Isnin, 19 Disember 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 19 Dec 2011 03:44 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA


SURAT TIDAK ADE, TAPI LAPORAN IMF TUNJUK ADA PINJAMAN KPD MALAYSIA ~ DS ANWAR

Posted: 18 Dec 2011 11:18 PM PST

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

Posted: 19 Dec 2011 03:32 AM PST

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


RUHANI BEKAS KETUA PUTERI JAWAB TOMOHAN.

Posted: 18 Dec 2011 08:24 AM PST

SETIU – Ruhani Hassan, bekas Ketua Puteri Umno Kampung Banggol Donas yang telah mengisytharkan keluar Umno dan menyertai PAS pada 9 Disember lalu, menjawab segala tohmahan yang dlemparkan keatas beliau.

Beliau dengan tegas menolak segala tuduhan dan menyatakan isu besar beliau serta 80 orang yang lain menyerta PAS adalah kerana rumah mereka bakal drobohkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Rumah kami bakal diroboh, melibatkan 22 buah rumah kediaman di kampong Banggol Donas, hanya untuk pembinaan susur (keluar) lebuhraya dari Jeram ke Teluk Pasu, inilah isu yang kami cetuskan,"jelasnya ketika berucap dalam satu majlis penerangan di Kampung Maras, Batu Rakt dekat sini, Jumaat 16 Disember.

Menceritakan perjuangan beliau, Ruhani bekata beliau telah dilantik sebagai ketua puteri dan ahli jawatankuasa Umno Bangol Donas dari tahun 2000 hingga 2008. Katanya, pada awal tahun 2008, beliau pernah membawa isu rumah penduduk yang bakal diroboh untuk dibncangkan dalam mesyuarat cawangan, namun ditolak tanpa sebarang alasan.

Beliau memberontak meninggalkan mesyuarat lalu tawar hati dengan Umno kerana menurutnya pimpinan dan kerajaan Umno adalah 'tuli', tidak mahu mendengar masalah yang dialami ahli-ahlinya. "saya memberontak dan meninggalkan majls tersebut. Inilah titik tolak puncanya saya tidak berpuas hati dengan Umno (yang) tidak mahu mendengar masalah yang dialami ahli-ahlinya," inilah dasar kerajaan (Umno yang) pekak, kerajaan tuli sebenarnya!,"katanya.

Menurutnya, belau dan rakan-rakan yang bersepakat untuk membantah projek tersebut telah mengalami pelbagai dugaan dan cabaran. Katanya, kerajaan Umno bukan sahaja menggunakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sebagai alat untuk mengugut, bahkan memperalatkan para pegawai dan pasukan keselamatan.

"kami bersepakat membantah pengambilan tanah yang tidak mengikut peraturan, bermacam-macam dugaan dan cabaan yangkami hadapi tanpa sebarang notis yang dikeluarkan,

"(namun) kontraktor terus membuat kerja dan menggunakan agen-agen seperti JKKK, pegawai pejabat tanah, tok penghulu, bahkan polis juga mereka bawa ke kampung kami, untuk memujuk, mengugut dan memperdaya orang kampung,"jelas Ruhani.

Beliau meluahkan perasaannya yang telah jemu, meluat, loya dan macam-macam lagilah rasa benci kepada Umno dan Barisan Nasional. Justeru, Ruhani dengan tegas menyatakan pendrian beliau dan rakan-rakannya, akan terus mempertahankan tanah mereka, walau apa jua halangan yang mendatang.

Beliau menyeru kepada seluruh rakyat supaya menolak Umno dan Barisan Nasional, memenangkan PAS serta Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang "apa pun halangan, kami tetap teruskan bantahan ini. Jemu, muat , loya dan macam-macam lagilah rasa benci kepada Umno semakin meluat-meluat, rasuah yang dibendung, salah guna kuasa, pembaziran duit rakyat,

"saya berikrar dalam diri saya akan menolak Umno dan marilah kita bersama-sama berganding bahu menentang kezaliman umno. Umno tidak lagi memenuhi (hati) rakyat Terengganu.

"Jangan mudah terpedaya dengan janji-janj yang dilafazkan (oleh Umno) kerana ini semua adalah gimik kepada (untuk) Umno untuk mencari kemenangan kepada PRU yang ke-13,"tegasnya.

Anwar Ibrahim

Posted: 18 Dec 2011 07:52 PM PST

Anwar Ibrahim


KEADILAN Dedah Bukti Dr M Buat 38 Pinjaman Bank Dunia

Posted: 18 Dec 2011 07:19 PM PST

Keadilan Daily

KEADILAN mendedahkan bukti pautan memuatkan senarai pinjaman Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini sekaligus membuktikan tohmahan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ejen Barat dan perkakas Bank Dunia, tidak benar, sebaliknya Mahathir berbohong dan cuba memutar belit fakta sebenar.

Rujukan pautan itu di sini

Semakan berdasarkan pautan itu, Mahathir melakukan sebanyak 38 pinjaman antara 18 Mei 1982 hingga 30 Mac 1999.

Walaupun Mahathir kerap memfitnah Anwar, bekas Presiden Umno itu bersekongkong dengan Jack Abramoff untuk melobi bagi bertemu Presiden Amerika Syarikat, George W Bush.

Sedangkan, Anwar ketika masih Menteri Kewangan pernah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu.

"Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul.

"Sewajarnya sebelum mantan Perdana Menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel," kata kenyataan media KEADILAN hari ini

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

PKR Gesa Kerajaan Tangguh SBPA, Dengar Suara Cuepacs

Posted: 18 Dec 2011 07:07 PM PST

The Malaysia Insider

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi mengelakkan kekalutan dan rasa tidak puas hati yang berterusan di kalangan kakitangan awam.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Najwan Halimi berkata, pihaknya berharap agar pihak kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan SBPA dan berunding dengan Cuepacs serta menyelesaikan isu-isu yang menjadi pertikaian serta mencetuskan kekeliruan di kalangan penjawat awam.

"Kajian semula terhadap skim ini adalah perlu sekiranya ia bersifat tidak adil dan menindas. AMK juga menuntut supaya pihak JPA tampil bersikap telus dalam hal ini demi kepentingan hampir 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, AMK terkesan dengan perkembangan melibatkan sektor perkhidmatan awam negara sebagaimana yang dilaporkan oleh media semalam berkaitan bantahan oleh Cuepacs terhadap pelaksanaan skim SBPA.

Najwan berkata, menurut kenyataan Timbalan Presiden II Cuepacs Zainal Ismail, pelaksanaan SBPA yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari ini dilihat mencetuskan rasa tidak senang di semua peringkat sektor perkhidmatan awam terutamanya di kalangan Kumpulan Pelaksana.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman (gambar) mahu kerajaan menangguhkan SBPA dan mengadakan perundingan kajian semula skim tersebut.

"AMK berpandangan bahawa isu ketidakseimbangan pelarasan gaji sebagaimana yang didedahkan oleh Cuepacs sememangnya sesuatu yang memeranjatkan.

"Ini jelas bercanggah dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri sewaktu pembentangan Belanjawan 2012 yang menyatakan bahawa kenaikan gaji bagi penjawat awam adalah antara tujuh hingga 13 peratus namun apa yang berlaku adalah wujud dakwaan bahawa kenaikan gaji bagi kebanyakan penjawat awam khususnya Kumpulan Pelaksana adalah kurang daripada tujuh peratus," katanya lagi,

Justeru kata beliau, AMK juga mengesan wujudnya kekalutan dalam aspek tempoh pemberian opsyen kepada penjawat awam dalam memilih samada untuk menerima SBPA atau kekal di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

"Mengapakah kerajaan perlu tergesa-gesa dalam menguatkuasakan pelaksanaan skim SBPA ini seolah-olah ada 'gula-gula pilihan raya' di sebaliknya?" katanya.

Dalam konteks ini, kata beliau, sektor perkhidmatan awam sebagai nadi utama pembangunan negara sewajarnya dilayan dengan adil tanpa mengira perbezaan pangkat dan kumpulan sama ada dari Kumpulan Pelaksana, Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau dari Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

"Justeru, AMK berharap agar pihak kerajaan menerusi JPA menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan SBPA serta berunding dengan pihak Cuepacs dan menyelesaikan isu-isu berbangkit yang menjadi pertikaian serta mencetuskan kekeliruan di kalangan penjawat awam," katanya.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Membidas Hipokrasi Tun Dr.Mahathir

Posted: 17 Dec 2011 08:35 PM PST

–Kenyataan Media–

Telah sekian lama Dato’ Seri Anwar Ibrahim diitohmah dengan pelbagai tuduhan. Tatkala dipenjara, antara fitnah yang dilemparkan ke atas beliau kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Tuduhan ini direkayasa semenjak tahun 1998 lagi lantaran komitmen Dato’ Seri Anwar dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban. Dato’ Seri Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98.

Lantaran ketegasan Dato’ Seri Anwar inilah Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara.

Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Dato’ Seri Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan UMNO serta juak mereka.Pimpinan UMNO mahu beliau terus ditohmah hatta bercanggah dengan kehendak agama dan nilai budaya yang tulus. Apa yang tidak pimpinan UMNO dan Tun Dr. Mahathir sedari, rakyat tidak lagi senang diperbodohkan. Fitnah yang direkayasa tidak ampuh menggugah keyakinan rakyat untuk mendokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

Tohmahan Tun Dr. Mahathir bahawa Dato’ Seri Anwar adalah agen Barat,IMF dan Bank Dunia kini mula menghantui mantan Perdana Menteri tersebut. Rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Tun Dr. Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush.

Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Dato’ Seri Anwar dipecat,Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan Perdana Menteri itu semberono memfitnah Dato’ Seri Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekaligus agen Barat.

Beberapa hari lalu Tun Dr Mahathir telah mencabar Dato’ Seri Anwar bersumpah dengan menjunjung al Quran. Sewajarnya sebelum mantan Perdana Menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran,eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel.

Sewajarnya dinyatakan tatkala masih menjawat jawatan Menteri Kewangan,Dato’ Seri Anwar telah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu. Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul.

Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Tun Dr.Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu. Jika diteliti, ianya jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir.

1 - http://go.worldbank.org/U29R77EBX0

2 - http://www.worldbank.org/projects/search?lang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=

Eekmal Ahmad
Koordinator Media Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Program #MeetAnwar: Dialog Anak Muda Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim – 22 Disember 2011

Posted: 17 Dec 2011 07:36 PM PST

Program Dialog Anak Muda bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh/Ketua Pembangkang Malaysia) akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 22 Disember 2012 (Khamis)
Masa: 8.30 malam – 10.30 malam
Lokasi: Kediaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim: 11 Jalan 3/61 Bukit Segambut, 51200 Kuala Lumpur

Pendaftaran: Sila isi borang kehadiran di http://aicmalaysia.blogspot.com

Dialog ini antara lain bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa membabitkan generasi muda Malaysia khususnya persoalan masa depan ekonomi, politik dan sosial tanah air.

Untuk makluman, program ini hanya terhad kepada 100 orang sahaja dan kemasukkan adalah percuma. Justeru diharap sdr/i dapat mengesahkan kehadiran sebelum 20 Disember 2011 (Selasa).

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di Facebook kami: http://facebook.com/aicmalaysia
Atau melalui emel di: aicmalaysia@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan