Razlan's Posted: 18 Dec 2011 11:58 PM PST MT UMNO : Saifuddin kene tanggunjawab! Posted: 18 Dec 2011 03:58 AM PST Salam,
Saya mewakili Pemuda UMNO Bahagian Seputeh merasa terguris dan kecewa dengan tindakan segolongan Mahasiswa yang bertindak kurang ajar menurunkan Bendera Gambar YAB Dato Seri Najib di PWTC.
Pertamanya mereka sudah melakukan jenayah dengan menceroboh bangunan PWTC dan laporan polis seharusnya dibuat kepada mereka atas pencerobohan itu.
Kedua, ternyata golongan ini telah digunakan untuk kepentingan politik pembangkang dimana Tian Chua turut serta berdemo dengan mereka.
Ketiga, tindakan mereka ternyata tidak dapat dikawal oleh pengerusi penganjur dan ianya amat memalukan golongan Mahasiswa seluruh Malaysia, saya percaya ramai Mahasiswa tidak bersetuju nama mereka terpalit dengan tindakan segelintir ini.
Keempat, saya menyarankan Dato Saifuddin agar bertanggunjawab di atas kejadian ini. Beliau yang menerima memorendum di PWTC dan sedang beliau berucap,kejadian menurunkan bendera ini terjadi. Eloklah memanggil semua yang terlibat dan meminta mereka semua memohon maaf secara terbuka sekiranya tidak, eloklah berundur.
Ternyata usaha untuk memberikan kebebasan kepada Mahasiswa gagal kerana golongan ini senang di pengaruh dengan emosi yang tidak menentu. Golongan ini telah digunakan oleh pihak pembangkang dengan membakar emosi yang tidak bertempat. kumpulan ini juga bertindak di luar kewarasan mereka dan tidak mengambarkan kumpulan yang bijak seperti mana kumpulan yang mereka wakili.
Pihak kerajaan sudah memberi ruang dan peluang untuk berbincang dan bersama memberi pandangan di atas pengubalan akta AUKU, tetapi kita tidak melihat keikhlasan puak-puak ini untuk menambahbaikan sistem ini tetapi dengan sengaja mahu mencari populariti dan menjadi suara pihak pembangkang. Eloklah kita pikirkan kembali kekebasan yang mereka mahukan, dikhuatiri nanti emosi orang muda yang tidak dilapik dengan ilmu akan merosakkan masa depan mereka. Ini jelas kita lihat bagaimana tindakan kurang ajar mereka dengan menurunkan bendera yang mempunyai gambar YAB Perdana Mentri Malaysia.
Ini merupakan kenyataan bersama Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.
Mohd Razlan Muhammad Rafii Ketua Pemuda UMNO Bhgn Seputeh
| |
MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN Posted: 18 Dec 2011 03:33 PM PST TIPS NAK BUAT MAJLIS AQIQAH DAN BERENDOI ANAK Posted: 18 Dec 2011 11:23 AM PST - salam to all.... it's monday blues haaaa.., already 2am but i couldnt sleep .(ptg td dah tdo lama daaa)...sunyi betul rumah ni... goshhh...tetiba plak aku jadi
penakut ..heheheh - aku nak citer pasal nak buat majlis aqiqah anak dan nak buat majlis cukur jambul...
| tomeiiinyer!!rasa mcm nak gigit2 budak ni!!! |
- mak aku yang beriyer2 benar..sekali 3 cucu dia nak buatkan.ikutkan aku nak buat lambat lagi... iyelah aku betul2 habis pantang 24hb ni..mak pun nak buat 24hb ni...tak apalah. kita ikutkan aja kehendakorang tua kita. aku ni anak yang baik tau... ( ngeeeh...betul tak mak? abah?....)
- kejap nak tumbang kambing..kejap nak tumbang lembu...haku punn naik konpius...xapa mak..xapa..kita ada masa lagi nak buat keputusan...hehehe..
- aku plak teringin apa?...aku teringin nak naikkan anak aku buai..n berendoi...come on laaa wa tak pernah dapat pengalaman tu..wa nak la rasa..tengok kat blog cantik2 buaian n mini pelamin diorang...
- betul..cantik cantik.... TAK CAYE? ...isk isk... tengok bawah...
|
- ni semua dari Melaka punya owner (except gambar yg paling atas)..aku x tau apa nama companynyer..tapi pagi ni jam 2am ni aku telah sms kat semua owner tanya samada free x 24hb buaian ni untuk disewa...
- kalau ada rezeki si hasif, Umairah dan Afiq..dapatlah merasa naik buaian chantekk ni haa..( mintak-mintaklah dapat...)
TIPS PENTING UTK ADAKAN MAJLIS AQIQAH ANAK DAN CUKUR JAMBUL
- haa..mula2 nak tau nak aqiqah apa? kambing ke lembu...? Harga seekopr kambing lebih kurang RM700-850. Seekor lembu pulak lebih kurang RM1800-2800 (ikut saiz ler..). Kalau anak lelaki kenalah 2 ekor kambing, kalau anak perempuan 1 ekor aje. Tapi kalau aqiqah lembu boleh dapat 7 bahagian... (lagi untung laa, apapun..bincang bebaik ye suami isteri...mak bapak....menantu mak mertua...).
- Hubungi kumpulan marhaban - pstikan anda cari kumpulan marhaban yang baik dari segi bacaannya.. sebab ini penting beb..
- Bincang Menu Makanan apa untuk jamu para tetamu ( nak katering ke nak masak sendrey ke, nak bungkus ka..nak makan kat rumah kita je ke..takleh bungkus ke..haaa bincang bebaik..)
- kalau teringin nak buaian berendoi macam aku..jangan ikut aku..!! lagi 5 hari nak majlis baru terkial-kial nak sewa buai...dah takde masa dah ni... patut u all boleh survey buai mana yang cantik, yang berpatutan ke,mahal ke...haa semua boleh dicari cuma petik aje di hujung jari.....
- hadiah @ cenderahati apa nak berikan utuk tetamu...Bajet?
- baju baby? nak pakai kan dia baju tido cotton ke?
tak senonoh atau baju melayu utk anak lelaki..baju gaun /kurung comei utk baby girl...tomeiiinyerrrrrr!!!! - Bincang jugak hal nak cukur jambul baby ke x..sebab..cukur jambul tu xde dalam ajaran agama islam. itu adat sahaja.(menurut ustaz Razak di kampung aku..) Yang afdal kita lakukan ialah dengan mengusap kepala baby dan doakan baby itu perkara yang baik2 aja..
- Cameraman.../ kamera jangan lupa!!! abadikan saat yang berharga ni dengan gambar yang baik dan cantik.kalau nak amik gambar sendiri, pastikan kamera ada bateri..(hhu..penah terjadi pada aku..) takpun baterinya FULL. tentukan manusia mana nak pegang kamera tu.. kalau ada bajet lebih sikit, panggilah jurugambar bertauliah utk amik gambor tu...
- P.A System: iyelah kang terjerit2 pulak makcik marhaban tu haa... takut orang kat dapur tak dengar diorg bermarhaban... jadi meraban je terus kang....isk isk isk
aku rasa cukuplah tu ek..aku pun dah tak dapat berfikir dah nih...aku dah ngantuk... NITE!!! zzzzzzzzZZZZZ.....zzzzzz
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan