted: 17 Jan 2012 10:41 PM PST


Kenyataan Media

GAPS mengalu-alukan kenyataan Bar Council yang memberikan pandangan dalam setiap isu yang menyentuh masyarakat. Namun kenyataan Bar Council dalam isu Liwat 901 amat tersasar jauh dari prinsip Hak Untuk Di Dengar yang antara lain menjadi maxim penting dalam keadilan sejagat.

Tingkat mahkamah dari mahkamah rendah ke mahkamah tinggi ke mahkamah rayuan ke mahkamah persekutuan merupakan antara pertimbangan untuk memastikan Hak Untuk DiDengar diberikan kepada tertuduh dan mangsa dalam mana-mana kes yang dibicarakan dinegara ini.

Gesaan Bar Council yang mendesak Jabatan Peguam Negara tidak membuat rayuan kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Liwat 901 merupakan sekatan yang cuba di buat kepada mangsa dalam kes yang tragis ini.

Gesaan ini boleh ditafsirkan sebagai sikap Bar Council yang double standard dan diskriminasi dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat dimana hanya mempertahankan golongan feudal dan atasan manakala cuba menindas golongan rakyat marhaen yang teraniaya.

Gesaan ini juga boleh dilihat usaha untuk menjuruskan kepada sistem undang-undang rimba dan menolak undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dalam sebuah negara yang demokratik seperti Malaysia.

Hak mangsa dan tertuduh harus diadili hingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi di negara ini. Penindasan terhadap hak ini adalah kezaliman pemerintah kepada rakyat yang diperintah.

GAPS ingin mendesak Jabatan Peguam Negara memfailkan segera Notis Rayuan dalam keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Liwat 901.















Justice For Rakyat = Justice for Saiful

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Wasabi Oyabun

"HAKIM BERAT SEBELAH" - TRANSKRIP PEMBELAAN ANWAR IBRAHIM!

Posted: 17 Jan 2012 06:23 AM PST


TRANSKRIP UCAPAN ANWAR SEWAKTU MEMBELA DIRI DALAM KANDANG MAHKAMAH PADA 22 OGOS 2011 YANG MENUDUH HAKIM BERAT SEBELAH & KERAJAAN BERKONSPIRASI DALAM ISU LIWAT.

Keseluruhan proses ini hanyalah satu rekayasa Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak untuk melenyapkan saya dari medan politik dengan cara memenjarakan saya. Oleh itu, saya nyatakan di sini bahawa saya sudah hilang kepercayaan terhadap perbicaraan ini sungguhpun pasukan peguam pembela berusaha keras membuktikan betapa saya sebenarnya tidak bersalah. Sudah saya katakan dari awal lagi ini bukanlah perbicaraan jenayah.

Ianya satu rekayasa semata-mata untuk memastikan saya tidak mencabar mereka dari terus berkuasa.

Pada tahun 1998, Tun Dr Mahathir Mohamad taksub dengan manipulasi ala Machiavelli- politik menghalalkan cara- mengerah segenap kekuasaan negara memfitnah saya. Beliau berjaya menghumban saya ke penjara selama 15 tahun sungguhpun saya tidak bersalah. Itulah penindasan dan kezaliman yang dikenakan ke atas saya. Dan itulah juga bentuk penindasan dan kezaliman yang berterusan.

Dato' Sri Najib Tun Razak menuruti jejak mentornya, menggunakan segenap kekuatan dan aparat kekusaan samada melalui media, polis, peguam negara dan badan kehakiman untuk merencat perlaksanaan keadilan dan melenyapkan saya dari terus berjuang.

Usaha untuk menghumban saya ke penjara menjadi keutamaan selepas kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum tahun 2008. Kebimbangan mereka menjadi kenyataan apabila sekatan undang-undang yang menghalang saya dari bertanding berakhir seterusnya membolehkan saya bertanding kembali dan menang. Kemenangan pilihanraya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh itu disusuli pula dengan terpilihnya saya sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia.

Oleh yang demikian ianya bukan sekadar kebetulan apabila konspirasi ini muncul tiga bulan selepas kejayaan Mac 2008 dan dakwaan terhadap saya dibuat hanya sebulan sebelum saya bertanding kerusi parlimen Permatang Pauh. Rentetan peristiwa yang terungkap sebelum pendakwaan dibuat menjadi bukti bahawa fitnah mutakhir ini dicedok daripada skrip fitnah 1998.

Hanya pada episod terbaru ini, tiada episod hitam mata lebam dan rakan subahat melakukan jenayah. Pada episod kedua ini, para konspirator telah melakukan beberapa perubahan plot agar ianya kelihatan lebih teratur. Fitnah terbaru kali ini menampilkan si pengadu sebagai seorang mangsa yang tidak berdaya. Ini dibuat setelah menyedari kaedah pengakuan ala Stalin dan kaedah mengheret mangsa-mangsa ke khalayak awam sebagai mereka yang bertaubat dan menyesali perbuatan terkutuk yang dilakukan sebelum ini sukar diterima malahan dicemuh rakyat.

Kerana itu semasa keseluruhan pertanyaan pendakwa terhadap pengadu, pihak pendakwa sedaya upaya berusaha melakar gambaran kononnya si pengadu ini seorang anak muda yang lemah, naif dan tidak berdosa.

Si pengadu digambarkan sebagai seorang yang menyatakan kebenaran serta kesaksiannya perlu dipercayai walaupun bukti menyatakan sebaliknya. Hakikatnya si pengadu hanyalah seorang yang disingkir dari universiti, diambil bekerja secara sambilan untuk menolong Ketua Staf saya dan semata-mata digunakan sebagai bidak catur demi niat jahat mereka terhadap saya. Namun mahkamah memutuskan selepas penggulungan kes pendakwaan bahawa dia sesungguhnya seorang saksi yang benar.

Konspirasi ini dirancang teliti dan melibatkan Perdana Menteri sendiri dan isterinya Rosmah Mansor. Berdasarkan pengakuan si pengadu, dia telah menemui Perdana Menteri dan isterinya di kediaman mereka dan di situlah dia mengadu kononnya menjadi mangsa jenayah seksual.

Kenyataan awal Dato' Sri Najib bahawa beliau telah bertemu dengan pengadu semata-mata untuk berbincang mengenai biasiswa merupakan satu dusta dan hanya ditarik balik selepas pendedahan dibuat melalui media sosial dan blog-blog internet. Dato' Sri Najib dan Rosmah agak ketara tidak mahu kelihatan dekat atau terlibat dengan konspirasi ini apatah lagi lantaran penglibatan mereka dalam beberapa skandal lain yang telah dibangkitkan di parlimen. Sehingga kini dokumen-dokumen tersebut belum dinafikan.

Ternyata pertaruhan dalam konspirasi ini mahal harganya. Maka konspirasi ini direncana teliti agar tidak menemui jalan buntu. Kemungkinan tersebut lebih nyata manakala BN yang dipimpin UMNO kian tergugat dan mungkin kehilangan kuasa kepada Pakatan Rakyat.

Pertuduhan utama konspirasi ini adalah untuk merekayasa fitnah terhadap saya kononnya melakukan liwat. Mereka berhasrat memburukkan peribadi dan kewibawaan saya menjelang kempen menjelang pilihanraya kecil tersebut. Bagi mencapai tujuan ini, serangan media ganas dan jijik dilancarkan serentak, antaranya dengan menganjurkan perhimpunan dan ceramah di mana tumpuan perdebatan itu bukanlah berkaitan isu-isu sosial, ekonomi atau politik. Kandungan ceramah mereka semata-mata berkenaan fitnah terhadap diri saya dengan tujuan mencemar akhlak saya di mata rakyat.

Para dalang tersebut, dengan alasan tersendiri memperolehi maklumat dalaman pihak pendakwaan yang kemudiannya digunakan maklumat tersebut untuk dijaja ke seluruh negara secara jelek dan lucah untuk membunuh keperibadian saya secara terancang sebab-sebab tertentu, memperolehi maklumat rahsia yang bakal digunakan pihak pendakwaan dan menjelajah keseluruh kawasan untuk memcemar keperibadian saya demi memastikan kekalahan pilihan raya kecil tersebut. Walaubagaimanapun Allah Maha Besar, Alhamdulilah saya memenangi kerusi Permatang Pauh dengan majoriti undi sebanyak 15,000. Keghairahan melenyapkan karier politik tidak pernah pudar sama sekali. Dato' Sri Najib menyangka dengan menghancurkan masa depan saya, maka sekaligus meranapkan prospek Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.

Justeru, semuanya dikerahkan agar dapat menyumbat saya ke penjara sekali lagi serta memastikan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO terus memerintah. Mengambil kira kesemua perkara di atas, saya nyatakan di sini bahawa perbicaraan ini walau apapun maksud dan tujuannya hanyalah suatu sandiwara. Saya menegaskan demikian bukan kerana saya membenci Yang Arif atau menyimpan dendam terhadap sesiapa. Apa yang saya nyatakan dari kandang tertuduh ini adalah apa yang saya yakin berdasarkan kebenaran. Dan keyakinan ini lahir hasil dari berkhidmat demi rakyat selama lebih dari 40 tahun, yang mana ¼ dari tempoh itu saya ditahan di Pusat Tahanan Kamunting dan kemudiannya dipenjara di Sungai Buloh.

Hakikatnya saya dihukum dan dipenjarakan bukan kerana saya bersalah, akan tetapi kerana keyakinan saya dan pastinya pada tahun 1998, saya merupakan ancaman jelas kepada pemerintahan kuku besi Mahathir yang berusia lebih dari dua dekad. Tetapi saya duduk di hadapan kamu di dalam kandang tertuduh hanya untuk bercakap apa yang saya tahu dan apa yang saya percaya dengan keyakinan terhadap kebenaran.

Dan keyakinan ini dibawa setelah berada di dalam perkhidmatan awam selama lebih daripada empat puluh tahun dimana suku daripadanya telah dihabiskan di balik tembok pemenjaraan di Kamunting dan di Sungai Buloh. Hakikatnya saya dihukum penjara bukan kerana apa-apa jenayah yang telah saya lakukan tetapi kerana kepercayaan dan keyakinan politik saya. Lebih tepat lagi, ianya kerana pada tahun 1998, saya telah menjadi ancaman yang jelas terhadap pemerintahan autokratik Mahathir yang berusia lebih dari dua dekad itu.


Saya nyatakan sedemikian sebagaimana yang saya ungkapkan sebelumnya kerana keluhuran mahkamah telah terjejas dan memperlihatkan gejala gejala perbicaraan sandiwara dimana skripnya telahpun dirangka dan hukumannya telahpun termaktub.

Saya nyatakan sedemikian kerana sebagai seorang hakim yang mengadili perbicaraan ini, anda tanpa ragu lagi menunjukkan sikap anda yang berat sebelah itu. Saya nyatakan sedemikian kerana anda enggan menarik diri walaupun bukti sikap berat sebelah anda sebagai hakim terhadap saya menggunung banyaknya.

Saya menegaskan sedemikian kerana anda membiarkan sahaja segala pencerobohan yang melanggar peraturan dan prosedur manakala anda tidak menghiraukan bantahan saya berkenaan kecurangan pihak pendakwa. Sedangkan penyelewengan serta kecurangan itu pastinya membuatkan seorang hakim yang adil menyedari akan niat jahat pihak pendakwaan.


Wasabi Oyabun..

The Unspinners

Posted: 17 Jan 2012 11:26 PM PST

The Unspinners


Anwar anggap Quran "archaic": Apa kata PAS?

Posted: 17 Jan 2012 11:00 PM PST

Persatuan Ulama sokong PM tubuh Insttiut Wasatiyah

Posted: 17 Jan 2012 08:00 PM PST

Hannah Yeoh bernafsu besar tak puas

Posted: 17 Jan 2012 05:00 PM PST

Kenapa Theresa Kok "cover-up" ugama LGE?

Posted: 17 Jan 2012 06:30 AM PST

Pembangkang hilang modal - Zulkifli Nordin

Posted: 17 Jan 2012 03:34 AM PST

The Economist lihat Anwar hilang 'omph'

Posted: 16 Jan 2012 11:31 PM PST

Panglima Perang Cyber

Posted: 17 Jan 2012 11:16 PM PST

Panglima Perang Cyber


Gambart Dr Yunus Angkat Sumpah Hadapan Sultan Selangor Pagi Ini Disaksi @khalid_ibrahim

Posted: 17 Jan 2012 07:26 PM PST

Terkini : Dr Rani Ditolak Dan Dr Yunus Hairi Dilapor Kini Berada Di Istana Selangor Angkat Sumpah Exco Ganti @drhasanali

Posted: 17 Jan 2012 06:26 PM PST

Info Terbaru :

YB Dr Yunus Hairi dilaporkan kini berada di dalam Istana Selangor bagi mengangkat sumpah sebagai exco baru menggantikan Dr Hasan Ali


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Azhar Idrus Tidak Tuduh Ulama UMNO (ILMU) Terima 15 K Dan Benarkan ILMU Gelar Beliau Dajjal ???

Posted: 17 Jan 2012 02:40 AM PST


Harap kekeliruan isu 15K yang disebut Ust Azhar sebelum ini yang kononnya diterima oleh puak ILMU akan selesai. 

Sudah tentu dalam hal ini kita tidak mahu golongan agama bergaduh sesama sendiri. 

Apa yang penting kita ambil perkara baik yang ada dari kedua pihak dan menolak perkara yang tidak kita setujui pada mereka.

Begitu juga tuduhan Dajjal kepada Ust Azhar Idrus juga tidak patut dibuat jika benar dilakukan oleh pihak ILMU.

Mari kita bertaubat sebelum terlewat. 

Firman Allah swt :


(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #263)


Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #89)




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Sultan Selangor Tolak Dr Rani ganti @drhasanali ? Apa kata @anwaribrahim ?

Posted: 17 Jan 2012 12:06 AM PST

Hot news dari Selangor - Dr Rani ditolak oleh DYMM Sultan Selangor utk gantikan tempat Hasan Ali.

Angin yg kuat berkencang, ada seorang lagi Dr yang jadi perhatian PAS Selangor dan pihak istana berkenan.

YB Dr Yunus ADUN Sijangkang.

Info : BBM Group

Keputusan ini perlu diterima (jika info ini benar)

Sultan tentu ada sebab menolaknya..

Daulat Tuanku !!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan