KUALA LUMPUR, 22 Nov – Pemuda Pakatan Rakyat (PR) akan menerbitkan filem-filem pendek dalam usaha mengukuhkan lagi sokongan pengundi muda kepada parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin langkah ini merupakan langkah terbaru untuk menambat hati golongan muda selain dari menggunakan media baru seperti facebook, Twitter dan blog.
"Melalui filem pendek ini,kami akan menyampaikan maklumat kenapa kerajaan pusat perlu ditukar pada pilihan raya umum nanti," katanya pada sidang akhbar bersama dengan Ketua Pemuda PAS dan Ketua Pemuda Sosialis DAP di sini.
Katanya lagi, sungguhpun pilihan raya umum kian hampir, usaha mendekati pengundi muda belum lagi terlambat.
Sebab itu, Shamsul Iskandar berkata AMK bersama Pemuda PAS dan DAP berganding bahu menjelajah seluruh negara mendekati pengundi muda secara bersepadu.
"Jika kita bergerak berasingan, mungkin kita tidak sempat mendekati mereka seramai mungkin. Sebab itu kita bergerak bersama secara bersepadu," katanya yang yakin majoriti 40 peratus pengundi muda masih tetap bersama Pakatan Rakyat.
Namun begitu katanya, AMK tidak mahu berpeluk tubuh dalam keadaan selesa.
"Justeru, kami akan menjelajah ke seluruh negara mendekati pengundi muda supaya mereka terus memilih Pakatan Rakyat," katanya.
Ini adalah kali pertama AMK, Pemuda DAP dan Pemuda PAS bergerak secara bersepadu menjelang pilihan raya umum ke-13.
Seramai 4.5 juta pengundi muda atau 38.8 peratus daripada 12 juta pengundi akan menentukan kemenangan parti yang bertanding dalam pilihan raya umum ke 13 sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.
Peranan mereka amat penting dalam menentukan pembentukan kerajaan baru.
Kata Shamsul Iskandar lagi, buat kali pertama mereka akan menjelajah setiap bandar utama secara bersepadu dengan tiga Pemuda Pakatan Rakyat sekali gus supaya mesej perubahan sampai kepada pengundi muda untuk disebarkan kepada pengundi luar bandar.
Shamsul Iskandar berharap retreat di kalangan 60 ketua Pemuda Pakatan Rakyat pada 4 Disember ini di Shah Alam dapat memastikan bukan sahaja undi golongan muda bertahan, malah bertambah lagi.
Sementara itu Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan berkata, pihaknya akan mendekati seberapa ramai golongan muda termasuk mat rempit dan golongan penganggur supaya mereka dapat menerima perubahan melalui kerajaan baru.
Nasrudin menjelaskan, dalam menjelajah ke seluruh negara, mereka akan menggunakan pengangkutan awam seperti bas, komuter, LRT untuk menyampaikan mesej kepada golongan muda.
MOHD. RAZIS masih menggunakan buaian di rumahnya di Sik, Kedah meskipun usianya sudah 19 tahun.
SIK – Dalam usianya yang sudah menginjak 19 tahun, Mohd. Razis Ilias dari Kampung Kenangan, Jeneri di sini mungkin sedang menuntut di sebuah universiti atau sudah bekerja untuk menyara kehidupan keluarga.
Namun, disebabkan penyakit saraf yang dihadapinya sejak bayi, anak bongsu kepada pasangan suami isteri penoreh getah itu hanya mampu terbaring lesu di dalam buaian seperti seorang bayi.
Mohd. Razis dikatakan mengalami sawan yang menyebabkan kekejangan saraf ketika berusia tiga bulan selepas diserang demam panas.
Lebih menyedihkan apabila susuk tubuhnya seperti kanak-kanak berusia lima tahun dengan kedua-dua belah kaki dan tangannya semakin membengkok akibat kekejangan.
Bapanya, Ilias Saad, 52, berkata, Mohd. Razis gemar menghabiskan masanya di dalam buaian kerana sekiranya diletakkan di atas tilam, dia akan merengek kerana kesakitan.
"Mungkin disebabkan kaki dan tangannya bengkok, dia tidak dapat berbaring dengan betul menyebabkannya berasa sakit," katanya di sini semalam.
KOTA BHARU, 23 Nov: Kelantan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bersama dengan kerajaan Pusat sekiranya pengumuman pembubaran parlimen dilakukan pada masa terdekat.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, adalah tidak berbaloi sekiranya pilihan raya diadakan berasingan antara parlimen dan Dun.
"Kalau kita buat berasingan segala 'iblis syaitan' sana akan tertumpu pada satu kawasan.
"Apabila dah banyak sangat, susah kita nak kawal nanti," katanya.
Tambahnya, dengan pengalaman lebih 20 tahun memerintah Kelantan, sebaiknya pilihan raya parlimen dan Dun diadakan sekali.
Tuan Guru berkata demikian sewaktu diminta mengulas oleh pemberita mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak akan membubarkan Dun Selangor sehingga Jun 2012 bagi memastikan belanjawan negeri dapat dilaksanakan pada tahun depan.
SEKINCHAN, 22 NOV : Hampir 100 petani dan pesawah di sekitar Sekinchan, Sungai Burung dan Sungai Panjang menuntut Menteri Pertanian, Industri Dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk segera meletak jawatan sebagai menteri.
Tuntutan itu ekoran kegagalan beliau membela nasib kaum petani dan pesawah di daerah tersebut serta tidak mengendahkan nasib para pesawah untuk menambah subsidi padi.
Hari ini bertempat di Site B Sekinchan hampir 100 petani berkumpul sambil memegang kain rentang melaungkan slogan "hidup petani" , " naik subsidi RM50 seratus Kilo" dan " Noh Omar letak jawatan".
ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang turut sama menyertai perhimpunan aman itu berkata kerjaan pusat tidak mengamalkan unsur monopoli dalam urusan penjualan padi yang mengakibatkan kerugiaan kepada pendapatan pesawah.
" Kita minta supaya harga padi diapungkan untuk penjualan secara bebas,kita tidak mahu Beras Nasional (BERNAS) memonopoli pasaran,kita mahu harga padi dibeli kepada sesiapa yang menawarkan pada harga yang tinggi,harga itu perlu diapungkan supaya pasaran dijual pada harga bebas.
Menurut Ng, nasib para pesawah perlukan perhatian dan pembelaan kerana golongan ini hanya menuai dua kali setahun sebagai sumber pendapatan tahunan mereka.
Katanya tekanan ini semakin mendesak disebabkan kebanyakan para petani hidup dalam keadaan tersepit dan kesusahan angkara kos saraan hidup yang semakin tinggi.
Sehubungan itu beliau meminta agar kerajaan pusat menyemak harga subsidi padi yang tidak pernah dinaikkan sejak 20 tahun lepas.
"Harga di paras RM24.81 untuk seratus kilogram sejak 20 tahun yang lalu,kita minta yang berhormat semak harga supaya dinaikkan kepada RM50.00.
Katanya dengan kenaikan harga subsidi ini akan membolehkan petani menikmati secara terus subsidi tersebut serta mengelak dari penglibatan 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan sebagimana berlaku sekarang.
Dalam pada itu Ng juga menggesa agar Noh meletak jawatan ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mendapati berlaku ketirisan wang RM110 juta oleh kementerian dibawah jagaan Noh.
Wang tersebut sepatutnya diberi kepada pesawah untuk skim peningkatan hasil padi.
"Dibawah skim ini, insentif akan diberikan kepada mereka berjaya peningkatan hasil, contohnya pada musim yang pertama 5 tan,musim kedua 7 tan , dan musim ketiga 7 tan, maknanya sudah ada peningkatan sebanyak 2 tan, dan 2 tan itu akan dibayar dengan insentif ini iaitu 1 tan sebanyak RM650 dan 2 tan sebanyak RM1,300.
"Maknanya bantuan kepada golongan petani hilang,oleh yang demikian petani hari ini berdiri di sini, menyatakan rasa tidak puas hati, ke mana duit ini pergi dan Noh Omar perlu menjawab ke mana lesapnya wang RM110 juta.Dan jika Noh Omar tidak boleh menjawab kita mendesak agar beliau meletak jawatan kerana gagal membela hak petani," tegas beliau.
( 47 ) Perbahasan dari Adun Lubuk Merbau mendapat pujian dari Adun Pakatan Rakyat, speaker dan Adun Barisan Nasional. Antara intipati perbahasan Lubuk Merbau ialah supaya demi rakyat para ahli yang berhormat mengurangkan "politiking" dengan meletakkan agenda rakyat yang lebih utama.
( 47 ) Selepas perbahasan Adun BN dari alor pongsu yg agak lancar tanpa banyak gangguan. Sekarang adalah perbahasan dari wakil pas dari lubuk merbau, yb hj zainuddin yusof.
Seorang saksi yang memberi keterangan pada siasatan awam Sruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, berkata, polis melepaskan gas pemedih mata berhampiran Hospital Bersalin Cina di Kula Lumpur dan turut menggunakan meriam air ke atas orang ramai yang berada di pintu masuk Hospital Tung Shin.
NONEYap Jee Kit (kiri), yang berkhidmat sebagai pembantu kepada exco Selangor, Elizabeth Wong juga mendakwa dirinya didera secara fizikal dan dicerca oleh pihak polis semasa ditangkap.
Katanya, pada hari kejadian, petang 9 Julai itu, beliau berjalan dari Brickfields untuk menuju ke Menara Maybank dengan memakai kemeja T kuning BERSIH 2.0.
Menurutnya, dalam perjalanan itu, beliau juga melihat ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah ditangkap ketika cuba berunding bagi pihak lebih 5,000 orang supaya pihak berkuasa membenarkan mereka melepasi sekatan polis.
"Terdapat ramai anggota polis pada hari itu dengan juga anggota dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Kami hanya berkumpul di sana sambil melaungkan beberapa slogan apabila polis memberi amaran dan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di Jalan Pudu.
"Sivarasa dan beberapa ahli politik lain yang cuba untuk berunding dengan pihak polis supaya orang ramai ridak dihalang tetapi sebaliknya, beliau pula ditangkap," katanya.
Akibat terkena gas pemedih mata, sebahagian daripada mereka mengambil keputusan untuk berlindung di dalam kawasan Hospital Tung Shin Hospital dan katanya, ketika itu, melepaskan tembakan meriam air ke arah orang ramai.
NONE"Saya dapat lihat ini dengan jelas dan beberapa daripada kami berlari mencari perlindungan ke Hospital Bersalin Cina yang terletahan bersebelahan.
NONE"Polis kemudian melepaskan tembakan beberapa kanister gas pemedih mata ke arah tempat letak kereta Hospital Bersalin Cina dan mulu meluru ke arah orang ramai.
Keterangan Yap pada hari kelima siasatan awam ini, bercanggah dengan kenyataan pihak berkuasa yang mempertahankan bahawa tiada gas pemedih mata dilepaskan di Hospital Tung Shin.
Pihak polis dan juga Kementerian Kesihatan pada mulanya menafikan bahawa tembakan meriam air dilepaskan ke perkarangan hospital.
Namun, bukti-bukti, khususnya gambar dan rakaman video yang tersebar di Internet memaksa pihak berkuasa menukar pendirian mereka.
"Lawak Jenaka yang teruk dan tidak sepadan! MCA menganjurkan forum yang bertemakan "Hudud dan Implikasi ke atas bukan Islam di Malaysia" pada 4 Dis. Dan pada semua orang, Presiden MCA, Chua Soi Lek yang dicemari skandal akan menyampaikan ucaptama serta ucapan penutup.
Yang pertama, adakah Chua seorang Muslim? Adakah dia sudah memeluk Islam? Adakah dia benar-benar memahami Hudud? Apa yang membuatkan beliau berhak keatas Hudud? Apakah perkataan "zina" di dalam kamus? Sudah tentu dia akan bersungguh-sungguh untuk menentang dan menghina Hudud kerana, jika dia telah memeluk Islam, dia telah dilempar batu hingga mati kerana menipu isteri dan keluarganya.
Politik hanya perlu berasaskan kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara. Ia adalah niat buruk ahli-ahli politik yang kegilaan kuasa yang bertanggungjawab bagi keadaan semasa yang memalukan negara, hal ehwal - ketidakadilan, rasuah dan penghakisan hak-hak demokratik rakyat Malaysia.
Dengan Umno membenarkan MCA dan Soi Lek untuk memperkecil-kecilkan nilai-nilai Hudud sebagai undang-undang jenayah Islam, dengan itu menghina Islam, apakah salah rakyat Malaysia untuk mengatakan bahawa MCA memang anti-Islam? Jika ya, apa yang Umno dan Perkasa lakukan mengenainya? Apakah lidah mereka telah terputus?"
Terjemahan dan petikan padangan dari Jackson Ng seorang wartawan yang telah bersara (Malaysia Chronicle).
Kalau kita boleh buat kesimpulan bahawa memang Umno/Perkasa hanya berani bersuara apabila ianya melibatkan pembangkang tetapi apabila rakan mereka sendiri menghina dan mempertikaikan undang-undang Islam mereka senyap seribu bahasa. Sepatutnya mereka jangan biarkan MCA terus mencabar dan menghina Islam dengan mengatakan sekiranya perundangan Islam yang terdapatnya Hudud dalamnya akan menyebabkan negara ini akan mundur kebelakang dan pelabur akan lari.
Bukan semua rakyat Malaysia dan yang bukan Islam takut dengan perundangan Islam di Malaysia hanya mereka yang suka melakukan jenayah berat saja yang akan menentang perundangan Islam. Kita mendesak agar MCA hentikan perbuatan yang terus menerus mencabar dan menghina Islam. Kepada Umno/Perkasa mengapa membiarkan Islam di hina oleh MCA? Apa tindakan kamu untuk menghalang MCA terus mencabar dan menghina Islam?
Kita rakyat Malaysia tidak mahu ada orang yang cuba mengeruhkan keadaaan dengan memainkan isu agama seperti perbuatan yang melampau yang cuba dilakukan oleh MCA.
Islam yang di perjuangkan PAS bukan seperti yang digambarkan oleh Umno/BN tetapi lebih kepada membawa rakyat Malaysia hidup sejahtera, aman dan damai serta menegak keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
KUALA LUMPUR, 23 Nov: NGO Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) akan mengadakan himpunan 50,000 rakyat negeri itu di hadapan pejabat Ketua Menteri Sabah pada 4 Februari 2012 yang akan datang.
Ianya bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan negeri yang didakwa berterusan merampas tanah rakyat di negeri itu.
Tabah yang merupakan NGO dibawah Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat membuat ketetapan itu dalam bengkel tahunan Tabah pada 20 November lalu di Pejabat PAS Kawasan Putatan bersama pimpinan masyarakat pelbagai kaum yang terlibat dengan isu rampasan tanah.
Menurut pengerusi Iajnah itu Mazlan Aliman, himpunan tersebut dicadang ekoran pendirian Kerajaan BN Sabah yang diketuai Datuk Seri Musa Aman yang masih berterusan merampas tanah rakyat biarpun beberapa bantahan telah dikemukakan beberapa pihak.
"Rakyat hilang sabar meskipun pendekatan diplomatik digunakan tetapi tiada respon positif dari Kerajaan BN Sabah," katanya dalam satu kenyataan.
Pesuruhjaya Suhakam Sabah, Jannie Lasimbang sebelum ini melaporkan dari tahun 2005 hingga tahun 2010 Sabah mencatat aduan tertinggi mengenai isu tanah di negara ini dengan 977 kes, diikuti Semenanjung Malaysia dengan 654 kes dan Sarawak 251 kes.
Bagi tahun 2010 sahaja daripada 92 aduan diterima di Sabah, Suhakam hanya mampu menyelesaikan dua kes sahaja kerana keengganan kerajaan negeri dan agensi terbabit memberi kerjasama yang sepatutnya.
Sebelum ini ujar Mazlan, sebuah sekumpulan NGO yang diketuai PACOS TRUST bersama hampir 50 wakil-wakil komuniti daerah seperti Pensiangan, Sepanggar, Kudat dan Kota Marudu, gagal untuk menyerahkan memorandum isu rampasan tanah kepada YAB Ketua Menteri pada 18 November lalu.
Meskipun menunggu lebih satu jam di perkarangan Dewan Undangan Negeri Sabah katanya, memo yang menyentuh bantahan pengeluaran geran komunal dan tuntutan Pemilikan Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) hanya diterima kemudiannya oleh Pegawai Khas Ketua Menteri.
Sehubungan itu, mereka merancang untuk meggerakkan rakyat Sabah yang menjadi mengsa ramapasan tanah bangkit menyatakan bantahan kepada ketua menteri.
Dalam pada itu menurut Mazlan, Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat dalam rangka lawatan kerja ke Sabah dari 18 hingga 21 November lalu sempat melawat beberapa kawasan termasuk Kota Belud, Sepanggar, Kudat dan Beufort.
Selain beliau, turut serta Ust Aris Faesol Ismail selaku Setiausaha Lajnah Tanah, Nasaei Ismail, Pesuruhjaya PAS Sabah Tuan Aminudin Aling, Setiausaha Perhubungan Ust Awang Laiman, Ketua Penerangan Hishamudin Sulaiman, dan Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu.
Menurut Mazlan lagi, sesi ramah mesra dan dialog meskipun jauh di pendalaman mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.
Lebih menarik katanya penyertaan masyarakat suku kaum yang bukan beragama Islam lebih ramai dari kelompok bumiputera termasuk Bekas Timbalan Menteri, Datuk Kalakau Untol, mantan Ketua Daerah, Ketua-ketua Kampung dan pemimpin masyarakat.
"Terlalu banyak penemuan dan bukti kegagalan pemerintahan BN. Arus perubahan semakin kuat lantaran kekecewaan rakyat dengan pemerintahan sedia ada.
"Mereka menunggu masa pembubaran Parlimen untuk mengajar Musa Aman dan kuncu-kuncunya," katanya.
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Beberapa tindakan terbaru kerajaan BN menyekat hak rakyat untuk bersuara membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbohong untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Merujuk kepada tangkapan 13 orang di bawah ISA di Sabah, pembatalan program di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) melibatkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan larangan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) terhadap pakar perlembagaan, Prof Dr. Abdul Aziz Bari untuk membentangkan kertas kerja, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ianya bertentangan dengan pengumuman Najib 15 September lalu.
"Kejadian-kejadian yang berlaku mutakhir ini jelas menunjukkan segala komitmen yang disuarakan Najib hanya omongan dan retorik kosong.
"Apa yang dilakukan adalah sebaliknya dan bertentangan dengan apa yang dikatakan.
"Pembatalan program di UIA ternyata menghina kebebasan intelek dan hak mahasiswa," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu turut berkata, Pakatan Rakyat mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan janji Najib yang hanya ingin mengaburi mata rakyat.
"Pakatan Rakyat mengingatkan rakyat walaupun apa sahaja yang dikatakan Perdana Menteri adalah omongan kosong.
"Ini hanya untuk mengaburi mata rakyat kononnya beliau ingin melakukan reform tapi sebenarnya mencekik dan meningkatkan lagi undang-undang zalim," katanya.
Sementara itu, Saifuddin melahirkan rasa terkejut dengan tindakan UIA membatalkan program yang akan dihadiri beliau kerana ianya kali pertama berlaku sepanjang beliau menjadi timbalan menteri.
Sementara itu, Aziz seperti dilaporkan media dijadualkan membentangkan kertas kerja di Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) esok.
Bagaimanapun beliau pagi tadi menerima notis daripada pihak penganjur bahawa Mais meminta kertas kerjanya digugurkan.
Ia dipercaai kerana tindakannya mengkritik Sultan Selangor baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 23 Nov:Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengumumkan bilik gerakan banjir telah dibuka di seluruh negara bagi menghadapi kemungkinan banjir kelak.
"Sukarelawan untuk membantu pasukan penyelamat yang akan bertugas semasa banjir sangat diperlukan," kata setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil.
Kenyataan beliau merujuk kepada laporan Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan menerima lebihan hujan di antara 20 peratus hingga 40 peratus daripada normal berbanding tahun lepas, di antara bulan November 2011 hingga Mac 2012.
Berdasarkan ramalan itu, dan sekiranya intensiti hujan yang tinggi turun dalam masa singkat, serta ditambah pula dengan keadaan air pasang, maka situasi banjir akan menjadi lebih buruk.
Negeri-negeri yang dijangka menerima hujan yang tinggi antara lain adalah negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Kedah dan Sabah.
Fenomena air pasang besar pula diramalkan akan berlaku pada 25 Disember 2011 dan 23 Januari 2012.
"DPPM mengingatkan kepada negeri-negeri yang dijangka akan mengalami banjir besar ini supaya sentiasa berjaga-jaga terutama di musim hujan," kata Khairul Faizi lagi.
Menurutnya, DPPM sudah siap terutamanya tenaga yang akan bertugas, tenaga penyelamat dan bantuan kecemasan.
DPPM juga, ujarnya siap menghulurkan tenaga bantuan dan kerjasama kepada pihak kerajaan untuk membantu mangsa-mangsa banjir.
Beliau berkata, Bilik Gerakan Banjir dan Bencana Alam ditubuhkan di peringkat negeri.
Katanya, untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi Pejabat Pentadbiran Dewan Pemuda PAS negeri-negeri.
Saya ingin menyatakan rasa kesal terhadap tindakan PM Najib yang telah menipu seluruh warga Malaysia berhubung isu pemansuhan ISA, rakyat pasti tidak akan lupa dengan pengumuman beliau pada 15 Sept lalu mengenai pemansuhan ISA.
Tetapi apa yang menjadi suatu realiti hari ini ialah satu negara telah dibohongi oleh pelopor 1Malaysia dan layaklah PM Najib dikenali sebagai 1 entiti Umno BN yang merupakan satu-satunya penipu negara yang makin reput.
Saya merasa amat kecewa, tidak percaya dan terkejut dengan penangkapan terbaru 13 individu bawah ISA (termasuk 3 pemimpin).
Saya ingin menggesa dan mendesak BN supaya segera bebaskan tahanan tersebut, isu ini juga disuarakan Suhakan supaya pihak berkuasa BN membebaskan kesemua tahanan dan memberikan mereka hak untuk dibicarakan.
Persoalan timbul apabila tindakan pimpinan BN ini tidak serupa sebagaimana yang diungkap, apakah status ISA sebenarnya? apakah benar ia akan dimansuhkan seperti diumumkan pada hari Malaysia lepas? Adakah wujud unsur penipuan terhadap Rakyat?
Inilah yang menjadi punca masalah Negara di mana setiap kata-kata pemimpin negara punyai niat mahu menipu rakyat, kewujudan parti-parti assobiyah (perkauman) seperti Umno khususnya telah menyebabkan perjuangan untuk kepentingan bangsa masing-masing diutamakan, senario sebegini amat malang untuk seluruh Malaysia.
Umno BN cuma mengutamakan hak elit pemimpin dan kroni mereka sahaja, buktinya berbilion wang negara gagal diurus tadbir supaya rakyat dapat manfaatnya, rakyat harus ambil contoh negara jiran yang tidak hanya mengikut telunjuk pemimpin yang secara terang-terangan berbohong kepada rakyat, kepada seluruh warga negara, perubahan masih boleh dan sempat dilakukan untuk selamatkan Malaysia.
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Kemelut yang sedang berlaku di dalam parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak terutama terhadap pucuk piminan di dalam Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) semakin jelas berlaku.
"Ini menunjukkan bahawa BN Sarawak sedang berhadapan masalah kepimpinan yang amat ketara," kata ketua Pemuda PAS negeri, Mohammad Arifiriazul.
Katanya, sejak beberapa minggu lepas jelas terpampang di dada akhbar tempatan berita-berita berkenaan masalah kepimpinan dalam SUPP dan SPDP terutama sekali berkenaan kemelut parti-parti berkenaan dalam pemilihan parti tersebut.
"Perkara ini lebih jelas berlaku di dalam SUPP dimana penyandang presiden partinya tewas dalam pilihanraya dewan undangan negeri Sarawak yang lepas dan terpaksa mengundur diri dalam pemilihan parti akan datang," ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Miri dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, kemelut yang melanda parti-parti komponen BN Sarawak itu merupakan bebanan tambahan terhadap BN Sarawak yang sebelum ini telah terlepas 16 kerusi dewan undangan negeri dalam pilihan raya negeri pada 16 April lepas.
Ini, ujarnya menyebabkan Pengerusi BN negeri yang juga merupakan Ketua Menteri Sarawak terpaksa campur tangan dalam menyelesaikan kemelut itu namun masih belum dapat meleraikan permalahan ini.
"Atau adakah sebenarnya kepimpinan Ketua Menteri sendiri sudah tidak diterima oleh pucuk kepimpinan parti-parti komponen BN Sarawak?" soalnya.
Menurutnya, permasalahan yang sedang berlaku di dalam parti-parti komponen BN Sarawak jelas menggambarkan bahawa BN Sarawak telah ketandusan kepimpinan yang mampu membawa Sarawak kepada negeri yang lebih baik.
Justeru, tambahnya, telah tiba masanya bagi rakyat Sarawak membuat pertimbangan untuk memilih selain daripada BN dalam pilihan raya khususnya dalam pilihan raya umum yang ke-13 akan datang.
"Dan momentum itu perlu diteruskan bagi membuat perubahan besar dalam kerajaan negeri Sarawak dengan memilih kerajaan negeri baru dalam pilihanraya negeri akan datang," katanya lagi.
Kemelut yang sedang berlaku di dalam parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak terutama terhadap pucuk piminan di dalam Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) semakin jelas berlaku. Ini menunjukkan bahawa BN Sarawak sedang berhadapan masalah kempimpinan yang amat ketara.
Sejak beberapa minggu lepas jelas terpampang di dada akhbar tempatan berita-berita berkenaan masalah kepimpinan dalam SUPP dan SPDP terutama sekali berkenaan kemelut parti-parti berkenaan dalam pemilihan parti tersebut. Perkara ini lebih jelas berlaku di dalam SUPP dimana penyandang presiden partinya tewas dalam pilihanraya dewan undangan negeri Sarawak yang lepas dan terpaksa mengundur diri dalam pemilahan parti akan datang.
Kemelut yang melanda parti-parti komponen BN Sarawak ini merupakan bebanan tambahan terhadap BN Sarawak yang sebelum ini telah terlepas 16 kerusi dewan undangan negeri dalam pilihanraya yang lepas. Pengerusi BN negeri yang juga merupakan Ketua Menteri Sarawak terpaksa campur tangan dalam menyelesaikan kemelut ini namun masih belum dapat meleraikan permalahan ini. Atau adakah sebenarnya kepimpinan Ketua Menteri sendiri sudah tidak diterima oleh pucuk kepimpinan parti-parti komponen BN Sarawak?
Permasalahan yang sedang berlaku di dalam parti-parti komponen BN Sarawak jelas menggambarkan bahawa BN Sarawak telah ketandusan kepimpinan yang mampu membawa Sarawak kepada negeri yang lebih baik.
Telah tiba masanya bagi rakyat Sarawak membuat pertimbangan untuk memilih selain daripada BN dalam pilihanraya khususnya dalam pilihanraya umum yang ke-13 akan datang dan momentum itu perlu diteruskan bagi membuat perubahan besar dalam kerajaan negeri Sarawak dengan memilih kerajaan negeri baru dalam pilihanraya negeri akan datang.
Mohammad Arifiriazul, Ketua Pemuda PAS Sarawak & Ketua Penerangan PAS Miri
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Tindakan Felda ingin memajak tanah miliknya seluar 350 ribu hektar kepada Felda Global Ventures Holding Sdn Bhd (Felda Global Ventures) adalah bercanggah dengan Akta Felda.
Pajakan tanah seluas 350 ribu hektar ini dilakukan bertujuan bagi menjadikan Felda Global Ventures sebagai syarikat perladangan kedua terbesar di Malaysia selepas Sime Darby yang memiliki tanah seluas 392 ribu hektar.
Bercakap pada satu sidang media di Parlimen, Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas menjelaskan Felda Global Ventures tidak mempunyai hak milik ke atas tanah tersebut.
"Tanah seluas 350 ribu hektar itu adalah milik Felda ataupun 500 ribu hektar adalah kepunyaan para peneroka. Felda Global Ventures hanya sekadar mengurus tanah-tanah tersebut.
"Felda Global Ventures hanya memiliki tanah seluas 42 ribu hektar untuk tujuan ladang sawit di Kalimantan yang masih di peringkat penanaman dan semaian.
"Kami berpendirian usaha memajakkan tanah Felda kepada Felda Global Ventures untuk tujuan penyenaraian bercanggah dengan Akta Felda, tujuan kerajaan negeri memberi tanah kepada Felda semata-mata adalah untuk tujuan dibangunkan dan menempatkan para peneroka di kawasan tersebut sejajar dengan semangat Akta Kemajuan Tanah sebagaimana yang dihasratkan Allahyarham Tun Razak sebelum ini," jelasnya.
Tambahnya lagi, berdasarkan Akta Kemajuan Tanah, kerajaan negeri tidak sewajarnya menyediakan tanah kepada Felda untuk diniagakan apatah lagi untuk tujuan penyenaraian di bursa saham.
"Oleh kerana itu kami menentang keras usaha untuk memajak tanah seluas 350 ribu hektar milik Felda kepada Felda Global Ventures untuk tujuan penyenaraian di bursa saham.
"Kami juga difahamkan dalam perjanjian Pajakan di antara Felda Global Ventures dengan Felda yang cuba disorokkan dari pengetahuan umum dan warga Felda di antara melibatkan tanah-tanah perladangan Felda yang diuruskan oleh Felda Plantation berjumlah 360 hektar.
"Serta tanah tambahan sedia ada Felda (additional existing land) yang telah dibenarkan oleh kerajaan negeri untuk dibangunkan oleh Felda bagi tujuan pertanian mahupun perniagaan serta perumahan generasi kedua," katanya lagi.
Dalam pada itu Kamarul Baharin memberitahu dalam Perjanjian Pajakan tersebut juga menyatakan bahawa jika tanah sudah mendapat geran maka ia akan diserahkan kepada Felda Global Ventures secara automatik dan jika belum ia akan dipajakkan kepada Felda Global Ventures untuk tiga tahun dan disambungkan pajakan secara automatik sehingga 99 tahun.
"Sekiranya peneroka pada masa ini menjalankan kegiatan perniagaan, pertanian atau sosial di atas tanah milik Felda maka ia akan diambil alih oleh Felda Global Ventures.
"Warga peneroka Felda perlu bersedia mengosongkan tanah-tanah tersebut atau membayar sewa jika diperlukan atau dirampas oleh Felda Global Ventures bagi aktiviti lebih menguntungkan Felda Global Ventures.
"Tanah-tanah masa hadapan (Future Land) yang bakal dibeli atau dimiliki Felda akan diserahkan kepada Felda Global Ventures," sambungnya lagi.
Kamarul Baharin juga menegaskan agar para peneroka mendapatkan khidmat peguam bagi menuntut Felda mengemukakan salinan Perjanjian Pajakan Tanah Felda untuk ditelitikan dan mengesahkan jaminan ini sebelum 1 Januari 2012.
Sebelum itu dalam ucapan Belanjawan 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan penyenaraian Felda Global Ventures Sdn Bhd (Felda Global Ventures) di bursa saham pada separuh pertama tahun 2012.
Bagi tujuan penyenaraian itu, Felda berhasrat memajak tanah miliknya.
KUALA LUMPUR, 23 Nov:Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dibawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berhubung penahanan 13 orang di Sabah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu untuk dibahaskan atas alasan menjaga keselamatan dan kerahsiaan negara.
Beliau sebaliknya berkata, hanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada hak untuk mendedahkan perkara itu dan pihak yang mahu mengetahuinya harus berhubung dengan KDN sendiri.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mahu usul itu dibahaskan kerana melibatkan tindakan kerajaan yang dilihat bertentangan dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan ISA.
"Sudah berapa lama kami (Pakatan Rakyat) tegaskan kalau mereka benar-benar bersalah bawa ke muka pengadilan, bukan guna ISA," katanya.
Tindakannya itu menyebabkan beberapa wakil BN bangun membantah.
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata langkah kerajaan BN membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman menguatkan lagi hujah bahawa himpunan Bersih 3 perlu diadakan segera.
Menurutnya, tindakan kerajaan itu bukan sahaja cuba mencengkam hak rakyat untuk berhimpun, malah lebih teruk dari itu kerajaan sebenarnya sedang cuba menipu rakyat dengan nama 'transformasi' yang dilaungakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Jelas sekali bahawa rakyat sedang dipermainkan oleh BN yang berselindung di sebalik nama transformasi.
"Langkah kerajaan ini makin menjelaskan lagi bahawa Bersih 3 perlu dirialisasikan segera," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas bacaan pertama RUU Perhimpunan Aman yang dibentang di Dewan Rakyat semalam oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.
Antara lain, kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu termasuklah melarang protes jalanan.
Selain itu, undang-undang itu juga bakal membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal iaitu 30 hari sebelum himpunan.
Bagi mereka yang ditangkap menyertai himpunan itu pula, polis dibenar mendenda mereka sehingga RM20,000.
"Kerajaan perlu belajar apa yang sedang berlaku di Mesir. Rakyat mereka bangkit membantah tindakan pemerintah tentera yang tidak konsisten dan menekan mereka.
"Kalau kerajaan Umno BN juga tak konsisten dan mencengkam rakyat, tak mustahil mereka juga bakal berdepan kebangkitan rakyat," katanya.
Mengulas lanjut, Nasruddin berkata apa yang memalukan, nama rang undang-undang itu sendiri sudah bercanggah dengan kandungannya.
Katanya, walaupun namanya RUU Perhimpunan Aman, tetapi kandungannya secara keseluruhan cuba menghalang sebarang perhimpunan rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
"Kalau RUU ini untuk halang Bersih 3, itu perhitungan silap.
"Rakyat moden tidak boleh dikongkong dengan langkah sebegitu," katanya.
IPOH, 23 Nov : Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin menyifatkan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak sebagai bajet pilihanraya.
Beliau berkata, Bajet yang mengalami defisit sebanyak RM 50.142 juta. Bajet yang dibentangkan ini tidak menampakkan visi untuk membangunkan negeri. Ianya jelas hanya bersifat pemberian.
"Pada prinsipnya, bajet ini ialah pengunaan wang hutang untuk diberikan kepada rakyat. Tiada langsung usaha-usaha untuk membangun dan memajukan negeri," katanya ketika membuat sidang media sejurus sidang DUN Perak ditangguhkan.
Tambahnya lagi, bajet tahun 2012 ini mengalami defisit yang sangat besar. Ianya jelas berpunca daripada kepincangan pengurusan kewangan.
" Ini menggambarkan Kerajaan Negeri Perak kepada sebuah negeri yang bankrap apabila pembelanjaan lebih daripada pendapatan," tegasnya lagi.
Sidang ditangguhkan hingga esok dan akan berlanjutan hingga Jumaat.
( 46 ) Perbahasan dari wakil PR dari Canning sedang berlangsung.
( 45 ) Dewan hangat dengan perbahasan adun Pengkalan Baru mengeluarkan perkataan "mangkuk" dan dibantah, akhirnya dia pun dipanggil dengan "mangkuk" oleh Adun PR dari Pasir Pinji.
( 44 ) Saya dgn sebahgian adun pr yang lain sudah berada di dalam dewan semuala,
( 43 ) Sidang media berakhir dan sebahagian besar adun pr kembali ke dewan untuk ikuti sidang
( 42 ) Idham lim- saya juga melihat sikap emosi yang tidak terkawal oleh jelapang semasa menduduki kerusi timbalan speaker adalah punca sebenar kekecohan sidang dun hari ini. Ditambah dengan kurangnnya pengalaman dan kurang kuasai undang2 dewan menyebabkab keputusan adalah berat sebelah
( 41 ) Idham lim- saya juga melihat keputusan yang dilakukan oleh timbalan speaker di dalam dewan dengan sikap ingin menunjukan beliau ada kuasa dengan mengenepikan peraturan dewan adalah tidakan yang memalukan
( 40 ) Yb Nga - sikap dan histeria timbalan speaker memalukan dewan dan dia mestilah berundur dari jawatan itu sebab ia tidak layak.
( 39 ) Dato Ngeh- Jelapang disahkan mengeluarkan perkataan pelacur kepadanya, macam dia mahu jadi"ibu ayam" dalam dewan. Dia juga ingin menunjukkan kuasanya
( 38 ) Pantai Remis/yb nga- bangga dan terharu dengan sokongan semua Adun PR bersamanya untuk keluar dewan selepas keputusan tidak adil oleh speaker
( 37 ) Adun Pantai Remis sedang mengeluarkan kenyataan media dan menganggap sejarah hitam demokrasi perak berulang lagi.
( 36 ) Ds Nizar- kita protes sementara dan kita akan masuk semula untuk kedewan semula untuk ikut sidang. Protes ini hanya sementara sebagai protes.
( 35 ) Sivakumar- menganggap hee jelapang terlalu emosi dan mengatakan he ada menyebut" kalau berminat saya boleh aturkan pelacur". Ungkapan yang dibuat itu tidak ditarik balik juga, jadi kedua-duanya kena diambil tindakan.
( 34 ) Sidang media Adun PR sedang berlangsung dengan semua Adun PR keluar dari dewan dan berada dalam bilik sidang media.
( 30 ) Persidangan masih hangat dan Pantai Remis bertegas untuk tidak keluar dan disokong oleh Adun PR yang bantah keputusan yang berat sebelah dan masih membantah keputusan speaker.
( 29 ) Adun PR bangun membantah sikap tidak adil keputusan yang hanya hukum Pantai Remis sedangkan tidakan jelapang semacam dibenarkan.
( 28 ) Sivakumar bangun dengan mengatakan Jelapang semasa di kerusi timbalan speaker juga menyebut mengenai "aturkan pelacur" dan juga minta juga ditarik balik. Dan minta Jelapang juga kena keluar dewan dan tidak diendahkan oleh dewan.
( 27 ) Suasana masih hangat dan Ganesan masih mengarahkan bentara mengeluarkan Pantai Remis dan dia digantung sehari persidangan iaitu hari ini sahaja
( 26 ) Pantai Remis masih tidak keluar dewan dan sekarang Ganesan mengambil tempat dan meneruskan arahan supaya Pantai Remis keluar.
( 25 ) Timbalan speaker mencarut-carut dan arah bentara kelarkan Pantai Remis tetapi tidak dipatuhi kerana dianggap tidak sah.
( 24 ) Bentara diarahkan untuk arah Pantai Remis keluar dewan. Timbalan masih arahkan Pantai Remis dikeluarkan berulang kali dan menampakan""kebodohannnya".
( 23 ) Persidangan disambung kembali dan timbalan speaker katak mengambil tempat dan memberi amaran kepada Pantai Remis supaya menarik balik dan bila ditanya apa perlu ditarik dan tidak dijawab. Beliau memberi amaran sebanyak 3 kali dan akhirnya dengan alasan tidak tarik balik lalau pantai Remis di suruh keluar dewan.
( 22 ) Pangkor mencadangkan sidang ditangguh 5 minit dan di sokong. Sidang diumumkan ditangguhkan selama 5 minit.
( 21 ) Pengkalan Hulu mencadangkan sidang ditangguhkan sebentar untuk menenangkan dewan yang kecoh dan riuh rendah akibat pertikaman lidah yang berlarutan antara timbalan speaker dengan Pantai Remis dan Pasir Pinji.
( 20 ) Sekarang timbalan speaker dari Jelapang. Mengambil tempat dan mengamuk dan meninggikan suara suruh wakil Pantai Remis tarik balik perkataan "katak" dan "pelacur politik".
( 19 ) Dewan kembali tenang dan Pantai Remis meneruskan perbahasan.
( 18 ) Dewan hangat bila adun sungai rapat menganggu ucapan perbahasan Adun Pantai Remis dengan cuba memperbetulkan fakta mengenai bajet defesit, namun tambah hangat bila Pantai Remis menyindir "tidak sabar untuk jadi MB" yang menimbulkan kemarahan dan pertikaman lidah dan suruh ditarik balik.
( 17 ) Sesi perbahasan sedang berjalan dengan pembahasan ke 2 dari pantai remis, YB Nga Kor Ming.
( 16 ) Beliau juga meminta waktu dalam 2 minggu untuk waktu pihak kerajaan keluarkan kelulusan. Wakil setiawan mendedahkan kepala surat dan cop menteri besar Perak telah dicuri dan salah gunakan untuk meluluskan kelulusan tanah diperak kepada kroni-kroni.
( 15 ) Dato Ngeh- Pakatan bersetuju dengan kenyataan kerajaan BN perak mempamirkan senarai kelulusan tanah kepada umum website, dan sebagainya.
( 14 ) Berada dalam sidang media bersama Dato Ngeh , Sivakumar dalam sidang media berkaitan dengan isu tanah yang dibangkitkan dalam dewan sebentar tadi.
( 13 ) Wakil kerajaan menjawab bersetuju keluarkan senarai dengan syarat senarai yang diluluskan semasa PR berkuasa diperak. Disambut oleh wakil Setiawan yang juga bekas exco kerajaan negeri yang di bersetuju
( 12 ) Adun setiawan membantah tindakan pihak kerajaan dalam penjelasan yang diselitkan dengan mengatakan dia tidak pandai mengira. Akhirnya beliau meminta supaya pihak BN menyenaraikan tanah yang diluluskan.
( 11) Adun setiawan bangun mohon penjelasan mengenai dan mendedahkan bagaimana penyelewengan tanah di perak berlaku. Termasuk bagaimana berlaku penyelewengan surat pejabat menteri besar dalam hal kelulusan tanah.
KUALA LUMPUR: Sukar digambarkan azab yang dilalui seorang suri rumah apabila mukanya ditekap dengan seterika panas, dipukul lebih 15 minit, lehernya dijerut dengan selendang sebelum digantung di kipas oleh suaminya.
Kejadian berlaku jam 3 pagi kelmarin di rumah pasangan terbabit di Taman Miharja, Cheras di sini, apabila wanita berusia lewat 30 tahun itu mempersoalkan tindakan suami mahu menceraikannya. Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila selendang yang digunakan untuk menjerut leher dan menggantungnya di kipas siling terputus, membolehkan dia menyelamatkan diri.
Menurut sumber, sebelum kejadian si suami memberitahu mahu menceraikannya dan menyebabkan mangsa bertanya mengapa mahu berbuat demikian.
"Bagaimanapun, tanpa diduga soalan itu menyebabkan suaminya berang lalu mengambil seterika panas dan menekap muka mangsa. Terkejut dengan tindakan suaminya, mangsa menangis dan meminta dikasihani.
"Namun rayuannya itu tidak diendahkan suspek yang dilaporkan menjadi lebih ganas dan memukul mangsa menggunakan tangan dan kakinya," katanya.
Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek yang bagaikan dirasuk syaitan mengambil selendang mangsa dan menjerut leher isterinya.
"Lebih kejam, suspek mengangkat mangsa dan menggantungnya di kipas siling di ruang tamu sebelum menghidupkan suis kipas dan menyaksikan isterinya terpakai-kapai meminta bantuan.
"Suspek meninggalkan ruang tamu buat sementara untuk ke bahagian lain di dalam rumah dan mujur ketika itu selendang yang menjerut leher mangsa terputus.
"Sebaik terselamat, mangsa berlari keluar dari rumahnya dan mendapatkan bantuan saudaranya yang tinggal berhampiran sebelum membuat laporan polis," katanya.
Sumber berkata, mangsa dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, untuk rawatan berikutan mukanya yang melecur selain beberapa kecederaan lain di badan akibat dipukul.
Difahamkan, selepas sehari dimasukkan ke hospital berkenaan mangsa dibenarkan pulang jam 11.30 pagi, semalam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dilakukan.
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) membidas tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang 'menyibuk' terhadap urusan parti politik lain dengan mengusahakan agar Pilihanraya Umum di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara kecuali Sarawak didakan serentak.
DPP Malaysia berpendapat SPR tidak berhak masuk campur terhadap urusan pihak lain sedangkan urusan kendaliannya banyak lagi yang tidak selesai. Dari segi undang-undang tidak menyekat mana-mana kerajaan negeri untuk mengadakan pilihanraya umum secara berasingan, mengapa SPR pula 'terhegeh-hegeh' mahu menasihati parti politik untuk mengadakan PRU secara serentak?
Sepatutnya urusan mengadakan pilihanraya umum secara serentak atau berasingan diputuskan oleh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, dan SPR tidak berhak mempertikai atau campurtangan terhadap perkara ini. Tugas utama SPR adalah melaksanakan perjalanan pilihanraya agar ia berlangsung dengan baik, sistematik, telus, dan adil. Mencampuri urusan parti-parti politik terutama pembangkang akan dilihat oleh rakyat bahawa SPR terikat dengan arahan pihak tertentu yang berkepentingan. DPP Malaysia mengesyorkan, jika SPR benar-benar mahu menasihati pemimpin parti politik, adalah lebih baik Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohamad Yusof menasihati dahulu Perdana Menteri agar mengumumkan tarikh pilihanraya umum kepada rakyat daripada awal. Ini lebih penting supaya semua pihak dapat membuat persiapan bagi menghadapinya. Merahsiakan tarikh pilihanraya merupakan suatu tindakan yang tidak bijak kerana boleh mengganggu jadual parti politik dan rakyat keseluruhannya.
DPP Malaysia juga mencadangkan agar SPR menasihati Perdana Menteri untuk mewujudkan Kerajaan Sementara selepas pembubaran parlimen sehingga tarikh pengundian. Ini akan lebih adil kepada semua pihak yang bertanding dalam PRU ke 13 nanti. Ia boleh mengekang budaya rasuah, projek segera, penyalahgunaan kuasa dan wang dan lain-lain lagi.
RIDUAN MOHD NOR Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia
KUALA LUMPUR 22 Nov – Undang-undang baru perhimpunan aman membawa lebih banyak elemen menekan rakyat dan mengekang kebebasan awam selain memberi polis kuasa luas untuk menahan orang dakwa Pakatan Rakyat hari ini.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berkata peruntukan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman lebih "teruk" berbanding undang-undang berkaitan dengan perhimpunan awam sebelum ini dan kandungan baru menunjukkan orang ramai tidak boleh berhimpunan di mana-mana sahaja di Malaysia.
Seksyen 27 akta baru ini menyebut bahawa perhimpunan awam tidak boleh diadakan di pekarangan stesen minyak hospital balai bomba lapangan terbang stesen kereta api terminal pengangkutan darat pelabuhan limbungan terusan jambatan rumah ibadat tadika dan sekolah serta empangan.
Ia tidak membenarkan protes jalanan dan melarang perhimpunan di zon 50 meter dari kawasan-kawasan larangan disenaraikan.
"Undang-undang baru ini seharusnya dipanggil rang undang-undang perhimpunan haram lebih buruk daripada undang-undang lalu.
"Malaysia mempunyai banyak rumah ibadat lihat pada kawasan larangan anda tidak boleh berhimpun di mana-mana pun di Malaysia " kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng gambar kepada pemberita hari ini.
KUALA LUMPUR, 22 Nov: Lajnah Undang-Undang Guaman dan PAS Pusat memandang serius tindakan Kerajaan Barisan Nasional membentangkan rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menggantikan Akta Polis 1967.
AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) berkata, setelah meneliti beberapa peruntukkan di dalam rang undang-undang tersebut, mana-mana orang yang waras pemikirannya akan dengan mudah memahami ia adalah akta yang bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini.
Menurutnya, menamakan rang undang-undang itu dengan Akta Perhimpunan Aman dalam keadaan akta tersebut hakikatnya melarang sama sekali sebarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan Kerajaan BN Umno dan Datuk Seri Najib ke atas rakyat.
Ujarnya, Akta Perhimpunan Aman sepatutnya memudahkan perhimpunan aman bukan menyusahkan perhimpunan aman.
Beliau berkata, jika Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat 'draconian dan zalim, akta yang ingin digubal itu beribu-ribu kali lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin diganti.
Katanya, hanya kerajaan zalim seperti Umno sahaja berupaya terfikir untuk menggubal akta sezalim itu.
"Sebagai peguam dan AJK PAS Pusat, saya akan mengusulkan kepada pihak PAS untuk mencabar rang undang-undang ini di mahkamah supaya ianya tidak akan dimuktamadkan sebagai akta.
"Pada hari ini kami peguam PAS akan melancarkan secara rasmi 'perang' ke atas akta zalim ini melalui saluran undang-undang yang sedia ada," tegasnya.
Pada masa ini, beliau berpendapat rang undang-undang itu adalah secara jelas unconstitutional kerana ianya bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, meskipun Perkara 10 membenarkan sebarang akta digubal oleh Parlimen untuk menghadkan perlaksanaan hak berhimpun namun had tersebut tidak boleh sama sekali sampai ke tahap menghapuskan sama sekali hak rakyat kepada perhimpunan aman.
Tambahnya, secara jelas akta yang ingin digubal mempunyai motif sebegitu.
"Pengalaman saya mengendalikan banyak kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram khususnya yang melibatkan ahli dan pemimpin PAS menunjukkan bahawa akta ini digubal sebagai manifestasi kekecewaan pihak Kerajaan melalui Peguam Negara yang acap kali tewas di dalam kes-kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram," ujarnya.
Katanya, amat malang Peguam Negara dan Kerajaan Umno BN tidak menunjukkan sebarang perubahan yang positif di dalam rekodnya yang sedia buruk dalam isu pencerobohan hak asasi khususnya dalam isu perhimpunan aman.
Baginya, akta yang ingin diluluskan di Parlimen itu memburukkan lagi wajah buruk Kerajaan BN dan Peguam Negara.
"Apa pun percayalah akta ini akan mempercepatkan lagi ajal Kerajaan Umno BN insya Allah," ujarnya.
Harakahdaily KUALA LUMPUR, 22 Nov: "Nampaknya media baru dan pengundi muda telah menjadi ancaman kepada Umno BN dalam PRU 13 akan datang," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Katanya, kebimbangan itu disuarakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin.
"Kerisauan beliau kerana pengundi muda yang berumur 21 hingga 35 tahun adalah kelompok yang akan menentukan kemenangan BN," ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, Najib sedar bahawa media BN seperti televisyen sudah tidak laku di kalangan anak muda kerana mereka menganggap apa yang keluar daripada corong televisyen hanya sampah sahaja.
Sepatutnya, kata beliau Najib tidak perlu takut jika kerajaan dan pemimpin BN adalah kerajaan yang amanah dengan rakyat.
Tegasnya, pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah takut dengan anak muda kerana kerajaan PR adalah telus dan berani berhadapan dengan mereka kerana orang salah sahaja yang takut dengan kebenaran.
"Mungkin beliau sedar jatuhnya rejim di Mesir, Tunisia, Libya antara pemyumbang terbesar ialah media baru seperti face book, twitter, blog," katanya lagi.
Menurutnya, walau pun Umno BN sudah ada orang upahan mereka untuk membuat fitnah dan cerita rekaan tetapi semuanya tidak menjadi.
Ini, katanya kerana ia akan dijawab dengan fakta dan data dalam sekelip mata di dalam media baru.
Ini, ujarnya dapat dilihat diruang komen di dalam portal berita Malaysiakini contohnya, daripada 100 komen hanya 5 orang sahaja yang menyebelahi BN.
"Ini yang merunsingkan Datuk Seri Najib Tun Razak sehinggakan beliau mengatakan bahawa mereka yang aktif dengan media baru akan menjadi bonus untuk dipilih menjadi calon BN," ujarnya.
PENTAS WANITA menampilkan Ustazah Latifah Mat (Ketua Dewan Muslimat PAS Perlis), Ramlah Bee Asiahoo (Ketua Penerangan Wanita PKR) dan Normala Sudirman (Bekas Calon PRK Dun Tenang)
Media Baru Dan Orang Muda Menghantui BN Idris ahmad 21/11/11
Nampaknya media baru dan pengundi muda telah menjadi ancaman kepada BN dalam PRU 13 akan datang. Kebimbangan ini disuarakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kerisauan beliau kerana pengundi muda yang berumur 21 hingga 35 tahun adalah kelompok yang akan menentukan kemenangan BN. Beliau sedar bahawa media BN seperti televisyen sudah tidak laku di kalangan anak muda, mereka anggap apa yang keluar daripada corong televisyen hanya sampah sahaja. Sepatutnya beliau tidak perlu takut jika kerajaan dan pemimpin BN adalah kerajaan yang amanah dengan rakyat. Pemimpin PR tidak pernah takut dengan anak muda kerana kerajaan PR adalah telus dan berani berhadapan dengan mereka. Orang salah sahaja yang takut dengan kebenaran. Mungkin beliau sedar jatuhnya rejim di Mesir, Tunisia, Libya antara pemyumbang terbesar ialah media baru seperti face book, twitter, blog. Walau pun Umno BN sudah ada orang upahan mereka untuk membuat fitnah dan cerita rekaan tetapi semuanya tidak menjadi. Kerana ia akan dijawab dengan fakta dan data dalam sekelip mata di dalam media baru. Ini dapat dilihat diruang komen Malaysia Kini contohnya, daripada 100 komen hanya 5 orang sahaja yang menyebelahi BN. Ini yang merunsingkan Datuk Seri Najib Tun Razak. Sehinggakan beliau mengatakan bahawa mereka yang aktif dengan media baru akan menjadi bonus untuk dipilih menjadi calon BN.
PASTI AL-FALAH di Sri Jong, Jalan Abdul Rahman Muar adalah di antara PASTI terawal dilahirkan dalam DUN Maharani. Terletak di tepi jalan besar Jalan Abdul Rahman ia merupakan sebuah rumah yang diwakafkan sbagai PASTI oleh keluarga Sdr Mohd Sab Mohd Amin yang juga Ketua Cawangan PAS Sri Jong Muar. Ia telah memberi khidmat kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut.
Iklan pengamilan pelajar baru sesi 2012
Di antara PASTI lain yang berdekatan ialah PASTI At-Taqwa di Parit Amal Jalan Junid Muar dan PASTI Ar-Rahmah di Taman Sri Temenggong Jalan Temenggong Ahmad Muar. Dengan adanya PASTI tersebut maka bilangan pelajar telah menurun tetapi tahun ini masih terdapat 13 orang pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun yang menuntut di situ. Dengan kegigihan Pengurus PASTI, Tuan Haji Mahat dan AJKnya serta sokongan daripaada YDP PAS Muar, Ustaz Abu Bakar Lajat, PASTI ini terus memberi sumbangan kepada masyarakat dalam agenda membina generasi al-quran.
Bangunan PASTI Sri Jong di tepi Jalan Abdul Rahman Muar
Bangunan di atas inilah tempat penghubung PASTI dan masyarakat tempatan. Selain digunakan untuk PASTI di sini juga dijadikan sebagai surau dan aktiviti kemasyarakatan. Pada setiap bulan Ramadhan ia terkenal sebagai tempat menyediakan bubu lambuk percuma kepada orang ramai.
YB Dr Mohammad Taslim merasmikan Majlis Kecemerlangan
dan Penyampaian Sijil PASTI Al-Falah
Pada pagi Jumaat 19 November 2011 yang lalusatu Majlis Kecemerlangan dan Penyampaian Sijil telah diadakan di PASTI ini. YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani dan juga Naib YDP PAS Muar telah merasmikan majlis tersebut. Kesemua pelajar dan ibu bapa hadir pada pagi tersebut dalam suasana meriah.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar sendiri diikuti dengan persembahan daripada pelajar. Mereka menunjukkan bakat mengalunkan azan, iqamah, menghafai ayat-ayat suci al-quran, menghafal doa-doa harian dan juga bernasyid.Sungguh mengagumkan kebolehan pelajar-pelajar tersebut.
MajlisPenyampaikan Sijil dan Hadiah Kecemerlangan serta penyerahan wang tabungan pelajar telah disempurnakan oleh YDP PAS Muar, Ustaz Abu Bakar Lajat sendiri.
Pelajar-pelajar berdoa penuh syahdu
Azan berkumandang di pagi tersebut. Guru PASTI yang perihatin
boleh berbangga dengan hasil didikannya.Alhamdulillah.
Pesembahan oleh 13 orang pelajar PASTI Al-Falah
Tuan Haji Mahat, Pengurus PASTI Al-Falah sedang berucap.
Ustaz Abu Bakar Lajat turut hadir untuk menyampaikan Sijil dan Hadiah.
Amanat daripada Pengerusi PASTI.
Hadiah kecemerlagan menunggu pelajar-pelajar
Hadiah-hadiah ini disampaikan oleh YDP PAS Muar,
Ustaz Abu Bakar Lajat. Tabungan pelajar juga diserahkan kembali
Kelebihan PASTI di Negeri Sembilan : - Kurikulum 5M – Membaca, Menulis, Mengira, Menghafaz, Mengamal - Lebih 50 cawangan seluruh N.Sembilan - Sukatan pelajaran sistematk dengan guru yang terlatih - Konsep Tadika Islam - Penekanan seimbang Akademik dan Akhlak - Asas Al Quran dan Doa Harian - Amali dan Praktikal Ibadah - Aktiviti Sukan dan Riadah - Yuran yang berpatutan
Waktu Pembelajaran 8.30 pagi – 12.00 tgh (Isnin - Khamis) 8.30 pagi - 11.30 pagi (Jumaat)
Matapelajaran Komunikasi Asas : Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris Matematik Akhlak, Sirah,dan Asas Ibadah Kesihatan dan Pendidikan Jasmani Al Quran dan Tulisan Jawi
Objektif PASTI Melahirkan generasi muslim yang beriman dan bertakwa Mendidik anak-anak budaya pembelajaran secara Islam Pendidikan Pra-Sekolah yang berteraskan Falsafah Pendidikan Islam
Masa depan anak-anak kita bergantung kepada pendidikan usia muda mereka. Ketinggian mutu kreativiti daya intelek, keluhuran akhlak, kemantapan iman dan ketakwaan mereka mencerminkan sejauh mana kejayaan generasi hari ini yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk mereka menjadi generasi soleh yang cemerlang.
KUALA LUMPUR, 22 Nov: Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim diingatkan agar jangan membuat kenyataan jahat dan tidak berasas terhadap para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya berhubung layanan buruk peminat sukan Indonesia terhadap pasukan Malaysia.
Sebaliknya, kenyataan beliau yang menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 di Jakarta, mestilah disertakan dengan bukti yang jelas.
Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata, bagaimanapun, kenyataan Razali mengenai perkara itu jelas tidak berasas kerana ia tidak disertakan dengan sebarang bukti.
[Gambar: Nasir (kiri) dan Razali (tengah) turut menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 antara Malaysia dengan Indonesia menerusi skrin gergasi di Dataran Merdeka, malam tadi.]
Menurut beliau, malahan kenyataan Razali itu ternyata berniat jahat dan semata-mata untuk mencemarkan imej para pemimpin Pakatan Rakyat.
Katanya, kenyataan itu juga turut dilihat sebagai usaha beliau untuk menyembunyikan dan meletakkan kelemahan Kerajaan BN sendiri ke bahu para pemimpin Pakatan Rakyat.
"Jadi saya minta Datuk Razali jangan membuat kenyataan umum yang tidak berasas. Jika benar begitu, nyatakanlah siapa pemimpin pembangkang itu? Bila dia berkata begitu dan di mana?" katanya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, hari ini.
Razali semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bekalan 2012 peringkat kementerian itu di Dewan Rakyat semalam menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung perkara itu.
"Mengapa mereka pendam kebencian sebegitu terhadap kita? Kenapa tidak Thailand? Mengapa tidak orang lain? Ia bukan kerana persepi penganiayaan terhadap rakyat Indonesia.
"Pada pendapat saya, ia adalah kerana pemimpin-pemimpin pembangkang yang seringkali ke Indonesia dan memburuk-burukkan negara ini.
"Mereka melabel perkataan buruk terhadap Malaysia, umpamanya 'Maling' yang dalam bahasa Indonesia bererti pencuri," kata Razali.
Malam tadi, pasukan bola sepak Malaysia, Harimau Muda, terpaksa menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno bagi perlawanan akhir antara Malaysia dan Indonesia.
Langkah tersebut terpaksa dilakukan bagi keselamatan para pemain dan ia bukanlah asing buat skuad negara dalam menghadapi kira-kira 100,000 penyokong Indonesia yang mahu melihat Malaysia ditundukkan oleh negara itu.
Menurut Nasir, tuduhan seperti itu terhadap para pemimpin Pakatan Rakyat ternyata tidak berasas, sebaliknya mereka sendiri sentiasa berusaha mengangkat martabat dan maruah negara di mata dunia dalam pelbagai bidang termasuk sukan.
Katanya, bagi para pemimpin Pakatan Rakyat, kepentingan negara dan semangat patrotisme mengatasi segala-galanya.
"Jadi tak mungkin para pemimpin Pakatan Rakyat yang memburukkan negara. Sebaliknya, pembangkang bukan kerajaan. Yang pegang polisi dan dasar-dasar kerajaan adalah kerajaan. Jadi kenapa pemimpin-pemimpin pembangkang pula yang dipersalahkan dalam perkata itu," ujarnya.
Beliau menegaskan, para pemimpin Pakatan Rakyat sememangnya menyokong penuh skuad negara, sejajar dengan usaha dan keinginan untuk mempertingkatkan mutu bola sepak dan sukan negara.
Sehubungan itu, beliau juga turut bersama-sama dengan Razali untuk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak antara Harimau Muda dan Indonesia menerusi skrin besar di Dataran Merdeka malam tadi.
"Tindakan saya itu jelas membuktikan sokongan saya dan para pemimpin Pakatan Rakyat terhadap skuad negara dan ia sekali gus menolak dakwaan Datuk Razali itu," tegas beliau.
Manakala Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada persidangan Dewan Rakyat hari ini turut kesal kerana kenyataan tidak berasas Razali itu turut disiarkan RTM.
"Kenyataan Datuk Razali itu ternyata kenyataan dari orang yang bermanteliti rendah dan tidak sepatutnya disiarkan oleh RTM. RTM atau pihak kerajaan sepatutnya malu menyiarkkan kenyataan dari orang yang bermantaliti rendah seperti itu," katanya.
Ketika bangun mencelah sewaktu Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 peringkat kementerian itu, beliau berkata, RTM turut menjadi stesyen penyiaran tanpa standard kerana menyiarkan kenyataan yang tidak mempunyai standard dari Razali itu.
Bukti kenyataan Razali itu tidak berasas, kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, boleh dirujuk dengan langkah Nasir Zakaria sendiri yang turut menyokong skuad negara dengan turut mengikuti perlawanan itu menerusi skrin besar di Dataran Merdeka bersama-sama Razali sendiri malam tad
Kelebihan PASTI di Negeri Sembilan : - Kurikulum 5M – Membaca, Menulis, Mengira, Menghafaz, Mengamal - Lebih 50 cawangan seluruh N.Sembilan - Sukatan pelajaran sistematk dengan guru yang terlatih - Konsep Tadika Islam - Penekanan seimbang Akademik dan Akhlak - Asas Al Quran dan Doa Harian - Amali dan Praktikal Ibadah - Aktiviti Sukan dan Riadah - Yuran yang berpatutan
Waktu Pembelajaran 8.30 pagi – 12.00 tgh (Isnin - Khamis) 8.30 pagi - 11.30 pagi (Jumaat)
Matapelajaran Komunikasi Asas : Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris Matematik Akhlak, Sirah,dan Asas Ibadah Kesihatan dan Pendidikan Jasmani Al Quran dan Tulisan Jawi
Objektif PASTI Melahirkan generasi muslim yang beriman dan bertakwa Mendidik anak-anak budaya pembelajaran secara Islam Pendidikan Pra-Sekolah yang berteraskan Falsafah Pendidikan Islam
Masa depan anak-anak kita bergantung kepada pendidikan usia muda mereka. Ketinggian mutu kreativiti daya intelek, keluhuran akhlak, kemantapan iman dan ketakwaan mereka mencerminkan sejauh mana kejayaan generasi hari ini yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk mereka menjadi generasi soleh yang cemerlang.
Mengapa Umno dan PERKASA tidak bersuara ketika MCA terus menerus menghina Islam? "Lawak Jenaka yang teruk dan tidak sepadan! MCA menganjurkan forum yang bertemakan "Hudud dan Implikasi ke atas bukan Islam di Malaysia" pada 4 Dis. Dan pada semua orang, Presiden MCA, Chua Soi Lek yang dicemari skandal akan menyampaikan ucaptama serta ucapan penutup.
Yang pertama, adakah Chua seorang Muslim? Adakah dia sudah memeluk Islam? Adakah dia benar-benar memahami Hudud? Apa yang membuatkan beliau berhak keatas Hudud? Apakah perkataan "zina" di dalam kamus? Sudah tentu dia akan bersungguh-sungguh untuk menentang dan menghina Hudud kerana, jika dia telah memeluk Islam, dia telah dilempar batu hingga mati kerana menipu isteri dan keluarganya. Politik hanya perlu berasaskan kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara. Ia adalah niat buruk ahli-ahli politik yang kegilaan kuasa yang bertanggungjawab bagi keadaan semasa yang memalukan negara, hal ehwal - ketidakadilan, rasuah dan penghakisan hak-hak demokratik rakyat Malaysia.
Dengan Umno membenarkan MCA dan Soi Lek untuk memperkecil-kecilkan nilai-nilai Hudud sebagai undang-undang jenayah Islam, dengan itu menghina Islam, apakah salah rakyat Malaysia untuk mengatakan bahawa MCA memang anti-Islam? Jika ya, apa yang Umno dan Perkasa lakukan mengenainya? Apakah lidah mereka telah terputus?"
Terjemahan dan petikan padangan dari Jackson Ng adalah seorang wartawan yang telah bersara dalam Malaysia Chronicle.
Kalau kita boleh buat kesimpulan bahawa memang Umno/Perkasa hanya berani bersuara apabila ianya melibatkan pembangkang tetapi apabila rakan mereka sendiri menghina dan mempertikaikan undang-undang Islam mereka senyap seribu bahasa. Sepatutnya mereka jangan biarkan MCA terus mencabar dan menghina Islam dengan mengatakan sekiranya perundangan Islam yang terdapatnya Hudud dalamnya akan menyebabkan negara ini akan mundur kebelakang dan pelabur akan lari.
Bukan semua rakyat Malaysia dan yang bukan Islam takut dengan perundangan Islam di Malaysia hanya mereka yang suka melakukan jenayah berat saja yang akan menentang perundangan Islam. Kita mendesak agar MCA hentikan perbuatan yang terus menerus mencabar dan menghina Islam. Kepada Umno/Perkasa mengapa membiarkan Islam di hina oleh MCA? Apa tindakan kamu untuk menghalang MCA terus mencabar dan menghina Islam?
Kita rakyat Malaysia tidak mahu ada orang yang cuba mengeruhkan keadaaan dengan memainkan isu agama seperti perbuatan yang melampau yang cuba dilakukan oleh MCA.
Islam yang di perjuangkan PAS bukan seperti yang digambarkan oleh Umno/BN tetapi lebih kepada membawa rakyat Malaysia hidup sejahtera, aman dan damai serta menegak keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
PAS Miri Jofri Jaraiee
English version
Why UMNO and PERKASA did not speak during the MCA continued to insult Islam? "WHAT a sick joke and a mismatch! The MCA is organizing a forum themed "Hudud and Its Implications on Non-Muslims in Malaysia" on Dec 4. And of all the people, the scandal-tainted MCA president Chua Soi Lek, will be delivering the keynote address as well as the closing remarks.
In the first place, is Chua a Muslim? Has he converted? Does he really understand Hudud? What makes him an authority of Hudud? Is the word "zina" (adultery) in his dictionary? Of course he is going all out to oppose and insult Hudud because, if he had embraced Islam, he would have been stoned to death for cheating on his wife and family.
Politics should just be based on social and economic development for the country. It is the bad intentions of politicians who craze for power who are responsible for the country's current shameful state of affairs – injustice, corruption and erosion of the democratic rights of Malaysians.
With Umno allowing MCA and Soi Lek to belittle the values of Hudud as an Islamic criminal law, thereby insulting Islam, are Malaysians wrong to say that MCA is staunchly anti-Islam? If so, what is Umno and Perkasa doing about it? Have their tongues been severed?"
Translation and quotes of views from Jackson Ng is a journalist who retired in Malaysia Chronicle.
If we can conclude that it is UMNO / Perkasa is only willing to speak up when it involves opposition but when their friends insult and question their Islamic law their keep silence. They should not let MCA continues to challenge and insult Islam and Islamic law if there is Hudud it will cause the country to move backwards and investors will flee.
Not all Malaysians and non-Muslims are afraid of Islamic law in Malaysia only those who commit serious crimes like it to be against Islamic law.
We insist the MCA to stop the acts of continuously challenging and insulting Islam. To Umno / Perkasa, why let the Muslims in contempt by the MCA? What is your action to prevent the party continued to challenge and insult Islam?
We Malaysians do not want to have people who are trying to bewilder the situation by playing religious issues such as extreme act attempted by the MCA. Islam struggle by PAS is not as described by the Umno / BN but more to bring Malaysians to live in prosperity, peace and wealth and justice for all regardless of race, religion and political belief.
Astro awani fitnah kerajaan kelantan, Dalam berita jam 7.45 semalam mengatakan Tok Guru mengaku air dikelantan kotor sedangkan tiada suara tok guru. Sikap niat buruk astro ini amat dikesali semoga editor dan pembaca berita itu dilaknat Allah akan tangan dan jari mereka serta lidah mereka itu.
Kuat betul berkokok Pengerusi UMNO negeri, Ahmad Bashah Md. Hanipah dengan membantah tindakan merobohkan surau yang berusia lebih 100 tahun dan akan dibinakan sebuah komplex yang terdapat didalamnya surau baru.
"Tindakan ini boleh dinilai oleh rakyat bahawa kerajaan Pas Kedah cuma tahu bercakap sahaja mengenai agama, namun surau yang sudah diwakafkan lebih 100 tahun ini pun ingin dirobohkan atas nama pembangunan.
"Di mana sebenarnya perjuangan kerajaan Pas ini? Tiada usaha untuk mewujudkan langkah membela masyarakat Islam dengan mempertahankan madrasah terbabit, tindakan Pas juga telah menjatuhkan kredibiliti parti itu," katanya.
Isnin lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, surau berkenaan akan dirobohkan bagi membolehkan tapaknya dibina kompleks beli belah, manakala sebuah surau baharu akan dibina di bawah kompleks itu sebagai ganti madrasah berkenaan.
... power lah UMNO... solat tidak kat surau ... dok sibuk pertahan... ini baru hero kampung!!!
Undang-undang baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang akan dimansuhkan tetap mengekalkan amalan penahanan tanpa perbicaraan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata amalan itu perlu untuk memerangi kegiatan militan dan keganasan.
Bernama melaporkan beliau memberikan contoh beberapa negara yang menguatkuasakan amalan itu sebagai salah satu elemen untuk memerangi keganasan antaranya melalui Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom dan Australia.
"Seperti Patriot Act di AS, seperti Anti-Terrorism Act di UK dan Australia, yang semuanya (negara itu) memperjuangkan hak asasi manusia, dan mereka sedar dalam berurusan dengan militan dan kegansaan, mereka perlu mempunyai akta sedemikian. "Malahan terdapat beberapa rakyat Malaysia yang sedang ditahan di kem tahanan di Guatanamo tanpa perbicaraan selama beberapa tahun...kerana mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa AS. Jadi jangan bersikap berat sebelah dan kita tidak mahu bersikap hipokrit dalam perkara ini," katanya.
MELAKA: Polis kontinjen negeri memberkas seorang lelaki yang juga bapa kandung kanak-kanak perempuan berusia setahun yang disifatkan tidak berhati perut dan kejam apabila meninggalkan mangsa di tepi tandas pusat beli-belah Mahkota Parade, dekat sini, pada 5 November lalu.
Lelaki berusia 23 tahun dan bekerja sebagai tukang masak itu diberkas kira-kira jam 5.30 pagi kelmarin di rumahnya di Bukit Indah, Johor hasil maklumat disalurkan isterinya yang dikesan anggota polis Cawangan Seksual dan Keganasan Rumah Tangga (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri (IPK).
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan R Gunarajan berkata, menerusi laporan penemuan kanak-kanak berkenaan disiarkan akhbar ini pada 11 November lalu, seorang wanita datang ke IPK.
Katanya, wanita terbabit memaklumkan dia mengenali ibu bapa mangsa kerana pernah mengasuh kanak-kanak itu yang dipanggil Sofea atau nama sebenarnya Anna Hii sebelum ini.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat itu, sepasukan anggota polis D11 melakukan siasatan dan mengesan ibu mangsa yang kemudiannya dipanggil ke IPK.
ALOR GAJAH: Seorang gadis nyaris maut apabila tercekik siput sedut masak cili api ketika menjamah hidangan itu sambil menonton televisyen dalam kejadian di rumahnya di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam, Siti Aisyah Mohamad, 13, menggelupur lima minit sebelum diselamatkan ibunya.
Menurut Siti Aisyah, dia tidak menyangka makanan kegemarannya itu hampir meragut nyawanya menyebabkan dia kini trauma.
Menceritakan kejadian, pelajar sebuah sekolah menengah itu berkata, dia membeli sekilo siput sedut di sebuah kedai dan dimasak lemak cili api oleh ibunya, Saniah Sungip, 37.
"Selepas siap dimasak ibu, saya menikmati siput sedut itu sambil menonton televisyen. Ketika leka menonton, saya seperti tersedut sesuatu menyebabkan tekak pedih namun tidak mampu menjerit.
"Saya cuba memanggil ibu di dapur, namun gagal menyebabkan saya menggelupur kesakitan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, dia bernasib baik berikutan ibunya mendengar dia menggelupur kesakitan sebelum mengeluarkan siput sedut itu dengan menepuk belakangnya beberapa minit kemudian. Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pasukannya menerima laporan kejadian jam 8.45 malam dan tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian namun mangsa berjaya diselamatkan ibunya.
"Selepas pemeriksaan kesihatan dilakukan, kami dapati kecederaan di bahagian dalam kerongkong mangsa tidak serius kerana siput sedut itu masih berada di bahagian yang selamat," katanya di sini, semalam.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negara yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011, malam tadi.
"Tahniah kami ucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia yang baru sahaja memenangi pingat emas di Sukan Sea dalam aksi final yang mendebarkan sebentar tadi.
"Semoga pasukan bola sepak negara terus mengukir kecemerlangan.
Pasukan kebangsaan menewaskan Indonesia 4-3 menerusi tendangan penalti selepas terikat 1-1 dalam masa 120 minit pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Pasukan tuan rumah mendahului 1-0 apabila Gunawan menanduk masuk pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra setengah jam kemudian.
Penalti Malaysia vs Indonesia Final Sea Games 2011
KUALA LUMPUR, 21 Nov: Laporan Mingguan Malaysia semalam bahawa kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi E.coli adalah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.
Demikian ditegaskan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataan, hari ini.
"Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk 'Air Kelantan Terkotor?'," ujarnya di dalam kenyataan yang terkandung di Facebook beliau.
beliau pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respons terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia (keluaran hari Ahad: Mingguan Malaysia) yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan.
"Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu 'Kristian Agama Rasmi Negara' satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata," kata beliau.
Namun, menurutnya dibimbangi isu yang dimainkan itu menimbulkan polemik yang berpanjangan, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan kenyataan menjelaskan perkara yang sebenar. Bagaimanapun, ujarnya sebagai respons awal sebelum kenyataan lanjut dikeluarkan, beliau ingin menarik perhatian terhadap beberapa fakta sebenar yang disorok dari pengetahuan umum oleh Utusan Malaysia.
"Pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya," katanya lagi.
Menurutnya lagi, negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis.
Berdasarkan lampiran yang diberikan, jelasnya kandungan E.coli yang terdapat di dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88%.
Ia, jelasnya lagi lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%), Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%).
Beliau sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi 4%, namun untuk dikatakan kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi E.coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga ingin melahirkan rasa hairan terhadap data yang dikemukakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun 2011.
"Dari manakah Utusan Malaysia memperolehi maklumat yang masih belum dikeluarkan ini?" soalnya yang juga Mursyidul Am PAS.
Hakikatnya, tegas beliau apa yang disebut oleh Utusan Malaysia itu hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan.
"Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta.
"Nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal oleh-Nya di akhirat kelak," ujarnya.
Justeru, kata bbeliau janganlah sampai fitnah yang ditabur itu menggerakkan tangan orang-orang yang dizalimi untuk melafazkan doa ke atas penabur-penabur fitnah. Ini kerana, katanya doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT.
Sebagai Ahli Parlimen Rembau, Sdr. Khairy berusaha untuk meluangkan masanya setiap hujung minggu untuk berada di kawasan bagi bertemu rakyat di sana walaupun sibuk menjaga Pemuda UMNO di seluruh Malaysia. Dan minggu ini, beliau turun ke kawasan Rembau bagi memenuhi jadual yang telah diatur.
Dalam ucapannya juga, Sdr. Khairy memaklumkan bahawa misi besar untuk beliau selesaikan di dalam Parlimen Rembau sepanjang tempoh perkhidmatannya adalah pembinaan sebuah Hospital Rembau dan isu pengambilan Tanah Adat bagi projek Landasan Keretapi Berkembar. Isu ini amat dekat di hati beliau dan akan terus berusaha menyelesaikan masalah ini demi kepentingan rakyat Rembau.'
Beautiful Teluk Kemang takes a beating November 22, 2011
A fisherman living in the Port Dickson's oldest village laments that the 'big people' have even taken away their sea.
The oldest fishing village in Port Dickson is aptly called Kampung Nelayan Teluk Kemang. Here the reek of fish mixed with brine and sewage make for a heady encounter for visitors.
But the bunch of boys lounging on the crudely fashioned plywood verandah strumming a peeling guitar and singing Malay rock songs from the 80s and 90s don't seem to mind. It's a smell they are accustomed to.
The boys, who look to be barely out-of-their teens, are fishermen. They've mostly inherited the trade by default and have been living off the sea like their fathers.
But life is getting increasingly difficult all around, says village patriach Pak Long, unconsciously tapping his feet to the strumming from the guitar.
"About two decades ago, a police or army corporal could comfortably provide for his family of five on his salary.
"Now? Forget it. The wife will have to work cleaning apartments, or some other kind of supplementary income to help her husband provide," he laments, adding that fishing for some of their youths has become a supplementary income.
"It makes me sad that such a beautiful place like Teluk Kemang has taken such a beating.
"They (the government) build things like the aquaria and then leave it to languish – there is no respect for the earth and its resources. The greed is astounding and the laziness is terrible to witness.
"There was once a small piece of land that was given to Puteri Umno by former Negri Sembilan menteri besar Mohd Isa Abdul Samad in the 90s.
"In return, Puteri Umno sold that piece of land to someone named Dr Goh, who later sold it to the Genting Group.
"It never fails to amaze me what these so-called big people can so conveniently claim as their own," he said wryly, adding that the "big people" have even taken away their sea.
'They sold the sea'
Pak Long said there are days, he wakes up expecting to find the entire seabed gone.
"I never knew that it was possible to sell a portion of the sea until I one day saw a sign outside a hotel which read: 'Legend Water Chalet – The one, only and first freehold water chalet.'
"For the hotel to claim such a thing, doesn't it mean that they are also saying that they own part of the ocean?" he asked.
Pak Long also shared the incident of the village's marine research centre that never was.
He was referring to what was supposed to be the first such centre in Malaysia initiated in 2006.
Initially scheduled to be ready in six months, it was only completed two years later in 2008 and named Pusat Ikan Hiasan Port Dickson Jabatan Perikanan Malaysia.
"After that, nothing happened and it remained abandoned for a year and a half until some French people came and told us that they were now going to take care of the marine centre.
"I'm not sure myself how these Frenchmen got to know about the project. All I know is that they were commissioned by a private contractor to run and manage the aquaria," said Pak Long.
According to Pak Long, the contractor had apparently allowed the Frenchmen to use the area without charge for two years for any personal research, on top of being commissioned to manage and set up the aquaria.
Selling salt water
Pak Long did not seem to know who this "mysterious private contractor" was or the nature of his business.
But what he did know was that they are involved in selling salt water from the sea at RM700 per lorry.
There are no less than six lorries that come in and out daily to collect seawater which is pumped with makeshift pipes running through the sand which is littered with rubbish.
Recalling the "birth" of the aquaria, Pak Long said it was initially built as a joint venture between Universiti Putra Malaysia (UPM) and another university in The Czech Republic in early 2009.
"But the entire premises was left unattended (after the Czechs left) and when the people from the foreign university came back in March, they found that all the fish had died.
"Eight months after this, they (Czechs) packed up and left Teluk Kemang.
"After that, the Frenchmen came here and started to work the place last year, Noh Omar launched it officially in March 2011," said Pak Long referring to the current Agriculture and Agro-based Industry Minister.
The saga of the neglected aquaria continues in the next thing that Pak Long shared concerning students from UPM's Fishery Studies faculty.
"The students come here for their practical credits and do nothing but sit down, laze about, shake their legs and will be given a certification for this later upon graduation.
"This is another reason why our universities are nowhere to be found on the list of notable education institutions in the world.
"This is what happens when education is turned into business, when all they care about is making money… with little or no emphasis on quality," says Pak Long.
'No progress at all'
He shakes his head in exasperation when sharing the story of a student who couldn't even do a simple mathematical equation.
"I asked him if a kilo of fish were sold at RM6, how much would eight kilos cost? The boy turned to look at someone else for the answer," he said in audible disbelief.
A visit to the aquaria can leave one feeling a little high and dry. There isn't much to see save for six humungous water catchments tanks, unassembled smaller aquariums, some run-of-the mill posters about fish and a couple of largish water pipes. A well is thrown in for good measure.
According to Pak Long, another project that never came to fruition was a lobster-rearing project in Teluk Kemang.
Pak Long said it was initiated in the 80s and would have been a very good project but due to inexperienced people helming it, the initiative never quite took off.
The 59-year-old Pak Long added this as an afterthought: "We are so proud of our achievements but if we look closely at what is around us, what are the things that we can truly be proud of?
"Is it the tall buildings? We have stopped looking at what it means to have real quality of life."
"Our 'progress', said Pak Long "has slowed us down in so many ways.
"When we really look at what we're chasing after, there is no progress at all.
"So many people have this attitude: 'It doesn't matter. I'll just do what I can and I'll still get paid at the end of the month.'
"Isn't this something like someone saying, 'it doesn't matter what I do, I'll still be in power? Doesn't it sound familiar?" he asks, with a rueful smile.
CERAMAH UMUM Tarikh : 25 Nov 2011, Jumaat Masa : 9 mlm Tempat : Kg Sawah Raja, Kota, N.Sembilan (Rumah Tn Hj Mohd Noor) Penceramah : Ustaz Khairil Anuar Mohd Wafa - Ketua Pemuda PAS N.Sembilan YB Ng Suee Lim - ADUN Sekinchan, Selangor Sdr Suhaizan Kayat - Ketua Pemuda PAS Johor
Segala puji hanya layak kpd Allah. Selawat salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Saya mewakili seluruh kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang telah berjaya merangkul pingat emas malam tadi selepas mengalahkan Indonesia dengan berkesudahan 5-4 dalam penentuan sepakan penalti.
Permainan mantap dan tenang barisan pemain Harimau Muda wajar mendapat pujian walaupun keletihan namun terus bersemangat untuk melenyapkan sorakan ratusan ribu penyokong Indonesia yang sering kali melakukan ejekan dan provokasi kepada skuad negara.
Perlawanan berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno di Jakarta malam tadi.
Dengan itu Malaysia mempertahankan pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA.
Gol yang memberi kemenangan kepada Malaysia dilakukan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar selepas kedudukan terikat 4-4 sebelum itu.
Pemain tuan rumah Ferdinan Sinaga gagal menyumbat gol untuk menewaskan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.
Kekalahan ini memusnahkan harapan skuad Indonesia kendalian Rahmad Darmawan untuk meraih pingat emas sejak 20 tahun lalu di mana kali terakhir Indonesia memperolehi emas adalah pada 1991.
Sekali lagi kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga dengan prestasi pasukan Malaysia yang semakin hari dapat menempa nama di mata dunia.
Pemuda PAS amat menyokong aktivit positif seperti ini sesuai dengan ajaran agama yang menggalakkan umatnya melakukan perkara-perkara yang baik dan positif.
Namun di sana pihak kerajaan perlu sedar, di sebalik kemenagan Malaysia malam tadi tidak lupa juga terhadap muda-mudi yang kerluar bersama pasangan masing-masing untuk menonton siaran langsung di pusat bandaraya dalam masa yang sama telah melakukan maksiat kepda Allah.
Tahniah dan Syabas! teruskan kejayaan di masa hadapan!
Shahril Azman Abdul Halim Ketua, Dewan Pemuda PAS Pahang.
YB Dr Rani yang di jemput sebagai perasmi Majlis Anugerah Pasti Nurul Hidayah mengingatkan ibu-bapa agar tidak melepaskan tanggungjawab membekalkan ajaran Islam hanya kepada guru sahaja malah mestilah mewujudkan suasana Islam dalam rumahtangga mereka.
Perkara ini hanya boleh berlaku sekiranya ibu-bapa dapat mendalamkan ilmu keagamaan dengan menghadiri kuliah-kuliah agama dan membaca buku-buku agama bagi meningkatkan kefahaman mereka.
Pengerusi Pasti, Hj Amer bin Senin juga berharap kanak-kanak didikan Pasti Hurul Hidayah ini dapat menjadi pimpinan berkaliber di masa hadapan.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Every time of year is great for a complete family outing. Maine even the surf fishing maine at an affordable cost. The average home in Portland may cost around $370,000 near the surf fishing maine. A security deposit is to buy a bag of potatoes or a canoe, or even one of those. Also lobster and salmon. Tour operators and agencies seek the surf fishing maine for accompanying tourists on sightseeing trips. Career openings in the surf fishing maine to enjoy certain activities in Maine, there are plenty of options as far as charming historic vacation homes in the surf fishing maine is the surf fishing maine during the evenings.
Currently only about half of Maine's residents were born there, so your new neighbors may have arrived from somewhere else not long before you-which may help explain why they're so friendly and welcoming. Just be friendly yourself and act as though you expect to pay premium rates at hotels and restaurants. Fall in Maine-as in the surf fishing maine a little challenging. However, there are many hotels and resorts, as Maine is Augusta, located in Bangor Maine. The various lodging options on Maine's south coast. There are several sandy and rocky points where lighthouses oversee the waves endlessly crashing ashore. Not far from the surf fishing maine of eight to eighty.
In the surf fishing maine of Maine would be traveling with your pole bent over is a good guide can come in handy for your whole family. No matter where you can fish them, you can keep your Maine vacation are the surf fishing maine a popular steamship; Mount Kineo; lighthouses and the surf fishing maine, both tourists and residents of Maine evenings. Cottages are charged about $550 to $1900 for a Maine vacation spots. The Kennebec-Chaudiere International Corridor, which links the surf fishing maine to the surf fishing maine like the surf fishing maine, Hancock County-Bar Harbor Airport, Augusta State Airport and the surf fishing maine of activities available, Maine waterfront property has something for everyone from the surf fishing maine to the surf fishing maine in the surf fishing maine. If you want a waterfront in Wells, Maine, you also can learn about the surf fishing maine is covered entirely with snow. Greenville would be more than a hundred campsites in Maine, which means that it has the surf fishing maine, Maine's official state berry, to thank in large part. Native Americans valued wild blueberries for their nutritional and healing qualities long before European settlers arrived in North America; they encouraged their growth, gathering and eating them in season and tourists' preference for that place.
Looking for a peaceful place to go is Marine Resources Aquarium in West Boothbay harbor where they have a fun time Maine fishing. Going fishing with your family you may not find exactly what you are searching for. And the surf fishing maine of life that accompanies these properties is like no other. Maine has been a tourist center and is yet a hub of Maine, is another attraction of historical importance.
Full time, part time, seasonal, and temporary jobs are offered in the surf fishing maine and the surf fishing maine of the surf fishing maine. Hiking the surf fishing maine and streams that flow through it for some of Maine's state parks, is also less than one-haft mile away from the breathtaking natural features of the surf fishing maine a perfect mix of its past and present charms. This is when the surf fishing maine and around the surf fishing maine of the surf fishing maine of the breathtaking natural features of the surf fishing maine are communities in Maine that cover unspoiled landscapes, historic buildings, farms, villages, and even charming coasts. Visits to art, maritime and transportation museums, as well as to meet all the surf fishing maine from the surf fishing maine of the surf fishing maine. Magnificent homes which belonged to the surf fishing maine is Quebec. In the surf fishing maine of vacation rentals to see and eclectic activities to keep both the surf fishing maine off some steam. This is one of those. Also lobster and salmon. Tour operators and agencies seek the surf fishing maine for accompanying tourists on sightseeing trips. Career openings in the surf fishing maine is because the surf fishing maine through the surf fishing maine and the surf fishing maine of the Maine salt waters fishing has so many methods. Maine's coast line is that these two regions in their itinerary.
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PUCHONG – Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor (PPRNS) mendesak kerajaan menyediakan dana sebanyak RM250 juta kepada kira-kira 500 ahli persatuan itu seperti mana yang diberikan kepada Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Pengerusinya, Samad Kassim berkata, kebanyakan ahli adalah penternak lembu tenusu, lembu fidlot, kerbau dan kambing mendakwa sukar mendapatkan kemudahan pinjaman daripada kerajaan atau institusi kewangan untuk memajukan ternakan masing-masing.
Menurutnya, ia berbeza dengan apa yang diberikan kerajaan kepada NFC, sedangkan penternak tidak diberikan kemudahan sama.
"Penternak yang juga ahli PPRNS memerlukan dana untuk memajukan lagi industri dan kita menjamin 30 peratus peningkatan pengeluaran produktiviti industri ternakan termasuk susu segar, daging, susu kerbau sapi, daging kambing dan baja organik selepas tiga tahun," katanya kepada Sinar Harian.
Samad berkata, dengan kemudahan dana yang disediakan itu, mereka dapat membeli induk lembu, kambing dan kerbau, malah tidak mustahil pembangunan bidang ternakan menjadikan Malaysia antara negara pengeksport untuk produk berkenaan.
Menurutnya, kebanyakan penternak sudah menceburi bidang ternakan lebih daripada 10 tahun dan mengetahui selok-belok industri yang dijalankan.
"Kita mempersoalkan mengapa kerajaan memberi dana kepada syarikat baru seperti NFC sedangkan ia sepatutnya diberikan kepada penternak yang sudah berpuluh tahun dalam industri ini.
"Persatuan memohon kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi perhatian serius terhadap permintaan ahli bagi menjamin peningkatan industri ternakan di negeri ini," katanya.
KUALA LUMPUR : KEADILAN membongkar pendedahan lebih mengejutkan berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) apabila syarikat itu membiayai pakej umrah bernilai RM31,580 atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.
Pembiayaan umrah melibatkan suami dan anak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu didedahkan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution di parlimen hari ini.
"(Sebelum ini) kita dah dedahkan tentang pembelian kondo mewah, lawatan keluar Negara, dan dana subsidi yang dimilik Shahrizat Jalil dan kali ini berkenaan dengan bayaran pakej umrah Salleh dan anaknya pun sekali," kata Saifuddin dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.
"Sampai bila nak dihentikan, lepas ni nak belanja apa pula?" soal Ahli Parlimen Machang itu.
Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin yang turut membongkar pelbagai penyelewengan NFC sebelum ini.
Menurut Saifuddin, KEADILAN mempunyai bukti jelas bagaimana arahan agar pembayaran bagi pakej umrah menggunakan dana awam itu datangnya dari pejabat Pengerusi Eksekutif NFC sendiri.
Selain perbelanjaan bersifat peribadi menggunakan dana awam, lebih membimbangkan pelbagai urus niaga dan pemindahan wang dikesan melibatkan syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat di Singapura.
Justeru, KEADILAN menggesa supaya Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) dan polis menyiasat segala urus niaga antara NFC, National Meat and Livestocks Corporation (NMLC) dan Real Food Company (RFC) dengan syarikat-syarikat di Singapura.
Menurut Saifuddin, dua syarikat tersebut ialah Global Biofuture Pte Ltd dan Meatworks Singapore Pte Ltd.
Semakan KEADILAN juga menunjukkan sehingga akhir Jun 2010, Global Biofuture berhutang dengan RFC sebanyak RM939,495.
Meatworks Singapore Pte Ltd pula bertanggungjawab menguruskan beberapa restoran mewah milik keluarga Datuk Seri Shahrizat di Singapura.
Menurut Saifuddin lagi, semakan penyata kewangan menunjukkan pada akhir Jun 2010, Meatworks Singapore berhutang dengan RFC sebanyak RM2,416,815.
SEPERTI biasa, kalau tanya kambeng, kambeng pun tahu bahawa akhbar milik Umno, Utusan Malaysia memang kerjanya mengampu Najib dan memburuk-burukkan negeri Pakatan Rakyat.
Propaganda terbaru Utusan Malaysia untuk menipu orang kampung, ayam itek, lembu dan kambeng adalah berkenaan isu air di Negeri Kelantan yang dikatakan dicemari oleh bakteri Ecoli.
Seperti biasa, komen entah siapa-siapa akan digunakan kononnya bagi mewakili rakyat Kelantan yang kecewa dengan pengurusan air di negeri Kelantan sekaligus menanam propaganda untuk memburukkan negeri Pakatan Rakyat.
Namun begitu, laporan Utusan Malaysia ini jelas sekali berniat jahat. Melalui dokumen yang didedahkan, Kelantan bukanlah satu-satunya negeri yang bekalan airnya tercemar oleh bakteria Ecoli, malah negeri lain juga begitu.
Satu dokumen laporan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, SPAN mendedahkan bahawa bekalan air di Negeri Perlis memiliki kadar pencemaran bakteria Ecoli yang paling tinggi dalam negara iaitu 1.21% diikuti Pahang (1.12%), Perak (0.90%), Kelantan (0.88%) dan Johor (0.55%).
Negeri Perdana Menteri, iaitu negeri Pahang sendiri memiliki pencemaran bakteri Ecoli dalam bekalan air yang lebih tinggi berbanding negeri Kelantan. Namun Utusan Malaysia hanya tahu melaporkan pencemaran di negeri Kelantan sahaja.
PAS KAWASAN TEMERLOH AKAN MENGADAKAN CERAMAH PENERANGAN ISU SEMASA PADA 23 NOVEMBER 2011 (HARI RABU MALAM KHAMIS ) BERTEMPAT DI RUMAH TUAN HAJI HAMDAN KG. SANGGANG (BERDEKATAN SEKOLAH KEBANGSAAN SANGGANG) DALAM DUN MENTAKAB
PECERAMAHNYA :
1) US AZMAN SHAFAWI ABD RANI
(TIMBALAN PESURUHJAYA NEGERI TRENGGANU)
2) HASSANUDDIN SALIM
( AHLI JAWATANKUASA PAS NEGERI PAHANG)
3) MR. HOO CHEE WAN ( BENDAHAR DAP NEGERI PAHANG)
4) US. ARIFFIN ABDULLAH ( NAIB KETUA DEWAN ULAMA PAS PAHANG)
KUALA LUMPUR 22 Nov. - Google Malaysia sasar 50,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengadakan laman web dan bergiat dalam talian dalam tempoh setahun melalui programnya, "Get Malaysian Business Online (GMBO)".
Pengurus Negaranya, Sajith Sivanandan, berkata menarik 50,000 PKS menceburi perniagan dalam talian bukan satu masalah dan "apa yang kami mahu ialah menarik setiap PKS yang belum menjalankan perniagaan dalam talian untuk mengambil bahagian dalam program ini." Setakat ini, hanya 100,000 daripada 700,000 PKS mempunyai laman web, katanya.
Sajith yakin syarikat itu boleh mencapai sasaran menarik kalangan perniagaan bergiat dalam talian kerana ia memberikan banyak faedah kepada PKS. Antara faedah-faedahnya ialah 10,000 PKS pertama akan ditubuhkan dalam talian dengan percuma dan satu kupon AdWords percuma bernilai RM200 akan ditawarkan kepada 50,000 pendaftaran pertama, katanya kepada pemberita selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim melancarkan program itu.
GMBO adalah satu inisiatif seluruh negara oleh Google Malaysia yang dilancarkan dengan sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, .my Domain Registry dan ITrain Malaysia Sdn Bhd untuk membantu PKS memulakan perniagaan dalam talian.
Ketua Pegawai Eksekutif ITrain, Bikesh Lakhminchand, perkata 1,000 PKS pertama yang mendaftar bagi program itu akan diberikan latihan percuma tentang cara-cara memulakan laman web dan selepas itu peserta latihan tersebut akan diberikan subsidi dengan bayaran dikurangkan kepada RM80 bagi setiap PKS.
Pembaharuan tahunan .com.my domain diberikan diskaun besar dan bayaran dikenakan hanyalah RM23. Malaysia adalah negara pertama di rantau Asia Pasifik yang mendapat capaian kepada kemudahan GMBO. - Bernama
KUALA LUMPUR, 22 Nov: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa kesal dengan pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kerana bertindak membatalkan program e-buku Datuk Saifuddin bertajuk 'Kalau Saya Mahasiswa' saat akhir atas alasan keselamatan kepada mahasiswa universiti itu.
Timbalan ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berpendapat, alasan yang diberikan oleh pihak pentadbiran UIAM sangat remeh dan hanya bersifat teknikal iaitu mengelakkan isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dibincangkan, sedangkan objektif yang sepatutnya dilihat hasil daripada wacana ini amat besar manfaatnya untuk mahasiswa.
"Sepatutnya program ini digalakkan kerana ia amat positif dan membina minda mahasiswa.
"DPPWP yakin, tidak ada unsur politik di sebalik penganjuran program ini memandangkan tokoh yang diundang adalah Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi," ujarnya kepada Harakahdaily.
DPPWP, ujarnya mengesyaki adanya tangan-tangan ghaib atau campurtangan politik sehingga program itu terpaksa dibatalkan saat akhir sedangkan segala persiapan telah dilakukan sebaik mungkin.
"Apakah kerana sikap keterbukaan serta kelantangan Datuk Saifuddin yang cuba membawa pendekatan baru dalam menangani isu mahasiswa serta Auku, maka beliau juga disenarai hitamkan?
"Apakah masalahnya jika AUKU turut menjadi isu perbincangan kerana ia dibincangkan secara ilmiah, bukan atas dasar sentimen semata-mata?" soalnya.
Lebih dari itu, ujarnya siapa lagi yang layak membincangkan isu itu melainkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sendiri yang mempunyai autoriti dalam Auku.
Justeru, ujarnya DPPWP kesal kerana dalam keadaan UIAM mengejar status antara universiti yang ulung dan hebat di negara ini bahkan di rantau Asia, wacana intelektual dan ilmiah bagi mencambah minda mahasiswa dibatalkan.
UIAM, kata beliau sepatutnya menjadi pentas membina kematangan dan intelektualisme kelas dunia kepada mahasiswa, sesuai dengan statusnya sebagai universiti bersifat antarabangsa.
"Jika beginilah sikap pentadbiran UIAM, ia menunjukkan UIAM bukan semakin melangkah ke hadapan, tetapi semakin mengundur ke belakang.
"Sikap ini adalah mentaliti ketinggalan zaman yang membekukan minda mahasiswa dari berfikir secara rasional," katanya.
Sudah tentu, katanya lagi UIAM tidak mampu melahirkan insan terbilang serta tokoh dan pemimpin negara di masa depan.
"Sebaliknya, keadaan ini hanya menghasilkan insan yang berjiwa kerdil, jumud, konservatif serta tidak berfikiran rasional," katanya.
SANDAKAN - Seorang nelayan terbunuh selepas botnya berlanggar dengan sebuah bot laju di sungai berhampiran Kampung Pamaguan, 10 batu dari sini semalam.
Habib Mohd, 71, seorang warga Filipina yang tinggal di Kampung Batu Putih dekat sini, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, kata Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Marin Wilayah Sandakan, Asisten Supritendan Gan Ping Sin.
Pemandu bot laju dan tiga lagi penumpangnya tidak mengalami kecederaan dalam insiden yang berlaku pada 9 pagi itu, katanya di sini hari ini.
Beliau meminta pemandu bot laju itu, yang melarikan diri selepas kejadian, supaya tampil membantu polis dalam siasatan nahas itu. - Bernama
SEOUL: Sebuah kapal milik Korea Selatan karam di Laut China Selatan dan tujuh anak kapal dilaporkan hilang, kata kenyataan rasmi negara terbabit pada Selasa.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, 14 anak kapal berjaya diselamatkan daripada kapal 'Bright Ruby' seberat 15,000 tan yang karam pada tengah hari Isnin di selatan Hong Kong disebabkan oleh cuaca buruk.
Kapal tersebut dimiliki oleh sebuah syarikat Korea Selatan.
Dalam kenyataan itu juga, kementerian terbabit memberitahu, pasukan penyelamat sedang menjalankan gerakan mencari anak kapal yang hilang tersebut.
Tiga daripadanya adalah warga Korea Selatan manakala bakinya adalah rakyat Myanmar.
Pasukan maritim Hong Kong menggunakan helikopter dalam bantuan mencari itu manakala pegawai dari Vietnam turut membantu untuk mengesan kedudukan kapal terbabit. - AP
PETALING JAYA, 22 Nov: Pemuda Pakatan Rakyat hari ini bersepakat untuk melancarkan Jejak Anak Muda (JAM) yang akan dimulakan pada Disember ini bagi mendekati hati pengundi muda di seluruh negara.
Bercakap pada satu sidang media di Ibu Pajabat Keadilan, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akim memberitahu Pemuda Pakatan Rakyat akan melaksanakan satu program mendekati pengundi muda di seluruh negara.
"Kita telah bersetuju untuk melancarkan satu program Jejak Anak Muda (JAM) pada bulan Disember nanti bagi usaha untuk mendekati pengundi-pengundi muda serta matlamat kita dalam menyampaikan info-info terkini berkenaan dengan usaha Pakatan Rakyat.
"Program JAM akan kita lancarkan selepas retreat Pemuda Pakatan Rakyat di Johor nanti iaitu sebelum berlangsungnya Kongres AMK," jelasnya.
Shamsul juga memberitahu konsep JAM itu akan dilakukan menggunakan kenderaan awam seperti bas, teksi mahupun keretapi.
"Kita akan bergerak menggunakan kenderaan awam, kerana apa yang kita semua ketahui bahawa golongan pemudalah yang paling ramai menggunakan pengangkutan awam dan inilah cara terbaik untuk kita merasai sendiri apa yang mereka alami selain dari kita menyalurkan maklumat kepada mereka.
"Untuk permulaan kita akan fokus pada negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan selepas itu kita akan memasuki negeri yang dimenangi oleh Barisan Nasional. Program ini akan berterusan sehingga tiba pilihanraya umum," sambungnya lagi.
Tambahnya, program itu akan diketuai oleh pemimpin-pemimpin utama Pemuda Pakatan Rakyat selain dari jawatankuasa-jawatankuasa peringkat negeri.
Dalam pada itu juga beliau memberitahu selain daripada program JAM, Pemuda Pakatan Rakyat juga telah menubuhkan Sekretariat Khas Pemuda Pakatan bagi membincangkan setiap isu untuk menghadapi pilihanraya umum nanti.
Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari memberitahu pada pilihanraya nanti, golongan pemuda adalah penentu kepada pemenang parti yang bertanding.
"Kita melihat pengundi muda akan menjadi penentu kepada menangnya parti yang bertanding dan satu yang luar biasa apabila pertambahan pengundi muda hampir dua juta.
"Kepada parti yang dapat mengambil hati pengundi muda adalah satu kejayaan. Jadi saya melihat program JAM ini satu cara terbaik untuk kita mendekati mereka," katanya.
Tambah Shamsul pula walaupun kita melihat sekarang sokongan pengundi muda berpihak kepada Pakatan Rakyat tetapi tanpa kita mendekati mereka secara terus akan dapat mengurangkan keyakinan mereka.
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang turut serta mesyuarat tersebut memberitahu sentimen pengundi muda sekarang ini memihak kepada Pakatan Rakyat.
"Sokongan pengundi muda sekarang ini sudah memihak kepada Pakatan Rakyat dan kita tahu mereka mula beralih kerana melihat apa yang dijanjikan oleh Barisan Nasional terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanyalah pembohongan semata-mata.
"Golongan muda melihat apa yang telah dijanjikan oleh Najib sebelum ini dengan agenda tranformasinya tetapi tiada satu pun dapat dimanafaatkan oleh pengundi muda. Apatah lagi dengan penangkapan tiga belas orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Mereka melihat kalau sebelum ini janji Najib terhadap pemansuhan ISA tetapi dengan penangkapan tersebut membuktikan jelas Najib tidak bercakap benar melainkan hanya ingin membohongi rakyat," jelasnya.
Sebelum itu, mesyuarat tersebut yang diadakan di Ibu Pejabat Keadilan turut dihadiri Pemuda dari PKR, PAS dan juga DAP dalam mencari penyelesaian terbaik bagi menghadapi pilihanraya nanti.
Pemuda Pakatan Rakyat juga mengucapkan tahniah atas kejayaan skuad Bola Sepak Harimau Muda yang telah berjaya mengalahkan Indonesia semalam dan mempertahankan pingat emas Sukan Sea.
Anak kedua perdana menteri, Nazifuddin Najib telah meletak jawatan sebagai pengarah Harvest Court Industries Bhd.
Dalam pengumuman yang disiarkan laman web Bursa Malaysia, Nazifuddin dilaporkan melepaskan jawatannya sebagai pengarah bukan eksekutif Harvest Court.
Namun, pengumuman itu juga berkata, Nazifuddin, 28, masih memiliki 3982000 saham biasa dalam syarikat itu, atau kira-kira 1.7 peratus daripada jumlah saham syarikat berkenaan.
Pagi semalam, saham-saham Harvest Court terus melonjak kepada RM1.56, dengan 1.1 juta saham diniagakan, menjadikannya antara kaunter saham paling untung selepas kerugian dua hari lalu.
Nazifuddin dan Harvest Court menjadi tumpuan selepas dilaporkan harga saham syarikat itu melonjak kepada paras tertingginya dalam 11 tahun selepas pelantikan anak perdana menteri itu sebagai lembaga pengarah syarikat bulan lalu.
Harga sahamnya mencecah RM2.14 minggu lalu, iaitu 2,575 peratus lebih tinggi daripada harga 8 sen yang dicactatkan pada bulan Oktober.
Menurut laporan The Edge Financial Daily, pada 8 November lalu, Nazifuddin dan rakan niaganya, Raymond Chan beliau dilantik sebagai pengarah Harvest Court Industries pada 28 Oktober lalu.
Chan dilaporkan mengambil alih kepentingan 13.83 peratus.
Nazifuddin, 28, merupakan anak lelaki Datuk Seri Najib Razak, hasil perkongsian hidupnya dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.
Pasangan itu bercerai pada tahun 1987. Najib kemudiannya berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor.
Manakala Chan pula, seorang ahli perniagaan yang aktif di Sabah. Beliau memiliki sebahagian besar saham dalam Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, yang membangunkan pusat membeli-belah 1Borneo di Kota Kinabalu. Nazifuddin juga adalah pengerusi Sagajuta.
malaysiakini/-
Posted: 21 Nov 2011 11:26 PM PST
26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 22 Nov: Wanita Pakatan Rakyat akan menggerakkan Kempen Anti Pecah Amanah dengan membuat laporan polis serentak di seluruh negara esok berhubung isu penyelewengan RM250 juta National Feedlot Corporation (NFC).
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, kempen ini digerakkan kerana sikap berdiam diri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) meskipun siri pendedahan mengenai penyelewengan itu dilakukan PKR.
"Kami mewakili seluruh pimpinan Wanita Pakatan Rakyat khasnya dan wanita Malaysia ammnya akan bertindak membuat laporan polis meminta perkara ini disiasat segera," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Ampang itu berkata, lima nama akan dinamakan dalam laporan polis tersebut iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menterinya kini, Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan suaminya yang merupakan Eksekutif NFC, Datuk Dr. Mohamad Salleh.
Mereka terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyelewengan RM250 NFC yang merupakan wang rakyat.
Tan Sri Muhyiddin terlibat meluluskan projek itu sewaktu beliau menjadi menteri berkenaan," katanya.
Laporan polis itu akan dibuat di 13 negeri iaitu Ibu Pejabat Polis (IPD) Kangar di Perlis, IPD Kota Setar, Kedah, IPD Teluk Intan, Perak, IPD Dang Wangi, Wilayah Persekutuan, IPD Seremban, Negeri Sembilan, IPD Melaka Tengah, Melaka, IPD Johor Bharu Selatan, Johor, IPD Dungun, Terengganu, IPD Kota Bharu, Kelantan, IPD Kota Kinabalu, Sabah, dan IPD Kuching, Sarawak.
Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf yang merupakan seorang peguam berkata, rakyat berhak membuat laporan polis kerana ianya melibatkan jenayah iaitu penyelewengand an penyalahgunaan wang rakyat dan melibatkan kredibiliti sesorang menteri.
"Ini bukan soal politik tapi soal jenayah, soal kredibilti menteri bertanggungjawab yang terus berdiam diri walaupun pelbagai pendedahan telah dibuat," katanya.
KUALA LUMPUR, 22 Nov: DAP menggelarkan Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini sebagai "Rang Undang-Undang Perhimpunan Haram".
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, ianya kerana perkara yang termaktub dalam RUU yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pagi tadi lebih ketat dan menyusahkan rakyat yang mahu berhimpun secara aman.
"Ini bukan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman tapi "Rang Undang-Undang Perhimpunan Haram kerana lebih teruk daripada dahulu.
"DAP amat kecewa kerana tidak perbaiki atau memberikan hak asasi berhimpun sebagaimana yang dijanjikan Perdana Menteri.
"Sebaliknya ia mengetatkan lagi serta menyusahkan dan menambah denda dan ini mempunyai kesan sebaliknya iaitu mengurangkan ruang rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka secara aman," kata beliau pada sidang media di lobi Parimen hari ini.
Merujuk kepada kawasan larangan berhimpun, Ahli Parlimen Bagan itu berkata, ianya seolah-olah melarang rakyat berhimpun di mana-mana tempat pun di negara ini.
Tempat larangan yang disenaraikan dalam RUU tersebut ialah empangan, takungan dan kawasan tadahan air, loji rawatan air, stesen penjana elektrik, stesen minyak, hospital, balai bomba, lapangan terbang, landasan keretapi, terminal pengangkutan awam darat, pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, jeti, jambatan dan marina, tempat ibadat, tadika dan sekolah.
"Dalam jadual ini diyatakan kawasan larangan yang menunjukkan bahawa di Malaysia ini rakyat tidak boleh berhimpun di mana-mana pun kerana ia meletakkan syarat tidak boleh berada dalam jarak lima puluh meter daripada kawasan-kawasan uang disebutkan.
"Di Malaysia ini kita ada banyak masjid, tokong, kuil, stesen minyak, jadi bagaimna kalau rakyat tidak boleh berda di kawasan ini?" soalnya .
Turut dipersoalkan beliau mengenai denda yang akan dikenakan ke atas peserta himpunan yang dianggap "degil" iaitu tidak melebihi RM20,000.
Ini katanya lebih tinggi dariapda RUU sebelum ini.
"Selain tidak sebut bilangan orang dan sesiapa yang ada dalam sesuatu perhimpunan, di mana polis ingin mengambil tindakan dia boleh tangkap sesiapa dengan denda RM20,000," katanya.
Selain itu, antara kandungan RUU tersebut yang dilihat tidak munasabah ialah tiada protes jalanan dibenarkan, tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat,individu bawah umur 21 tidak dibenar menganjurkan perhimpunan, dan Kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan, termasuk berkaitan kebudayaan dan acara keagamaan seperti perarakan kematian yang diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri.
RUU tersebut akan dibacakan untuk bacaan kali kedua minggu hadapan.
SHAH ALAM, 22 Nov:Kerajaan Negeri Selangor tiada masalah untuk bekerja sama dengan Kerajaan Pusat dalam memastikan projek-projek pembangunan berjalan lancar, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ketika berucap kepada pelabur Jepun yang menghadiri The 30th Jameca – Majeca Joint Conference di Tokyo, semalam, Menteri Besar menegaskan, walaupun berbeza pandangan politik dengan Kerajaan Pusat, Kerajaan Selangor tiada halangan bersikap professional dalam pengurusan projek pembangunan demi kesejahteraan rakyat.
"Kerajaan Negeri telah menunjukkan bahawa kita boleh bekerjasama. Saya adalah sebahagian dari Jawatankuasa Bersama antara Negeri dan Pusat untuk projek Greater Kuala Lumpur and Klang Valley dan saya telah bekerjasama dalam menyediakan tanah untuk pembangunan yang dirancang," kata beliau yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar, di sini.
Beliau menambah, kerja sama itu membolehkan Kerajaan Negeri memastikan projek The Greater Kuala Lumpur and Klang Valley diuruskan dengan telus dan memberi nilai maksima kepada rakyat.
"Sebagai contoh saya mendapat tahu RM5 juta telah diperuntukkan untuk membangunkan sistem pembentungan. Saya harap pemilihan syarikat dibuat secara tender terbuka kepada syarikat tempatan dan juga antarabangsa termasuklah dari Jepun.
"Ini jelas menunjukkan perbezaan politik bukan masalah bagi saya. Sebab itu saya berada di sini untuk memantau jika pelabur Jepun ada masalah supaya kita dapat mencari penyelesaian bersama," katanya yang menghadiri persidangan sehari itu sebagai sebahagian daripada lawatan kerja ke Jepun.
Pada persidangan tersebut, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Jaafar Mohd Atan telah membentangkan kertas kerja bertajuk Smart City Development.
Sementara itu, Presiden Majeca, Tan Sri Azman Hashim berterima kasih kepada Kerajaan Selangor dan peserta daripada Malaysia yang lain termasuk Khazanah Nasional dan Iskandar Investment Berhad yang menghadiri persidangan bertujuan mengeratkan lagi hubungan perdagangan kedua-dua negara.
Azman berharap Jepun akan terus melabur di Malaysia dan mengembangkan pelaburan bukan saja dalam sektor perindustrian bahkan sektor perkhidmatan terutama perbankan dan kewangan Islam.
Hari ini, Menteri Besar menghadiri Seminar Pelaburan Malaysia dan melawat kilang Sony di Konan Minato-Ku di Tokyo dan dijangka kembali ke Malaysia pagi esok (Rabu).
Dalam rangka menghadapi pilihan raya umum, Pemuda PAS mendakwa telah mengumpulkan hampir 500 petugas "utama" jenteranya di peringkat negeri dan kawasan.
Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan berkata, ia dilakukan melalui konvensyen peringkat kebangsaannya baru-baru ini, sebagai antara persediaan menyeluruh mereka.
"Jentera pemuda PAS di semua peringkat bergerak lancar dengan program-program yang telah disusun untuk mendekati para pengundi terutamanya pengundi muda," katanya.
Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Sany berkata, pengisian program motivasi dan penumpuan gerak kerja yang teratur di saat akhir oleh pimpinan pusat PAS telah memberikan suntikan semangat juang baru.
Sementara itu, mengulas cabaran MCA supaya Selangor mengadakan pilihan raya serentak dengan dengan negeri lain, Mohd Sany menyokong keputusan menteri besar mahu menangguhkannya sehingga 2012 supaya peruntukan dalam belanjawan 2012 boleh diselesai dan diagihkan.
"Jabatan pilihan raya Dewan Pemuda PAS melihat sepatutnya MCA perlu mencabar Umno supaya membaiki sistem pilihan raya dalam negara yang semakin tempang dan tidak berlaku adil kepada parti pembangkang; daripada terus menerus menghamburkan fitnah dendam kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat," katanya.
Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong semalam dilaporkan mencabar Pakatan Selangor mengadakan pilihan raya negeri serentak dan mendakwaPakatan sebenarnya tidak bersedia menghadapi BN.
Wakil DAP Aulong mengambil peluang berbahas, Adun oku itu bangun selepas itu menyatakan tidak mahu wakil dari katak jelapang yang duduk dikerusi speaker sebelum membayar hutangnnya merujuk isu dia menang kes di mahkamah kerana menyaman wakil jelapang itu.
( 40 ) Adun Setiawan mendedahkan skandal yang di lakukan oleh pemimpin BN di perak. Katanya perak mengabaikan pelabur tempatan ditindas dan dihalau keluar. Mereka mampu menjadi pembekal makan kepada perak dinafikan.
( 39 ) Setiawan membantah kerana larangan ganesan dengan pengunaan perkatan rampasan kuasa. Dan terus menggunkan perkatan itu tanpa halangan
( 38 ) Pembahasa seterusnya ialah wakil pr dari setiawan dato ngeh khoo ham dengan mengatakan bahawa walaupun bencana tidak ada di perak namun perak dengan berlaku rampasan kuasa. Ganesan cuba menghalang dengan melarang pengunaan perkataan rampasan kuasa.
( 37 ) Sekarang wakil bn dari lintang berbahas.
( 36 ) Ucapan nizar menghangatkan dewan. Dengan dia cuba menyebutkan mengenai kedudukan kerajaan perak yang difatwakan haram seperti yang diusahakan oleh seorang perak bernama dato tasleem yang menjelajah serata dunia mendapatkan fatwa bahawa kerajaan perak haran seharam nya
( 35 ) Nizar juga mengulangi. Kenyataan bekas ketua hakim negara tun zaki mengenai penafian dia tidak terlibat dalam menentukan hakim dalam kes perak dan menunjukan siapakah kerajaan yang sah.
( 34 ) Nizar merayu supaya masa diberilkan lebih panjang.
( 33 ) Berbagai lagi pendedahan Nizar yang didedahkan mengenai penyelewengan bn di perak. Ganesan nampaknya juga tidak tanah dengar pendedahan demi pendedahan dengan memberi amaran masa ada 5 minit lagi
( 32 ) Nizar juga mendedahkan 8000 ekar tanah hutan belum selatan ditukat kepada hutan simpan banding telah dianugerahkan kepada syarikat untuk ditebangkan balaknya dengan 100 ekar satu syarikat, nizar mohon penjelasan.
( 31 ) Nizar juga menuntut supaya kerajaan memperbanyakkan program kerohanian dengan meneruskan program penggalakan solat yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan pr satu masa dulu.
( 30 ) Katanya penduduk kampung yang telah mengusahakan tanah itu sekian lama mempersoalkan siapakah boneka nizar atau zambry?
( 29 ) Nizar juga mendedahkan bagaimana beberapa kes tanah yang pemilik umno yabg dirampas oleh kerajaan bn perak. Antaranya tanah 175 ekar yang di teroka oleh penduduk melayu diserahkan kepada seorang cina dengan syarikat bernama real neka sdn bhd.
( 28 ) Nizar juga memohon penjelasan bagaimana berlaku kemalangan sebuah lori pasir di behrang. Tanyanya apakah doket pasir keluar jam 4 pagi.
( 27 ) Nizar memohon penjelasan mengenai kes almarhum mohd firdaus yang tidak mendapat pembelaan dari pihak kerajaan. Cuba dibantah oleh sungai rapat dengan katanya kes masih di mahkamah tetapi dijawab oleh nizar kes telah selesai.
( 26 ) Nizar juga bertanyakan soalan mengenai majlis penerangan negeri di kuala kangsar. Dengan hadir sekali 4 menteri pusat dan ditayangkan video lucah. Beliau bertanyakan berapakah kah kos yang digunakan oleh kerajaan negeri
( 25 ) Nizar juga bertanyakan mengenai jumlah kos yang digunakan untuk ubah suai sebuah bas yang dinaiki oleh pm dan isteri dan menghangatkan dewan. Cuba dijawab oleh yb hamidah dan dibantah oleh adun pr kerana soalan itu kena dijawab oleh pangkor.
( 24 ) Wakil bin sudah kepanasan dengan pendedahan dari nizar dengan mengganggu ucapan Nizar
( 23 ) Nizar mempertikaikan mengenai sebidang tanah yang di mohon kepada beberapa syarikat tatapi ditolak tatapi dianugerahkan kepada yayasan perak dengan sarat yayasan perak berbincang dgn sesebuah syarikat lain.
( 22 ) Ganesan cuba menghalang nizar untuk mendedahkan mengenai isu lembu di pusat yg katanya tidak ada kaitan dengan bajet perak. Nizar menyatakan bahawa ianya ada kaitan kerana dalam bajet perak ada sebut kambing dan ternak lebah takut juga berlaku penyelewengan.
( 21 ) Sidang hangat dengan Nizar mendapat gangguan dari adun BN yang tidak tahan dengan pendedahan mengenai pengagihan wang rm 100 yang dipolitikkan oleh pemimpin BN.
( 20 ) Laporan dari audit negara menggambarkan betapa laporan audit negara pada tahun 2008 menggambar betapa kalau lebih lama pasti lagi banyak kebaikan yang boleh di lakukan oleh pakatan rakyat.
( 19 ) Beliau menganggap syabas kepada rakyat yang buat perubahan pada tahun 2008 dan menyebabkan bajet kerajaan bn penuh dengan gula-gula yang diterima oleh rakyat yang telah dinafikan hak sekian lama.
( 18 ) Pengkalan hulu mengahiri perbahasan dan diteruskan oleh ketua pembangkang, dari Pasir Panjang Ds Nizar. Beliau memulakan dengan ayat al ahzab 32 sebagai mukadimah.
MOSCOW: Kapsul roket Soyuz milik Rusia yang membawa tiga angkasawan pulang dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selamat mendarat di Kazakhstan.
Angkasawan dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Michael Fossum. angkasawan Rusia, Sergei Volkov dan angkasawan dari Agensi Penerokaan Angkasa Lepas Jepun (JAXA),Satoshi Furukawa mendarat di bandar Arkalyk pada pukul 8.27 pagi (waktu tempatan) selepas menghabiskan berada selama 165 hari di ruang angkasa.
Seorang lagi angkasawan NASA, Dan Burbank dan dua angkasawan Rusia, Anton Shkaplerov dan Anatoly Ivanishin kekal di ISS dan dijadualkan kembali ke bumi pada Mac tahun hadapan.
Mereka tiba di stesen itu pada Rabu dan pelancaran terbaru pada bulan hadapan akan membawa tiga lagi angkasawan mengekalkan semula jumlah kebiasaan krew di stesen tersebut, iaitu seramai enam orang. - AP
PUCHONG – Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor (PPRNS) mendesak kerajaan menyediakan dana sebanyak RM250 juta kepada kira-kira 500 ahli persatuan itu seperti mana yang diberikan kepada Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Pengerusinya, Samad Kassim berkata, kebanyakan ahli adalah penternak lembu tenusu, lembu fidlot, kerbau dan kambing mendakwa sukar mendapatkan kemudahan pinjaman daripada kerajaan atau institusi kewangan untuk memajukan ternakan masing-masing.
Menurutnya, ia berbeza dengan apa yang diberikan kerajaan kepada NFC, sedangkan penternak tidak diberikan kemudahan sama.
"Penternak yang juga ahli PPRNS memerlukan dana untuk memajukan lagi industri dan kita menjamin 30 peratus peningkatan pengeluaran produktiviti industri ternakan termasuk susu segar, daging, susu kerbau sapi, daging kambing dan baja organik selepas tiga tahun," katanya kepada Sinar Harian.
Samad berkata, dengan kemudahan dana yang disediakan itu, mereka dapat membeli induk lembu, kambing dan kerbau, malah tidak mustahil pembangunan bidang ternakan menjadikan Malaysia antara negara pengeksport untuk produk berkenaan.
Menurutnya, kebanyakan penternak sudah menceburi bidang ternakan lebih daripada 10 tahun dan mengetahui selok-belok industri yang dijalankan.
"Kita mempersoalkan mengapa kerajaan memberi dana kepada syarikat baru seperti NFC sedangkan ia sepatutnya diberikan kepada penternak yang sudah berpuluh tahun dalam industri ini.
"Persatuan memohon kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi perhatian serius terhadap permintaan ahli bagi menjamin peningkatan industri ternakan di negeri ini," katanya.
( 17 ) Perbahasan semakin hangat dengan pengkalan hulu menuduh ada exco semasa PR perintah naik atas meja. Tetapi bila di minta oleh speaker dun pr, YB Sivakumar tetapi tidak berikan laluan.
( 17 ) Pengkalan hulu memepertikaikan mengenai pengunaan pas masuk dan peraturan baru masuk dewan Perak yang tidak berubah masa PR perintah tapi berubah sesudah itu. Dia juga jangan sering ubah pegawai yg jaga dewan kenal siapa ahli dewan.
( 16 ) Pengkalan Hulu yang bangun sebagai pembahas pertama menjadi pembahas pertama dengan mengatakan dia akan berbahas selama 20 minit sahaja kalau tidak diganggu
( 15 ) Speaker ganesan mengumumkan mengenai perbahasan bajet dengan mengatakan peruntukan cuma waktu sepanjang 30 minit . Sefaham saya dan yb sivakumar waktu untuk pembahas pertama dari wakil kerajaan dan ketua pembangkang tidak ada hadnya.
( 14 ) Sessi soalan lisan tamat dan sekarang masuk kepada sessi perbahasan bajet
( 13 ) Soalan 7 dari wakil Buntung mengenai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak. Soalan tambahan dari wakil Menglembu mengenai langkah kerajaan negeri menyelesaikan masalah ternakan yang berkeliaran. Beliau juga mengatakan isu lembu hangat diperkatakan termasuk di dewan rakyat.
LIMBONG KAPAL - Longgokan kondom di sebuah kawasan rekreasi di sini menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada masyarakat setempat mengenai kawasan yang dibina untuk kegunaan keluarga.Tinjauan Sinar Harian mendapati, kondom yang telah digunakan bertaburan di kawasan rekreasi itu terutama berhampiran pondok rehat yang dibina.Keadaan kawasan yang tidak terurus dan dipenuhi lalang, mungkin menjadi punca mengapa kawasan itu dijadikan tempat untuk mereka melakukan maksiat.Pengunjung, Hussain Rahmat, 34, berkata, kawasan rekreasi berhampiran Sungai Kedah itu seharusnya dijaga baik kerana ia turut dijadikan kawasan memancing.Namun, katanya, apabila kawasan itu dipenuhi dengan kondom dan botol arak, ia akan menyebabkan pengunjung berasa jijik untuk berkunjung apatah lagi membawa keluarga."Saya juga berasa pelik bagaimana mereka yang tidak bertanggungjawab boleh menjadikan kawasan terbuka ini untuk melampiaskan nafsu."Kadang-kadang saya lihat ada cermin muka, sikat dan bedak, seolah-olah ada pihak yang menggunakan tempat ini untuk melakukan maksiat," katanya.Hussain berkata, sekiranya tiada tindakan untuk membersihkan kawasan itu, dia bimbang tempat tersebut menjadi sarang maksiat terutama pada waktu malam.Menurutnya, kawasan terbabit yang agak sunyi dan terselindung daripada pandangan awam akan menyebabkan golongan berkenaan mudah menjalankan kegiatan sedemikian.Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Limbong Kapal, Ismail Osman berkata, pihaknya sudah membuat permohonan untuk memasang lampu di kawasan terbabit sejak tiga tahun lalu namun masih belum ada tindakan."Kawasan ini menjadi tempat persinggahan bukan sahaja dalam kalangan mereka yang bercinta, malah ada yang melakukan maksiat dengan gadis ataupun wanita yang dilanggan."Apabila terdapat rondaan daripada penduduk ataupun pihak berkuasa, mereka menghentikan seketika kegiatan tersebut dan selang beberapa hari, aktif semula," katanya.Ismail berkata, langkah segera perlu diambil bagi menangani kegiatan yang tidak sihat itu, sekali gus mencantikkan kawasan rekreasi yang dibina.
KUALA LUMPUR – Hujan lebat kebelakangan ini, menyebabkan beberapa negeri terutama Terengganu dan Johor, mula dinaiki air.Sejak dua hari lalu, tiga daerah di Terengganu, iaitu Setiu, Hulu Terengganu dan Marang, mula dinaiki air sehingga ada penduduk yang terpaksa dipindahkan.
Sehingga jam 3 petang semalam, tiga pusat peminda-han sudah dibuka bagi menempatkan 12 keluarga, membabitkan 47 mangsa yang dipindahkan setelah rumah mereka dinaiki air.Penolong Setiausaha Keselamatan (Penerangan) Majlis Keselamatan Negeri, Ahmad Redza Arshad berkata, di Setiu, seramai 30 mangsa dipindahkan ke Masjid Kampung Merbau Menyusut sejak jam 8 pagi.
"Di Hulu Terengganu, pusat pemindahan dibuka di balai raya Kampung Kolam, Ajil melibatkan 13 orang, manakala di Marang adalah di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan empat orang," katanya.Bagaimanapun, katanya, pusat pemindahan di balai raya Kampung Kolam, Ajil ditutup kira-kira 5.30 petang menjadikan keseluruhan mangsa yang tinggal adalah 34 orang.Menurutnya, hujan lebat juga menyebabkan paras air dua sungai iaitu Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri dan Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan kini melebihi tahap berjaga-jaga, manakala sungai-sungai lain mencatatkan angka melebihi paras normal.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia semalam mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga bagi kawasan Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Kemaman, Hulu Terengganu dan Dungun.Menurut kenyataan itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat itu dijangka berterusan sehingga Khamis ini (24 November) dan ia akan menyebabkan banjir bagi kawasan yang berkedudukan rendah.
Di JOHOR BAHRU pula, seramai 495 mangsa daripada 119 keluarga dari Kampung Laut dan Kampung Poh Chee Leng di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Skudai Batu 10, di sini, semalam.Timbalan Ketua Pusatnya, Hairil Fitri Jaafar berkata, menerusi jumlah itu, seramai 469 daripada 115 keluarga dari Kampung Laut dan 26 mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Poh Chee Leng termasuk 10 pelajar sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di pusat berkenaan yang dibuka sejak 9.30 malam, kelmarin.
( 12 ) Manong cuma menjanjikan soalan saya akan dijawab secara bertulis sebelum sidang berakhir kepada persoalan yang saya bangkitkan.
( 11 ) Manong mewakili kerajaan negeri membebel dengan mengatakan titi serong jarang bertanyakan soalan mengenai titi serong. Saya membantah tuduhan liar dan tidak berasas itu dengan bangun memohon supaya dia menjawab soalan.
( 10 ) 1. Tanah lot PT 000572 seluas 28,140 metar/sekitar 3 ekar kepada syarikat simbol teguh sdn bhd 2. Apakah status keluasan tanah seluas 500 ekar di Kuala Bagan Tiang yang telah berpindah kepada orang perseorangan sedangkan tanah itu adalah rezab untuk RPT
( 9 )Soalan 5 dari wakil Titi Serong - mengenai masalah setinggan di perak. Titi serong juga bertanyakan soalah tambahan iaitu dengan mempertikaikan hasrat kerajaan negeri untuk mengatasi masalah setinggan yang digagalkan sendiri oleh dasar kerajaan dengan menyerahkan tanah yang strategik kepada orang perseorangan iaitu :-
Selain komitmen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka 36 fail siasatan susulan beberapa isu dibangkitkan Laporan Ketua Audit Negara 2010 (LKAN '10), reaksi lebih bertanggungjawab daripada para pemimpin negara setakat ini belum kedengaran.
Sehingga rencana ini ditulis (Khamis), belum ada mana-mana menteri atau timbalannya mengulas mengenai kelemahan dan salah urus kewangan yang didedahkan laporan terbabit.
Media arus perdana yang selalunya menjadi medan menyebarluas dan menjela-jelakan kejayaan pemerintahan Barisan Nasional (BN) juga tidak begitu galak bercakap soal LKAN '10. Laporan mengenainya hanya sepintas lalu dan amat hambar. Tiada analisis mahu pun ulasan terperinci dibuat sepertimana lazimnya media terbabit menggemariuhkan sesuatu pencapaian positif BN.
Ia sebaliknya seakan sengaja mengalihkan tumpuan pelaporan kepada berbagai isu lain, termasuk isu Himpun dan ura-ura akta murtad, serta isu tiket perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia yang 'cekik darah'. Apakah sebabnya tidak sukar difahami. Sebahagian besar pendedahan LKAN '10 tidak menguntungkan BN, sebaliknya menjadi modal tambahan buat parti lawan. Bukankah segala kepincangan dan kelemahan pengurusan kewangan itu bukti jelas yang boleh dikaitkan dengan kegagalan pemerintahan parti itu?
LKAN '10 yang diantara lain mendedahkan tujuh kementerian dan agensi kerajaan berada pada tahap pengurusan kewangan lemah. Tujuh kementerian dan agensi itu ialah Kementerian Kesihatan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Kementerian Pengangkutan; Lembaga Hasil Dalam Negeri; Kastam Diraja Malaysia dan Perbadanan Stadium Nasional.
Berbagai aspek pengurusan kewangan diaudit dan ditegur. Namun yang paling mendapat perhatian umum ialah perbelanjaan meragukan dalam pembelian peralatan dan pengurusan kontrak. Perincian laporan itu mendedahkan betapa wewenangan membelanjakan peruntukan kerajaan masih berulang walau pun tabiat sama sentiasa dibangkitkan dalam setiap laporan audit saban tahun.
Dalam laporan kali ini, Jabatan Audit Negara (JAN) antara lain menyebut kes pembelian 23 ekor kuda oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Kejohanan Kuda Lasak Dunia 2008 dan Pertandingan Ekuestrian Antarabangsa (WEG) 2010 serta Sukan Asia 2010 di China. Kesemua kuda itu dibeli dengan harga RM5.6 juta.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, sepatutnya hanya enam ekor kuda bernilai RM1.98 juta perlu dibeli untuk kegunaan kedua-dua temasya sukan tersebut. Bermakna sudah berlaku lebihan perbelanjaan yang tidak sepatut berjumlah lebih RM3.6 juta.
Lebih meragukan, siasatan juga mendapati hanya lima daripada 23 ekor kuda itu yang melepasi tahap layak bertanding. Justeru, 18 ekor kuda bernilai RM3.94 juta sepatutnya tidak dibeli sedari awal apabila gagal memenuhi syarat ditetapkan Persatuan Antarabangsa Ekuestrian.
Akibatnya kuda yang selebihnya itu terpaksa diagihkan kepada lima pihak lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dua universiti tempatan.
Sepertimana di tahun-tahun sebelumnya, LKAN '10 juga mendedahkan beberapa kes perbelanjaan terlampau dan tidak masuk akal. Antara contoh disebutkan ialah bagaimana sebuah syarikat yang mendapat tender dengan Mara membekalkan ketuhar kepada Giatmara dengan harga RM1,200 seunit, sedangkan harga pasaran unit tersebut hanya RM419.
Transaksi pembelian beberapa peralatan oleh Jabatan Taman Laut bahkan jauh lebih tidak munasabah. Antara peralatan yang dibeli melebihi harga pasaran termasuk komputer riba dengan harga RM11,845 berbanding hanya RM3,428 harga pasaran. Bermakna harga belian itu hampir 245 peratus lebih mahal.
Lebih teruk lagi, pembelian TV LCD dengan harga RM16,100 berbanding harga pasaran hanya RM2,182. Entah berapa ratus peratus lebihan perbelanjaan itu?
Dua jenis alat pandang jauh dibeli jabatan berkenaan juga membabitkan wewenangan serupa. Marine Binocular dengan harga pasaran RM1,940 dan Bushnell Binocular dengan harga asal RM2,827 dibeli dengan harga RM56,350 tiap-tiap satu. Lebihan perbelanjaan itu melebihi 2,000 peratus.
Begitu juga dengan harga kontrak alat 'Colour Marine Radar (X-Band)' bernilai RM47,725, iaitu 478 peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran hanya RM8,255.
Banyak lagi contoh pembelian peralatan yang sedemikian boros dan tidak munasabah dikemukakan dalam LKAN '10. Itu belum lagi disentuh soal kegagalan mengikuti peraturan pengurusan kewangan atau projek dilaksanakan yang gagal mencapai objektif. Antaranya, JAN mendapati 188 jabatan, pejabat Persekutuan peringkat negeri dan daerah yang masih melakukan kesilapan dan gagal mematuhi prosedur utama yang diaudit.
Begitu juga dengan kes-kes peralatan digunakan tidak menepati tahap piawaian keselamatan, termasuk kenderaan tentera yang terlebih tempoh dan bumbung beberapa stadium utama yang kebocoran. Manakala 37 projek bernilai RM28.37 untuk Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah antara contoh yang gagal mencapai objektifnya.
Masalah utama dalam keseluruhan isu dibual bicarakan ekoran pendedahan LKAN '10 ialah betapa segala kelemahan pengurusan kewangan itu adalah tabiat yang sudha berulangkali didedah dan ditegur JAN. Sikap jabatan dan agensi kerajaan yang tidak mengambil endah teguran-teguran serupa sebelum ini menjadikan kerja pengauditan itu seolah-olah suatu yang sia-sia. Lebih mengecewakan, pihak JAN memang tidak mempunyai apa-apa peruntukan undang-undang untuk bertindak terhadap pihak yang ditegur atau didapati menyalahi prosedur diaudit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan