Isnin, 19 Disember 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 19 Dec 2011 03:17 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Mengapa PAS pilih DAP daripada MCA?

Posted: 18 Dec 2011 04:52 AM PST

Kefahaman mengenai hudud di antara pemimpin MCA dan DAP jauh berbeza, di mana MCA sampai ke peringkat menghina, sebaliknya DAP hanya mempertikai aspek perlembagaan sahaja.
Buktinya Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini mendakwa pelabur akan meninggalkan Malaysia dan negara bakal berhadapan dengan kemusnahan jika hukum hudud dilaksanakan.
Sebaliknya pemimpin DAP terutamanya pengerusinya Karpal Singh sebelum ini hanya sekadar menganggap hudud bercanggah dengan perlembagaan.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, berdasar kepada kenyataan presidennya pemimpin MCA secara jelas menghina hudud.
"Soi Lek mendakwa pelabur akan lari dan negara bakal musnah apabila perundangan hudud dilaksanakan di negara ini.
"Sebaliknya kalau kita lihat kenyataan pemimpin DAP tidak ada yang menentang sebegitu keras, sebaliknya sekadar menyebut ada percanggahan di sisi perlembagaan sahaja," katanya pada satu program di Labok semalam.
Menurutnya juga wakil kerajaan Kelantan telah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh membincangkan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Katanya, Kelantan diwakili beliau sendiri, anggota-anggota Exco, Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Muhamed Fadzli Hassan, anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof.
Menurutnya pada pertemuan tersebut wakil kerajaan negeri menjelaskan panjang lebar mengenai perundangan hudud, biar pun ketika itu DAP ada pendiriannya tersendiri.
Beliau juga menjelaskan kerajaan negeri telah mewujudkan jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bagi mengkaji kaedah pelaksanaan perundangan tersebut.
Katanya, jawatankuasa seramai 20 orang itu turut menyenaraikan Ketua Polis Kelantan, Pengarah Jabatan Penjara, ulama dan pakar perundangan Islam.
Kata beliau penglibatan sama pihak polis dan penjara penting kerana mereka akan menguatkuasa peraturan di bawah perundangan hudud apabila seseorang itu didapati bersalah.
Malah Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad sebelum ini menjelaskan pihak-pihak terbabit perlu memberi kerjasama bagi menguatkuasa perundangan hudud.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 19 Dec 2011 01:34 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Melaka Meriah Dengan Maksiat?

Posted: 19 Dec 2011 01:00 AM PST



23 Muharram 1433H. [MOD] -

Selain terkenal dengan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Melaka juga terkenal dengan kelab-kelab malam yang terlalu banyak dan berleluasa di negeri ini

Ditambah pula dengan lelulusan Kerajaan Negeri Melaka yang melanjutkan waktu hiburan sehigga jam 3 pagi menjelang bulan Ramadhan yang lepas merancakkan lagi industri arak dan pelacuran yang menyebabkan gejala sosial yang lebih parah lagi seperti penzinaan, penggunaan dadah, pembuangan bayi dan lain-lain lagi.

Kerajaan melalui program ETP ingin mengangkat aktiviti hiburan seperti ini sebagai punca pendapatan negara kearah negara berpendapatan tinggi ini dilihat menggadaikan nilai-nilai Islam dan budaya masyarakat timur.

Apakah nilai dan seni budaya masyarakat Malaysia tidak lagi dapat menarik pelancong datang ke negeri Melaka ini. Apakah kita kekurangan produk perlancongan sehinggan perlu mempromosikan hiburan ala-barat sebegini?

Dengan kewujudan kelab malam yang banyak ini ditambah pula dengan melanjutkan waktu operasi, mampukah kerajaan Ali Rustam menyediakan penguatkuasa untuk membenteras aktiviti-aktiviti maksiat perjudian dan aktiviti pelacuran yang berlaku?

Waktu operasi bertambah, bertambahkah juga penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bagi memantau aktiviti-aktiviti maksiat yang dilakukan oleh orang Islam?

Hasil tinjauan mendapati begitu banyak kelab-kelab malam yang wujud disekitar kawasan Melaka Raya sahaja, tidak termasuk tempat-tempat yang lain lagi.

selatan online/-

Berdepan penjara 7 hari

Posted: 19 Dec 2011 12:40 AM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU – Akibat mengikut emosi, seorang remaja yang gagal mengawal sikap baran berdepan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM3,000 selepas mengaku bersalah mencederakan seorang lelaki di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Mohd Hanafi Abdul Wahab, 18, didakwa melakukan kesalahan itu pada 12 Disember lalu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan parah ke atas Mohd Zaki Ab Jalil, 25, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, pada 12 Disember lalu kira-kira jam 11.30 malam semasa pengadu berada di rumahnya di Kampung Banggol Lalang, Serada, di sini, tertuduh telah datang berjumpa dengan abang pengadu.

Tertuduh tidak berpuas hati dengan abang pengadu, mengenai pembinaan kotak pembentung di hadapan rumah pengadu milik abang pengadu, Che Mohd Zainun.

Semasa pertengkaran, ibu pengadu datang untuk meleraikan dan selepas itu pengadu datang untuk selesaikan masalah itu dengan cara baik, tetapi tertuduh telah naik angin dan terus menumbuk muka pengadu menyebabkan hidungnya berdarah, manakala pipi dan mulutnya luka.

Pada 14 Disember kira-kira jam 12.05 tengah hari, pihak polis telah berjaya menangkap suspek di hadapan Pejabat Jenayah IPD Kuala Terengganu.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim yang memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun boleh dihukum penjara tiga bulan jika gagal membayar denda yang telah ditetapkan.

Sinar Harian

Obama elak 'cerita keluarga' dihebah

Posted: 19 Dec 2011 12:30 AM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

OBAMA bersama anaknya, Malia.
Presiden Amerika perjelas sebab larang anak guna Facebook

LONDON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melarang anak perempuannya menggunakan Facebook kerana beliau tidak mahu 'orang luar mengetahui hal ehwal keluarga mereka.'

Obama berkata, adalah tidak munasabah untuk meletakkan semua maklumat peribadi keluarga untuk tatapan umum. Anak sulungnya, Malia, 13, sudah layak menggunakan Facebook tetapi tidak adiknya, Sasha, 10, lapor Daily Mail.

Mengapa kita perlu ramai orang yang kita tidak kenali tahu urusan kita? Ia langsung tidak masuk akal. - Obama

Obama berkata, beliau tidak benarkan mereka menyertai laman sosial terbabit sehingga kedua-duanya lebih matang dan itu bermakna sekurang-kurangnya empat tahun lagi.

Facebook menetapkan usia 13 tahun sebagai usia layak bagi seseorang untuk mempunyai akaun dalam web sosial itu.

Pengakuan Obama mungkin tidak kena dengan tempatnya kerana beliau sendiri menggunakan Facebook dan laman web lain untuk menggalakkan golongan muda mengundinya dalam pilihan raya selain menarik berjuta dolar bagi kempen beliau.

Atas sebab yang sama, Obama dikenali sebagai 'Presiden Media Sosial Pertama', lapor akhbar itu. Laman Facebook Obama mendapat tanda 'I Like' kira-kira 24 juta orang dan masih penting dalam usaha bertanding semula bagi terus tinggal di Rumah Putih.

Satu gambar di Facebook menunjukkan Obama berenang di laut bersama seorang anak perempuannya. Dalam satu temubual, Obama menerangkan mengapa beliau melarang anaknya menggunakan Facebook:

"Mengapa kita perlu ramai orang yang kita tidak kenali tahu urusan kita? Ia langsung tidak masuk akal. Kita lihat apa rasa mereka, empat tahun lagi." – Agensi

Amaran angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan

Posted: 19 Dec 2011 12:25 AM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU 19 Dis. – Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga dan Ribut Tropika "Washi" yang terbentuk kira-kira 420km ke barat laut Palawan, Filipina pada 5.45 pagi ini dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zukifili Abu Bakar berkata, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60kmsj serta ketinggian ombak melebihi 5.5 meter, dan disertakan dengan ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Mersing, Tanjung Sedili, Desaru, Sungai Rengit dan sepanjang pantai Timur Johor dijangka berterusan sehingga 29 Disember.

Kawasan pantai Timur Johor juga dijangka terdedah kepada kenaikan paras air laut.

Beliau berkata, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai, nelayan-nelayan kecil dan laut dalam dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak sepanjang pantai Johor Timur.

Dimaklumkan juga ribut petir akan berlaku di perairan Johor Timur dan keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50kmsj serta laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil, katanya.

Katanya lagi, dalam masa seminggu sahaja berlaku dua kejadian mati lemas melibatkan seorang remaja berumur 19 tahun di pantai peranginan Tanjung Balau pada 14 Disember lalu dan semalam melibatkan dua remaja lagi berumur 14 tahun dan 21 tahun di pantai Desaru ketika mandi di pantai berkenaan.

"Ketika ini mangsa pertama pertama yang berumur 14 tahun telah ditemui semalam pada jam 1 petang, sementara usaha mengesan remaja berusia 21 tahun masih dilakukan yang melibat pelbagai agensi keselamatan.

"Kejadian dimaklumkan berpunca daripada pengunjung yang melanggar amaran bahaya mandi laut melalui bendera merah yang dikibarkan.

"Kita mengingatkan ibu bapa atau penjaga tidak membawa anak-anak mereka berkelah dan mandi manda atau apa-apa kegiatan rekreasi di pantai memandang ketika ini musim tengkujuh sedang melanda perairan pantai Timur Johor," katanya. – BERNAMA

Turun gambar Najib simbolik hilang percaya

Posted: 19 Dec 2011 12:00 AM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Dis: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini menjelaskan tindakan spontan seorang peserta protes Auku yang menurunkan gambar Datuk Seri Najib di hadapan ibu pejabat Umno di PWTC, Sabtu lalu adalah kerana terlalu kecewa dengan kepimpinan perdana menteri itu.

Pengerusinya, Ahmad Syukri Ab. Razab berkata, tindakan itu juga sebagai simbolik hilangnya kepercayaan anak muda khususnya mahasiswa terhadap Najib selaku ketua kerajaan yang gagal melaksanakan transformasi yang dijanjikan.

"Tindakan tersebut sebagai simbolik hilang percaya mahasiswa kepada kepimpinan negara khususnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

"Segala agenda yang dicanang perdana menteri gagal diimplimentasi secara telus dan dilihat hanya sebagai gimik politik," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan China KL Selangor hari ini.

Beliau mengulas insiden gambar Najib di PWTC yang diturunkan beberapa minit ketika ratusan mahasiswa berhimpun di situ bagi menyerahkan memorandum menuntut kebebasan akademik kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Dalam insiden itu, seorang mahasiswa didakwa bertindak spontan menurunkan gambar Najib dan menggantikannya dengan bendera 'Kebebasan Akademik' selama beberapa minit sebelum menaikkan semula gambar Najib.

Tindakan itu bagaimanapun mengundang kritikan hebat khususnya oleh pimpinan dan ahli Umno.

Terbaru, sekumpulan pemuda Umno Petaling Jaya Utara mengeluarkan kenyataan di Youtube yang mengugut mahu 'meludah muka' dan 'menampar' mahasiswa yang menurunkan bendera tersebut.

"Ia diturunkan dan dinaikkan semula secara normal, tak ada lipat-lipat tak ada conteng-conteng.

"Tak ada isu pun sebenarnya. Itu respons spontan mahasiswa," kata Ahmad Syukri.

Turut serta pada sidang media itu termasuklah mantan Pengerusi SMM Shazni Munir Mohd Ithnin.

Mengulas ugutan pemuda Umno itu, Shazni berkata pemuda Umno tersebut sepatutnya melihat perkara yang menjadi tuntutan mahasiswa bukannya mengalihkan isu terhadap gambar Najib itu.

Beliau juga turut mempelawa pemuda Umno itu berbincang secara matang dengan mahasiswa.

Sementara itu, mahasiswa akan membuat laporan di Ibu pejabat Polis Bukit Aman jam 2 petang ini berhubung ugutan Pemuda Umno itu.

Dalam pada itu, sempena himpunan bersejarah Sabtu lalu, SMM juga akan mengisytiharkan setiap 17 Disember adalah Hari Kebebasan Akademik di negara ini.

harakahdaily/-

Makin ramai ahli tinggalkan Umno di Jeli

Posted: 18 Dec 2011 11:47 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

JELI, 19 Dis: Hasrat Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu terus mempertahankan parlimen ini buat penggal ketiga pada pilihan raya umum ke-13 kini makin tergugat.

Majoriti undi yang diraih iaitu sebanyak 4,436 pada pilihan raya umum Mac 2008 sekarang semakin mengecil apabila ramai ahli dan penyokong Umno menyertai PAS.

Malam tadi seramai 113 lagi ahli dan penyokong Umno diketuai Mohd Yusof Abdullah, 62 menyerah borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Program itu diadakan di Dun Air Lanas, yang menyaksikan kehadiran orang ramai luar jangka biar pun hujan pada sebelah siang.

Malah selepas ini banyak lagi siri ceramah Selamat Tinggal Umno akan diadakan di dua Dun di Jeli iaitu Kuala Balah dan Bukit Bunga.

Mat Yusof yang tinggal di Blok Machang, Air Lanas berkata, kesedaran yang berputik dalam dirinya sendiri menjadi punca beliau meninggalkan Umno.

Katanya, beliau dan isteri serta rakan-rakan memilih berhijrah sempena tahun baru Islam dan berazam mahu membantu PAS merampas semula parlimen Jeli.

"Selepas ini ada lagi rakan-rakan saya dalam Umno yang akan mengikut jejak langkah saya," katanya yang berpeluang berucap di hadapan ribuan yang hadir.

Menurutnya biar pun sudah lama berjuang dalam Umno, namun kesedaran mulai berputik dalam jiwanya bagi memilih haluan Islam bagi meneruskan sisa-sisa perjuangan.

Rakannya Tuan Hassan Tuan Mat, 50 memberitahu sudah lama kesedaran berputik dalam jiwanya untuk memilih Islam sebagai medan perjuangan.

Katanya, beberapa tahun lalu beliau pernah bermimpi bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Beliau hairan bagaimana wajah Menteri Besar Kelantan boleh muncul dalam mimpinya biar pun bukan penyokong PAS.

"Bermula dari situlah mulai lahir satu kesedaran baru dan saya tekad meninggalkan perjuangan lama yang tidak lagi memberi apa-apa makna.

"Lagi pun anak saya sudah lama meminta saya meninggalkan Umno," ujarnya.

Hadir sama di majlis ceramah itu Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, Yang Dipertua PAS Jeli, Apandi Mohamad, Adun Air Lanas, Abdullah Ya'kob dan Penyelia Dun Bukit Bunga, Suply Abdul Razak.

Harakah Daily

Nelayan usah ke laut

Posted: 18 Dec 2011 11:41 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

RHU SEPULUH – Nelayan diingatkan untuk tidak turun ke laut dalam keadaan laut bergelora dan angin kencang kerana boleh mengancam keselamatan diri sehingga cuaca kembali pulih.


Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Setiu, Tengku Anwar Tengku Mat berkata, sepanjang tempoh ini nelayan digalakkan untuk membuat kerja-kerja membaiki pukat yang rosak atau melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan.

"Saya mendapat maklumat nelayan bot kecil sudah tidak dapat turun ke laut sejak dua minggu lalu kerana keadaan angin kencang dan dijangkakan berterusan sehingga penghujung Disember," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai stok ikan sepanjang musim tengkujuh ini, Tengku Anwar berkata setakat ini bekalan ikan masih mencukupi untuk menampung keperluan pengguna.

"Ini sebab, kita telah membuat persediaan awal dengan mengimport ikan dari Pantai Barat dan Utara Semenanjung kerana sudah menjangkakan permintaan ikan akan meningkat pada waktu ini.

"Antara stok ikan yang dibawa masuk sejak awal adalah selayang dan selar kerana kedua-dua jenis ikan itu mendapat permintaan tinggi terutama kepada pembuat keropok dan pengguna," katanya.

Sinar Harian

Skandal NFC: PKR edar risalah sebar maklumat

Posted: 18 Dec 2011 11:38 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

KLUANG - PKR bertindak mengedarkan risalah 'Tolak Kerajaan 1Malaysia Lembu' berkaitan skandal projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) di sekitar kawasan Simpang Renggam, petang kelmarin.

Risalah tersebut diedar susulan skandal projek berkenaan yang dikatakan ada kaitan dengan Menteri Pem­bangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan PKR mahu kerajaan menjelaskan isu tersebut.

Ketua Wanita Keadilan ne­geri, Natrah Ismail berkata, tujuan utama risalah itu diedarkan adalah menyentuh wang bernilai RM250 juta yang dikatakan telah disa­lahgunakan oleh Shahrizat.

"Kita difahamkan wang RM250 juta adalah wang pinjaman, tetapi masalahnya di sini siapa yang beri pinjaman kepada beliau (Shahrizat) sedangkan nilainya terlalu banyak.

"Kalau bukan wang rakyat, wang itu dari mana? Dan saya mahu tanya kepada Shahrizat RM250 juta itu wang siapa? Itu yang saya mahu beliau jawab," katanya kepada Sinar Harian.

Natrah yang mewakili PKR Johor berkata, dalam isu tersebut, Shahrizat sentiasa mengecam Ahli Parlimen Am­pang, Zuraida Kamaruddin dan PKR sendiri kerana menceritakan kegunaan wang RM250 juta yang disalahgunakan oleh beliau.

"Walaupun pada asalnya wang tersebut bagi penternakan lembu untuk dibekalkan ke seluruh negara, tetapi apa jadi sekarang? Apabila perkara ini dibangkitkan dan Laporan Au­dit Negara ada menyatakan ten­­tang penyelewengan itu maka kami Pakatan Rakyat (PR) mahu menimbulkannya bagi mendapatkan penjelasan.

"Walau bagaimanapun, Umno dilihat seolah-olah mahu mempertahankan isu RM250 juta ini," katanya.

Natrah berkata, mewakili Wanita Johor beliau ingin memaklumkan bahawa teluslah dalam pemberian RM250 juta dan projek apa sebenarnya yang dilakukan.

"Kita di Malaysia ada penternak dan petani oleh yang demikian kenapa wang tersebut tidak disalurkan kepada mereka. Ini tidak, mereka beri wang tersebut kepada satu kumpulan dan untung tidak ada, tetapi semakin rugi," katanya.

Sementara itu, apabila diminta mengulas mengenai bantahan yang dilakukan oleh anak-anak muda Simpang Renggam terhadap pengedaran risalah yang dilakukan oleh PR, Natrah menjawab, anak-anak muda tersebut tidak tahu apa yang dilakukan mereka kerana ada pihak yang menyuruh mereka melakukan sedemikian.

Beliau berkata, jika tanya kepada anak-anak muda itu apakah NFC? Mungkin mereka tidak tahu dan mereka hanya tahu memprotes dan membawa motosikal mengelilingi Pekan Simpang Renggam bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.

"Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Ampang tidak hadir dan mereka tidak sepatutnya berbuat demikian kerana kami datang dan menyebarkan risalah secara aman tanpa menyusahkan orang lain.

"Jadi mereka tidak sepatutnya melakukan seperti itu malah, anggota polis harus bertindak terhadap mereka kerana menyusahkan orang ramai dengan perhimpunan yang diadakan itu. Walau bagaimanapun, laporan polis telah kami buat di Balai Polis Simpang Renggam.

Dalam pada itu, penyebaran risalah ini juga akan sentiasa berterusan sehingga tahun hadapan bagi menyampaikan maklumat tersebut kepada rakyat," katanya.

Sinar Harian

Zoo Malam tarikan baru

Posted: 18 Dec 2011 11:35 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Zoo Malam di Mini Zoo Teruntum akan menjadi tarikan baru di bandar ini, selain memberi pilihan kepada pengunjung terutama pelancong luar.


Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Zulkifli Yaakob berkata, mini zoo itu merupakan lokasi ketiga yang melalui penjenamaan semula selepas Terminal Makmur dan Arked Sentral.

Menurutnya, bermula tahun depan, pihaknya akan menaik taraf mini zoo itu dengan beberapa kemudahan baru seperti gelanggang 'go kart', 'flying fox' dan persembahan binatang iaitu ular serta buaya dilakukan sendiri kakitangan MPK terlatih.

"Semua perubahan itu bertujuan menarik lebih ramai pengunjung ke bandar ini. Selain pengisian aktiviti, aspek keceriaan turut diberi tumpuan.

"Malah, usaha ini adalah sebahagian daripada persediaan Kuantan menjadi tuan rumah untuk Sukma tahun depan," katanya pada Majlis Perasmian Zoo Malam di Mini Zoo Teruntum, di sini.

Majlis dirasmikan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail itu turut dihadiri seramai 1,000 pengunjung yang teruja melihat keunikan Zoo Malam berkenaan.

Pada majlis itu, persembahan ular dilakukan kakitangan MPK berjaya membuatkan pengunjung terpegun.

Pengunjung, Nor Hasila Ismail, 28, berkata, dia bersama keluarganya tidak melepaskan peluang untuk menikmati suasana Zoo Malam.

Katanya, aktiviti menarik yang disediakan di mini zoo itu mampu memberi pengalaman baru kepada pengunjung kerana mereka berpeluang melihat pelbagai haiwan terutama persembahan ular.

Sinar Harian

Bau busuk mengganggu

Posted: 18 Dec 2011 11:33 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

TAMBUN – Penduduk yang tinggal di Taman Rimba Tambun terpaksa menghidu bau busuk serta meloyakan sejak lapan bulan lalu apabila kerja pembersihan saliran dan tangki septik utama yang tidak dijalankan mengikut jadual ditetapkan.

Akibatnya, saliran selalu tersumbat sehingga menyebabkan tangki najis penuh dan penduduk terpaksa hidup dalam keadaan tidak selesa.

Seorang penduduk Norhasidah Hussein, 40, berkata tidak tahan dengan masalah dihadapi, beliau menghubungi pejabat Indah Water Konsortium (IWK) untuk melihat sendiri masalah berkenaan.

"Namun, IWK yang datang membuat pemeriksaan ke rumah saya mengatakan masalah itu berpunca daripada rumah yang didiami.

"Malah, syarikat berkenaan mendakwa moto kipas di loji kumbahan juga tidak berfungsi memandangkan ia dikatakan dicuri pihak tidak bertanggungjawab," katanya ketika ditemui semalam.

Norhasidah turut mendakwa bahawa IWK meminta bayaran sebanyak RM180 bagi mengepam sisa kumbahan yang bertakung itu.

"Oleh sebab itu, saya terpaksa memanggil pihak persendirian mengorek saliran tersumbat namun perkara yang sama tetap berulang kembali.

"Selain itu, mereka (IWK) berkali-kali menyatakan segala kerja akan dijalankan selepas mereka mendapat peruntukan untuk membersihkan saliran dan tangki septik utama terbabit," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, apabila hujan lebat air daripada tangki itu akan melimpah sehingga menyebabkan bahagian belakang rumah dipenuhi air najis selain terpaksa kerap mencuci bahagian tersebut.

Chen Chee Keong, 50, berkata masalah ini adalah yang pertama berlaku sejak tinggal lebih 10 tahun di kawasan perumahan itu.

"Air di tangki belakang rumah hampir satu inci sudah mahu melimpah keluar. Jika dibiarkan, pasti masalah yang sama akan berlaku di rumah saya," katanya.

Chee Keong juga pernah menghubungi IWK namun mendakwa pihak terbabit tidak berbuat apa-apa dan hanya menjalankan pemeriksaan sahaja.

Sementara itu, Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd Rawi Abdullah berkata beliau akan menemui IWK bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung masalah terbabit.

Menurutnya, ia tidak adil bagi penduduk untuk membayar bil pembentungan pada setiap bulan sedangkan perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan.

"Sehubungan itu, saya akan ke pejabat IWK dan mencari jalan penyelesaian supaya penduduk dapat hidup dengan selesa tanpa perlu menghidu bau busuk setiap hari," katanya yang akan cuba menyelesaikan masalah berkenaan dalam tempoh seminggu.

Sinar Harian

Jauhi prasangka sesama Islam

Posted: 18 Dec 2011 11:30 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

Syak wasangka adalah penyakit yang sangat merbahaya di dalam kehidupan. Apatah lagi jika prasangka ini berlaku di kalangan Muslim yang sama-sama berusaha untuk membawa perubahan dan kebaikan di dalam masyarakat dan negara.

Hayatilah firman Allah swt yang bermaksud,

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.

Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." Al-Hujuraat ayat 12

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud,

"Berhati-hatilah kamu dengan berprasangka kerana sesungguhnya berprasangka itu adalah sebohong-bohong ucapan" Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Sejarah perjuangan umat yang panjang telah menyaksikan bahawa siri kemenangan umat yang lampau hanya tercapai apabila kekuatan umat yang ada pada ketika itu digembelingkan bersama-bersama dan mereka telah menjadikan kekuatan aqidah dan keakraban ukhuwah sesama sendiri sebagai tunjang perjuangannya.

Cuba kita renungkan bersama :

Apa untungnya kita menghabiskan masa dan tenaga dengan berbuat sesuatu yang tidak menguntungkan sesiapa di kalangan kita dan tidak membekas apa-apa kepada pihak musuh?
Kenapa tidak kita kerahkan pemikiran dan tumpahkan keringat di atas agenda besar yang akan membawa perubahan yang positif di dalam masyarakat dan negara?

Jom, luaskan dada dan perkasakan amal…

islam itu indah/-

Perkelahan pertama jadi terakhir

Posted: 18 Dec 2011 11:28 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

KOTA TINGGI - Seorang ayah terpaksa menjadi saksi dua anak lelakinya yang lemas ditelan ombak ketika mandi di pantai awam Desaru, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian berkenaan, Mohd Fauzi Alauddin, 49, pada mulanya, cuba untuk menggadai nyawa bagi menyelamatkan kedua-dua anaknya.

Salah seorang daripadanya, Mohd Fazli, 22, berjaya diselamatkan, namun meninggal dunia, manakala adiknya, Zulhairi, 16, masih gagal dijumpai.

Ibu mangsa, Zuraini Adnan, 47, berkata, kehadiran ke Desaru untuk berkelah merupakan aktiviti perkelahan kali pertama mereka sekeluarga.

"Ketika kejadian ombak sangat kuat. Saya yang ketika itu sedang menikmati juadah bersama seorang lagi anak terkejut apabila melihat suami berlari mendapatkan anak yang sedang mandi di laut.

"Mulanya suami sempat mencapai tangan Fazli, akan tetapi Zulhairi pula ketika itu telah ditelan ombak. Oleh kerana pukulan ombak yang kuat, Zulhairi akhirnya terpisah dengan suami.

"Suami saya bernasib baik kerana orang awam berjaya menyelamatkannya daripada turut ditelan ombak," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi, di sini, semalam.

Menurutnya, Zulhairi sempat bersembang bersama kakaknya tentang petanda-pertanda ajal pada malam sebelum kejadian berkenaan berlaku.

"Macam mana bila orang meninggal dunia? Itu antara soalan yang ditanyakan Zulhairi kepada kakaknya.

"Kami tidak menyangka itu adalah petanda bahawa dia akan terlibat dengan bencana ini. Malah pada malam sama, abangnya turut bersikap pelik apabila tiba-tiba enggan menikmati juadah hidangan makan malam.

"Walaupun berat untuk menerima ujian ini, namun kami tetap redha dan sentiasa berdoa agar Zulhairi ditemui," katanya.

Sementara itu, rakan kepada Mohd Fazli, Mohd Ferdaus Nasir, 21, berkata, sehari sebelum kejadian berkenaan, mereka sempat meluangkan masa seharian secara bersama-sama pergi temuduga di sebuah kilang.

"Saya begitu terkejut apabila menerima panggilan daripada rakan yang menyatakan Fazli lemas. Padahal kami baru sahaja meluangkan masa bersama-sama semalam.

"Arwah merupakan seorang yang baik dan aktif bersukan. Dua minggu lalu, kami begitu gembira dan sempat meraikan kejayaan merangkul kedudukan naib johan ketika menyertai satu pertandingan futsal di bandar," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Kejadian yang berlaku pada jam 1.30 petang itu telah menyebabkan seorang mangsa Mohd Fazli Mohd Fauzi, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas.

"Manakala usaha mengesan seorang lagi mangsa, Zulhairi Mohd Fauzi telah dijalankan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Bandar Penawar, Rela, Pasukan gerakan Marin, serta polis," katanya.

Sinar Harian

Dokumen Bank Dunia bukti Tun Mahathir ambil pinjaman

Posted: 18 Dec 2011 11:25 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Dis: PKR hari ini menunjukkan tiga dokumen Bank Dunia bagi membukti Tun Dr Mahathir membuat pinjaman kepada Bank Dunia bagi menangani kemelut krisis kewangan 1997/1998.

Ketiga-tiga dokumen rasmi ini adalah bersabit dengan salah satu dari empat pinjaman dari Bank Dunia berjumlah US$704 juta yang diambil oleh Kerajaan Malaysia semasa menangani kemelut krisis tersebut.

PKR mengemukakan ketiga-tiga dokumen ini sebagai bukti bahawa Tun Mahathir telah berbohong apabila beliau mengaku "menolak tawaran bantuan dari Bank Dunia (ketika itu) kerana jika Malaysia berbuat demikian, ia akan menjadi hamba kepada Bank Dunia[1]".

Bukti ini dikemukakan oleh PKR melalui kenyataan tiga pemimpin mereka iaitu Mohd Rafizi Ramli (Pengarah Strategik), Nik Nazmi Ahmad (Pengarah Komunikasi) dan Wong Chen (Biro Perdagangan PKR).

Bukti ini dikemukakan mereka ekoran cabaran Dr Mahathir agar Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan bukti dakwaannya.

Anwar, ketika bercakap dalam satu majlis di sebuah hotel baru-baru ini mendakwa, Dr Mahathir telah meminjam wang dari bank dunia ketika dia menuduh Anwar alat Amerika dan Bank Dunia serta IMF.

Ketiga-tiga bukti yang mereka kemukakan adalah:

PERTAMA: RUNDINGAN PINJAMAN BERLAKU SELEPAS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DIPENJARAKAN

Rujuk Kertas Maklumat Projek (Project Information Document) bernombor PID6999 yang bertarikh 23 Oktober 1998. Laporan ini disediakan sebagai laporan awal oleh Bank Dunia untuk menilai permohonan pinjaman sesebuah negara. Ia adalah dokumen pertama yang disediakan sebelum pun rundingan bermula.

Tarikh 23 Oktober 1998 membuktikan bahawa proses rundingan pinjaman tersebut bermula selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan. Ia mustahil melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim seperti yang selalu didakwa Tun Mahathir Mohamad dan UMNO.

KEDUA: TUN MAHATHIR MOHAMAD MENGARAHKAN KERAJAAN MEMOHON PINJAMAN BANK DUNIA

Rujuk Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document) bernombor 18855-MA yang bertarikh 3 Mac 1999. Laporan ini disediakan untuk makluman pimpinan Bank Dunia dalam membuat keputusan sama ada mahu meluluskan permohonan pinjaman yang dibuat Kerajaan Malaysia.

Rujuk muka surat 29 (Lampiran 6) yang menunjukkan jadual kerja dan rundingan yang melibatkan Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Ia secara jelas menunjukkan bahawa agensi bertanggungjawab yang berunding dengan Bank Dunia untuk mendapatkan pinjaman ini adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Permohonan pertama dibuat pada 26 Julai 1998. Laporan dan rundingan berikutnya (yang hanya bermula selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan) ditangani sepenuhnya oleh Unit Perancang Ekonomi, yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad.

Dokumen ini membuktikan bahawa permohonan untuk mendapatkan pinjaman dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad melalui Unit Perancang Ekonomi.

KETIGA: PERJANJIAN DITANDANGANI PADA 31 MAC 1999 DIBAWAH PERSETUJUAN TUN MAHATHIR MOHAMAD

Rujuk Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia (Loan Agreement) bernombor 4452-MA yang bertarikh 31 Mac 1999.

Perjanjian ini ditandatangani dibawah arahan dan persetujuan Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

"Jelas sekali bahawa Tun Mahathir Mohamad telah berbohong apabila beliau mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia.

"Malah, pentadbiran beliau dibawah arahan dan seliaan beliau bertanggungjawab membuat permohonan mendapatkan bantuan kewangan Bank Dunia," kata kenyatan tiga pemimpin PKR itu.

Sehubungan itu, mereka menegaskan bahawa fitnah beliau terhadap Anwar dalam hal ini tidak lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik dibawah Anwar.

Malaysia berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika Anwar memegang portfolio Menteri Kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun-tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Tun Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu dalam tahun 1998.

(Nik Nazmi, Rafizi dan Wong Cheng dalam sidang media mereka)

Menurut mereka, Anwar juga bertanggungjawab menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, bertujuan menjaga kepentingan rakyat melalui dana amanah yang dikawal ketat dan bebas dari salahguna kerajaan.

"Malangnya, dana ini turut disalahgunakan dan menyimpang dari niat asal penubuhannya," kata pemimpin PKR itu.

Mereka juga mencadangkan, Tun Mahathir membersihkan imej beliau di mata rakyat dengan menjawab dua isu melibatkan keluarga beliau.

"Adalah lebih baik beliau menerangkan mengenai penglibatan beliau dalam urusan menyelamatkan perniagaan anak beliau, Mirzan Mahathir yang melibatkan wang rakyat berjumlah RM2 billion dalam tahun 1998 daripada cuba menegakkan benang basah bahawa beliau menolak bantuan kewangan Bank Dunia.

"Apatah lagi apabila Mirzan Mahathir mempunyai dana yang cukup besar kebelakangan ini untuk membeli konglomerat arak terbesar di Filipina iaitu San Miguel yang dilaporkan berharga sekitar RM2.9 bilion," dakwa mereka.

harakahdaily/-

Dua pusat pemindahan banjir dibuka di Johor

Posted: 18 Dec 2011 11:00 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHARU 19 Dis. — Dua buah pusat pemindahan banjir dibuka di Kluang malam semalam apabila 144 penduduk dipindahkan berikutan banjir di daerah tersebut.

Pusat tersebut ialah SK Kampung Mengkibol yang menempatkan 101 mangsa dan SJKC Ping Ming yang menempatkan 43 mangsa banjir.

"Seramai 350 penduduk di lima buah kampung Orang Asli di Kahang juga telah terputus hubungan apabila jalan ke kampung tersebut tidak dapat dilalui," kata petugas di bilik gerakan banjir Kluang, Ishak Atan ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut beliau bilik gerakan banjir daerah tersebut belum dibuka secara rasmi namun pihak berwajib sudah mulai menggerakkan jentera masing-masing bagi membantu mangsa yang terlibat.

Mangsa banjir mulai berpindah semalam apabila paras air Sungai Mengkibol naik ke tahap 25.99 meter berbanding tahap bahaya 25.46 meter berikutan hujan berterusan. — Bernama

Gempa bumi sederhana gegar Sulawesi

Posted: 18 Dec 2011 10:50 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan Sulawesi pada pukul 9.23 pagi ini.

Menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu berlaku di 311km timur laut Balikpapan, Indonesia dan 585km tenggara Sarikei, Sarawak.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami.

BERNAMA

Pelajar mati tergantung dalam asrama UNISEL

Posted: 18 Dec 2011 10:30 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

Unisel Kampus Bestari Jaya, Selangor tempat seorang pelajar ditemui mati dalam asramanya kelmarin.

KUALA SELANGOR – Sangkaan seorang pelajar bahawa bau busuk berpunca dari tandas rosak meleset apabila bau itu rupa-rupanya bau mayat seorang pelajar lelaki yang ditemui tergantung dari dalam sebuah asrama di Universiti Selangor (Unisel) di sini.

Mayat, V. Rammath Naidu, 19, yang hanya memakai tuala mandi ditemui tergantung menggunakan selimut di kipas siling asrama lelaki universiti itu pada pukul 11.20 malam kelmarin.

Mangsa dikatakan baru melaporkan diri di Unisel Kampus Bestari Jaya di sini pada Rabu lalu.

Dia sepatutnya mengikuti pengajian di Fakulti Pendidikan namun belum sempat Rammath mengikuti kuliah, pelajar yang tinggal bersendirian di bilik itu ditemui meninggal dunia.

Kosmo

Barangan rumah Jackson dilelong

Posted: 18 Dec 2011 08:00 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

GAMBAR fail pada 12 Disember lalu menunjukkan barangan di bilik tidur Michael Jackson yang akan dilelong oleh firma Julien's.

BEVERLY HILLS, Amerika Syarikat (AS) - Kandungan sebuah kediaman yang pernah menjadi tempat tinggal Raja Pop, Michael Jackson (gambar kecil) bersama tiga anaknya menjana hampir AS$1 juta (RM3.1 juta) dalam satu lelongan di sini.

Dikendalikan oleh firma Lelongan Julien's kelmarin, perolehan tersebut jauh lebih besar berbanding anggaran prajualan cuma AS$400,000 (RM1.2 juta).

Antara barangan menarik termasuk sekeping papan hitam yang pernah digunakan oleh anak-anak Jackson untuk menulis ungkapan "Saya sayang ayah," yang dijual pada harga AS$5,000 (RM15,885) dalam lelongan tersebut.

Sebuah meja tulis yang digunakan oleh Jackson turut mencatat harga jualan tinggi iaitu AS$25,750 (RM81,807).

Lelongan tersebut menampilkan pelbagai barangan termasuk perabot, hasil seni dan kelengkapan rumah yang terdapat di sebuah rumah agam beralamat 100 North Carolwood Drive di sini.

Jackson menyewa kediaman itu semasa melakukan persediaan untuk siri konsert kemunculan semulanya di London sebelum dia meninggal dunia pada Jun, 2009. - Agensi

'Kita mahu ambil kuasa dari orang gila'

Posted: 18 Dec 2011 07:56 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 19 Dis: "PAS tidak gila kuasa tetapi berusaha mengambil alih kuasa dari orang gila," kata Dr Dzulkefly Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata demikian dalam sessi khas dialog dengan beliau dan dua lagi rakannya di majlis "Bersama Dr Dzul, Malam Yang akan diingati" malam tadi.

Majlis diadakan di Kelab Shah Alam dekat sini. Turut serta dalam dialog khas itu adalah Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden PKR) dan Tony Pua (Setiausaha Publisiti DAP).

Pengerusi dialog itu adalah Dr Abdul Aziz Bari, profesor undang-undang perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa.

Kenyataan Dr Dzulkefly ini dipercayai jawapan sinis kepada kenyataan-kenyataan pemimpin Umno yang sejak kebelakangan ini menuduh pemimpin Pakatan Rakyat gila kuasa apabila mahu berusaha merampas Putrajaya dari tangan BN.

Menurut Dr Dzulkefly, fokus utama dalam pilihan raya umum ini adalah untuk mempastikan pilihan raya ini berjalan dalam suasana pilihan raya yang 'mempunyai padang yang sama rata'.

Oleh itu, katanya, tidak berbangkit sangat bagi beliau Pakatan mempunyai peluang menang atau tidak dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita hanya berusaha yang terbaik...supaya kita sentiasa optimis, saya letak sasaran kita adalah untuk mendapatkan pilihan raya yang adil, bebas dan telus," kata Dr Dzulkefly yang menjadi tuan rumah malam tadi.

Dalam dialog itu, Nurul Izzah berkata, pihaknya meletakkan ada harapan untuk Pakatan merampas Putrajaya untuk pilihan raya umum ke 13 ini.

Namun pilihan raya hendaklah adil dan bebas.

"Kita tidak bimbang kepada sokongan rakyat tetapi yang kita bimbang adalah peti undi itu...adakah ia akan benar-benar adil atau tidak...khasnya senarai pemilih yang ada," kata Nurul Izzah.

Tony Pua pula lebih optimis Pakatan akan menang dan merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum ke 14 nanti bukan yang ke 13 ini.

"Saya nampak dalam pilihan raya ini, orang Melayu tidak berapa bersedia lagi untuk berubah...mereka lebih yakin kepada Umno lagi walaupun sedar dari satu ringgit wang yang patut mereka terima, mereka hanya terima 20 sen sahaja, 80 sen lagi jatuh ke tangan pemimpin Umno.

"Jadi, mereka hanya akan sedar setelah kerajaan tiada duit lagi untuk membayar kroni mereka selepas serangan ekonomi dan duit sudah tidak ada lagi untuk dibahagikan....dan ia hanya bakal berlaku menjelang pilihan raya ke 14 nanti bukan pilihan raya ini," kata Tony yang juga anggota Parlimen Petaling jaya Utara.

Namun, Tony masih memberi harapan Pakatan masih boleh berjaya dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

"Menjelas pilihan raya ke 12 lalu, ada orang bertanya, boleh ke kita dapat menafikan dua pertiga kuasa BN apabila kita giat kempen ke arah itu.

"Saya kata, saya tidak percaya kita boleh berbuat demikian. Tetapi apa yang berlaku, kita berjaya nafikan dua pertiga BN.

"Saya harap saya salah lagi dalam pilihan raya ini," kata Tony Pua dengan disambut tepukan gemuruh para tetamu malam tadi.

Harakah Daily

Mahasiswa sudah keluar dari pemikiran Umno

Posted: 18 Dec 2011 07:54 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

TASEK GELUGOR, 19 Dis: "Syabas kepada semua mahasiswa kerana anda sudah matang daripada pemikiran pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku)," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar).

Beliau menyatakan demikian ketika memulakan ucapan di perhimpunan Rapat Rakyat di Padang Awam, Taman Senangan, Butterworth semalam.

Beliau menggangap tindakan mahasiswa berkenaan menggambarkan mereka sudah berani ke hadapan memperjuangkan akta yang selama ini mencengkam perkembangan minda pelajar.

Katanya, selama ini pelajar tidak bebas bersuara sebaliknya dibekukan daripada memberikan pandangan dan kritikan yang membina kepada kerajaan yang memerintah.

Tindakan itu sambungnya, tidak melahirkan mahasiswa yang cerdik, progresif, matang, berdaya saing tetapi lebih menjurus kepada membentuk pelajar sebagai 'pak angguk' atau 'yes men' semata-mata.

Tambahnya, Pakatan Rakyat bangga dengan perkembangan terkini kebangkitan mahasiswa itu.

"Pakatan Rakyat rasa bangga tentang senario itu tetapi bagi Umno dan BN merupakan," jelasnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Kerajaan, ujarnya patut akur dengan memorandum yang dihantar oleh mahasiswa kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakama) yang meminta dimansuhkan Auku yang mencengkam pemikiran pelajar.

Lim yakin sekiranya mahasiswa diberikan kebebasan bersuara dan memberikan pandangan pasti Umno dan BN akan ketandusan sokongan khususnya daripada anak muda dalam pilihan raya umum nanti.

"Mungkin pilihan raya umum ke 13 ini petanda baik untuk Pakatan Rakyat menang besar. Kebangkitan mahasiswa adalah antara penyumbang yang tidak boleh dipandang enteng," tegasnya.

Harakah Daily

Mampukah buat 1000 kebajikan sehari ?

Posted: 18 Dec 2011 07:40 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

Rasulullah saw. pernah bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?

" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Pemandangan kokpit kapal angkasa Shuttle Atlantis

Posted: 18 Dec 2011 07:30 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

DEK penerbangan kapal angkasa Shuttle Atlantis dipenuhi butang dan skrin.

WASHINGTON, Amerika Syarikat - Koleksi gambar kokpit kapal angkasa Shuttle Atlantis milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) didedahkan buat pertama kali kepada umum, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Ia menunjukkan suasana kompleks di dalam kokpit tersebut yang dipenuhi susunan butang, tombol dan skrin.

Program kapal angkasa Shuttle NASA berakhir pada Julai lalu dengan Atlantis akan dipamerkan di Pusat Angkasa Kennedy, negeri Florida, bermula penghujung 2012.

Namun, para pengunjung tidak akan dibenarkan untuk masuk ke dalam kokpit tersebut. - Agensi

Isu gugur hudud tidak berbangkit

Posted: 18 Dec 2011 07:25 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Isu Pas menggugurkan hudud dalam perjuangan seperti dakwaan Umno tidak pernah berbangkit kerana hukum itu sebahagian daripada undang-undang Islam dan melaksanakannya tetap menjadi dasar parti itu.


Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, negara berkebajikan yang ditawarkan Pas kepada rakyat adalah program kebajikan dan tidak kesemua dasar-dasar dimasukkan ke dalamnya.

"Negara berkebajikan Pas akan menjadi dasar apabila kami memerintah negara kelak. Nama pun kebajikan. Oleh itu tidak semua dasar-dasar masuk di dalam sebab ia konsep kebajikan.

"Kenapa meletakkan tanggungjawab melaksanakan hukum hudud kepada Pas sahaja. Sepatutnya Umno sebagai Kerajaan Pusat yang melaksanakan dulu undang-undang Islam itu," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, perkara itu tidak sepatutnya menjadi 'mainan' Umno menjelang Pilihan Raya Umum sebagai modal untuk mengenakan Pas kerana rakyat sedia maklum dengan dasar-dasar yang diperjuangkan parti selama ini.

Baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan buku Negara Berkebajikan: Tawaran Pas setebal 59 muka surat yang menggariskan konsep, polisi dan agenda yang akan ditawarkan parti itu bersama-sama pakatannya sekira diberi peluang mentadbir negara.

Dalam buku itu, Pas memperincikan 10 agenda iaitu mewujudkan kerajaan beramanah, masyarakat penyayang, ekonomi mampan, pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan cekap, kebajikan langsung, keluarga harmoni, pekerja produktif, kemudahan prasarana berkualiti dan pemeliharaan alam sekitar. Buku itu penjelasan kepada buku pertama yang ditulis Abdul Hadi bertajuk Konsep Asas Negara Berkebajikan.

Sinar Harian

Pertikai tindakan Imigresen

Posted: 18 Dec 2011 07:22 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – Sikap sebahagian besar pelajar warga asing yang memandang remeh kepentingan membawa dokumen pengenalan diri semasa berada di luar kawasan kolej di sini, membawa padah apabila mereka ditahan Jabatan Imigresen, semalam.

Mereka ditahan ketika sedang berada di sebuah pusat snuker di sini.

Bagaimanapun, berlaku sedikit kekecohan apabila beberapa pelajar warga Afrika yang ditahan mempertikaikan tindakan anggota penguat kuasa itu, walaupun sudah menunjukkan surat pengesahan dan kad pelajar kolej.

Selain itu, tiga pelajar warga Korea yang ditahan sebelum ini kerana tidak membawa dokumen pengenalan diri dilihat cuba memujuk anggota Imigresen supaya tidak ditangkap.

Namun, anggota penguat kuasa mengambil sikap timbang rasa apabila membenarkan mereka yang ditahan mengambil dokumen pengenalan diri masing-masing menerusi bantuan rakan mereka.

Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, kesemua yang ditahan tidak membawa sebarang dokumen yang sah dan mendakwa dokumen mereka disimpan pengurusan kolej bagi memproses kad pelajar.

Menurutnya, pelajar asing yang ditahan mendakwa pengurusan kolej mereka memberitahu, mereka tidak akan ditahan pihak berkuasa jika menunjukkan surat pengesahan pelajar dikeluarkan kolej.

"Tindakan pengurusan institusi pengajian tinggi swasta itu memberi maklumat salah menyebabkan pelajar asing tidak bimbang berkeliaran di luar kolej tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

"Kerana itu, masing-masing memandang remeh tentang kepentingan membawa dokumen pengenalan diri," katanya ketika ditemui dalam Ops 6P membabitkan 20 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen, di sini semalam.

Menurut Faizal, Jabatan Imigresen akan menyiasat kolej terbabit menyimpan dokumen pelajar bagi memastikan status sebenar warga asing terbabit sebelum mengambil tindakan lanjut.

Menurutnya, surat yang dikeluarkan kolej berkenaan tidak diterima mana-mana agensi penguat kuasaan.

Katanya, pengurusan kolej sepatutnya meminta surat pengesahan daripada Jabatan Imigresen untuk diberikan kepada pelajar terbabit dan bukannya mengeluarkan surat sendiri.

"Kolej juga perlu berusaha memberi penjelasan kepada pelajar mengenai undang-undang imigresen di negara ini kerana ramai yang diperiksa tidak memahaminya.

"Sesetengah pelajar ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah mendakwa pasport mereka sedang diproses Jabatan Imigresen bagi permohonan serta pembaharuan pas pelajar," katanya.

Sementara itu, operasi berlangsung kira-kira 8.30 malam sehingga 2 pagi itu, seramai 24 warga asing ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

"Dalam empat serbuan berasingan, kita menahan 20 lelaki dan empat wanita terdiri daripada warga Afrika, Myanmar, Mesir dan Nepal berusia lingkungan 18 hingga 35 tahun dan dipercayai menuntut di sebuah kolej di sini," katanya.

Sinar Harian

Bekas Presiden Czech meninggal dunia

Posted: 18 Dec 2011 07:15 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

PRAGUE 19 Dis. - Bekas Presiden Republik Czech, Vaclav Havel disahkan meninggal dunia pada usia 75 tahun, semalam.

Havel yang memegang jawatan Presiden dari 1989 hingga 2003, merupakan pejuang Revolusi Velvet yang memperjuangkan kemerdekaan negaranya dari pengaruh komunis Rusia pada 1989.

Jurucakap mendiang, Sabina Tancevova berkata, Havel yang telah lama jatuh sakit, meninggal dunia semasa sedang tidur pada awal pagi semalam. - AFP

Masalah Kampung Pasir belum dapat diselesaikan oleh pihak pemerintah

Posted: 18 Dec 2011 07:03 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -
PAS MIRI

MIRI - Kampung Pasir terletak di dalam pekan Lutong, Miri. Terdapat bangunan syarikat minyak dan gas seperti Petronas dan juga Shell di kawasan tersebut. Kebanyakan penduduk di kampung Pasir adalah masyarakat Iban dan terdapat juga orang Melayu dan Cina tinggal dalam kampung tersebut.

Mereka sudah lama tinggal di kampung Pasir lebih daripada 40 tahun. Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk kampung Pasir adalah bekalan elektrik dan juga saluran air paip yang terpaksa berkongsi meter air. Begitu juga peparitan yang tersumbat dan jalan kampung yang sempit dan berlubang.

Mereka sudah lama memohon agar bekalan elektrik dapat disambung ke rumah mereka tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah tersebut. Mereka masih lagi menggunakan generator sebagai sumber bekalan elektrik ke rumah mereka. Kalau musim hujan berpanjangan kawasan kampung Pasir mudah dilanda banjir kilat dan sudah tentu ini akan menyusahkan penduduk kampung untuk membersih kawasan rumah mereka akibat banjir.

Mereka merayu kepada pihak Pas dan Pakatan Rakyat agar dapat membantu mereka selesaikan masalah mereka sebab menurut mereka sebelum ini mereka selalu memohon kepada wakil rakyat BN untuk membantu selesaikan masalah mereka tetapi perkara tersebut masih juga tidak dapat diatasi walaupun sudah berpuluh-puluh kali mereka memohon dan merayu agar pihak yang berkenaan menyelesaikan masalah mereka.

Kita mendesak agar pihak yang berkenaan bertindak dengan segera mengatasi masalah kampung Pasir memandangkan kampung tersebut terletak dalam kawasan bandaraya Miri yang sudah pasti akan mencemarkan imej Miri sebagai bandaraya sekiranya masih lagi terdapat kampung dalam Bandar yang masih menggunakan generator sebagai sumber bekalan elekrik ke rumah mereka.

Kita minta pihak kerajaan janganlah membiarkan penduduk kampung Pasir terus ketinggalan dari arus pembangunan sedang mereka juga berhak mendapat keperluan asas. PAS dan Pakatan sentiasa membantu rakyat dengan sedaya mungkin tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri

PAS Kawasan Miri

Posted: 18 Dec 2011 07:35 PM PST

PAS Kawasan Miri


Apa nak Jadi Dengan Kampung Pasir?

Posted: 18 Dec 2011 05:49 AM PST

Masalah Kampung Pasir belum dapat diselesaikan oleh pihak pemerintah
MIRI - Kampung Pasir terletak di dalam pekan Lutong, Miri. Terdapat bangunan syarikat minyak dan gas seperti Petronas dan juga Shell di kawasan tersebut. Kebanyakan penduduk di kampung Pasir adalah masyarakat Iban dan terdapat juga orang Melayu dan Cina tinggal dalam kampung tersebut.

Mereka sudah lama tinggal di kampung Pasir lebih daripada 40 tahun. Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk kampung Pasir adalah bekalan elektrik dan juga saluran air paip yang terpaksa berkongsi meter air. Begitu juga peparitan yang tersumbat dan jalan kampung yang sempit dan berlubang.

Mereka sudah lama memohon agar bekalan elektrik dapat disambung ke rumah mereka tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah tersebut. Mereka masih lagi menggunakan generator sebagai sumber bekalan elektrik ke rumah mereka. Kalau musim hujan berpanjangan kawasan kampung Pasir mudah dilanda banjir kilat dan sudah tentu ini akan menyusahkan penduduk kampung untuk membersih kawasan rumah mereka akibat banjir.

Mereka merayu kepada pihak Pas dan Pakatan Rakyat agar dapat membantu mereka selesaikan masalah mereka sebab menurut mereka sebelum ini mereka selalu memohon kepada wakil rakyat BN untuk membantu selesaikan masalah mereka tetapi perkara tersebut masih juga tidak dapat diatasi walaupun sudah berpuluh-puluh kali mereka memohon dan merayu agar pihak yang berkenaan menyelesaikan masalah mereka.

Kita mendesak agar pihak yang berkenaan bertindak dengan segera mengatasi masalah kampung Pasir memandangkan kampung tersebut terletak dalam kawasan bandaraya Miri yang sudah pasti akan mencemarkan imej Miri sebagai bandaraya sekiranya masih lagi terdapat kampung dalam Bandar yang masih menggunakan generator sebagai sumber bekalan elekrik ke rumah mereka.

Kita minta pihak kerajaan janganlah membiarkan penduduk kampung Pasir terus ketinggalan dari arus pembangunan sedang mereka juga berhak mendapat keperluan asas. PAS dan Pakatan sentiasa membantu rakyat dengan sedaya mungkin tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri

English version
Kampung Pasir problem cannot be resolved by the government
MIRI - Kampung Pasir is located in the Lutong town, Miri. There are Oil and Gas Company buildings such as Petronas and Shell in the area. Most of the Kampung Pasir is the Iban community and there is also the Malays and Chinese living in the village.
They have been living in the Kampung Pasir more than 40 years. The main problem faced by the Kampung Pasir is electricity and water channels that have shared water meters. Similarly, the blockages of drainage and village roads are narrow and hollow.

They have long been requesting to connect electricity to their homes, but so far no action taken by the parties concerned to resolve the issue. They were still using generators as a source of electricity to their homes.

Prolonged rainy season Kampung Pasir easy to flash floods and this would be difficult for villagers to clean their home areas due to flooding.

They appeal to the PAS and Pakatan Rakyat to help them solve their problems because according to them previously they always apply to the BN elected representatives to help solve their problems but it still cannot be overcome despite being tens of times they apply and appeal for the party concerned resolve their problems.

We urge the party concerned to act quickly to overcome the problem of Kampung Pasir as the village located in the city of Miri would have tarnished the image of Miri as a city if there are still a village in the city that are still using the generators as a source of electrical supply to their homes.

We ask the government should not let the Kampung Pasir villagers continues to lag behind the mainstream development and they are also entitled to basic needs. PAS and the PR is always help the people with the best possible regardless of race, religion and political belief.

Rembau Hari Ini

Posted: 18 Dec 2011 07:27 PM PST

Rembau Hari Ini


Temui Mazlan Aliman 27 Dis 2011 di Lubuk China, Rembau

Posted: 18 Dec 2011 03:55 PM PST



CERAMAH UMUM
Tarikh : 27 Dis 2011, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Semin, Lubuk China, Rembau
Penceramah : Mazlan Aliman, Hj Taufek Abd Ghani, Ustaz Norazman Mohammad & Rozmal Malakan

Semua dijemput hadir

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 18 Dec 2011 03:49 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


TANDA2 KIAMAT!!! POLIS BANTU PENDEMONSTARI BERDEMO...

Posted: 17 Dec 2011 04:32 PM PST

Pelik!!! Polis ibu negara hari ini membantu kira-kira 100 mahasiswa yang menyertai demonstrasi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Anggota polis yang diketuai  Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, ASP W. Karthik  mengawal kelancaran lalu lintas dan kumpulan pelajar tersebut sepanjang demonstrasi mereka. The Malaysian Insider difahamkan, kumpulan mahasiswa itu dibenarkan untuk meneruskan demonstrasi mereka selagi kumpulan itu tidak melibatkan penyertaan mana-mana parti politik dalam demonstrasi hari ini.

Kumpulan mahasiswa yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dari Masjid Jamek dengan membawa sepanduk antaranya bertulis "Mahasiswa Bukan Robot, Mansuhkan AUKU, Bebaskan Mahasiswa Berpartisan dalam Politik". Mereka kemudiannya duduk di atas jalan raya di Jalan Sultan Ismail berhadapan bangunan Suhakam sambil diawasi kira-kira 15 anggota polis berpakaian uniform. Kumpulan mahasiswa ini turut melaungkan "hidup-hidup, mahasiswa, hidup-hidup kebebasan, mansuhkan AUKU sambil diselang-selikan dengan ucapan daripada wakil-wakil persatuan mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Setelah kira-kira 30 minit berdemonstrasi di kawasan pejabat Suhakam, kumpulan mahasiswa kemudiannya bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada Umno.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 18 Dec 2011 11:30 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Kuliah Maghrib Bersama Ust Azhar Idrus

Posted: 17 Dec 2011 09:56 PM PST

Karnival Kerjaya & Keusahawanan Kreatif Kelantan 2011

Posted: 17 Dec 2011 04:16 PM PST


Jauhi tuduh menuduh, sayangi sesama ahli

Posted: 17 Dec 2011 04:16 PM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) meminta agar semua ahli PAS tidak tuduh menuduh di antara satu sama lain sesama ahli jamaah.

"Ini kerana kita sayang kepada semua ahli kita tanpa membezakan di antara satu sama lain," katanya mengulas tentang perkembangan terkini yang berlaku dalam organisasi PAS seperti mana yang hangat diperkatakan oleh media arus perdana sejak mutakhir ini.

Menurutnya, menyayangi sesama ahli adalah satu tanggungjawab syarie.
"Dan kita hendaklah berusaha agar mereka tidak lari daripada ikatan jamaah Islam, usaha ke arah menyayangi mereka dan mengekalkan mereka dalam jamaah adalah satu yang wajib dilakukan dalam hidup berjamaah," ujarnya yang juga Adun Manir, Terengganu.

Tambahnya, ini adalah prinsip perjuangan PAS yang bersandarkan kepada ajaran Islam.

"Kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencari ahli, untuk menambahkan keahlian PAS, maka sudah tentu kita bertanggungjawab di sisi Allah untuk menjaga ahli dan menyayangi mereka sebagai ahli jamaah seperti mana yang terkandung dalam dalam prinsip perjuangan kita yang berdasarkan kepada tuntutan Islam," tegas beliau lagi.

Sekitar Taklimat Isu Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah Kelantan II (HUDUD)

Posted: 17 Dec 2011 04:15 PM PST



Piala Tok Guru – Pasir Mas Ke Separuh Akhir

Posted: 17 Dec 2011 04:14 PM PST

Tahniah kepada pasukan Pasir Mas kerana berjaya menjadi pasukan pertama menempah slot ke peringkat separuh akhir setelah menewaskan pasukan Gua Musang dengan keputusan 5-3.Tahniah juga diucapkan kepada pasukan Gua Musang kerana berjaya mara sehingga peringkat suku akhir.

Piala Tok Guru – Pengkalan Chepa menang bergaya.

Posted: 17 Dec 2011 04:10 PM PST

Mahasiswa bangkit tuntut hak, perjuang kebebasan

Posted: 17 Dec 2011 04:09 PM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Mahasiswa hari ini bangun mendesak hak kebebasan mereka serta menuntut agar kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) serta tidak takut ditangkap kerana memperjuangkan kebebasan.
Gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersama Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) yang mengadakan perhimpunan perarakan dari Masjid Jamek ke Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan seterusnya ke bangunan Umno menuntut agar kerajaan hari ini peka dengan hak yang dikehendaki oleh pelajar.
Pengerusi Sigma Gamis, Rohayu Rusli memjelaskan bahawa hari ini anak muda Malaysia mencipta sejarah telah turun ke jalanan menyatakan pendirian hak bersuara serta prinsip bahawa mahasiswa mahasiswi dan anak muda Malaysia.

"Kita tidak akan pernah berhenti menyuarakan kebenaran dan keadilan, menuntut hak yang selama ini dikekang.

"Hari ini juga turut memperlihatkan bahawa partisipasi mahasiswi dalam himpunan, turut bersuara, turut hadir membarisi barisan anak muda, sejarah hari ini memberi amaran kepada pemerintah agar tidak bersenang lenang sedangkan rakyat dan mahasiswa dalam keperitan," jelasnya.

Sementara itu, Presiden Gamis, Akram Taib Azamudden semasa berucap menberitahu hari ini menyaksikan satu himpunan dan perarakan laungan kebenaran memenuhi Bandaraya Kuala Lumpur.
"Ini bukti bahawa mahasiswa cukup muak dan benci terhadap akta zalim yang kita tuntut untuk dimansuhkan.
"Gamis mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Bebas, Safwan Anang serta seluruh pimpinan front mahasiswa yang telah menggerakkan kekuatan ahli untuk terjun bersama ke lapangan rakyat menyatakan pendirian kebenaran," katanya.

Dalam pada itu beliau agar pihak kerajaan, bebaskan mahasiswa untuk memanfaatkan seluas mungkin daya intelek yg mereka pasak sewaktu di universiti.

Katanya lagi, Gamis akan terus mendokong apa sahaja kebenaran khususnya Bebas dengan menggerakkan seluruh jentera dalam memastikan kebenaran itu tertegak selari dengan tuntutan Islam.

Suhakam teliti memorandum
Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah yang menerima memorandum dari gabungan mahasiswa itu menjelaskan pihaknya akan meneliti kandungan memorandum tersebut dan ia akan dibawa ke peringkat jawatankuasa.

"Saya melihat apa yang mahasiswa hari ini bangkit menuntut hak mereka dalam menyuarakan kebebasan dan bagi saya ia bukan satu jenayah jika mereka berhimpun kerana negara ini adalah sebuah negara demokrasi.

"Kita mempunyai pelbagai cara untuk menarik perhatian pihak yang bertanggungjawab dan apa yang dilakukan oleh mahasiswa hari perlu diambil perhatian oleh kerajaan.

"Kerajaan perlu beri perhatian terhadap isu yang dibangkitkan ini, hak kebebasan bersuara tidak salah di negara ini dan kerajaan sepatutnya perlu meneliti Auku adakah ia perlu dipinda ataupun dimansuhkan terus," jelasnya.

Ketika ditanya mengenai Persidangan Meja Bulat yang dianjurkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini, beliau memberitahu itu adalah cara terbaik bagi menyelesaikan kemelut Auku sekarang.

"Cara perbincangan yang diadakan hari ini adalah satu yang baik, kita perlu mendengar pendapat dari semua pihak sebelum sesuatu perkara itu diputuskan.

"Saya pasti setiap pihak yang dijemput berpeluang menyatakan pendapat mereka terhadap perlaksanaan Auku di sebalik kesannya terhadap pelajar serta pendidikan di negara ini, kerajaan perlu menilai sebelum membuat sebarang keputusan," sambungnya lagi.

Oley!!

Posted: 17 Dec 2011 04:08 PM PST

Masa untuk jatuhkan Umno BN, bukan bertelagah

Posted: 17 Dec 2011 04:07 PM PST

TASEK GELUGOR, 17 Dis: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan teguran Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali terhadap Datuk Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasharudin Mat Isa umpama pemimpin yang sayangkan sahabatnya.

Beliau ketika ditemui di majlis Tawaran PAS Negara Berkebajikan di Dewan Orang Ramai Pajak Song, Kepala Batas pagi tadi menambah, apa yang diperkatakan oleh Mustafa itu bukan untuk memanjangkan isu sebaliknya untuk memberitahu kedua-dua tokoh tersebut bahawa mereka telah terjerat dengan agenda Umno.

"Apa yang ditegurkan oleh Datuk Mustafa Ali umpama teguran seorag pemimpin yang sayangkan sahabatnya yang dilihat sudah memasuki zon musuh.

"Jika tidak ditegur mungkin mereka terperangkap terus dalam kancah untuk merosakan PAS dari dalam, tambahan lagi ketika berhadapan dengan pilihan raya umum akan datang," jelasnya dalam program anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang.

Sambungnya, fenomena itu tidak sepatutnya berlaku jika semua pihak lebih berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan mendahului kepimpinan.

Sekarang ini, katanya masa lebih memerlukan kepada kerja untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN), bukan pertelagahan sesama sendiri dalam isu yang kecil.

"Masa ini kita patut memperkasakan kedudukan menjadi lebih mantap bersama Pakatan Rakyat agar rakyat lebih percaya Pakatan Rakyat yang dibarisi parti seperti PAS, PKR dan DAP daripada Umno dan BN yang jelas meruntuhkan negara dalam jangka masa panjang.

"Marilah kita bersatu hati merancang menjatuhkan Umno dan BN dengan memperkemaskan semua jentera parti dalam Pakatan Rakyat, mudah-mudahan PR dapat mengulang kejayaan nanti," kata Tuan Ibrahim lagi.

Nik Aziz seru rakyat Kelantan isi borang BR1M

Posted: 17 Dec 2011 04:06 PM PST

KOTA BHARU, 17 Dis: PAS akan mensasarkan keahlian seramai 100,000 ahli seluruh Kelantan dalam tempoh dua bulan akan datang.

Pengerusi Lajnah Pemerkasaan PAS Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood, berkata setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) perlu mendaftar keahlian seramai 2,000 orang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas satu majlis yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Putik malam tadi.

Sambungnya, usaha itu dibuat bertujuan untuk menarik lebih ramai lagi orang ramai khususnya pemuda menjadi ahli PAS.

"Mood sekarang juga turut memperlihatkan PAS sebagai sebuah parti yang menjadi impian masyarakat terutama sekali golongan pemuda bakal penentu masa depan negara," ujarnya.

Lebih 2,000 orang anggota parti seluruh Kelantan menghadiri program tertutup itu.

Turut berucap pada majlis itu, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat, Timbalan Pengerusi Lajnah Pemerkasaan, Datuk Omar Mohamed dan Fatah sendiri.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru menyeru rakyat Kelantan mengisi borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) termasuk orang PAS.

Bantuan itu, katanya tiada kena mengena dengan keahlian mana-mana parti kerana wang yang diagihkan milik rakyat.

"Tak ada kena mengena dengan perlu tanda tangan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung.

"Andainya ia bermasalah atau penyokong PAS dipertikaikan dalam menerima sumbangan wang ini, kita akan ketahui sebenar sumbangan itu untuk membantu rakyat atau tujuan politik," ujarnya.

'Durian runtuh' hanya sekali, rugi RM2b setahun

Posted: 17 Dec 2011 04:05 PM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Jaminan Perdana Menteri untuk memberikan "durian runtuh" kepada para peneroka dari usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke bursa saham ternyata hanyalah sebagai "gula-gula" kerana pemberian itu hanyalah dalam bentuk "one off", berbanding kerugian yang akan dialami Felda sebanyak RM1.5 hingga RM2 bilion setahun.

Sehubungan itu, Felda pasti akan mengalami masa depan yang cukup gelap selepas itu kerana pasti gagal melaksanakan pelbagai kebajikannya kepada para peneroka ekoran kerugian seteruk itu setiap tahun.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Dr Syed Husin Ali berkata, sebaliknya janji tersebut hanyalah dibuat sebagai langkah bagi memudahkan rancangan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holding Bhd di bursa saham pada separuh pertama tahun 2012.

Menurutnya, dalam masa yang sama, jaminan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan Ketua Eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad bahawa Felda bakal dibayar RM1 bilion setahun selama 99 tahun bagi meneruskan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka amat disangsikan.

Katanya, kesangsian itu mempunyai asas yang cukup kuat kerana tidak ada jaminan bertulis mengenai perkara tersebut dalam Perjanjian Pajakan tanah antara Felda dan Felda Global Ventures.

"Rekod buruk Felda Global Ventures itu sendiri pun sudah diketahui dengan jelas oleh orang ramai. Felda Global Ventures bukanlah sebuah syarikat yang diurus dengan baik.

"Syarikat itu telah mengalami kerugian sehingga ratusan juta ringgit dalam pelaburan luar negara seperti pelaburan dalam Twin Rivers Technologies dan pembelian apartment di Mekah," katanya ketika dihubungi.

Ketua Eksekutif syarikat itu pula, menurut beliau, pernah disyaki terlibat dalam salah laku yang mengakibatkan kerugian RM120 juta di Syarikat Golden Hope Plantation Bhd.

"Setelah disiasat oleh KPMG Forensics, Ketua Eksekutif syarikat itu akhirnya terpaksa meletakkan jawatan sebagai Penasihat Intergrasi Kumpulan Sime Darby, seperti dilaporkan dalam Straits Times bertarikh 11 Jun 2008 lalu," jelasnya.

Sehingga kini, tambahnya, Felda Global Ventures hanya memiliki 42,000 hektar tanah di Kalimantan yang masih dalam peringkat penanaman dan semaian.

"Jadi, untuk tujuan penyenaraian ini, Felda berhasrat untuk memajakkan 350,000 hektar tanahnya kepada Global Ventures. Memajakkan tanah Felda dengan tujuan penyenaraian ini adalah bertentangan dengan semangat Akta Kemajuan Tanah yang dihasratkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Razak," ujarnya.

Di peringkat ini, tegasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi perlu meneruskan segala perancangan yang telah dibuat ke arah penyenaraian itu, sebaliknya perlu dengan telus memberikan penjelasan yang lengkap kenapa Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Wahab diarahkan untuk mengambil cuti belajar selama lapan bulan?

"Sebelum ini, semasa Datuk Dzulkifli sedang melakukan umrah, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad merampas kuasa Pengerusi Permodalan Felda dengan melanggar Akta Koperasi melalui Agenda Khas Mesyuarat Lembaga Pengarah Felda. Mengikut maklumat, perubahan struktur ini dirancang oleh Ketua Eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad," katanya.

Beliau difahamkan tujuan perubahan itu dilakukan adalah untuk memungkinkan Isa mengambil tindakan meluluskan pelepasan pegangangan ekuiti Koperasi Permodalan Felda dalam Felda Holdings dan merombak pengurusan dan ahli lembaga pengarah, mengetuai jawatankuasa pelaburan dan merubah polisi sedia ada yang menjaga kepentingan ahli koperasi.

Ia juga, tambahnya, untuk menutup mata kakitangan Felda yang menjadi ahli Koperasi Permodalan Felda dari mengetahui bahawa mereka bakal kehilangan majoriti 55 peratus dalam saham Felda Holdings Bhd.

"Struktur selepas penyenaraian akan menyaksikan penguasaan saham Koperasi Permodalan Felda dalam Anak-anak Syarikat Felda susut kepada 30 peratus sahaja dan baki 70 peratus lagi ditawarkan kepada pelabur luar," jelasnya.

Sekitar Program Pelancaran 100 Ribu Keahlian PAS Di PUTIK

Posted: 17 Dec 2011 04:04 PM PST














RM1,077 bilion wang negara dibawa lari, lapor GFI

Posted: 17 Dec 2011 04:01 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Rakyat Malaysia kehilangan "satu dekad yang telah hancur dek korupsi", di mana wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari negara kita dalam tempoh 10 tahun dari 2000-9.

Mengikut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI), wang haram sebanyak RM150 bilion (USD47 bilion) telah dikeluarkan dari Malaysia dalam tahun 2009 sahaja.

RM150 bilion ini adalah tambahan kepada kerugian besar RM927 bilion (USD291 bilion) dalam tempoh 9 tahun dari 2000 hingga 2008. Laporan GFI ini telah mengejutkan kita semua, terutamanya apabila Malaysia kini berada di kedudukan 5 negara yang tertinggi untuk pelarian modal haram yang terbesar.

Demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Menurut Lim, laporan terkini GFI yang bertajuk "Aliran Kewangan daripada Negara Membangun Dalam Dekad Berakhir 2009" telah disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa.
Mengikut penulisnya, kata Lim Guan Eng, unjuran tersebut adalah berdasarkan kira-kira bayaran, perdagangan dua hala dan data hutang luar negeri yang dilaporkan negara-negara ahli IMF dan Bank Dunia.

Kata Lim, mereka menekankan bahawa aliran haram ini merupakan "ketirisan modal yang tidak direkod melalui... pemindahan wang secara haram yang terhasil daripada rasuah, pencurian, sogokan dan pengelakan cukai.
Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada wang rasuah yang diperolehi secara haram dan tambahan pula tidak diedar semula ke dalam ekonomi negara, katanya.

Bagi Ketua Menteri Pulau Pinang itu, ketirisan lebih RM1,000 bilion yang amat besar dan tidak bertanggungjawab ini adalah akibat daripada rasuah dan sukar untuk ditebus semula.

"Hakikat bahawa hasil rasuah sebanyak RM1,000 bilion telah dialirkan keluar daripada negara kita dalam tempoh 10 tahun yang lalu bermakna bahawa rakyat Malaysia telah kehilangan satu dekad yang telah hancur dek korupsi.

"Sudah tiba masa untuk menghapuskan lanun-lanun yang telah merompak negara kita," tegas Lim.

Antaranya, projek-projek seperti Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), skandal saham Bumi RM52 bilion, skandal "lembu dan kondo" RM250 juta NFC, "komisyen" setengah bilion untuk pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, dan banyak lagi projek kaitan kerajaan yang penuh dengan kos "overrun" atau kos berlebihan tanpa apa-apa kebertanggungjawaban.

Ia termasuk juga pendedahan Lapora Ketua Audit Negara terkini tentang RM3.7 bilion yang terlebih dibelanja oleh jabatan-jabatan kerajaan, yang telah menjadikan Malaysia sebagai raja wang haram, tambahnya.

"Tidak hairanlah kenapa prestasi negara kita telah merosot mengikut laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2011 badan pemerhati rasuah Transparency International (TI) yang menunjukkan bahawa Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri.
"CPI Malaysia pula telah menurun kepada 4.3 pada tahun ini, dan Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali juga berkata bahawa CPI Malaysia terus merosot kerana "unsur-unsur kerajaan" yang memudahkan "rasuah besar" masih lagi tersebar luas," katanya.

Pendedahan terkini oleh GFI tentang wang haram sebanyak RM1,077 bilion yang telah dialirkan keluar daripada negara kita sedikit sebanyak menunjukkan betapa banyak kerugian yang dialami rakyat Malaysia.

"DAP menyesal kerana Kerajaan BN mengambil ringan kajian bereputasi ini yang telah dijalankan oleh sebuah badan yang bebas dan berprestij.

"Rakyat Malaysia harus bersatu untuk menyelamatkan negara kita daripada BN, membersihkan rasuah yang berleluasa dan mendapatkan balik RM1,077 bilion yang telah kehilangan ini," tegas beliau.

Nasharudin tidak pernah hadir mesyuarat - Mustafa

Posted: 17 Dec 2011 04:01 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, Ustaz Nasharudin Mat Isa tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar yang lalu walaupun dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

Datuk Dr Hassan Ali pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah datang ke mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan.

Mustafa berkata demikian dalam wawancara khas dengan wartawan Harakah dan Harakahdaily semalam.

Ekoran laporan mengenainya oleh Harakahdaily semalam, pelbagai pihak menghubungi Harakahdaily dan Mustafa untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Dalam wawancara itu, Mustafa melahirkan rasa kesal dengan kedua-dua pemimpin itu dan menyifatkan mereka sejak akhir-akhirnya terperangkap dalam agenda Umno.

"Ingin saya dedahkan, dalam rekod di Pejabat Agung PAS Pusat dan Pejabat Perhubungan PAS Selangor, Nasharudin setelah tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat yang dilantik, tetapi sepanjang masa selepas dilantik hingga kini, tidak ada sekalipun beliau menghadiri mesyuarat PAS Pusat.
"Sementara Hassan Ali dari sudut di pusat kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor, sekalipun beliau tidak hadir (mesyuarat).

"Walaupun telah dinasihati supaya hadir dan saya sendiri menghubungi Nasharudin Mat Isa supaya datang mesyuarat walaupun sanggup awalnya (untuk hadir), tetapi akhirnya tidak hadir," beritahu Mustafa dalam wawancara khas itu.

Ekoran beberapa tindakan dan kenyataan kedua-duanya sejak akhir-akhir ini Mustafa membuat kesimpulan mereka terperangkap dalam agenda musuh.

"Jadi sebab itu saya buat kesimpulan berdasarkan maklumat yang saya terima dari pelbagai puhak samada sedar atau tidak kedua-dua mereka ini terperangkap dalam agenda musuh politik PAS, dan sebab itu ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS," katanya.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 18 Dec 2011 11:02 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


PEMUKIMAN PAS CHUKAI

Posted: 17 Dec 2011 11:42 PM PST


KEMAMAN – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai menggariskan gerak kerja secara harian selama 100 hari menjelang pilihanraya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Pengarahnya Haji Hanafiah Mat meletakkan perkara tersebut antara empat objektif  Pemukiman DUN Chukai yang sedang berlangsung selama tiga hari di Cheneh, dekat sini, bermula Jumaat 16 Disember.

"Yang pastinya, selepas (pemukiman) ini, pimpinan peringkat DUN mesti membuat gerak kerja harian, bukan lagi gerak mingguan, atau bulanan,

"InsyaAllah dalam masa 100 hari inilah kita bergerak dari sehari ke sehari (menuju kemenangan),"ujarnya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Program berkembar, Jati Diri Remaja bersekali Pemukiman DUN Chukai.

[Gambar - sebahagian remaja yang sedang mengikuti majlis perasmian Pemukiman dan Kem Jati Diri Remaja yang dianjurkan oleh PAS DUN Chukai]

Menurutnya, bagi memastikan PAS akan dapat menggantikan Umno di DUN Chukai, para petugas mestilah gigih melaksanakan amanah sebagaimana yang telah ditetapkan.

Antara tugas yang dilakukan setiap masa dalam tempoh 100 hari ini adalah menemui 'para pelanggan' bagi memberitahu kepada mereka sudah sampai masanya mereka memberi kepercayaan kepada PAS memerintah egeri Terengganu.

"kita akan bertemu dengan para pelanggan kita, 'orang-orang atas pagar', ahli-ahli Umno dan para penyokong Umno,

"untuk memberitahu mereka, sudah sampai masa dan ketikanya mereka meyokong PAS (dalam pilihanraya ke-13),"jelasnya.

Menurutnya, PAS DUN Chukai membelanjakan kewangan yang agak besar bagi menganjurkan program terbabit, membiayai seramai 400 orang peserta, demi mencapai matlamat utama, semata-mata kerana menegakkan ugama Allah SWT.

Ketua Dewan Pemuda PAS yang juga Ustaz Mohd Nor Hamzah meyempurnakan Majlis Perasmian program 'kembar' yang julung-julung kali diadakan.

KHIDMAT MERU

Posted: 18 Dec 2011 09:52 AM PST

KHIDMAT MERU


PROGRAM GEMS UNTUK REMAJA.

Posted: 18 Dec 2011 07:19 AM PST








Siri motivasi semasa cuti sekolah terus mendapat sambutan. Program Generasi Idaman Selangor (GEMS) telah dapat menghimpun 300 peserta di Surau Abror Meru Indah. Mereka bersesak untuk menimba ilmu , merubah dan mendekatkan diri kepada Allah. Program motivasi bersama Ustaz Ridzuan Rahmat merupakan siri motivasi berterusan setiap minggu bagi mengisi masa lapang pelajar semasa cuti sekolah.

SPIES REMAJA SEMPENA CUTI SEKOLAH

Posted: 18 Dec 2011 06:53 AM PST






Seramai 500 remaja telah mengambil bahagian di dalam Program Motivasi santai SPIES anjuran Exco Pendidikan bersama PKM Dun Meru di Dewan Hambali Masjid As Syarif. Pelbagai intipati ilmu memantapkan rohani dan jasmani diberikan oleh Motivator Ustaz Nor Najahan Salleh . Program sebegini telah diadakan setiap minggu di Dun Meru bagi mengisi percutian sekolah penggal tahun ini. Semoga ilmu yang diberikan akan dipraktikkan , moga menjadi insan yang soleh dan solehah.

MINI KARNIVAL SELANGORKU DUN MERU

Posted: 18 Dec 2011 06:15 AM PST












Sambutan yang amat menggalakkan dikalangan masyarakat tempatan pelbagai kaum sebagai bukti agenda kerajaan senantiasa dihati rakyat. Pelbagai kaum berkumpul sejak pagi bagi mengambil pelbagai program disediakan. pelbagai agensi kerajaan, JKM, LZS, Bomba, Kementerian Kesihatan dengan mengadakan derma darah dan rawatan kesihatan percuma mencuri tumpuan utama masyarakat tempatan. Karnival Mini Selangorku Dun Meru diadakan di Masjid As Syarif Meru dirasmikan Ustaz Nor Narjahan Salleh selaku Ahli Majlis MPK. Antara program lain ialah Explorace, gunting rambut RM 1, sukaneka, pameran agensi kerajaan.

PAS Kulaijaya

Posted: 18 Dec 2011 07:51 AM PST

PAS Kulaijaya


TAHUKAH ANDA ?

Posted: 17 Dec 2011 05:10 PM PST

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 18 Dec 2011 03:50 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Mahathir, Lee Kuan Yew and The Lazy Native

Posted: 17 Dec 2011 11:25 PM PST

One wonders if Mahathir and Lee Kuan Yew share the same philosophy. The Ultra Malay Mahathir and Radical Chinese Lee are almost always at odds with one another. From politics to policies, there seems to be infinite issues for them to brawl over and, even if there are none, they can't seem to help pulling a mickey out of one another. But read between the lines and you will realize that they share the same philosophy – the same reductionist philosophy that subjugated the region into chains of colonization in the past.
But before going into the shared philosophy espoused by these leaders, it helps to first understand how a reductionist view on any subject would eventually lead to the perversion of an original idea. An idea or perception of a matter or subject is defined based on the senses and on our analytic thought. That, infused with cultural surroundings and historical impact produces the eventual paradigm in which we live. 
Now, that's not very hard to follow, is it? However, no matter how accurate one's senses in perceiving a subject, an observer with a reductionist view tries to simplify things by creating faulty arguments and slippery judgments.
Thus, when it comes to formulating a policy, a reductionist approach is, at best, dangerous on many levels. Firstly, a reductionist may not solve the problem at hand but instead exacerbate it by not fully understanding the mechanism in the first place. In other words, a reductionist would rush to 'fix' the problem based on first impressions, hence neglecting the intricacies of the initial problem. 
Secondly, even if the problem is solved, it will leave an aftertaste of resentment as its early mechanism was forcibly changed in order to facilitate its new functions. This "machinery" is forced to function based on the whims of the reductionist, rather than working naturally based on its mechanics. 
On a third level, a reductionist distorts an original idea by implementing the interpretation of the idea into a form either unfounded or too extreme in the earlier idea. This is because the reductionist digests the original idea only in its cosmetics instead of understanding the whole dynamics and principles of the idea. For example, such a view of sociology gave birth to Communism; a reductionist view of biology gave birth to Nazism, and a reductionist view of Islam gave birth to Islamic terrorism.
The same can be said about both Mahathir and Lee Kuan Yew.
In his book The Malay Dilemma, Mahathir espoused the view that Malays – particularly the rural ones whom he characterized as less competitive compared to the urban and racially mixed Malays – were somewhat lacking in intelligence as compared to others. 
By others, I refer to the Chinese, Indians, and Malays of racially mixed background. Therefore, in his assessment an open and competitive market environment would actually cause the Malays to be weaker than permitted by status quo.
Mahathir may have written The Malay Dilemma in the early years of his entry into politics, but his view remains unchanged. An example can be his recent comments – especially with regards to Premier Najib Razak's drive to promote meritocracy – as a clear sign that he has yet to ditch his post-colonialist belief in social anthropology (which ascribes to the idea that certain races are born superior than others). Does Mahathir believe pure-blooded Malays to be superior to other races? 
No. In fact, he believed that pure-blooded Malays are somewhat incompetent when it comes to competition with other races. It was thus written in his book, and reiterated during his post-retirement era where he concluded that meritocracy would benefit only certain races, as compared to affirmative action which, in his opinion, would level the playing field for everyone. In his paradigm, to which I believe and presume many UMNO Old Guards still adhere, affirmative action is a must to ensure all races be able to stand together and fairly reap the nation's economical benefits.
In Lee Kuan Yew's Hard Truth, the Singaporean Lion mentions that the Chinese people are resilient because they practiced, in the past, the law of 'survival of the fittest', where 'the poor can't get married and breed, while the smart and rich are able to breed', thus eliminating the 'bad genes'. 
He also concludes that the modern Chinese are thus resilient and smarter, as both traits are genetically and culturally inherent. Lee also mentions his loathing for liberal democracies, as they tend 'to believe that all people are born equal'.
With all due respect to Mr Lee, I think he may have taken too literally the egalitarian principles of liberal democracies, instead of having it as a mere guiding principle. But that's for another discussion. 
As for Mr Lee, his generalization of race (in which ethnic groups in China have different, region-based history, is forgotten) and his implicit belief that some races are born superior than others come to prove that his mentality is along the lines of the colonialists whom he and Mahathir both replaced. 
However, in contrast to Mahathir's view, Lee believes affirmative action to be detrimental towards the more "superior race" as they are forced to accommodate to the more "inferior" ones.
Eerily, many of us still adhere to both of these mutually exclusive paradigms. In fact, I believe that they have made their  mark on both countries' societies, especially with regards to  the Sino-Malay relationship. This has formed a bulwark to a dynamic relationship between the two races.
Frankly, however, both their judgments and flow of thought are, well, flawed. Firstly, having the self-belief of superiority to judge people based on race has shifted their attention away from the illness affecting a section of the population. 
By generalizing a certain problem to a particular race, one does not solve the problem at all as the remedy is not solving the cause of the problem. Rather, the focus has turned on the symptoms of the illness instead of its cause.
In this regard, Lee Kuan Yew is less guilty in the trajectory of this mindset in his administration. As for Mahathir, the affirmative action policy was already taking place when he came into power, thus giving him more impetus in administering it based on the post-colonial mindset. 
The economic strength and growth in the early 90's may perhaps have dulled the people's mindset from reacting towards such a denigration of thought. Economic success, in most cases, is defined as the wisdom and ingenuity of the leader. 
Both countries grew and grew while harbouring the post-colonial philosophy, which reared its head after various economic downturns. In other words, Malaysia and Singapore are merely growing shells, with no input of philosophical glue to actually coalesce the people together. The unity dances, songs and cultural festivals are merely facades. The ruling government decides how the races should interact. That's a subtle line that both governments have failed to see.
In the Myth of the Lazy Native, Syed Hussein Al Attas hampered the thoughts harbored by the Western imperialists towards the natives. 
He motioned that the Western combination of fantasy, prejudice and refined scholarship gave basis to imperialism, whereby "[t]he image of the indolent, dull, backward and treacherous native has changed into that of a dependent one requiring assistance to climb the ladder of progress". 
Hussein denounces the belief that the natives, i.e. the Malay, require constant assistance in order for them to be successful and civilized.  According to him, it was predicaments, history, location and time which shaped the people's mindset. And unlike the Western Imperialist, Mahathir and Lee Kuan Yew, Hussein believes that the resilience and intelligence of a race is very much formed by its surroundings instead of by inherent qualities. 
This belief made its way into the early Gerakan Party that championed racial equality and a dynamic modern socialism approach.
Mahathir and Lee Kuan Yew may have been successful in managing their respective country, but the philosophy in which the countries were managed were only 'good while they lasted'. The current threat to our joint 1culture, politics and dynamics rests on the development of a reformed philosophy and an ever-shifting paradigm. And the time for a major paradigm shift happens now.
It is somewhat apparent as to why liberal democracy may not be able to blossom any time soon within this region. What with most of the top echelons within the two countries still harbouring the belief that they know more than the others, and thus can decide on how to deal, interact and administer the populace. 
The worse part is that the view is implicitly shared by a large part of the populace. For a liberal democracy to bloom, the people would need a substantial amount of confidence, as well as more depth within their frame of mind to be able to harmonize in forming a functioning society. Hence, both governments have a large burden in educating the people on civil rights and social responsibility, along with managing their current development policies.
The time has come for the governments of this region to give birth to a new dynamic society, one that subscribes to a philosophy that is both progressive yet localized in its expression of culture – a brand of philosophy that may have had its origins in the centre-left movement of the 60's, but gravely relevant to the present day.
'The Myth of the Lazy Native should be reviewed in more recent and relevant terms. The myth is no longer true in the eyes of former colonial masters, but is sadly seen as fact by local leaders.

Imaginasi jahat UMNO

Posted: 17 Dec 2011 07:29 PM PST

Kebelakangan ini ditimbulkan pula isu kononnya DAP ingin meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu supaya boleh merampas kerusi MB di Negeri Selangor.  Pelik saya.  Adakah perlu diletakkan Melayu di kawasan majoriti Melayu untuk menjadi MB?  Kalau calon Melayu DAP menang di kawasan Cina tidak boleh jadi MB kah?  Mesti menang di kawasan Melayu?  Hairan dibuatnya.  Di mana pula perkara ini termaktub?

Hakikatnya ini hanya cerita-cerita dogeng yang dihasilkan imaginasi jahat UMNO dan surat khabar lidah bercabang UMNO.  Jenis imaginasi yang yang boleh menghalalkan RM 250 juta untuk Shahrizat dan keluarganya serta dianggap isu NFC suatu fitnah yang dirancang pembangkang!
DAP adalah parti berbilang kaum.  Ianya bukan parti Cina.  Karpal Singh bukan Cina!  DAP pernah mempunyai beberapa pemimpin Melayu yang terkenal tetapi malangnya ia di-"kenakan" imej parti Cina oleh pihak UMNO.  

Ia juga di-"kena"kan imej anti-Melayu oleh UMNO juga.  Apakah yang pernah dilakukan di Pulau Pinang atau di Selangor yang membuktikan DAP adalah anti-Melayu?  Tiada apa dan banyak pula program yang membantu Melayu dan Islam yang disokongnya.

Untuk membebaskan diri mereka dari imej yang dipaksa ke atas mereka, maka DAP mengemukakan cadangan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu.  Kami dari PAS dan PKR memahami hasrat mereka dan keinginan mereka untuk bebaskan diri mereka dari kerja jahat UMNO ini.  Namun sebagai rakan yang saling nasihat-menasihati, kami menjangka ianya sesuatu yang akan diserang oleh UMNO sebagai bukti DAP gila kuasa di Selangor; dan PAS bersama PKR mengkhianati kepentingan politik Melayu.

Maka di dalam suasana yang sentiasa ingin dihangatkan oleh UMNO atas semagat perkauman, tindakan yang dicadangkan DAP itu dilihat sebagai sesuatu yang mampu memburukkan lagi keadaaan.  Oleh yang demikian, cadangan DAP agak sukar untuk diterima.
Kerana ada pengadu-domba yang bergerak bebas di kalangan masyarakat. Kumpulan penghasut dan penipu rakyat yang berkeliaran merata, menembusi ruang udara melalui Radio dan TV, meracuni pemikiran rakyat, siapa lagi kalau bukan UMNO/BN.

Sebenarnya parti yang jelas hanya untuk kaum Cina adalah MCA.  Tiada India, Singh ataupun Melayu di dalam MCA.  Namun tidak pula MCA diserang UMNO walaupun memperlekehkan hukum hudud.  Jelas sekali ianya hanya mainan politik sedangkan mereka berkapit rapat dengan tauke-tauke MCA.

Dalam pada itu, soal MB pula tidak pernah timbul.  PR bukan seperti BN yang hanya mementingkan jawatan dan imbuhan sahaja.  Asalkan PR memerintah dan rakyat diberi pembelaan, maka kami semua menganggap matlamat telah tercapai.  Syarat tambahan bagi PAS pula ialah soal usaha meningkatkan kefahaman rakyat terhadap Islam.  Selagi mana usaha ini tidak dihalang, maka PAS akan berpuas hati.  

Tidak timbul persoalan DAP atau PAS inginkan jawatan MB.  Kami semua menyokong penuh Khalid Ibrahim sebagai MB dan oleh itu persoalan menggantikan MB tidak pernah timbul.  Hanya ditimbulkan oleh pencacai UMNO yang ingin PR bersengketa sesama sendiri.  Namun ianya umpan yang mungkin terkesan bagi UMNO, tetapi tidak bagi PR.

*Tulisan ini dipetik dari blog Khalid Samad selaku ahli parlimen Shah Alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan