Sabtu, 1 Oktober 2011

Barisan Nasional

Barisan Nasional


THE FLYING KICK

Posted: 01 Oct 2011 02:17 PM PDT

MUSLI OLI

Posted: 01 Oct 2011 02:15 PM PDT

MUSLI OLI


ORANG-ORANG KAYA DAN POLITIK - ROBERT KUOK DAN ANANDA KRISHNAN.

Posted: 30 Sep 2011 03:34 PM PDT


ROBERT KUOK

Robert Kuok Hock Nien, orang paling kaya di Malaysia dan yang ke 33 terkaya di dunia. Majalah Forbes pada Mei 2011 menganggar nilai kekayaannya pada US12.5 bilion.

Apakah hubungan kekayaan dan politik di Malaysia? Baca selanjutnya http://www.rontogdaily.com/wp/?p=2549



JEBAT BERKOKOK

Posted: 01 Oct 2011 01:50 PM PDT

JEBAT BERKOKOK


Menjunjung kasih Tuanku dari rakyat Melaka

Posted: 01 Oct 2011 02:58 AM PDT



Benar pepatah Melayu apabila berkata 'terajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padanhnya'. Itu yang berlaku kepada Guan Eng apabila memperlekehkan kemampuan negeri Johor.

Jika benar sekalipun ada kebenaran di dalam kata-kata Guan Eng, siapa beliau hendak berkata demikian? Beliau tidak ada kena mengena dengan urusan pentadbiran kerajaan negeri Johor. Bahkan jika ada kebenaran kepada kata-kata Guan Eng itu, orang yang selayaknya menegur ialah Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan Pusat. Tetapi harus barang diingat, bahawa negeri Johor mempunyai Sultan sebagai Ketua Negeri dan akibat kealpaan dan kelancangan mulut Guan Eng itulah beliau lupa akan kewujudan Sultan di negeri Johor.

Sesungguhnya adalah amat memalukan seluruh rakyat negeri Melaka kerana Guan Eng yang datang dari Melaka berkata demikian. Jangan sesekali gunakan alasan bahawa Melaka tidak bersultan maka adab untuk menjaga adab dan menjunjung kasih kepada Sultan diperkotak-katikkan begitu sahaja. Bagi rakyat Melaka, biarpun tidak bersultan, kami tetap menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Negeri, bayangkan sahaja kalau negeri kami bersultan.

Permohonan maaf Guan Eng kepada Sultan Johor dan rakyat Johor keseluruhan jelas menggambarkan ketidakikhlasan beliau apabila menyalahkan media kerana didakwa memutar belitkan keadaan. Biar serapat mana dan tersembunyi mana kenyataan Guan Eng itu dilafazkan beliau tetapi 'kerosakan tetap berlaku'.

Mungkin kerana kesungguhan dengan slogan 'Malaysian Malaysia' Guan Eng terlupa bahawa Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu tidak mungkin menjadi sebuah REPUBLIK.

Menjunjung kasih Tuanku dari rakyat Melaka!!

Kedah Ke KL - MctHeory

Posted: 01 Oct 2011 01:39 PM PDT

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Kejadian Pukau dan Curi Di JB!!

Posted: 01 Oct 2011 06:06 AM PDT


Bukan rakyat Johor berbahaya pada orang luar, tetapi warga asing yang bahayakan keselamatan rakyat Johor.

Perhatikan Mamat Arab tu memukau dan mengambil duit dengan selambernya..

McTheory:
Senangnya dia mencuri.. depan2 lagi..

KASI PANAS!! Video Penjelasan Hudud Politik Pas!!

Posted: 01 Oct 2011 03:06 AM PDT


Hudud ni makanan politik Pas.. main-main aje..

ISU FELDA!! Minta TS Isa Samad Jawab Segera Sebelum Menjadi Barah!

Posted: 01 Oct 2011 12:06 AM PDT



Perkara yang dibawa oleh dua portal pembangkang ini sudah lama Mc jangka. Ini kerana, akar umbi di Felda sekarang, agak terkilan dengan cara pengerusi baru Felda sekarang ini. Cara TS Isa yang kelihatan agak mewah berbelanja menjadi buah mulut orang Felda dari sekian lama. Malah banglo baru mewahnya juga sudah siap dan menjadi umpatan orang sekeliling yang menyatakan beliau memakan duit felda.

Sepatutnya TS Isa kena membawa imej yang tidak menjadi umpatan orang ramai. Malah Isteri beliau juga menjadi sumber umpatan apabila sering berlagak sombong dengan warga felda dan gaya orang kayanya membuatkan orang menyampah.

Ini yang warga felda sampaikan pada Mc. Ini dari mulut orang UMNO, bukan mulut orang Pas.

Kenapa jadi begini? Sebagai OTAI dalam politik sepatutnya TS Isa lebih memahami orang felda. Orang felda tak suka melihat pemimpin mereka begitu gah dengan kemewahan dan begitu menunjuk-nunjuk bahawa mereka kaya. Itu stail orang kampung. Nak pancing undi orang kampung, nak mereka percaya, kita perlu mengikut cara mereka.

Sudah la TS Isa di kaitkan dengan penyalahgunaan kewangan felda oleh ANAK haram Mazlan Aliman, orang felda pula tengok kehidupan mewah TS Isa, agak2nya, mereka percaya ke tidak?


Sendiri boleh fikir la kan..

Mc minta TS Isa menjelaskan segalanya.. kalau boleh lakukan PC secepat mungkin, semua dah serabuk peruk dah nih..

Sebelum mengakhiri tulisan ini, apa kata pembaca layan dulu video dibawah,




McTheory:
ANAK! Haram Mazlan Aliman! hehe.. sedap bunyinya.

GEMPAR!! DS Najib Kelihatan Terdesak, Kenapa?!!

Posted: 30 Sep 2011 09:05 PM PDT


Sejak akhir-akhir ini, Mc melihat politik DS Najib kurang stabil, dan kenyataan yang diucapkan beliau banyak berkisar mengenai perkara sensitiviti orang Melayu. Kita tahu DS Najib mahu kaum cina mengundi BN semula, dan menaruh harapan pada BN seperti dahulu. Namun cara permainan politik yang sebegini amatlah berbahaya dan Mc tidak mengalakkan DS Najib meneruskannya.

Jika mengikut cuaca politik di Malaysia, UMNO menguasai 70% undi melayu Islam di Malaysia sekarang dan kekuatan utamanya dari kawasan luar bandar. Keyakinan Melayu Islam terhadap Pas menurun mendadak disebabkan bantuan Mat Sabu dan Nik Aziz.

DS Najib sedar bahawa, BN perlu memancing undi kaum cina yang diyakini amat kurang dalam menyokong BN walaupun terdiri dari ahli komponen BN sendiri.


Namun DS Najib sepatutnya mencari cara lain yang lebih bijak dari menyakitkan hati orang Melayu. DS Najib menafikan pemansuhan kuota Melayu, namun dari percakapan beliau, kita nampak seolah-olah beliau teringin untuk menyentuh perkara tersebut. Alhamdullilah apabila beliau menafikannya.

Soal Namewee pula, sepatutnya DS Najib tak perlu menjawab atau melayan soalan berkenaan budak beruk sekor ni. Sebab masih ramai kaum Melayu Islam yang terluka dengan perbuatan busuk Namewee yang tak pernah serik mencaci dan menghina kaum melayu. Malah hingga sekarang, Namewee tidak pernah sekalipun memohon maaf atas perbuatannya yang menghina kaum melayu.

Jika nak pancing undi cina pun, gunalah pendekatan dengan bijak. Kami blogger2 ni sakit nak menjawab apabila ditanya nanti. Mc bukan nak ajar DS Najib untuk memerintah negara, Mc cuma nak memberitahu DS Najib bahawa suara akar umbi tidak berapa gemar dengan stail politik DS Najib sekarang.

Kalau tanya Ahli MT, dorang semua tu tau mengangguk aje..

McTheory:
Angguk lebih selamat, jaga poket sendiri..

KEMELUT DALAMAN LAGI! KEDAH OH KEDAH!

Posted: 30 Sep 2011 06:34 PM PDT



Sebelum2 ini blog ini telah membangkitkan isu kemelut dalaman di beberapa bahagian UMNO Negeri Kedah,tapi ada segelintir pihak cuba menafikan persengketaan tersebut namun hari ini ketua wanita UMNO Datuk Maznah telah bersuara agar semua bahagian dapat menyelesaikan masalah yang di hadapi..
baca petikan di bawah

Wanita UMNO Kedah hari ini mengingatkan UMNO bahagian di negeri itu agar menyelesaikan segera kemelut dalaman yang dikatakan berlaku jika tidak mahu dikecewakan lagi pada pilihan raya umum kelak.


Ketuanya, Datuk Maznah Abdul Hamid berkata, kemelut yang dihebohkan berlaku di beberapa bahagian, boleh menjadi beban kepada Barisan Nasional (BN) Kedah dalam usaha merampas kembali negeri itu.


"Parti lawan khususnya Pas sememangnya suka perebutan dan pergaduhan ini berlaku dalam UMNO supaya mudah bagi mereka mempertahankan Kedah. Segala masalah yang menjadi punca hendaklah diselesaikan dari akar umbi," katanya kepada pemberita, di sini. - Bernama

Nampaknya jelas sekarang ni yang UMNO kedah memang memerlukan bantuan,selagi masalah dalaman tak dapat diselesaikan jangan harap nak tawan kedah balik pada pru13 nanti..Kepada Datuk Bashah,jangan takut nak cantas orang yang bermasalah tu..simpan pun tak guna buat rugi beras ja..

PMK
kedah,kedah,kedah masih nak dabik dada lagi ka?

Apa Yang Tersirat

Posted: 01 Oct 2011 01:37 PM PDT

Apa Yang Tersirat


ADUN Bentayan merepik

Posted: 01 Oct 2011 04:27 AM PDT

Tidak lojik!!!! dakwan ADUN N12 Bentayan Johor, Gwee Tong Hing, bahawa dia ditawarkan supaya keluar DAP dan menjadi ADUN bebas DUN Johor, kerana ianya tidak mengubah kedudukan majoriti ADUN Johor.

DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi, 50 kerusi adalah milik BN, sementara DAP hanya 4 dan Pas 2.

Hanya orang gila yang mahu menawarkan ADUN DAP itu untuk keluar apa tak lagi mahu memberikan imbuhan RM150,000; 50 ekar tanah dan elaun RM5,000 sebulan.

ADUN itu mendakwa seseorang kononnya mewakili Perdana Menteri menawarkannya imbuhan tersbut supaya keluar parti DAP.

yang ku dengar dan ku lihat

Posted: 01 Oct 2011 01:32 PM PDT

yang ku dengar dan ku lihat


Scorpene dan Komisen RM 570 Juta. Percayakah kita?.

Posted: 01 Oct 2011 08:16 AM PDT

Komesin RM570 juta. Satu angka yang banyak kalau dapat kepada Penternak, Petani dan Nelayan yang hidupnya kais pagi makan pagi. Tapi tidak bererti kepada sesiapa yang mampu membeli cincin berlian yang berharga RM24 juta.

Kini kisah kapal selam SCORPENE muncul kembali apabila mahkamah di Perancis akan memula pendengaran kes tidak berapa lama lagi. Adalah didapati bahawa Joseph Breham, peguam yang dilantik oleh suaram (Suara Rakyat Malaysia) telah memberi taklimat di London kelmarin.

Scorpene membawa banyak trajedi. Anak bangsa Malaysia Azilah Hadi dan Sirul Umar telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah. tapi sehingga kini tidak ada siapa yang mengetahui nasib mereka berdua, masih hidupkah ataupun sudah meninggalkan kita semua. Yang pasti nama mereka berdua akan dicatit dalam sejarah mahkamah malaysia.

Keberanian Azilah Hadi dan Sirul Umar yang dikatakan mengunakan bom C4 di Pucak Alam akan sentiasa dipertuturkan oleh umat dunia terutamanya rakyat Malaysia dan Mongolia, kerana walaupun Sirul dan Azilah sudah didapati bersalah tapi masih lagi ada soalan yang belum terjawab. Untuk apa Sirul dan Azilah melakukan perbuatan tersebut?.

KONGRES SAMBUTAN 60 TAHUN PAS.

Posted: 30 Sep 2011 07:58 PM PDT

Semua pemimpin PAS berhimpun di Dewan Melinium Kepala Batas hari ini. Dengan wadah perjuangan satu suara satu tekad menuju PUTRAJAYA. Semua Pemimpin serta semua ahli diharap mengambil sikap berjuang sehingga berjaya dengan meletakan asas kesabaran. kejujuran dan keberanian mematuhi perintah Allah sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim.

Apakah ahli PAS mampu melangkah dan mampukah PAS meluaskan kerangka perjuangannya menuju PUTRAJAYA.
Published with Blogger-droid v1.6.8

tun faisal dot com

Posted: 01 Oct 2011 01:17 PM PDT

tun faisal dot com


Naya!... bila Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara main futsal

Posted: 01 Oct 2011 05:36 AM PDT










Pasport palsu...

Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein melihat pasportpalsu pelbagai negara yang dirampas oleh pihak Jabatan Immigresen Malaysia yang dipamerkan pada Hari Terbuka PDRM di bawah slogan 1 Malaysia Banteras Jenayah, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pagi tadi.

"Inilah sebabnya mengapa sistem biometrik yang digunapakai oleh Kementerian Dalam Negeri, khususnya untuk program 6p amat penting untuk menjaga keselamatan negara. Sistem ini lebih memudahkan kita untuk menyekat kemasukan warga asing menggunakan passport palsu dan sekaligus dapat membanteras kemasukan puak-puak berhaluan kiri,". katanya.

[Gambar] Rumah Terbuka Unit Media Baru, Majlis Belia Kawasan Putrajaya

Posted: 30 Sep 2011 02:05 PM PDT


Terima kasih kepada saudara mara, sahabat handai yang hadir untuk bersama-sama menambah keceriaan dan kemeriahan Rumah Terbuka Unit Media Baru, Majlis Belia Kawasan Putrajaya, UMNO Cawangan Alamanda dan Pemuda UMNO Cawangan Kiambang. Seronok jumpa kawan-kawan lama dan sedara mara yang dah lama tak berjumpa...




























Duke of UMNO

Posted: 01 Oct 2011 01:02 PM PDT

Duke of UMNO


Apa Masalahnya Dengan Hudud..???

Posted: 01 Oct 2011 07:36 AM PDT


Pakatan Haram telah membuat keputusan untuk menolak hukum hudud untuk dilaksanakan di negara ini. DAP awal- awal lagi menentang hukum hudud dan mengugut akan meninggalkan Pakatan Haram sekiranya usul Hudud oleh PAS dipersetujui kepimpinan pembangkang.

Kemudian, MCA dan Gerakan pula mengancam untuk meninggalkan BN sekiranya UMNO atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, melaksanakan hudud di negara ini. Padahal, usul tersebut tidak langsung ditimbulkan oleh UMNO atau Najib sendiri.

Persoalannya, apa masalahnya dengan hukum hudud?

Sebagaimana kita maklum, hudud merupakan sebahagian kecil dari perlaksanaan hukum perundangan Islam. Ia sangat adil dan mampu membawa kesejahteraan untuk semua, termasuk kepada yang bukan beragama Islam.

Jadi, di mana silapnya hudud sehingga ditolak ramai pihak?

Silapnya ialah hudud yang diusulkan Pas melalui Kerajaan PAS Kelantan sebanyak tiga kali dan Kerajaan PAS Terengganu sekali itu kurang adil dan tidak menyeluruh drafnya. Sila rujuk kepada surat rasmi yang diutus mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz, yang menolak draf tersebut ekoran pelbagai kelemahan dan kekhilafan yang terdapat di draf tersebut.

Sebenarnya, sekiranya draf hudud itu syumul dan sempurna sifatnya, adil seadil-adilnya sebagaimana hudud Islam yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan bersesuian dengan keadaan zaman ini, tidak mungkin Tun M akan menolak draf tersebut pada tahun 1993.

Secara peribadi, saya mendengar sendiri dari seorang mufti yang mengatakan bahawa setelah Tun M mendengar sendiri tentang hudud sebenar (bukan versi PAS), beliau setuju dengan perlaksanaannya. Namun, apakan daya, beliau bukan lagi Perdana Menteri. Mungkin sebab itu Tun M menyindir Nik Aziz untuk mengusulkan sekali lagi draf hudud kepada Najib, itu pun kalau sudah diperbaiki kelemahan yang ada…mungkin?

Yang peliknya, apahal pula dengan DAP, MCA dan Gerakan yang tiba-tiba campur tangan dalam hal ehwal hukum Islam ini? Mereka orang Islam, kah? Bukankah dalam Perlembagaan Negara ada menyebut bahawa mereka tidak boleh campur tangan dalam hal ini? Ini adalah HAK EKSKLUSIF umat Islam di negara ini. Tak faham bahasa, kah? Atau mereka berniat nak mencabar Perlembagaan dan keistimewaan itu?

Hudud adalah hukum Islam dan parti DAP, MCA serta Gerakan yang dipimpin oleh majoriti bukan Islam tidak ada hak untuk campur tangan. Jadi, diam saja lahhhh..!!!

Lagi pun, saya ada menghubungi sendiri Mufti Perak, Tan Sri Harussani untuk bertanya beberapa soalan mengenai hudud dan perlaksanaannya. Menurut beliau, hudud boleh dilaksanakan dan diterhadkan kepada orang Islam sahaja.

Manakala bagi golongan bukan Islam, Mufti Perak itu berkata, mereka boleh memilih untuk dihukum dibawah hudud tersebut atau undang-undang sedia ada. Lagipun di dalam Islam, tiada paksaan untuk mereka untuk berbuat begitu, "La ikraha fiddin…", bukan?

Bagaimapun, beliau menetapkan bahawa hudud perlu dikaji terlebih dahulu mengikut kesesuaian zaman supaya ia adil, saksama dan bertepatan menurut Islam sebenar.

Saya setuju dengan kenyataan Mufti Perak tersebut. Hudud yang perlu dilaksanakan ialah hudud Islam dan bukannnya hudud PAS yang penuh dengan ketidakikhlasan, kelemahan, ketidakadilan dan tidak sempurna itu. Ia boleh dilaksanakan di dalam Kanun Syariah setiap negeri di negara ini.

Lagipun, hudud sebenarnya sudah terlaksana sebahagiannya di negara ini. Misalnya, hukum qazaf dan takzir ada dilaksanakan. Cuma qisas sahaja yang belum lagi. Meskipun tidak menyeluruh, ia mampu dilaksanakan jika ada pendekatan yang wajar dilakukan dan draf yang adil dihasilkan. Masalahnya, siapa yang mampu membuat draf hudud yang menhasilkan hudud Islam sebenar?

Justeru itu, kita tidak perlu takut dengan hudud. Hudud adalah hukum Islam yang datangnya dari Allah melalui Rasulullah SAW. Sudah tentu ianya adil dan sempurna sepanjang zaman! Cuma, kita perlu cerdikiawan, ilmuan, ulama muktabar dan para mujtahidin untuk meng"ijtihad"kan hukum tersebut. Itu saja.

Justeru itu, tiada cacat celanya hudud Islam itu dan ia wajar dilaksanakan di negara ini. Cuma, ia perlu dikaji saja. Bagi golongan Islam, sama ada menerima atau menolak hukum tersebut, itu adalah hak mereka. Kita tidak boleh memaksa mereka untuk menerima.

Jadi, tunggu apa lagi? Kajilah sepuas-puasnya dari sekarang. Semoga hudud Islam sebenar dihasilkan di bumi Malaysia ini dan menjadi contoh kepada semua negara Islam lain. PAS nak "join"? Silakan…


Sumber: kat sini

GEMPARRR..!!! DYMM Sultan Kedah pulak bantai Mat Sabu..!!!

Posted: 01 Oct 2011 05:38 AM PDT


Tuuu diiiaaaaa...!!! DYMM Sultan Kedah dah bertitah dahhhh..!!! Abih la Mat Sabu lepas ni. Jangan harap la hang nak dapat bertanding kat Kedah. Alaaaa..lagi pun, bukannya orang tak tau bahawa Mat Sabu dan Azizan Razak tak ngam!

Hang dengaq titah DYMM Sultan Kedah tu, Mat Sabu! Kalau hang degil jugak, maknanya hang ketegaq dan derhaka pada titah Sultan. Kalau zaman dulu, kalau Sultan murka, dah lama dah hang kena pancung!

Pada pandangan saya, MB Kedah pun senada dan setuju dengan titah DYMM Sultan Kedah ini. Lagipun, Azizan memang tak suka dengan Mat Sabu ni. Dulu depa okay, tapi la ni dengaq katanya depa dah tak ngam dah! Azizan tentu tersenyum dengaq titah DYMM Sultan Kedah tibai Mat Sabu ni...heheh!
"Sejarah tidak wajar dipolitikkan. Jika sejarah menyatakan komunis menyerang rakyat dan anggota keselamatan suatu ketika dahulu, janganlah pula kita menyatakan sebaliknya dan menghalalkan kekejaman komunis.

"Beta melihat anak-anak muda terlalu berorientasikan masa depan. Memang banyak kebaikan kita memikirkan masa depan, kita akan berusaha mengejar cita-cita dan bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu kerja,"

- DYMM Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

Rajahmas

Posted: 01 Oct 2011 11:50 AM PDT

Rajahmas


Panas! Gambar hakikat yang paling dibenci PAS

Posted: 30 Sep 2011 07:02 PM PDT

Inilah parti PAS... tiada salahnya tulisan pada banner itu. Hakikatnya PAS sendiri mengakui menukar manifesto perjuangan kepada Negara Kebajikan, bukan keutamaan kepada Negara Islam seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media mereka sebelum ini.

Hari ini (1 Oktober) adalah tarikh keramat untuk PAS sepatutnya melancarkan program wajib dalam menerangkan konsep negara berkebajikan kepada rakyat di Pulau Pinang secara besar-besaran. Rujuk sini...

Namun sejak akhir-akhir ini cerita negara berkebajikan tidak lagi dihebohkan dalam media PAS. Sebaliknya Nik Aziz mula timbulkan kembali pendirian Hudud dalam perjuangan bersama Pakatan Rakyat. Ini membuatkan DAP melenting kerana ke'flip-flop'an parti tunggang langgang PAS yang bersifat seperti lalang dalam rimba... Sekejap hudud, sekejap tiada hudud.. sekejap negara kebajikan, sekejap negara Islam...



Banner ini menyokong kempen tersebut tetapi unit amal PAS menurunkannya dan menuduh UMNO pula sebagai dalang membuat fitnah. Kenapa benci, apa yang salah pada banner ini? Tidakkah PAS menunaikan janji kepada rakyat untuk menerangkan apa itu konsep negara berkebajikan?

DIMENSI

Posted: 01 Oct 2011 11:37 AM PDT

DIMENSI


Omegay: Gempar Bumi! - Wally slipau akui UMNO laksana hudud >|D

Posted: 01 Oct 2011 06:43 AM PDT

mula2 aku tak caye..aku dengar sekali lagi...sah!

wally slipau akui kerajaan islam pimpinan UMNO dah laksanakan HUDUD beb!!!
sebentar tadi di TV3 kenyataan wally slipau mengakui bahwa UMNO telah berjaya melaksanakan HUDUD apabila hukuman gantung mandatori berjaya di laksanakan terhadap pesalah yang melakukan kesalahan serius.

Ini sesuatu pengiktirafan cukup membanggakan terhadap UMNO yang keluar dari mulut wally slipau sendiri huhuhuhu. sekurang2nya apa yang UMNO laksanakan sekarang sikit sebanyak menurut kehendak syariah!. Yang peliknya kenapa baru sekarang wally slipau nak megakui akan wujudnya hukuman hudud sedangkan sebelum ini dia sendiri tak pernah akui dan menuduh UMNO tak mengamalkan ajaran islam sebenar!

adakah ini petanda wally slipau dah mula takut dengan bayang2 a.k.a hantu sendiri? wally slipau pun tentu tau hudud bukan perkara main2. Bukan senang nak laksana kalau keadaan masih tak sesuai. ia memerlukan persetujuan sebulat suara dari semua lapisan masyarakat walaupun majoriti penduduk adalah beragama islam.

Sekali pun mereka berkeras nak laksanakan hudud, bolehkah pasrael memberi jaminan keadilan boleh tercapai dan memuaskan hati semua pihak? Bagaimana pula jika ada ahli sendiri atau rakan pakatan yang melakukan zina? sejauh ni apa tindakan yang mereka ambil?? Jadi bagaimana pasrael nak mengamalkan hudud kalau hukum dasar pun mereka tak mampu nak selesaikan?? itu belum masuk bab qisas dan ta'zir lagi!

Wally slipau juga sepatutnya menempelak majlis peguam kerana mereka juga menolak hudud apabila meminta kerajaan menghapuskan hukuman sebat. klik sini.

Atau wally slipau boleh laksanakan nya dengan terlebih dulu menjadikan dirinya sebagai pesalah syariah yang pertama di sebat atas kesalahan memesong akidah umat islam dengan fatwa2 merapu..amacam?

terbukti wally slipau terdesak nak menarik kembali sokongan rakyat terhadap parti pasrael yang semakin merudum....kehkehkeh >|D

Omegay: Guan Siyal Eng mintak maaf ikut skrip jek >|D

Posted: 30 Sep 2011 05:26 PM PDT


Btowl ker ketua komunis malaysia mintak maaf...apeee?? mintak maaf?? kwang! kwang! kwanggggg!

mohon maaf dengan baca skrip? tengok air muka pun macam tak ikhlas!..walaupun dah mintak maaf tapi tetap tak mengaku dan masih nak saman sana sini??. sewel ke perr?? sebijik macam mat sabun huhuhu

dari hari pertama dia jadi ketua menteri sepatah perkataan dia pun aku tak caye! cakap2 yang keluar dari mulut dia semua bau longkang! kalau dah jenis bangsat tu tetap bangsat jugak! kehkehkeh harkkkk ptuihhhh!!!


p/s: patut ler pasrael sanjung dia macam khalifah umar..semua cakap dia umpama terima wahyu >|D

PEJUANG BANGSA

Posted: 01 Oct 2011 11:05 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Kerana PAS kuat sangat kencing , ahli parti tekad keluar parti di P.Pinang !

Posted: 01 Oct 2011 10:19 AM PDT




Dulu janji nak bantu  tetapi bila dah berkuasa lebih 3 tahun  terus hilang .. Yang menarik tu depa bohong pulak kat  penyokong ahli parti sendiri .

Memang elok la keluar saja dari parti yang hanya kuda tungangan kepada Guan Eng dan DAP  . Tak guna pun sokong parti yang hanya sibuk burukkan orang lain tetapi pemimpin depa lagi teruk dan kuat bohong pulak .



Seramai 37 anggota Pas Kampung Bakau Tua di sini, yang kecewa dengan slogan dan janji perjuangan Pas ketika pilihan raya lepas, mengambil tindakan keluar parti untuk menyertai UMNO cawangan Cabang Bakau Tua.


Diketuai Roslan Abdullah, mereka menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Cabang Bakau Tua, Azhar Zainal Abidin.Roslan berkata mereka secara sukarela bertindak keluar daripada parti tersebut ekoran rasa kecewa dengan Pas akibat gagal melunaskan janji-janji yang ditabur sejak pilihan raya yang lepas.


"Pas banyak pembohongan. Mereka tidak bantu dan tunaikan janji kepada rakyat berbeza dengan perjuangan UMNO. Minta jalan baru, perbetul rumah rosak serta bantuan untuk keluarga, semua tidak dapat," katanya selepas menyerahkan 37 borang keanggotaan UMNO itu.


Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Pulau Pinang kawasan Penaga, Datuk Azhar Ibrahim berkata ini merupakan detik sejarah di kawasan tersebut kerana sekumpulan anggota Pas keluar parti dan menyertai UMNO.


"Ini yang dimimpikan selama ini… kalau dulu cuma seorang atau dua sahaja yang keluar parti tetapi kali ini sebanyak 37 anggota Pas.


"Ini adalah permulaan dan keadaan ini diharap akan menjadi pencetus di kawasan-kawasan lain di sekitar Penaga, Pinang Tunggal serta sekitar negeri ini dalam memperbanyakkan orang UMNO terutamanya golongan muda," katanya.

Kariah berang PAS jadikan masjid pentas maki hamun kerajaan !

Posted: 01 Oct 2011 05:46 AM PDT





 Tidak tahan dengan sikap seorang imam di Masjid Lama Batu 6 di Kampung Kerdas, Gombak dekat sini, yang sering menjadikan masjid sebagai tempat berpolitik dan memburuk-burukkan kerajaan, lebih 100 penduduk kampung itu mengadakan demonstrasi bagi mengusir imam terbabit hari ini.

Demonstrasi aman sambil membawa sepanduk itu diadakan di pekarangan masjid berkenaan, selepas solat Jumaat, kira-kira pukul 2 petang.

Ketua Kampung Kerdas, Zakaria Mohd. Yusuf mendakwa, imam berkenaan, Wan Mohd. Nasir Wan Abd. Wahab telah bersikap biadab apabila menghina dan mencemuh jemaah termasuk warga emas.

Jelasnya, selain itu, Wan Mohd. Nasir turut memperlekehkan martabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan mengatakan teks khutbah Jumaat yang dibekalkan ketinggalan zaman.

"Dia lebih selesa membaca khutbah yang diolah sendiri dengan menyelitkan isu sensitif dan fahaman politik.


"Dia juga menghasut dan memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) serta mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat," katanya ketika ditemui di pekarangan masjid itu di sini hari ini.


Menurutnya, semua tindakan imam itu dilakukan ketika dia menyampaikan tazkirah dan khutbah Jumaat.
Selain itu, Zakaria memberitahu, Wan Mohd. Nasir turut memburukkan imam satu masjid berkenaan, Habib Hashim dengan menuduhnya terbabit menyeleweng wang masjid tanpa bukti.


"Dia menggunakan pembesar suara untuk menyerang Habib sehingga kedengaran di persekitaran Masjid Lama Batu 6, Gombak," katanya.
Jelas beliau, perbuatan Wan Mohd. Nasir itu mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati penduduk kampung dan sekitar yang menggunakan masjid itu untuk beribadat.


Zakaria berkata, selaku wakil penduduk kampung dan sekitar, pihaknya berharap Jabatan Agama Islam Daerah dan JAIS supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap Wan Mohd. Nasir.

Jelas beliau, kehadiran Wan Mohd. Nasir selaku imam kedua masjid berkenaan hanya akan mengeruhkan lagi keadaan dan hubungan antara jemaah dengan rumah suci itu.


Komen GPB

Sudah banyak masjid dijadikan pentas ceramah politik untuk menghentam kerajaan BN dan Najib . Di P.Pinang sendiri pun dah banyak masjid yang dikawal puak-puak PAS telah disalahgunakan untuk maki hamun kerajaan .

Inilah bahayanya puak2 PAS pegang  masjid dan kesannya masyarakat Islam akan  menjadi pecah belah dan tidak mahu ke masjid kerana meluat dengan gelagat tok imam berkiblatkan PAS dan makin kerajaan BN .

Nasihat GPB senang sahaja kepada kariah2 masjid di seluruh negara terutama di negeri Pakatan ,

PRU 13 tak lama lagi ini anda tumbangkan YB mereka dan seterusnya peralihan jawatankuasa kariah  masjid akan bertukar .....

PAS tak ada tokoh yang boleh diterima semua rakyat Malaysia

Posted: 30 Sep 2011 10:01 PM PDT



 Hari ini PAS yang menyambut ulang tahun penubuhan yang ke-60 dan malam tadi berlangsung program Forum Perdana di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang. Lokasi Kepala Batas dipilih sempena tempat kelahiran parti Islam ini yang wujud enam dekad lalu. Forum turut dibarisi oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Panel, Naib Presiden PAS YB. Salehuddin Ayob dan Ustad Idris Ahmad.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulas perlunya PAS ada satu tokoh yang boleh diterima oleh semua rakyat jika mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat kelak.

Menurutnya PAS sudah berada ditahap matang dalam arena politik, namun menurut bekas mufti Perlis itu, parti Islam tersebut perlu melahirkan ikon yang boleh diterima setiap lapisan masyarakat jika ingin terus kekal relevan.


Komen GPB

GPB setuju 100 % pandangan oleh Dr Asri bahawa PAS perlu tokoh yang diterima semua rakyat jika mahu merampas kerajaan pusat dari BN .

 PAS sekarang ini dilihat  hanya  kuda tungangan kepada PKR dan DAP bukannya  dominan dalam Pakatan .

Dalam Pakatan sendiri ,  PAS terlalu bergantung dengan  Anwar Ibrahim & DAP untuk raih undi bukan Melayu dan jelas parti ini ketandusan tokoh untuk diterima semua rakyat .

Siapa pemimpin PAS boleh diterima semua rakyat seperti Najib ?

 Adakah Hadi , Pok Nik atau  Mahfuz Bean ??... hahaha  lu fikir la sendiri ...

Mohon maaf Guan Eng masih lagi tak cukup ,tindakan perlu dikenakan !

Posted: 30 Sep 2011 08:55 PM PDT



 Permohonan maaf Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak memadai untuk menutup kesalahannya mengeluarkan kenyataan bahawa Johor tidak selamat untuk rakyat Singapura.

Sebaliknya, menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali, Guan Eng perlu diberikan pengajaran setimpal supaya lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan pada masa depan.

Jelasnya, sikap Guan Eng yang gemar mencetuskan polemik tidak sihat itu hanya akan memecah-belahkan perpaduan di kalangan rakyat.

"Kita desak supaya Guan Eng diberikan pengajaran yang berguna agar beliau tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang menyinggung mana-mana pihak.


"Kita nampak Guan Eng mahu menjadikan Pulau Pinang sama seperti Singapura dan terbawa-bawa sikap sama seperti mentornya, Lee Kuan Yew lantas menjadikan negeri Johor sebagai saingannya.

"Kita sudah bosan dengan sikap beliau yang seolah-olah memerintah satu negeri berlainan di luar dari Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Khairuddin pula berkata, Guan Eng takut dengan realiti sehingga sanggup memberikan gambaran buruk dan palsu mengenai negeri Johor

"Orang seperti beliau ini tidak layak dan tidak sewajarnya menjadi Ketua Menteri," katanya.

Di Johor Bahru, Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), A. Rahman Mahadi menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas ke atas Guan Eng termasuk menyiasatnya di bawah Akta Hasutan.

Menurut beliau, kenyataan Guan Eng itu bukan sahaja disifatkan sebagai tidak bermoral dan beretika, malah boleh memberi impak negatif bukan sahaja terhadap negeri Johor malah negara.

"Tindakan undang-undang itu dianggap wajar memandangkan kenyataan Guan Eng dalam temu bual dengan media asing di Singapura baru-baru ini bukan sahaja tidak wajar, malah boleh menghasut orang ramai untuk mempercayai kenyataannya,'' katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

prince of darkness-safirulamar عمار ميلانو

Posted: 01 Oct 2011 07:32 AM PDT

prince of darkness-safirulamar عمار ميلانو


LGE Pun Tahu Mohon Maaf

Posted: 01 Oct 2011 12:31 AM PDT

LGE pun pandai mohon maaf atas keterlanjuran katanya, walaupun dia tetap dengan keputusannya menyatakan yang dia betul dan ingin membuktikannya di mahkamah , tetapi sekurang-kurang dia dah mohon maaf! tapi kenapa PAS tak pernah AJAR, puak-puak pencacainya, agar bersikap lebih telus dan bertanggungjawab? yang kena teruk TGNA juga! Kenapa TGNA tak ikut sikap yang diamalkan oleh DAP?

Ahli DAP yang biadap seperti Manoharan yang mengeluarkan kenyataan kurang ajar, pun dah digantung 6 bulan! kenapa TGNA tak amalkan sikap sebegini terhadap juak-juak kurang ajar seperti mat sabu dan lain-lain? Nama je dalam pakatan, tapi semua tak pernah bersatu! memang kangkalikong la kamu PRU 13 Nanti, kalau kamu menang besar pun, bukan atas dasar rakyat suka sama kamu, tapi atas dasar perkauman & undi protest. itu sahaja!

Ahli sendiri pun susah nak jaga inikan pula nak handle DAP & PKR, keluar sajalah Pakatan, PAS Oi, 20 tahun memerintah pun susah nak laksanakan Hudud & draf. Hai, Pas harus bertaubat. keh keh keh

Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 01 Oct 2011 07:04 AM PDT

Tugu Bangsa Tembok Negara


KEMALANGAN DI BATU DUA KUALA SELANGOR

Posted: 30 Sep 2011 09:04 PM PDT

KUALA SELANGOR (29/09/2011 Khamis) - Kemalangan melibatkan dua buah lori menyebabkan pemandu salah sebuah lori terbabit cedera di muka dan tersepit. Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuh lori muatan dua tan dari syarikat Ayam Dinding bersasarkan logo pada lori terbabit dari arah Kuala Selangor ke Tanjong karang yang merempuh belakang sebuah lori pasir dari arah yang sama, pemandu lori pasir terbabit dipercayai telah melarikan diri setelah berlaku kemalangan. Walaubagaimanapun punca sebenar kemalangan tidak diketahui.

Orang ramai yang menyaksikan kemalangan tersebut telah menghubungi pihak bomba dan ambulan serta memberikan bantuan kepada mangsa yang tersepit sementara menunggu bantuan bomba tiba. Anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kuala Selangor yang dikejarkan tiba ke lokasi kejadian telah berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit itu mengambil masa kira-kira tiga puluh minit.

Kesesakan juga berlaku akibat kemalangan itu, walaubagaimanpun telah berjaya dikawal oleh polis trafik dari IPD Kuala Selangor yang sampai ke lokasi bagi mengawal lalulintas.

Dua buah Ambulan dari Hospital Tanjong Karang dikejarkan hampir satu jam untuk sampai ke lokasi kejadian setelah mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan telah membawa mangsa ke Hospital Tanjong Karang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

p/s - Agak mengecawakan ambulan dari Hospital Tanjong Karang yang dikejarkan ke tempat kejadian mengambil masa hampir 1 jam untuk sampai ke lokasi kemalangan setelah mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan, sedangkan jarak Hospital Tanjong Karang untuk ke lokasi boleh sampai mengambil masa 10 minit ke 15 minit sahaja. Orang-ramai yang berada di lokasi kemalangan juga ramai yang merungut disebabkan kelewatan pihak ambulan yang tiba ke lokasi untuk memberi bantuan. Diharap agar kelewatan seperti ini dapat diatasi pada masa-masa akan datang, kerana ianya melibatkan nyawa pada mangsa yang tercedera.

bumiyang

Posted: 01 Oct 2011 03:37 AM PDT

Politik Harian

Posted: 01 Oct 2011 03:10 AM PDT

Politik Harian


Mat Sabu Perlu Pohon Maaf Kepada Sultan Kedah! :Titah Baginda Sejarah Negara Tidak Wajar Dipolitikkan. #marxsabu

Posted: 01 Oct 2011 12:00 AM PDT


Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini bertitah bahawa mana-mana pihak tidak wajar mempolitikkan sejarah negara, sebaliknya menjadikan ia sebagai panduan hidup.

Baginda bertitah sejarah menjadi inti kepada jati diri dan ia merupakan kompas hidup seseorang.

"Sejarah tidak wajar dipolitikkan. Jika sejarah menyatakan komunis menyerang rakyat dan anggota keselamatan suatu ketika dahulu, janganlah pula kita menyatakan sebaliknya dan menghalalkan kekejaman komunis.

"Beta melihat anak-anak muda terlalu berorientasikan masa depan. Memang banyak kebaikan kita memikirkan masa depan, kita akan berusaha mengejar cita-cita dan bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu kerja," titah baginda pada majlis Konvokesyen ke-24 Universiti Utara Malaysia (UUM).

Bagaimanapun, titah baginda terlalu berorientasikan masa depan juga mempunyai keburukan kerana kita akan melupai fakta sejarah.

"Seperti kata ahli falsafah barat, mereka yang tidak mempelajari sejarah akan didera dengan mengulangi segala kesalahan dahulu," titah Sultan Kedah.



Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu harus memohon maaf kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kerana beliaulah orang pertama yang mempolitikkan sejarah negara!



Disco Rimba Di Kelantan - Every Day I'm Shuffling!

Posted: 30 Sep 2011 11:00 PM PDT


Tidak disangka, rupa rupanya di Kelantan ada disko dalam rimba. Sebelum ini, kita dikejutkan dengan dengan disko di Jalan Hamzah, Kota Bharu. Ada juga disko di dalam rimba di negeri tersebut. Pendedahan yang dibuat oleh rakan rakan Facebookers ini tentunya mengemparkan. Kita nantikan pendedahan seterusnya dan apakah bentuk penafian yang akan dibuat oleh pemimpin pemimpin PAS nanti.-Angin Perubahan

 

Sekarang kalau jumpa Nicky Ajis mesti Nicky Ajis cakap macam ni "Every Day I'm Shuffling!"

Ketua Komunis Chin Peng Dilaporkan Tenat

Posted: 30 Sep 2011 09:43 PM PDT


Bekas Ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dilaporkan dalam keadaan tenat selepas dimasukkan ke sebuah hospital di Thailand.

Chin Peng telah dimasukkan ke hospital tersebut dua yang hari lalu.

Difahamkan bahawa Chin Peng kerap mendapatkan rawatan perubatan dalam tempoh dua bulan lalu.

Chin Peng kini memasuki usia 87 pada 21 Oktober ini.

Kredit kepada Mat Sabu yang dilihat secara lahirnya menerapkan unsur - unsur komunis alaf baru supaya menentang Kerajaan.

Salam Takziah, Ibu Kepada Zahid Hamidi Meninggal Dunia Pagi Tadi... Al-Fatihah

Posted: 30 Sep 2011 08:02 PM PDT



Salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi atas kembalinya ke rahmatullah ibu beliau, Hajjah Tuminah Jalil.

Allahyarhamah meninggal dunia jam 1.40 pagi.

Jenazah allahyarhamah akan dikebumikan sebaik sahaja selesai solat Zohor di Masjid Al Falah Kg Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarhamah dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman - Al-Fatihah

Negara Kebajikan: Nizar Sabotaj Nik Aziz?

Posted: 30 Sep 2011 10:18 AM PDT



Inilah lakonan terbaik puak pakatan haram, Nizar saja buat-buat gempak, konon terkejut dengan banner yang digantung dengan perkataan "YA, negara kebajikan TIDAK kepada negara Islam" ! Puak mana punya kerja ni? Buat-buat tak tahu pulak!

Alamak dol! Ini politik lama lah.... Hahahaha!

Sendiri gantung banner, sendiri turunkan seterusnya panggil media massa dan blogger pembangang... sendiri ambik gambar.. publish kat blog (klik sini...)  Lepas tu tuduh ini UMNO punya kerja! dapatlah publisiti murahan.... macam siot!

Kalau betul orang perak yang gantungkan banner ni alhamdullilah!

DS Najib: Kerajaan Tidak Mansuhkan Kuota Bumiputera

Posted: 30 Sep 2011 06:00 AM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa kerajaan akan memansuhkan kuota untuk bumiputera dengan menegaskan bahawa apa yang dinyatakan ketika berucap pada Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu adalah sebaliknya.

"Saya kata jangan terlalu bersandarkan kuota. Tenaga bumiputera mesti lebih berdikari dan sanggup berusaha dengan orang lain supaya ia akan jadikan kita lebih dihormati. Saya tak sebut sama sekali kuota dimansuhkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, petang ini.

Najib yang juga Presiden UMNO turut memaklumkan bahawa anggota MT sebulat suara menyokong keputusan kerajaan untuk memansuhkan dua undang-undang baru dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

"Berhubung dengan cadangan kerajaan untuk memansuhkan beberapa enakmen termasuk ISA, MT menyokong sepenuhnya langkah yang akan diambil dan berpendapat bahawa ini adalah pelengkap kepada proses transformasi yang telah bermula dengan Transformasi Kerajaan (GTP), ekonomi (ETP) dan sekarang transformasi politik (PTP).

"Ini menunjukkan bahawa kita mempunyai agenda yang begitu komprehensif dan menyeluruh untuk membawa negara kita menjurus kepada sebuah negara yang bukan saja maju dalam bidang ekonomi tetapi juga dapat menjadi sebuah negara yang sejajar dengan negara-negara lain dalam mengamalkan demokrasi yang dikatakan moden dan progresif".

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Malaysia pada 15 Sept lalu, beliau berkata kerajaan akan memansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Hukuman Buang Daerah 1959 serta mengkaji semula lain-lain Akta termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Dalam masa yang sama beliau turut mengulas berkaitan permohonan maaf Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memohon maaf kepada kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan rakyat negeri Johor kerana menyinggung perasaan baginda berhubung satu kenyataan yang didakwa memburukkan negeri Johor.

"Kita sudah ada recordingnya dan perkara ini amat sukar bagi dia nak nafikan. Saya percaya kalau dia boleh nafikan maka dia tak akan minta maaf jadi sekarang dia dah minta maaf, bererti bahawa itu satu pengakuan bahawa dia telah terlajak dari segi kata-katanya dan dia telah tarik balik kenyataannya," katanya.

Jelasnya, banyak pihak yang telah mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang itu untuk memohon maaf dan apabila permohonan maaf telah dibuat bermakna dia telah terima bahawa dia telah melakukan kesilapan.

Turut hadir dalam sidang media tersebut, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib-naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan Datuk Seri Shafie Apdal selain Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Bendahari Datuk Seri Ahmad Husni Hanazdlah dan Ketua Pergerakan Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil serta Pemuda Khairy Jamaluddin. – MediaUMNO

Karnival Kerjaya Pemuda BN Di Perak Tawar Lebih 5,000 Peluang Pekerjaan

Posted: 30 Sep 2011 05:00 AM PDT


Di atas permintaan rakyat, Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) sekali lagi bakal mengadakan BN Youth Job Fair 2011 dengan menyaksikan negeri Perak sebagai destinasi ke lima penganjuran karnival tersebut.

Pengerusi Sekreatariat Pekerja Muda Pergerakan Pemuda BN, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, karnival ini bakal berlangsung pada 1 dan 2 Oktober akan datang bertempat di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh.

Karnival yang mendapat kerjasama Pusat Kerjaya Perak Amanjaya, akan disempurnakan oleh Menteri Besar sendiri, Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir.

"Karnival yang diberi nama 'Perak Amanjaya Job and Career Fair 2011' ini akan dibuka kepada pengunjung bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam. Ianya bakal menawarkan lebih daripada 5000 peluang pekerjaan daripada lebih 600 majikan yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat korporat dan institut-institut pengajian tinggi (IPT) di mana sebahagian besarnya daripada negeri Perak itu sendiri.

"Sudah pastinya karnival ini menjanjikan peluang pekerjaan yang menarik dan mengikut semua peringkat kelulusan bermula dari PMR/SRP hingga peringkat tertinggi. Golongan muda haruslah mengambil peluang ini untuk mendapatkan masa hadapan yang lebih baik serta memperbaiki taraf ekonomi diri," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Jelas beliau lagi menyedari kehendak masyarakat, Pemuda BN merasa bertanggungjawab untuk membantu menjadi pemudahcara kepada golongan muda di negeri Perak khususnya dalam membantu mengurangkan statistik pengangguran di negeri tersebut.

Pelbagia program turut diatur sebagai pengisian karnival antaranya bengkel kewartawanan, bengkel forografi dan taklimat kerjaya yang akan diberikan oleh Azhar Sulaiman, Noh Hujan dan YM Tengku Faris.

"Saya menyeru kepada orang ramai agar datang beramai-ramai ke karnival ini dan buatlah persediaan yang sepatutnya seperti menyediakan dokumen lengkap dan berpakaian kemas kerana temuduga terbuka turut diadakan," katanya lagi.-MediaUMNO

PANEH MIANG

Posted: 01 Oct 2011 01:45 AM PDT

PANEH MIANG


Tajuk Utama Berita Esok

Posted: 30 Sep 2011 10:11 PM PDT

Seorang lelaki yang pergi ke kedai untuk membeli rokok dan dipercayai merupakan seorang bekas tentera, telah dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian. Tajuk utama berita yang mungkin terpampang esok:-

Buletin Utama – "Hajat mati di medan perang, tetapi akhirnya terkorban dilanggar beca."

Harian Metro – "Hangat! Sanggup mati kerana sekotak rokok."

Utusan Malaysia – "Pejuang Negara mati di langgar beca?"

Twitter@NajibRazak – "Transformasikan Beca 1Malaysia."

Brader Anwar Bin Ibrahim - "Pemilik beca mesti beri keterangan tanpa bersumpah in the dock."

Hadi Awang - "Tukarkan beca itu kepada beca berkebajikan."

Nik Aziz - "Hududkan pemilik beca. Tapi kena mintak konsensus DAP dulu."

HishamuddinH2O - "Amaran keras dan tindakan tegas kepada pemilik beca!"

Mastika – "Bekas tentera menjadi mangsa Beca Berhantu."

Harakah – "Bekas tentera British mati katak kerana UMNO menolak Hudud."

Malaysiakini – "Kes langgar lari beca adalah bukti kerajaan makan rasuah."

Malaysian Insider - "Pemilik beca tiada kena mengena dengan Singapura."

Keadilan Daily – "Beca merupakan bukti wujudnya konspirasi UMNO."

Rocket Online - "Kita akan bela kematian ini jika bekas tentera itu keturunan Cina. Kita akan tuntut kerajaan tubuhkan Suruhanjaya Diraja."

Blog Pembangkang - "Beca UMNO membawa padah."

Broery Marantika - "Abang beca, abang beca di tengah jalan, Cari muatan untuk mencari makan, Putar putar, putar putar kaki mengayuh, Pergi jauh keringat pun lalu jatuh."

Sahabat-Gunung

Posted: 01 Oct 2011 01:25 AM PDT

Sahabat-Gunung


Pas Diminta Henti Putar Belit, UMNO Tidak Pernah Tolak Hudud

Posted: 30 Sep 2011 04:31 AM PDT

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata setiap orang Islam sama sekali tidak akan menolak hukum hudud malah akan menyokong sepenuhnya pelaksanaan ke arah itu kerana ianya adalah hukum yang terkandung di dalam Al-quran.

Justeru beliau membidas mana-mana pihak yang cuba membuat pelbagai fitnah dan dakwaan kononnya UMNO menolak hudud kerana sebagai orang Islam Hudud diakui adalah yang terbaik.

Namun beliau mengingatkan jika pelaksanaan itu tidak menepati apa yang ditekankan Islam, ianya dikhuatiri boleh memberi imej buruk kepada Islam kerana Islam itu adalah syumul yang memberikan keadilan kepada semua pihak.

"Sebagai orang Islam, hukum hudud adalah hukum yang terbaik dan Islam itu syumul…….mereka kena pastikan pelaksanaa itu akhirnya berjaya sebab kalau gagal kita tidak mahu akan ada orang kata undang-unadng Islam tidak bagus atau tidak adil.

"Ini yang kita dalam UMNO perkatakan…benar-benar bersedia untuk melaksanakan undang-undang hudud ini. Kita tidak mahu apabila kita tidak berapa bersedia akhirnya gagal dan dipersalahkan Islam itu kononnya gagal.

"Sebab yang tidak bagus itu bukan undang-undang Islam dan tidak bagus itu bukan agama Islam tetapi itu adalah pelaku. Kita ambil mudah, kebersihan sebahagian daripada iman…maknanya kita kena jaga kebersihan, namun Kelantan masih kotor…Ini kerana pentadbiran di Kelantan tidak jaga kebersihan dan bukannya Islam itu kotor," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya menegaskan jika Pas benar-benar mahu melaksanakan usaha ke arah itu, mereka boleh melaksanakannya kerana urusan agama Islam berada di bawah kuasa kerajaan negeri.

"Dan jika mereka membawa perkara itu ke Parlimen, sokongan dua pertiga diperlukan untuk meminda Perlembagaan. Soalnya hari ini BN pun tidak ada dua pertiga dan kalau UMNO serta orang Islam semuanya bersetuju untuk Kelantan laksanakan pun kita tidak cukup dua pertiga.

"Mereka kena kena minta tolong dengan DAP dan PKR. Mereka jangan minta dengan MCA, MIC dan Gerakan sebab kita tidak pernah pun bincang laksanakan hukum Hudud di bawah kerajaan BN. Kita ada alasan kita kenapa tidak buat.

"Tetapi kita tidak boleh bantu dia untuk cukupkan dua pertiga. Soal sekarang kita kena pinda dan mereka kena cakap balik dengan DAP dan PKR untuk sokong selepas mereka bawa. Jadi kita nak tanyalah DAP nak sokong atau tidak pindaan kepada Perlembagaan itu.

"Dalam suasana hari ini mereka kena cari sokongan dua pertiga dari kalangan mereka. Jadi mereka nak tuduh UMNO menolak perkara itu tidak betul. Mereka cuma nak tunjuk kita yang bermasalah," katanya.

Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah, bukankah Hukum Islam itu merangkumi semua baik orang Islam mahupun bukan Islam.

"Padahal undang-undang itu untuk semua tidak kira Islam atau tidak. Dia cakap buat di Kelantan untuk orang Islam.. tidak……undang-undang Islam untuk semua kerana ia memberi keadilan". -MediaUMNO

Guan Eng Tak Ikhlas…Kalau Media Salah Lapor, Kenapa Minta Maaf??

Posted: 30 Sep 2011 03:14 AM PDT


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memohon maaf kepada kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan rakyat negeri Johor kerana menyinggung perasaan baginda berhubung satu kenyataan yang didakwa memburukkan negeri Johor adalah tidak ikhlas, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hisahmmuddin Hussein.

"Saya rasa nampak jelas tak ikhlas apa yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Dia dah minta maaf tapi dia tuduh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN) tapi kalau tak salah kenapa pula minta maaf," katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri (KDN) memberitahu sepatutnya Guan Eng meminta maaf kepada semua pihak bukan saja Sultan dan rakyat Johor tetapi juga kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang sentiasa berusaha menjaga keselamatan negara.

"Saya selaku menteri yang bertanggungjawab ke atas polis, yang bersungguh-sungguh melihatkan kepada pengurangan kadar jenayah dalam NKRA kita yang juga membantu dia di Pulau Pinang memang rasa bukan hanya terkilan tapi dengan cara nak minta maaf kepada tuanku sahaja adalah tidak kena," katanya lagi kepada UMNO Online.

Dilaporkan, Guan Eng dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang teangahari tadi memohon maaf dan memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri lain.

Sebelum ini Guan Eng dalam satu temuramah di luar negara telah menyatakan bahawa Johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding dengan Pulau Pinang.

Namun demikian, perkara tersebut telah disanggah oleh Guan Eng sehinggalah tersebar rakaman wawancara yang membuktikan perbualan tersebut memang berlaku.

"Sebelum ni dia kata dia tak buat tapi sekarang ni dah ada rakaman yang tunjuk bahawa dia buat dan Tuanku telah pun bertitah sebegitu rupa jadi dia cuba nak menyelamatkan perkara yang memang dia salah dan menimbulkan kemarahan ramai rakyat Johor."MediaUMNO

Taipingmali (tm)

Posted: 01 Oct 2011 01:12 AM PDT

Taipingmali (tm)


Apakah Islam hanya tertumpu kepada Hudud sahaja seperti yang diriuhkan oleh Pas sebelum ini?

Posted: 01 Oct 2011 12:14 AM PDT

Rahim Rahman wrote:

adakah bagi Nik Aziz agama Islam ni terletak hanya pada hudud sahaja ? Adakah dengan melaksanakan hudud maka selesailah segala perjuangan menegakkan sebuah Negara Islam. Adakah itu sahaja perjuangan Nik Aziz, nak jadi MB sebab nak laksanakan hudud sahaja ? Sampai lebih 20 tahun jadi MB masih tak buat-buat lagi ! Bagaimana dengan banyak permasalahan & isu lain2 ? Bagaimana dengan masalah ekonomi ? Contohnya membina gerai dinamakan Bazar Tok Guru yang begitu kecil sehingga peniaga tak boleh nak berniaga, dasar Islamik ke tu ? Bagaimana dengan kemudahan prasarana umat dan rakyat ? Berpuluh tahun rakyat Kelantan menghadapi masalah bekalan air yang kronik ? Bukankah itu juga perjuangan Islam. Bagaimana dengan soal pentadbiran Islam ? Adakah wajar Nik Aziz meletakkan menantunya sendiri mengepalai syarikat Kerajaan. Dan apabila menantunya disiasat SPRM, mengapa Nik Aziz tidak mengambil sikap saperti Rasulullah saw yang bersabda " demi ALLAH jika Fatimah anak ku sendiri mencuri nescaya akan k...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Fw: MUKA BARU PENYELAMAT BARISAN NASIONAL

Posted: 30 Sep 2011 11:54 PM PDT

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: othman mohamed <othmanmohamed6667@gmail.com>
Date: Fri, 30 Sep 2011 23:53:49 -0700
To: <taipingmali@gmail.com>; <tapakukuhiring@gmail.com>; <tibina@rocketmail.com>; <rosezie2003@yahoo.com>
Cc: <obm181253@gmail.com>; <othmanmohamed6667@gmail.com>
Subject: MUKA BARU PENYELAMAT BARISAN NASIONAL

          Pagi ini agak merasa lega kerana kenyataan TPM didalam sinar harian 01 okt ( ms 8 ) PENGUNDI MAHU MUKA BARU : TPM. Diatas kenyataan tersebut rasanya ramai pengundi merasa lega kerana ramai rakyat yang sudah bosan dengan perangai wakil rakyat yang ada sekarang ini hanya menjaga kepentingan orang-orang tertentu dan hanya balek kekawasan pada hari jumaat sahaja hingga digelar YB FRIDAY.

          Sebenar nya kita faham ada juga ketua bahagian yang tidak menjad wakil rakyat ( Ap / Adun ) tetapi di beri peluang menjadi SUP atau PK kepada menteri besar tetapi mereka ini juga tidak boleh membantu dan menyelesaikan masalah rakyat malah ada yang menyalah gunakan kuasa dan kedudukan mereka untuk membantu pecacai-pecacai mereka sahaja,  Lebih menyedihkan lagi sesuatu perkara yang telah dirujuk kepengetahuan MB tetapi mereka ini tidak mengambil tindakan yang wajar nampak nya mereka ini berani membelakangkan arahan dari MB

          Jadi diatas saranan yang dibuat oleh TPM kami yakin bahawa rakyak akan kembali memberi sokongan kepada BN pada pilihanraya yang akan datang ( PRU 13 ) itu pun kalau TPM tunai apa yang diperkatakan ini, Kalau kenyataan ini hanya satu kenyataan untuk menyedapkan hati penyokong barisan nasional tetapi wakil rakyat yang ada dikekalkan juga  maka kami yakin yang hancor adalah UMNO dan BARISAN NASIONAL jadi sebelum tragedi 2008 berulang rasanya perkara ini patut diperbincangkan walau pun terpaksa menyentuh sedikit peribadi pihak tertentu.

          Walau apa pun kita faham pemilihan calun dibuat diperengkat pusat diatas restu Menteri Besar maka Menteri Besar juga sepatutnya jangan hanya mendengar suara shurga dari mereka ini, Lebih baik lagi seperti yang rakyat tahu bahawa MB selalu membuat program turun padang untuk mengetahui masalah rakyat jadi untuk menyelamatkan keadaan kami ingin sarankan supaya satu program untuk meyelesaikan perkara berbangkit dibuat sebelum PRU 13 diadakan dan ini hanya satu saranan demi kebaikan.

          Kita tidak mahu apa yang berlaku pada PRU 12 berulang kembali kerana kesilapan bekas MB dan PM ketika itu tidak mahu menerima pandangan dan cadangan yang diberi malah ketika itu PM dan MB bukan mahu menyelamatkan pemerintahan barisan nasional tapi mereka lebih penting menyelamatkan kedudukan orang tertentu diperengkat pusat dan akhirnya negeri perak tergadai pada pakatan haram, Mungkin apa yang telah disurat kan di blog ini menjadi kemarahan kepada pihak tertentu tetapi niat penulis sebenarnya untuk menyelamatkan maruah perjuangan UMNO dan BARISAN NASIONAL walau pun terpaksa menyentuh sedikit peribadi pihak tertentu apalah daya saorang  penulis kalau bukan begini cara nya.




                

Hadi: PAS akan terus bawa dasar Islam, tidak akan ubah pendirian

Posted: 30 Sep 2011 10:17 PM PDT


Us. Azhar adalah ahli Pas Kuala Nerus Terengganu sedang mencari dalil untuk mempertahankan perjuangan dasar-dasar Pas 1951 setelah tiada lagi usaha Pas membentuk negara Islam dan menegakkan hukum hudud.
Kongres Pas di Dewan Millennium hari , menimbulkan suasan lucu apabila Hadi Awang tidak lagi bercakap mengenai Hudud, mengenai Kebajikan tetapi bercakap soal DASAR ISLAM pula dan menyambung dasar perjuangan Pas 1951.

Hadi juga menyebut ia akan berpandukan Quran dan Sunnah, Bagus lah jika begitu tetapi yang pertama perlu dihapuskan ialah bai'ah Pas dengan ahlinya yang berbunyi " Jika meninggalkan Pas maka jatuh 3 talak terhadap pasangan isteri atau suami" yang ini dari Sunnah Nabi atau ada dalam Quran?  " Undi Pas masuk syurga" datang dari mana? Nik Aziz selalu menyebut wahyu....adakah Nik Aziz seperti nabi yang menerima wahyu.?
KEPALA BATAS, 1 Okt — Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS akan terus memperjuangkan dasar Islam yang sempurna dan bukan yang dipotong-potong selain meneruskan semangat perjuangan tokoh terdahulu.

PAS menegaskan pendirian ini ketika ia bersiap sedia bersama rakannya dalam Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan berhadapan dengan isu kontroversi hukum hudud yang muncul semula.

Bercakap pada majlis perasmian Kongres Sambutan 60 tahun PAS di Dewan Millenium di sini, Hadi  menegaskan parti itu perlu meneruskan perjuangan Islam dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunah.

"PAS adalah sebuah parti Islam, parti politik Islam yang terawal ditubuhkan di Asia Tenggara sebagai kesinambungan dari kedatangan Islam yang sempurna dan bukan yang dipotong-potong atau dikerat... pendakwa yang membawa Islam ke nusantara bukan sahaja mengislamkan rakyat tetapi termasuk mengislamkan pemimpin, pemerintah dan ketua negara.

"Kemunculan PAS adalah tuntutan al-Quran dan as-Sunnah yang tidak mati dengan wafatnya Rasulullah, kita menyambung perjuangan Islam seperti yang dinyatakan Allah dalam al-Quran," kata Presiden PAS.

Menurut beliau, PAS diwujudkan untuk mengembalikan kedaulatan Islam dan menyelamat umat Islam dalam dunia yang berideologi manusia.

"Kebangkitan PAS sebagai sebuah gerakan Islam adalah selaras dengan gerakan pembaharuan yang akan wujud sepanjang zaman yang mengatakan cahaya Islam tidak boleh dipadamkan, mereka mahu memadamkan cahaya Allah dengan hembusan mulut mereka seperti mereka padamkan cahaya pelita.

"Kelahiran PAS adalah hasil gerakan pembaharuan, PAS adalah rangkaian gerakan Islam... tujuan utama penubuhan PAS adalah mengembalikan kedaulatan Islam dan menyelamatkan manusia khusus pada zaman ini selepas kegagalan ideologi manusia termasuk bukan sahaja keruntuhan moral, keruntuhan nilai kemanusiaan dan sebagainya," katanya.

Tegas Hadi, PAS akan tetap memperjuangkan dasar Islam dan tidak akan sesekali mengubah prinsip asas itu.

"PAS adalah parti yang bertunjangkan dengan tunjang yang teguh dan kuat, tidak tidak akan hanyut walaupun dijajah.

"PAS mempunyai acuan sendiri yang ditunjukkan Allah dan dianjar oleh nabi, kita perlu faham dan PAS mahu mengembalikan umat Islam berdemokrasi yang mengambil roh Islam," katanya.

Hadi juga menambah, PAS merupakan sebuah parti yang terbuka walaupun terpaksa berdepan di atas padang yang tidak sama rata dengan Umno.

"Kita parti boleh menerima menang, boleh menerima kalah... ini sikap terbuka kita, ada kalangan yang bebal menuduh kita menyeleweng dari perjuangan, PAS telah menghadapi pelbagai cabaran ketika menyampai pegangan PAS bahawa Islam adalah pegangan hidup yang tidak diterima Umno.

"Umno tidak mudah menyerahkan kuasa, mereka anggap pemerintah bukan amanah tetapi adalah untuk kroni... rasuah, Umno telah mencalarkan wajah Islam kepada bukan Islam," katanya.

Hadi menambah, dengan pengalaman dan cabaran yang dilalui PAS sejak ia ditubuhkan, ahli parti harus berpegang kuat dasar perjuangan dan jangan sesekali "menebuk" asas itu.

"Marilah kita menyambung perjuangan PAS yang diasaskan pada 1951, jangan kita tebuk asas ini. Marilah kita mengenang pemimpin terdahulu daripada kita kerana kita adalah penyambung perjuangan... mudah-mudahan kita dapat lakukan apa yang dinyatakan oleh Allah.

"Ada yang telah meninggalkan kita, ada yang menunggu giliran, namun tidak mengubah janji-janji mereka... kita juga jangan mengubah janji kita," katanya.

PAS BUKAN MEMPERJUANGKAN ISLAM TETAPI MEMPERALATKAN ISLAM UNTUK TUJUAN POLITIK PUAK-PUAK PELAMPAU ISLAM

Apa hak Majlis Peguam nak halang HUDUD?

Posted: 30 Sep 2011 09:05 PM PDT

Hukum Hudud Tidak Boleh Dilaksanakan - Majlis Peguam

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam pada Jumaat meminta semua pihak supaya menghentikan retrotik masing-masing mengenai pelaksanaan hukum Hudud dengan menyatakan ia tidak boleh dilaksanakan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan rangka kerja perundangan negara ketika ini.

Presidennya Lim Chee Wee berkata hukum Hudud, yakni undang-undang keseksaaan, tertakluk di bawah bidang kuasa Parlimen.

Clinton; sekarang Malaysia dibawah kuasa awak, buat lah huru hara supaya senang kami masuk daun
"Undang-undang seperti sedia ada tidak membenarkan pelaksanaan Hudud oleh negeri-negeri. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan negeri menggubal undang-undang mewujudkan peruntukan kesalahan seseorang keluar Islam, yang bertentangan dengan prinsip Islam dan hukuman berkaitan," katanya dalam kenyataan.

Lim berkata kesalahan-kesalahan itu tidak boleh termasuk perkara dalam lingkungan bidang kuasa kerajaan pusat.

"Oleh itu, tidak boleh ada replikasi sebarang kesalahan dalam lingkungan undang-undang persekutuan dengan tahap hukuman yang berbeza hanya bagi orangIslam," katanya.  

"Malah, undang-undang ini jika digubal seharusnya konsisten dengan kebebasan fundamental yang dijamin kepada semua warga negara termasuk orang Islam di bawah Bahagian II Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Lim berkata hukum Hudud, jika dilaksanakan di Malaysia, hanya untuk orang Islam dan tidak untuk bukan-Islam menunjukkan ia bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.

"Ia akan mengakibatkan prosedur bercapah, peraturan keterangan dan hukuman berhubung kesalahan jenayah diaplikasikan kepada orang Islam berbanding bukan Islam. 

"Seorang Islam juga akan terdedah kepada dua bentuk pendakwaan atau sabitan kesalahan berbeza - satu di bawah Hudud dan satu lagi di bawah Kanun Keseksaan,bercanggah dengan Artikel 7(2) Perlembagaan Persekutuan," katanya.-

TM_Note;

Majlis Peguam tak perlu risau tentang hudud, sebab Pas tidak mampu melaksanakannya. Pas hanya cakap saja pandai, bila suruh buat kerja tak jadi..

Kalau buat hudud, orang Pas lah yang ramai kena hukum, contohnya ialah peserta demontrasi pun kena hudud, boleh di dakwa di bawah kanum jenayah,  penulis harakah yang kuat buat cerita fitnah pun kena 80 sebatan...dan lagi Pas juga mendokong undang-undang hak asasi manusia dan kalau Anwar dan Mat Sabu dihukum oleh undang-udang hudud ,

Pas akan menggunakan Suaram dan Suhakam untuk membela mereka selaras dengan undang-undang barat dibawah nama Hak Asasi dan Kebebasan.... Pas bukan parti Islam tetapi parti kluk klek..

ARKIB: Antara Us. Azhar Idrus dan Us Harussani, Siapa lebih politik?

Posted: 30 Sep 2011 08:32 PM PDT

Sebelum PRU 12 , Pas cukup menyokong Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria , begitu juga dengan Us. Kazim. Apabila kedua-dua tokoh ini turun berceramah di masjid-masjid, pasti penuh sesah masjid pada malam itu.

Selepas PRU 12, kedua-dua tokoh agama tersebut dilihat tidak sehaluan dengan perjuangan Pas yang ternyata menyimpang dari perjuangan asal mereka. Pas sering ditegur oleh Mufti Perak begitu juga Us Kazim.

Apabila Us Kazim menolak untuk menjadi orang Pas, beliau difitnah dengan bermacam-macam tuduhan yang tidak masuk akal,  jika dituduh kahwin dua tu kira okay lagi, tetapi dtuduh skandal dengan isteri orang, janda dan sebagainya, yang paling berat ialah menuduh beliau merogol.

Segala tuduhan ini dibuat dalam ceramah-ceramah agama. Lebih kurang dengan seorang Imam atau ustaz Othman di Kampung Expo, pagi-pagi berjogging dan skodeng rumah orang.

Malam dalam ceramah agama mula balun orang, sipolan (dia sebut nama macam us. azahar bodoh tulah) tu bini dia seluar dalam merah,  di rumah tak tudung, pagar rumah tinggilah, apa guna beli kereta besar dan berumah besar tetapi tolak Islam dan macam).

Kalau orang-orang yang bergelar ustaz dan mufti begitu senang difitnah, apa lagi orang Umno yang tak ada tittle ustaz.


TEMERLOH, 5 Mac: Dewan Pemuda PAS Pusat berpendapat, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sudah terkena racun sekular apabila cuba mendakwa politik tiada kaitan dengan syurga neraka.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kenyataan itu telah memperlihatkan bahawa fahaman sekularisma- 'agama suku politik suku'- yang dibawa Umno BN telah meresap bukan sahaja kepada pemimpin mereka, tetapi juga agamawan termasuk mufti.


"Akhirnya mufti sendiri tidak dapat beza kefahaman Islam sebenar sehingga memberi pandangan songsang. Nabi sendiri berpolitiik dan menjadikan agama sebagai asas berpolitik," katanya ketika ditemui di markaz induk PAS di sini.

Mufti Perak itu sebelum ini mendakwa syurga neraka bukannya ditentukan melalui pemilihan parti politik sebagaimana ditegaskan oleh Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Dalam perkembangan sama, PAS Kelantan menyifatkan Harussani masih ingin mengelirukan masyarakat Islam di negara ini. Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr.Muhammad Fadzli Hassan berkata PAS tidak pernah mengatakan syurga dan neraka itu hak pemimpin PAS.


Namun tambahnya, Islam tidak pernah menyuruh umatnya duduk diam, dan goyang kaki semata-mata untuk menunggu syurga dan neraka. "Jadi, berpolitik itu adalah sebahagian amalan yang boleh dibuat dan memilih pemimpin yang baik adalah dituntut, malah ulama mengatakan menegakkan politik dan hukum Islam dalam sebuah negara adalah antara kebaikan yang paling besar", ujar beliau.


Beliau juga tidak menolak kemungkinan Harunssani ditekan oleh pihak tertentu sehingga dia kini cuba mempertikaikan perkara yang sudah jelas kebenarannya. "Inilah akibat kalau sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, semakin terserlahlah kebatilan beliau walaupun cuba menegakkan benang yang basah," katanya lagi.


Menyentuh tindakan Harunssani menuduh PAS bersekongkol dengan bukan Islam sehingga melanggar hukum agama, Fadzli berkata ini adalah satu tuduhan yang berat dan PAS tidak dapat menerima tuduhan ini.


"Jelaskan satu persatu hukum hakam yang manakah PAS telah melanggarinya, sila kemukakan bukti dan jangan membuat kenyataan umum dan kita juga minta beliau menjelaskan pendirian dalam isu kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan BN sekarang ini,"jelasnya.

Hari ini oleh kerana keceluparan mulut mereka, Allah hukum mereka secarai tunai, dahulu Pas menfitnah Anwar Ibrahim (semasa Anwar dalam Umno) sebagai pengamal sex bebas, peliwat dan sebagainya, hari ini orang yang dihina itulah diangkat sebagai Imam.

Pas juga diam membisu apabila Imam ini menolak hukum hudud yang menjadi agenda utama Pas sejak sekian lama. [ apakah Pas merujuk dengan majlis syura sebelum bersetuju menolak hudud?].

ANAK PULAK KENA BALUN

Posted: 30 Sep 2011 12:14 PM PDT

Al- Fatihah: Takziah untuk keluarga DS Zahid Hamidi

Posted: 30 Sep 2011 11:59 AM PDT

Al-Fatihah buat Hjh Tuminah bt Jalil bonda kepada YB DS Ahmad Zahid Hamidi yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Negara Kebajikan: Nizar Sabotaj Nik Aziz?

Posted: 30 Sep 2011 10:40 AM PDT


Blog Cikgu Din dari Pas Bukit Gantang menyatakan Umno mengupah budak-budak RM 200 untuk memasang banner tersebut dan meletakkan link facebook. tetapi bila klik facebook tersebut tak wujud.

Sebenarnya siapa yang pasang tak penting. Kalau Umno yang pasang pun betul juga, kalau Pas yang pasang pun tak salah juga. Kalau Umno pasang, Pas sepatutnya berterima kasih sahaja lah.

Setahu TM lah, Pas memang kerap pasang banner pada dua tiang elektrik tersebut. malah kawasan tersebut dah macam milik mutlak Pas.



Inilah lakonan terbaik puak pakatan haram, Nizar saja buat-buat gempak, konon terkejut dengan banner yang digantung dengan perkataan "YA, negara kebajikan TIDAK kepada negara Islam" ! Puak mana punya kerja ni? Buat-buat tak tahu pulak!

Alamak dol! Ini politik lama lah.... Hahahaha!

Sendiri gantung banner, sendiri turunkan seterusnya panggil media massa dan blogger pembangang... sendiri ambik gambar.. publish kat blog (klik sini...)  Lepas tu tuduh ini UMNO punya kerja! dapatlah publisiti murahan.... macam siot!

Kalau betul orang perak yang gantungkan banner ni alhamdullilah!

DS Nizar calon PAS di Dun Changkat Jering-YDP.

Posted: 30 Sep 2011 10:17 AM PDT

Posted by Cikgu Din on

YDP PAS Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar memberi penegasan PAS akan bertanding di Dun Changkat Jering. PAS Bukit Gantang meletakkan DS Nizar sebagai calonnya.
Pimpinan Jentera Pilihanraya Pas Bukit Gantang sedang menerima arahan dan tugas daripada Ustaz Nordin Jaafar.Pimpinan jentera Pilihanraya PAS Bukit Gantang bersedia mengikut dan memikul amanah, seperti mana yang diarahkan PAS Bukit Gantang.

TM_Note:

Wah hebat percaturan caca-merba Pas Perak kali ini. Masing-masing berebut nak jadi calon. Masa PRU 12 sapa pun tak mau jadi calon.

Mengapa Nizar Jamaluddin lari dari Pasir Panjang dan nak bertanding di Dun Changkat Jering? Jawapannya mudah.

Pengundi Pasir Panjang sudah bersiap sedia untuk menghilangkan wang deposit beliau jika bertanding kali kedua. Itu  maklumat yang diperolehi dari saudara TM di sana yang sekarang sedang fokus untuk memenangkan calon Umno. Dahulu dia menjadi orang kuat yang memenangkan Pas kerana tak suka dengan Pak Lah.

Nizar juga dikhabarkan sebelum ini melalui laman blog Pas akan mencabar Zahid Hamidi di Bagan Datoh dan kerusi Bukit Gantang akan diserahkan kepada DAP.  Tiba-tiba Nizar nak bertanding di Changkat Jering.

Ini bermakna Nizar tidak akan bertanding diperingkat Parlimen.  Tak mungkin Pas akan membenarkan Nizar bertanding dua kerusi sekali gus. Ramai lagi ahli Pas yang teringin nak jadi wakil rakyat.

Elaun besar. pencen dapat. pinjaman perumahan pun dapat. pinjaman kereta pun ada. Bak kata orang jadi wakil rakyat ini hidup senang. Itu lah kelebihan hidup di Malaysia. Tahun depan elaun DUN Perak akan dinaikan lagi.

Idham Lim masih dalam delima. Mujahid Yusof tak ngam dengan dia. Dengar khabar  tempat Idham sudah ada pengganti. Jika benar bagaimana dengan projek  Darul Anwar beliau. Ada maklumat tahun lalu  Idham bakal bertanding di Hulu Perak dan terbaru akan bertanding di Kuala Kangsar.  Tak mungkin Kuala Kangsar kerana itu tempat yang diidamkan oleh Raja Ahmad Al-Huss.

Dahsyat juga percaturan Pas. Untuk makluman,  Pas diperuntukkan hanya 21 kerusi sahaja [2008] dan menang 6 kerusi. Bagi Parlimen Pas bertanding 7 kerusi dan menang 2 sahaja [ Bukit Gantang dan Parit Buntar].

Mengikut jangkaan dari awal dalam PRU 13 akan datang, Pas akan kalah teruk seperti 2004. Tidak ada satu kerusi Dun dan Parlimen yang dimenangai oleh Pas. Untuk rekod. BN menag 52 kerusi Dun dan Dap 7 menjadikan 59 kerusi....Pas dapat TELUR AYAM.......

Keputusan 2004 juga menyaksikan hanya giant killer Dap sahaja yang berjaya mengekalkan kuasa iaitu, LIM KIT SIANG (DAP),  FONG PO KUAN (DAP) dan WU HIM VEN (DAP). Pas tetap TELUR AYAM.

ARKIB: TM cabar Pemuda Pas Perak desak mengutuk Anwar dan Dap kerana menolak HUDUD

Posted: 30 Sep 2011 07:24 AM PDT


Ini cerita lama, cerita ini bukan fitnah tetapi realiti sebenar,  TM kena dedahkan juga kisah Pemuda Pas Perak.

Terlebih dahulu tahniah diucapkan kerana berani mengecam Rosmah yang hadir sebagai tetamu dalam Festival Busana Muslim di Perancis dan keberanian mengecam Dr Zambry dalam isu ancak di Manong.

Tahniah juga kepada Pas Perak kerana bertindak bodoh dalam demontrasi di Taiping yang melibatkan kanak-kanak sekolah.

Seorang kanak-kanak diperdayakan untuk memegang sepandok. Kononnya Dr Zambry dan Rosmah menghina Islam dan bertentang dengan syarak.

Rosmah hadir sebagai tetamu pun dikecam sebegitu rupa, bagus lah. Bak kata peribahasa melayu, kuman diseberang lautan nampak, gajah depan mata tak nampak.

Beberapa bulan lepas beberapa pemimpin Islam Pulau Pinang telah hadir ke satu pesta fesyen dan ada peserta memperagakan pakaian dalam wanita dan sudah tentu mendedahkan aurat.

Kisah tersebut telah didedahkan oleh beberapa laman blog terutamanya dari Pulau Pinang.

Mustahil Pemuda Pas Perak tak nampak.  Jarak Pulau Pinang dengan Parit Buntar bukannya jauh seperti Monte Carlo. Sepatutnya PP Pk turut mengecam fesyen show tersebut,

Begitu juga dengan majlis doa selamat  mendirikan rumah seorang OKU di Manong. Dr Zambry dijemput hadir sebagai tetamu oleh Adun Manong Dato Ramle Zahary.  Kisahnya seorang OKU telah mendapat projek membina sebuah rumah bantuan Yayasan Bina Upaya.

Dalam majlis tersebut doa dibacakan oleh tuan imam dan disertai dengan adat orang tempatan iaitu mendirikan tiang seri.

Ramai orang Pas apabila mendirikan tiang seri disertai dengan sedikit kenduri kecil dan ada juga mengamalkan adat-adat melayu lama seperti mengikat kain dan menepung tawar.  Benda itu bukan rancangan yang diatur oleh Dr Zambry pun.

Akan tetapi bila disiarkan di lama web Perak Today ia seolah-olah menjadi satu kemenanagn loteri kepada Pas.

Pas mula mencetak risalah kononnya Dr Zambry mengamal amalan kurafat. Nizar juga mengambil peluang menghentam Zambry di dewan Dun. Nizar juga sanggup berbohong dalam dewan dengan menyatakan Majlis Fatwa telah bermesyuarat dan menyatakan hukum tersebut adalah haram dan kurafat.

Setelah disiasat ternyata tidak ada mesyuarat majlis fatwa seperti yang disebut oleh Nizar di dalam dewan dun.

TM juga mendesak agar Ustaz Shahir membuat satu bantahan dan mendesak Pkr dan Dap supaya menerima pakai undang-undang hudud yang diperjuangkan selama ini oleh PAS.

Nik Aziz pernah berkata orang yang menolah hukum tak boleh duduk di bumi Allah.

Ustaz Shahir boleh dianggap bacul dan pondan jika tidak berani menentang mereka yang menolak hudud.
5 November (Taiping)- Tindakan Rosmah yang menghina Islam dan Rasulullah dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu serta perbuatan Datuk Seri Zamri Kadir, Menteri Besar Negeri Perakdalam program Projek Infra Bina Upaya (IBU) pada 17 Oktober lepas di Manong yang berunsurkan syirik dikecam masyarakat dan umat Islam.


Kecaman ini jelas dinyatakan dalam demontrasi yang diadakan di hadapan Masjid Daerah Taiping hari ini selepas solat Jumaat. Domontrasi yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak (DPPN Pk.) dan umat Islam ini  mengutuk kedua-dua mereka yang dimaksudkan diatas diamana kedua-dua progran tersebut jelas bertentangan dengan syara'.



Menurut Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi Hasan, Penganjuran Busana Muslim yang dinaungi oleh Rosmah adalah amat jelas tidak menepati syara' dalam berpakaian menurut Islam apatah lagi dengan penonjolan seorang peraga yang mendedah aurat sambil memakai baju yang tertera nama Nabi Muhammad.



"Perbuatan ini jelas menghina Islam dan mempermain-mainkan syariat Islam serta Rasulullah SAW. Kita marah apabila Rasulullah dihina suatu ketika dahulu apabila gambar baginda di lukis, tetapi kini seorang Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia sendiri menghina Rasulullah SAW,apakah kita boleh berdiam diri" berkata Ustaz Zawawi



Dalam isu kedua DPPN perak juga mengutuk dan mengecam tindakan Menteri Besar Perak merangkap Exco Agama yang telah mengulangi amalan khurafat yang ditinggalkan oleh orang-orang melayu suatu ketika dahulu.



"Kita mahu Zamri menjelaskan isu ini kepada rakyat dan kembali bertaubat atas berbuatan syirik beliau ketika program Inra Bina Upaya baru-baru ini. Perbuatan ini jelas khurafat dan kita Dewan Pemuda PAS Perak telah menghantar memorandum kepada semua Mufti-mufti termasuk Mufti Perak Dato' Seri Harussani agar menyatakan pendirian dalam isu ini". Zawawi



Menurut beliau lagi DPPN Perak bercadang akan membawa perkara ini ke pengetahuan Sultan Perak sekiranya Zamri tidak bertaubat dan menyatakan kesilapan beliau dalam upacara ini. Ini adalah kerana isu ini membabitkan aqidah umat Islam khasnya umat islam di Perak apabila ianya dilakukan sendiri oleh Exco Agama Islam sendiri. [ DAH JUMPA SULTAN? ]



Us Shahir memegang pembesar suara






Ustaz Shahir mengetuai demontrasi hari ini



Last Updated on Saturday, 06 November 2010 01:35

Ayuh! Ustaz Shahir sebelum isu ini menjadi sejuk dan dilupakan eloklah bertindak segera. Jika betul-betul anak jantan sila tunjukkan kejantanan mu......

Breaking news: Cukai koperat

Posted: 30 Sep 2011 05:27 AM PDT

Kerajaan mungkin turunkan 1 atau 2 % cukai korporat pd Bajet 2012 sejajar dgn konsensus pengamal cukai di Msia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

21st Annual Human Rights and People's Diplomacy Training II

Posted: 30 Sep 2011 04:32 AM PDT

Apa perlunya kursus ini kepada rakyat Malaysia? Baru-baru ini Pembangkang telah pun menghantar seorang anak muda untuk kursus ini di Timur Leste. Yuran kursus 21st Annual Human Rights and People's Diplomacy Training II sangat mahal.

DTP is an independent organisation and course fees are an important source of income.  The course fee of US $4000 covers tuition, accommodation, food, field trips, and resource materials during the training.  Travel expenses to and from the training are not included in this fee.  Participants are encouraged to apply to funding bodies and/or their sponsoring organisation for financial assistance for course fees and travel expenses.  Some subsidised spaces are available on the program and applicants are invited to enquire about subsidies.

Kursus yang dikendalikan oleh NGO dan mendapat kerjasama kerajaan Australia, Timur Leste dan UN. Walau apapun alasan diberi ia adalah untuk membentuk rantau Asia yang pro barat. Sama seperti wujudnya ARDA yang didokong oleh Tian Chua dan Elizabeth Wong Adun Bukit Telanjan.

Timur Leste menjadi icon yang amat penting bagi NGO ini. Lihat pergolakan di Acheh. Mindanao, Selatan Thai tetapi mengapa barat Timur Leste yang menjadi idola mereka sehingga mereka berjaya membebaskan negara itu daripada Indonesia, sedangkan gerakan pemisah Polo di Selatan Filipina sudah lama berusaha untuk bebas dari Manila , begitu juga Acheh. Kesemua dipandang sepi.

Pembangkang telah menghantar seorang peguam muda bernama Fadiah Nadwa Fikri , Fadiah dilihat sebagai tokoh pembangkang yang boleh menggerakkan satu reformasi atau revolusi seperti yang berlaku di Mesir.

Wajah manis yang lembut ini diharapkan akan menjadi cold blooded killer di Malaysia dalam agenda besar mereka. Jika tahun 70an Anwar dilihat sebagai icon kita darah baru muncul untuk memikul tugas yang lebih berat di masa hadapan.  

MT Umno Sokong Tindakan Najib

Posted: 30 Sep 2011 03:43 AM PDT

MT UMNO hari ini memberi sokongan sebulat suara terhadap ucapan Hari Malaysia oleh PM pd 16 September lalu terutama pemansuhan beberapa enakmen termasuk ISA. DS Najib pd sidang media slps mempengerusikan mesyuarat MT UMNO hari ini berkata MT UMNO berpendapat tindakan tersebut adalah sebahagian drp proses transformasi selepas kerajaan melakukan proses Transformasi Kerajaan (GTP), ekonomi (ETP) dan skrg transformasi politik (PTP) .
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mohon maaf memang mudah

Posted: 30 Sep 2011 03:08 AM PDT

Pembangkang terutama DAP dilihat cukup berani. Berani mengusik isu-isu sentisif terutama dalam hak-hak keistimewaan orang Melayu, agama Islam dan terkini LGE berani menfitnah kerajaan Johor. Sebelum ini ahli Dap juga dengan berani berhasrat untuk menukar jalur gemilang.

Akhirnya Manoharan dan LGE memohon maaf. Memang senang memohon maaf, itu pun setelah dikritik hebat oleh pelbagai pihak terutama bloggers.

Akan tetapi adakah ia berakhir disitu sahaja. Lihat kembali PKM. Walaupun sudah menandatangan gencatan senjata di Hatyai 1982, tetiba selepas PRU 12 isu Chin Peng ingin diangkat oleh DAP sebagai pejuang telah bergema. Bila ada tentangan ia senyap, kini Mat Sabu mewakili suara DAP membawa isu Mat Indera.

DAP sangat bahaya. Jika mereka berjaya memerintah dengan bantuan Pas dan PKR maka musnahkan segala hak-hak istimewa orang Melayu.

Najib ada menyebut quota 30% bumiputra akan dihapuskan satu masa kelak telah menyebabkan Pas mengkritik hebat dalam media Sosial.

Pandai pulak Pas mempertahankan quota tersebut.

Percayalah bahawa huru hara seperti Somalia akan berlaku jika pembangkang menguasai negara. Rakyat akan memberontak dan perang saudara akan berlaku dan campur tangan asing akan pasti masuk.

Yang rugi kita, oleh itu sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan kemakmuran, Dap dan sekutunya mesti ditolak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Blog TM buat Fitnah? Pas tak fitnah?

Posted: 30 Sep 2011 02:01 AM PDT

Ini kenyataan
Nampaknya puak-puak Pas+sik semakin marah dengan blog TM, terutama rakan-rakan yang mengenai diri TM. Mereka mula menjual nama TM kepada penceramah Pas yang tidak pun mengenai TM secara peribadi. Justeru, dalam ceramah Pas pun nama TM sudah jadi macam wakil rakyat BN.
kartus asal dilukis oleh Zunar menghina Najib dan Rosmah

Jika MB Perak di labelkan sebagai Mugabe, Ustaz Kazim digelar ustaz Lone Ranger, TM depa ada yang kata Keling Pokok Assam . tak cukup dengan tu Ustaz Shahir dalam ceramah di Sungai Dendang Selama kata " TM belagak nak mapoh".  itulah sikap penceramah Pas. Itu belum kira ceramah Nizar, kalau dalam dewan DUN pun boleh bercakap bohong apa lagi kalau di atas pentas ceramah.  Itu yang sampai menyanyi lagu cina....
Setiap ceramah kalau tak kritik UMNO tak sah.

Pas kini ada kartunis Zunar dan beberapa orang pembantu  dia.....Apakah Zunar tidak menfitnah? Banyak kartun atau karikaturnya bukan sahaja menfitnah tetapi mencerca, menghina orang lain yang tidak menyokong Pas.
asal dilukis oleh Zunar, menghina PM dan Merdeka

Ustaz Azhar Idrus kalau berceramah dan tak hina Umno atau pemimpin Umno tak sah atau tak sebut nama-nama sipolan-sipolan tak sah ceramah beliau.  Orang Pas memang lah, apa sahaja yang keluar dari mulut Us Azhar dan Nik Aziz ibarat wahyu Allah, semuanya betul belaka.

Sudah 3 tahun TM menulis tidak ada pun sebarang penulisan berunsur fitnah, semuanya benar dan realiti sebenar orang Pas yang hipokrit. Selain itu TM juga wujud untuk menangkis tohmahan jahat Pas terhadap kerajaan yang memerintah, dan mengajak mereka berfikir yang mana benar dan yang mana salah.

Tetapi biasalah puak-puak Pas kalau tak taksub apa juga putar belit pemimpin mereka semua diterima bulat-bulat. Contoh terpanas ialah isu 'Hudud' . Dahulu bukan main lagi bercakap soal hudud.  TM pernah menulis isu hudud di Kelantan.

Hudud di Kelantan cukup mudah dilaksanakan. Pas menguasai 2/3 Dun. Oleh itu cukup mudah bagi Pas membentangkan undang-undang syariah negeri, buat pindaan dan ubah suai. Ikut nasihat Tun Mahathir yang menolak hudud Pas atas beberapa alasan yang munasabah.

Akan tetapi Pas tidak berbuat apa pun. Lihat kes khalwat Mat Sabu, walaupun dibicarakan dimahkamah syariah, pendakwa raya boleh putar belit dakwaaan sehingga  tertuduh dibebaskan.  Sekarang salah seorang pegawai pendakwa telah bertaubat dan masuk Umno. [ adakah kenyataan ini fitnah?]

Hari ini selepas Hudud ditolak oleh Dap dan Pkr , Pas Kelantan baru nak lihat balik akta tersebut yang pernah diluluskan mereka pada 1993 dahulu. Pas undur 1000 tapak ke belakang untuk semak balik undang-undang tersebut. Idris Ahmad Ketua penerangan Pas dengan mudah menuduh 'Umno gigit jari' apabila gagal melihat pakatan berpecah.

Pas sepatutnya yang gigit jari kerana terpaksa akur dengan kapir harbi. Anwar pula takut hudud sebab jika dilaksanakan dialah yang akan terima habuannya.

bersambung/ ......

The Unspinners

Posted: 01 Oct 2011 12:00 AM PDT

SELALU ADA YANG BARU

Posted: 30 Sep 2011 11:58 PM PDT

SELALU ADA YANG BARU


NIK AZIZ DAN MAT SABU BIJAK BERPOLITIK MURAHAN...

Posted: 30 Sep 2011 07:29 PM PDT


Kedua2 mereka ini mempunyai banyak persamaan.Dari segi keceluparan dan klu klek sdh menjadi 'tema' mereka. Nik Aziz dan Mat Sabu dua tokoh utama pas yang bertanggongjawab meletak parti tersebut kini dalam keadaan dalema. Menjadikan isu Hudud dan komunis sebagai tajuk utama sebagai bualan terutama sekali didalam alam cyber di negara ini.

Isu Hudud yang sengaja diada-adakan oleh Nik Aziz yang lebih kpd bertujuan menarik undi melayu. Perjanjian Pakatan 18 Disember sudah cukup memperlihatkan perjanjian pas bersama pakatan yang ditandatangani oleh Presiden PAS, adalah 1 perkara yang tidak mungkin berlaku bagi parti ini melaksanakan Hukum Hudud kerana terikat dengan Perjanjian yang telahpun dipersetujui bersama.

Mesyuarat pakatan pembangkang pada 28 September lalu menjadi tamparan hebat buat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang seakan cuba lari dari pakatan Perjanjian Persefahaman 18 Dis & Dasar Buku Jingga yang dipersetujui.

"Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat"

Nik Aziz yang retorik secara tiba2 ekstrim menggunakan Hukum Hudud sebagai senjata mengembalikan sokongan Melayu walhal ada banyak penjelasan dan strategi yang dilihat lebih bijak untuk terus PAS lebih kukuh. Ianya dilihat sekadar seolah2 Nik Aziz begitu takut bagi menyelamatkan Kelantan jatuh ketangan Umno dalam PRU13 nanti.

Manakala isu komunis yang dibangkitkan oleh Timbalan Presiden pas tersebut tidak lebih kepada mahu menarik sokongan undi kepada pakatan mereka. Mat Sabu cuba menggelirukan rakyat membutakan sejarah tanah air dengan menjulang komunis sebagai pejuang kemerdekaan sekaligus merendah2kan perjuangan pasukan keselamatan dengan menganggap mereka2 ini hanya sekadar perkerja kepada British.

Kita sebagai orang melayu wajib berwaspada, angkara menjelang pilihan raya ternyata pas begitu licik dan sejarah telah membuktikannya. Faktur utama menyumbang kejatuhan Umno pada tahun 1990 kepada pas adalah berkaitan dengan cadangan pas akan mewujudkan negara islam dan hukum hudud. Sebelum bersama DAP pun pas gagal menjalankan hukum hudud apatah lagi sekarang pas bersama DAP yang sudah menjadi perkara asas bagi mereka buat selama2nya bertindak bagi mempastikan islam dan bangsa melayu tidak ada kuasa lagi di negara ini. Di peringkat paderi dan mubaligh Kristian pula setiasa mengitai peluang mencari ruang perpecahan sesama islam untuk mermuurtadkan orang melayu menjadikan negara ini kearah negara Kristian.


DARUL EHSAN TODAY

Posted: 30 Sep 2011 11:48 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Sedih, Najib Pertahankan Namewee...

Posted: 30 Sep 2011 07:00 PM PDT

Sedih bila terbaca kenyataan pm najib pasal namewee, kata najib "Saya difahamkan beliau merupakan penyokong kuat 1Malaysia. Jadi saya galakkan beliau terus memberi segala pandangan sebagai seorang blogger. "Atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem yang mencerminkan sokongan kita kepada gagasan 1Malaysia," katanya.

Macam dalam artikel aku kelmarin (klik sini), namewee menggunakan ayat 1malaysia dan perpaduan untuk menghalalkan dirinya memaki hamun melayu, korang boleh tengok sendiri video-video yang dia hasilkan dalam youtube, semua video dia tu makin hamun melayu kaw-kaw.

Najib pejam mata bila namewee hina lagu negaraku, maki hamun pekerja tnb yang berbangsa melayu, hina guru melayu dan terbaru hina utusan melayu, adakan kerana namewee seorang anak cina najib pejamkan mata tak mahu ambil tindakan kepada namewee untuk meraih undi orang cina?

Bagaimana kalau aku seorang blogger yang menyokong gagasan 1malaysia dan menggunakan ayat perpaduan tapi dengan selambernya aku maki bangsa cina atau india seperti yang namewee buat, adakah najib akan pejam mata juga?

HUDUD: Dah 20 Tahun Pas Jaja Cerita Tu...

Posted: 30 Sep 2011 01:30 AM PDT

Pas kuasai kelantan tahun 1990, mula dari nik ajis angkat sumpah jadi mb sampai dah nak kena talqin, cerita hudud di jaja setiap kali menjelang pilihanraya umum, saat pas kuat di kelantan pada tahun 1990-1999, hudud tetap juga tidak dilaksanakan, kenapa?

Banyak alasan yang pas bagi pasal tak boleh laksanakan hudud, antara alasan yang jadi favorite pas ialah, umno halang pas buat hudud dan cerita itu pas jaja sampai hari ni atau mungkin sampai hari khiamat.

Betul ke umno halang pas buat hudud? sebenarnya tak, umno tak pernah halang pas buat hudud, malah umno nak sangat tengok pas buat di kelantan memandangkan kelantan negeri nombor wahid dalam penyebaran wabak hiv (aids) dan banyak masaalah lagi jadi untuk mendisiplinkan orang kelantan, maka hudud lah jawapannya.

Hudud sebenarnya bukan kuasa kerajaan persekutuan, enakmen jenayah syariah adalah bidang kuasa kerajaan negeri, pas kalau serius nak buat hudud, mereka boleh laksanakan lama dah, kuasa mufti, mahkamah syariah dan jabatan agama terletak di bawah kerajaan negeri, tapi kenapa pas masih lagi tak buat?

Sebagai sebuah kerajaan negeri, pastinya pas mampu untuk menubuhkan satu unit penguatkuasaan nya sendiri untuk kuat kuasakan undang-undang hudud dan unit penguatkusa itu pas boleh letakkan dibawah pentadbiran jabatan atau majlis agama islam kelantan atau jabatan mufti, dulu selangor selain ada penguatkuasa jais, mereka ada badar, sama fungsi dan sama tugas macam penguatkuasa jais, kalau dulu selangor boleh buat kenapa kelantan tak boleh buat.

Sebenarnya banyak lagi cara untuk pas laksanakan hudud di kelantan, percayalah kalau pas betul-betul serius untuk laksanakan hukum tu, hudud dah berjalan di kelantan, tapi apa nak buat, pas gunakan hukum itu sebagai modal politik, jadi bila je dekat pilihanraya umum, cerita hudud itu akan di jaja, mungkin orang pas akan kata, kalau pakatan perintah malaysia, pas mampu buat hudud, percayalah semua, pas tak akan dapat perintah malaysia pasal pas tak bertanding di semua 222 parlimen, jadi berani ke pas nak buat hudud kalau dia mainoriti dalam pakatan, setuju ke dap kalau pas nak buat hudud?

Masa terbaik pas untuk laksanakan hukuman tu ialah ketika umno masih berkuasa, kalau dap yang berkuasa, jangan katakan hudud, silap-silap pas pun dah diharamkan.


Panglima Perang Cyber

Posted: 30 Sep 2011 11:29 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Al Fatihah Bonda DS Zahid Hamidi Kembali Ke Rahmatullah Pagi Tadi

Posted: 30 Sep 2011 09:08 PM PDT

Salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi atas kembalinya ke rahmatullah ibu beliau, Hajjah Tuminah Jalil. Allahyarhamah meninggal dunia jam 1.40 pagi.

Jenazah allahyarhamah akan dikebumikan sebaik sahaja selesai solat Zohor di Masjid Al Falah Kg Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarhamah dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman -Al-Fatihah

Info : Bro Jinggo

Arwah meninggal kerana sakit tua.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Gempar : Gambar Bogel Mat Sabu & Normah Telah Disebarkannnn?

Posted: 30 Sep 2011 05:44 AM PDT



Terima kasih atas minat anda membaca tajuk di atas. Tiada gambar kecuali gambar kereta rasmi sahaja. memang tidak berbaju dan berbogel tetapi ia bukan manusia.

Yang penting gambar di atas memang membisukan mulut puak Pas yang ghairah menayang gambar PM naik bas mewah. Cubaan panglima berjaya mengkelukan lidah mereka yang tidak tahu apa lagi hujah mahu diguna untuk pertahankan tuan guru mereka.

Naik bas jika kita fikir kembali, sekejap sahaja tetapi naik kereta rasmi tentu lebih lama dari bas dan memang tiap masa menaikinya.

Begitu juga gambar Nik Aziz menaiki bas di Mekah juga sekali sekala bukan tiap masa. Maka bijaklah wahai rakan cybertrooper sebelah sana kalau nak buat bahan propaganda.

Maka siapakah lebih zuhud antara dua pemimpin Umno dan Pas selepas melihat gambar di atas?

Tentu berbaloi anda datang menengok gambar di atas kerana ia lebih digeruni dari gambar lucah abe mat sabu.

Jatuh mat sabu.belum tentu jatuh semua dalam parti Pas tetapi jatuh Nik Aziz maka jatuhlah ikon ciptaan mereka yang bertahan sudah 20 tahun lamanya tanpa ada tanda mahu berhenti menyerah kuasa kepada orang muda.

Dengan itu mari kita gemparkan lagi rakyat yang tertipu dengan label zuhud yang dipotretkan walhal ianya lakonan dan hanya manis di pendengaran.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Gempar : Akhbar Cina Puji DS Najib Gempur Kubu Lim Guan Eng & Teruja Anak PM Fasih Bahasa Mereka !!!

Posted: 30 Sep 2011 03:45 AM PDT


Akhbar: China Press
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C15
Tarikh: 27 Sept. 2011 (Selasa)
Tajuk: PM; saya akur pada kamu
Ditulis oleh: Kim Ting

Bagi memungut dana sekolah-sekolah Cina, kamu (PM) telah lakukan gerakan yang selama ini tidak pernah dilakukan selama tempoh 50 tahun lamanya, iaitu gunakan basikal, berbasikal di Pulau Pinang dan ambil bahagian dalam kempen "dana pendidikan 1 Malaysia", kamu (PM) telah masuk ke dalam kubu kuat Lim Guan Eng, secara bergaya menyebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang seperti disejuk bekukan (menggigil). Sebenarnya angin kehebatan Najib telah bertiup ke Pulau Pinang, kekuatannya seperti halilintar membelah langit yang sungguh memeranjatkan semua pihak.

Membuat saya terfikir; adakah kamu (PM) ini mahu membuat persediaan untuk PRU akan datang? Berpenat lelah dalam berkempen? Sebab itu ramai orang kata PRU sudah semakin hampir (akan) diumumkan, adakah kamu (PM) sudah perolehi inspirasi itu?

Sudah tentu, kamu (PM) lebih bijak bahawa jika mahu berkuasa terlebih dahulu (mestilah) dapat tawan hati rakyat, sebab itu selepas kamu (PM) memegang jawatan PM terus sahaja melancarkan polisi dan program mesra rakyat dan mendampingi rakyat, di semua tempat cuba menyenangkan hati rakyat, supaya dapat tawan kembali jiwa kaum Cina yang terhakis pada PRU 2008.

Sebelum ini kamu (PM) tidak pernah menggunakan Setiausaha Sulit dari kalangan kaum Cina, kamu (PM) dan anak kamu pada masa yang sama telah masuk dalam siaran TV, bahasa Mandarin anak kamu menggemparkan semua orang Cina kerana (kamu hantarnya ke China belajar bahasa Mandarin), kamu telah berjumpa dengan orang ramai di dalam Facebook, melalui SMS mengucapkan tahniah kepada rakyat pada waktu baik, hari dan bulan yang baik….

Ini Adalah Satu Permulaan

Anda (PM) faham bahawa harga minyak kini telah melambung naik, menyebabkan rakyat terutama sekali rakyat dari golongan yang berpendaptan rendah rasa susah dan tertekan, sebab itu anda (PM) sedaya upaya mahu membantu mereka, wujudkan "Klinik 1 Malaysia", rakyat hanya perlu bayar 1 ringgit untuk mendapatkan rawatan; anda (PM) wujudkan "kedai runcit 1 Malaysia", menetapkan barangan yang dijual berharga murah….. walaupun usaha itu untuk membantu semua rakyat, ini seperti setitis air di dalam laut, dan ini hanya satu permulaan sahaja.

Dalam masa terdekat ini, apabila Pas menyatakan mahu wujudkan hukum hudud, secara segera anda (PM) berkata, kerajaan BN tidak akan laksanakan hukum hudud, ini dapat mententeramkan jiwa orang-orang bukan Islam.

Kami percaya ramai dari kalangan rakyat di negara ini punyai buah fikiran yang sama, sebab itu anda (PM) lebih mesra rakyat daripada 5 bekas Perdana Menteri yang lalu, kamu lebih mesra dengan rakyat. Walaupun anda (PM) dikritik kerana sudah hampir pilihan raya baru buat aktiviti-aktivit seperti ini, orang tua yang dapat kerakyatan hadiahkan anda (PM) "LIU QIU", mendapat subsidi untuk sekolah-sekolah Cina, mungkin semua orang tidak terfikir begitu.

Dengan usaha gigih anda ini, sudah tentu tiada orang yang berani ragu-ragu terhadap jawatan Perdana Menteri yang anda sandang. Yang menyedihkan sekali ialah anda telah memikul tanggungjawab pakej sejarah yang begitu berat sekali. Iaitu beban yang dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini, termasuklah rasuah, salah gunakuasa, tidak pegang kepada keberkesanan, hanya menjaga kroni-kroni yang menyebabkan banyak penyelewengan. Perkara ini telah terhimpun dan terlonggok bertahun-tahun lamanya, kami tidak salahkan anda, tetapi anda perlu bersihkannya, jika mahu bersihnya ia bukannya semudah seperti yang dibicarakan (?) 

- terjemahan: AH/ Hj. SHO/ Q -



Jika anda mahu membaca koleksi berita bahasa Cina anda boleh dapatkan di laman berita bebas Kritis Online di atas.

Selamat membaca.

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih









MERBOK TIMES

Posted: 30 Sep 2011 11:24 PM PDT

MERBOK TIMES


Kuota Bumiputera tidak akan dihapus

Posted: 30 Sep 2011 03:47 PM PDT

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL dan MUHAMAD ZAID ADNAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyangkal dakwaan portal berita dan blog pro pembangkang bahawa beliau pernah menyebut untuk menghapuskan kuota bumiputera dalam perniagaan.

Sambil menyifatkan portal dan blog itu tidak jelas dengan kenyataan beliau, Perdana Menteri menegaskan, apa yang disebut adalah peringatan kepada peniaga bumiputera supaya lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain.

''Saya kata, jangan terlalu bersandarkan kepada kuota, peniaga bumiputera mesti lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain.

''Dalam kata lain, ia akan menjadikan masyarakat bumiputera khususnya peniaga akan lebih dihormati.

''Tapi, saya tidak sebut sama sekali kuota itu akan dimansuhkan," katanya kepada pemberita selepas mepengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.

Najib berkata demikian sebagai reaksi kepada dakwaan portal pembangkang Malaysia Insider yang menyebut beliau membuat kenyataan akan menghapuskan kuota bumiputera dalam perniagaan satu hari nanti dalam satu sesi soal jawab pada majlis Forum Khazanah Megatrends 2011, Selasa lalu.

Berhubung isu hudud pula, Najib berkata, Pas sepatutnya berhenti menyalahkan pihak lain terutamanya UMNO sebaliknya meneruskan hasrat perlaksanaan undang-undang hudud itu kerana ia telah lama diperjuangkan.

"Kita nak (mahu) tengok serius atau tidak serius (Pas) dalam isu ini kerana ia bukan perkara baru tapi lama dahulu Pas sudah menyebut untuk melaksanakan undang-undang hudud," tegas beliau.

APANAMA

Posted: 30 Sep 2011 11:10 PM PDT

APANAMA


A blend of facts and fiction?

Posted: 29 Sep 2011 11:42 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 30 Sep 2011 11:02 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Kontroversi : Inikah Yang Dinamakan Musang Berbulu Ayam Dalam Kerajaan?

Posted: 30 Sep 2011 09:35 PM PDT

Isu musang berbulu ayam dalam perkhidmatan Kerajaan dibangkitkan oleh Pengarang Utusan dalam artikel beliau beberapa hari yang lalu.

Klik untuk besarkan imej.

Isu ini telah menjadi persoalan, siapakah yang disebut-sebut sebagai Musang Berbulu Ayam.

Kata maklumat itu lagi: ''Inilah kemenangan Anwar Ibrahim yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang-orang Anwar secara perlahan. Permohonan membawa masuk pegawai baru masih di peringkat JPA dan SPA."

Antara maklumat yang dipaparkan dalam artikel tersebut mengaitkan nama JPA. Kalau tak silap MyMassa, pengambilan JPA yang terdekat yang melibatkan jawatan-jawatan strategik adalah berkenaan dengan STAR dan TAPS.

Graduan JPA penggerak transformasi


NAJIB Tun Razak, Muhyiddin Yassin dan Mohd. Sidek Hassan beramah mesra dengan sebahagian daripada pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS





PUTRAJAYA 22 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan dua inisiatif bagi membolehkan para graduan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memainkan peranan utama sebagai pemacu dan penggerak transformasi negara.

Perdana Menteri berkata, program Akselerasi Bakat Di Dalam Perkhidmatan Awam (TAPS) dan Penarikan dan Pengekalan Bakat (STAR) itu akan memberi peluang kepada graduan terbabit untuk membangunkan kerjaya mereka dalam bidang di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

''Saya percaya bahawa rakyat Malaysia yang telah diberikan keistimewaan dan peluang untuk mendapatkan pendidikan terbaik mempunyai tanggungjawab bersama untuk memanfaatkan ilmu yang diperoleh bagi faedah orang lain.

''Untuk itu, mereka diharap akan berusaha bersama-sama untuk menukar aspirasi negara kepada realiti, ini merupakan masa untuk menyumbang kepada negara tercinta kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Graduan Tajaan JPA sempena Pelancaran TAPS dan STAR di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Seramai 100 pelajar tajaan JPA yang telah tamat pengajian di beberapa universiti terkemuka di dunia hadir pada majlis itu.

Perdana Menteri berkata, di bawah program TAPS itu, graduan yang terbaik akan dipilih untuk berkhidmat secara kontrak selama dua tahun dalam beberapa projek dan isu polisi awam utama sebelum diputuskan untuk diserap dalam sektor awam.

''Kumpulan perintis pertama program TAPS yang merupakan inisiatif kerjasama antara JPA bersama Razak School of Goverment dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) itu akan membabitkan 40 graduan terbaik dan akan bermula pada bulan Oktober ini.

''Selepas itu, program terbabit akan diperluaskan secara berperingkat di kalangan graduan tajaan JPA dari institusi pengajian tinggi (IPT) yang lain di Malaysia dan luar negara," katanya.

Bagi graduan tajaan JPA yang tidak dipilih menyertai perkhidmatan awam itu, Najib berkata, mereka akan menyertai program STAR yang dibangunkan untuk membolehkan mereka berkhidmat dalam organisasi utama yang terlibat menjayakan ETP.

Menurutnya, lebih 50 organisasi termasuk Bank Negara Malaysia, Khazanah Nasional, Intel, Shell Malaysia, Maxis, PricewaterhouseCoopers, Bank CIMB dan Teach for Malaysia telah menyertai program tersebut.

''Melalui inisiatif ini, para graduan akan diberi peluang untuk membina kerjaya mereka dalam sektor-sektor utama ekonomi dan pada masa yang sama terlibat dalam transformasi ekonomi negara.

''Sekumpulan graduan telah menyertai inisiatif perintis untuk program STAR pada awal tahun ini, mereka kini berkhidmat dalam pelbagai organisasi yang terlibat dalam sektor-sektor utama ETP," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Persoalannya, adakah pegawai yang didakwa orang Anwar itu akan memasuki perkhidmatan strategik Kerajaan melalui TAPS yang bermula pengambilannya pada bulan Oktober.

Jika benar, pihak-pihak yang berkenaan perlu peka mengenai teguran pengarang Utusan. Jangan dibuka pintu empangan (floodgate). Kalau dah buka, susah pula nak ditutup kembali. Kalau dah meresap, susah pula nak diambil tindakan. Jangan sampai cerita tingkat empat berkumandang semula. Walaupun ianya hanya mitos zaman Pak Lah dan tak pernah dibuktikan, mitos tersebutlah telah menyebabkan Pak Lah undur diri lebih awal.

Kalau pembaca MyMassa ada maklumat lain, mungkin boleh kongsikan bersama kami. Kalau maklumat kami salah, tolong betulkan.

*Tiba-tiba teringat filem Hikayat Merong Mahawangsa, ....Empangan jika dah dibuka, masakan boleh ditahan airnya.

Isu-isu Akhbar Cina

Posted: 30 Sep 2011 07:32 PM PDT

Kami kongsikan isu-isu akhbar Cina minggu ini untuk tatapan pembaca MyMassa.

Klik untuk besarkan imej.

Semoga perkongsian ini dapat membuka mata dan fikiran kita untuk memahami apa sebenarnya yang sering dibincangkan oleh masyarakat Cina.

*Kongsi-kongsikan.

Edisi Bola : Demba Ba. Permata Baru Muslim Di EPL.

Posted: 30 Sep 2011 05:33 PM PDT

Ada sorang player muslim yang aku respek kat EPL.

Nama dia DEMBA BA. Dari Senegal. Main dengan Kelab Kota Bahru United (Newcastle United).

Apa yang aku respek pasal dia adalah dia tidak segan silu mengaku bahawa dia adalah seorang muslim.

Ketika bulan Ramadhan, dia berpuasa sebulan dan mendapat restu daripada pengurus Newcastle dengan tidak menurunkannya bermain sepenuh masa.

Apa yang membanggakan adalah dia melakukan sujud syukur setelah berjaya menjaringkan gol. Dalam perlawanan menentang Blackburn minggu lepas, DEMBA BA berjaya melakukan hatrik.

MyMassa kongsikan artikel mengenai Demba Ba yang berdakwah secara tak langsung di EPL.


Newcastle United's Demba Ba's destroys Blackburn Rovers with a hat-trick

Demba Ba is obviously a man who enjoys his food. Drained and lethargic during his fasting for Ramadan, Ba had sleepwalked his way through the start of his Newcastle United career.

Goals back on the menu as Deba Ba's hat-trick for Newcastle United destroys Blackburn Rovers
Back to form: Demba Ba (left) celebrates with Leon Best Photo: GETTY IMAGES


Religious duty fulfilled, Ba is eating freely again and the benefits are obvious. No goals in five appearances, the summer arrival from West Ham grabbed three in a little over half an hour on his sixth as Newcastle UnitedBlackburn Rovers 3-1.


Ba's discipline of faith is a reminder some things are more important than scoring a Premier League hat-trick. Then again, Ba could argue his success is proof God rewards the faithful for their sacrifices.


When Newcastle fans conjured up an image of Andy Carroll's replacement, Ba wasn't it, yet both he and Leon Best are relishing the opportunity to show the failure to sign another striker was not the disaster it seemed.


Both have now scored three this season and Best should have added to his tally. He caused the Blackburn defence constant problems with his movement and touch, even if his shooting was not as sure as the approach play.


As for Ba, hauled off at half-time on his debut against Arsenal back in August, he looks a completely different player with his belly full.


"Sometimes it [fasting] doesn't affect you at all," said Ba. "Sometimes you start feeling a bit tired. But it is not something that is new to me — I have been doing this for a long time.

"It is something that is very important to me. My faith is where I get my confidence and energy from. I will not quit doing this because I can't."

This was Newcastle's best performance of an encouraging start to the season, combining attacking flair with defensive solidity, despite a brief wobble either side of half-time.

Pardew's side are unbeaten in eight games and will be confident of progressing further in the Carling Cup given they be facing Rovers again in the next round. "I haven't actually directly laid down a challenge to my strikers," said Newcastle's manager.

"But if you're a player at a football club and you read about new signings, it does raise your game. It hurts you into proving people wrong."

Not that they will face opposition playing so badly every week. Although Steve Kean complained about Newcastle's third goal, pushing the view that Best fouled Scott Dann as he tried to head Ba's looping header off the line, the scoreline did not do justice to Newcastle's dominance, especially after defender Martin Olsson's sending off for a second bookable offence.

Ba opened the scoring with a sharp turn and shot from Best's cross, before heading in from close range as Blackburn's defence failed to deal with Steven Taylor's powerful header back across goal.

His third, after David Hoilett had netted Blackburn's only clear opening in the first half, came from Cheik Tiote's cross early in the second half.

http://www.telegraph.co.uk/sport/football/teams/newcastle-united/8788187/Newcastle-Uniteds-Demba-Bas-destroys-Blackburn-Rovers-with-a-hat-trick.html

Di bawah ini adalah bagaimana Demba Ba sujud syukur dalam perlawanan tersebut. Cuma ralat sikit sebab Demba Ba ni main bola tak tutup aurat.



*Kat Malaysia ni pun ada jugak player yang lepas main buat sesuatu. Tapi dia duduk macam dalam solat. Tak tau la apa jenis amalan yang dibuat. Bukan player bola tapi ahli gusti atas katil.

Hudud : Pencacai Pembangkang Bercakaran.

Posted: 30 Sep 2011 08:01 AM PDT

Korang nilai sendiri mana satu betul.

Korang nilai sendiri mana satu lebih pandai bab undang-undang.

Pendapat pertama dari Aziz Bari yang kononnya pakar perlembagaan. Pendapat kedua dari Presiden Majlis Peguam. Dua-dua nak selamatkan pembangkang dalam retorik hukum hudud.

Pendapat pertama.


Hudud: Pemimpin DAP, PAS keliru dalam soal Perlembagaan, kata pakar

Oleh G Manimaran
September 30, 2011

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Banyak pihak termasuk pemimpin PAS dan DAP sendiri terkeliru bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan, kata pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Menurut Aziz (gambar), beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud.

Kerajaan negeri Kelantan yang diperintah PAS sejak 1990 masih berusaha untuk melaksanakan hukum hudud itu di negeri itu. PAS mengambil langkah yang sama di Terengganu ketika memerintah antara 1999 hingga 2004.

"Setakat ini saya tidak jelas sebab mengapa perlembagaan perlu dipinda untuk pelaksanaan hudud," kata beliau dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

Ahli akademi dan pemerhati politik ini menambah, keperluan itu tidak wujud sebab sebahagian hukum hudud sudah pun dilaksanakan dalam bentuk jenayah syariah.

"Contohnya zina dan murtad, cuma hukumannya tidak mengikut Islam," kata beliau.

Oleh itu kata beliau lagi, "logiknya mereka yang berkata hudud perlu pinda Perlembagaan (Persekutuan), maka apa yang ada itu, yakni jenayah syariah tadi, adalah tidak sah."

"Ini tidak masuk akal," kata beliau lagi.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan awal pagi ini, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata "bagi PAS, isu yang dipertikai adalah apakah perundangan syariah itu menepati kehendak Perlembagaan (Pusat) atau berlawanan dengan kehendak Perlembagaan negara, dan ini mestilah ditentukan oleh mereka yang berautoriti."

Kata Aziz lagi, mereka yang mendakwa hudud tidak boleh dilaksanakan kerana Perlembagaan Persekutuan kononnya bersifat sekular juga tidak betul kerana kandungan rangka utam undang-undang negara itu tidak berkata begitu.

"Samalah dengan demokrasi itu sendiri, Perlembagaan Persekutuan tidak mengatakan bahawa sesuatu undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan kerana ia tidak demokratik atau akan terbatal kerana bertentangan dengan demokrasi," katanya lagi.

Jelas Aziz, piawaian atau standard atau pun penanda aras yang Perlembagaan Persekutuan gunakan ialah sesuatu yang jelas dan objektif.

"Perlembagaan tidak menggunakan penanda aras atau ukuran yang kabur seperti sekular atau demokrasi. Jelasnya perlembagaan menggunakan piawai yang objektif seperti bidang kuasa siapa dan sebagainya," tambah beliau.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hudud-pemimpin-dap-pas-keliru-dalam-soal-perlembagaan-kata-pakar/

Pendapat kedua.

Hudud: Perlembagaan tak benar, Majlis Peguam minta henti retorik politik

Oleh G Manimaran
September 30, 2011

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Majlis Peguam menegaskan undang-undang hudud, yang kembali muncul sebagai isu kontroversi awal minggu lalu, tidak boleh dilaksanakan di negara ini buat masa sekarang ekoran kekangan peruntukan perundangan.

Presidennya Lim Chee Wee (gambar) berkata, Perlembagaan Persekutuan dan rangka kerja perundangan negara ini tidak menyediakan peruntukan bagi undang-undang hudud dikuatkuasakan oleh mana-mana negeri termasuk Kelantan.

Dalam laporan terdahulu hari ini, The Malaysian Insider memetik pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, banyak pihak termasuk pemimpin PAS dan DAP sendiri terkeliru bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan.

Menurut Aziz, beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud.

"Majlis Peguam Malaysia menggesa agar kesemua pihak mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara dan berhenti daripada bercakap mengenai retorik pelaksanaan hukum hudud," kata Lim dalam satu kenyataan petang ini.

Lim berkata retorik mengenai pelaksanaan undang-undang itu, yang menjadi fokus polemik sejak kebelakangan ini, mencetuskan kekeliruan dan perpecahan dalam masyarakat.

"Majlis Peguam menggesa kesemua pihak agar memberi fokus untuk memperkukuhkan keluhuran undang-undang dan proses demokratik demi kebaikan Malaysia," katanya lagi sambil berkata, badan profesion peguam itu bimbang dengan perdebatan politik sejak beberapa hari lalu berhubung usaha kemungkinan menghidupkan usaha pelaksanaan hudud — kelas kes dan kesalahan jenayah yang diperuntukkan di bawah undang-undang Islam.

"Undang-undang itu dengan sendirinya tidak membolehkan pelaksanaan hudud oleh negeri. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan negeri menggubal undang-undang mewujudkan peruntukan kesalahan seseorang keluar Islam, yang bertentangan dengan prinsip Islam dan hukuman berkaitan.

"Berkaitan dengan sifat-sifat kesalahan sedemikian, kesalahan-kesalahan ini tidak boleh termasuk perkara dalam lingkungan kuasa kerajaan pusat.

"Oleh itu, tidak boleh ada replikasi sebarang kesalahan dalam lingkungan undang-undang persekutuan dengan kadar hukuman yang berbeza hanya bagi Muslim," katanya.

Malah kata beliau, undang-undang ini jika digubal seharusnya konsisten dengan kebebasan fundamental yang dijamin kepada kesemua warganegara termasuk Muslim di bawah Bahagian II Perlembagaan Persekutuan.

"Memandangkan skop hukuman bagi kesalahan-kesalahan bertentang dengan prinsip Islam, ruang (pelaksanaan) seharusnya dibenarkan oleh undang-undang peringkat persekutuan," katanya.

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 menyediakan peruntukan bahawa Mahkamah Syariah di setiap negeri tidak boleh menggunakan bidang kuasa dalam kesalahan-kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara melebihi tiga tahun ataupun denda melebihi RM5,000 ataupun sebatan melebihi enam atau kesemuanya.

Kata Lim, oleh kerana hudud merupakan undang-undang keseksaan, ia terletak di bawah bidang kuasa Parlimen peringkat persekutuan.

"Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menyenaraikan undang-undang jenayah dan prosedur, malah berkaitan keselamatan dalam (negara) dan ketenteraman awam, di bawah senarai Persekutuan.

"Perkara-perkara itu tertakluk di bawah budi bicara Parlimen Persekutuan dan bukannya Dewan Undangan Negeri," kata Lim.

Dengan merujuk kepada kes Che Omar Che Soh melawan Pendakwa Raya pada 1988, kata Lim, Malaysia adalah sebuah negara sekular dan hukum hudud tidak boleh dikuatkuasakan.

Malah kata beliau, laporan-laporan media termasuk kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa pelaksanaan hudud hanya ke atas Muslim dan bukannya bukan Islam, menunjukkan ia bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.

"Seorang pesalah kalangan Muslim akan berhadapan dengan hukuman yang ketat bagi kesalahan yang sama, ia berbeza berbanding bukan Islam.

"(Malah) seorang Muslim juga akan terdedah kepada dua bentuk pendakwaan atau sabitan kesalahan yang berbeza — satu di bawah hudud dan satu lagi di bawah Kanun Keseksaan, bercanggah Artikel 7(2) Perlembagaan Persektuuan," katanya lagi.

Aziz dalam kenyatannya menyebut, "setakat ini saya tidak jelas sebab mengapa perlembagaan perlu dipinda untuk pelaksanaan hudud."

Ahli akademi dan pemerhati politik ini menambah, keperluan itu tidak wujud sebab sebahagian hukum hudud sudah pun dilaksanakan dalam bentuk jenayah syariah.

Beberapa ahli politik juga telah melahirkan pandangan yang seiring dengan Lim.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hudud-perlembagaan-tak-benar-majlis-peguam-minta-henti-retorik-politik/

Pendapat MyMassa pulak, Hudud merupakan cereka ciptaan PAS untuk meraih undi orang Islam. Boleh baca pendapat kami di sini (http://mymassa.blogspot.com/2011/09/filem-hudud-lu-langsi-wa-ugut-keluar.html).



*Pendapat pembaca macam mana pulak?

Panas! Pemimpin PAS Pertama Kena Potong Tangan Sebab Mencuri.

Posted: 30 Sep 2011 06:34 AM PDT

Beria-ria sungguh PAS nak buat Hudud kat Kelantan.

Kalau benar Hudud nak dilaksanakan, apa hukuman kepada pencuri duit derma rakyat?



Setelah hampir setahun, misi munajat royalti yang kononnya nak kumpul RM400,000 sampai ke sudah tiada berita tentangnya. Berikut adalah berita dari Malaysiakini mengenai Misi Munajat Royalti PAS.

Klik untuk besarkan imej.

RM400,000 bukan jumlah yang sedikit. Kupon-kupon derma telah dijual tetapi hasilnya entah ke mana. Kalau Pemuda UMNO Kelantan rajin, boleh buat laporan polis dan SPRM. Tapi kalau rajin la.

Bola tanggung dah ada. Cuma tunggu libas sahaja. Mungkin informasi ini ketinggalan, tetapi kepada yang berminat, anda boleh buat kajian sendiri, kemana duit tabung ini dibawa lari oleh pemimpin PAS.

Dah la duit tabung Memali lesap. Tabung Munajat Royalti pun menerima nasib yang sama. Laman web yang tertera pun dah expired (http://www.munajatroyalti.com). Agaknya pemimpin PAS sekarang ni ikut langkah Mat-mat Negro yang tipu pakai internet kot. Pandai betul mereka ni.

Kembali kepada persoalan awal, jika Hudud dilaksanakan, apakah hukuman kepada pencuri Tabung Derma Misi Munajat Perdana?

*RM400,000. Mudahnya mereka menggunakan agama untuk tipu duit orang ramai.

Gempar! Haji Hadi Sendiri Tolak Hudud. Nik Aziz Tak Boleh Terima Kenyataan.

Posted: 30 Sep 2011 05:05 AM PDT



Kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Tuan Guru Haji Hadi.

Jelas menunjukkan Presiden PAS sendiri pernah menolak untuk melaksanakan Hukum Hudud.

Kenapa sekarang ni Nik Aziz dan pemimpin PAS lain meroyan pasal Hudud sampai salahkan UMNO?


Hadi: Situasi tidak stabil, sukar laksana hudud


Sunday, 28 December 2008 Super Admin

Masalah ekonomi, pengangguran halang pelaksanaan hudud, kata Presiden PAS

(mStar Online - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui sukar untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas di negara ini kerana ia hanya boleh dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil.

Malah, beliau juga mengakui bahawa bukan mudah untuk melaksanakan hukum hudud memandangkan negara dan rakyat berhadapan dengan pelbagai masalah.

Kata Abdul Hadi, situasi ekonomi semasa dan pengangguran di kalangan rakyat negara ini menghalang hudud daripada dilaksanakan.

Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau yang juga anggota Dewan Rakyat berkata, belum tiba masanya untuk berbuat demikian.

"Masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga," katanya.

Katanya, kebimbangan yang dilahirkan oleh segelintir rakyat negara ini sama seperti mentaliti kampung ketika era 1950-an.

Mentaliti kampung tahun 1950-an menyaksikan orang ramai khuatir untuk ke hospital kerana mereka bimbang sebaik sahaja melangkah ke hospital, mereka akan dibedah.

Terdahulu beliau merasmikan kempen 'Jom Sertai Pas' di Dataran Shah Alam di sini hari ini.

Kata beliau, masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum hudud dilaksanakan di negara ini kerana pelaksanaannya hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam.

Beliau berkata, golongan bukan Islam sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu.

"PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam.

"Pada kita, tidak timbul lagi soal hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan," katanya.
http://www.malaysia-today.net/archives/archives-2008/16394-hadi-situasi-tidak-stabil-sukar-laksana-hudud-

Sorry la puak PAS. Zaman internet ni, susah korang nak tipu rakyat. Kalau dulu boleh la. Sumber utama maklumat pengikut tegar PAS adalah ceramah. Dalam dunia internet ni, mereka boleh menilai pemimpin mereka munafik atau tidak. Dulu lain, sekarang lain.


*Kan dah kena batang hidung sendiri.

Hudud : Masalah Bila Orang Politik Jadikan Modal

Posted: 30 Sep 2011 04:00 AM PDT

Pandangan daripada Yang Dipertua YADIM.

Kenapa Hukum Hudud PAS hanya Retorik.

Klik untuk membesarkan imej.


*Tahniah kepada Yang Dipertua YADIM yang berani menegur kerakusan PAS menggunakan Hudud untuk meraih undi.

Info MyMassa : Speedtrap Canggih PDRM

Posted: 30 Sep 2011 02:55 AM PDT

Tergamam aku bila tengok gambar ni.

Macam takde tempat lain nak letak kamera speedtrap.

Patutla aku cari Mat Skodeng (abang pulis yang tembak speedtrap belakang tiang) dah takde. Rupanya dah tak main bawah, main atas pulak dah.

So, kepada kawan-kawan yang selalu memandu secara reaktif (tengok speedtrap baru nak slow), sila tukar pemanduan anda kepada proaktif dengan prihatin kepada had laju di satu-satu kawasan. Info lanjut boleh baca di bawah.
Team Ultimate-X
PLUS North Bound (ke Utara)
*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS South Bound (ke Selatan)
*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Elite Central Link East/North Bound
*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Elite Central Link West/South Bound
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h

NKVE East/North Bound
*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km

NKVE West/South Bound
*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km
*Under the bridge at Shah Alam junction.

Kesas East Bound
*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.

Kesas West Bound
*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Klang
*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!

East Coast
*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone.

SPEED TRAPS IN JOHOR South Bound
*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng

North junction
*at 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.

SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*PenangBridge at island end.Speed limit 80km/h.

South Bound
*PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

SPEED TRAPS IN PERAK
North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

South Bound
*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
*Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.....


*Kalau nak selamat, pakai GPS dan install kan map yang ada lokasi speedtrap. Kerana GPS, aku dapat elakkan saman dari kereta polis yang dok tunggu kat stesen minyak. Kalau korang bawak lebih had laju pun GPS korang akan bagi amaran.

WOI DHPP! Ada Ka Patut Buat Lagu Tu...

Posted: 30 Sep 2011 01:50 AM PDT

Baca berita di bawah ni:


Agak-agak la skit brooo.... kesian la skit kat PAS. Untuk pemahaman bro-bro dalam DHPP, sila rujuk berita Malaysiakona kat bawah ni:


PAS baru nak mimpi dapat kerusi lebih kat Penang, tak sempat nak tido dah ada yang kacau line pulak!

Sekarang PAS ada SATU kerusi Parlimen, ngan SATU kerusi DUN. Elemen 'DAP' dalam PAS slow-slow tengah dok susun strategi. Melayu PAS? Tengah dok berdoa untuk Lim Guan Eng lagi kot? Good luck la bro!

Memang tak lama dah.... DAP ganti PAS!

Elizabeth Wong. Exco Kerajaan Selangor Paling Cemerlang

Posted: 30 Sep 2011 01:07 AM PDT

Hebatnya pencapaian Elizabeth Wong, Exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar Selangor.






Dah 3 tahun jadi exco, ni ke pencapaian yang boleh dibanggakan? Penurunan dari kelas satu, kemudian kelas 2 akhirnya kelas 3.


Kalau tak cemerlang pencapaian Eli Wong, kenapa Khalid Ibrahim kekalnya sebagai Exco walaupun dia sendiri pernah memohon untuk letak jawatan akibat skandalnya dulu.


Atau Khalid Ibrahim kagum Eli Wong berjaya menjaga hutan-hutan miliknya. Sebab itulah dia adalah calon paling layak menjaga alam sekitar di negeri Selangor.




*Jangan lupa keadaan Selangor yang makin berlubang-lubang akibat kerja pengorekan pasir secara berleluasa oleh Kumpulan Semesta yang dapat lesen besar dari MB Selangor.

Lihat perbezaan dua gambar di atas. Apa jadi kepada negeri Selangor bila pembangkang memerintah. Dah jadi macam padang jarak padang tekukur dek kerakusan Kerajaan Pembangkang melalui Kumpulan Semesta merobek dan mengorek pasir-pasir di Selangor. Ini bukan omongan kosong. Tapi ini adalah fakta dan bukti yang nyata. Jika anda tak percaya, anda sendiri yang tengok. Imej yang diatas adalah imej dari Google Maps (imej terbaru satellite bumi) manakala yang di bawah adalah dari Yahoo Maps (imej untuk tahun 2008).

Sah! Portal Media Parti Pembangkang Kantoi Fitnah.

Posted: 29 Sep 2011 11:59 PM PDT



Kantoi fitnah sampai terpaksa mintak maaf.


*Punya la seronok Malaysiakini bila Malaysian Insider kantoi. Sampai publish dekat portal mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan