Rabu, 23 November 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 23 Nov 2011 03:59 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA


HARIMAU MUDA AKAN MENGAUM LAGI MALAM INI ~ MSIA 2 SYRIA 0

Posted: 22 Nov 2011 08:47 PM PST

Suara Sri Andalas

Posted: 22 Nov 2011 11:57 PM PST

Suara Sri Andalas


Selangor Sedia Kerjasama Dengan Pusat Di Bidang Pembangunan

Posted: 22 Nov 2011 01:00 AM PST

TOKYO, 22 NOV: Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi memastikan setiap projek pembangunan berjalan lancar.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata walaupun kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai pandangan politik berbeza namun beliau tetap bersikap profesional demi memastikan setiap projek pembangunan dapat dilaksana demi kesejahteraan rakyat.

"Kerajaan Negeri telah menunjukkan bahawa kita boleh bekerjasama. Saya adalah sebahagian dari Jawatankuasa Bersama antara Negeri dan Pusat untuk projek Greater Kuala Lumpur and Klang Valley dan saya telah bekerjasama dalam menyediakan tanah untuk pembangunan yang dirancang," kata beliau ketika berucap kepada pelabur Jepun yang menghadiri "The 30th Jameca - Majeca Joint Conference" di Tokyo hari ini.

Katanya kerja sama ini bagi membolehkan Kerajaan Negeri memastikan projek The Greater Kuala Lumpur and Klang Valley diuruskan dengan telus dan memberi nilai maksima kepada rakyat.

"Sebagai contoh saya mendapat tahu RM5 juta telah diperuntukkan untuk membangunkan sistem pembentungan. Saya harap pemilihan syarikat dibuat secara tender terbuka kepada syarikat tempatan dan juga antarabangsa termasuklah dari Jepun.

"Ini jelas menunjukkan perbezaan politik bukan masalah bagi saya. Sebab itu saya berada di sini untuk memantau jika pelabur Jepun ada masalah supaya kita dapat mencari penyelesaian bersama," katanya yang menghadiri persidangan sehari itu sebagai sebahagian daripada lawatan kerja ke Jepun.


Sumber: TVSNEWS

Produk KR1M: Mengapa Kementerian Membisu?

Posted: 21 Nov 2011 01:00 AM PST

21 November 2011 - Kementerian Kesihatan hari ini dituduh berkomplot dengan pembekal produk Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), berikutan tindakannya yang membisu berhubung dakwaan beberapa barangan yang dijual berkualiti rendah.

Merujuk susu formula bayi 1Malaysia (KR1M) yang dikatakan tidak mengandungi 15 nutrien utama yang diperlukan, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata bahawa kementerian kesihatan masih belum membuat sebarang pendirian mengenai perkara itu.

"Tiada sebarang kenyataan daripada menteri mengenai tindakan yang akan diambil oleh kementerian atau tindakan yang mesti diambil oleh KR1M.

"Sikap membisu menteri kesihatan mencerminkan seolah-olah ada usaha untuk menutup dan bersekongkol dengan pembekal untuk memastikan bahawa jenama 1Malaysia tidak terjejas," katanya.

Minggu lalu, KR1M menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985, sementara menunggu siasatan.

Walau bagaimanapun, pada sidang akhbar di Parlimen hari ini, Pua berkata pengumuman di laman web itu tidak mencukupi, tetapi sebaliknya KR1M perlu mengiklannya dalam semua akhbar arus perdana.

"Pengumuman yang hanya dibuat di laman webnya tidak mencukupi. Secara etika dan amalan global ialah syarikat itu mesti melindungi kepentingan rakyat dan pengguna.

"Mereka yang membeli barangan KR1M ini, bukan pengguna yang biasanya menyemak di internet untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu, syarikat berkenaan mesti menyiarkan iklan dalam akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia dan Sinar Harian," katanya.

Minggu lalu, Pua mendakwa susu 1Malaysia yang dijual itu mengandungi "lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan".

Sumber: Malaysiakini

Sos Cili: Jangan Abai Keselamatan Pengguna

Posted: 20 Nov 2011 12:30 AM PST

20 November 2011 - Dakwaan Mydin bahawa sos cili 1Malaysia yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah selamat, bercanggah dengan kepentingan sendiri kerana ujian makmal dilakukan sendiri oleh pembekalnya, kata ketua pegawai eksekutif, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users), DN Ratna.

Sebelum ini, Standards Users mendakwa sos cili berkenaan dikesan mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Bagaimanapun, pengendali KR1M dalam satu kenyataan berkata: "Buat masa ini, ujian makmal dari pembekal menunjukkan bahawa formula produk itu mematuhi keperluan Akta Peraturan-Peraturan Makanan."

"Ini antara kata-kata awak san saya. Ia (ujian itu) harus dilakukan oleh pihak berkuasa yang mempunyai autoriti yang kompeten.

"Autoriti itu bukan saya, bukan (ahli parlimen Petaling Jaya) Tony Pua, dan juga bukan Mydin - ia sepatutnya Bahagian Keselamatan Makanan dan Kualiti di bawah Kementerian Kesihatan," kata Ratna ketika dihubungi semalam.

Beliau merujuk kenyataan KR1M Rabu lalu bahawa syarikat itu tidak akan menarik balik sos cilinya kerana didakwa mematuhi peratutran yang ditetapkan.

Ujian makmal Standards Users ke atas sos cili berkenaan mendapati terdapat 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri, sedangkan, tahap yang dibenarkan adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Ratna berkata sos cili 1Malaysia itu sepatutnya ditarik balik dari pasaran sehingga disahkan oleh Kementerian Kesihatan.

"Apabila berurusan dengan barangan pengguna, kita patut ambil langkap berjaga-jaga. Jika terdapat tanda-tanda bahawa ia tidak selamat, ia harus ditarik balik sehingga ada bukti yang mengatakan ia selamat," katanya.

Khalid kepada BN : Jangan Korbankan Rakyat untuk SYABAS

Posted: 18 Nov 2011 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 18 NOVEMBER : Kerajaan Negeri akan menggunakan semua kekuatannya untuk menentang sehabis mungkin usaha menyerahkan aset pengurusan air kepada syarikat yang membelakangkan kepentingan rakyat Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rancangan menyerahkan aset air Selangor kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menyerupai komplot golongan 'rentier' memperkayakan diri mereka.

Kerajaan Persekutuan harus sedar sekiranya aset air Selangor diserahkan kepada Syabas, setiap isi rumah dipaksa membayar 70 peratus caj air yang lebih mahal dari kadar sepatutnya.

Ini berbeza dengan kerajaan negeri yang menawarkan kenaikan hanya 12 peratus dan skim air percuma 20 meter padu, sekiranya aset air dikembalikan semula kepada Selangor dan diuruskan pentadbiran Pakatan Rakyat.



"Kalau diuruskan kerajaan negeri, caj air tidak akan dinaikkan melebihi 12%. Tetapi Kerajaan Persekutuan mahu serahkan kepada syarikat yang mahu naikkan caj air setinggi 70%," kata Abdul Khalid.

"Sekarang zaman putar-belit. Orang yang ada duit menggunakan duit itu untuk mempertahankan kepentingan mereka, bukan menolong rakyat Selangor," kata Abdul Khalid.

"Adakah rakyat akan rugi hasil dari kita tidak buat perkara ini? Ya rakyat rugi. Adakah kita takut kepada Kerajaan Persekutuan dan Syabas? Tidak! Rakyat mahu kerajaan yang berani pertahankan hak mereka," tambah beliau.

Khalid berkata demikian ketik ditemubual wartawan TVSelangor dalam rancangan Fokus Berita. Kerajaan Negeri kini menghadapi saman dari Syabas kerana menghalang komplot tersebut.

Di sesi temubual sama, Abdul Khalid membidas golongan rentier dan berikrar Kerajaan Selangor akan memerangi budaya "rentier" – atau amalan mengikis duit rakyat oleh orang-orang tengah.

Tegasnya amalan rentier ini dibudayakan Barisan Nasional sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya mengalami kerugian jutaan ringgit akibat ketirisan yang masuk ke poket-poket kroni.

"Reformasi ini akan mengubah cara tatakelola pentadbiran. Biasanya dahulu ada orang tengah dalam perjalanan perniagaan kerajaan.

"Ketua Pembangkang (Satim Diman) dahulunya dapat tanah pada harga yang murah dari syarikat kerajaan dan terus menjualnya kepada orang lain untuk mendapat keuntungan," kata Abdul Khalid.

"Kontrak-kontrak kerajaan persekutuan di selangor juga dibuat begini. budaya ini merosakkan rakyat. Laporan Audit menunjukkan kita kerugian ribu juta ringgit akibat penyakit ini," kataAbdul  Khalid.


Sumber: Selangorkini

Pilihanraya Selangor Hanya Selepas Jun 2012

Posted: 17 Nov 2011 02:30 AM PST

SHAH ALAM, 17 NOVEMBER : Selangor hanya akan menyertai piliharaya Umum sekiranya dilakukan selepas bulan Jun tahun hadapan.

Menteri Besar Selangor berkata tempoh selepas Jun dianggap relevan dan sesuai selepas belanjawan negeri dapat dilaksana dan dinikmati oleh rakyat.

"Kalau tidak apa guna kita buat belanjawan sekiranya belanjawan tersebut tidak dapat dinikmati oleh rakyat.

"Kalau dalam bulan Jun, Julai dan Ogos tahun depan kita akan sertai pilihan umum bersama pusat kalau tidak kita akan buat berasingan," kata beliau yang juga Adun Ijok.

Menurut Khalid, adalah amat berhemah sekiranya belanjawan sebanyak RM 1.6 bilion dapat dinikmati oleh rakyat Selanor supaya keikhlasan kerajaan Selangor dapat dinilai oleh rakyat.

"Kita masih ingat semasa Pilihanraya Umum 2008 dahulu dimana pilihanraya Umum dilakukan pada bulan Mac dan semua belanjawan tersebut telah habis dalam masa hanya tiga bulan oleh pentadbiran BN," jelas beliau di sidang media sejurus selepas tamat sidang DUN Selangor.

Ketika di tanya berhubung persetujuan parti di peringkat pusat beliau berkata kepimpinan tertinggi parti memberi sepenuh kepercayaan kepada kerajaan negeri untuk memilih tarikh untuk mengadakan pilihanraya negeri.

Ditanya mengenai kebimbangan sokongan rakyat terhadap kepimpinan negeri sekarang Khalid berkata tidak ada sesiapa pun boleh memberi jaminan berhubung sokongan rakyat.

"Perlembagaan negara membenarkan pilihanraya dalam tempoh lima tahun dan tempoh empat tahun lebih yang kita pilih adalah amat sesuai dan munasabah.

"Rakyat pun bukan mahu kita buat pilihanraya setiap tahun tetapi rakyat mahu melihat pentadbiran dan pengurusan kerajaan yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat.

Menurut Khalid lagi, beliau menyerahkan seluruh kepercayaan kepada rakyat negeri Selangor untuk memastikan kepimpinan negeri dimasa akan datang.


Sumber: Selangorkini

DUN Lulus Tambah Peruntukan DiRaja

Posted: 17 Nov 2011 02:15 AM PST

SHAH ALAM, 17 NOVEMBER : Sidang Dun Selangor hari ini meluluskan pembiayaian perbelanjaan emolument bagi kakitangan Istana serta perbelanjaan mengurus dan pembangunan antara RM 35,000 hingga RM11.76 juta bagi meningkatkan kecekapan dan tugasan pihak Istana dengan lebih lancar.

Adun Bukit Tunku (DAP), Lau Weng San (gambar) membahaskan isu ini bersetuju dengan pertambahan peruntukan tersebut bagi memastikan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan pejabat Tuanku dapat menjalankan tugas baginda dengan lebih lancar, cekap dan profesional.

Beliau berkata dengan pertambahan peruntukan tersebut akan membolehkan kerajaan Selangor mengambil lebih ramai golongan cendekiawan yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam meningkatkan kecekapan serta khidmat nasihat khususnya dalam bidang undang-undang, kewangan dan ekonomi dan sebagainya.

"Sememangnya Tuanku diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Selangor. Walaupun begitu, ramai yang mungkin sudah lupa bahawa Tuanku juga berkuasa untuk menjaga kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain." tegas beliau.

Sehubungan itu beliau berharap agar kerajaan dapat mengadakan satu laman web yang komprehansif untuk memperkenalkan sejarah raja berperlembagaan di Selangor dan menjadikan istana kerajaan di Selangor sebagai salah satu daripada destinasi pelancongan.

"Di England beberapa Istana disana telah menjadi ikon kepada negara tersebut dan menjadi destinasi pelancongan yang amat manarik serta memberi pulangan yang baik bagi menampong pendapatan istana," kata beliau.

Menyentuh isu yang sama Adun Kinrara (DAP), Teresa Kok menyokong usaha menjadikan istana lama dijadikan sebagai destinasi pelancongan.

"Tuanku juga mahukan supaya sejarah landasan keretapi dari Johor Bharu ke Singapura dipamerkan di Istana Alam Shah bagi membuktikan wujud hubungan antara Tanah Melayu dengan Singapura." jelasnya.

Dun Selangor meluluskan Rang Undang-undang Enakmen Peruntukan DiRaja (Pindaan) tahun 2011 mengenai pembiayaian perbelanjaan emolument bagi kakitangan istana akan dinaikkan kira-kira RM35,000 ke RM4.49 juta.

Turut di luluskan pertambahan perbelanjaan RM900,000 hingga RM11.76 bagi perbelanjaan di bawah tuntutan elaun, perjalanan kakitangan pejabat istana, perbelanjaan utiliti, bekalan dan penyelenggaraan istana.


Sumber: Selangorkini

Laksana Gaji Minima Beri Tekanan Pada Pusat

Posted: 17 Nov 2011 01:45 AM PST

SHAH ALAM, 17 NOVEMBER : Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menggesa rakyat di negara ini menyokong baik usaha kerajaan negeri dalam pelaksanaan gaji minima sekaligus memberi tekanan atas keengganan kerajaan persekutuan melaksanannya secara menyeluruh diperingkat nasional.

Khalid berkata jika rakyat Malaysia sebulat suara menyokong pelaksanaan gaji minima, mereka boleh bertindak atas kuasa mutlak sebagai seorang rakyat dengan bertindak menukar pemerintah pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Rakyat mesti sokong usaha ini agar kerajaan Persekutuan memutuskan adanya gaji minima ini. Jika Malaysia mahu gaji minima ditetapkan dan tahu kerajaan Persekutuan tidak mampu lakukan maka mereka perlu kerajaan baru pada PRU-13.

"Ini juga sebagai inspirasi kepada masyarakat Malaysia bahawa gaji minima boleh dilakukan sejak 30 tahun lalu," katanya.

Khalid berkata demikian ketika sesi perbahasan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) .

Pada 9 November lalu, ketika Pembentangan Belanjawan Selangor 2012, Khalid mengumumkan pelaksanakan dasar gaji minima, RM1,500 sebulan sebagai gaji permulaan di syarikat-syarikat milik kerajaan negeri mulai tahun depan.

Antara syarikat itu termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holdings Bhd.

Mengulas lanjut, Khalid menafikan dakwaan pembangkang (Umno-Barisan Nasional) kononnya pelaksanaan gaji minima ini membelakangkan pegawai kerajaan lain dengan hanya membantu rakan bisnes dan kakitangan GLC negeri.

Beliau sebaliknya berkata pihak pembangkang menggunakan kenyataan sedemikian untuk memberi memutar belit usaha baik kerajaan negeri.

"Pelaksanaan gaji minima ke atas kakitangan GLC ini memandangkan kita mempunyai kuasa pentadbiran dan mengambil kira keupayaan pengurusan yang boleh dipantau.

"Saya tidak mahu perkara ini digunakan pihak pembangkang Umno-BN dengan berkata kerajaan Pakatan asyik membantu GLC dan membelakangkan beribu pegawai kerajaan lain. Malah saya tengok tweet yang kata saya menolong orang bisnes tapi bukan penjawat awam lain. Itu kenyataan yang cuba diputar belit," tegasnya.


Sumber: Selangorkini

22,234 Unit Rumah Kos Rendah Untuk Rakyat

Posted: 17 Nov 2011 01:20 AM PST

SHAH ALAM, 17 NOV : Impian memiliki kediaman sendiri oleh golongan berpendapatan rendah di negeri Selangor adalah terjamin dengan usaha-usaha yang dilakukan kerajaan negeri bagi memenuhi kehendak rakyat yang berbeza kemampuan.

EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad turut menjelaskan bahawa ketika ini, terdapat 3,317 unit rumah kos rendah sedang dalam pembinaan sementara 10,338 unit rumah kos rendah dalam proses pemulihan akibat terbengkalai sebelum ini.

Kerajaan juga meluluskan 8,579 unit rumah kos rendah untuk dibina menjadikan kesemua jumlah rumah kos rendah yang akan siap dibina adalah sebanyak 22,234 unit.

Secara terperincinya, sebanyak 980 unit PPR Kg. Baru HICOM di Seksyen 26, Shah Alam dan 396 adalah unit kosong, PPR Taman Tasik Teratai di Serendah dengan 300 unit dan 215 unit kosong, PPR Kota Damansara dengan 1,152 unit dan 293 unit kosong serta PPR Taman Putra Damai di Lembah Subang dengan 3,004 unit dan 488 unit kosong.

Selain itu, nilai sewa rumah bagi mereka yang berpendapatan RM1,500 sebulan atau yang mempunyai tanggungan ramai yang pernah dinaikkan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada Jun 2007 juga telah diturunkan.

"Mereka yang berhak menyewa rumah PPR tidak perlu membayar deposit sekaligus dan bagi yang berpendapatan rendah, deposit boleh dibayar secara ansuran.

"Kerajaan Negeri juga di dalam peringkat akhir rundingan untuk menyediakan pinjaman perumahan di bawah skim pinjaman khas bagi mereka yang tidak mempunyai slip gaji contohnya mereka yang bekerja sendiri," Iskandar memberitahu sidang DUN.

Skim ini dinikmati oleh bekas peneroka bandar Kg. Rimba Jaya dahulu dan akan diperluaskan lagi selepas ini

Sumber: TVSNEWS

PBT Selangor Antara Paling Cemerlang

Posted: 17 Nov 2011 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 17 NOV: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor adalah antara paling cemerlang dalam melaksanakan sistem 'Star Rating' yang sedia ada bagi memastikan peningkatan daya saing dalam memelihara kecekapan dan keberkesanan organisasi terus berfungsi dengan berkesan.

Menurut Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu, Sistem penggredan adalah berpandukan kepada empat(4) kriteria utama iaitu pengurusan (30%), perkhidmatan-perkhidmatan teras (35%), pengurusan pelanggan (15%), dan penyertaan komuniti dan pandangan penduduk; penglibatan komuniti (10%), dan pandangan penduduk - soal selidik (10%).

Katanya Negeri Selangor berjaya menempatkan diri di antara 5 daripada 11 PBT yang mencapai prestasi 4 bintang.

Ronnie juga menjelaskan kerajaan negeri sentiasa menyelia prestasi PBT dengan mengadakan mesyuarat, taklimat, bengkel dan pertemuan di antara kerajaan dan pihak PBT dari semasa ke semasa.

"Kaedah ini menjadi platform kepada Kerajaan Negeri untuk memantau prestasi PBT sepanjang tahun," beliau berkata.

Menjawab soalan lisan yang diajukan ADUN Kajang, Lee Kim Sin mengenai pengambilan juruaudit 'dalaman'daripada Jabatan Audit Negeri yang bertindak terus kepada Ketua Audit Negeri, Ronnie menjawab tiada keperluan untuk bertindak sedemikian.

"Sudah memadai dengan adanya pegawai yang dilantik oleh PBT masing-masing dalam menjalankan tanggungjawab untuk memastikan wujudnya 'check and balance' dalam pengurusan kewangan dan pengurusan korporat PBT melalui Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat (KPAPK) yang telah bermula pada tahun 2009," jelas Ronnie.

Bagaimanapun, beliau mengakui kerajaan akan menggunakan khidmat Bahagian Audit Dalaman Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sekiranya terdapat isu-isu berbangkit yang perlu diaudit atau disiasat.


Sumber: TVSNEWS

Rumah Ibadat Semua Agama Dibantu Kerajaan Selangor

Posted: 16 Nov 2011 02:00 AM PST

SHAH ALAM, 16 NOV : Penganut-penganut bukan Islam di Selangor gembira dengan keprihatinan Pakatan Rakyat terhadap mereka sejak menerajui kerajaan negeri.
Sebelum ini, pentadbiran kerajaan Barisan Nasional terdahulu tidak pernah menyediakan peruntukan untuk rumah ibadat selain Islam dalam belanjawan tahunan.

Bagi melaksanakan dasar ini, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menyerahkan sumbangan berjumlah RM292,500 kepada 19 buah rumah ibadat bukan Islam di Selangor di Dewan Annex semalam.

Pertubuhan Akhlak Maitreya, merupakan salah sebuah badan keagaaman yang menerima sebanyak RM10,000 daripada peruntukan semalam.

Wakilnya Foong See Jong meluahkan kegembiraan dan terharu dengan sumbangan ini.

"Dengan sumbangan ini pihak kami pasti dapat menjalankan pelbagai aktiviti untuk komuniti dengan lebih aktif bagi semua peringkat umur samada tua dan muda. Aktiviti-aktiviti ini diharap dapat mendidik generasi muda terutamanya daripada terjebak kepada perkara yang kurang sihat seterusnya dapat melahirkan generasi yang berakhlak tinggi," katanya.

Pemberian sumbangan ini adalah di bawah peruntukan Belanjawan 2012 Negeri Selangor. Bagaimanapun, sumbangan ini adalah berbeza-beza dan bukan secara automatik. Sebaliknya ia di beri berdasarkan keperluan setiap rumah ibadat.

Seorang lagi wakil penerima sumbangan, Datuk Ang Choo Hong, Pengarah Yayasan Belia Buddhist Malaysia juga menzahirkan rasa syukur dan gembira pada kerajaan negeri.

"Kami ingin melahirkan rasa terima kasih pada kerajaan negeri di atas sumbangan RM50,000 bagi membina sebuah kuil Buddha di Seksyen U12 Shah Alam," katanya.

Sementara itu, menurut Ronnie pada tahun pertama dan kedua sebanyak RM 3 juta diperuntukkan setiap tahun bagi rumah ibadat selain Islam. Tahun ini pula peruntukan meningkat kepada RM 4 juta.

Ronnie juga memberi harapan bahawa peruntukan ini akan dinaikkan kepada RM 6 juta pada tahun akan datang memandangkan terdapat banyak permintaan untuk membaik-pulih rumah ibadat sedia ada mahupun bagi pembinaan rumah ibadat yang baru.


Sumber: TVSNEWS

SYABAS Berniaga Secara Berhutang Bukan Ikut Kemampuan

Posted: 16 Nov 2011 01:15 AM PST

SHAH ALAM, 16 NOVEMBER : Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan tindakan beberapa syarikat konsesi air seperti Syabas yang menjalankan operasi perniagaan mereka secara berhutang dan bukannya berdasarkan kemampuan kewangan syarikat terbabit.

Kesan daripada itu mengakibatkan Syabas terpaksa menaikkan tarif air bagi membayar pelbagai tunggakkan kepada pihak yang memberi hutang.

Menurut Abdul Khalid, selepas Syabas mendapat kontrak bagi konsesi perbekalan air, syarikat tersebut menjadikan perjanjian kontrak tersebut sebagai cagaran untuk mendapatkan hutang dari pasaran-pasaran kewangan.

"Syabas telah berhutang sebanyak RM3 bilion dari syarikat-syarikat kewangan sejurus selepas memperoleh perjanjian konsasi tersebut.

"Ini menunjukkan asas perniagaan Syabas adalah dari sumber hutang bukannya dari kemampuan kewangan syabas sendiri." kata beliau ketika menjawab soalan Adun Lembah Jaya, Abdul Khasim Abdul Aziz.

Beliau yang juga Adun Ijok berkata akibat dari bebanan hutang yang tinggi, bebanan tersebut terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan cara Syabas menaikkan tarif air.

"Apabila hutang tidak dapat dibayar Syabas telah meminta dari kerajaan persekutuan.

"Disebabkan nak bantu syarikat kroni kerajaan pusat telah menggunakan wang rakyat dengan memberi pinjaman sebanyak RM300 juta tanpa faedah selama tujuh hingga lapan tahun." jelas Abdul Khalid.

Menurut Abdul Khalid lagi akibat daripada ketidakcekapan Syabas serta beberapa syarikat konsasi air di Selangor ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menggunakan dana yang tinggi untuk mengambil alih industri air di negeri ini.

"Selangor perlu menggunakan hampir RM10 bilion untuk mengambil alih air Selangor kerana kos tersebut turut melibatkan hutang-hutang syarikat konsasi tersebut dengan pasaran-pasaran kewangan.

"Walaupun bayarannya agak besar tetapi industri air ini perlu diselamatkan bagi menjamin tidak berlaku penguasaan yang sewenang-wenangnya oleh mereka yang tidak bertanggung jawab yang akhirnya dibebankan kepada rakyat." ujar beliau lagi.


Sumber: Selangorkini

MB Bongkar Penyelewengan Umno-BN Dan Satim

Posted: 16 Nov 2011 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 16 NOVEMBER : Sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2012 gempar berikutan pendedahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelbagai salah guna kuasa Barisan Nasional Selangor membabitkan kehilangan jutaan ringgit yang turut melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Satim Diman.

Selain Satim, Abdul Khalid juga mendedahkan usaha pengambilan tanah oleh bekas menteri Besar Selangor, isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat bagi mendapat beberapa lot tanah.

Dalam sesi penggulungan itu, Abdul Khalid mendedahkan Ketua Pembangkang, Satim Diman telah membuat beberapa transaksi berhubung penjualan tanah di Science Park 2 semasa pentadbiran BN dulu.

Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri yang telah diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk tujuan pembangunan pendidikan sains.

Menurut Khalid, pemberian tanah tersebut bagaimanapun dijual oleh Satim dengan harga murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd, di mana Satim adalah salah seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah.

"Belum selesai syarikat Satim membayar belian kepada PKPS, atas kuasa politik yang beliau pegang, tanah itu dijual kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan harga berlipat kali ganda.

"Inilah berjayanya Satim Diman menjadi orang tengah untuk mengaut untung atas angin atas dasar Bumiputera,"jelas Khalid.

Sidang DUN yang masuk hari kelima hari ini turut digemparkan dengan pendedahan Khalid berhubung tanah Revolusi Hijau di Alam Perdana yang melibatkan bekas Menteri Besar dan isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat membolot beberapa lot tanah.

"Tanah ini telah menjual kepada Barisan Elite Sdn Bhd untuk taman penindustrian walaupun tanah itu masih berstatus pertanian.

"Meskipun Barisan Elit tidak boleh memulakan projek perindustrian, namun yang berkuasa adalah orang berkepentingan maka projek tersebut dijalankan sedangkan rakyat Selangor kerugian puluhan juta hasil bayaran premium," katanya.

Selain itu, ladang seluas 12,000 ekar di Sabah yang dikatakan dijual oleh PKPS pada 2006. Ladang ini djual RM8,000 seekar kepada syarikat Bumiputera.

Namun seperti juga kes Science Park 2, Khalid berkata, ladang ini dijual pula kepada Rimbunan Hijau, syarikat yang ada kaitan dengan parti komponen BN.

Mengulas lanjut salahlaku pembangkang ini, Khalid menjelaskan Kerajaan Negeri pada akhirnya berjaya memaksa Barisan Elit Sdn Bhd membayar RM29 juta untuk menukar syarat dari pertanian kepada perindustrian.

"Tiga contoh ini menunjukkan Umno-BN sentiasa menggunakan isu Bumiputera dan memperjuangkan hak Melayu namun mereka adalah dalang yang menghakis hak kepentingan rakyat Selangor,"kata Khalid lagi.

Beliau yang juga Adun Ijok berkata sejak Mac 2008, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengamalkan reformasi dalam pentadbirannya yang amat mementingkan ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban serta bersih dari amalan rasuah dan kronisma.

Kesan dari reformasi ini, kata Khalid telah memberi keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding pentadbiran terdahulu, malah mampu mengembalikan hasil negeri untuk rakyat Selangor.


Sumber: Selangorkini

Situasi Kejadian Penyakit Denggi Di Negeri Selangor - Sehingga 12 November 2011

Posted: 15 Nov 2011 02:35 AM PST

Sebahagian Ucapan Penggulungan YB Tuan Dr Xavier Jayakumar, EXCO Kesihatan Negeri Selangor
Pada 15 November 2011

Situasi Kejadian Penyakit  Denggi Di Negeri Selangor (Sehingga 12 November 2011)
Sehingga 12.11.2011, Negeri Selangor telah melaporkan 6,515 kes denggi berbanding dengan 15,199 kes denggi untuk tempoh yang sama pada tahun 2010 (penurunan 57%). Untuk tempoh yang sama, 8 kematian denggi telah dilaporkan berbanding dengan 42 kematian denggi untuk tempoh yang sama tahun 2010 (penurunan 81%).

Pada 12/11/2011, terdapat 2 hotspot denggi iaitu di daerah Hulu Langat dan Klang. Empat daerah yang yang menjadi penyumbang utama kes penyakit denggi, sehingga 12/11/2011, di Selangor adalah daerah Petaling (1,674 kes), Hulu Langat (1,649 kes), Gombak (1,334 kes) dan Klang (1,116 kes).

Antara strategi yang telah dilaksanakan untuk mencegah dan mengukuhkan kawalan denggi di Selangor adalah pengendalian Mesyuarat Wabak Denggi  Mingguan Pelbagai Agensi di daerah yang mengalami wabak denggi, mengukuhkan kerjasama kawalan denggi di antara Pejabat Kesihatan Daerah dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), mengaktifkan Pasukan COMBI ('Communication for Behavioral Impact') di kalangan penduduk setempat terutamanya di lokaliti yang berwabak dan mempergiatkan lagi aktiviti promosi kesihatan masyarakat saperti memperkenalkan Ikon Denggi/ pameran lori

bergerak di lokaliti wabak sebagai usaha menarik perhatian orang ramai bekerjasama membanteras Denggi.

Kerjasama masyarakat berterusan untuk mencegah dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes melalui penjagaan kebersihan alam sekeliling, pembuangan sampah teratur, pemeriksaan berkala rumah dan tempat kerja untuk pembiakan |Aedes dan aktiviti gotong-royong perlu dikekalkan dan pergiatkan lagi untuk terus menurunkan kejadian penyakit demam denggi di negeri Selangor.

Pendapatan Usahawan Selangor Terus Meningkat

Posted: 15 Nov 2011 01:45 AM PST

SHAH ALAM, 15 NOVEMBER : Hampir 80 peratus daripada 2,917 usahawan yang menyertai Program Pemerkasaan Usahawan Negeri Selangor 2011 meraih pendapatan sekitar RM10,000 sebulan.

Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Luar Bandar, Yaakob Sapari melahirkan rasa sukacita kerana program kelolaan Kerajaan Negeri Selangor ini berjaya meningkatkan pendapatan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) antara 40 peratus sehingga 130 peratus.

"Kerajaan negeri tidak menjalankan program-program berimpak tinggi tetapi sebaliknya lebih tertumpu kepada program-program untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti pengeluaran," kata Yaakob.

Beliau berkata demikian dalam satu jawapan bertulis kepada pertanyaan Adun Sungai Tawar Raja Ideris Raja Ahmad.

Program Pemerkasaan Usahawan ini digerakkan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan. Ia menawarkan kursus pengurusan Asas Perniagaan, Pemasaran, Pengurusan Kewangan dan Rancangan Perniagaan.

Usahawan yang menyertai program ini terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan khususnya peruncitan, makanan, perhidmatan dan pembinaan.

"Kira-kira 15% (usahawan) memperolehi pendapatan sehingga RM20,000 sebulan, manakala 5% memperolehi pendapatan lebih dari RM20,000 sebulan," jelas Yaakob.


Sumber: Selangorkini

Hasil Negeri Lebih Tinggi Di bawah Pakatan Rakyat

Posted: 15 Nov 2011 01:30 AM PST

SHAH ALAM 15 NOVEMBER : Geran Selangorku yang mencecah RM300 juta ringgit ternyata mengejutkan bekas pentabiran Barisan Nasional Selangor yang lama dan mereka tidak habis menyoal bagaimana Kerajaan sekarang mampu menyediakan jumlah yang begitu besar.

Malah ADUN BN di dalam perbahasan bajet 2012 sering kali menuduh berlakunya salahurus tadbir di anak syarikat kerajaan negeri seolah-olah tidak mungkin jumlah itu mampu dihasilkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda Suhaimi Shafiei menjelaskan geran ini dikumpul dari hasil keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang kini lebih cekap dan lebih menguntungkan, selepas bebas dari kepentingan ahli-ahli politik.

"Meraka yang bertanya ini sebenarnya terkejut. Semua hasil negeri dari sumber tanah, pasir, bahan batuan, hutan dan sebagainya kita kembalikan kepada rakyat. Dibawah pentadbiran terdahulu keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri dimasukkan dalam Hasil Disatukan pada jumlah yang kecil. Dalam perjalanan kepada kerajaan negeri itu, banyak 'tol-tol' yang perlu dibayar."

Kerajaan Negeri Selangor mempunyai tidak kurang dari 50 anak syarikat. Sasaran ditetapkan dimana mereka perlu menyerahkan sebahagian keuntungan mereka kepada kerajaan negeri dalam bentuk royalti dan dividen.

Jelas Suhaimi dasar telus dan bertanggungjawab membolehkan royalti ini dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat, melalui Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Tabung Warisan Anak Selangor dan Skim Mesra Usia Emas.

"Kumpulan Semesta pada tahun 2011 setakat 30 Oktober sudah memberi royalti lebih dari RM18 juta ringgit."

"Semasa pemerintahan lama, paling tinggi yang pernah mereka dapat dalam setahun adalah RM3.5 juta. Kita mengatasi mereka dengan lebihan RM15 juta.

Dari sudut perniagaan pula, keuntungan Kumpulan Semesta mencecah RM28 juta daripada sasaran RM30 juta ringgit. Dicampurkan dengan royalti, kita berada di hadapan sebanyak 10 kali ganda."

Suhaimi menegaskan belanjawan pro-rakyat seperti Belanjawan Selangor 2012 mustahil dirumus dibawah pemerintahan lama. Katanya Belanjawan Selangor 2012 menuntut iltizam kuat untuk mengagihkan kemewahan Selangor kepada rakyat terbanyak.

"Apabila kita mengambil alih kerajaan selangor, kita kesan perjanjian-perjanjian perniagaan yang amat berat sebelah dirangka untuk memberi keuntungan kepada kroni terlibat."

Beliau menambah Pakatan Rakyat perlu mengambil langkah-besar untuk memperbetul kepincangan-kepincangan yang berlaku sepanjang Selangor diperintah Barisan Nasional.

"Pernah suatu ketika kerajaan negeri tidak mempunyai rekod hutang atau jumlah perkongsian modal usahasama anak-anak syarikat kerajaan negeri dan syarikat-syarikat terlibat."

Kes hutang Talam Corporation yang kini berjaya dialihkan menjadi sumber pendapatan lumayan disebut Suhaimi sebagai contoh hasil-kerja kerajaan Pakatan yang berhemah.

"Walaupun yang kita ambil-alih hutang itu, tetapi sebenarnya untuk masa jangka panjang ia adalah aset berharga. Nilai hutang dahulunya RM398 juta ringgit, hari ini nilai aset dinilaikan hampir RM600 juta ringgit."

Tegasnya bukan sahaja keuntungan anak-anak syarikat negeri diserahkan semula melalui MES, tetapi juga setiap hutang turut dikejar untuk dipulangkan kepada rakyat Selangor.

Tiada Sebab Tangguh Gaji Minima

Posted: 15 Nov 2011 01:00 AM PST

SHAH ALAM 15 NOVEMBER : Kerajaan Negeri Selangor tetap meneruskan rancangan merintis perlaksanaan gaji minima disebalik desas-desus negara berkemungkinan menghadapi kemelesetan ekonomi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda Suhaimi Shafiei berkata jumlah rizab tunai yang mantap dan prestasi anak-anak syarikat yang lebih baik membolehkan program perintis dibuat di 4 anak syarikat kerajaan negeri.

Tegasnya, faktor-faktor ini selain dari tekanan kos kehidupan semasa mendorong Pakatan Rakyat untuk tidak menangguhkan skim gaji minima.

"Jika kita tidak tetapkan gaji berpatutan untuk rakyat pada waktu sekarang, bila lagi kita mahu mulakan?" jawab Suhaimi ketika diwawancara program Fokus Berita TV Selangor.

Media melaporkan Kerajaan Negeri Selangor mahu memperluaskan skim gaji minima meliputi semua penjawat anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Kerajaan Selangor mempunyai tidak kurang dari 50 anak syarikat. Melalui skim gaji minima, Suhaimi berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Perbadanan Permodalan Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holdings Bhd menganjak standard penggajian pekerja di negeri Selangor.

"Kita mulakan di empat syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Saya percaya kerajaan negeri mempunyai perancangan bukan sahaja menetapkan gaji minima pada RM1,500 untuk semua penjawat awam, tetapi juga cara terbaik untuk mendapat hasil negeri bagi menampung gaji minima untuk semua kakitangan negeri Selangor," tegas Suhaimi.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri memperuntukkan dana RM10 juta untuk menjayakan skim gaji minima di anak-anak syarikat yang tidak sekukuh empat syarikat gergasi itu.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dilaporkan menyeru kerajaan-kerajaan negeri yang lain menuruti jejak Selangor merintis perlaksanaan gaji minima.

MTUC berpendapat ekonomi bukan lagi mewujudkan peluang pekerjaan sahaja, tetapi juga menyediakan kerja-kerja berkualiti dengan gaji yang selaras dengan perbelanjaan kediaman, kesihatan, pendidikan pengangkutan, makanan dan kekeluargaan.

"Kita sasarkan juga meletakkan gaji minima untuk kakitangan awam Gred 27 (bawah RM1,500) dan kebawah. Kita mungkin tidak mampu untuk menaikkan gaji mengikut skala yang ditetapkan suruhanjaya perkhidmatan awam, tetapi kita boleh tambah melalui Elaun Sara Hidup, Elaun Perumahan dan sepertinya," kata Suhaimi.

Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dilaporkan berkata kenaikan kos pembayaran gaji akibat dari perlaksanaan gaji minima boleh diseimbangkan dengan produktiviti yang lebih tinggi, latihan kemahiran pelbagai, dan kestabilan tenaga kerja.

Sumber: Selangorkini

Sistem Kupon Air Percuma Untuk Pangsapuri

Posted: 15 Nov 2011 12:30 AM PST

SHAH ALAM, 15 NOV : Semua penduduk pangsapuri kos rendah diserata Selangor bakal menikmati air percuma oleh Kerajaan Negeri menerusi sistem kupon air percuma sebelum 31 Januari tahun hadapan.

Sejak mengambil alih pentadbiran pada tahun 2008, Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat melancarkan bantuan pemberian 20 meter air percuma atau rebet RM11.40 sebulan kepada pengguna domestik bermeter. Ini memberi faedah kepada lebih 4 juta pengguna di Selangor.

Namun, pemberian ini terbatas kepada penduduk pangsapuri kos rendah kerana menggunakan sistem meter pukal yang mana perlu di migrasi kepada sistem meter individu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata menyedari hakikat ini kerajaan negeri mengadakan beberapa siri rundingan dengan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk menyegerakan proses migrasi tersebut.

"Tetapi, ia (proses rundingan dengan SYABAS) belum cukup untuk mempercepatkan proses migrasi.

"Oleh itu, untuk memastikan rakyat di Pangsapuri kos rendah mendapat pemberian air percuma, Kerajaan Negeri memperkenalkan sistem kupon air percuma,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat penggulungan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Setakat ini, 116 kawasan yang merangkumi 38,746 unit pangsapuri berjaya menerima pemberian air percuma hasil pengenalan sistem kupon.

Mengulas lanjut, Iskandar yang juga Adun Cempaka berkata kerajaan negeri turut memberi pemotongan (diskaun) pada bil air bermeter pukal sebagai kaedah memastikan lebih ramai rakyat menikmati program kebajikan ini.

"Diskaun ini akan diagihkan kepada setiap kediaman di pangsapuri. Pihak pengurusan mesti memberi potongan kepada setiap bil-bil individu yang dikeluarkan."katanya.


Sumber: TVSNEWS

Kajian Tangani Kenaikan Kos Sara Hidup Generasi Muda Sedang Dilaksana

Posted: 11 Nov 2011 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 11 NOVEMBER : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan, kerajaan negeri sedang membuat satu kajian dalam mencari mekanisme terbaik untuk menangani peningkatan kos sara hidup generasi muda di negeri ini.

Katanya, kajian ini perlu dilakukan sebelum kerajaan negeri memutuskan langkah terbaik dan sesuai dalam membantu generasi muda yang berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan.

Jelas beliau, kajian yang dilakukan di Singapura dijadikan contoh untuk mencari pendekatan yang sesuai dan satu "town hall meeting" atau mesyuarat awam secara tidak rasmi akan diadakan dan hasil perbincangan tersebut akan diterangkan kemudian.

"Saya sedang membuat kajian berapa jumlah pendapatan yang dapat menampung suami isteri dan tiga orang anak. Kajian di Singapura sebagai contoh. Kita kena buat kajian untuk pendapatan munasabah lima orang dalam satu keluarga. Saya rasa pendapatan RM700 sebulan tidak munasabah," katanya.

Ujar beliau lagi, kekurangan pendapatan dengan peningkatan sara hidup merupakan antara punca gejala seperti rasuah diamalkan bagi menampung kos kehidupan.

Untuk Program Keusahawanan Muda, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM50 juta sebagai peluang menambah nilai perniagaan mereka melalui dana yang disediakan kerajaan negeri.


Sumber: Selangorkini

Program Jom Shopping Dapat Sambutan Hangat Rakyat

Posted: 10 Nov 2011 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 10 NOVEMBER : Sejak diperkenalkan hampir tiga bulan lalu, seramai 160,000 orang warga emas berjaya didaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk menyertai program Jom Shopping anjuran Kerajaan Negeri.

Jom Shopping adalah salah satu agenda kerajaan negeri Selangor membalas jasa golongan warga emas yang terkandung di dalam Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Melalui program ini, setiap peserta di beri wang belanja RM100 oleh kerajaan negeri untuk membeli barang keperluan.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata kerajaan negeri bakal melancarkan program lanjutan menjelang tahun hadapan setelah program pertama untuk golongan warga emas ini mendapat sambutan yang memberangsangkan.

"Nampak nilai RM100 macam kecil. Pasaraya juga menyediakan saguhati sebagai nilai tambah kepada warga emas. Jumlah ini dilihat sedikit kerana kita melihat dari sudut nilai semata-mata," beliau berkata demikian bagi menjawap soalan Adun Teluk Datuk Phillip Tan Choon Swee.

Ujar beliau, pada peringkat awal sahaja setiap Dun boleh menghantar 200 orang setiap bulan namun kini bilangannya bertambah memandangkan jumlah yang berdaftar semakin meningkat.

Dalam perkembangan yang sama, sehingga Oktober tahun ini, sejumlah 20,382 warga emas yang mendaftar telah dibawa berbelanja di pasaraya-pasaraya terpilih.

Daripada jumlah penyertaan itu, Kerajaan Negeri dijangkakan akan membelanjakan sejumlah RM2,038,200 keseluruhannya.

Namun sejak penganjuran Jom Shopping, Kerajaan Negeri telah membayar RM1,042,000 kepada semua pasaraya yang terlibat dan bakinya akan menyusul.
Sumber: Selangorkini

Bajet 2012 Selangor : Masyarakat Luar Bandar Terus Dibela

Posted: 09 Nov 2011 01:45 AM PST

SHAH ALAM, 9 NOVEMBER : Kerajaan Selangor memberikan tumpuan kepada masyarakat luar bandar dalam usaha membasmi kemiskinan dan membantu meningkatkan taraf kehidupan.

Untuk basmi kemiskinan kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta manakala  RM2.2 juta untuk program pembangunan ekonomi petani, nelayan dan penternak dan RM500,000 untuk kebajikan golongan ini.

Selain itu, Program Pembangunan Pekerja Ladang mendapat peruntukan sebanyak RM300,000.

Sejumlah  RM4.7 juta pula untuk pembangunan produk pelancongan seperti kraf tangan dan RM2 juta untuk industri kampung.

Untuk pembangunan sosial, sebanyak  RM4 juta  diperuntukkan untuk Program Kerajaan Prihatin yang melibatkan kos tambahan bina baru dan baik pulih rumah keluarga miskin, bantuan bencana alam, bekalan makanan asasi, penyelenggaraan rumah PPRT, baik pulih lif rumah kos rendah dan penyerahan kunci pemilikan rumah.

Kerajaan juga memperuntukkan sejumlah RM4 juta untuk memasang CCTV di kawasan strategik dengan pencahayaan yang baik untuk tujuan peningkatn keselamatan dan pencegahan jenayah.

Manakala RM1 juta pula diperuntukkan untuk pembangunan perpustakaan desa dan daerah di Klang serta Tanjung Karang.

Selain itu, sebanyak RM500,000 untuk membaiki dewan orang ramai, RM5 juta untuk Program Peningkatan Kualiti Hidup Rakyat selain peruntukkan untuk Penggerak Pembangunan Luar Bandar sebanyak RM22 juta.


Sumber: Selangorkini

Bajet 2012 Selangor : RM300 Juta Pelaksanaan Geran Selangorku

Posted: 09 Nov 2011 01:30 AM PST

SHAH ALAM, 9 NOVEMBER : Kerajaan Selangor memperuntukkan sejumlah RM300 juta bagi pelaksanaan "Geran Selangorku" yang akan digunakan pada tahun 2012 untuk faedah rakyat Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 berkata, geran ini adalah berasaskan dana sumbangan dividen daripada GLC Negeri serta keuntungan operasi Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang berjaya mendapatkan hutang-hutang lapuk dari Syarikat Talam Corporation.

Menurut Abdul Khalid, ia juga adalah hasil penstrukturan semula projek Canal City dan pengenalan polisi pemberi milikan tanah mengikut harga pasaran.

"Jika dahulu keuntungan ini hanya dimanfaatkan oleh rakan kongsi usaha sama yang berat sebelah serta kroni orang-orang yang berkuasa, kali ini habuan besar ini akan diagihkan kepada rakyat Selangor.

Ini sekaligus membuktikan bahawa pentadbiran tanpa rasuah dan kronisma serta pengurusan yang cekap dan tiada ketirisan telah memberi menfaat kepada rakyat Selangor," katanya.

Abdul Khalid berkata, geran ini akan diuruselia oleh MBI memandangkan pengurusannya adalah bersepadu dengan pentadbiran kerajaan negeri.

Antara program yang akan dilaksanakan melalui Geran Selangorku adalah pengenalan gaji minima, program memperkasakan wanita, program keusahawanan muda, pembinaan infrastruktur sukan, program sokongan pendidikan, program dari kebajikan kepada pekerjaan dan program jangkaan kehidupan bandar.

Selain itu, program pembasmian rasuah dan penyelewengan, program pengukukan demokrasi, program pengukuhan budaya, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, program penerangan maklumat negeri dan pembaikan industri.


Sumber: Selangorkini

Bajet 2012 Selangor Peruntuk RM1.6 Bilion, Program MES Diperkasakan

Posted: 09 Nov 2011 01:15 AM PST

SHAH ALAM, 9 NOVEMBER : Bajet 2012 Selangor yang dibentangkan  oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memperuntukkan sejumlah RM1.6 bilion iaitu kenaikan 11.89 peratus berbanding RM1.430 billion pada 2011 yang bertemakan Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat dalam usaha mengagihkan kekayaan negeri demi membela rakyat.

"Ini kali keempat berturut-turut kerajaan negeri membentangkan belanjawan berimbang sejak mengambil alih pentadbiran Selangor pada Mac 2008.

Belanjawan ini sebagai kesinambungan dan mengukuhkan kepada usaha-usaha mengagihkan kekayaan negeri di bawah dasar Hasil Negeri Untuk Rakyat  menerusi program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor," kata Abdul Khalid semasa pembentangan Bajet 2012 di Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor ( DUN) di sini.

Menurut Abdul Khalid ,daripada jumlah ini, RM1 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM600 juta atau RM0.6 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Daripada RM1 bilion untuk perbelanjaan mengurus, sebanyak RM323,085,383 (32.3%) untuk emolumen; bekalan dan perkhidmatan RM371,387,272  ((37.1%), pemberian dan kenaan bayaran tetap RM284,182,697 (28.4%), aset RM8,079,568 (0.8%) dan belanja lain RM13,265,080 (1.5%).

Daripada  RM600 juta untuk perbelanjaan pembangunan, sebanyak RM411,091,860 atau 68% diagihkan untuk sektor infrastuktur,  RM 100,060,130 (17%) untuk sektor sosial,  RM84,240,010 atau 14% untuk sektor ekonomi dan RM4,608,000 atau 1% untuk sektor perbandaran.

"Hasil Negeri pada 2012 dijangka terus bertambah dengan Hasil Cukai meningkat 8.23% atau RM43,694,000 kepada RM574,674,000 berbanding RM530,980,000 pada 2011.

Hasil Bukan Cukai pula bertambah sebanyak RM187,439,380 atau 40.12% kepada RM654,603,740 berbanding RM467,164,360.
Bagaimanapun, Terimaan Bukan Hasil  dijangka berkurangan daripada RM431,855,640 kepada RM370,722,260 iaitu pengurangan 14.16% atau RM61,133,380," katanya.

Menurut Abdul Khalid lagi, Bajet 2012 akan meneruskan program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor menggunakan hasil negeri bagi Fasa Ketiga termasuk memperkenalkan program baru iaitu Elaun Anak ke Nurseri dengan peruntukan sebanyak RM3 juta.

Program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) diperuntukkan RM7.5 juta, Hadiah Anak Masuk Universiti RM7.7 juta, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) RM20.7 juta, Pusat Khidmat Sehenti RM50,000 dan Skim Kesihatan Wanita RM1 juta.

Pemberian 20 meter air percuma setiap bulan yang memberi manfaat kepada lebih 4 juta pengguna di Selangor akan diteruskan dengan dibiayai oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

"Kerajaan Negeri Selangor tidak menolak hakikat bahawa Projek Penyaluran Air Mentah ke Selangor boleh memberikan tambahan bekalan air yang diperlukan tetapi perlu dibincangkan secara bersama dengan penstrukturan semula industri air.

Sekiranya cadangan penstrukturan ini diterima, kenaikan tarif air sebanyak 71% oleh SYABAS dapat dielakkan malah pengguna juga mendapat perkhidmatan lebih cekap, berkualiti serta  kenaikan tarif hanya berlaku pada kadar minima yang tidak membebankan rakyat," katanya.

Sumber: Selangorkini

50 Peratus Hutang Alam Flora Berjaya Diselesaikan PBT

Posted: 09 Nov 2011 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 9 NOVEMBER : Sebanyak 50 peratus hutang berjumlah RM90 juta kepada Alam Flora telah berjaya diselesaikan semua Pihak berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor sehingga 3 Oktober.

Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu ketika menjawab soalan Adun Sungai Pelek,Yap Ee Wah berhubung jumlah tunggakan hutang yang belum dijelaskan kepada Alam Flora berkata, pembayaran hutang akan diteruskan sehingga selesai.

"Mengikut rekod, tunggakan PBT kepada Alam Flora berjumlah RM90 juta. Semua PBT masing-masing mengambil langkah membayar hutang dan sehingga 3 Oktober, sebanyak 50 peratus telah dibayar oleh PBT kepada Alam Flora.

"Usaha untuk membayar akan diteruskan dan dalam masa yang sama Alam Flora juga berhutang kepada PBT. Mereka membeli peralatan dan sebagainya tapi masih tidak menjelaskan hutang," katanya.



Jelas beliau, sepanjang pengambilalihan pengurusan sisa pepejal mendapat reaksi yang positif dari pihak PBT dan penambahbaikan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

"Pihak MBSA menyatakan, melalui perkhidmatan ini, pihak PBT dapat memantau secara terus dan aduan dapat dikurangkan. Majlus Perbandaran Ampang Jaya, MPAJ berkata, keberkasanan perkara ini dapat memudahkan sebarang bantuan dan tindakan percegahan.

"Majlis Perbandaran Klang, MPK pula telah menambah tempoh kutipan sampah dari 3 hari kepada 4 hari untuk perumahan dan sementara untuk komersil, dahulunya sehari sekali telah ditambah menjadi dua kali sehari. Secara keseluruhannya dalam kawalan yang baik dan akan terus diperbaiki," katanya.

Beliau menambah, kerajaan negeri tidak akan campur tangan berhubung isu status pekerja yang bernaung di bawah Alam Flora.

Katanya, kerajaan negeri menasihatkan PBT supaya menyerap semua pekerja dibawah Alam Flora dan setakat ini tidak ada sebarang kontraktor yang dipecat sehingga tempoh transisi yang berakhir pada 31 Disember 2011.

Sumber: Selangorkini

Lebih 3,000 Hadir Rumah Terbuka Deepavali

Posted: 08 Nov 2011 07:50 AM PST

RAWANG, 8 NOVEMBER : Program Rumah Terbuka Deepavali bersama Kerajaan Selangor yang disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di daerah Rawang disambut meriah dengan kehadiran lebih 3,000 pengunjung berbilang kaum di Jalan Maxwell di sini malam tadi.

Program jelajah sambutan Deepavali kali ketiga itu turut dihadiri barisan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, antaranya Dr Xavier Jayakumar, Ronnie Liu, Datuk Teng Chang Khim dan Gan Pei Nei.

Dalam majlis itu, hadirin dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh artis tempatan dan pertunjukan bunga api sebelum Abdul Khalid diarak ke pentas utama untuk memalu peralatan muzik tradisional kaum India iaitu 'Dol Banghra' (gendang) sebagai simbolik pelancaran majlis.



Abdul Khalid dalam ucapan ringkasnya, melahirkan rasa bangga dengan kerjasama erat yang terjalin di kalangan masyarakat Selangor berbilang kaum dalam usaha meraikan dan menghormati sambutan perayaan agama masing-masing.

Justeru katanya, masyarakat Hindu khususnya perlu meraikan sambutan Deepavali kali ini dengan penuh keriangan dan kegembiraan bagi menghayati erti kemenangan.

"Pelbagai kaum berkumpul dengan penuh harmoni untuk meraikan sambutan Deepavali. Selain itu kita juga bertuah untuk merayakan sambutan Hari Raya Aidiladha yang juga meraikan kemenangan umat Islam di seluruh negara," katanya.

Selain itu, beliau turut mengharagai sikap masyarakat setempat yang telah memberi kepercayaan kepada kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk mentadbir Selangor.

Jelasnya, kerajaan Selangor di bawah Pakatan akan terus berusaha untuk melakukan perubahan demi kesejahteraan sejagat.

"Kerajaan Selangor akan meneruskan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), malah akan ditambah dan diperhebatkan lagi untuk memberi kebaikan serta manfaat secara terus kepada rakyat," ujar Khalid.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut menyumbangkan sejumlah RM521,000 kepada beberapa buah rumah ibadat bukan Islam yang terpilih di sekitar negeri Selangor bagi dibaikpulih untuk kemudahan masyarakat selain memberi ang pow (duit raya) kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.


Sumber: Selangorkini

Dr Xavier Hadir Beri Sokongan MTUC Piket Bantah Pindaan Akta Kerja 1955

Posted: 03 Nov 2011 05:00 AM PDT

Shah Alam, 3 November 2011 - Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) hari ini meneruskan piket seperti yang dijadualkan demi membantah pindaan Akta Kerja 1955. 

MTUC dijadual mengadakan piket secara serentak di 18 lokasi di seluruh negara selepas waktu bekerja iaitu antara jam 5 hingga 6.30 petang.

Lokasi berkenaan ialah Seksyen 15 Shah Alam, Jalan Persiaran Kuala Selangor, Teluk Panglima Garang, Jalan Barat Petaling Jaya, Bukit Raja Klang, Rawang/Sungai Choh di Selangor, Pulau Pinang (Hadapan Pearl View Hotel, Prai), Melaka (Jalan Bukit Beruang Air Keroh), Negeri Sembilan (Padang Majlis Perbandaraan Seremban).

Di Perak (Hadapan bangunan MTUC, Ipoh), Pahang (Padang Masjid Negeri, Kuantan), Kelantan (hadapan Kota Baharu Trade Centre), Johor (hadapan MasjidJamek Kampung Pasir, Batu 5 Jalan Skudai), Kuala Lumpur (hadapan bangunan KWSP Jalan Raja Laut), Sabah (hadapan Tang Dynasty hotel dan Centre Point Kota Kinabalu), Kedah (hadapan Sime Tyre International, Mergong) dan Sarawak (hadapan Bangunan Sultan Iskandar, Kuching).


Piket ini diharap memberi satu mesej kepada kerajaan bahawa pindaan yang diluluskan menjurus memberi impak negatif kepada pekerja. 

MTUC mendakwa sistem itu membuatkan pekerja itu bekerja untuk kontraktor bukan majikan berkenaan menyebabkan majikan tidak mempunyai tanggungjawab secara terus menjaga kebajikan pekerja terutamanya melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

YB Dr Xavier Jayakumar hadir di bulatan berhampiran Goodyear Seksyen 15 untuk memberi sokongan kepada MTUC. Turut hadir adalah YB Dr Nasir dan YB Khalid Samad.











AMK KEDAH

Posted: 22 Nov 2011 09:47 PM PST

AMK KEDAH


Ada cubaan gagalkan Kongres KEADILAN

Posted: 22 Nov 2011 06:57 AM PST


AMPANG 22 Nov: Pengarah Operasi Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN, Sharifah Shahidah berkata, wujud usaha pihak tertentu untuk menggagalkan Kongres Nasional KEADILAN yang dianjurkan di Johor 25 hingga 27 November ini.

Ini kerana katanya, beberapa minggu lalu, petugas parti dihalang memasang banner berkaitan kongres di sekitar kawasan Pulai Spring Resort, tempat kongres itu bakal berlangsung.

"Wujud pihak tertentu' yang seolah bertujuan mahu menggagalkan kongres KEADILAN yang berlangsung di Johor kali ini.

"Walaupun beberapa hari lalu kita dibenarkan juga memasang banner, namun kita kesal tindakan 'pihak tertentu' itu," katanya ketika ditemui pada Forum 'GST dan Inflasi' yang berlangsung di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) semalam.

Selain itu, katanya pihak yang dilantik menguruskan pentas 'turut ditekan pihak tertentu'.

Menurutnya, tindakan itu bertentangan dengan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sebelum ini memberi jaminan tidak akan ada sebarang gangguan terhadap penganjuran kongres berkenaan.

Oleh itu, beliau berharap insiden seperti itu adalah yang terakhir dan tidak lagi berlaku selepas ini.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu bermula Khamis hingga hujung minggu ini, pimpinan KEADILAN bermula dari peringkat Ahli Majlis Pimpinan Pusat akan mengadakan jelajah penerangan di setiap pelosok negeri itu.

Jelajah anjuran KEADILAN Johor itu antara gerak kerja berterusan untuk menawan Johor pada Pilihan Raya Umum akan datang.

"Sepanjang jelajah itu, kita berharap setiap peringkat lapisan masyarakat memanfaatkannya dengan mendengar sendiri penerangan isu secara langsung dari pimpinan parti.

"Pastinya, ceramah dan penerangan yang turut diminta rakyat ini tidak akan disiarkan media arus perdana kerana Umno-BN kian gusar dengan usaha Pakatan Rakyat yang mahu menakluk kubu kuat Umno itu," tegasnya.

Pertikai keputusan tidak bubar DUN, AMK selar Pemuda MCA

Posted: 22 Nov 2011 06:54 AM PST

PETALING JAYA 22 Nov: Angkatan Muda KEADILAN menyelar kenyataan Ketua Pemuda MCA yang mempertikai keputusan kerajaan Selangor untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke 13.

Ia berikutan pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid ibrahim sebelum ini yang menegaskan DUN di Selangor hanya akan dibubar selepas Jun 2012.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Datuk Dr Wee Ka Siong tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan keputusan tersebut kerana MCA dan BN adalah pembangkang di Selangor.

"Mengikut perlembagaan, bubar DUN adalah kuasa mutlak Menteri Besar atau Ketua Menteri di sesebuah negeri dan cadangan Tan Sri Khalid itu sah.

"Maka tindakan Ka Siong mempertikainya sesuatu yang lucu dan dia mungkin lupa Selangor sudah empat tahun ditadbir Pakatan Rakyat," katanya selepas mesyuarat pemuda Pakatan Rakyat di pejabat KEADILAN di Petaling Jaya hari ini.

Turut serta dalam sidang media itu Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi, wakil Pemuda Dap, Zairil Khir Johari dan pimpinan pemuda Pakatan Rakyat lain.

Menurut Shamsul, cadangan Khalid itu sesuatu yang baik kerana sekurang-kurangnya memberi bayangan bilakah tarikh pilihan raya negeri akan diadakan.

Berbanding pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga kini enggan memberi tarikh sebenar bilakah Parlimen dibubarkan.

"Pemuda Pakatan Rakyat menyambut baik langkah Tan Sri Khalid agar DUN Selangor hanya akan dibubar selepas Jun kerana ia baik untuk rakyat.

"Sebab dengan pengumuman itu, maka pelbagai dasar kerajaan negeri termasuk yang baru dibentang dalam belanjawan negeri baru-baru ini dapat dilaksana dalam tempoh munasabah," tegasnya.

Sementara itu, timbalannya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata, di negara maju, tarikh pilihan raya sudah pun diketahui lima tahun sebelum dibubarkan

Anwar Ibrahim

Posted: 22 Nov 2011 07:51 PM PST

Anwar Ibrahim


Rise Of Unelected Ministers

Posted: 22 Nov 2011 06:57 PM PST

Malaysiakini
By Mariam Mokhtar

Prime Minister Najib Abdul Razak’s impressive performance in a “popularity poll” conducted by the International Islamic University of Malaysia (IIUM), has nothing to do with his leadership qualities or his ability to charm the voters.

His apparent rise in popularity is in proportion to his absence from the country. In short, the electorate is glad he is absent from Malaysia.

The IIUM lecturer who devised the poll may have his own reasons for attributing Najib’s enhanced popularity to “his relentless efforts to touch base with the people and steer the country to a promising future”.

The PM is besotted with his image as an international statesman and swells with pride when he shakes the hands of the big players like Hu Jintao and Barack Obama. But pride comes before a fall.

Najib (left) has taken several overseas trips since he became PM and it is difficult to keep track of him. Last month, he was in Indonesia, China, Australia, and twice in Saudi Arabia.

One thing is clear. He emulates former prime minister Dr Mahathir Mohamad by being 'out-of-town’ during national crises.

Mahathir allegedly 'disappeared’ during the nationwide clampdown of Operation Lalang in October 1987. It possibly been pre-arranged that Hanif Omar, the IGP at the time, would take the rap and try to leave Mahathir smelling of roses.

In the last fortnight, our unelected PM was in Hawaii for the Asia Pacific Economic Cooperation (Apec) followed by a Bali visit to attend the East Asia summit. He should have stayed at home, to deal with the multi-million ringgit misuse of public funds by the National Feedlot Corporation (NFC).

The unelected Women, Family and Community Development Minister, Shahrizat Abdul Jalil, is embroiled in the NFC crisis.

Token official visit

The office of Prime Minister of Malaysia is cheapened by revelations that Najib had arranged a token official visit, during his personal holiday, as an excuse to get the taxpayer to fund, in full, his travelling expenses for him and his extensive entourage.

Last July, after visits to Turkmenistan, the United Kingdom and the Vatican, the PM was forced to cut short his holiday to Italy and return home. He had to respond to mounting condemnation of the violent assault against the rakyat during the Bersih 2.0 rally, and try to salvage his reputation. He also had to deal with an Umno plot to oust him from power, allegedly led by his deputy, Muhyiddin Yassin.

More of Najib’s insecurities were revealed in the deportation order placed on William Bourdon who was in Malaysia in relation to the Scorpene case.

Najib was also perturbed that the veteran Umno leader Tengku Razaleigh Hamzah (right) was launching Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) to revive the Tunku’s true spirit of Merdeka.

Najib, the career politician, only knows life in the political fast lane. He has not struggled like most people to find funds for education or with applying for a job. He has even admitted that his trip on a luxury bus in Perak, was his first bus journey.

Even the most hardened and cynical politicians will balk at using someone else’s misfortune to boost their image. Not Najib. He cut short another holiday, in Australia to return home, ostensibly saddened by the death of a journalist in war-torn Somalia.

Instead of leaving the family to grieve in private, Najib managed to turn it into a publicity circus by showing his mock compassion.

Disturbing questions

The NFC scandal raises very disturbing questions about our version of democracy. Who benefits from our democratic process?

Why are the unelected ministers given a major say in the running of our country? Why are the chosen few from Umno’s political elite manipulating the role of government? Why are the controls to check such impropriety not in place? Where is the enforcement?

Why are the members of royalty who choose to be vocal in some matters, silent when it comes to large-scale corruption and allegations of fraud on a grand scale?

Najib’s handling of Umno is rooted in cronyism. How can he speak out against Shahrizat when he has so many skeletons in his own closet?

That is why the Umno businesses and those of their cronies are run like a family-business empire. It is like the mafia, with different sections of the business managed by different branches of the family. No one betrays the other. Anyone who tries is silenced or risks having his livelihood threatened.

Muhyiddin, who has been tasked to deal with the NFC scandal gives the impression of being out of his depth, really he is just covering up a crime, for one of his cronies.

He claims that Shahrizat (left) had nothing to do with the NFC, which is managed by her husband and her children. He did not think Shahrizat had cause to resign. Then he left it for the people to decide.

He is right. The rakyat thinks that Shahrizat should be suspended without any pay whilst investigations are carried out quickly. If found guilty, she should be made to repay every sen, and spend time in jail.

That goes for him (Muhyiddin) too for misleading the public. The project was approved when he was agriculture minister. He was reticent and sparse with information, only giving out the bare minimum when forced. MPs are accountable to Parliament, and Parliament is accountable to the rakyat.

Tighten belts

Interestingly, it was another unelected minister, Idris Jala who flip-flopped between saying that Malaysia was going bankrupt and doing all right economically.

Last year he said we would have to tighten our belts but a few weeks ago, he said we would manage.

Can he be so confident when ministers abuse public funds and treat them as their own bank account?

The IIUM popularity survey concluded that PKR’s Anwar Ibrahim, Kelantan Menteri Besar Nik Abdul Aziz and Penang Chief Minister Lim Guan Eng (left) declined in popularity, unlike Najib and Mahathir.

The poll asked 1,500 Malay, Chinese and Indian registered voters, how satisfied they were with the leadership qualities of the five.

In October 2008, 35% Malay, 33% Chinese and 41% Indian respondents expressed satisfaction with Najib. In July 2011, their approval increased to 59%, 45% and 62%, respectively.

This survey has left many members of the rakyat wondering if a representative cross section of the public was sampled. They also wondered if these 1,500 registered voters were “real voters” or “phantom voters”.

As the poll suggests that Najib is so popular now, he might want to call the elections soon, despite the scandals, accusations of electoral fraud and revelations of expensive purchases which are surfacing almost every week.

MARIAM MOKHTAR is a non-conformist traditionalist from Perak, a bucket chemist and an armchair eco-warrior. In 'real-speak', this translates into that she comes from Ipoh, values change but respects culture, is a petroleum chemist and also an environmental pollution-control scientist.

Tidak Layak Jadi PM, Populariti Najib Palsu Semata

Posted: 22 Nov 2011 06:20 PM PST

Malaysia Chronicle

Bukankah ganjil bahawa kaji selidik selepas kaji selidik yang dikeluarkan pada minggu lalu menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak - dengan bibir merah jambunya yang hanya berjaya memenangi separuh pengundi di Pekan - terus kekal popular.

Adalah sukar untuk menerima hasil daripada kaji selidik itu yang dilakukan atas dasar meraih wang sahaja memandangkan Najib sendiri ragu-ragu untuk mendapatkan mandat sendiri daripada rakyat. Sebaliknya, dia hanya menggunakan mandat yang diperolehi oleh Abdullah Badawi. Ini merupakan sesuatu yang penuh kontradiksi.

Bagi kaji selidik lain pula, yang kononnya daripada parti-parti pembangkang dan beberapa universiti yang dikawal oleh kerajaan – mereka ini seolah-olah tidak mengambil endah akan hakikat bahawa beliau banyak dibabitkan dengan skandal dan sudah pasti hati nurani Najib sekarang sedang membunuhnya, walaupun secara perlahan-lahan.

Isteri beliau Rosmah Mansor pula langsung bukan aset kepada kerjaya politik beliau. Rosmah juga telah dikaitkan dengan pelbagai skandal yang sudahpun diketahui ramai.

Dia seolah-olah tidak dapat mengawal; apatah lagi memberitahu isterinya batas-batas isteri seorang Perdana Menteri.  Isterinya itu bersikap seperti seorang yang degil, keras kepala dan menjalani gaya hidup mewah menggunakan wang awam.

Altantuya akan menhantuinya seumur hidup

Untuk berlaku adil Najib, beliau boleh membuat tuntutan bahawa beliau adalah sepopular Tunku Abdul Rahman dan Abdullah Badawi di saat-saat terbaik mereka tetapi hantu model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang telah diletup dengan C4 sentiasa mengekori bayangan beliau . Hantu itu tidak akan menghilang walau bagaimana  sekalipun dia berdoa.

Kes bunuh tersebut menghantui beliau dimana jua beliau berada dan itu adalah seperti tindakan bunuh diri untuk politik. Beliau enggan memberi sebarang penjelasan kerana merasa dirinya tidak  akan terlepas. Bukan itu sahaja, ada lagi kes rasuah Scorpenes yang berjumlah RM 7 billion

Itulah sebabnya beliau cuba memandang remeh kes terseut. Malangnya tiada sesiapa pun yang mempercayai hakikat itu. Persepsi rakyat adalah yang paling penting dalam politik.

Kes yang sedang berjalan di Mahkamah Perancis itu mungkin akan memburukkan lagi keadaan untuk Najib pada bulan-bulan yang mendatang dan mungkin sejurus sebelum Pilihan Raya ke-13 nanti.

Sekarang pun sudah nampak bahawa Timbalannya Muhyiddin Yassin, menjauhi dirinya daripada Najib apabila berada di khalayak ramai, memberi tanda bahawa sesuatu yang buruk pasti akan timbul tidak lama lagi.

Masih banyak persoalan yang tidak terjawab daripada kes pembunuhan Altantuya: peranannya dalam pembelian kapal selam berbilion-bilion ringgit dari Perancis dan Sepanyol; rekod kemasukan beliau ke negara ini yang dipadam daripada sistem Jabatan Imigresen; hubungan antara Abdul Razak Baginda; pegawai peribadai Najib dan sepupu Altantuya; dan mengapa kedua-dua pembunuh yang disabitkan dalam kes itu masih di penjara dan belum dijatuhkan hukuman mati. Badan Kehakiman perlu memberi banyak penjelasan sebelum PRU 13.

Ini semua adalah persoalan-persoalan yang akan muncul sekali lagi pada GE 13.

Liwat II

Seolah-olah bau busuk daripada membunuh Altantuya tidak mencukupi, peranan Najib dalam kes liwat II juga menjadi pemberat besar yang tergantung dilehernya.

Beberapa pihak yang berkenaan percaya bahawa Najib telah bertemu dengan Saiful Bukhari, lelaki yang telah menuduh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya. Dakwaan tersebut ditolak oleh pakar perubatan dan seolah-olah mencadangkan,seperti yang telah didakwa Anwar bahawa ada konspirasi peringkat tinggi terhadapnya seperti kes Liwat I

Kes Liwat 1, telah dicipta oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang terpaksa membayar harga yang tinggi apabila beliau pula terpaksa melepaskan jawatan disebabkan pemberontakan dalam Umno dan Kabinet Persekutuan yang diketuai oleh Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein Onn dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Akhirnya, Mahkamah rayuan memutuskan bahawa Anwar tidak meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya.

Malah mereka yang membenci Anwar berasa kasihan terhadapnya dan meninggalkan Umno walaupun mereka masih enggan untuk mengundi beliau. Kes Liwat I telah menjatuhkan Umno dalam pilihan raya.

Liwat II, seperti Liwat I telah dicipta oleh Mahathir, dan jelas Umno menanggung kerugian  besar dalam  pilihan raya. Perak yang dicuri daripada PakatanRakyat oleh Umno beberapa bulan selepas GE 12 pada tahun 2008, pasti akan kembali kepada pakatan pembangkang.

Terengganu dan Malaysia Timur sasaran sedangkan Najib terus bermain-main

Selain Perak, PR sedang memburu Terengganu, Negri Sembilan dan melapangkan jalan-jalan di Sabah dan Sarawak, negeri-negeri yang dianggap Deposit Tetap Umno kerana banyak pendatang haram dalam daftar pemilih di sana .

PR telah meningkatkan pendaftaran pengundi tempatan untuk meneutralkan bilangan pendatang tanpa izin dalam daftar pemilih.

Najib juga tidak dapat melarikan diri daripada persepsi awam bahawa Mahathir memeras ugut beliau dan beliau dalam keadaan berserah diri pada setiap segi dan sudut.

Beliau sekarang sudah nampak perangai sebenar Mahathir yang dirahsiakannya daripada orang ramai selama hampir 22 tahun sehinggalah keluarnya kes Liwat I.

Sejarah akan mengejar kita

Skandal Najib selain pembunuhan Altantuya, Liwat I dan Liwat II juga pengkhianatan terhadap orangkuat Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah dalam perbalahan terkenal pada tahun 1987 untuk jawatan Presiden Umno dengan Mahathir.

Razaleigh tidak pernah memaafkannya dan terus menahan sokongan beliau yang penting dan juga tidak menghalang kemaraan PAS, ahli gabungan PR.

Bau busuk yang sama kuatnya dengan kes Altantuya dari Abdul Razak, ayah Najib, atas peranannya dalam rusuhan Melayu-Cina pada 13 Mei 1969 di mana Mahathir dan bekas Menteri Besar Selangor Harun Idris juga menjadi dalang.

Ketiga-tiga dalang ini juga menjatuhkan Tunku Abdul Rahman daripada jawatan Perdana Menteri.

Sihir tidak boleh menukar Najib daripada Katak kepada Putera

Najib akan mati dengan kematian perlahan tetapi pasti boleh diduga memandangkan beratus-ratus juta wang pembayar cukai telah digunakan untuk perhubungan awam membersihkan imej beliau. Contoh jelas adalah rentetan ’kaji selidik’ populariti beliau. Untuk itu, pujian haruslah diberi kepada  ketua media baru yang telah dilantik dan berpusat di NST.

Sungguhpun begitu, yang menyedihkan adalah usaha itu secara terang-terangan memalukan.  Ahli silap mata terkenal seperti Houdini pun tidak akan  dapat mengubah Najib daripada katak kepada Putera!

Sama ada dia mengaku atau tidak, suara hati Najib sedang mendambakan hukuman, dan pembersihan daripada dosa. Sesiapapun boleh meneka bagaimana dan bilakah masa kejatuhan beliau akan tiba.

Mungkin sedikit akan menitiskan air mata untuk Najib dan Malaysia menanti seorang penyelamat yang akan membawanya keluar dari masalah yang telah ditanggung lebih daripada setengah abad. Najib sememangnya bukanlah orang itu.

Imprison Me, The Climate For Change Will Be Faster

Posted: 22 Nov 2011 05:03 PM PST

Sekat Perhimpunan Aman, Najib Gagal Tunai Janji

Posted: 22 Nov 2011 05:00 PM PST

Keadilan Daily

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi gagal menunaikan janjinya untuk melakukan pembaharuan termasuk memberikan kebebasan terhadap hak berhimpun.

Beliau berkata demikian mengulas langkah kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di dewan rakyat hari ini.

"Kita mempunyai PM yang mengamalkan dasar flip flop dan tidak tuntas, tidak menunaikan janji-janjinya dan ini sudah lama dirasai oleh rakyat," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Menurut Azmin, Najib pada 16 September lalu turut berjanji bahawa beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri akan dimansuhkan, namun menggantikannya dengan akta lain yang mengekalkan penahanan tanpa bicara.

Tegasnya, RUU berkenaan tidak wajar diperkenalkan kerana perlembagaan sendiri telah memberi jaminan terhadap kebebasan berhimpun.

"Bagi kita perkara ini tidak timbul kerana perlembagaan sudah jelas, (rakyat) diberikan jaminan untuk berhimpun dengan aman. (Kerajaan) tiada keperluan untuk menggubal satu akta lain untuk mengekang kebebasan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Terdahulu Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng membidas Rang Undang-undang berkenaan kerana memberi lebih kuasa terhadap polis untuk menahan individu yang terlibat dalam perhimpunan aman.

"Terpulang kepada polis untuk menentukan sama ada sesuatu perhimpunan itu aman atau tidak," katanya pada sidang media di Parlimen.

Beliau merujuk Seksyen 8 dalam rang undang-undang berkenaan yang menyatakan bahawa seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan sesuatu perhimpunan dikendalikan dengan teratur.

"Ini tidak kena dengan usaha Kerajaan kononnya ingin memberikan hak asasi dan demokrasi kepada rakyat. Ini lebih teruk dari dulu kerana ada tempat-tempat yang disenaraikan dihalang (berhimpun)," ujarnya.

Tambah beliau, peraturan baru itu juga meluaskan lagi kawasan larangan untuk mengadakan perhimpunan dan melipatgandakan jumlah denda kepada penganjur yang terlibat.

Seksyen 9(5) dalam rang undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.

Manakala Seksyen 21(3) memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam sesuatu perhimpunan.

Tempat larangan yang dinyatakan dalam rang undang-undang berkenaan mengambil takrif kawasan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

"Maknanya semua tempat pun tak boleh berhimpun. Dalam hutan pun tak boleh sebab mungkin ada loji rawatan air," kata Guan Eng.

Peaceful Assembly Bill is Unconstitutional

Posted: 21 Nov 2011 11:36 PM PST

The Malaysian Insider

The government tabled the Peaceful Assembly Bill 2011 in parliament this morning. It is with shock and disbelief that the nation received news of the details of the bill. This bill has made meaningless the rakyat's right to freedom of assembly, in blatant breach of Article 10(1)(b) of the Federal Constitution.

In short, the bill itself is unconstitutional. From the particulars, it is clear that the real intention of Najib and his government is to make it as difficult and burdensome as possible for the rakyat to peacefully assemble. We are now indisputably worse off than we were

under the provisions of the Police Act 1967. Our objections are as follows:

1) The bill outlaws street protests. This is unconstitutional as it is in breach of Article 10 of the Federal Constitution. This is not a "reasonable restriction", but a restriction that renders nugatory the right to peacefully assemble. There is no reason why street protests

should be outlawed; it is the job of the police upon notification to manage traffic and other matters.

In any event, any traffic congestion in recent protests has been caused by the police themselves by putting up unnecessary road-blocks. Street protests are a normal, harmless and integral part of any functioning democracy. There is no such restriction in the laws of other democratic countries such as UK, US, Australia, Canada, Finland or South Africa.

It is completely inconsistent with international norms and practices as well as the UDHR. Surprisingly, the government has been claiming that they would be adopting best practices from some of these other countries. This was clearly another lie.

2) The bill imposes a 30-day advance notice to authorities prior to holding an assembly. This is an onerous and unnecessary requirement intended to make it as difficult as possible for the rakyat to convene any assembly. If the issue is current and of urgency, are we to wait for a month before holding an assembly?

Must we wait a month if we want to gather to hand over a memorandum to the government? In the UK under the Public Order Act 1986 only a six-day notice is required. In Western Australia it is four days, in South Africa seven days and in Finland it is only six hours!

3) Section 8, which allows the IGP to take "such measures as he deems necessary" is widely couched and open to abuse. It grants new untrammelled powers to the police vis-a-vis public assemblies. Any conditions the police may be allowed to impose must be minimal,

limited and clearly spelled out in the bill.

4) Fines of up to RM20,000 for non-compliance are excessive and calculated to frighten and discourage those who wish to assemble. This bill should have been titled the "Restriction of Assembly Bill"! It has rendered worthless the people's right to peacefully assemble. Najib perpetrated a massive confidence trick upon the rakyat when he promised reform of the right to assemble on Malaysia Day this year.

This bill is a joke in absolute bad taste and will make our country the laughing stock of the world. BN and Najib are truly practising "Orwellian" doublespeak. When they said freedom of assembly, they meant the complete opposite. This ridiculous bill, which makes a mockery

of our democratic values, must be immediately withdrawn.

Instead, the Police Act must be amended to remove the permit requirement and replace it with a simple notification, as is the practice in other democratic nations.

Kisah Lembu Menanam Budaya Involusi

Posted: 21 Nov 2011 08:18 PM PST

Merdeka Review
Oleh Ooi Heng

“Tubuhnya berketul-ketul.  Engguhnya tinggi, besar dan berdenyut-denyut apabila sesekali ia mengangkat kepalanya kerana mengangkat rumput.  Sendi kaki hadapannya kelihatan pagan dan teguh.  Kuku kakinya yang empat itu putih kehitaman mencengkam tanah.”

Begitu lakaran Sastarewan Negara Syed Othman Kelantan dalam karyanya berjudul “Juara” berkenaan dengan bentuk seekor lembu yang mempunyai potensi untuk memasuki gelanggang pertarungan.  Lembu kalah perlu dijual dan disembelih.

Kini lembu tinggal dalam kondo mencorakkan kehidupan kota dan desa.  Pada mulanya selesa, kemudian dramatik dan sehingga hari ini masih tidak perlu letak jawatan.  Perasaan kekitaan cukup kuat sesama warga Malaysia.  Kita ditunjuk ajar dengan fahaman parti pemerintah yang sama, bahawa penyelewengan wang rakyat bukan masalah besar.  Maka kita hidup sekampung sekota berkongsi pengajaran yang sama dengan anak cucu kita.

Ini pengajaran yang sah.  Segala-gala yang dipertahankan oleh pemerintah adalah sah.  Perbualan selepas 111111 ialah salah guna wang rakyat itu namanya SAH!  Asalkan terus memerintah, segala-galanya sah.

Tidak seperti perasaan kekitaan sesama rakyat semasa perhimpunan BERSIH 2.0 di mana anak Melayu melindungi anak Cina daripada gas pemedih mata.  Kisah anak Melayu tolong anak Cina juga dramatik dan hangat diperkatakan selepas 090711.  Mesej yang wajar dilakarkan kepada lembu yang tinggal dalam kondo berkenaan 090711 ialah, peluru berpandu Patriot gagal memusnahkan peluru berpandu SCUD. Maka 090711 adalah untuk memperingati kemenangan SCUD.  Ini yang membentuk perasaan kekitaan sesama rakyat terbanyak.  Tapi ia haram, kata pemerintah yang sahkan akvititi salah guna wang rakyat.  Seperti mana kuasa besar sahkan penaklukan Iraq dengan peluru berpandu.

Sementara itu, 111111 adalah untuk memperingati kemenangan mereka yang salah guna wang rakyat.  Ia memalukan meskipun diSAHkan oleh mereka yang bersekongkol dengan kuasa dan ketamakan.  Rakyat beri undi, yang melembukan rakyat dapat kondo.

Kini aktiviti salah guna wang rakyat mencorakkan budaya pembangunan dan tadbir urus negara.  Pada mulanya sedikit, kemudian jutaan ringgit dan sehingga hari ini berbilion-bilion sama ada yang dilaporkan atau tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara disalahgunakan.

Kini psikologi kumpulan manusia bernama pengarang dan wartawan banyak dicorakkan oleh nilai projek yang didakwa melibatkan salah guna wang rakyat.  Pada mulanya skandal ikan bili dilaporkan, kemudian pendedahan skandal ikan lembu terpaksa dilaporkan, seterusnya hanya skandal ikan jerung dianggap penting tapi jarang-jarang sekali dapat didedahkan.

Apakah kita diikatkan dengan kontrak sosial yang mengatakan bahawa menjadi tanggungjawab warga Malaysia supaya terus dilembukan oleh segolongan elit kerana mereka mewakili parti dan bahawa parti itu pemerintah dan pemerintah itu negara?

Apakah kita disusukan oleh lembu yang tinggal dalam kondo sehingga kita diikat bersama dan terus mempercayai mereka yang melembukan rakyat akan membela hak rakyat?

Tahun 1963, apabila Semenanjung Malaysia bergabung dengan Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk Malaysia, si tokoh antropologi bernama Clifford Geertz menerbitkan kajiannya berjudul “Involusi Pertanian: Proses Perubahan Ekologi di Indonesia” (Agricultural Involution: The Process of Ecological Change in Indonesia).

Involusi uterus merujuk kepada pengecutan uterus kepada saiz normal selepas bersalin.  Ini pengalaman seorang ibu selepas bersalin.  Clifford Geertz meminjam konsep involusi dan menggunakannya dalam tesis involusi pertanian sebagai percubaan memahami keadaan petani semasa era penjajahan.  Kemudian, konsep involusi dipopularkan dan digunakan untuk menjelaskan pelbagai senario dalam bidang berlainan selain bidang pertanian.

Apabila digunakan untuk menjelaskan pertumbuhan negara, involusi merujuk kepada keadaan di mana pembangunan yang ditonjolkan tidak melibatkan perubahan secara mendalam.  Meskipun terdapat pembangunan, tetapi pembangunan itu tidak memberikan pertumbuhan bermakna dalam jangka masa panjang dan memanfaatkan rakyat dan masyarakat secara keseluruhan.  Apa yang ditonjolkan sekadar perubahan cetek dan sekadar menyentuh permukaan dasar sedia ada tanpa mendalaminya.

Di Malaysia, budaya involusi meresap ke dalam pelbagai lapisan jentera pemerintahan negara yang berperanan membangunkan negara.  Pemerintah yang berbicara mengenai transformasi dan perubahan sering kali membiarkan begitu sahaja skandal-skandal salah guna wang rakyat yang impaknya kelihatan dari segi kerencatan produktiviti negara.  Ukuran transformasi sekadar permainan angka tanpa kemajuan bermakna.  Perubahan secara mendalam dan secara dasar tidak dilakukan.

Sesungguhnya, soal anjakan paradigma yang dapat membawa pertumbuhan negara ke satu tahap baharu senantiasa direncatkan oleh budaya involusi.  Semenjak era krisis kewangan 1997/98, pertumbuhan Malaysia kelihatan lemah.  Pertumbuhan sebelum itu yang pernah disifatkan sebagai sebahagian daripada mitos Asia telah menemui kebekuan.  Angka pertumbuhan setiap musim atau tahun sekadar memaparkan pembangunan jangka masa pendek tanpa dirujuk atau diutamakan kepentingan perubahan dan pembaharuan secara dasar dan secara menyeluruh.

Era Pak Lah pernah memberikan identifikasi masalah yang tepat, antaranya pembangunan modal insan yang lemah merencatkan pembangunan Malaysia secara keseluruhan, tetapi gagal dari segi pelaksanaan.  Sementara itu, Era Najib yang berbelanja jutaan ringgit hanya mampu melahirkan laporan satu per satu dan memperkaya sekumpulan kecil manusia, tetapi membiarkan lembu menduduki kondo.

Semenjak era krisis kewangan 1997/98, kesemua peristiwa dan pendedahan skandal menjuruskan kita kepada satu rumusan penting, bahawa Malaysia kini bukan sahaja terperangkap dalam middle-income trap tetapi juga terperangkap dalam budaya involusi.  Budaya involusi merencatkan peningkatan produktiviti dan inovasi, mengekalkan kemiskinan tegar dan mendorong kemiskinan baharu, dan yang paling kritikal dalam konteks Malaysia, membiarkan lembu menduduki kondo melalui politik naungan dan aktiviti rent-seeking.

Maka soal penting hari ini tidak berkaitan dengan program transformasi yang dilakarkan sedemikian rupa seolah-olah pemerintah telah insaf dan sedang melakukan perubahan.  Hal ini kerana perubahan yang menggunakan nama transformasi itu cetek, tidak mendalam dan tidak menyentuh soal dasar.

Skandal lembu tinggal dalam kondo ialah satu contoh klasik bagaimana program transformasi bakal gagal dari segi mengeluarkan Malaysia daripada perangkap budaya involusi.

Apabila lembu mula diberikan peranan untuk menanam budaya involusi dalam proses pembangunan Malaysia, bagaimana produktiviti negara dapat ditingkatkan secara berimpak?  Bagaimana pula pendapatan isi rumah dapat ditingkatkan dengan kadar yang besar sehingga lonjatan kepada tahap negara berpendapatan tinggi dapat direalisasikan?  Ataupun, bagaimana pendapatan boleh guna dapat ditingkatkan dan kos kehidupan yang tinggi dikurangkan?

Tidak!  Ini bukan budaya kita.  Undi kita bukan untuk melembukan diri kita.  Undi kita bukan untuk membiarkan lembu menanam budaya involusi dan merencatkan pembangunan negara secara bermakna.

Tolak lembu yang cuba menduduki kondo.  Ini titik permulaan kepada harapan baharu.  Malaysia tidak perlukan peranan negara peragut!  Malaysia juga tidak perlukan budaya involusi!  Masih ada masa untuk kita SAY NO!

Biar lembu bertarung.  Jangan kita dilembukan.  Begini penutup kepada kisah lembu cuba menduduki kondo dan menanam budaya involusi.  Terima kasih.

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.

Posted: 22 Nov 2011 11:36 AM PST

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.


Press statement : Landslide in Kg Nossob baru

Posted: 22 Nov 2011 12:56 AM PST

The year end monsoon season with extremely & extraordinary volume of rainfall should serve as a reminder to local authorities to vigilantly check on areas prone to landslides.

Dr Roland Chia – PKR Sabah secretary revealed this while visiting the victim and his family whose house in Kg Nossob Baru , Kapayan was badly damaged last weekend after a heavy downpour. The incident was thought to have happened at 630pm on Saturday night. Thank God no lives were lost.

Fail to Plan – is Plan to Fail. There should be preventive measures done instead of reactionary measures. This is to avoid any lost of lives and lost of home. Now the victim has to raise funds to rebuild his home whose meagre salary could just make ends meet for himself and the family.

According to the victim, his wife and the children are still in trauma and shock over what has happened to their homes. Now the house is full of mud and much of the properties have been damaged.

Dr Roland Chia urged the authorities concern to start surveying potential areas that are prone to landslides and implement preventive measure immediately. This will definitely augur well with the RM4 Billion record budget proposed by the State Government recently in their 2012 State Budget.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan