Dun Kijang Posted: 02 Oct 2011 03:39 AM PDT Tuan Guru Nik Abdul Aziz : I Know Who You Are Posted: 01 Oct 2011 07:22 PM PDT
KEPALA BATAS, 1 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, PAS tidak mahu 'terjerumus dua kali' untuk menjalinkan hubungan politik dengan Umno BN.Menurutnya yang juga Menteri Besar Kelantan, PAS sudah serik dengan pengkhianatan Umno sewaktu PAS menyertai kerajaan campuran bersama parti itu pada tahun 1973 yang menyaksikan PAS ditendang keluar pada tahun 1977. "Kita pernah bersama Umno dulu, saya sendiri sokong PAS bersama Umno sehingga PAS waktu itu pecah empat, kemudian PAS ditendang keluar. "Sekarang (Umno) ajak kami balik, saya kata I know, who you are," katanya pada sidang media di sini. Mengimbau sejarah perjuangan PAS lalu, Tuan Guru Nik Aziz berkata, Umno melakukan jenayah besar kerana mengharamkan lambang bulan dan bintang pada bendera PAS. Ditanya apa alasan Umno untuk mengharamkan lambang itu, beliau berkata kerana parti nasionalis itu tidak mahu PAS membawa perjuangan agama. "Ni kena tanya Umno la. Cuma Umno ni tak mahu ugama, bukan stakat hudud, Islam pun dia tak mahu," katanya. Ditanya lagi adakah pintu hubungan politik dengan Umno ditutup selama-lamanya, beliau berkata PAS bersama Umno jika parti itu menerima Islam dan meninggalkan perjuangan nasionalis. "(Nak tutup pintu) Selama-lamanya tak boleh lah. Kita berdoa agar Umno berubah dari nasionalis kepada Islam. "Sekarang, orang bukan Islam pun terima perjuangan Islam PAS sehingga kita ada Dewan Himpunan Penyokong PAS," ujarnya lagi. Menurutnya lagi, tidak mustahil PAS akan datang bukan sahaja menjadi Parti Islam Se-Malaysia, malah akan berkembang menjadi Parti Islam Se-Dunia. "Sikit lagi Parti Islam Se-Dunia sebab Islam bukan untuk orang Islam sahaja tapi untuk semua, rahmatan lil 'alamin," ujarnya. | |
.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::. Posted: 02 Oct 2011 03:21 AM PDT |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 02 Oct 2011 01:39 AM PDT 60 Tahun: PAS semakin diyakini semua rakyat Posted: 01 Oct 2011 08:25 PM PDT Zulkaedah 1432H. [MOD] - Nazri Abdullah/Harakahdaily KEPALA BATAS, 1 Okt: PAS kini sudah memasuki era baru dalam perjalanan perjuangannya yang kini mencecah usia 60 tahun sejak penubuhannya 1951, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Bercakap sewaktu menyampaikan ucaptama di Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Milenium, Kepala Batas di sini, Presiden PAS itu berkata parti Islam itu kini telah mendapat kepercayaan pelbagai pihak di negara ini.
Kepercayaan itu ujarnya hasil daripada pengamatan rakyat melihat ketabahan PAS yang tidak berganjak memperjuangkan keadilan Islam biarpun menghadapi tekanan dan penindasan sejak zaman penjajah dan penafian hak oleh pusat biarpun telah menguasai beberapa negeri.
"PAS adalah parti yang bertunjang dengan teguh dan kuat, tidak terpengaruh dibawa arus penjajah.
"Ada yang terjebak dengan Komunis, British dan Jepun. Tapi PAS tidak hanyut dengan mana-mana fahaman penjajah," katanya.
Selepas merdeka pula, PAS yang mengambil sikap menyertai pilihan raya untuk menegakkan Islam terus mendapat tekanan daripada parti pemerintah biarpun kini telah berjaya menguasai beberapa negeri bersama Pakatan Rakyat.
"Semangat faderalisme dicabul pemerintah. Sewaktu kita memerintah Terengganu hak royalti dirampas, dinafikan hak di Kelantan," katanya lagi.
Kepercayaan terhadap PAS yang perjuangannya dipandu Majlis Syura Ulama, terus menebal apabila mempamerkan pentadbiran yang baik dan adil di negeri-negeri yang dikuasai.
Jika dahulu katanya, PAS hanya dilihat diskong oleh orang Islam, namun hari ini PAS sudah mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri dari kaum Cina dan India.
Malah gabungan profesional dan ulama yang memimpin PAS juga telah menguatkan lagi parti itu sekaligus menafikan persepsi bahawa PAS hanya untuk golongan agama.
Sehubungan itu ujarnya, PAS kini menjadi harapan sebagai "bahtera penyelamat" kepada segala permasalahan yang sedang menimpa masyarakat pada hari ini.
"Di zaman Nabi Nuh, baterah Nabi Nuh menjadi penyelamat, di zaman ini PAS adalah bahtera penyelamat terhadap kehidupan manusia berlandaskan al-Quran, hadis, ijma' dan qias," tegasnya.
Sementara itu, lebih 7000 hadirin hadir ke Kongres 60 Tahun PAS hari ini.
Selain ucaptama presiden, kongres kali ini juga turut memberikan anugerah "Pahlawan Umat" kepada Presiden PAS ke-3 Dr. Burhanudin Al-Helmi.
Sehubungan itu, gelaran tersebut akan digunakan setiap kali nama Dr Burhanudin disebut.
Sebelum penyampaian anugerah itu yang diterima isteri beliau, jasa dan semangat perjuangan Dr. Burhanudin diceritakan melalui puisi khas yang didelamasikan Saterawan Negara, Datuk A.Samad Said. | 60 tahun: PAS matang berhadapan Umno Posted: 01 Oct 2011 08:12 PM PDT Zulkaedah 1432H. [MOD] - Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 1 Okt: Usia 60 tahun PAS seharusnya mematangkannya berhadapan dengan lawan iaitu Umno, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan selamat ulang tahun ke-60 PAS kepada seluruh pendukung dan penyokongnya agar terus thabat dan anjal di dalam menghadapi hari-hari muka yang semakin mencabar daripada pihak musuh yang semakin hilang panduan.
"Semoga dengan itu kita terus mara kehadapan dengan penuh keyakinan tentang janji Allah untuk mendapat kejayaan dan kemenangan, dan penuh kesabaran dalam perjuangan dan dalam rintangan," ujarnya dalam perutusan sempena Sambutan 60 Tahun PAS.
Berikut adalah perutusan penuh beliau.
Bersempena dengan Sambutan 60 tahun PAS, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua para pendukung dan penyokong sejak dahulu hingga sekarang yang terus bersama dengan PAS memperjuangkan Islam agar tertegak di atas tanah air tercinta ini.
PAS adalah mata rantai perjuangan para Nabi dan Rasul bagi mengajak manusia agar kembali kepada Allah dan hukum hakam-Nya.
Prinsip PAS ini tidak pernah berubah walaupun strategi politik berbeza-beza untuk mencapai matlamat tersebut.
Ijtihad dalam politik tidak pernah menidakkan perkara yang thawabit dan tetap dalam PAS.
Strategi dan cabang agama terbuka kepada perubahan dan penyesuaian berdasarkan ijtihad.
Keanjalan inilah yang memungkinkan PAS terus relevan sehingga kini, mampu menyerap dan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa.
Tahalluf siasi dengan parti yang mempunyai ideologi yang berbeza sebagai contoh, adalah strategi terbaik masa kini untuk mencapai kemenangan.
Ia tidak mengorbankan prinsip dan thawabit PAS sebagai gerakan Islam untuk melaksanakan Islam secara syumul termasuk hukum hudud.
Ulama telah memainkan peranannya yang sangat besar dalam menempuh badai perjuangan ini.
Ulama telah menjadi nadi kepada PAS dengan kedudukannya yang tinggi dalam organisasi.
Majlis Syura Ulamak menjadi pemandu kepada parti agar tidak menyeleweng daripada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi rujukan tertinggi dalam PAS.
Usia 60 tahun PAS seharusnya mematangkannya berhadapan dengan lawannya iaitu Umno.
Pelbagai rintangan dan mehnah telah dihadapi dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.
Walaupun ada di kalangan pendokongnya terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan mehnah namun PAS masih mampu bertahan kerana keyakinan kepada janji kemenangan oleh Allah s.w.t.
Pilihan raya yang hampir tiba seharusnya dihadapi dengan penuh strategi dan bijaksana.
Tenaga para ulama dalam berhadapan dengan ujian besar ini adalah sangat dituntut.
Ulamak tidak harus hanya menjadi penonton di luar gelanggang tetapi harus masuk berpencak silat bersama demi untuk melaksanakan tuntutan ilmu yang dipelajari.
Inilah masanya untuk para ulama beramal dengan ilmunya agar menjadi pohon yang menghasilkan buah yang ranum dan sedap dimakan.
Buat akhirnya, sekali lagi saya mengucapkan selamat ulang tahun ke-60 PAS kepada seluruh pendokong dan penyokongnya. Agar anda terus thabat dan anjal di dalam menghadapi hari-hari muka yang semakin mencabar daripada pihak musuh yang semakin hilang panduan.
Semoga dengan itu kita terus mara kehadapan dengan penuh keyakinan tentang janji Allah untuk mendapat kejayaan dan kemenangan, dan penuh kesabaran dalam perjuangan dan dalam rintangan. | [Fikrah Islamiah] Wali fasik merosakkan perkahwinan anak sendiri Posted: 01 Oct 2011 07:49 PM PDT Zulkaedah 1432H. [MOD] - Ahmad Baei Jaafar
Akhir-akhir ini kita dipaparkan isu perceraian yang amat menakutkan. Lalu ramai yang memberi ulasan bahawa semuanya berpunca daripada kursus pra perkahwinan yang tidak mencapai sasaran.
Kononnya, modul yang disediakan tidak memberi fokus kepada bagaimana membentuk keluarga islami. Dalam kursus itu juga tidak memberi penekanan kepada kaedah mengatasi krisis rumah tangga. Menurut dakwaan mereka, kesan daripada kekurangan itu, apabila sesuatu pasangan mendirikan rumah tangga, mereka cipta formula sendiri. Ada yang ikut cara Barat, ada juga ikut cara tradisonal dan tidak kurang yang masih mencuba kaedah sendiri. Dalam keadaan itu, apabila berlaku krisis, mereka gagal mengawalnya dan akhirnya berlaku perceraian. Sebab itu kita sering dapati terdapat keluarga yang hanya bahagia pada tiga bulan pertama perkahwinan. Malah ada yang mentamsilkan ketika itu, kalau kentut pun wangi. Tetapi setelah berlalu tiga bulan, minyak wangi pun dihidu sebagai busuk.
Kita tidak nafikan sebahagian perceraian kerana punca di atas, tetapi ramai lagi yang mendirikan rumah tangga tidak pula mengalami kes seperti itu. Jadi, alasan di atas bukanlah seratus peratus tepat.
Wali fasik punca segalanya
Sebenarnya ramai yang terlepas pandang, bahawa wali amat besar peranan dalam mengharmonikan rumah tangga anak-anak mereka. Semuanya bermula daripada watak wali dalam membesarkan anak, semasa menikahkan anak dan selepas mengahwinkan anak mereka.
Perlu ditegaskan di sini, wali dalam apa jua jenis perkahwinan pun perlu memilik watak orang yang beriman dan bertakwa. Tetapi untuk memiliki watak ini tidak cukup dengan sehari dua sebelum mengahwinkan anaknya. Watak ini perlu dilazimkan lebih lama malah sudah menjadi budaya. Hal ini kerana watak baik ini tidak boleh menjadi realiti dengan hanya sekadar lakonan.
Wali untuk sesuatu perkahwinan disyaratkan adil bukan fasiq. Jadi wali sendiri perlu mempersediakan dirinya sebagai orang yang adil. Apakah kaitan adil dalam perkahwinan anaknya? Dan apakah maksud adil dalam konteks ini?
Adil dalam Islam bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dalam konteks ini, seseorang wali itu hendaklah bertindak mengikut kehendak syariat. Kalau dia berkata pula, perkataannya mestilah benar, tidak berbohong. Ertinya seseorang wali itu tidak akan melakukan dosa apatah lagi dosa besar. Wali yang tidak adil dalam syariat disebut fasik.
Maka wali fasik adalah ditolok kewaliannya. Jadi, dia tidak boleh menjadi wali dalam perkahwinan anak perempuannya. Jika dia menjadi wali juga dalam keadaan dia sedar kefasikannya, maka perkahwinan anaknya akan berakhir dengan masalah. Di sini ramai yang tidak faham bagaimana seseorang itu boleh dikategorikan sebagai fasik. Sebenarnya fasik di segi bahasa ialah rosak dan di segi syarak ialah mereka yang mengekalkan dosa kecil.
Maknanya orang fasik walaupun pada dasarnya tidak melakukan dosa besar tetapi dia sukar menghindari daripada melakukan dosa kecil.
Walau bagaimanapun jika orang yang sesekali terjebak dalam dosa kecil dan setelah tersedar segera bertaubat, tidaklah dikategorikan sebagai fasik. Inilah sifat orang mukmin yang dikasihi Allah. Oleh sebab itu, mereka yang boleh bertaubat setiap masa apatah lagi setiap kali melakukan dosa kecil, bukan saja terhapus dosa tetapi terus dikasihi Allah.
Dosa kecil yang sering dilakukan umat Islam adalah yang melibatkan sesama manusia. Namun dosa tersebut sukar ditinggalkan oleh mereka kerana sudah menjadi kebiasaan. Antara dosa tersebut ialah, mengumpat, hasad dengki, menipu, hisap rokok, mencari salah orang, mendedahkan kepada ketika keluar rumah dan melihat aurat wanita. Berdasarkan pengalaman yang lalu, dalam satu hari sekurang-kurangnya satu dosa akan dilakukan seseorang. Tetapi tidak dipastikan berapa ramai pula yang secara sedar bertaubat daripada dosa tersebut?
Fasik tidak boleh elak
Berdasarkan pengalaman itu, tidak ada seorang pun di dunia ini yang terselamat daripada fasik. Jadi, bagaimana agaknya sesuatu pasangan itu boleh diakadnikahkan sedangkan wali masih fasik. Kalau diikutkan syarat wali yang adil sudah tentu tidak seorangpun anak gadis pada hari ini boleh berkahwin.
Menyedari keadaan itu, ulama memutuskan satu kaedah penyelesaian sebelum majlis akad nikah diadakan. Caranya, para hadirin terutama wali, saksi dan pengantin perlu diajak beristighfar, syahadah dan berselawat ke atas nabi. Acara ini sebaiknya dikendalikan oleh Penolong Pendaftar Nikah di tempat masing-masing.
Amalan ini termasuk dalam usaha bertaubat daripada dosa. Sekurang-kurangnya waktu majlis itu berjalan tidak ada orang yang berdosa di dalamnya. Semoga taubat mereka diterima oleh Allah. Maka atas kepercayaan semua orang sudah bertaubat dan diterima taubat, angkat nikah segera dijalankan. Walau bagaimanapun taubat yang sekadar tiga kali istighfar, tidaklah sama dengan orang yang benar-benar bertaubat terlebih dahulu. Wali yang sudah sedia berada dalam keadaan taubat sebelumnya tentu lebih baik daripada taubat segera. Setidak-tidaknya anak yang hendak dikahwinkan itu sudah terbiasa dengan sikap ayahnya sudah bertaubat.
Wali fasik anak juga fasik
Wali yang tidak dibiasakan dengan amalan baik lazimnya akan dicontohi oleh anak-anak. Oleh sebab itu, mana-mana ibu bapa yang ada anak perempuan eloklah membuat persiapan awal dengan bertaubat. Bukan tunggu hari hendak diakadnikahkan anaknya. Pada masa yang sama didiklah anak agar menjadi anak solehah dan isteri solehah.
Semua ini penting sebelum terjadikan ikatan perkahwinan kerana biasanya orang fasik akan lupa banyak perkara, antaranya:
1. Lupa agama; mereka cuai dalam soal solat lima waktu, apabila malas dan sebuk, solat boleh ditinggalkan begitu sahaja. Malah dalam soal tauhid sesekali akan berlaku pula syirik setidak-tidaknya syirik khafi. 2. Lupa adab; mereka ini sudah tidak ambil kisah soal adab sopan. Tidak tahu bagaimana menghormati orang lain termasuk ibu bapa. Pergaulan dengan manusia banyak mengikut budaya Barat. 3. Banyak dosa; mereka ini memandang dosa seperti lalat singgah di atas hidung sahaja. Mereka tidak rasa serius untuk menolaknya.
Jika dalam keadaan ini mereka berkahwin juga, walaupun beristighfar banyak kali dilakukan belum tentu amalan buruk itu boleh dibuang daripada dirinya. Mungkin ketika itu semua dosa sudah diampunkan tetapi kesan dosa lama sukar dibuang daripada hati. Jadi, usaha di atas perlu dilakukan bagi menyelamatan perkahwinan anak-anak mereka. Baiki kesilapan
Bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga dalam kedudukan di atas eloklah melakukan sedikit muhasabah. Bertaubatlah mengikut cara yang disyariatkan iaitu empat perkara: 1. Sesali kesilapan lalu 2. Tidak berniat untuk mengulanginya lagi 3. Tidak mengulangi kejahatan itu lagi. 4. Minta maaf daripada manusia yang pernah dia berdosa.
Setelah bertaubat binalah semula hubungan suami isteri dengan sebaik-baiknya. Untuk mencapai kebahagian rumah tangga, adalah dicadangkan kedua-dua belah pihak supaya menyenaraikan sebanyak mungkin apa yang anda suka dan juga apa yang dibenci. Setelah itu, senarai suami hendaklah diberi kepada isteri dan sebaliknya senarai isteri diserahkan kepada suami.
Berdasarkan senarai itu, bandingkan mana yang sama dan mana yang tidak sama. Mungkin daripada senarai yang sama, sudah ada kesefahaman. Tetapi pada senarai yang tidak sama, perlu dibincang bagi mencari titik persamaan. Dan kalau boleh, biarlah masing-masing boleh berkompromi agar dengan itu tidak akan mengecilkan hati mana-mana pihak. Percayalah dengan cara itu krisis rumah tangga yang sering dialami oleh orang Islam ekoran saksi fasik akhir-akhir ini dapat dibanteras. Jadi, pepatah nasi sudah menjadi bubur tidak boleh diamalkan dalam konteks ini. Hal ini kerana setiap perkara yang berlaku ada jalan penyelesaiannya. Yang penting suami tahu peranan dan tanggungjawabnya, dan isteri pula tahu peranannya dan kewajipannya. | |
DPP PADANG TERAP Posted: 01 Oct 2011 09:37 PM PDT Isu 30 Ribu Ekar Tanah Padang Sanai: Jangan Bangunkan Fitnah Yang Sedang Tidur! Posted: 30 Sep 2011 11:32 PM PDT
Gambar : Yb Ustaz Mohd Nasir Zakaria mengadakan sessi dialog dengan penduduk kampung dan pihak pihak yang terlibat dalam masalah tanah di Padang Sanai.
Kenyataan ini merujuk kepada demontrasi yang dilakukan oleh penduduk kampung kawasan Sebapin Jalan Padang Sanai yang menagih janji Kerajaan Kedah dan Ahli Parlimen Padang Terap mneyelesaikan tuntutan tanah mereka sepertimana yang disiarkan akhbar Sinar Harian bertarikh 30 September 2011.Turut bersama demontrasi tersebut ialah Ketua Pemuda Umno Kedah juga merupakan Ketua Pemuda Umno Padang Terap merangkap Setiuasaha Umno Bahagian Padang Terap dan Penyelaras Parlimen Padang Terap iaitu Tn Hj Badrol Hisham.
Hampir 40 tahun cerita sedih ini berlangsung. Cerita yang amat malang. Malapetaka besar untuk rakyat Padang Terap. Bukan cerita baru isu tanah Padang Sanai atau lebih tepat hampir 30 ribu ekar tanah Daerah Padang Terap. Ia bukan hanya melibatkan 80 keluarga saudara saya yang berdemontrasi pada tanggal 28 September 2011yang terpapar di media massa. Bukan mereka sahaja yang patut berdemontrasi. Sepatutnya saya juga!! Malah apa yang cubadiperjuangkan oleh Pemuda Umno Kedah itu ibarat "Dia yang kentut, tetapi tuduh orang lain kerana ingin menyembunyikan malu".Saya gembira dan sangat gembira apabila sahabat saya Sdr Badrol Hisham Ketua Pemuda Umno Kedah berani memimpin penduduk kampung bangkit menuntut hak melalui demontrasi. Saya amat berterima kasih akhirnya beliau berani mengakui kesilapan pemimpin-pemimpin Umno secara tidak langsung dan langsung. Menuding jari kepada pihak lain demi politik murahan hanyalah membodohkan diri sendiri. Ia adalah hasil pemerintahan 53 tahun Umno Kedah.
Mari kita lihat beberapa fakta yang diketahui umum : Pertama : Ketika Menteri Besar, Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabudin dari Umno yang mengetuai Kerajaan Kedah bersetuju untuk memberi peluang kepada syarikat Gula Padang Terap Sdn Bhd (GPT) beroperasi dengan tanaman tebu bermula 1973, pemimpin PAS telah bangun dan memperingatkan penduduk kampung agar jangan percaya dengan janji-janji manis kerajaan yang memerintah pada ketika itu. Peringatan agar jangan menggadaikan tanah usaha milik kerajaan walaupun diberi pampasan (dengan nilai yang mungkin besar pada ketika itu bagi rakyat yang miskindan tiada pilihan). Janji pemaju dan kerajaan Barisan Nasional juga projek mega itu akan menawarkan peluang kepada penduduk kampung hingga ke anak cucu dan sepanjang hayat hanya dipercayai segelintir penduduk.Kedua: Kebanyakan pemimpin PAS yang berceramah dicemuh. Mereka membandingkan pemimpin PAS dan pemimpin Umno yang berpangkat besar dan berkuasa. Apa ada pada pemimpin PAS. Tiada hitam putih. Yang ada hanya janji. Namun, orang Melayu amat percaya pada janji. Termasuk yang menerima pampasan adalah datuk saya. Mereka yang tidak mengambil pampasan, sebahagiannya menyertai Skim Pekebun Kecil (SPK). Mereka yang menyertai skim kedua, sebahagiannya sudah mendapat hakmilik tanah tersebut. Manakala yang mengambil pampasan, kehilangan peluang memiliki tanah.Ketiga: Projek tanaman tebu yang terkenal seluruh negara, mengeluarkan hasil gula yang dikenali "Gula Padang Terap". Projek Mega ini amat dibanggakan oleh Umno. Mereka menyebut hanya Umno sahaja boleh buat. Ia adalah projek nasional. Penduduk digulakan dengan pengorbanan demi negara. Rakyat mesti berkorban demi negara.Keempat : Tebu di tanam di tanah rata. Manakala kawasan berbukit ditinggalkan. Tidak sesuai dan tebu sukar tumbuh. Kawasan hutan, sebahagiannya diteroka oleh penduduk kampung dengan tanaman getah. Penduduk hanya tahu, kawasan yang ditanam tebu sahaja milik syarikat. Kawasan bukit tiada pemilik.Kelima : Syarikat (yang sudah bertukar pemilik beberapa kali) hanya menggunakan tanah rata. Sehinggalah tanah tersebut sudah tidak ekonomik serta hasil pengeluarannya minimum. Manakala kos operasi temasuk buruh yang meningkat serta bahan mentah eksport yang lebih murah, syarikat terpaksa membuat keputusan perniagaan yang betul. Getah dan kelapa sawit ditanam bagi menggantikan tebu.Keenam : Sementara getah dan sawit membesar, keperluan kepada pekerja adalah minimum. Syarikat menanggung kerugian dan pembuangan pekerja tidak dapat dielakkan. Ratusan pekerja ditawarkan pampasan atau terpaksa berpindah ke anak syarikat yang lain yang jauh di negeri lain sekiranya ingin terus bekerja. Akibatnya ribuan penduduk yang terdiri daripada keluarga pekerja menerima kesan.Ketujuh : Penduduk mula dengan lebih giat meneroka tanah termasuklah tanah milik syarikat serta milik agensi kerajaan seperti tanah milik Lembaga Getah Malaysia dan Agensi Pembangunan Tanah Persekutuan atau FELCRA. Berbekalkan duit simpanan serta pampasan yang diterima, penduduk meneroka tanpa sedar atau terpaksa tanah milikan orang lain.Kelapan : Syarikat dan agensi kerajaan mula bertindak. Penggunaan saluran perundangan juga berlaku. Penduduk tersepit. Mereka menggunakan segala yang terdaya bagi menyelamatkan pelaburan. Tiada pilihan. Siapa yang berani berjanji akan mereka turuti.Beberapa ulasan saya :Pertama: Saya menghormati hak saudara-saudara saya berhimpun dengan aman. Malah saya gembira apabila rakyat saya berani bersuara. Saya terbuka untuk mendengar pandangan, dikritik serta bersedia mendengar pandangan rakyat saya. Saya juga amat sedih sekiranya hak rakyat saya dirampas, sebagaimana saya sedih sekiranya hak saya dirampas. Saya merasa terhina sekiranya saya ditipu, begitulah saya rasa semua orang akan merasa terhina sekiranya ditipu.Kedua: Saya ingin merujuk kepada dakwaan saya berjanji untuk menyelesaikan isu tanah. Saya tidak tahu janji mana yang dimaksudkan. Adakah janji itu melibatkan tanah milikan orang lain. Sekiranya tanah itu membabitkan milikan orang lain, adalah tidak adil, membabitkan kerajaan negeri atau wakil rakyat. Sekiranya ada tuntutan bertindih melibatkan milikan orang lain, perkara tersebut hendaklah dibawa ke mahkamah. Saya tidak tahu samada Ketua Pemuda Umno Kedah merangkap setiausaha Umno Padang Terap boleh selesaikan. Tidak perlulah membodoh dan mengelirukan orang demi politik cetek.Ketiga : Sudah banyak tanah yang diusahakan yang melibatkan kerajaan negeri sedang diselesaikan oleh jawatankuasa tanah daerah. Syarat-syaratnya termasuklah janganlah tanah tersebut milikan orang lain. Sekiranya keputusan tersebut tidak dipersetujui, ia adalah keputusan kerajaan zaman itu. Sila bertanya, kenapa kerajaan terdahulu memberi tanah kepada pihak tersebut, bukannya mendesak orang lain menyelesaikannya. Isu ini dimulakan oleh orang lain. Tepatnya, segala perjanjian, keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau mesyuarat Exco yang membabitkan tanah-tanah tersebut, dibuat ketika kerajaan Barisan Nasional memerintah.Keempat: Adalah tidak tepat membuat tuduhan rambang tiada tindakan pihak saya. Pihak saya telah mengambil daya usaha, untuk bertemu dengan banyak pihak termasuklah pejabat tanah, kerajaan negeri serta agensi terbabit. Malah, saya berbahas di parlimen. Sebahagian tanah tersebut milikan persendirian atau kerajaan. Saya dapati segala keputusan yang dibuat oleh pemimpin kerajaan lalu telah mengikat serta menganiaya penduduk. Persoalannya kenapa keputusan seperti itu diambil. Kenapa sejak dari awal penduduk merelakan tanah mereka diambil walaupun ditegah oleh pemimpin pembangkang bahawa tindakan itu membahayakan.Kelima : Orang yang berjanji supaya berkorban demi negara ialah orang lain. Rupanya slogan itu hanyalah bermatlamat untuk mengambil tanah penduduk termasuk tanah yang sudahpun bergeran. Janji pemimpin Umno dan Barisan Nasional akan mengembalikan semula tanah kepada penduduk selepas tebu tidak lagi ditanam, hanya tinggal janji. Malah lebih kejam, secara senyap tanah sudah menjadi hakmilik orang lain. Jalan-jalan laluan penduduk kampung ditutup. Kubur diceroboh dan lebih malang, penduduk berdepan tindakan mahkamah. Adakah pemimpin Umno mahu menafikan. Kesannya 40 tahun kemudian. Semua orang tahu.Keenam : Sekiranya penduduk merujuk kepada tanah milik syarikat, saya pasti ia merujuk kepada milikan Syarikat Gula Padang Terap yang sekarang dikuasai oleh Tradewind. Apabila sebahagian atau hampir 30 ribu ekar tersebut didakwa milikan syarikat tersebut kita dapati, tiada peta yang jelas dan ianya menimbulkan kekeliruan sempadan tanah sebenar. Sebenarnya kerajaan Kedah yang diterajui Umno telah menyerakahkan tanah tersebut kepada anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Akhirnya berlaku pajakan kecil yang bermula sejak 1995 dan akan berakhir 2055. Sudah tentu keputusan ini dibuat oleh pemimpin Umno. Peliknya orang lain yang dituduh. Kenapa tidak dipersoalkan pengkhiatan jelas itu.Ketujuh. :Kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat tidak terbabit dalam keputusan pajakan tanah tersebut pada ketika itu. Malah Pakatan Rakyat belumpun wujud saat itu. Yang ada hanya Umno dan Barisan Nasional. Tanah tersebut sudahpun milikan individu atau syarikat. Adakah pemimpin Umno ingin membodohkan rakyat atau diri sendiri yang bodoh. Adakah kerajaan negeri boleh membatalkan sewenangnya keputusan yang dibuat oleh mesyuarat exco zaman BN, sedangkan semua keputusan itu perlu diteruskan.Kelapan. : Tanah yang dirujuk oleh penduduk, berlegar di sekitar Syarikat Tradewind, Lembaga Getah Malaysia dan FELCRA. Semua keputusan menyerahkan tanah kepada ketiga-tiga pihak itu dibuat pada zaman Barisan Nasional memerintah Kedah. Dua dari tiga agensi itu adalah agensi Kerajaan Pusat. Malah terdapat pemimpin Umno Padang Terap di salah sebuah agensi itu yang terlibat sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Kenapa beliau berdiam diri. Adakah ini isyarat Pemuda Umno untuk beliau atau satu penghinaan kepada beliau.Kesembilan. : Segala yang berlaku adalah akibat tindakan tidak cermat pemimpin dahulu. Mangsanya adalah rakyat. Apabila hanya percaya tanpa membuat sebarang perbandingan kesannya adalah jangka panjang.Terakhir:. Banyak lagi pendedahan akan dibuat. Saya akan dedahkan satu persatu. Namun begitu saya mengalukan tambahan maklumat. Saya akan terus buat yang terbaik dan termampu. Selebihnya terserah kepada Allah.YB Mohd Nasir ZakariaAhli Parlimen Padang Terap
| |
DUN PENGKALAN KUNDOR Posted: 01 Oct 2011 07:37 PM PDT PAS tak paksa bukan islam terima hudud Posted: 01 Oct 2011 01:52 AM PDT PAS tak paksa bukan Islam terima hududKEPALA BATAS, 1 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, undang-undang Islam termasuk hudud hanya pilihan dan bukan paksaan untuk orang bukan Islam. Menurutnya, ianya sama seperti ajaran agama itu yang menegaskan bahawa tidak boleh memaksa bukan Islam memeluk Islam. "PAS tak paksa orang bukan Islam terima hudud. Islam beri pilihan seperti tidak memaksa mereka memeluk Islam," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Millenium di sini. Apa yang berlaku waktu ini tambahnya, undang-undang Islam itu telah dikelirukan oleh Umno sehingga bukan sahaja menakutkan orang bukan Islam malah menyesatkan orang Islam sendiri. "Undang-undang jenayah syariah ini dimomokkan kepada rakyat melalui media yang diupah Umno. "Kita cuba memperkenalkan undang-undang jenayah syariah terutamanya hudud dan takzir tapi mereka sengaja memetik hudud sahaja dengan tujuan menakutkan orang bukan Islam dan menyesatkan orang Islam," katanya. Bukan ciptaan PAS Mengulas lanjut isu yang sedang dipolemik itu, beliau berkata hudud bukan undang-undang baru yang dicipta PAS, tetapi undang-undang yang ditetapkan oleh Allah SWT. Kewajipan melaksanakannya sama seperti kewajipan-kewajipan lain yang mesti dilaksanakan oleh orang Islam. "Hudud bukan ditetapkan oleh PAS, bukan oleh Nabi, bukan oleh ulamak tetapi ia ditetapkan oleh Allah," tegasnya. Kewajipan perlaksanaan undang-undang Islam itu katanya lagi adalah bertujuan mendidik manusia menjadi baik dan bukan menzalimi mereka. Dalam pada itu, Tuan Guru Abdul Hadi turut sebak sewaktu mengulas perjuangan presiden-presiden PAS terdahulu yang lebih awal meninggalkan kita. Dengan suara tersekat-sekat, beliau menyeru seluruh ahli PAS bersedia menyerahkan diri kepada perjuangan menegakkan agama Allah seperti yang ditunjukkan pemimpin terdahulu. "Dalam sambutan 60 tahun, marilah kita mengenang pimpinan awal yang telah mendahului kita. "Almarhum Ahmad Fuad, Dr Abbas Alias, Dr burhanuddin Helmi, Tuan Guru Yusof Rawa, Datuk Fadzil Noor dan lain-lain. "Marilah kita menjadi mereka yang tetap jatidiri, tidak mengubah haluan, tidak menebuk bahtera, malah melajukan perjalanan bahtera mencapai keredhaan Allah untuk menang di dunia dan menang di akhirat," katanya disambut laungan takbir hadirin.- HD | |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 01 Oct 2011 07:35 PM PDT Sham Kamikaze : Dulu Rock Kini Dakwah Posted: 01 Oct 2011 05:35 AM PDT Bekas gitaris kumpulan rock Kamikaze,Shamril Salleh atau lebih dikenali dengan nama Sham Kamikaze akan berkongsi pengalaman hidupnya dalam satu program ceramah anjuran Lajnah Penerangan & Dakwah Pemuda Dun Sura pada 2 Oktober 2011 di pentas utama Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate.
Sebelum program ceramah pada malam tersebut, saudara Sham Kamikaze akan meluangkan masa sekejap untuk program Bicara Hidayah di Surau Ustaz Omar Syukri pada jam 4.30 petang.Program petang tersebut adalah anjuran Lajnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun.
Diharap penduduk khasnya di Dun Sura tidak melepaskan peluang ini untuk sama-sama mendengar pengalaman perubahan dalam hidup beliau selaku bekas artis yang cukup popular pada masa dahulu.
Ceramah pada malam itu pula akan dihangatkan lagi dengan ceramah isu-isu semasa dari Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Al-Fadhil Ustaz Kamaruzaman Abdullah dan juga ADUN Sura, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.Para hadirin akan mendapat maklumat terkini isu-isu politik negara yang akan dikupas oleh dua orang pimpinan PAS itu.
| |
PAS LENGGONG Posted: 01 Oct 2011 07:04 PM PDT Pendakwa kalah kerana? Posted: 01 Oct 2011 03:46 AM PDT Pengecaman kawad cam diraguiPetaling Jaya - Anak Datuk Bandar Petaling Jaya dan dua rakannya semalam dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada tuduhan menyamun seorang pemilik kafe siber tahun lepas. Gambar: Kafe siber di Taman Sri Subang, Petaling Jaya tempat anak Datuk Bandar Petaling Jaya dan dua rakan didakwa melakukan samun pada 23 Mac 2010. Bagaimanapun, mereka dibebaskan daripada tuduhan itu semalam.Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap penuntut kolej, Mohd. Radzak Razali, 22, pemandu peribadi Zulhelmi Mohammad, 23, serta Mohd. Khairul Amir Mohamad Roslan, 23, penuntut kolej yang juga anak kepada Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman.
Rozina dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan gagal memanggil pengadu dan mangsa untuk memberi keterangan di mahkamah, sebaliknya pihak pendakwaan banyak bergantung kepada keterangan daripada pegawai polis semata-mata.
"Selain itu pengecaman terhadap tertuduh pertama (Mohd. Radzak) dan kedua (Zulhelmi) semasa kawad cam juga diragui kerana berdasarkan keterangan daripada saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat Inspektor Zaini Mohamad Piah bahawa tangkapan yang dibuat ke atas kedua-dua tertuduh adalah berdasarkan pengecaman orang awam ke atas kereta dan pengecaman tersebut tidak dibuat berdasarkan individu yang ada di dalam kereta itu," katanya.
Rozina berkata, tiada keterangan mengaitkan tertuduh ketiga iaitu Mohd. Khairul memandangkan tertuduh tidak berada di tempat kejadian. | Cerita baru Posted: 01 Oct 2011 03:41 AM PDT Datuk Ngeh merupakan seorang peguam - faham undang-undang. 1/10/11 Ngeh: Confession Zaki for MB vs. MB discretion void the Federal Court decision in cases involving constitutional crisis Perak should be considered invalid due to confession former Chief Justice Tun Zaki Azmi that he was not involved in the formation of a panel of judges who heard it, said Perak DAP. Its chairman Datuk ... No definition found. Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes yang membabitkan krisis perlembagaan Perak perlu dianggap tidak sah ekoran pengakuan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi bahawa beliau tidak terbabit dalam pembentukan panel hakim yang mendengarnya, kata DAP Perak.
Pengerusinya, Datuk Ngeh Khoo Ham berkata pengakuan Zaki yang beliau tidak terbabit dalam pembentukan penal lima hakim panel yang mendengar kes Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, adalah salah di sisi undang-undang.
Memetik kes Majlis Peguam lwn Tan Sri Abdul Hamid Omar [1989] 2 MLJ muka surat 281, beliau berkata Mahkamah Agung pada tahun 1989 memutuskan bahawa pembentukan panel hakim Mahkamah Persekutuan hanya boleh dibuat oleh Ketua Hakim Negara.
"Ekoran keputusan Mahkamah Agung itu - mahkamah tertinggi di negara ini - maka pembentukan panel hakim Mahkamah Persekutuan oleh mana-mana orang lain, adalah tidak dibenarkan.
"Oleh yang demikian, keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai kes krisis Perak adalah tidak sah," kata Ngeh (kanan) kepada Malaysiakini.
Dalam kes pada tahun 1989 itu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa hanya ketua hakim negara sahaja berhak untuk mengada dan membentuk panel hakim Mahkamah Agung untuk mana-mana prosiding.
| Tiada paksaan hudud kepada bukan islam Posted: 01 Oct 2011 03:11 AM PDT Nazri Abdullah | KEPALA BATAS, 1 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, undang-undang Islam termasuk hudud hanya pilihan dan bukan paksaan untuk orang bukan Islam. Menurutnya, ianya sama seperti ajaran agama itu yang menegaskan bahawa tidak boleh memaksa bukan Islam memeluk Islam. "PAS tak paksa orang bukan Islam terima hudud. Islam beri pilihan seperti tidak memaksa mereka memeluk Islam," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Millenium di sini. Apa yang berlaku waktu ini tambahnya, undang-undang Islam itu telah dikelirukan oleh Umno sehingga bukan sahaja menakutkan orang bukan Islam malah menyesatkan orang Islam sendiri. "Undang-undang jenayah syariah ini dimomokkan kepada rakyat melalui media yang diupah Umno. "Kita cuba memperkenalkan undang-undang jenayah syariah terutamanya hudud dan takzir tapi mereka sengaja memetik hudud sahaja dengan tujuan menakutkan orang bukan Islam dan menyesatkan orang Islam," katanya. Bukan ciptaan PAS Mengulas lanjut isu yang sedang dipolemik itu, beliau berkata hudud bukan undang-undang baru yang dicipta PAS, tetapi undang-undang yang ditetapkan oleh Allah SWT. Kewajipan melaksanakannya sama seperti kewajipan-kewajipan lain yang mesti dilaksanakan oleh orang Islam. "Hudud bukan ditetapkan oleh PAS, bukan oleh Nabi, bukan oleh ulamak tetapi ia ditetapkan oleh Allah," tegasnya. Kewajipan perlaksanaan undang-undang Islam itu katanya lagi adalah bertujuan mendidik manusia menjadi baik dan bukan menzalimi mereka. Dalam pada itu, Tuan Guru Abdul Hadi turut sebak sewaktu mengulas perjuangan presiden-presiden PAS terdahulu yang lebih awal meninggalkan kita. Dengan suara tersekat-sekat, beliau menyeru seluruh ahli PAS bersedia menyerahkan diri kepada perjuangan menegakkan agama Allah seperti yang ditunjukkan pemimpin terdahulu. "Dalam sambutan 60 tahun, marilah kita mengenang pimpinan awal yang telah mendahului kita. "Almarhum Ahmad Fuad, Dr Abbas Alias, Dr burhanuddin Helmi, Tuan Guru Yusof Rawa, Datuk Fadzil Noor dan lain-lain. "Marilah kita menjadi mereka yang tetap jatidiri, tidak mengubah haluan, tidak menebuk bahtera, malah melajukan perjalanan bahtera mencapai keredhaan Allah untuk menang di dunia dan menang di akhirat," katanya disambut laungan takbir hadirin. | | When Tok Guru speaking to umno Posted: 01 Oct 2011 03:08 AM PDT Nazri Abdullah | KEPALA BATAS, 1 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, PAS tidak mahu 'terjerumus dua kali' untuk menjalinkan hubungan politik dengan Umno BN. Menurutnya yang juga Menteri Besar Kelantan, PAS sudah serik dengan pengkhianatan Umno sewaktu PAS menyertai kerajaan campuran bersama parti itu pada tahun 1973 yang menyaksikan PAS ditendang keluar pada tahun 1977. "Kita pernah bersama Umno dulu, saya sendiri sokong PAS bersama Umno sehingga PAS waktu itu pecah empat, kemudian PAS ditendang keluar. "Sekarang (Umno) ajak kami balik, saya kata I know, who you are," katanya pada sidang media di sini. Mengimbau sejarah perjuangan PAS lalu, Tuan Guru Nik Aziz berkata, Umno melakukan jenayah besar kerana mengharamkan lambang bulan dan bintang pada bendera PAS. Ditanya apa alasan Umno untuk mengharamkan lambang itu, beliau berkata kerana parti nasionalis itu tidak mahu PAS membawa perjuangan agama. "Ni kena tanya Umno la. Cuma Umno ni tak mahu ugama, bukan stakat hudud, Islam pun dia tak mahu," katanya. Ditanya lagi adakah pintu hubungan politik dengan Umno ditutup selama-lamanya, beliau berkata PAS bersama Umno jika parti itu menerima Islam dan meninggalkan perjuangan nasionalis. "(Nak tutup pintu) Selama-lamanya tak boleh lah. Kita berdoa agar Umno berubah dari nasionalis kepada Islam. "Sekarang, orang bukan Islam pun terima perjuangan Islam PAS sehingga kita ada Dewan Himpunan Penyokong PAS," ujarnya lagi. Menurutnya lagi, tidak mustahil PAS akan datang bukan sahaja menjadi Parti Islam Se-Malaysia, malah akan berkembang menjadi Parti Islam Se-Dunia. "Sikit lagi Parti Islam Se-Dunia sebab Islam bukan untuk orang Islam sahaja tapi untuk semua, rahmatan lil 'alamin," ujarnya. | | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 01 Oct 2011 03:14 PM PDT NAJIB SOKONG FILEM NASI LEMAK 2.0 HINA WANITA MELAYU ... Posted: 01 Oct 2011 06:29 AM PDT Heboh tayangan filem baru Nasi Lemak 2.0 Wee Meng Chee atau Namewee di panggung wayang. Nampaknya Nasi Lemak 2.0 merupakan filem pertamanya yang mendukung gagasan Malaysia sebagai tanda menyokong Najib... dan Najib amat menyokong manusia yang selama nie menghina bangsa yg dia perjuangkan.... si Biarpun filem tersebut dibarisi pelakon ternama seperti Afdlin Shauki dan Adibah Nor dan ramai lagI. Dan yang paling bestnya.... Nawamee membariskan pelakon bangsat melayu untuk berkembang mendalam filem arahan'nya' atas sokongan penuh Najib.... tanpa yang Najib sedar bahawa dia sekali lagi hina wanita melayu
| RIBUAN HADIR UST AZHAR DI UIA WALAUPUN REKTOR 'CUBA' HALANG Posted: 01 Oct 2011 05:38 AM PDT Mungkin ramai yang sudah tahu yang dimana Ustaz Azhar Idrus telah singgah ke UIAM untuk memberikan ceramah "We Proud To Be Muslim" terdapat banyak input yang didapat dari ceramah Ustaz Azhar Idrus ini, selalunya aku dengar dan tonton video ceramah beliau di facebook dan youtube dan pada hari ini dapat mendengar secara live kt UIAM.. walapun terdapat halangan, dikatakan pada mulanya ceramah ini dibuat dimasjid dimana ia boleh memuatkan 6000 orang, namun disebabkan hal yg tak dpt dielakkan terpaksa dipindahkan ke Experimental Hall yang hanya muat 240 org tanpa sebarang penjelasan disebabkan itu, mereka telah menyediakan 2 lagi tempat untuk mereka yang tidak dapat masuk kedalam Experimental Hall, iaitu di luar Hall dan dihadapan bangunan rektori iium. bukan aku sorang, bahkan ramai yang tak dapat masuk, tak kira yang lelaki dan perempuan..penuh ruang dihadapan bangunan rektori tersebut. Aku pun terkejut dengan sambutan yang diberikan oleh mahasiswa dan mahasiswi IIUM terhadap talk ini kerana penceramahnya ialah Ustaz Azhar Idrus thumbs up kepada Maaruf Club kerana dapat overcome masalah ini, walaupun tak dapat buat kat masjid korang still boleh teruskan ceramah ini dengan menyediakan layar dan lcd beserta speaker untuk mereka yang tidak dapat masuk kedalam hall… kat dalam hall dalam 300 org.... terpangsa himpit-himpat dengan econ yg tak dipasangnya.... takpe.... ada ganjaran di sisi Allah.... suasana di luar hall... hanyat giler... nanum semua tetap tekun mendengat hingga jam 11.15 mlm kat atas rumput luar depan pejabat rektor.... alhamdulillah tak hujan.... cume berembun je.... Dan ceramahnya harapan Ustaz Azhar Idrus sendiri agar dapat berceramah di dalam MASJID UIA dimasa hadapan dan diikuti dengan tebukan dan sorakan gemuruh dari para hadirin dan sebagai tanda 'protes' terhadap rektor ' perempuan ' yg baru itu..... | PAS AKAN BAWA DASAR ISLAM DULU..KINI.. SELAMANYA.. Posted: 01 Oct 2011 05:28 AM PDT Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS akan terus memperjuangkan dasar Islam yang sempurna dan bukan yang dipotong-potong selain meneruskan semangat perjuangan tokoh terdahulu. PAS menegaskan pendirian ini ketika ia bersiap sedia bersama rakannya dalam Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan berhadapan dengan isu kontroversi hukum hudud yang muncul semula. Bercakap pada majlis perasmian Kongres Sambutan 60 tahun PAS di Dewan Millenium di sini, Hadi (gambar) menegaskan parti itu perlu meneruskan perjuangan Islam dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunah. "PAS adalah sebuah parti Islam, parti politik Islam yang terawal ditubuhkan di Asia Tenggara sebagai kesinambungan dari kedatangan Islam yang sempurna dan bukan yang dipotong-potong atau dikerat... pendakwa yang membawa Islam ke nusantara bukan sahaja mengislamkan rakyat tetapi termasuk mengislamkan pemimpin, pemerintah dan ketua negara. "Kemunculan PAS adalah tuntutan al-Quran dan as-Sunnah yang tidak mati dengan wafatnya Rasulullah, kita menyambung perjuangan Islam seperti yang dinyatakan Allah dalam al-Quran," kata Presiden PAS. Menurut beliau, PAS diwujudkan untuk mengembalikan kedaulatan Islam dan menyelamat umat Islam dalam dunia yang berideologi manusia. "Kebangkitan PAS sebagai sebuah gerakan Islam adalah selaras dengan gerakan pembaharuan yang akan wujud sepanjang zaman yang mengatakan cahaya Islam tidak boleh dipadamkan, mereka mahu memadamkan cahaya Allah dengan hembusan mulut mereka seperti mereka padamkan cahaya pelita. "Kelahiran PAS adalah hasil gerakan pembaharuan, PAS adalah rangkaian gerakan Islam... tujuan utama penubuhan PAS adalah mengembalikan kedaulatan Islam dan menyelamatkan manusia khusus pada zaman ini selepas kegagalan ideologi manusia termasuk bukan sahaja keruntuhan moral, keruntuhan nilai kemanusiaan dan sebagainya," katanya. Tegas Hadi, PAS akan tetap memperjuangkan dasar Islam dan tidak akan sesekali mengubah prinsip asas itu. "PAS adalah parti yang bertunjangkan dengan tunjang yang teguh dan kuat, tidak tidak akan hanyut walaupun dijajah. "PAS mempunyai acuan sendiri yang ditunjukkan Allah dan dianjar oleh nabi, kita perlu faham dan PAS mahu mengembalikan umat Islam berdemokrasi yang mengambil roh Islam," katanya. Hadi juga menambah, PAS merupakan sebuah parti yang terbuka walaupun terpaksa berdepan di atas padang yang tidak sama rata dengan Umno. "Kita parti boleh menerima menang, boleh menerima kalah... ini sikap terbuka kita, ada kalangan yang bebal menuduh kita menyeleweng dari perjuangan, PAS telah menghadapi pelbagai cabaran ketika menyampai pegangan PAS bahawa Islam adalah pegangan hidup yang tidak diterima Umno. "Umno tidak mudah menyerahkan kuasa, mereka anggap pemerintah bukan amanah tetapi adalah untuk kroni... rasuah, Umno telah mencalarkan wajah Islam kepada bukan Islam," katanya. Hadi menambah, dengan pengalaman dan cabaran yang dilalui PAS sejak ia ditubuhkan, ahli parti harus berpegang kuat dasar perjuangan dan jangan sesekali "menebuk" asas itu. "Marilah kita menyambung perjuangan PAS yang diasaskan pada 1951, jangan kita tebuk asas ini. Marilah kita mengenang pemimpin terdahulu daripada kita kerana kita adalah penyambung perjuangan... mudah-mudahan kita dapat lakukan apa yang dinyatakan oleh Allah. "Ada yang telah meninggalkan kita, ada yang menunggu giliran, namun tidak mengubah janji-janji mereka... kita juga jangan mengubah janji kita," katanya. | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 01 Oct 2011 03:14 PM PDT FENOMENA USTAZ AZHAR DI UIAM ...SUBHANALLAH ! WALAU PINDAH KE BILIK KULIAH Posted: 01 Oct 2011 03:18 AM PDT | DULU ANAK IBRAHIM DITUDUH BACUL KINI GILIRAN ANAK ABDUL RAZAK Posted: 01 Oct 2011 12:58 AM PDT Pernah Tun M berlagak bacul dan pengecut bila dipanggil memberi keterangan di dalam mahkamah dan berjaya beliau mengelak dari masuk ke mahkamah dan mengadap Peguam Anwar bernama Fernando (sekarang Allahyarham) sehingga setakat ini.
Pastu bila Anwar suatu masa dulu tidak mahu memberikan sampel DNA, geng UMNO dan Perkasa telah membuat demonstrasi dan berhimpun beramai-ramai mengutuk perbuatan Anwar itu. Kesungguhan ini begitu ketara bila mereka menyatakan yang Anwar 'bacul' dan takut dengan berbagai poster dan iklan yang menjijikkan.
Kini, perkara yang sama telah terkena batang hidung mereka sendiri. Penyokong Pakatan Rakyat melalui pimpinan Pakatan Rakyat mempemersoalannya kenapa mereka tidak berbuat demikian terhadap Najib yang takut untuk hadir ke mahkamah? Apa Najib perlu risaukan bila menjadi saksiI SAKSI SAHAJA...!!! Malah jika Najib berbuat demikian mungkin Najib dapat membela si SJS ini. Tapi Najib menolak dan cuba menolak dengan sebab tidak mahu menjadi saksi. PELIK BUKAN!!!
Kebaculan Najib untuk lari dari tugasan ini jelas menunjukkan ada sesuatu yang berlaku apatah lagi bila berdepan barisan pembelaan Anwar yang berwajah bengis seperti Karpal Singh. Maklumlah pada ketika itu sudah tentu Karpal Singh lebih berkuasa berbanding Najib dalam mahkamah. Berak cair Najib dibuat geng Karpal...baru tahu setara mana anak jantan Abd Razak ini.
Permohonan Najib, Rosmah ditangguh Isnin 3 Oktober yang rakyat dah tahu beliau akan sibuk dengan persediaan dan pembentangan Bajet 2012.
Permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, untuk mengketepikan sepina yang mahu mereka tampil memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai saksi pembelaan ditangguhkan oleh Makamah Tinggi Kuala Lumpur hingga Isnin depan.
Pada perbicaraan hari ini, semua peguam pasangan itu - Hisyam Teh Poh Teik, Salehuddin Saidin, M Athimulan and Ghazi Ishak hadir.
Mereka kemudiannya bersama peguambela Anwar berbincang di kamar hakim.
Peguam Najib dan Rosmah, Ghazi Ishak sebelum itu memberitahu mahkamah bahawa afidavit jawapan dari Anwar hanya diterima hari ini.
"Kami mohon masa untuk mendapatkan arahan daripada anak guam kami jika terdapat apa-apa untuk dijawap."
Peguambela utama, Karpal Singh berkata pihak pembelaan tidak mempunyai bantahan tetapi ingin tahu sama ada pihak pendakwaan akan memfailkan afidavit.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata mereka tidak akan berbuat demikian.
Najib dan Rosmah membuat permohonan mengketepikan sepina itu pada Rabu lalu melalui peguam cara mereka Hisyam Teh Poh Teik, - yang mana antara lain, mereka menafikan berkonspirasi untuk mengenakan Anwar.
Najib telah bertemu dengan pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum kejadian liwat yang didakwa itu berlaku dan dikatakan telah meminta pengadu membawa aduannya kepada pihak polis.
Kelmarin, Anwar menjawab afidavit Najib dan Rosmah di mana beliau berhujah bahawa terdapat beberapa isu-isu dan soalan yang mana pasangan yang berkuasa itu perlu jawab di mahkamah. Bagi Rosmah, beliau juga didakwa pernah berjumpa dengan rakan Saiful, Mohd Rahimi Osman, sebelum kejadian itu.
Pada 16 Mei lalu, Anwar, 64, diarah membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, tanpa kerelaan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh menyebabkan Anwar dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. | BLOG ZUL KULIM MEMANG ZALIM , TAHNIAH YB SHAH ALAM Posted: 30 Sep 2011 06:14 PM PDT Alhamdulillah syukor pada Allah kerana dengan izinnya maka Mahkamah Tinggi telah buktikan bahawa YB Pakatan Rakyat Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah terbukti di pihak yang benar. Kenyataan yang diambil dari Blog YB Zulkifli Nordin adalah salah dengan Utusan Malaysia adalah bersalah kerana menyebar berita yang tidak benar. Utusan Malaysia terbukti lagi sebagai penyebar fitnah.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Utusan Malaysia bersalah memfitnah ahli parlimem Shah Alam, Khalid Samad dalam kenyataan yang disiarkan di muka akhbar berkenaan.
Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham Prasad berkata plaintif (Khalid) telah berjaya membuktikan kenyataan itu - yang diambil dari blog ahli parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin - adalah salah.
Hakim bagaimanapun menarik perhatian mengapa ahli parlimen Bandar Baru Kulim itu tidak dinamakan sebagai defendan.
Mahkamah menolak pelindungan bersyarat sebagai pembelaan dalam kes tersebut kerana hakim berkata kehidupan di Malaysia perlu mengambilkira sensitiviti semua kaum, tidak seperti undang-undang di Australia atau United Kingdom.
Dalam penghakiman lisannya, hakim berkata semua defendan bersalah memuat-turun artikel dari blog tersebut tanpa memeriksa kandungannya (berhubung sensitiviti).
Hakim Sandosham menetapkan 11 Oktober untuk mendengar penghujahan tentang gantirugi.
Beliau berkata, mahkamah mendapati menggelar seseorang sebagai Abu Jahal dan sebagai kafir adalah fitnah.
Dalam saman yang difailkan tahun lalu, Khalid (kiri), dari PAS, menamakan Utusan Malaysia dan ketua pengarang kumpulan Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak dan penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia sebagai defendan.
Ahli parlimen Shah Alam itu mendakwa bahawa pada 11 September 2009, Aziz - selaku ketua pengarang kumpulan kedua-dua akhbar tersebut - dengan niat jahat, membenarkan penerbitan dan pencetakan perkataan fitnah terhadapnya di muka depan akhbar berkenaan.
Beliau juga mendakwa bahawa artikel bertajuk 'Zulkifli bidas Pak Janggut' secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya walaupun namanya tidak disebut.
Malaysiakini | |
Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru Posted: 01 Oct 2011 01:54 PM PDT AMARAN DARI PERKASA BUAT MAT SABU SEMAKIN LAKU DI NS - CERAMAH 06 OKT DI REMBAU, Posted: 30 Sep 2011 07:38 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS TABIK buat PKR Cabang Rembau serta PAS Rembau kerana menjadi pihak pertama `menongkah arus' selepas PERKASA NS melarang Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS untuk jejakkan kaki ke bumi NS, iaitu bumi milik semua bukan milik mak bapak PERKASA. Mat Sabu akan berceramah di Rembau pada 06 Okt ini nanti, dan `Welcome PERKASA.' Jika pihak Polis tidak berpolitik, sudah tentu permit akan dikeluarkan dan jika tiada permit pun mungkin program boleh dijalankan juga kerana kita ambil dalil di Bera, Kuala Lipis pada 25 Sept yang lalu sewaktu betina Umi Hafilda berceramah, mencarut dan memaki DS Anwar dalam ceramahnya yang tiada permit. Ketika itu DS Anwar juga sedang berceramah di lokasi bertentangan tetapi ceramah DS Anwar adalah `halal' kerana berpermit. Aku harap undang-undang Polis Pahang sama dengan undang-undang Polis NS. Marilah kita beramai-ramai hadir di Rembau pada tarikh tersebut untuk menjadi `saksi' bahawasanya ceramah Pakatan Rakyat sentiasa aman jika tiada gangguan dari `hantu bukit'. Biasalah, jika `hantu atau iblis' datang merasuk, sudah tentu ada yang `dirasuk.' Jadi, eloklah `hantu dan iblis' jangan menghampiri program itu nanti. Syabas sekali lagi kepada Cabang PKR Rembau di bawah Chegu Bard kerana tidak memperdulikan amaran bodoh dari PERKASA NS itu. Jangan pula kerana amaran bodoh itu, maka pihak Polis jadikan dalil untuk mengharamkan ceramah tersebut kerana sememangnya itulah cita-cita PERKASA yang penakut ini untuk menyekat program penerangan dari Mat Sabu, khususnya. Kita akan buktikan bahawa ceramah akan berjalan dengan baik dan aman KECUALI jika `hantu bukit beras' dari NS muncul. / wfauzdin.blogspot.com | |
PAS KOTA TINGGI Posted: 01 Oct 2011 01:35 PM PDT PENDIRIAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) Posted: 30 Sep 2011 07:34 PM PDT 1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan. 2. PAS juga ingin menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga. 3. PAS juga amat berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat, dan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS. 4. Perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah adalah berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan. 5. Sehubungan dengan perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut. Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka. Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya. PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)'s STAND 30 SEPTEMBER 2011 1. PAS would like to stress that its struggle and actions are within the framework of democracy and the provisions of the Federal Constitution. These include the basics such as the position of Islam as the Federal religion, the guarantee for the freedom to practise other religions, the sovereignty of the Malay language as the National Language while maintaining the rights to one's mother tongue, the status of the Malay Rulers, as well as the special rights of the Malays and Bumiputera and the rights of all other communities as guaranteed under the Federal Constitution.
2. PAS reiterates its commitment towards comprehensive reforms in the country through a people's charter agreed upon under what is called Pakatan Rakyat Common Policy Platform and the Orange Book.
3. In all its actions as well as policies of PAS whether at party or governmental level, PAS strongly subscribes to the struggle for a benevolent state which demands for the universal justice of Islam to be enjoyed by all, and rejects in the strongest terms any acts of injustice to any citizen.
4. The differences with DAP with regard to the Syariah Criminal Enactment are based on the interpretation that it runs contrary to the provisions of the Federal Constitution. Matters of interpretation are subjective, as there are clear differences in the understanding between the legal experts of both parties, particularly in finding a solution. For PAS, the solution will ultimately lie with a court of law.
5. In line with Syariah Criminal Enactment II (1993) and Syariah Criminal Enactment (2003) respectively passed by the state assemblies of Kelantan and Terengganu, PAS is of the view that the state government has the power to translate these enactments into law. The question of whether the Federal government is agreeable or not is secondary and one that needs to be solved in a suitable and logical setting. The people of Kelantan chose PAS on the basis of its Islamic ideals, and as such, their right to practise their religion must be acknowledged. Any attempt otherwise goes against the spirit of democracy which has been mutually agreed. As for the Enactment, it is now up to the Kelantan state government to proceed with the next step. | Muzakarah Terbuka Untuk Betulkan Persepsi Buruk Terhadap Perundangan Islam Posted: 30 Sep 2011 07:29 PM PDT Isu Hudud merupakan satu isu yang seringkali dihebahkan terutama menjelang pilihanraya. Isu hudud bukan isu politik, tapi ia seringkali dipolitikkan untuk menimbulkan polemik dalam masyarakat, sehingga golongan yang bukan ahli dan golongan bukan Islam turut campurtangan dalam membahaskannya. Sedangkan isu hudud merupakan isu yang menyentuh umat Islam secara langsung, dan ianya adalah tuntutan syarak bagi pemerintah untuk melaksanakannya.
Umno sebagai parti pemerintah selama 54 tahun tidak pernah berusaha, tidak pernah menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan mahupun sedikit bayangan bagi melaksanakannya. Sikap sambil lewa dengan memberi pelbagai alasan rekaan untuk tidak melaksanakan perintah Allah ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai tanggapan buruk terhadap sistem perundangan Islam dan ajaran Islam secara langsung.
Sehubungan itu, PAS mencadangkan satu muzakarah terbuka secara ilmiah bagi memberi kesedaran kepada seluruh rakyat serta bagi mengatasi kekeliruan yang timbul dalam masyarakat. Dicadangkan muzakarah ini hendaklah dihadiri oleh para mufti bagi mewakili Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja, Umno mewakili parti pemerintah dan PAS sebagai parti yang mendesak agar undang- undang ini dilaksanakan.
Muzakarah ini diharap dapat diadakan secara terbuka bagi memberi ruang luas kepada seluruh masyarakat mendengar pandangan semua pihak, bukannya tindakan sebelah pihak. Islam sebagai sebuah agama yang ditegakkan di atas nas dan hujah, PAS melihat muzakarah adalah medan menambahkan ilmu dan maklumat secara sihat yang perlu diterima dan disokong oleh semua pihak. | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 01 Oct 2011 01:15 PM PDT Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil Posted: 30 Sep 2011 11:39 PM PDT Caj Warisan Dibantah Tindakan Kerajaan Negeri Melaka mengenakan Caj Warisan 5 % kepada pelancong yang menginap di premis penginapan bermula dari 1 September 2011 adalah dipersoalkan, memandangkan kos penginapan yang sedia ada telah merangkumi caj perkhidmatan oleh pengusaha premis penginapan. Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ( DPPKBK ) dengan ini menggesa Kerajaan Negeri Melaka supaya keputusan tersebut dikaji dengan sedalam-dalamnya bagi mengelakkan penurunan kadar kedatangan pelancong ke negeri Melaka akibat daripada tindakan tersebut. DPPKBK bimbang berikutan dengan tambahan caj tersebut maka pelancong akan merasakan beban yang tidak munasabah lalu beralih arah haluan melancong ke tempat lain. Kerajaan Negeri harus memikirkan cara yang lebih sesuai untuk mencari dana bagi menjalankan aktiviti penyelenggaraan dan promosi pelancongan seperti dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah tanpa sebarang pembaziran sepertimana yang telah berlaku baru - baru ini berikutan pembelian tender nombor pendaftaran kereta kerajaan negeri yang melibatkan wang berjumlah RM 317,000. Antara projek pembaziran yang lain adalah projek Pulau Melaka dan projek Eye On Malaysia yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Berjuta-juta ringgit duit rakyat Melaka hangus disebabkan kelemahan dan kelalaian kerajaan negeri Melaka pimpinan Datuk Ali Rustam. Dengan duit yang sebanyak itu pelbagai projek pengindahan, pemeliharaan dan keceriaan dapat dilakukan tanpa mengenakan caj tambahan kepada pelancong yang sememangnya telah menyumbang kepada ekonomi negeri Melaka selama ini. DPPKBK dengan ini mendesak agar caj ini tidak dikenakan kepada pelancong-pelancong yang datang melancong dan menginap di negeri Melaka. Jauhar Mohd Dawi Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil 1 Oktober 2011 Pautan berita berkaitan : Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 01 Oct 2011 11:33 AM PDT Jamuan Mesra Rakyat PAS DUN Chukai Posted: 30 Sep 2011 09:58 PM PDT Chukai 30-9-2011, Jamuan Mesra Rakyat PAS DUN Chukai, telah diadakan di Perkarangan Markas PAS Cawangan PAS Kg Tengah ( hadapan pasar besar Kemaman). Majlis di rasmi oleh Tn Hj Ismail Harun YDP PAS Kawasan Kemaman. | |
Batu Gajah Mari Posted: 01 Oct 2011 11:19 AM PDT |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 01 Oct 2011 09:35 AM PDT Sham Kamikaze : Dulu Rock Kini Dakwah Posted: 30 Sep 2011 09:25 PM PDT Bekas gitaris kumpulan rock Kamikaze,Shamril Salleh atau lebih dikenali dengan nama Sham Kamikaze akan berkongsi pengalaman hidupnya dalam satu program ceramah anjuran Lajnah Penerangan & Dakwah Pemuda Dun Sura pada 2 Oktober 2011 di pentas utama Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate.
Sebelum program ceramah pada malam tersebut, saudara Sham Kamikaze akan meluangkan masa sekejap untuk program Bicara Hidayah di Surau Ustaz Omar Syukri pada jam 4.30 petang.Program petang tersebut adalah anjuran Lajnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun.
Diharap penduduk khasnya di Dun Sura tidak melepaskan peluang ini untuk sama-sama mendengar pengalaman perubahan dalam hidup beliau selaku bekas artis yang cukup popular pada masa dahulu.
Ceramah pada malam itu pula akan dihangatkan lagi dengan ceramah isu-isu semasa dari Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Al-Fadhil Ustaz Kamaruzaman Abdullah dan juga ADUN Sura, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.Para hadirin akan mendapat maklumat terkini isu-isu politik negara yang akan dikupas oleh dua orang pimpinan PAS itu.
| |
PAS Kawasan Gerik Posted: 01 Oct 2011 09:09 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan