"Apabila saya mendengar ucapan berpeluh Muhyddin ini (malam tadi), saya sudah hilang hormat ke atas beliau sebagai seorang pemimpin, timbalan perdana menteri dan dikatakan bakal perdana menteri. Beliau tidak layak. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin nombor dua parti, beliau seharusnya menyampaikan gagasan yang lebih besar, bukan menggunakan poin-poin yang digunakan semalam," katanya lagi. ———————————————————————————————— KUALA LUMPUR, [...]
KETUA Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad menunjukkan gambar timbunan yang dipercayai bom pada sidang media di Stesen KTM Tapah Road. Foto: Muhaizan Yahya (01/12/2011)
KUALA LUMPUR: Lebih 1,200 penumpang perkhidmatan kereta api di sektor utara terjejas akibat gangguan perkhidmatan selepas satu objek dikhuatiri bahan letupan ditemui di landasan antara laluan Sungkai-Slim River di KM 259 pagi tadi.
Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), perkhidmatan yang dibatalkan ialah tren Ekspres Sinaran Utara manakala Ekspres Senandung Langkawi dan Ekspres Senandung Mutiara masing-masing ditamatkan di stesen Tapah Road dan di stesen Kampar di mana penumpang dipindahkan menaiki bas perantaraan ke stesen KL Sentral.
Perkhidmatan tren elektrik pula ditamatkan di stesen Tanjung Malim dan penumpang dipindahkan menaiki bas ke stesen Tapah Road manakala tren dari arah Ipoh ditamatkan di stesen Tapah Road dan penumpang dipindahkan menaiki bas ke stesen Tanjung Malim.
Menurut kenyataan itu, pasukan polis mengalihkan objek berkenaan dan perkhidmatan pulih mulai petang ini.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek Ahmad pula berkata polis menerima panggilan mengenai objek itu pada 1.45 pagi tadi, dan mengerahkan Unit Pemusnah Bom daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak membuat pemeriksaan di landasan sejauh 76 km antara Tanjung Malim dan Tapah Road.
"Terdapat 21 jambatan antara laluan Tanjung Malim dan Tapah dan pemeriksaan perlu dibuat secara berhati-hati dan mengambil masa kerana keadaan yang gelap," katanya kepada pemberita.
Roslan berkata hasil daripada pemeriksaan, polis menemui satu bonggol berhampiran sebuah jambatan di landasan di kM 259.25 berhampiran Slim River pada 12.05 tengah hari tadi.
Bonggol itu kemudian diletupkan tetapi siasatan mendapati tiada bom ditemui di situ.
"Hanya sekeping tikar yang dilipat mengandungi botol-botol kosong ditanam berhampiran jambatan berkenaan," katanya.
Roslan berkata polis sedang mengesan individu yang membuat panggilan mengenai objek itu. - Bernama
LUCKNOW: Dua petani yang sudah bosan kerana asyik diminta memberi rasuah, bertindak membawa tiga beg berisi ular sebelum membukanya di sebuah pejabat cukai menyaksikan keadaan kecoh kerana kemunculan reptilia itu.
Mereka meminta rekod cukai tanah mereka di kampung berdekatan Narharpur, tetapi pegawai cukai menahan fail mereka selama beberapa minggu dan meminta rasuah.
Polis masih menjejaki petani itu yang dikenali sebagai Hukkul Khan dan Ramkul Ram. Khan adalah penjinak ular. Kira-kira 40 ular pelbagai saiz dan spesies, termasuk sekurang-kurang empat jenis ular tedung berbisa menjalar di pejabat itu.
"Kehadiran ular itu menyebabkan kerani dan penduduk di dalam pejabat melompat ke atas meja atau bergegas keluar kerana ketakutan dalam kejadian di Basti, kira-kira 300 kilometer tenggara Lucknow," kata pegawai negeri Uttar Pradesh, Ramsukh Sharma.
Tiada siapa yang cedera dalam kejadian petang kelmarin. Polis dan pegawai hutan kemudian menangkap haiwan itu. – AP
SHAH ALAM – Kira-kira 80 peratus muka lama akan dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, tidak pernah wujud isu yang mengatakan bahawa muka lama tidak berpeluang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Katanya, apa yang menjadi keutamaan untuk dipilih sebagai calon adalah disenangi rakyat, tidak menonjolkan diri sendiri serta tidak merokok dan sebagainya.
"Pas Selangor sudah selesai dan menyerahkan nama calon kepada Pas Pusat. Setiap kawasan, kita hantar tiga nama tetapi tanpa ranking di antara tiga calon itu, tiada keutamaan kerana semua calon sama.
"Apa juga keputusan Pas Pusat, kita akur sebab kita ada majlis syura di mana penapisan calon dan pemilihan dalam Pas ini sangat tegas. Merokok tidak boleh jadi calon. Itu dimaklumkan oleh Tok Guru Nik Aziz (Mursyidul Am Pas) kepada semua anggota Pas. Mereka yang cuba menonjolkan diri sendiri pun tidak boleh jadi calon. Dalam Pas, awal-awal lagi akan ditolak.
"Calon mesti mesra dan disenangi rakyat, maksudnya sebagai wakil rakyat kena turun padang dan melawat jika ada kenduri kahwin, bersalin, sakit, kematian. Walaupun kerjayanya doktor atau jurutera sekalipun, kalau rakyat tidak senangi, rakyat tidak calonkan dia, kita tidak akan bawa dia ke depan," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Rani menolak untuk mendedahkan nama semua calon yang disenaraikan kerana ia adalah pendirian parti tersebut malah beliau enggan mengulas sama ada bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dipilih atau tidak.
"Itu termasuk dalam kita punya ikrar, kita tidak boleh dedahkan perkara itu (nama calon yang diserahkan kepada Pusat). Hanya Pesuruhjaya dan Pusat sahaja yang tahu, saya tahu senarainya tetapi saya tidak boleh mendedahkannya.
"Siapa pun yang dipilih, Pesuruhjaya tidak boleh dedahkan kerana itu pendirian Pas. Sekiranya dimaklumkan awal, akan timbul macam-macam perkara," katanya.
Bagaimanapun katanya, semua calon yang dipilih mesti turun padang dan berjumpa rakyat di kawasan masing-masing agar rakyat lebih mengenali mereka.
"Empunya diri tahu mereka dicalonkan jadi mereka perlu buat kerja (turun padang) di kawasan masing-masing. Sebagai contoh, sekiranya tiada nama saya dicalonkan dalam tiga senarai di Meru, saya perlu memberikan laluan kepada mereka di situ.
"Sekarang ini, calon akan dimaklumkan awal sebab jika lambat, rakyat di kawasan sendiri pun tidak kenal dan tidak tahu calon wakil rakyat mereka," katanya.
JASIN – Walaupun memiliki berat badan melebihi 170 kilogram (kg), namun ia bukan penghalang bagi seorang remaja orang kurang upaya (OKU) menyertai acara sukan berjalan kaki 50 meter sekali gus menarik tumpuan orang ramai.
Remaja berkenaan, A Sharvindkumar, 14, dari Pusat Dalam Komuniti (PDK) Seri Perdana Alor Gajah, teruja menyertai sukan itu pada Program Hari Keluarga dan Sukaneka Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Negeri 2011 di Stadium Mini Jasin, semalam.
Walaupun mempunyai berat badan yang tidak sesuai dengan umurnya, namun semangat dan minatnya dalam sukan tidak pernah luntur biarpun tidak seperti remaja normal lain.
Menurut abangnya, A Kaviarasan, 18, walaupun adiknya lembam, namun dia begitu meminati sukan dan muzik sekali gus tidak pernah kekok mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan sukan sehinggakan pernah mendapat pingat emas dalam pertandingan yang sama pada Sukan Paralimpik yang diadakan di Stadium Hang Jebat, tahun lalu.
"Sharvindkumar tidak banyak makan, namun dia kuat minum air sehinggakan setiap hari dia minum tidak kurang dari 10 liter air.
"Faktor inilah yang menyebabkan dia memiliki saiz badan besar seperti orang dewasa," katanya.
Kaviasaran berkata, doktor ada memberi nasihat agar adiknya itu tidak terlalu banyak minum air, namun ia sukar untuk dikawal.
"Saya tidak pernah berasa malu memiliki adik OKU seperti Sharvindkumar, namun kadang kala berkecil hati apabila ada segelintir masyarakat yang suka mengejek dia sehingga menyebabkan adik saya sedih.
"Masyarakat seharusnya menerima dan membuka mata terhadap golongan OKU seperti ini bukan meminggirkan atau mengejek mereka tetapi bergaul bersama dalam masyarakat," katanya.
Katanya, walaupun adiknya itu mempunyai kekurangan dari segi pemikiran dan percakapan, namun dia yakin dengan semangat tinggi yang ditunjukkan adiknya tidak mustahil Sharvindkumar mampu berdikari.
"Malah, dia juga mampu berjaya mengharumkan nama negeri seterusnya negara dalam acara sukan yang diminatinya," katanya.
Program julung kali anjuran PDK Negeri itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Daud Arbah dan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan (OKU) JKM, Ismail Barom yang melibatkan 17 PDK dalam negeri ini.
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang sinis ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap Umno parti yang 'mendakap demokrasi'.
"DPP Malaysia menganggap ucapan beliau umpama ibarat tin-tin kosong yang hanya kuat berdegar berbunyi apabila diketuk, tetapi kosong di dalamnya," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.
Bagi DPP Malaysia, katanya Perdana Menteri mungkin mahu rakyat serta ahli-ahli partinya menganggap Umno adalah parti yang suci bersih dan mengamalkan demokrasi tulen.
"Beliau mungkin merasakan rakyat percaya kenyataan beliau tersebut dan menelannya hidup-hidup, walhal hakikatnya, rakyat kini semakin cerdik dan tidak lagi boleh ditipu," katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, mungkin dalam mentaliti ahli-ahli dan pemimpin Umno 'mendakap demokrasi' bererti mendera dan membuli rakyat sesuka hati terutama pembangkang.
Demokrasi bagi mereka, kata beliau adalah bertindak berat sebelah dalam pilihanraya, menggunakan seluruh jentera kerajaan sama ada media, jabatan kerajaan dan agensi di bawahnya bagi berkempen untuk mereka.
Beliau menambah, bagi Umno, memberi rasuah, mengugut, memberi habuan atau projek segera pilihanraya kepada rakyat dibenarkan untuk mereka.
Katanya lagi, menjadikan insitusi penting negara sebagai perkakas yang boleh arah sesuka hati adalah budaya mereka selama ini.
Umum, ujarnya mengetahui sejak dahulu hingga sekarang, sistem pilihanraya di Malaysia tidak pernah berlangsung dengan adil dan bebas.
Menurutnya, walaupun Jawatankuasa Khas Parlimen baru ditubuhkan, namun kedengarannya ia tidak sempat menghabiskan tugasnya kerana pilihanraya akan berlaku bila-bila masa dari sekarang.
Malah, kata beliau rakyat masih belum melupakan bagaimana RUU Perhimpunan Aman diluluskan baru beberapa hari yang lepas dengan mudah yang bererti menyekat kebebasan dan hak rakyat untuk berhimpun.
"Dengan daftar pemilih yang sangat diragui, dengan beberapa siri pengangkapan warga asing yang diberi hak kerakyatan dan mengundi, beberapa bukti daftar pemilih klon dan bertindih, penemuan pemilik kad pengenalan palsu, dengan undi pos yang jelas diselewengkan hasil dari pengakuan beberapa bekas anggota tentera, dakwat kekal yang masih tidak terlaksana, pengundi mati yang masih turun mengundi, dan banyak lagi pendedahan boleh dibuat apakah maksud demokrasi sebenar," katanya.
Justeru, katanya DPP Malaysia mahu bertanya kepada PM, bilakah pemimpin Pakatan Rakyat diberikan akses kepada media khususnya menjelang pilihanraya kecil atau umum dengan adil sebagaimana yang dibuat oleh pemimpin Umno sekarang.
Setahu rakyat, ujarnya bukan setakat tidak berpeluang muncul berkempen di media, malah habis teruk pemimpin Pakatan Rakyat diserang pelbagai penjuru menggunakan media rasmi kerajaan.
"Pernahkah PM memikirkan untuk melaksanakan 'kerajaan sementara' setelah bubarnya parlimen sebagaimana yang penah dicadangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen," tanya beliau.
Bagi PM, tambahnya mungkin idea ini tidak 'mendakap demokrasi' kerana jika dilaksanakan sudah pasti akan mengancam dirinya dan Umno dalam PRU ke 13 nanti.
Justeru, katanya DPP Malaysia berpendapat, PM kena tukar istilah dari 'mendakap demokrasi' kepada 'mendekam demokrasi' kerana istilah inilah yang paling sesuai memandangkan inilah realiti yang berlaku ke atas nilai demokrasi di negara ini sejak merdeka sehingga kini.
KOTA BHARU, 1 Dis: Selepas program Debat Perdana yang disiarkan TV1 berkubur, orang ramai kini tidak lagi dapat menyaksikan wacana yang mengupas pelbagai isu politik.
Program yang disiarkan secara langsung itu hanya muncul seketika semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara. Ini sesuai dengan sikapnya lebih terbuka.
Begitu juga program Hujjah yang diterbit TV9, berjaya menarik minat orang ramai. Namun Hujjah yang dihidupkan kembali dengan versi baru sekarang kelihatan tidak bermaya.
Pentas diskusi, wacana dan debat seperti itu hanya sekali sekala diadakan di dewan tertutup dan tiada lagi siaran langsung kecuali melalui internet.
Kumpulan Karangkraf dan beberapa pihak lain termasuk kerajaan Kelantan masih mempertahankan debat terbuka mengupas isu semasa yang berlaku.
Ruang untuk rakyat mendapat maklumat secara telus melalui media elektronik kini semakin sempit di bawah kepimpinan negara sekarang.
Kalau ada wacana sekali sekala pun di TV1 dan TV9, panelis jemputan hanya dari kelompok yang sama. Tiada lagi diskusi terbuka yang lebih matang dan mendebarkan.
Maka mengambil kira kepincangan itu kerajaan Kelantan sejak tiga tahun lalu menganjur wacana perdana dengan mengupas isu kritikal membabit panelis daripada Pakatan Rakyat, Barisan Nasional dan NGO.
Dan pada 8 Disember ini sekali lagi wacana 'panas' akan diadakan bakal mengupas isu bertajuk "Pilihan Raya Bersih dan Adil : Realiti Atau Ilusi?"
Pengarah program Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan anggota Exco, Datuk Husam Musa dijemput sebagai ahli panel wacana berkenaan.
Manakala Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusof bertindak sebagai moderator.
Program itu dijangka bermula jam 9 malam akan diadakan di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, merupakan siri kelapan.
Ia dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, turut mendapat kerjasama Harakah, Malaysiakini dan KTV sebagai media rasmi. Selain itu Rekabentuk Grafik dan Muslim Life.
Ahmad Baihaki berkata, wacana itu akan disiarkan secara langsung melalui mykelantan.tv.
"Sebanyak tujuh siri wacana yang diadakan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan sehingga melimpah ke luar dewan.
"Ini menggambarkan orang ramai amat mengharap program seumpama itu bagi mendengar kupasan isu semasa yang berlaku secara matang dan sihat," ujarnya.
Antara panelis dari Umno yang pernah diundang termasuk Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin, Pegawai JASA, Lokman Nor Adam. Ketua Pemuda Umno Rantau Panjang, Affandi Yusof dan bekas Pengerusi Yadim, Datuk Nakhaie Ahmad.
MERGONG - Pelbagai jenis sampah dibuang ke dalam Sungai Mempelam termasuklah botol minuman, bangkai haiwan dan perabot yang menyebabkan sungai itu tercemar.
Kakitangan swasta, Mohd Salleh Abdullah, 32, berkata, sungai yang dipenuhi dengan sampah itu turut menimbulkan kebimbangan kepada penduduk sekitar kerana bimbang sekiranya berlaku masalah banjir kilat.
Menurutnya, kawasan yang turut dijadikan tempat untuk memancing dalam kalangan kaki pancing itu sepatutnya perlu dijaga bukannya dicemari dengan sampah.
"Apabila musim air pasang, kawasan ini sering dikunjungi oleh kaki pancing terutama pada hari cuti namun apabila sungai tercemar menyebabkan kami terpaksa menghidu bau busuk sampah yang penuh di dalam sungai.
"Kerja pembersihan sungai ini perlu dilakukan agar kawasan ini boleh menjadi daya tarikan untuk kaki pancing," katanya.
Mohd Salleh berkata, kedudukan sungai bersebelahan jalan utama itu juga boleh menimbulkan pandangan tidak baik kepada pengguna jalan raya di kawasan itu kerana jalan itu seringkali digunakan oleh pengguna ke Perlis.
Dia berkata, sekiranya keadaan itu masih berterusan dan tiada tindakan, ia boleh menjejaskan keindahan sungai yang terdapat di kawasan pusat bandar.
"Penduduk dan orang ramai juga perlu memberi kerjasama dengan menjaga kebersihan sungai dengan tidak membuang sampah.
"Kerja pembersihan juga perlu dilakukan segera agar pencemaran sungai di kawasan ini tidak berterusan," katanya.
VALDOR – Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang berlaku kepada seorang pemandu treler apabila dia terselamat meskipun kenderaannya terbalik dalam satu kemalangan di Jalan Valdor, Sungai Bakap pagi semalam.
Akibat kemalangan itu juga, jalan berkenaan ditutup hampir lima jam lebih.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 9 pagi itu dipercayai berlaku apabila sebuah kereta yang mengikuti kenderaan 14 tayar itu cuba memotong treler berkenaan namun gagal menyebabkan kereta terbabit bergesel pada salah satu tayar treler sehingga hilang kawalan.
Wakil syarikat treler berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata, kejadian terbabit benar-benar membuatkan dia tergamam apabila rakannya (pemandu treler) tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kemalangan berkenaan benar-benar mengejutkan saya kerana jika dilihat pada keadaan lori dan kereta, pasti ada yang maut.
"Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada Tuhan kerana menyelamatkan rakan dan pemandu kenderaan lain," katanya.
Menurutnya, treler yang dipandu rakannya itu membawa muatan tali seberat 20 tan untuk dihantar ke Kulim, Kedah.
"Bagaimanapun, setibanya di jalan berkenaan, treler yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas.
"Ketika hilang kawalan itulah, treler yang dipandu turut merempuh sebuah kereta lain dan sekali gus menyebabkannya terbalik manakala muatan tali yang dibawa memenuhi permukaan jalan," katanya.
Berikutan kemalangan itu, orang ramai terpaksa menggunakan Jalan Lima Kongsi disebabkan jalan terbabit ditutup hampir lima jam lebih bagi membolehkan kerja membersihkan kawasan jalan dan mengalihkan treler berjalan lancar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superitendan Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan.
KARANGAN - Siapa sangka dalam rumah usang yang semakin reput akibat dimakan anai-anai, seorang warga emas, Aminah Saad, 88, masih mendiami rumah peninggalan arwah suaminya yang meninggal dunia sejak 1973 di Kampung Paya Kelubi.
Walaupun terpaksa menghabiskan masa tuanya berseorangan di rumah itu, tetapi dia masih bersyukur kerana memiliki rumah sendiri dan tidak tinggal menumpang.
Ketika Sinar Harian membuat lawatan ke rumahnya bersama Majlis Ketua Kampung (MKK), Aminah hanya terbaring kerana tidak sihat tetapi masih mampu mempelawa tetamu masuk ke rumahnya.
Apa yang menyedihkan rumah Aminah rosak hampir 90 peratus di mana kebanyakan lantai di rumahnya reput dan atapnya bocor.
"Rumah ini dibina suami makcik. Makcik dan empat anak tinggal di rumah ini sejak dulu lagi. Apabila suami meninggal dunia, makcik terpaksa menoreh getah untuk menampung keperluan harian. Anak bongsu dulu tinggal di sini tetapi dia kemudiannya meninggal dunia pada Ogos 2007.
"Memandangkan makcik tinggal berseorangan, anak sulung pula tinggal di rumah ini. Dia banyak membantu menguruskan rumah ini tetapi makcik redha apabila dia juga meninggal dunia Januari 2011 lalu. Sekarang makcik tinggal berseorangan dan menantu makcik, Hasnah sering datang untuk menghantar makanan. Makcik faham dia mempunyai keluarga sendiri dan terpaksa membahagikan masa untuk keluarganya dan makcik," katanya.
Hasnah Endut, 59, berkata, sehingga kini Aminah hanya menerima bantuan daripada Pusat Zakat yang memberikan bantuan setahun sekali.
Menurutnya, permasalahan Aminah tidak pernah mendapat perhatian mana-mana pihak termasuk ahli politik dari mana-mana parti di Padang Serai.
Katanya, memandangkan keadaan rumah ibu mertuanya semakin uzur, dia meminta mana-mana individu, badan bukan kerajaan (NGO) atau agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk membantu membaik pulih rumah Aminah.
"Sehingga hari ini permasalahan dihadapi mak saya langsung tidak diketengahkan oleh mana-mana pihak atau mendapat perhatian dari sesiapa. Rumah ini merupakan rumah pusaka dan keadaannya sangat membimbangkan kerana keseluruhan rumah ini sudah reput dan rumah ini menunggu masa untuk runtuh.
"Tiga bulan lalu MKK ada membuat lawatan ke rumah ini tetapi sehingga hari ini tidak ada sebarang khabar berita di mana ada pihak yang mahu membantu membaik pulih rumah kami ini," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim berkata, pihaknya akan mendapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau mana-mana NGO untuk membaik pulih rumah Aminah.
Katanya, Kerajaan Persekutuan menyediakan pelbagai kemudahan untuk membantu rakyat yang berhadapan dengan kemiskinan.
"Saya hairan masalah di depan mata kita masih menafikan. Takkan kita nak tunggu rumah ini runtuh barulah bantuan dapat disalurkan. Ini merupakan kes kedua sepanjang tempoh sebulan yang diketengahkan Sinar Harian di mana ia melibatkan permasalahan penempatan penduduk kampung. Sebelum ini, kes tiga beranak tinggal dalam rumah berlantaikan tanah di Kilang Sago diketengahkan. Di manakah wakil parti politik di kawasan ini.
"Kita boleh memberikan bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Aminah. Memadai dengan membina rumah yang hanya memiliki dua bilik kerana dia tinggal berseorangan dan tanah ini miliknya," katanya.
Mohd Zailan berkata, pihaknya juga berusaha untuk mendapatkan bantuan barang binaan dan meminta penduduk kampung untuk melakukan gotong-royong untuk membaik pulih rumah Aminah.
AYER KEROH - Seorang lelaki terpaksa membatalkan hasratnya mendaftar sebagai pengundi buat sementara waktu apabila mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai seorang pengundi dengan menggunakan nama individu lain.
Walaupun lelaki berusia 38 tahun itu menetap di Petaling Jaya, Selangor, namun semakan menggunakan laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai pengundi di Kuala Krai, Kelantan.
Lebih aneh, apabila nama individu yang tertera dalam senarai berkenaan iaitu Zulkifly Mohamed Yusof dikategorikan sebagai berjantina perempuan.
Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata, ia hanya disedari apabila lelaki terbabit ke DAP Melaka untuk mendaftar sebagai pengundi baru.
Menurutnya, lelaki terbabit mendakwa tidak pernah menetap di Kelantan.
"Apabila mendapati nombor kad pengenalan barunya telah didaftarkan, kami memeriksa nombor kad pengenalan lamanya pula kerana memikirkan ia mungkin satu kesilapan.
"Bagaimanapun, nombor kad pengenalan lamanya turut didaftarkan atas nama orang berkenaan," katanya kepada media selepas membawa perkara itu untuk perhatian SPR Melaka di Menara Persekutuan, di sini, semalam.
Poay Tiong berkata, aduan rasmi telah dibuat semasa pertemuannya dengan pegawai SPR Melaka bagi membolehkan SPR menyiasat perkara berkenaan.
Sementara itu, seorang jurucakap SPR ketika mengesahkan laporan itu berkata, siasatan akan dijalankan sebelum tindakan susulan diambil.
PENGKALAN BERANGAN - Pas menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa parti itu tidak menggalakkan sukan dan permainan malah mahu melihat pemuda Islam di setiap peringkat aktif serta seimbang dalam semua kegiatan hidup.
Menurut Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri Terengganu, Yahaya Ali, Nabi Muhammad SAW bersabda badan setiap orang itu haknya, yang menuntut kepada latihan dan kecergasan.
"Rasulullah kata atas badan kamu ada hak, maknanya Nabi nak suruh kita bersenam dan antara sunnahnya, orang muda ini sunah (untuk) berenang, memanah dan menunggang kuda.
"Jangan kita kata (bila) sebut orang Pas ini, benda-benda 'main' (permainan dan sukan) tidak suka atau tidak ada kaitan dengan agama," katanya yang turut menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa Pas tidak menggalakkan sukan dan permainan kepada pemudanya.
Yahaya berkata demikian pada majlis penutup pertandingan bola sepak 'musim banjir' anjuran Pemuda Pas Dun Pengkalan Berangan yang diadakan di Kampung Pasir Putih di sini.
Hadir sama, Penasihat Majlis Tindakan Dun Pengkalan Berangan, Mohd Deraman.
Yahaya berkata, golongan pemuda mestilah membuat perubahan dalam hidup dan meningkatkan diri dalam apa sahaja kegiatan bermanfaat.
Menurutnya, agama Islam juga mengajar, orang yang paling baik adalah mereka yang dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan pada masa yang sama bermanfaat kepada orang lain.
Sehubungan itu, Yahaya juga Yang Dipertua Pas Kawasan Marang berharap orang muda dapat mengurus kehidupan zaman muda sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah SAW.
CEMAS...10 rumah terbakar dalam kejadian dipercayai berpunca tindakan Mat Gian.
KUALA LUMPUR: Angkara Mat Gian, 10 rumah terbakar dalam kejadian di Tingkat 4, Blok 4, Flat Perumahan Awam Sri Pulau Pinang, Cheras di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, 50 penghuni hilang tempat tinggal dan kini ditempatkan di empat dewan orang ramai di sekitar kawasan perumahan itu.
Penduduk yang dikenali sebagai Goh, 40-an, berkata, ketika kejadian, dia menonton televisyen di rumahnya sebelum mendengar jeritan jiran.
Katanya, ketika hendak keluar dari rumah, mereka ternampak kelibat beberapa Mat Gian berlari keluar dari sebuah rumah kosong di tingkat berkenaan.
"Akibat tindakan mereka, kami tinggal sehelai sepinggang," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Seorang lagi mangsa, P Shalini, 17, yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini kehilangan segala dokumen peribadi dan bahan rujukan.
Katanya, ketika kejadian, dia sedang mengulang kaji pelajaran untuk dua lagi peperiksaan bakal didudukinya hari ini dan 13 Disember. "Kami sekeluarga bukan sahaja hilang tempat tinggal tetapi segala dokumen penting termasuk slip peperiksaan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.45 malam dan lima jentera bomba dihantar ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, pihaknya berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh sejam namun 10 rumah di Tingkat 4 gagal diselamatkan dan hangus.
Katanya, struktur bangunan berusia lebih 40 tahun itu menyebabkan api marak dengan cepat.
Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan dipercayai berpunca dari sebuah rumah kosong dipercayai digunakan Mat Gian sebagai markas mereka melepas gian.
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Semalam rakyat Malaysia telah dimualkan dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa mempertahankan Umno adalah satu jihad.
"Tetapi persoalannya ialah adakah menyekat Kelantan dan Terenggau laksana hudud dan royalti juga adalah satu jihad?" tanya Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Nazmi Nik Din sebagai respons kepada kenyataan Muhyiddin malam semalam sewaktu merasmikan perhimpunan sayap-sayap Umno yang bertajuk 'Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad'.
Justeru, beliau meminta orang-orang Islam di Malaysia menggunakan anugerah akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah SWT supaya berfikir semasak-masaknya sebelum 'menelan bulat-bulat' seruan Muhyiddin itu.
"Adakah tindakan kerajaan pimpinan Umno menghalang kerajaan Kelantan perolehi hak royalti dan kerajaan Terengganu sewaktu di bawah pemerintahan PAS adalah satu jihad yang diredhai oleh Allah SWT?" soal beliau .
"Adakah tindakan menghalang kerajaan Kelantan daripada melaksanakan hudud juga adalah juga suatu jihad di jalan Allah SWT?" soalnya lagi.
Sehubungan itu, beliau turut meminta seluruh umat Islam di Malaysia tepuk dada tanya iman.
Menurutnya, itu adalah persoalan-persoalan permulaan kepada ribuan soalan lagi tentang masa depan umat Islam yang gagal ditangani oleh kerajaan Umno BN sekarang.
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan kerajaan meluluskan Akta Himpunan Aman secara terburu-buru tanpa rundingan dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk Pakatan Rakyat mahupun kumpulan-kumpulan masyarakat sivil.
"Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang dibentang oleh Perdana Menteri hanya akan membawa Malaysia beberapa langkah ke belakang dari segi demokrasi," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Menurut Khalid lagi, rang undang-undang itu jelas menyalahi semangat demokrasi kerana tidak meraikan kebebasan bersuara.
"Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, Malaysia sepatutnya lebih terbuka kepada perhimpunan aman kerana ianya adalah salah satu cara rakyat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka."
Justeru katanya, kerajaan Selangor akan menganjurkan forum bagi memastikan rakyat tahu dan jelas akan hak-hak mereka dalam negara demokrasi.
"Bagi memastikan agar rakyat peka terhadap hak demokrasi mereka, Kerajaan Negeri merancang untuk menganjurkan forum bagi menerangkan hak-hak rakyat di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi mengikut Perlembagaan."
Tambahnya, forum ni akan dibiayai sepenuhnya Kerajaan Negeri di bawah Program Pendemokrasian Rakyat dengan peruntukan RM15 juta di bawah Geran Selangorku.
"Kita menjemput pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghantar cadangan bagaimana forum ini boleh dianjurkan dengan baik dan berkesan."
"Sebagai kerajaan negeri yang mengamalkan ketelusan dan kebertanggungjawaban, kami tidak akan berdiam diri apabila berdepan dengan cubaan untuk menindas hak rakyat.
Kami menyokong semua usaha sihat untuk memelihara dan menyuburkan prinsip demokrasi serta menentang sebarang agenda yang menyekat kebebasan rakyat bersuara," katanya lagi.
Akta Himpunan Aman 2011 diluluskan pada 29 November 2011 oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional. Ia menghalang sebarang bentuk himpunan aman yang tidak dimaklumkan kepada polis terlebih dahulu.
Akta itu sebelum ini menetapkan notis 30 hari perlu diberikan kepada polis sebelum sebarang himpunan aman berlangsung.
Namun, selepas dibantah ramai pihak, keperluan memberi notis itu dipinda kepada 10 hari sahaja.
Mereka yang terlibat dalam himpunan aman itu pula boleh didenda sehingga RM10,000 seorang.
Pada hari sama ia diluluskan, Majlis Peguam diiringi lebih 1,000 peguam berarak ke Parlimen membantah akta tersebut.
SHAH ALAM,1 DISEMBER : Kerajaan Selangor akan memastikan 150 zon Wi-fi percuma diseluruh negeri tersebut di capai mulai tahun depan berbanding 24 Zon yang sedia ada dalam membawa anjakan baharu dalam menyampaikan informasi kepada rakyat dengan lebih pantas dan memberikan peluang kepada rakyat mendapat akses maklumat yang lebih luas.
ADUN Rawang Gan Pei Nei berkata dengan adanya pemerkasaan daripada segi informasi , masyarakat akan lebih memahami semangat demokrasi dengan kebebasan maklumat yang membolehkan orang awam mendapat maklumat lebih tepat berbanding hanya mendapat informasi daripada sebelah pihak sahaja.
"Dan kita tahu sekarang ini, media arus perdana jarang memaparkan berita berkenaan dengan khasnya berkaitan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, sebab itu dengan adanya Wi Fi percuma ini lebih ramai orang boleh mendapatkan akses kepada informasi yang lain daripada yang ada sebelum ini," katanya.
Menurut beliau lagi, setakat ini khidmat Wi-Fi secara percuma ini sudah bermula di beberapa kawasan termasuk di Shah Alam dan tempat-tempat tertentu, tetapi belum menyeluruh lagi.
Di kawasan bandaraya Shah Alam, sehingga kini beberapa kawasan sudah menyediakan perkhidmatan wi-fi percuma iaitu di Pejabat SUK, Plaza Masalam, Dataran Shah Alam, Seksyen 2, Seksyen 3, Seksyen 6 dan Seksyen 8.
Kerajaan Negeri juga merancang untuk menubuhkan jumlah keseluruhan sebanyak 24 zon wi-fi percuma di seluruh bandaraya Shah Alam, dan jumlah keseluruhan sebanyak 150 lokasi di seluruh Negeri Selangor.
Hingga setakat ini, di luar Shah Alam kemudahan ini sudah disediakan antaranya di Hulu Selangor termasuk bandar Kuala Kubu Bharu, Pekan Baru Batang Kali dan Hulu Bernam.
"Itulah sebabnya perkara ini perlu disegerakan pemasangan Wi-Fi percuma ini di kawasan bandar dan desa, supaya rakyat dapat mencapai akses kepada informasi dan mendapatkan berita daripada media alternatif," katanya.
Berkenaan dengan kos untuk pemasangan Wi-Fi percuma ini untuk diperluaskan di seluruh Selangor, Gan mencadangkan agar kerajaan negeri memberikan peruntukan yang mencukupi untuk memastikan kelancaran projek ini.
" Saya menyeru kepada kerajaan negeri agar dapat memberikan keutamaan daripada geran Selangorku, yang mana pihak Menteri Besar sebelum ini umumkan dalam sidang DUN, supaya sebahagian besar dapat digunakan untuk menyediakan Wi-Fi percuma ini," katanya.
Semasa Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, jumlah penebusan penggunaan internet ketika itu hanya 23.4 peratus, dan kini telah meningkat dengan cepat.
Pada suku ke 4, 2008, ia meningkat ke 33.3, manakala 2009, 49.1 peratus.
Kerajaan Selangor mensasarkan tanda aras KPI untuk penembusan internet di seluruh negeri diletakan pada kadar 57 peratus.
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Speaker Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang bagi meminda syor yang telah dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
Kit Siang dalam usulnya mencadangkan syor PSC itu hendaklah dipersetujui dengan pindaan dengan menambah ayat seperti berikut:
"Perlulah dilaksanakan oleh Kabinet, Suruhanjaya Pilihan Raya dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan serta-merta dan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 serta satu penyata laporan perkembangan perlaksanaan semua syor tersebut dan syor-syor penambahbaikan proses pilihan raya yang lain perlu dibentangkan ke Dewan ini pada minggu pertama tahun 2012".
Bagaimanapun Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolaknya kerana ianya di luar bidang kuasa speaker.
Menurut Pandikar, usul tersebut bertentangan dengan Perkara 31(3) dan Perkara 27 Peraturan Mesyuarat.
"Untuk ubah perlu dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat, perlu ada perbahasan dan notis dua minggu mengikut Perkara 27," katanya.
Kit Siang terdahulu mendakwa, 10 syor yang dikemukakan PSC di Dewan Rakyat hari ini 'tergantung' kerana tiada satu ikatan atau arahan agar kesemua syor tersebut dilaksanakan oleh pihak bertanggungjawab.
Speaker juga bersetuju dengan pandangan tersebut namun menyatakan tidak boleh bertindak apa-apa kerana diluar bidang kuasanya.
KUALA LUMPUR, 1 Dis: "Budak tadika pun tahu jawapannya, jika Umno lawan PAS, yang menang sudah tentu antara Umno atau PAS," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Dewan Merdeka PWTC pada 29 November lalu yang menyatakan DAP ganti PAS, bukan PAS ganti Umno.
"Sifir mana Timbalan Presiden Umno ini belajar.
"Bagaimana Najib lawan Muhyidin yang menang ialah Chua Soi Lek. Analogi yang tidak masuk akal langsung," ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, kalau itulah kenyataan yang keluar daripada seorang Menteri Pelajaran, maka amat malanglah rakyat Melaysia kerana lain yang ditanya maka lain pula yang dijawab.
Tambahnya, Timbalan Presiden Umno menyebut DAP ganti PAS sebagi strategi Umno untuk menakutkan rakyat daripada memilih PAS dan meninggalkan Umno walaupun anologi beliau sebagai orang yang pening lalat.
Menurutnya, rakyat Malaysia sedar Persidangan Umno pada kali ini akan menjadi pesta memaki hamun dan memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat.
Ini, ujarnya adalah strategi Umno untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi teras kepimpinan negara.
Katanya lagi, parahnya pentadbiran negara telah didedahkan oleh Ketua Audit Negara, sebaliknya pujian urus tadbir cemerlang diberi kepada negeri Pakatan Rakyat.
"Walaupun Tan Sri Muhyiddin cuba menakutkan rakyat terutama orang melayu daripada menyokong PAS, kononnya DAP yang mengganti PAS tetapi rakyat semakin cerdik dan tahu siapa sebenarnya pengkhianat RM52 bilion saham bumiputera, RM32 juta wang PPRT, 1.3 juta hektar tanah rezab melayu digadai di bawah kepimpinan Umno.
"Jika inilah yang berlaku layaklah PAS ganti Umno," ujarnya.
One Malaysia – satu Malaysia: satu metafora di antara beberapa metafora dalam sejarah penggantian kepimpinan utama negara, maknanya cemerlang, gemilang dan terbilang akan menjadi salah satu "artifak" sejarah, sebagaimana lenyapnya "kepimpinan melalui teladan", "bersih, cekap dan amanah". Persoalannya, apakah yang dikatakan satu Malaysia? Apakah falsafah di sebalik gagasan (?) satu Malaysia? Mencari Damai Abadi.
Nampaknya, setelah sekian lama gagasan ini dikemukakan, disebalik gembar gembur media, namun impaknya tidaklah begitu mendasar dalam konteks pemikiran sosial dan politik di kalangan rakyat Malaysia, khususnya sepanjang yang berkaitan dengan falsafah politik pembentukan negara bangsa. Ini bererti gagasan Satu Malaysia tidak begitu mekar dalam penterjemahannya, terutama dalam hal-hal yang bersabit dengan perhubungan sosial dan hala cara tingkah laku politik.
Apa yang nyata, fenomena Satu Malaysia tidak diterjemahkan secara konkrit dalam membentuk pola perhubungan pentafsiran terhadap realiti amalan demokrasi, terutamanya sepanjang yang berkaitan dengan perbezaan tafsiran terhadap pendekatan politik serta idealisme politik, juga sepanjang yang berkaitan dengan dengan pendefinisian amalan kebebasan media serta layanan dalam pemberitaan media. Maknanya, apabila digagaskan unsur ke arah realiti penyatuan nilai dan norma, ia tidak seharusnya dibentuk dalam lingkungan retorik bahasa semata-mata, sebaliknya ia seharusnya mempunyai kesahan dalam konteks kesesuaian idea dengan amalan praktis.
Permasalahan Idea Satu Malaysia
Hakikatnya gagasan Satu Malaysia, sehingga kini tidak memencarkan nilai dan norma yang jelas, sama ada dalam bentuk perlakuan atau pun falsafah perhubungan sosial, apa lagi dalam konteks kerangka politik demokrasi. Terdapat unsur-unsur kecelaruan nyata dalam menentukan piawai ke arah peneguhan Satu Malaysia, Cuma digambarkan melalui Kedai Satu Malaysia, Klinik Satu Malaysia, Larian Satu Malaysia dan juga Baju Satu Malaysia, namun persoalan dalam konteks membina kerangka praktis nilai dan norma dalam ertikata sebagai unsur pengikat kesatuan bangsa itu, sebenarnya tidak begitu kukuh, juga tidak begitu kejap bertunjang. Hal ini begitu jelas, apabila wujudnya unsur-unsur pencabar, sebagaimana yang ditampilkan dalam perjuangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), sehingga menjadikan gagasan Satu Malaysia menjadi lebih kelam dan kusut.
Perdana Menteri dalam kenyataannya menjelaskan bahawa satu Malaysia merujuk kepada "rakyat Malaysia berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia dengan mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita". Berdasarkan frasa ayat ini, maka terdapat dua unsur utama yang menjadi pengukur kepada faktor kritikal kejayaan dalam menentukan deskripsi Satu Malaysia, iaitu;
Pembentukan pemikiran dan tindakan yang berteraskan kepada konteks identiti bangsa Malaysia.
Perkiraan segala bentuk tindakan seharusnya didasarkan kepada kehendak semua kumpulan etnik yang wujud dalam Malaysia.
Persoalan yang wujud dalam memperjelaskan kedua-dua unsur ini adalah berkaitan dua konteks pembolehubah yang agak abstrak sifatnya, iaitu "bangsa Malaysia" dan "kehendak kesemua kumpulan etnik". Hakikat yang dikaitkan dengan identiti bangsa Malaysia, menimbulkan keraguan dalam konteks asas piawai yang mencirikan bangsa itu dan juga berhubung kait dengan sifat pengenalan bangsa itu yang dapat menimbulkan satu pengiktirafan dalam aspek "rupa bentuknya". Hal ini akan mempengaruhi dimensi berfikir dan pola tingkah laku di kalangan masyarakat.
Apa yang jelas, gagasan Satu Malaysia tidak menggariskan asas falsafah kepada pembentukan bangsa Malaysia, khususnya dalam aspek sistem dan struktur sosial yang menjadi lingkaran kehidupan bermasyarakat, terutama berkaitan dengan penegasan terhadap konsepsi kebangsaan. Sebaliknya apa yang jelas berlaku, jurang kehidupan sosial dan amalan sosial yang dipraktiskan tidak mengarah kepada kesatuan bangsa Malaysia. Kekuatan tradisi, kepercayaan, norma, pegangan dan prinsip masih belum dapat dirombak untuk disepadukan dalam konteks realiti bangsa Malaysia.
Titik persamaan dalam kerangka bangsa Malaysia tidak sepenuhnya dicerakinkan dengan jelas, sebagai satu piawai dalam falsafah bangsa. Kemerdekaan 1957 sehinggalah kepada pengisian kemerdekaan dan kini dikatakan era pengindustrian bangsa serta merentasi dinamik globalisasi, tidak menampakkan dengan jelas akan ciri, rupa bentuk dan pemikiran bangsa Malaysia, hakikatnya realiti asas perkauman (teras kewujudan parti-parti politik dalam Barisan Nasional, memperlihatkan pemisahan berasaskan kaum) masih mendefinisi kitaran sosial.
Hal agak jelas dalam beberapa kes, berkaitan dengan kepimpinan perkhidmatan awam dan penguasaan dalam syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan masih didominasi oleh kaum tertentu, ini merupakan penghalang utama dalam konteks pembinaan bangsa Malaysia, disebabkan wujudnya ketidakseimbangan dalam pertautan sosial dan sistem ekonomi, bukan sahaja dalam konteks antara etnik, tetapi juga antara wilayah, menampakkan tumpuan yang berbeza dalam pembangunan fizikal dan pengagihan sumber-sumkber ekonomi.
Jurang ekonomi juga wujud dalam realiti kehidupan masayarakat bukan sahaja di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan-kawasan bandar dan perbandaran. Kewujudan dualisme pendidikan juga merupakan penghalang kepada pembinaan nilai dan pengukuhan kepercayaan terhadap bangsa Malaysia, apa lagi untuk membentuk penyatuan pemikiran dalam Satu Malaysia. Soalnya, nilai dan tradisi serta matlamat kehidupan yang berbeza, sebenarnya menjadikan jurang sosial agak sukar untuk bertaut, oleh itu, pemikiran ke arah pembinaan bangsa Malaysia itu tidak memberikan apa-apa makna. Tambahan lagi, perjuangan berasaskan kepentingan bangsa itu masih menjadi paksi utama dalam senario politik Malaysia, hakikat ini tidak ternafi dalam perjuangan UMNO itu sendiri.
Aspek lain yang menjadi intipati kepada gagasan Satu Malaysia sebagaimana dikemukakan oleh Perdana Menteri adalah bersabit dengan, "segala bentuk tindakan seharusnya didasarkan kepada kehendak semua kumpulan etnik". Permasalahan yang wujud tentunya berkisar di sekitar pendefinisian terhadap, "kehendak semua kumpulan etnik". Setiap etnik tentunya mempunyai kehendak dan tuntutan yang berbeza, sesuai dengan kepentingan sesuatu etnik itu, berasaskan nilai, kepercayaan, ideologi, pemikiran, tradisi, pegangan dan falsafah hidup yang melingkari persepsi sosio budaya.
Ini bermakna, dalam usaha merealisasi konsepsi Satu Malaysia, setiap etnik seharusnya dapat membentuk tingkah laku sosial dan politik sejajar dengan kepentingan sesuatu etnik itu, berasaskan nilai, kepercayaan, ideologi, pemikiran, tradisi, pegangan dan falsafah hidup, maknanya membentuk realiti tingkah laku berdasarkan keperluan dalam kepelbagaian kehendak. Permasalahan yang wujud tentunya adalah untuk menentukan aras serta tahap dan bentuk tingkah laku yang boleh dijadikan pengukur kepada kesesuaian kehendak bagi setiap etnik, agar ia dapat membentuk pengiktirafan terhadap kepentingan bersama.
Sekiranya ini gagal dilakukan, maka persoalan yang dikaitkan dengan "kehendak semua kumpulan etnik", hanyalah sebagai satu lontaran idea yang tidak diasaskan kepada pendalaman pemikiran. Persoalan lain yang dikaitkan dengan "kehendak semua kumpulan etnik" ialah dalam menentukan batas sempadan untuk memenuhi kehendak semua kumpulan etnik, isu-isu yang berkaitan dengan nilai merupakan antara isu yang akan menjadi pencetus kekangan dalam menentukan tindakan untuk memenuhi "kehendak semua kumpulan etnik".
Oleh yang demikian, persoalan yang berkaitan dengan "kehendak semua etnik", merupakan sesuatu yang agak "mujarab" dan teoritis, selagi tidak digarispandukan dengan jelas berasaskan kepada satu standard tingkah laku yang dapat membentuk nilai sosial yang bersifat nasional bagi mentafsirkan "nilai kehendak bersama". Perkara ini hakikatnya telah cuba diusahakan melalui deklarasi Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 yang antara lain menegaskan, bahawa kebudayaan kebangsaan itu berteraskan kepada tiga perkara, iaitu;
Islam menjadi teras kepada pembentukan kebudayaan kebangsaan.
Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini.
Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan merupakan satu kerangka dalam membentuk penerimaan nilai bersama, juga pada masa yang sama membina identiti negara. Sekiranya asas ini yang digunakan, maka "kehendak semua kumpulan etnik" dalam erti kata memenuhi kehendak samada tersirat atau tersurat, juga menjadi kontroversial, memandangkan ia akan menimbulkan persoalan prinsip dalam nilai yang menjadi pentafsir kepada kewujudan etnik itu sendiri.
Tambahan pula, antara etnik mempunyai aspirasi, ideologi, fahaman dan pendirian politik yang tersediri, khususnya sepanjang yang berhubung dengan perjuangan kepentingan "survival" setiap etnik. Lantaran itu, mengiktiraf "kehendak semua kumpulan etnik" akan menimbulkan realiti kompromi politik yang mengakibatkan antara etnik akan kehilangan "hak" dan terpaksa menerima dan melepaskan kepentingan sendiri dan mengesahkan kepentingan pihak lain sebagai satu kepentingan bersama walau pun bertentangan dengan pendirian politik. Hal ini telah berlaku dalam konteks Perlembagaan 1948, Perlembagaan 1957 dan Pembentukan Malaysia 1963.
Gagasan lain yang disuarakan Perdana Menteri, "Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilakukan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan."
Berdasarkan komitmen yang dijelaskan, satu Malaysia – membawa makna segala tindakan dalam konteks keputusan-keputusan politik, sosial dan ekonomi haruslah mengambil kira hak dan keuntungan bersama merentasi dan menerobos sempadan perkauman, pada masa yang sama menghapuskan segala bentuk diskriminasi dalam konteks penyampaian bantuan dan pertolongan dalam mempertingkat kedudukan sosio-ekonomi Bumiputera. Namun demikian, penerjemahan terhadap pemikiran ini tidak direalisasikan secara berprinsip.
Amalan pemberian projek niaga dan projek-projek kepentingan kerajaan tidak diagih secara sepadan, merentasi batasan politik, konsep bumiputera lebih menjurus kepada golongan yang mempunyai aliran ideologi selaras dengan pemerintah, dengan itu, pemikiran ini tidak benar-benar mempunyai impak ke arah membangun bumiputera secara menyeluruh sebagaimana yang dihasratkan "menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilakukan dengan cara yang adil".
Ini bererti, pendefinisian bumiputera hanya terbatas kepada lingkungan mereka yang berada dalam lingkaran kuasa semata-mata, maka soal keadilan, hakikatnya tidak mempunyai justifikasi yang mantap dalam menentukan pertimbangan mendapat faedah daripada pihak pemerintah. Hakikatnya, projek yang dikaitkan dengan Projek Fidlot Kebangsaan (NFC), bernilai RM 250 juta, antara contoh projek yang dikaitkan dengan figura yang berada dalam lingkungan kuasa.
Penutup
Tegasnya satu Malaysia, seolah-olah penegasan untuk mengembalikan sesuatu hak kepada mereka yang berhak berdasarkan hak sebenar, menurut apa yang telah ditentukan dan yang akan ditentukan. Ini bererti, satu Malaysia – memperlihatkan satu pengesahan berkaitan dengan kegagalan dasar-dasar dan tindakan politik kerajaan selama hampir lebih lima puluh empat (54) tahun, dalam membina kesatuan dan kesepaduan bangsa, khususnya dalam konteks pola perhubungan antara etnik dan pembahagian kekayaan negara.
Apa yang ketara, pemikiran yang berkait dengan perpaduan serta keutuhan bangsa dan negara, mempunyai persepsi dimensi yang amat terbatas. Konteks perpaduan dan integrasi, sebagaimana yang digambarkan dalam idea Satu Malaysia, lebih kepada perkaitan perhubungan etnik, tanpa adanya pemikiran konkrit ke arah metafsirkan agenda dengan lebih luas, berasaskan tindakan pemerintah itu sendiri dalam berperanan menghidup dan mempraktiskan intipati perpaduan itu sendiri.
Politik Machiavelli, pembesaran dan penonjolan politik prasangka perkauman, khususnya dikalangan parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan pro pemerintah, pendiskriminasian kerajaan negeri yang berlainan ideologi politik, ketidakseimbangan layanan dalam konteks pembangunan infstruktur antara wilayah, sekatan terhadap hak-hak sebagaimana yang dilembagakan dalam Perlembagaan, manipulasi jentera kerajaan untuk kepentingan politik pihak berkuasa, ketidakseimbangan pembanungan ekonomi dan isu-isu yang berkaitan dengan royalti minyak, ketidakperihatinan terhadap amalan kebebasan media dan juga politik kronisme, menjadikan Satu Malaysia, sekadar satu gagasan yang tidak mendasari acuan.
Dengan yang demikian, pelaksanaan Satu Malaysia, menuntut kepada perubahan menyeluruh kepada sistem dan proses politik serta tingkah laku pemikiran politik, menjejaki realiti. Memahami akan pola dan perspektif politik dengan menerima akan kehadiran kepelbagaian serta mengiktiraf akan prinsip-prinsip demokrasi secara konkrit, pada masa yang meletakkan dasar-dasar yang dirangka selaras dengan peruntukan Perlembagaan.
Penulis adalah pensyarah di Jabatan Pengurusan dan Kepemimpinan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Jawatankuasa (JK) Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya hari ini mengesyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera meminda peraturan pilihan raya bagi membolehkan dakwat kekal digunakan pada PRU-13.
Bercakap sewaktu membentangkan pandangan dan syor-syor awal JK itu di parlimen pagi ini, Pengerusi PSC Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, dakwat kekal disyor untuk digunakan dan tidak perlu kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan.
LJawatankuasa mengesyorkan penggunaan dakwat kekal (indelible ink) dalam proses pengundian bagi pilihan raya ke-13.
"Bagi syor ini jawatankuasa mendapati bahawa pindaan hanya perlu dibuat kepada peraturan berhubung dengan pilihan raya sahaja tanpa perlu meminda perlembagaan persekutuan.
"SPR perlu menyegerakan proses pindaan peraturan-peraturan yang berkaitan untuk kuatkuasa," katanya.
Dalam pembentangan itu, beliau turut mengemukakan 10 syor penambahbaikan proses pilihan raya.
Antaranya pengundian awal hanya untuk anggota tentera dan isteri serta anggota polis, pembersihan daftar pemilih, pengundi luar kawasan tidak perlu kembali ke kawasan pendaftaran asal dan ketelusan proses undi termasuk menghapuskan nombor siri pada kertas undi.
Untuk pembersihan daftar pemilih, PSC mengesorkan supaya SPR melantik MIMOS Berhad untuk membuat verifikasi terhadap pembersihan ke atas perkara berikut:
A- Dua orang pemilih dengan satu kad pengenalan sama
B- Pengundi yang telah meninggal dunia tetapi masih berada dalam daftar pemilih
C- Pengundi berumur 90 tahun ke atas
D- Pemilih bukan warga tempatan
E- Ramai pemilih dalam satu alamat
F- Pengundi hilang kelayakan.
Selain itu PSC turut mengesyorkan tempoh Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan dipanjangkan dari 7 hari kepada 14 hari.
PSC juga mahu SPR membatalkan kadar fi RM10 yang dikenakan kepada pembantah serta membatalkan had maksimum bilangan orang yang hendak dibantah.
Semalam, Bernama melaporkan bahawa laporan awal Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) mengemukakan 10 cadangan bagi memastikan proses itu dilaksanakan secara bebas dan adil.
Laporan itu yang diedarkan kepada Anggota Parlimen di Dewan Rakyat pada Rabu ini dijangka dibentangkan Khamis.
Cadangan itu dikemukakan selepas jawatankuasa berkenaan mendengar pandangan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu, serta maklum balas yang diterima daripada anggota jawatankuasa.
Sepuluh cadangan yang dikemukakan itu ialah mengenai penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13; pengundian awal; pengundi tidak hadir luar negara; pengundi luar kawasan dan penukaran kawasan pendaftaran.
Cadangan turut menyentuh pembersihan daftar pemilih; pameran rang daftar pemilih tambahan; ketelusan proses mengundi; penambahbaikan proses pencalonan; dan pengukuhan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mengenai pembersihan daftar pemilih, laporan itu menjelaskan jawatankuasa berkenaan mengambil maklum usaha berterusan SPR dalam membersihkan daftar berkenaan termasuk mempamerkan nama pemilih yang rekodnya tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Bagaimanapun, jawatankuasa mengambil maklum masih terdapat keraguan tentang daftar pemilih yang bersih, khususnya di Sabah mengenai nama yang didakwa tidak layak berada dalam daftar pemilihan atau apa jua sebab.
Sehubungan itu, jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR melantik Mimos Berhad (Mimos) untuk membuat verifikasi terhadap isu seperti dua orang pemilih dengan satu kad pengenalan yang sama; pengundi yang sudah meninggal dunia tetapi masih berada dalam daftar pemilih; dan pemilih bukan warga tempatan.
Isu lain yang turut dibangkitkan ialah mengenai pengundi yang berumur 90 tahun ke atas; ramai pemilih dalam satu alamat; dan pengundi hilang kelayakan.
Jawatankuasa turut mengambil maklum permintaan dan desakan pelbagai pihak ketika pendengaran awam diadakan di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini, supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan rakyat asing memperoleh status kewarganegaraan dan terbabit dalam proses pendaftaran pemilih khasnya di negeri itu.
Walaupun perkara ini adalah luas dan luar daripada terma rujukan jawatankuasa itu, namun dicadangkan supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang.
Berhubung penambahbaikan proses pencalonan, jawatankuasa itu mengesyorkan supaya proses bantahan pada hari penamaan calon dimansuhkan selain mencadangkan tempoh penarikan balik pencalonan dibatalkan.
Penubuhan jawatankuasa itu diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Okt lepas dan dianggotai sembilan Anggota Parlimen mewakili Barisan Nasional (BN), pakatan pembangkang dan Bebas.
BN diwakili lima wakil rakyat manakala pembangkang (tiga) dan Bebas (satu).
PSC dipengerusikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Jawatankuasa itu mengadakan lima mesyuarat bagi membincangkan pelbagai perkara selain mengadakan sesi pendengaran awam bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).
azlanBercakap pada majlis mengumumkan keputusan itu di Subang Jaya pagi ini, Timbalan Presiden TI-M Mohamad Ali Hasan berkata, Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.
Katanya, walaupun kejatuhan itu hanya membabitkan 0.1 mata tahun ini, namun ia masih membimbangkan kerana kerajaan telah berusaha memulakan beberapa usaha-usaha anti-rasuah.
"Mengapa ia harus jatuh? Kerajaan telah menganjurkan beberapa program (anti-rasuah). Persepsinya adalah bahawa program itu tidak berkesan," katanya.
Pada tahun 2003, Malaysia berada pada kedudukan 37 dalam kaji selidik yang membabitkan 146 negara. Bagi 2010, kaji selidik itu melibatkan 178 negara.
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Pergerakan Ikhwan Muslimin Mesir mendahului pusingan pembukaan pilihan raya Parlimen pasca revolusi pertama negara ini.
Akhbar Al-Ahram melaporkan, parti Islam yang ditubuhkan pergerakan itu, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) selain parti-parti pergerakan Salafi, mendahului kiraan undi di enam wilayah.
Menurut akhbar harian bebas Al-Shorouk, di Kaherah, FJP memperolehi 47 peratus undi.
Pilihan raya pada Isnin dan Selasa lalu di Kaherah, Iskandariah dan beberapa kawasan lain adalah peringkat pertama dalam pilihan raya untuk memilih anggota Dewan Rendah Parlimen.
Peringkat seterusnya akan dibuat pada bulan Disember ini dan Januari tahun depan.
PAS doakan kejayaan
Sementara itu, PAS turut merakamkan ucapan tahniah kepada Ikhwanul Muslimin di atas kejayaan awal tersebut.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, PAS juga mendoakan agar kejayaan berterusan mengiringi parti Islam itu sehingga diumum menang pada pilihan raya itu.
"Kita amat bersyukur dengan keputusan awal ini.
"Kejayaan ini menunjukkan bahawa pemimpin Islam dan mesej Islam diterima oleh rakyat negara itu bagi menggantikan sistem diktator," katanya yang juga ahli parlimen Tumpat.
Menurutnya lagi, rakyat khususnya di negara Arab kini sedang bangkit menentang pemerintah regim diktator dan mahukan sistem yang lebih adil kepada mereka.
Sehubungan itu ujarnya, semangat perubahan seperti di negara Arab yang dikenali sebagai 'Arab Spring' itu mampu memberi iktibar kepada rakyat di negara ini untuk melakukan perubahan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan diadakan tidak lama lagi.
Najib, yang juga presiden Umno dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 di sini, mengingatkan semua anggota parti supaya "merapatkan saf, menyalakan jamung dan menggigit sekuatnya perjuangan dengan geraham kita" bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba.
"Bingkaslah orang-orang Umno, kita turun ke medan bakti," katanya sambil melaungkan Hidup Umno yang disambut gemuruh 2,711 perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Najib dalam amanatnya kepada perwakilan pada Selasa lalu mahu pimpinan parti di peringkat bahagian dan akar umbi bekerja secara luar biasa bagi menghadapi PRU-13 akan datang.
Perdana Menteri juga berpesan supaya para wakil bahagian parti jangan mengambil mudah PRU-13 kerana cabarannya pasti luar biasa dan yang paling getir bakal dihadapi oleh parti politik terbesar negara itu.
LONDON 1 Dis. – Britain semalam mengarahkan supaya pejabat kedutaan Iran di bandar raya ini ditutup dan semua kakitangannya meninggalkan negara ini.
Setiausaha Luar, William Hague berkata, arahan itu dikeluarkan selepas kedutaan Britain di Teheran diserang.
"Diplomat-diplomat Iran perlu meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam," katanya dalam satu kenyataan kepada Parlimen, sehari selepas serangan itu. – AFP
SHAH ALAM 1 DEC : Dari segi matlamat dan semangat, sebuah demonstrasi menuntut hak atau kepentingan tidak sesuai dilakukan dalam kawasan tertutup seperti stadium, menurut sebuah badan bukan kerajaan yang sering menolong menganjurkan protes bagi golongan bawahan.
Pusat Komunikasi (Komas) berkata tujuan demonstrasi jalanan adalah untuk menarik perhatian pihak pemerintah dan masyarakat awam terhadap rintihan dan masalah yang dihadapi kumpulan yang menganjurkan tindakan tersebut.
Ini supaya golongan tersebut dapat mendesak pemerintah agar mengambil serius tuntutan mereka sekaligus mencari jalan bagaimana tuntutan-tuntutan tersebut dapat dipenuhi.
"Demonstrasi diadakan bertujuan menyuarakan hasrat dan suara hati rakyat untuk menaikkan sesuatu isu disamping mendapatkan sokongan menyelesaikan isu tersebut," beritahu Pengarah Pusat KOMAS Tan Jo Hann apabila dihubungi TVSelangor.
Sejak ditubuhkan pada 1993, Pusat KOMAS telah menolong banyak kumpulan golongan yang berpendapatan rendah seperti peneroka bandar, pekerja kilang dan penjaja gerai untuk menuntut hak mereka daripada kerajaan.
Antara demonstrasi yang Tan sendiri telah terlibat adalah protes oleh penduduk Kampung Chupadak di Sentul, Kuala Lumpur, terhadap pihak berkuasa tempatan dan sebuah lagi di Rumah Panjang Jinjang Utama, Kepong.
Tan menjelaskan pendirian organisasi itu dalam tentangannya terhadap Undang-Undang Perhimpunan Awam 2011 yang baru diluluskan di Parliman.
Undang-undang itu telah dikecam kuat oleh aktivis masyarakat sivil yang mendakwa ia lebih menyekat kebebasan untuk berhimpun dan bersuara.
Antara peruntukan akta tersebut adalah kuasa bagi pihak polis menentukan tempat dan masa sebuah perhimpunan atau demonstrasi. Sekatan juga diadakan ke-atas lokasi dimana sebuah perhimpunan boleh diadakan.
Penganjur yang melanggar syarat-syarat ini boleh didenda sehingga RM20,000.
"Undang-undang ini memberi kuasa sepenuhnya kepada pihak polis untuk menentukan segalanya walhal sepatutnya pihak berkuasa hanya perlu mengawal keadaan perhimpunan agar segalanya berlaku dengan aman.
"Namun jika dilihat daripada sepanjang 20 tahun pihak kami mengadakan pelbagai demonstrasi, belum sekalipun kami berdepan situasi di mana keganasan berlaku atau bermula dari pihak yang melakukan demonstrasi," jelas Tan.
Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut mengecam kerjaan pusat kerana tidak menghiraukan pandangan yang diketengahkan pelbagai pihak berhubung implikasi negatif undang-undang ini.
Presiden ABIM Amidi Abd Manan berkata, pihaknya amat menyesali sikap tertutup kerajaan yang enggan membicarakan penggubalan rang undang-undang ini secara terbuka dan meluas sambil membabitkan konsultasi awam dan suara masyarakat sivil di negara ini.
"ABIM memandang keengganan tersebut bertentangan sama sekali dengan komitmen keterbukaan yang menjadi intipati agenda perubahan yang dilaungkan oleh pihak kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama iaitu pada hari inilah nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka.
Pada hari ini juga tercatat peristiwa pahit dalam sejarah Islam iaitu pembunuhan kejam ke atas tubuh yang mulia Sayyidina Husin yang merupakan cucu kesayangan Rasulullah S.A.W di bumi Karbala. Pembunuhan yang kejam ini dilakukan oleh Syiah Kuffah bukannya oleh tentera Yazid bin Mu'awiyah sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.
Walaupun adanya mazhab Syiah yang menyatakan bahawa pada hari ini tidak boleh berpuasa kerana kita semua mesti bersedih dengan pembunuhan Sayyidina Hussin pada 10 Muharram. Kita jawab balik kepada pendapat mereka bahawa kita semua disunatkan berpuasa pada setiap hari Isnin sedangkan pada hari Isnin merupakan hari kewafatan junjungan besar Muhammad S.A.W yang lebih besar kesedihannya tetapi kita semua tetap berpuasa sunat pada hari tersebut. Insya Allah kita akan kupas mengenai peristiwa Karbala ini dalam ruangan khas pada keluaran akan datang.
Disini dibawa beberapa hadis yang sohih mengenai kelebihan berpuasa pada 10 Muharram yang dikenali sebagai hari 'Asyura. Click and answer a simple survey, win a 46" LED Screen TV now!!!
Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik yang mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini. (Telah dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Daripada Abdullah bin Ma'bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari 'Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya. (Diriwayatkan oleh imam Tarmizi)
Daripada Ibnu Shihab daripada Hamid bin Abdul Rahman bahawa dia telah mendengar Mu'awiyah bin Abu Sufian berucap pada hari 'Asyura tahun haji di atas mimbar : Wahai penduduk Madinah! Dimanakah ulama' kamu? Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Ini adalah hari 'Asyura dan Allah tidak mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Aku berpuasa (pada hari ini) maka sesiapa yang mahu berpuasa berpuasalah dan sesiapa yang mahu (berbuka) maka berbukalah. (Dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada hari 'Asyura. Ulama' juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram.Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharamlah nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim.
Hukum berpuasa pada hari ini adalah disunatkan bukannya satu kewajipan. Siapa yang mahu berpuasa maka bolehlah berbuat demikian dan ganjaran yang besar dijanjikan kepada mereka yang berpuasa pada hari ini iaitu diampuni segala dosanya pada tahun-tahun yang lalu.Semoga kita dapat menggunakan segala peluang yang ada untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat nanti.
Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa 'Asyura)
نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA 'ASYURA LILLAHI TA'ALA
Ertinya: "Sahaja aku puasa hari 'Asyura , sunnah kerana Allah ta'ala."
KUALA LUMPUR, 30 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jentera Umno bersiap sedia menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 yang disifatkan sebagai 'luar biasa' dengan tindakan 'luar biasa'.
Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, DPP Malaysia menganggap kenyataan Datuk Seri Najib sebagai bahaya kerana boleh disalah tafsir oleh pelbagai pihak, memandangkan beliau adalah Perdana Menteri dan mempunyai kuasa di negara ini.
"DPP Malaysia hairan, bagaimana ungkapan sedemikian boleh keluar dari mulut Perdana Menteri Malaysia," ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, walaupun ia diucapkan terhadap jentera dalaman Umno, namun ia sudah menjadi berita yang semua rakyat membaca dengan pelbagai persepsi.
Bagi sesetengah pihak, ujarnya ucapan Najib boleh memberi makna akan berlaku sesuatu yang buruk terhadap rakyat dan negara.
Justeru, katanya DPP Malaysia mempersoalkan, apakah PM sudah meramalkan sesuatu yang luar dari kebiasaan akan berlaku dalam PRU ke 13 kali ini.
"Mungkinkah akan berlaku insiden-insiden buruk dalam PRU ke 13 nanti?" tanya beliau lagi.
Bagi DPP Malaysia, ujarnya ucapan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut Perdana Menteri, seakan-akan mengejutkan serta memakutkan rakyat.
Sepatutnya, beliau berkata Najib menenangkan rakyat dengan jaminan PRU ke 13 adalah PRU yang terbaik, paling aman, serta berlangsung dalam suasana penuh demokrasi.
Untuk itu, tambahnya DPP Malaysia telah sedia mempersiapkan jentera pemuda PAS diseluruh peringkat juga dengan persiapan 'luar biasa'.
"Kali ini seluruh jentera pemuda PAS diingatkan supaya bersedia menghadapi apa juga serangan yang bakal dilakukan oleh Umno BN dalam pelbagai bentuk," ujarnya.
Menurutnya, sudah 12 kali PRU dihadapi, dan sudah acap kali juga serangan bertali arus dikenakan terhadap jentera PAS khususnya pemuda PAS di seluruh negara.
Malah, ujarnya pemuda PAS pernah dipukul seperti di Pilihan Raya Kecil Ijok, Bagan Pinang dan lain-lain lagi.
Tambahan pula, katanya PRU ke 13 nanti akan berlangsung dalam suasana sistem pilihan raya yang masih tempang dan pincang dan dalam keadaan demokrasi yang kontang dari kebenaran.
Justeru, katanya tidak hairanlah jika berlaku sekali lagi manipulasi undi, undi pos yang meningkat mendadak, pengundi hantu yang kembali turun mengundi, beli undi, rasuah pilihanraya, rakyat negara asing yang turun mengundi, fitnah melalui media, akses media yang berat sebelah dan lain-lain lagi.
"Semua insiden ini pernah berlaku sebelum ini dan tidak mustahil akan berlaku lagi nanti.
"Insya Allah, DPP Malaysia telah mempersiapkan mental kesemua petugas dengan kesemua kemungkinan sesuatu yang 'luar biasa' yang akan berlaku," katanya lagi.
Beliau menambah, PRU 13 adalah masa terbaik untuk menukar kerajaan yang sudah tamat tempoh.
"Selamatkan Malaysia dari pemimpin yang korup, rasuah dan mementingkan diri sendiri," katanya.
Harakahdaily KUALA LUMPUR, 1 Dis: "Budak tadika pun tahu jawapannya, jika Umno lawan PAS, yang menang sudah tentu antara Umno atau PAS," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Dewan Merdeka PWTC pada 29 November lalu yang menyatakan DAP ganti PAS, bukan PAS ganti Umno.
"Sifir mana Timbalan Presiden Umno ini belajar.
"Bagaimana Najib lawan Muhyidin yang menang ialah Chua Soi Lek. Analogi yang tidak masuk akal langsung," ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, kalau itulah kenyataan yang keluar daripada seorang Menteri Pelajaran, maka amat malanglah rakyat Melaysia kerana lain yang ditanya maka lain pula yang dijawab.
Tambahnya, Timbalan Presiden Umno menyebut DAP ganti PAS sebagi strategi Umno untuk menakutkan rakyat daripada memilih PAS dan meninggalkan Umno walaupun anologi beliau sebagai orang yang pening lalat.
Menurutnya, rakyat Malaysia sedar Persidangan Umno pada kali ini akan menjadi pesta memaki hamun dan memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat.
Ini, ujarnya adalah strategi Umno untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi teras kepimpinan negara.
Katanya lagi, parahnya pentadbiran negara telah didedahkan oleh Ketua Audit Negara, sebaliknya pujian urus tadbir cemerlang diberi kepada negeri Pakatan Rakyat.
"Walaupun Tan Sri Muhyiddin cuba menakutkan rakyat terutama orang melayu daripada menyokong PAS, kononnya DAP yang mengganti PAS tetapi rakyat semakin cerdik dan tahu siapa sebenarnya pengkhianat RM52 bilion saham bumiputera, RM32 juta wang PPRT, 1.3 juta hektar tanah rezab melayu digadai di bawah kepimpinan Umno.
"Jika inilah yang berlaku layaklah PAS ganti Umno," ujarnya.
The Malaysian Insider KUALA LUMPUR, 1 Dis — Umno, parti teras Barisan Nasional (BN) selain kelihatan dijangkiti "satu kegelisahan" masih gagal membawa harapan baru yang jelas bagi rakyat menjelang pilihan raya umum, kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Asri (gambar) yang berada di ibu negara sebagai tetamu Perhimpunan Agung Umno 2011 berkata, Umno perlu menyediakan satu harapan yang jelas ataupun satu harapan lebih baik berbanding sekarang jika mahu memikat pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.
Ia merupakan antara tiga perkara ditekankan oleh beliau dalam perbualan dengan The Malaysian Insider malam tadi.
Perhimpunan Agung Tahunan Umno memulakan tirai dengan persidangan tiga sayapnya semalam - salah satu agenda difokuskan semalam ialah keperluan kelangsungan parti tersebut dengan mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-13.
Kelmarin, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mahu ahli-ahlinya bertindak "luar biasa" untuk menang pilihan raya umum ke-13. Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengajak ahli-ahlinya berjihad menghadapi pilihan raya umum kali, yang disifatkannya sebagai "ibu kepada segala pilihan raya."
"Berdasarkan pemerhatian saya di sini sejak beberapa hari ini , saya nampak Umno belum dapat memberi satu harapan atau memberi harapan yang lebih baik berbanding sekarang.
The Malaysian Insider KUALA LUMPUR, 30 Nov — Presiden PAS memberi jaminan parti Islam itu bahawa orang Melayu akan kekal berkuasa dan terus menikmati segala hak di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, sekali gus mengetepikan dakwaan pemimpin Umno yang terus menakut-nakutkan kaum itu dengan 'sentimen perkauman'.
"Ia bukan sahaja satu jaminan, tetapi juga realiti," kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan tegas kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di bangunan Parlimen semalam.
Hadi (gambar) menegaskan, isu itu tidak harus timbul kerana kerusi yang ditandingi pemimpin-pemimpin bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat hanya sekitar 60 berbanding 222 bahagian yang dipertandingkan.
"Dalam geografi politik Malaysia, bilangan kerusi ditandingi DAP pada masa sekarang hanya 40 berbanding 222 kerusi. (Jadi) bagaimana DAP, jika pun ia menang kesemua kerusi, akan mengambil alih? Ia tidak betul.
"Campur dengan PKR, kerusi (bukan Melayu) hanya 60 daripada 222 dan yang baki kerusi Melayu... jadi ia sesuatu yang tidak masuk akal," kata beliau.
Harakahdaily KUALA LUMPUR, 30 Nov: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub (gambar) menyifatkan ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi yang sarat dengan mesej kebencian terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai 'tidak sepatutnya diucap oleh bakal perdana menteri'.
Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ucapan Muhyiddin itu hanya 'memalukan dirinya' dan mencerminkan itulah tahap pemikiran sebenar beliau sebagai timbalan perdana menteri.
"Pada saya, ia tidak sepatutnya berucap begitu, sebab taraf dia timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri.
"Sepatutnya sebagai bakal perdana menteri, ucapan beliau perlu penuh dengan gagasan dan wawasan membangunkan negara, bukan penuh dengan kecaman kepada Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau mengulas ucapan Muhyiddin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.
Dalam ucapannya, Muhyiddin tanpa segan silu membidas DAP, PKR dan PAS dengan kata-kata penuh penghinaan.
DAP dilabel parti cauvinis Cina yang jahat dan mahu menubuhkan negara republik.
PKR pula dituduh sebagai parti ultraliberal yang hanya berjuang untuk Datuk Seri Anwar manakala PAS pula bukan lagi memperjuangkan Negara Islam kerana mengangkat Negara Berkebajikan.
Mengulas lanjut Salahudin bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin atas ucapannya itu yang secara tidak langsung mengakui PAS berada di persada politik tanah air.
"Apapun kita ucap terima kasih kerana menyebut tentang PAS dalam ucapan beliau.
"Maknanya mereka akui PAS berada di persada politik negara," katanya.
Dari Laman Web Aduan Rakyat, 30 Nov 2011 - Mohon tingkatkan kemudahan infrastruktur Kampung Seri Jemapoh .
Terlebih dahulu saya disini ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pihak tuan sudi membaca email saya ini. Diharap email ini dapat membuatkan satu pembaharuan pada kampung Seri Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang telah 65 tahun penduduknya menyokong kuat pimpinan dan pemerintahan di bawah UMNO.
Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya sebenarnya ingin membantu sahabat saya yang meminta saya untuk menyuarakan masalah kekurangan dan kedaifan kemudahan kampungnya yang sudah berabad lama dalam kemunduran.
Sehingga hari ini, kampung beliau yang mana majoritinya penyokong kuat UMNO hidup dalam kemiskinan kemudahan infrastruktur. Masalah banjir, tiada saliran longkang yang baik dan sempurna di kampung tesebut, masalah jalan yang sempit dan terpaksa memperlahankan kenderaan jika berselisih dengan lori yang membawa keluar masuk kayu dan batu bata di kampung tersebut.
Walaupun kampung Seri Jemapoh memiliki banyak kilang seperti kilang batu bata di Kampung Bakar Batu, Kilang papan di Jemapoh tengah berhampiran PLKN Kharisma Jemapoh, namun majoriti pekerjanya adalah bangsa asing dan tiada pengambilan yang ramai dari penduduk kampung untuk bekerja di kilang tersebut.
Lori-lori pengangkutan kilang tersebut banyak merosakkan jalan dan membahayakan keselamatan penduduk kampung yang kebanyakkannya sudah berusia. Selain daripada itu, masalah muda mudi dan golongan berumur turut dihantui gejala dadah yang sudah merosakkan sebahagian penduduk kampung Seri Jemapoh hampir 65 tahun.
Walaupun kelihatan polis peronda datang sekali sekala menaiki motosikal, tetapi sehingga hari ini golongan di bawah pengaruh dadah masih lagi mudah menerima bekalan dari pihak-pihak yang tak bertanggungjawab.
Oleh sebab yang demikian, saya dengan rasa rendah diri, mewakili rakan saya dan penduduk kampung Seri Jemapoh, Kuala Pilah Negeri Sembilan ingin memohon jasa baik dari semua agensi-agensi yang berkenaan untuk sama-sama melihat, meninjau sekurang-kurangnya masalah kekurangan dan kedaifan yang telah terlalu lama menghantui penduduk kampung berkenaan.
Jangan lah menunggu pilihanraya yang akan datang atau sehingga penduduk sudah mula rasa kecewa dan tawar hati dengan pimpinan sedia ada barulah di ambil tindakan.
Sekali lagi, saya memohon jasa baik dari pihak tuan agar dapat melihat dan memberi bantuan serta khidmat untuk bersama-sama membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat walaupun berada jauh di kawasan yang terpencil di Negeri Sembilan.
KULIAH UMUM Oleh Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali , Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak Tarikh : 2 Dis 2011 (JUMAAT) Masa : 7.15 mlm , selepas Maghrib Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang
Peguam-peguam di seluruh negara yang beradadi bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.
Rang undang-undang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka dan akan diundi pada malam ini.
Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.
Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.
Perarakan yang dinamakan 'Walk for Freedom', akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini.
Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama.
Di keheningan fajar ini, aku rasakan seluruh tubuh dan jiwaku berada dalam situasi yang damai dan menenangkan. Selama ini tidak pernah sekelumit pun ku rasakan perasaan seindah ini.
Terima kasih Allah, kerana Engkau masih memberi ruang kepada hamba-Mu yang sangat hina ini untuk menikmati perasaan ini. Saat inilah baru aku tersedar bahawa diriku ini sangat mencintai dan merindui-Mu.
Saat ini baru ku rasakan betapa nikmat dan manisnya cinta dan rindu kepada-Mu. Baru kini ku merasakan hebatnya kuasa cinta ini, Ya Allah.
Syukur pada-Mu ya Allah kerana Engkau telah memilih diri ini untuk menerima hidayah dan cinta-Mu. Sesungguhnya aku benar-benar menyedari betapa hinanya aku pada pandangan-Mu.
Betapa dosaku luas meliputi ruang langit dan bumi. Kosongnya amalanku ini untukku persembahkan kepada-Mu nanti. Terlalu banyak sifat mazmumah dalam diriku sehinggakan tidak mampu ku perhitungkan lagi. Kerasnya hatiku sehingga hidayah-Mu sukar untukku menerimanya. Ku tahu tiada nilaianku di sisi-Mu, ya Allah.
Namun sesungguhnya, Engkau Maha Pengasih ya Allah. Engkau masih memberi peluang kepada diriku ini untuk melakukan transformasi diri. Rahmat-Mu Maha Luas ya Allah. Syukur yang tidak terhingga ku panjatkan kepada-Mu.
Di kesunyian fajar ini, air mataku laju menuruni sejadah. Kesilapan lampau terbayang-bayang mengisi ruang ingatan satu persatu. Episod silam membawaku ke lembah kehinaan yang membuatkan aku digelumangi debu-debu dosa.
Betapa menyesalnya aku ya Allah. Kenapa selama ini aku leka dan lalai? Kenapa selama ini hatiku buta ya Allah. Terlalu banyak masa yang telah aku persia-siakan. Selama ini aku mempermainkan taubat kepada-Mu ya Allah. Selama ini ibadatku bukanlah untuk-Mu ya Allah, tetapi kerana sifat menunjuk-nunjuk dan riak yang hadir dalam diriku. Aku terlalu menyesal ya Allah.
Aku pohon kepada-Mu ya Allah, kurniakanlah kepadaku kekuatan untuk melakukan hijrah ini. Aku ingin berhijrah ya Allah, hijrah kerana-Mu. Bukanlah hijrah kerana manusia, bukan juga hijrah untuk mendapatkan dunia tapi hijrah yang sebenar-benarnya.
Aku ingin berhijrah untuk mendapatkan cinta dan redha-Mu. Sambutlah cinta dan rinduku ini ya Allah. Akan ku tatang hidayah-Mu ini dengan ilmu. Ilmu yang akan aku manfaatkan untuk memperbaiki hati dan diriku, yang dapat memberi cahaya kepada jiwa dan hidupku.
Ilmu yang akan aku persembahkan untuk-Mu adalah ilmu yang akan membawa diriku menuju cinta-Mu. Ilmu yang dapat menjadikan hatiku ini lembut dan syahdu. Ilmu yang dapat mengubah seluruh kehidupanku. Kurniakanlah kepadaku ilmu yang dapat membuat diriku semakin mencintai-Mu ya Allah.
Semoga kita digolongkan dalam golongan manusia yang dipilih Allah untuk menerima hidayah-Nya. Betapa bertuahnya kita seandainya dipilih. Membuktikan betapa luasnya rahmat dan kasih sayang Allah. Lihatlah betapa kerdilnya kita di muka bumi ini, tetapi sayangnya dalam kalangan kita masih ada manusia yang sombong.
Marilah kita sama-sama melakukan hijrah diri. Hijrah yang dapat mengubah hati dan jiwa kita. Hijrah yang dapat meruntuhkan keegoan dan sikap takbur manusia. Hijrah yang dapat meruntuhkan hati dan jiwa yang keras. Hijrah yang memberi kesedaran kepada kita bahawa segala yang kita lakukan di dunia ini adalah semata-mata untuk mendapatkan cinta dan redha Allah.
Lakukanlah hijrah diri ini ketika kita masih mampu melakukan amal ibadat. Lakukan hijrah tatkala Allah memberi kelapangan masa dan kesihatan kepada kita. Lakukan hijrah diri ini ketika diri masih diberi peluang. Lakukan hijrah diri ketika diri masih muda. Lakukan hijrah diri ini tatkala nyawa kita masih belum sampai di halkum. Kelak, jika hijrah diri ini tidak disambut, kitalah manusia yang paling rugi dan paling malang di dunia dan di akhirat.
Hakisan Tanah Di Kampung Batu Satu Masih belum dapat diatasi Kawasan belakang rumah en Zainal terkena hakisan tanah
MIRI - Kampung Batu Satu, Kuala Baram terletak di bahagian utara Miri dalam kawasan DUN Senadin. Penduduk di situ kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan juga bekerja sendiri. Masalah yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Batu 1 adalah hakisan tanah dipinggir Sungai Batu Satu.
En Zainal Tar salah seorang penduduk di kampung tersebut telah banyak kali mengadu dan memohon agar pihak berkuasa dan yang berkenaan dapat membuat sesuatu untuk mengelak ancaman hakisan tanah di kampung tersebut.
Beliau mengadu kepada PAS Miri kerana pihak yang berkenaan langsung tidak ambil peduli akan nasib penduduk kampung yang diancam hakisan tanah tersebut . Beliau sudah memohon secara bertulis kepada pihak berkenaan sejak tahun 2009, 2010 sehingga kini belum ada sebarang tindakan diambil untuk menimbus tanah atau batu di kawasan tersebut.
En Zainal menunjuk kawasan yang terkena hakisan tanah dibawah rumahnya Beliau memohon pihak yang bertanggungjawab dalam hal Pengairan dan Saliran agar segera membersihkan sungai tersebut dan juga menimbus tanah batu di sekitar kawasan rumahnya sebab rumahnya sekarang diancam hakisan tanah yang agak teruk setiap kali air pasang berlaku.
Menurut beliau ada enam kawasan peparitan perumahan di Tudan 4 sudah dipasang dengan Calvert dan kerja mendalamkan peparitan sudah pun dijalankan, mengapa kawasan perumahan beliau masih belum ada sebarang tindakan diambil sedangkan beliau sudah banyak kali membuat aduan kepada pihak yang berkenaan. Mengapa mesti ada pilih kasih dalam hal yang melibatkan kebajikan rakyat? Beliau sudah lama membuat pemohonan serta aduan kepada pihak berkenaan seperti Biro Pengaduan Awam dan media kerajaan seperti RTM dan juga media tempatan sehingga kini belum ada sebarang tindakan diambil maka beliau memohon jasa baik serta sokongan dari pihak PAS dan juga Pakatan Rakyat untuk membantu beliau menyelesaikan masalah tersebut dengan segera .
Akibat hakisan tanah dari sungai Batu Satu
Pihak kami juga pernah menghubungi Pusat Talikhidmat untuk mengetahui kedudukan kes yang berkaitan dengan aduan Zainal Tar yang bernombor rujukan 20100825-016 dan pihak kami di beritahu yang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memberi maklum balas pada 30hb Ogos 2010 yang menyatakan bahawa pihak mereka masih menunggu peruntukan dari ibu pejabat JPS untuk mengatasi masalah ini. Belakang dapor rumah en Zainal yang teruk akibat hakisan tanah
Apabila pihak kami dapati pihak yang berkenaan masih belum dapat menyelesaikan masalah tersebut maka pihak kami telah membuat aduan baru sekali lagi dengan isu yang sama ke pusat Talikhidmat bagi pihak Zainal Tar dengan nombor rujukan 20111129-0028 pada 29 November 2011.
Kami mendesak agar pihak JPS memberi perhatian dan mengambil tindakan segera aduan yang baru kami laporkan ini dari terus berlarutan tanpa sebarang tindakan. Apa peranan JPS dan juga wakil rakyat di kawasan tersebut jika keluhan rakyat tidak diambil tindakan. Kemana perginya peruntukan berjuta-juta ringgit yang sudah diperuntukan untuk penduduk luar Bandar digunakan? Janganlah biarkan aduan rakyat terus diabaikan tanpa sebarang tindakan diambil sehingga boleh mengancam nyawa serta kerosakkan harta benda penduduk dikawasan yang diancam hakisan tanah.
Harapan kami agar pihak yang berkenaan dapat selesaikan masalah ini secepat mungkin sebelum berakhirnya tahun 2011 kerana kami tidak mahu lagi mendengar aduan rakyat menghadapi masalah yang sama berterusan sepanjang tahun. Laksanakanlah tugas kamu dengan jujur, amanah dan sebaik yang mungkin tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman politik.
Sekali lagi kita mendesak agar pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sarawak dan juga wakil rakyat di kawasan tersebut bertindak dengan segera mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan tanpa ada penyelesaian.
Balai Suarah Kpg Batu Satu yang terbiar tanpa sebarang tindakan untuk memperbaikinya
Jangan biarkan rakyat terus menunggu dengan penuh harapan tanpa sebarang tindakan diambil. Begitu juga dengan janji yang pernah dijanjikan kepada rakyat semasa pilihanraya yang lalu tapi tidak pernah dilaksanakan. Perkara semacam ini sepatutnya tidak berlaku jika kerajaan benar-benar perihatin dengan masalah rakyat. Mengapa perlu mengambil masa yang begitu lama untuk menyelesaikannya?
Kita harap mesej ini sudah cukup jelas untuk pihak yang berkenaan mengambil tindakan segera tanpa prajudis. Kita menyeru kepada mereka yang berkenaan agar bersikap secara adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Insya-Allah PAS dan Pakatan Rakyat akan sentiasa membantu orang ramai sehingga setakat kemampuan mereka.
PAS Miri Jofri Jaraiee
English version Land erosion In Kampung Batu Satu still cannot be resolved MIRI - The Kampung Batu Satu, Kuala Baram is located in the northern part of Miri in DUN Senadin area. Mostly residents work as fishermen and the self-employed. The problem faced by residents in the Kampung Batu Satu is land erosion by the Batu Satu River. Mr. Zainal Tar one of the villagers have complained many times and request to the relevant authorities to do something to avoid the threat of land erosion in the village.
He complained to PAS Miri because the parties concerned did not take care about the fate of the villagers who are threatened by the land erosion. He has applied in writing to the authorities since 2009, 2010 to date no action had been taken to cover the ground with stones in the area.
He sought those responsible in the case of Irrigation and Drainage to immediately clean up the river and fill stones the ground around the house because his house is now threatened with severe land erosion each time the high tide occurs. Mr. Zainal pointed affected area of soil erosion under his house
He said there were six residential drainage area in Tudan 4 is fitted with Calvert and deepen the drainage works have already been held, why his residential areas still no action had been taken while he has been often make a complaint to the relevant authorities. Why is there favouritism in the case involving the welfare of the people?
He had been making the application and report to higher authorities such as the Public Complaints Bureau and government media, such as RTM and local media so far no action had been taken, then he is seeking services as well as support from the PAS and Pakatan Rakyat to help him solve the problem as soon as possible.
We have also been calling Talikhidmat to know the case related to Zainal Tar complaint reference numbered 20100825-016 and they inform us that the Department of Irrigation and Drainage (DID) has responded on 30th August 2010 indicating that they are still awaiting the provision of DID's headquarters to solve this problem.
When we find out that the relevant authorities are still not able to resolve the issue then we have a new complaint again with the same issues to the Talikhidmat centre on behalf of Zainal Tar with reference number 20111129-0028 on 29th November 2011.
We urges the DID to pay attention and take immediate action to our new complaints as reported from continues without further action.
What is the role of DID and also representatives of the people in the area if the complaints of the people are not taken actions. Where did the allocation of millions of ringgits that have been allocated for rural residents use?
Do not let the complaints of the people continue to be neglected without further action taken that could threaten the lives and damages to property which is threatened by residents in the area of soil erosion.
Our hope that the relevant authorities can resolve this problem as soon as possible before the end of 2011 because we do not want to hear complaints of the people faces the same problem continuously throughout the year. Perform your duties with honesty, trust, and as soon as possible, regardless of race, religion and political belief.
Once again we urge that those responsible such as the state Department of Irrigation and Drainage (DID) and also the representatives in the area to act promptly to address this problem from prolonged without any solution.
Do not let people continue to wait in hope without further action taken. Similarly to the promise that had been promised to the people during the last elections but never implemented. Things like this should not happen if the government is really concerned with people's problems. Why take such a long time to solve it?
We hope that this message was quite clear to the relevant authorities to take immediate action without prejudice. We urge those concerned to be fairly to all regardless of race, religion and political belief. God willing, PAS and Pakatan Rakyat will always help people up to the extent of their capabilities.
KULIAH UMUM Oleh Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali , Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak Tarikh : 2 Dis 2011 (JUMAAT) Masa : 7.15 mlm , selepas Maghrib Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menganggap kes terbaru yang melibatkan penghinaan terhadap Ketua Peneroka Felda oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sebagai kemuncak kemarahan warga Felda terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"DPP Malaysia membayangkan kenyataan beramaran oleh Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka, Shamsuddin Othman menunjukkan warga Felda kini lebih berani, matang, terbuka serta mempunyai prinsip yang teguh dan perlu dihormati oleh semua pihak, termasuk Perdana Menteri," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) kepada Harakahdaily.
Bagi DPP Malaysia, katanya warga Felda telah lama menyimpan perasaan marah dan kecil hati ekoran pelantikan Isa yang dikatakan tidak kena pada tempatnya kerana dilantik tanpa rundingan dengan ahli jawatankuasa Felda.
"Dalam hal ini, Perdana Menteri menggunakan sepenuhnya kuasa beliau dengan mengenepikan segala pandangan rakyat apabila meletakkan Tan Sri Isa sebagai Pengerusi Felda," katanya.
Menurutnya, insiden penghinaan Isa terhadap Ketua Peneroka Felda dalam satu majlis taklimat di Kuala Pilah menunjukkan tahap kesombongan beliau yang melampau.
Beliau berkata, tidak sepatutnya Pengerusi Felda itu menghina Pengerusi JKPP dalam majlis tersebut memandangkan beliau sendiri tidak sampai setahun memegang jawatan tertinggi di Felda, sedangkan Pengerusi JKPP itu telah berjasa besar terhadap Felda.
Baginya, penghinaan itu amat memalukan bukan sahaja kepada Pengerusi JKPP, bahkan kepada warga Felda keseluruhannya.
Katanya, Isa perlu mengenang segala jasa dan pengorbanan setiap individu yang terlibat dalam membangunkan Felda.
"Merekalah yang selama ini hidup dan mati bersama Felda dan hasil keringat merekalah Felda kini mendapat kuntungan berjuta ringgit," ujarnya lagi.
Justeru, tambahnya DPP Malaysia mengingatkan, jika warga Felda sendiri melahirkan kemarahan terhadap Isa Samad dan pentadbiran Datuk Seri Najib, ini menunjukkan tiada jalan selamat untuk BN menang mudah dalam PRU ke-13 nanti.
Tambahnya, tiada lagi istilah fixed deposit jika PM terus berdegil mengekalkan Isa di jawatan tersebut.
Oleh itu, ujarnya DPP Malaysia mendesak agar Tan Sri Isa Samad memohon maaf secara terbuka kepada Shamsuddin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) di atas penghinaannya terhadap beliau dan meletak jawatan serta merta.
"Bagi DPP Malaysia, ini sebagai mesej jelas kepada PM agar mendengar rintihan hati rakyat dan jangan membuat keputusan sendiri tanpa perbincangan dengan pelbagai pihak.
"Ia juga sebagai peringatan agar pemimpin jangan berlagak sombong dengan menghina orang lain di bawahnya!" ujarnya lagi.
Video di atas merupakan jawapan balas di atas serangan emosional Shahrizat di atas isu NFC semasa Perhimpunan Agung Wanita UMNO semalam. Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku ketua Wanita Umno tidak sepatutnya mengheret anggota pergerakan wanita itu dalam skandal projek lembu fidlot.
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini memberikan amaran keras kepada pemimpin PKR kerana memainkan isu projek lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.
Sambil menegaskan beliau tiada kaitan dengan projek lembu itu, Shahrizat berkata beliau tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik parti itu, Rafizi Ramli.
"Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya. Ketika menyampaikan ucapan dasar dalam persidangan Wanita Umno di ibu negara, hari ini, Shahrizat menyifatkan tindakan Zuraida seolah-olah "gajah depan mata tak nampak".
"Ada MP (anggota parlimen) Kelantan, sepatutnya jaga pengundi tetapi sibuk di Kuala Lumpur, tutup pusat khidmat. Tanya Machang," katanya di hadapan lebih 900 perwakilan. Supaya dilihat konsisten, katanya, Shahrizat juga menggesa Zuraida mendesak Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail meletakkan jawatan.
"Saya gesa ketua wanita gesa presiden PKR letak jawatan atas angkara suaminya ketua umum yang pernah dihukum dan disabit pelbagai angkara," katanya.
Sementara itu, Rafizi (kiri) pula dilabelkan sebagai "si Tanggang muda" berikutan serangan bertali-arus yang ditujukan padanya.
"Anak muda ini, apa namanya? Rafizi? Mafizi? (Dia) adalah si Tanggang muda, sepatutnya belajar dengan ibu-ibu di sini, bukan jadi anak derhaka, jual agama dan bangsa," kata Shahrizat.
Dilihat melepaskan geram di gelanggang sendiri, Shahrizat yang kerap diam menghadapi isu itu menyifatkan penjelasannya hari ini sebagai "mukadimah" sahaja.
"Oh, mentang-mentang saya sapu ketua di zaman krisis, jangan siapa fikir saya lemah walau senyum saya meleret," katanya.
Pada masa yang sama, tanpa menyebut khusus mana-mana pihak, menteri pembangunan wanita itu mengingatkan ahli Umno supaya tidak mengambil mudah peranan wanita dalam parti.
"Kita Wanita tak pernah curang. Tetapi bila kita susah, apakah mereka bantu kita? Adakah mereka setia bersama kita?" soalnya.
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Punye le semangat puak-puak Ali Rostam nak memburuk-burukkan Kelantan dengan menaikkan signboard perbandingan Kelantan dan Melaka...
tapi sebenarnye aku tak heran pun sebab buat maksiat/ jenayah kat Kelantan orang-oarng UMNO yang tak kenal agama... tak kenal surau/ masjid.... tak kenal halal/ haram... yang dok jadikan utusan & TV3 sebagai kitab nya...hahahahaha
Standard le UMporNO... Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Lisa Surihani Mohamed dipilih antara penerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri sempena Perhimpunan Agung pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sebentar tadi.... tak tau le apa sumbangannya?? Mungkin boleh tarik Yusry KRU masuk UMporNO kot???
...jangan jadi simbol sex puak-puak pemuda umno sudah la....
Merujuk kepada ucapan Menteri Besar Selangor sewaktu persidangan DUN baru-baru ini, jelas sangat-sangat bahawa SYABAS tidak lebih dari operasi yang mengaut keuntungan atas angin semata-mata.
Bagaimanakah SYABAS yang tidak langsung mempunyai apa-apa asset, infrastuktur ataupun liabiliti masih terus beroperasi dalam kerugian yang amat besar? Sepatutnya SYABAS mampu mencatat keuntungan yang berlipat kali ganda kerana mereka tidak mempunyai apa-apa tanggungan dari segi kos.
Namun, kita lihat prestasi SYABAS amat menyedihkan. Perbelanjaan mereka juga boros. Apa kelayakan Pengerusi SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail mendapat gaji RM5.3 juta setahun...?
Dalam keadaan SYABAS memberi khidmat yang amat buruk dan tidak memuaskan hati, sepatutnya Tan Sri Rozali dipecat dari jawatan Pengerusi SYABAS.
Maka, saya sebagai rakyat Selangor meminta supaya SYABAS dibubarkan dan khidmat air di Selangor diserahkan kembali kepada Kerajaan Selangor.
Sudah tiba masanya syarikat-syarikat untung atas angin seperti SYABAS dihapuskan sama sekali dari muka bumi Selangor ini.
"Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah," kata Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan secara serentak Persidangan Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno semalam.
Dia menggesa ahli-ahli Umno berjihad untuk mempertahankan kuasa orang Melayu dengan mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menurunya merupakan "ibu segala pilihan raya."
Dalam ucapan bertemakan "Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad", Muhyiddin bertanya perwakilan ketiga-tiga sayap, "sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita?"
... puak-puak nie yang patut dihantar ke Palestin daripada duk merapu tak tentu pasal... apa ke jadah!!!
Ramai tukang angguk dalam perwakilan wanita PEKEMBAR(UMNO) dan puteri PEKEMBAR(UMNO) terlupa bahawa amaran Shahrizat agar tidak mengutarakan atau persoalkan kes suami beliau berkenaan NFC tidak berlaku lagi adalah diajukan kepada mereka (perwakilan) bukan kepada Zuraidah PKR . Kalau ikut logik dalam Perhimpunan UMNO dalam Dewan PWTC tersebut bukan ada Zuraidah PKR yang ada perwakilan. Sebenarnya Shahrizat bimbang dan risau jika ada perwakilan yang akan membangkitkan kes NFC yang sukar beliau jawab. Kalau benar UMNO dah berubah perwakilan wajar bangkitkan persoalan pemimpin UMNO yang masih melakukan rasuah dan menggunakan wang rakyat tanpa merasa bersalah. Lagi satu perkara, perwakilan wanita dan puteri harus bangkitkan kenapa PEKEMBAR singkatan Bahasa Melayu bagi UMNO tidak digunakan? Padahal Parti Pakatan Rakyat sentiasa mengguna dan mengagungkan Bahasa Melayu dan menggunakan PAS (Parti Islam Semalaysia)dan PKR(Parti Keadilan Rakyat).
KUALA LUMPUR— Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga harus meletakkan jawatan sebagai presiden PKR ekoran tuduhan jenayah dihadapi suaminya jika beliau dipaksa berundur berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini berhadapan dengan tekanan daripada PKR agar meletakkan jawatan kerajaan dan politik ekoran siri pendedahan berkaitan NFC, yang diuruskan oleh keluarganya.
Antara isu yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin PKR ialah salah guna dana projek ternakan lembu NFC termasuk untuk membeli kondominium mewah dan membiaya perbelanjaan keluarga, antaranya kos menunaikan umrah.
Sekali lagi hari ini, Shahrizat (gambar) mempertahankan dirinya bahawa beliau tidak kena-mengena dengan syarikat diuruskan oleh suami dan anak-anaknya.
Sebaliknya beliau mencabar Ketua Wanita PRK Zuraida Kamaruddin agar mendesak peletakan jawatan oleh Dr Wan Azizah.
Shahrizat membuat cabaran itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini hari ini.
Projek NFC kini disiasat oleh polis. Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail merupakan suami Shahrizat.
"Beliau (Zuraida) minta saya letak jawatan sebab suami saya terlibat dalam NFC. Beliau buat kerja beliau dan saya buat kerja saya. Saya tiada kaitan dengan itu. Mengapa minta saya letak jawatan?" kata Shahrizat di hadapan 944 perwakilan Pergerakan Wanita. "Jika itu polisi dan prinsip beliau, maka saya mencabar ketua Wanita PKR agar minta presiden PKR letak jawatan," katanya lagi.
"Hari ini saya mencabar semua (ahli Wanita PKR) agar minta peletakan jawatan Wan Azizah sebab suami beliau (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim), yang telah dihukum dan didakwa," katanya lagi.
Jelas Shahrizat, cabaran Zuraida itu umpama "gajah di depan hidung tak nampak, kuman di seberang laut nampak."
"Wan Azizah patut didesak meletak jawatan kerana suaminya, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim pernah disabit dan dikenakan tindakan kerana pelbagai kesalahan," katanya lagi.
"Buat Zuraida, jangan ingat Wanita Umno penakut, walaupun kamu menghentam saya, saya tetap senyum sampai dah tak boleh nak senyum lagi ni, itu belum kita angkat kain lagi," tegas Shahrizat memberi amaran kepada Zuraidah supaya jangan memperlekehkan wanita Umno kerana pergerakan wanita itu jelasnya sentiasa bersedia menepis dakwaan fitnah dan songsang PKR.
Shahrizat dalam ucapan dasarnya turut menyelar Zuraida dan mengingatkannya agar tidak mengambil kesempatan terhadap Wanita Umno.
"Untuk Wanita PKR, saya beri ingatan, jangan cuba ambil kesempatan kepada kami, kami telah bersedia," tegasnya.
Menurut Shahrizat, Zuraida dan Wanita PKR sebenarnya takutkan perjuangan Wanita Umno kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksikan 1.3 juta wanita menyokong perjuangan Umno-Barisan Nasional.
"Pembangkang dan PKR sebenarnya takutkan Wanita Umno, kita ada kekuatan 1.3 juta ahli kalangan wanita untuk memastikan kemenangan Umno, sebab itu mereka cuba untuk merosakkan kita dengan pelbagai cara," tegas beliau lagi.
Tiba-tiba DS Najib guna perkataan 'LUARBIASA' dalam kenyataan beliau kepada pengikut dan ahlinya semasa jentera Umno bersiap sedia menghadapi Pilihan raya Umum ke-13. Pilihan raya luarbiasa ok lagi, bila PM Malaysia mutakhir ini mengatakan 'TINDAKAN LUARBIASA' maka ini membawa kesan tidak baik kepada demokrasi Malaysia.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor berkata, DPP Malaysia menganggap kenyataan Datuk Seri Najib sebagai BAHAYA kerana boleh disalah tafsir oleh pelbagai pihak, memandangkan beliau adalah Perdana Menteri dan mempunyai kuasa di negara ini.
Tiga Faktor yang teman anggap LUARBIASA yang akan memakan diri Pengerusi BN & UMNO serta keseluruhan jentera mereka ialah :-
1. Kebangkitan pengundi dari Peneroka FELDA yang BN tidak akan jangka akan menyebelahi Pakatan Rakyat ... insyaAllah.
2. Kebangkitan pengundi muda yang baru lepas keluar kolej , universiti dan yang bekerja di Syarikat Swasta yang akan menyokong Pakatan Rakyat terutama 4 negeri yang telah dimenangi Pakatan Rakyat.
3. Kebangkitan pengundi dari NGO-NGO yang terdiri dari pelbagai bangsa yang tidak puashati dengan Kabinet BN meluluskan rang undang-undang perhimpunan aman yang terlalu gopoh dan tergesa-gesa menakutkan rakyat.
Yit Foong berang dengan perkataan 'KATAK' DAN 'PELACUR POLITIK' IPOH: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Dato' Hee Yit Foong tiba-tiba berang apabila perkatan `katak' dan `pelacur politik' diungkapkan oleh ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming.
Lantaran itu beliau beberapa kali meminta ADUN Pantai Remis menarik balik ungkapan itu tetapi Nga Kor Ming tidak menarik balik perkataan itu.
Akhirnya Yit Foong berang dan mengerluarkan arahan supaya Nga Kor Ming keluar dewan tetapi tidak diendahkan ADUN Pantai Remis itu.
Kekecohan berlaku bila Nga Kor Ming mendakwa perkataan berkenaan tidak ditujukan kepada mana mana individu sebaliknya menyatakan `siapa makan cili dia terasa pedasnya'.
Walaupun persidangan ditangguhkan sebenar bagi meredakan keadaan, tetapi bila sidang disambung semula, ADUN Pantai Remis masih tidak menarik perkataan ini menyebabkan Yit Foong mengarahkan Nga keluar dewan , tetapi Nga tidak berpuas hati dengan arahan itu..
Lantaran itu Yit Foong mengarahkan Bentara dewan mengeluarkan Nga Kor Ming dari dewan.
Akhirnya Nga setuju keluar dewan diiukti ADUN ADUN Pakatan Rakyat yang lain sebagai tanda protes terharap tindakan yang dikenakan terhadap Nga Kor Ming.
Dalam sedang media kemudiannya Nga mendakwa Hee Yit Foong tidak layak menjadi Timbalan Speaker berhubung dengan arahan mengeluarkan beliau dari dewan.
Arahan itu tidak wajar kerana ungkapan `katak' dan `pelacur politik' itu tidak merujuk kepada mana-mana individu.
"Saya tidak merujuk kepada mana-mana pihak atau kepada sesiapa sekalipun ketika menyebut `katak' dan `pelacur politik'," katanya.
Dalam perbahasan katanya, beliau cuma sebut `siapa makan cili dia terasa pedasnya', tetapi secara tiba-tiba beliau dikatakan bersikap biadap dan diperintah keluar dan digantung sehari.
Beliau tidak faham mengapa Yit Foong serta Dato' Hamidah Othman terasa dengan dua ungkapan itu.
" Yit Foong seolah-olah dilanda histeria dan tidak mampu mengawal diri," ujarnya.
"7. Kemasukan pelaburan langsung asing telah kembali rancak dan menunjukkan trend yang meningkat. Pelaburan langsung asing (FDI) berkembang 6 kali ganda kepada 29 bilion ringgit pada tahun 2010, mencatat pertumbuhan yang tertinggi di Asia. Kemasukan FDI terus melonjak kukuh sebanyak 75 peratus kepada 21.2 bilion ringgit dalam tempoh 6 bulan pertama 2011 berbanding 12.1 bilion ringgit bagi tempoh yang sama tahun 2010. Pada tahun 2012, pelaburan swasta dijangka berkembang kukuh 15.9 peratus disokong oleh peningkatan kemasukan pelaburan langsung asing dan domestik." – Bajet 2012
Cuma ada beberapa perkara tidak disebut. Antaranya:
1. FDI Pulau Pinang 2010 tertinggi, iaitu RM12.2 bilion.
2. FDI Selangor 2010 kedua tertinggi, iaitu RM10 bilion.
3. FDI kedua-dua negeri Pakatan Rakyat itu kira-kira 77 peratus (3/4) dari FDI Malaysia 2010.
Apa khabar kerajaan negeri yang diperintah Umno BN? -Nota Merah
Pihak manakah yang benar? Pihak audit atau Menara Taming Sari Melaka dalam isu menjelaskan tunggakan sewa. Daripada dua sumber yang telah dikaji ada sedikit percanggahan fakta yang merujuk kepada Menara Taming Sari Melaka. Pertama fakta yang dikemukakan oleh pihak Menara Taming Sari Melaka yang di wakili oleh Mohd Husni Husin selaku Pengurus Jualan & Pemasaran dan kedua fakta yang dikemukakan oleh pihak audit.
Menurut Mohd Husni Husin selaku Pengurus Jualan & Pemasaran sehingga Jun 2010, pihak Menara Taming Sari telah membuat bayaran kepada pemilik harta iaitu pihak Kumpulan Melaka Berhad (KMB)sebanyak RM7,534,871.60 dan bukan seperti yang didakwa oleh pihak audit iaitu RM4.72 juta.
Sehingga kini iaitu bulan Nov 2011, pihak MTSB telah membayar sebanyak RM8,263,305 Juta kepada pihak KMB.
Manakala menurut laporan audit pula, sehingga Jun 2010, KMB hanya menjelaskan bayaran balik pinjaman berjumlah RM2.30 juta dan baki tunggakan berjumlah RM5.20 juta masih belum dijelaskan walaupun KMB telah menerima hasil sewa RM4.72 juta daripada Melaka Taming Sari Berhad (MTSB).
Sekarang siapa yang tipu siapa? Diharapkan pihak yang bertanggungjawab tampil menjelaskan fakta yang sebenar. Ini melibatkan kepentingan rakyat Melaka dan juga prestasi negeri. Sekiranya kedua-dua fakta ini bercanggah, dengan siapakah harus dirujuk perkara ini dalam menyelesaikan isu berkaitan Menara Taming Sari Melaka ini?
KUALA LUMPUR, 30 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jentera Umno bersiap sedia menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 yang disifatkan sebagai 'luar biasa' dengan tindakan 'luar biasa'.
Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, DPP Malaysia menganggap kenyataan Datuk Seri Najib sebagai bahaya kerana boleh disalah tafsir oleh pelbagai pihak, memandangkan beliau adalah Perdana Menteri dan mempunyai kuasa di negara ini.
"DPP Malaysia hairan, bagaimana ungkapan sedemikian boleh keluar dari mulut Perdana Menteri Malaysia," ujarnya kepada Harakahdaily. Menurutnya, walaupun ia diucapkan terhadap jentera dalaman Umno, namun ia sudah menjadi berita yang semua rakyat membaca dengan pelbagai persepsi.
Bagi sesetengah pihak, ujarnya ucapan Najib boleh memberi makna akan berlaku sesuatu yang buruk terhadap rakyat dan negara.
Justeru, katanya DPP Malaysia mempersoalkan, apakah PM sudah meramalkan sesuatu yang luar dari kebiasaan akan berlaku dalam PRU ke 13 kali ini.
"Mungkinkah akan berlaku insiden-insiden buruk dalam PRU ke 13 nanti?" tanya beliau lagi. Bagi DPP Malaysia, ujarnya ucapan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut Perdana Menteri, seakan-akan mengejutkan serta memakutkan rakyat.
Sepatutnya, beliau berkata Najib menenangkan rakyat dengan jaminan PRU ke 13 adalah PRU yang terbaik, paling aman, serta berlangsung dalam suasana penuh demokrasi.
Untuk itu, tambahnya DPP Malaysia telah sedia mempersiapkan jentera pemuda PAS diseluruh peringkat juga dengan persiapan 'luar biasa'.
"Kali ini seluruh jentera pemuda PAS diingatkan supaya bersedia menghadapi apa juga serangan yang bakal dilakukan oleh Umno BN dalam pelbagai bentuk," ujarnya.
Menurutnya, sudah 12 kali PRU dihadapi, dan sudah acap kali juga serangan bertali arus dikenakan terhadap jentera PAS khususnya pemuda PAS di seluruh negara.
Malah, ujarnya pemuda PAS pernah dipukul seperti di Pilihan Raya Kecil Ijok, Bagan Pinang dan lain-lain lagi.
Tambahan pula, katanya PRU ke 13 nanti akan berlangsung dalam suasana sistem pilihan raya yang masih tempang dan pincang dan dalam keadaan demokrasi yang kontang dari kebenaran.
Justeru, katanya tidak hairanlah jika berlaku sekali lagi manipulasi undi, undi pos yang meningkat mendadak, pengundi hantu yang kembali turun mengundi, beli undi, rasuah pilihanraya, rakyat negara asing yang turun mengundi, fitnah melalui media, akses media yang berat sebelah dan lain-lain lagi.
"Semua insiden ini pernah berlaku sebelum ini dan tidak mustahil akan berlaku lagi nanti. "Insya Allah, DPP Malaysia telah mempersiapkan mental kesemua petugas dengan kesemua kemungkinan sesuatu yang 'luar biasa' yang akan berlaku," katanya lagi.
Beliau menambah, PRU 13 adalah masa terbaik untuk menukar kerajaan yang sudah tamat tempoh. "Selamatkan Malaysia dari pemimpin yang korup, rasuah dan mementingkan diri sendiri," katanya.
KUALA LUMPUR, 30 Nov: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub (gambar) menyifatkan ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi yang sarat dengan mesej kebencian terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai 'tidak sepatutnya diucap oleh bakal perdana menteri'.
Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ucapan Muhyiddin itu hanya 'memalukan dirinya' dan mencerminkan itulah tahap pemikiran sebenar beliau sebagai timbalan perdana menteri.
"Pada saya, ia tidak sepatutnya berucap begitu, sebab taraf dia timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri.
"Sepatutnya sebagai bakal perdana menteri, ucapan beliau perlu penuh dengan gagasan dan wawasan membangunkan negara, bukan penuh dengan kecaman kepada Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau mengulas ucapan Muhyiddin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.
Dalam ucapannya, Muhyiddin tanpa segan silu membidas DAP, PKR dan PAS dengan kata-kata penuh penghinaan.
DAP dilabel parti cauvinis Cina yang jahat dan mahu menubuhkan negara republik.
PKR pula dituduh sebagai parti ultraliberal yang hanya berjuang untuk Datuk Seri Anwar manakala PAS pula bukan lagi memperjuangkan Negara Islam kerana mengangkat Negara Berkebajikan.
Mengulas lanjut Salahudin bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin atas ucapannya itu yang secara tidak langsung mengakui PAS berada di persada politik tanah air.
"Apapun kita ucap terima kasih kerana menyebut tentang PAS dalam ucapan beliau.
"Maknanya mereka akui PAS berada di persada politik negara," katanya.
KOTA BHARU, 30 Nov: Kediaman khas untuk penjaga gawang pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau 'Apek' yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kini siap sepenuhnya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood (gambar), berkata majlis penyerahan akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim, di sini sebentar tadi.
"Kebetulan semalam pegawai dari Syarikat Binaraya milik PKINK menghubungi saya memberitahu kediaman untuk Khairul Fahmi sudah siap sepenuhnya.
"Bagaimanapun kita terpaksa menentukan tarikh yang sesuai antara Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Khairul Fahmi sendiri," ujarnya.
Fatah seterusnya memberitahu, Tuan Guru mencadangkan majlis jamuan diadakan pada hari berkenaan sebagai tanda kesyukuran.
Tahun lalu, kerajaan negeri mengisytiharkan untuk menyerahkan sebuah rumah kepada bintang bola sepak itu berikutan kecemerlangannya pada Kejohanan Piala Suzuki AFF yang menyaksikan pasukan negara muncul juara.
Kediaman berkenaan terletak di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa setelah ia mula didirikan tahun ini. Menjawab soalan, beliau memberitahu kediaman berkenaan tiada kaitan dengan masaalah peribadi jaguh bola sepak berkenaan sebelum ini.
"Bagaimanapun kita berharap beliau lebih berhati-hati selepas ini kerana sebagai seorang bintang sahsiah diri perlu dijaga sebagaimana yang dikehendaki oleh kerajaan negeri khususnya Tuan Guru.
"Golongan ini menjadi cermin masyarakat, kerana itu mereka perlu menonjol syahsiah yang murni. Untuk itu kami juga mengharapkan bantuan para media supaya membantu kerajaan negeri untuk mengingatkan mereka agar lebih berhati-hati," ujarnya
KUALA LUMPUR, 30 Nov: Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Mohd Firdaus Jaafar mengingatkan golongan muda agar tidak terpengaruh dengan 'jaminan keselamatan' kerajaan dalam Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam.
Beliau sebaliknya menyeru golongan muda menolak akta tersebut kerana ianya jelas menghalang kebebasan bersuara anak muda yang menyokong sistem demokrasi.
Katanya, akta itu digubal hanya untuk menjaga kepentingan politik Umno BN untuk terus memerintah negara.
"Kita minta anak muda tolak undang-undang ini dengan slogan undang-undang ini dipinda untuk kesinambungan politik Barisan Nasional, bukan untuk keamanan rakyat.
" Akta ini akan menghalang perhimpunan yang dilakukan oleh belia apatah lagi apabila disebutkan remaja 15 tahun ke bawah tidak boleh menyertai himpunan. Jadi ini akan menjejaskan aktiviti anak muda," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai.
Firdaus yang juga Ketua Pemuda PAS Kedah turut berkata, Umno BN ternyata menggunakan Parlimen untuk kepentingan mereka apabila membentangkan dan meluluskan akta tersebut secara tergesa-gesa dan menolak cadangan Pakatan Rakyat agar ianya dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen untuk diteliti.
"Undang-undang ini bukan untuk keamanan tapi untuk keselamatan pimpinan Umno BN. Umno BN guna Parlimen untuk keselesaan mereka memerintah Malaysia, bukan undang-undang untuk beri manfaat besar kepada rakyat," katanya.
Rang undang-undang tersebut diluluskan petang semalam selepas penggulungannya dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Sebelum itu ia dibahaskan oleh enam Ahli Parlimen termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas).
GOMBAK, 30 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa penerbit filem negara memikirkan untuk mengeluarkan filem yang berunsur positif sebelum untuk ditonton oleh masyarakat umum.
Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, rakyat khususnya ibu bapa dihantui perasaan bimbang apabila menonton filem yang diterbitkan hari ini langsung tidak menyerapkan unsur-unsur positif dan ilmiah.
"Saya tidak tahu bagaimana pihak penerbit boleh mengeluarkan filem-filem yang berunsurkan seks, tahyul, mat rempit, dan sebagainya yang telah disajikan kepada masyarakat tanpa memikirkan kesan akan datang kepada golongan muda khususnya," ujarnya pada Majlis Maal Hijrah di Masjid Kampung Nakhoda, petang semalam. Turut menjadi panel ialah artis Catriona Ross.
Katanya lagi, masyarakat yang sememangnya mudah terpengaruh dengan aksi-aksi yang dipaparkan melalui filem-filem seperti dan ingin mencuba.
Bahkan, ujarnya ada filem komedi dan berunsur khayalan yang mempermainkan kalimah syahadah yang merupakan isu sangat sensitif di sisi Islam.
"Pada hal Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) yang dikatakan mempunyai panduan penapisan filem seharusnya dapat menghalusi dan melihat implikasi hasil daripada penayangan setiap filem yang hendak diberi kelulusan tayangan.
"PAS berharap jangan hendaknya industri filem di negara ini mulai cenderung untuk menghasilkan karya secara bebas seperti pengusaha filem Barat sehingga sensitiviti agama dan nilai sakral yang ada pada masyarakat timur diketepikan hanya kerana mahu bersaing dan setaraf dengan industri perfileman Barat," katanya.
Secara jujur, beliau kecewa dengan filem-filem yang kepada masyarakat hari ini. Beliau juga menggesa masyarakat agar bersama dengan Kerajaan Selangor yang berusaha mengatasi masalah gejala sosial di kalangan belia seterusnya melahirkan Generasi Idaman Selangor (GeMS).
"Kami sentiasa memberi kerjasama dengan semua badan NGO, masjid dan surau dengan menganjurkan pelbagai program pendekatan rakyat terutamanya mendekati golongan beliawanis agar mereka tidak rasa disingkirkan," ujarnya.
1. Hijratur Rasul Sollallahu'alaihiwasallam adalah satu lembaran agung yang telah memahat sejarah gemilang buat perjuangan Islam yang didokong oleh al-Musthafa Sollallahu'alaihiwasallam tatkala ia adalah garis pemisah yang membebaskan ummah dari belenggu jahiliyyah dan noktah gemilang pembentukan sebuah baldatun toyyibah wa rabbun ghafur [ negara yang baik - aman, sejahtera dan membangun - sementara tuhan mengurniakan keampunanNya]
2. Justeru memperingati ulangtahun perisiwa hijrah, selayaknya setiap individu khasnya anak muda menghayati sejarah agung ini dan bersedia untuk melakukan sebuah perubahan total ke arah pembentukan masa depan negara yang aman, sejahtera, harmoni dan mendapat lindungan rahmat serta keampunan Allah swt.
3. Peristiwa Hijratur Rasul sarat dengan kisah pengorbanan. Samaada pengorbanan nyawa sebagaimana yang dibuktikan oleh Saidina Ali Karramallahuwajhah, pengorbanan harta seperti yang dipamerkan oleh Suhaib ar-Ruumi sehingga kisahnya dirakam oleh Allah Taala di dalam al-Quranil Kareem :
Ertinya: " Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya" - [al-Baqarah : ayat 207]
4. Sunnatullah, bahawa perjuangan besar untuk melunaskan sebuah perubahan dan amanah gerakkerjanya, menghadapi cabaran yang mengundang implikasi besar, namun itulah harga sebuah perjuangan yang mesti dibayar oleh para pejuang . Harta dan nyawa menjadi taruhan demi sebuah perjuangan suci.
5. Bangkitlah wahai sekalian anak muda dari tidur yang panjang. Kini kita berada selekoh akhir untuk membuat pecutan kemenangan ke garis penamat. Sempena ulangtahun Hijrah ar-Rasul Sollallahu'alaihiwasallam kali ini, kebangkitan anak muda mewarnai gerakan perubahan adalah suatu yang sangat didambakan.
Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Muhyiddin: PRU-13 'ibu segala pilihan raya', mahu ahli Umno jihad
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli Umno berjihad untuk mempertahankan kuasa orang Melayu dengan mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menurunya merupakan "ibu segala pilihan raya."
Susulan tsunami politik tiga tahun lalu, Timbalan Presiden Umno ini menegaskan Pilihan Raya Umum ke-13 akan menentukan jatuh bangun umat Melayu dan kelangsungan mereka.
"Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan Raya Umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?" kata beliau berucap merasmikan secara serentak Persidangan Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno malam ini. Ucapannya disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen tempatan.
Dalam ucapan bertemakan "Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad", Muhyiddin yang timbalan perdana menteri bertanya perwakilan ketiga-tiga sayap, "sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita?"
"Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak," kata beliau.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini yang Umno merupakan parti terasnya berkata, perjuangan Umno sekarang jihad untuk agama, bangsa dan negara.
"Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah," katanya merujuk kepada perwakilan ketiga-tiga sayap itu.
Persidangan tahun ini merupakan ketiga dirasmikan oleh Muhyiddin selaku timbalan presiden Umno.
Muhyiddin menambah, calon adalah senjata parti untuk menang dan oleh itu mahu setiap ahli memberi sepenuh keyakinan kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya.
Katanya, "yang penting, calon kita mesti berkaliber, berpendidikan, berwibawa, berjiwa rakyat, bersih, jujur, amanah, tinggi moralnya dan diterima oleh rakyat."
"Akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan. Berilah sokongan padu kepada setiap calon. Gerakkan jentera untuk membantu mereka," kata beliau lagi.
Sambil menekankan bahawa Umno tidak sunyi daripada kelemahan dan kekurangan, kata Muhyiddin, partinya bukanlah malaikat.
"Kita insaf dan sedar. Kita sentiasa mengorak langkah melakukan perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadai prinsip perjuangan," katanya lagi.
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan anggota parti itu bahawa pilihan raya umum ke -13 adalah "ibu segala pilihan raya" yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu.
Bahkan beliau yang juga timbalan perdana menteri turut membangkitkan kebimbangan sama ada kuasa politik akan kekal pada parti itu atau terlepas ke tangan pihak lain.
"Saya mengambil sedikit masa untuk menyentuh tentang persoalan-persoalan yang berlegar di benak fikiran orang Melayu, tentang beberapa isu yang amat penting kepada kelangsungan mereka, supaya generasi muda dan sayap-sayap parti memahami apakah psikologi dan minda Melayu yang kita hadapi hari ini.
"Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?
"Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa ketiga-tiga sayap parti bersatu dan bersedia dengan kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi pilihan raya berkenaan.
'Jangan main belakang'
"Ketepikan perbezaan dan persengketaan. Lemparkan segala sifat tercela jauh ke lautan hitam. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak.
"Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah," tegasnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bertajuk "Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara malam ini.
Peringatan itu dilontarkan susulan wujudnya persepsi kuasa Melayu semakin goyah susulan kemerosotan sokongan Umno dalam pilihan raya umum lalu dan ekoran dakwaan "fitnah jahat" yang dilemparkan pada Umno.
Sementara itu, untuk mencapai kejayaan, Muhyiddin mengingatkan supaya tidak berlaku sabotaj dalam parti ekoran pemilihan calon pilihan raya.
"Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabo. Jangan boikot. Jangan cah keting. Jangan peteh sama sendiri. Jangan 'mandikan' calon-calon kita. Jangan tutup bilik gerakan. Jangan main belakang. Jangan lari ke luar negeri. Jangan tikam kawan.
"Jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihan raya. Ingat, pilihan raya nanti adalah pertandingan hidup atau mati," katanya.
Nota kaki: Umno akan berjihad bersama-sama ahli MCA, MIC dan Gerakan untuk mempertahankan RASUAH, KEZALIMAN DAN SALAHGUNA KUASA. Bukankah MCA, MIC dan Gerakan kini 'melayu umno'?
Orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, dkwa Ketua Penerangan Umno hari ini.
Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud "Parlimen tergantung" seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.
"Jika wujud Parlimen tergantung macam di Australia, katakan 112 kerusi bagi kerajaan berbanding 110 bagi pembangkang, keadaan paling buruk akan berlaku.
"Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan," kata beliau pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011.
Bercakap pada forum "Agenda Melayu pasca pilihan raya", Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini mendakwa DAP tidak menghormati institusi diraja dan juga bahasa kebangsaan.
"Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian... dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini," kata Ahmad.
"Saya risau mengapa PAS boleh berkawan dengan DAP (tapi) menentang kerjasama dengan Umno. Bukankah lebih baik jika PAS menyertai BN, dengan itu kita akan ada 160 kerusi persekutuan," katanya lagi.
PAS dengan gandingan DAP dan PKR memperoleh 82 kerusi Parlimen tiga tahun lalu.
Umno berulang kali sejak 2008 menggesa PAS meninggalkan PR dan membentuk kerjasama politik dengan Umno. PAS menegaskan ia akan kekal bersama PR.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata bahawa Umno sentiasa menghulurkan tangan kepada PAS tetapi parti Islam itu sentiasa menolak pelawaan.
Dengan menekankan bahawa ancaman Melayu akan hilang kuasa memang benar akan berlaku, Ahamd mendakwa komuniti Cina secara perlahan-lahan menguasai arena politik dan ekonomi.
Ini kerana kaum Cina sedang mendahului proses pendaftaran pemilih.
"Orang muda Cina lebih 21 tahun sudah pun mendaftar sebagai pengundi. Bagaimana dengan orang Melayu? Sesetengah mereka berusia 31 tahun dan belum mendaftar lagi.
"Kita tidak lagi pegang kuasa. Lihat di Selangor, siapa Exco Kerajaan Negeri? Ronnie Liu, Xavier, Elizabeth, Teresa Kok, ini adalah agenda DAP, Kristianisasi," katanya lagi.
Ahmad berkata orang Melayu memerlukan pelan 10 langkah jika mereka perlu kekal dominan.
Umno memulakan perhimpunan agung tahunan hari ini, yang dilihat sebagai terakhir sebelum menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Barisan Nasional (BN), yang parti terasnya Umno, kehilangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum 2008.
JuRaGan : Inilah sebuah Parti politik yang ketinggalan zaman,bercakap bab perkauman untuk mendapat sokongan,siapa sebenarnya yang melingkupkan orang melayu dan ketuhanan melayu dan siapa pula yang meminggirkan Islam..Pemimpin Umno DiIngatkan jangan sangka orang Melayu "Bodoh" mcm lembu Shahrizat..cukuplah penyokong Umno sahaja yang kamu boleh pelembukan!!
Ingat!! Inilah modal basi pimpinan Umno apabila Parti mereka semakin mereput dan tersepit..maka mereka akan memainkan isu Perkauman..Agama dan Raja-raja Melayu..
30 November, Rabu, Jengka 16 - Khairul Azman Ismail, 28 yang menaiki motorsikalnya telah bertembung dengan sebuah kereta di jengka 14 dalam perjalanan pulang ke rumah di jengka 16 sekitar jam 8 malam pada 21 Novmber yang lalu. Beliau yang patah kaki kanan dan retak kaki kiri di betis telah menerima rawatan di Hospital Temerloh selama 8 hari dan kini sudah di bawa pulang ke rumah.
Al-Fadhil Dato Tuan yang melihat kecederaan mangsa
Beliau merupakan anak kepada salah seorang peneroka di jengka 16 yang telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak itu bertuah kerana telah dikunjungi oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang), Al-Fadhil Ustaz Shahril Azman Abdul Halim (Ketua Pemuda PAS Pahang) serta beberapa Jawatankuasa Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau pada pagi ini.
Dalam kunjungan dan ziarah ringkas itu, Al-Fadhil Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang), Al-Fadhil Ustaz Shahril Azman Abdul Halim (Ketua Pemuda PAS Pahang) telah menyampaikan sumbangan dan mendoakan agar beliau semakin pulih seperti sediakala dan dapat menjalankan aktiviti dengan lebih baik selepas pulih nanti.
Kenyataan Media Lajnah Pekerja dan Professional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahad: 27hb November 2011
MOHON SPR DAN JPN BERTINDAK SECARA PROFESIONALISM
Pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh Dewan Pemuda Pas melalui Lajnah Mobilsasi Rakyatmengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing. Namun Jabatan Pendaftaran Negara danSuruhanjaya Pilihanraya masih lagi tidak bertindak mengikut tahap profesionalism mereka. Jawapan yang dikeluarkan setakat ini adalah kenyataan politik, seolah-olah mewakili Umno/bn. Antara jawapan yang dikeluarkan adalah, pihak-pihak tertentu tidak mengemukakan bukti kepada SPR. Bukti yangbagaimana lagi yang diperlukan oleh SPR dan JPN?
Sehingga kini, SPR telah mengiktiraf kenyataan PAS bahawa wujudnya pengundi hantu. Pengiktirafanitu, yang dibuktikan melalui pendedahan nama-nama meragukan yang bukannya seorang-dua, tetapisehingga lebih 60,000 nama.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan berkata nama-nama itu disiarkan untuktatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabatSPR bagi membantu menjelaskan kedudukan.
Namun, sehingga kini, kita menyedari bahawa ini hanyalah tindakan yang sekadar ingin melepaskanjerut ditengkuk bahkan ianya acuh tidak acuh.
Terdapat beberapa sudut tindakan yang hanya dengan ini membuktikan SPR telus dan benar-benarmenegakkan demokrasi di dalam Negara. 1. Nama-nama yang disiarkan, mempunyai rekod alamat tempat tinggal. Mengapakah tiadaagensi, baik SPR, mahupun JPN melakukan penjejakan terhadap mereka ini? Ini adalah suatukesalahan jenayah, kerana memalsukan maklumat diri seseorang warganegara. 2. Sebelum mereka mendaftar sebagai pengundi, "hantu-hantu" ini perlu mempunyai kadpengenalan yang berasingan supaya dapat didaftar sebagai pengundi kedua (atau berganda).
Penghasilan kad pengenalan ini dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara. Rekod petugas yangmendaftar mereka di kaunter ada di dalam simpanan JPN. Maka, mengapa petugas-petugasyang mendaftar ini tidak di soal siasat? Bahkan jika didapati bersalah, mereka perlu ditangkapdan dibicarakan kerana mencemarkan institusi demokrasi Negara dan secara lebih jelas,memperjudikan keselamatan Negara kita. 3. Pihak PDRM perlu menahan "hantu-hantu" ini kerana mereka telah menipu kesemua rakyatnegara ini dan memperjudikan keselamatan negara. 4. Setelah siasatan dibuat, pendedahan siapakah yang merupakan dalang utama ini pendaftaranharam hantu-hantu ini perlu dibuat. Dalang-dalang ini perlu disiarkan muka mereka dikacatelevisyen, dituntut meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang mendambakankeadilan. 5. Pihak SPRM juga perlu melihat kes ini dengan lebih kritis kerana mungkin membabitkan salahguna kuasa pihak SPR atau JPN.
Sepatutnya, tindakan diatas perlu dikoordinasikan oleh pihak SPR jika benar-benar ingin melihatdemokrasi negara ini menjadi bersih dan adil.
Jika tindakan-tindakan ini tidak diambil, maka ternyata, SPR bahkan JPN memang hendah membelahantu-hantu ini atas sebab-sebab menjaga kepentingan ahli politik dan parti pemerintah. Ini keranaSPR dan JPN adalah dilantik oleh pemerintah BN yang zalim!!!
Kami memperingatkan SPR dn JPN, supaya harta yang mereka cari, demi menjaga kerajaan BN sertadiri mereka sendiri tidak menjadi bahan bakar api Neraka di akhirat nanti.
Salam Maal Hijrah dan salam penghijrahan demokrasi mulia 1433H.
DR GHAZALI BIN HASBULLAH PENGERUSI LAJNAH PEKERJA DAN PROFESSIONAL MUDA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
29 Nov ― Dewan Pemuda PAS menganggap kes terbaru melibatkan penghinaan terhadap Ketua Peneroka Felda oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sebagai kemuncak kemarahan warga felda terhadap pentadbiran Najib.
Sehubungan itu, Ketua Penerangannya Riduan Mohd Noor berkata, Dewan Pemuda PAS membayangkan kenyataan beramaran oleh Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP), Shamsuddin Othman semalam menunjukkan warga felda kini lebih berani, matang, terbuka serta mempunyai prinsip yang teguh dan perlu dihormati oleh semua pihak, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Bagi Dewan Pemuda PAS, warga Felda telah lama menyimpan perasaan marah dan kecil hati ekoran pelantikan Tan Sri Isa Samad yang dikatakan tidak kena pada tempatnya kerana dilantik tanpa rundingan dengan ahli jawatankuasa Felda.
"Dalam hal ini, Perdana Menteri menggunakan sepenuhnya kuasa beliau dengan mengetepikan segala pandangan rakyat apabila meletakkan Tan Sri Isa sebagai Pengerusi Felda," kata beliau dalam satu kenyataan.
Semalam, Shamduddin yang juga seorang ahli lembaga pengarah agensi itu memberi masa 14 hari kepada Isa yang didakwa mengeluarkan kata-kata menghina beliau dalam satu taklimat di Kuala Pilah awal bulan ini.
Shamsuddin mendakwa Isa mengeluarkan kenyataan menghina dengan mengeluarkan ayat seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu dia".
Katanya, ia tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Isa (gambar) selaku pengerusi agensi kemajuan tanah persekutuan itu.
"Ini kali pertama seorang Pengerusi Felda mengeluarkan kata-kata menghina seorang ketua peneroka, bukan sahaja pemimpin peneroka, saya kira keseluruhan peneroka rasa terhina dengan kenyataan Tan Sri Isa," kata beliau.
Rakaman ucapan Isa turut ditayangkan pada sidang media yang dihadiri oleh sembilan naib pengerusi JPP Wilayah dan Gerakan Persatuan Wanita.
Riduan menjelaskan dakwaan insiden penghinaan Isa terhadap Ketua Peneroka Felda dalam satu majlis taklimat di Kuala Pilah menunjukkan tahap kesombongan beliau yang melampau.
"Tidak sepatutnya Pengerusi Felda itu menghina Pengerusi JKPP dalam majlis tersebut memandangkan beliau sendiri tidak sampai setahun memegang jawatan tertinggi di felda sedangkan Pengerusi JKPP itu telah berjasa besar terhadap Felda.
"Penghinaan ini amat memalukan bukan sahaja kepada Pengerusi JKPP, bahkan kepada warga Felda keseluruhannya," kata beliau lagi.
Riduan berkata, Isa perlu mengenang segala jasa dan pengorbanan setiap individu yang terlibat dalam membangunkan Felda.
"Merekalah yang selama ini hidup dan mati bersama Felda dan hasil keringat merekalah Felda kini mendapat kuntungan berjuta ringgit.
"Dewan Pemuda PAS Malaysia mengingatkan, jika warga Felda sendiri melahirkan kemarahan terhadap Isa dan pentadbiran Najib, ini menunjukkan tiada jalan selamat untuk BN menang mudah dalam pilihan raya umum ke-13 nanti," kata beliau sambil menambah, "tiada lagi istilah 'fixed deposit' jika perdana menteri terus berdegil mengekalkan Isa di jawatan tersebut."
Oleh itu, katanya, Dewan Pemuda PAS mendesak agar Isa memohon maaf secara terbuka kepada Shamsuddin ekoran dakwaan kata-kata berbaut hina terhadap beliau dan meletak jawatan serta-merta.
"Bagi Dewan Pemuda PAS, ini sebagai mesej jelas kepada Perdana Menteri agar mendengar rintihan hati rakyat dan jangan membuat keputusan sendiri tanpa perbincangan dengan pelbagai pihak.
"Ia juga sebagai peringatan agar pemimpin jangan berlagak sombong dengan menghina orang lain di bawahnya," katanya lagi.
Kerajaan berura-ura untuk meminda seksyen 15 AUKU untuk membenarkan pelajar dan mahasiswa sertai parti politik dan sebagainya.
Pindaan 2009 hanya benarkan mahasiswa berartikulasi mengenai isu politik dan menyatakan pandangan sahaja.
Tapi lihat banner ini?
UMNO/BN dah lama ubah AUKU untuk melegitimasikan tindakan sendiri...contohnya sangkut banner berlogo parti pada pagar UITM Merbok baru-baru ini.
Jika belum pinda janganlah bawa logo parti ke dalam kampus...kalau nak benarkan beri kebenaran semua parti letak banner macam itu juga...barulah TRANSFORMASI namanya...
KANGAR — Seorang rakyat Thailand dijatuhi hukuman penjara 24 bulan dan diperintah menanggung kos penahanan dan penghantaran pulang pendatang serta kos menyimpan kenderaan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana kesalahan pemerdagangan manusia.
Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad memerintahkan tertuduh, Suhaiming Jehmah, 35, dipenjara berkuatkuasa tarikh ditangkap serta memerintahkan tertuduh membayar kos penahanan dan pengangkutan lapan pendatang sebanyak RM2,000 manakala kos menyimpan kenderaan oleh Jabatan Imigresen sebanyak RM1,000.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah di hadapan Wan Norzanuar sebaik pertuduhan dibacakan melalui seorang penterjemah hari ini.
Lelaki itu yang bekerja sebagai pemandu van dituduh membawa lapan warga Thailand termasuk dua yang tidak mempunyai sebarang dokumen pada 31 Oktober 2011, kira-kira pukul 3 petang di kilometer 24, Jalan Padang Besar - Ulu Pauh.
Mahkamah turut memerintahkan kenderaan yang digunakan bagi membawa warga Thailand itu serta kuncinya dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia. — Bernama
HUANG LIANFEI menyiapkan robot seperti yang terdapat dalam kartun Transformers di sebuah bengkel pertukangan logam di Shenyang, China semalam.
SHENYANG, China - Seorang pekerja di sebuah bengkel pertukangan logam di sini, Huang Lianfei mencipta satu model robot berdasarkan salah satu watak dalam kartun Transformers.
Dia menggunakan beberapa komponen kenderaan yang terbuang untuk menghasilkan robot itu.
Lianfei telah mengambil masa selama sebulan untuk menghasilkan robot tersebut. - Reuters
Apabila Tan Sri Isa Samad bertegas beliau tidak akan sekali-kali meminta maaf kepada Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Shamsuddin Othman yang mendakwa Pengerusi Felda itu telah menghina beliau, maka bermulalah satu episod hitam dalam sejarah Felda.
Belum pernah berlaku cabar mencabar dan suasana 'panas' di antara komuniti peneroka dengan pengurusan tertinggi Felda, sehinggalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang pernah digantung keahlian kerana kesalahan rasuah politik Umno itu dilantik menjadi Pengerusi Felda pada 1 Januari 2011 menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
Shamsudin, 59, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Wilayah Johor Bahru, merupakan satu-satunya wakil peneroka yang berada dalam Ahli Lembaga Pengarah Felda.
Sebelum ini beliau yang dikenali di kalangan peneroka dengan panggilan Pak Sam, dalam satu sidang akhbar bersama (JKPP) dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda, telah memberi tempoh 14 hari kepada Isa supaya memohon maaf secara terbuka ekoran dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina peneroka atau menghadapi tindakan saman.
Isa didakwa mengeluarkan kenyataan seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu (ketuk) dia".
Kata-kata yang dianggap menghina warga peneroka itu didakwa diucapkan Isa semasa sesi penerangan kepada perwakilan koperasi peneroka di Melang Inn, Kuala Pilah bagi peneroka-peneroka Felda Wilayah Raja Alias pada 12 November lalu. Sementara klip video ucapan Isa itu tersebar luas di internet.
'Konfrontasi' antara peneroka dengan Pengerusi Felda bermula apabila Isa dilantik secara kontroversi menjadi Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) dengan mengenepikan Pengarah Besar Felda, Datuk Zulkifli Wahab (Datuk Zul). Hasilnya, dikatakan kepimpinan Felda terpecah dua kepada dua kelompok.
Menurut edaran media Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Isa sebenarnya tidak layak menjadi ahli KPF dan keahliannya di dalam KPF adalah bertentangan dengan undang-undang disebabkan jawatan beliau sebagai Pengerusi KPF adalah hanya bertaraf kontrak sedangkan Undang-Undang Kecil KPF mensyaratkan bahawa mereka yang layak menjadi ahli KPF ialah peneroka Felda, isteri dan anak-anak dan juga kakitangan Felda yang berstatus tetap.
Akan tetapi yang menjadi kehairanan semua ialah apabila pada 23 Jun 2011 (sehari sebelum Mesyuarat Agung KPF bagi tahun 2011) beliau tiba-tiba telah menjadi ahli KPF.
Sudahlah begitu, tidak sampai dua bulan selepas menjadi ahli KPF, Ketua Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri (PM) iaitu Datuk Aziz telah menulis surat bertarikh 15 Ogos 2011 kepada Isa memaklumkan bahawa PM telah bersetuju supaya Isa dilantik sebagai Pengerusi KPF yang baru dengan mengenepikan begitu sahaja Datuk Zul, yang belumpun sampai dua bulan disahkan pelantikannya sebagai Pengerusi KPF dalam mesyuarat agung.
KPF sememangnya dilihat sebagai 'lombong emas'. Sebagai sebuah koperasi terkaya di Malaysia maka tidak hairanlah KPF menjadi sasaran rebutan. Setakat ini, keahliaan KPF telah mencecah 220,210 orang ahli dengan 193,506 orang ahlinya iaitu sekitar 87.9% adalah dari kalangan peneroka Felda, ahli keluarga dan generasi kedua.
Berbalik kepada konfrontasi antara peneroka dengan Isa, pertembungan memuncak apabila Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan bajet pada 7 Oktober lalu mengumumkan Felda akan disenaraikan dalam bursa saham melalui Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).
Pada masa ini, kepentingan dan hak seramai 220,210 orang peneroka, anggota keluarga peneroka, generasi kedua dan kakitangan Felda mempunyai pegangan ekuiti sebanyak 51% di dalam Felda Holding Berhad (FHB) yang dipegang melalui KPF. Manakala baki pegangan sebanyak 49% di dalam FHB adalah dipegang oleh FGVH yang dimiliki 100% oleh Felda.
Selama ini FHB dianggap sebuah syarikat yang maju dan berdaya saing. Pada tahun 2009 sahaja, FHB yang menumpukan perniagaannya di dalam negara melalui 47 anak-anak syarikatnya yang aktif telah mencatat perolehan sebanyak RM11.8 bilion dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM804.3 juta.
Hasil daripada dividen dan bonus yang dibayar FHB itu telah membolehkan KPF, selaku pemegang saham majoriti di dalam FHB (51%), merekodkan perolehan sebanyak RM15.64 bilion pada tahun kewangan berakhir 2010 dan juga keuntungan sebelum cukai sebanyak RM766,660 juta. Kejayaan ini melayakkan KPF dianugerahkan sebagai Koperasi Terbaik Negara 2010 (kategori kluster besar).
Dalam struktur baru selepas penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia, KPF akan melepaskan kepentingan sebanyak 51% di dalam FHB di mana nanti FHB dan seluruh komponennya akan diletakkan di bawah FGVH dan KPF akan memegang kepentingan sebanyak 60% bagi mewakili para peneroka dan kakitangan FELDA.
Kes ini samalah dengan syarikat yang rugi dan lemah boleh 'menelan' sebuah syarikat yang maju dan terbukti profitability'nya. Jika FHB selama ini mempunyai track record yang baik, tetapi lain pula dengan FGVH yang menjalankan perniagaan dan pelaburan di luar negara yang mana pencapaiannya begitu mengecewa dan memalukan.
Inilah punca sebenarnya yang membuatkan peneroka mulai menentang keputusan Felda!
Shamsuddin sendiri, berkata penghinaan oleh Isa terhadapnya itu dipercayai ada kaitan dengan tindakannya yang mempersoal perolehan Felda yang hanya akan mendapat RM500 juta setahun selepas memajak 360,000 tanah kepada FGVH untuk disenaraikan ke bursa saham nanti. Bagi Naib Presiden Anak, Aris Fezul Ismail, beliau melihat kes 'Isa lawan Pak Sam' ini ialah pertembungan antara dua kepentingan iaitu antara kepentingan 'kroni' dengan kepentingan peneroka kerana Pak Sam mewakili seluruh warga peneroka.
"Dalam hal ini, kerajaan sepatutnya mendengar suara peneroka dan kebimbangan dan protes oleh Pak Sam ada asasnya kerana rekod FGVH selama ini tidak baik menyebabkan seluruh perniagaannya rugi hampir RM500 juta.
"Kerajaan mesti lakukan sesuatu kerana jika dibiarkan persengketaan antara Isa dengan Pak Sam yang mendapat sokongan padu peneroka ini dibiarkan berlarutan, perjalanan Felda sendiri dikhuatiri boleh pincang," katanya yang juga anak peneroka Felda Jengka 16.
Bagi Pengarah Task Force Felda PAS Pahang, Yohanis Ahmad pula, jalan terbaik untuk memelihara keharmonian warga Felda ialah kerajaan memecat sahaja Isa daripada semua jawatannya dalam Felda.
"Kita kena ingat Isa hanya seorang ahli poilitik yang dilantik secara kontrak sedangkan Pak Sam mendapat sokongan padu daripada peneroka dan keluarga mereka yang berjumlah kira-kira sejuta orang.
"Sepatutnya kena tengok mana yang lebih ramai. Lagipun kerajaan kena ingat, pelantikan Isa sebagai Pengerusi Felda dulupun dipertikaikan secara terbuka oleh dua orang tokoh terkemuka ekonomi iaitu Prof Dr Zainal Aznam (Penasihat Bank Negara dan Ahli MTEN) dan juga Datuk Tengku Zafrul Tengku Aziz (CEO Maybank Investment).
SEPANG: Terminal penerbangan tambang rendah yang baharu, KLIA2, dengan kemudahan kelas dunia untuk mengendalikan 45 juta penumpang setiap tahun, dijangka menelan kos antara RM3.6 bilion hingga RM3.9 bilion dan akan memulakan operasi pada bulan April 2013.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Tan Sri Bashir Ahmad berkata, jambatan udara yang akan dibina adalah mesra penumpang termasuk mereka yang kurang upaya, wanita mengandung dan kanak-kanak.
"Kami berharap syarikat penerbangan yang beroperasi di KLIA2 akan menyokong keputusan kami dengan menggunakan jambatan udara memandangkan berdasarkan kos kiraan hanyalah 25 sen setiap penumpang dan orang awam telah menunjukkan kesanggupan untuk membayar bagi penggunaan jambatan udara," kata beliau kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas lawatan menyaksikan pembinaan kompleks KLIA2 itu, pada Selasa.
Bashir berkata, kerja-kerja pembinaan KLIA2 itu yang meliputi kawasan seluas 257,000 meter persegi dan telah bermula pada Oktober 2009, kini siap 42 peratus dan akan mempunyai 68 balai berlepas.
Ia adalah lebih daripada mencukupi untuk menampung penumpang penerbangan tambang rendah seperti yang dikehendaki oleh standard industri.
Beliau juga berkata, landasan ketiga yang baru dengan kelebaran 4 kilometer kini sedang dibina untuk KLIA2, yang akan mampu menerima pesawat A380, pesawat penumpang terbesar dunia.
KLIA2 hanyalah 1.5 kilometer dari bangunan terminal utama KLIA, dan jejambat/laluan atas yang baharu sedang dibina bagi menghubungkan jalan utama dari KLIA ke KLIA2 yang bermakna KLIA2 adalah lebih dekat berbanding LCCT.
Ditanya sama ada terdapatnya kos yang berlebihan dan penangguhan dalam operasi lapangan terbang, beliau berkata lebih banyak masa akan diambil untuk membina apa yang pastinya merupakan terminal terbesar dunia untuk penerbangan kos rendah dengan kemudahan yang terbaik.
"KLIA2 dibina pada kos terendah untuk setiap penumpang dengan jambatan udara dan keselesaan penumpang yang dipertingkatkan termasuk sistem bagasi automasi sepenuhnya," kata beliau.
Ia juga akan mempunyai 6,000 tempat letak kereta bertingkat dan berbumbung, empat buah hotel, hotel transit, jambatan udara dan ruang komersil yang lebih luas untuk kawasan runcit.
Perkhidmatan ERL yang ada sekarang ini yang beroperasi dari KL Sentral ke terminal utama KLIA, akan dilanjutkan 2.2 kilometer lagi, untuk dihubungkan ke KLIA2.
Beliau juga berkata yang MAHB telah memberikan AirAsia, pengguna utama KLIA2, pengagihan khas untuk membina ibu pejabatnya beserta dengan "apron access" serta Tune Hotel.
Beliau juga berkata caj servis penumpang tidak akan dinaikkan tetapi MAHB mempunyai pilihan untuk membincangkannya dengan kerajaan setiap lima tahun dan pusingan perbincangan akan datang hanya boleh diadakan pada tahun 2014.
Beliau menafikan cadangan yang dana awam telah digunakan untuk membina KLIA2, sambil menyatakan yang MAHB telah mengumpul dana untuk projek ini daripada pasaran termasuklah RM3.1 bilion, yang mana RM600 juta masih lagi belum digunakan.
Beliau berkata, MAHB telah meninjau kemungkinan mengumpulkan modal daripada pasaran di mana ia mempunyai pilihan untuk melakukan penempatan persendirian sehingga 10 peratus tanpa perlu mendapatkan persetujuan pemegang saham di mesyuarat agung tahunan.
Mengenai laporan menyatakan yang ia mungkin disingkirkan, Bashir berkata:" bagaimana anda mahu saya memberi maklum balas kepada soalan itu?"
Beliau juga berkata yang kesemua urusannya dengan kerajaan, pemegang saham, pemegang kepentingan serta syarikat penerbangan termasuk AirAsia, MAHB sentiasa terbuka, telus dan profesional.
Mengenai aduan oleh ketua Airasia, Tan Sri Tony Fernandes yang syarikat penerbangan tambang rendah itu tidak tahu mengenai perkembangan KLIA2, Bashir berkata MAHB mengadakan mesyuarat setiap minggu dengan kesemua rakan niaganya di mana segalanya dibincangkan dan tiada alasan untuk mereka tidak mengetahui apa yang sedang berlaku.
Bashir juga berkata yang MAHB sedang mengadakan perbincangan dengan Qantas mengenai kemungkinan mereka menyambung semula operasi dari KLIA.
Beliau berkata, MAHB mengendalikan tender terbuka untuk memberikan projek-projek di KLIA2.
Amanah - sebuah badan pendesak yang turut dianggota personaliti BN - menyifatkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman telah mencemarkan reputasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Adalah menyedihkan apabila kita melihat satu lagi kesilapan yang merosakkan imej Datuk Seri Najib sebagai seorang perdana menteri yang mahukan transformasi," kata naib presiden Amanah, Wan Saiful Wan Jan.
Katanya, Najib sepatutnya berbincang secara konstruktif dengan Majlis Peguam dan meneliti alternatif yang mereka cadangkan.
Pada masa yang sama, katanya, ahli parlimen Pakatan Rakyat juga tidak sepatutnya bertindak keluar dewan ketika berlangsung perbahasan mengenai rang undang-undang tersebut.
"Mereka sepatutnya kekal berbahas dan mengundi. Malangnya, tindakan keluar dewan hanya akan mewujudkan hujah untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar," tegasnya dalam satu kenyataan.
Rang undang-undang tersebut diluluskan selepas dibahaskan tidak sampai empat jam oleh enam ahli parlimen semalam.
KUALA LUMPUR, 29 Nov ― Datuk Seri Najib Razak mahu Umno mengutamakan perpaduan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang presiden parti itu melihat sebagai "sesuatu yang luar biasa" bagi perikatan yang mengepalai kerajaan pusat.
Najib yang juga Perdana Menteri mengarahkan pemimpin-pemimpin kanan parti pada satu taklimat di sini agar tidak memandang mudah atau mengambil ringan pilihan raya umum akan datang.
Sehubungan itu katanya, pemimpin-pemimpin parti seharusnya bertindak agak luar biasa kali ini.
"Beliau telah meminta pemimpin-pemimpin peringkat bahagian dan akar umbi agar bekerja luar biasa sebab pilihan raya ini adalah sesuatu yang luar biasa... banyak cabaran dan beliau mahu kami utamakan perpaduan," kata Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid berkata demikian pada sidang media bersama dua rakan sejawatannya Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal selepas taklimat presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 di sini hari ini.
Beliau menambah bahawa Najib juga telah mengarahkan pemimpin-pemimpin Umno agar menyelesaikan kesemua konflik dalaman bagi memastikan bahawa tiada sabotaj atau unsur menikam dari belakang apabila tibanya pilihan raya.
Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, mesej itu dikeluarkan di sebalik peringatan berkali-kali daripada Najib bahawa hanya calon-calon yang boleh menang akan mewakili Barisan Nasional (BN).
"Konflik mesti diselesaikan bagi memastikan kejayaan kita sama ada kerusi peringkat kerusi ataupun parlimen," kata beliau.
"Hanya ada satu pasukan iaitu Pasukan Umno," kata Zahid.
Ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, BN meletakkan sasaran untuk menawan balik empat negeri dikuasai Pakatan Rakyat sekarang iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. -TMI
KOTA BHARU – Pas mengingatkan Umno supaya tidak mengelirukan rakyat dengan istilah wasatiyyah atau kesederhanaan kerana hakikatnya parti berkenaan sendiri jauh daripada menepati pendekatan itu dari sudut Islam.
Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, berdasarkan seminar wasatiyyah anjuran Umno Sabtu lalu konsep wasatiyyah dalam Islam adalah apabila kita mengamalkan Islam sebagaimana ia diperintahkan Allah.
"Iaitu tanpa ada pengurangan ataupun penambahan. Jika pengurangan atau penambahan berlaku ia dikatakan melampau seperti doktor yang menetapkan seseorang pesakit mesti mengambil ubat mengikut dos ditetapkan sehari.
"Jika kita ambil lebih atau kurang, itu dikira melanggar arahan kerana yang betulnya ambil dos yang diarahkan doktor barulah ia dapat menyembuhkan penyakit," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pendekatan wasatiyyah bersesuaian dengan komposisi masyarakat majmuk di negara ini demi mengekalkan keamanan dan keharmonian yang dikecapi.
Muhyiddin dilaporkan berkata, keamanan dan keharmonian yang dikecapi hasil sikap sederhana rakyat yang tidak gamalkan budaya hidup melampau dan melanggar undang-undang kerana pendekatan wasatiyyah boleh mendidik manusia berfikir dan bertindak secara bijaksana.
Menurutnya, pendekatan seumpama itulah yang Pas perjuangkan selama ini iaitu melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar sebagaimana perintah Allah.
KOTA BHARU, 30 Nov:Kediaman khas untuk penjaga gawang pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau 'Apek' yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kini siap sepenuhnya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood, berkata majlis penyerahan akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim, di sini sebentar tadi.
"Kebetulan semalam pegawai dari Syarikat Binaraya milik PKINK menghubungi saya memberitahu kediaman untuk Khairul Fahmi sudah siap sepenuhnya.
"Bagaimanapun kita terpaksa menentukan tarikh yang sesuai antara Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Khairul Fahmi sendiri," ujarnya.
Fatah seterusnya memberitahu, Tuan Guru mencadangkan majlis jamuan diadakan pada hari berkenaan sebagai tanda kesyukuran.
Tahun lalu, kerajaan negeri mengisytiharkan untuk menyerahkan sebuah rumah kepada bintang bola sepak itu berikutan kecemerlangannya pada Kejohanan Piala Suzuki AFF yang menyaksikan pasukan negara muncul juara.
Kediaman berkenaan terletak di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa setelah ia mula didirikan tahun ini.
Menjawab soalan, beliau memberitahu kediaman berkenaan tiada kaitan dengan masaalah peribadi jaguh bola sepak berkenaan sebelum ini.
"Bagaimanapun kita berharap beliau lebih berhati-hati selepas ini kerana sebagai seorang bintang sahsiah diri perlu dijaga sebagaimana yang dikehendaki oleh kerajaan negeri khususnya Tuan Guru.
"Golongan ini menjadi cermin masyarakat, kerana itu mereka perlu menonjol syahsiah yang murni. Untuk itu kami juga mengharapkan bantuan para media supaya membantu kerajaan negeri untuk mengingatkan mereka agar lebih berhati-hati," ujarnya.
KUALA LUMPUR, 30 Nov: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengajak para artis dan selebriti tempatan agar segera 'berhijrah' dengan menjadi insan mukmin yang soleh dan bertaqwa kepada Allah SWT.
"Hijrah ini penting sebagai usaha mengajak dan mendidik masyarakat untuk menjadi generasi yang berakhlak mulia di negara ini," kata Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) DPPWP, Fadhil Osman.
Bagi DPPWP, katanya para artis serta selebriti adalah golongan yang menjadi idola dan ikon masyarakat.
Menurutnya, mereka digilai oleh ribuan anak-anak muda yang ingin melihat aksi mereka dalam dunia hiburan.
Katanya, setiap pergerakan mereka pasti dalam pengetahuan peminat fanatik mereka.
Justeru, ujarnya para artis atau selebriti adalah umpama magnet yang boleh menarik anak-anak muda di negara ini ke mana sahaja.
"Apa yang mendukacitakan, ada kalangan artis atau selebriti tempatan tidak menunjukkan contoh yang baik terhadap masyarakat," katanya lagi.
Menurutnya lagi, meskipun jumlah mereka tidak ramai, namun gejala negatif yang dilakukan oleh mereka turut menjadi ikutan para peminat.
Antaranya, kata beliau seperti penyalahgunaan dadah, bersekedudukan, jenayah, budaya hidup sosial yang melampau serta berpakaian yang menjolok mata.
Justeru, ujarnya penghijrahan mereka akan menarik sama anak-anak muda untuk turut jejak langkah mereka.
Jelasnya, DPPWP tidak pula bermaksud meminta para artis meninggalkan dunia hiburan yang mereka ceburi kerana mungkin ia telah menjadi sumber pendapatan mereka, namun apa yang penting adalah mereka menjadi insan teladan yang baik dan boleh dicontohi oleh masyarakat.
"Dalam hal ini, DPPWP memuji beberapa orang artis yang telah berhijrah seperti Catriona Ross, Bob Lokman, Sham Kamikaze, Iwan, Wardina, Irma Hasmie serta beberapa orang artis wanita yang telah mengubah penampilan dengan memakai pakaian menutup aurat dan menjaga solat," katanya.
Beliau menambah, meskipun mereka masih berlakon dan aktif dalam dunia seni, mereka tidak mengabaikan syariat Islam.
Bahkan, kata beliau imej baik itu akan menjadi contoh teladan yang baik para artis Malaysia di pentas antarabangsa.
DPPWP juga, ujarnya mengharapkan agar para artis dan selebriti tidak merasa gentar terhadap usaha penghijrahan.
"Insya Allah, perubahan pada penampilan tidak akan merencatkan rezeki mereka, malah rezeki akan lebih mencurah-curah.
"Daripada pentas lakonan sehingga ke masjid-masjid, para artis yang telah berhijrah ini akan dijemput untuk memberi perkongsian serta persembahan," ujarnya.
KUALA LUMPUR, 30 Nov:Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jentera Umno bersiap sedia menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 yang disifatkan sebagai 'luar biasa' dengan tindakan 'luar biasa'.
Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, DPP Malaysia menganggap kenyataan Datuk Seri Najib sebagai bahaya kerana boleh disalah tafsir oleh pelbagai pihak, memandangkan beliau adalah Perdana Menteri dan mempunyai kuasa di negara ini.
"DPP Malaysia hairan, bagaimana ungkapan sedemikian boleh keluar dari mulut Perdana Menteri Malaysia," ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, walaupun ia diucapkan terhadap jentera dalaman Umno, namun ia sudah menjadi berita yang semua rakyat membaca dengan pelbagai persepsi.
Bagi sesetengah pihak, ujarnya ucapan Najib boleh memberi makna akan berlaku sesuatu yang buruk terhadap rakyat dan negara.
Justeru, katanya DPP Malaysia mempersoalkan, apakah PM sudah meramalkan sesuatu yang luar dari kebiasaan akan berlaku dalam PRU ke 13 kali ini.
"Mungkinkah akan berlaku insiden-insiden buruk dalam PRU ke 13 nanti?" tanya beliau lagi.
Bagi DPP Malaysia, ujarnya ucapan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut Perdana Menteri, seakan-akan mengejutkan serta memakutkan rakyat.
Sepatutnya, beliau berkata Najib menenangkan rakyat dengan jaminan PRU ke 13 adalah PRU yang terbaik, paling aman, serta berlangsung dalam suasana penuh demokrasi.
Untuk itu, tambahnya DPP Malaysia telah sedia mempersiapkan jentera pemuda PAS diseluruh peringkat juga dengan persiapan 'luar biasa'.
"Kali ini seluruh jentera pemuda PAS diingatkan supaya bersedia menghadapi apa juga serangan yang bakal dilakukan oleh Umno BN dalam pelbagai bentuk," ujarnya.
Menurutnya, sudah 12 kali PRU dihadapi, dan sudah acap kali juga serangan bertali arus dikenakan terhadap jentera PAS khususnya pemuda PAS di seluruh negara.
Malah, ujarnya pemuda PAS pernah dipukul seperti di Pilihan Raya Kecil Ijok, Bagan Pinang dan lain-lain lagi.
Tambahan pula, katanya PRU ke 13 nanti akan berlangsung dalam suasana sistem pilihan raya yang masih tempang dan pincang dan dalam keadaan demokrasi yang kontang dari kebenaran.
Justeru, katanya tidak hairanlah jika berlaku sekali lagi manipulasi undi, undi pos yang meningkat mendadak, pengundi hantu yang kembali turun mengundi, beli undi, rasuah pilihanraya, rakyat negara asing yang turun mengundi, fitnah melalui media, akses media yang berat sebelah dan lain-lain lagi.
"Semua insiden ini pernah berlaku sebelum ini dan tidak mustahil akan berlaku lagi nanti.
"Insya Allah, DPP Malaysia telah mempersiapkan mental kesemua petugas dengan kesemua kemungkinan sesuatu yang 'luar biasa' yang akan berlaku," katanya lagi.
Beliau menambah, PRU 13 adalah masa terbaik untuk menukar kerajaan yang sudah tamat tempoh.
"Selamatkan Malaysia dari pemimpin yang korup, rasuah dan mementingkan diri sendiri," katanya.
GOMBAK, 30 Nov: Catriona Ross(gambar)melahirkan rasa terkilan dengan sikap dan pandangan syarikat perfileman dan masyarakat terhadap artis yang sudah berubah.
"Fenomena hari ini memang amat mendukacitakan. Tidak seharusnya mereka mengenepikan artis-artis yang sudah 'berhijrah' menjadi mukmin yang lebih baik," ujarnya pada Program Maal Hijrah di Masjid Kampung Nakhoda, petang semalam.
Menurutnya, semua artis yang telah 'berhijrah' itu harus diberikan sokongan 100 peratus.
Sebaliknya, kata beliau apa yang berlaku, pintu rezeki mereka 'ditutup' oleh syarikat perfileman kerana bimbang dengan perubahan artis tersebut yang akan mencemarkan nama syarikat mereka.
Baginya, pandangan negatif itu seharusnya diubah kerana apabila artis-artis telah berhijrah, semakin ramai peminat ingin mendampingi dan mengenali mereka dengan lebih dekat lagi yang sekaligus akan mengharumkan industri perfileman negara.
"Alhamdulilah apabila saya sudah berhijrah, rezeki yang Allah SWT berikan lebih baik dan kehidupan saya lebih tenang, bahkan saya dikelilingi oleh orang-orang yang beriman dan sentiasa membantu saya dalam mencari erti kehidupan sebenarnya.
"Bagi saya, rezeki dan kehidupan kita telah ditetapkan oleh Allah SWT dan kita perlu percaya apa yang telah ditetapkan-Nya.
"Semua artis yang berubah tidak perlu bimbang mengenai rezeki tersebut kerana Allah SWT sudah aturkan kehidupan hamba-Nya," katanya.
Artis kelahiran Kelantan itu juga menggesa syarikat perfileman agar kreatif mengeluarkan filem-filem berbentuk Islamik dan ilmiah yang mengajak orang ramai membuat kebaikan bagi membendung gejala sosial.
Ini, katanya adalah bertujuan untuk membuka mata masyarakat agar memikirkan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara sebelum melaksanakannya.
"Kita bimbang dengan penyiaran filem-filem berunsurkan negatif yang semakin berleluasa tanpa dibendung.
"Janganlah kita hanya mengaut keuntungan sebelah pihak tetapi akan datang generasi yang penentu masa depan negara dirosakkan dengan unsur-unsur negatif yang disiarkan dalam filem tersebut," ujarnya.
KAHERAH: Rakyat Mesir terus keluar mengundi pada hari kedua pilihan raya Parlimen, semalam.
Parti Islamis berharap mereka akan menang besar dalam pilihan raya ini, walaupun general tentera yang mengambil alih kepimpinan daripada bekas Presiden Hosni Mubarak, masih belum melepaskan jawatan.
Pilihan raya, yang pertama setelah pemberontakan besar-besaran dilakukan untuk menjatuhkan Hosni pada 11 Febuari lalu berjalan tanpa keganasan selepas kejadian minggu lalu di mana tentera kerajaan menembak mati 42 orang penunjuk perasaan.
Ikhwan Muslimin, sebuah organisasi paling terancang, berkata, parti baru yang ditubuhkan di bawah organisasi itu, 'Parti Kebebasan dan Keadilan' setakat ini, telah berjaya meraih banyak undi.
"Ikhwan Muslimin berharap menang 30 peratus daripada kerusi Parlimen," kata pegawai kanan FJP, Mohamed El-Beltagy.
Amerika Syarikat dan sekutunya Eropah pula berharap demokrasi dapat bertapak di negara Arab yang mempunyai penduduk paling ramai.
Mereka bimbang sekiranya Parti Islamis dapat menarik undi dengan menggunakan isu Israel. - Reuters
MAYAT seorang lelaki tanpa identiti ditemui selepas dibunuh dan dicampak di Lebuh Raya Kupang-Grik dekat Kampung Kemangi, Baling semalam.
BALING – Laluan Lebuh Raya Kupang-Grik dekat Kampung Kemangi di sini yang agak sunyi dikatakan menjadi tempat kegemaran penjenayah untuk membuang mayat. Dalam satu kes terbaharu, polis semalam menemui mayat seorang lagi mangsa pembunuhan di situ.
Penemuan mayat lelaki pada pukul 12.30 tengah hari itu menjadikannya tiga kes setakat ini. Kali pertama, polis menemui mayat seorang lelaki tempatan dua tahun lalu sebelum mayat lelaki Pakistan dijumpai Oktober lepas kira-kira dua kilometer dari lokasi mayat ketiga ditemui.
Difahamkan, mayat lelaki tanpa identiti itu hendak dicampak dari sebuah kereta ke dalam gaung tetapi tersangkut di tepi pembahagi jalan kerana suspek dikatakan agak tergesa-gesa ketika hendak membuang mayat itu.
Perbuatan itu dilihat oleh pemandu lain yang kemudian menghubungi polis.
"Kita sedang menyiasat motif kejadian dan identiti mangsa serta mencari suspek-suspek yang terlibat," kata Ketua Polis Daerah, Supritendan Mat Daud Mat Hasan yang enggan mengulas lanjut.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Baling untuk bedah siasat.
KUALA LUMPUR, 30 Nov: Gabungan Hentikan Lynas (SLC) terkilan dengan pendedahan Rangkaian Toksik Nasional (NTN) dari Australia pada 28 November lalu bahawa sejak Mei 2011, tasik takungan Lynas di Mt Weld, Australia mengalami kebocoran sisa radioaktif sebanyak 14,000 liter sehari, ataupun kira-kira 5 juta liter setahun.
Pengerusi SLC Andansura berkata, peristiwa tersebut tidak munasabah sekali kerana Lynas telah memberikan jaminan berkali-kali bahawa bahan galian adalah begitu rendah tahap radioaktifnya sehingga boleh diangkut sebagai bahan tidak beradioaktif dari Mt Weld ke Pelabuhan Freemantle di Australia Barat berjarak 1,000 km.
Andansura menganggap jaminan yang dibuat oleh Lynas adalah lebih bersifat omong-mong kosong daripada berdasarkan fakta dan sains.
"Bahkan pihak pengurus Lynas di Malaysia juga berjanji bahawa sisa-sisa radioaktif yang ditinggalkan di Malaysia akan dikitar semula serta digunakan sebagai papan gipsum dan baja melalui kajian dan penyelidikan (R&D).
"Hakikatnya, R&D tersebut belum lagi dibuktikan berjaya di mana-mana bahagian di dunia ini," katanya kepada Harakahdaily.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan SLC, Lee Chean Chung juga membidas sikap Lynas yang seperti talam dua muka.
"Hakikatnya, Lynas telah mengambil kesempatan ke atas akta-akta Australia iaitu Peraturan Keselamatan Radiasi WA 2002 bahawa jika bahan yang diangkut tidak digunakan untuk proses kimia ataupun pengeluaran bahan radioaktif (uranium dan thorium), maka tahap radiaktiviti yang dibenarkan boleh mencapai 10 Bq/g," katanya.
Menurut Chean Chung, tahap sebenar radioaktiviti bahan yang diangkut tersebut mencecah 3.5 and 8 Bq/g, jauh melebihi standard antarabangsa yang diikuti oleh Australia mahupun Malaysia, iaitu 1.0 Bq/g.
Sehubungan itu, Andansura mendesak kerajaan memberhentikan kerja pembinaan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan sementara menunggu hasil siasatan di Australia dan Malaysia.
"Antara siasatan bebas yang harus dijalankan harus merangkumi dakwaan New York Times pada hujung bulan Jun 2011 bahawa LAMP mengalami kecacatan struktur dan rekaan yang serius. Ini adalah perkara tersebut belum lagi diperjelaskan oleh Lynas sehingga hari ini dan mencetuskan kebimbangan dan keraguan orang ramai," katanya.
SLC juga menyeru agar kerajaan membatalkan perjumpaan antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan Lynas.
Menurut Andansura, masa perjumpaan tersebut adalah terlalu sensitif kerana bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Syarikat Lynas di Sydney, Australia.
"Kita tidak mahu kerajaan dilihat sebagai diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu untuk memberikan gambaran positif kepada pelabur-pelabur Lynas, terutamanya selepas insiden kebocoran sisa radioaktif yang berlaku di Mt Weld," ujarnya.
LONDON, 30 Nov - Didier Drogba menolak penyambungan kontrak selama setahun yang ditawarkan Chelsea dan akan menyertai mana-mana pasukan yang memberi tawaran lumayan tahun depan.
Drogba sebelum ini turut menolak tawaran secara pinjaman yang dilakukan oleh AC Milan dan penyerang berusia 33 tahun itu dilihat akan meninggalkan Chelsea selepas kontraknya tamat tahun depan. - Reuters
PARIS - Seorang penganggur didakwa membunuh anak lelakinya berumur tiga tahun selepas menyumbat budak itu ke dalam mesin basuh yang suisnya turut dihidupkan, menurut jurucakap mahkamah, kelmarin.
Christophe Champenois, 33, dari Meaux berhampiran Paris dipercayai mengenakan huku-man kejam tersebut terhadap Bastien hanya kerana dia membuang lukisan rakannya semasa berada di pusat jagaan . Champenois yang berang dengan kenakalan anaknya telah 'membasuh' kanak-kanak malang itu selama beberapa minit.
Akhbar Le Parisien melaporkan, jiran mangsa menyatakan Charlene, 25, ibu kepada Bastien meminta pertolongannya untuk membawa kanak-kanak tersebut ke hospital selepas mendakwa anaknya cedera akibat terjatuh dari tangga.
Tetapi dia mula mengesyaki sesuatu selepas mendapati tangan dan kaki Bastien sudah terkulai serta tidak bermaya seselama beberapa minit sebelum kanak-kanak itu meninggal dunia pada Jumaat lalu.
"Kakak mangsa yang berumur lima tahun turut mengadu kepada saya bahawa ia bukanlah kali pertama bapa mereka 'membasuh' adiknya," menurut jiran mereka dikenali sebagai Alice.
Akibat tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut, hakim mahkamah di Meaux me-ngarahkan pasangan suami isteri yang mempunyai tujuh cahaya mata itu ditahan untuk siasatan lanjut sementara kesemua anak mereka ditempatkan di bawah pusat jagaan.
MANILA: Gempa berukuran 6.0 magnitud melanda Pulau Luzon, pagi ini tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.
Pusat Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, pusat gegaran berlaku di pantai barat di utara Wilayah Zambales, kira-kira 230 kilometer (km) di barat laut Manila.
"Kita menjangkakan tidak banyak kerosakan berlaku kerana kawasan gempa terletak jauh dari daratan," katanya Ketua Institut Gempa Bumi Filipina, Renato Solidum. - AFP
BUKTI...rakaman CCTV menunjukkan dua kanak-kanak yang menceroboh pejabat sekolah dan melarikan komputer riba.
SOROK...rakaman CCTV menunjukkan seorang kanak-kanak yang berselindung di sebalik pintu merangkak untuk mengelak wajahnya dirakam.
JOHOR BAHRU: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah agama di Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima penjenayah cilik termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah masuk pejabat sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba.
Dalam kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit berusia 10 hingga 18 tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda berusia 10 dan 12 tahun menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit masuk melalui pintu berjeriji selepas gagal memecahkan mangga.
Kedua-dua mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang berharga dan berada di situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka dirakam CCTV.
Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah berkenaan, Mohammad Nick Abdullah, 43, berkata dia menyedari kejadian itu selepas melihat kesan umpil pada satu daripada pintu jeriji ketika ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam 7.30 pagi semalam.
Selepas memeriksa pejabat, Nick mendapati komputer riba hilang dan penelitian melalui rakaman CCTV menunjukkan penjenayah cilik menyelongkar laci dan memasukkan peralatan elektronik berkenaan ke dalam dua beg.
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Kenyataan terbaru Ketua Penerangan Umno bahawa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah memperlihatkan sikap sebenar 'perkauman melampau' parti itu.
AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata kenyataan Datuk Ahmad Mazlan itu juga menggambarkan Umno kini berada dalam keadaan 'meracau' dan diambang kehilangan kuasa.
"Kenyataan itu menggambarkan psikologi Umno yang berada dalam ketakutan ekoran diambang kehilangan kuasa.
"Mereka (Umno) masih belum jumpa strategi jelas, maka mereka meneruskan strategi lama dengan mencetuskan rasa takut (politic of fear) di kalangan rakyat dengan isu kuasa orang Melayu, agama dan sultan" katanya kepada Harakahdaily.
Dalam kenyataan pagi tadi, Datuk Ahmad Maslan dipetik berkata orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.
Ahmad berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud "Parlimen tergantung" seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.
"Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan.
"Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian... dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini," kata Ahmad pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011.
Mengulas lanjut, Dr. Dzulkefly juga menyifatkan kenyataan Ahmad itu sebagai kegagalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk membawa transformasi politiknya kepada pemimpin Umno lain termasuk Ahmad.
Najib juga ujarnya masih tindak menentu dalam mencari strategi dan pendekatan untuk mempertahankan kuasanya.
"Mungkin juga ketua penerangan Umno ini mewakili suara majoriti ahli Umno dan suara Najib (yang mahu transformasi) hanya minoriti.
"Ini juga bukti 'banyak kepala' dalam Umno yang semakin bersimpang-siur dan bercelaru. Umno tetap Umno yakni parti berteraskan perjuangan perkauman Melayu sempit, Melayu Umno, masih ramai Melayu yang terpinggir, jurang miskin-kaya paling lebar dalam etnik Melayu di negara ini" kata Dr. Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor.
Sementara itu juga, beliau menjangkakan perhimpunan agung Umno yang akan dirasmikan malam ini menjadi medan anggota parti itu membangkitkan isu perkauman.
Ianya memandangkan parti itu kini berada dalam keadaan terdesak selepas hilang sokongan bukan Melayu sejak tsunami politik 2008 lalu.
KOTA BHARU - Seramai 890 mangsa di pusat pemindahan di Tumpat dan Pasir Mas dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan keadaan banjir semakin pulih.
Setakat jam 6 petang semalam, terdapat 465 mangsa daripada 119 keluarga masih berada di empat pusat pemindahan berbanding 1,355 mangsa kelmarin.
Bagi jajahan Pasir Mas, terdapat 290 mangsa daripada 79 keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK)Tok Deh, SK Kedai Tanjong, SK Gelang Mas.
Di Tumpat pula terdapat 175 mangsa daripada 40 keluarga tidak dibenarkan pulang dan kini berada di SK Pengkalan Kubor 2.
Sementara itu, kesemua mangsa di Pasir Puteh, Bachok dan Kota Bharu yang berada di pusat pemindahan masing-masing dibenarkan pulang sejak kelmarin.
Dalam pada itu, Sungai Kelantan di Guillemard, Sungai Golok di Jenob dan Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras bahaya manakala Sungai Galas di Dabong, Sungai Lebir di Tualang, Sungai Kelantan di Tangga Krai melebihi paras amaran.
Bagi stesen sukatan hujan pula empat kawasan mempunyai catatan iaitu di Kampung Laloh, Kuala Krai dengan sukatan 18milimeter (mm), Kampung Jeli (4.00mm), Dabong di Kuala Krai (1.00 mm), Tualang di Kuala Krai (4.00 mm) dan Jenob, Tanah Merah (3.00 mm).
Sehingga lewat petang semalam, semua jalan yang ditutup sudah dibuka untuk semua kenderaan.
Selepas gagal pikat, Muhyiddin tegas PAS tak boleh ganti Umno
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PAS tidak boleh menggantikan Umno dalam memperjuangkan hak orang Melayu atas alasan "Umno tiada galang-ganti" walaupun sejak tiga lalu parti teras BN itu mempelawa agak ia membentuk kerjasama politik.
Sebelum ini Umno berulang kali mengajak PAS agar membentuk kerjasama politik dan kerajaan perpaduan termasuk menyertai Barisan Nasional (BN).
"Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS ganti Umno seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan Umno kerana Umno tiada galang-ganti.
"Yang sebenarnya berlaku ialah DAP ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja," kata Timbalan Presiden Umno ini ketika berucap merasmikan Persidangan Agung Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno di sini hari ini.
Muhyiddin mendakwa "DAP lah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS?"
Sehubungan itu kata Muhyiddin, untuk menutup kegagalan mereka mempertahankan kesucian Islam, PAS mengemukakan agenda Negara Berkebajikan.
"Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan. Malang bagi PAS kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka," kata beliau.
Dalam ucapannya, Muhyiddin seterusnya mengecam "walau apa pun, kita hendak bertanya kepada PAS... Negara Berkebajikan bagaimana yang mereka ingin wujudkan?"
"Yang kita tahu, bekalan air bersih pun tidak mampu mereka sediakan kepada rakyat Kelantan. Bukankah air adalah keperluan rakyat paling asas yang mesti dipenuhi oleh mana-mana kerajaan.
"Justeru, kita nak katakan kepada PAS, kalau bekalan air bersih pun tak dapat disediakan, janganlah simpan angan-angan hendak wujudkan Negara Berkebajikan. Selesaikan dahulu masalah air di Kelantan, kemudian barulah bercakap soal Negara Berkebajikan," katanya lagi.
Kata timbalan perdana menteri, sebenarnya PAS bukanlah beriya-iya benar hendak mewujudkan Negara Berkebajikan.
"Mereka sendiri pun tak faham apa maksud Negara Berkebajikan. Slogan Negara Berkebajikan hanyalah helah politik PAS untuk menutup kelemahan sendiri kerana tergadainya matlamat untuk mendirikan negara Islam.
"Apa yang penting bagi PAS, slogan Negara Berkebajikan boleh diterima oleh DAP," katanya lagi. -TMI
KUALA LUMPUR, 30 Nov: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa cukup sedih dan kecewa di atas ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sama sekali tidak menunjukkan beliau selaku orang nombor 2 negara yang mempunyai daya fikir intelek yang tinggi dan budi bahasa yang baik.
Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan berkata, semasa merasmikan serentak Persidangan Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno malam tadi, Muhyiddin meneruskan perseteruan terhadap Pakatan Rakyat dan PAS secara khususnya dengan alasan yang berbentuk fitnah dan dangkal.
"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mengingatkan Umno bahawa keangkuhan mereka sebagai parti yang tiada galang ganti untuk meneruskan agenda perjuangan bangsa Melayu sudah lapuk ditelan zaman kerana PAS sudah bersedia untuk memimpin bangsa Melayu ke arah suasana politik yang lebih kondusif bahkan lebih lagi PAS menawarkan perjuangan bangsa Melayu menurut ajaran Islam yang syumul," ujarnya kepada Harakahdaily.
PAS, tegasnya akan menggantikan Umno untuk membela nasib bangsa Melayu yang selama ini menjadi mangsa 'belasahan' Umno.
Jadi, tambahnya Umno sememangnya berada di dalam keadaan cukup terdesak kerana PAS dan Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat di hati rakyat untuk memerintah negara ini.
"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendapat bahawa cabaran Timbalan Perdana Menteri kepada para Puteri, Pemuda dan Wanita Umno untuk menjadi mujahid dan mujahidah yang akan berjihad untuk mempertahankan bangsa Melayu di dalam Pilihanraya Umum yang akan datang adalah sebuah lelucon yang amat menggelikan hati," katanya lagi.
Menurutnya, Umno sebagai sebuah parti sekular yang memisahkan agama di dalam agenda perjuangan politik mereka sanggup menggunakan istilah-istilah Islamik supaya nampak agenda Islam mereka tetapi sebaliknya bersifat munafik semata-mata.
Mohd Sany berkata, sepatutnya jihad yang utama adalah menegakkan hukum syariat Allah Taala di atas muka bumi ini dan bukannya berjihad di atas nama bangsa.
Beliau menambah, Jabatan Pilihanraya DPPM turut mengingatkan kepada seluruh jentera pemuda di semua peringkat supaya meningkatkan kewaspadaan dan kebersediaan untuk menghadapi pilihanraya yang mendatang.
Katanya lagi, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat Umno kini semakin gawat dan tidak keruan, tidak mustahil sepanjang perhimpunan Agung Umno ini akan menjadi perhimpunan yang akan dipenuhi dengan segala macam kenyataan-kenyataan yang bersifat hasutan, ancaman, tuduhan, prejudis, rasis dan sebagainya.
Oleh itu, ujarnya, pihaknya meminta supaya rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan menolak secara total parti Umno dan Barisan Nasional kerana pembawaan politik sempit mereka sudah tidak diterima lagi oleh rakyat.
Selain itu, kata beliau, pihaknya mengarahkan jentera pemuda di semua peringkat untuk membuat laporan polis di atas kenyataan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan Umno yang bersifat menghasut dan menimbulkan kebencian orang Melayu untuk terhadap orang-orang bukan Melayu dan orang-orang yang bukan beragama Islam.
SUDAH tiba masanya, Ketua Wanita Umno Malaysia mesti meletakan jawatan. Isu penyelewengan dana awam yang melibatkan syarikat anak-beranaknya, kian sukar ditepis. Integriti Umno cedera teruk akibat "pecah amanah" dalam syarikat lembu.
Selain Pakatan Rakyat dan Timbalan Pengerusi BNBBC (Kelab Penyokong Kerajaan BN) Dato' Bung Mohtar Radin, tekanan NGO dilihat makin mara untuk menghentak Dato' Seri Shahrizat Jalil ke dinding.
Kongres Melayu Pulau Pinang mencabar Shahrizat melepas jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berikutan dakwaan penyelewengan dalam projek ternakan lembu, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki, suaminya, Dr Mohamad Salleh Ismail.
Kepercayaan rakyat terhadap Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno telah hilang akibat dakwaan tersebut dan beliau kini tiada pilihan lain selain berhenti dan undur, jika merasakan dirinya ada maruah lagi.
PAS pula mahu semua menteri kabinet yang meluluskan projek Pusat Fidlot Kebangsaan sehingga menyebabkan kerugian mencecah RM250 juta meletakkan jawatan.
Skandal ini membabitkan penyelewengan dana awam, kes yang teruk dan menghaguskan integriti pentadbiran negara.
Semua menteri yang terbabit, mesti letak jawatan. Malangnya, Shahrizat dipertahankan oleh Perdana Menteri, Timbalannya, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pertanian, Noh Omar.
Muhyiddin sebagai menteri yang bertanggungjawab sepatutnya bukan mempertahankan Shahrizat sebaliknya mengambil tindakan ke atas kegagalan beberapa pihak yang menyalahgunakan dana awam tersebut.
Adakan ini bermakna mereka setuju dana awam diselewengkan?
Bung ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 menyelar Shahrizat kerana penglibatannya bersama keluarga dalam isu itu menyebabkan seluruh Umno menjadi susah.
Pendirian Ahli Parlimen Kinabatangan itu cukup jelas, "macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab".
Beliau menyindir Shahrizat, jika dia berada pada kedudukan itu, pasti akan melatakkan jawatan kerana terbukti ianya menyusahkan Umno.
"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti kepada Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.
Rakyat sepatutnya berhelah tegas dengan pelbagai cara untuk mengasak Shahrizat agar meletakan semua jawatannya. Isu ini bakal memberi kesan buruk terhadap integriti Umno-BN.
Skandal ini boleh disifatkan sebagai satu lagi episod malang melanda negara, dan Perdana Menteri sepatutnya menyatakan pendirian dan mengambil tindakan tegas terhadap Shahrizat.
Perkara berbangkit di sini yang menjadi 'crux of the case' tentang kewujudan yang nyata ke atas pembelian kondominium bertempat di One Menerung, Bangsar yang dikatakan pembelian hartanah berkenaan adalah bagi mendapatkan pulangan pelaburan memandangkan projek lembu Feedlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.
Perlu diingat modus operandi syarikat NFC untuk mendapatkan pinjaman modal berkenaan adalah bagi tujuan industri penternakan dan bukannya pelaburan hartanah.
Secara tidak langsung telah wujud situasi penyelewengan dan pecah amanah yang melampaui keraguan munasabah.
Walau apapun spekulasi yang timbul Shahrizat tidak boleh menafikan bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan tentang kewujudan NFC. Begitu juga soal pinjaman modal oleh pihak kerajaan dan pembelian kondominium mewah berkenaan.
Langkah Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap pelbagai urusniaga melibatkan NFC dan Projek Fidlot Kebangsaan, patut dipuji walaupun diragui.
Isu paling pokok adalah persoalan pertanggungjawaban awal yang bermula dari Kabinet dan menteri-menteri kanan Umno-BN yang terlibat menganugerahkan projek bernilai RM250 juta ini kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman langsung.
Dana awam berjumlah RM250 juta pun disalurkan tanpa ada sebarang jadual pembayaran seperti mana kebiasaannya.
Di mana Najib? Lebih-lebih lagi apabila Noh Omar mengejutkan negara dengan mengesahkan kelulusan projek ini tidak dibawa ke peringkat kabinet.
Sebaliknya, projek berjumlah RM250 juta ini khabarnya diluluskan oleh sebuah jawatankuasa bukan kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri ketika itu.
Isunya, apakah yang merunsingkan Najib untuk mengambil tindakan terhadap Shahrizat? Sedangkan jelas, penyelewengan dana awam berlaku dan Ketua Wanita Umnonya terbabit.
Rang Undang-undang Perhimpunan Aman akhirnya diluluskan Dewan Rakyat selepas perbahasan kira-kira tiga empat jam oleh enam anggota parlimen.
Rang undang-undang itu - yang mengharamkan demonstrasi jalanan dan membenarkan perhimpunan lain dengan beberapa syarat ketat - lulus dengan undi suara ketika ketiadaan anggota Pakatan Rakyat yang keluar dewan sebelumnya.
Rang undang-undang itu dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor).
Ia kemudiannya diikui penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.
Ahli parlimen Pakatan bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih.
Mereka juga membantah keputusan Yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.
Pada 24 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan rang undang-undangi tu di Parlimen yang didakwanya meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.
Rang undang-undang berkenaan dibacakan untuk kali kedua selepas dibentang untuk bacaan kali pertama pada 24 November lalu.
Bagaimanapun, bil itu menerima bantahan daripada pelbagai pihak dan dikatakan mencabuli semangat sebenar perhimpunan aman.
Ia dikatakan lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis. Antaranya, didakwa mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis.
Selain itu, rang undang-undang itu juga memperuntukan denda RM20,000 terhadap peserta perhimpunan berbanding RM2,000 dalam Akta Polis, jika sabit kesalahan.
Jumaah lalu, Kabinet bersetuju untuk melakukan enam pindaan terhadap rang undang-undang itu selepas mendapat bantahan beberapa pihak termasuk pembangkang dan masyarakat sivil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan