KUALA LUMPUR: Penduduk sekitar Lahad Datu, Tawau dan Semporna, Sabah, hari ini merasai gegaran berikutan gempa bumi sederhana yang melanda semenanjung Minahassa, 553 kilometer dari tenggara Tawau.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
Menurut kenyataan jabatan itu, gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter itu berlaku pada 1.19 tengah hari tadi di Minahassa, Sulawesi, Indonesia
KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said akan mengetuai pusingan kedua protes di KLCC esok bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat Selasa lalu dan kini menunggu kelulusan Dewan Negara.
Taman yang sama, Sabtu lalu, menyaksikan kehadiran kira-kira 400 penunjuk perasaan.
Kebanyakan mereka berpakaian kuning sebagai menyokong pergerakan BERSIH 2.0 dan berkumpul serta bernyanyi, mengedar belon dan bunga, meniup buih sabun dan mengamalkan yoga untuk menunjukkan rasa kurang senang dengan dengan undang-undang baru yang didakwa menyekat kebebasan untuk berhimpun.
"Minggu ini, kami akan lakukannya lagi. Pak Samad akan menyertai kami untuk mendeklamasikan beberapa puisi.
"Marilah kita banjiri KLCC tanpa permit polis. Marilah kita tentang undang-undang yang bodoh ini. Marilah kita pertahankan kebebasan kita," tulis seorang penganjur itu, Wong Chin Huat, di Facebook beliau.
Samad, 76, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad seorang penyajak dan penulis novel yang tidak asing lagi dengan demonstrasi. Beliau pernah mengetuai bersama perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai dan perhimpunan anti-PPSMI pada tahun 2009.
Acara bermula jam 2 petang itu sekali lagi dianjurkan melalui Facebook. Ia menuntut rang undang-undang itu ditarik balik segera dan semua rakyat Malaysia di luar negara dibenarkan mengundi secara pos.
Mengikut MalaysiaKini, penganjur berharap untuk bilangan yang akan hadir kali ini akan meningkat kepada 800 orang. Setakat ini, tidak kurang 300 warga maya telah mengesahkan penyertaan mereka.
Tidak seperti minggu lalu, penganjur kali ini meminta para peserta membawa makanan untuk "perkelahan petang" dan seperti lazimnya untuk membawa bersama bendera, belon dan bunga, serta berpakaian dengan warna kuning.
KUALA LUMPUR 2 Dis : Ketua Wanita KEADILAN menyifatkan keengganan Datuk Seri Shahrizat Jalil menjawab isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) kerana takut menghadapi perkara sebenar.
"Dia (Shahrizat) hanya berani berkokok digelanggangnya sendiri dan perwatakan yang ditunjukkan sangat kolot dan dangkal. Ia langsung tidak menunjukkan perwatakan wanita Islam dan Menteri," katanya pada keadilandaily.
Menurut Ahli Parlimen Ampang itu, Shahrizat sepatutnya menjawab pendedahan penyelewengan duit rakyat dan bukannya berdalih dari isu pokok malah mengeluarkan kenyataan angkuh.
"Dia begitu angkuh dan tidak mengapa, lagi dia bising lagi dia kena. Tunggu ada lagi pendedahan kerana kita (KEADILAN) tidak meremehkan isu yang berkaitan duit rakyat," tegasnya.
Tambah Zuraida bahawa KEADILAN juga tidak akan gentar sekiranya Ketua Wanita Umno itu mengambil keputusan untuk bertindak menyaman parti di mahkamah kerana mempunyai bukti yang kukuh.
"Kalau dia nak saman, dia samanlah. Saya pasti dia tidak akan menang. Kita ada bukti dan sampai sekarang dia tak boleh jawab, dia hanya boleh jawab sewaktu perhimpunan Umno sahaja,"sindirnya.
Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat itu hari ini tidak mahu mengulas mengenai kemelut membabitkan NFC sehari selepas beliau menyampaikan ucapan yang berapi-api mengecam KEADILAN berhubung isu itu.
30 November lalu, Shahrizat turut memberi amaran keras kepada pemimpin KEADILAN kerana memainkan isu projek lembu yang diterajui suaminya malah menafikan penglibatan beliau dalam projek tersebut.
KEADILAN sebelum ini membongkar penyelewengan dana sebanyak RM250 juta yang dilakukan NFC dan mendakwa hampir RM10 juta digunakan untuk membeli kondominium mewah di Bangsar.
Ia direkodkan sebagai bayaran pinjaman kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC), yang juga milik keluarga Shahrizat.
Semalam, Jingga 13 membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi mengenai empat penyelewengan terbaru NFC melibatkan wang RM5 juta.
Ini ekoran dari pendedahan yang dibuat oleh Pengarah strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengenai pembelian sebuah kereta mewah Mercedes Benz RM534,622 pada Disember 2009.
Dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) syarikat berkaitan NFC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada tahun 2009 serta RM455,423 dibelanjakan untuk percutian.
KAHERAH - Selepas menunggu selama 83 tahun, Parti Ikhwanul Muslimin akhirnya semakin hampir mendapat peluang yang ditunggu-tunggu untuk mentadbir Mesir selepas dilaporkan mendahului pilihan raya fasa pertama sejurus pengiraan undi tamat, semalam.
Parti berlandaskan Islam itu berharap mampu mengemudi perubahan politik Mesir selepas revolusi Arab, dan berikrar akan meningkatkan kembali ekonomi negara dengan 80 juta penduduk itu yang terjejas akibat pergolakan politik, awal tahun ini.
Ikhwanul Muslimin, gerakan Islam tertua di Mesir dijangka mendapat kedudu-kan kukuh di Parlimen dan berharap dapat membentuk kerajaan campuran sejurus pilihan raya tiga fasa itu berakhir, Januari depan.
Kejayaan parti itu mendahului pilihan raya menandakan perubahan besar kerana pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak dan pemimpin sekular sebelum ini menindas dan melarang Ikhwanul Muslimin menyertai dunia politik.
Diketuai golongan profesional seperti doktor, jurutera dan guru, Ikhwanul Muslimin membawa slogan 'Islam adalah penyelesaiannya' dan turut mengutamakan demokrasi, keadilan sosial serta kebebasan undang-undang.
Namun perjalanan politik parti itu dijangka berhadapan cabaran besar apabila majlis tentera Mesir dilihat mahu mempengaruhi pemilihan Kabinet dan cuba meletakkan pemimpin pilihan mereka.
Populariti Parti Ikhwanul Muslimin juga menghancurkan impian kuasa Barat yang sejak dahulu kerap menjadikan pemimpin Arab sebagai boneka demi memenuhi kepentingan mereka.
Selain Mesir, parti berlandaskan Islam juga memenangi pilihan raya terbaru di Tunisia dan Maghribi.
KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara adalah satu cubaan untuk membersihkan nama keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata bukti-bukti dikemukan KEADILAN mengenai penyelewengan dana rakyat sebanyak RM250 juta adalah jelas.
"Saya kesal dengan kenyataan (Datuk Seri) Khalid Abu Bakar kerana dengan bukti-bukti yang dikemukan telah jelas mereka salah guna duit rakyat. Dan kenyataan itu hanya dibuat sekadar nak membersihkan nama beliau (Shahrizat). .
"Sia-sia saja segala pendedahan yang dibuat kerana dalam negara buatlah apa saja, tapi tidak akan dianggap jenayah kalau semuanya dari pimpinan dan Menteri BN," kata Fariz yang juga Pengerusi NGO, Jingga 13.
The Sun melaporkan Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata bahawa siasatan awal polis terhadap projek lembu (NFC) menunjukkan tiada bukti berlakunya jenayah pecah amanah (CBT).
Pagi tadi pula Jingga 13 membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi mengenai empat penyelewengan terbaru NFC melibatkan wang RM5 juta.
Pengarah strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan dana NFC digunakan untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz RM534,622 pada Disember 2009.
Dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) – syarikat berkaitan NFC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada tahun 2009 serta RM455,423 dibelanjakan untuk percutian.
KEADILAN sebelum ini membongkarkan penyelewengan dana sebanyak RM250 juta yang dilakukan NFC, yang dimiliki keluarga Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno.
NFC juga didakwa membayar hampir RM10 juta bagi membeli kondominium mewah di Bangsar, yang direkodkan sebagai bayaran pinjaman kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC), yang juga milik keluarga Shahrizat.
Sebanyak RM9,758,140 dipindahkan dari akaun NFC di cawangan CIMB di Taman Tun Dr Ismail kepada pemaju, Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009 sebagai bayaran penuh hartanah itu.
JENGKA 16 - Seorang pemuda, Khairul Azman Ismail, 28, yang terlibat dalam nahas jalan raya berdekatan Felda Jengka 14 pada 21 November lalu bertuah kerana menerima kunjungan Pesuruhjaya Pas Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dia terbabit dalam kemalangan selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan lain.
Akibat kejadian itu, Khairul Azman patah kaki kanan selain retak di betis sebelah kiri dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHas) selama lapan hari, tetapi kini sudah dibenarkan pulang ke rumahnya di Jengka 16.
Bagaimanapun, anak peneroka Jengka 16 dan bapa kepada seorang anak ini bersyukur kerana terselamat dalam kemalangan itu walaupun mengalami kecederaan.
"Saya rasa bertuah kerana diziarahi Datuk Tuan Man. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli rombongan yang sudi melawat saya dan ahli keluarga," katanya kepada Sinar Harian.
Turut hadir dalam program ziarah itu, Ketua Pemuda Pas Pahang, Shahril Azman Abdul Halim dan beberapa Jawatankuasa Pemuda Pas Kawasan Kuala Krau.
Sementara itu, Tuan Ibrahim yang merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krau berkata, beliau bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa.
"Kita berharap saudara Khairul Azman segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala serta dapat bekerja semula bagi menyara keluarganya," katanya.
TEMERLOH – Seramai 13 penumpang sebuah bas ekspres milik syarikat Kuala Tahan Ekspress terselamat selepas kenderaan dinaiki dari Kuala Perlis ke Jerantut terbabas di Kilometer 109.3 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor berkata, kejadian jam 6.30 pagi itu berlaku apabila pemandu bas, Saifulhamizi Mohamad, 31, gagal mengawal kenderaan terbabit sebelum bergesel dengan besi pengadang jalan di kiri jalan.
Menurutnya, akibat pergeseran badan bas dengan besi pengadang jalan mengakibatkan bas menggelongsor ke tebing lebuh raya terbabit.
"Bas terbabit hanya terbabas dan tidak terbalik dan semua 13 penumpang yang ada tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya sewaktu dihubungi semalam.
Mohd Nor berkata, pemandu bas yang berasal dari Bandar Pusat Jengka, Maran, mempunyai lesen memandu yang sah, kejadian berlaku di laluan lurus, sehala dan dua lorong serta ketika keadaan cuaca baik dengan permukaan jalan kering.
Mohd Nor menasihati semua pengguna jalan raya di daerah ini supaya memandu dengan lebih berhati-hati ter-utama ketika keadaan cuaca yang tidak menentu di Pantai Timur sejak kebelakangan ini.
Dalam perkembangan lain, Mohd Nor menasihati ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak mereka terutamanya ketika musim cuti sekolah ketika ini.
PAS hari ini memfailkan semakan kehakiman ke atas terhadap perdana menteri dan kerajaan Malaysia kerana membentangkan rang undang-undang Perhimpunan Aman yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan.
NONEDalam saman yang difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (tengah) dan dua anggota parlimennya di Mahkamah Tingggi Kuala Lumpur pagi tadi, parti itu menuntut perintah deklarasi bahawa responden bertindak melebihi kuasa dan atau menyalahguna kuasa dengan membentangkan rang undang-undang itu.
PAS juga memohon perintah larangan supaya responden daripada terus melakukan tindakan itu.
Manakala perintah mandamus dipohon supaya responden menarik balik rang undang-undang atau memindanya turut dipohon sebagai alternatif.
Tiada perintah kos dipohon kerana ia melibatkan kepentingan awam, kata peguam Hanipa Maidin yang mewakili ketiga-tiga pemohon.
"Anak guam saya membuat permohonan ini kerana walaupun responden memiliki hak eksekutif, ia bertindak tidak selaras dengan ketinggian perlembagaan," katanya yang juga peguam PAS.
Dua lagi pemohon ialah Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Hatta Ramli (Kuala Krai).
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Hanipa berkata, fasal 4 rang undang-undang itu yang melarang protes jalanan, bertentangan dengan perkara 10 perlembagaan persekutuan.
NONEPerkara lain yang dibangkitkan berhubung larangan terhadap kanak-kanak bawah 15 tahun menyertai atau menganjurkan perhimpunan.
Permohohan itu dianggap percubaan pertama di Malaysia dan bakal menjadi kes rujukan di masa depan kerana belum pernah berlaku dalam sejarah kehakiman negara ini.
Bagaimanapun, jelas Hanipa, kes yang hampir sama pernah difailkan di England.
Mahkamah belum menentukan tarikh permohonan itu akan disebut.
Sementara itu, Mohamad berkata, jaminan daripada ucapan menteri tidak boleh dijadikan asas untuk menerima rang undang-undang itu.
"Jaminan menteri tidak tercatat dalam rang undang-undang ini," katanya.
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Mahasiswa mesti bersedia untuk bertindak sebagai third-force dalam meneraju arus gelombang perubahan dan memobilasi gelombang kebangkitan rakyat.
"Ini amat penting bagi memastikan kepimpinan negara kita sentiasa dinilai oleh mahasiswa yang juga merupakan kumpulan check and balance kepada negara," kata Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor.
Menurutnya, mengambil intipati sejarah agung Islam, penghijrahan Nabi s.a.w., mahasiswa seharusnya bersedia untuk meletakkan diri sebagai benteng mempertahankan keadilan sejagat.
Katanya, dalam penilaian ucapan dasar Presiden Umno yang mengetuai tampuk kepimpinan negara hari ini, menampakkan bahawa seolah-olah pilihan raya umum ke-13 sudah tidak lama lagi.
Beliau berkata, dengan kewujudan pelbagai akta baru dan 'undang-undang rimba' yang sangat tidak masuk akal, semakin terbukti bahawa Umno BN sudah bersiap untuk membubarkan parlimen.
Justeru, ujarnya Gamis menyeru seluruh mahasiswa khususnya dan anak muda umumnya untuk mempersiapkan diri dalam penyertaan menentukan kepimpinan negara yang lebih baik.
Katanya, dua perkara penting yang mesti ditekankan oleh mahasiswa iaitu nama sudah didaftar sebagai pengundi dan pastikan kewujudan nama tersebut kerana tarikh pilihan raya masih belum diketahui.
Selain itu, ujarnya mereka mestilah bersedia untuk pulang ke halaman masing-masing dan mengundi calon dan parti yang terbaik supaya perjuangan gelombang kebangkitan rakyat tidak disia-siakan.
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata alasan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bersedia menggunakan dakwat kekal pada pilihanraya umum akan datang tetapi perlu menunggu kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan adalah satu yang aneh.
Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, sedangan pada tahun 2008 penggunaan dakwat kekal telah diluluskan malah telah mempunyai kelulusan daripada Majlis Fatwa.
"Alasan SPR itu satu yang aneh serta menunjukkan sikap dolak dalik mereka untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya umum yang akan datang.
"Selain itu juga ia mempunyai motif tersendiri untuk cari alasan agar penggunaan dakwat kekal tidak dilaksanakan, kenapa kena tunggu kelulusan dari Majlis Fatwa sedangkan pada tahun 2008 sebanyak RM2.4 juta telah dibelanjakan untuk membeli dakwat kekal.
"Malah kelulusan Majlis Fatwa sudah diperolehi tetapi mereka mencipta alasan lain untuk menolak penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya tahun 2008," jelasnya.
Dalam pada itu Saifuddin memberitahu, SPR tidak perlu membangkitkan hal-hal sedemikian kerana perkara itu telah dibincangkan semasa pendengaran awam Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC).
"Perkara tersebut telah dibincangkan semasa pendengaran awam PSC yang turut dihadiri Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan ia tidak perlu timbul sekarang.
"Nampaknya SPR tidak bersedia untuk melaksanakannya serta menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil," ujarnya.
Tambahnya lagi, desakan yang dilakukan oleh Bersih 2.0 dan juga Pakatan Rakyat telah menunjukkan hasil yang baik di mana sewaktu perbahasan laporan awal cadangan PSC di Dewan Rakyat semalam menunjukkan cadangan pertama penambahbaikan pilihanraya adalah penggunaan dakwat kekal.
"Persetujuan telah diperolehi dan perbahasan semalam juga telah meluluskan apa yang dicadangkan oleh PSC jadi kena SPR ingin berdolak dalik.
"Pakatan Rakyat mendesak agar SPR melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya umum ketiga belas nanti (PRU13) dan apa yang dibincangkan semasa pendengaran awam PSC, SPR hanya memberitahu memerlukan dua bulan untuk proses tenpahan dan pembelian dakwat kekal.
"Pakatan Rakyat berpendapat alasan itu cukup aneh dan tidak boleh diterima pakai," sambungnya lagi.
Sebelum itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang tetapi akan menunggu kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan.
Malah Setiausaha SPR, Kamaruddin Ahmad Baria memaklumkan bahawa mereka sedia menggunakan dakwat kekal dan sedang menunggu kelulusan terakhir daripada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi memastikan bahan yang digunakan dalam dakwat itu mematuhi kehendak syariah.
KAMUNTING – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan taktik penipuan licik pengeluaran wang di bank oleh pihak tidak diketahui.
Penasihat Pengguna, Dr Billy Toh berkata, dia juga menjadi seorang mangsa penipuan berkenaan bagaimanapun, tindakan cepat yang dilakukannya berjaya menyelamatkan wangnya.
Menurutnya, satu emel diterima daripada bank pada 27 November lalu mengatakan 'pac' diperlukan untuk setiap transaksi ketika dia berada di Langkawi.
"Saya diminta untuk mengemas kini di tempat 'tekan sini untuk teruskan' dan berbuat demikian mengikut arahan tersebut pada 28 November lalu.
"Tujuh minit kemudian, saya menerima mesej pesanan ringkas (SMS) menyatakan RM3,000 dikeluarkan dari akaun untuk diberikan kepada individu tidak dikenali," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, dia terus menghubungi bank berkenaan bagi melaporkan penipuan tersebut tetapi panggilan tidak berjawab kerana talian sibuk.
Katanya, selepas itu, satu lagi SMS diterima dan kali ini sebanyak RM5,000 dikeluarkan untuk diberikan kepada orang yang sama.
Billy berkata, dia berjaya bercakap dengan seorang pegawai bank dan memaklumkan mengenai perkara itu seterusnya pegawai tersebut membantu menyekat akaunnya.
"Saya ke cawangan bank berkenaan di Kamunting pada hari yang berikutnya untuk mengetahui perkembangan.
"Saya bersyukur kerana menurut pengurus bank, wang dalam akaun saya masih selamat kerana tindakan cepat saya dan pihak bank," katanya.
Beliau berharap, orang ramai yang menerima emel atau SMS yang mencurigakan terus ke bank bagi tindakan lanjut.
KUALA TERENGGANU – Pembangkang menganggap Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Parlimen 22 November lalu sebagai mengongkong kebebasan pihaknya untuk bersuara.
Penolong Setiausaha Pas Terengganu, Zakaria Dagang berkata, melalui sekatan tertentu yang dijelaskan pihak kerajaan, beliau melihat ia semakin menyekat ruang bersuara di pihak pembangkang.
"Ini adalah usaha kerajaan untuk menyekat perhimpu-nan aman daripada berlaku. Saya tidak nampak ada kebebasan untuk kita melakukan perhimpunan aman kerana perhimpunan itu sendiri tidak menguntungkan pihak kerajaan," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berhubung kerajaan membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 untuk bacaan pertama di Parlimen yang mengandungi transformasi terhadap kerangka undang-undang sedia ada berhubung hak Perlembagaan bagi warganegara untuk berhimpun, me-nganjur dan menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata.
Walaupun ia memberi kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun, rang undang-undang yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz itu dilengkapi sekatan yang difikirkan perlu demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam.
Zakaria turut menganggap, rang undang-undang tersebut digubal kerana me-ngambil kira perhimpunan yang dibuat sebelum ini terutama Bersih 2.0.
Menurutnya, kerajaan cuba menyekat usaha pembangkang melakukan perhimpunan secara aman.
"Sebagaimana yang berlaku sebelum ini, kita sudah memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku perkara yang buruk dan kita juga tidak membawa senjata ke perhimpunan tersebut.
"Bagaimanapun, ada tindakan provokasi daripada pihak tertentu sehingga menimbulkan suasana tegang semasa perhimpunan berlaku," katanya.
SEGAMAT - Sebanyak sembilan motosikal disita pihak Majlis Daerah Segamat semalam atas kesalahan meletakan motosikal di tempat yang salah selain menghalang laluan pejalan kaki di beberapa kaki lima sekitar kawasan bandar ini.
Yang Dipertua Majlis Daerah Segamat Ismail Abu berkata, pihaknya sebelum ini sudah menjalankan tindakan sama di beberapa kawasan tumpuan orang ramai dan pejalan kaki.
Menurutnya, dianggarkan sebanyak sembilan hingga 15 buah motosikal disita MDS dalam jangka masa seminggu berkaitan kesalahan meletakkan kenderaan di tempat yang salah dengan hampir lima buah kereta disita dalam jangka masa sebulan.
"Pihak MDS melihat perkara ini perlu diberi perhatian oleh setiap penunggang motosikal selain pemilik kenderaan (kereta) untuk mengambil berat setiap notis yang telah diletakkan sebelum kenderaan mereka disita.
"Setiap kereta atau lori yang ditarik tidak dilakukan hanya dengan satu notis sahaja malah pihak MDS telah memutuskan untuk memberikan peluang kepada pemilik bagi mengalihkan kenderaan mereka dengan anjakkan beberapa hari dari tarikh notis dikeluarkan dan ada yang diberi peluang sehingga dua notis dikeluarkan untuk sebuah kenderaan," katanya.
Menurutnya, kenderaan yang ditarik oleh pihak MDS seperti kereta melakukan kesalahan seperti membiarkan kenderaan tersebut di lorong belakang, terbiar atas tanah kerajaan dan kebanyakannya disita kerana terbiar dalam jangka masa yang sangat lama.
Sementara itu, Pegawai Penguat kuasa MDS, Raja Abu Bakar Raja Yahya berkata, setiap kenderaan yang ditarik oleh pihak MDS perlu dituntut oleh pemiliknya dengan hadir terus ke stor MDS di Jalan Muar untuk membuat tuntutan kenderaan mereka.
"Bagi sebuah kenderaan seperti motosikal denda dikenakan sebanyak RM250 dan perlu dituntut dalam tempoh terdekat bagi mengelakkan denda lain dikenakan.
"Semua pihak perlu mengambil kira setiap undang-undang yang disediakan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku sekali gus memudahkan dan melancarkan laluan lalu lintas," katanya.
KOTA TINGGI - Seorang penjual kopi ditemui mati di dalam kereta jenis Proton Wira Aeroback dipercayai akibat diserang sakit jantung pagi semalam.
Kakak mangsa, Zaleha Ramlan, 49, berkata, dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, Lokman Ramlan, 43, yang tinggal di Taman Kota Jaya, di sini turut membawa anak perempuannya, Dinah Alisa berusia enam tahun untuk mengedar paket serbuk kopi campuran kepada pelanggan tetapnya di kawasan komersial taman perumahan itu.
Menurut ahli keluarganya, sebelum kejadian, mangsa bersama anaknya bersarapan di sebuah kedai di situ dan sempat membelikan anaknya aiskrim.
Namun, setibanya di Jalan Pedada di taman itu, mangsa dipercayai diserang sakit jantung lalu memperlahankan keretanya ke tepi jalan deretan kedai di situ sebelum kereta tersebut bergerak perlahan tanpa kawalan sejauh lima meter lalu terhenti apabila tersangkut pada bahagian tepi sebuah lori yang diparkir secara melintang di situ.
Orang ramai yang terkejut dengan kejadian itu segera menghubungi Hospital Kota Tinggi sebelum menghubungi waris mangsa melalui telefon bimbitnya.
Isteri mangsa, Yusniza Yusof, 37, yang bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di sini serta ibu mangsa, Dinah Abu Bakar, 68, turut kelihatan di tempat kejadian selepas menerima maklumat tentang kejadian yang menimpa Lokman.
Sementara itu, Zaleha ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi berkata, adiknya itu (Lokman) pernah bekerja di sebuah bank sebelum berhenti setahun lalu untuk berniaga.
"Sebelum ini, arwah tidak pernah mengadu sakit dan dia seorang yang gigih bekerja.
"Apa yang menyedihkan pada enam tahun lalu, bapa saya, Ramlan Samad, seorang pesara guru juga meninggal dunia secara mengejut ketika sedang berada di dusun buah-buahannya bersama ibu saya. Kini sudah dua kejadian mati mengejut berlaku dalam kalangan ahli keluarga kami, namun begitu kami terimanya sebagai takdir," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik yang mengesahkan kejadian berkata, hasil laporan bedah siasat mengesahkan sebab kematian Lokman adalah akibat serangan jantung.
"Jenazah mangsa telah dituntut ahli keluarganya untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Bukit Lintang, Lukut di sini untuk dikebumikan petang ini (semalam)," katanya.
KUALA BERANG – Kira-kira RM30,000 diperuntukkan untuk membina parkir motosikal berkunci bermula 2012 di dua bandar berasingan iaitu Bandar Kuala Berang dan juga Bandar Ajil.
Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT), Talaha Ali berkata, parkir yang bakal dilaksanakan tahun hadapan itu bertujuan mengurangkan masalah kecurian motosikal di kedua-dua bandar berkenaan yang terlalu berisiko.
"Ini adalah langkah atau usaha kerajaan yang dapat dilaksanakan bagi memberi keselesaan kepada rakyat terutama mereka yang tinggal di daerah Hulu Terengganu.
"Jika sebelum ini kita melihat banyak parkir motosikal yang tiada sistem keselamatan sistematik, tetapi bermula tahun hadapan, pengguna motosikal tidak lagi perlu risau keselamatan kenderaan mereka," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, kawasan yang menjadi tumpuan dan bakal disediakan parkir motosikal berkunci ialah di kawasan perniagaan, perumahan dan juga lokasi tumpuan orang ramai.
Menurutnya, ia adalah sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan kes kecurian motosikal kerana masalah itu juga dilihat begitu tinggi berlaku di daerah ini.
"Begitu juga dengan hasrat kerajaan yang mahu melihat penduduknya hidup dalam keadaan selamat dan selesa," katanya.
Siasatan awal polis yang merumuskan bahawa tiada unsur pecah amanah dalam isu projek lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) akan terus menjunamkan indeks rasuah Malaysia di mata dunia, dakwa PAS.
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Zulkefly Ahmad berkata, tindakan sebegitu bukan caranya untuk membaikpulih kedudukan berkenaan.
"Kalau begini caranya, kita akan terus merudum. Ketika kerajaan bercakap tentang demokrasi terbaik, masih ada yang dilindungi," katanya.
Bercakap pada sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata pengumuman timbalan ketua polis negara tentang hasil siasatan projek sensasi itu memberikan kejutan besar kepada mereka.
Hadir sama dalam sidang media itu timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.
Menurut laporan Tranparency International semalam, skor Malaysia jatuh lagi kepada 4.3 pada tahun ini.
Sementara itu, Mohamad ketika diajukan soalan yang sama, menyifatkan kenyataan yang dibuat Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar itu, sebagai "pelik".
"Ini kenyataan yang pelik. Saya hendak dengar SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) buat kenyataan yang sama," katanya ringkas.
Suruhanjaya itu sebelum ini dilaporkan mendapat aduan yang sama tetapi menyerahkannya kepada polis kerana mendapati kes itu bukan bawah bidangkuasanya.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana NFC dengan pembelian kondominium mewah di ibu negara.
Khalid dilaporkan berkata siasatan polis setakat ini mendapati tiada elemen pecah amanah.
Namun, katanya, pihak polis masih menyiasat secara keseluruhannya kes ini termasuk ke mana wang atau dana NFC dibelanjakan.
Menurutnya, 74 individu telah sudah panggil untuk diambil keterangan setakat ini.
KULAIJAYA – Seorang pekerja warga Bangladesh maut dalam keadaan menyayat hati setelah tubuhnya terputus dua akibat dirempuh sebuah bas persiaran di KM 49.9
Lebuhraya Utara-Selatan di Sedenak, di sini kira-kira jam 8 pagi, semalam.
Kejadian itu menyebabkan bahagian pusat hingga kaki mangsa tercampak ke bahu jalan, manakala bahagian kepala hingga perutnya tersangkut pada bahagian hadapan bas yang sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Johor Bahru-Singapura.
Kemalangan ngeri itu turut menyebabkan dua rakan mangsa yang bersamanya ketika kejadian mengalami kecederaan parah dan sedang mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.
Salah seorang penumpang, Valambal, 60 berkata, ketika kejadian, dia terdengar bunyi dentuman yang kuat sebelum terjatuh dari tempat duduknya dan terhumban ke arah hadapan bas bersama beberapa penumpang lain.
"Dia (pemandu) tidak dapat mengelak pekerja berkenaan lalu melanggarnya sebelum memberhentikan bas dan ketika itu ramai penumpang yang terjatuh ke hadapan bas.
"Ketika kejadian saya duduk di barisan ketiga di belakang pemandu, yang lain-lain (penumpang) selamat dan hanya alami luka ringan," katanya.
Sementara itu, pemandu bas yang dikenali sebagai Ahmad berkata, kejadian berlaku amat pantas menyebabkan dia tidak sempat mengelak dari melanggar mangsa, namun berjaya mengawal kenderaan daripada menyebabkan terbalik ke bahu jalan.
"Kejadian ini mengejutkan saya, namun saya berasa sedikit lega kerana selamat mengelak dari melanggar pembahagi jalan dan mengawal kenderaan supaya tidak terbalik," katanya.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, kemalangan berpunca daripada pemandu bas yang melanggar lori kenderaan pekerja yang sedang menjalankan kerja pembaikan pada bahu jalan terbabit.
Katanya, kesemua 20 penumpang dan pemandu terselamat.
SUNGAI SIPUT (U) – Seorang pekerja kilang berputih mata apabila wang sebanyak RM25,000 yang baru sahaja dikeluarkan dari sebuah bank di pekan Sungai Siput, di sini, Selasa lalu, lesap setelah menjadi mangsa ragutdi sebuah restoran berdekatan.
Pada kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, seorang lelaki keluar daripada sebuah bank dan tiba-tiba diserang seorang lagi lelaki yang tidak dikenali.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Azman Salim, berkata, mangsa berusia 50 tahun itu adalah bekerja di sebuah kilang dan menjadi wakil untuk mengeluarkan duit untuk tujuan tertentu.
Menurutnya, setelah keluar dari bank berkenaan, mangsa tidak terus beredar kerana menuju ke sebuah kedai untuk mengambil makanan yang dipesan.
"Setelah mengeluarkan wang dari bank, mangsa memasukkan duit di dalam sampul dan membawanya ketika menunggu untuk mengambil makanan yang dipesan.
"Kedai makan berkenaan berada berhampiran bank dan ketika menunggu seorang lelaki memakai topi keledar menendangnya dari arah belakang," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.
Beliau berkata, selepas itu, lelaki berkenaan terus meragut sampul berisi duit yang dibawa mangsa dan lari menyeberangi jalan.
Jelasnya, seorang rakan peragut menunggu di seberang jalan menggunakan motosikal dan mereka terus memecut lari.
"Kami tidak menolak kemungkinan gerak-geri mangsa sudah diperhatikan penjenayah sebelum kejadian itu.
"Kemungkinan besar penjenayah sudah memerhatikan mangsa sebelum ini dan sudah menjadikannya sebagai sasaran kerana bukan kali pertama mangsa keluarkan wang di bank berkenaan," katanya.
Azman berkata, sehingga kini, tiada kes ragut dilaporkan berlaku di kawasan itu dan pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut.
Katanya, saksi kejadian atau individu yang mempunyai maklumat suspek diminta tampil dengan menghubungi balai berhampiran.
IPOH: Jumlah mangsa banjir di daerah Kerian yang dipindahkan meningkat daripada 74 orang semalam kepada 97 orang hari ini berikutan kampung mereka masih dinaiki air.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata mangsa banjir terbaru yang dipindahkan malam tadi membabitkan 23 orang daripada enam keluarga.
Mangsa-mangsa terbaru itu membabitkan Kampung Perlis, Kampung Batu 38 Bukit Merah, Kampung Parit Ayer Hitam dan Kampung Padang Lalang, katanya ketika dihubungi hari ini.
Mat Fauzi berkata kesemua mangsa banjir itu dipindahkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Merah.
Semalam seramai 74 orang mangsa banjir dipindahkan dan ditempatkan di sekolah berkenaan membabitkan Kampung Batu 40 Bukit Merah, Kampung Perlis dan Ban Abu Hasan, katanya.
Katanya kampung-kampung terbabit masih dinaiki air berikutan limpahan kolam air Bukit Merah akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
Operasi pemindahan mangsa banjir dilakukan oleh Jabatan BOmba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahann Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - BERNAMA
IPOH – Syarikat pengurusan penerbangan tempatan, Unimaju Fly Travel &Tours Sdn Bhd (Unimaju Fly) akan menawarkan pakej pelancongan kesihatan eksklusif kepada rakyat Indonesia yang ingin mendapatkan rawatan kesihatan di negeri ini.
Pengarah Urusan Unimaju Fly, Habidi Zain berkata, ia melibatkan penerbangan khas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia di Medan, Indonesia ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTAS) di sini.
"Pusat-pusat perubatan di negeri ini menjadi pilihan kepada rakyat Indonesia terutama dari Medan bagi mendapatkan rawatan kesihatan mereka.
"Ini kerana pusat-pusat perubatan ini menawarkan perkhidmatan yang bermutu tinggi dengan kadar bayaran yang jauh lebih murah berbanding di negara lain," katanya selepas majlis pelancaran penerbangan sulung melibatkan penerbangan tiga hala iaitu Subang-Ipoh-Medan yang disempurnakan Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim di sini, semalam.
Menurutnya, pakej yang akan dilancarkan selewat-lewatnya Mac 2012 itu masih dalam peringkat perbincangan melibatkan sewaan pesawat khas dengan kadar berpatutan kepada pesakit dan keluarga.
Habidi berkata, pihaknya sedang berbincang bersama wakil-wakil pusat perubatan di bandar raya ini bagi mendapatkan terma dan peraturan untuk membawa pesakit dari republik itu.
"Secara purata, rakyat Indonesia membelanjakan jutaan ringgit untuk mendapatkan rawatan di sini setiap tahun.
"Dengan adanya penerbangan khas pada kadar berpatutan, secara tidak langsung meningkatkan kadar pelancongan selain membantu sektor perubatan di negeri ini," katanya.
Dalam perkembangan sama, Habidi berkata, penerbangan sulung menggunakan pesawat ATR72 itu menawarkan jadual penerbangan tiga kali seminggu iaitu Selasa, Khamis dan Ahad.
"Permintaan terhadap penerbangan terus Ipoh-Medan sangat menggalakkan dan Unimaju Fly berharap peluang ini direbut semua pihak sama ada untuk berkunjung ke
Medan atau rakyat republik itu melancong ke Perak.
"Caj yang dikenakan juga berpatutan malah, Unimaju Fly yakin semua golongan mampu menggunakan perkhidmatan yang disediakan ini kerana kadar yang dikenakan adalah termasuk surcaj bahan api," katanya.
Seorang penghuni Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil ditemui meninggal dunia di dalam lokapnya tengah hari, semalam.
Menurut sumber polis lelaki berumur 50 tahun itu ditemui mati oleh rakan selokapnya kira-kira pukul 1.20 tengah hari.
"Rakan lokapnya ingin ajak si mati makan tengah hari namun dilihat sudah meninggal dunia," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas, semalam.
Mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat, katanya.
Beliau berkata lelaki yang ditahan pada Isnin lalu dan direman keesokan harinya disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 pada persidangan Dewan Rakyat 24 November lalu memaksa PAS mengambil tindakan saman terhadap beliau dan Kerajaan Malaysia hari ini.
Saman tersebut difailkan bersama oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 10.00 pagi tadi.
Menurut Mohamad Sabu, tindakan saman itu difailkan menerusi syarikat guaman Hanipa Maidin & Co dengan turut ditemani peguam terbabit, Mohd Hanipa Maidin yang juga peguam PAS, dengan menamakan Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, Pahang sebagai responden pertama dan Kerajaan Malaysia responden kedua.
Katanya, tujuan saman itu difailkan adalah untuk melakukan semakan kehakiman terhadap rang undang-undang tersebut dan bagi mendapatkan 3 perintah dari mahkamah.
"Pertama adalah perintah deklarasi bahawa responden-responden telah bertindak melebihi kuasa mereka dan telah menyalahgunakan kuasa mereka apabila memperkenalkan dan membentangkan rang undang itu di Parlimen bagi menjadikannya sebagai undang-undang atau akta, meskipun bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) dan 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.
Perintah kedua, menurut beliau, bagi melarang responden-responden daripada terus bertindak melebihi kuasa mereka dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan melarang responden-responden meneruskan segala proses bagi menjadikan rang undang-undang itu sebagai akta yang boleh dikuatkuasakan.
"Ketiga, secara alternatif, perintah mandamus bagi memaksa responden-responden mengambil langkah-langkah yang perlu dan wajar untuk sama ada menarik balik semula rang undang-undang itu atau membuat pindaan-pindaan yang perlu agar selaras dengan peruntikan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Sementara itu, Mohd Hanipa Maidin berkata, meskipun rang undang-undang tersebut telah dipinda pada persidangan Dewan Rakyat, hakikatnya, Perdana Menteri dan Kerajaan malaysia tetap telah bertindak melampaui kuasanya kerana memperkenalkan rang undang-undang itu yang bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) yang dibaca bersama-sama Perkara 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan.
"Ini menjadikan rang undang-undang tersebut, sekiranya berjaya dijadikan Akta yang berkuatkuasa, adalah terbatal dan tidak saj di bawah Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan," jelasnya.
Responden-responden, katanya, hanya mempunyai kuasa untuk membentang rang undang-undang yang selaras dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan, tetapi responden-responden telah bertindak melebihi kuasanya kerana membentangkan rang undang-undang tersebut yang bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) yang dibaca bersama-sama Perkara 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan.
BERLIN - Sebuah mahkamah di Jerman menghalang seorang pelajar beragama Islam daripada menunaikan solat di dalam kawasan sekolah, walaupun selepas waktu pembelajaran kerana menganggap perbuatan itu sebagai gangguan kepada sekolah.
Mahkamah persekutuan mendakwa perbuatan itu akan mencetuskan masalah di sekolah, walaupun mengakui hak untuk menunaikan solat di sekolah adalah kebebasan beragama yang dijamin perlembagaan negara.
Menurut mahkamah, sekolah tinggi di Berlin mengambil tindakan betul apabila menghalang Yunus Mitschele, 18, menunaikan solat secara terbuka di dalam kawasan sekolah kerana mendakwa ia akan mencetuskan konflik antara pelajar berlainan agama.
Selain menyokong lara-ngan pihak sekolah supaya pelajar tidak menunaikan solat, mahkamah turut memutuskan sekolah tersebut tidak perlu menyediakan bilik khas untuk pelajar Islam bersolat kerana ia di luar tanggungjawab pihak sekolah.
Perbicaraan kes selama lebih dua tahun itu bermula apabila Yunus dan beberapa rakannya menunaikan solat secara berjemaah di koridor sekolah semasa waktu rehat pada 2007.
Pengetua sekolah kemudian memberi amaran kepada remaja itu dan ibu bapanya bahawa menunaikan solat di sekolah tidak dibenarkan kerana didakwa akan menimbulkan masalah, menyebabkan Yunus membawa kes tersebut ke mahkamah.
Kes itu menerima perhatian meluas di Jerman, negara dengan hampir empat juta penduduk beragama Islam, apabila keputusan dua mahkamah daerah sebelum ini menyebelahi Yunus sebelum ia ditarik balik mahkamah persekutuan.
KUALA LUMPUR,: Tiga ahli Parlimen PAS yang menyertai konvoi delegasi Global March to Jerusalem (GMJ) minggu lalu mendesak kerajaan Malaysia meningkatkan kesedaran rakyat berhubung kezaliman Israel terhadap Palestin.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, kerajaan Malaysia juga harus mengiktiraf Kerajaan Hamas di Palestin dan tidak mengikut telunjuk Amerika Syarikat (AS) yang memusuhi Hamas.
"Kami sebagai Ahli Parlimen Malaysia mendesak kerajaan mengambil berat masalah kezaliman ke atas Palestin dan penderitaan yang dihadapi rakyatnya.
"Malaysia masih lagi tak iktiraf Hamas dan masih lagi iktiraf Fatah kerana ikut telunjuk Amerika Syarikat yang kata Hamas pengganas.
"Kerajaan lain sudah sanggup iktiraf Hamas kenapa Malaysia yang selalu bercakap ingin membela Palestin masih enggan iktiraf Hamas?" kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tambah beliau, kerana tidak mengiktiraf Hamas itulah segala bantuan ke atas Palestin disekat oleh AS.
Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat juga menyampaikan harapan Kerajaan Hamas agar tekanan terhadap AS ditingkatkan agar nasib malang rakyat Paletin dapat diubah.
Beliau juga mengingatkan kerajaan Umno BN agar mengambil iktibar daripada penderitaan rakyat Palestin dan menghentikan segala pemborosan dalam perbelanjaan negara.
"Paling sedih betapa mereka hidup dalam kesempitan tapi di Malaysia, kerajaan begitu boros dari segi perbelanjaan, rasuah dan ketirisan sering berlaku.
"Sebagai contoh, untuk rawatan kumbahan mereka hanya perlu 1.5 bilion sahaja tapi kita guna 28 bilion sebagai ketirisan. Jadi jangan cakap soal nak tolong Palestin kalau tak ada keinsafan untuk ubah cara pemerintahan," katanya.
Dua lagi Ahli Parlimen yang turut serta dalam delegasi bersama 70 Ahli Parlimen dari 40 negara di Eropah, Amerika Latin dan beberapa negara Timur Tengah 16 November lalu itu ialah Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang) dan Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja).
Sewaktu di sana, mereka dibawa bertemu Kerajaan Hamas untuk mendapat maklumat mengenai sekatan yang dilakukan oleh Israel ke atas mereka sejak memenangi pilihan raya pada 2006.
Delegasi bertemu dengan Kementerian Kesihatan, Pertanian, Pendidikan dan Tahanan dan mendengar laporan mereka mengenai apa yang berlaku di Gaza termasuk peristiwa pengeboman 22 hari berturut-turut oleh AS.
Pengeboman itu bukan sahaja menyebabkan kematian tapi trurut memberikan kesan jangka panjang termasuk kecacatan dan pencemaran air di negara yang dihuni 1.5 juta penduduk itu.
KUALA LUMPUR, 2 Dis: PAS mencadangkan kepada kerajaan agar mewujudkan satu undang-undang baru bagi menangani permasalahan wakil rakyat lompat parti.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, ianya sangat perlu bagi menghalang ataupun menghukum wakil rakyat yang bertindak mengkhianati undi rakyat di kawasannya.
"Kita tidak mahu wakil rakyat mencabul hak rakyat sebagai pemilih.
"Jika seseorang wakil rakyat lompat, maka dia perlu dikenakan tindakan gugur jawatan sebagai wakil rakyat, sama ada ahli parlimen atau Adun," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata demikian sebagai mengulangi pendiriannya di Dewan Rakyat semalam, yang mahu Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya turut mengesyorkan perkara tersebut kepada kerajaan.
Mengulas lanjut Mahfuz berkata, kerajaan telahpun mewujudkan undang-undang di mana jika seseorang wakil rakyat itu meletak jawatan, maka akan hilang kelayakan untuk bertanding kerana telah mengkhianati undi rakyat.
Maka katanya, atas semangat sama, undang-undang serupa perlu diwujudkan ke atas wakil rakyat lompat malah ianya harus lebih tegas dan drastik.
"Ini bukan soal PAS ke BN. Ini soal mengkhianati amanah rakyat.
"Tak kira dari Pakatan Rakyat ke dari BN ke, kalau lompat mesti digugurkan jawatan sebagai wakil rakyat," tegasnya.
Ahli kumpulan Vibra sedang beraksi.. korang memang best.. lain kali kita buat lagi.. orait bro.
petugas YOB TV sedang menyenggara peralatan on-line pada malam tersebut Penampilan yang tidak disangka-sangka apabila TYDP menyampaikan nyayian syahdu irama tahjud di majlis tersebut...
Tn Hj Asmuni menyampaikan ucapan alu-aluan, kerana Sajak yang dijangka siap petang tadi tidak kesampaian.. tidak mengapa tn Hj lain kali kita buat lagi..
GreenBoy : Tahniah.. semua yang terlibat
You are subscribed to email updates from PAS TAMBUN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR, 2 Dis — Apabila Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menutup persidangan agung tahunan Wanita Umno kelmarin, kelihatan beliau berjaya mengetepikan kesalahan berkenaan kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) daripada diletakkan pada bahunya.
Bagaimanapun tepukan berdiri menyambut pendirian beliau ketika itu nampaknya tidak berkekalan. Kini wujud sentimen senyap yang sebaliknya, berkenaan dengan isu berkenaan yang dikaitkan dengan keluarga anggota Kabinet ini.
Bercakap kepadaThe Malaysian Insider selepas persidangan mereka, beberapa pemimpin Wanita Umno mengakui bahawa Shahrizat sudah menjadi "liabiliti" kepada parti tersebut dan beliau perlu keluar sebelum skandal NFC "menghancurkan kami semua."
Bagaimanapun menurut mereka, kebanyakan perwakilan akan merasa "amat takut" untuk bercakap mengenai ketua mereka bimbang boleh hilang jawatan dalam parti.
"Beliau (Shahrizat) menggunakan Wanita Umno untuk melindungi beliau tetapi isu (NFC) bukan isu Wanita (Umno) tetapi adalah bersifat peribadi melibatkan beliau dan keluarganya.
"Sebagai ahli Wanita Umno, saya sangat kecewa. Ramai daripada kami kecewa. Mengapa mengheret kami ke dalam isu ini?" kata seorang perwakilan Wanita Umno dari Perak.
Perwakilan itu menambah beliau sebenarnya terus duduk apabila lautan perwakilan bangun memberi tempukan kepada Shahrizat ketika berucap menutup persidangan.
Katanya, Shahrizat sepatutnya menjelaskan isu berkenaan kepada perwakilan berbanding memikat sokongan dengan hanya mendakwa skandal itu adalah taktik pembangkang mahu melemahkan Wanita Umno.
"Jangan lupa, orang yang pertama mendedahkan isu mengenai kelemahan NFC ialah Ketua Audit Negara, bukannya pembangkang. Jangan menyerang pembangkang untuk menutup kelemahan kita sendiri," kata beliau lagi. - themalaysianinsider
BICARA HIJRAH Bersama Ann Wan Seng, penulis buku Rahsia Bisnes Orang Cina dan Islam Bukan Pada Nama Tarikh : 10 Dis 2011, SABTU Masa : 2.30 ptg Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Johol, N.Sembilan (sebelah Pejabat Pos pekan Johol)
Inilah ucapan Ketua Wanita Umno Apco. Cakap ikut sedap Mulut dan yang lain ikut je macam Lembu, Semuanya bodoh sam amacam Sharizat, Dia nak tutup kesalahan dia, dia nak tuding kat org lain. Sampai nak linsing lengan dan nak selak kain, mana dia katakan Islamnya, Ini la Parti Munafik, Sapa sokong Umno sama la sokong org yang bodoh macam lembu nie. Nak sembang Islam tudung pun tak pakai, Boleh Blah la Saharizat...Hancor UMNO....
You are subscribed to email updates from PAS KDAS 3 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR, 1 DIS : Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman yang diluluskan Parlimen baru-baru ini bukan sahaja mendapat bantahan dari rakyat negara ini malah menerima bantahan pelbagai pihak termasuk pemerhati luar negara.
Pengerusi Kumpulan Perhubungan Parlimen bagi negara-negara Asean Dr.Thomas Gambke berkata RUU tersebut merupakan usaha menghalang sebarang perhimpunan dibuat.
"Tindakan ini hanya akan menghalang protes jalanan di Malaysia dan juga sesetengah kebebasan dalam mengadakan demonstrasi selain melumpuhkan pembangkang yang seharusnya diberi kebebasan untuk mengadakan kempen sesuai dengan amalan demokrasi." kata beliau dalam suatu kenyataan media yang diterima TVSelangor.
Beliau yang merupakan salah seorang penal di Deutscher Bundestag dan juga Pengerusi Kumpulan Perhubungan Parlimen bagi negara-negara ASEAN yang berpengkalan di Berlin German.
Katanya, bagi mengadakan pilihanraya yang bebas dan adil,pihak kerajaan perlu memastikan hak untuk mengadakan perhimpunan aman tidak dibatalkan.
Menurutnya undang-undang baru ini tidak akan menstabilkan Malaysia malah akan menjurus kepada konfontasi yang menggunakan kekerasan.
"Ini akan menghantar isyarat yang salah kepada pelabur-pelabur asing yang sebelum ini mengambil kira kestabilan Malaysia sebagai faktor mereka melabur disini." jelas beliau.
Kerja tak sampai 50% tapi kos meningkat hampir 100%? Kerja pembinaan ke atas projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang bermula pada Oktober 2009, kini siap 42 peratus namun kosnya dilaporkan meningkat hampir satu ganda dari kos asal.
Projek itu dianggar menelan kos antara RM3.6 bilion dan RM3.9 bilion berbanding kos asal RM2 bilion. Ia didakwa berikutan terdapat pengubahsuaian yang melibatkan pembinaan jambatan udara untuk kegunaan semua khususnya golongan kurang upaya serta kanak-kanak.
Terminal tambang murah itu bakal mengendalikan 45 juta penumpang apabila dijangka memulakan operasinya pada April 2013.
Menurut Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid, KLIA2 bakal dilengkapi sistem pengurusan bagasi secara automatik, 68 pintu penerbangan, terminal berkeluasan 257,000 meter persegi dan perkhidmatan pengangkutan rel udara.
"Terminal KLIA2 yang disifatkan sebagai terminal terbesar dunia untuk penerbangan tambang rendah bakal menjadi ikon dalam industri penerbangan apabila ia membuka pintunya kepada dunia.
"Penumpang dikenakan caj tambahan 25 sen bagi penggunaan jambatan udara yang dimasukkan ke dalam harga tiket kerana ia memberi kemudahan kepada pengguna dari terminal ke pesawat dinaiki mereka walaupun ia membabitkan kos operasi RM200 juta setahun dan selebihnya ditanggung MAHB," katanya pada majlis taklimat media mengenai projek pembinaan KLIA2 di Sepang.
Beliau berkata, syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk menggunakannya atau tidak kerana MAHB tetap membinanya bagi kemudahan orang ramai.
Memandangkan Ketua Wanita Umno langsung tidak menunjukkan tanda-tanda beliau insaf setelah KEADILAN membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC, saya terpanggil untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat peribadi yang dibuat keluarga beliau:
Pada 9 Disember 2009, keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622. Dana sebanyak RM3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya. Kebarangkalian tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya adalah tipis. Semakan bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC menunjukkan bayaran yang besar dan berulang kali dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS). Siasatan KEADILAN menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali (sila lawati laman http://impianglobalnetworkservices.blogspot.com/ , petikan skrin laman tersebut disertakan di Lampiran 1). Antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS (butiran seperti di bawah). Ini menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu menjadikan perbelanjaan pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan? Apakah ia telah disalahgunakan untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka? TARIKH NO CEK JUMLAH (RM)
8 Jan 2010 001376 1,524
13 Jan 2010 001406 1,709
26 Jan 2010 001465 28,476
24 Feb 2010 001540 12,743
24 Feb 2010 001543 3,076
9 Mac 2010 001587 22,400
9 Mac 2010 001590 26,572
9 Mac 2010 001592 5,776
31 Mac 2010 001671 45,428
22 April 2010 001735 27,853
13 Mei 2010 001789 45,235
25 Mei 2010 001825 3,196
18 Jun 2010 001848 120,521
16 Julai 2010 001922 89,800
16 Julai 2010 001923 21,114
JUMLAH 455,423
Pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588,585 ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd milik keluarga menteri. Tindakan ini bertentangan dengan fungsi NFC tatkala Ketua Pemuda Umno mendakwa bahawa NFC tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Singapura kerana daging mentah Malaysia tidak boleh dieksport ke Singapura. Jika itu keadaannya, kenapa sejumlah besar wang dipindahkan ke Singapura?
Dato' Seri Shahrizat Jalil hanya ada dua pilihan – sama ada menjelaskan satu persatu perbelanjaan-perbelanjaan ini di Perhimpunan Agong Umno dalam masa terdekat, atau terus mengheret Umno dan Barisan Nasional ke dalam kancah skandal peribadi beliau. KEADILAN akan mengaturkan beberapa siri laporan polis serentak di seluruh negara untuk mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penyelewengan dalam pendedahan terbaru ini.
MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 30 NOVEMBER 2011
INILAH SEBAHAGIAN BLOGGER PRO UMNO YANG AMAT SEDAR APA YANG BERLAKU DALAM UMNO, BELIAU INI JENIS BERTERUS TERANG CUMA BELUM LAGI MAHU BERUBAH MENGUNDI PAKATAN RAKYAT DI MANA DALAM HAL INI BELIAU BOLEH DIIBARATKAN BUDAK YANG BERCAKAP TENTANG SEORANG RAJA YANG SUKA MEMAKAI PAKAIAN BARU DAN CANGGIH. BILA RAJA KENA TIPU DENGAN SEORANG PENYAMAR PEREKA PAKAIAN YANG MENGATAKAN BELIAU BOLEH MENCIPTA PAKAIAN YANG PALING CANTIK DAN MENNAKJUBKAN MAKA RAJA PUN BERSETUJU. AKHIRNYA RAJA SEBENARNYA TIDAK MEMAKAI APA-APA, TETAPI OLEH KAKI ANGGUK DAN MUNGKIN TAKUT TAK BERTEMPAT MAKA RAKYAT DAN PEMBESAR DAN PEMIMPIN HANYA MEMUJI DAN MENGATAKAN PAKAIAN RAJA AMAT CANTIK SEHINGGALAH BUDAK ITU TIBA-TIBA BERKATA "kenapa raja tak berpakaian?" jeng,jeng,jeng,jeng
PAU 2011: Perwakilan UMNO dah lama hilang tolo! 1. Perwakilan UMNO seluruh negara sudah mula berkumpul sejak semalam sempena Perhimpunan Agong UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang akan bermula hari ini.
2. Setiap tahun, para perwakilan akan ditempatkan di beberapa buah hotel sekitar Kuala Lumpur, dan tak lupa juga dibekalkan pelbagai goodies serta elaun...maaacam biasalah. Ada juga spesis perwakilan yang datang perhimpunan bukan nak bersidang sangat pun, tapi lebih kepada berkehendakan elaun...kerana itu lebih penting gamaknya.
3. Dan setiap tahun juga akan kedengaranlah perwakilan berucap 'menjunjung kasih', membahas ucapan dasar Presiden, Timbalan Presiden, mahupun ucapan Ketua-Ketua sayap parti. Huarghhhh...mengantuk gila dengar. Bombastik dan retorik sungguh.
4. Segala jenis bodekan, pujian, bodek lagi, up sikit, lambung tinggi sikit...ni nak dekat PRU ni...ada harapan jadi calon ni...hah...last sekali...semua ucapan dasar kepimpinan UMNO tersangaaaaatlah baik, tiada yang tidak baik melainkan baik-baik belaka. Podah chit..
5. Apa yang gagal disedari perwakilan; hakikatnya rakyat dan ahli UMNO akar umbi yang sedang dok perati kat bawah ni dah sampai tahap gaban muntah terbelahak mendengar segala tok nenek ucapan pujian melangit para perwakilan pada kepimpinan UMNO.
6. Sampai bila tak nak berubah brader?
7. Zaman Tun Dr Ismail, Saadon Jubir, Tun Ghaffar etc. dulu bukan main takut pemimpin ini setiap kali berlangsungnya Perhimpunan Agong UMNO. Kerana perwakilan di zaman itu menjadikan perhimpunan UMNO sebagai medan untuk selambanya mengkritik, mencadang, menghentam kepimpinan UMNO yang buat silap. Tun Dr Ismail sampai berpeluh takut di setiap Perhimpunan Agong UMNO dek sikap tegas dan lantangnya perwakilan yang menghadiri perhimpunan. Spesis perwakilan hari ini? Pakat-pakat amik elaun sajalah...
8. Zaman sudah berubah. Rakyat terutamanya generasi muda lebih bersikap terbuka dan ingin melihat ketelusan drastik dalam corak pentadbiran kepimpinan UMNO. Perwakilan UMNO seharusnya LEBIH BERANI MENEGUR SEGALA KEPINCANGAN DAN KESILAPAN YANG DILAKUKAN PEMIMPIN mereka. Barulah terbuka sikit mata rakyat. Barulah boleh kata yang generasi muda dah menyokong BN; dan bukan sekadar beretorik syok dengan kata-kata sendiri.
9. Tak payahlah dengar cakap-cakap bahalol yang menasihat kononnya perwakilan perlu berhati-hati agar tidak mengguris hati bukan Melayu semasa berucap. Apa...ingat bukan Melayu peduli sangat ka pasal Melayu? Mereka lagi teruk hentam Melayu, bukan setakat dalam perhimpunan parti mereka saja, bahkan segala instrumen media mereka gunakan untuk hasut kaum mereka membenci Melayu. Presiden parti komponen BN pun tersangatlah terbukanya mengkritik Melayu. Lagi kita nak bagi muka ka? Bangang sungguh la si pemberi nasihat yang suruh jaga hati bukan Melayu tu. Hati bangsa sendiri tak nak jaga, sibuk nak jaga hati kaum lain.
10. Kepimpinan UMNO juga harus belajar mengakui kesilapan sendiri. Tidak jatuh darjat seseorang itu jika mengakui kesilapan. Malah orang akan semakin hormat dengan sikap merendah kita itu. Merendah bukan menyembah, meninggi bukan melonjak.
11. Sebut pasal mengakui kesilapan ni, teringat pulak pada Kak Ijat. Pasti Kak Ijat masih ingat bagaimana bekas bosnya pernah dihentam perwakilan dalam isu AP sebelum ini. Adakah Kak Ijat akan mengalami nasib yang sama dalam isu NFC? Kak Ijat cakap, "Isu ini tak ada kena-mengena dengan saya." Really? Hahaha...rakyat pakat-pakat gelak dalam hati sajalah. Salah jawab...padah akibatnya!
12. Kepada perwakilan UMNO, selamat bersidang di PAU 2011. Harapan kami, sekurang-kurangnya sekali dalam hidup anda, jadilah jantan yang bona-bona betolo!
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang juga merupakan polis UMporNO berkata pihak polis telah pun menyoal siasat 74 orang berhubung aduan berkenaan projek ternakan lembu kontroversial Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil termasuk anggota keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Namun begitu beliau enggan mendedahkan nama-nama saksi yang telah dipangggil untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut.
"Bagaimanapun kami meneruskan siasatan berkenaan isu ini dan akan memanggil menteri (Sharizat) untuk merakamkan kenyataan beliau jika diperlukan," kata beliau kepada pemberita di Sungai Buloh.
... siapa 74 orang tue?... kenapa ahli PKR yang mendakwa pasal NFC ini tak dipanggil soal siasat???
HARARE: Tiga wanita Zimbabwe yang didakwa menyerang lelaki untuk mengumpul air mani bagi menjalankan upacara tertentu, telah ditahan dan didakwa di mahkamah di Harare. Sophie Nhokwara, 26, dan adiknya Netsai, 24, serta Rosemary Chakwizira, 28, telah ditangkap awal Oktober lalu dan didakwa melakukan rangkaian serangan seksual terhadap lelaki.
Thulani Ngwenya, 24, teman lelaki salah seorang tertuduh, juga didakwa.
Mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin AS$300 setiap seorang dan menyerahkan pasport, dengan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 26 Januari.
Mereka dituduh menyembur seorang pemuda berusia 19 tahun dengan ubat pelali selepas menumpangkan mangsa di dalam kenderaan mereka Mac lepas.
Pada 22 Ogos, mereka menumpangkan seorang anggota tentera dan memaksa mangsa melakukan seks tanpa kondom dengan mereka selepas mengugut untuk menembaknya, jelas mahkamah.
Dalam kes lain, mereka bertiga dikatakan telah berhenti bersebelahan seorang konstabel polis, mengheretnya masuk ke dalam kereta selepas pura-pura bertanyakan arah dan memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengan mereka.
Mereka dikatakan telah menggunakan kereta yang berlainan untuk mengambil 14 lelaki lain dan memaksa mereka melakukan hubungan seks dengan mereka.
Mereka ditangkap ketika terlibat dalam satu kemalangan dan polis menemui 31 kondom yang telah digunakan di dalam but kereta tersebut. — AFP
kekadang kesian jugak tengok puak-puak UMporNO yang jahil agama... patut le hati puak-puak nie kelam dan keras... tak pernah minum air yang padanya dibacakan ayat-ayat Allah... silap-silap masa baru-baru lahir dulu pun tak buat taknik (belah mulut).. tue yang sampai ke tua tak pandai baca Quran..
Untuk tambahan kepada puak-puak UMporNO,Islam telah mengganti berupa ayat-ayat alQur'an, asma Allah serta hadis-hadis yang mana sebelum kedatangan Islam lagi telah diamalkan oleh masyarakat setempat.
Dari Abi Sa'id al Khudri RA, meriwayatkan bahawa ketika Jibrael AS datang kepada Nabi saw beliau dalam keadaan kurang sihat, lalu dijampi oleh Jibrael dan ini ada diriwayatkan dalam kitab sahih Muslim akan matan jampi itu.
KUALA LUMPUR, 1 Dis — Umno, parti teras Barisan Nasional (BN) selain kelihatan dijangkiti "satu kegelisahan" masih gagal membawa harapan baru yang jelas bagi rakyat menjelang pilihan raya umum, kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Asri yang berada di ibu negara sebagai tetamu Perhimpunan Agung Umno 2011 berkata, Umno perlu menyediakan satu harapan yang jelas ataupun satu harapan lebih baik berbanding sekarang jika mahu memikat pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.
"Berdasarkan pemerhatian saya di sini sejak beberapa hari ini , saya nampak Umno belum dapat memberi satu harapan atau memberi harapan yang lebih baik berbanding sekarang.
"Bermakna, Umno kerana memberi harapan baru yang jelas, satu harapan yang orang kata sebagai 'kunci pengikat' mengikut zaman, tempat dan generasi semasa. Harapan generasi sekarang berbeza dengan generasi masa lalu, mereka tidak boleh ditarik dengan diberikan wang tunai, ganjaran tetapi lebih daripada itu," katanya.
Umno masih belum gagal memahami masih kebanyakan rakyat memerlukan perikatan tersebut, tetapi tidak pandai memikat mereka.
"Ramai pengundi atau rakyat menyokong pembangkang bukan kerana mereka suka pada pembangkang, tetapi membenci Umno. Mengapa mereka membenci Umno? Ini fenomena yang Umno kena faham daripada mengecam habis-habisan pembangkang.
"Kalau dia (perwakilan Umno) pergi menghentam pembangkang, belum tentu boleh dapatkan balik undi dan sokongan mereka," katanya yang dilihat pada ucapan pemimpin dan perwakilan semalam.
Aspek ketiga, menurut Asri ialah, kelemahan pemimpin-pemimpin menggunakan ruang perhimpunan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.
"Perwakilan kena faham bahawa ucapan mereka bukan setakat didengar oleh ahli-ahli Umno, tetapi juga keseluruhan rakyat.
"Walaupun tidak semua rakyat mendengar ucapan mereka secara langsung, tetapi mesej mereka diikuti oleh rakyat di seluruh negara, tetapi mereka masih bercakap di kalangan ahli dan perwakilan Umno sahaja. Ini kelemahan mereka yang ketiga," kata Asri menambah, pemimpin-pemimpin Umno gagal menggunakan peluang, misalnya dengan adanya siaran langsung majlis perasmian dan penggulungan menerusi televisyen pro-Umno, yang tidak dinikmati oleh mana-mana parti lain.
Walaupun keletihan dengan perjalanan yang jauh, dari Kota Bharu terus ke Kota Tinggi tidak melemahkan semangat Sdr Bob Lokman untuk memberikan ceramahnya pada malam tersebut.
Satu penghijrahan yang begitu bermakna dalam hidup beliau. Menghabiskan sisa-sisa kehidupan yang Allah beri untuk kerja-kerja Islam. Teringat akan kata-kata beliau iaitu ketika dulu, beliau mengajak anak-anak muda, orang ramai ke arah kemaksiatan tiada satu pun tindakan yang di kenakan kepadanya. Tetapi apabila beliau ingin menebus kesilapannya yang terdahulu dengan ingin mengajak orang ramai kembali ke landasan Islam, maka beliau di ugut untuk di tangkap dan berbagai-bagai lagi sekatan yang di hadapinya.
Sebahagian daripada hadirin tidak ketinggalan merakamkan kenangan bersama Sdr Bob Lokman seusai sahaja ceramahnya.
Kepentingan dan hak seramai 220,210 orang peneroka, anggota keluarga peneroka, generasi kedua dan kakitangan FELDA adalah terletak di dalam pegangan ekuiti sebanyak 51% di dalam Felda Holding Berhad (FHB) yang dipegang melalui Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF). Manakala baki pegangan sebanyak 49% di dalam FHB adalah dipegang oleh FELDA Global Venture Holdings (FGVH), yang dimiliki 100% oleh FELDA.
Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Razak sewaktu membentang belanjawan negara bergegar-gegar memaklumkan bahawa peneroka bakal mendapat durian runtuh bilamana Felda akan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pertengahan bulan 2012 nanti.
Di bawah pentadbiran Najib, cadangan untuk menyenaraikan FGVH akan memperlihatan peneroka di bawah KPF terpaksa melepaskan 51% kepentingan mereka di FHB - yang mencatatkan keuntungan RM760 juta tahun lepas untuk duduk di bawah FGVH dan memegang 61 peratus dalam FGVH, yang anak-anak syarikat antarabangsanya telah dilaporkan kerugian RM500 juta sehingga 2010.
Bagaikan kedengaran guruh di langit dengan pengumuman Najib, maka Isa Samad yang menjadi 'key person' yang diharap menjayakan hasrat yang pernah dibantah rakyat era Tun Dr Mahathir ini terus mengisytiharkan beberapa langkah ke arah 'meruntuhkan durian' tersebut.
Antaranya memasukan dirinya menjadi pengerusi KPF, mengambilalih kesemua ladang Felda Plantation untuk dipajak selama 99 tahun, menggerakkan aset Felda di semua lot kosong dalam Felda dan pelbagai caturan lain untuk memastikan hasrat menjadikan saham Felda antara yang tertinggi apabila dilancarkan.
Namun, hasrat tersebut disedari oleh beberapa pimpinan peneroka yang terlihat ada agenda tersembunyi pihak berkepentingan dalam usaha ini. Mereka bangkit membantah bukan kerana menolak durian runtuh, tetapi demi masa depan generasi Felda, tanah milik Felda dan pendapatan peneroka yang menjadi ahli KPF.
Apa tidaknya, FGVH sebuah syarikat yang terus membuat kerugian beratus juta ringgit dan bergantung hidup pada Felda Holding Berhad (FHB) bakal 'menelan' telur emas peneroka, FHB di dalam struktur baru dari penstrukturan semula dan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.
Pada minda mereka terfikir bagaimana syarikat yang rugi dan lemah boleh 'menelan' sebuah syarikat yang maju dan terbukti 'profitability'nya?
Belum reda desakan agar Isa Samad digugurkan daripada jawatan Pengerusi Felda, kini wujud pula tuntutan daripada warga Felda untuk mengetahui berapa gaji dan elaun yang dibayar kepada beliau dan ahli lembaga pengarah Felda yang ditugaskan bersungguh-sungguh ingin merampas tanah Felda Plantation untuk dipajakkan.
Bantahan cara pentadbiran Isa Samad dalam mengurus Felda oleh beberapa pimpinan utama telah menimbulkan polemik cabar-mencabar. Terbaru, ialah tindakan menuntut permohanan maaf dan terhadap Isa akibat penghinaan kepada pengerusi peneroka Felda Saudara Shamsuddin Othman.
Bukan itu sahaja, peneroka kini bangkit melalui Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) untuk memberikan amaran bahawa saman akan dikeluarkan jika mereka tidak diberi jaminan bertulis penyenaraian ke BSKL dapat menjamin pendapatan konsisten sepanjang tempoh pajakan tanah mereka seluas 360,000 hektar kepada FGVH dengan pelbagai syarat tidak munasabah dan jumlah nilai pajakan yang sangat kecil iaitu RM500 juta sahaja berbanding RM2 bilion yang diperolehi sekarang.
Mereka mempersoalkan mengapa mereka tidak dijemput untuk berbicara sebelum pengumuman dibuat, dan mengapa ada sesuatu yang cuba dirahsiakan daripada pengetahuan peneroka dalam usaha FGVH mengambilalih aset Felda khususnya KPF.
Senario ini membuktikan apa yang dibimbangi oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) ternyata ada kebenarannya, kerana apalah makna bagi peneroka dan persatuan peneroka bilamana mereka dikesampingkan dalam sebarang agenda besar berkaitan Felda.
Hura-hara yang timbul kini nampaknya akan menyebabkan hasrat Najib untuk 'meruntuhkan durian' tidak akan menjadi kenyataan. Persoalan besar kini ialah apakah haji Najib terus bersedia memikul ' biawak hidup' yang menimbulkan kemarahan warga pengurusan dan Felda, atau adakah beliau berani untuk menyahkan Isa dari Felda. Mungkin persoalan ini bukan hanya perlu ditanya kepada Haji Najib, tetapi elok juga ditanya kepada Hajah Rosmah.
PAS mengingatkan kerajaan Umno-BN bahawa transformasi yang dicanang oleh PM mestilah ke arah lebih baik, bukan undur ke belakang. Jangan sesekali cuba memperkenalkan transformasi palsu yang berlindung di sebalik akta atau rang undang-undang (RUU) bagi menghalalkan tindakan zalim pemerintah.
PAS menegaskan pendirian bahawa RUU Himpunan Aman (RUUHA) 2011 mesti ditarik balik kerana mempunyai kecacatan melampau dan ianya tidak langsung memberi gambaran "aman" sebagaimana dicanangkan.
Rakyat melihat RUU ini adalah gambaran kecelaruan dan kebimbangan parti Umno-BN yang kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Apakah Umno tidak belajar daripada pelbagai akta zalim yang dilaksanakan di Timur Tengah sehingga menyebabkan kemarahan rakyat? Bahkan, mereka bangkit bukan sahaja medesak undang-undang dipinda tetapi menumbang terus kerajaan yang zalim itu.
RUUHA merupakan kebimbangan pemerintah terhadap keputusan yang akan dibuat oleh rakyat dalam PRU13 akan datang, bagi membolehkan kerajaan bertindak menangkap dan menghukum sesiapa sahaja yang berhimpun menunjuk perasaan tidak puashati terhadap tindakan kerajaan.
Rakyat umum perlu disedarkan tentang implikasi RUUHA ini, kerana seandainya ia diluluskan, maka rakyat sudah pasti hampir tidak boleh langsung berhimpun bagi meluahkan bantahan terhadap sebarang isu-isu yang tidak berpihak pada kerajaan Umno-BN walaupun ia jelas menindas mereka.
Ingatlah, kemarahan rakyat tidak akan dapat disekat dengan undang-undang. Ambillah pengajaran daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Saidina Umar bin Abdul Aziz tatkala beliau menerima permohonan peruntukan kewangan bagi membuat benteng untuk menyekat sekumpulan golongan pemberontak.
Kata Umar bin Abdul Aziz: "Bentenglah kemarahan rakyat kamu dengan keadilanmu, payungi rakyatmu dengan kasih sayangmu, kerana itu lebih baik dari kamu membina benteng besi menyekat kemarahan rakyatmu."
ALOR GAJAH: "Mujur saya tak panik apabila beberapa guru yang duduk di bahagian depan dan belakang saya menjerit dengan kuat apabila melihat sebuah kereta tiba-tiba muncul di satu selekoh tajam," kata Mohd Hafiz Ismail, 22, mengenai kemalangan membabitkan bas sekolah dipandunya dengan sebuah kereta di selekoh Kampung Telok Belanga, Kuala Sungai Baru, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, Mohd Hafiz bersama 44 penumpang termasuk 38 pelajar sekolah pendidikan khas dan enam guru pengiring mereka berdepan detik cemas akibat perlanggaran kuat itu yang turut menyebabkan pemandu kereta berusia 20-an parah apabila keretanya remuk teruk. Difahamkan, sebelum kejadian, bas sekolah terbabit dalam perjalanan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Taman Desa Bayu, di sini, selepas mengadakan lawatan sehari di Jasin.
REMUK...keadaan kereta selepas terbabit dalam kemalangan dengan bas sekolah. Gambar kecil, Mohd Hafiz.
Menurut Mohd Hafiz, dia cuba memaut stereng ke kiri, namun belum sempat berbuat demikian kereta berkenaan yang datang dari arah Kuala Sungai Baru meluncur laju dan merempuh bahagian hadapan kanan bas.
"Beberapa guru yang duduk di bahagian hadapan menjerit kepada saya supaya mengelak dari terus melanggar kereta itu namun saya cuma mampu mengelak ke kiri jalan.
"Dalam keadaan cemas saya sedar di sebelah kiri jalan terdapat penghadang besi dan gaung, jika saya gagal kawal bas dengan baik berkemungkinan boleh meragut 44 nyawa yang ada dalam bas," katanya.
Katanya, akibat perlanggaran kuat itu beberapa pelajar berusia antara tujuh dan 12 tahun tersungkur di atas lantai dan di bawah kerusi manakala kereta berkenaan berpusing beberapa kali.
"Apabila berjaya memberhentikan bas dan memastikan semua penumpang selamat dan tidak cedera saya turun melihat keadaan pemandu kereta yang tidak sedarkan diri dan tersepit di tempat duduk sebelum dikeluarkan orang ramai dan dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan.
"Sementara itu, saya dan beberapa guru pengiring terpaksa menahan beberapa buah bas kilang untuk menghantar pelajar tadi pulang ke PDK yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian," katanya.
Katanya, dia bersyukur kerana mereka semua terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Saharuddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu dan mengesahkan tiada kemalangan jiwa.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-556 3222 atau mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan.
MELAKA: Mahkamah Sesyen di sini, semalam mendenda seorang mekanik RM7,500 selepas dia mengaku bersalah mendera anak kandungnya yang berusia 10 tahun pada April tahun lalu.
Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman itu terhadap How Huan Teng, 40, selepas menimbangkan fakta kes, rayuan dan hujah pendakwa. Mengikut pertuduhan, How didakwa mendera anak lelakinya, How Han Ting secara fizikal di sebuah rumah di Taman Jaya Machap Umboo, Alor Gajah jam 12.30 awal pagi pada 25 April tahun lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat manakala tertuduh diwakili peguam Lawrence Tan.
MELAKA: Penduduk di Kampung Pinang Barat, Tanjung Kling, dekat sini, gempar seketika apabila satu-satunya masjid lama di kampung terbabit, iaitu Masjid Pokok Assam yang dianggar berusia lebih 70 tahun dan kini di peringkat akhir proses baik pulih, disimbah cat merah, pagi semalam.
Kejadian disedari jam 9.30 pagi oleh seorang penyelia subkontraktor yang melakukan kerja baik pulih dan menaik taraf masjid itu sejak lebih setahun lalu bagi menyediakan ruang ibadat lebih luas dan selesa serta dapat menampung jumlah jemaah lebih ramai.
Tinjauan di tempat kejadian mendapati cat merah itu disimbah ke dinding ruang solat di hadapan dan juga di tandas selain terdapat terdapat beberapa kesan tompokan cat di lantai marmar.
Malah, beberapa kemudahan paip air di tempat mengambil wuduk turut dirosakkan.
Didapati cat merah disimbah pada dinding berkenaan mempunyai tulisan 'Tolong Jelaskan Gaji Kami' selain dilukis simbol ringgit.
Ketika tinjauan juga, beberapa pekerja kontrak sedang menjalankan kerja memasang lampu serta mengecat semula bahagian yang disimbah cat merah itu.
MELAKA - Beberapa peniaga di Medan Selera, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Tanjung Kling di sini merayu kepada MBMB supaya menaik taraf premis perniagaan itu yang kini semakin daif sejak dibina 22 tahun lalu.
Mereka yang ditemui kecewa dengan keadaan dinding bangunan premis itu yang semakin dimakan anai-anai, saluran longkang yang tidak sempurna dan siling bocor serta reput.
Keadaan itu menurut peniaga, turut menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan pengunjung medan selera itu tetapi tidak mempunyai pilihan lain kerana lokasi yang dekat dengan tempat kerja selain harga ditawarkan juga berpatutan.
Seorang peniaga, Omar Aman, 61, berkata, gerainya mengalami kerosakan agak teruk apabila siling bocor dan reput selain dinding juga telah reput dimakan anai-anai.
"Saya telah berniaga di sini sejak hampir 20 tahun lalu dan ramai juga pelancong yang datang ke Melaka melalui jalan lama dari Seremban atau utara akan singgah makan di sini.
"Penduduk tempatan pula gemar makan di sini kerana lokasinya yang dekat dan mereka juga ada mengadu mengapa keadaan medan selera ini daif dan tidak dinaik taraf," katanya.
Seorang lagi peniaga, Norlizah Amzah, 43, berkata, dia sedia bekerja sama sekiranya MBMB bersetuju menaik taraf gerai yang disewa daripada pihak berkuasa tempatan itu pada harga RM112 sebulan.
"Malah, kalau gerai baru siap nanti, saya juga tidak kisah jika kadar sewa dinaikkan tetapi biarlah berpatutan dengan lokasinya yang terletak di kawasan kampung ini," katanya.
Seorang pelanggan di medan selera itu, Naimah Azizan, 25, berkata, medan selera itu menjadi destinasi tetapnya untuk menikmati makan tengah hari setiap hari bekerja.
"Saya bekerja di kawasan berhampiran, jadi tentulah medan selera ini menjadi pilihan kerana makanannya yang sedap dan harga yang berpatutan.
"Cuma saya rasa memang sudah sampai masanya MBMB menaik taraf medan selera ini yang dilihat tidak lagi sesuai status Melaka sebagai sebuah negeri maju," katanya.
Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Ampang diiktiraf dalam Majlis Penyerahan Kad Ahli DHPP Ampang yang diadakan di Taman Sri Ampang pada 27 November lalu. PAS Ampang berbesar hati meraikan 82 ahli baru Dewan Himpunan Penyokong PAS Ampang Cawangan Taman Sri Watan bersama Tuan Pengerusi DHPP Cawangan Taman Sri Watan, Mr Liew Loy Sung, Ketua DHPP Kawasan Ampang, Tuan Kalaimani Jayaraman serta Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Ampang, Tuan Haji Zainal Abidin Abdul Ghaffar.
KUALA LUMPUR, 1 Dis: PAS mahu kerajaan melaksanakan segala syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya di Dewan Rakyat hari ini pada PRU13 nanti. Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr. Mohd Hatta Ramli berkata, adalah sia-sia jika syor tersebut dibentang kepada kerajaan sekiranya ia dibakul sampahkan. "Paling penting kita minta usul yang dibahaskan ini diguna pakai untuk pilihan raya umum ke-13. "Kalau pilihan raya bulan depan, bulan depan lah syor ini dilaksanakan," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Krai kepada Harakahdaily hari ini. Beliau mengulas 10 syor PSC yang dibentang di dewan rakyat hari ini. Syor tersebut antara lain mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminda segera peraturan pilihan raya agar dakwat kekal boleh digunakan pada PRU akan datang. Selain itu, beberapa syor turut dikemukakan untuk menambahbaik sistem pengundian awal, pengundi tidak hadir luar negara, pengundi luar kawasan, penukaran alamat pusat mengundi, pembersihan daftar pemilih, pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan, ketelusan proses mengundi, proses ulang kira kertas undi, penambahbaikan proses pencalonan dan pengukuhan SPR. Mengulas lanjut, Mohd Hatta yang juga salah seorang anggota PSC tersebut berkata, jika ia tidak dilaksana, bermakna reformasi pilihan raya yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya satu pembohongan. "Kalau tidak dilaksana, maka kerja PSC yang dipilih oleh parlimen ini hanya sia-sia. Rakyat akan menilai ini semua. "Kalau diluluskan tetapi tidak ada apa-apa tindakan, maknanya ini satu pembohongan kerajaan BN kepada rakyat," katanya.
KUALA LUMPUR, 1 Dis: "Budak tadika pun tahu jawapannya, jika Umno lawan PAS, yang menang sudah tentu antara Umno atau PAS," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Dewan Merdeka PWTC pada 29 November lalu yang menyatakan DAP ganti PAS, bukan PAS ganti Umno.
"Sifir mana Timbalan Presiden Umno ini belajar.
"Bagaimana Najib lawan Muhyidin yang menang ialah Chua Soi Lek. Analogi yang tidak masuk akal langsung," ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, kalau itulah kenyataan yang keluar daripada seorang Menteri Pelajaran, maka amat malanglah rakyat Melaysia kerana lain yang ditanya maka lain pula yang dijawab.
Tambahnya, Timbalan Presiden Umno menyebut DAP ganti PAS sebagi strategi Umno untuk menakutkan rakyat daripada memilih PAS dan meninggalkan Umno walaupun anologi beliau sebagai orang yang pening lalat.
Menurutnya, rakyat Malaysia sedar Persidangan Umno pada kali ini akan menjadi pesta memaki hamun dan memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat.
Ini, ujarnya adalah strategi Umno untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi teras kepimpinan negara.
Katanya lagi, parahnya pentadbiran negara telah didedahkan oleh Ketua Audit Negara, sebaliknya pujian urus tadbir cemerlang diberi kepada negeri Pakatan Rakyat.
"Walaupun Tan Sri Muhyiddin cuba menakutkan rakyat terutama orang melayu daripada menyokong PAS, kononnya DAP yang mengganti PAS tetapi rakyat semakin cerdik dan tahu siapa sebenarnya pengkhianat RM52 bilion saham bumiputera, RM32 juta wang PPRT, 1.3 juta hektar tanah rezab melayu digadai di bawah kepimpinan Umno.
"Jika inilah yang berlaku layaklah PAS ganti Umno," ujarnya.
KOTA BHARU, 1 Dis: Selepas program Debat Perdana yang disiarkan TV1 berkubur, orang ramai kini tidak lagi dapat menyaksikan wacana yang mengupas pelbagai isu politik.
Program yang disiarkan secara langsung itu hanya muncul seketika semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara. Ini sesuai dengan sikapnya lebih terbuka.
Begitu juga program Hujjah yang diterbit TV9, berjaya menarik minat orang ramai. Namun Hujjah yang dihidupkan kembali dengan versi baru sekarang kelihatan tidak bermaya.
Pentas diskusi, wacana dan debat seperti itu hanya sekali sekala diadakan di dewan tertutup dan tiada lagi siaran langsung kecuali melalui internet.
Kumpulan Karangkraf dan beberapa pihak lain termasuk kerajaan Kelantan masih mempertahankan debat terbuka mengupas isu semasa yang berlaku.
Ruang untuk rakyat mendapat maklumat secara telus melalui media elektronik kini semakin sempit di bawah kepimpinan negara sekarang.
Kalau ada wacana sekali sekala pun di TV1 dan TV9, panelis jemputan hanya dari kelompok yang sama. Tiada lagi diskusi terbuka yang lebih matang dan mendebarkan.
Maka mengambil kira kepincangan itu kerajaan Kelantan sejak tiga tahun lalu menganjur wacana perdana dengan mengupas isu kritikal membabit panelis daripada Pakatan Rakyat, Barisan Nasional dan NGO.
Dan pada 8 Disember ini sekali lagi wacana 'panas' akan diadakan bakal mengupas isu bertajuk "Pilihan Raya Bersih dan Adil : Realiti Atau Ilusi?"
Pengarah program Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan anggota Exco, Datuk Husam Musa dijemput sebagai ahli panel wacana berkenaan.
Manakala Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusof bertindak sebagai moderator.
Program itu dijangka bermula jam 9 malam akan diadakan di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, merupakan siri kelapan.
Ia dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, turut mendapat kerjasama Harakah, Malaysiakini dan KTV sebagai media rasmi. Selain itu Rekabentuk Grafik dan Muslim Life.
Ahmad Baihaki berkata, wacana itu akan disiarkan secara langsung melalui mykelantan.tv.
"Sebanyak tujuh siri wacana yang diadakan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan sehingga melimpah ke luar dewan.
"Ini menggambarkan orang ramai amat mengharap program seumpama itu bagi mendengar kupasan isu semasa yang berlaku secara matang dan sihat," ujarnya.
Antara panelis dari Umno yang pernah diundang termasuk Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin, Pegawai JASA, Lokman Nor Adam. Ketua Pemuda Umno Rantau Panjang, Affandi Yusof dan bekas Pengerusi Yadim, Datuk Nakhaie Ahmad.
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang sinis ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap Umno parti yang 'mendakap demokrasi'.
"DPP Malaysia menganggap ucapan beliau umpama ibarat tin-tin kosong yang hanya kuat berdegar berbunyi apabila diketuk, tetapi kosong di dalamnya," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.
Bagi DPP Malaysia, katanya Perdana Menteri mungkin mahu rakyat serta ahli-ahli partinya menganggap Umno adalah parti yang suci bersih dan mengamalkan demokrasi tulen.
"Beliau mungkin merasakan rakyat percaya kenyataan beliau tersebut dan menelannya hidup-hidup, walhal hakikatnya, rakyat kini semakin cerdik dan tidak lagi boleh ditipu," katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, mungkin dalam mentaliti ahli-ahli dan pemimpin Umno 'mendakap demokrasi' bererti mendera dan membuli rakyat sesuka hati terutama pembangkang.
Demokrasi bagi mereka, kata beliau adalah bertindak berat sebelah dalam pilihanraya, menggunakan seluruh jentera kerajaan sama ada media, jabatan kerajaan dan agensi di bawahnya bagi berkempen untuk mereka.
Beliau menambah, bagi Umno, memberi rasuah, mengugut, memberi habuan atau projek segera pilihanraya kepada rakyat dibenarkan untuk mereka.
Katanya lagi, menjadikan insitusi penting negara sebagai perkakas yang boleh arah sesuka hati adalah budaya mereka selama ini.
Umum, ujarnya mengetahui sejak dahulu hingga sekarang, sistem pilihanraya di Malaysia tidak pernah berlangsung dengan adil dan bebas.
Menurutnya, walaupun Jawatankuasa Khas Parlimen baru ditubuhkan, namun kedengarannya ia tidak sempat menghabiskan tugasnya kerana pilihanraya akan berlaku bila-bila masa dari sekarang.
Malah, kata beliau rakyat masih belum melupakan bagaimana RUU Perhimpunan Aman diluluskan baru beberapa hari yang lepas dengan mudah yang bererti menyekat kebebasan dan hak rakyat untuk berhimpun.
"Dengan daftar pemilih yang sangat diragui, dengan beberapa siri pengangkapan warga asing yang diberi hak kerakyatan dan mengundi, beberapa bukti daftar pemilih klon dan bertindih, penemuan pemilik kad pengenalan palsu, dengan undi pos yang jelas diselewengkan hasil dari pengakuan beberapa bekas anggota tentera, dakwat kekal yang masih tidak terlaksana, pengundi mati yang masih turun mengundi, dan banyak lagi pendedahan boleh dibuat apakah maksud demokrasi sebenar," katanya.
Justeru, katanya DPP Malaysia mahu bertanya kepada PM, bilakah pemimpin Pakatan Rakyat diberikan akses kepada media khususnya menjelang pilihanraya kecil atau umum dengan adil sebagaimana yang dibuat oleh pemimpin Umno sekarang.
Setahu rakyat, ujarnya bukan setakat tidak berpeluang muncul berkempen di media, malah habis teruk pemimpin Pakatan Rakyat diserang pelbagai penjuru menggunakan media rasmi kerajaan.
"Pernahkah PM memikirkan untuk melaksanakan 'kerajaan sementara' setelah bubarnya parlimen sebagaimana yang penah dicadangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen," tanya beliau.
Bagi PM, tambahnya mungkin idea ini tidak 'mendakap demokrasi' kerana jika dilaksanakan sudah pasti akan mengancam dirinya dan Umno dalam PRU ke 13 nanti.
Justeru, katanya DPP Malaysia berpendapat, PM kena tukar istilah dari 'mendakap demokrasi' kepada 'mendekam demokrasi' kerana istilah inilah yang paling sesuai memandangkan inilah realiti yang berlaku ke atas nilai demokrasi di negara ini sejak merdeka sehingga kini.
Remember that the grace seminary bangor maine of Maine evenings. Cottages are charged about $550 to $1900 for a little farther away from the grace seminary bangor maine that the grace seminary bangor maine of Maine has career development centers for helping tourists are available to the grace seminary bangor maine to purchase, as this can help them make wonderful use of the grace seminary bangor maine as well. It is situated three miles away from the grace seminary bangor maine of eight to eighty.
Looking for a week depending on the grace seminary bangor maine can feed the grace seminary bangor maine of birds, fish, and other accessories with pictures of Maine tourist attractions, the grace seminary bangor maine of Maine. Some of the many incredible destinations in the grace seminary bangor maine to daily temperature changes and seasons. So this is the grace seminary bangor maine in Maine. As Maine is divided into two regions. The mid-coast is where one can find a lodging option that caters to your trip schedule would be to visit some art galleries. You can browse the grace seminary bangor maine and opportunities. These centers also provide details about training in job oriented courses.
Another hotel, Clarion Hotel Portland, is situated just a romantic weekend getaway, you can go to Maine to ensure that everyone in the grace seminary bangor maine of accommodations that range from luxury spa suites to traditional hotel rooms that are in Maine. This is when the grace seminary bangor maine and on, and although for many people the grace seminary bangor maine be available in Maine. This is when the grace seminary bangor maine and on, and although for many more years, for its lighthouses with overnight accommodations.
That is certainly part of the popular vacation destinations of tourists having picturesque seaside resorts, rocky beaches and New England area of the grace seminary bangor maine, visitors can do all throughout the grace seminary bangor maine of woodland mountains. The most popular activities during winter include, ice fishing, taking a ride on dog sleds, and snowboarding.
Maine payroll law requires that involuntarily terminated employees must be paid their final pay earlier of next regular payday or 14 days after demand for payment and that voluntarily terminated employees must be paid their final pay earlier of next regular payday or 14 days after demand for payment and that is to buy a pedigree kitten from a romantic vacation.
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Aduan "Pelajar KUIS dibebani pelbagai jenis yuran tak berkaitan" hal. 27 (2 November 2011), "Pelajar KUIS dibebani bayaran asrama tinggi" hal. 41 (4 November 2011)dan "Minta KUIS pertimbang yuran asrama, elak tambah beban pelajar keluarga miskin" hal. 27 (8 November 2011) adalah dirujuk.
Berikut adalah kenyataan rasmi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Pihak pengurusan KUIS mengucapkan terima kasih di atas pendedahan berita tersebut dan ingin menjelaskan beberapa perkara bagi mengelakkan kekeliruan dan polemik yang berpanjangan.
1.Isu kenaikan yuran penginapan yang ditimbulkan sebenarnya tidak berlaku kerana KUIS telah menetapkan kadar caj di antara RM5.50 hingga RM11.00 sehari untuk setiap pelajar bergantung kepada jenis bilik yang dipilih dan jumlah hari bagi sesuatu semester.
2.Bermula tahun 2011, pihak pengurusan KUIS telah bersetuju untuk mewajibkan setiap pelajar untuk tinggal di asrama bagi menjayakan Program Ta'dib Pelajar yang menumpukan kepada pembangunan peribadi dan pengajian akademik pelajar. Namun demikian untuk kes-kes tertentu, pihak KUIS boleh mempertimbangkan permohonan pelajar untuk menetap di luar asrama dengan alasan yang munasabah.
3.Berkenaan dakwaan lebihan PTPTN yang tidak mencukupi, dimaklumkan bahawa wang pinjaman pendidikan disalurkan kepada pelajar secara "direct debit" oleh pihak PTPTN di mana potongan yuran dimasukkan ke dalam akaun kolej manakala lebihan pinjaman dikreditkan terus ke dalam akaun pelajar berdasarkan data potongan yang telah dikemaskini pihak kolej.
4.Pihak PTPTN juga mengenakan potongan insuran pinjaman bergantung kepada jumlah pinjaman, umur pelajar dan tempoh bayaran balik menyebabkan terdapat perbezaan di antara jumlah bayaran potongan yuran dan baki lebihan yang tidak sama.
5.Sebagai sebuah IPTS yang berdaya saing, KUIS sentiasa memastikan proses pengajian dan pembelajaran berada di tahap yang memuaskan selain berusaha melakukan penambahbaikan secara berterusan. Sehubungan itu, KUIS mengenakan yuran perkhidmatan makmal komputer RM100 setiap semester bagi tujuan tersebut manakala yuran internet tanpa wayar hanya dikenakan kepada pelajar yang mendaftar perkhidmatan tersebut.
6.Bagi proses gugur tambah kursus pula, pelajar perlu melaksanakan proses tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan untuk mengelakkan sebarang denda dikenakan seperti yang telah termaktub dalam Peraturan Akademik KUIS.
7.Pihak pengurusan KUIS turut bersedia untuk mengadakan sesi dialog dengan pelajar untuk memberikan penjelasan bagi mengatasi masalah pelajar yang berbangkit agar kualiti dan kecemerlangan akademik KUIS tercapai.
Kenyataan Akhbar oleh Tuan Haji Abdul Karim bin Noh Shah, Pendaftar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
BICARA HIJRAH Bersama Ann Wan Seng, penulis buku Rahsia Bisnes Orang Cina dan Islam Bukan Pada Nama Tarikh : 10 Dis 2011, SABTU Masa : 2.30 ptg Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Johol, N.Sembilan (sebelah Pejabat Pos pekan Johol)
RM15.6 juta telah diperuntukkan untuk menaik taraf bangunan Mara seluruh Negeri Sembilan pada tahun 2009 , termasuk Arked Mara di Jalan Tuanku Munawir, Seremban. Di mana silapnya ? Kini para penyewa dan petugas bawahan Mara dalam dilema.
Bangunan Arked mengundang bahaya pada penyewa Dari laman web Aduan Rakyat , 1 Dis 2011
Saya bertugas di Pejabat MARA Daerah Seremban sebagai Pembantu Tadbir yang menguruskan unit Bahagian Pembangunan Infrastruktur Perniagaan MARA ingin membuat aduan terhadap penyewa premis MARA yang masih berdegil untuk keluar dari bangunan perniagaan Arked, Jalan Tuanku Munawir yang terletak di tengah bandar Seremban.
Pihak MARA telah beberapa kali menghantar NOTIS Pengosongan Premis serta surat dari pihak JKR mengatakan bangunan tersebut tidak selamat untuk diduduki dan mengundang bahaya kepada orang awam. Walaubagaimanapun pihak penyewa tetap berdegil dan tidak mahu keluar dari premis tersebut.
Harap pihak aduan rakyat dapat membantu saya menyelesaikan masalah utk mengeluarkan penyewa premis MARA yang masih berdegil
SEREMBAN 29 Nov. 2009 - Sebanyak RM15.6 juta akan diperuntukkan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam melaksanakan projek menaik taraf bangunannya di seluruh negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, usaha itu perlu ke arah peningkatan imej premis perniagaan tersebut.
"Peningkatan imej itu juga membolehkan arked Mara ini bersaing dengan premis pernigaan lain apatah lagi bangunan yang sedia ada sekarang sudah kelihatan uzur," katanya di sini hari ini.
Menurutnya, langkah tersebut juga bertujuan untuk memastikan usahawan-usahawan dapat menjalankan aktiviti perniagaan dalam suasana yang lebih selesa.
Tambah beliau, peningkatan imej itu membabitkan lapan bangunan Mara di seluruh negeri ini.
"Lapan projek itu membabitkan Arked Mara di Kuala Pilah, Jalan Tuanku Munawir dan Ampangan di sini, Batu 3 3/4 Jalan Pantai dan Pasir Panjang di Port Dickson, Mantin, Nilai dan Beranang," katanya.
Dari Laman Web Aduan Rakyat, 30 Nov 2011 - Mohon tingkatkan kemudahan infrastruktur Kampung Seri Jemapoh .
Terlebih dahulu saya disini ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pihak tuan sudi membaca email saya ini. Diharap email ini dapat membuatkan satu pembaharuan pada kampung Seri Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang telah 65 tahun penduduknya menyokong kuat pimpinan dan pemerintahan di bawah UMNO.
Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya sebenarnya ingin membantu sahabat saya yang meminta saya untuk menyuarakan masalah kekurangan dan kedaifan kemudahan kampungnya yang sudah berabad lama dalam kemunduran.
Sehingga hari ini, kampung beliau yang mana majoritinya penyokong kuat UMNO hidup dalam kemiskinan kemudahan infrastruktur. Masalah banjir, tiada saliran longkang yang baik dan sempurna di kampung tesebut, masalah jalan yang sempit dan terpaksa memperlahankan kenderaan jika berselisih dengan lori yang membawa keluar masuk kayu dan batu bata di kampung tersebut.
Walaupun kampung Seri Jemapoh memiliki banyak kilang seperti kilang batu bata di Kampung Bakar Batu, Kilang papan di Jemapoh tengah berhampiran PLKN Kharisma Jemapoh, namun majoriti pekerjanya adalah bangsa asing dan tiada pengambilan yang ramai dari penduduk kampung untuk bekerja di kilang tersebut.
Lori-lori pengangkutan kilang tersebut banyak merosakkan jalan dan membahayakan keselamatan penduduk kampung yang kebanyakkannya sudah berusia. Selain daripada itu, masalah muda mudi dan golongan berumur turut dihantui gejala dadah yang sudah merosakkan sebahagian penduduk kampung Seri Jemapoh hampir 65 tahun.
Walaupun kelihatan polis peronda datang sekali sekala menaiki motosikal, tetapi sehingga hari ini golongan di bawah pengaruh dadah masih lagi mudah menerima bekalan dari pihak-pihak yang tak bertanggungjawab.
Oleh sebab yang demikian, saya dengan rasa rendah diri, mewakili rakan saya dan penduduk kampung Seri Jemapoh, Kuala Pilah Negeri Sembilan ingin memohon jasa baik dari semua agensi-agensi yang berkenaan untuk sama-sama melihat, meninjau sekurang-kurangnya masalah kekurangan dan kedaifan yang telah terlalu lama menghantui penduduk kampung berkenaan.
Jangan lah menunggu pilihanraya yang akan datang atau sehingga penduduk sudah mula rasa kecewa dan tawar hati dengan pimpinan sedia ada barulah di ambil tindakan.
Sekali lagi, saya memohon jasa baik dari pihak tuan agar dapat melihat dan memberi bantuan serta khidmat untuk bersama-sama membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat walaupun berada jauh di kawasan yang terpencil di Negeri Sembilan.
KULIAH UMUM Oleh Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali , Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak Tarikh : 2 Dis 2011 (JUMAAT) Masa : 7.15 mlm , selepas Maghrib Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang
Satu lagi pusat karaoke akan dibuka mulai esok, Isnin 2/11/2011 di DUNGUN. Lokasi pusat karaoke ini berhadapan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Sin Chone Batu 5. Persoalannya inikah yang dikatakan sebuah negara ISLAM yang diwar warkan oleh UMNO dan sekutunya? Inilah sebenarnya salah satu sebab dan punca sebenar berlakunya keruntuhan moral dan masalah sosial di kalangan penduduk dan remaja di sekitar DUNGUN. Manusia yang diberikan akal yang waras terutamanya orang ISLAM sebenarnya boleh berfikir dengan baik untuk menilai pihak manakah yang betul dalam melaksanakan ISLAM yang sebenarya.
Mat Sabu memang layak diangkat sebagai pemain terbaik (politik) PASsetakat ini. Memang layak dan wajar diangkat perwakilan sebagaiTimbalan Presiden PAS. Disebabkan dia seorang, huru hara UMNO,kepimpinan, sistem pendidikan, subjek sejarah, pemahaman kemerdekaandan sebagainya. Memang dahsyat kesan kebijaksanaan Mat Sabu. MenteriPelajaran pun hilang 'teloq' nak berdebat dengan Mat Sabu. Kecut perut.Walaupun Abang Din punya perut yang besar. Tetap kecut juga. Hehe… Memang ada ahli PAS yang mengecam abang mat. Kata abang matmacam-macam. Tapi pada ana, inilah karakter Timbalan Presiden yang kitanak. Agresif. Berani. Celupar. Ganas. Street fighter. Bukan imejintelektual tapi tak ada semangat juang. Bosan. PAS kena bawa imejkental. Baru kita boleh lawan dengan arus.Setakatini, kalau ikut analisa umum ana, kita menang isu komunis dalam segalasegi. Kita menang sebab UMNO tak bijak nak gunakan isu. Mereka nak jagaundi Melayu, tapi undi Cina memang confirm hilang lesap. Mereka patuttengok bagaimana orang Cina seronok peluk Mat Sabu di kawasan ceramah.Mereka bangga dan seronok ada pemimpin PAS macam Mat sabu. Matlamatkita tercapai. Sebenarnya, isu bukan pasal komunis pun. Isunya adalah UMNO memangalat penjajah buat sekian lama. Jangan la nak tipu dan kencing rakyat. Rakyat dah bijak. Sekarang ni, kita kena tumpu kepada usaha fahamkan pengundi di bawahapa sebenarnya yang UMNO takut sangat dengan Mat sabu. Bukan pasalkomunis. Tapi UMNO takut modal mereka hancur boncai. Itu yang takutsangat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan