Artikel dan kajian ini menunjukkan impak yang jelas serta penolakkan pembaca internet terhadap portal dan kitab nombor satu Pas itu semakin merudum rankingnya. Walau apa pun alasan yang diberi, mengikut kajian yang dibuat. Haramkahdaily sudah kehilangan hampir 100,000 pembaca sehari.
Mereka mengkaji dan mencari sebab musabab tentang kejatuhan ranking haramkah. Bagi Mc, kejatuhan portal nombor satu Pas itu ada kesan dengan arus perubahan alam maya yang lebih terdorong untuk menyebelahi portal dan bloggers pro kerajaan BN.
Pembaca sekarang lebih bijak menilai, berita mana yang berkualiti dan boleh dipercayai. Siapa nak baca berita yang asyik mengutuk dan memfitnah tanpa henti? Kemudian memuji pemimpin kesayangan mereka sehingga nak termuntah kita baca walaupun pemimpinnya itu tak betul.
Kalau berterusan begini, iklan-iklan di haramkahdaily pasti akan ditarik balik. Mana ada orang nak iklan diportal yang dah tak laku? Baik cari portal yang tengah top sekarang ni.
Pastinya kemorosotan haramkah ada kena mengena dengan sokongan rakyat terhadap Pas.
Ini petanda buruk bagi Pas!!
McTheory: Bersiap sedialah angkat bungkus pada PRU nanti wahai Pas..
Kejatuhan atau kemerosotan undi kepada Barisan Nasional di Negeri Kedah bukanlah atas faktor rakyat menolak kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional tetapi rakyat menghadapi satu sindrom di mana tidak dapat memilih parti manakah yang dapat mentadbir dengan baik di negeri kedah.
Dalam pada itu juga rakyat kedah terpedaya dengan manifesto pas dan pakatan pembangkang yang mengambil kesempatan akibat kesempitan dengan kos sara hidup yang meningkat mendadak pada masa itu dan kenaikkan tinggi harga minyak akibat kegawatan ekonomi dunia.
Jadi pengundi terpaksa membuat pilihan sama ada undi pakatan atau BN mahupun memboikot undi tersebut.Di sini pmk ada membuat sedikit analisa yang di perolehi dari salah seorang sumber di kedah
JUMLAH KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH DALAM PRU 12 2008.
NEGERI KEDAH MEMPUNYAI 36 KERUSI DUN.
PAS = 16 KERUSI BN = 14 KERUSI
PKR = 4 KERUSI
DAP = 1 KERUSI
JUMLAH = 21 KERUSI BEBAS = 1 KERUSI
MAJORITI MUDAH : 36 KERUSI BAHAGI 2 = 18 + 1 = 19 KERUSI
MAJORITI 2/3 = 24 KERUSI
Maknanya BN 14 kerusi nak menang majoriti mudah - 19 kerusi = jadi kurang 5 kerusi
5 kerusi yang kalah = i) N 26- Tanjong Dawai kalah kpd Pas = 79 undi
ii) N 24- Jeneri kalah kpd Pas = 167 undi
iii) N 09- Bukit Lada kalah kpd Pas = 208 undi
iv) N 27- Pantai Merdeka kalah kpd Pas = 503 undi
v) N 04- Ayer Hitam kalah kpd Pas = 506 undi
Jumlah kalah : 1,463 undi sahaja.
UNDI ROSAK : DUN 14,247 undi
PARLIMEN 15,467 undi
JUMLAH 29,714 undi
Daripada rujukkan di atas kita sudah boleh membaca apa sebenarnya rakyat kedah mahukan..jika dilihat jumlah kekalahan tersebut Barisan Nasional hanya kalah tipis kepada pas.walaupun jumlah undi rosak boleh dikatakan agak banyak tetapi Barisan Nasional masih mampu memenangi 14 kerusi..
Jadi ini adalah satu petanda baik bagi UMNO dan Barisan Nasional kedah merampas kembali Kedah dari Pakatan Pas,Sudah sampai waktunya Umno dan Barisan Nasional Kedah menggerakkan semua jentera yang ada di samping bantuan daripada para BLOGGER, CYTROO yang selalu bergerak kehadapan menjadi panglima menyerang dan menangkis segala tomahan yang di buat pembangkang.
Gambar candid menarik untuk di tatap.. khas untuk pembaca di blog Mc, walaupun Mc cilok dari blog orang lain..
Perhimpunan agung kali ini, yang berlangsung selama lima hari, melibatkan 5,447 perwakilan. Sumber gambar Mc ambil dari rakan blogger di SINI.
Uihh laa.. banyak betul beza dengan Kongres PKR. Kalau Kongres sunyi sepi dan tanpa sambutan, Perhimpunan Agung UMNO ni sungguh meriah dan berpuluh ribu ahli dan penyokong UMNO berkumpul dan memberi sokongan di dalam dewan dan luar dewan.
Moga semangat bersatu untuk berjuang kekal hingga ke PRU ke 13 nanti.
McTheory: Rapatkan barisan.. jentera UMNO perlu bersedia.
Ustazah anak enam, tapi masih ada tarikan untuk ustaz Pas!!
Ustaz Pas Mat Zan Durany, Ahli Lembaga Pengarah Pasti
Meh kita baca depa dok FB pukul 2, 3 pagi.. Apa yang syok sangat ustazah dan ustaz Pas ni dok bersembang gamaknya?
Ohh.. rupanya dok ayat baik punya.. siap main nak scan-scan lagi tu. Kenapa agaknya orang macam ni boleh di angkat sebagai "Ahli Lembaga Pengarah Pasti negeri P.Pinang merangkap Pengurus Pasti Kg Tok Panjang." Malah Ustaz seks ni juga berperanan memberi ceramah kepada guru-guru Pasti negeri.
Orang macam ni layakkah untuk mendidik guru agama dan budak-budak kecil di Pasti yang ditaja oleh Pas? Atau memang kebanyakkan Ustaz Pas ni memang gila seks?
Pendedahan ini bukan Mc yang buat, namun di buat oleh satu blogger Pas yang mungkin tak tahan melihat kemungkaran dan perangai buruk si Ustaz gila seks ni. Di sebabkan untuk membuktikan dakwaan Mc ni benar, hangpa boleh tengok kat sini
McTheory: Bukan nak support blogger Pas, cuma nak buktikan artikel ni benar..
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat diselar kerana gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin apabila negeri itu menjadi 'juara' dengan mencatat jumlah pesakit HIV paling ramai bagi tempoh tiga tahun berturut-turut.
Perwakilan Kelantan, Che Hanuni Che Ali yang juga Ketua Puteri UMNO Bachok, berkata Nik Aziz perlu bertanggungjawab dan jangan hanya pandai meletakkan kesalahan pada pihak lain. "Untuk pengetahuan bukan saja pada 2010 Kelantan menjadi juara HIV, malah pada 2008 dan 2009 anugerah juara itu juga dipegang Kelantan.
"Seperti biasa, sebagaimana yang kita kenal, perangai pemimpin dan penyokong PAS, mereka akan melemparkan keburukan itu kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Mereka (PAS) hanya hendak yang baik-baik, perkara buruk semuanya milik orang lain. Jumlah jangkitan baru HIV di Kelantan dari Januari hingga Disember tahun lalu ialah sebanyak 462 orang, manakala kematian disebabkan AIDS ialah 88 orang.
"Di Kelantan sebenarnya banyak yang retorik, mereka hanya meletakkan papan-papan tanda di jalanan seperti 'membina generasi al-Quran' 'bersama kepemimpinan ulama' tapi realitinya hanya omongan kosong," katanya ketika membahas usul sosial pada Persidangan Perwakilan Puteri UMNO, semalam. Katanya, keruntuhan akhlak di kalangan anak muda kini semakin membimbangkan dan ibu bapa perlu memainkan peranan sebaik mungkin dalam mendidik anak-anak bagi memastikan mereka tidak terjerumus ke lembah kehinaan.
Sementara itu, Ketua Puteri UMNO bahagian Jerai, Hasfizatulnisah Mat Isa, yang mewakili Kedah bagi membahaskan usul sosial mengecam pengajuran Seksualiti Merdeka oleh badan bukan kerajaan (NGO).
Beliau berkata, pengajuran program sebegitu boleh memberi ancaman kepada masyarakat Melayu, selain akan membawa kepada keruntuhan akhlak di kalangan anak muda serta mengancam akidah umat Islam.
"Oleh itu kami mendesak kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan undang-undang serta meningkatkan pemantau dengan menutup laman sosial berunsur lucah," katanya.
Nada sama turut disuarakan Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Huzry Fionnawaty Hussein yang menyifatkan penganjuran Seksualiti Merdeka sebagai serangan kearah merosakkan akidah umat Islam.
Bagi Ketua Puteri UMNO bahagian Shah Alam, Selangor, Shuratini Abd Rahman yang membahas usul agama berkata, isu agama membelit kerajaan pakatan pembangkang Selangor harus dijadikan iktibar serta menjadi bukti bahawa Islam kini kian terancam.
Bermula dengan isu pertikaian penggunaan kalimah Allah sehinggalah membawa kepada gejala murtad dan serangan terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta Lembaga Zakat Selangor (LZS) harus diberi perhatian.
"Untuk itu Puteri UMNO Selangor mencadangkan empat bidang pemerkasaan dalam aspek pendidikan Islam perlu dilaksanakan antaranya program J-Qaf tidak boleh lagi hanya tertumpu di sekolah rendah sebaliknya perlu diperluaskan ke sekolah menengah," katanya. - B.Harian
McTheory: Tahniah laa Nik Aziz kerana membuktikan Islam Pas tidak sehebat Islam sebenar.. Islam ajuk-ajuk ala Pas.. merosakkan masyarakat..
Dua hari lepas Mc ada memberi pendapat Mc mengenai isu ini, sama sebanyak Mc ada hentam skandal Apex Fahmi si Shida. Pada yang belum baca boleh klik sini. Mungkin ini artikel terakhir Mc menceritakan mengenai dua orang yang tah apa-apa tah. Dibawah ini Mc siarkan video penjelasan si Shida mengenai apa yang berlaku. Tidak adil kalau Mc terus menyalahkannya, namun pembaca boleh menilainya sendiri.
Bagi pendapat peribadi Mc, dari mata kasar, Mc melihat kedua-dua belah pihak bagai sembunyikan sesuatu. Namun jika itu yang diperjelaskan, Mc hanya menulis dan pembaca boleh membuat andaian sendiri.
Sembunyi macam mana pun, Allah juga yang tahu. Dosa dan pahala dorang, biar Allah yang tentukan.
McTheory: Pesanan untuk si Shida, kalau dah bertunang tu, buat cara bertunang.. jangan makan luar..
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ini gambar yang diambil di sebelah petang di dalam Dewan Merdeka, PWTC. Kenapakah Dewan tidak penuh seperti di sebelah pagi semasa mendengar amanat dari Presiden Parti? Apakah perwakilan terlalu penat di sebelah petang, sedang minum di Coffee House, berehat-rehat dan tidur di bilik hotel atau mengambil peluang untuk bersiar-siar dan membeli belah sekitar Kuala Lumpur? Sampai bilakah Perwakilan UMNO akan berubah? Apakah sokongan padu yang dilaungkan di hadapan DS Najib Tun Razak pagi tadi hanya laungan retorik?
Tadi saya dikejutkan oleh seorang pembahas usul, apabila dalam pembentangannya disebut bahawa "perjuangan UMNO dibantu oleh hanya beberapa kerat blogger", maka disebabkan itu beliau menyeru agar lebih ramai ahli UMNO menguasai media baru. [Sebenarnya tajuk di atas tidak ada kena mengena dengan Presiden UMNO YAB Datuk Seri Najib Tun Razak pun].
Saya sangat bersetuju dengan pandangan beliau bila mengatakan bahawa lebih ramai pemimpin dan ahli UMNO perlu menguasai media baru atau media siber dalam jihad memerangi pembangkang. Ini amat konsisten dengan apa yang Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO lakukan sejak penubuhannya pada tahun 2009 dan apa yang saya sebutkan di dalam wawancara dengan Radio Bernama24.
Bagaimanapun saya tidak dapat bersetuju dengan kenyataan beliau bahawa perjuangan UMNO ketika ini hanya bergantung kepada beberapa kerat blogger. Untuk pengetahuan beliau, ahli-ahli UMNO dan ramai pembaca di luar sana; sebenarnya semalam saya telah membuat susunan Ranking Top 45 Blogger Pro-UMNO/BN. Dari dapatan saya; dalam Ranking Top 20 Bloggers Pro-UMNO/BN yang tidak rasmi - lebih separuh daripadanya adalah blogger-blogger yang bersama Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Berdasarkan senarai ranking tidak rasmi yang dibuat tadi, blog tun faisal dot com sendiri berada pada tangga ke-12.
Memang menjadi pendirian saya untuk tidak menghebahkan perkara ini, sebab itu saya hanya berdiam diri sahaja sebelum ini. Jika pembahas ini tidak menyebut fakta yang salah di dalam Dewan Merdeka, di mana berlangsungnya Mesyuarat Agung UMNO, mungkin saya akan terus mendiamkan diri. Bagaimanapun kerana ia berlaku di dalam rumah UMNO, maka saya rasa terpanggil untuk membetulkan fakta ini agar pembahas tersebut mengetahui keadaan sebenar.
Sebab itu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin adalah BENAR apabila beliau memberi pengiktirafan kepada jentera parti Pergerakan Pemuda UMNO, iaitu Unit Media Baru (UMB) di dalam ucapan beliau.
1. Alhamdulillah, dizahirkan sejuta kalimah syukur ke hadrat Allah SWT, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita dapat sekali lagi berkumpul dalam dewan penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang senantiasa dipersadakan kepimpinannya.
2. Berbekal rasa tawadhu' dan kerendahan hati, Perhimpunan Agung UMNO kali ini ditandai masuknya Tahun Baru Hijrah 1433. Ini bererti, hampir 1380 tahun wafatnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Baginda telah kembali ke pangkuan Ilahi. Pergi selamanya meninggalkan kita dengan dua pegangan utama yakni Al-Quran dan Sunnah sebagai suluh sepanjang zaman agar tidak tersasar dalam perjalanan hidup di dunia ini.
3. Menyisir sirah Nabawi, dengan beriktibar daripada rentetannya, Rasul yang agung itu, telah mewariskan kepada tamadun kemanusiaan suatu riwayat kepimpinan penuh berteladan. Baginda telah didokong dan didamping, penuh kemuliaan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Pertama selaku teman setia yang arif berpengalaman, Saidina Umar Al-Khattab, Khalifah Kedua, Al-Faruq yang menjadi perlambangan ketegasan prinsip beragama.
4. Seterusnya, Saidina Uthman Al-Affan, Khalifah Ketiga, hartawan amanah dengan kewarakan dan keperibadian tiada tolok bandingnya, manakala Saidina Ali, Khalifah Keempat, simbol ketokohan golongan muda yang sanggup berkorban apa saja. Dimuliakan wajahnya serta turut digelar sebagai Singa Allah sepertimana Saidina Hamzah.
5. Sayugialah, para cendekiawan dan para pengkaji menyifatkan tali temali perjuangan suci Baginda dalam menegakkan syiar Islam, sebagai penuh berstrategi. Semuanya dipintal dan diikat oleh sifat-sifat mahmudah yang terpuji seperti cinta dan kasih kepada perjuangan, ketaatan, kesetiaan, pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, amanah, kuat kerja, tidak putus asa, tabah dan pastinya bertawakal kepada Allah.
Saudara dan Saudari,
6. Menjejaki laluan tersebut, kita mahu terus mencontohi dan mengambil pengajarannya, bagi memperelok dan memperbaiki perjuangan UMNO, yang selama ini turut dipersaksikan oleh perjalanan suka duka, pahit dan manis, selaku sebuah parti penuh berjasa.
7. Tahun ini, UMNO menyambut kelahirannya yang ke-65. Hampir tujuh dekad berjuang sebagai organisasi politik yang menyejarah, mendaging dan mendarah dalam ikhtiar memartabatkan maruah serta mengangkat tinggi kedudukan orang-orang Melayu.
8. Sungguh jauh kita berjalan. Sungguh banyak hitungan masa. Walau dihadap segenap cabaran, walau dilempar segala fitnah, walau diterjah sedemikian banyak taktik jahat lagi kotor, digodam dan dihentam oleh pihak lawan, terbukti kita tidak pernah pudar semangat, tidak akan mengalah, dan, tidak akan mungkin padam cita-cita.
9. Bahkan, derap demi derap, terus menyusun strategi, mengatur langkah demi langkah, mara ke hadapan, menjulang panji-panji bangsa, agama dan Negara.
Saudara dan Saudari,
10. Bersesekali dengan itu jua, saya pohon, marilah kita sama-sama bangun dan berdiri......, bangkit, untuk beri satu penghormatan kepada para pendahulu, kesatria-kesatria UMNO, warga parti yang tidak didendang serta barisan negarawan unggul lagi terbilang yang dilahirkan oleh perjuangan mulia ini. Marilah....., marilah, kita angkat tinggi penghargaan kepada semuanya.
11. Bermula dengan gemulah tokoh-tokoh tersanjung yang telah pulang menyahut panggilan Ilahi seperti Allahyarham Dato' Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussein, Allahyarham Tun Dr. Ismail dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Begitulah juga tokoh-tokoh yang masih teguh berbakti hingga ke detik ini, seperti Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Tun Musa Hitam.
Saudara dan Saudari,
12. Khususnya, kalungkanlah penghormatan kita kepada parti bertuah ini, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO yang telah memungkinkan sebuah negara merdeka terbina gagah, ilmu pengetahuan digembur dan disebar luas pada anak-anak, belantara dipugar, sawah ladang diusahakan, hingga laba yang lumayan melimpah-limpah ke kaki halaman.
Saudara dan Saudari,
13. Sememangnya termaktub, ceritera kejayaan Malaysia adalah cerita kejayaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, yakni UMNO, bersama dengan rakan-rakannya. Parti Perikatan, yang kemudiannya bergelar Barisan Nasional, adalah satu jelmaan dan terjemahan hasil pakatan ikhlas kaum Melayu/Bumiputera beserta kaum-kaum lain di Malaysia.
14. Berkat pengurusan negara yang begitu cekap, terutamanya di lapangan ekonomi, wajah Malaysia telah berubah daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, diawali dengan lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, di mana, kurang daripada empat peratus penduduknya berada bawah paras kemiskinan relatif manakala kemiskinan tegar pula hampir berjaya dibasmi.
15. Jika dihalusi, susur galur kejayaan ini, mempunyai bibit-bibitnya dalam prakarsa, perancangan rapi, penggubalan dasar dan pelaksanaan oleh kerajaan yang diterajui UMNO. Dalam kata lain, ia tidak terjadi secara sendiri mahupun dalam vakum atau kelompongan.
16. Lantas, usahlah kita berasa bimbang dan ragu. Malaysia, nyatanya, bukanlah sebuah kisah ditulis parti pemerintah yang gagal. Ia dinukil oleh sebuah parti yang berhak untuk berbesar hati, bahawa, mandat dan kepercayaan diberikan oleh rakyat Malaysia, telah digunakan sebaik-baiknya, demi kebajikan dan kegemilangan pertiwi.
Saudara dan Saudari sekalian,
17. Menghayati ehwal demikian, secara sedar atau tidak, bukan semua parti politik jika membentuk kerajaan akan menghasilkan kejayaan yang sama seperti kita. Lihat saja kepada sejumlah besar negara di dunia, waima, mempunyai pelbagai potensi termasuk sumber asli yang kaya, namun dek sebab kerajaan tidak berkebolehan, sia-sialah segala faktor dimiliki, malah akhirnya mereka menjadi negara yang gagal.
Saudara dan Saudari,
Pada perhimpunan tahun lepas, saya telah bercakap dan membicarakan dari sudut falsafah dan asal usulnya, siapakah itu Melayu. Kita dah dengar bahawa antara terhitung dalam kelompok Melayu adalah Bugis, Minang, Arab, Muallaf, serta berpuluh suku kaum di Sabah dan Sarawak. Hatta Mamak dan Malbari pun dah serap jadi Melayu. Celah-celah itu, ketiga-tiga Naib Presiden kita tampaknya terdiri daripada Jawa, Turki dan Bajau Laut atau lanun. Saya kata takpalah, yang penting semua kira Melayu…
18. Jadinya, pada perhimpunan kali ini, setelah saya belek-belek dan saya kaji-kaji pengalaman secara aktif selama 35 tahun dalam parti, bersempena pula UMNO sudah menjangkau satu umur yang sangat dewasa, berpengalaman dan matang yakni 65 tahun, elok rasanya kalau dikupas pula siapakah dan apakah ertinya menjadi orang UMNO.
19. Maksud saya, bilamana memperkatakan tentang parti, kita semua, sebenarnya, tidak cukup sekadar didefinisikan sebagai ahli UMNO. Sebaliknya, kita perlu menjadi orang UMNO. Makna kata, orang UMNO yang tergambar dan terpamer perwatakannya melalui tindak tanduk serta sistem nilai yang dipegang.
Saudara dan Saudari,
TAAT DAN SETIA
Pertama sekali, orang UMNO itu adalah, orang yang taat dan setia kepada parti. Orang UMNO tidak akan sekali-sekali mengkhianati parti.
Kita faham, adalah lumrah dalam sesebuah parti, mesti timbul perbezaan pendapat. Apa yang penting, kelainan pandangan itu, seharusnya membawa rahmat dan bukannya mengundang mudarat.
Dalam berijtihad pula, orang UMNO harus mencipta kebaikan untuk parti. Mengambil mufaham pengertian setia dan taat melalui syura dan musyawarah seperti difirmankan dengan indahnya pada helaian Surah An-Nisa', apabila sesuatu keputusan telah dibuat, jika tidak menyalahi syariat, maka wajiblah ditaati.
Contohnya, kita mahu pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai Panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa. Sekalipun sedang berada dikemuncak karier, menurut sejarahnya tidak pernah kalah perang.
Seterusnya, Usamah bin Zaid, seorang anak muda belasan tahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medan perang.
Inilah dia, watak, dan keperibadian pejuang sejati yang kita inginkan dalam susuk diri orang-orang UMNO.
Bercakap tentang taat setia juga, kita tak mau, bila depan kita disuruh angguk, dia angguk, disuruh geleng, dia geleng. Tapi di belakang lain pulak halnya.
Jangan tikam dari belakang dan jangan pulak main belakang. Bak kata pepatah, janganlah telunjuk saja lurus tetapi kelingking berkait.
Saudara dan Saudari,
CINTA DAN KASIH
Adapun nilai kedua orang UMNO itu adalah, orang yang cinta dan kasih kepada perjuangan parti. Seperti dimadah oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, dalam lagunya… itulah kasih mesra, sejati dan mulia.
Dalam hal ini, apabila ada rasa cinta dan kasih kepada parti, orang UMNO itu juga adalah, orang yang tidak takut dan tidak gentar menyuarakan pendapat serta mendengar pula pendapat orang lain demi kebaikan parti.
Ajaran agama dan pujangga melorongkan pedoman, perkatakanlah yang benar kerana kebenaran itu isi dan makanannya sejarah, tidak akan patah dipukul zaman.
Bersesuaian dengan nilai kesetiaan, bila kuat hawa kasihnya kepada parti, orang UMNO wajib membela dan mempertahankan parti, selagi hayat dikandung badan.
Seperkara utama lagi adalah, cerdik pandai berfatwa, tak kenal maka tak cinta. Lantaran, untuk mencintai parti, orang UMNO wajar kenal sejarah parti, samada yang tersurat, mahupun yang tersirat. Begitulah, seharusnya menjiwai prinsip serta falsafah perjuangannya.
Pendek kata, orang UMNO harus melihat parti sebagai satu-satunya wadah yang mampu membela untung nasib orang Melayu. Dalam berusaha pula, sebagai tanda kasih, orang UMNO sewajibnya bersemangat dan tidak sesekali mengecewakan parti yang dicintai.
Meluncur topik cinta dalam berorganisasi, orang UMNO wajib ada cinta yang satu sahaja kepada parti, tidak boleh cinta poligami, tidak boleh cinta berbelah bagi atau kata orang Indonesia berbagi cinta…tak mungkin Pak...engga' bisa Pak…
Saudara dan Saudari,
BERKHIDMAT TANPA JEMU DAN BERKORBAN
Orang UMNO itu adalah orang yang sanggup berkhidmat tanpa jemu dan sanggup berkorban. Pengorbanan adalah satu sifat yang harus bersebati dalam diri orang UMNO.
Bersandarkan prinsip persalingan, orang UMNO harus menunjukkan keikhlasan berkhidmat kepada rakyat.
Beringatlah bahawa, rakyat sedang memerhati kita. Kata orang, rakyat itu sentiasa merasa, mendengar dan mengadili, biar betapapun senyap suara mereka, biar betapapun jua diam gerak geri mereka.
Disudut lain, sambil menghadam peradaban Melayu, orang UMNO perlu bermuhasabah ke dalam diri masing-masing. Masih wujudkah semangat Tun Tuah di sanubari? Masih bergemakah kekentalan jiwa Tun Fatimah?
Mahu tidak mahu, orang UMNO harus berusaha tanpa jemu. Biar berdepan apa pun cabaran, pastikan UMNO menang, biar dilintang apapun dugaan, orang UMNO mesti terus berdamping dengan rakyat. Sedarlah kita bahawa, dalam sistem demokrasi, tidak ada tempat kedua. Kita wajib jadi juara.
Kesimpulannya, kemuncak pengorbanan adalah menjunjung kepentingan dan maruah parti, bukannya kepentingan dan maruah peribadi.
Saudara dan Saudari,
i) 1946
20. Terpanggu atas segalanya, kejayaan terbesar UMNO adalah menyatupadukan orang-orang Melayu melalui penubuhannya pada 11 Mei 1946. Lantaran itu, perlu ditegaskan bahawa, kejayaan ini bukannya kecil, jauh sekali daripada bersifat enteng kerana bangsa Melayu sebelum Perang Dunia Kedua, masih belum endah politik, disamping terbelenggu semangat kenegerian.
21. Jangan dilupa juga, termusta'id dalam lembaran sejarah bahawa, UMNOlah yang telah berjaya menguburkan penubuhan Malayan Union dan menggantikannya dengan sistem Persekutuan Tanah Melayu. Sekaligus, ditanda dengan episod itu, UMNO telah berbakti menyelamatkan kedudukan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu dan kesucian agama Islam.
Saudara dan Saudari
ii) 1951
22. Kemudiannya, satu episod getir telah dilalui oleh UMNO apabila Dato' Onn Jaafar seorang tokoh bangsa, selaku Presiden Pengasas, meletakkan jawatan, sebagai Yang DiPertu,a dan keluar dari parti.
23. Pada masa tersebut, banyak pihak telah menitipkan belasungkawa dan membacakan talqin terhadap UMNO kerana hilangnya kepimpinan. Sekalipun begitu, pemilihan parti telah menyaksikan Tunku Abdul Rahman mengambil tempat sebagai Yang DiPertua dengan Tun Razak sebagai Timbalannya yang setia.
24. Ternyata, telahan kelam oleh pelbagai pihak bahawa, UMNO akan karam, amat meleset, malah, penggantian kepimpinan ini telah merancakkan lagi usaha bagi mendapat kemerdekaan negara. Serentak dengan itu, slogan "Hidup Melayu" telah diubah kepada "Merdeka".
25. Kendatipun para ahli tidak menerima cadangan Dato' Onn untuk membuka pintu UMNO kepada orang-orang bukan Melayu, kepimpinan parti waktu itu, memahami realiti yang ada dan berfikir panjang, malah berilham jauh ke hadapan dengan mencipta prinsip atau konsep perkongsian kuasa unik, melalui Parti Perikatan dengan menggabungkan UMNO, MCA dan MIC. Yang termustahak adalah, taat setia semua kaum kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Saudara dan Saudari,
iii) 1955
26. Menyentuh usaha tersebut, iltizam UMNO bagi menjayakan prinsip yang dipelopori jelas terpamer sejak dari awal lagi. Sebagai contoh, dalam pilihanraya tahun 1955, untuk memilih 51 daripada 52 ahli Majlis Perundangan Persekutuan, prinsip perkongsian kuasa telah dipraktikkan UMNO apabila kita meletakkan calon di hanya 35 kawasan, berbanding MCA, 15, dan MIC, 2. Walhal, daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, 50 adalah kawasan majoriti Melayu, dan hanya 2, kawasan majoriti Cina.
27. Perlu diketahui juga, pecahan pengundi semasa pilihan raya tersebut, mencatatkan majoriti kira-kira 84 peratus atau lebih 1 juta pengundi Melayu. 11 peratus atau seramai 143 ribu pula, adalah pengundi Cina, manakala 50 ribu, atau, hampir 4 peratus sahaja, di kalangan pengundi India.
28. Hakikat tersebut nyatanya, tidak menghalang semua calon parti MCA dan parti MIC untuk menang. Bagi pemimpin dan orang-orang UMNO, demi mencapai perpaduan antara parti-parti komponen Perikatan, mereka harus menunjukkan keikhlasan berkongsi kuasa. Keikhlasan ini dimanifestasikan dalam bentuk kerelaan memberi kerusi majoriti Melayu kepada parti-parti komponen untuk ditandingi.
29. Tidak terhenti setakat itu sahaja, ia diikuti pula dengan kesanggupan orang-orang UMNO untuk mengundi calon bukan daripada bangsa mereka sendiri, demi matlamat lebih besar, yakni memenangi pilihanraya, kemudiannya, membentuk kerajaan, seterusnya mencapai kemerdekaan.
30. Terbukti, sejak dari dulu lagi, UMNO bukanlah sebuah pertubuhan rasis. UMNO sebenar dan sebetulnya adalah pencetus serta perintis kepada semangat tolak ansur antara kaum, yang akhirnya, telah mencipta kestabilan sosial, membawa kepada kemakmuran nasional.
Saudara dan Saudari sekalian,
iv) 1957
31. UMNO juga melalui Parti Perikatan telah mengemudi pelayaran bahtera merdeka, tanpa pertumpahan darah, mahupun revolusi. Ia dimeterai atas meja rundingan. Syukur, tiada kemusnahan, sekalipun terhadap sumber kekayaan negara, samada dalam bentuk ladang mahupun lombong. Ini, membolehkan kerajaan yang baru merdeka, membina sebuah watan aman berjaya, di atas asas-asas pemerintahan sedia ada.
32. Setepatnya, kisah kejayaan kita bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan, 54 tahun yang lalu. Ia bertitik tolak apabila Kerajaan Perikatan dengan kuasa terhad, di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman dibentuk pada tahun 1955. Sebaik sahaja mencapai taraf berkerajaan sendiri, Perikatan mula mengorak langkah, bagi membaiki nasib rakyat, dengan penggubalan Rancangan Malaya Pertama, antara tahun 1956 hingga 1960. Dalam ketika itu, pada 1956, FELDA ditubuhkan, disusuli pula langkah-langkah lebih konkrit pasca merdeka.
33. Penubuhan FELDA menjadi satu langkah yang amat mendahului waktunya. Ia telah memberi peluang kepada mereka yang tidak bertanah, ia telah membawa sinar kepada mereka yang tidak mempunyai harapan, dan ia telah menawarkan permulaan baru untuk warga Malaysia keluar daripada kemelut kemiskinan. Segala tahmid ke hadrat Yang Esa, hari ini terdapat lebih 100 ribu peneroka di seluruh negara yang telah menikmati hasil rancangan penuh berwawasan ini, bersama-sama ratusan ribu generasi kedua.
Saudara dan Saudari,
34. Berbalik kepada salasilah, apabila negara memperoleh kemerdekaan, maka cabaran pertama dihadapi UMNO dan Parti Perikatan ialah, bagaimana hendak menangani pengaruh dan ancaman Parti Komunis Malaya serta menamatkan darurat yang telah diisytiharkan pada tahun 1948. Alhamdulillah, matlamat ini telah berjaya dicapai, kurang daripada tempoh tiga tahun selepas 1957.
35. Kejayaan yang dicapai bukanlah sedikit, sebaliknya ia begitu signifikan dan tersergam kepada negara. Kita harus melihat kejayaan ini dari perspektif apa yang berlaku dirantau ini. Kalau diamati, walau ada penglibatan kuasa besar dunia dengan kekuatan militer tanpa tolok banding, masih tidak mampu menghalang pengaruh komunisme. Sebaliknya, sebuah kerajaan baru merdeka, dengan sokongan padu rakyat, berjaya menyanggah teori domino.
36. Oleh yang demikian, UMNO mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu yang cuba menulis dan meriwayat semula sejarah, dengan memperlekehkan sumbangan para pahlawan negara. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mengenang budi, kerajaan Barisan Nasional tidak akan sekali-kali membiarkan wirawan serta wirawati kita, tanpa pembelaan sewajarnya. Sesungguhnya, jasa dan bakti mereka akan terus malar serta segar dalam sanubari dan ingatan setiap rakyat Malaysia.
37. Selepas memenangi keamanan, telah diisytiharkan pula perang terhadap kemiskinan dan kemunduran. Seperti disebut tadi, ini wajar dilakukan kerana, seawal merdeka, lebih 89 peratus rakyat Malaya hidup di kawasan luar bandar dan pedalaman, dengan kadar buta huruf yang tinggi, akses kepada pendidikan yang rendah, ditambah pula kemudahan asas yang terkebelakang.
38. Lucunya, kita kini mendengar pihak-pihak tertentu tanpa segan silu menguar-uarkan konsep negara berkebajikan. Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada mereka, kerana, baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Sesungguhnya, mereka sudah 60 tahun terlewat.
9. Soalnya, kenapakah kini, baru prihatin terhadap kebajikan rakyat? Kita ingin bertanya, sebelum ini apa matlamat perjuangan mereka? Adakah matlamatnya semata-mata untuk memecahbelahkan ukhuwah umat? Hakikatnya, dengan segala inisiatif dan perlaksanaan demi rakyat, kerajaan Barisan Nasional sudah sejak melebihi enam dekad, mengamalkan konsep negara berkebajikan.
Saudara dan Saudari,
v) 1969
40. Apabila tragedi hitam rusuhan kaum 1969 terjadi, prognosis pemerhati antarabangsa terhadap Malaysia amat buruk. Mereka meramalkan kita akan gagal manakala rakyat seolah-olah telah hilang harapan. Sementelahan pun begitu, UMNO dan rakan-rakannya jauh dari menyerah kalah atau hilang pedoman. Sehubungan peristiwa ini juga, jangan sekali-kali kita alpa bahawa, terdapat di kalangan pemimpin pembangkang, turut terlibat mengapi-apikan slogan untuk menghina orang Melayu sehingga berlakunya tragedi 13 Mei.
Saudara dan Saudari sekalian,
vi) 1970
41. Tarikh 22 September 1970 menyaksikan Tunku Abdul Rahman melepaskan kepimpinan negara diikuti kepimpinan parti. Tun Razak telah mengambil alih kedua-dua jawatan tersebut, maka bermulalah era pelaksanaan DEB. Fokus masih lagi kepada kawasan luar bandar dan pedalaman.
42. Ini dicerminkan menerusi penubuhan agensi, antara lainnya, RISDA, untuk pekebun kecil getah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Kemajuan Ternakan Negara, masing-masing untuk petani, peladang dan penternak. Bagi merancakkan pembangunan wilayah pula, kerajaan telah menubuhkan KEJORA, KETENGAH, PERDA, KEDA, KESEDAR, DARA dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka.
43. Bagi mencipta masyarakat perdagangan dan perindustrian serta kemasukan kaum Melayu/Bumiputera ke dalam sektor moden pula, kerajaan telah menubuhkan agensi seperti Bank Bumiputra, UDA, Pernas dan Perusahaan Awam Bukan Kewangan atau PABK.
44. Kesan utama pelaksanaan dasar ini, dan pewujudan Barisan Nasional adalah terciptanya kestabilan sosial yang membolehkan pertumbuhan ekonomi mapan dengan kadar pukul rata hampir 7 peratus untuk dua dekad berturut-turut. Ini secara langsung telah meningkatkan kemakmuran serta taraf hidup semua rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum.
Saudara dan Saudari,
vii) 1988
45. UMNO menghadapi saat paling dahsyat apabila parti keramat ini diharamkan pada tahun 1988. Ini kerana keputusan pemilihan parti 1987 tidak dapat diterima dan kes telah dibawa ke mahkamah. Walaupun UMNO berpecah dua, seraya menyaksikan satu percubaan untuk meniru konsep Barisan Nasional melalui Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah, hal ini tidak berjaya, kerana tidak ada keikhlasan.
46. Sungguh apapun, segala cabaran telah berjaya diharungi. Bangkit dari runtuhan UMNO lama, UMNO baru telah wujud bagi terus membela umat Melayu dalam satu proses pemulihan parti dengan tidak mengambil masa yang lama.
Saudara dan Saudari,
viii) 1990
47. Berlawanan dengan tafsiran cetek oleh sesetengah pihak, DEB sejelasnya tidak pernah merugikan orang-orang bukan Melayu. Buktinya, setelah dua dekad pelaksanaan, pada tahun 1990, orang bukan Melayu masih lagi memiliki ekuiti terbesar dalam kekayaan negara manakala pendapatan pukul rata isi rumah mereka, masih yang tertinggi antara kaum di Malaysia.
48. Diperakui, walaupun matlamat pemilikan ekuiti tidak tercapai sepenuhnya, paling terkesan ialah penciptaan kelas menengah Melayu yang besar, menjelang berakhirnya dasar ini. Saiz kelas menengah ini meningkat tinggi dengan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional antara 1991 hingga 2000. DEB, sebenarnya telah mengasaskan kestabilan sosial kebangsaan yang membolehkan penciptaan kekayaan dan kemakmuran dinikmati oleh semua pihak.
49. Salah satu kisah kejayaan lagi, ialah bertambahnya jumlah profesional Melayu/Bumiputera. Jika dikaji, ketika bermula pelaksanaannya pada awal 70an, hanya terdapat kurang 5 peratus profesional daripada kaum Melayu dan Bumiputera. Jumlah ini telah bertambah kepada 45 peratus dari keseluruhan profesional hasil DEB dan dasar-dasar seangkatan dengannya.
50. Prakarsa kerajaan melalui penubuhan sekolah berasarama penuh atau SBP dalam bentuk Sekolah Menengah Sains, Maktab Rendah Sains MARA, pusat asasi sains, matrikulasi untuk IPTA tempatan dan penghantaran pelajar ijazah pertama ke luar negara menjadi pemangkin yang telah membawa kepada kemunculan kelas pertengahan Melayu.
51. Dasar ini juga telah menunjang pergerakan menegak mobiliti sosial, maka tidak pelik melihat anak seorang buruh kasar hari ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan. Anak pesawah, penoreh getah, nelayan dan peladang pula menjadi anggota pentadbiran tertinggi, penjawat awam dan korporat, usahawan, hartawan dan cendekiawan.
Saudara dan Saudari,
52. Sebagai dimaklumi, asalnya kita adalah sebuah negara pertanian yang eksport utamanya adalah komoditi seperti getah, kelapa sawit dan bijih timah. Pada pertengahan tahun 80an, apabila pulih daripada menghadapi kemelesetan ekonomi akibat kejatuhan harga komoditi utama negara, kerajaan telah memulakan proses industrialisasi.
53. Tumpuan juga mula diberikan bagi menjadikan Malaysia pusat tarikan pelancongan global disamping pembinaan projek infrastruktur yang besar. Misalnya, Lebuhraya Utara-Selatan yang telah berjaya merangsang pertumbuhan dan proses urbanisasi.
54. Pucuk pangkalnya, semua inisiatif, dasar dan program ini telah membawa kepada perubahan struktural bukan sahaja kepada lanskap sosioekonomi rakyat Malaysia tetapi juga kepada sistem nilai, taraf hidup dan pendidikan lebih tinggi serta akses kepada maklumat yang lebih luas.
Saudara dan Saudari,
ix) 1999
55. Direnung-renung dan ditinjau-tinjau semula, dalam Pilihanraya 1999, sungguhpun penggunaan telefon bimbit makin meningkat, disebabkan keupayaan teknologi masih terbatas ketika itu, ia belum mampu menyalurkan data. Maka, e-mel, faks dan laman sesawang yang tidak interaktif, menjadi medium popular sebagai penyampai berita alternatif. Meneropong kembali, waktu itu, belum ada Google, belum ada Facebook, belum ada Twitter hatta telefon pintar.
56. Berbanding sekarang ini, menurut data dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kita mencatat 36 juta pelanggan telefon selular, iaitu kadar penembusan 124%, atau, 124 set bagi 100 penduduk. Penembusan jalurlebar sekarang pula telah meningkat kepada 62% langganan isi rumah. Dengan kata lain, 4 juta isi rumah dari sejumlah 6.5 juta isi rumah, atau, lebih 16 juta penduduk Malaysia mempunyai kemudahan jalurlebar.
57. Selain itu, lebih 40 peratus yang melanggani TV satelit berbayar, mendedahkan mereka kepada saluran berita seperti CNN, BBC dan Al-Jazeera, bagi mengikuti perkembangan dunia secara langsung.
Saudara dan Saudari,
x) 2011
58. Bertapak jauh selepas satu dekad, pengenalan SMS, MMS, BlackBerry Messenger, telefon pintar, media sosial, tablet eletronik pintar dan Wi-Fi percuma telah mejadikan akses kepada idea, pendapat dan berita melaluinya menjadi lebih mudah.
59. Umpamanya, ucapan perayaan Aidil Adha, yang disiarkan semasa saya dan rombongan mengerjakan Haji baru-baru ini, telah dirakam semasa di Padang Arafah, dengan menggunakan iPhone, sebelum diedarkan kepada media tempatan.
Saudara dan Saudari,
60. Berkalam tentang kecanggihan sebegini, demikian kita menyaksikan saat-saat akhir Saddam Hussein di tali gantung, serta juga nasib yang menimpa Muammar Gaddafi. Perubahan yang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya dan Yemen serta protes di Syria seperti kita lihat, adalah juga, genesis kepada medium media sosial. Kita dapati, walaupun pemerintah negara-negara berkenaan cuba untuk membuat putaran cerita, namun dengan hanya telefon pintar, jalurlebar dan YouTube, mampu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, di negara-negara tersebut.
61. Berpacu dari sini, kerajaan, melalui SKMM telah mewujudkan lebih kurang 560 pusat jalurlebar masyarakat, iaitu hampir satu di setiap mukim di negara ini. Kita mantapkan lagi usaha penubuhan lebih 1300 kampung tanpa wayar di merata negara, agar, rakyat keseluruhan, berkemampuan melayari internet manakala 1700 lagi masih dalam proses.
62. Malaysia sekarang sudah terletak antara tangga teratas di kalangan negara Asean dari segi kemampuan ICTnya. Kita juga mempunyai 17.5 juta pengguna Internet, dan menurut kajian, orang Malaysialah, yang paling ramai mempunyai rakan Facebook, yakni, secara puratanya, 234 bagi setiap seorang.
Saudara dan Saudari,
63. Begitu juga bermula tahun 90an, bagi menangani perasaan tidak puas hati terhadap akses pendidikan tinggi, maka, bermula tahun 1995, kerajaan telah mengorak langkah untuk meliberalkan sektor pengajian tinggi tempatan.
64. Kesannya, dari hanya 9 buah universiti awam, hari ini telah bertambah menjadi 20. Disamping itu, 25 universiti, 22 kolej universiti dan lebih 400 kolej swasta serta 5 kampus tempatan universiti asing kini telah wujud.
Saudara dan Saudari sekalian,
65. Hasil peningkatan taraf sosioekonomi dan akses lebih meluas kepada pendidikan pasca menengah, telah mewujudkan generasi rakyat Malaysia baru lebih kritikal dan meningkat ekspektasinya terhadap kerajaan.
66. Generasi ini adalah anak-anak kepada generasi pertama DEB. Mereka dilahirkan bermula tahun 70an. Generasi ini, tidak suka dibentak-bentak, tidak suka diarah-arah apa yang perlu dilakukan, tidak gemar diberitahu apa yang benar dan salah, serta paling tidak disenangi mereka apabila kita mengungkit-ungkit jasa-jasa kita yang lalu.
67. Kita dapati bahawa, mereka ini mahu terus dirundingi, mahu kebebasan untuk menilai, berhujah dan membuat keputusan berdasarkan kepada pasaran maklumat dan idea yang ada. Jadinya, untuk terus kekal, UMNO perlu berkomunikasi mengikut langgam dan laras bahasa anak-anak muda, supaya parti kita difahami.
68. Lalu, dalam persekitaran inilah kerajaan mengumumkan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU bagi membenarkan mahasiswa dan mahasiswi universiti awam untuk menjadi ahli parti politik apabila mencapai umur baligh undang-undang atau 18 tahun.
Saudara dan Saudari,
69. UMNO sentiasa mendengar suara dan menghargai peranan serta sumbangan orang muda. Kita mengiktiraf mereka bukan sahaja apabila menghadapi pilihan raya, sebaliknya pada setiap masa dan ketika.
70. Dalam sejarahnya, UMNO adalah parti politik pertama di negara ini, yang mempunyai sayap untuk orang muda, lelaki, wanita dan diikuti dengan sayap puteri. Bagi meningkatkan peranannya, dalam pindaan Perlembagaan UMNO yang terbaru, kita telah menambah jumlah perwakilan di peringkat Bahagian dan Perhimpunan ini. Malah, jumlah mereka juga ditokok dalam proses memilih pucuk pimpinan parti.
PENUTUP
Saudara dan Saudari,
71. Kejayaan membentuk wajah Malaysia seperti yang ada, telah menghadapkan kita dengan cabaran terbesar kepada survival parti dan Barisan Nasional itu sendiri. Sama ada kita akan kekal sebagai parti yang dipercayai rakyat dan mendapat mandat bagi terus menjadi kerajaan, bergantung kepada kesedaran, kefahaman dan tindakan kita selanjutnya.
72. Sepanjang ucapan saya tadi, dirakamkan kronologi 10 detik yang telah menjadi "game changer" kepada UMNO menyusuri sejarah parti.
73. Sehubungan itu, suka saya simpulkan, 5 kekuatan teras, yang membolehkan kita menghadapi apa pun badai dan mehnah yang merempuh parti, samada bersifat dalaman, mahupun luaran. Pertamanya ialah, keupayaan menggagas semula parti bagi memanfaatkan persekitaran yang baru.
74. Kedua, pengamalan prinsip wasatiyyah dalam semua bidang, samada urus tadbir, perkongsian kuasa, iktisad yakni ekonomi, perhubungan kaum mahupun perhubungan antarabangsa.
75. Ketiganya, UMNO sentiasa mengulungi idea atau "supremacy of ideas" dalam era pertarungan minda dan persaingan sengit pasaran idea serta maklumat.
76. Keempat, UMNO perlu terus meletakkan kebajikan rakyat di atas segalanya-galanya. Segala dasar yang digubal, prakarsa yang dirancang dan program yang dilaksana mengutamakan kebajikan rakyat.
77. Kelimanya, kebolehan UMNO untuk mengotakan apa yang dikata dan menunaikan janji. Pucuk pangkalnya, kita bukan seperti sesetengah pihak yang hanya menjadi tukang karut.
Saudara dan Saudari,
78. Oleh sebab itulah, apabila saya mengambil alih tampuk kepimpinan parti dan kerajaan tiga puluh bulan yang lalu, saya dan rakan-rakan sama ada dalam Majlis Tertinggi UMNO, Dewan Tertinggi Barisan Nasional mahupun Kabinet, telah mengambil keputusan untuk melaksanakan proses islah dan pembaharuan.
79. Dalam parti, mula-mula sekali kita telah membesarkan francais pemilih bagi ahli-ahli Majlis Tertinggi. Kita mahu lebih ramai orang UMNO diberi hak untuk memilih pemimpin mereka. UMNO bukan parti yang gentar terhadap demokrasi seperti tuduhan seteru politik kita, malah UMNO adalah parti yang mendakap demokrasi. Kata pepatah Inggeris "the proof of the pudding is in the eating".
80. Kita bukan seperti pihak lawan. Contoh pertama, Parti A, jawatan Ketua Umum, sudahlah tidak dipilih secara demokratik, lebih berkuasa pulak dari Presiden parti. Contoh kedua, Parti B sebuah parti yang memakai gelar demokrasi, namun, langsung tidak demokratik. Apakah demokratik namanya kalau perwakilan cawangan memilih 20 orang ahli jawatankuasa pusat dan kemudian ahli jawatankuasa pusat tersebut pula, memilih kepimpinan tertinggi parti? Ini jelasnya, tidak sama sekali mencerminkan kehendak ahli terbanyak.
81. Manakala contoh ketiga, adalah Parti C, yang kononnya memperjuangkan negara kebajikan. Lahawlawala...., jawatan Mursyidul Am pun, tampaknya tidak diundi secara demokratik, tetapi ternyata lebih berkuasa dari Presiden. Sama jugak dengan Parti A. Tambahan lagi Parti A itu, suami, Ketua Umum, isteri, Presiden, anak perempuan sulung, Naib Presiden, Timbalan Presiden pulak.....hrmm...tak payah lah kita cerita.
Saudara dan Saudari,
82. Menelaah perkara-perkara itu, kita mesti insaf, jika UMNO masih gagal memahami dan menghayati faktor-faktor yang menjadi "game changer" atau peneraju cara gaya baru kepada lanskap politik nasional, serta tidak pula mengambil langkah merangka semula "game plan" yakni gerakan terancang, maka kita namanya menempah tragedi untuk parti.
83. Apakah yang dimaksudkan dengan game changer ini? Pertamanya ialah realiti baru. Jika UMNO tidak memahami realiti baru lanskap politik nasional, bagaimana UMNO dan BN mahu berjaya? Keduanya, media baru. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, UMNO harus menguasai media baru kerana hari ini, detik ini, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan. Ia berupaya mendatarkan "the playing field" atau ia turut boleh menjadikan satu pertarungan itu, tidak setara. Dari yang demikian, orang UMNO wajib mengetahui cara-cara untuk memanfaatkan media baru demi survival parti.
84. Memenuhi maksud dan menjiwai realiti baru juga, UMNO selaku sebuah parti siasah yang dinamik, tidak boleh hanya sekadar hebat bertempur dalam pertarungan lalu, kita semestinya juga menjadi juara dalam berperang di medan laga terkini.
85. Ketiga, UMNO juga harus menghayati pemikiran baru yang ada di kalangan semua segmen pengundi, bagi menarik sokongan mereka. UMNO tidak boleh bersikap atau sekalipun dilihat sebagai bersikap angkuh lagi sombong. Jika tidak, para pengundi dan rakyat akan benci dan menjauhi kita.
Saudara dan Saudari,
86. Selama hampir enam dekad, UMNO telah menjadi parti teras yang menonggak kejayaan. Selama ini, rekod-rekod membuktikan bahawa, kita tidak pernah mendominasi atau sekalipun berniat untuk mendominasi parti-parti komponen seperti yang difitnah oleh pembangkang.
87. Jauh sekali dari kemelut gabungan parti pembangkang yang tidak mampu berijma' dan bersatu hati walaupun dalam soal-soal dasar. Misalnya, dalam perihal negara Islam, Parti A kata, setuju secara peribadi, Parti B kata, tidak sekali-kali, langkah mayat mereka dulu, Parti C pulak kata "kita tukar jadi negara kebajikan". Pening dan keliru rakyat dibuatnya.
88. Berbeza dengan UMNO, sebagai parti teras, kita mengambil langkah berganding dan bekerjasama dengan parti-parti komponen. Kerjasama kita bersifat pragmatik, realistik dan ikhlas. Kita menerima seadanya rakan-rakan dalam Barisan Nasional. Kita saling percaya mempercayai, saling bergantungan dan saling bersefahaman sejak sebelum merdeka lagi. Inilah yang membuatkan kita berjaya sebagai teraju dalam memakmurkan negara ini.
Saudara dan Saudari,
89. Sebagai game changer yang kesebelas, kita mulakan dengan Program Transformasi Kerajaan bagi membaiki penyampaian sektor awam. Seterusnya, Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi sebagai peta halatuju pusingan akhir ke arah wawasan negara maju berpendapatan tinggi. Kemudiannya, Program Transformasi Politik bagi menyeimbangkan antara Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu.
90. Program Transformasi Luar Bandar dilancar, bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dan pedalaman, serta, Program Transformasi Sosial yang berpandukan falsafah pemandu 1Malaysia. Kita lanjutkan pula dengan inisiatif-inisiatif yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu 1Malaysia dan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PRIMA.
Saudara dan Saudari,
91. Sebetulnya, apa yang ada hari ini seperti dapat disaksikan oleh semua, bukan dibina dalam masa yang singkat. Ia terbina dengan penuh tatih, pengorbanan dan jerih payah. Ia dibangunkan oleh bapa-bapa kita orang-orang Melayu, orang-orang Cina, orang-orang India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi termasuklah orang asli dan orang Siam. Cita-cita mereka, impian mereka, tidak lain tidak bukan demi kehidupan lebih baik untuk kita. Ia diteruskan lagi oleh generasi kini yang mendambakan masa depan lebih cerah untuk anak-anak cucu kita.
92. Ingatlah....., ingatlah bahawa, semua ini dimungkinkan oleh kita orang-orang UMNO, sebuah parti yang amat berjasa kepada kita semua, bukan sahaja anak-anak Melayu tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya. Namun, alangkah pedih dan alangkah lukanya hati kita, pabila hari ini, UMNO, parti yang sarat jasa dan baktinya, sedang dimomok, dinista dan dicerca semahunya. Malah, jasa kita seolah hendak dipadam terus dari helaian sejarah.
93. Mereka tanpa malu dan segan, gah mendakwa bahawa, UMNO langsung tiada budi atas kehidupan mereka. Kalau benarlah begitu, siapakah yang mengubur Malayan Union? Siapa yang memenangi kemerdekaan secara aman? Kalau bukan parti bertuah ini.
Saudara dan Saudari,
94. Mengatasi semua persoalan ini, kata orang, kalau mandi air dikali, jangan lupa pada siapa yang menggalinya. Kerana bukankah UMNO yang menjadi induk, mencipta kemakmuran?
95. Ini tidak, belum lagi berkuasa, sudah ibarat kaduk naik junjung. Ibarat lidah tidak bertulang, katanya mahu membuang separuh dari penjawat awam kalau sudah berkuasa. Apa maksud mereka mahu membuang lebih 200 ribu orang guru? Siapa yang mahu mengajar anak-anak kita? Bukan semua yang mampu menghantar anak ke sekolah-sekolah swasta.
96. Tidak cukup dengan itu, mahu ditamatkan khidmat separuh doktor dan jururawat sedangkan tidak semua rakyat Malaysia yang mampu mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta. Mahu diberhentikan separuh tentera dan polis? Lalu, pada siapa hendak diharap untuk membenteng keselamatan kita dan keluarga?
Saudara dan Saudari,
97. Inilah nasib yang akan melanda, jika UMNO sudah hilang kuasa. Siapa yang akan membela syiar Islam? Siapa yang mampu membela hak umat dan agenda orang Melayu? Siapa pula yang dapat terus memuliakan Raja-Raja kita? Tepuklah dada, tanyalah jawapan.
Saudara dan Saudari,
98. 500 tahun yang lalu, jatuhlah empayar Melaka. Ia jatuh bukan kerana Melayu kurang hulubalang atau kependekarannya, ia rebah bukan kerana kemiskinan atau kefakiran, ia tersungkur menyembah bumi kerana terlerainya perpaduan dan berlakunya pengkhianatan.
99. Begitu juga nasib tamadun-tamadun besar di dunia yang hancur, mereput dan runtuh. China, terhina akibat siri perang candu, Empayar Rom, dirobek perpecahan dari dalam dan Khilafah Othmanniyah, punah dek kerana kehalusan strategi pecah belah dan perintah. Bertolak dari situ, marilah kita jadikan kisah-kisah ini sebagai teladan dan sempadan. Jangan sekali-kali kita terperangkap olehnya.
Saudara dan Saudari,
100. Akhir kalam, selaku Presiden UMNO, saya bersyukur kerana mempunyai Timbalan Presiden yang setia, barisan Naib Presiden yang taat, Pergerakan Wanita yang tidak jemu-jemu mendokong perjuangan parti, ketumbukan Pemuda yang lantang dan berani, para Puteri yang cekal dan bersemangat, Majlis Tertinggi yang sentiasa bersiaga, khususnya, orang-orang UMNO sekalian, yang menunggu-nunggu panggilan bertempur.
101. Ayuh, rapatkan saf, nyalakan jamung, gigitlah kuat-kuat perjuangan ini dengan geraham kita. Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba. Bingkaslah orang-orang UMNO, kita turun ke medan bakti.
Mudah-mudahan Allah memberkati. Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!
#PAUmno Teks Penuh Ucapan Presiden UMNO di PAU 2011
UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011 DEWAN MERDEKA, PWTC 1 DISEMBER 2011, JAM 9:30 PAGI "UMNO MENJUARAI TRANSFORMASI"
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,
Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap,
Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden & Puan Sri Norainee Abdul Rahman,
Yang Berhormat Naib Presiden-Naib Presiden,
Ketua-Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri,
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad & Tun Dr. Siti Hasmah,
Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi,
Ketua-Ketua Parti Komponen Barisan Nasional,
Dif-dif Kehormat,
Para Perwakilan, Pemerhati, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian.
MUKADDIMAH Saudara dan Saudari sekalian,
1. Alhamdulillah, dizahirkan sejuta kalimah syukur ke hadrat Allah SWT, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita dapat sekali lagi berkumpul dalam dewan penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang senantiasa dipersadakan kepimpinannya.
2. Berbekal rasa tawadhu' dan kerendahan hati, Perhimpunan Agung UMNO kali ini ditandai masuknya Tahun Baru Hijrah 1433. Ini bererti, hampir 1380 tahun wafatnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Baginda telah kembali ke pangkuan Ilahi. Pergi selamanya meninggalkan kita dengan dua pegangan utama yakni Al-Quran dan Sunnah sebagai suluh sepanjang zaman agar tidak tersasar dalam perjalanan hidup di dunia ini.
3. Menyisir sirah Nabawi, dengan beriktibar daripada rentetannya, Rasul yang agung itu, telah mewariskan kepada tamadun kemanusiaan suatu riwayat kepimpinan penuh berteladan. Baginda telah didokong dan didamping, penuh kemuliaan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Pertama selaku teman setia yang arif berpengalaman, Saidina Umar Al-Khattab, Khalifah Kedua, Al-Faruq yang menjadi perlambangan ketegasan prinsip beragama.
4. Seterusnya, Saidina Uthman Al-Affan, Khalifah Ketiga, hartawan amanah dengan kewarakan dan keperibadian tiada tolok bandingnya, manakala Saidina Ali, Khalifah Keempat, simbol ketokohan golongan muda yang sanggup berkorban apa saja. Dimuliakan wajahnya serta turut digelar sebagai Singa Allah sepertimana Saidina Hamzah.
5. Sayugialah, para cendekiawan dan para pengkaji menyifatkan tali temali perjuangan suci Baginda dalam menegakkan syiar Islam, sebagai penuh berstrategi. Semuanya dipintal dan diikat oleh sifat-sifat mahmudah yang terpuji seperti cinta dan kasih kepada perjuangan, ketaatan, kesetiaan, pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, amanah, kuat kerja, tidak putus asa, tabah dan pastinya bertawakal kepada Allah.
Saudara dan Saudari,
6. Menjejaki laluan tersebut, kita mahu terus mencontohi dan mengambil pengajarannya, bagi memperelok dan memperbaiki perjuangan UMNO, yang selama ini turut dipersaksikan oleh perjalanan suka duka, pahit dan manis, selaku sebuah parti penuh berjasa.
7. Tahun ini, UMNO menyambut kelahirannya yang ke-65. Hampir tujuh dekad berjuang sebagai organisasi politik yang menyejarah, mendaging dan mendarah dalam ikhtiar memartabatkan maruah serta mengangkat tinggi kedudukan orang-orang Melayu.
8. Sungguh jauh kita berjalan. Sungguh banyak hitungan masa. Walau dihadap segenap cabaran, walau dilempar segala fitnah, walau diterjah sedemikian banyak taktik jahat lagi kotor, digodam dan dihentam oleh pihak lawan, terbukti kita tidak pernah pudar semangat, tidak akan mengalah, dan, tidak akan mungkin padam cita-cita. Bahkan, derap demi derap, terus menyusun strategi, mengatur langkah demi langkah, mara ke hadapan, menjulang panji-panji bangsa, agama dan Negara.
Saudara dan Saudari,
10. Bersesekali dengan itu jua, saya pohon, marilah kita sama-sama bangun dan berdiri......, bangkit, untuk beri satu penghormatan kepada para pendahulu, kesatria-kesatria UMNO, warga parti yang tidak didendang serta barisan negarawan unggul lagi terbilang yang dilahirkan oleh perjuangan mulia ini. Marilah....., marilah, kita angkat tinggi penghargaan kepada semuanya.
11. Bermula dengan gemulah tokoh-tokoh tersanjung yang telah pulang menyahut panggilan Ilahi seperti Allahyarham Dato' Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussein, Allahyarham Tun Dr. Ismail dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Begitulah juga tokoh-tokoh yang masih teguh berbakti hingga ke detik ini, seperti Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Tun Musa Hitam.
Saudara dan Saudari,
12. Khususnya, kalungkanlah penghormatan kita kepada parti bertuah ini, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO yang telah memungkinkan sebuah negara merdeka terbina gagah, ilmu pengetahuan digembur dan disebar luas pada anak-anak, belantara dipugar, sawah ladang diusahakan, hingga laba yang lumayan melimpah-limpah ke kaki halaman.
Saudara dan Saudari,
13. Sememangnya termaktub, ceritera kejayaan Malaysia adalah cerita kejayaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, yakni UMNO, bersama dengan rakan-rakannya. Parti Perikatan, yang kemudiannya bergelar Barisan Nasional, adalah satu jelmaan dan terjemahan hasil pakatan ikhlas kaum Melayu/Bumiputera beserta kaum-kaum lain di Malaysia.
14. Berkat pengurusan negara yang begitu cekap, terutamanya di lapangan ekonomi, wajah Malaysia telah berubah daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, diawali dengan lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, di mana, kurang daripada empat peratus penduduknya berada bawah paras kemiskinan relatif manakala kemiskinan tegar pula hampir berjaya dibasmi.
15. Jika dihalusi, susur galur kejayaan ini, mempunyai bibit-bibitnya dalam prakarsa, perancangan rapi, penggubalan dasar dan pelaksanaan oleh kerajaan yang diterajui UMNO. Dalam kata lain, ia tidak terjadi secara sendiri mahupun dalam vakum atau kelompongan.
16. Lantas, usahlah kita berasa bimbang dan ragu. Malaysia, nyatanya, bukanlah sebuah kisah ditulis parti pemerintah yang gagal. Ia dinukil oleh sebuah parti yang berhak untuk berbesar hati, bahawa, mandat dan kepercayaan diberikan oleh rakyat Malaysia, telah digunakan sebaik-baiknya, demi kebajikan dan kegemilangan pertiwi.
Saudara dan Saudari sekalian,
17. Menghayati ehwal demikian, secara sedar atau tidak, bukan semua parti politik jika membentuk kerajaan akan menghasilkan kejayaan yang sama seperti kita. Lihat saja kepada sejumlah besar negara di dunia, waima, mempunyai pelbagai potensi termasuk sumber asli yang kaya, namun dek sebab kerajaan tidak berkebolehan, sia-sialah segala faktor dimiliki, malah akhirnya mereka menjadi negara yang gagal.
Saudara dan Saudari,
Pada perhimpunan tahun lepas, saya telah bercakap dan membicarakan dari sudut falsafah dan asal usulnya, siapakah itu Melayu. Kita dah dengar bahawa antara terhitung dalam kelompok Melayu adalah Bugis, Minang, Arab, Muallaf, serta berpuluh suku kaum di Sabah dan Sarawak. Hatta Mamak dan Malbari pun dah serap jadi Melayu. Celah-celah itu, ketiga-tiga Naib Presiden kita tampaknya terdiri daripada Jawa, Turki dan Bajau Laut atau lanun. Saya kata takpalah, yang penting semua kira Melayu…
18. Jadinya, pada perhimpunan kali ini, setelah saya belek-belek dan saya kaji-kaji pengalaman secara aktif selama 35 tahun dalam parti, bersempena pula UMNO sudah menjangkau satu umur yang sangat dewasa, berpengalaman dan matang yakni 65 tahun, elok rasanya kalau dikupas pula siapakah dan apakah ertinya menjadi orang UMNO.
19. Maksud saya, bilamana memperkatakan tentang parti, kita semua, sebenarnya, tidak cukup sekadar didefinisikan sebagai ahli UMNO. Sebaliknya, kita perlu menjadi orang UMNO. Makna kata, orang UMNO yang tergambar dan terpamer perwatakannya melalui tindak tanduk serta sistem nilai yang dipegang.
Saudara dan Saudari,
TAAT DAN SETIA
Pertama sekali, orang UMNO itu adalah, orang yang taat dan setia kepada parti. Orang UMNO tidak akan sekali-sekali mengkhianati parti.
Kita faham, adalah lumrah dalam sesebuah parti, mesti timbul perbezaan pendapat. Apa yang penting, kelainan pandangan itu, seharusnya membawa rahmat dan bukannya mengundang mudarat.
Dalam berijtihad pula, orang UMNO harus mencipta kebaikan untuk parti. Mengambil mufaham pengertian setia dan taat melalui syura dan musyawarah seperti difirmankan dengan indahnya pada helaian Surah An-Nisa', apabila sesuatu keputusan telah dibuat, jika tidak menyalahi syariat, maka wajiblah ditaati.
Contohnya, kita mahu pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai Panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa. Sekalipun sedang berada dikemuncak karier, menurut sejarahnya tidak pernah kalah perang.
Seterusnya, Usamah bin Zaid, seorang anak muda belasan tahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medan perang.
Inilah dia, watak, dan keperibadian pejuang sejati yang kita inginkan dalam susuk diri orang-orang UMNO. Bercakap tentang taat setia juga, kita tak mau, bila depan kita disuruh angguk, dia angguk, disuruh geleng, dia geleng. Tapi di belakang lain pulak halnya.
Jangan tikam dari belakang dan jangan pulak main belakang. Bak kata pepatah, janganlah telunjuk saja lurus tetapi kelingking berkait.
Saudara dan Saudari,
CINTA DAN KASIH
Adapun nilai kedua orang UMNO itu adalah, orang yang cinta dan kasih kepada perjuangan parti. Seperti dimadah oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, dalam lagunya… itulah kasih mesra, sejati dan mulia.
Dalam hal ini, apabila ada rasa cinta dan kasih kepada parti, orang UMNO itu juga adalah, orang yang tidak takut dan tidak gentar menyuarakan pendapat serta mendengar pula pendapat orang lain demi kebaikan parti.
Ajaran agama dan pujangga melorongkan pedoman, perkatakanlah yang benar kerana kebenaran itu isi dan makanannya sejarah, tidak akan patah dipukul zaman.
Bersesuaian dengan nilai kesetiaan, bila kuat hawa kasihnya kepada parti, orang UMNO wajib membela dan mempertahankan parti, selagi hayat dikandung badan.
Seperkara utama lagi adalah, cerdik pandai berfatwa, tak kenal maka tak cinta. Lantaran, untuk mencintai parti, orang UMNO wajar kenal sejarah parti, samada yang tersurat, mahupun yang tersirat. Begitulah, seharusnya menjiwai prinsip serta falsafah perjuangannya.
Pendek kata, orang UMNO harus melihat parti sebagai satu-satunya wadah yang mampu membela untung nasib orang Melayu. Dalam berusaha pula, sebagai tanda kasih, orang UMNO sewajibnya bersemangat dan tidak sesekali mengecewakan parti yang dicintai.
Meluncur topik cinta dalam berorganisasi, orang UMNO wajib ada cinta yang satu sahaja kepada parti, tidak boleh cinta poligami, tidak boleh cinta berbelah bagi atau kata orang Indonesia berbagi cinta…tak mungkin Pak...engga' bisa Pak…
Saudara dan Saudari,
BERKHIDMAT TANPA JEMU DAN BERKORBAN
Orang UMNO itu adalah orang yang sanggup berkhidmat tanpa jemu dan sanggup berkorban. Pengorbanan adalah satu sifat yang harus bersebati dalam diri orang UMNO.
Bersandarkan prinsip persalingan, orang UMNO harus menunjukkan keikhlasan berkhidmat kepada rakyat.
Beringatlah bahawa, rakyat sedang memerhati kita. Kata orang, rakyat itu sentiasa merasa, mendengar dan mengadili, biar betapapun senyap suara mereka, biar betapapun jua diam gerak geri mereka.
Disudut lain, sambil menghadam peradaban Melayu, orang UMNO perlu bermuhasabah ke dalam diri masing-masing. Masih wujudkah semangat Tun Tuah di sanubari? Masih bergemakah kekentalan jiwa Tun Fatimah?
Mahu tidak mahu, orang UMNO harus berusaha tanpa jemu. Biar berdepan apa pun cabaran, pastikan UMNO menang, biar dilintang apapun dugaan, orang UMNO mesti terus berdamping dengan rakyat. Sedarlah kita bahawa, dalam sistem demokrasi, tidak ada tempat kedua. Kita wajib jadi juara.
Kesimpulannya, kemuncak pengorbanan adalah menjunjung kepentingan dan maruah parti, bukannya kepentingan dan maruah peribadi.
Saudara dan Saudari,
i) 1946
20. Terpanggu atas segalanya, kejayaan terbesar UMNO adalah menyatupadukan orang-orang Melayu melalui penubuhannya pada 11 Mei 1946. Lantaran itu, perlu ditegaskan bahawa, kejayaan ini bukannya kecil, jauh sekali daripada bersifat enteng kerana bangsa Melayu sebelum Perang Dunia Kedua, masih belum endah politik, disamping terbelenggu semangat kenegerian.
21. Jangan dilupa juga, termusta'id dalam lembaran sejarah bahawa, UMNOlah yang telah berjaya menguburkan penubuhan Malayan Union dan menggantikannya dengan sistem Persekutuan Tanah Melayu. Sekaligus, ditanda dengan episod itu, UMNO telah berbakti menyelamatkan kedudukan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu dan kesucian agama Islam. Saudara dan Saudari
ii) 1951
22. Kemudiannya, satu episod getir telah dilalui oleh UMNO apabila Dato' Onn Jaafar seorang tokoh bangsa, selaku Presiden Pengasas, meletakkan jawatan, sebagai Yang DiPertu,a dan keluar dari parti.
23. Pada masa tersebut, banyak pihak telah menitipkan belasungkawa dan membacakan talqin terhadap UMNO kerana hilangnya kepimpinan. Sekalipun begitu, pemilihan parti telah menyaksikan Tunku Abdul Rahman mengambil tempat sebagai Yang DiPertua dengan Tun Razak sebagai Timbalannya yang setia.
24. Ternyata, telahan kelam oleh pelbagai pihak bahawa, UMNO akan karam, amat meleset, malah, penggantian kepimpinan ini telah merancakkan lagi usaha bagi mendapat kemerdekaan negara. Serentak dengan itu, slogan "Hidup Melayu" telah diubah kepada "Merdeka".
25. Kendatipun para ahli tidak menerima cadangan Dato' Onn untuk membuka pintu UMNO kepada orang-orang bukan Melayu, kepimpinan parti waktu itu, memahami realiti yang ada dan berfikir panjang, malah berilham jauh ke hadapan dengan mencipta prinsip atau konsep perkongsian kuasa unik, melalui Parti Perikatan dengan menggabungkan UMNO, MCA dan MIC. Yang termustahak adalah, taat setia semua kaum kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Saudara dan Saudari,
iii) 1955
26. Menyentuh usaha tersebut, iltizam UMNO bagi menjayakan prinsip yang dipelopori jelas terpamer sejak dari awal lagi. Sebagai contoh, dalam pilihanraya tahun 1955, untuk memilih 51 daripada 52 ahli Majlis Perundangan Persekutuan, prinsip perkongsian kuasa telah dipraktikkan UMNO apabila kita meletakkan calon di hanya 35 kawasan, berbanding MCA, 15, dan MIC, 2. Walhal, daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, 50 adalah kawasan majoriti Melayu, dan hanya 2, kawasan majoriti Cina.
27. Perlu diketahui juga, pecahan pengundi semasa pilihan raya tersebut, mencatatkan majoriti kira-kira 84 peratus atau lebih 1 juta pengundi Melayu. 11 peratus atau seramai 143 ribu pula, adalah pengundi Cina, manakala 50 ribu, atau, hampir 4 peratus sahaja, di kalangan pengundi India.
28. Hakikat tersebut nyatanya, tidak menghalang semua calon parti MCA dan parti MIC untuk menang. Bagi pemimpin dan orang-orang UMNO, demi mencapai perpaduan antara parti-parti komponen Perikatan, mereka harus menunjukkan keikhlasan berkongsi kuasa. Keikhlasan ini dimanifestasikan dalam bentuk kerelaan memberi kerusi majoriti Melayu kepada parti-parti komponen untuk ditandingi.
29. Tidak terhenti setakat itu sahaja, ia diikuti pula dengan kesanggupan orang-orang UMNO untuk mengundi calon bukan daripada bangsa mereka sendiri, demi matlamat lebih besar, yakni memenangi pilihanraya, kemudiannya, membentuk kerajaan, seterusnya mencapai kemerdekaan.
30. Terbukti, sejak dari dulu lagi, UMNO bukanlah sebuah pertubuhan rasis. UMNO sebenar dan sebetulnya adalah pencetus serta perintis kepada semangat tolak ansur antara kaum, yang akhirnya, telah mencipta kestabilan sosial, membawa kepada kemakmuran nasional.
Saudara dan Saudari sekalian,
iv) 1957
31. UMNO juga melalui Parti Perikatan telah mengemudi pelayaran bahtera merdeka, tanpa pertumpahan darah, mahupun revolusi. Ia dimeterai atas meja rundingan. Syukur, tiada kemusnahan, sekalipun terhadap sumber kekayaan negara...
Dewan Merdeka, PWTC penuh dengan perwakilan. Ramai yang terpaksa berdiri, termasuk diri saya. Jadi tidak boleh salah Urusetia sebab tak dapat Pas masuk. Sampai masanya untuk tingkatkan kapasiti Dewan Merdeka agar lebih ramai dapat bersama menghayati semangat UMNO.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah selesai melaksanakan tugas pemudanya apabila persidangan pemuda telah pun berlangsung. Ucapan Khairy Jamaluddin KJ jelas dituju kepada pucuk pimpinan UMNO apabila 3 perkara utama dapat di simpulkan.
Pertama KJ memberi ingatan kepada golongan yang muncul apabila waktu pilihanraya hampir menjelang tiba seakan-akan 'menjual diri' untuk dipilih menjadi calun, apabila dirinya tidak terpilih maka hilanglah mereka dari menonjolkan diri dan ada pula lari membantu pembangkang. Telahan KJ itu memang ada kebenaran dalam UMNO.
Kedua KJ telah memberi ingatan kepada pucuk pimpinan bahawa pemuda telah menyediakan senarai calun-calun dari kalangan pemuda yang mana KJ menegaskan bahawa calun pemuda adalah calun yang disukai oleh rakyat dan akan menang dalam pertandingan, bukan calun yang disenarai oleh agensi-agensi kerajaan seperti SB dan MIO.
Ketiga KJ minta Perdana Menteri supaya memberi peluang kepada Ketua Wanita Sharizat Jalil untuk terus menjadi menteri walau pun nama Sharizat telah dikaitkan dengan projek 'lembu' NFC yang diurus oleh keluarga Sharizat dengan mendapat pinjaman mudah daripada kerajaan sebanyak RM250 juta.
Tiga perkara diatas adalah isu yang dibawa oleh KJ bagi menghayun pucuk pimpinan UMNO bahawa pemuda UMNO akan terus setia kepada UMNO kerana KJ tahu tiga perkara yang dilontarkan itu akan dipenohi oleh PM Najib.
PM Najib Pertamanya tidak akan memilih calun payung terjun yang bukan dari kalangan orang UMNO seperti apa yang berlaku sebelum daripada ini, kedua PM Najib tentu akan memilih calun dikalangan pemuda seperti lazimnya dalam pilihanraya umum walau pun calun itu bukan dari senarai KJ sepenuhnya dan ketiga sudah semistinya dalam waktu menghadapi pilihanraya PM Najib tidak akan memecat menteri yang beliau lantik. Sharizat tentu terselamat.
Itulah kelebihan KJ bermain politik, menghayun isu yang sudah tentu akan dilaksanakan oleh pucuk pimpinan dan apabila perkara yang dilontar itu berjaya, maka orang pun bercakap bahawa suara KJ telah diikuti oleh pucuk pimpinan parti, pemuda pun membuka dada.
Selain daripada itu apa yang akan menjadi perhatian umum, apabila KJ mencetuskan perasaan beliau dalam membantu kerajaan tidak ditugaskan oleh PM Najib seperti mana ketua pemuda terdahulu yang mana pucuk pimpinan memberi tempat dalam kerajaan atau pun agensi kerajaan.
KJ mengambil contoh Zahid Hamidi, walau pun Zahid Hamidi dimasa menjadi Ketua Pemuda tidak diberi jawatan dalam kabinet tapi sekurang-kurangnya Zahid dilantik pengerusi Bank Simpanan Nasional BSN. Kata KJ,
"tapi dia dilantik pengerusi BSN, kurang-kurang boleh bagi kad kredit, saya nak bagi apa pun tak boleh", sindir ada makna daripada KJ kepada PM Najib. dalam ertinya itu.
KJ sudah mula membuka mulut dan menanti dengan membuka langkah. rupa-rupanya KJ ada startegi dalam diam membisu sebelum ini menerima apa yang dibuat oleh pucuk pimpinan UMNO terhadap dirinya. Dan kerana PRU13 sudah hampir tiba, rentak KJ nampaknya sudah bermula, silap langkah pucuk pimpinan UMNO terhadap pemuda erti 'road to putrajaya' Pakatan Rakyat akan lebih mudah.
Dalam hal maruah dan hak, tentunya KJ tidak bermain dengan kata-kata.
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sebagai ucapan yang amat baik kerana ia memperjelaskan bahawa Umno bukan parti rasis.
Dr Mahathir berkata ucapan perdana menteri telah menyedarkan rakyat bahawa Umno bukan sahaja memperjuangkan semangat orang Melayu tetapi juga perjuangan untuk menjamin kelangsungan bangsa-bangsa lain di negara ini.
"Ia ucapan yang amat baik. Beliau (Najib) memperingati ahli-ahli Umno berkenaan sejarah Umno.
"Bagi orang yang tuduh Umno rasis, beliau menegaskan Umno bukan sebuah parti rasis...Ia (Umno) bukan sahaja membantu orang Melayu, tetapi ia juga membantu orang lain (bangsa lain) juga," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas ucapan dasar Najib pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu, Najib dalam ucapannya berkata apa yang yang dicapai hari ini bukan dibina dalam tempoh singkat tetapi menerusi perjuangan, pengorbanan dan kerja keras oleh pemimpin-pemimpin semua bangsa termasuk Iban, Kadazan, Orang Asli dan Siam bagi memastikan generasi muda mempunyai masa depan cerah.
Ditanya sama ada beliau berpendapat pilihan raya umum semakin dekat, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu dan sekiranya betul, menurutnya perkara itu terserah pada Najib.
"Saya tidak tahu, saya fikir Umno sudah agak bersedia. Tetapi saya tidak tahu sama ada beliau akan mengadakan pilihan raya atau tidak, itu di luar pengetahuan saya. Beliau tidak pernah beritahu saya. Terserah kepada PM," katanya.
Najib, sejak kebelakangan ini telah membayangkan bahawa pilihan raya umum ke-13 mungkin diadakan tidak lama lagi dan menggesa anggota Umno meningkatkan kesiapsiagaan untuk menghadapi pilihan raya umum.
Sayang, Industri berimpak tinggi itu tersalah urus, sehingga Umno terkena impaknya. Kalaulah semua dana pinjaman RM250 juta itu digunakan untuk projek NFC, necaya tiadalah isu.
Kerajaan berniat baik dengan meluluskan pinjaman berkadar rendah itu untuk memenuhi keperluan daging negara. Selain daripada itu, projek itu memberi peluang kepada kaum melayu terlibat dengan indutri daging, yang selama ini masih dikuasai kaum lain.
Ramai yang tertanya-tanya, bolehkah pinjaman sebesar itu diberikan pada orang kebiasan? Pengalaman, AYT memohoan mendapatkan pinjaman daripada kerajaan, kerana mendapat hak franise daripada produk makanan tempatan dan telahpun ditawarkan ruang di KLCC, sungguh sukar dan tidak mudah. Selain berurusan CGC (Credit Guarantee Corporation) juga perlu melalui urusan yang berlapis-lapis.Jumlah yang dipohon, bukan jutaan, tetapi hanya RM400 ribu.
Apabila melepasi berbagai urusan petandbiran, akhirnya urusan pinjaman diluluskan juga untuk tempoh 3 tahun dengan kadar faedah 4 peratus setahun. Cara penggunaan wang pinjaman itu cukup ketat, sehingga pemebelian komputer ribapun yang digunakan untuk keperluan perniagaan tersebut, tidak dibenarkan, melainkan wang tersebut hanya boleh digunakan pada apa yang termaktub dalam perjanjian francise.
Berlainan dengan dana pinjaman RM250juta untuk NFC, boleh pula digunakan untuk membeli kondominum, kereta mewah, lot tanah dan urusan-urusan lain yang tiada kaitan dengan peternakan lembu.
Penyalahgunaan kuasa inilah yang dipersoalkan, bukan projek lembu itu. AYT rasa bukan pembangkang sahaja mempersoalkan perkara ini, akan tetapi rakyat biasa seperti AYT.
AYT mempersoalkan isu penyalahgunaan pinjaman tersebut, bukan kerana AYT terpengaruh dengan dakyah pembangkang, akan tetapi AYT berpaksi kepada ketelusan dan tujuan pemberian pinjaman tersebut.
Datuk Sharizat Jalil, patut tidak mempertahankan isu salah guna itu, sepatutnya beliau memberi kenyataan-Jika terdapat salah guna kuasa dalam projek NFC, maka bawa individu-individu yang terlibat ke muka pengadilan, walaupun melibatkan keluarganya sendiri.
Semasa berucap pada perhimpunan wanita Umno, Sharizat seolah-olah mengalih pandang isu tersebut, dan membawa bersama wanita Umno, seolah-olah pendedahan dan kritikkan terhadap projek NFC ada hubungan dengan wanita Umno.
Sharizat sayogianya mengeritik cara pengurusan dana yang diberi itu, jika itu yang beliau lakukan, sudah pasti seluruh rakyat akan bangun menyokongnya termasuk pembangkang.
Memang pedih bertindak demikian, apatah lagi melibatkan keluarganya, namun jika beliau berpegang kepada pemimpin yang sejati, mesti berpegang teguh kepada yang benar sahaja dibela, dan yang salah tetap lah salah.
Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat memilih semula Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) supaya setiap program transformasi yang dirancang oleh kerajaan sejak dua setengah tahun yang lalu dapat diteruskan.
Perdana Menteri berkata, beliau sedar kuasa untuk memilih kerajaan terletak sepenuhnya di tangan rakyat, justeru adalah amat penting bagi BN mendapatkan mandat tersebut agar segala perubahan demi meningkatkan taraf hidup rakyat serta menjadikan Malaysia negara maju berjalan mengikut jadual.
Beliau berkata, tidak dinafikan Malaysia kini berada pada landasan yang betul ke arah menjadi sebuah negara maju di rantau ini menjelang 2020, namun ia amat memerlukan sokongan tidak berbelah-bahagi daripada rakyat dengan diberikan kepercayaan untuk terus memerintah.
"Tarikh pilihan raya belum ditentukan lagi tetapi besarlah harapan saya pada pilihan raya itu nanti BN terus mendapat mandat serta kepercayaan daripada rakyat untuk mentadbir negara.
"Kita amat memerlukan sokongan mereka kerana kita mahu memastikan setiap program transformasi yang didasarkan untuk kepentingan rakyat dan negara mampu dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama dalam Forum Antarabangsa yang bertajuk 'Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial di Era Krisis Global' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.
Forum yang disertai oleh para duta serta wakil parti politik dari seluruh dunia itu diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang bermula hari ini.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai usaha keras beliau melakukan pembaharuan kepada UMNO sebagai parti tunjang di dalam BN bagi memastikan parti terbesar orang Melayu itu sentiasa relevan.
Beliau berkata, UMNO merupakan sebuah parti yang telah lama memerintah iaitu sejak negara mencapai kemerdekaan dan mahu tidak mahu perubahan perlu dilakukan sekiranya ia mahu terus diterima oleh orang Melayu.
"Saya pernah kata di hadapan ahli-ahli UMNO sekiranya UMNO tidak mahu berubah akhirnya UMNO akan diubah (oleh rakyat)," katanya.
Beliau berkata, realitinya landskap politik negara sudah berubah, untuk itu pemimpin UMNO perlu membuat sesuatu demi menjamin kelangsungannya.
Beliau turut berkongsi pengalaman dengan para peserta forum cara BN berjaya mengekalkan kuasa di negara ini lebih 50 tahun lalu iaitu melalui formula perkongsian kuasa antara orang Melayu, Cina, India serta golongan etnik yang lain.
"Melalui formula ini kita berjaya mengelakkan berlakunya pertentangan kaum dan rasa tidak puas hati sesama mereka. Dengan kata lain, kita berjaya mewujudkan kestabilan politik dan negara," ujarnya.
Beliau berkata, konsep perkongsian kuasa yang diamalkan di dalam sistem pemerintahan negara adalah cetusan idea daripada bapa-bapa perjuangan terdahulu selepas mereka mendapati negara juga didiami oleh pelbagai kaum dan etnik selain Melayu.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau menjelaskan pilihan raya yang diadakan di negara ini adalah bersih dan bebas daripada sebarang penipuan.
"Sebagai bukti pada pilihan raya yang lalu kita kalah di lima negeri dan juga kalah di beberapa kerusi Parlimen, tetapi kita dapat semula satu negeri (Perak). (Oleh itu) Jika tuan-tuan mendakwa pilihan raya kami tidak bebas cuba buktikan," katanya lagi.
Bagaimanapun, beliau berkata, sistem pilihan raya di negara ini perlu diperkemaskan lagi selaras dengan perkembangan semasa dan atas sebab itu kerajaan telah mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP, Karpal Singh hari ini diperentahkan keluar dewan kerana memanggil YB Padang Serai sebagai "Binatang" dan engan menarik balik walaupun diminta oleh Speker.
Inikah manusia yang dicadangkan untuk menjadi salah seorang pemimpin kita nanti? Demang percaya Karpal akan menjadi calon lagi dalam PRU13 yang semakin hampir.
Tergamakkah kita memilih manusia yang begitu menjadi pemimpin? Adakah hanya dengan alasan asalkan BN dan UMNO tumbang, apa nak jadi pada negara pun, jadilah? Siapa nak perintah pun tak kesah asalkan bukan BN?
Memang kebiadapan itu dilakukan oleh seorang manusia bernama Karpal Singh tetapi perlu diingat bahawa anak gampang itu adalah pemimpin tertinggi DAP. Ertinya, di bawahnya adalah manusia-manusia yang bukan sahaja sependapat dengannya malah memang klon kepada si keparat itu.
Takkanlah penyamun berketuakan ulama atau ulama bersahabatkan penyangak? Sebenarnyalah semua yang bekomplot dalam DAP adalah KARPAL SINGH termasuk para penyokong parti yang bersekongkol dengan DAP.
Apabila Anwar berteriak Reformasi, maka Najib menyahut dengan TRANSFORMASI.
Apa bezanya? Ataukah ia sama sahaja?
Sebenarnya jawapan terhadap soalan di atas bergantung kepada orang yang menjawabnya, sebab pemula tehadap kedua-dua seruan tersebut mengesyornya berdasarkan kepentingan mereka.
Dalam hal ini kita tak perlu hipokrit dan berlagak baik. Bahkan kita perlu sedar bahawa melakukan sesuatu untuk kepentingan diri bukanlah sesuatu yang haram atau jelek. Ia adalah perkara utama yang Allah Taala perintahkan. Bukalah Al-Quran.
Yang tidak boleh kita amalkan ialah 'hanya memntingkan diri sendiri'. Macam Anwar.
Begitulah juga jawapan terhadap soalan "apakah perbezaan antara KESAMARATAAN dengan KESAKSAMAAN?"
Bagi Demang apapun slogan yang dibawa ahli politik, semuanya berakar pada fokus untuk mendapat atau mengambil alih kuasa.
Kita sebagai rakyat perlu sedar perkara ini dan meletakkan kepentingan negara sebagai paling utama.
Bagaimana? Kalau Demang katakan bahawa kita perlu kembali kepada Al-Quran, maka ia tidak relevan kerana istilah KITA di Malaysia bukan mewakili ummat Islam sahaja. Dengan kata lain, kita kena sedar bahawa rakyat Malaysia menganut pelbagai agama.
Maka kita perlu satu rujuan yang boleh diterima semua pihak.
Maka rujuklah Perlembagaan Malaysia dan semua warganegara wajib mematuhinya. Jika tidak, nyah sahaja individu atau kumpulan tersebut.
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ustazah bini orang yang coooba di ngorat oleh "Ostat" PASTI…
Hensem tak "Ostat" ni berposing dalam FB..?
Memang panas bila menyaksikan sketsa seorang individu yang kategorikan sebagai "ustaz" yang sudah tua mengorat seorang "ustazah" yang agak "cun", dipercayai masih lagi menjadi isteri kepada seseorang. Menariknya, kisah mengaibkan ini didedahkan oleh seorang blogger pembangkang!
Menurut blogger tersebut, "ostat" tersebut dikenali sebagai Mat Zan dan sangat pandai berlakon warak serta zuhud di hadapan kepimpinan PAS sehingga ramai yang telah tertipu dengan identiti "camouflage"nya itu. "Ostat" Mat Zan ini juga merupakan orang kuat PASTI di Pulau Pinang.
Klik untuk besarkan imej
Khabarnya, Mat Zan selalu mengorat bini orang ini melalui laman Facebook. Pukul 2 -3 pagi pun "Ostat" ini masih lagi cuba mengganggu hidup "ostazah" ini. Ungkapan seperti "rindu la kat awak..boleh saya call?", jelas membuktikan sang "Ostat" cuba menggoda sang "Ostazah" tanpa menghiraukan statusnya sama ada bini orang atau tidak.
Selain itu, "ostat" ini semakin menggila dengan "ayat-ayat gatal"nya apabila menyatakan bahawa dia sangat berminat dengan bab-bab "dalam baju" bini orang tersebut. Dahsyat sekali perangai "Ostat" yang berserban sebakul dan berjanggut taliban ini! Gatalnya mengalahkan yahudi! Bini orang pun nak disebatnya!
Apa tidaknya? "Ostat" ini bagaikan teringin sangat nak "scan" bini orang tu! Cuba lihat "screenshot" yang dimuatkan sebagai bukti…menyedihkan!
Gatal tak "Ostat" ni? Nak di"scan"nya bini orang tuuu..???
Menurut blogger tersebut di sini, ustazah itu dengan kerjasama Pengarah PASTI Pulau Pinang telah menghubunginya untuk "kowtim" kes ini beberapa kali. Namun setelah "perjanjian" yang dibuat telah dinodai, maka blogger tersebut telah bertindak mendedahkan skandal terlarang ini.
Apa sudah jadi pada PAS? Buta atau sengaja membutakan diri? Kenapa tak ambil tindakan dan mendiamkan diri? Tak payah la nak "cover-cover" lagi. Tembelang sudah terbongkar. Sedangkan seorang "Ostat" berserban sebakul berjanggut taliban pun bersikap begini, cuba bayang anak-anak PASTI yang dididiknya…apa akan jadi pada mereka?
Nampaknya, disaat PAS kini boleh mendabik dada kepada seluruh umat Islam di dunia, khususnya di Malaysia, apabila dikhabarkan telah muncul seorang "nabi" di kalangan pimpinan parti itu. "Bertuah" sungguh puak-puak PAS..!
Dikhabarkan melalui sebuah video yang dirakam, seorang penyokong tegar Pas yang bertopengkan identiti "ustaz" di Kelantan dalam ceramahnya mendakwa Nik Aziz Nik Mat boleh dianggap sebagai Nabi. Katanya, semua orang alim atau ulama adalah Nabi. Nama "ostat" itu ialah Shamsul Zaman Syukri atau dikenali sebagai "ostat budak".
Sebenarnya, saya tidak tahu atas dasar apa individu ini dipanggil "ustaz". Apakah kerana dia mengajar agama? Adakah kerana dia memakai jubah? Atau apakah kerana dia berserban dan memberikan ceramah agama? Atau dia dipanggil "ostat" kerana ke semua yang di atas.
Saya ingin bertanya, sebagai seorang "ostat", apakah dia tidak pernah mendengar sabda Rasulullah SAW yang menegaskan bahawa TIADA NABI SELEPAS BAGINDA DAN YANG ADA HANYALAH KHALIFAH-KHALIFAH yang kita gelarkan sebagai "khulafa urrashidin".
Apakah "ostat budak" ini tidak pernah mendengar tentang sabda Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa ULAMA ITU PEWARIS NABI? Dan TIDAK PERNAH pula saya dengar Baginda SAW bersabda bahawa ULAMA ITU ADALAH NABI, sebagaimana yang didakwa oleh Shamsul Zaman itu.
Peliknya, "ostat budak" ini sanggup mengeluarkan fatwa sebegitu kontroversi yang mampu mengelirukan ramai pihak, khususnya umat Islam yang berada di dalam PAS.
Adalah sangat memalukan apabila "ostat PAS totok" ini membuat fatwa sesuka hati mak bapaknya saja tentang kenabian Pok Nik Ajis! Sekiranya benar Pok Nik Ajis itu Nabi, apakah mukjizat yang dimiliki Mursyidul Am Pas itu? Apakah mukjizatnya ialah memberikan tiket ke syurga..???
Perkara ini bukan perkara main-main. Ia jelas bertentangan dengan hadis Rasulullah SAW. Pada saya, saya lebih beriman dan percaya kepada sabda Rasulullah SAW berbanding kata-kata fatwa dari seorang individu yang entah siapa seperti Shamsul Zaman.
Apakah kerana dia berjubah, berserban, mampu berbahasa arab dan mengungkap ayat Al-Quran maka dia layak digelar "ustaz"? Pada saya, jawapannya jelas tidak! Apatah lagi untuk melayakkan dia untuk mengajar agama, jauh panggang dari api!
Sekiranya penampilan dan gayanya menyampaikan ceramahnya itu melayakkan dia bergelar "ustaz", saya percaya lebih ramai lagi individu yang bersifat begitu yang layak diberikan gelaran yang sama sepertinya. Ramai yang mampu dan berkebolehan sepertinya. Saya sendiri pun boleh..!!!
Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan Shamsul Zaman supaya fikirkan kembali apa yang telah dicakapkannya itu. Kata-katanya jelas menafikan hadis Rasulullah SAW. Sebagai seorang "ostat", apakah dia layak untuk menafikan sabda seorang Nabi dan seorang Rasul yang sebenar?
Jangan sampai diakhirat nanti, dia dipersalahkan kerana memesongkan aqidah umat Islam di negara ini. Sebagai saudara seagamanya, saya risau juga jika dia tak cium bau syurga nanti! Jangan kerana sokongan politik, dia sanggup gadai iman dan aqidahnya sendiri….
Inilah yang berlaku bila dah takde rasa malu lagi dalam diri hinggakan sanggup menyerahkan buah dada untuk ditandatangani orang lelaki. Tengok nama macam Islam. Tapi tengok perangainya pulak buat aku was-was je apa agama minah Indon ni..
Aku tak kira la sama ada lelaki tu Beckham ke sapa ke. Kalau perbuatan tu salah tetap salah. Mujurlah yang terbabit tu artis Indon. Kalau artis Malaysia, dah tentu kena belasah kaw-kaw ngan aku kat blog ni..
Tapi, sikap jenis tak tahu malu ni membuatkan aku teringat pada seorang artis negara ni yang jenis tak tau malu jugak. Dan dia kebetulan baru je ke Indon untuk sesi fotografi seksi bukan main! Korang pun tahu sapa artis betina tu, kan?
Bangga Buah Dada Ditandatangani Beckham
KUALA LUMPUR – Penyanyi seksi Indonesia, Syahrini, mengejutkan ramai pihak apabila bangga menghebohkan buah dadanya yang tandatangani oleh bintang bola sepak terkemuka dunia, David Beckham, dengan hanya beralaskan sehelai baju-t yang nipis dan ketat.
Laman web hiburan terkenal, Oh! Bulan, melaporkan bahawa Syahrini turut bertindak mencium pipi bekas pemain lagenda Manchester United itu ketika berkunjung ke Indonesia baru-baru ini.
Syahrini yang dikatakan terkenal dengan penampilan imej seksi dengan saiz buah dada yang besar telah dipilih untuk sebagai duta untuk menemani dan memperkenalkan David Beckham kepada budaya dan keadaan di sekitar Indonesia sempena perlawanan persahabatan antara LA Galaxy dan Indonesia.
Dalam perlawanan bola sepak tersebut, LA Galaxy telah berjaya mengalahkan negara jiran dengan jaringan gol, 0-1.
Bagaimanapun, Oh! Bulan turut mendedahkan bahawa tindakan Syahrini itu telah mendapat reaksi negatif pelbagai pihak yang menyifatkan penyanyi itu sebagai keterlaluan dan memalukan pengamal industri hiburan di sana.
Misalnya pelakon terkenal Indonesia , Chelsea Olivia dan vokalis kumpulan Nidji, Giring, yang memberikan komen negatif terhadap Syahrini melalui laman sosial Twitter milik mereka.
"Mmmmm, memalukan..," kata Olivia.
Giring pula 'memuji' Syahrini dengan menyatakan penyanyi seksi itu pandai menarik perhatian ramai dengan mencetus berita yang hangat dengan publisiti.
"Syahrini is a good singer.. And she know's how to make a catchy news and publicity. Salam buat jambul katulistiwa mu #mindtalk," katanya. -Mynewshub.my
Tiba-tiba saja hati aku rasa macam-macam lepas dengar ucapan dasar Presiden tadi. Macam-macam aku rasa...
Sedih, geram, bangga, terharu, sebak, bersemangat dan yang jelas, aku rasa macam nak ganyang habis-habisan puak-puak pembangkang nihhhh...
Tahniah DS Najib, ucapan kali ni agak beri kesan mendalam. Touching!
Aku harap semua renung kembali apa yang diseru oleh DS Najib.
Ayuh kita bangun semua..!!! Ganyang pembangkang penipu rakyat!!!
UMNO Menjuarai Transformasi
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,
Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap,
Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden & Puan Sri Norainee Abdul Rahman,
Yang Berhormat Naib Presiden-Naib Presiden,
Ketua-Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri,
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad & Tun Dr. Siti Hasmah,
Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi,
Ketua-Ketua Parti Komponen Barisan Nasional,
Dif-dif Kehormat,
Para Perwakilan, Pemerhati, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian.
MUKADDIMAH
Saudara dan Saudari sekalian,
Alhamdulillah, dizahirkan sejuta kalimah syukur ke hadrat Allah SWT, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita dapat sekali lagi berkumpul dalam dewan penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang senantiasa dipersadakan kepimpinannya.
Berbekal rasa tawadhu' dan kerendahan hati, Perhimpunan Agung UMNO kali ini ditandai masuknya Tahun Baru Hijrah 1433. Ini bererti, hampir 1380 tahun wafatnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Baginda telah kembali ke pangkuan Ilahi. Pergi selamanya meninggalkan kita dengan dua pegangan utama yakni Al-Quran dan Sunnah sebagai suluh sepanjang zaman agar tidak tersasar dalam perjalanan hidup di dunia ini.
Menyisir sirah Nabawi, dengan beriktibar daripada rentetannya, Rasul yang agung itu, telah mewariskan kepada tamadun kemanusiaan suatu riwayat kepimpinan penuh berteladan. Baginda telah didokong dan didamping, penuh kemuliaan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Pertama selaku teman setia yang arif berpengalaman, Saidina Umar Al-Khattab, Khalifah Kedua, Al-Faruq yang menjadi perlambangan ketegasan prinsip beragama.
Seterusnya, Saidina Uthman Al-Affan, Khalifah Ketiga, hartawan amanah dengan kewarakan dan keperibadian tiada tolok bandingnya, manakala Saidina Ali, Khalifah Keempat, simbol ketokohan golongan muda yang sanggup berkorban apa saja. Dimuliakan wajahnya serta turut digelar sebagai Singa Allah sepertimana Saidina Hamzah.
Sayugialah, para cendekiawan dan para pengkaji menyifatkan tali temali perjuangan suci Baginda dalam menegakkan syiar Islam, sebagai penuh berstrategi. Semuanya dipintal dan diikat oleh sifat-sifat mahmudah yang terpuji seperti cinta dan kasih kepada perjuangan, ketaatan, kesetiaan, pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, amanah, kuat kerja, tidak putus asa, tabah dan pastinya bertawakal kepada Allah.
Saudara dan Saudari,
Menjejaki laluan tersebut, kita mahu terus mencontohi dan mengambil pengajarannya, bagi memperelok dan memperbaiki perjuangan UMNO, yang selama ini turut dipersaksikan oleh perjalanan suka duka, pahit dan manis, selaku sebuah parti penuh berjasa.
Tahun ini, UMNO menyambut kelahirannya yang ke-65. Hampir tujuh dekad berjuang sebagai organisasi politik yang menyejarah, mendaging dan mendarah dalam ikhtiar memartabatkan maruah serta mengangkat tinggi kedudukan orang-orang Melayu.
Sungguh jauh kita berjalan. Sungguh banyak hitungan masa. Walau dihadap segenap cabaran, walau dilempar segala fitnah, walau diterjah sedemikian banyak taktik jahat lagi kotor, digodam dan dihentam oleh pihak lawan, terbukti kita tidak pernah pudar semangat, tidak akan mengalah, dan, tidak akan mungkin padam cita-cita.
Bahkan, derap demi derap, terus menyusun strategi, mengatur langkah demi langkah, mara ke hadapan, menjulang panji-panji bangsa, agama dan Negara.
Saudara dan Saudari,
Bersesekali dengan itu jua, saya pohon, marilah kita sama-sama bangun dan berdiri......, bangkit, untuk beri satu penghormatan kepada para pendahulu, kesatria-kesatria UMNO, warga parti yang tidak didendang serta barisan negarawan unggul lagi terbilang yang dilahirkan oleh perjuangan mulia ini. Marilah....., marilah, kita angkat tinggi penghargaan kepada semuanya.
Bermula dengan gemulah tokoh-tokoh tersanjung yang telah pulang menyahut panggilan Ilahi seperti Allahyarham Dato' Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussein, Allahyarham Tun Dr. Ismail dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Begitulah juga tokoh-tokoh yang masih teguh berbakti hingga ke detik ini, seperti Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Tun Musa Hitam.
Saudara dan Saudari,
Khususnya, kalungkanlah penghormatan kita kepada parti bertuah ini, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO yang telah memungkinkan sebuah negara merdeka terbina gagah, ilmu pengetahuan digembur dan disebar luas pada anak-anak, belantara dipugar, sawah ladang diusahakan, hingga laba yang lumayan melimpah-limpah ke kaki halaman.
Saudara dan Saudari,
Sememangnya termaktub, ceritera kejayaan Malaysia adalah cerita kejayaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, yakni UMNO, bersama dengan rakan-rakannya. Parti Perikatan, yang kemudiannya bergelar Barisan Nasional, adalah satu jelmaan dan terjemahan hasil pakatan ikhlas kaum Melayu/Bumiputera beserta kaum-kaum lain di Malaysia.
Berkat pengurusan negara yang begitu cekap, terutamanya di lapangan ekonomi, wajah Malaysia telah berubah daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, diawali dengan lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, di mana, kurang daripada empat peratus penduduknya berada bawah paras kemiskinan relatif manakala kemiskinan tegar pula hampir berjaya dibasmi.
Jika dihalusi, susur galur kejayaan ini, mempunyai bibit-bibitnya dalam prakarsa, perancangan rapi, penggubalan dasar dan pelaksanaan oleh kerajaan yang diterajui UMNO. Dalam kata lain, ia tidak terjadi secara sendiri mahupun dalam vakum atau kelompongan.
Lantas, usahlah kita berasa bimbang dan ragu. Malaysia, nyatanya, bukanlah sebuah kisah ditulis parti pemerintah yang gagal. Ia dinukil oleh sebuah parti yang berhak untuk berbesar hati, bahawa, mandat dan kepercayaan diberikan oleh rakyat Malaysia, telah digunakan sebaik-baiknya, demi kebajikan dan kegemilangan pertiwi.
Saudara dan Saudari sekalian,
Menghayati ehwal demikian, secara sedar atau tidak, bukan semua parti politik jika membentuk kerajaan akan menghasilkan kejayaan yang sama seperti kita. Lihat saja kepada sejumlah besar negara di dunia, waima, mempunyai pelbagai potensi termasuk sumber asli yang kaya, namun dek sebab kerajaan tidak berkebolehan, sia-sialah segala faktor dimiliki, malah akhirnya mereka menjadi negara yang gagal.
Saudara dan Saudari,
Pada perhimpunan tahun lepas, saya telah bercakap dan membicarakan dari sudut falsafah dan asal usulnya, siapakah itu Melayu. Kita dah dengar bahawa antara terhitung dalam kelompok Melayu adalah Bugis, Minang, Arab, Muallaf, serta berpuluh suku kaum di Sabah dan Sarawak. Hatta Mamak dan Malbari pun dah serap jadi Melayu. Celah-celah itu, ketiga-tiga Naib Presiden kita tampaknya terdiri daripada Jawa, Turki dan Bajau Laut atau lanun. Saya kata takpalah, yang penting semua kira Melayu…
Jadinya, pada perhimpunan kali ini, setelah saya belek-belek dan saya kaji-kaji pengalaman secara aktif selama 35 tahun dalam parti, bersempena pula UMNO sudah menjangkau satu umur yang sangat dewasa, berpengalaman dan matang yakni 65 tahun, elok rasanya kalau dikupas pula siapakah dan apakah ertinya menjadi orang UMNO.
Maksud saya, bilamana memperkatakan tentang parti, kita semua, sebenarnya, tidak cukup sekadar didefinisikan sebagai ahli UMNO. Sebaliknya, kita perlu menjadi orang UMNO. Makna kata, orang UMNO yang tergambar dan terpamer perwatakannya melalui tindak tanduk serta sistem nilai yang dipegang.
Saudara dan Saudari,
TAAT DAN SETIA
Pertama sekali, orang UMNO itu adalah, orang yang taat dan setia kepada parti. Orang UMNO tidak akan sekali-sekali mengkhianati parti.
Kita faham, adalah lumrah dalam sesebuah parti, mesti timbul perbezaan pendapat. Apa yang penting, kelainan pandangan itu, seharusnya membawa rahmat dan bukannya mengundang mudarat.
Dalam berijtihad pula, orang UMNO harus mencipta kebaikan untuk parti. Mengambil mufaham pengertian setia dan taat melalui syura dan musyawarah seperti difirmankan dengan indahnya pada helaian Surah An-Nisa', apabila sesuatu keputusan telah dibuat, jika tidak menyalahi syariat, maka wajiblah ditaati.
Contohnya, kita mahu pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai Panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa. Sekalipun sedang berada dikemuncak karier, menurut sejarahnya tidak pernah kalah perang.
Seterusnya, Usamah bin Zaid, seorang anak muda belasan tahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medan perang.
Inilah dia, watak, dan keperibadian pejuang sejati yang kita inginkan dalam susuk diri orang-orang UMNO.
Bercakap tentang taat setia juga, kita tak mau, bila depan kita disuruh angguk, dia angguk, disuruh geleng, dia geleng. Tapi di belakang lain pulak halnya.
Jangan tikam dari belakang dan jangan pulak main belakang. Bak kata pepatah, janganlah telunjuk saja lurus tetapi kelingking berkait.
Saudara dan Saudari,
CINTA DAN KASIH
Adapun nilai kedua orang UMNO itu adalah, orang yang cinta dan kasih kepada perjuangan parti. Seperti dimadah oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, dalam lagunya… itulah kasih mesra, sejati dan mulia.
Dalam hal ini, apabila ada rasa cinta dan kasih kepada parti, orang UMNO itu juga adalah, orang yang tidak takut dan tidak gentar menyuarakan pendapat serta mendengar pula pendapat orang lain demi kebaikan parti.
Ajaran agama dan pujangga melorongkan pedoman, perkatakanlah yang benar kerana kebenaran itu isi dan makanannya sejarah, tidak akan patah dipukul zaman.
Bersesuaian dengan nilai kesetiaan, bila kuat hawa kasihnya kepada parti, orang UMNO wajib membela dan mempertahankan parti, selagi hayat dikandung badan.
Seperkara utama lagi adalah, cerdik pandai berfatwa, tak kenal maka tak cinta. Lantaran, untuk mencintai parti, orang UMNO wajar kenal sejarah parti, samada yang tersurat, mahupun yang tersirat. Begitulah, seharusnya menjiwai prinsip serta falsafah perjuangannya.
Pendek kata, orang UMNO harus melihat parti sebagai satu-satunya wadah yang mampu membela untung nasib orang Melayu. Dalam berusaha pula, sebagai tanda kasih, orang UMNO sewajibnya bersemangat dan tidak sesekali mengecewakan parti yang dicintai.
Meluncur topik cinta dalam berorganisasi, orang UMNO wajib ada cinta yang satu sahaja kepada parti, tidak boleh cinta poligami, tidak boleh cinta berbelah bagi atau kata orang Indonesia berbagi cinta…tak mungkin Pak...engga' bisa Pak…
Saudara dan Saudari,
BERKHIDMAT TANPA JEMU DAN BERKORBAN
Orang UMNO itu adalah orang yang sanggup berkhidmat tanpa jemu dan sanggup berkorban. Pengorbanan adalah satu sifat yang harus bersebati dalam diri orang UMNO.
Bersandarkan prinsip persalingan, orang UMNO harus menunjukkan keikhlasan berkhidmat kepada rakyat.
Beringatlah bahawa, rakyat sedang memerhati kita. Kata orang, rakyat itu sentiasa merasa, mendengar dan mengadili, biar betapapun senyap suara mereka, biar betapapun jua diam gerak geri mereka.
Di sudut lain, sambil menghadam peradaban Melayu, orang UMNO perlu bermuhasabah ke dalam diri masing-masing. Masih wujudkah semangat Tun Tuah di sanubari? Masih bergemakah kekentalan jiwa Tun Fatimah?
Mahu tidak mahu, orang UMNO harus berusaha tanpa jemu. Biar berdepan apa pun cabaran, pastikan UMNO menang, biar dilintang apapun dugaan, orang UMNO mesti terus berdamping dengan rakyat. Sedarlah kita bahawa, dalam sistem demokrasi, tidak ada tempat kedua. Kita wajib jadi juara.
Kesimpulannya, kemuncak pengorbanan adalah menjunjung kepentingan dan maruah parti, bukannya kepentingan dan maruah peribadi.
Saudara dan Saudari,
i) 1946
Terpanggu atas segalanya, kejayaan terbesar UMNO adalah menyatupadukan orang-orang Melayu melalui penubuhannya pada 11 Mei 1946. Lantaran itu, perlu ditegaskan bahawa, kejayaan ini bukannya kecil, jauh sekali daripada bersifat enteng kerana bangsa Melayu sebelum Perang Dunia Kedua, masih belum endah politik, disamping terbelenggu semangat kenegerian.
Jangan dilupa juga, termusta'id dalam lembaran sejarah bahawa, UMNOlah yang telah berjaya menguburkan penubuhan Malayan Union dan menggantikannya dengan sistem Persekutuan Tanah Melayu. Sekaligus, ditanda dengan episod itu, UMNO telah berbakti menyelamatkan kedudukan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu dan kesucian agama Islam.
Saudara dan Saudari
ii) 1951
Kemudiannya, satu episod getir telah dilalui oleh UMNO apabila Dato' Onn Jaafar seorang tokoh bangsa, selaku Presiden Pengasas, meletakkan jawatan, sebagai Yang DiPertu,a dan keluar dari parti.
Pada masa tersebut, banyak pihak telah menitipkan belasungkawa dan membacakan talqin terhadap UMNO kerana hilangnya kepimpinan. Sekalipun begitu, pemilihan parti telah menyaksikan Tunku Abdul Rahman mengambil tempat sebagai Yang DiPertua dengan Tun Razak sebagai Timbalannya yang setia.
Ternyata, telahan kelam oleh pelbagai pihak bahawa, UMNO akan karam, amat meleset, malah, penggantian kepimpinan ini telah merancakkan lagi usaha bagi mendapat kemerdekaan negara. Serentak dengan itu, slogan "Hidup Melayu" telah diubah kepada "Merdeka".
Kendatipun para ahli tidak menerima cadangan Dato' Onn untuk membuka pintu UMNO kepada orang-orang bukan Melayu, kepimpinan parti waktu itu, memahami realiti yang ada dan berfikir panjang, malah berilham jauh ke hadapan dengan mencipta prinsip atau konsep perkongsian kuasa unik, melalui Parti Perikatan dengan menggabungkan UMNO, MCA dan MIC. Yang termustahak adalah, taat setia semua kaum kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Saudara dan Saudari,
iii) 1955
Menyentuh usaha tersebut, iltizam UMNO bagi menjayakan prinsip yang dipelopori jelas terpamer sejak dari awal lagi. Sebagai contoh, dalam pilihanraya tahun 1955, untuk memilih 51 daripada 52 ahli Majlis Perundangan Persekutuan, prinsip perkongsian kuasa telah dipraktikkan UMNO apabila kita meletakkan calon di hanya 35 kawasan, berbanding MCA, 15, dan MIC, 2. Walhal, daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, 50 adalah kawasan majoriti Melayu, dan hanya 2, kawasan majoriti Cina.
Perlu diketahui juga, pecahan pengundi semasa pilihan raya tersebut, mencatatkan majoriti kira-kira 84 peratus atau lebih 1 juta pengundi Melayu. 11 peratus atau seramai 143 ribu pula, adalah pengundi Cina, manakala 50 ribu, atau, hampir 4 peratus sahaja, di kalangan pengundi India.
Hakikat tersebut nyatanya, tidak menghalang semua calon parti MCA dan parti MIC untuk menang. Bagi pemimpin dan orang-orang UMNO, demi mencapai perpaduan antara parti-parti komponen Perikatan, mereka harus menunjukkan keikhlasan berkongsi kuasa. Keikhlasan ini dimanifestasikan dalam bentuk kerelaan memberi kerusi majoriti Melayu kepada parti-parti komponen untuk ditandingi.
Tidak terhenti setakat itu sahaja, ia diikuti pula dengan kesanggupan orang-orang UMNO untuk mengundi calon bukan daripada bangsa mereka sendiri, demi matlamat lebih besar, yakni memenangi pilihanraya, kemudiannya, membentuk kerajaan, seterusnya mencapai kemerdekaan.
Terbukti, sejak dari dulu lagi, UMNO bukanlah sebuah pertubuhan rasis. UMNO sebenar dan sebetulnya adalah pencetus serta perintis kepada semangat tolak ansur antara kaum, yang akhirnya, telah mencipta kestabilan sosial, membawa kepada kemakmuran nasional.
Saudara dan Saudari sekalian,
iv) 1957
UMNO juga melalui Parti Perikatan telah mengemudi pelayaran bahtera merdeka, tanpa pertumpahan darah, mahupun revolusi. Ia dimeterai atas meja rundingan. Syukur, tiada kemusnahan, sekalipun terhadap sumber kekayaan negara, samada dalam bentuk ladang mahupun lombong. Ini, membolehkan kerajaan yang baru merdeka, membina sebuah watan aman berjaya, di atas asas-asas pemerintahan sedia ada.
Setepatnya, kisah kejayaan kita bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan, 54 tahun yang lalu. Ia bertitik tolak apabila Kerajaan Perikatan dengan kuasa terhad, di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman dibentuk pada tahun 1955. Sebaik sahaja mencapai taraf berkerajaan sendiri, Perikatan mula mengorak langkah, bagi membaiki nasib rakyat, dengan penggubalan Rancangan Malaya Pertama, antara tahun 1956 hingga 1960. Dalam ketika itu, pada 1956, FELDA ditubuhkan, disusuli pula langkah-langkah lebih konkrit pasca merdeka.
Penubuhan FELDA menjadi satu langkah yang amat mendahului waktunya. Ia telah memberi peluang kepada mereka yang tidak bertanah, ia telah membawa sinar kepada mereka yang tidak mempunyai harapan, dan ia telah menawarkan permulaan baru untuk warga Malaysia keluar daripada kemelut kemiskinan. Segala tahmid ke hadrat Yang Esa, hari ini terdapat lebih 100 ribu peneroka di seluruh negara yang telah menikmati hasil rancangan penuh berwawasan ini, bersama-sama ratusan ribu generasi kedua.
Saudara dan Saudari,
Berbalik kepada salasilah, apabila negara memperoleh kemerdekaan, maka cabaran pertama dihadapi UMNO dan Parti Perikatan ialah, bagaimana hendak menangani pengaruh dan ancaman Parti Komunis Malaya serta menamatkan darurat yang telah diisytiharkan pada tahun 1948. Alhamdulillah, matlamat ini telah berjaya dicapai, kurang daripada tempoh tiga tahun selepas 1957.
Kejayaan yang dicapai bukanlah sedikit, sebaliknya ia begitu signifikan dan tersergam kepada negara. Kita harus melihat kejayaan ini dari perspektif apa yang berlaku dirantau ini. Kalau diamati, walau ada penglibatan kuasa besar dunia dengan kekuatan militer tanpa tolok banding, masih tidak mampu menghalang pengaruh komunisme. Sebaliknya, sebuah kerajaan baru merdeka, dengan sokongan padu rakyat, berjaya menyanggah teori domino.
Oleh yang demikian, UMNO mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu yang cuba menulis dan meriwayat semula sejarah, dengan memperlekehkan sumbangan para pahlawan negara. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mengenang budi, kerajaan Barisan Nasional tidak akan sekali-kali membiarkan wirawan serta wirawati kita, tanpa pembelaan sewajarnya. Sesungguhnya, jasa dan bakti mereka akan terus malar serta segar dalam sanubari dan ingatan setiap rakyat Malaysia.
Selepas memenangi keamanan, telah diisytiharkan pula perang terhadap kemiskinan dan kemunduran. Seperti disebut tadi, ini wajar dilakukan kerana, seawal merdeka, lebih 89 peratus rakyat Malaya hidup di kawasan luar bandar dan pedalaman, dengan kadar buta huruf yang tinggi, akses kepada pendidikan yang rendah, ditambah pula kemudahan asas yang terkebelakang.
Lucunya, kita kini mendengar pihak-pihak tertentu tanpa segan silu menguar-uarkan konsep negara berkebajikan. Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada mereka, kerana, baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Sesungguhnya, mereka sudah 60 tahun terlewat.
Soalnya, kenapakah kini, baru prihatin terhadap kebajikan rakyat? Kita ingin bertanya, sebelum ini apa matlamat perjuangan mereka? Adakah matlamatnya semata-mata untuk memecahbelahkan ukhuwah umat? Hakikatnya, dengan segala inisiatif dan perlaksanaan demi rakyat, kerajaan Barisan Nasional sudah sejak melebihi enam dekad, mengamalkan konsep negara berkebajikan.
Saudara dan Saudari,
v) 1969
Apabila tragedi hitam rusuhan kaum 1969 terjadi, prognosis pemerhati antarabangsa terhadap Malaysia amat buruk. Mereka meramalkan kita akan gagal manakala rakyat seolah-olah telah hilang harapan. Sementelahan pun begitu, UMNO dan rakan-rakannya jauh dari menyerah kalah atau hilang pedoman. Sehubungan peristiwa ini juga, jangan sekali-kali kita alpa bahawa, terdapat di kalangan pemimpin pembangkang, turut terlibat mengapi-apikan slogan untuk menghina orang Melayu sehingga berlakunya tragedi 13 Mei.
Saudara dan Saudari sekalian,
vi) 1970
Tarikh 22 September 1970 menyaksikan Tunku Abdul Rahman melepaskan kepimpinan negara diikuti kepimpinan parti. Tun Razak telah mengambil alih kedua-dua jawatan tersebut, maka bermulalah era pelaksanaan DEB. Fokus masih lagi kepada kawasan luar bandar dan pedalaman.
Ini dicerminkan menerusi penubuhan agensi, antara lainnya, RISDA, untuk pekebun kecil getah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Kemajuan Ternakan Negara, masing-masing untuk petani, peladang dan penternak. Bagi merancakkan pembangunan wilayah pula, kerajaan telah menubuhkan KEJORA, KETENGAH, PERDA, KEDA, KESEDAR, DARA dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka.
Bagi mencipta masyarakat perdagangan dan perindustrian serta kemasukan kaum Melayu/Bumiputera ke dalam sektor moden pula, kerajaan telah menubuhkan agensi seperti Bank Bumiputra, UDA, Pernas dan Perusahaan Awam Bukan Kewangan atau PABK.
Kesan utama pelaksanaan dasar ini, dan pewujudan Barisan Nasional adalah terciptanya kestabilan sosial yang membolehkan pertumbuhan ekonomi mapan dengan kadar pukul rata hampir 7 peratus untuk dua dekad berturut-turut. Ini secara langsung telah meningkatkan kemakmuran serta taraf hidup semua rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum.
Saudara dan Saudari,
vii) 1988
UMNO menghadapi saat paling dahsyat apabila parti keramat ini diharamkan pada tahun 1988. Ini kerana keputusan pemilihan parti 1987 tidak dapat diterima dan kes telah dibawa ke mahkamah.
Walaupun UMNO berpecah dua, seraya menyaksikan satu percubaan untuk meniru konsep Barisan Nasional melalui Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah, hal ini tidak berjaya, kerana tidak ada keikhlasan.
Sungguh apapun, segala cabaran telah berjaya diharungi. Bangkit dari runtuhan UMNO lama, UMNO baru telah wujud bagi terus membela umat Melayu dalam satu proses pemulihan parti dengan tidak mengambil masa yang lama.
Saudara dan Saudari,
viii) 1990
Berlawanan dengan tafsiran cetek oleh sesetengah pihak, DEB sejelasnya tidak pernah merugikan orang-orang bukan Melayu. Buktinya, setelah dua dekad pelaksanaan, pada tahun 1990, orang bukan Melayu masih lagi memiliki ekuiti terbesar dalam kekayaan negara manakala pendapatan pukul rata isi rumah mereka, masih yang tertinggi antara kaum di Malaysia.
Diperakui, walaupun matlamat pemilikan ekuiti tidak tercapai sepenuhnya, paling terkesan ialah penciptaan kelas menengah Melayu yang besar, menjelang berakhirnya dasar ini. Saiz kelas menengah ini meningkat tinggi dengan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional antara 1991 hingga 2000. DEB, sebenarnya telah mengasaskan kestabilan sosial kebangsaan yang membolehkan penciptaan kekayaan dan kemakmuran dinikmati oleh semua pihak.
Salah satu kisah kejayaan lagi, ialah bertambahnya jumlah profesional Melayu/Bumiputera. Jika dikaji, ketika bermula pelaksanaannya pada awal 70an, hanya terdapat kurang 5 peratus profesional daripada kaum Melayu dan Bumiputera. Jumlah ini telah bertambah kepada 45 peratus dari keseluruhan profesional hasil DEB dan dasar-dasar seangkatan dengannya.
Prakarsa kerajaan melalui penubuhan sekolah berasarama penuh atau SBP dalam bentuk Sekolah Menengah Sains, Maktab Rendah Sains MARA, pusat asasi sains, matrikulasi untuk IPTA tempatan dan penghantaran pelajar ijazah pertama ke luar negara menjadi pemangkin yang telah membawa kepada kemunculan kelas pertengahan Melayu.
Dasar ini juga telah menunjang pergerakan menegak mobiliti sosial, maka tidak pelik melihat anak seorang buruh kasar hari ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan. Anak pesawah, penoreh getah, nelayan dan peladang pula menjadi anggota pentadbiran tertinggi, penjawat awam dan korporat, usahawan, hartawan dan cendekiawan.
Saudara dan Saudari,
Sebagai dimaklumi, asalnya kita adalah sebuah negara pertanian yang eksport utamanya adalah komoditi seperti getah, kelapa sawit dan bijih timah. Pada pertengahan tahun 80an, apabila pulih daripada menghadapi kemelesetan ekonomi akibat kejatuhan harga komoditi utama negara, kerajaan telah memulakan proses industrialisasi.
Tumpuan juga mula diberikan bagi menjadikan Malaysia pusat tarikan pelancongan global disamping pembinaan projek infrastruktur yang besar. Misalnya, Lebuhraya Utara-Selatan yang telah berjaya merangsang pertumbuhan dan proses urbanisasi.
Pucuk pangkalnya, semua inisiatif, dasar dan program ini telah membawa kepada perubahan struktural bukan sahaja kepada lanskap sosioekonomi rakyat Malaysia tetapi juga kepada sistem nilai, taraf hidup dan pendidikan lebih tinggi serta akses kepada maklumat yang lebih luas.
Saudara dan Saudari,
ix) 1999
Direnung-renung dan ditinjau-tinjau semula, dalam Pilihanraya 1999, sungguhpun penggunaan telefon bimbit makin meningkat, disebabkan keupayaan teknologi masih terbatas ketika itu, ia belum mampu menyalurkan data. Maka, e-mel, faks dan laman sesawang yang tidak interaktif, menjadi medium popular sebagai penyampai berita alternatif. Meneropong kembali, waktu itu, belum ada Google, belum ada Facebook, belum ada Twitter hatta telefon pintar.
Berbanding sekarang ini, menurut data dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kita mencatat 36 juta pelanggan telefon selular, iaitu kadar penembusan 124%, atau, 124 set bagi 100 penduduk. Penembusan jalurlebar sekarang pula telah meningkat kepada 62% langganan isi rumah. Dengan kata lain, 4 juta isi rumah dari sejumlah 6.5 juta isi rumah, atau, lebih 16 juta penduduk Malaysia mempunyai kemudahan jalurlebar.
Selain itu, lebih 40 peratus yang melanggani TV satelit berbayar, mendedahkan mereka kepada saluran berita seperti CNN, BBC dan Al-Jazeera, bagi mengikuti perkembangan dunia secara langsung.
Saudara dan Saudari,
x) 2011
Bertapak jauh selepas satu dekad, pengenalan SMS, MMS, BlackBerry Messenger, telefon pintar, media sosial, tablet eletronik pintar dan Wi-Fi percuma telah mejadikan akses kepada idea, pendapat dan berita melaluinya menjadi lebih mudah.
Umpamanya, ucapan perayaan Aidil Adha, yang disiarkan semasa saya dan rombongan mengerjakan Haji baru-baru ini, telah dirakam semasa di Padang Arafah, dengan menggunakan iPhone, sebelum diedarkan kepada media tempatan.
1. Saudara dan Saudari,
Berkalam tentang kecanggihan sebegini, demikian kita menyaksikan saat-saat akhir Saddam Hussein di tali gantung, serta juga nasib yang menimpa Muammar Gaddafi. Perubahan yang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya dan Yemen serta protes di Syria seperti kita lihat, adalah juga, genesis kepada medium media sosial. Kita dapati, walaupun pemerintah negara-negara berkenaan cuba untuk membuat putaran cerita, namun dengan hanya telefon pintar, jalurlebar dan YouTube, mampu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, di negara-negara tersebut.
Berpacu dari sini, kerajaan, melalui SKMM telah mewujudkan lebih kurang 560 pusat jalurlebar masyarakat, iaitu hampir satu di setiap mukim di negara ini. Kita mantapkan lagi usaha penubuhan lebih 1300 kampung tanpa wayar di merata negara, agar, rakyat keseluruhan, berkemampuan melayari internet manakala 1700 lagi masih dalam proses.
Malaysia sekarang sudah terletak antara tangga teratas di kalangan negara Asean dari segi kemampuan ICTnya. Kita juga mempunyai 17.5 juta pengguna Internet, dan menurut kajian, orang Malaysialah, yang paling ramai mempunyai rakan Facebook, yakni, secara puratanya, 234 bagi setiap seorang.
Saudara dan Saudari,
Begitu juga bermula tahun 90an, bagi menangani perasaan tidak puas hati terhadap akses pendidikan tinggi, maka, bermula tahun 1995, kerajaan telah mengorak langkah untuk meliberalkan sektor pengajian tinggi tempatan.
Kesannya, dari hanya 9 buah universiti awam, hari ini telah bertambah menjadi 20. Disamping itu, 25 universiti, 22 kolej universiti dan lebih 400 kolej swasta serta 5 kampus tempatan universiti asing kini telah wujud.
Saudara dan Saudari sekalian,
Hasil peningkatan taraf sosioekonomi dan akses lebih meluas kepada pendidikan pasca menengah, telah mewujudkan generasi rakyat Malaysia baru lebih kritikal dan meningkat ekspektasinya terhadap kerajaan.
Generasi ini adalah anak-anak kepada generasi pertama DEB. Mereka dilahirkan bermula tahun 70an. Generasi ini, tidak suka dibentak-bentak, tidak suka diarah-arah apa yang perlu dilakukan, tidak gemar diberitahu apa yang benar dan salah, serta paling tidak disenangi mereka apabila kita mengungkit-ungkit jasa-jasa kita yang lalu.
Kita dapati bahawa, mereka ini mahu terus dirundingi, mahu kebebasan untuk menilai, berhujah dan membuat keputusan berdasarkan kepada pasaran maklumat dan idea yang ada. Jadinya, untuk terus kekal, UMNO perlu berkomunikasi mengikut langgam dan laras bahasa anak-anak muda, supaya parti kita difahami.
Lalu, dalam persekitaran inilah kerajaan mengumumkan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU bagi membenarkan mahasiswa dan mahasiswi universiti awam untuk menjadi ahli parti politik apabila mencapai umur baligh undang-undang atau 18 tahun.
Saudara dan Saudari,
UMNO sentiasa mendengar suara dan menghargai peranan serta sumbangan orang muda. Kita mengiktiraf mereka bukan sahaja apabila menghadapi pilihan raya, sebaliknya pada setiap masa dan ketika.
Dalam sejarahnya, UMNO adalah parti politik pertama di negara ini, yang mempunyai sayap untuk orang muda, lelaki, wanita dan diikuti dengan sayap puteri. Bagi meningkatkan peranannya, dalam pindaan Perlembagaan UMNO yang terbaru, kita telah menambah jumlah perwakilan di peringkat Bahagian dan Perhimpunan ini. Malah, jumlah mereka juga ditokok dalam proses memilih pucuk pimpinan parti.
1. PENUTUP
Saudara dan Saudari,
Kejayaan membentuk wajah Malaysia seperti yang ada, telah menghadapkan kita dengan cabaran terbesar kepada survival parti dan Barisan Nasional itu sendiri. Sama ada kita akan kekal sebagai parti yang dipercayai rakyat dan mendapat mandat bagi terus menjadi kerajaan, bergantung kepada kesedaran, kefahaman dan tindakan kita selanjutnya.
Sepanjang ucapan saya tadi, dirakamkan kronologi 10 detik yang telah menjadi "game changer" kepada UMNO menyusuri sejarah parti.
Sehubungan itu, suka saya simpulkan, 5 kekuatan teras, yang membolehkan kita menghadapi apa pun badai dan mehnah yang merempuh parti, samada bersifat dalaman, mahupun luaran. Pertamanya ialah, keupayaan menggagas semula parti bagi memanfaatkan persekitaran yang baru.
Kedua, pengamalan prinsip wasatiyyah dalam semua bidang, samada urus tadbir, perkongsian kuasa, iktisad yakni ekonomi, perhubungan kaum mahupun perhubungan antarabangsa.
Ketiganya, UMNO sentiasa mengulungi idea atau "supremacy of ideas" dalam era pertarungan minda dan persaingan sengit pasaran idea serta maklumat.
Keempat, UMNO perlu terus meletakkan kebajikan rakyat di atas segalanya-galanya. Segala dasar yang digubal, prakarsa yang dirancang dan program yang dilaksana mengutamakan kebajikan rakyat.
Kelimanya, kebolehan UMNO untuk mengotakan apa yang dikata dan menunaikan janji. Pucuk pangkalnya, kita bukan seperti sesetengah pihak yang hanya menjadi tukang karut.
Saudara dan Saudari,
Oleh sebab itulah, apabila saya mengambil alih tampuk kepimpinan parti dan kerajaan tiga puluh bulan yang lalu, saya dan rakan-rakan sama ada dalam Majlis Tertinggi UMNO, Dewan Tertinggi Barisan Nasional mahupun Kabinet, telah mengambil keputusan untuk melaksanakan proses islah dan pembaharuan.
Dalam parti, mula-mula sekali kita telah membesarkan francais pemilih bagi ahli-ahli Majlis Tertinggi. Kita mahu lebih ramai orang UMNO diberi hak untuk memilih pemimpin mereka. UMNO bukan parti yang gentar terhadap demokrasi seperti tuduhan seteru politik kita, malah UMNO adalah parti yang mendakap demokrasi. Kata pepatah Inggeris "the proof of the pudding is in the eating".
Kita bukan seperti pihak lawan. Contoh pertama, Parti A, jawatan Ketua Umum, sudahlah tidak dipilih secara demokratik, lebih berkuasa pulak dari Presiden parti. Contoh kedua, Parti B sebuah parti yang memakai gelar demokrasi, namun, langsung tidak demokratik. Apakah demokratik namanya kalau perwakilan cawangan memilih 20 orang ahli jawatankuasa pusat dan kemudian ahli jawatankuasa pusat tersebut pula, memilih kepimpinan tertinggi parti? Ini jelasnya, tidak sama sekali mencerminkan kehendak ahli terbanyak.
Manakala contoh ketiga, adalah Parti C, yang kononnya memperjuangkan negara kebajikan. Lahawlawala...., jawatan Mursyidul Am pun, tampaknya tidak diundi secara demokratik, tetapi ternyata lebih berkuasa dari Presiden. Sama jugak dengan Parti A. Tambahan lagi Parti A itu, suami, Ketua Umum, isteri, Presiden, anak perempuan sulung, Naib Presiden, Timbalan Presiden pulak.....hrmm...tak payah lah kita cerita.
Saudara dan Saudari,
Menelaah perkara-perkara itu, kita mesti insaf, jika UMNO masih gagal memahami dan menghayati faktor-faktor yang menjadi "game changer" atau peneraju cara gaya baru kepada lanskap politik nasional, serta tidak pula mengambil langkah merangka semula "game plan" yakni gerakan terancang, maka kita namanya menempah tragedi untuk parti.
Apakah yang dimaksudkan dengan game changer ini? Pertamanya ialah realiti baru. Jika UMNO tidak memahami realiti baru lanskap politik nasional, bagaimana UMNO dan BN mahu berjaya? Keduanya, media baru. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, UMNO harus menguasai media baru kerana hari ini, detik ini, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan. Ia berupaya mendatarkan "the playing field" atau ia turut boleh menjadikan satu pertarungan itu, tidak setara. Dari yang demikian, orang UMNO wajib mengetahui cara-cara untuk memanfaatkan media baru demi survival parti.
Memenuhi maksud dan menjiwai realiti baru juga, UMNO selaku sebuah parti siasah yang dinamik, tidak boleh hanya sekadar hebat bertempur dalam pertarungan lalu, kita semestinya juga menjadi juara dalam berperang di medan laga terkini.
Ketiga, UMNO juga harus menghayati pemikiran baru yang ada di kalangan semua segmen pengundi, bagi menarik sokongan mereka. UMNO tidak boleh bersikap atau sekalipun dilihat sebagai bersikap angkuh lagi sombong. Jika tidak, para pengundi dan rakyat akan benci dan menjauhi kita.
Saudara dan Saudari,
Selama hampir enam dekad, UMNO telah menjadi parti teras yang menonggak kejayaan. Selama ini, rekod-rekod membuktikan bahawa, kita tidak pernah mendominasi atau sekalipun berniat untuk mendominasi parti-parti komponen seperti yang difitnah oleh pembangkang.
Jauh sekali dari kemelut gabungan parti pembangkang yang tidak mampu berijma' dan bersatu hati walaupun dalam soal-soal dasar. Misalnya, dalam perihal negara Islam, Parti A kata, setuju secara peribadi, Parti B kata, tidak sekali-kali, langkah mayat mereka dulu, Parti C pulak kata "kita tukar jadi negara kebajikan". Pening dan keliru rakyat dibuatnya.
Berbeza dengan UMNO, sebagai parti teras, kita mengambil langkah berganding dan bekerjasama dengan parti-parti komponen. Kerjasama kita bersifat pragmatik, realistik dan ikhlas. Kita menerima seadanya rakan-rakan dalam Barisan Nasional. Kita saling percaya mempercayai, saling bergantungan dan saling bersefahaman sejak sebelum merdeka lagi. Inilah yang membuatkan kita berjaya sebagai teraju dalam memakmurkan negara ini.
Saudara dan Saudari,
Sebagai game changer yang kesebelas, kita mulakan dengan Program Transformasi Kerajaan bagi membaiki penyampaian sektor awam. Seterusnya, Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi sebagai peta halatuju pusingan akhir ke arah wawasan negara maju berpendapatan tinggi. Kemudiannya, Program Transformasi Politik bagi menyeimbangkan antara Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu.
Program Transformasi Luar Bandar dilancar, bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dan pedalaman, serta, Program Transformasi Sosial yang berpandukan falsafah pemandu 1Malaysia. Kita lanjutkan pula dengan inisiatif-inisiatif yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu 1Malaysia dan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PRIMA.
1. Saudara dan Saudari,
Sebetulnya, apa yang ada hari ini seperti dapat disaksikan oleh semua, bukan dibina dalam masa yang singkat. Ia terbina dengan penuh tatih, pengorbanan dan jerih payah. Ia dibangunkan oleh bapa-bapa kita orang-orang Melayu, orang-orang Cina, orang-orang India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi termasuklah orang asli dan orang Siam. Cita-cita mereka, impian mereka, tidak lain tidak bukan demi kehidupan lebih baik untuk kita. Ia diteruskan lagi oleh generasi kini yang mendambakan masa depan lebih cerah untuk anak-anak cucu kita.
Ingatlah....., ingatlah bahawa, semua ini dimungkinkan oleh kita orang-orang UMNO, sebuah parti yang amat berjasa kepada kita semua, bukan sahaja anak-anak Melayu tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya. Namun, alangkah pedih dan alangkah lukanya hati kita, pabila hari ini, UMNO, parti yang sarat jasa dan baktinya, sedang dimomok, dinista dan dicerca semahunya. Malah, jasa kita seolah hendak dipadam terus dari helaian sejarah.
Mereka tanpa malu dan segan, gah mendakwa bahawa, UMNO langsung tiada budi atas kehidupan mereka. Kalau benarlah begitu, siapakah yang mengubur Malayan Union? Siapa yang memenangi kemerdekaan secara aman? Kalau bukan parti bertuah ini.
Saudara dan Saudari,
Mengatasi semua persoalan ini, kata orang, kalau mandi air dikali, jangan lupa pada siapa yang menggalinya. Kerana bukankah UMNO yang menjadi induk, mencipta kemakmuran?
Ini tidak, belum lagi berkuasa, sudah ibarat kaduk naik junjung. Ibarat lidah tidak bertulang, katanya mahu membuang separuh dari penjawat awam kalau sudah berkuasa. Apa maksud mereka mahu membuang lebih 200 ribu orang guru? Siapa yang mahu mengajar anak-anak kita? Bukan semua yang mampu menghantar anak ke sekolah-sekolah swasta.
Tidak cukup dengan itu, mahu ditamatkan khidmat separuh doktor dan jururawat sedangkan tidak semua rakyat Malaysia yang mampu mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta. Mahu diberhentikan separuh tentera dan polis? Lalu, pada siapa hendak diharap untuk membenteng keselamatan kita dan keluarga?
Saudara dan Saudari,
Inilah nasib yang akan melanda, jika UMNO sudah hilang kuasa. Siapa yang akan membela syiar Islam? Siapa yang mampu membela hak umat dan agenda orang Melayu? Siapa pula yang dapat terus memuliakan Raja-Raja kita? Tepuklah dada, tanyalah jawapan.
Saudara dan Saudari,
500 tahun yang lalu, jatuhlah empayar Melaka. Ia jatuh bukan kerana Melayu kurang hulubalang atau kependekarannya, ia rebah bukan kerana kemiskinan atau kefakiran, ia tersungkur menyembah bumi kerana terlerainya perpaduan dan berlakunya pengkhianatan.
Begitu juga nasib tamadun-tamadun besar di dunia yang hancur, mereput dan runtuh. China, terhina akibat siri perang candu, Empayar Rom, dirobek perpecahan dari dalam dan Khilafah Othmanniyah, punah dek kerana kehalusan strategi pecah belah dan perintah. Bertolak dari situ, marilah kita jadikan kisah-kisah ini sebagai teladan dan sempadan. Jangan sekali-kali kita terperangkap olehnya.
Saudara dan Saudari,
Akhir kalam, selaku Presiden UMNO, saya bersyukur kerana mempunyai Timbalan Presiden yang setia, barisan Naib Presiden yang taat, Pergerakan Wanita yang tidak jemu-jemu mendokong perjuangan parti, ketumbukan Pemuda yang lantang dan berani, para Puteri yang cekal dan bersemangat, Majlis Tertinggi yang sentiasa bersiaga, khususnya, orang-orang UMNO sekalian, yang menunggu-nunggu panggilan bertempur.
Ayuh, rapatkan saf, nyalakan jamung, gigitlah kuat-kuat perjuangan ini dengan geraham kita. Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba. Bingkaslah orang-orang UMNO, kita turun ke medan bakti.
Mudah-mudahan Allah memberkati. Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!
Apabila engkau terasa hembusan angin fajar diiringi embunnya, Pernahkah engkau berhenti bertanya, Rahsia silam bumi yang engkau pijak, Lipatan sejarah langit yang engkau junjung?
Apabila engkau menegakkan panji-panji perang-mu, Pernahkah engkau berhenti bertanya, Siapakah gerangan pejuang tidak bernama, Yang dulu menggadai jiwa dan raga demi anak bangsa?
Apabila air mata berlinangan ketika engkau memohon restu bonda, Pernahkah engkau berhenti bertanya, Apakah sebab mereka berjuang, tanpa mengira badai yang datang, Apa cerita di sebalik cerita memungkinkan mereka mengorbankan semua?
Apabila anak-anak mu melambaikan tangan dan sayu engkau membalasnya, Pernahkah engkau berhenti bertanya, Bagaimana aku insan biasa dapat menebus segala jasa Bagaimana aku manusia kerdil dapat meneruskan perjuangan mereka?
Apabila semboyan sudah berbunyi diiringi paluan gendang perang ini, Apabila musuh bertentang mata, denyutan nadi semakin kencang, Engkau tidak lagi perlu bertanya, Kerana hari ini, ketika bahtera perang mereka semakin menghampiri, Sudah tentu hari ini, di bawah kibaran panji-panji parti keramat kita ini, Kita akan sama-sama teguh berdiri!
Ayuh Pemuda, Mari kita sama-sama berdiri! Berdiri bukan mencari nama, Berdiri bukan mencari harta, Berdiri kerana aku tidak mungkin lupa sejarah ku, Berdiri kerana aku pewaris perjuanganmu, Berdiri kerana aku siap siaga, terus sahaja bertarung nyawa
Ayuh Pemuda, Mari kita sama-sama berdiri! Berdiri kerana aku Pemuda yang tidak gentar semua, Berdiri kerana aku Pemuda penerus perjuangan bangsa! Berdiri kerana engkau berdiri bersama, teguh kita pasti bersama, kekal utuh ke akhir masa.
UMNO P.Pinang yang diwakili Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri , Ybhg Dato Zainal Abidin Osman mengecam sekeras-kerasnya fitnah terbaru Anwar Ibrahim dan PKR bahawa pihak UMNO Malaysia telah mengeluarkan buku panduan pilihanraya dengan mengarahkan jentera parti menyebarkan fitnah terhadap pembangkang untuk menarik undi Melayu . Rujukan - Detik Daily
Sebagai ahli MT UMNO , beliau menegaskan bahawa UMNO Malaysia tidak pernah mengeluarkan buku panduan pilihanraya yang di dalam menyatakan menyuruh mencipta fitnah . Sebagai sebuah parti yang berpengalaman dan banyak berjasa kepada rakyat , UMNO tidak perlu membuat kerja menabur fitnah ini.
GPB berpandangan buku panduan ini semua hanya rekaan mesin photostat PKR sahaja dan bagi menunjukkan kepada perwakilan Kongres PKR bahawa Anwar menjadi mangsa fitnah UMNO . Memang sah la PKR sudah bangkrap idea hingga buat kerja bodoh dan bangang seperti ini .
Lebih 1,200 penumpang perkhidmatan kereta api di sektor utara terjejas akibat gangguan perkhidmatan setelah satu objek dikhuatiri bahan letupan ditemui di landasan antara laluan Sungkai-Slim River di KM 259 pagi tadi.
Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), perkhidmatan yang telah dibatalkan ialah tren Ekspres Sinaran Utara manakala Ekspres Senandung Langkawi dan Ekspres Senandung Mutiara masing-masing ditamatkan di stesen Tapah Road dan di stesen Kampar di mana penumpang telah dipindahkan menaiki bas perantaraan ke stesen KL Sentral.
Perkhidmatan tren elektrik pula ditamatkan di stesen Tanjung Malim dan penumpang dipindahkan menaiki bas ke stesen Tapah Road manakala tren dari arah Ipoh ditamatkan di stesen Tapah Road dan penumpang dipindahkan menaiki bas ke stesen Tanjung Malim.
Menurut kenyataan itu, pasukan polis telah mengalihkan objek berkenaan dan perkhidmatan pulih mulai petang ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Supt. Roslan Bek Ahmad pula berkata, polis menerima panggilan mengenai objek itu pada 1.45 pagi tadi, dan mengerahkan Unit Pemusnah Bom daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak membuat pemeriksaan di landasan sejauh 76 km antara Tanjung Malim dan Tapah Road.
"Terdapat 21 jambatan antara laluan Tanjung Malim dan Tapah dan pemeriksaan perlu dibuat secara berhati-hati dan mengambil masa kerana keadaan yang gelap," katanya kepada pemberita.
Roslan berkata, hasil daripada pemeriksaan, polis menemui satu bonggol berhampiran sebuah jambatan di landasan di kM 259.25 berhampiran Slim River pada 12.05 tengah hari tadi.
Bonggol itu kemudian diletupkan tetapi siasatan mendapati tiada bom ditemui di situ.
"Hanya sekeping tikar yang dilipat mengandungi botol-botol kosong ditanam berhampiran jambatan berkenaan," katanya.
Roslan berkata polis sedang mengesan individu yang membuat panggilan mengenai objek itu. — Bernama
** Adakah kerana hari ini Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang sedang berlangsung , puak-puak anasir jahat ini cuba hendak sabotaj ???
Perwakilan dari UMNO sebelah utara juga menerima nasib yang sama hingga terlepas ucapan dasar Presiden .
ekspress Senandung Langkawi membawa 400 orang terkandas di Tapah
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak dakwaan bahawa ucapannya ketika merasmikan ketiga-tiga sayap parti - Wanita, Pemuda dan Puteri - kelmarin adalah bersifat rasis.
Katanya, apa yang diucapkannya "bukan suatu yang berbeza sebaliknya memperkukuhkan kesedaran baru" di kalangan orang Melayu tentang perjuangan parti itu.
"Tidak ada perbezaan, apa yang disebutkan dengan sejarah yang telah dinyatakan.
"Cuma orang yang bersikap terlalu rasis sahaja, sepanjang masa, apabila satu pihak bercakap tentang satu kaum, dia kata dia (ini) rasis.
"Mereka tidak sedar, dia lebih seratus kali lebih rasis daripada kita," katanya menjawab soalan pemberita berhubung dakwaan tersebut.
Bagaimanapun, Muhyiddin tidak menyatakan dengan jelas identiti yang dimaksudkan sebaliknya menyifatkan mereka itu "tak ada bukti bahawa dia sanggup bekerjasama dan sanggup berkongsi pengalaman dan kuasa".
Bercakap pada sidang media selepas mendengar ucapan dasar Presiden Datuk Seri Najib Razak, Muhyiddin berkata amanat itu yang menyentuh sejarah parti membuktikan bahawa Umno tidak bersikap rasis.
Ini kerana, kata Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri, Umno sedia berkongsi kuasa dan memperjuangkan prinsip bukan untuk satu kaum.
"Walaupun sejarah dahulu, kita dalam satu peringkat boleh menubuhkan kerajaan Umno sendiri dalam pilihan raya pertama lalu, tetapi kita tidak buat begitu. Kita berkongsi kuasa.
"Dalam fasal-fasal pilihan raya selepas itu, Umno menang kerusi 51 peratus dalam parlimen (tapi) kita berkongsi kuasa. Dan ini kita tidak buat dalam pilihan raya sekali sekala, kita buat sepanjang masa selama 54 tahun.
"Jadi saya, sebagai timbalan presiden, sewaktu berucap, saya menyuarakan perkara yang serupa. Bukan luar biasa," katanya.
Katanya, parti itu mementingkan memberi kesedaran kepada orang Melayu kerana Melayu "faham dan bersama-sama mempertahankan perpaduan antara kaum".
Pada sidang media itu, juga beliau mengucapkan terima kepada presiden parti yang memujinya sebagai timbalan presiden yang "setia".
Muhyiddin menganggap ia satu pengiktirafan dan penghargaan sambil menegaskan beliau "sentiasa setia" untuk membantu Najib dalam segala urusan.
Beliau juga menganggap ucapan Najib yang menggariskan sejarah perjuangan parti, sebagai "ucapan terbaik" dalam mana-mana perhimpunan parti itu.
Bila orang kata PAS itu parti ajaran sesat , puak2 hamPAS ini marah . Sekarang mereka iktiraf pulak Nik Aziz setaraf nabi . Memang songsang sudah fahaman puak2 taksub PAS ini .
Sabda Nabi وَإِنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعْدِي، وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ yang bermaksud " Sesungguhnya tiada Nabi lagi selepasku, yang ada selepas ini adalah Khalifah-Khalifah ". Ianya jelas dan perkara ini umum mengetahuinya, tetapi bilamana ada kesamaran hujah yang disampaikan sedikit sebanyak ia akan mengelirukan umat Islam.
Salam, bukan hendak mengelirukan... tetapi dakwaan sehingga mengiktiraf Nik Aziz sebagai nabi mungkin agak melampau bagi umat Islam lain seperti kita....
Yang pastinya seorang yang buat kerja nabi tak sekali-kali menggalakkan perpecahan sesama umat. Itu baru buat kerja kenabian, belum lagi diiktiraf nabi kerana nabi seperti kita tahu bersifat maksum.
Bagaimanapun mengiktiraf seorang ahli politik yang 'panas' sebagai nabi perlu berhati-hati terutama di atas pentas ceramah sebegini kerana dikhuatiri akan memesongkan akidah dan mewujudkan ketaksuban melampau terhadap seorang yang digelar PAS tok guru.
Lihatlah video di bawah. Rajahmas tak berani nak komen bab sebegini.
Inilah gambar 3 perogol lelaki yang kita tak sangka boleh berlaku pada zaman sekarang.. Sepatutnya semua mereka di hantar ke Perak untuk cari lelaki yang bernama Nga Kor Ming..
MENENTANG ARUS: (Dari kiri) Sophie dan Netsai serta Chakwizira meninggalkan Mahkamah Majistret Harare, kelmarin. — Gambar AFP
HARARE: Tiga wanita Zimbabwe yang didakwa menyerang lelaki untuk mengumpul air mani bagi menjalankan upacara tertentu, telah menerima ugutan bunuh, peguam mereka memberitahu mahkamah di Harare kelmarin.
"Kami mengesahkan mereka menerima ugutan bunuh.
"Setiap kali muncul di khalayak ramai, mereka telah diserang, dihina dan dicemuh orang ramai," peguam bela Dumisani Mthombeni memberitahu mahkamah semasa pendengaran praperbicaraan.
"Sebarang kemunculan di khayalak ramai akan memberi peluang bagi sesiapa sahaja yang telah mengugut untuk mencederakan mereka," kata Mthombeni.
Sophie Nhokwara, 26, dan adiknya Netsai, 24, serta Rosemary Chakwizira, 28, telah ditangkap awal Oktober lalu dan didakwa melakukan rangkaian serangan seksual terhadap lelaki.
Thulani Ngwenya, 24, teman lelaki salah seorang tertuduh, juga didakwa.
Mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin AS$300 setiap seorang dan menyerahkan pasport, dengan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 26 Januari.
Mereka dituduh menyembur seorang pemuda berusia 19 tahun dengan ubat pelali selepas menumpangkan mangsa di dalam kenderaan mereka Mac lepas.
Pada 22 Ogos, mereka menumpangkan seorang anggota tentera dan memaksa mangsa melakukan seks tanpa kondom dengan mereka selepas mengugut untuk menembaknya, jelas mahkamah.
Dalam kes lain, mereka bertiga dikatakan telah berhenti bersebelahan seorang konstabel polis, mengheretnya masuk ke dalam kereta selepas pura-pura bertanyakan arah dan memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengan mereka.
Mereka dikatakan telah menggunakan kereta yang berlainan untuk mengambil 14 lelaki lain dan memaksa mereka melakukan hubungan seks dengan mereka.
Mereka ditangkap ketika terlibat dalam satu kemalangan dan polis menemui 31 kondom yang telah digunakan di dalam but kereta tersebut. — AFP
You are subscribed to email updates from Rajahmas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
TANPA JADI "ORANG UMNO" MAKA BN AKAN TEWAS KERANA SEKIRANYA HANYA JADI "AHLI UMNO" SAHAJA YANG KOSONG JATIDIRI MAKA UMNO AKAN TENGELAM DALAM LAUTAN KEKALAHAN YANG MAHA DASYAT.
DARIPADA UTUSAN MALAYSIA : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htm
Seruan 'jadi orang UMNO' perlu komitmen semua ahli
01/12/2011 5:46pm
KUALA LUMPUR 1 Dis. — Seruan Datuk Seri Najib Tun Razak agar ahli UMNO bukan sekadar jadi ahli tetapi "orang UMNO" menuntut komitmen seluruh warga parti, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, dengan menjadi "orang UMNO", ahli parti bekerja keras membantu menyelesaikan permasalahan rakyat, sedangkan anggota hanya sekadar menyertai parti tanpa menyumbang apa-apa untuk masyarakat.
"Bukan tanggungjawab kepimpinan atasan sahaja untuk melakukan perubahan sikap dan minda ini, ia harus mengakar umbi, membumi dan semua harus bertanggungjawab sepenuhnya untuk menukar persepsi yang selama ini diwarnakan dengan warna agak kelam kepada warna cerah, bagi memberi imej baru pada UMNO bahawa UMNO itu masih relevan di persada politik tanah air," katanya, di sini hari ini.
Beliau mengadakan sidang media bersama rakan sejawatan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, mengulas ucapan dasar Najib selaku Presiden UMNO pada perhimpunan agung parti hari ini.
Sementara itu, Hishammuddin berkata, generasi baru yang mencorak kepimpinan UMNO pada masa depan perlu menghayati nilai-nilai tersebut kerana mereka tidak melalui detik cemas, kepayahan dan kesusahan dalam memastikan kelangsungan UMNO.
"Ada yang sanggup duduk bersila di lantai, datang jauh dan inilah orang-orang UMNO, bukan mereka meminta apa-apa. Hanya nak bersama-sama di rumah UMNO (Pusat Dagangan Dunia Putra) untuk mendengar amanat Presiden dan pemimpin-pemimpin parti.
"Inilah agaknya pesanan Presiden khusus kepada pemimpin muda dalam keghairahan nak menjadi calon, diberikan tempat...dan yang penting kita perlu muhasabah diri," katanya.
Sementara itu, Mohd. Shafie berkata, senario politik negara yang berubah menuntut ahli UMNO melakukan perubahan bukan saja daripada segi budaya dan pendekatan, tetapi juga pelaksanaan gerak kerja.
Katanya, dengan keanggotaan hampir 3.4 juta, "orang UMNO" mampu memastikan parti menang pada pilihan raya umum kelak. — Bernama
TADI DS NAJIB PRESIDEN UMNO SEMASA RASMIKAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO DI PWTC TELAH TEGASKAN BAHAWA DIA PERLUKAN "ORANG UMNO" DAN TIDAK MAHU "AHLI UMNO."
MEREKA YANG HANYA JADI AHLI UMNO TIDAK ADA JATIDIRI UMNO YANG TULIN. SEBALIKNYA ORANG UMNO MEEMILIKI JATIDIRI UMNO YANG TULIN IAITU "SETIA KEPADA PARTI UMNO " DAN TIDAK KHIANATI PARTI BILA MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA.
KITA PUN TAHU BILA ORANG UMNO KERJA KUAT UNTUK MENANGKAN CALUN UMNO, MAKA UMNO AKAN DAPAT KEMENANGAN BESAR SEPERTI PR TAHUN 2001. TAPI BILA ORANG UMNO TELAH TIADA KERANA YANG ADA HANYA AHLI UMNO, MAKA PARTI UMNO DAN BN TIDAK LAGI HEBAT PASDA PR KE 12 PADA 2008.
You are subscribed to email updates from otai To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
DAP hari ini secara tegas menolak tuduhan jahat pihak-pihak tertentu terhadap parti itu yang mengatakan DAP anti Melayu dan anti Islam.
Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang (gambar) berkata, tuduhan-tuduhan seperti itu ternyata tidak berasas dan berniat jahat terhadap DAP.
Menurut beliau, sebaliknya DAP tidak pernah anti Melayu dan anti Islam dan tuduhan seperti itu ternyata satu fitnah jahat terhadap parti itu yang mesti disekat oleh pelbagai pihak.
Katanya, bagaimanapun untuk menyekat fitnah jahat seperti itu bukanlah sesuatu yang mudah, melainkan dengan meminda peraturan dalam pilihanraya bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil ke atas pihak terbabit.
"Itulah sebabnya saya mengemukakan usul ini supaya dipersetujui oleh Dewan yang Mulia ini bagi menyekat fitnah-fitnah jahat disebarkan dalam pilihanraya," katanya ketika membentangkan usul untuk meminda peraturan pilihanraya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. - Harrkhhhharkptuihhh
kit siyal dah gelabah berok...edisi rasis terbaru dari anak buah dia si ngaa ngaa dalam ceramah baru2 ni tak dapat di sangkal lagi. si ngaa dengan muke slamber mintak maap tak ikhlas. so ape lagi cara kit siyal nak kaver line?? ape plak komen kaum india dalam deeayypig? seme lidah dah terkelu kerrrr kehkehkehkeh
waahhhh...balaci penganut agama pasrael suda kasi wally slipau terus naik pangkat nabi seyhhh...NABI NICKY AJIZ A.S..ada plak balaci yang sudi anugerah kenabian kat si wally cabok. kalau ayah pin ade kerajaan langit, si slipau cabok plak ade kerajaan kebajikan.
rasul2 allah pun tak dapat taraf kenabian kecuali nabi muhamad s.a.w..inikan pulak si wally cabok?? tapi kalau dah tahap balaci bawahan yang kasi 'kenabian' kat orang tua kutok tu paham2 aje lerr. dah sampai mana tahap 'keislaman' pasrael agaknye skang nih yek huhuhuhu
so kalau sape2 nak dapat taraf nabi masuk ler kelab Pas!..insyallah besepah2 ler kalangan 'nabi2' dalam kelab pasrael - kliksini
p/s: bayangkan kaki zina pun dpt taraf nabi..perghhh kehkehkehkeh
Serangan terbuka tidak berasas Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap PAS malam tadi membuktikan parti Islam itu berada di landasan betul apabila selama ini menolak idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik, kata Salahuddin Ayub.
Naib Presiden PAS ini menegaskan, kenyataan orang nombor dua Umno dan Barisan Nasional (BN) itu dengan sendirinya menggambarkan mereka tidak jujur dalam pelawaan dan ajakan berkali-kali selama ini, kecuali mahu menghancurkan Pakatan Rakyat.
"Ya, ya. Kita berada dalam landasan yang betul untuk tidak bersama dengan mereka (Umno), menolak ajakan mereka. Pendirian kami memang betul, apa yang kami sangkakan selama ini betul," kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini. - TheMalaysiainsideanuvajiass
yee..yee..btul2!..pas memang ada di landasan btul..landasan ke syurga deeaypig!. dah berapa kali pasrael sujud melutut mintak ampun kat parti rasis komunis? kalau nak di bilang dengan jari tangan di campur dgn jari kaki tak terkire banyaknyeeee huhuhuhu
sejujur2nya pasrael lebih jujur dalam bab memesongkan akidah umat islam untuk memberikan deeayypig kuasa mutlak sekaligus mneguasai minda orang melayu supaya masuk parti mereka dan jadi rasis macam diorang!. alhamdullillahh..berkat doa ugutan pecoh perot wally slipau maka ramai melayu peegayrar dan pasrael sendiri memilih untuk 'menyembah' deeayypig sampai mati!
pasrael sendiri telah menunjukkan keikhlasan mereka dengan membenarkan deeayypig memperlakukan ape saje waima deeayypig mengeluarkan kata2 rasis menghina orang islam yang lain!. jadi tindakan pasrael memang selama ni memang BETUL BELAKE!! kehkehkehkeh
Shahrizat juga menyelar Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin yang mencabarnya supaya meletakkan jawatan berhubung kontroversi projek lembu fidlot yang melibatkan suaminya sebagai Pengerusi Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).
Katanya, Zuraida seharusnya mencabar presiden mereka, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail supaya meletak jawatan ekoran kontroversi membabitkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Utusan Malaysiaku sayang
Mane bleyyy camtu kak jat oiii!...mak lampir nih ler lembu kesayangan anuwar kalau kak jat nak tau. lembu pebret no. 1..kalau dia xde, sape lagi yang nak menguak kat tepi jalan?..kat dewan? atau kat dalam dewan? sudah tentu anuwar kasi dia makan rumput gred terbaik dari ladang.
apa taraf mak lampir kalau nak di bandingkan dengan ketua presiden tunggul kayu peegayyrar? sape yang sanggup 'tukar suar dalam' anuwar kalau bukan mak lampir?..jijah dah malas nak buat keje tu lagi sejak dia dapat tau 'suar dalam' laki dia banyak bekas lendir orang lain! kehkehkeh
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR: Wanita Umno chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil lambasted the opposition, singling out PKR Wanita chief Zuraida Kamaruddin for asking her to resign over the cow and condo issue. She said Zuraida should ask PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail to resign over the controversies surrounding Datuk Seri Anwar Ibrahim. Slightly straying away from her prepared opening speech at the Wanita general assembly, Shahrizat said: "Just because my husband is the chairman of the National Feedlot Corporation (NFC), she asked me to resign. I have nothing to do with it. I am not guilty, yet she wants me to go. "Now I am issuing this challenge to her, Cik Puan, by the same principle, I am daring you to ask the PKR president (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) to resign. "If you are truly brave, ask Wan Azizah to resign because her husband, PKR's adviser, had been found guilty of a crime that I do not even have the heart to say out loud," she said. Shahrizat said the opposition must take her as weak just because she had kept quiet on the issue. "This is just the beginning. I have not even started yet," she said
tunku : shahrizat is wasting her time by challenging zuraidah to ask wan azizah to resign to resign because her husband, PKR's adviser, had been found guilty of a crimes.that is because pkr and other opposition does not mind that their leader is a sodomizer, womanizer etc. they love him for what he is.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP, Karpal Singh hari ini diperentahkan keluar dewan kerana memanggil YB Padang Serai sebagai "Binatang" dan engan menarik balik walaupun diminta oleh Speker.
MP Pakatan Pembangkang ni dah la kurang hajar, ego pulak tu... dah nyanyuk agaknya... kena tukar MP baru lah...
Sumber melalui twitter YB KJ... selanjutnya selepas ini...
Ucapan dasar presiden yang disampaikan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis meliputi semua aspek penting berkenaan keperluan Umno yang mesti difahami dan diterjemahkan pemimpin dan anggota parti, kata ketua-ketua sayap Umno.
Masing-masing menganggap ucapan Presiden Umno itu sebagai pembakar semangat mereka dalam melaksanakan transformasi parti yang mengambil kira persekitaran baru.
Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin berkata walaupun banyak menyentuh sejarah dan jasa pejuang parti terdahulu, Najib turut menggariskan wawasan dan harapan kepada generasi muda.
"Beliau (Najib) sendiri sebut bahawa sekarang kita tidak boleh hanya beritahu orang muda mengenai jasa lama, walaupun penting untuk kita mengingatkan mengenai jasa Umno, tetapi kalau hanya menghidangkan mereka dengan jasa lama, dan tidak ada apa-apa hala tuju yang berwawasan untuk generasi baru ini mereka tidak akan bersama kita (Umno)," katanya di sini pada Khamis.
Katanya Najib juga menyelitkan kepentingan Umno menguasai media baru dan media sosial yang sebelum ini tidak diketengahkan.
Selain itu, kata Khairy presiden parti juga memberi gambaran tidak ada protokol untuk melontarkan idea demi kepentingan parti.
"Selagi idea yang diberikan itu bagus dan bernas, presiden memberi gambaran bahawa ia akan diterima tanpa mengambil kira idea itu datang dari orang lama, pemimpin besar atau generasi muda," katanya.
Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata ciri-ciri 'orang Umno' antaranya taat, setia, mempunyai kasih sayang, berkhidmat dan berjuang yang dikatakan Najib menepati ciri-ciri Wanita Umno.
"Presiden tanya siapa orang Umno, apa ciri-ciri orang Umno itu, kami nampak ciri-ciri ini ada dalam hati dan naluri kami. Wanita akan membawa kekuatan kepada Umno untuk kemenangan pada pilihan raya umum ke-13," katanya.
Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata ucapan presiden itu merupakan pembakar semangat untuk anggota pergerakan itu melaksanakan tugas mereka bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
"Sudah tentu apabila kita menghadapi senario yang sukar, kita akan buat persediaan yang luar biasa dan dengan semangat yang disuntik oleh Presiden tadi barisan kepimpinan Puteri mampu memberikan yang terbaik untuk menghadapi pilihan raya," katanya.
Majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2011 dimulakan dengan upacara perbarisan dan menaikkan bendera Umno di Dataran Putra, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Perdana Menteri tiba pada pukul 8.50 pagi berbaju Melayu biru bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, disambut timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin UMNO yang lain.
Perhimpunan Agung UMNO 2011 dibuka secara rasmi hari ini oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang merupakan perhimpunan terakhir sebelum PRU ke-13.
Semasa memeriksa perbarisan, Datuk Seri Najib diiringi ketiga-tiga pemimpin sayap iaitu Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata, selama hampir enam dekad, UMNO telah menjadi parti teras yang menonggak kejayaan. Selama ini, rekod-rekod membuktikan bahawa, kita tidak pernah mendominasi atau sekalipun berniat untuk mendominasi parti-parti komponen seperti yang difitnah oleh pembangkang.
Jauh sekali dari kemelut gabungan parti pembangkang yang tidak mampu berijma' dan bersatu hati walaupun dalam soal-soal dasar. Misalnya, dalam perihal negara Islam, Parti A kata, setuju secara peribadi, Parti B kata, tidak sekali-kali, langkah mayat mereka dulu, Parti C pulak kata "kita tukar jadi negara kebajikan". Pening dan keliru rakyat dibuatnya.
Berbeza dengan UMNO, sebagai parti teras, kita mengambil langkah berganding dan bekerjasama dengan parti-parti komponen. Kerjasama kita bersifat pragmatik, realistik dan ikhlas. Kita menerima seadanya rakan-rakan dalam Barisan Nasional. Kita saling percaya mempercayai, saling bergantungan dan saling bersefahaman sejak sebelum merdeka lagi. Inilah yang membuatkan kita berjaya sebagai teraju dalam memakmurkan negara ini.
Sebagai game changer yang kesebelas, kita mulakan dengan Program Transformasi Kerajaan bagi membaiki penyampaian sektor awam. Seterusnya, Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi sebagai peta halatuju pusingan akhir ke arah wawasan negara maju berpendapatan tinggi. Kemudiannya, Program Transformasi Politik bagi menyeimbangkan antara Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu.
Program Transformasi Luar Bandar dilancar, bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dan pedalaman, serta, Program Transformasi Sosial yang berpandukan falsafah pemandu 1Malaysia. Kita lanjutkan pula dengan inisiatif-inisiatif yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu 1Malaysia dan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PRIMA.
Sebetulnya, apa yang ada hari ini seperti dapat disaksikan oleh semua, bukan dibina dalam masa yang singkat. Ia terbina dengan penuh tatih, pengorbanan dan jerih payah. Ia dibangunkan oleh bapa-bapa kita orang-orang Melayu, orang-orang Cina, orang-orang India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi termasuklah orang asli dan orang Siam. Cita-cita mereka, impian mereka, tidak lain tidak bukan demi kehidupan lebih baik untuk kita. Ia diteruskan lagi oleh generasi kini yang mendambakan masa depan lebih cerah untuk anak-anak cucu kita.
Ingatlah....., ingatlah bahawa, semua ini dimungkinkan oleh kita orang-orang UMNO, sebuah parti yang amat berjasa kepada kita semua, bukan sahaja anak-anak Melayu tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya. Namun, alangkah pedih dan alangkah lukanya hati kita, pabila hari ini, UMNO, parti yang sarat jasa dan baktinya, sedang dimomok, dinista dan dicerca semahunya. Malah, jasa kita seolah hendak dipadam terus dari helaian sejarah.
Mereka tanpa malu dan segan, gah mendakwa bahawa, UMNO langsung tiada budi atas kehidupan mereka. Kalau benarlah begitu, siapakah yang mengubur Malayan Union? Siapa yang memenangi kemerdekaan secara aman? Kalau bukan parti bertuah ini.
Mengatasi semua persoalan ini, kata orang, kalau mandi air dikali, jangan lupa pada siapa yang menggalinya. Kerana bukankah UMNO yang menjadi induk, mencipta kemakmuran?
Ini tidak, belum lagi berkuasa, sudah ibarat kaduk naik junjung. Ibarat lidah tidak bertulang, katanya mahu membuang separuh dari penjawat awam kalau sudah berkuasa. Apa maksud mereka mahu membuang lebih 200 ribu orang guru? Siapa yang mahu mengajar anak-anak kita? Bukan semua yang mampu menghantar anak ke sekolah-sekolah swasta.
Tidak cukup dengan itu, mahu ditamatkan khidmat separuh doktor dan jururawat sedangkan tidak semua rakyat Malaysia yang mampu mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta. Mahu diberhentikan separuh tentera dan polis? Lalu, pada siapa hendak diharap untuk membenteng keselamatan kita dan keluarga?
Inilah nasib yang akan melanda, jika UMNO sudah hilang kuasa. Siapa yang akan membela syiar Islam? Siapa yang mampu membela hak umat dan agenda orang Melayu? Siapa pula yang dapat terus memuliakan Raja-Raja kita? Tepuklah dada, tanyalah jawapan.
500 tahun yang lalu, jatuhlah empayar Melaka. Ia jatuh bukan kerana Melayu kurang hulubalang atau kependekarannya, ia rebah bukan kerana kemiskinan atau kefakiran, ia tersungkur menyembah bumi kerana terlerainya perpaduan dan berlakunya pengkhianatan.
Begitu juga nasib tamadun-tamadun besar di dunia yang hancur, mereput dan runtuh. China, terhina akibat siri perang candu, Empayar Rom, dirobek perpecahan dari dalam dan Khilafah Othmanniyah, punah dek kerana kehalusan strategi pecah belah dan perintah. Bertolak dari situ, marilah kita jadikan kisah-kisah ini sebagai teladan dan sempadan. Jangan sekali-kali kita terperangkap olehnya.
Akhir kalam, selaku Presiden UMNO, saya bersyukur kerana mempunyai Timbalan Presiden yang setia, barisan Naib Presiden yang taat, Pergerakan Wanita yang tidak jemu-jemu mendokong perjuangan parti, ketumbukan Pemuda yang lantang dan berani, para Puteri yang cekal dan bersemangat, Majlis Tertinggi yang sentiasa bersiaga, khususnya, orang-orang UMNO sekalian, yang menunggu-nunggu panggilan bertempur.
Ayuh, rapatkan saf, nyalakan jamung, gigitlah kuat-kuat perjuangan ini dengan geraham kita. Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba. Bingkaslah orang-orang UMNO, kita turun ke medan bakti.
-Petikan dari sebahagian ucapan dasar Presiden UMNO.
Gara-gara pecah masuk rumah orang, dua warga asing berbangsa negro kena belasah sampai separuh nyawa oleh penduduk tempatan, sehingga salah seorang daripadanya di kejarkan ke hospital dengan ambulan… Namun dua orang lagi bernasib baik berjaya melepaskan diri…
Gambar kurang jelas sebab aku snap pakai BB smartphone...
Yang menyedihkan sikap beberapa remaja cuba mengambil kesempatan untuk membelasah negro tersebut… ada yang gunakan objek seperti kayu, batu dan lain-lain…
Suasana menjadi tegang apabila, beberapa orang penduduk yang sempati cuba menyelamatkan negro tersebut dari terus dibelasah…
Keadaan reda apabila kehadiran pihak polis..
Kejadian berlaku di Pinggiran Batu Caves, Gombak Selangor… Kawasan Ahli Parlimen Azmin Ali PKR. Macam mana Azmin Ali jaga kawasan pun aku tak tahulah!
Jika dahulu masyarakat terhibur dengan filem "Enam Jahanam" arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, kini mereka berdepan dengan "Enam Jahanam" versi pembangkang yang boleh menjahanamkan negara, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Katanya formula "Enam Jahanam" pembangkang itu ialah menjahanamkan sistem demokrasi, menjahanamkan sistem pentadbiran, menjahanamkan maruah negara, menjahanamkan sejarah negara, menjahanamkan jati diri bangsa dan menjahanamkan kemakmuran ekonomi negara.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau sudah menyediakan senarai calon muda pilihan raya untuk diserahkan kepada Presiden Datuk Seri Najib Razak.
Tegas Khairy, calon itu menggambarkan kehendak sebenar rakyat dan bukannya 'calon kabel' hasil tindakan melobi agensi kerajaan yang menyediakan laporan berkaitan seperti polis cawangan khas dan perisik tentera.
"Saya sudah ada senarai pertama. Kita sudah mula nilai. Dalam iPad saya sudah ada, rahsia, calon boleh menang," katanya.
Ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam perhimpunan Pemuda Umno di ibunegara, Khairy menempelak tindakan pihak tertentu yang berjaya sebagai "calon highway" dengan menjaga kepentingan beberapa orang sahaja.
"Kali ini kita pastikan bukan semata-mata bergantung kepada laporan agensi kerajaan, tetapi betul-betul calon yang dikehendaki rakyat," katanya disambut tepukan gemurah lebih 900 perwakilan.-MK
Hampir semua akhbar hari ini menyiarkan permohonan maaf Nga Kor Ming kepada Menteri Besar Perak YAB Dato Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir.
SETIAUSAHA DAP Negeri yang juga Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming meminta maaf kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta semua pihak yang tersinggung dengan kenyataannya dalam satu siri ceramah pembangkang tidak lama dahulu.
Kor Ming mengaitkan Dr Zambry dengan isu warna kulit pada satu ceramah pembangkang 9 September lalu sebagaimana yang didedahkan oleh Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dalam Sidang Dun Perak baru-baru ini.
Mungkin perkara itu selesai, tetapi bagaimana pun ada satu lagi perkara kedua yang masih mengguris hati rakyat Perak iaitu perbuatan Nga, Zunar dan Nizar Jamaluddin yang masih melabelkan dan menghina negeri Perak dengan label Perak Darul Katun.
Tm menerima satu sms menerusi phone mengenai PAU Pemuda.
7 kaedah perkuat PEMUDA: (1)Satukn ahli yg ada kekuatan trsendiri utk unitkn satu pasukan yg utuh. (2)Hindarkn personaliti diri negatif seperti warga korporat. (3)Dekatkn diri dgn masy setempat, adakn prgrm utk menangi hati ahli & rakyat. (4)Kuatkn pasukn cywar. (5)Dekatkn diri dgn masjid. (6)Tanamkn roh pejuang di jiwa. (7)Nyahkn ahli yg brmasalah, pengampu & kaki projek.
Sama-samalah fikirkan Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
1. Dua hari kami berada di luar kawasan, jadi banyak perkara ketinggalan terutama yang melibatkan Perhimpunan Agong UMNO 2011. Tetapi kini kami sudah berada di kawasan acara.
2. Lembu dan RM antara topik hangat dikalangan perwakilan, walaupun tidak terucap semasa perbahasan oleh wakil negeri-negeri. Pembahas dikalangan perwakilan ramai yang play safe. Lebih ramai yang hanya cakap-cakap belakang di luar dewan, di lobi, bilik penginapan, kawasan lepak di sekitar PWTC, restoran etc. Tapi siapalah yang berani bangkitkan isu RM ni? Isu lembu mungkinlah ada perwakilan yang akan sentuh, tapi isu RM??? Kalau berani...cakaplah...nak mampus...
3. Kami turut berkesempatan mendengar sedutan ucapan 'berapi' Shahrizat dan KJ di TV bersama para pelanggan yang memenuhi ruang kedai tempat bersantap. Kami tidak memerhatikan TV langsung, tetapi lebih kepada melihat gelagat pelanggan-pelanggan lain yang menonton semasa siaran ucapan kedua pemimpin sayap UMNO itu.
4. Ada yang mencebik, ada yang ketawa, tersenyum sinis, geleng kepala, dan yang menutup telinga pun ada. Ini adalah reaksi spontan sebahagian rakyat di hadapan mata kami sendiri apabila Shahrizat dan KJ berucap. Ketika Shahrizat berteriak, "Bangun puan-puan...tanya mereka...", yang menyaksikan kesemua Wanita UMNO bangun dengan suasana hingar bingar...spontan terpacul perkataan daripada anak muda yang duduk di sebelah kami, "Beginikah kaum ibu?"
5. Wanita UMNO hari ini sudah jadi geng SARKAS?
6. Pembangkang menyerang Shahrizat dan keluarganya secara peribadi, TAPI mengapa Shahrizat mahu melibatkan UMNO? "Don't take Wanita UMNO for granted", kata Shahrizat. Apa motif Shahrizat? Nak bawak Wanita UMNO karam sekali dengan masalah keluarga dia ke? Adakah MT UMNO bersetuju untuk dibabitkan sekali dalam kemelut peribadi Shahrizat?
7. Shahrizat turut mencabar Wan Azizah meletak jawatan dengan menjadikan kes Anwar sebagai alasan membalas kenyataan Ketua Wanita PKR yang meminta Shahrizat meletak jawatan. Apa punya tur??? Bukankah ia dua isu yang berbeza? Kes Anwar meliwat itu hal peribadi dia, tapi isu suami Shahrizat melibatkan dana negara dan wang rakyat. Bukankah ianya dua perkara berlainan? Lagipun semua orang tahu PKR sememangnya mengamalkan nepotisme dan kronisme korup. Adakah Shahrizat juga cuba nak menyamakan standard UMNO dengan PKR? Jadi apa bezanya UMNO dan PKR? Jika Wan Azizah terima cabaran itu dan meletak jawatan, adakah Shahrizat juga akan ambil tindakan yang sama? Fikir semula...
8. Shahrizat juga terang-terangan menyebut dalam ucapannya, "Suami saya tak bersalah". Bagaimana Shahrizat boleh tahu suaminya tak bersalah? Apa kriteria dan benchmark yang digunakan Shahrizat apabila dengan yakinnya menyatakan suaminya tidak bersalah? Bukankah polis kini sedang menyiasat NFC? Nampaknya hasil siasatan Shahrizat mendahului polis?
9. Bab KJ dan Pemuda UMNO yang turut berhabisan mempertahankan Shahrizat, kami malas nak sentuh. Kalau kami nak bongkar boleh saja akan sebab sebenar mengapa KJ kelihatan bersungguh mempertahankan NFC. Tapi nanti pembangkang dapat C4 pulak untuk bom semula kerajaan. Kalau ada dikalangan pemuda UMNO yang nak terjun gaung sekali dengan KJ, biarkanlah. Lagipun sejak KJ menerajui kepimpinan Pemuda UMNO, kami langsung hilang hormat kepada Pergerakan Pemuda. Bagi kami Pemuda UMNO hari ini tak ubah macam pondan pencen yang diketawakan gay tua.
10. Kepada Wanita UMNO, bangkitlah segera. Jangan disebabkan Shahrizat, imej Wanita UMNO tercalar. Kembalikan maruah Wanita UMNO. Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi UMNO tetap kekal. Jika Shahrizat sudah jadi liabiliti, mufarakahlah cepat. Patah tumbuh hilang berganti. Tak luak pun UMNO tanpa Shahrizat.
11. Selama ini rakyat terutama kaum ibu sangat menghormati Wanita UMNO. Jangan sampai penghormatan itu hilang sedikit demi sedikit dek semangatnya Wanita UMNO semata-mata nak mempertahankan lembu.
12. Saksikanlah (kredit to Minaq Jinggo) video 'ucapan berapi' Shahrizat. Apa yang gempak pun ucapan ni entahlah. Nampak sangat Shahrizat defenseless.
Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan.
Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihanraya tanpa perlu dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini?
Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kredit untuk Minaq Jinggo yang menghasilkan video ini.
MyMassa cuma edit bahagian tengah.
Dalam video ini jelas menunjukkan betapa cuaknya Shamsul Iskandar (Ketua Pemuda PKR) diasak oleh wartawan Cina hasil daripada ucapannya dalam kongres PKR yang lalu.
Bezakan muka cuak Sam Ketot dengan ketokohan Ketua Pemuda UMNO.
Kredit untuk Bro Jinggo dan 1Peluru untuk video ini.
Apa yang MyMassa mahu cadangkan kepada para perwakilan, harap jangan terkeluar kata-kata yang boleh memakan diri sebagaimana yang kena pada Shamsul Iskandar.
*Tengok muka Sam ketot macam muka baby yang ada misai dengan janggut pulak. Rambut pulak macam budak lepas cukur jambul.
Ahli Parlimen DAP PJ Utara Tony Pua Kiam Wee mencadangkan mahu kurangkan kakitangan kerajaan, bagi meringankan beban kerajaan, baru-baru ini timbul isu gelombang bantahan di sidang dewan rakyat.
Apa yang Tony Pua cadangkan ialah mahu tiru cara negeri China, mengurangkan kakitangan awam yang kurang berprestasi, dan ia boleh mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang begitu besar...(itu cakap dia, lepas tu lantik Cina DAP jadi CEO macam di PKNS gaji boleh besar lebih RM45,000 sebab dah pecat kakitangan lain).
Hujah ini mendapat perhatian dari ahli-ahli BN, terutama sekali dari pihak UMNO membelasah cadangan itu, sebagai lidah BN (Utusan Malaysia) melaporkan fahaman yang negatif, ia bukan sahaja memutar belit fakta apa yang dicadangkan, sebaliknya isu itu dijadikan isu perkauman dan politikan.
Sila perhatikan, apa yang Tony Pua cadangkan ialah mahu mengurangkan kakitangan awam yang kurang berprestasi, ini menyebabkan fakta kemelesetan prestasi kakitangan awam, ia bukan bertujuan mahu kurangkan kakitangan awam kaum Melayu. Cadangan itu memang tepat dan tiada masalah, penulis memang angkat tangan dan angkat kaki untuk menyokong kata setuju cadangan itu! (Lepas itu lantik puak Cina DAP dan bocorkan segala maklumat negara kepada musuh negara di Singapura, Israel dan China, macam Cina DAP yang bekerja kat NFC tu bocorkan segala maklumat NFC)
Secara lurus, jika anda bertanya rakan-rakan di sebelah kita, kita tidak susah untuk mencari untuk bertanya, ramai orang berpendapat yang sama: jika kita pergi ke kaunter perkhidmatan di jabatan-jabatan kerajaan, pegawai yang di kaunter itu akan "tunjukkan" kita pergi ke bahagian-bahagian yang diarahkan, mundar mandir saban hari dibuatnya, yang sepatutnya masalah itu boleh diselesaikan sekejap sahaja sebaliknya memakan banyak masa. (puak DAP ne dia nak masuk kaunter kerajaan pakai selipar tandas, pakai selipar jepun, baju nampak ketiak, dia nak perkhidmatan kerajaan macam dia beli daging babi, tanya je terus beli)
Selain dari itu apa yang lazim kita lihat, apabila seorang kakitangan awam mengendalikan sesuatu tugas, kakitangan awam yang lain duduk di sebelah bukan sahaja tiada membuat kerja, malah tidak jalankan tugas yang ada di tangan mereka, mereka kelihatan bertiga berlima duduk berehat, mereka biarkan orang awam beratur panjang menunggu di kaunter...(baca ne wahai kakitangan Kerajaan, Baca macamana puak-puak Cina DAP ne menghina anda...)
Ini adalah masalah keberkesanan tugas oleh kakitangan awam, dan ini adalah perkara yang lazim kita nampak, dan ini bukan dikhaskan untuk mana-mana kaum. Sebab itu apa tujuan asal mahu kurangkan kakitangan awam itu tiada salahnya, sebaliknya mereka cuba alihkan pandangan kepada perkauman, ia bukan sahaja menggambarkan padangan mereka cetek, sebaliknya mereka cuba alihkan pandangan mata orang lain, dan tujuan sebenar mereka mahu putar belitkan fakta, menyebabkan ada kaum yang melenting dan rasa syak wasangka.(
Memang selepas itu seorang lagi ahli parlimen dari Pakatan Rakyat cuba menjernihkan keadaan, dan menekankan bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan kurangkan kakitangan awam dan beri jaminan periuk nasi 1.2 juta kakitangan awam Negara ini, ini adalah satu kenyataan yang benar: kerana parti Pembangkang dan parti pemerintah tidak boleh menyinggung perasaan kumpulan kakitangan awam yang diumpama "kumpulan tuan kepada periuk nasi" ini!
Puak-puak kapir laknat DAP ini semakin melampau!!! Penulis sememangnya tidak dapat menahan amarah lagi apabila si S/U DAP Perak menghina warna kulit Dr. Zambry sebagai HITAM METALIK!
Tidakkah beliau sedar bahawa dalam DAP sendiri terdapat barisan pemimpin yang sama warna kulit dengan Dr ZAMBRY?!! Tidakkah mereka terasa apabila Nga mengeluarkan kenyataan rasis sedemikian?!!
Dan apa yang lebih menyedihkan adalah apabila cercaan dan cemuhan daripada seorang kafir harbi itu turut disambut dengan derai tawa daripada saudara-saudara seiman kita dalam PAS sendiri! Sangat menyedihkan apabila nilai diri pemimpin politik PAS sudah mencapai ke tahap ini. Soal iman dan akidah tidak lagi menjadi perkara pokok dalam mendapatkan kuasa politik!
Malah ramai juga di antara kita yang turut sama tersenyum apabila Nga mengatakan Dr Zambry hitam. Bukankah kita juga yang turut marah apabila seorang pemimpin UMNO P. Pinang melabelkan kaum cina di negara ini sebagai pendatang? Bahkan ada juga di antara kita yang turut serta menekan kepimpinan Pak Lah ketika itu untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemimpin tersebut. Jadi kenapa apabila saudara seagama kita dihina sebegitu rupa kita hanya berdiam diri seolah-olah bersetuju?!!
Ini bukanlah kali pertama DAP menunjukkan taring rasis mereka. Ketika kempen PRN Sarawak tempohari, Violet Yong juga menghasut orang cina untuk menolak kepimpinan kaum Melanau kerana mereka kaum minoriti. Jeff Ooi juga pernah melabelkan kawan sefuckatannya yang bergiat aktif dalam pertubuhan Islam sebagai pengganas.
Adun Komtar sudah dua kali menghina golongan mamak dan orang Melayu. DAP Selangor pula giat memurtadkan umat Islam ketika mereka sibuk menjalani ibadat puasa. Malah mereka juga menggunakan proksi untuk mempertikaikan ibadah korban yang menjadi syariat kepada umat Islam!
Mengapakah ini semua boleh terjadi?!! Bukankah umat Islam di negara yang menjadi majoriti?!! Mengapa boleh sampai ke tahap kaum minoriti 25% sudah berani mempersoalkan semua perkara yang begitu sensitif kepada kita selama ini?!!
Tidak lain tidak bukan, inilah hasil peranan "dakwah" PAS dan toleransi PKR. Mereka kini bukan sahaja memecah belahkan perpaduan orang Melayu, bahkan menjadi pendinding kepada rasis DAP untuk menyerang hal-hal sensitif orang Melayu! Sebab itu mereka sebegitu berani sekarang ini.
Dalam masa yang sama juga, penyokong mereka dididik untuk sentiasa wala' bersama tindakan pengkhianatan ini walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Jika pemimpin mereka mencemar kesucian rumah Allah, diajarnya itulah hasil dakwah. Jika pemimpin mereka berzina, dikatakannya itu hak peribadi yang tidak diceroboh. Dan jika ada yang murtad sekalipun, diajarnya pula itulah tanda kita semakin toleransi!
Jadi apa yang akan jadi kepada umat Melayu sekiranya sekali lagi DAP berarak menyapu keluar mereka apabila menang di KL pada PRU-13 nanti?!! Mempukah kita lagi untuk bangkit bersatu seperti suatu ketika dahulu? Ya Allah, selamatkanlah masa depan anak-anak kami Ya ALLAH!!!
1. Berbekal rasa tawadhu' dan kerendahan hati, Perhimpunan Agung UMNO kali ini ditandai masuknya Tahun Baru Hijrah 1433. Ini bererti, hampir 1380 tahun wafatnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Baginda telah kembali ke pangkuan Ilahi. Pergi selamanya meninggalkan kita dengan dua pegangan utama yakni Al-Quran dan Sunnah sebagai suluh sepanjang zaman agar tidak tersasar dalam perjalanan hidup di dunia ini.
2. Menyisir sirah Nabawi, dengan beriktibar daripada rentetannya, Rasul yang agung itu, telah mewariskan kepada tamadun kemanusiaan suatu riwayat kepimpinan penuh berteladan. Baginda telah didokong dan didamping, penuh kemuliaan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Pertama selaku teman setia yang arif berpengalaman, Saidina Umar Al-Khattab, Khalifah Kedua, Al-Faruq yang menjadi perlambangan ketegasan prinsip beragama.
3. Seterusnya, Saidina Uthman Al-Affan, Khalifah Ketiga, hartawan amanah dengan kewarakan dan keperibadian tiada tolok bandingnya, manakala Saidina Ali, Khalifah Keempat, simbol ketokohan golongan muda yang sanggup berkorban apa saja. Dimuliakan wajahnya serta turut digelar sebagai Singa Allah sepertimana Saidina Hamzah.
4. Sayugialah, para cendekiawan dan para pengkaji menyifatkan tali temali perjuangan suci Baginda dalam menegakkan syiar Islam, sebagai penuh berstrategi. Semuanya dipintal dan diikat oleh sifat-sifat mahmudah yang terpuji seperti cinta dan kasih kepada perjuangan, ketaatan, kesetiaan, pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, amanah, kuat kerja, tidak putus asa, tabah dan pastinya bertawakal kepada Allah.
Saudara dan Saudari,
5. Menjejaki laluan tersebut, kita mahu terus mencontohi dan mengambil pengajarannya, bagi memperelok dan memperbaiki perjuangan UMNO, yang selama ini turut dipersaksikan oleh perjalanan suka duka, pahit dan manis, selaku sebuah parti penuh berjasa.
6. Tahun ini, UMNO menyambut kelahirannya yang ke-65. Hampir tujuh dekad berjuang sebagai organisasi politik yang menyejarah, mendaging dan mendarah dalam ikhtiar memartabatkan maruah serta mengangkat tinggi kedudukan orang-orang Melayu.
7. Sungguh jauh kita berjalan. Sungguh banyak hitungan masa. Walau dihadap segenap cabaran, walau dilempar segala fitnah, walau diterjah sedemikian banyak taktik jahat lagi kotor, digodam dan dihentam oleh pihak lawan, terbukti kita tidak pernah pudar semangat, tidak akan mengalah, dan, tidak akan mungkin padam cita-cita.
8. Bahkan, derap demi derap, terus menyusun strategi, mengatur langkah demi langkah, mara ke hadapan, menjulang panji-panji bangsa, agama dan Negara.
Saudara dan Saudari,
9. Bersesekali dengan itu jua, saya pohon, marilah kita sama-sama bangun dan berdiri......, bangkit, untuk beri satu penghormatan kepada para pendahulu, kesatria-kesatria UMNO, warga parti yang tidak didendang serta barisan negarawan unggul lagi terbilang yang dilahirkan oleh perjuangan mulia ini. Marilah....., marilah, kita angkat tinggi penghargaan kepada semuanya.
10. Bermula dengan gemulah tokoh-tokoh tersanjung yang telah pulang menyahut panggilan Ilahi seperti Allahyarham Dato' Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussein, Allahyarham Tun Dr. Ismail dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Begitulah juga tokoh-tokoh yang masih teguh berbakti hingga ke detik ini, seperti Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Tun Musa Hitam.
Saudara dan Saudari,
11. Khususnya, kalungkanlah penghormatan kita kepada parti bertuah ini, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO yang telah memungkinkan sebuah negara merdeka terbina gagah, ilmu pengetahuan digembur dan disebar luas pada anak-anak, belantara dipugar, sawah ladang diusahakan, hingga laba yang lumayan melimpah-limpah ke kaki halaman.
Saudara dan Saudari,
12. Sememangnya termaktub, ceritera kejayaan Malaysia adalah cerita kejayaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, yakni UMNO, bersama dengan rakan-rakannya. Parti Perikatan, yang kemudiannya bergelar Barisan Nasional, adalah satu jelmaan dan terjemahan hasil pakatan ikhlas kaum Melayu/Bumiputera beserta kaum-kaum lain di Malaysia.
Berkat pengurusan negara yang begitu cekap, terutamanya di lapangan ekonomi, wajah Malaysia telah berubah daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, diawali dengan lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, di mana, kurang daripada empat peratus penduduknya berada bawah paras kemiskinan relatif manakala kemiskinan tegar pula hampir berjaya dibasmi.
13. Jika dihalusi, susur galur kejayaan ini, mempunyai bibit-bibitnya dalam prakarsa, perancangan rapi, penggubalan dasar dan pelaksanaan oleh kerajaan yang diterajui UMNO. Dalam kata lain, ia tidak terjadi secara sendiri mahupun dalam vakum atau kelompongan.
14. Lantas, usahlah kita berasa bimbang dan ragu. Malaysia, nyatanya, bukanlah sebuah kisah ditulis parti pemerintah yang gagal. Ia dinukil oleh sebuah parti yang berhak untuk berbesar hati, bahawa, mandat dan kepercayaan diberikan oleh rakyat Malaysia, telah digunakan sebaik-baiknya, demi kebajikan dan kegemilangan pertiwi.
Saudara dan Saudari sekalian,
15. Menghayati ehwal demikian, secara sedar atau tidak, bukan semua parti politik jika membentuk kerajaan akan menghasilkan kejayaan yang sama seperti kita. Lihat saja kepada sejumlah besar negara di dunia, waima, mempunyai pelbagai potensi termasuk sumber asli yang kaya, namun dek sebab kerajaan tidak berkebolehan, sia-sialah segala faktor dimiliki, malah akhirnya mereka menjadi negara yang gagal.
Saudara dan Saudari,
16. Pada perhimpunan tahun lepas, saya telah bercakap dan membicarakan dari sudut falsafah dan asal usulnya, siapakah itu Melayu. Kita dah dengar bahawa antara terhitung dalam kelompok Melayu adalah Bugis, Minang, Arab, Muallaf, serta berpuluh suku kaum di Sabah dan Sarawak. Hatta Mamak dan Malbari pun dah serap jadi Melayu. Celah-celah itu, ketiga-tiga Naib Presiden kita tampaknya terdiri daripada Jawa, Turki dan Bajau Laut atau lanun. Saya kata takpalah, yang penting semua kira Melayu…
17. Jadinya, pada perhimpunan kali ini, setelah saya belek-belek dan saya kaji-kaji pengalaman secara aktif selama 35 tahun dalam parti, bersempena pula UMNO sudah menjangkau satu umur yang sangat dewasa, berpengalaman dan matang yakni 65 tahun, elok rasanya kalau dikupas pula siapakah dan apakah ertinya menjadi orang UMNO.
18. Maksud saya, bilamana memperkatakan tentang parti, kita semua, sebenarnya, tidak cukup sekadar didefinisikan sebagai ahli UMNO. Sebaliknya, kita perlu menjadi orang UMNO. Makna kata, orang UMNO yang tergambar dan terpamer perwatakannya melalui tindak tanduk serta sistem nilai yang dipegang.
Saudara dan Saudari,
TAAT DAN SETIA
19. Pertama sekali, orang UMNO itu adalah, orang yang taat dan setia kepada parti. Orang UMNO tidak akan sekali-sekali mengkhianati parti.
20. Kita faham, adalah lumrah dalam sesebuah parti, mesti timbul perbezaan pendapat. Apa yang penting, kelainan pandangan itu, seharusnya membawa rahmat dan bukannya mengundang mudarat.
21. Dalam berijtihad pula, orang UMNO harus mencipta kebaikan untuk parti. Mengambil mufaham pengertian setia dan taat melalui syura dan musyawarah seperti difirmankan dengan indahnya pada helaian Surah An-Nisa', apabila sesuatu keputusan telah dibuat, jika tidak menyalahi syariat, maka wajiblah ditaati.
22. Contohnya, kita mahu pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai Panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa. Sekalipun sedang berada dikemuncak karier, menurut sejarahnya tidak pernah kalah perang.
23. Seterusnya, Usamah bin Zaid, seorang anak muda belasan tahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medan perang.Inilah dia, watak, dan keperibadian pejuang sejati yang kita inginkan dalam susuk diri orang-orang UMNO.
24. Bercakap tentang taat setia juga, kita tak mau, bila depan kita disuruh angguk, dia angguk, disuruh geleng, dia geleng. Tapi di belakang lain pulak halnya. Jangan tikam dari belakang dan jangan pula main belakang. Bak kata pepatah, janganlah telunjuk saja lurus tetapi kelingking berkait.
Saudara dan Saudari, CINTA DAN KASIH
25. Adapun nilai kedua orang UMNO itu adalah, orang yang cinta dan kasih kepada perjuangan parti. Seperti dimadah oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, dalam lagunya… itulah kasih mesra, sejati dan mulia.
26. Dalam hal ini, apabila ada rasa cinta dan kasih kepada parti, orang UMNO itu juga adalah, orang yang tidak takut dan tidak gentar menyuarakan pendapat serta mendengar pula pendapat orang lain demi kebaikan parti.
27. Ajaran agama dan pujangga melorongkan pedoman, perkatakanlah yang benar kerana kebenaran itu isi dan makanannya sejarah, tidak akan patah dipukul zaman. Bersesuaian dengan nilai kesetiaan, bila kuat hawa kasihnya kepada parti, orang UMNO wajib membela dan mempertahankan parti, selagi hayat dikandung badan.
28. Seperkara utama lagi adalah, cerdik pandai berfatwa, tak kenal maka tak cinta. Lantaran, untuk mencintai parti, orang UMNO wajar kenal sejarah parti, samada yang tersurat, mahupun yang tersirat. Begitulah, seharusnya menjiwai prinsip serta falsafah perjuangannya.
29. Pendek kata, orang UMNO harus melihat parti sebagai satu-satunya wadah yang mampu membela untung nasib orang Melayu. Dalam berusaha pula, sebagai tanda kasih, orang UMNO sewajibnya bersemangat dan tidak sesekali mengecewakan parti yang dicintai.
30. Meluncur topik cinta dalam berorganisasi, orang UMNO wajib ada cinta yang satu sahaja kepada parti, tidak boleh cinta poligami, tidak boleh cinta berbelah bagi atau kata orang Indonesia berbagi cinta…tak mungkin Pak...engga' bisa Pak…
Saudara dan Saudari,
BERKHIDMAT TANPA JEMU DAN BERKORBAN
31. Orang UMNO itu adalah orang yang sanggup berkhidmat tanpa jemu dan sanggup berkorban. Pengorbanan adalah satu sifat yang harus bersebati dalam diri orang UMNO. Bersandarkan prinsip persalingan, orang UMNO harus menunjukkan keikhlasan berkhidmat kepada rakyat.
32. Beringatlah bahawa, rakyat sedang memerhati kita. Kata orang, rakyat itu sentiasa merasa, mendengar dan mengadili, biar betapapun senyap suara mereka, biar betapapun jua diam gerak geri mereka.
33. Di sudut lain, sambil menghadam peradaban Melayu, orang UMNO perlu bermuhasabah ke dalam diri masing-masing. Masih wujudkah semangat Tun Tuah di sanubari? Masih bergemakah kekentalan jiwa Tun Fatimah?
34. Mahu tidak mahu, orang UMNO harus berusaha tanpa jemu. Biar berdepan apa pun cabaran, pastikan UMNO menang, biar dilintang apapun dugaan, orang UMNO mesti terus berdamping dengan rakyat. Sedarlah kita bahawa, dalam sistem demokrasi, tidak ada tempat kedua. Kita wajib jadi juara.
Kesimpulannya, kemuncak pengorbanan adalah menjunjung kepentingan dan maruah parti, bukannya kepentingan dan maruah peribadi.
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno sudah membuat penilaian dan menyediakan senarai 'calon boleh menang' daripada sayap itu untuk dipertimbangkan sebagai calon pada pilihan raya akan datang.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, senarai berkenaan sudah berada dalam simpanannya namun akan diperhalusi sebelum dikemukakan kepada pucuk pimpinan parti.
"Sebenarnya saya sudah nilai, dalam iPad saya sudah ada senarai siapa yang dikatakan calon boleh menang itu.
"Tapi saya dan Datuk Razali Ibrahim (Naib Ketua) akan buat penilaian terakhir," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Pehimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno 2011 di PWTC di sini, Rabu.
Namun jelas Khairy, beliau memberi jaminan akan mendapatkan laporan daripada Umno Bahagian dan negeri berhubung kriteria calon boleh menang seperti yang diharapkan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
"Macam mana saya nak nilai siapakah calon boleh menang itu? Saya tahu (kenal) hanya yang datang jumpa saya bawa profil yang tebal.
"Selain daripada itu saya tak akan tahu. Saya akan bergantung kepada loporan yang diberikan oleh bahagian," katanya.
Dalam pada itu Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau mengingatkan ahli sayap itu agar tidak melobi untuk menjadi calon dengan menggunakan kabel agensi kerajaan.
Tegasnya taktik sedemikian tidak akan berhasil kerana pucuk pimpinan parti akan mendapatkan maklumat terpeinci mengenai keupayaan calon-calon tertentu sebelum diberi kepercayaan bertanding mewakili Umno dan Barisan Nasional (BN).
Merah menyala hampir sama seperti warna merah pada bendera UMNO. Warna yang ditawarkan adalah warna merah dan putih sahaja.
Kereta yang diberi nama Saga FLX SE akan mula dijual pada harga RM49, 449.
Proton Perkenal Saga Baru
KUALA LUMPUR: Dalam usaha mengembangkan rangkaian model Saga, Proton Holdings Bhd pada Rabu memperkenalkan kemasukan baharu variasi Saga yang dinamakan Saga FLX SE.
Variasi baru ini bersedia untuk menarik generasi muda di kalangan pembeli kereta.
Berharga RM49,449 dan digerakkan oleh enjin 1.6 liter Campro Intake Air-Fuel Module (IAFM), Saga FLX SE bertujuan memberikan pemilik kereta dengan prestasi yang lebih dan penjimatan dari segi pengunaan bahan bakar.
"Ia mengesahkan lagi Saga sebagai kereta pilihan ramai kerana kemampuan yang luar biasa dan nilai wang yang termasuklah penjimatan bahan bakar yang lebih baik, prestasi yang hebat dan pemanduan dan pengemudian yang cemerlang," kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, kombinasi enjin 1.6-liter Campro IAFM dengan transmisi automatik transmisi boleh laras berterusan (CVT) memberikan antaranya pengurangan penggunaan bahan bakar dengan tambahan empat peratus berbanding dengan Saga 1.6 liter pada masa ini.
Berharga RM2,900 lebih tinggi daripada Saga FL automatik 1.6 liter pada masa ini, Saga FLX SE mengetengahkan perubahan lapan hiasan luaran dan tiga hiasan dalaman.
Syarikat itu berkata, sejak Saga dilancarkan pada Januari 2008, kini terdapat 274,469 unit Saga di jalan raya dengan Proton menerima kira-kira 331,768 tempahan.
Saga terus kekal sebagai model jualan terbaik Proton setakat ini dengan purata 6,500 unit dijual setiap bulan.
Proton juga meletakkan sasaran menjual kira-kira 78,752 unit Saga dalam tahun kewangan semasanya yang berakhir 31 Mac, 2012, di mana ia menjangkakan Saga FLX SE yang baharu ini dijual di rantau ini sebanyak 500 unit sebulan.
Boleh diperolehi dalam dua warna pilihan - Putih dan Merah - Saga FLX SE didatangkan dengan jaminan tiga tahun atau 100,000km, yang mana terdahulu.
Proton juga berkata pengguna yang menempah Saga dan masih menantikan penghantaran boleh memilih untuk menukar tempahan mereka untuk mendapatkan Saga FLX SE di bilik pameran yang mereka buat tempahan.
Para pembeli boleh melihat model baharu ini di semua bilik pameran Proton mulai esok.-BERNAMA
*Salah satu projek MEGA Tun Mahathir yang menunjukkan hasil. Satu masa dahulu, inilah yang digelar projek membazir oleh puak-puak PAS.
Bukti bahawa PAS sebenarnya tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.
Tetapi PAS sekarang ni hanya menggunakan Anwar untuk berkuasa.
Dan dalam keratan ini juga menunjukkan betapa munafiknya PAS. Jika dahulu mereka menuduh UMNO melupai majoriti Islam, sekarang ni mereka lebih teruk daripada itu dengan mengiktiraf DAP sebagai khalifah mereka.
KUALA LUMPUR, 30 Nov: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa cukup sedih dan kecewa di atas ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sama sekali tidak menunjukkan beliau selaku orang nombor 2 negara yang mempunyai daya fikir intelek yang tinggi dan budi bahasa yang baik.
Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan (gambar) berkata, semasa merasmikan serentak Persidangan Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno malam tadi, Muhyiddin meneruskan perseteruan terhadap Pakatan Rakyat dan PAS secara khususnya dengan alasan yang berbentuk fitnah dan dangkal.
"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mengingatkan Umno bahawa keangkuhan mereka sebagai parti yang tiada galang ganti untuk meneruskan agenda perjuangan bangsa Melayu sudah lapuk ditelan zaman kerana PAS sudah bersedia untuk memimpin bangsa Melayu ke arah suasana politik yang lebih kondusif bahkan lebih lagi PAS menawarkan perjuangan bangsa Melayu menurut ajaran Islam yang syumul," ujarnya kepada Harakahdaily.
PAS, tegasnya akan menggantikan Umno untuk membela nasib bangsa Melayu yang selama ini menjadi mangsa 'belasahan' Umno.
Jadi, tambahnya Umno sememangnya berada di dalam keadaan cukup terdesak kerana PAS dan Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat di hati rakyat untuk memerintah negara ini.
"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendapat bahawa cabaran Timbalan Perdana Menteri kepada para Puteri, Pemuda dan Wanita Umno untuk menjadi mujahid dan mujahidah yang akan berjihad untuk mempertahankan bangsa Melayu di dalam Pilihanraya Umum yang akan datang adalah sebuah lelucon yang amat menggelikan hati," katanya lagi.
Menurutnya, Umno sebagai sebuah parti sekular yang memisahkan agama di dalam agenda perjuangan politik mereka sanggup menggunakan istilah-istilah Islamik supaya nampak agenda Islam mereka tetapi sebaliknya bersifat munafik semata-mata.
Mohd Sany berkata, sepatutnya jihad yang utama adalah menegakkan hukum syariat Allah Taala di atas muka bumi ini dan bukannya berjihad di atas nama bangsa.
Beliau menambah, Jabatan Pilihanraya DPPM turut mengingatkan kepada seluruh jentera pemuda di semua peringkat supaya meningkatkan kewaspadaan dan kebersediaan untuk menghadapi pilihanraya yang mendatang.
Katanya lagi, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat Umno kini semakin gawat dan tidak keruan, tidak mustahil sepanjang perhimpunan Agung Umno ini akan menjadi perhimpunan yang akan dipenuhi dengan segala macam kenyataan-kenyataan yang bersifat hasutan, ancaman, tuduhan, prejudis, rasis dan sebagainya.
Oleh itu, ujarnya, pihaknya meminta supaya rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan menolak secara total parti Umno dan Barisan Nasional kerana pembawaan politik sempit mereka sudah tidak diterima lagi oleh rakyat.
Selain itu, kata beliau, pihaknya mengarahkan jentera pemuda di semua peringkat untuk membuat laporan polis di atas kenyataan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan Umno yang bersifat menghasut dan menimbulkan kebencian orang Melayu untuk terhadap orang-orang bukan Melayu dan orang-orang yang bukan beragama Islam.
Takut jugak PAS dengan sokongan pengundi Melayu. Dulu cakap perjuangkan bangsa ni ASSOBIYAH. Sekarang ni PAS sendiri mengaku nak perjuangkan bangsa Melayu
Ingatkan dah kuat sangat dengan bergantung pada undi Melayu.
*Tahniah YAB TPM. Ucapan YAB berjaya membuatkan PAS terkencing. Kalau nak ikut prinsip, PAS ni dah lama amalkan ASSOBIYAH. Cuba tengok pengakuan Nik Aziz ni.
Tahniah Blogger Panglima Harimau kerana berjaya mengkantoikan Milosuam.
Panas Berapi..!! Bukti Blogger Bapuk MiloSuam Kaki Fitnah..
Dah lama rasanya Panglima tak update blog. Maklum la, pergi honeymoon. Masa Panglima tengah duk baca blog-blog politik milik pembangkang, Panglima terbaca la satu artikel di blog MiloSuam berkenaan budak-budak bawah umur yang memakai baju kuning dan membawa banner menyokong Seksualiti Merdeka semasa perhimpunan aman yang dianjurkan oleh peguam-peguam seluruh Malaysia [Sini]. Tengah seronok Panglima baca fitnah yang si blogger MiloSuam ni karang, ada satu perkara pelik yang Panglima ternampak dengan izin Allah.
Menurut blogger MiloSuam, budak-budak bawah umur ini memang sengaja menyamar kononnya sebagai penyokong Bersih 2.0 (baju kuning), juga menyamar sebagai "penyokong Seksualiti Merdeka" (bawa banner). Budak-budak bawah umur ini juga dilihat telah membakar baju-baju kuning yang mereka pakai. Dibawah adalah gambar yang diambil di blog MiloSuam.
Perhimpunan Agung UMNO bukan sekadar menjadi medan untuk membincangkan strategi bagi membela nasib dan bangsa orang Melayu dan Islam.
Perhimpunan Agung UMNO juga sebenarnya menjadi medan kepada peniaga-peniaga bumiputera untuk mencari rezeki bonus hujung tahun. Ruang niaga yang disediakan dalam PAU 2011 kali ini juga lebih luas dan selesa, ala-ala Chatuchak Market di Bangkok.
Bayangkanlah setiap kali waktu rehat berpusu-pusu perwakilan ke gerai-gerai untuk membeli-belah. Itu belum campur yang datangber shopping saja-saja. Memang murah rezeki usahawan Melayu setiap kali UMNO bersidang. Macam bonus tambahan lepas raya.
Inilah rezeki yang Allah SWT kurniakan kerana orang Melayu masih bersyukur dan menyokong UMNO. Bayangkanlah kalau UMNO sudah lama mati. Rasa-rasanya ada peluang tidak kepada peniaga Melayu untuk berniaga dalam kongres fuckatan?
Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming perlu dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti itu kerana mengeluarkan kenyataan berbaur rasis kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kerana menggelarkannya 'hitam metalik'.
Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, kenyataan penghinaan itu adalah sangat serius dan perlu diambil tindakan segera supaya mana-mana pihak yang bersalah tidak dibiarkan terlepas.
''Tindakan disiplin mesti diambil terhadap Kor Ming supaya kenyataan beliau itu dianggap tidak mewakili parti. DAP bukan parti rasis, tetapi sangat jelas terdapat ahli parti yang tidak berfikir sebegitu.
''"Kenyataan itu bukan hanya menyakitkan, tetapi tidak masuk akal bagi sebuah parti berbilang kaum seperti DAP," katanya sebagaimana yang dipetik dalam portal The Mole, hari ini.
Pada sidang akhbar di luar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini, ADUN Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib mendedahkan Kor Ming menghina warna kulit Zambry pada satu ceramah Pas di Kamunting pada 9 September lalu dan beliau mempunyai bukti rakaman video.
Sambil menganggap kenyataan Kor Ming sebagai kebudak-budakkan dan tidak sensitif, Tunku Abdul Aziz berkata, ia bukan kali pertama Ahli Parlimen Taiping itu mengeluarkan kenyataan berbaur rasis sebegitu.
''Dia (Kor Ming) patut tahu kenyataan sebegitu tidak diterima di Malaysia. Ini menunjukkan sikap kebodohan beliau berbuat begitu. Saya percaya jawatankuasa disiplin parti akan berbuat sesuatu (ambil tindakan),'' katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, tuduhan terhadap Kor Ming mestilah dibuktikan sebelum apa-apa tindakan boleh dipertimbangkan.
Nasihat penulis kepada Dr.Tan Seng Giaw supaya tak perlulah nak menegakkan benang yang basah kerana segala bukti jelas ditunjukkan didalam rakaman video ini. Jangan bertindak seperti Kor Ming yang pada awalnya menafikan yang beliau mengeluarkan kenyataan berikut sehingga mencabar Datuk Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) memberikan bukti.
Ternyata selepas rakaman video ini tersebar luas, barulah beliau memohon maaf kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kerana menggelarkannya 'hitam metalik'.
Ungkapan biadab yang diucapkan oleh Kor Ming itu berbunyi: Perak ada Menteri Besar hitam metalik yang haram jadah itu masuk dari pintu belakang naik kapal selam dari Pangkor.
Jika dilihat kepada ungkapan biadap Kor Ming, beliau hanya memohon maaf atas kenyataan 'hitam metalik' sahaja, tetapi bagaimana pula dengan "haram jadah"? Adakah Kor Ming faham apa yang dimaksudkan "haram jadah" itu!
Setelah dikecam hebat, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming hari ini memohon maaf kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kerana menggelarkannya 'hitam metalik'.
"Kepada semua pihak yang tersinggung dengan kenyataan saya itu termasuk Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, saya ingin memohon maaf," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pantai Remis, dilaporkan berkata demikian dalam satu ceramah di Perak pada 9 Nov. lepas.
Kenyataannya itu dibidas pelbagai pihak termasuk ahli politik dan badan-badan bukan kerajaan yang menganggap ianya berbaur perkauman dan menghina mereka yang berkulit hitam.
Dalam permohonan maafnya itu, Kor Ming bagaimanapun berkata, kenyataannya mengenai 'hitam metalik' itu telah disalah tafsir kerana beliau hanya merujuk kepada pengambilanalih kerajaan negeri Perak oleh Zambry dan Barisan Nasional yang dianggapnya tidak sah.
"Secara peribadi, saya tidak membenci Dr Zambry. Saya anggap semua rakyat Malaysia sebagai saudara," katanya.
Insiden berlaku semasa persidangan DUN Negeri Perak baru-baru ini apabila Kor Ming berkeras menafikan yang beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian. Ianya bermula apabila Datuk Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak mendakwa Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) mencaci peribadi Zambry dalam ceramah-ceramah beliau dengan menggelar Menteri Besar Perak itu 'Zambry Hitam Metalik'. ( sila rujuk kepada rakaman video diatas )
Ungkapan biadab yang diucapkan oleh Kor Ming itu berbunyi: Perak ada Menteri Besar hitam metalik yang haram jadah itu masuk dari pintu belakang naik kapal selam dari Pangkor.
Beliau turut mendakwa mempunyai bukti rakaman video untuk menyokong tuduhan itu dan akan menyerahkannya di luar DUN. Ekoran itu, Koo Ham bangkit mencabar Khusairi supaya menyatakan ceramah yang mana satu atau menarik balik kenyataan tersebut.
"Ini merupakan tuduhan melulu dan satu fitnah. Pangkor (Zambry) pun tahu saya tidak pernah mencaci peribadi seseorang," tegasnya.
Speaker DUN, Datuk R. Ganesan kemudian meminta Khusairi menarik balik tuduhan terhadap ADUN Sitiawan itu selepas beliau gagal memberikan jawapan kepada Koo Ham. Zambry turut meminta Khusairi menarik balik kenyataan itu kerana katanya, Koo Ham tidak pernah mencaci secara peribadi tetapi cuma dari segi dasar.
Saya tidak ambil berat sangat cacian terhadap saya termasuk warna kulit. Bayangkan kalau saya sebagai Menteri Besar memanggil ADUN Pantai Remis dengan warna kulit serta bentuk matanya, sudah tentu akan dicanang satu Malaysia yang saya rasis.
Bagi penulis, Kor Ming seharusnya cermin diri, jika diri sendiri juga mempunyai kelemahan mengapa mahu memperkecilkan keperibadian orang lain. Jika kenyataan sedemikian keluar daripada mulut pemimpin Barisan Nasional (BN), pasti kita akan dituduh parti rasis dan dijadikan isu untuk menghentam semula kerajaan!
Begitu rendah mentaliti seorang pemimpin DAP! Kenyataan Kor Ming itu mencerminkan sikap kebudak-budakan pemimpin pembangkang apabila menjadikan isu fizikal pemimpin lain sebagai senda politik mereka.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR, 1 Dis — Umno, parti teras Barisan Nasional (BN) selain kelihatan dijangkiti "satu kegelisahan" masih gagal membawa harapan baru yang jelas bagi rakyat menjelang pilihan raya umum, kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Asriyang berada di ibu negara sebagai tetamu Perhimpunan Agung Umno 2011 berkata, Umno perlu menyediakan satu harapan yang jelas ataupun satu harapan lebih baik berbanding sekarang jika mahu memikat pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.
Ia merupakan antara tiga perkara ditekankan oleh beliau dalam perbualan dengan The Malaysian Insider malam tadi.
Perhimpunan Agung Tahunan Umno memulakan tirai dengan persidangan tiga sayapnya semalam - salah satu agenda difokuskan semalam ialah keperluan kelangsungan parti tersebut dengan mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-13. Kelmarin, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mahu ahli-ahlinya bertindak "luar biasa" untuk menang pilihan raya umum ke-13. Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengajak ahli-ahlinya berjihad menghadapi pilihan raya umum kali, yang disifatkannya sebagai "ibu kepada segala pilihan raya."
"Berdasarkan pemerhatian saya di sini sejak beberapa hari ini , saya nampak Umno belum dapat memberi satu harapan atau memberi harapan yang lebih baik berbanding sekarang.
"Bermakna, Umno kerana memberi harapan baru yang jelas, satu harapan yang orang kata sebagai 'kunci pengikat' mengikut zaman, tempat dan generasi semasa. Harapan generasi sekarang berbeza dengan generasi masa lalu, mereka tidak boleh ditarik dengan diberikan wang tunai, ganjaran tetapi lebih daripada itu," kata bekas mufti Perlis ini, yang kini merupakan felo penyelidikan Pusat Pengajian Islam Oxford.
Asri dijemput menghadiri perhimpunan kali ini sebagai tetamu. Najib akan merasmikan perhimpunan itu pagi ini dengan menyampaikan ucapan dasarnya. Mengulas lanjut, Umno dan BN kena faham bahawa generasi semasa khususnya golongan muda tidak hanya memerlukan material semata-mata untuk melangsungkan kehidupan mereka.
Sebaliknya, kata beliau, mereka memerlukan satu jaminan ke atas hak dan kebebasan.
"Kita ambil negara Bahrain dan Arab Saudi, mereka kaya, tiada masalah wang, tetapi yang mereka perlukan, mereka mahukan hak dan kebebasan.
"Ini yang kerajaan perlu sediakan. Di Malaysia, Umno dan BN perlu sediakan, bukan setakat beri wang tunai dan sebagainya," kata Asri yang secara langsung merujuk kepada transformasi politik yang cuba dibawa oleh Najib.
Sebahagian rakyat merasakan bahawa transformasi politik dijanjikan Najib pada 15 September lalu masih belum mencukupi. Najib menjanjikan pemansuhan beberapa undang-undang, antaranya Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi digantikan dengan dua akta yang baru tahun depan.
Ekoran perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu, Najib akhirnya tunduk kepada tekanan lalu membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengkaji sistem penjalanan pilihan raya. Kelmarin, pentadbirannya membawa Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis, tetapi ramai melihat ia sebagai mengekang kebebasan awam dan dikritik hebat.
Ekoran keputusan mahkamah rayuan baru-baru ini, Najib pada minggu lalu berjanji untuk mengkaji pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti.
"Bila orang mengkritik, Umno tidak lagi boleh macam dulu, ia kena menggunakan kaedah boleh menghadapi mereka dan membuat penjelasan yang dapat memikat mereka," katanya.
Seterusnya kata beliau, Umno masih belum gagal memahami masih kebanyakan rakyat memerlukan perikatan tersebut, tetapi tidak pandai memikat mereka.
"Ramai pengundi atau rakyat menyokong pembangkang bukan kerana mereka suka pada pembangkang, tetapi membenci Umno. Mengapa mereka membenci Umno? Ini fenomena yang Umno kena faham daripada mengecam habis-habisan pembangkang.
"Kalau dia (perwakilan Umno) pergi menghentam pembangkang, belum tentu boleh dapatkan balik undi dan sokongan mereka," katanya yang dilihat pada ucapan pemimpin dan perwakilan semalam.
Aspek ketiga, menurut Asri ialah, kelemahan pemimpin-pemimpin menggunakan ruang perhimpunan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.
"Perwakilan kena faham bahawa ucapan mereka bukan setakat didengar oleh ahli-ahli Umno, tetapi juga keseluruhan rakyat.
"Walaupun tidak semua rakyat mendengar ucapan mereka secara langsung, tetapi mesej mereka diikuti oleh rakyat di seluruh negara, tetapi mereka masih bercakap di kalangan ahli dan perwakilan Umno sahaja. Ini kelemahan mereka yang ketiga," kata Asri menambah, pemimpin-pemimpin Umno gagal menggunakan peluang, misalnya dengan adanya siaran langsung majlis perasmian dan penggulungan menerusi televisyen pro-Umno, yang tidak dinikmati oleh mana-mana parti lain.
Seperti lazimnya, majlis perasmian ketiga-ketiga sayap dan perhimpunan agung parti disiarkan secara langsung. Malah ucapan penggulungan melibatkan pemimpin-pemimpin kanan parti disiarkan secara langsung.
"Perhimpunan Agung Umno ini, mendapat liputan seluruh negara. Berbanding dengan PAS, ia bercakap dengan ahli-ahlinya sahaja dengan kemudahan yang terhad.
"Tetapi perhimpunan Umno disiarkan oleh media secara langsung dan mendapat liputan meluas, tetapi rakyat masih tidak suka. Mengapa?" soal beliau.
Asri, pensyarah Universiti Sains Malaysia berkata, "itu strategi Umno yang salah."
"Umno bercakap sesama mereka. Saya lihat Umno sudah ada satu kegelisahan, mereka tidak jelas apa yang akan berlaku dalam pilihan raya akan datang," katanya lagi.
Bila cakap nanti...Wanita dan Puteri UMNO akan marah dan naik angin. Inilah salah satu sebab mengapa ramai orang semakin meluat kepada UMNO. Tokoh dan idola yang diangkat sebagai ikon diambil dalam kalangan artis dan selebriti - tokoh ulama dan ustazah dibiarkan pula..macam manalah UMNO mahu memikat hati pengundi muda. 10 tahun kemudian selepas puas dengan rezeki dalam "industri seni suara", puak-puak nie pun bertaubat dan masuk PAS. Jadi muslimah PAS bergelar ustaz atau ustazah, kemudian "bantai" UMNO cukup-cukup. Kutuk puas-puas wanita UMNO tidak Islamik la...UMNO sesat la..dan macam-macam lagi. Sebab itu saya tidak bersetuju langsung puak-puak selebriti, artis atau pelakon diangkat dan diiktiraf sumbangan mereka. Puak-puak nie tak boleh percaya. Memang dah jelas lagi terang kerja-kerja sebagai pelakon, pelawak dan penyanyi memang tidak secocok dengan Islam. Tolonglah..UMNO harus menggelakkan aktiviti seperti ini, demi kelangsungan parti keramat yang sudah lama berjasa kepada negara. Wallahualam.
Berapa ramai pemimpin pembangkang yang menjadi tamak haloba dengan bertanding dua kerusi sekali gus? (parlimen dan dun) cuba korang semua kira balik...
Dulu tuan ibrahim tuan man pernah menjadi adun jengka, dia baru sedar yang bukan mudah menjadi wakil rakyat, katanya 'ana baru jaga dun dah nak pitam, macam mana kalau jaga dua kawasan (parlimen dan dun) ana rasa ana tak mampu buat"... ini di ceritakan sendiri oleh exco kerajaan negeri pahang kepada aku.
Pada aku senang je, wakil rakyat pembangkang yang bertanding dua kerusi sekali gus ni sebenarnya tamak, mereka lah sebenarnya yang makan duit rakyat, elaun adun pun mereka sapu, elaun ahli parlimen mereka tibai. bagai mana dengan service mereka? hampehh...
Lagi satu, pembangkang sebenarnya tak ada calon, itu pasal depa bertanding di dua kawasan, tak macam bn, bn ada ramai calon yang boleh di ketengahkan, pernah tengok satu calon bn bertanding di dua kawasan? tak ada beb...
Aku harap pada pilihanraya umum nanti rakyat bijak lah menilai calon-calon pakatan...
Kerana menghadiri perasmian mesyuarat pemuda, wanita dan puteri umno kelmarin, pas telah mengkafirkan dr asri, naya kawan tu...
Dr asri merupakan salah seorang ustaz favorite orang-orang pas kerana kritikan dia terhadam kerajaan dan umno, maka masa dia mengkritik umno, banyaklah orang-orang pas yang berkata inilah ustaz yang mereka cari selama ini.
Tapi segalanya berubah kelmarin, ustaz asri dilihat memasuki dewan merdeka untuk mengikuti perasmian mesyuarat agung pemuda, wanita dan puteri, telah jatuh kafir, pas mengkafirkan ustaz favorite mereka hanya kerana ustaz asri pergi dan berada di dewan merdeka pwtc.
Agaknya lepas ni kalau ustaz asri start kritik umno, maka pas akan gugurkan title kafir, tapi title kafir tu akan melekat balik pada ustaz asri kalau dia pergi lagi ke program umno.
Hebat pas ni, dia suka hati mak bapak dia je nak kafirkan orang...
Haa...haa... kira hebat jugak la aku nie ekk... dua ekor lembu pkr kalah debat dengan aku dalam twitter, sekor lembu jerawat batu namanya saifuddin nasuustion dan yang terbaru lembu gay bernama rafiziramli.
Dua ekor ni tak tahan berdebat dalam twitter terus dia blok aku, apa punya bacul la lembu dua ekor ni, korang bayangkan lah dalam twitter tu pun depa tak tahan berdebat, macam mana kalau nak debat dengan aku kat luar, mau terkencing depa dua ekor tu.
Kalau pemimpin mereka pun kalah debat dengan aku, korang setakat cicak mengkarung tak payah la nak mimpi ajak aku berdebat.
psst... macam mana rafizi nak debat dengan kj, dengan aku pun dia tak lepas...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan